Pengenalan:
Dakwa Surah adalah tentang Tauhid. Allah hendak beritahu kita yang manusia lalai leka tidak menerima tauhid adalah kerana mereka leka dengan dunia. Maka surah ini mengingatkan kita supaya jangan terpengaruh dan lalai dengan dunia. Kalau tidak baiki perkara ini, akhirnya kita akan kena azab. Ini seperti yang terjadi kepada Ashabul Hijr yang akan diceritakan nanti.
Surah ini diturunkan di peringkat awal Makkah dan kerana itu ayat-ayatnya pendek-pendek sahaja. Ada keindahan pada bacaan surah ini menunjukkan keindahan pembacaan Qur’an. Hujungnya pun sama sahaja dan ada ritma yang indah dan amat sedap dibaca.
Dan begitulah memang Qur’an kena dialami dengan pendengaran (kena didengari selalu). Maksud asal Qur’an pun adalah ‘bacaan’. Orang Islam, kalau tidak faham Qur’an pun, sekurang-kurangnya mereka dapat menghargai keindahan bacaan Qur’an yang berlagu. Kalau dibaca dengan tartil, tajwid dan makhraj yang betul, ia amat merdu sekali.
Dalam surah ini kita akan bertemu dengan kisah iblis ke tiga. Sebelum ini telah ada kisah iblis dalam surah Baqarah dan A’raf. Dalam surah ini tentang dialog dia dengan Allah.
Kemudian ada kisah Nabi Ibrahim a.s. Ada tambahan kisah kalau dibandingkan dengan Surah Ibrahim sebelum ini. Allah banyak bagi dimensi lain bagi kisah yang sama. Ini salah satu dari keindahan penceritaan dalam Qur’an. Maknanya, untuk tahu kisah penuh Nabi Ibrahim dalam Qur’an, kena baca semua surah dan menjadi satu cerita yang lengkap.
Kemudian kemudian akan disebut kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Luth dan kemudian kisah lain. Akhirnya kembali kepada perkara asal iaitu tasliah kepada Nabi. Mari kita tadabbur ayat-ayat surah ini satu persatu, in sha Allah.
Ayat 1: Surah ini mempunyai 5 Perenggan Makro. Ayat 1 – 15 adalah Perenggan Makro Pertama. Ia berkenaan ancaman kerana melabel Nabi gila dan mengolok-olok al-Qur’an.
الر ۚ تِلكَ آياتُ الكِتابِ وَقُرآنٍ مُبينٍ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
Al-Ḥijr: The Valley of Stone. It was inhabited by the tribe of Thamūd (mentioned in verses 80–84), who carved palaces and dwellings out of the rock.
Alif, Lām, Rā.¹ These are the verses of the Book and a clear Qur’ān [i.e., recitation].
- See footnote to 2:1.
(MELAYU)
Alif, laam, raa. (Surat) ini adalah (sebahagian dari) ayat-ayat Al-Kitab (yang sempurna), iaitu (ayat-ayat) Al Qur’an yang memberi penjelasan.
الر
Huruf-huruf sebegini dinamakan Huruf Muqattaah. Dari segi bahasa bermaksud: huruf yang dipotong-potong. Kita tidak tahu apakah maksudnya. Tidak difahami kerana tidak diajar oleh Nabi. Ini mengingatkan kita bahawa kita mula belajar tafsir surah ini dengan tak tahu apa-apa melainkan apa yang Allah dan NabiNya sampaikan kepada kita. Memang banyak yang cuba mentafsir maksud huruf-huruf muqattaah ini, tapi ianya bukanlah berdasarkan dalil yang sahih.
Ayat kedua dari surah ini sahaja yang kita boleh nak mula tafsir. Pengajaran yang kita boleh ambil adalah: Kalau Tuhan tak mahu beri ilmu kepada kita, kita tak dapat tahu walau satu benda pun. Maka kita sangat bergantung kepada Allah untuk mendapatkan ilmu. Allah akan buka kefahaman sesuatu perkara itu kepada mereka yang Dia nak berikan pengetahuan. Ayat ini juga menunjukkan kepada kita bahawa ada banyak lagi perkara yang Tuhan tak beritahu kepada kita. Ianya merendahkan diri kita. Kita kena sedar bahawa kita tidak berilmu sebenarnya.
Bangsa Arab di zaman Nabi amat mementingkan bahasa. Mereka selalu mengadakan pertandingan sajak dan syair. Sampaikan kalau sajak atau syair yang memenangi pertandingan akan digantungkan di Kaabah. Maka, apabila ada ayat-ayat yang dimulai dengan huruf-huruf muqattaah ini, ianya menarik perhatian orang Arab. Mereka tidak biasa dengan penggunaan bahasa Arab sebegini. Kerana kebiasaannya, kalau dieja huruf ya dan seen, tentulah dibaca oleh mereka sebagai ‘yas’ dan kalau alif, lam, ra’ tentunya jadi ‘alar’. Tapi tidak dalam kes surah ini dan surah-surah yang lain (ada 29 tempat semua sekali dalam Qur’an).
Maka mereka tertanya-tanya tentang ayat-ayat muqattaah ini. Oleh itu, ada mufassir yang mengatakan bahawa salah satu tujuan huruf-huruf muqattaah ini adalah untuk menarik perhatian orang untuk mendengarnya. Dan selalunya ayat-ayat selepas huruf muqattaah adalah tentang Qur’an, maka ulama ada yang mengatakan Allah hendak menarik perhatian manusia khususnya kepada Qur’an.
تِلكَ آياتُ الكِتابِ
ini adalah (sebahagian dari) ayat-ayat Al-Kitab
Merujuk kepada Qur’an di Lauh Mahfuz dan Qur’an yang di tangan kita dan sedang dibaca di dunia ini. Allah mengaitkan antara keduanya kerana hendak memberitahu bahawa kedua-duanya sama. Ianya disampaikan dengan selamat kepada kita dan keasliannya terjaga. Ini penting kerana ada yang mempertikaikannya.
وَقُرآنٍ مُبينٍ
dan bacaan yang jelas nyata.
Qur’an ini adalah jelas nyata. Yang tidak jelas adalah mereka yang tidak belajar sahaja. Malangnya ramai dari masyarakat kita yang tidak meluangkan masa untuk mempelajari tafsir Qur’an. Maka mereka keliru tentang agama kerana sumber utama iaitu Qur’an pun mereka tidak faham.
Apabila digunakan kalimah مُبينٍ di awal surah ini, ini bermakna surah ini akan menyampaikan dalil dalam bentuk naqli. Ini adalah salah satu tanda yang ada dalam Qur’an.
Ayat 2: Ini adalah Dakwa Surah ini maka kita kena berikan perhatian lebih kepada ayat ini.
رُبَما يَوَدُّ الَّذينَ كَفَروا لَو كانوا مُسلِمينَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
Perhaps those who disbelieve will wish¹ that they had been Muslims.
- On the Day of Judgement or at the time of death.
(MELAYU)
Orang-orang yang kafir itu seringkali (nanti di akhirat) menginginkan, kiranya mereka dahulu (di dunia) menjadi orang-orang Muslim.
Allah menceritakan keadaan orang kafir di akhirat kelak. Allah beritahu tentang hari-hari di hadapan supaya kita dapat ambil pengajaran dari sekarang (supaya jangan sesal di akhirat kelak). Waktu itu orang-orang kafir itu akan menyesal sangat-sangat. Mereka berharap sangat yang mereka dulu di dunia jadi mukmin.
Ayat ini menceritakan perihal hari kiamat, sama dengan yang disebutkan dalam ayat lain melalui firman-Nya:
{وَلَوْ تَرَى إِذْ وُقِفُوا عَلَى النَّارِ فَقَالُوا يَا لَيْتَنَا نُرَدُّ وَلا نُكَذِّبَ بِآيَاتِ رَبِّنَا وَنَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ}
Dan jika kamu (Muhammad) melihat ketika mereka dihadapkan ke neraka, lalu mereka berkata, “Kiranya kami dikembalikan (ke dunia) dan tidak mendustakan ayat-ayat Tuhan kami, serta menjadi orang-orang yang beriman, “ (Al-An’am: 27)
Ayat 3:
ذَرهُم يَأكُلوا وَيَتَمَتَّعوا وَيُلهِهِمُ الأَمَلُ ۖ فَسَوفَ يَعلَمونَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
Let them eat and enjoy themselves and be diverted by [false] hope, for they are going to know.
(MELAYU)
Biarkanlah mereka (di dunia ini) makan dan bersenang-senang dan dilalaikan oleh angan-angan (kosong), maka kelak mereka akan mengetahui (akibat perbuatan mereka).
ذَرهُم يَأكُلوا وَيَتَمَتَّعوا
Biarkanlah mereka (di dunia ini) makan dan bersenang-senang
Nabi Muhammad dan kita sebagai pendakwah hanya boleh sampaikan sahaja agama dan ajakan tauhid kepada mereka. Kalau mereka masih juga tidak terima, masih juga mahu menentang kita, maka Allah kata: biarkan mereka. Biarkan mereka nak bersenang lenang dalam dunia ini, sementara nak sampai hari akhirat itu.
وَيُلهِهِمُ الأَمَلُ
dan dilalaikan oleh angan-angan
Kalimah يُلهِهِمُ bermaksud ‘mereka dilalaikan’. Kalimah الأَمَلُ pula bermaksud harapan yang panjang. Dalam fikiran mereka, panjang angan-angan mereka, nak buat itu dan ini. Dan memang kebanyakan manusia fikir benda ini sahaja.
Ramai yang nak tambah harta sahaja kerana mereka nak buat itu dan ini, pergi jalan ke sana dan sini, beli itu dan ini. Itulah sahaja matlamat hidup mereka (setakat dunia sahaja mereka fikirkan). Mereka dilalaikan dengan angan-angan yang panjang itu sampai lupa tauhid, lupa nak belajar agama, lupa nak baiki diri. Mereka fikir nak senang di dunia sahaja. Maka mereka tidak buat persiapan untuk akhirat.
فَسَوفَ يَعلَمونَ
maka kelak mereka akan mengetahui
Biarkan mereka. Kerana nanti bila sudah mati nanti, mereka pasti akan mengetahui. Mereka akan sedar dengan sebenar-benar sedar akan kesilapan yang mereka telah lakukan semasa mereka hidup di dunia.
Ayat 4: Takhwif duniawi
وَما أَهلَكنا مِن قَريَةٍ إِلّا وَلَها كِتابٌ مَعلومٌ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And We did not destroy any city but that for it was a known decree.
(MELAYU)
Dan Kami tiada membinasakan sesuatu negeri pun, melainkan ada baginya ketentuan masa yang telah ditetapkan.
Memang Allah ada membinasakan kaum yang menentang Rasul mereka. Itu semua sudah ada masa yang ditentukan. Tidaklah mereka terus sahaja lawan Rasul mereka, mereka dibinasakan. Allah tidak buat begitu, malah akan beri masa untuk mereka bertaubat dan mengubah diri mereka.
Mungkin pada awalnya mereka menentang, tapi mungkin mereka buka hati mereka. Jadi Allah beri mereka buat apa yang mereka hendak buat, sampailah kepada satu tahap yang Allah tentukan, barulah Allah musnahkan mereka. Maknanya, tidaklah mereka buat salah sahaja Allah terus musnahkan mereka.
Ini sebagai ancaman kepada Musyrikin Mekah. Mereka kena tahu yang mereka tak kena azab lagi kerana belum sampai masa sahaja. Kalau sudah sampai masa yang telah ditetapkan, maka akan kenalah mereka. Yang pasti, mereka tidak akan selamat kalau masa itu telah sampai. Maka janganlah mereka tunggu sampai saat itu.
Ia juga bermaksud, mereka itu tidaklah dihancurkan melainkan mereka sudah ada kitab wahyu yang jelas diberikan kepada mereka. Maknanya, dalil dan hujah akan ditegakkan kepada mereka dahulu, barulah mereka dihancurkan. Allah tidak zalim dengan menghancurkan mereka yang tidak dapat dalil lagi.
Ayat 5: Kalau Allah sudah tentukan masa kehancuran mereka, tidak boleh diubah lagi.
ما تَسبِقُ مِن أُمَّةٍ أَجَلَها وَما يَستَأخِرونَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
No nation will precede its term, nor will they remain thereafter.
(MELAYU)
Tidak ada suatu umat pun yang dapat mendahului ajalnya, dan tidak (pula) dapat mengundurkan(nya).
Kalau mereka buat apa pun, takkan dapat diubah ketentuan dari Allah untuk menghancurkan mereka nanti. Dan masa itu telah ditentukan.
Jadi tidaklah boleh kita kata: kalau mereka itu banyak buat dosa, akan dicepatkan azab mereka. Tidak, kerana masa dan bila ianya akan terjadi, semua itu telah ditentukan oleh Allah. Allah tidak akan cepatkan dan tidak akan lambatkan. Dan hanya Allah sahaja yang tahu bilakah mereka akan dikenakan dengan azab itu. Kita sebagai manusia tidak akan dapat tahu maka tidaklah perlu kita nak tunggu waktu-waktu tertentu.
Ayat 6: Ayat Syikayah. Apakah kata-kata kurang ajar mereka?
وَقالوا يا أَيُّهَا الَّذي نُزِّلَ عَلَيهِ الذِّكرُ إِنَّكَ لَمَجنونٌ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And they say, “O you upon whom the message has been sent down, indeed you are mad.¹
- Literally, “possessed by jinn.”
(MELAYU)
Mereka berkata: “Hai orang yang diturunkan Al Qur’an kepadanya, sesungguhnya kamu benar-benar orang yang gila.
Ini adalah kata-kata cemuhan dan ejekan dari mereka yang menentang ajaran wahyu. Mereka kata Nabi Muhammad itu gila, sudah hilang akal. Kononnya mereka amat hairan apa yang terjadi kepada baginda. Mereka kata kenapalah Muhammad itu tiba-tiba jadi begini? Dulu baginda tidaklah begitu tapi tiba-tiba jadi begitu pula. Mereka sampai ada yang tawarkan untuk ubati baginda kalau kena sampuk jin.
Amat teruk sekali apa yang mereka katakan kepada Nabi Muhammad sampai Allah rekodkan kata-kata mereka itu dalam ayat ini.
Lihat bagaimana kalimah الذِّكرُ (peringatan) digunakan untuk merujuk kepada Qur’an. Dari dulu lagi sudah digunakan kalimah itu untuk merujuk kepada Qur’an. Bila ianya dikira sebagai ‘peringatan’, ianya untuk perkara yang sudah tahu tapi diingatkan kembali sahaja, bukan? Kerana kalau berita baru, kalimah yang digunakan adalah naba’, atau hadith.
Kenapa dari dulu lagi Qur’an dinamakan الذِّكرُ sedangkan bukankah ianya perkara baru kepada Musyrikin Mekah? Kerana ianya mengingatkan fitrah apa yang telah ada dalam diri manusia. Manusia sudah tahu apa yang benar dan apa yang salah sebenarnya. Kita semua dilahirkan dengan pengetahuan itu. Qur’an ingatkan sahaja.
Qur’an bukan sahaja ingatkan perkara yang manusia sudah tahu, tapi ia juga menegur kesalahan yang manusia sedang lakukan. Maka الذِّكرُ juga bermaksud nasihah.
Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.
Kemaskini: 6 April 2019
Rujukan:
Maulana Hadi
Nouman Ali Khan