Ayat 50: Dalam ayat sebelum ini, penghuni neraka telah datang untuk berjumpa dengan Penjaga Neraka dan memohon kepadanya untuk meringankan azab sedikit. Maka ini adalah jawapan dari Penjaga Neraka.
قَالُوا أَوَلَمْ تَكُ تَأْتِيكُمْ رُسُلُكُم بِالْبَيِّنٰتِ قَالُوا بَلَىٰ قَالُوا فَادْعُوا وَمَا دُعٰؤا الْكٰفِرِينَ إِلَّا فِي ضَلٰلٍ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
They will say, “Did there not come to you your messengers with clear proofs?” They will say, “Yes.” They will reply, “Then supplicate [yourselves], but the supplication of the disbelievers is not except in error [i.e., futility].”
MALAY
Malaikat penjaga neraka menjawab: “Bukankah kamu telah didatangi Rasul-rasul kamu dengan membawa keterangan-keterangan (yang menyatakan akibat perbuatan derhaka kamu)?” Mereka menjawab: “Ya, telah datang”. Malaikat itu berkata: “Jika demikian, maka berdoalah kamu sendiri. Dan doa permohonan orang-orang yang kafir pada saat ini hanya menyebabkan mereka berada dalam keadaan dukacita dan kecewa sahaja”.
قَالُوا
Malaikat berkata:
Ini adalah jawapan dari Malaikat Penjaga Neraka itu. Tentunya mereka dengan nada marah kerana mereka bukannya ditugaskan melayan ahli neraka, tapi ditugaskan untuk menyeksa dan menghalang mereka keluar.
أَوَلَمْ تَكُ تَأْتِيكُمْ رُسُلُكُم بِالْبَيِّنٰتِ
Tidakkah pernah datang kepada kamu rasul kamu bawa bukti?
Malaikat tanya balik kepada mereka dengan nada sinis: “Tidakkah ada rasul yang menyampaikan ajaran tauhid kepada kamu semasa kamu hidup di dunia dulu?” Atau kerana kita sekarang sudah tidak ada rasul, ia merujuk kepada guru atau pendakwah yang datang membacakan ayat-ayat Al-Qur’an kepada manusia dulu semasa mereka hidup di dunia?
“Tidak adakah yang memberi peringatan kepada kamu, sampai kamu masuk ke dalam neraka ini?”
قَالُوا بَلَىٰ
Mereka menjawab: “Ya, telah datang”.
Mereka kata “ada”. Kerana mereka tidak boleh tipu lagi. Kalau di dunia boleh lagi hendak menipu kiri dan kanan, tapi tidak di akhirat. Mereka kata ada pendakwah yang datang, tapi mereka tidak dengar dan tidak ikut. Macam kita zaman sekarang, tentu pernah setiap orang diajak untuk mengamalkan tauhid. Sama ada kita perasan atau tidak, mahu terima atau tidak sahaja.
قَالُوا فَادْعُوا
Malaikat itu berkata: “Jika demikian, maka kamu berdoalah sendiri.
Malaikat kata: “kamu doalah sendiri, kami kerja bukan untuk berdoa untuk kamu. Tapi tugas kami adalah untuk azab kamu.” Malaikat pun suruh mereka doa sendiri kerana kalau mereka telah didatangi pendakwah, tentu mereka tahu yang doa kena terus kepada Allah. Dulu semasa di dunia tak mahu buat, nah sekarang buatlah di neraka.
Adakah makbul doa mereka? Ini malaikat suruh mereka doa terus, adakah itu bermaksud doa mereka akan diterima pula? Allah jawab dengan beri penjelasan:
وَمَا دُعٰؤا الْكٰفِرِينَ إِلَّا فِي ضَلٰلٍ
Dan tidaklah doa orang kafir dalam neraka itu melainkan sia-sia sahaja.
Memang mereka doa terus kepada Allah. Tapi tidak diterima lagi. Sia-sia sahaja doa mereka. Kerana doa mereka tidak akan diterima lagi. Di dunia mereka tidak mahu doa terus kepada Allah, maka kalau baru hendak buat di akhirat, sudah terlambat.
Inilah adalah idkhal ilahi (pencelahan Tuhan). Mungkin ada yang tertanya-tanya, oleh kerana malaikat itu sendiri yang suruh doa sendiri, adakah doa mereka akan diterima? Allah jawab, tidak sama sekali. Sia-sia sahaja kerana doa mereka itu tidak akan dilayan. Malaikat suruh doa sendiri itu adalah sebagai ejekan sahaja kepada mereka. Untuk beri mereka harapan palsu sebagai azab rohani bagi mereka. Bagi mereka lebih sakit hati.
Habis Ruku’ ke 5 dari 9 ruku’ dalam surah ini.
Ayat 51: Ini pula adalah ayat Tasliah – ayat pujukan kepada para Nabi dan penyebar dakwah tauhid.
إِنّا لَنَنصُرُ رُسُلَنا وَالَّذينَ ءآمَنوا فِي الحَيَوٰةِ الدُّنيا وَيَومَ يَقومُ الأَشهٰدُ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
Indeed, We will support Our messengers and those who believe during the life of this world and on the Day when the witnesses will stand –
MALAY
Sesungguhnya Kami tetap membela serta mempertahankan Rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman – dalam kehidupan dunia ini dan pada saat bangkitnya saksi-saksi (pada hari kiamat)
إِنّا لَنَنصُرُ رُسُلَنا
Sesungguhnya Kami tetap membela serta mempertahankan Rasul-rasul Kami
Dalam ayat ini, Allah berjanji untuk memberi bantuan kepada para RasulNya عليهم السلام.
Tapi mungkin akan timbul persoalan nanti tentang para Nabi dan Rasul عليهم السلام yang dibunuh oleh umat mereka atau mereka dihalau keluar dari negara mereka sendiri? Itu akan dibincangkan sebentar lagi.
وَالَّذينَ ءآمَنوا
dan orang-orang yang beriman
Bukan sahaja para Rasul عليهم السلام mendapat janji Allah ini tapi orang-orang yang beriman sempurna juga. Mereka itu adalah pewaris yang mewarisi ilmu rasul. Dan mereka menyampaikan ajaran Al-Qur’an kepada orang lain di zaman mereka. Mereka pun akan menghadapi dugaan juga dalam kerja dakwah mereka.
Maka Allah memberi berita gembira kepada mereka. Ini memberi isyarat bahawa memang kita kena dakwah tauhid ini kepada manusia, tidak boleh lari dari melakukannya.
فِي الحَيَوٰةِ الدُّنيا
dalam kehidupan dunia ini
Di dunia lagi mereka akan mendapat bantuan.
Mungkin timbul persoalan: bagaimana boleh dikatakan yang Allah membantu para Nabi dan orang-orang beriman di dunia ini, sedangkan ramai yang telah menerima dugaan yang amat berat semasa di dunia ini. Malah, para Nabi pun ada yang dihalau dari kampung halaman mereka, malah ada yang sampai dibunuh.
Ada dua jawapan:
Pertama, bukanlah semua Nabi itu dibunuh. Hanya sebahagian kecil sahaja. Samalah juga bagaimana dalam dunia ini, memang ada orang yang cacat, tapi kalau dibandingkan antara yang cacat dan yang sihat, yang sihat itu lebih banyak. Ini adalah kaedah yang Allah gunakan. Dan yang dibunuh itu hanyalah ‘Nabi’ sahaja, bukannya ‘Rasul’. Allah beri perlindungan kepada Rasul.
Kedua, bantuan yang dimaksudkan adalah bentuk kejayaan dalam pembalasan. Allah akan balas mereka yang telah berbuat jahat kepada para Nabi dan orang beriman itu sama ada pembalasan itu terjadi semasa yang ditindas itu masih hidup lagi, atau setelah tiada.
Sebagai contoh, kekejaman yang dilakukan kepada Nabi Musa oleh Firaun, Allah balas semasa baginda masih hidup lagi. Dan ada yang dibalas setelah para Rasul itu wafat, sebagai contoh dibalas dengan azab pembunuh Nabi Yahya عليه السلام.
Bukan para Nabi عليهم السلام sahaja yang akan mendapat bantuan ini, tapi orang beriman juga. Yang pasti, mereka yang melakukan kekejaman kepada wali Allah, mereka tidak akan selamat. Di dalam kitab Sahih Bukhari disebutkan sebuah hadis melalui Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah Saw. yang telah bersabda:
“يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى: مَنْ عَادَى لِي وَلِيًّا فَقَدْ بَارَزَنِي بِالْحَرْبِ”
Allah Swt. berfirman, “Barang siapa yang memusuhi kekasih-Ku, bererti dia terang-terangan menentang-Ku untuk perang.”
Dan tentunya mereka yang berperang dengan Allah tidak akan menang. Lihatlah bagaimana Nabi Muhammad ﷺ dan para sahabat diselamatkan dan diberikan kemenangan demi kemenangan ke atas Musyrikin Mekah yang menentang mereka sampaikan kaum mukmin dapat menakluk Kota Mekah dari tangan mereka.
وَيَومَ يَقومُ الأَشهٰدُ
dan pada hari bangkitnya saksi-saksi
Maksudnya Hari Kiamat. Dan mereka juga akan diberi bantuan pada hari akhirat nanti apabila semua saksi akan bangkit memberikan penyaksian. Para malaikat, para Nabi, pendakwah, amal, malah tubuh badan sendiri akan jadi saksi di akhirat kelak.
Tentunya di akhirat nanti, kemenangan dan kemuliaan yang mereka terima akan lebih besar lagi.
Ayat 52: Dalam ayat ini, Allah sambung penerangan tentang يَومَ يَقومُ الأَشهادُ.
يَومَ لا يَنفَعُ الظّٰلِمينَ مَعذِرَتُهُم ۖ وَلَهُمُ اللَّعنَةُ وَلَهُم سوءُ الدّارِ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
The Day their excuse will not benefit the wrongdoers, and they will have the curse, and they will have the worst home [i.e., Hell].
MALAY
(Iaitu) pada hari yang tidak berguna bagi orang-orang yang zalim dalihan-dalihan mereka untuk melepaskan diri, dan mereka akan beroleh laknat, serta mereka beroleh seburuk-buruk tempat tinggal.
يَوْمَ لَا يَنْفَعُ الظّٰلِمِينَ مَعْذِرَتُهُمْ
Hari yang tidak ada manfaat lagi bagi orang-orang zalim dalihan-dalihan mereka.
Dalam ayat ini, orang-orang zalim yang dimaksudkan adalah orang yang melakukan syirik. Tapi ada dalam Al-Qur’an, yang zalim itu tidak bermakna melakukan syirik sahaja, tapi bermakna orang yang telah melakukan dosa yang banyak. Jadi, ada dua makna perkataan ‘zalim’ yang Allah gunakan dalam Al-Qur’an.
Jadi kerana Surah Ghafir ini adalah Surah Makkiah, dan ianya adalah surah yang memperkatakan tentang aqidah, jadi makna zalim yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah orang yang melakukan syirik. Ini adalah kerana syirik itu adalah zalim yang paling besar sekali.
Apa sahaja alasan yang mereka ingin berikan, apa sahaja rekaan mereka hendak guna untuk jawab kepada Allah, tidak ada gunanya lagi. Alasan yang mereka akan beri nanti adalah alasan buat-buat sahaja kerana alasan yang sebenarnya tidak ada. Tidak akan diterima daripada mereka lagi. Mungkin mereka nak kata mereka sibuk sampai tak boleh nak belajar.
Ini adalah alasan yang selalu digunakan oleh manusia apabila mereka diajak untuk belajar agama terutama sekali tafsir Al-Qur’an. Mereka tidak nampak kepentingan belajar tafsir Al-Qur’an dan belajar tentang Tauhid, sampaikan mereka jahil tentang Tauhid dan mereka mati dalam fahaman syirik.
وَلَهُمُ اللَّعْنَةُ
Dan bagi mereka laknat.
Sepanjang masa mereka akan mendapat laknat iaitu kutukan. Makna laknat itu adalah tidak akan dapat rahmat untuk keluar dari neraka. Tidak ada belas kasihan untuk mereka dari sesiapa sahaja. Ini adalah untuk orang yang telah melakukan syirik.
وَلَهُمْ سُوءُ الدَّارِ
dan bagi mereka tempat tinggal yang paling buruk sekali,
Iaitu neraka. Mereka akan kekal di dalamnya. Tidak ada tempat yang lebih buruk dari neraka. Maka kenalah kita baiki amalan dan fahaman kita supaya kita tidak masuk neraka. Jangan kata nak masuk, tengok dan dengar bunyi neraka pun kita tidak mahu.
Ayat 53: Ini adalah ayat dalil naqli kepada Dakwa surah dalam ayat 14. Allah hendak memberitahu kita bahawa bukan Nabi Muhammad ﷺ sahaja yang seru tauhid dalam berdoa. Nabi Musa عليه السلام pun buat yang sama juga.
Ini adalah kerana Musyrikin Mekah kata apa yang Nabi Muhammad ﷺ bawa itu adalah benda yang baru. Maka Allah beritahu dalam ayat ini yang Nabi Musa pun ada dapat kitab wahyu juga.
وَلَقَد ءآتَينا موسَى الهُدىٰ وَأَورَثنا بَني إِسرٰءيلَ الكِتٰبَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And We had certainly given Moses guidance, and We caused the Children of Israel to inherit the Scripture
MALAY
Dan demi sesungguhnya! Kami telah memberikan Nabi Musa hidayah petunjuk dan Kami berikan kaum Bani Israil mewarisi Kitab Taurat,
وَلَقَدْ ءآتَيْنَا مُوسَى الْهُدَىٰ
Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Musa itu, petunjuk.
Iaitu Nabi Musa عليه السلام telah diberikan dengan Kitab Taurat. Dalam Kitab Taurat itu juga ada ajaran Tauhid. Itulah yang baginda sampaikan kepada umat Bani Israil.
وَأَوْرَثْنَا بَنِي إِسْرٰءيلَ الْكِتٰبَ
dan kami wariskan kitab itu kepada Bani Israil.
Bani Israil mewarisi Kitab Taurat itu dari Nabi Musa. Macam kita juga, mewarisi Al-Qur’an itu dari Nabi Muhammad ﷺ.
Jadi dalam kitab Taurat itu ada petunjuk. Begitu juga dalam Al-Qur’an, ada petunjuk kepada umat Islam bagi sesiapa yang ingin belajar. Iaitu mereka yang nak kembali mencari jalan benar. Yang ada dalam hati mereka, niat ikhlas untuk mencari jalan yang lurus.
Ayat 54: Petunjuk itu dan peringatan dari kitab itu hanya boleh diterima oleh orang-orang yang mempunyai akal yang waras. Orang yang tidak berakal sempurna tidak berupaya nak terima ajaran dari Al-Qur’an.
هُدًى وَذِكرىٰ لِأُولِي الأَلبٰبِ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
As guidance and a reminder for those of understanding.
MALAY
Sebagai hidayah petunjuk dan peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna.
هُدًى
Sebagai hidayah petunjuk
Ilmu dalam Taurat sudah cukup untuk digunakan sebagai petunjuk bagi Bani Israil pada waktu itu. Sama juga dengan Al-Qur’an. Sudah cukup Al-Qur’an ini sebenarnya kerana semua perkara tentang Tauhid sudah dijelaskan. Ianya cukup kepada mereka yang cari petunjuk dalam agama. Segala perkara yang perlu tahu dalam agama telah disentuh. Kemudian dijelaskan lagi dalam Sunnah Nabi Muhammad ﷺ.
Cuma apabila Al-Qur’an telah diturunkan, maka syariat di dalam Taurat telah dimansukhkan. Yang terpakai sekarang hanyalah Al-Qur’an sahaja.
وَذِكرىٰ
dan peringatan
Taurat dan juga Al-Qur’an menjadi satu peringatan yang boleh beri faedah kalau diamalkan. Ianya mengingatkan perkara yang kita selalu terlupa. Oleh kerana itulah kita kena selalu mengaji dan membaca Al-Qur’an untuk mengingatkan kita.
Kita kena sedar yang Syaitan akan selalu berusaha untuk melupakan kepada agama, maka kena selalu baca Al-Qur’an dan selalu muzakarah. Muzakarah itu dapat mengingatkan kita kepada perkara-perkara yang kita mungkin terlepas pandang. Kalau kita seorang sahaja, mungkin kita terlupa dengan perkara-perkara itu.
لِأُولِي الأَلبٰبِ
bagi orang-orang yang berakal waras.
Taurat dan Al-Qur’an itu sudah cukup untuk digunakan sebagai panduan kepada seluruh manusia tetapi yang menerimanya hanyalah mereka yang memiliki fikiran yang waras dalam agama. Siapakah Ulul Albab ini? Allah telah jelaskan ciri-ciri mereka dalam Surah Ali Imran.
Secara ringkasnya, mereka itu adalah mereka yang berfikir tentang dunia membawa kepada akhirat. Bukanlah maksudnya mereka itu orang yang pandai dalam hal keduniaan sahaja sebab orang kafir lagi pandai dari kita dari hal dunia. Tapi mereka itu memikirkan nasib mereka di akhirat juga.
Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.
Kemaskini: 5 Julai 2018
Rujukan:
Maulana Hadi
Nouman Ali Khan
Taimiyyah Zubair
Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani