Tafsir Surah Yaasin Ayat 79 – 83 (Kun fayakun)

Ayat 79: Dalam ayat sebelum ini, diceritakan bagaimana musyrikin Mekah tanya kepada Rasulullah dengan cara mengejek, siapakah yang akan membangkitkan semula tulang yang sudah hancur? Maka Allah suruh baginda jawab kepada mereka dengan jawapan ini:

قُل يُحييهَا الَّذي أَنشَأَها أَوَّلَ مَرَّةٍ ۖ وَهُوَ بِكُلِّ خَلقٍ عَليمٌ

Sahih International

Say, “He will give them life who produced them the first time; and He is, of all creation, Knowing.”

Malay

Katakanlah: “Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);

 

قُلْ يُحْيِيهَا الَّذِي أَنْشَأَهَا أَوَّلَ مَرَّةٍ

Katakanlah: yang akan menghidupkan tulang-tulang itu ialah Tuhan yang telah menciptakannya pertama kali dahulu

Allah menggunakan perkataan أَنْشَأَ – iaitu bukan hanya menghidupkan tapi membesarkannya. Tulang yang mereka pegang itu asalnya bukan sebesar itu, tapi kecil sahaja, bukan? Tapi Allah menghidupkan manusia kemudian membesarkan mereka sesuai dengan tumbesaran tulang-tulang itu.

Kalau Allah boleh mengadakan tulang itu daripada tiada kepada ada, tentulah lebih mudah lagi bagi Allah untuk menghidupkannya semula.

 

وَهُوَ بِكُلِّ خَلْقٍ عَلِيمٌ

Dan Dia terhadap segala penciptaanNya itu, Maha Mengetahui;

Allah lah yang mengetahui kejadian kita dan apa yang kita perlukan dan segala-galanya tentang kita. Tentulah Dia tahu, sebab Dialah yang menjadikan kita dan makhluk-makhluk yang lain. Allah Maha Mengetahui tulang-tulang di seluruh pelosok dan sudut bumi, ke mana hilangnya dan di mana hancur luluhnya.

Ini tidak sama dengan penciptaan manusia. Katakanlah kalau satu kilang sudah mengeluarkan satu kereta, sebagai contohnya. Kilang itu tidak tahu pun ke mana kereta itu akan pergi selepas dibeli. Tapi apabila Allah telah menciptakan makhlukNya, Dia tahu ke mana makhluk itu pergi, apa makhluk itu buat, apa makhluk itu cakap, apa makhluk itu fikirkan dan rasa dalam hatinya. Segala-galanya Allah tahu. Dari mula lahir, sampai mati, sampai dihidupkan kembali.

Apa yang terjadi kepada tulang belulang itu juga Allah tahu.

قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا عَفَّانُ، حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانة، عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ عُمَيْرٍ، عَنْ رِبْعيّ قَالَ: قَالَ عُقْبَةُ بْنُ عَمْرٍو لِحُذَيْفَةَ: أَلَا تحدثُنا مَا سمعتَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ فَقَالَ: سَمِعْتُهُ يَقُولُ: “إِنْ رَجُلًا حَضَرَهُ الْمَوْتُ، فَلَمَّا أَيِسَ مِنَ الْحَيَاةِ أَوْصَى أَهْلَهُ: إِذَا أَنَا مُتُّ فَاجْمَعُوا لِي حَطَبا كثيرًا جزَلا ثُمَّ أَوْقَدُوا فِيهِ نَارًا، حَتَّى إِذَا [أَكَلَتْ] لَحْمِي وخلَصت إِلَى عَظْمِي فامتُحِشْتُ، فَخُذُوهَا فَدُقُّوهَا فَذَروها فِي الْيَمِّ. فَفَعَلُوا، فَجَمَعَهُ اللَّهُ إِلَيْهِ فَقَالَ لَهُ: لِمَ فَعَلْتَ ذَلِكَ؟ قَالَ: مِنْ خَشْيَتِكَ. فَغَفَرَ اللَّهُ لَهُ”. فَقَالَ عُقْبَةُ بْنُ عَمْرٍو: وَأَنَا سُمْعَتُهُ يَقُولُ ذَلِكَ، وَكَانَ نبَّاشا.

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Affan, telah menceritakan kepada kami Abu Uwwanah, dari Abdul Malik ibnu Umair, dari Rib’i yang mengatakan bahawa Uqbah ibnu Amr berkata kepada Huzaifah, “Mengapa engkau tidak menceritakan kepada kami hadis yang pernah engkau dengar dari Rasulullah Saw.?” Huzaifah r.a. menjawab, bahawa ia pernah mendengar Rasulullah Saw. bersabda: Sesungguhnya pernah ada seorang lelaki yang menjelang ajalnya; ketika ia merasa putus harapan untuk dapat hidup, ia berwasiat kepada keluarganya, “Apabila aku telah mati, maka kumpulkanlah kayu bakar yang banyak sekali untukku, kemudian bakarlah kayu itu. Manakala api telah menghanguskan dagingku dan membakar tulangku hingga hangus, maka ambillah tubuhku, lalu tumbuklah, setelah itu tebarkanlah abuku ke laut.” Maka keluarganya melakukan apa yang diwasiatkannya itu, dan Allah menghimpun kembali semua abunya ke hadapan-Nya, kemudian Allah bertanya kepadanya, “Mengapa engkau lakukan itu?” Ia menjawab, “Kerana rasa takutku kepada Engkau, ” maka Allah memberikan ampunan baginya. Uqbah ibnu Amr mengatakan bahawa ia pernah pula mendengar hadis tersebut dari Nabi Saw., dan beliau menjelaskan bahawa lelaki itu adalah tukang mencuri perlengkapan mayat yang telah dikubur dengan menggali kembali kuburnya.

Lihatlah bagaimana berkuasanya Allah. Maka, siapakah kamu wahai orang-orang kafir untuk mempersoalkan tentang apa yang Allah telah jadikan dan apa yang Allah mampu dan tidak mampu lakukan?


 

Ayat 80: Allah sambung dengan menceritakan apakah lagi sifatNya. Allah menceritakan lagi kekuasaanNya.

الَّذي جَعَلَ لَكُم مِّنَ الشَّجَرِ الأَخضَرِ نارًا فَإِذا أَنتُم مِّنهُ توقِدونَ

 
Sahih International

[It is] He who made for you from the green tree, fire, and then from it you ignite.

Malay

“Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu”. 

 

الَّذِي جَعَلَ لَكُمْ مِّنَ الشَّجَرِ الْأَخْضَرِ نَارًا

Dialah juga yang menjadikan untuk faedah kamu, pokok-pokok yang hijau yang boleh mengeluarkan api;

Apabila dijemurkan pokok dan setelah ia jadi kering, kita boleh nyalakan api itu. Asalnya pokok itu telah hidup dari air, hingga menjadi hijau indah, berbuah dan berbunga, kemudian Allah menjadikannya kayu-kayu kering untuk menyalakan api.

Atau Allah hendak menarik perhatian kita kepada dua jenis pokok kayu yang apabila digesek bersama, akan mengeluarkan api. Iaitu pokok markh dan ‘afaar.

Musyrikin Mekah tidak dapat menerima kehidupan akan datang daripada tulang belulang yang telah mati. Tapi bagaimana dengan pokok-pokok itu yang telah mati, tapi masih lagi boleh mengeluarkan api? Allah boleh jadikan api dari pokok yang mati, maka Allah juga boleh hidupkan manusia yang telah mati.

Lihatlah bagaimana Allah telah memberikan kemudahan-kemudahan dalam dunia ini kepada kita. Siapakah yang mengajar kita bahawa dua pokok itu dapat mengeluarkan api? Tentulah Allah yang beri ilham kepada manusia untuk menggunakannya.

Maknanya, Allah bukan sahaja mengajar manusia tentang ilmu syariat, tapi Allah juga memberi ilham kepada kita untuk menjalani kehidupan dalam alam ini. Allah telah mengingatkan kita tentang perkara ini dalam ayat Waqiah:71&72.

 

فَإِذَا أَنْتُمْ مِّنْهُ تُوقِدُونَ

Maka kamu darinya boleh nyalakan api

Pokok adalah satu kehidupan yang asalnya menghijau, kemudian jadi kering dan jadi reput. Ia memberi isyarat kepada kehidupan – manusia dari kecil menjadi dewasa dan di hujung usia akan jadi tua dan mengedut juga.

Jadi pokok itu boleh menghijau tapi dalam masa yang sama juga, ia juga boleh mengeluarkan api – isyarat kepada kematian. Kehidupan dan kematian ada dua perkara yang berdekatan sahaja. Hendaklah kita sentiasa mengingat kepada mati. Jadi hidup nak jadi mati, bukannya jauh pun. Sekelip mata sahaja ianya boleh terjadi.


 

Ayat 81: Satu lagi dalil untuk manusia untuk mengatakan Allah berkuasa untuk menghidupkan kembali manusia selepas matinya. 

أَوَلَيسَ الَّذي خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضَ بِقٰدِرٍ عَلىٰ أَن يَخلُقَ مِثلَهُم ۚ بَلىٰ وَهُوَ الخَلّٰقُ العَليمُ

Sahih International

Is not He who created the heavens and the earth able to create the likes of them? Yes, [it is so]; and He is the Knowing Creator.

Malay

Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) – berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.

 

أَوَلَيْسَ الَّذِي خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضَ

Bukankah Dia Dzat yang menciptakan tujuh langit dan tujuh bumi

Kalau alam yang begini besar pun Allah boleh cipta, tentulah Allah berkemampuan untuk menghidupkan kembali manusia. Allah Swt. telah berfirman:

{لَخَلْقُ السَّمَوَاتِ وَالأرْضِ أَكْبَرُ مِنْ خَلْقِ النَّاسِ}

Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia. (Al-Ghafir: 57)

 

بِقٰدِرٍ

dengan kuasaNya

Allah boleh buat kerana Allah ada Qudrat yang Maha Berkuasa.

 

عَلَىٰ أَنْ يَخْلُقَ مِثْلَهُمْ

boleh menciptakan seperti mereka? 

Kalau Allah boleh mencipta alam yang maha luas ini, takkan Allah tak boleh nak cipta semula manusia sebagaimana Dia telah menciptakan manusia pertama kali dahulu? Tentulah Dia berkebolehan menghidupkan kembali manusia. Dan ayat ini semakna dengan apa yang disebutkan oleh Allah Swt. dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّ اللَّهَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالأرْضَ وَلَمْ يَعْيَ بِخَلْقِهِنَّ بِقَادِرٍ عَلَى أَنْ يُحْيِيَ الْمَوْتَى بَلَى إِنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ}

Dan apakah mereka tidak memperhatikan, bahawa sesungguhnya Allah yang menciptakan langit dan bumi dan Dia tidak merasa payah menciptakannya, berkuasa menghidupkan orang-orang mati? Ya (bahkan) sesungguhnya Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. (Al-Ahqaf: 33)

 

بَلَىٰ وَهُوَ الْخَلَٰقُ الْعَلِيمُ

Bahkan benar, dan Dialah yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui

Bukan sahaja Allah mampu untuk mengumpulkan kembali tulang belulang mereka dan menghidupkan kembali mereka, tapi yang lagi susah dari itu pun Allah mampu. Allah mampu mengembalikan balik cap jari mereka. Setiap manusia dari mula kehidupan sampai kiamat nanti, mempunyai cap jari yang berbeza. Tapi Allah mampu mengembalikannya balik.

Allah adalah الْخَلَّاقُ – Maha Pencipta. Dia telah mencipta dari dulu sampai sekarang. Sama ada benda yang kita tahu atau benda yang tidak tercapai oleh daya imaginasi kita.

Bukan itu sahaja, Allah juga menyebutkan SifatNya الْعَلِيمُ – Maha Mengetahui. Selepas Dia cipta kita, Dia tahu apa yang kita perlukan. Maka Dia telah memberikan apa-apa sahaja keperluan kita untuk hidup di dunia ini kerana Allah Maha Tahu keperluan hidup kita.


 

Ayat 82: Adakah susah bagi Allah untuk mencipta? Tidak. Ini adalah salah satu cara penciptaan yang Allah gunakan.

إِنَّما أَمرُهُ إِذا أَرادَ شَيئًا أَن يَقولَ لَهُ كُن فَيَكونُ

 
Sahih International

His command is only when He intends a thing that He says to it, “Be,” and it is.

Malay

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.

 

إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا

Sesungguhnya apabila Allah sudah buat keputusan berkehendak sesuatu

Allah juga ada kehendak (iradah) sepertimana kita juga ada kehendak. Tapi kehendak kita dan kehendak Allah tidak sama.

 

أَنْ يَقُولَ لَهُ كُنْ

hanya Dia perlu kata kepada benda yang Dia hendak cipta itu: Jadi!

Bila kita berkehendak, tidak semestinya kehendak kita itu akan dipenuhi. Tapi kehendak Allah akan dipenuhi dengan sempurna. Allah cakap ‘kun’ sahaja, maka terjadilah perkara itu.

Kalau begini mudahnya Allah hendak menjadikan sesuatu apa pun, tentulah mudah sahaja bagi Allah hendak menghidupkan semula manusia.

 

فَيَكُونُ

Maka jadilah. 

Ini bermakna, Allah hanya Dia memerintahkan sesuatu hanya dengan satu perintah, tidak perlu kepada pengulangan dan bantuan dari apa-apa pun. Juga tidak memerlukan satu proses kejadian yang susah. Senang sahaja Allah kalau hendak jadikan sesuatu, Dia hanya berkehendak sahaja.

Tapi, kena ada penjelasan sedikit tentang ayat ini. Kalau silap tafsir ayat ini, akan jadi salah faham. Apabila Dia hendak sesuatu, adakah perlu Dia berkata ‘kun’, baru terjadi benda itu? Sebenarnya, apabila Dia berkehendak/ingin sahaja, terus jadi. Tidak perlu Dia kata ‘kun’.

Maknanya, tujuan ayat ini hendak memberitahu mudahnya Allah nak jadikan sesuatu. Bukanlah kalau Allah nak jadikan janin manusia, Dia kena kata ‘kun’, untuk besarkan sikit, kena kata ‘kun’ dan seterusnya; Allah tidak perlu buat begitu. Kejadian itu boleh jadi dalam bentuk serta merta atau mengambil masa, ikut kehendak Allah. Seperti Allah jadikan malaikat dengan serta merta, tidak perlu ibu bapa.

Tapi dalam penciptaan manusia, sembilan bulan baru beranak. Tidak sempurna lagi seseorang manusia masa itu. Itu baru lahir sahaja dan selepas itu baru boleh meniarap, berjalan dan sebagainya. Maknanya, itu adalah jenis penciptaan yang mengambil masa.

Allah ceritakan tentang ‘kun fayakun’ ini kerana Allah hendak menunjukkan kekuasaanNya. Kalau Allah nak jadikan manusia serta-merta pun boleh, seperti Allah jadikan malaikat. Dan begitulah nanti Allah akan bangkitkan semula makhluk di Mahsyar kelak – terus bangkit sahaja, tidak perlu nak dilahirkan semula.


 

Ayat 83: Allah simpulkan semua sekali dalam ayat ini. Jadi ini adalah khulasah surah ini.

فَسُبحٰنَ الَّذي بِيَدِهِ مَلَكوتُ كُلِّ شَيءٍ وَإِلَيهِ تُرجَعونَ

Sahih International

So exalted is He in whose hand is the realm of all things, and to Him you will be returned.

Malay

Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) – Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

 

فَسُبْحٰنَ الَّذِي بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ

Maha Suci Tuhan, Dzat yang di TanganNya sahaja kekuasaan segala sesuatu; 

Subhanallah – Allah itu suci dan bebas dari segala sifat kekurangan dan keburukan. Dan hanya kepadaNya kembali segala urusan. HakNya menciptakan dan memerintah alam ini.

Oleh itu, kesimpulan dari Surah Yaasin ini, kita hendaklah bertasbih dan memuji Allah diatas segala kehebatanNya dan kemurahanNya kepada kita.

Juga hendaklah kita beriktikad yang segala kerajaan adalah بِيَدِهِ (dalam tanganNya). Penggunaan perkataan بِيَدِهِ menunjukkan Dia berkuasa penuh. Allah tak berkongsi kerajaanNya itu dengan sesiapa pun. Allah tidak memerlukan wakil untuk mentadbir alam ini. Allah sendiri yang mengurus alam ini. Jadi kalau ada kefahaman yang Allah lantik para wali atau malaikat untuk menjadi wakil dalam mentadbir alam ini, itu adalah fahaman syirik (Syirk fi tasarruf).

Apakah yang Allah kuasai? Ianya adalah مَلَكُوتُ – ianya adalah satu perkataan yang lebih besar dari hanya مَلَكُ – kerajaan. Kalau kerajaan di dunia, manusia boleh lagi rampas dari seorang raja atau presiden itu. Tapi kalau مَلَكُوتُ Allah, tidak ada sesiapa yang boleh buat apa-apa. Itu adalah hak mutlaq Allah. مَلَكُوتُ Allah itu meliputi seluruh alam ini.

Perkataan مَلَكُوتُ juga bermakna penguasaan Allah itu bukan hanya penguasaan fizikal sahaja. Sebagai contoh, seorang tuan boleh menguasai hambanya; dia boleh suruh hamba itu buat kerja dan sebagainya. Tapi dia tidak dapat mengawal perasaan hamba itu. Dia tidak boleh arahkan hamba itu untuk suka atau duka.

Tapi penguasaan Allah lain – penguasaan Allah adalah menyeluruh. Dia boleh memberi kita kesihatan dan sakit, suka atau gembira, tenang atau risau dan sebagainya. Tidak tercapai dalam pemikiran kita setakat mana penguasaan Allah taala atas kita.

Kita suka kalau dapat berkawan dengan orang yang berkuasa, bukan? Maka, siapakah yang lebih berkuasa dari Allah taala? Tidak ada lagi. Orang-orang yang beriman dahulu seperti para sahabat merapatkan diri mereka dengan Allah. Mereka dapat rasa bagaimana Allah sentiasa memerhatikan mereka. Mereka tahu bahawa segalanya ditentukan oleh Allah.

Kerana itulah mereka tidak takut apa-apa dari makhluk. Kalau ada masalah apa-apa, mereka akan terus melakukan solat. Mereka rasa cukup dengan ada Allah sahaja. Ada sahabat yang mengatakan:

رضيت بالله ربا وبالإسلام دينا وبمحمد صلى الله عليه وسلم رسولا ونبيا.

Aku redha Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku dan Nabi Muhammad sebagai Rasul dan Nabiku.

 

وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Kamu semua akan kembali kepadaNya;

Sama ada kamu taat kepadaNya atau tidak, kepada Dia juga kamu akan kembali. Apabila kembali kepadaNya, Dia akan membalas makhluk sesuai dengan amalan dan iman mereka.

Inilah yang amat penting untuk kita ingat sentiasa. Kita semua akan kembali kepadaNya. Sama ada hari ini atau esok, tidak tahu tapi ia pasti akan terjadi. Tidak ada orang yang tidak mati. Semuanya akan mati nanti akhirnya dan akan dihidupkan kembali untuk menerima balasan daripadaNya.

Allahu a’lam. Tamat tafsir Surah Yaasin. Sambung ke surah seterusnya, Surah Saffat.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah Yaasin Ayat 71 – 78 (Kenapa manusia buat syirik?)

Ayat 71: Dalil aqli. Ini lagi satu ayat dalil menunjukkan Tuhan itu berkuasa penuh dan patut disembah.

أَوَلَم يَرَوا أَنّا خَلَقنا لَهُم مِّمّا عَمِلَت أَيدينا أَنعٰمًا فَهُم لَها مٰلِكونَ

 Sahih International

Do they not see that We have created for them from what Our hands have made, grazing livestock, and [then] they are their owners?

Malay

Tidakkah mereka melihat dan memikirkan, bahawa Kami telah menciptakan untuk mereka binatang-binatang ternak, di antara jenis-jenis makhluk yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami lalu mereka memilikinya?

 

أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّا خَلَقْنَا لَهُمْ

Tidakkah mereka melihat bahawa Kamilah yang menciptakan bagi mereka

Allah sahaja yang menciptakan apa sahaja dalam alam ini.

Kalimah ‘tidakkah engkau melihat’ bermaksud ‘tidakkah engkau faham’?

 

مِمَّا عَمِلَتْ أَيْدِينَا

daripada yang dibuat dengan tangan Kami

Allah mengingatkan manusia bahawa semua itu dilakukan olehNya. Bukan oleh tangan manusia sendiri, tapi Allah cipta dengan kekuasaanNya.

 

أَنْعٰمًا

binatang-binatang ternak;

Seperti lembu, kambing dan sebagainya. Kerana kalau an’am, ia adalah binatang ternak; kalau bahimah, ia adalah binatang liar. Begitu banyak nikmat yang manusia telah dapat dari binatang-binatang ternak ini. Dari zaman dulu sampailah zaman sekarang.

Mungkin manusia zaman sekarang tak perasan sebab kita beli daging dan susu dari supermarket sekarang, tapi hendaklah kita ingat bahawa ianya datang dari binatang-binatang itu juga. Cuma sahaja tidak bela, tidak bunuh dan tidak sembelih sendiri binatang-binatang itu.

 

فَهُمْ لَهَا مٰلِكُونَ

yang mereka miliki?

Manusia memiliki binatang ternak itu untuk kegunaan mereka dengan mudahnya. Ini menunjukkan bahawa Allah telah menundukkan binatang ternak kepada manusia. Manusia memiliki kemampuan untuk menundukkan binatang. Sampaikan kanak-kanak pun dapat tunggang unta; kalau unta beratus-ratus pun kita masih dapat kawal mereka – tidaklah mereka berani nak lawan manusia kerana mereka lebih ramai.

Allah mengingatkan manusia tentang nikmat yang telah diberikanNya kepada manusia tapi kebanyakan manusia lupa tentangnya. Kalau kita telah berbakti kepada manusia dan manusia itu tidak ikut cakap kita, kita akan mengingatkan mereka tentang segala pertolongan dan jasa yang telah diberikan kepada mereka dulu semasa mereka susah, atau semasa mereka memerlukannya. Begitulah dengan manusia, kadang-kadang perlu diingatkan dengan nikmat yang Allah telah berikan sebagai peringatan untuk mereka.


 

Ayat 72:

وَذَلَّلنٰها لَهُم فَمِنها رَكوبُهُم وَمِنها يَأكُلونَ

Sahih International

And We have tamed them for them, so some of them they ride, and some of them they eat.

Malay

Dan Kami jinakkan dia untuk kegunaan mereka; maka sebahagian di antaranya menjadi kenderaan mereka, dan sebahagian lagi mereka makan.

 

وَذَلَّلْنٰهَا لَهُمْ

Dan Kami jinakkan binatang ternak untuk mereka;

Allah kata Dialah yang menjinakkan binatang itu. Kalaulah kambing itu garang sikit, kita pun dah susah nak sembelih. Kalau binatang jadi ganas, kita pun tak boleh bela. Sebab itu binatang macam harimau kita tidak boleh bela, bukan?

Ada banyak jenis binatang dalam dunia ini yang telah dijadikan oleh Allah, tapi tak semua kita boleh jinakkan. Maka, menjinakkan binatang sampai kita boleh mendapat manfaat darinya adalah nikmat dari Allah. Allah ingatkan kita tentang nikmat itu kepada kita.

 

فَمِنْهَا رَكُوبُهُمْ

maka sebahagian darinya dijadikan tunggangan

Ada binatang yang dijadikan sebagai kenderaan seperti unta, kuda, keldai dan lain-lain lagi.

وَمِنْهَا يَأْكُلُونَ

dan ada sebahagian yang boleh dimakan;

Ada pula binatang yang kita makan dagingnya iaitu jenis-jenis seperti kambing dan lembu. Ada pula yang boleh ditunggang dan dimakan sekali, macam unta. Kalau kita buat kenderaan seperti kereta, bolehkah kita makan? Tentu tak boleh.


 

Ayat 73:

وَلَهُم فيها مَنٰفِعُ وَمَشارِبُ ۖ أَفَلا يَشكُرونَ

 Sahih International

And for them therein are [other] benefits and drinks, so will they not be grateful?

Malay

Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?

وَلَهُمْ فِيهَا مَنٰفِعُ

Dan bagi mereka binatang-binatang itu padanya berbagai-bagai lagi manfaat lain;

Binatang ternak itu bukan sahaja untuk ditunggangi dan dimakan sahaja, tapi ada lagi kegunaan dan faedah lain seperti bulu, kulit, tulang, gigi dan lain-lain lagi yang manusia boleh gunakan dalam kehidupan mereka.

 

وَمَشَارِبُ

Dan sebagai minuman;

Bukan sahaja dagingnya boleh dimakan, tapi ia juga ada sumber minuman iaitu susu dari binatang-binatang itu. Begitu juga air kencing binatang juga boleh dijadikan ubat, seperti air kencing unta.

 

أَفَلَا يَشْكُرُونَ

Kenapakah mereka tidak bersyukur?

Dengan segala nikmat yang Allah telah berikan kepada kita, sepatutnya kita sedar dan kita bersyukur kepada Allah. Tapi ramai yang tidak bersyukur. Kenapa masih lagi tidak ikut ajaran Islam yang betul? Kenapa tidak sembah Allah sahaja dengan segala apa yang Allah telah berikan kepada kita?

Bagaimana cara bersyukur? Kalau ikut suruhan Allah dan Nabi, barulah dikatakan bersyukur. Maka lafaz syukur adalah ‘alhamdulillah’ tapi perbuatannya adalah dengan taat dan menjalankan arahan Allah. Barulah layak kalau nak cakap Alhamdulillah kalau telah melakukan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah larang. Kena ikut semua ajaran Tuhan dan Nabi. Bukan hanya senang-senang sahaja mengucapkan ‘alhamdulillah’ dan sangka kita telah bersyukur.

Kenapa kita tidak ikut sahaja ajaran Nabi Muhammad? Kenapa ada yang buat amalan yang tidak diajar oleh baginda? Sebagai contoh: Tidak ada dalil hadis yang sahih mengatakan kena baca Yaasin pada setiap malam Jumaat. Tidak ada dalil yang sahih. Padahal hadis yang ada adalah baca surah Kahfi pada hari Jumaat, bukannya baca Surah Yaasin. Begitu juga tidak ada hadis yang sahih yang menyuruh kita membacakan Yaasin kepada orang yang hampir mati dan orang yang telah mati. Tapi ianya sekarang dibuat secara menyeluruh.

Apabila manusia tidak bersyukur, apakah yang manusia akan buat?


 

Ayat 74: Zajrun.

وَاتَّخَذوا مِن دونِ اللهِ آلِهَةً لَّعَلَّهُم يُنصَرونَ

 Sahih International

But they have taken besides Allah [false] deities that perhaps they would be helped.

Malay

Dan mereka menyembah beberapa ilah yang lain dari Allah, dengan harapan semoga mereka mendapat pertolongan (dari makhluk-makhluk itu).

 

وَاتَّخَذُوا مِنْ دُونِ اللهِ آلِهَةً

Mereka masih juga mengambil selain dari Allah ilah-ilah lain;

Sepatutnya puja Allah sahaja sebagai ilah, tapi manusia majoritinya puja selain Allah. Golongan Kristian puja Nabi Isa, Hindu puja malaikat (dalam bentuk berhala), Buddha puja wali-wali (tok nenek mereka yang telah mati). Tapi kita orang Islam, semua sekali kita puja! Lagi teruk dari agama lain nampaknya.

Ada yang puja dan minta pertolongan kepada Nabi, wali dan malaikat. Kalau orang yang bersilat lagi teruk, mereka kalau masuk gelanggang silat, ada seru kepada Nabi Yunus. Ada yang seru Nabi Khadr dan Nabi-Nabi yang lain. Maka banyaklah kefahaman yang salah tentang wali-wali, sampai ada yang kata pada Malam Lailatul Qadr, Nabi Khidr akan turun. Dan orang kita diajar kalau jumpa Nabi Khadr, pegang janggut dia dan minta harta karun dan umur yang panjang. Lihatlah… mereka nak minta hal dunia juga!

Padahal, kalau betullah Nabi Khadr itu boleh memakbulkan doa, mintalah supaya dosa kita diampunkan contohnya. Tapi malangnya, itu semua adalah angan-angan kosong sahaja, kerana tidaklah ada dalil yang sahih yang mengatakan Nabi Khadr turun pada malam Lailatul Qadr. Dan tidak ada dalil yang sahih yang mengatakan Nabi Khadr masih hidup lagi. Tapi golongan yang jauh dari wahyu, memang suka percaya kepada perkara yang tidak sahih itu. Yang sebetulnya, Nabi Khadr telah lama mati.

Perkataan آلِهَةً itu bukan sahaja bermaksud ‘tuhan-tuhan’. Ianya boleh jadi macam-macam. Kerana ilah itu luas maknanya. Ianya adalah tempat pengharapan kita. Ianya juga adalah apa-apa sahaja yang kita lebihkan dari Allah. Kalau kita lebihkan wang dari Allah, maka wang itulah آلِهَةً kita. Kalau kita lebihkan Nabi dari Allah, maka Nabi itulah yang jadi آلِهَةً.

 

لَعَلَّهُمْ يُنْصَرُونَ

mudah-mudahan mereka mendapat pertolongan;

Tujuan mereka memuja dan menyeru semua entiti itu adalah mengharap pertolongan sebenarnya. Supaya yang diseru itu membantu mereka di Mahsyar dengan beri syafaat kepada mereka. Kerana itu ada yang seru dan minta kepada Nabi untuk beri syafaat kepada mereka Mahsyar nanti. Ini adalah cara yang amat salah sedangkan untuk dapat syafaat adalah dengan beri selawat kepada Nabi, bukan beri salam kepada baginda! Bukan minta kepada baginda!

Manusia ada yang puja dewa, malaikat, Nabi dan sebagainya, juga kerana mengharapkan pertolongan dari Nabi, wali dan malaikat itu. Kerana itu ada juga yang memberi salam kepada Nabi. Mereka beri salam kepada Nabi itu kerana mereka nak minta supaya Nabi ingat dan kenang mereka supaya beri syafaat nanti.

Semua itu adalah perbuatan kufur kepada Tuhan. Inilah salah faham tentang syafaat dalam masyarakat kita. Juga salah faham tentang doa sampai mereka sanggup minta kepada selain Allah. Ini adalah salah kerana kita hanya boleh minta tolong kepada Allah sahaja. Tapi kerana salah faham, mereka kalau dapat pergi ke kubur Rasulullah, macam-macam hajat mereka cakap kepada baginda. Mereka habis duit pergi Umrah dan Haji tapi malangnya mereka kufur di Madinah.

Kalau bagi salam kepada Nabi pun tak perlu sebenarnya. Cukuplah dengan berselawat sahaja kerana itu memang ada dalam syariat agama Islam.

Tak boleh minta syafaat kepada Nabi, kerana sebenarnya kita kena minta syafaat dengan Allah. Tak boleh kita berkata begini di kubur Nabi: “Ya Rasulullah, kami dah sampai ni, semoga kamu ingat kepada kami nanti di Mahsyar. Dari jauh kami datang ni..” Padahal Nabi Muhammad dah wafat, macam mana kita boleh bercakap dengan dia lagi? Bagaimana baginda nak dengar permintaan manusia?

Kerana ramai tak faham tentang inilah yang menyebabkan mereka akan kirim salam kepada Nabi Muhammad melalui rakan-rakan dan keluarga yang melawat Masjid Nabi. Padahal, kita hanya disuruh untuk berselawat sahaja kepada baginda. Apabila kita berselawat, Nabi Muhammad akan dimaklumkan tentang selawat kita itu oleh malaikat. Bukannya Nabi dengar sendiri selawat kita itu.

Semua perbuatan mereka itu yang mengharapkan pertolongan dari entiti-entiti itu adalah sia-sia sahaja. Ianya tidak bermanfaat kepada mereka sedikit pun. Kerana Nabi, wali dan malaikat itu tidak dapat nak membantu.

Penjelasan Tentang Makna ‘Syafaat’:
Untuk faham makna ”syafaat, kita kena buat perbandingan: Siapa yang sebenarnya ambil nyawa kita apabila telah sampai ajal kita? Tentulah Allah yang mengambil nyawa kita, bukan Malaikat Maut, bukan? Allah yang suruh Malaikat Maut untuk mencabut nyawa kita. Oleh itu, kalau kita nak umur yang panjang, kita minta kepada Allah, bukan kepada Malaikat Maut, bukan?

Malaikat yang beri rezeki pula? Semua tahu ianya adalah Mikhail. Kalau Malaikat Mikhail yang menurunkan rezeki, kenapa tak minta rezeki dengan Mikhail sahaja? Kita semua minta rezeki dengan Allah, bukan dengan Malaikat Mikhail, bukan? Sebab kita tahu rezeki itu bukan dari Malaikat Mikhail tapi dari Allah. Mikhail hanya sampaikan sahaja.

Oleh itu, sama juga dengan Rasulullah dan syafaat, Nabi tugasnya adalah ‘menyampaikan’ sahaja syafaat. Baginda bukan ‘pemberi’ syafaat. Baginda hanya boleh memberi apa yang Tuhan suruh sampaikan sahaja. Hakikatnya Allah taala belaka yang memberikan rezeki, syafaat, pertolongan dan segala-galanya.

Tentu anda pernah ke Majlis Tahlilan, bukan? Selalu dengar kan lafaz begini: “ila hadratin nabi….” Ini adalah amalan tawasul yang haram. Ketahuilah yang perkataan ‘hadrat’ yang selalu diamalkan dalam bertawasul kepada Nabi itu datang dari India. Bukan dari Nabi dan bukan dari ajaran Islam. Kita selalu dengar kepala majlis tahlil akan memulakan majlis dengan membaca: “ila hadratin Nabiyy….”

Maksud mereka adalah Nabi Muhammad ‘hadir’ dalam majlis mereka. Padahal, itu adalah kefahaman yang salah. Nabi sudah wafat dan tidak mendampingi alam dunia lagi. Selepas itu, mereka kirim/sedekah al-Fatihah kepada baginda kerana nak bodek baginda. Tujuannya, adalah nak berkat dari Nabi, keluarga baginda dan para sahabat baginda. Dan sebagai ‘upah’ untuk sampaikan doa kepada Allah. Ini adalah amalan yang salah sama sekali.

Ramai manusia salah faham tentang syafaat. Mereka sangka Nabi Muhammad yang tentukan siapa dapat syafaat. Tapi bayangkan, kalaulah Nabi Muhammad boleh beri syafaat kepada sesiapa sahaja yang baginda hendak, bolehlah baginda beri kepada bapa saudara baginda kerana baginda sayang sangat kepada Abu Talib dan Abu Talib pun dah banyak tolong baginda.

Tapi tak boleh juga kerana baginda tidak ada kelebihan itu. Abu Talib masuk neraka juga (dan akan dapat hukuman paling ringan dalam neraka). Nabi sayang sangat dengan Abu Talib. Abu Talib bukan sahaja bapa saudara, tapi dia juga adalah bapa angkat. Beliau juga adalah besan Nabi juga kerana anaknya Saidina Ali telah berkahwin dengan Fatimah anak Nabi Muhammad. Tiga pangkat terdapat pada Abu Talib. Tapi Nabi tak boleh juga nak bagi syafaat kepadanya.

Jadi ingatlah bahawa tidaklah Nabi itu pemberi berkat dan pemberi syafaat. Kita sebenarnya tak boleh minta berkat dengan manusia. Tapi ada keadaan yang telah diberitahu kita akan dapat berkat. Contohnya, dalam majlis ilmu, semua yang ada dalam majlis ilmu itu akan dapat berkat, tak perlu kita minta kerana akan dapat secara automatik.

Jadi bukanlah ustaz yang mengajar itu yang memberi berkat, tapi majlis itu sendiri yang ada berkat. Ini kita tahu dari dalil-dalil yang sah. Begitu juga, Allah telah beritahu bahawa ada tempat yang diberkati, seperti Tanah Haram dan Kaabah.

Sepanjang hidup Nabi, tidak ada dalil Nabi buat majlis tahlil dan buat talqin orang mati. Padahal, dalam hidup baginda, ada isteri baginda yang mati, anak baginda pun ada yang mati, sahabat baginda pun banyak yang mati sepanjang hidup baginda.

Tapi walaupun kita tahu Nabi tak pernah buat, ramai orang kita pandai-pandai juga buat. Padahal Allah tak kata Dia nak beri pahala bila kita buat tahlil, Nabi pun tak pernah cakap, sahabat pun tak amalkan. Jadi mereka yang mengamalkannya sebenarnya berdusta kepada Tuhan mereka. Kerana mengatakan perbuatan itu adalah baik padahal Allah tak kata nak bagi pahala. Itu adalah perbuatan bidaah dalam agama. Ingatlah bahawa orang yang mengamalkan bidaah ada masalah dengan fahaman agama mereka.


 

Ayat 75: Jadi mereka yang menyeru kepada Nabi, wali dan malaikat itu mengharapkan pertolongan dari entiti yang diseru itu. Adakah mereka dapat pertolongan itu? Allah jawap dalam ayat ini:

لا يَستَطيعونَ نَصرَهُم وَهُم لَهُم جُندٌ مُّحضَرونَ

Sahih International

They are not able to help them, and they [themselves] are for them soldiers in attendance.

Malay

Benda-benda yang mereka sembah itu tidak dapat sama sekali menolong mereka, sedang benda-benda itu sendiri menjadi tentera yang akan dibawa hadir (pada hari kiamat, untuk memberi azab seksa) kepada mereka.

 

لا يَستَطيعونَ نَصرَهُم

Mereka tidak mampu untuk menolong mereka; 

Iaitu mereka-mereka yang diseru itu tidak dapat nak membantu mereka yang menyeru.  Tidak kira sama ada roh Nabi, wali, malaikat atau apa sahaja sembahan selain dari Allah, tidak mampu menolong orang-orang yang menyembah, menyeru mereka dahulu semasa di dunia.

Yang memuja mengharap supaya yang dipuja boleh memberi pertolongan di dunia dan akhirat, tapi mereka yang dipuja itu tidak mampu hendak memberi pertolongan kalau mereka mahu pun.

Tapi yang sebenarnya, yang dipuja itu pun tidak tahu mereka dipuja. Yang mereka puja sebenarnya adalah jin sahaja. Bagaimana mereka yang dipuja itu tahu sedangkan mereka tidak dengar pun yang mereka diseru. Ini telah disebut dalam ayat yang lain.

 

وَهُمْ لَهُمْ جُنْدٌ مُّحْضَرُونَ

dan mereka dihadhirkan untuk mereka sebagai tentera-tentera;

Yang disembah itu pula akan jadi tentera yang mengawal mereka yang buat syirik itu di akhirat kelak. Atau, sembahan-sembahan itu akan dibawa hadir sebagai saksi untuk memasukkan mereka ke dalam neraka.

Atau, yang memuja itu sangka yang roh-roh pujaan mereka itu akan hadhir di akhirat kelak sebagai tentera yang akan bantu mereka. Yang menyembah selain Allah itu ingatkan yang dipuja itu akan dapat membantu mereka, tapi yang terjadi adalah sebaliknya. Nanti di akhirat mereka yang dipuja itu akan menjadi saksi untuk mengatakan kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang memuja itu.

Yang disembah itu akan beratur dalam saf yang panjang seperti tentera dan melihat sahaja mereka yang memuja itu diseksa dalam neraka nanti. Ianya adalah untuk menambahkan kesesalan kepada mereka. Kerana, dahulu entiti-entiti itulah yang mereka sembah dan puja semasa di dunia. Mereka menjadi harapan kepada pemuja-pemuja.

Tapi sekarang yang dipuja itu hanya melihat sahaja. Bayangkan pedih dan sakitnya hati kita kalau orang yang kita harapkan menolong kita, tapi mereka melihat sahaja kita di waktu kita memerlukan mereka.

Makna ‘menyembah’ itu bukanlah hanya bermakna menyembah seperti orang kafir menyembah berhala itu. Kalau kita memuja, memberi salam dan menghadiahkan Fatihah kepada entiti-entiti itu, itu pun sudah dikira ‘menyembah’ kerana kita buat ibadat kepada mereka. Kerana kita disuruh beribadat kepada Allah sahaja – seperti sembah, zikir dan puja. Tapi apabila kita melakukan perbuatan dalam bentuk ibadat kepada entiti-entiti itu, ianya dikira sebagai perbuatan sembahan juga.

Maka, jangan sempitkan fahaman ‘sembah’ itu dengan ‘sujud’ sahaja. Ini penting kerana apabila kita tegur perbuatan manusia yang ‘sembah’ kubur, mereka kata: eh kami tak sujud pun pada kubur itu…”


 

Ayat 76: Ayat ini adalah pujukan (tasliah) kepada Nabi. Ini kalau setelah dakwah dan mereka tetap juga menolak.

فَلا يَحزُنكَ قَولُهُم ۘ إِنّا نَعلَمُ ما يُسِرّونَ وَما يُعلِنونَ

Sahih International

So let not their speech grieve you. Indeed, We know what they conceal and what they declare.

Malay

Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan kata-kata mereka. Sesungguhnya Kami mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.

 

فَلَا يَحْزُنْكَ قَوْلُهُمْ

Maka janganlah mendukacitakan kamu perkataan-perkataan mereka;

Allah memujuk Nabi Muhammad: jangan kamu bersedih dengan kata-kata mereka itu yang menentang dan mengutuk kamu. Allah nak pujuk hati Nabi dan para pendakwah sebab Nabi Muhammad adalah seorang yang sensitif. Baginda tahu apakah yang akan terjadi kepada kaumnya kalau mereka menolak ajakan tauhid itu. Baginda risau kerana baginda amat sayangkan kaumnya dan kerana itu baginda bersedih sangat apabila mereka tidak mahu terima dakwah tauhid.

Oleh kerana baginda bersedih, maka Allah pujuk Nabi untuk meneruskan apa yang baginda sedang buat. Jangan hiraukan apa kata mereka. Kerana apa yang Nabi sedang buat adalah perkara yang benar.

Dalam ayat ini, Allah bercakap terus kepada Nabi Muhammad. Ini adalah sebagai menunjukkan betapa tingginya kasih sayang Allah kepada Nabi.

 

إِنَّا نَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ

Sesungguhnya Kami mengetahui apa yang mereka rahsiakan dalam hati mereka;

Allah tahu apa yang ada di dalam hati musyrikin Mekah itu dan sesiapa sahaja. Dan Allah juga tahu apa yang ada dalam hati penentang dakwah tauhid kita. Memang ada yang tak suka dengan dakwah yang kita bawa kepada mereka tapi mereka cakap dalam hati sahaja.

 

وَمَا يُعْلِنُونَ

dan apa yang mereka sebutkan;

Ini adalah jenis yang menzahirkan perasaan tidak suka mereka secara berdepan semasa berjumpa dengan orang yang memberi dakwah.

Oleh itu, ada yang cakap berdepan, ada yang cakap di belakang. Semuanya Allah tahu belaka. Tidak boleh sesiapa pun boleh menyembunyikan walau apa pun dari Allah.

Allah membiarkan sahaja perbuatan mereka menghina Nabi dan menghina pembawa risalah tauhid itu. Mereka itu sebenarnya menambahkan dosa mereka sahaja. Semua akan dibalas di akhirat kelak. Allah nak beritahu dalam ayat ini bahawa Allah bukan tidak tahu perbuatan mereka itu. Allah catit semua sekali perbuatan mereka, sama ada mereka zahirkan atau tidak. Maksudnya, Allah akan balas perbuatan mereka itu dengan azab di akhirat kelak (kalau tidak di dunia lagi).


 

Ayat 77: Kenapa Allah tahu apa yang dalam hati mereka? Kerana Allah yang menjadikan manusia.

أَوَلَم يَرَ الإِنسٰنُ أَنّا خَلَقنٰهُ مِن نُّطفَةٍ فَإِذا هُوَ خَصيمٌ مُّبينٌ

Sahih International

Does man not consider that We created him from a [mere] sperm-drop – then at once he is a clear adversary?

Malay

Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),

 

أَوَلَمْ يَرَ الْإِنْسٰنُ أَنَّا خَلَقْنٰهُ

Tidakkah seorang insan itu melihat bahawasanya Kamilah yang menciptakan dia; 

Allah lah yang menciptakan manusia. Maka tentu sekali Allah tahu segala-galanya tentang mereka.

Lihatlah bagaimana Allah menggunakan bahasa percakapan. Pada mula-mula surah ini, Allah bercakap terus kepada mereka untuk memberikan peringatan kepada mereka. Tetapi, apabila mereka berdegil, Allah membahasakan mereka dalam pihak ketiga – هم (mereka). Tapi ini dah sampai kepada tahap Allah tak membahasakan mereka dalam pihak ketiga pun – Allah hanya sebut ‘manusia’ sahaja. Itu menunjukkan Allah dah murka dah.

Kalau dilihat asbabun nuzul ayat ini, ianya ditujukan kepada pemuka-pemuka Quraish yang menentang Nabi Muhammad. Tapi dalam zaman sekarang, ianya digunakan untuk mereka yang mempunyai sifat seperti mereka.

 

مِن نُّطْفَةٍ

daripada sperma;

Manusia dijadikan bukan dari air mani, tapi dari sperma yang satu dari banyak-banyak sperma yang ada dalam air mani itu.

Bayangkan Allah telah menjadikan manusia dari sesuatu yang hina iaitu air mani. Kalau air mani itu jatuh menitik ke bumi, ayam tak patuk, itik pun tak sudu. Tapi Allah telah menjadikan dari air mani itu manusia yang bersifat sempurna. Mempunyai rupa yang elok dan Allah telah memberikan akal kepada mereka. Tapi ingatlah bahawa kecantikan tubuh badan dan kepandaian akal fikiran itu berasal dari air mani sahaja.

 

فَإِذَا هُوَ خَصِيمٌ مُبِينٌ

Maka mereka tiba-tiba bila sudah jadi manusia, mereka menjadi pembantah yang jelas;

Mereka dijadikan dari air mani sahaja, tapi apabila dah besar sikit, mereka boleh berkata-kata, boleh berbicara. Hebat sekali penciptaan Allah dan bagaimana Allah bentuk manusia dan besarkan manusia.

Tafsiran kedua: Mereka itu dijadikan dari sesuatu yang hina, tapi kemudian mereka membantah Allah dengan mengatakan perkara yang salah tentang Allah. Antaranya, mereka kata Allah memerlukan perantaraan dalam berdoa, atau mereka berkata kalau orang yang banyak dosa, Allah tak dengar doa hamba itu; dan lain-lain lagi. Ini adalah kerana mereka amat jauh dari wahyu dan kerana itu mereka reka pemahaman sendiri tentang Allah. Padahal Allah tidak sebut tentang itu dalam mana-mana wahyu.

Perkataan خَصِيمٌ itu digunakan untuk merujuk kepada orang yang menentang dengan keras. Mereka amat sombong sampaikan mereka sanggup melawan dengan kuat, dengan jeritan dan sifat yang degil. Semua orang boleh nampak apa yang mereka lakukan itu. Ini jenis yang kalau kita minta dia sabar, dia akan jerit balik kepada kita: “apa sabar sabar?!”.

Berani sungguh dia buat begitu sedangkan yang dia lawan itu adalah kebenaran. Tapi fikirannya telah dikelabui oleh kesombongan dirinya. Dia lupa asal kejadiannya dulu yang dijadikan dari air mani yang hina.


 

Ayat 78: Mereka tidak percaya kepada kehidupan semula dan mereka berhujah dengan Rasulullah dengan hujah yang bodoh.

وَضَرَبَ لَنا مَثَلًا وَنَسِيَ خَلقَهُ ۖ قالَ مَن يُحيِي العِظٰمَ وَهِيَ رَميمٌ

Sahih International

And he presents for Us an example and forgets his [own] creation. He says, “Who will give life to bones while they are disintegrated?”

Malay

Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?”

 

وَضَرَبَ لَنَا مَثَلًا

Dan mereka membuat contoh bandingan kepada Kami;

Allah yang jadikan mereka, tapi mereka buat contoh misalan untuk Allah. Mereka reka sifat Allah. Iaitu mereka kata Allah begini dan begitu (dari pemahaman mereka sahaja). Dan mereka kata Allah memerlukan wakil dalam menerima doa dari manusia.

Tafsiran kedua: Kisah ini terjadi semasa zaman Rasulullah. Mereka bawa tulang yang telah reput ke hadapan baginda. Dan mereka siapa yang dapat menghidupkan tulang-tulang itu semula? Mereka sangka mereka pandai dengan hujah mereka itu. Mereka sangka hujah mereka dah kuat tapi sebenarnya hujah mereka bodoh sekali kerana akal fikiran mereka telah dikelabui oleh kesombongan mereka.

 

وَنَسِيَ خَلْقَهُ

Dan dia lupa penciptaan dia dahulu;

Mereka lupa bahawa Allahlah yang menciptakan mereka mula-mula dahulu. Iaitu dari tiada kepada ada. Allah dah pernah jadikan mereka dari tidak ada kepada ada, jadi adakah susah untuk Allah jadikan mereka semula? Tentu tidak, kerana senang sahaja bagi Allah. Mereka sahaja yang sangka Allah tidak mampu nak hidupkan mereka balik.

 

قَالَ مَنْ يُحْيِي الْعِظٰمَ وَهِيَ رَمِيمٌ

Dia berkata: siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang ini yang telah hancur?

Ubay bin Khalaf (semoga Allah melaknatnya) datang kepada Nabi SAW membawa satu tulang yang hancur di tangannya. Dia menghancurkan tulang reput itu dan menaburkannya ke udara dan berkata: “Hai Muhammad! Apakah engkau mengira bahawa Allah akan membangkitkan ini kembali?” Nabi bersabda: “Ya, Allah Taala akan mematikanmu, kemudian Dia bangkitkan kamu, lalu Dia kumpulkan kamu ke dalam api Neraka.” Maka turunlah ayat 77 surah Yaasin ini.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah Yaasin Ayat 65 – 70 (Nabi tidak pandai bersyair)

Ayat 65:

اليَومَ نَختِمُ عَلىٰ أَفوٰهِهِم وَتُكَلِّمُنا أَيديهِم وَتَشهَدُ أَرجُلُهُم بِما كانوا يَكسِبونَ

 Sahih International

That Day, We will seal over their mouths, and their hands will speak to Us, and their feet will testify about what they used to earn.

Malay

Pada waktu itu Kami meterikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.

 

الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰ أَفْوَٰهِهِمْ

Pada hari ini (di Mahsyar), Kami akan kunci mulut mereka;

Manusia tak boleh nak bercakap apa dah pada hari itu. Orang-orang kafir dan munafik akan cuba mengatakan bahawa mereka tidak buat kesalahan-kesalahan yang dihadapkan kepada mereka. Mereka akan sentiasa mengambil peluang untuk menipu walaupun di hadapan Allah taala. Maka Allah akan menutup mulut lisan mereka.

Dalam ayat sebelum ini, Allah berkata terus dengan mereka. Tapi dalam ayat ini, Allah tidak bercakap lagi dengan mereka, tapi membahasakan diri mereka sebagai pihak ketiga. Ini kerana mereka telah masuk ke dalam neraka. Allah dah tak mahu bercakap dengan mereka.

 

وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ

maka berkata kedua-dua tangan mereka; 

Apabila mulut mereka ditutup, maka anggota badan pula yang akan bercakap menjadi saksi atas perbuatan tuannya. Tangan akan jadi pendakwaraya pula kepada tuannya. Tuannya nanti akan marah kepada tangan kenapa cakap kepada Allah. Tangan akan kata bahawa pada hari itu Allah memberi kebenaran kepada mereka untuk berkata-kata. Bukan tangan mereka sahaja yang akan berkata, malah pendengaran, penglihatan dan kulit mereka juga akan berkata-kata.

 

وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ

dan menjadi saksi kaki-kaki mereka; 

Yang berkata adalah tangan, dan kaki akan menjadi saksi bagi apa yang dikatakan oleh tangan itu. Tangan cakap dan kaki kata: ya betul-betul.

 

بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Terhadap apa yang dulu mereka lakukan;

Mereka akan terpaksa mengaku semua. Tak boleh nak elak lagi dah kerana memang anggota badan mereka itu terlibat dalam perbuatan tuannya itu. Semasa di dunia, mereka telah melakukan banyak perkara yang salah dari segi akidah dan amalan, maka mereka akan mendapat balasan yang amat buruk atas perbuatan mereka itu.

Lihatlah apa yang mereka telah buat kepada Nabi Muhammad. Mereka telah mentertawakan Nabi Muhammad apabila ahli keluarga baginda mati. Mereka menolak dakwah baginda mentah-mentah. Mereka tidak membenarkan Nabi berdakwah. Dan macam-macam lagi perkara buruk mereka telah buat. Golongan  musyrikin dan munafik memang akan cari jalan untuk menidakkan kesalahan yang mereka telah lakukan. Seperti yang disebut dalam satu hadis:

Ibnu Jarir mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ya’qub ibnu Ibrahim, telah menceritakan kepada kami Ibnu Aliyyah, telah menceritakan kepada kami Yunus ibnu Ubaid, dari Humaid ibnu Hilal yang mengatakan bahwa Abu Burdah pernah mengatakan bahwa Abu Musa Al-Asy’ari r.a. telah berkata bahwa kelak di hari kiamat orang mukmin dipanggil untuk menjalani perhitungan amal perbuatan. Lalu Tuhannya menampakkan kepadanya semua amal perbuatannya antara Dia dan orang mukmin itu. Maka orang mukmin itu mengakuinya dan mengatakan, “Benar, ya Tuhanku, aku telah melakukan anu dan anu dan anu.” Maka Allah Swt. mengampuni semua dosanya dan menutupi sebahagian darinya. Tiada seorang makhluk pun yang melihat dosa-dosa tersebut barang sedikit pun, dan yang tampak hanyalah kebaikan-kebaikannya saja, sehingga orang mukmin itu menginginkan andaikata semua manusia melihatnya. Dan orang kafir serta orang munafik dipanggil untuk menjalani hisab amal perbuatannya, maka Tuhannya membeberkan kepadanya semua amal perbuatannya. Tetapi ia mengingkarinya dan berkata, “Ya Tuhanku, demi Keagungan-Mu, sesungguhnya malaikat ini telah mencatat pada buku amalku hal-hal yang tidak aku kerjakan.” Maka malaikat pencatat amal perbuatan berkata kepadanya, “Bukankah kamu telah melakukan anu di hari anu di tempat anu?” Ia menjawab, “Tidak, demi keagungan-Mu, ya Tuhanku, aku tidak melakukannya.” Apabila ia mengingkari semuanya itu, maka Allah Swt. membungkam mulutnya. Abu Musa Al-Asy’ari r.a. melanjutkan, bahwa sesungguhnya ia menduga anggota tubuhnya yang mula-mula berbicara ialah paha kanannya. Kemudian Abu Musa Al-Asy’ari membaca firman-Nya: Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan. (Yasin: 65)


 

Ayat 66: Takhwif duniawi.

وَلَو نَشاءُ لَطَمَسنا عَلىٰ أَعيُنِهِم فَاستَبَقُوا الصِّرٰطَ فَأَنّىٰ يُبصِرونَ

 Sahih International

And if We willed, We could have obliterated their eyes, and they would race to [find] the path, and how could they see?

Malay

(Matahati orang-orang yang menderhaka itu rosak) dan kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa menghapuskan bentuk dan biji mata kepala mereka menjadi rata, sehingga masing-masing menerpa mencari-cari jalan (yang biasa mereka lalui). (Kiranya dijadikan demikian) maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya?

 

وَلَوْ نَشَاءُ لَطَمَسْنَا عَلَىٰ أَعْيُنِهِمْ

Kalau Kami kehendaki, nescaya Kami butakan mata mereka;

Allah boleh sahaja butakan mata mereka semasa mereka di muka bumi lagi sebagai balasan atas kesalahan besar yang mereka telah lakukan.

Perkataan طَمَسْ itu bermaksud ‘memadam sesuatu’. Seperti kalau kita tulis dengan pensel, dan kita cuba nak padam dengan pemadam getah. Walaupun kita telah padam, tapi akan ada kesannya lagi. Begitulah Allah boleh buat kepada mata mereka yang telah menolak dan mengejek-ngejek Nabi Muhammad.

 

فَاسْتَبَقُوا الصِّرٰطَ

Mereka akan berlumba-lumba mencari jalan kebenaran;

Mereka cuba untuk cari jalan, tetapi mereka tidak akan jumpa kebenaran itu kerana mereka telah dibutakan mata-hati mereka.

 

فَأَنَّىٰ يُبْصِرُونَ

Macam mana lagi mereka dapat melihat;

Mereka sudah tidak dapat melihat dalil bukti dari Allah taala. Mereka tak nampak dalil bukti walaupun apabila mereka diberitahu. Kadang-kadang orang lain yang ada bersama mereka dapat faham, tapi mereka sendiri tak faham. Itu adalah kerana mata-hati mereka telah dibutakan. Ini dinamakan ‘khatmul qalbi’ (penutupan hati) kerana mereka telah sampai ke peringkat kufur peringkat ke-empat. 


 

Ayat 67:

وَلَو نَشاءُ لَمَسَخنٰهُم عَلىٰ مَكانَتِهِم فَمَا استَطٰعوا مُضِيًّا وَلا يَرجِعونَ

 Sahih International

And if We willed, We could have deformed them, [paralyzing them] in their places so they would not be able to proceed, nor could they return.

Malay

(Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa mangubahkan keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya; maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang.

 

وَلَوْ نَشَاءُ لَمَسَخْنٰهُمْ عَلَىٰ مَكَانَتِهِمْ

Kalau Kami kehendaki, Kami boleh tukar rupa mereka di atas tempat mereka berada;

Allah boleh mengubah keadaan mereka jadi kera atau babi, sebagai contoh, kerana kesalahan besar yang telah lakukan. Allah boleh lakukan, tapi Allah tak buat. Allah boleh sahaja jadikan mereka kera, babi, batu atau apa sahaja.

Ada dua kali Allah menceritakan bagaimana Allah merubah kejadian manusia dalam Qur’an, satu pada zaman Nabi Daud, kaumnya menjadi kera kerana kena sumpah, iaitu orang-orang yang memukat ikan pada hari Sabtu. Patutnya tidak boleh bekerja menangkap ikan pada hari tu. Kerana syariat orang Yahudi waktu itu mereka tidak boleh bekerja pada hari Sabtu.

Tapi mereka telah buat helah untuk bagi boleh juga. Mereka tak tahan nafsu untuk menangkap ikan, sebab ikan-ikan banyak pada hari Sabtu pula. Mereka tahan pukat pada hari Jumaat dan mereka angkat pukat itu pada hari Ahad. Allah ubah kejadian mereka menjadi kera kerana mereka nak tipu Tuhan. Kononnya, mereka nak berhujah bahawa mereka tak bekerja hari Sabtu itu. Mereka ingat mereka pandai, sampai mereka nak tipu Tuhan.

Macam kita juga, dah tahu majlis perkahwinan yang ada bersanding itu tidak boleh dihadiri, kita buat helah dengan datang awal atau datang lambat (sebelum atau selepas majlis persandingan). Konon macam kita tak tahu ada sanding. Dah memang tak boleh pergi, sepatutnya kita jangan pergi langsung, sama ada awal atau lambat. Tidak boleh kita berada dalam majlis yang ada kemungkaran kepada Allah. Kalau pergi juga, sama seperti kita mengunjungi kuil orang Hindu.

Satu lagi pada zaman Yahudi, ada yang ditukar menjadi babi. Dalam dua-dua kejadian ini, mereka yang ditukar itu mati dalam masa tiga hari selepas ditukar. Sesiapa yang melawat mereka selepas ditukar akan melihat memang mereka menjadi babi dan menjadi kera.

Tuhan boleh buat macam tu. Tapi Allah cakap dalam ayat ini: “Kalau Kami mahu”. Bermakna, Allah tidak semestinya buat walaupun Allah boleh buat.

 

فَمَا اسْتَطٰعُوا مُضِيًّا وَلَا يَرْجِعُونَ

Maka tidak mampu mereka ke depan dan tidak mampu kembali ke belakang;

Apabila Allah dah tukar fizikal mereka, mereka tidak boleh jadi manusia semula. Mereka akan mati sahaja selepas itu (selepas tiga hari).

Dalam ayat ini, Allah memberi ancaman kepada mereka untuk mengambil perhatian. Allah nak beritahu bahawa Dia boleh buat semua itu, kalau mereka masih lagi berdegil dan menentang Nabi. Tapi Allah tak terus buat kerana Allah masih lagi memberi peluang kepada mereka.

Lihatlah rahmat Allah memberitahu kita tentang perkara ini. Kalau kita pun menolak dakwah dari mereka yang membawa ajaran Islam yang benar, Allah pun boleh jadikan kita macam itu juga.


 

Ayat 68:

وَمَن نُّعَمِّرهُ نُنَكِّسهُ فِي الخَلقِ ۖ أَفَلا يَعقِلونَ

Sahih International

And he to whom We grant long life We reverse in creation; so will they not understand?

Malay

Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?

 

وَمَنْ نُّعَمِّرْهُ

Dan sekiranya Kami melanjutkan usia seseorang itu,

Ada orang yang Allah telah beri usia yang panjang. Bukan semua boleh jadi tua.

نُنَكِّسْهُ فِي الْخَلْقِ

nescaya Kami akan kembalikan dia kepada kejadian asal;

Perkataan نَكِّسْ bermaksud menterbalikkan sesuatu. Apabila usia dah panjang sangat, orang itu boleh jadi macam budak balik. Mungkin kena pakai lampin balik, kena suap makan kepadanya, sudah tak berapa ingat dan sebagainya. Mungkin juga sudah tidak boleh bercakap dan kena dimandikan seperti budak kecil, bukan?

Begitulah perjalanan hidup manusia. Allah hendak mengingatkan manusia bahawa dunia ini bukanlah tempat tinggal yang kekal. Yang kekal adalah alam akhirat. Keadaan diri kita pun tidak kekal. Dalam ayat 39 Allah sudah beri perumpamaan:

وَالقَمَرَ قَدَّرناهُ مَنازِلَ حَتّىٰ عادَ كَالعُرجونِ القَديمِ

Dan telah Kami tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah, sehingga (setelah dia sampai ke manzilah yang terakhir) kembalilah dia sebagai bentuk tandan yang tua.

Sepertimana bulan kembali menjadi bulan sabit di hujung bulan, maka begitulah manusia – dia akan kembali jadi seperti budak-budak kembali ke hujung usianya kalau dia sempat jadi tua. Juga disebut dalam ayat yang lain:

{وَمِنْكُمْ مَنْ يُرَدُّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمُرِ لِكَيْلا يَعْلَمَ مِنْ بَعْدِ عِلْمٍ شَيْئًا}

dan di antara kamu ada yang dikembalikan kepada umur yang paling lemah (lanjut dan nyanyuk) supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatu pun yang pernah diketahuinya. (An-Nahl: 70)

Mereka yang menolak Islam, mereka buat begitu kerana mereka berbangga dengan apa yang mereka ada. Mereka ada kekayaan dan mereka ada kesihatan dan kekuatan mereka. Kadang-kadang apabila seseorang itu ada kelebihan, fikiran mereka telah dikelabui. Tapi Allah mengingatkan mereka bahawa apa yang mereka ada itu tidak lama. Apabila mereka dah semakin tua, mereka tidak dapat mengelak dari jadi lemah, dari segi jasad mereka dan juga fikiran mereka.

Kaitan dengan dua ayat sebelum ini: Allah kata Allah boleh ubah kejadian manusia. Tapi Allah tak buat. Apa yang Allah buat adalah mengubah keadaan manusia itu sedikit demi sedikit. Ini memang terjadi sekarang ini pun.

Setiap hari kita akan lihat bagaimana seseorang yang dulunya gagah dan kuat, tapi akhirnya apabila dah tua, mereka jadi lemah. Kalau dahulunya mereka boleh bercakap dengan kuat dan berbangga dengan apa yang mereka ada, apabila dah tua, mereka akan jadi lemah dan banyak senyap sahaja.

 

أَفَلَا يَعْقِلُونَ

Mengapa mereka tidak mahu memikirkan?

Iaitu memikirkan bahawa Allah berkuasa untuk melakukan apa sahaja, kepada sesiapa sahaja, bila-bila masa sahaja. 

Ayat ini juga sebagai dalil kehidupan selepas kematian. Seperti kita telah belajar sebelum ini, musyrikin Mekah tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka akan dihidupkan balik selepas mereka mati. Tapi Allah mengingatkan mereka bahawa Allah boleh buat apa sahaja. Dan Allah telah mengubah keadaan manusia pun. Kalau Allah boleh mengubah manusia dari kuat kepada lemah, Allah juga boleh mengubah manusia dari keadaan mati kepada keadaan hidup kembali.

Dari sejarah Islam, kita dapat tahu bagaimana Allah telah lakukan kepada Abu Lahab. Dia seorang yang amat sombong. Dia mempunyai rupa paras yang molek. Sebab itulah namanya pun Abu Lahab. Tapi akhirnya dia telah dimalukan. Akhir hidupnya dia telah dikunci dalam bilik kerana badannya jadi reput dan busuk sampaikan keluarganya tidak tahan.

Apabila dia mati, keluarga dia terpaksa upah orang lain untuk buang jasadnya di padang pasir. Tak ditanam pun – hanya dibiarkan untuk dimakan oleh binatang sahaja. Semua itu adalah peringatan kepada kita semua.


 

Ayat 69:

وَما عَلَّمنٰهُ الشِّعرَ وَما يَنبَغي لَهُ ۚ إِن هُوَ إِلّا ذِكرٌ وَقُرآنٌ مُّبينٌ

 Sahih International

And We did not give Prophet Muhammad, knowledge of poetry, nor is it befitting for him. It is not but a message and a clear Qur’an

Malay

(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;

 

وَمَا عَلَّمْنٰهُ الشِّعْرَ

Dan tidaklah Kami ajar kepadanya (Nabi Muhammad) itu syair, 

Allah beritahu yang Allah tidak mengajar syair kepada Nabi Muhammad SAW, seperti yang dituduh oleh musyrikin Mekah. Mereka kata Qur’an yang baginda baca itu adalah syair sahaja, tidak lebih dari itu.

Allah mengaitkan DiriNya yang mengajar dalam ayat ini. Allah hendak menekankan bahawa kalau Nabi Muhammad ada ilmu apa-apa pun, ianya mestilah dari Allah sendiri. Tapi Allah kata Dia tak ajar syair kepada Nabi. Jadi memang Nabi Muhammad tidak boleh bersyair. Kerana ada riwayat yang mengatakan yang baginda pernah bersyair tapi terbalik kalimah yang baginda baca.

Selain dari syair, Orientalis cuba untuk mengaitkan ilmu-ilmu yang ada pada Nabi Muhammad itu dicedok dari agama-agama lain. Tapi kalau dikaji dengan sebenarnya, Nabi tidak pernah belajar atau mengambil ilmu Islam itu dari mana-mana sumber selain dari Allah. Ini boleh dikaji dari sejarah hidup Nabi.

 

وَمَا يَنْبَغِي لَهُ

dan tidaklah patut dia (Nabi Muhammad) belajar syair;

Hujah ini disebut di sini sebab ada yang kata Qur’an itu hanya syair sahaja, tidak lebih dari itu. Mereka kata Nabi Muhammad itu seorang penyair pula. Itu adalah antara hujah-hujah batil mereka untuk menentang Qur’an.

Sa’id ibnu Abu Urwah telah meriwayatkan dari Qatadah, bahwa pernah ditanyakan kepada Siti Aisyah r.a., “Apakah dahulu Rasulullah Saw. pernah mengutip sesuatu dari bait syair?” Siti Aisyah r.a. menjawab bahawa syair merupakan perkataan yang paling tidak disukai oleh baginda. Hanya saja baginda pernah mengutip bait syair saudaraku dari Bani Qais, maka baginda menjadikannya terbalik, yang awal diakhirkan dan yang akhir diawalkan. Lalu Abu Bakar r.a. berkata, “Bukan begitu, wahai Rasulullah Saw.” maka baginda Saw. bersabda:

“إني وَاللَّهِ مَا أَنَا بِشَاعِرٍ وَلَا يَنْبَغِي لِي”

Sesungguhnya aku, demi Allah, bukanlah seorang penyair, dan bersyair itu tidak layak bagiku.

Akan tetapi, ada syair yang disyariatkan, iaitu sindiran-sindiran terhadap orang-orang Musyrik yang dilantunkan oleh para ahli syair Islam, seperti Hassan bin Tsabit, Kaab bin Malik, Abdullah bin Rawahah dan orang-orang semisal mereka.

Tidak layak Qur’an disamakan dengan syair. Syair tidak akan setanding dengan Qur’an. Terdapat beberapa perbezaan antara syair dan Qur’an:

1. Syair mementingkan lenggok bahasa sahaja. Kerana tujuan syair adalah untuk menggembirakan manusia yang membacanya. Tapi Qur’an mementingkan mesej yang hendak disampaikan di dalamnya.

2. Syair boleh tersilap. Kadang-kadang ia berkata tentang suatu perkara dan dalam bait yang lain, ia berlawanan dengan kata-kata sebelumnya. Qur’an tidak mungkin begitu. Qur’an sentiasa tepat dan tidak ada percanggahan antara ayat-ayatnya.

3. Pencinta syair tidak semestinya orang yang ada tujuan dalam hidup. Kalau kita lihat kepada pencinta syair, kebanyakannya adalah pemuzik-pemuzik dan penyair-penyair yang mereka sendiri tidak tahu apakah yang mereka perjuangkan. Mereka selalunya adalah orang yang hanya mahu bergembira sahaja dalam hidup mereka. Tapi pencinta Qur’an adalah mereka yang cintakan Allah dan cintakan kebenaran. Mereka mempunyai tujuan hidup yang tepat sepertimana yang digariskan dalam Qur’an.

Kita tidak perlu kepada syair. Oleh itu, tidak perlu kita menyusun doa kita kepada Allah sehingga hilang keikhlasan dalam doa kita itu. Kita seperti membaca satu sajak yang telah ditulis tapi bukan dari hati kita. Seeloknya kita membaca doa yang benar-benar dari hati kita. Walaupun ianya tidak tersusun, tapi kalau ianya ikhlas dari hati kita, ianya lebih disukai oleh Allah.

Sama macam kita dengar ceramah atau khutbah Jumaat yang dibaca dari teks ucapan. Ianya tidak menarik langsung. Ucapan yang tidak menggunakan teks ucapan lagi bagus. Oleh itu, apabila kita berdakwah, cuma keluarkan apa yang ada dalam hati kita. Jangan hiraukan tentang kata-kata yang kita gunakan. Pastinya ianya adalah kata-kata dari hati kita sendiri.

Jadi, kalau Qur’an itu bukan syair, apakah ia?

 

إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ

Sesungguhnya Qur’an itu tidak lain dan tidak bukan adalah pemberi peringatan

Perkataan yang digunakan adalah ذِكْرٌ. Bukan الذِكْرٌ. Oleh itu, ianya adalah dalam bentuk umum (nakirah). Ianya adalah untuk memberitahu kita bahawa banyak benda yang Qur’an itu ingatkan kita, bukan satu sahaja. Antaranya tentang realiti kehidupan, fitrah manusia, mengingatkan kita tentang sejarah silam umat-umat terdahulu, peringatan tentang apakah kesannya kalau kita engkar kepada Allah, dan macam-macam lagi.

 

وَقُرْآنٌ مُّبِينٌ

dan bacaan yang jelas nyata;

Qur’an itu adalah wahyu dalam Bahasa Arab yang jelas nyata, yang tidak boleh ditiru oleh manusia.

Qur’an itu jelas nyata kepada mereka yang belajar tafsir Qur’an. Maknanya, apabila kita belajar tafsir Qur’an, kita akan tahu mana perbuatan salah yang kita buat. Sebab telah jelas nyata kepada kita kerana telah diterangkan dengan nyata di dalam Qur’an. Yang tidak jelas adalah kepada orang yang tidak belajar tafsir Qur’an sahaja. Qur’an itu jelas memberi peringatan kepada mereka yang mahu merenungkan maknanya dan mentadabbur ayat-ayatnya (memikirkan tentangnya secara mendalam).


 

Ayat 70: Apakah tujuan Qur’an itu?

لِيُنذِرَ مَن كانَ حَيًّا وَيَحِقَّ القَولُ عَلَى الكٰفِرينَ

Sahih International

To warn whoever is alive and justify the word against the disbelievers.

Malay

Supaya ia memberi peringatan kepada orang yang sedia hidup (hatinya), dan supaya nyata tetapnya hukuman (azab) terhadap orang-orang yang kufur ingkar.

 

لِيُنْذِرَ مَنْ كَانَ حَيًّا

Supaya memberi ancaman kepada sesiapa yang hatinya hidup; 

Ada orang yang hatinya mati dan kerana itu mereka tak mahu terima ajaran tauhid. Hanya mereka yang hatinya hidup sahaja yang sanggup menerima ajaran tauhid. Hatinya hidup kerana hatinya hendak mencari kebenaran. Dan dengan belajar tafsir Qur’an, imannya semakin kuat. Semakin hidup hatinya dalam keimanan. Kerana itulah Qur’an ini hanya boleh diterima oleh orang yang berakal waras.

Kenapa ramai orang yang tidak dilahirkan Islam tapi akhirnya mereka memeluk agama Islam? Itu adalah kerana hati mereka hidup dan mahu mencari kebenaran. Apabila mereka mengkaji Islam dan Qur’an, mereka akan mendapati kebenaran ada dalam Islam dan Qur’an. Sebab itulah mereka memeluk agama Islam.

Tapi ada orang yang hatinya mati, walaupun dilahirkan dalam keluarga yang beragama Islam, tapi mereka tidak endahkan Qur’an, mereka tidak memahaminya dan kerana itu mereka langgar arahan-arahan dan ajaran di dalamnya. Ini kerana mereka tidak mahu kebenaran. Mereka telah diberi banyak pilihan tapi tidak mahu menerima ajakan Tauhid. Malah mereka menolak dakwah tauhid yang disampaikan kepada mereka. Kepada orang-orang sebegini, apakah nasib mereka nanti?:

 

وَيَحِقَّ الْقَوْلُ عَلَى الْكٰفِرِينَ

Dan sudah tetaplah keputusan azab kepada orang orang kafir;

Allah telah tetapkan bahawa kepada mereka yang engkar kepada ajakan Tauhid, tolak Qur’an, mereka akan dimasukkan ke dalam Neraka. Di mana mereka akan diazab dengan sekeras-kerasnya. Qur’an itu adalah rahmat bagi orang-orang yang beriman dan hujah bagi orang-orang yang kafir.

Apabila di akhirat nanti, mereka akan kata bahawa dakwah tidak sampai kepada mereka, dan sebab itu mereka sesat. Allah akan mengingatkan mereka bahawa Qur’an itu telah diturunkan kepada mereka lama dah, mereka sahaja yang tidak ambil peduli.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah Yaasin Ayat 55 – 64 (Kenali Jin dan Syaitan)

Ayat 55: Ayat Tabshir. Ini tentang nikmat syurga pula. Sebelum telah disebutkan tentang mereka yang tidak menerima dakwah dari Nabi. Dan kemudian disebutkan tentang mereka yang menerima hidayah.

Ayat ini menceritakan tentang kenikmatan yang akan diperolehi oleh mereka yang menerima hidayah itu.

إِنَّ أَصحٰبَ الجَنَّةِ اليَومَ في شُغُلٍ فٰكِهونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed the companions of Paradise, that Day, will be amused in [joyful] occupation –

(MELAYU)

Sesungguhnya penghuni surga pada hari itu bersenang-senang dalam kesibukan (mereka).

 

إِنَّ أَصْحَٰبَ الْجَنَّةِ

Sesungguhnya penghuni syurga.

Mereka ini adalah pemilik-pemilik kekal geran syurga. Mereka akan diberikan dengan segala hak istimewa yang diberikan kepada mereka.

Allah tidak mengatakan ‘Ahli Syurga’ dalam ayat ini tapi ‘Ashab Syurga’. Juga menunjukkan rapatnya mereka dengan syurga nanti. Dan mereka bukan berseorangan di sana kerana mereka akan ada banyak sahabat-sahabat yang akan bersama mereka.

 

الْيَوْمَ فِي شُغُلٍ فَٰكِهُونَ

pada hari itu duduk dalam kesibukan menikmati syurga;

Mereka akan sibuk menikmati segala macam nikmat yang ada dalam syurga itu sampaikan tidak mahu melayan orang lain dah. Macam zaman sekarang, sibuk sangat sampai kalau ada orang telefon pun tak mahu nak angkat. Orang panggil pun tak mahu jawab. Itulah maksud perkataan شُغُلٍ itu.

Nak senang faham, bayangkan kanak-kanak sekarang yang main video game. Mereka akan tekun bermain video game sampaikan mereka tidak hiraukan keadaan sekeliling. kadangkala makan pun dia tak kisah.

Macam kita juga kadang-kadang perlu menenangkan dan merehatkan diri kita, akan pergi melancong atau berjalan-jalan keluar dari tempat tinggal kita. Memang dibenarkan dalam Islam pun. Dan waktu itu kita suka dan sibuk bergembira, bukan? Tapi apabila kita bercuti, beberapa hari sahaja, bukan? Allah hendak beritahu, kenikmatan di syurga nanti adalah selama-lamanya. Sentiasa sahaja dalam seronok.

Begitulah ahli syurga nanti – sibuk menikmati segala pemberian Allah dalam syurga. Dalam dunia, kita tidak digalakkan sibuk dengan hal-hal keduniaan sangat sampai melupakan hal agama. Kita kena pandai membahagikan masa supaya banyak masa kita untuk akhirat juga. Ada benda-benda yang lagha yang kita kena korbankan (tinggalkanlah benda-benda lagha itu). Di syurga nanti, kita akan dibalas atas pengorbanan kita itu. Apabila kita tinggalkan perkara yang membuang masa di dunia ini, Allah akan membalasnya nanti kepada kita nanti.

Apabila sibuk dengan nikmat yang hebat dan berbagai, penghuni syurga itu tidak akan ingat anak isteri, ibu dan ayah yang mungkin ditakdirkan masuk neraka. Akan dibuang perasaan ingat kepada mereka. Kerana kalau ingat, dia tidak akan bergembira. Ini tidak patut kerana syurga adalah tempat untuk menerima kegembiraan dan kalau ada teringat benda yang menyedihkan, itu tidak patut.

Akan dibuang juga daripada mereka perasaan dengki, cemburu, sedih dan sebagainya. Perkataan فَاكِهُونَ itu menerangkan tentang seseorang yang suka sangat. Dia sibuk di dalam kesenangannya itu. Kerana sudah tidak ada tanggungjawab lagi kepadanya melainkan untuk menikmati syurga sahaja. Tidak ada ibadat lagi dah di sana. Tidak perlu memikirkan tentang pekerjaan dan sebagainya.

Pernah tak kita pergi supermarket nak beli keperluan kita? Bila kita dah beli barang, ada banyak lagi kita teringin nak beli tapi duit tak cukup. Maka setiap manusia berjuta kehendak-kehendak dia yang belum Tuhan tunaikan. Nak pergi jalan-jalan dan macam-macam lagi cita-cita kita. Rumah yang cantik juga hendak dimiliki tapi kita tak mampu. Semua itu belum ditunaikan.

Bila masuk syurga, Allah akan berikan apa sahaja yang kita hendakkan sebelum ini, dan sibuk dia sebab nak itu dan ini. Ini juga adalah salah satu dalil untuk mengatakan memang syurga itu ada. Kerana kenapa Allah jadikan manusia tetapi tidak memberikan segala keinginan mereka? Sentiasa tidak puas sahaja selama di dunia? Ini adalah kerana Allah akan memuaskan hati mereka di syurga nanti.

Orang lelaki tak boleh masuk syurga kalau tidak diberi persalinan 70 lapis kain sutera. Di dunia dia tak boleh pakai sebab lelaki haram pakai sutera. Kain sutera di syurga itu, tebal di dalam, nipis di luar. Sutera yang di dunia adalah cuma salinan daripada sutera yang di syurga. Diberi mahkota, gelang, loket dan wangi-wangian. Kemudian, dia akan dimandikan oleh malaikat. Barulah dimasukkan ke dalam syurga. Begitulah antara nikmat yang akan diberikan.


 

Ayat 56:

هُم وَأَزوٰجُهُم في ظِلٰلٍ عَلَى الأَرائِكِ مُتَّكِئونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They and their spouses –in shade, reclining on adorned couches.

(MELAYU)

Mereka dan isteri-isteri mereka berada dalam tempat yang teduh, bertelekan di atas dipan-dipan.

 

هُمْ وَأَزْوٰجُهُمْ

Mereka dan pasangan-pasangan mereka;

Tentulah tidak akan gembira kalau kita menikmati kenikmatan syurga berseorangan sahaja. Maka, di syurga nanti, kita akan diberikan dengan pasangan. Ramai yang kata ‘dan isteri-isteri mereka’, tapi sebenarnya tidak. Perempuan ada pasangan dan lelaki ada pasangan masing-masing.

Mereka akan mempunyai pelayan dari bidadari selain dari isteri. Tapi kita jangan tak tahu yang isteri kita itu lagi cantik dari bidadari kerana mereka akan dicantikkan sesuai dengan kedudukan di syurga. Macam mana bidadari lagi cantik dari isteri sedangkan bidadari tidak pernah buat ibadat dan tidak pernah diuji?

Oleh itu, isteri kitalah yang paling cantik (kalau dia pun dapat masuk syurga). Sebab dia ada buat ibadat semasa di dunia. Bidadari pula dibuat secara langsung (bidadari bukan jenis malaikat). Isteri akan menjadi ketua kepada semua bidadari. Kalau isteri kurang pahala, dan jika suami sudah masuk syurga, suami boleh tarik isteri masuk syurga juga.

Dalam kes sebegini, penghuni syurga boleh beri syafaat. Bermakna, syafaat itu boleh diberi apabila sudah berada di sana, bukan semasa berada di dunia.

 

فِي ظِلٰلٍ

duduk dalam teduhan;

Keadaan di syurga amat aman dan nyaman. Akan ada satu pokok di depan istana penghuni syurga. Ia akan menjadi teduhan kepada penduduk dalam syurga. Pokok itu amat besar sampaikan jarak perjalanan dengan kuda yang paling pantas, dari perdu pokok itu sampai ke hujung dahan pokok itu akan mengambil masa selama 80 tahun baru sampai!

 

عَلَى الْأَرَائِكِ

atas singgahsana-singgahsana

Kalimah الْأَرَائِكِ ini adalah satu benda yang boleh dikatakan antara katil dan kerusi malas. Juga ada yang menterjemahkan sebagai pelamin. Amat selesa sekali bersenggeng di atasnya. Tidak dapat dibayangkan dengan akal kita sekarang. Kerana tentunya keadaan di syurga nanti amat berbeza di mana ia akan menjadi amat baik.

 

مُتَّكِئُونَ

bersandar;

Kedudukan rehat atau disebut ‘bersenggeng’. Maknanya duduk dalam keadaan seronok dan dalam keadaan rileks. Dan tidak lagi dahaga sampai bila-bila. Tidak lapar, tidak sakit, tidak tua. Tidak ada ibadah lagi yang perlu dibuat. Duduk untuk menikmati hidup sahaja. Maka memang duduk rileks sahaja.

Sedangkan ahli neraka pula akan terasa lapar dan dahaga dari mula masuk neraka sampai bila-bila. Bila mereka minta untuk makan dan minum, seribu tahun baru diberi. Itu pun diberi air mendidih, apabila didekatkan sahaja air itu ke muka, terbidas naik bibir disebabkan oleh panasnya air itu.

Badan kita semua telah dinaiktaraf supaya mampu menerima seksaan tapi kerana panasnya air itu, sampai boleh jadi begitu kepada bibir orang itu. Badan ahli syurga juga akan dinaiktaraf untuk mampu menerima nikmat. Kerana hebat sangat nikmat dalam syurga itu, kalau dengan badan kita yang biasa ini, tidak mampu nak menerimanya.

Oleh itu nak masuk syurga pun akan dinaiktaraf supaya tak terkejut melihat segala nikmat yang macam-macam. Kerana nanti di dalam syurga itu, mereka akan makan dengan selera seribu orang lelaki dan bidadari pun banyak, maka memanglah kena kuat tubuh badan itu. Kalau tidak, tidak mampu nak mengalami segala nikmat-nikmat itu.


 

Ayat 57:

لَهُم فيها فٰكِهَةٌ وَلَهُم ما يَدَّعونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

For them therein is fruit, and for them is whatever they request [or wish]

(MELAYU)

Di surga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta.

 

لَهُمْ فِيهَا فٰكِهَةٌ

Bagi mereka, berbagai-bagai jenis buah-buahan;

Kalau kita di dunia pun, kalau kita duduk berehat-rehat, kita akan ada makanan ringan untuk kita makan sambil berehat. Di syurga pun begitu juga. Berbagai-bagai jenis buahan yang mudah dipetik. Kita tak perlu bangun untuk petik pun kerana buah itu akan datang kepada kita. Petik satu, terus keluar buah baru dari tangkai yang sama.

Buah-buahan itu pula tidak ada musim, maka tidak perlu nak tunggu musim baru boleh makan buah itu kerana sentiasa sahaja ada buah. Macam-macam jenis buah-buahan termasuk yang tidak ada di dunia. Dan tentunya buah-buahan itu lebih sedap dari buah-buahan di dunia ini.

Bukan buah-buahan itu sahaja yang mereka akan dapat. Ianya sebagai pembuka kata sahaja. Ada banyak lagi yang mereka akan dapat. Tapi digunakan contoh buah, kerana itu yang manusia kenal, dan itu yang manusia suka.

 

وَلَهُمْ مَا يَدَّعُونَ

Dan bagi mereka, apa sahaja yang mereka minta;

Berjuta keinginan manusia yang tidak tertunai semasa hidup di dunia. Kerana tidak cukup wang dan sebagainya. Ataupun ada wang, tapi memang tak boleh nak dapat benda yang diingini sebab benda itu terhad, contohnya. Semua keinginan itu, penghuni Syurga akan dapat. Yang dia pernah tengok di dunia, semua dia akan dapat.

Dan apa sahaja yang mereka minta. Mungkin ada benda yang dia tak tahu kewujudan benda tu, sebab dia tak pernah berjumpa. Macam orang dulu-dulu pakai tv hitam putih. Dulu mereka tak tahu akan ada TV warna. Jadi kalau dia nampak tv warna, tentu dia pun hendak juga, bukan?

Maka di syurga, akan ditunjuk segala jenis kemewahan yang dia tak tahu, dan dia akan minta, itu pun akan dapat. Ada mufassir yang kata, kita tak perlu sebut pun apa yang kita hendak. Berdetik sahaja dalam hati kita hendakkan sesuatu, ianya akan datang kepada kita.

Bukan itu sahaja, kita juga boleh mengubah rupa kita kalau kita hendak. Mungkin semasa di dunia, kita ada keinginan supaya rupa kita macam orang lain. Maka, di syurga kita boleh nak jadi apa sahaja yang kita kehendaki. Apabila kita tukar sahaja, semua penghuni syurga yang di bawah takluk kita akan ikut tukar sekali.

Dalam dunia, ada benda kita tak boleh nak buat atau guna, seperti minum arak, pakai emas dan sutera untuk lelaki, tapi semua kita akan dapat buat apabila dalam syurga. Mereka akan dibalas kerana dulu semasa di dunia, mereka tahan diri mereka dari melakukan dan memakainya kerana mereka tahu yang ianya haram.

Di syurga nanti ada empat jenis sungai, termasuk sungai susu, madu dan arak. Dan air sungai di syurga boleh lalu dalam rumah ikut bagaimana kita hendak. Nak bagi dia mengalir ke atas, ke bawah, pusing keliling rumah dan sebagainya. Kerana aliran sungai itu juga di dalam takluk kita. Kita boleh minum air-air itu bila-bila masa dan sudah tentunya rasanya lebih baik dari rasanya di dunia.

Kerana apa-apa sahaja nikmat di dunia ini adalah sebagai bayangan sahaja kepada nikmat di dalam syurga. Emas dunia adalah ciplak emas syurga, sutera dunia adalah ciplak sutera syurga, susu, madu, arak dan macam-macam lagi.


 

Ayat 58:

سَلٰمٌ قَولًا مِّن رَّبٍّ رَّحيمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[And] “Peace,” a word from a Merciful Lord.

(MELAYU)

(Kepada mereka dikatakan): “Salam”, sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang.

 

سَلٰمٌ

“Salam”, 

Tengah sibuk dengan melayan segala kenikmatan itu, tiba-tiba Tuhan akan berkata, assalamualaikum. Assalamualaikum ya ahlal jannah… Maknanya Allah datang dan beri salam kepada penghuni syurga itu.

Bila dengar ucapan salam dari Allah itu, kepala penghuni syurga akan terangkat naik melihat wajah Allah, sampai lupa segala kenikmatan yang dia baru dapat, semua lupa terpaku tengok keindahan wajah Allah tak tahu berapa lama – sehari, seminggu, setahun, seribu tahun atau sejuta tahun, kita tak tahu. Sebab seronok sangat tengok Allah.

Waktu itu sampai tinggal semua nikmat yang lain. Sehingga Allah tutup hijab barulah ahli syurga itu tersedar kembali.

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ يُوسُفَ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ أَبِي الشَّوَارِبِ، حَدَّثَنَا أَبُو عَاصِمٍ العَبَّاداني، حَدَّثَنَا الْفَضْلُ الرَّقاشيّ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ المُنْكَدِر، عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “بَيْنَا أَهْلُ الْجَنَّةِ فِي نَعِيمِهِمْ، إِذْ سطع لهم نور، فرفعوا رؤوسهم، فَإِذَا الرَّبُّ تَعَالَى قَدْ أَشْرَفَ عَلَيْهِمْ مِنْ فَوْقِهِمْ، فَقَالَ: السَّلَامُ عَلَيْكُمْ يَا أَهْلَ الْجَنَّةِ. فَذَلِكَ قَوْلُهُ: {سَلامٌ قَوْلا مِنْ رَبٍّ رَحِيمٍ} . قَالَ: “فَيَنْظُرُ إِلَيْهِمْ وَيَنْظُرُونَ إِلَيْهِ، فَلَا يَلْتَفِتُونَ إِلَى شَيْءٍ مِنَ النَّعِيمِ مَا دَامُوا يَنْظُرُونَ إِلَيْهِ، حَتَّى يَحْتَجِبَ عَنْهُمْ، وَيَبْقَى نُورُهُ وَبِرْكَتُهُ عليهم وفي ديارهم”

Telah menceritakan kepada kami Musa ibnu Yusuf, telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu Abdul Malik ibnu Abusy Syawarib, telah menceritakan kepada kami Abu Asim Al-Ibadani, telah menceritakan kepada kami Al-Fadl Ar-Raqqasyi, dari Muhammad ibnul Munkadir, dari Jabir ibnu Abdullah r.a. yang mengatakan bahawa Rasulullah Saw. pernah bersabda, bahwa ketika ahli syurga sedang bergelimang di dalam kenikmatannya, tiba-tiba muncullah cahaya pada mereka, lalu mereka mengangkat kepalanya memandang ke arah cahaya itu, dan ternyata Tuhan Yang Maha Agung menengok mereka dari atas mereka, lalu berfirman, “Selamat kepada kalian semua, hai penduduk surga.” Yang demikian itulah yang dimaksud oleh firman-Nya: (Kepada mereka dikatakan), “Salam, ” sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang. (Yasin: 58) Maka Allah memandang kepada mereka, dan mereka memandang kepada-Nya. Mereka tidak mengalihkan pandangannya kepada sesuatu pun selama mereka memandang kepada Allah Swt. karena nikmatnya yang tak terperikan, hingga Allah Swt. menutup diri dari mereka dengan hijab-Nya dan yang tertinggal adalah cahaya dan berkah-Nya yang melimpah atas mereka di rumah-rumah mereka.

Maka berniatlah setiap hari untuk berjumpa dengan Allah. Tidak betul satu manusia yang minta untuk masuk syurga tapi tak pernah minta nak jumpa Allah yang menjadikan kita. Nikmat melihat Allah adalah nikmat yang paling besar.

 

قَوْلًا مِّنْ رَّبٍّ رَّحِيمٍ

Perkataan yang mulia daripada Tuhan pencipta pemelihara yang amat sayang

Itulah kalimah yang mulia dari Allah yang Maha Mulia kepada makhluk yang masuk syurga.

Ini maknanya, Allah juga bertempat, bukan? Kerana bukankah Allah datang ke dalam syurga? Bukankah syurga itu adalah satu tempat? Maka kenapakah ada yang menolak Allah boleh bertempat?


 

Ayat 59: Takhwif ukhrawi. Ianya adalah ayat penakutan dari Allah kepada orang orang yang ingkar, tentang apa yang akan terjadi di akhirat kelak. Dalam ayat sebelum ini, Allah menceritakan bagaimana Allah akan berjumpa dengan penghuni Syurga dan memberi salam kepada mereka. Sekarang kita beralih pula kepada nasib penghuni Neraka.

وَامتٰزُوا اليَومَ أَيُّهَا المُجرِمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Then He will say], “But stand apart today, you criminals.1

  • i.e., remove yourself from the ranks of the believers to be distinguished from them.

(MELAYU)

Dan (dikatakan kepada orang-orang kafir): “Berpisahlah kamu (dari orang-orang mukmin) pada hari ini, hai orang-orang yang berbuat jahat.

 

وَامْتٰزُوا الْيَوْمَ

Berpisahlah kamu hari ini;

Iaitu berpisah daripada golongan orang yang beriman. Ini adalah tayangan tentang kejadian pada hari akhirat nanti. Yang berkata itu sama ada Allah atau malaikat.

Perkataan وَامْتَازُوا diambil dari kata dasar ‘imtiyaz’ yang bermaksud memisahkan sesuatu dari benda yang banyak. Contohnya kita mencari sekam dalam beras dan memisahkan antara beras yang elok dengan beras yang tidak elok.

Dalam dunia, manusia bercampur-campur menjalani kehidupan sehari-hari. Kalau kita lihat semua orang, kita tidak dapat pastikan sama ada mereka beriman atau tidak. Tapi begitulah manusia, berjenis-jenis perangai dan akidah mereka. Ada antara mereka yang beriman sungguh dan ada antara mereka yang ada masalah pada akidah mereka.

Ada yang berhati baik dan ada yang berhati busuk. Tapi dapat duduk sekali, oleh kerana ianya adalah perbuatan hati, kita tidak dapat pastikan dengan hanya memandang mereka. Kerana kita tidak dapat baca apa yang dalam hati manusia, bukan?

Ayat ini menceritakan tentang apakah yang akan terjadi kepada mereka di akhirat kelak. Di dunia, mungkin mereka duduk sekali bercampur gaul dengan kita, tapi di akhirat nanti kita akan terpisah (semoga kita dalam golongan yang baik).

Sekali lagi Allah menggunakan perkataan الْيَوْمَ (hari ini). Allah menggunakan perkataan ini untuk mengajak kita membayangkan keadaan di Mahsyar nanti. Kita semua ramai-ramai akan berada di sana. Kita tidak pasti bagaimana nasib kita. Bayangkan dalam ramai-ramai itu, kita antara orang yang disuruh untuk memisahkan diri kita dari orang yang beriman, bagaimana? Alangkah ruginya waktu itu. Tidak ada penyesalan yang lebih besar dari penyesalan pada waktu itu.

 

أَيُّهَا الْمُجْرِمُونَ

wahai orang yang banyak berdosa,

Mereka dipisahkan dari orang beriman kerana mereka orang yang berdosa banyak. Mereka itu semasa hidup di dunia dulu ikut hawa nafsu sahaja tidak mahu ikut wahyu. Orang Islam apabila di Mahsyar itu akan duduk sekali ramai-ramai. Yang kafir tak masuk mahkamah pun.

Mereka terus masuk neraka tak keluar-keluar lagi dah. Jadi yang dipisah hanya orang beriman, iaitu orang-orang tidak melakukan syirik tetapi mereka ada dosa. Sama ada dosa kecil atau besar. Tauhid dia dah betul. Oleh kerana tauhidnya baik, maka dia akan dimasukkan dalam kumpulan orang Islam dulu.

Tapi kemudian mereka akan dipisahkan. Kerana orang-orang Islam akan terbahagi kepada tiga golongan:

  1. Muqarrabin, yang rapat dengan Allah.
  2. mukmin (yang menerima buku amalan pada tangan kanan)
  3. dan yang ketiga adalah orang Islam yang berdosa banyak.

Yang golongan ketiga yang banyak dosa itu akan dimasukkan ke dalam neraka dulu. Ini adalah kerana hendak membersihkan dosa-dosa mereka. Ketiga-tiga jenis ini akan mendapat syafaat dari Nabi. Memang ada syafaat di akhirat kelak, maka kita kena tahu apakah jenis-jenis syafaat itu. Ini penting kerana surah ini berkenaan dengan syafaat, bukan?

Pertama, semua makhluk akan mendapat syafaat dari Rasulullah (Syafaat Uzma) supaya perbicaraan dicepatkan. Ini adalah lama sungguh masa menunggu di Mahsyar sampaikan kelam kabut manusia pergi dari satu Nabi ke satu Nabi meminta para Nabi itu berdoa supaya dipercepatkan perbicaraan. Maka Rasulullah akan berdoa supaya perbicaraan dipercepatkan.

Kemudian, yang berdosa pun akan mendapat syafaat dari Nabi kalau dosanya tak banyak. Tuhan akan beri kebenaran Nabi untuk bagi syafaat itu sebelum mereka masuk neraka.

Yang ketiga, kalau dosanya banyak, dia akan dimasukkan ke dalam neraka dulu untuk menerima azab. Setelah sekian lama, Nabi Muhammad akan dibenarkan untuk mengeluarkan mereka. Masalahnya, kita tak tahu berapa lama akan berada dalam neraka. Mungkin beratus tahun, mungkin beribu atau berjuta tahun.

Maka janganlah kita sangka kita sebagai orang Islam akan tinggal sekejap sahaja dalam neraka. Takutlah kepada neraka itu. Kita sepatutnya tidak mahu nak lihat, dengar, cium bau neraka sedikit pun. Kita nak terus masuk ke dalam syurga.

Ada satu lagi golongan yang disebut di dalam surah al-A’raf. Ini adalah golongan yang tidak masuk syurga dan tidak masuk neraka (pada permulaan). Ini telah diterangkan dalam surah al-A’raf. Ringkasnya, akhir sekali mereka akan dimasukkan ke dalam syurga juga.

Tapi yang kita nak ingatkan adalah, orang Muslim yang banyak dosa, akan masuk neraka dulu. Yang masuk neraka akan dapat dua kali syafaat. Iaitu mula-mula akan diberikan kepada yang dosa sikit. Kemudian syafaat diberikan kepada mereka yang banyak dosa. Maka kita mestilah memasang azam tak nak satu saat pun masuk neraka. Jangan biar diri kita masuk neraka.

Dalam masa yang sama, kita minta juga nak masuk syurga Tuhan. Minta betul-betul dengan Dia. Jangan kita putus harap dengan Allah. Jangan kita rasa kita tak layak untuk masuk dalam syurga. Itu pun adalah satu pemahaman yang salah. Ingatlah yang walaupun kita banyak dosa, tapi Allah boleh ampun dosa sesiapa sahaja yang minta ampun kepadaNya.

Oleh itu, ayat ini memberitahu kita yang Allah akan bahagikan orang Islam yang banyak dosa dan asingkan dari orang mukmin yang tiada dosa (mungkin mereka ada juga dosa, tapi mereka telah minta ampun semasa di dunia lagi). Mereka yang banyak dosa itu dipanggil الْمُجْرِمُونَ Mujrimin. Akan dikira amalannya, amanahnya sama ada dia jaga atau tidak, hutangnya dan segalanya, mungkin 30 ribu tahun kena masuk neraka, sebagai contoh.

Kita pun tidak tahu perkiraan Allah bagaimana. Nabi Muhammad akan sujud di Arash dan minta syafaat untuk kali kedua. Orang itu dah jadi arang dah. Macam dah mati, tapi tidak mati lagi. Apabila dia sampai ke syurga, ahli syurga akan basuh ahli neraka itu dengan air dari syurga. Barulah boleh tumbuh balik badan dia. Tapi dah hitam dah mukanya.

Oleh kerana mereka telah pernah masuk dalam neraka, mereka ini digelar sebagai Golongan Jahannamiyyun. Selepas masuk syurga, dia akan isytihar dia lepas dari neraka pada orang ramai dengan rasa bangga. Dia bangga kerana dia telah berjaya lepas dari neraka.

Selepas itu dalam masa yang lama lagi barulah ada lagi saki baki umat Islam yang ada saki baki iman sebesar zarah yang akan dikeluarkan dari neraka. Ini kerana Nabi akan memohon syafaat dari Allah lagi untuk mengeluarkan mereka.

Lihatlah bagaimana Allah telah memberikan peringatan kepada kita. Allah telah memberi berbagai-bagai peringatan kepada kita. Tidaklah Allah terus memasukkan kita ke dalam neraka. Allah tidak zalim kerana walaupun Allah beri azab, tapi Allah telah beri peringatan dengan banyak sekali. Dia telah memberikan Rasul, Kitab Qur’an dan guru-guru untuk mengajar kepada kita tentang agama.

Dalam masa yang sama, kita telah diberikan dengan akal dan pancaindera untuk kenal agama. Maka gunakanlah kelebihan itu dengan baik. Oleh kerana kita telah diberikan dengan berbagai alat itu, maka jikalau kita termasuk dalam golongan orang yang berdosa nanti, bukanlah salah Allah. Ianya adalah salah kita sendiri yang tidak mengambil peringatan.


 

Ayat 60: Kenapa Allah tidak dikatakan sebagai zalim? Kerana Allah telah beri peringatan kepada kita semua.

۞ أَلَم أَعهَد إِلَيكُم يٰبَني آدَمَ أَن لّا تَعبُدُوا الشَّيطٰنَ ۖ إِنَّهُ لَكُم عَدُوٌّ مُّبينٌ

Sahih International

Did I not enjoin upon you, O children of Adam, that you not worship Satan – [for] indeed, he is to you a clear enemy –

Malay

“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!

 

أَلَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يٰبَنِي آدَمَ

Bukankah Aku telah titahkan kepada kamu wahai anak cucu Adam

Allah mengingatkan kita dengan perjanjian kita denganNya semasa alam roh lagi dan juga semasa kita hidup di dunia. Peringatan sentiasa diberikan kepada kita.

 

أَنْ لَّا تَعْبُدُوا الشَّيْطٰنَ

jangan sekali-kali kamu puja/sembah syaitan.

Allah telah ingatkan kita tentang syaitan, bukan? Jangan menghambakan diri kepada syaitan. Tentulah kita tidak pernah berniat hendak menyembah syaitan. Tapi perkataan ‘sembah’ itu juga bermaksud ‘menghambakan’ diri kepada syaitan. Iaitu apa yang syaitan suruh kita buat, kita ikut. Itulah maksudnya menghambakan diri kepada syaitan.

Jangan buat perkara yang bercanggah dengan wahyu. Kerana kalau berlawanan dengan wahyu sahaja, itu adalah dari syaitan. Tapi kalau kita tidak tahu wahyu, bagaimana kita nak tahu yang kita buat perkara yang bercanggah dengan wahyu?

 

إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Sesungguhnya ia adalah musuh kamu yang nyata;

Tak patut kita taat dan termakan bisikan syaitan kerana dia adalah musuh yang nyata bagi kita. Iblis sendiri sudah mengaku dia adalah musuh kita seperti yang telah disebut dalam Qur’an di dalam ayat yang lain. Dia telah berjanji dengan Tuhan nak keluarkan anak cucu Adam dari syurga.

Dia telah berikrar akan menyesatkan manusia dari dulu lagi. Dia akan menggunakan berbagai-bagai cara untuk menyesatkan keturunan Nabi Adam. Tapi Allah berfirman yang dia tidak boleh sesatkan orang yang beriman.

Adakah kita sembah syaitan? Kita rasa kita tak pernah pun sembah syaitan. Memang tidak, tapi bisikan dia kita ikut, bukan? ‘Puja’ syaitan maksudnya ikut bisikan syaitan. Apa sahaja dalil yang bukan dari Qur’an, hadith sahih atau perbuatan dari sahabat, dalil itu dipanggil dalil hawa nafsu. Dan dalil nafsu dari bisikan syaitan juga.

Contohnya, apabila kita beri nasihat kepada mereka yang melakukan syirik yang amalan yang mereka belajar dari guru mereka adalah amalan yang salah, mereka akan berhujah: “takkan tok guru tu nak masuk neraka.” Atau mereka kata: “Takkan Allah tak beri pahala sedangkan kita buat benda yang baik.” Dan banyak lagi hujah-hujah yang bukan datang dari dalil Qur’an dan hadis. Hawa nafsu itu sebenarnya adalah dari bisikan syaitan. Hasilnya, manusia buat perkara yang bukan diambil dari sunnah. 

Maka jangan kita sempitkan makna تَعْبُدُوا dengan makna ‘sembah’ sahaja. Ia diambil dari perkataan عبد yang bermaksud ‘menghambakan diri’. Jadi kalau kita ikut bisikan syaitan, itu sudah bermaksud kita menghambakan diri kita kepadanya.

Siapakah syaitan itu? Syaitan itu adalah anak cucu Iblis sepertimana kita manusia adalah anak cucu Nabi Adam. Iblis sudah berjanji di hadapan Allah untuk menyesatkan anak cucu Adam. Kalau anak Adam itu seorang yang kuat melakukan ibadat, dia akan kempen orang itu untuk buat syirik dalam ibadat: Maka manusia sudah buat syirik dalam ibadat seperti seru tok wali, seru Nabi, malaikat dan sebagainya.

Kalau manusia seorang yang minat jihad, syaitan akan menyesatkan orang itu dalam perkara jihad, contohnya ambil ilmu kebal supaya musuh tetak tak lut. Jadi nak dapat ilmu itu, seseorang itu kena bela jin. Untuk bela jin atau supaya jin berdamping dengan mereka, mereka perlu buat perkara syirik dahulu. Contohnya, mereka beri salam kepada malaikat, Nabi dan sebagainya.

Apabila beri salam sahaja kepada malaikat, Nabi dan wali, jin akan datang dan berdamping dengan dia. Kerana semua salam itu tidak sampai kepada malaikat, Nabi dan wali itu. Itu adalah perbuatan menyeru kepada yang tidak ada. Ingatlah yang para malaikat bukan ditugaskan untuk berkhidmat kepada kita; Nabi sudah mati semuanya, mereka tidak hidup di dunia ini lagi; begitu juga dengan wali-wali itu semua. Mereka semuanya sudah mati.

Bagaimana yang sudah mati boleh mendengar salam yang kita berikan kepada mereka? Yang Maha Mendengar adalah Allah. Allah sahaja yang boleh mendengar segala percakapan kita. Oleh itu, apabila kita beri salam kepada Nabi, wali dan malaikat itu, dan kita kata mereka boleh dengar, maka kita sebenarnya mengatakan bahawa Nabi dan wali-wali itu ada kuasa Tuhan.

Itu adalah satu perbuatan syirik. Tidak ada dalil yang mengajar kita untuk beri salam kepada malaikat, Nabi dan wali-wali. Itu semua adalah rekaan dari guru-guru yang telah dibisikkan ajaran itu oleh syaitan-syaitan yang mahu menyesatkan manusia.

Yang diajar kepada kita hanyalah memberi salam kepada penghuni kubur. Itu sahaja dan tidak lebih dari itu. Jangan kita ambil dalil itu untuk mengatakan orang dalam kubur boleh mendengar percakapan kita. Sampai ada yang bermohon kepada ahli kubur seperti puak Barelvi dan ajaran tarekat dan Habib yang melawat kuburan dan meminta pertolongan kepada orang dalam kubur.

Mereka mungkin tidak memohon terus kepada penghuni kubur itu. Tapi mereka menggunakan penghuni kubur itu sebagai perantara (wasilah) antara mereka dan Allah. Itu semua adalah kerana mereka rasa bahawa menggunakan perantaraan (tawasul) dalam berdoa itu adalah baik. Kerana mereka telah diajar oleh syaitan bahawa itulah cara yang baik untuk berdoa. Mereka telah ditipu oleh syaitan. Padahal Allah dah beritahu yang syaitan itu adalah musuh kita.

Syaitan-syaitan itu amat pandai menipu kita. Salah satunya dengan mengganggu kita dengan merasuk manusia. Jin selalunya akan rasuk manusia, supaya manusia pergi jumpa bomoh. Bomoh akan baca macam-macam mentera kononnya untuk halau syaitan, padahal kita orang Islam disuruh baca ayat Kursi untuk halau syaitan.

Tapi kita pula percaya beras kunyit atau apa-apa yang digunakan oleh bomoh itulah yang menyebabkan hantu lari. Ini adalah kepercayaan khurafat dan boleh membawa kepada syirik. Jin syaitan sebenarnya tak terkesan pun dengan beras kunyit dan sebagainya itu sebab dia makhluk jenis lain. Tapi mereka akan buat olok-olok menggelepar dan kononnya keluar dari manusia yang kena rasuk.

Dan apabila kita percaya benda-benda seperti itu boleh menghalau jin syaitan, itu sudah syirik. Iblis sebenarnya nak kita masuk neraka sekali dengan dia. Kalau menjadi pun perbuatan bomoh-bomoh itu menghalau jin yang merasuk, itu adalah kerana mereka telah bersekongkol sesama mereka: kalau sesiapa pakai benda-benda macam tu, mereka akan olok-olok keluar. Mereka akan cuba memesongkan aqidah kita.

Apabila akidah kita sudah terpesong, maka kerja mereka sudah selesai, maka mereka pun keluar dari orang yang dirasuk itu. Syaitan hendak kita mensyirikkan manusia dengan mengatakan bomoh itu dan bomoh ini hebat sampai boleh menyembuhkan mereka. Padahal, Allah lah yang menyembuhkan manusia, bukan makhluk. Tapi masyarakat kita suka berjumpa dengan bomoh dan dukun dan apabila mereka ditakdirkan oleh Allah untuk sihat, mereka akan kata: “hebat bomoh/dukun/ustaz tu, dah baik dah aku ni.”

Asalnya sebelum kelahiran Nabi, jin boleh terbang ke langit dan boleh mencuri-curi dengar perbualan malaikat. Malaikat apabila mendapat berita dari langit, mereka akan bercakap-cakap sesama mereka. Jin akan curi-curi mendengar perbualan malaikat itu. Dan mereka gunakan apa yang mereka dengar dari perbualan malaikat itu untuk menipu manusia. Tapi kemudian mereka sudah tidak boleh lagi selepas Nabi Muhammad diangkat menjadi Nabi. Sebab sudah ada malaikat penjaga langit.

Jikalau mereka cuba untuk mencuri dengar perbualan malaikat, malaikat-malaikat penjaga langit itu akan baling mereka dengan bebola api. Jin yang kena bebola api itu akan jadi gila atau mati. Yang gila dipanggil hantu raya dan sebagainya. Hantu yang dinamakan Langsuir, rupa mereka sebegitu sebab mereka telah kena baling dengan bebola api dan kena pada perut.

Hantu-hantu itu sebenarnya adalah jin-jin yang dah gila dan mereng, tapi masih lagi nak tipu manusia. Mana yang kena baling bebola api dengan tepat, akan mati. Kalau yang kena sipi-sipi itu yang jadi muka huduh. 

Jin sebenarnya takut kepada manusia. Mereka pernah bertanya kepada Tuhan di manakah mereka akan duduk setelah manusia mengambil tempat mereka? Tuhan kata mereka kena duduk di hutan, lautan, bukit dan padang-padang. Maka tempat yang ramai jin, kita panggil bunian. Banyaklah pula kepercayaan salah kita tentang bunian ini pula.

Ada kalangan masyarakat Islam kita yang minta tolong kepada bunian-bunian itu. Padahal semua itu adalah bangsa jin belaka. Semua itu boleh memesongkan akidah. Memang ada jin yang Islam tapi tak ramai. Macam juga kita, banyak yang kafir daripada yang Islam. Jin-jin yang Islam itu menjalani kehidupan mereka sendiri – mereka tidak ada kena mengena dengan manusia. Jadi tidak ada istilah ‘berkawan dengan jin’.

Jadi dalam dunia ini ada dua jenis makhluk sahaja: manusia atau jin. Maka Tuhan kata dalam ayat ini supaya kamu jangan sembah syaitan. Jadi kena faham siapakah mereka. Jin kafir itu adalah syaitan. Semuanya kafir belaka, termasuk yang dipanggil ‘saka’ yang menyebabkan orang yang membelanya tak boleh mati. Nak buang saka mudah sahaja. Iaitu ajar kepada sesiapa yang ada saka itu, siapa Tuhan, apa itu Qur’an, apa syurga dan neraka.

Kalau percaya, ajar kepada dia kalimah Syahadah. Dan kita cakap kepada dia: “Buang jin kamu dengan bacaan bismillahirrahmanirrahim“. Kalau ada yang kata tidak boleh buang jin dan saka dalam badan, macam mana tok sami yang banyak bela jin? Boleh pula mereka masuk Islam, bukan? Oleh itu, cara nak buang jin adalah dengan kalimah syahadah, bukan dengan bomoh. Kalau tak perbetulkan akidah kita, memang saka itu tak akan keluar. Selagi akidah rosak, selagi itu saka itu akan ada dalam badan.

Syaitan menggoda manusia sebab dia telah berjanji nak sesatkan manusia. Kalau seorang itu orang yang melakukan syirik, syaitan akan kempen dia supaya kuat ibadat dan supaya tak belajar agama dah. Dia akan disibukkan dengan buat ibadah sahaja dan dia sangka dia telah terpimpin. Syaitan tak mahu dia belajar agama, sebab kalau dia belajar, dia akan tahu apa yang dia buat selama ini adalah salah.

Kerana amalan dia walaupun banyak, tapi amalan syirik atau bidaah sahaja. Jadi, untuk mengelakkan dia dari tahu kesalahan yang dia telah buat, dia akan digoda oleh syaitan untuk buat ibadat banyak lagi. Memang ibadat itu penting, tapi yang lebih penting adalah buat ibadat dengan ilmu. Biar ibadat kita sikit, tapi biarlah kita buat ibadat yang sudah pasti diambil dari ajaran Nabi.

Jadi ketahuilah dan ingatlah yang Syaitan itu adalah musuh kita yang nyata. Di akhirat nanti, Iblis sendiri akan berkhutbah. Iblis akan berkata bahawa dia cuma mencadangkan sahaja kepada kita untuk jadi sesat. Dia akan kata, manusialah yang bersalah kerana mengikutnya. Waktu itu penyesalan tidak berguna lagi.


 

Ayat 61: Tapi bagaimana cara kita nak elak dari ikut syaitan, sedangkan kita tidak nampak syaitan? Jawapan ini ada dalam ayat ini.

وَأَنِ اعبُدوني ۚ هٰذا صِرٰطٌ مُّستَقيمٌ

 Sahih International

And that you worship [only] Me; This is the straight path.

Malay

“Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus.

 

وَأَنِ اعْبُدُونِي

Sesungguhnya, sembahlah Aku sahaja;

Kita kena sembah, puja, ibadat dan doa hanya kepada Allah sahaja. Tapi bagaimana? Iaitu dengan cara yang Allah ajar. Jadi kena belajar tafsir Qur’an lah untuk kita tahu bagaimana caranya. Allah sebut satu persatu dan selebihnya diajar secara praktikal oleh Rasulullah dalam Hadis.

Pemujaan selain dari Allah tidak boleh. Cara-cara penyembahan agama lain pun kita tidak boleh pakai. Kerana kita sudah ada cara-cara kita, maka kenalah kita belajar cara-cara kita. Jadi, bahan-bahan pemujaan agama lain, seperti limau, epal dan sebagainya kita tidak boleh makan. Lebih haram dari makan babi kalau kita makan.

Itu cara agama lain, tapi adakah kita buat perkara yang sama? Agama lain memang ada banyak letak barang penyembahan kepada tuhan mereka, tapi orang kita pun ada juga letak makanan macam tu, seperti kita letak pulut kuning, ayam golek dan sebagainya depan pelamin. Itu pun dikira bahan pemujaan. Kita pun ada masukkan dalam mulut pengantin macam juga orang kafir letakkan makanan pemujaan ke mulut berhala mereka.

Kita renjis pengantin sama sahaja dengan orang Hindu yang merenjis berhala mereka. Kita baling bunga rampai kepada pengantin sama macam agama lain juga. Maka, ada banyak kesalahan dalam majlis perkahwinan yang ada persandingan, malah lebih teruk lagi kalau ada majlis renjis-renjis begitu.

Kalau kita pernah buat macam itu sebelum ini, maka bertaubatlah kepada Allah taala atas kesalahan kita dulu yang kita tak tahu salah. Allah sanggup untuk ampunkan segala dosa kita asalkan kita minta ampun kepadaNya. Dan jangan buat lagi. Dan jangan pergi ke majlis yang macam itu lagi. Kerana itu adalah majlis yang syirik kepada Allah.

Kembalilah kepada agama yang benar. Janganlah kerana kita hendak menjaga hati orang, sanggup kita menggadai akidah kita. Sepatutnya kita jangan raikan, supaya mereka tahu bahawa apa yang mereka buat itu salah. Ianya bukan senang sebab dah merebak perbuatan itu dari dulu sampai sekarang. Kita kena bagi mesej kepada mereka-mereka yang buat perkara syirik macam itu bahawa kita tidak akan bersekongkol bersama mereka.

Dan ini memang perkara yang susah kerana jarang sekali orang Melayu tidak bersanding dalam perkahwinan. Ianya sudah jadi perkara yang amat biasa sampaikan kalau kita yang tidak pergi ke majlis persandingan, kita pula yang nampak pelik. Mulalah orang kata tolak masyarakat, memecahbelahkan masyarakat dan sebagainya.

Tapi kita tetap kena sabar dan kuatkan semangat untuk menolak majlis-majlis sebegitu. Kerana Allah hendak kita menghambakan diri kepadaNya sahaja. Seorang hamba itu akan ikut kata tuannya. Kalau tuan kata jangan buat, jangan pergi, kita tak buat dan tak pergi. Begitulah kita dengan Allah. Hendaklah kita ikut segala suruhan Allah dan meninggalkan larangannya. Itulah yang dinamakan Jalan Yang Lurus.

 

هَٰذَا صِرٰطٌ مُّسْتَقِيمٌ

Inilah jalan yang lurus;

Allah suruh kita menghambakan diri kita kepadaNya dan sekarang Allah beritahu, inilah jalan yang lurus. Maknanya, jalan yang lurus adalah dengan menghambakan diri kepada Allah. Maka inilah tafsir ayat dari surah al-Fatihah yang kita baca hari-hari:

اهدِنَا الصِّراطَ المُستَقيمَ

Tunjukilah kami jalan yang lurus,

Setiap kali solat kita mohon kepada Allah supaya “tunjukilah kami jalan yang lurus“. Maka apakah ‘jalan yang lurus’ itu? Jawapannya ada dalam ayat Yaasin ini. Iaitu: Sembah, ibadat, puja, doa *hanya* kepada Allah sahaja. Tidak boleh sembah dan puja kepada yang lain. Sembah sultan pun tidak boleh. Puja keris keramat pun tidak boleh.

Jangan kita sangka sembah berhala sahaja tidak boleh. Sebab ramai yang rasa itu sahaja penyembahan yang salah, mereka sangka mereka tak buat penyembahan yang salah kerana mereka tidak sembah berhala macam Hindu itu. Padahal banyak orang kita yang buat juga benda-benda yang salah kerana mereka tidak tahu. Ini adalah kerana mereka tidak faham lagi kerana tidak belajar. Jadi bila kita kata, mereka melakukan perkara yang syirik, maka marahlah mereka kerana pada mereka, mereka tak sembah berhala pun.

Jangan kita tiru cara pemujaan orang kafir. Kita pun biasa lihat orang Hindu merenjis patung dewa mereka. Kita juga biasa melihat orang Kristian merenjis air ‘holy water’ kepada penganut mereka. Jadi kenapa kita nak renjis kapal apabila rasmikan kapal? Kenapa kita nak kena jumpa bomoh/ustaz untuk renjis kereta kita yang baru beli? Kenapa ada renjis apabila orang bersanding?

Itu semua adalah perbuatan kufur kepada Allah sebenarnya. Kita semua tahu bahawa itu semua adalah cara penyembahan orang kafir, tapi kenapa ramai orang kita masih ikut juga lagi cara-cara itu? Hanya kerana dalam majlis itu ada ditambah dengan bacaan ayat-ayat Qur’an dan didatangi oleh ustaz-ustaz juga?

Apabila berdoa, berdoalah terus kepada Allah. Jangan gunakan perantaraan untuk bacakan doa untuk pihak kita. Macam sami Hindu dan paderi Kristian yang bacakan doa untuk pengikut mereka. Oleh itu, jangan kita pergi kepada guru atau ustaz untuk mendoakan kepada Allah bagi pihak kita. Itu adalah amalan dan perbuatan orang kafir kerana mereka anggap Allah tidak mendengar doa mereka kalau mereka doa sendiri.

Oleh itu, mereka minta tolong kepada orang yang mereka sangka ‘rapat’ dengan Allah untuk doakan untuk mereka. Ketahuilah, itu adalah perbuatan ‘tawasul’ dan tawasul jenis itu adalah perbuatan yang dilarang.

Maksud menghambakan diri kepada Allah juga, hendaklah juga kita merendahkan diri kepadaNya dan bersyukur kepadaNya. Kerana apa sahaja yang kita ada, adalah dari Allah.

Kalau kita dah buat semua perkara itu, apa kita perlu buat? Berhenti buat dan bertaubatlah kepada Allah dari kesalahan yang kita telah buat dahulu. Belajarlah cara-cara berdoa yang betul. Masalah dengan orang kita adalah, mereka tidak tahu cara berdoa. Sebab itu mereka ‘outsource’ perbuatan doa itu kepada orang lain. Padahal cara doa itu senang sahaja.

Allah menggunakan perkataan هَٰذَا (inilah) untuk menunjukkan bahawa jalan yang lurus adalah dekat. Ianya senang untuk dilalui. Bukannya jauh dan susah. Ianya adalah senang kerana ianya telah ada dalam fitrah kita. Apabila kita dilahirkan, telah dimasukkan dalam diri kita natural instinct untuk beribadat kepada Allah sahaja.

Apabila kita menentang kehendak Allahlah yang berlawan kepada fitrah itu. Jadi agama ini mudah sahaja, asalkan kita mahu belajar. Islamlah agama yang mudah kalau nak dibandingkan dengan agama lain.


 

Ayat 62:

وَلَقَد أَضَلَّ مِنكُم جِبِلًّا كَثيرًا ۖ أَفَلَم تَكونوا تَعقِلونَ

 Sahih International

And he had already led astray from among you much of creation, so did you not use reason?

Malay

“Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?

 

وَلَقَدْ أَضَلَّ مِنْكُمْ جِبِلًّا كَثِيرًا

Sesungguhnya syaitan telah menyesatkan kebanyakan dari kalangan kamu;

Memang kerja syaitan itu menyesatkan manusia. Nabi bersabda dalam satu hadis Qudsi: Allah berfirman: “wahai Adam, keluarkanlah 999 dari setiap seribu manusia dan humbankan ke dalam neraka!” Satu sahaja daripada 1,000 manusia yang akan dimasukkan ke dalam syurga. Berdoalah supaya kita sebahagian dari yang masuk dalam syurga.

Perkataan جِبِلًّا diambil dari kata dasar ‘jabal’ yang bermaksud: gunung. Bermakna, ramai sangat yang tidak beriman sampaikan diibaratkan mereka seperti menggunung.

Telah disebut dalam surah Yaasin juga dalam ayat ke 7 bahawa memang kebanyakan umat Nabi Muhammad akan masuk neraka.

لَقَد حَقَّ القَولُ عَلىٰ أَكثَرِهِم فَهُم لا يُؤمِنونَ

Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman.

 

أَفَلَمْ تَكُونُوا تَعْقِلُونَ

Kenapa kamu tak berfikir?;

Kamu ada otak, bukan? Jadi kenapa kamu tidak berfikir bahawasanya Syaitan itu adalah musuh kamu yang sebenarnya. Jikalau kita buat sesuatu ibadat yang bukan dari dalil Qur’an atau hadis, itu datangnya dari bisikan syaitan. Jangan belajar dengan sesiapa yang memberikan dalil guru-guru yang lain. Atau mereka memberikan dalil dari kitab-kitab. Sepatutnya dia kena kata amalan ibadah itu diambil dari hadis Nabi atau Qur’an.

Masalahnya, ramai yang tidak menggunakan akal fikiran mereka. Mereka tidak pernah memikirkan sama ada perbuatan yang mereka lakukan itu adalah benar atau salah. Mereka hanya mengikut-ikut sahaja. Mereka hanya bersangka-sangka sahaja. Padahal, kadang-kadang mereka itu adalah orang-orang yang terpelajar, yang bijak-bijak. Kerja sebagai peguam, guru, jurutera dan sebagainya.

Maknanya, mereka memang pandai dalam hal dunia, tapi hal akhirat mereka lalai. Mereka ambil mudah sahaja hal agama dan syurga neraka itu. Kenapa jadi begini?

Pertamanya, kerana hidayah itu milik Allah. Allah berikan kepada sesiapa sahaja yang Dia mahu. Keduanya, walaupun mereka orang yang bijak dan pandai, tapi mereka tidak menggunakan kepandaian mereka dalam hal agama. Dalam hal dunia, mereka kaji sedalam-dalamnya, tapi tidak dalam hal agama. Untuk hal dunia, mereka belajar tinggi-tinggi sampai peringkat universiti, malah sampai ke peringkat PHD.

Tapi hal agama, mereka ambil enteng sahaja. Apabila sudah tua, barulah nak berjinak-jinak dengan surau dan masjid. Waktu itu sudah terlambat kerana mereka tidak ada ilmu agama. Amat malang kalau kita lalai hal agama, sedangkan kita hidup di dunia ini sementara sahaja. Kehidupan di akhiratlah yang kekal abadi. Sepatutnya hal agama inilah yang patut dilebihkan kerana kita akan kekal di akhirat kelak.


 

Ayat 63: Inilah hukuman yang akan dikenakan kepada mereka yang engkar kepada Allah.

هٰذِهِ جَهَنَّمُ الَّتي كُنتُم توعَدونَ

 Sahih International

This is the Hellfire which you were promised.

Malay

“Inilah neraka Jahannam, yang kamu selalu diancam memasukinya (kalau kamu tidak taatkan perintah Allah).

 

Iaitu telah dijanjikan akan dimasukkan ke dalam neraka, sekiranya kamu melakukan perbuatan syirik kepada Allah; sekiranya kamu banyak dosa kepada Allah. Tapi kamu sekarang akan masuk ke dalamnya kerana kamu tidak mahu percaya dahulu.

Allah bercakap dengan ahli neraka ketika itu. Perkataan هَٰذِهِ digunakan, menunjukkan betapa dekatnya neraka waktu itu dengan mereka.

Perkataan جَهَنَّمُ adalah nama khas yang diberikan kepada neraka. Ianya berasal dari kalimah Parsi ‘jahnam’ yang bermaksud tempat seksaan.

Begitulah kalau taat kepada bisikan syaitan, akhirnya akan menyebabkan manusia masuk neraka. Kalau bisikan itu menyebabkan seseorang sampai melakukan syirik, orang yang melakukannya takkan keluar dari neraka sampai bila-bila.

Ini amat bahaya kerana kalau ikut Mazhab Hanbali, kalau tidak solat sudah dikira keluar Islam dah. Mazhab Syafie pula kata, orang yang tak sembahyang hendaklah dibunuh. Itu baru tinggal sembahyang, apatah lagi kalau perbuatan itu adalah syirik?


 

Ayat 64:

اصلَوهَا اليَومَ بِما كُنتُم تَكفُرونَ

 Sahih International

[Enter to] burn therein today for what you used to deny.”

Malay

“Rasalah kamu bakarannya pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur yang kamu telah lakukan!”

 

اصْلَوْهَا الْيَوْمَ

Terbakarlah kamu ke dalam neraka pada hari ini

Perkataan اصْلَوْ adalah kata khas yang digunakan untuk membawa maksud ‘masuk dalam api’. Sama ada ahli neraka itu masuk sendiri atau mereka dimasukkan ke dalam neraka oleh malaikat. Bayangkan, ada manusia yang akan masuk sendiri ke dalam neraka walaupun mereka tahu itu adalah api yang menyala. Kerana mereka tidak ada pilihan lain. Apabila Allah arahkan, mereka kena patuh.

Sekali lagi perkataan الْيَوْمَ digunakan – untuk menyuruh kita membayangkan keadaan pada hari itu adalah dekat sahaja. Kalau kita dapat bayangkan, ia akan memberi kesan mendalam kepada kita.

 

بِمَا كُنْتُمْ تَكْفُرُونَ

dengan sebab kamu dulu kufur;

Iaitu kufur kepada ajakan tauhid semasa hidup di dunia. Mereka tak belajar pun tentang tauhid sedangkan ilmu tauhidlah yang patut diajar kepada umat Islam sekarang. Iaitu tauhid yang berdasarkan Qur’an dan Sunnah Nabi (bukannya belajar Sifat 20).

Tapi malangnya, kalau ada yang mengajak kepada kebenaran, macam-macam tohmahan akan dikeluarkan, antaranya mereka akan kata kita Puak Wahabi, pemecah belah masyarakat dan sebagainya. Macam-macam mereka akan kutuk dan tohmah kita.

Ayat ini hendak mengatakan bahawa mereka masuk neraka itu adalah disebabkan oleh diri mereka sendiri. Mereka kufur dengan Allah. Mereka engkar. Mereka tidak boleh salahkan orang lain. Mungkin semasa mereka dimasukkan ke dalam neraka, mereka akan membantah kenapa mereka dimasukkan ke dalamnya. Waktu itu akan dikatakan kepada mereka: ‘dengan sebab kamu dulu kufur’.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah Yaasin Ayat 48 – 54 (Bangkit dari kubur)

Ayat 48: Disambung lagi menceritakan mereka yang musyrik dan menolak wahyu Allah ini. Apakah lagi yang mereka kata?

وَيَقولونَ مَتىٰ هٰذَا الوَعدُ إِن كُنتُم صادِقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they say, “When is this promise, if you should be truthful?”

(MELAYU)

Dan mereka berkata: “Bilakah (terjadinya) janji ini (hari berbangkit) jika kamu adalah orang-orang yang benar?”.

 

وَيَقُولُونَ

Dan mereka berkata;

Yang berkata itu adalah orang-orang orang musyrik. Mereka akan berkata begini apabila mereka bertambah kufur. Mereka berkata dengan sombongnya kepada Nabi dan pendakwah.

Perkataan يَقُولُونَ adalah dalam present tense, bermaksud ianya telah berlaku dan sedang berlaku. Memang ada orang yang bercakap macam ini lagi pun sekarang. Maka kalau ada yang kata begini zaman sekarang pun memang tak hairan kerana Qur’an dah sentuh tentang perkara ini.

 

مَتَىٰ هَٰذَا الْوَعْدُ

bilakah akan berlaku janji ini?;

Apakah janji yang dimaksudkan itu? Ianya adalah janji bahawa mereka yang engkar dengan wahyu dan agama itu akan kena azab. Atau mereka yang menyembah berhala itu akan masuk neraka. Mereka mengejek dengan mengatakan tidak ada pun bala datang kepada mereka yang menyembah berhala itu atau semasa mereka berbuat perkara syirik itu.

 

إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Jika benar kamu orang-orang yang benar?

Mereka kata sekiranya para pendakwah itu benar dalam dakwaan mereka yang mengatakan orang yang engkar akan masuk neraka, mana dia azab itu? – itulah kata-kata nista mereka. Memang berlagak sungguh mereka dan berani sungguh mereka cakap begitu. Dalam ayat lain disebutkan melalui firman-Nya:

{يَسْتَعْجِلُ بِهَا الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِهَا}

Orang-orang yang tidak beriman kepada hari kiamat meminta supaya hari itu segera didatangkan. (Asy-Syura: 18)

Mereka berkata: “Kami dah lama engkar dah ni, tapi tak datang pun azab.” Seperti apa yang dilakukan oleh orang Musyrikin Mekah, dimana mereka tawaf Kaabah dalam keadaan telanjang tapi tak jadi apa-apa. Mereka sembah berhala tapi tidak sakit perut atau apa-apa pun. Jadi mereka sangka, benarlah apa yang mereka lakukan itu.

Kalau tidak benar, takkan Allah biarkan tanpa lakukan apa-apa kepada mereka. Mereka letak berhala di kawasan Kaabah, pun tak jadi apa-apa pun. Maka apabila tidak kena apa-apa balasan, mereka sangka Tuhan membenarkan apa yang mereka lakukan itu.

Dan di zaman sekarang ni, orang Islam menggunakan dalil yang sama. Semua guru buat, takkan semua nak masuk neraka, kata mereka. Sampai ada yang berkata, orang Hindu boleh berjalan atas api, takkan mereka salah. Mereka yang akidah dah sesat akan jadi orang yang bodoh habis.

Mereka mencabar Nabi untuk menurunkan bala kepada mereka. Inilah perangai kaum Musyrikin. Jadi kalau ada yang berani mencabar penyebar agama untuk menurunkan bala, bermakna mereka itu sama macam Musyrikin.

Ayat macam ini selalu ditanya oleh orang-orang Kafir seperti yang disebut dalam Qur’an. Kaum yang engkar seperti Kaum Aad dan Tsamud juga bertanya sebegitu juga. Mereka berani minta kerana mereka tidak percaya dengan ancaman.

Maka, kenapakah orang yang engkar dan berbuat zalim di dunia tidak dikenakan hukuman semasa di dunia? Jawapan itu ada dalam ayat yang lain. Kita semua ini dalam ujian semasa di dunia ini. Dalam tempoh ujian ini, kita boleh berbuat apa sahaja, tapi Allah tidak akan terus beri azab kepada kita semasa di dunia ini.

Ini adalah kerana Allah telah berjanji pada DiriNya untuk melewat-lewatkan azab. Selagi dalam ujian, mereka boleh berbuat apa sahaja mereka hendak. Seperti kita juga semasa dalam ujian di sekolah. Hanya apabila sudah selesai peperiksaan barulah dikenakan hukuman sebab gagal dalam peperiksaan.

Tapi ada pengecualian yang Allah berikan kepada umat-umat yang dahulu seperti Kaum Nabi Musa, Saleh, Syuaib, Nuh dan lain-lain. Mereka terus dikenakan azab semasa di dunia lagi. Itu adalah kerana mereka hendak membunuh Rasul mereka. Apabila terjadi begitu, Nabi-Nabi telah mengangkat doa supaya Allah menolong mereka dan Allah terus turunkan bala kepada kaum mereka.

Bala yang diturunkan akan menghancurkan seluruh baka kaum itu, tak tinggal sedikit pun, kecuali orang yang beriman yang Allah selamatkan dengan mengeluarkan mereka dahulu sebelum azab diturunkan. Selagi umat mereka belum ancam bunuh, mereka akan selamat selama di dunia. Allah hanya akan azab mereka apabila mereka mati nanti.

Begitu juga kalau ada yang mengancam hendak membunuh penyebar ugama, Allah akan turunkan azab terus.


 

Ayat 49: Jawab syikayah. Tadi disebut tentang mereka yang tidak percaya, sekarang Allah ceritakan tentang Hari Kiamat itu.

ما يَنظُرونَ إِلّا صَيحَةً واحِدَةً تَأخُذُهُم وَهُم يَخِصِّمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They do not await except one blast1 which will seize them while they are disputing.

  • Literally, “cry” or “shriek,” meaning the first blast of the Horn which will strike dead every living thing on the earth without warning.

(MELAYU)

Mereka tidak menunggu melainkan satu teriakan saja yang akan membinasakan mereka ketika mereka sedang bertengkar.

 

مَا يَنْظُرُونَ إِلَّا صَيْحَةً وَاحِدَةً

Tidaklah mereka tunggu melainkan satu tempikan sahaja;

Iaitu tempikan tiupan sangkakala dari Israfil. Malaikat Israfil akan tiup sekali sahaja, bukan ‘pet pet pet’ banyak kali. Langit akan pecah dan apabila nampak sahaja langit menjadi merah, maka matilah semua orang. Tidak sempat berbuat apa-apa. Dari hadis Nabi, Israfil itu sudah bersedia dengan sangkakala itu dimulutnya, menunggu arahan Allah sahaja untuk meniupnya.

Lihatlah perkataan صَيْحَةً pernah digunakan dalam surah Yaasin sebelum ini. Ianya adalah satu suara pekikan yang amat kuat sampaikan boleh memecahkan kepada mereka yang mendengarnya.

 

تَأْخُذُهُمْ

yang akan menimpa mereka;

Tempikan yang akan menyebabkan kematian mereka.

 

وَهُمْ يَخِصِّمُونَ

sedang mereka sedang bertengkar-tengkar;

Waktu itu mereka sedang bertengkar tentang bilakah akan terjadinya kiamat. Kalau zaman sekarang, memang ada yang mengkaji tentang bumi dan para saintis sedang bertengkar tentang bilakah kehancuran dunia akan berlaku.

Waktu mereka bertengkar itu, mereka sudah tahu bahawa kiamat akan berlaku dan mereka sudah yakin ianya hampir tapi mereka tidak tahu bilakah akan terjadinya dengan tepat.

Atau mereka sedang bertengkar tentang kehidupan masing-masing. Tentang perniagaan dan sebagainya. Mereka sibuk dengan hal dunia dan perkara remeh temeh.


 

Ayat 50: Gambaran orang yang akan mati su’ul khotimah. Mereka yang tidak buat persiapan untuk akhirat.

فَلا يَستَطيعونَ تَوصِيَةً وَلا إِلىٰ أَهلِهِم يَرجِعونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they will not be able [to give] any instruction, nor to their people can they return.

(MELAYU)

lalu mereka tidak kuasa membuat suatu wasiatpun dan tidak (pula) dapat kembali kepada keluarganya.

 

فَلَا يَسْتَطِيعُونَ تَوْصِيَةً

Tidaklah mereka mampu untuk berpesan;

Kejadian kiamat itu tiba-tiba sampaikan tak sempat nak bagi pesan apa-apa lagi – nak hantar SMS kepada sesiapa pun tak boleh. Tak sempat nak beritahu kepada sesiapa dah waktu itu. Mereka akan mati dengan serta merta apabila tiupan sangkakala berbunyi.

Ada ibu yang mengandung terkeluar anaknya dari kandungan kerana terkejut. Ada ibu yang mengendong anak akan membuang anaknya kerana takutkan kejadian kiamat. Langit akan terbelah dan nampak api yang merah menyala turun dari langit. Bumi tak sempat nak hancur, semuanya akan mati.

Makhluk akan mati dalam salah satu dari tiga cara:

  1. Malaikat Maut cabut nyawa.
  2. Mati dengan tiupan sangkakala.
  3. Mati dengan perintah Allah. Apabila ditiupkan sangkakala, semua makhluk akan mati, kecuali lapan malaikat yang angkat Arash dan empat malaikat besar. Jibrail, Mikail, Israfil dan Izrail. Allah perintah mereka mati satu persatu. Dimatikan Malaikat Maut oleh Allah. Akhirnya, akan tinggal hanya Israfil dan Allah sahaja. Allah akan tanya Israfil, “siapa lagi yang hidup?” Allah tanya itu bukan Dia tak tahu. Saja nak tanya. Israfil jawap: ana wa anta (aku dan Engkau ya Allah). Allah kata: “mati kamu Israfil!” Maka Israfil mati dengan perintah Allah. Perintah Tuhan ini pernah berlaku di dunia. Mati hidup semula pun pernah terjadi iaitu kepada golongan Yahudi yang minta melihat Allah pada zaman Nabi Musa. Semua ada dicatit dalam Qur’an.

Dalam Zumar:68 ada ditafsirkan ayat ini:

وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَصَعِقَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ إِلَّا مَنْ شَاءَ اللهُ

Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya);

Pada hari ditiupkan sangkakala, mati semua makhluk di tujuh langit dan tujuh bumi, melainkan sesiapa yang Allah kehendaki; maknanya, ada yang tidak mati, termasuk Israfil. Dalam hadis, dikatakan 12 malaikat tidak mati. Mereka kemudian diperintah mati oleh Allah.

 

وَلَا إِلَىٰ أَهْلِهِمْ يَرْجِعُونَ

Dan tidak sempat kembali kepada keluarga masing masing;

Kejadian itu berlaku dengan amat cepat sampaikan kalau duduk luar rumah nak masuk rumah pun tak sempat. Jadi tak sempat nak pesan kepada ahli keluarga sendiri. Ini adalah gambaran orang yang tidak buat persiapan tentang akhirat. Kalau orang yang rapat dengan wahyu, mereka telah buat persiapan untuk menghadapi akhirat.

Kenapakah segalanya dihancurkan? Kerana dunia adalah ibarat tiang-tiang sokongan yang digunakan untuk membina rumah. Apabila rumah dah siap, maka tiang-tiang itu akan dibuang. Begitu juga dunia adalah sebagai tempat ujian kepada makhluk telah habis gunanya. Sekarang nak dibicarakan makhluk semua sekali dan akan dimasukkan makhluk sama ada ke neraka atau ke syurga.

Kita kena ingat mati. Sentiasa memikirkan bahawa esok kita boleh mati. Nescaya kalau buat begitu, iman kita akan meningkat. Kita tidak berani nak buat benda-benda yang salah dan berdosa. Dan kita akan berhati-hati dalam amalan dan perbuatan kita.

Kerana kita takut kalau kita ditanya tentangnya. Kerana kalau tidak bersedia, akan jadi macam orang yang disebut dalam ayat ini. Tinggalkan apa yang perlu tinggal, buat apa yang perlu buat. Dan kalaulah tidak mampu nak buat lagi, maka teruslah minta ampun siap-siap.


 

Ayat 51: Ini adalah bahagian ketiga dalam surah Yaasin ini. Bahagian pertama membincangkan tentang Risalah. Bahagian kedua membincangkan tentang Tauhid. Dan sekarang bahagian ketiga membincangkan tentang Hari Akhirat.

Sebelum ini telah disebut tentang Tiupan Sangkakala pertama, ini adalah tiupan kedua.

وَنُفِخَ فِي الصّورِ فَإِذا هُم مِّنَ الأَجداثِ إِلىٰ رَبِّهِم يَنسِلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And the Horn will be blown;1 and at once from the graves to their Lord they will hasten.

  • For the second time, signaling the Resurrection.

(MELAYU)

Dan ditiuplah sangkalala, maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka.

 

وَنُفِخَ فِي الصُّورِ

Dan apabila ditiupkan sangkakala;

Ini adalah tiupan sangkakala yang kedua. Israfil akan dihidupkan semula untuk meniupkan sangkakala sekali lagi. Sangkakala ditiupkan kali pertama untuk mematikan semua makhluk. Tiupan Sangkakala yang kedua ini ditiup untuk menghidupkan balik makhluk. Ini disebut dalam bahagian kedua dari ayat Zumar:68 itu

ثُمَّ نُفِخَ فِيهِ أُخْرَىٰ فَإِذَا هُمْ قِيَامٌ يَنْظُرُونَ

Kemudian ditiupkan sangkakala kedua, maka tiba-tiba mereka bangun berdiri menunggu perbicaraan.

Perkataan نُفِخَ (ditiupkan) itu dalam past tense, walaupun ianya belum terjadi lagi. Ini adalah sebagai isyarat hendak mengatakan bahawa kejadian pasti akan berlaku.

 

فَإِذَا هُمْ مِنَ الْأَجْدَاثِ

Maka tiap-tiap mereka keluar dari kubur masing-masing;

Iaitu kubur di Alam Barzakh. Kalau tidak ada kubur pun, mereka tetap akan dibangkitkan.

Kata هُمْ (mereka) dalam ayat ini merujuk kepada mereka yang engkar kepada dakwah Nabi Muhammad.

Perkataan الْأَجْدَاثِ adalah ‘kubur’ tapi bukan kubur yang biasa. Ianya adalah kubur yang terlalu lama, sampai orang tak tahu tentang kubur itu. Orang tak kisah tentang kubur itu. Ini adalah kerana orang-orang yang sombong sangka bahawa mereka adalah orang yang penting dan ada kedudukan. Tapi Allah nak cakap bahawa mereka akan dilupai langsung.

Tidak ada sesiapa yang ingat kepada mereka. Selalunya kalau kubur orang-orang yang penting akan dijaga orang, tapi tidak berlaku kepada kubur mereka. Mereka sangka mereka penting, tapi sebenarnya mereka akan jadi orang yang hina. Perkataan الْأَجْدَاثِ digunakan untuk menghina mereka.

Dikatakan semuanya akan bangun seperti cendawan tumbuh masa pagi. Semua malaikat, jin dan manusia akan bangkit tiba-tiba. Berapa ramai? Bayangkan bangun serentak semua makhluk yang dicipta dari permulaan alam hingga ke sebelum waktu hampir terjadinya kiamat. Semuanya akan bangun dalam suasana gelap.

Mahsyar adalah satu tempat yang ada matahari yang sebatu tingginya dari kepala kita. Maka kita sebenarnya akan bergerak dari tempat bangkit yang tiada matahari ke tempat yang ada matahari. Dari tempat yang gelap ke tempat yang ada cahaya. Malaikat arahkan semua bergerak macam polis nanti.

 

إِلَىٰ رَبِّهِمْ يَنْسِلُونَ

Mereka akan bergerak dengan cepat kepada Pencipta mereka.

Perkataan يَنْسِلُونَ bermaksud ‘bergerak dengan cepat’. Ianya merujuk kepada keadaan seseorang yang bergerak turun dari atas bukit. Orang sebegini akan bergerak dengan cepat dan mereka tidak ada pilihan lain dari bergerak ke hadapan. Mereka tentunya sudah tahu apa yang mereka akan terima – azab yang telah dijanjikan kepada mereka. Tentunya mereka tidak mahu bergerak ke hadapan. Tapi mereka tidak ada pilihan lain.

Oleh itu, kalimah يَنْسِلُونَ ertinya berjalan dengan cepat, sebagaimana yang disebutkan dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{يَوْمَ يَخْرُجُونَ مِنَ الأجْدَاثِ سِرَاعًا كَأَنَّهُمْ إِلَى نُصُبٍ يُوفِضُونَ}

(yaitu) pada hari mereka keluar dari kubur dengan cepat seakan-akan mereka pergi dengan segera kepada berhala-berhala (sewaktu di dunia). (Al-Ma’arij: 43)

Orang yang beriman, akan keluar dari anggota wuduknya cahaya yang menyuluh. Yang buat syirik akan sibuk meminta-minta lampu. “Tunggu! tunggu!”, mereka akan laungkan kepada orang beriman.

Mereka-mereka yang muqarrabin (dekat dengan Allah) akan dibawa ke Mahsyar dengan menaiki kenderaan seumpama jet eksekutif. Dibawa ke Mahsyar dengan segala kesenangan. Akan dibawa berseorangan sahaja. Tak bawa orang lain walaupun ruang kosong dalam kenderaan itu banyak lagi. Lepas tu ada yang akan naik kenderaan yang kurang sikit kualitinya dan seterusnya semakin kurang kualiti. Ini akan ikut tingkatan mereka.

Tapi yang pentingnya, mereka masih naik kenderaan. Akhir sekali, akan ada yang pergi dengan berjalan kaki. Ada pula yang merangkak. Ada yang dengan lutut. Ada yang menyulur macam ular. Ada yang berjalan dengan muka mereka. Semua itu bergantung kepada amalan manusia itu semasa di dunia.

Semua sekali apabila sampai di Mahsyar, akan duduk berlutut di hadapan Tuhan. Dalam keadaan tunduk tak berani nak angkat muka. Ini ada diceritakan dalam Sajdah:12

وَلَو تَرىٰ إِذِ المُجرِمونَ ناكِسو رُءوسِهِم عِندَ رَبِّهِم رَبَّنا أَبصَرنا وَسَمِعنا فَارجِعنا نَعمَل صالِحًا إِنّا موقِنونَ

Dan, jika sekiranya kamu melihat mereka ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): “Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal soleh, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin”.

Waktu itulah baru mereka nak buat amalan. Kalau dapat balik ke dunia, mereka nak buat amalan lebih baik dari Nabi sendiri beramal. Mereka memang beriman benar dah waktu itu tapi iman mereka sia-sia sahaja waktu itu. Iman tidak dikira apabila sudah mati.

Allah jawap dalam ayat seterusnya:

وَلَو شِئنا لَآتَينا كُلَّ نَفسٍ هُداها وَلٰكِن حَقَّ القَولُ مِنّي لَأَملَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنَ الجِنَّةِ وَالنّاسِ أَجمَعينَ

Dan kalau Kami menghendaki nescaya Kami akan berikan kepada tiap-tiap jiwa petunjuk, akan tetapi telah tetaplah perkataan dari pada-Ku: “Sesungguhnya akan Aku penuhi neraka jahannam itu dengan jin dan manusia bersama-sama”.

Allah beritahu yang Dia boleh sahaja bagi hidayat kepada semua manusia, semua manusia dan jin beriman belaka, tapi sudah tetap keputusanNya untuk memenuhkan neraka dengan manusia dan jin. Maksudnya memang akan ada sahaja yang akan masuk neraka. Maka mereka tidak dibenarkan pulang, maka kenalah mereka rasakan azab yang mereka dulu ejek-ejek. Rasalah azab kerana mereka tidak kisah hal ugama pun masa di dunia dulu.


 

Ayat 52: Apa kata mereka semasa mereka dikeluarkan dari kubur itu?

قالوا يٰوَيلَنا مَن بَعَثَنا مِن مَّرقَدِنا ۜ ۗ هٰذا ما وَعَدَ الرَّحمٰنُ وَصَدَقَ المُرسَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They will say, “O woe to us! Who has raised us up from our sleeping place?” [The reply will be], “This is what the Most Merciful had promised, and the messengers told the truth.”

(MELAYU)

Mereka berkata: “Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat-tidur kami (kubur)?”. Inilah yang dijanjikan (Tuhan) Yang Maha Pemurah dan benarlah Rasul-rasul(Nya).

 

قَالُوا

Mereka berkata;

Yang berkata adalah orang-orang kafir atau musyrikin yang engkar kepada dakwah. Ini semasa mereka dikeluarkan dari kubur dan dikerah untuk bergerak ke Mahsyar.

 

يَا وَيْلَنَا

alangkah celakanya kami;

Mereka menyesali keadaan diri mereka sungguh waktu itu. Mereka dah tahu yang mereka akan celaka. Mereka dah tahu yang nasib mereka akan malang.

 

مَنْ بَعَثَنَا مِنْ مَرْقَدِنَ

Siapakah yang mengejutkan kami dari tempat tidur kami ini?;

Kata مَرْقَدِنَ diambil dari kata dasar ر ق د yang bermaksud ‘tidur-tidur ayam’. Tidur jenis yang tidak lena, tapi ianya adalah tidur yang sedap. Kalau orang gerakkan kita dari tidur sebegitu, kita akan marah. Kerana tengah sedap tidur, ada orang gerak pun. Dan gerak pula dengan cara keras, tentulah marah.

Mereka rasa dulu semasa mereka dalam kubur, ianya macam tidur sahaja. Mereka lupa bahawa mereka dulu berada di alam barzakh. Ini tidaklah menidakkan azab dalam kubur. Jangan kita sangka yang mereka tidur sahaja selama dalam kubur itu. Kerana azab kubur adalah benar.

Tapi kerana azab yang mereka akan alami selepas itu amat teruk, ia akan membuatkan mereka rasa azab yang mereka terima dalam kubur itu macam sedang tidur sahaja. Kerana itulah mereka dah mengeluh. Dalam ayat lain disebut tentang perkara ini:

{وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ يُقْسِمُ الْمُجْرِمُونَ مَا لَبِثُوا غَيْرَ سَاعَةٍ كَذَلِكَ كَانُوا يُؤْفَكُونَ وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَالإيمَانَ لَقَدْ لَبِثْتُمْ فِي كِتَابِ اللَّهِ إِلَى يَوْمِ الْبَعْثِ فَهَذَا يَوْمُ الْبَعْثِ وَلَكِنَّكُمْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ}

Dan pada hari terjadinya kiamat, bersumpahlah orang-orang yang berdosa, bahawa mereka tidak berdiam (dalam kubur) melainkan sesaat saja. Seperti demikianlah mereka selalu dipalingkan (dari kebenaran). Dan berkata orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dan keimanan (kepada orang-orang yang kafir).”Sesungguhnya kamu telah berdiam (dalam kubur) menurut ketetapan Allah, sampai hari berbangkit; maka inilah hari berbangkit itu, tetapi kamu selalu tidak meyakininya).” (Ar-Rum: 55-56)

Pertanyaan mereka itu tadi dijawab oleh: sama ada malaikat atau orang beriman:

 

هَٰذَا مَا وَعَدَ الرَّحْمَٰنُ

inilah dia hari yang dijanjikan oleh Tuhan Rahman;

Kalimat ini dikatakan kepada mereka. Sama ada dikatakan oleh malaikat atau oleh orang mukmin. Inilah hari pembicaraan di Mahsyar. Dulu sudah diberitahu kepada kamu semasa kamu di dunia dulu. Dulu kamu tak percaya, bukan? Nah sekarang ia sudah ada di depan mata kamu.

Sekali lagi perkataan الرَّحْمَٰنُ digunakan untuk merujuk kepada Allah. Banyak kali sifat الرَّحْمَٰنُ disebut dalam surah Yaasin ini. Ini adalah untuk mengingatkan kita tentang segala nikmat yang telah diberikan oleh Allah yang Maha Pemurah itu. Allah nak kenangkan dengan jasa – maka taatlah kepada Allah.

Dalam potongan ayat ini, bukanlah orang yang dibangkitkan itu yang berkata, tapi sudah yang lain – iaitu malaikat yang berkata. Tapi Allah tidaklah sebutkan satu persatu, siapa yang bercakap (malaikatkah yang bercakap, atau manusia itu bercakap) kerana Allah menggunakan kaedah ‘iijaaz’ – iaitu memendekkan ayat Qur’an tapi dengan memberi makna yang tinggi.

Kita akan dapat tahu apabila kita belajar tafsir. Memang kalau kita baca novel zaman sekarang, ia akan tulis: “Ahmad berkata:” atau “Guru berkata:” dan memang ini mudah, tapi ia akan jadi panjang.

 

وَصَدَقَ الْمُرْسَلُونَ

Maka benarlah kata Rasul;

Memang Rasul dan para pendakwah sebelum ini telah memberitahu bahawa Hari Kebangkitan ini pasti akan berlaku.

Cuba bayangkan keadaan masa itu. Bayangkan kita sedang memandu di lebuhraya, tiba-tiba seluruh polis dan JPJ dengan kenderaan dipasang semua lampu. Semua mereka beratur di tepi jalan. Agak-agaknya kita nak lari laju tak? Bayangkan pula lagi keadaan alam akhirat nanti, dengan malaikat berpusing di atas kita semua sekali.

Waktu itu kita akan nampak rupa sebenar para malaikat termasuk Jibrail yang dikatakan sayapnya sahaja 600 bilangannya dan malaikat-malaikat yang lain. Semuanya kita akan nampak. Syaitan dan jin pun kita nampak. Tak takut lagikah waktu itu? Dan Tuhan akan keluarkan sifat Jalal (lembut) dan Jamal (keras) Dia. Sampaikan semua Nabi-Nabi pun dalam ketakutan juga. Adakah kita berani kita nak cakap pada masa itu? Tidak akan ada sesiapa yang berani masa tu. Kita semua akan senyap duduk dalam takut.

Boleh jadi juga, perkataan itu dikatakan sendiri oleh mereka. Mereka baru mengaku bahawa apa yang telah disampaikan oleh Nabi, Rasul dan pendakwah itu adalah benar.


 

Ayat 53:

إِن كانَت إِلّا صَيحَةً وٰحِدَةً فَإِذا هُم جَميعٌ لَّدَينا مُحضَرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

It will not be but one blast, and at once they are all brought present before Us.

(MELAYU)

Tidak adalah teriakan itu selain sekali teriakan saja, maka tiba-tiba mereka semua dikumpulkan kepada Kami.

 

إِنْ كَانَتْ إِلَّا صَيْحَةً وَاحِدَةً

Sesungguhnya tempikan sangkakala itu tidak lain hanya sekali pekikan sahaja;

Sekali laung sahaja, bukan macam Cina jual suratkhabar: pet, pet, pet.

Sekali lagi perkataan صَيْحَةً digunakan dalam ayat ini. Ayat ini menunjukkan begitu mudahnya Allah hendak mengambil nyawa kita. Tak payah nak susah-susah buat proses yang berbagai-bagai. Dengan sekali tempik sahaja, semua akan dihidupkan semula.

 

فَإِذَا هُمْ جَمِيعٌ لَدَيْنَا مُحْضَرُونَ

maka tiba-tiba mereka kesemua sekali ke hadapan Kami akan dihadapkan.

Semua sekali makhluk akan dibawa mengadap Allah. Waktu itu kita semua akan dibicarakan. Apa sahaja perbuatan kita di dunia ini nanti akan dikira. Seperti juga pengiraan akauntan yang menjaga keluar masuk wang syarikat, kita semua akan dikeluarkan dengan segala perbuatan kita selama di dunia.

Malah, pengiraan di mahkamah Allah lebih ketat lagi. Kalau kita dapat mendalami pemahaman bahawa apa sahaja perbuatan kita di dunia akan diambil kira, maka kita akan lebih berhati-hati dalam segala amalan kita. Ingatlah tentang kisah Saidina Umar r.a. dengan anak penjual susu. Begitulah seorang yang beriman, walaupun manusia tidak nampak, mereka sedar bahawa Allah sentiasa memerhatikan segala perbuatan kita.

Tidaklah dapat dibayangkan kejadian di Mahsyar itu kelak. Ianya sudah tentu satu keadaan yang mengerikan jikalau kita adalah orang yang banyak dosa. Maka moleklah kalau kita berdoa kepada Allah setiap hari: Ya Allah, engkau akan memanggil kami untuk menghadap kamu di Mahsyar nanti. Semoga kami dijauhkan dari kemurkaanMu pada hari itu.


 

Ayat 54:

فَاليَومَ لا تُظلَمُ نَفسٌ شَيئًا وَلا تُجزَونَ إِلّا ما كُنتُم تَعمَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So today [i.e., the Day of Judgement] no soul will be wronged at all, and you will not be recompensed except for what you used to do.

(MELAYU)

Maka pada hari itu seseorang tidak akan dirugikan sedikitpun dan kamu tidak dibalasi, kecuali dengan apa yang telah kamu kerjakan.

 

فَالْيَوْمَ لَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا

Maka pada hari itu, tidak akan dizalimi sesiapa pun, sedikit pun.

Apabila dihadapkan di hadapan Allah, maka rekod amalan kita akan diperiksa dan Allah akan mengadili dengan adil sekali. Allah tidak pernah dan tidak akan zalim terhadap hambaNya.

Apabila Allah menggunakan perkataan فَالْيَوْمَ, Allah hendak suruh kita membayangkan suasana pada hari itu. Di mana kita semua akan beratur di Mahsyar dan kita akan dibentangkan dengan kitab amalan kita. Allah hendak memberikan satu perasaan dalam hati kita bahawa hari itu adalah dekat.

Bayangkan seolah-olah kita kita seperti telah ada di sana. Supaya kita ada perasaan takut supaya kita seterusnya dapat menjaga agama kita. Tentang dekatnya hari itu, Allah telah sebut dalam Anbiya:1

اقتَرَبَ لِلنّاسِ حِسابُهُم وَهُم في غَفلَةٍ مُعرِضونَ

Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya).

 

وَلَا تُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Dan kamu tidak akan dibalas melainkan apa yang kamu lakukan sahaja;

Kita akan dibalas dengan perbuatan yang kita buat sahaja. Bermakna, kalau amalan itu orang lain yang buat, kita itu tidak dapat pahala dari amalan itu. Ini bermakna, kita tidak boleh nak sedekah pahala amalan kepada orang lain. Kecuali kalau seseorang itu mengajar dan anak murid dia buat amalan yang baik itu, yang mengajar pun akan dapat pahala juga.

Pahala itu pula sama dengan pahala dengan orang yang melakukannya, tak dikurangkan sikit pun. Kerana itu tidak ada orang yang ada pahala lebih besar dari Abu Bakr selain dari Nabi Muhammad. Kerana dialah yang mula-mula masuk Islam dan banyak orang yang dia masukkan ke dalam Islam. Setiap amalan baik orang Islam, Abu Bakr akan dapat sahamnya.

Yang mengajar ilmu salah pula, dia akan dapat dosa setiap kali anak murid dia melakukannya kesalahan itu. Kita mohon berlindung dari mengajar yang salah kepada orang lain. Maka berhati-hatilah dalam mengajar. Jangan kita mengajar sesuatu yang tiada dalil dari sumber Qur’an dan Hadis.

Ini semua adalah kejadian sebelum manusia dimasukkan ke dalam syurga atau neraka. Sebelum keputusan dibuat, rekod amalan akan dibentang dan diperiksa. Maka segala amalan akan keluar, segala saksi akan dipanggil dan keadilan akan dijalankan. Mahkamah Allah akan menimbang semua perkara dan selepas itu barulah dibuat keputusan sama ada untuk masuk ke dalam neraka atau ke dalam syurga.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir