Tafsir Surah Mujaadilah Ayat 22 (Melawan keluarga musyrik)

Ayat 22: Ini adalah sifat golongan mukmin yang sebenar. Tanda orang mukmin adalah mereka benci kepada penentang wahyu. Maka mereka akan berhati-hati dengan orang yang mereka rapat.

لّا تَجِدُ قَومًا يُؤمِنونَ بِاللهِ وَاليَومِ الآخِرِ يُوادّونَ مَن حادَّ اللهَ وَرَسولَهُ وَلَو كانوا ءآباءَهُم أَو أَبناءَهُم أَو إِخوٰنَهُم أَو عَشيرَتَهُم ۚ أُولٰئِكَ كَتَبَ في قُلوبِهِمُ الإيمٰنَ وَأَيَّدَهُم بِروحٍ مِّنهُ ۖ وَيُدخِلُهُم جَنّٰتٍ تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ خٰلِدينَ فيها ۚ رَضِيَ اللهُ عَنهُم وَرَضوا عَنهُ ۚ أُولٰئِكَ حِزبُ اللهِ ۚ أَلا إِنَّ حِزبَ اللهِ هُمُ المُفلِحونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

You will not find a people who believe in Allāh and the Last Day having affection for those who oppose Allāh and His Messenger, even if they were their fathers or their sons or their brothers or their kindred. Those – He has decreed within their hearts faith and supported them with spirit¹ from Him. And We will admit them to gardens beneath which rivers flow, wherein they abide eternally. Allāh is pleased with them, and they are pleased with Him – those are the party of Allāh. Unquestionably, the party of Allāh – they are the successful.

  • i.e., “that which gives life,” explained as the guidance of the Qur’ān or victory over their opponents.

(MELAYU)

Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukkan-Nya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka, dan mereka pun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya hizbullah itu adalah golongan yang beruntung.

 

لّا تَجِدُ قَومًا يُؤمِنونَ بِاللهِ وَاليَومِ الآخِرِ

Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, 

Orang yang beriman sempurna ada tanda dan ciri-cirinya. Ada perkara yang mereka tidak akan lakukan. Mereka amat menjaga agama mereka dari rosak.

 

يُوادّونَ مَن حادَّ اللهَ وَرَسولَهُ

saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya,

Orang beriman tidak akan rapat dengan orang yang menentang agama. Kalimah يُوادّونَ dari katadasar و د د yang bermaksud cinta, berharap, rasa senang. Ini adalah ujian keimanan yang ramai antara kita tidak diuji dengannya.

Golongan yang dimaksudkan adalah golongan yang menentang keras agama Islam dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan agama Islam. Kalimah حادَّ dari katadasar ح د د yang bermaksud meletak had, menahan. Maksudnya mereka yang menentang.

Kita selalunya tidak kenal orang yang menentang Islam tapi para sahabat kadangkala ada golongan ini dalam ahli keluarga mereka. Mereka terpaksa tinggal dengan mereka, berurusan dengan mereka. Maka dugaan mereka lebih besar sebenarnya.

 

وَلَو كانوا ءآباءَهُم أَو أَبناءَهُم أَو إِخوٰنَهُم أَو عَشيرَتَهُم

sekalipun orang-orang itu bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka.

Kadangkala zaman sekarang ada orang-orang Islam yang keluarga mereka bukan Islam tetapi mereka itu setakat tidak suka sahaja ataupun tidak kisah pun dengan agama Islam dan tidaklah mereka itu berusaha untuk menentang agama Islam. Maka tidak salah kalau masih berkeluarga dengan mereka. Sudah ramai orang bukan Islam yang tidak kisah pun tentang agama Islam. Mereka terima seadanya.

Melainkan kalau ahli keluarga mereka memang menentang agama Islam seperti yang dialami oleh para sahabat dulu. Zaman Nabi dulu, ada para sahabat yang ahli keluarga mereka dari kalangan Musyrikin Mekah dan ada juga dari mereka yang keluarga mereka dari kalangan Yahudi yang berada di Madinah pada waktu itu. Waktu itu Musyrikin Mekah dan Yahudi memang ramai yang menentang agama Islam. Ataupun termasuk ahli keluarga yang dari kalangan munafik.

Dan kerana ahli keluarga mereka itu menentang Islam, maka Allah memberitahu bahawa tali persaudaraan dengan mereka itu sudah terputus. Allah kata mereka sudah tidak boleh berkasih sayang lagi dengan keluarga mereka yang menentang agama Islam itu. Maka ini adalah ujian yang amat berat kepada mereka kerana di mana mereka diuji betul-betul.

Di dalam surah yang lain ada diberitahu bagaimana seorang Muslim itu hendaklah berbuat baik kepada ibu bapanya walaupun mereka itu Muslim tetapi dalam ayat ini lagi kelas kerana jikalau ibu bapa ataupun anak itu menentang Islam maka mereka tidak dibenarkan untuk berbuat baik kepada mereka lagi.

Maka ayat ini perlu diperhatikan dengan sama-sama supaya tidak disalah fahami sampai memutuskan perhubungan dengan ibu bapa hanya semata-mata mereka itu bukan beragama Islam. Kalau mereka menentang barulah jangan ada hubungan dengan mereka lagi.

 

أُولٰئِكَ كَتَبَ في قُلوبِهِمُ الإيمٰنَ

Mereka itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka

Oleh kerana mereka sanggup memutuskan hubungan dengan ahli keluarga mereka yang menentang Islam, maka Allah akan tetapkan iman dalam hati orang itu. Ini adalah kerana mereka telah melepasi ujian keimanan yang amat berat. Mereka telah ditetapkan oleh Allah termasuk orang yang berbahagia, dan Allah menjadikan hati mereka kuat dengan kebahagiaan itu dan imannya telah menghiasi kalbu sanubarinya.

Inilah yang terjadi kepada para sahabat apabila mereka telah masuk Islam. Kita boleh lihat bagaimana peperangan Badr dan Uhud itu adalah antara saudara mara cuma berlainan agama sahaja.

Mereka sampai terpaksa berperang sesama sendiri dan bunuh membunuh. Sebagai contoh, Abu Ubaidah telah membunuh bapanya sendiri, ‘Abdullah bin al-jarrah. Mus’ab bin `Umair telah membunuh abangnya, ‘Ubaid bin `Umair; Umar telah membunuh pakciknya, ‘As bin Hisham bin Mughirah; ‘Abu Bakr sudah bersedia untuk membunuh anaknya sendiri, ‘Abdur Rahman.

Dan sahabat yang lain telah membunuh teman rapat dan ahli dari puak mereka sendiri. Inilah tanda iman mereka yang tidak berbelah bahagi.

 

وَأَيَّدَهُم بِروحٍ مِّنهُ

dan menguatkan mereka dengan roh yang datang daripada-Nya.

Allah teguhkan mereka dengan bantuan luar biasa dari Allah. Apakah maksud ‘Roh’ itu? Ada yang kata ianya Jibril dan ada yang kata ketenangan hati yang Allah tanamkan dalam diri mereka. Iaitu mereka rasa cinta mereka kepada Islam lebih tinggi dari cinta kepada ahli keluarga sendiri.

 

وَيُدخِلُهُم جَنّٰتٍ تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ خٰلِدينَ فيها

Dan dimasukkan-Nya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. 

Mereka akan diberi balasan syurga. Dan Allah menceritakan kehebatan syurga yang ada sungai. Ini kerana manusia suka rumah yang ada air.

 

رَضِيَ اللهُ عَنهُم

Allah redha terhadap mereka, 

Dan ini adalah nikmat yang lebih hebat dari rumah yang ada air sungai di bawahnya. Allah kata Dia berpuas hati dengan mereka. Ini adalah satu pernyataan yang amat besar. Bayangkan kalau ayah kita sendiri kata dia redha dengan kita dan berbangga dengan kita pun kita tentu sudah suka. Apatah lagi kalau Allah yang kata begitu!

 

وَرَضوا عَنهُ

dan mereka pun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya.

Dan mereka akan puas hati sangat dengan balasan yang Allah berikan kepada mereka. Kerana hebat sangat balasan yang diberikan kepada mereka. Balasan sangat istimewa lebih dari amal kebaikan mereka. Maka mereka redha dengan Allah kerana telah membalas pengorbanan dan iman mereka dengan balasan yang amat-amat hebat.

 

أُولٰئِكَ حِزبُ اللهِ

Mereka itulah golongan Allah. 

Allah kata mereka ini adalah ‘parti Allah’ kerana mereka sanggup untuk mengubah perasaan hati mereka yang sayang kepada ahli keluarga. Ini kerana itu adalah perkara yang amat susah untuk dilakukan. Mereka akan jadi golongan Allah. Ini dibandingkan dengan golongan kufar yang Allah gelar mereka sebagai hizbus syaitan sebelum ini.

 

أَلا إِنَّ حِزبَ اللهِ هُمُ المُفلِحونَ

Ketahuilah, bahawa sesungguhnya hizbullah itu adalah golongan yang beruntung.

Inilah orang yang sebenarnya beruntung. Golongan hizbus syaitan pula yang paling rugi. Siapakah mereka itu akan disebut dalam Surah Hashr dan Mumtahanah nanti.

Allahu a’lam. Sambung ke surah seterusnya, Surah Hashr.

Tarikh: 24 Ogos 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Surah Mujaadilah Ayat 16 – 21 (Parti Syaitan)

Ayat 16:

اتَّخَذوا أَيمٰنَهُم جُنَّةً فَصَدّوا عَن سَبيلِ اللهِ فَلَهُم عَذابٌ مُّهينٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They took their [false] oaths as a cover, so they averted [people] from the way of Allāh, and for them is a humiliating punishment.

(MELAYU)

Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka halangi (manusia) dari jalan Allah; kerana itu mereka mendapat azab yang menghinakan.

 

اتَّخَذوا أَيمٰنَهُم جُنَّةً

Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai,

Yang dimaksudkan dengan ‘Sumpah’ mereka itu adalah Dua Kalimah Syahadah mereka. Apabila mereka menyebut Syahadah, maka mereka selamat daripada pedang orang-orang Islam maka mereka menjadikan Syahadah itu sebagai perisai yang menyelamatkan mereka. Kerana kalau tidak mereka akan ditangkap sebagai Kafir Harbi (orang kafir yang diperangi).

Maka mereka membuat kerja-kerja untuk melemahkan Islam dari dalam, tetapi apabila mereka ditangkap ataupun ditegur, mereka menggunakan Syahadah mereka sebagai ‘perisai’ supaya mereka tidak dibunuh.

 

فَصَدّوا عَن سَبيلِ اللهِ

lalu mereka halangi (manusia) dari jalan Allah;

Dan kerana mereka ada perisai syahadah itu, maka mereka selamat dan mereka boleh bergerak di bawah radar untuk menjatuhkan Islam dari dalam. Mereka menggunakan tipu daya dan helah untuk menghalang manusia dari agama Islam. Mereka akan buat tohmahan, mereka beri hujah-hujah palsu, mereka akan buat penipuan dan sebagainya. Mereka juga menimbulkan salah sangka dan rasa sangsi terhadap agama Islam dan Rasulullah.

Mereka akan pergi kepada orang mukmin dan mereka akan bersembang sampai menimbulkan salah faham di kalangan orang beriman itu. Orang beriman sangka yang datang kepada mereka itu adalah beriman juga, maka mereka dengarlah apa yang dikatakan oleh golongan munafik itu.

 

فَلَهُم عَذابٌ مُّهينٌ

kerana itu mereka mendapat azab yang menghinakan.

Allah telah menetapkan azab neraka buat mereka. Mereka akan dimasukkan ke dalam neraka. Walaupun mereka mengucap syahadah tapi pengucapan itu bukanlah ikhlas, maka ia tidak dikira.


 

Ayat 17: Golongan munafik banyak duit dan mereka sangka mereka boleh bayar (rasuah) untuk selamatkan diri mereka. Ini kerana semasa di dunia mereka selalu sangat terlepas dengan rasuah maka mereka sangka di akhirat pun boleh rasuah juga. Alangkah salahnya sangkaan mereka.

لَّن تُغنِيَ عَنهُم أَموٰلُهُم وَلا أَولٰدُهُم مِّنَ اللهِ شَيئًا ۚ أُولٰئِكَ أَصحٰبُ النّارِ ۖ هُم فيها خٰلِدونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Never will their wealth or their children avail them against Allāh at all. Those are the companions of the Fire; they will abide therein eternally

(MELAYU)

Harta benda dan anak-anak mereka tiada berguna sedikit pun (untuk menolong) mereka dari azab Allah. Mereka itulah penghuni neraka, dan mereka kekal di dalamnya.

 

لَّن تُغنِيَ عَنهُم أَموٰلُهُم وَلا أَولٰدُهُم مِّنَ اللهِ شَيئًا

Harta benda dan anak-anak mereka tiada berguna sedikit pun (untuk menolong) mereka dari azab Allah.

Harta-harta dan anak-anak mereka tidak akan dapat menyelamatkan mereka daripada Allah apabila Allah telah buat keputusan untuk memberi azab kepada mereka. Harta mereka itu bernilai semasa di dunia sahaja, tapi tidak di akhirat.

Kerana harta itu pun sudah tidak ada lagi pada mereka, kerana semuanya telah ditinggalkan di dunia. Oleh kerana mereka tidak infak semasa mereka hidup, maka tidak ada harta yang menunggu mereka di akhirat.

Semasa di dunia, mereka berbangga dengan anak yang ramai. Anak itu juga boleh diterjemahkan sebagai kumpulan pengikut mereka. Mereka sangka mereka kuat semasa di dunia, tapi nanti di akhirat, tidak akan ada kumpulan mana-mana pun yang boleh selamatkan mereka. Tapi tidak sama sekali.

 

أُولٰئِكَ أَصحٰبُ النّارِ

Mereka itulah penghuni neraka,

Mereka pasti akan dimasukkan ke dalam neraka. Sekarang mereka tidak dimasukkan lagi kerana mereka masih hidup sahaja. Apabila mereka mati sahaja nanti, maka akan bermula azab akhirat bagi mereka. Di kubur lagi mereka akan kena seksa dan pasti mereka akan dimasukkan ke dalam neraka.

 

هُم فيها خٰلِدونَ

mereka kekal di dalamnya.

Mereka bukan masuk sementara sahaja dalam neraka seperti orang Islam yang lain. Ada orang Islam yang masuk neraka dulu kerana mereka ada dosa, tapi akhirnya akan dimasukkan ke dalam syurga juga. Tapi orang munafik ini ada ‘geran neraka’ maka mereka akan kekal dalam neraka, tidak akan keluar sampai bila-bila.


 

Ayat 18: Di dunia ini orang munafik suka bersumpah dan Allah beritahu yang mereka akan bersumpah di akhirat juga. Kerana sudah selalu sangat sumpah di dunia sampai mereka jadi ketagih nak sumpah.

يَومَ يَبعَثُهُمُ اللهُ جَميعًا فَيَحلِفونَ لَهُ كَما يَحلِفونَ لَكُم ۖ وَيَحسَبونَ أَنَّهُم عَلىٰ شَيءٍ ۚ أَلا إِنَّهُم هُمُ الكٰذِبونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

On the Day Allāh will resurrect them all, and they will swear to Him as they swear to you and think that they are [standing] on something.¹ Unquestionably, it is they who are the liars.

  • They assume that their lies will be believed and that they will escape detection as they did in worldly life.

(MELAYU)

(Ingatlah) hari (ketika) mereka semua dibangkitkan Allah lalu mereka bersumpah kepada-Nya sebagaimana mereka bersumpah kepadamu; dan mereka menyangka bahawa mereka akan memperoleh suatu (manfaat). Ketahuilah, bahawa sesungguhnya merekalah orang-orang pendusta.

 

يَومَ يَبعَثُهُمُ اللهُ جَميعًا

(Ingatlah) hari (ketika) mereka semua dibangkitkan Allah

Allah hendak menceritakan keadaan mereka di hari Akhirat nanti. Waktu semua manusia dibangkitkan di Mahsyar dan diadili oleh Allah taala.

 

فَيَحلِفونَ لَهُ كَما يَحلِفونَ لَكُم

lalu mereka bersumpah kepada-Nya sebagaimana mereka bersumpah kepadamu;

Dulu semasa di dunia mereka mengaku yang mereka orang Islam dan mahukan kebaikan untuk agama. Mereka siap bersumpah dan sumpah itu menjadi perisai bagi mereka semasa di dunia dulu. Umat Islam yang lain tidak dapat sentuh mereka.

Dan kerana mereka selamat semasa di dunia dengan sumpah mereka itu, mereka cuba untuk mengatakan perkara yang sama di hadapan Allah untuk menyelamatkan diri mereka lagi. Mereka mengaku yang kononnya mereka tidak munafik.

 

وَيَحسَبونَ أَنَّهُم عَلىٰ شَيءٍ

dan mereka menyangka bahawa mereka di atas sesuatu

Dengan bersumpah begitu, mereka sangka yang mereka ada dasar yang boleh menyelamatkan mereka.Mereka bersumpah kepada Allah Swt. bahwasanya diri mereka benar berada pada jalan petunjuk dan istiqamah, sebagaimana sumpah mereka kepada manusia ketika di dunia. Akan tetapi itu adalah anggapan mereka yang amat salah.

Mereka sangka mereka berada atas agama. Mereka sangka mereka betul. Kerana itu mereka tidak tinggalkan fahaman mereka. Kerana sesungguhnya barang siapa yang hidup dengan berpegangan pada sesuatu, maka matinya pun dia berpegang pada sesuatu itu; begitu pula saat dia dibangkitkan.

Mereka menyangka bahawa hal tersebut dapat memberi manfaat bagi mereka di sisi Allah, sebagaimana dapat memberi manfaat bagi mereka di mata manusia. Mereka hanya berpegang kepada hal-hal yang lahiriah.

 

أَلا إِنَّهُم هُمُ الكٰذِبونَ

Ketahuilah, bahawa sesungguhnya merekalah orang-orang pendusta.

Maka umat Islam ketahuilah bahawa mereka itu adalah orang-orang yang munafik. Kena berhati-hati dengan mereka yang ada sifat munafik ini. Telah banyak disebutkan sifat-sifat mereka. Walaupun kita tidak dapat baca hati manusia, tapi kita boleh kenal mereka dengan tanda-tanda mereka.

Kalau ada orang yang nampak mempunyai sifat-sifat munafik, maka kenalah berhati-hati, tapi janganlah sampai menuduh dan melabel mereka itu ‘munafik’ pula. Kerana kita tidak tahu apa yang dalam hati manusia, maka kita tidak boleh menuduh begitu. Cuma berhati-hati sahaja dengan mereka.


 

Ayat 19: Sekarang Allah beritahu kita kenapa mereka jadi begitu.

استَحوَذَ عَلَيهِمُ الشَّيطٰنُ فَأَنسٰهُم ذِكرَ اللهِ ۚ أُولٰئِكَ حِزبُ الشَّيطٰنِ ۚ أَلا إِنَّ حِزبَ الشَّيطٰنِ هُمُ الخٰسِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Satan has overcome them and made them forget the remembrance of Allāh. Those are the party of Satan. Unquestionably, the party of Satan – they will be the losers.

(MELAYU)

Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah; mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang merugi.

 

استَحوَذَ عَلَيهِمُ الشَّيطٰنُ

Syaitan telah menguasai mereka

Kalimah istahwaza digunakan apabila seseorang itu mahir dalam mengendalikan binatang kenderaannya sampaikan dia boleh mengawalnya untuk bergerak sebagaimana yang dikehendaki. Maknanya sudah dapat mengawal kenderaan itu, sama ada unta atau kuda. Ia dari katadasar ح و ذ yang bermaksud memandu dengan laju, menjaga dengan baik, menguasai sesuatu, mengguna pakai.

Maksud dalam ayat ini adalah syaitan sudah mengawal orang itu sampaikan dia tidak perlu membisikkan was-was lagi tetapi terus beri arahan sahaja kepada orang itu untuk melakukan apa-apa dan orang itu akan ikut.

 

فَأَنسٰهُم ذِكرَ اللهِ

lalu menjadikan mereka lupa mengingat Allah; 

Syaitan menjadikan orang itu lupa kepada Allah. Bermacam-macam benda mereka akan lupa tentang agama:

Lupa hukum Allah.
Lupa nak amal syariat Allah.
Lupa kepada wahyu.
Lupa mereka akan jumpa Allah dan kena bertanggungjawab atas amalan mereka.

Ini tanda-tanda mereka sudah kena kawal dengan syaitan. Mereka lupa diri mereka, mereka sudah tak ingat akhirat, ingatkan dunia sahaja.

 

أُولٰئِكَ حِزبُ الشَّيطٰنِ

mereka itulah golongan syaitan.

Mereka itu sudah termasuk di dalam ‘parti syaitan’. Maknanya sudah duduk dalam kumpulan syaitan. Maknanya mereka teruk sangat kerana menjadi pendukung syaitan.

 

أَلا إِنَّ حِزبَ الشَّيطٰنِ هُمُ الخٰسِرونَ

Ketahuilah, bahawa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang merugi.

Kalau sudah jadi golongan syaitan, senang diarahkan oleh syaitan, maka tentu mereka akan rugi. Syaitan tidak pernah dan tidak akan suruh kepada benda yang baik. Maka mereka ini tidak akan selamat. Mereka ini adalah golongan yang amat-amat rugi di dunia dan di akhirat.


 

Ayat 20:

إِنَّ الَّذينَ يُحادّونَ اللهَ وَرَسولَهُ أُولٰئِكَ فِي الأَذَلّينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, the ones who oppose Allāh and His Messenger – those will be among the most humbled.

(MELAYU)

Sesungguhnya orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, mereka termasuk orang-orang yang sangat hina.

 

Kalimah ini ada digunakan di awal surah ini juga. Iaitu apabila menentang Allah dan Rasul dengan kuat. Apabila menentang Allah dan Rasul, maka amalan mereka pun tentu bercanggah dengan Al-Qur’an dan sunnah.

Maka kenalah kita menjadi ahli Al-Qur’an. Jangan masuk dalam parti Syaitan pula. Kerana akan menjadi golongan الأَذَلّينَ yang diambil dari katadasar ذ ل ل yang bermaksud rendah, tergantung rendah, bahagian paling bawah, dilemahkan, lembut, hina, mudah, tunduk patuh, sukar, kekasaran, menyusahkan, patah.


 

Ayat 21: Tadi disebut golongan munafik yang menentang Allah dan Rasul. Adakah mereka akan berjaya? Tentu tidak dan ini adalah ketetapan Allah dari azali lagi.

كَتَبَ اللهُ لَأَغلِبَنَّ أَنا وَرُسُلي ۚ إِنَّ اللهَ قَوِيٌّ عَزيزٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Allāh has written [i.e., decreed], “I will surely overcome, I and My messengers.” Indeed, Allāh is Powerful and Exalted in Might.

(MELAYU)

Allah telah menetapkan: “Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang”. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

 

كَتَبَ اللهُ لَأَغلِبَنَّ أَنا وَرُسُلي

Allah telah menetapkan: “Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang”.

Allah mengatakan yang Dia dan RasulNya pasti akan menang. Tidak akan menang sesiapa yang menentang Allah dan Rasul. Dan ini menjadi dalil bahawa Allah akan memberi kejayaan kepada para Rasul.

Tapi bukankah ada Nabi yang dibunuh dan dikalahkan? Kita kena tahu yang tidak sama kedudukan seorang yang hanya berstatus Nabi dan seorang yang statusnya Rasul. Status Rasul itu lebih tinggi lagi. Kalau seorang Nabi sahaja, mungkin dia diberi dugaan dikalahkan oleh manusia yang jahat. Tapi para Rasul pasti akan menang kerana misi Rasul itu pasti akan dibantu sehingga berjaya dan barulah mereka mati.

Ini memberi isyarat yang golongan syaitan pasti akan dikalahkan. Maka janganlah duduk dalam golongan syaitan. Jauhkan syaitan dari diri kita dan golongan pendukung mereka. Jangan termakan dengan bisikan syaitan. Kalau mula-mula dengar bisikan syaitan, lama kelamaan terus akan ikut arahan syaitan.

Ayat ini semakna dengan apa yang disebutkan dalam ayat lain melalui firman Allah Swt.:

{إِنَّا لَنَنْصُرُ رُسُلَنَا وَالَّذِينَ آمَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ يَقُومُ الأشْهَادُ يَوْمَ لَا يَنْفَعُ الظَّالِمِينَ مَعْذِرَتُهُمْ وَلَهُمُ اللَّعْنَةُ وَلَهُمْ سُوءُ الدَّارِ}

Sesungguhnya Kami menolong rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi (hari kiamat), (iaitu) hari yang tidak berguna bagi orang-orang zalim permintaan maafnya dan bagi merekalah laknat dan bagi merekalah tempat tinggal yang buruk. (Al-Mu’min: 51-52)

 

إِنَّ اللهَ قَوِيٌّ عَزيزٌ

Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

Makhluk ada kekuatan dalam peringkat mereka. Tetapi semuanya akan dikalahkan oleh Allah. Ini kerana Allah itu bersifat ‘Aziz’ dan ‘Qowwi’. Tidak ada yang mampu mengalahkan Allah.

Maka kerana Allah berkuasa penuh, maka para Rasul akan dimenangkan oleh Allah. Maka ini adalah berita gembira kepada Nabi Muhammad dan para sahabat yang berada bersama baginda memperjuangkan Islam.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Tarikh: 24 Ogos 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Surah Mujaadilah Ayat 12 – 15 (Sedekah untuk berjumpa Rasulullah)

Ayat 12: Puak munafik yang ada rancangan-rancangan jahat itu suka untuk terus duduk dengan Rasulullah. Kerana mereka nak menunjuk kepada orang yang seolah-olah mereka ada perbincangan rahsia dengan baginda.

Ini kerana mereka dulu ada kedudukan di dalam masyarakat dan jikalau mereka dilihat seolah-olah ada perbincangan tertutup dengan Nabi, maka ini akan terus menguatkan kedudukan mereka. Ini macam orang kita bersalam dengan ahli politik dan letak gambar di pejabat, konon mereka baik dengan menterilah kiranya.

Maka golongan munafik ini selalu datang berjumpa Nabi dan minta untuk berbincang dengan Nabi secara peribadi. Seolah-olah mereka itu orang penting dan kena ada perbincangan peribadi dengan baginda. Padahal mereka bukan nak tolong Islam pun tapi nak menaikkan nama dan kedudukan mereka sahaja.

Maka tentunya Nabi Muhammad duduk juga berbincang dengan mereka kerana telah diminta, tetapi Allah ajar satu cara untuk membezakan siapakah yang benar-benar ikhlas dan siapa yang tidak.

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا إِذا نٰجَيتُمُ الرَّسولَ فَقَدِّموا بَينَ يَدَي نَجوٰكُم صَدَقَةً ۚ ذٰلِكَ خَيرٌ لَّكُم وَأَطهَرُ ۚ فَإِن لَّم تَجِدوا فَإِنَّ اللهَ غَفورٌ رَّحيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who have believed, when you [wish to] privately consult the Messenger, present before your consultation a charity. That is better for you and purer. But if you find not [the means] – then indeed, Allāh is Forgiving and Merciful.

(MELAYU)

Hai orang-orang beriman, apabila kamu mengadakan pembicaraan khusus dengan Rasul hendaklah kamu mengeluarkan sedekah (kepada orang miskin) sebelum pembicaraan itu. Yang demikian itu lebih baik bagimu dan lebih bersih; jika kamu tidak memperoleh (yang akan disedekahkan) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

 

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا

Hai orang-orang beriman,

Ayat ini ditujukan kepada orang Islam waktu itu. Allah nak bezakan manakah mukmin sejati dan mereka yang berlakon sahaja. Ada mekanisme yang Allah letakkan sebagai pembahagi (mana yang ikhlas dan mana yang tidak).

Atau, ia merujuk kepada semua orang Islam waktu itu. Kerana mereka ramai yang mahu mengadakan perjumpaan peribadi dengan baginda yang menyebabkan kesusahan pada diri baginda. Dan baginda tidak sampai hati hendak menolak permintaan mereka itu. Kadangkala perkara yang hendak dibincangkan itu tidaklah penting pun. Ianya membuang masa baginda sahaja. Maka Allah berikan jalan keluar kepada baginda.

 

إِذا نٰجَيتُمُ الرَّسولَ

apabila kamu mengadakan pembicaraan khusus dengan Rasul 

Golongan munafik selalu duduk berdekatan dengan Nabi sehingga menyebabkan para sahabat yang lain tidak dapat datang dekat dengan Nabi. Ini menyebabkan susah untuk baginda berbincang dengan orang mukmin, untuk merancang perluasan agama Islam.

Puak munafik itu memang akan ganggu kerana mereka tidak mahu Islam berkembang dan kerana itu mereka menyibukkan diri mereka berdekatan Nabi. Mereka duduk saja-saja tanpa ada kepentingan kepada Islam. Sedangkan sahabat-sahabat Nabi yang penting dan besar yang ada kegunaan pada agama Islam itu beradab dan kerana itu jikalau sudah ada orang yang berdekatan dengan Nabi maka mereka tidak datang menyelit.

Maka Allah beri satu syarat kalau betul-betul nak duduk dengan baginda dan mengadakan perbincangan peribadi dengan baginda:

 

فَقَدِّموا بَينَ يَدَي نَجوٰكُم صَدَقَةً

hendaklah kamu mengeluarkan sedekah sebelum pembicaraan itu. 

Allah beritahu kepada orang Islam yang jikalau mereka hendak berjumpa dan bercakap dengan bicara peribadi bersama Rasulullah, maka mereka hendaklah mengeluarkan sedekah dahulu. Sedekah itu bukanlah kepada Nabi pula, bukannya nak bayar tiket jumpa Nabi, tapi sedekahkan kepada fakir miskin.

Ayat ini akhirnya dimansukhkan, tapi Saidina Ali memberitahu yang dia antara orang yang beramal dengan ayat ini dengan memberi sedekah sebelum berjumpa dengan Nabi sebelum ayat ini dimansukhkan.

Untuk kita amalkan ayat ini, ada tafsiran yang lain: untuk dapat ilmu agama, maka kena ‘bodek’ Allah dengan beri sedekah. Maka sebelum pergi kelas kita boleh beri sedekah. Berapa banyak? Satu pendapat mengatakan satu dinar dibahagi 72 bahagian.

 

ذٰلِكَ خَيرٌ لَّكُم وَأَطهَرُ

Yang demikian itu lebih baik bagimu dan lebih bersih; 

Dengan memberikan sedekah itu Allah akan balas dengan beri kefahaman yang lebih. Dan dengan sedekah itu akan membersihkan diri dari dosa kerana sedekah itu dapat meredakan kemarahan Allah.

Setelah diberikan penetapan ini maka orang-orang munafik itu tidak lagi mengganggu Nabi kerana mereka itu walaupun ada banyak duit tetapi mereka kedekut. Maka mereka tidak lagi bertempek dengan Nabi dan mengganggu baginda.

 

فَإِن لَّم تَجِدوا فَإِنَّ اللهَ غَفورٌ رَّحيمٌ

jika kamu tidak memperoleh (yang akan disedekahkan) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Sedekah itu adalah anjuran sahaja. Kalau memang orang yang tidak ada harta, maka tidaklah perlu sedekah. Tambahan pula, orang mukmin selalunya tidak ada harta.


 

Ayat 13: Kesan anjuran memberikan sedekah itu telah menyebabkan orang munafik berubah.

ءأَشفَقتُم أَن تُقَدِّموا بَينَ يَدَي نَجوٰكُم صَدَقٰتٍ ۚ فَإِذ لَم تَفعَلوا وَتابَ اللهُ عَلَيكُم فَأَقيمُوا الصَّلَوٰةَ وَءآتُوا الزَّكَوٰةَ وَأَطيعُوا اللهَ وَرَسولَهُ ۚ وَاللهُ خَبيرٌ بِما تَعمَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Have you feared to present before your consultation charities? Then when you do not and Allāh has forgiven you, then [at least] establish prayer and give zakāh and obey Allāh and His Messenger. And Allāh is Acquainted with what you do.

(MELAYU)

Apakah kamu takut akan (menjadi miskin) kerana kamu memberikan sedekah sebelum mengadakan pembicaraan dengan Rasul? Maka jika kamu tiada memperbuatnya dan Allah telah memberi taubat kepadamu maka dirikanlah salat, tunaikanlah zakat, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya; dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

 

ءأَشفَقتُم أَن تُقَدِّموا بَينَ يَدَي نَجوٰكُم صَدَقٰتٍ

Apakah kamu takut kena memberikan sedekah sebelum mengadakan pembicaraan peribadi (dengan Rasul)?

Ini adalah perli Allah kepada golongan munafik: Adakah kamu sudah takut? Kalimah ءأَشفَقتُم dari katadasar ش ف ق yang bermaksud kasihan, cemas, takut. Allah tegur: Adakah kamu takut miskin? Adakah kamu takut harta kamu berkurang? Sepatutnya kamu tidak rasa takut habis harta kerana segala apa yang kamu sedekahkan akan dipulangkan kepadamu, sama ada di dunia atau di akhirat.

Atau ayat ini ditujukan juga kepada orang mukmin: adakah kamu takut yang hukum ini berterusan sampaikan kamu akan susah untuk berjumpa dengan Nabi untuk mengadakan perbincangan khusus untuk kamu?

 

فَإِذ لَم تَفعَلوا وَتابَ اللهُ عَلَيكُم

Maka jika kamu tiada memperbuatnya dan Allah telah memberi taubat kepadamu

Undang-undang bersedekah ini adalah hanya pada permulaan sahaja kerana untuk menghalang golongan munafik dari datang dekat kepada Nabi dan mengganggu perbincangan Nabi dengan orang yang lebih patut. Kemudian Allah telah memberi keampunan kepada para sahabat yang tidak dapat melakukannya.

Apabila Allah sebut: وَتابَ اللهُ عَلَيكُم ia bermaksud Allah memansukhkan hukum ini. Tidak perlu dilakukan lagi. Kerana tujuan untuk menghalang orang munafik telah berjaya.

Ulama tafsir khilaf berapa lama sebelum perintah memberikan sedekah itu dimansukhkan. Pendapat itu berbeza antara satu saat, satu hari sehinggalah ke sepuluh hari. Tidak ada pendapat yang mengatakan lebih dari sepuluh hari.

Menurut suatu pendapat, sebelum ayat di atas di-mansukh tiada seorang pun yang mengamalkannya selain Ali ibnu Abu Talib r.a. Dia menyedekahkan satu dinar, lalu mengadakan pembicaraan khusus dengan Nabi Saw. Ali r.a. dan menanyakan kepada Nabi Saw. tentang sepuluh perkara, setelah itu diturunkanlah ayat rukhsah.

 

فَأَقيمُوا الصَّلَوٰةَ وَءآتُوا الزَّكَوٰةَ

maka dirikanlah salat, tunaikanlah zakat, 

Allah sudah mansukhkan suruhan beri sedekah sebelum jumpa Rasulullah, tapi hukum-hukum dan arahan lain masih ada lagi. Maka selepas dari itu, amalkanlah agama dengan benar, jalankanlah ibadat. Yang disebut adalah solat dan zakat kerana ini adalah dua ibadah yang amat penting, sebagai wakil kepada ibadah-ibadah yang lain.

Solat: wakil ibadat perhubungan dengan Allah
Zakat: wakil ibadat perhubungan manusia dengan manusia

 

وَأَطيعُوا اللهَ وَرَسولَهُ

taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya; 

Hendaklah taat benar-benar kepada arahan Allah dan Rasulullah. Inilah tanda mukmin sejati.

 

وَاللهُ خَبيرٌ بِما تَعمَلونَ

dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Dan kena jaga dengan perbuatan setiap hari kerana Allah tahu segalanya yang kita lakukan. Apabila Allah tahu maka itu bermaksud yang Allah akan beri balasan yang setimpal dengan segala apa yang dilakukan oleh manusia.

Sekian Ruku’ 2 dari 3 ruku’ dalam surah ini.


 

Ayat 14: Ayat 14 – 22 adalah Perenggan Makro Ketiga dan terakhir surah ini. Allah memberitahu yang pendukung Allah menang dan pendukung syaitan akan kalah.

Ayat 14 ini adalah ayat teguran dan ayat takhwif. Ianya adalah teguran kepada pemimpin yang berbaik dengan golongan munafik yang berbaik dengan golongan musuh seperti orang kafir.

۞ أَلَم تَرَ إِلَى الَّذينَ تَوَلَّوا قَومًا غَضِبَ اللهُ عَلَيهِم مّا هُم مِّنكُم وَلا مِنهُم وَيَحلِفونَ عَلَى الكَذِبِ وَهُم يَعلَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Have you not considered those who make allies of a people with whom Allāh has become angry? They are neither of you nor of them, and they swear to untruth while they know [they are lying].

(MELAYU)

Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang menjadikan suatu kaum yang dimurkai Allah sebagai teman? Orang-orang itu bukan dari golongan kamu dan bukan (pula) dari golongan mereka. Dan mereka bersumpah untuk menguatkan kebohongan, sedang mereka mengetahui.

 

أَلَم تَرَ إِلَى الَّذينَ تَوَلَّوا قَومًا غَضِبَ اللهُ عَلَيهِم

Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang menjadikan suatu kaum yang dimurkai Allah sebagai teman?

Kalimah تَوَلَّوا dalam ayat ini bermaksud ‘kasih dalam hati’. Ini adalah teguran kepada orang Islam yang kasih kepada kaum yang ‘dimurkai’ oleh Allah. Yang ditegur adalah golongan yang tidak mahu meneruskan atau terlibat di dalam usaha agama untuk mengembangkan agama Islam ini. Mereka itu adalah golongan munafik.

Dan mereka yang telah dimurkai oleh Allah itu adalah golongan Yahudi. Golongan munafik itu masih lagi berbaik dengan golongan Yahudi di Madinah. Ini kerana mereka telah lama berkawan dengan Yahudi sebelum kedatangan Islam dan mereka lebih percaya dengan Yahudi itu dari mempercayai Rasulullah. Maka banyak maklumat mereka berikan kepada golongan Yahudi sedangkan golongan Yahudi itu sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan Islam.

Sepatutnya, kalau iman sudah ada dalam hati, seseorang itu tidak akan suka nak berkawan rapat dengan golongan munafik, orang kafir atau ahli dunia. Mereka juga tidak suka bercampur dengan golongan sesat dan orang yang tidak kisah tentang agama.

Maka kalau masih lagi nak duduk bersama dengan golongan-golongan tak elok itu, maka itu menunjukkan ada masalah dengan hati orang itu. Maka kerana itu Allah tegur dalam ayat ini.

 

مّا هُم مِّنكُم

Orang-orang itu bukan dari golongan kamu

Mereka itu adalah golongan munafik dan mereka itu bukanlah dari golongan mukmin. Mereka tidak bersama-sama dengan golongan mukmin dalam usaha menegakkan agama Islam.

Juga kalau dimaksudkan dengan golongan Yahudi, mereka itu bukan dari golongan Muslim. Kebanyakan dari mereka tidak suka kepada orang Islam dan agama Islam.

 

وَلا مِنهُم

dan bukan (pula) dari golongan mereka. 

Oleh kerana mereka itu munafik, maka golongan kafir pun tidak percaya kepada mereka dan orang Islam pun tidak percaya kepada mereka. Tidak ada sesiapa pun yang mahu percaya dan berkawan rapat dengan mereka kerana mereka itu tidak boleh dipercayai. Maka mereka tidak ada kawan. Kerana orang tidak mahu percaya kepada ‘talam dua muka’.

Ayat ini sebagaimana yang diterangkan oleh Allah Swt. melalui firman-Nya:

{مُذَبْذَبِينَ بَيْنَ ذَلِكَ لَا إِلَى هَؤُلاءِ وَلا إِلَى هَؤُلاءِ وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَلَنْ تَجِدَ لَهُ سَبِيلا}

Mereka dalam keadaan ragu-ragu antara yang demikian (iman dan kafir); tidak masuk kepada golongan ini (orang-orang beriman) dan tidak (pula) kepada golongan itu (orang-orang kafir). Barang siapa yang disesatkan Allah, maka kamu sekali-kali tidak akan mendapat jalan (untuk memberi petunjuk) baginya. (An-Nisa: 143)

 

وَيَحلِفونَ عَلَى الكَذِبِ وَهُم يَعلَمونَ

Dan mereka bersumpah untuk menguatkan kebohongan, sedang mereka mengetahui.

Apabila ditanya kepada golongan munafik itu kenapa mereka masih lagi berkawan dengan golongan Yahudi, mereka pun bersumpah dengan mengatakan mereka sebenarnya mahukan kebaikan.

Akan tetapi itu sumpah kosong sahaja. Sedangkan sebenarnya mereka sendiri pun tahu yang mereka tidak jujur dalam sumpah mereka itu. Mereka bersumpah yang mereka beriman kepada Allah dan Rasulullah, tapi mereka menipu sahaja.

Mereka bersumpah itu adalah untuk menyelamatkan diri mereka sahaja. Mereka tidak mahu dipandang serong oleh orang Muslim yang lain, maka mereka mengaku kononnya mereka beriman.


 

Ayat 15:

أَعَدَّ اللهُ لَهُم عَذابًا شَديدًا ۖ إِنَّهُم ساءَ ما كانوا يَعمَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Allāh has prepared for them a severe punishment. Indeed, it was evil that they were doing.

(MELAYU)

Allah telah menyediakan bagi mereka azab yang sangat keras, sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan.

 

أَعَدَّ اللهُ لَهُم عَذابًا شَديدًا

Allah telah menyediakan bagi mereka azab yang sangat keras,

Kerana penipuan mereka itu, Allah janjikan azab yang keras untuk mereka. Iaitu mereka akan dimasukkan ke dalam neraka nanti. Itulah tempat mereka kalau mereka tidak berubah sikap mereka.

 

إِنَّهُم ساءَ ما كانوا يَعمَلونَ

sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan.

Buruk sekali apa yang mereka lakukan itu. Kalau orang kafir, semua sudah tahu agenda mereka dan pendirian mereka; tapi orang munafik ini adalah gunting dalam lipatan.

Orang mukmin sangka mereka itu orang mukmin juga, tapi sebenarnya mereka musuh dalaman. Dan musuh dalaman ini amat-amat bahaya. Kerana mereka musuh yang tidak dikenali. Dan kerana itu mereka boleh merosakkan agama Islam dan orang Muslim dari dalam.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Tarikh: 24 Ogos 2019


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Surah Mujaadilah Ayat 9 – 11 (Adab dalam majlis)

Ayat 9: Dalam ayat sebelum ini telah disebut larangan dan bahaya kalau ada najwa (perhimpunan rahsia). Tapi kadangkala ada keperluan untuk melakukannya. Maka Allah beri nasihat kalau perlu untuk melakukannya.

Ada perkara baik yang kena diiklankan seperti perkahwinan dan kelas pengajian. Tapi ada perkara yang buruk dan memalukan kalau diberitahu, itu kena dirahsiakan dan diselesaikan dengan cara rahsia. Ini demi untuk menjaga nama baik orang.

Katakanlah seseorang itu telah mengambil duit tabung masjid kerana terpaksa. Dan dia memang mengaku dan minta tangguh untuk bayar balik. Maka tidak perlu kita canangkan dan kita cuba selesaikan dalam kalangan AJK masjid sahaja.

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا إِذا تَنٰجَيتُم فَلا تَتَنٰجَوا بِالإِثمِ وَالعُدوٰنِ وَمَعصِيَتِ الرَّسولِ وَتَنٰجَوا بِالبِرِّ وَالتَّقوىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللهَ الَّذي إِلَيهِ تُحشَرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who have believed, when you converse privately, do not converse about sin and aggression and disobedience to the Messenger but converse about righteousness and piety. And fear Allāh, to whom you will be gathered.

(MELAYU)

Hai orang-orang beriman, apabila kamu mengadakan pembicaraan rahsia, janganlah kamu membicarakan tentang membuat dosa, permusuhan dan berbuat durhaka kepada Rasul. Dan bicarakanlah tentang membuat kebajikan dan takwa. Dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya kamu akan dikembalikan.

 

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا

Hai orang-orang beriman,

Ditujukan kepada umat Islam secara keseluruhan, sama ada yang mukmin, yang lemah iman dan munafik sekali. Kalau mengaku beriman, kena dengarlah nasihat ini.

 

إِذا تَنٰجَيتُم فَلا تَتَنٰجَوا بِالإِثمِ

apabila kamu mengadakan pembicaraan rahsia, janganlah kamu membicarakan tentang membuat dosa,

Orang-orang Islam diingatkan yang jikalau mereka nak buat perjumpaan rahsia pun, janganlah perjumpaan itu kerana tujuan merosakkan agama. Jangan buat rancangan yang tidak baik.

 

وَالعُدوٰنِ

dan permusuhan

Dan jangan buat perjumpaan rahsia kerana nak rosakkan hubungan sesama umat Islam yang lain. Jangan buat perancangan nak jatuhkan sesiapa.

 

وَمَعصِيَتِ الرَّسولِ

dan berbuat durhaka kepada Rasul. 

Dan jangan buat perjumpaan rahsia kerana nak melawan dan menentang Rasulullah.

Ini bukan sahaja perjumpaan rahsia tetapi mana-mana perjumpaan yang tidak berapa rahsia pun kerana selalunya apabila kita berbincang sesama kita dan kita tidak jaga hati kita, maka ia akan membawa kepada perbincangan yang tidak produktif.

Ini mengajar kita untuk menjaga mulut kita dan jangan selalu duduk-duduk bersama dan komen tentang orang lain. Tidaklah semua perkara yang kita fikirkan di dalam hati kita perlu diberitahu kepada orang lain kerana kadang-kadang ia tidak membawa kepada kebaikan pun.

Sebagai contoh, mungkin ada yang sama-sama mendengar ceramah agama dan kemudian ada yang bercerita tentang ceramah itu dan mempersoalkan kata-kata penceramah itu. Ini boleh membawa kepada perkara yang tidak baik kerana mungkin ada yang sangsi pula kepada penceramah itu, dan sebagainya. Tahanlah mulut itu dari nak komen tentang orang lain.

Kadang-kadang perkara itu kecil sahaja, tetapi apabila ianya disebut dan dibincangkan maka ia boleh menjadi perkara yang besar pula. Akan ada sahaja orang lain yang nak tambah perkara yang dia juga tidak puas hati. Lama-lama dari perkara kecil menjadi perkara yang besar dan di luar kawalan pula.

Jadi dari ayat ini kita dapat tahu ada najwa yang buruk dan ada juga najwa yang baik. Maka apakah najwa yang baik itu? Iaitu jika kita berjumpa dengan kenalan kita dan kita memberi nasihat kepada dia dari hati yang ikhlas untuk kebaikan bersama. Kalau najwa jenis begini, maka tentulah ia baik.

Kita kadangkala nak nasihat orang lain, kena nasihat dengan rahsia untuk tidak memalukan dia. Barulah dia nak dengar nasihat kita. Kerana kalau kita nasihat depan orang lain, dia akan malu dan terasa hati dan dia akan benci kepada kita dan marah kepada kita kerana telah memalukan dia. Nasihat kita entah ke mana kerana perasaan benci kepada kita itu yang menguasai dirinya, bukan?

Maka boleh kalau nak nasihat secara rahsia kerana ini adalah nasihat dari hati yang manis. Dan apabila kita memberi nasihat kepada orang, maka ada baiknya jika kita minta nasihat dari orang itu juga. Kerana kita pun memerlukan nasihat dari orang lain. Kita kata begini pada dia: “saya ada hadiah nak bagi kat awak…. boleh? Tapi dengan syarat, awak kena bagi balik hadiah kepada saya….”

Kemudian sama-sama nasihat menasihati. Dia pun akan lebih terbuka kerana dia pun ada peluang untuk tegur kita – sama-sama nasihat menasihati. Kadangkala perkara ini perlu dilakukan dengan rahsia untuk tidak memalukan sesiapa. Ini adalah jenis najwa untuk meningkatkan takwa.

 

وَتَنٰجَوا بِالبِرِّ وَالتَّقوىٰ

Dan bicarakanlah tentang membuat kebajikan dan takwa.

Dan ada juga najwa yang baik yang untuk kebaikan di mana mungkin telah diadakan mesyuarat dan telah ada persetujuan untuk membina masjid di kampung itu.

Maka boleh kalau ada perjumpaan rahsia antara orang-orang yang kaya untuk memulakan beri duit untuk membina masjid itu. Maknanya rancangan untuk melakukan sesuatu di dalam mesyuarat telah diputuskan dan perjumpaan rahsia ini bukanlah untuk mengubah keputusan itu tetapi untuk menjayakannya. Ini amat bagus.

Juga mungkin ada perjumpaan rahsia untuk menyelamatkan nama baik seseorang yang telah dijatuhkan. Mungkin juga perjumpaan rahsia itu untuk membincangkan dan mendamaikan pertelingkahan antara dua kawan baik.

 

وَاتَّقُوا اللهَ الَّذي إِلَيهِ تُحشَرونَ

Dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya kamu akan dikembalikan.

Yang penting, kita kena ada taqwa dalam hati kita. Kalau kita ada taqwa, maka kita akan tahu mana satu najwa yang bagus dan mana yang tidak.

Dan ingatlah yang kita akan dikembalikan kepada Allah dan Allah sudah tahu apa yang kita lakukan dan apa niat kita semasa melakukannya. Jadi kita tahu yang kita akan dipersoalkan kelak tentang perkara ini. Maka kenalah takut untuk melakukan perkara-perkara yang salah.


 

Ayat 10:

إِنَّمَا النَّجوىٰ مِنَ الشَّيطٰنِ لِيَحزُنَ الَّذينَ ءآمَنوا وَلَيسَ بِضارِّهِم شَيئًا إِلّا بِإِذنِ اللهِ ۚ وَعَلَى اللهِ فَليَتَوَكَّلِ المُؤمِنونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Private conversation is only from Satan that he may grieve those who have believed,¹ but he will not harm them at all except by permission of Allāh. And upon Allāh let the believers rely.

  • The reference may be to the sinful type of conversation, as mentioned in the previous verses, or to the practice of two persons speaking in confidence in the presence of a third, which might lead him to assume that he is the subject of their conversation. Such behavior was prohibited by the Prophet (ṣ) in narrations of al-Bukhārī and Muslim.

(MELAYU)

Sesungguhnya pembicaraan rahsia itu adalah dari syaitan, supaya orang-orang yang beriman itu berduka cita, sedang pembicaraan itu tiadalah memberi mudharat sedikit pun kepada mereka, kecuali dengan izin Allah dan kepada Allah-lah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal.

 

إِنَّمَا النَّجوىٰ مِنَ الشَّيطٰنِ

Sesungguhnya pembicaraan rahsia itu adalah dari syaitan,

Bisikan-bisikan yang kita jelaskan sebagai ‘najwa’ yang dilakukan oleh puak-puak munafik (dan juga dari golongan Yahudi) itu sebenarnya adalah dari syaitan. Syaitan yang bisikkan kepada mereka untuk melakukannya dan mereka telah termakan dengan bisikan syaitan itu.

 

لِيَحزُنَ الَّذينَ ءآمَنوا

supaya orang-orang yang beriman itu berduka cita, 

Najwa yang digerakkan oleh syaitan itu akan menyebabkan orang-orang beriman menjadi sedih. Kerana mereka yang melakukan najwa itu bercakap sesama mereka tapi sambil memandang orang mukmin yang menyebabkan orang mukmin boleh sangka yang dialah subjek perbincangan rahsia mereka itu.

Kadang-kadang kita ternampak perbincangan rahsia di tempat parkir yang kita tahu perbincangan mereka itu tidak baik dan kita sedih dengan apa yang kita lihat. Kita sudah boleh agak apa yang mereka katakan itu. Walaupun kita mungkin salah, tapi perbuatan mereka itu telah menyebabkan kita terasa.

Oleh kerana itu kalau bertiga, tidak boleh kalau dua orang di antara mereka bercakap dalam bahasa yang tidak difahami oleh orang ketiga. Lebih buruk lagi kalau semasa dua orang itu bercakap, mereka menunjuk-nunjuk kepada orang ketiga itu. Telah dikatakan oleh Imam Ahmad, bahawa:

حَدَّثَنَا وَكِيعٌ وَأَبُو مُعَاوِيَةَ قَالَا حَدَّثَنَا الْأَعْمَشِ، عَنْ أَبِي وَائِلٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “إِذَا كُنْتُمْ ثَلَاثَةً فَلَا يتناجَينَّ اثْنَانِ دُونَ صَاحِبِهِمَا، فَإِنَّ ذَلِكَ يُحْزِنُهُ”.

telah menceritakan kepada kami Waki dan Abu Mu’awiyah. Keduanya mengatakan, telah menceritakan kepada kami Al-A’masy, dari Abu Wa-il, dari Abdullah ibnu Mas’ud yang mengatakan bahawa Rasulullah Saw. telah bersabda: Apabila kamu bertiga, janganlah dua orang (darimu) berbisik-bisik tanpa melibatkan teman keduanya, kerana sesungguhnya hal itu akan membuatnya berduka cita.

Kalau ada keperluan untuk bercakap secara rahsia berdua sahaja, atau untuk bercakap dalam bahasa lain dari yang boleh difahami oleh orang ketiga itu, maka kenalah minta maaf darinya.

قَالَ عَبْدُ الرَّزَّاقِ، أَخْبَرَنَا مَعْمَر، عَنْ أَيُّوبَ، عَنْ نَافِعٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “إِذَا كنتم ثلاثة فلا يتناجى اثْنَانِ دُونَ الثَّالِثِ إِلَّا بِإِذْنِهِ؛ فَإِنَّ ذَلِكَ يُحْزِنُهُ”.

Abdur Razzaq mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ma’mar, dari Ayyub, dari Nafi’, dari Ibnu Umar yang mengatakan bahwa Rasulullah Saw. pernah bersabda: Apabila kamu bertiga, maka janganlah dua orang darimu melakukan pembicaraan rahsia tanpa melibatkan teman yang satunya lagi, terkecuali dengan seizinnya, kerana sesungguhnya hal itu akan membuatnya berduka cita.

 

وَلَيسَ بِضارِّهِم شَيئًا إِلّا بِإِذنِ اللهِ

sedang pembicaraan itu tiadalah memberi mudharat sedikit pun kepada mereka, kecuali dengan izin Allah 

Tetapi Allah hendak memberitahu bahawa rancangan jahat manusia tidak berjaya jikalau Allah tidak membenarkannya. Begitu ramai manusia yang berniat untuk melakukan kerosakan, tapi Allah tidak benarkan.

Maka kerana itu puak munafik zaman Nabi itu telah mencuba berbagai-bagai cara, malah ada cubaan untuk membunuh Rasulullah, tapi mereka tidak berjaya. Maka kalau ada perancangan dari golongan munafik zaman ini pun, maka tidak perlu hairan kerana memang mereka itu dipimpin oleh syaitan. Dan serahkan sahaja kepada Allah.

 

وَعَلَى اللهِ فَليَتَوَكَّلِ المُؤمِنونَ

dan kepada Allah-lah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal.

Maka hendaklah orang-orang yang mengaku beriman bertawakal kepada Allah dan serahkan apa saja yang berlaku selepas itu kepada Allah. Kita tidak boleh nak halang perbincangan rahsia orang jahat; kita tidak dapat nak halang usaha mereka. Maka kita berserah sahaja kepada Allah.

Maka kalau orang mukmin dapat terima hal ini, maka tidaklah mereka risau sangat kalau nampak orang tidak baik bercakap-cakap sesama mereka. Kerana dia tahu yang mereka itu tidak dapat buat apa-apa tanpa izin Allah. Kerana kalau tidak tawakal, dia akan asyik fikirkan tentang mereka dalam kerisauan sampai tidak boleh nak buat kerja apa pula nanti. Jadi, jangan fikirkan dan biarkan sahaja mereka.


 

Ayat 11: Allah ajar bagaimana cara untuk menghalang perkara buruk dari terjadi.

Salah satu cara orang yang ada niat jahat gunakan adalah dengan mengganggu mesyuarat dengan datang lambat ataupun bercakap kuat dalam mesyuarat itu atau bercakap benda yang tidak berfaedah. Mereka buat bunyi bising dan mereka berbisik-bisik sesama mereka dan ini mengganggu perjalanan mesyuarat.

Bagaimana hendak menangani perkara itu kalau terjadi dalam mesyuarat kita? Maka Allah memberi jalan penyelesaian untuk masalah ini.

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا إِذا قيلَ لَكُم تَفَسَّحوا فِي المَجٰلِسِ فَافسَحوا يَفسَحِ اللهُ لَكُم ۖ وَإِذا قيلَ انشُزوا فَانشُزوا يَرفَعِ اللهُ الَّذينَ ءآمَنوا مِنكُم وَالَّذينَ أوتُوا العِلمَ دَرَجٰتٍ ۚ وَاللهُ بِما تَعمَلونَ خَبيرٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who have believed, when you are told, “Space yourselves” in assemblies, then make space; Allāh will make space for you.¹ And when you are told, “Arise,”² then arise; Allāh will raise those who have believed among you and those who were given knowledge, by degrees. And Allāh is Acquainted with what you do.

  • In His mercy, in Paradise, or in everything good.
  • To prayer, to battle, or to good deeds.

(MELAYU)

Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu”, maka berdirilah, nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

 

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا

Hai orang-orang beriman

Allah beri arahan kepada orang mukmin dalam ayat ini. Ini adalah pengajaran tentang adab di dalam majlis terutama dalam majlis ilmu. Para sahabat memang suka berada dalam majlis ilmu dengan Rasulullah dan begitu juga diteruskan oleh golongan selepas mereka.

Maka kita pun kenalah ikut. Kena perbanyakkan majlis ilmu di kalangan kita. Kena teruskan pengajian ilmu dan biasakan dengan majlis ilmu. Kalau anak-anak kita degil pun, kena biasakan mereka datang ke majlis ilmu. Semoga mereka mendapat ilmu yang bermanfaat dan mengubah sikap mereka dari buruk kepada sikap yang baik.

 

إِذا قيلَ لَكُم تَفَسَّحوا فِي المَجٰلِسِ فَافسَحوا

apabila dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah

Golongan munafik selalu mengambil peluang untuk duduk berdekatan dengan Rasulullah, sampai menyebabkan orang lain tidak dapat duduk dekat dengan baginda. Ini adalah kerana mereka hendak menunjuk-nunjuk yang mereka kononnya rapat dengan Nabi. Baginda tidaklah menegur mereka tetapi sekarang Allah yang menegur perbuatan mereka itu.

Nabi tidak menegur kerana Nabi malu untuk berkata apa-apa. Inilah sifat baginda yang pemalu, sebagaimana juga baginda malu untuk menghalau orang yang duduk-duduk dalam rumah baginda selepas selesai kenduri di rumah baginda (telah disebut dalam surah yang lain). Dalam kes itu pun Allah yang menegur perbuatan para sahabat yang terus melepak walaupun sudah lewat.

Selalunya apabila Rasulullah bercakap dan memberi ceramah agama, maka para sahabat akan berkumpul dekat-dekat baginda. Tetapi kali ini di dalam mesyuarat mereka disuruh untuk duduk berpecah-pecah. Jangan duduk sekelompok. Kenapa pula begitu?

Golongan mukmin disuruh untuk duduk berpecah kerana jikalau ada orang yang busuk hatinya datang, mereka tidak boleh duduk bersama kawan-kawan mereka yang jahat juga. Bila tempat kosong itu jarang, maka mereka kena duduk di antara orang-orang yang beriman. Maka mereka tidak boleh buat rancangan berbisik-bisik sesama mereka dan buat bunyi-bunyi yang tidak patut. Ini kerana mereka tidak duduk dengan geng mereka lagi. Mereka sudah jadi terpencil.

Biasalah, bila kawan duduk sekali, mereka boleh buat rancangan. Macam dalam kelas budak sekolah – kalau duduk dengan geng, mulalah mereka buat kacau. Tapi kalau mereka duduk berseorangan, mereka pun senyap juga.

Ayat ini juga ada ditafsirkan secara umum. Ianya bukan untuk majlis yang ada Nabi Muhammad sahaja, tapi mana-mana majlis perjumpaan pun. Kalau tempat itu sesak, maka hendaklah lapangkan tempat duduk untuk bagi orang baru sampai pun boleh duduk. Berilah ruang kepada orang yang baru datang. Mereka pun boleh juga ambil manfaat dari majlis itu, terutama kalau majlis itu adalah majlis ilmu.

Tidaklah boleh orang baru suruh orang yang sudah ada di situ untuk bangun supaya dia boleh ambil tempat; tapi yang diajar adalah untuk beri ruang. Kerana mungkin sudah nampak sesak, tapi masih boleh lagi nak susun lagi. Ini berdasarkan dalil satu hadis:

قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ، وَالشَّافِعِيُّ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ أَيُّوبَ، عَنْ نَافِعٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: “لَا يُقِيمُ الرَّجُلُ الرَّجُلَ مِنْ مَجْلِسِهِ فَيَجْلِسَ فِيهِ، وَلَكِنْ تَفَسَّحُوا وتَوسَّعوا”.

Imam Ahmad dan Imam Syafii mengatakan, telah menceritakan kepada kami Sufyan, dari Ayyub, dari Nafi’, dari Ibnu Umar, bahawa Rasulullah Saw. pernah bersabda: Janganlah seseorang menyuruh berdiri orang lain dari majlisnya, lalu dia duduk menggantikannya, tetapi lapangkanlah dan luaskanlah tempat duduk kalian.

Kadang-kadang yang sampai lambat itu adalah para sahabat yang besar yang tugas mereka memang menyampaikan maklumat kepada orang lain. Maka mereka itulah yang patut duduk di hadapan.

Begitu juga kalau zaman sekarang, kalau kita tahu bahawa ada orang yang penting baru datang, maka berilah ruang kepada mereka untuk masuk. Ini bukanlah sebab ada kasta rendah dan kasta tinggi pula, tapi lihat kepada keperluan.

 

يَفسَحِ اللهُ لَكُم

nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. 

Semoga dengan melakukan arahan Allah ini, maka umat Islam akan berjaya dan salah satu maksudnya adalah dibukakan tanah-tanah untuk umat Islam. Ini kerana perancangan dapat berjalan dengan lancar tanpa gangguan puak munafik. Maka rancangan untuk meluaskan dakwah Islam dapat dijalankan dengan lebih baik. Maka mesyuarat dapat mencapai kata putus yang membawa kepada kejayaan umat Islam.

Kalau dalam majlis sekarang seperti majlis ilmu contohnya, Allah hargai pengorbanan orang yang memberi ruang kepada orang lain. Allah akan balas dengan beri kelebihan di tempat lain. Ini adalah kerana mereka telah taat kepada arahan ketua.

 

وَإِذا قيلَ انشُزوا فَانشُزوا

Dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu”, maka berdirilah, 

Kalimah نشز dalam ayat ini bermaksud bangkit dari mesyuarat/perjumpaan dengan segera. Selepas sudah habis mesyuarat (syura) sahaja, teruslah balik ke rumah masing-masing.

Ini kerana bahaya jikalau duduk-duduk selepas mesyuarat kerana waktu itulah ahli mesyuarat itu akan bersembang dan berbincang-bincang pula sesama kumpulan kecil mereka. Biasanya kalau sudah mula bersembang, maka akan timbullah perkara lain pula.

Maka Allah mengajar bahawa selepas bermesyuarat untuk buat rancangan untuk menjalankan kerja dakwah, maka bagus selepas syura itu semua terus bangkit dan keluar daripada bilik mesyuarat itu dan tidak bercakap-cakap lagi. Jangan duduk-duduk atau sambung mesyuarat kecil sambil minum teh tarik pula.

Dan golongan mukmin disuruh untuk pulang sahaja ke rumah kerana jikalau mereka berkumpul dengan beberapa orang selepas itu, tentu percakapan antara mereka adalah apa yang dibincangkan di dalam mesyuarat tadi. Itulah yang akan menjadi ‘najwa’ kemudiannya.

Ayat ini juga ada ditafsirkan begini: di zaman Nabi, ada yang duduk bersama Nabi sampai habis majlis baginda. Ini menyebabkan orang baru tidak dapat nak duduk dengar ajaran baginda. Maka Allah turunkan ayat ini memberi jalan keluar: kalau Nabi suruh seseorang itu bangun untuk tinggalkan majlis, maka bangunlah dan berilah peluang kepada orang lain pula. Janganlah terasa kerana ini memang arahan dari Allah.

Tersebutlah pula bahawa kebiasaan Rasulullah Saw. ialah memuliakan orang-orang yang ikut dalam Perang Badr, baik dari kalangan Muhajirin mahupun dari kalangan Ansar. Kemudian satu waktu datanglah sejumlah orang dari kalangan ahli Perang Badr, sedangkan orang-orang selain mereka telah menempati tempat duduk mereka berdekatan Rasulullah Saw.

Maka mereka yang baru datang berdiri menghadap kepada Rasulullah dan berkata, “Semoga kesejahteraan terlimpahkan kepada engkau, hai Nabi Allah, dan juga keberkahan-Nya.” Lalu Nabi Saw. menjawab salam mereka. Setelah itu mereka mengucapkan salam pula kepada kaum yang telah hadir, dan kaum yang hadir pun menjawab salam mereka.

Maka mereka hanya dapat berdiri saja menunggu diberikan keluasan bagi mereka untuk duduk di majlis itu. Nabi Saw. mengetahui penyebab yang membuat mereka tetap berdiri, iaitu kerana tidak diberikan keluasan bagi mereka di majlis itu.

Melihat hal itu Nabi Saw. merasa tidak enak, maka baginda bersabda kepada orang-orang yang ada di sekelilingnya dari kalangan Muhajirin dan Ansar yang bukan dari kalangan Ahli Badar, “Hai Fulan, berdirilah kamu. Juga kamu, hai Fulan.” Dan Nabi Saw. mempersilakan duduk beberapa orang yang tadinya hanya berdiri di hadapannya dari kalangan Muhajirin dan Ansar Ahli Badar.

Perlakuan itu membuat tidak senang orang-orang yang disuruh bangkit dari tempat duduknya, dan Nabi Saw. mengetahui keadaan ini dari roman muka mereka yang disuruh beranjak dari tempat duduknya. Maka orang-orang munafik memberikan tanggapan mereka, “Bukankah kalian menganggap teman kalian ini berlaku adil di antara sesama manusia? Demi Allah, kami memandangnya tidak adil terhadap mereka. Sesungguhnya suatu kaum telah mengambil tempat duduk mereka dekat nabi mereka kerana mereka suka berada di dekat nabinya. Tetapi nabi mereka menyuruh mereka beranjak dari tempat duduknya, dan mempersilakan duduk di tempat mereka orang-orang yang datang lambat.” Maka telah sampai kepada kami suatu berita bahawa Rasulullah Saw. bersabda:

“رَحِمَ اللهُ رَجُلًا فَسَح لِأَخِيهِ”

Semoga Allah mengasihani seseorang yang memberikan keluasan tempat duduk bagi saudaranya.

Maka sejak itu mereka bergegas meluaskan tempat duduk buat saudara mereka, dan turunnya ayat ini di hari Jumaat. Demikianlah menurut riwayat Ibnu Abu Hatim.

Maka kita kena pandai aplikasikan keadaan ini dalam zaman kita. Kadangkala dalam sesuatu majlis ilmu, memang tidak ada ruang untuk orang lain menyelit masuk. Maka dalam keadaan begini, kenalah ada orang yang sanggup untuk berdiri dan memberikan tempatnya kepada orang yang baru sampai. Ini adalah kerana orang yang baru sampai itu mungkin orang yang penting.

Memang ini nampak macam zalim, tapi ini adalah keperluan semasa. Sebagai contoh, mungkin yang baru datang itu adalah ahli panel atau tetamu kehormat, maka kenalah beri tempat duduk kepada mereka. Dan mungkin ini bermaksud kena tinggalkan terus tempat duduk di hadapan.

 

يَرفَعِ اللهُ الَّذينَ ءآمَنوا مِنكُم

nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu

Kepada mereka yang beriman dan sanggup untuk taat kepada arahan Allah ini, Allah akan tinggikan kedudukan mereka di dunia dan akhirat. Ini adalah kerana mereka taat kepada arahan ketua.

Allah memberi ganjaran meninggikan darjat mereka kalau dapat buat begitu kerana bukan senang untuk terus tinggalkan mesyuarat ataupun majlis seperti majlis ilmu. Ini kerana mungkin ada rakan-rakan kita yang kita hanya berjumpa di tempat mesyuarat saja. Rasa macam rugi pula kalau tidak melepak dengan dia.

Juga ayat ini hendak memberitahu yang kedudukan derajat yang tinggi bukanlah kerana dapat duduk rapat dengan Nabi Muhammad dan berterusan bersama baginda dari mula sampai habis. Kedudukan derajat yang tinggi adalah bertaut dengan iman. Kalau iman tinggi, maka derajat di sisi Allah pun tinggi.

 

وَالَّذينَ أوتُوا العِلمَ دَرَجٰتٍ

dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. 

Dan Allah hendak memberitahu juga yang derajat tinggi itu diberikan kepada orang yang berilmu, bukannya kepada mereka yang nampak duduk rapat dengan Rasulullah. Telah banyak dalil lain bagi hujah mengatakan memang golongan berilmu diberikan dengan derajat yang tinggi.

Ada golongan yang mahu dipandang tinggi, mereka cepat-cepat dapatkan kedudukan rapat dengan baginda di majlis baginda – supaya orang lain nampak yang dia rapat dengan Nabi lah kononnya. Maka ini adalah fahaman dan cara yang salah untuk mendapatkan derajat yang tinggi. Ini selalunya dilakukan oleh golongan munafik.

Apabila orang-orang munafik itu duduk berdekatan dengan menghimpit kepada Nabi, maka ada sahabat-sahabat yang besar yang penting untuk baginda berbincang dengan mereka tidak dapat nak berbincang. Kerana ada para sahabat yang penting dalam menjalankan tugas dakwah. Tapi kalau yang menghimpit baginda itu adalah golongan munafik yang bukan nak buat kerja pun, maka mereka itu buang masa sahaja.

Maka kerana itu Allah mengajar Nabi untuk suruh mereka bangun dan beri ruang kepada orang lain. Kalau duduk dekat dan lama dengan Nabi tapi menyusahkan baginda, ini lagi tidak patut. Maka ayat ini mengajar adab-adab di dalam majlis.

Dalam zaman sekarang pun, kita kena hormati orang yang berilmu kerana derajat mereka memang lebih dari orang biasa. Maka mungkin kita kena beri tempat duduk kepada mereka. Kerana Allah telah muliakan mereka, maka kita pun kena muliakan mereka juga.

Jadi ayat ini adalah tentang majlis ilmu. Dari sini kita dapat juga ambil pengajaran yang majlis ilmulah yang meninggikan derajat manusia. Di dunia ini lagi derajat itu sudah dinaikkan dimana manusia akan beri penghormatan kepada mereka. Ini terbukti dari banyak sekali dalil dari Rasulullah sendiri. Sebagai contoh, apabila hendak menanam para sahabat yang mati syahid, Nabi tanya siapakah yang paling banyak menghafal Al-Qur’an. Yang banyak hafal Al-Qur’anlah yang dimasukkan ke dalam kubur dahulu.

Dan majlis ilmu yang terutama sekali adalah majlis ilmu wahyu. Kerana manusia kena faham wahyu, terutama sekali wahyu Al-Qur’an. Kalaulah masyarakat kita sedar tentang perkara ini, maka cepatlah naik taraf orang Islam kembali. Masalahnya sekarang umat Islam amat jauh dari wahyu dan kerana itu kedudukan kita amat rendah sekarang.

 

وَاللهُ بِما تَعمَلونَ خَبيرٌ

Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Allah tahu apa yang mereka lakukan dan apa yang mereka niat di dalam hati. Maka kena berhati-hati dengan perlakuan kita dan niat kita. Mungkin kita rasa manusia tidak tahu, tapi ingatlah yang Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kita.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Tarikh: 21 Mac 2020


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Surah Mujaadilah Ayat 7 – 8 (Perjumpaan Rahsia)

Ayat 7: Sekarang kita akan membintang tentang ‘najwa’. Sebelum ini telah dibincangkan tentang hal rumahtangga, iaitu perkara privasi yang berlaku di antara suami isteri. Najwa ini juga bab privasi juga, tetapi dalam bentuk yang lain.

Ayat-ayat selepas ini banyak berkenaan golongan munafik dan apa yang mereka lakukan.

أَلَم تَرَ أَنَّ اللهَ يَعلَمُ ما فِي السَّمٰوٰتِ وَما فِي الأَرضِ ۖ ما يَكونُ مِن نَّجوىٰ ثَلٰثَةٍ إِلّا هُوَ رابِعُهُم وَلا خَمسَةٍ إِلّا هُوَ سادِسُهُم وَلا أَدنىٰ مِن ذٰلِكَ وَلا أَكثَرَ إِلّا هُوَ مَعَهُم أَينَ ما كانوا ۖ ثُمَّ يُنَبِّئُهُم بِما عَمِلوا يَومَ القِيٰمَةِ ۚ إِنَّ اللهَ بِكُلِّ شَيءٍ عَليمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Have you not considered that Allāh knows what is in the heavens and what is on the earth? There is in no private conversation three but that He is the fourth of them,1 nor are there five but that He is the sixth of them – and no less than that and no more except that He is with them [in knowledge] wherever they are. Then He will inform them of what they did, on the Day of Resurrection. Indeed Allāh is, of all things, Knowing.

  • Through His knowledge of them and their secrets.

(MELAYU)

Tidakkah kamu perhatikan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi? Tiada pembicaraan rahsia antara tiga orang, melainkan Dialah keempatnya. Dan tiada (pembicaraan antara) lima orang, melainkan Dialah keenamnya. Dan tiada (pula) pembicaraan antara jumlah yang kurang dari itu atau lebih banyak, melainkan Dia berada bersama mereka di mana pun mereka berada. Kemudian Dia akan memberitahukan kepada mereka pada hari kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala sesuatu.

 

أَلَم تَرَ أَنَّ اللهَ يَعلَمُ ما فِي السَّمٰوٰتِ وَما فِي الأَرضِ

Tidakkah kamu perhatikan, bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi?

‘Najwa’ adalah lawan kepada syura (mesyuarat, perbincangan dalam kumpulan). Di dalam syura, semua pihak yang terlibat akan berbincang dan memberi pendapat masing-masing ataupun memberi komen mereka supaya akhirnya akan mencapai keputusan yang baik dari mesyuarat itu.

Nabi pun biasa mengadakan syura untuk mendengar pendapat para sahabat dan ini telah dibincangkan dengan panjang lebar dalam Surah Syura. Sedangkan di dalam najwa, perbincangan yang diadakan adalah dalam bentuk rahsia. Allah nak beritahu yang tidak ada rahsia pada Allah. Maka kenalah berhati-hati dalam bercakap. Jangan sangka Allah tidak tahu.

 

ما يَكونُ مِن نَّجوىٰ ثَلٰثَةٍ إِلّا هُوَ رابِعُهُم

Tiada pembicaraan rahsia antara tiga orang, melainkan Dialah keempatnya.

Najwa terjadi apabila beberapa orang daripada kumpulan yang di dalam mesyuarat buat mesyuarat yang lain pula sesama mereka (mesyuarat di dalam mesyuarat). Masa di dalam mesyuarat mereka tidak sebut ketidakpuasan hati mereka tetapi apabila mereka buat perjumpaan yang lain, macam-macam akan keluar. Waktu itu mereka akan senang sahaja nak bercakap sesama mereka kerana mereka sekarang berada dalam kumpulan yang sekepala dengan mereka.

Najwa ini perjumpaan rahsia beberapa orang, paling sikit seorang dengan seorang yang lain. Kerana itu kalau ada permintaan untuk mengajukan pertanyaan bersendirian dengan Nabi Muhammad, maka ini dipanggil ‘munajat’. Begitu juga kalau ‘doa munajat’ itu antara kita dan Allah sahaja.

Dan mereka ini boleh mengubah sesuatu perkara itu kerana mereka mampu untuk sabotaj rancangan yang telah dilakukan. Katakanlah keputusan untuk melakukan sesuatu telah dicapai dalam mesyuarat utama, tapi mereka yang sekepala ini buat keputusan lain pula – sebagai contoh mereka tidak akan jalankan rancangan yang telah dipersetujui. Mereka akan bagi alasan macam-macam untuk menyelamatkan diri mereka.

Dan perkara ini pun pernah berlaku pada zaman Nabi. Iaitu perbincangan dalaman dalam kalangan orang-orang munafik. Dan golongan munafik itu boleh menggunakan najwa ini untuk merosakkan rancangan umat Islam. Mereka selalu mengadakan perjumpaan rahsia untuk buat rancangan menjatuhkan Islam. Kerana itulah mereka ini bahaya kalau ada dalam umat Islam.

Sebagai contoh, mungkin ada sahabat yang baru masuk Islam dan tidak tahu apa-apa dan mereka diracuni fikiran mereka oleh golongan munafik. Golongan munafik akan pergi senyap-senyap kepada golongan baru itu dan cakap begitu dan begini. Golongan munafik itu akan menghasut.

 

وَلا خَمسَةٍ إِلّا هُوَ سادِسُهُم

Dan tiada (pembicaraan antara) lima orang, melainkan Dialah keenamnya.

Perbincangan najwa ini selalunya kecil sahaja. Kerana kalau ramai, mungkin rahsia akan pecah ke telinga orang lain. Tapi Allah nak beritahu kalau mereka itu buat perbincangan rahsia sebanyak lima orang, Allah tahu apa sahaja yang mereka perkatakan.

Bukanlah Allah ada dalam mesyuarat rahsia itu tapi Allah tahu dari segi ilmu Dia.

Kenapa disebut 3 orang melakukan najwa, kemudian disebut 5 orang pula? Ulama tafsir mengatakan ini untuk meneruskan keindahan bahasa yang digunakan. Supaya kalau kita baca, ada nombor 3, 4, 5 dan 6 yang berturutan.

 

وَلا أَدنىٰ مِن ذٰلِكَ

Dan tiada (pula) pembicaraan antara jumlah yang kurang dari itu

Kalau mereka kurang sikit dari lima orang pun, Allah tetap tahu. Allah tidak perlu ada orang yang bocorkan rahsia percakapan mereka kerana Allah memang sudah tahu.

Jumlah yang kurang dari tiga adalah dua. Ini adakah kerana 2 orang adalah bilangan paling sedikit untuk percakapan rahsia.

 

وَلا أَكثَرَ إِلّا هُوَ مَعَهُم أَينَ ما كانوا

atau lebih banyak, melainkan Dia berada bersama mereka di mana pun mereka berada. 

Sikit atau banyak, Allah tetap tahu apa yang mereka perkatakan dan apa yang mereka rancangkan. Jadi Allah hendak memberitahu yang najwa ini adalah perkara yang bahaya dan disebut sekali lagi di dalam Nisa:114.

 

ثُمَّ يُنَبِّئُهُم بِما عَمِلوا يَومَ القِيٰمَةِ ۚ

Kemudian Dia akan memberitahukan kepada mereka pada hari kiamat apa yang telah mereka kerjakan.

Allah telah memberitahu bahawa Dia tahu perkara yang di langit dan juga di bumi maka apa-apa saja pertemuan yang manusia lakukan sesama mereka itu semuanya diketahui oleh Allah.

Dan nanti di akhirat Allah akan beritahu balik apa yang mereka perkatakan dulu. Ini dinamakan muhasabah kamilah (hisab yang sempurna). Semua manusia dan jin akan dipertanggungjawabkan dengan perkataan dan rancangan mereka. Semua sekali akan dikeluarkan kembali dan dinilai, tidak ada yang akan ketinggalan.

 

إِنَّ اللهَ بِكُلِّ شَيءٍ عَليمٌ

Sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala sesuatu.

Jadi mereka sangka mereka buat perjumpaan rahsia itu, pada waktu yang rahsia, di tempat yang rahsia, tidak ada orang yang tahu. Akan tetapi Allah memberitahu tidak kisah pada bila-bila masa dan di mana sahaja, Allah tahu apa yang mereka bincangkan. Tidak ada yang tersembunyi dari Allah walau sedikit pun.

Dan selain dari itu para malaikat yang telah ditugaskan oleh-Nya mencatat semua yang mereka rahsiakan, walaupun Allah mengetahuinya dan mendengarnya. Sebagaimana yang disebutkan dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{أَلَمْ يَعْلَمُوا أَنَّ اللهَ يَعْلَمُ سِرَّهُمْ وَنَجْوَاهُمْ وَأَنَّ اللهَ عَلامُ الْغُيُوبِ}

Tidakkah mereka tahu bahwasanya Allah mengetahui rahsia dan bisikan mereka, dan bahawasanya Allah amat mengetahui segala yang ghaib? (At-Taubah: 78)


 

Ayat 8: Ini adalah teguran kedua kepada puak munafik. Dalam ayat 7 teguran diberikan kepada mereka yang tidak tahu yang najwa itu salah. Tapi sekarang diberitahu kepada mereka yang sudah tahu bahawa najwa itu salah. Maka teguran dalam ayat 8 ini lebih keras.

أَلَم تَرَ إِلَى الَّذينَ نُهوا عَنِ النَّجوىٰ ثُمَّ يَعودونَ لِما نُهوا عَنهُ وَيَتَنٰجَونَ بِالإِثمِ وَالعُدوٰنِ وَمَعصِيَتِ الرَّسولِ وَإِذا جاءوكَ حَيَّوكَ بِما لَم يُحَيِّكَ بِهِ اللهُ وَيَقولونَ في أَنفُسِهِم لَولا يُعَذِّبُنَا اللهُ بِما نَقولُ ۚ حَسبُهُم جَهَنَّمُ يَصلَونَها ۖ فَبِئسَ المَصيرُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Have you not considered those who were forbidden from private conversation [i.e., ridicule and conspiracy] and then return to that which they were forbidden and converse among themselves about sin and aggression and disobedience to the Messenger? And when they come to you, they greet you with that [word] by which Allāh does not greet you¹ and say among themselves, “Why does Allāh not punish us for what we say?” Sufficient for them is Hell, which they will [enter to] burn, and wretched is the destination.

  • This is in reference to the Jews who would greet the Muslims with the words “Death be upon you,” rather than “Peace.”

(MELAYU)

Apakah tidak kamu perhatikan orang-orang yang telah dilarang mengadakan pembicaraan rahsia, kemudian mereka kembali (mengerjakan) larangan itu dan mereka mengadakan pembicaraan rahsia untuk berbuat dosa, permusuhan dan durhaka kepada Rasul. Dan apabila mereka datang kepadamu, mereka mengucapkan salam kepadamu dengan memberi salam yang bukan sebagai yang ditentukan Allah untukmu. Dan mereka mengatakan kepada diri mereka sendiri: “Mengapa Allah tidak menyeksa kita disebabkan apa yang kita katakan itu?” Cukuplah bagi mereka Jahannam yang akan mereka masuki. Dan neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.

 

أَلَم تَرَ إِلَى الَّذينَ نُهوا عَنِ النَّجوىٰ

Apakah tidak kamu perhatikan orang-orang yang telah dilarang mengadakan pembicaraan rahsia,

“Tidakkah kau perhatikan..” atau.. “tidakkah kau tahu?” Apabila sahabat sudah tahu larangan najwa, maka mereka boleh kenal siapakah yang munafik kerana golongan munafik ini yang melakukan najwa.

Yang dimaksudkan adalah ayat tentang larangan najwa yang telah disebut di dalam Surah Nisa tetapi mereka masih lagi melakukannya. Surah Nisa itu adalah Surah Madaniyah yang awal. Maka umat Islam sebenarnya telah diingatkan supaya tidak mengadakan perbincangan rahsia kerana ia amat bahaya bagi kesatuan umat Islam.

Ataupun memang Nabi ada beri penerangan dan larangan kepada umat Islam dari melakukan najwa, tapi mereka tetap juga melakukannya.

 

ثُمَّ يَعودونَ لِما نُهوا عَنهُ

kemudian mereka kembali (mengerjakan) perbuatan yang mereka dilarang untuk melakukannya

Orang munafik itu hendak menyakiti para sahabat yang mukmin. Mereka sengaja buat perjumpaan rahsia sesama mereka.

Ini pun kita kena jaga sebenarnya supaya kita tidak melakukannya. Sebenarnya jikalau dalam perjumpaan bertiga dan ada dua orang hendak bercakap perkara yang rahsia, maka dia kena minta kebenaran daripada orang yang ketiga itu kerana jika tidak, akan menjadi dosa. Kerana kalau dia tidak beritahu, maka orang ketiga itu akan ada rasa sangsi dan sangka mereka bercakap tentang dia atau sedang merancang untuk melakukan keburukan.

Jadi orang munafik itu sengaja duduk di dalam kumpulan mereka sambil bercakap perlahan-lahan dan menunjuk-nunjuk kepada orang-orang mukmin yang lain. Mereka sengaja nak bagi orang mukmin sakit hati.

 

وَيَتَنٰجَونَ بِالإِثمِ وَالعُدوٰنِ وَمَعصِيَتِ الرَّسولِ

dan mereka mengadakan pembicaraan rahsia untuk berbuat dosa, permusuhan dan durhaka kepada Rasul.

Golongan munafik itu buat najwa itu kerana hendak melakukan الإِثمِ. Dan الإِثمِ ini perbuatan yang berkenaan masalah spritual (dalaman). Ianya adalah tentang perhubungan antara mereka dan Allah. Orang munafik itu ada masalah iman dengan Allah kerana iman mereka lemah atau tidak ada langsung. Ada perjumpaan rahsia yang merosakkan iman kerana dia merosakkan agama dan kerana itu akan melemahkan iman mereka.

Kalimah العُدوٰنِ pula adalah berkenaan masalah sosial, iaitu perhubungan sesama manusia. Dengan melakukan najwa itu, mereka telah mengadakan permusuhan dengan para sahabat yang lain. Mereka mungkin telah melakukan adu domba yang merosakkan hubungan sesama sahabat.

Kalimah العُدوٰنِ adalah dari ع د و iaitu sesuatu yang menyebabkan permusuhan sesama manusia. Ini adalah kerana ada perjumpaan-perjumpaan rahsia yang dilakukan kerana hendak melawan orang lain dan ini akan menyebabkan permusuhan dan kacau-bilau di dalam sesuatu persatuan itu.

Maka lihatlah bagaimana Allah mengajar kita bermasyarakat dan mengadakan mesyuarat di mana jangan ada kumpulan-kumpulan kecil yang menjadi serpihan daripada kumpulan yang besar. Dan ingatlah supaya jangan bincangkan perkara yang sudah dibincangkan di dalam mesyuarat besar.

Allah menegur para sahabat yang mengadakan mesyuarat berasingan dan kerana itu mereka telah melakukan maksiat berkenaan Rasulullah kerana Rasul sedang memegang jawatan sebagai pemerintah kepada umat Islam pada waktu itu. Mereka tidak suka kepada kepimpinan yang ada maka mereka mengajukan perjumpaan rahsia. Mereka tidak sedar yang mereka tidak puas hati itu adalah Rasul mereka sendiri.

Kalau pada zaman sekarang, mereka ini adalah yang melakukan perjumpaan rahsia untuk menderhakai pemimpin.

 

وَإِذا جاءوكَ حَيَّوكَ بِما لَم يُحَيِّكَ بِهِ اللهُ

Dan apabila mereka datang kepadamu, mereka mengucapkan salam kepadamu dengan memberi salam yang bukan sebagai yang ditentukan Allah untukmu. 

Mereka tidak suka kepada Rasulullah tapi bila mereka datang kepada baginda, mereka datang dengan muka yang manis. Mereka memberi salam kepada Nabi dengan salam yang kosong dan tidak ikhlas ataupun mereka memberi salam dengan nada menghina kepada Nabi.

Yang dimaksudkan adalah kalimah “As-sam alaika ya abul-Qasim. ” (semoga kematian ke atas kamu Wahai Abu Qasim) yang diucapkan oleh golongan munafik kepada baginda. Bukan ini cara salam yang diajar oleh Allah dan Rasul. Cara ini diajar oleh Yahudi dan diikuti oleh puak Munafik juga.

Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abu Sa’id Al-Asyaj, telah menceritakan kepada kami Ibnu Namir, dari Al-A’masy, dari Masruq, dari Aisyah yang mengatakan bahawa pernah orang-orang Yahudi masuk menemui Rasulullah Saw., lalu mereka mengucapkan, “Ass’amu ‘alaika (semoga kebinasaan menimpa dirimu), hai Abul Qasim.” Maka Aisyah menjawab, “Wa ‘alaikumus s’am (semoga kamulah yang tertimpa kebinasaan).” Maka Rasulullah Saw. bersabda, “Hai Aisyah, sesungguhnya Allah tidak menyukai kata-kata yang keji dan perbuatan yang keji.” Aisyah r.a. berkata, “Tidakkah engkau mendengar apa yang mereka katakan? Mereka mengatakan, ‘Ass’amu ‘alaika'” Rasulullah Saw. balik bertanya, “Tidakkah engkau mendengar apa yang kukatakan kepada mereka? Aku katakan kepada mereka, ‘Wa’alaikum’ (semoga kamulah yang demikian itu).” Maka Allah menurunkan firman-Nya: Dan apabila mereka datang kepadamu, mereka mengucapkan salam kepadamu dengan memberi salam yang bukan sebagai yang ditentukan Allah untukmu. (Al-Mujadilah: 8)

 

Menurut riwayat yang lain, Aisyah berkata kepada mereka, “Semoga kalianlah yang tertimpa kebinasaan, celaan, dan laknat,” dan bahawa Rasulullah Saw. bersabda:

“إِنَّهُ يُسْتَجَابُ لَنَا فِيهِمْ، وَلَا يُسْتَجَابُ لَهُمْ فِينَا”

Sesungguhnya diperkenankanlah bagi kita terhadap mereka, dan tidak diperkenankanlah bagi mereka terhadap kita.

Itu adalah perbuatan yang amat buruk sekali kerana Allah sendiri memberi ucapan yang baik kepada Rasulullah, maka jikalau manusia tidak memberi ucapan yang baik kepada Rasulullah, maka itu sudah perbuatan yang buruk.

Apabila Allah beritahu dalam Al-Qur’an, ini bermaksud ada sahaja orang yang jenis begini. Di hadapan orang mereka bermanis muka, tapi di belakang, mereka buat bermacam-macam rancangan. Sampai kiamat akan ada orang yang sebegini.

 

وَيَقولونَ في أَنفُسِهِم لَولا يُعَذِّبُنَا اللهُ بِما نَقولُ

Dan mereka mengatakan kepada diri mereka sendiri: “Mengapa Allah tidak menyeksa kita disebabkan apa yang kita katakan itu?” 

Ini adalah ayat Syikayah di mana Allah mengulang kata-kata mereka yang tidak beriman itu. Allah menyebut apa yang mereka fikirkan di dalam hati mereka ketika mereka mempunyai iman yang lemah.

Mereka tertanya-tanya kenapa mereka masih selamat lagi sedangkan mereka telah engkar kepada arahan Nabi. Mereka fikir jikalau mereka buat perkara yang buruk pun, tidak ada apa-apa terjadi kepada mereka; maka mereka sudah tidak hormat kepada baginda dan sudah tidak percaya kepada Allah seolah-olah Allah atau Nabi Muhammad tidak cukup kuat untuk menghukum mereka. Mereka kata: “tak jadi apa-apa pun….!”

Mereka juga jadikan ini sebagai hujah mengatakan Nabi Muhammad itu bukan Nabi. Kerana mereka menghina baginda siang dan malam tapi tidak ada yang terkena kepada mereka. Kata mereka, patutnya kalau baginda itu benar seorang Nabi, tentu mereka sudah dikenakan dengan azab.

Padahal, mereka tidak terus dikenakan dengan azab itu adalah kerana Allah menangguhkan azab kepada mereka. Allah beri peluang kepada mereka untuk bertaubat dan membaiki diri mereka. Kalau mereka terus dikenakan dengan azab, tentu lagi teruk mereka.

 

حَسبُهُم جَهَنَّمُ يَصلَونَها

Cukuplah bagi mereka Jahannam yang akan mereka masuki. 

Allah beritahu yang Allah tidak perlukan mereka di dunia kerana mereka akan dimasukkan ke dalam neraka. Neraka adalah tempat yang amat sesuai bagi mereka. Mereka pasti akan masuk ke dalamnya kerana perbuatan mereka itu. Cukuplah mereka nanti dengan dikenakan azab neraka sahaja.

 

فَبِئسَ المَصيرُ

Dan seburuk-buruk tempat kembali.

Nanti bila mereka masuk, mereka akan tahu yang neraka itu adalah tempat yang paling buruk dan mereka tidak akan sanggup untuk menerima azab dalam neraka itu. Tapi itulah tempat yang layak bagi mereka sebagai balasan kepada kesalahan mereka semasa di dunia.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Tarikh: 21 Mac 2020


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi