Tafsir Surah ar-Ra’d Ayat 35 – 36 (Beriman tetapi syirik)

Ra’d Ayat 35: Ayat tabshir. Ayat sebelum initentang orang yang ingkar yang akan dimasukkan ke dalam neraka. Akan tetapi kepada orang yang bertaqwa, Allah ﷻ akan masukkan ke dalam syurga.

۞ مَّثَلُ الجَنَّةِ الَّتي وُعِدَ المُتَّقونَ ۖ تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ ۖ أُكُلُها دائِمٌ وَظِلُّها ۚ تِلكَ عُقبَى الَّذينَ اتَّقَوا ۖ وَّعُقبَى الكٰفِرينَ النّارُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

The example [i.e., description] of Paradise, which the righteous have been promised, is [that] beneath it rivers flow. Its fruit is lasting, and its shade. That is the consequence for the righteous, and the consequence for the disbelievers is the Fire.

(MALAY)

Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka.

 

مَّثَلُ الجَنَّةِ الَّتي وُعِدَ المُتَّقونَ

Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa

Allah ﷻ memberi contoh misal syurga itu. Allah ﷻ jelaskan dalam bentuk grafik supaya kita boleh gunakan imaginasi untuk memikirkannya. Kerana kalau hendak diceritakan secara terperinci, kita tidak akan boleh terima. Oleh itu cubalah bayangkan kerana tidak ada brosur syurga lagi setakat ini. Allah ﷻ berfirman di dalam Sajdah: 17

فَلا تَعلَمُ نَفسٌ مّا أُخفِيَ لَهُم مِّن قُرَّةِ أَعيُنٍ جَزاءً بِما كانوا يَعمَلونَ
Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (daripada segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.

Walau bagaimanapun apa sahaja yang dibayangkan itu, syurga itu lebih lagi dan lebih lagi daripada apa yang kita dapat bayangkan. Cuma Allah ﷻ suruh kita cuba bayangkan untuk menaikkan semangat kita, maka bolehlah cuba bayangkan. Maka bayangan kita ini berdasarkan ayat-ayat Al-Qur’an dan hadith-hadith Nabi, antaranya,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا لَنَا إِذَا كُنَّا عِنْدَكَ رَقَّتْ قُلُوبُنَا وَزَهِدْنَا فِي الدُّنْيَا وَكُنَّا مِنْ أَهْلِ الْآخِرَةِ فَإِذَا خَرَجْنَا مِنْ عِنْدِكَ فَآنَسْنَا أَهَالِينَا وَشَمَمْنَا أَوْلَادَنَا أَنْكَرْنَا أَنْفُسَنَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ أَنَّكُمْ تَكُونُونَ إِذَا خَرَجْتُمْ مِنْ عِنْدِي كُنْتُمْ عَلَى حَالِكُمْ ذَلِكَ لَزَارَتْكُمْ الْمَلَائِكَةُ فِي بُيُوتِكُمْ وَلَوْ لَمْ تُذْنِبُوا لَجَاءَ اللَّهُ بِخَلْقٍ جَدِيدٍ كَيْ يُذْنِبُوا فَيَغْفِرَ لَهُمْ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مِمَّ خُلِقَ الْخَلْقُ قَالَ مِنْ الْمَاءِ قُلْنَا الْجَنَّةُ مَا بِنَاؤُهَا قَالَ لَبِنَةٌ مِنْ فِضَّةٍ وَلَبِنَةٌ مِنْ ذَهَبٍ وَمِلَاطُهَا الْمِسْكُ الْأَذْفَرُ وَحَصْبَاؤُهَا اللُّؤْلُؤُ وَالْيَاقُوتُ وَتُرْبَتُهَا الزَّعْفَرَانُ مَنْ دَخَلَهَا يَنْعَمُ لَا يَبْأَسُ وَيَخْلُدُ لَا يَمُوتُ لَا تَبْلَى ثِيَابُهُمْ وَلَا يَفْنَى شَبَابُهُمْ ثُمَّ قَالَ ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَالصَّائِمُ حِينَ يُفْطِرُ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ يَرْفَعُهَا فَوْقَ الْغَمَامِ وَتُفَتَّحُ لَهَا أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَيَقُولُ الرَّبُّ عَزَّ وَجَلَّ وَعِزَّتِي لَأَنْصُرَنَّكِ وَلَوْ بَعْدَ حِينٍ
Daripada [Abu Hurairah رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ] berkata: Kami berkata: Wahai Rasulullah, kenapa kami bila berada dekat engkau, hati kami melunak, kami zuhud di dunia dan kami termasuk ahli akhirat, tetapi bila kami bergegas meninggalkan engkau lalu kami bergaul dengan keluarga kami, mencium anak-anak kami, kami mengingkari diri kami sendiri. Rasulullah ﷺ bersabda: “Andai kalian bila pergi meninggalkanku berada dalam keadaan kalian seperti itu, nescaya para malaikat mengunjungi kalian di rumah-rumah kalian dan seandainya kalian tidak berbuat dosa, nescaya Allah menciptakan makhluk baru agar mereka berbuat dosa lalu Allah akan mengampuni mereka.” Berkata Abu Hurairah رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ: Aku berkata: Wahai Rasulullah, daripada apa makhluk diciptakan? Rasulullah ﷺ menjawab: “Daripada air.” Kami bertanya: Syurga, apakah bangunannya? Baginda menjawab: Bata daripada perak dan bata daripada emas, simennya minyak kasturi yang harum, tanahnya mutiara dan permata, debunya za’faran, barangsiapa memasukinya, dia bersenang-senang dengan tidak jemu, kekal, tidak mati, baju mereka tidak usang, kemudaan mereka tidak lenyap.” Setelah itu baginda bersabda: “Tiga orang yang doanya tidak tertolak; imam yang adil, orang puasa saat berbuka dan doa orang yang terzalimi, doanya diangkat di atas awan dan pintu-pintu langit dibukakan, Rabb عَزَّ وَجَلَّ berfirman: Demi keperkasaan-Ku, aku akan menolongmu meski setelah selang berapa lama.”

(Jami’ Tirmidzi (2449) dengan sanad yang sahih)

 

Kenapa Allah ﷻ sembunyikan maklumat syurga (dan neraka)? Kenapa tidak diberikan maklumat yang lebih terperinci? Kerana hendak memberi kejutan gembira kepada mereka yang akan memasukinya nanti. Juga sebagai ujian bagi umat manusia. Supaya mereka hendak kepada syurga itu walaupun mereka tidak nampak dan tidak jelas apa yang ada di dalamnya.

Dalam ayat sebelum Sajdah: 17 di atas pun menceritakan tentang amalan manusia yang rahsia, yang tersembunyi iaitu Solat Malam dan juga sedekah. Maka untuk masuk ke syurga yang tersembunyi nikmatnya itu, pun kenalah melakukan amalan-amalan yang tersembunyi daripada manusia agar dapat mengelak riak dan menyuburkan ikhlas.

تَتَجافىٰ جُنوبُهُم عَنِ المَضاجِعِ يَدعونَ رَبَّهُم خَوفًا وَطَمَعًا وَمِمّا رَزَقنٰهُم يُنفِقونَ
Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaan-Nya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian daripada apa yang Kami beri kepada mereka.
(Sajdah: 16)

Ini mengajar kita yang amalan yang ditunjuk-tunjuk kepada manusia itu bukanlah boleh memasukkan diri kita ke dalam syurga. Hentilah untuk post aktiviti ibadah seperti yang selalu dibuat di bulan Ramadan. Itu sangatlah mengarut dan buang pahala sahaja. ‘Orang bukan heran pun engkau solat Terawih’.

 

تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ

ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di bawahnya;

Syurga itu adalah taman yang indah tetapi bukan ada pokok-pokok sahaja, malah ada sungai-sungai. Sungai-sungai itu mengalir di dalam syurga itu. Ini amat indah sekali. Tambahan pula kepada bangsa Arab waktu itu yang jarang dapat melihat sungai kerana tempat mereka hanya ada padang pasir sahaja. Maka ini sangat menarik perhatian mereka dan dapat memberi motivasi yang amat tinggi kepada mereka.

Allah ﷻ banyak kali menyebut tentang sungai-sungai di dalam Al-Qur’an untuk memberitahu motivasi kepada kita untuk beriman dan beramal. Ini kerana manusia memang sukakan air seperti sungai. Ramai yang suka berkelah di sungai tetapi kena pergi jauh sebab sungai selalunya jauh dari tempat tinggal kita. Apatah lagi orang Arab yang mungkin tidak pernah melihat sungai pun, dengar cerita sahaja. Maka Allah ﷻ hendak menarik perhatian manusia.

Di sini tidak disebut apakah jenis sungai itu tetapi disebut di dalam ayat yang lain iaitu Muhammad: 15

فيها أَنهارٌ مِّن مّاءٍ غَيرِ ءآسِنٍ وَأَنهٰرٌ مِّن لَّبَنٍ لَّم يَتَغَيَّر طَعمُهُ وَأَنهٰرٌ مِّن خَمرٍ لَّذَّةٍ لِّلشّٰرِبينَ وَأَنهٰرٌ مِّن عَسَلٍ مُّصَفًّى
ada sungai-sungai daripada air yang tiada berubah rasa dan baunya, sungai-sungai daripada air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai daripada khamr yang lazat rasanya bagi peminumnya dan sungai-sungai daripada madu yang disaring

Cerita tentang sungai ini pun sudah hebat kerana ia tidak sama dengan sungai di dunia ini. Ini semua untuk menaikkan semangat kita untuk memasuki syurga.

 

أُكُلُها دائِمٌ وَظِلُّها

buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). 

Allah ﷻ sebut tentang buah-buahan dalam ayat ini walaupun ada makanan yang lain juga. Ini adalah kerana bangsa Arab amat menggemari buah-buahan kerana mereka tidak ada pokok buah-buahan yang banyak di tempat mereka. Maka Allah ﷻ beritahu kehebatan buah-buahan di syurga, di mana buahnya sentiasa ada berterusan tidak bermusim, tidak perlu tunggu musim baru boleh makan. Allah ﷻ sebut di dalam Waqiah: 32-33

وَفٰكِهَةٍ كَثيرَةٍ
Serta buah-buahan yang banyak,

لّا مَقطوعَةٍ وَلا مَمنوعَةٍ
Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,

Tidak terhalang untuk mendapat buah itu, boleh makan dengan banyak. Kalau zaman sekarang, ada buah yang kita tidak boleh makan, bukan? Lebih hebat lagi buah itu akan kekal elok, tidak akan jadi rosak dan masam. Atau ia bermaksud, rasa sedapnya yang berkekalan kerana kadangkala di dunia, buah yang kita beli dan tanam tidak semestinya sedap semuanya. Tentunya buah di syurga itu tidak sama dengan buah di dunia. Di dalam kitab Sahihain disebutkan hadith Ibnu Abbas tentang salat gerhana matahari, yang di dalamnya antara lain disebutkan tentang buah anggur syurga:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ أَنَّهُ قَالَ خَسَفَتْ الشَّمْسُ فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالنَّاسُ مَعَهُ فَقَامَ قِيَامًا طَوِيلًا نَحْوًا مِنْ سُورَةِ الْبَقَرَةِ قَالَ ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلًا ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ مِنْ الرُّكُوعِ فَقَامَ قِيَامًا طَوِيلًا وَهُوَ دُونَ الْقِيَامِ الْأَوَّلِ ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلًا وَهُوَ دُونَ الرُّكُوعِ الْأَوَّلِ ثُمَّ سَجَدَ ثُمَّ قَامَ قِيَامًا طَوِيلًا وَهُوَ دُونَ الْقِيَامِ الْأَوَّلِ ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلًا وَهُوَ دُونَ الرُّكُوعِ الْأَوَّلِ ثُمَّ رَفَعَ فَقَامَ قِيَامًا طَوِيلًا وَهُوَ دُونَ الْقِيَامِ الْأَوَّلِ ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلًا وَهُوَ دُونَ الرُّكُوعِ الْأَوَّلِ ثُمَّ سَجَدَ ثُمَّ انْصَرَفَ وَقَدْ تَجَلَّتْ الشَّمْسُ فَقَالَ إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ رَأَيْنَاكَ تَنَاوَلْتَ شَيْئًا فِي مَقَامِكَ هَذَا ثُمَّ رَأَيْنَاكَ تَكَعْكَعْتَ فَقَالَ إِنِّي رَأَيْتُ الْجَنَّةَ فَتَنَاوَلْتُ مِنْهَا عُنْقُودًا وَلَوْ أَخَذْتُهُ لَأَكَلْتُمْ مِنْهُ مَا بَقِيَتْ الدُّنْيَا وَرَأَيْتُ النَّارَ فَلَمْ أَرَ كَالْيَوْمِ مَنْظَرًا قَطُّ وَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ قَالُوا لِمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ لِكُفْرِهِنَّ قِيلَ أَيَكْفُرْنَ بِاللَّهِ قَالَ وَيَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ وَيَكْفُرْنَ الْإِحْسَانَ لَوْ أَحْسَنْتَ إِلَى إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ كُلَّهُ ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شَيْئًا قَالَتْ مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ
Daripada [Abdullah bin Abbas رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا] bahawa dia berkata; “Telah terjadi gerhana matahari pada masa Rasulullah ﷺ. Baginda lalu solat dan orang-orang ikut bersamanya. Baginda berdiri dalam waktu yang panjang seperti panjangnya bacaan surah Al Baqarah.” Ibnu Abbas رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا berkata; “Kemudian baginda rukuk dengan rukuk yang panjang, lalu baginda bangkit daripada rukuk. Baginda berdiri bangun dengan berdiri yang panjang, namun tidak sepanjang yang pertama. Kemudian baginda rukuk dengan rukuk yang panjang, namun tidak sepanjang rukuk yang sebelumnya. Kemudian baginda bersujud, lalu berdiri lama namun tidak selama berdirinya yang pertama. Kemudian baginda rukuk dengan panjang namun tidak selama rukuk yang pertama. Baginda bangkit daripada rukuk dan berdiri dengan panjang, namun tidak sepanjang yang pertama. Kemudian rukuk dengan rukuk yang panjang, namun tidak sepanjang rukuk yang sebelumnya. Setelah itu sujud dan berlalu pergi (selesai). Sementara matahari sudah mulai nampak, baginda kemudian bersabda: “Matahari dan bulan adalah dua tanda daripada tanda-tanda Kebesaran Allah. Terjadinya gerhana pada keduanya bukan kerana kematian atau hidupnya seseorang. Jika kalian melihat itu, maka berzikirlah kepada Allah.” Mereka bertanya; “Wahai Rasulullah! Kami melihat engkau menjulurkan tangan kepada sesuatu di tempat engkau berdiri. Lalu kami melihat engkau mundur ke belakang.” Baginda menjawab: “Aku telah melihat syurga. Lalu aku meraih buah dari syurga, sekiranya aku mengambilnya, nescaya kalian akan memakannya selama dunia masih ada. Aku juga melihat neraka, aku tidak pernah melihat pemandangan seperti itu. Dan aku lihat paling banyak penghuninya adalah para wanita.” Mereka bertanya; “Kenapa wahai Rasulullah! ” Baginda menjawab: “Kerana keingkaran mereka.” Mereka bertanya: “Apakah kerana mereka ingkar terhadap Allah?” Baginda menjawab; “Mereka ingkar terhadap suami dan ingkar terhadap kebaikan. Jika kamu berbuat kepadanya dalam waktu yang lama, lalu mereka melihat sesuatu daripadamu, dia berkata; ‘Aku tidak pernah melihat kebaikanmu sedikit pun’.”

(Sahih Bukhari (399))

Lagi satu hal menarik mengenai buah-buahan dalam syurga itu iaitu tidak perlu susah-susah dikutip dikopek. Tidak perlu pergi ke ladang, atau beli. Buah itu datang sendiri apabila kita hendak makan seperti disebut dalam Haqqah: 23

قُطوفُها دانِيَةٌ
buah-buahannya dekat,

Kemudian Allah ﷻ sebut tentang teduhan di syurga itu. Ini adalah kerana cuaca di Tanah Arab itu panas terik sahaja sepanjang masa. Pokok untuk dijadikan teduhan pun tidak banyak. Maka Allah ﷻ sebut tentang suasana nyaman di syurga yang sentiasa ada teduhan.

Keadaan di syurga amat nyaman sekali. Tiada langsung kepanasan kerana tidak ada matahari pun di sana. Ini seperti disebut dalam Insan: 13

لا يَرَونَ فيها شَمسًا وَلا زَمهَريرًا
mereka tidak merasakan di dalamnya (teriknya) matahari dan tidak pula dingin yang bersangatan.

Keadaan sentiasa siang sahaja tidak ada malam-malam kerana badan kita tidak penat dan tidak perlu rehat di malam hari. Naungan pula adalah yang terhebat sekali memberikan keselesaan kepada penghuninya. Di dalam kitab Sahihain telah disebutkan sebuah hadith melalui berbagai jalur, bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda:

أَبُو سَعِيدٍ الْخُدْرِيُّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ فِي الْجَنَّةِ شَجَرَةً يَسِيرُ الرَّاكِبُ الْجَوَادَ الْمُضَمَّرَ السَّرِيعَ مِائَةَ عَامٍ مَا يَقْطَعُهَا
[Abu Sa’id Al Khudri رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ] daripada Nabi ﷺ bersabda: “Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah pohon yang mana seorang pengendara yang mahir dan penuh persiapan berjalan dengan cepat di bawah naungannya selama seratus tahun, dia tidak juga sampai.”
(Sahih Bukhari (5056))

 

تِلكَ عُقبَى الَّذينَ اتَّقَوا

Itulah kesudahan bagi orang-orang yang bertaqwa, 

Allah ﷻ ceritakan dalam ayat ini dan banyak dalam ayat-ayat lain tentang keadaan di dalam syurga sebagai motivasi kepada kita. Kalau kita sanggup beriman dan istiqamah dalam iman itu, maka syurga itulah tempat kekal kita. Maka tanyalah diri sendiri: Adakah terkesan dan ia mengubah diri kita? Atau biasa sahaja bagaikan membaca sebuah novel? Bandingkan promosi yang Allah ﷻ beri di dalam ayat ini atau promosi jualan murah di supermarket?

Sekarang bayangkan kalau anda hendak pergi ke negara Jepun minggu depan. Tentu kita akan mencari maklumat tentang Jepun, bukan? Tentu kita ingin tahu tentang cuaca waktu itu, bagaimana alat pengangkutan di sana, bagaimana cara sampai ke Jepun, hotel di sana bagaimana, apa bahasa yang boleh digunakan di sana, bagaimana mencari makanan halal dan macam-macam lagi maklumat, bukan?

Ini adalah kerana kita memang akan pergi ke sana. Sekarang, soalan saya, adakah anda tahu cuaca di Syurga, bahasa apa yang digunakan di sana, berapa lama akan tinggal di sana, makanan apa yang akan diberikan, siapa lagi yang ada di dalam syurga itu dan lain-lain lagi maklumat.

Kalau jawapannya anda tidak tahu, maka soalan saya seterusnya: Adakah anda tidak mahu pergi ke syurga? Kerana kalau memang mahu pergi ke syurga, tentu anda akan cari maklumat tentang syurga, bukan? Lebih-lebih lagi cara bagaimana kita dapat masuk ke syurga.

Yang menakutkan kita di dalam ayat ini adalah kalimat الَّذينَ اتَّقَوا iaitu syurga itu diberi kepada golongan yang bertaqwa! Aduh, adakah kita termasuk golongan itu? Maka kena tahu ciri-ciri taqwa itu dan amalkan. Apabila sudah amalkan, barulah boleh berangan untuk masuk ke syurga. Kalau setakat tahu sahaja, belum boleh berangan lagi!

Banyak sekali ciri-ciri orang bertaqwa yang disebut di dalam Al-Qur’an. Kena pelajari semuanya sekali kerana ia berterabur di dalam surah-surah. Antaranya yang kita boleh kongsi di sini adalah ayat Baqarah: 177

۞ لَيْسَ الْبِرَّاَنْ تُوَلُّوْا وُجُوْهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلٰكِنَّ الْبِرَّ مَنْ اٰمَنَ بِاللّٰهِ وَالْيَوْمِ الْاٰخِرِ وَالْمَلٰۤىِٕكَةِ وَالْكِتٰبِ وَالنَّبِيّٖنَ ۚ وَاٰتَى الْمَالَ عَلٰى حُبِّهٖ ذَوِى الْقُرْبٰى وَالْيَتٰمٰى وَالْمَسٰكِيْنَ وَابْنَ السَّبِيْلِۙ وَالسَّاۤىِٕلِيْنَ وَفىِ الرِّقَابِۚ وَاَقَامَ الصَّلٰوةَ وَاٰتَى الزَّكٰوةَ ۚ وَالْمُوْفُوْنَ بِعَهْدِهِمْ اِذَا عَاهَدُوْا ۚ وَالصّٰبِرِيْنَ فِى الْبَأْسَاۤءِ وَالضَّرَّاۤءِ وَحِيْنَ الْبَأْسِۗ اُولٰۤىِٕكَ الَّذِيْنَ صَدَقُوْا ۗوَاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الْمُتَّقُوْنَ
Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang dia menyayanginya, – kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.

 

وَّعُقبَى الكٰفِرينَ النّارُ

sedang kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka.

Ini adalah takhwif ukhrawi. Untuk mereka yang kufur pula, tempat kekal mereka adalah neraka. Tidak perlu cakap panjang pun kerana ayat ini sebagai motivasi ke syurga, bukan hendak cerita sangat tentang neraka. Namun Allah ﷻ memang selalu iringkan, kalau sebut syurga maka Allah ﷻ akan sebut tentang neraka. Kerana ada yang kita kena kejar dan ada yang kita kena usaha untuk elakkan. Kena kejar syurga dan elak dari neraka. Sekarang sudah dibentangkan dua pilihan maka hendaklah buat keputusan sendiri.


 

Ra’d Ayat 36: Dalil naqli dari golongan ahli kitab. Ahli Kitab pun ada yang beriman, maka janganlah berat hati untuk beriman dengan apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad ﷺ itu kerana orang yang ada kitab wahyu pun boleh terima baginda.

وَالَّذينَ ءآتَينٰهُمُ الكِتٰبَ يَفرَحونَ بِما أُنزِلَ إِلَيكَ ۖ وَمِنَ الأَحزابِ مَن يُنكِرُ بَعضَهُ ۚ قُل إِنَّما أُمِرتُ أَن أَعبُدَ اللهَ وَلا أُشرِكَ بِهِ ۚ إِلَيهِ أَدعو وَإِلَيهِ مَئآبِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [the believers among] those to whom We have given the [previous] Scripture rejoice at what has been revealed to you, [O Muḥammad], but among the [opposing] factions are those who deny part of it [i.e., the Qur’ān]. Say, “I have only been commanded to worship Allāh and not associate [anything] with Him. To Him I invite, and to Him is my return.”

(MALAY)

Orang-orang yang telah Kami berikan kitab kepada mereka bergembira dengan kitab yang diturunkan kepadamu, dan di antara golongan-golongan (Yahudi dan Nasrani) yang bersekutu, ada yang mengingkari sebahagiannya. Katakanlah “Sesungguhnya aku hanya diperintah untuk menyembah Allah dan tidak mempersekutukan sesuatupun dengan Dia. Hanya kepada-Nya aku seru (manusia) dan hanya kepada-Nya aku kembali”.

 

وَالَّذينَ ءآتَينٰهُمُ الكِتٰبَ يَفرَحونَ بِما أُنزِلَ إِلَيكَ

Dan orang-orang yang telah Kami berikan kitab kepada mereka, mereka itu bergembira dengan kitab yang diturunkan kepadamu,

Mereka yang telah diberi kitab wahyu itu adalah Golongan Yahudi dan Nasrani. Mereka itu digelar Ahli Kitab kerana mereka itu ada kitab wahyu dan mereka sepatutnya berilmu. Mereka sudah ada agama, maka Allah ﷻ puji mereka. Begitulah, tanda Allah ﷻ sayang kepada umat adalah diberikan ilmu kepada mereka. Rasulullah ﷺ bersabda,

عَنْ مُعَاوِيَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ((مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّيْنِ )) أَخْرَجَه البُخَارِي وَ مُسْلِم
Daripada Muawiyah رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: (( Barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan baginya, maka Allah akan menjadikan dia faham dalam bidang agama.))
(Riwayat Bukhari No. 216)

Walaupun ramai dalam kalangan Ahli Kitab itu yang tidak beriman, tetapi ada yang gembira dengan apa yang diberikan kepada Nabi Muhammad ﷺ. Mereka suka kerana apa yang dijanjikan kepada mereka dalam kitab-kitab mereka telah datang. Apa yang ada di dalam Al-Qur’an sama dengan apa yang disebut di dalam kitab wahyu mereka (yang asal). Walaupun ada perbezaan di dalam bab syariat, akan tetapi bab akidah, sama sahaja. Tentunya mereka ini orang-orang yang tidak dihinggapi hawa nafsu, kerana itu mereka boleh terima Islam. Oleh itu ada dalam kalangan mereka yang beriman, maka jangan pukul rata mereka sama sahaja. Lihat Ali Imran: 113

لَيْسُوا سَوَاءً مِّنْ أَهْلِ الْكِتٰبِ أُمَّةٌ قَائِمَةٌ يَتْلُونَ ءآيٰتِ اللَّهِ ءآنَاءَ اللَّيْلِ وَهُمْ يَسْجُدُونَ
Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang (telah memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada ugama Allah yang benar) mereka membaca ayat-ayat Allah (Al-Qur’an) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengerjakan sembahyang).

Antara nama-nama mereka ini adalah seperti Abdullah bin Salam (bekas pendita Yahudi), Adi bin Hatim (asalnya penganut Nasrani) dan Tamim ad-Dari. Mereka masuk Islam dengan besar hati dan Nur Hidayat terbuka, sebab tidak dipengaruhi oleh rasa dengki. Mereka ini seperti Allah ﷻ sebut di dalam Maidah: 83

وَإِذا سَمِعوا ما أُنزِلَ إِلَى الرَّسولِ تَرىٰ أَعيُنَهُم تَفيضُ مِنَ الدَّمعِ مِمّا عَرَفوا مِنَ الحَقِّ ۖ يَقولونَ رَبَّنا ءآمَنّا فَاكتُبنا مَعَ الشّٰهِدينَ
Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Qur’an) yang telah mereka ketahui (daripada kitab-kitab mereka sendiri); seraya berkata: “Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Qur’an dan kenabian Muhammad).

Hebat mereka ini sampai menangis. Anda pernah menangis baca Al-Qur’an? Mereka menangis kegembiraan kerana mereka memang menunggu-nunggu dan mereka gembira kerana kedatangan Nabi akhir zaman yang dijanjikan itu datang pada masa mereka hidup. Keturunan mereka dulu pun tunggu juga, tetapi mereka tidak berpeluang kerana mereka mati sebelum sempat Nabi Muhammad ﷺ diangkat menjadi Rasul. Memang ada Golongan Yahudi yang datang ke Madinah kerana mereka tahu yang Nabi akhir zaman akan datang ke Madinah. Keturunan mereka dulu tidak dapat jumpa dengan Nabi, tetapi anak cucu mereka yang dapat. Oleh itu mereka beriman dengan Nabi Muhammad ﷺ dan Al-Qur’an.

Hal ini sama dengan yang disebutkan oleh Allah ﷻ dalam ayat lain melalui firman-Nya di dalam Ali Imran: 199

وَإِنَّ مِنْ أَهْلِ ٱلْكِتَٰبِ لَمَن يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْكُمْ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْهِمْ خَٰشِعِينَ لِلَّهِ لَا يَشْتَرُونَ بِـَٔايَٰتِ اللَّهِ ثَمَنًا قَلِيلًا أُولَٰئِكَ لَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ
Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan (kepada) apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Qur’an) dan juga (kepada) apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka.

Kenapa di dalam ayat ini Allah ﷻ sebut يَفرَحونَ بِما أُنزِلَ إِلَيكَ dan tidak kata mereka beriman dengan Al-Qur’an? Ini kerana Allah ﷻ hendak menekankan yang kalau kita gembira mendapat sesuatu, kita akan guna, bukan? Itulah tanda gembiranya kita dengan pemberian itu. Maka kalau kita gembira dengan Al-Qur’an, kita akan gunakan, selalu baca, teringin hendak mempelajari untuk mengetahui maksudnya.

Jelaslah Al-Qur’an bukan untuk disimpan seperti yang dilakukan oleh orang Melayu kita. Bila dapat hadiah seperti semasa menikah, disimpannya Al-Qur’an itu sampai mati tidak buka-buka! Memang pelik orang Melayu kita ini. Kemudian bila kita sebut sesuatu daripada Al-Qur’an, mereka terpinga-pinga. Kemudian kalau berlainan dengan fahaman mereka, mereka melenting marahkan kita pula! Sedangkan perkara itu ada di dalam Al-Qur’an. Oleh kerana mereka tidak tahu menahu tentang apa yang di dalam Al-Qur’an, yang mereka tahu hanya menyalak sahaja.

Sedangkan Ahli Kitab yang beriman itu mereka memang gunakan Al-Qur’an itu untuk mendapatkan hidayah. Mereka membaca dan memahaminya dengan sebenar seperti disebut dalam Baqarah:121

الَّذينَ ءَاتَينَـٰهُمُ ٱلكِتَـٰبَ يَتلونَهُ حَقَّ تِلاوَتِهِ أُولٰئِكَ يُؤمِنونَ بِهِ
Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya;

 

وَمِنَ الأَحزابِ مَن يُنكِرُ بَعضَهُ

dan di antara golongan-golongan (Yahudi dan Nasrani) yang bersekutu, ada yang mengingkari sebahagiannya.

Akan tetapi ada juga yang tidak mahu menerima kerasulan Nabi Muhammad ﷺ dan juga Al-Qur’an. Allah ﷻ gunakan kalimah الأَحزابِ iaitu jamak bagi الحزب. Terjemahan di dalam bahasa kita adalah parti (ya macam parti politik itu, bukan parti pinggan mangkuk). Mereka ini hanya mengikut golongan mereka sahaja, dan ya sama seperti ahli politik zaman sekarang. Apa yang dikatakan oleh pemimpin mereka, ahli parti akan ikut sahaja tanpa fikir.

Begitulah juga dengan majoriti Ahli Kitab itu. Mereka menolak sebahagian daripada wahyu kitab mereka. Mereka bukan tolak semua kerana ada juga yang mereka boleh terima kerana sama seperti di dalam kitab mereka dan mereka boleh hadap. Contohnya tentang Allah ﷻ sebagai Tuhan, mereka terima (kalau dirujuk kitab mereka yang dahulu sebelum diubah). Namun banyak yang mereka tolak kerana berlawanan dengan pegangan mereka. Contohnya dalam kitab mereka telah disebut tentang kebangkitan Nabi akhir zaman itu dan tidak mahu terima Nabi Muhammad ﷺ sebagai Nabi akhir zaman itu kerana mereka hendakkan dalam kalangan mereka sahaja. Maknanya mereka menolak kitab mereka sendiri. Mereka ini golongan yang ikut hawa nafsu mereka.

Ternyata sifat Nabi akhir zaman yang disebut dalam kitab mereka itu sama dengan sifat Nabi Muhammad ﷺ. Namun mereka tidak terima Nabi Muhammad ﷺ kerana baginda datang daripada bangsa Arab, bukan daripada keturunan Bani Israil. Oleh itu mereka sebenarnya telah tolak apa yang disebut dalam kitab mereka sendiri. Kalau tolak satu sahaja ayat daripada wahyu, itu maknanya telah tolak kesemuanya.

Oleh itu, kita tidak boleh terima sikit-sikit sahaja wahyu ini. Antaranya, ada yang kata, Al-Qur’an itu untuk puak Arab sahaja, maka mereka tidak terima. Mereka ini telah menolak dan bermuka-muka dengan Rasulullah ﷺ dan umat Islam. Asalnya semasa baginda mula hijrah ke Madinah, telah ada persetujuan untuk sama-sama saling menghormati dan mempertahankan Madinah daripada serangan musuh. Namun berkali-kali mereka melanggarnya sehinggalah mereka dihalau terus dari bumi Madinah.

 

قُل إِنَّما أُمِرتُ أَن أَعبُدَ اللهَ وَلا أُشرِكَ بِهِ

Katakanlah “Sesungguhnya aku hanya diperintah untuk menyembah Allah dan tidak mempersekutukan sesuatu pun dengan Dia.

Kepada mereka itu, Allah ﷻ mudahkan sahaja dakwah kepada mereka. Hanya beritahu mereka, kalau mereka masih juga berselisih dari segi akidah, terpulanglah. Yang penting adalah kita sembah Allah ﷻ dan tidak membuat syirik. Ini mengingatkan kembali kepada apa yang ada dalam kitab mereka sendiri.

Kalau sudah disebut أَعبُدَ اللهَ, kenapa perlu ditambah dengan لا أُشرِكَ بِهِ pula? Apakah tidak cukup kita disuruh sembah Allah ﷻ sahaja? Kerana kita bukan sahaja perlu sembah Allah ﷻ, tetapi kena tinggalkan syirik. Barulah iman itu sempurna. Kalau setakat beriman sahaja, maka itu tidak lengkap. Wajib hilangkan syirik dahulu seperti disebut dalam An’am: 82

الَّذينَ ءآمَنوا وَلَم يَلبِسوا إيمٰنَهُم بِظُلمٍ أُولٰئِكَ لَهُمُ الأَمنُ وَهُم مُّهتَدونَ
Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Malangnya ramai dalam kalangan orang kita pun beriman, tetapi iman tidak sempurna kerana masih ada syirik di dalam hati mereka. Mereka percaya kepada Allah ﷻ, tetapi masih juga percaya kepada bomoh, contohnya. Ini seperti disebut dalam Yusuf:106

وَما يُؤمِنُ أَكثَرُهُم بِاللهِ إِلّا وَهُم مُشرِكونَ
Dan sebahagian besar daripada mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah (dengan sembahan-sembahan lain).

Kenapakah ini terjadi? Kerana jahil wahyu sahaja. Al-Qur’an sentiasa menyebut-nyebut tentang Tauhid dan lawannya syirik, tetapi orang kita tidak rajin belajar. Degil tidak tentu pasal sahaja apabila diingatkan dengan pelajaran tafsir Al-Qur’an ini. Maka teruslah mereka di dalam kesesatan. Mereka sangka Al-Qur’an ini main-main sahaja agaknya. Mereka pun sangka syirik ini pun main-main agaknya. Tidakkah mereka tahu bahawa kalau ada syirik sedikit pun, maka amalan mereka akan kosong menjadi habuk? Ini seperti disebut dalam Zumar: 65. Akan tetapi tentulah mereka tidak tahu kerana mereka hanya tahu baca sahaja, malah khatam berkali-kali tanpa memahaminya sedikitpun.

وَلَقَد أوحِيَ إِلَيكَ وَإِلَى الَّذينَ مِن قَبلِكَ لَئِن أَشرَكتَ لَيَحبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكونَنَّ مِنَ الخٰسِرينَ
Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: “Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi orang-orang yang rugi.

 

إِلَيهِ أَدعو وَإِلَيهِ مَئآبِ

Hanya kepada-Nya aku seru (manusia) dan hanya kepada-Nya aku kembali”.

    • Beritahu sahaja yang kita mengajak kepada Allah ﷻ. Ini adalah tentang Tauhid dan inilah yang penting sekali. Kita sampaikan kepada manusia tentang Allah ﷻ dan mengajak mereka menyembah Allah ﷻ sahaja. Satu lagi maksud, hanya kepada Allah ﷻ sahaja baginda dan kita kena berdoa.
    • Beritahu mereka yang sebagai Nabi, tugas baginda adalah menyampaikan. Ini adalah tentang Risalah. Kita sebagai umat baginda pun kenalah ikut sunnah baginda dengan menjalankan dakwah.
    • Juga beritahu yang kita semua akan kembali kepada-Nya. Ini adalah tentang Akhirat.

Maka telah disentuh tentang tauhid, risalah dan akhirat dalam ayat ini. Inilah tiga perkara utama dalam agama yang mesti disampaikan oleh pendakwah. Selalu dakwah kita akan berlegar tentang tiga perkara ini sahaja. Inilah juga tiga perkara utama yang disampaikan dalam Al-Qur’an dan kita akan faham kalau kita belajar tafsir. Apabila berdakwah jangan lupa sentuh tiga perkara ini berselang seli supaya manusia boleh faham.

Balaghah: Frasa ini menggunakan kaedah Taqdim wa Ta’khir. Dua ayat ini merupakan penutup (khitam) yang tersangat menggerunkan bagi golongan yang berpaling daripada dakwah. Di sini, Allah SWT menggunakan aplikasi taqdim wa ta’khir sebanyak dua kali berturut-turut dalam dua ayat yang bersebelahan untuk memberikan tekanan psikologi dan penegasan akidah yang mutlak. Kalau susunan yang normal, ia berbunyi إِنَّ إِيَابَهُمْ إِلَيْنَا dan ثُمَّ إِنَّ حِسَابَهُمْ عَلَيْنَا. Akan tetapi Allah telah mendahulukan pelengkap {إِلَيْنَا} (Kepada Kami) ke hadapan dan mengubah maksud dua potong ayat ini.

Apabila Allah mengubah susunan menjadi إِنَّ إِلَينَآ إِيَابَهُم, ia membawa makna pengkhususan yang sangat ketat — “HANYA kepada Kami sahajalah tempat mereka akan pulang (tidak ada jalan lari, tidak ada dimensi atau tuhan lain yang boleh mereka tuju).”

Dan apabila Allah susun menjadi إِنَّ عَلَينَا حِسَابَهُم, ia membawa makna: “HANYA di atas tanggungjawab Kami sahajalah urusan menghisab dan mengira amalan mereka.” (Tiada sesiapa boleh masuk campur, tiada peguam bela, dan tiada pemberi syafaat yang boleh merasuah atau mengubah keputusan hukum Allah pada hari itu).

Kenapa Allah menutup surah ini dengan gaya bahasa taqdim berganda yang begitu tegas? Untuk menghiburkan hati Nabi (Tasliyah). Sebelum dua ayat ini (pada ayat 21-22), Allah berpesan kepada Nabi Muhammad: “Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi peringatan. Engkau bukanlah seorang yang berkuasa memaksa mereka.” Nabi Muhammad berasa sangat sedih dan berat hati apabila melihat kaumnya degil dan berpaling. Maka, ayat 25-26 ini turun sebagai ubat dan keadilan: “Wahai Muhammad, tugasmu cuma sampaikan. Jangan bebankan fikiranmu dengan kedegilan mereka. Serahkan mereka kepada-Ku, kerana HANYA kepada-Ku mereka akan pulang, dan HANYA Aku yang akan menghisab mereka!”

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 26 Mei 2026

Ringkasan Surah Ra’d


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Maariful Qur’an

Tafsir Al-Azhar Prof. HAMKA

Ustaz Abdul Muien

Ustaz Solahuddin

Tafsir Surah Hud Ayat 120 – 123 (Tujuan kisah para Nabi)

PENGAJARAN DI DALAM KISAH-KISAH

Hud Ayat 120: Ayat Tasliah (pujukan)

وَكُلًّا نَّقُصُّ عَلَيكَ مِن أَنۢبَآءِ الرُّسُلِ ما نُثَبِّتُ بِهِۦ فُؤادَكَ ۚ وَجآءَكَ في هٰذِهِ الحَقُّ وَمَوعِظَةٌ وَذِكرىٰ لِلمُؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And each [story] We relate to you from the news of the messengers is that by which We make firm your heart. And there has come to you, in this, the truth and an instruction and a reminder for the believers.

(MALAY)

Dan semua kisah dari rasul-rasul Kami ceritakan kepadamu, ialah kisah-kisah yang dengannya Kami teguhkan hatimu; dan dalam surat ini telah datang kepadamu kebenaran serta pengajaran dan peringatan bagi orang-orang yang beriman.

 

وَكُلًّا نَّقُصُّ عَلَيكَ مِن أَنباءِ الرُّسُلِ

Dan semua kisah dari rasul-rasul Kami ceritakan kepadamu,

Telah banyak kisah-kisah Rasul disebut dan akan disebut lagi dalam ayat lain dalam surah-surah yang lain. Semua kisah itu ada tujuannya yang hendak disampaikan, bukan kisah kosong sahaja. Salah satunya yang kita kena lakukan adalah mengikut jejak mereka kerana kalimah نَّقُصُّ daripada katadasar ق ص ص yang bermaksud menyampaikan; beritahu; berkomunikasi; menceritakan; ikut jejak seseorang; mengisytiharkan; menyebut tentang sesuatu; naratif; kejadian sesuatu; perbuatan mengikut; membalas dendam yang adil; pembalasan. Maka ada elemen ikut jejak seperti disebut dalam Qasas:12

وَقالَت لِأُختِهِ قُصّيهِ
Dan berkatalah ibu Musa kepada saudara Musa yang perempuan: “Ikutilah dia”

Akan tetapi bagaimana kita boleh ikut jejak para Rasul itu kalau kita tidak tahu kisah mereka? Maka kita kenalah pelajari kisah-kisah itu. Dan bukan hanya tahu apa terjadi, tapi kenalah diambil pengajaran dari kisah-kisah itu.

Kalimah النَّبَإِ daripada katadasar ن ب ا yang bermaksud tinggi; berita; maklumat; nubuwwat; nabi; untuk memaklumkan; mesej; pengumuman (orang yang diberi kitab suci). Maka kalimah النَّبَإِ bermaksud ‘berita yang besar’. Bukan setakat khabar biasa sahaja. Kalau khabar (berita biasa) itu, digunakan lafaz ‘khabar’ sahaja. Sebagai contoh, berita biasa (khabar) itu adalah berita pukul 8 yang kita tonton setiap hari dalam berita di TV.

Akan tetapi berita besar adalah berita tentang kejadian tsunami contohnya. Yang kita perlu ambil tindakan. Sebab kalau diumumkan akan ada tsunami, takkan kita hendak duduk relaks lagi, bukan? Tentulah kita akan bertindak dengan segera. Oleh itu, berita-berita besar dalam Al-Qur’an ini bukanlah untuk kita baca sahaja, sebaliknya ada tindakan yang kita kena lakukan – sama ada kita kena berhenti melakukannya kerana ia salah, atau kita kena lakukannya kerana Allah ﷻ suruh kita buat.

Berita-berita itu juga adalah sesuatu yang relevan dengan keadaan masyarakat semasa. Apa yang terjadi zaman dahulu, masih lagi terjadi pada zaman sekarang. Jangan kita lihat kisah para Nabi itu sebagai hanya kisah sejarah sahaja, tetapi kita kena ambil pengajaran daripada kisah mereka. Kerana ia terpakai sampailah ke akhirat.

Lafaz ‘Nabi’ juga diambil daripada kata yang sama, kerana para Nabi itu membawa berita besar kepada umat mereka. Mereka telah menyampaikan berita penting kepada kita yang kita kena tahu, kena faham dan kena ikut. Bukannya kita buat tidak tahu sahaja.

 

ما نُثَبِّتُ بِهِ فُؤادَكَ

ialah kisah-kisah yang dengannya Kami teguhkan hatimu;

Dengan setiap kisah-kisah itu, Allah ‎ﷻ teguhkan hati kita yang mahu mengambil pengajaran darinya. Kalimah yang digunakan di dalam ayat ini adalah فُؤادَ yang bermaksud hati. Apakah beza dengan قَلبٌ? Kedua-duanya diterjemahkan sebagai ‘hati’. Namun ada yang mengatakan apa-apa maklumat akan sampai untuk diproses dahulu dan inilah tempat فُؤادَ. Kemudian barulah dihantar ke قَلبٌ untuk diambil tindakan seterusnya.

Maka tujuan kisah-kisah itu disampaikan kepada kita untuk meneguhkan hati kita. Sebagai contoh, kadang-kadang kita lemah semangat dalam menyampaikan agama ini kerana banyak sekali gangguan dan halangan. Namun Allah ﷻ telah berikan segala kisah-kisah perjuangan Rasul-rasul sebelum Nabi Muhammad ﷺ untuk memberi semangat kepada baginda dan juga kita.

Kenapakah harus teguhkan hati dan bukan tubuh badan? Kerana untuk menjalankan kerja dakwah memerlukan hati yang teguh dan kental. Ia bukan bidang bagi orang yang lemah jiwanya. Kalau kuat tubuh badan pun belum tentu boleh berdakwah. Sedangkan ada sahaja para pendakwah yang lumpuh tetapi menjadi pendakwah yang tegar kerana hati mereka kuat.

Kita belajar daripada kisah mereka dan mengambil semangat mereka untuk terus menyampaikan dakwah tauhid kepada manusia. Walau betapa susah pun kita, adakah kita lebih susah daripada Nabi Nuh عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ yang berdakwah dengan berbagai-bagai cara selama 950 tahun dan ditolak? Baginda hanya berhenti dakwah hanya apabila Allah ﷻ kata yang tidak akan ada lagi yang beriman.

Begitulah semangat yang amat tinggi dan kita sepatutnya cuba untuk mengikutinya. Kisah-kisah ini telah memberi semangat kepada Nabi Muhammad ﷺ dan para sahabat dan kita sepatutnya pun begitu juga. Dengan membaca kisah-kisah itu, sepatutnya hati kita terus tetap dalam dakwah.

 

وَجاءَكَ في هٰذِهِ الحَقُّ

dan dalam surah ini telah datang kepadamu kebenaran

Kalimah هٰذِهِ (ini) merujuk kepada apa? Pendapat jumhur (seperti Ibn Abbas, Al-Qurtubi, Ibn Kathir, Al-Baghawi, Al-Hasan, dan Qatadah) mengatakan ia merujuk kepada Surah Hud ini. Melalui kisah-kisah itu termasuk yang ada di dalam Surah Hud ini, kita belajar apakah agama yang benar. Ini kerana sama sahaja ajaran tauhid yang disampaikan oleh Rasul-rasul dahulu dan Nabi Muhammad ﷺ. Itulah kebenaran yang hakiki.

Bagaimana kita tahu ia benar? Kerana ia datang daripada Allah ﷻ dan disampaikan terus kepada Rasulullah ﷺ. Ia bukanlah kisah mengarut yang mengandungi kisah tambahan seperti yang Yahudi cerita dan kadangkala disampaikan oleh ustaz-ustaz di meja penceramah. Kadang kisah tiada hujung pangkal mereka sampaikan kepada masyarakat. Kerana bukan semua ustaz itu pandai, ada yang pakai ikut sahaja kata guru mereka dan mereka tidak cukup IQ untuk bandingkan mana benar dan mana tidak. Mereka dipanggil ustaz, tapi banyak hal agama mereka tidak tahu. Antaranya, maksud ayat-ayat Al-Qur’an pun mereka tidak faham. Hadis pun mereka tidak belajar betul, jadi pandangan agama mereka terpesong. Tapi masih tetap diberi peluang untuk mengajar. Ustaz yang layak pula ditahan-tahan dari dapat tauliah. Hasilnya, masyarakat kita ramai yang jahil sampai ke sudah.

Pendapat kedua mengatakan kalimah هٰذِهِ merujuk kepada Dunia Ini. Jadi ayat ini menjadi: “…dan telah datang kepadamu di dalam dunia ini kebenaran (kenabian & al-Quran)…” Digunakan kalimah هٰذِهِ di dalam bentuk muannath (Feminim) kerana perkataan الدُّنْيَا juga feminin. Pandangan ini diriwayatkan daripada Al-Hasan Al-Basri dan Qatadah.

 

وَمَوعِظَةٌ

serta pengajaran

Tentunya di dalam kisah-kisah itu ada banyak pengajaran dan nasihat yang boleh kita belajar daripadanya. Belajarlah bagaimana Allah ﷻ menyelamatkan mereka bersama orang-orang yang beriman kepada mereka, lalu Allah ﷻ membinasakan orang-orang yang kafir.

Kita kena ambil pengajaran yang ada daripada kisah para Nabi itu. Untuk mengetahui pengajaran dan untuk mengambil manfaat itu, kenalah belajar tafsir kerana kalau baca sendiri, mungkin tidak faham. Kalau faham, maka ia akan memberi kesan yang hebat kepada kita seperti disebut dalam Yunus:57

يٰأَيُّهَا النّاسُ قَد جاءَتكُم مَّوعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُم وَشِفاءٌ لِّما فِي الصُّدورِ وَهُدًى وَرَحمَةٌ لِّلمُؤمِنينَ
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Qur’an yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.

Allah ‎ﷻ menyusun kisah para Rasul dalam surah ini berturutan. Allah ‎ﷻ beri contoh apa yang berlaku dalam kalangan para Nabi terdahulu dan masyarakat mereka supaya kita mengambil pengajaran. Kita dalam belajar memang memerlukan contoh.

Banyak kisah para Nabi disampaikan di dalam Al-Qur’an yang menjadi ibrah (pengajaran) kepada kita. Ada tiga sebab kisah para Nabi disampaikan di dalam Al-Qur’an. Dua daripadanya telah disebut di dalam ayat ini. Satu lagi Allah ‎ﷻ sebut di dalam Yusuf:111

لَقَد كانَ في قَصَصِهِم عِبرَةٌ لِأُولِي الأَلبابِ
Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal

 

وَذِكرىٰ لِلمُؤمِنينَ

dan peringatan bagi orang-orang yang beriman.

Di dalam kisah-kisah itu juga ada peringatan. ‘Peringatan’ adalah kepada perkara yang kita sudah tahu. Maknanya ia bukan maklumat baru kerana kita sudah tahu, tetapi kena diingatkan selalu kerana kalau tidak diingatkan, selalunya kita terlupa. Maka, apabila baca kisah-kisah itu, kita teringat kembali kepada perkara yang kita perlu tahu. Oleh kerana itu Al-Qur’an ini kena selalu dibaca supaya kita boleh selalu diingatkan. Bukanlah sekali baca (khatam) terus tutup Al-Qur’an ini. Mungkin sekali sahaja khatam di bulan Ramadan. Tunggu Ramadan seterusnya barulah dibuka semula dan khatam sekali lagi. Itu pun belum tentu dibaca tafsir, difahami dan ditadabburi Al-Qur’an itu.

Kisah-kisah itu boleh menjadi pengajaran dan peringatan kepada semua orang, tetapi yang mengambil manfaat daripadanya adalah orang-orang beriman sahaja. Hanya mereka yang mahu mencari kebenaran dan kerana itu mereka boleh beroleh kebaikan daripada kisah-kisah itu.


 

Hud Ayat 121: Ini adalah ayat zajrun (teguran) dan takhwif ukhrawi (penakutan dengan azab di akhirat).

وَقُل لِّلَّذينَ لا يُؤمِنونَ اعمَلوا عَلىٰ مَكانَتِكُم إِنّا عٰمِلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And say to those who do not believe, “Work according to your position; indeed, we are working.

(MALAY)

Dan katakanlah kepada orang-orang yang tidak beriman: “Berbuatlah menurut kedudukanmu; sesungguhnya kami-pun berbuat (pula)”.

 

وَقُل لِّلَّذينَ لا يُؤمِنونَ

Dan katakanlah kepada orang-orang yang tidak beriman:

Orang yang beriman akan mengambil pengajaran dan peringatan, namun orang yang tidak beriman tidak mahu. Kadang-kadang, setelah diberikan dengan segala peringatan dan ancaman kepada mereka, mereka masih juga tidak mahu mengambil manfaat dan tidak mahu dengar.

Walaupun mereka tidak beriman, tetapi kita disuruh sampaikan kepada mereka. Maka ini mengajar kita yang dakwah ini bukan kepada orang beriman sahaja, tapi kepada mereka yang engkar, yang degil. Kalau bukan kita yang sampaikan, adakah mereka sendiri akan dapat hidayah? Takkan mereka hendak bagi tengkuk mereka. Maka jangan kita abaikan orang yang tidak beriman itu. Tetap kena jumpa mereka dan dakwah kepada mereka. Maka apakah yang kita disuruh untuk cakap kepada mereka?

 

اعمَلوا عَلىٰ مَكانَتِكُم

“Berbuatlah kalian menurut kedudukanmu;

Katakan kepada mereka: “Kamu lakukanlah apa sahaja atas keadaan kamu. Kamu mungkin ada kedudukan yang tinggi.” Katakan kepada mereka: “Buatlah apa yang ajaran kamu rasakan betul itu.” Ini adalah perintah suruh mereka takut dan mereka sedar. Bukannya betul-betul suruh mereka buat begitu. Kalau berani, buatlah. Ini seperti kita melarang anak kita buat sesuatu tetapi tetap juga mereka degil, maka kita kata: “Ha buatlah! buatlah lagi!”. Ini bukan suruh buat, tetapi ancaman sebenarnya. Kalau tak faham juga, memang bodoh sungguhlah.

Ini kerana kita sudah beri pesanan yang amalan mereka itu ada kalanya amalan yang syirik dan ada yang bid’ah. Begitulah kadangkala ada orang yang dalam masyarakat kita yang ada kedudukan maka merekalah yang menganjurkan amalan syirik, khurafat dan bid’ah itu. Bila kita tegur, kita pula yang ditempelak kerana mereka itu orang yang ada kedudukan. Kalau begitu, ikutlah apa yang mereka hendak buat. Nanti mereka juga yang akan tanggung sendiri, bukan?

 

إِنّا عٰمِلونَ

sesungguhnya kami pun berbuat (pula)”.

Mereka buatlah dengan apa yang mereka mahu lakukan, dan kita lakukan apa yang kita mahu buat berdasarkan sunnah. Kita tidak mahu melakukan amalan syirik dan bid’ah itu. Kita tetap dengan amalan yang ada dalil daripada Nabi dan para sahabat. Amalan-amalan sunnah itu pun tidak mampu kita hendak buat sepanjang hidup kita, buat apa hendak buat amalan yang tidak sahih pula?


 

Hud Ayat 122:

وَانتَظِروا إِنّا مُنتَظِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And wait; indeed, we are waiting.”

(MALAY)

Dan tunggulah (akibat perbuatanmu); sesungguhnya kami pun menunggu (pula)”.

 

وَانتَظِروا

Dan kalian tunggulah

Namun katakanlah juga kepada mereka: “Kamu tunggu sahajalah kalau tidak mahu terima ajaran sunnah ini. Kamu tunggulah nanti apa yang akan jadi kerana kamu degil itu. Jangan sangka yang kamu akan selamat. Nanti di akhirat kamu akan dikenakan dengan balasan azab kerana perbuatan kamu itu.” Kerana amalan-amalan yang kita lakukan ada kesan. Kalau buat amalan benar: dapat pahala; kalau buat amalan salah: dapat dosa.

 

إِنّا مُنتَظِرونَ

sesungguhnya kami pun menunggu (juga)”.

Kamu tunggu dan kami pun menunggu juga. Menunggu apakah balasan baik yang kami akan terima kerana kami sudah dijanjikan dengan balasan yang baik dan kami pun tertunggu-tunggu apakah balasan itu sebenarnya.


 

ALLAH ﷻ YANG MAHA BERKUASA

Hud Ayat 123: Ini adalah ayat penutup surah ini sebagai khulasah (kesimpulan) surah ini.

وَلِلَّهِ غَيبُ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ وَإِلَيهِ يُرجَعُ الأَمرُ كُلُّهُ ۥ فَاعبُدهُ وَتَوَكَّل عَلَيهِ ۚ وَما رَبُّكَ بِغٰفِلٍ عَمّا تَعمَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And to Allāh belong the unseen [aspects] of the heavens and the earth and to Him will be returned the matter, all of it, so worship Him and rely upon Him. And your Lord is not unaware of that which you do.

(MALAY)

Dan kepunyaan Allah-lah apa yang ghaib di langit dan di bumi dan kepada-Nya-lah dikembalikan urusan-urusan semuanya, maka sembahlah Dia, dan bertawakkallah kepada-Nya. Dan sekali-kali Tuhanmu tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan.

 

وَلِلَّهِ غَيبُ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ

Dan kepunyaan Allah-lah apa yang ghaib di langit dan di bumi

Allah ﷻ sahaja yang memiliki ilmu ghaib. Tidak kira sama ada di langit atau di bumi, semua Allah ﷻ tahu. Allah ﷻ sahaja yang tahu dan tidak ada sesiapa lagi yang tahu. Kalau Nabi Muhammad ﷺ atau mana-mana Nabi tahu tentang perkara ghaib, itu setakat yang Allah ﷻ beritahu sahaja. Mereka sendiri tidak ada ilmu ghaib.

Maka jangan kita sangka yang ada makhluk yang tahu perkara ghaib. Namun malangnya ramai dalam kalangan kita yang tidak faham perkara ini, mereka kata ada guru-guru tertentu yang tahu ilmu ghaib – ini adalah fahaman syirik. Ada yang kata tok guru mereka tahu apa dalam hati manusia, tahu apa yang akan berlaku, apa yang telah berlaku, boleh bercakap dengan jin, dengan malaikat, entah apa-apa lagilah yang mereka gebang.

Itu belum kira fahaman penganut Syiah yang kata para imam mereka tahu perkara ghaib sampaikan melebihi ilmu para Nabi. Inilah yang terjadi kalau jauh daripada ajaran sunnah. Inilah yang terjadi kalau tidak tahu hal agama yang sebenar sampai senang ditipu oleh orang lain. Inilah yang terjadi apabila guru-guru agama yang benar dihalang dari mengajar. Maka yang terus mengajar adalah guru-guru agama yang karut marut.

 

وَإِلَيهِ يُرجَعُ الأَمرُ كُلُّهُ

dan hanya kepada-Nya-lah dikembalikan urusan-urusan semuanya, 

Kepada Allah ﷻ sahaja segala keputusan ditentukan. Kita hanya boleh berusaha dan berdoa sahaja untuk menjalankan sesuatu, namun Allah ﷻ sahaja yang boleh memastikan apa yang berlaku.

Itulah penerimaan seorang hamba. Kalau kita sedar yang diri kita ini hamba sahaja, kita akan terima apa sahaja dan redha dengan apa yang Allah ﷻ lakukan kepada kita. Kita tidak mempersoalkan apa sahaja yang Allah ﷻ lakukan terhadap diri kita kerana kita sedar siapakah diri kita.

Balaghah: Frasa ini menggunakan kaedah Taqdim wa Ta’khir. Ayat ini merupakan salah satu ayat “kemuncak” (klimaks) yang menutup keseluruhan surah ini dengan mesej tauhid dan tawakal yang sangat indah. Susunan Normal sepatutnya ialah: {وَيُرْجَعُ الْأَمْرُ كُلُّهُ إِلَيْهِ} di mana Kata Kerja (Fi’il) dan Subjek (Naib Al-Fa’il) didahului, manakala Pelengkap (Jar wa Majrur) diletakkan di belakang.

Kesan Balaghah (Al-Hasr): Maknanya menjadi: “Dan HANYA kepada-Nyalah akan dikembalikan segala urusan (makhluk).” Musuh-musuh Islam sedang merancang pelbagai konspirasi jahat untuk menghentikan dakwah. Allah menegaskan: “Biarkan mereka merancang. Akhirnya nanti, HANYA kepada Allah segala urusan dan pakatan mereka itu akan dipulangkan untuk diadili.”

 

فَاعبُدهُ وَتَوَكَّل عَلَيهِ

maka sembahlah Dia, dan bertawakkallah kepada-Nya. 

Oleh kerana itu, maka seru dan ibadat kepada Allah ﷻ sahaja. Jangan buat ibadat kepada selain Allah ﷻ kerana ibadat kepada selain Allah ﷻ itu adalah syirik. Antara ibadah yang selalu kita buat adalah berdoa. Dan doa itu mesti kepada Allah sahaja. Jangan tawasul, jangan istighasah kepada selain Allah. Itu adalah perbuatan syirik! Tapi ramai yang tidak tahu. Ramai yang menganjurkan kepada anak murid dan ramai orang jahil mengamalkannya.

Dan mesti berharap kepada Allah ﷻ sahaja (tawakal). Serahkan segala pengharapan kita kepada Allah ﷻ selepas kita berusaha sedaya upaya kita. Jangan berharap kepada selain Allah ﷻ. Kita kena ingat yang kita kena tawakal setelah melakukan ibadat dan taat. Tawakal dalam bahasa kita adalah bergantung. Kalau sudah bergantung dengan Allah ﷻ, kita sudah tidak perlu takut lagi kerana pengharapan kita kepada Allah. Yang golongan musyrik itu puja dan sembah  bukanlah tuhan, dan kerana itu mereka tidak dapat melakukan apa-apa pun.

Ini mengingatkan kita supaya bertawakal kepada Allah ﷻ kalau kita benar-benar beriman. Tidak ada cara lain. Kita hendaklah berharap kepada Allah ﷻ sahaja. Hendaklah mereka serahkan semua urusan kita kepada Allah ﷻ. Memang inilah sifat tawakal yang semua orang beriman kena ada kerana kita adalah makhluk yang lemah. Formula untuk tawakal telah disebut di dalam Ahzab:22

وَلَمّا رَءَا المُؤمِنونَ الأَحزابَ قالوا هٰذا ما وَعَدَنَا اللهُ وَرَسولُهُ وَصَدَقَ اللهُ وَرَسولُهُ ۚ وَما زادَهُم إِلّا إيمٰنًا وَتَسليمًا
Dan tatkala orang-orang mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata: “Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita”. Dan benarlah Allah dan Rasul-Nya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan ketundukan.

Kita boleh belajar daripada hebatnya tawakal Rasulullah ﷺ kepada Allah ﷻ seperti disebut di dalam hadith,

أَنَّ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَخْبَرَ أَنَّهُ غَزَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قِبَلَ نَجْدٍ فَلَمَّا قَفَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَفَلَ مَعَهُ فَأَدْرَكَتْهُمْ الْقَائِلَةُ فِي وَادٍ كَثِيرِ الْعِضَاهِ فَنَزَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَتَفَرَّقَ النَّاسُ يَسْتَظِلُّونَ بِالشَّجَرِ فَنَزَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَحْتَ سَمُرَةٍ وَعَلَّقَ بِهَا سَيْفَهُ وَنِمْنَا نَوْمَةً فَإِذَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْعُونَا وَإِذَا عِنْدَهُ أَعْرَابِيٌّ فَقَالَ إِنَّ هَذَا اخْتَرَطَ عَلَيَّ سَيْفِي وَأَنَا نَائِمٌ فَاسْتَيْقَظْتُ وَهُوَ فِي يَدِهِ صَلْتًا فَقَالَ مَنْ يَمْنَعُكَ مِنِّي فَقُلْتُ اللَّهُ ثَلَاثًا وَلَمْ يُعَاقِبْهُ وَجَلَسَ
Bahawa [Jabir bin ‘Abdullah رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا] mengabarkan bahawa dia berangkat berperang bersama Rasulullah ﷺ melewati Najd. Ketika Rasulullah ﷺ kembali dan Jabir رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا pun ikut kembali, mereka menjumpai sungai di bawah lembah yang banyak pepohonannya. Maka Rasulullah ﷺ turun dan orang-orang pun bertebaran mencari tempat berteduh di bawah pohon. Dan Rasulullah ﷺ singgah berteduh di bawah suatu pohon lalu menggantungkan pedang baginda pada pohon tersebut kemudian baginda tidur sejenak. Ketika Rasulullah ﷺ memanggil kami, di hadapan baginda ada seorang lelaki Badwi. Baginda berkata: “Orang ini telah mengambil pedangku ketika aku tidur lalu aku bangun sedang tangannya sudah memegang pedang yang terhunus lalu dia berkata: “Siapa yang dapat melindungimu dariku?” Aku jawab: “Allah” sebanyak tiga kali. Maka orang itu tidak dapat berbuat apa-apa kepada baginda lalu dia terduduk lemah.

(Sahih Bukhari (2694))

Maka kita diajar untuk membiasakan diri untuk tawakal. Maka satu amalan yang boleh mengingatkan kita adalah zikir yang dibaca ketika keluar rumah,

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا خَرَجَ الرَّجُلُ مِنْ بَيْتِهِ فَقَالَ بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ قَالَ يُقَالُ حِينَئِذٍ هُدِيتَ وَكُفِيتَ وَوُقِيتَ فَتَتَنَحَّى لَهُ الشَّيَاطِينُ فَيَقُولُ لَهُ شَيْطَانٌ آخَرُ كَيْفَ لَكَ بِرَجُلٍ قَدْ هُدِيَ وَكُفِيَ وَوُقِيَ
Daripada [Anas bin Malik رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ] bahawa Nabi ﷺ bersabda: “Jika seorang laki-laki keluar dari rumahnya lalu mengucapkan: ‘BISMILLAHI TAWAKKALTU ‘ALAALLAHI LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAH (Dengan nama Allah aku bertawakal kepada Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan izin Allah). ‘ Beliau bersabda: “Maka pada saat itu akan dikatakan kepadanya, ‘Kamu telah mendapat petunjuk, telah diberi kecukupan dan mendapat penjagaan’, hingga syaitan-syaitan menjauh daripadanya. Lalu syaitan yang lainnya berkata, “Bagaimana (engkau akan menggoda) seorang laki-laki yang telah mendapat petunjuk, kecukupan dan penjagaan.”

Sunan Abi Dawud (4431)  Status: Sahih

Maka amalkan doa ini dan faham maksudnya apabila anda membacanya. Letakkan diri kita di dalam tawakal kepada Allah ketika itu. Sekiranya selalu dilakukan, maka anda akan mendapat pertolongan dan perlindungan daripada Allah ‎ﷻ. Ia juga akan mengingatkan anda kepada tawakal kerana setiap kali hendak keluar, anda akan menyebutnya.

Kena faham apa maksud tawakal. Bukan setakat serah sahaja urusan kita kepada Allah ‎ ﷻ tetapi kena ada usaha, kemudian serah kepada Allah ﷻ, dan selepas itu apa-apa sahaja keputusan Allah ﷻ berikan kepada kita, kita kena redha. Janganlah pula kata tawakal, namun apabila Allah ﷻ buat keputusan yang kita tidak suka, kita marah pula.

Maknanya kita buat yang terbaik dan kemudian kita serah keputusan akhirnya kepada Allah ﷻ. Kerana kita hanya boleh berusaha sahaja dan kesannya nanti terpulang kepada Allah ﷻ. Namun kena pastikan ada usaha, bukannya serah kosong sahaja. Ini disebut di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ, Nabi ﷺ bersabda:

لَوْ أَنَّكُمْ تَتَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ تَغْدُو خِمَاصاً وَتَرُوحُ بِطَاناً
“Seandainya kamu semua benar-benar bertawakkal pada Allah ﷻ, sungguh Allah ﷻ akan memberikan kamu rezeki sebagaimana burung mendapatkan rezeki. Burung tersebut pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali petang harinya dalam keadaan kenyang.”

(Riwayat Ahmad (1/30), al-Tirmizi (2344), Ibn Majah (4164), Ibn Hibban (730) dan al-Hakim (7894))

Makna daripada hadith ini, kena keluar dan berusaha, bukannya tunggu rezeki di rumah sahaja. Oleh itu umat Islam kena jalankan usaha dengan cara terbaik yang kita boleh lakukan, gunakan segala strategi yang kita ada, segala taktik dan teknik yang ada, kemudian setelah kita lakukan, kita serah kepada Allah ﷻ. Melalui sirah pun kita tahu bagaimana berbagai usaha dan strategi yang digunakan oleh Rasulullah ﷺ sebelum berperang dan semasa berperang. Rasulullah ﷺ juga pernah berkata kepada seorang lelaki pemilik unta:

اَعقِلْهَا وَتَوَكَّلْ
Ikatlah (untamu), baru kamu bertawakal.

(Riwayat al-Tirmidzi (2157) dan Ibn Hibban (708))

Maka daripada hadith ini kita tahu yang kita bukannya bergantung kosong sahaja tetapi hendaklah kita mengambil langkah-langkah untuk memastikan apa yang kita hendak itu boleh tercapai. Cuma kita tahu yang apa-apa sahaja usaha kita itu tidak akan berjaya jikalau Allah ﷻ tidak izinkan dan kerana itu kita serah kepada Allah ﷻ.

 

وَما رَبُّكَ بِغٰفِلٍ عَمّا تَعمَلونَ

Dan sekali-kali Tuhanmu tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan.

Allah ﷻ tahu segala apa yang kita lakukan. Maksud Allah ﷻ tidak lalai itu adalah Allah ﷻ tidak akan biarkan sahaja. Allah ﷻ tidak akan biarkan sahaja mereka yang menolak Rasulullah ﷺ. Allah ﷻ akan balas dengan sepatutnya. Kalau amalan baik, akan dibalas baik dan kalau tidak baik, akan dibalas dengan azab. Tidak ada satu pun amalan yang kamu boleh sorok daripada Allah ﷻ. Maka berhati-hatilah dengan apa yang kita lakukan.

 

Alhamdulillah, tamat sudah tafsir Surah Hud ini. Allahu a’lam. Sambung ke surah yang seterusnya, Surah Yusuf.

Kemaskini: 26 Mei 2026

Ringkasan Surah Hud


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Ustaz Abdul Muien

Ustaz Solahuddin

Tafsir Al-Azhar Prof. HAMKA

Maariful Qur’an

Tafsir Surah Hud Ayat 117 – 119 (Perbezaan pendapat)

Hud Ayat 117: Ayat takhwif duniawi (penakutan dengan azab di dunia lagi).

وَما كانَ رَبُّكَ لِيُهلِكَ القُرىٰ بِظُلمٍ وَأَهلُها مُصلِحونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And your Lord would not have destroyed the cities unjustly while their people were reformers.

(MALAY)

Dan Tuhanmu sekali-kali tidak akan membinasakan negeri-negeri secara zalim, sedang penduduknya orang-orang yang berbuat kebaikan.

 

Walaupun telah disebut tentang azab-azab yang Allah berikan kepada umat-umat sebelum ini, Allah hendak beritahu yang Dia tidak zalim. Mereka yang telah menzalimi diri mereka. Kalau mereka baik, Allah takkan musnahkan mereka.

Di sini Allah ﷻ sebut القُرىٰ (kampung, tempat, negeri) akan tetapi bukanlah tempat itu yang dimusnahkan tetapi penduduknya. Ini kerana kita belajar tentang kisah-kisah para Nabi sebelum ini, tempat tinggal mereka ada yang tidak dimusnahkan pun. Allah ﷻ tidak akan binasakan dengan azab sedangkan penduduk itu memperbaiki umat Islam yang lain. Allah ﷻ tidak zalim suka-suka hendak mengazab hamba-Nya. Ini kalau kalimah بِظُلمٍ dinisbahkan kepada Allah ﷻ.

Satu lagi tafsir maksud بِظُلمٍ itu dinisbahkan kepada umat manusia. Kalau mereka membuat dosa pun, tidaklah Allah ﷻ terus azab mereka, kalau kemudian mereka bertaubat dan membaiki keadaan mereka. Maknanya Allah tidak terus beri azab kepada pelaku dosa dan penentang kebenaran.

Di dalam ayat ini digunakan kalimah المُصلِحينَ dan ini jarang digunakan di dalam Al-Qur’an kerana selalunya digunakan kalimah ٱلصَّـٰلِحِينَ seperti dalam Baqarah:130

وَإِنَّهُ فِي الآخِرَةِ لَمِنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ
dan sesungguhnya dia pada hari akhirat kelak tetaplah daripada orang-orang yang soleh

Sekiranya kalimah المُصلِحينَ digunakan, ia bermaksud mereka bukan sahaja baik, tetapi memperbaiki diri orang lain juga. Mereka juga bukan sahaja memperbaiki keadaan peribadi mereka, tetapi mereka juga memperbaiki masyarakat. Mereka melakukan islah (pembaikan) dalam masyarakat. Mereka itulah orang yang tetap akan mendapat pahala daripada Allah ﷻ. Mereka tidak mementingkan dan menyelamatkan diri sendiri sahaja.

Mereka inilah golongan yang selamat. Sekiranya kita hendak semuanya selamat, maka kita kenalah menyebarkan kebaikan di dunia ini. Kalau kita tidak melakukan amar ma’ruf nahi munkar, kita pun di dalam keadaan yang bahaya. Di dalam sebuah hadith disebutkan:

حَدَّثَنَا قَيْسٌ قَالَ قَامَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فَحَمِدَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَأَثْنَى عَلَيْهِ فَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّكُمْ تَقْرَءُونَ هَذِهِ الْآيَةَ { يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَيْكُمْ أَنْفُسَكُمْ لَا يَضُرُّكُمْ مَنْ ضَلَّ إِذَا اهْتَدَيْتُمْ } إِلَى آخِرِ الْآيَةِ وَإِنَّكُمْ تَضَعُونَهَا عَلَى غَيْرِ مَوْضِعِهَا وَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ النَّاسَ إِذَا رَأَوْا الْمُنْكَرَ وَلَا يُغَيِّرُوهُ أَوْشَكَ اللَّهُ أَنْ يَعُمَّهُمْ بِعِقَابِهِ قَالَ وَسَمِعْتُ أَبَا بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِيَّاكُمْ وَالْكَذِبَ فَإِنَّ الْكَذِبَ مُجَانِبٌ لِلْإِيمَانِ
Telah menceritakan kepada kami [Qais], dia berkata; ” [Abu Bakar رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ] berdiri lalu memuji Allah dan mensucikan-Nya, kemudian dia berkata; “Wahai manusia, sesungguhnya kalian membaca ayat ini: “Wahai orang-orang yang beriman, kalian bertanggungjawab atas diri kalian masing-masing, tidak akan membahayakan kalian sedikit pun orang yang tersesat.. (Maidah:105 sampai akhir ayat), dan kalian menempatkannya tidak pada tempatnya, aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya jika manusia melihat kemungkaran, kemudian tidak merubahnya, maka dikhuatirkan Allah akan meluaskan azab kepada mereka semua.” Dia berkata; “Dan aku mendengar Abu Bakar رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ berkata; “Wahai manusia jauhilah dusta kerana sesungguhnya dusta itu menjauhkan kalian daripada iman.”

Musnad Ahmad (16) dengan sanad yang sahih

Maka janganlah kita lupakan tanggungjawab kita untuk menegakkan amar makruf dan nahi mungkar kalau mahu selamat.

Ada juga pendapat yang mengatakan kalau penduduk negeri itu tidak melakukan kerosakan, mereka pun akan selamat daripada azab Allah ﷻ walaupun mereka kufur. Iaitu mereka tidak zalim kepada orang lain, tidak ambil duit orang, tidak menipu, tidak merompak, tidak melakukan kacau bilau. Kalau mereka kufur dan melakukan syirik, azab mereka di akhirat kelak menanti mereka. Namun di dunia tidak dikenakan dengan azab.

Kalau kita lihat kisah-kisah para Nabi sebelum ini pun mereka dikenakan dengan azab kerana perbuatan jahat mereka. Umat Nabi Nuh عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ menyakiti baginda dengan berbagai cara, umat Nabi Syuaib عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ menipu dalam timbangan dan takaran, umat Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ membuat amalan homoseksual, umat Nabi Isa عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ dan Musa عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ menyakiti Rasul mereka; sebab itulah mereka dikenakan dengan azab semasa di dunia lagi. Maka kesimpulan daripada ayat ini, Allah ﷻ tidak kenakan azab kepada sesuatu kaum,

1. Jikalau penduduknya tidak melakukan kezaliman, walaupun mereka orang yang kufur dengan Allah ﷻ.

Atau,

2. Ada dalam kalangan penduduk itu yang المُصلِحينَ iaitu melakukan amar ma’ruf nahi munkar.


 

ALLAH ﷻ MEMBERI PILIHAN KEPADA MANUSIA

Hud Ayat 118: Ayat Jawab Syubhah. Ayat ini merupakan antara ayat yang sangat penting dalam Al-Qur’an bagi menjawab syubhah (kekeliruan/keraguan) tentang kehendak Allah, kebebasan memilih manusia, dan mengapa manusia tidak dijadikan menyembah satu agama sahaja.

وَلَو شآءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النّاسَ أُمَّةً وٰحِدَةً ۖ وَلا يَزالونَ مُختَلِفينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And if your Lord had willed, He could have made mankind one community; but they will not cease to differ,

(MALAY)

Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat,

 

وَلَو شاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النّاسَ أُمَّةً وٰحِدَةً

Jikalau Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu,

Umat yang satu (أُمَّةً وٰحِدَةً) bermaksud semua manusia bersatu di atas satu akidah dan satu fahaman syariat agama. Sebenarnya kalimah أُمَّةٍ ini sampai ada 4 jenis maksud yang digunakan di dalam Al-Qur’an. Mari kita lihat satu persatu.

1. Sekumpulan manusia. Ini yang kita banyak gunakan di dalam Al-Qur’an. Ini apabila kita kata ‘umat manusia’. Ini seperti firman Allah ﷻ di dalam Baqarah:134 & 141

تِلكَ أُمَّةٌ قَد خَلَت
Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya;

2. Syariat, jalan agama atau manhaj di dalam agama. Ini seperti firman Allah ﷻ di dalam Zukhruf:22

بَل قالوا إِنّا وَجَدنا ءآباءَنا عَلىٰ أُمَّةٍ وَإِنّا عَلىٰ ءآثٰرِهِم مُّهتَدونَ
(Tidak ada sebarang bukti bagi mereka) bahkan mereka (hanyalah) berkata: Sesungguhnya kami telah mendapati datuk nenek kami menurut satu jalan ugama, dan sesungguhnya kami beroleh petunjuk menurut jejak mereka sahaja”.

Inilah yang digunakan  ayat Hud:117 ini.

3. Seorang lelaki yang diikuti dalam semua hal. Contohnya firman Allah ﷻ di dalam Nahl:120

إِنَّ إِبرٰهيمَ كانَ أُمَّةً
Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan

Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ seorang sahaja, maka tidak patutlah kalau dikatakan baginda ‘sekumpulan manusia’. Maksudnya di sini adalah baginda menjadi contoh bagi manusia. Inilah juga maksud gelaran ‘Imam’ yang diberikan kepada orang yang menguasai banyak ilmu agama yang menjadi rujukan kita. Ini seperti Imam Syafie, Imam Bukhari dan sebagainya kerana mereka menjadi contoh. Kita juga diajar untuk berdoa semoga Allah ﷻ menjadikan kita sebagai ‘imam’ di dalam Furqan:74

وَاجعَلنا لِلمُتَّقينَ إِمامًا
dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa

4. Tempoh masa. Ini juga digunakan di dalam Yusuf:45

وَقالَ الَّذي نَجا مِنهُما وَادَّكَرَ بَعدَ أُمَّةٍ أَنا أُنَبِّئُكُم بِتَأويلِهِ فَأَرسِلونِ
Dan berkatalah orang yang selamat di antara mereka berdua dan teringat (kepada Yusuf) sesudah beberapa waktu lamanya: “Aku akan memberitahumu berkenaan ta’wil mimpi itu, maka utuslah aku”.

Baik, kembali kepada perbincangan ayat. Mungkin ada yang tertanya, kenapa Allah ﷻ tidak jadikan sahaja semua manusia ini beriman, baik belaka? Allah ﷻ jawab yang Allah ﷻ boleh sahaja buat begitu. Lihatlah bagaimana Allah ﷻ telah menjadikan malaikat sebagai satu makhluk yang taat sahaja.

Allah ﷻ boleh menjadikan manusia begitu juga, akan tetapi Allah ﷻ tidak kehendaki begitu. Allah ﷻ mahu berikan ujian kepada manusia, untuk melihat mana yang baik dan mana yang tidak. Maka Allah ﷻ beri kebebasan bagi manusia untuk memilih sama ada mahu menjadi baik atau jahat. Allah ﷻ juga telah memberikan akal untuk manusia memilih mana yang baik. Kalau akal tidak mahu digunakan, lebih baik Allah ﷻ jadikan kita ini binatang sahaja tanpa tanggungjawab syariat.

Hanya dengan akal lah manusia bertamadun dan beradab. Dengan akal lah juga manusia tahu menjaga kehidupan di dunia. Sebagaimana arak, walaupun ada antara mereka yang meminumnya tetapi mereka tidak beri anak-anak mereka minum. Walaupun mereka tidak tutup aurat, tetapi mereka tidaklah bogel berjalan di pekan dan bandar. Dengan akal manusia akan menghalang membuat perkara yang mendatangkan kesusahan untuk diri mereka. Maka gunakanlah akal juga untuk mencari kebahagiaan yang hakiki di akhirat juga.

Allah ﷻ boleh sahaja memaksa dan menjadikan semua makhluk beriman tetapi Allah ﷻ tidak mahu begitu. Kerana itulah Allah ﷻ tidak memaksa sesiapa beriman dan kita tidak boleh paksa sesiapa untuk beriman. Iman mesti ikhlas daripada hati. Allah ﷻ telah berfirman dalam Yunus:99

وَلَو شاءَ رَبُّكَ لَآمَنَ مَن فِي الأَرضِ كُلُّهُم جَميعًا ۚ أَفَأَنتَ تُكرِهُ النّاسَ حَتّىٰ يَكونوا مُؤمِنينَ
Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?

 

وَلا يَزالونَ مُختَلِفينَ

tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat,

Kalimah يَزَالُونَ bermaksud ‘mereka berpindah, berubah’. Jadi apabila لا يَزالونَ bermaksud mereka tetap tidak berubah. Manusia itu memang sentiasa berselisih terutama dalam perkara akidah dan perkara agama. Ini juga kerana manusia diberi akal dan semua boleh berfikir. Ada yang fikirannya tidak selari dengan wahyu kerana mereka menolak fitrah. Maka kita kenalah mencari manakah agama yang benar dan amalan yang benar. Jangan terikut-ikut dengan manusia yang sentiasa berbalah sahaja dan menegakkan pendapat mereka sahaja. Ini adalah dugaan bagi kita: mencari manakah ajaran agama yang benar.

Mengikuti cara sahabat yang terawal adalah cara paling mudah untuk tahu bagaimana untuk beramal agama. Ingatlah sabda Nabi ﷺ yang mengatakan golongan umat Islam akan terpecah kepada 73 kumpulan. Ini seperti disebut di dalam hadith yang masyhur,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَفَرَّقَتْ الْيَهُودُ عَلَى إِحْدَى وَسَبْعِينَ أَوْ اثْنَتَيْنِ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً وَالنَّصَارَى مِثْلَ ذَلِكَ وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً
Daripada [Abu Hurairah رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ] bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Kaum Yahudi terpecah menjadi tujuh puluh satu atau tujuh puluh dua golongan. Sedangkan kaum Nasrani seperti itu juga. Dan umatku terpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan.”

(Sunan Ibn Majah (2564)) Sanadnya disahihkan oleh Albani

Sahabat kemudian bertanya siapakah mereka. Ini disebut di dalam hadith yang lain,

حَدَّثَنَا حَسَنٌ حَدَّثَنَا ابْنُ لَهِيعَةَ حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ يَزِيدَ عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي هِلَالٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ بَنِي إِسْرَائِيلَ تَفَرَّقَتْ عَلَى إِحْدَى وَسَبْعِينَ فِرْقَةً فَهَلَكَتْ سَبْعُونَ فِرْقَةً وَخَلَصَتْ فِرْقَةٌ وَاحِدَةٌ وَإِنَّ أُمَّتِي سَتَفْتَرِقُ عَلَى اثْنَتَيْنِ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً فَتَهْلِكُ إِحْدَى وَسَبْعِينَ وَتَخْلُصُ فِرْقَةٌ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ تِلْكَ الْفِرْقَةُ قَالَ الْجَمَاعَةُ الْجَمَاعَةُ
Daripada [Anas bin Malik رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ] sesungguhnya Rasulullah ﷺ bersabda, “Bani Isra’il terpecah menjadi tujuh puluh satu golongan, akan hancur tujuh puluh golongan dan tersisa satu golongan sahaja. Dan sesungguhnya umatku akan terpecah menjadi tujuh puluh dua golongan, akan hancur tujuh puluh satu golongan, dan yang selamat hanya satu golongan saja.” Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah siapakah glongan itu tersebut?” Baginda menjawab, “Iaitu jama’ah, iaitu jama’ah.”

(Jami’ Tirmidzi (12022)) Sanad dhaif tetapi Sahih dengan Syawahid

Lihatlah sahabat waktu itu tidak bertanya siapa yang tidak selamat, siapa golongan yang 72 lagi itu. Mereka tanya yang siapa yang selamat sahaja, sebab tidak perlu tahu pun golongan sesat pun, membuang masa sahaja. Golongan sesat itu tidak perlu dicari siapa mereka. Lihatlah bagaimana sahabat itu bijak, tidak bertanya benda tidak patut. Sebaliknya orang kita, mahu tahu sangat siapakah golongan 72 itu, siap kira dan buat kajian pula.

Nabi ﷺ jawab: mereka yang berada dalam jamaah. Itulah yang digelar: ahli sunnah wal jamaah. Kalimah ‘jamaah’ itu maksudnya ‘sahabat Nabi’. Maksudnya yang bersatu dengan amalan dan fahaman para sahabat akan masuk ke dalam syurga. Akan tetapi, ramai yang silap faham tentang gelaran ini. Mereka sangka mereka Ahli Sunnah wal Jamaah tetapi mereka tidak amal pun amalan para sahabat, malah mereka banyak tambah. Mereka kata kena ikut ‘jamaah’ mereka seolah-olah jemaah mereka sahaja yang ada. Kononnya jemaah mereka yang majoriti. Siapa pula cakap begitu? Perasan sahaja kalau mereka majoriti atau ramai, tentu sudah baikkah?

Mereka pun buatlah nama golongan baru – ASWAJA. Iaitu singkatan kepada Ahli Sunnah wal Jamaah. Kononnya mereka sahaja yang ikut jemaah. Lalu ramai pula mengaku mereka aswaja tetapi amalan mereka punah. Yang kata mereka aswaja itu adalah dengan lidah mereka sahaja. Sesiapa pun boleh mengaku sedangkan mereka itu ahli bid’ah. Amalan mereka bukan amalan sunnah dan bukan mengikut amalan para sahabat.

Kita ikut Nabi ﷺ atas dasar syariat; dan golongan sahabat itu kita ikut atas dasar mencari cara yang benar untuk mengikut syariat. Kita cuba ikut rapat yang setepat mungkin. Oleh itu sekiranya sahabat ada perselisihan antara mereka, kita tidak ikut kerana itu tanda yang itu adalah amalan yang tidak dipersetujui. Kita cuba tidak ikut sesuatu kecuali menepati dalil.

Akan tetapi dalam mazhab, mereka ikut sesetengah pendapat sahaja. Ini kerana sahabat pun ada khilaf antara mereka. Namun ini masih lagi dipanggil ikhtilaf mahmud (perselisihan terpuji) dan masih boleh diikuti lagi. Bandingkan dengan ‘ikhtilaf mazmum’ (selisih yang keji) adalah khilaf yang datang bukan daripada sahabat Nabi.

Contoh ikhtilaf mahmud: isu sentuh perempuan, sama ada batal wudhu’ atau tidak. Yang kata batal wuduk adalah pendapat Abdullah Mas’ud رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ. Sedangkan Mazhab Hanafi berpendapat tidak batal kerana mereka pegang pendapat Abdullah ibn Abbas رضي الله عنهما. Untuk perbezaan sebegini dikira tidak ada masalah kerana sahabat yang berselisih. Maka boleh pilih salah satu pendapat itu. Cuma, kita cubalah buat kajian sikit mana satukah yang lebih rapat kepada dalil.

Akan tetapi sekiranya tiada langsung sahabat memberikan pendapat, itu adalah ikhtilaf mazmum. Banyak amalan bid’ah sekarang tidak ada punca daripada para sahabat. Ini adalah masalah yang besar dalam kalangan masyarakat kita. Puncanya adalah kerana tidak mengaji agama dengan benar.

Bila tidak belajar, mereka akan membuat kesalahan besar, sampaikan ada yang kata Imam Syafie رَحِمَهُ اللَّهُ sebut begini dan begitu, namun sebenarnya beliau tidak sebut pun. Perbuatan sebegini merupakan satu kezaliman. Ramai sangat yang jahil sampaikan benda yang bukan daripada agama tetapi mereka kata datang daripada agama. Mereka telah berbohong atas agama dan anda rasa orang bohong sebegini akan selamat?

Nabi ﷺ pernah berkata yang akan di ada akhir zaman nanti, terdapat golongan Islam yang mencela sahabat. Lihatlah sekarang adakah yang terdapat golongan yang mencela sahabat? Memang ada, iaitu golongan Syiah. Mereka itu memang sudah jelas sesat, tetapi bukan mereka sahaja yang dimaksudkan. Memang ada orang Islam yang bukan Syiah tetapi masih ada lagi yang menolak apa yang sahabat lakukan dan fahami. Apabila mereka tidak mengikut amalan para sahabat, itu seolah-olah mereka mahu berkata amalan sahabat tidak benar dan secara tidak langsung, mereka telah mencela sahabat!

Ini terjadi apabila mereka mengamalkan amalan yang lain daripada amalan sahabat dan bila kita tegur, kita kata mereka mencela sahabat, mereka kata mereka tidak cela sahabat pun. Akan tetapi apabila mereka cela golongan yang mahu mengikut sahabat, iaitu golongan yang mahu mengikut sunnah, mereka sebenarnya sudah mencela sahabat. Kita yang mahu mengikut sunnah ini dituduh dengan pelbagai gelaran, puak sesat lah, puak Wahabi lah dan macam-macam lagi.

Oleh itu, jangan lagi buat perkara yang Nabi ﷺ dan sahabat tidak ajar – ini dinamakan Sunnah Tarku – iaitu tinggalkan apa yang tidak dilakukan oleh golongan sahabat. Jangan jadi golongan ahli bid’ah: mereka tidak tinggalkan, tetapi mereka membuat perkara yang tidak ada dalam Sunnah.

Maka kena jaga kata-kata kita supaya dapat mengelakkan perpecahan kerana perpecahan itu adalah suatu azab sebenarnya seperti disebut oleh Rasulullah ﷺ,

عَنِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى الْمِنْبَرِ مَنْ لَمْ يَشْكُرْ الْقَلِيلَ لَمْ يَشْكُرْ الْكَثِيرَ وَمَنْ لَمْ يَشْكُرْ النَّاسَ لَمْ يَشْكُرْ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَالتَّحَدُّثُ بِنِعْمَةِ اللَّهِ شُكْرٌ وَتَرْكُهَا كُفْرٌ وَالْجَمَاعَةُ رَحْمَةٌ وَالْفُرْقَةُ عَذَابٌ
Daripada [An Nu’aman bin Basyir رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ] dia berkata; Nabi ﷺ bersabda di mimbar ini: “Siapa yang tidak mampu mensyukuri nikmat yang sedikit, maka dia tidak akan mampu mensyukuri nikmat yang banyak. Dan siapa yang tidak mampu berterima kasih kepada manusia, maka dia tidak akan mampu bersyukur kepada Allah عَزَّ وَجَلَّ. Membicarakan nikmat Allah adalah syukur, sedangkan meninggalkannya adalah kufur. Hidup berjamaah adalah rahmat, sedangkan perpecahan adalah azab.”

(Musnad Ahmad (18449) Sahih Lighairihi

Maka cubalah menjaga ukhwah dalam kalangan kita. Kalau perkara kecil janganlah diperbesarkan sangat. Carilah titik persamaan. Jangan sampai kafir mengkafir, kutuk mengutuk, hina menghina, perli memerli. Bermaafanlah sesama kita. Ini tidak, ahli agama pun buat kerja tidak patut menghina dan perli kepada orang lain yang tidak sefahaman dengan mereka. Apa yakin sangatkah mereka di pihak yang benar?

Selagi tidak mati dan masuk di alam akhirat, tidak ada sesiapa yang boleh pasti dia benar atau tidak. Kalau mahu mempertahankan sangat fahaman kita sambil mengutuk fahaman orang lain, ditakuti fahaman orang lain yang benar. Bagaimana nanti kalau begitu?

Maka di sini kita mahu menegurlah sedikit tentang perdebatan tentang Allah ﷻ di mana. Ini perbalahan yang sudah beratus tahun dalam kalangan umat Islam. Masing-masing dengan hujah dan pegangan mereka berdasarkan apa yang mereka belajar. Memang Allah ‎ﷻ telah beritahu yang Dia di langit dan kita yang belajar tafsir ini akan berpegang begitu. Namun begitu ada yang tidak belajar tafsir maka mereka tidak tahu hal ini. Mereka hanya terima apa sahaja yang disampaikan oleh guru agama mereka. Tidak akan sama pegangan kalau masing-masing tidak belajar tafsir.

Maka sepatutnya yang diajar mereka yang berfahaman begitu adalah dengan mengajak mereka belajar tafsir, barulah akan sama pegangan. Bukannya kita mengutuk fahaman mereka itu dan hina mereka. Akibatnya semakin mereka akan melawan balik dengan memberikan hujah mereka dan ini tidak akan bawa ke mana. Lagi pun ia bukanlah perbahasan yang penting. Ya, ia tidak penting sebenarnya walaupun anda nampak ia penting. Kerana kita tidak diberatkan untuk mengetahui Allah ﷻ di mana. Zaman dahulu pun tidak ada perdebatan ini, kerana itu para sahabat tidak pernah bertanya. Mereka tidak bodoh macam kita. Para sahabat bijak-bijak belaka, tanya perkara yang penting sahaja. Orang kita sekarang sahaja sibuk dengan benda yang tidak penting.


 

Hud Ayat 119: Siapa yang tidak berpecah?

إِلّا مَن رَّحِمَ رَبُّكَ ۚ وَلِذٰلِكَ خَلَقَهُم ۗ وَتَمَّت كَلِمَةُ رَبِّكَ لَأَملَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنَ الجِنَّةِ وَالنّاسِ أَجمَعينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Except whom your Lord has given mercy, and for that He created them. But the word of your Lord is to be fulfilled that, “I will surely fill Hell with jinn and men all together.”

(MALAY)

kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka. Kalimat Tuhanmu (keputusan-Nya) telah ditetapkan: sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan jin dan manusia (yang durhaka) semuanya.

 

إِلّا مَن رَّحِمَ رَبُّكَ

kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu.

Kebanyakan manusia akan berbalah dan berbeza pendapat dalam hal agama, melainkan mereka yang Allah ﷻ kasihani. Mereka itu tahu manakah sumber rujukan yang benar dan mereka berpegang dengan sumber rujukan itu: Al-Qur’an dan Sunnah. Apabila berpegang kepada manhaj ini, maka tidak ada khilaf lagi antara kita (kecuali dalam perkara-perkara yang ranting sahaja).

Dari sini juga kita dapat tahu yang bersatu adalah rahmat daripada Allah ﷻ. Ini kita dapat tahu daripada tafsiran Ibn Abbas رضي الله عنهما

‏وقال ابن عباس خلقهم فريقين فريقا يرحم فلا يختلف، وفريقا لا يرحم فيختلف، فذلك قوله: فمنهم شقي وسعيد
Ibnu Abbas رضي الله عنهما telah berkata: Dia menciptakan mereka menjadi dua golongan: golongan yang diberikan rahmat dan tidak berselisih, dan golongan yang tidak diberikan rahmat maka mereka berselisih. Itulah firman-Nya: Ada di antara mereka yang celaka dan bahagia.

Seandainya tiada rahmat daripada Allah ﷻ ini, maka sentiasa sahaja kita bertelagah. Bagaimana untuk kita mendapat rahmat ini? Iaitu dengan taat kepada Allah ﷻ dan menganggap orang Muslim itu adalah seperti adik beradik kita. Kalau adik beradik, sesekali bertelagah juga, tetapi hendaklah didamaikan. Allah ﷻ sebut dalam Hujurat:10

إِنَّمَا المُؤمِنونَ إِخوَةٌ فَأَصلِحوا بَينَ أَخَوَيكُم ۚ وَاتَّقُوا اللهَ لَعَلَّكُم تُرحَمونَ
Orang-orang beriman itu sesungguhnya adik beradik. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara keduanya itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.

Jika ada perbezaan pendapat, janganlah sampai berpecah belah. Sepertimana hubungan adik beradik, kalau berpecah pun mahu ke mana lagi? Pertalian darah tidak boleh dibuang, sama seperti bangsa kita yang tidak boleh ditukar. Maka ini pun adalah rahmat juga, iaitu orang yang walaupun ada perselisihan, tidaklah meroyan sangat. Biasalah orang lain tidak sama pendapat dan pegangan dengan kita. Siapakah kita ini yang semua orang kena ikut kita pula? Awak Nabi kah yang semua orang kena ikut awak? Jangan perasan!

Kena faham yang bukan semua orang pandai dan bijak; bukan semua dilahirkan dalam keadaan dan persekitaran yang sama dengan kita; bukan semua belajar dengan guru yang sama. Memang akan sentiasa ada banyak perbezaan di antara satu sama lain. Tidak perlu berangan untuk mendapatkan sebuah utopia kehidupan di mana semua orang sependapat sahaja di mana tiada persengketaan, satu fahaman sahaja. Simpan sajalah angan-angan sebegini kerana ia ibarat menanti kucing bertanduk sahaja.

Bagaimanakah pula dengan debat antara ahli agama itu? Kita ambil sebagai hikmah bagi kita. Kerana apabila orang ilmu berbeza pendapat, berdebat, yang mereka keluarkan adalah hujah dan dalil. Kita ambil mana yang pada kita rasa lebih rapat dengan wahyu. Untuk orang lain, terpulang kepada mereka. Diingatkan ambil daripada perdebatan ahli ilmu. Perdebatan golongan tidak cukup ilmu seperti dalam posting FB itu tidak perlulah baca sangat, masing-masing tidak ada ilmu tetapi mahu keluarkan pendapat juga. Buang masa sahaja dibaca.

 

وَلِذٰلِكَ خَلَقَهُم

Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka. 

Allah ﷻ menjadikan manusia untuk memberi rahmat kepada kita. Kerana itulah disebut di dalam Rahman:1-3

الرَّحْمٰنُ
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.

عَلَّمَ الْقُرْءآنَ
Dialah yang mengajarkan Al-Qur’an.

خَلَقَ الْإِنسٰنَ
Dialah yang telah menciptakan manusia;

Allah ﷻ menjadikan kita untuk memberi rahmat kepada kita. Terlalu banyak rahmat dan kurnia-Nya kepada kita sampai tidak terkira banyaknya. Daripada sebelum lahir pun kita sudah mendapat rahmat di dalam perut ibu kita, bukan? Rahmat itu akan didapati oleh mereka yang mahu mencari kebenaran. Kerana itulah sebelum disebut tentang kita dijadikan, Allah ﷻ sebut tentang Al-Qur’an kerana itulah rahmat terbesar. Bagi mereka yang hendak mencari kebenaran, mereka akan mencari kebenaran itu di dalam Al-Qur’an, dan mereka akan mendapat lebih banyak rahmat lagi. Kerana itu kita ajak ramai-ramai belajar tafsir Al-Qur’an.

Atau, tafsir lain bagi potongan ayat ini: kerana perselisihan inilah Allah ﷻ ciptakan manusia. Allah ﷻ memang ciptakan mereka sebegitu dan semasa Allah ﷻ hantar Nabi Adam dan Hawa ke dunia pun, memang Allah ﷻ sudah kata perkara begitu akan berlaku. Akan ada banyak perbezaan dalam kalangan kita, antara kita, antara kita dan syaitan. Maka dalam kehidupan kita kenalah melalui ujian perbezaan pendapat ini setiap hari. Tugas kita adalah mencari pendapat manakah yang paling rapat dengan wahyu. Ini memerlukan pembelajaran dan juga pemikiran yang tajam.

Kenapa pula Allah ﷻ jadikan kita, kemudian Allah ﷻ bagi pula musibah perselisihan ini? Di mana pula rahmatnya? Kerana Allah ﷻ jadikan semua ini sebagai ujian bagi kita untuk menilai siapa yang layak masuk syurga. Ketahuilah syurga itu mahal dan tidak layak diberikan kepada sesiapa sahaja. Bayangkan kalau PM kata dia hendak masukkan semua rakyat ke dalam universiti. Kita tentu kata ini tidak patut sebab bukan semua layak untuk masuk universiti. Maka begitulah juga, kalau masukkan semua makhluk ke dalam syurga, bukan rahmat namanya.

 

وَتَمَّت كَلِمَةُ رَبِّكَ لَأَملَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنَ الجِنَّةِ وَالنّاسِ أَجمَعينَ

Kalimat Tuhanmu (keputusan-Nya) telah ditetapkan: sesungguhnya Aku akan memenuhi Neraka Jahannam dengan jin dan manusia (yang durhaka) semuanya.

Allah ﷻ telah menetapkan akan memenuhkan neraka itu dengan manusia dan jin. Sudah tammat, sudah lengkap, sudah tetap. Jangan kita persoalkan lagi, terima sahajalah keputusan Tuhan ini. Siapalah kita layak untuk mempersoalkan kenapa Allah ﷻ buat begini dan begitu? Kadang-kadang manusia ini perasan sahaja hebat sampai sanggup persoal keputusan Tuhan.

Maknanya yang masuk syurga adalah jin dan manusia sahaja. Tidak disebut malaikat pun masuk syurga kecuali menyambut ahli syurga sahaja. Begitu juga di neraka, hanya ada jin dan manusia sahaja. Kalau para malaikat ada pun, untuk mengazab ahli neraka sahaja. Dan untuk melawat ahli syurga sekali sekala. Tapi mereka tidak tinggal di neraka atau di dalam syurga.

Allah ﷻ beritahu di sini dan tempat lain, ramai yang akan masuk ke dalamnya iaitu mereka yang tidak mengendahkan hal agama. Mereka itu tidak menggunakan akal mereka untuk mencari manakah pendapat yang benar. Maka akhirnya mereka telah tersalah pilih pendapat. Mereka ingkar dengan arahan dan larangan daripada Allah ﷻ. Semoga kita tidak termasuk di dalam golongan itu.

Kita kena tahu, bukanlah Allah ﷻ suka untuk memasukkan makhluk-Nya ke dalam neraka. Bukanlah itu tujuan Allah ﷻ jadikan manusia dan jin. Ayat ini bukanlah tentang kehendak Allah ﷻ, tetapi tentang ilmu Allah ﷻ. Allah ﷻ tahu yang ramai yang akan ke dalam neraka, malah majoriti manusia dan jin akan masuk ke dalam neraka itu. Sebab itu kita jangan ikut orang yang ramai, kononnya kata itu pendapat majoriti. Kita bukannya pilihanraya, yang majoriti akan menang. Kita kena ikut pendapat yang benar walaupun sedikit yang berpegang padanya.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 29 Julai 2026

Ringkasan Surah Hud


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Ustaz Solahuddin

Ustaz Abdul Muien

Maariful Qur’an

Tafsir Al-Azhar Prof. HAMKA

Tafsir Surah Hud Ayat 115 – 116 (Anjuran Sabar)

Hud Ayat 115: Ayat tasliah.

وَاصبِر فَإِنَّ اللَّهَ لا يُضيعُ أَجرَ المُحسِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And be patient, for indeed, Allāh does not allow to be lost the reward of those who do good.

(MALAY)

Dan bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah tiada menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.

 

وَاصبِر

Dan bersabarlah,

Kalimah صبِر daripada katadasar ص بِ ر yang bermaksud untuk mengikat; tabah; tetap; bertahan dengan sabar; berpegang teguh pada akal dan perintah; tenang. Ada elemen ikat nafsu di sini. Tetap melakukan benda yang baik dan tidak goyang ketika mengalami tekanan dan dugaan. Ikut arahan seperti arahan Allah ﷻ untuk meninggalkan perkara yang dilarang. Sebelum ini telah disebut tentang istiqamah dan sabar juga mempunyai elemen istiqamah juga.

Begitulah dalam banyak perkara, kita kena sabar. Sabar adalah sikap daripada jiwa yang besar dan terlatih. Iaitu terlatih dengan akhlak-akhlak yang diajar di dalam Al-Qur’an. Hendak sampaikan dakwah kepada umat, kena sabar; hendak tegur orang lain, kena sabar; hendak buat amal ibadat pun, kena sabar. Memang sepanjang hidup kita di atas dunia ini kena bersabar sepanjang masa. Kena latih diri untuk terima apa sahaja yang Allah ﷻ kenakan kepada kita.

Bersabarlah kamu dalam belajar agama ini.
Bersabarlah kamu dalam menyebar agama tauhid ini.
Bersabarlah kamu menghadapi manusia yang menentang itu.

Bersabarlah juga dengan kata-kata nista dan penghinaan daripada orang kafir. Kalau mereka tidak terima dakwah, maka tetaplah dalam sabar. Lihatlah kisah-kisah para Nabi bermula dengan kisah Nabi Nuh عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ itu yang telah melalui kesusahan demi kesusahan. Waktu surah ini diturunkan, Nabi ﷺ telah berdakwah selama lebih kurang sepuluh tahun kepada penduduk Mekah. Baginda dan para sahabat yang telah memeluk Islam telah mengalami tentangan yang hebat daripada Musyrikin Mekah.

Allah ﷻ beritahu dalam ayat ini supaya mereka bersabar dalam dakwah mereka. Untuk beri semangat kepada mereka, Allah ﷻ bawakan kisah Nabi Nuh عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ dan para Nabi yang lain yang telah berdakwah lebih lama lagi daripada mereka, kalau Nabi Nuh عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ itu sampai 950 tahun lamanya! Dugaan yang Nabi Nuh عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ alami juga adalah hebat. Oleh itu, mesej utama yang hendak disampaikan daripada surah ini adalah tentang sabar.

Maka kalau kita baru berdakwah setahun dua dan sudah terasa bosan, maka bacalah kisah Nabi Nuh عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ itu berkali-kali. Jangan perasan sudah lama berdakwah kalau baru setahun dua mengajak orang lain kepada agama. Maka bersabarlah dalam perjuangan mengembangkan Islam, dalam berdakwah. Selalunya, apabila kita dakwah, ramai tidak mahu dengar dan mereka tolak kita, maka bersabarlah. Kerja dakwah ini memanglah susah.

Sebagaimana para Nabi juga mengalami kesusahan, maka kita pun kena bersabar. Kadang-kadang kita kena hadapi ejekan, tohmahan, amarah daripada orang lain dan sebagainya. Sebab itu Allah ﷻ sebut tentang sabar di dalam Muzzammil:10 iaitu antara surah yang awal diturunkan kepada Rasulullah ﷺ semasa baginda memulakan dakwah,

وَاصبِر عَلىٰ ما يَقولونَ وَاهجُرهُم هَجرًا جَميلًا
Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu daripada mereka dengan cara yang baik.

Dalam kehidupan seharian kita, kita hendaklah mengamalkan sabar. Terutama sekali jikalau kita ditimpa masalah. Inilah pakaian kita yang kena sentiasa ada. Sabar itu ada tiga jenis:

    1. Sabar dalam taat. Iaitu untuk memenuhi arahan daripada Allah ‎ﷻ dan Rasul.
    2. Sabar dalam meninggalkan larangan daripada Allah ‎ﷻ dan Rasul. Ini pun memerlukan kesabaran juga.
    3. Sabar dalam menerima musibah dan ujian.

Sebagai motivasi untuk kita bersabar dalam semua perkara, Allah ﷺ sebut balasan bagi orang yang bersabar di dalam Zumar:10

إِنَّما يُوَفَّى الصّٰبِرونَ أَجرَهُم بِغَيرِ حِسابٍ
Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira

Apakah maksud ‘tanpa hisab’? Dibalas banyak sangat, sampai tidak boleh hendak kira. Hisab itu bermaksud ‘kira’. Balasan yang Allah ﷻ beri itu terlalu banyak sampai tidak terkira.

Tafsir kedua: ada juga hadith yang menunjukkan bahawa orang-orang yang sabar dengan dugaan berat yang mereka terima, tidak akan dihisab. Mereka terus sahaja masuk syurga. Padahal orang lain akan ditimbang-timbang dan dikira-kira amal ibadat mereka. Menunggu untuk dihisab di Mahsyar itu pun sudah merupakan satu kesengsaraan kerana terpaksa menunggu dalam tempoh masa yang amat lama. Maka sekiranya dapat memasuki terus ke syurga tanpa hisab, itu adalah nikmat yang teramat besar.

Jikalau kita bersabar dengan dugaan yang diberikan kepada kita, kita akan mendapat balasan daripada Allah ﷻ yang amat banyak. Ini kerana amalan ibadat seperti solat dan puasa akan dibalas dengan kadar amal kebaikan itu.

Antara sabar yang kita kena amalkan adalah dengan menahan marah. Ini kerana ia adalah sifat orang Mukmin seperti disebut dalam Ali Imran:133-134

۞ وَسارِعوا إِلىٰ مَغفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُم وَجَنَّةٍ عَرضُهَا السَّمٰوٰتُ وَالأَرضُ أُعِدَّت لِلمُتَّقينَ
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

الَّذينَ يُنفِقونَ فِي السَّرّاءِ وَالضَّرّاءِ وَالكٰظِمينَ الغَيظَ وَالعافينَ عَنِ النّاسِ ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ المُحسِنينَ
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;

Soalan: bilakah perlu sabar? Ia mestilah bermula daripada pertama kali ia berlaku. Kita selalunya melenting apabila sesuatu yang kita tidak suka terjadi, bukan? Akan tetapi hanya dua tiga hari selepas itu barulah datang sabar. Ini tidak dikira sabar kerana itu adalah perkara normal bagi manusia (lama kelamaan apabila sudah terima hakikat, memang semua orang akan menjadi sabar). Namun itu tidak dikira sebenarnya kerana Rasulullah ﷺ beritahu kita yang sabar itu dari mula-mula lagi,

عَنْ أَنَسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الصَّبْرُ فِي الصَّدْمَةِ الْأُولَى
Daripada [Anas رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ] bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Kesabaran itu ada pada saat pertama kali tertimpa (musibah)“.

(Sahih Bukhari (908))

Maka, sekiranya sabar setelah lama masa berlalu, itu bukannya kerana Allah ﷻ lagi, tetapi kebiasaan manusia. Ia tidaklah mencabar sangat kalau sabar setelah lama berlalu maka bukanlah hebat sangat. Maka, untuk mencari redha Allah ﷻ kenalah bersabar dari mula lagi.

Sabar kalau bukan kerana Allah ﷻ, ia tidaklah mendapat pahala. Semua orang boleh sabar sebenarnya. Sebagai contoh, seorang pencuri penyabar juga orangnya. Dia akan tunggu sehingga tuan rumah tidur, kemudian sabar untuk membuka pintu rumah orang itu. Kemudian sabar memilih benda-benda yang dia boleh ambil. Atau, bila masuk rumah melihat-lihat tidak ada apa yang boleh diambil, dia pun bersabar juga dan pergi ke rumah orang lain pula. Ini bukanlah sabar terpuji.

 

فَإِنَّ اللَّهَ لا يُضيعُ أَجرَ المُحسِنينَ

kerana sesungguhnya Allah tiada menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.

Bersabarlah dalam beramal kerana pasti Allah ﷻ beri balasan atas segala amal kebaikan itu. Segala usaha dan amal mereka itu tidak sia-sia. Memang tidak nampak terus pahala itu kerana ia akan diberi di akhirat kelak tetapi yakinlah bahawa ada malaikat yang merekod segala amalan kebaikan kita dan akan dibalas nanti.

Di dalam ayat ini disebut orang yang muhsin. Akan tetapi siapakah yang dimaksudkan muhsin itu? Kalimah المُحسِنينَ adalah mereka memperbaiki keadaan diri mereka, amalan mereka dan agama mereka. Mereka ini adalah orang yang berbuat baik dan sentiasa berbuat baik. Mereka itu berbuat baik dengan Allah ﷻ malah bukan dengan Allah ﷻ sahaja, tetapi sesama makhluk juga. Kena ada kedua-duanya barulah dianggap bersifat muhsin. Sebagai contohnya kita membantu manusia adalah dengan menghilangkan kejahilan mereka dalam agama. Perbuatan terbaik adalah berdakwah dan mengajar manusia.

Bagaimana pula berbaik dengan Allah ﷻ? Dalam sebuah hadith popular yang dikenali dengan nama ‘Hadith Jibril’, di mana Rasulullah ﷺ menjelaskan makna ihsan sebagai berikut,

أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ
“Hendaklah Engkau beribadah kepada Allah ﷻ seakan-akan Engkau melihat-Nya. Kalaupun Engkau tidak melihat-Nya, sesungguhnya Dia melihatmu”

(Hadith Riwayat Muslim (8))

Daripada hadith ini kita dapat tahu yang berbuat ihsan dalam ibadah ada dua maqam:

    1. Maqam muraqabah adalah menyakini bahawa Allah ﷻ melihat kita. Inilah maqam bagi kebanyakan manusia.
    2. Maqam musyahadah bererti kita beribadah kepada Allah ﷻ seakan-akan melihat-Nya iaitu melihat nama dan sifat Allah ﷻ serta pengaruhnya, bukan melihat zat Allah ﷻ secara langsung seperti diyakini oleh kaum sufi. Maqam ini lebih tinggi dibandingkan maqam muraqabah.

Sifat-sifat muhsin itu ada juga ditafsirkan di dalam ayat-ayat yang lain. Ia menjadi hujah dan dalil bahawa sifat ihsan itu mesti adalah ihsan kepada Allah ﷻ dan ihsan kepada manusia kerana kedua-duanya disebut di dalam Dzariyat:16 – 19

إِنَّهُم كانوا قَبلَ ذٰلِكَ مُحسِنينَ
Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.

كانوا قَليلًا مِّنَ اللَّيلِ ما يَهجَعونَ
Dulu mereka sedikit sekali tidur di waktu malam.

وَبِالأَسحارِ هُم يَستَغفِرونَ
Dan selalu memohonkan ampunan di waktu pagi sebelum fajar (waktu sahur).

Di sini disebut dua sifat muhsin iaitu kuat melakukan solat sunat di malam hari dan kemudian mereka beristighfar kepada Allah ﷻ di waktu sahur. Ini adalah contoh ihsan kepada Allah ﷻ. Selepas itu disambung dengan ihsan kepada manusia.

وَفي أَموٰلِهِم حَقٌّ لِّلسّائِلِ وَالمَحرومِ
Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian.

Apakah pula nikmat yang akan ditambah kepada mereka itu? Ia tidak disebut di dalam ayat Surah Hud ini akan tetapi ada disebut di dalam ayat-ayat yang lain. Antaranya lihat Yunus:26

لِلَّذينَ أَحسَنُوا الحُسنىٰ وَزِيادَةٌ ۖ وَلا يَرهَقُ وُجوهَهُم قَتَرٌ وَلا ذِلَّةٌ ۚ أُولٰئِكَ أَصحابُ الجَنَّةِ ۖ هُم فيها خالِدونَ
Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.

Di dalam ayat Surah Yunus ini adalah terdapat kalimah زِيادَةٌ (tambahan). Ada tafsiran daripada hadith yang mengatakan makna زِيادَةٌ itu adalah dapat melihat wajah Allah ﷻ. Maknanya, dapat masuk syurga sudah hebat, namun ada lagi yang lebih hebat apabila sudah masuk ke dalam syurga, iaitu melihat wajah Allah ﷻ.

Maka dapatlah kita jadikan pedoman pula, bila kita ingin menjadi pengikut Nabi Muhammad ﷺ dan pelanjut warisannya rentetan tuntunan yang diberikan Tuhan kepadanya pada ayat-ayat ini:

(1) Jangan ragu. (ayat 109).
(2) Tetap Pendirian (Istiqamah). (ayat 112).
(3) Sekali-kali jangan cenderung kepada orang-orang yang zalim. (ayat 113).
(4) Dirikan sembahyang pada waktunya. (ayat 114).
(5) Sabar dan tabah. (ayat 115).

Susunan ini seharusnya menjadi buah renungan, jadilah pedoman perjuangan bagi sekalian orang yang berjuang untuk kejayaan Islam.


 

BERANI MENENTANG KEZALIMAN

Hud Ayat 116:

فَلَولا كانَ مِنَ القُرونِ مِن قَبلِكُم أُولو بَقِيَّةٍ يَنهَونَ عَنِ الفَسادِ فِي الأَرضِ إِلّا قَليلًا مِّمَّن أَنجَينا مِنهُم ۗ وَاتَّبَعَ الَّذينَ ظَلَموا ما أُترِفوا فيهِ وَكانوا مُجرِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So why were there not¹ among the generations before you those of enduring discrimination forbidding corruption on earth – except a few of those We saved from among them? But those who wronged pursued what luxury they were given therein, and they were criminals.

  • Meaning “If only there had been…”

(MALAY)

Maka mengapa tidak ada dari umat-umat yang sebelum kamu orang-orang yang mempunyai keutamaan yang melarang daripada (mengerjakan) kerosakan di muka bumi, kecuali sebahagian kecil di antara orang-orang yang telah Kami selamatkan di antara mereka, dan orang-orang yang zalim hanya mementingkan kenikmatan yang mewah yang ada pada mereka, dan mereka adalah orang-orang yang berdosa.

 

فَلَولا كانَ مِنَ القُرونِ مِن قَبلِكُم أُولو بَقِيَّةٍ

Maka mengapa tidak ada dari umat-umat yang sebelum kamu orang-orang yang mempunyai keutamaan

Allah ﷻ menegur, kenapakah tidak ada dalam kalangan umat dahulu, mereka yang ada fikiran yang menahan manusia daripada melakukan kerosakan. أُولو بَقِيَّةٍ adalah orang yang tetap meneruskan; mereka yang tetap di atas kebaikan. Mereka cerdik pandai dan melakukan kebaikan. Apabila Allah ﷻ menegur begini, maknanya kenalah ada golongan yang sebegitu iaitu menjalankan amar makruf nahi mungkar. Ini seperti disebut dalam Ali Imran: 104

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

Oleh kerana tidak ada golongan sebegini dululah yang menyebabkan umat-umat terdahulu telah dikenakan dengan azab yang menghancurkan mereka.

Kalimah بَقِيَّةٍ daripada katadasar ب ق ي yang bermaksud sesuatu atau seseorang yang kekal, berterusan, kekal dan/atau bertahan; kekal; wujud, tidak putus-putus, sentiasa, tidak berkesudahan atau selama-lamanya; memerhati, menjaga atau memelihara; mengampuni, meninggalkan, menunjukkan belas kasihan atau menyelamatkan; baki, tinggalan, pampasan. Di dalam bahasa Melayu pun kita sudah pakai dalam kalimah ‘baki’.

Baki adalah sesuatu yang disimpan setelah diberikan bahagian lain kepada orang. Yang kita simpan selalunya yang baik-baik, yang kita sangat sayang, bukan? Maka أُولو بَقِيَّةٍ adalah orang yang baik-baik yang melakukan kebaikan. Apakah kebaikan yang dimaksudkan?

Dr. HAMKA mempunyai tafsiran lain bagi maksud أُولو بَقِيَّةٍ ini. Beliau ertikan: orang-orang yang mempunyai peninggalan. Ayat 116 ini menjelaskan betapa pentingnya ada orang-orang baik yang meninggalkan peninggalan atau meninggalkan jejak yang selalu akan dikenang oleh generasi-generasi yang akan datang. Kerana pada masa yang telah lampau itu ada orang-orang yang sudi berkorban mendidik dan mengasuh, menyuruh berbuat ma’ruf, mencegah berbuat munkar, maka generasi yang akan datang di belakang nescaya akan selamat.

Di dalam ayat ini diperingatkanlah bahawasanya azab seksa Allah ﷻ yang menimpa kepada suatu kaum, bukanlah semata-mata tiba di waktu itu sahaja. Mereka menjadi generasi yang terseksa, kerana pada zaman yang lampau tidak ada yang memberikan tuntunan. Maka apa yang akan kita tinggalkan (bakikan) kepada generasi selepas kita tuan-tuan?

 

يَنهَونَ عَنِ الفَسادِ فِي الأَرضِ

yang melarang daripada (mengerjakan) kerosakan di muka bumi,

Mereka berusaha untuk menghalang manusia lain daripada melakukan kerosakan. Kerosakan yang dimaksudkan adalah dalam hal agama. Kalau ada kemungkaran di depan mata mereka, mereka terus tegur. Kerana teguran ini penting sebagai peringatan kepada manusia. Manusia ramai yang berani buat dosa kerana mereka tidak ditegur.

Mereka yang beriman sebenar akan melakukan amar makruf nahi mungkar. Mereka sentiasa melakukannya kerana kalimah يَنهَونَ di dalam bentuk fi’il mudhari’. Kalau ada benda tidak betul, mereka akan halang dan larang. Kita kena lakukan amar makruf nahi munkar ini. Ramai yang tahu mana yang salah, tetapi mereka tidak berani menegur orang lain. Tidak tahulah apa masalah mereka yang sebenar, namun kena berhentilah daripada tidak berbuat apa-apa. Ini kerana kalau kita diamkan sahaja, orang tidak tahu apa yang mereka lakukan itu salah. Manusia memang memerlukan nasihat daripada orang lain kerana syaitan memang sudah ‘nasihat’ mereka mengajak untuk membuat perkara yang salah dan kerosakan, maka kita kenalah juga lawan nasihat daripada syaitan itu dengan beri nasihat yang baik pula.

Ini adalah tugas kita sebagai umat Islam (walaupun ramai yang tidak melakukannya) seperti yang Allah ﷻ telah sebut dalam Ali Imran: 110

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ
Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji)

Apa pula masalah jika kita tidak melakukannya? Memang masalah besar kerana ia pernah terjadi kepada umat yang terdahulu seperti Yahudi dan kita pun tahu yang mereka telah dilaknat oleh Allah ﷻ seperti disebut dalam Maidah: 78-79

لُعِنَ الَّذينَ كَفَروا مِن بَني إِسرٰءيلَ عَلىٰ لِسانِ داوودَ وَعيسَى ابنِ مَريَمَ ۚ ذٰلِكَ بِما عَصَوا وَّكانوا يَعتَدونَ
Telah dilaknati orang-orang kafir daripada Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas.

كانوا لا يَتَناهَونَ عَن مُّنكَرٍ فَعَلوهُ ۚ لَبِئسَ ما كانوا يَفعَلونَ
Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu.

Kalau manusia melampau maka ada kemungkinan Allah ﷻ akan kenakan dengan azab. Jikalau azab Allah ﷻ turun, ia boleh sahaja secara menyeluruh sampaikan ia akan mengenai juga kepada kita walaupun kita tidak melakukan dosa. Ini seperti disebut dalam Anfal:25

وَاتَّقوا فِتنَةً لّا تُصيبَنَّ الَّذينَ ظَلَموا مِنكُم خاصَّةً
Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu.

Cuma kita faham yang ramai takut menegur orang yang melakukan kesalahan kerana takut dicela dan dicemuh. Ini bukanlah sikap yang bagus sebenarnya. Kita sepatutnya takut dengan Allah ﷻ, bukannya takut dengan manusia. Kalau kita tidak melakukannya, ditakuti kita diganti dengan golongan lain yang tidak takut tentang hal ini seperti disebut dalam Maidah: 54

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا مَن يَرتَدَّ مِنكُم عَن دينِهِ فَسَوفَ يَأتِي اللهُ بِقَومٍ يُحِبُّهُم وَيُحِبّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى المُؤمِنينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الكٰفِرينَ يُجٰهِدونَ في سَبيلِ اللهِ وَلا يَخافونَ لَومَةَ لائِمٍ
Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad daripada agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela.

Ayat ini dikuatkan lagi dengan sebuah hadith di mana Allah ﷻ berjanji melalui lisan Rasulullah ﷺ yang orang yang tidak mencegah kemungkaran akan dikenakan dengan azab sebelum dia mati,

قَالَ رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا مِنْ رَجُلٍ يَكُونُ فِي قَوْمٍ يُعْمَلُ فِيهِمْ بِالْمَعَاصِي يَقْدِرُونَ عَلَى أَنْ يُغَيِّرُوا عَلَيْهِ فَلَا يُغَيِّرُوا إِلَّا أَصَابَهُمْ اللَّهُ بِعَذَابٍ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَمُوتُوا
Rasulullah ﷺ bersabda: “Tidaklah seorang laki-laki berada pada sebuah kaum yang di dalamnya dilakukan suatu kemaksiatan, sedangkan mereka mampu mengubah kemaksiatan tersebut lalu tidak melakukannya, maka Allah akan menimpakan seksa kepada mereka sebelum mereka meninggal.”

Sunan Abu Dawud (3776) Status: Hasan

Di dalam hadith yang lain,

حَدَّثَنَا قَيْسٌ قَالَ قَامَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فَحَمِدَ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَأَثْنَى عَلَيْهِ فَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّكُمْ تَقْرَءُونَ هَذِهِ الْآيَةَ { يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا عَلَيْكُمْ أَنْفُسَكُمْ لَا يَضُرُّكُمْ مَنْ ضَلَّ إِذَا اهْتَدَيْتُمْ } إِلَى آخِرِ الْآيَةِ وَإِنَّكُمْ تَضَعُونَهَا عَلَى غَيْرِ مَوْضِعِهَا وَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ النَّاسَ إِذَا رَأَوْا الْمُنْكَرَ وَلَا يُغَيِّرُوهُ أَوْشَكَ اللَّهُ أَنْ يَعُمَّهُمْ بِعِقَابِهِ قَالَ وَسَمِعْتُ أَبَا بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِيَّاكُمْ وَالْكَذِبَ فَإِنَّ الْكَذِبَ مُجَانِبٌ لِلْإِيمَانِ
Telah menceritakan kepada kami [Qais], dia berkata; ” [Abu Bakar رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ] berdiri lalu memuji Allah dan mensucikan-Nya, kemudian dia berkata; “Wahai manusia, sesungguhnya kalian membaca ayat ini: “Wahai orang-orang yang beriman, kalian bertanggungjawab atas diri kalian masing-masing, tidak akan membahayakan kalian sedikit pun orang yang tersesat.. (Maidah:105 sampai akhir ayat), dan kalian menempatkannya tidak pada tempatnya, aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya jika manusia melihat kemungkaran, kemudian tidak merubahnya, maka dikhuatirkan Allah akan meluaskan azab kepada mereka semua.” Dia berkata; “Dan aku mendengar Abu Bakar رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ berkata; “Wahai manusia jauhilah dusta kerana sesungguhnya dusta itu menjauhkan kalian daripada iman.”

Musnad Ahmad (16) dengan sanad yang sahih

Malah, Rasulullah ﷺ telah bersabda yang jikalau kita tidak melakukan tugas yang besar dan penting ini, azab yang Allah ﷻ kenakan kepada kita tidak diangkat kerana Dia tidak akan memakbulkan doa kita. Ini amat menakutkan sekali!

عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ الْيَمَانِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَتَأْمُرُنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَلَتَنْهَوُنَّ عَنْ الْمُنْكَرِ أَوْ لَيُوشِكَنَّ اللَّهُ أَنْ يَبْعَثَ عَلَيْكُمْ عِقَابًا مِنْهُ ثُمَّ تَدْعُونَهُ فَلَا يُسْتَجَابُ لَكُمْ
Daripada [Hudzaifah bin Al Yaman] daripada Nabi ﷺ baginda bersabda: “Demi Dzat yang jiwaku berada di tangannya, hendaknya kalian beramar ma’ruf dan nahi munkar atau jika tidak nescaya Allah ﷻ akan mengirimkan seksa-Nya dari sisi-Nya kepada kalian, kemudian kalian memohon kepada-Nya namun doa kalian tidak lagi dikabulkan.”

(Sunan Tirmidzi (2095)) Status: Hasan

Ya kita faham yang kadangkala kita tidak berada di kedudukan yang kuat untuk mencegah sesuatu kemungkaran itu. Akan tetapi kita tetap kena melakukan sesuatu. Paling kurang kita tidak setuju dengan hati kita (dan ini adalah pada tahap iman paling lemah). Ini seperti disebut dalam hadith yang masyhur, iaitu Hadis #34 di dalam Arbain Nawawiyah (Hadis 40) yang kita telah syarahkan,

رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
Rasulullah ﷺ, bersabda: “Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran hendaklah dia mencegah kemungkaran itu dengan tangannya. jika tidak mampu, hendaklah mencegahnya dengan lisan, jika tidak mampu juga, hendaklah dia mencegahnya dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman.”

(Sahih Muslim (70))

Tetapi ingat! Jangan kita hanya pandai menegur sahaja tetapi diri kita sendiri melakukan kemungkaran pula. Ada azab khusus yang disediakan oleh Allah ﷻ terhadap orang-orang yang sebegini,

رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ يُجَاءُ بِالرَّجُلِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيُلْقَى فِي النَّارِ فَتَنْدَلِقُ أَقْتَابُهُ فِي النَّارِ فَيَدُورُ كَمَا يَدُورُ الْحِمَارُ بِرَحَاهُ فَيَجْتَمِعُ أَهْلُ النَّارِ عَلَيْهِ فَيَقُولُونَ أَيْ فُلَانُ مَا شَأْنُكَ أَلَيْسَ كُنْتَ تَأْمُرُنَا بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَانَا عَنْ الْمُنْكَرِ قَالَ كُنْتُ آمُرُكُمْ بِالْمَعْرُوفِ وَلَا آتِيهِ وَأَنْهَاكُمْ عَنْ الْمُنْكَرِ وَآتِيهِ
Rasulullah ﷺ bersabda: “Pada hari kiamat akan dihadirkan seseorang yang kemudian dia dilempar ke dalam neraka, isi perutnya keluar dan terburai hingga dia berputar-putar bagaikan seekor keldai yang berputar-putar menarik mesin gilingnya. Maka penduduk neraka berkumpul mengelilinginya seraya berkata; “Wahai fulan, apa yang terjadi denganmu?. Bukankah kamu dahulu orang yang memerintahkan kami berbuat ma’ruf dan melarang kami berbuat munkar?”. Orang itu berkata; “Aku memang memerintahkan kalian agar berbuat ma’ruf tapi aku sendiri tidak melaksanakannya dan melarang kalian berbuat munkar, namun malah aku mengerjakannya”.

(Sahih Bukhari (3027))

Orang Mukmin pasti akan menjalankan amar ma’ruf nahi mungkar seperti disebut dalam Tawbah:71

وَالمُؤمِنونَ وَالمُؤمِنٰتُ بَعضُهُم أَولِياءُ بَعضٍ ۚ يَأمُرونَ بِالمَعروفِ وَيَنهَونَ عَنِ المُنكَرِ
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma’ruf, mencegah yang mungkar,

 

إِلّا قَليلًا مِّمَّن أَنجَينا مِنهُم

kecuali sebahagian kecil di antara orang-orang yang telah Kami selamatkan di antara mereka, 

Ramai yang tidak melakukan usaha murni itu melainkan sedikit sahaja. Semoga kita termasuk dalam golongan yang sedikit ini. Mereka yang buat kerja amar makruf dan nahi mungkar itu adalah golongan yang Allah ﷻ selamatkan kerana mereka telah mendapat kefahaman dan mereka telah melakukan tugas mereka. Mereka adalah orang-orang yang diselamatkan oleh Allah ﷻ di kala murka Allah ﷻ dan azab-Nya datang menimpa mereka secara tiba-tiba.

Dalam banyak kisah-kisah para Nabi dan umat mereka yang kita telah baca sebelum ini, kita telah diberitahu bagaimana para Nabi dan orang beriman yang bersama dengan mereka diselamatkan daripada azab. Sebelum azab dikenakan kepada umat mereka, mereka telah di arahkan untuk keluar untuk menyelamatkan mereka.

Mereka yang buat kerja ini sahaja yang akan selamat. Di dalam A’raf:165, Allah ﷻ sebut tentang golongan yang menegur dan golongan yang tidak buat salah, tetapi tidak menegur. Yang Allah ﷻ selamatkan adalah golongan yang menegur sahaja (salah satu pendapat).

فَلَمّا نَسوا ما ذُكِّروا بِهِ أَنجَينَا الَّذينَ يَنهَونَ عَنِ السّوءِ
Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu,

Maka untuk selamat, kena tegur kesalahan masyarakat kita dan jangan biarkan mereka terus melakukannya. Sekurang-kurangnya apabila kita tegur, tidaklah mereka terus rasa tidak salah mereka melakukan kesalahan itu. Apabila langsung tidak ditegur, pelaku maksiat akan rasa apa yang mereka lakukan itu tidak salah. Yang menegur itu adalah umat yang terbaik seperti yang Allah ﷻ telah sebut dalam Ali Imran:110

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ
Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji)

Mungkin ada yang kata, tidak tegur pun tetapi kita hidup senang lenang sahaja, tidak ada bala yang teruk turun pun. Ini kerana mereka sangka azab itu dalam bentuk bala bencana sahaja. Namun bagaimana dengan kesan dalam hati kita yang Allah ﷻ hukum kita? Iaitu hati yang keras. Baca Al-Qur’an tidak rasa apa-apa, solat tidak memberi kesan langsung, buat dosa tidak terasa takut langsung, tidak ingat Allah ﷻ melainkan sekejap sahaja, lihat orang susah kita tidak terasa apa pun. Allah ﷻ sebut dalam Zumar:22 mereka yang telah keras hati mereka,

فَوَيلٌ لِّلقٰسِيَةِ قُلوبُهُم مِّن ذِكرِ اللهِ
Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah.

 

وَاتَّبَعَ الَّذينَ ظَلَموا ما أُترِفوا فيهِ

dan orang-orang yang zalim hanya mementingkan kenikmatan yang mewah yang ada pada mereka,

Akan tetapi, kebanyakan manusia leka dengan kemewahan yang mereka ada. Mereka itu dipanggil orang zalim kerana mengikut kemewahan yang menyebabkan mereka membuat kerosakan di muka bumi termasuk melakukan kesyirikan (zalim yang terbesar). Mereka itu adalah golongan kaya yang Allah ﷻ beri kemewahan kepada mereka. Mereka ini sombong dan melampau kerana mereka rasa mereka serba cukup seperti firman Allah ﷻ dalam Alaq:6-7

كَلَّآ إِنَّ ٱلإِنسَـٰنَ لَيَطغَىٰٓ
Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,

أَن رَّءَاهُ ٱستَغنَىٰٓ
kerana dia melihat dirinya serba cukup.

Apabila mereka kaya, ramai dalam kalangan masyarakat akan cuba untuk mengikut mereka, mahu menjadi seperti orang-orang kaya itu. Ini adalah kerana mereka sangka apa yang dilakukan oleh golongan zalim itulah yang menyebabkan mereka berjaya. Begitulah kalau orang kaya dan berkuasa menjadi zalim, ia akan merosakkan masyarakat kerana bukan mereka sahaja yang jadi perosak, tetapi ramai lagi yang cuba untuk mengikut mereka.

 

وَكانوا مُجرِمينَ

dan mereka adalah orang-orang yang berdosa.

Allah ﷻ kata mereka itu orang-orang yang berdosa, kerana mereka sudah tidak kisah mana benar dan mana tidak asalkan mereka dapat apa yang mereka mahu. Mereka ini Allah ﷻ akan beri azab yang khusus seperti disebut dalam Muzzammil:11

وَذَرني وَالمُكَذِّبينَ أُولِي النَّعمَةِ وَمَهِّلهُم قَليلًا
Dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang-orang yang mendustakan (bawaanmu) itu, orang-orang yang berada dalam kemewahan, dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa;

Dan disebut dalam Muddaththir:11-12

ذَرني وَمَن خَلَقتُ وَحيدًا
Biarkanlah Aku sahaja membalas orang yang Aku ciptakan dia (dalam keadaan) seorang diri

وَجَعَلتُ لَهُ مالًا مَّمدودًا
Dan Aku jadikan baginya harta kekayaan yang panjang,

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 16 September 2023

Ringkasan Surah Hud


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Ustaz Solahuddin

Ustaz Abdul Muien

Maariful Qur’an

Tafsir Al-Azhar Prof. HAMKA

Tafsir Surah Hud Ayat 113 – 114 (Amal baik menghapuskan dosa)

Hud Ayat 113: Bagaimanakah kita boleh menjaga istiqamah kita? Sekarang Allah ﷻ beri caranya.

وَلا تَركَنوآ إِلَى الَّذينَ ظَلَموا فَتَمَسَّكُمُ النّارُ وَما لَكُم مِّن دونِ اللَّهِ مِن أَولِيآءَ ثُمَّ لا تُنصَرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And do not incline toward those who do wrong, lest you be touched by the Fire, and you would not have other than Allāh any protectors; then you would not be helped.

(MALAY)

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.

 

وَلا تَركَنوا إِلَى الَّذينَ ظَلَموا

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim

Kalimah تَركَنوا daripada katadasar ر ك ن yang bermaksud untuk bersandar; sokongan; amanah; tiang; batu asas; perkara yang dengannya seseorang itu diperkuatkan; kebanggaan dengan kuasa dan keperkasaan. Kalimah ‘rukun’ diambil daripada katadasar ini.

Di dalam ayat ini, تَركَنوا bermaksud condong, sayang, redha kepada orang tertentu. Mereka condong kerana mereka bersetuju dengan orang itu. Ini kerana kalau sekali sudah condong yang mengarah kepada dekat, lama-kelamaan akan payahlah menjauhkan diri daripadanya.

Di sini Allah ﷻ melarang condong kepada golongan yang zalim kerana kezaliman adalah suatu sikap yang bertentangan dengan perikemanusiaan. Kezaliman bererti aniaya. Aniaya adalah bermain api. Aniaya menimbulkan benci dan dendam di hati orang yang teraniaya. Oleh itu jangan berhubung baik dengan mereka lebih daripada yang sepatutnya. Semasa ayat ini diturunkan, ia melarang pihak Muslim daripada bergantung kepada para pemuka Quraish yang musyrik itu. Tafsiran lain:

1. Ali ibnu Abu Talhah رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ telah meriwayatkan daripada Ibnu Abbas رضي الله عنهما sehubungan dengan makna تَركَنوا, bahawa makna yang dimaksudkan ialah janganlah kalian bersikap diplomasi dengan mereka.

2. Al-Aufi رَحِمَهُ اللَّهُ telah meriwayatkan daripada Ibnu Abbas رضي الله عنهما, bahawa makna yang dimaksudkan ialah cenderung kepada kemusyrikan.

3. Abul Aliyah رَحِمَهُ اللَّهُ mengatakan, makna yang dimaksudkan ialah janganlah kamu rela terhadap perbuatan mereka.

4. Ibnu Jarir رَحِمَهُ اللَّهُ telah meriwayatkan daripada Ibnu Abbas رضي الله عنهما, bahawa makna yang dimaksudkan ialah janganlah kalian cenderung kepada orang-orang yang aniaya. Pendapat ini cukup baik, yang maksudnya ialah janganlah kalian meminta pertolongan kepada orang-orang yang melakukan aniaya, kerana seakan-akan kalian rela kepada amal perbuatan mereka.

Antara contoh condong kepada orang zalim adalah kalau berbaik dengan golongan Yahudi seperti disebut dalam Maidah:51

۞ يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا لا تَتَّخِذُوا اليَهودَ وَالنَّصٰرىٰ أَولِياءَ ۘ بَعضُهُم أَولِياءُ بَعضٍ ۚ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُم فَإِنَّهُ مِنهُم ۗ إِنَّ اللهَ لا يَهدِي القَومَ الظّٰلِمينَ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi teman rapat; sebahagian mereka adalah teman rapat bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

Di dalam An’am:68 kita diajar supaya jangan duduk pun dengan orang yang zalim. Ini kerana mereka akan selesa dengan kita, mereka tidak rasa bersalah, malahan boleh menyebabkan kita pun terikut-ikut dengan mereka.

وَإِذا رَأَيتَ الَّذينَ يَخوضونَ في ءآيٰتِنا فَأَعرِض عَنهُم حَتّىٰ يَخوضوا في حَديثٍ غَيرِهِ ۚ وَإِمّا يُنسِيَنَّكَ الشَّيطٰنُ فَلا تَقعُد بَعدَ الذِّكرىٰ مَعَ القَومِ الظّٰلِمينَ
Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain; dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu).

Kita jangan berbaik dengan golongan fasiq, golongan bid’ah dan golongan yang condong kepada syirik. Juga dengan orang yang melakukan dosa. Contohnya kalau kita jual makanan, jangan jual kepada orang yang tidak berpuasa kerana seolah-olah kita redha dia tidak puasa di bulan Ramadan. Jangan buat pakaian artis yang mereka akan pakai untuk berbuat dosa menyanyi atau berlakon. Jangan sokong pemimpin yang zalim dengan mengundi mereka. Kadang kita tidak rasa bersalah kalau berbaik dengan pemimpin sebegitu sedangkan mereka telah tidak menepati janji, ambil duit rakyat, tidak beri duit rakyat dan sebagainya.

Yang lebih teruk adalah kalau kita membantu mereka pula! Ini telah disebut di dalam hadis,

Daripada Jabir bin ‘Abdillah, bahawasanya Rasulullah bersabda kepada Ka’ab bin ‘Ujrah

يَا كَعْبُ بْنُ عُجْرَةَ، أَعَاذَكَ اللَّهُ مِنْ إِمَارَةِ السُّفَهَاءِ. قَالَ: وَمَا إِمَارَةُ السُّفَهَاءِ؟ قَالَ: أُمَرَاءُ يَكُونُونَ بَعْدِي، لاَ يَهْتَدُونَ بِهَدْيِي، وَلاَ يَسْتَنُّونَ بِسُنَّتِي، فَمَنْ صَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ، وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ، فَأُولَئِكَ لَيْسُوا مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُمْ، وَلاَ يَرِدُونَ عَلَيَّ حَوْضِي، وَمَنْ لَمْ يُصَدِّقْهمْ بِكَذِبِهِمْ، وَلَمْ يُعِنْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ، فَأُولَئِكَ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُمْ، وَسَيَرِدُونَ عَلَيَّ حَوْضِي
“Wahai Ka’ab bin ‘Ujrah, semoga Allah melindungimu daripada kepimpinan orang-orang yang bodoh.” Ka’ab bertanya: “Apakah yang dimaksudkan dengan kepimpinan orang-orang bodoh itu, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Iaitu para pemimpin yang akan muncul selepasku. Mereka tidak mengambil petunjuk dengan petunjukku dan tidak mengikut sunnahku. Maka barang siapa yang membenarkan pendustaan mereka dan membantu kezaliman mereka, maka mereka itu bukan daripada golonganku dan aku bukan daripada golongan mereka, serta mereka tidak akan mendatangi telagaku (pada hari kiamat). Dan barang siapa yang tidak membenarkan pendustaan mereka serta tidak membantu kezaliman mereka, maka mereka itu daripada golonganku dan aku daripada golongan mereka, serta mereka akan mendatangi telagaku.”

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad Ahmad (No. 14441). Diriwayatkan juga oleh Ibn Hibban dalam Sahih-nya (No. 4514), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (4/422), Al-Bazzar, dan Abu Ya’la.

Hadis: Sahih / Hasan (Sahih Lighairihi). Imam Al-Hakim: Menilai sanadnya Sahih. Syeikh Al-Albani: Menilainya sebagai Sahih Lighairihi (Sahih dengan sokongan jalur riwayat lain). Imam Al-Haithami: Menyebut dalam Majma’ al-Zawa’id bahawa para perawinya adalah perawi yang dipercayai (rijal as-sahih).

Syarah: Kenapa mereka dipanggil pemimpin yang bodoh? Pemimpin yang bodoh adalah pemimpin yang membelakangkan syariat, hukum hakam Al-Qur’an, serta Sunnah Nabi dalam pemerintahan mereka.

Bagaimana pula maksud membantu mereka? Ada kisah menarik tentang hal ini. Iaitu satu dialog masyhur yang berlaku antara Imam Ahmad bin Hanbal dengan seorang warden penjara semasa beliau dipenjarakan dalam peristiwa fitnah Mihnah Khalq al-Qur’an (iktikad al-Qur’an itu makhluk). Semasa Imam Ahmad ditahan dan dikurung di dalam penjara akibat mempertahankan akidah bahawa Al-Qur’an itu Kalamullah (bukan makhluk), seorang warden penjara telah datang berjumpa dengan beliau dan bertanya:

“Wahai Abu ‘Abdillah (panggilan Imam Ahmad), adakah hadis-hadis yang menceritakan tentang ancaman kepada pembantu orang yang zalim itu sahih?”

Imam Ahmad: “Ya, hadis-hadis itu sahih.”

Warden: (Sambil berasa cemas, dia bertanya) “Adakah aku ini dikira sebagai pembantu orang yang zalim kerana aku menjaga dan memenjarakan engkau di sini?”

Imam Ahmad: (Memberi jawapan yang sangat tajam dan mendalam). “TIDAK. Pembantu orang zalim itu adalah orang yang menjahit pakaianmu, orang yang memasakkan makanan untukmu, orang yang menjual barang kepadamu, dan orang yang menguruskan urusan harianmu. Adapun engkau… ENGKAU ADALAH SALAH SEORANG DARIPADA ORANG YANG ZALIM ITU SENDIRI! Pembantu mereka adalah orang yang membantu menyempurnakan keperluan hidup kamu.”

 

Tapi memang ada keadaan kita kena ‘bantu’ mereka. Bagaimana pula? Mereka itu orang yang zalim, maka kita kena ‘bantu’ mereka dengan tidak menyokong mereka. Bagaimana pula kita bantu mereka? Rasulullah ﷺ telah bersabda tentang hal ini.

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ هَذَا نَنْصُرُهُ مَظْلُومًا فَكَيْفَ نَنْصُرُهُ ظَالِمًا قَالَ تَأْخُذُ فَوْقَ يَدَيْهِ
Daripada Anas رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ berkata; Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Tolonglah saudaramu yang berbuat zalim dan yang dizalimi”. Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, jelas kami faham menolong orang yang dizalimi tapi bagaimana kami harus menolong orang yang berbuat zalim?” Baginda bersabda: “Pegang tangannya (agar tidak berbuat zalim) “.

(Sahih Bukhari (2264))

Maknanya jikalau kita berkawan dengan mereka atau bersama dengan mereka, hendaklah kita menjalankan tugas kita iaitu menahan mereka daripada melakukan kezaliman, ataupun sekurang-kurangnya kita menegur mereka supaya mereka berhenti daripada melakukan kezaliman itu lagi. Jangan kita duduk senyap sahaja.

 

فَتَمَسَّكُمُ النّارُ

yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, 

Sekiranya berhubungan baik dengan mereka, boleh menyebabkan kamu masuk neraka. Ini adalah kerana berkemungkinan kita terikut-ikut dengan cara mereka dan amalan mereka yang syirik. Maka di sini condong kepada orang zalim pun sudah boleh masuk neraka, apatah lagi kalau melakukan kezaliman!

Maka kerana itu kita dilarang dari membantu orang yang zalim. Mungkin kerana orang zalim itu pemimpin, ramai yang ikut sahaja dan ini salah! Sebelum masuk neraka lagi telah ditolak dari Telaga Haudh Rasulullah seperti disebut di dalam hadis,

يَا كَعْبُ بْنُ عُجْرَةَ، أَعَاذَكَ اللَّهُ مِنْ إِمَارَةِ السُّفَهَاءِ. قَالَ: وَمَا إِمَارَةُ السُّفَهَاءِ؟ قَالَ: أُمَرَاءُ يَكُونُونَ بَعْدِي، لاَ يَهْتَدُونَ بِهَدْيِي، وَلاَ يَسْتَنُّونَ بِسُنَّتِي، فَمَنْ صَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ، وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ، فَأُولَئِكَ لَيْسُوا مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُمْ، وَلاَ يَرِدُونَ عَلَيَّ حَوْضِي، وَمَنْ لَمْ يُصَدِّقْهمْ بِكَذِبِهِمْ، وَلَمْ يُعِنْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ، فَأُولَئِكَ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُمْ، وَسَيَرِدُونَ عَلَيَّ حَوْضِي
“Wahai Ka’ab bin ‘Ujrah, semoga Allah melindungimu daripada kepimpinan orang-orang yang bodoh (عديمي العقل والدين).” Ka’ab bertanya: “Apakah yang dimaksudkan dengan kepimpinan orang-orang bodoh itu, wahai Rasulullah?”Rasulullah SAW menjawab:”Iaitu para pemimpin yang akan muncul selepasku. Mereka tidak mengambil petunjuk dengan petunjukku dan tidak mengikut sunnahku. Maka barang siapa yang membenarkan pendustaan mereka dan membantu kezaliman mereka, maka mereka itu bukan daripada golonganku dan aku bukan daripada golongan mereka, serta mereka tidak akan mendatangi telagaku (pada hari kiamat). Dan barang siapa yang tidak membenarkan pendustaan mereka serta tidak membantu kezaliman mereka, maka mereka itu daripada golonganku dan aku daripada golongan mereka, serta mereka akan mendatangi telagaku.”

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad Ahmad (No. 14441). Diriwayatkan juga oleh Ibn Hibban dalam Sahih-nya (No. 4514), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (4/422). Status Sahih / Hasan (Sahih Lighairihi). Syeikh Al-Albani: Menilainya sebagai Sahih Lighairihi (Sahih dengan sokongan jalur riwayat lain).

 

وَما لَكُم مِّن دونِ اللَّهِ مِن أَولِياءَ

dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang pelindung pun selain daripada Allah,

Sekiranya kamu masuk neraka, kamu tidak akan mendapat sebarang pertolongan lagi untuk menahan daripada azab Allah ﷻ. Hanya Allah ‎ﷻ sahaja yang dapat membantu, namun Allah ﷻ tidak akan bantu lagi.

 

ثُمَّ لا تُنصَرونَ

kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.

Sekiranya kamu sudah dikenakan azab itu, kamu tidak ada penolong lagi yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab itu.

Di dalam ayat ini ada disebut pelindung dan penolong. Apakah bez antara keduanya?

Pelindung: tahan daripada memasuki neraka.
Penolong: mengeluarkan setelah masuk neraka.

Dua-dua tidak akan diberikan kepada mereka.


 

Hud Ayat 114: Ini adalah ayat jenis Umur Muslihah (tentang ibadah) untuk perbaiki diri kita. Dalam dakwah, kita pun kenalah buat perubahan baik dalam diri kita. Sebelum ini telah disebut tentang istiqamah, bukan? Untuk istiqamah dalam kehidupan kita mestilah mengekalkan Tauhid, lalu hendaklah dimulakan dengan menjaga solat. Di samping meneguhkan pendirian dengan istiqamah dan tidak mahu condong kepada orang yang zalim, dan tidak mahu melanggar batas, perlulah selalu iman dan taqwa itu dipupuk melalui solat.

وَأَقِمِ الصَّلَوٰةَ طَرَفَيِ النَّهارِ وَزُلَفًا مِّنَ اللَّيلِ ۚ إِنَّ الحَسَنٰتِ يُذهِبنَ السَّيِّئَاتِ ۚ ذٰلِكَ ذِكرىٰ لِلذّٰكِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And establish prayer at the two ends of the day and at the approach of the night. Indeed, good deeds do away with misdeeds. That is a reminder for those who remember.

(MALAY)

Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.

 

وَأَقِمِ الصَّلَوٰةَ طَرَفَيِ النَّهارِ

Dan dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang

Dalam ayat sebelum ini, telah disebut tentang pelindung dan penolong. Kalau sudah ditakdirkan kita dimasukkan ke dalam neraka, tidak akan ada pelindung dan pembantu lagi. Lalu bagaimanakah caranya lagi untuk mendapatkan pelindung dan pembantu? Itulah kena beribadah dan ibadah yang paling utama adalah solat. Maka Allah ﷻ menyebut tentang solat dalam ayat ini. Dengan solatlah kita dapat bergantung dan berharap kepada perlindungan dan pertolongan Allah ﷻ.

Kalau dilihat apabila Allah ﷻ menyebut arahan tentang solat, mesti ditambah dengan kalimah أَقِمِ dan sepertinya. Maksudnya adalah ‘mendirikan’ solat. Allah ﷻ tidak kata: lakukan solat. Ini adalah kerana solat itu merangkumi banyak perbuatan, bukan solat itu sahaja. Contohnya sebelum solat kena membersihkan diri (taharah) dan menjaga tempat solat, jaga aurat dan banyak lagi. Maka untuk kita ‘mendirikan’ solat itu, banyak perkara yang kita kena lakukan dan jaga, yang memerlukan ilmu tentang solat. Maka kena dipelajari ilmu fiqh solat supaya menyerupai cara yang diajar oleh Rasulullah ﷺ.

Kalimah طَرَفَيِ daripada katadasar ط ر ف yang bermaksud menyerang hujung barisan musuh, memilih sesuatu, hujung, tepi; sisi, bersebelahan, bahagian luar, sempadan, kedekatan, pinggir. Dalam ayat ini Allah ﷻ menyebut tentang waktu-waktu solat. Sebenarnya solat lima waktu telah disebut dalam Al-Qur’an tetapi tidaklah disebut waktu Subuh, Zohor dan sebagainya. Kadang-kadang kita dengar juga orang berhujah: “cuba kau bagi dalam Al-Qur’an waktu solat lima waktu… mana ada!”. Ini orang yang tak belajar tafsir Al-Qur’an. Setakat boleh baca terjemahan sahaja.

Yang pertama disebut adalah di ‘dua tepi siang’ – Yang dimaksudkan adalah Waktu Subuh, Zohor dan Asar kerana ketiga-tiga di antara dua tepi siang (awal siang dan hujung siang). Subuh adalah permulaan siang, Zohor adalah pertengahan dan Asar adalah waktu di hujung siang.

Ayat ini penting difahami kerana ada juga orang-orang yang jahil mengatakan Al-Qur’an tidak sebut pun tentang solat lima waktu. Maka ada yang kata solat hanya dua kali sahaja, kerana ayat sebegini hanya sebut dua kali (siang sekali dan malam sekali). Ini adalah pemahaman orang yang amat jahil, tidak belajar tafsir Al-Qur’an dan tidak belajar Hadith. Sedangkan Al-Qur’an ada menyebut tentang waktu-waktu solat. Ayat lain yang berkenaan adalah Isra’:78

أَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِدُلُوكِ ٱلشَّمسِ إِلَىٰ غَسَقِ ٱلَّيلِ وَقُرءَانَ ٱلفَجرِ‌
Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) subuh.

 

وَزُلَفًا مِّنَ اللَّيلِ

dan pada bahagian permulaan daripada malam. 

Kemudian disebut tentang solat pada waktu malam pula. Kalimah زُلَفًا daripada katadasar ز ل ف yang bermaksud untuk mendekatkan diri; pendahuluan; pendekatan; waktu awal; bahagian pertama malam. ‘Permulaan malam’ yang dimaksudkan adalah Waktu Maghrib dan Isyak. Waktu Maghrib adalah di awal-awal permulaan malam dan kemudian Isyak pun datang tidak lama selepas itu.

Jelas di sini cukup lima waktu solat disebut dalam ayat ini. Sekali lagi, ini kena faham kerana ada yang menuduh solat lima waktu tidak disebut dalam Al-Qur’an pun. Memang tidak disebut dengan jelas dalam Al-Qur’an tetapi ia tetap ada dalam bentuk isyarat. Jika tidak ada pun, kita tetap ada Hadith-hadith sahih yang menyebut tentang waktu-waktu itu dengan jelas.

Solat adalah amalan yang paling penting untuk menjaga kita daripada melakukan dosa seperti disebut dalam Ankabut:45

إِنَّ الصَّلَوٰةَ تَنهىٰ عَنِ الفَحشاءِ وَالمُنكَرِ
Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar.

Bagaimana kita sanggup untuk melakukan dosa jikalau kita sentiasa menjaga solat kita? Kita akan sedar yang nanti kita akan mengadap Allah ﷻ tidak lama lagi? Kerana itulah solat sampai lima waktu kerana ia merangkumi tahap-tahap seharian kita, sampaikan tidak ada masa untuk berbuat dosa.

Maka dari sini kita tahu bahawa solat yang baik dan khusyuk itu akan mendidik pelakunya untuk meninggalkan amalan-amalan yang salah terutama sekali syirik. Solat adalah pembeza antara iman dan kufur seperti disebut dalam hadith,

عَنْ أَبِي سُفْيَانَ قَالَ سَمِعْتُ جَابِرًا يَقُولُا سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكَ الصَّلَاة
Daripada Abu Sufyan رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ beliau berkata, saya mendengar Jabir رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ berkata, “Aku mendengar Nabi ﷺ bersabda: “Sungguh, yang memisahkan antara seorang laki-laki dengan kesyirikan dan kekufuran adalah meninggalkan solat’.”

(Riwayat Muslim No. 116)

Sebab itulah benar pendapat yang mengatakan kalau tidak solat, tidak berguna puasa yang dilakukan di bulan Ramadan. Ramai sahaja orang kita yang berpuasa di bulan Ramadan walaupun mereka tidak solat. Namun mereka tidak sedar yang amalan ibadah puasa mereka itu sebenarnya tidak diterima pun kerana syarat diterima ibadah adalah seseorang itu mesti muslim. Jikalau tidak melakukan solat, maka keislaman seseorang tidak sah (salah satu pendapat). Akan tetapi perkara ini jangan diberitahu kepada orang-orang yang bodoh kerana jikalau mereka tahu hal ini, mereka bukannya hendak solat tetapi sebaliknya dengan puasa-puasa sekali mereka tinggalkan!

Solat adalah amalan pertama yang disoal di akhirat kelak. Mereka yang meninggalkan solat akan dimasukkan ke dalam neraka seperti disebut dalam Muddaththir:42-43

ما سَلَكَكُم في سَقَرَ
“?Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar”

قالوا لَم نَكُ مِنَ المُصَلّينَ
Orang-orang yang bersalah itu menjawab: “Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang

 

إِنَّ الحَسَنٰتِ يُذهِبنَ السَّيِّئَاتِ

Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk.

Sekarang Allah ﷻ memberitahu yang amalan kebaikan boleh menghapuskan dosa. Ini adalah nasihat daripada Allah ﷻ yang kita kena ingat. Sebelum ini telah disebut tentang solat kerana ia adalah amalan kebaikan yang paling utama. Namun bukanlah itu sahaja, kerana ada lagi ibadat-ibadat yang lain seperti puasa, sedekah dan lain-lain lagi. Semua ibadah-ibadah itu dapat menghapuskan dosa. Cumanya disebut solat di sini kerana ia adalah ibadah yang paling utama.

Di dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan melalui Abu Hurairah رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ, daripada Rasulullah ﷺ, disebutkan bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ أَرَأَيْتُمْ لَوْ أَنَّ نَهَرًا بِبَابِ أَحَدِكُمْ يَغْتَسِلُ فِيهِ كُلَّ يَوْمٍ خَمْسًا مَا تَقُولُ ذَلِكَ يُبْقِي مِنْ دَرَنِهِ قَالُوا لَا يُبْقِي مِنْ دَرَنِهِ شَيْئًا قَالَ فَذَلِكَ مِثْلُ الصَّلَوَاتِ الْخَمْسِ يَمْحُو اللَّهُ بِهِ الْخَطَايَا
Daripada [Abu Hurairah], bahawa dia mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Bagaimana pendapat kalian seandainya ada sungai di depan pintu rumah salah seorang daripada kalian, lalu dia mandi lima kali setiap hari? Apakah kalian menganggap masih akan ada kotoran (daki) yang tersisa padanya?” Para sahabat menjawab, “Tidak akan ada yang tersisa sedikit pun kotoran padanya.” Lalu baginda bersabda: “Seperti itu pula dengan solat lima waktu, dengannya Allah akan menghapus semua kesalahan.”

(Sahih Bukhari (497))

Kita sebagai manusia memang akan sentiasa sahaja melakukan dosa dan kadang-kadang dosa itu pun kita tidak perasan yang kita buat kerana kita tidak berhati-hati. Oleh kerana kita tidak tahu tentang dosa yang kita telah lakukan, maka kita pun tidak minta ampun kepada Allah ﷻ.

Allah ﷻ beri jalan kepada kita dengan memberitahu bahawa segala amal ibadat dan perbuatan baik yang kita lakukan akan menghilangkan dosa-dosa kecil itu. Sebagai contoh, dengan mengambil wudhu’ akan menggugurkan dosa-dosa yang kecil-kecil. Maka kenalah kita memperbanyakkan amal ibadat kita.

عَنْ حُمْرَانَ بْنِ أَبَانَ قَالَ رَأَيْتُ عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ تَوَضَّأَ فَأَفْرَغَ عَلَى يَدَيْهِ ثَلَاثًا فَغَسَلَهُمَا ثُمَّ تَمَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ ثُمَّ غَسَلَ وَجْهَهُ ثَلَاثًا ثُمَّ غَسَلَ يَدَيْهِ الْيُمْنَى إِلَى الْمِرْفَقِ ثَلَاثًا ثُمَّ الْيُسْرَى مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ مَسَحَ بِرَأْسِهِ ثُمَّ غَسَلَ قَدَمَهُ الْيُمْنَى ثَلَاثًا ثُمَّ الْيُسْرَى مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ قَالَ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي ثُمَّ قَالَ مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ لَا يُحَدِّثُ نَفْسَهُ فِيهِمَا بِشَيْءٍ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Daripada [Humran bin Abban] dia berkata; “Aku melihat [Uthman bin Affan] berwudhu’; dia menuangkan air ke dua tangannya tiga kali, lalu membasuhnya, kemudian berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung. Setelah itu dia membasuh mukanya tiga kali, kemudian membasuh tangan kanannya sampai siku sebanyak tiga kali, kemudian tangan kirinya, lalu mengusap kepalanya. Setelah itu membasuh kaki kanannya tiga kali dan kaki kirinya tiga kali. Ketika selesai, beliau berkata, ‘Aku melihat Rasulullah ﷺ berwudhu’ seperti wudhu’ku tadi. Rasulullah ﷺ bersabda, “Barangsiapa berwudhu’ seperti wudhu’ku ini, kemudian solat dua rakaat -tanpa berbicara terhadap dirinya di antara keduanya- Allah mengampuni dosa-dosanya yang lalu.”

(Sahih Bukhari (83))

 

Di dalam hadith yang lain:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي عَالَجْتُ امْرَأَةً فِي أَقْصَى الْمَدِينَةِ وَإِنِّي أَصَبْتُ مِنْهَا مَا دُونَ أَنْ أَمَسَّهَا فَأَنَا هَذَا فَاقْضِ فِيَّ مَا شِئْتَ فَقَالَ لَهُ عُمَرُ لَقَدْ سَتَرَكَ اللَّهُ لَوْ سَتَرْتَ نَفْسَكَ قَالَ فَلَمْ يَرُدَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَيْئًا فَقَامَ الرَّجُلُ فَانْطَلَقَ فَأَتْبَعَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا دَعَاهُ وَتَلَا عَلَيْهِ هَذِهِ الْآيَةَ { أَقِمْ الصَّلَاةَ طَرَفَيْ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنْ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ } فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ الْقَوْمِ يَا نَبِيَّ اللَّهِ هَذَا لَهُ خَاصَّةً قَالَ بَلْ لِلنَّاسِ كَافَّةً
Daripada Abdullah, dia berkata; “Seorang laki-laki datang kepada Rasulullah ﷺ lalu dia berkata; ‘Ya Rasulullah! Aku telah berdosa, kerana aku bermesraan dengan seorang perempuan di pinggir kota Madinah. Aku telah berbuat dosa dengannya selain bersetubuh. Maka hukumlah aku dengan hukuman apa saja yang engkau kehendaki. Maka Umar bin Khathab رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ berkata kepadanya; ‘Seandainya engkau menutup rahsia dirimu, nescaya Allah telah menutupi kesalahanmu itu.’ Kata Abdullah; ‘Nabi ﷺ tidak membantah sedikit pun ucapan Umar رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ tersebut.’ Maka berdirilah laki-laki itu kemudian pergi. Lalu Nabi ﷺ menyuruh seseorang menyusul dan memanggilnya kembali. Kemudian baginda bacakan kepadanya ayat ini: ‘Dan dirikanlah solat pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya segala perbuatan yang baik menghapuskan (dosa) segala perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.’ (Hud: 114). Maka bertanyalah seseorang daripada suatu kaum yang hadir; ‘Ya Nabiyullah! Apakah ayat itu ditujukan khusus baginya? ‘ Jawab Nabi ﷺ: ‘Bahkan untuk seluruh umat manusia.’

(Sahih Muslim (4964))

Nota: Saya risau jika hadith ini disalahertikan pula oleh mereka yang membacanya. Jangan pula jadikan ini sebagai dalil boleh berbuat maksiat, kemudian solat sahaja. Kita kena tahu bahawa yang berjumpa Nabi ﷺ itu adalah sahabat dan beliau amat menyesal di atas perbuatannya, maka penyesalan beliau amat ikhlas.

Kedua, mereka solat berjemaah dengan Nabi Muhammad ﷺ dan itu ada kelebihan yang kita sendiri tidak ada. Solat pula di Masjid Nabawi. Maknanya, untuk dosa yang kita lakukan, belum tentu ia akan dihapuskan dengan solat sahaja. Maka, jangan kita lakukan dosa yang besar kerana takut amalan ibadat kita tidak dapat membersihkannya. Allahu a’lam.

Di dalam hadith yang lain juga ada disebut,

عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلًا أَصَابَ مِنْ امْرَأَةٍ قُبْلَةً فَأَتَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ ذَلِكَ لَهُ فَأُنْزِلَتْ عَلَيْهِ { وَأَقِمْ الصَّلَاةَ طَرَفَيْ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِنْ اللَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَى لِلذَّاكِرِينَ } قَالَ الرَّجُلُ أَلِيَ هَذِهِ قَالَ لِمَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ أُمَّتِي
Daripada [Ibnu Mas’ud رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ] bahawasanya seorang lelaki pernah mencium seorang wanita, lalu dia menemui Nabi ﷺ dan mengabarkannya kepada Nabi ﷺ. Maka turunlah ayat: “Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.” (Hud:114). Abdullah berkata laki-laki itu bertanya; “Wahai Rasulullah, apakah ayat ini hanya khusus untukku?” Baginda menjawab: “Ayat tersebut adalah untuk orang-orang yang melakukannya daripada ummatku.”

(Sahih Bukhari (4319))

Jangan kita main-main dengan kelebihan yang Allah berikan ini. Jangan kita sengaja buat dosa dan kemudian kita terus buat amal kebaikan seperti solat kononnya supaya dosa maksiat yang kita buat tadi itu akan diampunkan. Maksudnya orang ini sengaja melakukan dosa dan mengambil peluang dengan cara yang salah akan kelebihan yang Allah ﷻ berikan di dalam ayat ini. Bagi mereka sebegini, dosa tidak akan diampunkan kerana main-main dengan dosa dan pahala. Kalau kita lihat di dalam hadith yang di atas itu pun, lelaki yang melakukan kesalahan maksiat dengan wanita itu pun bukannya sengaja dia lakukan akan tetapi dia terlanjur, dan akhirnya dia menyesal sangat.

Dosa-dosa yang dihapuskan adalah dosa-dosa kecil sahaja. Kalau dosa besar, kenalah minta ampun dengan bersungguh-sungguh. Akan tetapi bukan ini sahaja syarat untuk dosa diampunkan. Ada satu lagi syarat seperti disebut dalam Nisa’:31

إِن تَجْتَنِبُوا كَبَائِرَ مَا تُنْهَوْنَ عَنْهُ نُكَفِّرْ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَنُدْخِلْكُم مُّدْخَلًا كَرِيمًا
Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan Kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga).

Oleh itu untuk mendapat pengampunan daripada Allah ﷻ di dalam dosa-dosa kecil, hendaklah kita menjaga diri kita daripada melakukan dosa-dosa besar. Apabila kita tidak melakukan dosa-dosa besar dan kita melakukan amal ibadah, maka dosa-dosa kecil itu akan terhapus secara automatik tanpa kita meminta ampun pun. Apa yang kita sampaikan ini dikuatkan dengan beberapa hadith,

عَنْ أَبِي الْوَلِيدِ قَالَ عَبْدٌ حَدَّثَنِي أَبُو الْوَلِيدِ حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ سَعِيدِ بْنِ عَمْرِو بْنِ سَعِيدِ بْنِ الْعَاصِ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ أَبِيهِ قَالَ كُنْتُ عِنْدَ عُثْمَانَ فَدَعَا بِطَهُورٍ فَقَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ امْرِئٍ مُسْلِمٍ تَحْضُرُهُ صَلَاةٌ مَكْتُوبَةٌ فَيُحْسِنُ وُضُوءَهَا وَخُشُوعَهَا وَرُكُوعَهَا إِلَّا كَانَتْ كَفَّارَةً لِمَا قَبْلَهَا مِنْ الذُّنُوبِ مَا لَمْ يُؤْتِ كَبِيرَةً وَذَلِكَ الدَّهْرَ كُلَّهُ
Daripada [Abu al-Walid], [Abd] berkata, telah menceritakan kepadaku [Abu al-Walid] telah menceritakan kepada kami [Ishaq bin Sa’id bin Amru bin Sa’id bin al-Ash] telah menceritakan kepadaku [bapaku] daripada [bapanya] dia berkata, “Kami berada di sisi [Uthman رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ], lalu dia meminta air wudhu; seraya berkata, ‘Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Tidaklah seorang muslim didatangi solat fardhu, lalu dia memperbaguskan wudhu’nya dan khusyu’nya dan solatnya, melainkan itu menjadi penebus dosa-dosanya terdahulu, selama dia tidak melakukan dosa besar. Dan itu (berlaku) pada seluruh zaman’.”

(Sahih Muslim (335))

Di dalam hadith yang lain,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الصَّلَاةُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ مَا لَمْ تُغْشَ الْكَبَائِرُ
Daripada [Abu Hurairah رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ] bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Solat lima waktu dan solat Jumaat ke Jumaat berikutnya adalah penghapus untuk dosa antara keduanya selama tidak melakukan dosa besar.”

(Sahih Muslim (342))

Bukan solat sahaja boleh menghapuskan dosa, tetapi amalan baik yang lain kerana ada hadith yang sebut amalan sahaja tanpa mengkhususkan solat,

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعْ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ
Daripada [Abu Dzar رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ] dia berkata; Rasulullah ﷺ pernah bersabda kepadaku: “Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada dan ikutilah setiap keburukan dengan kebaikan yang dapat menghapuskannya, serta bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.”

(Jami’ Tirmidzi (1910)) Status: Hasan Sahih

 

ذٰلِكَ ذِكرىٰ لِلذّٰكِرينَ

Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.

Kalimah ذٰلِكَ merujuk kepada nasihat-nasihat yang telah diberikan sebelum ini. Ada juga pendapat yang mengatakan ذٰلِكَ ini merujuk kepada Al-Qur’an kerana ia mengandungi banyak pengajaran termasuk suruhan dan larangan. Itulah peringatan yang baik bagi orang yang mahu mengambil peringatan iaitu mereka yang mahu mencari kebenaran dan memperbaiki keadaan dirinya. Mereka tidak sombong untuk menerima kebenaran. Mereka akan berusaha untuk mencari apakah perkara baik lagi yang mereka perlu lakukan.

Tidaklah mereka berasa selamat sahaja seperti kebanyakan orang dalam kalangan masyarakat kita. Mereka itu ramai yang tidak berilmu agama, tetapi mereka tidak berbuat apa-apa pun kerana mereka berasa sudah selamat (kerana sangka mereka sudah Muslim). Alangkah ruginya.

Allah ﷻ sebut peringatan ini untuk orang yang ingat. Ini menarik kerana solat itu tujuannya adalah untuk zikir (ingat) kepada Allah ﷻ seperti disebut dalam Taha:14

وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِذِڪۡرِىٓ
dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

Ini kerana solat itu sebenarnya adalah latihan kepada kita untuk ingat kepada Allah ﷻ. Apabila kita solat, sepatutnya kita mesti sedar yang kita sedang mengadap Allah ﷻ dan sedang bercakap-cakap (bermunajat) dengan Allah ﷻ. Ini memang payah untuk dilakukan dan memerlukan usaha untuk menarik kembali minda kita jikalau ia menerawang ke perkara-perkara yang lain (seperti biasa kita alami). Lama kelamaan, apabila kita sudah dapat mencapai tahap khusyuk di dalam solat, maka kita boleh membawanya keluar solat pula supaya kita sentiasa ingat Allah ﷻ walau di mana kita berada, walau apa sahaja yang kita lakukan. Ketahuilah bahawa ia semua bermula dengan latihan di dalam solat.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 28 September 2026

Ringkasan Surah Hud


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Ustaz Abdul Muien

Ustaz Solahuddin

Tafsir Al-Azhar Prof. HAMKA

Maariful Qur’an