Senarai Amalan Bidaah Masyarakat Malaysia

Assalamualaikum,

Persoalan bidaah adalah satu perkara yang amat sensitif di negara ini. Ini adalah kerana ramai yang salah faham dengan maksud ‘bidaah’. Dan ramai pula golongan ustaz di negara ini yang membenarkan ‘bidaah Hasanah’, tanpa memahami apakah maksud ‘bidaah Hasanah’ itu sendiri.

Tujuan post ini bukanlah untuk membicarakan tentang konsep bidaah itu tapi menyenaraikan apakah amalan bidaah di negara ini. Ramai yang bertanya kalau bidaah itu salah, maka apakah amalan bidaah yang masyarakat kita buat? Maka, kita cuba senaraikan di post ini, amalan bidaah yang kita tahu setakat ini. In sha Allah kita akan tambah dari masa ke semasa, kerana amalan bidaah ini pun memang akan bertambah dari masa ke semasa.

Semoga membaca dengan hati yang terbuka.

1. Lafaz usolli dalam solat semasa memulakan solat. Samada secara jahar (kuat) atau sir (senyap) semasa mengangkat takbir.
2. Baca doa lepas iqamah
3. Salam keliling selepas solat jemaah
4. Qunut subuh berterusan.
5. Maulid Nabi
6. Solat hajat
7. Talqin
8. Majlis doa selamat.
9. Majlis tahlil.
10. Baca selawat nak makan ubat.
11. Sapu muka lepas solat. Ada yang tambah lagi dengan doa masa sapu kepala dan muka.
12. Tunggu kubur selepas ada kematian
13. Nak mula bawa jenazah, baca Fatihah selangkah, kemudian baca lagi sampai tiga kali.
14. Kenduri arwah.
15. Kenduri nak pergi haji, umrah
16. Hadiah Fatihah selepas dengar ada orang mati.
17. Bayar orang untuk ganti solat si-mati. Ada juga dinamakan Solat Hadiah.
18. Bayar upah kepada orang yang solat jenazah.
19. Kenduri bubur Asyura
20. Nisfu syaaban
21. Baca sadaqallahul azim selepas baca Quran
22. Bersanding
23. Amalan ‘batal wuduk’ selepas nikah
24. Pakai benda lain selain benda manis dalam tahnik. Contohnya, garam, gula, cincin emas, cincin perak.
25. Sembelih baca selawat
26. Tawasul pada Nabi, wali dan malaikat
27. Sedekah/hadiah Fatihah kepada Nabi Muhammad atau mana-mana Nabi.
28. Marhaban.
29. Potong jambul sahaja kepada bayi yang baru lahir. Sepatutnya kena cukur habis.
30. Qasidah
31. Angkat tangan doa semasa doa khutbah Jumaat
32. Gantung ayat Quran di rumah, pejabat dan sebagainya.
33. Azan sebelum keluar rumah kepada mereka yang nak pergi haji
34. Collection kenduri kahwin.
35. Doa khusus awal dan akhir tahun.
36. Berdoa berjemaah selepas solat jemaah
37. Zikir berjemaah selepas solat jemaah.
38. Zikir/wirid dengan suara kuat selepas solat
39. Membaca selawat rekaan manusia selain daripada hadis yang sahih. Sebagai contoh, Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyyah.
40. Bernazar selain daripada amal ibadat. Contohnya, bernazar untuk puasa boleh, sebab puasa adalah salah satu ibadat. Tapi bernazar untuk cukur kepala tidak, kerana cukur kepala bukan ibadat. Cukur kepala adalah khusus kepada Tahallul haji dan umrah sahaja.
41. Mengkhususkan baca Yaasin malam Jumaat
42. Lafaz niat puasa: nawaitu sawma ghadin…
43. Korek lubang dubur kononnya nak betul-betul bersih dari najis.
44. Peluk atau salam orang baru balik dari Mekah untuk dapat ‘berkat’.
45. Zikir ‘Allah’ sahaja. Nabi tak zikir lafaz ‘Allah’ sahaja, tapi ada lagi lafaz lain yang disebut. Contoh: Alhamdulillah, Allahu akbar dan sebagainya.
46. Melawat kubur hari raya.
47. Baca Yaasin di kubur atau ayat-ayat lain.
48. Amalan Bismillah 5,6,7,8,9
49. Beri salam pada kubur tertentu.
50. Tulis nama pada batu nesan.
51. Pacak pokok di kubur
52. Siram air pada kubur
53. Binaan pada kubur
54. Membaca selawat ketika bersalam
55. Memulakan sesuatu majlis dengan membaca Fatihah
56. Doa selepas solat Jenazah
57. Zikir Alih Hujan.
58. Baca selawat sebelum azan. Sepatutnya selawat dibaca selepas azan, bukan sebelumnya.
59. Amalan membaca dan menggantung Ayat Seribu Dinar
60. Baca Yaasin dan ditiupkan pada air. Selalunya diletakkan banyak botol masa baca Yaasin dilakukan di masjid dan surau-surau. Siap buka tutup botol itu kerana takut bacaan Yaasin itu ‘tidak masuk’. Mereka bawa balik rumah dan bagi anak bini minum.
61. Membaca doa khusus dalam wuduk. Ada doa semasa berkumur, basuh muka, basuh tangan dan sebagainya. Ini tidak ada dalil dari perbuatan Nabi dan sahabat.
62. Telangkup tangan semasa membaca doa semasa sampai kepada bahagian minta ditolakkan bala.
63. Belajar Tauhid dari susunan Sifat 20
64. Membaca Yaasin kepada mereka yang nazak dan orang yang sudah mati.
65. Menggunakan tasbih dalam berzikir. Seeloknya pakai jari sahaja.
66. Berdoa kepada Rasulullah apabila sampai ke Madinah, supaya dapat melawat kubur baginda. Ini adalah syririk kerana berdoa kepada selain Allah.

Allahu a’lam. Semoga bermanfaat. Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan senarai ini. Jikalau tidak bersetuju, harap boleh bawakan dalil yang ianya adalah amalan dari Nabi atau Nabi pernah ajar.

Mungkin ramai yang agaknya terkejut dengan list ini. Mungkin ramai yang kata itu semua adalah bidaah Hasanah, tak salah buat. Itu adalah kata-kata mereka yang tidak faham apakah maksud ‘Bidaah Hasanah’ itu. Sedikit bacaan untuk mereka yang berkata begitu: http://www.ilmusunnah.com/abdullah-bin-masoud-membantah-bidah-hasanah/

Terlalu ramai yang jahil tentang maksud Bidaah Hasanah ini. Maka harap mereka melakukan sedikit pembacaan supaya mereka tahu.

Dalil-dalil dari Qur’an dan Sunnah tentang bahayanya bidaah. Harap dapat luangkan masa membacanya.

Senarai selawat karut yang lain: https://www.nahimunkar.org/daftar-sholawat-sholawat-bidah-tersebar-masyarakat-isinya-kebanyakan-mengandung-makna-kesyirikan-datang-hadits-hadits-dhoif-lemah/

Cara untuk mengenali mana bidaah dan mana tidak, boleh baca di sini: kaedah_kaedah_dalam_memahami_bid

Kemaskini: 26 Februari 2018

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

63 thoughts on “Senarai Amalan Bidaah Masyarakat Malaysia”

  1. Pasal no 11 tu. bukan kah sapu muka tu selepas habis rukun solat? Jadi mengapa dipertikaikan? Selepas habis rukun solat, salah kah? di mana yang bidaah nya? kenapa tok guru awak tak buat kuliah di masjid? Nabi tak mengajar di “madrasah”. musykil juga sebab cara macam beria nak menentang bidaah tetapi anak anak murid masih buat benda yang dilarang. Awak ada bagi upah kepada to’ guru awak? HARAM tu brader

    Like

    1. Terima kasih saudara kerana membaca dan bertanya. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua. Ini adalah jawapan kepada soalan anda:

      1. Walaupun menyapu muka dilakukan di luar solat, tetapi ianya masih juga perkara bidaah. Kerana perkara bidaah bukan hanya di dalam solat sahaja. Di luar solat pun, jikalau ianya dilakukan kerana menyangka yang ianya adalah sebahagian dari agama, dan tiada dalil, itulah bidaah namanya. Apa yang kita akan jawap di hadapan Allah, jika Allah tanya kenapa kita sapu muka selepas solat? Siapa yang ajar? Saya rasa susah juga mahu menjawapnya.
      2. Ustaz Rosman pernah juga memberi kuliah di masjid dan surau. Sekarang pun masih ada lagi. Tidak semestinya hanya melakukan kuliah di masjid sahaja. Nabi memberi pengajaran di mana-mana sahaja. Madrasah adalah satu tempat yang bukanlah dikira sebagai bidaah. Ianya bukan perkara ibadat, tetapi perkara yang dilakukan untuk ‘melakukan’ ibadat. Ianya tidak sama. Itulah maksudnya satu perbuatan yang dikira sebagai ‘Bidaah Hasanah’. Sebagai contoh, membaca Quran adalah sunnah. Tetapi zaman Nabi tidak dibukukan, tidak ada mushaf (mengikut satu pendapat yang masyhur). Tetapi untuk memudahkan manusia membacanya, Quran telah dimushafkan pada zaman Abu Bakar dan kemudian diteruskan lagi pada zaman Khalifah Uthman. Memang susah untuk faham kepada sesetengah orang.
      3. Apakah perkara bidaah yang dilakukan oleh anak murid? Kalau pun ada, itu adalah kesilapan peribadi, mungkin kerana tidak kuat lagi iman atau belum tahu manakah yang bidaah. Kita semua masih belajar.
      4. Ustaz tidak pernah menetapkan ‘upah’. Tapi anak murid boleh sahaja menghulurkan wang kepada ustaz. Ianya adalah ‘hadiah’ atau ‘sedekah’. Perkataan ‘ajra’ dalam Quran juga dari segi bahasa adalah ‘upah’. Selepas buat kerja, seseorang itu layak mendapat upah. Bukankah mengajar adalah satu perkerjaan yang mulia, yang kalau dikirakan lebih baik dari kebanyakan kerja-kerja di luar sana? Yang tidak dibenarkan adalah menetapkan upah. Pada zaman Khalifah Umar, beliau telah menetapkan guru agama untuk mengajar kepada masyarakat dan mereka diberi gaji. Itu adalah satu penetapan dari kerajaan. Masih banyak perbincangan dalam hal ini. Yang tidak boleh, guru agama itu menetapkan berapa yang kena bayar untuk beliau mengajar. Itu tidak pernah dilakukan oleh Ustaz Rosman, setahu saya.

      Allahu a’lam. Terima kasih sekali lagi.

      Like

  2. Sebar agama adalah wajib, tuan. ‘Cara’ untuk sebar agama, boleh digunakan bermacam-macam cara. Nampaknya saudara keliru dengan apa yang dimaksudkan dengan ‘bidaah’. Ataupun saudara faham sendiri, ikut kefahaman saudara.

    In sha Allah, saya tidak taksub dengan guru saya. Terus terang, ada juga perkara yang saya tidak bersetuju dengannya. Ini pun tidak ada masalah. Dan saya bukan belajar dengan dia seorang sahaja. Tidak ada manusia yang sempurna, hanya Nabi Muhammad sahaja. Kita ambil mana yang elok. Di mana yang ada salah, kita tegur. Itulah kewajiban kita sebagai saudara seislam. Bukan begitu?

    Like

  3. Kena tambah lagi satu..doa dalam bahasa melayu..salah satu perkara bidaah juga..nabi tak pernah doa dalam bahasa melayu..

    Like

    1. Assalamualaikum Tuan Salafi,

      Terima kasih kerana meluangkan membaca blog ini.
      Nabi Muhammad tidak menggunakan bahasa Melayu, kerana baginda diturunkan dalam bangsa Arab. Umat baginda adalah umat Arab dan merekalah yang perlu didakwah pertama sekali.
      Allah dengan hikmahNya menjadikan manusia berbangsa-bangsa dan menggunakan pelbagai bahasa. Kalam Allah juga tidaklah semuanya dalam bahasa Arab – Ada yang dalam bahasa lain seperti Taurat, Zabur, Injil. Rasul umat-umat itu juga berbahasa dalam bahasa yang difahami oleh umat dan kaum mereka. Tujuannya supaya mereka faham. Macam umat Malaysia, kenalah berdakwah dalam bahasa Melayu, bukannya dalam Urdu.

      Apabila Rasul dan umat yang terdahulu itu menggunakan bahasa lain, tentulah mereka juga berdoa dalam bahasa selain dari bahasa Arab juga. Oleh itu, tidaklah perlu menggunakan bahasa Arab sahaja dalam berdoa. Yang penting adalah berdoa. Allah faham apakah bahasa yang kita gunakan, bahasa apa pun. Cara penyampaian tidak penting, yang penting cara berdoa – ikut cara Nabi – jangan reka cara yang baru seperti guna tawasul, doa berjemaah dalam Solat Hajat, Doa Selamat dan cara bidaah yang lain.

      Sebelum kita lafazkan doa kita dalam bahasa apa pun, Allah sudah tahu apakah isi hati kita dan apakah keinginan dan doa kita itu. Tapi Allah suruh kita juga berdoa kerana Allah hendak melihat kesungguhan kita dalam mengharap kepadaNya.

      Memang berdoa dalam bahasa Arab itu bagus kerana bahasa Arab adalah satu bahasa yang amat indah dan amat tepat. Lebih-lebih lagi kalau kita berdoa dengan menggunakan lafaz-lafaz yang diajar oleh Nabi Muhammad. Tetapi, mereka yang tidak faham bahasa Arab, lebih baik mereka menggunakan bahasa yang mereka faham – samada bahasa Melayu, Inggeris atau Batak sekali pun, supaya doa itu lebih ikhlas, lebih tepat keluar dari lidahnya.

      Doa adalah ibadat. Untuk menyampaikan doa itu tidak ada masalah dengan bahasa apa pun. Sebagaimana azan itu boleh dilaungkan dengan speaker walaupun Nabi tidak menggunakan speaker pada zamannya. Yang penting, azan itu dapat disampaikan dengan jauh.

      Kena bijak untuk membahagikan manakah perkara yang bidaah ataupun tidak. Kalau tidak, akan ada fitnah sesama umat Islam sendiri. Banyak sekali tohmahan dan kemarahan dan kekeliruan yang timbul kerana salah faham manakah yang bidaah dan manakah yang tidak.

      Allahu a’lam.

      Like

  4. Anda dpt dr mna ni..anda ada sanad dn hadisnya.siapa bilang smbut maulid itu bidaah.nabi pon brpuasa pd hari isnin.dlm hadis soheh abu lahab d ringnkan azab sbb gembira hri kelahiran nabi..bknkah dlm riwayat tarmizi mengatakan nabi bersabda.jgn kamu buat pesta d makamku.selawat lah d mana kamu berada sesungguhnya selawat kmu akn smpai kpdku walaupun d mna kmu berada

    Like

    1. Siapa pula yang bilang sambut mawlid itu sunnah?
      Kalau Nabi berpuasa pada hari isnin, hari kelahirannya, maka sunnahnya adalah berpuasa juga.
      Inna lillah, mana dia hadis sahih yang kata Abu Lahab itu diringankan azab kerana gembira dengan kelahiran Nabi? Sila periksa balik. Itu bukanlah sahih tu, tuan yang mulia.

      Like

  5. Ana ragui artikel ini.semua salah lg sesat.bab tawasul kmu masih lemah.knp allah kurnia karamah?sbb nk mrngarakan ajarannya itu sah lg betul.kmu kata xkeh tawassul.kmu nk tentng imam bukari.dlm hadisnya bnyk bab tawasul.dlm quran Allah kata sesungguhnya owg yg mati d jlnku.walaupun dia dh mati disisiku dia masih hidup.lslam agama hujah.bkn berfikir saja.

    Like

    1. Sila bawakan dalil yang tawasul sebagaimana cara yang dilakukan oleh kebanyakan masyarakat kita benar. Memang tawasul itu secara dasarnya ada, iaitu dengan amal ibadat kita, dengan Nama-nama Allah dan juga dengan orang yang soleh.

      Orang yang mati di jalan Allah itu masih hidup? Hidup yang bagaimana? Adakah dalil yang mengatakan mereka itu boleh datang balik ke dunia untuk tolong orang yang berdoa kepada mereka? Atau mereka boleh dengar permintaan kita kepada mereka?
      Mereka memang tidak mati, sepertimana disebut dalam Quran. Mereka hidup, tapi tidak disebut mereka hidup bagaimana, bukan? Hidup mereka selepas mati itu tidak ada kena mengena dengan kita lagi. Kalau anak dalam kandungan seorang ibu itu hidup, tapi tidak dapat berbuat apa-apa, bukan? Ya, mereka hidup, tapi hidup dengan cara mereka sendiri.

      Like

  6. Ingatlah amalan qasidah di lakukan oleh shbt salafus soleh dn para wali jga ahlul bait nabi. Sesungguhnya aku tinggalkan kpd kmu dua perkara.hadis dn keturunanku(hr muslim).hadis lain nabi sebut quran dulu bara keturunan.dlm hadis lain lag nabi sebut quran dn sunnah

    Like

  7. Kamu bilang nk tegak sunnah.tp kamu yg sekat sunnah..kmu pergi blaja.ingat kmu akan saya perhatikan.inn shaa Allah kmu akn dpt hidayah

    Like

    1. Terima kasih kerana perhatikan saya. Silalah baca lagi tulisan saya untuk memahamkan ayat-ayat Allah ini.
      Saya belajar, tapi tidaklah saya belajar ajaran-ajaran karut dan bidaah. Saya hanya mahu belajar sunnah sahaja. Jadi, apabila tuan suruh saya belajar lagi, saya memang terus belajar, tapi saya akan belajar aliran yang sunnah sahaja.

      Tidaklah saya perlu nak belajar perkara-perkara yang tidak patut dalam Islam. Itu membuang masa sahaja, sedangkan banyak lagi perkara lain yang sepatutnya saya belajar. Iaitu memperkukuhkan ilmu Qur’an dan hadis.

      Like

    2. Tuan al faqir zul, penulis menjawab setiap pertanyaan tuan tetapi bila ditanya pada tuan, tuan ubah ke topik lain pula.

      Sy masih baru dlm pelajaran quran dan hadis.jahil sebelum ini sebab tidak peduli utk belajar.perkara pertama yg sy belajar adalah hal bidaah.dulu sy juga anggap bidaah hasanah tu boleh dilakukan tapi bila belajar, rupanya bidaah hasanah pada pemahaman org malaysia kebanyakannya adalah salah termasuklah sy.

      Terima kasih pd penulis atas usaha anda menulis di blog ini.penerangan anda sgt mudah difahami.sy harap blog ini akan terus ditulis sehingga habis semua surah supaya ramai lagi dpt belajar quran dan sunnah.

      Like

  8. Terima kasih tafsirsunnah,sesungguhya blok tuan telah banyak memberi panduan kepada saya untuk menjadi pengikut salafi ahlu sunnah,In sha Allah.Semoga Allah terus memberi hidayahNya kepada kita semua yang mencari kebenaran dan mencari jalan yang lurus.

    Like

  9. Saya rasa tak salah kalau setakat gantung ayat Quran di rumah atau pejabat tetapi dengan niat untuk mempelajari ayat tersebut supaya kita lebih mengingati ayat itu. Tetapi kalau mengharap ayat tersebut bisa menghalau syaitan atau murahkan rezeki baru jatuh syirik dan akan terjadi bidaah di situ. Penerangan Tuan baik tetapi harus lebih terperinci.

    Like

    1. Terima kasih saudara atas teguran. Cadangan tuan adalah logik. Tapi dari segi amalannya, tidak begitu. Adakah orang perasan ayat-ayat Qur’an yang digantung? Saya boleh katakan tidak. Orang nak tengok keindahan frame dan bagaimana khat itu ditulis sahaja. Dan tambahan lagi, dengan khat yang berpintal-pintal, orang tak boleh baca pun ayat-ayat itu.

      Banyak lagi cara lain yang boleh digunakan untuk membaca ayat Qur’an. Ada lebih banyak keburukan dr kebaikan menggantung ayat Qur’an.

      Terima kasih atas lawatan tuan ke blogspot ini. Harap boleh war-warkan kepada rekan dan keluarga.

      Allahu a’lam.

      Like

  10. Tuan blog ni membicarakan kebanyakan masalah khilafiyah.

    Ulama ulama muktabar, sepakat suatu perkara, ada jugak yang tidak. Indahnya ulamak dahulu, mereka berlapang dada dalam berbeza pendapat. Maka disepakati semuanya, masalah khilafiyah usah diributkan.

    Jika tidak, masakan dalam perkara hukum-hakam pun ada berbeza pendapat 4 mazhab. Tetapi berbudi basernya imam mazhab 4 ini tidak mencerca hukum mazhab lainnya.

    Di situlah indahnya islam, perkara melibatkan akidah (iman) dan larangan-larangan yang disebut di dalam al-quran, disepakati haram sementara perkara melibatkan amalan dan hukum hakam fiqh dll yang tidak jelas maksud yang disebut di dalam hadis atau suatu perkara tidak pernah berlaku di zaman nabi, diperbincangkan sekelian ulamak. Maka di situlah timbulnya ketidaksepakatan hukumnya, maka dipanggil khilafiyah. Nak ikut pendapat mana, dipersilakan.

    Perkara yang telah dibincangkan dan disepakati oleh ulamak-ulamak muktabar terdahulu, ambil sebagai panduan. Ulamak muda yang baru keluar universiti, tidak usahlah hendak mencerca pandangan dan keputusan ulamak muktabar.

    Jika ada perkara yang ulamak muda tidak berpuashati, bawaklah permasalahan kepada majlis ulamak sedunia, maka akan diperdebat dan diperbincangkan sekelian ulamak dari seluruh dunia. Tunjukkanlah nas dan pendapat anda masing-masing. Kalau nas anda betul dan disepakati betul, maka umumkan, hukum yang terkini betul adalah sekian sekian.

    Tapi jika hanya mencerca perkara khilafiyah tanpa membawa permasalahan (yang dimusykilkan) ke majlis ulamak sedunia, maka memadai diam sahaja. Ikut sahaja kesepakatan majlis ulamak muktabar terdahulu.

    Memandangkan penulis telah menyatakan pendapatnya, amatlah molek jika disertakan beliau mengambil pandangan dari kitab mana sebagai rujukan. Maka sebelah pihak lain pulak boleh menunjukkan kitab mana sebagai hujah mereka pula.

    Tetapi suka ditekankan, perkara khilafiyah yang telah diputuskan oleh ulamak muktabar terdahulu, adalah sia sia diperdebatkan jika tiada nas (evidence) baru.

    Wasalam.

    Like

    1. Di manakah masalah khilafiyah yang dimaksudkan? Boleh kita bincangkan di sini. Atau dari senarai di atas, apakah dalil yang mengatakan perkara itu adalah sunnah? Saya bersedia untuk mengeluarkan dari senarai jikalau ada dalilnya. Tidak ada masalah.

      Setakat mengatakan ada ‘ulama’ yang kata boleh… itu bukanlah jawapan dan dalil. Kerana percaya tanpa usul periksa dengan ‘ulama’lah yang menyebabkan haru biru jadinya ugama ini.

      Harap dapat baca posting tafsir yang lain dan bukan senarai ini sahaja.

      Mungkin ada yang tidak faham apakah ‘khilafiyah’ sampaikan dijaja lafaz ini merata-rata..

      Khilafiyah itu terjadi apabila dua dalil untuk sesuatu masalah/isu/perkara dan dua-dua dalil itu sahih. Maka ada ulama yang berpegang kepada satu dalil sah itu dan satu lagi memilih dalil yang lain. Begitulah yang terjadi pada imam-imam mazhab itu. Mereka berpegang kepada dalil dan memilih antara dalil-dalil yang ada. Yang pasti, kedua-duanya ada ‘dalil’. Tapi kalau satu ada dalil, tapi satu lagi tidak ada dalil, hanya ‘pendapat’ atau kata-kata manusia atau dari kitab sahaja, itu tidak layak dimasukkan ke dalam masalah ‘khilafiyah’. Jangan keliru tentang perkara ini. Semoga pembaca dapat memahami maksud saya.

      ANTARA KHILAF DAN BIDAAH

      Saya kira ramai yang terkeliru antara khilaf dan bid’ah. Lantaran terkeliru, maka agenda perbincangan sudah lari. Bid’ah ialah innovasi, penciptaan, rekaan amalan atau ibadah yang tidak bersandarkan di atas dalil atau nas dari Al-quran dan al hadith di dalam perkara ibadah di dalam agama sahaja. Khilaf ialah perbezaan pendapat oleh ulama’ fiqh mengenai amalan-amalan tertentu yang berdasarkan dalil atau nas dari Al-quran dan hadith sahih.

      Beza antara keduanya jelas di mana satu merujuk kepada dalil atau nas dan satu lagi tidak merujuk kepada mana-mana dalil atau nas. Contohnya Qunut itu secara umumnya bukan bid’ah kerana diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.( rujuk Qunut Nazilah& Qunut witir) cuma para ulama’ fiqh berbeza pendapat samada ia perlu diamalkan atau tidak, merujuk kepada situasi, masa dan keadaan.

      Manakala amalan ataupun sambutan nifsu sya’ban itu bid’ah kerana tiada dalil atau nas yang sahih mengenainya. Kalau ada dalil pun ianya dari hadith lemah atau palsu. Tiada takrifan bid’ah hasanah dalam IBADAH.

      Like

  11. alhamdullah masih ade org yg berani mneggakn sunnah… disebabkan org malysia mncmpur adukkan adat dan agama..agk sukar untuk mnegur mereka2 ini semua..disbabkan ini juga negara2 di asia telah dicop negara asyaerah .. mgikut al qura,sunnah dan akal ..wallahualam ..trima ksih saudara..krna keberanian anda

    Like

  12. Salam…..Saya amat setuju dgn tuan setakat ini mengenai pekara pekara bidaah.tetapi disebabkan saya tidak mengenali tuan sy terpaksa mengambil pendekatan berhatihati.Disini saya ada sedikit persoalan mengenai fahaman wahabi yang dikatakan golongan yang menentang segala bentuk bidaah.boleh tak tuan bagi sedikit info mengenai fahaman wahabi.tq

    Like

    1. Terima kasih atas komen dan soalan.

      Berkenaan ‘wahabi’, ada banyak perbincangan di media massa yang boleh dijadikan sebagai maklumat. Cuma dengarlah hujah Kedua-dua pihak.

      Kalau tanya kepada saya, mereka yang sebut ‘wahabi’ itu adalah orang yang jahil, tidak tahu menahu tentang agama dan kumpulan mazhab dan firqah, dan mereka menyebut ‘wahabi’ itu kerana ikut kata orang sahaja. Sebab dia sendiri tidak tahu.

      Tidak ada ‘wahabi’. Ianya hanyalah satu gelaran untuk menghina mereka yang hendak menegakkan sunnah dan tauhid dan membenteras bidaah dan syirik. Orang yang menentang itu tidak tahu nak panggil apa kepada gerakan ini, yang melawan apa yang mereka sendiri amalkan. Jadi kena juga beri nama, takkan nak panggil ‘Puak Sunnah’ sebab ianya nama yang baik. Maka mereka beri gelaran ‘wahabi’.

      Ini adalah gelaran yang pelik kerana tidak ada sesiapa pun yang mengajukan mereka itu ‘wahabi’ dan menjadikan Imam Abdul Wahab sebagai ulama besar dan rujukan totok mereka. At least, Itulah keadaan di Malaysia. Jadi, ada siapa yang mengaku wahabi atau mengikut pendapat beliau?

      Begitu lah ringkasan pemahaman saya tentang isu ini. Saya nasihat kepada mereka yang kuat menyebut ‘wahabi’ itu, lebih mendalami ilmu sunnah – tafsir Qur’an dan syarah Hadis yang sahih.

      Like

  13. Assalamualaikum, terima kasih kerana membuat list ni supaya ia dapat memberikan kesedaran dan juga supaya kami boleh lebih berhati hati dengan amalan yang kami buat tanpa nas. Cuma satu soalan saya nak tanya tuan, bole tak syeikh huraikan hukum membuat majlis doa selamat? contoh : doa selamat sempena anak nak menduduki peperiksaan dengan memanggil ustaz ramai2 dtg membaca yassin pastu berdoa dirumah pastu siap khatam al quran skali? sekiranya ia adalah bidaah. Ape care alternatif untuk kita berdoa atau cara yang lebih dekat dengan sunnah untuk kita buat? Terima kasih.

    Like

    1. Waalaikum salam,

      Terima kasih kepada saudara Shah atas soalan. Nabi pernah bersabda: ubat kejahilan adalah bertanya.

      Masalah dengan Majlis Doa Selamat ini, ada berbagai:
      1. Berzikir ramai-ramai. Tidak ada dalam Islam. Zikir dilakukan berseorangan.
      2. Zikir dalam suara kuat, ini juga tidak ada malah ditegah oleh Quran dan hadis Nabi.
      3. Baca Quran ramai-ramai; ini pun tidak ada. Kalau seorang baca, ramai dengar, itu ada (dinamakan tilawah)
      4. Tawasul kepada ustaz/imam/guru dan sebagainya. Kita syak kepada Allah… kalau aku doa sendiri tidak makbul, tapi kalau ustaz/imam/guru ini, baru Allah nak dengar doa aku, baru makbul doa itu.
      5. Bayar upah. Tidak ada upah dalam amal. Kepada ustaz/imam/guru itu, tentu diberikan wang, sekurangnya 50 ringgit. Kepada ahli jemaah surau, sudah tentu diberikan makanan, sekurangnya bihun dan air teh o. Itu adalah upah. Kalau takde upah, tidak ada yang datang.
      6. Apabila sudah ada upah, adakah selamat dan ikhlas? Kerana amal tidak ikhlas tidak diterima.
      7. Yang paling besar, ianya adalah amalan bidaah. Tidak pernah dilakukan oleh Nabi dan para sahabat perkara sebegini.

      ‘Khatam Quran’ juga tidak ada. Tidak tahu dari mana datangnya. Ada yang kata hendak mengkajinya, tapi belum dapat lagi maklumat. Kerana ada yang kata ianya datang dari Syiah. Dari lafaz ‘Khatam’ juga sudah tidak elok. Kerana ‘khatam’ itu maksudnya ‘tutup’. Seolah-olah, lepas khatam, dah tak tengok Quran. Tapi Allahu a’lam, belum dapat lagi maklumat, jadi saya tidak masukkan dalam senarai lagi.

      Kalau berkenaan dengan anak hendak menduduki peperiksaan. Pertamanya, tentulah kena usaha belajar. Janganlah tak belajar, tapi berharap kepada Doa Selamat, Solat Hajat, Air Penerang Hati dan sebagainya. Orang kafir pun heran tengok, kenapa dah buat majlis macam itu, tapi anak tak lulus periksa pula, Tuhan tak tolong kah? Ini adalah kerana sunnatullah, Allah akan bantu mereka yang berusaha.

      Tapi tetap berdoa kena dilakukan. Cara berdoa yang sesuai dengan sunnah adalah doa sahaja sendiri. Itu lebih tepat, kerana kita yang ikhlas dengan kita, kerana dia anak kita. Caranya senang sahaja. Saya sudah tuliskan di sini: https://tafsirsunnah.me/2016/02/14/tafsir-surah-ghafir-ayat-1-7/

      Allahu a’lam. Terima kasih kerana bertanya.

      Like

  14. Salam…
    Adapun setelah saya membaca amalan-amalan bidaah seperti yang tuan simpulkan seperti di atas, jelas tuan adalah seorang fahaman Wahabi. Kerana buktinya Wahabi sahajalah yang suka membidaahkan amalan-amalan yang mana menurut mereka adalah ‘membuang masa’. Jikalau malas, bagaimana hendak menghadirkan Allah dalam diri kita? Asyik mengejar dunia dan membidaahkan Ahlus Sunnah Wal Jamaah?
    Harus diingat, amalan-amalan tersebut bukan sahaja dapat mengukuhkan keimanan seseorang, malah juga menjadi contoh kepada pengikut agama lain akan keindahan Islam. Tiada jalan shortcut untuk ke syurga, namun jalan sentiasa terbuka bagi orang yang bertaqwa.
    Perbetulkan akidah, Amar Ma’ruf Nahi Mungkar.
    Wassalam.

    Like

    1. Terima kasih atas nasihat. Sebenarnya, saya bukanlah wahabi, tapi berpegangan ahli sunnah wal jamaah. Ahli Sunnah wal Jamaah berpegang kepada manhaj Quran dan Sunnah, seperti yang diajar dalam Quran dan Hadis.

      Segala amalan ibadat telah diajar oleh Nabi, dan disitulah ada keberkatan amalan itu, kerana ianya dari Nabi, diajar oleh Allah. Bukanlah amalan yang direka caranya oleh manusia yang tidak sunyi dari kesalahan. Bukan ‘malas’ isunya. Kalau rajin, buatlah amalan yang sunnah yang diajar oleh Nabi, tidak akan habis, in sha Allah. Kenapa perlu direka amalan yang baru, sedangkan amalan itu banyak sekali.

      Anda katakan sebagai contoh kepada agama lain? Bagaimana amalan menari, menyanyi, berzikir terhenjut-henjut dan banyak lagi amalan bidaah, boleh menjadi contoh tauladan yang baik untuk orang bukan Islam? Ramai yang masuk Islam kerana keindahan Islam, bagaimana hujah-hujah yang kuat diberikan kepada mereka, bukannya kerana perbuatan memalukan sesetengah dari orang Islam sendiri.

      Benar, perbetulkan akidah. Iaitu dengan mempelajari ayat-ayat Quran dan memahaminya. Inilah yang kurang dalam masyarakat kita.

      Like

  15. Assalamualaikum tuan. Saya ingin mengenali siapa tuan? Apa YG tuan senaraikan tentang bidaah tu sebahagianya saya Akur Tetapi sebahagiannya saya kurang akur
    Antara yg saya kurang Akur ialah
    Bersalaman slaps solat
    Wirid beramai ramai
    Doa qunut
    Talkin
    Maulid nabi
    Yasinan
    Tahlilan
    Kenduri Bubur asyuroh
    Dll .kalau semua itu tdk dbolehkn makanya
    Susana kemesraan dn silaturahim akn terakis. Contohnya bersalaman slpas solat Marhaban, tahlil dan yasinan kan semuanya itu bisa menghubung silaturahim jika smuanya x boleh Agama islam akn jadi statik.kan salaman tu tanda siturahim dan kasih sayang sesame Umat..

    Like

    1. Waalaikum salam,

      Terima kasih atas komen. Islam amat menganjurkan mengeratkan silaturrahim dan perhubungan baik antara sesama umat. Tapi semua itu dapat dicapai tanpa menambah-nambah ibadat dalam agama yang telah lengkap diajar oleh Nabi. Matlamat tidak menghalalkan cara.

      Allahu a’lam.

      Like

  16. Assalamualaikum.semoga tetap tabah dlm menghadapi ujian.وأخرجه مسلم (1920) من حديث ثوبان، رضي الله عنه، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: “لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ عَلَى الْحَقِّ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَقول ذَلِكَ قول ابن مسعود رضي الله عنه

    : (اتبعوا ولا تبتدعوا فقد كفيتم)

    Like

  17. Askm cuma nk komen sikit ja.Alhamdulillah saudara di beri kesempatan belajar agama lebih mendalam.saya ni orang awam sahaja.belajar dan amal agama islam di sekolah dulu2 dan masih belajar agama islam sedikit demi sedikit walaupun sudah bekerja.cuma ada rasa sedih sikit la dalam hati.orang islam kita ni duk pertikai yg ni xboleh yg ni boleh.orang kafir duk gelak tengok kita duk berbahas sesama kita.kita ni orang islam,tapi xbersatu hati.baik pihak admin baik pihak pembaca semua.saya ni xla pandai nk bagi nas2 & dalil.tapi ni dari apa yang saya rasa saya luah kat sini.sedih hati ni habaq hang.ni saya tuju pada semua.jgn jadi mcm masyarakat islam rohingya,islam di pulau ambon,acheh,selatan thai,perancis.sedih la saya duk tengok pertikai sesama islam ni.yang terakhir,no 60.orang jepun ada buat kajian.tengok molekul air jadi macam mana.mohon semua fikirkan.assalamualaikum

    Like

    1. Terima kasih tuan atas komen. Alhamdulillah anda sudah mula belajar agama. Semoga teruskan belajar dan semoga Allah beri hidayah. Tentang kenapa orang Islam nampak selalu bertelagah tentang agama, ini adalah kerana orang Islam masih kuat pegangan agamanya. Sedangkan orang kafir, mereka tidak kisah tentang agama mereka, maka mereka tidaklah bertelagah. Pada mereka, buat apa bertelagah tentang perkara yang tidak penting?

      Jadi saya suka kalau ada komen yang bernas yang dibawa berdasarkan dalil dan hujah yang sihat. Ini agama kita dan kita kena prihatin terhadapnya. Benda yang kita prihatin, kita akan selalu bercakap dan berbincangan tentangnya. Tidak ada masalah. Cuma kita sebagai manusia yang berakal, kita hendaklah melakukannya dengan cara yang baik dan berhemah. Kalau tidak setuju pun, kita beri hujah kita dan dengar hujah orang lain. Malah saya suka untuk dengar hujah dan dalil dari antum semua.

      Tentang air bacaan Yaasin yang dimaksudkan, Prof Masaru Emoto tidak pernah melakukan kajian air bacaan Yaasin. Dia membuat kajian air-air dari beberapa tempat dan beza air kalau disebut kata-kata yang baik, beliau juga buat kajian kalau ada didengarkan dengan lagu heavy metal dan lagu classical. Tapi saya pasti, dia tidak buat kajian perubahan air kalau dibacakan Yaasin kepada air.

      Segala kajian alam kita boleh ambil pandangan dan kajian dari pendapat moden. Tapi dalam hal agama, kita kena mengambil contoh dari Nabi Muhammad dan perbuatan para sahabat dalam hal agama mereka. Kita tidak jumpa lagi ada contoh dari mereka yang mereka ada berkumpul ramai-ramai dan baca yaasin atau mana-mana ayat dan tadah ayat-ayat itu dengan air dalam botol atau mangkuk. Jadi tidak perlulah kita buat.

      Like

      1. Dari statement tuan, saya nahu tanya, adakah Islam sebuah agama yg mengajak untuk bertelagah? Kalau ya, maka pilihan non-muslim untuk terus tidak kembali kepada Islam adalah satu pilihan yang sangat tepat.

        Dan antara awlawiyyat isu ini, dengan isu bunuh umat Islam, mana lagi awla? Bawakan dalil.

        Like

      2. Saya tidak berapa faham soalan tuan. Mungkin tuan boleh memperincikan soalan. Tapi saya jawap berdasarkan fahaman saya tentang soalan tuan itu.
        1. Kalau maksud tuan bertelagah itu mencari pasal tidak tentu arah, tidaklah Islam begitu. Tapi Islam membenarkan perdebatan yang sihat. Dalilnya perdebatan antara Nabi Musa dan ahli sihir yang dilantik oleh Firaun. Zaman itu masalah mereka adalah sihir, jadi perdebatan pun dalam bentuk berlawan sihir. Zaman kita, masalah ilmu, jadi perdebatan pun tentang ilmu – bawa hujah dan dalil masing-masing.
        2. Yang awla bergantung kepada keadaan. Saya menulis dan saya tahu pembaca saya adalah orang Islam, maka isu bidaah yang saya ketengahkan. Kalau saya pemimpin negara, maka saya akan membawakan isu pembunuhan umat Islam di serata dunia. Semua bawa kerja masing-masing mengikut kedudukan mereka dalam memperjuangkan Islam. Baca Qur’an adalah baik, bukan? Tapi kalau azan sudah dikumandangkan, maka perkara yang dilakukan waktu itu adalah pergi solat, bukan baca Qur’an lagi.

        Allahu a’lam. Marilah kita juangkan Sunnah bersama-sama.

        Like

  18. Alhamdulillah….saya bersetuju dgn perkara bidaah yg tuan senaraikan. Byk lagi perkara perkara bidaah yg dilakukan dlm masyarakat kita. Kalau boleh…tiap perkara bidaah tersebut tuan huraikan beserta dalil supaya umat islam tahu dan memahaminya.

    Like

    1. Alhamdulillah. Kalau ada tambahan, boleh share di sini.
      Tak sempat nak buat satu persatu hujah tentang perkara bidaah ini. Sebab nak habiskan tafsir dulu. In sha Allah akan ditulis. Kalau nak sumbang penulisan pun boleh. Dialu-alukan.

      Like

    1. Qunut adalah bidaah kalau dilakukan berterusan. Ianya tidak dilakukan oleh Rasulullah berpanjangan dan tidak juga oleh Khulafa’ ur Rashedeen. Lihat hadis ini:

      Diriwayatkan hadith daripada Said bin Tariq (r.a), yang berkata: ‘Telah berkata aku kepada bapaku: ‘Wahai bapaku, sesungguhnya engkau ada bersolat di belakang Rasulallah (s.a.w), dan di belakang Abu Bakar (r.a), dan di belakang Umar (r.a), dan di belakang Uthman (r.a), dan dibelakang Ali (r.a) semasa engkau berada di Kufah selama lima tahun. Maka adakah mereka membaca (doa) qunut pada solat Subuh?’ Maka berkata bapakku: ‘Wahai anakku! Itu adalah pembaharuan (bida’ah).’ [Hadith Ibnu Majah]

      Kalau imam qunut, ada dua pendapat.
      1. Kena ikut kerana kita disyariatkan mengikut imam.
      2. Tidak perlu angkat kerana qunut subuh bukannya syariat. Ini adalah kerana kalau imam melakukan perkara yang bukan syariat, tidaklah perlu kita ikut. Dalilnya:

      Sebagaimana dikisahkan oleh shahabat Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu dalam riwayat Abu Dawud yang artinya,
      “Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam shalat bersama para sahabatnya, tiba-tiba baginda melepaskan dua sandalnya lalu meletakkannya di sebelah kirinya. Ketika orang-orang melihatnya, mereka pun melepaskan sandal-sandal mereka. Setelah Rasulullah selesai shalat, baginda bertanya, “Apa yang membuat kalian melepaskan sandal-sandal kalian?” Mereka menjawab, “Kami melihat engkau melepaskan sandal, sehingga kami pun melepas sandal kami.” Rasulullah pun menjelaskan, “Sesungguhnya Malaikat Jibril datang kepadaku lalu mengabariku bahwa pada kedua sandalku ada najis.”

      Istinbat yang kita boleh ambil dari hadis ini, kalau imam melakukan sesuatu perkara yang bukan syariat, kita tidak perlu ikut.

      Allahu a’alm.

      Like

  19. As’salam’mualaikum!

    Satu pendedahan yang cukup berani dan bagus untuk pengetahuan pelaku-pelaku ‘ BID’AH ‘ dinusantara ini. Alham’dulillah!

    Tuan, saya sangat ingin bertanya berkenaan dengan; ‘ Apakah hukumnya solat berjemaah dibelakang imam pelaku bid’ah? Mohon penjelasan beserta dengan hujah dan dalilnya( Al-Quran serta hadith sahih Rasulullah( s.a.w.). Teruskan usaha-usaha yang amat murni ini. Terima kasih dari saya yang sangat-sangat mengharap.

    Semoga tuan sekeluarga dirahmati serta diberkati Allah( S.W.T.). Amin!

    Like

    1. Boleh.

      Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda:

      يُصَلُّوْنَ لَكُمْ، فَإِنْ أَصَابُوْا فَلَكُمْ وَلَهُمْ، وَإِنْ أَخْطَأُوْا فَلَكُمْ وَعَلَيْهِمْ.

      “Mereka shalat mengimami kalian. Apabila mereka benar, kalian dan mereka mendapatkan pahala. Apabila mereka keliru, kalian mendapat pahala sedangkan mereka mendapat dosa.” HR. Al-Bukhari (no. 694) dan Ahmad (II/355, 537), dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu.

      Imam Hasan al-Bashri (wafat th. 110 H) rahimahullah pernah ditanya tentang boleh atau tidaknya solat di belakang ahlul bid’ah, beliau menjawab: “Solatlah di belakangnya dan dia yang menanggung dosa bid’ahnya.” Imam al-Bukhari memberikan bab tentang perkataan Hasan al-Bashri dalam Shahiihnya (bab Imamatul Maftuun wal Mubtadi’ dalam Kitaabul Aadzaan).

      Like

  20. Bertaubatlah.
    Tak semudah itu melabel amalan orang lain sebagai budah. Walaupun biat baik tapi akibatnya parah.
    Pergilah belajar dengan banyak guru dari pelbagai aliran, jangan hanya belajar daru golongan yang menggelar diri salafi/ahlulhadis dan dihelar irangbwahabi.
    Jangan berhujah dgn orang biasa, tapi berhujjahlah dengan ulama nusantara seperti Sheikh Nuruddin AlBanjari dan Baba Li dari Pattani.

    Bertaubatlah.

    Like

      1. Kerana amalan dalam tahlil itu banyak perkara bidaah:
        1. Ada tawasul yang tidak dibenarkan. lafaz ila hadratin nabi itu.
        2. Ada bacaan zikir dengan kuat.
        3. bacaan zikir beramai-ramai.
        4. bacaan Qur’an beramai-ramai. Ketiga-tiga perkara ini adalah dilarang dalam Islam.
        5. pembahagian upah kepada ibadat. bagi makan kepada ahli surau dan sampul putih kepada tekong. ini adalah upah dalam ibadat. dilarang juga.

        Ini adalah secara ringkaslah. Nak tahu detail, kena belajarlah.

        Like

  21. assalamualaikum. kalau tuan ada kemampuan..boleh tak senaraikan amalan2 bidaah org2 arab mekah & madinah yg kita anggap ia sbg agama…saya ingin tahu..?

    Like

      1. ini bermaksud tuan berkemungkinan secara pemikirannya tidak menyeluruh/ tidak global & kemungkinan sedikit asobiyah(menyepitkan hokum yg luas)…sedangkan Islam itu rahmat sekalian alam….ingat ya saya cakap itu kemungkinan…mungkin juga sy salah…

        Like

      2. Ya, awak tersilap kerana awak nampaknya tidak faham tentang bidaah. Dan inilah masalahnya dengan kebanyakan masyarakat kita, bukan awak sahaja. Pembelajaran Sunnah jarang berlaku dan manusia hanya ikut sahaja apa yang biasa dilakukan oleh masyarakat.

        Islam bukannya kena ikut pemikiran global, ikut pendapat dan kehendak masyarakat. Tapi masyarakat yang kena ikut Islam. Yang banyak diamalkan tidak semestinya benar. Islam bukan agama demokrasi.

        Jadi bukan saya yang kena berubah, tapi masyarakat yang kena berubah. Pertamanya, kena berubah dengan meningkatkan pemahaman agama.

        By the way, awak tuduh saya ‘asobiyah’. Salah penggunaan tu. Maksud asobiyah adalah fanatik kepada bangsa sendiri. Seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah, adakah dianggap ashobiyyah, puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya? Jawab Baginda s.a.w.: Tidak, tetapi ashobiyyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman.

        Like

      3. klakar jgk ustaz ni 🤣. Betul jgk ustaz kata tu. Ustaz org melayu, manusia biasa pulak tu. Xkan nak check semua. Nanti org mintak amalan bidaah negara cina pulak, jepun lg. India rusia.semua negara nak. Kan masing2 ada ulama sendiri.

        Like

  22. Assalammualaikum…Alhamdulillah…terima kasih Tuan atas perkongsian..cuma ingin tahu juga lebih lanjut…seperti yang kita diajarkan, bidaah itu ada yang membawa kepada kebaikan dan ada yang membawa kepada keburukan…makanya, diantara kesemua senarai tersebut…yang manakah bidaah yang baik untuk kita amalkan…yang mana pula bidaah yang ditegah dan tidak dianjurkan oleh jumhur ulamak atau ijmak ulamak untuk kita laksanakan samada secara individu mahupun oleh masyarakat umumnya… Mohon penjelasan dan perkongsian ilmu Tuan…

    Like

    1. Semua senarai yang saya letakkan itu kena ditinggalkan.

      Bidaah yang baik adalah bidaah yang tidak melibatkan agama dan ibadat. Sebagai contoh, naik kereta itu adalah bidaah kerana Nabi tak naik kereta. Tapi ia bukanlah ibadat, maka bolehlah buat kerana lagi cepat sampai ke destinasi.

      Like

  23. Tuan, saya berhajat untuk mengadakan sedikit kenduri di rumah dan tidaklah berniat untuk membuat majlis tahlil dan bacaan yassin…cuma saya ingin mohon seorang ustaz untuk memimpin bacaan doa kesyukuran sahaja…Mohon pandangan tuan berhubung perkara ini….Terima kasih saya dahulukan…

    Like

    1. Itu adalah Majlis Doa Selamat namanya atau ‘Selamatan’. Ini adalah amalan bidaah juga ni dan tak boleh buat.

      Saya nak tanya awak: Awak nak apa sebenarnya? Awak nak doa makbul, bukan? Maka awak ajak orang makan, kemudian selepas mereka balik, awak doa sendiri. Doa selepas melakukan ibadah dan amalan baik akan lebih makbul. Awak baru sahaja beri orang makan dan ini memang anjuran dan ajaran dari Nabi.

      Maka kalau jemput ustaz, bagi dia makan sahaja. Tak payah suruh dia baca doa supaya diaminkan ramai-ramai. Sepatutnya yang datang ke rumah awak, makan makanan awak tu, mereka sepatutnya dah doa awal-awal dah, tak payah nak paksa mereka doa.

      Tapi kalau mereka itu jahil, tetap tidak doa, tidak mengapa kerana awak boleh doa sendiri. Tidak perlu bergantung kepada doa mereka. Awak dah beri makan, maka awak doa. Inilah dinamakan tawasul dengan amalan yang baik.

      Boleh faham dah kot ni.

      Like

  24. Alamdulilah. Ada lg manusia yg menegakkan sunnah. Susah nak cari sbb ustaz berani berdiskusi dgn org alim lain. Biasanya golongan ustaz ni yg susah nak terima.

    Cuma bab selawat sblum azan tu. Bukankah sebelum DAN selepas pun mmg x boleh ke? Sy pernah terbaca bahawa x boleh tambah apa2, termasuk beduq dan bacaan alquran sblm dan slps azan. nanti org ingat ianya adalah termasuk azan.

    Maaf ustaz, sy xde dalil. sbb sy rakyat jelata. guru by google. tp sbb ada ustaz, lega sikit. boleh guide rakyat jelata mcm kami ni.

    Like

    1. Sunnah selawat selepas azan adalah jelas:

      Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr radiallahu ‘anhu, beliau mendengar Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

      إِذَا سَمِعْتُمُ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ
      Apabila kalian mendengar muazzin (melaungkan azan), maka sebutlah sebagaimana yang muazzin itu laungkan.

      ثُمَّ صَلُّوا عَلَىَّ فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَىَّ صَلاَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا
      Kemudian selawatlah ke atas ku. Sesungguhnya sesiapa yang berselawat sekali kepada ku, Allah akan berselawat kepadanya sebanyak 10 kali.

      ثُمَّ سَلُوا اللَّهَ لِيَ الْوَسِيلَةَ فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِي الْجَنَّةِ لاَ تَنْبَغِي إِلاَّ لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ فَمَنْ سَأَلَ لِيَ الْوَسِيلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ ” .
      Kemudian mohonlah kepada Allah agar aku mendapat wasilah. Sesungguhnya ia adalah satu kedudukan di syurga yang hanya layak kepada seorang hamba Allah. Aku berharap agar aku adalah orang tersebut. Sesiapa yang memohon wasilah untuk aku, maka syafaat ku akan diberikan kepadanya.
      [Sahih Muslim, Kitab as-Solat, Bab Istihbab al-Qaul Mithl Qaul al-Muazzin…, hadis no: 384]

      Cuma, bukanlah baca di microphone tu. Baca sendirilah perlahan-lahan.

      Like

    1. Rasanya ustaz ini yang tak faham mana bab bidaah pada ibadah dan mana bidaah pada bab wasai’il.

      Bidaah yang dilarang adalah dalam bentuk ibadah. Kalau ia berkenaan menyampaikan kepada melakukan ibadah, memang bidaah tapi tidaklah bidaah yang dilarang.

      Sebagai contoh lagi, azan kita sama sahaja dari dulu. Tapi sekarang dah pakai speaker untuk sampaikan kepada lebih ramai orang boleh dengar. Speaker pun tidak ada pada zaman Nabi, tapi kita gunakan sekarang sebagai wasa’il sahaja.

      Liked by 1 person

  25. assalam ust..sy nak bertanya,,ad tak dalil y mengatakan salam keliling slpas solat tu bidaah? mohon hurai dgn lebih terperinci

    Like

    1. Ya, terima kasih kerana bertanya.

      al-Jawab: Dalam kitab Majmu’ Fatawa disebutkan jawapan Ibn Taimiyyah:

      وسئل: عن المصافحة عقيب الصلاة: هل هي سنة أم لا؟ فأجاب: الحمد للَّه، المصافحة عقيب الصلاة ليست مسنونة، بل هي بدعة. والله أعلم

      Beliau ditanya tentang bersalaman sesudah shalat, apakah dia sunah atau bukan? Beliau menjawab: “Alhamdulillah, bersalaman sesudah shalat tidak disunahkan, bahkan itu adalah bid’ah.” Wallahu A’lam (Majmu’ Fatawa, 23/339)

      Ulama lainnya, Syeikh Muhammad bin Shalih Al ‘Utsaimin, dalam fatwanya beliau berkata:

      المصافحة بين الرجل وأخيه سنة عند الملاقاة فقط وأما بعد السلام من الصلاة المفروضة فإنها ليست بسنة إذ لم ينقل عن الصحابة رضي الله عنهم أنهم كانوا إذا سلموا من الفريضة صافح بعضهم

      “Bersalaman antara seorang laki-laki dengan saudaranya adalah sunah ketika bertemu saja, ada pun setelah salam dari shalat wajib, maka itu bukan sunah. Karena tidak ada riwayat dari sahabat –radhiallahu ‘anhum- bahwa mereka jika setelah salam dari shalat shalat wajib bersalaman satu sama lain.” (Fatawa Nur ‘Alad Darb Lil Utsaimin, pertanyaan No. 780. Syamilah).

      Maka, para sahabat tidak buat perkara ini. Dan bila orang kita buat, itu sudah menambah amalan baru. Orang kita mungkin berasalah: alaahhh, nak kenal-kenal orang kampung jer.. ramah mesra… apa salahnya? Benda baik, kan?

      Kita kena tengok kesan perkara ini dalam masa yang lama. Sekarang orang kita tahu benda ini reka sahaja, Nabi tak buat dan sahabat pun tak buat. Ini pun sudah salah bila kita buat. Tapi anak-anak kita yang lihat perkara yang dilakukan oleh bapa-bapa mereka, bagaimana? Pada mereka, mereka membesar dengan kebiasaan ini dan mereka sangka ini adalah sebahagian dari agama.

      Orang kita pula semakin lama, semakin pandai tambah amalan ini. Dulu salam orang sebelah sahaja. sekarang dah buat barisan. kemudian ditambah dengan laungan selawat… nanti, tak tahu lah apa yang akan jadi.

      Dan memang orang kita akan biasa tambah fadhilat-fadhilat pula. Mereka katalah nanti: buat ini dapat pahala ini, dapat kelebihan itu.. padahal tidak ada dalam agama. Seperti yang telah disebut, tidak ada dilakukan oleh Nabi dan para sahabat. Mereka berjabat tangan semasa jumpa sahaja.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s