Tafsir Surah Yaasin Ayat 69 (Al-Qur’an bukan Syair)

NABI MUHAMMAD ﷺ BUKAN PENYAIR

Yaasin Ayat 69: Ayat 69 & 70 adalah Perenggan Makro Kelima. Di dalam bahagian ini Allah ‎ﷻ menegaskan yang Nabi Muhammad ﷺ bukanlah penyair. Al-Qur’an bukanlah syair. Sebenarnya Nabi Muhammad ﷺ membawa wahyu Allah sebagai peringatan untuk mereka yang hidup hatinya. Jadi di dalam ayat ini menyentuh tentang Nabi Muhammad ﷺ dan juga Al-Qur’an, dua topik utama surah ini.

Apakah kaitan dengan ayat sebelum ini? Sebelum ini Allah ﷻ menyebut tentang umur manusia yang setelah lama, keadaan fizikal mereka akan semakin lemah sampaikan mereka akan menjadi seperti kanak-kanak semula. Itu adalah tentang fizikal mereka. Akan tetapi dalam fizikal melemah itu, tidaklah bermaksud rohani mereka juga akan jadi semakin lemah. Rohani boleh sahaja semakin menaik asalkan mereka tetap berpegang kepada Al-Qur’an dan ajaran Rasulullah ﷺ.

وَما عَلَّمنٰهُ الشِّعرَ وَما يَنبَغي لَهُ ۚ إِن هُوَ إِلّا ذِكرٌ وَقُرءآنٌ مُّبينٌ

 Sahih International

And We did not give Prophet Muhammad, knowledge of poetry, nor is it befitting for him. It is not but a message and a clear Qur’an

Malay

(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;

 

وَمَا عَلَّمْنٰهُ الشِّعْرَ

Dan tidaklah Kami ajar kepadanya (Nabi Muhammad) itu syair, 

Allah ﷻ beritahu yang Allah ﷻ tidak mengajar syair kepada Nabi Muhammad ﷺ, seperti yang dituduh oleh Musyrikin Mekah. Mereka kata Al-Qur’an yang baginda baca itu adalah syair sahaja, tidak lebih daripada itu. Ini tidak benar sama sekali dan ditolak di dalam ayat ini. Jadi ini adalah salah satu daripada tuduhan mereka. Tuduhan lain mereka kata Al-Qur’an adalah sihir dan Nabi Muhammad ﷺ seorang penyihir. Sekejap sihir, sekejap syair, mereka pun tidak keruan dalam tuduhan mereka.

Kalimah الشِّعْرَ daripada kata dasar ش ع ر yang bermaksud mengetahui; memahami; membuat ayat; sebutan; puisi; ayat; penyair; perasaan; pengetahuan; bintang Sirius; galaksi; tanda-tanda; upacara; simbol; rambut. Seorang penyair ialah seorang yang sanggup mengungkapkan apa yang terasa di dalam hatinya, sebagai tekanan daripada suatu inspirasi, atau suatu ilham. Kabilah-kabilah orang Arab merasa sangat bangga jika mereka mempunyai ahli-ahli syair yang akan menaikkan nama kabilahnya. Sekali setahun mereka berkumpul di Pasar Malam ‘Ukkadz, setelah naik haji ke Makkah, untuk mendengar ahli syair membacakan syairnya. Syair sudah menjadi salah satu kesukaan bagi suku-suku Arab, untuk membanggakan kelebihan suku, keutamaan kaum, ketinggian kumpulan masing-masing. Isi syair itu bermacam-macam; ada hikmat, ada cerita tentang pengalaman, ada memuji diri, ada membanggakan kemenangan perang, ada memuji kuda sebagai kenderaan, ada mengenangkan masa lalu. Syair yang dianggap indah bahasanya dan isinya digantungkan dalam Ka’bah. Sampai ada sepuluh syair yang pemah digantungkan dalam Ka’bah itu di zaman jahiliyah. Itulah sedikit sebanyak tentang pentingnya syair zaman itu supaya pembaca boleh faham. Kita tidak pentingkan sangat syair dan penyair itu, kalau mahu disamakan, mungkin sama seperti artis penyanyi kita. Sibuk sekali peminat dengan hiburan nyanyian sampaikan nikah cerai artis pun kecoh satu Malaya.

Allah ‎ﷻ mengaitkan Diri-Nya yang ‘mengajar’ dalam ayat ini. Allah ‎ﷻ hendak menekankan bahawa kalau Nabi Muhammad ﷺ ada ilmu apa-apa pun, ia mestilah daripada Allah ‎ﷻ sendiri. Namun Allah ‎ﷻ kata Dia tidak ajar pun syair kepada Nabi ﷺ. Jadi memang Nabi Muhammad ﷺ tidak boleh bersyair  kerana ada riwayat yang mengatakan yang baginda pernah bersyair akan tetapi dikatakan  kalimah yang baginda baca terbalik. Maka ungkapan baginda tidaklah dianggap sebagai syair.

Selain daripada syair, Orientalis cuba untuk mengaitkan ilmu-ilmu yang ada pada Nabi Muhammad ﷺ itu dicedok daripada agama-agama lain. Namun begitu kalau dikaji dengan sebenarnya, Nabi ﷺ tidak pernah belajar atau mengambil ilmu Islam itu dari mana-mana sumber selain daripada Allah ‎ﷻ. Ini boleh dikaji daripada sejarah hidup Nabi ﷺ.

 

وَمَا يَنْبَغِي لَهُ

dan tidaklah patut dia (Nabi Muhammad) belajar syair;

Hujah ini disebut di sini sebab ada yang kata Al-Qur’an itu hanya syair sahaja, tidak lebih daripada itu. Apabila ada kalimah ما (tidak) di sini, ia digunakan untuk menidakkan sesuatu. Kerana itu tidak digunakan لا di sini. Perumpamaan begini, kalau tiba-tiba seseorang berkata: “Saya bukan orang Kelate”, mesti sebab ada orang kata dia orang Kelantan, kerana takkan tiba-tiba dia hendak menidakkan dia orang Kelantan. Jadi di dalam ayat ini Allah ‎ﷻ hendak menidakkan golongan Musyrikin Mekah yang kata Nabi Muhammad ﷺ itu seorang penyair pula sedangkan itu tidak layak bagi kedudukan Nabi Muhammad ﷺ untuk bersyair gurindam. Akan tetapi itu adalah antara hujah-hujah batil mereka untuk menentang Al-Qur’an. Perhatikan Anbiya’: 5

بَل قالوا أَضغٰثُ أَحلٰمٍ بَلِ افتَرٰهُ بَل هُوَ شاعِرٌ فَليَأتِنا بِئٰيَةٍ كَما أُرسِلَ الأَوَّلونَ
Bahkan mereka berkata (pula): “(Al Qur’an itu adalah) mimpi-mimpi yang kalut, malah diada-adakannya, bahkan dia sendiri seorang penyair, maka hendaknya dia mendatangkan kepada kita suatu mukjizat, sebagaimana rasul-rasul yang telah lalu diutus”.

Mereka hendak merendahkan kedudukan Al-Qur’an dengan mengatakan ia hanya syair sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad ﷺ sendiri memang tidak dikurniakan kebolehan untuk bersyair. Baginda pernah cuba tetapi tunggang terbalik jadinya. Ini seperti diriwayatkan daripada Aisyah رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا, isteri Nabi ﷺ, bahawa beliau berkata, Rasulullah ﷺ pernah bersabda:

“أَصْدَقُ بَيْتٍ قَالَهُ لَبِيدٌ: أَلاَ كُلُّ شَيْءٍ مَا خَلاَ اللَّهَ بَاطِلٌ.”
“Syair yang paling benar yang diucapkan oleh Labid adalah: ‘Ketahuilah, segala sesuatu selain Allah adalah batil.'”

Kemudian Aisyah رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا berkata: “Nabi ﷺ kemudian ingin mengutip sambungan bait syair itu, atau cuba menyusun syair sendiri (daripada perkataan Labid), tetapi baginda tidak dapat menyelesaikannya dengan betul dan hanya berkata: ‘Dan setiap nikmat pasti akan binasa.'”
(Sahih Al-Bukhari No. 6147 dan Sahih Muslim No. 2252)

Syarah:

    • Labid bin Rabi’ah adalah seorang penyair Arab Jahiliyah yang kemudian memeluk Islam dan terkenal dengan syairnya yang penuh hikmah.
    • Hadith ini menunjukkan bahawa Nabi ﷺ mengagumi kebenaran dalam bait syair Labid tersebut. Namun, ketika baginda cuba untuk menyambung atau mengulanginya, atau menyusun bait lain dalam bentuk syair, baginda tidak mampu untuk menghasilkan syair dengan wazan dan qafiyah (rima) yang tepat seperti seorang penyair. Baginda hanya dapat mengungkapkan maknanya.
    • Keterbatasan ini, dari sudut pandangan kebiasaan manusia, mungkin dilihat sebagai kekurangan. Namun, dalam konteks kenabian Muhammad ﷺ, ia sebenarnya adalah bukti kebenaran baginda. Ini kerana jika baginda mampu bersyair dengan sempurna, musuh-musuh Islam akan mempunyai hujah untuk mendakwa Al-Qur’an itu hanyalah hasil karya sastera baginda, bukan wahyu Ilahi.

Paling kuat yang boleh dikatakan baginda bersyair adalah ketika kaum Muslimin mengalami kekalahan sementara dan banyak para mujahideen berpecah belah, serta Nabi sendiri terluka parah dan terancam oleh musuh, baginda ﷺ berseru dengan gagah berani:

“أَنَا النَّبِيُّ لَا كَذِبْ، أَنَا ابْنُ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ.”
“Aku adalah Nabi, tidak ada dusta. Aku adalah anak Abdul Muttalib.”
(Sahih Bukhari No. 2864 dan Sahih Muslim No. 1776)

Syair adalah sesuatu yang penting pada zaman Rasulullah ﷺ itu kerana ketinggian bahasa masyarakat Arab pada ketika itu yang suka kepada bahasa, antaranya syair. Kerana itu syair juga digunakan sebagai dakwah oleh Rasulullah ﷺ seperti syair-syair sindiran-sindiran terhadap orang-orang Musyrik yang dilantunkan oleh para ahli syair Islam, seperti Hassan bin Tsabit, Kaab bin Malik, Abdullah bin Rawahah dan orang-orang semisal mereka. Mereka bersyair untuk mempertahankan baginda. Apabila ada syair yang memburukkan baginda, para penyair Nabi ﷺ itu mencipta syair untuk melawannya kembali. Diriwayatkan daripada Aisyah رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا:

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ يَضَعُ لِحَسَّانَ بْنِ ثَابِتَ مِنْبَرًا فِي الْمَسْجِدِ يُنْشِدُ عَلَيْهِ شِعْرَهُ وَيُفَاخِرُ بِهِ عَنِ النَّبِيِّ ﷺ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: “اللَّهُمَّ أَيِّدْهُ بِرُوحِ الْقُدُسِ.”
“Rasulullah ﷺ pernah meletakkan mimbar di dalam masjid untuk Hassan bin Thabit, maka dia (Hassan) berdiri di atasnya dan berbangga-bangga (dengan syairnya, membela Nabi ﷺ). Dan Rasulullah ﷺ berdoa: ‘Ya Allah, perkuatlah beliau dengan Ruhul Qudus.'”
(Sahih Bukhari No. 4905 dan Sahih Muslim No. 2485)

Nabi ﷺ juga suka dibacakan syair. Nabi ﷺ pernah mendengar syair daripada Umayyah bin Abi As-Salt (seorang penyair Jahiliyah yang hampir memeluk Islam tetapi tidak sempat), dan Nabi ﷺ mengulasnya. Diriwayatkan daripada As-Syarid bin Suwaid Ats-Tsaqafi رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ:

حَدَّثَنَا عَمْرٌو النَّاقِدُ، وَابْنُ أَبِي عُمَرَ، كِلاَهُمَا عَنِ ابْنِ عُيَيْنَةَ، قَالَ ابْنُ أَبِي عُمَرَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ مَيْسَرَةَ، عَنْ عَمْرِو بْنِ الشَّرِيدِ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ رَدِفْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَوْمًا فَقَالَ ‏”‏ هَلْ مَعَكَ مِنْ شِعْرِ أُمَيَّةَ بْنِ أَبِي الصَّلْتِ شَيْئًا ‏”‏ ‏.‏ قُلْتُ نَعَمْ قَالَ ‏”‏ هِيهِ ‏”‏ ‏.‏ فَأَنْشَدْتُهُ بَيْتًا فَقَالَ ‏”‏ هِيهِ ‏”‏ ‏.‏ ثُمَّ أَنْشَدْتُهُ بَيْتًا فَقَالَ ‏”‏ هِيهِ ‏”‏ ‏.‏ حَتَّى أَنْشَدْتُهُ مِائَةَ بَيْتٍ ‏.‏
“Pada suatu hari, aku pernah menaiki kenderaan bersama Rasulullah ﷺ, lalu Nabi ﷺ bertanya kepadaku: ‘Adakah engkau hafal syair Umayyah bin Abi As-Salt?’ Aku menjawab: ‘Ya.’ Baginda bersabda: ‘Bacakanlah untukku.’ Lalu aku membacakan kepadanya satu bait. Baginda bersabda: ‘Lagi.’ Lalu aku membacakan kepadanya. Baginda sentiasa berkata: ‘Lagi,’ sehingga aku membacakan seratus bait syair.”

(Sahih Muslim No. 2255)

Diriwayatkan daripada Ubay bin Ka’b رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

“إِنَّ مِنَ الشِّعْرِ حِكْمَةً.”
“Sesungguhnya sebahagian daripada syair itu adalah hikmah.”
(Sahih Bukhari No. 6145 dan Sahih Muslim No. 2257)

Seperti yang telah disebut, syair adalah penting pada zaman itu sampaikan para penyair dipandang tinggi sebagai orang yang ada ilmu dan kedudukan. Akan tetapi tidak layak Al-Qur’an disamakan dengan syair. Syair tidak akan setanding dengan Al-Qur’an. Terdapat beberapa perbezaan antara syair dan Al-Qur’an:

1. Syair hanya mementingkan lenggok bahasa sahaja. Kerana tujuan syair adalah untuk menggembirakan manusia yang membacanya. Sebaliknya Al-Qur’an mementingkan mesej yang hendak disampaikan di dalamnya.

2. Syair boleh tersilap. Kadang-kadang ia berkata tentang suatu perkara dan dalam bait yang lain, ia berlawanan dengan kata-kata sebelumnya. Al-Qur’an tidak mungkin begitu. Al-Qur’an sentiasa tepat dan tidak ada percanggahan antara ayat-ayatnya.

3. Pencinta syair tidak semestinya orang yang ada tujuan dalam hidup. Kalau kita lihat kepada pencinta syair, kebanyakannya adalah pemuzik-pemuzik dan penyair-penyair yang mereka sendiri tidak tahu apakah yang mereka perjuangkan. Mereka selalunya adalah orang yang hanya mahu bergembira sahaja dalam hidup mereka. Macam kehidupan penyanyi dan penghibur zaman ini yang tidak patut kita jadikan sebagai contoh/idola pun. Akan tetapi pencinta Al-Qur’an adalah mereka yang cintakan Allah ‎ﷻ dan cintakan kebenaran. Mereka mempunyai tujuan hidup yang tepat sepertimana yang digariskan dalam Al-Qur’an. Akhlak penyair dan akhlak pencinta Al-Qur’an tidak sama. Allah ‎ﷻ sebut tentang mereka di dalam Shu’araa (penyair-penyair): 224-226

وَٱلشُّعَرَآءُ يَتَّبِعُهُمُ ٱلۡغَاوُ ۥنَ (٢٢٤) أَلَمۡ تَرَ أَنَّهُمۡ فِى ڪُلِّ وَادٍ۬ يَهِيمُونَ (٢٢٥) وَأَنَّہُمۡ يَقُولُونَ مَا لَا يَفۡعَلُونَ (٢٢٦)
Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat tidak berketentuan hala. (224) Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)? (225) Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya? (226)

Oleh itu kita tidak perlu kepada syair sebagaimana kita tidak perlu kepada lagu. Oleh itu, tidak perlu kita menyusun doa kita kepada Allah ‎ﷻ sehingga hilang keikhlasan dalam doa kita itu. Kalau begitu kita seperti membaca sebuah sajak yang telah ditulis tetapi bukan dari hati kita. Seeloknya kita membaca doa yang benar-benar dari hati kita. Walaupun ia tidak tersusun, namun sekiranya ia ikhlas dari hati kita, ia lebih disukai oleh Allah ‎ﷻ. Kalau disusun doa itu, perhatian menjadi lebih kepada susunan pula, bukannya kepada doa.

Ini sama macam kita dengar ceramah atau khutbah Jumaat yang dibaca daripada teks ucapan. Selalunya ia tidak menarik langsung kerana terikat dengan teks. Ucapan yang tidak menggunakan teks ucapan lebih bagus dan berkesan kepada hati. Oleh itu, apabila kita berdakwah, cuma keluarkan apa yang ada dalam hati kita. Jangan hiraukan tentang kata-kata yang kita gunakan. Pastinya ia adalah kata-kata dari hati kita sendiri.

Eh, bukankah kita macam sudah pernah baca kalimah يَنْبَغِي di dalam surah ini? Yezza tengok balik ayat 40,

لَا الشَّمسُ يَنبَغي لَها أَن تُدرِكَ القَمَرَ وَلَا اللَّيلُ سابِقُ النَّهارِ
Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. 

Di dalam ayat 40 itu kita ada sebut perumpamaan tentang Rasul iaitu ia ibadat seperti matahari dan pengikut mereka seperti bulan. Jadi kaitan antara ayat 40 dan ayat 69 adalah ‘Rasul’. Tidak patut Rasulullah ﷺ tahu syair. Kenapa patut Rasulullah ﷺ tidak tahu syair?

    • Menjaga Kemurnian Al-Quran: Ini adalah bukti kukuh bahawa Al-Qur’an bukanlah syair. Kemampuan Nabi ﷺ yang terbatas dalam menyusun syair menunjukkan bahawa Al-Qur’an yang luar biasa fasih, indah, dan mendalam itu datangnya daripada Allah ‎ﷻ, bukanlah daripada bakat sastera baginda sendiri.
    • Bukti Kenabian: Ketidakmampuan Nabi ﷺ bersyair adalah salah satu tanda kenabian baginda. Ia menunjukkan baginda benar-benar menerima wahyu daripada Allah ‎ﷻ, dan wahyu itu berbeza sama sekali daripada bentuk sastera manusia.
    • Kefasihan Bahasa Nabi ﷺ: Meskipun tidak mampu bersyair secara profesional, Nabi ﷺ adalah manusia yang paling fasih berbicara. Kata-kata baginda (Hadith) mempunyai keindahan dan kekuatan tersendiri yang dikenali sebagai jawami’ al-kalim (kata-kata ringkas padat makna). Ketidakmampuan bersyair tidak mengurangi kefasihan atau ketinggian bahasa baginda.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,

“فُضِّلْتُ عَلَى الْأَنْبِيَاءِ بِسِتٍّ: أُعْطِيتُ جَوَامِعَ الْكَلِمِ، وَنُصِرْتُ بِالرُّعْبِ، وَأُحِلَّتْ لِيَ الْغَنَائِمُ، وَجُعِلَتْ لِيَ الْأَرْضُ طَهُورًا وَمَسْجِدًا، وَأُرْسِلْتُ إِلَى الْخَلْقِ كَافَّةً، وَخُتِمَ بِيَ النَّبِيُّونَ.”
“Aku diberi kelebihan atas para nabi dengan enam perkara: Aku diberikan jawami’ul kalim (kata-kata ringkas padat makna), aku ditolong dengan ketakutan (yang mencekam musuh), dihalalkan untukku harta rampasan perang, dijadikan bagiku bumi sebagai alat bersuci dan tempat solat, aku diutus kepada seluruh makhluk, dan dengan diriku para nabi ditutup (akulah penutup para nabi).”
(Sahih Muslim No. 523)

Tuduhan Nabi ﷺ seorang penyair itu tidak masuk akal kerana mereka pun tahu yang Nabi ﷺ tidak bersyair dan tidak terkenal pun sebagai seorang penyair. Mereka pun tahu yang bahasa lenggok Al-Qur’an tidak sama seperti lenggok syair. Macam kita mungkin tidak nampak, tetapi berbeza bagi mereka yang menjadikan syair itu sebagai makanan harian mereka sahaja. Perumpamaan seperti kita dapat bezakan antara cakap biasa dan cakap berpantun. Tentu tidak sama. Akan tetapi kenapa mereka tuduh begitu?

Pertama, mereka tidak ada hujah yang lain, jadi mereka gunakan sahaja apa hujah yang ada. Keduanya, apabila mereka ulang-ulang, lama-lama orang percaya juga. Ini dinamakan illusory truth effect. Apabila sesuatu itu diulang-ulang banyak kali, orang boleh percaya walaupun maklumat itu tidak benar. Kerana otak kita buat andaian: ‘kalau tak betul, takkan ramai orang cakap dan cakap banyak kali?’ Sebagai contoh, Sydney bukanlah ibu negara Australia, tetapi kerana selalu diulang-ulang, ramai orang sangka ia benar. Sedangkan ibu negara Australia adalah Canberra.

Begitulah juga sekarang kita lihat penggunaan tuduhan seperti yang dikenakan kepada Nabi Muhammad ﷺ itu telah digunakan ke atas golongan Sunnah dan Salafi. Tuduhan yang dikenakan adalah golongan Salafi ini ikut Wahabi, menolak mazhab, tafsir Al-Qur’an ikut sedap tekak sendiri, golongan Mujassimah (mengatakan Allah ‎ﷻ berjisim), golongan sesat, ekstrem kerja mahu bunuh orang sahaja, dan bermacam-macam lagi tuduhan yang tidak berkesudahan. Kesannya ramai yang takut hendak belajar dengan ustaz yang dilabel ‘Wahabi’ ini. Sedangkan kalau belajar dengan mereka, tidak ada pun mereka ajar perkara seperti yang dimomokkan itu.

Ketiga, mereka mungkin hendak kata sepertimana juga syair yang direka-reka, begitu jugalah Al-Qur’an ini.

Keempat, mereka mungkin hendak mengatakan Al-Qur’an ini memberi kesan yang sama dengan syair, iaitu menyebabkan orang ramai terpesona.

Sekiranya Nabi ﷺ tidak layak bersyair, orang yang ahli Al-Qur’an, yang mempelajari dan menghafalnya juga tidak layak menyanyi-nyanyi dan melayan muzik. Al-Qur’an adalah sesuatu yang sangat mulia dan tidak patut bercampur di dalam dada seorang ahli Al-Qur’an itu ayat-ayat Al-Qur’an dan lagu yang lagha. Malah empat mazhab Islam telah mengharamkan lagu dan muzik dan salah satu dalil adalah ayat Luqman: 6 

وَمِنَ النّاسِ مَن يَشتَري لَهوَ الحَديثِ لِيُضِلَّ عَن سَبيلِ اللهِ بِغَيرِ عِلمٍ وَيَتَّخِذَها هُزُوًا ۚ أُولٰئِكَ لَهُم عَذابٌ مُّهينٌ
Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan.

Ibn Abbas mengatakan لَهوَ الحَديثِ di dalam ayat ini bermaksud lagu/muzik. Jadi hujah untuk mengatakan lagu/muzik itu haram agak kuat. Kita tahu ada pendapat yang mengatakan lagu/muzik itu harus asalkan tidak melalaikan. Akan tetapi kita berpendapat ia tetap haram.

Apa perlunya kita kepada lagu/muzik? Kalau kita hendakkan hiburan, kita ada Al-Qur’an yang sudah sangat indah bacaannya. Kalau kita hendak ketenangan, kita ada solat dan zikir. Solat itu memberi ketenangan seperti isyarat yang diberikan oleh Nabi Muhammad ﷺ. Daripada Abu Hurairah رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda kepada Bilal:

“يَا بِلاَلُ، أَقِمِ الصَّلاَةَ، أَرِحْنَا بِهَا.”
“Wahai Bilal, tegakkanlah solat, rehatkanlah kami dengannya (solat).”
(Hadith riwayat Abu Dawud, Imam Ahmad, dan lainnya. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Dan kalau ketenangan yang dicari, bukankah dengan zikir dan ingat kepada Allah ‎ﷻ, hati akan menjadi tenang? Semua orang tahu ayat Ra’d: 28

“الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ”
“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.”

Sebab itulah kita tidak memerlukan lagu/muzik termasuklah lagu nasyid. Ia bukanlah cara Islam. Sebab kalau itulah caranya, Nabi ﷺ dan para sahabat رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ pun mesti paling pandai menghasilkan lagu nasyid agaknya.

Maka kerana faham tentang hal inilah yang menyebabkan ada pelajar tahfiz yang apabila terdengar ada lagu dikumandangkan, mereka akan tutup telinga mereka.

Kerana begitulah yang dilakukan oleh Nabi ﷺ dan dalilnya adalah hadith ini yang diriwayatkan daripada Nafi’, maula (bekas hamba) Ibnu Umar رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا, dia berkata:

“كنتُ مع ابنِ عمرَ فسمع صوتَ زمارةِ راعٍ ، فوضع أُصبعَيه في أُذُنَيهِ ، وعدل راحلتَهُ عن الطريقِ ، وقال : يا نافعُ ، أتسمعُ ؟ فأقولُ : نعم . فيمضِي حتى قلتُ : لا . فرفع يديه من أُذُنَيهِ ، وعدل راحلتَهُ إلى الطريقِ ، وقال : رأيتُ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ حينَ سمع صوتَ يراعَةٍ صنع مثلَ هذا.”
“Aku pernah bersama Ibnu Umar رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا, lalu dia mendengar suara seruling penggembala. Maka dia meletakkan kedua jarinya di kedua telinganya, dan dia membelokkan untanya dari jalan. Dia berkata: ‘Wahai Nafi’, apakah engkau masih mendengar?’ Maka aku berkata: ‘Ya.’ Dia terus berjalan hingga aku berkata: ‘Tidak.’ Maka dia mengangkat kedua tangannya dari kedua telinganya, dan dia mengembalikan untanya ke jalan semula. Kemudian dia berkata: ‘Aku melihat Rasulullah ﷺ ketika mendengar suara seruling, baginda melakukan hal yang serupa (seperti ini).'”
(Hadith riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah. Dinilai shahih oleh Al-Albani dalam Silsilah Al-Hadis Ash-Shahihah No. 3177)

Jadi, kalau Al-Qur’an itu bukan syair, apakah ia?

 

إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ

Sesungguhnya Al-Qur’an itu tidak lain dan tidak bukan adalah pemberi peringatan

Apabila ada إن….إلّا ia bermaksud ada penegasan di sini. Allah ‎ﷻ memberitahu kita yang Al-Qur’an ini sifatnya ذِكْرٌ iaitu memberi peringatan. Ada banyak sebab kenapa ia digelar begitu, antaranya:

    • Peringatan dan Pengingat: Makna utama “dzikr” adalah peringatan atau pengingat. Al-Qur’an adalah peringatan daripada Allah ‎ﷻ kepada seluruh manusia tentang tujuan penciptaan mereka, tentang kewajipan mereka kepada Allah ‎ﷻ, tentang hari kiamat, syurga, neraka, serta kisah-kisah umat terdahulu sebagai pelajaran. Ia mengingatkan manusia akan janji-janji dan ancaman-ancaman Allah ‎ﷻ, serta hakikat kehidupan dunia dan akhirat. Sebab itulah kita kena baca selalu Al-Qur’an ini dan jangan ditinggalkan. Setiap hari kena ada masa yang kita luangkan untuk membacanya.

    • Nasihat dan Petunjuk: Al-Qur’an berfungsi sebagai nasihat dan petunjuk yang jelas bagi orang-orang yang berakal. Ia membimbing manusia kepada jalan yang lurus, membezakan antara yang hak dan yang batil, antara kebaikan dan keburukan. Akan tetapi, bagaimana ia boleh menjadi petunjuk kalau kita tidak faham apa yang kita baca? Ramai bukan orang kita yang setakat baca sahaja tetapi tidak faham pun apa yang dibaca?

    • Kemuliaan dan Kehormatan: Dalam beberapa konteks, “dzikr” juga dapat bererti kemuliaan atau kehormatan. Al-Qur’an adalah kitab yang mulia dan membawa kemuliaan bagi siapa pun yang memegangnya, mempelajarinya, dan mengamalkannya. Rasulullah ﷺ dan sahabat رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ itu mulia dan diingati sampai sekarang kerana mereka berpegang kepada Al-Qur’an dan menyampaikannya kepada manusia. Sebab itu kalau kita di khalayak ramai dan kita lihat ada orang yang baca Al-Qur’an, tentu kita rasa wah hebatnya dia. Kita pula bagaimana?

    • Menjaga dan Memelihara (Hafalan): Kata “dzikr” juga boleh bererti memelihara atau menjaga, terutama dalam konteks hafalan. Al-Qur’an adalah kitab yang dijaga dan dipelihara oleh Allah ‎ﷻ daripada perubahan atau pemalsuan, dan ia juga merupakan kitab yang mudah dihafal dan dipelajari oleh kaum Muslimin. Maka jadikan target kita untuk menghafal Al-Qur’an ini selagi kita hidup.

    • Dzikir kepada Allah: Al-Qur’an adalah bentuk dzikir (mengingat Allah ‎ﷻ) yang paling agung. Membaca, merenungkan (tadabbur), dan mengamalkan Al-Qur’an adalah cara tertinggi untuk mengingat Allah ‎ﷻ, memahami kebesaran-Nya, nama-nama dan sifat-sifat-Nya, serta hukum-hukum-Nya. Ramai yang tidak tahu hal ini rupanya. Ramai yang sibuk tanya zikir itu dan ini, padahal mereka ada Al-Qur’an yang lebih utama daripada mana-mana dzikir sebenarnya.

Begitulah dengan ringkas kenapa Al-Qur’an digelar ذِكْرٌ. Namun begitu perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada Al-Qur’an adalah ذِكْرٌ. Bukan الذِكْرٌ seperti kebiasaan di dalam Al-Qur’an seperti ayat Qalam: 52

وَإِن يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ لَمَّا سَمِعُوا الذِّكْرَ وَيَقُولُونَ إِنَّهُ لَمَجْنُونٌ
“Dan sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkanmu (dengan pandangan mereka yang tajam, kerana dengki) ketika mereka mendengar peringatan (الذِّكْرَ) (Al-Quran) dan mereka berkata: ‘Sesungguhnya dia (Muhammad) benar-benar orang gila’.”

Kali ini kalimah yang digunakan adalah dalam bentuk umum (nakirah). Kesannya adalah untuk memberitahu kita bahawa banyak benda yang Al-Qur’an itu ingatkan kita, bukan satu sahaja. Antaranya tentang realiti kehidupan, fitrah manusia, mengingatkan kita tentang sejarah silam umat-umat terdahulu, peringatan tentang apakah kesannya kalau kita ingkar kepada Allah ‎ﷻ, dan macam-macam lagi.

Ayat ke 69 adalah pengulangan tentang topik awal surah ini tentang Al-Qur’an dan juga Nabi Muhammad ﷺ. Lihat ayat 2 – 6

وَٱلۡقُرۡءَانِ ٱلۡحَكِيمِ (٢) إِنَّكَ لَمِنَ ٱلۡمُرۡسَلِينَ (٣) عَلَىٰ صِرَٲطٍ مُّسۡتَقِيمٍ۬ (٤) تَنزِيلَ ٱلۡعَزِيزِ ٱلرَّحِيمِ (٥) لِتُنذِرَ قَوۡمًا مَّآ أُنذِرَ ءَابَآؤُهُمۡ فَهُمۡ غَـٰفِلُونَ (٦)
Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh, (2) Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) daripada Rasul-rasul yang telah diutus, (3) Yang tetap di atas jalan yang lurus (agama Islam). (4) Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani, (5) Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai. (6)

Mengikut Shaikh Shalih al-Utsaimin , ذِكْرٌ bagi Al-Qur’an ini ada 3 perkara:

1. Kena ingat yang Al-Qur’an itu daripada Allah رَحِمَهُ اللَّهُ. Jadi ia sepatutnya memberi kesan kepada kita dalam melihat Al-Qur’an. Ia sepatutnya menjadi penting bagi kita kerana kalau kita dapat surat daripada polis pun kita sudah ketar, bukan? Apatah lagi kalau ini adalah surat daripada Allah ‎ﷻ yang sepatutnya kita kena agungkan. Semasa baca Al-Qur’an pun kena ada rasa lain macam kerana ia bukan kata-kata manusia.

2. Kena ingat bahawa apa-apa sahaja yang kita dapat daripada Al-Qur’an itu adalah terbaik. Kerana ia daripada Allah ‎ﷻ yang hendak memberi panduan hidup kepada hamba-Nya. Ia hukum terbaik dalam ayat yang terbaik.

3. Ia menaikkan darjat orang yang rapat dengan Al-Qur’an. Para sahabat رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ terkenal sampai sekarang kerana mereka mengamalkan Al-Qur’an dan menyampaikannya kepada manusia. Begitulah Rasulullah ﷺ namanya disebut-sebut kerana baginda menyampaikan Al-Qur’an seperti disebut di dalam Sharh: 4

وَرَفَعۡنَا لَكَ ذِكۡرَكَ
Dan Kami telah meninggikan bagimu

 

وَقُرْءآنٌ مُّبِينٌ

dan bacaan yang jelas nyata;

Al-Qur’an itu adalah wahyu dalam Bahasa Arab yang jelas nyata, yang tidak boleh ditiru oleh manusia. Sekarang disebut satu lagi sifat Al-Qur’an setelah disebut di dalam ayat 2,

وَالقُرءآنِ الحَكيمِ
Demi Al-Qur’an yang penuh bijaksana;

Al-Qur’an itu jelas nyata kepada mereka yang belajar tafsir Al-Qur’an. Maknanya, apabila kita belajar tafsir Al-Qur’an, kita akan tahu mana perbuatan salah yang kita buat. Sebab telah jelas nyata kepada kita kerana telah diterangkan dengan nyata di dalam Al-Qur’an. Yang tidak jelas adalah kepada orang yang tidak belajar tafsir Al-Qur’an sahaja.

Al-Qur’an ini sifatnya jelas, jadi boleh dipelajari dan difahami. Bukannya kena ada ijazah agama baru boleh belajar tafsir. Bukannya orang yang tertentu sahaja boleh faham, malah kebanyakan daripada kita boleh memahaminya. Jadi salahlah mereka yang kata orang tertentu sahaja yang boleh faham. Mereka ini kadangkala golongan ustaz tetapi mereka halang orang daripada belajar tafsir. Mereka kata kalau belajar, boleh jadi sesat. Sebenarnya yang sesat adalah mereka kerana mereka tidak belajar tafsir. Semua benda mereka belajar tetapi sumber utama agama mereka tidak belajar lagi. Pelik bin ajaib betul. Mereka tidak belajar kerana guru mereka sendiri tidak belajar dan guru kepada guru mereka sendiri tidak belajar. Jadi mereka pula tidak bagi orang lain belajar. Sudahlah mereka tidak belajar, mereka halang pula orang lain daripada belajar! Ini memang ahli agama yang paling teruk dalam dunia!

Al-Qur’an itu jelas memberi peringatan kepada mereka yang mahu merenungkan maknanya dan mentadabbur ayat-ayatnya (memikirkan tentangnya secara mendalam). Maka kena selalu belajar dan selalu baca supaya kita dapat faham. Daripada Uthman bin Affan رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

 خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
“Sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari Al-Qur’an dan mengajarkannya”.
(Riwayat Bukhari No. 5027)

Manusia selain daripada fizikal, ada dua elemen iaitu hati dan minda. Ini diwakili oleh ذِكرٌ dan مُبِينٌ di hujung ayat ini. Maklumat yang jelas مُبِينٌ adalah untuk minda dan dan pengisian hati disentuh di dalam kalimah ذِكرٌ. Dalilnya adalah zikir itu adalah ibadah hati dan telah disebut di dalam ayat Ra’d: 28

 أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini 20 Jun 2025

Ringkasan Surah Yaasin


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Al-Azhar Prof. HAMKA

Maariful Qur’an

Tafsir Al-Mishbah (Dr. M. Quraish Shihab)

Ustaz Solah Pusat Pengajian Ahsanul Ulum Centre

Ustaz Abdul Muien Ghulam Dakwah

Ayat-ayat Al-Qur’an Tentang Nikmat di Syurga

Berikut adalah senarai ayat-ayat yang menyebut tentang nikmat-nikmat di dalam Syurga

وَبَشِّرِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أَنَّ لَهُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ‌ۖ ڪُلَّمَا رُزِقُواْ مِنۡہَا مِن ثَمَرَةٍ۬ رِّزۡقً۬ا‌ۙ قَالُواْ هَـٰذَا ٱلَّذِى رُزِقۡنَا مِن قَبۡلُ‌ۖ وَأُتُواْ بِهِۦ مُتَشَـٰبِهً۬ا‌ۖ وَلَهُمۡ فِيهَآ أَزۡوَٲجٌ۬ مُّطَهَّرَةٌ۬‌ۖ وَهُمۡ فِيهَا خَـٰلِدُونَ (٢٥)
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan Syurga itu, mereka berkata: Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya) dan disediakan untuk mereka dalam Syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya. (25)

Baqarah(2): 82

وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡجَنَّةِ‌ۖ هُمۡ فِيہَا خَـٰلِدُونَ (٨٢)
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya. (82)

Ali ‘Imran(3) :15

قُلۡ أَؤُنَبِّئُكُم بِخَيۡرٍ۬ مِّن ذَٲلِڪُمۡ‌ۚ لِلَّذِينَ ٱتَّقَوۡاْ عِندَ رَبِّهِمۡ جَنَّـٰتٌ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيهَا وَأَزۡوَٲجٌ۬ مُّطَهَّرَةٌ۬ وَرِضۡوَٲنٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ‌ۗ وَٱللَّهُ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ (١٥)
Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga (pasangan-pasangan) isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya. (15)

Ali ‘Imran(3): 133

وَسارِعوا إِلىٰ مَغفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُم وَجَنَّةٍ عَرضُهَا السَّمٰوٰتُ وَالأَرضُ أُعِدَّت لِلمُتَّقينَ
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

Ali ‘Imran(3): 136

أُوْلَـٰٓٮِٕكَ جَزَآؤُهُم مَّغۡفِرَةٌ۬ مِّن رَّبِّهِمۡ وَجَنَّـٰتٌ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَا‌ۚ وَنِعۡمَ أَجۡرُ ٱلۡعَـٰمِلِينَ (١٣٦)
Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. (136)

Ali ‘Imran(3): 195

فَٱسۡتَجَابَ لَهُمۡ رَبُّهُمۡ أَنِّى لَآ أُضِيعُ عَمَلَ عَـٰمِلٍ۬ مِّنكُم مِّن ذَكَرٍ أَوۡ أُنثَىٰ‌ۖ بَعۡضُكُم مِّنۢ بَعۡضٍ۬‌ۖ فَٱلَّذِينَ هَاجَرُواْ وَأُخۡرِجُواْ مِن دِيَـٰرِهِمۡ وَأُوذُواْ فِى سَبِيلِى وَقَـٰتَلُواْ وَقُتِلُواْ لَأُكَفِّرَنَّ عَنۡہُمۡ سَيِّـَٔاتِہِمۡ وَلَأُدۡخِلَنَّهُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ ثَوَابً۬ا مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِ‌ۗ وَٱللَّهُ عِندَهُ ۥ حُسۡنُ ٱلثَّوَابِ (١٩٥)
Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firman-Nya): Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dalam kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya) dan yang diusir keluar dari tempat tinggalnya dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agamaKu dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam) dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil), sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh). (195)

Ali ‘Imran(3): 198

لَـٰكِنِ ٱلَّذِينَ ٱتَّقَوۡاْ رَبَّهُمۡ لَهُمۡ جَنَّـٰتٌ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَا نُزُلاً۬ مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِ‌ۗ وَمَا عِندَ ٱللَّهِ خَيۡرٌ۬ لِّلۡأَبۡرَارِ (١٩٨)
Tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, sebagai tempat sambutan tetamu (yang meriah dengan nikmat pemberian) dari Allah dan (ingatlah) apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih bagi orang-orang yang berbakti (yang taat, yang banyak berbuat kebajikan). (198)

Nisa'(4): 13

تِلۡكَ حُدُودُ ٱللَّهِ‌ۚ وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ يُدۡخِلۡهُ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيهَا‌ۚ وَذَٲلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ (١٣)
Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan itulah kejayaan yang amat besar. (13)

Nisa'(4): 57

وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ سَنُدۡخِلُهُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَآ أَبَدً۬ا‌ۖ لَّهُمۡ فِيہَآ أَزۡوَٲجٌ۬ مُّطَهَّرَةٌ۬‌ۖ وَنُدۡخِلُهُمۡ ظِلاًّ۬ ظَلِيلاً (٥٧)
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Mereka beroleh dalam Syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang suci bersih, serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi. (57)

Nisa'(4): 122

وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ سَنُدۡخِلُهُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَآ أَبَدً۬ا‌ۖ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقًّ۬ا‌ۚ وَمَنۡ أَصۡدَقُ مِنَ ٱللَّهِ قِيلاً۬ (١٢٢)
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, sebagai janji Allah yang benar dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah? (122)

Ma’idah(5): 12

وَلَقَدۡ أَخَذَ ٱللَّهُ مِيثَـٰقَ بَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ وَبَعَثۡنَا مِنۡهُمُ ٱثۡنَىۡ عَشَرَ نَقِيبً۬ا‌ۖ وَقَالَ ٱللَّهُ إِنِّى مَعَڪُمۡ‌ۖ لَٮِٕنۡ أَقَمۡتُمُ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَيۡتُمُ ٱلزَّڪَوٰةَ وَءَامَنتُم بِرُسُلِى وَعَزَّرۡتُمُوهُمۡ وَأَقۡرَضۡتُمُ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنً۬ا لَّأُڪَفِّرَنَّ عَنكُمۡ سَيِّـَٔاتِكُمۡ وَلَأُدۡخِلَنَّڪُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ‌ۚ فَمَن ڪَفَرَ بَعۡدَ ذَٲلِكَ مِنڪُمۡ فَقَدۡ ضَلَّ سَوَآءَ ٱلسَّبِيلِ (١٢)
Dan demi sesungguhnya! Allah telah mengambil perjanjian setia Bani Israil (supaya mereka menjunjung perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya) dan Kami telah utuskan dalam kalangan mereka dua belas ketua (untuk memimpin golongan masing-masing); dan Allah berfirman (kepada mereka): Bahawa Aku adalah berserta kamu (memerhati segala-galanya). Demi sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tunaikan zakat dan kamu beriman dengan segala Rasul (utusan-Ku) serta menolong bantu mereka (dalam menegakkan agama Allah) dan kamu pinjamkan Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalan-Nya) secara pinjaman yang baik (bukan kerana riak dan mencari keuntungan dunia), sudah tentu Aku akan ampunkan dosa-dosa kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Oleh itu, sesiapa yang kufur ingkar di antara kamu sesudah yang demikian, maka sesungguhnya sesatlah dia dari jalan yang betul. (12)

Ma’idah(5): 65

وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡڪِتَـٰبِ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَڪَفَّرۡنَا عَنۡہُمۡ سَيِّـَٔاتِہِمۡ وَلَأَدۡخَلۡنَـٰهُمۡ جَنَّـٰتِ ٱلنَّعِيمِ (٦٥)
Dan sekiranya Ahli Kitab itu beriman dan bertakwa tentulah Kami akan hapuskan dari mereka kejahatan-kejahatan mereka dan tentulah Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat. (65)

Ma’idah(5): 85

فَأَثَـٰبَهُمُ ٱللَّهُ بِمَا قَالُواْ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَا‌ۚ وَذَٲلِكَ جَزَآءُ ٱلۡمُحۡسِنِينَ (٨٥)
Lalu Allah memberikan pahala kepada mereka disebabkan (pengakuan iman yang ikhlas) yang telah mereka ucapkan, (iaitu mereka dibalas dengan) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka pula tetap kekal di dalamnya. Dan yang demikian itu, adalah balasan orang-orang yang berusaha berbuat kebaikan. (85)

Ma’idah(5): 119

قَالَ ٱللَّهُ هَـٰذَا يَوۡمُ يَنفَعُ ٱلصَّـٰدِقِينَ صِدۡقُهُمۡ‌ۚ لَهُمۡ جَنَّـٰتٌ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَآ أَبَدً۬ا‌ۚ رَّضِىَ ٱللَّهُ عَنۡہُمۡ وَرَضُواْ عَنۡهُ‌ۚ ذَٲلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ (١١٩)
Allah berfirman: Inilah hari (kiamat) yang (padanya) orang-orang yang benar (pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfaat dari kebenaran mereka; mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar. (119)

 

An’aam(6): 127

لَهُمۡ دَارُ ٱلسَّلَـٰمِ عِندَ رَبِّہِمۡ‌ۖ وَهُوَ وَلِيُّهُم بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ (١٢٧)
Bagi merekalah Syurga Darussalam (tempat tinggal yang aman sejahtera) di sisi Tuhan mereka dan Dialah Penolong mereka, disebabkan amal-amal (yang baik) yang mereka telah kerjakan. (127)

A’raf (7): 43

وَنَزَعۡنَا مَا فِى صُدُورِهِم مِّنۡ غِلٍّ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہِمُ ٱلۡأَنۡہَـٰرُ‌ۖ وَقَالُواْ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِى هَدَٮٰنَا لِهَـٰذَا وَمَا كُنَّا لِنَہۡتَدِىَ لَوۡلَآ أَنۡ هَدَٮٰنَا ٱللَّهُ‌ۖ لَقَدۡ جَآءَتۡ رُسُلُ رَبِّنَا بِٱلۡحَقِّ‌ۖ وَنُودُوٓاْ أَن تِلۡكُمُ ٱلۡجَنَّةُ أُورِثۡتُمُوهَا بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ (٤٣)
Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing dan mereka pula bersyukur dengan berkata: Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayat petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufikNya); sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran. Dan mereka diseru: Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan. (43)

 

Taubah(9): 72

وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَا وَمَسَـٰكِنَ طَيِّبَةً۬ فِى جَنَّـٰتِ عَدۡنٍ۬‌ۚ وَرِضۡوَٲنٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ أَڪۡبَرُ‌ۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ (٧٢)
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam “Syurga Adn” serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar. (72)

Taubah(9): 89

أَعَدَّ ٱللَّهُ لَهُمۡ جَنَّـٰتٍ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَا‌ۚ ذَٲلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ (٨٩)
Allah telah menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; yang demikian itulah kemenangan yang besar. (89)

Taubah(9): 100

وَٱلسَّـٰبِقُونَ ٱلۡأَوَّلُونَ مِنَ ٱلۡمُهَـٰجِرِينَ وَٱلۡأَنصَارِ وَٱلَّذِينَ ٱتَّبَعُوهُم بِـإِحۡسَـٰنٍ رَّضِىَ ٱللَّهُ عَنۡہُمۡ وَرَضُواْ عَنۡهُ وَأَعَدَّ لَهُمۡ جَنَّـٰتٍ تَجۡرِى تَحۡتَهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَآ أَبَدً۬ا‌ۚ ذٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ (١٠٠)
Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang “Muhajirin” dan “Ansar” dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (100)

 

Yunus (10): 9-10

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ يَہۡدِيهِمۡ رَبُّہُم بِإِيمَـٰنِہِمۡ‌ۖ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہِمُ ٱلۡأَنۡهَـٰرُ فِى جَنَّـٰتِ ٱلنَّعِيمِ (٩) دَعۡوَٮٰهُمۡ فِيہَا سُبۡحَـٰنَكَ ٱللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُہُمۡ فِيہَا سَلَـٰمٌ۬‌ۚ وَءَاخِرُ دَعۡوَٮٰهُمۡ أَنِ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (١٠)
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. (Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam Syurga yang penuh nikmat. (9) Doa ucapan mereka di dalam Syurga itu ialah Maha Suci Engkau dari segala kekurangan wahai Tuhan! Dan ucapan penghormatan mereka padanya ialah: Selamat sejahtera! Dan akhir doa mereka ialah segala puji dipersembahkan kepada Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam! (10)

Yunus (10): 25

وَٱللَّهُ يَدۡعُوٓاْ إِلَىٰ دَارِ ٱلسَّلَـٰمِ وَيَہۡدِى مَن يَشَآءُ إِلَىٰ صِرَٲطٍ مُّسۡتَقِيمٍ (٢٥) ۞
Dan Allah menyeru (manusia) ke Darus-salam (syurga), dan memberikan petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus (Islam).

Ra’d (13): 23-24

جَنَّـٰتُ عَدۡنٍ يَدۡخُلُونَہَا وَمَن صَلَحَ مِنۡ ءَابَآٮِٕہِمۡ وَأَزۡوٰجِهِمۡ وَذُرِّيَّـٰتِہِمۡ‌ۖ وَٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ يَدۡخُلُونَ عَلَيۡہِم مِّن كُلِّ بَابٍ (٢٣) سَلَـٰمٌ عَلَيۡكُم بِمَا صَبَرۡتُمۡ‌ۚ فَنِعۡمَ عُقۡبَى ٱلدَّارِ (٢٤)
Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (23) (Memberi hormat dengan berkata): Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu. (24)

 

Ibrahim (14): 23

وَأُدۡخِلَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ جَنَّـٰتٍ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَا بِإِذۡنِ رَبِّهِمۡ‌ۖ تَحِيَّتُہُمۡ فِيہَا سَلَـٰمٌ (٢٣)
Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh, ke dalam Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka; ucapan selamat sentiasa mereka dapati (dari malaikat) di dalam Syurga-syurga itu. (23)

Hijr (15): 45 – 48

لَهَا سَبۡعَةُ أَبۡوَٲبٍ لِّكُلِّ بَابٍ مِّنۡہُمۡ جُزۡءٌ مَّقۡسُومٌ (٤٤) إِنَّ ٱلۡمُتَّقِينَ فِى جَنَّـٰتٍ وَعُيُونٍ (٤٥) ٱدۡخُلُوهَا بِسَلَـٰمٍ ءَامِنِينَ (٤٦) وَنَزَعۡنَا مَا فِى صُدُورِهِم مِّنۡ غِلٍّ إِخۡوَٲنًا عَلَىٰ سُرُرٍ مُّتَقَـٰبِلِينَ (٤٧) لَا يَمَسُّهُمۡ فِيهَا نَصَبٌ وَمَا هُم مِّنۡہَا بِمُخۡرَجِينَ (٤٨) ۞
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (45) (Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): “Masuklah kamu ke dalamnya dengan selamat sejahtera serta beroleh aman”. (46) Dan Kami cabut akan apa yang ada dihati mereka daripada perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing. (47) Mereka tidak akan disentuh susah payah dalam Syurga itu, dan mereka pula tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripadanya. (48)

Nahl(16): 30-32

وَقِيلَ لِلَّذِينَ ٱتَّقَوۡاْ مَاذَآ أَنزَلَ رَبُّكُمۡ‌ۚ قَالُواْ خَيۡرً۬ا‌ۗ لِّلَّذِينَ أَحۡسَنُواْ فِى هَـٰذِهِ ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةٌ۬‌ۚ وَلَدَارُ ٱلۡأَخِرَةِ خَيۡرٌ۬‌ۚ وَلَنِعۡمَ دَارُ ٱلۡمُتَّقِينَ (٣٠) جَنَّـٰتُ عَدۡنٍ۬ يَدۡخُلُونَہَا تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ‌ۖ لَهُمۡ فِيہَا مَا يَشَآءُونَ‌ۚ كَذَٲلِكَ يَجۡزِى ٱللَّهُ ٱلۡمُتَّقِينَ (٣١) ٱلَّذِينَ تَتَوَفَّٮٰهُمُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ طَيِّبِينَ‌ۙ يَقُولُونَ سَلَـٰمٌ عَلَيۡكُمُ ٱدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ (٣٢)
Dan ditanya pula kepada orang-orang yang bertakwa: “Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu?” Mereka menjawab: “Kebaikan”. Orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini beroleh balasan yang baik dan sesungguhnya balasan negeri akhirat itu lebih baik lagi dan memanglah negeri akhirat ialah sebaik-baik negeri bagi orang-orang yang bertakwa. (30)
(Untuk mereka) Syurga-syurga “Adn”, yang mereka akan memasukinya, yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka beroleh di dalam Syurga itu apa yang mereka kehendaki; demikianlah Allah membalas orang-orang yang bertakwa, (31)
(Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka bersih suci (dari kufur syirik dan maksiat), sambil malaikat itu berkata kepada mereka: Selamat sejahtera kepada kamu; masuklah ke dalam Syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan. (32)

Kahf (18): 107 – 108

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ كَانَتۡ لَهُمۡ جَنَّـٰتُ ٱلۡفِرۡدَوۡسِ نُزُلاً (١٠٧) خَـٰلِدِينَ فِيہَا لَا يَبۡغُونَ عَنۡہَا حِوَلاً (١٠٨)
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah). (107) Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya. (108)

Maryam (19): 61 – 63

ٱلَّتِى وَعَدَ ٱلرَّحۡمَـٰنُ عِبَادَهُ ۥ بِٱلۡغَيۡبِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ كَانَ وَعۡدُهُ ۥ مَأۡتِيًّا (٦١) لَّا يَسۡمَعُونَ فِيہَا لَغۡوًا إِلَّا سَلَـٰمًا‌ۖ وَلَهُمۡ رِزۡقُهُمۡ فِيہَا بُكۡرَةً وَعَشِيًّا (٦٢) تِلۡكَ ٱلۡجَنَّةُ ٱلَّتِى نُورِثُ مِنۡ عِبَادِنَا مَن كَانَ تَقِيًّا (٦٣)
(Iaitu) Syurga “Adn” yang telah dijanjikan oleh (Allah) Ar-Rahman kepada hamba-hamba-Nya disebabkan kepercayaan mereka akan perkara-perkara yang ghaib; sesungguhnya Tuhan itu, janji-Nya tetap berlaku. (61) Mereka tidak akan mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia tetapi mereka sentiasa mendengar perkataan yang baik-baik; dan makan minum untuk mereka disediakan di dalamnya, pagi dan petang (sepanjang masa). (62) Itulah taman Syurga yang Kami akan berikan sebagai warisan pusaka kepada orang-orang yang bertaqwa daripada hamba-hamba Kami. (63)

Taha (20): 75-76

وَمَن يَأۡتِهِۦ مُؤۡمِنًا قَدۡ عَمِلَ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ لَهُمُ ٱلدَّرَجَـٰتُ ٱلۡعُلَىٰ (٧٥) جَنَّـٰتُ عَدۡنٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَا‌ۚ وَذٰلِكَ جَزَآءُ مَن تَزَكَّىٰ (٧٦)
Dan sesiapa yang datang kepadaNya sedang dia beriman, serta dia telah mengerjakan amal-amal yang soleh, maka mereka itu akan beroleh tempat-tempat tinggal yang tinggi darjatnya: (75) (Iaitu) Syurga-syurga yang kekal, yang mengalir padanya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan yang demikian itu ialah balasan orang-orang yang membersihkan dirinya dari perbuatan kufur dan maksiat. (76)

Taha (20): 117-119

وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَـٰٓٮِٕڪَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأَدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ أَبَىٰ (١١٦) فَقُلۡنَا يَـٰٓـٴَـادَمُ إِنَّ هَـٰذَا عَدُوٌّ لَّكَ وَلِزَوۡجِكَ فَلَا يُخۡرِجَنَّكُمَا مِنَ ٱلۡجَنَّةِ فَتَشۡقَىٰٓ (١١٧) إِنَّ لَكَ أَلَّا تَجُوعَ فِيہَا وَلَا تَعۡرَىٰ (١١٨) وَأَنَّكَ لَا تَظۡمَؤُاْ فِيہَا وَلَا تَضۡحَىٰ (١١٩)
Maka, Kami berfirman: Wahai Adam sesungguhnya iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita. (117)
Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar dalam Syurga itu dan tidak akan bertelanjang. (118) Dan sesungguhnya engkau juga tidak akan dahaga dalam Syurga itu dan tidak akan merasa panas matahari. (119)

 

Hajj (22): 14

إِنَّ ٱللَّهَ يُدۡخِلُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ جَنَّـٰتٍ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَفۡعَلُ مَا يُرِيدُ (١٤)
Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; sesungguhnya Allah melakukan apa yang ditentukanNya. (14)

Hajj (22): 23-24

إِنَّ ٱللَّهَ يُدۡخِلُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ جَنَّـٰتٍ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ يُحَلَّوۡنَ فِيهَا مِنۡ أَسَاوِرَ مِن ذَهَبٍ وَلُؤۡلُؤً۬ا‌ۖ وَلِبَاسُهُمۡ فِيهَا حَرِيرٌ (٢٣) وَهُدُوٓاْ إِلَى ٱلطَّيِّبِ مِنَ ٱلۡقَوۡلِ وَهُدُوٓاْ إِلَىٰ صِرٰطِ ٱلۡحَمِيدِ (٢٤)
Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara dan pakaian mereka di situ dari sutera. (23) Dan mereka diberi petunjuk kepada mengucapkan kata-kata yang baik, serta diberi petunjuk ke jalan Allah Yang Amat Terpuji. (24)

Mukminoon (23): 10 – 11

أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡوَٲرِثُونَ (١٠) ٱلَّذِينَ يَرِثُونَ ٱلۡفِرۡدَوۡسَ هُمۡ فِيہَا خَـٰلِدُونَ (١١)
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi – (10) (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya. (11)

Furqan (25): 24

اَصْحٰبُ الْجَنَّةِ يَوْمَىِٕذٍ خَيْرٌ مُّسْتَقَرًّا وَّاَحْسَنُ مَقِيْلًا ۝٢٤
Para penghuni syurga pada hari itu paling baik tempat tinggalnya dan paling indah tempat istirehatnya.

Furqan (25): 75 – 76

أُوْلَـٰٓٮِٕكَ يُجۡزَوۡنَ ٱلۡغُرۡفَةَ بِمَا صَبَرُواْ وَيُلَقَّوۡنَ فِيهَا تَحِيَّةً وَسَلَـٰمًا (٧٥) خَـٰلِدِينَ فِيهَا‌ۚ حَسُنَتۡ مُسۡتَقَرًّا وَمُقَامًا (٧٦)
Mereka itulah orang yang dibalasi dengan martabat yang tinggi (dalam syurga) kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya, (75) mereka kekal di dalamnya. Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman. (76)

Ankabut(29): 58

وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَنُبَوِّئَنَّهُم مِّنَ ٱلۡجَنَّةِ غُرَفًا تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَا‌ۚ نِعۡمَ أَجۡرُ ٱلۡعَـٰمِلِينَ (٥٨)
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikianlah balasan yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal soleh; (58)

Luqman (31): 8 – 9

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَهُمۡ جَنَّـٰتُ ٱلنَّعِيمِ (٨) خَـٰلِدِينَ فِيہَا‌ۖ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقًّ۬ا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَڪِيمُ (٩)
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan, (8) Kekal mereka di dalamnya; sebagai janji Allah yang benar. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (9)

Fatir (35): 33 – 35

جَنَّـٰتُ عَدۡنٍ يَدۡخُلُونَہَا يُحَلَّوۡنَ فِيہَا مِنۡ أَسَاوِرَ مِن ذَهَبٍ وَلُؤۡلُؤًاۖ وَلِبَاسُہُمۡ فِيہَا حَرِيرٌ (٣٣) وَقَالُواْ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِىٓ أَذۡهَبَ عَنَّا ٱلۡحَزَنَۖ إِنَّ رَبَّنَا لَغَفُورٌ شَكُورٌ (٣٤) ٱلَّذِىٓ أَحَلَّنَا دَارَ ٱلۡمُقَامَةِ مِن فَضۡلِهِۦ لَا يَمَسُّنَا فِيہَا نَصَبٌ وَلَا يَمَسُّنَا فِيہَا لُغُوبٌ (٣٥)
(Bagi mereka) Syurga ‘Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang daripada emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka di dalamnya adalah sutera. (33) Dan mereka berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita daripada kami. Sesungguhnya Tuhan kami benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri. (34) Yang menempatkan kami dalam tempat yang kekal (syurga) daripada kurnia-Nya; di dalamnya kami tiada merasa lelah dan tiada pula merasa lesu”. (35)

Yaasin(36): 55-58

إِنَّ أَصۡحَـٰبَ ٱلۡجَنَّةِ ٱلۡيَوۡمَ فِى شُغُلٍ۬ فَـٰكِهُونَ (٥٥) هُمۡ وَأَزۡوَٲجُهُمۡ فِى ظِلَـٰلٍ عَلَى ٱلۡأَرَآٮِٕكِ مُتَّكِـُٔونَ (٥٦) لَهُمۡ فِيہَا فَـٰكِهَةٌ۬ وَلَهُم مَّا يَدَّعُونَ (٥٧) سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬ (٥٨)
Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan; (55) Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk bersenggeng di atas pelamin; (56) Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki; (57) (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (58)

Saffat (37): 41 – 50

أُوْلَـٰٓٮِٕكَ لَهُمۡ رِزۡقٌ مَّعۡلُومٌ (٤١) فَوَٲكِهُ‌ۖ وَهُم مُّكۡرَمُونَ (٤٢) فِى جَنَّـٰتِ ٱلنَّعِيمِ (٤٣) عَلَىٰ سُرُرٍ مُّتَقَـٰبِلِينَ (٤٤) يُطَافُ عَلَيۡہِم بِكَأۡسٍ مِّن مَّعِينِۭ (٤٥) بَيۡضَآءَ لَذَّةٍ لِّلشَّـٰرِبِينَ (٤٦) لَا فِيہَا غَوۡلٌ وَلَا هُمۡ عَنۡہَا يُنزَفُونَ (٤٧) وَعِندَهُمۡ قَـٰصِرَٲتُ ٱلطَّرۡفِ عِينٌ۬ (٤٨) كَأَنَّہُنَّ بَيۡضٌ مَّكۡنُونٌ (٤٩) فَأَقۡبَلَ بَعۡضُہُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٍ يَتَسَآءَلُونَ (٥٠)
Mereka itu memperoleh rezeki yang tertentu, (41) iaitu buah-buahan. Dan mereka adalah orang-orang yang dimuliakan, (42) di dalam syurga-syurga yang penuh nikmat. (43) di atas takhta-takhta kebesaran berhadap-hadapan. (44) Diedarkan kepada mereka gelas dari sungai yang mengalir. (45) (Warnanya) putih bersih, sedap rasanya bagi orang-orang yang minum. (46) Ia tidak mengandungi sesuatu yang membahayakan dan tidak pula mereka mabuk kerana menikmatinya. (47) Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jelita matanya, (48) seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik. (49) Lalu sebahagian mereka menghadap kepada sebahagian yang lain sambil bercakap-cakap. (50)

Zumar (39): 73

وَسِيقَ ٱلَّذِينَ ٱتَّقَوۡاْ رَبَّہُمۡ إِلَى ٱلۡجَنَّةِ زُمَرًا‌ۖ حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءُوهَا وَفُتِحَتۡ أَبۡوَٲبُهَا وَقَالَ لَهُمۡ خَزَنَتُہَا سَلَـٰمٌ عَلَيۡڪُمۡ طِبۡتُمۡ فَٱدۡخُلُوهَا خَـٰلِدِينَ (٧٣)
Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:” Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya” (mereka pun masuk)

Fussilat(41): 31

نَحۡنُ أَوۡلِيَآؤُكُمۡ فِى ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَفِى ٱلۡأَخِرَةِ‌ۖ وَلَكُمۡ فِيهَا مَا تَشۡتَهِىٓ أَنفُسُكُمۡ وَلَكُمۡ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ (٣١)
Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat dan kamu akan beroleh pada hari akhirat apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh pada hari itu apa yang kamu cita-citakan mendapatnya. (31)

 

Muhammad(47): 12

إِنَّ ٱللَّهَ يُدۡخِلُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ جَنَّـٰتٍ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ‌ۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ يَتَمَتَّعُونَ وَيَأۡكُلُونَ كَمَا تَأۡكُلُ ٱلۡأَنۡعَـٰمُ وَٱلنَّارُ مَثۡوًى لَّهُمۡ (١٢)
Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang soleh ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang Nerakalah menjadi tempat tinggal mereka. (12)

Qaf (50): 34 – 35

ٱدۡخُلُوهَا بِسَلَـٰمٍ‌ۖ ذَٲلِكَ يَوۡمُ ٱلۡخُلُودِ (٣٤) لَهُم مَّا يَشَآءُونَ فِيہَا وَلَدَيۡنَا مَزِيدٌ (٣٥)
masukilah syurga itu dengan aman, itulah hari kekekalan. (34) Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki; dan pada sisi Kami ada tambahannya. (35)

Thur(52): 17-27

إِنَّ ٱلۡمُتَّقِينَ فِى جَنَّـٰتٍ۬ وَنَعِيمٍ۬ (١٧) فَـٰكِهِينَ بِمَآ ءَاتَٮٰهُمۡ رَبُّهُمۡ وَوَقَٮٰهُمۡ رَبُّہُمۡ عَذَابَ ٱلۡجَحِيمِ (١٨) كُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ هَنِيٓـَٔۢا بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ (١٩) مُتَّكِـِٔينَ عَلَىٰ سُرُرٍ۬ مَّصۡفُوفَةٍ۬‌ۖ وَزَوَّجۡنَـٰهُم بِحُورٍ عِينٍ۬ (٢٠) وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَٱتَّبَعَتۡہُمۡ ذُرِّيَّتُہُم بِإِيمَـٰنٍ أَلۡحَقۡنَا بِہِمۡ ذُرِّيَّتَہُمۡ وَمَآ أَلَتۡنَـٰهُم مِّنۡ عَمَلِهِم مِّن شَىۡءٍ۬‌ۚ كُلُّ ٱمۡرِىِٕۭ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ۬ (٢١) وَأَمۡدَدۡنَـٰهُم بِفَـٰكِهَةٍ۬ وَلَحۡمٍ۬ مِّمَّا يَشۡتَہُونَ (٢٢) يَتَنَـٰزَعُونَ فِيہَا كَأۡسً۬ا لَّا لَغۡوٌ۬ فِيہَا وَلَا تَأۡثِيمٌ۬ (٢٣) ۞ وَيَطُوفُ عَلَيۡہِمۡ غِلۡمَانٌ۬ لَّهُمۡ كَأَنَّہُمۡ لُؤۡلُؤٌ۬ مَّكۡنُونٌ۬ (٢٤) وَأَقۡبَلَ بَعۡضُہُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٍ۬ يَتَسَآءَلُونَ (٢٥) قَالُوٓاْ إِنَّا ڪُنَّا قَبۡلُ فِىٓ أَهۡلِنَا مُشۡفِقِينَ (٢٦) فَمَنَّ ٱللَّهُ عَلَيۡنَا وَوَقَٮٰنَا عَذَابَ ٱلسَّمُومِ (٢٧)
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, ditempatkan dalam taman-taman Syurga dan nikmat kesenangan (yang tidak ada taranya). (17)
Mereka bersenang lenang dengan apa yang dikurniakan oleh Tuhan mereka dan mereka dipelihara Tuhan dari azab neraka. (18) (Dan dikatakan kepada mereka): “Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman yang lazat serta baik kesudahannya, dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan”. (19) Mereka duduk berbaring di atas pelamin-pelamin yang berderet dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya. (20) Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikit pun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya. (21) Dan (penduduk Syurga itu) Kami tambahi mereka (dari semasa ke semasa), dengan buah-buahan dan daging dari berbagai jenis yang mereka ingini. (22) Mereka di dalam Syurga itu (kerana melahirkan kemesraan antara satu dengan yang lain) berebut-rebut mengambil piala yang berisi arak yang tidak menyebabkan timbul (dari peminumnya) perkara yang sia-sia dan tidak pula menyebabkan (peminumnya menanggung) dosa. (23) Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang sentiasa beredar di sekitar mereka, (yang cantik parasnya) seolah-olah anak-anak muda itu mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. (24) Dan (dengan berada dalam nikmat itu) mereka berhadap-hadapan satu sama lain sambil bertanya-tanya. (25) Mereka berkata: “Sesungguhnya kami dahulu, semasa berada dalam kalangan keluarga kami, selalu merasa cemas takut (daripada berlaku derhaka kepada Allah), (26)
“Maka Allah mengurniakan kami (rahmat dan taufikNya), serta memelihara kami dari azab neraka. (27)

 

Hadid(57): 12

يَوۡمَ تَرَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ يَسۡعَىٰ نُورُهُم بَيۡنَ أَيۡدِيہِمۡ وَبِأَيۡمَـٰنِهِم بُشۡرَٮٰكُمُ ٱلۡيَوۡمَ جَنَّـٰتٌ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَا‌ۚ ذٰلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ (١٢)
(Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): Orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): Berita yang menggembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar. (12)

 

Mujadilah(58): 22

ڪَتَبَ ٱللَّهُ لَأَغۡلِبَنَّ أَنَا۟ وَرُسُلِىٓ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ قَوِىٌّ عَزِيزٌ (٢١) لَّا تَجِدُ قَوۡمًا يُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ يُوَآدُّونَ مَنۡ حَآدَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ وَلَوۡ ڪَانُوٓاْ ءَابَآءَهُمۡ أَوۡ أَبۡنَآءَهُمۡ أَوۡ إِخۡوَٲنَهُمۡ أَوۡ عَشِيرَتَہُمۡ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ڪَتَبَ فِى قُلُوبِہِمُ ٱلۡإِيمَـٰنَ وَأَيَّدَهُم بِرُوحٍ مِّنۡهُ‌ۖ وَيُدۡخِلُهُمۡ جَنَّـٰتٍ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيهَا‌ۚ رَضِىَ ٱللَّهُ عَنۡہُمۡ وَرَضُواْ عَنۡهُ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ حِزۡبُ ٱللَّهِ‌ۚ أَلَآ إِنَّ حِزۡبَ ٱللَّهِ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (٢٢)
Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya. (22)

 

Taghabun(64): 9

يَوۡمَ يَجۡمَعُكُمۡ لِيَوۡمِ ٱلۡجَمۡعِ‌ۖ ذٰلِكَ يَوۡمُ ٱلتَّغَابُنِ‌ۗ وَمَن يُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ وَيَعۡمَلۡ صَـٰلِحًا يُكَفِّرۡ عَنۡهُ سَيِّـَٔاتِهِۦ وَيُدۡخِلۡهُ جَنَّـٰتٍ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَآ أَبَدً۬ا‌ۚ ذٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ (٩)
(Ingatkanlah) masa Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan (untuk menerima balasan), itulah hari masing-masing nampak kerugiannya dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah serta mengerjakan amal soleh, nescaya Allah mengampunkan dosa-dosanya dan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; yang demikian itulah kemenangan yang besar. (9)

 

Zukhruf(43): 68-73

يَـٰعِبَادِ لَا خَوۡفٌ عَلَيۡكُمُ ٱلۡيَوۡمَ وَلَآ أَنتُمۡ تَحۡزَنُونَ (٦٨) ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا وَڪَانُواْ مُسۡلِمِينَ (٦٩) ٱدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ أَنتُمۡ وَأَزۡوَٲجُكُمۡ تُحۡبَرُونَ (٧٠) يُطَافُ عَلَيۡہِم بِصِحَافٍ۬ مِّن ذَهَبٍ۬ وَأَكۡوَابٍ۬‌ۖ وَفِيهَا مَا تَشۡتَهِيهِ ٱلۡأَنفُسُ وَتَلَذُّ ٱلۡأَعۡيُنُ‌ۖ وَأَنتُمۡ فِيهَا خَـٰلِدُونَ (٧١) وَتِلۡكَ ٱلۡجَنَّةُ ٱلَّتِىٓ أُورِثۡتُمُوهَا بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ (٧٢)
(Mereka yang bertakwa itu, diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firmanNya): Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) dan kamu pula tidak akan berdukacita. (68) (Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh, (69) (Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): Masuklah kamu ke dalam Syurga bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan. (70) Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta dipandang indah oleh mata dan (dikatakan kepada mereka): Kamu adalah tetap kekal di dalamnya. (71) Dan (dikatakan lagi kepada mereka): Inilah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan. (72) Kamu beroleh di dalamnya berbagai jenis buah-buahan, untuk kamu makan daripadanya. (73)

 

Dukhan(44): 51-57

إِنَّ ٱلۡمُتَّقِينَ فِى مَقَامٍ أَمِينٍ۬ (٥١) فِى جَنَّـٰتٍ۬ وَعُيُونٍ۬ (٥٢) يَلۡبَسُونَ مِن سُندُسٍ۬ وَإِسۡتَبۡرَقٍ۬ مُّتَقَـٰبِلِينَ (٥٣) ڪَذَٲلِكَ وَزَوَّجۡنَـٰهُم بِحُورٍ عِينٍ۬ (٥٤) يَدۡعُونَ فِيهَا بِكُلِّ فَـٰكِهَةٍ ءَامِنِينَ (٥٥) لَا يَذُوقُونَ فِيهَا ٱلۡمَوۡتَ إِلَّا ٱلۡمَوۡتَةَ ٱلۡأُولَىٰ‌ۖ وَوَقَٮٰهُمۡ عَذَابَ ٱلۡجَحِيمِ (٥٦) فَضۡلاً۬ مِّن رَّبِّكَ‌ۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ (٥٧)
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa. (51)
Dia itu di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya, (52) Mereka memakai pakaian dari kain sutera yang halus dan kain sutera tebal yang bersulam; (mereka duduk di tempat perhimpunan) sentiasa berhadap-hadapan (di atas pelamin masing-masing). (53) Demikianlah keadaannya dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya. (54) Mereka meminta di dalam Syurga itu tiap-tiap jenis buah-buahan (yang mereka ingini), dalam keadaan aman sentosa. (55) Mereka tidak merasai kematian dalam Syurga itu selain daripada mati yang mereka rasai (di dunia) dahulu dan Allah selamatkan mereka dari azab Neraka; (56) (Mereka diberikan semuanya itu) sebagai limpah kurnia dari Tuhanmu (wahai Muhammad); yang demikian itulah kemenangan yang besar. (57)

 

Fath(48): 5

لِّيُدۡخِلَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ جَنَّـٰتٍ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَا وَيُڪَفِّرَ عَنۡهُمۡ سَيِّـَٔاتِہِمۡ‌ۚ وَكَانَ ذٰلِكَ عِندَ ٱللَّهِ فَوۡزًا عَظِيمًا (٥)
(Allah melakukan yang demikian) supaya Dia memasukkan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dengan keadaan kekal mereka di dalamnya, serta menghapuskan dosa-dosa mereka dan adalah yang demikian itu pada sisi Allah merupakan kejayaan yang besar (untuk mereka); (5)

Qamar (54): 54 – 55

إِنَّ ٱلۡمُتَّقِينَ فِى جَنَّـٰتٍ وَنَہَرٍ (٥٤) فِى مَقۡعَدِ صِدۡقٍ عِندَ مَلِيكٍ مُّقۡتَدِرِۭ (٥٥)
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, ditempatkan dalam taman-taman Syurga (yang indah) dan (dekat) beberapa sungai, (54) Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan Yang Menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendak-Nya. (55)

Rahman(55): 46-77

وَلِمَنۡ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ جَنَّتَانِ (٤٦) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٤٧) ذَوَاتَآ أَفۡنَانٍ۬ (٤٨) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٤٩) فِيہِمَا عَيۡنَانِ تَجۡرِيَانِ (٥٠) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٥١) فِيہِمَا مِن كُلِّ فَـٰكِهَةٍ۬ زَوۡجَانِ (٥٢) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٥٣) مُتَّكِـِٔينَ عَلَىٰ فُرُشِۭ بَطَآٮِٕنُہَا مِنۡ إِسۡتَبۡرَقٍ۬‌ۚ وَجَنَى ٱلۡجَنَّتَيۡنِ دَانٍ۬ (٥٤) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٥٥) فِيہِنَّ قَـٰصِرَٲتُ ٱلطَّرۡفِ لَمۡ يَطۡمِثۡہُنَّ إِنسٌ۬ قَبۡلَهُمۡ وَلَا جَآنٌّ۬ (٥٦) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٥٧) كَأَنَّہُنَّ ٱلۡيَاقُوتُ وَٱلۡمَرۡجَانُ (٥٨) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٥٩) هَلۡ جَزَآءُ ٱلۡإِحۡسَـٰنِ إِلَّا ٱلۡإِحۡسَـٰنُ (٦٠) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٦١) وَمِن دُونِہِمَا جَنَّتَانِ (٦٢) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٦٣) مُدۡهَآمَّتَانِ (٦٤) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٦٥) فِيہِمَا عَيۡنَانِ نَضَّاخَتَانِ (٦٦) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٦٧) فِيہِمَا فَـٰكِهَةٌ۬ وَنَخۡلٌ۬ وَرُمَّانٌ۬ (٦٨) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٦٩) فِيہِنَّ خَيۡرَٲتٌ حِسَانٌ۬ (٧٠) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٧١) حُورٌ۬ مَّقۡصُورَٲتٌ۬ فِى ٱلۡخِيَامِ (٧٢) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٧٣) لَمۡ يَطۡمِثۡہُنَّ إِنسٌ۬ قَبۡلَهُمۡ وَلَا جَآنٌّ۬ (٧٤) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٧٥) مُتَّكِـِٔينَ عَلَىٰ رَفۡرَفٍ خُضۡرٍ۬ وَعَبۡقَرِىٍّ حِسَانٍ۬ (٧٦) فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٧٧)
Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga. (46)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (47) (Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan. (48) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (49) Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua mata air yang mengalir. (50) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan. (51) Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa). (52) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (53) Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya dari sutera tebal yang bersulam dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik. (54) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (55) Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin. (56) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (57) Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. (58) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (59) Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga? (60) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (61) Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua). (62) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (63) Kedua-duanya menghijau subur tanamannya. (64) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (65) Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua mata air yang terus menerus memancutkan airnya. (66) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (67) Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima. (68) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (69) Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya. (70) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (71) Dia itu bidadari-bidadari yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing. (72) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (73) (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin. (74) Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (75) Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah. (76)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (77)

 

Waqi’ah(56): 15-37

عَلَىٰ سُرُرٍ۬ مَّوۡضُونَةٍ۬ (١٥) مُّتَّكِـِٔينَ عَلَيۡہَا مُتَقَـٰبِلِينَ (١٦) يَطُوفُ عَلَيۡہِمۡ وِلۡدَٲنٌ۬ مُّخَلَّدُونَ (١٧) بِأَكۡوَابٍ۬ وَأَبَارِيقَ وَكَأۡسٍ۬ مِّن مَّعِينٍ۬ (١٨) لَّا يُصَدَّعُونَ عَنۡہَا وَلَا يُنزِفُونَ (١٩) وَفَـٰكِهَةٍ۬ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ (٢٠) وَلَحۡمِ طَيۡرٍ۬ مِّمَّا يَشۡتَہُونَ (٢١) وَحُورٌ عِينٌ۬ (٢٢) كَأَمۡثَـٰلِ ٱللُّؤۡلُوِٕ ٱلۡمَكۡنُونِ (٢٣) جَزَآءَۢ بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ (٢٤) لَا يَسۡمَعُونَ فِيہَا لَغۡوً۬ا وَلَا تَأۡثِيمًا (٢٥) إِلَّا قِيلاً۬ سَلَـٰمً۬ا سَلَـٰمً۬ا (٢٦) وَأَصۡحَـٰبُ ٱلۡيَمِينِ مَآ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡيَمِينِ (٢٧) فِى سِدۡرٍ۬ مَّخۡضُودٍ۬ (٢٨) وَطَلۡحٍ۬ مَّنضُودٍ۬ (٢٩) وَظِلٍّ۬ مَّمۡدُودٍ۬ (٣٠) وَمَآءٍ۬ مَّسۡكُوبٍ۬ (٣١) وَفَـٰكِهَةٍ۬ كَثِيرَةٍ۬ (٣٢) لَّا مَقۡطُوعَةٍ۬ وَلَا مَمۡنُوعَةٍ۬ (٣٣) وَفُرُشٍ۬ مَّرۡفُوعَةٍ (٣٤) إِنَّآ أَنشَأۡنَـٰهُنَّ إِنشَآءً۬ (٣٥) فَجَعَلۡنَـٰهُنَّ أَبۡكَارًا (٣٦)
(Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata; (15)
Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan. (16) Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; (17) Dengan membawa piala-piala minuman dan teko-teko serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir. (18) Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya. (19) Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih, (20) Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini. (21) Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya, (22) Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. (23) (Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan. (24) Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; (25) Mereka hanya mendengar ucapan: Selamat! Selamat! (dari satu kepada yang lain). (26) Dan puak kanan, alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu? (27) Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. (28) Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya, (29) Dan naungan yang tetap terbentang, (30) Dan air yang sentiasa mengalir, (31) Serta buah-buahan yang banyak, (32) Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya, (33) Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya. (34) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, (35) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (36)
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (37)

 

Saf(61): 12

يَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ وَيُدۡخِلۡكُمۡ جَنَّـٰتٍ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ وَمَسَـٰكِنَ طَيِّبَةً فِى جَنَّـٰتِ عَدۡنٍ۬‌ۚ ذٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ (١٢)
(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga “Adn”. Itulah kemenangan yang besar. (12)

 

Talaq(65): 11

رَّسُولاً يَتۡلُواْ عَلَيۡكُمۡ ءَايَـٰتِ ٱللَّهِ مُبَيِّنَـٰتٍ لِّيُخۡرِجَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ مِنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ‌ۚ وَمَن يُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ وَيَعۡمَلۡ صَـٰلِحًا يُدۡخِلۡهُ جَنَّـٰتٍ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَآ أَبَدً۬ا‌ۖ قَدۡ أَحۡسَنَ ٱللَّهُ لَهُ ۥ رِزۡقًا (١١)
(Dengan mengutuskan) seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Allah yang menerangkan kebenaran, supaya Allah mengeluarkan orang-orang (yang sedia diketahuiNya akan) beriman dan beramal soleh dari gelap-gelita (kesesatan) kepada cahaya (hidayat petunjuk) dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah (dengan yang demikian) telah mengurniakan kepadanya sebaik-baik pemberian. (11)

Tahreem (66): 8

ـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ تُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ تَوۡبَةً نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمۡ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمۡ سَيِّـَٔاتِكُمۡ وَيُدۡخِلَڪُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ يَوۡمَ لَا يُخۡزِى ٱللَّهُ ٱلنَّبِىَّ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُ ۥ‌ۖ نُورُهُمۡ يَسۡعَىٰ بَيۡنَ أَيۡدِيہِمۡ وَبِأَيۡمَـٰنِہِمۡ يَقُولُونَ رَبَّنَآ أَتۡمِمۡ لَنَا نُورَنَا وَٱغۡفِرۡ لَنَآ‌ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ ڪُلِّ شَىۡءٍ قَدِيرٌ (٨)
Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang mukmin yang bersama dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: “Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu”.

Insan (76): 5 – 6

إِنَّ ٱلۡأَبۡرَارَ يَشۡرَبُونَ مِن كَأۡسٍ كَانَ مِزَاجُهَا ڪَافُورًا (٥) عَيۡنً۬ا يَشۡرَبُ بِہَا عِبَادُ ٱللَّهِ يُفَجِّرُونَہَا تَفۡجِيرًا (٦)
Sesungguhnya orang-orang yang berbuat kebajikan minum dari gelas (berisi minuman) yang campurannya adalah air kafur, (5) (iaitu) mata air (dalam syurga) yang daripadanya hamba-hamba Allah minum, yang mereka dapat mengalirkannya dengan sebaik-baiknya. (6)

Insan (76): 11 – 21

فَوَقَٮٰهُمُ ٱللَّهُ شَرَّ ذَٲلِكَ ٱلۡيَوۡمِ وَلَقَّٮٰهُمۡ نَضۡرَةً۬ وَسُرُورً۬ا (١١) وَجَزَٮٰهُم بِمَا صَبَرُواْ جَنَّةً۬ وَحَرِيرً۬ا (١٢) مُّتَّكِـِٔينَ فِيہَا عَلَى ٱلۡأَرَآٮِٕكِ‌ۖ لَا يَرَوۡنَ فِيہَا شَمۡسً۬ا وَلَا زَمۡهَرِيرً۬ا (١٣) وَدَانِيَةً عَلَيۡہِمۡ ظِلَـٰلُهَا وَذُلِّلَتۡ قُطُوفُهَا تَذۡلِيلاً۬ (١٤) وَيُطَافُ عَلَيۡہِم بِـَٔانِيَةٍ۬ مِّن فِضَّةٍ۬ وَأَكۡوَابٍ۬ كَانَتۡ قَوَارِيرَا۟ (١٥) قَوَارِيرَاْ مِن فِضَّةٍ۬ قَدَّرُوهَا تَقۡدِيرً۬ا (١٦) وَيُسۡقَوۡنَ فِيہَا كَأۡسً۬ا كَانَ مِزَاجُهَا زَنجَبِيلاً (١٧) عَيۡنً۬ا فِيہَا تُسَمَّىٰ سَلۡسَبِيلاً۬ (١٨) ۞ وَيَطُوفُ عَلَيۡہِمۡ وِلۡدَٲنٌ۬ مُّخَلَّدُونَ إِذَا رَأَيۡتَہُمۡ حَسِبۡتَہُمۡ لُؤۡلُؤً۬ا مَّنثُورً۬ا (١٩) وَإِذَا رَأَيۡتَ ثَمَّ رَأَيۡتَ نَعِيمً۬ا وَمُلۡكً۬ا كَبِيرًا (٢٠) عَـٰلِيَہُمۡ ثِيَابُ سُندُسٍ خُضۡرٌ۬ وَإِسۡتَبۡرَقٌ۬‌ۖ وَحُلُّوٓاْ أَسَاوِرَ مِن فِضَّةٍ۬ وَسَقَٮٰهُمۡ رَبُّہُمۡ شَرَابً۬ا طَهُورًا (٢١)
Maka Tuhan memelihara mereka daripada kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati. (11) Dan Dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka (dengan) syurga dan (pakaian) sutera, (12) di dalamnya mereka duduk bertelekan di atas dipan, mereka tidak merasakan di dalamnya (teriknya) matahari dan tidak pula dingin yang bersangatan. (13) Dan naungan (pohon-pohon syurga itu) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya. (14) Dan diedarkan kepada mereka bejana-bejana dari perak dan piala-piala yang bening laksana kaca, (15) (iaitu) kaca-kaca (yang terbuat) dari perak yang telah diukur mereka dengan sebaik-baiknya. (16) Di dalam syurga itu mereka diberi minum segelas (minuman) yang campurannya adalah halia. (17) (Yang didatangkan dari) sebuah mata air syurga yang dinamakan salsabil. (18) Dan mereka dikelilingi oleh pelayan-pelayan muda yang tetap muda. Apabila kamu melihat mereka, kamu akan mengira mereka mutiara yang bertaburan. (19) Dan apabila kamu melihat di sana (syurga), nescaya kamu akan melihat berbagai macam kenikmatan dan kerajaan yang besar. (20) Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal dan dipakaikan kepada mereka gelang terbuat dari perak, dan Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih. (21)

Naba’ (78): 31 – 36

إِنَّ لِلۡمُتَّقِينَ مَفَازًا (٣١) حَدَآٮِٕقَ وَأَعۡنَـٰبًا (٣٢) وَكَوَاعِبَ أَتۡرَابًا (٣٣) وَكَأۡسً۬ا دِهَاقًا (٣٤) لَّا يَسۡمَعُونَ فِيہَا لَغۡوًا وَلَا كِذَّٲبًا (٣٥) جَزَآءً۬ مِّن رَّبِّكَ عَطَآءً حِسَابًا (٣٦)
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan, (31) (Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur; (32) Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya; (33) Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman; (34) Mereka tidak mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia, dan tiada pula perkataan yang dusta; (35) Sebagai balasan daripada Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang dijanjikan-Nya), (36)

Mutaffifin (83): 22 – 28

إِنَّ ٱلۡأَبۡرَارَ لَفِى نَعِيمٍ (٢٢) عَلَى ٱلۡأَرَآٮِٕكِ يَنظُرُونَ (٢٣) تَعۡرِفُ فِى وُجُوهِهِمۡ نَضۡرَةَ ٱلنَّعِيمِ (٢٤) يُسۡقَوۡنَ مِن رَّحِيقٍ۬ مَّخۡتُومٍ (٢٥) خِتَـٰمُهُ ۥ مِسۡكٌ۬‌ۚ وَفِى ذَٲلِكَ فَلۡيَتَنَافَسِ ٱلۡمُتَنَـٰفِسُونَ (٢٦) وَمِزَاجُهُ ۥ مِن تَسۡنِيمٍ (٢٧) عَيۡنً۬ا يَشۡرَبُ بِہَا ٱلۡمُقَرَّبُونَ (٢٨)
Sesungguhnya orang yang berbakti itu benar-benar berada dalam kenikmatan yang besar (syurga), (22) mereka (duduk) di atas dipan-dipan sambil memandang. (23) Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan yang penuh kenikmatan. (24) Mereka diberi minum dari khamar murni yang dimeterai (tempatnya), (25) penutupnya adalah kasturi; dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlumba-lumba. (26) Dan campuran khamar murni itu adalah daripada tasnim, (27) (iaitu) mata air yang minum daripadanya orang-orang yang didekatkan kepada Allah. (28)

Buruj(85): 11

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ لَهُمۡ جَنَّـٰتٌ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ‌ۚ ذٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡكَبِيرُ (١١)
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar. (11)

 

Ghaasyiah(88): 8-16

وُجُوهٌ يَوۡمَٮِٕذٍ نَّاعِمَةٌ (٨) لِّسَعۡيِہَا رَاضِيَةٌ (٩) فِى جَنَّةٍ عَالِيَةٍ (١٠) لَّا تَسۡمَعُ فِيہَا لَـٰغِيَةً (١١) فِيہَا عَيۡنٌ جَارِيَةٌ (١٢) فِيہَا سُرُرٌ مَّرۡفُوعَةٌ (١٣) وَأَكۡوَابٌ مَّوۡضُوعَةٌ (١٤) وَنَمَارِقُ مَصۡفُوفَةٌ (١٥) وَزَرَابِىُّ مَبۡثُوثَةٌ (١٦)
muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri. (8)
Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia). (9) (Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga yang tinggi (tempat kedudukannya dan darjatnya). (10) Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia. (11) Di dalam Syurga itu ada mata air yang mengalir. (12) Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya). (13) Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka). (14) Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar). (15) Serta hamparan-hamparan yang terbentang. (16)

Bayyinah (98): 8

جَزَآؤُهُمۡ عِندَ رَبِّہِمۡ جَنَّـٰتُ عَدۡنٍ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَآ أَبَدًا‌ۖ رَّضِىَ ٱللَّهُ عَنۡہُمۡ وَرَضُواْ عَنۡهُ‌ۚ ذَٲلِكَ لِمَنۡ خَشِىَ رَبَّهُ ۥ (٨)
Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga Adn (tempat tinggal yang tetap), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.

Tafsir Surah Mulk Ayat 30 (Lemahnya Manusia)

Mulk Ayat 30: Dalil Aqli (akal) terakhir dalam surah ini. Allah ‎ﷻ gunakan perumpamaan air.

قُل أَرَءيتُم إِن أَصبَحَ ماؤُكُم غَورًا فَمَن يَأتيكُم بِماءٍ مَّعينٍ

Sahih International

Say, “Have you considered: if your water was to become sunken [into the earth], then who could bring you flowing water?”

Malay

Katakanlah lagi: “Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (ditelan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?”.

 

قُلْ

Katakanlah; 

Berhujahlah kepada mereka, suruh mereka fikirkan. Banyak kali Allah ‎ﷻ menggunakan perkataan ‘Qul’ tetapi tidaklah membosankan kita membacanya walaupun kita membacanya berkali-kali. Kalau perkataan manusia, tentulah kita akan merasa bosan. Inilah kehebatan ayat-ayat Al-Qur’an, baca banyak kali pun tidaklah kita pernah bosan.

 

أَرَأَيْتُمْ

Apakah tidak kamu perhatikan; 

Ini adalah soalan Allah ‎ﷻ kepada manusia. Allah ‎ﷻ menyuruh kita memikirkan. Allah ‎ﷻ suruh kita perhatikan dengan ‘mata hati’. Jangan lihat dengan mata fizikal sahaja. Di ayat akhir ini pun sekali lagi Allah ‎ﷻ suruh kita menggunakan akal kita yang Dia telah berikan.

 

إِنْ أَصْبَحَ مَاؤُكُمْ غَوْرًا

jika Allah menjadikan air kamu surut;

Allah ‎ﷻ boleh serapkan air semuanya sehingga menjadi kering kontang bumi itu, tidak didapati air itu lagi. Allah ‎ﷻ memang mampu buat. Di dalam ayat 28 telah disebut عَذابٍ أَليمٍ yang boleh dikenakan kepada orang kafir di akhirat kelak. Namun Allah ‎ﷻ tidak perlu di akhirat untuk azab mereka. Allah ‎ﷻ boleh sahaja beri azab dengan memotong bekalan air manusia yang ingkar itu. Mudah sahaja bagi Allah ‎ﷻ. Perkataan أَصْبَحَ bermaksud cepat sahaja perkara itu terjadi. Apabila datang subuh sahaja, kita lihat air telah tiada. Perkataan غَوْرًا bermaksud air surut masuk ke dalam bumi. Tidak boleh diambil lagi. Tidak boleh dicari lagi sebab sudah masuk dalam sangat. Korek telaga pun tidak jumpa.

Kenapa Allah ‎ﷻ menggunakan contoh air dalam ayat ini? Ini adalah kerana Al-Qur’an mula-mula diturunkan kepada bangsa Arab dan air adalah satu sumber yang amat penting sekali kepada mereka. Tambahan pula bagi Arab Mekah itu, مَاؤُكُمْ (air kalian) bagi mereka adalah air zam-zam. Mereka bergantung kepada air zam-zam itu kerana ia air yang tidak habis-habis, sepanjang tahun ada sahaja. Akan tetapi Allah ‎ﷻ hendak beritahu, air zam-zam itu pun Allah ‎ﷻ boleh putuskan bekalannya kalau Dia mahu. Jadi, apabila digunakan contoh air, mereka akan cepat faham. Namun begitu, bukanlah air itu diperlukan oleh mereka sahaja. Seluruh dunia memerlukan air. Tidak ada kehidupan jikalau tiada air. Jadi, penggunaan contoh air ini adalah amat bertepatan sekali. Kita pun kalau kemarau sekejap pun sudah terasa susah, bukan?

Surah ini namanya al-Mulk yang bermaksud ‘kerajaan’. Allah ‎ﷻ berkuasa untuk buat apa-apa sahaja untuk mengazab manusia yang ingkar. Akan tetapi Allah ‎ﷻ tidak perlu memusnahkan bangunan, gunung dan sebagainya untuk mengazab manusia. Cukup Allah ‎ﷻ putuskan bekalan air sahaja, 5 hari sahaja mati belaka manusia seluruh dunia.

Satu lagi kaitan kerajaan adalah takhta bagi Allah ‎ﷻ adalah Arasy. Di dalam Hud: 7 disebut yang Arasy Allah itu di atas air,

وَكانَ عَرشُهُ عَلَى الماءِ
sedang Arasy-Nya, berada di atas air

Di sini Allah ‎ﷻ mengingatkan kepada kita semua bahawa air itu adalah pemberian daripada Allah ‎ﷻ semata. Kadang-kadang kita tidak perasan berkatnya air itu yang Allah ‎ﷻ telah berikan kepada kita. Yang manusia jahil cari adalah berkat tok guru, air liur, air basuhan kaki, air mandian, berkat kayu koka dan segala jenis kayu, berkat capal Nabi, logo capal Nabi dan bermacam jenis berkat yang dicari manusia yang tidak ada dalil sandarannya. Sedangkan ini berkat yang Allah ‎ﷻ setiap hari berikan kepada mereka, mereka tidak perhatikan dan tidak bersyukur pun kepada Allah ‎ﷻ.

Begitulah Al-Qur’an menggunakan contoh-contoh yang manusia mudah dan cepat faham. Asalkan kita mahu belajar dan buka hati kita. Namun masalahnya, ramai yang tidak terfikir pun untuk belajar tafsir Al-Qur’an. Mereka sangka mereka sudah pandai, sudah faham agama, tetapi sebenarnya tidak. Atau ada guru-guru jahil yang mengatakan Al-Qur’an ini terlalu tinggi sampai tidak boleh difahami oleh manusia biasa. Ini adalah fahaman yang amat sesat dan dipelopori oleh syaitan. Malangnya ia diulang-ulangi oleh golongan agamawan pula.

 

فَمَنْ يَأْتِيكُمْ بِمَاءٍ مَعِينٍ

Maka siapakah yang boleh mendatangkan air mengalir kepada kamu?;

Kalimah مَعِينٍ bermaksud air yang mengalir dengan cantik dan tenang. Ia daripada kata dasar ع ي ن yang bermaksud mata dan selalu digunakan untuk mata air. Inilah air yang diharap-harapkan oleh semua orang.

Adakah sesiapa yang boleh mengadakan kembali air itu seandainya Allah ‎ﷻ telah hilangkan? Tidak ada sesiapa yang boleh buat. Hanya Allah ‎ﷻ sahaja yang mampu. Yang beri air itu pada mulanya pun Allah ‎ﷻ juga. Seandainya Allah ‎ﷻ ambil, siapakah lagi yang boleh mengeluarkannya? Maka, sedarlah kita bahawa kita ini amat bergantung sangat kepada Allah ‎ﷻ.

Maka kalau Allah sahaja yang boleh beri sumber air kepada kita, maka kenapa hendak sembah selain Allah ‎ﷻ? Kenapa hendak berdoa kepada selain Allah ‎ﷻ?

Dalam semua perkara kita bergantung kepada Allah ‎ﷻ. Janganlah semakin kita maju, kita rasa kita boleh buat sendiri. Jangan kita rasa kita tidak memerlukan Allah ‎ﷻ lagi. Janganlah jadi seperti orang barat yang sudah merasa mereka menguasai dunia dengan kehebatan teknologi yang mereka sudah ada. Mereka itu perasan mereka sudah hebat sampaikan ajaran agama menjadi asing bagi mereka sehinggakan mereka sangka mereka tidak perlukan Tuhan lagi. Janganlah kita rasa selamat kalau kita tidak bergantung dengan Allah ‎ﷻ. Serahkanlah diri kita kepada Allah ‎ﷻ. Tawakallah kepada Allah ‎ﷻ dalam segenap hal.

Disunatkan apabila sampai ke hujung ayat ini untuk menjawabnya, kerana ia mengandungi soalan. Maka jawapannya adalah الله رَبُّ العٰلَمِين. Ya, hanya Allah ‎ﷻ sahaja yang boleh mengembalikan air itu semula.

Begitulah susunan ayat-ayat di dalam Surah Mulk ini yang amat hebat. Semuanya telah disusun dengan begitu hebat sekali. Kita boleh bahagikan susunan semua ayat itu kepada 6 bahagian yang utama:

Di dalam Bahagian 1 (ayat 1 – 4), Allah ‎ﷻ menceritakan kehebatan kerajaan-Nya dan alam yang diciptanya. Di sini kita yakin yang Allah ‎ﷻ berkuasa atas segala sesuatu. Malah kuasa Allah ‎ﷻ itu kekal (sifat barakah yang kekal).

Di dalam Bahagian 2 (ayat 5 – 15), kita banyak ditakutkan dengan kejadian di Neraka. Kemudian Allah ‎ﷻ memberitahu balasan Syurga bagi mereka yang taat.

Di dalam Bahagian 3 (ayat 16 – 22), Allah ‎ﷻ mengancam kita dengan azab di dunia lagi, tidak perlu tunggu azab di Neraka. Azab itu boleh datang bila-bila masa sahaja.

Di dalam Bahagian 4 (ayat 23 & 24), Allah ‎ﷻ menceritakan tentang kehidupan di dunia, mengingatkan kepada kita bahawa hidup di dunia ini singkat sahaja kerana akhirnya kita akan kembali kepada-Nya. Maka kita hendaklah ambil peluang selagi kita hidup ini dengan beramal kebaikan.

Di dalam Bahagian 5 (ayat 25 – 27), Allah ‎ﷻ mengulang kata-kata kurang ajar para penentang apabila mereka mempersoalkan kedatangan akhirat itu. Kalau ada, bila datangnya? Begitulah kata-kata mereka.

Di dalam Bahagian 6 (ayat 28 – 30), Allah ‎ﷻ mengingatkan kepada kita betapa lemahnya insan ini.

 

Yang menariknya, setiap topik ini ada kaitan antara lawannya:

Bahagian 1 dengan Bahagian 6: Allah ‎ﷻ berkuasa dan lawannya insan itu lemah sangat. Kekuasaan Allah ‎ﷻ lebih ternampak jelas apabila kita nampak lemahnya diri kita.

Bahagian 2 dengan Bahagian 5: Apabila Allah ‎ﷻ menceritakan tentang akhirat, para penentang mempersoalkan bila datangnya.

Bahagian 3 dengan Bahagian 4: Allah ‎ﷻ mengingatkan kita tentang pendeknya hidup di dunia ini yang bermakna kita tidak ada masa yang panjang untuk buat persediaan. Bahagian 3 menyentuh singkatnya hidup umat manusia di dunia ini (Allah ‎ﷻ boleh musnahkan manusia bila-bila masa) dan Bahagian ke 4 mengatakan pendeknya hidup secara individu (kita boleh mati bila-bila masa sahaja).

 

Mari kita perhatikan lebih lanjut setiap satu daripada kaitan ini.

 

Di dalam Bahagian 1 disebut Allah ‎ﷻ mencipta 2 perkara iaitu kehidupan dan kematian خَلَقَ ٱلْمَوْتَ وَٱلْحَيَوٰةَ (ayat 2); di dalam Bahagian 6 sekali lagi hidup dan mati disebut إِنْ أَهْلَكَنِىَ ٱللَّهُ وَمَن مَّعِىَ أَوْ رَحِمَنَا (ayat 28).

Di dalam Bahagian 1 disebut kekuasaan Allah ‎ﷻ untuk melakukan apa sahaja وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍۢ قَدِيرٌ (ayat 1) dan antara kuasa Allah ﷻ adalah mengazab para penentang فَمَن يُجِيرُ ٱلْكَـٰفِرِينَ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍۢ (ayat 28) dan menghilangkan air إِنْ أَصْبَحَ مَآؤُكُمْ غَوْرًۭا (ayat 30) yang disebut di dalam Bahagian 6.

Di dalam Bahagian 1 disebut وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْغَفُورُ (ayat 2) iaitu kuasa menghukum dan mengampun di Tangan Allah sahaja dan di Bahagian 6 disebut sekali lagi soalan فَمَن يُجِيرُ ٱلْكَـٰفِرِينَ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍۢ (ayat 28).

Nama ٱلرَّحْمَـٰنِ disebut di dalam Bahagian 1 ما تَرَىٰ فِى خَلْقِ ٱلرَّحْمَـٰنِ مِن تَفَـٰوُتٍۢ (ayat 3) dan di Bahagian 6 juga disebut هُوَ ٱلرَّحْمَـٰنُ (ayat 29).

Ada elemen melihat di dalam dua-dua Bahagian ini. مَّا تَرَىٰ فِى خَلْقِ ٱلرَّحْمَـٰنِ مِن تَفَـٰوُتٍۢ ۖ  فَٱرْجِعِ ٱلْبَصَرَ هَلْ تَرَىٰ مِن فُطُورٍۢ (ayat 3) dan dua kali kalimah تَرَىٰ disebut. Perhatikan di dalam Bahagian 6 juga disebut dua kali kalimah lihat iaitu قُلْ أَرَءَيْتُمْ إِنْ أَهْلَكَنِىَ ٱللَّهُ وَمَن مَّعِىَ (ayat 28) dan قُلْ أَرَءَيْتُمْ إِنْ أَصْبَحَ مَآؤُكُمْ غَوْرًۭا (ayat 30).

 

Bahagian 2 bermula dengan penceritaan tentang langit وَلَقَدْ زَيَّنَّا ٱلسَّمَآءَ ٱلدُّنْيَا dan kemudian diberitahu syaitan diazab رُجُومًۭا لِّلشَّيَـٰطِينِ di langit dan dijanjikan dengan azab yang lebih teruk وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ ٱلسَّعِيرِ (ayat 5) bukan hanya syaitan tetapi orang kafir juga وَلِلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بِرَبِّهِمْ iaitu mereka akan dikenakan dengan عَذَابُ جَهَنَّمَ (ayat 6). Kemudian diteruskan dengan menceritakan keadaan di dalam neraka itu seperti شَهِيقًۭا (ayat 7) dan تَمَيَّزُ (ayat 8). Kemudian bertukar menceritakan tentang syurga yang akan diberikan kepada orang mukmin إِنَّ ٱلَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُم (ayat 12).

Bahagian 2 bermula dengan sebut tentang langit dan kemudian di hujung bahagian ini menyebut tentang bumi pula ٱلْأَرْضَ ذَلُولًۭا (ayat 15).

Kemudian di Bahagian 5 disebut soalan para penentang وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هَـٰذَا ٱلْوَعْدُ (ayat 25). Apakah janji itu? Itulah janji-janji dan penceritaan yang telah disebut di dalam Bahagian 2.

Di dalam ayat 26 disebut وَإِنَّمَآ أَنَا۠ نَذِيرٌۭ مُّبِينٌۭ dan di mana isu ini pernah timbul? Ya, di dalam Bahagian 2 iaitu apabila malaikat bertanya: أَلَمْ يَأْتِكُمْ نَذِيرٌۭ (ayat 8). Jadi di dalam Bahagian 2 dan Bahagian 5 kedua-duanya ada menggunakan kalimah نَذِيرٌۭ dan ini menguatkan pertalian antara keduanya.

Di dalam Bahagian 2 dan 5 ini juga disebut penyesalan ahli neraka iaitu وَقَالُوا۟ لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِىٓ أَصْحَـٰبِ ٱلسَّعِيرِ (ayat 10) dan فَلَمَّا رَأَوْهُ زُلْفَةًۭ سِيٓـَٔتْ وُجُوهُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ (ayat 27).

 

Ada 2 soalan yang melibatkan pendengaran dan 2 soalan yang melibatkan penglihatan di sini. Kalau kita betul-betul mendengar dan melihat, hati kita sepatutnya berubah ke arah kebaikan.

2 soalan pendengaran adalah ءَأَمِنتُم مَّن فِى ٱلسَّمَآءِ أَن يَخْسِفَ بِكُمُ ٱلْأَرْضَ (ayat 16) dan أَمْ أَمِنتُم مَّن فِى ٱلسَّمَآءِ أَن يُرْسِلَ عَلَيْكُمْ حَاصِبًۭا (ayat 17). Ia soalan berkenaan pendengaran kerana tidak boleh lihat dua perkara ini.

Kemudian ada 2 soalan lagi iaitu أَمَّنْ هَـٰذَا ٱلَّذِى هُوَ جُندٌۭ لَّكُمْ (ayat 20) dan أَمَّنْ هَـٰذَا ٱلَّذِى يَرْزُقُكُمْ إِنْ أَمْسَكَ رِزْقَهُۥ (ayat 21).

2 soalan penglihatan pula adalah أَوَلَمْ يَرَوْا۟ إِلَى ٱلطَّيْرِ فَوْقَهُمْ (ayat 19) dan أَفَمَن يَمْشِى مُكِبًّا عَلَىٰ وَجْهِهِۦٓ (ayat 22). Kedua-duanya melibatkan visual yang kita boleh bayangkan.

Perhatikan kaitannya di dalam ayat 23 di mana Allah ‎ﷻ berfirman وَجَعَلَ لَكُمُ ٱلسَّمْعَ وَٱلْأَبْصَـٰرَ وَٱلْأَفْـِٔدَةَ di mana pendengaran dan penglihatan disebut. Apakah kesannya? Hati akan berubah.

 

Allahu a’lam. Tamat tafsir Surah al-Mulk ini. Sambung ke surah seterusnya, Surah Qalam.

Kemas kini: 13 April 2025

Ringkasan Surah Mulk


Rujukan:

Maulana Hadi

Kuliah tafsir Surah al-Mulk oleh Sheikh (Dr) Haitham Al-Haddad

Kuliah tafsir Surah al-Mulk oleh Sheikh Abdul Nasir Jangda

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Al-Azhar Prof. HAMKA

Tafsir Al-Mishbah (Dr. M. Quraish Shihab)

Tafsir Ibn Kathir

Maariful Qur’an

Ustaz Solah

Ustaz Abdul Muien Ghulam Dakwah

Nouman Ali Khan

Terjemahan & Rekabentuk Infografik daripada Amnah Farooq

Tafsir Surah Mulk Ayat 28 – 29 (Rahmat kalau umur panjang)

SOALAN: SIAPAKAH LAGI YANG DAPAT MENYELAMATKAN?

Mulk Ayat 28: Ayat ini menunjukkan cara untuk menyampaikan wahyu melalui akal (peringatan) berserta takhwif (penakutan). Lihatlah betapa sayangnya Allah ‎ﷻ kepada makhluk-Nya. Walaupun mereka telah menolak apa yang disampaikan oleh Nabi ﷺ, namun Allah ‎ﷻ masih lagi menyuruh Nabi ﷺ memberikan peringatan kepada mereka. Peringatan yang diberikan di dalam ayat ini adalah dengan cara menakutkan. Mudah-mudahan mereka boleh mengambil pengajaran dan kembali kepada Allah ‎ﷻ.

قُل أَرَأَيتُم إِن أَهلَكَنِيَ اللهُ وَمَن مَّعِيَ أَو رَحِمَنا فَمَن يُجيرُ الكٰفِرينَ مِن عَذابٍ أَليمٍ

Sahih International

Say, [O Muhammad], “Have you considered: whether Allah should cause my death and those with me or have mercy upon us, who can protect the disbelievers from a painful punishment?”

Malay

Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): “Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Dia memberi rahmat kepada kami, – maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”.

 

قُلْ

Katakanlah: 

Katakan kepada orang kafir itu. Allah ‎ﷻ suruh Nabi ﷺ yang cakap kepada mereka kerana Allah ‎ﷻ tidak mahu bercakap terus dengan mereka. Sememangnya tugas Nabi ﷺ adalah untuk menyampaikan dakwah kepada umat.

 

أَرَأَيْتُمْ إِنْ أَهْلَكَنِيَ اللهُ

Bagaimana fikiranmu, jika Allah membinasakan aku; 

Kalimah أَرَأَيْتُمْ dari segi bahasa adalah: ‘Tidakkah kalian melihat’, ‘tidakkah kalian memikirkan’. Di sini Allah ‎ﷻ meneruskan tema utama surah ini iaitu menggalakkan pembaca Al-Qur’an untuk menggunakan akal mereka.

Maksud أَهْلَكَنِيَ ‘membinasakan aku’ dalam ayat ini adalah ‘mematikan aku’. Orang-orang kafir Quraish mengatakan mereka mengharapkan supaya Nabi Muhammad ﷺ mati dengan segera. Pada mereka, kalau Nabi Muhammad ﷺ sudah mati, maka matilah sekali dengan ajaran agamanya yang mereka anggap sesat itu. Mereka pun memang ada perancangan untuk membunuh Nabi ﷺ. Mereka mengharapkan kematian Nabi ﷺ sahaja kerana mereka tidak boleh berhujah lagi dengan Nabi ﷺ kerana hujah mereka tidak kuat.

Jadi, dalam ayat ini, Nabi ﷺ disuruh untuk mengatakan, “Kalaulah Allah mematikan aku pun”. Ini kerana kuasa mematikan hanya pada Allah ‎ﷻ sahaja. Walaupun golongan penentang itu hendak membunuh baginda, akan tetapi ayat yang digunakan bukanlah إن قَتَلتُموني (jika kalian hendak membunuhku) akan tetapi إِنْ أَهْلَكَنِيَ اللهُ kerana hanya Allah ‎ﷻ sahaja yang boleh mematikan.

 

وَمَنْ مَّعِيَ

dan orang-orang yang bersamaku; 

Kalaulah Allah ‎ﷻ mematikan para sahabat Nabi ﷺ yang bersama baginda. Iaitu para sahabat رضي الله عنهم di Mekah. Mereka pun berdakwah juga kepada puak Quraish. Maka para penentang turut membenci para sahabat رضي الله عنهم itu kerana para sahabat رضي الله عنهم itu tidak habis-habis mengajak kepada tauhid dan kepada wahyu Al-Qur’an.

 

أَوْ رَحِمَنَا

atau Allah memberi rahmat kepada kami;

Allah ‎ﷻ bersifat Rahman, maka tentulah Allah ‎ﷻ tidak membunuh Nabi ﷺ dengan cara هلك. Kalau هلك ia bukan mati biasa tetapi violent death (mati dalam keadaan kejam). Perhatikan Al-Qur’an tidak menggunakan perkataan ‘atau terus menghidupkan aku’ yang sepatutnya menjadi lawan kepada ‘mematikan’ di dalam potongan sebelumnya. Sebaliknya Allah ‎ﷻ menggunakan istilah rahmat di sini. “Rahmat’ yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah ‘kehidupan’. Ini adalah kerana hidup itu adalah satu rahmat yang besar daripada Allah ‎ﷻ. Sebab itulah Allah ‎ﷻ tidak suka jikalau manusia mengambil nyawa orang lain atau nyawa sendiri. Ini kerana perbuatan tersebut hanyalah memutuskan rahmat Allah ‎ﷻ. Allah ‎ﷻ berfirman di dalam Isra’: 33

وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ
“Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ, Rasululah ﷺ bersabda:

مَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَتَوَجَّأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا، وَمَنْ شَرِبَ سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا، وَمَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ يَتَرَدَّى فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا
“Sesiapa yang membunuh diri dengan besi, maka di neraka jahanam nanti besi itu selalu di tangannya, dia menusuk-nusukkannya ke perutnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan meminum racun, maka di neraka jahanam nanti dia akan terus meminumnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka di neraka jahanam nanti, dia akan menjatuhkan (dirinya) selama-lamanya.”
(Sahih Muslim No. 109)

Selagi kita hidup, selagi itu ada rahmat yang Allah ‎ﷻ berikan kepada kita. Namun apabila kita sudah mengambil nyawa sendiri, maka putuslah rahmat daripada Allah ‎ﷻ itu. Sebab itulah orang mukmin sepatutnya berharap supaya umur mereka dipanjangkan. Ini kerana umur yang panjang itu memberi peluang untuk beramal dengan lebih banyak. Ia adalah satu rahmat daripada Allah ‎ﷻ seperti disebut di dalam sebuah hadith,

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِى بَكْرَةَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَجُلاً قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَىُّ النَّاسِ خَيْرٌ قَالَ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ قَالَ فَأَىُّ النَّاسِ شَرٌّ قَالَ مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَسَاءَ عَمَلُهُ
Daripada Abdurrahman bin Abu Bakrah رَحِمَهُ اللَّهُ, daripada bapanya, bahawa seorang laki-laki berkata, “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang terbaik?” Baginda menjawab, “Orang yang panjang umurnya dan baik amalnya”. Dia bertanya lagi, “Lalu siapakah orang yang terburuk?” Baginda menjawab, “Orang yang berumur panjang dan buruk amalnya”.
(HR. Ahmad; Tirmidzi; dan al-Hakim. Disahihkan oleh al-Albani رَحِمَهُ اللَّهُ dalam Sahih at-Targhib wat Tarhib)

Syarah: Kenapa orang yang panjang umurnya dan baik amalnya merupakan orang terbaik ? Kerana orang yang banyak kebaikannya, setiap kali umurnya bertambah maka pahalanya juga bertambah dan darjatnya semakin tinggi. Kesempatan hidupnya merupakan tambahan pahala dengan sebab nilai amalannya yang terus tambah, walaupun hanya sekadar istiqamah di atas iman. Kerana apakah yang lebih besar daripada iman di dalam kehidupan ini? Perhatikan sebuah lagi hadith,

وعَنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ شَدَّادٍ أَنَّ نَفَراً مِنْ بَنِى عُذْرَةَ ثَلاَثَةً أَتَوُا النَّبِىَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَسْلَمُوا – قَالَ – فَقَالَ النَّبِىُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ يَكْفِنِيهِمْ. قَالَ طَلْحَةُ أَنَا. قَالَ فَكَانُوا عِنْدَ طَلْحَةَ فَبَعَثَ النَّبِىُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْثاً فَخَرَجَ فِيهِ أَحَدُهُمْ فَاسْتُشْهِدَ – قَالَ – ثُمَّ بَعَثَ بَعْثاً فَخَرَجَ فِيهِ آخَرُ فَاسْتُشْهِدَ – قَالَ – ثُمَّ مَاتَ الثَّالِثُ عَلَى فِرَاشِهِ قَالَ طَلْحَةُ فَرَأَيْتُ هَؤُلاَءِ الثَّلاَثَةَ الَّذِينَ كَانُوا عِنْدِى فِى الْجَنَّةِ فَرَأَيْتُ الْمَيِّتَ عَلَى فِرَاشِهِ أَمَامَهُمْ وَرَأَيْتُ الَّذِى اسْتُشْهِدَ أَخِيراً يَلِيهِ وَرَأَيْتُ الَّذِى اسْتُشْهِدَ أَوَّلَهُمْ آخِرَهُمْ – قَالَ – فَدَخَلَنِى مِنْ ذَلِكَ – قَالَ – فَأَتَيْتُ النَّبِىَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لَهُ – قَالَ – فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : وَمَا أَنْكَرْتَ مِنْ ذَلِكَ لَيْسَ أَحَدٌ أَفْضَلَ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ مُؤْمِنٍ يُعَمِّرُ فِى الإِسْلاَمِ لِتَسْبِيحِهِ وَتَكْبِيرِهِ وَتَهْلِيلِهِ »
Daripada Abdullah bin Syaddad رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ bahawa ada tiga orang daripada suku Bani ‘Udzrah mendatangi Nabi ﷺ lalu mereka masuk Islam. Nabi ﷺ bersabda, “Siapakah yang mahu membantuku untuk mencukupi keperluan mereka?” Thalhah رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ berkata, “Aku”. Maka mereka bersama Thalhah رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ. Suatu ketika Nabi ﷺ mengutuskan pasukan, salah seorang daripada mereka (tiga orang tersebut) keluar dalam pasukan itu, lalu beliau mati syahid. Kemudian Nabi ﷺ mengirimkan pasukan lagi, salah seorang yang lain (daripada tiga orang tersebut) ikut keluar dalam pasukan itu, lalu beliau mati syahid. Kemudian orang yang ketiga mati di atas tempat tidurnya. Thalhah رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ berkata, “Aku bermimpi, tiga orang yang dahulu bersamaku itu berada dalam syurga. Aku melihat orang yang mati di atas tempat tidurnya itu berada di depan mereka. Dan aku lihat orang yang mati syahid terakhir mengiringinya. Aku juga melihat orang yang mati syahid pertama kali berada paling belakang. Maka hatiku mengingkari hal itu. Lalu aku mendatangi Nabi ﷺ kemudian aku ceritakan hal itu kepada baginda, maka Rasulullah ﷺ bersabda, “Apa yang engkau ingkari daripada hal itu ? Tidak ada seorang pun yang lebih utama di sisi Allah daripada seorang Mukmin yang diberi umur panjang dalam agama Islam untuk bertasbih, bertakbir, dan bertahlil untuk-Nya”.
(HR. Ahmad dan Abu Ya’ala. Dinyatakan hasan sahih oleh al-Albani رَحِمَهُ اللَّهُ di dalam Sahih at-Targhib wat Tarhib)

Syarah: Lihatlah bagaimana seorang Muslim yang mati di atas katilnya lebih tinggi darjatnya di syurga dibandingkan orang-orang yang mati syahid sebelumnya? Ini semua dengan sebab iman dan amal solehnya dalam kehidupannya yang lebih panjang daripada kedua saudaranya itu, walaupun hanya beberapa waktu! Allah Maha Besar dengan kurnia-Nya.

Atas dasar itu Saidina Ali رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ lebih menyukai lelaki yang mati setelah usia yang panjang yang digunakan untuk mengenali Tuhannya berbanding kanak-kanak yang meninggal kecil walaupun akan masuk ke syurga tanpa hisab. Kata Saidina Ali رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ:

مَوْتُ الإِنْسَانِ بَعْدَ أَنْ كَبِرَ وَعَرَفَ رَبَّهُ خَيْرٌ مِنْ مَوْتِهِ طِفْلا بِلا حِسَابٍ فِي الآخِرَةِ

“Kematian manusia setelah panjang usianya dalam keadaan dia mengenal Tuhannya adalah lebih baik daripada kematian kanak-kanak kecil walaupun (akan ke syurga) tanpa hisab di akhirat kelak.”
(disebutkan oleh al-Imam al-Tibi)

Semoga kita diberikan umur yang panjang dan bermanfaat kepada kita. Dalam sebuah hadith, Rasulullah ﷺ menyatakan bahawa beruntunglah orang yang diberikan anugerah dengan usia yang panjang sedang dia teguh mengabdikan diri kepada Allah ‎ﷻ. Sabda Rasulullah ﷺ:
طُوبَى لِمَنْ طَالَ عُمْرُهُ، وَحَسُنَ عَمَلُهُ

“Beruntunglah bagi mereka yang dipanjangkan usianya dan (semakin) baik amalannya.
(Sunan al-Baihaqi, dinilai Sahih oleh al-Albani رَحِمَهُ اللَّهُ)

Baik, kita kembali kepada perbahasan ayat ini. Maksud ayat ini, kalaulah Allah ‎ﷻ mematikan Nabi ﷺ dan para sahabat رضي الله عنهم atau terus menghidupkan mereka ke satu masa, adakah berguna kepada Musyrikin Mekah itu?

Perhatikan susunan di dalam ayat ini. Ketika berbicara tentang kematian, disebut diri baginda dahulu, إِنْ أَهْلَكَنِيَ اللهُ. Kemudian baru disebut tentang kematian para sahabat, وَمَنْ مَّعِيَ. Akan tetapi apabila bercakap tentang rahmat, Allah ‎ﷻ tidak memisahkan rahmat itu apalagi mendahulukan baginda, tetapi menyatakan: أَوْ رَحِمَنَا (atau merahmati kami). Ini memberi pelajaran bahawa seorang pemimpin harus tampil terlebih dahulu menanggung beban, kemudian baru diikutkan dalam hal tersebut pengikut-pengikutnya, di mana apabila kejayaan  telah tercapai, maka sang pemimpin harus menikmati bersama kejayaan itu, tidak hanya dia sendiri yang merasakan manisnya kejayaan atau mengambilnya sebanyak mungkin.

 

فَمَنْ يُجِيرُ الْكَٰفِرِينَ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ

Maka siapakah yang dapat menyelamatkan orang-orang kafir itu daripada azab yang tidak terperi sakitnya?;

Kalaulah Nabi ﷺ dan para sahabat رضي الله عنهم hidup atau mati, siapakah yang boleh menyelamatkan orang kafir itu? Mereka hendakkan sangat supaya Nabi ﷺ dan para sahabat رضي الله عنهم mati segera. Akan tetapi Allah ‎ﷻ tanya balik, kalau Nabi ﷺ dan para sahabat رضي الله عنهم mati pun, adakah sesiapa yang boleh menyelamatkan mereka? Mereka itu hanya penyampai sahaja. Adakah dengan matinya Nabi ﷺ dan para sahabat رضي الله عنهم, mereka akan selamat? Adakah sesiapa yang boleh tolong mereka? Maka Allah ‎ﷻ mengingatkan mereka untuk segera bertaubat dan ikut ajaran Allah ‎ﷻ dan Nabi Muhammad ﷺ.

Di dalam ayat ini ada iltifat (pemalingan). Mulanya Allah ‎ﷻ telah berpaling daripada golongan kafir itu kerana marah dan suruh Nabi Muhammad ﷺ sahaja beritahu mereka. Namun dalam Nabi ﷺ bercakap itu pun ada iltifat juga. Perhatikan ayat ini bermula dengan kalimah أَرَأَيتُم yang bermaksud Nabi ﷺ sedang bercakap dengan mereka dalam pihak kedua (lawan bercakap). Akan tetapi sekarang tidak digunakan kalimat فَمَنْ يُجِيرُكُم sebaliknya digunakan فَمَنْ يُجِيرُ الْكَٰفِرِينَ. Apabila digunakan kalimah الْكَٰفِرِينَ, ia bermaksud bukan lagi Nabi ﷺ bercakap dengan mereka sebagai pihak kedua lagi akan tetapi sebagai pihak ketiga pula. Maka Nabi ﷺ pun berpaling dengan mereka menunjukkan teruk sangat mereka itu.

Digunakan kalimah الْكَٰفِرِينَ ini untuk menekankan bahawa mereka itu akan diazab bukan kerana bangsa mereka, fizikal mereka atau apa-apa sahaja akan tetapi kerana kekafiran mereka. Allah ‎ﷻ tidak zalim melainkan mengazab mereka kerana kesalahan mereka sendiri.

Sementara penggunaan kalimah الْكَٰفِرِينَ adalah penggunaan yang berat di dalam Al-Qur’an. Ia hanya digunakan kepada orang yang memang menentang Islam. Cuma kita sahaja di dalam penggunaan kita seharian, kita gunakan istilah ‘kafir’ secara umum untuk merujuk kepada orang yang bukan Islam. Sedangkan di dalam Al-Qur’an, kalau merujuk kepada non-Muslim secara umum, hanya digunakan kalimah الناس sahaja. Istilah الْكَٰفِرِينَ hanya digunakan untuk orang yang menentang Islam.

Nabi ﷺ dan para sahabat رضي الله عنهم berdakwah kerana mereka hendak menyelamatkan Musyrikin Mekah itu daripada kebinasaan. Namun para Musyrikin Mekah itu balas dengan cara yang amat buruk, sampaikan mereka hendak bunuh orang yang cuba menyelamatkan mereka. Tidakkah ini nampak sebagai satu perkara yang amat bodoh? Kalau kita memerlukan air untuk hidup, ketika berada di padang pasir yang tandus, selepas itu datang seorang lelaki yang datang membawa air kepada kita, adakah kita akan marah dia, adakah kita cuba memukulnya malah hendak membunuhnya? Tentulah tidak. Tindakan itu adalah tindakan yang amat bodoh sekali. Amat merugikan sekali. Jadi orang-orang yang menolak dakwah ajaran Sunnah sekarang amatlah bodoh sekali. Ada orang yang hendak ajar mereka ke arah kebenaran, tetapi ditolak dengan kuat sekali. Hujah tidak ada (sama seperti Musyrikin Mekah), jadi mereka guna hujah bodoh atau kata-kata nista sahaja. Itu sahaja yang mereka ada sebenarnya.

Allah ‎ﷻ tanya adakah sesiapa yang akan menolong mereka nanti? Tidak akan ada sesiapa yang berani untuk menyelamatkan mereka. Waktu di akhirat nanti, hendak mengangkat doa supaya Allah ‎ﷻ selamatkan pun tidak berani. Tidak berani hendak minta pun. Apabila di akhirat nanti kita tidak mampu untuk menolong sesiapa pun lagi waktu itu. Walaupun dia sedang nampak isteri atau suami, atau anak atau ibubapa mereka dibawa ke Neraka. Yang boleh tolong hanyalah imannya dan ibadat yang telah dilakukan semasa di dunia.

Atau, kalau seseorang itu diberi kuasa syafaat, boleh juga dia menolong. Namun untuk memberi syafaat itu kenalah orang yang diberi syafaat itu dalam golongan mereka yang boleh diberi pertolongan. Seperti juga Nabi Nuh عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ tidak boleh memohon pertolongan walaupun untuk darah dagingnya sendiri.

Maknanya, tidak boleh kita hendak menolong orang kafir. Kalau seorang Nabi pun tidak boleh menolong anaknya sendiri, apakah kita rasa kita yang bukan Nabi boleh menolong sesiapa? Adakah mereka sangka yang mereka layak mendapat syafaat? Adakah mereka sangka tok guru mereka boleh selamatkan mereka? Tok guru itu sendiri pun belum tentu selamat!

Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ hendak mendoakan bapanya pun tidak boleh. Nabi Muhammad ﷺ hendak memohon ampun kepada ibunya pun tidak boleh. Nabi Muhammad ﷺ pun tidak boleh menolong Abu Talib, bapa saudara kesayangannya yang telah membantunya dalam memberi perlindungan kepadanya. Sungguh sedih sekali Nabi Muhammad ﷺ kerana tidak boleh memberi pertolongan kepada orang yang bagind amat sayangi. Ini kerana bukan Nabi ﷺ yang boleh memilih siapa yang baginda boleh beri syafaat. Hanya kepada sesiapa yang Allah‎ ﷻ tetapkan sahaja boleh menerima syafaat.

Namun sebaliknya, ada guru agama dan ustaz yang tidak tahu agama, mengajar bahawa boleh kita berdoa kepada Nabi Muhammad ﷺ untuk mendapatkan syafaat. Itu adalah ajaran yang salah kerana Nabi ﷺ bukan Tuhan yang boleh menentukan kepada siapa boleh diberi syafaat. Doa termasuk minta syafaat hanya kepada Allah ‎ﷻ sahaja kerana Allah ‎ﷻ sahaja yang menentukan siapa yang boleh menerima syafaat. Nabi ﷺ hanya memberi syafaat itu setelah ditentukan oleh Allah ‎ﷻ.

Malah, ada juga golongan yang tidak belajar agama, atau belajar agama entah di mana, telah memohon syafaat daripada guru mereka. Macamlah guru mereka itu sudah pasti boleh beri syafaat kepada orang lain. Guru itu sendiri pun belum tentu selamat lagi.

Maka, di sini kita diajar kita kenalah minta doa untuk diri kita semasa di dunia lagi. Sebab tidak boleh orang lain yang dapat membantu kita nanti. Hendaklah kita bergantung dengan amal kita sendiri, jangan berharap sangat dengan syafaat daripada Nabi, kerana takut kita tidak layak untuk dapat syafaat itu!

Ayat ini juga mengingatkan kita tentang kematian. Semua makhluk pasti akan mati. Nabi Muhammad ﷺ akan mati, sahabat akan mati, Musyrikin Mekah yang menentang Nabi ﷺ itu akan mati, kita pun akan mati juga bersama dengan orang lain. Mati memang sudah pasti, namun apakah persediaan kita untuk menemui mati itu? Adakah kita sudah bersedia? Mati itu boleh datang bila-bila masa sahaja. Kalau esok kita mati, adakah amalan kita sudah cukup? Adakah perbuatan kita selama ini akan memastikan kita selamat di akhirat kelak? Fikir-fikirkan….


 

Mulk Ayat 29: Ayat 29 – 30 adalah Perenggan Makro Ketujuh dan terakhir. Ia menceritakan kebenaran tauhid dan penolakan kepada fahaman syirik.  Allah ‎ﷻ memberitahu yang akhirat adalah tempat kesudahan untuk mengetahui siapa yang benar dan siapa yang pendusta. Maka Allah ‎ﷻ ajar tauhid dalam perenggan ini. Ini amat penting kerana ajaran tauhidlah yang utama sekali kita kena faham.

قُل هُوَ الرَّحمٰنُ ءآمَنّا بِهِ وَعَلَيهِ تَوَكَّلنا ۖ فَسَتَعلَمونَ مَن هُوَ في ضَلٰلٍ مُّبينٍ

Sahih International

Say, “He is the Most Merciful; we have believed in Him, and upon Him we have relied. And you will [come to] know who it is that is in clear error.”

Malay

Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): “Allah, Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepada-Nya, dan yang kepada-Nya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata”.

 

قُلْ هُوَ الرَّحْمَٰنُ ءآمَنَّا بِهِ

Katakanlah: Dialah ar-Rahman, kami beriman dengan-Nya;

Di dalam ayat sebelum ini telah diberikan soalan kepada puak penentang Musyrikin Mekah itu. Tidak disebut jawapan mereka kerana tentunya mereka bungkam tidak ada hujah. Jadi di dalam ayat ini Allah ‎ﷻ suruh Nabi ﷺ sendiri yang jawab. Hanya Allah ‎ﷻ sahaja yang dapat menyelamatkan mereka. Tidak ada lain yang boleh menyelamatkan mereka, bukan berhala mereka, bukanlah mana-mana wali.

Sekali lagi digunakan nama Tuhan الرَّحْمَٰنُ di dalam ayat ini. Telah disebut sebelum ini di dalam ayat 3, ayat 19 dan ayat 20. Maknanya ada 4 kali nama الرَّحْمَٰنُ disebut di dalam ayat ini. Surah ini namanya al-Mulk (kerajaan) namun disebut الرَّحْمَٰنُ banyak kali kerana hendak mengingatkan kita bahawa kerajaan Allah ‎ﷻ ini ditadbir dengan sifat الرَّحْمَٰنُ Allah ‎ﷻ. Allah ‎ﷻ tidak menyalahguna kuasa seperti yang dilakukan diktator-diktator sepanjang zaman. Jadi ini menimbulkan sifat sayang kita kepada Allah ‎ﷻ dan tidaklah kita takut Allah ‎ﷻ berlaku zalim terhadap makhluk-Nya.

Akan tetapi surah ini banyak juga menyebut tentang azab dan ancaman. Mungkin ada berhujah, kenapa surah banyak sebut azab banyak pula sebut الرَّحْمَٰنُ? Macam tidak selari pula. Macam itulah juga hujah daripada agama Yahudi dan Nasrani yang mengatakan agama Islam ini tidak benar kerana Tuhan agama Islam ini keras, asyik sebut azab dan neraka sahaja. Sedangkan tuhan mereka lembut, cerita tentang aman, cinta dan tidak sebut pun pasal azab. Sampaikan berita tentang neraka pun tiada di dalam agama mereka. Ini kerana berita sebegitu meresahkan mereka, mereka hendak ‘syiok’ sahaja. Sampaikan penganut agama mereka main-main dengan neraka. Mereka mempermainkan nama neraka dan letakkan pada karakter seperti HellBoy, mereka buat filem dan membayangkan neraka itu macam parti api sahaja. Semua mereka reka sebab maklumat dalam agama sendiri sudah tidak ada. Malah perkataan neraka mereka main-main sahaja sebut: What the hell is this? Kita penganut agama Islam tidak sanggup main-main dengan neraka. Sebab itu amatlah tidak bagus kalau gunakan istilah jahannam seperti biasa orang kita kata: ‘Habis jahannam budak tu… ” atau “jahanam motor aku dia lenjan”.

Baik, kembali kepada isu nama الرَّحْمَٰنُ. Kita kena faham yang pemberitahuan tentang azab dan neraka itu adalah rahmat daripada Allah ‎ﷻ sebenarnya. Neraka itu memang sudah ada sebagai balasan bagi manusia yang ingkar. Seandainya Allah ‎ﷻ tidak beritahu dan beri kesedaran kepada umat semasa masih hidup, nanti sudah mati dimasukkan ke dalam neraka, macam mana? Jadi bukankah lebih baik disebutkan berkali-kali di dalam wahyu dan penerangan supaya manusia beringat?

Sedikit tentang susunan bahasa. Kalimat ءآمَنَّا بِهِ adalah struktur ayat yang biasa dalam bahasa Arab. namun dalam bahagian yang seterusnya (عَلَيْهِ تَوَكَّلْنَا), struktur ayat yang digunakan bukanlah kebiasaan bahasa Arab. Kerana diawalkan (taqdim) kalimah عَلَيْهِ. Kenapa begitu?

Apabila diawalkan kalimah عَلَيْهِ, ia memberi maksud eksklusif (hanya) – kerana kita memang beriman dengan Allah ‎ﷻ. Akan tetapi bukan dengan Allah ‎ﷻ sahaja kita beriman. Kita beriman dengan malaikat, Kitab-kitab, para Nabi dan lain-lain. Namun begitu, kita *hanya* bertawakal kepada Allah ‎ﷻ sahaja. Tidak boleh langsung bertawakal kepada selain Allah ‎ﷻ.

 

وَعَلَيْهِ تَوَكَّلْنَا

dan kami bertawakal kepada-Nya;

Inilah fahaman kita: Apa sahaja yang kami usahakan, kami bertawakal kepada-Nya sesudah usaha kami itu. Allah ‎ﷻ telah berfirman di dalam Hud: 123

فَاعبُدهُ وَتَوَكَّل عَلَيهِ
maka sembahlah Dia, dan bertawakkallah kepada-Nya

Struktur susunan ayat ini bukanlah struktur yang normal dalam bahasa Arab. تَوَكَّلْنَا عَلَيْهِ  adalah susunan yang normal. Namun, apabila digunakan susunan عَلَيْهِ تَوَكَّلْنَا, seperti yang kita telah sebut sebelum ini, ia menunjukkan kita *hanya* bertawakal kepada Allah ‎ﷻ semata-mata. Lihatlah bagaimana tepatnya bahasa yang digunakan oleh Al-Qur’an.

Mesti berharap kepada Allah ﷻ sahaja (tawakal). Serahkan segala pengharapan kita kepada Allah ﷻ selepas kita berusaha sedaya upaya kita. Jangan berharap kepada selain Allah ﷻ. Kita kena ingat yang kita tawakal setelah melakukan ibadat dan taat. Tawakal dalam bahasa kita adalah bergantung. Kalau sudah bergantung dengan Allah ﷻ, sudah tidak perlu takut lagi kerana Allah ﷻ itu adalah Tuhan baginda dan Tuhan mereka juga. Yang mereka puja dan sembah itu bukanlah tuhan, dan tidak dapat melakukan apa-apa pun.

Ini mengingatkan kita supaya bertawakal kepada Allah ﷻ kalau kita benar-benar beriman. Tidak ada cara lain. Kita hendaklah berharap kepada Allah ﷻ sahaja. Hendaklah kita serahkan semua urusan kita kepada Allah ﷻ. Memang inilah sifat tawakal yang semua orang beriman kena ada kerana kita adalah makhluk yang lemah. Formula untuk tawakal telah disebut di dalam Ahzab: 22.

وَلَمّا رَءَا المُؤمِنونَ الأَحزابَ قالوا هٰذا ما وَعَدَنَا اللهُ وَرَسولُهُ وَصَدَقَ اللهُ وَرَسولُهُ ۚ وَما زادَهُم إِلّا إيمٰنًا وَتَسليمًا
Dan tatkala orang-orang mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata: “Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita”. Dan benarlah Allah dan Rasul-Nya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan ketundukan.

Kita boleh belajar daripada hebatnya tawakal Rasulullah ﷺ kepada Allah ﷻ seperti disebut di dalam hadith,

أَنَّ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَخْبَرَ أَنَّهُ غَزَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قِبَلَ نَجْدٍ فَلَمَّا قَفَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَفَلَ مَعَهُ فَأَدْرَكَتْهُمْ الْقَائِلَةُ فِي وَادٍ كَثِيرِ الْعِضَاهِ فَنَزَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَتَفَرَّقَ النَّاسُ يَسْتَظِلُّونَ بِالشَّجَرِ فَنَزَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَحْتَ سَمُرَةٍ وَعَلَّقَ بِهَا سَيْفَهُ وَنِمْنَا نَوْمَةً فَإِذَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْعُونَا وَإِذَا عِنْدَهُ أَعْرَابِيٌّ فَقَالَ إِنَّ هَذَا اخْتَرَطَ عَلَيَّ سَيْفِي وَأَنَا نَائِمٌ فَاسْتَيْقَظْتُ وَهُوَ فِي يَدِهِ صَلْتًا فَقَالَ مَنْ يَمْنَعُكَ مِنِّي فَقُلْتُ اللَّهُ ثَلَاثًا وَلَمْ يُعَاقِبْهُ وَجَلَسَ
Bahawa [Jabir bin ‘Abdullah رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا] mengabarkan bahawa beliau berangkat berperang bersama Rasulullah ﷺ melewati Najd. Ketika Rasulullah ﷺ kembali dan Jabir رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا pun ikut kembali, mereka menjumpai sungai di bawah lembah yang banyak pepohonannya. Maka Rasulullah ﷺ turun dan orang-orang pun bertebaran mencari tempat berteduh di bawah pohon. Dan Rasulullah ﷺ singgah berteduh di bawah suatu pohon lalu menggantungkan pedang baginda pada pohon tersebut kemudian baginda tidur sejenak. Ketika Rasulullah ﷺ memanggil kami, di hadapan baginda ada seorang lelaki Badwi. Baginda berkata: “Orang ini telah mengambil pedangku ketika aku tidur lalu aku bangun sedang tangannya sudah memegang pedang yang terhunus lalu dia berkata: “Siapa yang dapat melindungimu daripadaku?” Aku jawab: “Allah” sebanyak tiga kali. Maka orang itu tidak dapat berbuat apa-apa kepada baginda lalu dia terduduk lemah.
(Sahih Bukhari No. 2694)

Maka kita diajar untuk membiasakan diri ingat kepada tawakal. Maka satu amalan yang boleh mengingatkan kita adalah zikir yang dibaca ketika keluar rumah,

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا خَرَجَ الرَّجُلُ مِنْ بَيْتِهِ فَقَالَ بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ قَالَ يُقَالُ حِينَئِذٍ هُدِيتَ وَكُفِيتَ وَوُقِيتَ فَتَتَنَحَّى لَهُ الشَّيَاطِينُ فَيَقُولُ لَهُ شَيْطَانٌ آخَرُ كَيْفَ لَكَ بِرَجُلٍ قَدْ هُدِيَ وَكُفِيَ وَوُقِيَ
Daripada [Anas bin Malik رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ] bahawa Nabi ﷺ bersabda: “Jika seorang laki-laki keluar dari rumahnya lalu mengucapkan: ‘BISMILLAHI TAWAKKALTU ‘ALAALLAHI LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAH (Dengan nama Allah aku bertawakal kepada Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan izin Allah). ‘ Beliau bersabda: “Maka pada saat itu akan dikatakan kepadanya, ‘Kamu telah mendapat petunjuk, telah diberi kecukupan dan mendapat penjagaan’, hingga syaitan-syaitan menjauh daripadanya. Lalu syaitan yang lainnya berkata, “Bagaimana (engkau akan menggoda) seorang laki-laki yang telah mendapat petunjuk, kecukupan dan penjagaan.”
(Sunan Abi Dawud No. 4431)
Status: Sahih

Maka amalkan doa ini dan faham maksudnya apabila anda membacanya. Sekiranya selalu dilakukan, maka anda akan mendapat pertolongan dan perlindungan daripada Allah ‎ﷻ. Ia juga akan mengingatkan anda kepada tawakal kerana setiap kali hendak keluar, anda akan menyebutnya.

Kena faham apa maksud tawakal. Bukan setakat serah sahaja urusan kita kepada Allah ‎ ﷻ tetapi kena ada usaha, kemudian serah kepada Allah ﷻ, dan selepas itu apa-apa sahaja keputusan Allah ﷻ berikan kepada kita, kita kena redha. Janganlah pula kata tawakal, namun apabila Allah ﷻ buat keputusan yang kita tidak suka, kita marah pula.

Maknanya kita buat yang terbaik dan kemudian kita serah keputusan akhirnya kepada Allah ﷻ. Kerana kita hanya boleh berusaha sahaja dan kesannya nanti terpulang kepada Allah ﷻ. Namun kena pastikan ada usaha, bukannya serah kosong sahaja. Ini disebut di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ, Nabi ﷺ bersabda:

لَوْ أَنَّكُمْ تَتَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ تَغْدُو خِمَاصاً وَتَرُوحُ بِطَاناً
“Seandainya kamu semua benar-benar bertawakkal pada Allah ﷻ, sungguh Allah ﷻ akan memberikan kamu rezeki sebagaimana burung mendapatkan rezeki. Burung tersebut pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali petang harinya dalam keadaan kenyang.”
(Riwayat Ahmad (1/30), al-Tirmidzi (2344), Ibn Majah (4164), Ibn Hibban (730) dan al-Hakim (7894))

Makna daripada hadith ini, kena keluar dan berusaha, bukannya tunggu rezeki di rumah sahaja. Oleh itu umat Islam kena jalankan usaha dengan cara terbaik yang kita boleh lakukan, gunakan segala strategi yang kita ada, segala taktik dan teknik yang ada, kemudian setelah kita lakukan, kita serah kepada Allah ﷻ. Melalui sirah pun kita tahu bagaimana berbagai usaha dan strategi yang digunakan oleh Rasulullah ﷺ sebelum berperang dan semasa berperang. Rasulullah ﷺ juga pernah berkata kepada seorang lelaki pemilik unta:

اَعقِلْهَا وَتَوَكَّلْ
Ikatlah (untamu), baru kamu bertawakal.
(Riwayat al-Tirmidzi (2157) dan Ibn Hibban (708))

Maka daripada hadith ini kita tahu yang kita bukannya bergantung kosong sahaja tetapi hendaklah kita mengambil langkah-langkah untuk memastikan apa yang kita hendak itu boleh tercapai. Cuma kita tahu yang apa-apa sahaja usaha kita itu tidak akan berjaya jikalau Allah ﷻ tidak izinkan dan kerana itu kita serah kepada Allah ﷻ.

 

فَسَتَعْلَمُونَ مَنْ هُوَ فِي ضَلٰلٍ مُّبِينٍ

Kelak kalian pasti akan tahu siapakah yang duduk dalam sesat yang nyata;

Inilah jawapan kepada soalan di dalam ayat 28 sebelum ini. Mereka yang mengharapkan kematian Nabi ﷺ dan para sahabat رضي الله عنهم tidak akan selamat dan kelak mereka akan tahu nasib mereka nanti. Kelak di akhirat nanti semua akan tahu kebenaran. Waktu itu baru tahu dengan jelas siapakah yang sesat dan siapakah yang duduk dalam iman. Sekarang kita bergantung kepada wahyu yang ada. Maka kenalah kita menggunakan wahyu sepenuhnya yang ada untuk kita bandingkan siapa yang benar dan siapa yang tidak. Jangan sudah jelas di akhirat nanti baru hendak menyesal. Ketika itu sesalan sudah tidak berguna lagi kerana nasi sudah menjadi bubur.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat seterusnya,

Kemas kini: 13 April 2025

Ringkasan Surah Mulk


Rujukan:

Maulana Hadi

Kuliah tafsir Surah al-Mulk oleh Sheikh (Dr) Haitham Al-Haddad

Kuliah tafsir Surah al-Mulk oleh Sheikh Abdul Nasir Jangda

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Al-Azhar Prof. HAMKA

Tafsir Al-Mishbah (Dr. M. Quraish Shihab)

Tafsir Ibn Kathir

Maariful Qur’an

Ustaz Solah

Ustaz Abdul Muien Ghulam Dakwah

Nouman Ali Khan

Tafsir Surah Kahfi Ayat 109 – 110 (Nabi Muhammad ﷺ adalah manusia)

MENULIS ILMU ALLAH ﷻ

Kahf Ayat 109: Telah banyak ilmu yang Allah ﷻ telah sampaikan kepada kita sepanjang yang kita belajar di dalam surah ini, tetapi sebenarnya banyak lagi ilmu pada Allah ﷻ yang kita tidak akan dapat menggarapnya.

Dapat juga dikatakan bahwa setelah selesainya jawapan semua pertanyaan yang diajukan kaum musyrikin (yang disebut penerangannya di awal surah ini), maka boleh jadi ada yang berkata, “Mengapa terdapat sekian hal yang tidak dihuraikan-Nya?” Ayat ini menjawab bahawa jawapan yang diberikan hanyalah yang dapat menjadi pelajaran buat manusia. Kalau segala sesuatu —yang kecil dan besar – akan dikemukakan, maka itu akan menjadi sangat panjang dan tidak sesuai dengan kemaslahatan manusia. Bagaimana ia tidak panjang, padahal ilmu Allah ﷻ meliputi segala sesuatu, kecil dan besar, lahir dan batin. Manusia tidak akan mampu memahaminya.

قُل لَّو كانَ البَحرُ مِدادًا لِّكَلِمٰتِ رَبّي لَنَفِدَ البَحرُ قَبلَ أَن تَنفَدَ كَلِمٰتُ رَبّي وَلَو جِئنا بِمِثلِهِ مَدَدًا

Sahih International

Say, “If the sea were ink for [writing] the words of my Lord, the sea would be exhausted before the words of my Lord were exhausted, even if We brought the like of it as a supplement.”

Malay

Katakanlah (wahai Muhammad): “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan”.

 

قُلْ لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِّكَلِمٰتِ رَبِّي

Katakanlah: Kalaulah lautan itu dijadikan dakwat untuk tulis kalimat-kalimat Tuhanku;

Ulama’ tafsir berpendapat yang ayat ini turun sebagai komentar atas ucapan sebahagian orang Yahudi terhadap ayat Isra’: 85

وَمَآ أُوتِيتُم مِّنَ ٱلعِلمِ إِلَّا قَلِيلاً
dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit”.

Mereka berlagak dengan berkata: “Kami telah diberi Taurat, dan siapa yang diberi Taurat maka dia telah dianugerahi kebajikan yang banyak.” Maka turunlah ayat ini untuk menegur mereka.

Menjadi khilaf apakah maksud كَلِمٰتِ di dalam ayat ini. Ada ulama yang memahaminya dalam erti pengetahuan Allah ﷻ. Thahir Ibn ‘Asyur yang memahami demikian, menulis bahawa “Kalimat-kalimat Allah adalah apa yang menunjuk kepada ilmu-Nya daripada apa yang diwahyukan- Nya kepada para Rasul.”

Ilmu-Nya amat luas dan tidak akan habis kita belajar. Mati hidup semula pun tidak akan habis. Kerana itulah pengajaran bagi kita, hendaklah kita terus belajar. Apabila kita tahu ilmu Allah ﷻ luas dan meliputi segala sesuatu, mana-mana hukum Allah ﷻ kita terima dan amalkan sahaja, jangan banyak songeh.

Allah ﷻ suruh kita bayangkan kalau semua lautan di dunia ini dijadikan dakwat untuk menulis segala nikmat-nikmat yang Allah ﷻ berikan. Air laut tentunya amat banyak kalau dibandingkan dengan tanah. 4/5 daripada permukaan bumi adalah air laut. Nikmat Allah ﷻ amatlah banyak. Ambil satu kalimat sahaja sudah cukup sebagai bandingan. Contohnya, perkataan ‘Rahmat’. Satu perkataan itu pun tidak cukup tangan hendak ditulis kerana makna kalimat itu amat luas. Rahmat Allah ﷻ amat luas.

‘Kalimat’ itu juga bermaksud hukum-hukum-Nya dan ayat-ayat yang menunjukkan kekuasaan-Nya. Juga segala perbuatan-Nya, kerana Allah ﷻ tidak pernah berhenti daripada melakukan sesuatu. Setiap masa ada sahaja yang dilakukan-Nya.

 

لَنَفِدَ الْبَحْرُ

sudah tentu akan habis kering lautan itu 

Oleh kerana banyak sekali perbuatan-Nya dan Rahmat-Nya, maka tidak mungkin akan dapat ditulis semua sekali walaupun habis air laut itu dijadikan sebagai dakwat.

 

قَبْلَ أَنْ تَنْفَدَ كَلِمٰتُ رَبِّي

sebelum habis kalimat-kalimat Tuhanku;

Tidak akan mampu tulis dan sebelum habis tulis, seluruh air laut yang dijadikan dakwat itu akan kering. Ini hendak menunjukkan banyaknya kalimat Allah ﷻ itu.

 

وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا

walaupun Kami datangkan dengan lautan yang sebanyak itu juga; 

Seandainya Allah ﷻ datangkan lagi tujuh buah lautan untuk dijadikan sebagai dakwat, masih tidak akan mampu untuk menulisnya.

عن ابن عباس قال : قالت قريش ليهود : أعطونا شيئا نسأل عنه هذا الرجل . فقالوا : سلوه عن الروح . فسألوه ، فنزلت : ( ويسألونك عن الروح قل الروح من أمر ربي وما أوتيتم من العلم إلا قليلا ) قالوا : أوتينا علما كثيرا ، أوتينا التوراة ، ومن أوتي التوراة فقد أوتي خيرا كثيرا . قال : وأنزل الله : ( قل لو كان البحر مدادا لكلمات ربي لنفد البحر قبل أن تنفد كلمات ربي ولو جئنا بمثله مددا ) [ الكهف : 109 ] .
Daripada Ibnu Abbas رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا yang mengatakan bahawa orang-orang Quraisy pernah mengatakan kepada orang-orang Yahudi, “Berikanlah kepada kami sesuatu pertanyaan yang akan kami ajukan kepada lelaki ini.” Orang-orang Yahudi menjawab, “Tanyalah dia tentang roh.” Lalu orang-orang Quraisy bertanya kepada Nabi ﷺ tentang masalah roh. Maka turunlah firman-Nya: Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah, “Roh itu termasuk urusan Tuhanku, dan tidaklah kalian diberi pengetahuan, melainkan sedikit.” (Al-Isra: 85) Orang-orang Yahudi berkata, “Kami telah diberi pengetahuan yang banyak, kami telah diberi kitab Taurat; dan barang siapa yang diberi kitab Taurat, sesungguhnya dia telah diberi kebaikan yang banyak.” Maka Allah menurunkan firman-Nya: Katakanlah, “Seandainya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu. (Al-Kahfi: 109), hingga akhir ayat.
(Riwayat Tirmidzi (3140), Nasa’i (11,314) dengan sanad yang sahih)


 

IMAN DAN AMAL SOLEH

Kahf Ayat 110: Khulasah (kesimpulan) surah dan juga khulasah Al-Qur’an sebenarnya.

قُل إِنَّمَآ أَنَا۟ بَشَرٌ مِّثلُكُم يُوحَىٰٓ إِلَىَّ أَنَّمَآ إِلَـٰهُكُم إِلَـٰهٌ وٰحِدٌ۬‌ۖ فَمَن كَانَ يَرجُواْ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَليَعمَل عَمَلاً صَـٰلِحًا وَلَا يُشرِك بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦۤ أَحَدَۢا

Sahih International

Say, “I am only a man like you, to whom has been revealed that your god is one God. So whoever would hope for the meeting with his Lord – let him do righteous work and not associate in the worship of his Lord anyone.”

Malay

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”.

 

قُلْ إِنَّمَا أَنَاْ بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ

Katakanlah (Wahai Muhammad): Bahawasanya aku ini manusia biasa seperti kamu juga;

Kita diajar dalam ayat ini yang Nabi Muhammad ﷺ itu pun manusia juga. Ini supaya manusia jangan merasa terlalu jauh daripada Nabinya. Sampai ada yang takut kepada baginda, gementar ketika berhadapan wajah dengan baginda, daripada sebab wibawa dan kebesarannya. Namun begitu baginda amatlah senang dirapati, boleh duduk sama sahaja dengan para sahabat yang lain.

Penekanan di sini juga yang baginda adalah manusia, bukan yang lain. Maka baginda bukanlah anak Tuhan ataupun manusia jenis lain. Maka banyak perkara yang baginda tidak tahu kerana baginda juga manusia biasa. Antaranya, baginda tidak tahu ilmu ghaib melainkan apa yang baginda diberitahu sahaja.

Maka akidah kita sebagai Ahli Sunnah adalah baginda seorang manusia biasa, cuma bezanya baginda diberi wahyu dan kita tidak diberi wahyu. Bagaimana dengan kita sekarang pula? Kita adalah orang yang *belajar* wahyu Allah ﷻ. Guru-guru sepatutnya belajar dan mengajar wahyu Allah ﷻ. Namun sekarang di masjid-masjid, kebanyakan guru yang mengajar itu tidak mula belajar pun lagi Al-Qur’an 30 juzuk ini.

Kalau mereka sendiri tidak belajar, bermakna mereka tidak memandang tinggi Al-Qur’an. Kalau mereka tidak belajar, mereka sendiri tidak faham agama. Bagaimanakah mereka hendak mengajar perkara yang benar kalau mereka sendiri tidak tahu? Mereka itulah ulama yang jahat. Selalunya mereka hendak dapat duit sahaja. Akan tetapi mereka mengaku sebagai ulama. Padahal Nabi ﷺ kata baginda tinggalkan Al-Qur’an dan Sunnah kepada kita supaya kita tidak sesat.

Bukan itu sahaja, mereka kata orang yang belajar Al-Qur’an dan Sunnah pula yang sesat. Mereka kata kita bawa ajaran baru pula sedangkan kita bawa ajaran sunnah daripada Nabi ﷺ. Sedangkan mereka yang amalkan amalan yang bukan daripada agama.

Contohnya, Al-Qur’an melarang tawasul, sebaliknya mereka pula yang menjadi kepala majlis-majlis yang mengamalkan tawasul. Maka, kita kena tanya ustaz-ustaz yang mengajar itu sama ada mereka sudah belajar tafsir Al-Qu’ran 30 juzuk atau belum. Kerana itu adalah ilmu asas yang wajib dipelajari.

Ayat ini juga hendak menekankan bahawa Nabi ﷺ tidak tahu perkara ghaib. Maka di awal surah ini telah diceritakan bagaimana Musyrikin Mekah tanya tiga soalan kepada baginda dan baginda tidak dapat jawab. Baginda tidak tahu apakah jawapan kepada soalan mereka yang bertanya kepadanya jikalau Allah ﷻ tidak memberitahu kepada baginda. Ini menunjukkan Nabi ﷺ tidak mengetahui perkara ghaib. Kalau Nabi ﷺ sendiri pun tidak tahu, bagaimana ada yang kata guru-guru mereka mengetahui perkara ghaib? Adakah guru mereka lebih hebat daripada Nabi ﷺ?

Ayat ini juga sebagai dalil untuk mengatakan Nabi Muhammad ﷺ itu adalah manusia. Tidak ada kelebihan melainkan apa yang diberikan oleh Allah ﷻ sahaja. Ini penting kerana ada yang mengatakan Nabi ﷺ bukan manusia biasa. Ada yang sampai kepada tahap memuja Nabi ﷺ. Ada juga yang sampai mengatakan Nabi Muhammad ﷺ masih hidup lagi dan memantau apa yang terjadi dalam dunia ini.

Ada juga masyarakat Islam kita yang jahil menyanyi dan melagukan Marhaban yang di dalamnya mengandungi bait-bait yang mengatakan Nabi Muhammad ﷺ menghadiri majlis Marhaban mereka. Tidak mungkin Nabi ﷺ masih hidup lagi sedangkan sebagai manusia biasa, Nabi ﷺ sudah wafat sekian lama. Bukti baginda sudah wafat adalah baginda telah ditanam dan kita tidak tanam orang hidup, bukan? Namun ramai juga yang mengatakan baginda masih hidup. Ini ada satu akidah sebahagian umat Islam yang dipanggil akidah hayati (Nabi ﷺ masih ada hayat). Itu semua adalah pemahaman sesat. Mereka buat itu adalah kerana tidak faham kebenaran kerana belajar dengan guru yang salah.

Baginda adalah manusia, bukannya Nur (cahaya). Baginda mempunyai bayang seperti manusia yang lain. Pendapat yang mengatakan baginda tidak mempunyai bayang adalah mengarut. Sampaikan ada yang kononnya hendak tentukan rambut Nabi ﷺ adalah dengan meletakkan pada cahaya (kalau ada bayang, itu bukan rambut Nabi ﷺ). Ini adalah akidah Nur Muhammad yang sesat, sangat sesat. Malangnya ramai umat Islam memegang akidah sesat ini. Mereka merujuk kepada sumber hadith palsu yang datang entah dari mana.

Ini adalah jenis fahaman yang asalnya datang daripada akidah sufi tarekat sesat tetapi telah terserap ke dalam masyarakat orang ramai. Selalunya fahaman sufi tarekat ini memang rahsiakan dan diberikan kepada pengikut mereka sahaja. Ini kerana mereka kena pastikan pengikut mereka memang benar-benar bodoh (percaya apa sahaja yang diberitahu) barulah mereka akan ajar ilmu mengarut. Namun malangnya entah bagaimana, fahaman Nur Muhammad ini berleluasa sampaikan nasyid Nur Muhammad pun boleh muncul di kaca TV sejak sekian lama.

Inilah bahayanya jika terlalu meninggikan kedudukan Nabi Muhammad ﷺ melebihi kedudukan manusia, menyebabkan manusia memuja Nabi ﷺ. Sampaikan ada yang puja ke tahap baginda dianggap sebagai Tuhan. Sampaikan ada yang mengatakan Nabi Muhammad ﷺ bersemayam di Arasy sebagai Tuhan dan turun ke bumi sebagai Muhammad. Akidah sesat ini sebenarnya sudah lama ada di dalam masyarakat tetapi ramai yang tidak tahu kerana diajar di dalam fahaman sufi tarekat sahaja.

Maka di dalam ayat ini, Nabi ﷺ disuruh untuk mengajar kepada manusia bahawa segala pujian hanya untuk Allah ﷻ sahaja. Jangan kita jadi seperti masyarakat Kristian yang memuja Nabi Isa عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ berlebihan sampaikan mereka memberikan taraf Tuhan kepada baginda. Namun sekiranya umat Islam turut meninggikan kedudukan Nabi Muhammad ﷺ melebihi sifat manusia, maka lama kelamaan umat Islam pun memuja Nabi Muhammad ﷺ sebagaimana Kristian memuja Nabi Isa عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ.

 

يُوحَىٰ إِلَيَّ

Aku telah diberi wahyu;

Walaupun Nabi Muhammad ﷺ adalah manusia, tetapi tentulah tidak sama dengan kita. Beza Nabi Muhammad ﷺ dan kita adalah baginda telah diturunkan wahyu kepadanya. Kita pula yang belajar ini adalah penerima wahyu. Kita telah menerima ajaran wahyu daripada guru-guru kita. Seterusnya kita akan mengajar kepada masyarakat pula.

Apakah perkara utama yang disampaikan dalam wahyu yang diberikan kepada baginda?

 

أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وٰحِدٌ

Bahawasanya Tuhan kamu yang layak dipuja dan disembah adalah Tuhan yang satu;

Inilah adalah khulasah kepada wahyu Al-Qur’an. Hanya Allah ﷻ sahaja ilah dan tidak ada yang lain. Wali, Nabi dan Malaikat bukan ilah kerana mereka tidak ada sifat ilah. Benda-benda lain pun tidak ada sifat ilah. Maka kena faham apakah maksud ‘ilah’ itu sendiri. Secara ringkasnya ia adalah tempat sandaran hati kita. Iaitu tempat kita berharap dan meminta tolong. Maka ini sepatutnya diberikan kepada Allah ﷻ sahaja.

Namun begitu malang sekali masyarakat kita ada yang mengamalkan syirik kerana berharap kepada objek seperti cincin keramat, contohnya. Mereka kata lepas mereka memakai cincin keramat itu, rezeki mereka bertambah. Padahal rezeki itu diberikan oleh Allah ﷻ. Maka bila mereka kata cincin itu beri rezeki, mereka telah melakukan syirik.

Atau ada yang kata, selepas mereka dimandikan oleh seseorang ‘ustaz’ untuk membuang sial pada dirinya, kehidupannya sudah semakin baik. Itu semua adalah fahaman yang syirik kerana yang menyelesaikan masalah kita adalah Allah ﷻ. Yang tertipu dengan perkara ini adalah mereka yang jauh daripada wahyu sahaja.

 

فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ

Sesiapa yang berharap untuk berjumpa dengan Tuhannya,

Inilah pengharapan yang kita kena simpan dalam diri kita – untuk bertemu dengan Allah ﷻ. Tidakkah kita ingin untuk bertemu dengan Allah ﷻ yang telah menjadikan kita? Oleh itu berniatlah untuk bertemu dengan Allah ﷻ kerana itulah nikmat yang paling besar sekali.

Apabila kita berharap untuk bertemu dengan Allah ﷻ, maka kita boleh menolak sifat kebendaan (materialisme) dalam diri kita. Apabila kita telah menyemat keinginan itu ke dalam diri kita, keindahan dunia ini tidak membawa makna apa-apa kerana hendak berjumpa dengan Allah ﷻ itu yang lebih utama.

Hasilnya dunia ini hanya sebagai tempat untuk kita berbuat amal supaya kita akan dibalas dengan baik di akhirat kelak. Tujuan hidup kita bukanlah di dunia ini, tetapi untuk menuju kepada akhirat.

 

فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صٰلِحًا

Maka hendaklah dia buat amal soleh;

Kalau hendak bertemu dengan Allah ﷻ hendak beramal iaitu amal ibadat yang datang daripada Al-Qur’an dan Hadith. Bukannya sebarang amal tetapi mestilah amal yang soleh iaitu yang Sunnah. Ini memerlukan pembelajaran yang berterusan. Kena luangkan masa untuk belajar agama dan melihat kepada ayat-ayat Al-Qur’an dan hadith untuk dapat memastikan sama ada sesuatu amalan itu sunnah atau tidak.

Namun begitu masyarakat masih berbuat amalan bid’ah kerana diajar oleh guru-guru agama yang tidak mengamalkan sunnah. Lebih malang lagi golongan inilah yang menguasai suasana keagamaan sekarang. Merekalah yang dipanggil untuk mengajar umat manusia sekarang ini. Merekalah yang dipanggil untuk menjawab kemusykilan agama masyarakat di TV dan media lain.

Akan tetapi apa yang mereka ajarkan itu adalah tidak tepat. Maka kita sendiri kena belajar supaya dapat membezakan mana yang benar dan mana yang tidak.

 

وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

Dan jangan sekali-kali dia mempersekutukan dalam ibadat kepada Tuhannya dengan satu apa pun;

Jangan buat amalan syirik dalam ibadat. Maka, jangan bertawasul (tawasul yang salah). Contohnya bila makan ubat, sepatutnya sebut nama Allah ﷻ sahaja. Jangan sebut nama lain, termasuk nama Nabi Muhammad ﷺ sekalipun. Kerana yang menyembuhkan kita adalah Allah ﷻ, bukan Nabi Muhammad ﷺ. Namun manusia sekarang, hendak makan ubat sahaja, baca selawat kepada Nabi ﷺ. Janganlah buat begitu kerana ia boleh membawa kepada syirik kalau ada sangkaan yang Nabi ﷺ boleh menyembuhkan. Jangan letak harapan kepada Nabi ﷺ tetapi sangkutlah harapan kita kepada Allah ﷻ sahaja.

Malah ada banyak lagi perkara syirik yang manusia tidak faham. Maka kena belajar tafsir Al-Qur’an supaya dapat faham apakah syirik itu supaya kita dapat tinggalkan. Kalau kita perhatikan amalan dan fahaman masyarakat Muslim di negara Malaysia, memang lemahlah bab Tauhid dan syirik ini. Sampaikan ramai yang ada fahaman syirik tanpa sedar kerana mereka tidak belajar ilmu wahyu.

Ada pendapat yang mengkhususkan syirik di dalam ayat ini kepada riya’. Riya’ adalah perbuatan menunjuk-nunjuk amalan kita supaya dipandang orang dan kita nampak sebagai orang yang soleh. Ini adalah salah kerana amal soleh itu mestilah ikhlas dan kalau ada riya’, itu sudah syirik tetapi syirik khafi (syirik tersembunyi).

Menukil Syarah Riyadhush Shalihin tulisan Syaikh Muhammad al-Utsaimin , riya’ dalam Islam adalah mereka yang beribadah kepada Tuhannya agar dilihat orang lain dan menuai pujian. Mereka yang riya’ tidak ikhlas semata mengharap redha Allah ﷻ dalam mengerjakan amalnya. Dalam sebuah hadith Qudsi, Allah ﷻ berfirman :

أَنَا أَغْنَى الشُّرَكَاءِ عَنِ الشِّرْكِ مَنْ عَمِلَ عَمَلاً أَشْرَكَ فِيهِ مَعِى غَيْرِى تَرَكْتُهُ وَشِرْكَهُ
“Aku bebas daripada segala sekutu yang ada pada amalan yang dilakukan di mana dia mensyirikkan-Ku dengan yang lain. Maka aku akan tinggalkannya dan sekutunya itu.”
(Riwayat Muslim (7666))

Syarah: Al-Qadhi Iyadh menyebut: “Hadith ini membawa makna (seakan-akan Allah menyebut) Aku menolak amalannya. Sifat riya’ itu adalah dalil kebodohan, pandangan yang teruk dan juga tanda buruknya amalan.” Rujuk Faid al-Qadir (4/483)

Dalam hadith yang lain, Nabi ﷺ pernah menjelaskan tentang makna riya’. Sabda Rasulullah ﷺ yang diriwayatkan oleh Mahmud Bin Labid;

إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ قَالُوا وَمَا الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الرِّيَاءُ يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِذَا جُزِيَ النَّاسُ بِأَعْمَالِهِمْ اذْهَبُوا إِلَى الَّذِينَ كُنْتُمْ تُرَاءُونَ فِي الدُّنْيَا فَانْظُرُوا هَلْ تَجِدُونَ عِنْدَهُمْ جَزَاءً
”Perkara yang paling aku takut terjadi pada kalian adalah Syirik yang kecil. Para Sahabat bertanya: apa itu syirik yang kecil wahai Rasulullah. Nabi ﷺ bersabda: Itulah Riya’. Allah عَزَّ وَجَلَّ akan berfirman pada hari kiamat kelak: pergilah kepada orang yang kamu hendak tunjukkan amalan kamu kepadanya di dunia dan lihatlah adakah di sisi mereka itu ganjaran (dengan sebab amalan kamu).”
(Riwayat Ahmad (23630) di dalam Musnadnya)

Ia lebih ditakuti Rasulullah ﷺ daripada Dajjal seperti sabda baginda:

أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِمَا هُوَ أَخْوَفُ عَلَيْكُمْ عِنْدِيْ مِنَ الْمَسِيْحِ الدَّجَّالِ قَالَ قُلْنَا بَلَى فَقَالَ الشِّرْكُ الْخَفِيُّ أَنْ يَقُوْمَ الرَّجُلُ يُصَلِّيْ فَيُزَيِّنُ صَلاَتَهُ لِمَا يَرَى مِنْ نَظَرِ رَجُلٍ “
“Mahukah aku khabarkan kepada kalian sesuatu yang lebih tersembunyi di sisiku atas kalian daripada Masih ad Dajjal?” Dia berkata,” Kami mahu,” maka Rasulullah ﷺ berkata, iaitu syirkul khafi; iaitu seseorang solat, lalu menghiasi (memperindah) solatnya, kerana ada orang yang memperhatikan solatnya.”
(HR. Ibnu Majah No. 4204)
Darjat: Hasan (Darussalam)

 

Allahu a’lam. Lompat ke surah seterusnya, Surah Maryam.

Kemaskini: 30 Jun 2024

Ringkasan Surah Kahf


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Jalalain

Tafsir Al-Azhar Prof. HAMKA

Ustaz Solahudin

Maariful Qur’an

Tafsir Al-Mishbah (Dr. M. Quraish Shihab)

Ustaz Abdul Muien Ghulam Dakwah