Tafsir Surah al-Hijr Ayat 42 – 50 (Neraka ada 7 pintu)

Ayat 42: Iblis kata dia akan menyesatkan manusia dari jalan Allah.

إِنَّ عِبادي لَيسَ لَكَ عَلَيهِم سُلطانٌ إِلّا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الغاوينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, My servants – no authority will you have over them, except those who follow you of the deviators.

(MELAYU)

Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang-orang yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat.

 

إِنَّ عِبادي لَيسَ لَكَ عَلَيهِم سُلطانٌ

Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka,

Allah beritahu kepada Iblis yang dia tidak ada kuasa ke atas anak-anak Bani Adam. Iblis tidak akan mampu goda mereka. Iaitu orang-orang yang telah Allah takdirkan mendapat hidayah, tiada jalan bagi Iblis kepada mereka, tidak pula syaitan dapat sampai kepada mereka.

 

إِلّا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الغاوينَ

kecuali orang-orang yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat.

Kecuali manusia yang ikut ajakan syaitan itu. Iaitu mereka yang sesat. Iaitu mereka yang lupa kepada agama, lupa kepada syaitan yang sudah jelas menjadi musuh bagi manusia.


 

Ayat 43: Apa akan jadi kepada mereka.

وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمَوعِدُهُم أَجمَعينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, Hell is the promised place for them all.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Jahannam itu benar-benar tempat yang telah diancamkan kepada mereka (pengikut-pengikut syaitan) semuanya.

 

Mereka yang sesat itu akan dimasukkan ke dalam neraka yang telah dijanjikan kepada mereka. Itulah balasan yang setimpal untuk mereka kerana mengikut bisikan Iblis.


 

Ayat 44: Setelah itu, Allah mula menceritakan tentang neraka pula.

لَها سَبعَةُ أَبوابٍ لِكُلِّ بابٍ مِنهُم جُزءٌ مَقسومٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

It has seven gates; for every gate is of them [i.e., Satan’s followers] a portion designated.”

(MELAYU)

Jahannam itu mempunyai tujuh pintu. Tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari mereka.

 

لَها سَبعَةُ أَبوابٍ

Jahannam itu mempunyai tujuh pintu.

Sekarang kita dapat tahu bahawa ada 7 pintu pada neraka itu. Maknanya, ada jenis-jenis pintu tertentu.

Israil telah meriwayatkan dari Abu Ishaq, dari Hubairah ibnu Abu Maryam, dari Ali r.a. yang mengatakan bahawa pintu-pintu Jahanam itu ada tujuh buah, sebahagiannya berada di atas sebaghaian yang lain. Bila pintu yang pertama penuh, maka pintu yang kedua diisi, kemudian pintu yang ketiga, hingga semuanya penuh.

 

لِكُلِّ بابٍ مِنهُم جُزءٌ مَقسومٌ

Tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari mereka.

Golongan tertentu akan masuk ikut pintu masing-masing. Ikut golongan masing-masing.

Juwaibir telah meriwayatkan dari Ad-Dahhak sehubungan dengan makna firman-Nya: Jahanam itu mempunyai tujuh pintu. Tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari mereka. (Al-Hijr: 44) Bahawa ada pintu untuk orang-orang Yahudi, pintu untuk orang-orang Nasrani, pintu untuk orang-orang Sabi-in, pintu untuk orang-orang Majusi, pintu untuk orang-orang musyrik (yaitu orang-orang kafir Arab), pintu untuk orang-orang munafik, dan pintu untuk ahli tauhid. Tetapi ahli tauhid mempunyai harapan untuk dikeluarkan, sedangkan yang selain mereka tidak ada harapan sama sekali untuk selama-lamanya.


 

Ayat 45: Selepas menceritakan tentang neraka, sekarang Allah menyentuh tentang syurga pula.

إِنَّ المُتَّقينَ في جَنّاتٍ وَعُيونٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, the righteous will be within gardens and springs,

(MELAYU)

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu berada dalam syurga (taman-taman) dan (di dekat) mata air-mata air (yang mengalir).

 

Kepada mereka yang bertaqwa, akan dimasukkan ke dalam syurga. Muttaqin (orang yang bertaqwa) itu adalah mereka yang taat kepada hukum Allah dan berhati-hati dalam segala perbuatannya. Dia sentiasa memikirkan apakah perbuatannya itu halal atau haram.

Dan dia sentiasa sedar keberadaan Allah yang sentiasa memerhatikan apa yang dilakukannya. Dan kerana itu dia berhati-hati. Jadi dia takut sekali nak buat dosa kerana dia tahu dan sedar yang Allah sedang memerhatikannya. Kalau ayah kita depan kita, tentu kita tidak berani nak buat salah, bukan?

Untuk muttaqin ini, mereka akan mendapat balasan tinggal di dalam syurga dengan segala kenikmatan di dalamnya. Dalam ayat ini hanya diberitahu sedikit sahaja – ada taman dan ada mata-air. Ini adalah bayangan kepada keadaan di dalam syurga itu. Ianya amat indah dan tidak dapat dibayangkan dengan akal kita.

Ketepatan bahasa yang digunakan dalam Al-Qur’an: kalimah عين asalnya bermaksud ‘mata’ dan ia juga digunakan untuk mata air (sesuatu yang indah dipandang mata).

Jamak bagi عين adalah أعيُن dan عُيُون dan digunakan di dalam Bahasa Arab untuk jamak bagi mata dan juga mata air. Ia boleh bertukar-tukar penggunaannya. Akan tetapi Al-Qur’an sentiasa menggunakan penggunaan yang tepat. Kalimah أعيُن sentiasa digunakan bagi mata dan kalimah عُيُون sentiasa digunakan bagi mata air.


 

Ayat 46:

ادخُلوها بِسَلامٍ آمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Having been told], “Enter it in peace, safe [and secure].”

(MELAYU)

(Dikatakan kepada mereka): “Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera lagi aman”

 

Ada muqaddar dalam ayat ini. Tiba-tiba ayat ini iltifad kepada pihak kedua (sebelum ini menceritakan tentang pihak ketiga). Sekarang disebutkan kata-kata seolah-olah Allah sendiri yang jemput pembaca ayat ini untuk masuk ke dalam syurga itu. Macam terasa yang kita sendiri akan masuk. Ini adalah kerana Allah hendak memberi isyarat, kamu yang sedang membaca Qur’an ini pun boleh masuk juga ke dalam syurga.

Syurga itu adalah tempat yang aman. Mereka yang dapat masuk ke dalam syurga sudah tentu sudah selamat. Aman dan selamat dari segala bahaya dan kesusahan kerana mereka sudah lalui bermacam-macam dugaan semasa di dunia dan akhir sekali adalah laluan Titian Sirat untuk melepasi neraka. Kalau dapat lepas ujian itu, maka akan dapat masuk ke dalam syurga dan akan dijemput sendiri untuk masuk ke dalam syurga oleh Allah sendiri. Alangkah indahnya!


 

Ayat 47: Tadi disebut nikmat fizikal, sekarang disebut nikmat emosi pula.

وَنَزَعنا ما في صُدورِهِم مِن غِلٍّ إِخوانًا عَلىٰ سُرُرٍ مُتَقابِلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We will remove whatever is in their breasts of resentment,¹ [so they will be] brothers, on thrones facing each other.

  • See footnote to 7:43.

(MELAYU)

Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sehingga mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas dipan-dipan.

 

وَنَزَعنا ما في صُدورِهِم مِن غِلٍّ

Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, 

Sekarang ayat ini iltifad (perubahan) kembali kepada ghaibah (pihak ketiga). Allah akan hilangkan segala rasa tak sedap hati ahli syurga itu. Apakah maksudnya?

Kadang-kadang kita ada rasa tak sedap hati walaupun sesama saudara seislam. Ini boleh jadi macam-macam seperti dendam, dengki iri hati dan sebagainya. Ini biasa sahaja kalau ada kerana kita pun manusia juga dan kadang-kadang kita tidak dapat kawal perasaan kita. Kadang-kadang tak dapat nak elak dari ada perasaan begitu.

Kadang-kadang ada kata-kata orang yang menyakitkan hati kita dan kita pula cepat terasa hati dan makan hati. Dikatakan bahawa ahli syurga itu masih ada lagi perasaan itu. Rasulullah Saw. pernah bersabda:

“يَخْلُص الْمُؤْمِنُونَ مِنَ النَّارِ، فيُحبسون عَلَى قَنْطَرَةٍ بَيْنَ الْجَنَّةِ وَالنَّارِ، فيُقتص لِبَعْضِهِمْ مِنْ بَعْضِهِمْ، مَظَالِمُ كَانَتْ بَيْنَهُمْ فِي الدُّنْيَا، حَتَّى إِذَا هُذِّبوا ونُقّوا، أُذِنَ لَهُمْ فِي دُخُولِ الْجَنَّةِ”

Orang-orang mukmin diselamatkan dari neraka, lalu mereka ditahan di atas sebuah jambatan yang terletak di antara syurga dan neraka. Maka sebahagian dari mereka mengqisas sebahagian yang lainnya menyangkut perkara penganiayaan yang pernah terjadi di antara mereka ketika di dunia. Setelah mereka diber­sihkan dan disucikan (dari semua kesalahan), barulah mereka diizinkan untuk masuk syurga.

Tempat ini dinamakan Qantharah. Iaitu satu tempat selepas Titian Sirath.

 

إِخوانًا

mereka merasa bersaudara

Allah akan hilangkan perasaan tidak sedap itu sampai mereka akan jadi saudara. Allah kata Dia sendiri yang akan keluarkan dan hilangkan غِلٍّ itu kerana Allah tahu yang kita sendiri tak dapat nak keluarkan sendiri. Walaupun kita cuba sedaya upaya untuk hilangkan perasaan itu, tapi tidak boleh, sampai dibawa mati pun ada.

 

عَلىٰ سُرُرٍ مُتَقابِلينَ

di atas dipan-dipan mereka duduk berhadap-hadapan .

Apabila sudah hilang rasa غِلٍّ itu, barulah boleh duduk berhadap-hadapan. Kalau tidak, tentu susah untuk bersua muka. Kadang-kadang kalau kita ada perasaan geram dan benci kepada seseorang, nak tengok muka dia atau nak dengar suara dia pun tidak boleh.

Ayat ini juga memberi isyarat bahawa kita akan duduk dalam keadaan mewah di dalam syurga. Kerana syurga ini bukan tempat untuk buat kerja atau buat ibadat lagi, tapi tempat untuk menikmati segala nikmat di dalam syurga. Ianya adalah tempat untuk memenuhi nafsu sahaja. Dan tempat istirehat yang paling baik, sampaikan duduk pun di atas dipan – boleh juga diterjemahkan sebagai singgahsana.


 

Ayat 48: Syurga itu tempat memenuhi nafsu.

لا يَمَسُّهُم فيها نَصَبٌ وَما هُم مِنها بِمُخرَجينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

No fatigue will touch them therein, nor from it will they [ever] be removed.

(MELAYU)

Mereka tidak merasa lelah di dalamnya dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya.

 

لا يَمَسُّهُم فيها نَصَبٌ

Mereka tidak merasa lelah di dalamnya

Mereka yang tinggal di dalam syurga tidak akan penat. نَصَبٌ bermaksud jenis penat sampai tak boleh berdiri lagi sebab penat sangat. Walaupun banyak nikmat di syurga, macam-macam buat dan macam-macam makan, tapi tak penat langsung. Jadi mereka yang di syurga tidak perlu tidur pun kerana tidak penat. Kalau tidur, sudah rugi kerana ada nikmat yang tidak dirasai pula.

 

وَما هُم مِنها بِمُخرَجينَ

dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya.

Segala nikmat itu tidak berkekalan kalau tinggal sekejap sahaja. Katakanlah kita dapat tinggal di hotel mewah paling mahal di dunia pun, ianya tidak sama kerana kita tahu yang kita akan keluar juga akhirnya dari hotel itu. Oleh itu, nikmat tinggal di hotel itu akan berkurang kerana kita tahu yang kita lambat laun akan kena keluar juga, bukan?

Jadi salah satu kenikmatan yang amat besar di syurga itu adalah takkan keluar sampai bila-bila. Maka Allah sudah berjanji yang ahli syurga akan kekal dalam syurga dan tidak akan dikeluarkan, tidak akan mati di dalamnya.


 

Ayat 49: Allah menceritakan tentang DiriNya.

۞ نَبِّئ عِبادي أَنّي أَنَا الغَفورُ الرَّحيمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[O Muḥammad], inform My servants that it is I who am the Forgiving, the Merciful,

(MELAYU)

Khabarkanlah kepada hamba-hamba-Ku, bahwa sesungguhnya Aku-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,

 

Allah suruh Nabi Muhammad sampaikan kepada manusia yang SifatNya yang Maha Pengampun. Dan Allah bersifat Maha Pengampun kerana Dia Maha Penyayang kepada hambaNya. Memang ada banyak ancaman dan larangan dalam Qur’an tapi Allah tetap pemaaf dan pengasih.

Ketahuilah yang Allah amat suka mengampuni. Maka, kalau kita ada buat salah, maka kita minta ampunlah kepada Allah. Kalau dosa kita diampunkan, maka kita akan ada peluang untuk masuk ke dalam syurga yang telah disebut dalam ayat-ayat sebelum ini.


 

Ayat 50: Sifat Pengampun adalah salah satu dari Sifat Jamal (kecantikan) Allah. Tapi jangan lupa sifat Allah yang Jalal (keras).

وَأَنَّ عَذابي هُوَ العَذابُ الأَليمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And that it is My punishment which is the painful punishment.

(MELAYU)

dan bahawa sesungguhnya azab-Ku adalah azab yang sangat pedih.

 

Tapi dalam kita kenal Allah sebagai Pengasih dan Pengampun, jangan kita lupa yang Allah juga ada sifat yang keras. Iaitu Allah boleh sahaja azab hambaNya yang engkar. Setelah diberi peringatan tapi masih lagi berdegil untuk bertaubat dan memperbetulkan langkah mereka. Kepada mereka itu, akan diberikan dengan azab yang pedih.

Ini juga Nabi disuruh untuk sampaikan. Sampaikan kedua-dua Sifat Allah itu. Manusia kena tahu kedua-dua jenis sifat ini. Kalau kita kenang sifat Allah yang pengasih, maka ada raja’ (harapan) kepada Allah. Dan apabila kita mengenang Sifat Allah yang memberi azab, maka kita ada rasa khauf (takut) kepada Allah.

Kedua-dua jenis perasaan ini kena ada supaya kita seimbang. Kerana kalau ada salah satu sahaja, kita akan ada masalah. Kalau kita ada raja’ sahaja, maka kita akan mudah sahaja kehidupan di dunia ini. Kalau kita ada khauf sahaja, maka kita akan susah untuk hidup di dunia ini, kerana asyik rasa takut sahaja tanpa henti.

Rasulullah Saw. pernah bersabda:

“لَوْ يَعْلَمُ الْعَبْدُ قَدْرَ عَفْوِ اللَّهِ لَمَا تَوَرَّعَ مِنْ حَرَامٍ، وَلَوْ يَعْلَمُ قَدْرَ عِقَابِهِ لَبَخَعَ نَفْسَهُ”

Seandainya seorang hamba mengetahui kadar pemaafan Allah, tentulah tidak segan-segan dia melakukan hal yang haram; dan seandainya seorang hamba mengetahui kadar azab Allah, tentulah dia menekan hawa nafsunya.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 7 April 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah al-Hijr Ayat 32 – 41 (Iblis guna hujah akal)

Ayat 32: Allah menceritakan kisah bagaimana iblis enggan untuk taat kepada Allah apabila Allah suruh semua sujud kepada Nabi Adam a.s.

قالَ يا إِبليسُ ما لَكَ أَلّا تَكونَ مَعَ السّاجِدينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Allāh] said, “O Iblees, what is [the matter] with you that you are not with those who prostrate?”

(MELAYU)

Allah berfirman: “Hai iblis, apa sebabnya kamu tidak (ikut sujud) bersama-sama mereka yang sujud itu?”

 

Allah tanya kepada Iblis kenapa dia tidak sujud? Semua yang lain sujud, tapi kamu pula tidak sujud? Kenapakah ini? Bukannya Allah tidak tahu apa yang dalam hati Iblis itu, tapi Allah hendak mengajar kita.


 

Ayat 33: Inilah hujah Iblis kenapa dia tidak mahu sujud.

قالَ لَم أَكُن لِأَسجُدَ لِبَشَرٍ خَلَقتَهُ مِن صَلصالٍ مِن حَمَإٍ مَسنونٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He said, “Never would I prostrate to a human whom You created out of clay from an altered black mud.”

(MELAYU)

Berkata Iblis: “Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada manusia yang Engkau telah menciptakannya dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk”

 

قالَ لَم أَكُن لِأَسجُدَ لِبَشَرٍ

Berkata Iblis: “Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada manusia

Bila Iblis menggunakan kalimat لَم أَكُن yang berbentuk past tense, ini maksudnya dari awal lagi Iblis memang tak mahu nak sujud. Seperti yang kita telah tahu, Allah awal-awal lagi telah beritahu yang Dia akan menjadikan manusia dan mereka kena sujud kepada Adam. Waktu itu lagi Iblis sudah buat keputusan untuk tidak sujud.

Maknanya, memang dia sudah kufur dari awal lagi. Cuma nyata hanya apabila dia tidak sujud bersama para malaikat.

 

 

خَلَقتَهُ مِن صَلصالٍ مِن حَمَإٍ مَسنونٍ

yang Engkau telah ciptakannya dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk”

Sekarang Iblis hina kejadian Nabi Adam pula. Kerana dia rasa dia lebih mulia kerana pada dia, kejadian Nabi Adam itu adalah hina sedangkan kejadian dia adalah mulia. Itu adalah sangkaan akal dia sahaja. Itu pun guna logik akal dia sahaja: [api di atas dan tanah di bawah, maka api lagi mulia dari tanah].

Maka, janganlah kita terpakai hujah Iblis ini. Janganlah kita hina dan muliakan orang lain kerana ras, kulit dan sebagainya. Kemuliaan makhluk bukan kerana itu. Kemuliaan makhluk adalah atas iman dan ilmu.


 

Ayat 34: Hukuman yang dikenakan kepada Iblis.

قالَ فَاخرُج مِنها فَإِنَّكَ رَجيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Allāh] said, “Then depart from it,¹ for indeed, you are expelled.

  • Your position in the heavens.

(MELAYU)

Allah berfirman: “Keluarlah dari syurga, sesungguhnya kamu direjam,

 

قالَ فَاخرُج مِنها

Allah berfirman: “Keluarlah dari syurga,

Allah menghalau Iblis dari syurga. Dia sudah tidak layak untuk duduk di syurga lagi. Dulu dia dinaikkan ke langit kerana dia kuat beribadat. Tapi setakat banyak melakukan ibadat tapi tidak taat, kemudian sombong pula, maka dia tidak layak lagi duduk dengan para malaikat.

 

فَإِنَّكَ رَجيمٌ

sesungguhnya kamu direjam,

Kalimah رَجيمٌ dari katadasar ر ج م yang bermaksud ‘batu’. Jadi رَجيمٌ bermaksud direjam dengan batu atau seseorang yang dihalau (kerana dihalau dengan batu). Oleh itu, ini bermaksud Iblis itu dihalau dari syurga.


 

Ayat 35: Apa lagi?

وَإِنَّ عَلَيكَ اللَّعنَةَ إِلىٰ يَومِ الدّينِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, upon you is the curse until the Day of Recompense.”

(MELAYU)

dan sesungguhnya kutukan itu tetap menimpamu sampai hari pembalasan”.

 

Iblis tidak putus-putus akan kena laknat. Laknat maksudnya tiada harapan untuk kembali. Kerana laknat itu bermaksud telah ditolak, dihalau. Iaitu dijauhkan dari rahmat Allah. Maknanya, Iblis tidak akan ada peluang untuk masuk syurga.


 

Ayat 36: Setelah mendapat segala hukuman itu, maka berdoalah pula Iblis itu. Ada permintaannya kepada Allah.

قالَ رَبِّ فَأَنظِرني إِلىٰ يَومِ يُبعَثونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He said, “My Lord, then reprieve me until the Day they are resurrected.”

(MELAYU)

Berkata iblis: “Ya Tuhanku, (kalau begitu) maka beri tangguhlah kepadaku sampai hari (manusia) dibangkitkan,

 

Seteruk-teruk Iblis itu pun, dia tahu untuk minta doa kena terus kepada Allah. Dan lihatlah bagaimana dia masih lagi panggil Allah itu sebagai Rabbnya. Maknanya, yang tawasul dalam doa itu lagi teruk dari Iblis.

Iblis telah minta supaya ditangguhkan. Maknanya tangguh dari dimatikan, sampailah Hari Kebangkitan. Dia minta dipanjangkan umurnya kerana dia nak goda anak Adam supaya masuk dalam neraka bersamanya. Hal ini merupakan dorongan kedengkian hatinya terhadap Adam dan anak cucunya.


 

Ayat 37: Allah terima permintaan Iblis itu.

قالَ فَإِنَّكَ مِنَ المُنظَرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Allāh] said, “So indeed, you are of those reprieved

(MELAYU)

Allah berfirman: “(Kalau begitu) maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh,

 

Allah makbulkan dengan tidak mematikan Iblis itu. Apabila digunakan kalimat مِنَ المُنظَرينَ (dari golongan yang diberi tangguh), ini bermakna ada lagi yang diberi tangguh, tidak dimatikan. Allah memperkenankan permintaannya sebagai istidraj dan membiarkan dia terjerumus lebih sesat lagi.


 

Ayat 38: Tapi Iblis tidak dimatikan sehingga Hari Kiamat. Tidaklah sampai ke Hari Kebangkitan. Maknanya, apabila tiupan sangkakala pertama sahaja, dia pun akan mati termasuk sekali dengan makhluk-makhluk lain.

إِلىٰ يَومِ الوَقتِ المَعلومِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Until the Day of the time well-known.”

(MELAYU)

sampai hari (suatu) waktu yang telah ditentukan,

 

Kalimah يَومِ الوَقتِ المَعلومِ (Hari yang waktunya telah diketahui). Maknanya, kejadian Hari Kiamat itu semua sudah tahu. Ini adalah kerana ada maklumat yang kita sudah tahu kerana telah pernah disampaikan kepada kita.

Kita semua tahu yang ianya akan terjadi, cuma bilalah waktu tepat ianya akan terjadi, hanya Allah sahaja yang tahu. Tidak ada sesiapa lagi pun yang tahu, termasuklah para malaikat yang rapat dengan Allah pun tidak tahu waktunya.


 

Ayat 39: Sekarang kita akan lihat ikrar Iblis itu pula.

قالَ رَبِّ بِما أَغوَيتَني لَأُزَيِّنَنَّ لَهُم فِي الأَرضِ وَلَأُغوِيَنَّهُم أَجمَعينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Iblees] said, “My Lord, because You have put me in error, I will surely make [disobedience] attractive to them [i.e., mankind] on earth, and I will mislead them all

(MELAYU)

Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,

 

قالَ رَبِّ بِما أَغوَيتَني

Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat,

Lihat bagaimana Iblis salahkan Allah pula kerana sesatkan dia. Padahal dia yang sesat sendiri. Jadi kalau kita salahkan orang lain, salahkan keadaan, salahkan Allah kalau kita yang menyebabkan masalah itu, maka itu sudah ikut perangai Iblis.

Berbeza sangat antara Iblis dan Nabi Adam. Apabila Nabi Adam melakukan kesilapan dan ditegur oleh Allah, baginda meminta ampun. Tapi Iblis menyalahkan Allah pula.

 

لَأُزَيِّنَنَّ لَهُم فِي الأَرضِ

pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik di muka bumi,

Iblis akan cantikkan dunia untuk manusia. Sampaikan manusia akan terpesona dan leka dengan dunia sampaikan lupa Allah dan lupa agama.

Memang Allah sudah jadikan bumi ini cantik. Habis kenapa Iblis kata dia akan cantikkan? Kena tengok pada kalimah فِي (dalam). Maknanya dia nampakkan apa yang ada ‘dalam bumi’ ini yang nampak cantik. Iaitu segala perhiasan di dalamnya.

Dan ia juga bermaksud, Iblis akan bagi manusia nampak perbuatan buruk mereka sebagai baik. Ini adalah salah satu dari Talbis Iblis (belitan Iblis) iaitu tazyeen. Manusia buat perkara buruk, tapi nampak cantik sahaja pada pandangan mata mereka. Ini adalah kerana syaitan bisikkan dan puji mereka di atas perbuatan salah mereka itu. Syaitan nampak benda yang salah nampak baik; benda buruk nampak cantik.

Termasuk dalam perkara ini, amalan-amalan syirik dan bidaah. Kedua amalan itu adalah buruk, tapi Iblis mengelabui mata manusia sampai mereka nampak ia cantik sahaja.

 

وَلَأُغوِيَنَّهُم أَجمَعينَ

dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,

Kalimah وَلَأُغوِيَنَّهُم dari katadasar غ و ي yang bermaksud lalai leka. Kalau kalimah أغوي, ia bermaksud menyesatkan orang lain. Oleh kerana Iblis akan masuk ke dalam neraka, maka dia bertekad dan berjanji akan  menyesatkan semua sekali anak Adam. Dia nak kata, kerana Allah sesatkan dia, maka dia nak sesatkan anak cucu Adam pula, biar sama-sama masuk dalam neraka.


 

Ayat 40: Tapi Iblis tahu yang dia tidak boleh sesatkan semua sekali. Ini adalah pengecualian.

إِلّا عِبادَكَ مِنهُمُ المُخلَصينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Except, among them, Your chosen servants.”

(MELAYU)

kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka”.

 

Dia tahu tidak semua manusia yang dia dapat sesatkan. المُخلَصينَ isim maf’ul (yang kena buat). Maksudnya, Allah yang menjadikan mereka ikhlas.

Ikhlas yang dimaksudkan adalah tidak campur antara Allah dan selain Allah. Maknanya dari segi akidah dan amal kerana Allah sahaja. Tidak campur sembah Allah dan sembah makhluk; juga tidak campur doa kepada makhluk dengan doa kepada Allah; cuma bermaksud dalam amal ibadat kita, kita lakukan kerana Allah sahaja.

Perkara ini telah dibincangkan dengan panjang lebar dalam ayat-ayat yang lain. Ringkasnya, mereka yang mentauhidkan Allah sahaja yang akan terselamat dari bisikan dan godaan syaitan. Selain dari mereka, itu semua Iblis punya, dia kata.

Dan memang tak ramai golongan mukhlis ini. Ini seperti yang disebutkan dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{أَرَأَيْتَكَ هَذَا الَّذِي كَرَّمْتَ عَلَيَّ لَئِنْ أَخَّرْتَنِي إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ لأحْتَنِكَنَّ ذُرِّيَّتَهُ إِلا قَلِيلا}

Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, nescaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil. (Al-Isra: 62)


 

Ayat 41: Penerangan Allah tentang ikhlas itu.

قالَ هٰذا صِراطٌ عَلَيَّ مُستَقيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Allāh] said, “This is a path [of return] to Me [that is] straight.

(MELAYU)

Allah berfirman: “Ini adalah jalan yang lurus, kewajipan Aku-lah (menjaganya).

 

Kalimah عَلَيَّ bermaksud ‘ke atasKu’. Maksudnya ke atas Allah untuk tunjukkan jalan yang lurus itu. Ini sama dengan firman-Nya:

{وَعَلَى اللَّهِ قَصْدُ السَّبِيلِ}

Dan hak bagi Allah (menerangkan) jalan yang lurus. (An-Nahl: 9)

Atau ia bermaksud, ikhlas itulah jalan yang menghala kepadaNya.

Atau, ia bermaksud ke atas Allah lah yang akan tinggikan mereka yang ikut jalan lurus itu.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 7 April 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah al-Hijr Ayat 24 – 31 (Asal usul kejadian manusia)

Ayat 24: Setelah Allah kata Dia yang menghidupkan dan mematikan dan akan mewarisi apa sahaja yang ada dalam dunia ini, Allah beritahu yang Dia kenal kita semua.

وَلَقَد عَلِمنَا المُستَقدِمينَ مِنكُم وَلَقَد عَلِمنَا المُستَأخِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We have already known the preceding [generations] among you, and We have already known the later [ones to come].

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Kami telah mengetahui orang-orang yang terdahulu daripada-mu dan sesungguhnya Kami mengetahui pula orang-orang yang terkemudian (daripadamu).

 

وَلَقَد عَلِمنَا المُستَقدِمينَ مِنكُم

Dan sesungguhnya Kami telah mengetahui orang-orang yang terdahulu daripada-mu dan

Semuanya Allah kenal, dari makhluk yang mula-mula dicipta. Allah kenal kerana Allah lah yang menjadikan kita semua. Malah sebelum kita dilahirkan ke dunia pun Allah sudah kenal kita.

Mungkin المُستَقدِمينَ bermaksud mereka yang melakukan kebaikan. Ini kerana kalimah المُستَقدِمينَ dari katadasar ق د م yang bermaksud ke hadapan. Dan dalam Qur’an, ia juga merujuk kepada penghantaran amal kebaikan ke hadapan (iaitu hantar ke langit dan amalan kebaikan itu akan menunggu kita – ini macam kita simpan amal kebaikan kita itu).

Kalau ini maksud yang digunakan, maknanya Allah hendak memberitahu, Dia tahu siapa antara kita yang melakukan amal kebaikan. Tak payah nak cerita kepada orang lain, tak payah nak tunjuk kepada orang lain, kerana yang penting untuk tahu adalah Allah. Manusia lain tidak perlu tahu amal kebaikan kita. Kalau orang lain tahu, itu yang jadi bahaya kerana takut kita riak dan sum’ah pula dengan amalan kita itu.

 

وَلَقَد عَلِمنَا المُستَأخِرينَ

dan sesungguhnya Kami mengetahui pula orang-orang yang terkemudian

Dan Allah amat tahu golongan yang terkemudian. Iaitu mereka yang hidup selepas mereka yang awal, sampailah kepada makhluk yang dicipta dekat dengan Hari Kiamat.

Dan kalau kita ambil pandangan tentang amalan, المُستَأخِرينَ bermaksud orang yang mengakhirkan amal kebaikan mereka. Mereka lambat-lambatkan/lengah-lengahkan amal kebaikan mereka. Ini dinamakan taswif. Dan ini adalah bahaya. Kadang-kadang kita tahu yang kita kena buat amal kebaikan, tapi kita lengah-lengahkan (esok boleh buat, tahun depanlah aku mulakan.. )

Ini adalah salah satu dari senjata syaitan yang amat kuat. Apabila syaitan tidak dapat halang kita dari dapat ilmu tentang amal kebaikan, dia akan cuba guna senjata taswif ini – lengahkan kita dari buat amal kebaikan itu. Maknanya, Allah perhatikan sahaja kita yang menangguhkan untuk buat amal kebaikan ini – sudah tahu kena buat, tapi tak buat-buat juga.

Maka ambillah pengajaran dari ayat ini. Fikirkan balik apakah amalan yang kita sentiasa tangguh-tangguhkan. Mungkin ada orang yang kita nak dakwah, tapi tak pergi-pergi lagi; mungkin sudah ada rancangan nak pergi Umrah, tapi ditangguhkan kerana sibuk dengan kerja dan keluarga; mungkin nak infak kepada seseorang, tapi tak beri lagi; mungkin sudah teringin nak pergi ke kelas pengajian, tapi tak pergi-pergi lagi sebab nak tunggu masa lapang (kalau tunggu masa lapang, memang tidak akan ada). Janganlah kita tertipu dengan syaitan lagi.


 

Ayat 25: Apa yang Allah akan buat dengan golongan terdahulu dan terkemudian itu?

وَإِنَّ رَبَّكَ هُوَ يَحشُرُهُم ۚ إِنَّهُ حَكيمٌ عَليمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, your Lord will gather them; indeed, He is Wise and Knowing.

(MELAYU)

Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang akan menghimpunkan mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

 

وَإِنَّ رَبَّكَ هُوَ يَحشُرُهُم

Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang akan menghimpunkan mereka. 

Semua makhluk terdahulu dan terkemudian akan Allah kumpulkan di Mahsyar nanti. Tidak dapat dibayangkan keadaan di sana nanti – dari makhluk yang mula dicipta sampailah yang dicipta dekat dengan kiamat. Semuanya duduk di satu tempat bersesak-sesak!

 

إِنَّهُ حَكيمٌ عَليمٌ

Sesungguhnya Dia adalah Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

Allah Maha Bijaksana dalam apa sahaja yang Dia lakukan. Kita sahaja yang tidak nampak kerana akal kita yang cetek.

Allah juga tahu apa sahaja yang kita lakukan. Kerana Dia Maha Mengetahui. Benda yang dalam hati kita pun Allah tahu juga, apatah lagi perkara lain?


 

Ayat 26: Allah tahu segala-galanya tentang kita. Mana mungkin Allah tidak tahu sedangkan Dia yang menjadikan kita semua? Maka sekarang Allah menceritakan tentang kejadian manusia itu. Allah nak ingatkan yang manusia dijadikan dari makhluk yang lemah.

Dari ayat ini sehingga ke ayat 50 adalah Dalil Aqli Anfusi dan ia adalah Perenggan Makro ke 3.  Allah memberi kita renungan dan supaya kita mencari kesimpulan dalam diri daripada Kisah Nabi Adam dan Iblis, Pertentangan Baik dan Buruk. Allah memberitahu kita tentang Hukum balasan Baik dan Buruk.

وَلَقَد خَلَقنَا الإِنسانَ مِن صَلصالٍ مِن حَمَإٍ مَسنونٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We did certainly create man out of clay from an altered black mud.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk.

 

وَلَقَد خَلَقنَا الإِنسانَ مِن صَلصالٍ

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering

Inilah asal kejadian manusia, iaitu bagaimana Nabi Adam a.s. dijadikan. Bahan ramuan untuk menjadikan Nabi Adam ada disebut dalam Qur’an dan ini adalah salah satu dari ayatnya. Kena baca semua ayat baru dapat gambaran penuh.

Dalam ayat ini disebut yang pada satu peringkat, Nabi Adam dalam bentuk صَلصالٍ – tembikar yang kering. Asalnya dari katadasar ص ل ص ل yang bermaksud ‘bunyi’. Ini adalah kerana kalau tembikar kering itu dijentik, ia ada mengeluarkan bunyi.

 

مِن حَمَإٍ مَسنونٍ

dari lumpur hitam yang diberi bentuk. 

Dan tembikar itu dibuat dari tanah lumpur yang hitam. Dan tanah lumpur itu bersifat مَسنونٍ (dibentuk). Kalimah مَسنونٍ dari س ن ن (sunnah, sunan diambil dari katadasar yang sama). Kerana sunnah itu adalah acuan yang kita kena ikut. Dan مَسنونٍ bermaksud acuan yang dibentuk. Atau, ia sudah ada bentuk tertentu kerana lama dalam keadaan begitu, terbiar sahaja.

Kalau tanah rumput, tentu ia berbau busuk. Tambahan pula ia terbiar sahaja, tidak ada nilai pun. Oleh itu, inilah asal kejadian manusia, maka Allah nak beritahu, kita ini tak patut nak sombong kerana asal kejadian kita bukan hebat mana pun.


 

Ayat 27: Dan Allah ceritakan juga asal kejadian jin. Jin dan manusia adalah dua makhluk yang ada taklif (tanggungjawab dalam syariat).

وَالجانَّ خَلَقناهُ مِن قَبلُ مِن نارِ السَّمومِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And the jinn We created before from scorching fire.

(MELAYU)

Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.

 

وَالجانَّ خَلَقناهُ مِن قَبلُ

Dan Kami telah menciptakan jin sebelum itu

Jin telah dicipta awal lagi sebelum kita. Sebelum kita duduk di dunia ini, merekalah yang menghuni bumi ini dan telah diberi dengan tanggungjawab dalam beragama.

Dalam Qur’an, hanya disebut Malaikat, manusia dan juga jin sebagai makhluk yang ada akal. Kalau makhluk yang lain, kita tidak tahu. Ada juga yang bertanya tentang makhluk yang hidup sebelum jin, siap ada nama tertentu pula. Tapi kita tidak tahu tentang perkara itu dan perkara ini termasuk dalam perkara ghaib.

Kalau perkara ghaib, kita memerlukan dalil untuk menerimanya. Jadi tidak perlu sibukkan diri dengan mencari maklumat itu kerana ianya tidak penting pun. Kalau penting, Allah sudah beritahu dah kepada kita, bukan?

 

مِن نارِ السَّمومِ

dari api yang sangat panas.

Kalau manusia dijadikan dari tanah, jin pula dijadikan dari api yang membahang. Inilah asal kejadian asal mereka, iaitu bapa mereka al-Jan (seperti bapa kita adalah Nabi Adam a.s.) Dan sepertimana kita sekarang tidak lagi dijadikan dari tanah, begitu juga jin-jin sekarang tidak dijadikan dari api dah.


 

Ayat 28: Dalam Surah Baqarah ayat 30, Allah memberitahu yang Dia hendak menjadikan manusia sebagai khalifah di bumi. Tapi tidak disebutkan tentang bagaimana manusia itu akan dijadikan. Maklumat itu tersebut dalam ayat ini.

وَإِذ قالَ رَبُّكَ لِلمَلائِكَةِ إِنّي خالِقٌ بَشَرًا مِن صَلصالٍ مِن حَمَإٍ مَسنونٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [mention, O Muḥammad], when your Lord said to the angels, “I will create a human being out of clay from an altered black mud.

(MELAYU)

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk,

 

وَإِذ قالَ رَبُّكَ لِلمَلائِكَةِ

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:

Sebelum Allah menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi, Allah telah beritahu rancanganNya ini kepada para malaikat. Ini sebagai pemberitahuan sahaja. Bukanlah Allah berbincang dan minta pendapat malaikat pula sebelum menjadikan Nabi Adam. Keputusan tetap di tangan Allah – Allah tetap buat juga walaupun malaikat atau jin tidak setuju.

 

إِنّي خالِقٌ بَشَرًا مِن صَلصالٍ مِن حَمَإٍ مَسنونٍ

“Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk,

Allah beritahu bagaimana Dia akan menjadikan manusia itu dari tanah. Tafsir ini sudah diberitahu di atas tadi.


 

Ayat 29: Setelah dibentuk Nabi Adam a.s. dari tanah liat itu, kemudian menjadi tembikar, Allah meniupkan roh.

فَإِذا سَوَّيتُهُ وَنَفَختُ فيهِ مِن روحي فَقَعوا لَهُ ساجِدينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when I have proportioned him and breathed into him of My [created] soul,¹ then fall down to him in prostration.”

  • The element of life and soul which Allāh created for that body, not His own spirit or part of Himself (as some mistakenly believe).

(MELAYU)

Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya ruh (ciptaan)-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud.

 

فَإِذا سَوَّيتُهُ

Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya,

Maksudnya setelah Allah menjadikan bentuk Nabi Adam itu.

 

وَنَفَختُ فيهِ مِن روحي

dan setelah Aku meniupkan ke dalamnya ruh (ciptaan)-Ku, 

Setelah dijadikan bentuk, Allah telah tiupkan roh ke dalam Nabi Adam jasad itu. Kerana kalau tidak ada roh, tidaklah jadi manusia (jadi tembikar sahaja).

Perkataan روحي (RohKu) menjadi perbincangan yang hebat juga di kalangan manusia, terutama di kalangan ahli sufi dan tarekat yang jahil dengan wahyu dan suka mencari perkara yang tidak perlu difikirkan. Mereka kata roh itu Roh Allah (Allah tiupkan sebahagian dari RohNya). Ini adalah salah sama sekali kerana itu sudah mengatakan Nabi Adam itu adalah sebahagian dari Allah pula.

Sebenarnya Allah cuma mengatakan yang Nabi Adam telah dimasukkan dengan roh ciptaanNya. Begini, kalau saya kata: “Itu beg saya”, adakah itu bermaksud beg itu sebahagian dari saya? Tentu tidak, bukan? Maksud saya adalah beg itu saya punya. Maka roh yang Allah tiupkan ke dalam jasad Nabi Adam itu adalah roh ciptaan Allah dan ianya adalah kepunyaan Allah.

Jadi, Nabi Adam telah ditiupkan dengan roh ciptaan Allah dan kita semua pun ditiupkan dengan roh dari Allah juga. Jadi tidak ada kelebihan keterlaluan pada Nabi Adam. Dan begitu juga dengan Nabi Isa. Kejadian mereka itu adalah kejadian yang telah ditentukan oleh Allah. Bukanlah apabila Allah kata Dia tiupkan roh ke dalam jasad Nabi Adam dan Nabi Isa, mereka ada kelebihan ketuhanan pula. Oleh itu, tidak boleh nak sembah Nabi Isa.

 

فَقَعوا لَهُ ساجِدينَ

maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud.

Kalimah فَقَعوا adalah kata arahan (fi’il amar). Ia dari kalimah و ق ع yang bermaksud ‘jatuh’. Allah suruh para malaikat jatuh tunduk untuk sujud kepada Nabi Adam a.s.

Dari ayat ini, kita dapat tahu yang Allah sebut perkara ini sebelum Nabi Adam dijadikan lagi. Maknanya, arahan untuk sujud telah diberikan sebelum baginda dijadikan lagi. Oleh itu, Iblis sudah tahu tentang arahan ini kerana Allah sudah beritahu awal-awal lagi dah.

Tapi kita pun sudah tahu yang Iblis sombong kerana sangka dia lebih mulia dari Nabi Adam kerana dia dijadikan dari api dan Nabi Adam dijadikan dari tanah. Dia guna logik akal sahaja (api naik tinggi dan tanah itu di bawah – jadi api lebih mulia dari tanah kalau begitu). Perkara ini ada disebut dalam ayat lain:

{أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ}

Aku lebih baik daripadanya, kerana Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah. (Al A’raf: 12)

Tapi Allah telah beritahu yang Dia akan tiupkan roh ke dalam jasad Adam itu. Maka kemuliaan Nabi Adam bukan kerana tanah tapi kerana roh itu.


 

Ayat 30: Setelah diberikan arahan kepada malaikat, mereka terus sujud.

فَسَجَدَ المَلائِكَةُ كُلُّهُم أَجمَعونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So the angels prostrated – all of them entirely,

(MELAYU)

Maka bersujudlah para malaikat itu semuanya bersama-sama,

 

Malaikat semua sekali sujud kepada Nabi Adam kerana arahan dari Allah. Apabila ada huruf ف pada kalimah فَسَجَدَ itu, ia bermaksud mereka terus sujud, tanpa lengah. Mereka tidaklah kena fikir dulu, berbincang sesama mereka dan sebagainya. Itu semua tidak terjadi, kerana mereka terus sujud. Mereka ikut arahan Allah.

Walaupun ada dikatakan tidak boleh sujud kepada makhluk, tapi kita kena ingat yang arahan ini adalah arahan dari Allah. Kalau Allah sendiri yang suruh, maka kita tidak ada pilihan untuk memikirkan sama ada boleh atau tidak untuk tidak melakukannya. Kerana tidak boleh sujud kepada makhluk lain pun adalah arahan dari Allah, bukan?

Kalimah كُلُّهُم sudah menunjukkan semua malaikat sujud tapi Allah tambah dengan kalimah أَجمَعونَ pula sebagai penekanan dalam bentuk balaghah (sangat). Maknanya tidak ada langsung malaikat yang tidak sujud. Disebut ‘semua sekali’ kerana nak jelaskan yang iblis bukan malaikat. Kerana malaikat semua sekali sujud tapi iblis tidak sujud – menunjukkan iblis bukanlah malaikat.


 

Ayat 31: Siapa yang tidak sujud?

إِلّا إِبليسَ أَبىٰ أَن يَكونَ مَعَ السّاجِدينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Except Iblees;¹ he refused to be with those who prostrated.

  • Who was of the jinn. See 18:50.

(MELAYU)

kecuali iblis. Ia enggan ikut bersama-sama (malaikat) yang sujud itu.

 

إِلّا إِبليسَ

kecuali iblis.

Kita pun telah tahu bahawa Iblis tidak sujud. Ini kita dapat tahu dari ayat-ayat dalam surah lain, antaranya Baqarah:34.

 

أَبىٰ أَن يَكونَ مَعَ السّاجِدينَ

Ia enggan ikut bersama-sama yang sujud.

Dalam ayat sebelum ini telah disebut bahawa semua sekali malaikat telah sujud. Dan sekarang disebut bahawa Iblis tidak sujud. Ini sebagai dalil tambahan yang Iblis itu bukan jenis malaikat tapi jenis jin. Ini telah diberitahu dengan jelas dalam Kahf:50.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 7 April 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah al-Hijr Ayat 16 – 23 (Allah simpan air)

Ayat 16: Dalil aqli tauhid. Sekarang Allah memberi hujah kepada kita kenapa kita kena sembah dan doa kepada Dia sahaja.

Dari ayat ini sehingga ke ayat 25 adalah Perenggan Makro ke 2. Ia adalah Dalil Aqli Afaqi di mana Allah suruh kita lihat ayat-ayat Allah di alam semesta sebagai bukti adanya akhirat.

وَلَقَد جَعَلنا فِي السَّماءِ بُروجًا وَزَيَّنّاها لِلنّاظِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We have placed within the heaven great stars and have beautified it for the observers.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang (di langit) dan Kami telah menghiasi langit itu bagi orang-orang yang memandang(nya),

 

وَلَقَد جَعَلنا فِي السَّماءِ بُروجًا

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang

Dalam ayat sebelum ini telah disebut kalau orang-orang kafir itu dinaikkan ke langit. Dan kalaulah mereka dapat naik ke langit pun, mereka tidak akan dapat naik jauh kerana ada ‘buruj’ di langit itu.

Kalimah بُروجًا boleh bermakna ‘kubu’ kerana ia adalah sesuatu yang jelas nampak sebagaimana kubu itu boleh nampak dari kejauhan. Ia juga boleh bermakna pergerakan bintang (gugusan bintang). Ini adalah ayat mutashabihah kerana kita tidak tahu apakah yang dimaksudkan dengan tepat kerana ada dua makna yang boleh diambil.

Kalau tengok pada bintang itu pun kita sudah terpesona dengan kehebatan Allah. Bintang-bintang itu amat besar sekali, tapi bilangannya sampai sekarang pun saintis tidak tahu lagi kerana banyak sangat. Sentiasa sahaja jumpa bintang-bintang yang baru. Apabila kita lihat bintang-bintang di malam hari, atau baca penemuan NASA dan sebagainya, maka terkenanglah kita: “Bintang-bintang ini semua Allah yang buat, alangkah hebatnya Allah dan kerdilnya aku!”.

 

وَزَيَّنّاها لِلنّاظِرينَ

dan Kami telah menghiasi langit itu bagi orang-orang yang memandang

Langit itu telah dicantikkan oleh Allah. Allah menghiasi langit itu dengan bintang-bintang. Kalau kita lihat ke langit, kita boleh terpesona melihat keindahannya. Masyarakat kita bukan masyarakat yang melihat bintang, sebab itu ayat ini kurang bermakna kepada kita.

Tapi bangsa Arab dahulukala memang suka melihat bintang, sampaikan selalu mereka meluangkan masa di atas bumbung rumah mereka melihat bintang-bintang di malam hari. Mereka selalu tidur di bawah naungan bintang-bintang itu. Bumbung rumah mereka memang datar dan kerana itu mereka boleh baring dan melihat langit di malam hari.


 

Ayat 17: Apakah lagi guna bintang-bintang itu selain dari untuk mencantikkan langit?

وَحَفِظناها مِن كُلِّ شَيطانٍ رَجيمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We have protected it from every devil expelled [from the mercy of Allāh]

(MELAYU)

dan Kami menjaganya dari tiap-tiap syaitan yang terkutuk,

 

Dengan bintang-bintang itu juga, Allah memelihara langit itu dari didatangi oleh Syaitan yang direjam. Rejam maksudnya dibaling dengan batu. Kalau syaitan (dari golongan jin) hendak naik ke langit untuk mencuri maklumat langit, mereka akan direjam. Ada malaikat yang menjaga langit-langit itu.


 

Ayat 18: 

إِلّا مَنِ استَرَقَ السَّمعَ فَأَتبَعَهُ شِهابٌ مُبينٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Except one who steals a hearing and is pursued by a clear burning flame.

(MELAYU)

kecuali syaitan yang mencuri-curi (berita) yang dapat didengar (dari malaikat) lalu dia dikejar oleh semburan api yang terang.

 

إِلّا مَنِ استَرَقَ السَّمعَ

kecuali syaitan yang mencuri-curi (berita) yang dapat didengar

Kalimah استَرَقَ dari katadasar س ر ق yang bermaksud ‘curi’. Maksud استَرَقَ adalah percubaan mencuri. Ada dari kalangan jin yang cuba curi dengar percakapan malaikat di langit. Walaupun langit itu ada penjaga, tapi ada yang berani juga untuk curi-curi dengar.

Oleh itu, ada yang mungkin dapat dengar sikit perbualan antara malaikat. Atau jin syaitan itu sempat beritahu kepada jin yang di bawahnya selepas mati kena lempar api, maka maklumat itu sampai juga ke bawah.

Mereka inilah yang bawa maklumat dan beri kepada kaahin (tukar tenung). Mereka inilah yang mengamalkan ilmu astrologi (ilmu telek bintang). Mereka sebenarnya mendapat maklumat dari para jin yang telah naik ke langit. Jadi kalau kita percaya kepada orang yang mengamalkan astrologi, boleh baca tarikh lahir dan sebagainya, ini adalah haram kerana mereka mendapat maklumat dari jin.

 

فَأَتبَعَهُ شِهابٌ مُبينٌ

lalu dia dikejar oleh semburan api yang terang.

Allah kawal langit dan Allah tahu apa yang berlaku. Jin yang berani juga untuk curi dengar maklumat langit itu akan dilemparkan dengan api. Mereka yang terkena api itu akan cedera, kalau mereka tidak mati. Kalau kena terus, mereka akan mati dan kalau kena sipi-sipi, mereka akan tercedera.

Maka ada yang selamat dari mati. Maka mereka inilah yang gila dan  jadi hantu mengganggu manusia. Kerana mereka cedera terkena lemparan api itu, mereka mereka telah jadi huduh. Jadi bolehlah mereka tunjukkan rupa huduh mereka sahaja untuk menakutkan manusia yang lemah semangat.

Ada mereka yang bodoh bertanya, tidakkah jin-jin itu sakit kalau kena lemparan api, kerana jin itu dijadikan dari api juga? Kalau mereka tanya begini, bolehlah nak tampar muka mereka dengan tangan atau lempar sahaja dengan tembikar keras. Ini adalah kerana kita dijadikan dari tangan dan tembikar itu bukankah dijadikan dari tanah juga?

Tentu sakit kalau kena tampar dan kena lempar dengan tembikar, bukan? Jadi, walaupun jin itu memang asalnya dijadikan dari api, tapi bukanlah mereka itu api lagi, seperti juga kita manusia dijadikan dari tanah tapi tidaklah kita ada dalam bentuk tanah lagi.


 

Ayat 19: Ayat sebelum ini menceritakan tentang keadaan di langit, sekarang Allah menceritakan keadaan di bumi pula.

وَالأَرضَ مَدَدناها وَأَلقَينا فيها رَواسِيَ وَأَنبَتنا فيها مِن كُلِّ شَيءٍ مَوزونٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And the earth – We have spread it and cast therein firmly set mountains and caused to grow therein [something] of every well-balanced thing.

(MELAYU)

Dan Kami telah menghamparkan bumi dan menjadikan padanya gunung-gunung dan Kami tumbuhkan padanya segala sesuatu menurut ukuran.

 

وَالأَرضَ مَدَدناها

Dan Kami telah menghamparkan bumi 

Dan Allah telah menghamparkan bumi ini untuk kita duduki. Senang untuk kita berjalan di bumi ini dan senang untuk kita buat rumah. Kita boleh lihat lapisan bumi seluas mata memandang. Ini adalah nikmat untuk kita juga.

 

وَأَلقَينا فيها رَواسِيَ

dan menjadikan padanya gunung-gunung

Dan Allah menjadikan gunung-gunung sebagai pasak. Kalimah رَواسِيَ bermaksud ‘pasak’. Ini adalah kerana bumi yang dihamparkan ini ada kerak tanah yang seperti permaidani. Kalau tidak ada pasak yang menahannya dari bergerak, maka lapisan kerak kita ini akan bergerak-gerak sentiasa dan menyusahkan kita untuk tinggal di atasnya.

Kalau sentiasa bergerak, nak buat peta pun payah kerana asyik berubah sahaja. Maka Allah letakkan pasak dengan adanya gunung ini. Iaitu di bawah gunung itu, sebenarnya adalah pasak yang memaku kedudukan kerak bumi. Maka kita tetap di atasnya.

 

وَأَنبَتنا فيها مِن كُلِّ شَيءٍ مَوزونٍ

dan Kami tumbuhkan padanya segala sesuatu menurut ukuran.

Dan Allah beri kehidupan di atas muka bumi ini. Semuanya dalam kadar ukuran yang Allah tentukan. Allah tentukan kerana kehidupan flora dan fauna kena dikawal. Kalau tidak dikawal, sampaikan ada yang terlebih dari sepatutnya, ekologi flora dan dan fauna akan rosak dan kehidupan akan terganggu.

Semua kehidupan flora dan fauna di dunia ini bergantung antara satu sama lain, dan ada simbiosis di antaranya. Kadar ini ditentukan oleh Allah yang Maha Bijaksana.


 

Ayat 20:

وَجَعَلنا لَكُم فيها مَعايِشَ وَمَن لَستُم لَهُ بِرازِقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We have made for you therein means of living and [for] those for whom you are not providers.¹

  • Allāh has put at your service other men and animals for which He provides. An additional meaning is that Allāh provides means for your living and for all other creatures as well.

(MELAYU)

Dan Kami telah menjadikan untukmu di bumi keperluan-keperluan hidup, dan makhluk-makhluk yang kamu sekali-kali bukan pemberi rezeki kepadanya.

 

وَجَعَلنا لَكُم فيها مَعايِشَ

Dan Kami telah menjadikan untukmu di bumi keperluan-keperluan hidup, 

Allah telah memberikan sumber kehidupan kepada kita semua yang hidup di atas muka bumi ini. Kita minum dan makan dari sumber yang Allah berikan kepada kita. Sama ada dari tumbuh-tumbuhan atau dari binatang ternak, semuanya dari Allah belaka. Dengannya kita dapat makan dan meneruskan kehidupan kita.

 

وَمَن لَستُم لَهُ بِرازِقينَ

dan makhluk-makhluk yang kamu sekali-kali bukan pemberi rezeki kepadanya.

Ada hidupan yang kita beri makan macam binatang ternak, haiwan peliharaan, anak-anak kita dan orang yang bergantung kepada kita. Tapi bukan itu sahaja kehidupan kerana ada banyak lagi kehidupan yang hidup bukan kita yang beri makan tapi Allah. Semuanya bergantung kepada Allah untuk melangsungkan kehidupan.


 

Ayat 21: Semuanya dari pemberian Allah kepada kita semua.

وَإِن مِن شَيءٍ إِلّا عِندَنا خَزائِنُهُ وَما نُنَزِّلُهُ إِلّا بِقَدَرٍ مَعلومٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And there is not a thing but that with Us are its depositories, and We do not send it down except according to a known [i.e., specified] measure.

(MELAYU)

Dan tidak ada sesuatu pun melainkan pada sisi Kami-lah khazanahnya; dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran yang tertentu.

 

وَإِن مِن شَيءٍ إِلّا عِندَنا خَزائِنُهُ

Dan tidak ada sesuatu pun melainkan pada sisi Kami-lah khazanahnya; 

Semua keperluan kita diambil dari khazanah yang Allah berikan sedikit kepada kita. Dan khazanah itu ada pada Allah. Dan kuncinya pun ada pada Allah. Bukan kita yang pegang kuncinya dan tidak ada entiti lain yang mengawalnya.

Maka kalau kita perlukan apa-apa, maka mintalah kepada Allah. Kenapa nak kena minta kepada selain Allah seperti Nabi, wali dan malaikat kerana mereka tidak mengawal kunci khazanah itu?

 

وَما نُنَزِّلُهُ إِلّا بِقَدَرٍ مَعلومٍ

dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran yang tertentu.

Dari khazanah itulah diberikan keperluan kita. Tapi Allah tidak beri sekaligus, Allah beri ikut kuantiti yang perlu sahaja. Allah yang tentukan ikut keperluan kita. Kita sendiri tidak tahu keperluan kita, tapi Allah tahu.


 

Ayat 22:

وَأَرسَلنَا الرِّياحَ لَواقِحَ فَأَنزَلنا مِنَ السَّماءِ ماءً فَأَسقَيناكُموهُ وَما أَنتُم لَهُ بِخازِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We have sent the fertilizing winds¹ and sent down water from the sky and given you drink from it. And you are not its retainers.

  • Causing precipitation in rainclouds or carrying pollen. Another meaning is “pregnant winds,” i.e., those carrying rainclouds.

(MELAYU)

Dan Kami telah meniupkan angin yang hamil dan Kami turunkan hujan dari langit, lalu Kami beri minum kamu dengan air itu, dan sekali-kali bukanlah kamu yang menyimpannya.

 

وَأَرسَلنَا الرِّياحَ لَواقِحَ

Dan Kami telah meniupkan angin yang hamil

Kalimah واقِحَ adalah apabila sesuatu membawa sesuatu di dalamnya. Seperti seorang perempuan yang bawa isi kandungan janin di dalam perut, kita panggil wanita itu ‘hamil’. Kerana itu kita tafsir angin itu sebagai ‘angin yang hamil’ kerana ada sesuatu di dalam angin itu, bukan kosong sahaja.

Mungkin angin itu bawa awan yang di dalamnya ada air untuk ditaburkan kepada tanah yang memerlukan. Dengan air itu dapat menumbuhkan tanam-tanaman di tanah. Ia juga boleh bermaksud angin yang ada debunga – dengannya nampak menumbuhkan tanam-tanaman yang memerlukan pendebungaan.

 

فَأَنزَلنا مِنَ السَّماءِ ماءً

dan Kami turunkan hujan dari langit,

Kemudian Allah turunkan air setelah didebunga tumbuhan itu. Tanaman memerlukan air untuk hidup.

 

فَأَسقَيناكُموهُ

lalu Kami beri minum kamu dengan air itu,

Dengan air itu juga kita minum. Kerana itu kita memerlukan hujan untuk turun. Dari air hujan itu kita tadah, atau dari air hujan itu jadi sungai dan tasik yang kita ambil airnya sebagai air minuman kita. Maka sangatlah pentingnya air hujan itu untuk kita.

Tapi selalu apa kita kata kalau hujan turun? “alaa… hujan pula, lecehlah….”. Memang selalu kita tidak mengenang rezeki yang Allah berikan untuk kita.

Allah jadikan air itu tawar untuk kita senang minum. Bagaimana kalau Allah jadikan ianya masin seperti firman-Nya dalam surat Al-Waqi’ah, yaitu:

{أَفَرَأَيْتُمُ الْمَاءَ الَّذِي تَشْرَبُونَ أَأَنْتُمْ أَنزلْتُمُوهُ مِنَ الْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ الْمُنزلُونَ لَوْ نَشَاءُ جَعَلْنَاهُ أُجَاجًا فَلَوْلا تَشْكُرُونَ}

Maka terangkanlah kepadaku tentang air yang kalian minum. Kaliankah yang menurunkannya dari awan ataukah Kami yang menurunkan? Kalau Kami kehendaki, nescaya Kami jadikan air itu masin, maka mengapakah kalian tidak bersyukur? (Al-Waqi’ah: 68­-70)

 

وَما أَنتُم لَهُ بِخازِنينَ

dan sekali-kali bukanlah kamu yang menyimpannya.

Bukan kita yang simpan air itu. Semua air yang ada dalam dunia ini, Allah yang jaga. Allah akan berikan kepada kita sedikit demi sedikit mengikut keperluan kita. Bayangkanlah kalau Allah turunkan terus air yang diperlukan untuk tahun itu dalam sebulan tanpa henti? Tentu akan banjir, bukan?

Allah tidak jadikan begitu. Allah beri ikut keperluan kita dan kalau kita belum perlu lagi, Allah akan simpan. Macam kita simpan air dalam peti ais, Allah jaga simpanan air di kutub utara dan selatan. Atau Allah letak di pergunungan yang tinggi. Bila perlu, Allah berikan cair sikit dan mengalir kepada kita. Jadi kutub utara dan selatan itu macam peti ais untuk dunia ini. Kita sendiri tak mampu nak simpan air sebanyak itu.

Juga bermaksud Allah turunkan hujan itu dan air itu Allah simpan di telaga, sungai, mata air, tasik dan sebagainya untuk kita guna bila perlu.


 

Ayat 23:

وَإِنّا لَنَحنُ نُحيي وَنُميتُ وَنَحنُ الوارِثونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, it is We who give life and cause death, and We are the Inheritor.¹

  • Allāh (subḥānahu wa ta‘ālā) remains after all creation has passed away.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya benar-benar Kami-lah yang menghidupkan dan mematikan dan Kami (pulalah) yang mewarisi.

 

وَإِنّا لَنَحنُ نُحيي وَنُميتُ

Dan sesungguhnya Kami, benar-benar Kami-lah yang menghidupkan dan mematikan

Ada banyak pengulangan kalimah ‘Kami’ dalam ayat ini (kalau anda tahu bahasa Arab, anda akan perasan). Ini sebagai penekanan dari Allah untuk menekankan bahawa Dialah sahaja yang dapat menghidupkan dan mematikan.

Sudahlah ada kalimah إنَّ sebagai penekanan, tapi ditambah dengan Kami, Kami dan Kami sampai tiga kali. Dan ada satu lagi huruf tahkik iaitu itu huruf ل pada kalimah لَنَحنُ itu.

 

وَنَحنُ الوارِثونَ

dan Kami yang mewarisi.

Semua kita akan mati dan segala yang ditinggalkan akan diwarisi oleh Allah. Memang bila kita mati, anak-anak kita akan warisi; dan bila anak kita mati, cucu kita pula yang akan warisi peninggalan kita dan seterusnya anaknya kemudian anaknya.

Tapi apabila semuanya sudah mati dan tiada lagi makhluk yang hidup di atas muka bumi, akhirnya semua benda akan pulang kepada Allah. Maknanya Allahlah pewaris yang paling akhir sekali. Dialah yang sebenar-benar pewaris.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 7 April 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah al-Hijr Ayat 7 – 15 (Allah yang akan memelihara Qur’an)

Ayat 7: Dalam ayat sebelum ini, telah dikatakan bagaimana Musyrikin Mekah itu tidak percaya kepada Nabi Muhammad dan menuduh baginda seorang yang gila. Sekarang disebut satu lagi hujah mereka yang bodoh.

لَو ما تَأتينا بِالمَلائِكَةِ إِن كُنتَ مِنَ الصّادِقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Why do you not bring us the angels, if you should be among the truthful?”

(MELAYU)

Mengapa kamu tidak mendatangkan malaikat kepada kami, jika kamu termasuk orang-orang yang benar?”

 

لَو ما تَأتينا بِالمَلائِكَةِ

Mengapa kamu tidak mendatangkan malaikat kepada kami,

Mereka tidak dapat nak percaya yang Rasulullah boleh dapat wahyu. Mereka kata baginda sahaja cakap ada malaikat yang jumpa baginda dan beri wahyu. Mereka kata kenapa baginda sahaja yang nampak tapi mereka pula tidak nampak?

Mereka kata itu karut sahaja dan memang benarlah Nabi Muhammad itu gila. Mereka kata, kalau betul malaikat itu ada, maka mereka cabar tunjukkanlah malaikat itu pada mereka! Bagilah mereka juga nampak.

Nak tengok malaikat ini bukan mereka sahaja yang baru minta nak tengok. Perihalnya sama dengan ucapan Fir’aun seperti yang ada dalam ayat yang lain:

{فَلَوْلا أُلْقِيَ عَلَيْهِ أَسَاوِرَةٌ مِنْ ذَهَبٍ أَوْ جَاءَ مَعَهُ الْمَلائِكَةُ مُقْتَرِنِينَ}

Mengapa tidak dipakaikan kepadanya gelang dari emas atau malaikat datang bersama-sama dia untuk mengiringkannya? (Az-Zukhruf: 53)

 

إِن كُنتَ مِنَ الصّادِقينَ

jika kamu termasuk orang-orang yang benar?”

Mereka cabar baginda, kalaulah benar baginda benar dapat wahyu, maka turunkanlah juga malaikat kepada mereka. Mereka nak dengar juga kata-kata malaikat itu. Mereka nak malaikat sendiri jumpa mereka dan cakap sendiri dengan mereka.


 

Ayat 8: Ini jawapan dari Allah berkenaan kehendak mereka itu.

ما نُنَزِّلُ المَلائِكَةَ إِلّا بِالحَقِّ وَما كانوا إِذًا مُنظَرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

We do not send down the angels except with truth;¹ and they [i.e., the disbelievers] would not then be reprieved.

  • i.e., with a message or, as the conclusion of the verse suggests, to carry out a promised punishment.

(MELAYU)

Kami tidak menurunkan malaikat melainkan dengan benar (untuk membawa azab) dan tiadalah mereka ketika itu diberi tangguh.

 

ما نُنَزِّلُ المَلائِكَةَ إِلّا بِالحَقِّ

Kami tidak menurunkan malaikat melainkan dengan kebenaran

Maksud بِالحَقِّ dalam ayat ini adalah ‘kemusnahan’. Bila malaikat datang turun kepada mereka, itu adalah hanya untuk musnahkan mereka sahaja. Kerana tugas malaikat adalah untuk turun bawa risalah dan azab. Maka ini menjawab persoalan ramai orang: “apa Jibrail sudah tidak ada kerja kah kerana Rasul sudah tiada?”. Jibrail ada kerja lagi dan tugas beliau adalah untuk bawa azab pula.

Kalau mereka nak malaikat turun kepada mereka, itu adalah untuk bawa azab untuk mereka. Adakah mereka hendak begitu? Allah berfirman dalam ayat yang lain:

{وَقَالَ الَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَاءَنَا لَوْلا أُنزلَ عَلَيْنَا الْمَلائِكَةُ أَوْ نَرَى رَبَّنَا لَقَدْ اسْتَكْبَرُوا فِي أَنْفُسِهِمْ وَعَتَوْا عُتُوًّا كَبِيرًا يَوْمَ يَرَوْنَ الْمَلائِكَةَ لَا بُشْرَى يَوْمَئِذٍ لِلْمُجْرِمِينَ وَيَقُولُونَ حِجْرًا مَحْجُورًا}

Berkatalah orang-orang yang tidak menanti-nanti pertemuannya dengan Kami, “Mengapakah tidak diturunkan kepada kita malaikat atau (mengapa) kita (tidak) melihat Tuhan kita?” Sesungguhnya mereka memandang besar tentang diri mereka dan mereka benar-benar telah melampaui batas (dalam melakukan) kezaliman. Pada hari mereka melihat malaikat di hari itu tidak ada khabar gembira bagi orang-orang yang berdosa dan mereka berkata, “Hijram Mahjura.” (Al-Furqan: 21 -22)

 

وَما كانوا إِذًا مُنظَرينَ

dan tiadalah mereka ketika itu diberi tangguh.

Dan apabila telah sampai waktu kemusnahan mereka, waktu itu tidak ada masa nak taubat lagi. Bila malaikat sudah turun bawa azab kepada manusia, waktu itu sudah terlambat. Tidak akan diberi masa tangguh walau pun sekejap untuk mereka bertaubat, untuk mereka perbetulkan balik akidah mereka. Waktu itu untuk musnahkan mereka sahaja. Mereka hendak macam itu kah? Jadi jangan memandai minta tengok malaikat pula.


 

Ayat 9: Ayat takhwif duniawi.

إِنّا نَحنُ نَزَّلنَا الذِّكرَ وَإِنّا لَهُ لَحافِظونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, it is We who sent down the message [i.e., the Qur’ān], and indeed, We will be its guardian.

(MELAYU)

Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Qur’an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.

 

إِنّا نَحنُ نَزَّلنَا الذِّكرَ

Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Qur’an, 

Sekali lagi Qur’an disebut sebagai الذِّكرَ dalam ayat ini. Musyrikin Mekah kata jin lah sebenarnya yang bercakap kepada Nabi Muhammad; maka Allah nak tekankan yang Dia sendiri yang sampaikan Qur’an itu kepada Nabi. Ia tidak datang dari yang lain. Ia bukan datang dari jin, bukan dari manusia dan bukan fikiran Nabi Muhammad.

 

وَإِنّا لَهُ لَحافِظونَ

dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.

Walau apa pun yang mereka nak halang Qur’an dan nak tutup dari Qur’an disampaikan, takkan berlaku kerana Allah yang jaga Qur’an. Ini adalah pengkhususan kerana ada  penggunaan taqdim dalam ayat ini (iaitu kalimah لَهُ di awalkan).

Dan Allah memberitahu yang Dia pasti akan memelihara Qur’an itu kerana ada penekanan dengan penggunaan huruf ل dalam kalimah لَحافِظونَ itu. Jadi ada dua penekanan dalam ayat ini tentang penjagaan Qur’an.

Ini adalah dalil bahawa Qur’an ini akan tetap terpelihara sampai bila-bila. Ianya tidak akan diubah seperti yang terjadi pada kitab-kitab wahyu sebelum ini dimana ianya telah diubah oleh manusia. Kitab-kitab itu dapat diubah oleh manusia kerana Allah tidak berjanji akan menjaganya, seperti yang Allah telah janjikan untuk jaga Qur’an ini. Jadi Qur’an ini adalah unik.

Salah satu cara penjagaan Qur’an adalah penghafalan yang dilakukan oleh penganut agama Islam. Kerana cinta mereka kepada Qur’an, amat ramai yang menghafalnya. Jadi kerana itulah penghafal Qur’an dipanggil حافط (penjaga) dan itulah yang digunakan pada kalimah لَحافِظونَ itu.

Jadi hafiz Qur’an itu adalah satu tugas yang mulia. Dan mereka ada kelebihan yang tinggi kerana mereka selalu baca Qur’an kerana untuk menghafal Qur’an, mereka kena zikir dengan Qur’an selalu. Sewaktu mula hafal mereka kena selalu baca dan selepas sudah hafal pun, mereka kena selalu baca untuk menjaga hafalan itu dalam hati mereka. Semoga kita semua dapat jadi penghafal Qur’an.

Dari mula Qur’an diturunkan sampailah ke hari ini, sentiasa sahaja ada penghafal Qur’an. Dan kerana itu pada saat ini, ada berjuta-juta manusia yang menghafal Qur’an 30 juzuk itu. Kalau dikira mereka yang hafal Qur’an tapi tidak lengkap 30 juzuk, tentulah lagi ramai.

Memang ada usaha untuk merosakkan Qur’an ini dimana ada yang berniat jahat dengan memasukkan ayat-ayat lain atau menukar kalimah-kalimah yang ada dalam Qur’an dan dicetak. Ataupun ada juga kilang pencetak yang tersilap menulis lembaran Qur’an itu. Tapi ia sentiasa sahaja dapat dikesan kerana ramai yang menghafal Qur’an.

Katakanlah semua Qur’an ini dimusnahkan sekarang, kita memang tidak ada masalah untuk menulisnya kembali kerana ada ramai sahaja yang hafal Qur’an dengan tulisannya sekali dan mereka boleh menulis semula Qur’an ini dalam sehari pun. Tidak ada mana-mana kitab dalam dunia lagi yang dihafal sebegini rupa. Memang Allah nak jaga Qur’an ini dari dicemari.

Maka janganlah kita ragu-ragu dengan Qur’an ini. Beginilah Qur’an dari mula ia diturunkan dan sama juga dengan Qur’an yang ada pada kita sekarang. Kalau ada yang berhujah dengan mengatakan Qur’an sekarang ini tidak sama kerana ada lembaran yang tidak dijumpai dan sebagainya, itu adalah mengarut sahaja. Ini tidak benar kerana dari dulu lagi penjagaan Qur’an adalah dengan cara hafalan para sahabat. Dan sekarang ianya dijaga oleh para huffaz yang ada sekarang.

Mana mungkin hendak dikatakan ada kesilapan. Kalau kita ambil Qur’an yang ada di Malaysia ini dan bandingkan dengan Qur’an yang ada di Pakistan, Russia atau China, ianya adalah sama sahaja. Kalau dikatakan ada banyak versi Qur’an, tentulah ada banyak perbezaan antara mushaf yang ada pada tangan kita dan mushaf yang ada di tempat lain, bukan? Tapi tidak begitu.


 

Ayat 10:

وَلَقَد أَرسَلنا مِن قَبلِكَ في شِيَعِ الأَوَّلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We had certainly sent [messengers] before you, [O Muḥammad], among the sects of the former peoples.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus (beberapa rasul) sebelum kamu kepada umat-umat yang terdahulu.

 

Kalimah شِيَعِ adalah jamak untuk ‘golongan-golongan’. Ini adalah kalimah lain untuk ‘jemaah’. Ia merujuk kepada kumpulan manusia yang ada sama pegangan sampai pakaian mereka pun sama. Dan apabila disertai, mereka akan dapat perlindungan oleh kumpulan itu. Persamaan itu sama ada dari segi politik atau agama. Apabila mereka sudah di dalam kumpulan yang sama, maka mereka berfikir pun sama juga.

Ini adalah tasliah kepada Nabi. Allah hendak memberitahu baginda, bukan Musyrikin Mekah sahaja yang mula tolak sebegini kerana nak jaga kumpulan dan kepentingan mereka. Dari dulu lagi sudah banyak Nabi-nabi yang menghadapi jenis manusia begini.


 

Ayat 11:

وَما يَأتيهِم مِن رَسولٍ إِلّا كانوا بِهِ يَستَهزِئونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And no messenger would come to them except that they ridiculed him.

(MELAYU)

Dan tidak datang seorang rasul pun kepada mereka, melainkan mereka selalu memperolok-olokkannya.

 

Kumpulan-kumpulan itu sentiasa akan menentang dan mengejek para Rasul dan para pendakwah. Mereka tidak suka kalau cara hidup mereka dikatakan salah, maka mereka akan cuba sedaya upaya untuk menghalang dakwah itu dari berjalan.

Ini juga adalah tasliah untuk Rasulullah. Allah nak beritahu baginda yang perkara ini biasa sahaja. Akan ada sahaja yang akan menentang kebenaran apabila disampaikan kepada mereka. Jadi janganlah baginda rasa terkilan sangat. Kalau baginda kena tohmah, kena ejek dan kena hina, itu juga telah pernah dilalui oleh Rasul-rasul yang dahulu.

Dan begitulah juga dengan kita. Kalau kita dakwah ajak kepada jalan sunnah, pun akan jadi begitu juga. Akan ada sahaja penentang yang tidak suka dengan kita. Kerana itulah kita akan dikatakan sebagai Wahabi, Kaum Muda, Golongan tidak habis belajar dan macam-macam lagi. Ini adalah kerana kita menegur amalan masyarakat yang tidak benar, maka tentulah mereka marah.


 

Ayat 12:

كَذٰلِكَ نَسلُكُهُ في قُلوبِ المُجرِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Thus do We insert it [i.e., denial] into the hearts of the criminals.

(MELAYU)

Demikianlah, Kami memasukkan (rasa ingkar dan memperolok-olokkan itu) ke dalam hati orang-orang yang berdosa (orang-orang kafir),

 

Allah masukkan apa dalam hati mereka? Sifat olok-olok itu. Kerana mereka tidak ada hujah, maka apa yang mereka boleh buat adalah mempersendakan sahaja. Ini adalah kerana hati mereka tidak mahu menerima ajaran yang benar, maka mereka tolak.

Pada mulanya mereka tolak dengan hati tapi lama kelamaan mereka akan lawan dengan mulut mereka. Apabila mereka melawan, Allah akan tutup hati mereka dari kebenaran dan mereka akan menghina agama dengan mulut mereka. Dan perbuatan mereka itu akan ditulis dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.


 

Ayat 13:

لا يُؤمِنونَ بِهِ ۖ وَقَد خَلَت سُنَّةُ الأَوَّلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They will not believe in it, while there has already occurred the precedent of the former peoples.

(MELAYU)

mereka tidak beriman kepadanya (Al Qur’an) dan sesungguhnya telah berlalu sunnatullah terhadap orang-orang dahulu.

 

لا يُؤمِنونَ بِهِ

mereka tidak beriman kepadanya

Apabila mereka teruk sangat menentang dakwah tauhid dan sunnah, maka mereka telah masuk dalam ke lembah kesesatan sampai tak boleh diselamatkan lagi. Siapa yang masukkan? Allah yang masukkan mereka. Kerana Allah telah buat keputusan untuk azab mereka. Ini dinamakan Khatmul Qalbi (penutupan hati).

 

وَقَد خَلَت سُنَّةُ الأَوَّلينَ

dan sesungguhnya telah berlalu sunnatullah terhadap orang-orang dahulu.

Perkara ini memang sudah biasa berlaku. Ia berlaku zaman berzaman dan kerana itulah ia dikira sebagai sunnatullah. Memang Allah jadikan perkara ini berlaku sebagai ujian untuk pendakwah.


 

Ayat 14: Mereka tidak akan beriman apabila Allah sudah buat keputusan untuk tutup pintu hati mereka kepada iman.

وَلَو فَتَحنا عَلَيهِم بابًا مِنَ السَّماءِ فَظَلّوا فيهِ يَعرُجونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [even] if We opened to them a gate from the heaven and they continued therein to ascend,

(MELAYU)

Dan jika seandainya Kami membukakan kepada satu pintu langit, lalu mereka terus menerus naik ke atasnya,

 

وَلَو فَتَحنا عَلَيهِم بابًا مِنَ السَّماءِ

Dan jika seandainya Kami membukakan kepada satu pintu langit,

Mereka tidak akan beriman walaupun kalau dibukakan pintu di langit. Iaitu mereka nampak dengan mata mereka sendiri pintu langit dibuka.

 

فَظَلّوا فيهِ يَعرُجونَ

lalu mereka terus naik ke atasnya,

Bukan sahaja pintu itu dibuka, tapi mereka dibawa untuk naik ke atas melalui pintu itu.


 

Ayat 15: Dah dapat pengalaman macam itu pun mereka tidak mahu beriman juga.

لَقالوا إِنَّما سُكِّرَت أَبصارُنا بَل نَحنُ قَومٌ مَسحورونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They would say, “Our eyes have only been dazzled. Rather, we are a people affected by magic.”

(MELAYU)

tentulah mereka berkata: “Sesungguhnya pandangan kamilah yang dikaburkan, bahkan kami adalah orang orang yang kena sihir”.

 

لَقالوا إِنَّما سُكِّرَت أَبصارُنا

tentulah mereka berkata: “Sesungguhnya pandangan kamilah yang dikaburkan,

Walaupun sedang naik ke langit, Allah beritahu yang mereka tetap tak percaya dengan wahyu. Mereka kata mereka telah dikaburkan pandangan mata mereka. Ibnu Zaid mengatakan sehubungan dengan makna firman-Nya: pandangan kamilah yang dikaburkan. (Al-Hijr: 15) As-sakran ertinya orang yang tidak sedar akan akal sihatnya (iaitu mabuk).

 

بَل نَحنُ قَومٌ مَسحورونَ

bahkan kami adalah orang orang yang kena sihir”.

Mereka kata mereka kena sihir sahaja. Mereka nak kata yang mereka disihir itu sebab pandangan mereka kabur – nampak benda yang tidak berlaku.

Allah nak beritahu keadaan mereka itu. Mereka itu walaupun sudah dapat Qur’an, masih lagi beri macam-macam alasan nak tolak. Allah kata kalau langit dibuka pun dan mereka dinaikkan ke langit, mereka tetap tak mahu percaya juga. Mereka tetap degil kerana mereka telah dikenakan dengan khatmul qalbi.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 6 April 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir