Tafsir Surah Jin Ayat 23 – 28 (Tentang Ilmu Ghaib)

Ayat 23: Apakah tugas Rasulullah? Dan ayat ini juga mengandungi takhwif ukhrawi.

إِلّا بَلٰغًا مِّنَ اللهِ وَرِسٰلٰتِهِ ۚ وَمَن يَعصِ اللهَ وَرَسولَهُ فَإِنَّ لَهُ نارَ جَهَنَّمَ خٰلِدينَ فيها أَبَدًا

Sahih International

But [I have for you] only notification from Allah, and His messages.” And whoever disobeys Allah and His Messenger – then indeed, for him is the fire of Hell; they will abide therein forever.

Malay

“hanya menyampaikan (wahyu) dari Allah dan perintah-perintahNya (yang ditugaskan kepadaku menyampaikannya); dan sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan ingkarkan bawaan RasulNya, maka sesungguhnya disediakan baginya neraka Jahannam; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya.”.

 

إِلَّا بَلٰغًا مِّنَ اللهِ وَرِسٰلٰتِهِ

“hanya menyampaikan (wahyu) dari Allah dan perintah-perintahNya

Ada dua makna yang boleh diambil dari ayat ini. Kedua-duanya bergantung kepada ayat yang berbeza.

1. Dalam ayat ke 21, Nabi disuruh memberitahu yang baginda tidak boleh beri mudharat dan petunjuk. Ayat ini menyambung ayat itu dengan mengatakan yang Nabi hanya boleh sampaikan wahyu sahaja. Kalau mereka menolak, baginda tidak boleh kenakan mudharat kepada mereka.

2. Dalam ayat ke 22, Nabi disuruh memberitahu yang baginda tidak akan selamat dan lepas dan dari Allah – ayat ke 23 ini menyambung ayat itu dengan memberitahu yang baginda hanya boleh lepas bila dah sampaikan wahyu yang telah ditugaskan kepada baginda untuk disampaikan. Itu adalah tugas Nabi dan baginda kena penuhi. Ini disebutkan oleh ayat lain melalui firman-Nya:

يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ بَلِّغْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ وَإِنْ لَمْ تَفْعَلْ فَما بَلَّغْتَ رِسالَتَهُ وَاللَّهُ يَعْصِمُكَ مِنَ النَّاسِ

Hai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. (Al-Maidah: 67)

Begitu juga mereka yang beriman dan ada ilmu, mereka kena sampaikan. Oleh itu, kita yang ada ilmu pun kena sampaikan apa yang kita tahu.

Dan kita juga kena tahu yang Nabi Muhammad telah memenuhi kewajiban baginda menyampaikan ajaran Allah kepada manusia dan juga jin.

 

وَمَن يَعْصِ اللهَ وَرَسُولَهُ

dan sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan RasulNya,

Iaitu sesiapa yang tidak mengikut arahan dari Allah yang disampaikan melalui RasulNya, Nabi Muhammad. Apa yang akan terjadi kepada mereka?

 

فَإِنَّ لَهُ نَارَ جَهَنَّمَ خٰلِدِينَ فِيهَا أَبَدًا

maka sesungguhnya disediakan baginya neraka Jahannam; kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya.”.

Inilah balasan yang paling teruk sekali. Terus tinggal sampai bila-bila dalam neraka. Tidak dapat nak dibayangkan bagaimanakah keadaannya. Semoga kita diselamatkan terus dari neraka – kita tidak mahu dengar, lihat dan hidu baru neraka sedikit pun.

Tidak semua dosa yang dilakukan manusia menyebabkan mereka tinggal terus dalam neraka selama-lamanya. Dosa yang dimaksudkan adalah dosa syirik dan juga kalau meninggalkan hukum faraid.


 

Ayat 24: Sampai bilakah mereka yang menentang itu akan menentang?

حَتّىٰ إِذا رَأَوا ما يوعَدونَ فَسَيَعلَمونَ مَن أَضعَفُ ناصِرًا وَأَقَلُّ عَدَدًا

Sahih International

[The disbelievers continue] until, when they see that which they are promised, then they will know who is weaker in helpers and less in number.

Malay

Sehingga apabila mereka melihat (azab) yang dijanjikan kepada mereka, maka (pada saat itu) mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang lemah penolong-penolongnya, dan sedikit jumlah bilangannya.

 

حَتَّىٰ إِذَا رَأَوْا مَا يُوعَدُونَ

Sehingga apabila mereka melihat (azab) yang dijanjikan kepada mereka,

Mereka itu adalah musyrikin dari manusia dan jin. Ada dari mereka yang tidak akan berubah dari cara hidup mereka. Walaupun kebenaran telah ditunjukkan kepada mereka, tapi mereka akan tetap tidak mahu menerima agama Islam dan mereka akan tetap menentang kebenaran.

Ianya akan berterusan sehingga mereka nampak azab yang memang telah dijanjikan pun kepada mereka. Azab itu samada diberikan di dunia atau Allah akan beri tangguh sampai ke akhirat nanti. Kalau mereka nampak malaikat maut yang datang kepada mereka pun, mereka dah mula berhenti dari buat syirik.

 

فَسَيَعْلَمُونَ مَنْ أَضْعَفُ نَاصِرًا

maka mereka akan mengetahui siapakah yang lebih lemah penolong-penolongnya,

Waktu itu barulah mereka akan tahu nanti siapakah yang akan mendapat penolong yang kuat – adakah mereka yang musyrik, atau ahli tauhid? Tentulah yang menyembah selain Allah akan berada dalam keadaan yang lemah. Tidak ada apa dan sesiapa pun yang boleh membantu mereka.

Begitulah berbezanya antara mereka dan orang yang beriman dengan tauhid. Semasa di dunia dahulu, Musyrikin Mekah berlagak dengan kekuatan dan jumlah mereka yang ramai. Tapi keadaan akan jadi terbalik di akhirat kelak.

 

وَأَقَلُّ عَدَدًا

dan sedikit jumlah bilangannya.

Nanti mereka akan tahu siapakah yang dapat penolong yang ramai. Semasa Rasulullah di Mekah, baginda keseorangan dan kurang pengikut. Tapi keadaan akan bertukar nanti. Allah tentunya akan membantu Nabi Muhammad.


 

Ayat 25: Nabi tidak tahu bilakah azab yang dijanjikan itu akan berlaku. Ini adalah kerana Nabi Muhammad tidak tahu perkara ghaib. Ini adalah tauhid tentang ilmu. Hanya Allah sahaja mengetahui perkara ghaib.

قُل إِن أَدري أَقَريبٌ مّا توعَدونَ أَم يَجعَلُ لَهُ رَبّي أَمَدًا

Sahih International

Say, “I do not know if what you are promised is near or if my Lord will grant for it a [long] period.”

Malay

(Kalau ditanya bilakah azab itu? Maka) katakanlah: “Aku tidak mengetahui sama ada (azab) yang dijanjikan kepada kamu itu sudah dekat, atau Tuhanku menentukan bagi kedatangannya satu tempoh yang lanjut.

 

قُلْ إِنْ أَدْرِي أَقَرِيبٌ مَّا تُوعَدُونَ

katakanlah: “Aku tidak mengetahui sama ada (azab) yang dijanjikan kepada kamu itu sudah dekat,

Ayat ini mungkin sebagai jawapan dari soalan golongan musyrik. Mereka mungkin tanya: “bilakah akan datangnya azab yang kau janjikan itu?”. Maka kerana itu Allah suruh Nabi jawap begini.

Perkataan إِنْ dalam ayat ini bukan bermaksud ‘jika’ tetapi ‘tidak’. Kena belajar bahasa Arab untuk faham. Kalau setakat tahu sedikit-sedikit sahaja, tentu akan kata yang perkataan إِنْ itu adalah ‘jika’.

Nabi selalu ditanya bilakah terjadinya Kiamat. Samada oleh musyrikin atau muslim sendiri – lebih-lebih mereka yang baru masuk Islam dan tidak tahu apakah perkara yang boleh ditanya dan tidak. Dalam ayat ini, baginda disuruh untuk memberitahu yang baginda sendiri pun tidak tahu bilakah Hari Kiamat itu akan berlaku. Begitu juga Nabi tidak tahu bilakah azab yang dijanjikan kepada musyrikin Mekah akan berlaku.

Ini menunjukkan yang Nabi Muhammad tidak tahu tentang perkara ghaib. Ilmu ghaib hanya dimiliki oleh Allah taala sahaja. Maka janganlah kita percaya kalau ada sesiapa yang mengatakan mereka tahu bilakah Hari Kiamat itu. Atau kalau mereka kata mereka ada pengetahuan tentang ilmu-ilmu ghaib. Ayat ini dan banyak lagi ayat-ayat lain telah menidakkan sesiapa pun untuk mengetahui perkara ghaib.

Ingatlah juga bahawa kita tak perlu tahu bilakah kiamat itu. Yang penting apakah persiapan kita? Itulah jawapan Nabi apabila ada sahabat yang bertanya:

حَدَّثَنِي أَبُو الرَّبِيعِ الْعَتَكِيُّ، حَدَّثَنَا حَمَّادٌ، – يَعْنِي ابْنَ زَيْدٍ – حَدَّثَنَا ثَابِتٌ الْبُنَانِيُّ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَتَى السَّاعَةُ قَالَ ‏”‏ وَمَا أَعْدَدْتَ لِلسَّاعَةِ ‏”‏ ‏.‏ قَالَ حُبَّ اللَّهِ وَرَسُولِهِ قَالَ ‏”‏ فَإِنَّكَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ ‏”‏ ‏.‏ قَالَ أَنَسٌ فَمَا فَرِحْنَا بَعْدَ الإِسْلاَمِ فَرَحًا أَشَدَّ مِنْ قَوْلِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ فَإِنَّكَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ ‏”‏ ‏.‏ قَالَ أَنَسٌ فَأَنَا أُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَأَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ فَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ مَعَهُمْ وَإِنْ لَمْ أَعْمَلْ بِأَعْمَالِهِمْ ‏.‏

Anas b. Malik melaporkan bahawa seseorang datang kepada Rasulullah (ﷺ) dan berkata kepada Rasulullah saw:
Bilakah akan Kiamat? Baginda (nabi) berkata: Apa persediaan kamu untuk Kiamat? Beliau menjawab: Cinta Allah dan Rasul-Nya (adalah persediaan yang saya sediakan). Baginda (nabi) berkata: engkau akan bersama-sama dengan yang engkau suka.
Anas berkata: Tidak ada yang lebih menyenangkan hati kami sesudah memeluk Islam daripada kata-kata Rasulullah: engkau akan bersama-sama dengan yang engkau sukai. Dan Anas berkata. Saya cinta kepada Allah dan Rasul-Nya, Abu Bakar dan Umar, dan saya berharap bahawa saya akan bersama-sama dengan mereka walaupun saya tidak beramal seperti mereka.

Yang penting adalah kita bersedia untuk Kiamat itu. Kerana ianya pasti datang, jadi kenalah bersedia walau apa pun.

Dalam hadis ini, disebut tentang ‘cinta kepada Allah dan RasulNya’. Janganlah pula kita salah anggap cinta kepada Rasul itu dengan menyanyi Qasidah dan ber’ya hanana’ memekik-mekik pula. Ini adalah amalan golongan yang sesat.

Cinta kepada Allah dan Rasul itu ditunjuk dengan mempelajari kalam-kalam Allah dan Rasul dan mengamalkannya dalam kehidupan kita. Ini penting untuk difahami kerana ramai sangat yang salah faham. Mereka sangka yang cinta mereka kepada Nabi itu ditunjuk dengan mereka memuja-muja baginda. Padahal, bukanlah begitu yang dikehendaki oleh Allah dan Nabi sendiri. Yang penting adalah belajar tafsir Qur’an dan belajar Hadis Nabi (Sunnah).

 

أَمْ يَجْعَلُ لَهُ رَبِّي أَمَدًا

atau Tuhanku menentukan bagi kedatangannya satu tempoh yang lanjut.

Allah punya hak mutlak dalam mengadakan kiamat. Bila-bila sahaja Dia boleh adakan dan kalau Allah nak lewatkan, itu terpulang kepada Allah. Nabi tidak tahu bilakah Kiamat akan berlaku, sampaikan kalau cuaca mendung sahaja, Nabi dah takut kerana takut Kiamat atau azab diturunkan.

Masalahnya, Nabi takut, tapi kita tak takut pula. Sampaikan ada yang berhujah, selagi disebut nama Allah dalam dunia, takkan kiamat. Itu adalah hujah yang tidak tepat. Kita macam lupa pula bahawa Allah boleh buat apa-apa sahaja mengikut kesukannya. Tidak semestinya Allah tunggu sampai tidak ada lagi yang menyebut NamaNya dalam dunia. Ingatlah bahawa Kiamat itu adalah hak mutlak Allah. Kita sampai tidak boleh berkata yang berdasarkan firasat kita, Kiamat itu lambat lagi.

Kita tidak disuruh cari bila kiamat. Jangan percaya kalau ada yang kata kiamat dah dekat. Yang penting, kita paling perlu bersedia buat masa ini adalah ‘kiamat’ diri kita. Itu yang dinamakan ‘Kiamat Kecil’. Kerana yang pasti kita semua akan mengalami kematian yang akan berlaku tidak lama lagi. Apa yang kita siapkan untuk menghadapinya?

Yang banyak tanya kepada Nabi pun adalah orang orang Badwi. Iaitu golongan Arab yang tinggal di pedalaman. Dan mereka itu adalah umat Islam yang baru jadi banyak soalan dari mereka. Sahabat yang besar tak tanya pun. Kerana mereka tahu yang perkara itu tidak patut ditanya.


 

Ayat 26: Siapakah yang tahu perkara ghaib?

عٰلِمُ الغَيبِ فَلا يُظهِرُ عَلىٰ غَيبِهِ أَحَدًا

Sahih International

[He is] Knower of the unseen, and He does not disclose His [knowledge of the] unseen to anyone

Malay

“Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun, –

 

عٰلِمُ الْغَيْبِ

“Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib,

Inilah sifat Allah yang ramai tidak perasan. Hanya Allah sahaja yang tahu hal-hal ghaib. Kalau kita kata ada sesiapa yang tahu ilmu ghaib, itu sudah memberikan satu sifat Allah kepada makhluk. Dan ini adalah syirik. Sebagai contoh, penganut Syiah mengatakan yang Imam-Imam mereka tahu perkara ghaib. Maka kalau mereka jenis yang ada iktikad begitu, mereka itu adalah syirik.

 

فَلَا يُظْهِرُ عَلَىٰ غَيْبِهِ أَحَدًا

maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun, –

Ayat ini menolak langsung kemungkinan sesiapa pun yang mendapat ilmu itu.


 

Ayat 27: Pengecualian tentang pengetahuan ilmu ghaib.

إِلّا مَنِ ارتَضىٰ مِن رَّسولٍ فَإِنَّهُ يَسلُكُ مِن بَينِ يَدَيهِ وَمِن خَلفِهِ رَصَدًا

Sahih International

Except whom He has approved of messengers, and indeed, He sends before each messenger and behind him observers

Malay

“Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redhaiNya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian) maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan).

 

إِلَّا مَنِ ارْتَضَىٰ مِن رَّسُولٍ

“Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redhaiNya

Hanya para rasul sahaja yang dibukakan sedikit pengetahuan mereka tentang ilmu ghaib. Bukanlah orang biasa yang akan mendapat kelebihan ini tetapi kepada para Rasul sahaja. Jadi, kalau ada tok guru yang kata mereka ada ilmu ghaib, itu adalah pembohongan yang besar.

Ada nafi dan ithbat dalam ayat ini dan ayat sebelummya. Macam nafi dan ithbat yang ada dalam kalimah la ilaah illa Allah – Allah menolak kemungkinan ada Tuhan (nafi) dan kemudian Allah tekankan yang hanya Allah sahaja yang Tuhan (ithbat). Ini adalah pernyataan yang paling kuat dalam bahasa Arab iaitu digunakan penafian dahulu sebelum ada ithbat.

Maka, begitu juga dengan pengetahuan tentang ilmu ghaib. Allah menolak kemungkinan ianya diketahui oleh sesiapa pun (nafi) dan kemudian Allah kata hanya para Rasul sahaja yang diberikan dengan pengetahuan itu (ithbat). Ini penting kerana ada yang berhujah ada kemungkinan Allah beri kepada mereka yang dikehendaki dan kononnya menggunakan ayat dari ayat Kursi:

وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ

sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).

Ada yang berhujah dengan menggunakan ayat ini – kalau Allah nak beri pengetahuan ghaib itu kepada sesiapa, Allah boleh sahaja berikan. Jadi mereka kata guru tarekat mereka antara orang yang mendapat ilmu ghaib itu. Tapi, hujah itu ditolak kerana ayat dari surah Jin ini menafikan ada makhluk lain yang diberikan dengan pengetahuan ghaib melainkan para rasul sahaja. Memang ada yang diberi dengan pengetahuan ilmu ghaib, tetapi hanya para rasul sahaja.

Hujah ini dikuatkan lagi dengan ayat Naml:65

قُل لَّا يَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ

Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!” Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati).

Nabi Muhammad juga disuruh isytihar dalam An’am:50

قُل لَّا أَقُولُ لَكُمْ عِندِي خَزَائِنُ اللَّهِ وَلَا أَعْلَمُ الْغَيْبَ وَلَا أَقُولُ لَكُمْ إِنِّي مَلَكٌ إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَىٰ إِلَيَّ قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الْأَعْمَىٰ وَالْبَصِيرُ أَفَلَا تَتَفَكَّرُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku, dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat, aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku”. Bertanyalah (kepada mereka): “Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir?”

Juga dalam A’raf:188

قُل لَّا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ وَلَوْ كُنتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لَاسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ إِنْ أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Katakanlah: “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudharat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”.

Oleh itu, hanya dibukakan ilmu ghaib kepada para rasul sahaja dan bukannya sentiasa dibukakan kepada mereka. Hanya pada waktu tertentu sahaja. Sebagai contoh, dalam awal surah ini lagi telah diberitahu bagaimana Nabi Muhammad tidak tahu pun yang ada beberapa jin yang mendengar bacaannya. Maknanya, bukanlah sentiasa Nabi Muhammad tahu perkara ghaib. Ini pun ada yang salah faham. Ada yang sangka Nabi sentiasa tahu perkara ghaib, tapi sebenarnya tidak.

Oleh itu, ringkasan kepada ilmu ghaib adalah:
1. Berita ghaib yang para Rasul tahu itu adalah kerana ianya ‘diberitahu’ kepada mereka. Bukanlah mereka tahu sendiri tapi diberitahu dari masa ke semasa.
2. Tidak semua perkara ghaib diberitahu kepada para Rasul. Hanya perkara yang mereka perlu tahu sahaja.
3. Ilmu Allah tiada had. Pengetahuan makhluk termasuk para Rasul adalah terhad.
4. Ada rahsia yang diberitahu kepada Nabi yang tidak diberikan kepada kita. Sebagai contoh, Nabi pernah nampak syurga. Apa yang Nabi beritahu kepada kita adalah perkara yang kita patut tahu sahaja. Maknanya, ada perkara yang tidak diberitahukan kepada kita kerana yang tidak diberitahu kepada kita, tidak perlu kita cari. Jangan kita jadi seperti golongan yang mencari-cari ‘ilmu rahsia’ sampaikan mereka boleh jatuh ke lembah kesesatan dan kesyirikan.

Rasul itu termasuk juga dari kalangan para malaikat.

 

فَإِنَّهُ يَسْلُكُ مِن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ رَصَدًا

maka Dia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengatasinya

Pengetahuan ghaib ada yang diberikan kepada para Rasul dan ianya dikhususkan kepada para rasul sahaja kerana mereka itu dijaga dengan malaikat yang mengawal. Maka maklumat yang sampai kepada mereka itu terpelihara. Tidak ada kemungkinan yang mereka mendapat maklumat yang salah dari syaitan.

Dan untuk memastikan wahyu yang disampaikan kepada Rasul itu tidak dicampuri dengan maklumat dari luar, maka ada pengawal dari kalangan malaikat yang memastikan ada perlindungan.

Kalau maklumat yang sampai kepada para Rasul, kita boleh pasti yang ianya dari Allah sahaja. Bandingkan, kalau tok guru dan tok syeikh kata boleh nampak perkara ghaib, apakah jaminan yang apa yang mereka nampak itu bukan gangguan dari syaitan? Kerana tidak ada jaminan dari Allah yang mereka itu terpelihara dengan bantuan malaikat yang menjaga mereka.

Oleh itu, hanya para rasul sahaja yang boleh kata mereka dapat ilmu dengan cara ghaib. Kalau ada manusia lain pun yang boleh mengaku begitu, maka tentu akan bercanggah ajaran agama, sebab nanti ada pula yang mengaku mereka juga mendapat maklumat agama selain para Rasul. Takkan rasul ajar satu perkara dan kita kena terima ajaran dari manusia lain pula? Siapa yang betul kalau semua boleh nampak benda ghaib? Tiada ada sesiapa yang ada hak untuk kata mereka dapat maklumat dengan cara ghaib. Oleh itu, Allah tutup ruang keraguan dari hati kita dengan menolak kemungkinan ada ilmu yang diberi kepada selain para Rasul.

Maka, tolaklah pendapat dan ajaran dari guru-guru tarekat dan syeikh-syeikh mereka yang kata mereka mendapat ilham itu dan ini, berjumpa dengan malaikat, berjumpa dengan Nabi dan sebagainya. Itu adalah bohong belaka. Orang-orang yang tidak belajar tafsir Qur’an sahaja yang senang ditipu.


 

Ayat 28: Kenapa disampaikan perkara ghaib kepada para Rasul?

لِيَعلَمَ أَن قَد أَبلَغوا رِسٰلٰتِ رَبِّهِم وَأَحاطَ بِما لَدَيهِم وَأَحصىٰ كُلَّ شَيءٍ عَدَدًا

Sahih International

That he may know that they have conveyed the messages of their Lord; and He has encompassed whatever is with them and has enumerated all things in number.

Malay

“(Tuhan mengadakan malaikat-malaikat itu) supaya Dia mengetahui bahawa sesungguhnya – (dengan jagaan mereka) – Rasul-rasul itu telah menyampaikan perutusan-perutusan Tuhan mereka, (dengan sempurna); pada hal Dia memang mengetahui dengan meliputi segala keadaan yang ada pada mereka, serta Dia menghitung tiap-tiap sesuatu: satu persatu”.

 

لِّيَعْلَمَ أَن قَدْ أَبْلَغُوا رِسٰلٰتِ رَبِّهِمْ

supaya Dia mengetahui bahawa sesungguhnya Rasul-rasul itu telah menyampaikan perutusan-perutusan Tuhan mereka,

Allah menggunakan perkataan لِّيَعْلَمَ (supaya Dia mengetahui) – sedangkan memang Allah telah sedia mengetahui. Jadi, Allah sebut ‘supaya Dia tahu’ kerana Allah hendak memberitahu kita bahawa Dia tahu dengan sebenar-benar tahu. Maknanya, Allah beri pengetahuan ilmu ghaib itu adalah kerana Allah nak memastikan yang para rasul telah menyampaikan risalahNya. Dan para pelindung dari kalangan malaikat itu akan memastikan yang Nabi tidak tersilap dalam menyampaikan.

Atau bermaksud, Allah berikan pelindung itu supaya pasti RasulNya menerima wahyu yang benar tanpa bercampur dari anasir luar.

Itu adalah kalau kita kata لِّيَعْلَمَ itu dhomir kepada Allah. Ulamak khilaf tentang siapakah dhomir yang dimaksudkan kepada perkataan لِّيَعْلَمَ ini. Selain daripada Allah, ada mufassir yang kata, yang dimaksudkan adalah Nabi Muhammad.

Kalau begitu, maksud ayat itu adalah ‘supaya Nabi tahu yang apa yang dibawa oleh para rasul sebelum baginda dahulu adalah benar’. Iaitu apabila diberitahu yang para Rasul dilindungi oleh malaikat di depan dan belakang, maka yakinlah Nabi Muhammad bahawa para Rasul sebelum baginda telah menerima dan telah menyampaikan ajaran yang benar’.

Juga supaya Nabi Muhammad pasti yang apa sahaja maklumat wahyu yang sampai kepada baginda, ianya benar-benar dari Allah. Maka tidaklah baginda risau dan bertanya: benarkah ini dari Allah?

Oleh itu, dua tujuan para rasul diberikan dengan pengetahuan ghaib :
1. Untuk menjalankan tugas mereka. Contohnya Allah beritahu Nabi Muhammad tentang apa yang berlaku dengan Nabi-Nabi terdahulu. Kalau Allah tidak beritahu, Nabi Muhammad tidak akan tahu. Dengan maklumat sebegitu, dapat membantu Nabi menjalankan tugas baginda sebagai pembawa Risalah.
2. Sebagai mukjizat kepada para Rasul untuk membuktikan kebenaran mereka. Sebagai contoh, Nabi Isa telah diberitahu dengan apakah yang berlaku di rumah umatnya; Nabi Muhammad diberitahu dengan kejadian-kejadian masa hadapan, dan apabila ianya benar-benar terjadi, maka nyatalah kepada kita yang Nabi Muhammad itu bukanlah manusia biasa, tetapi baginda juga adalah utusan Allah.

Tapi ingatlah bahawa bukan semua pengetahuan ghaib diberikan kepada rasul, hanya yang perlu sahaja. Oleh itu, jangan kita kata yang ‘Nabi tahu perkara ghaib’. Kita cuma katakan, ‘Nabi disampaikan dengan ilmu ghaib’, sahaja.

 

وَأَحَاطَ بِمَا لَدَيْهِمْ

pada hal Dia meliputi segala keadaan yang ada pada mereka,

Tidak ada benda terlepas dari ilmu Allah. Allah tahu dan ada kuasa Allah atas segalanya. Maka para malaikat atau para Nabi tidak boleh menyampaikan perkara yang tidak ada dalam wahyu. Allah sentiasa memerhati.

 

وَأَحْصَىٰ كُلَّ شَيْءٍ عَدَدًا

serta Dia menghitung tiap-tiap sesuatu: satu persatu”.

Allah tahu dengan detail. Sebagai contoh, Allah tahu setiap daun yang jatuh ke tanah. Allah juga tahu dari setiap perbuatan makhlukNya. Oleh kerana Dia Maha Tahu perbuatan makhlukNYa, maka Dia akan membalas segala perbuatan makhlukNya samada dengan kebaikan atau keburukan. Allah juga tahu setiap perbuatan rasulNya dan Dia telah memastikan yang rasulNya menyampaikan sebagaimana yang dikehendaki.

Allah juga uruskan semuanya dengan detail. Sebagai contoh, setiap ayat dan huruf dalam Qur’an diturunkan adalah seperti yang dikehendaki oleh Allah. Oleh itu, jangan kita ragu-ragu dengan Qur’an ini. Jangan ada perasaan dalam hati kita yang terdapat ayat-ayat yang ditambah tanpa sengaja dalam Qur’an ini atau ada ayat-ayat yang tertinggal. Ingatlah bahawa Qur’an ini adalah selengkap-lengkapnya.

Allahu a’lam. Lompat ke surah yang seterusnya – Surah Muzzammil

Tarikh: 14 Oktober 2017


Rujukan: 

Maulana Hadi

Ustaz Adli Yayasan Ta’lim

Nouman Ali Khan

Taimiyyah Zubair

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafsir Surah Jin Ayat 14 – 22 (Istidraj)

Ayat 14:

وَأَنّا مِنَّا المُسلِمونَ وَمِنَّا القٰسِطونَ ۖ فَمَن أَسلَمَ فَأُولٰئِكَ تَحَرَّوا رَشَدًا

Sahih International

And among us are Muslims [in submission to Allah ], and among us are the unjust. And whoever has become Muslim – those have sought out the right course.

Malay

`Dan bahawa sesungguhnya ada di antara kita golongan yang berugama Islam, dan ada pula golongan yang menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar,

 

وَأَنَّا مِنَّا الْمُسْلِمُونَ

`Dan bahawa sesungguhnya ada di antara kita golongan yang berugama Islam,

‘Muslimin’ bermaksud mereka menyerahkan dirinya kepada Allah, mengikut perintah Allah. Tidak semestinya mereka itu beriman dengan Nabi Muhammad lagi kerana sebelum itu Nabi Muhammad pun mereka tidak kenal. Maknanya, agama-agama wahyu sebelum itu iaitu agama Yahudi dan Nasrani kerana mereka juga asalnya adalah agama Islam sehinggalah ajaran itu telah diubah.

 

وَمِنَّا الْقَٰسِطُونَ

dan ada pula dari kalangan kami yang menyimpang

Mereka telah menyimpang dari jalan yang benar dan telah melampau terhadap kebenaran. Mereka adalah golongan yang melampaui batasan hak dan menyimpang darinya, yakni durhaka. Lafaz al-qasit berbeza dengan lafaz al-muqsit, kerana al-muqsit ertinya adil.Mereka telah berlaku zalim kepada diri mereka kerana tidak serahkan diri kepada Allah.

 

فَمَنْ أَسْلَمَ فَأُولَٰئِكَ تَحَرَّوْا رَشَدًا

maka sesiapa yang menurut Islam, maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari jalan yang benar,

Kaliamh تَحَرَّوْا bermaksud mencari pilihan yang paling baik di dalam bermacam-macam pilihan, dan kemudian menggunakan pilihan itu. Golongan yang pertama adalah mereka yang telah memilih Islam dan mengamalkan ajaran Islam.

Kalau kita memilih makanan, tentu kita akan ambil yang terbaik, bukan? Ada yang sampai tengok apakah kandungan (ingredient) dalam makanan itu. Itulah yang dinamakan تَحَرَّوْا . Jadi kenapa dalam hal agama, kebanyakan manusia tidak buat macam itu?

Mereka yang mahukan hidayah dan berusaha mencari, Allah akan berikan kebenaran kepadanya. Oleh itu, kita kena simpan dalam hati kita keinginan untuk mendapatkan hidayah. Kita kena selalu berdoa kepada Allah untuk memberikan hidayah kepada kita. Kalau kita ada niat begitu, Allah akan pimpin kita kena kebenaran.


 

Ayat 15: Apakah kesan kepada mereka yang memilih jalan yang menyimpang dari kebenaran?

وَأَمَّا القٰسِطونَ فَكانوا لِجَهَنَّمَ حَطَبًا

Sahih International

But as for the unjust, they will be, for Hell, firewood.’

Malay

`Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam. ‘

Neraka dinyalakan dengan menggunakan mereka sebagai bahan bakar – samada mereka dari golongan jin atau manusia. Maknanya mereka bukan sahaja terbakar tapi mereka akan ‘membakar’ juga. Kerana itulah apabila masuk sahaja penghuni neraka yang baru, neraka dan ahli neraka yang sudah ada di dalamnya akan marah kerana kemasukan pendatang baru itu akan menyebabkan neraka jadi lagi panas.

Ayat ini adalah untuk menakutkan mereka. Jangan mereka sangka yang mereka akan selamat di akhirat kelak. Malah, mereka akan jadi bahan api neraka! Kepanasan neraka itu akan bertambah dengan adanya mereka.

Mungkin ada yang bertanya soalan kurang cerdik: “kalau jin itu dijadikan dari api, kenapa mereka sakit kalau terkena api?” Kalau begitu, manusia pun patutnya tidak sakit kalau kena tampar dengan tangan dan juga dibaling dengan bikar tanah liat kerana tangan dan bikar itu dijadikan dari tanah.


 

Ayat 16: Telah habis kata-kata jin itu dan sekarang Allah yang berfirman.

وَأَلَّوِ استَقٰموا عَلَى الطَّريقَةِ لَأَسقَينٰهُم مّاءً غَدَقًا

Sahih International

And [ Allah revealed] that if they had remained straight on the way, We would have given them abundant provision

Malay

(Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi): “Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat kepada mereka.

 

وَأَلَّوِ اسْتَقٰمُوا عَلَى الطَّرِيقَةِ

“Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka itu istiqamah di atas satu jalan,

Perkataan yang digunakan adalah الطَّرِيقَةِ – jalan. Ini bukan bermaksud ‘tarekat’ golongan Sufi. Ini kita kena cakap, sebab golongan Sufi Tarekat ni, mereka memang suka pusing-pusing ayat Qur’an. Mereka tidak belajar tafsir Qur’an dan hanya ambil mana-mana ayat yang macam kena dengan jalan mereka, dan mereka tafsirkan ayat itu dengan cara yang salah. Takut mereka kata tareqat itu ajaran yang benar kerana memang dalam Qur’an. Memang ada dalam Qur’an, tapi bukanlah bermaksud ajaran mereka itu.

Kalimah الطَّرِيقَةِ dalam ayat ini boleh bermaksud ‘jalan yang dibawa oleh Nabi’. Ada kebaikan yang diberikan kepada mereka kalau mereka tetap berada di atas jalan yang benar itu. Maka mereka kenalah ikut.

 

لَأَسْقَيْنٰهُم مَّاءً غَدَقًا

sudah tentu Kami akan memberikan mereka minum air yang banyak.

Kalau mereka ikut jalan yang benar, maka mereka akan diberikan dapat meminum air yang banyak. Kalimah غَدَقًا ertinya ‘banyak’, makna yang dimaksud ialah memberinya rezeki yang banyak lagi berlimpah.

Ini adalah isyarat kepada rahmat yang banyak dan kehidupan, kerana kehidupan memerlukan air. Kehidupan mereka boleh menjadi mudah. Ini seperti firman Allah dalam Maidah: 66

وَلَوْ أَنَّهُمْ أَقَامُوا التَّوْرَاةَ وَالْإِنجِيلَ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْهِم مِّن رَّبِّهِمْ لَأَكَلُوا مِن فَوْقِهِمْ وَمِن تَحْتِ أَرْجُلِهِم مِّنْهُمْ أُمَّةٌ مُّقْتَصِدَةٌ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ سَاءَ مَا يَعْمَلُونَ

Dan kalau mereka bersungguh-sungguh menegakkan (menjalankan perintah-perintah Allah dalam) Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada mereka dari Tuhan mereka (Al-Quran), nescaya mereka akan makan (yang mewah) dari atas mereka (langit) dan dari bawah kaki mereka (bumi). Di antara mereka ada sepuak yang adil, dan kebanyakan dari mereka, buruk keji amal perbuatannya.

Dan juga dalam A’raf: 96

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

Ini kita boleh lihat telah terjadi kepada para sahabat. Lihatlah bagaimana sahabat mendapat nikmat dunia apabila mereka bersabar dan teguh dalam Islam. Mereka telah ramai yang menjadi kaya raya. Dan memang Islam suatu waktu dulu memang berada di ambang kejayaan dan kekayaan. Abu Hurairah sebagai contoh, asalnya seorang yang hidup teramat susah, tetapi dia telah menjadi kaya dan telah berkahwin dengan seroang wanita yang kaya. Sampaikan beliau telah menjadi gabenor. Ini adalah kerana, semasa beliau hidup dengan Nabi, beliau telah berkorban masa dan tenaga untuk belajar agama. Beliau telah menjadi terkenal dan mengajar agama pula kepada umat Islam. Beliau telah istiqamah atas agama, dan dengan itu, Allah telah beri balasan keduniaan yang baik kepada beliau.

‘Air’ itu juga adalah isyarat kepada ‘ilmu agama’. Mereka yang tetap atas jalan agama, akan diberikan pengetahuan agama yang bertambah-tambah. Oleh itu, kalau kita tidak jadi kaya dan senang di dunia, kita kena lihat bagaimana ilmu agama kita telah berlipat kali ganda dari dahulu. Mungkin Allah tidak beri dengan kekayaan harta, tapi Allah beri dengan kekayaan ilmu.


 

Ayat 17: Takhwif ukhrawi. Apakah tujuan nikmat itu? Dan apakah balasan kalau gagal dalam ujian?

لِّنَفتِنَهُم فيهِ ۚ وَمَن يُعرِض عَن ذِكرِ رَبِّهِ يَسلُكهُ عَذابًا صَعَدًا

Sahih International

So We might test them therein. And whoever turns away from the remembrance of his Lord He will put into arduous punishment.

Malay

“(Pemberian yang demikian) untuk Kami menguji mereka dalam menikmati apa yang Kami berikan itu (adakah mereka bersyukur dan tetap betul menurut Islam); dan (ingatlah), sesiapa yang berpaling dari mengingati Tuhannya, maka Tuhan akan memasukkannya ke dalam azab yang memuncak beratnya.

 

لِّنَفْتِنَهُمْ فِيهِ

“untuk Kami menguji mereka mengenainya

1. Tujuan diberikan rezeki itu adalah untuk menguji mereka dan kemudian beri bala kepada mereka. Mereka diuji dengan harta untuk lihat samada mereka terus dalam Islam atau tidak. Ada yang terpedaya dengan kekayaan dan nikmat yang telah diberikan kepada mereka sampai mereka boleh jadi menyimpang dari ajaran Islam. Maknanya, mereka gagal dengan ujian itu.

Sedangkan orang mukmin tidak kisah samada Allah beri nikmat atau tidak. Pada mereka, sama sahaja kalau Allah beri nikmat atu tidak. Mereka terima sahaja apa yang Allah beri kepada mereka. Mereka tahu yang ianya adalah ujian. Mereka tahu bahawa kehidupan yang susah itu adalah ujian, kehidupan yang senang juga adalah ujian.

Tidak salah untuk ada harta dan hidup dalam kesenangan. Jangan sampai ada yang buang harta mereka kerana kononnya mereka nak ‘zuhud’. Jangan kita salah faham dengan maksud zuhud. Zuhud bukannya tidak ada harta tapi tidak meletakkan hatinya pada harta itu. Kalau hartanya hilang, dia tidak kisah pun. Kerana dia sedar yang itu hanya barang dunia sahaja. Dia letakkan harta itu di tangan, bukan di hati.

Sebagai contoh, walaupun Saidina Umar telah menjadi seorang Khalifah, tapi beliau masih kuat melakukan ibadat dan beliau masih lagi melakukan tugas-tugas yang kita rasa sepatutnya diserahkan kepada hamba sahaja. Sebagai contoh, beliau masih lagi menguruskan untanya sendiri walaupun sudah menjadi Khalifah.

Oleh itu, jangan kita tertipu dengan dunia. Ingatlah bahawa dunia ini adalah ujian kepada kita. Banyak yang keliru, sebab ada yang sangka, kalau mereka beribadah banyak, akan lebih banyak rezeki mereka. Kalau mereka tengok orang yang susah, mereka ada yang kata: “Itulah kamu, tinggal solat dan ibadat, tengok Allah dah tak beri rezeki kepada kau.”

Itu adalah pandangan yang salah. Kita buat ibadat bukan kerana kita nak dapat rezeki. Jangan pula kita buat amal ibadat kerana hendak Allah sayang kita, dan beri kesenangan kepada kita.

2. Ini adalah pendapat yang kedua. Kalau pendapat pertama tadi, perkataan الطَّرِيقَةِ ditafsirkan sebagai jalan agama yang benar. Tetapi pendapat kedua pula memegang perkataan الطَّرِيقَةِ sebagai bermaksud ‘jalan kesesatan’. Kalau mereka berterusan berada di atas jalan kesesatan, Allah akan beri juga rezeki mencurah-curah kepada mereka tetapi sebagai istidraj (nikmat yang diberi kepada manusia yang menjauhkannya dari jalan Allah). Seperti yang Allah firmankan dalam An’am:44

فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّىٰ إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُم بَغْتَةً فَإِذَا هُم مُّبْلِسُونَ

Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).

Semakin mereka sesat, semakin Allah beri rezeki kepada mereka. Supaya mereka lebih dekat kepada azab.

Oleh itu, kalau kita lihat ada orang yang hidup kaya dan mewah, tapi mereka melakukan maksiat, maka ketahuilah yang mereka itu telah diberikan istidraj oleh Allah. Malangnya, ramai yang terpedaya dengan nikmat yang mereka dapati. Mereka sangka Allah sayang kepada mereka. Seperti yang Allah firman dalam Mukminoon: 55-56

أَيَحْسَبُونَ أَنَّمَا نُمِدُّهُم بِهِ مِن مَّالٍ وَبَنِينَ

Adakah mereka menyangka bahawa apa yang Kami berikan kepada mereka dari harta benda dan anak-pinak itu.

نُسَارِعُ لَهُمْ فِي الْخَيْرَاتِ بَل لَّا يَشْعُرُونَ

(Bermakna bahawa dengan yang demikian) Kami menyegerakan untuk mereka pemberian kebaikan? (Tidak!) Bahkan mereka tidak menyedari (hakikatnya yang sebenar).

Ada orang kafir atau orang yang zalim yang masih juga melakukan kebaikan kepada manusia lain. Kepada mereka yang seperti ini, Allah akan bayar terus kebaikan mereka semasa di dunia lagi. Macam orang kafir yang baik, dibayar pulangan mereka dalam dunia. Sebab itu kalau kita lihat orang kafir yang rajin berderma, mereka akan dapat balik harta berlipat ganda. Mereka dibalas semasa mereka di dunia lagi supaya tiada lagi balasan yang mereka boleh tuntut di akhirat.

Tetapi kepada orang mukmin pula, ada balasan yang Allah simpan untuk dibalas di akhirat. Dan balasan di akhirat lebih istimewa lagi tentunya. Dan kalau mereka dapat nikmat, dan dengan ini mereka bersyukur, pahala syukur itu disimpan lagi.

 

وَمَن يُعْرِضْ عَن ذِكْرِ رَبِّهِ

dan sesiapa yang berpaling dari mengingati Tuhannya,

Ada yang mengatakan perkataan ذِكْرِ رَبِّهِ bermaksud Qur’an. Iaitu mereka bukan sahaja berpaling dari mengingati Tuhan tapi mereka juga berpaling dari pengajaran Qur’an. Iaitu tidak belajar tafsir Qur’an. Kerana kalau nak pakai Qur’an, tiada cara lain lagi dari mempelajari tafsir Qur’an.

Atau ia juga bermaksud mereka yang tahu apakah kebenaran (kerana telah disampaikan kepada mereka), tapi mereka tetap berpaling. Iaitu mereka yang belajar Qur’an tapi selepas itu melupakan dan meninggalkannya.

Atau dia belajar tapi dia tidak amalkan apa yang disuruh dalam Qur’an itu. Ini peringatan berat kepada kita yang belajar tafsir Qur’an ini. Adakah kita telah mengamalkan apa yang kita tahu?

 

يَسْلُكْهُ عَذَابًا صَعَدًا

Tuhan akan memasukkannya ke dalam azab yang memuncak beratnya.

Azab itu adalah azab yang tinggi dan makin naik. Intensiti semakin tinggi dari masa ke semasa. Kerana perkataan صَعَدًا berasal dari katadasar ص ع د yang bermaksud mendaki naik. Maknanya, azab itu tidak akan berkurangan langsung. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahwa صَعَدًا adalah nama sebuah gunung di dalam neraka Jahanam.


 

Ayat 18: Ayat penting tentang masjid Allah. Ini adalah khulasah dari dari ayat-ayat yang telah disebut sebelum ini bermula dari Surah al-Mulk lagi. Iaitu tidak boleh seru selain dari Allah.

وَأَنَّ المَسٰجِدَ ِلِلهِ فَلا تَدعوا مَعَ اللهِ أَحَدًا

Sahih International

And [He revealed] that the masjids are for Allah, so do not invoke with Allah anyone.

Malay

“Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.

 

وَأَنَّ الْمَسٰجِدَ ِلِلهِ

Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk Allah semata-mata;

Masjid itu dijadikan untuk menyembah Allah sahaja. Oleh itu, jangan langsung ada sembah dan seru yang lain.

Bukanlah ayat ini bermaksud di dalam masjid sahaja tidak boleh seru selain Allah. Di luar masjid pun tidak boleh juga. Tapi kalau seru selain Allah di masjid lebih teruk lagi.

Ada yang mengatakan yang ‘masjid’ dalam ayat ini bermaksud ‘dunia’ ini kerana seluruh dunia ini boleh dijadikan tempat solat. Maka di mana-mana pun tidak boleh sembah dan seru selain Allah. Ini bertepatan dengan hadis Nabi. Dari Jabir bin ‘Abdillah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

وَجُعِلَتْ لِىَ الأَرْضُ مَسْجِدًا وَطَهُورًا ، وَأَيُّمَا رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِى أَدْرَكَتْهُ الصَّلاَةُ فَلْيُصَلِّ

Seluruh bumi dijadikan sebagai tempat solat dan untuk bersuci. Siapa saja dari umatku yang mendapati waktu solat, maka solatlah di tempat tersebut” (HR. Bukhari no. 438 dan Muslim no. 521).

Masjid adalah tempat menyembah dan menyeru Allah dan perkara yang berkaitan dengannya. Sebab itulah ada larangan berjual beli dalam kawasan masjid. Dan jangan buat pengumuman cari barang hilang. Seperti satu hadis Nabi:

١٢٤٢ – حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ الْخَلَّالُ حَدَّثَنَا عَارِمٌ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُحَمَّدٍ أَخْبَرَنَا يَزِيدُ بْنُ خُصَيْفَةَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ ثَوْبَانَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا رَأَيْتُمْ مَنْ يَبِيعُ أَوْ يَبْتَاعُ فِي الْمَسْجِدِ فَقُولُوا لَا أَرْبَحَ اللَّهُ تِجَارَتَكَ وَإِذَا رَأَيْتُمْ مَنْ يَنْشُدُ فِيهِ ضَالَّةً فَقُولُوا لَا رَدَّ اللَّهُ عَلَيْكَ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ وَالْعَمَلُ عَلَى هَذَا عِنْدَ بَعْضِ أَهْلِ الْعِلْمِ كَرِهُوا الْبَيْعَ وَالشِّرَاءَ فِي الْمَسْجِدِ وَهُوَ قَوْلُ أَحْمَدَ وَإِسْحَقَ وَقَدْ رَخَّصَ فِيهِ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ فِي الْبَيْعِ وَالشِّرَاءِ فِي الْمَسْجِدِ
1242. Telah menceritakan kepada kami Al Hasan bin Ali Al Khallal, telah menceritakan kepada kami ‘Arim telah menceritakan kepada kami Abdul Aziz bin Muhammad, telah mengabarkan kepada kami Yazid bin Khushaifah dari Muhammad bin Abdurrahman bin Tsauban dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika kalian melihat orang menjual atau membeli di dalam masjid, maka katakanlah; Semoga Allah tidak memberi keuntungan kepada barang daganganmu. Jika kalian melihat orang yang mengumumkan sesuatu yang hilang di dalamnya maka katakanlah; Semoga Allah tidak mengembalikannya kepadamu.” Abu Isa berkata; Hadits Abu Hurairah adalah hadits hasan gharib dan menjadi pedoman amal menurut sebagian ulama, mereka memakruhkan menjual dan membeli di dalam masjid, ini adalah pendapat Ahmad dan Ishaq namun sebagian ulama membolehkan menjual dan membeli di dalam masjid.

‘Masjid’ juga boleh bermaksud ‘anggota sujud’. Kita hanya boleh sujud kepada Allah sahaja. Ini bermaksud, waktu melakukan ibadat, hanya ibadat kepada Allah sahaja. Allah yang jadikan anggota sujud kita, takkan kita gunakan anggota itu untuk sujud dan sembah kepada orang lain pula?

 

فَلَا تَدْعُوا مَعَ اللهِ أَحَدًا

“maka janganlah kamu seru sesiapapun bersama-sama Allah.

Dulu, Yahudi dan Nasrani menyeru Allah dan juga selain Allah dalam rumah ibadat mereka. Begitu juga dengan Musyrikin Mekah – mereka sembah Allah dan sembah berhala di Kaabah. Mereka telah melakukan kesalahan yang besar iaitu kesalahan syirik.

Tapi bukan mereka sahaja yang telah melakukan kesalahan sebegitu. Orang kita pula seru tok nenek dan syeikh dalam masjid juga. Selain dari itu, mereka juga menyeru Nabi Muhammad. Itu pun salah juga. Mereka mengamalkan zikir-zikir yang syirik.

Dan zaman sekarang, puak-puak Habib telah dipanggil untuk melagukan qasidah sampai ke dalam masjid. Sudahlah mereka melalaikan manusia di stadium-stadium dan tempat ibadat mereka, sekarang sampai bergendang dan melalak di masjid pula sekarang. Malang sekali masyarakat ramai yang tidak nampak kesesatan yang dibawa oleh mereka.

Ayat ini adalah ayat tauhid. Ia mengajar kita untuk seru hanya kepada Allah sahaja kerana Allah sahaja yang boleh sambut seru kita. Kalau seru kepada Nabi Muhammad dan Nabi-nabi lain pun tidak boleh. Memang kita digalakkan selawat, tapi buat dengan cara yang sesuai. Bukanlah dengan selawat-selawat rekaan.

Selawat dengan kuat dan beramai-ramai pun tidak sesuai kerana bukan begitu cara yang dianjurkan. Malangnya sampai ada yang zikir melompat menari dan sebagainya. Sampaikan ke dalam masjid pun manusia masih buat lagi perkara ini dan ini adalah amat-amat menghampakan untuk dilihat.

Pada hari ayat ini diturunkan, tidak ada masjid diketahui waktu itu melainkan Masjidil Haram sahaja. Kerana ayat ini diturunkan di Mekah. Sedangkan perkataan masaajid adalah dalam bentuk jamak. Masjid-masjid lain seperti Masjidil Aqsa tidak diketahui waktu itu. Walaupun begitu, bukanlah ayat ini hanya untuk Masjidil Haram sahaja tapi semua masjid di mana-mana.

Jin-jin meminta untuk solat bersama Nabi maka turun ayat ini. Kemudian Nabi memberitahu mereka untuk solat dan jangan campur dengan manusia.

Al-A’masy mengatakan bahawa jin berkata, “Wahai Rasulullah, izinkanlah kami untuk ikut salat bersamamu di masjidmu ini.” Maka Allah Swt. menurunkan firman-Nya: Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu menyembah seseorangpun di dalamnya di samping (menyembah) Allah. (Al-Jin: 18) Maka Nabi Saw. bersabda kepada mereka, “Salatlah kalian, tetapi jangan bercampur dengan manusia.”

Maknanya, tidak ada percampuran antara manusia dan jin langsung. Maka kalau ada yang kata ada manusia yang berkawan dengan jin, itu ada masalah. Kalau berkawan dengan jin, maksudnya orang itu ada mengamalkan amalan yang menyebabkan jin melekat kepadanya.


 

Ayat 19: Zajrun kepada penentang Nabi dalam dakwah.

وَأَنَّهُ لَمّا قامَ عَبدُ اللهِ يَدعوهُ كادوا يَكونونَ عَلَيهِ لِبَدًا

Sahih International

And that when the Servant of Allah stood up supplicating Him, they almost became about him a compacted mass.”

Malay

“Dan bahawa sesungguhnya, ketika hamba Allah (Nabi Muhammad) berdiri mengerjakan ibadat kepadaNya, mereka hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya”.

 

وَأَنَّهُ لَمَّا قَامَ عَبْدُ اللهِ يَدْعُوهُ

“Dan bahawa sesungguhnya, ketika hamba Allah berdiri menyeru kepadaNya,

‘Hamba Allah’ yang dimaksudkan dalam ayat ini merujuk kepada Nabi Muhammad SAW. Waktu itu Nabi Muhammad sedang membaca ayat-ayat Qur’an.

 

كَادُوا يَكُونُونَ عَلَيْهِ لِبَدًا

mereka hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya”.

Kalimah لِبَدًا adalah merujuk kepada ‘kumpulan manusia yang menindih satu sama lain’. Mereka bertindih-tindih kerana nak melihat apa yang berlaku. Katakan ada satu pertunjukan yang amat menarik perhatian manusia, maka mereka akan berkerumun sampai menindih satu sama lain.

Ada beberapa pendapat tentang apa yang dimaksudkan dalam ayat ini:

1. Hampir jin-jin itu memanjat Nabi kerana kesungguhan untuk mendengar apa yang dibaca oleh baginda. Mereka dekat sungguh dengan baginda pada waktu itu. Tapi Nabi tak tahu pun mereka ada. Mereka berkerumun sampai bertindihan sesama sendiri. Mereka ajak jin-jin lain untuk mendengar sekali. Ini kerana mereka bersungguh mahu mendengar bacaan Nabi.

2. Pendapat kedua mengatakan yang ayat ini bermaksud jin-jin itu menceritakan balik bagaimana mereka nampak para sahabat yang taat dan mengerumuni Nabi dalam solat mereka. Jin takjub dengan ketaatan para sahabat kepada baginda. Memang selalunya apabila Nabi bercakap, baginda akan dikerumuni kerana ramai yang mahu mendengar.

3. Pendapat ketiga mengatakan yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah: manusia dan jin berkerumun untuk menyekat Nabi dari berdakwah. Bukannya kerumun kerana hendak mendengar tetapi kerana hendak menghalang. Iaitu ketika baginda bangun untuk berdakwah. Mereka tidak mahu Nabi terus membaca ayat Qur’an dan mereka cepat-cepat menghalang Nabi. Dan pendapat ini disokong dengan ayat seterusnya.

Keadaan yang sama juga ada disebut dalam ayat Maarij: 36-37

فَمَالِ الَّذِينَ كَفَرُوا قِبَلَكَ مُهْطِعِينَ

Maka apakah yang menyebabkan orang-orang kafir, yang menentangmu (wahai Muhammad) datang berkejaran ke sisimu –

عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ عِزِينَ

berpuak-puak di sebelah kanan dan di sebelah kirimu.


 

Ayat 20: Apakah respons dari Nabi? Nabi juga mengajar tauhid dalam ayat ini. Hanya doa kepada Allah sahaja dalam segala hal dan melakukan syirik.

قُل إِنَّما أَدعو رَبّي وَلا أُشرِكُ بِهِ أَحَدًا

Sahih International

Say, [O Muhammad], “I only invoke my Lord and do not associate with Him anyone.”

Malay

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah beribadat kepada Tuhanku semata-mata, dan aku tidak mempersekutukanNya dengan sesiapapun”.

 

قُلْ إِنَّمَا أَدْعُو رَبِّي

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah menyeru kepada Tuhanku semata-mata,

Inilah yang dimaksudkan yang ayat ini menyokong pendapat ketiga dalam ayat sebelum ini. Iaitu yang mengerumun baginda yang membaca ayat Qur’an itu adalah kerana hendak menghalang baginda dari membaca ayat-ayat Qur’an.

Apabila mereka melakukan begitu, baginda disuruh untuk memberitahu yang baginda hanya mengajak kepada Allah sahaja. Baginda mengajak kepada kebaikan, bukan kerana hendak mengambil kuasa atau harta mereka. Baginda langsung tidak mengancam mereka.

 

وَلَا أُشْرِكُ بِهِ أَحَدًا

dan aku tidak mempersekutukanNya dengan sesiapapun”.

Baginda juga mengajak kepada ajaran Tauhid. Itulah ajaran yang amat penting sekali yang perlu dipelajari dan diikuti oleh manusia. Dan itulah ajaran yang akan menyelamatkan mereka di dunia dan akhirat.

Jangan sekali-kali melakukan syirik. Tapi untuk kenal syirik, kenalah belajar. Ramai yang tidak tahu syirik kerana mereka tidak belajar wahyu. Kerana itu mereka tidak tahu yang mereka telah ditipu oleh syaitan yang mengajar syirik dalam amalan.

Antara salah faham syirik yang manusia pegang adalah syirik dalam berkat. Ini telah mula disebut dalam Surah Mulk dan disambung dalam surah ini kerana kepentingannya. Kerana ada manusia yang sangka Allah ada beri kuasa berkat kepada makhluk, maka ramailah manusia jahil yang berdoa kepada selain Allah untuk mendapatkan berkat mereka. Ini adalah syirik.

Maka, kenapa mereka hendak menghalang baginda sedangkan baginda mengajak kepada kebaikan dan keselamatan?


 

Ayat 21: 

قُل إِنّي لا أَملِكُ لَكُم ضَرًّا وَلا رَشَدًا

Sahih International

Say, “Indeed, I do not possess for you [the power of] harm or right direction.”

Malay

Katakanlah lagi; ” Sesungguhnya aku tidak berkuasa mendatangkan sebarang mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan sebarang kebaikan bagi kamu.

 

قُلْ إِنِّي لَا أَمْلِكُ لَكُمْ ضَرًّا

Katakanlah lagi; ” Sesungguhnya aku tidak berkuasa mendatangkan sebarang mudharat

Nabi Muhammad disuruh untuk memberitahu mereka. Kalau mereka tidak ikut baginda, baginda tidak boleh memberi mudharat pun kepada mereka. Kerana baginda tidak ada kuasa untuk beri mudharat kepada sesiapa pun.

 

وَلَا رَشَدًا

dan tidak juga berkuasa mendatangkan sebarang petunjuk bagi kamu.

Nabi hanya boleh tunjuk jalan sahaja. Baginda juga hanya boleh menyampaikan dakwah sahaja.

Begitu juga kita dalam berdakwah. Kita tidak boleh beri manusia terima hidayah. Allah sahaja yang ada kuasa itu.

Dalam ayat ini, Allah hendak  memberitahu yang Nabi Muhammad sendiri tidak ada kuasa memberi mudharat dan manfaat. Baginda sendiri bergantung kepada Allah.


 

Ayat 22: 

قُل إِنّي لَن يُجيرَني مِنَ اللهِ أَحَدٌ وَلَن أَجِدَ مِن دونِهِ مُلتَحَدًا

Sahih International

Say, “Indeed, there will never protect me from Allah anyone [if I should disobey], nor will I find in other than Him a refuge.

Malay

Katakanlah lagi; “Sesungguhnya aku, tidak sekali-kali akan dapat diberi perlindungan oleh sesiapapun dari (azab) Allah (jika aku menderhaka kepadaNya), dan aku tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya,

 

قُلْ إِنِّي لَن يُجِيرَنِي مِنَ اللهِ أَحَدٌ

Katakanlah lagi; “Sesungguhnya aku, tidak sekali-kali akan dapat diberi perlindungan oleh sesiapapun dari Allah

Kalimah يُجِيرَنِي dari katadasar ج و ر yang bermaksud ‘diberi perlindungan’. Perkataan ‘jiran’ juga dari katadasar yang sama – mereka yang tinggal di sebelah kita dan boleh memberi bantuan dan perlindungan kepada kita.

Nabi sendiri pun tidak dapat melindungi dirinya dari Allah kalau baginda engkar kepada arahan Allah. Kalau diri baginda sendiri pun tidak dapat selamatkan, apatah lagi kalau baginda nak lindungi orang lain? Maka, kalau kita minta pertolongan kepada Nabi pun tidak patut sangat kerana kita minta kepada seseorang yang tidak dapat menyelamatkan kita.

 

وَلَنْ أَجِدَ مِن دُونِهِ مُلْتَحَدًا

dan aku tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya,

Perkataan مُلْتَحَدًا dari katadasar ل ح د yang bermaksud ‘perlindungan’. Perkataan ‘liang lahad’ juga dari katadasar yang sama kerana lahad itu memberi perlindungan kepada jenazah di dalamnya.

Oleh itu, ayat ini memberitahu kita yang tidak ada tempat lari dari Allah kalau kita buat salah. Bukanlah ayat ini hendak mengatakan Nabi telah buat salah sampai tidak ada tempat lari dariNya. Nabi Muhammad memberitahu yang kalau baginda tidak melakukan tugasnya untuk menyampaikan ajaran tauhid, baginda pun tidak akan selamat dari azab Allah.

Allahu a’lam. Lompat ke ayat yang seterusnya

Tarikh: 14 Oktober 2017


Rujukan: 

Ustaz Adli

Nouman Ali Khan

Taimiyyah Zubair

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafsir Surah Jin Ayat 8 – 13 (Ada jin Islam)

Pengenalan:

1. Janganlah kita membesarkan jin. Sedangkan kedudukan mereka itu lebih rendah dari kita sebenarnya. Jangan kita ada sangkaan dalam hati kita yang mereka ada kuasa lebih. Dalam satu hadis riwayat Abi Dawud:

كُنْتُ رَدِيفَ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فَعَثَرَتْ دَابَّتُهُ فَقُلْتُ تَعِسَ الشَّيْطَانُ . فَقَالَ لاَ تَقُلْ تَعِسَ الشَّيْطَانُ فَإِنَّكَ إِذَا قُلْتَ ذَلِكَ تَعَاظَمَ حَتَّى يَكُونَ مِثْلَ الْبَيْتِ وَيَقُولَ بِقُوَّتِى وَلَكِنْ قُلْ بِسْمِ اللَّهِ فَإِنَّكَ إِذَا قُلْتَ ذَلِكَ تَصَاغَرَ حَتَّى يَكُونَ مِثْلَ الذُّبَابِ

Ketika aku dibonceng Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tiba-tiba unta beliau tergelincir. Serta merta aku berkata, “Celakalah syaitan.” Maka beliau bersabda, “Jangan kamu katakan, ‘celakalah syaitan,’ sebab jika kamu katakan seperti itu maka syaitan akan membesar sebesar rumah dan dengan sombongnya syaitan akan berkata; ‘Itu terjadi kerana kekuatanku’. Akan tetapi, ucapkanlah ‘Bismillah’ sebab jika engkau mengucapkan basmalah syaitan akan mengecil hingga sebesar lalat. “(HR. Abu Dawud)

Malangnya, orang kita takut dengan jin dan rasa jin boleh buat sesuatu kepada mereka. Maka, itulah sebabnya jin itu lagi mengganas.

2. Jangan juga kita terpesona dengan ada golongan yang boleh scan dan nampak jin. Mereka kata ada dua tiga ekor dalam badan seseorang. Siap boleh sebut nama jin itu. Ataupun siap ada yang boleh bercakap dengan jin itu.

Itu bukan satu kelebihan sebenarnya. Itu adalah satu kekurangan. Kalau kita atau anak-anak kita boleh nampak jin, itu menandakan ada masalah di mana-mana dan kena belajar lagi tentang jin. Sebagai contoh, kalau mereka yang ada beramal dengan wirid-wirid khas, salah satu masalah yang mereka akan hadapi adalah mereka akan nampak dan diganggu oleh jin. Kerana amalan mereka itu sebenarnya adalah sihir dan mereka memanggil jin sebenarnya untuk datang dan rapat dengan mereka.

Maka, tinggalkanlah amalan-amalan yang tidak tsabit dari Nabi. Termasuklah amalan-amalan yang ustaz beri, yang ayah kita beri, kawan-kawan kita beri. Termasuklah kalau amalan itu membaca potongan ayat-ayat Qur’an pun. Bukan begitu cara amalan yang diajar oleh Nabi dan Islam. Selalunya kalau ada yang kena gangguan jin, kita akan tanya dia dulu tentang amalan dia satu persatu.

3. Tidak ada kelebihan kalau boleh nampak jin sebenarnya. Sampaikan Imam Syafie telah berfatwa bahawa mereka yang nampak jin tidak boleh dijadikan saksi. Kerana mereka nampak benda yang tidak sepatutnya mereka nampak. Apa yang mereka nampak sudah tidak boleh dipercayai lagi. Jadi mereka itu pun sudah tidak boleh dipercayai lagi. Takut mereka memberi persaksian yang salah. Mereka tidak diterima sebagai saksi samada sebagai saksi di mahkamah atau saksi nampak anak bulan.


 

Ayat 8: Ini adalah kisah yang disampaikan sendiri oleh jin, diulang semula oleh Allah dalam Surah Jin ini, bagaimana mereka dulu boleh naik ke langit tapi tidak boleh lagi selepas Nabi diangkat menjadi Rasul.

وَأَنّا لَمَسنَا السَّماءَ فَوَجَدنٰها مُلِئَت حَرَسًا شَديدًا وَشُهُبًا

Sahih International

And we have sought [to reach] the heaven but found it filled with powerful guards and burning flames.

Malay

Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.

 

وَأَنَّا لَمَسْنَا السَّمَاءَ

Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit,

Perkataan لَمَسْنَا dari katadasar ل م س yang bermaksud ‘sentuh dengan tangan’ atau ‘mencari-cari sesuatu dengan tangan’. Dalam konteks ayat ini, ia bermaksud mereka mencari-cari maklumat di langit.

Dulunya, jin-jin itu boleh naik ke langit dan mendengar berita dari langit (dari perbuatan malaikat) dan kemudian mereka akan menyampaikan berita dari langit itu kepada ahli nujum (dinamakan kaahin). Memang ada berita yang benar yang mereka sampaikan, tapi mereka akan tambah dengan beratus penipuan. Tetapi apabila ada satu sahaja berita yang benar, maka manusia terus terima pembohongan-pembohongan jin itu sebagai benar belaka. Ini adalah kerana manusia jahil senang ditipu.

 

فَوَجَدْنٰهَا مُلِئَتْ حَرَسًا شَدِيدًا وَشُهُبًا

lalu kami dapati langit itu dipenuhi dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.

Kalimah حَرَسًا bermaksud ‘pengawal’. Mereka itu adalah para malaikat yang ditugaskan untuk menjaga Qur’an. Supaya jin-jin itu tidak dapat dekat dengan Qur’an walau sedikit pun. Dan supaya mereka menjaga langit dari dicuri maklumat oleh jin-jin.

Apabila jin-jin naik sahaja ke langit, mereka terus nampak malaikat yang menjaga langit itu kerana mereka dijadikan dari api dan malaikat dijadikan dari cahaya. Kerana mereka dijadikan dari bahan yang hampir sama, jadi mereka boleh melihat malaikat. Allahu a’lam.

Qur’an dijaga supaya tidaklah ada jin yang dengar Qur’an dulu sebelum Nabi Muhammad mendengarnya dahulu. Kalau jin yang dengar dahulu, nanti mereka boleh buat penipuan pula dengan Qur’an itu. Maka Allah jaga langit dari mereka. Dan selepas Qur’an tidak lagi diturunkan, langit tetap dijaga supaya jin tidak dapat curi maklumat langit.

Jadi, memang tidak pernah ada sesiapa yang mendengar Qur’an sebelum Nabi Muhammad. Oleh itu, tidaklah benar hujah yang kononnya ada yang kata ada syair Arab yang bunyi macam Qur’an. Mereka seperti hendak mengatakan yang Nabi Muhammad cedok Qur’an ini dari syair-syair itu. Hujah ini malangnya datang dari kalangan masyarakat kita. Padahal, tidak pernah diberikan hujah ini oleh Musyrikin Mekah sendiri. Arab Mekah sendiri pun terpesona dengan Qur’an. Tiba-tiba zaman sekarang timbul kisah mengarut macam ini. Kalaulah ada syair Arab yang bunyi macam Qur’an, Abu Lahab dan Abu Jahal dah lama dah pakai hujah itu, tapi kita tidak pernah dengar pun mereka mengatakan sedemikian. Jadi, tidak tahu dari sumber mana mereka dapat hujah karut itu.

Ayat ini amat penting kerana salah satu tohmah Musyrikin Mekah, mereka kata Nabi mendapat ayat-ayat Qur’an itu dari jin. Mereka nak kata bahawa jin lah yang mengajar Nabi Muhammad. Ini ditolak dengan ayat ini. Kerana jin-jin itu sendiri sudah tidak dapat lagi naik ke langit untuk mendengar-dengar berita dari langit. Lalu mana mungkin mereka boleh kata yang jin yang memberikan ayat-ayat Qur’an itu kepada Nabi?

Perkara itu tidak akan terjadi. Allah sebut dalam Syua’ra:210-212

وَمَا تَنَزَّلَتْ بِهِ الشَّيَاطِينُ

Dan Al-Qur’an itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan.

وَمَا يَنبَغِي لَهُمْ وَمَا يَسْتَطِيعُونَ

Dan tidak layak bagi Syaitan-syaitan itu berbuat demikian, dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya.

إِنَّهُمْ عَنِ السَّمْعِ لَمَعْزُولُونَ

Sesungguhnya mereka dihalang sama sekali daripada mendengar wahyu yang dibawa oleh Malaikat.

Tidak ada campuran atau gangguan pada ayat Quran kerana Allah sudah berjanji yang Dia sendiri akan menjaga Qur’an itu seperti yang Allah firmankan dalam Hijr:9

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur’an, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.

Bukan hanya malaikat yang menanti mereka tetapi ada api yang terbakar. Api itu akan mengejar mereka kalau mereka mendekati langit. Lihat ayat Mulk:5.

وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَجَعَلْنَاهَا رُجُومًا لِّلشَّيَاطِينِ وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيرِ

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.

Dalam ayat ini, jelas diterangkan bagaimana salah satu tujuan dijadikan bintang-bintang itu adalah sebagai rejaman kepada jin syaitan.


 

Ayat 9: Jin menceritakan dulu bagaimana cara mereka mencuri berita dari langit.

وَأَنّا كُنّا نَقعُدُ مِنها مَقٰعِدَ لِلسَّمعِ ۖ فَمَن يَستَمِعِ الآنَ يَجِد لَهُ شِهابًا رَّصَدًا

Sahih International

And we used to sit therein in positions for hearing, but whoever listens now will find a burning flame lying in wait for him.

Malay

Dan sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya.

 

وَأَنَّا كُنَّا نَقْعُدُ مِنْهَا مَقٰعِدَ لِلسَّمْعِ

Dan sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat di langit untuk mendengar;

Dahulunya, mereka dapat naik sampai ke langit, iaitu langit dunia sahaja. Mereka akan bertimpa-timpa atas satu sama lain.

Mereka akan duduk di tempat yang rendah sedikit supaya mereka boleh mendengar-dengar perbualan malaikat sesama malaikat. Tempat itu malaikat tak nampak. Dari tempat-tempat itu, dapatlah mereka mendengar sedikit perbualan malaikat.

Bukan semua mereka dengar pun. Dengan modal yang sedikit itu itulah mereka menipu manusia. Mereka akan sampaikan kepada kawan-kawan mereka dari kalangan ahli nujum.

 

فَمَن يَسْتَمِعِ الْآنَ يَجِدْ لَهُ شِهَابًا رَّصَدًا

maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu.

Api itu dalam bentuk tahi bintang atau meteorite yang akan dilemparkan kepada jin-jin yang cuba mendengar itu dan ianya akan mengejar syaitan. Ini berlaku apabila wahyu mula diturunkan kepada Nabi Muhammad. Api itu macam heat seeking missile – ianya akan ikut jin sampai dapat tembak, jadi jin-jin itu tidak boleh elak.

Dulu sebelum Nabi Muhammad mendapat wahyu, memang ada tahi bintang tapi ianya melintas sahaja. Tapi apabila wahyu dah diturunkan, ianya akan mengejar jin yang naik ke langit. Ianya jadi paling banyak semasa Nabi Muhammad baru dinaikkan menjadi Rasul. Kalau zaman sekarang, masih ada lagi sekali sekala kerana itu adalah tanda yang ada jin yang masih lagi cuba naik ke langit. Mereka adalah makhluk yang bodoh, jadi walaupun mereka tahu apa yang akan dikenakan kepada mereka, mereka masih nak cuba-cuba juga.

Oleh itu, tahi bintang yang jatuh ke bumi itu adalah bekas rejaman jin. Jadi jangan pergi cari ‘batu petir’, sebab itu adalah bekas azab dari Allah. Sepertimana juga Nabi larang duduk di tempat azab Allah diturunkan. Apabila Nabi lalu di kawasan bekas Tentera Bergajah Abrahah dilontar dengan azab batu dengan Burung Abaabil, baginda akan bergerak dengan laju.

Contoh Batu Petir

Oleh itu, jin-jin tidak boleh elak rejaman api itu kepada mereka. Apabila mereka naik sahaja, mereka akan kena tembak. Mereka tak boleh melarikan diri pun. Maka jangan salah sangka dengan tahi bintang itu. Macam orang kita, ada yang wishing upon the stars – nampak tahu bintang jatuh, mereka buat wish, kononnya makbul – ini adalah salah sama sekali!

Memang dari dulu lagi manusia ada pemikiran yang salah tentang tahi bintang itu. Ada satu hadis berkenaan perkara ini:

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم جالسا في نفر من أصحابه قال عبد الرزاق من الأنصار فرمي بنجم فاستنار فقال صلى الله عليه وسلم ” ما كنتم تقولون إذا كان مثل هذا فى الجاهلية ؟ ” قالوا كنا نقول يولد عظيم أو يموت عظيم .قلت للزهري أكان يرمى بها في الجاهلية ؟ قال نعم ولقد غلظت حين بعث النبي صلى الله عليه وسلم قال: فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم ” فإنها لا يرمى بهـا لموت أحد ولا لحياته ولكن ربنا تبارك وتعالى إذا قضى أمرا سبح حملة العرش ثم سبح أهل السماء الذين يلونهم حتى يبلغ التسبيح السماء الدنيا ثم يستخبر أهل السماء الذين يلون حملة العرش فيقول الذين يلون حملة العرش لحملة العرش ماذا قال ربكم ؟ فيخبرونهم ويخبر أهل كل سماء سماء حتى ينتهي الخبر إلى هذه السماء وتخطف الجن السمع فيرمون فما جاءوا به على وجهه فهو حق ولكنهم يفرقون فيه ويزيدون “

Pada suatu hari, ketika duduk bersama Nabi Muhammad SAW dengan beberapa sahabat, berjaya ibn Razzak, daripada kaum Ansar, tiba-tiba mereka melihat tahi bintang jatuh, kemudian Rasulullah SAW bertanya: “Apakah yang kalian katakan kalau jadi begini pada masa Jahiliyah? Mereka menjawab: “Kami dahulu kata bahawa ianya merupakan tanda lahir orang yang besar atau matinya seorang besar.

Perawi bertanya: adakah tahi bintang jatuh pada zaman jahiliyah? Zuhri kata: ya. Tetapi ianya makin banyak apabila diutuskan Nabi SAW.

Mendengar jawapan itu, Rasulullah SAW bersabda maksudnya, “Sesungguhnya tidaklah dilemparkan tahi bintang itu kerana kematian seseorang atau kehidupan seseorang, akan tetapi apabila Allah taala yang Maha Berkat dan Maha Tinggi memutuskan sesuatu, maka para pembawa Arsy (para malaikat) pada bertasbih, kemudian bertasbihlah penduduk langit yang dibawah pemikul Arash itu, hingga sampai tasbih itu pada langit dunia kemudian penduduk langit bertanya kepada ang di bawah pemikul Arash dan mereka pun bertanya kepada pemikul Arash – Apa kata Tuhanmu?

Pemikul Arash menceritakan kepada mereka dan penghuni langit beritahu kepada yang di bawahnya sehingga berhenti khabar itu kepada langit ini. Jin akan cuba mendengar dan mereka akan dilemparkan. Apa yang mereka sampaikan adalah kebenaran tetapi mereka memecah-mecahkan di dalamnya dan menambah-nambah” (Riwayat Muslim)

Kalau kita lihat tilikan yang dilakukan oleh Nostradamus, memang ada yang betulnya. Tapi lihatlah bagaimana dia telah memecah-mecahkan dan menambah-nambah. Dia tidak cakap terus terang apakah sebenarnya akan terjadi. Jadi, ini mungkin kerana dia telah mendapat maklumat dari jin yang telah mendengar percakapan malaikat.

Tapi itu zaman dahulu, sekarang mereka tak dapat naik dah. Dulu sahaja yang mereka boleh dengar. Selepas Nabi dinaikkan menjadi Rasul, mereka tidak boleh lagi untuk naik ke langit. Ada juga yang mencuba dan dapat juga maklumat sedikit sebanyak. Maka, kalau ada yang kata mereka boleh tilik nasib sekarang, itu adalah penipu sahaja. Jin sekarang tak dapat maklumat apa dah. Maklumat yang mereka dapat dulu pun bukan ada guna pun, mereka tak dapat buat apa-apa sebab bukan boleh tukar pun. Apa yang ditetapkan akan terjadi, akan tetap terjadi. Tidak ada sesiapa yang boleh menolak qadar Allah.

Kalau zaman sekarang, kadang-kadang kita keliru macam mana seseorang bomoh itu tahu apa yang kita lakukan sebelum itu. Ini tidak perlu pelik, kerana setiap orang ada qarin (jin) bersamanya. Qarin itu tahu apa yang kita telah lakukan kerana qarin itu sentiasa ada bersama kita. Bomoh itu boleh tahu apa yang kita lakukan kerana jin belaan bomoh itu telah tanya kepada qarin seseorang itu. Qarin itulah yang memberitahu bahawa lelaki itu makan apa, apa dia buat semalam dan sebagainya. Setiap manusia diberikan dengan qarin, termasuk Nabi Muhammad sendiri. Dan qarin itu akan membisikkan perkara yang tidak baik kepada manusia.

٤١٦٠ – حَدَّثَنَا زِيَادُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْبَكَّائِيُّ حَدَّثَنَا مَنْصُورٌ عَنْ سَالِمٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ أَحَدٍ إِلَّا وَقَدْ وُكِّلَ بِهِ قَرِينُهُ مِنْ الْجِنِّ قَالُوا وَأَنْتَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ وَأَنَا إِلَّا أَنَّ اللَّهَ أَعَانَنِي عَلَيْهِ فَأَسْلَمَ فَلَيْسَ يَأْمُرُنِي إِلَّا بِخَيْرٍ

4160. Telah menceritakan kepada kami Ziyad bin Abdullah Al Bakka`i telah menceritakan kepada kami Manshur dari Salim dari Ayahnya dari Abdullah ia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidak seorang pun dari kalian melainkan telah disertakan untuknya satu qarin (pendamping) dari jin.” Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana denganmu?” Beliau menjawab: “Demikian pula denganku, namun Allah menolongku atasnya sehingga ia masuk Islam dan tidak menyuruhku selain terhadap kebenaran.” Musnad Ahmad.

Kembali kepada pembicaraan ayat dari Surah Jin ini: Sebab mereka tak boleh naik ke langitlah yang menyebabkan mereka mencari serata dunia kenapa mereka tidak boleh naik lagi. Mereka amat terkejut apabila mereka tak dapat naik. Maka mereka telah melaporkan perkara itu kepada iblis. Iblis suruh mereka ambil tanah dari setiap tempat supaya dia hidu. Selepas dia hidu semua tanah itu, dia kata orang yang mereka cari itu ada di Mekah. Itulah sebabnya dia mengutuskan tujuh jin ke sana. Dan jin-jin itulah yang mendengar bacaan Qur’an Nabi dalam surah ini.

Selepas mereka dengar Nabi Muhammad baca Qur’an, barulah mereka tahu kebenaran. Selepas itu, ada jin yang beriman dan ada yang tidak beriman.


 

Ayat 10:

وَأَنّا لا نَدري أَشَرٌّ أُريدَ بِمَن فِي الأَرضِ أَم أَرادَ بِهِم رَبُّهُم رَشَدًا

Sahih International

And we do not know [therefore] whether evil is intended for those on earth or whether their Lord intends for them a right course.

Malay

Dan bahawa sesungguhnya kami tidak mengetahui adakah hendak ditimpakan bala bencana kepada penduduk bumi, atau pun Tuhan mereka hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka.

 

وَأَنّا لا نَدري أَشَرٌّ أُريدَ بِمَن فِي الأَرضِ

`Dan bahawa sesungguhnya kami tidak mengetahui adakah bala bencana hendak ditimpakan kepada penduduk bumi,

Mereka tidak tahu apakah sebabnya mereka tidak boleh lagi naik ke langit untuk mendengar-dengar berita langit. Adakah keburukan hendak ditimpakan kepada penduduk bumi?

 

أَمْ أَرَادَ بِهِمْ رَبُّهُمْ رَشَدًا

atau pun Tuhan mereka hendak melimpahkan petunjuk kepada mereka.

Ataukah kebaikan yang dikehendaki oleh Allah kepada penduduk dunia. Mereka tidak tahu kerana memang mereka tidak tahu perkara ghaib. Ini adalah penekanan kepada kita, jin tidak tahu perkara ghaib.

Ada mufassir mengatakan: inilah dua perkara yang menyebabkan langit ditahan dari jin. Iaitu samada Allah nak kenakan azab kepada sesuatu tempat dan jikalau Allah hendak menaikkan seorang Rasul. Maka kerana langit telah ditutup, mereka tahulah ia adalah salah satu dari perkara ini.

Allah tahan maklumat dari sampai kepada jin kerana kalau mereka tahu tempat manakah azab akan turun, nanti mereka beritahu pula kepada kawan-kawan mereka di dunia. Dan kalau mereka tahu ada Rasul yang akan dilantik, maka nanti mereka akan mengganggu wahyu yang disampaikan kepada Rasul itu.

Maka kerana langit telah ditutup dari mereka, maka jin nak tahu, antara dua perkara ini, mana satukah yang sedang berlaku? Maka kerana itu mereka berkeliaran di serata bumi untuk melihat kejadian di bumi, dan waktu itulah mereka mendengar bacaan ayat suci Qur’an dari Nabi Muhammad.

Lihatlah, apabila kebaikan, disandarkan kepada Allah {أَرَادَ بِهِمْ}. Tetapi, apabila bala bencana disebut, ianya hanya dalam bentuk majhul (tidak disebut siapakah yang akan memberikan azab itu) dalam kalimat أَشَرٌّ أُريدَ kerana kalimah أُريدَ itu dalam bentuk majhul, maksudnya tidak disebut siapakah yang memberikan bala itu {أُرِيدَ}. Ini adalah adab mereka kepada Allah. Walaupun pada hakikatnya, baik dan buruk pun datang dari Allah juga. Tapi tidak dinisbahkan perkara yang buruk kepada Allah.

Begitu jugalah adab kita dengan Allah. Kerana itu dalam ceramah, selalunya di hujung ceramah penceramah akan kata: “yang baik dari Allah dan yang buruk dari kelemahan saya.”

Sekali lagi kita ingatkan yang ayat ini menunjukkan yang jin tidak tahu apakah maksud kejadian itu. Mereka tidak tahu perkara ghaib.

Tafsir ke 2: Atau pun ayat ini bermaksud, jin-jin sudah tak boleh tahu tentang berita buruk atau tidak apabila mereka sudah tidak dapat naik ke langit. Dulu boleh lagi kerana dulu mereka dapat tahu kalau-kalau ada azab yang akan diturunkan kepada manusia, dan kalau mereka dapat tahu, mereka boleh beritahu kepada kawan-kawan mereka dari manusia (tukang nujum atau kaahin).

Ini tandanya yang jin tidak tahu perkara ghaib. Yang mereka tahu dulu sebab mereka dulu curi dengar percakapan malaikat. Ingatlah bahawa mereka tak boleh baca hati kita. Bacalah kisah bagaimana jin-jin yang jadi jadi kuli kepada Nabi Sulaiman (untuk bina BaitulMaqdis) tidak tahu pun yang baginda dah mati. Kalau mereka tahu, tidaklah mereka terus buat kerja atas arahan Nabi Sulaiman. Ini disebut dalam Saba:14

فَلَمَّا قَضَيْنَا عَلَيْهِ الْمَوْتَ مَا دَلَّهُمْ عَلَىٰ مَوْتِهِ إِلَّا دَابَّةُ الْأَرْضِ تَأْكُلُ مِنسَأَتَهُ فَلَمَّا خَرَّ تَبَيَّنَتِ الْجِنُّ أَن لَّوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ الْغَيْبَ مَا لَبِثُوا فِي الْعَذَابِ الْمُهِينِ

Setelah Kami tetapkan berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka tentang kematiannya melainkan semut putih (anai-anai) yang telah memakan tongkatnya. Maka apabila dia tumbang, ternyatalah kepada golongan jin itu, bahawa kalaulah mereka mengetahui perkara yang ghaib nescaya mereka tidak tinggal sedemikian lamanya di dalam azab (kerja berat) yang menghina.


 

Ayat 11: Sekarang jin-jin itu memberitahu tentang diri mereka. Ayat ini masih tentang percakapan sesama jin lagi.

وَأَنّا مِنَّا الصّٰلِحونَ وَمِنّا دونَ ذٰلِكَ ۖ كُنّا طَرائِقَ قِدَدًا

Sahih International

And among us are the righteous, and among us are [others] not so; we were [of] divided ways.

Malay

Dan bahawa sesungguhnya ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.

 

وَأَنَّا مِنَّا الصّٰلِحُونَ

Dan bahawa sesungguhnya ada dari kalangan kita, ada golongan yang soleh,

1. Iaitu, ada yang telah menjadi soleh dan beriman selepas mendengar ayat-ayat Qur’an itu. Memang mereka dulu telah buat perkara yang salah dahulu, tapi sekarang, tidak lagi.

2. Atau, mereka merujuk kepada kalangan mereka yang memang telah beriman dengan Nabi-nabi dan kitab-kitab terdahulu. Maknanya, ada kalangan mereka yang beriman dengan agama yang lurus sebelum kedatangan Nabi Muhammad. Memang ada, tapi tidaklah ramai. Yang lebih banyaknya adalah mereka yang tidak beriman.

Secara umumnya, golongan jin boleh dibahagian kepada tiga bahagian:

  1. Muslim
  2. Muslim tapi fasiq
  3. Kafir

 

وَمِنَّا دُونَ ذَٰلِكَ

dan ada di antara kita yang lain dari itu;

Mereka cuma kata: ‘lain dari itu’. Mereka tidak cakap yang mereka yang dimaksudkan itu adalah kafir, musyrik, fasik dan sebagainya. Maknanya, mereka bercakap dengan nada yang baik dan bahasa yang molek. Mereka tidak bercakap dengan kasar.

Kerana mereka masih hendak berdakwah kepada kaum mereka, maka mereka tidak mahu menyakitkan hati mereka. Kita kena ingat yang mereka sedang berdakwah kepada golongan mereka sekarang. Kerana kalau mereka kata yang tidak beriman itu ‘kafir’, ‘musyrik’, mungkin mereka akan marah tidak mahu mendengar dakwah lagi. Maka ini juga mengajar kita cara berdakwah kepada orang lain. Janganlah kita kata orang lain ‘kafir’, ‘munafik’, ‘mubtadi’ (pengamal bidaah)’ dan sebagainya.

 

كُنَّا طَرَائِقَ قِدَدًا

adalah kita masing-masing menurut jalan yang berlainan.

Perkataan قِدَدًا dari segi bermaksud ‘koyak’. Dalam ayat ini, ia bermaksud agama, perangai dan pendapat mereka berbeza-beza. Macam-macam jenis, macam kita juga. Cuma jalan-jalan mereka lagi banyak dari kita sebab mereka bilangan mereka lebih ramai dari manusia.

Maka ini adalah dakwah dari jin yang telah mendengar Qur’an dari Nabi. Mereka kata kepada kawan-kawan mereka yang mereka itu ada yang baik dan ada yang tidak. Maka sekarang sudah ada wahyu dan agama yang benar, marilah ikut ramai-ramai.


 

Ayat 12:

وَأَنّا ظَنَنّا أَن لَّن نُّعجِزَ اللهَ فِي الأَرضِ وَلَن نُّعجِزَهُ هَرَبًا

Sahih International

And we have become certain that we will never cause failure to Allah upon earth, nor can we escape Him by flight.

Malay

Dan bahawa sesungguhnya kita (sekarang) mengetahui, bahawa kita tidak sekali-kali akan dapat melepaskan diri dari balasan Allah (walau di mana sahaja kita berada) di bumi, dan kita juga tidak sekali-kali akan dapat melarikan diri dari balasanNya (walau ke langit sekalipun).

 

وَأَنَّا ظَنَنَّا أَن لَّن نُّعْجِزَ اللهَ فِي الْأَرْضِ

Dan bahawa sesungguhnya kita yakin, bahawa kita tidak sekali-kali akan dapat melemahkan Allah di bumi,

Mereka tahu mereka tidak boleh melawan Qadar Allah. Kita pun kena tahu sepertimana yang mereka katakan ini – itu sebab ianya diulang oleh Allah dalam ayat ini. Kita memang tidak dapat lari dari qadar Allah. Banyak sangat perkara yang di luar kawalan kita. Sel badan kita pun tak taat dengan kita – kita tak boleh pun nak suruh ianya jangan jadi tua, sebagai contoh. Apatah lagi benda lain. Jin pun dah tahu.

Malangnya, ramai yang tidak sedar tentang perkara ini. Kalau terjadi sesuatu perkara yang mereka tidak suka, mereka menyalahkan takdir. Padahal sepatutnya mereka tahu yang mereka tidak boleh berbuat apa-apa. Kita sebagai hamba, kena belajar untuk redha dengan apa yang terjadi. Kena sedarlah yang diri kita ini adalah hamba sahaja.

Tidak ada yang dapat halang kehendak Allah. Kalau Allah hendak menjatuhkan azab kepada kita, ianya pasti akan terjadi. Tidak ada apa-apa yang dapat menghalang. Kalau ada orang soleh kalangan kita pun, tidak selamat. Inilah salah faham puak tarekat yang kata bala tidak turun sebab mereka kata ‘ada wali’ yang tinggal di kawasan itu. Kalau Allah nak turunkan musibah, Allah boleh turunkan sahaja.

Ayat ini juga bermaksud mereka mengatakan yang mereka tidak dapat menghalang Allah untuk menyampaikan agamaNya di dunia. Kita pun kena tahu yang Allah akan mendirikan agamaNya. Macam mana usaha keras iblis, Islam tetap akan tertegak. Walau bagaimana usaha orang kafir hendak memburukkan Islam, semakin ramai orang yang masuk Islam.

 

وَلَن نُّعْجِزَهُ هَرَبًا

dan kita juga tidak sekali-kali akan dapat melarikan diri dari balasanNya

Kalau lari di dunia tidak boleh, nak lari ke langit pun tidak boleh. Kalau Allah nak beri azab kepada mereka, mereka tidak dapat lari ke mana-mana termasuk ke langit. Samada di dunia atau di akhirat kelak. Seperti yang disebut dalam Rahman:33

يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ إِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَن تَنفُذُوا مِنْ أَقْطَارِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ فَانفُذُوا لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلْطَانٍ

Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!

Maknanya, golongan jin itu juga kenal Allah. Mereka sudah tahu yang mereka tidak akan dapat lepas dari azab Allah kalau Allah kehendaki. Maka sekarang dah ada wahyu yang baru, maka kenalah beriman sama-sama.


 

Ayat 13: Jin beriman dengan wahyu Qur’an.

وَأَنّا لَمّا سَمِعنَا الهُدىٰ ءآمَنّا بِهِ ۖ فَمَن يُؤمِن بِرَبِّهِ فَلا يَخافُ بَخسًا وَلا رَهَقًا

Sahih International

And when we heard the guidance, we believed in it. And whoever believes in his Lord will not fear deprivation or burden.

Malay

Dan bahawa sesungguhnya kami, ketika mendengar petunjuk (Al-Qur’an), kami beriman kepadanya (dengan tidak bertangguh lagi); kerana sesiapa yang beriman kepada Tuhannya, maka tidaklah dia akan merasa bimbang menanggung kerugian (mengenai amalnya yang baik), dan juga tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan.

 

وَأَنَّا لَمَّا سَمِعْنَا الْهُدَىٰ

Dan bahawa sesungguhnya kami, ketika mendengar petunjuk (Al-Quran),

Iaitu apabila mereka mendengar bacaan Qur’an dari Nabi Muhammad. Mereka dengar itu pun tidak sengaja. Tapi Allah telah takdirkan mereka dapat mendengar Qur’an dan kenal Qur’an.

 

آمَنَّا بِهِ

kami beriman kepadanya

Lihatlah mereka selepas dengar Qur’an, terus beriman. Mereka berbangga kerana terus beriman selepas dengar Qur’an. Ini adalah perkara yang amat elok sampaikan Allah masukkan kata-kata mereka dalam Qur’an.

Lalu bagaimana dengan orang-orang kita dah mendengar, malah membaca Qur’an, tapi tidak beriman-iman lagi? Maksudnya tidak beriman dengan sempurna. Masih banyak lagi yang tolak apa yang ada dalam Qur’an. Ini buat malu dengan jin sahaja.

Ramai yang masih tidak beriman sempurna adalah kerana mereka dengar tapi tak faham. Tak faham kerana tak belajar. Tak belajar kerana tidak mementingkan agama. Bila ada orang ajak, tidak mahu nak ikut.

 

فَمَن يُؤْمِن بِرَبِّهِ فَلَا يَخَافُ بَخْسًا

kerana sesiapa yang beriman kepada Tuhannya, maka tidaklah dia akan merasa bimbang menanggung kerugian

Tidak akan dikurangkan kebaikan yang mereka patut dapat. Tak bimbang yang Allah akan beri kurang dari yang sepatutnya. Mereka yakin yang mereka akan dapat pahala sebanyak mana yang mereka layak dapat. Allah tidak akan berlaku zalim dengan beri kurang dari yang sepatutnya. Malah Allah akan beri lebih lagi.

Ini berbeza kita dengan di dunia. Kadang-kadang kita kerja lebih, tapi majikan beri tidak setimpal. Allah tidak akan merugikan kita.

 

وَلَا رَهَقًا

dan juga tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan.

Mereka yakin yang mereka tidak akan dihukum kalau bukan salah mereka. Tidak bimbang takut tanggung dosa orang lain. Tidak bimbang kalau-kalau Allah salah hukum mereka.

Tidaklah kita kena tanggung dosa orang lain. Tidaklah benar ajaran Kristian yang mengatakan kita semua berdosa kerana menanggung ‘dosa warisan’.

Dalam ayat ini, menunjukkan sangka baik mereka kepada Allah. Kita pun kena macam itu juga.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Tarikh: 14 Oktober 2017


Rujukan: 

Maulana Hadi

Ustaz Adli Yayasan Ta’lim

Nouman Ali Khan

Taimiyyah Zubair

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafsir Surah Jin Ayat 1 – 7 (Jin berdakwah)

TAFSIR SURAH AL-JIN

Pengenalan:

1. Surah Jin ini adalah surah Makkiah. Dalam surah ini, Allah memberitahu kita perihal tentang jin. Mereka dinamakan ‘jin’ kerana kita tak nampak mereka. Perkataan jin dari katadasar جنن yang bermaksud ‘ditutup’. Ada beberapa kalimat yang kita biasa gunakan juga adalah dari katadasar yang sama. Sebagai contoh, Syurga dinamakan Jannah kerana pokok tumbuhan begitu lebat di dalam syurga, sampaikan tidak nampak tanah di bawah. Janin juga dinamakan demikian kerana kita pun tidak nampak apa yang ada dalam perut ibu. Dalam A’raf:27, Allah berfirman:

إِنَّهُ يَراكُم هُوَ وَقَبيلُهُ مِن حَيثُ لا تَرَونَهُم

Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka.

2. Jin-jin hidup dalam alam mereka sendiri. Kisah tentang jin ini satu topik yang amat menarik minat manusia, sentiasa manusia bercakap-cakap tentangnya. Dan memang banyak disebut tentang jin dalam Quran – ada 40 ayat yang menyebut tentang jin. Yang paling banyak diceritakan tentang jin adalah dalam surah Jin ini. Kerana dalam surah ini, khusus disebut tentang mereka sampaikan surah ini sendiri dinamakan surah Jin.

3. Oleh kerana memang telah jelas disebutkan jin dalam Quran, maka kita kena percaya dengan kewujudan jin. Ini penting kerana ada yang tidak mahu menerima kewujudan jin ini kerana mereka kata tak boleh nampak jin. Dan kononnya, mereka itu orang sains, maka kena percaya dengan percaya kepada perkara yang nampak sahaja.

Padahal, ada banyak lagi benda yang kita tak nampak tapi kita tahu ianya wujud – sebagai contoh, kita tidak nampak angin, tapi kita tahu ianya wujud, bukan? Kepercayaan kepada kewujudan jin ini adalah sebahagian dari iman. Kalau kita tak percaya ada jin, bermakna kita telah menolak ayat Quran sebenarnya. Jadi, ini bukan perkara main-main.

4. Jin dan manusia diberikan dengan kebolehan memilih samada ikut hidayah atau tidak. Maknanya, kalau mereka memilih jalan yang sesat, Allah benarkan (tapi akan diseksa nanti). Tidak sama dengan malaikat kerana malaikat tidak ada pilihan, mereka semua kena taat dengan Allah.

5. Nabi Muhammad dihantar sebagai rasul kepada bangsa jin juga. Memang ada kisah bagaimana Nabi membacakan ayat Quran kepada golongan jin.

6. Terlalu banyak kisah tentang jin dalam masyarakat kita malah di seluruh dunia pun ada membicarakan tentangnya. Dan banyak dari pemahaman itu yang salah. Maka, amat penting untuk kita tahu perkara yang sebenar tentang jin. Apabila ada salah faham tentang jin, sampai boleh menyebabkan kita buat benda yang salah dan sampai boleh jadi syirik.

7. Dan kerana tidak faham dengan hal jin, maka banyak manusia ambil kesempatan untuk mencari keuntungan dalam mengubat manusia. Dari dulu sampai sekarang, dukun, bomoh dan pawang sentiasa berterusan menipu manusia. Manusia akan cari mereka kalau mereka ada masalah kena rasuk, tak boleh tidur malam, kena ‘tegur’, dan entah apa-apa lagi.

Sekarang, bomoh-bomoh dan pawang ini dah semakin pandai. Mereka tidak pakai nama ‘bomoh’ dan ‘pawang’, tapi pakai nama ‘ustaz’. Mereka pakai kopiah, pakai serban dan pakai jubah. Mereka guna nama ‘ustaz’ itu dan ini supaya manusia senang percaya kepada mereka.

Ini termasuklah juga dengan Pertubuhan Darul Syifa’ dan tempat-tempat perubatan lain. Mereka kononnya mengeluarkan jin dari manusia, tapi sebenarnya mereka memasukkan lagi jin ke dalam diri orang-orang yang datang berubat ke tempat mereka. Mereka mengamalkan amalan yang salah dan mereka mengajar pesakit-pesakit yang datang kepada mereka untuk mengamalkan amalan salah mereka juga. Antara amalan yang salah itu adalah ‘Selawat Syifa”.

8. Ada banyak jenis jin sebenarnya. Sebagai contoh, jin yang tinggal dalam rumah kita yang dipanggil Aamir. Ada jin yang duduk dengan kanak-kanak yang dipanggil Alwaah. Dan ada jin yang hendak menyesatkan manusia yang dipanggil syaitan. Yang lebih teruk dari syaitan dipanggil Maarid. Dan yang lebih jahat dari Maarid adalah Ifrit.

9. Ada jin yang yang boleh terbang. Ada yang ambil bentuk ular dan anjing. Tapi tidaklah semua ular dan anjing itu adalah jin. Sebab itu sebelum kita bunuh ular yang memasuki rumah kita, kita kena cakap kepada ular itu untuk meninggalkan rumah kita. Dan ketiga, ada jenis jin yang bergerak dari tempat ke tempat.

Abu Tsa’labah al-Khasyani meriwayatkan, Rasulullah saw bersabda, “Jin itu tiga jenis: jenis yang memiliki sayap dan terbang di udara, jenis ular dan kalajengking, dan jenis menetap dan berpindah-pindah.” (HR Thabrani, Al-Hakim, dan Baihaqi di dalam al-Asma wash Shifat, dengan sanad sahih. Shahihul Jami’, 3/85).

Ada juga pendapat yang ini hanyalah untuk ular-ular di Madinah sahaja. Jadi kalau ada ular di rumah kita di Malaysia ini, tidak perlulah nak bercakap dengan dia. Terus bunuh sahaja.

10. Jin juga menjalani kehidupan makan dan minum, berkahwin dan sebagainya. Kita tahu mereka berkahwin kerana ada doa yang menyebut jin jantan dan betina, iaitu doa masuk tandas.

بِسْم الله اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ

Dengan Nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina.

Dan tentang jin dalam bentuk ular, kita boleh rujuk hadis Nabi dalam Sahih Bukhari:

٤١٥٠ – و حَدَّثَنِي أَبُو الطَّاهِرِ أَحْمَدُ بْنُ عَمْرِو بْنِ سَرْحٍ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي مَالِكُ بْنُ أَنَسٍ عَنْ صَيْفِيٍّ وَهُوَ عِنْدَنَا مَوْلَى ابْنِ أَفْلَحَ أَخْبَرَنِي أَبُو السَّائِبِ مَوْلَى هِشَامِ بْنِ زُهْرَةَ أَنَّهُ دَخَلَ عَلَى أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ فِي بَيْتِهِ قَالَ فَوَجَدْتُهُ يُصَلِّي فَجَلَسْتُ أَنْتَظِرُهُ حَتَّى يَقْضِيَ صَلَاتَهُ فَسَمِعْتُ تَحْرِيكًا فِي عَرَاجِينَ فِي نَاحِيَةِ الْبَيْتِ فَالْتَفَتُّ فَإِذَا حَيَّةٌ فَوَثَبْتُ لِأَقْتُلَهَا فَأَشَارَ إِلَيَّ أَنْ اجْلِسْ فَجَلَسْتُ فَلَمَّا انْصَرَفَ أَشَارَ إِلَى بَيْتٍ فِي الدَّارِ فَقَالَ أَتَرَى هَذَا الْبَيْتَ فَقُلْتُ نَعَمْ قَالَ كَانَ فِيهِ فَتًى مِنَّا حَدِيثُ عَهْدٍ بِعُرْسٍ قَالَ فَخَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى الْخَنْدَقِ فَكَانَ ذَلِكَ الْفَتَى يَسْتَأْذِنُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِأَنْصَافِ النَّهَارِ فَيَرْجِعُ إِلَى أَهْلِهِ فَاسْتَأْذَنَهُ يَوْمًا فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خُذْ عَلَيْكَ سِلَاحَكَ فَإِنِّي أَخْشَى عَلَيْكَ قُرَيْظَةَ فَأَخَذَ الرَّجُلُ سِلَاحَهُ ثُمَّ رَجَعَ فَإِذَا امْرَأَتُهُ بَيْنَ الْبَابَيْنِ قَائِمَةً فَأَهْوَى إِلَيْهَا الرُّمْحَ لِيَطْعُنَهَا بِهِ وَأَصَابَتْهُ غَيْرَةٌ فَقَالَتْ لَهُ اكْفُفْ عَلَيْكَ رُمْحَكَ وَادْخُلْ الْبَيْتَ حَتَّى تَنْظُرَ مَا الَّذِي أَخْرَجَنِي فَدَخَلَ فَإِذَا بِحَيَّةٍ عَظِيمَةٍ مُنْطَوِيَةٍ عَلَى الْفِرَاشِ فَأَهْوَى إِلَيْهَا بِالرُّمْحِ فَانْتَظَمَهَا بِهِ ثُمَّ خَرَجَ فَرَكَزَهُ فِي الدَّارِ فَاضْطَرَبَتْ عَلَيْهِ فَمَا يُدْرَى أَيُّهُمَا كَانَ أَسْرَعَ مَوْتًا الْحَيَّةُ أَمْ الْفَتَى قَالَ فَجِئْنَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرْنَا ذَلِكَ لَهُ وَقُلْنَا ادْعُ اللَّهَ يُحْيِيهِ لَنَا فَقَالَ اسْتَغْفِرُوا لِصَاحِبِكُمْ ثُمَّ قَالَ إِنَّ بِالْمَدِينَةِ جِنًّا قَدْ أَسْلَمُوا فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهُمْ شَيْئًا فَآذِنُوهُ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ فَإِنْ بَدَا لَكُمْ بَعْدَ ذَلِكَ فَاقْتُلُوهُ فَإِنَّمَا هُوَ شَيْطَانٌ و حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ حَدَّثَنَا وَهْبُ بْنُ جَرِيرِ بْنِ حَازِمٍ حَدَّثَنَا أَبِي قَالَ سَمِعْتُ أَسْمَاءَ بْنَ عُبَيْدٍ يُحَدِّثُ عَنْ رَجُلٍ يُقَالُ لَهُ السَّائِبُ وَهُوَ عِنْدَنَا أَبُو السَّائِبِ قَالَ دَخَلْنَا عَلَى أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ فَبَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوسٌ إِذْ سَمِعْنَا تَحْتَ سَرِيرِهِ حَرَكَةً فَنَظَرْنَا فَإِذَا حَيَّةٌ وَسَاقَ الْحَدِيثَ بِقِصَّتِهِ نَحْوَ حَدِيثِ مَالِكٍ عَنْ صَيْفِيٍّ وَقَالَ فِيهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ لِهَذِهِ الْبُيُوتِ عَوَامِرَ فَإِذَا رَأَيْتُمْ شَيْئًا مِنْهَا فَحَرِّجُوا عَلَيْهَا ثَلَاثًا فَإِنْ ذَهَبَ وَإِلَّا فَاقْتُلُوهُ فَإِنَّهُ كَافِرٌ وَقَالَ لَهُمْ اذْهَبُوا فَادْفِنُوا صَاحِبَكُمْ

4150. Dan telah menceritakan kepadaku Abu Ath Thahir Ahmad bin ‘Amru bin Sarh; Telah mengabarkan kepada kami ‘Abdullah bin Wahb; Telah mengabarkan kepadaku Malik bin Anas dari Shaifi yaitu budak dari Ibnu Aflah; Telah mengabarkan kepadaku Abu As Saib -budak- Hisyam bin Zuhrah bahawa suatu ketika dia menemui Abu Sa’id Al Khudri di rumahnya. Abu Saib berkata; “Ketika itu saya mendapatkan Abu Said sedang salat. Lalu saya menungguinya hingga ia selesai salat. Tiba-tiba saya mendengar sesuatu yang bergerak di pelepah kurma di sudut rumah, lalu saya pun menoleh kepadanya. Ternyata di sana ada seekor ular, maka saya meloncat dari tempat duduk saya untuk membunuhnya. Namun, tak diduga sebelumnya, Abu Sa’id Al Khudri malah memberi isyarat kepada saya agar tetap duduk. Akhirnya saya pun kembali ke tempat duduk saya. Selesai salat, Abu Sa’id menunjuk sebuah rumah di perkampungan itu seraya berkata; ‘Kamu melihat rumah itu hai sahabatku? ‘ Saya menjawab; ‘Ya, saya melihatnya.’ Abu Sa’id melanjutkan ucapannya; ‘Di rumah itu dulu ada seorang pemuda yang termasuk keluarga kami dan baru saja melangsungkan pernikahannya (pengantin baru). Dulu kami berangkat menuju medan perang Khandak bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Ketika itu pemuda tersebut meminta izin kepada Rasulullah, pada tengah hari, untuk segera pulang menemui isterinya. Akhirnya Rasulullah memberinya izin seraya berkata kepadanya: ‘Bawalah senjatamu, karena aku khawatir orang-orang Bani Quraizhah akan menyerangmu! ‘ Tak lama kemudian, lelaki itu mengambil senjatanya dan pulang ke rumahnya. Setibanya di rumah, ia mendapati isterinya sedang berdiri di tengah pintu. Tak ayal lagi, ia pun langsung mengarahkan tombaknya ke arah isterinya (karena rasa cemburu). Namun isterinya malah berkata kepadanya; ‘Tahanlah tombakmu dan masuklah ke dalam rumah agar kamu tahu mengapa aku berada di luar! ‘ Laki-laki itu masuk ke dalam rumah dan ternyata di dalamnya ada seekor ular besar yang sedang melingkar di atas tempat tidur. Tanpa berkata-kata lagi, langsung ia tikam ular tersebut dengan tombak yang dipegangnya. Setelah itu ia keluar seraya menancapkan tombaknya di depan rumah. Tiba-tiba ular tersebut menghantamnya. Tidak dapat diketahui dengan pasti, siapakah yang mati terlebih dahulu, ular atau pemuda itu? ‘ Abu Sa’id Al Khudri berkata; ‘Akhirnya kami mendatangi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam untuk melaporkan peristiwa tersebut kepada beliau. Lalu kami berkata; “Ya Rasulullah, mohonkanlah kepada Allah agar dia dapat hidup! ‘ Rasulullah pun menjawab: ‘Sesungguhnya di kota Madinah ini ada sekelompok jin yang telah masuk Islam. Apabila kamu melihat sesuatu yang aneh dari mereka, maka berilah izin kepada mereka untuk menetap di rumah selama tiga hari. Tetapi, jika setelah tiga hari tidak mahu pergi juga, maka bunuhlah ia! Karena ia itu adalah syaitan! ‘ Dan telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Rafi’ Telah menceritakan kepada kami Wahab bin Jarir bin Hazim Telah menceritakan kepada kami Bapakku dia berkata; Aku mendengar Asma’ bin Ubaid bercerita dari seorang laki-laki yang biasa dipanggil dengan As Saib, menurut kami dia adalah Abu As Saib dia berkata; kami menemui Abu Sa’id Al Khudzri, tatkala kami sedang duduk, kami mendengar gerakan suara di bawah tempat tidurnya, lalu kami lihat ternyata seekor ular. -dan seterusnya sebagaimana Hadits Malik dari Shaifi. Dan di dalamnya disebutkan; kemudian Rasulullah bersabda: ‘Sesungguhnya di kota Madinah ini ada sekelompok jin. Apabila kamu melihat sesuatu yang aneh dari mereka, maka berilah izin kepada mereka untuk menetap di rumah selama tiga hari. Tetapi, jika setelah tiga hari tidak mau pergi juga, maka bunuhlah ia! Karena ia itu adalah kafir! ‘ Beliau juga bersabda: ‘pergilah kalian untuk menguburkan teman kalian.’

Oleh itu, kita tahu yang jin boleh merupakan diri mereka dalam bentuk ular. Tapi ini adalah ular yang masuk ke dalam rumah, bukan ular yang duduk di luar. Dan kita tahu yang mereka berkahwin dan beranak pinak dari surah Kahfi. Dalam ayat ke 50, Allah berfirman:

أَفَتَتَّخِذُونَهُ وَذُرِّيَّتَهُ أَوْلِيَاءَ

Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib?

Dalam ayat dari surah Kahfi ini jelas menunjukkan bahawa jin-jin juga ada keturunan mereka.

11. Jin juga seperti kita, memerlukan makanan. Tapi makanan mereka tidaklah sama dengan makanan kita. Ada disediakan makanan jin dalam dunia ini. Sebagai contoh, mereka memakan tulang dari sisa makanan kita. Sebab itu kita tidak boleh menggunakan tulang untuk istinja’ kerana itu adalah makanan jin.

Dalam Sahih Bukhari ada disebut:

١ – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ قَالَ أَخْبَرَنِي جَدِّي عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ كَانَ يَحْمِلُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِدَاوَةً لِوَضُوئِهِ وَحَاجَتِهِ فَبَيْنَمَا هُوَ يَتْبَعُهُ بِهَا فَقَالَ مَنْ هَذَا فَقَالَ أَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ فَقَالَ ابْغِنِي أَحْجَارًا أَسْتَنْفِضْ بِهَا وَلَا تَأْتِنِي بِعَظْمٍ وَلَا بِرَوْثَةٍ فَأَتَيْتُهُ بِأَحْجَارٍ أَحْمِلُهَا فِي طَرَفِ ثَوْبِي حَتَّى وَضَعْتُهَا إِلَى جَنْبِهِ ثُمَّ انْصَرَفْتُ حَتَّى إِذَا فَرَغَ مَشَيْتُ فَقُلْتُ مَا بَالُ الْعَظْمِ وَالرَّوْثَةِ قَالَ هُمَا مِنْ طَعَامِ الْجِنِّ وَإِنَّهُ أَتَانِي وَفْدُ جِنِّ نَصِيبِينَ وَنِعْمَ الْجِنُّ فَسَأَلُونِي الزَّادَ فَدَعَوْتُ اللَّهَ لَهُمْ أَنْ لَا يَمُرُّوا بِعَظْمٍ وَلَا بِرَوْثَةٍ إِلَّا وَجَدُوا عَلَيْهَا طَعَامًا

3571. Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma’il telah menceritakan kepada kami ‘Amru bin Yahya bin Sa’id berkata, telah mengabarkan kepadaku kakekku dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu, bahwa dia pernah membawakan sebuah kantung air terbuat dari kulit untuk wudlu’ dan hajat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Dan dia mengikuti beliau dengan membawa kantung air tersebut, beliau bertanya: “Siapakah ini?”. Ia menjawab; “Saya Abu Hurairah”. Maka beliau berkata: “Carikanlah aku beberapa batu untuk aku gunakan sebagai alat bersuci dan jangan bawakan aku tulang dan kotoran haiwan”. Kemudian aku datang dengan membawa beberapa batu dengan menggunakan hujung bajuku dan meletakkannya di samping beliau. Kemudian aku pergi. Ketika beliau telah selesai, aku berjalan bersama beliau bertanya; “kenapa dengan tulang dan kotoran haiwan?”. Beliau menjawab: “Keduanya termasuk makanan jin. Dan sesungguhnya pernah datang kepadaku utusan jin dari Nashibin, dia adalah sebaik-baik jin, lalu mereka meminta kepadaku tentang bekal. Maka aku memohon kepada Allah untuk mereka agar mereka tidak melewati tulang dan kotoran hewan melainkan mereka mendapatkannya sebagai makanan”.

Maka, jelas dari hadis ini bahawa jin memakan tulang dan najis haiwan kita adalah makanan kepada haiwan belaan jin. Mereka juga ada haiwan peliharaan.

Dan kalau kita makan tanpa dibacakan Basmalah, makanan itu akan dimakan oleh syaitan. Ayat khamar (arak) juga dikatakan sebagai dalil yang syaitan suka minum arak. Jadi kalau manusia minum arak, syaitan pun akan minum bersama mereka. Allah berfirman dalam Maidah:90

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Ulama menggunakan perkataan مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ (dari perbuatan Syaitan) dalam ayat ini sebagai dalil yang syaitan suka meminum arak.

12. Jin juga mati. Cuma mereka hidup lebih lama dari manusia.

13. Ada jin yang baik dan ada jin yang jahat. Jin yang jahat akan cuba mengganggu dan menyusahkan manusia. Merekalah yang mengacau manusia dan mengajar kepada kemungkaran.

14. Jin tinggal di kawasan pendalaman dan kawasan kotor. Mereka juga tinggal di tempat yang senang untuk mereka menipu manusia seperti di pasar-pasar. Mereka juga suka duduk diantara tempat cahaya matahari dan tempat teduh. Sebab itu kita tidak elok duduk di situ.

Dari Salman r.a. ia berkata: “Bersabda Rasulullah SAW: “Sungguh jika kamu mampu, janganlah engkau menjadi orang yang pertama kali masuk pasar dan terakhir kali keluar darinya, karena sesungguhnya pasar adalah medan peperangan setan dan di dalamnya ia menancapkan bendera.” (HR. Muslim:2451)

Dari Zaid bin Arqam r.a. dari Nabi SAW, beliau bersabda: “Tempat-tempat buang hajat ini dihadiri oleh setan (dengan tujuan mengganggu). Maka jika salah seorang di antara kalian masuk ke dalamnya, hendaklah mengucapkan: (“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari gangguan syaitan laki-laki dan perempuan).” (HR. Abu Daud: 6)

Jin juga ada yang tinggal di rumah-rumah kita. Dalilnya dari hadis:

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kalian jadikan rumah-rumah kalian sebagai kuburan, sesungguhnya setan akan lari dari rumah-rumah yang dibacakan di dalamnya surat Al-Baqarah.” (HR.Muslim:780-Shahih Muslim:752)

Dalam hadist yang diriwayatkan dari As-Sya’bi ia berkata: “Abdullah bin Mas’ud berkata: “Barangsiapa membaca 10 ayat dari surat Al-Baqarah di dalam rumah, maka setan tidak akan memasuki rumah itu malam harinya hingga tiba pagi hari. Kesepuluh ayat tersebut adalah 4 ayat pertama darinya; Ayat Kursi; 2 ayat sesudah Ayat Kursi; dan 3 ayat terakhir dari surah Al-Baqarah.” (HR.Thabrani).

15. Jin telah diberikan beberapa kelebihan yang tidak ada pada manusia. Ini biasa, sebab binatang pun ada kelebihan yang kita tidak ada. Sebagai contoh, mereka boleh bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Mereka juga boleh naik sampai ke langit. Mereka juga ada kelebihan membina seperti yang digunakan oleh Nabi Sulaiman. Mereka juga ada kekuatan tubuh badan. Mereka boleh merubah rupa mereka. Mereka ada menipu manusia dengan kelebihan-kelebihan yang mereka ada itu.

Dalil mereka ada kekuatan adalah seperti yang Allah telah firmankan dalam Saba’:12-13, Allah berfirman:

وَلِسُلَيمانَ الرّيحَ غُدُوُّها شَهرٌ وَرَواحُها شَهرٌ ۖ وَأَسَلنا لَهُ عَينَ القِطرِ ۖ وَمِنَ الجِنِّ مَن يَعمَلُ بَينَ يَدَيهِ بِإِذنِ رَبِّهِ ۖ وَمَن يَزِغ مِنهُم عَن أَمرِنا نُذِقهُ مِن عَذابِ السَّعيرِ

Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan, dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan baginya matair dari tembaga; dan (Kami mudahkan) sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api neraka.

يَعمَلونَ لَهُ ما يَشاءُ مِن مَحاريبَ وَتَماثيلَ وَجِفانٍ كَالجَوابِ وَقُدورٍ راسِياتٍ ۚ اعمَلوا آلَ داوودَ شُكرًا ۚ وَقَليلٌ مِن عِبادِيَ الشَّكورُ

Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan): “Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!” Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.

Mereka juga ada kelemahan. Mereka tidak ada kuasa untuk mengganggu orang mukmin. Mereka amat takut dengan org mukmin dan akan lari dari orang mukmin. Seperti kisah syaitan yang lari dari laluan Saidina Umar.

16. Jin tarafnya lebih rendah dari manusia. Lihatlah bagaimana Nabi Sulaiman menguasai mereka.

17. Kalau pintu telah ditutup dengan disebut nama Allah, mereka tidak dapat masuk rumah itu. Oleh itu, senang sahaja, apabila kita masuk rumah dan hendak menutup pintu buat kali terakhir, bacakan basmalah. In sha Allah, jin yang ada dalam rumah kita akan keluar dan yang di luar tidak dapat masuk.

Surah Jin ini adalah surah terakhir dari kumpulan surah yang bermula dengan Surah al-Mulk. Surah-surah ini terdiri dari 11 surah yang menetapkan keimanan kepada Tauhid dalam Berkat dan menolak Syirik dalam Berkat. Allah bawa dalil dari jin yang telah beriman dan kemudian mereka berdakwah kepada spesis mereka. Ayat 1 – 15 adalah Dalil Naqli yang Allah sampaikan tentang seruan jin itu kepada tauhid.


 

Ayat 1:

قُل أوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ استَمَعَ نَفَرٌ مِّنَ الجِنِّ فَقالوا إِنّا سَمِعنا قُرءآنًا عَجَبًا

Sahih International

Say, [O Muhammad], “It has been revealed to me that a group of the jinn listened and said, ‘Indeed, we have heard an amazing Qur’an.

Malay

Katakanlah (wahai Muhammad): “Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!

 

قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Telah diwahyukan kepadaku,

Dalam ayat ini, Allah telah memerintahkan Nabi untuk memberitahu umat baginda. Bagaimanakah baginda tahu tentang perkara itu? Baginda mendapat maklumat itu melalui ‘wahyu’.

Ini bermakna, baginda tidak melihatnya sendiri. Iaitu baginda tidaklah melihat sendiri jin-jin yang sedang mendengar bacaan Quran baginda. Kerana kalau baginda tahu, tidaklah dikatakan ‘diwahyukan’ kepada baginda maklumat itu. Tidaklah juga kita berjumpa kisah Nabi atau sahabat yang bersama baginda dapat ‘rasa’ kehadiran jin-jin itu.

Jadi, waktu ini, bukanlah Nabi Muhammad membacakan Qur’an kepada golongan jin.

Ini bermakna, kalau Nabi sendiri tidak dapat melihat dan merasa kehadiran jin, bagaimana pula ada manusia biasa yang kata mereka boleh nampak jin, bercakap dengan jin, scan jin dan sebagainya? Tentu ada sesuatu yang tidak betul dalam hal ini.

Apakah yang Allah suruh Nabi beritahu kepada umatnya itu?

 

أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِّنَ الْجِنِّ

bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar

Nabi Muhammad telah disuruh oleh Allah untuk memberitahu bahawa ada sekumpulan jin telah mendengar bacaan Al-Quran yang Nabi bacakan. Perkataan نَفَرٌ digunakan dalam bahasa Arab untuk menerangkan bilangan antara 3 dan 10.

Perkataan اسْتَمَعَ bermaksud ‘mendengar dengan betul-betul’. Bermaksud mereka bukan mendengar biasa sahaja. Mereka memberi perhatian kepada setiap butir perkataan yang mereka dengar. Dan sambil mendengar itu, mereka memikirkan apakah yang dimaksudkan dengan bacaan itu. Mereka bukan dengar kosong sahaja.

Kejadian dalam ayat ini adalah berlainan dengan kejadian jin mendengar dalam surah Ahqaf. Kerana dalam surah Ahqaf, jin yang mendengar itu adalah dari kalangan Ahli Kitab. Kerana mereka menyebut tentang Nabi Musa di dalam ayat itu. Dan kejadian itu berlaku semasa Nabi pulang dari Taif. Sedangkan kalau kita baca ayat seterusnya dalam surah Jin ini, jin-jin yang mendengar bacaan Nabi itu adalah musyrikin, dan baginda dalam perjalanan ke Pasar Ukaz untuk berdakwah. Dan daripada hadis, ayat ini memberitahu yang jin-jin itu mendengar bacaan Nabi semasa Nabi sedang dalam perjalanan ke Pasar Ukaz. Waktu itu Nabi sedang solat subuh berjemaah dengan para sahabat. Waktu itu baginda hendak berdakwah ke tempat orang ramai.

Dulu jin boleh dengar berita dari langit sebelum datang Nabi Muhammad. Mereka disekat langsung dari naik ke langit. Lalu mereka bertanya sesama mereka kenapa begitu. Mesti ada sesuatu. Maka mereka cari sebab. Maka sekumpulan jin telah pergi ke kawasan Tihaamah semenanjung Arab – kawasan landai yang menghala ke laut. (Hijaz kawasan tengah yang berbukit bukau. Di sebaliknya pula adalah kawasan dipanggil Najd). Selepas mereka mendengar bacaan Quran dari Nabi itu, tahulah mereka yang itulah (penurunan Quran) yang telah menghalang mereka. Mereka kemudiannya telah pulang dan cakap kepada kaum mereka. Inilah yang disebut dalam satu hadis:

٧٣١ – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ أَبِي بِشْرٍ هُوَ جَعْفَرُ بْنُ أَبِي وَحْشِيَّةَ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ انْطَلَقَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي طَائِفَةٍ مِنْ أَصْحَابِهِ عَامِدِينَ إِلَى سُوقِ عُكَاظٍ وَقَدْ حِيلَ بَيْنَ الشَّيَاطِينِ وَبَيْنَ خَبَرِ السَّمَاءِ وَأُرْسِلَتْ عَلَيْهِمْ الشُّهُبُ فَرَجَعَتْ الشَّيَاطِينُ إِلَى قَوْمِهِمْ فَقَالُوا مَا لَكُمْ فَقَالُوا حِيلَ بَيْنَنَا وَبَيْنَ خَبَرِ السَّمَاءِ وَأُرْسِلَتْ عَلَيْنَا الشُّهُبُ قَالُوا مَا حَالَ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ خَبَرِ السَّمَاءِ إِلَّا شَيْءٌ حَدَثَ فَاضْرِبُوا مَشَارِقَ الْأَرْضِ وَمَغَارِبَهَا فَانْظُرُوا مَا هَذَا الَّذِي حَالَ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ خَبَرِ السَّمَاءِ فَانْصَرَفَ أُولَئِكَ الَّذِينَ تَوَجَّهُوا نَحْوَ تِهَامَةَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ بِنَخْلَةَ عَامِدِينَ إِلَى سُوقِ عُكَاظٍ وَهُوَ يُصَلِّي بِأَصْحَابِهِ صَلَاةَ الْفَجْرِ فَلَمَّا سَمِعُوا الْقُرْآنَ اسْتَمَعُوا لَهُ فَقَالُوا هَذَا وَاللَّهِ الَّذِي حَالَ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ خَبَرِ السَّمَاءِ فَهُنَالِكَ حِينَ رَجَعُوا إِلَى قَوْمِهِمْ وَقَالُوا يَا قَوْمَنَا { إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ فَآمَنَّا بِهِ وَلَنْ نُشْرِكَ بِرَبِّنَا أَحَدًا } فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَلَى نَبِيِّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ { قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِنْ الْجِنِّ } وَإِنَّمَا أُوحِيَ إِلَيْهِ قَوْلُ الْجِنِّ

731. Telah menceritakan kepada kami Musadad berkata, telah menceritakan kepada kami Abu ‘Awanah dari Abu Bisyr -dia adalah Ja’far bin Abu Wahsyiyyah- dari Sa’id bin Jubair dari ‘Abdullah bin ‘Abbas berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersama sekelompok sahabat berangkat menuju pasar ‘Ukazh. Saat itu telah ada penghalang antara syaitan dan berita-berita langit dimana telah dikirim kabut kepada syaitan sebagai penghalang. Maka syaitan-syaitan kembali menemui kaumnya, lalu kaumnya berkata, “Apa yang terjadi dengan kalian?” Setan-setan tersebut menjawab, “Telah ada penghalang antara kami dan berita-berita langit dengan dikirimnya kabut.” Kaumnya berkata, “Tidak ada penghalang antara kalian dan berita-berita langit kecuali telah ada sesuatu yang terjadi. Pergilah kalian ke seluruh penjuru timur bumi dan baratnya, lalu perhatikanlah apa penghalang yang ada antara kalian dan berita-berita langit!” Maka berangkatlah setan-setan yang ada di Tihamah untuk mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat Beliau yang sedang berada di pasar ‘Ukazh. Saat itu beliau dan para sahabat sedang melaksanakan shalat fajar. Ketika setan-setan itu mendengar Al Qur’an, mereka menyimaknya dengan baik hingga mereka pun berkata, “Demi Allah, inilah yang menjadi penghalang antara kalian dan berita-berita langit.” Dan perkataan ini pula yang disampaikan ketika mereka kembali kepada kaum mereka. Lantas mereka berkata kepada kaumnya, “Wahai kaum kami, sesungguhnya kami telah mendengarkan Al Quran yang menakjubkan. (Yang) memberi petunjuk kepada jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya. Dan kami sekali-kali tidak akan mempersekutukan seseorangpun dengan Tuhan kami) ‘ (Qs. Al Jin: 1-2). Maka kemudian Allah menurunkan wahyu kepada Nabi-Nya shallallahu ‘alaihi wasallam: ‘(Katakanlah (hai Muhammad): “Telah diwahyukan kepadamu bahwasanya: telah mendengarkan sekumpulan jin (akan Al Qur’an)) ‘ (Qs. Al Jin: 1). Yakni diwahyukan kepada beliau perkataan jin.”

Jin dulu memang dulu boleh dengar berita dari langit dan dengan cara itulah mereka menipu manusia. Seperti yang Imam Bukhari masukkan hadis dalam kitab Sahihnya:

٤٤٢٦ – حَدَّثَنَا الْحُمَيْدِيُّ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ حَدَّثَنَا عَمْرٌو قَالَ سَمِعْتُ عِكْرِمَةَ يَقُولُ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ إِنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا قَضَى اللَّهُ الْأَمْرَ فِي السَّمَاءِ ضَرَبَتْ الْمَلَائِكَةُ بِأَجْنِحَتِهَا خُضْعَانًا لِقَوْلِهِ كَأَنَّهُ سِلْسِلَةٌ عَلَى صَفْوَانٍ فَإِذَا { فُزِّعَ عَنْ قُلُوبِهِمْ قَالُوا مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ قَالُوا } لِلَّذِي قَالَ { الْحَقَّ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيرُ } فَيَسْمَعُهَا مُسْتَرِقُ السَّمْعِ وَمُسْتَرِقُ السَّمْعِ هَكَذَا بَعْضُهُ فَوْقَ بَعْضٍ وَوَصَفَ سُفْيَانُ بِكَفِّهِ فَحَرَفَهَا وَبَدَّدَ بَيْنَ أَصَابِعِهِ فَيَسْمَعُ الْكَلِمَةَ فَيُلْقِيهَا إِلَى مَنْ تَحْتَهُ ثُمَّ يُلْقِيهَا الْآخَرُ إِلَى مَنْ تَحْتَهُ حَتَّى يُلْقِيَهَا عَلَى لِسَانِ السَّاحِرِ أَوْ الْكَاهِنِ فَرُبَّمَا أَدْرَكَ الشِّهَابُ قَبْلَ أَنْ يُلْقِيَهَا وَرُبَّمَا أَلْقَاهَا قَبْلَ أَنْ يُدْرِكَهُ فَيَكْذِبُ مَعَهَا مِائَةَ كَذْبَةٍ فَيُقَالُ أَلَيْسَ قَدْ قَالَ لَنَا يَوْمَ كَذَا وَكَذَا كَذَا وَكَذَا فَيُصَدَّقُ بِتِلْكَ الْكَلِمَةِ الَّتِي سَمِعَ مِنْ السَّمَاءِ

4426. Telah menceritakan kepada kami Al Humaidi Telah menceritakan kepada kami Sufyan Telah menceritakan kepada kami Amru dia berkata; Aku mendengar Ikrimah berkata; Aku mendengar Abu Hurairah berkata; Sesungguhnya Nabiyullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila Allah menetapkan satu perkara di atas langit maka para malaikat mengepakkan sayap-sayap mereka kerana tunduk kepada firman-Nya, seakan-akan rantai yang berada di atas batu besar. Apabila hati mereka telah menjadi stabil, mereka berkata; ‘Apa yang difirmankan Rabb kalian? ‘ mereka menjawab; ‘Al Haq, dan Dia Maha Tinggi lagi Maha Besar.’ Jin-jin pencuri berita mendengarkannya, (mereka bersusun-susun) sebagian di atas sebagian yang lainnya. Mereka mencuri dengar kalimat lalu menyampaikannya kepada yang berada di bawahnya. Bisa jadi jin itu diterjang bintang sebelum menyampaikannya kepada yang di bawahnya, kemudian mereka menyampaikanya kepada lisan dukun atau tukang sihir. Bisa jadi mereka tidak diterjang oleh bintang sehingga dapat menyampaikannya, kemudian dicampur dengan seratus kebohongan. Maka kalimat yang didengar bisa sesuai dengan yang dari langit.”

 

فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْءآنًا عَجَبًا

lalu mereka berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran yang ajaib!

Jin-jin yang telah mendengar itu telah memberitahu pula kepada puak-puak jin mereka apabila mereka pulang. Mereka sampaikan dakwah kepada kaum mereka.

Mereka kehairanan dengan apa yang mereka dengar dari bacaan Nabi Muhammad itu. Mereka ta’jub dengan apa yang mereka dengar itu. Pada mereka, ianya adalah sesuatu yang hebat. Dan memang tidak ada bacaan yang lebih hebat dari Quran itu. Dalam berbagai-bagai aspek – dari bacaannya, dari maknanya, dari keindahan bahasa yang digunakan, dan macam-macam lagi. Ia akan menyebabkan mereka yang mendengar akan terpesona.

Lihatlah bagaimana apabila jin mendengar sahaja Quran itu, mereka telah beriman. Mereka dapat menilai bahawa ini bukanlah datang dari manusia. Bandingkan dengan orang kita yang berkali-kali dengar ayat Quran tapi sedikit pun tidak terkesan.


 

Ayat 2: Jin-jin itu faham apakah tujuan Quran ini. Lihatlah apa kata mereka tentang Quran.

يَهدي إِلَى الرُّشدِ فَئآمَنّا بِهِ ۖ وَلَن نُّشرِكَ بِرَبِّنا أَحَدًا

Sahih International

It guides to the right course, and we have believed in it. And we will never associate with our Lord anyone.

Malay

Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.

 

يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ

`Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul,

Mereka terima bahawa ajaran yang dalam Quran itu adalah betul dan membawa kepada kejayaan. Mereka yang mendapat hidayah akan berada atas jalan yang lurus. Lihatlah, bagaimana mereka baru dengar sedikit sahaja ayat-ayat Quran itu, tapi mereka sudah faham.

 

فَئآمَنَّا بِهِ

lalu kami beriman kepadanya,

Jin-jin itu telah memberitahu kepada jin-jin yang lain bahawa mereka telah beriman dengan Quran dan telah beriman dengan Allah. Mereka baru dengar sedikit sahaja ayat Quran tapi mereka sudah beriman.

 

وَلَن نُّشْرِكَ بِرَبِّنَا أَحَدًا

dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.

Mereka sudah tinggalkan fahaman syirik mereka. Kenapa? Kerana mereka mendengar dengan betul-betul bacaan Quran itu. Bandingkan dengan orang kita yang dah baca sendiri ayat Quran dari kecil, tapi mereka masih lagi buat syirik! Ini adalah kerana manusia tidak membaca dengan teliti dan memahami apa yang mereka baca. Itulah sebabnya penting untuk belajar Tafsir Quran kerana tanpa belajar tafsir, kita tidak faham apakah yang hendak disampaikan oleh Quran.

Kisah dalam surah Jin ini hampir sama dengan kejadian yang Allah sebut dalam Ahqaf:29-32, tapi seperti yang kita beritahu, ianya bukanlah kisah kejadian yang sama.

وَإِذ صَرَفنا إِلَيكَ نَفَرًا مِنَ الجِنِّ يَستَمِعونَ القُرآنَ فَلَمّا حَضَروهُ قالوا أَنصِتوا ۖ فَلَمّا قُضِيَ وَلَّوا إِلىٰ قَومِهِم مُنذِرينَ

Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): “Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!” Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.

قالوا يا قَومَنا إِنّا سَمِعنا كِتابًا أُنزِلَ مِن بَعدِ موسىٰ مُصَدِّقًا لِما بَينَ يَدَيهِ يَهدي إِلَى الحَقِّ وَإِلىٰ طَريقٍ مُستَقيمٍ

Mereka berkata: “Wahai kaum kami! Sesungguhnya kami telah mendengar Kitab (Al-Quran) yang diturunkan (oleh Allah) sesudah Nabi Musa, yang menegaskan kebenaran Kitab-kitab Suci yang terdahulu daripadanya, lagi, memandu kepada kebenaran (tauhid) dan ke jalan yang lurus (ugama Islam)

يا قَومَنا أَجيبوا داعِيَ اللَّهِ وَآمِنوا بِهِ يَغفِر لَكُم مِن ذُنوبِكُم وَيُجِركُم مِن عَذابٍ أَليمٍ

“Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

وَمَن لا يُجِب داعِيَ اللَّهِ فَلَيسَ بِمُعجِزٍ فِي الأَرضِ وَلَيسَ لَهُ مِن دونِهِ أَولِياءُ ۚ أُولٰئِكَ في ضَلالٍ مُبينٍ

“Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya ke jalan Allah, maka ia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab walau ke mana sahaja ia melarikan diri) di bumi, dan ia tidak akan beroleh sesiapapun – yang lain dari Allah – sebagai pelindung-pelindung yang membelanya; mereka (yang demikian sifatnya) adalah dalam kesesatan yang nyata”.


 

Ayat 3: Ini adalah sambung dakwah jin kepada bangsa jin. Bayangkan betapa Allah sebutkan apa yang mereka bincangkan dalam Quran. Kata-kata mereka itu tertulis hingga ke akhir zaman.

وَأَنَّهُ تَعٰلىٰ جَدُّ رَبِّنا مَا اتَّخَذَ صٰحِبَةً وَلا وَلَدًا

Sahih International

And [it teaches] that exalted is the nobleness of our Lord; He has not taken a wife or a son

Malay

Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak.

 

وَأَنَّهُ تَعَٰلَىٰ

Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: Maha Tinggi

Sekarang jin-jin itu memuji-muji Allah pula.

 

جَدُّ رَبِّنَا

Maha Agung Tuhan kita

Allah Maha Agung dari segi:

PerbuatanNya
PerintahNya
KekuasaanNya
Nikmat nikmatNya ke atas makhlukNya
Mana Tinggi SebutanNya

 

مَا اتَّخَذَ صٰحِبَةً وَلَا وَلَدًا

tidaklah Dia mengambil isteri atau beranak.

Allah Maha Tinggi dari mengambil isteri dan anak. Allah tidak memerlukan isteri dan anak. Hanya makhluk sahaja yang memerlukan isteri dan anak.

Maka dari ayat ini, kita dapat agak bahawa jin-jin yang mendengar ayat Qur’an waktu itu adalah dari kalangan Kristian atau dari kalangan agama yang berfahaman Allah ada isteri dan anak. Maka sekarang baru mereka tahu bahawa itu adalah fahaman yang salah.

Jadi ayat-ayat Qur’an yang dibacakan pada mereka itu adalah tentang perkara ini. Kita tidak tahu apakah ayat yang dibaca waktu itu kerana kita tidak diberitahu.


 

Ayat 4:

وَأَنَّهُ كانَ يَقولُ سَفيهُنا عَلَى اللهِ شَطَطًا

Sahih International

And that our foolish one has been saying about Allah an excessive transgression.

Malay

Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) bahawa sesungguhnya: (ketua) yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran;

 

وَأَنَّهُ كَانَ يَقُولُ سَفِيهُنَا عَلَى اللهِ شَطَطًا

`Dan sesungguhnya: yang bodoh dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah dengan kata-kata dengan zalim;

Kalimah سَفيهُنا itu boleh merujuk kepada satu individu ataupun kepada satu kumpulan. Jadi سَفِيهُنَا yang dimaksudkan dalam ayat ini boleh bermaksud: iblis, berdasarkan satu tafsir. Iblis itu dari kalangan jin. Dia mengajak kepada kesesatan dan kerana itulah dia dipanggil sebagai yang bodoh.

Atau ia juga boleh merujuk kepada sesiapa yang mengatakan Allah memerlukan isteri dan anak. Mereka itu dikatakan sebagai bodoh. Iaitu dari kalangan jin-jin juga kerana mereka ada juga yang berfahaman begitu.

شَطَطًا adalah sesuatu yang jauh dari kebenaran. Maka ianya dipanggil zalim. Maknanya iblis atau sesiapa yang mengatakan Allah memerlukan isteri dan anak itu telah melakukan kezaliman dengan mengatakan sesuatu yang menyesatkan manusia dan jin.

Jin-jin itu dah masuk Islam. Sampai sekarang ada jin yang datang belajar dengan manusia. Tidak perlu pelik. Sebagai contoh, dalam kelas pengajian manusia, mereka akan ada. Kebanyakan manusia tidak akan perasan pun. Kerana kita tidak nampak mereka.

Ada persamaan antara kita dan jin-jin itu. Mereka makan dan minum macam kita juga. Mereka juga hidup dalam dunia ini juga. Cuma bezanya, mereka tak boleh pegang benda solid. Mereka tidak boleh sentuh benda-benda yang ada dalam alam nyata. Mereka makan sisa makanan kita.

Binatang ternakan mereka pula makan najis binatang ternakan kita. Oleh itu, apabila dikatakan mereka tidak boleh pegang benda pepejal, bermaksud mereka tidaklah boleh cekik kita dan sebagainya. Itu tidak mungkin untuk mereka. Jadi, tidak perlu takut yang mereka boleh kacau kita dengan cara macam itu. Malangnya, kisah-kisah dalam masyarakat kita sekarang, samada dalam filem atau dalam percakapan orang kita, macam-macam mereka kata jin itu boleh buat. Padahal itu semuanya tidak benar.


 

Ayat 5:

وَأَنّا ظَنَنّا أَن لَّن تَقولَ الإِنسُ وَالجِنُّ عَلَى اللهِ كَذِبًا

Sahih International

And we had thought that mankind and the jinn would never speak about Allah a lie.

Malay

`Dan bahawa sesungguhnya kita menyangka bahawa manusia dan jin tidak sekali-kali akan berani mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah.

 

وَأَنَّا ظَنَنَّا

Dan bahawa sesungguhnya kami menyangka

Mereka menceritakan apakah fahaman mereka dulu. Kerana mereka telah diberikan dengan ajaran-ajaran yang salah dulu. Mereka menceritakan semula.

Macam juga orang kita yang percaya dengan ajaran ustaz-ustaz dahulu. Kita terima sahaja apa yang mereka kata. Kita sangkakan tentulah apa yang mereka beritahu dulu itu benar belaka, bukan?

 

أَن لَّن تَقُولَ الْإِنسُ وَالْجِنُّ عَلَى اللهِ كَذِبًا

bahawa manusia dan jin tidak sekali-kali akan berani mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah.

Mereka dulu tak sangka manusia dan jin akan berani kata perkara yang tidak benar tentang Allah. Mereka sangka apa kesyirikan yang dilakukan oleh manusia dan jin lain itu tentulah benar kerana diberitahu oleh mereka yang dipercayai – takkan mereka hendak menipu pula?

Hanya apabila mereka dengar bacaan Quran, baru mereka sedar yang apa yang diberitakan kepada mereka dulu adalah salah sahaja. Mereka tak sangka sampai ada yang berani nak kata perkara yang salah tentang Allah. Tapi, ini memang terjadi.

Beginilah juga yang kena kepada Nabi Adam. Masa Nabi Adam makan pokok larangan, baginda tidak sangka yang iblis sanggup bersumpah atas nama Allah. Allah berfirman dalam A’raf:20

فَوَسْوَسَ لَهُمَا الشَّيْطَانُ لِيُبْدِيَ لَهُمَا مَا وُورِيَ عَنْهُمَا مِن سَوْآتِهِمَا وَقَالَ مَا نَهَاكُمَا رَبُّكُمَا عَنْ هَٰذِهِ الشَّجَرَةِ إِلَّا أَن تَكُونَا مَلَكَيْنِ أَوْ تَكُونَا مِنَ الْخَالِدِينَ

Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: “Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)”.

وَقَاسَمَهُمَا إِنِّي لَكُمَا لَمِنَ النَّاصِحِينَ

Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): “Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua”.

Adam tak sangka iblis boleh sanggup berbohong atas nama Allah. Apabila Iblis bersumpah, maka Nabi Adam percaya. Begitulah jin tak sangka ada makhluk yang sanggup berbohong atas nama Allah dengan mudah. Yang berdusta itu macam tak takut pun. Jin pun hairan, bagaimana mereka boleh berani menipu sampai begitu sekali. Selepas dibukakan ilmu Quran kepada mereka, barulah mereka tahu yang selama yang diajar oleh tok nenek mereka dahulu adalah dusta sahaja.

Macam zaman kita sekarang pun ada juga. Ada yang berani kata Allah redha dengan ini dan itu tapi rupanya tipu sahaja. Mereka berani berkata sesuatu yang tanpa dalil. Mereka percaya kata-kata ustaz mereka, ulama mereka, syeikh mereka, guru tarekat mereka dan sebagainya. Hanya selepas kita belajar sunnah baru tahu mana yang benar. Tapi kena belajarlah dahulu. Kalau tak belajar, tak tahu. Macam jin dalam ayat ini dapat tahu setelah mereka dengar ayat-ayat Quran. Itulah kita kata, kena belajar, bukannya ikut ustaz itu dan ini. Malangnya masyarakat kita selalu terima sahaja apa kata ustaz walaupun ustaz itu sendiri tidak tahu. Ustaz itu pun dengar kata-kata guru dia juga dan dia tidak sangka gurunya itu akan berkata perkara yang salah. Jadi, kita kebanyakan percaya atas percaya sahaja.

Lihatlah bagaimana jin-jin itu setelah nampak kebenaran, mereka tidak malu untuk mengaku kesalahan mereka dahulu. Mereka terima bahawa dulu mereka salah. Berapa banyak antara kita yang mengaku dulunya mereka buat salah dengan jadi tekong tahlil, ketua zikir, belajar tarekat dan macam-macam lagi?

Beginilah masalah orang kita apabila kita beritahu ajaran yang benar. Mereka tak boleh nak tolak ajaran ustaz-ustaz dahulu. Inilah yang susah untuk dilakukan.


 

Ayat 6: Jin-jin itu buka lagi kisah dahulu.

وَأَنَّهُ كانَ رِجالٌ مِّنَ الإِنسِ يَعوذونَ بِرِجالٍ مِّنَ الجِنِّ فَزادوهُم رَهَقًا

Sahih International

And there were men from mankind who sought refuge in men from the jinn, so they [only] increased them in burden.

Malay

Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.

 

وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِّنَ الْإِنسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِّنَ الْجِنِّ

`Dan sesungguhnya dulu ada lelaki dari manusia, meminta perlindungan kepada lelaki dari golongan jin,

Sebagai contoh, ada yang meminta perlindungan seperti “minta maaf tok nenek, anak cucu nak lalu”. Sebegitulah adat kebiasaan kepada Arab jahiliyah. Mereka akan minta keselamatan dari ketua jin sesuatu tempat itu. Seperti kita tahu, mereka banyak musafir dan mereka selalunya akan berhenti di kawasan padang pasir yang sunyi. Dan mereka minta perlindungan dari jin di tempat itu. Ini adalah syirik. Ini kerana mereka sangka yang setiap tempat yang kosong itu mesti ada penjaga dari kalangan jin dan kalau tidak minta perlindungan jin itu, mereka akan diganggu. Mereka berkata: “Aku berlindung kepada pemimpin jin lembah ini agar aku jangan diganggu atau hartaku atau anakku atau ternakku.”

Orang kita memang ramai yang buat dulu dan masih lagi ada yang buat walaupun zaman dah moden. Siap belajar macam-macam ilmu bagaimana nak berurusan dan meminta dengan jin. Mereka sanggup buat begitu sebab mereka hendakkan kelebihan dunia. Mereka rasa yang jin itu berkuasa dan boleh berkhidmat untuk mereka dan memberi keuntungan kepada mereka. Malangnya, apa yang mereka belajar dan dapat itu bukan boleh menambah iman tapi menyesatkan mereka sahaja. Itu semua adalah ilmu sihir.

Ada kalangan kita yang takut sangat dengan jin. Mereka takut kalau jin mengapa-apakan mereka. Maka sebab itulah mereka rasa yang mereka kena minta perlindungan dari jin-jin itu. Sepatutnya kita bacakan doa yang Nabi ajar. Apabila kita pergi ke sesuatu tempat, kita takut kalau ada yang mengganggu kita, bacakan doa ini.

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan apa yang diciptakan-Nya.” (HR. Muslim)

Banyak sangat kepala kita dimainkan oleh perasaan. Semua kita kata jin buat itu, buat ini. Agaknya jin pun marah sebab semua salahkan mereka. Sebagai contoh, kalau anak-anak kita perangai lain sikit, kita kata jin yang kacau. Padahal, kadang-kadang kanak-kanak yang nampak macam-macam itu adalah kerana tekanan psikologi sahaja. Mereka jadi begitu sebab tekanan perasaan. Kadang-kadang sebab kena tinggal oleh ibubapa yang bekerja. Bila dah besar nanti akan hilang begitu sahaja.

Jin tidak boleh buat apa sebenarnya kepada kita. Kalau mereka nak curi makanan kita pun tidak boleh. Ingatlah bahawa mereka boleh makan sisa kita sahaja. Oleh itu, segala ayam golek, pulut kuning yang diminta oleh mereka itu bukan mereka boleh makan pun. Itu bomoh yang makan nanti. Yang bahaya adalah bisikan mereka. Mereka boleh membisikkan was-was dalam hati kita. Boleh menyebabkan kita fikirkan macam-macam. Itu pun kerana salah kita selalunya, kalau kita beri kunci kepada mereka kepada hati kita.

Kita boleh juga mempertahankan diri dari gangguan jin dengan membaca ayat-ayat muawwizatain (surah al-Falaq dan an-Nas). Begitu juga dengan membaca ayat Kursi. Ataupun paling mudah bacakan istiaazah. Dan kita kena taat kepada suruhan Allah dan tinggalkan dosa kerana kalau kita buat dosa, Jin ada kuasa untuk ganggu kita. Kalau kita lihat mereka yang kena ganggu, kalau kita periksa, mereka itu solat pun tidak jaga. Dan kita kena bersihkan diri kita luaran juga. Pakai pakaian yang bersih dan bersihkan tempat tinggal kita. Pengamal-pengamal ajaran salah yang berkenaan dengan jin sebenarnya mengamalkan benda-benda yang kotor kerana itulah yang jin suka. Antaranya, mereka akan menyapu najis pada badan mereka untuk beberapa hari semasa pertapaan mereka.

Dan kita kena selalu baca ayat-ayat Quran. Apabila masuk rumah, sebut nama Allah. Tapi kena yakin dengan kuasa Allah. Bukan kita baca kosong sahaja. Kalau kita pun tidak percaya, jin pun tidak terkesan dengan bacaan kita itu.

Itu semua adalah perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk mempertahankan diri kita dari gangguan jin. Kerana jin syaitan akan sentiasa mencari peluang untuk mengganggu manusia. Sedangkan Nabi pun pernah diganggu, maka gangguan jin ini adalah benar.

Kenapa kita takut dengan jin sedangkan ada malaikat yang menjaga kita? Sebagai contoh, dalam hadis ada disebut yang apabila kita baca ayat Kursi, Allah akan tugaskan malaikat untuk menjaga kita. Mana lagi kuat, Jin atau malaikat? Allah telah berfirman bahawa ada malaikat yang menjaga kita. Seperti firman Allah dalam Rad :11

لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِّن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah.

Kepada anak-anak kita pun, kenalah kita doakan keselamatan untuk mereka. Dalam hal ini, ada doa yang diajar oleh Nabi.

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَوِّذُ الْـحَسَنَ وَالْـحُسَيْنَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا: أُعِيْذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ

“Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam memperlindungkan Al-Hasan dan Al-Husain Radhiyallahu Anhuma, ‘Aku berlindung kepada Allah untukmu berdua dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari segala macam syetan, binatang yang berbisa, dan ‘ain (pandangan mata) yang menimpanya (yang mengakibatkan sakit).”‘

Catatan:
Dhomir (kata ganti) pada awal lafazh doa أُعِيْذُكُمَا dapat disesuaikan dengan jenis kelamin dan jumlah anak sebagai berikut:
Satu anak laki-laki: أُعِيْذُكَ
Satu anak perempuan: أُعِيْذُكِ
Dua anak; baik dua anak laki-laki atau dua anak perempuan atau satu anak laki-laki dan satu anak perempuan: أُعِيْذُكُمَا
Tiga anak laki-laki atau lebih, atau anak yang terdiri dari laki-laki dan perempuan berjumlah tiga orang atau lebih: أُعِيْذُكُمْ
Tiga anak perempuan atau lebih: أُعِيْذُكُنَّ

 

فَزَادُوهُمْ رَهَقًا

Lalu menambah takut/dosa mereka

Kalimah رَهَقًا dari ر ه ق yang bermaksud bodoh, tipu, jahat, takut dan lain-lain. Apabila jin melihat manusia takut kepada mereka, Jin itu akan tambah lagi perasaan takut itu dalam hati manusia. Bagi manusia yang takut itu, lagi takut. Jin akan bagi orang itu lagi panik. Sampai manusia lagi takut dengan hantu jin. Nak pergi tempat sunyi sahaja dah mula fikir macam-macam.

Dan menambah dosa kepada manusia. Kerana  manusia akan buat benda-benda yang syirik. Buat amalan syirik, berlindung dengan jin sendiri dan macam-macam lagi.

Macam sekarang, kita selalu ditakutkan dengan ‘tempat-tempat yang keras’. Ada pula dikatakan ada tempat yang selalu accident sebab ada gangguan hantu. Padahal tempat itu orang selalu pandu laju sebenarnya. Dan kalau kita katakan mereka ada kuasa untuk kacau kita, jin-jin itu akan rasa lebih besar dan mereka akan buat supaya kita lebih takut. Ini disebut dalam satu hadis:

كُنْتُ رَدِيفَ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فَعَثَرَتْ دَابَّتُهُ فَقُلْتُ تَعِسَ الشَّيْطَانُ . فَقَالَ لاَ تَقُلْ تَعِسَ الشَّيْطَانُ فَإِنَّكَ إِذَا قُلْتَ ذَلِكَ تَعَاظَمَ حَتَّى يَكُونَ مِثْلَ الْبَيْتِ وَيَقُولَ بِقُوَّتِى وَلَكِنْ قُلْ بِسْمِ اللَّهِ فَإِنَّكَ إِذَا قُلْتَ ذَلِكَ تَصَاغَرَ حَتَّى يَكُونَ مِثْلَ الذُّبَابِ

Ketika aku dibonceng Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tiba-tiba unta beliau tergelincir. Serta merta aku berkata, “Celakalah syaitan.” Maka beliau bersabda, “Jangan kamu katakan, ‘celakalah syaitan,’ sebab jika kamu katakan seperti itu maka syaitan akan membesar sebesar rumah dan dengan sombongnya syaitan akan berkata; ‘Itu terjadi kerana kekuatanku’. Akan tetapi, ucapkanlah ‘Bismillah’ sebab jika engkau mengucapkan basmalah syaitan akan mengecil hingga sebesar lalat. “(HR. Abu Dawud)

Jadi, ia juga bermaksud, kalau manusia yang pangkatnya itu khalifah bumi, tapi mereka minta pertolongan dan perlindungan dari jin pula (yang sebenarnya rendah kedudukan dari manusia), maka itu akan meningkatkan kesombongan jin itu. Sebab golongan yang hebat dari mereka tapi minta tolong dengan mereka, maka tentulah mereka lagi naik tocang.

Hadis ini mengajar kita, jangan kita besarkan jin itu dengan mengatakan yang mereka boleh buat itu dan ini. Sebaliknya, baca basmalah sahaja.

Kalau ada orang yang mengadu selalu nampak benda-benda pelik, tanya mereka, ada belajar silat tak? Kalau tak, bapa atau ahli keluarga yang lain, ada yang jadi bomoh tak? Atau ada tak mengamalkan mana-mana ayat? Baca ayat pengasih kah, ayat nak bagi orang sayang kah, ayat nak bagi orang tunduk dengan kita dan sebagainya. Apabila kita baca ayat Quran kerana niat tertentu, maka dia dah serahkan kunci kepada jin.

Ramai yang sangka, kalau amal ayat Quran, tidak mengapa. Ia adalah salah, kerana ianya adalah sihir juga – sihir dengan ayat Quran. Maka mereka akan dinampakkan dengan benda-benda ghaib oleh jin. Orang lain tak nampak, mereka pula yang nampak. Orang lain tak dengar, mereka sahaja yang dengar. Ini adalah kerana qarin yang ada pada kita telah pegang kunci hati kita. Dia telah disihir oleh qarin mereka.

Orang yang dikatakan mati kerana gangguan jin itu bukan kerana dibunuh terus oleh jin tapi adalah kerana mereka kena gangguan fikiran kerana dinampakkan dan didengarkan dengan macam-macam. Yang ganggu fikiran mereka itu adalah jin. Sampai nak makan pun tak lalu dah. Bila dah tak mahu makan, maka mereka akan kekurangan zat dan itulah yang akan menyebabkan kematian dari kerana itu.

Macam orang yang kena santau, benda yang mereka nampak seperti jarum, rambut dan sebagainya, tidak ada tapi dinampakkan ada oleh jin.  Percayalah bahawa hantu itu tidak boleh buat apa. Hantu bukan boleh gigit kita. Mereka cuma boleh ganggu fikiran sahaja.

Selain daripada menambahkan takut kepada mereka yang sudah sedia takut, perbuatan manusia itu akan menambah-nambah dosa mereka. Apabila manusia meminta tolong kepada jin, Jin itu akan menambah dosa manusia. Mereka telah meletakkan harapan dan keselamatan mereka atas jin-jin dan tidak dengan Allah. Itu adalah dosa yang besar. Ianya adalah dosa syirik.

Ingatlah bahawa KPI jin syaitan adalah untuk memasukkan kita dalam neraka. Mereka nak kita masuk neraka dengan melakukan syirik. Iaitu minta tolong kepada mereka dan mereka mahu kita lakukan macam-macam lagi amalan syirik yang disebabkan mereka. Tapi kalaulah mereka cekik manusia atau bunuh manusia, itu tidak boleh memasukkan manusia itu ke dalam neraka. Sedangkan kalau mereka mati dengan cara macam itu, mereka akan dikira sebagai mati syahid dan diampunkan dosa. Tentu iblis sebagai ketua syaitan akan marah anak-anak buah dia.

Kalau kita belajar tentang jin dengan cara sunnah, kita tidak akan takut dengan jin. Tapi kalau belajar dengan bomoh dan sebagainya, akan menyebabkan takut pula dengan jin. Malangnya begitulah kisah yang kita selalu dengar di kalangan kita. Sentiasa sahaja berlegar kisah jin dan hantu di kalangan kita. Sampaikan kesannya, masyarakat kita takut sangat dengan jin. Padahal, kita kena takut dengan Allah. Apabila takut dengan jin, maka semakin berkuasalah jin atas manusia. Sepatutnya kalau jin kacau kita atau orang lain, kita boleh suruh sahaja mereka tinggalkan dan berhenti dari mengganggu. Jin tidak berani dengan orang mukmin. Tak payah pergi Darul Syifa’.

Mereka yang takut kepada jin dan hantu adalah kerana iman mereka lemah. Mereka tidak faham tentang ilmu tauhid. Mereka tidak percaya bahawa tidak akan berlaku sesuatu melainkan dengan izin Allah. Mereka sangka ada makhluk lain yang ada kuasa untuk memudharatkan kita. Mereka tidak percaya dengan cara-cara yang diajar oleh Nabi.

Dan perkara ini dimudharatkan lagi dengan orang kita yang memang tidak habis-habis bercerita tentang hal-hal yang menakutkan. Suka sangat bercerita dan tengok kisah-kisah seram di TV. Benda itu tidak membawa kebaikan malah kesusahan kepada kita. Buang masa sahaja.

Oleh itu, kena belajar tauhid dan kena kenal Allah dengan sebaiknya. Tidak ada yang dapat memudharatkan kita tanpa izin Allah. Serahkan tawakal kita kepada Allah sahaja. Kena belajar erti tawakal.

Satu lagi kesan perbuatan manusia kepada jin itu, ianya telah menambah kesombongan jin-jin itu. Mereka rasa mereka hebat, kerana manusia minta tolong kepada mereka. Padahal mereka itu kedudukan lebih rendah dari manusia. Ketahuilah bahawa syaitan tidak ada kuasa ke atas kita. Seperti Allah sebut dalam Nisa:76

إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفًا

sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.

Dalam Qur’an, memang telah disebut bagaimana manusia dan jin bertolong tolongan dalam kesesatan. Ini disebut dalam An’am:128

وَيَوْمَ يَحْشُرُهُمْ جَمِيعًا يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ قَدِ اسْتَكْثَرْتُم مِّنَ الْإِنسِ وَقَالَ أَوْلِيَاؤُهُم مِّنَ الْإِنسِ رَبَّنَا اسْتَمْتَعَ بَعْضُنَا بِبَعْضٍ وَبَلَغْنَا أَجَلَنَا الَّذِي أَجَّلْتَ لَنَا قَالَ النَّارُ مَثْوَاكُمْ خَالِدِينَ فِيهَا إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ إِنَّ رَبَّكَ حَكِيمٌ عَلِيمٌ

Dan (ingatlah) hari (kiamat yang padanya) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): “Wahai sekalian jin (Syaitan-syaitan)! Sesungguhnya kamu telah banyak pengikut-pengikut dari manusia”. Dan berkatalah pula pengikut-pengikut mereka dari golongan manusia: “Wahai Tuhan kami, sebahagian kami (manusia) telah bersenang-senang (mendapat kemudahan) dengan sebahagian yang lain (Syaitan-syaitan), dan kami telah sampailah kepada masa kami (hari kiamat) yang Engkau telah tentukan bagi kami”. (Allah berfirman): “Nerakalah tempat kediaman kamu, kekal kamu di dalamnya, kecuali apa yang dikehendaki Allah”. Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.

Ada orang yang menggunakan jin untuk melakukan sesuatu. Sebagai contoh, ada yang bela toyol untuk curi duit. Dan ada bomoh memang bela jin sebagai khadam mereka. Ada yang bomoh yang bela jin supaya kacau orang kampung, kemudian orang kampung kena datang jumpa dia untuk ubati dia. Mereka boleh menggunakan jin-jin itu kerana kerana mereka telah buat perjanjian dengan jin-jin itu. Mereka telah buat sesuatu yang diminta oleh jin. Antaranya mereka amalkan perkara yang salah. Ada yang bertapa sekian sekian lama. Yang penting, mereka mesti amalkan amalan yang salah. Macam macam perkara buruk yang manusia sanggup lakukan asalkan mereka boleh dapat keuntungan.

Apabila permintaan jin itu dilayan, mereka akan minta macam-macam lagi. Sampaikan mereka minta nyawa manusia. Mulanya mereka minta limau sahaja, tapi akhirnya minta nyawa anak dara. Sebagai contoh, orang Mesir akan mengorbankan nyawa anak dara mereka kalau sungai Nil kurang. Perbuatan itu hanya berhenti apabila Umar menjadi khallifah. Itulah kisah bagaimana Umar telah menulis surat kepada Sungai Nil. Kisah itu boleh dibaca di sini.

Ini menunjukkan bahawa ramai manusia yang berurusan dengan jin dan selalunya memang untuk keburukan dan bukannya kebaikan. Sepatutnya kita sebagai manusia tidak ada interaksi apa-apa dengan jin. Mereka dengan dunia mereka dan kita dengan alam dunia kita.


 

Ayat 7:

وَأَنَّهُم ظَنّوا كَما ظَنَنتُم أَن لَّن يَبعَثَ اللهُ أَحَدًا

Sahih International

And they had thought, as you thought, that Allah would never send anyone [as a messenger].

Malay

`Dan bahawa sesungguhnya (tidaklah benar) manusia menyangka sebagaimana yang kamu sangka, bahawa Allah tidak sekali-kali mengutuskan sebarang Rasul (atau tidak akan membangkitkan manusia pada hari kiamat).

 

وَأَنَّهُمْ ظَنُّوا كَمَا ظَنَنتُمْ

`Dan bahawa mereka sesungguhnya dahulu menyangka sebagaimana yang kamu sangka,

Ada dua kemungkinan maksud ayat ini:

1. Sebelum ini, ayat-ayat adalah tentang apa yang disampaikan oleh jin kepada bangsa mereka dan kali ini Allah pula memberitahu kita dalam ayat ini yang jin-jin itu menyangka sama seperti sangkaan manusia juga.

2. Atau boleh bermaksud yang ayat ini masih lagi dalam percakapan jin memberitahu kaumnya tentang pegangan manusia, yang sama dengan sangkaan bangsa jin juga.

 

أَن لَّن يَبْعَثَ اللهُ أَحَدًا

bahawa Allah tidak sekali-kali membangkitkan sesiapa

Ada dua tafsir untuk ayat ini:

1. Jin juga menyangka seperti manusia juga bahawa tidak ada kehidupan selepas mati – makhluk tidak akan dibangkitkan semula. Sama sahaja akidah jin dan manusia dari dulu sampai sekarang. Masih ramai lagi yang tidak percaya kepada hari kebangkitan. Musyrikin Mekah tidak percaya dengan kehidupan selepas mati dan masih ada agama seperti Buddha yang tidak percaya dengan Hari Akhirat. Mereka sangka yang roh manusia akan di recycle.

2. Ataupun, boleh juga bermaksud yang yang mereka sangka Allah tidak akan membangkitkan Rasul. Dan sekarang dengan adanya Qur’an yang diturunkan kepada Nabi Muhammad, maka fahaman mereka sebelum itu telah dibuktikan sebagai salah sama sekali.

Allahu a’lam. Lompat ke ayat yang seterusnya

Tarikh: 14 Oktober 2017


Rujukan: 

Ustaz Adli

Nouman Ali Khan

Taimiyyah Zubair

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an