Berkenaan Ruqyah

📚 Hal Berkenaan Ruqyah.

1. Jin/iblis memang berusaha dengan pelbagai cara untuk menyesatkan manusia. Allah memperkatakan tentang iblis dan apakah niatnya dalam Surah Taha Ayat 117;

فَقُلْنَا يَا آدَمُ إِنَّ هَٰذَا عَدُوٌّ لَّكَ وَلِزَوْجِكَ فَلَا يُخْرِجَنَّكُمَا مِنَ الْجَنَّةِ فَتَشْقَىٰ

Maka, Kami berfirman: “Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita.

📑 Iblis adalah bapa kepada jin (sebagaimana Nabi Adam a.s. adalah bapa kepada manusia). Sebagaimana Nabi Adam dikeluarkan dari syurga, anak cucu iblis akan cuba menyesatkan kita dengan pelbagai cara supaya kita kekal bersama mereka dalam neraka. Salah satunya adalah dengan menyesatkan manusia dalam hal-hal perubatan, yang kebiasaannya disebabkan oleh penyakit ghaib seperti kerasukan atau sihir.

2. Ada bermacam-macam cara yang dilakukan oleh jin-jin ini dalam merasuk atau menyihir manusia, dan ada pelbagai kaedah pula yang digunapakai oleh manusia untuk menyelesaikannya.

Dahulu kala, bila berdepan masalah kerasukan atau sihir, masyarakat kita akan berjumpa tok bomoh, tok dukun atau mak bidan yang ada kelebihan untuk melihat, merasa kehadiran atau berkomunikasi dengan jin, mampu memberi arahan kepada jin malahan kononnya mampu membunuh jin, sehinggakan mereka ini menjadi watak penting dalam kehidupan kita. Tok bomoh, tok dukun dan mak bidan ini amat sinonim dengan penggunaan mentera, atau jampi serapah, bersama barang-barang sisipan yang dipanggil pengeras yang wajib dibawa bersama setiap kali berlangsungnya upacara rawatan. Kaedah rawatan mereka pula biasanya berbentuk pemujaan, dengan menyeru nama2 pelik berunsur kehantuan (seperti ‘hai mambang tanah, mambang api, mambang air, mambang mabuk minum brandy’ yang disebut dalam filem Pendekar Bujang Lapok :-)). Ada juga kaedah dipanggil ‘menurun’ di mana jin2 ini akan merasuk ke dalam tubuh tok bomoh, tok dukun atau mak bidan ini dan akan berkomunikasi dengan pesakit yang dirasuk atau wakil yang menghantar pesakit ini.

Kaedah-kaedah seperti ini memang jelas nyata bertentangan dengan ajaran Islam. Lama-kelamaan, sejajar dengan peningkatan kefahaman agama dalam masyarakat kita, golongan pengamal perubatan pembomohan ini semakin terpinggir kerana masyarakat sudah mulai sedar dosa besar yang mereka tanggung jika menggunakan kaedah perubatan yang berasaskan jin ini. Sebagaimana yang disebut di dalam Surah Al Jinn ayat 6:-

وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِّنَ الْإِنسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِّنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا

Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada golongan jin, kerana dengan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.

📖 Allah mengatakan dengan tegas kepada mereka dalam Surah Asy Syura Ayat 9;

أَمِ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ أَوْلِيَاءَ فَاللَّهُ هُوَ الْوَلِيُّ وَهُوَ يُحْيِي الْمَوْتَىٰ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Atau patutkah mereka mengambil pelindung-pelindung selain Allah? Maka Allah, Dialah pelindung (yang sebenarnya) dan Dia menghidupkan orang-orang yang mati, dan Dia adalah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

3. Akan tetapi, masalah ini sebenarnya tidak selesai begitu sahaja, malahan menjadi semakin rumit dan mengelirukan masyarakat apabila tok bomoh, tok dukun dan mak bidan ini sudah bertukar watak pula menjadi Ustaz/Ustazah.

Tidak seperti tok bomoh, tok dukun dan mak bidan yang menggunakan jampi serapah, Ustaz/Ustazah ini menggunakan ayat-ayat Al Quran, zikir-zikir serta selawat. Mereka juga ada kelebihan yang sama, iaitu boleh nampak jin, boleh bercakap dengan jin, boleh scan jin, boleh rasa kehadiran jin, dan juga boleh tembak/sembelih/tikam/bunuh/bakar jin. Hebat bukan?

Lihatkah betapa hebatnya tipu daya iblis. Apabila masyarakat sudah mula mendekati Islam, mereka turut mengubah modus operandi mereka dengan menggunakan pendekatan Islam untuk menyesatkan manusia, iaitu melalui satu istilah yang dinamakan PERUBATAN ISLAM

Benarkah Perubatan Islam ini kaedah Islam yang sebenar dalam merawat penyakit ghaib seperti kerasukan dan sihir?

Bagaimanakah caranya untuk kita menyedarkan masyarakat bahawa Perubatan Islam ini sebenarnya tidak Islam?

Benarkah ada manusia yang diberi kelebihan untuk nampak dan rasa kehadiran jin itu sebenarnya? Mari kita lihat jawapannya di dalam Quran.

📖 Lihat Surah Al Jinn Ayat 1;

قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِّنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا

Katakanlah (hai Muhammad): “Telah diwahyukan kepadamu bahwasanya: telah mendengarkan sekumpulan jin (akan Al Quran), lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami telah mendengarkan Al Quran yang menakjubkan.

Nabi Muhammad diberitahu melalui ‘Wahyu Allah’ bahawa ada segolongan jin yang mendengar bacaan Al Quran baginda. Baginda diberitahu selepas kejadian itu. Tidaklah Baginda nampak mereka semasa mereka berkumpul mendengar bacaan Qur’an itu. Tidaklah Nabi tahu dan ‘rasa’ kehadiran mereka setiap masa. Tidaklah juga para sahabat bersama baginda meremang bulu roma mereka semasa jin-jin itu duduk berkumpul mendengar bacaan Nabi.

Memang ada kisah Nabi berdakwah kepada bangsa jin. Dan ada kisah sahabat berkomunikasi dengan jin. Sebagai contoh Abu Hurairah pernah menangkap syaitan. Tapi bukanlah mereka sentiasa nampak. Ianya hanya waktu tertentu sahaja.

Iaitu ketika Allah angkatkan hijab mata mereka sampai boleh nampak makhluk halus waktu itu bukan dalam keadaan asal makhluk tersebut. Namun, dalam keadaan makhluk tersebut sudah menjadi manusia atau haiwan contohnya. Ini kerana kita memang tidak boleh nampak jin/syaitan dalam keadaan asal mereka seperti dinyatakan dalam firman Allah Surah Al A’raf ayat 27;

يَا بَنِي آدَمَ لَا يَفْتِنَنَّكُمُ الشَّيْطَانُ كَمَا أَخْرَجَ أَبَوَيْكُمْ مِنَ الْجَنَّةِ يَنْزِعُ عَنْهُمَا لِبَاسَهُمَا لِيُرِيَهُمَا سَوْآتِهِمَا ۗ إِنَّهُ يَرَاكُمْ هُوَ وَقَبِيلُهُ مِنْ حَيْثُ لَا تَرَوْنَهُمْ ۗ إِنَّا جَعَلْنَا الشَّيَاطِينَ أَوْلِيَاءَ لِلَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ

Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dan suatu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpim bagi orang-orang yang tidak beriman.

❓ Lalu bagaimana dengan mereka yang ada kelebihan ini? Adakah ini satu anugerah daripada Allah? Nampaknya mereka lebih hebat daripada Nabi dan sahabat baginda Rasul.

Zaman jahiliyah juga ada ramai Kaahin. Mereka adalah ahli-ahli nujum. Mereka berkomunikasi dengan jin. Jin-jin itu mencuri dengar maklumat dari langit dan menyampaikan kepada kaahin-kaahin ini. Cerita berkenaan jin yang mencuri dengar berita dari langit ini diceritakan dalam Surah Al Jinn ayat 8-9;

وَأَنَّا لَمَسْنَا السَّمَاءَ فَوَجَدْنَاهَا مُلِئَتْ حَرَسًا شَدِيدًا وَشُهُبًا

dan sesungguhnya kami telah mencuba mengetahui (rahsia) langit, maka kami mendapatinya penuh dengan penjagaan yang kuat dan panah-panah api.

وَأَنَّا كُنَّا نَقْعُدُ مِنْهَا مَقَاعِدَ لِلسَّمْعِ ۖ فَمَنْ يَسْتَمِعِ الْآنَ يَجِدْ لَهُ شِهَابًا رَصَدًا

dan sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan (berita-beritanya). Tetapi sekarang barangsiapa yang (mencuba) mendengar-dengarkan (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai (untuk membakarnya).

❓ Bagaimana kaahin-kaahin ini dapat berkomunikasi dengan jin-jin itu? Kerana mereka ada mengamalkan ilmu sihir. Ada cara-cara yang mereka belajar dari generasi mereka yang dahulu.

🚩 Jadi, mereka dapat kebolehan itu kerana mereka melakukan amalan salah. Adakah amalan pengamal-pengamal perubatan sekarang ini amalan yang Sunnah? Sampaikan dengan amalan mereka itu mereka dapat kelebihan boleh scan jin ini? Adakah apa yang mereka dapat itu karomah atau maunah? Atau sebaliknya ia adalah sihir dan istidraj?

4. Memang tidak dinafikan nampak seperti berjaya sahaja mereka menghalau jin. Mereka siap boleh berbincang dengan jin. Mereka boleh pujuk dan ‘psycho’ jin keluar. Malah mereka boleh islamkan jin itu kononnya. Kalau jin itu tidak mahu keluar, mereka boleh paksa keluar. Boleh tarik jin keluar. Ada yang sampai boleh tembak/sembelih/tikam jin dan jin mati. Ada yang letak dalam botol dan buang botol itu. Ada yang sampai kata dapat tangkap 4,000 jin pun.

❓ Masalahnya, bagaimana mereka tahu jin itu mati atau sudah keluar dari badan/rumah mangsa? Macam mana kita hendak pastikan ianya shahih/benar? Sedangkan kita memang tidak boleh nampak jin, bukan? Macam mana nak pastikan? Allahu’alam.

❓ Adakah tanda berjaya (kalau benar berjaya) itu tanda sesuatu itu benar? Apakah bezanya dengan sami Hindu yang boleh juga halau jin jahat keluar dari tubuh badan manusia? Juga tok sami Buddha Siam yang dengan jampi serapah mereka? Atau paderi Kristian yang melakukan exorcism dengan ucapan: “In the name of Jesus, I exorcise you! In the name of Jesus, begone!”. Dalam upacara mereka pun, dikatakan jin keluar juga, bukan?

⚠ Tidaklah tanda ‘berjaya’ itu menunjukkan benarnya sesuatu ilmu dan amalan itu. Sebab sama sahaja dengan agama lain pun. Mereka yang mengamalkan amalan salah, doa/zikir-zikir bidaah dan syirik seperti selawat syifa’, mereka akan dianugerahkan dengan jin dan jin itu akan membisikkan perkara-perkara kepada mereka sampai mereka sangka apa yang mereka buat itu adalah betul dan bagus. Lihatlah Surah Fussilat Ayat 25;

وَقَيَّضْنَا لَهُمْ قُرَنَاءَ فَزَيَّنُوا لَهُم مَّا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَحَقَّ عَلَيْهِمُ الْقَوْلُ فِي أُمَمٍ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِم مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ إِنَّهُمْ كَانُوا خَاسِرِينَ

Dan Kami tetapkan bagi mereka teman-teman yang menjadikan mereka memandang bagus apa yang ada di hadapan dan di belakang mereka dan tetaplah atas mereka keputusan azab pada umat-umat yang terdahulu sebelum mereka dari jin dan manusia, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang merugi.

4. Penggunaan bomoh dan pengamal perubatan ini membuka ruang kepada syirik. Mereka yang berjaya disembuhkan akan menyanjung pengamal-pengamal itu. Mereka akan berkata kepada yang lain: Hebat ustadz tu. Dialah yang keluarkan jin dari aku hari tu.

Mereka ‘lupa’ bahawa Allah yang menentukan segalanya. Allah juga yang menyembuhkannya. Mereka meletakkan kedudukan pengamal-pengamal itu setanding dengan Allah. Ini perbuatan menduakan Allah dalam keadaan tidak sedar! Nauzubillahi min dzalik! Cuba lihat dan renungkan bersama keterangan melalui firman Allah dalam Surah Az Zumar ayat 8;

وَإِذَا مَسَّ الْإِنسَانَ ضُرٌّ دَعَا رَبَّهُ مُنِيبًا إِلَيْهِ ثُمَّ إِذَا خَوَّلَهُ نِعْمَةً مِّنْهُ نَسِيَ مَا كَانَ يَدْعُو إِلَيْهِ مِن قَبْلُ وَجَعَلَ لِلَّهِ أَندَادًا لِّيُضِلَّ عَن سَبِيلِهِ قُلْ تَمَتَّعْ بِكُفْرِكَ قَلِيلًا إِنَّكَ مِنْ أَصْحَابِ النَّارِ

Dan apabila manusia itu ditimpa kemudharatan, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali kepada-Nya; kemudian apabila Tuhan memberikan nikmat-Nya kepadanya lupalah dia akan kemudharatan yang pernah dia berdoa (kepada Allah) untuk (menghilangkannya) sebelum itu, dan dia mengada-adakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya. Katakanlah: “Bersenang-senanglah dengan kekafiranmu itu sementara waktu; sesungguhnya kamu termasuk penghuni neraka”.

🚩 Apabila kena masalah gangguan jin, mereka berdoa semoga mereka diselamatkan. Ada yang jumpa pengamal perubatan. Lepas itu, mereka kembali pulih seperti sedia kala selepas mereka jumpa pengamal perubatan itu. Mereka menjadikan pengamal perubatan itu sebagai أَندَادًا (tandingan-tandingan) kepada Allah. Mereka berkata: “Sebab ustadz itulah kami sembuh kini”. Dalam fikiran mereka, ustadz itulah yang ada kuasa. Mereka pula akan cakap kepada orang lain, yang jin takut dengan ustadz itu. Nauzubillahi min dzalik!

5. Pengamal perubatan pula ada yang menggunakan bahan-bahan dalam aktiviti menghalau jin. Mereka ada yang menggunakan garam, lada hitam, belerang, serbuk besi, raksa dan macam-macam lagi. Yang pakai benda pelik juga ada. Mereka katakan bahawa, jin takut dengan benda-benda tersebut.

Siapa yang cakap jin-jin itu takut dengan benda-benda itu? Adakah maklumat itu didapati dari dalil yang sahih? Kita perlukan dalil yang sahih kerana perkara ini adalah perkara ghaib. Kalau manusia, kita tahu mereka tidak suka panas atau pedas atau bunyi bising sebab kita boleh tanya manusia itu. Namun, jin ini adalah makhluk yang ghaib. Mereka hidup dalam alam mereka. Memang banyak kisah-kisah mereka dalam berbagai-bagai kitab. Tapi setakat mana kebenaran maklumat dalam kitab-kitab itu?

Atau adakah maklumat itu sampai dari jin sendiri? Kalau begitu, adakah kita boleh percaya dengan hujah itu?

Pertama, macam mana kita dapat berkomunikasi dengan jin? Kalau boleh berkomunikasi dengan jin, maknanya dia sendiri sudah berkawan dengan jin. Untuk berkawan dengan jin, kena lakukan perkara syirik terlebih dahulu.

Kedua, adakah musuh yang bodoh hendak beritahu kelemahan mereka sendiri? Kalau kita hendak mula bersilat dengan lawan, adakah kita akan cakap kepada dia: “Kau jangan tumbuk bahu aku yer, bahu aku semalam terkehel”. Tentulah jin tidak akan beritahu kelemahan dia. Melainkan dia hendak tipu kita sahaja. Dia sudah berpakat dengan golongan mereka, kalau manusia guna benda ini, buat-buat lari supaya manusia percaya benda itu boleh menyebabkan mereka sakit.

Garam memang ada sifat masin. Kalau masukkan dalam makanan, makanan akan masin. Lada hitam pula sifatnya pedas, sedap kalau masak black pepper. Itu adalah hukum adat. Tapi bagaimana kita boleh percaya ianya boleh memudaratkan golongan jin? Kalau kita percaya semata-mata percaya tanpa dalil yang sahih, maka kita sama seperti golongan yang sembah berhala sebab mereka sangka berhala itu dapat memberi manfaat dan mudharat kepada mereka. Seperti mana Allah berfirman dalam Surah Taha ayat 89;

أَفَلَا يَرَوْنَ أَلَّا يَرْجِعُ إِلَيْهِمْ قَوْلًا وَلَا يَمْلِكُ لَهُمْ ضَرًّا وَلَا نَفْعًا

Patutkah mereka tidak mahu berfikir sehingga mereka tidak nampak bahawa patung itu tidak dapat menjawab perkataan mereka, dan tidak berkuasa mendatangkan bahaya atau memberi manfaat kepada mereka.

Kalau manusia makan ubat batuk untuk menyembuhkan sakit batuk, kita boleh terima kerana sudah ada kajian sebelum ubat batuk itu dicipta. Boleh diperiksa dengan kaedah saintifik. Ianya termasuk dalam ‘hukum adat’ seperti kita terima makan itu mengenyangkan – walaupun pada hakikatnya Allah yang memberi kenyang. Tapi, bagaimana kita hendak periksa bahawa garam, lada hitam dan sebagainya itu boleh menyebabkan jin sakit dan tidak selesa? Adakah kerana kita lihat orang yang sakit itu menggelupur? Adakah itu benar atau hanya lakonan sahaja?

6. Kalau Tauhid kita betul, in shaa Allah jin syaitan tidak dapat memudharatkan kita. Maksudnya di sini, amal ibadat kita kena benar bersandarkan sunnah Nabi dan dalil yang shahih. Kerana akan ada malaikat yang menjaga kita di hadapan dan belakang kita. Ini seperti mana di terangkan dalam firman Allah Surah Ar Ra’d ayat 11;

لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِّن بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ

Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah.

7. Nabi juga sudah mengajarkan cara untuk menghalau jin. Antaranya ialah:

💎 Baca Ayatul Kursi (Surah Al Baqarah ayat 255) kepada pesakit yang kena rasuk atau kena gangguan jin.

💎 Apabila masuk ke dalam rumah, ucap salam terlebih dahulu ‘Assalamualaikum’ dan baca ‘Bismillah’ semasa menutup pintu. Semua jin syaitan dalam rumah akan keluar.

💎 Baca Surah Al Baqarah di dalam rumah. Seeloknya di baca keseluruhan ayat sebanyak 286 ayat atau baca setakat termampu.

💎 Ambil wudhuk sebelum tidur dan baca, Ayat Kursi serta 2 ayat terakhir Surah Al Baqarah. Allah akan kirimkan malaikat untuk melindungi hingga ke pagi.

💎 Dan lain-lain lagi yang tsabit dari amalan Nabi. Sebagai contoh bacaan Surah Al Fatihah dan ayat muawwizatain (Surah An Nas dan Al Falaq).

💎 Doa kepada Allah. Mohon terus kepada Allah supaya hilangkan gangguan makhluk halus ke atas diri kita. Selain itu, adalah ikhtiar utama iaitu jauhi amalan bidaah dan jangan sesekali tinggalkan solat fardhu.

⚠ Jin syaitan akan mengajar manusia untuk melakukan perkara selain dari yang benar supaya mereka terselamat. Maka, berhempas pulaslah manusia melakukan pelbagai amalan pendinding seperti hizb bahr dan tangkal. Tapi sebenarnya, tidak ada kesan kepada jin syaitan itu.

❓ Bagaimana pula kalau kita amalkan seperti yang Nabi ajar, namun tidak menjadi? Kita kena periksa balik diri kita. Mungkin ada yang salah dalam diri kita. Tidak bertaubat dan insaf dari kesalahan lalu. Contoh: tinggal solat dengan sengaja. Bayangkan kalau ayat kursi itu dibaca oleh seorang kafir. Adakah ianya berguna untuk menghalau jin? Jin juga tidak terkesan kerana yang baca tidak percaya kepada Allah. Tidak ada keyakinan kepada Allah.

Sekian. Allahu a’lam.

Kemaskini: Jan 3, 2018

Bicara tentang ‘Ikhlas’.

Orang kita selalu menyebut asalkan ikhlas dalam melakukan ibadat, Allah akan terima ibadat itu. Apakah makna Ikhlas?: Iaitu yang dikatakan melakukan ibadah tulus ikhlas kepadaNya jua. Kalau nak faham, kita kena lihat amalan orang kafir macam mana. Kita ambil contoh orang yang iktikaf dalam masjid. Iaitu duduk dalam tempat ibadat. Orang Hindu pun ada juga iktikaf dalam kuil mereka. Buddha pun ada, Kristian pun ada. Ini semua adalah dipanggil ‘pengabdian’. Agama lain pun ada juga pengabdian dalam agama mereka. Agama lain lagi hebat sebenarnya, kerana ada antara mereka tak keluar-keluar dari rumah ibadat mereka. Dari muda sampai mati mereka tinggal di sana. Mereka pun ikhlas juga sebenarnya. Mungkin lagi ikhlas dari kita. Takkan tak ikhlas lagi kalau boleh buat sampai macam tu? Mereka sampaikan tidak kahwin kerana mengabdikan diri kepada tuhan mereka. Soalan sekarang adalah, samada ikhlas kita sama sahaja macam ikhlas mereka, atau ikhlas seperti mana yang Tuhan mahu? Walaupun mereka ikhlas dalam ibadat mereka, mereka akhirnya akan masuk neraka. Ini bermakna, ikhlas sahaja tidak cukup. Selain dari ikhlas, perbuatan kita kena bertepatan dengan apa yang Nabi dan Allah hendak. Kalau tak, tiada guna. Kena belajar hadith baru tahu mana yang boleh buat. Semuanya telah diceritakan di dalam Kitab Hadith.

Kita tak boleh nak tanggung dosa orang lain. Macam yang Kristian buat sekarang. Paderi mereka pula yang ampunkan dosa pengikut dia. Bukan sahaja kita tidak boleh menanggung dosa orang lain, kita juga tidak boleh buat ibadat bagi pihak orang lain. Ibadat kena buat sendiri. Jikalau kita melakukan ibadat, pahala dari ibadat itu akan diberikan kepada kita. Maka kita sebenarnya tidak boleh nak kirim pahala dari ibadat kita kepada orang lain. Maka, majlis tahlil itu adalah perbuatan yang sia-sia kerana tujuannya adalah untuk kirim pahala kepada simati tetapi sebenarnya pahala itu tak sampai pun. Dan perbuatan itu tidak pernah diajar oleh Nabi dan tidak pernah diamalkan oleh para sahabat Nabi.

Kalau tak belajar, agama kita akan jadi macam agama lain, iaitu hanya berdasarkan sangkaan-sangkaan sahaja. Agama ini bukan boleh buat ikut suka sahaja. Sekarang ni kita hairan, kenapa tok guru yang mengajar masyarakat masih tak mahu belajar tafsir Quran? Masih lagi tak mahu belajar hadis yang sahih? Apabila mereka tidak belajar dengan betul, maka mereka telah menyampaikan ajaran yang salah kepada anak murid mereka. Sampai banyak sekali hadis-hadis yang lemah atau palsu yang dijadikan sebagai dalil oleh mereka.

Satu lagi amalan bidaah yang dilakukan secara berleluasa oleh masyarat kita walaupun tiada dalil dari nas adalah Talqin. Ada masalah dengan amalan itu. Sebenarnya daripada hadis, kita tahu bahawa malaikat tanya hanya 3 soalan sahaja. Tapi kenapa kita dengar semasa talqin dibacakan di kubur ada sampai 6 soalan? Itu pun dah salah dah. Dari manakah datangnya dalil untuk tiga soalan lagi soalan itu?

Berdasarkan hadith Nabi, semasa salah seorang sahabat meninggal, ketika itu sahabat sedang bersama Nabi di tanah perkuburan untuk menunggu jenazah sampai. Nabi tak buat apa-apa semasa menunggu. Tiada baca apa-apa pun. Keadaan semasa itu senyap sahaja. Tiba-tiba Nabi angkat kepala dan berkata: Takutlah kamu tentang kematian. Akan datang malaikat yang berbadan hitam, matanya biru. Dan seterusnya hingga akhir hadis.

Roh orang mukmin akan berada di Illiyin, di langit ketujuh. Roh orang kafir pula, disimpan di Sijjin, iaitu di bumi lapis yang ke tujuh. Makanya soalan malaikat tu, bukan tanya kepada tubuh mayat yang dalam kubur, tapi kepada roh yang berada di alam kubur. Dan kalau semasa talqin dibacakan ke bawah, itu seperti kita mengatakan yang roh itu berada di Sijjin, tempat orang-orang yang jahat.

Soalan pertama yang ditanya: “man rabbuka?” Bukan ‘ma rabbuka’. Kerana perkataan ‘ma’ itu bermaksud: ‘apa’. Maka, soalan pertama adalah: “Siapakah Tuhan yang mencipta, memelihara, menjaga kamu?” Kena faham makna ‘rabb’ itu dengan kemas. Makna Rabb, bukan sahaja bermakna ‘Tuhan’. Dia cipta makhluk dan kemudian Dia akan jaga makhluk itu. Iaitu dengan beri makan, minum, udara dan sebagainya. Apabila Tuhan cipta kita, Dia mesti beri kita makan, kalau tak, kita akan mati kerana kita bergantung hidup dengan Dia. Jawap kepada soalan yang pertama: “robbunAllah”. Bukan Tuhanku adalah Allah. Sebab perkataan ‘tuhan’ itu tidak sama dengan perkataan ‘rabb’. Bahasa Arab sebenarnya lebih lengkap dari bahasa Melayu.
Soalan kedua: “ma diinika”: “apa agama dan cara hidup kamu?” Deen itu adalah cara hidup. Ugama kita memang Islam, tapi belum cara hidup kita pun cara hidup Islam. Adakah kita nak jawap: ugama kita Islam, tapi cara hidup kita ikut Yahudi atau Nasrani?

Soalan ketiga: “siapa orang ini?” Sambil tunjuk kepada Nabi. Dia tak tanya “siapa penghulu kamu?” macam yang dibacakan dalam talqin yang biasa kita dengar itu. Jadi soalan dah tak sama seperti yang disebut oleh Nabi. Tak tahu dari mana datangnya kata-kata dalam talqin itu sebab tidak ada macam itu dalam hadis yang sahih. Jadi nak kenal Nabi macam mana? Untuk kenal Nabi, kena ikut sunnah dia.

Soalan keempat dan seterusnya tu, dapat dari mana? Tidak pasti dari mana sumbernya. Yang pasti bukan dari hadis Nabi. Kita mesti mendapatkan sumber agama kita dari Quran dan sunnah; Malaikat tanya kerana mereka diarah untuk tanya sahaja. Mereka dah tahu dah simati itu macam mana cara hidupnya; Apabila kita melepasi soalan-soalan itu, dan kita termasuk orang yang akan masuk syurga, maka dibukakan satu pintu syurga kepda kita. Kita akan diberikan dengan pakaian syurga. Iaitu kita akan dipakaikan dengan tujuh puluh helai pakaian dari sutera. Lengkap dengan perhiasan dan sebagainya. Dimandikan pula oleh malaikat. Ketahuilah bahawa lubang kubur itu adalah tempat singgahan terakhir manusia sebelum memasuki syurga atau neraka. Ianya adalah ‘Syurga Sementara’. Kalau dalam dunia ini, boleh dianggap macam chalet. Atau kepada orang yang jahat, sebagai lokap sebelum dimasukkan ke dalam penjara yang sebenarnya.

Kalau akidah tak betul, mayat itu akan cakap “ah ah ah, la adri” (ah, ah, ah, aku tak tau). Maka malaikat akan pukul manusia itu, sambil berkata: “Kamu ni belajar agama tidak, berkawan dengan orang alim pun tidak. Shiapppp!!!! Semoga kita tergolong kedalam orang yang dapat menjawab soalan-soalan itu dengan baik. Sebenarnya yang menjawap soalan itu adalah amalan-amalan. Jawapan itu bukan boleh diajar oleh orang lain kalau kita dah mati nanti. Jadi orang yang membaca talqin itu adalah sia-sia sahaja kerana simati tidak dapat mendengar pun bacaan talqin itu.

Maka eloklah bila nak tidur malam, kita talqinkan diri kita sendiri. Baca sekali sekurang- kurangnya: “Rodiitu billahi rabba. Wabil Islaamadina, wabi Muhammadin Nabiiyyan warasullan” – “Aku redha Allah sebagai Rabbku, Islam sebagai cara hidupku dan Nabi Muhammad sebagai Nabi dan Rasul”

Peringatan! Nabi pernah bersabda: “Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur”. Iaitu kita disuruh membaca Quran di rumah. Makna disebaliknya adalah, kita tak boleh baca Quran dikubur. Kubur juga bukan tempat untuk sembahyang. Kecuali untuk kita melakukan solat jenazah jika kita tidak sempat untuk solat jenazah berjemaah.

Apabila barang hilang

Kita selalu dengar dan mungkin terjadi kepada kita sendiri, barang hilang, barang kena curi dan sebagainya. Bukan sahaja barang hilang, kadang kala kita kehilangan ahli keluarga, kesihatan kita pun hilang juga, bukan? Apakah yang perlu kita fikirkan dan apakah usaha kita dalam perkara ini?

Dalam Baqarah:156, Allah menyebut tentang sifat orang yang sabar

الَّذينَ إِذا أَصابَتهُم مُصيبَةٌ قالوا إِنّا لِلَّهِ وَإِنّا إِلَيهِ راجِعونَ

(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”.

Ini adalah ucapan yang Allah ajar untuk kita ucap apabila musibah itu kena kepada kita. Tapi apakah maksudnya?

  1. Kalimah مُصيبَةٌ bermaksud sesuatu yang tepat kena kepada kita. Ini adalah dari Allah. Allah telah takdirkan terjadi kepada kita. Kita tidak mungkin dapat elak. Memang Allah tujukan kepada kita. Tidak ada yang dapat menghalang. Apabila terjadi musibah, jangan tanya kenapa terjadi kepada kita, tapi redhalah kerana Allah yang jadikan ia terjadi, bukan orang lain. Kalau kita tidak redha, bermaksud kita tidak redha dengan qadha dan qadar Allah. Dan itu bermaksud salah satu rukun Iman kita telah ada masalah: beriman kepada qadha dan qadar Allah. Adakah kita pandai hafal sahaja rukun Iman itu, tapi kita tidak terima?
  2. Maksud إِنّا لِلَّهِ adalah ‘Sesungguhnya kita ini hak Allah’. Batang tubuh dan nyawa kita sendiri adalah kepunyaan Allah. Apatah lagi segala harta yang kita ada: duit, rumah, anak-anak, kesihatan dan sebagainya. SEMUANYA itu adalah hak Allah. Allah telah beri pinjam kepada kita untuk kita gunakan dan untuk kita nikmat. Dan apabila Allah beri, maka Allah boleh tarik balik. Kerana itu hak Dia, ikut Dia lah nak buat apa. Dulu dia beri kita pakai, sekarang dia tarik balik. Apabila kita faham perkara ini, maka legalah hati kita. Sebab kalau kita sedar yang hilang itu bukan kita punya pun, tidaklah kita kelam kabut sangat.
  3. Kalimat وَإِنّا إِلَيهِ راجِعونَ bermaksud ‘sesungguhnya kami ini kepada Dia akan dikembalikan’. Potongan ayat ini untuk mengingatkan kita bahawa kita ini semua akan mati dan akan dikembalikan ke akhirat untuk mengadap Allah. Waktu itu kita akan dipersoalkan dengan apa yang kita lakukan, kemudian akan dinilai segala amalan kita dan kita akan dibahagikan kepada penghuni syurga atau penghuni neraka. Maksudnya, itu adalah perkara yang amat-amat besar dan amat menakutkan sekali. Nasib kita untuk selama-lamanya akan ditentukan di hari akhirat kelak di Mahsyar. Ini mengingatkan kita dan menyedarkan kita, bahawa apa sahaja yang terjadi di dunia ini, dalam bentuk ujian atau musibah, adalah ‘kecil’ sahaja kalau dibandingkan dengan apa yang kita akan hadapi nanti. Maka kena bersedia untuk menghadapi hari akhirat itu, bukannya nak kecoh tentang apa yang terjadi sekarang di dunia.

Malangnya, ada orang yang menggunakan musibah ini untuk jadi punca untuk kesesatan. Kalau ada yang hilang barang, mula cari bomoh untuk cari barang; kalau ada yang sakit, mula cari bomoh untuk hilangkan sakit mereka.

Masalahnya, adakah betul cara yang digunakan oleh bomoh-bomoh itu? Adakah mereka menggunakan cara Islam? Ketahuilah bahawa mereka akan menggunakan jin untuk mencari barang-barang yang hilang itu. Kerana barang yang terlindung dari pandangan mata, kita sebagai manusia tidak akan nampak, tapi jin nampak. Mereka memang boleh carikan, tapi untuk berkawan dengan mereka, menggunakan khidmat mereka, kita kena syirik dulu, baru mereka akan tolong. Itulah upah bagi mereka kerana mereka tidak buat kerja percuma sahaja. Maka, adakah kita sanggup untuk menggadaikan nasib kita di akhirat kelak hanya untuk mendapatkan barang yang tidak bernilai apa-apa pun kalau dibandingkan dengan dimasukkan ke dalam neraka? Fikirkan.

Lalu bagaimana sikap kita terhadap kejadian ini dan apakah usaha kita?

  1. Kita kena terima apa yang terjadi dan redha dengan musibah yang Allah berikan seperti yang disebut di atas.
  2. Sedarlah dan bergembiralah kerana apa sahaja musibah yang terjadi kepada kita, kalau kita sabar, kita akan dapat pahala.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَا يُصِيبُ المُسْلِمَ، مِنْ نَصَبٍ وَلاَ وَصَبٍ، وَلاَ هَمٍّ وَلاَ حُزْنٍ وَلاَ أَذًى وَلاَ غَمٍّ، حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا، إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ

“Tidak ada satu musibah yang menimpa setiap muslim, baik rasa capek, sakit, bingung, sedih, gangguan orang lain, resah yang mendalam, sampai duri yang menancap di badannya, kecuali Allah jadikan hal itu sebagai sebab pengampunan dosa-dosanya.” (HR. Bukhari 5641

3. Dalam riwayat, ada kisah bagaimana Ummu Salamah telah kehilangan suami yang dicintainya. Rasulullah telah mengajar doa berikut:

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

“Kita milik Allah semata dan sesungguhnya hanya kepada-Nya semata kita kembali. (QSAl-Baqarah [2]: 156). Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah yang menimpaku, dan berilah aku ganti yang lebih baik daripada musibah yang telah menimpa.” (HR. Muslim)

Maka moleklah sangat kalau kita pun berdoa begini juga. Pertama kita sabar dan sebut yang kita mengharap pahala dari kehilangan itu; kemudian kita berdoa kepada Allah untuk memberi ganti yang lebih baik dari barang yang kita hilang itu.

4. Kita juga boleh amalkan doa yang tidak ada elemen syirik di dalamnya. Kita boleh sahaja berdoa dan merayu kepada Allah dengan bahasa kita. Atau kita boleh gunakan doa Ibnu Umar. Diriwayatkan perbuatan Ibn Umar:

”Dia berwudhuk, kemudian solat 2 rakaat, setelah salam lalu mengucapkan syahadat, kemudian berdoa,

يَا هَادِيَ الضَّال، وَرَادَّ الضَّالَة ارْدُدْ عَلَيَّ ضَالَتِي بِعِزَّتِكَ وَسُلْطَانِكَ فَإِنَّهاَ مِنْ عَطَائِكَ وَفَضْلِكَ

Ya Allah, Dzat yang melimpahkan hidayah bagi orang yang sesat, yang mengembalikan barang yang hilang. Kembalikanlah barangku yang hilang dengan kuasa dan kekuasaan-Mu. Sesungguhnya barang itu adalah bahagian dari anugerah dan pemberian-Mu’.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam al-Mushannaf no. 29720, al-Baihaqi dalam ad-Da’awat al-Kabir (2/54). Baihaqi mengatakan, هذا موقوف وهو حسن (Ini adalah atsar mauquf) [perkataan shahabat] dan atsar ini statusnya adalah hasan”

nota: solat yang dilakukan bukanlah ‘Solat Hajat‘ tapi solat sunat biasa sahaja. Ini adalah kerana untuk lebih memakbulkan doa, seeloknya kita buat amal kebaikan dahulu. Dan amal yang paling baik adalah solat.

Maka tinggalkanlah amalan-amalan yang tidak ada dalam riwayat Islam. Kebanyakan dari amalan-amalan itu adalah rekaan sahaja dan tidak ada asasnya.

5. Selepas kita berdoa, maka kita boleh lakukan usaha kita sebagai manusia. Iaitu kalau barang hilang, eloklah buat laporan kepada pihak polis supaya mereka juga mencari barang yang hilang itu kerana ini adalah salah satu dari tugas mereka.

Allahu a’lam. Semoga ini memberi pengajaran untuk kita semua.

Sunatkah Menyapu Muka Selepas Solat?

 حَدَّثَنَا بَكْرُ بْنُ سَهْلٍ الدِّمْيَاطِيُّ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ صَالِحٍ ، حَدَّثَنِي كَثِيرُ بْنُ سُلَيْمٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ إِذَا صَلَّى وَفَرَغَ مِنْ صَلاتِهِ مَسَحَ بِيَمِينِهِ عَلَى رَأْسِهِ وَقَالَ بِسْمِ اللهِ الَّذِي لاَ إِلَهَ غَيْرُهُ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ اللَّهُمَّ أَذْهِبْ عَنِّي الْهَمَّ وَالْحَزَنَ 
Daripada Anas r.a, diriwayatkan bahawa apabila baginda s.a.w selesai mendirikan solat, baginda akan menyapu kepalanya dengan tangan kanannya lalu membaca: Dengan nama Allah, tiada tuhan yang berhak disembah selainnya, yang Maha Pemurah dan Penyayang. Ya Allah, hapuskanlah daripada ku perasaan susah hati dan kesedihan. [At-Thabrani dalam Ad-Dua’, dan Al-Awsath]

Pada sanad hadis ini terdapat perawi bernama Katsir bin Salim (كَثِيرُ بْنُ سُلَيْمٍ ). Beliau seorang yang sangat lemah.
Imam Al-Bukhari: Beliau Munkarul Hadis.
Yahya bin Ma’in: Dhaif.
Abu Zur’ah: Wahiy al-Hadis.
Abu Hatim: Dhaif al-Hadis, Munkar al-Hadis.
An-Nasaie: Matruk al-Hadis.
Kesimpulan: Hadis ini sangat lemah.


659- حَدَّثَنَا أَبُو مُسْلِمٍ الْكَشِّيُّ ، حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ الْحَوْضِيُّ ، حَدَّثَنَا سَلامٌ الطَّوِيلُ عَنْ زَيْدٍ الْعَمِّيِّ عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ قُرَّةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا قَضَى صَلاتَهُ يَعْنِي وَسَلَّمَ مَسَحَ جَبْهَتَهُ بِيَدِهِ الْيُمْنَى ثُمَّ يَقُولُ بِسْمِ اللهِ الَّذِي لاَ إِلَهَ إِلا هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ اللَّهُمَّ أَذْهِبْ عَنِّي الْهَمَّ وَالْحَزَنَ
Diriwayatkan apabila Nabi s.a.w selesai mendirikan solat baginda menyapu dahinya dengan tangan kanannya kemudian membaca: Dengan nama Allah, tiada tuhan yang berhak disembah selainnya, yang Maha Pemurah dan Penyayang. Ya Allah, hapuskanlah daripada ku perasaan susah hati dan kesedihan.

[Ad-Dua’ li at-Thabrani, ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah Ibn Sunni]
Pada sanad hadis ini terdapat perawi bernama Zaid al-‘Amiy (زَيْدٍ الْعَمِّيِّ).

Imam Ahmad: Soleh
Yahya bin Ma’in: La Syai’i
Abu Hatim: Dhaif al-Hadis, ditulis hadisnya akan tetapi tidak berhujah dengannya.
Abu Zur’ah: Dia tidak kuat, Wahiy al-Hadis.
An-Nasaie: Dhaif.
Ibnu Hibban: Tidak boleh berhujah dengan riwayatnya.

Pada sanad hadis ini juga terdapat perawi bernama Salam at-Thowil (سَلامٌ الطَّوِيلُ). Beliau seorang yang sangat lemah bahkan ia adalah masalah utama kerana dia lebih teruk kelemahannya berbanding Zaid al-‘Amiy.
Yahya bin Ma’in: Hadisnya tiada apa-apa. Dhaif, tidak ditulis hadisnya.
Abu Hatim: Dhaif, ulama hadis meninggalkannya.
Abu Zur’ah: Dhaif al-Hadis.
Imam Ahmad: Munkar al-Hadis.
Al-Bukhari: Ulama meninggalkan hadis Salam at-Thawil daripada Zaid al-‘Amiy.
An-Nasaie: Matruk al-Hadis.
Kesimpulan: Hadis ini sangat lemah.


40446 – ثنا عبد الرحمن بن محمد بن حماد الطهراني ، ثنا الحسن بن يزيد الجصاص ، ثنا داود بن المحبر ، ثنا العباس بن رزين مصطفى السلمي ، عن جلاس بن عمرو ، عن ثابت البناني ، عن أنس بن مالك ، قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قضى صلاته مسح جبهته بكفه اليمنى ، ثم أمرها على وجهه حتى يأتي بها على لحيته ويقول : « بسم الله الذي لا إله إلا هو عالم الغيب والشهادة الرحمن الرحيم ، اللهم أذهب عني الغم والحزن والهم ، اللهم بحمدك انصرفت وبذنبي اعترفت ، أعوذ بك من شر ما اقترفت ، وأعوذ بك من جهد بلاء الدنيا ومن عذاب الآخرة »
Diriwayatkan apabila nabi s.a.w selesai solat, baginda akan menyapu dahinya dengan tapak tangan kanannya kemudian melalukannya di atas wajahnya sehingga sampai ke janggutnya. Kemudian baginda membaca: Dengan nama Allah, tiada tuhan yang berhak disembah selainnya. Yang mengetahui perkara yang ghaib dan yang nampak, yang Maha Pemurah lagi Penyayang. Ya Allah, hapuskanlah daripada aku rasa dukacita, kesedihan dan susah hati. Ya Allah, dengan memujiMu aku pergi dan dengan dosa ku aku mengakui. Aku berlindung dengan Mu daripada keburukan yang telah aku lakukan, aku berlindung dengan Mu daripada kesusahan bala di dunia dan azab di akhirat.

[Abu Nu’aim dalam Akhbar Asbahan]
Pada sanadnya terdapat perawi bernama Daud al-Muhabbir. Beliau sangat lemah.
Al-Bukhari: Munkar al-Hadis.
Imam Ahmad: Anak Imam Ahmad pernah bertanya kepada beliau tentang Daud. Lalu Imam Ahmad ketawa dan berkata: Kelihatan hadisnya tiada apa-apa. Dia tidak tahu yang mana satukah hadis.
Ali bin al-Madini: Dzahaba Haditsuhu
Abu Hatim: Tidak thiqah, Dzahib al-Hadis, Munkar al-Hadis.
Abu Zur’ah: Dhaif al-Hadis.
Ad-Daraquthni: Matruk
Yahya bin Ma’in: Thiqah, bukan pendusta, akan tetapi banyak silapnya.
Kesimpulan: Hadis ini sangat lemah.


Jelas bahawa kesemua hadis berkaitan menyapu wajah selepas solat adalah sangat lemah. Oleh itu tidaklah disunatkan menyapu muka selepas solat.
Wallahua’lam.

Ustaz Dr Rozaimi Ramle – Hadith

Dalil larangan bidaah

AKIBAT BURUK BID’AH

📮 INTISARI :
20 Kesan Buruk Dan Akibat Yang Merugikan Bagi Pelaku Bid’ah

(1). Amalannya tidak akan diterima Allah Ta’ala.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ أَحْدَثَ فِى أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ
“Barangsiapa yang mengada-adakan suatu perkara baru dalam urusan (agama) kami ini apa-apa yang tidak ada darinya (keterangan), maka amalan itu tertolak” (HR. Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718 (17), hadits dari ‘Aisyah).

“Barangsiapa yang beramal dengan suatu amalan yang bukan atas perintah kami, maka ia tertolak” (HR.Muslim no.1718 (18), Abu Dawud no.4606 dan Ahmad VI/73, hadits dari ‘Aisyah).

Allah Ta’ala berfirman :

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا
“Katakanlah: “Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya ?”. Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya” (QS. Al-Kahfi [18] : 103-104).


(2). Pelaku bid’ah dianggap telah mematikan Sunnah.

Abdullah bin Abbas radhiyallahu ‘anhu berkata :

“Tidaklah datang (suatu masa) kepada manusia, melainkan mereka akan membuat bid’ah di dalamnya dan akan mematikan Sunnah, sehingga maraklah perbuatan bid’ah dan matilah Sunnah” (Al-I’tisham I/87 oleh Imam asy-Syathibi).


(3). Pelaku bid’ah dianggap pemecah-belah umat.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

ما من نبيٍّ بَعثَهُ اللهُ في أُمَّةٍ قبْلِي ، إلَّا كان لهُ من أُمَّتِه حوَارِيُّونَ ، وأصحابٌ يأخُذونَ بِسنَّتِه ، ويَتقيَّدُونَ بأمْرِهِ ، ثمَّ إنَّها تَخُلُفُ من بعدِهِمْ خُلُوفٌ ، يقولُونَ ما لا يَفعلُونَ ، ويفعلُونَ ما لا يُؤْمَرُونَ ، فمَنْ جاهدَهمْ بيدِهِ فهوَ مُؤمِنٌ ، ومَنْ جاهدَهمْ بِلسانِه فهوَ مُؤمِنٌ ، ومَنْ جاهدَهمْ بقلْبِهِ فهوَ مُؤمنٌ ، ليس وراءَ ذلكَ من الإيمانِ حبَّةُ خرْدَلٍ

“Tidak seorang Nabi pun yang diutus Allah pada umat sebelumku kecuali ia mempunyai sahabat-sahabat dan penolong-penolong yang setia. Mereka mengikuti sunnah-sunnahnya dan mengerjakan apa yang diperintahkannya. Kemudian datang setelah mereka kaum yang mengatakan apa yang tidak mereka kerjakan dan “Mengerjakan Apa Yang Tidak Diperintahkan”. Maka barang siapa yang berjihad melawan mereka dengan tangannya maka dia adalah mukmin dan barang siapa berjihad dengan lisannya dia adalah mukmin dan siapa yang berjihad dengan hatinya maka dia mukmin. Setelah itu tidak ada lagi iman walaupun sebesar biji sawi” (HR. Muslim no. 50, hadits dari Ibnu Mas’ud, Shahiihul Jaami’ ash-Shaghiir no.5790).

إِنَّ أَهْلَ الْكِتَابَيْنِ افْتَرَقُوا فِي دِينِهِمْ عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّةً وَإِنَّ هَذِهِ الْأُمَّةَ سَتَفْتَرِقُ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ مِلَّةً يَعْنِي الْأَهْوَاءَ كُلُّهَا فِي النَّارِ إِلَّا وَاحِدَةً وَهِيَ الْجَمَاعَةُ وَإِنَّهُ سَيَخْرُجُ فِي أُمَّتِي أَقْوَامٌ تَجَارَى بِهِمْ تِلْكَ الْأَهْوَاءُ كَمَا يَتَجَارَى الْكَلْبُ بِصَاحِبِهِ لَا يَبْقَى مِنْهُ عِرْقٌ وَلَا مَفْصِلٌ إِلَّا دَخَلَهُ وَاللَّهِ يَا مَعْشَرَ الْعَرَبِ لَئِنْ لَمْ تَقُومُوا بِمَا جَاءَ بِهِ نَبِيُّكُمْ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَغَيْرُكُمْ مِنْ النَّاسِ أَحْرَى أَنْ لَا يَقُومَ بِهِ
“Sesungguhnya ahli kitab telah berpecah menjadi 72 firqah; dan sesungguhnya umat ini akan berpecah menjadi 73 millah, mereka semua berada di Neraka kecuali satu, yaitu al-Jama’ah. Nanti akan muncul pada umatku sekelompok orang yang kerasukan bid’ah dan hawa nafsu sebagaimana anjing kerasukan rabies, tak tersisa satu pun dari urat dan sendinya melainkan telah kerasukan. Wahai sekalian bangsa Arab, demi Allah… kalau kalian saja tidak mau melaksanakan ajaran Nabimu, maka orang lain akan lebih tidak mau lagi” (HR. Abu Dawud no 4597 dan Ahmad IV/102 no. 17061, hadits dari Mu’awiyah bin Abi Sufyan, lihat ash-Shahiihah no. 204)


(4). Pelaku bid’ah yang tidak bertaubat, maka ia akan membuat-buat bid’ah yang lebih buruk lagi. Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu berkata :

“Tidaklah seseorang selalu mengikuti pendapat akalnya dalam hal-hal bid’ah kemudian meninggalkannya, kecuali kepada hal-hal yang lebih buruk darinya” (Al-I’tisham I/92).


(5). Pelakunya dianggap telah terjatuh ke dalam kesesatan, karena semua bid’ah adalah sesat.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Sejelek-jelek perkara adalah yang diada-adakan (bid’ah) dan setiap bid’ah adalah sesat” (HR. Muslim no. 867, hadits dari Jabir bin Abdillah).

وإياكم ومحدثات الأمور فإن كل محدثة بدعة وكل بدعة ضلالة
“Jauhilah segala perkara baru (di dalam agama) karena sesungguhnya setiap perkara baru di dalam agama adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat” [HR Abu Dawud no.4607, at-Tirmidzi no.2678, Ibnu Majah no.43, Ahmad IV/126, Ibnu Hibban no.102, al-Hakim I/95-97 dll, lihat Irwaa-ul Ghaliil VIII/107 no.2455, hadits dari ‘Irbadh bin Saariyah].


(6). Pelaku bid’ah adalah orang yang dilaknat menurut syari’at.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu yang baru (bid’ah) atau mendukung pelaku bid’ah di dalam (kota Madinah), maka dia akan mendapatkan laknat dari Allah, para malaikat dan seluruh manusia. Allah tidak akan menerima darinya baik amalan yang fardhu maupun yang sunnah pada hari kiamat” (HR. Bukhari no 1870 dan Muslim no.1370, hadits dari ‘Ali bin Abi Thalib).


(7). Pelaku bid’ah tidak mendapatkan penjagaan dari Allah Ta’ala.

Imam Sufyan ats-Tsauri rahimahullah berkata :

“Barangsiapa mendengarkan ahlul bid’ah dengan pendengarannya, padahal dia mengetahui, maka ia keluar dari penjagaan Allah dan (urusannya) diserahkan kepada dirinya sendiri”

Setelah membawakan perkataan Sufyan ats-Tsauri di atas, al-Hafidz adz-Dzahabi berkata:

“Kebanyakan para imam Salaf berpendapat dengan tahdzir ini, mereka melihat bahwa hati itu lemah dan syubhat-syubhat itu menyambar-nyambar” [lihat Siyar A’laamin Nubalaa’ VII/261].

Ancaman ini bagi yang mendengarkan, lalu bagaimana bagi pelaku kebid’ahan itu sendiri?


(8). Semakin menjauhkan pelakunya dari Allah.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

يَخْرُجُ فِيكُمْ قَوْمٌ تَحْقِرُونَ صَلَاتَكُمْ مَعَ صَلَاتِهِمْ وَصِيَامَكُمْ مَعَ صِيَامِهِمْ وَعَمَلَكُمْ مَعَ عَمَلِهِمْ وَيَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لَا يُجَاوِزُ حَنَاجِرَهُمْ يَمْرُقُونَ مِنْ الدِّينِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنْ الرَّمِيَّةِ …

“Akan muncul diantara kalian suatu kaum yang kalian akan meremehkan salat kalian (para sahabat), puasa kalian dan amal  kalian di samping salat mereka, puasa mereka, dan amal mereka. Mereka rajin membaca al-Qur’an akan tetapi (pengaruhnya) tidak melampaui tenggorokan mereka. Mereka keluar dari Islam seperti anak panah yang keluar menembus sasarannya” (HR. Bukhari no 5058 dan Muslim no 1064, hadits dari Abu Sa’id al-Khudri).

Ayyub As-Sikhtiyani rahimahullah (salah seorang tokoh tabi’in) berkata :

مَا ازْدَادَ صَاحِبُ بِدْعَةٍ اِجْتِهَاداً، إِلاَّ ازْدَادَ مِنَ اللهِ بُعْداً
“Tidaklah bertambah semangat pelaku bid’ah dalam beribadah, melainkan menjadikan mereka semakin jauh dari Allah” (Hilyatul Auliya’ 1/392).


(9). Pelaku bid’ah dianggap telah mendustakan Allah, yaitu dengan menyakini bahwa Islam itu belum sempurna, padahal Allah ‘Azza wa Jalla telah menyempurnakannya.

Allah Ta’ala berfirman :

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untukmu agamamu dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku ridhai Islam itu menjadi agama bagimu…” (QS. Al-Maidah [5]: 3)

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Tidak tersisa suatu (amalan) pun yang dapat mendekatkan kepada Syurga dan menjauhkan dari Neraka, melainkan sudah dijelaskan semuanya kepada kalian” (HR.ath-Thabrani dalam al-Mu’jamul Kabiir no.1647 dan Ahmad V/153, 162, hadits dari Abu Dzar, lihat ash-Shahiihah no.1803)


(10). Pelaku bid’ah ikut menanggung dosa orang yang mengikutinya hingga hari kiamat.

Allah Ta’ala berfirman :

لِيَحْمِلُوا أَوْزَارَهُمْ كَامِلَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَمِنْ أَوْزَارِ الَّذِينَ يُضِلُّونَهُمْ بِغَيْرِ عِلْمٍ أَلَا سَاءَ مَا يَزِرُونَ
“Agar mereka memikul dosa-dosa mereka seluruhnya pada hari kiamat dan sebahagian dari dosa-dosa orang yang mereka sesatkan yang tidak mengetahui sedikitpun (bahwa mereka disesatkan). Ingatlah, amat buruklah dosa yang
mereka pikul itu” (QS. An-Nahl [16]: 25).

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“…Dan barangsiapa yang mengadakan suatu bid’ah lalu mengamalkannya, maka ia akan mendapatkan dosa dari orang yang ikut melakukannya tanpa mengurangi dosa-dosa mereka sedikitpun” (HR. At-Tirmidzi no.2677 dan Ibnu Majah no.209).


(11). Pelaku bid’ah sangat sulit untuk bertaubat.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

إِنَ اللهَ حَجَبَ التَّوْبَةَ عَنْ كُلِّ صَاحِبِ بِدْعَةٍ حَتَّى يَدَعْ بِدْعَتَهُ
“Sesungguhnya Allah akan menghalangi setiap pelaku bid’ah untuk bertaubat sampai dia meninggalkan bid’ahnya” (HR. At-Tirmidzi, ath-Thabrani dan al-Baihaqi, hadits dari Anas bin Malik, lihat Shahihut Targhiib wat Tarhiib no. 54 dan ash-Shahiihah IV/154 no.1620)

Imam Sufyan ats-Tsauri rahimahullah berkata :

البدعة أحب إلى إبليس من المعصية ، المعصية يتاب منها، والبدعة لا يتاب منها
“Bid’ah lebih disukai oleh iblis daripada (pelaku) maksiat, sebab (pelaku) maksiat masih bisa diharapkan taubatnya, sedangkan (pelaku) bid’ah tidak dapat diharapkan pelakunya mau bertaubat darinya” (Ilmu Ushulil Bida’ hal 218).


(12). Pelaku bid’ah tidak akan minum dari telaga Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pada hari kiamat.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
أَنَا فَرَطُهُمْ عَلَى الْحَوْضِ أَلَا لَيُذَادَنَّ رِجَالٌ عَنْ حَوْضِي كَمَا يُذَادُ الْبَعِيرُ الضَّالُّ أُنَادِيهِمْ أَلَا هَلُمَّ فَيُقَالُ إِنَّهُمْ قَدْ بَدَّلُوا بَعْدَكَ فَأَقُولُ سُحْقًا سُحْقًا
“Aku akan mendahului mereka (umatku) menuju telaga. Sungguh, akan ada beberapa orang yang dihalau dari telagaku sebagaimana dihalaunya unta yang sesat. Aku memanggil mereka: “Hai datanglah kemari…!” Namun dikatakan kepadaku: “Mereka telah merubah-rubah (ajaranmu) sepeninggalmu”. Maka aku berkata : “(kalau begitu) menjauhlah sana… menjauhlah sana” (HR. Muslim no 249, Ibnu Majah no 4306, dan Ahmad II/300, 408 hadits no. 7980, 8865 dan 9281).

Dalam riwayat yang lain dikatakan :
Aku lantas berkata : “Wahai Rabbku, ini adalah umatku”. Lalu Allah berfirman : “Engkau tidak mengetahui (bid’ah) apa yang mereka ada-adakan setelahmu” (HR. Bukhari no. 7049)


(13). Pelaku bid’ah secara tidak langsung menuduh Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم tidak amanah dan menganggapnya tidak menyampaikan seluruh ajaran agama Islam kepada umat.

Imam Malik rahimahullah berkata :
من ابتدع في الإسلام بدعة يراها حسنة ، فقد زعم أن محمدا – صلى الله عليه وسلم- خان الرسالة ، لأن الله يقول :{اليوم أكملت لكم دينكم}، فما لم يكن يومئذ دينا فلا يكون اليوم دينا
“Barangsiapa yang melakukan bid’ah di dalam Islam yang dianggapnya baik (hasanah), maka sungguh dia telah menganggap (Nabi) Muhammad telah mengkhianati risalah (kenabian), karena Allah Ta’ala berfirman : “Pada hari ini Aku telah menyempurnakan agama kalian untuk kalian” [QS Al-Maidah: 3]. Maka perkara apa saja yang pada masa itu (saat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam hidup) tidak dianggap (sebagai bagian dari) agama, maka pada hari ini pun tidak dianggap sebagai (bagian dari) agama” [Al-I’tisham oleh asy-Syathibi 1/49].


(14). Pelaku bid’ah dikhawatirkan terjerumus ke dalam kekafiran.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Barangsiapa yang tidak suka dengan sunnahku, maka ia tidak termasuk golonganku” (HR.Bukhari no.5063 dan Muslim no.1401, hadits dari Anas).

“Tidak termasuk golongan kami siapa saja yang mengamalkan sunnah selain sunnah kami” (HR. At-Tirmidzi no.2695, ad-Dailami dan ath-Thabrani dalam al-Kabiir, hadits dari Ibnu Abbas, Shahiihul Jaami’ ash-Shaghiir no. 5439 dan ash-Shahiihah no.2194)


(15). Pelaku bid’ah dikhawatirkan akan mati dalam keadaan suu’ul khatimah.

Seorang pelaku bid’ah bererti orang yang sedang bermaksiat kepada Allah dan siapa pun yang bersikukuh dengan maksiatnya perlu dicemaskan kalau-kalau ia mati dalam keadaan itu.


(16). Pelaku bid’ah akan mendapatkan kebinasaan.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Jauhilah oleh kalian sikap berlebih-lebihan dalam perkara agama, karena sesungguhnya telah binasa orang-orang sebelum kalian oleh sikap berlebih-lebihan mereka dalam perkara agama” (HR.Ahmad I/215 dan 347, an-Nasaa’i V/268, Ibnu Majah no.3029 dan al-Hakim I/466, hadits dari Ibnu Abbas, lihat Shahiihul Jaami no.2680).

“Sesungguhnya setiap amal mempunyai kesemangatan dan setiap kesemangatan mempunyai masa jenuh, maka barangsiapa masa jenuhnya menuju kepada Sunnahku maka ia benar-benar telah mendapat petunjuk dan barangsiapa masa jenuhnya kepada yang selain itu (yaitu bid’ah), maka ia benar-benar binasa” (HR.Al-Baihaqi, hadits dari Ibnu Umar, lihat Shahiihul Jaami’ ash-Shaghiir no. 2152)

“Sesungguhnya aku telah meninggalkan kalian di atas agama yang terang, siangnya sepertinya malamnya. Tiada yang menyimpang darinya kecuali orang yang binasa” (HR.Ibnu Abi Ashim dalam Kitab as-Sunnah, lihat Shahiihut Targhiib wat Tarhiib no.59).


(17). Pelaku bid’ah adalah orang yang dibenci Allah.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Orang yang paling dibenci Allah ‘Azza wa Jalla adalah orang yang mencari sunnah jahiliyah dalam Islam…” (HR.Ath-Thabrani, lihat Tafsir Ibnu Katsir III/164, tahqiq oleh Syaikh Muqbil al-Wadi’i).

Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata :
إن أبغض الأمور إلى الله البدع
“Sesungguhnya perkara yang paling dibenci Allah adalah bid’ah” (Al-Baihaqi dalam as-Sunan IV/316).

Fudhail bin Iyadh rahimahullah berkata :
“Sesungguhnya Allah memiliki Malaikat yang bertugas mencari majlis-majlis dzikir, maka lihatlah bersama siapakah majlismu itu, janganlah bersama ahlul bid’ah, karena Allah Ta’ala tidak melihat kepada mereka. Dan salah satu tanda nifaq adalah seseorang bangun dan duduk bersama ahlul bid’ah. Aku mendapati sebaik-baik manusia (yakni tabi’in), mereka semuanya adalah Ahlus Sunnah dan mereka melarang (yakni memperingatkan umat) dari ahlul bid’ah” [lihat Hilyatul Auliyaa’ VIII/104 dan I’tiqaad Ahlis Sunnah 1/138).


(18). Pelaku bid’ah dianggap seperti dajjal.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
سيَكونُ في أمَّتي دجَّالونَ كذَّابونَ ، يحدِّثونَكُم ببدَعٍ منَ الحَديثِ ، بما لم تَسمَعوا أنتُمْ ولا آباؤُكُم ، فإيَّاكم وإيَّاهُم لا يفتِنونَكُم
“Akan ada para dajjal pendusta diantara umatku yang membuat bid’ah dari hadits yang tidak pernah didengar oleh kalian mahupun bapa-bapa kalian. Maka berhati-hatilah terhadap mereka dan janganlah kalian disesatkan dan terfitnah oleh mereka” (HR.Muslim no.7 dan Ahmad 16/245 no.8580, hadits dari Abu Hurairah).


(19). Wajah pelaku bid’ah akan menghitam di hari kiamat.

Allah Ta’ala berfirman :
يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوهٌ
“Pada hari yang di waktu itu ada muka yang putih berseri dan ada pula yang hitam muram…” (QS. Ali ‘Imran [3]: 106)

Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma menafsirkan ayat ini dengan mengatakan :
يَعْنِي: يَوْمَ الْقِيَامَةَ، حِيْنَ تَبْيَضُّ وُجُوْهُ أَهْلِ السُّنَّةِ وَالْجَمَاعَةِ، وَتَسْوَدُّ وُجُوْهُ أَهْلِ الْبِدْعَةِ وَالُفُرُقَةِ
“Yaitu hari kiamat… ketika wajah ahlussunnah wal jama’ah putih berseri, sedangkan wajah ahlul bid’ah wal furqah hitam legam” (Tafsir Ibnu Katsir II/92)


(20). Pelaku bid’ah diancam dengan neraka.

Allah Ta’ala berfirman :

وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَىٰ وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّىٰ وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ ۖ وَسَاءَتْ مَصِيرًا
“Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalannya orang-orang mukmin (yaitu para sahabat), niscaya akan Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan akan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali” (QS. An-Nisaa’ [4]: 115)

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Sejelek-jelek perkara adalah perkara yang diada-adakan dan setiap yang diada-adakan adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat dan setiap kesesatan tempatnya di Neraka” (HR. An-Nasaa’i no. 1578)

Al-Imam Al-Barbahaari rahimahullah berkata :
“Hati-hatilah dari bid’ah-bid’ah yang kecil, karena bid’ah yang kecil itu akan terus meningkat hingga menjadi bid’ah yang besar. Demikianlah setiap kebid’ahan yang diada-adakan oleh umat ini awalnya dianggap ‘sepele’ menyerupai Al-Haq (kebenaran), sehingga tertipulah orang yang terjatuh di dalamnya, kemudian ia tidak mampu untuk keluar darinya. Lalu membesarlah kebid’ahan tersebut dan menjadi agamanya. Akhirnya ia pun menyimpang dari “Ash-Shiraatul Mustaqiim” (jalan yang lurus) dan keluar dari keislamannya…” (lihat Ithaaful Qaari bit Ta’liqaat ‘ala Syarhissunnah lil Imam Al-Barbahaari 1/81).

Wallahul Muwaffiq (NUB)

#⃣ Chanel Telegram

@tanyajawabislam