Tafsir Surah Hud Ayat 82 – 84 (Kisah Nabi Syuaib عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ)

AZAB YANG DIKENAKAN KEPADA MEREKA

Hud Ayat 82:

فَلَمّا جاءَ أَمرُنا جَعَلنا عٰلِيَها سافِلَها وَأَمطَرنا عَلَيها حِجارَةً مِّن سِجّيلٍ مَّنضودٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So when Our command came, We made the highest part [of the city] its lowest and rained upon them stones of layered hard clay, [which were]

(MALAY)

Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi,

 

فَلَمّا جاءَ أَمرُنا جَعَلنا عٰلِيَها سافِلَها

Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan yang di atasnya ke bawahnya

Azab yang dikenakan kepada mereka itu adalah pada waktu subuh. Ia dilakukan pada waktu subuh iaitu ketika mereka sedang berehat untuk menambah sengsara azab itu. Bayangkan sedang rehat-rehat tiba-tiba datang azab! Pertamanya mereka dikenakan dengan tempikan seperti disebut dalam Hijr: 73

فَأَخَذَتهُمُ الصَّيحَةُ مُشرِقينَ
Maka mereka dibinasakan oleh suara keras yang mengguntur, ketika matahari akan terbit.


Allah ﷻ mengangkat Kota Sodom naik ke atas langit dan terbalikkan di mana bahagian atas menjadi bawah pula. Apabila sudah diangkat ke langit baru diterbalikkan ke bumi. Kerana itulah kaum mereka itu disebut sebagai المُؤتَفِكٰتِ (yang telah ditelungkup) seperti di dalam ayat Tawbah: 70

أَلَم يَأتِهِم نَبَأُ الَّذينَ مِن قَبلِهِم قَومِ نوحٍ وَعادٍ وَثَمودَ وَقَومِ إِبرٰهيمَ وَأَصحٰبِ مَديَنَ وَالمُؤتَفِكٰتِ
Tidakkah datang kepada mereka berita penting tentang orang-orang yang sebelum mereka, (iaitu) kaum Nuh, ‘Aad, Tsamud, kaum Ibrahim, penduduk Madyan dan negeri yang telah ditelungkup?

Begitulah balasan buat mereka – mereka telah terbalikkan fitrah kejadian manusia dengan melakukan homoseksual, maka Allah ﷻ balas dengan menterbalikkan kampung mereka. Jibril عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ telah mengangkat kota tempat tinggal mereka dengan manusia dan binatang sekali ke langit pertama sampaikan penduduk langit pertama dapat mendengar lolokan anjing dan kokokan ayam mereka. Akan tetapi kisah ini adalah daripada Kisah Israiliyat yang kita tidak boleh terus terima.

Yang pasti memang azab itu dibawa oleh para malaikat kerana mereka itu adalah tentera Allah ﷻ.

 

وَأَمطَرنا عَلَيها حِجارَةً مِّن سِجّيلٍ مَّنضودٍ

dan Kami hujani mereka dengan batu daripada tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi,

Kalau dibaca ikut susunan ayat ini, seolah-olah mereka telah dibenamkan ke bumi barulah dihujani dengan batu. Namun begitu, timbul persoalan: jikalau sudah terbenam, bagaimana pula mereka dibaling? Maka ulama’ tafsir mengatakan mereka direjam dengan batu sebelum mereka dibenamkan. Bukan seperti mengikut susunan ayat ini. Kena faham sedikit bahasa Arab. Kalau huruf penyambung و itu tidaklah bermakna ia dalam susunan berturut-turut satu persatu. Mari kita berikan beberapa contoh dan bezakan:

    1. جاء زيد ومحمد (Telah datang Zaid dan Muhammad). Ia hanya bermaksud Zaid dan Muhammad telah datang. Ini adalah apabila huruf و digunakan.
    2. جاء زيد فمحمد (Telah datang Zaid, seterusnya Muhammad). Apabila huruf ف digunakan, ia bermaksud selepas sahaja Zaid sampai, terus sahaja Muhammad sampai. Maka kita tahu yang Zaid sampai dahulu.
    3. جاء زيد ثم محمد (Telah datang Zaid, kemudian Muhammad). Apabila ثم digunakan, ia bermakna Muhammad datang selepas Zaid, tetapi kalimah ثم menunjukkan tidaklah cepat sangat. Mungkin setelah sekian waktu berlalu, baru Muhammad sampai.

Oleh itu walaupun di dalam ayat ini disebut mereka dihujani dengan batu selepas disebut tentang mereka dibenam, tidaklah ia bermaksud itu turutannya. Ini kerana huruf و yang digunakan di dalam di dalam ayat ini. Maka berkemungkinan mereka dihujani dengan batu semasa diangkat ke langit. Mereka dihujani dengan batu yang dibakar di neraka. Kalimah سِجّيلٍ itu diambil daripada bahasa Parsi yang bermaksud ‘batu daripada tanah liat’. Iaitu tanah yang sudah keras menjadi batu setelah dibakar atau dijemur lama.

Kalimah مَنضودٍ daripada katadasar ن ض د yang bermaksud untuk menimbun satu di atas yang lain; ditetapkan mengikut urutan; kelompok atas kelompok; berkelompok; gugusan buah yang sarat. Maksud مَنضودٍ adalah batu-batu yang dihujani itu datang bertubi-tubi kepada mereka. Bukan datang sebiji-sebiji tetapi berkali-kali dengan banyak berhamburan bagaikan mesingan (machine gun).


 

Hud Ayat 83:

مُّسَوَّمَةً عِندَ رَبِّكَ ۖ وَما هِيَ مِنَ الظّٰلِمينَ بِبَعيدٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Marked from your Lord. And it [i.e., Allāh’s punishment] is not from the wrongdoers [very] far.

(MALAY)

Yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan siksaan itu tiadalah jauh daripada orang-orang yang zalim.

 

مُّسَوَّمَةً عِندَ رَبِّكَ

Yang diberi tanda oleh Tuhanmu, 

Kalimah مُّسَوَّمَةً daripada katadasar س و م yang bermaksud bertanda. Maksudnya setiap batu itu ada tanda nama masing-masing mangsa. Batu itu ditujukan kepada individu yang telah ditentukan. Tuan punya mangsa batu itu tidak akan dapat melarikan diri. Batu itu tetap akan kena kepadanya. Sampaikan ada riwayat yang mengatakan bagaimana ada penghuni Kota Sodom itu yang berada di luar kota waktu itu tetapi batu itu tetap mencarinya. Dia mati di luar kawasan kampungnya.

Apabila dikatakan batu itu عِندَ رَبِّكَ (dari sisi Tuhanmu) maka ia bermaksud batu itu bukan daripada batu bumi.

 

وَما هِيَ مِنَ الظّٰلِمينَ بِبَعيدٍ

dan tiadalah ia jauh daripada orang-orang yang zalim.

Apakah maksud هِيَ di dalam ayat ini? Ia boleh bermaksud tempat kejadian seksaan itu. Kawasan kaum Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ itu tidak jauh dari kawasan orang Musyrikin Mekah. Iaitu sekarang ini di Laut Mati, Jordan. Mereka pun ada melalui kawasan Sodom itu dalam musafir mereka, maka mereka sepatutnya sudah tahu tentang kisah mereka dan ambil pengajaran daripada apa yang terjadi. Allah ﷻ sebut tentang hal ini di dalam Saffat: 137

وَإِنَّكُم لَتَمُرّونَ عَلَيهِم مُّصبِحينَ
Dan sesungguhnya kamu (hai penduduk Mekah) benar-benar akan melalui (bekas-bekas) mereka di waktu pagi,

Atau, هِيَ itu boleh bermaksud azab yang dikenakan kepada kaum Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ itu tidak jauh. Maksudnya tidak lama lagi akan dikenakan kepada Musyrikin Mekah jika mereka terus melakukan kezaliman yang mereka lakukan itu, Allah ﷻ ancam dengan azab yang pedih. Maka mereka kena beringat dan memperbetulkan diri mereka. Sekiranya mereka tidak ada dosa, maka mereka akan selamat kerana Allah ﷻ telah berfirman dalam Nisa’: 147

ما يَفعَلُ اللهُ بِعَذابِكُم إِن شَكَرتُم وَءآمَنتُم ۚ وَكانَ اللهُ شاكِرًا عَليمًا
Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmat-Nya) serta kamu beriman (kepada-Nya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepada-Nya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka).

Maka kita janganlah melanggar larangan-larangan Allah ﷻ kerana azab yang dikenakan kepada kita mungkin tidak jauh daripada kita jikalau kita berterusan melakukannya. Kerana itulah kita takut dengan berleluasanya amalan songsang golongan Gay dan Lesbian ini. Sekarang sudah semakin teruk bertambah menjadi LGBTQIA plus pula. Dulunya hanya ada G (gay) sahaja, kemudian ditambah L (Lesbian) dan kemudian menjadi-jadi pula golongan monyet ini. Semakin lama semakin bertambah abjad ini. Sampai ke manakah kegilaan mereka ini?! Adakah kita hendak tunggu turunnya bala ke atas kita baru kita mahu sedar? Ingatlah, jikalau bala turun, dengan kita sekali ini pun boleh terkena juga. Yang menakutkan adalah ayat Anfal: 25

وَاتَّقوا فِتنَةً لّا تُصيبَنَّ الَّذينَ ظَلَموا مِنكُم خاصَّةً
Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu

Oleh itu, jangan beri peluang langsung kepada mereka ini untuk berkembang biak. Jangan kita sangka mereka itu ada hak kerana mereka juga manusia. Mereka langsung tidak ada hak apabila mereka membelakangi hak Allah ﷻ!

Allah ﷻ sudah memberikan berbagai-bagai ancaman tentang hal ini. Allah ﷻ boleh kenakan azab kepada kita semasa kita di dunia lagi. Malah hukuman Hudud juga telah dilaksanakan di zaman lampau terhadap golongan songsang ini. Sememangnya hukuman yang dikenakan kepada pelaku homoseksual adalah berat. Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan di dalam kitab-kitab Sunan —daripada Ibnu Abbas رضي الله عنهما secara marfu’— disebutkan:

” مَنْ وَجَدْتُمُوهُ يَعَمَلُ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ، فَاقْتُلُوا الْفَاعِلَ وَالْمَفْعُولَ بِهِ”
Barang siapa yang kalian jumpai sedang mengerjakan perbuatan kaum Luth, maka bunuhlah pelaku dan orang yang dikerjainya.
(Sunan Ibnu Majah (2561))
Status: Hasan

Al-Imam Ibnu Qayyim رَحِمَهُ اللَّهُ dalam “Ad-Daa’ wad Dawa’”:

Mafsadatnya liwat termasuk daripada yang paling besarnya mafsadat (mudarat) dan hukumannya di dunia dan di akhirat termasuk yang paling besarnya hukuman. Sungguh manusia telah berbeza pendapat: Apakah dia lebih besar hukumannya daripada zina? Atau adakah zina lebih besar hukumannya daripadanya? Atau adakah hukuman keduanya sama? Hal ini terdiri daripada tiga pendapat.

I. Saidina Abu Bakar Ash-Shiddiq, Saidina Ali bin Abi Thalib رضي الله عنهم dan juga yang lain berpendapat ia adalah lebih berat daripada zina.

II. Ulama’ seperti ‘Atha’ bin Abi Rabah, Al-Hasan Al-Bashr رحمهم الله dan lain-lain berpendapat ia sama dengan zina, maka hukumannya juga sama.

III. Imam Abu Hanifah رَحِمَهُ اللَّهُ berpendapat ia adalah lebih ringan daripada zina maka hukuman yang dikenakan hanya ta’zir.

Oleh kerana perbezaan pendapat sebegini, maka hukuman yang diberikan dalam sistem perundangan Islam pun tidak sama. Kita boleh senaraikan:

1. Hukuman Bunuh. Beginilah juga pendapat Imam Syafi’i رَحِمَهُ اللَّهُ —menurut suatu pendapat yang bersumber daripadanya dan sejumlah ulama mengatakan bahawa orang yang melakukan perbuatan kaum Luth harus dibunuh, baik dia telah muhsan (telah bernikah) ataupun belum muhsan, kerana berdasarkan hadith di atas.

Hukuman bunuh juga adalah pendapat Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah رَحِمَهُ اللَّهُ sebagaimana disebut dalam “Majmu’ Al-Fatawa’”.

Cara bunuh itu juga pelbagai:

      • Dinaikkan di atas bangunan yang paling tinggi pada suatu negeri kemudian dilemparkan ke bawah sambil dihujani dengan batu, dan ini adalah pendapatnya Ibnu Abbas dan Abu Bakar رضي الله عنهم.
      • Dilemparkan dari atas tembok, dan ini adalah pendapatnya Umar, Uthman dan Ali رضي الله عنهم.
      • Berkata Al-Munziry: Hukuman yang melakukan liwat adalah dibakar dengan api, ini adalah pendapat Abu Bakr, Ali, Abdullah bin Jubair dan Hisyam bin Abdul Malik (sebagaimana di dalam “Ad-Darariy Al-Mudhiyah” (hal. 372). Cuma cara ini dikritik.

2. Hukuman Rejam. Ada riwayat mengatakan Saidina Ali رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ pernah merejam pelaku liwat.

3. Hukuman seperti hukuman Zina. Sa’id bin Musayyab, Atha’ bin Abi Rabbah dan juga yang lain berpendapat hukuman kepada pelaku liwat adalah seperti hukuman zina. Oleh itu jikalau pelakunya muhsan, maka hukumannya rejam dan jikalau bukan muhsan maka disebat dan diasingkan daripada orang ramai.

4. Hukuman Ta’zir. Lain halnya dengan Imam Abu Hanifah رَحِمَهُ اللَّهُ , beliau berpendapat hukuman bagi perilaku homoseksual cukup dengan ta‘zir. Hukuman jenis ini tidak harus dilakukan secara hukuman fizikal, tetapi boleh melalui terapi psikologis agar boleh pulih kembali. Bahkan, Abu Hanifah رَحِمَهُ اللَّهُ menganggap perilaku homoseksual bukan termasuk dalam definisi zina, kerana zina hanya dilakukan pada vagina (qubul), tidak pada dubur (sodomi) sebagaimana dilakukan oleh kaum homoseksual.

Sebahagian ulama’ berpendapat bahawa yang melakukan liwat tidak ada hukum Hudud, kerana hadith Ibnu Abbas رضي الله عنهما (yang dikongsi di atas) adalah hadith dha’if kerana di dalam sanadnya ada ‘Amr ibn Abi ‘Amr. Hadith itu asalnya adalah lemah tetapi menjadi Hasan apabila dikuatkan dengan hadith-hadith yang lain. Cuma yang menolak mengatakan hadith-hadith yang lain pun lemah juga.

Oleh itu kita boleh lihat yang ulama’ tidak sepakat tentang hukuman bagi pelaku liwat. Maka ini adalah kewajipan bagi pemerintah untuk menentukan mana satu pilihan mereka. Yang pasti hukuman tetap harus dijalankan supaya menjadi penghalang kepada orang lain untuk melakukan hal yang sama. Pemimpin hendaklah berperanan sebagai seorang ayah dalam mendidik masyarakat. Jikalau ada anak yang membuat kesalahan tanpa hukuman, maka anak-anak yang lain pun berani untuk melakukan kesalahan yang sama kerana ayah buat dek sahaja.

Habis Ruku’ 7 daripada 10 ruku’ surah ini


 

KISAH NABI SYUAIB عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ

Hud Ayat 84: Ini adalah Kisah Keenam dan berkenaan dengan Dakwa pertama – sembah hanya Allah ﷻ sahaja. Daripada ayat ini sehingga ke ayat 95 adalah Perenggan Makro ke 6 iaitu Kisah Nabi Syuaib عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ dan kaum baginda.

۞ وَإِلىٰ مَديَنَ أَخاهُم شُعَيبًا ۚ قالَ يٰقَومِ اعبُدُوا اللَّهَ ما لَكُم مِّن إِلٰهٍ غَيرُهُ ۖ وَلا تَنقُصُوا المِكيالَ وَالميزانَ ۚ إِنّي أَرىٰكُم بِخَيرٍ وَإِنّي أَخافُ عَلَيكُم عَذابَ يَومٍ مُّحيطٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And to Madyan [We sent] their brother Shu‘ayb. He said, “O my people, worship Allāh; you have no deity other than Him. And do not decrease from the measure and the scale. Indeed, I see you in prosperity, but indeed, I fear for you the punishment of an all-encompassing Day.

(MALAY)

Dan kepada (penduduk) Mad-yan (Kami utus) saudara mereka, Syu’aib. Dia berkata: “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tiada Tuhan bagimu selain Dia. Dan janganlah kamu kurangi takaran dan timbangan, sesungguhnya aku melihat kamu dalam keadaan yang baik (mampu) dan sesungguhnya aku khawatir terhadapmu akan azab hari yang membinasakan (kiamat)”.

 

وَإِلىٰ مَديَنَ أَخاهُم شُعَيبًا

Dan kepada (penduduk) Mad-yan (Kami utus) saudara mereka, Syu’aib.

Nabi Syuaib عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ diutuskan kepada kaum baginda, penduduk Kota Madyan. Madyan adalah nama salah satu anak Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ yang kemudian menjadi nama kabilah yang dinamakan Madyan. Kabilah ini tinggal di suatu tempat yang akhirnya dinamakan Madyan dan terletak di dekat pantai Laut Merah di tenggara Gunung Sinai. Kawasan ini terletak di daerah Jordan yang bersempadan dengan Palestin. Ada juga pendapat yang mengatakan Madyan berada di hujung Syam (Syria sekarang) dan bersempadan dengan Hijaz (Arab Saudi). Allahu a’lam kerana kedudukan tempat itu tidaklah penting.

Nabi Syuaib عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ berbangsa Arab. Realitinya daripada 25 orang Nabi yang wajib diketahui, hanya empat orang nabi sahaja yang disahkan berasal dan lahir di tanah Arab. Mereka adalah Nabi Hud عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ (Yaman), Nabi Soleh عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ (Al-Hijr), Nabi Syu’aib عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ (Madyan) dan yang terakhir, Nabi Muhammad ﷺ (Mekah). Yang lain semuanya berbangsa Bani Israil.

Nabi Syuaib عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ adalah daripada keturunan mereka, kaum kerabat mereka juga, dari pada keturunan yang terhormat dalam kalangan mereka, sama seperti Nabi Muhammad ﷺ kepada kaum baginda. Ini mengajar kita yang pendakwah terbaik datangnya daripada penduduk setempat. Baru mudah untuk mad’u menerima dakwah itu. Ini adalah sebagaimana pilihanraya juga, calon selalunya datang dari tempat itu juga baru senang mendapat sambutan dan undian. Kalau bangsa lain yang datang, tentu ada penghalang sedikit sebanyak. Allah ‎ﷻ telah sebut tentang hal ini dalam Ali Imran: 164

لَقَد مَنَّ اللَّهُ عَلَى المُؤمِنينَ إِذ بَعَثَ فيهِم رَسولًا مِّن أَنفُسِهِم
Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmat-Nya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Dia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul daripada bangsa mereka sendiri,

 

قالَ يٰقَومِ اعبُدُوا اللَّهَ ما لَكُم مِّن إِلٰهٍ غَيرُهُ

Ia berkata: “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tiada Tuhan bagimu selain Dia.

Lihatlah bagaimana mesej yang sama dibawa oleh Nabi Syuaib عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ sama seperti mesej Nabi Nuh عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ, Nabi Hud عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ dan Nabi-nabi lain yang kita sudah baca sebelum ini; iaitu Dakwa Surah ini: sembahlah Allah ﷻ sahaja dan jangan sembah selain Allah ﷻ kerana tiada ilah selain Allah ﷻ. Sembahlah Allah ﷻ sahaja. Inilah Dakwa Pertama. Apabila baginda mengajak mereka untuk menyembah Allah ﷻ sahaja, maka ini memberi isyarat bahawa mereka ini telah melakukan syirik selain daripada kesalahan-kesalahan mereka yang lain.

Ada juga pendapat yang mengatakan Nabi Syuaib عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ diutus kepada kaum Madyan dan kaum Aikah, iaitu umat yang menyembah hutan. Namun, ada pula yang mengatakan, kaum Aikah itu adalah suku Madyan tersebut (cuma ada dua nama). Pendapat ini menyatakan bahawa kaum Madyan bekerja sebagai pedagang dan petani. Manakala sembahan mereka adalah hutan belantara yang di dalamnya tumbuh pepohonan yang sangat besar. Namun, bila merujuk pada ayat Al-Qur’an yang lain, kedua umat ini berbeza. Namun, lokasi keduanya berdekatan dan Nabi yang diutus adalah Nabi Syuaib عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ. Hal ini dibuktikan dengan azab yang ditimpakan kepada kaum Madyan berupa gempa, sedangkan kepada kaum Aikah berupa gumpalan awan dari langit.

Teringat pula ada golongan agama negara ini yang kata boleh minta tolong dengan pokok. Ini amat mengarut dan inilah yang ditolak oleh Nabi Syuaib عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ. Maka tauhid yang hendak ditekankan di dalam surah ini adalah Tauhid Ibadah atau kita panggil Tauhid Uluhiyyah. Inilah tujuan kita dijadikan seperti disebut dalam Dzariyat: 56

وَما خَلَقتُ الجِنَّ وَالإِنسَ إِلّا لِيَعبُدونِ
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Mana-mana Nabi akan berkata begini. Iaitu hendaklah manusia menyembah Allah ﷻ sahaja. Jangan sembah yang lain daripada Allah ﷻ. Maka, setiap guru yang mengajar agama pun mestilah sampai perkara ini juga. Kita kenalah ajar akidah kepada manusia kerana itu adalah asas perkara dan ilmu yang paling penting sekali. Itulah ilmu yang mula-mula kena dipelajari.

Hendaklah kita hanya beribadat kepada Allah ﷻ sahaja. Jangan dicampuradukkan perkara ibadat kepada makhluk lain. Contohnya, dalam berdoa, jangan berdoa kepada selain Allah ﷻ dan jangan guna tawasul (perantaraan).

Jangan zikir kepada selain Allah ﷻ. Tidak perlu puja Nabi Muhammad ﷺ sebagaimana golongan Habib buat sekarang. Kita juga kena faham makna ibadat itu luas. Memang kita tidak sujud dan rukuk kepada berhala, tidak sujud dan rukuk kepada tuhan lain. Namun dengan perbuatan kita yang sedekah Fatihah, beri salam, baca selawat yang bukan diajar oleh Nabi, itu semua adalah ‘ibadat’ yang diserahkan kepada selain daripada Allah ﷻ.

Itu pun termasuk ‘sembah’ juga. Kalau kita tidak faham maksud ‘sembah’ dan sempitkan pemahaman itu, kita tidak akan faham dan kita akan keliru kenapa ada amal ibadat yang dilarang dilakukan.

Maka kita lihat di dalam ayat ini memberitahu kita yang Nabi Syuaib عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ mengajak manusia kepada Allah ﷻ. Inilah yang sepatutnya kita lakukan dalam dakwah. Bukannya mengajak kepada persatuan, mazhab, fahaman, kumpulan, parti, individu tertentu seperti pemimpin, ulama’ dan sesiapa sahaja. Malangnya inilah yang kita lihat yang sering terjadi sekarang. Betapa ramai yang bukannya ajak kepada Allah ﷻ tetapi ajak kepada perkara yang lain. Bila diajak kepada perkara yang lain, maka setiap kumpulan akan berasa merekalah yang hebat dan benar. Maka masing-masing akan mendabik dada dan merendahkan kumpulan yang lain seperti disebut di dalam Mukminoon: 53

فَتَقَطَّعوا أَمرَهُم بَينَهُم زُبُرًا ۖ كُلُّ حِزبٍ بِما لَدَيهِم فَرِحونَ
Kemudian mereka (pengikut-pengikut rasul itu) menjadikan agama mereka terpecah belah menjadi beberapa pecahan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada sisi mereka (masing-masing).

Oleh sebab itulah, mesej dakwah kita mesti jelas iaitu mengajak manusia kepada Allah ﷻ. Tidak payahlah sibuk melabel dan mengesampingkan (pigeonhole) pendakwah itu daripada kumpulan mana. Jangan dilayan orang bodoh yang bertanya “dia kumpulan mana?”, “apa fahaman dia?” kerana yang penting adalah mengajak dulu manusia kepada Allah ﷻ. Beginilah yang Allah ﷻ ajar seperti disebut dalam Nahl: 125

ادعُ إِلىٰ سَبيلِ رَبِّكَ بِالحِكمَةِ وَالمَوعِظَةِ الحَسَنَةِ
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah

 

 

وَلا تَنقُصُوا المِكيالَ وَالميزانَ

Dan janganlah kamu kurangi takaran dan timbangan,

Seperti yang telah disebut sebelum ini, kita boleh lihat peningkatan dari segi ajaran kepada kaum, bermula daripada Nabi Nuh عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ dan sekarang sampai kepada Nabi Syuaib عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ. Kalau Nabi Nuh عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ, hanya disebut dengan mudah sahaja, namun kemudian apabila masa berlalu dan manusia sudah semakin maju dari segi kehidupan dan pemikiran, maka terdapat penambahan dari segi ajaran daripada Allah ﷻ.

Lihatlah dalam ayat ini bagaimana ajaran daripada Allah ﷻ kepada kaum Madyan tentang perniagaan. Jangan mengurangkan sukatan dan timbangan dalam perniagaan. Iaitu jangan menipu orang lain dalam perniagaan dan itu adalah perkara yang amat buruk sekali. Sebagai peniaga, mestilah bersikap jujur dalam perniagaan.

Kedua-dua المِكيالَ dan الميزانَ adalah alat untuk menimbang, namun apakah beza antara keduanya? المِكيالَ digunakan untuk menimbang barang makanan seperti gandum, jagung, beras; sementara الميزانَ digunakan untuk menimbang benda ringan dan berharga seperti emas dan perak.

Kejujuran di dalam perniagaan amatlah penting kerana ia menjaga hubungan sesama manusia. Kalau kita menipu manusia, maka kita telah berbuat zalim kepada mereka. Kerana itulah banyak ayat Al-Qur’an melarang manusia menipu dalam perniagaan seperti disebut dalam Rahman: 8-9

أَلّا تَطغَوا فِي الميزانِ
Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;

وَأَقيمُوا الوَزنَ بِالقِسطِ وَلا تُخسِرُوا الميزانَ
Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.

 

إِنّي أَرىٰكُم بِخَيرٍ

sesungguhnya aku melihat kamu dalam keadaan yang baik

Ada dua maksud yang boleh diambil dalam potongan ayat ini:

    1. Penduduk Madyan itu ada kebolehan untuk menjaga amalan mereka dalam perniagaan. Nabi Syuaib عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ nampak mereka mampu melakukannya kalau mereka mahu.
    2. Nabi Syuaib عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ nampak kaumnya itu hidup dengan senang lenang dan berharta. Maknanya harta mereka sudah banyak maka tidak perlu menipu untuk menambah harta mereka. Janganlah segala nikmat itu ditarik daripada mereka kerana kesilapan mereka dalam beragama. Kalimah خَيرِ ditafsirkan sebagai ‘harta’ dan ‘kesenangan’ seperti disebut dalam Aadiyat: 8

وَإِنَّهُ لِحُبِّ الخَيرِ لَشَديدٌ
dan sesungguhnya dia sangat hebat cintanya kepada kesenangan.

Di dalam dakwah Nabi Syuaib عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ ini telah dapat kita lihat bahawa ekonomi kaumnya dalam keadaan baik, tanah subur, hasil menyenangkan dan sebab itu kekayaan pun melimpah ruah. Akan tetapi akibat gejala daripada hawa nafsu manusia, apabila kemewahan telah mempengaruhi diri, manusia boleh sahaja melakukan penipuan.

Malangnya manusia sanggup mencari keuntungan untuk dirinya sendiri dengan merugikan orang lain. Padahal kejujuran adalah modal yang kekal dan tahan lama, sedangkan penipuan adalah kekayaan sementara yang tidak lama kemudian akan menimbulkan kegelisahan dalam masyarakat kerana orang tidak saling percaya mempercayai lagi. Sebab itu lama kelamaan adil dan makmur menjadi hilang.

Sebenarnya untuk mendapat harta dan kesenangan yang lebih, bukannya dengan menipu orang dan mengurangkan timbangan mereka, tetapi dengan bersyukur. Ini seperti firman Allah ﷻ dalam Ibrahim: 7

وَإِذ تَأَذَّنَ رَبُّكُم لَئِن شَكَرتُم لَأَزيدَنَّكُم ۖ وَلَئِن كَفَرتُم إِنَّ عَذابي لَشَديدٌ
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.

Akan tetapi apakah maksud ‘bersyukur’ itu? Syukur itu adalah mempergunakan nikmat Allah ﷻ menurut kehendak Allah ﷻ sebagai pemberi nikmat. Kerana itu, dapat dikatakan bahawa syukur yang sebenarnya adalah mengungkapkan pujian kepada Allah ﷻ dengan lisan, mengakui dengan hati akan nikmat Allah ﷻ, dan mempergunakan nikmat itu sesuai dengan kehendak Allah”. Dalam erti kata lain, hendaklah taat kepada Allah ﷻ. Bukannya hanya dengan mengucap الحمد لله dengan mulut sahaja namun dalam perbuatan kita tidak ikut kehendak Allah ﷻ.

Beramal ibadah dan taat kepada arahan Allah ﷻ adalah cara kita menzahirkan kesyukuran kita seperti firman Allah ﷻ dalam Saba’: 13

اعْمَلُوا آلَ دَاوُودَ شُكْرًا
“Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!”

Begitulah contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah ﷺ. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah رضي الله عنها, Nabi ﷺ berdiri solat (malam) sehingga pecah kedua kaki Baginda. Lalu beliau bertanya kepada Baginda ﷺ:

“Kenapa engkau lakukan ini, hai Rasulullah? Bukankah Allah ‎ﷻ telah mengampunkan dosamu yang telah lalu dan akan datang? Lalu Baginda ﷺ menjawab:
يَا عَائِشَةُ أَفَلاَ أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا
“Wahai Aisyah! Tidakkah engkau menyukai aku menjadi hamba yang bersyukur.”
(Riwayat al-Bukhari (4837))

Di dalam masa yang sama, kita juga hendaklah mengucapkan kesyukuran sebagai tanda kita memang bersyukur seperti firman Allah ‎ﷻ di dalam Dhuha: 11

وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepada-Nya.

Untuk melakukan syukur ini juga kita memerlukan hidayah dan taufik daripada Allah ﷻ; kerana itu kita kena berdoa sepertimana doa Nabi Allah Sulaiman عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ yang disebut dalam Naml: 19:

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmat-Mu – dalam kumpulan hamba-hamba-Mu yang soleh”.

 

وَإِنّي أَخافُ عَلَيكُم عَذابَ يَومٍ مُّحيطٍ

dan sesungguhnya aku khuatir terhadapmu akan azab hari yang menyelubungi

Walaupun mereka hidup senang lenang di dunia, namun sekiranya kesenangan dan keuntungan yang mereka dapat itu adalah kerana penipuan mereka di dalam perniagaan, maka itu akan menyebabkan mereka mendapat azab di akhirat kelak, iaitu Hari Akhirat. Kerana waktu itu mereka akan diselubungi dengan azab sampai mereka tidak akan mampu untuk menyelamatkan diri dengan lari ke mana-mana lagi.

Nabi Syuaib عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ memberikan peringatan kepada kaumnya kerana baginda risaukan mereka. Begitu juga dengan kita, kita beri peringatan ini kepada keluarga dan masyarakat kita kerana kita sayangkan mereka. Kita bimbangkan nasib mereka nanti di akhirat. Bukan kita berkehendakkan kedudukan tinggi dengan memberi dakwah kepada mereka.

Bukannya kita mahu orang memandang kita tinggi, pandai, bijak, alim dan sebagainya. Bukan kita mahu orang panggil kita ‘ustaz’. Bukan kita mahu orang bayar kepada kita upah dalam mengajar. Bukan, bukan dan bukan.

Kita sampaikan dakwah dan peringatan adalah kerana belas kasihan kepada masyarakat kita yang telah dimomokkan dengan ajaran salah sekian lama. Mereka langsung tidak nampak kesalahan yang dilakukan selama hari ini. Jikalau tidak ada orang yang ingatkan dan betulkan mereka, siapa lagi kalau bukan kita? Kita hendak selamatkan mereka dengan nasib di akhirat. Sekiranya NGO kita hanya selamatkan manusia daripada kelaparan sahaja, NGO orang kafir pun buat begitu juga, bukan?

Azab di akhirat sudah pasti namun jangan lupa bahawa azab di dunia pun boleh dikenakan ke atas mereka. Allah ﷻ mengecam perbuatan mengurangkan timbangan dalam perniagaan. Terhadap orang seperti itu Nabi Muhammad ﷺ. telah memberi ancaman yang kuat sekali seperti dalam hadith Rasulullah ﷺ :

خمس بخمس ما نقض قوم العهد إلا سلط الله عليهم عدوهم وما حكموا بغير ما أنزل الله إلا فشا فيهم الفقر وما ظهرت فيهم الفاحشة إلا فشا فيهم الموت ولا طفَّفوا الكيل إلا مُنِعُوا النبات ولا مَنَعُوا الزكاة إلا حُبِسَ عنهم المطر.
“Ada lima perkara yang dibalas dengan lima perkara: tidak pernah suatu kaum yang melanggar janji, melainkan Allah ‎ﷻ akan membiarkan kaum itu dikuasai musuhnya. Tidak pernah mereka yang memutuskan perkara dengan hukuman yang tidak diturunkan oleh Allah ‎ﷻ, melainkan akan tersebar luaslah kefakiran dalam kalangan mereka. Penzinaan tidak pernah secara meluas di kalangan mereka secara luas, melainkan akan tersebar luaslah bahaya kematian. Tidak pernah mereka yang berbuat penipuan dalam menakar dan menimbang, melainkan mereka akan kehilangan kesuburan tumbuh-tumbuhan dan ditimpa musim kemarau. Dan tidak pernah mereka yang menahan zakat, melainkan akan diazab dengan hujan (kemarau yang panjang).
(Riwayat At-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir No. 10992, ad-Dailami dalam Musnad Firdaus No. 2978, daripada Ibnu Abbas رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ )
Status: Sahih lighairih menurut Syeikh Al-Albani dalam Sahih Targhib No. 765

Allah ‎ﷻ mengatakan Nabi Syuaib عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ takutkan mereka عَذابَ يَومٍ مُّحيطٍ kerana walaupun semasa mereka menipu manusia di dalam timbangan dan manusia tidak tahu, akan tetapi Allah ﷻ tahu akan meliputi mereka nanti di akhirat kelak kerana Allah ﷻ maha tahu segala apa yang mereka lakukan.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 23 Ogos 2023

Ringkasan Surah Hud


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Ustaz Solahuddin

Maariful Qur’an

Tafsir Al-Azhar Prof. HAMKA

Ustaz Abdul Muien

Tafsir Surah Hud Ayat 78 – 81 (Buruknya amalan homoseksual)

Hud Ayat 78:

وَجاءَهُ قَومُهُ يُهرَعونَ إِلَيهِ وَمِن قَبلُ كانوا يَعمَلونَ السَّيِّئَاتِ ۚ قالَ يٰقَومِ هٰؤُلاءِ بَناتي هُنَّ أَطهَرُ لَكُم ۖ فَاتَّقُوا اللَّهَ وَلا تُخزونِ في ضَيفي ۖ أَلَيسَ مِنكُم رَجُلٌ رَّشيدٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And his people came hastening to him, and before [this] they had been doing evil deeds.¹ He said, “O my people, these are my daughters;² they are purer for you. So fear Allāh and do not disgrace me concerning my guests. Is there not among you a man of reason?”

  • Referring to their practice of sodomy and homosexual rape of males.
  • i.e., the women of his community who were available for marriage.

(MALAY)

Dan datanglah kepadanya kaumnya dengan bergegas-gegas. Dan sejak dahulu mereka selalu melakukan perbuatan-perbuatan yang keji. Luth berkata: “Hai kaumku, inilah puteri-puteriku, mereka lebih suci bagimu, maka bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu mencemarkan (nama)ku terhadap tamuku ini. Tidak adakah di antaramu seorang yang berakal?”

