Tafsir Surah Mukminoon Ayat 12 – 17 (Proses penciptaan manusia)

Ayat 12: Dalil Aqli yang pertama. Allah ﷻ menceritakan kejadian manusia. Dalam ayat-ayat sebelum ini telah dianjurkan untuk berbuat baik dan taat kepada Allah ﷻ. Sekarang Allah ﷻ menceritakan tentang kehebatanNya dan tentang proses kejadian manusia. Kalau Allah ﷻ yang menjadikan kita, maka tentulah kita kena taat kepadaNya. Kenapa lagi hendak berdegil?

وَلَقَد خَلَقنَا الإِنسٰنَ مِن سُلٰلَةٍ مِّن طينٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And certainly did We create man from an extract of clay.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah.

 

Kalimah سُلالَةٍ berasal dari kata dasar س ل ل yang boleh digunakan untuk perbuatan menarik pedang dari sarungnya. Iaitu mengambil sesuatu dari sumber asal dan juga digunakan seperti kita memerah buah-buahan. Jadi ia bermaksud pati buah-buahan itu.

Kalimah طينٍ pula bermaksud tanah yang basah, atau tanah liat. Jadi ayat ini bermaksud manusia diambil dari bahagian tanah yang baik. Ia bermaksud kejadian Nabi Adam عليه السلام yang diambil dari berbagai jenis tanah dari dunia.

Oleh kerana asal bapa kita berasal dari tanah, maka sifat manusia pun ada dari sifat-sifat tanah juga. Ada yang keras dan ada yang lembut. Maka kalau ada sifat dari yang tanah keras, maka sifat manusia itu pun ada yang keras sedikit. Jadi ini biasa sahaja.

وَقَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا عَوْف، حَدَّثَنَا قَسَامة بْنُ زُهَيْر، عَنْ أَبِي مُوسَى، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: “إِنَّ اللَّهَ خَلَقَ آدَمَ مِنْ قَبْضَةٍ قَبَضَهَا مِنْ جَمِيعِ الْأَرْضِ، فَجَاءَ بَنُو آدَمَ عَلَى قَدْر الْأَرْضِ، جَاءَ مِنْهُمُ الْأَحْمَرُ وَالْأَسْوَدُ وَالْأَبْيَضُ، وَبَيْنَ ذَلِكَ، وَالْخَبِيثُ وَالطَّيِّبُ، وَبَيْنَ ذَلِكَ”.

Imam Ahmad رحمه الله mengatakan, telah menceritakan kepada kami Yahya ibnu Sa’id, telah menceritakan kepada kami Auf, telah menceritakan kepada kami Usamah ibnu Zuhair, dari Abu Musa, dari Nabi ﷺ yang telah bersabda: Sesungguhnya Allah menciptakan Adam dari segenggam tanah yang diambil dari seluruh bumi, maka Bani Adam muncul sesuai dengan tabiat tanah; di antara mereka ada yang berkulit merah, ada yang berkulit putih, ada yang berkulit hitam, serta ada yang campuran di antara warna-warna tersebut; dan ada yang buruk ada yang baik, ada pula yang campuran di antara baik dan buruk.

Abu Daud dan Turmuzi telah meriwayatkannya melalui berbagai jalur dari Auf Al-A’rabi dengan lafaz yang semisal dan sanad yang sama. Imam Turmuzi mengatakan bahawa hadis ini hasan sahih.

Dan kita sebagai manusia yang dijadikan dari tanah, maka sumber makanan kita pun dari tanah juga. Kerana itu makanan kita diambil dari pokok-pokok yang tumbuhnya di tanah.


 

Ayat 13: Nabi Adam عليه السلام dijadikan dari tanah, dan kita pula keturunannya dijadikan dari air mani. Tidaklah kita dijadikan dari tanah juga. Cuma kita ada kesan-kesan dari tanah juga.

ثُمَّ جَعَلنٰهُ نُطفَةً في قَرارٍ مَّكينٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then We placed him as a sperm-drop¹ in a firm lodging [i.e., the womb].

  • Or “as a zygote.”

(MELAYU)

Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim).

 

Ini berkenaan zuriat keturunan Nabi Adam عليه السلام seterusnya. Kita tidaklah dijadikan dari tanah seperti baginda tetapi kita dijadikan dari air mani. Lebih tepat lagi kita dijadikan dari sperma yang ada di dalam air mani itu.

Ini sama halnya dengan apa yang terdapat di dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{وَبَدَأَ خَلْقَ الإنْسَانِ مِنْ طِينٍ * ثُمَّ جَعَلَ نَسْلَهُ مِنْ سُلالَةٍ مِنْ مَاءٍ مَهِينٍ}

dan Yang memulai penciptaan manusia dari tanah. Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina (air mani). (As-Sajdah: 7-8)

Tetapi kita masih lagi ada kesan-kesan dari tanah juga. Sebab itulah kita mengikut sifat bapa dan ibu kita juga, dimana sifat mereka akan membawa kepada anak. Jadi kita masih lagi ada kesan kejadian Nabi Adam عليه السلام.

Sekarang Allah ﷻ menceritakan bagaimana titisan air mani (iaitu sperma) itu diletakkan di dalam rahim ibu yang kukuh. Dan memang rahim ibu itu amat hebat kerana dapat menjaga pembesaran seorang manusia selama 9 bulan. Sudahlah begitu, kadang-kadang lebih dari satu anak ada di dalamnya dan berkali-kali boleh melahirkan anak.

Maka kerana itu Allah ﷻ memberitahu yang Dia menjadikan rahim ibu itu sebagai sesuatu yang kukuh dan hebat. Sama dengan yang disebutkan oleh firman-Nya:

{أَلَمْ نَخْلُقْكُمْ مِنْ مَاءٍ مَهِينٍ. فَجَعَلْنَاهُ فِي قَرَارٍ مَكِينٍ}

Bukankah Kami menciptakan kalian dari air yang hina, kemudian Kami letakkan dia dalam tempat yang kukuh (rahim). (Al-Mursalat: 20-21)

Kukuh tidak kukuh rahim itu, bayangkan bagaimana walaupun pada permulaan kehamilan itu seorang ibu tidak tahu yang dia telah hamil, dan dia telah bergerak ke sana dan ke sini tetapi proses kejadian anak itu di dalam rahimnya itu telah bermula dan janin itu telah kukuh di dalam rahimnya.

Rahim itu teguh dengan penjagaan Allah ﷻ. Kalau bukan Allah ﷻ yang mentakdirkan dia selamat, takkan dia selamat. Semua ini dalam rahmat Allah ﷻ. Maka hendaklah kita bersyukur di atas segala rahmat Allah ﷻ ke atas diri kita.


 

Ayat 14: Allah ﷻ menyambung menceritakan kejadian manusia di dalam rahim ibunya.

ثُمَّ خَلَقنَا النُّطفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقنَا العَلَقَةَ مُضغَةً فَخَلَقنَا المُضغَةَ عِظٰمًا فَكَسَونَا العِظامَ لَحمًا ثُمَّ أَنشَأنٰهُ خَلقًا آخَرَ ۚ فَتَبارَكَ اللهُ أَحسَنُ الخٰلِقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then We made the sperm-drop into a clinging clot, and We made the clot into a lump [of flesh], and We made [from] the lump, bones, and We covered the bones with flesh; then We developed him into another creation. So blessed is Allāh, the best of creators.¹

  • i.e., the most skillful and only true Creator.

(MELAYU)

Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Berkat Allah, Pencipta Yang Paling Baik.

 

ثُمَّ خَلَقنَا النُّطفَةَ عَلَقَةً

Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah,

Kalimah عَلَقَةً adalah sesuatu yang tergantung dan begitulah yang terjadi pada zigot di dalam tubuh ibu. Iaitu dalam proses kejadian manusia, ia menjadi bentuk seperti lintah yang melekat di dinding rahim ibunya.

proses kejadian manusia dalam Qur’an

Kalau dulu para pentafsir menyangka bahawa kalimah عَلَقَةً ini bermaksud ‘gumpalan darah’ tetapi ini tidak tepat kerana kalimah itu bermaksud sesuatu yang tergantung, dan hanya apabila kita dapat melihat apa yang terjadi di dalam rahim ibu baharu kita tahu bahawa memang ianya tergantung. Ianya seperti lintah yang melekat kepada tubuh manusia.

Bentuk zigot yang seperti lintah

 

فَخَلَقنَا العَلَقَةَ مُضغَةً

lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, 

Kalimah مُضغَةً adalah sesuatu yang digigit. Kerana itu  kalau kita lihat “chewing gum” kita boleh melihat kesan digigit. Begitulah rupa gumpalan daging janin itu.

bentuk mudghah

Kalau diperhatikan dengan teliti, proses kejadian manusia ini tidak menggunakan kalimah yang sama. Ada kalanya menggunakan kalimah ثُمَّ dan kemudian ada yang menggunakan huruf ف seperti dalam potongan ayat ini.

Dari segi bahasa Arab, kalau ثُمَّ, ia menandakan yang proses itu mengambil masa yang lama dan kalau pakai huruf ف ia menandakan proses yang cepat, iaitu berterusan dari satu proses ke proses yang seterusnya. Inilah satu lagi ketepatan bahasa yang digunakan di dalam Qur’an.

Jadi dari سُلٰلَةٍ مِّن طينٍ (tanah) menjadi ثُمَّ جَعَلنٰهُ نُطفَةً (sperma) menggunakan kalimah ثُمَّ kerana dari proses menjadikan sperma mengambil masa. Makanan yang kita makan dari sumber tanah akan diproses di dalam tubuh kita dan antara elemen yang diproses adalah air mani atau sperma.

Kemudian proses menjadi zigot dari sperma yang bercantum dengan telur ibu juga mengambil masa dan kerana itu kalimah ثُمَّ digunakan sekali lagi. Ini disebut di dalam kalimat ثُمَّ خَلَقنَا النُّطفَةَ عَلَقَةً.

 

فَخَلَقنَا المُضغَةَ عِظٰمًا

dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang,

Dan dari daging itu mula dibentuk tulang belulang dan tulang yang awal itu dinamakan “cartilege”.

 

فَكَسَونَا العِظامَ لَحمًا

lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. 

Dan kemudian tulang itu dipakaikan dengan daging-daging dan otot-otot.

 

ثُمَّ أَنشَأنٰهُ خَلقًا آخَرَ

Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang lain.

Kalimah ثُمَّ menunjukkan masa kejadian atau proses yang lama. Dan kemudian huruf ف digunakan apabila proses itu cepat atau berterusan sahaja. Dan setiap darinya adalah 40 hari. Maknanya masa peralihan dari satu kejadian ke satu kejadian yang lain itu mengambil masa 40 hari. Dan kerana pemasukan roh ke dalam tubuh manusia itu adalah proses yang lama, maka kalimah ثُمَّ digunakan sekali lagi di dalam potongan ayat ini.

Roh yang dimasukkan ke dalam tubuh manusia ini bukanlah baru dijadikan tetapi roh kita sudah lama ada sebelum tubuh kita dijadikan lagi. Cuma hendak dimasukkan sahaja ke dalam tubuh badan kita yang fizikal.

Kalau kita hendak ringkaskan kejadian manusia di dalam perut ibunya, kita boleh senaraikan 7 peringkat dari ayat ini:

1. سُلٰلَةٍ مِّن طينٍ (tanah)
2. نُطفَةً (sperma)
3. عَلَقَةً (zigot)
4. المُضغَةَ (gumpalan daging)
5. العِظامَ (tulang)
6. فَكَسَونَا العِظامَ لَحمًا (tulang dibalut dengan daging)
7. Roh ditiupkan ke dalam janin menjadi makhluk lain.

Dan ‘makhluk yang lain’ ini bermaksud apabila roh ditiupkan, maka janin itu menjadi sesuatu yang baharu. Ia sudah menjadi makhluk yang baharu dan kerana itu digunakan kalimah أَنشَأناهُ kerana ia menjadi sesuatu yang lain. Ia lain kerana sekarang roh sudah dimasukkan. Sebelum ini, ia hanya dalam bentuk fizikal sahaja yang tidak bernyawa. Apabila roh telah ditiupkan, maka ia dapat bergerak hidup dan menjadi makhluk lain yang mempunyai pendengaran, penglihatan, perasaan, gerak, dan getaran.

Kalimah أَنشَأناهُ bermaksud ‘dinaikkan’. Maknanya kedudukan yang tinggi kerana ia sudah ada roh. Ini terjadi selepas empat bulan persenyawaan di dalam rahim ibu.

Imam Ahmad رحمه الله mengatakan di dalam kitab musnadnya:

حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ، حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ، عَنْ زَيْدِ بْنِ وَهْبٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ -هُوَ ابْنُ مَسْعُودٍ-قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَهُوَ الصَّادِقُ الْمَصْدُوقُ: “إِنَّ أَحَدَكُمْ ليُجمع خَلقُه فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا، ثُمَّ يَكُونُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يَكُونُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يُرْسِلُ إِلَيْهِ الْمَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيهِ الرُّوحَ، وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ: رِزْقِهِ، وَأَجَلِهِ، وَعَمَلِهِ، وَهَلْ هُوَ شَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ، فَوَالَّذِي لَا إِلَهَ غَيْرُهُ، إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَّا ذِرَاعٌ، فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ، فَيُخْتَمُ لَهُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلَهَا، وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ، حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَّا ذِرَاعٌ، فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ، فَيُخْتَمُ لَهُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا”.

Telah menceritakan kepada kami Abu Mu’awiyah, telah menceritakan kepada kami Al-A’masy, dari Zaid ibnu Wahb, dari Abdullah ibnu Mas’ud رضي الله عنه yang mengatakan bahwa Rasulullah ﷺ pernah bersabda kepada kami: Sesungguhnya seseorang di antara kalian benar-benar dihimpun­kan penciptaannya di dalam perut ibunya selama empat puluh hari (dalam bentuk nutfah), kemudian berupa ‘alaqah dalam masa yang sama, kemudian dalam bentuk segumpal daging dalam masa yang sama, kemudian diutus seorang malaikat kepadanya, maka malaikat itu meniupkan roh ke dalam tubuhnya dan diperintahkan untuk mencatat empat kalimat (perintah), yaitu tentang rezekinya, ajalnya, dan amal perbuatannya, serta apakah dia termasuk orang yang celaka atau orang yang bahagia. Demi Allah yang tidak ada Tuhan selain Dia, sesungguhnya seseorang di antara kalian benar-benar mengerjakan amal perbuatan ahli syurga sehingga tiada jarak antara dia dan syurga selain hanya satu hasta, tetapi suratan takdir telah mendahuluinya (bahawa dia termasuk ahli neraka), maka pada akhirnya ia mengerjakan perbuatan ahli neraka dan dimasukkanlah dia ke dalamnya. Dan sesungguhnya seseorang di antara kalian benar-benar mengerjakan amal perbuatan ahli neraka, sehingga tiada jarak antara dia dan neraka selain satu hasta, tetapi suratan takdir telah men­dahuluinya (bahawa dia termasuk ahli surga), maka pada akhirnya dia mengamalkan perbuatan ahli syurga dan dimasukkanlah dia ke dalamnya.

 

فَتَبارَكَ اللهُ أَحسَنُ الخٰلِقينَ

Maka Maha Berkat Allah, Pencipta Yang Paling Baik.

Allah ﷻ menyebut barakah kerana roh itu adalah berkat dariNya. Barakah bermaksud bertambah-tambah kebaikan. Kerana dengan adanya roh menyebabkan ada berkat maka ia akan mengeluarkan kebaikan yang banyak.

Allah ﷻ memuji diriNya sendiri dalam ayat ini. Kerana Allah ﷻ hendak mengingatkan yang Dialah yang menjadikan makhluk itu, bukannya ia terjadi sendiri.

Kalimah خ ل ق bermaksud menjadikan sesuatu dari tiada kepada ada. Dan ia selalunya digunakan untuk Allah kerana Allah lah yang mencipta alam ini, mencipta manusia dan segala-galanya. Tetapi manusia ada juga mencipta. Dan kerana itu Allah beritahu dalam ayat ini yang Dialah yang sebaik-baik pencipta. Tidak sama jika hendak dibandingkan antara ciptaaan Allah dan ciptaan manusia.

Ada kisah menarik tentang ayat ini. Semasa Nabi Muhammad ﷺ membacakan ayat ini, iaitu tentang proses kejadian manusia, Saidina Umar رضي الله عنه yang mendengar ayat ini sebelum baginda habis membacakan, Umar رضي الله عنه terus menyebut: فَتَبارَكَ اللهُ أَحسَنُ الخٰلِقينَ. Dan Rasulullah ﷺ bersabda: begitulah sambungan seterusnya, wahai Umar!

Ibnu Abu Hatim رحمه الله mengatakan, telah menceritakan kepada kami Yunus ibnu Habib, telah menceritakan kepada kami Abu Daud, telah menceritakan kepada kami Hammad ibnu Salamah, telah menceritakan kepada kami Ali ibnu Zaid, dari Anas yang mengatakan bahawa Umar ibnul Khattab pernah mengatakan, “Aku bersesuaian dengan Tuhanku dalam empat perkara. Ketika ayat ini diturunkan, yaitu firman-Nya: ‘Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari saripati (berasal) dari tanah’ (Al Mu’minun: 12), hingga akhir ayat. Maka aku berkata, ‘Maka Maha sucilah Allah, Pencipta yang paling baik.’ Lalu turunlah firman selanjutnya, yaitu: ‘Maka Mahasucilah Allah, Pencipta yang paling baik’. (Al Mu’minun: 14)

Maka ini menunjukkan kehebatan Saidina Umar رضي الله عنه. Maka amat hinalah agama Syiah yang mengutuk dan mengkafirkan Saidina Umar رضي الله عنه. Dan amat hinalah mereka yang masuk ke dalam agama ini dan mempertahankan mereka. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana kejahilan tentang agama dan kejahilan tentang kesesatan Syiah sahaja.

Kita memang disuruh berbaik dengan semua orang, tetapi tidaklah sampai kita menghalalkan apa yang mereka dakwa. Apabila mereka menghina agama, maka kita kena lawan mereka. Iaitu dengan membongkar kesalahan dan kenistaan mereka di media. Dan begitulah yang kita sedang lakukan supaya manusia tidak tertipu dengan diayah mereka.


 

Ayat 15: Perjalanan hidup manusia.

ثُمَّ إِنَّكُم بَعدَ ذٰلِكَ لَمَيِّتونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then indeed, after that you are to die.

(MELAYU)

Kemudian, sesudah itu, sesungguhnya kamu sekalian benar-benar akan mati.

 

Dipendekkan kisah hidup manusia. Setelah lahir maka kita akan menjalani kehidupan yang singkat selama hidup di dunia ini selagi belum sampai ajal. Akhirnya kita akan mati kerana dijadikan setiap manusia itu pasti akan mati.

Maka ayat ini mengingatkan kita tentang kematian yang pasti menjelma. Kita tidak tahu bila, cuma ia pasti akan berlaku. Maka kenalah kita beringat. Kehidupan di dunia tidak kekal maka kenalah kita berusaha semasa masih hidup ini untuk beramal.


 

Ayat 16: Apa akan berlaku setelah mati.

ثُمَّ إِنَّكُم يَومَ القِيٰمَةِ تُبعَثونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then indeed you, on the Day of Resurrection, will be resurrected.

(MELAYU)

Kemudian, sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan (dari kuburmu) di hari kiamat.

 

Setelah mati, manusia akan hidup di alam kubur beberapa lama. Dan apabila hari kiamat telah berlangsung maka manusia akan dihidupkan kembali. Jadi kita kena beringat. Segala perbuatan kita semasa di dunia akan dipertanggungjawabkan. Kita bukan mati habis begitu sahaja tetapi kita akan dihidupkan kembali untuk menjawab segala amalan kita.


 

Ayat 17: Ayat dalil aqli yang kedua untuk menguatkan hujah kenapa mesti taat kepada Allah ﷻ? Kenapa mesti menyembah dan berdoa hanya kepada Allah ﷻ sahaja? Kalau ayat sebelum ini menyebut tentang penciptaan manusia, sekarang Allah ﷻ menyebut tentang langit pula.

وَلَقَد خَلَقنا فَوقَكُم سَبعَ طَرائِقَ وَما كُنّا عَنِ الخَلقِ غٰفِلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We have created above you seven layered heavens, and never have We been of [Our] creation unaware.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan di atas kamu tujuh buah jalan (tujuh buah langit); dan Kami tidaklah lengah terhadap ciptaan (Kami).

 

وَلَقَد خَلَقنا فَوقَكُم سَبعَ طَرائِقَ

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan di atas kamu tujuh buah jalan

Tujuh jalan yang dimaksudkan adalah tujuh langit. Iaitu apabila roh telah dimatikan maka ia akan melalui tujuh lapisan langit itu. Di dalam ayat yang lain memang disebut tujuh lapis langit:

{أَلَمْ تَرَوْا كَيْفَ خَلَقَ اللَّهُ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقًا}

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah ﷻ telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat? (Nuh: 15)

Disebut tentang penciptaan langit selepas penciptaan manusia kerana penciptaan langit selalu dikaitkan dengan penciptaan manusia. Allah ﷻ hendak menekankan bahawa penciptaan manusia itu lebih mudah dari penciptaan langit. Kalau langit yang lagi hebat itu pun Allah boleh buat, maka takkanlah Allah tidak mampu hendak menjadikan manusia, kemudian mematikan dan kemudian menjadikannya semula.

Maka kerana itu Allah ﷻ akan menyentuh tentang penciptaan langit selepas penciptaan manusia. Dalam ayat yang lain Allah ﷻ telah berfirman:

{لَخَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ أَكْبَرُ مِنْ خَلْقِ النَّاسِ}

Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia. (Al-Mu’min: 57)

Hal yang sama disebutkan pula dalam permulaan Surah As-Sajdah yang dibaca oleh Rasulullah ﷺ pada pagi hari Jumaat, pada permulaannya disebutkan penciptaan langit dan bumi. Kemudian dijelaskan tentang penciptaan manusia yang berasal dari saripati yang berasal dari tanah liat, sebagaimana disebutkan pula di dalam surah As-Sajdah itu tentang hari berbangkit dan masalah-masalah penting lainnya.

 

وَما كُنّا عَنِ الخَلقِ غٰفِلينَ

dan Kami tidaklah lengah terhadap ciptaan

Setiap apa yang Allah ﷻ jadikan itu, Dia sentiasa memerhatikan dan memantau. Yakni Allah ﷻ mengetahui segala sesuatu yang masuk ke dalam bumi dan yang keluar darinya, dan mengetahui apa yang turun dari langit dan apa yang naik ke atasnya.

Tidaklah Allah ﷻ jadikan kita dan kemudian membiarkan sahaja kita tanpa diberikan rezeki kepada kita. Allah ﷻ telah menjadikan kita dan Allah ﷻ jadikan sekali sumber rezeki buat kita. Jadi segala rezeki yang kita dapat ini adalah dari Allah ﷻ.

Dia selalu bersama kita di mana pun kita berada, dan Allah ﷻ Maha Mengetahui semua yang kita kerjakan. Dia Yang Maha Suci, tiada terhalang dari pengetahuan-Nya tingginya langit dan tebalnya bumi, juga besarnya gunung, melainkan Dia mengetahui semua yang terdapat di dalamnya. Tiada suatu laut pun, melainkan Dia mengetahui segala sesuatu yang ada di dasarnya.

Dia mengetahui semua bilangan makhluk yang ada di gunung-ganang, di lereng-lereng, di padang-padang pasir, di lautan samudra, di hutan belantara, dan di rimba raya.

{وَمَا تَسْقُطُ مِنْ وَرَقَةٍ إِلا يَعْلَمُهَا وَلا حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الأرْضِ وَلا رَطْبٍ وَلا يَابِسٍ إِلا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ}

dan tiada sehelai daun pun yang gugur, melainkan Dia me­ngetahuinya (pula); dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz) (Al-An’am: 59)

Maka setelah mati kita akan ditanya dan dipertanggungjawabkan dengan segala amalan kita. Allah ﷻ akan tanya kerana mahkamah pengadilan akan dilakukan.

Tetapi sebenarnya Allah ﷻ tidak perlu untuk bertanya pun kerana Allah ﷻ tahu apa yang kita lakukan. Cuma sebagai menzahirkan keadilan, mahkamah pengadilan akan diadakan. Manusia akan ada peluang untuk mempertahankan diri mereka dan berhujah untuk mempertahankan diri. Allah memberi peluang.

Tetapi kalau di dalam mahkamah dunia bolehlah jika hendak menipu dan memberi alasan, tetapi di mahkamah Allah ﷻ tidak boleh begitu, kerana Allah ﷻ tahu segalanya. Maka kita lihat di dalam Qur’an disebut percubaan manusia untuk menipu mahkamah Allah tetapi tidak dibenarkan.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

One thought on “Tafsir Surah Mukminoon Ayat 12 – 17 (Proses penciptaan manusia)”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s