Tafsir Surah Muhammad Ayat 4 – 8 (Allah ajar cara perang)

Muhammad Ayat 4: Apabila sudah tahu beza antara siapa yang beriman dan siapa yang kufur, barulah boleh berperang. Sekarang Allah ﷻ ajar cara berperang. Ayat 4 – 9 adalah Perenggan Makro Kedua dan ia adalah berkenaan hukum perang dan falsafah jihad.

Dalam perenggan ini Allah ﷻ mengajar kita bersikap gagah dan keras, jangan berlemah lembut dengan orang kafir. Pancung dan penggallah leher musuh. Allah ﷻ juga mengingatkan dalam perenggan ini yang sesiapa yang tolong agama Allah ﷻ, mereka akan dibantu dan diteguhkan.

فَإِذا لَقيتُمُ الَّذينَ كَفَروا فَضَربَ الرِّقابِ حَتّىٰ إِذا أَثخَنتُموهُم فَشُدُّوا الوَثاقَ فَإِمّا مَنًّا بَعدُ وَإِمّا فِداءً حَتّىٰ تَضَعَ الحَربُ أَوزارَها ۚ ذٰلِكَ وَلَو يَشاءُ اللهُ لَانتَصَرَ مِنهُم وَلٰكِن لِّيَبلُوَاْ بَعضَكُم بِبَعضٍ ۗ وَالَّذينَ قُتِلوا في سَبيلِ اللهِ فَلَن يُضِلَّ أَعمٰلَهُم

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So when you meet those who disbelieve [in battle], strike [their] necks until, when you have inflicted slaughter upon them, then secure their bonds,¹ and either [confer] favor² afterwards or ransom [them] until the war lays down its burdens.³ That [is the command]. And if Allāh had willed, He could have taken vengeance upon them [Himself], but [He ordered armed struggle] to test some of you by means of others. And those who are killed in the cause of Allāh – never will He waste their deeds.

•i.e., take those remaining as captives.

•i.e., release them without ransom.

•i.e., its armor, machinery, etc., meaning “until the war is over.”

(MELAYU)

Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir (di medan perang) maka pancunglah batang leher mereka. Sehingga apabila kamu telah mengalahkan mereka maka tawanlah mereka dan sesudah itu kamu boleh membebaskan mereka atau menerima tebusan sampai perang berakhir. Demikianlah apabila Allah menghendaki nescaya Allah akan membinasakan mereka tetapi Allah hendak menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang syahid pada jalan Allah, Allah tidak akan menyia-nyiakan amal mereka.

 

فَإِذا لَقيتُمُ الَّذينَ كَفَروا فَضَربَ الرِّقابِ

Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir (di medan perang) maka pancunglah batang leher mereka.

Oleh kerana sudah tahu perbezaan antara orang kafir dan orang beriman maka orang beriman tidak boleh membiarkan orang-orang kafir itu meneruskan kekafiran mereka. Maka mereka kenalah diperangi supaya manusia boleh beriman.

Namun, tidaklah mereka itu terus diserang tetapi hendaklah mereka diberi dakwah dan pilihan untuk memperbaiki keadaan mereka selama tiga hari. Mereka diberi pengenalan tentang agama Islam dalam masa tiga hari itu.

Selepas tiga hari itu mereka boleh memilih untuk terus masuk ke dalam agama Islam atau mungkin mereka hendak berfikir dahulu maka mereka boleh membayar jizyah ataupun mereka boleh berperang dengan umat Islam. Oleh itu pilihan ada tiga:

      1. Masuk agama Islam.
      2. Bayar jizyah
      3. Bersedia untuk berperang.

Jadi pada hari keempat itu, kalau mereka tidak buat pilihan satu atau yang kedua, maka ia  adalah hari peperangan.

Dan Allah ﷻ ajar, bila jumpa orang kafir di medan perang, maka serang dan bunuh terus mereka, iaitu terus tebang tengkuk mereka. Supaya mereka terus mati dengan cepat. Begitulah Allah ﷻ ajar cara berperang. Ini adalah satu hikmah juga iaitu bagi mereka cepat mati. Kalau boleh, jangan seksa mereka. Masih ada lagi belas kasihan lagi walaupun dalam membunuh pun.

Maknanya, walaupun dalam berperang Allah ﷻ tidak beri kita hendak seksa mereka. Begitulah hebatnya agama Islam ini. Dalam ayat yang lain, ada  disebut potong tangan mereka. Makanya, cara perang yang Allah ﷻ ajar adalah ringkas dan padat.

 

حَتّىٰ إِذا أَثخَنتُموهُم فَشُدُّوا الوَثاقَ

Sehingga apabila kamu telah mengalahkan mereka maka tawanlah mereka

Perangilah mereka sehingga darah mengalir. Dan kalimah أَثخَنتُموهُم dari kata dasar  ث خ ن yang bermaksud mengalahkan, menundukkan. Apabila mereka sudah kalah, maka tawanlah mereka dan kalimah فَشُدُّوا bermaksud ‘ketatkan’ الوَثاقَ (tali yang mengikat mereka). Ini adalah cara yang dilakukan apabila sudah dapat tangkap musuh. Ketatkan tali ikatan, jangan ikat dengan cara senang, cara lembut.

Maknanya cara ikat tali tawanan perang pun Allah ﷻ ajar. Ini adalah kerana ikat pun kena kuat supaya mereka merasa sakit. Supaya orang lain yang nampak apa yang dikenakan kepada mereka akan rasa takut. Supaya orang lain jangan berani hendak lawan Islam. Kita memang agama yang mengajar kelembutan, tetapi tidak ada gunanya berlembut dengan musuh. Kena tunjukkan yang kita ‘mean business’. Jangan main-main dengan tentera Islam.

 

فَإِمّا مَنًّا بَعدُ

dan sesudah itu kamu boleh membebaskan mereka 

Selepas ditawan mereka itu, ketua perang boleh buat keputusan apa yang hendak dilakukan kepada mereka. Salah satu pilihan adalah dengan membebaskan mereka. Iaitu bebaskan dengan percuma sahaja.

 

وَإِمّا فِداءً حَتّىٰ تَضَعَ الحَربُ أَوزارَها

atau menerima tebusan sampai perang berakhir.

Atau boleh ambil tebusan dari mereka. Dan keputusan ini akan dibuat oleh pemerintah atau panglima perang. Ikut budi bicara pemerintah mengikut keadaan. Oleh itu, ada beberapa pilihan yang boleh dipilih:

      1. Bunuh mereka terus,
      2. Lepas atau bebaskan mereka,
      3. Ambil tebusan dari mereka. Iaitu mereka ditebus oleh orang lain dari pasukan mereka, atau negara mereka
      4. Tukar orang tawanan kafir itu dengan orang tawanan dari puak Muslim.

Imam Syafie رحمه الله pula telah mengatakan bahawa imam boleh memilih antara menghukum mati, atau membebaskannya dengan percuma atau dengan tebusan atau dengan memperbudaknya (memperhambakan). Masalah ini diterangkan di dalam kitab-kitab feqah. Boleh baca lagi perbincangan ulama’ tentang perkara ini. Memang fiqh perang adalah satu perkara yang besar dan memerlukan penelitian. Kita boleh berikan secara ringkas sahaja di sini.

Maknanya, salah satu pilihan adalah boleh ambil tebusan dari tawanan perang yang telah ditangkap. Kadangkala, mereka yang diperangi itu adalah ahli keluarga mujahideen itu juga. Sebagai contoh, apabila peperangan Badr, pihak musuh itu adalah dari ahli keluarga orang Mekah juga. Mereka sudah lama tidak jumpa dan sekarang berjumpa di medan peperangan pula.

Tetapi mereka itu tetap dianggap sebagai musuh kerana mereka itu bukan ahli keluarga mereka lagi. Mereka bukan lagi ahli keluarga kerana mereka sudah menentang agama Islam. Sudah putus tali persaudaraan. Maka mereka tidak boleh dilayan seperti ahli keluarga yang biasa lagi. Maka mereka tidak dilepaskan begitu sahaja, kena ada imbuhan untuk lepaskan mereka.

Bolehlah pilih mana-mana pilihan, sampailah perang sudah berhenti. Iaitu sehingga golongan kafir itu kalah perang dan letak senjata. Iaitu apabila mereka mengaku kalah dan tidak lagi membahayakan puak Muslim. Maka, kena lawan dengan mereka sampai mereka kalah dan tanah mereka menjadi tanah jajahan orang Islam. Itulah maksudnya ‘sampai mereka letak senjata’.

Pun begitu, ayat ini boleh ditafsir dengan dua cara. Ini adalah kerana ada peperangan (war) dan ada pertempuran (battle):

    1. Tidak boleh ambil tebusan dan kena bunuh musuh Islam sehingga perang dengan puak musyrikin sudah habis. Iaitu apabila perang itu habis secara keseluruhan. atau,
    2. Boleh ambil tebusan setelah pertempuran selesai (peperangan belum habis lagi). Dan kemudian kena sambung perang sehinggalah habis perang dengan puak Musyrikin Mekah itu.

Jadi kita kembali kepada kisah Perang Badr. Peperangan sudah bermula dan puak Mukmin telah memenangi pertempuran di Badr. Dan Nabi ﷺ telah mengambil tawanan dari pihak yang kalah itu. Nabi ﷺ mungkin sangka ‘perang’ sudah habis. Dan kita kena ingat yang surah ini diturunkan sebelum perang bermula pun.

Jadi selepas ada tebusan, baginda minta pendapat para sahabat. Ada beberapa pendapat dan dua pendapat yang utama adalah antara Abu Bakr dan Umar رضي الله عنهما. Abu Bakr رضي الله عنه memberi cadangan supaya diambil tebusan dari pihak Musyrikin Mekah itu atau kalau mereka tidak ada harta, maka minta mereka ajar anak-anak orang Islam untuk membaca dan menulis.

Akan tetapi, Saidina Umar رضي الله عنه mengatakan yang mereka itu kena dibunuh semuanya. Ini adalah kerana kalau tidak, nanti mereka akan datang lagi dan menyerang kembali puak Islam. Dan bukan itu sahaja, beliau memberi cadangan, untuk melihat siapakah yang benar-benar setia dengan Islam,  ahli keluarga sendiri (yang mukmin) yang kena bunuh ahli keluarga mereka dari Mekah itu.

Nabi ﷺ dengar semua pendapat dan kerana baginda seorang yang memang berhati lembut, maka baginda pakai pendapat Abu Bakr رضي الله عنه. Dan kemudian itulah turunnya ayat Anfal:67 yang menegur pilihan baginda itu.

ما كانَ لِنَبِيٍّ أَن يَكونَ لَهُ أَسرىٰ حَتّىٰ يُثخِنَ فِي الأَرضِ

Tidak patut, bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum dia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi.

Ayat itu memberitahu yang Nabi ﷺ tidak patut ambil tebusan perang. Ini adalah kerana peperangan (war) belum berakhir lagi. Maknanya baginda telah melakukan kesilapan strategik.

Ini juga bermakna, Allah ﷻ sama pendapat dengan Saidina Umar رضي الله عنه. Jadi seolah-olahnya nampak macam Nabi Muhammad ﷺ telah salah tafsir ayat ini. Tetapi kita kena ingat yang dalam ayat Anfal itu pun memang mengatakan ada ayat tentang perkara ini yang merujuk kepada ayat 4 Surah Muhammad inilah. Lihat ayat 68 selepas itu:

لَولا كِتابٌ مِنَ اللَّهِ سَبَقَ لَمَسَّكُم فيما أَخَذتُم عَذابٌ عَظيمٌ

Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.

Maka kita kena berhati-hati dalam berkata tentang perkara ini. Kita kena sedar yang keputusan yang Nabi ﷺ buat itu bukan satu ‘dosa’ dan memang dalam lingkungan perkara yang dibolehkan. Tetapi pada baginda, itu pun sudah berat pada diri baginda kerana ditegur oleh Allah ﷻ sendiri. Jadi baginda ﷺ istighfar dengan banyak sekali selepas peristiwa ini.

Qatadah mengatakan sehubungan dengan firman-Nya: ‘sampai perang berhenti’ dalam ayat ini bermaksud hingga tiada kemusyrikan lagi. Ayat ini semakna dengan firman-Nya:

وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ كُلُّهُ لِلَّهِ

Dan perangilah mereka, supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah. (Anfal: 39)

Ada yang berpendapat yang peperangan dalam Islam tidak akan berhenti. Hal ini telah diriwayatkan oleh Imam Nasai رحمه الله melalui dua jalur, dari Jubair ibnu Nafir, dari Salamah ibnu Nafil As-Sukuni dengan sanad yang sama.

قَالَ أَبُو الْقَاسِمِ الْبَغَوِيُّ: حَدَّثَنَا دَاوُدُ بْنُ رُشَيْد، حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ مُهَاجِرٍ، عَنِ الْوَلِيدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الجُرَشي، عَنْ جُبَيْرِ بْنِ نُفَير، عَنِ النَّوَّاسِ بْنِ سَمْعَانَ قَالَ: لَمَّا فُتِحَ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَتْح فَقَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، سُيِّبَتِ الْخَيْلُ، وَوُضِعَتِ السِّلَاحُ، وَوَضَعَتِ الْحَرْبُ أَوْزَارَهَا، قَالُوا: لَا قِتَالَ، قَالَ: “كَذَبُوا، الْآنَ، جَاءَ الْقِتَالُ، لَا يَزَالُ اللَّهُ يُرَفِّع قُلُوبَ قَوْمٍ يُقَاتِلُونَهُمْ، فَيَرْزَقُهُمْ مِنْهُمْ، حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ عَلَى ذَلِكَ، وعُقْر دَارِ الْمُسْلِمِينَ بِالشَّامِ”.

Abul Qasim Al-Bagawi mengatakan, telah menceritakan kepada kami Daud ibnu Rasyid, telah menceritakan kepada kami Al-Walid, dari Jubair ibnu Muhammad ibnu Muhajir, dari Al-Walid ibnu Abdur Rahman Al-Jarasyi, dari Jubair ibnu Nafir, dari An-Nuwwas ibnu Sam’an, dia berkata: bahawa ketika Rasulullah ﷺ beroleh suatu kemenangan, para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, kuda-kuda perang telah dilepaskan, dan semua senjata telah diletakkan serta peperangan telah berhenti.” Mereka mengatakan pula, “Tidak ada peperangan lagi.” Maka baginda bersabda: Mereka dusta, sekarang peperangan akan datang lagi; Allah masih terus-menerus menyesatkan hati kaum, maka mereka memeranginya, dan Allah memberi rezeki kepada mereka darinya, hingga datanglah perintah Allah (hari kiamat), sedangkan mereka tetap dalam keadaan demikian (berjuang), dan kekuasaan negeri kaum Muslim berada di Syam.

Maka jangan kita kata yang jihad sudah tidak ada dalam Islam. Jihad tetap sentiasa ada. Cuma perlu ditangani dengan benar. Pada masa sekarang, boleh dikatakan jihad tidak ada kerana ada persetujuan antara negara di dunia ini. Akan tetapi kita tidak tahu di masa hadapan.

 

ذٰلِكَ وَلَو يَشاءُ اللهُ لَانتَصَرَ مِنهُم

Demikianlah jika Allah menghendaki nescaya Allah akan membinasakan mereka

Kalimah ذٰلِكَ bermaksud: Begitulah Allah ﷻ jadikan perang ini untuk memberi banyak kebaikan kepada umat Islam. Dan kelebihan perang ini Allah ﷻ telah sebut di dalam awal Surah Taubah (ada lima kebaikan yang disebut).

Salah satunya kerana Allah ﷻ hendak beri kepuasan hati kepada orang Islam dengan beri peluang kepada mereka untuk membunuh sendiri musuh-musuh mereka yang telah menindas mereka selama mereka berada di Mekah dahulu.

Kerana begitulah perasaan manusia, yang kalau ada orang buat zalim kepada mereka, mereka akan puas hati kalau mereka sendiri yang mengenakan hukuman kepada orang itu kembali.

Dan begitulah peluang yang Allah ﷻ berikan kepada umat Islam untuk membalas sendiri kezaliman yang telah dikenakan kepada mereka. Dan peluang ini tidak diberikan kepada umat-umat terdahulu seperti yang telah disebut di atas.

Dan kemudian Allah ﷻ beritahu, kalau Allah ﷻ kehendaki, Allah ﷻ boleh beri kemenangan kepada orang Islam tanpa ada jihad pun. Allah ﷻ boleh musnahkan terus dan balas dendam terhadap golongan musyrikin. Dan memang Allah ﷻ telah buat pun kepada golongan umat-umat terdahulu.

Dan pada umat Islam zaman Nabi ﷺ pun ada terjadi begitu, bukan semuanya kena berperang baru menang. Lihatlah macam perang Ahzab yang tidak terjadi pun. Allah ﷻ hanya hantar angin sahaja untuk mengalahkan pihak musuh.

 

وَلٰكِن لِّيَبلُوَاْ بَعضَكُم بِبَعضٍ

tetapi Allah hendak menguji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain.

Allah ﷻ boleh beri kemenangan kepada umat Islam tanpa jihad, tetapi Allah ﷻ hendak uji mereka. Jihad disyariatkan untuk kebaikan umat Islam sebenarnya. Kerana banyak perkara di dalam peperangan itu adalah ujian yang berat-berat. Dan dengan ujian itu dapat menghilangkan sifat kemunafikan.

Ianya juga adalah ujian kepada keyakinan mereka dalam agama, walaupun ianya susah. Dan ia adalah jalan pintas bagi menuju ke syurga kalau syahid di dalam jihad.

Maka Allah ﷻ menguji umat Islam dengan diberikan arahan jihad. Dengan ‘sebahagian yang lain’ itu adalah merujuk kepada orang kafir. Allah ﷻ uji kita dengan adanya orang kafir itu. Mereka itu adalah ujian bagi kita. Allah ﷻ hendak lihat bagaimana cara kita menangani mereka.

 

وَالَّذينَ قُتِلوا في سَبيلِ اللهِ فَلَن يُضِلَّ أَعمٰلَهُم

Dan orang-orang yang syahid pada jalan Allah, Allah tidak akan menyia-nyiakan amal mereka.

Ini adalah satu lagi kelebihan yang besar. Ayat ini adalah targhib (ajakan) kepada qital (perang). Allah ﷻ hendak bagi para pejuang itu peluang untuk ke syurga dengan jalan pintas. Kerana kalau mereka mati di medan perang, roh mereka akan terus masuk ke syurga. Maknanya mereka terus dapat nikmat syurga tanpa perlu tunggu penghakiman di Mahsyar.

Dan ini adalah kelebihan hanya untuk para syuhada’ sahaja. Allah ﷻ tidak akan sia-siakan amal mereka. Mereka akan dapat balasan yang lebih baik lagi dari apa yang mereka lakukan. Kerana perang itu sekejap sahaja, sedangkan balasan baik itu adalah untuk selama-lamanya.

Kalau mati syahid, dapat terus masuk syurga. Tetapi kalau tidak mati, menang pula dalam peperangan itu, para mujahid boleh dapat harta ghanimah yang banyak. Ianya adalah harta yang paling bersih dan paling halal. Ianya paling halal kerana harta itu didapati kerana bertarung nyawa dan darah.

Ini adalah kelebihan umat Nabi Muhammad ﷺ (dapat harga ghanimah) kerana umat-umat dahulu tidak dapat ghanimah. Kalau ada peperangan dan mereka rampas harta dari musuh, harta itu akan dikumpulkan dan Allah ﷻ akan datangkan api dari langit untuk menyambar harta rampasan itu.

Maka amat banyak kelebihan diberikan kepada para pejuang mujahideen. Di antara mereka ada yang pahala amalnya terus mengalir kepadanya selama dalam alam kuburnya, sebagaimana yang telah diterangkan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad رحمه الله di dalam kitab musnadnya yang menyebutkan bahawa:

حَدَّثَنَا زَيْدُ بْنُ يَحْيَى الدِّمَشْقِيُّ، حَدَّثَنَا ابْنُ ثَوْبَانَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ مَكْحُولٍ، عَنْ كَثِيرِ بْنِ مُرّة، عَنْ قَيْسٍ الْجُذَامِيِّ -رَجُلٍ كَانَتْ لَهُ صُحْبَةٌ-قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وسلم: “يُعْطَى الشَّهِيدُ سِتُّ خِصَالٍ عِنْدَ أَوَّلِ قَطْرَةٍ مِنْ دَمِهِ: يُكَفر عَنْهُ كُلُّ خَطِيئَةٍ، وَيَرَى مَقْعَدَهُ مِنَ الْجَنَّةِ، وَيُزَوَّجُ مِنَ الْحُورِ الْعِينِ، وَيُؤَمَّنُ مِنَ الْفَزَعِ الْأَكْبَرِ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَيُحَلَّى حُلَّة  الْإِيمَانِ”

telah menceritakan kepada kami Zaid ibnu Yahya Ad-Dimasyqi, telah menceritakan kepada kami Ibnu Sauban, dari ayahnya, dari Mak-hul, dari Kasir ibnu Murrah, dari Qais Al-Juzami -seorang lelaki yang berstatus sahabat- yang telah menceritakan bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda: Orang yang mati syahid dianugerahi enam perkara, iaitu pada permulaan titis darahnya diampuni semua dosanya, dan dapat melihat kedudukannya kelak di dalam syurga dan akan dikahwinkan dengan bidadari yang bermata jeli, dan diselamatkan dari kegemparan yang dahsyat (hari kiamat) serta diselamatkan dari azab kubur dan dihiasi dengan keimanan yang menyelimuti dirinya.

 

Di dalam kitab Sahih Muslim disebutkan melalui sahabat Abdullah ibnu Amr رضي الله عنهما, juga dari Abu Qatadah رضي الله عنه, bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda:

“يُغفر لِلشَّهِيدِ كُلُّ شَيْءٍ إِلَّا الدَّيْن”

Diampuni bagi seorang yang mati syahid segala sesuatunya kecuali masalah hutang.

Ini adalah kerana kalau seorang mujahid itu ada hutang, dia tidak akan dimasukkan terus ke dalam syurga. Rohnya tergantung-gantung sehinggalah Hari Mahsyar untuk dijalankan penghakiman antara dia dan orang yang dia berhutang itu.

Begitulah kelebihan dari segi agama. Dan dari segi psikologi, kita telah sebut yang peperangan itu dapat mengurangi sakit hati umat Islam kepada orang kafir yang telah melakukan onar terhadap umat Islam. Maka Allah ﷻ bagi kita pancung sendiri musuh Islam dengan tangan kita untuk balas dendam.

Ini semua adalah motivasi untuk berjihad. Kerana itu tepat sekali apabila Allah ﷻ berfirman: sesiapa yang mati pada jalan Allah ﷻ, amal mereka tidak sia-sia.


 

Muhammad Ayat 5: Dalam ayat sebelum ini telah disebut yang Allah ﷻ hendak menguji orang beriman dalam peperangan jihad. Sekarang Allah ﷻ beritahu apakah natijah kepada mereka kalau mereka melepasi ujian itu.

سَيَهديهِم وَيُصلِحُ بالَهُم

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He will guide them and amend their condition

(MELAYU)

Allah akan memberi pimpinan kepada mereka dan memperbaiki keadaan mereka,

 

سَيَهديهِم

Allah akan memberi pimpinan kepada mereka

Mereka yang berjaya mempertaruhkan nyawa mereka untuk menegakkan agama Allah ﷻ akan diberi hidayah. Ini adalah kelebihan yang Allah ﷻ berikan kepada mereka yang berjihad. Allah ﷻ akan pimpin mereka sampai ke syurga.

 

وَيُصلِحُ بالَهُم

dan memperbaiki keadaan mereka, 

Juga Allah ﷻ akan menenangkan hati mereka dalam semua keadaan di akhirat. Dari semasa mereka mati, semasa mereka di dalam kubur, apabila bangkit dari kubur dan sampailah mereka masuk ke dalam syurga.

Juga satu lagi tafsir, mereka akan diperbaiki sebelum dimasukkan ke dalam syurga. Kerana kadang-kadang mereka mati dalam keadaan menyedihkan. Dengan darah berlumuran, perut terburai, tangan kena cantas dan sebagainya. Ini biasa kerana mereka telah dibunuh di dalam perang itu. Mereka itu orang yang mulia, tetapi kadang-kadang kain hendak tutup mereka juga tidak ada seperti yang berlaku kepada Saidina Hamzah رضي الله عنه. Kisah beliau disebut di dalam hadis,

عَنْ أَبِي أُسَيْدٍ السَّاعِدِيِّ ، قَالَ : أَنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى قَبْرِ حَمْزَةَ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ ، فَجَعَلُوا يَجُرُّونَ النَّمِرَةَ عَلَى وَجْهِهِ ، فَيَنْكَشِفُ قَدَمَاهُ ، وَيَجُرُّونَهَا عَلَى قَدَمَيْهِ فَيَنْكَشِفُ وَجْهُهُ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” اجْعَلُوهَا عَلَى وَجْهِهِ ، وَاجْعَلُوا عَلَى قَدَمَيْهِ مِنْ هَذَا الشَّجَرِ “ ،

قَالَ : فَرَفَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأْسَهُ ، فَإِذَا أَصْحَابُهُ يَبْكُونَ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِنَّهُ يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ يَخْرُجُونَ إِلَى الأَرْيَافِ ، وَالْمَدِينَةُ خَيْرٌ لَهُمْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ ، لا يَصْبِرُ عَلَى لأْوَائِهَا وَشِدَّتِهَا أَحَدٌ إِلا كُنْتُ لَهُ شَفِيعًا أَوْ شَهِيدًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ “

Dari Abu Usaid al-Sa’diy berkata: Aku bersama Rasul (s.a.w) berhampiran kuburan Hamzah bin Abdul Muttalib. Mereka menarik kain kafan ke arah mukanya lalu terdedah bahagian kakinya. Apabila mereka menutup kakinya maka mukanya akan terbuka. Nabi (s.a.w) bersabda:

Tutupkan kain itu di bahagian muka dan gunakan daun ini untuk menutup kakinya.”

Nabi (s.a.w) kemudiannya mengangkat kepalanya dan mendapati sahabat-sahabatnya menangis lantas Rasul (s.a.w) bersabda:Akan datang suatu masa manusia pergi ke kampung-kampung atau bandar lebih baik bagi mereka sekiranya mereka mengetahui. Seorang yang bersabar atas kesempitan dan kesusahan melainkan aku akan memberi syafaat atau menjadi saksinya pada hari qiamat”
[al-Matalib al-Aliyah no.4322. Disandarkan kepada Abu Bakar bin Abi Syaibah dan al-Busiri tidak memberi komentar. Disebut dalam Majma’ al-Zawaid, j.6,h.119 diriwayatkan oleh al-Tabarani dan perawinya thiqah]

Di dalam riwayat lain disebut sebenarnya ada kain untuk beliau dibawa adiknya Safiyyah. Tapi tengok sebelah ada lagi sahabat lain yang juga dicincang tubuhnya seperti Saidina Hamzah. Safiyyah bawa dua kain, satu kecil dan satu besar. Maka mereka undi. Kain kecil yang dapat kepada Saidina Hamzah. Itu yang tak cukup itu.

Itu adalah keadaan mereka semasa mereka mati; tetapi bila mereka di akhirat nanti, mereka akan diperbaiki dengan amat indah sekali. Mereka akan diberi persalinan dan diberikan dengan wangi-wangian yang kita tidak dapat bayangkan.


 

Muhammad Ayat 6:

وَيُدخِلُهُمُ الجَنَّةَ عَرَّفَها لَهُم

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And admit them to Paradise, which He has made known to them.

(MELAYU)

dan memasukkan mereka ke dalam jannah yang telah diperkenalkan-Nya kepada mereka.

 

وَيُدخِلُهُمُ الجَنَّةَ

dan memasukkan mereka ke dalam jannah

Mereka akan terus dimasukkan ke dalam syurga. Ini adalah pendapat yang mengatakan syurga itu sudah ada dan ada ahlinya sebelum Kiamat lagi. Sebelum akhirat bermula lagi para syuhada’ itu telah dimasukkan ke dalam syurga. Ini adalah kerana mereka itu adalah syuhada’ yang telah berjihad dan berjuang di atas jalan Allah. Apabila mereka mati sahaja, mereka terus dimasukkan ke dalam syurga.

Nanti apabila Mahkamah Mahsyar ditegakkan, mereka akan dikeluarkan sekejap dari syurga untuk dibacakan amal-amal mereka dan mereka akan dimasukkan semula ke dalam syurga. Mereka tidak akan melalui hari Kiamat dan akhirat di Mahsyar seperti orang-orang lain.

 

عَرَّفَها لَهُم

yang telah diperkenalkan-Nya kepada mereka.

Maksudnya mereka akan diperkenalkan dengan syurga itu. Syurga itu akan diperkenalkan kepada mereka sebelum mereka masuk. Hinggakan apabila mereka masuk ke dalam syurga itu, mereka tidak rasa canggung kerana sudah kenal.

Adakala kalau kita sampai kepada tempat yang hebat seperti hotel yang mahal dan mewah sangat, tentu kita akan berasa kekok sedikit, bukan? Kerana kalau kita dari kampung dan sampai ke hotel yang mewah, tentu kita juga tidak tahu bagaimana hendak menggunakan kemudahan-kemudahan yang ada di dalam hotel itu. Hingga kita rasa malu dengan orang lain yang lebih tahu daripada kita.

Begitulah nanti syurga itu, ianya adalah tempat yang sangat hebat dan akan menyebabkan orang yang tidak kenal dengan  syurga itu akan berasa kekok.

Maka Allah ﷻ akan memperkenalkan syurga kepada para syuhada’ itu dan membimbing mereka kepadanya. Imam Mujahid رحمه الله mengatakan bahawa penghuni syurga mengetahui rumah dan tempat tinggalnya masing-masing, mengingat Allah ﷻ telah membahagi-bahagikannya kepada mereka. Mereka tidak akan keliru atau tersalah masuk, seakan-akan mereka adalah penghuninya sejak mereka diciptakan, tidak ada walau seorang yang menunjukkan mereka kepadanya.

Muhammad ibnu Ka’b mengatakan, “Apabila mereka masuk syurga, mereka mengetahui rumah-rumah mereka sebagaimana kalian mengetahui rumah-rumah kalian (sewaktu di dunia) bila pulang dari solat Jumaat.”

Satu lagi tafsir, mereka telah diperkenalkan dengan syurga itu semasa di dunia lagi, iaitu seperti yang telah diberitahu dalam kitab wahyu. Seperti kita sekarang sudah diberitahu dalam Al-Qu’ran tentang syurga dan nikmat-nikmat yang ada. Maka, nanti apabila sudah masuk syurga, kita akan kenal kerana memang telah diberitahu kepada kita sekarang.

Satu lagi tafsir, Allah ﷻ akan wangikan syurga itu untuk menjemput ahli-ahlinya. Ini disebutkan di sini kerana bangsa Arab suka dengan bau-bau yang wangi. Kerana itu apabila mereka menjemput atau sedang menanti tetamu yang besar dan istimewa, mereka akan mengasap rumah mereka dengan wangi-wangian.


 

Muhammad Ayat 7:

يَـٰٓأَيُّہَا الَّذينَ ءآمَنوا إِن تَنصُرُوا اللهَ يَنصُركُم وَيُثَبِّت أَقدامَكُم

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who have believed, if you support Allāh, He will support you and plant firmly your feet.

(MELAYU)

Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kakimu.

 

يَـٰٓأَيُّہَا الَّذينَ ءآمَنوا إِن تَنصُرُوا اللهَ يَنصُركُم

Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu

Sekarang Allah ﷻ khitab kepada orang-orang yang beriman. Allah ﷻ beritahu kepada mereka, kalau mereka bantu Allah ﷻ, Allah ﷻ akan bantu mereka. Tetapi bukankah Allah ﷻ tidak memerlukan bantuan apa-apa daripada manusia, maka apakah maksud ‘bantuan’ itu?

Yang dimaksudkan adalah bantu dengan belajar wahyu, amalkan wahyu itu dan sampaikan kepada orang lain. Juga salah satu cara untuk mengamalkan wahyu itu adalah dengan mempertaruhkan nyawa di medan perang iaitu dengan berjihad. Ini adalah kalau perlu.

Kita harus ingat yang ayat ini datang sebelum perang bermula dalam Islam. Tetapi mereka yang belum berperang sudah terbayang untuk pergi berperang. Sebab mereka sudah ada semangat setelah membaca ayat-ayat tentang perang jihad.

Satu lagi maksud bantu Allah ﷻ, bermaksud tolong Allah ﷻ adalah dengan membantu rasulNya. Ataupun bermaksud membantu agama Allah ﷻ. Yakinlah yang kalau kita membantu RasulNya atau membantu agama, maka Allah ﷻ akan membantu kita. Allah ﷻ akan tolong bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat juga.

 

وَيُثَبِّت أَقدامَكُم

dan meneguhkan kakimu.

Kaki mereka juga akan ditetapkan, diteguhkan. Mereka akan diteguhkan kaki untuk menghadapi musuh walau sehebat dan seramai mana musuh sekalipun yang akan dihadapi, kaki mereka akan menjadi tetap. Kerana kalau kita dalam ketakutan, kaki kita yang akan menjadi lembik, bukan? Maka, Allah ﷻ akan tetapkan kaki mereka menjadi teguh untuk menghadapi musuh.

Bukan kaki sahaja yang Allah ﷻ akan tetapkan, tetapi Allah ﷻ akan tetapkan hati mereka dalam perang itu nanti. Cuma Allah ﷻ beri perumpamaan dengan sebut kaki. Pendirian mujahidin akan ditetapkan. Semua ini akan diberikan kepada mereka, tetapi dengan syarat mereka mestilah menolong agama Allah ﷻ.


 

Muhammad Ayat 8: Ini pula tentang musuh-musuh Islam. Apa yang akan terjadi kepada mereka?

وَالَّذينَ كَفَروا فَتَعسًا لَّهُم وَأَضَلَّ أَعمٰلَهُم

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But those who disbelieve – for them is misery, and He will waste their deeds.

(MELAYU)

Dan orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah menghapuskan amal-amal mereka.

 

وَالَّذينَ كَفَروا فَتَعسًا لَّهُم

Dan orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka

Orang kafir yang dimaksudkan adalah golongan kafir degil. Mereka itu menentang agama Islam dan menjauhkan orang lain dari agama Islam.

Kalimah فَتَعسًا dari kata dasar ت ع س yang bermaksud terjatuh, tersembam atas muka, direndahkan, musnah, disedihkan. Ianya bermaksud celaka dan malang untuk mereka. Mereka duduk di dunia ini lagi sudah dimurkai oleh Allah ﷻ. Hati mereka juga tidak akan tenang kerana mereka sentiasa hidup dalam kebimbangan.

Ini adalah kerana mereka menggunakan nikmat yang Allah ﷻ beri, tetapi tidak menerima tauhid Allah ﷻ. Mereka itu seperti orang asing yang duduk dalam negara tanpa permit. Orang-orang yang sebegitu, bukankah sentiasa takut sahaja? Takut sahaja pihak imegresen akan datang bila-bila masa. Mereka tidak akan tenteram.

 

وَأَضَلَّ أَعمٰلَهُم

dan Allah menghapuskan amal-amal mereka.

Juga di akhirat nanti, akan habis segala amalan baik mereka. Amalan baik yang mereka lakukan selama mereka di dunia walaupun memang baik dan dapat digunakan sebagai kemudahan, sampai boleh digunakan satu dunia juga, tetapi ia tidak dapat membantu mereka langsung kerana ia menjadi sia-sia sahaja.

Disebut tentang amalan baik akan hilang begitu sahaja banyak kali di dalam Al-Qur’an, kerana orang Mekah itu sangka yang mereka itu banyak amal, kerana mereka buat amal di Kaabah, jaga dan bantu orang yang datang untuk beribadat di Kaabah. Mereka itu memang penjaga Kaabah dan kerana itu mereka sangka sudah tentu mereka akan selamat.

Tetapi Allah ﷻ memberitahu yang kalau buat amal baik mana sekalipun, tidak memberi seseorang itu hak untuk melawan agama. Jadi Allah ﷻ  hendak beritahu mereka dengan tegas, segala amalan mereka itu akan hancur begitu sahaja. Tidak jadi pahala kerana mereka mengamalkan syirik dan mereka menentang agama Allah ﷻ.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 5 Ogos 2024


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah Muhammad Ayat 1 – 3 (Kelebihan jihad)

Pengenalan

Surah ini diturunkan sebelum Perang Badr berlaku. Selain dari Surah Muhammad ini, Surah Baqarah pun begitu juga. Dua-dua surah ini adalah sebagai persediaan mental kepada Perang yang akan berlaku di Badr. Allah beri persediaan dan hukum hakam peperangan kepada para sahabat pada waktu itu.

Oleh itu, Surah Muhammad ini adalah sambungan dari apa yang telah ada dalam Surah Baqarah. Allah ﷻ jadikan perbicaraan tentang perang di dalam surah yang lain. Dan stail surah ini pun lain dari surah-surah yang lain; kita boleh lihat bagaimana ia dimulai dengan isim mausul.

Surah ini turun selepas surah-surah Hamim Tujuh yang menyentuh tentang tauhid. Maka sepatutnya mereka yang membaca surah ini, tauhid mereka sudah kemas. Maka selepas faham tauhid, seterusnya adalah diarahkan untuk perang untuk menegakkan tauhid. Dan inilah arahan kepada Nabi Muhammad ﷺ. Kalau pergi jihad tapi tauhid pun tidak kemas, memang mati katak sahaja lah.

Maka kita sebagai umat baginda pun kenalah ikut apa yang telah dilakukan oleh baginda. Kita kena ingat yang Allah ﷻ yang arahkan peperangan untuk menegakkan tauhid itu. Nabi Muhammad ﷺ telah diarah untuk memerangi seluruh manusia sehingga mereka terima apa yang telah diajar dalam Surah-surah Hamim Tujuh dan Surah az-Zumar.

Oleh kerana surah ini ada elemen perang maka ia juga dinamakan Surah Qital (Surah Perang). Memang banyak surah ada lebih dari satu nama. Maka jangan pelik pula kalau lihat ada nama lain bagi surah ini.

Sebelum memulakan perang menegakkan tauhid itu, kita kena pastikan mukmin yang terlibat dalam jihad itu benar-benar putih dan yang dilawan itu hitam sungguh-sungguh. Kerana kita tidak mahu berada di pihak yang salah dan kita tidak mahu menyerang pihak yang tidak bersalah.

Maka surah ini ajar bandingan antara musuh. Oleh sebab perbezaan itu penting, maka kerana itu arahan qital tidak diberikan di awal Islam. Kerana Allah ﷻ hendak pastikan iman para mujahid itu telah mantap.

Mungkin kita rasa agak berat untuk menyerang musuh Islam. Oleh itu kita kena sedar yang Allah ﷻ izinkan qital kerana pihak Muslim telah dizalimi. Maka tidak ada halangan lagi sebenarnya hendak berperang dan bunuh para musuh Islam itu.

Sebelum ini, Allah ﷻ tidak izinkan berperang walaupun sahabat sudah minta izin untuk serang balas kepada musuh yang telah menyerang, menindas dan menyakiti mereka. Akan tetapi tidak mendapat kebenaran dari Allah ﷻ. Ini kerana mereka belum bersedia lagi.

Kita juga kena sedar yang manusia memang berperang pun dari dahulu lagi, jadi kalau peperangan terjadi, itu adalah perkara biasa sahaja. Tetapi Allah ﷻ tidak benarkan lagi peperangan di awal Islam kerana itu adalah qital ala kafir (perang cara kufur). Maka Allah ﷻ tangguhkan keizinan berperang sampailah Allah ﷻ izinkan dan keizinan ini terdapat dalam Surah al-Hajj.

Allah ﷻ izinkan berperang selepas ada lebih 70 ayat larang berperang. Allah ﷻ tidak benarkan umat Islam berperang lagi waktu awal kerana bimbang umat Islam berperang kerana sebab yang salah. Kalau kalau mati ketika perang kerana salah sebab, maka akan masuk neraka. Maka memang bahaya sungguh.

Jadi kena pastikan iman dan tauhid sudah mantap dan benar, barulah dibenarkan berperang. Jihad dalam Islam berbeza dengan perang biasa yang sudah dilakukan oleh manusia dari dahulu lagi. Manusia zaman berzaman sentiasa sahaja berperang kerana hendakkan kuasa, tanah, jajahan, dendam kesumat, atau mungkin kerana tidak ada kerja lain.

Tapi kita umat Islam disuruh berperang untuk sampaikan ayat-ayat Allah ﷻ. Kerana tugas kita kena sampaikan wahyu Al-Qur’an kepada orang bukan Islam. Dan penyampaian wahyu itu sebenarnya sudah bermula dari zaman Mekah lagi apabila umat Islam disuruh tabligh (sampaikan) dakwah kepada manusia.

Setelah Islam mula bertapak di Madinah, umat Islam sudah semakin ramai. Tetapi ada beza antara Muslim Mekah dan Muslim Madinah. Muslim Mekah sudah banyak berkorban untuk menegakkan dan mengamalkan ajaran Islam. Jadi mereka sudah tahu apakah maksudnya menjadi Muslim sejati.

Akan tetapi Muslim Madinah belum lagi diuji sebegitu. Memang mereka sudah nampak Islam itu indah, tetapi tiba-tiba apabila Nabi Muhammad ﷺ sudah mengeluarkan arahan berperang, mereka teragak-agak. Sebelum itu Nabi ﷺ sudah hantar 8 sariyyah (serangan kecil) sebelum Perang Badr terjadi lagi.

Namun mereka masih lagi tidak yakin. Oleh kerana itu apabila Nabi ﷺ beri arahan berperang di Badr, ada antara mereka yang rasa berat hati. Ramai dari kalangan golongan Muslim Madinah berasa tidak patut berperang berterusan dengan Musyrikin Mekah. Mereka rasa macam tidak patut kalau serang musuh, kenapa tidak berbincang sahaja?

Kita kena sedar yang mereka yang tidak yakin itu bukanlah munafik, tetapi memang orang Islam yang masih tidak faham lagi. Muslim Mekah sudah tahu apa yang berlaku pada waktu mereka ditindas dulu. Mereka tahu yang Islam itu agama yang aman tetapi masih ada keperluan untuk berperang. Dan masa untuk berperang (jihad) sudah sampai kerana waktu itu mereka sudah ada negara, mereka bukan kumpulan sahaja lagi. Ini penting untuk difahami kerana apabila sudah ada negara, kena ada undang-undang.

Kita telah belajar di dalam Surah-surah Hamim Tujuh yang mengajar kita bahawa hanya Allah ﷻ  sahaja yang layak disembah dan diseru dalam doa. Jadi kita sudah belajar tentang akidah yang utama iaitu tauhid dalam berdoa dan tauhid dalam menyembah. Dan sekarang kita masuk ke dalam Surah Muhammad yang mengajar kita bahawa jikalau ada manusia yang tidak mahu menerima Islam ini, maka kita perlu menyampaikan agama ini dengan perang.

Kerana kita tidak boleh membenarkan mereka yang kufur itu terus menghalang orang lain dari masuk ke dalam syurga Allah ﷻ. Kerana sebenarnya manusia yang degil dan menentang Islam ini tidak ramai. Yang ramai itu adalah mereka yang takut dan mengikut sahaja apa yang dikatakan oleh pemimpin mereka. Kalau pemimpin negara itu benarkan Islam didakwah, disebar, maka tidak perlu memerangi mereka pun.

Tapi ramai pemimpin kufar memang tidak benarkan Islam didakwah. Maka kerana itu perang terpaksa dijalankan. Dengan cara itu sahaja Islam dapat disebarkan. Kerana itu kalau kita lihat di dalam sejarah Islam, para sahabat yang berjuang dan juga golongan salaf yang berjuang untuk memperkenalkan agama Islam, mereka itu tidak ramai yang mati tetapi hasil dari usaha mereka itu begitu ramai sekali yang telah masuk ke dalam Islam.

Ini adalah kerana selepas dimusnahkan pemimpin dan tentera-tentera mereka, rakyat jelata keseluruhannya mudah untuk masuk Islam. Kerana yang menentang Islam itu dari tersebar hanyalah golongan atasan sahaja. Kerana apabila penghalang dakwah telah tiada, maka rakyat jelata dapat mengenali Islam dan mereka dengan redha masuk Islam.

Jadi kita kena sedar bahawa peperangan itu adalah sebagai pembuka ruang kepada golongan-golongan yang tertindas untuk membebaskan diri mereka. Ia adalah untuk kebaikan sebenarnya. Ia untuk membebaskan mereka yang tertindas oleh pemimpin kufar mereka.

Jadi tidaklah Islam itu memaksa orang lain masuk Islam dengan cara perang. Kita kena tahu bahawa mereka yang masuk Islam itu setelah negara mereka diserang adalah kerana mereka rela untuk masuk Islam setelah mereka mengenali Islam.

Sebelum itu mereka tidak kenal Islam melainkan propaganda yang disampaikan oleh pemimpin mereka sahaja. Mereka tidak dapat maklumat yang benar tentang Islam. Tapi apabila mereka sudah dikenalkan dengan Islam, mereka masuk Islam dengan rela.

Bagaimana kita tahu mereka masuk Islam dengan rela? Kerana apabila tentang Muslim sudah tidak ada lagi, tidak berkuasa lagi, mereka masih tetap kekal dalam agama Islam. Kalaulah mereka dipaksa dulu masuk Islam dan mereka tidak redha, maka tentulah apabila sahaja kerajaan Islam sudah tidak ada, mereka semuanya kembali kepada agama kufar mereka. Tapi tidak terjadi begitu.

Jadi di dalam Surah Muhammad ini mengandungi syarat perang di mana Allah ﷻ menyuruh kita berperang untuk menyebarkan agama dan mengajar cara-cara perang itu. Islam adalah agama yang lengkap, sampaikan berperang pun diajar. Tidak macam agama lain yang tidak ada hal ini. Kerana itu kalau kita belajar Islam ini dengan lengkap, akan timbul sayang dan kagum dengan agama Islam ini. Ia bukan agama ‘biashe-biashe’ sahaja.

Dan di dalam surah ini juga mengandungi kutukan Allah ﷻ kepada mereka yang duduk di dalam negara Islam tetapi tidak suka untuk berperang. Ini adalah golongan yang tidak mahu berjihad ataupun mengeluarkan harta untuk membantu proses jihad. Mereka ini adalah golongan munafik sebenarnya. Maka pemimpin kerajaan Islam dan golongan mukmin yang lain kena berhati-hati dengan mereka kerana mereka ini gunting dalam lipatan.

Maka kena kenal sifat-sifat mereka. Kalau tidak kenal, bagaimana kita nak berhati-hati dengan mereka? Takut kita sangka mereka kawan, tapi mereka lawan sebenarnya.

 

Kaitan dengan surah-surah sebelum dan selepasnya

Kita telah tahu sebelum Surah Muhammad ini adalah Surah-surah Hamim Tujuh tentang tauhid. Dan selepas Surah Muhammad ini kita akan belajar Surah al-Fath di mana Allah ﷻ memberitahu kepada kita: jikalau kita menjalankan jihad dengan benar, Allah ﷻ akan bantu dengan memberi kemenangan kepada umat Islam.

Allah ﷻ memberi janji kemenangan kepada mereka yang mahu berkorban untuk menegakkan agama Islam di atas bumi ini. Kepada mereka yang terkorban di dalam medan perang, mereka dijanjikan dengan syurga dan kepada mereka yang menang, mereka dijanjikan dengan kejayaan membuka kawasan Islam yang baru dan kerana itu mereka akan mendapat pahala yang berpanjangan dari Islamnya orang-orang yang baru itu.

Mereka akan dapat pahala yang banyak kerana memasukkan orang lain ke dalam agama Islam. Itu merupakan saham akhirat yang berpanjangan untuk mereka. Kerana keturunan yang awal masuk Islam juga akan terus berada dalam Islam, bukan?

Dan selepas kejayaan umat Islam membuka dan membina Negara Islam yang semakin luas, maka tentunya negara Islam memerlukan perundangan Islam. Dan ini  diceritakan di dalam surah yang seterusnya iaitu Surah Hujurat. Dalam surah itu Allah ﷻ mengajar cara-cara untuk hidup di dalam negara Islam. Kerana kalau umat Islam tidak mengikut cara-cara yang diajar oleh Allah ﷻ itu, maka negara Islam itu akan menjadi kucar kacir dan rosak.

Maka tiga surah ini, iaitu Surah Muhammad, Surah Fath dan Surah Hujurat adalah tiga surah yang serangkai yang berkait rapat antara satu dengan lainnya. Kena belajar kesemua sekali dan buat kaitan antara ketiga-tiganya.

 

Muqaddimah Surah

Surat ini terbahagi kepada dua bahagian utama:

Ayat 1 – 19 adalah Bahagian Pertama. Terdapat contoh-contoh perbandingan di dalam bahagian pertama ini. Iaitu perbandingan antara golongan kafir dan golongan mukmin. Kerana yang berperang untuk pihak Islam itu hendaklah memastikan yang dirinya benar-benar orang yang beriman. Jangan setakat perasan sahaja.

Tidak boleh ada perangai-perangai Yahudi atau Nasara, atau sifat-sifat orang kafir dalam diri umat Islam. Dan kena pastikan yang busuk itu memang benar-benar orang kafir. Hanya apabila dia seorang Muslim sebenar yang mengamalkan agama Islam dengan benar dan menentang puak yang benar-benar kafir, barulah ada bantuan dari Allah ﷻ dalam perang.

Ayat 20 hingga akhir adalah Bahagian Kedua. Dalam bahagian ini Allah ﷻ memberitahu sifat-sifat munafik yang tidak patut ada dalam pasukan Islam. Khalifah kena pastikan bahawa tidak ramai yang bersifat munafik ini kerana mereka ini akan menjadi golongan musuh dalam selimut.

Mereka ini adalah orang yang dari segi luarannya bersifat Islam tetapi dari amalan dan fikiran mereka itu adalah kufur. Golongan yang sebegini akan menyebabkan tertahannya bantuan Allah ﷻ kerana jikalau akidah mereka rosak, maka amalan mereka juga rosak. Ini penting kerana Allah ﷻ hanya menjanjikan kemenangan kepada golongan mukmin yang sebenar saja.

Jadi untuk mengenali mereka, Allah ﷻ ceritakan tentang sifat-sifat mereka dalam bahagian kedua dari Surah Muhammad ini. Maka kita pun boleh kenal siapakah munafik itu kalau kita belajar.


 

Ayat 1: Surah ini boleh dibahagikan kepada 6 perenggan makro. Ayat 1 – 3 adalah Perenggan Makro Pertama dan ia berkenaan akidah orang kafir. Allah ﷻ memberi penjelasan siapakah kafir yang benar-benar hitam. Kita kena tahu sifat mereka kerana kita kena pastikan mereka itu memang kafir sebelum mereka diperangi.

 

الَّذينَ كَفَروا وَصَدّوا عَن سَبيلِ اللهِ أَضَلَّ أَعمٰلَهُم

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Those who disbelieve and avert [people] from the way of Allāh – He will waste their deeds.¹

•i.e., cause them to be lost or make them worthless, earning no reward.

(MELAYU)

Orang-orang yang kafir dan menghalangi (manusia) dari jalan Allah, Allah mensia-sia perbuatan-perbuatan mereka.

 

الَّذينَ كَفَروا

Orang-orang yang kafir

Orang kafir di dalam Al-Qur’an adalah mereka yang bukan sahaja tidak beriman dengan Islam, tetapi mereka menentang Islam. Bukannya setakat tidak beragama Islam sahaja. Ini adalah kerana ramai sahaja yang tidak beragama Islam, tetapi mereka tidak menentang Islam pun.

Jadi kena bezakan antara Non-Muslim dan Anti-Muslim. Yang kafir itu adalah mereka yang Anti-Muslim. Mereka itulah yang boleh diperangi. Kalau setakat Non-Muslim sahaja, belum boleh diperangi lagi.

 

وَصَدّوا عَن سَبيلِ اللهِ

dan menghalangi (manusia) dari jalan Allah,

Sudahlah dalaman mereka memang sudah kafir, mereka menghalang orang lain pula kepada Islam. Iaitu dengan memberikan propaganda yang mereka ada-adakan untuk menghalang agama Islam dari berkembang dan supaya ramai orang Islam keluar dari Islam atau jauh dari agama. Mereka menyebabkan orang yang terasa hendak masuk ke dalam agama Islam pun susah.

 

أَضَلَّ أَعمٰلَهُم

Allah mensia-siakan amalan-amalan mereka.

Allah ﷻ beritahu bahawa orang yang kufur dan menahan orang lain dari beriman, segala amal baik mereka telah musnah. Kerana orang kafir pun kadang-kadang ada amalan baik mereka juga. Tapi perbuatan baik mereka tidak ada nilai.

Ia juga bermaksud perancangan mereka juga sia-sia. Asbabun Nuzul ayat ini adalah tentang Musyrikin Mekah. Allah hendak memberitahu bahawa apa sahaja yang dilakukan oleh Musyrikin Mekah itu sudah hancur. Sama ada untuk dunia atau akhirat. Maka perancangan yang mereka buat untuk berlawan dengan kerajaan Islam di Madinah juga sudah hancur sebenarnya.

Rancangan mereka telah gagal sebelum mereka datang pun lagi untuk berperang. Allah sudah tetapkan yang mereka akan gagal akhirnya. Sia-sia sahaja perancangan mereka, maka umat Islam jangan takut dengan Musyrikin Mekah itu.

Maka dari ini kita dapat tahu bahawa amalan baik orang kafir itu tidak mendapat balasan di akhirat dan kalau mereka melakukan amalan baik pun, balasan mereka akan dibalas di dunia lagi. Sebagai contoh, mereka akan mendapat rezeki yang baik, kesihatan yang baik dan sebagainya. Maknanya Allah ﷻ balas siap-siap di dunia lagi, supaya mereka tidak dapat hendak tuntut di akhirat kelak. Ini semakna dengan firman-Nya:

{وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا}

Dan Kami hadapi amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan. (Al-Furqan: 23)

Kalimah yang digunakan adalah أَعمالَ yang dari segi bahasa bermaksud ‘amal yang baik’, bukan amal sahaja. Kerana kalau kita lihat memang ada kebaikan pun pada orang kafir. Ada yang berakhlak baik dan jasa mereka pun banyak kepada dunia. Ada yang buat penemuan sains yang memanfaatkan seluruh dunia. Ada yang banyak tolong orang dan sebagainya. Malah, kadangkala mereka itu kita nampak lagi baik dari golongan Muslim pun.

Namun, meskipun amalan mereka itu baik, tetapi Allah ﷻ lenyapkan amal kebaikan mereka itu kerana Allah ﷻ menilai apa yang ada dalam hati, bukan dari segi luaran sahaja. Kalau akidah mereka tidak benar, maka tidak berguna lagi segala amalan kebaikan mereka itu. Kerana akidah itu amat penting.

Jadi, ayat ini memberitahu kita tentang siapakah orang kafir itu. Kena pastikan yang mereka itu menentang Islam dan menghalang orang lain dari agama Islam juga. Barulah mereka itu boleh diperangi. Jangan pakai nak bom orang bukan Islam sahaja padahal mereka tidak kisah pun dengan agama Islam. Ramai Non-Muslim sebenarnya begitu, mereka tidak menentang umat Islam pun.

Mereka cuma tidak kenal Islam dengan mendalam, maka mereka tidak masuk Islam. Itu sahaja. Dan ini pun ada salah silap kita juga, tidak berdakwah dengan baik kepada mereka. Jadi mereka tidak nampak keindahan Islam. Bagaimana mereka boleh nampak keindahan Islam kalau mereka lihat umat Islam pun tunggang terbalik?


 

Ayat 2: Sekarang Allah ﷻ jelaskan pula siapakah yang dikira sebagai mukmin. Kena pastikan kita termasuk dalam kriteria ini.

وَالَّذينَ ءآمَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ وَءآمَنوا بِما نُزِّلَ عَلىٰ مُحَمَّدٍ وَهُوَ الحَقُّ مِن رَّبِّهِم ۙ كَفَّرَ عَنهُم سَيِّئَاتِهِم وَأَصلَحَ بالَهُم

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And those who believe and do righteous deeds and believe in what has been sent down upon Muḥammad – and it is the truth from their Lord – He will remove from them their misdeeds and amend their condition.

(MELAYU)

Dan orang-orang mukmin dan beramal soleh serta beriman kepada segala apa yang diturunkan kepada Muhammad dan itulah yang haq dari Tuhan mereka, Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan memperbaiki keadaan mereka.

 

وَالَّذينَ ءآمَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ

Dan orang-orang mukmin dan beramal soleh

Ini adalah orang yang beriman sempurna. Iaitu beriman seperti yang sepatutnya. Dan iman yang sempurna adalah tidak ada syirik di dalam fahamannya. Dan kena belajar mana Tauhid dan mana Syirik. Ini hendaklah dilakukan dengan belajar tafsir keseluruhan Al-Qur’an. Ini mesti dilakukan, tidak boleh tidak.

Dan dia membuktikan imannya itu dengan beramal. Tidaklah mulut sahaja kata beriman, tetapi tiada amalan yang dilakukan.

Beramal pula kena dengan amalan yang soleh. Iaitu amalan yang sunnah – yang ada contoh dari Nabi ﷺ dan para sahabat. Jangan pula amalkan amalan bidaah.

 

وَءآمَنوا بِما نُزِّلَ عَلىٰ مُحَمَّدٍ

serta beriman kepada segala apa yang diturunkan kepada Muhammad

Dan mereka beriman dengan apa yang diturunkan kepada Muhammad ﷺ. Kerana mereka percaya apa yang Nabi ﷺ bawa adalah al-haq, iaitu dari wahyu.

Tetapi apakah yang diturunkan kepada baginda? Salah satunya tentulah Al-Qur’an tetapi bukan itu sahaja. Ia termasuk apa sahaja yang diberikan kepada baginda. Sama ada Al-Qur’an atau Sunnah. Kedua-duanya kena terima dan diimani.

Ini penting kerana ada kalangan munafik yang kononnya mahu terima Al-Qur’an sahaja, tapi mereka tidak berapa hendak pakai hadis dari Nabi ﷺ. Ini adalah kerana mereka berhujah yang baginda itu adalah seorang manusia sahaja dan mungkin ada melakukan kesalahan atau kesilapan. Seolah-olah mereka kata yang Nabi Muhammad ﷺ itu sebagai tukang bawa surat sahaja (posmen). Ini adalah pandangan yang amat salah.

Sekarang kita lihat Allah ﷻ sudah mula sebut tentang Nabi Muhammad ﷺ di dalam ayat ini. Hanya ada 4 kali sahaja nama Nabi Muhammad ﷺ disebut dalam Al-Qur’an. Dan tiga kali dari empat itu, Allah ﷻ gunakan kalimah ‘Rasul’ bersamanya. Iaitu apabila ada kalimah ‘Muhammad’ atau ‘Ahmad’, akan ada ditambah dengan kalimah ‘Rasulullah’.

Ini adalah salah satu dari kemuliaan Nabi Muhammad ﷺ yang diisyaratkan oleh Allah ﷻ. Kerana memang Allah ﷻ bila bercakap dengan Nabi Muhammad ﷺ di dalam Al-Qur’an, ianya berlainan kalau bercakap dengan Nabi-nabi yang lain – Nabi lain disebut nama sahaja – ya Ibrahim, ya Yahya, ya Zakariya dan sebagainya. Akan tetapi, di dalam Al-Qur’an, Allah ﷻ tidak pernah berfirman ya Muhammad – tetapi Allah ﷻ panggil dengan gelaran baginda ﷺ.

Namun dalam ayat ini, Allah ﷻ sebut nama Muhammad dan tidak disebut Rasulullah bersamanya. Agaknya kenapa? Ini adalah kerana kalimah ‘Rasul’ adalah bermaksud ‘pembawa risalah’ iaitu risalah dari Allah ﷻ. Allah ﷻ hendak tolak sesetengah fahaman salah seperti golongan yang munafik itu. Bukankah golongan munafik kata baginda hanya ‘pembawa surat’ sahaja?

Maka Allah ﷻ hendak beritahu apa sahaja yang diberikan kepada baginda adalah haq. Baginda bukan sahaja bawa apa yang Allah ﷻ sampaikan, bukan posmen sahaja, bukan hanya ulang kembali apa yang Allah ﷻ kata. Ini bermaksud apa sahaja arahan dari baginda kena diikuti, walaupun ianya bukan dalam bentuk ayat Al-Qur’an.

Dan arahan yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah arahan perang untuk menyerang kafilah Abu Sufyan iaitu peristiwa sebelum terjadinya Perang Badr. Kerana ada yang sangsi dengan arahan itu dan tidak mahu ikut arahan Nabi Muhammad ﷺ.

 

وَهُوَ الحَقُّ مِن رَّبِّهِم

dalam ia adalah al-haq dari Tuhan mereka,

Dan baginda adalah al-haq dan apa yang baginda katakan adalah al-haq. Dan memang wahyu yang dibawa oleh Rasulullah ﷺ itu adalah kebenaran. Tetapi wahyu itu bukan hanya dalam bentuk ayat-ayat Al-Qur’an sahaja, namun ia ada dalam bentuk hadis, ada dalam bentuk hikmah.

Maka apabila baginda ﷺ suruh jihad, ianya adalah kebenaran. Itu juga adalah arahan dari Allah ﷻ juga. Jangan pandang ia hanya pandangan Nabi Muhammad ﷺ sahaja.

 

كَفَّرَ عَنهُم سَيِّئَاتِهِم

Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan mereka

Sesiapa yang beriman begitu, beriman seperti yang sepatutnya, ikut arahan Nabi ﷺ (walaupun ia tidak tertulis dalam Al-Qur’an), Allah ﷻ berjanji yang Allah ﷻ akan tutup dosa-dosa mereka. Tentu mereka ada buat dosa juga, bukan? Walaupun mereka itu beriman, tentu ada sedikit sebanyak kesalahan dan dosa yang dilakukan. Tetapi Allah ﷻ beri berita baik yang Dia akan ampunkan dosa-doa mereka.

 

وَأَصلَحَ بالَهُم

dan memperbaiki keadaan mereka.

Dan Allah ﷻ berjanji akan memperbaiki hal mereka dengan diberikan taufik kepada mereka. Maksudnya, Allah ﷻ akan baiki hati mereka supaya mereka layak masuk syurga. Allah ﷻ akan baiki dan bina mereka dari masa ke semasa. Allah ﷻ akan bawa mereka ke arah kebaikan. Ini adalah kerana apabila taat kepada Nabi ﷺ, mereka akan jadi semakin kuat, semakin baik.

Ia juga bermaksud Allah ﷻ akan memberi kepada mereka taufik untuk melakukan amalan baik dan terus melakukan amalan baik. Itulah maksudnya Allah ﷻ akan islahkan (baiki) mereka. Kerana kita tidaklah terus bermula menjadi sempurna, malah memerlukan masa untuk berubah ke arah kebaikan, bukan?

Dan caranya adalah bermula dengan iman yang betul – beriman dengan Allah ﷻ dan beriman dengan Rasulullah ﷺ. Dari situ akan membuka jalan kepada kebenaran dan kebaikan. Lihatlah betapa besarnya iman dan amal soleh. Ia akan membawa kita kepada kebaikan.

Maka perkara-perkara ini kena ada dalam diri umat Islam sebelum boleh berperang. Kena faham perkara ini dulu. Kerana kalau tidak, kalau iman tidak sempurna, Allah ﷻ tidak akan beri bantuan. Kalau arahan Allah ﷻ dan arahan Nabi ﷺ tidak diikuti, memang belum boleh nak berjihad lagi.


 

Ayat 3: Hikmah beza antara kufur dan iman.

ذٰلِكَ بِأَنَّ الَّذينَ كَفَرُوا اتَّبَعُوا البٰطِلَ وَأَنَّ الَّذينَ ءآمَنُوا اتَّبَعُوا الحَقَّ مِن رَّبِّهِم ۚ كَذٰلِكَ يَضرِبُ اللهُ لِلنّاسِ أَمثٰلَهُم

(SAHEEH INTERNATIONAL)

That is because those who disbelieve follow falsehood, and those who believe follow the truth from their Lord. Thus does Allāh present to the people their comparisons.1

•So that they may know the results of their choice.

(MELAYU)

Yang demikian adalah kerana sesungguhnya orang-orang kafir mengikuti yang bathil dan sesungguhnya orang-orang mukmin mengikuti yang haq dari Tuhan mereka. Demikianlah Allah membuat untuk manusia perbandingan-perbandingan bagi mereka.

 

ذٰلِكَ بِأَنَّ الَّذينَ كَفَرُوا اتَّبَعُوا البٰطِلَ

Yang demikian adalah kerana sesungguhnya orang-orang kafir mengikuti yang bathil

Kalimah ذٰلِكَ merujuk kepada dua ayat sebelum ini yang mana Allah ﷻ telah memberikan perbezaan antara orang kafir dan orang yang beriman. Maka sekarang Allah ﷻ hendak memberitahu apakah hikmah perbezaan itu.

Amalan dan rancangan orang kafir akan dihancurkan kerana mereka ikut kebathilan. Kalimah اتَّبَعُوا di dalam bentuk past tense. Maknanya, mereka telah tunjuk yang mereka telah ikut yang bathil. Ianya telah pun berlaku. Maka tidak ada harapan lagi untuk mereka. Sekarang adalah masa untuk berperang dengan mereka, bukan hendak berbincang lagi dengan mereka.

 

وَأَنَّ الَّذينَ ءآمَنُوا اتَّبَعُوا الحَقَّ مِن رَّبِّهِم

dan sesungguhnya orang-orang mukmin mengikuti yang haq dari Tuhan mereka.

Sedangkan orang mukmin ikut perintah dan arahan dari Allah ﷻ. Dan begitulah perbandingan orang yang beriman dan orang yang kufur. Manusia dari dulu sampai sekarang ada yang berperangai dalam iman dan ada yang berperangai kufur. Ini telah banyak disebut dalam ayat-ayat Al-Qur’an yang lain. Dan sebagaimana mereka yang dulu dikenakan dengan azab oleh Allah ﷻ kerana kesalahan yang mereka lakukan dalam agama, maka Musyrikin Mekah juga akan kena azab.

Tetapi kali ini, Nabi Muhammad ﷺ yang akan menyerang mereka dan menghancurkan mereka. Allah ﷻ beri tangan baginda yang melakukannya dan kelebihan ini tidak diberikan kepada Nabi-nabi yang lain. Kerana Nabi-nabi lain, umat mereka yang engkar dimusnahkan dengan azab Allah ﷻ seperti angin, tempikan, banjir, gegaran dan sebagainya.

 

كَذٰلِكَ يَضرِبُ اللهُ لِلنّاسِ أَمثٰلَهُم

Demikianlah Allah membuat untuk manusia perbandingan-perbandingan bagi mereka.

Begitulah Allah ﷻ hendak menceritakan kepada manusia keadaan manusia yang berbeza: antara orang beriman dan orang yang kufur. Dan kerana amalan dan iman mereka pun berlainan, maka balasan dari Allah ﷻ juga berlainan.

Begitulah Allah ﷻ sentiasa jelaskan keadaan yang sebenarnya supaya kita dapat bezakan. Asalkan kita mahu belajar dan mengambil pelajaran dari wahyuNya. Kalau kita tidak belajar, kita tidak faham dan tidak sedar kenapa kita kena serang orang-orang kafir itu.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 6 Jun 2020


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah al-Isra’ Ayat 97 – 100 (Manusia tidak akan puas)

BALASAN KEPADA YANG ZALIM

Isra’ Ayat 97: Ayat takhwif ukhrawi (penakutan dengan azab akhirat). Sebelum tutup dialog dengan golongan musyrikin itu, ini bekal terakhir untuk mereka.

وَمَن يَہدِ ٱللَّهُ فَهُوَ ٱلمُهتَدِ‌ۖ وَمَن يُضلِل فَلَن تَجِدَ لَهُم أَولِيَآءَ مِن دُونِهِۦ‌ۖ وَنَحشُرُهُم يَومَ ٱلقِيَـٰمَةِ عَلَىٰ وُجُوهِهِم عُميًا وَبُكمًا وَصُمًّا‌ۖ مَّأوَٮٰهُم جَهَنَّمُ‌ۖ ڪُلَّمَا خَبَت زِدنَـٰهُم سَعِيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And whoever Allāh guides – he is the [rightly] guided; and whoever He sends astray¹ – you will never find for them protectors besides Him, and We will gather them on the Day of Resurrection [fallen] on their faces – blind, dumb and deaf. Their refuge is Hell; every time it subsides We increase them in blazing fire.

  • As a result of his own preference.

(MELAYU)

Dan barangsiapa yang ditunjuki Allah, dialah yang mendapat petunjuk dan barangsiapa yang Dia sesatkan maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat penolong-penolong bagi mereka selain dari Dia. Dan Kami akan mengumpulkan mereka pada hari kiamat (diseret) atas muka mereka dalam keadaan buta, bisu dan pekak. Tempat kediaman mereka adalah neraka jahannam. Tiap-tiap kali nyala api Jahannam itu akan padam, Kami tambah lagi bagi mereka nyalanya.

 

وَمَن يَهدِ اللهُ فَهُوَ المُهتَدِ

Dan barangsiapa yang ditunjuki Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk

Hanya Allah ‎ﷻ sahaja yang boleh memberi petunjuk hidayah kepada manusia. Rasulullah ﷺ dan kita hanya sebagai pendakwah, hanya dapat menyampaikan sahaja ajaran agama, tetapi yang membuka hati manusia adalah Allah ﷻ sahaja.

Yang dibukakan hati adalah mereka yang mahu mendapat petunjuk itu. Iaitu mereka yang ada inabah (condong kepada kebenaran). Kalau seseorang itu mahu mendapat kebenaran, maka Allahﷻ akan heret mereka kepada kebenaran. Mereka yang diheret kepada kebenaran itu adalah orang yang selamat kerana Allah ﷻ telah beri petunjuk kepadanya.

Orang yang terpimpin ialah dipimpin oleh Allah ﷻ. Diberi petunjuk menurut garis jalan yang telah teratur; ada Rasul dan Al-Qur’an, jelas yang ma’ruf, jelas pula yang munkar.

 

وَمَن يُضلِل فَلَن تَجِدَ لَهُم أَولِياءَ مِن دونِهِ

dan barangsiapa yang Dia sesatkan maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat penolong-penolong bagi mereka selain dari Dia.

Akan tetapi ada orang yang Allah ﷻ telah buat keputusan untuk terus kekalkan mereka dalam kesesatan sampai bila-bila. Iaitu mereka yang berkali-kali menentang kebenaran daripada sampai kepada mereka. Apabila mereka diajak sahaja, mereka menolak dan malah menentang.

Maka Allahﷻ tutup terus pintu hati mereka daripada menerima kebenaran. Tidak ada apa lagi yang boleh dilakukan buat orang itu kerana Allahﷻ sudah tutup hatinya daripada terima hidayah. Penutupan hati ini dinamakan Khatmul Qalbi.

Harus diingatkan yang bukanlah Allah ﷻ telah tetapkan untuk sesatkan mereka dari awal, akan tetapi Allahﷻ lakukannya kerana orang itu sendiri yang menutup hatinya daripada kebenaran dan terus menentang kebenaran apabila sampai kepada mereka.

Orang-orang yang sesat kerana salah memilih jalan, dan akhirnya mereka akan bertemu jalan buntu; jalan yang tiada hujung. Yang akan melindungi mereka pun tiada. Pelindung satu-satunya hanya Allah ﷻ, padahal Allah ﷻ mereka tolak, arahan-Nya tidak diikuti.

Semasa menyebut orang yang mendapat hidayah, Allahﷻ gunakan kalimah dalam bentuk mufrad وَمَن يَهدِ اللهُ فَهُوَ المُهتَدِ. Akan tetapi apabila menyebut mereka yang ingkar, Allah ﷻ gunakan kalimah dalam bentuk jamak pula وَمَن يُضلِل فَلَن تَجِدَ لَهُم. Al-Biqa‘i رَحِمَهُ اللَّهُ memahami bentuk tunggal sebagai isyarat sedikitnya yang mendapat petunjuk dibandingkan dengan yang sesat.

Dapat juga dikatakan, kerana sumber pemberi petunjuk hanya satu dan ia sama bagi semua orang, maka bentuk tunggal itu untuk mengisyaratkan kesatuan petunjuk dan sumbernya. Sedangkan kesesatan dapat lahir daripada berbagai sumber, dan mereka tidak searah, maka bentuk jamaklah yang lebih tepat untuk mereka. Ini sejalan juga dengan kebiasaan Al-Qur’an menggunakan bentuk tunggal untuk kata nur/cahaya dan bentuk jamak untuk kata zhulumat/aneka gelap gelita.

 

وَنَحشُرُهُم يَومَ ٱلقِيَـٰمَةِ عَلَىٰ وُجُوهِهِم عُميًا وَبُكمًا وَصُمًّا‌ۖ

Dan Kami akan mengumpulkan mereka pada hari kiamat (diseret) atas muka mereka dalam keadaan buta, bisu dan pekak. 

Selepas mereka menolak kebenaran, maka mereka akan mendapat nasib yang amat malang di akhirat kelak. Allahﷻ akan kumpulkan mereka di akhirat kelak di mana mereka akan diseret dan diseret itu pula dengan muka mereka di bawah! Allahﷻ sebut di dalam Qamar: 48

يَومَ يُسحَبونَ فِي النّارِ عَلىٰ وُجوهِهِم ذوقوا مَسَّ سَقَرَ
Semasa mereka diseret di dalam Neraka (dengan tertiarap) atas muka mereka, (serta dikatakan kepada mereka): Rasalah kamu bakaran api Neraka.

Atau maksud lain, mereka kena berjalan atas muka mereka ke tempat berkumpul. Semua berkumpul di Mahsyar, tetapi mereka ini akan berjalan atas muka mereka. Ertinya bukan kaki mereka yang berjejak di tanah, melainkan muka merekalah yang berada di bawah, maknanya keadaan mereka sudah ditunggang-balikkan. Sebab selama hidup di dunia mereka pun menunggang-balikkan kebenaran juga. Sebagai ditafsirkan oleh al-Qasyani رَحِمَهُ اللَّهُ: “Muka mereka yang ditekan ke tanah kerana selama hidup dahulu perhatian mereka pun hanyalah kepada yang rendah dan hina.”

Melakkukan perkara yang rendah hina semasa di dunialah yang menyebabkan disembamkan muka mereka dan mereka akan bergerak atas muka mereka. Muka di bawah tetapi bergerak tetap kena bergerak, maka bergerak dengan muka sahajalah. Bayangkan ular yang dapat juga berjalan walaupun tidak ada kaki. Bukan itu sahaja, mereka juga dalam keadaan buta, bisu, pekak. Memang amat menyesakkan sekali. Kita yang cuba bayangkan pun ini sudah rasa tidak sanggup, bayangkan kalau mereka yang dalam keadaan begitu? Tentu amat sakit sekali.

Mungkin ada cuba bayangkan, bagaimana cara bergerak dengan muka? Bukankah kita berjalan dengan kaki? Ini tidak mustahil bagi Allahﷻ – lihatlah bagaimana ular yang tidak ada kaki pun boleh berjalan. Maka tentu ada caranya. Sahabat pun ada yang berasa pelik maka ada yang bertanya bagi pihak kita,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحْشَرُ النَّاسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثَلَاثَةَ أَصْنَافٍ صِنْفًا مُشَاةً وَصِنْفًا رُكْبَانًا وَصِنْفًا عَلَى وُجُوهِهِمْ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَكَيْفَ يَمْشُونَ عَلَى وُجُوهِهِمْ قَالَ إِنَّ الَّذِي أَمْشَاهُمْ عَلَى أَقْدَامِهِمْ قَادِرٌ عَلَى أَنْ يُمْشِيَهُمْ عَلَى وُجُوهِهِمْ أَمَا إِنَّهُمْ يَتَّقُونَ بِوُجُوهِهِمْ كُلَّ حَدَبٍ وَشَوْكٍ
Daripada [Abu Hurairah رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ] berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Pada hari kiamat seluruh manusia akan dikumpulkan menjadi tiga golongan; satu golongan berjalan kaki, satu golongan berkenderaan, dan golongan terakhir (berjalan) dengan wajah mereka,” baginda ditanya: Bagaimana mereka berjalan dengan wajah mereka? Baginda menjawab: “Sesungguhnya Dzat yang (menjadikan mereka) berjalan dengan kakinya, berkuasa untuk menjadikan mereka berjalan dengan wajahnya. Ingat, sesungguhnya mereka melewati setiap tanjakan dan duri dengan wajah mereka.”
(Sahih Bukhari (3067))

Kenapa mereka dipekakkan di akhirat? Kerana mereka tidak mahu mendengar Al-Qur’an dibacakan maka mereka akan dipekakkan di akhirat kelak; mereka bertanya tentang perkara yang tidak patut kepada Rasulullah ﷺ maka mereka dibisukan di akhirat kelak; mereka tidak mahu melihat kebenaran semasa mereka di dunia, maka mereka dibutakan di akhirat kelak. Semua yang dikenakan kepada mereka adalah balasan bagi kesalahan mereka semasa di dunia.

 

مَّأوَٮٰهُم جَهَنَّمُ‌ۖ

Tempat kediaman mereka adalah neraka jahannam. 

Maka tempat kekal mereka adalah di neraka jahannam. Mereka tidak akan keluar sampai bila-bila.

 

ڪُلَّمَا خَبَت زِدنَـٰهُم سَعِيرًا

Tiap-tiap kali api Jahannam itu akan padam, Kami tambah lagi bagi mereka nyalanya.

Azab yang dikenakan kepada mereka tidak akan berkurangan. Apabila api neraka mula hendak kurang panasnya, maka Allah ﷻ akan tambah api neraka itu untuk seksa mereka. Allahﷻ bukan nyalakan balik kepada asal, tetapi Allah زِدنَـٰهُم iaitu Allahﷻ tambah ke atas api itu, bagi lagi panas berbanding asalnya.

Kalimah خَبَت daripada kalimah خبا yang bermaksud api yang terpadam dan baranya diselaputi debu. Iaitu keadaan yang pertengahan. Belum padam lagi tetapi akan padam terus. Bila hendak mati sahaja api itu, Allahﷻ akan tambah kepanasan dan hidupkan semula api itu menjadi lebih panas.

Maka tidak ada waktu yang mereka tidak dibakar dan tidak ada kekurangan pun azab itu walaupun sedikit, dan yang bertambah adalah. Ini seperti yang disebutkan di dalam ayat lain melalui firman-Nya:

فَذُوقُوا فَلَنْ نَزِيدَكُمْ إِلا عَذَابًا
Kerana itu, rasakanlah. Dan Kami sekali-kali tidak akan me¬nambah kepada kalian selain azab.
(Naba’: 30)

Kenapa Allahﷻ benarkan api itu malap sedikit? Allahﷻ boleh sahaja terus bagi api itu tidak malap-malap, bukan? Kerana Allahﷻ hendak azab emosi mereka. Bagi mereka rasa harapan palsu, disangkakan api akan padam, tetapi kemudian menjadi lagi panas. Kalau azab emosi memang lagi menyakitkan, bukan? Ini sama seperti Allahﷻ sebut di dalam Sajdah: 20. Ahli neraka sangka mereka boleh keluar dari neraka tetapi kemudian mereka ditarik balik.

وَأَمَّا الَّذينَ فَسَقوا فَمَأوٰهُمُ النّارُ ۖ كُلَّما أَرادوا أَن يَخرُجوا مِنها أُعيدوا فيها وَقيلَ لَهُم ذوقوا عَذابَ النّارِ الَّذي كُنتُم بِهِ تُكَذِّبونَ
Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: “Rasalah azab neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu”.


 

Isra’ Ayat 98: Syikayah tentang kedegilan puak Musyrikin itu untuk terima kebenaran. Allahﷻ jelaskan kenapa mereka dibangkitkan dalam keadaan pekak, buta, bisu dan dibenamkan di atas muka mereka.

ذٰلِكَ جَزَآؤُهُم بِأَنَّهُم كَفَرُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا وَقَالُوٓاْ أَءِذَا كُنَّا عِظَـٰمًا وَرُفَـٰتًا أَءِنَّا لَمَبعُوثُونَ خَلقًا جَدِيدًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

That is their recompense because they disbelieved in Our verses and said, “When we are bones and crumbled particles, will we [truly] be resurrected [in] a new creation?”

(MELAYU)

Itulah balasan bagi mereka, kerana sesungguhnya mereka kafir kepada ayat-ayat Kami dan (kerana mereka) berkata: “Apakah bila kami telah menjadi tulang belulang dan benda-benda yang hancur, apakah kami benar-benar akan dibangkitkan kembali sebagai makhluk baru?”

 

ذٰلِكَ جَزَآؤُهُم بِأَنَّهُم كَفَرُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا

Itulah balasan bagi mereka, kerana sesungguhnya mereka kafir kepada ayat-ayat Kami 

Semua yang dikenakan kepada mereka itu adalah kerana mereka kufur dengan wahyu. Mereka tidak mahu memikirkan ayat-ayat Al-Qur’an yang dibacakan kepada mereka. Kemudian mereka menolak kebenaran apabila sampai kepada mereka.

Bagaimana pula dengan kita ini? Adakah kita selamat daripada kufur kepada ayat-ayat Allah ﷻ? Bagaimana kita tahu kita telah selamat? Adakah kita tahu semua ayat-ayat Allah ﷻ? Sudahkah kita mempelajari dan memahami dan mengamalkan kesemua 30 juzuk ayat-ayat Al-Qur’an? Kalau kebanyakan umat Islam negara ini, memang banyaklah masalahnya. Mereka kalau baca pun beberapa surah lazim sahaja. Kalau tidak pun, setakat tahu surah Yaasin sahaja. Yaasin sahajalah layak bagi orang Melayu kita ini. Memang umat Islam kelas murahan sahaja lagaknya sebab tahu satu surah sahaja. Tahu pun setakat membaca sahaja. Bila kita surah bacalah juga surah-surah lain, ramai akan kata, “Takpelah… janji ada juga baca Qur’an!”.

 

وَقَالُوٓاْ أَءِذَا كُنَّا عِظَـٰمًا وَرُفَـٰتًا

dan (kerana mereka) berkata: “Apakah bila kami telah menjadi tulang belulang dan benda-benda yang hancur,

Mereka berhujah dengan Rasul dan para pendakwah. Mereka tidak percaya kepada hari kebangkitan, oleh kerana itu antaranya mereka berhujah, mereka nanti akan menjadi tulang dan tulang itu pun hancur dimakan oleh tanah. Ini adalah pengulangan ayat 49.

وَقَالُوٓاْ أَءِذَا كُنَّا عِظَـٰمًا وَرُفَـٰتًا أَءِنَّا لَمَبعُوثُونَ خَلقًا جَدِيدًا
Dan mereka berkata: “Apakah bila kami telah menjadi tulang belulang dan benda-benda yang hancur, apa benar-benarkah kami akan dibangkitkan kembali sebagai makhluk yang baru?”

 

أَءِنَّا لَمَبعُوثُونَ خَلقًا جَدِيدًا

apakah kami benar-benar akan dibangkitkan kembali sebagai makhluk baru?”

Mereka berhujah: takkan tulang yang sudah hancur itu akan dibangkitkan menjadi makhluk yang baru pula? Mereka tidak dapat hendak gambarkan bagaimanalah tulang yang sudah hancur lebur menjadi debu itu boleh menjadi bercantum semula. Memang akal mereka tidak dapat menerimanya.

Inilah bahayanya apabila guna akal semata-mata. Memanglah mereka sendiri tidak mampu jadikan semula tulang itu. Akan tetapi bukan mereka yang akan jadikan, sebaliknya Allah ﷻ yang akan bangkitkan semula makhluk.


 

Isra’ Ayat 99: Jawab kepada syikayah dalam ayat sebelum ini.

أَوَلَم يَرَواْ أَنَّ ٱللَّهَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوٰتِ وَٱلأَرضَ قَادِرٌ عَلَىٰٓ أَن يَخلُقَ مِثلَهُم وَجَعَلَ لَهُم أَجَلاً لَّا رَيبَ فِيهِ فَأَبَى ٱلظَّـٰلِمُونَ إِلَّا كُفُورًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Do they not see that Allāh, who created the heavens and earth, is [the one] Able to create the likes of them? And He has appointed for them a term, about which there is no doubt. But the wrongdoers refuse except disbelief.

(MELAYU)

Dan apakah mereka tidak memperhatikan bahawasanya Allah yang menciptakan langit dan bumi adalah kuasa (pula) menciptakan yang serupa dengan mereka, dan telah menetapkan waktu yang tertentu bagi mereka yang tidak ada keraguan padanya? Maka orang-orang zalim itu tidak menghendaki kecuali kekafiran.

 

أَوَلَم يَرَواْ أَنَّ ٱللَّهَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلسَّمَـٰوٰتِ وَٱلأَرضَ

Dan apakah mereka tidak memperhatikan bahawasanya Allah yang menciptakan langit dan bumi 

Musyrikin Mekah itu kenal Allahﷻ dan mereka sendiri tahu yang Allahﷻ lah yang menjadikan alam ini. Mereka beriman yang langit dan bumi yang amat besar ini dijadikan oleh Allah ﷻ. Maka kenapa mereka meragui kemampuan Allahﷻ menghidupkan kembali manusia sedangkan Allahﷻ telah jadikan alam ini? Telah disebutkan dalam ayat lain melalui firman-Nya:

لَخَلْقُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ أَكْبَرُ مِنْ خَلْقِ النَّاسِ
Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia.
(Ghafir: 57)

Maka di sini Allahﷻ suruh mereka berfikir kerana mereka manusia yang telah diberi akal.

 

قَادِرٌ عَلَىٰٓ أَن يَخلُقَ مِثلَهُم

ada kuasa (pula) menciptakan yang serupa dengan mereka,

Kalau langit dan bumi yang amat besar ini pun Allahﷻ boleh jadikan daripada tidak ada kepada ada, takkan Allahﷻ tidak boleh bangkitkan mereka semula sedangkan Allahﷻ yang menjadikan langit dan bumi? Kalau manusia dibandingkan dengan langit dan bumi, mana lagi susah untuk dijadikan? Tentu langit dan bumi lagi susah.

Mana lagi susah? Jadikan yang tidak ada kepada ada, atau hendak buat semula benda yang sudah pernah buat? Tentu hendak buat semula lebih mudah, bukan? Bayangkan kita sudah pernah memasak, tentu kalau hendak memasak kali kedua itu lebih mudah daripada ketika mula-mula belajar memasak, bukan?

Maka fikir-fikirkanlah. Bukannya Allah ﷻ buat benda yang baru, tetapi buat benda yang serupa sahaja dengan penciptaan dahulu. Itu semua mudah sahaja bagi Allah ﷻ.

أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّ اللهَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلَمْ يَعْيَ بِخَلْقِهِنَّ بِقَادِرٍ عَلَى أَنْ يُحْيِيَ الْمَوْتَى بَلَى إِنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Masihkah mereka ingkar dan tidak mahu memikir serta mengetahui bahawa sesungguhnya Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dengan tidak mengalami kesukaran dalam menciptakannya – berkuasa menghidupkan makhluk-makhluk yang telah mati? Sudah tentu berkuasa! Sesungguhnya Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(Ahqaf: 33)

Kalimah مِثلَهُم di sini boleh bermaksud Allahﷻ akan jadikan semula manusia itu seperti asal mereka semasa hidup di dunia dulu. Kalau dulu kacak maka kacak jugalah dia semasa dibangkitkan nanti, sama sahaja. Kehebatan Allahﷻ itu bukan setakat menjadikan mereka semula, tapi menjadikan mereka sama balik seperti semasa mereka hidup.

Daripada Abu Hurairah رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ, bahawa Nabi ﷺ bersabda:
لَيْسَ مِنَ الإِنْسَانِ شَيْءٌ إِلَّا يَبْلَى، إِلَّا عَظْمًا وَاحِدًا وَهُوَ عَجْبُ الذَّنَبِ، وَمِنْهُ يُرَكَّبُ الخَلْقُ يَوْمَ القِيَامَةِ
“Tidak ada pada manusia itu melainkan kesemuanya akan hancur melainkan satu tulang yang dinamakan ‘Ajb al-Zanab dan daripadanya itu akan dibangkitkan manusia pada hari Kiamat”.
(Riwayat al-Bukhari (4935))

Apabila kita mati nanti, seluruh tubuh kita akan hancur tetapi ada bahagian yang dinamakan ‘Ajb al-Zanab itu. Daripadanya kita akan dijadikan semula. Ia adalah tulang yang berada di hujung sulbi pada tulang tongkeng.

 

وَجَعَلَ لَهُم أَجَلًا

dan telah menetapkan waktu yang tertentu bagi mereka

Allahﷻ telah jadikan alam ini dan Allah ﷻ telah jadikan makhluk-makhluk lain di atas alam ini termasuklah manusia. Akan tetapi tidaklah alam ini akan kekal selama-lamanya. Allah ﷻ telah tetapkan ajal.

‘Ajal’ adalah jangka masa dari mula sampai habis. Alam ini ada mulanya dan ada akhirnya, begitu juga dengan manusia – ada masa dia hidup dan ada masanya dia akan mati. Jangka masa daripada dia mula hidup sampai dia mati itu adalah dinamakan ‘ajal’. Maka ada orang yang ajalnya 40 tahun dan ada yang 80 tahun dan sebagainya.

 

لَّا رَيبَ فِيهِ

tidak ada keraguan padanya

Alam ini juga ada ajalnya dan ia pasti akan terjadi, tidak ada keraguan padanya. Cuma bila masanya, tidak ada sesiapa pun yang tahu, melainkan Allah ﷻ sahaja.

 

فَأَبَى ٱلظَّـٰلِمُونَ إِلَّا كُفُورًا

Maka orang-orang zalim itu engkar, tidak menghendaki kecuali kekafiran.

Orang yang zalim itu أَبَى (ingkar untuk taat kepada autoriti yang di atas). Oleh kerana ingkar untuk taat kepada Allah ﷻ dan Rasulullah, maka ingkar mereka itu membawa kepada kekufuran. Kerana itu bukanlah ingkar yang biasa sahaja. Kalau ingkar kepada manusia sahaja, itu tidak menjadi hal. Akan tetapi kalau ingkar kepada Allah ﷻ dan Rasul, itu akan memasukkan seseorang itu ke dalam neraka.


 

Isra’ Ayat 100: Sekarang kita masuk ke ayat-ayat berkenaan tauhid. Dari ayat ini sehingga ke ayat 104 adalah Perenggan Makro ke 9. Allah ﷻ menjelaskan yang sikap orang kafir Quraish itu sama sahaja dengan sikap Firaun. Mereka menuduh Nabi-nabi telah terkena sihir. Mereka juga membenci dan menghalau kumpulan orang yang beriman keluar daripada kampung halaman. Serta mereka meminta mukjizat yang bukan-bukan.

قُل لَّو أَنتُم تَملِكُونَ خَزَآٮِٕنَ رَحمَةِ رَبِّىٓ إِذًا لَّأَمسَكتُم خَشيَةَ ٱلإِنفَاقِ‌ۚ وَكَانَ ٱلإِنسَـٰنُ قَتُورًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Say [to them], “If you possessed the depositories of the mercy of my Lord, then you would withhold out of fear of spending.” And ever has man been stingy.

(MELAYU)

Katakanlah: “Kalau seandainya kamu menguasai perbendaharaan-perbendaharaan rahmat Tuhanku, nescaya perbendaharaan itu kamu tahan, kerana takut membelanjakannya”. Dan adalah manusia itu sangat kikir.

 

قُل لَّو أَنتُم تَملِكُونَ خَزَآٮِٕنَ رَحمَةِ رَبِّىٓ

Katakanlah: “Kalau seandainya kamu menguasai perbendaharaan-perbendaharaan rahmat Tuhanku,

Allah ﷻ suruh beritahu kepada Musyrikin Mekah itu, kalaulah mereka memiliki khazanah daripada Allah ﷻ – maksudnya mereka miliki air, angin dan segalanya. Maknanya mereka boleh kawal segala harta dan rezeki itu dalam tangan mereka.

 

إِذًا لَّأَمسَكتُم خَشيَةَ ٱلإِنفَاقِ‌ۚ

nescaya perbendaharaan itu akan kamu tahan, kerana takut membelanjakannya”. 

Allah ﷻ kata, mesti mereka tidak akan mengeluarkannya sedikit pun untuk beri kepada orang lain kerana mereka itu kedekut. Dalam ayat yang lain disebutkan melalui firman-Nya:

أَمْ لَهُمْ نَصِيبٌ مِنَ الْمُلْكِ فَإِذًا لَا يُؤْتُونَ النَّاسَ نَقِيرًا
Ataukah ada bagi mereka bahagian daripada kerajaan (kekuasaan)? Kalau ada, mereka tidak akan memberikan sedikit pun (kebajikan) kepada manusia.
(Nisa: 53)

Ada mufassir yang mengaitkan ayat ini dengan ayat 90 & 91 sebelum ini:

وَقَالُواْ لَن نُّؤمِنَ لَكَ حَتَّىٰ تَفجُرَ لَنَا مِنَ ٱلأَرضِ يَنۢبُوعًا
Dan mereka berkata: “Kami sekali-kali tidak percaya kepadamu hingga kamu memancarkan mata air dan bumi untuk kami,

أَو تَكُونَ لَكَ جَنَّةٌ مِّن نَّخِيلٍ وَعِنَبٍ فَتُفَجِّرَ ٱلأَنهَـٰرَ خِلَـٰلَهَا تَفجِيرًا
atau kamu mempunyai sebuah kebun kurma dan anggur, lalu kamu alirkan sungai-sungai di celah kebun yang deras alirannya,

Maknanya pada mereka, kalau seorang Nabi itu benar Nabi, patutnya dia adalah perbendaharaan Allah ﷻ untuk digunakan kepada kebaikan masyarakat. Allah ﷻ hendak jelaskan, kalau manusia seperti mereka itu dapat perbendaharaan Allah ﷻ pun, mereka tidak akan gunakan untuk kebaikan. Mereka akan simpan tidak beri kepada orang lain pun. Memang sifat manusia begitu seperti disebut di dalam Nisa’: 128

وَأُحْضِرَتِ الْأَنفُسُ الشُّحَّ
sedang sifat bakhil kedekut (tidak suka memberi atau bertolak ansur) itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia.

Akan tetapi Allah ﷻ tidak begitu, Allah ﷻ Maha Pemurah. Dia memberi kepada sesiapa sahaja termasuklah yang ingkar kepada-Nya dan Rasul-Nya itu. Namun begitu Dia memberi mengikut kadarnya dan Dia sahaja yang tahu berapa kadar yang patut. Allah ﷻ berfirman di dalam Hijr: 21

وَإِن مِّن شَيءٍ إِلّا عِندَنا خَزآئِنُهُ وَما نُنَزِّلُهُ إِلّا بِقَدَرٍ مَّعلومٍ
Dan tidak ada sesuatu pun melainkan pada sisi Kami-lah khazanahnya; dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran yang tertentu.

Maka kita hendaklah belajar untuk memberi, jangan berpegang sangat dengan harta. Memang Allah ﷻ telah jadikan sifat bakhil itu sifat semulajadi manusia. Lihatlah kanak-kanak dengan permainan mereka. Takkan mereka bagi kepada anak orang lain begitu sahaja. Akan tetapi kita sebagai manusia janganlah terus sahaja dengan sifat semulajadi itu. Kita kena belajar mendidik diri kita menjadi pemurah. Kerana itu Allah ﷻ telah berfirman di dalam Hasyr: 9

وَمَن يوقَ شُحَّ نَفسِهِ فَأُولٰئِكَ هُمُ المُفلِحونَ
Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang orang yang beruntung

 

وَكَانَ ٱلإِنسَـٰنُ قَتُورًا

Dan adalah manusia itu sangat kikir.

Mereka akan tahan daripada infak kepada orang lain kerana hati kering dan bakhil daripada menolong orang lain. Kalimah قَتُورًا daripada katadasar ق ت ر yang bermaksud menjadi kedekut; hampir tidak cukup (rezeki); habuk; kesuraman; kegelapan; tertekan. Ia adalah nama lain bagi bakhil. Ia adalah sifat yang buruk kerana sesungguhnya kikir, terburu-buru, dan tidak sabar adalah watak pembawaan manusia, sebagaimana yang disebutkan di dalam firman-Nya:

إِنَّ الإِنْسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا * إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا * وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا * إِلا الْمُصَلِّينَ
Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh-kesah lagi kikir. Apabila dia ditimpa kesusahan, dia berkeluh kesah; dan apabila dia mendapat kebaikan, dia amat kikir, kecuali orang-orang yang mengerjakan solat.
(Ma’arij: 19-22)

Sesungguhnya manusia tidak pernah puas dengan apa yang dia sudah ada. Rasulullah ﷺ telah pernah bersabda di dalam hadith riwayat daripada Ibnu ‘Abbas رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا, dia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,

لَوْ أَنَّ لاِبْنِ آدَمَ وَادِيًا مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ أَنْ يَكُونَ لَهُ وَادِيَانِ ، وَلَنْ يَمْلأَ فَاهُ إِلاَّ التُّرَابُ ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ
“Seandainya seorang anak Adam memiliki satu lembah emas, tentu dia menginginkan dua lembah lainnya, dan sama sekali tidak akan memenuhi mulutnya (merasa puas) selain tanah (iaitu setelah mati) dan Allah menerima taubat orang-orang yang bertaubat.”
(Muttafaqun ‘alaih. Riwayat Bukhari no. 6439 dan Muslim no. 1048)

Sekian Ruku’ 11 daripada 12 ruku’ surah ini

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 6 Mei 2024

Ringkasan Surah Isra’


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafsir Jalalain

Tafsir Al-Azhar Prof. HAMKA

Maariful Qur’an

Ustaz Abdul Muien Ghulam Dakwah

Ustaz Solahudin

Tafsir Al-Mishbah (Dr. M. Quraish Shihab)

Tafsir Surah al-Isra’ Ayat 92 – 96 (Kenapa manusia menolak Rasul?)

Isra’ Ayat 92: Sambungan permintaan mereka. Kalau sebelum ini masih OK lagi permintaan mereka, tetapi sekarang mereka minta azab pula.

أَو تُسقِطَ ٱلسَّمَآءَ كَمَا زَعَمتَ عَلَينَا كِسَفًا أَو تَأتِىَ بِٱللَّهِ وَٱلمَلَـٰٓٮِٕڪَةِ قَبِيلاً

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Or you make the heaven fall upon us in fragments as you have claimed or you bring Allāh and the angels before [us]

(MELAYU)

atau kamu jatuhkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana kamu katakan atau kamu datangkan Allah dan malaikat-malaikat berhadapan muka dengan kami.

 

أَو تُسقِطَ ٱلسَّمَآءَ كَمَا زَعَمتَ عَلَينَا كِسَفًا

atau kamu jatuhkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana kamu katakan

Mereka cabar baginda untuk menjatuhkan kepingan-kepingan langit ke atas mereka. Biar dihempapkan atas kepala mereka, kalau betul ia ada. Akan tetapi mereka minta kepingan yang lembut kerana kalimah كِسَفًا digunakan. Rupanya mereka takut juga mati. Makna ayat ini sama dengan permintaan mereka yang disebutkan di dalam ayat lain melalui firman-Nya:

اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ هَذَا هُوَ الْحَقَّ مِنْ عِنْدِكَ فَأَمْطِرْ عَلَيْنَا حِجَارَةً مِنَ السَّمَاءِ أَوِ ائْتِنَا بِعَذَابٍ أَلِيمٍ
Dan (ingatlah), ketika mereka (orang-orang musyrik) berkata: “Ya Allah, jika betul (Al Qur’an) ini benar dari sisi Engkau, maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih”.
(Anfal: 32)

Malah perkataan كِسَفًا pernah digunakan di dalam ayat Saba’: 9 yang telah pernah diancamkan kepada mereka. Mereka mengejek minta Nabi ﷺ bawakanlah kalau benar ada.

إِن نَّشَأ نَخسِف بِهِمُ الأَرضَ أَو نُسقِط عَلَيهِم كِسَفًا مِّنَ السَّماءِ
Jika Kami menghendaki, nescaya Kami benamkan mereka di bumi atau Kami jatuhkan kepada mereka kepingan-kepingan dari langit.

Maknanya, mereka ejek Nabi Muhammad ﷺ untuk kenakan mereka dengan azab seperti yang diancam kepada mereka kerana mereka tidak percaya sebenarnya, sebab itu mereka berani berkata begitu. Kerana itu kalimah yang digunakan adalah زَعَمتَ daripada kalimah الزعم az-za’am iaitu ucapan, kepercayaan dan pendapat yang dinilai sebagai sesuatu yang mustahil atau bohong, walau oleh pengucapnya tidak dinilai demikian.

Ternyata permintaan mereka ini mengejek Nabi ﷺ sebenarnya. Hal yang sama juga pernah diminta oleh kaum Nabi Syu’aib عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ kepada nabi mereka, seperti yang disebut oleh Allah ﷻ daripada perkataan mereka melalui firman-Nya:

أَسْقِطْ عَلَيْنَا كِسَفًا مِنَ السَّمَاءِ إِنْ كُنْتَ مِنَ الصَّادِقِينَ
Maka jatuhkanlah atas kami gumpalan dari langit, jika kamu termasuk orang-orang yang benar.
(Syu’ara: 187)

Permintaan mereka ini sebenarnya meminta azab. Begitulah manusia meminta azab kerana kejahilan mereka. Ini seperti telah disebut di dalam ayat 11 surah ini.

وَيَدعُ الإِنسٰنُ بِالشَّرِّ دُعاءَهُ بِالخَيرِ ۖ وَكانَ الإِنسٰنُ عَجولًا
Dan manusia doa untuk kejahatan sebagaimana ia berdoa untuk kebaikan. Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa.

 

أَو تَأتِىَ بِٱللَّهِ وَٱلمَلَـٰٓٮِٕڪَةِ قَبِيلاً

atau kamu datangkan Allah dan malaikat-malaikat berhadapan muka dengan kami.

Atau baginda bawakanlah Allah ﷻ dan malaikat bertemu mereka bersua muka. Maknanya mereka mahu Allah ﷻ dan para malaikat yang disebut-sebut oleh Nabi Muhammad ﷺ itu benar-benar duduk di hadapan mereka supaya mereka boleh lihat. Ini amat kurang ajar sekali! Kurang ajar macam Bani Israil (surah ini tentang Bani Israil juga) seperti disebut permintaan mereka kepada Nabi Musa عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ di dalam Baqarah: 56

وَإِذ قُلتُم يَـٰمُوسَىٰ لَن نُّؤمِنَ لَكَ حَتّىٰ نَرَى اللهَ جَهرَةً فَأَخَذَتكُمُ ٱلصَّـٰعِقَةُ وَأَنتُم تَنظُرونَ
Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)”. Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.

Bahkan Nabi-nabi pun tidak berani meminta itu. Ya, Nabi Musa عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ pernah memohon Allah ﷻ memperlihatkan rupa-Nya kepada baginda. Akan tetapi setelah Allah ﷻ memperlihatkan ke puncak sebuah bukit sehingga bukit itu hancur-luluh, Nabi Musa  pun jatuh pengsan serta merta. Lalu baginda pun memohon ampun dan berjanji tidak akan lagi mengemukakan permohonan demikian, padahal itu adalah daripada rasa cinta dan rindu belaka. Kisah ini disebut di dalam A’raf: 143.

وَلَمّا جاءَ موسىٰ لِميقٰتِنا وَكَلَّمَهُ رَبُّهُ قالَ رَبِّ أَرِني أَنظُر إِلَيكَ ۚ قالَ لَن تَرىٰني وَلٰكِنِ انظُر إِلَى الجَبَلِ فَإِنِ استَقَرَّ مَكانَهُ فَسَوفَ تَرىٰني ۚ فَلَمّا تَجَلّىٰ رَبُّهُ لِلجَبَلِ جَعَلَهُ دَكًّا وَخَرَّ موسىٰ صَعِقًا ۚ فَلَمّا أَفاقَ قالَ سُبحٰنَكَ تُبتُ إِلَيكَ وَأَناْ أَوَّلُ المُؤمِنينَ
Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (Zat-Mu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihat-Mu”. Allah berfirman: “Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihat-Ku, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihat-Ku”, Setelah Tuhannya “Tajalla” (menzahirkan kebesaran-Nya) kepada gunung itu, (maka) “TajalliNya” menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: “Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepada-Mu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku)

Semua permintaan itu bukanlah kerana hendak beriman tetapi hanya kerana hendak membantah sahaja. Allah ﷻ sebut dalam ayat yang lain:

وَلَوْ أَنَّنَا نزلْنَا إِلَيْهِمُ الْمَلائِكَةَ وَكَلَّمَهُمُ الْمَوْتَى وَحَشَرْنَا عَلَيْهِمْ كُلَّ شَيْءٍ قُبُلا مَا كَانُوا لِيُؤْمِنُوا إِلا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَهُمْ يَجْهَلُونَ
Dan jika Kami turunkan malaikat pun kepada mereka, dan orang-orang yang mati (hidup semula lalu) berkata-kata dengan mereka, dan kami himpunkan pula tiap-tiap sesuatu di hadapan mereka (untuk menjadi saksi tentang kebenaran Nabi Muhammad), nescaya mereka tidak juga akan beriman, kecuali jika dikehendaki Allah; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenar).
(An’am: 111)


 

Isra’ Ayat 93: Dalam ayat sebelum ini telah disebut permintaan-permintaan Musyrikin Mekah yang karut kepada Rasulullah ﷺ. Dalam ayat ini disambung lagi. Sekarang diberi jawapan daripada Allah ﷻ tentang persoalan dan permintaan mereka itu.

أَو يَكُونَ لَكَ بَيتٌ مِّن زُخرُفٍ أَو تَرقَىٰ فِى ٱلسَّمَآءِ وَلَن نُّؤمِنَ لِرُقِيِّكَ حَتَّىٰ تُنَزِّلَ عَلَينَا كِتَـٰبًا نَّقرَؤُهُ ۥ‌ۗ قُل سُبحَانَ رَبِّى هَل كُنتُ إِلَّا بَشرًا رَّسُولاً

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Or you have a house of ornament [i.e., gold] or you ascend into the sky. And [even then], we will not believe in your ascension until you bring down to us a book we may read.” Say, “Exalted is my Lord! Was I ever but a human messenger?”

(MELAYU)

Atau kamu mempunyai sebuah rumah dari emas, atau kamu naik ke langit. Dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kenaikanmu itu hingga kamu turunkan atas kami sebuah kitab yang kami baca”. Katakanlah: “Maha Suci Tuhanku, bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi rasul?”

 

أَو يَكُونَ لَكَ بَيتٌ مِّن زُخرُفٍ

Atau kamu mempunyai sebuah rumah dari emas,

Mereka minta baginda tunjukkan yang baginda memiliki rumah yang diperbuat daripada emas. Kerana mereka kata, kalau jadi Nabi, tentulah rumah pun hebat juga. Mereka kata tentulah Allah ﷻ boleh bagi rumah hatta daripada emas sekalipun.

 

أَو تَرقىٰ فِي السَّماءِ

atau kamu naik ke langit.

Atau baginda boleh buktikan kerasulan baginda dengan dapat naik ke langit. Mereka mahu melihat baginda memang naik ke atas dengan mata mereka sendiri.

Waktu permintaan mereka itu, Nabi ﷺ belum isra’ mi’raj lagi. Beberapa masa kemudian, setelah orang-orang itu lupa akan permintaan mereka supaya Nabi Muhammad ﷺ naik ke langit, barulah Nabi Muhammad ﷺ dipanggil Tuhan dan betul-betullah baginda mi’raj ke langit.

 

وَلَن نُّؤمِنَ لِرُقِيِّكَ حَتَّىٰ تُنَزِّلَ عَلَينَا كِتَـٰبًا نَّقرَؤُهُ ۥ‌ۗ

Dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kenaikanmu itu hingga kamu turunkan atas kami sebuah kitab yang kami baca”.

Mereka kata walaupun baginda dapat naik ke langit, mereka tidak akan percaya sehinggalah baginda bawa turun bersama baginda satu kitab yang mereka boleh baca. Mesti bukan bacaan daripada ingatan, tetapi kitab yang mereka boleh lihat, pegang dan baca sendiri. Kerana selama ini baginda bawakan Al-Qur’an yang dihafal sahaja dan mereka tidak mahu begitu, mereka hendak yang boleh dipegang dan boleh dibaca.

Bermula ayat 86 sampai 88 Allah ﷻ mengajak orang yang cerdas fikiran agar memikirkan mu’jizat Al-Qur’an. Akan tetapi daripada ayat 89 sampai ayat 93 Allah ﷻ memperlihatkan manusia-manusia yang kurang cerdas fikiran. Dengan mengemukakan permintaan-permintaan mereka kepada Nabi ﷺ itu terbuktilah kebodohan mereka. Begitulah panjang Allah ﷻ senaraikan satu persatu permintaan karut mereka. Lalu bagaimana jawab permintaan mereka itu?

 

قُل سُبحَانَ رَبِّى هَل كُنتُ إِلَّا بَشرًا رَّسُولاً

Katakanlah: “Maha Suci Tuhanku, bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi rasul?”

Ini adalah jawapan yang Allah ﷻ ajar Nabi Muhammad ﷺ: Beritahu kepada mereka subhanallah, iaitu Allah ﷻ maha suci daripada fahaman mereka. Subhanallah adalah lafaz takjub dengan kebodohan dan kurang ajar mereka itu.

Subhanallah juga bermaksud Allah ﷻ lebih tinggi daripada apa sangkaan mereka terhadap-Nya dan kerana itu tidak layak bagi Allah untuk ﷻ menepati kehendak mereka.

Subhanallah juga bermaksud Allah ﷻ suci daripada tidak mampu memberikan apa sahaja yang mereka minta itu.

Allah ﷻ suruh baginda beritahu mereka yang baginda adalah manusia seperti mereka juga. Bezanya baginda telah dilantik menjadi Nabi dan Rasul dan diberikan dengan wahyu daripada Allah ﷻ. Maksudnya, Nabi Muhammad ﷺ tidak ada kuasa untuk mengadakan apa-apa sahaja yang mereka minta itu.

Baginda hanya manusia dan Rasul. Rasul pun tidak ada kuasa seperti sangkaan mereka itu. Baginda hanyalah manusia sahaja, bukan Tuhan, bukan superman. Tugas Rasul adalah untuk menyampaikan ilmu wahyu kepada umat, bukannya untuk menambah harta atau mahu tunjukkan kelebihan (mukjizat).

Tidaklah juga Rasulullah ﷺ berani untuk mengarahkan Allah ﷻ buat apa-apa sahaja. Kalau Allah ﷻ hendak buat, itu adalah kehendak Allah ﷻ dan Dia boleh buat. Kalau mahu arahkan Allah ﷻ buat apa-apa sahaja, itu memang bukan kerja Rasul.

Baginda hanya sampaikan kebenaran. Lebih daripada itu tidak. Nabi-nabi yang dahulu dan Nabi Muhammad ﷺ sekalipun, tidaklah berdaya apa-apa menciptakan suatu keganjilan. Nabi Isa عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ seketika menyembuhkan orang sakit kusta, bukanlah atas kehendaknya sendiri. Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ seketika tidak hangus kerana dibakar, bukanlah kerana kekebalan dirinya sendiri. Semuanya itu hanya berlaku dengan izin Tuhan.

Setelah adanya kemajuan penyelidikan manusia di zaman moden ini masih perlukah mukjizat? Sebenarnya tidak perlu lagi kerana kita sudah ada mukjizat Al-Qur’an yang kekal sampai ke kiamat. Mukjizat dahulu diberikan kepada manusia pun umat menolak juga. Mukjizat-mukjizat para Nabi lain kita tidak dapat lihat pun sekarang, tetapi mukjizat Al-Qur’an tetap kekal. Maka dengan mukjizat Al-Qur’an inilah yang menyebabkan ramai umat manusia beriman, walaupun berlalu masa yang sangat lama antara Nabi Muhammad ﷺ dan mereka. Entah berapa ramai yang masuk Islam kerana membaca Al-Qur’an. Rasulullah ﷺ telah bersabda,

عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ الْأَنْبِيَاءِ مِنْ نَبِيٍّ إِلَّا قَدْ أُعْطِيَ مِنْ الْآيَاتِ مَا مِثْلُهُ آمَنَ عَلَيْهِ الْبَشَرُ وَإِنَّمَا كَانَ الَّذِي أُوتِيتُ وَحْيًا أَوْحَى اللَّهُ إِلَيَّ فَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَكْثَرَهُمْ تَابِعًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Daripada [Abu Hurairah رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ] bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Tidaklah setiap Nabi melainkan dia pasti diberi tanda (sebagai bukti keNabian mereka) semisalnya, yang mana manusia beriman kepadanya. Sedangkan yang diberikan kepadaku hanyalah wahyu yang diturunkan oleh Allah. Oleh kerana itu, aku berharap menjadi Nabi yang paling banyak pengikutnya (dibandingkan dengan) mereka pada Hari Kiamat.”
(Sahih Bukhari (217))

Sekian Ruku’ 10 daripada 12 ruku’ surah ini


 

KENAPA TIDAK RASUL DARI MALAIKAT?

Isra’ Ayat 94: Ini adalah jawapan lagi kepada syikayah. Sebelum ini Allah ﷻ telah merungut tentang permintaan-permintaan mereka itu. Sekarang Allah ﷻ jawab tentang permintaan mereka itu.

وَمَا مَنَعَ ٱلنَّاسَ أَن يُؤمِنُوٓاْ إِذ جَآءَهُمُ ٱلهُدَىٰٓ إِلَّآ أَن قَالُوٓاْ أَبَعَثَ ٱللَّهُ بَشَرًا رَّسُولاً

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And what prevented the people from believing when guidance came to them except that they said, “Has Allāh sent a human messenger?”

(MELAYU)

Dan tidak ada sesuatu yang menghalangi manusia untuk beriman tatkala datang petunjuk kepadanya, kecuali perkataan mereka: “Adakah Allah mengutus seorang manusia menjadi rasul?”

 

وَمَا مَنَعَ ٱلنَّاسَ أَن يُؤمِنُوٓاْ إِذ جَآءَهُمُ ٱلهُدَىٰٓ

Dan tidak ada sesuatu yang menghalangi manusia untuk beriman tatkala datang petunjuk kepadanya,

Sekarang Allah ﷻ memberitahu apakah sebab utama kebanyakan manusia tidak dapat menerima hidayah yang sampai kepada mereka. Petunjuk yang baik telah sampai, disampaikan pula oleh manusia yang amat baik. Diberikan pula dengan hujah-hujah daripada Al-Qur’an yang mantap dan sempurna. Namun mereka tidak juga mahu terima. Kenapa?

Thahir Ibn ‘Asyur رَحِمَهُ اللَّهُ menghubungkan ayat ini dengan ayat sebelumnya dengan menyatakan bahawa setelah ayat-ayat lalu memaparkan keberatan-keberatan mereka mengakui adanya kerasulan, di sini disimpulkan sebab utama dari penolakan itu iaitu dugaan mereka bahawa mustahil Allah ﷻ mengutus kepada manusia seorang rasul yang juga manusia. Ayat ini menyatakan bahawa siapa yang kepercayaannya seperti itu mustahil akan percaya walau dihidangkan kepadanya semua bukti. Apa yang mereka ucapkan sebelum ini hanyalah dalih penolakan memeluk agama yang dibawa rasul, bahkan seandainya permintaan mereka dipenuhi, mereka akan berdalih lagi bahawa apa yang terjadi itu adalah sihir, atau yang semacam itu.

 

إِلَّآ أَن قَالُوٓاْ أَبَعَثَ ٱللَّهُ بَشَرًا رَّسُولاً

kecuali perkataan mereka: “Adakah Allah mengutus seorang manusia menjadi rasul?”

Tidaklah yang menghalang mereka daripada menerima hidayah itu melainkan kerana manusia yang sampaikan dakwah kepada mereka. Setelah diberikan dengan segala dalil dan hujah mereka tetap juga akan menolak kerana yang menyampaikan perkara itu kepada mereka adalah seorang manusia.

Hanya manusia sebagai mereka juga, bahkan tidak ada kelebihannya daripada mereka. Tidak sanggup menciptakan mata air di padang pasir, tidak sanggup menciptakan kebun dengan airnya yang mengalir deras, tidak sanggup menciptakan rumah tempat tinggalnya sendiri daripada emas, dan tidak pula sanggup menghadirkan Tuhan Allah ﷻ dan malaikat-malaikat di hadapan mereka, untuk mereka lihat bermuka-muka. Sebab itu mereka tidak mahu beriman. Hati sanubari mereka tidak terbuka untuk menerima kebenaran. Rasul itu bukan malaikat, mereka tidak mahu percaya.

Mereka kata dengan nada ingkar dan kurang ajar, kalau hendak sampaikan perkara yang besar-besar begitu, kenalah makhluk lain yang sampaikan seperti malaikat kah, bukannya manusia seperti mereka juga. Mereka sahaja yang memandai buat syarat sebegitu. Mereka itu hendak menolak sahaja sebenarnya. Ayat ini sama dengan apa yang disebutkan di dalam ayat lain melalui firman-Nya:

أَكَانَ لِلنَّاسِ عَجَبًا أَنْ أَوْحَيْنَا إِلَى رَجُلٍ مِنْهُمْ أَنْ أَنْذِرِ النَّاسَ وَبَشِّرِ الَّذِينَ آمَنُوا
Patutkah menjadi kehairanan bagi manusia bahawa Kami mewah¬yukan kepada seorang laki-laki di antara mereka, “Berilah peringatan kepada manusia dan gembirakanlah orang-orang yang beriman, bahawa mereka mempunyai kedudukan yang ting¬gi di sisi Tuhannya.”
(Yunus: 2)

Malah banyak lagi ayat-ayat lain tentang perkara ini. Ini adalah masalah utama yang dihadapi oleh manusia yang tidak dapat menerima ada orang yang mereka kena taati. Mereka ada masalah untuk taat kepada manusia yang lain yang di atas mereka. Mereka susah untuk menerima arahan kerana rasa diri besar sangat.

Untuk menerima hidayah memerlukan kerendahan hati. Kena sanggup terima yang Allah ﷻ telah mengangkat Rasul dalam kalangan manusia sendiri. Oleh kerana Allah ﷻ yang melantik mereka, maka kenalah manusia taat kepada para Rasul itu. Tidak ada hak kita untuk melawan para Rasul itu. Taat kepada Rasul itu bermaksud taat kepada Allah ﷻ juga.


 

Isra’ Ayat 95: Allah ﷻ jawab kenapa Dia lantik manusia sebagai Rasul, dan bukannya malaikat, seperti yang dihujah oleh Musyrikin Mekah itu.

قُل لَّو كَانَ فِى ٱلأَرضِ مَلَـٰٓٮِٕڪَةٌ يَمشُونَ مُطمَٮِٕنِّينَ لَنَزَّلنَا عَلَيهِم مِّنَ ٱلسَّمَآءِ مَلَڪًا رَّسُولاً

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Say, “If there were upon the earth angels walking securely,¹ We would have sent down to them from the heaven an angel [as a] messenger.”

  • i.e., who were settled and established there, as is man.

(MELAYU)

Katakanlah: “Kalau seandainya ada malaikat-malaikat yang berjalan-jalan sebagai penghuni di bumi, nescaya Kami turunkan dari langit kepada mereka seorang malaikat menjadi rasul”.

 

قُل لَّو كَانَ فِى ٱلأَرضِ مَلَـٰٓٮِٕڪَةٌ يَمشُونَ مُطمَٮِٕنِّينَ

Katakanlah: “Kalau seandainya ada malaikat-malaikat yang berjalan-jalan sebagai penghuni di bumi,

Allah ﷻ suruh beritahu manusia, kenapa manusia yang diangkat menjadi Rasul bagi manusia. Kerana Allah ﷻ akan beri makhluk yang sama jenis sebagai pendakwah. Ibn ‘Asyur رَحِمَهُ اللَّهُ mengatakan erti Allah ﷻ mengutus rasul kepada kaum daripada jenis mereka agar supaya dapat berinteraksi antara mereka, kerana kesamaan jenis merupakan salah satu hal pokok yang memudahkan interaksi. Kerana itu Allah ﷻ beritahu, bayangkan kalau dunia ini dihuni oleh para malaikat, dan mereka berjalan dengan tenang (maksudnya mereka menghuni dunia ini), maka yang mereka pun akan terima Rasul dalam kalangan malaikat bagi mereka.

Maksudnya para malaikat itu pun tidak boleh terbang ke langit, hanya boleh berjalan di mukabumi sahaja. Ini kerana kalau boleh terbang ke langit, pun tidak perlu ada Rasul dalam kalangan malaikat bagi mereka. Kerana kalimah مُطمَٮِٕنِّينَ bermaksud bermukim dan hidup berkesinambungan, iaitu di bumi.

Maka tidak perlulah diberi Rasul dalam kalangan malaikat kerana malaikat bukan duduk di bumi pun. Mereka turun ke bumi kalau ada kerja sahaja, sedangkan tempat mereka di langit. Dalilnya kita boleh lihat Qadr: 4

تَنَزَّلُ ٱلمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيْهَا بِاِذْنِ رَبِّهِمْۚ مِنْكُلِّ أَمرٍ
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

 

لَنَزَّلنَا عَلَيهِم مِّنَ ٱلسَّمَآءِ مَلَڪًا رَّسُولاً

nescaya Kami turunkan dari langit kepada mereka seorang malaikat menjadi rasul”.

Kalau dunia dihuni oleh malaikat, maka Allah ﷻ akan hantar malaikat dari langit sebagai Rasul kepada mereka. Kerana kalau yang tinggal di dunia itu adalah malaikat, Allah ﷻ akan hantar malaikat sebagai Rasul mereka; tetapi kerana yang tinggal di dunia sekarang adalah manusia, maka Allah ﷻ hantar manusialah sebagai Rasul. Ini nikmat yang Allah ﷻ berikan kepada manusia seperti disentuh di dalam banyak ayat antaranya Ali Imran: 164

لَقَد مَنَّ اللَّهُ عَلَى المُؤمِنينَ إِذ بَعَثَ فيهِم رَسولًا مِّن أَنفُسِهِم
Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (Rahmat-Nya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Dia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dalam kalangan mereka sendiri,

Bayangkan kalau Allah ﷻ menurunkan malaikat sebagai Rasul untuk mereka – tentulah mereka tidak boleh ikut kata-kata malaikat itu kerana tentu mereka akan kata yang mereka tidak akan dapat ikut Rasul Malaikat itu kerana malaikat lain dan mereka lain. Mereka pun akan tolak juga sekiranya malaikat yang menjadi Rasul. Ini kerana mereka akan kata malaikat tidak makan dan minum, tiada nafsu contohnya, sedangkan kita semua makan dan minum dan kerana itu kena cari rezeki untuk makan. Ia akan menjadi ketidaksamaan yang akan menyebabkan manusia ada alasan untuk menolak untuk mengikut Rasul itu.

Allah ﷻ jadikan Rasul dalam kalangan manusia yang boleh diambil contoh. Cara hidup para Nabi itu boleh dicapai kerana mereka pun manusia juga. Oleh kerana itu kita tidak boleh terlalu meninggikan kedudukan Rasulullah ﷺ sampai kita rasa yang kita tidak boleh menjadi seperti baginda. Allah ﷻ bangkitkan rasul dalam kalangan manusia supaya kita boleh ikut cara-cara baginda. Mereka itu adalah contoh, dan kalau contoh itu terlalu tinggi untuk diikuti, tentulah itu contoh yang tidak baik.

Begitu juga kita tidak boleh terlalu meninggikan kedudukan para sahabat sampai kita rasa kita tidak boleh jadi seperti mereka. Kita kena ingat yang mereka itu manusia biasa juga dan kejayaan yang mereka dapat adalah kerana usaha mereka. Mereka juga ada dugaan dan mereka juga ada masalah mereka sendiri, tetapi mereka dapat menghadapinya dan begitu juga kita.

Atau, kalau Allah ﷻ turunkan malaikat sebagai Rasul, mesti Allah ﷻ akan jadikan malaikat itu dalam bentuk manusia yang boleh dilihat. Kalau terus dalam bentuk malaikat, mereka tidak nampak pula. Namun kalau dalam bentuk manusia, mereka akan kata itu bukan malaikat pula. Ini disebut di dalam An’am: 9

وَلَو جَعَلنٰهُ مَلَكًا لَّجَعَلنٰهُ رَجُلًا وَلَلَبَسنا عَلَيهِم مّا يَلبِسونَ
Dan kalau (Rasul) itu Kami jadikan malaikat, tentulah Kami jadikan dia berupa seorang lelaki (supaya mereka dapat melihatnya), dan tentulah Kami (dengan yang demikian) menyebabkan mereka kesamaran sebagaimana mereka sengaja membuat-buat kesamaran (tentang kebenaran Nabi Muhammad).

Kerana itulah apabila Jibril عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ berjumpa Nabi ﷺ untuk menyampaikan wahyu, Jibril عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ datang dalam bentuk manusia. Malah pernah juga Jibril عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ datang bertemu Nabi ﷺ di hadapan para sahabat yang lain (rujuk hadith yang dinamakan Hadith Jibril).

Fakta menarik: ketiga-tiga ayat bermula 93-95 semuanya diakhiri dengan kalimah رَسُولاً. Tidak ada di tempat lain yang sebegini (tiga ayat berturutan diakhiri dengan kalimah رَسُولاً).


 

Isra’ Ayat 96: Jawab syikayah lagi. Kalau mereka tidak mahu terima juga baginda sebagai Rasul, apa yang patut baginda jawab kepada mereka? Ayat ini bererti pemutusan dialog antara Nabi ﷺ dan kaumnya. Yakni ayat ini memerintahkan Nabi ﷺ untuk menyampaikan bahawa bukti-bukti kebenaran telah dipaparkan kepada mereka dengan jelas, aneka dalih yang mereka utarakan telah dipatahkan, namun kerana mereka masih saja membangkang dan menolak untuk percaya, maka sekarang kembalikan sahaja kepada Allah ﷻ.

قُل ڪَفَىٰ بِٱللَّهِ شَہِيدَۢا بَينِى وَبَينَڪُم إِنَّهُ ۥ كَانَ بِعِبَادِهِۦ خَبِيرَۢا بَصِيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Say, “Sufficient is Allāh as Witness between me and you. Indeed He is ever, concerning His servants, Acquainted and Seeing.”

(MELAYU)

Katakanlah: “Cukuplah Allah menjadi saksi antara aku dan kamu sekalian. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya”.

 

قُل ڪَفَىٰ بِٱللَّهِ شَہِيدَۢا بَينِى وَبَينَڪُم

Katakanlah: “Cukuplah Allah menjadi saksi antara aku dan kamu sekalian.

Nabi ﷺ disuruh untuk memberitahu bahawa baginda telah menjalankan tugas baginda dan cukuplah Allah ﷻ sebagai saksi atas kerja-kerja yang baginda telah lakukan itu. Baginda tidak perlukan persetujuan mereka atau penerimaan mereka.

Kalau Allah ﷻ sudah terima baginda, itu sudah cukup. Kerana Allah ﷻ tahu apa yang baginda lakukan, dan kalau baginda kata perkara yang salah, tentulah Allah ﷻ sudah matikan baginda. Seperti yang disebutkan oleh Allah ﷻ dalam ayat lain melalui firman-Nya:

وَلَوْ تَقَوَّلَ عَلَيْنَا بَعْضَ الأقَاوِيلِ * لأخَذْنَا مِنْهُ بِالْيَمِينِ * ثُمَّ لَقَطَعْنَا مِنْهُ الْوَتِينَ
Seandainya dia (Muhammad) mengada-adakan sebahagian perkataan atas (nama) Kami, nescaya benar-benar Kami pegang dia pada tangan kanannya. Kemudian benar-benar Kami potong urat tali jantungnya.
(Haqqah: 44-46)

 

إِنَّهُ ۥ كَانَ بِعِبَادِهِۦ خَبِيرَۢا بَصِيرًا

Dia adalah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya”.

Allah ﷻ tahu segala-galanya tentang makhluk-Nya. Allah ﷻ tahu apa yang dalam hati manusia, atau tahu apa yang mereka lakukan. Maka apabila Nabi Muhammad ﷺ masih lagi hidup, terus menyampaikan dakwah kepada manusia, itu sebagai tanda yang apa yang baginda sampaikan itu adalah benar. Kerana kalau baginda salah, tentu baginda telah lama dimatikan kerana menipu atas nama Allah ﷻ.

Oleh kerana Allah ﷻ tahu segalanya yang dilakukan manusia, maka Dia layak untuk memberi balasan yang setimpal. Semua perbuatan manusia akan dibalas dan akan dipertanggungjawabkan. Apa yang terjadi di dunia ini hanya sebagai ujian sahaja. Yang lebih penting adalah di akhirat kelak di mana segala yang dilakukan oleh manusia akan dibicarakan dan akan dibalas dengan adil.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 6 Mei 2024

Ringkasan Surah Isra’


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafsir Jalalain

Tafsir Al-Azhar Prof. HAMKA

Maariful Qur’an

Tafsir Al-Mishbah (Dr. M. Quraish Shihab)

Ustaz Solahudin

Ustaz Abdul Muien Ghulam Dakwah

Tafsir Surah al-Isra’ Ayat 87 – 91 (Cabaran untuk buat Al-Qur’an)

Isra’ Ayat 87: Sambung kelebihan Al-Qur’an sebagai anugerah daripada Allah ‎ﷻ. Sebelum ini disebut yang Allah ﷻ boleh sahaja jika Dia mahu, menghilangkan Al-Qur’an. Maka sekarang adalah sebagai ayat penenang kepada Rasulullah ﷺ yang ia tidak akan berlaku kepada baginda.

إِلَّا رَحمَةً مِّن رَّبِّكَ‌ۚ إِنَّ فَضلَهُ ۥ كَانَ عَلَيكَ ڪَبِيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Except [We have left it with you] as a mercy from your Lord. Indeed, His favor upon you has ever been great.

(MELAYU)

kecuali kerana rahmat dari Tuhanmu. Sesungguhnya kurnia-Nya atasmu adalah besar.

 

إِلَّا رَحمَةً مِّن رَّبِّكَ‌ۚ

kecuali kerana rahmat daripada Tuhanmu.

Nabi Muhammad ﷺ dapat mengingati keseluruhan Al-Qur’an dan ia tetap berada di dalam hati baginda adalah kerana rahmat daripada Allah ﷻ. Allah ﷻ kekalkan Al-Qur’an ini dalam hati baginda sebagai rahmat daripada Allah ﷻ. Melalui itu juga kita mendapat rahmat itu kerana Al-Qur’an telah sampai kepada kita sekarang, dapatlah kita belajar Al-Qur’an ini. Inilah sahaja harapan yang kita ada. Di masa hadapan, kita belum tahu lagi. Maka kitalah kena teruskan usaha untuk memberi pengajaran tentang Al-Qur’an kepada manusia.

Berkata Az-Zamakhsyari رَحِمَهُ اللَّهُ di dalam Tafsirnya: “Ini adalah satu kurnia daripada Allah ﷻ dan pengharapan yang Al-Quran akan tetap terpelihara, sesudah kurnia pertama dengan turunnya dan terjaganya. Maka menjadi kewajipanlah ke atas orang-orang yang berilmu supaya jangan dia lengah dalam mengingati kurnia-kurnia Allah ﷻ ini dan selalulah hendaknya dia mensyukuri kedua kurnia itu.

Iaitu kurnia pertama kerana Al-Quran dapat dipelihara terus sebagai ilmu dan mantap dalam dada, kedua ia pun tidak hilang dan terpelihara terus-menerus. Itulah sebabnya maka Tuhan berkata di hujung ayat bahawa kurnia-Nya kepada engkau adalah amat besar; kurnia kerana dia diwahyukan dan Tuhan mengajarnya dan dia termasuk orang yang dipilih buat menerima risalah.”

 

إِنَّ فَضلَهُ ۥ كَانَ عَلَيكَ ڪَبِيرًا

Sesungguhnya kurnia-Nya atasmu adalah besar.

Sesungguhnya memang pemberian Allah ﷻ terhadap baginda adalah besar. Yang dimaksudkan di dalam ayat ini adalah Al-Qur’an kerana Al-Qur’an itu adalah sesuatu yang amat besar rahmatnya. Selain itu memang banyak lagi rahmat Allah ﷻ kepada baginda, antara lain kedudukan yang tinggi dan terpuji yang disebut sebelum ini.

Kurnia Allah ﷻ kepada Nabi Muhammad ﷺ sangatlah besarnya. Dalam hanya seperempat abad saja, seluruh Tanah Arab telah dapat dialirkan oleh ajarannya dan dalam setengah abad telah meliputi Timur dan Barat, dan ajaran itu kian lama kian tersebar di muka bumi ini. Rasulullah ﷺ pernah menyebut akan ada sahaja umatnya (walaupun sedikit) yang akan berada di atas kebenaran.

عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ قُرَّةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي مَنْصُورِينَ لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَذَلَهُمْ حَتَّى تَقُومَ السَّاعَةُ
Daripada [Mu’awiyah bin Qurrah رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ] daripada [Bapanya] dia berkata; Rasulullah ﷺ bersabda: ”Akan senantiasa ada sekelompok daripada umatku mendapat pertolongan. Orang-orang yang menghinakannya tidak akan membahayakan mereka hingga terjadi hari kiamat.”
(Sahih Bukhari (6))

Dalam ayat-ayat sebelum ini telah disebut bagaimana Musyrikin Mekah mahu Nabi Muhammad ﷺ mengubah Al-Qur’an itu dan berkompromi dengan mereka, tetapi Allah ﷻ memberitahu dalam ayat ini yang Al-Qur’an itu sendiri adalah rahmat pemberian kepada manusia lalu kenapa mahu ditukar? Kenapa perlu menukar benda yang baik pula? Itu memang tidak patut sekali. Kenapa minta mukjizat yang bermacam-macam lagi sedangkan Al-Qur’an inilah mukjizat terbesar bagi manusia?


 

CABARAN DARI AL-QUR’AN

Isra’ Ayat 88: Al-Qur’an bukan rekaan manusia, bukan Nabi Muhammad ﷺ yang buat sendiri. Mereka yang hendak menguji-nguji benarkah Rasulullah ﷺ itu seorang Nabi dengan bertanya berbagai soalan, kenapa mereka tidak lihat dan kaji Al-Qur’an? Adakah manusia seperti Nabi Muhammad ﷺ boleh buat Al-Qur’an?

Sebelum ini telah disebut tentang Roh. Al-Qur’an bukanlah sekadar lafaz-lafaz atau kata yang boleh manusia menirunya, tetapi ia adalah salah satu yang bersumber daripada Allah ﷻ yang berada di luar kemampuan makhluk membuatnya. Ia seperti roh yang merupakan urusan Allah ﷻ yang tidak diketahui oleh makhluk rahsianya yang menyeluruh dan sempurna, walau mereka mengetahui sifat-sifat, ciri dan kesan-kesannya.

قُل لَّٮِٕنِ ٱجتَمَعَتِ ٱلإِنسُ وَٱلجِنُّ عَلَىٰٓ أَن يَأتُواْ بِمِثلِ هَـٰذَا ٱلقُرءَانِ لَا يَأتُونَ بِمِثلِهِۦ وَلَو كَانَ بَعضُہُم لِبَعضٍ ظَهِيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Say, “If mankind and the jinn gathered in order to produce the like of this Qur’ān, they could not produce the like of it, even if they were to each other assistants.”

(MELAYU)

Katakanlah: “Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Al-Qur’an ini, nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, sekali pun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain”.

 

قُل لَّٮِٕنِ ٱجتَمَعَتِ ٱلإِنسُ وَٱلجِنُّ عَلَىٰٓ أَن يَأتُواْ بِمِثلِ هَـٰذَا ٱلقُرءَانِ

Katakanlah: “Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Al Qur’an ini,

Sebelum ini golongan Musyrikin meminta Rasulullah ﷺmenukar Al-Qur’an dengan bacaan yang lain. Manakala dalam ayat ini Allah ﷻ memberitahu yang jika manusia dan jin bersatu pun untuk menukar Al-Qur’an itu, atau menjadikan Al-Qur’an yang lain, tentu tidak akan berjaya. Memang jin dan manusia tidak bekerjasama dalam keadaan biasa. Namun bagaimana kalau manusia dibantu oleh jin?

Di dalam ayat ini digunakan kalimah الْإِنسِ untuk merujuk kepada manusia. Kalimah الْإِنسِ merujuk kepada manusia secara keseluruhan. Akan tetapi kalau perasan, bukan الْإِنسِ sahaja yang digunakan untuk merujuk kepada manusia. Kalau kalimah الْإِنسِ yang digunakan, Al-Qur’an hendak merujuk kepada perbincangan aspek sosial manusia. Kalau kalimah بَني ءآدَمَ yang digunakan, seperti di dalam A’raf: 172, perbincangan adalah berkenaan aspek sejarah.

وَإِذ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَني ءآدَمَ مِن ظُهورِهِم ذُرِّيَّتَهُم
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) daripada (tulang) belakang mereka,

Jikalau kalimah yang digunakan adalah بَشَرٌ seperti di dalam Ali Imran: 47, kandungan perbincangan adalah mengenai aspek semulajadi dan fizikal manusia.

قالَت رَبِّ أَنّىٰ يَكونُ لي وَلَدٌ وَلَم يَمسَسني بَشَرٌ
Maryam berkata:” Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun?”

Sekali lagi kalimah ٱلقُرءَانِ disebut di dalam surah ini. Di dalam surah ini 10 kali kalimah ٱلقُرءَانِ disebut.

1. Pertamanya di dalam ayat ke 9 iaitu Allah ﷻ memberitahu yang ٱلقُرءَانِ ini menunjuk kepada jalan yang lebih lurus.

2. Kemudian Allah ﷻ menyebut ٱلقُرءَانِ di dalam ayat 41 dengan menyebut ia menggunakan kaedah تصريف supaya manusia senang memahami ajaran yang disampaikan.

3. Di dalam ayat 45 kita diberitahu lagi satu maklumat tentang ٱلقُرءَانِ. Ia menjadi pembimbing kepada orang yang percaya adanya akhirat, akan tetapi kepada orang yang tidak percaya akhirat, ia akan menjadi dinding yang menghalang.

4. Di dalam ayat 46 kita diberitahu yang orang musyrik melarikan diri apabila Al-Qur’an hanya menyebut Allah ﷻ sahaja Tuhan yang Esa.

5. Di dalam ayat 60 disebut satu ancaman di dalam neraka iaitu Zaqqum tetapi Musyrikin Mekah memperolok-olokkannya. Maknanya mereka memperolok dan mengejek Al-Qur’an.

6. Di dalam ayat 78 kita diberitahu yang para malaikat hadir untuk mendengar bacaan Al-Qur’an di waktu Solat Subuh.

7. Di dalam ayat 82 kita diberitahu yang Al-Qur’an ibarat serampang dua mata. Sebagaimana ia menjadi penawar dan rahmat kepada orang-orang mukmin, ia juga menjadi sebab kepada orang-orang yang zalim bertambah rugi.

8. Di dalam ayat ini Al-Qur’an mencabar sekalian manusia dan jin untuk saling bekerjasama menulis kalam seperti Al-Qur’an. Nescaya mereka tidak akan mampu melakukannya.

Di dalam ayat ini disebut insan dahulu sebelum sebut jin. Kalau dalam ayat yang lain, ada disebut jin dahulu. Susunan di dalam Al-Qur’an bukanlah susunan semberono akan tetapi ada sebabnya. Di sini disebut insan dahulu kerana manusialah yang lebih mampu untuk mencipta Al-Qur’an kalau dibandingkan dengan jin. Jin tidaklah pandai sangat, sebab itu tidak ada Rasul dalam kalangan mereka. Sedangkan kalau kemampuan itu lebih kuat pada jin, maka disebut jin dahulu seperti di dalam Rahman: 33

يٰمَعشَرَ الجِنِّ وَالإِنسِ إِنِ استَطَعتُم أَن تَنفُذوا مِن أَقطارِ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ فَانفُذوا ۚ لا تَنفُذونَ إِلّا بِسُلطٰنٍ
Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri daripada kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!

 

لَا يَأتُونَ بِمِثلِهِ

nescaya mereka tidak akan dapat membuat yang serupa dengannya, 

Sekiranya manusia dibantu oleh jin pun, mereka tidak akan dapat menjadikan sesuatu yang sama dengan Al-Qur’an ini. Memang tidak mampu walaupun seluruh manusia berkumpul dengan seluruh jin. Orang-orang Quraisy terkenal fasih berkata-kata, halus perucapan mereka. Namun mereka tidak akan sanggup menyusun kata seperti wahyu yang diturun- kan Allah ﷻ kepada Muhammad ﷺ ini.

Mereka tidak akan mampu untuk membuat satu bacaan yang sama hebat dengan Al-Qur’an. Kalau mahu cuba memang boleh, tetapi tidak akan sama untuk mencapai kehebatan Al-Qur’an. Al-Qur’an itu indah bunyinya, dan mengandungi pengajaran yang hebat. Kalau setakat inginkan indah bunyi, boleh (macam buat puisi); dan kalau mahu buat pengajaran pun boleh (macam penulisan yang lain). Namun kalau mahu mendapatkan indah bersama dengan pengajaran, maka itu memang tidak boleh.

Beberapa orang telah mencuba, di antaranya Bahaullah orang Iran dan Miza Gulam Ahmad orang India. Mereka membikin wahyu untuk menandingi Al-Qur’an, namun semua orang yang mengenal Balaghah Al-Qur’an akan tertawa membaca “wahyu-wahyu” manusia-manusia lemah dan bodoh itu.

 

وَلَو كانَ بَعضُهُم لِبَعضٍ ظَهيرًا

sekali pun sebahagian mereka menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain”.

Walaupun manusia dan jin itu tolong menolong sesama sendiri, mereka tidak akan mampu menjadikan Al-Qur’an yang lain. Kalimah ظَهيرًا bermaksud belakang badan kita. Kita selalu kata, seseorang itu adalah ‘tulang belakang’ seseorang jikalau orang itu yang menjadi penolong yang kuat.

Allah ﷻ hendak memberitahu yang kalaulah jenis manusia yang paling bijak dan jenis jin yang paling bijak pun, gabungan itu tidak akan dapat menjadikan satu jenis bacaan yang setanding Al-Qur’an. Tidak mungkin sampai bila-bila. Ayat ini adalah jawapan bagi dakwaan mereka dalam Anfal: 31

وَإِذا تُتلىٰ عَلَيهِم آياتُنا قالوا قَد سَمِعنا لَو نَشاءُ لَقُلنا مِثلَ هٰذا ۙ إِن هٰذا إِلّا أَساطيرُ الأَوَّلينَ
Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami, mereka berkata: “Sesungguhnya kami telah mendengar (ayat-ayat yang seperti ini), kalau kami menghendaki nescaya kami dapat membacakan yang seperti ini, (Al Quran) ini tidak lain hanyalah dongeng-dongengan orang-orang purbakala”.

Oleh itu ternyata Al-Qur’an yang begini punya hebat, kenapa tidak beriman lagi? Jikalau manusia dan jin sekali bergabung tenaga pun tidak akan dapat membuat setanding Al-Qur’an, maka kenalah terima yang Al-Qur’an ini adalah daripada Allah ﷻ. Kenapa hendak menyoal baginda dengan berbagai-bagai soalan untuk menguji sama ada baginda benar-benar seorang Nabi atau tidak? Sedangkan kamu sudah diberikan dengan Al-Qur’an ini? Nah cubalah kamu buat satu Al-Qur’an lagi? Tentu tidak boleh, bukan? Kalau tidak boleh, Allah ﷻ turunkan cabaran untuk buat 10 sahaja surah seperti disebut di dalam Hud: 13

أَم يَقولونَ افتَرىٰهُ ۖ قُل فَأتوا بِعَشرِ سُوَرٍ مِّثلِهِ مُفتَرَيٰتٍ وَادعوا مَنِ استَطَعتُم مِّن دونِ اللَّهِ إِن كُنتُم صٰدِقينَ
Bukan itu sahaja kata-kata mereka bahkan mereka menuduh dengan mengatakan: “Dia (Muhammad) yang mereka-reka Al-Qur’an itu! “katakanlah (wahai Muhammad): “(Jika demikian tuduhan kamu), maka cubalah buat serta datangkan sepuluh surah rekaan yang sebanding dengan Al-Qur’an itu, dan panggillah siapa sahaja yang kamu sanggup memanggilnya, yang lain daripada Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar”.

Mereka tidak akan boleh hendak membawakan sepuluh surah sepertinya. Jangan kata sepuluh surah, satu surah pun tidak mampu kerana ayat-ayat dalam Al-Qur’an itu bukanlah daripada percakapan manusia sepertimana Allah ﷻ itu tidak sama dengan makhluk. Maka Allah ﷻ telah meringankan cabaran itu seperti disebut dalam Baqarah: 23

وَإِن كُنتُم في رَيبٍ مِّمّا نَزَّلنا عَلىٰ عَبدِنا فَأتوا بِسورَةٍ مِّن مِّثلِهِ وَادعوا شُهَداءَكُم مِّن دونِ اللهِ إِن كُنتُم صٰدِقينَ
Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Qur’an) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Qur’an itu, dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain daripada Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.

Juga disebut cabaran ini sekali lagi di dalam Yunus: 38

أَم يَقولونَ افتَرىٰهُ ۖ قُل فَأتوا بِسورَةٍ مِّثلِهِ وَادعوا مَنِ استَطَعتُم مِّن دونِ اللَّهِ إِن كُنتُم صٰدِقينَ
(Orang-orang kafir tidak mengakui hakikat yang demikian itu) bahkan mereka mengatakan: “Dia lah (Muhammad) yang mengada-adakan Al-Qur’an menurut rekaannya”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Kalau demikian, datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Qur’an itu, dan panggillah siapa sahaja yang kamu dapat memanggilnya, yang selain Allah (untuk membantu kamu), jika betul kamu orang-orang yang benar!”.


 

PERMINTAAN YANG TIDAK BAIK

Isra’ Ayat 89: Ayat zajrun (teguran) dan syikayah (rungutan daripada Allah ﷻ). Allah ﷻtelah beri berbagai hujah dalam Al-Qur’an, namun masih ada lagi yang membantahnya.

وَلَقَد صَرَّفنَا لِلنَّاسِ فِى هَـٰذَا ٱلقُرءَانِ مِن كُلِّ مَثَلٍ فَأَبَىٰٓ أَكثَرُ ٱلنَّاسِ إِلَّا ڪُفُورًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We have certainly diversified for the people in this Qur’ān from every [kind of] example, but most of the people refused except disbelief.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulang kepada manusia dalam Al-Qur’an ini tiap-tiap macam perumpamaan, tapi kebanyakan manusia tidak menyukai kecuali mengingkari(nya).

 

وَلَقَد صَرَّفنَا لِلنَّاسِ فِى هَـٰذَا ٱلقُرءَانِ مِن كُلِّ مَثَلٍ

Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulang kepada manusia dalam Al Qur’an ini tiap-tiap macam perumpamaan,

Allah ﷻ telah memberikan berbagai-bagai cara penerangan kepada manusia supaya manusia boleh faham apa yang hendak disampaikan di dalam Al-Qur’an ini. Allah ﷻ lakukan begitu untuk memberi kefahaman. Allah ﷻ mengulang-ngulang perkara yang sama iaitu tentang akidah dengan bahasa yang indah.

Allah ﷻ juga telah memberikan berbagai-bagai perumpamaan dan analogi kerana dengan cara itu manusia boleh faham. Kaedah ini telah disebut sebelum ini di dalam ayat 41. Kaedah ini dinamakan تصريف. Allah ﷻ ulang sekali lagi di sini.

وَلَقَد صَرَّفنَا فِى هَـٰذَا ٱلقُرءَانِ لِيَذَّكَّرُواْ وَمَا يَزِيدُهُم إِلَّا نُفُورًا
Dan sesungguhnya dalam Al Qur’an ini Kami telah ulang-ulangi (peringatan-peringatan), agar mereka selalu ingat. Dan ulangan peringatan itu tidak lain hanyalah menambah mereka lari (daripada kebenaran).

Cuma di dalam ayat 89 ini ada penambahan مِن كُلِّ مَثَلٍ. Agaknya penambahan ini kerana ayat ini dikemukakan dalam konteks tentangan dan cabaran. Allah ﷻ hendak tekankan, semakin beraneka ragam kandungan sesuatu huraian, semakin sulit ia ditiru, kerana seseorang boleh jadi mampu menampilkan secara baik satu sisi huraian, tetapi ia tidak mampu pada lainnya. Demikian pendapat Thahir Ibn ‘Asyur رَحِمَهُ اللَّهُ.

Kadang-kadang kalau kita hendak beri manusia lain faham tentang apa yang kita sampaikan, kita akan menjelaskan perkara itu dari berbagai sudut. Kerana pemahaman manusia tidak sama, ada yang faham begini dan ada yang faham begitu. Maka Allah ﷻ ubah-ubah cara penyampaian di dalam Al-Qur’an ini supaya dapat merangkumi segala jenis orang.

Sekali lagi kalimah ٱلقُرءَانِ disebut di dalam surah ini. Di dalam surah ini 10 kali kalimah ٱلقُرءَانِ disebut.

1. Pertamanya di dalam ayat ke 9 iaitu Allah ﷻ memberitahu yang ٱلقُرءَانِ ini menunjuk kepada jalan yang lebih lurus.

2. Kemudian Allah ﷻ menyebut ٱلقُرءَانِ di dalam ayat 41 dengan menyebut ia menggunakan kaedah تصريف supaya manusia senang memahami ajaran yang disampaikan.

3. Di dalam ayat 45 kita diberitahu lagi satu maklumat tentang ٱلقُرءَانِ. Ia menjadi pembimbing kepada orang yang percaya adanya akhirat, akan tetapi kepada orang yang tidak percaya akhirat, ia akan menjadi dinding yang menghalang.

4. Di dalam ayat 46 kita diberitahu yang orang musyrik melarikan diri apabila Al-Qur’an hanya menyebut Allah ﷻ sahaja Tuhan yang Esa.

5. Di dalam ayat 60 disebut satu ancaman di dalam neraka iaitu Zaqqum tetapi Musyrikin Mekah memperolok-olokkannya. Maknanya mereka memperolok dan mengejek Al-Qur’an.

6. Di dalam ayat 78 kita diberitahu yang para malaikat hadir untuk mendengar bacaan Al-Qur’an di waktu Solat Subuh.

7. Di dalam ayat 82 kita diberitahu yang Al-Qur’an ibarat serampang dua mata. Sebagaimana ia menjadi penawar dan rahmat kepada orang-orang mukmin, ia juga menjadi sebab kepada orang-orang yang zalim bertambah rugi.
8. Di dalam ayat 88 sebelum ini, Al-Qur’an mencabar sekalian manusia dan jin untuk saling bekerjasama menulis kalam seperti Al-Qur’an. Nescaya mereka tidak akan mampu melakukannya.

9. Menggunakan kaedah تصريف, Al-Qur’an telah mengemukakan banyak sekali hakikat dengan penuh kebijaksanaan untuk untuk menyempurnakan hujah terhadap manusia. Maksud تصريف ialah menggunakan pelbagai gaya bahasa dan ragam bahasa dalam mengemukakan sesuatu perkara, walaupun begitu kebanyakan manusia tetap dengan pendirian mereka menolaknya.

 

فَأَبَىٰٓ أَكثَرُ ٱلنَّاسِ إِلَّا ڪُفُورًا

tapi kebanyakan manusia tidak menyukai kecuali mengingkari(nya).

Akan tetapi kebanyakan manusia tetap juga menolak kebenaran. Walaupun telah disampaikan kepada mereka dengan berbagai cara namun mereka tetap juga menolak kerana mereka itu jenis manusia degil. Memang banyak kali Allah ﷻ sebut ramai yang menolak kebenaran. Maka jangan hairanlah bila ramai menolak dakwah wahyu dan dakwah Sunnah. Kadangkala orang Sunnah pelik ramai orang menolak kebenaran. Lah hendak hairan kenapa? Memang Allah ﷻ sebut ramai yang akan menolak pun.

Ertinya, berbagai macamlah Tuhan membuat perumpamaan dan perbandingan di dalam Al-Quran untuk manusia ini. Ada ayat-ayat atau tanda-tanda untuk mengisyaratkan kebesaran dan kekuasaan Allah ﷻ dan bahawa Dia Maha Kuasa sendiri-Nya tidak bersekutu dengan yang lain. Kadang-kadang dengan ibarat dan perumpamaan. Kadang-kadang dengan rayuan dan pujukan. Kadang-kadang dengan ancaman azab dan seksa. Kadang-kadang dengan perintah dan larangan, kadang-kadang kisah-kisah orang yang terdahulu, betapa celaka orang yang menolak kebenaran, bagaimana bahagia orang yang mematuhi perintah Tuhan. Kadang-kadang dengan menjelaskan betapa hebat dahsyatnya hari kemudian atau hari kiamat; yang di sana disediakan syurga siapa yang patuh dan neraka bagi barangsiapa yang tidak mempedulikan.


 

Isra’ Ayat 90: Ayat Syikayah. Ia adalah rungutan Allah ﷻ terhadap perangai Musyrikin Mekah. Mereka tidak mahu percaya malah meminta macam-macam tanda. Masih lagi mereka hendak lihat bukti yang boleh dirasa oleh pancaindera mereka. Padahal telah disebut-sebut tentang kelebihan Al-Qur’an yang kedudukannya lebih hebat lagi daripada mukjizat-mukjizat yang mereka minta itu. Allah ﷻ merungut dengan mengulang kembali apa kata mereka. Ada 6 permintaan mereka semua sekali.

وَقَالُواْ لَن نُّؤمِنَ لَكَ حَتَّىٰ تَفجُرَ لَنَا مِنَ ٱلأَرضِ يَنۢبُوعًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they say, “We will not believe you until you break open for us from the ground a spring

(MELAYU)

Dan mereka berkata: “Kami sekali-kali tidak percaya kepadamu hingga kamu memancarkan mata air dan bumi untuk kami,

 

Allah ﷻ menceritakan bagaimana teruknya kata-kata Musyrikin Mekah. Mereka kata mereka tetap tidak akan beriman dengan Rasulullah ﷺ kecualilah baginda boleh mengeluarkan mata air yang terpancar dari bumi Mekah. Ia kenalah yang memancut deras kerana kalimah yang digunakan adalah يَنۢبُوعًا daripada katadasar ن ب ع yang bermaksud untuk musim bunga terpancut keluar; mengalir keluar; muncul; musim bunga; air pancut. يَنۢبُوعًا pula di dalam bentuk hiperbola yang bermaksud bersangatan, maka mereka minta pancutan air yang deras.

Ini bukan jenis mata air yang biasa tetapi mata air yang mengejutkan kerana keluar dari padang pasir yang panas. Mereka mahukan mata air yang mengeluarkan air dengan banyak. Biar terkenal bumi Mekah itu selepas ada Nabi. Serupa dengan negeri-negeri Mesir dengan Nilnya, Iraq dengan Dajlah dan Furatnya, Damaskus dengan Baradahnya, Palestina dengan sungai Jordanianya.


 

Isra’ Ayat 91: Apa lagi yang mereka minta?

أَو تَكُونَ لَكَ جَنَّةٌ مِّن نَّخِيلٍ وَعِنَبٍ فَتُفَجِّرَ ٱلأَنهَـٰرَ خِلَـٰلَهَا تَفجِيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Or [until] you have a garden of palm trees and grapes and make rivers gush forth within them in force [and abundance]

(MELAYU)

atau kamu mempunyai sebuah kebun kurma dan anggur, lalu kamu alirkan sungai-sungai di celah kebun yang deras alirannya,

 

أَو تَكُونَ لَكَ جَنَّةٌ مِّن نَّخِيلٍ وَعِنَبٍ

atau kamu mempunyai sebuah kebun kurma dan anggur, 

Mereka mempersoalkan kenapa baginda tidak ada kebun tamar dan anggur. Maknanya mereka mengejek juga Nabi ﷺ dengan permintaan mereka itu. Mereka sekarang minta kebun kurma dan anggur pula. Kalau baginda kaya dengan kebun kurma dan anggur barulah mereka hendak percaya kepada baginda. Kerana mereka hanya memandang kedudukan keduniaan sahaja. Ada kebun kurma sudah kaya, tetapi kalau ada kebun anggur, itu memang kaya raya sangat. Orang yang kaya dan berpengaruh, baru mereka hendak ikut.

Kalimah yang digunakan adalah لَكَ yang bermaksud Nabi ﷺ mempunyai kebun-kebun itu milik sendiri, bukan berkongsi dengan orang lain. Ibn ‘Asyur رَحِمَهُ اللَّهُ berpendapat bahawa sebenarnya penyebutan kebun kurma dan anggur bukan inti permintaan mereka. Itu disebut permintaan untuk memancarkan mata air di daerah tanah yang tandus, sehingga seakan-akan mereka berkata: Adakanlah mata air yang memancar airnya sehingga dapat mengairi kebun-kebun semua orang, atau paling tidak mata air itu mengairi satu kebun saja, iaitu kebun yang khusus milikmu dan mengairi kebunmu itu saja. Tidak perlu mengairi kebun-kebun kami pun tidak mengapalah.

 

فَتُفَجِّرَ ٱلأَنهَـٰرَ خِلَـٰلَهَا تَفجِيرًا

lalu kamu alirkan sungai-sungai di celah kebun yang deras alirannya,

Mereka mahu apabila sudah ada kebur tamar dan anggur itu, buktikanlah yang baginda itu memang seorang Nabi dengan mengeluarkan sungai di antara kebun kurma dan anggurnya itu. Sekarang mereka minta alirkan sungai pula di tengah padang pasir itu.

Hal tersebut amatlah mudah bagi Allah ﷻ. Jika Dia menghendaki, nescaya Dia dapat mem-buatnya dan dapat memenuhi segala sesuatu yang mereka minta dan mereka tuntut kepada Nabi ﷺ untuk mengadakannya. Namun Allah ﷻ mengetahui bahawa mereka tetap tidak akan beroleh petunjuk, seperti yang disebutkan di dalam ayat lain melalui firman-Nya:

إِنَّ الَّذِينَ حَقَّتْ عَلَيْهِمْ كَلِمَةُ رَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ وَلَوْ جَاءَتْهُمْ كُلُّ آيَةٍ حَتَّى يَرَوُا الْعَذَابَ الألِيمَ
Sesungguhnya orang-orang yang telah pasti terhadap mereka kalimat Tuhanmu, tidaklah akan beriman, meskipun datang kepada mereka segala macam keterangan, hingga mereka menyaksikan azab yang pedih.
(Yunus: 96-97)

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 5 Mei 2024

Ringkasan Surah Isra’


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafsir Jalalain

Tafsir Al-Azhar Prof. HAMKA

Maariful Qur’an

Ustaz Solahudin

Tafsir Al-Mishbah (Dr. M. Quraish Shihab)

Ustaz Abdul Muien Ghulam Dakwah