 

وَجاءَهُ قَومُهُ يُهرَعونَ إِلَيهِ

Dan datanglah kepadanya kaumnya dengan bergegas-gegas.

Seperti yang ditakuti oleh Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ, memang kaumnya yang homoseksual itu datang bersungguh-sungguh kepada baginda dengan bersemangat sekali. Kalimah يُهرَعونَ bermaksud mereka telah dikuasai oleh emosi mereka. Mereka datang tergesa-gesa, bergegas, berlari-lari sampai berteriak. Begitulah apabila manusia sudah hilang rasa malu daripada dalam diri mereka. Sedangkan malu adalah fitrah yang ada dalam diri setiap manusia. Apabila hilang rasa malu, semua mereka sanggup lakukan. Rasulullah ﷺ bersabda mengutuk orang yang sudah tidak ada rasa malu,

عَنْ أَبِي مَسْعُوْدٍ عُقْبَةَ بِنْ عَمْرٍو الأَنْصَارِي الْبَدْرِي رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلاَمِ النُّبُوَّةِ الأُوْلَى، إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ.
(رواه البخاري)
Daripada Abu Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amr Al Anshari Al Badri رَضِيَ الله عَنْهُ , dia berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya di antara ungkapan yang dikenal manusia daripada ucapan kenabian terdahulu ialah: “Jika engkau tidak malu, berbuatlah semahumu.”
(Sahih Bukhari No. 6120)

Bagaimana mereka tahu yang ada pemuda-pemuda berwajah kacak itu sudah datang? Ulama’ tafsir mengatakan sebenarnya isteri Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ bersekongkol dengan kaumnya yang beramalan songsang itu. Apabila datang pemuda pemuda kacak itu, isterinya itulah yang telah memberitahu kepada kaumnya. Inilah satu contoh sifat yang amat buruk sekali di mana dia telah diberi kelebihan menjadi isteri seorang Nabi tetapi dia telah mengkhianati suaminya itu. Walaupun tidak ada dalil khusus tentang perkara ini tetapi ulama’ menafsirkan sedemikian kerana telah disebut di dalam Tahreem: 10

ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا لِّلَّذينَ كَفَرُوا امرَأَتَ نوحٍ وَامرَأَتَ لوطٍ ۖ كانَتا تَحتَ عَبدَينِ مِن عِبادِنا صٰلِحَينِ فَخانَتاهُما
Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada suaminya (masing-masing)

Para ulama’ mengatakan pengkhianatan isteri Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ itu adalah dengan memberitahu maklumat tentang kedatangan lelaki-lelaki yang kacak ke rumahnya.

Ramai lelaki durjana yang datang ke rumah Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ setelah mendapat berita yang ada tetamu baginda yang tampan. Kalimah يُهرَعونَ dalam bentuk majhul (pasif) kerana mereka telah dikuasai oleh emosi dan nafsu serakah mereka, sampaikan mereka ‘telah dikuasai’. Mereka sudah tidak dapat menguasai diri mereka lagi. Mereka telah hilang segala adab-adab kemanusiaan sampaikan mereka sanggup untuk datang merempuh rumah seorang Nabi.

Kalimah يُهرَعونَ juga bermaksud berebut sambil tolak menolak. Bayangkan keadaan apabila ada jualan terhebat di Pasaraya. Kadangkala kita lihat manusia ‘bargain hunter’ persis orang gila sehingga sanggup tolak menolak untuk masuk dan mengejar barangan murah.

Kenapakah mereka boleh jadi sebegini? Ia kerana mereka sudah terlalu lama bergelumang di dalam memuaskan hawa nafsu serakah mereka yang berlawanan fitrah itu. Hati mereka sudah tepu dengannya. Sampaikan mereka sudah tidak boleh berfikir secara waras lagi. Mereka ini seperti golongan Bani Israil yang telah bergelumang di dalam menyembah patung berupa lembu seperti disebut di dalam Baqarah: 93

قالوا سَمِعنا وَعَصَينا وَأُشرِبوا في قُلوبِهِمُ العِجلَ بِكُفرِهِم
Mereka menjawab: “Kami dengar, dan kami menderhaka”. Sedang kegemaran menyembah (patung) anak lembu itu telah mesra dan sebati di dalam hati mereka, dengan sebab kekufuran mereka.

 

وَمِن قَبلُ كانوا يَعمَلونَ السَّيِّئَاتِ

Dan sejak dahulu mereka selalu melakukan perbuatan-perbuatan yang keji. 

Bukan mereka baru sahaja melakukan perkara ini; sebelum ini pun mereka selalu melakukan amalan liwat. Ini sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Bukan itu sahaja kesalahan mereka. Selain daripada kesyirikan yang mereka lakukan, mereka juga ada satu dosa lagi yang ramai tidak tahu tetapi ia disebut di dalam Ankabut: 29

أَئِنَّكُم لَتَأتونَ الرِّجالَ وَتَقطَعونَ السَّبيلَ وَتَأتونَ في ناديكُمُ المُنكَرَ
Apakah sesungguhnya kamu patut mendatangi laki-laki, mengganggu di jalanan dan mengerjakan kemungkaran di tempat-tempat pertemuanmu?

Mereka berdosa bukan sahaja berkenaan homoseksual sahaja. Mereka juga mengganggu di jalanan di mana ada yang merompak dan ada yang meminta tol. Maknanya mereka memandai-mandai meletakkan bayaran bagi sesiapa yang mahu melalui jalan mereka jaga. Ini menyusahkan orang sahaja kerana laluan sepatutnya percuma. Apabila manusia berterusan melakukan dosa maka ini menyebabkan hati mereka menjadi keras dan tidak hirau dengan dosa-dosa yang lain. Hati mereka telah menjadi gelap kerana berterusan membuat dosa. Ini seperti disebut di dalam satu hadith yang masyhur,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا أَذْنَبَ كَانَتْ نُكْتَةٌ سَوْدَاءُ فِي قَلْبِهِ فَإِنْ تَابَ وَنَزَعَ وَاسْتَغْفَرَ صُقِلَ قَلْبُهُ فَإِنْ زَادَ زَادَتْ فَذَلِكَ الرَّانُ الَّذِي ذَكَرَهُ اللَّهُ فِي كِتَابِهِ { كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ }
Daripada [Abu Hurairah رَضِيَ الله عَنْهُ] bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya apabila seorang mukmin berbuat dosa, maka akan ada titik hitam di dalam hatinya, jika dia bertaubat, meninggalkannya serta meminta ampun maka hatinya akan kembali putih, namun jika dia menambah (dosanya) maka akan bertambah (titik hitam), maka itulah penutup (hati) yang disebutkan dalam firman Allah dalam kitab-Nya; “Sekali-kali tidak (demikian), Sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka.” (Muthaffifin:14).
(Sunan Ibn Majah (4234))
Status: Hasan

Nota: kalimah ‘liwath’ diambil daripada nama Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ. Iaitu mereka yang mengikuti amalan buruk kaum Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ. Daripada لوط menjadi اللواط. Mereka ini telah lama mengamalkan amalan songsang ini. Kenapa mereka begitu? Dari segi kajian, ada beberapa sebab manusia mengamalkan homoseksual.

Pertama: Biogenik iaitu homoseksual yang disebabkan oleh kelainan di otak atau kelainan genetik. Jenis ini yang paling sulit untuk disembuhkan kerana sudah melekat dengan diri orang yang melakukannya. Mereka sejak lahir sudah membawa kecenderungan untuk menyukai orang lain yang sejenis, sehingga benar-benar di luar kawalan dan keinginan sedar mereka.

Kedua: Psikogenetik iaitu homoseksual yang disebabkan oleh kesalahan dalam cara asuh atau mereka mengalami pengalaman dalam hidup yang mempengaruhi orientasi seksualnya di kemudian hari. Kesalahan cara asuh yang dimaksudkan adalah ketidaktegasan dalam mengorientasikan anak sejak kecil supaya kecenderungan perilaku berdasarkan jenis kelamin. Maknanya kalau anak perempuan, pakaikanlah pakaian perempuan.

Pengalaman yang dapat membentuk perilaku homoseks di antaranya adalah pengalaman pernah disodomi atau waktu kecil orang itu mencuba-cuba melakukan hubungan seks dengan temannya yang sejenis. Pengalaman-pengalaman seperti ini berpengaruh besar terhadap orientasi seksual di kemudian hari.

Ketiga: Sosiogenetik iaitu orientasi seksual yang dipengaruhi oleh faktor sosial-budaya. Kaum Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ yang melakukan homoseks adalah contoh dalam sejarah umat manusia bagaimana faktor sosial-budaya ‘homosexual oriented’ mempengaruhi orang yang ada dalam lingkungan tersebut untuk berperilaku yang sama.

Syariat Islam telah mengharamkan homoseks kerana perbuatan homoseks itu pasti terdapat mafsadah (kerosakan) yang mengerikan yang akan menimbulkan kesan yang buruk dan kerosakan yang besar kepada peribadi dan masyarakat. Apakah antara kesan-kesan buruk itu?

    1. Sudah tidak mahu menikah kepada jantina lawan. Lihatlah bagaimana kaum Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ itu setelah ditawarkan anak-anak Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ pun mereka tidak berselera. Dengan keadaan seperti ini maka pasti akan lenyaplah konsep pernikahan yang memiliki tujuan untuk memperbanyak keturunan. Seandainya pun mereka menikah, maka isteri mereka itu akan menjadi korban, tidak akan mendapatkan kepuasan, ketenangan dan cinta kasih. Ramai juga orang lelaki yang ada kecenderungan kepada homoseks tetapi dek kerana desakan masyarakat, mereka menikahi juga perempuan. Akan tetapi isterinya itu di’sidai’ tanpa disentuh.
    2. Menjadi manusia yang tidak betul. Kebiasaan melakukan homoseks akan memberikan efek yang dahsyat terhadap kejiwaan dan memberikan efek yang mendalam terhadap saraf. Akibatnya dia cenderung untuk melakukan penyelewengan. Apabila telah ada penyakit ini dalam benaknya, dan dia tidak mendapatkan apa yang dia hasratkan, maka dia akan menjadi manusia yang sentiasa cemas, gelisah dan tidak keruan. Seperti orang ketagih dadah.
    3. Nafsunya akan bergejolak. Dia tidak akan pernah merasa puas dengan pelampiasan hawa nafsunya yang sebelumnya, dia akan selalu ketagihan dan akan selalu berupaya untuk memenuhi hasratnya terhadap orang yang dia hasratkan.
    4. Hati menjadi gelap kerana dosa. Ini seperti disebut dalam hadith masyhur,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا أَذْنَبَ كَانَتْ نُكْتَةٌ سَوْدَاءُ فِي قَلْبِهِ فَإِنْ تَابَ وَنَزَعَ وَاسْتَغْفَرَ صُقِلَ قَلْبُهُ فَإِنْ زَادَ زَادَتْ فَذَلِكَ الرَّانُ الَّذِي ذَكَرَهُ اللَّهُ فِي كِتَابِهِ { كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ }
Daripada [Abu Hurairah رَضِيَ الله عَنْهُ] bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya apabila seorang mukmin berbuat dosa, maka akan ada titik hitam di dalam hatinya, jika dia bertaubat, meninggalkannya serta meminta ampun naka hatinya akan kembali putih, namun jika dia menambah (dosanya) maka akan bertambah (titik hitam), maka itulah penutup (hati) yang disebutkan dalam firman Allah dalam kitab-Nya; “Sekali-kali tidak (demikian), Sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka.” (Muthafifin:14).
Sunan Ibn Majah (4234)
Status: Hasan

 

قالَ يٰقَومِ هٰؤُلاءِ بَناتي

Nabi Luth berkata: “Hai kaumku, inilah puteri-puteriku, 

Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ cuba berhujah dengan mereka dengan menunjukkan wanita-wanita daripada kaum mereka itu; Apabila digunakan lafaz: “ini semua anak perempuan aku” merujuk kepada kalangan wanita sebagai umat baginda. Bukanlah anak baginda yang sebenar tetapi seperti anak juga dari segi spiritual (maknawi). Oleh kerana baginda itu Nabi, maka wanita-wanita dikira sebagai anak-anak baginda belaka. Lihat Ahzab: 6

النَّبِيُّ أَولىٰ بِالمُؤمِنينَ مِن أَنفُسِهِم ۖ وَأَزوٰجُهُ أُمَّهٰتُهُم
Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin daripada diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka.

Sekiranya isteri Nabi dianggap sebagai ibu, bukankah baginda sendiri juga dianggap sebagai bapa?

Atau memang yang dimaksudkan oleh Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ itu adalah baginda menawarkan anak-anaknya untuk dikahwini oleh mereka. Namun bukankah mereka itu tidak beriman? Sebenarnya syariat pada waktu itu masih lagi membenarkan orang beriman untuk mengahwini orang yang tidak beriman. Malah ketika awal Islam pun Nabi Muhammad ﷺ telah mengahwinkan anaknya kepada dua orang lelaki musyrik iaitu Utbah ibn Abi Lahab dan Abu Al-As ibn Al-Rabi’. Perkara ini dibenarkan sehinggalah turunnya ayat yang tidak membenarkan perkahwinan dengan orang musyrik.

Ini mengajar kita bahawa seorang pemimpin itu mestilah sanggup berkorban sebagaimana Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ menawarkan anak-anak perempuannya itu. Kaum itu mempunyai dua orang pemimpin yang utama maka dua orang anaknya ditawarkan kepada mereka supaya mereka itu dapat menyuruh kaum mereka berubah. Ini seperti seorang guru yang mengajar anak-anak muridnya untuk infaq maka dia sendiri kenalah infaq dahulu. Jangan pandai cakap saja tetapi diri sendiri tidak menggambarkannya.

Juga mengajar kita di dalam kita melarang manusia melakukan kemungkaran, maka hendaklah kita memberi alternatif kepada mereka. Sebab itu di dalam kita melarang manusia melakukan sesuatu maka kita hendaklah menggantikan dengan sesuatu yang mereka boleh lakukan. Jangan setakat larang sahaja tetapi tidak diajar apa yang patut dilakukan. Ini seperti alternatif yang Allah ‎ﷻ berikan di dalam Baqarah: 104

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا تَقُوْلُوْا رَاعِنَا وَقُوْلُوا انْظُرْنَا وَاسْمَعُوْا
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan: “raaina”, (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah: “unzurna”, dan dengarlah kamu

 

هُنَّ أَطهَرُ لَكُم

mereka lebih suci bagimu, 

Baginda berhujah sambil menunjuk kepada perempuan dalam kalangan mereka yang ramai itu – mereka yang wanita itu lebih suci untuk dijadikan sebagai pasangan berbanding dengan lelaki.

Sememangnya wanita dijadikan untuk lelaki memuaskan nafsu. Lelaki sepatutnya berhubungan kelamin dengan wanita bukannya dengan lelaki. Itulah kehendak Allah ‎ﷻ dan itulah fitrah manusia. Nikahilah wanita-wanita itu dengan cara yang baik dan jalani perhubungan baik dengan mereka.

 

فَاتَّقُوا اللَّهَ

maka bertaqwalah kepada Allah

Baginda mengingatkan mereka untuk bertaqwa. Taqwa adalah menjaga hukum. Allah ﷻ telah menghalalkan wanita bagi lelaki dan mengharamkan lelaki bagi lelaki. Maka jagalah hukum itu. Kena takutlah dengan Allah ﷻ dan jangan ikut nafsu serakah sahaja.

 

وَلا تُخزونِ في ضَيفي

dan janganlah kamu mencemarkan (nama)ku terhadap tetamuku ini.

Baginda merayu mereka supaya jangan malukan baginda di hadapan tetamu baginda. Janganlah buat tidak patut kepada mereka. Mereka itu tetamu dan sepatutnya tetamu itu dihormati, bukan disakiti dan diganggu.

 

أَلَيسَ مِنكُم رَجُلٌ رَّشيدٌ

Tidak adakah di antaramu seorang yang berakal?”

Akhir sekali baginda tanya mereka: tidak adakah dalam kalangan kamu yang jenis cerdik pandai? Tidak adakah yang boleh guna akal sedikit? Tidakkah mereka mahu kembali ke jalan Allah ﷻ? Pintu taubat masih terbuka. Allah ﷻ berfirman dalam Tahreem: 8

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا توبوا إِلَى اللَّهِ تَوبَةً نَّصوحًا عَسىٰ رَبُّكُم أَن يُكَفِّرَ عَنكُم سَيِّئَاتِكُم وَيُدخِلَكُم جَنّٰتٍ تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ يَومَ لا يُخزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذينَ ءآمَنوا مَعَهُ
Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang mukmin yang bersama dia;


 

Hud Ayat 79: Ini adalah balasan daripada kaum lelaki itu.

قالوا لَقَد عَلِمتَ ما لَنا في بَناتِكَ مِن حَقٍّ وَإِنَّكَ لَتَعلَمُ ما نُريدُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “You have already known that we have not concerning your daughters [i.e., women] any claim [i.e., desire], and indeed, you know what we want.”

(MALAY)

Mereka menjawab: “Sesungguhnya kamu telah tahu bahawa kami tidak mempunyai keinginan terhadap puteri-puterimu; dan sesungguhnya kamu tentu mengetahui apa yang sebenarnya kami kehendaki”.

 

قالوا لَقَد عَلِمتَ ما لَنا في بَناتِكَ مِن حَقٍّ

Mereka menjawab: “Sesungguhnya kamu telah tahu bahwa kami tidak mempunyai keinginan terhadap puteri-puterimu; 

Mereka mengingatkan Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ yang mereka dari dulu tidak suka kepada perempuan. Kalimah حَقٍّ di sini bermaksud keperluan dan hajat. Mereka tidak berhajat, tidak ada selera dengan kaum wanita. Ini masalahnya apabila keadaan sudah terlambat. Susah untuk dikawal apabila nafsu telah menguasai. Maka kerana itu kita hendaklah menjaga anak-anak kita dari awal lagi. Rasulullah ﷺ telah menekankan adab-adab yang perlu dijaga semenjak dari kecil lagi seperti telah disebut dalam sebuah hadith,

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ وَلَا الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ وَلَا يُفْضِي الرَّجُلُ إِلَى الرَّجُلِ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ وَلَا تُفْضِي الْمَرْأَةُ إِلَى الْمَرْأَةِ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ
Daripada [Abdurrahman bin Abi Sa’id al-Khudri رَضِيَ الله عَنْهُ] daripada [bapanya] bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Tidaklah (boleh) seorang laki-laki melihat aurat laki-laki lain, dan perempuan melihat aurat perempuan lain, dan tidaklah (boleh) seorang laki-laki bersama dengan laki-laki lain dalam satu selimut. Dan tidaklah (boleh) seorang wanita bersama dengan wanita lain dalam satu selimut.”
(Sahih Muslim (512))

Dari sini kita belajar supaya anak-anak itu jangan berkongsi selimut kerana kita tidak tahu apa yang berlaku di bawah selimut itu. Mungkin kita sangka tidak ada masalah jikalau anak-anak yang sama jantina tidur dibawa satu selimut, akan tetapi Rasulullah ﷺ telah melarang perkara ini.

Kalau ada desakan-desakan daripada emosi atau daripada syaitan untuk melakukan perkara yang terlarang, maka kita jangan ikut. Jangan jadikan nafsu sebagai pemandu kehidupan kita. Allah ﷻ telah berfirman di dalam Jathiya: 23

أَفَرَءيتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلٰهَهُ هَوىٰهُ
bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya

 

وَإِنَّكَ لَتَعلَمُ ما نُريدُ

dan sesungguhnya kamu tentu mengetahui apa yang sebenarnya kami kehendaki”.

Mereka tidak mahu cakap banyak. Mereka kata Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ pun sudah tahu apa yang mereka inginkan, maka serahlah sahaja. Keluarkanlah lelaki-lelaki itu! Kata mereka dengan lancang sekali. Perkataan selancang itu, sanggahan yang sudah sampai sekasar itu timbul daripada mereka kerana mereka berasa gagah, dan mereka memandang Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ seorang yang lemah. Meskipun bagaimana benarnya yang baginda katakan, namun hidupnya tidak ada yang menyokong.

Ada hujah daripada Kaum Homoseksual negara kita. Mereka pun rupanya membaca Al-Qur’an juga. Akan tetapi mereka tafsir ikut nafsu mereka sahaja. Mereka kata, yang Allah ﷻ larang adalah jika memaksa lelaki diberikan kepada mereka seperti dalam ayat ini. Mereka berhujah, sekiranya suka sama suka seperti golongan homoseksual sekarang, tidak salah. Ini adalah hujah yang karut sekali dengan hanya melalui membaca satu ayat sahaja. Mereka tidak lihatkah ayat-ayat lain yang menunjukkan keharaman berhubungan sejenis (homoseksual)? Juga amat banyak hadith-hadith dan juga amalan golongan salaf yang menghukum golongan kunyit ini dengan keras?!


 

Hud Ayat 80:

قالَ لَو أَنَّ لي بِكُم قُوَّةً أَو ءآوي إِلىٰ رُكنٍ شَديدٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He said, “If only I had against you some power or could take refuge in a strong support.”

(MALAY)

Luth berkata: “Seandainya aku ada mempunyai kekuatan (untuk menolakmu) atau kalau aku dapat berlindung kepada keluarga yang kuat (tentu aku lakukan)”.

 

قالَ لَو أَنَّ لي بِكُم قُوَّةً

Luth berkata: “Seandainya aku ada mempunyai kekuatan

Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ mengeluh: kalaulah baginda ada kekuatan untuk melawan mereka, menahan kehendak mereka, nescaya baginda akan lawan mereka. Ini menunjukkan bahawa Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ dalam keadaan lemah jika dibandingkan dengan mereka.

Baginda bukanlah dalam kalangan keluarga yang ada kedudukan. Malah baginda adalah pendatang kerana asal baginda bukan dari daerah itu. Kerana itulah di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan melalui jalur Muhammad ibnu Amr ibnu Alqamah, daripada Abu Salamah, daripada Abu Hurairah رَضِيَ الله عَنْهُ disebutkan bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda:

“رَحْمَةُ اللَّهِ عَلَى لُوطٍ، لَقَدْ كَانَ يَأْوِي إِلَى رُكْنٍ شَدِيدٍ -يَعْنِي: اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ -فَمَا بَعَثَ اللَّهُ بَعْدَهُ مِنْ نَبِيٍّ إِلَّا فِي ثَرْوَةٍ مِنْ قَوْمِهِ”
Rahmat Allah ‎ﷻ terlimpahkan kepada Lut, sesungguhnya dia telah berlindung di bawah naungan tiang yang kuat, yakni Allah عَزَّ وَجَلَّ. Maka tidak sekali-kali Allah ﷻ mengutus seorang nabi sesudahnya, melainkan berasal dalam kalangan terhormat kaumnya.
(Jami’ Tirmidzi No. 3116)
Status: Hasan

Maknanya selepas Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ, para Nabi yang dibangkitkan adalah dalam kalangan mereka yang ada kedudukan dalam masyarakat. Sampaikan umat tidak boleh berbuat sesuka hati dengan mereka. Lihatlah Nabi Muhammad ﷺ daripada bangsa Quraish yang daripada keturunan pemimpin kaum. Bani Hashim telah menaungi baginda sampaikan Bani Hashim termasuk di dalam mereka yang dipulaukan oleh penduduk Mekah selama 3 tahun. Baginda dinaungi oleh bapa saudaranya Abu Thalib hinggakan Musyrikin Mekah yang menentang baginda tidak boleh membuat sewenang-wenangnya terhadap baginda. Apabila Abu Thalib telah tiada, baginda mula diserang terang terangan, kemudian baginda telah berhijrah ke Madinah dan mendapat naungan daripada puak Aus dan Khazraj.

 

أَو ءآوي إِلىٰ رُكنٍ شَديدٍ

atau kalau aku dapat berlindung kepada keluarga yang kuat

Baginda sambung: “atau sekiranya aku ada penyokong, aku akan tangkap kamu.” Kalimah آوي bermaksud melarikan diri untuk menyelamatkan diri daripada mereka. Ia boleh bermaksud baginda berharap kalau ada tugu yang kuat untuk baginda berlindung, maka baginda akan lari ke arah tugu itu. Ini adalah kerana kalimah رُكنٍ bermaksud mana-mana bahagian kota yang kuat.

Atau, ia juga boleh bermaksud keluarga yang kuat yang boleh melindungi baginda. Sebagai contoh ada puak yang boleh memberikan perlindungan kepada baginda. Akan tetapi tidak ada yang akan melakukan begitu kepada baginda kerana hampir kesemua kaumnya itu menentang baginda, terutama sekali mereka yang ada kedudukan.


 

PARA MALAIKAT MENENANGKAN NABI LUTH عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ

Hud Ayat 81: Sekarang baru timbul kata-kata malaikat itu.

قالوا يٰلوطُ إِنّا رُسُلُ رَبِّكَ لَن يَصِلوا إِلَيكَ ۖ فَأَسرِ بِأَهلِكَ بِقِطعٍ مِّنَ اللَّيلِ وَلا يَلتَفِت مِنكُم أَحَدٌ إِلَّا امرَأَتَكَ ۖ إِنَّهُ مُصيبُها ما أَصابَهُم ۚ إِنَّ مَوعِدَهُمُ الصُّبحُ ۚ أَلَيسَ الصُّبحُ بِقَريبٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They [the angels] said, “O Lot, indeed we are messengers of your Lord; [therefore], they will never reach you. So set out with your family during a portion of the night¹ and let not any among you look back – except your wife; indeed, she will be struck by that which strikes them. Indeed, their appointment is [for] the morning. Is not the morning near?”

  • i.e., sometime before dawn.

(MALAY)

Para utusan (malaikat) berkata: “Hai Luth, sesungguhnya kami adalah utusan-utusan Tuhanmu, sekali-kali mereka tidak akan dapat mengganggu kamu, sebab itu pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut-pengikut kamu di akhir malam dan janganlah ada seorangpun di antara kamu yang melihat ke belakang, kecuali isterimu. Sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang menimpa mereka kerana sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka ialah di waktu subuh; bukankah subuh itu sudah dekat?”.

 

قالوا يٰلوطُ إِنّا رُسُلُ رَبِّكَ

Para utusan (malaikat) berkata: “Hai Luth, sesungguhnya kami adalah utusan-utusan Tuhanmu,

Sekarang barulah para malaikat itu bersuara memberitahu kepada Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ yang mereka itu sebenarnya adalah malaikat utusan Allah ﷻ.

 

لَن يَصِلوا إِلَيكَ

sekali-kali mereka tidak akan dapat sampai kepadamu,

Oleh kerana itu, jangan takut kepada kaumnya itu. Mereka tidak akan sampai dapat membahayakan baginda kerana para malaikat sedang ada bersama baginda dan pengikut baginda. Maka janganlah risau lagi.

 

فَأَسرِ بِأَهلِكَ بِقِطعٍ مِّنَ اللَّيلِ

sebab itu pergilah dengan membawa keluargamu dari sebahagian malam

Malaikat menyuruh baginda membawa ahli keluarga baginda yang beriman pada malam hari. Kalimah أَسرِ bermaksud ‘berjalan waktu malam’. Ahli keluarga yang dimaksudkan adalah anak-anak perempuan baginda. Ini adalah kerana baginda tidak ada pengikut lain, hanya keluarga baginda sahaja. Ini seperti disebut dalam Dzariyaat: 35-36

فَأَخرَجنا مَن كانَ فيها مِنَ المُؤمِنينَ
Lalu Kami keluarkan orang-orang yang beriman yang berada di negeri kaum Luth itu.

فَما وَجَدنا فيها غَيرَ بَيتٍ مِّنَ المُسلِمينَ
Dan Kami tidak mendapati negeri itu, kecuali sebuah rumah daripada orang yang berserah diri.

Menarik di dalam ayat ini kerana di ayat yang pertama digunakan kalimah المُؤمِنينَ tetapi di dalam ayat kedua, disebut المُسلِمينَ pula. Ini adalah kerana di dalam rumah Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ itu memang semua المُسلِمينَ kerana isterinya juga menunjukkan dirinya sebagai seorang Muslim. Akan tetapi dia tidak akan selamat kerana dia tidak sebahagian daripada المُؤمِنينَ.

Di sini tidak disebut bahagian malam yang mana. Akan tetapi disebut di dalam ayat lain yang azab itu akan turun waktu subuh, maka mereka kena bergerak sebelum subuh datang.  Lihat Hijr: 73

فَأَخَذَتهُمُ الصَّيحَةُ مُشرِقينَ
Maka mereka dibinasakan oleh suara keras yang mengguntur, ketika matahari akan terbit.

Baginda disuruh untuk menyelamatkan diri di hujung malam tetapi mestilah cepat keluar. Kalimat بِقِطعٍ مِنَ اللَّيلِ bermaksud ‘sebahagian daripada malam’ dan mereka cuma ada waktu itu sahaja lagi kerana waktu itu sudah lewat. Mereka tidak ada sepanjang malam untuk melarikan diri mereka sebelum azab diturunkan. Bagaimana pula dengan kaum mereka yang tadinya mengerumuni Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ dan para malaikat itu? Mereka telah dihilangkan pandangan mata mereka seperti disebut dalam Qamar: 37

وَلَقَد رٰوَدوهُ عَن ضَيفِهِ فَطَمَسنا أَعيُنَهُم فَذوقوا عَذابي وَنُذُرِ
Dan demi sesungguhnya! Mereka telah memujuk Nabi Luth mengenai tetamunya, lalu Kami hapuskan biji mata mereka, serta (dikatakan kepada mereka): Rasalah azab-Ku dan kesan amaran-amaran-Ku!

 

وَلا يَلتَفِت مِنكُم أَحَدٌ

dan janganlah ada seorang pun di antara kamu yang melihat ke belakang,

‘Jangan pandang belakang’. Mereka dinasihatkan supaya jangan menoleh, jangan berpaling ke belakang. Ini adalah kerana bimbang nanti ada sifat kesian belas kepada mereka yang akan ditimpa azab.

Ataupun, kalau kamu lihat apa yang terjadi kepada kaum mereka yang degil itu, mereka akan terganggu seumur hidup. Mungkin akan trauma terbayang sahaja azab yang amat teruk itu.

 

إِلَّا امرَأَتَكَ

kecuali isterimu. 

Bawa semua ahli keluarga baginda kecuali isteri baginda sendiri. Maknanya dekat waktu subuh nanti kejutkan kesemua ahli keluarga, tetapi jangan dikejutkan isterinya itu, biar sahaja dia tidur kerana dia tidak beriman dan bersekongkol dengan peliwat-peliwat itu. Dialah yang telah khianat memberitahu mereka yang ada tetamu lelaki tampan di rumahnya.

Atau, satu lagi tafsir, bawa juga ahli keluarga itu meninggalkan tempat itu. Akan tetapi isterinya itu nanti tidak ikut arahan. Dia akan tetap menoleh juga walaupun telah dilarang. Ini sudah diberi peringatan lebih dahulu oleh para malaikat itu kepada Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ, yang isterinya sendiri tidak akan mematuhi peringatan itu, dia akan menoleh juga ke belakang, sebab hati isterinya itu adalah bersama orang yang akan dikenakan azab itu, kerana dia sebenarnya adalah seorang kafir, tidak percaya kepada risalah suaminya. Oleh kerana dia menoleh ke belakang, maka ada tembakan batu dari langit yang mengenai kepadanya dan dia pun mati sekali.

 

إِنَّهُ مُصيبُها ما أَصابَهُم

sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka ialah di waktu subuh; 

Azab yang akan dikenakan kepada mereka akan dikenakan pada waktu subuh keesokkan paginya. Maka kerana itu mereka mesti bergerak dengan segera.

 

أَلَيسَ الصُّبحُ بِقَريبٍ

bukankah subuh itu sudah dekat?”.

Bukankah subuh sudah dekat? Waktu malaikat memberitahu apa yang akan terjadi, sudah dekat waktu subuh. Masa untuk mereka melarikan diri sudah terlalu hampir. Jangan berlengah lagi dan tidak perlu dibawa banyak barang pula kerana mesti bergerak dengan kadar segera.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 23 Ogos 2023

Ringkasan Surah Hud


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Ustaz Solahuddin

Tafsir Al-Azhar Prof. HAMKA

Maariful Qur’an

Ustaz Abdul Muien

Tafsir Surah Burooj Ayat 12 – 22 (Qalqalah)

Ayat 12: Ayat 12 – 16 adalah Perenggan Makro Kedua. Allah ﷻ memberitahu yang hukum Allah ﷻ memang keras. Namun berlindunglah dengan SifatNya yang Wadud dan Ghofur.

Ada iltifad dalam ayat ini. Iltifad adalah perubahan. Iaitu dalam menyebut tentang sesuatu kisah, tiba-tiba ayat Al-Qur’an bertukar arah menyebut tentang perkara lain pula. Kenapa dalam Al-Qur’an ada banyak iltifad?

Ini adalah salah satu dari keindahan tema yang digunakan dalam Al-Qur’an supaya ianya lebih segar penceritaan di dalamnya. Bayangkan dalam kelas ada guru dan ada beberapa kumpulan anak murid dalam kelas itu. Ada pelajar yang bagus dan ada pelajar yang tidak bagus. Dalam masa yang sama dalam kelas itu juga ada pembantu guru itu.

Kadang-kadang guru bercakap kepada kumpulan A yang bagus dengan memujinya, kadang-kadang guru itu bercakap kepada kumpulan B yang buruk pencapaian mereka. Dan kadang-kadang guru itu bercakap dengan pembantu dia tentang pelajar-pelajar yang berbagai jenis itu. Jadi apabila iltifad berlaku, Allah ﷻ berubah untuk bercakap kepada kumpulan yang lain pula.

‘Pelajar yang baik’ dalam contoh di atas adalah orang mukmin, dan ‘pelajar yang buruk’ adalah mereka yang kafir. Dan ‘pembantu guru’ itu adalah Nabi ﷺ. Sekarang Allah ﷻ melakukan iltifad dengan bercakap kepada Nabi Muhammad ﷺ pula.

إِنَّ بَطشَ رَبِّكَ لَشَديدٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, the assault [i.e., vengeance] of your Lord is severe.

(MALAY)

Sesungguhnya azab Tuhanmu benar-benar keras.

 

Kalimah بَطشَ adalah apabila kita pegang seseorang dengan kuat sampai dia tidak boleh lepas dari pegangan kita. Dan dia tidak boleh lepaskan diri kerana kita lebih kuat dari dia.

Allah ﷻ hendak memberitahu Nabi ﷺ bahawa sesungguhnya genggaman Allah ﷻ sangatlah hebat. Dan kalau Allah ﷻ yang genggam tidak boleh lepas lagi. Allah ﷻ hendak beritahu Nabi ﷺ bahawa nanti Allah ﷻ akan pegang orang kafir sampai mereka tidak dapat lepaskan diri mereka dari azabNya.

Akan tetapi, cuba kita fikirkan waktu surah ini diturunkan, siapa yang kuat? Tentulah semasa ayat ini diturunkan, orang kafir yang lebih kuat dari Muslim. Dan waktu itu mereka sedang menindas dan menggenggam orang Muslim dengan kejam sekali. Allah ﷻ hendak memberitahu Nabi ﷺ dan orang mukmin, walaupun orang kafir ada juga menggenggam mukmin termasuk mereka menyusahkan Nabi Muhammad ﷺ sendiri, tetapi genggaman mereka itu tidaklah dapat dibandingkan dengan genggaman Allah ﷻ.

Nanti bila sampai masanya, mereka pula yang akan dikalahkan. Orang mukmin hanya kena tunggu sahaja dan yakin dengan Allah ﷻ. Sekarang, Allah ﷻ lihat sahaja dulu apa yang mereka sedang lakukan dan Allah ﷻ akan balas segala perbuatan jahat mereka itu nanti.


 

Ayat 13:

إِنَّهُ هُوَ يُبدِئُ وَيُعيدُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, it is He who originates [creation] and repeats.

(MALAY)

Sesungguhnya Dialah Yang menciptakan (makhluk) dari permulaan dan menghidupkannya (kembali).

 

Kita boleh lihat ada penekanan ‘Dia’ sampai tiga kali dalam ayat ini. Semuanya merujuk kepada Allah.  إِنَّهُ (sesungguhnya Dia), هُوَ (Dia) dan ada kalimah Dia yang tersembunyi dalam يُبدِئُ.

Maksudnya, Allah ﷻ hendak menekankan sampai tiga kali yang Dialah yang menciptakan manusia pada awalnya dan Dia yang akan mengulang penciptaan mereka kembali. Orang yang membunuh mukmin dalam asbabun nuzul surah ini mungkin menyangka yang orang-orang mukmin itu mati namun hakikatnya mereka semua akan dibangkitkan di alam akhirat nanti.

Mereka yang menyeksa orang mukmin itu tidak mati begitu sahaja, tetapi mereka akan dibangkitkan kembali (يُعيدُ) untuk menerima balasan dari perbuatan mereka. Jadi jangan mereka sangka mereka akan terlepas.

Ini adalah peringatan kepada Musyrikin Mekah dan kepada orang-orang kafir yang sedang menindas umat Islam, jaga-jagalah kamu nanti. Kamu sangka kamu hidup dan kamu mati begitu sahaja? Kamu ingat kamu dihidupkan sekali sahaja? Alangkah salahnya sangkaan kamu itu!

Jadi, kalau ada yang kata, kenapalah Tuhan tidak buat apa-apa sampai membenarkan ada orang yang dizalimi begitu teruk sekali? Maka ingatlah bahawa Allah ﷻ akan balas segala kesalahan manusia itu dan mereka akan diadili dengan adil dan kalau mereka zalim, mereka akan menerima balasan atas kezaliman mereka itu.

Kehidupan ini bukan di dunia sahaja, tetapi akan ada kehidupan di akhirat kelak. Kalau susah sementara di dunia, kena zalim, kena bunuh dan sebagainya, itu hanyalah sebagai ujian sahaja; kalau beriman, mereka akan mendapat kehidupan yang kekal abadi dalam kenikmatan yang tidak ada bandingan.

Dan mereka yang kafir, yang menindas dan membunuh umat Islam, mereka juga akan dibangkitkan dan akan dibalas dengan azab. Mereka akan diadili dengan adil dan akan mendapat balasan yang setimpal. Keadilan Allah ﷻ pasti akan ditegakkan.


 

Ayat 14: Sekarang ada iltifad lagi di mana Allah ﷻ bercakap kepada semua orang pula. Allah ﷻ menyebut tentang DiriNya pula.

وَهُوَ الغَفورُ الوَدودُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And He is the Forgiving, the Affectionate,

(MALAY)

Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Pencinta,

 

Dialah yang maha pengampun dan maha pencinta.

Allah ﷻ bersifat الغَفورُ. Oleh itu, walaupun orang kafir telah membunuh orang-orang mukmin itu, tetapi kalau mereka belum mati lagi, mereka boleh lagi minta ampun dan Allah ﷻ akan memberi ampun.

Allah ﷻ ingatkan kepada orang kafir yang sedang menzalimi orang Islam di Mekah, pintu taubat masih terbuka lagi untuk mereka. Cuma kena berhenti dari buat kezaliman dan perbaiki diri dan beriman, mesti Allah ﷻ akan ampunkan dosa mereka.

Mungkin ada yang berkata, kenapa ada kesusahan dan kenapa ada orang yang dizalimi dengan teruk sekali? Maka Allah ﷻ ingatkan kita dengan sifatNya yang Maha Pengampun ini. Segala kesusahan yang kita alami dalam dunia ini ada nilainya. Kalau kita bersabar atas kesusahan dan kezaliman itu, ia akan menjadi sebab untuk kita diampunkan dari dosa-dosa kita.

Sebagai contoh, kalau kita jatuh sakit dan kita bersabar dengan kesakitan itu, Allah ﷻ akan ampunkan dosa-dosa kita. Maka, kalau ada yang dizalimi dan nampak macam Allah ﷻ tidak buat apa-apa sahaja, ketahuilah bahawa mereka itu akan mendapat kebaikan yang amat banyak sekali kalau mereka dapat bersabar.

Kalimah الوَدودُ pula bermaksud Allah ﷻ juga amat mencintai dengan kuat. Walaupun surah ini cerita berkenaan mukmin diseksa dan dibunuh, tetapi Allah ﷻ mahu mengingatkan manusia bahawa Dia adalah amat penyayang dan amat mencintai hamba-hambaNya. Kerana kalau kita tidak sedar dan kenal Allah ﷻ, maka tentu kita akan rasa yang Allah ﷻ tidak sayang kita.

Jadi Allah ﷻ ingatkan kita yang Allah ﷻ amat sayang kepada hambaNya. Jangan salah sangka dengan Allah ﷻ, jangan sangka yang Allah ﷻ tidak sayang kita kerana segala kesusahan yang kita alami. Ada kebaikan dalam kesusahan dan kesakitan yang kita alami, cuma kita mungkin tidak perasan sahaja.


 

Ayat 15: Kalau kita perasan, surah ini stailnya banyak menggunakan lafaz ذُو kerana menceritakan tentang ‘kepunyaan’, ‘pemilikan’. Sekarang kita lihat bagaimana ada lagi lafaz ذُو digunakan.

ذُو العَرشِ المَجيدُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Honorable Owner of the Throne,

(MALAY)

yang mempunyai ‘Arsy, lagi Maha Mulia,

 

Dialah Allah ﷻ yang mempunyai Arash yang amat tinggi kemuliaannya. Dan Allah ﷻ itu lagi tinggi dari Arash itu, maka tiada lagi yang lebih mulia dari Allah ﷻ.

Lafaz al-majid ada dua qiraat mengenainya, ada yang membacanya rafa’ المَجيدُ kerana menganggapnya menjadi sifat dari Ar-Rabb (seperti dalam ayat ini); sedangkan bacaan lainnya ialah dalam bentuk jar المَجيدِ kerana menganggapnya menjadi sifat dari ‘Arasy.

Kedua-duanya dibenarkan. Maaf, ada tambahan dari segi i’rab pula, kepada mereka yang memahaminya.


 

Ayat 16: Kerana kedudukan Allah ﷻ itu, kita tidak boleh mempersoalkan apa yang Allah ﷻ buat. Kita kena terima dan redha sahaja.

فَعّالٌ لِّما يُريدُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Effecter of what He intends.

(MALAY)

Maha Kuasa berbuat apa yang dikehendaki-Nya.

 

Allah ﷻ yang berkuasa melakukan apa sahaja yang Dia mahu. Kita tidak boleh suruh dan paksa Allah ﷻ. Dialah sahaja yang menentukan. Yang kita boleh buat adalah kita boleh berdoa sahaja dan minta kepada Allah ﷻ, tetapi Allah ﷻ buat apa yang Dia hendak buat. Oleh itu kita kena ingat: makhluk minta kepada Allah ﷻ adalah wajib; tetapi sama ada Allah ﷻ hendak kabulkan permintaan itu atau tidak, itu harus sahaja.

Sebagai contoh, dalam ayat ini, orang kafir telah melakukan kezaliman kepada orang mukmin, tetapi Allah ﷻ buat keputusan untuk tidak buat apa-apa. Kita tidak boleh marah kalau Allah ﷻ buat keputusan begitu kerana Allah ﷻ berhak buat apa sahaja. Allah ﷻ cuma biarkan sahaja orang kafir buat apa yang mereka hendak tetapi nanti mereka akan dihukum di akhirat.

Kita kena terima apa sahaja yang Allah ﷻ kenakan kepada kita, sebagaimana yang diriwayatkan kepada kita dari Abu Bakar As-Siddiq رضي الله عنه ketika dikatakan kepadanya saat dia menjelang ajalnya, “Apakah tabib telah memeriksamu?” Abu Bakar menjawab, “Ya.” Mereka bertanya, ‘”Apakah yang dikatakan olehnya?” Abu Bakarرضي الله عنه menjawab, ”Dia berkata kepadaku ‘Sesungguhnya Aku Mahakuasa berbuat apa yang Kukehendaki’.”


 

Ayat 17: Sekarang iltifad kepada kisah yang lain pula. Ayat 17 – 18 adalah Perenggan Makro Ketiga. Ia adalah Dalil Tarikhi (sejarah) sebagai bukti adanya Hari Pembalasan.

هَل أَتٰكَ حَديثُ الجُنودِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Has there reached you the story of the soldiers –

(MALAY)

Sudahkah datang kepadamu berita tentang tentera-tentera,

 

Adakah sampai kepada kamu cerita tentang bala tentera? Maksudnya, tentang apakah yang terjadi kepada mereka? Ayat ini pendek dan menyebabkan kaum Arab Mekah tertanya-tanya, tentera apakah yang dimaksudkan? Ini menarik perhatian mereka untuk mendengar apa lagi yang hendak disampaikan.

Kalimah حَديثُ digunakan untuk perkara baru. Jadi ini adalah cerita yang baru ataupun cerita lama yang telah dilupakan. Kerana telah lama dilupakan, sampaikan bila disebut balik, ia seolah-olah perkara baru.

Kalimah الجُنودِ bermakna tentera yang profesional, yang dilatih dan kerja mereka memang tentera. Ini berbeza dengan جيش (jaish) di mana tentera itu adalah dari kalangan rakyat biasa. Seperti contohnya perang Badr, ahli Badr itu adalah golongan petani, peniaga dan orang biasa sahaja. Oleh itu, kalau disebut tentang جُنودِ, tentu mereka yang mendengarkan akan tertanya-tanya, tentera negara manakah yang dimaksudkan?


 

Ayat 18: Inilah tentera yang dimaksudkan; mereka juga menyeksa orang beriman.

فِرعَونَ وَثَمودَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Those of] Pharaoh and Thamūd?

(MALAY)

(iaitu kaum) Fir’aun dan (kaum) Tsamud?

 

Allah ﷻ menceritakan tentang tentera Firaun dan Kaum Tsamud yang memang mempunyai bala tentera dan tamadun yang tinggi. Mereka memang dikenali oleh ahli kitab dan kaum Musyrikin Mekah kerana mereka melalui tinggalan kaum Tsamud apabila mereka mengembara untuk berdagang dan mereka juga pernah mendengar kisah tentang Firaun. Kerana itulah Allah ﷻ menggunakan contoh Firaun dan Tsamud.

Tetapi kisah mereka tidak berapa jelas kerana telah lama ditinggal zaman. Jadi digunakan lafaz حَديثُ kerana walaupun ianya kisah lama, tetapi kerana telah lama dilupakan, maka ianya seolah-olah perkara baru sahaja kepada mereka yang baru mendengarnya.

Kedua-dua kaum besar itu telah dimusnahkan Allah ﷻ dengan azab semasa di dunia lagi. Tetapi siapakah kamu wahai bangsa Quraish Mekah kalau dibandingkan dengan mereka? Begitulah juga dikatakan terhadap sesiapa sahaja dari setiap zaman: siapa kamu? Kamu berlaku zalim kepada puak Muslim, apa kamu kuat sangatkah?

Yang lebih besar dari kamu pun Allah ﷻ sudah pernah musnahkan dengan mudah sahaja. Kamu tidak ada apa-apa, binaan tidak ada, tentera pun tidak ada, tetapi kamu berlagak besar sampai kamu sanggup hendak buat zalim kepada Nabi Muhammad ﷺ dan para sahabat baginda? Maka ambillah pengajaran dari sejarah yang telah berlalu itu, jangan kamu jadi seperti mereka pula.


 

Ayat 19: Ayat 19 – 22 adalah Perenggan Makro Keempat dan terakhir surah ini. Dalam perenggan ini Allah ﷻ suruh kita berimanlah kepada wahyuNya, Al-Qur’an yang mulia. Orang Mekah walaupun mereka tahu kisah silam, mereka tidak ambil pengajaran pun.

بَلِ الَّذينَ كَفَروا في تَكذيبٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But they who disbelieve are in [persistent] denial,

(MALAY)

Sesungguhnya orang-orang kafir selalu mendustakan,

 

Kaum musyrikin itu sebenarnya sentiasa di dalam keadaan mendustakan kebenaran. Mereka telah tenggelam dalam sifat itu kerana teruk sangat. Setelah diberikan dengan segala dalil dan hujah, tetapi mereka tidak mahu terima juga.

Bukanlah kerana Nabi ﷺ salah dakwah atau hujah tidak kuat, tetapi kerana mereka telah tenggelam dalam sifat mereka yang buruk itu. Buat apa pun tidak jadi juga. Jadi jangan salahkah diri kamu wahai Nabi dan para sahabat. Ramai manusia zaman sekarang pun begitu juga, tetap degil dalam kesesatan. Maka ini biasa sahaja kalau kita berjumpa dengan orang sebegitu.


 

Ayat 20: Yang pasti, mereka tidak akan terlepas.

وَاللَّهُ مِن وَرائِهِم مُّحيطٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

While Allāh encompasses them from behind.¹

  • See footnote to 2:19.

(MALAY)

padahal Allah mengepung mereka dari belakang mereka.

 

Allah ﷻ mengepung, melingkungi mereka dari belakang. Juga bermaksud dari depan dan dari tepi – maksudnya sekeliling mereka. Kerana digunakan lafaz مُحيطٌ, maka itu bermaksud sekeliling mereka. Mereka tidak ada tempat hendak lari lagi. Ini adalah ancaman kepada mereka.


 

Ayat 21: Apa yang mereka dustakan?

بَل هُوَ قُرءآنٌ مَّجيدٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But this is an honored Qur’ān

(MALAY)

Bahkan yang didustakan mereka itu ialah Al-Qur’an yang mulia,

 

Yang mereka dustakan adalah wahyu Al-Qur’an. Sesungguhnya Al-Qur’an yang mereka dustakan itu adalah amat mulia. Jangan kita sangka atau berfahaman bahawa Al-Qur’an tidak boleh dijadikan sebagai alat dakwah. Tidak ada salah dengan Al-Qur’an itu tetapi mereka yang telah tenggelam dalam kedustaan mereka sahaja yang tidak dapat terima. Dan kalau mereka tidak terima pun, Al-Qur’an itu tetap mulia, ianya tetap tinggi.

Ingatlah yang Al-Qur’an itu sudah cukup untuk dijadikan sebagai sumber dakwah kita. Ingatlah yang dakwah yang digunakan oleh Nabi Muhammad ﷺ adalah Al-Qur’an. Tetapi orang kita banyak yang tidak faham Al-Qur’an dan gunakan macam-macam cara lain untuk berdakwah kepada manusia – guna lagu, guna sajak, guna lawak jenaka dan sebagainya. Tetapi ayat-ayat Al-Qur’an jarang digunakan.

Maka hendaklah kita kembali berdakwah dengan menggunakan Al-Qur’an seperti yang dilakukan oleh Nabi ﷺ dan juga para sahabat baginda. Al-Qur’an tidak pernah lekang dari mereka dan begitu juga kita, kena merapatkan diri lagi dengan Al-Qur’an. Oleh itu kena belajar tafsir. Tidakkah kita mahu kenal Al-Qur’an yang mulia ini?


 

Ayat 22: Lagi satu sifat Al-Qur’an.

في لَوحٍ مَّحفوظٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Inscribed] in a Preserved Slate.

(MALAY)

yang (tersimpan) dalam Lauh Mahfuzh.

 

Al-Qur’an itu terpelihara, dipelihara oleh Allah ﷻ. Maksudnya, Al-Qur’an itu di kalangan para malaikat terpelihara dari segala bentuk pengurangan, penambahan, perubahan, dan penyimpangan. Oleh itu ia tidak akan ada apa-apa kesalahan di dalamnya. Allah ﷻ telah berjanji yang Dia sendiri akan menjaga Al-Qur’an. Maka jangan kita ada rasa sangsi langsung dengan Al-Qur’an ini.

Surah ini berkenaan dengan ummat mukmin dahulu kala yang diseksa. Dan kerana mereka ada yang terseksa dan ada yang mati kerana iman mereka, nampak seperti mereka tidak terjaga. Tetapi Allah ﷻ sebut yang Dia memelihara Al-Qur’an pula.

Oleh itu, ini memberi isyarat, Al-Qur’an memberi kekuatan kepada orang mukmin yang diseksa. Al-Qur’an memberi harapan kepada mereka yang menjalankan dakwah. Selama mereka berpegang dengan Al-Qur’an, usaha dakwah mereka akan berjaya.

Musuh boleh merosakkan fizikal pendakwah, seksa, tangkap dan masukkan dalam penjara, malah bunuh mereka, tetapi mereka tidak dapat hendak merosakkan Al-Qur’an. Jadi kita kena dapatkan kekuatan dengan Al-Qur’an. Untuk itu, kena belajar dan kena tadabbur setiap hari.

 

Penutup:

Surah ini dimulakan dengan orang-orang beriman ditindas, diseksa malah dibunuh. Dan di hujung surah ini orang beriman diajar bahawa kita boleh mendapat kekuatan dan ketenangan fikiran dengan Al-Qur’an.

Nota: Sedikit refleksi tentang keindahan Al-Qur’an dalam bentuk tajwid. Kalau anda lihat semula ayat-ayat surah ini, semua ayat dalam surah ini diakhiri dengan Qalqalah kecuali ayat terakhir. Ini adalah salah satu keindahan Al-Qur’an dalam surah ini. Apabila surah ini berakhir, maka barulah penghujung dengan qalqalah itu berakhir. Allah ﷻ susun surah ini dengan begitu indah sekali.

Semoga kita nampak sikit-sikit perkara ini dan meluangkan baki nyawa kita untuk terus mengkajinya. Penulisan ini bukanlah tempat terakhir yang ada segala maklumat tentang Al-Qur’an, tetapi diharap ia menjadi pemangkin untuk anda jadi tertarik dengan Al-Qur’an dan berminat untuk mendalaminya sendiri.

Allahu a’lam. Sambung ke surah yang seterusnya, Surah at-Tariq.

Kemaskini: 30 September 2019


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah Hud Ayat 73 – 77 (Kisah Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ)

Hud Ayat 73: Ini adalah jawapan daripada para malaikat yang telah menyampaikan berita gembira itu apabila Sarah bagaikan tidak percaya yang beliau akan mengandung.

قالوا أَتَعجَبِينَ مِن أَمرِ اللَّهِ ۖ رَحمَتُ اللَّهِ وَبَرَكٰتُهُ عَلَيكُم أَهلَ البَيتِ ۚ إِنَّهُ حَميدٌ مَّجيدٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “Are you amazed at the decree of Allāh? May the mercy of Allāh and His blessings be upon you, people of the house. Indeed, He is Praiseworthy and Honorable.”

(MALAY)

Para malaikat itu berkata: “Apakah kamu merasa hairan tentang ketetapan Allah? (Itu adalah) rahmat Allah dan keberkatan-Nya, dicurahkan atas kamu, hai ahlulbait! Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah”.

 

قالوا أَتَعجَبينَ مِن أَمرِ اللَّهِ

Para malaikat itu berkata: “Apakah kamu merasa hairan tentang ketetapan Allah?

Malaikat bertanya kembali: apakah kamu rasa hairan dengan Qudrat Allah ﷻ? Qudrat Allah ﷻ tidak tertakluk kepada hukum alam biasa. Allah ﷻ boleh melakukan apa sahaja yang Allah ﷻ mahu. Urusan Allah ﷻ boleh sahaja melampaui adat biasa. Walaupun sudah tua atau mandul, Allah ﷻ tetap boleh menjadikan beliau mengandung.

Malaikat-malaikat utusan itu menyatakan kepada Sarah bahawa tidaklah layak memandang ajaib apa yang telah ditentukan oleh Allah ﷻ sebab jika kita merenungkan dengan penuh keimanan, semua perbuatan Allah ﷻ itu adalah ajaib belaka. Oleh itu terimalah ketentuan Allah ﷻ itu dengan rasa penuh syukur dan terima- kasih, tidak usah merasa ajaib.

 

رَحمَتُ اللَّهِ وَبَرَكٰتُهُ عَلَيكُم أَهلَ البَيتِ

rahmat Allah dan keberkatan-Nya, dicurahkan atas kamu, hai ahlulbait! 

Kalimat ini adalah dalam bentuk doa yang disebut oleh para malaikat itu. Ini kerana kita makhluk Allah ﷻ memerlukan rahmat daripada Allah ﷻ dan juga mengharapkan keberkatan di dalam segala perkara. Berkat maksudnya sesuatu yang baik dan bertambah-tambah, semakin bertambah dari masa ke semasa.

Semua yang diberikan kepada makhluk-Nya adalah sebagai Rahmat daripada-Nya. Sekiranya Allah ﷻ mahu beri, tidak ada sesiapa yang dapat menghalangnya. Ucapan salam diberikan ketika mereka mulai masuk ke rumah itu ketika hendak membawa berita gembira, sekarang setelah mereka terangkan isi berita gembira itu, salam yang tadi mereka beri disempurnakan lagi dengan iringan doa pengharapan kepada Tuhan, moga-moga seisi rumah Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ dilimpahi rahmat, kasih-sayang dan berkat, ertinya membawa ketenteraman dan bahagia.

Sememangnya Allah ﷻ telah memberi rahmat yang banyak kepada keluarga Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ. Selain itu keberkatan juga diberikan kepada mereka di mana anak cucu Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ menjadi para Nabi dan Rasul yang banyak dari jalur Nabi Ishak عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ dan Nabi Ismail عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ.

Lihatlah bagaimana penggunaan lafaz ‘ahlul bait’ (ahli rumah) yang digunakan dalam ayat ini. Ahlul bait itu merujuk kepada isteri Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ. Oleh itu, ‘ahlil bait’ bukan merujuk kepada anak cucu sahaja seperti yang dikatakan oleh puak Syiah. Mereka mendakwa anak cucu Nabi Muhammad ﷺlah ahlil bait seperti Fatimah, Hasan, Husain dan sebagainya. Mereka menolak para isteri baginda dengan mengatakan isteri-isteri Nabi Muhammad ﷺ seperti Aisyah dan Habsah itu bukan ahlil bait. Itu adalah pandangan yang sempit sedangkan ‘ahlul bait’ dalam Al-Qur’an merujuk kepada isteri. Termasuk juga anak dan anak cucu di masa hadapan.

 

إِنَّهُ حَميدٌ مَّجيدٌ

Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Agung”.

Allah ﷻ sebut dua sifat-Nya di sini. حَميدٌ bermaksud ‘Terpuji’ dan juga ‘yang memuji’. Allah ﷻ terpuji kerana Dia telah memberikan segala rahmat kepada makhluk-Nya. Di dalam masa yang sama, Allah ﷻ juga ada memuji makhluk-Nya yang telah melakukan kebaikan. Sebagai contoh, Allah ﷻ ada memuji Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ, Nabi Muhammad ﷺ dan lain-lain.

Maksud مَجيدٌ adalah keagungan yang dimiliki oleh Allah ﷻ. Antara keagungan yang ada pada Allah ﷻ adalah sifat-Nya yang pemurah. Allah ﷻ boleh beri apa sahaja kepada makhluk yang dikehendaki dengan segala rahmat, kerana Dia Amat Pemurah sekali. Kurnia-Nya itu tidak ada batasnya. Kalimah مَجيدٌ juga bermaksud memberi tanpa diminta. Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ dan isterinya tidak meminta pun anak kerana mereka tidak sangka yang mereka mampu lagi mendapat anak di usia sebegitu. Bayangkan nikmat yang diberikan kepada Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ. Seorang tua yang berusia 85 tahun telah berbini muda, dan diberikan oleh-Nya putera pertama (Nabi Ismail عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ). Kemudian setelah usianya mencecah 100 tahun baginda dikurniakan sesuatu yang lebih hebat lagi, iaitu isteri tua berusia 80 tahun mampu mengandung dan bakal melahirkan seorang lagi putera. Lihatlah kepada diri kita sendiri pun yang telah memperolehi sebegitu banyak nikmat yang tidak terlintas pun boleh dapat, tidak pernah kita minta, tetapi telah diberikan secara percuma oleh Allah ﷻ, bukan?

Maka melalui rumahtangga Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ yang bahagia yang telah mendapat rahmat dan berkat itulah terhasilnya dua suku bangsa besar, iaitu Bani Ismail daripada keturunan Nabi Ismail عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ yang terkenal dengan gelaran bangsa Arab, dan Bani Israil daripada keturunan Nabi Ishak عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ. Rahmat dan berkat ini berkembang terus, kerana daripada dua keturunan inilah datangnya beribu Nabi-nabi dan Rasul, dan Rasul Penutup iaitu Nabi Muhammad ﷺ daripada keturunan Nabi Ismail عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ.

Kita kaum Muslimin disuruh terus menerus mengingati rahmat dan berkat yang dianugerahkan Allah ﷻ kepada Ahlul Bait Ibrahim yang bahagia ini pada setiap penutup sembahyang kita, dengan mengucapkan salawat dan berkat ke atas Nabi Muhammad ﷺ dan kaum keluarganya sebagaimana yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ dan kaum keluarganya.


 

NABI IBRAHIM عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ MERAYU BAGI PIHAK KAUM NABI LUTH عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ

Hud Ayat 74: Habis kisah tentang anak Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ, sekarang masuk kepada kisah Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ pula.

فَلَمّا ذَهَبَ عَن إِبرٰهيمَ الرَّوعُ وَجاءَتهُ البُشرىٰ يُجٰدِلُنا في قَومِ لوطٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when the fright had left Abraham and the good tidings had reached him, he began to argue [i.e., plead] with Us¹ concerning the people of Lot.

  • i.e., with Our angels.

(MALAY)

Maka tatkala rasa takut hilang dari Ibrahim dan berita gembira telah datang kepadanya, dia pun bersoal jawab dengan (malaikat-malaikat) Kami tentang kaum Luth.

 

فَلَمّا ذَهَبَ عَن إِبرٰهيمَ الرَّوعُ

Maka tatkala rasa takut hilang dari Nabi Ibrahim

Setelah itu hilanglah perasaan takut daripada hati baginda. Takut yang mana? Iaitu ketakutan dengan kedatangan para malaikat itu yang disangka mahu membunuh baginda, kerana mereka tidak makan hidangan yang disajikan kepada mereka. Setelah baginda tahu yang mereka adalah malaikat dan bukannya datang untuk membunuh baginda, maka hilanglah rasa takut itu.

Kalimah الرَّوعُ merujuk kepada perasaan takut berserta dengan perasaan terkejut sekali. Keadaan ini sampaikan menyebabkan seseorang tidak dapat berfikir dengan jelas. Ayat ini mengajar kita bahawa ketakutan itu tidak kekal lama kerana Allah ﷻ boleh ganti ketakutan itu dengan kesenangan dan ketenangan hati dengan memberi nikmat kepada kita.

 

وَجاءَتهُ البُشرىٰ

dan berita gembira telah datang kepadanya, 

Setelah sampai berita gembira, iaitu baginda akan dikurniakan dengan anak yang bernama Ishak dan cucu yang bernama Ya’kob. Sememangnya emosi baginda pada hari itu berbeza sama sekali. Setelah takut, kemudian diberitahu dengan berita gembira pula. Naik turun emosinya; sekejap takut kemudian gembira pula.

 

يُجٰدِلُنا في قَومِ لوطٍ

dia pun bersoal jawab dengan (malaikat-malaikat) Kami tentang kaum Luth.

Setelah perasaan baginda kembali tentang daripada ketakutan dan kegembiraan mendapat berita mendapat anak dan cucu itu berlalu, baginda mula bertanya khabar tentang kaum Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ. Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ adalah anak saudara baginda. Maka tentunya baginda terkesan dengan berita malaikat datang itu adalah untuk menghancurkan umat Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ.

Kalimah يُجادِلُنا maknanya baginda berhujah meminta supaya jangan diapa-apakan Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ. Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ bertanya kepada malaikat dan berlaku soal jawab di antara mereka. Kita kena jelaskan bahawa erti ini kurang tepat, sebab kalimat جادل, يجادل، مجادلة boleh juga diertikan mengemukakan fikiran dan bandingan, sedang maksud ‘membantah’ boleh juga diertikan tidak sesuai, tidak setuju. Padahal Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ bukanlah tidak menyetujui kehendak Tuhan. Baginda cuma ingin bertanya untuk menghilangkan suatu kemusykilan dalam hatinya sendiri.

Baginda juga mungkin hendak menyelamatkan kaum Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ itu. Ini adalah kerana baginda tidak faham kenapa kaum itu tidak dapat diselamatkan lagi. Maka Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ berkata kepada mereka, “Apakah kalian akan menghancurkan suatu kota yang di dalamnya terdapat tiga ratus orang mukmin?” Mereka menjawab, “Tidak.” Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ berkata, “Apakah kalian akan membinasakan suatu kota yang di dalamnya terdapat dua ratus orang mukmin?” Mereka menjawab, “Tidak.” Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ bertanya lagi, “Apakah kalian akan menghancurkan suatu kota yang di dalamnya terdapat empat puluh orang mukmin?” Mereka menjawab, “Tidak.” Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ terus bertanya lagi, “Tiga puluh orang mukmin?” Mereka menjawab, “Tidak,” hingga sampai baginda menyebut lima orang mukmin, dan mereka menjawab, “Tidak.” Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ bertanya lagi, “Bagaimanakah pendapat kalian jika di dalamnya terdapat seorang lelaki Muslim, apakah kalian akan menghancurkan mereka juga?” Mereka menjawab, “Tidak.” Maka pada saat itu juga Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ berkata, seperti yang disebut oleh firman-Nya:

إِنَّ فِيهَا لُوطًا قَالُوا نَحْنُ أَعْلَمُ بِمَنْ فِيهَا لَنُنَجِّيَنَّهُ وَأَهْلَهُ إِلا امْرَأَتَهُ
“Sesungguhnya di kota itu ada Luth.” Para malaikat berkata, “Kami lebih mengetahui siapa yang ada di kota itu. Kami sungguh-sungguh akan menyelamatkan dia dan pengikut-pengikutnya kecuali isterinya.” (Al-‘Ankabut: 32), hingga akhir ayat.

Maka Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ diam tidak membantah mereka dan hatinya menjadi tenang.


 

Hud Ayat 75: Kenapa Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ cuba menyelamatkan kaum Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ itu?

إِنَّ إِبرٰهيمَ لَحَليمٌ أَوّٰهٌ ّمُنيبٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, Abraham was forbearing, grieving¹ and [frequently] returning [to Allāh].

  • i.e., sighing or moaning during supplication out of grief for people and fear of Allāh.

(MALAY)

Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar seorang yang penyantun lagi penghiba dan suka kembali kepada Allah.

 

إِنَّ إِبرٰهيمَ لَحَليمٌ

Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar seorang yang penyantun

Baginda cuba berhujah bagi pihak kaum Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ itu kerana baginda seorang yang memiliki hati yang lembut lagi tabah. Baginda amat sayang kepada manusia lain. Kalimah حَليمٌ bermaksud sifat orang yang tidak lekas marah dan dapat menahan kemarahannya itu dan tenang sikapnya.

Kalimah حَليمٌ juga bermaksud seorang yang penyabar. Bukannya jenis penyabar ketika ditimpa musibah itu, tetapi jenis sabar yang tidak membalas. Bagi Allah ﷻ sifat حَليمٌ ini adalah tidak terus beri azab kepada hamba-Nya yang melakukan dosa. Bagi Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ maksudnya baginda sabar walaupun ayahnya mungkar dan telah memarahi baginda. Ini kita boleh lihat dalam Maryam: 46

قالَ أَراغِبٌ أَنتَ عَن آلِهَتي يٰۤاِبرٰهِيمُ‌ۚ ۖ لَئِن لَّم تَنتَهِ لَأَرجُمَنَّكَ ۖ وَاهجُرني مَلِيًّا
(Bapanya) menjawab: “Adakah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti (daripada menyeru dan menasihati daku) sudah tentu aku akan melontarmu dengan batu; dan (ingatlah lebih baik) engkau tinggalkan daku sepanjang masa”.

Kalau orang lain yang menentang dan melakukan kemusyrikan, tidak mengapa lagi; akan tetapi apabila bapa sendiri tentunya menekan hatinya. Namun begitu baginda tetap sabar. Walau apapun yang dikatakan oleh keluarganya, baginda tetapi tidak ambil pusing. Sedangkan baginda boleh sahaja membalas cacian dan makian ayahnya itu tetapi tidak baginda lakukan.

Apakah pengajaran bagi kita pula? Kita pun patutnya kena ada juga sifat حَليمٌ ini terutama sekali kepada para pendakwah dan asatizah. Memang kalau berhadapan dengan golongan penentang kebenaran, golongan pengamal syirik dan bid’ah ini mereka memang bersikap kasar dan tajam sahaja kata-kata mereka. Ini kerana mereka tidak mempunyai hujah yang kuat maka mereka hanya ada kata-kata kesat dan makian sahaja. Namun kita janganlah ikut mereka pula. Kena bawa banyak bersabar seperti sifat حَليمٌ ini.

Ikutlah sunnah Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ yang amat penyantun dan sensitif dengan keadaan orang lain. Baginda juga sangat sayang kepada keluarganya. Sebab itulah baginda susah untuk tinggalkan bapanya itu. Baginda telah memberikan berbagai-bagai nasihat kepada bapanya, tetapi bapanya tidak mahu mendengar nasihatnya itu. Sehinggalah bapanya sendiri menghalau baginda, barulah baginda meninggalkan bapanya itu.

Baginda dapat menerima keadaan itu kerana baginda amat taat kepada Allah ﷻ. Ketaatan baginda kepada Allah ﷻ lebih tinggi lagi daripada ketaatan dan sayang baginda kepada bapanya. Maka kita pun kenalah taat kepada Allah ﷻ juga dalam hal ini. Walaupun kita amat kasih kepada ahli keluarga kita, mungkin ibubapa kita sendiri, namun kita tetap lebih sayangkan Allah ﷻ daripada mereka. Mereka jatuh nombor dua dalam hati kita.

 

أَوّٰهٌ

lagi penghiba

Kalimah أَوّٰهٌ bermaksud hiba, kasihan melihat orang yang sengsara, yang berasal daripada ungkapan apabila orang mengeluh tidak sampai hati melihat orang dapat susah. Oleh itu kalimah أَوّٰهٌ ada mempunyai banyak maksud. Ia daripada katadasar ا و ه yang bermaksud seorang yang penyayang, seseorang yang selalu mengeluh kerana kesian, seseorang yang sentiasa memuji Allah ﷻ. Oleh itu maksud أَوّٰهٌ antaranya adalah senang kembali kepada Allah ﷻ, juga bermaksud merendahkan diri, seseorang yang lembut hati, selalu mengadu kepada Allah ﷻ, seorang yang berdoa dengan banyak, juga bermaksud yang mempunyai belas kasihan yang banyak kepada manusia lain, suka berzikir dan berdoa.

Itulah sifat Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ. Baginda juga seorang yang mudah menangis. Iaitu seorang yang apabila berdoa kepada Allah ﷻ, akan berdoa dengan suara yang lirih dan mengharap sampaikan keluar suara daripada diri baginda. Oleh itu, apabila kita baca ayat tentang doa Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ, kita kena bayangkan baginda semasa berdoa itu dengan tangisan kerana baginda begitu mengharap sekali.

 

مُّنيبٌ

dan suka kembali kepada Allah.

Terdapat tiga maksud di dalam kalimah مُّنيبٌ iaitu istighfar, taubat dan inaabah. Baginda sentiasa istighfar kembali bertaubat kepada Allah ﷻ. Seperti yang kita selalu sebut, maksud istighfar itu adalah meminta ampun bagi dosa yang telah lalu dan taubat itu adalah kembali kepada Allah ﷻ dan merujuk kepada dosa sekarang dan akan datang. Inaabah pula adalah selalu kembali kepada Allah ﷻ. Ia sifat orang yang di dalam sikap hidupnya selalu mengembalikan urusannya kepada Tuhan, yang sedar bahawa sejauh-jauhnya berjalan dalam kehidupan ini, namun semua langkah itu akan kembali kepada Tuhan juga.

Digambarkanlah di dalam ketiga kalimat itu (حَليمٌ, أَوّٰهٌ dan مُّنيبٌ) sifat-sifat sejati daripada Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ, yang menyebabkan memang patutlah baginda diangkat Allah ﷻ menjadi Rasul-Nya. Jarang ada Nabi yang mempunyai ketiga-tiga sifat ini dan kerana itulah gelaran baginda khas iaitu Khalilullah (Kekasih Allah ﷻ). Baginda adalah seorang yang حَليمٌ sangat penyabar, tidak lekas marah. Sifat ini adalah menunjukkan ketetapan hati. Baginda juga adalah seorang yang أَوّٰهٌ, penghiba kasihan melihat orang susah. Baginya jika boleh, janganlah ada orang yang ditimpa bahaya. Selain itu baginda juga sentiasa meminta ampun dan kembali kepada Allah ﷻ di dalam segala urusan baginda.

Maka ketika utusan-utusan itu menyatakan maksud kedatangan mereka hendak membinasakan kaum Luth di negeri Sadum itu, yang diingatkan lebih dahulu oleh Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ ialah anak saudaranya, Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ. Baginda kasihan kalau-kalau Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ turut tertimpa bahaya, dan baginda meminta kepada Malaikat kalau-kalau orang yang kafir itu tidak banyak, janganlah negeri itu dihukum. Juga sekiranya ada orang yang beriman walaupun hanya 10 orang, janganlah negeri itu dihancurkan, kerana baginda kasihan kalau-kalau malapetaka menimpa mereka. Namun sayang sekali, 10 orang pun tidak cukup yang beriman itu, atau hanya satu rumahtangga sahaja, iaitu rumahtangga Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ itu sendiri yang beriman.

Kemudian tersebut sifatnya yang ketiga, bahawa baginda adalah مُّنيبٌ; iaitu bagaimana sabarnya baginda dan bagaimana belas kasihannya kepada orang yang akan dihukum, namun semua urusan dikembalikannya kepada Allah ﷻ jua. Tidaklah baginda menghalang, mempersoalkan keputusan Allah ﷻ pula.


 

Hud Ayat 76: Ini adalah jawapan kepada rayuan Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ.

يٰإِبرٰهيمُ أَعرِض عَن هٰذا ۖ إِنَّهُ قَد جاءَ أَمرُ رَبِّكَ ۖ وَإِنَّهُم ءآتيهِم عَذابٌ غَيرُ مَردودٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[The angels said], “O Abraham, give up this [plea]. Indeed, the command of your Lord has come, and indeed, there will reach them a punishment that cannot be repelled.”

(MALAY)

Hai Ibrahim, tinggalkanlah soal jawab ini, sesungguhnya telah datang ketetapan Tuhanmu, dan sesungguhnya mereka itu akan didatangi azab yang tidak dapat ditolak.

 

يٰإِبرٰهيمُ أَعرِض عَن هٰذا

Hai Ibrahim, tinggalkanlah soal jawab ini,

Baginda diminta jangan lagi merayu bagi pihak kaum Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ itu. Yang bercakap itu adalah para malaikat itu. Jangan peduli kaum yang degil itu. Mereka itu bukannya kaum baginda tetapi begitulah Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ, mempunyai hati yang penyantun.

Ayat ini sebenarnya memuji Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ kerana sifat-sifat baik yang dimilikinya. Allah ﷻ amat sayang kepada baginda, maka Allah ﷻ memberitahu dengan lembut kepada baginda. Allah ﷻ juga sedang menegur baginda. Jangan terlalu bersifat rahmah sampai terlupa tentang redha atau tidak redha Allah ﷻ. Allah ﷻ ada rahmat-Nya dan telah diberikan kepada kaum Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ sebelum itu. Akan tetapi apabila mereka tetap enggan berubah daripada sikap teruk mereka itu, Allah ﷻ tidak redha.

Oleh sebab itu kenalah ada keseimbangan antara rahmat dan redha. Tidak boleh salah satu daripadanya berlebihan. Jikalau redha berlebihan maka kita jadi tidak kisah dengan apa-apa sahaja yang berlaku, kononnya redha. Sebagaimana terdapat kisah tabein yang apabila diberitahu anaknya mati, beliau kesukaan. Apabila ditanya, beliau berkata sebab beliau redha. Ini adalah salah. Untuk ada terlalu banyak rahmat pula tidak baik kerana kita terlalu memaafkan perbuatan orang-orang lain walaupun mereka jelas bersalah besar serta terlalu kasihan kepada orang lain. Oleh itu mestilah ada pertengahan antara keduanya. Rasulullah ﷺ menunjukkan contohnya apabila kematian anaknya, Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَدَخَلْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى أَبِي سَيْفٍ الْقَيْنِ وَكَانَ ظِئْرًا لِإِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلَام فَأَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِبْرَاهِيمَ فَقَبَّلَهُ وَشَمَّهُ ثُمَّ دَخَلْنَا عَلَيْهِ بَعْدَ ذَلِكَ وَإِبْرَاهِيمُ يَجُودُ بِنَفْسِهِ فَجَعَلَتْ عَيْنَا رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَذْرِفَانِ فَقَالَ لَهُ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَوْفٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ وَأَنْتَ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَقَالَ يَا ابْنَ عَوْفٍ إِنَّهَا رَحْمَةٌ ثُمَّ أَتْبَعَهَا بِأُخْرَى فَقَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الْعَيْنَ تَدْمَعُ وَالْقَلْبَ يَحْزَنُ وَلَا نَقُولُ إِلَّا مَا يَرْضَى رَبُّنَا وَإِنَّا بِفِرَاقِكَ يَا إِبْرَاهِيمُ لَمَحْزُونُونَ
Daripada [Anas bin Malik رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ] berkata; Kami bersama Rasulullah ﷺ mendatangi Abu Saif Al Qaiyn رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ yang (isterinya) telah mengasuh dan menyusui Ibrahim عَلَيْهِ السَّلَام (putera Nabi ﷺ. Lalu Rasulullah ﷺ mengambil Ibrahim عَلَيْهِ السَّلَام dan menciumnya. Kemudian setelah itu pada kesempatan yang lain kami mengunjunginya sedangkan Ibrahim عَلَيْهِ السَّلَام telah meninggal. Hal ini menyebabkan kedua mata Rasulullah ﷺ berlinang air mata. Lalu berkatalah ‘Abdurrahman bin ‘Auf رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ kepada baginda: “Mengapa engkau menangis, wahai Rasulullah?”. Baginda menjawab: “Wahai Ibnu ‘Auf, sesungguhnya ini adalah rahmat (tangisan kasih sayang) “. Baginda lalu melanjutkan dengan kalimat yang lain dan bersabda: “Kedua mata boleh mencucurkan air mata, hati boleh bersedih, hanya kita tidaklah mengatakan kecuali apa yang diredhai oleh Rabb kita. Dan kami dengan perpisahan ini wahai Ibrahim pastilah bersedih”.
(Sahih Bukhari (1220))

Di dalam hadith ini kita belajar yang kita boleh saja mempunyai rahmah (kasih) di dalam hati kita dengan menangisi kematian ahli keluarga kita akan tetapi tidaklah kita sampai menolak dan tidak redha dengan kematian mereka kerana itu telah ditetapkan oleh Allah ﷻ.

 

إِنَّهُ قَد جاءَ أَمرُ رَبِّكَ

sesungguhnya telah datang ketetapan Tuhanmu, 

Berhentilah daripada berhujah kerana telah sampai keputusan azab daripada Allah ﷻ. Kalau sudah sampai keputusan daripada Allah ﷻ, tidak ada sesiapa yang dapat menghalang. Jika ditanya secara berlebihana akan menjadi masalah. Lagi pun baginda ada sifat مُنيبٌ.

Janganlah baginda kisah sangat tentang nasib mereka itu kerana mereka yang memilih sendiri jalan mereka. Apa-apa saja balasan yang diberikan kepada mereka adalah layak untuk mereka. Allah ﷻ berfirman  di dalam Luqman:23

وَمَن كَفَرَ فَلا يَحزُنكَ كُفرُهُ ۚ إِلَينا مَرجِعُهُم فَنُنَبِّئُهُم بِما عَمِلوا
Dan barangsiapa kafir maka kekafirannya itu janganlah menyedihkanmu. Hanya kepada Kami-lah mereka kembali, lalu Kami beritakan kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan.

 

وَإِنَّهُم ءآتيهِم عَذابٌ غَيرُ مَردودٍ

dan sesungguhnya mereka itu akan didatangi azab yang tidak dapat ditolak.

Telah pasti yang kaum Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ itu akan ditimpa azab yang tidak boleh ditolak lagi. Allah ﷻ telah membuat keputusan, maka kena terima sahaja. Mendengar keterangan yang sejelas itu, Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ pun tunduklah dan kembali kepada hukum yang telah diputuskan Tuhan. Setelah itu, utusan-utusan itu pun berangkat pergi melanjutkan tugas mereka.


 

TETAMU-TETAMU NABI LUTH عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ YANG KACAK-KACAK

Hud Ayat 77: Sudah habis kisah dengan Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ. Sekarang tentang Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ pula.

وَلَمّا جاءَت رُسُلُنا لوطًا سيءَ بِهِم وَضاقَ بِهِم ذَرعًا وَقالَ هٰذا يَومٌ عَصيبٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when Our messengers, [the angels], came to Lot, he was anguished for them and felt for them great discomfort¹ and said, “This is a trying day.”

  • Prophet Lot feared for the safety and honor of his guests.

(MALAY)

Dan tatkala datang utusan-utusan Kami (para malaikat) itu kepada Luth, dia merasa susah dan merasa sempit dadanya kerana kedatangan mereka, dan dia berkata: “Ini adalah hari yang amat sulit”.

 

وَلَمّا جاءَت رُسُلُنا لوطًا سيءَ بِهِم

Dan tatkala datang utusan-utusan Kami (para malaikat) itu kepada Luth, dia merasa susah untuk mereka

Apabila para malaikat itu sampai kepada Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ, Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ berasa susah hati dengan kedatangan mereka. Kenapa agaknya? Bukanlah baginda tidak suka tetamu datang pula tetapi kerana sebab yang lain. Ini kerana para malaikat itu datang dengan menyerupai manusia dan bukan manusia biasa tetapi dalam bentuk lelaki-lelaki yang kacak. Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ pula tidak tahu yang mereka itu para malaikat. Memang para malaikat kalau menyerupai manusia akan mengambil bentuk lelaki yang kacak sampaikan dalam fikiran manusia biasa, kalau kacak molek itu malaikat dan yang hodoh buruk pula itu syaitan! Ini pun disebut dalam Yusuf: 31

فَلَمّا رَأَينَهُ أَكبَرنَهُ وَقَطَّعنَ أَيدِيَهُنَّ وَقُلنَ حاشَ ِللهِ ما هٰذا بَشَرًا إِن هٰذا إِلّا مَلَكٌ كَريمٌ
Maka tatkala wanita-wanita itu melihatnya, mereka kagum kepada (keelokan rupa)nya, dan mereka melukai (jari) tangannya dan berkata: “Maha sempurna Allah, ini bukanlah manusia. Sesungguhnya ini tidak lain hanyalah malaikat yang mulia”.

Jibril عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ pula selalu mendatangi Nabi Muhammad ﷺ dalam rupa seorang sahabat Nabi bernama Dihyah Al-Kalbi رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ. Beliau seorang yang berupa kacak.

قَالَ وَكَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام يَأْتِي النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي صُورَةِ دِحْيَةَ
Dia berkata; Jibril عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ selalu mendatangi Nabi ﷺ menyerupai Dihyah رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ.
(Musnad Ahmad (5592))

Kenapakah pula Allah ﷻ datangkan mereka dalam bentuk yang mereka memang suka? Ini kerana Allah ﷻ memang hendak menguji mereka untuk kali terakhir dengan mendatangkan para malaikat itu dengan sesuatu yang memang mereka suka. Begitulah Allah ﷻ uji manusia dengan perkara yang memang mereka suka. Ini seperti Allah ﷻ uji Bani Israil dengan tidak boleh bekerja pada hari Sabtu. Allah ﷻ uji golongan nelayan dengan didatangkan ikan yang banyak kepada mereka seperti disebut dalam A’raf: 163

وَاسأَلهُم عَنِ القَريَةِ الَّتي كانَت حاضِرَةَ البَحرِ إِذ يَعدونَ فِي السَّبتِ إِذ تَأتيهِم حيتانُهُم يَومَ سَبتِهِم شُرَّعًا وَيَومَ لا يَسبِتونَ ۙ لا تَأتيهِم ۚ كَذٰلِكَ نَبلوهُم بِما كانوا يَفسُقونَ
Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah Kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik.

Oleh itu, biasa sahaja kalau Allah ﷻ uji kita dengan sesuatu yang boleh menyebabkan kita gagal kerana dunia ini adalah tempat ujian. Maka jangan marah kalau Allah ﷻ uji kita. Ada orang yang miskin Allah ﷻ uji dengan kekayaan untuk melihat sama ada dia tetap beriman atau berubah imannya. Ada orang yang gagal dengan ujian itu. Semasa miskin, dia kata kalau dia kaya dia akan infak banyak-banyak. Namun bila sudah kaya, lupa segala tetapi sibuk membelanjakan harta yang baru dapat!

Allah ﷻ hendak membuktikan memang mereka itu akan cuba untuk menceroboh para ‘lelaki kacak’ yang datang ke rumah Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ itu. Cuma ia menjadi dugaan kepada Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ. Baginda di dalam keadaan susah hati kerana baginda tahu adab adalah untuk menghormati dan menerima tetamu, akan tetapi di dalam masa yang sama baginda tahu bahawa kaumnya itu akan menjadi tidak keruan.

 

وَضاقَ بِهِم ذَرعًا

dan merasa sempit dadanya kerana kedatangan mereka,

Dada baginda menjadi sempit kerana kedatangan mereka itu. Kenapa pula? Kerana keadaan kaumnya yang suka melepaskan nafsu kepada remaja lelaki. Baginda tahu apa yang kaumnya akan cuba lakukan. Kaumnya akan datang untuk mendapatkan lelaki-lelaki tampan itu kerana mereka mahu memuaskan nafsu mereka. Mereka pantang sahaja melihat lelaki tampan. Sekiranya diminta Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ tidak membenarkannya, tentu mereka akan gunakan kekerasan.

Kalimah ذَرعًا bermaksud perasaan tidak selesa. Kita boleh bayangkan perasan Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ dengan keadaan yang baginda sedang hadapi. Kalimah ذَرعًا juga bermaksud lelah, rasa tidak ada kekuatan untuk buat apa-apa. Nanti kita akan belajar yang Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ rasa baginda tidak ada kekuatan kerana baginda lemah dan tidak ada pembantu langsung.

 

وَقالَ هٰذا يَومٌ عَصيبٌ

dan dia berkata: “Ini adalah hari yang amat sulit”.

Baginda berasa susah kerana baginda tahu yang baginda tidak dapat menyelamatkan lelaki-lelaki itu. Baginda ketika itu masih belum mengetahui yang lelaki itu semua adalah para malaikat. Baginda sangka mereka itu lelaki biasa sahaja. Baginda rasakan hari itu adalah hari yang sangat sukar. Kalimah عَصيبٌ bermaksud sukar, tidak ada kebaikan.

Oleh kerana kerisauan baginda itu, maka tidak sama layanan baginda kepada mereka seperti layanan bapa saudaranya Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ. Apabila para tetamu itu datang kepada Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ, baginda berbalas salam dengan mereka. Namun tidak disebut lafaz salam daripada Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ kepada mereka di dalam ayat-ayat ini. Ini menunjukkan suasana yang berlainan sekali. Mungkin mereka ada berbalas salam, namun tidak disebut kerana hendak memberitahu keadaan yang berbeza dengan suasana di rumah Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 21 Ogos 2023

Ringkasan Surah Hud


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Ustaz Solahuddin

Maariful Qur’an

Tafsir Al-Azhar Prof. HAMKA

Ustaz Abdul Muien

Tafsir Surah Burooj Ayat 6 – 11 (Keganasan Manusia)

Ayat 6:

إِذ هُم عَلَيها قُعودٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

When they were sitting near it

(MALAY)

ketika mereka duduk di sekitarnya,

 

Ini penerangan tentang keadaan raja dan tentera ketika mereka duduk di keliling parit berapi itu. Memang raja yang mengarahkan pembunuhan itu dijalankan, dan tentera itu menurut arahan raja itu. Tetapi, tentera yang diarahkan untuk membunuh orang Muslim itu, akan ada dua jenis. Ada yang hanya menurut perintah sahaja dan mereka melakukannya kerana terpaksa. Akan tetapi ada yang memang suka melakukannya.

Kalau mereka terpaksa melakukannya, hanya kerana raja mereka suruh dan mereka hanya menjalankan tugas sahaja, ‘duduk’ yang macam itu digunakan perkataan جلس. Ia bermaksud duduk juga, tetapi jenis duduk yang sekejap sahaja.

Tetapi perkataan yang digunakan dalam ayat ini adalah قُعودٌ yang bermaksud duduk dalam jangkamasa yang lama. Jadi, mereka memang duduk lama sambil melepak dan menikmati pemandangan apa yang berlaku. Macam mereka memang suka melihat orang orang mukmin itu diseksa dan dibunuh. Maka mereka itu adalah orang yang amat teruk sekali.

Kita selalu melihat gambar bagaimana tentera-tentera yang diarahkan untuk berperang, kadang-kadang mereka suka dengan apa yang meus-policy-created-isisreka lakukan, walaupun apa yang mereka lakukan itu adalah kejam sekali. Mereka siap ambil gambar kenang-kenangan dengan mangsa mereka dalam keadaan gembira.

Dalam masa yang sama, ada pula yang trauma kerana mereka sedar apa yang mereka lakukan itu adalah kejam dan mereka menyesal dan tidak dapat memaafkan diri mereka. Tetapi mereka yang memang berperangai syaitan, mereka suka apa yang mereka lakukan itu, mereka suka membunuh dan kadang-kadang mereka melakukan lebih kekejaman lagi dari apa yang diarahkan oleh pemimpin negara mereka.


 

Ayat 7:

وَهُم عَلىٰ ما يَفعَلونَ بِالمُؤمِنينَ شُهودٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they, to what they were doing against the believers, were witnesses.¹

  • After casting the believers into a trench filled with fire, they sat at its edge, watching them burn to death. This event occurred before the time of Prophet Muḥammad ().

(MALAY)

sedang mereka menyaksikan apa yang mereka perbuat terhadap orang-orang yang beriman.

 

Sebelum ini dalam ayat ke tiga, kita telah bincangkan dengan panjang lebar tentang kalimah شهد (penyaksian) dan keluar lagi sekarang dalam ayat ini. Sebelum ini telah disebut tentang raja dan tentera yang memasukkan orang-orang beriman ke dalam parit yang berapi, dan sekarang disebut bagaimana selepas mereka memasukkan orang beriman itu, mereka duduk-duduk menyaksikan apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman. Mereka suka melihat apa yang mereka telah lakukan itu.

Lihatlah perkataan yang digunakan di dalam ayat ini adalah يَفعَلونَ (yang mereka lakukan). Kalimah يَفعَلونَ dari kalimah فعل yang bermaksud membuat sesuatu tanpa berfikir. Ini berbeza dengan kalimah يعملون yang datang dari kalimah عمل bermakna melakukan sesuatu dengan berfikir. Untuk lebih faham, kalau kita menulis, itu adalah عمل dan kalau bernafas, itu فعل sebab tidak perlu berfikir pun untuk bernafas.

Ini bermakna apa yang mereka lakukan itu, mereka tidak berfikir dahulu apakah kesan perbuatan mereka. Mereka tidak berfikir panjang, tidak memikirkan kesan dari perbuatan mereka yang salah itu. Mereka buat sahaja ikut nafsu mereka. Ini kita tahu dari kalimah يَفعَلونَ yang digunakan. Jadi mereka pasti akan ditanya tentang perbuatan mereka ini – mereka akan jadi saksi. mereka akan jadi شاهِدٍ (saksi) atas diri mereka sendiri.


 

Ayat 8: Amat teruk sekali apa yang mereka lakukan terhadap orang mukmin itu. Tetapi kenapa ya, mereka marah dan benci sangat kepada orang beriman? Allah ﷻ jawab dalam ayat ini:

وَما نَقَموا مِنهُم إِلّا أَن يُؤمِنوا بِاللَّهِ العَزيزِ الحَميدِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they resented them not except because they believed in Allāh, the Exalted in Might, the Praiseworthy,

(MALAY)

Dan mereka tidak menyeksa orang-orang mukmin itu melainkan kerana orang-orang mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji,

 

Kalimah نَقَم bermaksud perasaan sangat tidak suka kepada sesuatu sampai nak melihat pun menyampah. Ia dari katadasar ن ق م yang bermaksud menghukum, menuduh, menjadi benci, balas dendam, mencari salah, tidak setuju.

Orang-orang kafir itu benci sangat kepada orang beriman dan sanggup untuk membunuh mereka adalah hanya kerana mereka itu beriman dengan Allah ﷻ. Ini kerana raja mahu rakyatnya hanya menyembah kepadanya sahaja. Mereka menyampah sampai mereka mahu melakukan sesuatu terhadap kemarahan mereka itu.

Memang ramai orang marah dan benci juga kepada orang lain, tetapi tidaklah semua sampai ambil tindakan. Tetapi mereka ini tahap yang teruk sangat sampai mereka mengambil tindakan yang amat zalim.

Alhamdulillah, kebanyakan orang kafir tidaklah begitu. Mereka tidaklah benci sangat kalau orang Islam mahu beriman kerana pada mereka, itu adalah perbezaan pilihan antara agama sahaja. Akan tetapi, kita tidak nafikan ada juga yang tidak suka sangat kalau lihat orang Islam. Sampaikan ada negara yang mengharamkan orang Islam menutup aurat sampaikan ada negara seperti negara Perancis yang menggubal undang-undang mengharamkan orang Islam wanita dari memakai purdah di tempat awam seperti di pantai mereka.

Padahal, tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang mukmin itu melainkan mereka menerima bahawa Allah ﷻlah yang Maha Kuasa dan Yang Maha terpuji. Itu adalah sifat-sifat Allah ﷻ yang terpuji. Namun ada orang kafir yang berbulu mata melihat umat Islam hendak mengamalkan agama Islam dengan benar.

Orang mukmin bukan sahaja percaya adanya Allah ﷻ, tetapi mereka percaya dengan sifat-sifat mulia Allah ﷻ sekali. Allah ﷻ yang ada kuasa mutlak dan kalau kita menerima Allah ﷻ bersifat begitu, kita akan taat kepada kekuasaanNya. Sedangkan orang kafir dalam ayat ini tidak suka kalau ada rakyat yang taat kepada selain dari raja.

Orang mukmin percaya yang Allah ﷻ telah melakukan banyak jasa kepada kita dan kita tidak dapat hendak balas segala jasa Allah ﷻ itu, walau banyak mana pun ibadat yang kita lakukan. Kalau ada perasaan begitu terhadap Allah ﷻ, maka senanglah untuk menerima kekuasaan Allah ﷻ ke atas kita, dan senanglah untuk taat kepada Allah ﷻ dan senanglah untuk buat ibadat kepada Allah ﷻ.


 

Ayat 9: Siapakah Allah ﷻ itu? Apakah sifat-sifatNya lagi?

الَّذي لَهُ مُلكُ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ ۚ وَاللَّهُ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ شَهيدٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

To whom belongs the dominion of the heavens and the earth. And Allāh, over all things, is Witness.

(MALAY)

Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu.

 

Kekuasaan adalah kepunyaan mutlak Allah ﷻ. Bukannya raja di dunia ini kerana kekuasaan yang dimiliki oleh pemimpin di dunia ini adalah terhad sahaja. Allah ﷻ berkuasa mutlak kerana Dia mempunyai langit dan bumi – alam ini adalah kepunyaan Allah ﷻ dan Allah ﷻ boleh buat apa sahaja yang Dia mahu.

Kita kena terima yang kekuasaan Allah ﷻ adalah penuh dan mutlak. Malangnya mereka yang kufur sangka mereka ada kuasa tetapi mereka hanya mempunyai kekuasaan sementara dan tidak penuh pun. Malangnya dengan kekuasaan yang sedikit itu pun mereka sudah sombong dan hendak lawan kekuasaan Allah ﷻ.

Kalau sesiapa mempunyai kekuasaan mutlak, tidak ada sesiapa boleh mempersoalkan apa yang dilakukannya. Sebagai contoh, kalau negara yang merdeka, negara lain tidak boleh masuk campur mempersoalkan bagaimana negara itu mentadbir rakyatnya dan urusan negara. Maka, begitulah juga dengan Allah ﷻ – Dia ada kekuasaan penuh, maka kita tidak boleh mempersoalkan apa yang Allah ﷻ hendak buat dengan haqNya.

Kita sebagai hamba, akan terima sahaja dan itulah yang senang. Tidaklah kita pening kepala dan pecah kepala nak tanya: “kenapalah jadi begini dan begitu?” Kalau kita terima dan redha dengan ketentuan Allah ﷻ, bukankah senang? Hati pun boleh tenang.

Ingatlah bahawa Allah ﷻ menyaksikan segala sesuatu, semua benda yang ada, semua yang terjadi. Allah ﷻ menyaksikan semua sekali kerana Allah ﷻ sebut عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ dahulu.

Sekali lagi digunakan lafaz شَهيدٌ bermula dari ayat ke dua tadi. Allah ﷻ sentiasa melihat semua yang terjadi dan Allah ﷻ akan balas segala perbuatan kita nanti di akhirat – kalau baik dibalas baik dan yang jahat akan dibalas dengan azab. Maka kenalah kita menjaga segala amalan dan perbuatan kita. Cuba kenang yang Allah ﷻ sentiasa memerhatikan kita.


 

Ayat 10: Allah ﷻ akan balas perbuatan mereka.

إِنَّ الَّذينَ فَتَنُوا المُؤمِنينَ وَالمُؤمِنٰتِ ثُمَّ لَم يَتوبوا فَلَهُم عَذابُ جَهَنَّمَ وَلَهُم عَذابُ الحَريقِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, those who have tortured¹ the believing men and believing women and then have not repented will have the punishment of Hell, and they will have the punishment of the Burning Fire.

  • Or, in this instance, the literal meaning of “burned” is also appropriate.

(MALAY)

Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan cubaan kepada orang-orang yang mukmin laki-laki dan perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar.

 

إِنَّ الَّذينَ فَتَنُوا المُؤمِنينَ وَالمُؤمِناتِ

Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan cubaan kepada orang-orang yang mukmin laki-laki dan perempuan

Kalimah إِنَّ adalah penekanan untuk menolak keraguan. Ini kerana ada yang ada was-was – dalam hati mereka tertanya-tanya kenapa Allah ﷻ tidak tolong orang Islam yang tertindas.

Kalimah فتَن adalah apabila besi dibakar oleh api untuk menyucikannya – buang segala bahan-bahan yang tidak perlu. Memang ianya panas kerana memerlukan haba yang tinggi untuk menghilangkan segala bahan yang bukan besi. Jadi, apabila digunakan kalimah فتَن seperti dalam ayat ini, ianya adalah seperti ujian yang berat.

Kalimah فتَن digunakan dalam Al-Qur’an apabila ujian itu boleh menyebabkan seseorang meninggalkan Islam kerana berat sangat ujian itu. Hanya mereka yang kuat iman sahaja yang boleh tahan dan tetap dalam iman mereka. Di dalam surah ini, orang kafir menggunakan keganasan yang teruk sangat supaya orang mukmin itu meninggalkan Islam, tetapi tidak berjaya kerana orang-orang mukmin itu telah nampak kebenaran dan mereka sanggup mati untuk menegakkan kebenaran itu.

Orang muslim apabila telah melepasi ujian dipanggil mukmin seperti dalam ayat ini. Kerana itu digunakan isim fa’il المُؤمِنينَ dalam ayat ini. Ini tidak sama dengan kalau digunakan kalimah الَّذينَ آمَنوا kalau dibandingkan dengan المُؤمِنينَ. Ini adalah kerana المُؤمِنينَ adalah orang yang telah tetap iman mereka. Kerana mereka telah tetap dalam iman mereka, jadi walaupun mereka telah kena seksaan yang teruk, mereka tetap dalam iman dan mereka telah mendapat kedudukan yang tinggi dari Allah ﷻ – Allah ﷻ panggil mereka المُؤمِنينَ.

Sedangkan kalau digunakan kalimah الَّذينَ آمَنوا, itu bermaksud mereka memang sedang beriman, tetapi belum lagi mendapat kedudukan yang tetap, kerana mereka mungkin boleh jatuh iman mereka dan mereka sudah tidak beriman lagi. Ini kerana iman mereka belum diuji lagi. Orang mukmin adalah orang yang sudah diuji iman mereka dan mereka tetap beriman.

Kenapa ada kalimah المُؤمِناتِ (wanita yang beriman) dalam ayat ini? Selalunya kalau disebut orang lelaki beriman, ia sudah termasuk golongan wanita juga. Golongan المُؤمِناتِ juga disebut dalam ayat ini kerana mereka juga telah disiksa dengan teruk, seperti dirogol dan sebagainya. Mereka mendapat pujian dari Allah ﷻ kerana kesabaran dan keimanan mereka yang kuat.

 

ثُمَّ لَم يَتوبوا

kemudian mereka tidak bertaubat,

Apabila ada kalimat ثُمَّ لَم يَتوبوا, ini bermakna Allah ﷻ memberi peluang kepada mereka yang telah melakukan siksaan ini beberapa lama untuk bertaubat. Ini kerana lafaz ثُمَّ digunakan – memberi isyarat kepada masa yang lama.

Jadi mungkin ada yang bertaubat dan ada yang tidak. Hanya mereka yang tidak bertaubat sahaja dan mati dalam tidak bertaubat itu yang akan dikenakan azab di akhirat kelak.

 

فَلَهُم عَذابُ جَهَنَّمَ وَلَهُم عَذابُ الحَريقِ

maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar.

Huruf ‘فَ’ digunakan dalam kalimah فَلَهُم kerana mereka dimasukkan ke dalam neraka kerana perbuatan mereka itu. Oleh itu, huruf فَ itu digunakan sebagai menunjukkan sebab (asbab). Sebab mereka memberi ujian (menyeksa) kepada orang mukminoon itulah yang menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam neraka. Bukanlah kerana Allah ﷻ sengaja hendak memasukkan mereka ke dalam neraka akan tetapi kerana kesalahan mereka juga.

Azab api yang mereka akan terima itu akan berterusan tanpa ada hentinya. Api sentiasa membakar mereka kerana mereka membakar orang mukmin. Itulah maksud الحَريقِ. Mereka yang dijadikan sebagai minyak yang membakar. Bukannya ada minyak yang lain, tetapi diri mereka sendiri. Nanti lihatlah kalau mereka boleh tahan. Dahulu mereka bakar orang sampai mati, sekarang mereka pula yang akan dikenakan dengan azab bakar.


 

Ayat 11:

إِنَّ الَّذينَ ءآمَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ لَهُم جَنّٰتٌ تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ ۚ ذٰلِكَ الفَوزُ الكَبيرُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, those who have believed and done righteous deeds will have gardens beneath which rivers flow. That is the great attainment.

(MALAY)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang saleh bagi mereka syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; itulah keberuntungan yang besar.

 

إِنَّ الَّذينَ آمَنوا

Sesungguhnya orang-orang yang beriman

Iaitu beriman dengan ‘iman yang sempurna’. Maksudnya, bukan hanya percaya dengan segala yang perlu dipercayai (rukun iman dan perkara-perkara yang lain), tetapi ia juga bermaksud meninggalkan kepercayaan syirik. Inilah baru dikatakan beriman yang sempurna. Kerana ada sahaja yang beriman, namun dalam masa yang sama, masih lagi melakukan syirik.

 

وَعَمِلُوا الصّالِحاتِ

dan mengerjakan amal-amal yang saleh

Bukan sahaja mengaku beriman dalam hati, tetapi juga hendaklah diikuti dengan melakukan amal ibadat dan amalan yang baik. Jangan mengaku sahaja beriman, tetapi tidak solat, tidak tutup aurat, tidak taat kepada arahan Allah ﷻ yang lain.

Dan yang penting kena diketahui, amalan itu hendaklah amalan yang soleh. Jadi kena tahu apakah amalan yang soleh? Amalan yang soleh adalah amalan yang sunnah dari Rasulullah ﷺ. Ini penting diketahui kerana ramai dari kalangan kita tidak faham apakah amalan yang soleh. Ramai dari kalangan masyarakat kita yang banyak amal, tetapi malangnya amalan mereka adalah amalan bidaah yang tidak diterima.

 

لَهُم جَنّاتٌ تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهارُ

bagi mereka syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai;

Di dalam ayat 10 sebelum ini, orang kafir masuk neraka kerana mereka telah menyeksa orang Islam. Ini kita tahu dari kalimah فَلَهُم عَذابُ جَهَنَّمَ yang ada ف menunjukkan ‘kerana’ mereka menyeksa orang mukmin itu, ‘maka’ mereka dimasukkan ke dalam neraka.

Akan tetapi, huruf ‘ف’ tiada dalam ayat ini, terus لَهُم sahaja. Ini adalah kerana kita masuk syurga bukan kerana amalan kita. Kita masuk syurga adalah kerana rahmat Allah ﷻ sahaja, bukan disebabkan amalan kita. Memang kita berusaha beribadat kepadaNya dengan harapan Dia akan memasukkan kita ke dalam syurga. Tetapi kita masuk bukanlah kerana amal kita kerana amal kita tidak dapat balas pun segala nikmat yang Allah ﷻ telah berikan kepada kita.

Maka, ini mengajar kita supaya janganlah kita sangka kita akan masuk syurga kerana amalan kita, kerana kedudukan kita, tidak; kita hanya dapat masuk ke dalam syurga atas rahmat dari Allah ﷻ.

Taman syurga adalah lebat sangat sampai tidak nampak tanah lagi. Macam jin kita tidak nampak kerana tersembunyi dari pandangan kita; begitu juga janin pun kita tidak nampak sebab dalam perut. Jin dan janin itu dari katadasar yang sama dengan jannah yang mengandungi maksud ‘tidak kelihatan’. Jannah itu lebat sangat dengan tanaman indah sampaikan tanahnya sendiri pun tidak nampak kerana lebat sangat.

Inilah tempat tinggal yang paling baik sekali. Tidak kira siapa sahaja, tentu mahukan tempat tinggal yang baik. Semakin bagus tempat tinggal itu, lagi manusia suka. Dan kalau rumah itu ada taman, lagilah cantik. Kerana itulah Allah ﷻ sebut tentang tanaman yang lebat dan menghijau dalam syurga kerana begitulah yang Allah ﷻ akan beri balasan kepada mereka yang beriman kerana Allah ﷻ tahu apa yang dalam hati manusia. Allah ﷻ memang tahu yang kita memang suka ada tanaman menghijau.

Bukan sahaja manusia suka taman, manusia juga suka dengan air. Taman dan air adalah apa yang memang manusia mahukan dan Allah ﷻ memberikannya kepada manusia yang berjaya dalam menjalani kehidupan yang baik semasa di dunia.

Kedua nikmat taman dan air ini banyak disebut dalam Al-Qur’an untuk memberi motivasi kepada kita. Ini adalah kerana manusia memang suka kalau duduk di kawasan yang ada air. Kalau tempat tinggal itu ada kolam, ada tasik, itu menambahkan lagi harga kawasan perumahan itu. Tambah pula kalau air itu jenis air yang mengalir, lagilah bagus sebab kalau air mengalir, ianya lebih segar lagi dari air yang tidak bergerak seperti air tasik.

Jadi, dalam syurga, Allah ﷻ selalu menyebut di bawahnya ada air sungai yang mengalir. Berkali-kali Allah ﷻ sebut kerana hendak menaikkan semangat, memberi motivasi kepada manusia untuk mencapainya.

 

ذٰلِكَ الفَوزُ الكَبيرُ

itulah kejayaan yang besar.

Apabila kalimah الفَوزُ الكَبيرُ digunakan dalam Al-Qur’an, penerangan yang diberikan adalah sederhana sahaja. Kalau kalimah الفَوزُ عَظيمٌ yang digunakan, lagi banyak maklumat yang akan disebut.

Ini menunjukkan bahawa banyak jenis kejayaan yang diberikan kepada manusia. Dan kalau kalimat الفَوزُ مبين yang digunakan, tidak banyak maklumat tentang nikmat yang disebut dalam ayat itu. Oleh itu, dalam ayat ini, maklumat sederhana sahaja yang disebut – ada taman dan ada sungai yang mengalir di bawahnya.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 7 Januari 2010


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir