Tafsir Surah Qalam Ayat 43 – 52 (Bahaya istidraj)

Qalam Ayat 43:

خٰشِعَةً أَبصٰرُهُم تَرهَقُهُم ذِلَّةٌ ۖ وَقَد كانوا يُدعَونَ إِلَى السُّجودِ وَهُم سٰلِمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Their eyes humbled, humiliation will cover them. And they used to be invited to prostration while they were sound.¹

  • During worldly life.

(MELAYU)

(dalam keadaan) pandangan mereka tunduk ke bawah, lagi mereka diliputi kehinaan. Dan sesungguhnya mereka dahulu (di dunia) diseru untuk bersujud, dan mereka dalam keadaan sejahtera.

 

خٰشِعَةً أَبصٰرُهُم

(dalam keadaan) pandangan mereka tunduk ke bawah,

Selepas mereka tidak dapat sujud, maka mata dan muka mereka tertunduk ke bawah kerana rasa bersalah. Mereka tahu yang mereka dihalang oleh Allah dari sujud. Mereka rasa amat hina sekali kerana rahsia mereka telah dibongkarkan dan semua orang boleh lihat mereka tidak dapat sujud.

 

تَرهَقُهُم ذِلَّةٌ

lagi mereka diliputi kehinaan.

Kalimah تَرهَقُهُم dari kalimah ره ق yang bermaksud ‘diselubungi’. Mereka akan diselubungi oleh kehinaan yang bertimpa-timpa. Mereka akan ditimpa dengan beban demi beban, kehinaan demi kehinaan.

 

وَقَد كانوا يُدعَونَ إِلَى السُّجودِ وَهُم سٰلِمونَ

Dan sesungguhnya mereka dahulu (di dunia) diseru untuk bersujud, dan mereka dalam keadaan sejahtera.

Kenapa mereka kena azab sebegitu? Kerana dulu semasa hidup di dunia, mereka sudah diajak untuk sujud merendahkan diri kepada Allah. Tapi mereka engkar tidak mahu. Maka balasan yang mereka terima adalah di akhirat kelak. 

Di Mahsyar nanti, untuk membuktikan siapakah yang ikhlas sujud dan taat kepada Allah semasa di dunia, maka diseru makhluk untuk sujud kepada Allah di akhirat kelak. Semua akan sujud dan mereka yang tidak ikhlas beribadat kepada Allah semasa di dunia tidak dibenarkan untuk sujud.

Waktu itu memang mereka tidak dibenarkan sujud tapi dulu mereka sudah diajak pun. Mereka tidak mahu sujud itu kerana degil sahaja. Bukan ada masalah untuk sujud pun kerana mereka waktu itu sihat sahaja. 

Maka semasa kita sihat wal afiat ini, hendaklah kita membanyakkan sujud kepada Allah. Ringankanlah tulang dan dahi kita untuk sujud kepada Allah. Terutama sekali dalam solat. Bukannya berat pun nak sujud itu. Waktu sujudlah kita paling rapat dengan Allah.


 

Qalam Ayat 44:

فَذَرني وَمَن يُكَذِّبُ بِهٰذَا الحَديثِ ۖ سَنَستَدرِجُهُم مِّن حَيثُ لا يَعلَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So leave Me, [O Muḥammad], with [the matter of] whoever denies this statement [i.e., the Qur’ān]. We will progressively lead them [to punishment] from where they do not know.¹

  • Allāh will increase His favors to them in this world by way of trial, whereby they will sink deeper into sin and thus into destruction.

(MELAYU)

Maka serahkanlah (ya Muhammad) kepada-Ku (urusan) orang-orang yang mendustakan perkataan ini (Al-Qur’an). Nanti Kami akan menarik mereka dengan beransur-ansur (ke arah kebinasaan) dari arah yang tidak mereka ketahui,

 

فَذَرني وَمَن يُكَذِّبُ بِهٰذَا الحَديثِ

Maka serahkanlah (ya Muhammad) kepada-Ku (urusan) orang-orang yang mendustakan perkataan ini (Al-Qur’an).

Biarkan Allah dengan mereka yang menentang itu. Biar Allah sendiri yang urus hal mereka. Tahulah Allah apa yang hendak dibuat kepada mereka.

Inilah ayat yang paling menakutkan. Allah tidak beritahu apa yang Dia akan buat, tapi Allah berfirman yang Dia akan selesaikan sendiri. 

 

سَنَستَدرِجُهُم مِّن حَيثُ لا يَعلَمونَ

Nanti Kami akan menarik mereka dengan beransur-ansur (ke arah kebinasaan) dari arah yang tidak mereka ketahui,

Kalimah سَنَستَدرِجُهُم dari katadasar د ر ج yang bermaksud berjalan selangkah demi selangkah. Maksudnya sikit demi sikit. Dari katadasar yang samalah jadi kalimah Istidraj. Ini seperti orang yang sedang naik tangga. Orang itu akan naik perlahan-lahan.

Maksud istidraj adalah Allah akan tarik seseorang itu sedikit demi sedikit ke lembah kebinasaan. Ini adalah kerana Allah telah buat keputusan untuk memasukkan dia ke dalam neraka kerana dia telah banyak kali menentang.

Maka Allah beri dia kesenangan semasa hidup di dunia. Semakin banyak kesenangan yang dia dapat, dia menjadi semakin teruk. Sengaja Allah nak kenakan begitu supaya dia semakin banyak dosa yang dilakukannya dan dia akan dikenakan dengan azab yang lebih teruk lagi di akhirat.

Jadi istidraj ini amat menakutkan. Kita tidak tahu sama ada kesenangan yang kita dapat sekarang adalah nikmat dari Allah atau ia dalam bentuk ‘istidraj’ hanya untuk melekakan kita dengan dunia. Amat-amat menakutkan sekali!

Allah kata, biarlah Dia akan uruskan orang yang engkar itu. Allah mulakan penghukuman kepada orang itu semasa di dunia lagi di mana dia telah dikenakan dengan istidraj. Dia dapat segala nikmat kehidupan di dunia sampaikan dia rasa dia orang kesayangan Allah, tapi rupanya itu adalah istidraj sahaja bagi dirinya.

Mereka tidak sedar sama sekali kerana mereka itu jahil, mereka sudah leka dan lalai. Mereka sangka mereka dapat banyak kebaikan tapi mereka tak sedar semua itu adalah ke arah kemusnahan dia.


 

Qalam Ayat 45:

وَأُملي لَهُم ۚ إِنَّ كَيدي مَتينٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And I will give them time. Indeed, My plan is firm.

(MELAYU)

dan Aku memberi tangguh kepada mereka. Sesungguhnya rencana-Ku amat teguh.

 

وَأُملي لَهُم

dan Aku memberi tangguh kepada mereka.

Allah beri tangguh kepada tapi bukan kerana Allah sayang kepada mereka tapi Allah beri harapan kosong sahaja kepada mereka. Maknanya Allah tangguh azab dunia dari dikenakan kepada mereka. Maka mungkin mereka umur panjang tapi itu bukanlah kebaikan untuk mereka. Ia untuk mereka kumpul dosa sahaja supaya nanti mereka dikenakan dengan azab yang lebih banyak.

Mereka rasa selamat sahaja kerana mereka tidak ada musibah yang kena pada mereka. Maka mereka rasa mereka tidak buat salah kerana tidak ada ‘peringatan’ dari Allah dalam bentuk azab. 

 

إِنَّ كَيدي مَتينٌ

Sesungguhnya rencana-Ku amat teguh.

Kalimah كَيد dari segi bahasa bermaksud rancangan rahsia untuk menjatuhkan seseorang. Ia selalunya mempunyai konotasi negatif. Tapi dalam maksud ayat ini, ia dilakukan oleh Allah terhadap mereka yang memang layak kena rancangan Allah itu kerana mereka memang orang yang tidak beriman. Maka ia tidak membawa maksud negatif.

Kalimah م ت ن bermaksud sesuatu yang dikuatkan. Maksudnya rancangan Allah takkan patah. Ia pasti akan berlaku kerana tidak ada sesiapa pun yang dapat mematahkan rancangan Allah itu. Apa yang Allah hendak pasti akan terjadi. 


 

Qalam Ayat 46:

أَم تَسأَلُهُم أَجرًا فَهُم مِّن مَّغرَمٍ مُّثقَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Or do you ask of them a payment, so they are by debt burdened down?

(MELAYU)

Apakah kamu meminta upah kepada mereka, lalu mereka diberati dengan hutang?

 

أَم تَسأَلُهُم أَجرًا

Apakah kamu meminta upah kepada mereka?

Allah tanya kepada Nabi Muhammad sebagai retorik sahaja: “Adakah kamu ada minta upah dari mereka?” Kalau penyair pada zaman itu, mereka akan berucap dan menyampaikan syair mereka di mana-mana kerana mereka mengharapkan upah. Mereka buat pertunjukan untuk mendapat bayaran dari orang yang melihat mereka.

Tapi Nabi bukan penyair. Maka adakah Nabi pernah minta upah kepada mereka dalam menyampaikan ajaran agama? 

 

فَهُم مِّن مَّغرَمٍ مُّثقَلونَ

lalu mereka diberati dengan hutang?

Kalau Nabi ada minta upah kepada mereka, adakah mereka telah berhutang banyak kepada baginda sampai mereka jadi berat sampai mereka tidak boleh bayar? Dan kerana tidak dapat bayar itu mereka melarikan diri dari baginda, tidak mahu rapat dengan baginda, tidak ikut cakap baginda? Adakah mereka marah kerana Nabi minta duit mereka? Adakah begitu? 

Tentu sekali tidak kerana dalam agama Islam ini, dakwah, pengajaran dan ibadah tidak ada upah. Nabi tidak pernah minta upah dari umat baginda dalam menyampaikan dakwah dan menyampaikan ajaran wahyu.

Kerana itu guru-guru sunnah tidak meminta upah dari pelajar-pelajar mereka. Guru tidak patut meletakkan yuran yang perlu dibayar oleh pelajar. Kerana belajar agama itu wajib. Kalau pelajar kena bayar yuran dan mereka tidak mampu, maka tentu mereka ada alasan tidak datang kelas dan jadi jahil. Maka Allah tidak benarkan mereka beri alasan itu.

Kerana itulah pengajian wahyu agama ini adalah percuma supaya manusia tidak ada alasan kenapa mereka tidak belajar. Kalau belajar pun percuma, baca kitab-kitab pun percuma, jadi apa lagi alasan mereka apabila mereka jahil?


 

Qalam Ayat 47: Allah perli mereka lagi.

أَم عِندَهُمُ الغَيبُ فَهُم يَكتُبونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Or have they [knowledge of] the unseen, so they write [it] down?

(MELAYU)

Ataukah ada pada mereka ilmu tentang yang ghaib lalu mereka menulis (padanya apa yang mereka tetapkan)?

 

Ayat ini ditujukan kepada Nabi Muhammad (bercakap tentang Musyrikin Mekah itu) sebagai perli kepada mereka. Maknanya ia ditujukan kepada mereka dan menegur fahaman salah mereka.

Adakah mereka tahu ilmu ghaib dan dapat tulis apa yang akan terjadi? Adakah mereka boleh lihat perkara ghaib dan mereka tahu bahawa Nabi Muhammad itu bukan Nabi dan berbohong sahaja? Mereka ada maklumat itu kah? 

Tentu tidak ada jadi kenapa mereka yakin sangat dengan fahaman sesat mereka itu? Kenapa mereka masih hendak menentang dan menolak baginda? 

Ayat ini juga menyentuh tentang ilmu ghaib. Tiada siapa yang tahu ilmu ghaib melainkan Allah taala sahaja. Maka kenapa ada di kalangan masyarakat kita yang percaya kepada guru yang mengajar ajaran sesat yang diambil dari mana kita pun tidak tahu. 


 

Qalam Ayat 48: Ayat tasliah. 

فَاصبِر لِحُكمِ رَبِّكَ وَلا تَكُن كَصاحِبِ الحوتِ إِذ نادىٰ وَهُوَ مَكظومٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then be patient for the decision of your Lord, [O Muḥammad], and be not like the companion of the fish [i.e., Jonah] when he called out while he was distressed.

(MELAYU)

Maka bersabarlah kamu (hai Muhammad) terhadap ketetapan Tuhanmu, dan janganlah kamu seperti orang yang berada dalam (perut) ikan ketika dia berdoa sedang dia dalam keadaan marah (kepada kaumnya).

 

فَاصبِر لِحُكمِ رَبِّكَ

Maka bersabarlah kamu (hai Muhammad) terhadap ketetapan Tuhanmu,

Sabarlah sampai datang keputusan dari Allah. Tunggu keputusan Allah apa yang Dia hendak tetapkan. 

Memang dalam berdakwah dan mengajar ajaran yang benar akan menerima tentangan. Allah beritahu ini biasa sahaja. Bersabarlah sahaja. Tunggulah sampai Allah buat keputusan untuk menunjukkan kemenanganmu dan kekalahan mereka.

 

وَلا تَكُن كَصاحِبِ الحوتِ

dan janganlah kamu seperti orang yang berada dalam (perut) ikan

Jangan hilang istiqamah macam Nabi Yunus a.s. Baginda digelar juga Dzun Nun kerana baginda telah ditelan oleh ikan paus. Selepas sebut Nabi Muhammad kena bersabar dan kemudian terus sebut Nabi Yunus, maka ada isyarat yang Nabi Yunus dulu tidak bersabar.

Kalimah الحوت bermaksud ikan dan Kalimah Nun bermaksud ikan paus dan ini menarik kerana ada kaitan dengan permulaan surah ini yang dimulai dengan huruf Nun. Maka kita boleh lihat kaitan awal surah ini disentuh di hujung surah pula.  

 

إِذ نادىٰ وَهُوَ مَكظومٌ

ketika dia berdoa sedang dia dalam keadaan marah (kepada kaumnya).

Nabi Yunus juga telah berdakwah lama dan akhirnya dia sudah tidak sabar lagi dengan kaumnya. Baginda buat keputusan untuk meninggalkan mereka sebelum Allah beri pelepasan.

Kisah baginda disebut dengan panjang lebar di dalam surah yang lain. Dipendekkan cerita, baginda telah ditelan ikan paus sebagai balasan kepada baginda. Waktu itu dia marah kaum dia. 

Semasa di dalam ikan paus itu baginda telah bertaubat dan menyeru kepada Allah minta ampun dan minta diselamatkan. Doa baginda disebut dalam Anbiya’:87-88.


 

Qalam Ayat 49:

لَّولا أَن تَدٰرَكَهُ نِعمَةٌ مِّن رَّبِّهِ لَنُبِذَ بِالعَراءِ وَهُوَ مَذمومٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

If not that a favor [i.e., mercy] from his Lord overtook him, he would have been thrown onto the naked shore while he was censured.¹

  • But instead, Allāh accepted his repentance and provided means for his recovery. See 37:139148.

(MELAYU)

Kalau sekiranya dia tidak segera mendapat nikmat dari Tuhannya, benar-benar dia dicampakkan ke tanah tandus dalam keadaan tercela.

 

لَّولا أَن تَدٰرَكَهُ نِعمَةٌ مِّن رَّبِّهِ

Kalau sekiranya dia tidak disusuli mendapat nikmat dari Tuhannya,

Allah telah menerima taubat baginda dan telah jaga baginda semasa berada di dalam ikan paus itu. Akhirnya baginda telah diselamatkan dari ikan itu. Itu adalah rahmat dari Allah. Kalaulah Allah tidak beri rahmat, tentu baginda akan mendapat celaka dan kehinaan.

 

لَنُبِذَ بِالعَراءِ وَهُوَ مَذمومٌ

benar-benar dia dicampakkan ke tanah tandus dalam keadaan tercela.

Kalau Allah tidak beri rahmat, tentu baginda telah ditinggalkan di tempat yang tiada makanan, tidak selamat dan susah hidup baginda. Tapi Allah telah mengeluarkan baginda di tempat yang selamat dan baginda dapat sembuh dari sakit kerana sekian lama duduk dalam perut ikan. Kisah ini disebut dalam Saffat:142-146


 

Qalam Ayat 50:

فَاجتَبٰهُ رَبُّهُ فَجَعَلَهُ مِنَ الصّٰلِحينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And his Lord chose him and made him of the righteous.

(MELAYU)

Lalu Tuhannya memilihnya dan menjadikannya termasuk orang-orang yang saleh.

 

فَاجتَبٰهُ رَبُّهُ

Lalu Tuhannya memilihnya

Allah sudah pilih baginda kerana baginda ada kelebihannya. Memang para Nabi dan Rasul diambil dari kalangan yang baik dan ada kelebihan. Pemilihan ini adalah hak Allah kerana Dia tahu siapa yang layak menjadi Nabi.

 

فَجَعَلَهُ مِنَ الصّٰلِحينَ

dan menjadikannya termasuk orang-orang yang saleh.

Baginda termasuk dalam kumpulan orang Soleh peringkat para Nabi. Ini bukan orang soleh yang biasa, tapi jenis para Nabi. Tentu tingkatan mereka lebih tinggi dari manusia biasa.


 

Qalam Ayat 51: Ayat 51 & 52 adalah Perenggan Makro Ketujuh dan terakhir surah ini. Ia memberitahu kita hakikat Al-Qur’an. Ia adalah sebagai peringatan untuk manusia.

وَإِن يَكادُ الَّذينَ كَفَروا لَيُزلِقونَكَ بِأَبصٰرِهِم لَمّا سَمِعُوا الذِّكرَ وَيَقولونَ إِنَّهُ لَمَجنونٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, those who disbelieve would almost make you slip with their eyes [i.e., looks] when they hear the message, and they say, “Indeed, he is mad.”

(MELAYU)

Dan sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, tatkala mereka mendengar Al-Qur’an dan mereka berkata: “Sesungguhnya dia (Muhammad) benar-benar orang yang gila”.

 

وَإِن يَكادُ الَّذينَ كَفَروا لَيُزلِقونَكَ بِأَبصٰرِهِم

Dan sesungguhnya orang-orang kafir itu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka,

Ini adalah pandangan mata tajam kepada orang lain. Kadangkala kita boleh lihat pandangan yang menakutkan dari orang lain kerana mereka memandang dengan penuh kebencian. 

Pandangan ini dipanggil ‘ain’ dan ia boleh memberi bahaya kepada orang yang kena tengok itu. Ia dipanggil ‘evil eye’ dalam bahasa Inggeris.

Allah menceritakan pandangan mata Musyrikin Mekah kepada Nabi Muhammad. Mereka hendak menakutkan baginda dengan pandangan mata mereka. Mereka hendak Nabi berubah dari berdakwah kepada mereka. Mereka hendak takutkan baginda dan supaya baginda berhenti. Boleh baca juga perbuatan mereka itu dalam Isra’:73-77

Lihatlah cara tengok orang pun Allah ajar dalam Al-Qur’an. Jangan tengok orang tak tentu pasal. Jangan pandang dengan kebencian kerana itu boleh menyebabkan celaka kepada orang yang dipandang itu. Dan ini juga menjadi tasliah kepada kita – kalau ada orang pandang benci kepada kita, ini biasa sahaja, kerana Nabi pun kena juga.

 

لَمّا سَمِعُوا الذِّكرَ

tatkala mereka mendengar Al-Qur’an

Musyrikin Mekah pandang Nabi Muhammad dengan penuh benci itu apabila baginda sampaikan ajaran wahyu Al-Qur’an kepada mereka. Begitulah akan ada sahaja manusia yang benci apabila kita sampaikan ajaran Al-Qur’an kepada mereka. Ini adalah kerana ajaran Al-Qur’an berlawanan dengan amalan syirik, sesat dan bidaah mereka. Ia tidak kena dengan kehendak hati kebanyakan orang.

 

وَيَقولونَ إِنَّهُ لَمَجنونٌ

dan mereka berkata: “Sesungguhnya dia (Muhammad) benar-benar orang yang gila”.

Kemudian mereka tuduh baginda gila. Tapi Allah awal-awal lagi dalam surah ini Allah telah tegaskan yang baginda tidak gila. Maka Allah memujuk baginda supaya jangan sedih dengan pandangan dan kata-kata mereka. Ia tidak akan memberi kesan kepada baginda kerana baginda dipelihara. Allah pujuk baginda dengan beritahu yang Allah tahu apa tuduhan yang dikenakan kepada baginda.


 

Qalam Ayat 52: Apakah hakikat Al-Qur’an itu?

وَما هُوَ إِلّا ذِكرٌ لِلعٰلَمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But it is not except a reminder to the worlds.

(MELAYU)

Dan Al-Qur’an itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat.

 

Allah suruh Nabi Muhammad terus sampaikan ajaran Al-Qur’an kepada manusia kerana ia adalah peringatan kepada seluruh manusia. Manusia memerlukan Al-Qur’an untuk selamat di dunia dan akhirat.

Di awal surah telah disebut tentang kelebihan Nabi Muhammad dan sekarang disebut kelebihan Al-Qur’an pula. Ini penting kerana pembawa wahyu dan Al-Qur’an yang dibawa itu amat penting. Maka jangan kita pandang lekeh Al-Qur’an ini. Kita kena selalu perhatikan. Kena selalu kaji dan tadabbur. Dan kena sampaikan kepada orang lain. Jangan baca sendiri sahaja, tapi kenalah juga diajak orang lain juga untuk mempelajarinya.

Allahu a’lam. Tamat tafsir Surah al-Qalam ini. Sambung ke surah seterusnya, Surah al-Haqqah.

Kemaskini: 7 September 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah al-A’raf Ayat 179 – 183 (Cara guna Asmaul Husna dalam doa)

Ayat 179: Ini adalah penerangan untuk Dakwa Kedua pula. Dakwa kedua: manusia kena ikut syariat kerana kalau tidak, dia bebas macam binatang sahaja. Kita pun tahu yang beza manusia dengan binatang adalah binatang tidak ada taklif (tanggungjawab untuk menegakkan syariat).

Maka kalau tidak mahu jadi macam binatang, maka manusia kena ikut syariat yang telah disebut dalam wahyu. Kalau manusia ikut syariat, mereka akan dapat tempat dalam syurga. Tetapi seperti yang kita tahu, ramai manusia yang tidak ikut peraturan syariat. Maka mereka itu seumpama binatang kerana ikut hawa nafsu.

وَلَقَد ذَرَأنا لِجَهَنَّمَ كَثيرًا مِنَ الجِنِّ وَالإِنسِ ۖ لَهُم قُلوبٌ لا يَفقَهونَ بِها وَلَهُم أَعيُنٌ لا يُبصِرونَ بِها وَلَهُم آذانٌ لا يَسمَعونَ بِها ۚ أُولٰئِكَ كَالأَنعامِ بَل هُم أَضَلُّ ۚ أُولٰئِكَ هُمُ الغافِلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We have certainly created for Hell many of the jinn and mankind. They have hearts with which they do not understand, they have eyes with which they do not see, and they have ears with which they do not hear. Those are like livestock; rather, they are more astray.¹ It is they who are the heedless.

  • The reference is to their inability (i.e., refusal) to think and reason, while blindly following (as they are accustomed).

MALAY

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

 

وَلَقَد ذَرَأنا لِجَهَنَّمَ كَثيرًا مِنَ الجِنِّ وَالإِنسِ

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia

Allah beritahu dalam ayat ini, ramai manusia dan jin yang masuk dalam neraka. Dalam hadis ada disebut bagaimana 999 dari seribu manusia akan masuk neraka. Maknanya, lebih ramai yang masuk neraka dari masuk syurga.

Maka, hendaklah kita berdoa kepada Allah semoga Allah lindungi kita dari neraka. Dan janganlah kita ikut-ikut amalan yang dilakukan manusia, hanya kerana ianya banyak dilakukan. Dan kerana majoriti manusia yang masuk neraka, maka kita janganlah terikut-ikut dengan perbuatan dan amalan manusia yang majoriti. Kerana majoriti yang masuk neraka, bukan masuk syurga.

Kenapakah mereka dimasukkan ke dalam neraka? Allah beritahu selanjutnya:

 

لَهُم قُلوبٌ لا يَفقَهونَ بِها

yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya

Kenapa mereka boleh masuk neraka? Kerana mereka ada hati tapi mereka tidak menggunakan hati itu untuk ikut kebenaran dari wahyu. Hati mereka tidak ingin memahami kebenaran. Mereka tidak guna kelebihan yang Allah telah berikan kepada mereka iaitu fitrah yang sudah kenal Allah dari alam roh lagi.

Mereka tidak gunakan hati sedangkan untuk benda lain, mereka pakai hati itu. Tapi untuk cari kebenaran mereka tidak pakai pula. Kalau tidak buka hati untuk menerima kebenaran, maka macam mana kebenaran nak masuk? Untuk kebenaran masuk ke dalam hati kita, kita kena buka hati kita dahulu.

Begitulah ramai dari kalangan masyarakat kita yang Muslim pun yang tidak gunakan hati untuk menerima ajaran yang ada dalam Qur’an, sedangkan Qur’an sahajalah sumber kebenaran yang ada zaman sekarang. Mereka tidak belajar ayat-ayat Qur’an dan tanya hati mereka: adakah ini kebenaran yang aku patut ikut?

 

وَلَهُم أَعيُنٌ لا يُبصِرونَ بِها

dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya

Mereka ada mata, tapi mereka tidak gunakan mata itu untuk melihat kebenaran. Mereka hanya melihat dengan mata zahir mereka sahaja, tidak melihat dengan mata hati. Sedangkan manusia ada mata zahir dan ada mata hati.

Mata zahir digunakan untuk mengetahui ilmu dunia, tapi ilmu wahyu memerlukan kita menggunakan mata hati untuk memahaminya. Tapi mereka yang terkandas masuk ke dalam neraka itu kerana mereka gunakan satu mata sahaja – mata zahir.

Mereka itu senang ditipu oleh Dajjal kerana Dajjal itu memang mempunyai satu mata sahaja. Oleh itu, jangan kita melihat dengan mata zahir sahaja, tapi hendaklah kita memikirkan kebenaran yang ada di sebaliknya. Ini seperti yang Allah telah firmankan dalam ayat yang lain:

فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الأبْصَارُ وَلَكِنْ تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ}

Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada. (Al-Hajj: 46)

Ketepatan bahasa yang digunakan dalam Al-Qur’an: kalimah عين asalnya bermaksud ‘mata’ dan ia juga digunakan untuk mata air (sesuatu yang indah dipandang mata).

Jamak bagi عين adalah أعيُن dan عُيُون dan digunakan di dalam Bahasa Arab untuk jamak bagi mata dan juga mata air. Ia boleh bertukar-tukar penggunaannya. Akan tetapi Al-Qur’an sentiasa menggunakan penggunaan yang tepat. Kalimah أعيُن sentiasa digunakan bagi mata dan kalimah عُيُون sentiasa digunakan bagi mata air.

 

وَلَهُم آذانٌ لا يَسمَعونَ بِها

dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya

Mereka ada telinga tapi mereka tidak menggunakan kelebihan telinga itu untuk mendengar wahyu Allah. Mereka tak mahu luangkan masa pun untuk belajar pun. Kalau mereka diajak untuk belajar tafsir Qur’an, mereka tidak mahu dengar. Mereka rasa selesa dengan apa sahaja ilmu yang mereka ada. Padahal, mereka tidak ada ilmu wahyu pun, tapi mereka rasa mereka telah selamat.

Mereka perasan yang mereka sudah boleh jadi ahli syurga. Padahal tidak akan masuk syurga melainkan mereka yang telah belajar memahami ayat-ayat Qur’an dengan belajar tafsir Qur’an. Ini kerana kalau tidak tahu tafsir Qur’an, syaitan akan mudah hendak tipu sampai manusia itu masuk neraka. Maka, hendaklah kita meluangkan masa kita untuk belajar tafsir kerana dengan mengetahui tafsir wahyu Allah ini (dan mengamalkannya), baru akan selamat kita dunia dan akhirat.

Tapi orang yang masuk neraka itu tidak menggunakan kelebihan-kelebihan yang Allah telah berikan. Dengan kata lain, mereka tidak memanfaatkan pun indera-indera yang telah dijadikan oleh Allah sebagai jalan untuk mendapat hidayah, seperti pengertian yang terkandung di dalam ayat lain:

وَجَعَلْنَا لَهُمْ سَمْعًا وَأَبْصَارًا وَأَفْئِدَةً فَمَا أَغْنَى عَنْهُمْ سَمْعُهُمْ وَلا أَبْصَارُهُمْ وَلا أَفْئِدَتُهُمْ مِنْ شَيْءٍ إِذْ كَانُوا يَجْحَدُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ

dan Kami telah memberikan kepada mereka pendengaran, penglihatan, dan hati; tetapi pendengaran, penglihatan, dan hati mereka itu tidak berguna sedikit jua pun bagi mereka, karena  selalu mengingkari ayat-ayat Allah (Ahqaf: 26) hingga akhir hayat

 

أُولٰئِكَ كَالأَنعامِ بَل هُم أَضَلُّ

mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi;

Allah kata mereka itu serupa macam binatang ternak sahaja kerana tidak ikut peraturan. Allah gunakan perumpamaan ‘binatang ternak’ seperti lembu kerana binatang ternak adalah binatang yang jenis lemah, lembik sahaja. Mereka bergerak perlahan kalau dibandingkan dengan binatang lain. Mereka jenis tidak kisah dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Kalau nak kena sembelih pun, mereka relaks sahaja.

Begitulah manusia yang tidak ada ilmu wahyu, mereka tidak sedar tentang penipuan yang dilakukan oleh syaitan. Mereka tidak nampak bahaya mengikut syaitan itu. Mereka tidak sedar yang mereka sedang menuju ke neraka. Mereka lembik macam zombi, buang masa dengan kehidupan mereka – leka dengan dunia, buang masa dengan main games, dengar lagu dan tengok TV sahaja.

Allah tambah lagi dengan mengatakan mereka itu bahkan lebih sesat dari binatang. Ini adalah kerana binatang itu memang akalnya tak cukup, maka kita faham kalau sifat mereka begitu. Sedangkan manusia semua sudah diberi dengan segala pancaindera dan kelebihan yang tidak ada pada binatang. Tapi mereka sia-siakan. Binatang tidak ada semua itu maka binatang tidaklah boleh dipersalahkan, kerana sifat mereka memang macam itu. Tapi manusia? Maka kerana itulah mereka dikira lebih teruk dari binatang.

Juga bermaksud mereka itu lebih sesat daripada haiwan ternak, kerana haiwan ternak adakalanya memenuhi seruan penggembala ketika penggembala memanggilnya, sekalipun ia tidak mengerti apa yang diucapkan penggembala itu. Lain halnya dengan manusia yang langsung tidak dengar apa-apa arahan.

Haiwan ternak melakukan perbuatan sesuai dengan apa yang diciptakan untuknya, adakalanya berdasarkan tabiatnya, adakalanya pula kerana ditundukkan. Lain halnya dengan orang yang engkar, kerana sesungguhnya dia diciptakan hanya semata-mata untuk menyembah Allah dan mengesakan-Nya, tetapi ternyata dia engkar dan mempersekutukan-Nya. Maka mereka lebih teruk kerana tidak menjalankan tugas mereka.

Oleh kerana itu, disebutkan bahawa barang siapa yang taat kepada Allah, maka dia lebih mulia daripada malaikat ketika di hari dia kembali ke alam akhirat. Dan barang siapa yang kafir kepada Allah, maka haiwan ternak lebih sempurna daripadanya.

 

أُولٰئِكَ هُمُ الغافِلونَ

mereka itulah orang-orang yang lalai.

Allah kata mereka itu lalai leka dari mencari kebenaran. Mereka rasa senang sahaja, tidak takut dengan apa yang akan terjadi kepada mereka selepas mereka mati nanti. Mereka leka dengan keindahan dunia, macam mereka rasa akan hidup selama-lamanya.

Lalai leka adalah tema surah ini. Kerana itu banyak diperkatakan tentang perkara ini. Allah ingatkan berkali-kali jangan lalai dengan dunia kerana ianya amat penting. Allah ingatkan selalu kerana inilah masalah benar yang dialami oleh manusia. Inilah juga punca utama kenapa manusia jadi sesat.


 

Ayat 180: Ini adalah penerangan kepada Dakwa Ketiga: hanya seru hanya Allah sahaja. Jangan seru selain Allah.

Kita kena ingat bahawa doa itu adalah ibadah yang paling besar. Ianya adalah ‘otak’ kepada ibadah kerana dalam setiap ibadah, ada doa. Tapi ramai yang tidak faham perkara ini dan kita boleh lihat bagaimana ramai yang sesat kerana rasa boleh selesai masalah mereka dengan seru selain Allah.

Ramai dari kalangan manusia yang seru Nabi, wali dan malaikat dalam doa mereka. Allah nak beritahu dalam ayat ini yang Dia sahaja punya segala kesempurnaan, jadi kita hanya boleh seru Dia sahaja. Selain Allah, tidak ada kesempurnaan, maka sia-sia sahaja kalau seru selain Allah.

وَلِلَّهِ الأَسماءُ الحُسنىٰ فَادعوهُ بِها ۖ وَذَرُوا الَّذينَ يُلحِدونَ في أَسمائِهِ ۚ سَيُجزَونَ ما كانوا يَعمَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And to Allāh belong the best names, so invoke Him by them. And leave [the company of] those who practice deviation concerning His names.¹ They will be recompensed for what they have been doing.

  • i.e., use them improperly or deny them.

MALAY

Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.

 

وَلِلَّهِ الأَسماءُ الحُسنىٰ

Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik

Asmaul Husna maksudnya ‘nama-nama yang ada sifat’. Semua benda ada nama, tapi ada dua jenis nama yang disebut dalam Qur’an. Ada nama yang direka oleh manusia tapi tidak ada sifat langsung. Itulah nama-nama yang diberi kepada ilah-ilah dan sembahan selain dari Allah. Nama-nama itu direka oleh manusia dan kemudian mereka seru ikut nafsu mereka sahaja. Amat malang sekali kerana mereka yang reka dan kemudian mereka seru.

Dan ada pula nama-nama bagi Allah yang ada sifat kesempurnaan. Dari Abu Hurairah r.a., disebutkan bahawa Rasulullah Saw. pernah bersabda:

“إِنَّ لِلَّهِ تِسْعًا وَتِسْعِينَ اسْمًا مِائَةٌ إِلَّا وَاحِدًا، مَنْ أَحْصَاهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ، وَهُوَ وِتْرٌ يُحِبُّ الْوِتْرَ”.

Sesungguhnya Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama, iaitu, seratus kurang satu. Barangsiapa yang dapat menghafalnya, masuk syurga. Dia Maha Esa dan mencintai yang esa.

Imam Bukhari dan Imam Muslim mengetengahkannya di dalam kitab Sahih-nya. masing-masing melalui hadis Sufyan ibnu Uyaynah, dari Abuz Zanad dari Al-A’raj dengan lafaz yang sama.

Tetapi, perlulah diingatkan bahawa senarai 99 asma’ Allah yang masyhur di negara kita ini, tidaklah sahih. Ianya masih memerlukan pengkajian lagi, manakah nama Allah yang 99 itu.

 

فَادعوهُ بِها

maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu,

Allah sahaja yang memiliki nama yang ‘husna’ yang mempunyai sifat boleh menyempurnakan hajat. Tidak ada selain Allah yang boleh menyempurnakan hajat dan permintaan kita.

Surah ini banyak menyebut tentang lalai (ghaflah). Jadi, dalam ayat ini diberi jalan penyelesaian kepada masalah ghaflah itu. Gunakan nama-nama Allah itu dalam doa kita. Fahamilah nama-nama Sifat Allah itu dan serulah Allah dengan menggunakan nama-nama itu. Allah telah menyebut nama-namaNya yang mulia dalam Qur’an dan dalam hadis Nabi yang sahih.

Belajarlah bagaimana cara doa Nabi yang menggunakan nama-nama itu. Kalau kita belajar hadis, kita boleh lihat bagaimana sebelum Nabi meminta doa, Nabi akan mulakan dengan menyebut nama-nama Allah. Antara nama yang banyak kali diulang-ulang dalam Quran adalah namaNya berkenaan ilmu dan qudrat. Hanya Allah sahaja yang mempunyai ilmu yang sempurna dan qudrat yang sempurna.

Maksudnya, hanya Allah sahaja yang tahu segala masalah kita dan hanya Dia sahaja yang ada qudrat untuk menyelesaikan masalah kita. Jadi minta kepada Dia sahaja. Kerana selain Allah, mereka tidak tahu apa masalah kita, dan tidak ada kuasa untuk memakbulkan permintaan kita. Jadi kalau minta kepada selain Allah, sia-sia sahaja.

 

وَذَرُوا الَّذينَ يُلحِدونَ في أَسمائِهِ

dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya.

Ini adalah ayat nafi: tinggalkan dan abaikan orang yang menyimpang dengan nama-nama Allah. Ini adalah tentang mereka yang menyebut nama-nama sembahan selain Allah dalam ibadat mereka. Ramai yang sebut nama selain Allah untuk selesaikan masalah mereka dalam doa mereka. Kita kena tinggalkan mereka setelah tahu yang mereka itu melakukan perkara yang salah.

Maknanya, jangan ada hubungan rapat dengan mereka. Juga tinggalkan mereka yang menghina nama Allah.

Tinggalkan mereka yang menyalahgunakan nama Allah. Ada yang menyebut-nyebut nama Allah dengan bilangan tertentu, cara tertentu yang tidak diajar oleh Nabi. Mereka menggunakan nama Allah dalam bentuk zikir yang pelik-pelik. Contohnya, zikir nama ya Allah 61 kali, ar-Rahman sekian banyak, al-aziz sekian banyak. Sedangkan Nabi tidak pernah ajar perkara ini. Boleh rujuk sini.

 

سَيُجزَونَ ما كانوا يَعمَلونَ

Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.

Mereka akan dibalas dengan apa yang mereka lakukan. Kalau salah, maka mereka akan menerima akibatnya di akhirat kelak. Jadi, semasa hendak beramal itu, hendaklah periksa balik adakah amalan itu amalan yang bagus untuk diamalkan. Jangan pakai ikut sahaja amalan manusia.

Kena pandai tanya sama ada zikir atau amalan itu dari amalan Nabi. Kerana sia-sia kalau buat amalan yang salah, kerana akan kena azab pula nanti. Sudahlah sibuk dengan amalan itu di dunia, tapi kena azab pula. Mereka sangka dapat pahala, tapi rupanya dapat dosa!


 

Ayat 181:

وَمِمَّن خَلَقنا أُمَّةٌ يَهدونَ بِالحَقِّ وَبِهِ يَعدِلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And among those We created is a community¹ which guides by truth and thereby establishes justice.

  • The followers of Prophet Muḥammad ().

MALAY

Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan itu, ada satu umat yang memberi petunjuk dengan kebenaran, dan dengannya mereka menjalankan keadilan.

 

وَمِمَّن خَلَقنا أُمَّةٌ يَهدونَ بِالحَقِّ

Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan itu, ada satu umat yang memberi petunjuk dengan kebenaran,

Alhamdulillah, ada umat yang memahami dan memimpin orang lain kepada kebenaran. Mereka memberi petunjuk dengan menggunakan wahyu Allah. Merekalah orang-orang yang belajar wahyu Allah dan sampaikan kepada orang lain. Oleh itu, kita yang belajar wahyu ini kena mengajar manusia tentang wahyu, kerana kalau tak ajar, belum tentu kita selamat lagi. Ini adalah kerana Allah hanya beri jaminan iman kita kekal, kalau kita sampaikan kepada orang lain.

Jangan kita simpan ilmu yang kita belajar ini untuk diri kita sendiri sahaja, tapi kena sampaikan kepada orang lain. Jangan kita buat alasan dengan mengatakan tidak boleh mengajar dan berdakwah kepada manusia untuk memahami wahyu Allah. Kalau kita boleh bercakap, kiranya kita sudah boleh sampaikan kepada manusia kerana modal kita adalah bercakap sahaja.

Dan Allah sudah beri kelebihan bercakap itu kepada kita. Kalau perkara lain kita boleh cakap, takkan tentang agama Allah ini kita tidak boleh beritahu dan bercakap dengan orang lain? Kalau sembang tentang politik, tentang tempat makan, tentang tempat pelancongan boleh, takkan tentang Allah dan wahyuNya kita tak boleh nak cakap dan sampaikan?

Dan kalau memang tak boleh juga, masih rasa tak mampu juga, maka kena ajak mereka datang mengaji sekali dengan kita di tempat kita belajar. Itulah yang paling kurang yang kita boleh lakukan. Maknanya, kita masih menunjuk kepada ajaran yang baik. Mereka yang boleh melakukan perkara inilah yang boleh menjadi umat yang selamat.

 

وَبِهِ يَعدِلونَ

dan dengannya mereka menjalankan keadilan.

Dan dengan kebenaran wahyu itulah juga mereka buat keputusan dalam kehidupan mereka sendiri. Maknanya ereka berhukum dengan menggunakan wahyu dari Allah. Dalam segenap kehidupan mereka – sama ada secara peribadi atau dalam masyarakat, mereka akan rujuk kepada wahyu Allah (sama ada Qur’an atau hadis).

Mereka baca dan belajar apakah hukum Allah dalam setiap perkara, maka mereka amalkan. Kalau kita sebagai individu yang tidak ada kuasa pemerintahan, maka gunakan hukum untuk diri kita sahaja. Jangan pula kita memandai nak amalkan ayat yang ditujukan kepada pemerintah pula. Sebagai contoh, kalau kita tangkap orang mencuri, jangan kita potong pula tangan orang itu! Serahkan sahaja kepada pemerintah kerana itu adalah tanggungjawab mereka.

Semoga kita termasuk dalam golongan yang disebut ini. Seperti yang disebut di dalam kitab Sahihain disebutkan dari Mu’awiyah ibnu Abu Sufyan yang telah menceritakan bahawa Rasulullah Saw. pernah bersabda:

“لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقِّ، لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ، وَلَا مَنْ خَالَفَهُمْ، حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ -وَفِي رِوَايَةٍ -: حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ عَلَى ذَلِكَ -وَفِي رِوَايَةٍ -: وَهُمْ بِالشَّامِ”

Senantiasa masih ada segolongan dari kalangan umatku yang membela kebenaran, tidak membahayakan mereka adanya orang-orang yang menghina mereka, tidak pula orang-orang yang menentang mereka hingga hari kiamat terjadi. 

Menurut riwayat lain disebutkan dengan lafaz berikut: hingga datang perintah Allah (hari kiamat), sedangkan mereka tetap dalam keadaan demikian (membela kebenaran), sedangkan menurut riwayat lainnya lagi disebutkan: sedangkan mereka berada di negeri Syam.

Habis Ruku’ 22 dari 24 ruku’ dalam surah ini.


 

Ayat 182: Takhwif Duniawi. Sekarang Allah kembali memperkatakan tentang ‘istidraj’. Dalam surah ini pun sudah pernah disebut tentang istidraj ini.

وَالَّذينَ كَذَّبوا بِآياتِنا سَنَستَدرِجُهُم مِن حَيثُ لا يَعلَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But those who deny Our signs – We will progressively lead them [to destruction]¹ from where they do not know.

  • Allāh will test them with one favor after another in spite of their disobedience, which only increases them in arrogance and sin.

MALAY

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya.

 

وَالَّذينَ كَذَّبوا بِآياتِنا

Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami,

Ini adalah mereka yang mendustakan dan tidak menerima wahyu Allah dan juga mereka yang menghalang manusia dari kebenaran. Allah tahu siapa yang buat begitu. Antaranya, mereka yang sibuk dengan kehidupan mereka sampai lupakan akhirat. Mereka sibuk dengan perkara yang tidak patut mereka sibuk sangat.

Mereka sibuk sampai melalaikan mereka dari membuat persediaan kepada akhirat. Mereka sibuk bersiap dan memantapkan kehidupan keduniaan mereka kerana mereka sangka kehidupan mereka yang boleh menyelesaikan masalah mereka, sedangkan Allah lah yang boleh menyelesaikan masalah mereka.

Sebagai contoh, ada mereka yang kata, kalau tak sibuk bekerja, macam mana nak hidup? Oleh kerana mereka berfahaman begitu, maka tumpuan mereka lebih kepada dunia sahaja sampai kurang mendekati Allah. Sedangkan Allah yang memberi kehidupan kepada mereka. Dan kalau mereka ada masalah, Allah boleh selesaikan masalah mereka.

Mereka sendiri tidak belajar agama dan mereka pun nampak orang yang tidak belajar agama pun tidak ada masalah, malah senang sahaja hidup mereka malah lebih lagi dari orang agama. Orang yang tidak belajar agama, tidak tahu menahu tentang agama, nampaknya mereka yang selalu lebih senang kehidupan keduniaan mereka dari mereka yang belajar, bukan?

Maka mereka yang jahil tidak nampak keperluan kepada agama kerana yang mereka mahukan adalah kesenangan dunia sahaja. Malangnya, inilah yang banyak berlaku dalam masyarakat. mereka tidak dekati pembelajaran tafsir Qur’an dan kerana itu tidak tahu yang akidah mereka telah salah. Sedangkan kalau nak perbetulkan akidah kena belajar dan faham tafsir Qur’an.

Kalau tidak dibuka hati kepada agama dan wahyu, mereka akan buat keputusan yang kalau sudah ada kehidupan yang senang di dunia, sudah memadai. Oleh itu, maksud ‘mendustakan’ juga bermaksud tidak terima ayat wahyu dengan tidak kisah untuk belajar. Mereka dari mula lagi tidak terima kepentingan belajar wahyu Allah.

Oleh itu, dari mula lagi mereka tidak mahu belajar. Mereka tidak ada keinginan untuk tahu pun kerana mereka rasa kehidupan mereka sudah cukup. Oleh itu, kita boleh lihat entah berapa ramai manusia yang tidak tahu tentang tafsir Qur’an. Oleh kerana itu, mereka jahil tentang agama macam golongan Nasara. Mereka bukannya tolak, tapi buat tak endah. Kerana kalau tolak wahyu, itu lagi teruk.

Ingatlah, kalau kita pegang amalan yang salah, maknanya kita sudah tolak amalan yang benar. Malangnya, ramai yang dustakan amalan yang benar, tanpa kita ketahui.

 

سَنَستَدرِجُهُم مِن حَيثُ لا يَعلَمونَ

Kami akan menarik menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak mengetahuinya.

Mereka yang menolak wahyu dari Allah itu, akan ditarik oleh Allah ke neraka dengan cara yang mereka tidak tahu. Sedar-sedar mereka sudah mati dan sudah masuk ke alam akhirat. Inilah mereka yang dapat kenikmatan dunia untuk azab di akhirat – ini dinamakan ‘istidraj’.

Masjid istidraj adalah mereka ditarik ke arah kesesatan dengan tanpa sedar. Kehidupan mereka amat senang sampaikan mereka jadi lalai dan tidak memikirkan tentang akhirat. Mereka telah dilimpahkan dengan segala nikmat sampai mereka lupa akhirat.

Tapi bukanlah salah kalau dapat nikmat dunia itu, asalkan akidah kita dan amalan kita benar. Maka jangan kita kata semua orang kaya itu sudah kena istidraj pula. Tapi kalau Allah mengenakan istidraj kepada seseorang, dia langsung tidak sedar bahawa dia sedang ditarik ke arah kesesatan.

Perkataan istidraj disebut beberapa kali dalam Qur’an. Ia diambil dari katadasar د ر ج yang bermaksud ‘tahap’ sedikit demi sedikit. Mereka yang dikenakan dengan istidraj itu akan bertambah dosa mereka dari masa ke semasa. Allah tambahkan kesenangan hidup mereka di dunia walaupun mereka buat dosa. Ini adalah supaya dosa mereka bertambah banyak dan Allah akan azab mereka dengan lebih teruk lagi.

Kehidupan mereka senang dan mereka rasa cukup sahaja kehidupan mereka. Oleh itu mereka tidak rasa mereka ada buat salah. Kesenangan yang mereka dapat itu sebenarnya adalah ‘istidraj’. Dalam ayat yang lain Allah berfirman:

{فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ * فَقُطِعَ دَابِرُ الْقَوْمِ الَّذِينَ ظَلَمُوا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ}

Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka. Kami pun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami seksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa. Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. (Al-An’am: 44-45)


 

Ayat 183:

وَأُملي لَهُم ۚ إِنَّ كَيدي مَتينٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And I will give them time. Indeed, My plan is firm.

MALAY

Dan Aku memberi tempoh kepada mereka; sesungguhnya rancangan balasanKu amatlah teguh.

 

وَأُملي لَهُم

Dan Aku memberi tempoh kepada mereka;

Allah akan beri tempoh kepada mereka dengan diberikan segala kesenangan selama mereka hidup di atas dunia ini. Mereka diberi tempoh sampaikan mereka tertipu. Ianya seumpama seekor anjing yang dilonggarkan tali yang mengikat lehernya, sampai dia rasa dia sudah lepas, tapi tidak sebenarnya.

Jadi jangan pandang tinggi kepada orang yang nampak hidupnya senang tapi tidak menjaga agamanya, kerana mungkin mereka itu adalah orang yang ditarik oleh Allah ke arah istidraj.

 

إِنَّ كَيدي مَتينٌ

sesungguhnya rancangan balasanKu amatlah teguh.

Sesungguhnya perangkap yang Allah kenakan sangat kukuh. Kalau sudah termasuk dalam perangkap, tak boleh keluar lagi. Oleh itu, berhati-hatilah supaya jangan kita terperangkap dengan istidraj sampai lupa untuk buat persiapan akhirat. Jangan kita rasa hidup kita senang, kita sangka kita sudah selamat. Kena luangkan masa untuk persediaan akhirat.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 9 Februari 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah Jin Ayat 14 – 22 (Istidraj)

Ayat 14:

وَأَنّا مِنَّا المُسلِمونَ وَمِنَّا القٰسِطونَ ۖ فَمَن أَسلَمَ فَأُولٰئِكَ تَحَرَّوا رَشَدًا

Sahih International

And among us are Muslims [in submission to Allah ], and among us are the unjust. And whoever has become Muslim – those have sought out the right course.

Malay

`Dan bahawa sesungguhnya ada di antara kita golongan yang beragama Islam, dan ada pula golongan yang menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar,

 

وَأَنَّا مِنَّا الْمُسْلِمُونَ

`Dan bahawa sesungguhnya ada di antara kita golongan yang beragama Islam,

‘Muslimin’ bermaksud mereka menyerahkan dirinya kepada Allah, mengikut perintah Allah. Tidak semestinya mereka itu beriman dengan Nabi Muhammad lagi kerana sebelum itu Nabi Muhammad pun mereka tidak kenal. Maknanya, agama-agama wahyu sebelum itu iaitu agama Yahudi dan Nasrani kerana mereka juga asalnya adalah agama Islam sehinggalah ajaran itu telah diubah.

Atau, ia bermaksud selepas dakwah mereka tentang Al-Qur’an dan Nabi Muhammad, ada yang menerimanya dan ada yang tidak.

 

وَمِنَّا الْقَٰسِطُونَ

dan ada pula dari kalangan kami yang menyimpang

Mereka telah menyimpang dari jalan yang benar dan telah melampau terhadap kebenaran. Mereka adalah golongan yang melampaui batasan hak dan menyimpang darinya, yakni durhaka. Lafaz al-qasit berbeza dengan lafaz al-muqsit, kerana al-muqsit ertinya adil. Mereka telah berlaku zalim kepada diri mereka kerana tidak serahkan diri kepada Allah.

 

فَمَنْ أَسْلَمَ فَأُولَٰئِكَ تَحَرَّوْا رَشَدًا

maka sesiapa yang menurut Islam, maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari jalan yang benar,

Kalimah تَحَرَّوْا dari katadasar ح ر ي yang bermaksud matlamat, mencari, pilih, mencadangkan. Dalam ayat ini ia bermaksud mencari pilihan yang paling baik di dalam bermacam-macam pilihan, dan kemudian menggunakan pilihan itu. Golongan yang pertama adalah mereka yang telah memilih Islam dan mengamalkan ajaran Islam.

Kalau kita memilih makanan, tentu kita akan ambil yang terbaik, bukan? Ada yang sampai tengok apakah kandungan dalam makanan itu. Itulah yang dinamakan تَحَرَّوْا . Jadi kenapa dalam hal agama, kebanyakan manusia tidak buat macam itu? Kenapa pakai ambil sahaja tanpa melihat sama ada sesuatu amalan atau fahaman itu ada dalil atau tidak?

Mereka yang mahukan hidayah dan berusaha mencari, Allah akan berikan kebenaran kepadanya. Oleh itu, kita kena simpan dalam hati kita keinginan untuk mendapatkan hidayah. Ini dinamakan sifat inabah. Kita kena selalu berdoa kepada Allah untuk memberikan hidayah kepada kita. Kalau kita ada niat begitu, Allah akan pimpin kita kena kebenaran.


 

Ayat 15: Apakah kesan kepada mereka yang memilih jalan yang menyimpang dari kebenaran?

وَأَمَّا القٰسِطونَ فَكانوا لِجَهَنَّمَ حَطَبًا

Sahih International

But as for the unjust, they will be, for Hell, firewood.’

Malay

`Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam. ‘

 

Neraka dinyalakan dengan menggunakan mereka sebagai bahan bakar – sama ada mereka dari golongan jin atau manusia. Maknanya mereka bukan sahaja terbakar tapi mereka akan ‘membakar’ juga. Mereka juga akan mengeluarkan haba. Kerana itulah apabila masuk sahaja penghuni neraka yang baru, neraka dan ahli neraka yang sudah ada di dalamnya akan marah kerana kemasukan pendatang baru itu akan menyebabkan neraka jadi lagi panas.

Ayat ini adalah untuk menakutkan mereka. Jangan mereka sangka yang mereka akan selamat di akhirat kelak. Malah, mereka akan jadi bahan api neraka! Kepanasan neraka itu akan bertambah dengan adanya mereka.

Mungkin ada yang bertanya soalan kurang cerdik: “kalau jin itu dijadikan dari api, kenapa mereka sakit kalau terkena api?” Kalau begitu, manusia pun patutnya tidak sakit kalau kena tampar dengan tangan dan juga dibaling dengan bikar tanah liat kerana tangan dan bikar itu dijadikan dari tanah.


 

Ayat 16: Telah habis kata-kata jin itu dan sekarang Allah yang berfirman. Ayat 16 – 19 adalah Perenggan Makro Kedua dan ia mengandungi ancaman kepada Musyrikin Mekah.

وَأَلَّوِ استَقٰموا عَلَى الطَّريقَةِ لَأَسقَينٰهُم مّاءً غَدَقًا

Sahih International

And [ Allah revealed] that if they had remained straight on the way, We would have given them abundant provision

Malay

(Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi): “Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat kepada mereka.

 

وَأَلَّوِ اسْتَقٰمُوا عَلَى الطَّرِيقَةِ

“Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka itu istiqamah di atas satu jalan,

Perkataan yang digunakan adalah الطَّرِيقَةِ – jalan. Ini bukan bermaksud ‘tarekat’ golongan Sufi. Ini kita kena cakap, sebab golongan Sufi Tarekat ni, mereka memang suka pusing-pusing ayat Al-Qur’an. Mereka tidak belajar tafsir Al-Qur’an dan hanya ambil mana-mana ayat yang macam kena dengan jalan mereka, dan mereka tafsirkan ayat itu dengan cara yang salah. Takut mereka kata tareqat itu ajaran yang benar kerana memang dalam Al-Qur’an. Memang ada dalam Al-Qur’an, tapi bukanlah bermaksud ajaran mereka itu.

Kalimah الطَّرِيقَةِ dalam ayat ini boleh bermaksud ‘jalan yang dibawa oleh Nabi’. Ada kebaikan yang diberikan kepada mereka kalau mereka tetap berada di atas jalan yang benar itu. Maka mereka kenalah ikut.

 

لَأَسْقَيْنٰهُم مَّاءً غَدَقًا

sudah tentu Kami akan memberikan mereka minum air yang banyak.

Kalau mereka ikut jalan yang benar, maka mereka akan diberikan dapat meminum air yang banyak. Kalimah غَدَقًا ertinya ‘banyak’, makna yang dimaksudkan ialah memberinya rezeki yang banyak lagi berlimpah.

Ini adalah isyarat kepada rahmat yang banyak dan kehidupan, kerana kehidupan memerlukan air. Kehidupan mereka boleh menjadi mudah. Ini seperti firman Allah dalam Maidah: 66

وَلَوْ أَنَّهُمْ أَقَامُوا التَّوْرَاةَ وَالْإِنجِيلَ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْهِم مِّن رَّبِّهِمْ لَأَكَلُوا مِن فَوْقِهِمْ وَمِن تَحْتِ أَرْجُلِهِم مِّنْهُمْ أُمَّةٌ مُّقْتَصِدَةٌ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ سَاءَ مَا يَعْمَلُونَ

Dan kalau mereka bersungguh-sungguh menegakkan (menjalankan perintah-perintah Allah dalam) Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada mereka dari Tuhan mereka (Al-Qur’an), nescaya mereka akan makan (yang mewah) dari atas mereka (langit) dan dari bawah kaki mereka (bumi). Di antara mereka ada sepuak yang adil, dan kebanyakan dari mereka, buruk keji amal perbuatannya.

 

Dan juga dalam A’raf: 96

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

Ini kita boleh lihat telah terjadi kepada para sahabat. Lihatlah bagaimana para sahabat mendapat nikmat dunia apabila mereka bersabar dan teguh dalam Islam. Mereka telah ramai yang menjadi kaya raya. Dan memang Islam suatu waktu dulu memang berada di ambang kejayaan dan kekayaan.

Abu Hurairah sebagai contoh, asalnya seorang yang hidup teramat susah, tetapi dia telah menjadi kaya dan telah berkahwin dengan seorang wanita yang kaya. Sampaikan beliau telah menjadi gabenor. Ini adalah kerana, semasa beliau hidup dengan Nabi, beliau telah berkorban masa dan tenaga untuk belajar agama. Beliau telah menjadi terkenal dan mengajar agama pula kepada umat Islam. Beliau telah istiqamah atas agama, dan dengan itu, Allah telah beri balasan keduniaan yang baik kepada beliau.

‘Air’ itu juga adalah isyarat kepada ‘ilmu agama’. Mereka yang tetap atas jalan agama, akan diberikan pengetahuan agama yang bertambah-tambah. Oleh itu, kalau kita tidak jadi kaya dan senang di dunia, kita kena lihat bagaimana ilmu agama kita telah berlipat kali ganda dari dahulu. Mungkin Allah tidak beri dengan kekayaan harta, tapi Allah beri dengan kekayaan ilmu.


 

Ayat 17: Takhwif ukhrawi. Apakah tujuan nikmat itu? Dan apakah balasan kalau gagal dalam ujian?

لِّنَفتِنَهُم فيهِ ۚ وَمَن يُعرِض عَن ذِكرِ رَبِّهِ يَسلُكهُ عَذابًا صَعَدًا

Sahih International

So We might test them therein. And whoever turns away from the remembrance of his Lord He will put into arduous punishment.

Malay

“(Pemberian yang demikian) untuk Kami menguji mereka dalam menikmati apa yang Kami berikan itu (adakah mereka bersyukur dan tetap betul menurut Islam); dan (ingatlah), sesiapa yang berpaling dari mengingati Tuhannya, maka Tuhan akan memasukkannya ke dalam azab yang memuncak beratnya.

 

لِّنَفْتِنَهُمْ فِيهِ

“untuk Kami menguji mereka mengenainya

1. Tujuan diberikan rezeki itu adalah untuk menguji mereka dan kemudian beri bala kepada mereka. Mereka diuji dengan harta untuk lihat sama ada mereka terus dalam Islam atau tidak. Ada yang terpedaya dengan kekayaan dan nikmat yang telah diberikan kepada mereka sampai mereka boleh jadi menyimpang dari ajaran Islam. Maknanya, mereka gagal dengan ujian itu.

Sedangkan orang mukmin tidak kisah sama ada Allah beri nikmat atau tidak. Pada mereka, sama sahaja kalau Allah beri nikmat atau tidak. Mereka terima sahaja apa yang Allah beri kepada mereka. Mereka tahu yang ianya adalah ujian. Mereka tahu bahawa kehidupan yang susah itu adalah ujian, kehidupan yang senang juga adalah ujian.

Tidak salah untuk ada harta dan hidup dalam kesenangan. Jangan sampai ada yang buang harta mereka kerana kononnya mereka nak ‘zuhud’. Jangan kita salah faham dengan maksud zuhud. Zuhud bukannya tidak ada harta tapi tidak meletakkan hatinya pada harta itu. Kalau hartanya hilang, dia tidak kisah pun. Kerana dia sedar yang itu hanya barang dunia sahaja. Dia letakkan harta itu di tangan, bukan di hati.

Sebagai contoh, walaupun Saidina Umar telah menjadi seorang Khalifah, tapi beliau masih kuat melakukan ibadat dan beliau masih lagi melakukan tugas-tugas yang kita rasa sepatutnya diserahkan kepada hamba sahaja. Sebagai contoh, beliau masih lagi menguruskan untanya sendiri walaupun sudah menjadi Khalifah.

Oleh itu, jangan kita tertipu dengan dunia. Ingatlah bahawa dunia ini adalah ujian kepada kita. Banyak yang keliru, sebab ada yang sangka, kalau mereka beribadah banyak, akan lebih banyak rezeki mereka. Kalau mereka tengok orang yang susah, mereka ada yang kata: “Itulah kamu, tinggal solat dan ibadat, tengok Allah dah tak beri rezeki kepada kau.”

Itu adalah pandangan yang salah. Kita buat ibadat bukan kerana kita nak dapat rezeki. Jangan pula kita buat amal ibadat kerana hendak Allah sayang kita, dan beri kesenangan kepada kita.

2. Ini adalah pendapat yang kedua. Kalau pendapat pertama tadi, perkataan الطَّرِيقَةِ ditafsirkan sebagai jalan agama yang benar. Tetapi pendapat kedua pula memegang perkataan الطَّرِيقَةِ sebagai bermaksud ‘jalan kesesatan’. Kalau mereka berterusan berada di atas jalan kesesatan, Allah akan beri juga rezeki mencurah-curah kepada mereka tetapi sebagai istidraj (nikmat yang diberi kepada manusia yang menjauhkannya dari jalan Allah). Seperti yang Allah firmankan dalam An’am:44

فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّىٰ إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُم بَغْتَةً فَإِذَا هُم مُّبْلِسُونَ

Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).

Semakin mereka sesat, semakin Allah beri rezeki kepada mereka. Supaya mereka lebih dekat kepada azab.

Oleh itu, kalau kita lihat ada orang yang hidup kaya dan mewah, tapi mereka melakukan maksiat, maka ketahuilah yang mereka itu telah diberikan istidraj oleh Allah. Malangnya, ramai yang terpedaya dengan nikmat yang mereka dapati. Mereka sangka Allah sayang kepada mereka. Seperti yang Allah firman dalam Mukminoon: 55-56

أَيَحْسَبُونَ أَنَّمَا نُمِدُّهُم بِهِ مِن مَّالٍ وَبَنِينَ

Adakah mereka menyangka bahawa apa yang Kami berikan kepada mereka dari harta benda dan anak-pinak itu.

نُسَارِعُ لَهُمْ فِي الْخَيْرَاتِ بَل لَّا يَشْعُرُونَ

(Bermakna bahawa dengan yang demikian) Kami menyegerakan untuk mereka pemberian kebaikan? (Tidak!) Bahkan mereka tidak menyedari (hakikatnya yang sebenar).

Ada orang kafir atau orang yang zalim yang masih juga melakukan kebaikan kepada manusia lain. Kepada mereka yang seperti ini, Allah akan bayar terus kebaikan mereka semasa di dunia lagi. Macam orang kafir yang baik, dibayar pulangan mereka dalam dunia. Sebab itu kalau kita lihat orang kafir yang rajin berderma, mereka akan dapat balik harta berlipat ganda. Mereka dibalas semasa mereka di dunia lagi supaya tiada lagi balasan yang mereka boleh tuntut di akhirat.

Tetapi kepada orang mukmin pula, ada balasan yang Allah simpan untuk dibalas di akhirat. Dan balasan di akhirat lebih istimewa lagi tentunya. Dan kalau mereka dapat nikmat, dan dengan ini mereka bersyukur, pahala syukur itu disimpan lagi.

 

وَمَن يُعْرِضْ عَن ذِكْرِ رَبِّهِ

dan sesiapa yang berpaling dari mengingati Tuhannya,

Ada yang mengatakan perkataan ذِكْرِ رَبِّهِ bermaksud Al-Qur’an. Iaitu mereka bukan sahaja berpaling dari mengingati Tuhan tapi mereka juga berpaling dari pengajaran Al-Qur’an. Iaitu tidak belajar tafsir Al-Qur’an. Kerana kalau nak pakai Al-Qur’an, tiada cara lain lagi dari mempelajari tafsir Al-Qur’an.

Atau ia juga bermaksud mereka yang tahu apakah kebenaran (kerana telah disampaikan kepada mereka), tapi mereka tetap berpaling. Iaitu mereka yang belajar Al-Qur’an tapi selepas itu melupakan dan meninggalkannya.

Atau dia belajar tapi dia tidak amalkan apa yang disuruh dalam Al-Qur’an itu. Ini peringatan berat kepada kita yang belajar tafsir Al-Qur’an ini. Adakah kita telah mengamalkan apa yang kita tahu?

 

يَسْلُكْهُ عَذَابًا صَعَدًا

Tuhan akan memasukkannya ke dalam azab yang memuncak beratnya.

Azab itu adalah azab yang tinggi dan makin menaik. Intensiti semakin tinggi dari masa ke semasa. Kerana perkataan صَعَدًا berasal dari katadasar ص ع د yang bermaksud mendaki naik. Maknanya, azab itu tidak akan berkurangan langsung. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawa صَعَدًا adalah nama sebuah gunung di dalam neraka Jahanam.


 

Ayat 18: Ayat penting tentang masjid Allah. Ini adalah khulasah dari ayat-ayat yang telah disebut sebelum ini bermula dari Surah al-Mulk lagi. Iaitu tidak boleh seru selain dari Allah.

وَأَنَّ المَسٰجِدَ ِلِلهِ فَلا تَدعوا مَعَ اللهِ أَحَدًا

Sahih International

And [He revealed] that the masjids are for Allah, so do not invoke with Allah anyone.

Malay

“Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.

 

وَأَنَّ الْمَسٰجِدَ ِلِلهِ

Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk Allah semata-mata;

Masjid itu dijadikan untuk menyembah Allah sahaja. Oleh itu, jangan langsung ada sembah dan seru yang lain. Bukanlah ayat ini bermaksud di dalam masjid sahaja tidak boleh seru selain Allah. Di luar masjid pun tidak boleh juga. Tapi kalau seru selain Allah di masjid, lebih teruk lagi.

Ada yang mengatakan yang ‘masjid’ dalam ayat ini bermaksud ‘dunia’ ini kerana seluruh dunia ini boleh dijadikan tempat solat. Maka di mana-mana pun tidak boleh sembah dan seru selain Allah. Ini bertepatan dengan hadis Nabi. Dari Jabir bin ‘Abdillah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

وَجُعِلَتْ لِىَ الأَرْضُ مَسْجِدًا وَطَهُورًا ، وَأَيُّمَا رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِى أَدْرَكَتْهُ الصَّلاَةُ فَلْيُصَلِّ

Seluruh bumi dijadikan sebagai tempat solat dan untuk bersuci. Siapa saja dari umatku yang mendapati waktu solat, maka solatlah di tempat tersebut” (HR. Bukhari no. 438 dan Muslim no. 521).

Masjid adalah tempat menyembah dan menyeru Allah dan perkara yang berkaitan dengannya. Sebab itulah ada larangan berjual beli dalam kawasan masjid. Dan jangan buat pengumuman cari barang hilang. Seperti satu hadis Nabi:

١٢٤٢ – حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ الْخَلَّالُ حَدَّثَنَا عَارِمٌ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُحَمَّدٍ أَخْبَرَنَا يَزِيدُ بْنُ خُصَيْفَةَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ ثَوْبَانَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا رَأَيْتُمْ مَنْ يَبِيعُ أَوْ يَبْتَاعُ فِي الْمَسْجِدِ فَقُولُوا لَا أَرْبَحَ اللَّهُ تِجَارَتَكَ وَإِذَا رَأَيْتُمْ مَنْ يَنْشُدُ فِيهِ ضَالَّةً فَقُولُوا لَا رَدَّ اللَّهُ عَلَيْكَ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ وَالْعَمَلُ عَلَى هَذَا عِنْدَ بَعْضِ أَهْلِ الْعِلْمِ كَرِهُوا الْبَيْعَ وَالشِّرَاءَ فِي الْمَسْجِدِ وَهُوَ قَوْلُ أَحْمَدَ وَإِسْحَقَ وَقَدْ رَخَّصَ فِيهِ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ فِي الْبَيْعِ وَالشِّرَاءِ فِي الْمَسْجِدِ
1242. Telah menceritakan kepada kami Al Hasan bin Ali Al Khallal, telah menceritakan kepada kami ‘Arim telah menceritakan kepada kami Abdul Aziz bin Muhammad, telah mengabarkan kepada kami Yazid bin Khushaifah dari Muhammad bin Abdurrahman bin Tsauban dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika kalian melihat orang menjual atau membeli di dalam masjid, maka katakanlah; Semoga Allah tidak memberi keuntungan kepada barang daganganmu. Jika kalian melihat orang yang mengumumkan sesuatu yang hilang di dalamnya maka katakanlah; Semoga Allah tidak mengembalikannya kepadamu.” Abu Isa berkata; Hadits Abu Hurairah adalah hadits hasan gharib dan menjadi pedoman amal menurut sebahagian ulama, mereka memakruhkan menjual dan membeli di dalam masjid, ini adalah pendapat Ahmad dan Ishaq namun sebahagian ulama membolehkan menjual dan membeli di dalam masjid.

‘Masjid’ juga boleh bermaksud ‘anggota sujud’. Kita hanya boleh sujud kepada Allah sahaja. Ini bermaksud, waktu melakukan ibadat, hanya ibadat kepada Allah sahaja. Allah yang jadikan anggota sujud kita, takkan kita gunakan anggota itu untuk sujud dan sembah kepada orang lain pula?

 

فَلَا تَدْعُوا مَعَ اللهِ أَحَدًا

“maka janganlah kamu seru sesiapa pun bersama-sama Allah.

Dulu, Yahudi dan Nasrani menyeru Allah dan juga selain Allah dalam rumah ibadat mereka. Begitu juga dengan Musyrikin Mekah – mereka sembah Allah dan sembah berhala di Kaabah. Mereka telah melakukan kesalahan yang besar iaitu kesalahan syirik.

Tapi bukan mereka sahaja yang telah melakukan kesalahan sebegitu. Orang kita pula seru tok nenek dan syeikh dalam masjid juga. Selain dari itu, mereka juga menyeru Nabi Muhammad. Itu pun salah juga. Mereka mengamalkan zikir-zikir yang syirik.

Dan zaman sekarang, puak-puak Habib telah dipanggil untuk melagukan qasidah sampai ke dalam masjid. Sudahlah mereka melalaikan manusia di stadium-stadium dan tempat ibadat mereka, sekarang sampai bergendang di masjid pula sekarang. Malang sekali masyarakat ramai yang tidak nampak kesesatan yang dibawa oleh mereka.

Ayat ini adalah ayat tauhid. Ia mengajar kita untuk seru hanya kepada Allah sahaja kerana Allah sahaja yang boleh sambut seru kita. Kalau seru kepada Nabi Muhammad dan Nabi-nabi lain pun tidak boleh. Memang kita digalakkan selawat, tapi buat dengan cara yang sesuai. Bukanlah dengan selawat-selawat rekaan.

Selawat dengan kuat dan beramai-ramai pun tidak sesuai kerana bukan begitu cara yang dianjurkan. Malangnya sampai ada yang zikir melompat menari dan sebagainya. Sampaikan ke dalam masjid pun manusia masih buat lagi perkara ini dan ini adalah amat-amat menghampakan untuk dilihat.

Pada hari ayat ini diturunkan, tidak ada masjid diketahui waktu itu melainkan Masjidil Haram sahaja. Kerana ayat ini diturunkan di Mekah. Sedangkan perkataan masaajid adalah dalam bentuk jamak. Masjid-masjid lain seperti Masjidil Aqsa tidak diketahui waktu itu. Walaupun begitu, bukanlah ayat ini hanya untuk Masjidil Haram sahaja tapi semua masjid di mana-mana.

Jin-jin meminta untuk solat bersama Nabi maka turun ayat ini. Kemudian Nabi memberitahu mereka untuk solat dan jangan campur dengan manusia.

Al-A’masy mengatakan bahawa jin berkata, “Wahai Rasulullah, izinkanlah kami untuk ikut salat bersamamu di masjidmu ini.” Maka Allah Swt. menurunkan firman-Nya: Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyembah seseorang pun di dalamnya di samping (menyembah) Allah. (Al-Jin: 18) Maka Nabi Saw. bersabda kepada mereka, “Salatlah kalian, tetapi jangan bercampur dengan manusia.”

Maknanya, tidak ada percampuran antara manusia dan jin langsung. Tidaklah mereka sampai duduk satu saf dengan manusia pula. Mereka boleh solat tapi dengan cara mereka. Maka kalau ada yang kata ada manusia yang berkawan dengan jin, itu ada masalah. Kalau berkawan dengan jin, maksudnya orang itu ada mengamalkan amalan yang menyebabkan jin melekat kepadanya.


 

Ayat 19: Zajrun kepada penentang Nabi dalam dakwah.

وَأَنَّهُ لَمّا قامَ عَبدُ اللهِ يَدعوهُ كادوا يَكونونَ عَلَيهِ لِبَدًا

Sahih International

And that when the Servant of Allah stood up supplicating Him, they almost became about him a compacted mass.”

Malay

“Dan bahawa sesungguhnya, ketika hamba Allah (Nabi Muhammad) berdiri mengerjakan ibadat kepadaNya, mereka hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya”.

 

وَأَنَّهُ لَمَّا قَامَ عَبْدُ اللهِ يَدْعُوهُ

“Dan bahawa sesungguhnya, ketika hamba Allah berdiri menyeru kepadaNya,

‘Hamba Allah’ yang dimaksudkan dalam ayat ini merujuk kepada Nabi Muhammad SAW. Waktu itu Nabi Muhammad sedang membaca ayat-ayat Al-Qur’an.

 

كَادُوا يَكُونُونَ عَلَيْهِ لِبَدًا

mereka hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya”.

Kalimah لِبَدًا adalah merujuk kepada ‘kumpulan manusia yang menindih satu sama lain’. Mereka bertindih-tindih kerana nak melihat apa yang berlaku. Katakan ada satu pertunjukan yang amat menarik perhatian manusia, maka mereka akan berkerumun sampai menindih satu sama lain.

Ada beberapa pendapat tentang apa yang dimaksudkan dalam ayat ini:

1. Hampir jin-jin itu memanjat Nabi kerana kesungguhan untuk mendengar apa yang dibaca oleh baginda. Mereka dekat sungguh dengan baginda pada waktu itu. Tapi Nabi tak tahu pun mereka ada. Mereka berkerumun sampai bertindihan sesama sendiri. Mereka ajak jin-jin lain untuk mendengar sekali. Ini kerana mereka bersungguh mahu mendengar bacaan Nabi.

2. Pendapat kedua mengatakan yang ayat ini bermaksud jin-jin itu menceritakan balik bagaimana mereka nampak para sahabat yang taat dan mengerumuni Nabi dalam mendengar ajaran dari Nabi. Jin takjub dengan ketaatan para sahabat kepada baginda. Memang selalunya apabila Nabi bercakap, baginda akan dikerumuni kerana ramai yang mahu mendengar.

3. Pendapat ketiga mengatakan yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah: manusia dan jin berkerumun untuk menyekat Nabi dari berdakwah. Bukannya kerumun kerana hendak mendengar tetapi kerana hendak menghalang. Iaitu ketika baginda bangun untuk berdakwah. Mereka tidak mahu Nabi terus membaca ayat Al-Qur’an dan mereka cepat-cepat menghalang Nabi. Dan pendapat ini disokong dengan ayat seterusnya.

Keadaan yang sama juga ada disebut dalam ayat Maarij: 36-37

فَمَالِ الَّذِينَ كَفَرُوا قِبَلَكَ مُهْطِعِينَ

Maka apakah yang menyebabkan orang-orang kafir, yang menentangmu (wahai Muhammad) datang berkejaran ke sisimu –

عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ عِزِينَ

berpuak-puak di sebelah kanan dan di sebelah kirimu.


 

Ayat 20: Apakah tindakbalas dari Nabi? Nabi juga mengajar tauhid dalam ayat ini. Hanya doa kepada Allah sahaja dalam segala hal dan melakukan syirik. Ayat 20 – 28 adalah Perenggan Makro Ketiga dan terakhir surah ini. Ia mengandungi Risalah Kerasulan Nabi Muhammad.

قُل إِنَّما أَدعو رَبّي وَلا أُشرِكُ بِهِ أَحَدًا

Sahih International

Say, [O Muhammad], “I only invoke my Lord and do not associate with Him anyone.”

Malay

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah beribadat kepada Tuhanku semata-mata, dan aku tidak mempersekutukanNya dengan sesiapapun”.

 

قُلْ إِنَّمَا أَدْعُو رَبِّي

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah menyeru kepada Tuhanku semata-mata,

Inilah yang dimaksudkan yang ayat ini menyokong pendapat ketiga dalam ayat sebelum ini. Iaitu yang mengerumun baginda yang membaca ayat Al-Qur’an itu adalah kerana hendak menghalang baginda dari membaca ayat-ayat Al-Qur’an.

Apabila mereka melakukan begitu, baginda disuruh untuk memberitahu yang baginda hanya mengajak kepada Allah sahaja. Baginda mengajak kepada kebaikan, bukan kerana hendak mengambil kuasa atau harta mereka. Baginda langsung tidak mengancam mereka.

 

وَلَا أُشْرِكُ بِهِ أَحَدًا

dan aku tidak mempersekutukanNya dengan sesiapapun”.

Baginda juga mengajak kepada ajaran Tauhid. Itulah ajaran yang amat penting sekali yang perlu dipelajari dan diikuti oleh manusia. Dan itulah ajaran yang akan menyelamatkan mereka di dunia dan akhirat.

Jangan sekali-kali melakukan syirik. Tapi untuk kenal syirik, kenalah belajar. Ramai yang tidak tahu syirik kerana mereka tidak belajar wahyu. Kerana itu mereka tidak tahu yang mereka telah ditipu oleh syaitan yang mengajar syirik dalam amalan.

Antara salah faham syirik yang manusia pegang adalah syirik dalam berkat. Ini telah mula disebut dalam Surah Al-Mulk dan disambung dalam surah ini kerana kepentingannya. Kerana ada manusia yang sangka Allah ada beri kuasa berkat kepada makhluk, maka ramailah manusia jahil yang berdoa kepada selain Allah untuk mendapatkan berkat mereka. Ini adalah syirik.

Maka, kenapa mereka hendak menghalang baginda sedangkan baginda mengajak kepada kebaikan dan keselamatan?


 

Ayat 21: 

قُل إِنّي لا أَملِكُ لَكُم ضَرًّا وَلا رَشَدًا

Sahih International

Say, “Indeed, I do not possess for you [the power of] harm or right direction.”

Malay

Katakanlah lagi; “Sesungguhnya aku tidak berkuasa mendatangkan sebarang mudharat dan tidak juga berkuasa mendatangkan sebarang kebaikan bagi kamu.

 

قُلْ إِنِّي لَا أَمْلِكُ لَكُمْ ضَرًّا

Katakanlah lagi; “Sesungguhnya aku tidak memiliki kuasa mendatangkan sebarang mudharat kepadamu

Nabi Muhammad disuruh untuk memberitahu mereka. Kalau mereka tidak ikut baginda, baginda tidak boleh memberi mudharat pun kepada mereka. Kerana baginda tidak ada kuasa untuk beri mudharat kepada sesiapa pun.

 

وَلَا رَشَدًا

dan tidak juga berkuasa mendatangkan sebarang petunjuk bagi kamu.

Baginda juga tidak boleh memberi hidayah kepada mereka atau memaksa mereka ikut baginda. Nabi hanya boleh tunjuk jalan sahaja. Baginda juga hanya boleh menyampaikan dakwah sahaja. Begitu juga kita dalam berdakwah. Kita tidak boleh beri manusia terima hidayah. Allah sahaja yang ada kuasa itu.

Dalam ayat ini, Allah hendak  memberitahu yang Nabi Muhammad sendiri tidak ada kuasa memberi mudharat dan manfaat. Baginda sendiri bergantung kepada Allah.


 

Ayat 22: 

قُل إِنّي لَن يُجيرَني مِنَ اللهِ أَحَدٌ وَلَن أَجِدَ مِن دونِهِ مُلتَحَدًا

Sahih International

Say, “Indeed, there will never protect me from Allah anyone [if I should disobey], nor will I find in other than Him a refuge.

Malay

Katakanlah lagi; “Sesungguhnya aku, tidak sekali-kali akan dapat diberi perlindungan oleh sesiapa pun dari (azab) Allah (jika aku menderhaka kepadaNya), dan aku tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya,

 

قُلْ إِنِّي لَن يُجِيرَنِي مِنَ اللهِ أَحَدٌ

Katakanlah lagi; “Sesungguhnya aku, tidak sekali-kali akan dapat diberi perlindungan oleh sesiapa pun dari Allah

Kalimah يُجِيرَنِي dari katadasar ج و ر yang bermaksud ‘diberi perlindungan’. Perkataan ‘jiran’ juga dari katadasar yang sama – mereka yang tinggal di sebelah kita dan boleh memberi bantuan dan perlindungan kepada kita.

Nabi sendiri pun tidak dapat melindungi dirinya dari Allah kalau baginda engkar kepada arahan Allah. Kalau diri baginda sendiri pun tidak dapat selamatkan, apatah lagi kalau baginda nak lindungi orang lain? Maka, kalau kita minta pertolongan kepada Nabi pun tidak patut sangat kerana kita minta kepada seseorang yang tidak dapat menyelamatkan kita.

 

وَلَنْ أَجِدَ مِن دُونِهِ مُلْتَحَدًا

dan aku tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya,

Perkataan مُلْتَحَدًا dari katadasar ل ح د yang bermaksud ‘perlindungan’. Perkataan ‘liang lahad’ juga dari katadasar yang sama kerana lahad itu memberi perlindungan kepada jenazah di dalamnya.

Oleh itu, ayat ini memberitahu kita yang tidak ada tempat lari dari Allah kalau kita buat salah. Bukanlah ayat ini hendak mengatakan Nabi telah buat salah sampai tidak ada tempat lari dariNya. Nabi Muhammad memberitahu yang kalau baginda tidak melakukan tugasnya untuk menyampaikan ajaran tauhid, baginda pun tidak akan selamat dari azab Allah. Ini akan dijelaskan lagi dalam ayat selepas ini.

Allahu a’lam. Lompat ke ayat yang seterusnya

Tarikh: 12 September 2019


Rujukan: 

Ustaz Adli

Nouman Ali Khan

Taimiyyah Zubair

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an