Tafsir Surah an-Nisa Ayat 13 – 14 (Ancaman Faraid)

Ayat 13: Selepas Allah memberi cara-cara pembahagian harta pusaka, maka Allah terus memberi ayat tentang balasan baik kalau ikut dan ancaman yang berat kalau tidak mengikutinya. Ini adalah cara Qur’an untuk memastikan manusia ikut hukum yang telah disampaikan. Kalau tidak, manusia mungkin buat tidak endah sahaja.

تِلْكَ حُدُودُ اللهِ وَمَن يُطِعِ اللهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنّٰتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهٰرُ خٰلِدِينَ فِيهَا وَذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

These are the limits [set by] Allāh, and whoever obeys Allāh and His Messenger will be admitted by Him to gardens [in Paradise] under which rivers flow, abiding eternally therein; and that is the great attainment.

MALAY

Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar.

 

تِلْكَ حُدُودُ اللهِ

Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah.

Banyak sudah ayat-ayat tentang Faraid yang telah disampaikan. Maklumat lebih lanjut telah diberitahu oleh Nabi dalam hadis. Kemudian ianya telah dikaji oleh ulama sampaikan ilmu tentang pembahagian harta pusaka ini telah menjadi satu bidang ilmu yang khusus.

Tidaklah dapat diterangkan dengan seksama dalam penulisan kita ini, maka kenalah merujuk kepada mereka yang tahu apabila hendak mendapatkan ketetapan yang tepat.

Tengoklah kalimah ‘hudud’ disebut dalam ayat ini. Maknanya, Hukum Hudud ini bukanlah bab potong tangan dan sebat orang sahaja tapi melibatkan banyak hukum-hukum lain.

 

وَمَن يُطِعِ اللهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنّٰتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهٰرُ خٰلِدِينَ فِيهَا

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; 

Kalau boleh ikut peraturan ini, Allah janji boleh masuk syurga. Kerana apabila mengikutinya, bermakna kita mengikuti Allah dan RasulNya.

 

وَذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

dan itulah kejayaan yang amat besar.

Kejayaan yang besar adalah apabila terselamat dari masuk neraka. Kerana kalimah الْفَوْزُ bermaksud kejayaan yang melibatkan terselamat dari sesuatu yang buruk. Sebagai contoh, terselamat dari dilanggar bas atau jatuh gaung. Maka tentu waktu itu rasa bersyukur sangat, bukan? Maka bayangkan kalau selamat dari neraka?


 

Ayat 14: Kemudian Allah beri ancaman takhwif ukhrawi yang berat kepada mereka yang tidak mengikuti ketetapan pembahagian harta itu.

وَمَن يَعْصِ اللهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خٰلِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُّهِينٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And whoever disobeys Allāh and His Messenger and transgresses His limits – He will put him into the Fire to abide eternally therein, and he will have a humiliating punishment.

MALAY

Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekallah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina.

 

وَمَن يَعْصِ اللهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا

Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, 

Kalau tidak menepati ketetapan yang Allah dan RasulNya telah berikan, itu dikira derhaka. Hasilnya mereka akan dimasukkan ke dalam api neraka.

 

خٰلِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُّهِينٌ

kekallah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina.

Mereka akan dimasukkan ke dalam neraka dan akan kekal di dalamnya! Adakah ini berbaloi dengan apa yang mereka dapat dari hasil mereka menolak ayat-ayat Faraid itu?

Ini adalah perkara yang amat berat sekali. Kena lihat apakah sebab yang tidak ikut itu tidak mahu membahagi mengikut undang-undang Faraid.

1. Mungkin ada yang tidak percaya pembahagian pusaka sepertimana yang Allah ajar ini adil. Oleh kerana itu mereka nak buat cara mereka sendiri yang mereka sangka lebih adil. Mereka boleh beri macam-macam alasan. Mungkin mereka kata, sekarang dunia sudah moden, keperluan lelaki dan wanita sudah sama, maka kena beri samarata.

Ini adalah menolak hukum Allah dan hukumnya adalah jatuh murtad. Memang banyak yang murtad kerana Faraid ini. Ini semua adalah kerana jahil, tidak tahu tentang hukum Allah dan yang terdapat di dalamnya. Amat malang sekali kerana mereka kekal dalam neraka. Padahal, mereka bukan tolak semua ayat pun tapi tentang Faraid sahaja. Apabila sudah dikira murtad, mereka akan kekal di neraka, sama macam orang kafir juga.

2. Tapi kalau dia tahu tentang hukum Faraid ini, tapi dia tidak jalankan kerana tak mampu buat, mungkin kerana desakan ahli keluarga atau undang-undang negaranya, maka itu adalah dosa besar dan harta tidak berkat.

Maka, ini adalah satu perkara yang nampak kecil sahaja kerana beberapa ayat sahaja, tapi kesannya amat buruk kalau mengengkarinya. Bayangkan, ada satu negeri di negara kita ini yang memang dahulu dan mungkin sampai sekarang terus tolak hukum Faraid ini dan pakai hukum pembahagian harta cara lain – Hukum Perpatih. Manakah Tok Muftinya yang tidak membetulkan perkara ini?

Inilah bahaya kalau jahil agama. Sebab itu dikatakan tidak akan masuk syurga mereka yang jahil agama. Kerana syaitan akan menyesatkan mereka dengan berbagai cara supaya mereka buat perkara yang boleh memurtadkan mereka. Dan cara yang paling mudah adalah dengan hal harta.

Kerana manusia memang amat suka kepada harta, sanggup berbunuhan kerana harta. Kalau ada peluang untuk dapat lebih, mereka akan gunakan dan kadang-kadang sampai menolak undang-undang Allah. Kalau dah terbuat, sekarang baru tahu sebab baru belajar tafsir ini, maka bertaubatlah.

Tapi kalau tak belajar langsung? Berapa ramai yang tidak belajar langsung, tapi hanya ikut kata-kata orang sahaja? Nauzubillah min zaalik.

Habis Ruku’ 2 dari 24 ruku’ dalam surah ini.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 5 Julai 2018

Ringkasan Surah Nisa’


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Mutiara al-Quran

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s