Tafsir Surah al-A’raf Ayat 204 (Adab dengan Al-Qur’an)

MEMULIAKAN AL-QUR’AN

A’raf Ayat 204: Setelah Allah ‎ﷻ menyebutkan bahawa Al-Qur’an adalah bukti-bukti yang nyata bagi manusia dan petunjuk serta rahmat bagi mereka, lalu Allah ‎ﷻ memerintahkan agar mereka mendengarkannya baik-baik serta penuh perhatian dan tenang di saat Al-Qur’an dibacakan, untuk mengagungkan dan menghormatinya. Maka ini adalah targhib (ajakan) untuk kembali kepada Al-Qur’an.

وَإِذا قُرِئَ القُرءآنُ فَاستَمِعوا لَهُ وَأَنصِتوا لَعَلَّكُم تُرحَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So when the Qur’ān is recited, then listen to it and pay attention that you may receive mercy.

MALAY

Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.

 

وَإِذا قُرِئَ القُرءآنُ فَاستَمِعوا لَهُ وَأَنصِتوا

Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah

Ini adalah adab kita apabila dibacakan ِAl-Qur’an. Kena dengarlah betul-betul dan jangan buat bising. Jangan ada gangguan waktu itu. Lafaz فَاستَمِعوا bermaksud: dengar baik-baik, betul-betul. Kena dengar dengan betul kerana hendak faham. Bukan dengar-dengar biasa sahaja kerana itulah kalimah yang digunakan di sini adalah فَاستَمِعوا dan bukan فاسمعوا. Di dalam kalimah فَاستَمِعوا itu ada penambahan huruf ت yang menambah maknanya.

Kalimah فَاستَمِعوا bermaksud kena dengar dengan niat dan dengan fokus. Kalau kalimah فاسمعوا boleh jadi sambil lewa sahaja, atau terdengar tanpa niat. Kita jangan buat malu dengan golongan jin. Ada golongan jin yang bila dengar Al-Qur’an, mereka pun mendengar dengan teliti! Ini disebut dalam Jin:1

قُل أوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ استَمَعَ نَفَرٌ مِّنَ الجِنِّ فَقالوا إِنّا سَمِعنا قُرءآنًا عَجَبًا

Katakanlah (wahai Muhammad): “Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Qur’an (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!

Lihatlah di dalam Surah Jin ini digunakan kalimah استَمَعَ iaitu mereka mendengar dengan teliti. Sebab itu mereka takjub dengan Al-Qur’an dan kemudian beriman dengannya.

Allah ‎ﷻ tambah dalam Surah A’raf ini kalimah أَنصِتوا, maksudnya kena senyap, kena diam kerana hendak dengar. Kalau setakat senyap sahaja dan bukan untuk mendengar, kalimah سكت yang digunakan. Kalimah أَنصِتوا dari katadasar ن ص ت yang bermaksud senyap, beri perhatian, dengar.

Ada juga pendapat yang mengatakan kalimah أَنصِتوا di sini berinteraksi dengan ayat-ayat yang dibaca. Iaitu mentaati. Contohnya apabila baca ayat tentang syurga, hatinya teringin dan rindu untuk pergi ke syurga dan buat persediaan untuk masuk ke dalamnya. Jadi bukanlah baca sahaja tanpa ada apa-apa kesan kepada yang membacanya.

Maka jangan bercakap pada waktu itu dan jangan buat benda dan hal lain dan tumpukan perhatian untuk mendengar satu persatu ayat-ayat Al-Qur’an. Inilah adab kita dengan Al-Qur’an yang jarang orang kita sedar. Namun kenapa kena senyap? Bukankah boleh sahaja dengar sambil bercakap atau buat kerja lain? Kerana fikiran manusia tidak boleh buat banyak benda dalam satu masa. Kalau kita bercakap, kapasiti minda kita akan berkurang banyak sampaikan kita tidak dengar sangat apa yang disebut.

Kerana itulah kena senyap. Dalam bahasa Inggeris terdapat perbezaan antara ‘hear’ dan ‘listen’. Untuk ‘hear’, itu hanya perbuatan mendengar sahaja, mungkin di luar kawalan kita, tidak memerlukan daya fokus tinggi, bunyi dikesan oleh pancaindera kita sahaja, akan tetapi untuk ‘listen’, memerlukan mendengar dengan teliti, memerlukan daya fokus dan perhatian daripada kita. Syaratnya memang kena senyap. Cuba lihat huruf yang membina perkataan ‘listen’ itu. Jika disusun menggunakan huruf yang sama, ia menjadi ‘silent’.

Hear or Listen?

 

LISTEN AND SILENT
Untuk mendengar kena senyap

Inilah juga dalil bagi mengatakan tidak boleh untuk kita memasang MP3 Al-Qur’an dan biarkan ia sebagai background music. Ramai yang buat seperti itu. Mereka memasang Al-Qur’an tetapi lepas itu buat kerja lain – bukan hendak dengar pun. Perbuatan ini tidak beradab dengan Al-Qur’an. Ketika Al-Qur’an dibacakan, kita tidak boleh buat kerja lain dan kita mesti dengar.

Begitulah juga kita semasa baca Al-Qur’an dalam salat, bukan? Kita baca Al-Qur’an dan kita dengar dengan baik dan cuba fahami apa yang kita sedang bacakan. Oleh itu, jangan pasang TV semasa kita sedang baca Al-Qur’an kerana kalau begitu, tandanya kita tidak menumpukan perhatian kepada ayat yang kita baca.

Begitu juga, semasa belajar Al-Qur’an atau belajar tafsir, kena tinggalkan perkara lain, jangan bersembang dengan kawan, jangan periksa telefon dan sebagainya – tumpukan perhatian kepada pengajaran. Barulah boleh faham apa yang disampaikan dan tidak tersalah faham pula.

Sekali lagi kita patut berasa malu dengan jin kerana Allah ‎ﷻ sebut ada antara mereka yang bila mendengar ayat Al-Qur’an dibacakan, mereka dengar dan mereka senyap mendengar dengan hormat. Ini disebut dalam Ahqaf: 29

وَإِذ صَرَفنا إِلَيكَ نَفَرًا مِّنَ الجِنِّ يَستَمِعونَ القُرءآنَ فَلَمّا حَضَروهُ قالوا أَنصِتوا ۖ فَلَمّا قُضِيَ وَلَّوا إِلىٰ قَومِهِم مُّنذِرينَ

Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Qur’an; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): “Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!” Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Qur’an itu dengan) memberi peringatan dan amaran.

Lihatlah di dalam ayat ini Allah ‎ﷻ sebut mereka يَستَمِعونَ (dengar dengan teliti) dan menegur kawan-kawan mereka supaya senyap أَنصِتوا. Hasilnya mereka faham Al-Qur’an dan boleh menjadi pendakwah pula kepada bangsa Jin. Kita pula tidak menghormati Al-Qur’an, tidak fokus dan tidak usaha belajar untuk faham. Sebab itu langsung tidak dapat dakwah kepada masyarakat menggunakan ayat Al-Qur’an. Sebab itu ada yang dakwah melalui nyanyi qasidah dan joget!

Dalam bab Fiqh, ayat ini menjadi dalil yang kita senyap semasa imam membaca ayat-ayat Al-Qur’an di dalam salat jama’ah. Bukannya kita sibuk dengan membaca Fatihah. Rasulullah ﷺ pernah bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا وَإِذَا قَرَأَ فَأَنْصِتُوا وَإِذَا قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ فَقُولُوا اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ

Daripada [Abu Hurairah] beliau berkata; bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Yang dijadikan imam adalah untuk diikuti. Maka bila dia bertakbir maka bertakbirlah kalian dan jika dia sedang membaca (Al Qur’an) maka diamlah. Bila dia mengucapkan, ‘Sami ‘alluhu liman hamidah (Allah Maha Mendengar terhadap semua yang memuji-Nya) ‘ maka ucapkan, ‘Allahumma rabbana lakal hamdu (Ya Allah Tuhan kami, segala puji untuk-Mu) ‘.”

(Sunan Nasa’i (912)) Status: Sahih

Di dalam hadith yang lain:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْصَرَفَ مِنْ صَلَاةٍ جَهَرَ فِيهَا بِالْقِرَاءَةِ فَقَالَ هَلْ قَرَأَ مَعِي أَحَدٌ مِنْكُمْ آنِفًا قَالَ رَجُلٌ نَعَمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِنِّي أَقُولُ مَا لِي أُنَازَعُ الْقُرْآنَ قَالَ فَانْتَهَى النَّاسُ عَنْ الْقِرَاءَةِ فِيمَا جَهَرَ فِيهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْقِرَاءَةِ مِنْ الصَّلَاةِ حِينَ سَمِعُوا ذَلِكَ

Daripada [Abu Hurairah] bahawa Rasulullah ﷺ setelah salat yang bacaannya diperdengarkan, baginda bersabda: “Apakah tadi ada salah seorang daripada kalian yang ikut membaca ayat Al Qur’an bersamaku?” Seorang laki-laki menjawab.”Ya, wahai Rasulullah ﷺ!” Rasulullah ﷺ lalu bersabda: “Aku berkata kepada diriku apakah yang menandingiku dalam bacaan Al Qur’an?!” Abu Hurairah berkata; “Setelah mendengar sabda Nabi ﷺ tersebut orang-orang tidak membaca Al Qur’an lagi pada salat yang Rasulullah ﷺ mengeraskan bacaannya.”

(Sunan An-Nasa’i (910)) Status: Sahih

Akan tetapi mereka harus membaca dalam salat yang imam tidak mengeraskan bacaannya padanya, iaitu dengan suara yang perlahan dan hanya dapat didengar oleh mereka sendiri. Seseorang yang berada di belakang imam tidak layak pula ikut membaca bersama imam dalam salat jahriyah-nya, baik dengan bacaan perlahan mahupun keras.

Namun begitu bagaimana pula dengan hadith yang mengatakan tidak sah salat tanpa Fatihah? Ini seperti disebut di dalam senuah hadith yang masyhur:

لا صَلاَةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ

Tiada salat bagi siapa yang tidak membaca al-Fatihah.

(Riwayat Al-Bukhari (756))

Ia tidak menjadi masalah kerana bacaan imam dikira sebagai bacaan makmum juga. Bacaan Imam itu menanggung Fatihah makmum. Ini seperti disebut dalam sebuah hadith:

مَنْ كَانَ لَهُ إِمَامٌ فَقِرَاءَةُ الإِمَامِ لَهُ قِرَاءَةٌ

“Barangsiapa yang salat di belakang imam, bacaan imam menjadi bacaan untuknya.”

(Musnad Ahmad dan Ibnu Majah no. 850. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadith ini hasan)

Begitulah pendapat yang mengatakan ayat ini diturunkan secara khusus berkenaan berkata-kata di dalam salat. Maksudnya tidak boleh baca apa-apa surah ketika imam sedang membaca surah (selepas baca Fatihah). Inilah pendapat Imam Mazhab Hanafi, Maliki dan Ahmad.

Akan tetapi ada pendapat yang mengatakan ayat ini adalah panduan umum. Bila-bila masa sahaja kita dengar ayat Al-Qur’an dibaca, kena diam dan kena dengar. Maka makruhnya hukumnya kita berkata-kata atau melakukan apa-apa kerja lain yang menghalang kita daripada fokus kepada ayat Al-Qur’an yang sedang dibacakan.

Oleh kerana ia adalah umum (bukan ketika salat) maka bagi Mazhab Syafi’iy, tetap wajib membaca Fatihah setelah imam membaca Fatihah. Mereka berdalilkan hadith yang telah dikongsi sebelum ini tentang bacaan Fatihah:

لا صَلاَةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ

Tiada salat bagi siapa yang tidak membaca al-Fatihah.

(Riwayat Al-Bukhari (756))

Maka ada khilaf ulama’ dalam pembacaan Fatihah di belakang imam yang salat jahr.

Satu lagi hukum daripada ayat ini mengajar kita yang kita tidak boleh berkata-kata di dalam salat. Pada awal Islam, dibolehkan lagi mereka yang salat bertegur sapa dalam salat, tetapi kemudian ia dilarang dengan turunnya ayat ini.

قال ابن مسعود : كنا يسلم بعضنا على بعض في الصلاة : سلام على فلان ، وسلام على فلان ، فجاء القرآن ( وإذا قرئ القرآن فاستمعوا له وأنصتوا لعلكم ترحمون )

Ibnu Mas’ud pernah menceritakan, “Dahulu para sahabat biasa mengucapkan salam di antara sesama mereka dalam salat, “maka turunlah ayat yang mengatakan: Dan apabila dibacakan Al-Qur’an, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kalian mendapat rahmat. (Al-A’raf: 204)

Walau bagaimanapun hal ini tidak menjadi masalah bagi kita kerana kita memang tidak bercakap-cakap pun ketika salat.

Bagaimana pula kalau ada orang di sebelah kita atau di sekeliling kita sedang membaca Al-Qur’an. Adakah kita pun kena dengar juga dan tidak buat apa-apa? Ulama’ khilaf tentang hal ini. Maka dalam perkara ini kena berhati-hati bagi para qari (pembaca) Al-Qur’an. Jangan baca dengan kuat sampai menyebabkan serba salah orang di sekeliling. Bacalah supaya telinga sendiri sahaja yang dengar.

Selain itu juga, tidak patut kalau bacaan ayat Al-Qur’an dikumandangkan ketika manusia memang tidak bersedia mendengarnya. Antaranya kita lihat ada sahaja  kedai-kedai yang memasang ayat Al-Qur’an sedangkan orang ramai bukan hendak dengar pun. Juga AJK masjid yang memasang ayat-ayat Al-Qur’an sebelum azan dikumandangkan. Pasang pada speaker yang kuat, kononnya untuk bagi orang dengar, tapi tidak pun. Sudahlah mengganggu orang ramai dan ini adalah salah. Seolah-olah memaksa orang mendengar ayat Al-Qur’an sedangkan mereka tidak bersedia waktu itu.

Isu ini sampai menjadi viral di negara kita apabila ada orang yang menegur dan marah-marah apabila suara bacaan Al-Qur’an itu mengganggu mereka (entah anak sedang tidur, sedang bekerja dan apa-apa sahaja). Bila ditegur, mulalah masyarakat kita marah kepada yang menegur. Sedangkan yang salahnya adalah orang surau/masjid yang memasang ayat Al-Qur’an menggunakan speaker itu. Begitulah realitinya orang surau tidak semestinya orang yang pandai agama.

 

لَعَلَّكُم تُرحَمونَ

supaya kamu beroleh rahmat.

Kalau kita beradab dengan Al-Qur’an, kita akan mendapat rahmat. Kalau kita mahu mendengar dengan saksama, kita akan mendapat rahmat.

Satu lagi yang kita kena lakukan apabila membaca Al-Qur’an adalah membaca isti’azah. Satu-satunya ibadah yang kita diajar baca isti’azah sebelum melakukannya adalah membaca Al-Qur’an. Kalau ketika makan dan perkara lain pun tidak diajar untuk baca isti’azah, bukan? Lihat Nahl: 98

فَإِذا قَرَأتَ القُرآنَ فَاستَعِذ بِاللهِ مِنَ الشَّيطانِ الرَّجيمِ

Apabila kamu membaca Al Qur’an hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk.

Ini adalah kerana syaitan akan mengganggu kita dalam pembacaan Al-Qur’an. Sudahlah syaitan tidak suka kita mendengar dan membaca Al-Qur’an, kemudian kalau kita dengar dan baca, syaitan akan kacau supaya kita tidak fokus. Bagaimana dapat rahmat kalau begitu? Syaitan tidak suka kalau kita faham dan ikut ajaran Al-Qur’an. Syaitan juga akan bisikkan fahaman-fahaman yang salah daripada Al-Qur’an jikalau kita tidak fokus.

Bukan syaitan sahaja tidak suka kita fokus kepada Al-Qur’an, malah orang kafir juga. Dalam ayat yang lain, ada disebut yang Musyrikin Mekah tidak suka kalau Al-Qur’an dibacakan. Mereka akan buat bising supaya orang lain tidak dengar Al-Qur’an dibacakan kerana mereka lihat, kalau orang yang mendengar Al-Qur’an dibacakan oleh Nabi Muhammad ﷺ dan para sahabat, ramai yang masuk Islam. Maka mereka tidak mahu orang lain dengar kerana mereka tidak mahu ramai yang masuk Islam. Ini disebut di dalam firman-Nya:

لَا تَسْمَعُوا لِهَذَا الْقُرْآنِ وَالْغَوْا فِيهِ

Janganlah kalian mendengar dengan sungguh-sungguh akan Al-Qur’an ini dan buatlah hiruk pikuk terhadapnya. (Fussilat: 26)

Untuk mendapat rahmat daripaada pembacaan Al-Qur’an, tentulah kita kena faham ayat-ayat Al-Qur’an ini seperti golongan salaf dahulu. Amat rugi kalau kita tidak faham kerana kita tidak dapat mengambil manfaat dan rahmat daripada Al-Qur’an.

Malah terlebih bahaya kalau kita tidak belajar tafsir dengan sebenarnya, sampaikan kita reka pula fahaman baru yang salah tentang Al-Qur’an. Ini sebagaimana hadith Nabi ﷺ tentang Golongan Khawarij. Sifat-sifat golongan ini telah diisyaratkan oleh Rasulullah ﷺ dalam hadith Zu al-Khuwaisirah. Abi Sa’id al-Khudri berkata: Ketika kami bersama Rasulullah ﷺ sedang baginda membahagi-bahagikan beberapa pembahagian harta. Datanglah kepada Baginda, Zu al-Khuwaisirah daripada Bani Tamim lalu berkata:

يَا رَسُولَ اللَّهِ اعْدِلْ، فَقَالَ: «وَيْلَكَ، وَمَنْ يَعْدِلُ إِذَا لَمْ أَعْدِلْ، قَدْ خِبْتَ وَخَسِرْتَ إِنْ لَمْ أَكُنْ أَعْدِلُ». فَقَالَ عُمَرُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، ائْذَنْ لِي فِيهِ فَأَضْرِبَ عُنُقَهُ؟ فَقَالَ: «دَعْهُ، فَإِنَّ لَهُ أَصْحَابًا يَحْقِرُ أَحَدُكُمْ صَلاَتَهُ مَعَ صَلاَتِهِمْ، وَصِيَامَهُ مَعَ صِيَامِهِمْ، يَقْرَءُونَ القُرْآنَ لاَ يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ، يَمْرُقُونَ مِنَ الدِّينِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنَ الرَّمِيَّةِ

“Wahai Rasulullah berlaku adillah!” Baginda ﷺ bersabda: “Celakalah engkau! Siapakah yang akan berlaku adil jika aku tidak adil, sungguh merugilah engkau jika aku tidak berlaku adil.” Maka Umar al-Khattab رضي الله عنه berkata: “Wahai Rasulullah! Izinkan aku untuk memenggal lehernya.” Baginda bersabda: “Biarkan dia, kerana dia mempunyai teman-teman yang salah seorang antara kamu akan diremehkan salatnya jika dibandingkan dengan salat mereka, dan puasanya jika dibandingkan dengan puasa mereka. Mereka membaca al-Quran tetapi tidak melebihi kerongkong mereka, mereka terlepas daripada Islam sebagaimana terlepasnya anak panah daripada busurnya.”

(Riwayat al-Bukhari (3610))

Ibn Hajar al-‘Asqalani berkata: “(Golongan Khawarij) itu dahulu digelar al-Qurra’ disebabkan oleh kerajinan mereka dalam membaca al-Qur’an dan beribadah. Kecuali mereka mentakwilkan al-Qur’an dengan apa yang tidak dimaksudkan dengannya. Taksub dengan pemikiran mereka dan berlebih-lebihan dalam zuhud, khusyuk dan selainnya.” (Lihat Fath al-Bari, 12/283)

Maka sebaliknya jadilah seperti golongan ibaadur rahman yang disebut di dalam Furqan: 73

وَالَّذينَ إِذا ذُكِّروا بِئآيٰتِ رَبِّهِم لَم يَخِرّوا عَلَيها صُمًّا وَعُميانًا

Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta.

Maknanya mereka ini boleh mengambil peringatan daripada ayat-ayat Al-Qur’an yang mereka baca dan mereka dengar. Mereka tidaklah seperti orang tuli (seolah tidak mendengar apa yang disampaikan oleh Al-Qur’an kerana tidak faham) dan buta (tidak nampak pengajaran yang diajar oleh Al-Qur’an). Maka untuk menjadi orang sebegini, kena faham apa yang dibaca iaitu dengan belajar tafsir Al-Qur’an.

Semoga kita tidak termasuk orang yang Rasulullah ﷺ akan mengadu tentang umatnya nanti di akhirat kelak. Kalau baginda sampai mengadu kepada Allah ‎ﷻ, maka tentulah ini adalah hal yang amat besar, bukan? Apa aduan baginda itu? Ia disebut dalam Furqan: 30

وَقالَ الرَّسولُ يٰرَبِّ إِنَّ قَومِي اتَّخَذوا هٰذَا القُرآنَ مَهجورًا

Berkatalah Rasul: “Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Qur’an itu sesuatu yang tidak diacuhkan”.

Ketahuilah wahai umat Islam sekalian; kalau anda tidak mahu tahu apa yang disampaikan di dalam Al-Qur’an ini, tidak mahu belajar tafsir, tidak mahu tadabbur Al-Qur’an, maka nanti Rasulullah ﷺ akan mengadu tentang anda nanti di hadapan Allah ‎ﷻ!

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 2 Februari 2024

Ringkasan Surah A’raf


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Ustaz Solahuddin

Ustaz Abdul Muien

Maariful Qur’an

Tafsir Surah A’raf Ayat 201 – 203 (Cara melepaskan diri daripada genggaman syaitan)

A’raf Ayat 201: Ayat Tabshir. Allah ﷻ menceritakan perihal hamba-hamba-Nya yang bertaqwa, iaitu orang-orang yang taat dalam menjalankan semua perintah-Nya dan meninggalkan semua hal yang dilarang-Nya.

إِنَّ الَّذينَ اتَّقَوا إِذا مَسَّهُم طائِفٌ مِّنَ الشَّيطٰنِ تَذَكَّروا فَإِذا هُم مُبصِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, those who fear Allāh – when an impulse touches them from Satan, they remember [Him] and at once they have insight.

MALAY

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).

إِنَّ الَّذينَ اتَّقَوا إِذا مَسَّهُم طائِفٌ مِّنَ الشَّيطٰنِ تَذَكَّروا

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu hasutan daripada Syaitan, mereka ingat (kepada Allah)

Syaitan tidak akan melepaskan kita begitu sahaja. Sudah memang kerja mereka akan menghasut manusia. Kita apabila ditimpa oleh gangguan syaitan, menjadi marah dan sebagainya, maka kita kena ingat kepada Allah ﷻ dan minta perlindungan kepada Allah ﷻ daripada hasutan syaitan itu.

Kalimah yang digunakan di sini adalah طائِفٌ daripada katadasar ط و ف yang juga digunakan untuk kalimah ‘tawaf’ iaitu mengelilingi. Maknanya jin syaitan memang mengelilingi kita, sentiasa mencari peluang untuk membisikkan ajakan kepada keburukan dan dosa. Maka ini adalah sesuatu yang biasa dan memang kita kena hadapi. Allah ﷻ juga sebut sifat mereka di dalam Nas:4

مِن شَرِّ الوَسواسِ الخَنّاسِ

Daripada kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam

Maksud خَنّاسِ adalah ia datang dan pergi. Apabila ingat kepada Allah ﷻ, kita akan segera ingat nasihat Allah ﷻ dan ingat kembali hukum-hukum Allah ﷻ. Maka syaitan akan tinggalkan kita. Jangan pula kita rasa mereka hebat sampaikan menyebabkan mereka menjadi besar pula seperti disebut di dalam sebuah hadith,  apabila Nabi ﷺ mengingatkan,

لاَ تَقُلْ تَعِسَ الشَّيْطَانُ فَإِنَّكَ إِذَا قُلْتَ ذَلِكَ تَعَاظَمَ حَتَّى يَكُونَ مِثْلَ الْبَيْتِ وَيَقُولَ بِقُوَّتِى وَلَكِنْ قُلْ بِسْمِ اللَّهِ فَإِنَّكَ إِذَا قُلْتَ ذَلِكَ تَصَاغَرَ حَتَّى يَكُونَ مِثْلَ الذُّبَابِ

Jangan kamu mengucapkan ‘celaka syaitan’. Kerana ketika kamu mengucapkan kalimat itu, maka syaitan akan membesar, hingga dia seperti seukuran rumah. Syaitan akan membanggakan dirinya, ‘Dia jatuh kerana kekuatanku.’ Namun ucapkanlah, ‘Bismillah…’ kerana jika kamu mengucapkan kalilmat ini, syaitan akan mengecil, hingga seperti lalat.

(Musnad Ahmad 21133, Abu Daud 4984, dan disahihkan Syuaib al-Arnauth).

At-Thahawi menjelaskan hadith ini,

نهاه رسول الله صلى الله عليه وسلم لأنه بذلك موقع للشيطان أن ذلك الفعل كان منه ولم يكن منه، إنما كان من الله ، وأمره أن يقول مكان ذلك: بسم الله -حتى لا يكون عند الشيطان أنه كان منه عنده في ذلك فعل

Rasulullah ﷺ melarang hal itu, kerana ucapan itu akan membuat syaitan bangga, dia menyangka kecelakaan itu disebabkan daripadanya, padahal sejatinya bukan daripadanya. Namun datang daripada Allah. Dan Nabi  ﷺ memerintahkan untuk menggantinya dengan ucapan ‘Bismillah..’ sehingga  syaitan tidak mengganggap bahawa kecelakaan itu daripadanya dan dia memiliki peranan dengannya. (Musykil al-Atsar, 1/346).

Dengan mengucapkan ‘bismillah’ kita juga kembali ingat kepada Allah ﷻ iaitu apa-apa sahaja yang terjadi adalah dengan izin Allah ﷻ sahaja tetapi kalau kita lupa, ini akan memberi peluang kepada syaitan untuk berdamping dengan kita dan terus membisikkan kepada kita seperti disebut dalam Zukhruf: 36

وَمَن يَعشُ عَن ذِكرِ الرَّحمٰنِ نُقَيِّض لَهُ شَيطٰنًا فَهُوَ لَهُ قَرينٌ

Dan sesiapa yang tidak mengendahkan peringatan Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.

Maka kita cuma kena ingat kepada Allah ﷻ sahaja dan berlindung dengan Allah ﷻ. Bukannya tampal ayat Al-Qur’an di dinding. Itu adalah salah dan kemungkinan besar syaitan yang suruh kita buat begitu!

Ayat Zukhruf: 36 itu mengingatkan kita tentang ‘qarin’. Qarin ini yang mendampingi kita sentiasa dan semua orang ada. Cuma kalau kita buat amalan yang salah, maka jin-jin itu akan bertambah. Dalil bagi qarin dalam kalangan jin adalah sebuah hadith yang masyhur:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا وَقَدْ وُكِّلَ بِهِ قَرِينُهُ مِنْ الْجِنِّ قَالُوا وَإِيَّاكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ وَإِيَّايَ إِلَّا أَنَّ اللَّهَ أَعَانَنِي عَلَيْهِ فَأَسْلَمَ فَلَا يَأْمُرُنِي إِلَّا بِخَيْرٍ

Daripada [Abdullah bin Mas’ud] berkata: Rasulullah ﷻ bersabda: “Tidaklah seorang pun daripada kalian melainkan dikuasai pendamping dalam kalangan jin.” Mereka bertanya: Engkau juga, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Aku juga, hanya saja Allah membantuku mengalahkannya lalu ia masuk Islam, ia hanya memerintahkan kebaikan padaku.”

(Sahih Muslim (5034))

No photo description available.

Di dalam ayat ini hanya disebut تَذَكَّروا (ingatlah) tanpa disebut apa yang perlu diingati. Maka ia boleh bermaksud ingat Allah ﷻ, ingat azab Allah ﷻ, ingat bahaya syaitan, ingat syariat dan hukum dan sebagainya. Memang kalau kita lupa perkara-perkara di atas, senang syaitan untuk ambil peluang ke atas kita. Diceritakan kepada Rasulullah ﷺ terdapat seorang lelaki yang telah tidur sehingga berlalu waktu Subuh, lalu Rasulullah ﷺ bersabda:

ذَاكَ رَجُلٌ بَالَ الشَّيْطَانُ فِي أُذُنَيْهِ، أَوْ قَالَ: فِي أُذُنِهِ

“Lelaki itu telah dikencing oleh syaitan di kedua telinganya.” Atau Baginda ﷺ bersabda: “Di telinganya.”

[Riwayat al-Bukhari (3270) dan Muslim (774)]

Нема опис за фотографијата.

Syarah: Imam al-Bukhari رحمه الله meletakkan hadith ini di dalam bab orang yang tidur dan tidak mengerjakan salat disebabkan telah kencing oleh syaitan di telinganya. Hadith ini menunjukkan kinayah bahawa syaitan telah menutup telinga orang yang tidur daripada salat (tidak mengerjakannya) sehingga dia tidak mendengar seruan azan dan dikatakan juga bahawa maknanya adalah syaitan telah memenuhkan telinganya dengan perkara-perkara batil maka terhijab telinganya daripada mendengar seruan azan. [Lihat: Fath al-Bari, 3/28]

Tambahan pula, hadith ini mengisyaratkan bahawa dirinya telah dikuasai oleh syaitan dan syaitan juga telah berpaut pada saraf otaknya sepanjang malam serta diperkecilkan oleh syaitan. [Lihat: al-Minhaj, 6/64]

Lihatlah bagaimana dengan gembira dan senang hatinya syaitan kencing kita kerana meninggalkan Solat Subuh. Kalau pencuri masuk rumah kita pun mereka tidak kencing atas kita, tidak kencing pun di ruang tamu tetapi syaitan kencing dalam telinga kita!

Maka jangan bagi peluang syaitan kencing kita dan hasut kita. Kena ingat yang mereka adalah musuh kita yang tidak ada kerja lain melainkan untuk menghasut kita sepanjang masa. Tujuannya adalah untuk memasukkan kita ke dalam neraka selama-lamanya! Allah ﷻ sebut tentang  mereka dalam Fatir: 6

إِنَّ الشَّيطٰنَ لَكُم عَدُوٌّ فَاتَّخِذوهُ عَدُوًّا ۚ إِنَّما يَدعو حِزبَهُ لِيَكونوا مِن أَصحٰبِ السَّعيرِ

Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala

Bila lagi kita kena ingat Allah ﷻ? Ketika kita melakukan dosa. Kita manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa, tetapi sebaik sahaja kita melakukannya, jangan lupa Allah ﷻ dan terus kita bertaubat secepat mungkin. Ini Allah ﷻ sebut dalam Ali Imran: 135. Inilah sifat orang Mukmin:

وَالَّذينَ إِذا فَعَلوا فٰحِشَةً أَو ظَلَموا أَنفُسَهُم ذَكَرُوا اللَّهَ فَاستَغفَروا لِذُنوبِهِم

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka

Rasulullah ﷺ juga bersabda tentang hal ini:

كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

Kesemua anak Adam itu melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat.

(Riwayat Ibn Majah (4392)) Status: Hasan

Memang tugas dakwah itu amat mencabar. Sekiranya ia mudah, tentu semua orang sudah buat. Memang ia susah tetapi ia adalah tugas yang mulia yang memerlukan orang yang hebat untuk melakukannya. Begitulah yang dilakukan oleh orang-orang yang beriman. Maksudnya, mereka teringat akan azab Allah ﷻ, pahala-Nya yang berlimpah, janji, dan ancaman-Nya. Kerana itu, lalu mereka bertaubat dan memohon perlindungan kepada Allah ﷻ serta segera kembali kepada-Nya.

Perkara ini banyak disebut dalam Surah Fussilat kerana surah itu adalah tentang dakwah yang mengajar kita bagaimana kita kena tenang dan sabar dalam menyampaikan dakwah.

فَإِذا هُم مُبصِرونَ

maka dengan itu mereka nampak.

Mereka yang ingat kepada Allah ﷻ akan diberi ‘basirah’ – penjelasan dalam hati. Iaitu mereka nampak apa yang sedang dilakukan oleh syaitan. Yakni mereka bangkit dan sedar daripada keadaan sebelumnya. Hati mereka akan tenang dan tidak marah lagi.

Mereka juga akan nampak jalan yang benar dengan cahaya yang Allah ﷻ berikan kerana syaitan mengajak kepada kegelapan dan kita memerlukan cahaya daripada Allah ﷻ untuk melihat kebenaran.


A’raf Ayat 202: Syaitan tidak berseorangan dalam menyesatkan manusia

وَإِخوٰنُهُم يَمُدّونَهُم فِي الغَيِّ ثُمَّ لا يُقصِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But their brothers¹ – they [i.e., the devils] increase them in error; then they do not stop short.

  • Those among mankind who listen to the devils and obey their orders.

MALAY

Sedang saudara (pengikut) Syaitan-syaitan, dibantu oleh Syaitan-syaitan itu dalam melakukan kesesatan, kemudian mereka tidak berhenti-henti (melakukan perbuatan yang sesat lagi menyesatkan itu).

وَإِخوٰنُهُم يَمُدّونَهُم فِي الغَيِّ

Sedang saudara (pengikut) Syaitan-syaitan, dibantu oleh Syaitan-syaitan itu dalam melakukan kesesatan, 

Ini adalah manusia yang berkawan dengan syaitan, ikut bisikan syaitan. Oleh kerana sudah lama rapat dengan syaitan, mereka itu dibantu oleh syaitan untuk menjerumuskan lagi mereka lebih dalam kesesatan. Syaitan mulanya jadikan mereka sesat dan kemudian biarkan mereka terus sesat. Sampaikan Allah ﷻ kata mereka itu ‘saudara’ kepada syaitan. Bagaimana pula manusia boleh menjadi saudara kepada syaitan pula? Tidak pelik kerana kalau ikut arahan dan bisikan mereka maka boleh menjadi saudara mereka seperti contoh yang disebut dalam Isra’: 27

إِنَّ المُبَذِّرينَ كانوا إِخوانَ الشَّياطينِ

Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan

Ertinya, syaitan-syaitan membantu mereka dalam berbuat maksiat dan memudahkan perbuatan-perbuatan maksiat bagi mereka serta menghiasinya bagi mereka hingga mereka tertarik untuk mengerjakannya. Ibnu Katsir  رحمه الله mengatakan bahawa makna al-maddu ertinya ‘menambah’, yakni syaitan-syaitan itu menambahkan kebodohan dan kedunguan kepada mereka.

ثُمَّ لا يُقصِرونَ

kemudian mereka tidak berhenti-henti 

Kemudian mereka tidak berhenti daripada mengikut syaitan. Mereka berterusan ikut kata-kata syaitan. Syaitan sudah boleh mengarahkan mereka (dulu hanya bisikkan dan ajak sahaja). Ibnu Abbas رضی اللہ عنھما mengatakan bahawa manusia itu tidak hentinya melakukan apa yang mereka kerjakan, dan syaitan pun tidak pernah berhenti daripada menggoda mereka.

Mereka adalah jin yang memberikan ilham kepada teman-temannya dalam kalangan manusia, kemudian tidak henti-hentinya menyesatkan mereka. Kalimah يُقصِرونَ berasal daripada katadasar ق ص ر yang bermaksud memendekkan, menyekat,  mengurung, menahan, berkurang, istana, berhenti, relak. Maka yang dimaksudkan dengan لا يُقصِرونَ ialah syaitan itu tidak bosan-bosannya dan tidak berhenti daripada menyesatkan mereka. Ini seperti firman-Nya:

{أَلَمْ تَرَ أَنَّا أَرْسَلْنَا الشَّيَاطِينَ عَلَى الْكَافِرِينَ تَؤُزُّهُمْ أَزًّا}

Tidakkah kamu lihat bahawa Kami telah mengirim syaitan-syaitan itu kepada orang-orang kafir untuk menghasut mereka berbuat maksiat dengan sungguh-sungguh (Maryam: 83)


NABI HANYA PENYAMPAI

A’raf Ayat 203: Menjawab hujah Musyrikin Mekah tentang mukjizat. Sebelum ini telah disebut yang syaitan tidak akan melepaskan manusia. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk menyesatkan manusia dan salah satunya adalah memesongkan mereka daripada Al-Qur’an.

وَإِذا لَم تَأتِهِم بِئآيَةٍ قالوا لَولَا اجتَبَيتَها ۚ قُل إِنَّما أَتَّبِعُ ما يوحىٰ إِلَيَّ مِن رَّبّي ۚ هٰذا بَصائِرُ مِن رَّبِّكُم وَهُدًى وَرَحمَةٌ لِّقَومٍ يُؤمِنونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when you, [O Muḥammad], do not bring them a sign [i.e., miracle], they say, “Why have you not contrived it?” Say, “I only follow what is revealed to me from my Lord. This [Qur’ān] is enlightenment from your Lord and guidance and mercy for a people who believe.”

MALAY

Dan apabila engkau (wahai Muhammad) tidak membawa kepada mereka sesuatu mukjizat (sebagaimana yang mereka kehendaki), berkatalah mereka (secara mengejek): “Mengapa engkau tidak bersusah payah membuat sendiri akan mukjizat itu?” Katakanlah: “Sesungguhnya aku hanya menurut apa yang diwahyukan kepadaku dari Tuhanku. Al-Qur’an ini ialah panduan-panduan – yang membuka hati – dari Tuhan kamu, dan petunjuk serta menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman”.

وَإِذا لَم تَأتِهِم بِئآيَةٍ قالوا لَولَا اجتَبَيتَها

Dan apabila engkau (wahai Muhammad) tidak membawa kepada mereka sesuatu mukjizat (sebagaimana yang mereka kehendaki), berkatalah mereka (secara mengejek): “Mengapa engkau tidak bersusah payah membuat sendiri akan mukjizat itu?”

Lafaz ‘ayat’ yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah ‘mukjizat’. Musyrikin Mekah banyak meminta Nabi ﷺ menunjukkan mukjizat kepada mereka. Ada yang Nabi ﷺ sudah tunjukkan. Namun tidaklah semua yang mereka minta itu Nabi ﷺ keluarkan kerana memang bukan Nabi Muhammad ﷺ yang menentukan mukjizat.

Para Nabi telah diberikan dengan mukjizat untuk membuktikan yang mereka benar-benar adalah Rasul. Ini kerana perkara dan berita yang mereka bawa itu adalah berita besar yang susah diterima oleh manusia yang telah lama sesat. Maka mereka diberikan dengan mukjizat untuk menguatkan hujah mereka. Nabi Muhammad ﷺ memang telah menunjukkan beberapa mukjizat sebagai bukti yang baginda adalah seorang Nabi lagi Rasul.

Namun begitu puak Musyrikin Mekah itu tetap tidak berpuas hati lagi. Walaupun telah ditunjukkan beberapa mukjizat, mereka masih lagi meminta mukjizat tetapi jenis yang mereka sendiri inginkan. Mereka pula reka apa mukjizat yang baginda kena tunjuk pula. Sekiranya Nabi ﷺ tidak boleh bawakan mukjizat seperti yang mereka minta, mereka akan ejek kenapa Nabi ﷺ tidak boleh bawa mukjizat itu?

Apakah contoh mukjizat yang mereka minta? Ini ada disebut dalam Isra’: 90-93

وَقالوا لَن نُؤمِنَ لَكَ حَتّىٰ تَفجُرَ لَنا مِنَ الأَرضِ يَنبوعًا

Dan mereka berkata: “Kami sekali-kali tidak percaya kepadamu hingga kamu memancarkan mata air dan bumi untuk kami,

أَو تَكونَ لَكَ جَنَّةٌ مِن نَخيلٍ وَعِنَبٍ فَتُفَجِّرَ الأَنهارَ خِلالَها تَفجيرًا

atau kamu mempunyai sebuah kebun kurma dan anggur, lalu kamu alirkan sungai-sungai di celah kebun yang deras alirannya,

أَو تُسقِطَ السَّماءَ كَما زَعَمتَ عَلَينا كِسَفًا أَو تَأتِيَ بِاللهِ وَالمَلائِكَةِ قَبيلًا

atau kamu jatuhkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana kamu katakan atau kamu datangkan Allah dan malaikat-malaikat berhadapan muka dengan kami.

أَو يَكونَ لَكَ بَيتٌ مِن زُخرُفٍ أَو تَرقىٰ فِي السَّماءِ وَلَن نُؤمِنَ لِرُقِيِّكَ حَتّىٰ تُنَزِّلَ عَلَينا كِتابًا نَقرَؤُهُ ۗ قُل سُبحانَ رَبّي هَل كُنتُ إِلّا بَشَرًا رَسولًا

Atau kamu mempunyai sebuah rumah daripada emas, atau kamu naik ke langit. Dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kenaikanmu itu hingga kamu turunkan atas kami sebuah kitab yang kami baca”. Katakanlah: “Maha Suci Tuhanku, bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi rasul?”

Setelah permintaan mereka ini, Allah ﷻ tidak tunaikan walaupun Allah ﷻ boleh sahaja beri. Ini kerana kalau mereka diberikan juga dengan mukjizat yang mereka minta ini dan mereka kemudiannya tolak, mereka akan terus diazab dengan azab yang amat teruk. Allah ﷻ pun tahu yang mereka bukannya minta segala mukjizat itu sebagai bukti tetapi hanyalah sebagai alasan untuk tolak sahaja. Allah ﷻ telah pernah mengancam umat Nabi Isa عليه السلام yang meminta makanan dari langit. Setelah Nabi Isa عليه السلام pun berkenan berdoa kepada Allah ﷻ, Allah ﷻ jawab begini di dalam Maidah:115:

قالَ اللَّهُ إِنّي مُنَزِّلُها عَلَيكُم ۖ فَمَن يَكفُر بَعدُ مِنكُم فَإِنّي أُعَذِّبُهُ عَذابًا لّا أُعَذِّبُهُ أَحَدًا مِّنَ العٰلَمينَ

Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu kepadamu, barangsiapa yang kafir di antaramu sesudah (turun hidangan itu), maka sesungguhnya Aku akan menyeksanya dengan seksaan yang tidak pernah Aku timpakan kepada seorang pun di antara umat manusia”.

Maknanya Allah boleh beri tetapi kalau sesudah itu mereka ingkar juga, maka tidak ada maaf lagi buat mereka. Pernah umat Nabi Saleh عليه السلام meminta mukjizat unta dan telah diberikan kepada mereka. Kemudiannya mereka menolak juga kebenaran malah lebih teruk membunuh unta itu pula, maka azab terus dikenakan ke atas mereka.

قُل إِنَّما أَتَّبِعُ ما يوحىٰ إِلَيَّ مِن رَّبّي

Katakanlah: “Sesungguhnya aku hanya menurut apa yang diwahyukan kepadaku daripada Tuhanku.

Nabi ﷺ diajar untuk beritahu yang baginda hanya ikut wahyu daripada Tuhan dan sampaikan kepada umat. Kalau Allah ﷻ suruh buat, baru baginda buat. Baginda bukan tukang keluarkan mukjizat. Baginda tidak lain dan tidak bukan, cuma menyampaikan dakwah Tauhid sahaja. Baginda menegaskan yang tugas baginda adalah berdakwah, bukanlah kerjanya hanya untuk tunjuk mukjizat. Tujuan tunjuk mukjizat telah selesai, iaitu membuktikan yang baginda adalah seorang Nabi.

Sedangkan mukjizat itu hak Allah ﷻ. Kalau mereka hendakkan sesuatu, kena minta daripada Allah ﷻ. Ini menunjukkan yang baginda itu adalah manusia sahaja. Baginda tidak boleh keluarkan mukjizat sesuka hati baginda. Begitulah mukjizat dan begitulah juga dengan karomah.

Karomah juga hanya keluar kalau Allah ﷻ benarkan untuk keluar. Oleh itu, kalau ada manusia yang boleh buat perkara pelik itu mengikut kehendak mereka, itu bukanlah mukjizat, tetapi itu adalah ‘sihir’. Sekiranya ada tok guru boleh tunjuk benda pelik-pelik, maka ketahuilah bahawa itu adalah sihir.

هٰذا بَصائِرُ مِن رَّبِّكُم

(Al-Qur’an) ini ialah hujah-hujah (dan bukti-bukti) daripada Tuhan kamu, 

Baginda disuruh untuk menarik perhatian mereka kepada Al-Qur’an. Al-Qur’an inilah penjelasan nyata daripada Allah ﷻ untuk membuka minda dan hati manusia. Sebelum ini disebut tentang mukjizat dan sekarang kita dialihkan kepada fakta yang Al-Qur’an ini juga adalah mukjizat. Ayat ini menekankan yang ia adalah مِن رَّبِّكُم (daripada Tuhanmu) dan tidak disebut مِنَ اللهِ. Kenapa disebut Rabb di sini? Kerana Rabb yang menjadikan kita dan mentarbiyah kita. Maka Allah ﷻ hendak mengingatkan kita yang Dia adalah Rab kita.

Ia adalah mukjizat yang paling besar, bukannya perkara-perkara pelik yang mereka minta itu. Mereka mahu melihat sesuatu yang zahir supaya mata zahir mereka boleh melihatnya. Akan tetapi yang Allah ﷻ beri adalah sesuatu yang lebih hebat daripada itu – sesuatu untuk بَصائِرُ ‘mata hati’ mereka.

Kalimah بَصائِرُ berasal daripada katadasar ب ص ر yang bermaksud cerdik, percaya, ada ilmu, memahami, kebijaksanaan, memberi cahaya, menzahirkan, bukti, melihat, pandangan yang jelas, mata. Maknanya Al-Qur’an ini adalah cahaya yang diperlukan oleh mata-hati untuk melihat kebenaran.

Hebatnya Al-Qur’an ini, ia mampu membuka hati manusia kepada kebenaran dengan izin Allah ﷻ. Ini kerana hujah-hujah di dalamnya yang mantap dan hebat. Maka bila kita berdakwah kepada manusia, hendaklah menggunakan ayat-ayat Al-Qur’an kerana ia mampu membuka hati manusia.

Namun kenalah belajar dan fahami tafsir Al-Qur’an dahulu. Kalau diri sendiri tidak tahu ajaran Al-Qur’an, apakah perkara yang kita hendak dakwah kepada manusia? Kerana itu kita sedih kepada golongan dakwah seperti Jemaah Tabligh yang ada keinginan kepada usaha dakwah tetapi ahlinya tidak belajar pun tafsir Al-Qur’an dan Syarah hadith. Mereka nampaknya kurang bab penyampaian ilmu kepada jemaah mereka.

وَهُدًى وَرَحمَةٌ لِّقَومٍ يُؤمِنونَ

dan petunjuk serta menjadi rahmat bagi orang-orang yang mahu beriman”.

Al-Qur’an juga adalah sumber ilmu yang boleh beri petunjuk kepada manusia. Ia adalah sebagai rahmat apabila diikuti. Namun untuk mendapatkan rahmat itu, kenalah faham Al-Qur’an ini dan jadikan sebagai panduan. Malangnya ramai yang tidak peduli langsung kepentingan memahami ayat-ayat Al-Qur’an ini.

Lafaz يُؤمِنونَ bukan bermaksud ‘orang beriman’ sahaja, tetapi ia adalah ‘orang yang mahu beriman’. Iaitu yang ada keinginan untuk mengetahui kebenaran. Kalau kaum yang mahu percaya, maka Al-Qur’an itu akan menjadi petunjuk dan rahmat bagi mereka. Usaha pertama adalah dengan mencari kelas pengajian tafsir Al-Qur’an yang semakin banyak zaman sekarang. Memang senang sangat untuk belajar sekarang ini kerana sudah ramai asatizah yang mengajar secara online sekarang. Apa lagi alasan kamu kalau tidak faham tafsir Al-Qur’an?

Apabila diawalkan harf ل dalam kalimat لِّقَومٍ يُؤمِنونَ itu, ia bermaksud Al-Qur’an ini hanya menjadi panduan dan rahmat bagi mereka yang beriman sahaja (atau yang mahu beriman). Kalau tidak beriman (atau tidak mahu beriman) maka mereka tidak akan mendapat panduan dan rahmat itu.

Kenapa kita katakan kalimah يُؤمِنونَ bukan sahaja ‘mereka yang beriman’ tetapi ia juga bermaksud ‘mereka yang mahu beriman’. Kerana mungkin orang yang sudah mula belajar tafsir Al-Qur’an belum benar-benar beriman lagi, akan tetapi sekurang-kurangnya mereka sudah ada keinginan. Mungkin dengan keinginan mereka yang kuat itu akan menyebabkan Allah ﷻ tarik mereka ke arah iman yang sebenar. Maksudnya kena ada keinginan dahulu untuk tahu kebenaran.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 24 Julai 2023

Ringkasan Surah A’raf


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Ustaz Solahuddin

Maariful Qur’an

Ustaz Abdul Muien

Tafsir Surah Yunus Ayat 107 – 109 (Mudarat dan Kebaikan di tangan Allah ﷻ)

Yunus Ayat 107: Dalam ayat sebelum ini diajar jangan seru dan doa kepada selain Allah ﷻ. Sekarang diberitahu kenapakah mengarutnya kalau seru selain Allah ﷻ kerana mudarat dan manfaat adalah daripada Allah ﷻ sahaja.

وَإِن يَمسَسكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلا كاشِفَ لَهُ إِلّا هُوَ ۖ وَإِن يُرِدكَ بِخَيرٍ فَلا رادَّ لِفَضلِهِ ۚ يُصيبُ بِهِ مَن يَشاءُ مِن عِبادِهِ ۚ وَهُوَ الغَفورُ الرَّحيمُ

Sahih International

And if Allah should touch you with adversity, there is no remover of it except Him; and if He intends for you good, then there is no repeller of His bounty. He causes it to reach whom He wills of His servants. And He is the Forgiving, the Merciful

Malay

Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Dia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

 

وَإِن يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ

Dan jika Allah menyentuh engkau dengan sesuatu kesusahan,

Mudarat itu ada banyak jenis. Ia merangkumi semua perkara yang kita tidak suka. Sama ada dari segi fizikal atau mental. Yang berbentuk fizikal contohnya kita sakit, hutang banyak, duit tidak cukup dan sebagainya. Yang berbentuk mental atau emosi seperti ketakutan, tekanan, resah gelisah, tiada barakah dalam kehidupan dan sebagainya. Ada mudarat yang boleh nampak dengan mata, ada yang tidak nampak kerana ia perkara di dalam hati. Kita nampak seseorang itu biasa sahaja, padahal, dia sedang menanggung mudarat yang besar.

Mudarat itu boleh berpunca daripada kesalahan kita atau sebagai ujian daripada Allah ﷻ. Kadang-kadang kita tidak berjaga-jaga, wang kita boleh hilang. Atau jikalau seseorang memandu dengan lalai, dia boleh kemalangan. Atau, kerana kesalahan kita mengamalkan amalan yang salah, atau banyak dosa, Allah ﷻ mengingatkan kita dengan beri mudarat kepada kita.

Kadangkala Allah ﷻ uji kita dengan mudarat walaupun kita tidak ada salah pun. Setelah berusaha sekian lama, masih tidak dapat kerja. Atau dia sudah jaga kesihatannya, tetapi masih jatuh sakit juga. Itu kita kena redha kerana itu semua adalah ujian.

Hidup ini memang tempat ujian dan Allah ﷻ akan menguji hamba-Nya dengan bermacam-macam cara. Memang tidak boleh elak daripada diuji. Sekiranya kita dapat menerima hakikat ini, maka hidup kita akan senang dan lebih tenang. Jika kita menerima ujian, maka kita hendaklah berdoa kepada Allah ﷻ ketika ditimpa masalah. Bayangkan Nabi Muhammad ﷺ yang amat disayangi Allah ﷻ pun diberikan dengan ujian, apatah lagi kita?

 

فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ

maka tiada sesiapa pun yang akan dapat mengangkatnya melainkan Dia;

Jikalau kita dtimpa mudarat, tiada siapa yang boleh mengangkat mudarat itu kecuali Allah ﷻ sahaja. Ini untuk semua musibah kerana selepas لا di dalam ayat ini, kalimah كَاشِفَ adalah dalam bentuk nakirah (umum) maka ia merujuk kepada semua musibah tidak boleh diangkat melainkan Allah ﷻ sahaja.

Sekiranya kita sakit contohnya, Allah ﷻ sahaja yang boleh menyembuhkan kita. Begitu juga dengan masalah-masalah yang lain. Allah ﷻ sahaja yang boleh menyelesaikan masalah itu. Maka, kepada siapa lagi kita mesti meletakkan harapan kita? Kepada Allah ﷻ sahaja. Maka, jangan berdoa kepada yang lain.

Ini mengajar kita jikalau kita dapat musibah, maka kena berharap dan berdoa kepada Allah ﷻ untuk mengangkat musibah itu. Jika kita meminta tolong manusia pun, maka mesti iktikad yang masalah itu hanya boleh diangkat oleh Allah ﷻ. Orang yang kita minta tolong itu adalah pemudahcara sahaja.

Malangnya, ada dalam kalangan masyarakat kita yang beriktikad bahawa apabila bala datang, ada guru agama dan orang alim di negara ini yang boleh mengangkat bala itu. Ada pula yang mendakwa selagi ada wali di kawasan itu, tidak ada bala turun. Mereka itu telah bohong dan telah menyebut sesuatu yang berlawanan dengan ayat ini. Akidah mereka telah rosak.

Bala hanya boleh diangkat oleh Allah ﷻ dan kita hendaklah berdoa terus kepada Allah ﷻ untuk memohon supaya diangkat sesuatu bala itu. Ada bala itu yang dikenakan kepada kita kerana dosa-dosa yang kita lakukan. Oleh itu, kita kenalah memohon ampun kepada Allah ﷻ. Apabila penyebab bala telah diampunkan, maka akan hilanglah musibah itu. Sebab itu kita telah belajar doa Nabi Yunus عليه السلام di dalam perut ikan adalah mengaku kesalahan baginda. Amatlah tidak kena, jika kita minta diselamatkan, namun dosa kita yang berlambak itu tidak kita mohon ampun lagi.

Malangnya yang diajar oleh puak yang sesat dan jahil agama: Kalau terkena bala, kena ada amalan yang khurafat, seperti ‘Mandi Bunga’. Mereka kata, kalau mandi bunga, bala akan diangkat. Ini bukan selesai masalah, tetapi ‘tambah’ masalah. Atau, ada yang kata kena jumpa ‘ustaz’. Kenapa hendak jumpa ustaz, bukan ustaz itu boleh buang bala itu.

Perkara-perkara begini yang kita tegur inilah yang menyebabkan orang marah kepada kita. Jika tidak ditegur dan buat senyap sahaja (lihat sahaja dosa yang mereka lakukan), kita selamat daripada mulut jahat mereka. Namun bila ditegur, mereka akan lawan kita. Malah ada yang lebih dahsyat lagi, mereka bersikap jahat pula dengan melakukan sesuatu yang zalim terhadap kita seperti menangkap dan penjarakan kita. Walau bagaimanapun teguran tetap kita kena lakukan dan terpaksa buat pekak sahaja dengan kata-kata amarah mereka itu.

Kalau kita perhatikan perkataan كَشِفَ ini adalah kali kedua diulang di dalam surah ini. Ia seperti sebuah ‘tema’ yang Allah ﷻ letakkan dalam surah ini. Setiap surah ada temanya tersendiri. Ia hendak mengingatkan perkara yang penting dan selalu berlaku dalam kehidupan kita kerana musibah selalu sahaja terjadi, bukan? Maka apabila ia terjadi, ia mengingatkan kita kepada Allah ﷻ. Allah ﷻ hendak uji kita dengan musibah apa hari ini? Itulah sikap yang selamat. Jangan marah dan jangan kecewa. Kalau sedih tidak mengapa kerana itu perkara biasa sahaja, tetapi jangan menolak takdir yang Allah ﷻ telah tentukan.

 

وَإِن يُرِدْكَ بِخَيْرٍ

dan jika Dia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan,

Sebelum ini apabila disebut tentang mudarat yang diberikan-Nya kepada manusia, perkataan يَمْسَسْ (dikenakan) yang digunakan. Namun begitu, dalam Allah ﷻ menceritakan tentang kebaikan yang diberikan, perkataan يُرِدْ (menghendaki) yang digunakan.

Bermakna Allah ﷻ hendak memberitahu kita bahawa jikalau Allah ﷻ *berkehendak* untuk memberi kebaikan kepada kita sahaja, ia terus terjadi. Tidak sama apabila Allah ﷻ mengenakan kesusahan kepada kita. Maknanya, Allah ﷻ lebih cepat memberi kebaikan kepada kita berbanding keburukan. Kesusahan itu pula sebenarnya tidaklah teruk sangat, sebab Allah ﷻ beri ‘rasa’ sahaja.

Ia mengingatkan kita bahawa Allah ﷻlah yang memberi kebaikan kepada kita. Oleh itu, janganlah berbangga sangat, kerana bukan usaha kita sangat pun (walaupun kita tetap kena usaha) kerana ia adalah pemberian daripada Allah ﷻ. Hendaklah kita berterima kasih kepada Allah ﷻ.

Maka, musibah datang daripada Allah ﷻ, kebaikan juga datang daripada Allah ﷻ. Bila terjadi musibah kita mesti meminta pertolongan kepada Allah ﷻ dan bila mendapat nikmat kita bersyukur kepada Allah ﷻ.

 

فَلَا رَادَّ لِفَضْلِهِ

maka tiada sesiapapun yang akan dapat memulangkan limpah kurniaNya.

Kalimah رَادَّ bermaksud ‘memulangkan sesuatu’. Maknanya, jikalau Allah ﷻ hendakkan kebaikan untuk kita, tidak ada sesiapa yang boleh menghalangnya dan memulangkannya kembali kepada Allah ﷻ. Allah ﷻ ulang tentang perkara ini di dalam Fatir:2

مّا يَفتَحِ اللهُ لِلنّاسِ مِن رَّحمَةٍ فَلا مُمسِكَ لَها ۖ وَما يُمسِك فَلا مُرسِلَ لَهُ مِن بَعدِهِ ۚ وَهُوَ العَزيزُ الحَكيمُ
Apa saja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak seorang pun yang sanggup melepaskannya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Maka ini mengajar kita yang tidak perlu sibuk sangat pasal rezeki di dunia ini. Kita kena usaha, tetapi kita kena yakin yang rezeki itu telah ditetapkan untuk kita. Cuma janganlah asyik fikir tentang rezeki dan rezeki sahaja. Jika sudah tersurat memang rezeki kita, kita akan dapat. Cuma janganlah duduk tunggu sahaja, kenalah usaha. Jika tidak dapat, maknanya itu bukan rezeki kita dari awal pun. Entah kadang kita lihat seolah-olah sudah hampir dapat, tetapi tidak jadi. Maka ingatlah yang itu bukan rezeki kita.

Jika ia pergi kepada orang lain pula, itu maknanya memang telah ditakdirkan rezeki dia. Maka kita tidaklah tertekan sangat fikir mana salah aku begitu begini. Kemudian ada yang menjadi dengki pula kepada kawan dia kerana dapat apa yang dia hendak. Semua itu telah ditakdirkan dan kalau kita dapat terima hal ini, maka kehidupan kita akan tenang-tenang sahaja. “We dont’ beat ourselves about it”.

Inilah dua pegangan yang kita kena pegang kuat-kuat. Kalau ada mudarat, Allah ﷻ sahaja boleh angkat; kalau Allah ﷻ hendak beri kebaikan, tidak ada sesiapa boleh halang. Allah ﷻ juga telah berfirman dalam An’am:17

وَإِن يَمسَسكَ اللهُ بِضُرٍّ فَلا كاشِفَ لَهُ إِلّا هُوَ ۖ وَإِن يَمسَسكَ بِخَيرٍ فَهُوَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ قَديرٌ
Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Dia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Dia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

 

يُصِيبُ بِهِ مَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ

Allah melimpahkan kurnia-Nya itu kepada sesiapa yang dikendaki-Nya daripada hamba-hamba-Nya,

Allah ﷻ sahaja yang buat keputusan siapakah yang mendapat keburukan dan kebaikan, tidak ada yang lain. Maka kalau kita tidak redha dengan musibah yang dikenakan kepada kita, maka kita tidak redha dengan ketentuan Allah ﷻ sebenarnya dan ini adalah berat.

 

وَهُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Kenapa Allah ﷻ menyebut tentang sifat Maha Pengampun-Nya di hujung ayat? Kerana sekiranya manusia mendapat musibah atau dalam kesusahan, selalunya kita akan berkata sesuatu atau melakukan sesuatu yang menyebabkan kita menyesal akhirnya dan kita perlu meminta ampun kepada Allah ﷻ. Allah ﷻ siap-siap beritahu kepada kita bahawa sifat-Nya adalah Maha Pengampun.

Allah ﷻ mengingatkan kita dengan sifat-Nya yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani kerana selepas diberikan dengan musibah, Allah ﷻ akan memberi kebaikan kepada manusia. Allah ﷻ sentiasa memberi kebaikan kepada manusia setiap masa.


 

AJAKAN KEPADA SELURUH MANUSIA

Yunus Ayat 108: Targhib (ajakan) kepada Tauhid. Allah ﷻ memang selalu nasihatkan manusia tentang Tauhid kerana ia perkara terpenting.

قُل يٰأَيُّهَا النّاسُ قَد جاءَكُمُ الحَقُّ مِن رَّبِّكُم ۖ فَمَنِ اهتَدىٰ فَإِنَّما يَهتَدي لِنَفسِهِ ۖ وَمَن ضَلَّ فَإِنَّما يَضِلُّ عَلَيها ۖ وَما أَناْ عَلَيكُم بِوَكيلٍ

Sahih International

Say, “O mankind, the truth has come to you from your Lord, so whoever is guided is only guided for [the benefit of] his soul, and whoever goes astray only goes astray [in violation] against it. And I am not over you a manager.”

Malay

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai sekalian manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran (Al-Qur’an) dari Tuhan kamu. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beriman kepadanya), maka faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu”.

 

قُلْ يٰأَيُّهَا النَّاسُ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai sekalian manusia!

Nabi Muhammad ﷺ disuruh memberitahu kepada sekalian manusia. Maka, kita pun kena sampaikan kepada semua manusia, sama ada Muslim ataupun kafir. Kena sampaikan kepada manusia mesej Al-Qur’an ini.

Masalahnya, yang Muslim sekarang pun ramai yang tidak beriman dengan Al-Qur’an. Mereka tidak tahu apakah mesej Al-Qur’an itu kerana mereka tidak belajar tafsir Al-Qur’an dan tidak teringin pun hendak belajar. Mereka baca, tetapi mereka tidak faham. Maka bagaimanakah mereka hendak sampaikan kepada Non-Muslim kalau mereka sendiri tidak tahu?

 

قَدْ جَاءَكُمُ الْحَقُّ مِن رَّبِّكُمْ

Telah datang kepada kebenaran (Al-Qur’an) dari Tuhan kamu.

Kebenaran yang dimaksudkan adalah Al-Qur’an ini. Surah ini bermula dengan menyebut tentang Al-Qur’an dan diakhiri di hujungnya dengan menyebut tentang Al-Qur’an juga. Memang Al-Qur’an ini terlalu penting untuk kehidupan kita di dunia supaya mendapat kebaikan di akhirat kelak.

 

فَمَنِ اهْتَدَىٰ

Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk 

Iaitu mereka yang beriman kepada Al-Qur’an, dengan membacanya, memahaminya dan mengamalkannya. Maknanya, bukan setakat baca sahaja seperti kebanyakan orang kita. Bukan setakat percaya bahawa ia daripada Allah ‎ﷻ sahaja tetapi tidak berbuat apa-apa. Itu belum beriman lagi sebenarnya kerana kita sepatutnya mengambil hidayah daripada Al-Qur’an, tetapi kalau tidak faham bagaimana hendak mengambil manfaat hidayah daripadanya?

Maka berhentilah setakat belajar tajwid semenjak muda sampai tua tidak habis-habis, tetapi belajarlah untuk memahami maksud yang disampaikan di dalam Al-Qur’an ini. Orang kita ini faham Al-Qur’an ini setakat dibaca sahaja sampaikan mereka cuma nampak tajwid dan tajwid sahaja. Itu pun berpuluh tahun tidak habis belajar. Mula dahulu dia belajar semasa kecil di sekolah. Kemudian bila sudah pencen tua dan teringat dia sudah hampir mati, yang dia belajar apa? Tajwid juga lagi….

Begitulah orang Melayu kita. Bila cerita tentang keadaan bangsa Melayu berdegar-degar, Melayu itu Melayu ini, Agama Islam, kuat agama, tetapi bab Al-Qur’an tidak faham langsung, tajwid pun tidak lepas.

 

فَإِنَّمَا يَهْتَدِي لِنَفْسِهِ

maka hidayah itu kepada dirinya sendiri;

Hidayah yang diterimanya itu akan membawa kebaikan dan faedah kepada dirinya. Faedah itu bukan untuk Allah ﷻ, kerana Allah ‎ﷻ tidak memerlukan imannya itu. Begitu juga, tidaklah faedah itu untuk Nabi dan orang lain, tetapi untuk dirinya sendiri.

Yang beriman sahaja akan mendapat kebaikan itu. Tidaklah dia boleh memanjangkan kebaikan itu kepada orang lain, walaupun kepada anaknya sendiri, walaupun kepada isterinya sendiri. Masing-masing kena beriman sendiri. Masing-masing kena belajar tafsir Al-Qur’an. Ini lagi satu masalah orang Melayu, berbangga sangat atok dia ulama’, pakcik dia itu ini, jiran sebelah rumah pernah jumpa ulama’, dia pernah baca tentang ulama’ dan macam-macam lah. Namun yang dia sendiri bila hendak menjadi alim? Gebang sahaja lebih.

 

وَمَن ضَلَ

dan sesiapa yang sesat

Mereka menjadi sesat itu kerana tidak mahu beriman dan belajar dengan ِAl-Qur’an. Mereka juga tidak mahu belajar tafsir Al-Qur’an. Jika tidak belajar tafsir Al-Qur’an, seseorang itu tidak akan tahu apakah kehendak Allah ﷻ, maka dia akan sesat. Syaitan akan ambil peluang untuk sesatkan dia kerana dia jahil agama dan senang ditipu. Seperti yang Allah ﷻ telah sebut dalam Zukhruf:36-37

وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ الرَّحْمَٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ
Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Qur’an yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.

وَإِنَّهُمْ لَيَصُدُّونَهُمْ عَنِ السَّبِيلِ وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُم مُّهْتَدُونَ
Dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

.

Jelas dalam ayat ini, mereka yang tidak kisah dengan Al-Qur’an, tidak belajar untuk memahaminya, akan sesat dari jalan yang benar. Anda pelik bukan kenapa ramai sekali dengan mudahnya menyertai ajaran sesat walaupun mereka terdiri daripada golongan cerdik pandai dalam masyarakat? Tidaklah pelik sebenarnya. Sebab walaupun bijak fikiran dan tinggi ilmu keduniaan sekalipun, apabila jiwa kosong daripada ilmu wahyu, senang sahaja syaitan menipu dirinya. Macam tipu budak kecil sahaja.

 

فَإِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيْهَا

maka kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri

Maknanya, apabila seseorang itu sesat, siapakah yang akan menanggung akibatnya? Tentulah dirinya sendiri, bukan orang lain. Dia sendiri yang menimpakan akibat buruk itu kepada dirinya, bukan orang lain. Jadi dialah kena tanggung sendiri.

 

وَمَا أَنَاْ عَلَيْكُم بِوَكِيلٍ

dan aku bukanlah menjadi wakil ke atas kamu”.

Maksudnya, Nabi Muhammad ﷺ tidak boleh memaksa manusia untuk beriman. Baginda dan kita hanya boleh sampaikan sahaja kepada manusia lain, tetapi untuk memaksa sesiapa beriman, tidak boleh.

Wakil juga bermaksud bertanggungjawab kepada seseorang. Nabi ﷺ tidak bertanggungjawab kepada mereka yang tidak mahu beriman, tidak mahu belajar Al-Qur’an. Maka kita pun kalau sudah sampaikan dakwah Al-Qur’an kepada manusia lain, maka kita sudah tidak bertanggungjawab ke atas mereka.


 

NASIHAT KEPADA RASULULLAH ﷺ

Yunus Ayat 109: Inilah kesimpulan agama. Ia adalah Dalil Wahyi (arahan dari wahyu) dan mengandungi Tasliah (pujukan).

وَاتَّبِع ما يوحىٰ إِلَيكَ وَاصبِر حَتّىٰ يَحكُمَ اللَّهُ ۚ وَهُوَ خَيرُ الحٰكِمينَ

Sahih International

And follow what is revealed to you, [O Muhammad], and be patient until Allah will judge. And He is the best of judges.

Malay

Dan turutlah apa yang diwahyukan kepadamu serta bersabarlah (dalam perjuangan mengembangkan Islam) sehingga Allah menghukum (di antaramu dengan golongan yang ingkar, dan memberi kepadamu kemenangan yang telah dijanjikan), kerana Dia lah sebaik-baik Hakim.

 

وَاتَّبِعْ مَا يُوحَىٰ إِلَيْكَ

Dan ikut apa yang diwahyukan kepadamu

Ayat ini adalah konklusi kepada seluruh surah ini. Buatlah apa sahaja yang telah diberikan oleh Allah ‎ﷻ. Ikut sahaja, jangan tambah, jangan kurang. Kalau tambah, itu adalah bid’ah. Kalau kurang daripada yang sepatutnya, sudah dikira berdosa.

Ikutlah wahyu yang Allah ﷻ telah berikan ini. Agama ini memerlukan wahyu. Bukan kata-kata tok guru, bukan hujah akal, bukan daripada nafsu, bukan daripada kitab yang tidak bersandarkan Al-Qur’an dan Sunnah.

Sebelum ini telah disentuh bagaimana kalau kita ditimpa musibah, Allah ﷻ sahaja yang boleh mengangkatnya. Maka sepatutnya kita kena kembali kepada Allah ﷻ, ikut apa yang Allah ﷻ telah ajar bagaimana untuk menjalani kehidupan dalam dunia ini.

Allah ﷻ telah ajar juga bagaimana hendak berdoa kepada-Nya. Namun malangnya kebanyakan manusia, apabila ditimpa musibah, fikiran mereka akan fokus hanya kepada masalah itu tanpa merujuk kepada Allah ﷻ. Mereka lupa yang Allah ﷻ sahaja yang boleh selesaikan masalah yang mereka ada itu. Maka mereka banyak minta tolong kepada makhluk, tidak minta tolong terus kepada Allah ﷻ.

.

 

وَاصْبِرْ

serta bersabarlah

Apabila kita mengikut perintah Allah ﷻ, kita kena bersabar. Ini kerana apabila kita beriman, manusia lain ada yang tidak senang dengan iman kita. Mereka ada yang mengejek kita dan menyusahkan hidup kita.

Kemudian bersabarlah dalam perjuangan mengembangkan Islam dalam berdakwah. Selalunya, apabila kita dakwah, ramai tidak mahu dengar dan mereka tolak kita. Kerja dakwah ini memanglah susah. Sebagaimana Nabi ﷺ juga mengalami kesusahan. Kadang-kadang kita kena hadapi ejekan, tohmahan, marah daripada orang lain dan sebagainya. Sebab itu Allah ﷻ sebut tentang sabar di dalam Muzzammil:10 iaitu antara surah yang awal diturunkan kepada Rasulullah ﷺ semasa baginda memulakan dakwah,

وَاصبِر عَلىٰ ما يَقولونَ وَاهجُرهُم هَجرًا جَميلًا
Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu daripada mereka dengan cara yang baik.

Dalam kehidupan seharian kita, kita hendaklah mengamalkan sabar. Terutama sekali jikalau kita ditimpa masalah. Inilah pakaian kita yang kena sentiasa ada. Maka sabar itu ada tiga jenis:

    1. Sabar di dalam mentaati Allah ﷻ dan meninggalkan larangan-Nya
    2. Sabar dalam menyampaikan dakwah
    3. Sabar dalam perkara kehidupan lain

 

حَتَّىٰ يَحْكُمَ اللَّهُ

sehingga Allah menjalankan hukumNya

Sehingga Allah ‎ﷻ menjalankan apa yang Allah ‎ﷻ hendak lakukan. Sama ada Allah ‎ﷻ hendak memenangkan kita atau sebaliknya. Ini juga ada disebut dalam Insan:23-24

إِنّا نَحنُ نَزَّلنا عَلَيكَ القُرآنَ تَنزيلًا
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al Qur’an kepadamu (hai Muhammad) dengan beransur-ansur.

فَاصبِر لِحُكمِ رَبِّكَ وَلا تُطِع مِنهُم آثِمًا أَو كَفورًا
Maka bersabarlah kamu untuk (melaksanakan) ketetapan Tuhanmu, dan janganlah kamu ikuti orang yang berdosa dan orang yang kafir di antara mereka.

Maksudnya, kita kena bersabar sampai mati. Sepanjang hidup kita adalah bersabar sepanjang masa. Sabarlah dalam menunggu apakah keputusan yang Allah ﷻ hendak lakukan. Kita usaha dengan sedaya upaya kita untuk menyelesaikan masalah itu. Dalam masa yang sama, hendaklah kita bersabar sambil menunggu apakah yang Allah ﷻ akan lakukan kerana usaha kita tidak akan membuahkan hasil apa-apa tanpa izin daripada Allah ﷻ.

Yang penting sabar dalam menjalankan kerja-kerja dakwah ini. Kita tidak tahu apakah keputusan Allah ﷻ, dan kita serahkan kepada-Nya. Memang kita telah belajar sirah dan kita tahu bagaimana sahabat dan Nabi ﷺ dikeji malah ada yang diseksa malah dibunuh, kemudian mereka berhijrah, berperang dan sebagainya.

Kita tahu itu semua, tetapi bayangkan apakah yang Nabi ﷺ dan sahabat lalui. Mereka tidak tahu apakah yang terjadi minggu depan, bulan depan, tahun depan dan sebagainya. Lalu apakah yang mereka lakukan? Mereka terus melakukan kerja dakwah mereka sambil bersabar. Bersabar dan tunggu apa yang Allah ‎ﷻ akan lakukan.

Bukanlah ayat ini bermaksud kita duduk senyap tunggu apa Allah ﷻ hendak buat. Para sahabat telah menjalankan kerja dakwah mereka bukan dengan hanya duduk senyap dan bersabar sahaja. Maka kita pun kena juga berbuat begitu kerana kita tidak tahu apa yang Allah ﷻ telah tetapkan untuk kita.

 

وَهُوَ خَيْرُ الْحٰكِمِينَ

kerana Dia lah sebaik-baik Hakim.

Apa sahaja keputusan yang Allah ﷻ buat, ia pasti adalah yang terbaik. Segala keputusan Allah ﷻ itu adalah kerana kebijaksanaan-Nya yang Maha Mengetahui segalanya. Kadangkala sesuatu itu baik sebenarnya, tetapi kita tidak nampak dan tidak sampai ke akal pemikiran kita yang lemah ini. Kita tidak tahu apakah yang terbaik untuk kita, maka kita terima sahaja keputusan Allah ﷻ.

Sebagai contoh, dunia telah dilanda Covid sampaikan rasa porak peranda dunia ini. Akan tetapi bukankah ada kebaikan daripada musibah itu? Banyak benda kita belajar, banyak cara baru yang kita sudah mulakan dalam kehidupan kita, dunia menjadi bersih seketika dan macam-macam lagi. Apa yang kita nampak dan apa yang di sebaliknya, hanya Allah ﷻ sahaja yang tahu kerana Dia adalah Penentu yang terhebat.

 

Allahu a’lam. Tamat sudah tafsir Surah Yunus ini. Alhamdulillah. Sambung ke surah seterusnya, Surah Hud.

Kemaskini: 2 Julai 2023

Ringkasan Surah Yunus


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Taimiyyah Zubair

Ustaz Solahuddin

Ustaz Abdul Muien Ghulam Dakwah

Maariful Qur’an

Tafsir Surah Yunus Ayat 104 – 106 (Bara’ daripada agama syirik)

IMAN YANG SEBENAR

Yunus Ayat 104: Ini adalah DAKWA SURAH. Iaitu perkara terpenting di dalam surah ini. Dakwa ini adalah berkenaan Tauhid. Allah ﷻ suruh Nabi ﷺ ajar manusia telah Tauhid dan tinggalkan syirik.

قُل يٰأَيُّهَا النّاسُ إِن كُنتُم في شَكٍّ مِّن ديني فَلا أَعبُدُ الَّذينَ تَعبُدونَ مِن دونِ اللهِ وَلٰكِن أَعبُدُ اللهَ الَّذي يَتَوَفّٰكُم ۖ وَأُمِرتُ أَن أَكونَ مِنَ المُؤمِنينَ

Sahih International

Say, [O Muhammad], “O people, if you are in doubt as to my religion – then I do not worship those which you worship besides Allah ; but I worship Allah , who causes your death. And I have been commanded to be of the believers

Malay

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai sekalian manusia! Sekiranya kamu menaruh syak tentang kebenaran ugamaku, maka (ketahuilah) aku tidak menyembah makhluk-makhluk yang kamu menyembahnya yang lain dari Allah, tetapi aku hanya menyembah Allah yang akan mematikan kamu (untuk menerima balasan); dan aku diperintahkan supaya menjadi dari golongan yang beriman.

 

قُلْ يٰأَيُّهَا النَّاسُ

Katakanlah: “Wahai sekalian manusia!

Ini adalah kata-kata terakhir yang diberikan kepada mereka yang setelah didakwah berkali-kali, tetapi masih juga tidak mahu menerima ajakan tauhid ini. Masih juga mahu melakukan syirik.

Apabila Nabi Muhammad ﷺ disuruh menyeru kepada semua manusia, ini menunjukkan bahawa agama Islam ini bukanlah hanya untuk orang-orang Arab sahaja tetapi untuk umat seluruh dunia. Itu telah meletakkan tanggungjawab melakukan dakwah kepada para sahabat dari awal Islam lagi. Mereka apabila membaca ayat ini tahu bahawa agama ini adalah untuk seluruh manusia di dunia. Sebab itulah mereka telah menyebarkan ajaran Tauhid ini ke merata dunia.

Sekarang, urusan dakwah itu telah jatuh kepada kita. Kitalah yang mesti menyampaikan ajaran daripada Allah ﷻ ini kepada manusia. Kita kena sampaikan ajaran itu dengan menggunakan ayat-ayat Al-Qur’an kerana itulah arahan daripada Allah ﷻ. Bukannya dengan cara nyanyian dan Qasidah atau cara-cara lain yang direka-reka.

 

إِن كُنتُمْ فِي شَكٍّ مِّن دِينِي

Sekiranya kamu menaruh syak tentang kebenaran ugamaku,

Kita kena kata: “Kalau kamu rasa syak dengan agama Islam yang lurus ini, maka ketahuilah aku sendiri tidak ada syak. Kalau engkau syak, itu masalah kau…” Begitu juga kita patut katakan kepada puak syirik dan bid’ah dalam agama: “Kalau kamu rasa jalan Sunnah yang kami bawa ini tidak benar, kamu panggil kami Wahabi, maka ketahuilah aku tidak syak pada jalan ini dan aku tetap akan berpegang padanya.”

Kita sebagai orang yang telah terima Islam dan telah terima jalan Sunnah ini, jangan ragu-ragu lagi dengan jalan Sunnah ini dan kita hendaklah berada di atasnya kerana ia adalah berdasarkan kepada dalil daripada Al-Qur’an dan Hadith yang sahih.

Sebenarnya di dalam ayat ini ada sindiran yang tajam. Disindir kenapa orang kafir boleh ragu-ragu dengan Islam? Kenapa mereka tidak boleh menerima agama Islam yang mudah dan mesra akal ini? Sepatutnya mereka tidak ragu-ragu dengan agama Islam tetapi ragu-ragu dengan agama mereka yang pelik-pelik itu. Boleh sembah batu, berhala, kayu, bintang dan sebagainya. Boleh ambil berkat dengan mandi Sungai Gangga, Sungai Gombak; minta tolong kepada Saint, menari dan menyanyi di dalam gereja; dan lain-lain lagi.

Tetapi tunggu dulu…. bukankah dalam agama Islam pun ada benda-benda macam ini? Ada yang sembah logo capal, ada yang ambil berkat dari Sungai Hud, ambil berkat daripada kubur itu dan ini, minta tolong kepada wali, menyanyi Ya Hanana dan apa jenis qasidah lagi, terkinja-kinja dan berjoget dalam zikir dan macam-macam lagi?

Maaf, sebenarnya itu semua bukan daripada agama Islam dan syariat Islam. Sebagaimana dalam agama Yahudi, Kristian, Hindu, Buddha dan sebagainya ada tukang reka fahaman dan amalan, dalam agama Islam pun ada juga. Ia senang diterima oleh golongan yang jauh daripada ilmu wahyu, sebagaimana Yahudi dan Kristian juga sudah jauh daripada wahyu para Nabi mereka.

Akan tetapi sebenarnya agama Islam ini tidaklah sebegitu. Agama Islam ini ada standard, semua kena ada dalil dan amalannya tidak pelik-pelik sebenarnya. Sepatutnya orang bukan Islam senang hendak terima kerana ia mesra akal dan tidak suruh buat benda-benda mengarut. Sebab itulah Allah ﷻ sindir mereka kenapa mereka masih ada syak dengan agama Islam ini. Memang tidak patut langsung.

 

فَلَا أَعْبُدُ الَّذِينَ تَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللهِ

maka (ketahuilah) aku tidak akan menyembah makhluk-makhluk yang kamu menyembahnya yang lain dari Allah,

Kalau kamu hendak ragu, itu hal kamu. Pada aku, agama aku ini jelas. Aku tidak akan sembah, tidak akan puja, dan tidak akan buat ibadat kepada Nabi, wali dan malaikat yang kamu sembah, puja, dan buat ibadat itu.

Amalan-amalan syirik yang kamu lakukan dan amalan-amalan bid’ah kamu itu, aku tidak akan melakukannya walau satupun. Kita kena sebut pegangan kita ini seperti yang Allah ﷻ sebut di sini. Kita tidak boleh terima agama sesat, agama kufur itu. Kita tidak boleh melayan faham pluralisme yang kadang-kadang dipegang oleh orang yang jahil. Kononnya hendak menjaga hati orang lain.

Maka mereka pun katalah yang agama Islam ini baik, agama lain pun baik juga. Ini tidak boleh sama sekali. Kita tidak boleh langsung hendak iktiraf agama mereka. Ya kalau mereka hendak amalkan, itu terpulang kepada mereka. Mereka ada hak sebagai manusia untuk memilih fahaman dan agama mereka. Namun kita tidak boleh iktiraf sama sekali.

Kita kena tunjuk benci kepada kesyirikan dan kesesatan yang mereka laku. Inilah bara’ yang kita kena lakukan. Bara’ maksudnya berlepas diri daripada kesyirikan manusia. Kita tidak mahu ada kena mengena dengannya. Beginilah yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim عليه السلام seperti disebut dalam Mumtahanah:4 dan kita kena ikut Sunnah Nabi Ibrahim عليه السلام ini.

قَد كانَت لَكُم أُسوَةٌ حَسَنَةٌ في إِبرٰهيمَ وَالَّذينَ مَعَهُ إِذ قالوا لِقَومِهِم إِنّا بُرَآءُ مِنكُم وَمِمّا تَعبُدونَ مِن دونِ اللهِ كَفَرنا بِكُم وَبَدا بَينَنا وَبَينَكُمُ العَدٰوَةُ وَالبَغضاءُ أَبَدًا حَتّىٰ تُؤمِنوا بِاللهِ وَحدَهُ
Sesungguhnya telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan dia; ketika mereka berkata kepada kaum mereka: “Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu daripada apa yang kamu sembah selain Allah, kami ingkari (kekafiran)mu dan telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah saja.

Kita boleh lihat bagaimana beraninya Nabi Ibrahim عليه السلام dan pengikut baginda mengatakan perkara ini. Tidak salah pun apa yang baginda lakukan itu malah itulah yang disukai oleh Allah ﷻ. Mereka sanggup berlepas diri daripada keluarga dan masyarakat mereka. Malah Allah ﷻ sebut sekali lagi tentang perkara ini dalam Mujadilah:22

لّا تَجِدُ قَومًا يُؤمِنونَ بِاللهِ وَاليَومِ الآخِرِ يُوادّونَ مَن حادَّ اللهَ وَرَسولَهُ وَلَو كانوا ءآباءَهُم أَو أَبناءَهُم أَو إِخوٰنَهُم أَو عَشيرَتَهُم ۚ أُولٰئِكَ كَتَبَ في قُلوبِهِمُ الإيمٰنَ وَأَيَّدَهُم بِروحٍ مِّنهُ ۖ وَيُدخِلُهُم جَنّٰتٍ تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ خٰلِدينَ فيها ۚ رَضِيَ اللهُ عَنهُم وَرَضوا عَنهُ ۚ أُولٰئِكَ حِزبُ اللهِ ۚ أَلا إِنَّ حِزبَ اللهِ هُمُ المُفلِحونَ
Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukkan-Nya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah redha terhadap mereka, dan mereka pun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya hizbullah itu adalah golongan yang beruntung.

Imam Ibn Kathir رحمه الله di dalam tafsirnya menukilkan pandangan daripada Said bin Abd al-Aziz iaitu:

وَقَدْ قَالَ سَعِيدُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ وَغَيْرُهُ: أُنْزِلَتْ هَذِهِ الْآيَةَ {لَا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ} إِلَى آخِرِهَا فِي أَبِي عُبَيْدَةَ عَامِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْجَرَّاحِ، حِينَ قَتَلَ أَبَاهُ يَوْمَ بَدْرٍ
“Telah berkata Said bin Abd al-Aziz dan selain daripadanya bahawa ayat ini {لَا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ} [المجادلة: 22] sehingga ke akhirnya diturunkan berkenaan Abu Ubaidah ‘Amir bin Abd Allah bin al-Jarrah ketika beliau membunuh ayahnya di dalam peperangan Badar.”
[Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 8/54]

Nota: Akan tetapi, riwayat ini dhaif disebabkan terdapat keguguran pada sanad tersebut sebagaimana yang dinilai oleh para ulama’. Akan tetapi tidak menjadi masalah untuk meriwayatkan kisah ini ketika menafsirkan ayat ke-22 di dalam Surah al-Mujadalah kerana kisah ini bukanlah berkait dengan isu akidah atau syariah tetapi ia lebih kepada sejarah. Ini kerana, ramai dalam kalangan ahli tafsir yang menafsirkan ayat tersebut dengan kisah ini.

Bara’ ini perlu dilakukan dalam ketiga-tiga peringkat:

    1. Qalbi – dengan hati
    2. Lisan – disebut dengan lidah / perkataan
    3. Jawarih – dengan tubuh badan iaitu dengan perbuatan. Kerana itu kita disuruh untuk memerangi orang kafir dan orang munafik seperti disebut dalam Tahreem:9

يٰأَيُّهَا النَّبِيُّ جٰهِدِ الكُفّارَ وَالمُنٰفِقينَ وَاغلُظ عَلَيهِم
Hai Nabi, perangilah orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan bersikap keraslah terhadap mereka.

 

وَلَٰكِنْ أَعْبُدُ اللهَ

tetapi aku hanya menyembah Allah

Sekarang adalah kalimah ithbat (penetapan) pula. Sebelum ini kalimat فَلَا أَعْبُدُ الَّذِينَ تَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللهِ adalah kalimah nafi (menolak). Apabila sesuatu ayat itu di dalam bentuk nafi dan ithbat, ia adalah kalimat yang paling kuat di dalam bahasa Arab. Ini seperti nafi dan ithbat yang ada di dalam syahadah لا إله إلا الله yang juga mengandungi nafi dahulu sebelum ithbat.

Dalam ayat ini Allah ﷻ suruh Nabi ﷺ mengajar tentang Tauhid, iaitu hanya Allah ﷻ sahaja yang boleh disembah. Jangan disembah makhluk lain sama sekali. Jangan juga disembah makhluk lain ‘bersama’ Allah ﷻ. Ini kerana ramai yang sembah Allah ﷻ, namun dalam masa yang sama, sembah juga selain Allah ﷻ. Itu adalah syirik dan telah ada banyak sekali larangan Allah ﷻ tentang perkara ini yang tidak perlu diulang di sini.

 

الَّذِي يَتَوَفّٰكُمْ

yang akan mematikan kamu;

Kenapa Allah ﷻ sahaja yang layak disembah dan tidak boleh disembah selain-Nya? Kerana Dia yang mematikan. Kenapa sifat Allah ﷻ yang ‘mematikan’ ditekankan di dalam ayat ini? Bukankah ada banyak lagi sifat-sifat Allah ﷻ yang lain? Antara sebabnya:

1. Ditekankan sifat ini kerana hendak mengingatkan manusia dan jin bahawa Allah ﷻlah yang mengawal kehidupan kita, tidak ada entiti yang lain, dan kita akhirnya akan mati dan akan menemui-Nya. Hanya Allah ﷻ sahaja yang boleh mematikan. Maka, kalau Allah ﷻ sahaja yang boleh mematikan kita, kenapa hendak sembah dan puja entiti yang lain seperti yang dilakukan oleh masyarakat kita yang puja dan sembah Nabi, wali dan malaikat itu?

2. Sifat ini yang disebut kerana manusia yang paling takuti adalah kematian. Maka ia yang disebut untuk menarik perhatian manusia.

3. Sebelum ini telah banyak disebut tentang azab-azab yang menunggu mereka yang ingkar. Maka Allah ﷻ hendak ingatkan yang azab mereka itu akan bermula sebaik sahaja mereka mati.

4. Mati itu sesuatu yang pasti. Kaya tidak pasti, senang tidak pasti, dapat isteri dan anak juga tidak pasti. Akan tetapi, mati itu pasti.

Maka sifat Allah ﷻ yang mematikan atau mencipta kematian itu ditekankan di dalam banyak ayat-ayat Al-Qur’an, seperti Mulk:2

الَّذي خَلَقَ المَوتَ وَالحَيَوٰةَ لِيَبلُوَكُم أَيُّكُم أَحسَنُ عَمَلًا
Dialah yang telah menjadikan adanya mati dan hidup – untuk menguji kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya;

Maka kerana itulah kita mesti selalu ingat kepada mati. Kena sentiasa bersedia untuk mati kerana ia boleh datang bila-bila masa sahaja. Jangan kita menangguhkan iman, amal dan taubat kita. Kita kena ingat yang kedudukan iman kita semasa mati itulah yang dikira. Kalau berpuluh tahun beramal dengan kebaikan, tetapi dekat hendak mati buat hal, maka akan ada masalah. Rasulullah ﷺ telah mengingatkan tentang hal ini di dalam sebuah hadith,

وَإِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالْخَوَاتِيمِ
“Sesungguhnya setiap amalan tergantung pada akhirnya.”
(Sahih Bukhari No. 6607)

 

وَأُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

dan aku diperintahkan supaya menjadi dari golongan yang beriman.

Iaitu baginda diperintahkan untuk menjadi golongan yang beriman dengan betul-betul mengamalkan ajaran tauhid dan hanya menyembah Allah ﷻ sahaja. Akan tetapi kenapa perlu ditambah tentang perintah itu? Apakah kepentingannya?

Ia disebut kerana hendak menekankan bahawa apa yang Rasulullah ﷺ buat itu adalah atas perintah Allah ﷻ. Ini memberitahu kita yang Nabi ﷺ taat kepada perintah Allah ﷻ. Maka kalau Nabi ﷺ pun diperintah dan baginda pun taat, apatah lagi kita?

Ia juga mengajar kita bahawa mengamalkan Tauhid dan meninggalkan syirik adalah wajib kerana ia diperintah oleh Allah ﷻ. Cara untuk mengetahui manakah ajaran tauhid yang benar dan jelas hanyalah melalui pengajian tafsir Al-Qur’an. Ini kerana banyak sekali disentuh dan diajar tentang Tauhid dan Syirik di dalam ayat-ayat Al-Qur’an. Amat menyedihkan sekali kerana masyarakat kita sudah jauh daripada pemahaman Al-Qur’an, maka banyak sekali amalan syirik yang diamalkan tanpa sedar.

Ia juga mengajar kita bahawa Nabi Muhammad ﷺ terikat dengan perintah Allah ﷻ. Nabi ﷺ tidak reka fahaman dan amalan melainkan ia datang daripada Allah ﷻ. Maka kalau Nabi ﷺ pun terikat dengan wahyu, maka kita lebih lagilah terikat. Maka jangan memandai reka fahaman dan amalan baru seperti yang dilakukan oleh banyak golongan agama. Itulah amalan bid’ah yang merata-rata sekarang diamalkan. Ini adalah kesalahan yang besar namun malangnya ramai sangat yang bermudah-mudah dalam hal ini.

 

Balaghah: Hazfu wa zikru: Hazaf ya mutakallim. Mutakallim maksudnya orang yang bercakap dan ya’ ditambah untuk menyebut kepunyaan (seperti penaku adalah قلامي). Apabila ada hazaf (dibuang), ia membawa maksud istimrar dan dawam iaitu meneruskan. Ia bukanlah bentuk yang biasa di dalam bahasa Arab. Namun kadang-kadang ada kalimah di dalam Al-Qur’an yang dihazafkan ya mutakallim yang membawa maksud dawam dan istimrar. Ia membawa maksud berkekalan dan berterusan.

Apabila disebutkan huruf ya mutakallim (ini bentuk yang normal), ia menunjukkan tahawul (berubah-ubah tidak tetap) dan putus. Lihat dalam ayat ini kalimah yang digunakan adalah دِينِي, tidak sama seperti kalimah yang digunakan dalam Surah Kaafiruun (لَكُم دينُكُم وَلِيَ دينِ). Dalam ayat ini zikru ya’ pula. Ini kerana ia membawa maksud tahawul. Bagaimana pula itu?

Ayat ini adalah penafian terhadap ketidakpercayaan kaum kafir, musyrikin atau munafik terhadap agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad ﷺ. Seperti yang kita tahu, orang kafir tidak percaya kepada agama Islam. Akan tetapi adakah sampai bila-bila mereka tidak percaya? Tentu tidak, kerana ada juga yang beriman akhirnya, contohnya para sahabat seperti Umar dan Abu Sufyan رضي الله عنهما. Manakala mereka yang kekal kafir itu ketika di ambang kematian pun akan beriman juga, bukan?

Mulanya mereka menentang tetapi akhirnya beriman. Begitu juga ramai-ramai memasuki Islam setelah pembukaan Mekah. Maka ada yang tidak kekal keraguan mereka. Kerana itulah dalam ayat ini, ya’ mutakalim dizikrukan/disebut (دِينِي).

Akan tetapi, lain kalimah yang digunakan dalam Surah Kaafiruun. Dalam surah itu, bukan kalimah دِينِي yang digunakan, tetapi kalimah دِينِ. Ia juga bermaksud ‘agamaku’ tetapi ya’ dihilangkan (hazaf). Ini menunjukkan ada ikhtizal (hazaf huruf) dalam isim. Asalnya adalah دِينِي. Telah dibuang ya’ mutakallim dalam ayat ini. Kenapa? Dalam ilmu balaghah, kalau hazaf maksudnya berterusan atau berkekalan. Kalau ditulis ya’, ia membawa makna yang sesuatu itu berubah, berpindah atau berhenti yang bermaksud tidak kekal.

Kelebihan ini cuma ada dalam bahasa Arab. Bila tambah bertukar menjadi lain makna, bila dikurangkan, bawa makna lain pula.

Surah Kaafirrun itu adalah tentang tauhid uluhiyyah. Untuk menyatakan sifat orang kafir yang berubah-ubah kerana itu digunakan perubahan fi’il mudhari’ ke fi’il madhi (mula تَعبُدونَ tetapi kemudian ditukar kepada عابِدونَ pula) kerana cara mereka penyembahan mereka juga berubah-ubah. Sampaikan kadang-kadang makanan pun boleh menjadi tuhan. Bila lapar dimakannya ‘tuhan’ mereka itu. Maka mereka tidak tetap.

Akan tetapi lihat kalimah untuk kita tetap dalam fi’il mudhari (sepanjang surah digunakan kalimah أَعبُدُ) kerana kita tetap pendirian. Allah ﷻ yang disembah dahulu dan sampai bila-bila. Itulah Tuhan di rumah atau di luar rumah. Itulah Tuhan semasa senang dan di luar rumah dan cara penyembahan pun sama tidak berubah. Sebab itulah digunakan kalimah دِينِ (agamaku) dalam surah ini untuk membawa maksud dawam (berterusan). Oleh itu, kita kena berterusan beragama Islam, beriman dan beribadah seperti yang Allah ﷻ kehendaki.

Maaf agak teknikal berkenaan bahasa. Kalau tidak faham, boleh abaikan. Ia sememangnya agak kompleks kerana membincangkan tentang ilmu balaghah.


 

Yunus Ayat 105: Apa lagi perintah dari Allah yang Rasulullah suruh sampaikan?

وَأَن أَقِم وَجهَكَ لِلدّينِ حَنيفًا وَلا تَكونَنَّ مِنَ المُشرِكينَ

Sahih International

And [commanded], ‘Direct your face toward the religion, inclining to truth, and never be of those who associate others with Allah ;

Malay

“Serta (diwajibkan kepadaku): ‘ Hadapkanlah seluruh dirimu menuju (ke arah mengerjakan perintah-perintah) ugama dengan betul dan ikhlas, dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang musyrik ‘.”

 

وَأَنْ أَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا

“Serta (diwajibkan kepadaku): ‘Hadapkanlah seluruh dirimu menuju ke ugama dengan lurus

Kalimah حَنِيفًا bermaksud agama yang lurus dan tidak bengkang bengkok ke kiri dan ke kanan. Ia adalah seumpama seorang yang berjalan dengan mempunyai hala tuju tertentu dan tidak hiraukan ajakan di kiri kanannya. Dia akan tetap juga dalam perjalanannya yang lurus itu.

Kalimah حَنِيفًا juga bermaksud tulus ikhlas menuju kepada Tauhid dan menjauhi syirik. Oleh itu kalimah حَنِيفًا adalah ugama yang ‘original’ (tulen dan asli) seperti yang dikehendaki oleh Allah ﷻ. Bukannya ajaran agama yang songsang seperti yang dibawa oleh puak-puak bida’ah, puak-puak Tarekat yang sesat dan puak-puak Habib. Mereka pun ada agama juga, tetapi agama mereka tidak حَنِيفًا. Pemahaman agama mereka sudah jauh terpesong.

Kenapa disebut wajah sahaja? Bagaimana pula dengan anggota tubuh yang lain? Sebenarnya apabila digunakan perkataan وَجْهَ (wajah) di dalam ayat ini, ia merujuk kepada keseluruhan diri kita. Bagaimana pula?

1. Kerana pada wajah kita terdapat semua pancaindera yang penting: pendengaran kita, penglihatan kita dan juga percakapan kita. Semuanya kita kena hadapkan kepada jalan yang lurus.

2. Wajah adalah anggota kita yang paling mulia. Yang kita amat jaga dan ianya yang ditunjukkan kepada umum.

3. Apabila kita menghadapkan wajah kepada sesuatu arah, maka logiknya keseluruhan tubuh kita akan ikut juga mengadap kepadanya kerana tubuh seiring akan mengikut wajah.

Kerana itulah kalimah ‘wajah’ seringkali digunakan untuk merujuk kepada keseluruhan diri. Ini seperti yang digunakan dalam An’am:79

إِنّي وَجَّهتُ وَجهِيَ لِلَّذي فَطَرَ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضَ حَنيفًا ۖ وَما أَنا مِنَ المُشرِكينَ
“Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku daripada orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)”.

 

وَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

dan janganlah engkau menjadi daripada orang-orang musyrik ‘.”

Jangan sekali-kali lakukan perkara yang syirik. Allah ﷻ tekankan dan kerana itu adalah kalimah taukid (penekanan) dalam kalimah لَا تَكُونَنَّ. Apabila ada syaddah (sabdu) maka ada maksud penekanan di situ. Jangan langsung ada fahaman yang syirik dalam akal kita. Jangan buat sedikit pun. Jangan main-main dalam hal ini. Kalau ada elemen syirik sahaja, terus tinggalkan dan jangan gadaikan agama kita semata-mata untuk keuntungan dunia yang sedikit.

Namun apakah amalan yang syirik dan fahaman yang syirik itu? Itulah masalah dengan masyarakat kita. Mereka tidak kenal apa itu syirik. Mereka sangka mereka tidak melakukan syirik (atau berfahaman syirik) kerana mereka mengaku beragama Islam, mengucap dua kalimah syahadah dan melakukan amal ibadat sama seperti orang Islam yang lain.

Akan tetapi entah berapa ramai yang dalam masa yang sama melakukan syirik tanpa mereka sedari? Mereka sangka mereka sudah selamat, tetapi sebenarnya mereka melakukan syirik. Mereka ambil mudah sahaja hal syirik ini. Mereka lupa bahawa kesyirikan akan memasukkan pengamalnya ke dalam neraka dan mereka akan kekal di dalamnya! Kenapa mereka kekal di dalamnya? Kerana Allah ﷻ tidak akan mengampunkan dosa-dosa yang syirik.

Maka, kalau begini punya berat kesalahan syirik dan begitu punya berat kesannya di akhirat kelak, masih lagi anda ambil ringan tentangnya? Tak mahukah anda tahu apakah amalan syirik itu supaya anda boleh tinggalkan? Marilah datang belajar tafsir Al-Qur’an dengan sebenarnya untuk tahu.


 

Yunus Ayat 106: Penjelasan lagi tentang syirik

وَلا تَدعُ مِن دونِ اللهِ ما لا يَنفَعُكَ وَلا يَضُرُّكَ ۖ فَإِن فَعَلتَ فَإِنَّكَ إِذًا مِّنَ الظّٰلِمينَ

 

Sahih International

And do not invoke besides Allah that which neither benefits you nor harms you, for if you did, then indeed you would be of the wrongdoers.'”

Malay

Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepadamu. Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau dari orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).

 

وَلَا تَدْعُ مِن دُونِ اللهِ

Dan janganlah engkau menyeru yang selain daripada Allah,

Jangan seru selain Allah ﷻ. Jangan seru Nabi Muhammad ﷺ atau wali-wali lain, dan jangan seru malaikat malaikat. Ayat ini amat jelas.

Akan tetapi mereka yang jahil dengan ajaran Al-Qur’an, merekalah yang melakukan perkara ini terang-terangan. Mereka tanpa segan silu, malah dengan bangga melakukannya. Anda tentu hairan ada juga golongan begini dalam negara Islam kita ini. Mereka itu yang terbaru adalah golongan Habib dan pengikut-pengikut mereka. Mereka menyeru-nyeru Nabi Muhammad ﷺ terang-terangan di stadium-stadium, di masjid-masjid, di kubur-kuburan dan di mana-mana sahaja.

Padahal yang boleh diseru hanyalah Allah ﷻ sahaja.

 

مَا لَا يَنفَعُكَ

yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu

Yang kamu seru selain daripada Allah ﷻ itu tidak akan dapat memberikan apa-apa manfaat kepada kamu. Kamu seru dia berjuta kali dalam sehari pun tidak akan dapat memberikan apa-apa kepada kamu. Kamu sahaja yang anggap kamu dapat kelebihan, kamu dapat berkat. Itu hanyalah khayalan kamu sahaja.

 

وَلَا يَضُرُّكَ

dan juga tidak dapat mendatangkan mudharat kepadamu.

Kalau kamu tidak seru Nabi, wali dan malaikat itu, tidaklah mereka boleh memberikan mudarat apa-apa pun kepada kamu. Tidak ada sesiapa atau entiti mana-mana pun yang dapat memberi manfaat dan mudarat kepada kita, kerana manfaat dan mudarat itu hanya datang daripada Allah ﷻ. Ini akan disebut dalam ayat selepas ini nanti.

 

فَإِن فَعَلتَ فَإِنَّكَ إِذًا مِّنَ الظّٰلِمينَ

Oleh itu, sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka pada saat itu menjadilah engkau daripada orang-orang yang berlaku zalim

Sekiranya kamu buat juga, itu adalah kerana kamu jahil, sebab kamu ikut-ikut orang dan macam-macam alasan kamu untuk melakukannya. Malangnya kamu telah berlaku zalim terhadap diri sendiri. Ia adalah satu kezaliman yang paling besar, iaitu kezaliman syirik. Ini seperti disebut dalam Luqman:13

إِنَّ الشِّركَ لَظُلمٌ عَظيمٌ
sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar

Zalim itu ada tiga jenis:

1. Zalim Akbar iaitu Syirik seperti ayat Luqman: 13 di atas.

2. Zalim kepada orang lain dengan tidak memberi hak mereka, atau menindas mereka dan sebagainya.

3. Zalim kepada diri sendiri dengan tidak mengikut arahan agama seperti dalam Fatir:32

فَمِنهُم ظالِمٌ لِّنَفسِهِ
lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri

Jangan kita buat mana-mana kezaliman pun kerana ia akan menyusahkan kita di akhirat kelak dan yang paling menakutkan adalah Zalim Akbar itu.

Allahu a’lam, sambung kepada ayat yang seterusnya

Kemaskini: 1 Julai 2023

Ringkasan Surah Yunus


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Taimiyyah Zubair

Ustaz Solahuddin

Ustaz Abdul Muien Ghulam Dakwah

Maariful Qur’an

Tafsir Surah Yunus Ayat 100 – 103 (Iman itu dengan izin Allah ﷻ)

Yunus Ayat 100: Ini adalah ayat tentang ketentuan daripada Allah ﷻ (qadar).

وَما كانَ لِنَفسٍ أَن تُؤمِنَ إِلّا بِإِذنِ اللَّهِ ۚ وَيَجعَلُ الرِّجسَ عَلَى الَّذينَ لا يَعقِلونَ

Sahih International

And it is not for a soul to believe except by permission of Allah , and He will place defilement upon those who will not use reason.

Malay

Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang untuk beriman melainkan dengan izin Allah; dan Allah menimpakan azab atas orang-orang yang tidak mahu memahami (perintah-perintahNya).

 

وَما كانَ لِنَفسٍ أَن تُؤمِنَ إِلّا بِإِذنِ اللَّهِ

Dan tiadalah seseorang itu boleh beriman melainkan dengan izin Allah

Ramai manusia yang beriman, tetapi bolehkah seseorang itu beriman dengan sendirinya? Daripada ayat ini, kita dapat tahu bahawa hendak beriman pun sudah kena dapat izin daripada Allah ﷻ. Maknanya di dalam taqdir Allah ﷻ, iaitu setelah Allah ﷻ berikan pilihan kepada mereka untuk ikhtiar mencari hidayah. Jikalau Allah ﷻ tidak izinkan, tidak ada peluang bagi seorang manusia itu untuk beriman. Allah ﷻ berfirman di dalam Insan:30

وَما تَشاءونَ إِلّا أَن يَشاءَ اللَّهُ
Dan kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali bila dikehendaki Allah.

Sebab itulah ada orang yang lahir dalam Islam namun mati dalam kufur. Ada juga yang lahir dalam keluarga yang kafir, tetapi dia alhamdulillah mati dalam Islam. Oleh itu jikalau kita alhamdulillah seorang yang beriman, jangan kita sangka bahawa kita beriman kerana usaha kita dan kerana kebaikan atau kelebihan kita, tetapi ingatlah bahawa kita beriman kerana Allah ﷻ yang izinkan kita beriman. Maka, hendaklah kita sebagai orang beriman sentiasa bersyukur kepada Allah ﷻ banyak-banyak dengan nikmat iman yang telah Dia kurniakan ini.

Walaupun sudah beriman kita masih lagi kena terus meminta Allah beri iman ﷻ kepada kita. Sebab itulah setiap hari kita berdoa dalam Fatihah solat kita minta diberikan hidayah. Semoga Allah ﷻ izinkan kita untuk mati di dalam iman. Tanda seseorang itu beriman, dia mudah sahaja untuk menjalankan perintah agama. Sebagai contoh, ringan sahaja mengerjakan solat. Akan tetapi jikalau liat sahaja, itu ada masalah. Kena belajar lagi untuk meningkatkan iman kerana iman boleh ditingkatkan dengan ilmu.

Jangan pula ada yang salah faham ayat ini dengan kata mereka yang tidak beriman itu kerana Allah ﷻ tidak beri izin. Kononnya Allah ﷻ telah tentukan yang memang dia tidak akan beriman. Ini tidak benar kerana Allah ﷻ sudah beri peluang untuk kita memilih sama ada mahu beriman atau tidak. Allah ﷻ telah sebut di dalam Kahf: 29 tentang hal ini:

فَمَن شاءَ فَليُؤمِن وَمَن شاءَ فَليَكفُر
maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya

Maknanya kita ada pilihan sendiri untuk beriman atau tidak. Jikalau tidak beriman, jangan pula salahkan Allah ﷻ dan orang lain kerana kamu sendiri yang pilih jalan itu. Kalau kamu mahu beriman, sudah tentu Allah ﷻ akan beri izin. Malah kalau ada keinginan untuk menerima kebenaran (inabah) maka Allah ﷻ akan tarik orang itu ke arah kebenaran.

Selalu kita tanya orang yang baru belajar tafsir Al-Qur’an begini: “pernah tak sebelum ini tidak lama dahulu awak berdoa kepada Allah untuk tunjuk kebenaran?” Mereka pasti akan jawab benar mereka ada berdoa begitu. Dan oleh kerana doa mereka itu, maka Allah tarik mereka ke kelas tafsir Al-Qur’an untuk memahami wahyuNya. Maka hidayah itu bermula dengan keinginan sendiri.

 

وَيَجْعَلُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ

dan Allah menjadikan kekotoran ke atas orang-orang yang tidak mahu menggunakan akalnya.

Kalimah الرِّجْسَ bermaksud ‘kekotoran’. Kekotoran dalam ayat ini bermaksud ‘kekotoran kekufuran’. Bukanlah kekotoran fizikal tetapi najis syirik. Ia diibaratkan sebagai najis kerana ia terlalu buruk. Orang yang tidak berakal adalah orang yang tidak menggunakan akalnya untuk melihat ayat-ayat Allah ﷻ.

Mungkin ada yang menyalahkan Allah ﷻ apabila seseorang itu tidak beriman. Berdasarkan kepada potongan ayat di atas, mereka mungkin berhujah yang seseorang itu tidak beriman kerana Allah ﷻ yang tidak mengizinkan. Nauzu billah min zaalik! Jangan kita salah anggap kepada Allah ﷻ sampai begitu sekali.

Namun di dalam potongan ayat ini, Allah ﷻ memberitahu kepada kita bahawa mereka yang tidak beriman itu adalah kerana mereka sendiri yang tidak menggunakan akal fikiran mereka. Walaupun mereka telah diberi dengan berbagai hujah dan dalil, tetapi mereka masih tidak mahu menggunakan akal mereka untuk memikirkannya. Mereka buat tidak tahu sahaja. Kepada mereka yang seperti itulah yang Allah ﷻ tidak beri izin kepada mereka untuk beriman.

Kita akan dipertanggungjawabkan dengan pilihan kita kerana Allah ﷻ telah memberikan akal dan pancaindera kepada kita untuk melihat dan memahami tanda-tanda-Nya. Jika tidak gunakan, maka itu adalah salah kita sendiri malah lebih dahsyat lagi Allah ﷻ anggap kita ini adalah lebih sesat daripada binatang ternak seperti firman-Nya dalam A’raf:179

وَلَقَد ذَرَأنا لِجَهَنَّمَ كَثيرًا مِّنَ الجِنِّ وَالإِنسِ ۖ لَهُم قُلوبٌ لّا يَفقَهونَ بِها وَلَهُم أَعيُنٌ لّا يُبصِرونَ بِها وَلَهُم آذانٌ لّا يَسمَعونَ بِها ۚ أُولٰئِكَ كَالأَنعٰمِ بَل هُم أَضَلُّ ۚ أُولٰئِكَ هُمُ الغٰفِلونَ
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak daripada jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

Oleh itu dari keseluruhan ayat ini, kita boleh tahu bahawa ada dua faktor untuk membolehkan seseorang itu untuk beriman:

Faktor 1: Keinginan seorang manusia itu sendiri untuk beriman, dan
Faktor 2: Izin Allah ﷻ

Hanya apabila ada kedua-dua faktor ini barulah seseorang itu boleh beriman.


 

AJAKAN UNTUK BERFIKIR

Yunus Ayat 101: Ayat Zajrun (teguran) daripada Allah ﷻ kerana kedegilan mereka yang kufur. Dalam ayat sebelum ini, kita diberitahu bahawa kita perlu menggunakan akal untuk beriman. Maka dalam ayat ini, Allah ﷻ mengajar kita bagaimana menggunakan akal kita.

قُلِ انظُروا ماذا فِي السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ ۚ وَما تُغنِي الآيٰتُ وَالنُّذُرُ عَن قَومٍ لّا يُؤمِنونَ

Sahih International

Say, “Observe what is in the heavens and earth.” But of no avail will be signs or warners to a people who do not believe

Malay

Katakanlah (wahai Muhammad): “Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya). Dalam pada itu, segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah), dan segala Rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah dan memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak menaruh kepercayaan kepadanya.

 

قُلِ انظُرُوا مَاذَا فِي السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Perhatikan apa yang ada di langit dan di bumi

Apabila Allah ﷻ suruh Nabi ﷺ katakan, itu bermaksud apa yang hendak disampaikan itu adalah perkara yang penting. Allah ﷻ suruh lihatlah keindahan alam ini dan bagaimana alam ini bergerak kerana taat kepada perintah Allah ﷻ. Dengan hanya memerhatikan alam ini akan dapat meningkatkan rasa takjub kita kepada Allah ﷻ dan sekaligus akan dapat meningkatkan iman kita.

Melalui akal kita sepatutnya berfikir: Alam sebegini besar, tentunya ada yang menjadikannya dan menguruskannya. Oleh itu sekiranya ada manusia yang meminta bukti kewujudan Allah ﷻ, maka suruh mereka perhatikan alam yang amat hebat ini. Melihat alam ini dan memikirkan tentangnya adalah wajib kerana Allah ﷻ suruh kita melakukannya. Antaranya disebut dalam Mulk: 3-4

الَّذي خَلَقَ سَبعَ سَمٰوٰتٍ طِباقًا ۖ مّا تَرىٰ في خَلقِ الرَّحمٰنِ مِن تَفٰوُتٍ ۖ فَارجِعِ البَصَرَ هَل تَرىٰ مِن فُطورٍ
Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan – (mu) – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?

ثُمَّ ارجِعِ البَصَرَ كَرَّتَينِ يَنقَلِب إِلَيكَ البَصَرُ خاسِئًا وَهُوَ حَسيرٌ
Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan balik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang dia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).

Sememangnya hobi masyarakat Arab pada zaman itu adalah melihat langit. Mereka tidak ada TV seperti kita maka masa malam mereka akan duduk di bumbung rumah mereka (bukan bumbung macam kita) sambil melihat langit dan bintang. Kali ini Allah ﷻ tambah dengan suruh mereka fikirkan siapa yang menjadikannya? Kerana mustahil semuanya terjadi dan bergerak sendiri. Lihatlah juga bagaimana sempurnanya alam ini. Kalau makhluk pun sudah sempurna, apatah lagi Dzat yang menjadikannya, bukan?

Kemudian lihatlah juga keindahan bumi dan segala kehebatan padanya. Tidak habis para pengkaji mengkaji kehebatan bumi ini dan segala isinya. Semua ini mesti disusun oleh satu entiti yang maha hebat, bukan? Itulah Allah ﷻ. Allah ﷻ yang menjadikan semua yang ada pada alam ini dan ia berjalan dan berfungsi dengan baik dan teratur. Semuanya teratur kerana alam ini taat kepada perintah Allah ﷻ. Maka ini pula mengajar kita satu perkara lagi: sekiranya alam yang sebegini besar pun taat kepada Allah ﷻ, kenapa kita tidak buat begitu juga?

Apabila kita memerhatikan alam ini, kita akan dapati yang semuanya ada tujuan. Sama ada kita tahu atau tidak sahaja kerana kajian moden kadangkala belum sampai kepada pemahaman tentang alam ini. Apabila kita banyak mengkaji, banyak maklumat yang kita akan dapat dan kita tahu yang semua yang Allah ﷻ jadikan ini bersebab seperti disebut dalam Ali Imran:191

وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَٰطِلًا
dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia,

Allah ﷻ berfirman lagi di dalam Luqman:10

خَلَقَ السَّمٰوٰتِ بِغَيرِ عَمَدٍ تَرَونَها ۖ وَأَلقىٰ فِي الأَرضِ رَوٰسِيَ أَن تَميدَ بِكُم وَبَثَّ فيها مِن كُلِّ دابَّةٍ ۚ وَأَنزَلنا مِنَ السَّماءِ ماءً فَأَنبَتنا فيها مِن كُلِّ زَوجٍ كَريمٍ
Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya dan Dia meletakkan gunung-gunung (di permukaan) bumi supaya bumi itu tidak menggoyangkan kamu; dan memperkembang biakkan padanya segala macam jenis binatang. Dan Kami turunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan padanya segala macam tumbuh-tumbuhan yang baik.

Begitulah yang diajar oleh Luqman kepada anaknya. Beliau ajar tentang Allah ﷻ supaya anaknya kenal Allah ﷻ. Selepas itu barulah beliau suruh anaknya berfikir tentang selain Allah ﷻ yang disembah,

هٰذا خَلقُ اللهِ فَأَروني ماذا خَلَقَ الَّذينَ مِن دونِهِ ۚ بَلِ الظّٰلِمونَ في ضَلٰلٍ مُّبينٍ
Inilah ciptaan Allah, maka perlihatkanlah olehmu kepadaku apa yang telah diciptakan oleh sembahan-sembahan(mu) selain Allah. Sebenarnya orang-orang yang zalim itu berada di dalam kesesatan yang nyata.

Beginilah sepatutnya kita ajar anak-anak kita supaya menggunakan akal fikiran. Jangan lah hanya beri mereka tonton Cocomelon sahaja. Bagi akal itu berfungsi sedikit. Jangan fikir untuk beri mereka makan dan minum sahaja tetapi berikan mereka sesuatu untuk mereka fikirkan tentang agama dan Allah ﷻ.

Kita sendiripun patut fikir: Jikalau alam ini Allah ﷻ jadikan ada sebab, takkan aku yang Allah ﷻ jadikan lebih hebat daripada alam ini tidak bersebab? Takkan aku hanya hidup untuk makan, minum, berak, bekerja, pergi sekolah, berkeluarga dan kemudian mati begitu sahaja? Tentu ada sebab Allah ﷻ jadikan aku sebegini punya hebat, bukan?

 

وَمَا تُغْنِي الْآيٰتُ وَالنُّذُرُ

tidak akan memberi faedah segala tanda dan bukti, dan segala peringatan

Seperti yang telah disebut dalam ayat sebelum ini, mereka yang tidak beriman itu adalah kerana tidak menggunakan akal mereka. Walau begitu banyak tanda dalam alam ini, mereka yang tidak beriman masih juga tidak nampak tanda-tanda itu. Mungkin mereka kata, apalah sangat dengan langit dan bumi itu? Dari kecil lagi mereka sudah nampak langit dan bumi.

Mereka ini sudah terkeliru. Mereka hanya mahukan perkara yang ajaib, yang pelik sahaja. Sebab itu kalau ada guru sesat tunjuk sedikit magis sahaja mereka sudah percaya dan ikut orang itu seperti yang telah terjadi dengan Ayah Pin itu. Mereka tidak nampak sebenarnya alam ini pun hebat sebenarnya. Salah faham mereka ini sama seperti pemahaman Yahudi tentang Pemuda Kahfi seperti disebut dalam Kahf:9

أَم حَسِبتَ أَنَّ أَصحٰبَ الكَهفِ وَالرَّقيمِ كانوا مِن ءآيٰتِنا عَجَبًا
Adakah engkau menyangka, bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?

Apa mereka sangka para Pemuda Kahf yang ditidurkan selama 300 tahun itu sudah paling hebat? Bagaimana pula dengan langit dan bumi yang telah berfungsi entah berapa bilion tahun ini? Apa sangat 300 tahun kalau dibandingkan dengan alam ini yang berbilion tahun?

 

عَن قَوْمٍ لَّا يُؤْمِنُونَ

kepada orang-orang yang tidak beriman.

Mereka nampak tanda dalam alam itu, mereka nampak dan baca ayat-ayat Al-Quran yang tepat dan indah, tetapi mereka masih juga tidak mahu beriman. Pancaindera mereka sudah tidak memberi faedah lagi kepada mereka seperti disebut dalam Kahf:57

إِنّا جَعَلنا عَلىٰ قُلوبِهِم أَكِنَّةً أَن يَفقَهوهُ وَفي ءآذانِهِم وَقرًا ۖ وَإِن تَدعُهُم إِلَى الهُدىٰ فَلَن يَهتَدوا إِذًا أَبَدًا
Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya.

Mereka tidak beriman kerana mereka sendiri yang tidak mahu beriman. Ini adalah kerana mereka telah menutup pintu hati dan akal minda mereka daripada memikirkan tentang kebenaran. Mereka hanya fikir perut mereka sahaja dan bagaimana memenuhkannya. Maka adakah salah kalau Allah ﷻ memasukkan orang-orang yang sebegini ke dalam neraka? Tentu tidak!


 

Yunus Ayat 102: Takhwif Duniawi. Ayat ini tentang mereka yang melengah-lengahkan diri untuk beriman. Termasuklah mereka yang tak datang-datang belajar agama, terutama sekali tafsir Al-Qur’an. Mereka jenis orang yang leka dengan kehidupan dunia mereka. Mereka lengah-lengah untuk datang ke kelas pengajian dan kerana itu mereka terus jahil dalam agama.

فَهَل يَنتَظِرونَ إِلّا مِثلَ أَيّامِ الَّذينَ خَلَوا مِن قَبلِهِم ۚ قُل فَانتَظِروا إِنّي مَعَكُم مِّنَ المُنتَظِرينَ

 

Sahih International

So do they wait except for like [what occurred in] the days of those who passed on before them? Say, “Then wait; indeed, I am with you among those who wait.”

Malay

Maka orang-orang yang tersebut tidak menunggu melainkan (azab Allah) sebagaimana kejadian-kejadian yang berlaku kepada orang-orang yang ingkar yang terdahulu daripada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): “Tunggulah, sesungguhnya aku juga bersama-sama kamu dari orang-orang yang menunggu”.

 

فَهَلْ يَنتَظِرُونَ

Apakah mereka tunggu,

Tidaklah mereka itu menunggu-nunggu untuk beriman melainkan mereka menunggu-nunggu sesuatu. Apakah yang mereka tunggu itu? Apa yang mereka tunggu itu akan disebut dalam potongan ayat selepas ini.

Ayat ini juga boleh merujuk kepada mereka menunggu-nunggu untuk belajar. Apabila diajak belajar tafsir, ada sahaja alasan yang mereka akan berikan. Antaranya: ‘Nak belajar bahasa Arab dululah, nak belajar feqah dululah, nak tunggu anak besar sikitlah, nak tunggu projek siap dululah…’ malah berbagai-bagai lagi.

Mereka sangka mereka ada banyak masa untuk hidup. Padahal, tidak ada sesiapa pun yang tahu bilakah kita akan meninggalkan dunia ini untuk bertemu dengan Allah ﷻ. Apakah alasan kita nanti apabila Allah ﷻ tanya kenapa tidak belajar dan memahami kitab-Nya Al-Qur’an?

Termasuk juga dalam hal ini, mereka yang menunggu-nunggu untuk bertaubat. Mereka bagaikan tidak kisah menanggung dosa. Mereka mungkin menunggu sampai dosa mereka sudah banyak agaknya baru hendak meminta ampun sekali harung. Sekali lagi, tidak ada sesiapa yang tahu bilakah kita akan mati. Maka, jangan tunggu-tunggu untuk melakukan perkara yang baik.

 

إِلَّا مِثْلَ أَيَّامِ الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلِهِمْ

melainkan sebagaimana kejadian-kejadian (azab Allah) yang berlaku kepada orang-orang yang ingkar yang terdahulu daripada mereka.

Mereka menunggu bala diturunkan kepada mereka sama seperti yang diberikan kepada kaum-kaum yang sebelum ini. Bila sudah nampak bala itu baru mereka hendak beriman agaknya. Akan tetapi seperti yang kita telah sebut, waktu itu sudah terlambat.

Adakah apabila azab yang dijanjikan kepada mereka itu sudah benar-benar berada di depan mata mereka, baru mereka hendak beriman? Kalau azab itu sudah datang, maka tentunya mereka akan beriman bersungguh-sungguh waktu itu. Malangnya, iman mereka di waktu itu sudah tidak diterima lagi. Seperti yang telah disebut tentang iman Firaun yang hanya beriman apabila dia hampir mati. Kalau iman Firaun tidak diterima, tentulah iman mereka juga tidak akan diterima.

 

قُلْ فَانتَظِرُوا

Katakanlah: “Tunggulah,

Mereka jenis ini sudah tidak perlu dibahaskan lagi dengan mereka. Mereka itu jenis jahil murakkab (jahil tetapi tidak sedar yang mereka itu jahil). Maka Allah ﷻ suruh katakan kepada mereka, kalau kamu hendak tunggu juga sampai datang azab itu, maka kau tunggulah.

 

إِنِّي مَعَكُم مِّنَ الْمُنتَظِرِينَ

sesungguhnya aku juga bersama-sama kamu daripada orang-orang yang menunggu”.

Aku pun menunggu juga untuk melihat apakah balasan nasib diriku dan juga apa yang akan terjadi kepada kamu.

Ayat ini mengajar kita untuk jangan menunggu-nunggu lagi. Berimanlah dengan segera, bertaubatlah dengan segera, dan belajarlah agama dan tafsir Al-Qur’an ini dengan kadar segera. Jangan buang masa dengan orang-orang yang degil. Sebab kalau buang masa dengan mereka, kita pula yang akan tertinggal daripada melakukan ibadah dan mengamalkan agama.


 

Yunus Ayat 103: Kalau azab itu diturunkan, apakah yang akan terjadi kepada orang-orang beriman?

ثُمَّ نُنَجّي رُسُلَنا وَالَّذينَ ءآمَنوا ۚ كَذٰلِكَ حَقًّا عَلَينا نُنجِ المُؤمِنينَ

Sahih International

Then We will save our messengers and those who have believed. Thus, it is an obligation upon Us that We save the believers

Malay

Kemudian Kami selamatkan Rasul Kami dan orang-orang yang beriman. Demikianlah, sebagai kewajipan Kami, Kami selamatkan orang-orang yang beriman (yang menurutmu).

 

ثُمَّ نُنَجِّي رُسُلَنَا

Kemudian Kami selamatkan Rasul Kami

Jikalau azab yang mereka tunggu itu benar-benar terjadi, maka Allah ﷻ akan menyelamatkan para Rasul dan penyebar tauhid. Orang-orang yang tidak beriman kepada Allah ﷻ dan mengamalkan syirik sahaja yang akan dikenakan dengan azab dan bala itu. Dalam banyak kisah-kisah tentang azab yang dikenakan kepada mana-mana kaum, kita juga diberitahu yang para malaikat telah datang kepada mereka untuk memberitahu masa untuk keluar dari tempat yang akan dikenakan azab itu.

 

وَالَّذِينَ ءآمَنُوا

dan orang-orang yang beriman.

Apabila bala diturunkan kepada sesuatu kaum, Allah ﷻ akan menyelamatkan Rasul dan juga orang-orang yang beriman bersama mereka. Maka, hendaklah kita beriman supaya kita pun terselamat juga. Ini mengajar kita yang hanya imanlah yang akan menyelamatkan kita.

Akan tetapi timbul persoalan: Bukankah ada Nabi dibunuh, dan orang yang beriman diseksa dan dibunuh? Bagaimana pula dikatakan mereka itu diselamatkan?

Kena faham yang Allah ﷻ selamatkan adalah iman mereka, bukannya tubuh mereka. Ada Nabi dibunuh, ada para sahabat dibunuh, Asiah isteri Firaun dibunuh, tukang sikat anaknya dibunuh, Ashabul Ukhdud pun dibunuh malah banyak lagi. Namun begitu dalam semua kes itu, iman mereka kekal selamat. Apakah yang lebih penting, tubuh atau iman? Tubuh digunakan di dunia sahaja tetapi iman itu sampai ke akhirat.

 

كَذٰلِكَ حَقًّا عَلَينا نُنجِ المُؤمِنينَ

Demikianlah, sebagai kewajipan Kami, Kami selamatkan orang-orang yang beriman.

Allah ﷻ telah mewajibkan ke atas Diri-Nya untuk menyelamatkan orang-orang mukmin. Inilah yang dinamakan ‘kewajipan kurniaan’. Allah ﷻ tidak wajib sebenarnya tetapi Allah ﷻ sendiri yang mewajibkan ke atas Diri-Nya.

Maka di sini Allah ﷻ memberitahu yang Dia akan menolong mereka yang menolong agama Allah ﷻ. Allah ﷻ tidak akan melupakan mereka. Ayat ini memberi harapan kepada kita, jikalau Allah ﷻ benar-benar menurunkan azab kepada masyarakat yang bersama dengan kita, iman kita akan selamat. Tubuh kita mungkin tidak selamat kerana azab itu turun secara menyeluruh, tetapi yang penting Allah ﷻ akan selamatkan iman kita.

Balaghah: hazf ya mahzoofah. Apabila dibuang huruf ya’ asli daripada kalimah. Ia membawa maksud berterusan.

Lihat kalimah نُنَجِّي yang pertama dalam ayat dan kalimah نُنجِ yang kedua. Kalimah نُنَجِّي ada ya’ iaitu yang asli (zikru) seperti asalnya. Ini adalah kalimah yang dalam penggunaan yang biasa. Namun pada kalimah نُنجِ, telah dihazfkan ya’nya. Apakah maksudnya?

Kekal ya’ dalam kalimah نُنَجِّي kerana ‘selamat’ ini semasa Allah ﷻ binasakan umat yang mendustakan utusan. Allah ﷻ selamatkan orang-orang mukminin termasuk Rasul mereka. Maka kisah itu setakat itu sahaja dan kejadian itu habis tidak berterusan.

Sedangkan dalam kalimah نُنجِ, dan huruf ya’ itu dihilangkan, ia adalah tentang sifat Allah ﷻ yang menyelamatkan orang beriman. Sifat itu kekal sampai bila-bila dan bukan di dunia sahaja tetapi sampai ke akhirat kelak. Sifat Allah ﷻ yang sentiasa menyelamatkan orang beriman akan kekal.

Habis Ruku’ 10 dari 11 surah ini.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 1 Julai 2023

Ringkasan Surah Yunus


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Taimiyyah Zubair

Ustaz Solahuddin

Maariful Qur’an

Ustaz Abdul Muien Ghulam Dakwah