Tafsir Surah Qalam Ayat 43 – 52 (Bahaya istidraj)

Ayat 43:

خٰشِعَةً أَبصٰرُهُم تَرهَقُهُم ذِلَّةٌ ۖ وَقَد كانوا يُدعَونَ إِلَى السُّجودِ وَهُم سٰلِمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Their eyes humbled, humiliation will cover them. And they used to be invited to prostration while they were sound.¹

  • During worldly life.

(MELAYU)

(dalam keadaan) pandangan mereka tunduk ke bawah, lagi mereka diliputi kehinaan. Dan sesungguhnya mereka dahulu (di dunia) diseru untuk bersujud, dan mereka dalam keadaan sejahtera.

 

خٰشِعَةً أَبصٰرُهُم

(dalam keadaan) pandangan mereka tunduk ke bawah,

Selepas mereka tidak dapat sujud, maka mata dan muka mereka tertunduk ke bawah kerana rasa bersalah. Mereka tahu yang mereka dihalang oleh Allah dari sujud. Mereka rasa amat hina sekali kerana rahsia mereka telah dibongkarkan dan semua orang boleh lihat mereka tidak dapat sujud.

 

تَرهَقُهُم ذِلَّةٌ

lagi mereka diliputi kehinaan.

Kalimah تَرهَقُهُم dari kalimah ره ق yang bermaksud ‘diselubungi’. Mereka akan diselubungi oleh kehinaan yang bertimpa-timpa. Mereka akan ditimpa dengan beban demi beban, kehinaan demi kehinaan.

 

وَقَد كانوا يُدعَونَ إِلَى السُّجودِ وَهُم سٰلِمونَ

Dan sesungguhnya mereka dahulu (di dunia) diseru untuk bersujud, dan mereka dalam keadaan sejahtera.

Kenapa mereka kena azab sebegitu? Kerana dulu semasa hidup di dunia, mereka sudah diajak untuk sujud merendahkan diri kepada Allah. Tapi mereka engkar tidak mahu. Maka balasan yang mereka terima adalah di akhirat kelak. 

Di Mahsyar nanti, untuk membuktikan siapakah yang ikhlas sujud dan taat kepada Allah semasa di dunia, maka diseru makhluk untuk sujud kepada Allah di akhirat kelak. Semua akan sujud dan mereka yang tidak ikhlas beribadat kepada Allah semasa di dunia tidak dibenarkan untuk sujud.

Waktu itu memang mereka tidak dibenarkan sujud tapi dulu mereka sudah diajak dah pun. Mereka tidak mahu sujud itu kerana degil sahaja. Bukan ada masalah untuk sujud pun kerana mereka waktu itu sihat sahaja. 

Maka semasa kita sihat wal afiat ini, hendaklah kita membanyakkan sujud kepada Allah. Ringankanlah tulang dan dahi kita untuk sujud kepada Allah. Terutama sekali dalam solat. Bukannya berat pun nak sujud itu. 


 

Ayat 44:

فَذَرني وَمَن يُكَذِّبُ بِهٰذَا الحَديثِ ۖ سَنَستَدرِجُهُم مِّن حَيثُ لا يَعلَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So leave Me, [O Muḥammad], with [the matter of] whoever denies this statement [i.e., the Qur’ān]. We will progressively lead them [to punishment] from where they do not know.¹

  • Allāh will increase His favors to them in this world by way of trial, whereby they will sink deeper into sin and thus into destruction.

(MELAYU)

Maka serahkanlah (ya Muhammad) kepada-Ku (urusan) orang-orang yang mendustakan perkataan ini (Al Quran). Nanti Kami akan menarik mereka dengan berangsur-angsur (ke arah kebinasaan) dari arah yang tidak mereka ketahui,

 

فَذَرني وَمَن يُكَذِّبُ بِهٰذَا الحَديثِ

Maka serahkanlah (ya Muhammad) kepada-Ku (urusan) orang-orang yang mendustakan perkataan ini (Al Quran).

Biarkan Allah dengan mereka. Biar Allah sendiri yang urus hal mereka. Tahulah Allah apa yang dibuat kepada mereka.

Inilah ayat yang paling menakutkan. Allah tidak beritahu apa yang Dia akan buat, tapi Allah berfirman yang Dia akan selesaikan dia sendiri. 

 

سَنَستَدرِجُهُم مِّن حَيثُ لا يَعلَمونَ

Nanti Kami akan menarik mereka dengan berangsur-angsur (ke arah kebinasaan) dari arah yang tidak mereka ketahui,

Kalimah سَنَستَدرِجُهُم dari katadasar د ر ج yang bermaksud berjalan selangkah demi selangkah. Maksudnya sikit demi sikit. Dari katadasar yang samalah jadi kalimah Istidraj. Ini seperti orang yang sedang naik tangga. Orang itu akan naik perlahan-lahan.

Maksud istidraj adalah Allah akan tarik seseorang itu sedikit demi sedikit ke lembah kebinasaan. Ini adalah kerana Allah telah buat keputusan untuk memasukkan dia ke dalam neraka kerana dia telah banyak kali menentang.

Maka Allah beri dia kesenangan semasa hidup di dunia. Semakin banyak kesenangan yang dia dapat, dia menjadi semakin teruk. Sengaja Allah nak kenakan begitu supaya dia semakin banyak dosa yang dilakukannya dan dia akan dikenakan dengan azab yang lebih teruk lagi di akhirat.

Jadi istidraj ini amat menakutkan. Kita tidak tahu samada kesenangan yang kita dapat sekarang adalah nikmat dari Allah atau ia dalam bentuk ‘istidraj’ hanya untuk melekakan kita dengan dunia. Amat-amat menakutkan sekali!

Allah kata, biarlah Dia akan uruskan orang yang engkar itu. Allah mulakan penghukuman kepada orang itu semasa di dunia lagi dimana dia telah dikenakan dengan istidraj. Dia dapat segala nikmat kehidupan di dunia sampaikan dia rasa dia orang kesayangan Allah, tapi rupanya itu adalah istidraj sahaja bagi dirinya.

Mereka tidak sedar sama sekali kerana mereka itu jahil, mereka dah leka dan lalai. Mereka sangka mereka dapat banyak kebaikan tapi mereka tak sedar semua itu adalah ke arah kemusnahan dia.


 

Ayat 45:

وَأُملي لَهُم ۚ إِنَّ كَيدي مَتينٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And I will give them time. Indeed, My plan is firm.

(MELAYU)

dan Aku memberi tangguh kepada mereka. Sesungguhnya rencana-Ku amat teguh.

 

وَأُملي لَهُم

dan Aku memberi tangguh kepada mereka.

Allah beri tangguh kepada tapi bukan kerana Allah sayang kepada mereka tapi Allah beri harapan kosong sahaja kepada mereka. Maknanya Allah tangguh azab dunia dari dikenakan kepada mereka. Maka mungkin mereka umur panjang tapi itu bukanlah kebaikan untuk mereka. Ia untuk mereka kumpul dosa sahaja supaya nanti mereka dikenakan dengan azab yang lebih banyak.

Mereka rasa selamat sahaja kerana mereka tidak ada musibah yang kena pada mereka. Maka mereka rasa mereka tidak buat salah kerana tidak ada ‘peringatan’ dari Allah dalam bentuk azab. 

 

إِنَّ كَيدي مَتينٌ

Sesungguhnya rencana-Ku amat teguh.

Kalimah كَيد dari segi bahasa bermaksud rancangan rahsia untuk menjatuhkan seseorang. Ia selalunya mempunyai konotasi negatif. Tapi dalam maksud ayat ini, ia dilakukan oleh Allah terhadap mereka yang memang layak kena rancangan Allah itu kerana mereka memang orang yang tidak beriman. Maka ia tidak membawa maksud negatif.

Kalimah م ت ن bermaksud sesuatu yang dikuatkan. Maksudnya rancangan Allah takkan patah. Ia pasti akan berlaku kerana tidak ada sesiapa pun yang dapat mematahkan rancangan Allah itu. Apa yang Allah hendak pasti akan terjadi. 


 

Ayat 46:

أَم تَسأَلُهُم أَجرًا فَهُم مِّن مَّغرَمٍ مُّثقَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Or do you ask of them a payment, so they are by debt burdened down?

(MELAYU)

Apakah kamu meminta upah kepada mereka, lalu mereka diberati dengan hutang?

 

أَم تَسأَلُهُم أَجرًا

Apakah kamu meminta upah kepada mereka,

Allah tanya kepada Nabi Muhammad sebagai retorik sahaja: Adakah Kamu ada minta upah dari mereka? Kalau penyair pada zaman itu, mereka akan berucap dan menyampaikan syair mereka di mana-mana kerana mereka mengharapkan upah.

Adakah Nabi pernah minta upah kepada mereka? 

 

فَهُم مِّن مَّغرَمٍ مُّثقَلونَ

lalu mereka diberati dengan hutang?

Kalau Nabi ada minta upah kepada mereka, adakah mereka telah berhutang banyak kepada baginda sampai mereka jadi berat sampai mereka tidak boleh bayar? Dan kerana tidak dapat bayar itu mereka melarikan diri dari baginda, tidak mahu rapat dengan baginda, tidak ikut cakap baginda? Adakah mereka marah kerana Nabi minta duit mereka? Adakah begitu? 

Tentu sekali tidak kerana dalam agama Islam ini, dakwah, pengajaran dan ibadah tidak ada upah. Nabi tidak pernah minta upah dari umat baginda dalam menyampaikan dakwah dan menyampaikan ajaran wahyu.

Kerana itu guru-guru sunnah tidak meminta upah dari pelajar-pelajar mereka. Guru tidak patut meletakkan yuran yang perlu dibayar oleh pelajar. Kerana belajar agama itu wajib. Kalau pelajar kena bayar yuran dan mereka tidak mampu, maka tentu mereka ada alasan tidak datang kelas dan jadi jahil. Maka Allah tidak benarkan mereka beri alasan itu.

Kerana itulah pengajian wahyu agama ini adalah percuma supaya manusia tidak ada alasan kenapa mereka tidak belajar. Kalau belajar pun percuma, baca kitab-kitab pun percuma, jadi apa lagi alasan mereka apabila mereka jahil?


 

Ayat 47: Allah perli mereka lagi.

أَم عِندَهُمُ الغَيبُ فَهُم يَكتُبونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Or have they [knowledge of] the unseen, so they write [it] down?

(MELAYU)

Ataukah ada pada mereka ilmu tentang yang ghaib lalu mereka menulis (padanya apa yang mereka tetapkan)?

 

Ayat ini ditujukan kepada Nabi Muhammad (bercakap tentang Musyrikin Mekah itu) sebagai perli kepada mereka. Maknanya ia ditujukan kepada mereka dan menegur fahaman salah mereka.

Adakah mereka tahu ilmu ghaib dan dapat tulis apa yang akan terjadi? Adakah mereka boleh lihat perkara ghaib dan mereka tahu bahawa Nabi Muhammad itu bukan Nabi dan berbohong sahaja? Mereka ada maklumat itu kah? 

Tentu tidak ada jadi kenapa mereka yakin sangat dengan fahaman sesat mereka itu? Kenapa mereka masih hendak menentang dan menolak baginda? 

Ayat ini juga menyentuh tentang ilmu ghaib. Tiada siapa yang tahu ilmu ghaib melainkan Allah taala sahaja. Maka kenapa ada di kalangan masyarakat kita yang percaya kepada guru yang mengajar ajaran sesat yang diambil dari mana kita pun tidak tahu. 


 

Ayat 48: Ayat tasliah. 

فَاصبِر لِحُكمِ رَبِّكَ وَلا تَكُن كَصاحِبِ الحوتِ إِذ نادىٰ وَهُوَ مَكظومٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then be patient for the decision of your Lord, [O Muḥammad], and be not like the companion of the fish [i.e., Jonah] when he called out while he was distressed.

(MELAYU)

Maka bersabarlah kamu (hai Muhammad) terhadap ketetapan Tuhanmu, dan janganlah kamu seperti orang yang berada dalam (perut) ikan ketika dia berdoa sedang dia dalam keadaan marah (kepada kaumnya).

 

فَاصبِر لِحُكمِ رَبِّكَ

Maka bersabarlah kamu (hai Muhammad) terhadap ketetapan Tuhanmu,

Sabarlah sampai datang keputusan dari Allah. Tunggu keputusan Allah apa yang Dia hendak tetapkan. 

Memang dalam berdakwah dan mengajar ajaran yang benar akan menerima tentangan. Allah beritahu ini biasa sahaja. Bersabarlah sahaja. Tunggulah sampai Allah buat keputusan untuk menunjukkan kemenanganmu dan kekalahan mereka.

 

وَلا تَكُن كَصاحِبِ الحوتِ

dan janganlah kamu seperti orang yang berada dalam (perut) ikan

Jangan hilang istiqamah macam Nabi Yunus a.s. Baginda dapat Dzun Nun kerana baginda telah ditelan oleh ikan paus. Selepas sebut Nabi Muhammad kena bersabar dan kemudian terus sebut Nabi Yunus, maka ada isyarat yang Nabi Yunus dulu tidak bersabar.

Kalimah الحوت bermaksud ikan dan Kalimah Nun bermaksud ikan paus dan ini menarik ada kaitan dengan permulaan surah ini yang dimulai dengan huruf Nun. Maka kita boleh lihat kaitan awal surah ini disentuh di hujung surah pula.  

 

إِذ نادىٰ وَهُوَ مَكظومٌ

ketika dia berdoa sedang dia dalam keadaan marah (kepada kaumnya).

Nabi Yunus juga telah berdakwah lama dan akhirnya dia sudah tidak sabar lagi dengan kaumnya. Baginda buat keputusan untuk meninggalkan mereka sebelum Allah beri pelepasan.

Kisah baginda disebut dengan panjang lebar di dalam surah yang lain. Dipendekkan cerita, baginda telah ditelan ikan paus sebagai balasan kepada baginda. Waktu itu dia marah kaum dia. 

Semasa di dalam ikan paus itu baginda telah bertaubat dan menyeru kepada Allah minta ampun dan minta diselamatkan. Doa baginda disebut dalam Anbiya’:87-88.


 

Ayat 49:

لَّولا أَن تَدٰرَكَهُ نِعمَةٌ مِّن رَّبِّهِ لَنُبِذَ بِالعَراءِ وَهُوَ مَذمومٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

If not that a favor [i.e., mercy] from his Lord overtook him, he would have been thrown onto the naked shore while he was censured.¹

  • But instead, Allāh accepted his repentance and provided means for his recovery. See 37:139148.

(MELAYU)

Kalau sekiranya dia tidak segera mendapat nikmat dari Tuhannya, benar-benar dia dicampakkan ke tanah tandus dalam keadaan tercela.

 

لَّولا أَن تَدٰرَكَهُ نِعمَةٌ مِّن رَّبِّهِ

Kalau sekiranya dia tidak segera mendapat nikmat dari Tuhannya,

Allah telah menerima taubat baginda dan telah jaga baginda semasa berada faham ikan paus itu. Akhirnya baginda telah diselamatkan dari ikan itu. 

Itu adalah rahmat dari Allah. Kalaulah Allah tidak beri rahmat, tentu baginda akan mendapat celaka dan kehinaan.

 

لَنُبِذَ بِالعَراءِ وَهُوَ مَذمومٌ

benar-benar dia dicampakkan ke tanah tandus dalam keadaan tercela.

Kalau Allah tidak beri rahmat, tentu baginda telah ditinggalkan di tempat yang tiada makanan, tidak selamat dan susah hidup baginda. Tapi Allah telah mengeluarkan baginda di tempat yang selamat dan baginda dapat sembuh dari sakit kerana sekian lama duduk dalam perut ikan. Kisah ini disebut dalam Saffat:142-146


 

Ayat 50:

فَاجتَبٰهُ رَبُّهُ فَجَعَلَهُ مِنَ الصّٰلِحينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And his Lord chose him and made him of the righteous.

(MELAYU)

Lalu Tuhannya memilihnya dan menjadikannya termasuk orang-orang yang saleh.

 

فَاجتَبٰهُ رَبُّهُ

Lalu Tuhannya memilihnya

Allah dudah pilih bagus kerana baginda ada kelebihannya. 

 

فَجَعَلَهُ مِنَ الصّٰلِحينَ

dan menjadikannya termasuk orang-orang yang saleh.

Baginda termasuk dalam kumpulan orang Soleh peringkat para Nabi.


 

Ayat 51:

وَإِن يَكادُ الَّذينَ كَفَروا لَيُزلِقونَكَ بِأَبصٰرِهِم لَمّا سَمِعُوا الذِّكرَ وَيَقولونَ إِنَّهُ لَمَجنونٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, those who disbelieve would almost make you slip with their eyes [i.e., looks] when they hear the message, and they say, “Indeed, he is mad.”

(MELAYU)

Dan sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, tatkala mereka mendengar Al Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya dia (Muhammad) benar-benar orang yang gila”.

 

وَإِن يَكادُ الَّذينَ كَفَروا لَيُزلِقونَكَ بِأَبصٰرِهِم

Dan sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka,

Ini adalah pandangan tajam kepada orang lain. Kadangkala kita boleh lihat pandangan yang menakutkan dari orang lain kerana mereka memandang dengan penuh kebencian. 

Pandangan ini dipanggil ‘ain’ dan ia boleh memberi bahaya kepada orang yang kena tengok itu. Ia dipanggil evil eye dalam bahasa Inggeris.

Allah menceritakan pandangan musyrikin Mekah kepada Nabi Muhammad. Mereka hendak menakutkan baginda dengan pandangan mata mereka. Mereka hendak Nabi berubah dari berdakwah kepada mereka. Mereka hendak takutkan baginda. Boleh baca juga perbuatan mereka itu dalam Isra’:73-77

Lihatlah cara tengok orang pun Allah ajar dalam Qur’an. Jangan tengok orang tak tentu pasal. Jangan pandang dengan kebencian kerana itu boleh menyebabkan celaka kepada orang yang dipandang itu. 

 

لَمّا سَمِعُوا الذِّكرَ

tatkala mereka mendengar Al Quran

Musyrikin Mekah pandang Nabi Muhammad dengan penuh benci itu apabila baginda sampaikan ajaran wahyu Qur’an kepada mereka.

Begitulah ada sahaja manusia yang benci apabila kita sampaikan ajaran Qur’an kepada mereka. Ini adalah kerana ajaran Qur’an berlawanan dengan amalan syirik, sesat dan bidaah mereka.

 

وَيَقولونَ إِنَّهُ لَمَجنونٌ

dan mereka berkata: “Sesungguhnya dia (Muhammad) benar-benar orang yang gila”.

Kemudian mereka kata baginda gila. Tapi Allah awal-awal lagi dalam surah ini beritahu yang baginda tidak gila.

Maka Allah memujuk baginda supaya jangan sedih dengan pandangan dan kata-kata mereka. Ia tidak akan memberi kesan kepada baginda kerana baginda dipelihara.


 

Ayat 52: Apakah hakikat Qur’an itu?

وَما هُوَ إِلّا ذِكرٌ لِلعٰلَمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But it is not except a reminder to the worlds.

(MELAYU)

Dan Al Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat.

 

Allah suruh Nabi Muhammad terus sampaikan Qur’an kepada manusia kerana ia adalah peringatan kepada seluruh manusia. Manusia memerlukan Qur’an untuk selamat di dunia dan akhirat.

Awal surah tentang kekuatan Nabi Muhammad dan sekarang disebut kelebihan Qur’an. Ini penting kerana pembawa dan Qur’an yang dibawa itu amat penting. 

Allahu a’lam. Tamat tafsir Surah Qalam ini. Sambung ke surah seterusnya, Surah Haqqah.

Tarikh: 1 Jun 2018


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s