Tafsir Surah Ibrahim Ayat 46 – 52 (Baju dari tembaga cair)

Ayat 46:

وَقَد مَكَروا مَكرَهُم وَعِندَ اللهِ مَكرُهُم وَإِن كانَ مَكرُهُم لِتَزولَ مِنهُ الجِبالُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they had planned their plan, but with Allāh is [recorded] their plan, even if their plan had been [sufficient] to do away with the mountains.¹

  • An alternative meaning is “…and their plan was not [sufficient] to do away with the mountains,” i.e., it had no effect against Allāh’s will.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya mereka telah membuat rancangan yang besar padahal di sisi Allah-lah (balasan) rancangan mereka itu. Dan sesungguhnya rancangan mereka itu (amat besar) sehingga gunung-gunung dapat lenyap kerananya.

 

وَقَد مَكَروا مَكرَهُم

Dan sesungguhnya mereka telah membuat rancangan yang besar

Allah mengingatkan mereka yang dulu mereka sudah buat rancangan untuk menghalang kebenaran. Termasuk dalam rancangan mereka adalah hendak membunuh Nabi Muhammad kerana mereka tidak ada cara lagi hendak menolak hujah-hujah dari baginda.

Apabila ada kalimah مكر dalam sesuatu surah, ia memberi isyarat yang ini adalah surah yang diturunkan pada peringkat keempat Mekah. Iaitu di hujung-hujung masa Nabi Muhammad di Mekah. Ini adalah peringkat terakhir sebelum baginda berhijrah ke Madinah.

 

وَعِندَ اللهِ مَكرُهُم

padahal di sisi Allah-lah (balasan) rancangan mereka itu.

Tapi Allah memiliki rancangan mereka itu. Maksudnya keputusan dan maklumat tentang rancangan mereka itu ada di sisi Allah. Allah tahu apa yang mereka rancangkan itu walaupun mereka buat dalam rahsia.

 

وَإِن كانَ مَكرُهُم لِتَزولَ مِنهُ الجِبالُ

Dan sesungguhnya rancangan mereka itu (amat besar) sehingga gunung-gunung dapat lenyap kerananya.

Sekali lagi digunakan kalimah yang diambil dari katadasar ز و ل yang bermaksud ‘musnah’. Rancangan mereka itu dikatakan sampai boleh melenyapkan gunung kerana rancangan mereka itu amat dahsyat. Iaitu mereka rancang nak bunuh Nabi.

Kalimah إِن dalam ayat ini digunakan dalam dua cara di sini: ‘walau’ atau ‘tidak’.

  • Kalau digunakan maksud ‘walau’, ayat ini menjadi maksud begini – mereka tidak akan berjaya ‘walaupun’ rancangan mereka itu hebat sampai dapat memusnahkan gunung. Kerana keputusan terjadi atau tidak rancangan mereka itu, terpulang kepada Allah.
  • Kalau digunakan maksud ‘tidak’, ia membawa maksud yang rancangan mereka itu lemah, tidak boleh nak hancurkan gunung pun. Kerana rancangan manusia itu lemah, nak hancurkan gunung pun tidak boleh, bagaimana pula mereka hendak menentang kehendak Allah?

Pendapat yang lain sehubungan dengan tafsir ayat ini ialah apa yang diriwayatkan oleh Ali ibnu Abu Talhah, dari Ibnu Abbas, bahawa firman Allah Swt.: Dan sesungguhnya makar mereka itu (amat besar) sehingga gunung-gunung dapat lenyap kerananya. (Ibrahim: 46) Yang dimaksudkan dengan ‘makar’ itu ialah kemusyrikan mereka, seperti pe­ngertian yang terkandung di dalam firman-Nya dalam ayat lainnya, iaitu:

تَكَادُ السَّمَاوَاتُ يَتَفَطَّرْنَ مِنْهُ

hampir-hampir langit pecah kerana ucapan itu. (Maryam: 90), hingga akhir ayat.


 

Ayat 47: Ayat takhwif ukhrawi.

فَلا تَحسَبَنَّ اللهَ مُخلِفَ وَعدِهِ رُسُلَهُ ۗ إِنَّ اللهَ عَزيزٌ ذُو انتِقامٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So never think that Allāh will fail in His promise to His messengers. Indeed, Allāh is Exalted in Might and Owner of Retribution.

(MELAYU)

Kerana itu janganlah sekali-kali kamu mengira Allah akan menyalahi janji-Nya kepada rasul-rasul-Nya; sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi mempunyai pembalasan.

 

فَلا تَحسَبَنَّ اللهَ مُخلِفَ وَعدِهِ رُسُلَهُ

Maka janganlah sekali-kali kamu mengira Allah akan menyalahi janji-Nya kepada rasul-rasul-Nya;

Kalimah مُخلِفَ dari katadasar خ ل ف yang ada banyak makna (belakang dan khalifah juga dari kalimah ini). Tapi خلف dalam ayat ini bermaksud ‘mungkir janji’. Oleh itu, ayat ini bermaksud Allah tidak memungkiri janjiNya, tidak akan hampakan janjiNya kepada para Rasul untuk membantu mereka.

Maksudnya, Allah akan menolong mereka dalam kehidupan di dunia dan pada hari semua saksi di tegakkan (iaitu di Mahsyar). Jangan sekali-kali kamu sangka begitu. Jangan ada sangkaan begitu. Kalau ada, buang cepat-cepat dari minda.

 

إِنَّ اللهَ عَزيزٌ ذُو انتِقامٍ

sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi mempunyai pembalasan.

Allah maha berkuasa. Dia boleh melakukan apa sahaja. Tidak ada sesiapa yang dapat halang Allah untuk beri balasan yang setimpal kepada mereka yang menentang agama.

Allah bersifat ذُو انتِقامٍ (boleh membalas dendam). Lihat bagaimana Allah kata Dia ذُو انتِقامٍ. Allah tidak kata Dia المنتقيم (membalas dendam). Ini beza kerana kalau al-muntaqim, Allah pasti akan balas dendam. Tapi Allah tidak begitu kerana ada yang Allah maafkan. Tapi Allah beritahu yang Dia ada kuasa untuk balas dendam, jadi berhati-hatilah. Dia mungkin balas dendam dan mungkin tidak kalau Dia maafkan.

Akan tetapi, kepada mereka yang telah buat rancangan jahat terhadap Nabi, mereka pasti akan diberi balasan.


 

Ayat 48:

يَومَ تُبَدَّلُ الأَرضُ غَيرَ الأَرضِ وَالسَّماواتُ ۖ وَبَرَزوا ِللهِ الواحِدِ القَهّارِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[It will be] on the Day the earth will be replaced by another earth, and the heavens [as well], and they [i.e., all creatures] will come out before Allāh, the One, the Prevailing,

(MELAYU)

(Iaitu) pada hari (ketika) bumi diganti dengan bumi yang lain dan (demikian pula) langit, dan mereka semuanya (di padang Mahsyar) berkumpul menghadap ke hadirat Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.

 

يَومَ تُبَدَّلُ الأَرضُ غَيرَ الأَرضِ

(Iaitu) pada hari (ketika) bumi diganti dengan bumi yang lain

Mereka akan dibalas pada Hari Kebangkitan nanti. Iaitu apabila makhluk dihidupkan balik. Waktu itu mereka akan dihidupkan pada bumi yang lain. Bumi yang kita hidup sekarang akan ditukar dengan bumi yang lain. Kerana bumi yang kita hidup di atasnya sekarang akan dihancurkan tidak ada kesan. Bila kita bangkit nanti, kita sendiri akan perasan ini bukan bumi dulu.

Kalau kita perasan, selalunya apabila ayat Qur’an menyebut langit dan bumi, akan disebut langit dahulu, baru bumi. Tapi kali ini disebut bumi dulu sebab sekarang menceritakan berkenaan bumi yang ditukar. Oleh itu, susunan biasa pun ditukar.

 

وَالسَّماواتُ

dan langit-langit

Bukan sahaja bumi ditukar, tapi akan ditukar dengan langit lain juga. Langit pun tak sama juga. Ini kerana bumi dan langit yang ada sekarang akan dihancurkan. Allah akan buat langit dan bumi yang baru.

 

وَبَرَزوا ِللهِ الواحِدِ القَهّارِ

dan mereka semuanya menghadap ke hadirat Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.

Kita semua akan dibawa mengadap Allah. Dan Allah sebut sifatNya yang Maha Esa dan Maha Perkasa boleh buat apa-apa sahaja. Maka tidak ada sesiapa yang dapat dikecualikan dan melarikan diri dari dihakimi oleh Allah. Maka mereka yang buat zalim terhadap Nabi akan diberi balasan yang setimpal.


 

Ayat 49:  Apakah keadaan mereka nanti semasa mereka dibawa mengadap Allah itu?

وَتَرَى المُجرِمينَ يَومَئِذٍ مُقَرَّنينَ فِي الأَصفادِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And you will see the criminals that Day bound together in shackles,

(MELAYU)

Dan kamu akan melihat orang-orang yang berdosa pada hari itu diikat bersama-sama dengan belenggu.

 

Orang-orang berdosa pada hari itu akan diikat bersama. مُقَرَّنينَ dari katadasar ق ر ن yang bermaksud ‘dirantai bersama’ (kalau qarin, ia bermaksud jin yang sentiasa bersama dengan kita). Oleh itu, مُقَرَّنينَ bermaksud mereka diikat bersama. Ia adalah kalimah mubalaghah kerana ada syaddah padanya.

Maksudnya ahli neraka akan dirantai beramai-ramai dengan satu rantai sahaja. Ini adalah supaya mereka tidak dapat melarikan diri kerana telah dirantai bersama. Mereka akan ditambat dan dibawa bersama untuk dihumban ke dalam neraka.

Kalau nak bayangkan, bayangkan macam hamba abdi yang diikat dengan rantai beramai-ramai. Begitulah cara hamba abdi dibawa dari satu tempat ke satu tempat. Apabila dirantai bersama, tidak ada sesiapa pun yang boleh lari.

Kalimah الأَصفادِ bermaksud belenggu. Berkemungkinan besar, ianya adalah rantai besi. Dan kerana neraka itu panas, maka rantai yang panas itu akan melekat kepada mereka dan menyebabkan rantai itu sendiri sudah menjadi azab bagi mereka.


 

Ayat 50:

سَرابيلُهُم مِن قَطِرانٍ وَتَغشىٰ وُجوهَهُمُ النّارُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Their garments of liquid pitch and their faces covered by the Fire

(MELAYU)

Pakaian mereka adalah dari minyak tar dan muka mereka ditutup oleh api neraka,

 

سَرابيلُهُم مِن قَطِرانٍ

Pakaian mereka adalah dari tembaga cair

Kalimah سرابيل bermaksud pakaian. Ia boleh jadi pakaian atau baju besi. Dan selalunya pakaian dan baju besi itu bersifat memberi perlindungan. Sepatutnya pakaian menahan dari panas, bukan? Dan baju besi beri perlindungan dari tusukan senjata, bukan?

Dan kalimah قَطِرانٍ bermaksud minyak tar atau tembaga cair. Selalunya pakaian beri perlindungan tapi pakaian kepada mereka itu tidak beri perlindungan kerana pakaian pun sudah panas. Kalau pakaian dari tembaga cair, itu bukan kebaikan tapi sebagai azab. Tentu ia amat panas dan apabila ia kena pada kulit, akan membakar kulit dan menyebabkan berasap. Maka pakaian itu sendiri dikenakan kepada mereka sebagai azab.

 

وَتَغشىٰ وُجوهَهُمُ النّارُ

dan muka mereka ditutup oleh api neraka,

Kerana baju panas itu kena kulit, membakar kulit, maka asap keluar dari tubuh dan pakaian mereka sendiri! Dan bila asap keluar, muka mereka ditutup dengan asap. Asap itu dari pakaian dan kulit mereka sendiri! Ma sha Allah… amat berat sekali gambaran yang Allah berikan. Begitulah balasan buat mereka.


 

Ayat 51: Kenapa Allah lakukan semua itu?

لِيَجزِيَ اللهُ كُلَّ نَفسٍ ما كَسَبَت ۚ إِنَّ اللهَ سَريعُ الحِسابِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So that Allāh will recompense every soul for what it earned. Indeed, Allāh is swift in account.

(MELAYU)

agar Allah memberi pembalasan kepada tiap-tiap orang terhadap apa yang dia usahakan. Sesungguhnya Allah Maha cepat hisab-Nya.

 

لِيَجزِيَ اللهُ كُلَّ نَفسٍ ما كَسَبَت

agar Allah memberi pembalasan kepada tiap-tiap orang terhadap apa yang dia usahakan. 

Allah akan balas dengan apa yang mereka layak dapat. Walaupun nampak berat sekali balasan yang dikenakan kepada mereka, tapi yakinlah yang balasan itu adalah layak dan tepat untuk mereka. Allah tidak pernah zalim dan tidak akan melakukan kezaliman. Allah tidaklah beri azab yang lebih dari sepatutnya.

 

إِنَّ اللهَ سَريعُ الحِسابِ

Sesungguhnya Allah Maha cepat hisab-Nya.

Apabila Allah buat pengiraan hisab, ia cepat sahaja. Menunggu di Mahsyar yang lama, sampai keresahan yang amat besar sampaikan makhluk akan pergi dari satu Rasul ke Rasul yang lain untuk minta Allah percepatkan hisab. Dan apabila Mahkamah Pengadilan dimulakan, ia akan selesai dalam masa setengah hari sahaja.


 

Ayat 52: Ini adalah penutup surah ini.

هٰذا بَلاغٌ لِلنّاسِ وَلِيُنذَروا بِهِ وَلِيَعلَموا أَنَّما هُوَ إِلٰهٌ واحِدٌ وَلِيَذَّكَّرَ أُولُو الأَلبابِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

This [Qurān] is notification for the people that they may be warned thereby and that they may know that He is but one God and that those of understanding will be reminded.

(MELAYU)

(Al Qur’an) ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan supaya mereka diberi peringatan dengan-Nya, dan supaya mereka mengetahui bahawasanya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran.

 

هٰذا بَلاغٌ لِلنّاسِ

ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia,

Kalimah بَلاغٌ bermaksud ‘sampai’ (macam baligh bermaksud sudah sampai umur seseorang yang dewasa). Dan kalimah balaghah bermaksud mesej yang boleh sampai ke hati. Untuk nasihat yang sampai ke hati, ia memerlukan cara komunikasi yang hebat.

Dan itulah Qur’an; ia adalah cara komunikasi yang hebat. Qur’an menggunakan cara-cara yang efektif dalam menyampaikan pengajaran agama. Ia hebat kerana Allah kenal kita dan cara Allah sampaikan kepada kita tentulah dengan cara yang tepat.

Qur’an ini untuk disampaikan kepada manusia. Janji kita sampaikan sahaja. Kalau ada yang tidak faham, itu adalah kerana mereka degil sahaja.

 

وَلِيُنذَروا بِهِ

dan supaya mereka diberi peringatan dengan-Nya,

Kalimah لِيُنذَروا dalam bentuk majhul (bentuk pasif). Qur’an diturunkan supaya mereka diberi peringatan. Maka kita sebagai mereka yang tahu Qur’an kena ingatkan mereka yang lalai dan tidak tahu tentang wahyu. Kerana kalau nak tunggu mereka datang minta ajaran, mereka tidak datang. Kita yang kena pergi kepada mereka dan ingatkan.

Dan peringatan itu kena diberikan dengan wahyu dari Allah. Maka kenalah kita ingatkan manusia kepada ayat-ayat Qur’an. Bacakan ayat-ayat Qur’an kepada manusia dan jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan ayat itu. Maka kenalah belajar tafsir, baru boleh sampaikan kepada orang lain.

 

وَلِيَعلَموا أَنَّما هُوَ إِلٰهٌ واحِدٌ

dan supaya mereka mengetahui bahawasanya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa

Yang paling penting untuk diingatkan kepada manusia adalah tentang Allah. Allah memperkenalkan DiriNya dalam Qur’an dengan banyak sekali. Dan kita kena ambil perhatian kerana kalau nak kenal Allah, kenalah Allah sendiri yang kenalkan DiriNya, bukan?

Dan perkara peringatan yang paling penting tentang Allah adalah Allah sahaja ilah. Tidak ada ilah yang lain. Tidak ada sembahan kepada selain Allah; dan tidak ada seruan doa selain kepada Allah.

 

وَلِيَذَّكَّرَ أُولُو الأَلبابِ

dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran.

Tujuan kita adalah untuk sampaikan wahyu Allah kepada manusia. Sama ada manusia terima atau tidak, kita pun tidak pasti. Yang penting, kita kena sampaikan dulu. Memang akan ada yang terima dan lagi ramai yang tidak akan terima.

Ayat-ayat Qur’an ini disampaikan kepada manusia tapi yang akan menerimanya dan ambil peringatan itu adalah mereka yang digelar oleh Allah sebagai: ‘ulul albab’. Mereka itu adalah orang yang memiliki akal fikiran yang sempurna. Mereka adalah manusia yang boleh gunakan akal mereka untuk mencari kebenaran.

Kalau orang yang memang tidak mahu cari kebenaran, memang mereka tidak akan terima. Tapi ada dari kalangan manusia yang memang ada sifat ulul albab ini. Dan kerana itu apabila kita sampaikan ayat-ayat Allah yang jelas nyata itu, mereka boleh terima kerana ianya bersamaan dengan akal yang sihat.

Allahu a’lam. Sekian tafsir Surah Ibrahim ini. Sambung ke surah yang seterusnya, Surah al-Hijr.

Kemaskini: 6 April 2019


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah Ibrahim Ayat 43 – 45 (Keadaan di akhirat bagi orang zalim)

Ayat 43: Allah sambung keadaan orang zalim di akhirat kelak.

مُهطِعينَ مُقنِعي رُءوسِهِم لا يَرتَدُّ إِلَيهِم طَرفُهُم ۖ وَأَفئِدَتُهُم هَواءٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Racing ahead, their heads raised up, their glance does not come back to them,¹ and their hearts are void.

  • This is their state at the time of resurrection from the graves. Their heads are upraised in fixed stares of terror, unable even to glance back.

(MELAYU)

mereka lari bergegas-gegas memenuhi panggilan dengan mengangkat kepalanya, sedang mata mereka tidak berkedip-kedip dan hati mereka kosong.

 

مُهطِعينَ

mereka lari bergegas-gegas

Kalimah مُهطِعينَ dari katadasar ه ط ع yang bermaksud ‘berlari kelam kabut kerana takut’, ‘memanjangkan leher kerana takut, terkejut’, ‘menyorok dalam ketakutan’.

Jadi kalimah  مُهطِعينَ (dalam bentuk jamak) bermaksud mereka yang dimasukkan ke dalam neraka itu berlari ke sana sini sambil mata mereka terbeliak kerana melihat sesuatu yang menakutkan. Kerana dalam ayat sebelum ini telah disebut yang mata mereka terbelalak.

 

مُقنِعي رُءوسِهِم

dengan mengangkat kepalanya,

Kalimah مُقنِعي dari katadasar ق ن ع yang mempunyai banyak makna dan salah satunya ‘mengangkat kepala menyerah diri’. Jadi kalimah مُقنِعي (dalam bentuk jamak dan idhafah) ini bermaksud mereka yang berlari itu dalam keadaan terangkat kepala mereka macam kepala kuda yang ditarik tali sampai tengadah ke belakang.

Maka mata mereka ditarik melihat ke langit tapi sambil itu mereka tetap berlari dalam kelam kabut.

 

لا يَرتَدُّ إِلَيهِم طَرفُهُم

sedang mata mereka tidak berkedip-kedip

Mata mereka tidak kembali dalam keadaan biasa. Masih tetap terpinga-pinga dan mata mereka tetap melihat ke sekeliling dengan terbelalak. Ertinya, pandangan mata mereka terbeliak tanpa berkedip barang sesaat pun kerana banyak huru-hara, kengerian, dan hal-hal yang sangat menakutkan yang menimpa diri mereka; semoga Allah melindungi kita dari kengerian pada hari kiamat.

 

وَأَفئِدَتُهُم هَواءٌ

dan hati mereka kosong.

Kalimah هَواءٌ dari ه و ي yang mempunyai banyak makna. Salah satunya adalah angin (seperti kita selalu kata hawa panas). Angin itu kiranya adalah kosong tidak ada apa-apa di dalamnya.

Jadi kalimah هَواءٌ dalam ayat ini bermaksud hati yang kosong. Hati mereka ke sana sini kerana takut dan ‘kosong dari harapan’. Hati mereka sudah tak ingat perkara lain lagi pada waktu itu kerana takut sangat. Kerana telah mari kepada mereka, perkara yang paling berat.


 

Ayat 44: Allah menceritakan lagi keadaan di akhirat kelak, tentang mereka yang menyesal.

وَأَنذِرِ النّاسَ يَومَ يَأتيهِمُ العَذابُ فَيَقولُ الَّذينَ ظَلَموا رَبَّنا أَخِّرنا إِلىٰ أَجَلٍ قَريبٍ نُجِب دَعوَتَكَ وَنَتَّبِعِ الرُّسُلَ ۗ أَوَلَم تَكونوا أَقسَمتُم مِن قَبلُ ما لَكُم مِن زَوالٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And, [O Muḥammad], warn the people of a Day when the punishment will come to them and those who did wrong will say, “Our Lord, delay us for a short term; we will answer Your call and follow the messengers.” [But it will be said], “Had you not sworn, before, that for you there would be no cessation?¹

  • Of the blessings which Allāh had bestowed upon you during life on earth.

(MELAYU)

Dan berikanlah peringatan kepada manusia terhadap hari (yang pada waktu itu) datang azab kepada mereka, maka berkatalah orang-orang yang zalim: “Ya Tuhan kami, beri tangguhlah kami (kembalikanlah kami ke dunia) walaupun dalam waktu yang sedikit, nescaya kami akan mematuhi seruan Engkau dan akan mengikuti rasul-rasul”. (Kepada mereka dikatakan): “Bukankah kamu telah bersumpah dahulu (di dunia) bahawa sekali-kali kamu tidak akan binasa?

 

وَأَنذِرِ النّاسَ يَومَ يَأتيهِمُ العَذابُ

Dan berikanlah peringatan kepada manusia terhadap hari datang azab kepada mereka, 

Allah suruh Rasul berilah peringatan kepada manusia sebelum mereka mati. Bayangkanlah keadaan yang akan terjadi di akhirat kelak dan ambillah pengajaran. Janganlah jadi seperti mereka yang dalam ayat ini nanti. Jangan sampai satu masa yang mereka akan menyesal. Kerana bila sampai waktu itu, mereka akan menyesal dan tidak ada peluang lagi.

 

فَيَقولُ الَّذينَ ظَلَموا رَبَّنا أَخِّرنا إِلىٰ أَجَلٍ قَريبٍ

berkatalah orang-orang yang zalim: “Ya Tuhan kami, beri tangguhlah kami walaupun dalam waktu yang sedikit,

Orang-orang yang zalim (zalim yang paling besar adalah syirik kepada Allah) meminta supaya mereka diberi masa tangguh. Tangguhlah dari azab mereka dengan beri sedikit masa kepada mereka untuk perbaiki diri. Bukan lama pun, tapi قَريبٍ (pendek) sahaja.

Kenapa mereka nak masa penangguhan itu? Kerana mereka nak kembali ke dunia. Banyak ayat-ayat sebegini disebut dalam Qur’an dimana ramai ahli neraka minta untuk balik ke dunia. Sebagai contoh, ini sama dengan yang disebutkan dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ}

(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata, “Ya Tuhanku, kembalikanlah aku (ke dunia).” (Al-Mu’minun: 99)

 

نُجِب دَعوَتَكَ

nescaya kami akan menjawab seruan Engkau

Mereka minta dipulangkan ke dunia kerana mereka nak tukar perlakuan mereka semasa di dunia dulu. Dulu masa mereka hidup, mereka tak endah pun agama, tak taat kepada Allah dan Rasul. Sekarang mereka kata, kalau mereka diberi peluang ke dunia balik, mereka akan jawab seruan Allah itu.

Begitu pula dalam firman Allah Swt.:

{وَلَوْ تَرَى إِذْ وُقِفُوا عَلَى النَّارِ فَقَالُوا يَا لَيْتَنَا نُرَدُّ وَلا نُكَذِّبَ بِآيَاتِ رَبِّنَا}

Dan jika kamu (Muhammad) melihat ketika mereka dihadapkan ke neraka, lalu mereka berkata, “Kiranya kami dikembalikan (ke dunia) dan tidak mendustakan ayat-ayat Tuhan kami.” (Al-An’am: 27), hingga akhir ayat.

 

وَنَتَّبِعِ الرُّسُلَ

dan akan mengikuti rasul-rasul”.

Dan kalau dapat balik ke dunia, mereka kata mereka akan ikut cara rasul Allah. Nak amal ikut amal Rasul. Tak buat bidaah lagi dalam amal ibadat mereka.

 

أَوَلَم تَكونوا أَقسَمتُم مِن قَبلُ ما لَكُم مِن زَوالٍ

“Bukankah kamu telah bersumpah dahulu (di dunia) bahawa sekali-kali kamu tidak akan binasa?

Seperti yang telah diberitahu, permintaan mereka itu disebut bukan dalam ayat ini sahaja, tapi ada banyak ayat-ayat lain. Memang permintaan mereka itu tidak dilayan. Kerana nak pulang ke mana lagi? Bukanlah alam dunia sudah hancur? Jadi itu adalah permintaan yang sia-sia.

Tapi Allah sakitkan hati mereka (azab emosi) dengan perli mereka: “Bukankah kau dulu kata kau tidak akan binasa? Dulu kamu kata tidak ada azab di akhirat, bukan? Dulu kamu kata kamu akan selamat, bukan?”. Aduh, pedih sekali kata-kata ini.

Sumpah mereka itu terdapat di dalam firman-Nya:

{وَأَقْسَمُوا بِاللَّهِ جَهْدَ أَيْمَانِهِمْ لَا يَبْعَثُ اللَّهُ مَنْ يَمُوتُ}

Mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sumpahnya yang sungguh-sungguh, bahawa Allah tidak akan membangkitkan orang yang mati. (An-Nahl: 38), hingga akhir ayat.


 

Ayat 45: Bagaimana lagi mereka tidak mahu beriman, sedangkan mereka sudah tahu apa yang terjadi kepada mereka yang engkar?

وَسَكَنتُم في مَساكِنِ الَّذينَ ظَلَموا أَنفُسَهُم وَتَبَيَّنَ لَكُم كَيفَ فَعَلنا بِهِم وَضَرَبنا لَكُمُ الأَمثالَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And you lived among the dwellings of those who wronged themselves, and it had become clear to you how We dealt with them. And We presented for you [many] examples.”

(MELAYU)

dan kamu telah berdiam di tempat-tempat kediaman orang-orang yang menganiaya diri mereka sendiri, dan telah nyata bagimu bagaimana Kami telah berbuat terhadap mereka dan telah Kami berikan kepadamu beberapa perumpamaan”.

 

وَسَكَنتُم في مَساكِنِ الَّذينَ ظَلَموا أَنفُسَهُم

dan kamu telah berdiam di tempat-tempat kediaman orang-orang yang menganiaya diri mereka sendiri,

Allah ingatkan balik yang mereka tinggal berdekatan golongan terdahulu sebelum mereka yang menzalimi diri mereka sendiri. Mereka tinggal di kawasan yang ada kesan azab Allah. Azab itu Allah berikan kepada mereka yang telah menolak agama.

Contohnya Musyrikin Mekah itu tahu tentang Kaum Aad dan Tsamud kerana mereka pernah lalu di kawasan penempatan mereka. Jadi mereka patut tahu bahawa mereka yang menolak untuk taat kepada Allah telah kena azab.

 

وَتَبَيَّنَ لَكُم كَيفَ فَعَلنا بِهِم

dan telah nyata bagimu bagaimana Kami telah berbuat terhadap mereka

Kisah apa yang terjadi kepada kaum yang lepas telah masyhur dan telah sampai kepada mereka. Jadi mereka sudah tahu patutnya bagaimana Allah perbuat kepada mereka. Tapi mereka tidak ambil pengajaran itu. Mereka lalu kosong sahaja, tidak memikirkan: “kenapalah mereka ini jadi begini?”.

 

وَضَرَبنا لَكُمُ الأَمثالَ

dan telah Kami berikan kepadamu beberapa perumpamaan”.

Dan Allah telah telah berikan berbagai contoh perbandingan untuk beri mereka faham. Contoh-contoh itu ada di luar dan di dalam Qur’an. Sudah banyak kali diterangkan kepada mereka. Mereka tidak boleh kata yang mereka tidak faham lagi. Kalau tidak faham juga, itu kerana mereka sengaja buat tidak faham.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 6 April 2019


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah Ibrahim Ayat 38 – 42 (Doa Nabi Ibrahim)

Ayat 38: Ini adalah sambungan dari doa Nabi Ibrahim a.s.

رَبَّنا إِنَّكَ تَعلَمُ ما نُخفي وَما نُعلِنُ ۗ وَما يَخفىٰ عَلَى اللهِ مِن شَيءٍ فِي الأَرضِ وَلا فِي السَّماءِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Our Lord, indeed You know what we conceal and what we declare, and nothing is hidden from Allāh on the earth or in the heaven.

(MELAYU)

Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami lahirkan; dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi bagi Allah, baik yang ada di bumi mahupun yang ada di langit.

 

رَبَّنا إِنَّكَ تَعلَمُ ما نُخفي وَما نُعلِنُ

Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami lahirkan; 

Nabi Ibrahim mengaku yang Allah Maha Tahu apa yang manusia sembunyikan dalam hati dan apa yang kita cakap di lidah kita. Maka banyaklah yang kita cakap dan banyak lagi yang kita tidak sebut pun – semuanya Allah tahu. Ini adalah kesempurnaan ilmu Allah SWT.

Maksud ayat ini, Nabi Ibrahim hendak mengatakan yang Allah mengetahui maksud baginda dalam doanya dan apa yang baginda kehendaki dalam doa itu untuk penduduk kota suci ini. Sesungguhnya hal itu tiada lain menuju kepada redhaNya dan mengikhlaskan diri kepadaNya.

 

وَما يَخفىٰ عَلَى اللهِ مِن شَيءٍ فِي الأَرضِ وَلا فِي السَّماءِ

dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi bagi Allah, baik yang ada di bumi mahupun yang ada di langit.

Dan ilmu Allah itu amat luas sampai tidak ada yang tersembunyi dari pengetahuan Allah. Tidak kira sama ada apa yang terjadi itu di bumi atau di langit.

Maka kerana itu, hendaklah kita sembah Allah sahaja dan doa kepada Allah sahaja. Kerana tidak ada entiti lain yang ada sifat sebegini.


 

Ayat 39: Sekarang Nabi Ibrahim memuji lagi Allah. Begitulah, kita dalam berdoa kena puji Allah banyak-banyak. Gunakan pujian itu sebagai tawasul kita. Bukannya kita gunakan perantaraan dalam bentuk Nabi, wali dan malaikat seperti yang banyak dilakukan oleh masyarakat Islam kita yang jahil dengan wahyu Qur’an.

الحَمدُ لِلهِ الَّذي وَهَبَ لي عَلَى الكِبَرِ إِسماعيلَ وَإِسحاقَ ۚ إِنَّ رَبّي لَسَميعُ الدُّعاءِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Praise to Allāh, who has granted to me in old age Ishmael and Isaac. Indeed, my Lord is the Hearer of supplication.

(MELAYU)

Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua(ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa.

 

الحَمدُ لِلهِ الَّذي وَهَبَ لي عَلَى الكِبَرِ إِسماعيلَ وَإِسحاقَ

Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua(ku) Ismail dan Ishaq. 

Nabi Ibrahim a.s. pun terus memuji dan bersyukur kepada Allah yang telah memberi anak kepadanya, walaupun baginda sudah tua.

Kita boleh lihat dalam ayat ini yang Nabi Ismail a.s. disebut dahulu kerana baginda lebih tua dari Nabi Ishaq a.s. Ini juga menjadi hujah yang Nabi Ismail adalah abang dan Nabi Ishaq itu adik. Ini penting kerana Yahudi mengatakan Nabi Ishaq pula sebagai abang.

 

إِنَّ رَبّي لَسَميعُ الدُّعاءِ

Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa.

Allah amat mendengar doa makhluk. Allah mendengar untuk kabulkan, bukan sekadar dengar sahaja. Ini kerana kalau setakat dengar, kita pun dengar juga, bukan? Tapi kita bukan boleh buat apa pun. Yang kita hendak adalah supaya dimakbulkan.

Tapi kalau ada yang minta kepada roh Nabi, wali dan malaikat, macam mana pula? Adakah mereka itu mendengar? Tentu tidak. Nabi dan wali sudah mati dan malaikat pula bukan kerja mereka untuk dengar doa kita dan sampaikan doa kita kepada Allah. Itu adalah perbuatan yang sia-sia. Malangnya ramai yang melakukan perkara ini keran diajar begitu oleh guru-guru agama yang tidak faham wahyu.


 

Ayat 40: Selepas puji Allah, maka ini adalah doa Nabi Ibrahim a.s.

رَبِّ اجعَلني مُقيمَ الصَّلاةِ وَمِن ذُرِّيَّتي ۚ رَبَّنا وَتَقَبَّل دُعاءِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

My Lord, make me an establisher of prayer, and [many] from my descendants. Our Lord, and accept my supplication.

(MELAYU)

Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.

 

رَبِّ اجعَلني مُقيمَ الصَّلاةِ وَمِن ذُرِّيَّتي

Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat,

Baginda minta supaya Allah jadikanlah baginda dan keluarga baginda termasuk keturunan baginda sekali untuk sentiasa mengerjakan solat. Ini adalah kerana solat itu amalan ibadat yang amat penting. Memerlukan kekuatan untuk terus mengerjakannya. Ini kita pun tahu, kerana berapa ramai dari kalangan orang yang mengaku Muslim, tapi tak solat pun.

Kenapa baginda minta kepada Allah? Kerana baginda tahu yang untuk terus mengerjakan solat, memerlukan taufik dari Allah, bukan dari kekuatan diri kita. Kalau setakat kekuatan diri kita, tidak dapat melawan nafsu dan bisikan syaitan yang tidak suka kita solat.

Baginda pertamanya minta untuk diri baginda dan kemudian baginda minta Allah jadikan juga anak cucu dari keturunan baginda pun tetap mendirikan solat. Ini menunjukkan baginda amat mementingkan amalan agama anak cucu baginda. Baginda bukan hanya kisah tentang baginda sahaja, tapi anak cucunya sekali.

Maka kita pun kenalah ambil pengajaran dari baginda ini. Kita pun kena risau tentang anak cucu kita. Kita kena beri mereka pengetahuan agama dan kena berdoa supaya mereka pun dijaga agama mereka.

 

رَبَّنا وَتَقَبَّل دُعاءِ

Ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.

Dan akhirnya baginda berdoa supaya Allah terimalah doa baginda itu. Ini juga adalah adab dalam berdoa. Kita akhir sekali tunjukkan kepada Allah yang kita memang berharap Allah perkenankan doa kita. Bila berdoa, kita kena ada harapan yang penuh – bukan sambil lewa sahaja (nak beri boleh, tak beri pun tidak apa).

Kita kena harap sungguh-sungguh dalam doa kita. Kalau kita minta sambil lewa sahaja, apa agaknya Allah akan balas? Bayangkan kalau ada orang minta tolong kita, tapi sambil lewa dan macam nak tak nak sahaja? Tentu kita nak layan pun malas! Maka kerana itulah doa kita sendiri lebih ikhlas dan lebih bersungguh-sungguh dari doa orang lain kerana kita yang ada masalah. Maka tidak perlu nak minta orang lain doakan.

Kalau dari mula doa baginda, baginda sebut dirinya dengan kalimah رَبِّ. Kemudian baginda ajak anak-anaknya ikut sekali berdoa dan kerana itu digunakan kalimah رَبَّنا.


 

Ayat 41: Penutup doa Nabi Ibrahim a.s.

رَبَّنَا اغفِر لي وَلِوالِدَيَّ وَلِلمُؤمِنينَ يَومَ يَقومُ الحِسابُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Our Lord, forgive me and my parents and the believers the Day the account is established.”

(MELAYU)

Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”.

 

رَبَّنَا اغفِر لي وَلِوالِدَيَّ وَلِلمُؤمِنينَ

Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin

Sebelum ini baginda doa untuk diri baginda anak cucu keturunan baginda. Sekarang baginda minta Allah ampunilah dosa baginda dan dosa ibubapa baginda. Tapi bukankah ayah baginda seorang pembuat berhala dan musyrik? Bukankah tidak boleh mendoakan orang yang telah musyrik?

Jadi kita kena sedar yang hal ini dilakukan oleh Nabi Ibrahim sebelum bagida berlepas diri dari ayahnya, sebelum baginda mengetahui dengan jelas bahawa ayahnya adalah musuh Allah Swt. Jadi lafaz doa ini kita boleh amalkan kerana kita tidak tahu yang ibubapa kita musyrik atau tidak.

Dan baginda doakan untuk orang mukmin. Jadi doa ini untuk umum. Kita kena ada perasaan sayang kepada golongan mukmin yang lain. Maka kena doakan untuk mereka juga. Ini akan memupuk perasaan kasih sayang kita sesama Muslim.

 

يَومَ يَقومُ الحِسابُ

pada hari terjadinya hisab

Penting dosa diampunkan pada hari tertegaknya hisab (Mahkamah Pengadilan Allah). Waktu itu, kalau kita ada bawa dosa, memang tidak tentu selamat. Kerana kalau Allah tidak ampunkan pada hari itu, maka kita akan dimasukkan ke dalam neraka, walaupun kita sudah beriman, beramal dengan tauhid.

Ini adalah kerana dosa itu kena dibersihkan. Tapi kalau Allah ampunkan terus, maka kita akan terus masuk ke dalam syurga dan itulah harapan kita. Kerana kita tidak akan sanggup untuk menghadapi neraka itu walaupun sesaat.

Begitulah doa Nabi Ibrahim a.s. yang Allah naqalkan dalam Qur’an ini. Ini adalah kerana ia adalah doa yang amat baik. Doa yang Allah ajar dalam Qur’an ini amat baik untuk diamalkan. Sebab itulah Allah letak dalam Qur’an. Tambahan pula ianya adalah doa dari seorang Nabi. Ada lebih kurang dalam 70 lebih doa-doa yang Allah ajar dalam Qur’an. Maka kenalah kita tahu dan amalkan, sekurangnya ada kita buat satu setiap hari. Boleh periksa di sini untuk senarai doa-doa itu.


 

Ayat 42: Sekarang masuk ke peristiwa ke-enam dalam surah ini. Ayat ini sehingga ke hujung (ayat 52) adalah Perenggan Makro ke 8 surah ini. Ia adalah ingatan kepada Ulul Albab.

Maka kita sudah masuk bahagian baru dari surah ini. Sebelum ini telah disebut doa Nabi Ibrahim a.s. Orang Mekah mungkin sangka mereka akan dapat bahagian dari doa itu (kerana mereka kata mereka keturunan Nabi Ibrahim). Jadi Allah nak beritahu yang mereka jangan berharap.

Dan ayat ini juga adalah tasliah (pujukan) kepada Nabi Muhammad dan orang mukmin. Ini adalah kerana para sahabat waktu itu sedang ditindas oleh Musyrikin Mekah yang ganas. Allah selalu ingatkan mereka untuk bersabar. Dan dalam ayat ini, Allah hendak beritahu yang apa sahaja kekerasan yang dikenakan kerana mereka waktu itu, akan dibalas kepada orang yang kejam terhadap mereka.

Bagaimana ayat ini menjadi tasliah? Kerana kalau kita tahu yang orang yang kejam kepada kita akan dibalas, kita akan rasa lega sikit, bukan?

وَلا تَحسَبَنَّ اللهَ غافِلًا عَمّا يَعمَلُ الظّالِمونَ ۚ إِنَّما يُؤَخِّرُهُم لِيَومٍ تَشخَصُ فيهِ الأَبصارُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And never think that Allāh is unaware of what the wrongdoers do. He only delays them [i.e., their account] for a Day when eyes will stare [in horror].

(MELAYU)

Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahawa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak,

 

وَلا تَحسَبَنَّ اللهَ غافِلًا عَمّا يَعمَلُ الظّالِمونَ

Dan janganlah sekali-kali kamu mengira, bahawa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim.

Jangan sekali-kali (ada penekanan dalam ayat ini dengan syaddah pada huruf ن itu) kamu sangka yang Allah tidak tahu tentang apa yang mereka lakukan terhadap orang mukmin. Jangan kamu sangka Allah lalai leka tentang perbuatan mereka. Ini penting untuk diingatkan kepada orang Mukmin yang ditindas itu, kerana nampak macam Allah tidak peduli kerana tak hukum lagi mereka yang zalim itu.

Begitulah juga, kadang-kadang kita lihat orang yang zalim ini, macam tidak ada apa kesan pun kepada mereka – mereka masih kuat, masih boleh buat zalim, dan lama pula mereka hidup. Allah nak beritahu yang kita kena sabar sahaja. Semua kezaliman yang kita terima itu akan dikira sebagai pahala buat kita kalau kita bersabar.

 

إِنَّما يُؤَخِّرُهُم لِيَومٍ تَشخَصُ فيهِ الأَبصارُ

Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak,

Allah nak beritahu yang Dia tidak leka, tapi Allah hanya lengahkan sahaja hukuman ke atas mereka. Sampai bila? Sehingga sampai pada hari yang mata-mata makhluk akan terbelalak.

Kalimah تَشخَصُ dari katadasar ش خ ص yang bermaksud mata yang tidak boleh ditutup. Maknanya, mata yang terbeliak kerana terkejut sangat pada hari itu kerana melihat segala kejadian yang menakjubkan dan menakutkan. Waktu itu, Allah akan balas kezaliman yang dilakukan oleh mereka yang zalim. Ketahuilah yang mereka tidak akan terlepas dari azab yang akan dikenakan kepada mereka.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 5 April 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah Ibrahim Ayat 34 – 37 (Kehebatan doa)

Ayat 34:

وَآتاكُم مِن كُلِّ ما سَأَلتُموهُ ۚ وَإِن تَعُدّوا نِعمَتَ اللهِ لا تُحصوها ۗ إِنَّ الإِنسانَ لَظَلومٌ كَفّارٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And He gave you from all you asked of Him.¹ And if you should count the favor [i.e., blessings] of Allāh, you could not enumerate them. Indeed, mankind is [generally] most unjust and ungrateful.²

  • Something of what you asked and all of what you continually require, according to His wisdom.
  • i.e., disbelieving and denying of Allāh’s favor.

(MELAYU)

Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).

 

وَآتاكُم مِن كُلِّ ما سَأَلتُموهُ

Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan kepadanya.

Allah beri apa yang kita minta, yang sesuai untuk diberikan. سَأَل boleh bermaksud ‘minta’, dan boleh juga bermaksud ‘perlukan’. Maknanya, ada dua peringkat.

Ada orang yang minta sesuatu dan Allah beri apa yang dia minta itu. Dan ada yang menuntut diperlukan (didambakan) oleh diri kita. Ini adalah kehendak yang mendesak – seperti oksigen, air dan sebagainya. Memang semua memerlukan pemberian dari Allah pun – oleh itu semua permintaan dan pemenuhan desakan adalah dari Allah.

Ini penting untuk difahami, kerana kalau kita kata سَأَل itu hanya bermaksud ‘minta’ sahaja, nanti boleh dihujah: orang kafir tak minta kepada Allah pun – mereka minta kepada tuhan mereka. Tapi sebenarnya walaupun mereka tidak minta pun, tapi diri mereka minta menuntut dari Allah juga. Maknanya, mereka tetap memerlukan. Dan mereka juga memerlukan keperluan hidup seperti oksigen, air dan sebagainya. Kalau bukan dari Allah yang beri, siapa lagi yang beri?

 

وَإِن تَعُدّوا نِعمَتَ اللهِ لا تُحصوها

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya. 

Allah beritahu kalau nak hitung segala nikmat yang diberikanNya, kamu tidak akan terhitung. Kalaulah boleh kira pun, kita tidak boleh nak faham kepentingan sesuatu perkara itu pun.

Sebagai contoh, salah satu nikmat yang kita boleh sedar, kita boleh bercakap. Ini nampak macam biasa sahaja kerana ramai orang yang boleh bercakap. Tapi itu pun ada banyak perkara yang terlibat yang kita tidak perasan pun. Kelebihan yang ada dalam kebolehan bercakap itu pun sudah hebat, bukan?

Selalunya kita terus cakap sahaja, tapi kalau kita fikirkan, faham bahasa yang kita ucapkan itu pun sudah hebat. Kerana bukan senang sebenarnya nak faham bahasa dan lenggok bahasa orang, bukan? Jadi waktu bercakap itu, otak kita berpusing sentiasa, bukan? Dengan satu nikmat bercakap pun kita tidak dapat faham secara keseluruhannya. Kerana satu nikmat itu juga melibatkan nikmat-nikmat yang lain.

 

إِنَّ الإِنسانَ لَظَلومٌ كَفّارٌ

Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari 

Memang sudah banyak sangat nikmat yang Allah berikan kepada kita, cuma insan ini, sifatnya لَظَلومٌ (sangat zalim) dan tidak menghargai nikmat (kufur nikmat). Mereka tak fikirkan pun nikmat yang mereka sudah banyak dengan dapat.

Kalimah كَفّارٌ itu bermaksud ‘kufur berkali-kali’, kerana ada syaddah di dalamnya. Maknanya, bukan sekali atau sekali sekala sahaja mereka kufur, tapi banyak kali – selalu. Sentiasa sahaja kita tidak hargai nikmat yang Allah telah berikan kepada kita sepanjang masa.


 

Ayat 35: Dalil naqli tafsili tentang Nabi Ibrahim. Ayat ini sehingga ke ayat 41 adalah Perenggan Makro ke 7 berkenaan Syukur dan Nabi Ibrahim.

Sekarang kita akan mula belajar tentang seorang contoh yang baik yang kita patut ikut. Allah sebutkan tentang kisah para Nabi lain dalam Qur’an kerana hendak memberitahu kepada manusia, bukan Nabi Muhammad yang mula bawa agama Islam ini. Sebelum Rasulullah beritahu tentang agama, Nabi Ibrahim pun sudah sampaikan.

Hanya kisah Nabi Ibrahim yang penting sahaja yang dimasukkan dalam Qur’an kerana Allah nak sampaikan perkara tertentu sahaja. Kita kena ingat yang Qur’an bukan buku sejarah, dan bukan buku hiburan; jadi tidak semua kisah disampaikan. Yang Allah pentingkan adalah untuk beri kefahaman dan mengajar tentang ketaatan kepada manusia. Jadi tidak disebut semua kisah Nabi Ibrahim a.s. Allah pilih-pilih mana perkara yang hendak disampaikan.

وَإِذ قالَ إِبراهيمُ رَبِّ اجعَل هٰذَا البَلَدَ آمِنًا وَاجنُبني وَبَنِيَّ أَن نَعبُدَ الأَصنامَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [mention, O Muḥammad], when Abraham said, “My Lord, make this city [i.e., Makkah] secure and keep me and my sons away from worshipping idols.

(MELAYU)

Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berkata: “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku berserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.

 

وَإِذ قالَ إِبراهيمُ رَبِّ اجعَل هٰذَا البَلَدَ آمِنًا

Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berkata: “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman,

Allah menceritakan kembali doa Nabi Ibrahim yang telah disebutnya beribu tahun dahulu. Baginda berdoa supaya Allah jadikan Mekah itu satu tempat yang selamat. Baginda doa begini selepas Mekah menjadi bandar. Itu sebab dalam ayat ini, digunakan kalimah البَلَدَ (ada alif lam).

Waktu itu baginda tinggalkan anak dan isterinya dan kemudian baginda datang kembali dari masa ke semasa. Doa ini baginda sebut apabila Mekah sudah menjadi satu bandar. Dan Allah mengabulkan permintaannya, seperti yang disebutkan dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّا جَعَلْنَا حَرَمًا آمِنًا وَيُتَخَطَّفُ النَّاسُ مِنْ حَوْلِهِمْ}

Dan apakah mereka tidak memperhatikan, bahawa sesungguhnya Kami telah menjadikan (negeri mereka) tanah suci yang aman. (Al-Ankabut: 67), hingga akhir.

Pernah dulu baginda berdoa semasa bina Ka’bah, waktu itu tidak ada apa lagi di situ. Maka baginda minta diberikan buah-buahan (makanan) di situ. Ayat ini sekarang, terjadi apabila baginda datang kembali dan keperluan sudah ada di Mekah. Makanan sudah ada, jadi baginda doa meminta keselamatan pula.

Bandingkan doa Nabi dalam Baqarah:126

وَإِذ قالَ إِبراهيمُ رَبِّ اجعَل هٰذا بَلَدًا آمِنًا وَارزُق أَهلَهُ مِنَ الثَّمَراتِ مَن آمَنَ مِنهُم بِاللَّهِ وَاليَومِ الآخِرِ

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka”.

Dalam Surah Baqarah itu, digunakan kalimah بَلَدًا dalam bentuk nakirah (umum) sahaja kerana waktu itu Mekah itu tidak ada apa lagi, belum jadi negeri. Dalam Surah Ibrahim ini, Mekah sudah jadi negeri dan rezeki sudah banyak, makanan sudah ada.

Kerana kalau makanan ada, tidak semestinya selamat. Baginda seorang yang bijak, jadi baginda tahu yang untuk satu-satu tempat itu jadi maju, memerlukan ekonomi dan keamanan. Kalau salah satunya tidak ada, maka tidak ramai yang akan duduk tinggal di situ.

{إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكًا وَهُدًى لِلْعَالَمِينَ فِيهِ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ مَقَامُ إِبْرَاهِيمَ وَمَنْ دَخَلَهُ كَانَ آمِنًا}

Sesungguhnya rumah yang mula-mula di bangun untuk (tempat beribadat) manusia ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia. Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) maqam Ibrahim; barang siapa memasukinya (Baitullah itu), menjadi amanlah dia. (Ali Imran: 96-97)

 

وَاجنُبني وَبَنِيَّ أَن نَعبُدَ الأَصنامَ

dan jauhkanlah aku berserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.

Baginda berdoa kepada Allah supaya diri baginda dan anak keturunannya diselamatkan dari menyembah berhala. Setiap orang yang berdoa dianjurkan agar mendoakan dirinya sendiri, lalu buat kedua orang tuanya dan anak cucunya. Kalau kita naik kapal terbang, pramugari akan sebut kalau jatuh alat pernafasan, kena pakai sendiri dulu sebelum beri kepada orang lain, bukan?

Makna dari ayat ini, nak selamat dari syirik pun kena doa kepada Allah. Kerana untuk selamat dari buat syirik memerlukan hidayah dan taufik dari Allah, bukan dari kekuatan kita sahaja.

Kalimah yang merujuk kepada ‘berhala’ ada banyak jenis dalam Qur’an. Kerana berhala pun ada banyak jenis juga. Kalimah ini digunakan kalimah الأَصنامَ yang merujuk kepada jenis berhala yang dibuat dari emas, perak atau kayu yang dibuat cantik untuk dijual. Kita boleh katakan, ini adalah jenis berhala yang datang dari industri pembuatan berhala.

Baginda guna kalimah ini kerana baginda tahu sangat perkara ini kerana bapa baginda dulu memang buat berhala jenis ini dan menjualnya. Maka baginda ada pengalaman dan baginda takut kalau benda ini terjadi lagi. Maka baginda minta baginda dan anak cucunya dijauhkan dari menyembah dan  menyeru kepada selain Allah. Kerana amat bahaya sekali kalau ia terjadi kepada umat manusia.


 

Ayat 36: Sambungan tentang berhala-berhala itu. Ini penting kerana semasa ayat ini diturunkan, Musyrikin Mekah sedang menyembah berhala. Maka ayat ini tepat kepada mereka.

رَبِّ إِنَّهُنَّ أَضلَلنَ كَثيرًا مِنَ النّاسِ ۖ فَمَن تَبِعَني فَإِنَّهُ مِنّي ۖ وَمَن عَصاني فَإِنَّكَ غَفورٌ رَحيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

My Lord, indeed they have led astray many among the people. So whoever follows me – then he is of me;¹ and whoever disobeys me – indeed, You are [yet] Forgiving and Merciful.

  • i.e., of my religion.

(MELAYU)

Ya Tuhanku, sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan kebanyakan daripada manusia, maka barangsiapa yang mengikutiku, maka sesungguhnya orang itu termasuk golonganku, dan barangsiapa yang mendurhakai aku, maka sesungguhnya Engkau, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

 

رَبِّ إِنَّهُنَّ أَضلَلنَ كَثيرًا مِنَ النّاسِ

Ya Tuhanku, sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan banyak daripada manusia, 

Nabi Ibrahim sudah pernah tengok bagaimana berhala yang dibuat di rumahnya sendiri. Dan baginda nampak bahayanya penyembahan berhala itu dan kerana itu baginda guna kalimah إِنَّهُنَّ sebagai penekanan. Baginda tahu sangat yang berhala telah banyak menyesatkan ramai manusia.

Walaupun disebut berhala dalam ayat ini, tapi ia juga sebagai nasihat untuk kita juga. Walaupun mungkin ada yang kata, kita tidak sembah berhala pun. Tapi ia berkaitan juga sebenarnya kerana bukan patung itu yang disembah, tapi merujuk kepada roh-roh yang diseru. Patung itu sebagai tempat tawajjuh sahaja.

Maka, kalau orang Islam kita sembah kubur seperti yang dilakukan oleh puak-puak Habib itu, termasuk jugalah dalam perkara ini. Cuma sekarang belum jadi dalam bentuk berhala sahaja. Maka kalau kita tidak tegur, lama-lama sudah jadi berhala. Dan sekarang pun kita boleh tengok diletakkan gambar besar-besar arwah Habib mereka. Itu memang sudah mengarah ke arah penyembahan.

 

فَمَن تَبِعَني فَإِنَّهُ مِنّي

maka barangsiapa yang mengikutiku, maka sesungguhnya orang itu termasuk golonganku,

Baginda kata, sesiapa yang ikut baginda, sama ada anak keturunannya atau sesiapa sahaja, maka mereka dikira dari kalangan baginda. Maknanya mereka dikira sebagai Muslim. Iaitu mereka yang ikut ajaran tauhid dan meninggalkan syirik, maka mereka itu dikira sebagai pengikut Nabi Ibrahim.

Masyarakat Arab berbangga kononnya mereka itu keturunan Nabi Ibrahim dan agama yang mereka amalkan itu adalah dari ajaran Nabi Ibrahim, tapi kalau ikut dibandingkan dengan apa yang disebut oleh Nabi Ibrahim ini, Musyrikin Mekah itu amat jauh dari ajaran Nabi Ibrahim. Maka, mereka tidak bolehlah nak mengaku ikut ajaran Nabi Ibrahim lagi.

 

وَمَن عَصاني فَإِنَّكَ غَفورٌ رَحيمٌ

dan barangsiapa yang mendurhakai aku, maka sesungguhnya Engkau, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Dan kalau sesiapa yang derhaka tidak taat kepada ajaran baginda, Nabi Ibrahim memuji Allah sebagai yang Maha Pemaaf.

Kenapa baginda puji Allah begitu? Baginda tidak minta mereka diselamatkan dari diazab, tapi minta supaya Allah maafkan mereka. Baginda terus puji yang Allah maha pengampun. Maksudnya, supaya Allah menggunakan sifat keampunanNya untuk beri ampun kepada mereka yang tidak taat.


 

Ayat 37: Sambungan dari doa baginda lagi.

رَبَّنا إِنّي أَسكَنتُ مِن ذُرِّيَّتي بِوادٍ غَيرِ ذي زَرعٍ عِندَ بَيتِكَ المُحَرَّمِ رَبَّنا لِيُقيمُوا الصَّلاةَ فَاجعَل أَفئِدَةً مِنَ النّاسِ تَهوي إِلَيهِم وَارزُقهُم مِنَ الثَّمَراتِ لَعَلَّهُم يَشكُرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Our Lord, I have settled some of my descendants in an uncultivated valley near Your sacred House, our Lord, that they may establish prayer. So make hearts among the people incline toward them and provide for them from the fruits that they might be grateful.

(MELAYU)

Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezeki kepada mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.

 

رَبَّنا إِنّي أَسكَنتُ مِن ذُرِّيَّتي

Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku

Kali ini digunakan kalimah رَبَّنا (Tuhan kami), kerana baginda memasukkan ahli keluarga baginda dalam doa baginda. Baginda menceritakan yang baginda meninggalkan ahli keluarga baginda di Mekah itu. Ini menceritakan kembali sejarah asal Mekah kepada Musyrikin Mekah dan kita juga. Ia menceritakan pengorbanan yang dilakukan oleh baginda dan ahli keluarga baginda.

 

بِوادٍ غَيرِ ذي زَرعٍ عِندَ بَيتِكَ المُحَرَّمِ

di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati,

Baginda telah meletakkan ahli keluarga baginda di Mekah yang tidak ada makanan waktu itu. Kerana lembah Mekah adalah gersang dan tidak ada tanaman yang hidup. Baginda nak beritahu yang baginda percaya dan yakin kepada Allah, yang setiap suruhan Allah ada hikmahnya.

Maka baginda letak keluarga baginda di tempat yang tidak ada hidupan kerana itu adalah arahan Allah. Walaupun kalau ikut logik akal, tidak patut baginda letak isteri dan anaknya di situ, tapi kerana taat, baginda lakukan juga. Ini menunjukkan yang arahan Allah tidak semestinya kena bandingkan dengan akal kita. Kerana akal kita tidak dapat nak jelaskan kehendak dan kebijaksanaan Allah.

Baginda letak isterinya dan anak Ismail a.s. berdekatan dengan Tanah Haram. Waktu itu tidak ada Ka’bah lagi tapi masih ada lagi asasnya di situ. Begitulah kalau kita baca kisah baginda dan anaknya menaikkan Ka’bah dalam Surah Baqarah, baginda ‘menaikkan’ asas Ka’bah itu, bukan?

 

رَبَّنا لِيُقيمُوا الصَّلاةَ

ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat,

Tujuan mereka ditinggalkan di situ adalah untuk mendirikan solat, untuk beribadat. Kerana pahala beribadat di situ memang banyak. Kalau nak kira sebab kehidupan, tidak ada pun, tapi tujuan ia dilakukan adalah kerana nak buat ibadat.

 

فَاجعَل أَفئِدَةً مِنَ النّاسِ تَهوي إِلَيهِم

maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka

Baginda berdoa supaya Allah jadikanlah hati manusia (أَفئِدَةً adalah bahagian hati yang beremosi, ada perasaan yang kuat) berkeinginan kuat kepada ahli keluarga baginda itu.

Kalimah تَهوي dari kalimah yang bermaksud ‘hawa’. Selalunya hawa digunakan untuk perasan yang hebat sangat sampai lupa diri sendiri. Memang selalunya digunakan dalam perkara yang tidak elok (ikut hawa nafsu). Tapi baginda gunakan untuk kebaikan kali ini. Kerana baginda berharap manusia sayang sangat dan berkeinginan sangat kepada Tanah Haram itu.

Dan kita pun boleh lihat sampai sekarang manusia pergi ke Tanah Haram untuk melakukan ibadah haji dan umrah, dan apabila mereka di sana, mereka akan lupa diri dan kekayaan dan pangkat mereka waktu itu.

Kalimah ‘hawa’ juga bermaksud ‘jatuh’, seperti ‘jatuh cinta’. Oleh itu, doa baginda ini adalah supaya manusia jadi begitu dengan Ka’bah. Dan begitulah kita dengan Ka’bah, bukan? Ingat tak perasaan anda bila pertama kali lihat Ka’bah di depan mata anda? Sampai bila-bila terkenang rupa dan suasana di Ka’bah itu.

 

وَارزُقهُم مِنَ الثَّمَراتِ لَعَلَّهُم يَشكُرونَ

dan beri rezeki kepada mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.

Baginda berdoa supaya berikanlah makanan kepada mereka di situ. Dalam doa baginda di dalam Surah Baqarah, perkara paling awal sekali baginda minta adalah makanan. Tapi kali ini baginda minta juga, tapi letak di hujung. Kita telah jelaskan kerana ini adalah permintaan setelah Mekah menjadi tempat yang telah ramai orang.

Dan kenapa minta buahan (makanan)? Supaya manusia dapat bersyukur kepada Allah. Apabila manusia dapat kebaikan, inilah yang manusia kena lakukan. Tapi kita kena ingat yang syukur itu bukan dilafazkan di mulut sahaja, tapi kena ditunjukkan dengan ketaatan kepada hukum Allah.

Dan memang Allah makbulkan doa Nabi Ibrahim a.s. ini. Walaupun tempat itu tidak sesuai untuk diduduki dan tidak ada makanan, tapi boleh dapat makanan dan buahan dengan banyak sekali. Allah jadikan itu semua semua kerana doa. Allah nak ajar kehebatan doa dalam ayat ini.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 5 April 2019


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah Ibrahim Ayat 30 – 33 (Allah tundukkan alam untuk kita)

Ayat 30: Mereka yang engkar itu akan dimasukkan ke dalam neraka. Sekarang Allah beritahu kenapa mereka jadi begitu.

وَجَعَلوا للهِ أَندادًا لِيُضِلّوا عَن سَبيلِهِ ۗ قُل تَمَتَّعوا فَإِنَّ مَصيرَكُم إِلَى النّارِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they have attributed to Allāh equals to mislead [people] from His way. Say, “Enjoy yourselves, for indeed, your destination is the Fire.”

(MELAYU)

Orang-orang kafir itu telah menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah supaya mereka menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya. Katakanlah: “Bersenang-senanglah kamu, kerana sesungguhnya tempat kembalimu ialah neraka”.

 

وَجَعَلوا للهِ أَندادًا

Orang-orang kafir itu telah menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah

Mereka dimasukkan ke dalam neraka dan akan kekal di dalamnya kerana mereka jadikan ‘tandingan-tandingan’ bagi Allah. Sepatutnya Allah sahaja yang disembah dan diseru dalam doa, tapi mereka jadikan tandingan untuk Allah. Allah kena bertanding pula dengan roh-roh Nabi, wali dan malaikat untuk mendapatkan sembahan dan doa dari mereka.

Maknanya mereka telah melakukan syirik. Mereka sembah selain Allah dan mereka seru benda lain selain dari Allah.

 

لِيُضِلّوا عَن سَبيلِهِ

supaya mereka menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya.

Dan bukan sahaja mereka sendiri sesat dengan buat syirik, tapi mereka menyesatkan orang lain juga dalam perkara ini. Kerana mereka ajak orang lain untuk buat syirik juga. Mereka beri berbagai hujah dan alasan dan ramai yang jahil yang menerima ajakan mereka itu.

 

قُل تَمَتَّعوا

Katakanlah: “Bersenang-senanglah kamu semua,

Allah suruh beritahu kepada mereka: bersuka-sukalah kamu sementara boleh. Sementara kamu duduk di dunia ini. Nanti bila sudah mati, siaplah.

 

فَإِنَّ مَصيرَكُم إِلَى النّارِ

kerana sesungguhnya tempat kembalimu ialah neraka”.

Bila mati nanti mereka akan dimasukkan ke dalam neraka. Itu sahaja tempat akhir mereka kerana mereka tidak akan ke mana-mana lagi. Tidak ada peluang untuk mereka masuk syurga walaupun setelah duduk lama di neraka.

Ini adalah kerana kalau seseorang itu buat syirik, dia akan kekal di neraka. Sebenarnya, mereka sudah mula bergerak ke neraka pun dari sekarang tapi mereka sahaja yang tidak sedar.


 

Ayat 31: Untuk menolak azab, Allah ajar kaedah:

قُل لِعِبادِيَ الَّذينَ آمَنوا يُقيمُوا الصَّلاةَ وَيُنفِقوا مِمّا رَزَقناهُم سِرًّا وَعَلانِيَةً مِن قَبلِ أَن يَأتِيَ يَومٌ لا بَيعٌ فيهِ وَلا خِلالٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[O Muḥammad], tell My servants who have believed to establish prayer and spend from what We have provided them, secretly and publicly, before a Day comes in which there will be no exchange [i.e., ransom], nor any friendships.

(MELAYU)

Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku yang telah beriman: “Hendaklah mereka mendirikan salat, menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi ataupun terang-terangan sebelum datang hari (kiamat) yang pada hari itu tidak ada jual beli dan persahabatan.

 

قُل لِعِبادِيَ الَّذينَ آمَنوا

Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku yang telah beriman:

Tolong beritahu kepada orang beriman, yang telah mengaku beriman.

Balaghah: Hazfu wa zikru – dalam ayat ini, ada ya mutakallim pada kalimah عِبادِيَ. Bandingkan dengan kalimah عِبادِ dalam ayat Zukhruf:68 yang tidak tidak ada ya mutakallim. Dua-dua kalimah itu selalunya diterjemahkan bermaksud ‘hambaKu’. Tapi satu ada ي dan satu lagi tidak ada. Maka tentu ada beza kena ianya berbeza.

Apabila ada zikru ya seperti dalam ayat ini, ia membawa makna tahawul (berhenti-henti). Ini bermaksud hamba yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah hamba yang belum tetap iman dan belum istiqamah dalam agama lagi. Maka mereka kena diingatkan untuk solat dan infak sebelum terlambat.

Maknanya sekarang mereka masih cuai dan culas dalam hal agama mereka. Kerana itu Allah ingatkan mereka. Ibadah mereka masih putus-putus dan belum mantap. Itu sebab Allah ingatkan mereka sebelum terlambat.

 

يُقيمُوا الصَّلاةَ

“Hendaklah mereka mendirikan salat,

Mereka hendaklah membuktikan iman mereka itu dengan amalan ibadat yang diwajibkan oleh Allah. Dalam ayat ini, Allah sebut dirikanlah solat. Bukanlah ini sahaja ibadat yang perlu dilakukan, tapi solat mewakili ibadat antara Allah dan hamba. Ada lagi ibadat-ibadat lain, tapi yang paling penting adalah solat.

Yang dimaksudkan dengan mendirikan salat ialah menunaikannya pada waktunya masing-masing, memelihara batasan-batasannya, rukuk, khusyuk, dan sujudnya. Maka kenalah belajar cara-cara solat yang sunnah.

 

وَيُنفِقوا مِمّا رَزَقناهُم سِرًّا وَعَلانِيَةً

dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi ataupun terang-terangan

Selain dari ibadat terus kepada Allah seperti solat, ada ibadat yang menjurus kepada perhubungan dengan manusia. Maka infaklah dari apa yang Allah berikan.

Ini adalah ibadat juga, tapi bukan beri kepada Allah, tapi beri kepada mereka yang memerlukan. Bukan sahaja mereka taat dengan Allah, tapi mereka juga dapat menjalinkan hubungan baik dengan orang lain yang menerima infak itu.

Allah ingatkan, harta yang dikeluarkan itu pun bukan hasil dari kita pun, tapi Allah yang beri. Maka yang kita beri itu pun bukanlah kita punya pun.

Dan infak itu boleh diberi dalam semua keadaan: secara rahsia atau berdepan dengan orang lain. Dua-dua jenis itu boleh dilakukan. Tapi dari segi balaghah, Allah sebut infak dalam bentuk rahsia dahulu, kerana itulah infak yang paling baik. Kerana kalau infak itu tidak diketahui oleh orang, ianya lebih selamat dari rasa riak.

Tapi ada kalanya, boleh untuk infak supaya orang lain nampak kerana ia boleh memberi motivasi kepada orang lain lagi untuk infak sama. Maka kena pandai jaga hati dalam memberi infak kepada orang lain.

 

مِن قَبلِ أَن يَأتِيَ يَومٌ لا بَيعٌ فيهِ

sebelum datang hari (kiamat) yang pada hari itu tidak ada jual beli

Buatlah amal ibadat semasa masih hidup di dunia ini. Sementara ada nyawa lagi dan kita masih mampu untuk melakukan ibadat. Jangan menyesal kalau sudah mati. Lakukanlah amal kebaikan sebelum sampai masa yang tidak ada jual beli lagi. Kerana kita boleh dapat sumber harta dari urusan jual beli semasa hidup di dunia. Tapi bila sudah mati, tidak ada peluang lagi.

Ia juga bermaksud, tidak ada sesiapa pun yang boleh tebus diri mereka dengan harta. Kalau ada emas sepenuh bumi pun, tidak akan diterima tebusan itu.

 

وَلا خِلالٌ

dan persahabatan.

Dan di akhirat nanti tidak ada kawan setia lagi yang dapat membantu. Kalau semasa di dunia tentu ada teman setia yang boleh bantu kita kalau kita susah, tapi tidak ada lagi di akhirat kelak.

Ia juga bermakna, sia-sia sahaja kalau bersahabat dengan roh-roh yang telah mati. Ramai dari kalangan manusia, termasuk juga orang Islam yang menyeru roh-roh Nabi, wali dan malaikat, kononnya kalau seru mereka itu, akan dapat syafaat nanti di akhirat. Ini adalah fahaman sesat. Allah sebut dalam ayat lain:

Allah Swt. telah berfirman:

{وَاتَّقُوا يَوْماً لَا تَجْزِي نَفْسٌ عَنْ نَفْسٍ شَيْئاً وَلا يُقْبَلُ مِنْهَا عَدْلٌ وَلا تَنْفَعُهَا شَفَاعَةٌ وَلا هُمْ يُنْصَرُونَ}

Dan takutlah kamu kepada suatu hari di waktu seseorang tidak dapat menggantikan seseorang lain sedikit pun dan tidak akan diterima suatu tebusan darinya dan tidak akan memberi manfaat sesuatu syafaat kepadanya dan tidak (pula) mereka akan ditolong. (Al-Baqarah: 123)


 

Ayat 32: Dalil aqli ketiga.

اللهُ الَّذي خَلَقَ السَّماواتِ وَالأَرضَ وَأَنزَلَ مِنَ السَّماءِ ماءً فَأَخرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَراتِ رِزقًا لَكُم ۖ وَسَخَّرَ لَكُمُ الفُلكَ لِتَجرِيَ فِي البَحرِ بِأَمرِهِ ۖ وَسَخَّرَ لَكُمُ الأَنهارَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

It is Allāh who created the heavens and the earth and sent down rain from the sky and produced thereby some fruits as provision for you and subjected for you¹ the ships to sail through the sea by His command and subjected for you the rivers.

  • i.e., made serviceable to you.

(MELAYU)

Allah-lah yang telah menciptakan langit dan bumi dan menurunkan air hujan dari langit, kemudian Dia mengeluarkan dengan air hujan itu berbagai buah-buahan menjadi rezeki untukmu; dan Dia telah menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu, berlayar di lautan dengan kehendak-Nya, dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu sungai-sungai.

 

اللهُ الَّذي خَلَقَ السَّماواتِ وَالأَرضَ

Allah-lah yang telah menciptakan langit dan bumi

Kenapa kita kena sembah dan seru Allah sahaja dalam doa? Kerana Allah yang jadikan langit dan bumi ini. Roh-roh Nabi, wali dan malaikat itu tidak jadikan apa-apa pun. Semua yang ada dalam alam ini yang kita gunakan adalah dari ciptaan Allah.

 

وَأَنزَلَ مِنَ السَّماءِ

dan Dia menurunkan air hujan dari langit,

Manusia, tumbuhan dan haiwan memerlukan air hujan untuk kehidupan kita. Kalau tidak ada air hujan, memang tidak ada kehidupan. Allah ingatkan yang Dialah yang menurunkan air hujan itu.

 

فَأَخرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَراتِ رِزقًا لَكُم

kemudian Dia mengeluarkan dengan air hujan itu berbagai buah-buahan menjadi rezeki untukmu; 

Dengan air hujan itulah, tumbuhan boleh hidup. Kita makan tumbuh-tumbuhan itu; binatang juga boleh makan tumbuh-tumbuhan itu; dan kita pula makan binatang-binatang itu.

 

وَسَخَّرَ لَكُمُ الفُلكَ لِتَجرِيَ فِي البَحرِ بِأَمرِهِ

dan Dia telah menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu, berlayar di lautan dengan kehendak-Nya,

Kemudian Allah beritahu jasaNya menundukkan bahtera untuk kita. Maksud ‘tunduk’ itu adalah kita boleh pakai bahtera itu. Allah yang ajar kita macam mana nak buat kapal dan Allah tundukkan kapal dan juga lautan untuk kita boleh gunakan untuk kemudahan kita. Dengan itu, mudahlah kita gunakan laluan laut untuk kita bermusafir dan berniaga.

 

وَسَخَّرَ لَكُمُ الأَنهارَ

dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu sungai-sungai.

Lautan adalah jalan untuk pergi ke tempat-tempat yang jauh. Tapi di dalam negara juga ada laluan lain, iaitu laluan sungai. Allah sebut tentang sungai untuk perjalanan di daratan. Dengan air itu juga memberi sumber rezeki kepada kita.


 

Ayat 33: Ayat tentang ‘taskhir’ (penundukan) diteruskan.

وَسَخَّرَ لَكُمُ الشَّمسَ وَالقَمَرَ دائِبَينِ ۖ وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيلَ وَالنَّهارَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And He subjected for you the sun and the moon, continuous [in orbit], and subjected for you the night and the day.

(MELAYU)

Dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu matahari dan bulan yang terus menerus beredar (dalam orbitnya); dan telah menundukkan bagimu malam dan siang.

 

وَسَخَّرَ لَكُمُ الشَّمسَ وَالقَمَرَ

Dan Dia telah menundukkan (pula) bagimu matahari dan bulan

Allah juga menundukkan matahari dan bulan untuk kita. Maksudnya kita boleh gunakan untuk kemudahan kita. Manusia jadikan matahari dan bulan itu sebagai penanda waktu. Kalau kita gantung kalender dan jam di dinding, Allah gantung ‘kalender’Nya di langit. Kalender bulanan adalah bulan dan jam adalah matahari yang Allah gantung di langit.

 

دائِبَينِ

yang terus menerus beredar

Iaitu sentiasa bergerak ikut orbit masing-masing. Matahari dan bulan tidak berhenti bergerak dan berputar walaupun sesaat, kerana Allah tidak benarkan. Nanti akan sampai satu masa kedua-duanya akan berlanggar satu sama lain – ini disebut dalam ayat lain.

{لَا الشَّمْسُ يَنْبَغِي لَهَا أَنْ تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ}

Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan, dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya. (Yaasin: 40)

Nota: Ini juga menjadi dalil yang bumi dan planet-planet tidaklah ‘pegun’ seperti yang diperkatakan oleh sesetengah orang.

 

وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيلَ وَالنَّهارَ

dan telah menundukkan bagimu malam dan siang.

Dan Allah tundukkan malam dan siang untuk kita juga. Malam adalah masa untuk rehat dan siang Allah terangkan untuk mudahkan kita bekerja. Allah yang jadikan siang dan malam, bukan terjadi sendiri.

Apabila sesuatu direndahkan untuk kita pakai, tentu kita lebih tinggi kedudukan dari dia, bukan? Contohnya, kalau ada orang buat kerja-kerja ringan kita, itu adalah untuk memudahkan kita. Maknanya kita ada kerja yang lebih penting lagi, sampaikan kita susah kalau nak fikirkan benda-benda yang kecil. Ini macam ketua syarikat ada pembantu peribadi untuk boleh buat kerja-kerja ringan kerana dia sendiri ada kerja yang lebih penting untuk dibuat. Ini samalah macam Perdana Menteri tidak tulis sendiri surat-surat dia.

Itu adalah perkara biasa dan itulah masanya kita memerlukan pembantu. Tapi ianya salah kalau semua benda dilakukan untuk seseorang tapi dia sendiri tidak ada kerja penting. Kerana itu bila seorang Raja itu semua perkara dilakukan untuk dia, tapi dia tak buat benda yang penting, ini tidak patut. Ini sudah salah faham. Kerana menghambakan orang untuk buat semua benda, tapi dia sendiri tidak ada kerja.

Pengajaran dari ayat ini, Allah jadikan alam ini di bawah kekuasaan kita dan kita boleh gunakan, kerana kita ada kerja yang penting untuk kita lakukan: iaitu taat dan berkhidmat untuk Allah sebagai khalifah di muka bumi. Oleh itu kenalah faham kepentingan Allah berikan segala kemudahan untuk kita. Kita kena gunakan alam ini untuk memudahkan kita menjadi khalifah di bumi.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 4 Mac 2019


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir