4. Hari ini milik anda!

4. Hari ini milik anda. Maka hiduplah dalam hari ini yang sudah ada di hadapan anda, bukannya hari semalam yang telah terjadi (dan tidak boleh diubah), dan bukannya menanti-nanti hari esok yang belum tentu tiba.

Hari ini adalah hari yang telah di’hadiah’kan kepada anda dan kerana itulah namanya pun ‘present’. Salah satu kebahagiaan akan didapati oleh anda jikalau anda mengecapi kehidupan sekarang ini, waktu ini. Fikiran anda fokus kepada masa sekarang sahaja dan anda akan menghargai masa sekarang.

Ada pepatah yang saya suka: “Children have neither past nor future; they enjoy the present, which very few of us do“. – Jean de la Bruyere

Benar sekali kata-kata ini. Kita menghilangkan rasa kebahagiaan waktu sekarang kerana asyik memikirkan masa lampau dan takut menghadapi masa hadapan. Apabila hati menjadi gundah gulana, bagaimana hendak menikmati waktu sekarang? Maka kita harus belajar mencontohi sikap kanak-kanak. Lihatlah mereka bergembira sahaja kerana mereka belum pandai untuk risau hal semalam dan merancang hari esok. Contohnya begini, anda sedang makan akan tetapi sedang sibuk memikirkan kerja kerana mungkin ada masalah besar yang sedang dihadapi. Tentulah kesedapan makanan itu tidak terasa. Hilang sudah satu nikmat yang Allah berikan, bukan? Malah pencernaan makanan pun menjadi tidak bagus.

Rasa nikmat hari ini akan lebih terasa kalau anda bayangkan seolah-olah hari ini adalah hari terakhir anda. Kalaulah anda tahu ini adalah hari terakhir anda untuk hidup, agaknya bagaimana cara anda menjalani hidup pada hari ini? Tentu lain, bukan? (Satu lagi tips, sebelum solat, bayangkan ini adalah solat terakhir anda, tentu lain macam jadinya solat itu.)

Oleh itu, kalau hari ini sahaja yang kita ada, maka curahkan segala usaha dan perhatian kepada hari ini. Bekerja keraslah dan ambillah peluang yang ada pada hari ini. Selain daripada kerja, bila solat, fokus, bila baca Al-Qur’an pun fokus, bila bersama keluarga, luangkan masa betul-betul bersama mereka.

Carilah bekalan untuk akhirat sebanyak-banyaknya untuk hari ini. Tanamkan sebanyak mungkin kebaikan, hindarkan daripada berbuat dosa kerana kita tidak tahu esok masih ada harapan untuk bertaubat atau tidak. Perbanyakkanlah istighfar kerana dosa kita tentunya banyak, jangan ditangguh istighfar untuk esok.

Hari ini sahaja yang kita ada, maka peganglah dan hargailah ia dengan kuat seperti firman Allah ‎ﷻ di dalam A’raf:144

فَخُذ ما ءآتَيتُكَ وَكُن مِّنَ الشّٰكِرينَ
terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu, dan jadikanlah dirimu dari orang-orang yang bersyukur

Hiduplah pada hari ini dengan ketenangan, kegembiraan, tanpa marah dan dengki. Tidak perlu sibuk dengan sifat dan perasaan yang buruk-buruk. Buat apa itu semua? Kerana kita tidak perlu fikirkan hal-hal kecil yang mengganggu jiwa kita. Kalau esok kita mati, takkan kita hendak sibuk dengan hal-hal kecil, bukan?

Apalah sangat yang perlu disibukkan tentang hari semalam? Ia telah berlalu. Apalah sangat perlu dirisaukan tentang hari esok? Ia belum datang lagi pun. Kalau hari ini anda hidup dan dapat makan, minum, ada keluarga bersama anda, itu semua sudah merupakan nikmat yang cukup besar. Ketahuilah berapa ramai lagi manusia lain yang bermatian sanggup berada di tempat anda?

Sambung ke tajuk seterusnya

 

Tulisan Penulis Asal:

4. يَوْمُكَ يَوْمُكَ HARIMU ADALAH HARIMU 

إِذَا أَصْبَحْتَ فَلَا تَنْتَظِرِ المَسَاءَ، اليَوْمَ فَحَسْبُ سَتَعِيشُ، فَلَا أَمْسِ الَّذِي ذَهَبَ بِخَيْرِهِ وَشَرِّهِ، وَلَا الغَدَ الَّذِي لَمْ يَأْتِ إِلَى الآنَ.

Apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah menunggu waktu petang. Engkau hanya akan hidup untuk hari ini sahaja; maka tidak perlu (memikirkan) semalam yang telah pergi dengan segala kebaikan dan keburukannya, dan tidak perlu (bimbang) akan hari esok yang belum kunjung tiba sehingga kini.

اليَوْمُ الَّذِي أَظَلَّتْكَ شَمْسُهُ، وَأَدْرَكَكَ نَهَارُهُ هُوَ يَوْمُكَ فَحَسْبُ، عُمْرُكَ يَوْمٌ وَاحِدٌ، فَاجْعَلْ فِي خَلَدِكَ العَيْشَ لِهَذَا اليَوْمِ وَكَأَنَّكَ وُلِدْتَ فِيهِ وَتَمُوتُ فِيهِ، حِينَهَا لَا تَتَعَثَّرُ حَيَاتُكَ بَيْنَ هَاجِسِ المَاضِي وَهَمِّهِ وَغَمِّهِ، وَبَيْنَ تَوَقُّعِ المُسْتَقْبَلِ وَشَبَحِهِ المُخِيفِ وَزَحْفِهِ المُرْعِبِ.

Hari di mana mataharinya menaungimu dan siangnya menemuimu, itulah satu-satunya harimu. Umurmu hanyalah satu hari sahaja. Maka, tanamkanlah di dalam fikiranmu untuk hidup pada hari ini seolah-olah engkau dilahirkan padanya dan akan mati padanya. Ketika itu, hidupmu tidak akan tersandung di antara igauan masa lalu dengan segala kerisauan serta kedukaannya, dan tidak juga di antara jangkaan masa depan dengan bayangannya yang menakutkan serta kemaraannya yang menggerunkan.

لِلْيَوْمِ فَقَطْ اصْرِفْ تَرْكِيزَكَ وَاهْتِمَامَكَ وَإِبْدَاعَكَ وَكَدَّكَ وَجِدَّكَ، فَلِهَذَا اليَوْمِ لَابُدَّ أَنْ تُقَدِّمَ صَلَاةً خَاشِعَةً، وَتِلَاوَةً بِتَدَبُّرٍ، وَاطِّلَاعاً بِتَأَمُّلٍ، وَذِكْراً بِحُضُورٍ، وَاتِّزَاناً فِي الأُمُورِ، وَحُسْناً فِي خُلُقٍ، وَرِضاً بِالمَقْسُومِ، وَاهْتِمَاماً بِالمَظْهَرِ، وَاعْتِنَاءً بِالجِسْمِ، وَنَفْعاً لِلآخَرِينَ.

Hanya untuk hari ini sahaja, tumpukanlah fokusmu, perhatianmu, kreativiti, penat lelah, dan kesungguhanmu. Kerana untuk hari inilah engkau mestilah mempersembahkan solat yang khusyuk, bacaan (Al-Qur’an) dengan tadabbur, penelitian dengan pemerhatian yang mendalam, zikir dengan hati yang hadir, keseimbangan dalam segala urusan, kebaikan pada akhlak, reda dengan apa yang telah ditentukan, perhatian terhadap penampilan, penjagaan terhadap tubuh badan, serta memberi manfaat kepada orang lain.

لِلْيَوْمِ هَذَا الَّذِي أَنْتَ فِيهِ فَتُقَسِّمُ سَاعَاتِهِ وَتَجْعَلُ مِنْ دَقَائِقِهِ سَنَوَاتٍ، وَمِنْ ثَوَانِيهِ شُهُوراً، تَزْرَعُ فِيهِ الخَيْرَ، تُسْدِي فِيهِ الجَمِيلَ، تَسْتَغْفِرُ فِيهِ مِنَ الذَّنْبِ، تَذْكُرُ فِيهِ الرَّبَّ، تَتَهَيَّأُ لِلرَّحِيلِ، تَعِيشُ هَذَا اليَوْمَ فَرَحاً وَسُرُوراً، وَأَمْناً وَسَكِينَةً، تَرْضَى فِيهِ بِرِزْقِكَ، بِزَوْجَتِكَ، بِأَطْفَالِكَ، بِوَظِيفَتِكَ، بِبَيْتِكَ، بِعِلْمِكَ، بِمُسْتَوَاكَ ﴿فَخُذْ مَا آتَيْتُكَ وَكُن مِّنَ الشَّاكِرِينَ﴾ تَعِيشُ هَذَا اليَوْمَ بِلَا حُزْنٍ وَلَا انْزِعَاجٍ، وَلَا سَخَطٍ وَلَا حَقْدٍ، وَلَا حَسَدٍ.

Untuk hari yang sedang engkau lalui ini, bahagikanlah jam-jamnya dan jadikanlah minit-minitnya (berharga seolah-olah) bertahun-tahun, dan saat-saatnya seolah-olah berbulan-bulan. Semaikanlah kebaikan padanya, berikanlah jasa yang indah, memohon keampunanlah daripada dosa, ingatlah kepada Tuhanmu, dan bersedialah untuk sebuah keberangkatan (kematian). Hiduplah pada hari ini dengan penuh kegembiraan dan keceriaan, dalam keamanan dan ketenangan. Redalah dengan rezekimu, isterimu, anak-anakmu, pekerjaanmu, rumahmu, ilmumu, serta kedudukanmu. (Sebagaimana firman Allah): “Maka berpegang teguhlah dengan apa yang Aku berikan kepadamu dan jadilah engkau daripada orang-orang yang bersyukur.” Hiduplah pada hari ini tanpa rasa sedih, tanpa gangguan perasaan, tanpa kemarahan, tanpa dendam, dan tanpa hasad dengki.

إِنَّ عَلَيْكَ أَنْ تَكْتُبَ عَلَى لَوْحِ قَلْبِكَ عِبَارَةً وَاحِدَةً تَجْعَلُهَا أَيْضاً عَلَى مَكْتَبِكَ تَقُولُ: (يَوْمُكَ يَوْمُكَ). إِذَا أَكَلْتَ خُبْزاً حَارّاً شَهِيّاً هَذَا اليَوْمَ فَهَلْ يَضُرُّكَ خُبْزُ الأَمْسِ الجَافُ الرَّدِيءُ، أَوْ خُبْزُ غَدٍ الغَائِبُ المُنْتَظَرُ.

Sesungguhnya engkau harus menulis pada lauh hatimu satu ungkapan yang juga engkau letakkan di atas mejamu, yang berbunyi: (Harimu adalah harimu/Hari ini adalah harimu). Jika hari ini engkau memakan roti yang panas lagi lazat, adakah akan memberi mudarat kepadamu roti semalam yang kering lagi buruk, atau roti hari esok yang masih ghaib dan dinanti-nantikan?

إِذَا شَرِبْتَ مَاءً عَذْباً زُلَالاً هَذَا اليَوْمَ، فَلِمَاذَا تَحْزَنُ مِنْ مَاءِ أَمْسِ المِلْحِ الأُجَاجِ، أَوْ تَهْتَمُّ لِمَاءِ غَدٍ الآسِنِ الحَارِّ.

Jika hari ini engkau meminum air yang tawar lagi sejuk, mengapa engkau harus bersedih kerana air semalam yang masin dan pahit, atau bimbang akan air hari esok yang berbau serta panas?

إِنَّكَ لَوْ صَدَقْتَ مَعَ نَفْسِكَ بِإِرَادَةٍ فُولَاذِيَّةٍ صَارِمَةٍ عَارِمَةٍ لَأَخْضَعْتَهَا لِنَظَرِيَّةِ: (لَنْ أَعِيشَ إِلَّا هَذَا اليَوْمَ).

Sekiranya engkau jujur kepada dirimu sendiri dengan keazaman yang sekuat waja, nescaya engkau akan menundukkannya kepada teori: “Aku tidak akan hidup melainkan untuk hari ini sahaja.”

حِينَهَا تَسْتَغِلُّ كُلَّ لَحْظَةٍ فِي هَذَا اليَوْمِ فِي بِنَاءِ كِيَانِكَ، وَتَنْمِيَةِ مَوَاهِبِكَ، وَتَزْكِيَةِ عَمَلِكَ.

Ketika itu, engkau akan mempergunakan setiap saat pada hari ini untuk membina dirimu, mengembangkan bakatmu, dan menyucikan amalanmu.

فَتَقُولُ: لِلْيَوْمِ فَقَطْ أُهَذِّبُ أَلْفَاظِي فَلَا أَنْطِقُ هُجْراً أَوْ فُحْشاً، أَوْ سَبّاً، أَوْ غِيبَةً.

Engkau akan berkata: “Hanya untuk hari ini, aku akan memperbaiki tutur kataku; maka aku tidak akan mengucapkan kata-kata keji, lucah, cacian, mahupun umpatan.”

لِلْيَوْمِ فَقَطْ سَوْفَ أُرَتِّبُ بَيْتِي وَمَكْتَبِي، فَلَا ارْتِبَاكَ وَلَا بَعْثَرَةَ، وَإِنَّمَا نِظَامٌ وَرَتَابَةٌ.

“Hanya untuk hari ini, aku akan mengemas rumah dan mejaku; tiada lagi kekalutan dan selerak, sebaliknya yang ada hanyalah sistem dan kekemasan.”

لِلْيَوْمِ فَقَطْ سَوْفَ أَعِيشُ فَأَعْتَنِي بِنَظَافَةِ جِسْمِي، وَتَحْسِينِ مَظْهَرِي، وَالِاهْتِمَامِ بِهِنْدَامِي، وَالاتِّزَانِ فِي مِشْيَتِي وَكَلَامِي وَحَرَكَاتِي.

“Hanya untuk hari ini, aku akan hidup dengan menjaga kebersihan tubuh badan, memperelok penampilan, menitikberatkan kekemasan pakaian, serta menjaga keseimbangan dalam cara berjalan, bercakap, dan pergerakanku.”

لِلْيَوْمِ فَقَطْ سَأَجْتَهِدُ فِي طَاعَةِ رَبِّي، وَتَأْدِيَةِ صَلَاتِي عَلَى أَكْمَلِ وَجْهٍ، وَالتَّزَوُّدِ بِالنَّوَافِلِ، وَتَعَاهُدِ مُصْحَفِي، وَالنَّظَرِ فِي كُتُبِي، وَحِفْظِ فَائِدَةٍ، وَمُطَالَعَةِ كِتَابٍ نَافِعٍ.

“Hanya untuk hari ini, aku akan bersungguh-sungguh dalam mentaati Tuhanku, menunaikan solatku sesempurna mungkin, menambah amalan sunat, sentiasa berdampingan dengan mushaf Al-Quran, meneliti kitab-kitabku, menghafal ilmu yang bermanfaat, dan membaca buku yang berguna.”

لِلْيَوْمِ فَقَطْ سَأَغْرِسُ فِي قَلْبِي الفَضِيلَةَ، وَأَجْتَثُّ مِنْهُ شَجَرَةَ الشَّرِّ بِغُصُونِهَا الشَّائِكَةِ، مِنْ كِبْرٍ وَعُجْبٍ وَرِيَاءٍ وَحَسَدٍ وَحِقْدٍ وَغِلِّ وَسُوءِ ظَنٍّ.

“Hanya untuk hari ini, aku akan menanam sifat keutamaan (fadhilah) di dalam hatiku, dan mencabut daripadanya pohon kejahatan dengan dahan-dahannya yang berduri, iaitu sifat sombong, ujub, riyak, hasad dengki, dendam, rasa benci, dan buruk sangka.”

لِلْيَوْمِ فَقَطْ سَوْفَ أَعِيشُ فَأَنْفَعُ الآخَرِينَ، وَأُسْدِي الجَمِيلَ إِلَى الغَيْرِ، أَعُودُ مَرِيضاً، أُشَيِّعُ جَنَازَةً، أَدُلُّ حَيْرَانَ، أُطْعِمُ جَائِعاً، أُفَرِّجُ عَنْ مَكْرُوبٍ، أَقِفُ مَعَ مَظْلُومٍ، أَشْفَعُ لِضَعِيفٍ، أُوَاسِي مَنْكُوباً، أُكْرِمُ عَالِماً، أَرْحَمُ صَغِيراً، أُجِلُّ كَبِيراً.

“Hanya untuk hari ini, aku akan hidup dengan memberi manfaat kepada orang lain dan menabur budi kepada sesama; aku akan menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah, memberi petunjuk kepada yang bingung, memberi makan orang yang lapar, melapangkan kesusahan orang yang berduka, membela orang yang dizalimi, memberi syafaat (pertolongan) kepada yang lemah, menghiburkan yang ditimpa musibah, memuliakan orang alim, menyayangi kanak-kanak, dan menghormati orang tua.”

لِلْيَوْمِ فَقَطْ سَأَعِيشُ فَيَا مَاضٍ ذَهَبَ وَانْتَهَى اغْرُبْ كَشَمْسِكَ، فَلَنْ أَبْكِيَ عَلَيْكَ، وَلَنْ تَرَانِي أَقِفُ لِأَتَذَكَّرَكَ لَحْظَةً؛ لِأَنَّكَ تَرَكْتَنَا وَهَجَرْتَنَا وَارْتَحَلْتَ عَنَّا وَلَنْ تَعُودَ إِلَيْنَا أَبَدَ الآبِدِينَ.

Hanya untuk hari ini aku akan hidup; maka wahai masa lalu yang telah pergi dan berakhir, terbenamlah seperti mataharimu, kerana aku tidak akan menangisimu. Engkau tidak akan melihat aku berdiri untuk mengingati engkau walau sesaat; kerana engkau telah meninggalkan kami, memulaukan kami, berangkat pergi daripada kami, dan tidak akan kembali kepada kami buat selama-lamanya.

وَيَا مُسْتَقْبَلُ أَنْتَ فِي عَالَمِ الغَيْبِ فَلَنْ أَتَعَامَلَ مَعَ الأَحْلَامِ، وَلَنْ أَبِيعَ نَفْسِي مَعَ الأَوْهَامِ، وَلَنْ أَتَعَجَّلَ مِيلَادَ مَفْقُودٍ، لِأَنَّ غَداً لَا شَيْءَ؛ لِأَنَّهُ لَمْ يُخْلَقْ وَلِأَنَّهُ لَمْ يَكُنْ شَيْئاً مَذْكُوراً.

Wahai masa depan, engkau berada di alam ghaib; maka aku tidak akan berurusan dengan mimpi-mimpi, dan aku tidak akan menjual diriku kepada khayalan-khayalan. Aku tidak akan tergesa-gesa mengharapkan kelahiran sesuatu yang belum wujud, kerana hari esok adalah kosong; kerana ia belum dicipta dan belum lagi menjadi sesuatu yang disebut-sebut.

يَوْمُكَ يَوْمُكَ أَيُّهَا الإِنْسَانُ أَرْوَعُ كَلِمَةٍ فِي قَامُوسِ السَّعَادَةِ لِمَنْ أَرَادَ الحَيَاةَ فِي أَبْهَى صُوَرِهَا وَأَجْمَلِ حُلَلِهَا.

“Harimu adalah harimu,” wahai manusia, ia adalah perkataan yang paling hebat dalam kamus kebahagiaan bagi sesiapa yang mahukan kehidupan dalam rupa bentuk yang paling megah dan pakaian yang paling indah.

 

3. Yang telah Berlalu, biarkan Berlalu

3. Yang telah berlalu, biarkan berlalu. Tidak perlu dikenang lagi. Tidak perlu hendak diulang-tayang di dalam kepala kemudian bersedih-sedih duduk termenung. Itu adalah suatu pekerjaan yang bodoh.

Bukannya tidak boleh dikenang langsung tetapi jangan berterusan. Sekali sahaja tidak mengapa kerana kita perlu ambil pengajaran daripada pengalaman lepas. Ini adalah seperti analogi kita memandu kereta juga. Sekali sekala kita perlu memandang ke belakang menggunakan ‘rearview mirror’, bukan? Namun sekali sahaja sahaja lah sebab sepatutnya kita kena banyak pandang ke hadapan. Kalau asyik pandang ke belakang, kemalanganlah jawabnya.

Buat apa dikenang perkara yang tidak boleh diubah? Kalau kita fikir dan memikirkan hal yang lepas itu boleh mengubahnya, maka silakan fikir dan ingatkan banyak-banyak lagi. Tetapi tidak, bukan? Maka buat apa kenangkan? Mengapa timbulkan kesedihan di dalam benak fikiran kita?

Homework: setiap kali anda terkenang perkara lalu yang menyedihkan anda, sapu dahi anda cepat-cepat seolah-olah anda membuang ANTs daripada dahi anda. ANT adalah ‘Automatic Negative Thoughts’ (Pemikiran Negatif Automatik) yang datang tanpa diundang. Anda boleh nyahkan pemikiran negatif itu dengan buat pergerakan membuangnya daripada fikiran anda.

Kesedihan tidak akan dapat mengembalikan hal itu kembali. Nasi sudah menjadi bubur; bayi tidak akan dapat masuk ke perut ibunya semula, air sungai tidak dapat diubah arahnya, air mata tidak akan dapat masuk kembali ke dalam mata.

Apabila Allah ‎ﷻ menceritakan umat-umat terdahulu, Allah ‎ﷻ sebut seperti di dalam Baqarah:134

تِلكَ أُمَّةٌ قَد خَلَت ۖ لَها ما كَسَبَت وَلَكُم مّا كَسَبتُم ۖ وَلا تُسأَلونَ عَمّا كانوا يَعمَلونَ
Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan.

Maknanya itu adalah urusan dan nasib orang yang sebelum kita. Bukannya ada kena mengena dengan kita. Yang penting adalah hal kita ini yang mesti menuju ke hadapan. Yang dulu, biarkan duduk di hulu.

Sambung seterusnya

 

Tulisan asal Penulis

مَا مَضَى فَاتَ
APA YANG TELAH BERLALU, MAKA TELAH PERGI

تَذَكُّرُ المَاضِي وَالتَّفَاعُلُ مَعَهُ وَاسْتِحْضَارُهُ، وَالحُزْنُ لِمَآسِيهِ حُمْقٌ وَجُنُونٌ، وَقَتْلٌ لِلْإِرَادَةِ وَتَبْدِيدٌ لِلْحَيَاةِ الحَاضِرَةِ.

Mengingat masa lalu, berinteraksi dengannya, dan menghadirkan ia kembali, serta merasa sedih atas tragedi-tragedinya adalah satu kebodohan dan kegilaan. Ia membunuh tekad dan mensia-siakan kehidupan masa kini.

إِنَّ مِلَفَّ المَاضِي عِنْدَ العُقَلَاءِ يُطْوَى وَلَا يُرْوَى، يُغْلَقُ عَلَيْهِ أَبَداً فِي زِنْزَانَةِ النِّسْيَانِ، يُقَيَّدُ بِحِبَالٍ قَوِيَّةٍ فِي سِجْنِ الإِهْمَالِ، فَلَا يَخْرُجُ أَبَداً، وَيُوصَدُ عَلَيْهِ فَلَا يَرَى النُّورَ؛ لِأَنَّهُ مَضَى وَانْتَهَى.

Di sisi orang-orang yang berakal, fail masa lalu itu dilipat dan tidak akan diceritakan (diungkit) lagi. Ia dikunci buat selama-lamanya di dalam sel penjara kelupaan, diikat dengan tali yang kuat dalam penjara pengabaian, maka ia tidak akan keluar selama-lamanya, dan ia ditutup rapat sehingga tidak akan melihat cahaya (lagi); kerana ia telah berlalu dan berakhir.

لَا الحُزْنُ يُعِيدُهُ، لَا الهَمُّ يُصْلِحُهُ، وَلَا الغَمُّ يُحْيِيهِ؛ لِأَنَّهُ عَدَمٌ.

Kesedihan tidak akan mengembalikannya, kerisauan tidak akan memperbaikinya, dan kedukaan tidak akan menghidupkannya kembali; kerana ia sudah menjadi tiada (kosong).

لَا تَعِشْ فِي كَابُوسِ المَاضِي، وَتَحْتَ مِظَلَّةِ الفَائِتِ، أَنْقِذْ نَفْسَكَ مِنْ شَبَحِ المَاضِي، أَتُرِيدُ أَنْ تَرُدَّ النَّهْرَ إِلَى مَصَبِّهِ، وَالشَّمْسَ إِلَى مَطْلَعِهَا، وَالطِّفْلَ إِلَى بَطْنِ أُمِّهِ، وَاللَّبَنَ إِلَى الثَّدْيِ، وَالدَّمْعَةَ إِلَى العَيْنِ.

Janganlah kamu hidup dalam igauan buruk masa lalu dan di bawah payung perkara yang telah terlepas. Selamatkan dirimu daripada hantu masa lalu. Adakah kamu mahu mengembalikan aliran sungai ke punca asalnya, matahari ke tempat terbitnya, bayi ke dalam perut ibunya, susu ke dalam payudara, dan air mata ke dalam mata semula?

إِنَّ تَفَاعُلَكَ مَعَ المَاضِي، وَقَلَقَكَ مِنْهُ وَاحْتِرَاقَكَ بِنَارِهِ، وَانْطِرَاحَكَ عَلَى أَعْتَابِهِ، وَضْعٌ مَأْسَاوِيٌّ رَهِيبٌ مُخِيفٌ مُفْزِعٌ.

Sesungguhnya interaksimu dengan masa lalu, kegelisahanmu terhadapnya, keterbakaranmu dengan apinya, dan perbuatanmu yang merebah diri di ambang pintunya adalah suatu keadaan tragis yang dahsyat, menakutkan, dan menggerunkan.

القِرَاءَةُ فِي دَفْتَرِ المَاضِي ضِيَاعٌ لِلْحَاضِرِ، وَتَمْزِيقٌ لِلْجُهْدِ، وَنَسْفٌ لِلسَّاعَةِ الرَّاهِنَةِ.

Membaca kembali lembaran masa lalu bermakna mensia-siakan masa kini, merobek usaha, dan menghancurkan waktu yang ada sekarang.

ذَكَرَ اللهُ الأُمَمَ وَمَا فَعَلَتْ ثُمَّ قَالَ: ﴿تِلْكَ أُمَّةٌ قَدْ خَلَتْ﴾ انْتَهَى الأَمْرُ وَقُضِيَ، وَلَا طَائِلَ مِنْ تَشْرِيحِ جُثَّةِ الزَّمَانِ، وَإِعَادَةِ عَجَلَةِ التَّارِيخِ.

Allah menyebutkan tentang umat-umat terdahulu dan apa yang telah mereka lakukan, kemudian Dia berfirman: “Itu adalah umat yang telah lalu.” [Baqarah:134] Perkara itu telah berakhir dan selesai. Tiada gunanya membedah mayat waktu dan cuba memutar kembali roda sejarah.

إِنَّ الَّذِي يَعُودُ لِلْمَاضِي، كَالَّذِي يَطْحَنُ الطَّحِينَ وَهُوَ مَطْحُونٌ أَصْلاً، وَكَالَّذِي يَنْشُرُ نَشَارَةَ الخَشَبِ.

Sesiapa yang kembali ke masa lalu adalah umpama orang yang mengisar tepung yang sememangnya sudah menjadi tepung, dan umpama orang yang menggergaji habuk kayu.

وَقَدِيماً قَالُوا لِمَنْ يَبْكِي عَلَى المَاضِي: لَا تُخْرِجِ الأَمْوَاتَ مِنْ قُبُورِهِمْ.

Dahulu, orang-orang tua berpesan kepada sesiapa yang menangisi masa lalu: “Janganlah kamu mengeluarkan orang-orang mati dari kubur mereka.”

وَقَدْ ذُكِرَ مَنْ يَتَحَدَّثُ عَلَى أَلْسِنَةِ البَهَائِمِ أَنَّهُمْ قَالُوا لِلْحِمَارِ: لِمَ لَا تَجْتَرُّ؟ قَالَ: أَكْرَهُ الكَذِبَ.

Pernah diceritakan melalui kiasan lidah haiwan bahawa mereka bertanya kepada keldai: “Mengapa kamu tidak memamah biak (mengunyah semula makanan)?” Keldai menjawab: “Aku benci berdusta (berpura-pura makan apa yang sudah tiada).”

إِنَّ بَلَاءَنَا أَنَّنَا نَعْجِزُ عَنْ حَاضِرِنَا وَنَشْتَغِلُ بِمَاضِينَا، نُهْمِلُ قُصُورَنَا الجَمِيلَةَ، وَنَنْدُبُ الأَطْلَالَ البَالِيَةَ، وَلَئِنِ اجْتَمَعَتِ الإِنْسُ وَالجِنُّ عَلَى إِعَادَةِ مَا مَضَى لَمَا اسْتَطَاعُوا؛ لِأَنَّ هَذَا هُوَ المُحَالُ بِعَيْنِهِ.

Sesungguhnya musibah kita adalah kita lemah dalam mengurus masa kini tetapi sibuk dengan masa lalu. Kita abaikan istana kita yang indah, lalu meratapi runtuhan lama yang telah usang. Sekiranya manusia dan jin bersatu untuk mengembalikan apa yang telah berlalu, nescaya mereka tidak akan mampu; kerana itu adalah suatu perkara yang mustahil.

إِنَّ النَّاسَ لَا يَنْظُرُونَ إِلَى الوَرَاءِ وَلَا يَلْتَفِتُونَ إِلَى الخَلْفِ؛ لِأَنَّ الرِّيحَ تَتَّجِهُ إِلَى الأَمَامِ، وَالمَاءَ يَنْحَدِرُ إِلَى الأَمَامِ، وَالقَافِلَةَ تَسِيرُ إِلَى الأَمَامِ، فَلَا تُخَالِفْ سُنَّةَ الحَيَاةِ.

Sesungguhnya manusia (yang berjaya) tidak akan menoleh ke belakang; kerana angin bertiup ke arah hadapan, air mengalir ke arah hadapan, dan kafilah berjalan menuju ke hadapan. Maka, janganlah kamu menyalahi sunnatullah (hukum alam) dalam kehidupan ini.

2. Kenanglah Banyak Nikmat

2. Kenanglah banyak nikmat yang Allah ‎ﷻ telah berikan kepada kita. Dapat bangun tidur, melihat, bercakap, berjalan dan segala-galanya ini adalah nikmat yang teramatlah banyak.

Maknanya sudah banyak yang Allah ‎ﷻ telah berikan kepada kita. Namun kadangkala kita hanya ingat masalah dan perkara yang Allah ‎ﷻ telah tarik sahaja. Sedangkan Dia mungkin tarik satu sahaja, akan tetapi sudah berjuta nikmat Dia telah berikan kepada kita. Allah ‎ﷻ berfirman di dalam Ibrahim:34

وَإِن تَعُدّوا نِعمَتَ اللهِ لا تُحصوها
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya.

Memang kita tidak akan dapat menghitung kesemuanya, tetapi hitunglah setakat yang kita mampu. Kajian menunjukkan sekiranya kita menghitung segala nikmat (count our blessings), hasilnya ia akan menggembirakan kita. Kerana barulah kita sedar, ‘Oh banyak juga benda-benda aku sudah ada, jadi kenapa nak fokuskan sangat kepada masalah yang sedikit ini?’ Allah ‎ﷻ ulang 31 kali di dalam Surah ar-Rahman:

فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu berdua, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

Namun begitulah masalahnya dengan manusia, asyik pandang masalah sahaja. Sedangkan kalaulah dia bandingkan masalah yang sedang dialaminya itu dengan masalah orang lain, tentu dia akan malu tersipu-sipu sendiri yang masalah dia itu kecil molek sahaja. Dalam dia tidak dapat makan, ada orang lain tidak ada makanan; kalau dia tidak ada kasut, orang lain tidak ada kaki! Memang begitulah kalau hendak menghargai nikmat yang Allah ‎ﷻ berikan, kena pandai melihat kepada orang yang lebih teruk diuji daripada kita. Waktu tu memang kita akan berasa sangat beruntung! Kalau nak lagi mantap perasaan ini, melawat lah ke hospital maka anda akan dapati ramainya orang yang sakit.

Homework: bermula esok, buka mata saja terus fikirkan tiga perkara yang anda bersyukur. Tidak kiralah betapa kecil pun nikmat itu kerana ia adalah tetap nikmat. Akan tetapi manusia sering mengejar-ngejar nikmat yang sukar didapati seperti duit berjuta, sedangkan mereka lupa ada nikmat yang lebih hebat yang telah ada pada mereka. Sebagai contoh, nikmat mata. Sanggupkah anda menukar mata anda itu dengan sebuah istana? Tentu tidak, bukan? Sedarlah bahawa pada fizikal diri kita ini sendiri sudah ada terlalu banyak nikmat yang boleh disyukuri. Allah ‎ﷻ berfirman di dalam Dzariyat:21

وَفي أَنفُسِكُم ۚ أَفَلا تُبصِرونَ
dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?

Baca seterusnya

 

Tulisan asal Penulis

2. (Fikir dan Syukur) فَكِّرْ وَاشْكُرْ

الْمَعْنَى: أَنْ تَذْكُرَ نِعَمَ اللهِ عَلَيْكَ، فَإِذَا هِيَ تَغْمُرُكَ مِنْ فَوْقِكَ وَمِنْ تَحْتِ قَدَمَيْكَ ﴿وَإِن تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا)

Ingatlah nikmat Allah ke atasmu, maka sesungguhnya ia menyelubungi dari atasmu dan dari bawah tapak kakimu. “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan bilangannya.” Ibrahim:34

صِحَّةٌ فِي بَدَنٍ، أَمْنٌ فِي وَطَنٍ، غِذَاءٌ وَكِسَاءٌ، وَهَوَاءٌ وَمَاءٌ، لَدَيْكَ الدُّنْيَا وَأَنْتَ مَا تَشْعُرُ، تَمْلِكُ الْحَيَاةَ وَأَنْتَ لَا تَعْلَمُ ﴿وَأَسْبَغَ عَلَيْكُمْ نِعَمَهُ ظَاهِرَةً وَبَاطِنَةً

(Nikmat itu berupa) kesihatan pada badan, keamanan di tanah air, makanan dan pakaian, udara dan air. Dunia berada di tanganmu sedangkan engkau tidak merasakannya; engkau memiliki kehidupan sedangkan engkau tidak menyedarinya. “Dan (Allah) telah menyempurnakan buatmu nikmat-Nya yang zahir dan yang batin.” Luqman:20

عِنْدَكَ عَيْنَانِ، وَلِسَانٌ وَشَفَتَانِ، وَيَدَانِ وَرِجْلَانِ ﴿فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Engkau mempunyai dua mata, lidah dan dua bibir, serta dua tangan dan dua kaki. “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” Rahman:13 (diulang sebagai 31 kali)

هَلْ هِيَ مَسْأَلَةٌ سَهْلَةٌ أَنْ تَمْشِيَ عَلَى قَدَمَيْكَ، وَقَدْ بُتِرَتْ أَقْدَامٌ؟! وَأَنْ تَعْتَمِدَ عَلَى سَاقَيْكَ، وَقَدْ قُطِعَتْ سُوقٌ؟! أَحَقِيرٌ أَنْ تَنَامَ مِلْءَ عَيْنَيْكَ، وَقَدْ أَطَارَ الْأَلَمُ نَوْمَ الْكَثِيرِ؟!

Adakah perkara mudah untuk engkau berjalan dengan kedua-dua kaki, sedangkan banyak kaki telah kudung? Dan (adakah remeh) untuk engkau bertumpu pada kedua betis, sedangkan banyak betis telah terputus? Adakah kecil nilainya untuk engkau tidur nyenyak sepuas mata, sedangkan kesakitan telah menghilangkan tidur ramai orang?

وَأَنْ تَمْلأَ مَعِدَتَكَ مِنَ الطَّعَامِ الشَّهِيِّ، وَأَنْ تَكْرَعَ مِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ، وَهُنَاكَ مَنْ عُكِّرَ عَلَيْهِ الطَّعَامُ، وَنُغِّصَ عَلَيْهِ الشَّرَابُ بِأَمْرَاضٍ وَأَسْقَامٍ؟!

Dan untuk engkau memenuhi perutmu dengan makanan yang enak, serta meneguk air yang sejuk, sedangkan di sana ada orang yang makanannya terganggu dan minumannya terhalang disebabkan pelbagai penyakit dan kesakitan?

تَفَكَّرْ فِي سَمْعِكَ وَقَدْ عُوفِيتَ مِنَ الصَّمَمِ، وَتَأَمَّلْ فِي نَظَرِكَ وَقَدْ سَلِمْتَ مِنَ الْعَمَى،

Fikirkanlah tentang pendengaranmu yang telah diselamatkan daripada pekak. Renungkanlah tentang penglihatanmu yang telah selamat daripada buta.

وَانْظُرْ إِلَى جِلْدِكَ وَقَدْ نَجَوْتَ مِنَ الْبَرَصِ وَالْجُذَامِ، وَأَلْمِحْ عَقْلَكَ وَقَدْ أَنْعَمَ عَلَيْكَ بِحُضُورِهِ وَلَمْ تُفْجَعْ بِالْجُنُونِ وَالذُّهُولِ.

Lihatlah kulitmu yang telah terselamat daripada penyakit sopak dan kusta. Perhatikanlah akalmu yang telah dikurniakan nikmat kewarasannya, dan engkau tidak diuji dengan gila atau hilang ingatan.

أَتُرِيدُ فِي بَصَرِكَ وَحْدَهُ كَجَبَلِ أُحُدٍ ذَهَباً؟! أَتُحِبُّ بَيْعَ سَمْعِكَ وَزْنَ ثَهْلَانَ فِضَّةً؟! هَلْ تَشْتَرِي قُصُورَ الزَّهْرَاءِ بِلِسَانِكَ فَتَكُونَ أَبْكَمَ؟! هَلْ تُقَايِضُ بِيَدَيْكَ مُقَابِلَ عُقُودِ اللُّؤْلُؤِ وَالْيَاقُوتِ لِتَكُونَ أَقْطَعَ؟!

Adakah engkau mahu menukar penglihatanmu sahaja dengan emas seberat Gunung Uhud? Adakah engkau suka menjual pendengaranmu dengan perak seberat Gunung Thahlan? Adakah engkau mahu membeli istana az-Zahra dengan lidahmu lalu engkau menjadi bisu? Adakah engkau mahu menukar kedua-dua tanganmu dengan kalung mutiara dan delima lalu engkau menjadi kudung?

إِنَّكَ فِي نِعَمٍ عَمِيمَةٍ، وَأَفْضَالٍ جَسِيمَةٍ، وَلَكِنَّكَ لَا تَدْرِي،

Sesungguhnya engkau berada dalam nikmat yang melimpah dan kurniaan yang besar, tetapi engkau tidak menyedarinya.

تَعِيشُ مَهْمُوماً مَغْمُوماً حَزِيناً كَئِيباً، وَعِنْدَكَ الْخُبْزُ الدَّافِئُ، وَالْمَاءُ الْبَارِدُ، وَالنَّوْمُ الْهَانِئُ، وَالْعَافِيَةُ الْوَارِفَةُ،

Engkau hidup dalam kebimbangan, kegundahan, kesedihan, dan kemurungan, padahal engkau memiliki roti yang hangat, air yang sejuk, tidur yang tenang, dan kesihatan yang sempurna.

تَتَفَكَّرُ فِي الْمَفْقُودِ وَلَا تَشْكُرُ الْمَوْجُودَ،

Engkau terlalu memikirkan apa yang hilang dan tidak mensyukuri apa yang ada.

تَنْزَعِجُ مِنْ خَسَارَةٍ مَالِيَّةٍ وَعِنْدَكَ مِفْتَاحُ السَّعَادَةِ، وَقَنَاطِيرُ مُقَنْطَرَةٌ مِنَ الْخَيْرِ وَالْمَوَاهِبِ وَالنِّعَمِ وَالْأَشْيَاءِ،

Engkau merasa rimas dengan kerugian harta, sedangkan engkau memegang kunci kebahagiaan dan timbunan kebaikan, bakat, nikmat, serta segala sesuatu.

فَكِّرْ وَاشْكُرْ ﴿وَفِي أَنفُسِكُمْ ۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ

Maka fikir dan syukurlah. “Dan pada diri kamu sendiri, mengapa kamu tidak mahu melihat (dan memikirkan bukti kekuasaan Allah)?” Dzariyat:21

فَكِّرْ فِي نَفْسِكَ، وَأَهْلِكَ، وَبَيْتِكَ، وَعَمَلِكَ، وَعَافِيَتِكَ، وَأَصْدِقَائِكَ، وَالدُّنْيَا مِنْ حَوْلِكَ ﴿يَعْرِفُونَ نِعْمَتَ اللَّهِ ثُمَّ يُنكِرُونَهَا﴾.

Fikirkanlah tentang dirimu, keluargamu, rumahmu, pekerjaanmu, kesihatanmu, rakan-rakanmu, dan dunia di sekelilingmu. “Mereka menyedari akan nikmat Allah, kemudian mereka mengingkarinya.”

1. Ya Allah!

In sya Allah saya akan memulakan siri syarah ringkas bagi karya agung Dr. ‘Aidh al-Qarni, La Tahzan (Jangan Bersedih). Ia adalah karya moden dengan cetakan pertamanya pada tahun 2001.

Buku ini merupakan hasil kajian yang bersungguh-sungguh oleh penulis, yang cuba menyelesaikan pelbagai masalah dalam kehidupan manusia. Permasalahan yang seringkali timbul mengakibatkan keraguan, kegelisahan, dukacita, penderitaan, hilang harapan, kekecewaan dan berbagai-bagai lagi. Ternyata permasalahan sebegini sedikit sebanyak mengganggu kehidupan kita semua dan perasaan sedih sudah pasti tidak dapat dielakkan.

Buku ini senang sahaja didapati jadi saya bukan menulis semula apa yang telah ada di dalamnya. Itu anda boleh baca sendiri. Namun di sini saya hanya meringkaskan tulisan penulis asal dengan memasukkan kupasan daripada saya sendiri. Semoga ia bermanfaat dan dapat membantu kita semua untuk menghilangkan kesedihan yang melanda diri kita.

1. Ya Allah!

Ya Allah! Ingatlah yang kita ini ada Allah ‎ﷻ, Tuhan kita. Dia yang ada segala-galanya. Dia yang Maha Berkuasa, yang menentukan takdir, yang menguasai fizikal dan juga mental kita. Dia boleh menjadikan apa-apa sahaja. Maka ingatlah yang kita sebenarnya adalah tempat mengadu, ada tempat bergantung.

Maka jikalau hati gundah gulana, masalah kunjung bertimpa-timpa, maka waktu itu hadapkanlah wajah dan pengharapan kita kepada Allah ‎ﷻ. Waktu itu sedarlah yang tidak ada yang dapat menyelesaikan masalah kita, melainkan Dia sahaja! Waktu itu lemahkan diri dan akal kita, jangan hendak bersikap bijak lagi tetapi serahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah ‎ﷻ. Let Go and Let God! Memang Allah ‎ﷻ tempat meminta seperti firman-Nya di dalam Rahman:29

يَسئلُهُ مَن فِي السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ ۚ كُلَّ يَومٍ هُوَ في شَأنٍ
Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepada-Nya. Tiap-tiap masa Dia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhluk-Nya)!

Mungkin selama ini kita selalu sahaja bergantung dengan manusia, namun sudah tiba masanya kita bergantung dengan Allah ‎ﷻ. Sekiranya bergantung dengan makhluk, mereka pun bukan boleh berbuat apa-apa pun tanpa keizinan Allah ‎ﷻ, maka sebaiknya kita terus bergantung kepada Allah ‎ﷻ. Kerapkanlah menyebut di mulut dan hati dengan kalimah “Ya Allah!” Bantulah aku… hilangkan masalah aku, kasihanilah aku”…

Dengan doa ini juga akan menautkan hati kita dengan Allah ‎ﷻ. Ia juga adalah zikir sebenarnya. Doa adalah tips untuk sentiasa berzikir. Ini kerana pada setiap masa hati kita memang berkata-kata pun, maka sebaiknya kita jadikan kata-kata ‘internal talk’ hati kita itu dengan doa. “Ya Allah aku nak cari makan yang sedap ni.. ya Allah nak naik kenderaan ini, bantulah aku dapat parking nanti, ya Allah aku nak mula bekerja ni, mudahkan kerja aku, ya Allah aku hendak menulis ni, berikanlah idea-idea bernas….”

Dengan sentiasa menautkan hati kita dengan Allah ‎ﷻ, hati kita akan tenang. Inilah janji Allah ‎ﷻ seperti firman-Nya di dalam Ra’d:28

الَّذينَ ءآمَنوا وَتَطمَئِنُّ قُلوبُهُم بِذِكرِ اللهِ ۗ أَلا بِذِكرِ اللهِ تَطمَئِنُّ القُلوبُ
(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.

Baca seterusnya

Tulisan asal penulis berserta terjemahan:

  1. Ya Allah!

يَا اللَّهُ
﴿يَسْأَلُهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِي شَأْنٍ﴾: إِذَا اضْطَرَبَ البَحْرُ، وَهَاجَ المَوْجُ، وَهَبَّتِ الرِّيحُ، نَادَى أَصْحَابُ السَّفِينَةِ: يَا اللَّهُ

YA ALLAH
“Hanya kepada-Nyalah memohon seluruh makhluk yang ada di langit dan di bumi. Setiap hari Dia dalam kesibukan (menunaikan hajat makhluk-Nya).” (Rahman:29).

Apabila laut bergelora, ombak memuncak, dan angin bertiup kencang, maka para penumpang kapal akan berseru: “Ya Allah!”

إِذَا ضَلَّ الحَادِي فِي الصَّحْرَاءِ، وَمَالَ الرَّكْبُ عَنِ الطَّرِيقِ، وَحَارَتِ القَافِلَةُ فِي السَّيْرِ، نَادَوْا: يَا اللَّهُ

Apabila sang penunjuk jalan tersesat di padang pasir, rombongan menyimpang dari laluan, dan kafilah kebingungan dalam perjalanan, mereka akan berseru: “Ya Allah!”

إِذَا وَقَعَتِ المُصِيبَةُ، وَحَلَّتِ النَّكْبَةُ، وَجَثَمَتِ الكَارِثَةُ، نَادَى المُصَابُ المَنْكُوبُ: يَا اللَّهُ

Apabila musibah terjadi, bencana melanda, dan malapetaka menimpa, maka mangsa yang ditimpa kesusahan itu akan berseru: “Ya Allah!”

إِذَا أُوْصِدَتِ الأَبْوَابُ أَمَامَ الطَّالِبِينَ، وَأُسْدِلَتِ السُّتُورُ فِي وُجُوهِ السَّائِلِينَ، صَاحُوا: يَا اللَّهُ

Apabila pintu-pintu tertutup rapat di hadapan mereka yang berharap, dan tirai-tirai dilabuhkan di hadapan wajah para peminta, mereka akan menjerit: “Ya Allah!”

إِذَا بَارَتِ الحِيَلُ، وَضَاقَتِ السُّبُلُ، وَانْتَهَتِ الآمَالُ، وَتَقَطَّعَتِ الحِبَالُ، نَادَوْا: يَا اللَّهُ

Apabila segala helah telah gagal, segala jalan terasa sempit, segala harapan terputus, dan segala tali pergantungan terlerai, mereka akan berseru: “Ya Allah!”

إِذَا ضَاقَتْ عَلَيْكَ الأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ، وَضَاقَتْ عَلَيْكَ نَفْسُكَ بِمَا حَمَلَتْ، فَاهْتِفْ: يَا اللَّهُ

Apabila bumi yang luas ini terasa sempit bagimu, dan jiwamu terasa sesak dengan bebanan yang kau pikul, maka melaunglah: “Ya Allah!”

وَلَقَدْ ذَكَرْتُكَ وَالخُطُوبُ كَوَالِحٌ … سُودٌ وَوَجْهُ الدَّهْرِ أَغْبَرُ قَاتِمُ

Sesungguhnya aku mengingati-Mu saat bencana datang menerjang dengan rupa yang menakutkan…
Gelap gelita, dan wajah zaman (masa depan) terasa berdebu lagi suram.

فَهَتَفْتُ فِي الأَسْحَارِ بِاسْمِكَ صَارِخاً … فَإِذَا مُحَيَّا كُلِّ فَجْرٍ بَاسِمُ

Maka aku berseru di waktu sahur dengan memanggil nama-Mu dengan suara yang kuat…
Maka tiba-tiba wajah setiap fajar (hari baru) pun tersenyum (menjadi terang).

إِلَيْهِ يَصْعَدُ الكَلِمُ الطَّيِّبُ، وَالدُّعَاءُ الخَالِصُ، وَالهَاتِفُ الصَّادِقُ، وَالدَّمْعُ البَرِيءُ، وَالتَّفَجُّعُ الوَالِهُ

Kepada-Nya akan naik segala perkataan yang baik, doa yang ikhlas, rintihan yang jujur, air mata yang suci, dan pengaduan hati yang penuh kerinduan.

إِلَيْهِ تُمَدُّ الأَكُفُّ فِي الأَسْحَارِ، وَالأَيَادِي فِي الحَاجَاتِ، وَالأَعْيُنُ فِي المُلِمَّاتِ، وَالأَسْئِلَةُ فِي الحَوَادِثِ

Kepada-Nyalah tangan-tangan terbentang di waktu sahur, tangan-tangan menengadah dalam hajat (kebutuhan), mata-mata menatap dalam kesulitan, dan pertanyaan-pertanyaan diajukan dalam setiap kejadian.

بِاسْمِهِ تَشْدُو الأَلْسُنُ، وَتَسْتَغِيْثُ وَتَلْهَجُ وَتُنَادِي، وَبِذِكْرِهِ تَطْمَئِنُّ القُلُوْبُ، وَتَسْكُنُ الأَرْوَاحُ، وَتَهْدَأُ المَشَاعِرُ، وَتَبْرُدُ الأَعْصَابُ، وَيَثُوْبُ الرُّشْدُ، وَيَسْتَقِرُّ اليَقِينُ، ﴿اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ

Dengan nama-Nya, lisan bersenandung, memohon pertolongan, menyebut-nyebut, dan memanggil. Dengan mengingat-Nya, hati menjadi tenang, jiwa menjadi tenteram, perasaan menjadi damai, saraf-saraf menjadi rileks, kesadaran kembali, dan keyakinan menjadi kokoh. “Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya.”

اللَّهُ: أَحْسَنُ الأَسْمَاءِ، وَأَجْمَلُ الحُرُوفِ، وَأَصْدَقُ العِبَارَاتِ، وَأَثْمَنُ الكَلِمَاتِ، ﴿هَلْ تَعْلَمُ لَهُ سَمِيًّا﴾؟!

Allah: Nama yang terbaik, huruf yang terindah, ungkapan yang paling jujur, dan kata yang paling berharga. “Apakah kamu mengetahui ada seseorang yang sama dengan-Nya (yang patut disembah)?”

اللَّهُ: فَإِذَا الغِنَى وَالبَقَاءُ، وَالقُوَّةُ وَالنُّصْرَةُ، وَالعِزُّ وَالقُدْرَةُ وَالحِكْمَةُ، ﴿لِّمَنِ الْمُلْكُ الْيَوْمَ لِلَّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ

Allah: Maka (milik-Nyalah) kekayaan dan keabadian, kekuatan dan pertolongan, kemuliaan, kekuasaan, serta hikmah. “Milik siapakah kerajaan pada hari ini? Milik Allah Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan.”

اللَّهُ: فَإِذَا اللُّطْفُ وَالعِنَايَةُ، وَالغَوْثُ وَالمَدَدُ، وَالوُدُّ وَالإِحْسَانُ، ﴿وَمَا بِكُم مِّن نِّعْمَةٍ فَمِنَ اللَّهِ

Allah: Maka (dari-Nyalah) kelembutan dan perhatian, bantuan dan pertolongan, kasih sayang dan kebaikan. “Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allah-lah (datangnya).”

اللَّهُ: ذُو الجَلَالِ وَالعَظَمَةِ، وَالهَيْبَةِ وَالجَبَرُوتِ

Allah: Pemilik keagungan dan kebesaran, kewibawaan dan kekuasaan.

مَهْمَا رَسَمْنَا فِي جَلَالِكَ أَحْرُفًا … قُدْسِيَّةً تَشْدُو بِهَا الأَرْوَاحُ

Berapapun huruf yang kami lukiskan tentang keagungan-Mu…
Huruf-huruf suci yang dengannya jiwa-jiwa bersenandung…

فَلَأَنْتَ أَعْظَمُ وَالمَعَانِي كُلُّهَا … يَارَبُّ عِنْدَ جَلَالِكُمْ تَنْدَاحُ

Maka Engkau tetaplah yang paling agung, dan semua makna…
Wahai Tuhan, di hadapan keagungan-Mu akan sirna.

اللَّهُمَّ فَاجْعَلْ مَكَانَ اللَّوْعَةِ سَلْوَةً، وَجَزَاءَ الحُزْنِ سُرُورًا، وَعِنْدَ الخَوْفِ أَمْنًا

Ya Allah, jadikanlah kegundahan ini sebagai pelipur lara, jadikanlah kesedihan ini berbuah kebahagiaan, dan ganti rasa takut ini dengan keamanan.

اللَّهُمَّ أَبْرِدْ لَاعِجَ القَلْبِ بِثَلْجِ اليَقِينِ، وَأَطْفِئْ جَمْرَ الأَرْوَاحِ بِمَاءِ الإِيمَانِ

Ya Allah, dinginkanlah panasnya hati dengan salju keyakinan, dan padamkanlah bara jiwa dengan air keimanan.

يَا رَبُّ، أَلْقِ عَلَى العُيُونِ السَّاهِرَةِ نُعَاسًا أَمَنَةً مِنْكَ، وَعَلَى النُّفُوسِ المُضْطَرِبَةِ سَكِينَةً، وَأَثِبْهَا فَتْحًا قَرِيبًا

Wahai Tuhan, campakkanlah rasa mengantuk sebagai tanda keamanan daripada-Mu ke atas mata-mata yang terjaga (tidak dapat tidur), dan ketenangan ke atas jiwa-jiwa yang gelisah, serta kurniakanlah kepadanya kemenangan yang dekat.

يَا رَبُّ، اهْدِ حَيَارَى البَصَائِرِ إِلَى نُورِكَ، وَضُلَّالَ المَنَاهِجِ إِلَى صِرَاطِكَ، وَالزَّائِغِينَ عَنِ السَّبِيلِ إِلَى هُدَاكَ

Wahai Tuhan, tunjukilah cahaya-Mu kepada hati yang bingung, bimbinglah mereka yang tersesat jalan ke jalan-Mu (yang lurus), dan mereka yang terpesong daripada jalan yang benar kepada hidayah-Mu.

اللَّهُمَّ أَزِلِ الوَسَاوِسَ بِفَجْرٍ صَادِقٍ مِنَ النُّورِ، وَأَزْهِقْ بَاطِلَ الضَّمَائِرِ بِفَيْلَقٍ مِنَ الحَقِّ، وَرُدَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ بِمَدَدٍ مِنْ جُنُودِ عَوْنِكَ مُسَوِّمِينَ

Ya Allah, Hilangkanlah was-was dengan fajar cahaya-Mu yang benar, hapuskanlah kebatilan dalam jiwa dengan tentera kebenaran, dan tolaklah tipu daya syaitan dengan bantuan tentera-tentera pertolongan-Mu yang datang bertanda.

اللَّهُمَّ أَذْهِبْ عَنَّا الحَزَنَ، وَأَزِلْ عَنَّا الهَمَّ، وَاطْرُدْ مِنْ نُفُوسِنَا القَلَقَ

Ya Allah, Hilangkanlah kesedihan daripada kami, angkatlah kegundahan daripada kami, dan usirlah keresahan daripada jiwa kami.

نَعُوذُ بِكَ مِنَ الخَوْفِ إِلَّا مِنْكَ، وَالرُّكُونِ إِلَّا إِلَيْكَ، وَالتَّوَكُّلِ إِلَّا عَلَيْكَ، وَالسُّؤَالِ إِلَّا مِنْكَ، وَالِاسْتِعَانَةِ إِلَّا بِكَ، أَنْتَ وَلِيُّنَا، نِعْمَ المَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيرُ

Kami berlindung dengan-Mu, Daripada rasa takut kecuali kepada-Mu, daripada bersandar kecuali kepada-Mu, daripada bertawakal kecuali kepada-Mu, daripada meminta kecuali daripada-Mu, dan daripada memohon pertolongan kecuali dengan-Mu. Engkaulah Pelindung kami, sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.

Syarah Hadis #26 (Hadis 40 Imam Nawawi)

Hadis #26: Tiap Hari Mesti Bersedekah

عَنْ أَبي هُرَيرةَ – رَضِيَ اللهُ عَنْهُ – ، قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – : (( كُلُّ سُلامَى مِنَ النَّاسِ عَلَيْهِ صَدَقةٌ، كُلَّ يَوْمٍ تَطلُعُ فِيْهِ الشَّمْسُ. تَعدِلُ بَينَ الاِثْنَيْنِ صَدَقَةٌ، وَتُعِيْنُ الرَّجُلَ فِي دَابَّتِهِ، فَتَحْمِلُهُ عَلَيْهَا، أَوْ تَرْفَعُ لَهُ عَلَيْهَا مَتَاعَهُ صَدَقةٌ، والكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقةٌ، وبِكُلِّ خُطْوَةٍ تَمشِيْهَا إِلَى الصَّلاَةِ صَدَقةٌ، وتُمِيْطُ الأَذَى عَنِ الطَّرِيْقِ صَدَقَةٌ )) . رَوَاهُ البُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Setiap sendi manusia diwajibkan untuk bersedekah setiap harinya mulai matahari terbit. Memisahkan (menyelesaikan perkara) antara dua orang (yang berselisih) adalah sedekah. Menolong seseorang naik ke atas kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah. Berkata yang baik juga termasuk sedekah. Begitu pula setiap langkah berjalan untuk menunaikan salat adalah sedekah. Serta menyingkirkan suatu rintangan dari jalan adalah sedekah.

[Sahih Bukhari, no. 2989 dan Muslim, no. 1009]

Hadis ini ada persamaan dengan hadis #25 sebelum ini. Imam Nawawi memasukkan hadis yang hampir sama dan berdekatan. Imam Nawawi bawakan hadis ini untuk memberitahu kepada kita ada banyak peluang dan cara untuk buat pahala. Islam ini adil, dan beri peluang kepada setiap orang untuk buat pahala di atas kapasiti dia. Ada orang yang berduit, dan ada orang yang miskin. Yang kaya dengan cara orang kaya dan yang miskin dengan cara mereka.

Yang penting kita mesti melakukan sedekah. Kenapa? Kerana itulah tanda kita syukur dengan segala pemberian Allah. Kenapa kita hendak sombong dengan Allah? Sedangkan Allah telah berfirman di dalam Infitar:6-7

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡإِنسَـٰنُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ ٱلۡڪَرِيمِ (٦) ٱلَّذِى خَلَقَكَ فَسَوَّٮٰكَ فَعَدَلَكَ (٧)
Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu Yang Maha Pemurah? (6) Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya. (7)

Bayangkan Allah telah jadikan kita dalam keadaan sempurna, kaki, tangan, mata apa semua cukup. Melainkan kalau ada yang Allah takdirkan cacat semasa di dunia. Itu adalah ujian buat dia. Akan tetapi bagi kebanyakan manusia, semua kelengkapan tubuh badan dan keperluan hidup kita, telah Allah berikan. Maka sebagai tanda syukur kita, hendaklah kita bersedekah. Malangnya Allah telah sebut di dalam Mulk:23 bagaimana manusia yang telah diberikan pancaindera itu, ramai yang tidak bersyukur.

قُل هُوَ الَّذي أَنشَأَكُم وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمعَ وَالأَبصٰرَ وَالأَفئِدَةَ ۖ قَليلًا مّا تَشكُرونَ
Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (daripada tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.

Dan di dalam Surah Rahman, banyak kali Allah ulang-ulang ayat,

فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu berdua, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

Jadi kita semua boleh sepakat mengatakan memang Allah telah berikan banyak nikmat kepada insan. Tapi nikmat yang Allah berikan tidak sama kepada setiap orang. Ada yang hartanya lebih, ada yang kepandaiannya lebih, dan sebagainya. Tapi yang lebih penting, bagaimanakah cara kita menggunakan nikmat-nikmat yang Allah berikan?

1. Yang terbaik adalah kita gunakan nikmat itu ke arah kebaikan. Ini adalah nikmat umum yang Allah berikan kepada semua orang. Contohnya mendirikan solat, bantu orang, bersedekah setakat yang dia mampu. Allah berfirman di dalam Baqarah:110

وَأَقيمُوا ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّڪَوٰةَ‌ۚ وَما تُقَدِّموا لِأَنفُسِكُم مِّن خَيرٍ تَجِدوهُ عِندَ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ بِما تَعمَلونَ بَصيرٌ
Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan.

Allah tak perlukan sedekah kita, usaha kita dan segala ibadah kita. Segala kebaikan yang kita lakukan, akan dikembalikan kepada kita. Kita sangka kita tolong orang, tapi sebenarnya kita tolong kita sebenarnya. Allah berfirman di dalam Isra’:7

إِن أَحسَنتُم أَحسَنتُم لِأَنفُسِكُم ۖ وَإِن أَسَأتُم فَلَها
Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri

2. Kemudian ada orang yang Allah beri kelebihan kepada dia. Contohnya ada orang yang hartanya banyak, ada orang yang diberikan kelebihan bercakap, berhujah; ada orang diberikan kelebihan pandai menulis, ada yang diberikan kelebihan memimpin dan sebagainya. Ini nikmat yang Allah beri lebih, tidak diberikan kepada semua orang. Jadi orang ini kalau dia gunakan ke arah kebaikan, ikut kehendak Allah, maka dia akan diberi balasan yang baik. Kerana kalau tidak, ia akan digunakan ke arah keburukan. Contohnya harta digunakan untuk bersuka ria, kepandaian bercakap digunakan untuk menipu, kepandaian memimpin dia gunakan untuk sakau duit negara.

3. Ada nikmat yang Allah berikan, kita gunakan untuk berhibur dan berseronok. Melancong dan sebagainya. Ini pun hukumnya harus. Bukanlah di dalam agama Islam ini langsung tidak boleh berhibur. Boleh sahaja asalkan tidak berlebihan dan di dalam ruang yang halal. Memang Allah telah berikan fitrah dalam diri manusia kesukaan dan cinta kepada nikmat dunia seperti disebut di dalam Ali Imran:14

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ۗ ذَٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ
“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terpilih, dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), di sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).”

Akan tetapi jangan sampai segala keindahan dunia itu menghalang atau menyebabkan kita sibuk sangat sampai meninggalkan usaha agama, lupa beribadat, lupa berdakwah dan sebagainya. Allah berfirman di dalam Tawbah:24

قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ
“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya serta (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).'”

4. Yang terakhir dan paling teruk adalah apabila kita gunakan nikmat yang Allah berikan untuk maksiat. Allah bagi kesihatan, dia gunakan untuk benda lagha, tidak beribadah kepada Allah; Allah beri kecantikan, dia pergi buka aurat dan jadi model; Allah beri dia kepandaian bercakap, dia gunakan untuk menipu; Allah beri rezeki, dia gunakan untuk beli benda haram, pergi pusat maksiat dan sebagainya. Bayangkan nikmat banyak sudah Allah beri, tapi dia gunakan kesihatan, kepandaian untuk buat benda yang salah. Tidakkah allah murka dengan orang sebegini? Bayangkan perumpamaan kita ada pekerja yang kita bayar gaji dia bulan-bulan. Tapi dia setiap hari buat kerja untuk syarikat lain! Tidakkah kita marah? Kita akan kata kepada dia, “Aku ni memang tak pernah tengok orang seteruk kau ni…aku bagi gaji tapi kau buat kerja kompeni lain!”

Mungkin kita termasuk dalam golongan inilah agaknya. Ada buat amal sikit, tapi dosa kita banyak. Jadi kita kena baiki diri kita dan sedar tentang kesalahan yang kita lakukan. Nikmat yang paling besar dari Allah adalah Dia boleh ampunkan dosa-dosa kita yang banyak ini. Tapi ia bermula dengan sedar tentang kesalahan diri kita. Kena menyesal dengan dosa-dosa yang kita telah lakukan kerana menyesal itu adalah sebahagian dari taubat. Allah berfirman di dalam Tawbah:102

وَآخَرُونَ اعْتَرَفُوا بِذُنُوبِهِمْ خَلَطُوا عَمَلًا صَالِحًا وَآخَرَ سَيِّئًا عَسَى اللَّهُ أَن يَتُوبَ عَلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
“Dan (ada juga) orang-orang lain yang mengakui dosa-dosa mereka; mereka mencampuradukkan amal yang soleh dengan amal lain yang buruk. Mudah-mudahan Allah menerima taubat mereka; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Kita kenalah berubah dan bagaimana berubah itu? Itulah diceritakan di dalam hadis ini beberapa contoh perkara yang kita boleh lakukan, menggunakan nikmat yang Allah berikan kepada kita. Pertama, sendi kita. Setiap sendi yang Allah Ta’ala ciptakan bagi manusia ini, عَلَيْهِ صَدَقةٌ. Dan kita gunakan segala sendiri dan segala anggota tubuh kita untuk kehidupan kita. Apabila hendak berjalan, kaki kita ikut arahan kita untuk berjalan. Apabila hendak suap makan, tangan itu terus pergi ke mulut, tidak pun pergi ke hidung lagi. Maka dalam perkara besar dan kecil, kenanglah yang banyak sekali nikmat yang Allah telah berikan kepada kita. Apabila digunakan kalimah عَلَيْهِ maksudnya wajib kita mengeluarkan ke atasnya sadaqah. Maksudnya wajib kita melakukannya sebagai tanda syukur kepada Allah. Sedekah juga dapat menyelamatkan dari masuk neraka seperti mafhum dari hadis yang masyhur, diriwayatkan daripada Ibnu Abbas R.A, beliau menceritakan tentang khutbah Nabi SAW pada satu hari raya:

…ثُمَّ مَضَى حَتَّى أَتَى النِّسَاءَ، فَوَعَظَهُنَّ وَذَكَّرَهُنَّ، فَقَالَ: «يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ، تَصَدَّقْنَ فَإِنِّي أُرِيْتُكُنَّ أَكْثَرَ أَهْلِ النَّارِ»
…Kemudian Baginda (SAW) berlalu sehingga mendatangi kaum wanita, lalu baginda memberikan nasihat dan peringatan kepada mereka seraya bersabda: “Wahai sekalian kaum wanita! Bersedekahlah kamu, kerana sesungguhnya aku melihat (dalam peristiwa Isra’ Mikraj) bahawa kamu adalah golongan yang paling ramai menjadi ahli neraka.”

(Hadis Riwayat Al-Bukhari, No. 1462 & Muslim, No. 884)

Pertama yang kita faham, sedekah ini adalah di dalam bentuk wang ringgitlah, bukan? Seperti disebut di dalam hadis sebelum ini, ia dianjurkan kerana ia menjadi tanda keimanan seseorang kerana manusia memang sayang kepada harta. Kerana kita susah payah dapatkan harta itu dan kerana itu kita sayang untuk beri kepada orang. Akan tetapi ada orang yang sudah dapat kemanisan bersedekah, dan mereka akan bersedekah. Ini kita tidak akan dapat faham dan rasa, kecuali kalau kita melakukannya. Ini seperti kemanisan solat malam, jihad kemanisan mengajar, menulis, kemanisan itu dan ini. Kalau kita bukan di dalam dunia itu, kita tidak akan faham. Maka kita kena ambil peluang ini kerana entah-entah nanti kita tidak ada peluang bersedekah seperti disebut oleh Rasulullah. Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

تَصَدَّقُوا، فَيُوشِكُ الرَّجُلُ يَمْشِي بِصَدَقَتِهِ، فَلَا يَجِدُ مَنْ يَقْبَلُهَا، يَقُولُ الرَّجُلُ: لَوْ جِئْتَ بِهَا بِالأَمْسِ لَقَبِلْتُهَا، فَأَمَّا اليَوْمَ فَلاَ حَاجَةَ لِي بِهَا
“Bersedekahlah kamu semua, kerana akan datang suatu zaman di mana seorang lelaki berjalan membawa sedekahnya namun dia tidak menemui sesiapa yang mahu menerimanya. Seseorang (yang didatangi untuk diberi sedekah) akan berkata: ‘Sekiranya kamu membawanya semalam, nescaya aku akan menerimanya. Adapun hari ini, aku tidak lagi memerlukannya’.”

(Hadis Riwayat Al-Bukhari, No. 1411 & Muslim, No. 1011)

Syarah: Hadis ini menggambarkan keadaan ini ketika zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz, di mana keadilan dan kekayaan tersebar luas sehingga tiada lagi orang miskin. Mempelajari apa yang berlaku waktu itu sangat menarik kerana ia menunjukkan bagaimana keadilan pemerintahan boleh mengubah struktur ekonomi sesebuah negara dalam waktu yang sangat singkat. Ramai ahli sejarah dan ulama (seperti Imam Al-Baihaqi) mencatatkan bahawa semasa pemerintahan Umar bin Abdul Aziz (yang hanya berlangsung sekitar 2 tahun 5 bulan), kemakmuran berlaku dengan begitu pantas sehinggakan pegawai zakat sukar mencari asnaf. Yahya bin Said, seorang gabenor pada masa itu, menceritakan:

“Umar bin Abdul Aziz mengutuskan aku ke Afrika untuk mengutip zakat. Setelah aku mengutipnya, aku mencari orang miskin untuk diberikan zakat tersebut, namun aku tidak menjumpai seorang pun. Umar bin Abdul Aziz telah menjadikan semua rakyatnya kaya (mencukupi).”

Maka yang pertama untuk bersedekah dengan memberi wang dan harta kepada yang memerlukan. Akan tetapi kalau itu tidak mampu, maka seorang Muslim boleh lagi melakukan sedekah dengan pelbagai cara. Rasulullah pernah bersabda,

 عن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه عن النبي قال: “على كل مسلم صدقة“. قيل: أرأيت إن لم يجد؟ قال: “يعتمل بيديه فينفع نفسه ويتصدق“. قيل: أرأيت إن لم يستطع؟ قال: “يعين ذا الحاجة الملهوف“. قيل: أرأيت إن لم يستطع؟ قال: “يأمر بالمعروف أو الخير“. قيل: أرأيت إن لم يفعل؟ قال: “يمسك عن الشر، فإنها صدقة
Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA, daripada Nabi SAW bersabda: “Setiap Muslim wajib bersedekah.” Para sahabat bertanya: “Bagaimana jika dia tidak mempunyai apa-apa (harta)?” Baginda bersabda: “Dia hendaklah bekerja dengan tangannya, sehingga dia dapat memberi manfaat kepada dirinya sendiri dan dapat bersedekah.” Mereka bertanya lagi: “Bagaimana jika dia tidak mampu (bekerja)?” Baginda bersabda: “Dia hendaklah menolong orang yang dalam kesulitan yang sangat memerlukan bantuan.” Mereka bertanya lagi: “Bagaimana jika dia tidak dapat melakukannya juga?” Baginda bersabda: “Dia hendaklah menyuruh kepada kebaikan atau kebajikan.” Mereka bertanya lagi: “Bagaimana jika dia tidak melakukannya?” Baginda bersabda: “Dia hendaklah menahan diri daripada melakukan keburukan, kerana itu juga adalah sedekah baginya.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 6022 & Muslim, no. 1008)

Allah tahu kekurangan diri manusia. Bukan semua manusia sama dan boleh buat ibadah dengan banyak. Ada yang Allah sebut tentang Dia sedar ada manusia yang sakit, yang bekerja dan sebagainya seperti di dalam Muzzammil:20

عَلِمَ أَن سَيَكونُ مِنكُم مَرضىٰ ۙ وَآخَرونَ يَضرِبونَ فِي الأَرضِ يَبتَغونَ مِن فَضلِ اللَّهِ ۙ وَآخَرونَ يُقاتِلونَ في سَبيلِ اللَّهِ
Dia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya)

 

SENDI DAN KEWAJIPAN MELAKUKAN KEBAIKAN

Begitulah juga di dalam hadis #26 yang kita sedang pelajari ini. Ada diberikan banyak perkara yang boleh dilakukan sebagai sedekah. Pertama ada disebut tentang sendi. Apakah maksud sendi itu? Di dalam satu hadis ada diberitahu bahawa manusia ada 360 sendi.

إِنَّهُ خُلِقَ كُلُّ إِنْسَانٍ مِنْ بَنِي آدَمَ عَلَى سِتِّينَ وَثَلَاثِمِائَةِ مَفْصِلٍ، فَمَنْ كَبَّرَ اللهَ، وَحَمِدَ اللهَ، وَهَلَّلَ اللهَ، وَسَبَّحَ اللهَ، وَاسْتَغْفَرَ اللهَ، وَعَزَلَ حَجَرًا عَنْ طَرِيقِ النَّاسِ، أَوْ كُلَّ شَوْكَةٍ أَوْ عَظْمًا عَنْ طَرِيقِ النَّاسِ، وَأَمَرَ بِمَعْرُوفٍ أَوْ نَهَى عَنْ مُنْكَرٍ، عَدَدَ تِلْكَ السِّتِّينَ وَالثَّلَاثِمِائَةِ السُّلاَمَى، فَإِنَّهُ يَمْشِي يَوْمَئِذٍ وَقَدْ زَحْزَحَ نَفْسَهُ عَنِ النَّارِ
“Sesungguhnya setiap manusia dari anak cucu Adam diciptakan di atas 360 sendi. Maka barangsiapa yang bertakbir, bertahmid, bertahlil, bertasbih, beristighfar, menyingkirkan batu dari jalanan, atau duri, atau tulang, memerintahkan kebaikan dan mencegah kemungkaran sejumlah 360 itu, maka ia berjalan pada hari itu dalam keadaan telah menjauhkan dirinya dari api neraka.”

Sahih Muslim (1007)

Hadis mengenai jumlah sendi manusia merupakan salah satu hadis yang sering dibahas dalam konteks ilmu pengetahuan moden. Dalam Islam, hadis ini menunjukkan betapa terperincinya ajaran Nabi Muhammad SAW mengenai tubuh manusia. Angka 360 yang disebutkan dalam hadis 1,400 tahun yang lalu ini menjadi objek diskusi yang sangat menarik dalam ilmu anatomi moden. Bayangkan, pada masa Nabi Muhammad hidup, ketika ilmu bedah dan anatomi belum berkembang, baginda sudah cakap perkara ini. Mengetahui jumlah spesifik “360” merupakan sesuatu yang mustahil diketahui hanya melalui pengamatan luar.

Secara umum, jumlah tulang manusia dewasa adalah 206, namun jumlah sendi jauh lebih banyak kerana satu tulang boleh terhubung dengan beberapa sendi sekaligus. Beberapa penelitian anatomi (salah satunya yang sering dikutip ialah dari buku The Challenge of the Skeleton karya Dr. Sharafuddin Michit dan penelitian lainnya) memperincikan 360 sendi tersebut sebagai berikut:

• Tulang Belakang & Pinggul: 147 sendi.
• Rongga Dada (Thorax): 24 sendi.
• Anggota Gerak Atas (Bahu, Lengan, Tangan): 86 sendi (43 kiri + 43 kanan).
• Anggota Gerak Bawah (Panggul, Kaki): 88 sendi (44 kiri + 44 kanan).
• Kepala dan Wajah: 15 sendi.

Hadis ini mengajarkan bahawa setiap sendi yang kita miliki adalah nikmat yang harus disyukuri. Cara mensyukurinya bukan hanya dengan ucapan, tapi dengan melakukan 360 kebaikan setiap hari iaitu bagi setiap sendi itu. Jika seseorang tidak mampu melakukan 360 amal kebaikan yang berbeza, Rasulullah SAW menyebutkan dalam hadis lain bahawa dua rakaat Solat Dhuha sudah cukup untuk mewakili sedekah bagi seluruh sendi tersebut. Rasulullah bersabda,

فِي الْإِنْسَانِ ثَلَاثُمِائَةٍ وَسِتُّونَ مَفْصِلًا، فَعَلَيْهِ أَنْ يَتَصَدَّقَ عَنْ كُلِّ مَفْصِلٍ مِنْهُ بِصَدَقَةٍ. قَالُوا: وَمَنْ يُطِيقُ ذَلِكَ يَا نَبِيَّ اللَّهِ؟ قَالَ: النُّخَاعَةُ فِي الْمَسْجِدِ تَدْفِنُهَا، وَالشَّيْءُ تُنَحِّيهِ عَنِ الطَّرِيقِ، فَإِنْ لَمْ تَجِدْ فَصَلَاتَا الضُّحَى تُجْزِئُكَ
“Dalam diri manusia ada 360 sendi, ia memiliki kewajipan bersedekah untuk setiap sendinya.” Para sahabat bertanya: “Siapa yang mampu melakukan itu wahai Nabiyullah?” Baginda bersabda: “Kahak di masjid yang engkau bersihkan, atau sesuatu yang engkau singkirkan dari jalanan. Jika engkau tidak dapati, maka dua rakaat Dhuha sudah mencukupi bagimu.”

Sunan Abu Dawud (No. 5242) & Musnad Ahmad (No. 22998). Status: Disahihkan oleh Al-Albani.

Begitu pemurahnya Allah. Kalau setiap sendi kita ini kena melakukan kebaikan, maka banyaklah hutang kita dengan Allah kerana takkan mampu kita melakukannya. Sudah pasti kita tak mampu untuk melakukannya. Tapi sebagaimana yang telah Nabi sebut, cukuplah dua rakaat pada waktu Dhuha untuk melangsaikan hutang tersebut. Dalam memberikan pelepasan daripada kewajipan syukurnya pun Allah beri, dan ini pun dikira nikmat dari Allah juga. Sebab itulah, Allah berfirman di dalam Nahl:18

وَاِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَةَ اللّٰهِ لَا تُحْصُوْهَا
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya

 

SOLAT DHUHA

Tentang Solat Dhuha ini kita bincangkan sikitlah. Para ulama membahas secara panjang lebar tentang apakah Nabi Muhammad ﷺ melakukan solat dhuha secara rutin atau tidak. Berikut adalah ringkasan perbincangan mereka berdasarkan riwayat dan pendapat ulama dengan ringkas:

1. Aisyah r.a. meriwayatkan: «ما رأيت رسول الله يصلى سبحة الضحى قط. وإني لأسبحها» “Tidak pernah aku melihat Rasulullah ﷺ melakukan Solat Dhuha sama sekali. Namun aku melakukannya.” (Muttafaq ‘alaih). Dalam riwayat lain, beliau berkata: “Tidak, kecuali jika baginda datang dari perjalanan.”.

2. Riwayat Sahabat Lain. Ada juga riwayat dari Abu Sa’id al-Khudri yang menyebutkan: “Rasulullah ﷺ melakukan Solat Dhuha sehingga kami berkata: baginda tidak akan meninggalkannya, dan baginda meninggalkannya sehingga kami berkata: baginda tidak akan melakukannya.”. Namun, hadis ini dinilai lemah oleh sebahagian ulama.

Abdullah bin Umar sampai pernah mengatakan Solat Dhuha itu “bid‘ah”. Terdapat beberapa riwayat sahih yang menyebutkan hal ini. Misalnya, dalam riwayat al-Bukhari, disebutkan bahawa ketika Ibn Umar ditanya tentang Solat Dhuha, beliau menjawab: “Bid‘ah” (بدعة) . Dalam riwayat lain, beliau juga berkata: “Tidak pernah aku Solat Dhuha sejak aku masuk Islam, kecuali jika aku tawaf di Kaabah”. Namun, para ulama menjelaskan maksud ucapan Ibn Umar ini. Penjelasan mereka antara lain:

1. Bid‘ah secara bahasa, bukan syar‘i. Sebahagian ulama menafsirkan bahawa Ibn Umar bermaksud “bid‘ah” di sini dalam makna bahasa, iaitu sesuatu yang baru dilakukan secara rutin oleh masyarakat, bukan bermaksud bid‘ah yang tercela dalam agama. Bahkan, dalam riwayat lain, Ibn Umar berkata: “Bid‘ah, dan sebaik-baik bid‘ah” (بدعة ونعمت البدعة).

2. Maksudnya adalah perbuatan secara berjemaah atau di masjid. Sebahagian ulama menegaskan bahawa yang dianggap bid‘ah oleh Ibn Umar adalah Solat Dhuha yang dilakukan secara berjemaah di masjid, bukan Solat Dhuha secara individu di rumah.

3. Bukan menafikan keutamaan atau pensyariatannya. Ibn Umar tidak menafikan keutamaan atau pensyariatan Solat Dhuha, tetapi beliau tidak melihat Nabi ﷺ melakukannya secara rutin, sehingga beliau tidak mengamalkannya secara tetap. Sebahagian ulama juga menyebutkan bahawa Ibn Umar mungkin belum sampai kepadanya hadis-hadis tentang anjuran Solat Dhuha.

Jumhur ulama tetap berpendapat bahawa Solat Dhuha adalah sunnah dan dianjurkan, berdasarkan hadis-hadis sahih dari Nabi ﷺ dan amalan para sahabat lain seperti Abu Hurairah, Abu Dzar, dan Aisyah. Kesimpulannya, memang benar Ibn Umar pernah menyebut Solat Dhuha sebagai “bid‘ah”, namun maksudnya bukanlah menolak pensyariatan atau keutamaannya, melainkan kerana beliau tidak melihat Nabi ﷺ melakukannya secara rutin atau kerana bentuk pelaksanaannya yang berbeza dari yang beliau ketahui. Penjelasan para ulama menegaskan bahawa solat dhuha tetap sunnah dan dianjurkan

Penjelasan Ulama

1. Imam Nawawi, al-Syaukani, al-Shan’ani dan ramai ulama lain berpendapat bahawa Nabi ﷺ kadang-kadang melakukan Solat Dhuha dan kadang-kadang meninggalkannya, agar tidak dianggap wajib oleh umat.

2. Ibn Qayyim dan sebahagian ulama lain berpendapat bahawa Nabi ﷺ hanya melakukannya kerana sebab tertentu, seperti ketika pulang dari perjalanan, bukan kerana waktu dhuha itu sendiri.

3. Ibn Taimiyah menyatakan: “Nabi ﷺ tidak melazimi Solat Dhuha secara rutin, bahkan para ulama sepakat baginda tidak melakukannya secara berterusan. Baginda hanya melakukannya jika ada sebab tertentu”.

Penjelasan dan Hikmah. Sebahagian ulama menjelaskan bahawa Nabi ﷺ kadang-kadang meninggalkan amalan sunat tertentu kerana khuatir akan diwajibkan ke atas umatnya jika baginda melakukannya secara berterusan. Ada juga yang menyebutkan bahawa Nabi ﷺ lebih mengutamakan qiyamullail, sehingga tidak melazimi Solat Dhuha. Sebahagian sahabat seperti Abu Hurairah, Abu Dzar, dan Aisyah r.a. melakukan Solat Dhuha, sementara sebahagian lain seperti Ibn Umar dan Ibn Mas’ud tidak melakukannya.

Kesimpulan: Perbincangan ulama menunjukkan bahawa Nabi Muhammad ﷺ tidak melazimi Solat Dhuha secara rutin. Baginda kadang-kadang melakukannya, terutama jika ada sebab tertentu seperti pulang dari perjalanan, dan kadang-kadang meninggalkannya agar tidak dianggap wajib oleh umat. Amalan ini tetap disunatkan dan dianjurkan, sebagaimana dilakukan oleh sebahagian sahabat dan salaf.

 

HUTANG KITA DENGAN ALLAH

Baik kembali kepada perbincangan hadis kita. Dan kalau setiap ibadat tersebut diminta dibalas dengan amalan soleh kita, tentu kita tidak terbalas kerana kelemahan diri kita. Dan kalaulah Allah buat keputusan untuk mengazab kita, maka Allah tidak dikira sebagai kejam. Diriwayatkan dari Ubay bin Ka’ab, Ibnu Abbas, dan Zaid bin Tsabit, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لَوْ أَنَّ اللَّهَ عَذَّبَ أَهْلَ سَمَاوَاتِهِ وَأَهْلَ أَرْضِهِ لَعَذَّبَهُمْ وَهُوَ غَيْرُ ظَالِمٍ لَهُمْ، وَلَوْ رَحِمَهُمْ لَكَانَتْ رَحْمَتُهُ خَيْرًا لَهُمْ مِنْ أَعْمَالِهِمْ
“Seandainya Allah mengazab penduduk langit-Nya dan penduduk bumi-Nya, nescaya Dia mengazab mereka dalam keadaan Dia tidaklah zalim terhadap mereka. Dan seandainya Dia merahmati mereka, nescaya rahmat-Nya itu lebih baik bagi mereka daripada amal perbuatan mereka.”

Sunan Abu Dawud (No. 4699); Sunan Ibnu Majah (No. 77); Musnad Ahmad (5/182) .Status: Hadis ini dinilai Sahih oleh para ulama, termasuk Syekh Al-Albani.

Ulama berbincang, kenapa kalau Allah mengazab kita semua, sama ada bagi orang yang baik, atau yang jahat, Allah tak dianggap sebagai zalim. Kerana kita ini hutangnya banyak terhadap Allah. Takkan terbayar kita akan segala pemberian Allah kepada kita. Ada satu kisah yang sering disandarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, daripada Jabir bin Abdullah.

Ringkasan Kisah: Jibril menceritakan kepada Nabi Muhammad SAW tentang seorang lelaki di zaman dahulu yang beribadah kepada Allah di atas sebuah pulau di tengah laut selama 500 tahun. Allah mengeluarkan mata air tawar dan sebatang pohon delima untuknya sebagai rezeki setiap hari. Apabila tiba waktu kematiannya, lelaki itu memohon kepada Allah agar dimatikan dalam keadaan sujud dan dibangkitkan juga dalam keadaan sujud. Allah memakbulkan doanya. Di hari akhirat, Allah berfirman: “Masukkan hamba-Ku ini ke dalam syurga dengan rahmat-Ku.” Namun, lelaki itu menyanggah dan berkata: “Bahkan dengan amalanku, wahai Tuhanku (kerana dia merasa sudah beribadah selama 500 tahun tanpa henti).” Allah kemudian memerintahkan para malaikat untuk menimbang nikmat-nikmat-Nya dengan amalan lelaki tersebut. Apabila nikmat penglihatan (mata) diletakkan di satu daun timbangan dan ibadah 500 tahun diletakkan di daun timbangan yang lain, ternyata nikmat sebelah mata itu jauh lebih berat daripada amalan 500 tahunnya. Maknanya amalan lelaki itu belum cukup untuk “membayar” nikmat mata, apatah lagi nikmat-nikmat tubuh yang lain (seperti 360 sendi yang kita bincangkan tadi). Allah lalu memerintahkan agar lelaki itu dibawa ke neraka. Lelaki itu akhirnya bertaubat dan mengakui: “Dengan rahmat-Mu ya Allah, masukkanlah aku ke syurga.” Allah kemudian memaafkannya dan memasukkannya ke dalam syurga.

Rujukan Hadis: Kitab Al-Mustadrak ‘ala al-Sahihain oleh Imam Al-Hakim (No. 7637). Sebilangan ulama hadis (seperti Imam Ad-Dzahabi) memberi kritikan terhadap sanad hadis ini, namun maknanya dianggap benar secara umum dalam bab targhib wa tarhib (galakan dan peringatan) kerana ia sejajar dengan hadis sahih yang lain.

Oleh itu kita kena ingat bahawa setiap sendi badan kita ni, kita ada hutang dengan Allah Ta’ala. Kerana kita telah memakai dan memanfaatkan anggota itu, jadi kita kena bayar sebenarnya. Adakah kita rasa dengan solat-solat yang kita lakukan setiap hari, yang tak seberapa khusyuknya, rukuknya, sujudnya, bacaannya, ketundukannya itu sudah cukup? Kalaulah kita lihat dari segi khusyuknya sahaja, sudah pastilah tak ada nilainya di sisi Allah. Akan tetapi sebagai rahmat kepada hamba, Allah lepaskan juga. Dan ini kita kena bersyukur kepadaNya. Dan tanda syukur itu adalah dengan mengeluarkan sesuatu di dalam bentuk sedekah setakat mana yang kita mampu. Dan kita telah bincangkan sebelum ini di dalam Hadis #25, sedekah itu bukan sahaja dari segi duit, tapi boleh jadi dari segi tenaga, dari segi ilmu, dari segi masa dan sebagainya.

Dan jangan ada sifat bakhil dalam diri. Allah berfirman di dalam Lail: 8-10 menceritakan tentang orang yang bakhil kerana merasa dirinya sudah cukup (kaya/berkuasa) sehingga tidak perlu meminta kepada Allah.

وَأَمَّا مَنْ بَخِلَ وَاسْتَغْنَىٰ . وَكَذَّبَ بِالْحُسْنَىٰ . فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْعُسْرَىٰ
“Dan adapun orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup (tidak perlu pertolongan Allah), serta mendustakan pahala yang terbaik, maka Kami akan memudahkan baginya jalan menuju kesukaran (azab).”

Kalau kita lihat kepada tafsir ayat ini, mufassir menceritakan bahawa bakhil itu luas maknanya. Satu, bakhil dari segi harta, yang mana semua kita sudah tahu. Yang kedua, bakhil dari segi tenaga seperti bakhil melakukan amalan soleh. Mereka yang ada sifat ini malas beribadat, malas bantu orang, malas belajar ilmu, malas beri ilmu. Jadi kalau kita tengok tafsir ayat tentang bakhil itu dan kita bandingkan dengan hadith ini, kita faham bahawa sadaqah itu adalah apa sahaja yang kita beri untuk kebaikan manusia, sama ada kebaikan diri dia sendiri atau kebaikan orang lain.

Maka hadis ini mengajar kita sepatutnya melakukan sedekah sebagai tanda benar iman kita kepada Allah Ta’ala. Dan Allah telah beri rahmat dengan mengatakan sadaqah itu Allah beri boleh bermacam-macam jenis. Macam sekarang tuan-tuan memberikan masa tuan-tuan untuk membaca tulisan ini sedangkan boleh sahaja tuan-tuan rehat, boleh tidur, boleh makan, boleh keluar dengan keluarga jalan-jalan cari makan. Akan tetapi tuan-tuan luangkan masa untuk mempelajari hadis Nabi SAW. Tuan puan sebenarnya telah bersadaqah dengan memberi masa dan tenaga tuan puan. Akan tetapi kita sedar ia bukan mudah kerana nafsu ini pemalas dan suka rehat sahaja tak mahu fikir banyak-banyak. Syaitan pun takkan senang-senang lepaskan kita jadi pandai. Syaitan lagi suka kita jahil supaya senang dia tipu kita. Maka sifat bakhil itu senang sahaja timbul, maka kita kena lawan dia. Maka setelah kita tahu ini, janganlah biarkan sahaja sifat bakhil itu menguasai kita. Kerana ia takkan membawa kita ke arah kebaikan pun. Takkan selamanya tuan puan hendak jadi orang yang jahil?

Di dalam perkongsian hadis #25 sebelum ini kita telah kongsikan hadis dari Nabi tentang bahaya bakhil,

Kena ada sifat sadaqah dalam diri kita. Kena ingat yang kita kena berkhidmat apa-apa sahaja untuk Islam. Ini adalah sebagai tanda tanda syukur kita kepada Allah Ta’ala yang telah beri iman dan ilmu kepada kita. Hidup bergembira dan menghabiskan setiap masa dengan kerja dan dengan keluarga setakat mana sahaja? Sedangkan mereka akan tinggalkan kita atau kita tinggalkan mereka apabila mati kelak. Sibuk dengan kerja pun, kalau hari ini kita mati, esok syarikat akan ganti dengan orang lain sahaja, tidak ada apa-apa bagi mereka. Tapi amal khidmat yang kita buat atas agama akan kekal sampai bila-bila. Kita boleh pilih apa sahaja yang kita boleh sumbangkan atas usaha dakwah Islam. Hidup kita tidak lama di atas dunia ini, maka jangan habiskan dengan bergembira sahaja. Sekali sekala itu tidaklah mengapa, tapi janganlah setiap hari dan setiap masa fikir macam mana nak enjoy sahaja.

Jangan kita rasa yang kita telah banyak ibadat, telah banyak buat kebaikan, sudah banyak tolong orang lain. Ini adalah sangkaan yang bahaya. Sebenarnya kita tak cukup lagi buat amal kebaikan. Kerana kita takkan dapat membalas segala nikmat yang Allah telah berikan kepada kita. Kita hendak bayar hutang mata pun tidak mampu, apatah lagi nikmat-nikmat lain yang lagi banyak. Kerana rasa aku tak buat apa-apa pun. Kena rasa masih banyak lagi berhutang dengan Allah kerana itulah hakikatnya. Kalau kita faham dan ada pegangan ini, maka ia akan mengelakkan kita dari rasa bangga dengan usaha kita.

Apakah bentuk-bentuk sadaqah yang kita boleh keluarkan?

 

MENDAMAIKAN ANTARA DUA SAUDARA

Maksudnya membaiki hubungan antara dua orang adalah satu ibadat yang sangat besar. Satu hari Nabi keluar untuk mendamaikan perselisihan antara kaum sampai baginda lewat ke masjid untuk mengimami solat jemaah.

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: أَنَّ أَهْلَ قُبَاءٍ اقْتَتَلُوا حَتَّى تَرَامَوْا بِالحِجَارَةِ، فَأُخْبِرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِذَلِكَ، فَقَالَ: اذْهَبُوا بِنَا نُصْلِحْ بَيْنَهُمْ. فَذَهَبَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَحَانَتِ الصَّلاَةُ، فَجَاءَ بِلالٌ إِلَى أَبِي بَكْرٍ، فَقَالَ: يَا أَبَا بَكْرٍ، إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ حُبِسَ، وَقَدْ حَانَتِ الصَّلاَةُ، فَهَلْ لَكَ أَنْ تَؤُمَّ النَّاسَ؟ قَالَ: نَعَمْ إِنْ شِئْتَ، فَأَقَامَ بِلَالٌ الصَّلَاةَ، وَتَقَدَّمَ أَبُو بَكْرٍ فَكَبَّرَ
Daripada Sahl bin Sa’ad RA: Bahawa penduduk Quba’ (Bani Amr bin ‘Auf) telah bertelingkah sehingga mereka saling baling-membaling batu. Maka berita itu disampaikan kepada Rasulullah ﷺ, lalu Baginda bersabda: “Marilah kita pergi untuk mendamaikan antara mereka.” Lalu Rasulullah ﷺ pun berangkat (ke sana). Kemudian tibalah waktu solat (Zuhur), maka Bilal datang menemui Abu Bakar dan berkata: “Wahai Abu Bakar, sesungguhnya Rasulullah ﷺ telah terhalang (kerana urusan mendamaikan itu) dan waktu solat telah masuk. Adakah kamu mahu mengimamkan orang ramai?” Abu Bakar menjawab: “Ya, jika kamu mahu.” Maka Bilal melaungkan iqamah dan Abu Bakar pun maju ke hadapan lalu bertakbir…

Sahih al-Bukhari: Kitab al-Sulh (Perdamaian), Hadis No. 2693; Sahih Muslim: Kitab al-Salah, Hadis No. 421.

Perhatikan Rasulullah keluar untuk mengamankan antara kabilah Bani Salamah itu kerana ia adalah sesuatu yang penting. Sangat penting sampaikan baginda lambat ke masjid untuk mengimami solat jemaah yang setiap hari dan waktu baginda lakukan. Tapi kerana ia penting, maka Rasulullah teruskan juga. Bagaimana dengan kita? Kita lagi cucuk lagi, adalah! Siap bagi komen lagi dalam Facebook dan medsos lain supaya orang gaduh lagi teruk. Seolah-olah kita suka pula bila orang bergaduh! Kita yang sampaikan maklumat kepada orang lain supaya timbul rasa marah dan benci pula di kalangan kawan dan keluarga kita.

Sepatutnya yang kita kena lakukan adalah berusaha mendamaikan antara manusia yang berkelahi. Kalau tak tahu cara, maka belajarlah. Atau sekurang-kurangnya cuba lakukan apa yang boleh. Berjaya atau tidak, itu kira lain. Yang terlebih penting, jangan kita jadi penyebab dua manusia bertelagah.

 

MEMBANTU MANUSIA DENGAN KENDERAAN

Yang ini apabila kita bantu orang naik kenderaan. Kalau zaman dahulu, tidak senang untuk naik kuda atau unta, jadi kita bantu tolak dia ke atas tunggangan itu. Dan kalau ada barang, dia kena naik kenderaan dahulu, kemudian kita berikan barang kepadanya. Kalau zaman sekarang, boleh sesuaikan dengan kenderaan sezaman. Kerana mungkin ada orang yang sukar hendak masuk kereta dia kerana dia tua, tidak sihat, dan sebagainya. Maknanya apa? Kita bantu apa sahaja yang kita boleh bantu untuk mudahkan orang. Bukan terhad kepada bantu naik kenderaan sahaja akan tetapi apa-apa sahaja perkara yang nampak mudah, akan tetapi besar di sisi Allah.

 

KALIMAH YANG BAIK

Kalimah yang baik ini sama ada hal dalam dunia atau hal akhirat. Kalau bab akhirat, kita ajar ilmu agama kepada orang lain, beri nasihat tentang kebaikan dan mengingatkan manusia kepada akhirat dan sebagainya. Tapi kalimah baik tidak terhad kepada hal agama sahaja. Termasuk kalimah yang baik iaitu kita melapangkan perasaan orang lain atau kita bagi orang senang hati. Sebagai contohnya kalau ada orang datang, kita sambut dengan ucapan seperti: “Ahlan wa Sahlan wa Marhaban” (أهلاً وسهلاً ومرحباً).  Ia mengandungi maksud yang indah.

1. Ahlan (أهلاً). Daripada kata Ahl (أهل) yang bermaksud Keluarga. Maksud Mendalam: “Kamu sekarang berada dalam kalangan keluarga kamu sendiri.” Mesejnya: Apabila anda menyebut أهلاً kepada seseorang, anda seolah-olah berkata: “Jangan rasa asing, jangan rasa segan. Anggaplah kami semua ini keluarga kamu.”

2. Sahlan (سهلاً). Daripada kata Sahl (سهل) yang bermaksud Tanah rata/Mudah. Maksud Mendalam: “Kamu datang ke tempat yang rata/lapang, bukan tempat yang sukar atau mendaki.” Mesejnya: Anda memberi jaminan kepada tetamu bahawa: “Urusan kamu di sini akan dipermudahkan. Kami akan melayani kamu dengan cara yang paling menyenangkan dan tidak menyusahkan kamu.”

3. Marhaban (مرحباً). Daripada kata Rahb (رحب) yang bermaksud Tempat yang luas. Maksud Mendalam: “Selamat datang ke tempat yang luas dan lapang.” Mesejnya: Ia menggambarkan kelapangan hati tuan rumah. Walaupun rumah mungkin kecil, tetapi hati tuan rumah sangat luas untuk menerima kehadiran tetamu tersebut.

Ia adalah ucapan yang Sunnah kerana Rasulullah juga menggunakannya. Cara menjawab:

Ahlan bika (kepada lelaki)

Ahlan biki (kepada perempuan)

Ahlan bikum (kepada ramai)

Kemudian kita ucapkanlah kata-kata yang lembut dan mesra seperti tanya khabar dia dan sebagainya. Sebenarnya perkara ini bukan susah dilakukan dan semua orang boleh melakukannya. Tapi ia antara perkara yang diajar dalam agama. Tapi ada orang yang tak tahu kenapa, ketat sahaja muka mereka. Entah baru makan kapur barus ke apa, kita pun tidak tahu. Sampaikan rasa hendak keluar sahaja dari rumah dia. Hendak duduk lama dengan dia pun kita malas kerana muka tidak ada seri langsung. Ada bukan kita berjumpa dengan orang sebegini?

Di dalam Islam ada satu konsep yang dinamakan al-fa’lu. Al-fa’lu (الفأل) bererti pertanda baik atau optimisme yang diambil dari kata, perbuatan, atau kejadian yang dianggap membawa kebaikan. Dalam Islam, al-fa’lu diertikan sebagai “kata-kata yang baik atau optimis yang didengar seseorang dan membuatnya bersemangat melakukan sesuatu yang baik.” Nabi Muhammad ﷺ bersabda ketika ditanya tentang al-fa’lu:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «لاَ طِيَرَةَ، وَخَيْرُهَا الفَأْلُ» قَالُوا: وَمَا الفَأْلُ؟ قَالَ: «كَلِمَةٌ صَالِحَةٌ يَسْمَعُهَا أَحَدُكُمْ»
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Tidak ada ‘tiyarah’ (rasa sial), dan yang paling baik adalah Al-Fa’lu.” Para sahabat bertanya: “Apakah itu Al-Fa’lu?” Baginda menjawab: “Kalimah yang solehah (baik/positif) yang didengar oleh salah seorang daripada kamu.”

(Sahih Al-Bukhari No. 5754 & Muslim No. 2223)

Imam Ibn Hajar Al-Asqalani menjelaskan dalam Fathul Bari bahawa Nabi ﷺ menyukai Al-Fa’lu kerana:

    • Berasa sial (Tiyarah) adalah sangkaan buruk kepada Allah tanpa sebab.
    • Al-Fa’lu adalah sangkaan baik (Husnuzon) kepada Allah. Manusia diperintahkan untuk sentiasa mengharap kebaikan.

Nabi ﷺ sering mempraktikkan Al-Fa’lu melalui kata-kata atau nama. Ketika Perang: Baginda suka mendengar nama yang baik seperti “Ya Najih” (Wahai orang yang berjaya) atau “Ya Rashid” (Wahai orang yang mendapat petunjuk). Ketika Sakit: Nabi ﷺ mengajar kita untuk tidak mengeluh dengan kata-kata yang menjatuhkan semangat. Baginda bersabda:

«لا بَأْلَّهُسَ طَهُورٌ إِنْ شَاءَ ال»
“Tidak mengapa, (sakit ini) adalah pembersih (dosa), insya-Allah.”

Sahih Al-Bukhari, no. 3616, 5656, dan 5662.

Ini adalah contoh Al-Fa’lu—menukar kesakitan menjadi harapan. Maka sebarkanlah optimisme kepada orang lain. Contohnya, jika seseorang keluar rumah untuk suatu keperluan lalu mendengar orang lain berkata “semoga sukses” atau “selamat”, maka itu dianggap sebagai al-fa’lu, iaitu pertanda baik yang membuat hati menjadi optimis dan bersemangat.

Akar kepada kekuatan Al-Fa’lu adalah keyakinan bahawa Allah akan memberi apa yang kita jangkakan daripada-Nya. Perhatikan satu hadis qudsi tentang hal ini:

«أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي»
“Aku (Allah) adalah mengikut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku.”

Sahih Al-Bukhari: No. 7405; Sahih Muslim: No. 2675; Sunan At-Tirmidhi: No. 2388; Sunan Ibn Majah: No. 3822.

Jika kita mengamalkan Al-Fa’lu (sentiasa bersangka baik dan optimis), maka Allah akan merealisasikan kebaikan tersebut dalam hidup kita.

Nabi Muhammad ﷺ menyukai al-fa’lu dan melarang sikap pesimis atau merasa sial (tathayyur). Jadi, al-fa’lu adalah optimisme atau harapan baik yang diambil dari kata-kata atau tanda-tanda yang baik, dan ini dianjurkan dalam Islam selama tidak disertai keyakinan takhayul atau syirik. Sebaliknya, merasa sial atau pesimis (tathayyur) adalah sesuatu yang dilarang. Maka ini pun termasuk kalimah yang baik kerana kita memberi semangat kepada orang dan tidaklah kita melemahkan semangat orang lain pula.

Perkara ini selari dengan kajian-kajian kesihatan moden. Ada orang yang jaga pemakanan, bersukan, tidur cukup, akan tetapi boleh juga kena barah. Kajian ada menunjukkan ia disebabkan oleh stres. Hormon-hormon yang tak bagus keluar dari badan kerana emosi tidak tenang seperti ada sifat dengki, marah, takut ataupun emosi buruk yang lain. Bukanlah ini bermakna semua penyakit barah disebabkan ini pula. Kita pun tak berani hendak kata begitu kerana entah ada sebab-sebab yang lain seperti pemakanan, genetik, atau faktor-faktor lain. Tapi yang kita hendak sebutkan di sini adalah apabila seseorang itu pesimis, tidak ada positive thinking, tak ada perasaan yang baik, banyak tekanan perasaan dan emosi, ia boleh memberi kesan kepada fizikal dan kesihatan dia.

Di sebaliknya pula, kata-kata negatif boleh membawa kesan yang negatif. Terdapat bukti nyata kekuatan “minda mengatasi jasad” (mind over matter). Dalam sains perubatan dan psikologi, fenomena ini dikenali sebagai Nocebo Effect (Kesan Nocebo). Ia adalah lawan kepada Placebo Effect. Jika Placebo memberikan kesan positif kerana kepercayaan pesakit, Nocebo pula menyebabkan kemerosotan kesihatan hanya kerana kepercayaan atau jangkaan negatif.

Ada satu kajian kes yang masyhur: Diagnosis Salah (The Case of Sam Shoeman). Kes ini dilaporkan oleh Dr. Clifton Meador) yang menceritakan tentang seorang lelaki bernama Sam Shoeman yang didiagnosis menghidap kanser hati tahap akhir dan diberitahu dia hanya mempunyai masa beberapa bulan untuk hidup. Apa yang berlaku: Sam Shoeman mengalami kemerosotan kesihatan yang sangat drastik, hilang selera makan, susut berat badan, dan akhirnya meninggal dunia tepat pada masa yang diramalkan oleh doktor. Selepas bedah siasat (autopsi) dilakukan, doktor mendapati diagnosis itu salah. Sam hanya mempunyai tumor kecil yang tidak merebak dan tidak membawa maut. Sam tidak mati kerana kanser, tetapi dia mati kerana percaya dia sedang mati. Tekanan perasaan yang melampau (stres) akibat berita tersebut menyebabkan sistem badannya “shut down”.

Maka kita hendaklah bercakap dengan baik dan mesra dengan isteri, begitu juga dengan suami bercakaplah yang baik, jangan hendak marah sahaja…. dengan anak-anak cakap yang baik, yang penting jangan bagi orang stres sebab kita. Tidak ada sesiapa suka kepada orang yang buat kita stres, lagi benci adalah. Jadi kenapa hendak buat orang benci dengan kita? Apa yang kita hendak sebenarnya dengan kata-kata sinis, kata-kata marah dan merendahkan orang? Hendak orang hormat kita? Tentu sekali tidak! Begitu juga cakap dengan baik dengan orang bawahan kita di tempat kerja. Kalau dia tak boleh buat apa yang kita suruh, kita jangan tekan dia, kita bagi lagi sokongan, bagi galakkan, bagi ajaran bagaimana hendak melakukan tugasan yang diberikan.

Banyak lagi contoh-contoh bagaimana kita boleh bercakap baik. Yang penting kita kena ada ilmu dan kelapangan hati untuk menerima ilmu dan teguran. Malangnya sekarang ini, dengan adanya media sosial ini satu keburukan yang kita boleh lihat adalah orang senang sekali mengucapkan kata-kata yang buruk kepada manusia lain. Ini kerana manusia boleh berselindung di sebalik nama rekaan dan personaliti yang tidak dikenali. Tambahan pula duduknya jauh jadi tidak takut seperti kita segan bercakap berhadapan dengan orang. Jadi macam-macam dihamburkan oleh manusia yang jahat dan busuk hatinya yang menyebabkan orang sakit jiwa, orang kena penyakit emosi dan macam-macam penyakit. Malah ada yang sampai bunuh diri kerana mereka kena cyberbully! Allahu Akbar!

Ini semua kerana mereka ini tidak belajar hadis ini sampaikan mereka tidak tahu pun apa yang mereka kena cakap. Mereka lepaskan sahaja apa yang ada di dalam hati dan otak mereka itu sampaikan kata-kata yang keluar amat buruk sekali! Sedangkan Rasulullah telah menasihati kita,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ»
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap yang baik atau (jika tidak boleh) hendaklah dia diam.”

(Hadis Riwayat Al-Bukhari, No. 6018 & Muslim, No. 47)

Ulama menjelaskan bahawa sebelum bercakap, kita perlu melalui tiga “tapis”:

      1. Adakah ia Benar?
      2. Adakah ia Baik?
      3. Adakah ia Perlu?

Janganlah mulut kita ini tempat kita mendapat dosa sahaja dengan menipu, menyakitkan hati orang lain dan benda-benda yang buruk. Jangan biarkan yang keluar dari mulut kita ini melainkan yang haq sahaja, yang benar sahaja. Nabi ﷺ adalah contoh terbaik dalam menjaga lisan. Baginda tidak pernah berkata melainkan yang benar, walaupun dalam keadaan bergurau atau marah. Baginda bersabda:

«إِنِّي لَا أَقُولُ إِلَّا حَقًّا»
“Sesungguhnya aku tidak berkata-kata melainkan yang Haq (benar).”

(HR. Ahmad & Tirmidzi)

Allah SWT berfirman dalam Surah Ahzab:70:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan berkatalah dengan perkataan yang benar.”

 

LANGKAH KE MASJID

Setiap tempat yang kamu jalan ke masjid itu sadaqah. Ada satu kisah seorang sahabat yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Sahihnya.

عَنْ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: كَانَ رَجُلٌ لاَ أَعْلَمُ رَجُلاً أَبْعَدَ مِنَ الْمَسْجِدِ مِنْهُ، وَكَانَ لاَ تُخْطِئُهُ صَلاَةٌ، فَقِيلَ لَهُ أَوْ قُلْتُ لَهُ: لَوِ اشْتَرَيْتَ حِمَارًا تَرْكَبُهُ فِي الظَّلْمَاءِ وَفِي الرَّمْضَاءِ، قَالَ: مَا يَسُرُّنِي أَنَّ مَنْزِلِي إِلَى جَنْبِ الْمَسْجِدِ، إِنِّي أُرِيدُ أَنْ يُكْتَبَ لِي مَمْشَايَ إِلَى الْمَسْجِدِ، وَرُجُوعِي إِذَا رَجَعْتُ إِلَى أَهْلِي، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «قَدْ جَمَعَ اللهُ لَكَ ذَلِكَ كُلَّهُ».
Daripada Ubay bin Ka’ab RA, beliau berkata: “Ada seorang lelaki (daripada kalangan Ansar), yang aku tidak tahu ada orang lain yang rumahnya lebih jauh dari masjid selain daripada dia. Walaupun begitu, dia tidak pernah tertinggal solat (berjemaah di masjid). Lalu dikatakan kepadanya (atau aku sendiri yang berkata kepadanya): ‘Alangkah baiknya jika engkau membeli seekor keldai untuk kamu tunggangi pada waktu malam yang gelap dan ketika waktu panas terik (tanah yang membakar kaki).’ Lelaki itu menjawab: ‘Aku tidak suka jika rumahku berada di sebelah masjid. Sesungguhnya aku mahu dicatat bagiku (pahala) langkah perjalananku ke masjid, dan juga (pahala) langkahku ketika aku pulang semula kepada keluargaku.’ Maka Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Sesungguhnya Allah telah mengumpulkan (mengurniakan) untukmu semua (pahala) yang engkau harapkan itu.'”

Sahih Muslim. Nombor Hadis: 663.

Kenapa sahabat itu bersungguh-sungguh hendak berjalan kaki juga pada jarak yang jauh? Kerana Rasulullah telah pernah memberi ganjaran kepada mereka yang melangkah jauh ke masjid,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «…صَلَاةُ الرَّجُلِ فِي جَمَاعَةٍ تَزِيدُ عَلَى صَلَاتِهِ فِي بَيْتِهِ، وَفِي سُوقِهِ، بِضْعًا وَعِشْرِينَ دَرَجَةً، وَذَلِكَ أَنَّ أَحَدَهُمْ إِذَا تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ، ثُمَّ أَتَى الْمَسْجِدَ لَا يَنْهَزُهُ إِلَّا الصَّلَاةُ، لَا يُرِيدُ إِلَّا الصَّلَاةَ، فَلَمْ يَخْطُ خَطْوَةً إِلَّا رُفِعَ لَهُ بِهَا دَرَجَةٌ، وَحُطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةٌ…»
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “…Solat seorang lelaki secara berjemaah itu ganjaran pahalanya melebihi solatnya di rumah atau di pasar sebanyak 20 lebih darjat. Hal ini kerana, apabila salah seorang daripada kamu berwuduk lalu membaguskan wuduknya, kemudian dia pergi ke masjid dengan tujuan semata-mata untuk solat, maka tidaklah dia melangkah satu langkah melainkan akan diangkat baginya satu darjat, dan akan dihapuskan daripadanya satu dosa (kesalahan)…”

Sahih Al-Bukhari (No. 647); Sahih Muslim (No. 649)

Hadis ini berkaitan adalah di mana Nabi ﷺ menasihatkan kaum yang tinggal jauh agar tidak berpindah.

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: خَلَتِ الْبِقَاعُ حَوْلَ الْمَسْجِدِ، فَأَرَادَ بَنُو سَلِمَةَ أَنْ يَنْتَقِلُوا إِلَى قُرْبِ الْمَسْجِدِ، فَبَلَغَ ذَلِكَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ لَهُمْ: «يَا بَنِي سَلِمَةَ، دِيَارَكُمْ تُكْتَبْ آثَارُكُمْ، دِيَارَكُمْ تُكْتَبْ آثَارُكُمْ»
Daripada Jabir bin Abdullah RA berkata: Terdapat kawasan tanah kosong di sekitar masjid (Masjid Nabi). Maka Bani Salimah bercadang untuk berpindah berhampiran masjid. Apabila berita itu sampai kepada Nabi ﷺ, baginda bersabda kepada mereka: “Wahai Bani Salimah! Tetaplah di rumah-rumah kamu, nescaya langkah-langkah kaki kamu (ke masjid) akan dicatat (pahalanya). Tetaplah di rumah-rumah kamu, nescaya langkah-langkah kaki kamu akan dicatat.”

Sahih Muslim (No. 665)

Inilah ganjaran yang amat besar diberikan kepada orang yang pergi ke masjid. Alangkah beruntungnya mereka yang pergi berjemaah ke masjid (bagi para lelaki). Rasulullah pernah bersabda,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «مَنْ غَدَا إِلَى المَسْجِدِ وَرَاحَ، أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ فِي الجَنَّةِ نُزُلًا كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ»
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi ﷺ, Baginda bersabda: “Sesiapa yang pergi ke masjid pada awal pagi atau pada waktu petang, Allah akan menyediakan baginya sebuah Nuzul (kediaman/persinggahan/istana) di Syurga bagi setiap kali dia pergi (pagi atau petang) itu.”

(Hadis Riwayat Al-Bukhari, No. 662 & Muslim, No. 669)

Kisah Ibnu Ummi Maktum RA adalah salah satu kisah yang paling menggetarkan hati dalam sejarah Islam, kerana ia menetapkan piawaian yang sangat tinggi tentang disiplin solat berjemaah dan kekuatan semangat mengatasi kekurangan fizikal.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ أَعْمَى (وهو ابن أم مكتوم)، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّهُ لَيْسَ لِي قَائِدٌ يَقُودُنِي إِلَى الْمَسْجِدِ، فَسَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُرَخِّصَ لَهُ فَيُصَلِّيَ فِي بَيْتِهِ، فَرَخَّصَ لَهُ، فَلَمَّا وَلَّى، دَعَاهُ، فَقَالَ: «هَلْ تَسْمَعُ النِّدَاءَ بِالصَّلَاةِ؟» قَالَ: نَعَمْ، قَالَ: «فَأَجِبْ».
Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Telah datang kepada Nabi ﷺ seorang lelaki buta (iaitu Ibnu Ummi Maktum), lalu dia berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku tidak mempunyai penunjuk jalan yang dapat memimpinku ke masjid.” Dia meminta agar Rasulullah ﷺ memberikan keringanan (rukhsah) kepadanya untuk bersolat di rumahnya sahaja. Maka Nabi ﷺ pun memberikan keringanan kepadanya. Namun, ketika lelaki itu baru sahaja berpaling untuk pergi, Nabi ﷺ memanggilnya semula dan bertanya: “Adakah kamu mendengar seruan azan untuk solat?” Dia menjawab: “Ya.” Nabi ﷺ bersabda: “Maka sahutilah (datanglah ke masjid).”

(Hadis Riwayat Muslim, No. 653)

 

MENYINGKIRKAN RINTANGAN DARI JALAN

Ibn Hajar al-Haytami menyebut bahawa perbuatan ini adalah sedekah kepada semua Muslim yang menggunakan jalan tersebut, dan ia diletakkan di akhir senarai kerana ia kelihatan lebih kecil nilainya berbanding amalan lain, tetapi tetap sangat besar di sisi Allah.

Ibn ‘Uthaymin menegaskan bahawa menyingkirkan gangguan dari jalan adalah antara amalan terbaik dan mendapat pahala sedekah, serta menunjukkan keindahan akhlak Islam.

Ibn al-Mulaqqin menyatakan bahawa walaupun amalan ini kelihatan kecil, ia boleh menjadi sebab keampunan dosa, sebagaimana kisah lelaki yang menyingkirkan dahan berduri lalu Allah mengampuninya.

Jadi bagaimana contoh kita mengamalkan nasihat ini? Contohnya kita mengangkat sampah yang ada di jalan atau di mana-mana sahaja, batu, kaca, atau apa sahaja yang boleh membahayakan di jalan. Kadang-kadang ada pelepah jatuh di jalan, kalau kita tak buang, nanti motor boleh langgar dan kemalangan pula. Jadi amat bagus kalau kita hentikan kenderaan kita sekejap dan buangkan. Dan ini juga bermaksud jangan kita pula yang membuang sampah atau benda berbahaya di jalan. Sebaliknya kita hendaklah membantu membersihkan jalan atau menutup lubang yang boleh menyebabkan kemalangan. Kalau JKR tak mahu tutup, biarlah kita yang tutup.

Kesimpulan: Bahagian “وتُمِيْطُ الأَذَى عَنِ الطَّرِيْقِ صَدَقَةٌ” mengajarkan bahawa setiap perbuatan kecil yang memberi manfaat dan menghindarkan mudarat kepada orang lain, walaupun sekadar menyingkirkan halangan di jalan, adalah sedekah dan sangat dihargai dalam Islam. Ia juga merupakan salah satu cabang iman yang penting. Jangan kita pandang ringan hal ini walaupun kita nampak mudah sahaja. Ini kerana kita membantu orang lain supaya mereka boleh selesa menggunakan jalan itu. Yang kamu alihkan apa-apa yang menyakitkan manusia. Rasulullah ada bersabda,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «الإِيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ أَوْ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً، فَأَفْضَلُهَا قَوْلُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَأَدْنَاهَا إِمَاطَةُ الأَذَى عَنِ الطَّرِيقِ، وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الإِيمَانِ»
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Iman itu ada tujuh puluh lebih atau enam puluh lebih cabang. Yang paling utama adalah perkataan ‘La ilaha illallah’ dan yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan (seperti duri, batu, atau dahan pohon) dari jalanan. Dan sifat malu itu adalah salah satu cabang daripada iman.”

(Sahih Bukhari No. 9 & Muslim No. 35)

Maka jadilah diri kita ini memudahkan orang lain, bukannya menyusahkan orang pula. Sebagai contoh jangan kita buat bising tak tentu pasal. Kadang ada orang yang hendak tidur, hendak tidurkan anak, hendak baca, hendak beribadah. Tapi ada orang yang buat tidak kisah sahaja kerana mereka ini tidak ada adab dengan orang lain. Kalau orang lain buat, mereka marah pula. Sebagai contoh, setiap kali perayaan, tidak kira agama mana, mesti hendak main mercun api di tengah-tengah malam! Apa mereka itu tidak ada otak agaknya! Kalau Non-Muslim buat kita, marah, tapi sekarang orang Islam pun buat juga?!

Maka kita beradablah dengan orang lain dan mudahkan hidup mereka. Dalam hal ini kita amatlah puji orang Jepun yang sangat-sangat beradab. Mereka kalau dalam kereta api amat senyap; kalau mereka di tempat awam, mereka bukan sahaja tidak buang sampah, tapi mereka kutip pula sampah yang ditinggalkan orang! Ma sha Allah, mereka ini lebih islamik dari orang Islam sendiri!

Kita pula bagaimana? Kalau kita lihat suasana selepas demonstrasi contohnya, memang macam padang jarak padang tekukur dibuat oleh orang kita termasuk orang Islam sendiri! Sebab memang ramai orang Melayu sahaja yang bodoh buat demo sana sini. Sudahlah buang masa buat demo, buang sampah merata-rata pula!

Kita hilang adab di khalayak ramai sampai di kedai mamak, kita pasang handphone kuat-kuat, cakap kuat-kuat, gelak kuat-kuat. Bersembang yang entah apa-apa. Duduk pula hisap rokok tanpa segan dengan orang. Entah buat apa di kedai mamak sampai ke pagi pun kita tidak tahu seolah tidak ada rumah pula mereka! Sedangkan di dalam Islam, sakinah (ketenangan) itu didapati apabila ada 3 perkara:

1. Di rumah sendiri
2. Waktu malam
3. Bersama keluarga

Lebih malang lagi apabila orang Islam sendiri mengganggu orang lain di masjid, tempat ibadah! Ada yang baca Al-Qur’an kuat-kuat sampai mengganggu orang lain hendak solat dan hendak berzikir. Sedangkan Nabi ajar kita supaya tidak ganggu orang lain.

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: اعْتَكَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَسْجِدِ، فَسَمِعَهُمْ يَجْهَرُونَ بِالْقِرَاءَةِ، فَكَشَفَ السِّتْرَ وَقَالَ: «أَلَا إِنَّ كُلَّكُمْ مُنَاجٍ رَبَّهُ، فَلَا يُؤْذِيَنَّ بَعْضُكُمْ بَعْضًا، وَلَا يَرْفَعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِي الْقِرَاءَةِ» (أَوْ قَالَ: فِي الصَّلَاةِ).
Daripada Abu Sa’id al-Khudri RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ sedang beriktikaf di dalam masjid, lalu baginda mendengar para sahabat membaca Al-Qur’an dengan suara yang kuat (sehingga mengganggu orang lain). Maka baginda menyelak tirai (tempat iktikaf baginda) dan bersabda: “Ketahuilah bahawa setiap daripada kamu sedang bermunajat (berbisik/berkomunikasi) dengan Tuhannya. Oleh itu, janganlah sebahagian kamu menyakiti (mengganggu) sebahagian yang lain, dan janganlah sebahagian kamu meninggikan suara mengatasi yang lain dalam bacaan (Al-Qur’an)” — atau baginda bersabda: “di dalam solat.”

(Hadis Riwayat Abu Dawud No. 1332 & Ahmad No. 11892. Sanadnya Sahih).

Bayangkan membaca Al-Qur’an sendiri pun tidak boleh kuat kalau ia mengganggu orang lain! Itulah kita sedih apabila ada AJK masjid yang jahil yang memasang speaker kuat selain daripada azan. Ada yang menggunakan speaker apabila zikir, alunan Al-Qur’an, malah ceramah. Padahal perkara itu tidak disyariatkan, maka ia dikira mengganggu orang lain. Orang lain ada yang hendak tidur, ada yang Non-Muslim yang tidak mahu dengar pun apa yang disampaikan. Inilah balasannya apabila asatizah Sunnah dihalang dari mengajar agama di masjid dan surau. Jadi hadis-hadis sebegini tidak diajar di masjid/surau.

Jadi sekian hadis ini yang memberikan beberapa kebaikan yang kita boleh lakukan. Ada banyak lagi hadis-hadis tentang kebaikan yang kita boleh lakukan.

عُرِضَتْ عَلَيَّ أُجُورُ أُمَّتِي حَتَّى الْقَذَاةُ يُخْرِجُهَا الرَّجُلُ مِنَ الْمَسْجِدِ
“Ditunjukkan kepadaku pahala-pahala umatku, hinggakan pahala seseorang yang mengeluarkan kotoran (habuk/sampah kecil) dari masjid.”

Sunan Abu Daud: Hadis no. 461; Sunan al-Tirmizi: Hadis no. 2916.

Penjelasan Istilah dalam Matan:

الْقَذَاةُ (Al-Qadzaah): Merujuk kepada kotoran yang sangat kecil, seperti habuk, bulu, sehelai rambut, atau cebisan jerami yang kecil.


 

Berikut adalah beberapa pengajaran ringkas:

Kepelbagaian Peluang Beramal: Islam memberikan peluang kepada setiap individu untuk mengumpul pahala mengikut kapasiti masing-masing, sama ada kaya atau miskin, kerana setiap amalan kebaikan dikira sebagai sedekah.

Sedekah Sebagai Tanda Syukur: Manusia diwajibkan bersedekah bagi setiap 360 sendi tubuh badan setiap hari sebagai tanda kesyukuran atas kesempurnaan fizikal yang telah Allah kurniakan.

Kelebihan Solat Dhuha: Melakukan dua rakaat Solat Dhuha sudah memadai untuk mewakili atau melangsaikan “hutang” sedekah bagi seluruh 360 sendi badan tersebut.

Tanggungjawab Terhadap Nikmat: Setiap nikmat seperti harta, kepandaian bercakap, dan kesihatan hendaklah digunakan ke arah kebaikan; menggunakan nikmat Allah untuk melakukan maksiat adalah satu bentuk penderhakaan yang besar.

Kepentingan Mendamaikan Manusia: Memperbaiki hubungan antara dua orang yang berselisih adalah ibadat yang sangat besar, sehinggakan Rasulullah ﷺ pernah terlewat mengimami solat jemaah demi mendamaikan kabilah yang bertelagah.

Kekuatan Kata-kata yang Baik (Al-Fa’lu): Umat Islam dituntut untuk sentiasa menyebarkan optimisme melalui kata-kata yang baik dan positif, kerana ia bukan sahaja sunnah tetapi juga memberi kesan baik kepada kesihatan mental dan fizikal.

Menjaga Lisan: Seseorang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat hendaklah bercakap perkara yang benar dan baik atau diam untuk mengelakkan dosa serta tidak menyakiti hati orang lain.

Ganjaran Melangkah ke Masjid: Setiap langkah kaki menuju ke masjid untuk solat berjemaah akan mengangkat darjat seseorang dan menghapuskan dosa-dosanya.

Menyingkirkan Gangguan di Jalan: Walaupun nampak kecil, perbuatan membuang rintangan atau sampah dari jalanan adalah salah satu cabang iman yang dapat mendatangkan keampunan Allah.

Menjaga Adab dan Ketenangan Awam: Islam melarang perbuatan yang mengganggu ketenteraman orang lain, termasuklah meninggikan suara semasa membaca Al-Qur’an sehingga mengganggu orang yang sedang solat atau berzikir.

Bergantung kepada Rahmat Allah: Amalan manusia sebanyak mana pun tidak akan mampu “membayar” nikmat Allah yang sangat besar (seperti nikmat penglihatan); maka, kita sebenarnya memasuki syurga adalah atas rahmat Allah, bukan semata-mata kerana amal perbuatan kita.


 

Kuiz Kefahaman

Jawab soalan-soalan berikut dalam 2-3 ayat berdasarkan maklumat daripada teks.

Soalan 1: Mengapakah setiap sendi manusia diwajibkan untuk bersedekah setiap hari, dan apakah tujuan utama di sebalik kewajipan ini?

Soalan 2: Teks ini menggariskan empat cara manusia menggunakan nikmat Allah. Huraikan secara ringkas cara yang terbaik dan cara yang paling teruk.

Soalan 3: Selain daripada wang, apakah bentuk-bentuk sedekah lain yang boleh dilakukan oleh seorang Muslim jika dia tidak mampu dari segi kewangan, seperti yang dinyatakan dalam hadis riwayat Abu Musa al-Asy’ari?

Soalan 4: Apakah kepentingan bilangan 360 sendi dalam tubuh manusia yang disebut dalam hadis, dan apakah amalan mudah yang boleh mencukupi sebagai sedekah untuk kesemua sendi tersebut?

Soalan 5: Apakah pengajaran utama daripada kisah seorang lelaki yang beribadah selama 500 tahun tetapi amalannya masih tidak dapat menandingi nikmat penglihatan?

Soalan 6: Jelaskan bagaimana konsep ‘bakhil’ difahami secara lebih luas dalam teks, melebihi sekadar kedekut harta.

Soalan 7: Apakah makna mendalam di sebalik ucapan “Ahlan wa Sahlan wa Marhaban” seperti yang diperincikan dalam syarahan?

Soalan 8: Takrifkan konsep “Al-Fa’lu” dan jelaskan mengapa Nabi Muhammad ﷺ menyukainya berbanding “Tiyarah”.

Soalan 9: Apakah arahan akhir Nabi ﷺ kepada Ibnu Ummi Maktum, seorang lelaki buta yang meminta kelonggaran untuk tidak solat berjemaah, dan apakah pengajaran daripadanya?

Soalan 10: Dalam konteks apakah perbuatan membaca Al-Qur’an dengan kuat dianggap salah, dan apakah prinsip adab yang diajarkan melalui larangan ini?

 

Glosari Istilah Penting

Istilah

Definisi Berdasarkan Teks

Al-Fa’lu (الفأل)
Pertanda baik atau optimisme yang diambil dari kata-kata yang baik atau positif yang didengar, yang membuatkan seseorang bersemangat. Ia merupakan sangkaan baik kepada Allah.
Asnaf
Golongan orang yang layak menerima zakat. Teks menyebutkan pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz, pegawai zakat sukar mencari asnaf kerana kemakmuran negara.
Bakhil (الشُّحَّ)
Sifat kedekut yang tamak. Maknanya luas, merangkumi bakhil harta, tenaga (malas beribadat/membantu), ilmu, dan amalan soleh.
Bid’ah (بدعة)
Sesuatu yang baru. Dalam konteks jawapan Ibn Umar mengenai Solat Dhuha, ulama menjelaskan ia merujuk kepada makna bahasa (sesuatu yang baru dilakukan secara rutin oleh masyarakat), bukan bid’ah syar’i yang tercela.
Husnuzon
Bersangka baik, terutamanya kepada Allah SWT.
Kalimah Tayyibah (الكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ)
Perkataan yang baik. Ia merangkumi nasihat agama, kata-kata yang melapangkan perasaan orang lain, ucapan yang mesra, dan menyebarkan optimisme.
Kesan Nocebo (Nocebo Effect)
Lawan kepada Kesan Placebo; fenomena di mana kepercayaan atau jangkaan negatif seseorang boleh menyebabkan kemerosotan kesihatan fizikalnya.
Mufassir
Ahli tafsir Al-Qur’an.
Nuzul (نُزُلًا)
Kediaman, persinggahan, atau istana yang disediakan oleh Allah di Syurga bagi mereka yang berulang-alik ke masjid.
Qiyamullail
Amalan beribadah pada waktu malam seperti solat tahajud.
Sadaqah (صَدَقةٌ)
Sedekah; pemberian ikhlas sebagai tanda keimanan dan syukur, yang merangkumi pemberian harta, tenaga, ilmu, masa, serta perbuatan dan perkataan yang baik.
Sakinah
Ketenangan, yang menurut teks didapati di rumah sendiri, pada waktu malam, dan bersama keluarga.
Salamah/Sulamah (سُلامَى)
Sendi atau ruas tulang pada tubuh manusia, yang berjumlah 360.
Syukur
Rasa berterima kasih kepada Allah atas segala nikmat-Nya. Bersedekah adalah salah satu cara utama untuk menzahirkan rasa syukur.
Targhib wa tarhib
Galakan (untuk berbuat baik) dan peringatan (terhadap keburukan). Hadis tentang ahli ibadah 500 tahun dianggap benar maknanya dalam bab ini.
Tathayyur/Tiyarah (طِيَرَةَ)
Perasaan pesimis, berasa sial, atau bersangka buruk berdasarkan sesuatu tanda, yang dilarang dalam Islam.

 

Sambung ke hadis yang seterusnya


 

Rujukan:

Ustaz Abu Asma’

Ustaz Salman Ali