Tafsir Surah Mujaadilah Ayat 22 (Melawan keluarga musyrik)

Ayat 22: Ini adalah sifat golongan mukmin yang sebenar. Tanda orang mukmin adalah mereka benci kepada penentang wahyu. Maka mereka akan berhati-hati dengan orang yang mereka rapat.

لّا تَجِدُ قَومًا يُؤمِنونَ بِاللهِ وَاليَومِ الآخِرِ يُوادّونَ مَن حادَّ اللهَ وَرَسولَهُ وَلَو كانوا ءآباءَهُم أَو أَبناءَهُم أَو إِخوٰنَهُم أَو عَشيرَتَهُم ۚ أُولٰئِكَ كَتَبَ في قُلوبِهِمُ الإيمٰنَ وَأَيَّدَهُم بِروحٍ مِّنهُ ۖ وَيُدخِلُهُم جَنّٰتٍ تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ خٰلِدينَ فيها ۚ رَضِيَ اللهُ عَنهُم وَرَضوا عَنهُ ۚ أُولٰئِكَ حِزبُ اللهِ ۚ أَلا إِنَّ حِزبَ اللهِ هُمُ المُفلِحونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

You will not find a people who believe in Allāh and the Last Day having affection for those who oppose Allāh and His Messenger, even if they were their fathers or their sons or their brothers or their kindred. Those – He has decreed within their hearts faith and supported them with spirit¹ from Him. And We will admit them to gardens beneath which rivers flow, wherein they abide eternally. Allāh is pleased with them, and they are pleased with Him – those are the party of Allāh. Unquestionably, the party of Allāh – they are the successful.

  • i.e., “that which gives life,” explained as the guidance of the Qur’ān or victory over their opponents.

(MELAYU)

Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukkan-Nya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka, dan merekapun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya hizbullah itu adalah golongan yang beruntung.

 

لّا تَجِدُ قَومًا يُؤمِنونَ بِاللهِ وَاليَومِ الآخِرِ

Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, 

Orang yang beriman sempurna ada tanda dan ciri-cirinya. Ada perkara yang mereka tidak akan lakukan.

 

يُوادّونَ مَن حادَّ اللهَ وَرَسولَهُ

saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya,

Orang beriman tidak akan rapat dengan orang yang menentang agama. Ini adalah ujian keimanan yang ramai antara kita tidak diuji dengannya. Golongan yang dimaksudkan adalah golongan yang menentang keras agama Islam dan berusaha bersunguh-sungguh untuk menjatuhkan agama Islam.

Kita selalunya tidak kenal orang yang menentang Islam tapi para sahabat kadangkala ada golongan ini dalam ahli keluarga mereka. Mereka terpaksa tinggal dengan mereka, berurusan dengan mereka. Maka dugaan mereka lebih besar sebenarnya.

 

وَلَو كانوا ءآباءَهُم أَو أَبناءَهُم أَو إِخوٰنَهُم أَو عَشيرَتَهُم

sekalipun orang-orang itu bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka.

Kadangkala zaman sekarang ada orang-orang Islam yang keluarga mereka bukan Islam tetapi mereka itu setakat tidak suka sahaja ataupun tidak kisah pun dengan agama Islam dan tidaklah mereka itu berusaha untuk menentang agama Islam. Maka tidak salah kalau masih berkeluarga dengan mereka. Sudah ramai orang bukan Islam yang tidak kisah pun tentang agama Islam. Mereka terima seadanya.

Melainkan kalau ahli keluarga mereka memang menentang agama Islam seperti yang dialami oleh para sahabat dulu. Zaman Nabi dulu, ada para sahabat yang ahli keluarga mereka dari kalangan musyrikin Mekah dan ada juga dari mereka yang keluarga mereka dari kalangan Yahudi yang berada di Madinah pada waktu itu. Waktu itu musyrikin Mekah dan Yahudi memang ramai yang menentang agama Islam.

Dan kerana ahli keluarga mereka itu menentang Islam, maka Allah memberitahu bahawa tali persaudaraan dengan mereka itu sudah terputus. Allah kata mereka sudah tidak boleh berkhasiat sayang lagi dengan kuarga mereka yang menentang agama Islam itu. Makan ini adalah hujan yang amat berat kepada mereka kerana di mana mereka di uji betul-betul.

Di dalam surah yang lain ada diberitahu bagaimana seorang muslim itu hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa nya walaupun mereka itu Muslim tetapi dalam ayat ini lagi kelas kerana jikalau ibu bapa ataupun anak itu menentang Islam maka mereka tidak dibenarkan untuk berbuat baik kepada mereka lagi.

Maka ayat ini perlu diperhatikan dengan sama-sama supaya tidak disalah Fahami sampai memutuskan perhubungan dengan ibu bapa hanya semata-mata mereka itu bukan beragama Islam.

 

أُولٰئِكَ كَتَبَ في قُلوبِهِمُ الإيمٰنَ

Mereka itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka

Allah akan tetapkan iman dalam hati orang itu. Dia telah ditetapkan oleh Allah Swt. termasuk orang yang berbahagia, dan Allah menjadikan hatinya kuat dengan kebahagiaan itu dan imannya telah menghiasi kalbu sanubarinya.

Inilah yang terjadi kepada para sahabat apabila mereka telah masuk Islam. Kita boleh lihat bagaimana peperangan Badr dan Uhud itu adalah antara saudara mara cuma berlainan agama sahaja.

Abu `Ubaidah telah membunuh bapanya sendiri, ‘Abdullah bin al-jarrah. Mus’ab bin `Umair telah membunuh abangnya, ‘Ubaid bin `Umair; Umar telah membunuh pakciknya, ‘As bin Hisham bin Mughirah; ‘Abu Bakr sudah bersedia untuk membunuh anaknya sendiri, ‘Abdur Rahman.

Dan sahabat yang lain telah membunuh teman rapat dan ahli dari puak mereka sendiri. Inilah tanda iman mereka yang tidak berbelah bahagi.

 

وَأَيَّدَهُم بِروحٍ مِّنهُ

dan menguatkan mereka dengan roh yang datang daripada-Nya.

Allah teguhkan dengan bantuan luar biasa dari Allah. Apakah maksud ‘Roh’ itu? Ada yang kata ianya Jibril dan ada yang kata ketenangan hati yang Allah tanamkan dalam diri mereka. Iaitu mereka rasa cinta mereka kepada Islam lebih tinggi dari cinta kepada ahli keluarga sendiri.

 

وَيُدخِلُهُم جَنّٰتٍ تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ خٰلِدينَ فيها

Dan dimasukkan-Nya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. 

Mereka akan diberi balasan syurga. Dan Allah menceritakan kehebatan syurga yang ada sungai. Ini kerana manusia suka rumah yang ada air.

رَضِيَ اللهُ عَنهُم

Allah redha terhadap mereka, 

Allah kata Dia berpuas hati. Ini adalah satu pernyataan yang amat besar. Bayangkan kalau ayah kita sendiri kata dia redha dengan kita dan berbangga dengan kita pun kita dah suka. Apatah lagi kalau Allah yang kata begitu!

 

وَرَضوا عَنهُ

dan merekapun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya.

Dan mereka akan puas hati sangat dengan balasan yang Allah berikan kepada mereka. Kerana hebat sangat. Balasan sangat istimewa lebih dari amal kebaikan mereka.

 

أُولٰئِكَ حِزبُ اللهِ

Mereka itulah golongan Allah. 

Allah kata mereka ini adalah ‘parti Allah’ kerana mereka sanggup untuk mengubah perasaan hati mereka yang sayang kepada ahli keluarga. Ini kerana itu adalah perkara yang amat susah untuk dilakukan. Mereka akan jadi golongan Allah.

 

أَلا إِنَّ حِزبَ اللهِ هُمُ المُفلِحونَ

Ketahuilah, bahawa sesungguhnya hizbullah itu adalah golongan yang beruntung.

Inilah orang yang sebenarnya beruntung. Siapakah mereka itu akan disebut dalam Surah Hashr dan Mumtahanah nanti.

Allahu a’lam. Sambung ke surah seterusnya, Surah Hashr.

Tarikh: 10 Mac 2018


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s