Ayat 12: Dalam ayat sebelum ini, telah diberikan pembahagian harta pusaka kepada keturunan – samada ibubapa, anak-anak atau adik beradik.
Sekarang disebutkan tentang pembahagian kepada mereka yang bukan dari keturunan tetapi hubungan kerana perkahwinan.
وَلَكُمْ نِصْفُ مَا تَرَكَ أَزْوٰجُكُمْ إِن لَّمْ يَكُن لَّهُنَّ وَلَدٌ فَإِن كَانَ لَهُنَّ وَلَدٌ فَلَكُمُ الرُّبُعُ مِمَّا تَرَكْنَ مِن بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِينَ بِهَا أَوْ دَيْنٍ وَلَهُنَّ الرُّبُعُ مِمَّا تَرَكْتُمْ إِن لَّمْ يَكُن لَّكُمْ وَلَدٌ فَإِن كَانَ لَكُمْ وَلَدٌ فَلَهُنَّ الثُّمُنُ مِمَّا تَرَكْتُم مِّن بَعْدِ وَصِيَّةٍ تُوصُونَ بِهَا أَوْ دَيْنٍ وَإِن كَانَ رَجُلٌ يُورَثُ كَلٰلَةً أَوِ امْرَأَةٌ وَلَهُ أَخٌ أَوْ أُخْتٌ فَلِكُلِّ وٰحِدٍ مِّنْهُمَا السُّدُسُ فَإِن كَانُوا أَكْثَرَ مِن ذَٰلِكَ فَهُمْ شُرَكَاءُ فِي الثُّلُثِ مِن بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصَىٰ بِهَا أَوْ دَيْنٍ غَيْرَ مُضَارٍّ وَصِيَّةً مِّنَ اللهِ وَاللهُ عَلِيمٌ حَلِيمٌ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And for you is half of what your wives leave if they have no child. But if they have a child, for you is one fourth of what they leave, after any bequest they [may have] made or debt. And for them [i.e., the wives] is one fourth if you leave no child. But if you leave a child, then for them is an eighth of what you leave, after any bequest you [may have] made or debt. And if a man or woman leaves neither ascendants nor descendants but has a brother or a sister, then for each one of them is a sixth. But if they are more than two, they share a third,¹ after any bequest which was made or debt, as long as there is no detriment [caused].² [This is] an ordinance from Allāh, and Allāh is Knowing and Forbearing.
- These shares are divided equally between males and females.
- This is a condition for any bequest. If it has been violated by the deceased, his bequest is not to be honored, or it may be adjusted by the executor. See 2:182.
MALAY
Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.
وَلَكُمْ نِصْفُ مَا تَرَكَ أَزْوٰجُكُمْ إِن لَّمْ يَكُن لَّهُنَّ وَلَدٌ
Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak.
Sekarang kita masuk bahagian Suami isteri:
Bagi suami, akan dapat separuh daripada harta isteri jika isteri tidak ada anak.
Harta yang separuh lagi itu akan dibahagikan kepada yang lain mengikut bahagian masing-masing.
Qur’an menyebut bahagian suami dahulu kerana mungkin ada penyalahgunaan yang berlaku pada zaman itu. Katakanlah isterinya meninggal di rumah keluarganya, mungkin keluarganya tidak mahu memberikan harta itu kepada suami.
فَإِن كَانَ لَهُنَّ وَلَدٌ فَلَكُمُ الرُّبُعُ مِمَّا تَرَكْنَ
Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan,
Kalau isteri itu ada anak, samada dengan suami itu atau anak dengan suami yang lain sebelumnya, suami akan dapat 1/4 daripada bahagian harta yang ditinggalkan oleh isteri.
3/4 bahagian lagi akan dibahagikan kepada penerima yang lain mengikut bahagian masing-masing. Maknanya, kalau ada anak, bahagian suami akan berkurang separuh (daripada 1/2 jadi 1/4).
مِن بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِينَ بِهَا أَوْ دَيْنٍ
sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya.
Sama juga sebelum ini telah disebut, harta itu dibahagikan selepas dijelaskan wasiat dan hutang jika ada.
وَلَهُنَّ الرُّبُعُ مِمَّا تَرَكْتُمْ إِن لَّمْ يَكُن لَّكُمْ وَلَدٌ
Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak.
Untuk isteri, mereka akan dapat 1/4 dari harta suami jika suami tiada anak.
فَإِن كَانَ لَكُمْ وَلَدٌ فَلَهُنَّ الثُّمُنُ مِمَّا تَرَكْتُم
Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan,
Jika suami itu ada anak, isteri akan dapat 1/8 dari harta itu. Maknanya, jikalau si suami itu ada anak, bahagian isteri berkurang separuh (dari 1/4 jadi 1/8).
Bagaimana pula kalau suami yang telah meninggal itu ada isteri-isteri yang lain? Bahagian 1/4 atau 1/8 itu akan dikongsi bersama oleh isteri-isteri yang tinggal. Bukanlah setiap seorang akan dapat 1/4 atau 1/8 tapi bahagian itu akan dikongsi bersama oleh para isteri. Iaitu kena dibahagikan sama rata. Bukanlah setiap seorang akan dapat 1/4 atau 1/8, tapi bahagian 1/4 atau 1/8 itu kena kongsi.
Mungkin inilah antara sebab para isteri tidak suka dimadu, kerana mereka akan berkurang harta pusaka.
مِّن بَعْدِ وَصِيَّةٍ تُوصُونَ بِهَا أَوْ دَيْنٍ
sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu.
Selepas wasiat dan hutang dijelaskan. Termasuk dalam hutang yang dimaksudkan adalah mahr isteri. Jikalau mahr isteri tidak dibayar lagi, ianya perlulah diberikan dahulu.
وَإِن كَانَ رَجُلٌ يُورَثُ كَلٰلَةً أَوِ امْرَأَةٌ وَلَهُ أَخٌ أَوْ أُخْتٌ فَلِكُلِّ وٰحِدٍ مِّنْهُمَا السُّدُسُ
Dan jika si mati yang diwarisi itu tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki atau saudara perempuan, maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam.
Ini pula jika simati tidak ada ibubapa dan anak pun tiada. Mereka yang seperti ini digelar ‘Kalalah‘. Cuma ada adik beradik lelaki atau perempuan. Masing-masing akan mendapat 1/6.
Ini jikalau ada seorang sahaja – maksudnya, seorang adik beradik lelaki atau seorang adik beradik perempuan. Bahagian kepada adik beradik lelaki dan adik beradik perempuan adalah sama sahaja – 1/6. Lelaki tidak mendapat dua kali ganda dari bahagian wanita dalam kes ini. Kalau ada lebih dari satu, sudah pakai pembahagian yang lain.
فَإِن كَانُوا أَكْثَرَ مِن ذَٰلِكَ فَهُمْ شُرَكَاءُ فِي الثُّلُثِ
Kalau pula mereka lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga
Jika adik beradik lebih dari dua, masing-masing akan berkongsi dari bahagian 1/3. Tidak kira lelaki atau perempuan, dibahagikan sama rata antara mereka. Sebagai contoh, kalau ada seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan, mereka berdua akan berkongsi 1/3 bahagian. Dan bahagian mereka sama sahaja, lelaki tidak mendapat dua kali ganda dari perempuan.
Nota: perlu ditambah dalam perkara ini, adik beradik yang dimaksudkan mestilah dari ibu yang sama. Mereka mungkin dari ayah yang berlainan, tapi kenalah dipastikan yang mereka dari ibu yang sama. Perkara ini tidak disebut dalam ayat ini, tapi ianya adalah ijmak ulama.
مِن بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصَىٰ بِهَا أَوْ دَيْنٍ
sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya;
Selepas wasiat dan hutang dibayar dahulu.
nota: ada susunan yang perlu dipenuhi sebelum harta itu boleh dibahagikan.
- Perlu diambil dari harta itu belanja untuk menguruskan jenazah.
- Perlu dilihat samada simati ada berhutang. Ini perlu diselesaikan dahulu. Kalau hutang melebihi harta yang ditinggalkan, maka semuanya kena dibayar kepada hutang, sampaikan tidak ada lagi harta yang boleh dibahagikan.
- Selepas hutang ditunaikan, barulah dilihat apakah ada wasiat yang telah dikeluarkan oleh simati. Perlu juga kita ingat, wasiat itu tidak boleh melebihi dari 1/3 dari harta simati. Kalau lebih, ia tidak dikira. Walaupun dalam susunan ayat, ‘wasiat’ disebut sebelum ‘hutang’, tapi dari segi kepentingan, hutang perlu didahulukan. Kerana hutang itu ada penuntutnya. Ulama mengatakan ‘wasiat’ disebut dahulu untuk menekankan kepentingannya. Kerana kadang-kadang, wasiat itu mudah untuk tidak dijalankan, kerana penuntutnya tidak ada. Dan mungkin pemegang amanah harta tidak mahu menjalankan wasiat itu. Maka, Allah tekankan dalam ayat-ayat Quran ini dan diletakkan di awal ayat untuk memberi peringatan kepada mereka yang memegang amanah untuk menjalankan amanah itu.
- Selepas dibayar ketiga-tiga bahagian yang disebut sebelum ini, maka barulah harta itu dibahagian mengikut bahagian-bahagian yang telah ditetapkan.
Nota(2): Tidak ada wasiat bagi penerima harta pusaka berdasarkan kepada hadis Nabi:
“Tidak ada wasiat bagi ahli waris” (HR. Bukhari).
غَيْرَ مُضَارٍّ
tidak mendatangkan mudarat
Tidak membahayakan pewaris lain. Maknanya kena cari dulu waris sampai dapat. Jangan beri harta tanpa dipastikan siapakah waris yang sah. Kerana ada waris berhak yang tidak diketahui, entah-entah kerana duduk jauh atau dari isteri yang lain dan sebagainya.
Jangan mendatangkan mudharat juga kepada penerima harta pusaka. Jangan ada yang datang dan bawa persaksian palsu tentang wasiat dari simati atau mengatakan ada hutang padahal tidak ada – ini adalah dua contoh bagaimana mudharat boleh dilakukan.
Malah, banyak lagi cara-cara yang boleh dilakukan dalam bentuk mudharat. Mungkin simati sebelum dia mati, dia kata dia ada hutang dengan seseorang, supaya hartanya itu tidak jatuh kepada penerima harta pusaka; atau dia berikan wasiat yang lebih dari 1/3. Ini juga salah dan perlu diperbetulkan. Kalau simati bagi wasiat yang salah, tidak boleh diikuti.
Ini adalah contoh-contoh simati sendiri yang melakukan sesuatu yang boleh memberi mudharat. Memang tidak patut kerana dia pun sudah hendak meninggalkan dunia ini, sepatutnya dia tidaklah melakukan perkara-perkara yang sedemikian. Maka, Allah beri ingat dalam hal ini.
وَصِيَّةً مِّنَ اللهِ وَاللهُ عَلِيمٌ حَلِيمٌ
ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar.
Ketetapan itu semua datangnya dari Allah, maka kenalah diikuti. Allah maha tahu apa yang patut diberikan kepada siapa dalam bahagian apa.
Allah juga tahu apa yang kita lakukan, kalau-kalau kita melakukan mudharat kepada sesiapa pun. Semuanya tidak akan terlepas dari pengetahuan Allah.
Allah juga kata Dia bersifat حَلِيمٌ. Maksudnya Allah Maha Penyabar dari menghukum seseorang atau memberi azab semasa di dunia ini. Allah sanggup tunggu untuk beri azab itu di akhirat kelak. Jadi mungkin selamat di dunia, tapi tidaklah tentu dia selamat di akhirat kalau dia menipu.
Jadi, janganlah ada yang rasa selamat kalau dia dapat bahagian harta yang dia tidak patut dapat kerana dia pandai berlakon atau pandai merancang atau pandai berhujah. Atau dia seorang yang ada pengaruh dan dapat ambil harta itu dengan cara kasar.
Memang dia mungkin akan dapat harta yang banyak, dan tidak kena apa-apa pun di dunia ini, tapi dia kenalah ingat yang kalau dia tidak kena balasan di dunia, akan ada azab yang menantinya di akhirat kelak.
Ilmu Faraid ini perlulah dipelajari lagi iaitu di dalam Ilmu Feqah. Kita hanya boleh sampaikan secara ringkas sahaja di sini. Ringkasnya, terdapat 15 ahli waris dari pihak lelaki dan 10 ahli waris dari dari pihak perempuan yang utama dan layak menerima harta pusaka. Mereka digelar Ashabul Furud.
Waris dari pihak lelaki seperti berikut:
- Anak lelaki
- Cucu lelaki dari anak lelaki
- Bapa
- Datuk
- Saudara lelaki seibu sebapa
- Saudara lelaki sebapa
- Saudara lelaki seibu
- Anak saudara lelaki dari seibu sebapa
- Anak saudara lelaki dari seibu atau sebapa
- Bapa saudara seibu sebapa
- Bapa saudara sebapa
- Sepupu dari bapa saudara seibu sebapa
- Sepupu dari bapa saudara sebapa
- Suami
- Hamba sahaya
Jika kesemua waris lelaki di atas wujud, maka hanya tiga orang sahaja yang layak iaitu:
- Bapa
- Anak lelaki
- Suami
Ahli-ahli waris perempuan yang layak menerima harta pusaka iaitu:
- Anak perempuan
- Cucu perempuan dari anak lelaki
- Ibu
- Nenek sebelah ibu
- Nenek sebelah bapa
- Saudara perempuan seibu sebapa
- Saudara perempuan seibu
- Saudara perempuan sebapa
- Isteri
- Petuan perempuan bagi hamba sahaya
Jika kesemua ahli waris diatas wujud, hanya 5 orang yang layak:
- Anak perempuan
- Cucu perempuan dari anak lelaki
- Ibu
- Saudara perempuan seibu sebapa
- Isteri
Jika kesemua 25 waris lelaki dan perempuan masih hidup, maka keutamaan akan diberikan kepada hanya lima ahli waris berikut:
- Bapa
- Ibu
- Anak Lelaki
- Anak Perempuan
- Suami/Isteri
Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.
Kemaskini: 5 Julai 2018
Rujukan:
Maulana Hadi
Nouman Ali Khan
Mutiara al-Qur’an
Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi
Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani