Tafsir Surah Yunus Ayat 94 – 97 (Bertanya kepada orang yang tahu)

MENERIMA KEBENARAN

Yunus Ayat 94: Ayat Zajrun (teguran) kepada Nabi ﷺ. Teguran kepada Nabi ﷺ adalah teguran membina, bukannya kerana Allah ﷻ marah.

فَإِن كُنتَ في شَكٍّ مِّمّا أَنزَلنا إِلَيكَ فَاسأَلِ الَّذينَ يَقرَءونَ الكِتٰبَ مِن قَبلِكَ ۚ لَقَد جاءَكَ الحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلا تَكونَنَّ مِنَ المُمتَرينَ

Sahih International

So if you are in doubt, [O Muhammad], about that which We have revealed to you, then ask those who have been reading the Scripture before you. The truth has certainly come to you from your Lord, so never be among the doubters.

Malay

Oleh sebab itu, sekiranya engkau (wahai Muhammad) merasa ragu-ragu tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka bertanyalah kepada orang-orang yang membaca kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu (kerana mereka mengetahui kebenarannya). Sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran dari Tuhanmu, maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang ragu-ragu.

 

فَإِن كُنتَ فِي شَكٍّ مِّمَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ

Sekiranya engkau merasa ragu-ragu tentang apa yang Kami turunkan kepadamu,

‘Engkau’ dalam ayat ini boleh diterjemahkan sebagai Nabi Muhammad ﷺ namun tidaklah Nabi Muhammad ﷺ ada berasa syak dengan Al-Qur’an pula. Maka yang hendak ditegur di sini adalah kita. Ini termasuk mereka pada zaman Nabi Muhammad ﷺ itu. Ia juga meliputi segala umat manusia yang meragui mesej Al-Qur’an ini. Allah ﷻ suruh Nabi ﷺ sampaikan kepada kita tetapi menggunakan lafaz ditujukan kepada Rasulullah ﷺ kerana baginda yang kena sampaikan kepada manusia. Ini seperti Allah ﷻ sebut di dalam Zumar:65

وَلَقَد أوحِيَ إِلَيكَ وَإِلَى الَّذينَ مِن قَبلِكَ لَئِن أَشرَكتَ لَيَحبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكونَنَّ مِنَ الخٰسِرينَ
Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: “Demi sesungguhnya! jika engkau mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi daripada orang-orang yang rugi.

Dalam ayat di atas disebut jikalau Rasulullah ﷺ melakukan syirik. Hakikatnya tentulah baginda tidak ada melakukan syirik, bukan? Maka sama juga, tentulah Rasulullah ﷺ tidak ada syak dengan ayat-ayat Al-Qur’an.

Atau, kalau paling tinggi pun kita boleh terima jika ia hanya kemungkinan sahaja, iaitu ‘jikalau’ sahaja. Kalaulah Rasulullah ﷺ ada berasa syak dengan ‘mana-mana ayat Al-Qur’an’. Itu adalah satu pemahaman daripada maksud أَنزَلْنَا إِلَيْكَ (Yang Kami turunkan kepadamu). Yang ada masalahnya adalah kita kerana mungkin ada ayat yang kita baca dan kita tidak faham lalu boleh menimbulkan keraguan. Ini tentunya akan terjadi sekiranya kita hanya membaca terjemahan Al-Qur’an tanpa berguru. Kita sangka kita boleh faham sendiri, tetapi jika tiada asas pengajian tafsir, maka ini amat bahaya sekali.

Atau, أَنزَلْنَا إِلَيْكَ boleh bermaksud ‘kisah-kisah’ yang telah disampaikan dalam ayat-ayat sebelum ini. Iaitu tentang Nabi Nuh عليه السلام dan Nabi Musa عليه السلام dan lain-lain. Bangsa Arab mungkin tidak biasa dengan nama-nama itu kerana mereka tidak ada kitab. Mereka mungkin ada rasa syak, betulkah apa yang disampaikan?

 

فَاسْأَلِ الَّذِينَ يَقْرَءُونَ الْكِتٰبَ مِن قَبْلِكَ

maka bertanyalah kepada orang-orang yang membaca kitab sebelum kamu.

Oleh itu, sekiranya ada timbul rasa syak tentang kisah-kisah yang disampaikan dalam Al-Qur’an ini, maka bertanyalah kepada ahli-ahli kitab yang telah membaca kitab-kitab mereka. Mereka telah lama ada kitab suci seperti Taurat dan Injil dan mereka telah mengkaji kitab-kitab itu. Semua kitab-kitab itu menyebut tentang kedatangan Nabi Akhir Zaman (Nabi Muhammad ﷺ).

Jelas di sini, ini adalah cara untuk menghilangkan keraguan tetapi kita pun tahu yang mereka telah mengubah kitab mereka, maka yang perlu diberikan perhatian adalah daripada iktibar, bukannya daripada lafaz kitab itu kerana ia telah diselewengkan. Antaranya yang kita boleh ambil pengajaran adalah tentang Sunnatullah. Iaitu dalam kitab-kitab mereka pun disebut sesiapa yang menentang Rasul akan mendapat azab.

Kenapa tanya mereka? Kerana dalam kitab suci mereka pun ada diberitahu tentang kisah-kisah yang disebut dalam Al-Qur’an. Dalam kitab mereka pun sudah ada juga sebenarnya pengajaran tentang tauhid dan ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad ﷺ. Banyak perkara yang mereka tahu, terutama sekali mereka kena bertanya kepada mereka yang beriman dengan Nabi Muhammad ﷺ.

Kerana sudah ada makluman itulah yang menyebabkan ada ahli kitab yang beriman dengan Nabi Muhammad ﷺ, seperti Abdullah bin Salam (seorang pendita dalam kalangan Yahudi). Maka kena tanya mereka yang jujur kerana kalau tanya yang tidak beriman atau tidak jujur dengan ilmu, mereka mungkin akan menyembunyikan ilmu.

Maksud kedua ayat ini adalah untuk kita di zaman sekarang. Jika tidak faham tafsir mana-mana ayat Al-Qur’an, kenalah tanya kepada mereka yang tahu. Iaitu mereka yang telah belajar tafsir sebelum ini. Bertanya kepada mereka yang tahu itu Allah ﷻ telah beritahu kita dalam Anbiya:7

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
maka bertanyalah kamu kepada mereka yang tahu, jika kamu tidak mengetahui.

Jangan bertanya kepada mereka yang belum mempelajari tafsir Al-Qur’an. Maka sebelum tanya sesuatu perkara, hendaklah ditanya (dengan lembut dan beradab) kepada tok imam, ustaz dan agamawan negara ini, sama ada mereka sudah belajar tafsir (dengan secara lengkap) atau belum? Sebab kebanyakan guru yang mengajar agama di negara ini, belum betul-betul mempelajari lagi tafsir Al-Qur’an ini. Ini amat malang kerana rujukan utama agama pun mereka tidak mahir, tetapi sudah aktif menyampaikan ajaran agama kepada masyarakat. Mereka sangka mereka sudah belajar agama, tetapi selagi mereka tidak memahami tafsir Al-Qur’an, mereka sebenarnya masih belum benar-benar memahami asas dalam agama.

Mendapatkan maklumat yang betul tentang agama amatlah penting. Ini adalah perkara biasa kerana kita sentiasa belajar dan ada perkara baru yang kita baru dapat tahu. Sekali sekala ada perbezaan pendapat dalam kalangan kita kerana ilmu, pemahaman, daya fikir akal seseorang dengan seseorang yang lain tidak sama. Maka sebaiknya diadakan muzakarah ilmu dalam kalangan orang kita. Allah ﷻ juga telah memberikan saranan tentang hal ini di dalam Nisa’:59

فَإِن تَنٰزَعتُم في شَيءٍ فَرُدّوهُ إِلَى اللهِ وَالرَّسولِ إِن كُنتُم تُؤمِنونَ بِاللهِ وَاليَومِ الآخِرِ ۚ ذٰلِكَ خَيرٌ وَأَحسَنُ تَأويلًا
Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Qur’an) dan (Sunnah) Rasul-Nya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

 

لَقَدْ جَاءَكَ الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ

Sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran daripada Tuhanmu,

Kalimah الحق yang dimaksudkan di dalam ayat ini adalah Al-Qur’an. Mereka yang telah mengkaji kitab suci mereka, akan tahu bahawa apa yang disampaikan dalam Al-Qur’an ini adalah benar. Sebab itulah ramai dari kalangan orang yang terpelajar daripada agama Yahudi dan Kristian telah memeluk Islam. Ini kerana mereka telah nampak kebenaran yang dibawa oleh Islam.

Allah ﷻ menyebut مِن رَّبِّكَ di dalam ayat ini untuk menekankan sifat Rabb-Nya. Dia yang telah mencipta dan memelihara kita dan tarbiyyah kita dengan penuh kasih sayang. Takkanlah Dia hendak berikan sesuatu yang tidak baik pula kepada kita, bukan? Maka kebenaran yang datang di dalam Al-Qur’an ini adalah sesuatu yang berguna kepada kita kerana ia datang daripada Rabb kita.

Di sini ditekankan yang kebenaran yang pasti adalah daripada Allah ﷻ, iaitu daripada Al-Qur’an. Kata-kata manusia belum tentu benar lagi. Maka tidak salah kalau kita persoalkan, minta penjelasan, kritik dan perbaiki mana-mana pendapat dan kata-kata manusia. Sebagai manusia, jikalau ditegur kenalah terima kerana tidak semestinya kita benar. Kena rendahkan sedikit ego itu.

 

فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

maka jangan sekali-kali engkau menjadi daripada golongan yang ragu-ragu.

Janganlah kita termasuk di dalam golongan yang ragu-ragu tentang Al-Qur’an. Ingatlah yang Al-Qur’an ini adalah daripada Allah ﷻ, maka ia tidak ada keraguan padanya. Yang ragu-ragu itu hanyalah mereka yang tidak belajar sahaja.

Oleh kerana itulah kita mesti mempelajari tafsir Al-Qur’an sampai faham. Mereka yang ragu-ragu itu hanyalah mereka yang tidak belajar sahaja. Sebab itu apabila berjumpa dengan ayat-ayat Qur’an yang mereka nampak berlainan dengan pemahaman mereka, mereka akan menjadi ragu.

Malang sekali ada juga dalam kalangan manusia yang terlalu teruk, sampai menolak ayat Al-Qur’an, sebab mereka hendak hanya menerima pendapat guru mereka walaupun jelas bertentangan dengan ayat Al-Qur’an. Sedangkan Nabi ﷺ pun tidak berani berbuat sesuatu yang berlawanan dengan ayat Al-Qur’an, sebaliknya mereka ini senang sahaja menolak ayat Al-Qur’an itu. Ramai yang buat begitu, memandai dalam hal agama. Maka mereka ini bukan setakat rugi, tetapi yang ‘paling rugi’ seperti Allah ﷻ firmankann di dalam Kahf:103-105

قُل هَل نُنَبِّئُكُم بِالأَخسَرينَ أَعمٰلًا
Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?

الَّذينَ ضَلَّ سَعيُهُم فِي الحَيَوٰةِ الدُّنيا وَهُم يَحسَبونَ أَنَّهُم يُحسِنونَ صُنعًا
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”.

أُولٰئِكَ الَّذينَ كَفَروا بِئآيٰتِ رَبِّهِم وَلِقائِهِ فَحَبِطَت أَعمٰلُهُم فَلا نُقيمُ لَهُم يَومَ القِيٰمَةِ وَزنًا
Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan dengan-Nya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.

Lihatlah Allah ﷻ kata mereka ini الأَخسَرينَ أَعمٰلًا (paling rugi dalam dalam amal perbuatan mereka). Ini adalah kerana mereka itu beramal bukan dengan ajaran wahyu. Mereka membuat amalan yang syirik dan bid’ah tetapi mereka sangka itu amalan syariat. Mereka sangka mereka mengumpul banyak pahala kerana sudah banyak beramal namun sebenarnya mereka mengumpul dosa sahaja. Maka banyaklah amal mereka yang tidak selari dengan Al-Qur’an dan Sunnah. Perbuatan itu seolah-olah menempah tempat di neraka sahaja. Itulah akibatnya jikalau menolak ayat Al-Qur’an seperti yang disebut dalam ayat seterusnya.


 

Yunus Ayat 95:

وَلا تَكونَنَّ مِنَ الَّذينَ كَذَّبوا بِئآيٰتِ اللَّهِ فَتَكونَ مِنَ الخٰسِرينَ

Sahih International

And never be of those who deny the signs of Allah and [thus] be among the losers.

Malay

Dan jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan yang mendustakan ayat-ayat Allah, kerana dengan itu engkau akan menjadi dari orang-orang yang rugi.

 

وَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِئآيٰتِ اللَّهِ

Dan jangan sekali-kali engkau menjadi daripada golongan yang mendustakan ayat-ayat Allah,

‘Dusta’ di dalam ayat ini bermaksud menolak ayat Al-Qur’an. Begitulah yang terjadi kepada Bani Israil sebelum kita. Allah ﷻ sebut di dalam ayat 93 sebelum ini yang mereka telah diberikan nikmat, tetapi apabila datang ilmu yang benar, mereka berselisih tentangnya dan kebanyakan daripada mereka menolaknya. Mereka tidak bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan, sebaliknya mereka menjadi sombong. Maka salah satu punca manusia menolak kebenaran adalah kerana kesenangan nikmat yang Allah ﷻ telah berikan sampai mereka lupa diri.

Maka kita jangan jadi orang yang mendustakan ayat-ayat Al-Qur’an. Malangnya ramai dalam kalangan kita pun begitulah juga. Mereka telah diberikan dalil daripada ayat Al-Qur’an tetapi mereka tidak terima kerana mereka beranggapan ayat itu berdusta. Tentulah mereka tidak kata ayat itu dusta dengan mulut mereka, tetapi melalui tindakan mereka.

Sudah tentu mereka tidak berani untuk mengatakan ayat Al-Qur’an itu dusta, tetapi jika perbuatan mereka itu berlawanan dengan perintah dalam ayat Al-Qur’an, itu bermakna mereka sudah tolak, mereka sudah mendustakan ayat-ayat Al-Qur’an. Adakah anda berani hendak masuk ke dalam golongan itu?

 

فَتَكُونَ مِنَ الْخٰسِرِينَ

kerana dengan itu engkau akan menjadi dari orang-orang yang rugi.

Kerana bila menolak ayat Al-Qur’an kita akan masuk neraka dan semua pahala ibadah kita akan hancur. Mereka yang menolak Al-Qur’an akan rugi di dunia dan di akhirat. Orang Islam pun boleh menolak Al-Qur’an jikalau tidak mengamalkannya dan ambil peduli tentangnya. Alangkah ruginya, lahir dalam keluarga Islam, namun akhirnya masuk neraka.


 

UMAT NABI YUNUS عليه السلام DISELAMATKAN DARI AZAB

Yunus Ayat 96: Ayat Tasliah (pujukan) kepada Rasulullah ﷺ dan para pendakwah. Juga mengandungi penjelasan tentang Qada’ dan Qadar.

إِنَّ الَّذينَ حَقَّت عَلَيهِم كَلِمَتُ رَبِّكَ لا يُؤمِنونَ

Sahih International

Indeed, those upon whom the word of your Lord has come into effect will not believe,

Malay

Sesungguhnya orang-orang yang telah ditetapkan atas mereka hukuman Tuhanmu (dengan azab), mereka tidak akan beriman:

 

إِنَّ الَّذِينَ حَقَّتْ عَلَيْهِمْ كَلِمَتُ رَبِّكَ

Sesungguhnya orang-orang yang telah ditetapkan atas mereka hukuman Tuhanmu (dengan azab),

Iaitu mereka yang Allah ﷻ telah tetapkan akan berlaku kepada mereka ketetapan itu. Apakah ketetapan itu? Kalimah كَلِمَتُ (kalimat ketetapan) Allah ﷻ itu bermaksud, ada yang Allah ﷻ telah tetapkan yang mereka akan masuk ke neraka.

Namun begitu jangan kita salahkan Allah ﷻ pula. Ada yang kata yang tidak beriman itu disebabkan oleh ketetapanAllah ﷻ sejak dari mula lagi. Sebenarnya Allah ﷻ telah beri hidayah kepada mereka, cuma mereka sahaja yang tidak mahu menerima hidayah itu dan beriman. Mereka dibiarkan sesat kerana mereka degil untuk menyambut hidayah itu kerana degil dan ego. Mereka yang jenis inilah yang Allah ﷻ tetapkan akan masuk neraka.

Maka adakah Allah ﷻ telah tetapkan dari awal lagi yang mereka itu tidak akan beriman? Tentu tidak! Kalau begitu, maka zalimlah Allah ﷻ. Pemahaman ini memerlukan penjelasan, kalau tidak manusia akan salahkan Allah ﷻ pula. Maksud di sini adalah Allah ﷻ telah tahu siapa yang akan beriman dan siapa yang tidak akan beriman. Ini kerana ilmu Allah ﷻ itu amat luas, tahu apa yang akan berlaku.

Seperti yang kita patut tahu, Allah ﷻ telah memberi pilihan kepada manusia dan jin. Boleh pilih untuk beriman, boleh juga pilih untuk kufur. Allah ﷻ tidak memaksa sesiapa untuk beriman. Akan tetapi, Allah ﷻ TAHU siapa yang akan beriman dan siapa yang tidak beriman. Kita beri perumpamaan dalam kehidupan kita. Seorang guru kelas telah lama mengajar, sudah bertahun-tahun. Daripada pengalamannya yang luas itu, sekali pandang sahaja seorang pelajar itu, dia sudah tahu yang pelajar itu akan gagal dalam peperiksaan. Adakah guru itu telah menggagalkan pelajar itu? Adakah guru itu mahu pelajar itu gagal? Tentu tidak, bukan? Cuma daripada ilmu berdasarkan pengalaman guru itu, dia sudah tahu. Maka Allah ﷻ yang Maha Tinggi Ilmu-Nya tentu lebih tahu siapa yang tidak beriman dan siapa yang beriman.

Mungkin ada orang jahil yang berhujah: “Jikalau begitu, baik tidak payah berusaha kerana telah ditetapkan yang dia tidak akan beriman?”

Ini adalah hujah yang salah kerana kita tidak tahu sama ada kita di penghujung hayat nanti akan beriman ataupun tidak, bukan? Maka kita tetap kena berusaha sehingga ke hujung hayat kita, kerana kedudukan kita di akhirat bergantung kepada iman kita di hujungnya, seperti sabda Rasulullah ﷺ,

وَإِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالْخَوَاتِيمِ
“Sesungguhnya setiap amalan tergantung pada akhirnya.”
(Sahih Bukhari No. 6607)

Begitu juga dengan rezeki. Rezeki pun telah ditentukan, bukan? Namun begitu adakah anda hanya duduk-duduk sahaja tunggu rezeki datang, atau anda terus berusaha? Tentulah terus berusaha, bukan? Kerana walaupun ia telah ditetapkan, namun kita masih tidak tahu. Oleh hal yang demikian teruskan usaha bukan sahaja untuk rezeki lebih-lebih lagi untuk mendapatkan hidayah juga.

 

لَا يُؤْمِنُونَ

mereka tidak akan beriman.

Maksud ayat ini sama seperti yang Allah ﷻ telah firmankan dalam Zumar:19

أَفَمَنْ حَقَّ عَلَيْهِ كَلِمَةُ الْعَذَابِ أَفَأَنتَ تُنقِذُ مَن فِي النَّارِ
Maka adakah orang yang telah ditetapkan atasnya hukuman azab (disebabkan kekufurannya, sama seperti orang yang dijanjikan bergembira dengan balasan imannya? Sudah tentu tidak)! Oleh itu adakah engkau berkuasa menyelamatkan orang yang (ditetapkan kekal) dalam neraka?

Orang yang Allah ﷻ sudah tetapkan akan masuk neraka itu, kita tidak dapat menghindarkannya. Kita tidak mampu untuk selamatkan dia lagi walaupun dengan cara apa kerana itu adalah ketetapan Allah ﷻ. Ketetapan Allah ﷻ adalah muktamad dan tidak dapat dibantah. Maka di sini Allah ﷻ hendak pujuk Rasulullah ﷺ dan para pendakwah Tauhid, janganlah bersedih sekiranya manusia tidak mahu beriman setelah didakwah. Ini kerana memang telah ada manusia yang tidak akan beriman. Allah ﷻ telah tahu yang mereka tidak akan beriman.

Allah ﷻ sudah tahu yang mereka tidak akan beriman kerana mereka sendiri yang tidak mahu beriman sejak mula. Walau apapun hujah dan dakwah yang diberikan kepada mereka, mereka tidak akan beriman. Ini sepertimana Firaun dan pembesar-pembesarnya yang kita baru sahaja baca dalam ayat-ayat sebelum ini. Bayangkan betapa degilnya mereka itu walaupun telah melihat begitu banyak mukjizat yang dibawa oleh Nabi Musa عليه السلام, namun mereka masih juga tidak mahu beriman. Ternyata mereka itu tidak akan beriman sampai bila-bila sehingga ke akhir hayat mereka.

Ada manusia yang menolak dari awal, kemudian berterusan menolak, maka Allah ﷻ tutup pintu hati mereka daripada dimasuki iman. Ini dinamakan Khatmul Qalbi (Penutupan Hati). Ini seperti yang Allah ﷻ telah sebut dalam Baqarah:6

إِنَّ الَّذينَ كَفَروا سَواءٌ عَلَيهِم ءأَنذَرتَهُم أَم لَم تُنذِرهُم لا يُؤمِنونَ
Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.

Namun perlulah tahu bahawa orang kafir itu umumnya ada dua: ada yang tidak akan beriman tetapi ada juga yang beriman dan menerima hidayah apabila sampai kepadanya. Oleh itu, amat penting sekali diingatkan agar jangan pukul rata semua. Cuma memang kebanyakan manusia akan menolak walaupun setelah diberikan dengan berbagai-bagai hujah dan dalil seperti Allah ﷻ sebut dalam Baqarah:145

وَلَئِن أَتَيتَ الَّذينَ أوتُوا ٱلكِتَـٰبَ بِكُلِّ ءآيَةٍ مّا تَبِعوا قِبلَتَكَ
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bawakan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, akan segala keterangan (yang menunjukkan kebenaran perintah berkiblat ke Kaabah itu), mereka tidak akan menurut kiblatmu,

Di sini Allah ﷻ beri contoh kedegilan manusia menerima kebenaran walaupun setelah diberikan dengan berbagai-bagi dalil hujah. Cuma bagi pendakwah, jangan pula terlalu cepat untuk membuat keputusan siapa yang akan beriman dan siapa yang tidak. Tugas kita hanya menyampaikan sahaja seperti biasa. Ini kerana akan ada juga manusia yang mahu beriman seperti disebut dalam Yaasin:10-11

وَسَواءٌ عَلَيهِم أَأَنذَرتَهُم أَم لَم تُنذِرهُم لا يُؤمِنونَ
Sama sahaja kalau kamu beri peringatan atau tidak, mereka tidak akan beriman.

إِنَّما تُنذِرُ مَنِ اتَّبَعَ الذِّكرَ وَخَشِيَ الرَّحمٰنَ بِالغَيبِ ۖ فَبَشِّرهُ بِمَغفِرَةٍ وَأَجرٍ كَريمٍ
Sesungguhnya peringatan dan amaran hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-Qur’an serta dia takut kepada Tuhan Rahman yang ghaib. Berilah berita gembira kepada mereka, iaitu keampunan dan pahala.

Dalam ramai-ramai yang menolak itu, entah ada yang timbul rasa takut dalam dirinya dan mahu menerima dakwah dan kebenaran wahyu daripada Allah ﷻ. Jadi kita terus cuba dan cuba sahaja. Kalau mereka tidak beriman pun, pahala dakwah sudah pasti buat kita.


 

Yunus Ayat 97: Apa maksud لَا يُؤْمِنُونَ di dalam ayat sebelum ini?

وَلَو جاءَتهُم كُلُّ ءآيَةٍ حَتّىٰ يَرَوُا العَذابَ الأَليمَ

Sahih International

Even if every sign should come to them, until they see the painful punishment.

Malay

Walaupun datang kepada mereka segala jenis keterangan dan tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah dan kebenaran Rasul-rasulNya), sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya.

 

وَلَوْ جَاءَتْهُمْ كُلُّ ءآيَةٍ

Walaupun datang kepada mereka segala jenis keterangan dan tanda-tanda

Apakah maksud ayat ini? Walaupun mereka dapat melihat semua tanda-tanda dan semua ayat-ayatNya yang Allah ﷻ telah berikan, mereka tetap juga tidak akan beriman. Ini adalah kepada mereka yang telah ditetapkan akan masuk neraka. Mereka tidak akan beriman.

Sampai bila?

 

حَتَّىٰ يَرَوُا الْعَذَابَ الْأَلِيمَ

sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya.

Apabila mereka sudah nampak azab yang mereka akan terima, waktu itu baru mereka akan beriman. Jikalau waktu itu mereka baru beriman, iman mereka tidak diterima lagi. Ini telah dijawab dalam ayat sebelum ini iaitu لَا يُؤْمِنُونَ. Mereka tidak dikira beriman jika hanya beriman pada waktu itu. Seperti yang kita sudah baca sebelum ini tentang iman Firaun yang tidak diterima. Firaun hanya mahu beriman apabila sudah melihat azab.

Yang diterima iman mereka yang sudah nampak azab hanyalah kaum Nabi Yunus عليه السلام dan kisah tentang mereka akan disebut selepas ini.

Maka mereka itu apabila melihat azab nanti barulah mereka akan menyesal, tetapi tidak ada gunanya. Mereka tidak menghiraukan dakwah dan nasihat yang telah diberikan kepada mereka. Mereka tidak menggunakan akal mereka yang waras dan kerana itu mereka akan meraung nanti seperti disebut dalam Mulk:7-10

إِذا أُلقوا فيها سَمِعوا لَها شَهيقًا وَهِيَ تَفورُ
Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.

تَكادُ تَمَيَّزُ مِنَ الغَيظِ ۖ كُلَّما أُلقِيَ فيها فَوجٌ سَأَلَهُم خَزَنَتُها أَلَم يَأتِكُم نَذيرٌ
Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (daripada orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: “Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?”

قالوا بَلىٰ قَد جاءَنا نَذيرٌ فَكَذَّبنا وَقُلنا ما نَزَّلَ اللهُ مِن شَيءٍ إِن أَنتُم إِلّا في ضَلٰلٍ كَبيرٍ
Mereka menjawab: “Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatu pun, kamu hanyalah berada dalam kesesatan yang besar!”

وَقالوا لَو كُنّا نَسمَعُ أَو نَعقِلُ ما كُنّا في أَصحٰبِ السَّعيرِ
Dan mereka berkata: “Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka”.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 30 Jun 2023

Ringkasan Surah Yunus


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Taimiyyah Zubair

Ustaz Abdul Muien Ghulam Dakwah

Ustaz Solahuddin

Maariful Qur’an

Tafsir Surah A’raf Ayat 197 – 200 (Adab dengan orang jahil)

A’raf Ayat 197: Pengulangan semula ayat berkenaan sia-sia meminta dan berharap kepada selain Allah ﷻ.

وَالَّذينَ تَدعونَ مِن دونِهِ لا يَستَطيعونَ نَصرَكُم وَلا أَنفُسَهُم يَنصُرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And those you call upon besides Him are unable to help you, nor can they help themselves.”

MALAY

Dan benda-benda yang kamu sembah selain Allah, tidak akan dapat menolong kamu, bahkan tidak dapat menolong dirinya sendiri.

 

 

وَالَّذينَ تَدعونَ مِن دونِهِ لا يَستَطيعونَ نَصرَكُم

Dan benda-benda yang kamu sembah selain Allah, tidak akan dapat menolong kamu, 

Ketahuilah, roh-roh yang kamu seru itu, sama ada Nabi, wali, malaikat atau jin, mereka tidak mampu pun menolong kamu pun. Sia-sia sahaja kalau kamu meletakkan pengharapan kepada mereka. Semuanya adalah ma’bud bathil sahaja, buang masa sahaja.

 

 

وَلا أَنفُسَهُم يَنصُرونَ

bahkan tidak dapat menolong dirinya sendiri.

Bagaimana mungkin mereka boleh menolong kamu, sedangkan diri mereka sendiri pun mereka tidak boleh bantu. Banyak kali Allah ﷻ mengulang-ulang tentang perkara akidah ini kerana Al-Qur’an sedang bercakap kepada kaum yang degil (Musyrikin Mekah) yang tidak mahu mendengar kebenaran. Maka mereka kena diberitahu berkali-kali supaya masuk sikit ke dalam benak mereka itu.

Begitulah juga kepada orang kita pun, ramai yang masih tidak faham-faham tentang kesalahan syirik ini kerana mereka tidak mahir tentang tauhid. Terlalu banyak amalan mereka yang jelas-jelas syirik dan ada yang mungkin termasuk dalam syirik. Apabila kita ingatkan mereka, banyak betul hujah mereka untuk membenarkan juga amalan mereka itu. Mereka sanggup menggadaikan kedudukan mereka di akhirat kelak.


 

A’raf Ayat 198:

وَإِن تَدعوهُم إِلَى الهُدىٰ لا يَسمَعوا ۖ وَتَرىٰهُم يَنظُرونَ إِلَيكَ وَهُم لا يُبصِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And if you invite them to guidance, they do not hear; and you see them looking at you while they do not see.

MALAY

Dan jika kamu menyeru benda-benda (yang kamu sembah) itu untuk mendapat petunjuk (daripadanya), mereka tidak dapat mendengarnya; dan engkau nampak benda-benda itu memandangmu padahal mereka tidak melihat.

 

 

وَإِن تَدعوهُم إِلَى الهُدىٰ لا يَسمَعوا

Dan jika kamu menyeru benda-benda (yang kamu sembah) itu untuk mendapat petunjuk (daripadanya), mereka tidak dapat mendengarnya;

Sekiranya manusia seru kepada sembahan-sembahan selain Allah ﷻ itu, minta kepada hidayat, mereka yang diseru itu tidak dapat mendengar pun. Maka ia adalah perbuatan sia-sia sahaja.

 

 

وَتَرىٰهُم يَنظُرونَ إِلَيكَ وَهُم لا يُبصِرونَ

dan engkau nampak benda-benda itu memandangmu padahal mereka tidak melihat.

Sekiranya patung itu ada diukir mata padanya, nampak seperti mereka melihat kita, namun pastinya patung itu tidak melihat pun kepada kita. Itu bukannya mata betul pun dan Musyrikin Mekah sendiri tahu akan perkara ini.

Allah ﷻ mahu membatalkan fahaman syirik yang berlaku dalam kalangan masyarakat Mekah yang menyeru selain Allah ﷻ untuk menyelesaikan masalah mereka. Allah ﷻ mahu beritahu yang perbuatan mereka itu sia-sia sahaja, kerana mereka tidak mendengar dan tidak melihat pun.

Begitulah juga kepada masyarakat kita yang masih tidak faham hal syirik ini dan kerana itu mereka menyeru Nabi, wali dan malaikat. Mereka yang diseru selain Allah ﷻ itu tidak mendengar pun seruan sekalian manusia itu. Maka sia-sia sahaja seruan itu.

Antara akidah sesat orang Muslim yang mengaku Muslim adalah seperti Brelvi yang mengatakan Nabi Muhammad ﷺ Hadhir dan Nadhir (Hadir dan Melihat). Kerana itu mereka puja Rasulullah ﷺ dengan berbagai-bagai amalan sesat. Sedangkan Rasulullah ﷺ sudah wafat dan sekarang di alam barzakh dan tidak dapat melihat kita. Urusan kita dan baginda hanya Selawat sahaja. Maka janganlah kita reka fahaman-fahaman baru antara kita dan baginda. Tidak perlu untuk sedekah Fatihah kepada baginda. Namun fahaman Brelvi dan tariqat sesat mengatakan kalau kita Selawat, Nabi datang pula ke majlis kita. Malah mereka yakin Nabi ﷺ boleh membantu mereka, seolah-olah baginda khadam mereka pula.


 

RAHMAT DAN TOLERANSI

A’raf Ayat 199: Apakah tindakan kita kepada mereka yang degil ini? Tindakan kita hendaklah dengan akhlak yang mulia.

خُذِ العَفوَ وَأمُر بِالعُرفِ وَأَعرِض عَنِ الجٰهِلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Take what is given freely,¹ enjoin what is good, and turn away from the ignorant.

  • From the dispositions of men or from their wealth. In other words, be easy in dealing with them and avoid causing them difficulty.

MALAY

Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).

 

 

خُذِ العَفوَ

Jadilah engkau pemaaf,

Berpeganglah dengan kemaafan. Seandainya mereka masih degil juga tidak mahu berpegang kepada tauhid, setelah banyak kali kita ingatkan mereka, maka biarkanlah sahaja mereka. Ini kerana tidak ada paksaan dalam agama. Kita hanya boleh sampaikan sahaja.

Di dalam ayat ini Allah ﷻ memerintahkan Nabi ﷺ agar bersifat pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi orang-orang musyrik selama sepuluh tahun (surah ini diturunkan di hujung-hujung masa baginda di Mekah sebelum hijrah). Kemudian Nabi ﷺ diperintahkan untuk bersikap kasar terhadap mereka (apabila arahan berperang nanti setelah Muslim kuat di Madinah nanti). Pendapat inilah yang dipilih oleh Ibnu Jarir. Ini dikuatkan dengan sebuah hadith,

 

عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ يَعْنِي ابْنَ الزُّبَيْرِ فِي قَوْلِهِ { خُذْ الْعَفْوَ } قَالَ أُمِرَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَأْخُذَ الْعَفْوَ مِنْ أَخْلَاقِ النَّاسِ

Daripada Hisyam bin Urwah daripada Bapanya daripada Abdullah -maksudnya Abdullah bin Az Zubair- tentang firman Allah: ‘(dan berikanlah maaf) ‘ – Al A’raf: 177-, dia berkata, “Nabi diperintahkan untuk selalu memberi maaf kepada manusia dengan berbagai macam akhlaknya.”

(Sahih Bukhari (4155))

 

Akhlak ini telah terbukti sebagaimana ketika baginda menakluk Mekah, baginda memaafkan hampir keseluruhan penduduk Mekah yang tidak beriman dahulu dan telah menentang baginda. Kecuali beberapa daripada mereka yang tidak dimaafkan.

Ini adalah sunnah – kita belajar bagaimana Nabi Muhammad ﷺ begitu pemaaf dan lembut dalam dakwah baginda. Memang Allah ﷻ layak untuk murka kepada mereka yang mengamalkan syirik, tetapi kita kena ada berperasaan lemah lembut terhadap manusia. Ini kerana kita sedang berdakwah dan sikap yang lembut penting dalam dakwah. Manusia bukan mendengar apa yang kita cakap sahaja tetapi mereka juga melihat dan menilai sikap kita terhadap mereka. Kalau kita nampak bengis, mereka sudah mempunyai alasan untuk menolak dakwah kita pula.

Sekalipun hal ini merupakan perintah kepada Nabi-Nya, sesungguhnya hal ini juga merupakan pelajaran bagi makhluk-Nya untuk bersikap sabar dalam menghadapi gangguan orang-orang yang berbuat aniaya kepada mereka dan memusuhi mereka. Sebagaimana kita apabila berhadapan dengan puak yang ada fahaman dan amalan syirik bid’ah ini, pening kepala juga melayan kerenah mereka. Maka ambillah sikap ini, maafkanlah mereka. Walaupun mereka bersikap kasar terhadap kita.

Begitulah yang terjadi kepada Saidina Umar al-Khattab رضي الله عنه seperti disebut di dalam Sahih Bukhari apabila beliau diingatkan dengan ayat ini:

أَنَّ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَدِمَ عُيَيْنَةُ بْنُ حِصْنِ بْنِ حُذَيْفَةَ فَنَزَلَ عَلَى ابْنِ أَخِيهِ الْحُرِّ بْنِ قَيْسٍ وَكَانَ مِنْ النَّفَرِ الَّذِينَ يُدْنِيهِمْ عُمَرُ وَكَانَ الْقُرَّاءُ أَصْحَابَ مَجَالِسِ عُمَرَ وَمُشَاوَرَتِهِ كُهُولًا كَانُوا أَوْ شُبَّانًا فَقَالَ عُيَيْنَةُ لِابْنِ أَخِيهِ يَا ابْنَ أَخِي هَلْ لَكَ وَجْهٌ عِنْدَ هَذَا الْأَمِيرِ فَاسْتَأْذِنْ لِي عَلَيْهِ قَالَ سَأَسْتَأْذِنُ لَكَ عَلَيْهِ قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ فَاسْتَأْذَنَ الْحُرُّ لِعُيَيْنَةَ فَأَذِنَ لَهُ عُمَرُ فَلَمَّا دَخَلَ عَلَيْهِ قَالَ هِيْ يَا ابْنَ الْخَطَّابِ فَوَاللَّهِ مَا تُعْطِينَا الْجَزْلَ وَلَا تَحْكُمُ بَيْنَنَا بِالْعَدْلِ فَغَضِبَ عُمَرُ حَتَّى هَمَّ أَنْ يُوقِعَ بِهِ فَقَالَ لَهُ الْحُرُّ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى قَالَ لِنَبِيِّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ { خُذْ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنْ الْجَاهِلِينَ } وَإِنَّ هَذَا مِنْ الْجَاهِلِينَ وَاللَّهِ مَا جَاوَزَهَا عُمَرُ حِينَ تَلَاهَا عَلَيْهِ وَكَانَ وَقَّافًا عِنْدَ كِتَابِ اللَّهِ

Daripada Ibnu ‘Abbas رضی اللہ عنھما berkata; Uyainah bin Hishan bin Hudzafah datang, lalu singgah di rumah anak saudaranya iaitu Al Hurr bin Qais. Beliau adalah salah seorang yang dekat dengan Umar رضي الله عنه, salah seorang Qari di Majlis Umar dan dewan syuranya. Baik ketika dia masih muda mahupun sudah tua. Uyainah berkata kepada anak saudaranya; Wahai anak saudaraku, apakah kamu ada hubungan dengan Amirul Mukminin, izinkanlah aku menemuinya. Al Hurr berkata; Aku akan memintakan izin untukmu. Ibnu Abbas رضی اللہ عنھما berkata; Maka Al Hurr meminta izin untuk Uyainah agar dapat menemui Umar رضي الله عنه, Umar رضي الله عنه pun mengizinkannya. Tatkala beliau masuk, beliau berkata; Wahai Ibnul Khatthab, demi Allah, anda tidak memenuhi hak kami, dan tidak bersikap adil kepada kami. Maka Umar رضي الله عنه pun marah, hampir saja beliau akan memukulnya. Lalu Al Hurr berkata kepadanya; Wahai Amirul Mukminin, Sesungguhnya Allah تَعَالَى berfirman kepada Nabi: Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh. Dan ini adalah orang-orang yang bodoh. Ibnu Abbas رضی اللہ عنھما berkata; maka demi Allah, Umar رضي الله عنه pun tidak menyakitinya ketika ayat itu dibacakan kepadanya. Beliau berhenti ketika mendengar Kitabullah.

(Sahih Bukhari (4276))

 

Akan tetapi pengertiannya bukan bererti berpaling terus daripada orang-orang yang tidak mengerti perkara yang hak lagi wajib. Ini termasuk hak Allah ﷻ, tidak pula bersikap toleransi terhadap orang-orang yang ingkar kepada Allah ﷻ, tidak mengetahui keesaan-Nya, maka hal tersebut harus diperangi oleh kaum Muslim. Kita tetap harus terus berdakwah kepada mereka. Cuma kenalah pandai menilai bilakah masa berlembut dan bilakah pula kita kena berkeras. Ini memang payah hendak ditentukan maka mereka yang sedang berada dalam suasana itu yang perlu menilainya sendiri.

Oleh kerana kalimah عَفوَ mempunyai banyak maksud, maka ada lagi tafsiran lain bagi ayat ini. Salah satunya adalah ‘mudahkan’ iaitu jangan menekan sangat. Maksudnya Rasulullah ﷺ jangan memaksa para sahabat dan umat Islam melakukan sesuatu yang mereka tidak boleh capai. Ada orang boleh buat lebih, ada orang tahapnya rendah sahaja. Maka begitulah kita dengan kawan, keluarga atau anak-anak kita. Jangan paksa mereka.

 

 

وَأمُر بِالعُرفِ

dan suruhlah dengan perkara yang baik,

Teruslah berdakwah dengan memberitahu perkara yang betul tentang syariat kepada mereka. Kena jalankan amar makruf nahi mungkar berterusan. Tegur tetap kena tegur walaupun ramai tidak suka dengan teguran.

Perkara ‘makruf’ bermaksud perkara yang memang telah diketahui sebagai baik dan perkara itu disokong oleh syariat. Maka ia sudah jelas sebenarnya sampai sepatutnya tidak perlu dijelaskan sangat kerana manusia memang sudah tahu mana baik dan mana buruk sebenarnya. Cuma perlu diingatkan sahaja kerana manusia mudah lupa.

 

 

وَأَعرِض عَنِ الجٰهِلينَ

serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil

Jangan peduli terhadap sambutan dan balasan daripada orang yang jahil. Mereka yang menentang, pasti akan berkata dengan perkataan yang bodoh, kerana mereka tiada ilmu. Mereka yang tidak suka dengan dakwah kita, akan ada sahaja yang memaki, mencarut dan ada yang menuduh dengan pelbagai tuduhan.

Jangan dilayan kata-kata mereka, kerana kalau dilayan, lagilah mereka akan naik minyak kerana mereka sudah dapat ‘tangkap’ kita. Apabila kita tidak layan persoalan bodoh mereka, tentu mereka sendiri yang akan berasa ‘kepanasan’. Kalau kita sibuk melayan kebodohan mereka, kita sendiri terjerumus dalam kebodohan dan ini hanya membuang masa kita. Adalah lebih baik, kita layan mereka yang mahu mendengar dan ikhlas untuk mengetahui.

Oleh itu, tinggalkan sahaja mereka yang jahil itu tetapi dengan cara yang baik seperti disebut dalam Furqan:63

وَعِبادُ الرَّحمٰنِ الَّذينَ يَمشونَ عَلَى الأَرضِ هَونًا وَإِذا خاطَبَهُمُ الجٰهِلونَ قالوا سَلٰمًا

Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah diri dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan.

Maknanya tidaklah kita membalas makian mereka, tetapi tinggalkan mereka dengan kata-kata yang baik, siap beri salam lagi kepada mereka.

Ayat ini mengajar kita menjaga muru’ah (maruah) kita sebagai penuntut ilmu. Jangan kita melakukan perkara yang menyebabkan nama kita buruk.

Pernah ditanyakan kepada Abu Muhammad Sufyan bin ‘Uyainah, “Engkau selalu ber-istinbath daripada Al-Qur’an untuk seluruh perkara, maka ayat mana yang menyebutkan perkara muru’ah di situ?” Maka beliau menjawab, “Iaitu dalam firman Allah, ‘berilah maaf. Perintahkan yang makruf. Dan berpalinglah daripada orang-orang jahil’ (A’raf ayat 199) maka di situ ada perkara muru’ah, adab yang baik serta akhlak yang mulia.”

Juga telah diriwayatkan,

وَقَالَ جَعْفَر الصَّادِق: لَيْسَ فِي الْقُرْآن آيَة أجمع لمكارم الْأَخْلَاق مِنْهَا

Dan telah berkata Ja’far as-Siddiq: tidaklah di dalam mana-mana ayat di dalam Al-Qur’an yang paling lengkap tentang kesempurnaan akhlaq selain daripadanya.

Jelas sekali ayat ini merangkumi akhlak kita terhadap semua manusia. Secara umumnya manusia terbahagi kepada dua, yang baik dan yang buruk. Kedua-dua kumpulan ini disentuh di dalam ayat ini. Allah ﷻ ajar kita untuk berakhlak baik kepada kedua-duanya:

1. Bagi golongan yang baik, maka kita jangan beratkan mereka. Jangan suruh mereka buat perkara yang mereka tidak mampu dan jangan kita periksa sangat apa yang mereka lakukan. Terima sahaja amalan mereka seadanya.

2. Kepada yang melakukan keburukan, ajaklah mereka dengan baik ke arah kebaikan dan perbuatan yang makruf. Ajarlah mereka dan jika mereka enggan dan mula membalas dengan kata-kata nista, maka jangan layan mereka dan berpisahlah daripada mereka. Jangan balas kata-kata buruk mereka dengan kata-kata buruk pula. Jangan dilawan api dengan api. Semoga dengan sikap kita yang lembut dan tentang ini menyebabkan mereka mendapat diberi hidayah oleh Allah ﷻ dan mengubah sikap mereka dan amalan mereka.


 

BISIKAN JAHAT

A’raf Ayat 200: Bagaimana sikap kita sekiranya ajakan amar makruf nahi mungkar kita dibalas dengan kata-kata buruk dan penolakan daripada manusia?

وَإِمّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيطانِ نَزغٌ فَاستَعِذ بِاللَّهِ ۚ إِنَّهُ سَميعٌ عَليمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And if an evil suggestion comes to you from Satan, then seek refuge in Allāh. Indeed, He is Hearing and Knowing.

MALAY

Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

 

 

وَإِمّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيطانِ نَزغٌ

Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada Syaitan,

Kalimah نَزْغُن bermaksud apa-apa yang boleh menyebabkan kita menjadi marah. Dalam kita berdakwah kepada manusia, ada keadaan berlaku perkara yang mengganggu jiwa yang datang daripada bisikan syaitan. Kita sibuk berdakwah, namun ada juga yang mengganggu, mencaci kita, mengutuk kita, menghina kita dan sengaja bertanya soalan yang bodoh, sampai menyebabkan kita menjadi marah, benci dan sebagainya. Kita hendak ajak dia ke arah kebaikan, tetapi dia balas dengan kata-kata nista pula. Ini memang biasa sahaja terjadi kalau sudah mula berdakwah.

Memang panas hati kita kalau dibalas begitu. Namun ingatlah jangan kita ‘sembur’ mereka pula dengan mengeluarkan kata-kata nista. Ini kerana sekiranya marah tidak dikawal, entah apa yang kita akan ucapkan dari mulut kita dan riak wajah kita. Itu semua adalah kerana bisikan dan hasutan daripada syaitan yang mengapi-apikan perasaan kita (“Takkan kamu nak biar dia cakap macam itu????). Syaitan mahu orang benci dengan kita disebabkan oleh sikap panas baran kita. Syaitan sememangnya pandai menggunakan emosi marah.

Sehubungan dengan pengertian ini disebutkan di dalam firman-Nya:

{وَقُلْ لِعِبَادِي يَقُولُوا الَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنزغُ بَيْنَهُمْ}

Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku, “Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. [Al-Isra: 53]

Apabila ini berlaku, Allah ﷻ ajar apa yang seharus kita lakukan.

 

 

فَاستَعِذ بِاللَّهِ

maka mintalah perlindungan kepada Allah,

Jika terdapat godaan daripada syaitan supaya kita marah kepada orang yang menolak kebenaran, maka cepat-cepatlah berlindung dengan Allah ﷻ daripada marah yang datang daripada syaitan itu. Ucaplah:

 

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانِ وَهَامَّةٍ وَمِن كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ

Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan setiap syaitan, setiap binatang, dan dari setiap mata jahat,”

 

dan lafaz-lafaz yang sewaktu dengannya. Tidak semestinya dengan lafaz di atas.

Telah disebutkan sebuah hadith tentang dua orang lelaki yang saling mencaci di hadapan Rasulullah ﷺ. Kemudian salah seorangnya marah, sehingga hidungnya mekar kerana emosinya. Maka Rasulullah ﷺ bersabda:

سُلَيْمَانُ بْنُ صُرَدٍ قَالَ اسْتَبَّ رَجُلَانِ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَعَلَ أَحَدُهُمَا يَغْضَبُ وَيَحْمَرُّ وَجْهُهُ فَنَظَرَ إِلَيْهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ إِنِّي لَأَعْلَمُ كَلِمَةً لَوْ قَالَهَا لَذَهَبَ ذَا عَنْهُ أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ فَقَامَ إِلَى الرَّجُلِ رَجُلٌ مِمَّنْ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَتَدْرِي مَا قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ آنِفًا قَالَ إِنِّي لَأَعْلَمُ كَلِمَةً لَوْ قَالَهَا لَذَهَبَ ذَا عَنْهُ أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ فَقَالَ لَهُ الرَّجُلُ أَمَجْنُونًا تَرَانِي

Daripada Sulaiman bin Shurad dia berkata; “Pada suatu hari ada dua orang laki-laki yang saling mencaci maki di sisi Rasulullah ﷺ. Kemudian salah seorang di antara keduanya marah dan merah mukanya. Lalu Rasulullah ﷺ melihatnya dan berkata: ‘Sungguh aku mengetahui satu kalimat yang seandainya diucapkan, maka marahnya akan hilang. Audzu billahi minasy-syaithaainir rajiim (Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk).’ Setelah itu, orang yang marah itu didekati oleh seseorang yang telah mendengar ucapan Rasulullah ﷺ dan ia berkata kepadanya; ‘Mengertikah kamu apa yang telah diucapkan Rasulullah ﷺ tadi? Sesungguhnya Rasulullah ﷺ telah bersabda: ‘Sungguh aku mengetahui satu kalimat yang seandainya diucapkan, maka nafsu amarahnya akan hilang. Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk.’ Orang laki-laki yang marah tersebut berkata; ‘Apakah kamu menganggap aku sudah gila?

(Sahih Muslim (4726))

Kita kena tahan kemarahan kita yang mula timbul kerana ada marah yang tidak patut. Kita tidak boleh marah tidak tentu pasal hanya kerana orang yang tidak boleh atau mahu menerima kebenaran. Kita haruslah ingat yang bukanlah tugas kita untuk memberi hidayah kepada mereka, untuk menjaga mereka. Tugas kita hanya menyampaikan sahaja.

Jika kita marah, ia tidak elok dalam rangka dakwah kerana orang akan lari daripada kita. Lainlah kalau mereka itu di bawah jagaan kita, maka kita bolehlah marah mereka. Contohnya, anak isteri kita. Akan tetapi sekiranya orang yang ingkar itu bukan bawah jagaan kita, kita tidak rugi pun jika mereka tidak ikut kita. Kita masih mendapat pahala kerana kita sudah dakwah kepada dia.

Kita kenalah pandai menilai keadaan kerana ada keadaan yang membolehkan kita marah. Ini kerana jika tidak marah, tidak ada perasaan langsung, itu bagaikan lembu dan keldai pula. Sebagai contoh kalau anak-anak kita tidak taat kepada Allah ﷻ, maka kita kenalah marah mereka dan tidak boleh dibiarkan sahaja.

Di dalam ayat ini kita diingatkan untuk meminta perlindungan (daripada syaitan) kepada Allah (فَاستَعِذ بِاللَّهِ). Malah dalam banyak ayat Allah ﷻ ajar Rasulullah ﷺ untuk meminta perlindungan kepada-Nya seperti di dalam Nas:1

قُل أَعوذُ بِرَبِّ النّاسِ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.

Maka hendaklah kita meminta kepada-Nya dan meletakkan diri kita di bawah lindungan-Nya. Kerana apa? Kerana kita makhluk yang lemah malah dalam setiap perkara, bukan hanya perlindungan. Kalau Nabi ﷺ pun minta terus kepada Allah ﷻ, maka kita pun kenalah minta terus kepada Allah ﷻ. Janganlah pula minta kepada Nabi, wali, malaikat atau jin. Ramai juga orang kita yang melakukan perkara ini dan ia adalah syirik kerana meminta kepada selain Allah ﷻ. Ini adalah kerana kejahilan wahyu Al-Qur’an sampaikan banyak yang berani meminta kepada sana dan sini (selain Allah ﷻ).

Baru-baru ini timbul isu viral tentang seorang wanita yang agak popular di media sosial meminta pertolongan kepada malaikat. Ramai yang sedar dan menolak, namun ramai juga yang menyokong permintaan itu. Berbagai hujah diberikan. Cuma hujah kita, kalau ada elemen syirik, maka tinggalkan sahajalah. Jangan gadaikan kedudukan di akhirat kelak dengan perkara sebegini. Minta sahaja kepada Allah ﷻ dan sekiranya Allah ﷻ arahkan malaikat untuk bantu, itu urusan Allah ﷻ (kerana Allah ﷻ tidak perlu pun malaikat untuk bantu kita).

Kenapa kena minta tolong kepada Allah ﷻ apabila berkenaan syaitan? Kerana dengan syaitan bukan boleh bawa berbincang. Sedangkan Rasulullah ﷺ pun disuruh berlindung dengan Allah ﷻ, maka apatah lagi kita? Buang masa sahaja berurusan dengan syaitan supaya jangan ganggu kita, minta dia rehat sekejap, gertak dan sebagainya. Ini berbeza dengan manusia yang kita sepatutnya bawa berbincang dengan mereka seperti firman Allah ﷻ di dalam Fussilat: 34

 

ادفَع بِالَّتي هِيَ أَحسَنُ فَإِذَا الَّذي بَينَكَ وَبَينَهُ عَدٰوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَميمٌ

Tolaklah (kejahatan) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.

 

Dengan manusia kita gunakan percakapan, hujah yang baik dan ramah mesra kerana kita hendak beli jiwa mereka, terutama sekali di dalam dakwah. Jika ada perkelahian dan kita menanganinya dengan baik, maka yang mulanya bermusuh pun boleh jadi rapat. Konsep dan cara yang sama tidak boleh langsung digunakan dengan jin syaitan.

Ini adalah kerana syaitan telah berikrar menjadi musuh yang nyata dan tidak ada penghujungnya kepada manusia. Tidak kurang daripada 5 kali ayat إِنَّهُ لَكُم عَدُوٌّ مُّبينٌ (kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu) disebut di dalam Al-Qur’an. Antaranya Baqarah: 168, Baqarah: 208, An’am: 142, Yaasen: 60, Zukhruf: 63. Ada penekanan eksklusif apabila kalimah لَكُم ditaqdimkan (didahulukan) di dalam ayat itu. Ia bermaksud mereka itu tidak ada kerja lain tetapi jadi musuh kita sahaja sepanjang masa.

Juga Allah ﷻ sebut pengajaran yang sama di dalam Mukminoon: 96-98

ادفَع بِالَّتي هِيَ أَحسَنُ السَّيِّئَةَ ۚ نَحنُ أَعلَمُ بِما يَصِفونَ

Tolaklah perbuatan buruk mereka dengan yang lebih baik. Kami lebih mengetahui apa yang mereka sifatkan.

وَقُل رَّبِّ أَعوذُ بِكَ مِن هَمَزٰتِ الشَّيٰطينِ

Dan katakanlah: “Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau daripada bisikan-bisikan syaitan.

وَأَعوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحضُرونِ

Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, daripada kedatangan mereka kepadaku”.

Dapat dilihat di sini di dalam ayat daripada Surah Mukminoon ini ada doa yang kita boleh amalkan. Iaitu kita baca رَّبِّ أَعوذُ بِكَ مِن هَمَزٰتِ الشَّيٰطينِ. وَأَعوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحضُرونِ. Perumpamaannya begini: kalau ada sekawan anjing menyalak-nyalak kita, kita tidak dapat hendak menyuruh mereka senyap dan tinggalkan kita. Cara paling baik adalah dengan memanggil tuannya dan tuannya sendiri memanggil anjingnya balik. Maka siapakah tuan kepada syaitan-syaitan ini? Itulah Allah ﷻ, kerana Allah ﷻ yang menjadikan mereka dan Allah ﷻ boleh mengawal mereka.

Bukannya mengamalkan doa-doa dan zikir khusus untuk menghalang syaitan. Atau bawa tangkal, cincin dan sebagainya. Malah bukanlah dengan ditampal ayat-ayat Al-Qur’an di dinding rumah dan pejabat. Atau bawa buku Yaasin dalam kereta atau paling karut, bawa kitab Sahih Bukhari pula di dalam kereta. Ini tidak ada dalil dan sebenarnya adalah perbuatan yang bid’ah.

Cuba jawab persoalan ini: Ketika zaman Nabi dan sahabat dulu, apakah ayat yang mereka gantung di rumah mereka? Tidak ada, bukan? Akan tetapi syaitan takut sahaja kepada Rasulullah ﷺ dan sahabat seperti Sayyidina Umar رضي الله عنه. Sebaliknya kita sekarang merata-rata ada ditampal ayat Al-Qur’an namun jin syaitan sedikit pun tidak hairan kerana kita hanya setakat tampal sahaja ayat-ayat itu tetapi tidak faham dan tidak amalkan pun apa yang ada di dalam ayat itu.

 

 

إِنَّهُ سَميعٌ عَليمٌ

sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Mintalah perlindungan dengan Allah ﷻ daripada syaitan kerana Allah ﷻ tahu apa yang terjadi setelah kita sampaikan wahyu. Allah ﷻ dengar permintaan kita itu. Tidak ada senjata yang lebih hebat daripada berlindung dengan Allah ﷻ.

Allah ﷻ juga mendengar apa yang dikatakan oleh penentangan kebenaran. Namun kena juga ingat, Allah ﷻ tahu jika kita membalas kata-kata mereka dengan kemarahan.

Maka ayat ini mengajar kita untuk berdoa kepada Allah ﷻ untuk meminta perlindungan. Dalam apa-apa doa pun, pra-syarat yang utama adalah taat kepada Allah ﷻ. Malu kita kalau kita meminta kepada Allah ﷻ, tetapi arahan-Nya kita tidak ikut.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 24 Julai 2023

Ringkasan Surah A’raf


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Ustaz Abdul Muien

Ustaz Solahuddin

Maariful Qur’an

Tafsir Surah A’raf Ayat 191 – 196 (Selain Allah ﷻ tiada kuasa)

ILAH-ILAH JADIAN YANG LEMAH

A’raf Ayat 191: Selepas ini Allah ﷻ banyak beri hujah tentang bodohnya perbuatan syirik.

أَيُشرِكونَ ما لا يَخلُقُ شَيئًا وَهُم يُخلَقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Do they associate with Him those who create nothing and they are [themselves] created?

MALAY

Patutkah mereka sekutukan Allah dengan benda-benda yang tidak dapat menciptakan sesuatu pun, sedang benda-benda itu sendiri diciptakan?

 

Kalimah أَيُشرِكونَ adalah di dalam bentuk istifham (soalan) akan tetapi ayat ini bukan ayat pertanyaan kerana ia adalah istifham majazi (bentuk soalan) sahaja (bukan istifham mutlaq). Maka ia adalah kalimah ta’jub. Soalan yang berbunyi kehairanan kenapa mereka sanggup menyekutukan Allah ﷻ, sedangkan yang disembah (ma’bud) itu tidak boleh mencipta apa-apa pun (walaupun nyamuk), malah mereka sendiri pun dicipta. Ini seperti juga di dalam firman Allah ﷻ dalam ayat lainnya:

{يَا أَيُّهَا النَّاسُ ضُرِبَ مَثَلٌ فَاسْتَمِعُوا لَهُ إِنَّ الَّذِينَ تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ لَنْ يَخْلُقُوا ذُبَابًا وَلَوِ اجْتَمَعُوا لَهُ وَإِنْ يَسْلُبْهُمُ الذُّبَابُ شَيْئًا لَا يَسْتَنْقِذُوهُ مِنْهُ ضَعُفَ الطَّالِبُ وَالْمَطْلُوبُ * مَا قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ}

Hai manusia, telah dibuatkan perumpamaan, maka dengarkanlah oleh kalian perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kalian seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu daripada mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari[ada  lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah Mereka tidak mengenal Allah dengan sebenar-benarnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha kuat lagi Maha perkasa. (Al-Hajj: 73-74)

Oleh hal yang demikian, sembahlah Allah ﷻ sahaja kerana Dia sahaja yang boleh mencipta. Ini seperti disebut dalam Baqarah: 21

يٰأَيُّهَا النّاسُ اعبُدوا رَبَّكُمُ الَّذي خَلَقَكُم وَالَّذينَ مِن قَبلِكُم لَعَلَّكُم تَتَّقونَ

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.

Jangan sangka ayat ini diberikan kepada orang kafir sahaja kerana terdapat ramai orang Islam yang tidak faham konsep syirik yang mengamalkan syirik tanpa mereka sedari. Ini adalah kerana mereka jahil dengan ajaran wahyu. Ayat ini tidak sebut pun secara spesifik perbuatan syirik yang dilakukan, maka ia boleh merangkumi segala amalan syirik yang dilakukan oleh manusia. Ketika zaman Nabi ﷺ dahulu Musyrikin Mekah menyembah berhala.

Namun sekarang sudah ada banyak perkara lain yang disembah. Begitu teruk sekali sehingga orang India sembah tikus pun ada! Antara kesyirikan yang banyak dilakukan adalah dengan berdoa menggunakan tawasul kepada wali, Nabi dan malaikat. Ini banyak sekali dilakukan oleh masyarakat kita tanpa mereka sedari yang mereka sedang melakukan syirik. Memang kita tidak sembah patung atau berhala atau pokok, tetapi masih ada lagi amalan syirik yang dilakukan tanpa sedar. Antaranya ada yang  minta tolong kepada orang mati dalam kubur.


 

A’raf Ayat 192: Kenapa sia-sia minta tolong kepada ma’bud bathil?

وَلا يَستَطيعونَ لَهُم نَصرًا وَلا أَنفُسَهُم يَنصُرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they [i.e., the false deities] are unable to [give] them help, nor can they help themselves.

MALAY

Dan benda-benda itu tidak dapat menolong mereka, dan tidak juga dapat menolong dirinya sendiri.

 

Kenapakah ada manusia yang sanggup menyekutukan Allah ﷻ, sedangkan selain daripada Allah ﷻ tidak ada kuasa langsung untuk membantu dan yang disembah itu pun tidak dapat membantu diri mereka sendiri? Kita dalam melakukan sesuatu, sepatutnya adalah tujuan dan faedah yang kita boleh dapat, bukan? Namun kalau selain Allah ﷻ, apakah faedah yang boleh bawakan kepada kita?

Maka itu adalah hujah yang amat kuat sekali bagi orang yang menggunakan akal. Berhala dan sembahan selain Allah ﷻ itu bukannya boleh membantu apa-apa pun. Malah diri mereka sendiri pun mereka tidak boleh bantu dan selamatkan! Kita pun selalu dengar kisah bagaimana Nabi Ibrahim عليه السلام telah merosakkan berhala-berhala kaumnya dan meletakkan kapak itu pada berhala yang besar. Lihatlah mereka tiada upaya untuk berbuat apa-apa walaupun mereka dihancurkan.

Hal yang sama pernah dilakukan oleh Mu’az ibnu Amr ibnul Jamuh dan Mu’az ibnu Jabal رضی اللہ عنھما (dua Mu’az) ketika keduanya masih muda dan telah masuk Islam, iaitu apabila Rasulullah ﷺ telah tiba di Madinah. Keduanya merosakkan berhala-berhala orang-orang musyrik di malam hari, iaitu dengan memecahkannya dan menjadikannya sebagai kayu bakar buat para janda, agar kaumnya mahu mengambil pelajaran daripada hal tersebut dan menyalahkan diri mereka sendiri.

Disebutkan bahawa seorang lelaki bernama Amr ibnul Jamuh رضي الله عنه, seorang pemimpin dalam kalangan kaumnya, mempunyai sebuah berhala yang menjadi sembahannya, beliau selalu memberikan berhalanya itu wangian. Tersebut pula bahawa keduanya (Mu’az ibnu Amr ibnul Jamuh dan Mu’az ibnu Jabal رضی اللہ عنھما) selalu datang kepadanya di malam hari, lalu membalikkan berhala itu dengan kepala di bawah dan melumurinya dengan kotoran haiwan. Ketika Amr ibnul Jamuh رضي الله عنه melihat apa yang dilakukan terhadap berhalanya itu, maka beliau memandikannya dan memberinya lagi wangian, lalu meletakkan sebilah pedang di sisi berhala itu seraya berkata kepadanya, “Belalah dirimu!”

Mu’az ibnu Amr Ibnu Jamal dan Mu’az ibnu Jabal رضی اللہ عنھما kembali melakukan hal itu terhadap berhala tersebut dan Amr Ibnul Jamuh رضي الله عنه pun kembali melakukan hal yang sama (yakni membersihkan dan memberinya wewangian). Kemudian pada akhirnya keduanya mengambil berhala itu dan mengikatnya bersama bangkai seekor anjing, lalu menggantungkannya dengan seutas tali di atas sebuah sumur yang ada di tempat itu. Ketika Amr ibnul Jamuh رضي الله عنه datang dan melihat hal tersebut, beliau mula berfikir dan sampailah pada suatu kesimpulan bahawa agama yang dipeluknya itu adalah batil. Lalu beliau membacakan sebuah syair:

تَالله لَوْ كُنتَ إِلَها مُسْتَدن … لَمْ تَكُ والكَلْبُ جَمِيعًا فِي قَرنْ

Demi Allah, seandainya kamu adalah tuhan yang disembah, nescayalah kamu dan anjing tidak dapat dikumpulkan bersama-sama.

Akhirnya Amr ibnul Jamuh memeluk Islam dan mengamalkan Islam dengan baik, dan kemudiannya beliau gugur syahid dalam perang Uhud; semoga Allah ﷻ melimpahkan redha-Nya kepadanya dan memberinya pahala yang memuaskannya, serta menjadikan syurga Firdaus sebagai tempat tinggalnya.

Oleh itu, sekiranya Allah ﷻ sahaja yang ada kuasa dan sembahan lain tidak ada kuasa, kenapa ramai dalam kalangan kita, termasuk orang Islam sendiri yang meminta tolong kepada selain daripada Allah ﷻ? Sebagai contoh, puak Habib yang datang dari Yaman itu, dengan jelas sekali meminta tolong kepada Nabi Muhammad ﷺ, kepada ahli kubur (yang mereka dakwa sebagai wali) dan sebagainya. Sedangkan ahli kubur itu tidak ada kuasa pun untuk membantu kerana mereka sendiri pun sudah mati?

Malangnya ramai orang kita ikut mereka. Sedarlah wahai umat Islam sekalian, jangan tertipu dengan ajaran-ajaran yang sesat, sama ada diajar dari dalam negara atau yang dibawa masuk dari luar. Jangan tertipu dengan perawakan baik yang ditonjolkan oleh manusia sedangkan ajaran yang dibawa adalah sesat!

Sebenarnya yang menyembah selain Allah ﷻ ini adakah mereka sembah saja-saja atau mereka berharap sesuatu? Tentulah berharap sesuatu, bukan? Allah ﷻ sebut di dalam Yaasin: 74-75

وَاتَّخَذوا مِن دونِ اللهِ آلِهَةً لَّعَلَّهُم يُنصَرونَ

Dan mereka menyembah beberapa ilah yang lain daripada Allah, dengan harapan semoga mereka mendapat pertolongan (daripada makhluk-makhluk itu).

Namun adakah yang disembah itu boleh membantu? Disebut di dalam ayat seterusnya,

لا يَستَطيعونَ نَصرَهُم وَهُم لَهُم جُندٌ مُّحضَرونَ

Benda-benda yang mereka sembah itu tidak dapat sama sekali menolong mereka, sedang benda-benda itu sendiri menjadi tentera yang akan dibawa hadir (pada hari kiamat, untuk memberi azab seksa) kepada mereka.

Jelas sekali sudah banyak kali Allah ﷻ sebut sia-sianya kerja orang yang menyembah selain Allah ﷻ itu. Mereka berharaplah kepada berhala, Nabi dan wali itu untuk membantu, namun hampa sahaja. Bagaimana mereka hendak membantu sedangkan mereka tidak ada apa-apa? Allah ﷻ sebut dalam Fatir: 13-14

ذٰلِكُمُ اللهُ رَبُّكُم لَهُ المُلكُ ۚ وَالَّذينَ تَدعونَ مِن دونِهِ ما يَملِكونَ مِن قِطميرٍ

Yang (berbuat) demikian itulah Allah Tuhanmu, kepunyaan-Nya-lah kerajaan. Dan orang-orang yang kamu seru (sembah) selain Allah tiada mempunyai apa-apa walaupun setipis kulit tamar.

إِن تَدعوهُم لا يَسمَعوا دُعاءَكُم وَلَو سَمِعوا مَا استَجابوا لَكُم ۖ وَيَومَ القِيٰمَةِ يَكفُرونَ بِشِركِكُم

Jika kamu menyeru mereka, mereka tiada mendengar seruanmu; dan kalau mereka mendengar, mereka tidak dapat memperkenankan permintaanmu. Dan di hari kiamat mereka akan mengingkari kemusyrikanmu


 

A’raf Ayat 193:

وَإِن تَدعوهُم إِلَى الهُدىٰ لا يَتَّبِعوكُم ۚ سَواءٌ عَلَيكُم أَدَعَوتُموهُم أَم أَنتُم صٰمِتونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And if you [believers] invite them to guidance, they will not follow you. It is all the same for you whether you invite them or you are silent.

MALAY

Dan jika kamu (hai kaum musyrik) menyeru benda-benda itu untuk memperoleh petunjuk (daripadanya), mereka tidak dapat menurut (menyampaikan hajat) kamu; sama sahaja bagi kamu, sama ada kamu menyerunya atau mendiamkan diri.

 

 

وَإِن تَدعوهُم إِلَى الهُدىٰ لا يَتَّبِعوكُم

Dan jika kamu menyeru mereka untuk memperoleh petunjuk, mereka tidak dapat menurut kamu; 

Ada dua tafsiran tentang ayat ini.

1. Yang pertama, ‘mereka’ yang dimaksudkan adalah nisbah kepada ma’bud bathil itu seperti patung berhala, atau mana-mana sembahan selain Allah ﷻ. Sekiranya kamu (yang menyembah) meminta petunjuk daripada patung-patung atau sembahan itu, mereka tidak dapat memberikannya kepada kamu. Ini adalah kerana mereka sendiri tidak dapat mendengar apa yang diminta kepada mereka. Hendak bercakap pun tidak boleh.

2. Tafsir yang kedua, ‘mereka’ yang dimaksudkan adalah orang-orang sesat yang telah menyembah dan menyeru selain Allah ﷻ. Jika kamu ajak mereka untuk meninggalkan kesyirikan yang mereka sedang lakukan, mereka tidak akan ikut.

Ini kerana mereka telah tenggelam dalam kesyirikan yang dalam. Mereka percaya sungguh dengan apa yang mereka lakukan itu adalah baik, maka apa sahaja yang kita kata, mereka tidak mahu terima. Mereka rasa mereka yang betul, mereka lebih pandai, mereka sudah dapat ‘ilmu rahsia’ yang tidak diberikan kepada orang lain. Lagi pun amalan mereka itu telah turun temurun diamalkan oleh tok nenek moyang mereka menyebabkan susah untuk mereka tinggalkan.

 

 

سَواءٌ عَلَيكُم أَدَعَوتُموهُم أَم أَنتُم صٰمِتونَ

sama sahaja bagi kamu, sama ada kamu menyerunya atau mendiamkan diri.

1. Oleh itu, sama sahaja kalau kamu seru berhala atau sembahan lain, mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka memang tidak ada kuasa. Atau,

2. Sama sahaja kalau kamu ajak atau kamu tidak ajak manusia yang sesat itu kepada kebenaran, mereka yang sudah mengamalkan syirik itu tidak akan ikut kita. Ini adalah kerana mereka telah ditutup hati mereka daripada menerima hidayah lagi. Ini dinamakan Khotmul Qalbi (penutupan hati).

Namun begitu, kita harus ingat untuk tidak berhenti menjalankan dakwah kepada mereka kerana kita tidak tahu adakah mereka itu jenis yang telah ditutup hati mereka oleh Allah ﷻ atau tidak. Yang tahu perkara tersebut hanyalah Allah ﷻ, maka jangan kita buat andaian. Ingatlah kembali kepada tiga golongan dalam kisah Yahudi yang menangkap ikan pada hari Sabtu beberapa ayat yang lalu. Bukankah kita disuruh memberi nasihat juga kepada mereka, walaupun ada golongan yang rasa buang masa sahaja beri nasihat kepada mereka?

Kita kena beri nasihat kerana Allah ﷻ beri ganjaran kerja dakwah kepada kita bukan atas kejayaan kita mengubah orang itu. Kalau kita telah berdakwah, sama ada orang yang didakwah itu terima atau tidak, kita sudah dapat pahala sebenarnya.

Walaupun orang itu tidak berubah, pasti akan ada perubahan pada diri kita. Sebagaimana Nabi Musa عليه السلام diperintahkan untuk berdakwah kepada Firaun walaupun Allah ﷻ tahu yang Firaun tidak akan berubah. Ini kerana berdakwah kepada Firaun adalah latihan kepada Nabi Musa عليه السلام dan menguatkan iman baginda. Begitu juga, apabila kita berdakwah, iman kita akan bertambah dan kita lebih faham agama kerana Allah ﷻ akan campakkan pemahaman ke dalam diri kita.

Balaghah: Di sini digunakan Iltifat untuk menguatkan dan menegakkan hujah. Di dalam Ayat 189–190, Allah menggunakan (Kata Ganti Dua Orang & Orang Ketiga). Di dalam dua ayat ini, menceritakan tentang penciptaan asal-usul manusia (pasangan Adam dan Hawa, atau metafora suami isteri secara umum). Allah menggunakan kata ganti dua orang (مَا): “Tatkala Allah memberi kepada keduanya anak yang soleh, keduanya menjadikan sekutu bagi Allah…” Kemudian, di akhir ayat 190, berlaku peralihan subjek ke bentuk jamak orang ketiga (يُشۡرِكُونَ).

Kemudian di dalam Ayat 191–193 berlaku Iltifat ke Kata Ganti Orang Kedua / Khitab). Tiba-tiba, rentak bahasa berubah dalam bentuk dialog atau tempelakan terus kepada orang kedua (أَيُشۡرِكُونَ): “Patutkah kamu sekutukan Allah…” (Ayat 191). Ini pun sudah memberi psikologi yang berbeza.

Kemudian di dalam Ayat 193, Allah berhujah: “Dan jika kamu menyeru mereka (berhala)… sama sahaja bagi kamu, sama ada kamu menyeru mereka atau kamu berdiam diri.” Di sini berlaku penegakan hujah. Seperti Allah bertanya, “Adakah kamu menyekutukan Aku dengan berhala yang tidak boleh mencipta apa-apa?”, hujah itu mengunci akal mereka. Mereka tidak boleh berdalih kerana soalan itu ditujukan terus ke muka mereka, memaksa mereka melihat kebodohan sembahan mereka yang kaku.


 

A’raf Ayat 194: Satu lagi hujah kenapa sia-sia perbuatan mereka yang menyembah itu

إِنَّ الَّذينَ تَدعونَ مِن دونِ اللَّهِ عِبادٌ أَمثالُكُم ۖ فَادعوهُم فَليَستَجيبوا لَكُم إِن كُنتُم صٰدِقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, those you [polytheists] call upon besides Allāh are servants [i.e., creations] like you. So call upon them and let them respond to you, if you should be truthful.

MALAY

Sesungguhnya benda-benda yang kamu seru selain Allah adalah makhluk-makhluk seperti kamu. Oleh itu, (cubalah) serulah mereka supaya benda-benda itu dapat memperkenankan permohonan kamu, kalau betul kamu orang-orang yang benar.

 

 

إِنَّ الَّذينَ تَدعونَ مِن دونِ اللَّهِ عِبادٌ أَمثالُكُم

Sesungguhnya benda-benda yang kamu seru selain Allah adalah makhluk-makhluk seperti kamu. 

Allah ﷻ beri hujah lagi: berhala, roh-roh Nabi, wali dan malaikat yang kamu seru, buat ibadat kepada mereka itu, mereka pun merupakan hamba Allah ﷻ, makhluk seperti kamu juga. Maksudnya masing-masing lemah, tidak ada kuasa sendiri melainkan yang diberikan oleh Allah ﷻ. Jikalau hendak puja dan sembah pun sekurang-kurangnya kenalah lebih hebat daripada kita, bukan? Maka buang masa sahaja kamu seru mereka dan Allah ﷻ marah jika seru dan puja buat ibadat kepada mereka kerana Allah ﷻ mahu kita seru dan sembah Dia sahaja.

Bahasa yang digunakan dalam ayat ini adalah kataganti kedua iaitu Allah ﷻ bercakap terus kepada mereka yang melakukan syirik itu. Selalunya Allah ﷻ tidak buat begini. Ini menunjukkan kepentingan ayat ini.

 

 

فَادعوهُم فَليَستَجيبوا لَكُم إِن كُنتُم صٰدِقينَ

Oleh itu, (cubalah) menyerunya supaya benda-benda itu dapat memperkenankan permohonan kamu, kalau betul kamu orang-orang yang benar.

Allah ﷻ perli mereka dan kalau kamu masih berdegil, tidak mahu juga terima ajaran Tauhid ini, maka sekarang kamu serulah mereka, mintalah kepada mereka jika kamu rasa kamu benar dan kamu tetap yakin mereka boleh selesaikan masalah dan sempurnakan hajat kamu.

Aduh, ini merupakan cabaran dan perli daripada Allah ﷻ. Jika Allah ﷻ sudah perli sebegini, masih lagikah hendak buat? Masih lagikah mahu bertawasul kepada Nabi, wali dan malaikat? Masih lagikah mahu hadiah/sedekah Fatihah kepada mereka? Masih lagikah mahu beri salam kepada mereka? Masih lagilah ingin seru mereka?

Inilah kesesatan manusia. Malah dalam kalangan orang kita, ada pula yang sanggup letak gambar Sheikh di dinding rumah, letak dalam dompet dan sebagainya dengan iktikad akan memberi keselamatan atau menambah rezeki mereka. Inilah amalan yang amat karut dan khurafat dalam kalangan orang kita.


 

A’raf Ayat 195: Dalil ma’bud bathil itu tidak tahu ilmu ghaib pun.

أَلَهُم أَرجُلٌ يَمشونَ بِها ۖ أَم لَهُم أَيدٍ يَبطِشونَ بِها ۖ أَم لَهُم أَعيُنٌ يُبصِرونَ بِها ۖ أَم لَهُم آذانٌ يَسمَعونَ بِها ۗ قُلِ ادعوا شُرَكاءَكُم ثُمَّ كيدونِ فَلا تُنظِرونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Do they have feet by which they walk? Or do they have hands by which they strike? Or do they have eyes by which they see? Or do they have ears by which they hear? Say, [O Muḥammad], “Call your ‘partners’ and then conspire against me and give me no respite.

MALAY

Adakah benda-benda (yang kamu sembah) itu mempunyai kaki yang mereka dapat berjalan dengannya, atau adakah mereka mempunyai tangan yang mereka dapat memegang (menyeksa) dengannya, atau adakah mereka mempunyai mata yang mereka dapat melihat dengannya, atau adakah mereka mempunyai telinga yang mereka dapat mendengar dengannya? Katakanlah (wahai Muhammad): “Panggillah benda-benda yang kamu jadikan sekutu Allah, kemudian kamu semua jalankan tipu daya terhadapku, serta jangan pula kamu bertangguh lagi.

 

 

أَلَهُم أَرجُلٌ يَمشونَ بِها

Adakah benda-benda (yang kamu sembah) itu mempunyai kaki yang mereka dapat berjalan dengannya, 

Allah ﷻ perli sembahan berhala yang dipuja oleh Musyrikin Mekah itu: yang mereka puja itu ada kaki kah? Atau yang disembah tetapi sudah mati seperti Nabi dan wali itu, adakah mereka boleh berjalan pergi ke mana-mana? Tentu tidak kerana mereka sudah di alam barzakh.

 

 

أَم لَهُم أَيدٍ يَبطِشونَ بِها

atau adakah mereka mempunyai tangan yang mereka dapat memegang dengannya,

Atau, adakah berhala-berhala itu ada tangan yang boleh bergerak untuk melakukan sesuatu? Hendak seksa orang kah, hendak garu kepala kah, adakah? Nabi, wali dan malaikat itu bolehkah mereka membantu kamu dengan tangan mereka? Tidak.

 

 

أَم لَهُم أَعيُنٌ يُبصِرونَ بِها

atau adakah mereka mempunyai mata yang mereka dapat melihat dengannya, 

Atau adakah berhala itu ada mata untuk melihat apa yang manusia lakukan? Ketika mereka sembah berhala, adakah berhala itu tahu yang ia sedang disembah atau tidak?

Nota: Ketepatan bahasa yang digunakan dalam Al-Qur’an:

Kalimah عين asalnya bermaksud ‘mata’ dan ia juga digunakan untuk mata air (sesuatu yang indah dipandang mata). Jamak bagi عين adalah أعيُن dan عُيُون dan digunakan di dalam Bahasa Arab untuk jamak bagi mata dan juga mata air. Ia boleh bertukar-tukar penggunaannya. Akan tetapi Al-Qur’an sentiasa menggunakan penggunaan yang tepat. Kalimah أعيُن sentiasa digunakan bagi mata dan kalimah عُيُون sentiasa digunakan bagi mata air.

 

 

أَم لَهُم آذانٌ يَسمَعونَ بِها

atau adakah mereka mempunyai telinga yang mereka dapat mendengar dengannya?

Atau adakah berhala itu mempunyai telinga untuk mendengar pujaan mereka terhadapnya? Tentu tidak ada semua itu kerana segala tangan dan kaki, mata dan telinga pada berhala, semua itu adalah ukiran sahaja, tiada fungsi pun.

Manakala bagaimana pula dengan ilah mereka yang lain seperti Nabi dan wali? Pun tidak melihat dan mendengar kerana mereka telah mati. Orang yang sudah mati, tidak mendengar – sebab itu kalau kita jerit di telinga mayat, mayat itu tidak dapat mendengar pun.

Kalau ada dalil yang kata mereka boleh mendengar, boleh tolong bawakan dalil itu jika ada. Sekiranya dalil setakat samar-samar sahaja, setakat mimpi sahaja, itu tidak boleh diterima. Ini kerana kalau perkara sepenting ini, mesti ada dalil yang sahih dan sarih daripada Nabi ﷺ.

Maka beginilah hujah yang digunakan oleh Nabi Ibrahim عليه السلام apabila baginda berdakwah kepada bapa dan kaumnya seperti disebut dalam Maryam: 42

إِذ قالَ لِأَبيهِ يٰۤـاَبَتِ لِمَ تَعبُدُ ما لا يَسمَعُ وَلا يُبصِرُ وَلا يُغني عَنكَ شَيئًا

Ketika dia berkata kepada bapanya:” Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat menolongmu sedikit pun?

 

 

قُلِ ادعوا شُرَكاءَكُم

Katakanlah (wahai Muhammad): “Panggillah benda-benda yang kamu jadikan sekutu Allah,

Sekarang Nabi Muhammad ﷺ diajar oleh Allah ﷻ untuk mencabar Musyrikin Mekah itu. Seandainya mereka merasakan sembahan-sembahan ma’bud bathil mereka itu boleh mendengar dan melihat, maka panggillah sembahan ilah kamu itu. Panggillah seberapa ramai pun.

 

 

ثُمَّ كيدونِ فَلا تُنظِرونِ

kemudian kamu semua jalankan tipu daya terhadapku, serta jangan pula kamu bertangguh lagi.

Bukan dipanggil sahaja, tetapi mereka mintalah kepada patung dan roh yang mereka seru itu, dan buatlah rancangan dengan mereka untuk membunuh Nabi Muhammad ﷺ. Hendak tangkapkah atau bunuhkah, terpulang kepada merekalah. Tidak perlu beri tempoh kepada baginda untuk lari atau selamatkan diri, boleh terus jalankan perancangan mereka.

Kenapakah baginda begitu berani mencabar mereka? Kerana memang tidak ada pun sembahan selain Allah ﷻ itu. Sekiranya jin atau syaitan syaitan hendak mengganggu dan menyakiti baginda, baginda tahu yang Allah ﷻ beri perlindungan kepada baginda seperti disebut dalam Maidah: 67

يَـٰٓأَيُّہَا الرَّسولُ بَلِّغ ما أُنزِلَ إِلَيكَ مِن رَّبِّكَ ۖ وَإِن لَّم تَفعَل فَما بَلَّغتَ رِسالَتَهُ ۚ وَاللَّهُ يَعصِمُكَ مِنَ النّاسِ

Hai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, bererti) kamu tidak menyampaikan risalah-Nya. Dan Allah akan memelihara kamu daripada (gangguan) manusia.

Itu jika mereka rasa memang boleh buat. Namun jikalau kamu rasa berhala kamu itu tidak boleh buat apa, kenapa kamu sembah?


 

ALLAH ADALAH WALI YANG SEBENAR

A’raf Ayat 196: Yang sepatutnya bagaimana? Allah ﷻ suruh kita bergantung harap dengan Dia sahaja, jangan berharap kepada selain dari-Nya.

إِنَّ وَلِيِّيَ اللَّهُ الَّذي نَزَّلَ الكِتٰبَ ۖ وَهُوَ يَتَوَلَّى الصّٰلِحينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, my protector is Allāh, who has sent down the Book; and He is an ally to the righteous.

MALAY

“Sesungguhnya pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab (Al-Quran), dan Dia lah jua yang menolong dan memelihara orang-orang yang berbuat kebaikan”

 

 

إِنَّ وَلِيِّيَ اللَّهُ الَّذي نَزَّلَ الكِتٰبَ

“Sesungguhnya pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab (Al-Quran), 

Wali kita yang sebenar adalah Allah ﷻ. Maka dalam setiap perkara, kita hendaklah meletakkan pengharapan kepada Allah ﷻ, terutama sekali dalam perkara luar asbab (perkara yang hanya Allah ﷻ boleh lakukan. Sebagai contoh: penyembuhan penyakit).

Untuk perkara luar asbab (tolong angkat barang), maka bolehlah untuk kita meminta tolong kepada makhluk lain, cuma kita tidak boleh juga bergantung harap sepenuhnya dengan makhluk kerana makhluk tidak boleh melakukan apa-apa tanpa izin daripada Allah ﷻ. Sebagaimana seorang doktor hanya setakat boleh memberi rawatan, konsultasi dan ubat sahaja tetapi kesembuhan tetap juga daripada Allah ﷻ. Tidak salah jumpa doktor dan makan ubat kerana itu termasuk usaha kita. Namun tetap kena yakin yang Allah ﷻ yang menyembuhkan, bukan doktor itu.

Ini adalah sambungan kata-kata yang Allah ﷻ suruh Rasulullah ﷺ sebut: Allah ﷻlah yang melindungiku dan memberikan kecukupan kepadaku, Dialah yang menolongku, hanya kepada-Nya aku bertawakal, dan hanya kepada-Nya aku berlindung, Dia adalah Pelindungku di dunia dan akhirat. Dia adalah Pelindung semua orang yang saleh sesudahku.

Dalam banyak-banyak sifat Allah ﷻ, di sini Allah ﷻ sebut sifat-Nya yang telah menurunkan Al-Qur’an. Kenapa? Ia mengajar kita bahawa untuk mendapat perlindungan daripada Allah ﷻ adalah dengan mempelajari dan mengamalkan Al-Qur’an. Allah ﷻ telah menurunkan Al-Qur’an dan telah memperjelaskan segala perkara tentang agama yang kita perlu faham. Maka hendaklah kita mempelajari tafsir Al-Qur’an untuk memahami Al-Qur’an. Jangan pula ikut kata-kata tok guru yang entah dari mana ambilan agama mereka. Sampai kata boleh selak tirai untuk tanya tentang hadith kepada Rasulullah ﷺ, ajaran karut apakah ini?

 

 

وَهُوَ يَتَوَلَّى الصّٰلِحينَ

dan Dia lah jua yang menolong dan memelihara orang-orang yang berbuat kebaikan”

Allah ﷻ bukan sahaja menjaga Nabi Muhammad ﷺ sahaja, tetapi Dia juga menjaga orang soleh yang lain. Allah ﷻ telah sebut di dalam Baqarah:257

اللَهُ وَلِيُّ الَّذينَ ءآمَنوا يُخرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمٰتِ إِلَى النّورِ ۖ وَالَّذينَ كَفَروا أَولِياؤُهُمُ الطّٰغوتُ يُخرِجونَهُم مِّنَ النّورِ إِلَى الظُّلُمٰتِ ۗ أُولٰئِكَ أَصحٰبُ النّارِ ۖ هُم فيها خٰلِدونَ

Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka daripada kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka daripada cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Maka jika kita mahukan pertolongan daripada Allah ﷻ maka hendaklah kita menjadi insan yang Soleh. Kita kenalah berharap kepada Allah ﷻ sahaja sebagaimana Nabi Yusuf عليه السلام seperti yang disebut dalam Yusuf: 101

رَبِّ قَد آتَيتَني مِنَ المُلكِ وَعَلَّمتَني مِن تَأويلِ الأَحاديثِ ۚ فاطِرَ السَّماواتِ وَالأَرضِ أَنتَ وَلِيّي فِي الدُّنيا وَالآخِرَةِ

Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian ta’bir mimpi. (Ya Tuhan) Pencipta langit dan bumi. Engkaulah Pelindungku di dunia dan di akhirat,

Selain itu hendaklah memperbanyakkan amal soleh seperti disebut di dalam sebuah hadith,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ قَالَ مَنْ عَادَى لِي وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِي بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ وَمَا يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ وَبَصَرَهُ الَّذِي يُبْصِرُ بِهِ وَيَدَهُ الَّتِي يَبْطِشُ بِهَا وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِي بِهَا وَإِنْ سَأَلَنِي لَأُعْطِيَنَّهُ وَلَئِنْ اسْتَعَاذَنِي لَأُعِيذَنَّهُ وَمَا تَرَدَّدْتُ عَنْ شَيْءٍ أَنَا فَاعِلُهُ تَرَدُّدِي عَنْ نَفْسِ الْمُؤْمِنِ يَكْرَهُ الْمَوْتَ وَأَنَا أَكْرَهُ مَسَاءَتَهُ

Daripada  Abu Hurairah menuturkan, Rasulullah ﷺ bersabda: “Allah berfirman; Siapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku umumkan perang kepadanya, dan hamba-Ku tidak mampu mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai daripada yang telah Aku wajibkan, jika hamba-Ku terus menerus mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan sunnah, maka Aku mencintai dia, jika Aku sudah mencintainya, maka Aku-lah pendengarannya yang dia jadikan untuk mendengar, dan pandangannya yang dia jadikan untuk memandang, dan tangannya yang dia jadikan untuk memukul, dan kakinya yang dijadikannya untuk berjalan, jikalau dia meminta-Ku, pasti Ku-beri, dan jika meminta perlindungan kepada-Ku, pasti Ku-lindungi. Dan Aku tidak ragu untuk melakukan sesuatu yang Aku menjadi pelakunya sendiri sebagaimana keragu-raguan-Ku untuk mencabut nyawa seorang mukmin yang dia (khuatir) terhadap kematian itu, dan Aku sendiri khuatir dia merasakan kepedihan sakitnya.”

(Sahih Bukhari (6021))

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 20 Mei 2026

Ringkasan Surah A’raf


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Ustaz Solahuddin

Ustaz Abdul Muien

Tafsir Surah al-A’raf Ayat 188 – 190 (Ajar syirik kepada anak)

A’raf Ayat 188: Dalam ayat sebelum ini Rasulullah ﷺ disuruh beritahu yang baginda tidak tahu bilakah hari Kiamat. Sekarang ditambah lagi apa yang baginda tidak ada.

قُل لّا أَملِكُ لِنَفسي نَفعًا وَلا ضَرًّا إِلّا ما شاءَ اللَّهُ ۚ وَلَو كُنتُ أَعلَمُ الغَيبَ لَاستَكثَرتُ مِنَ الخَيرِ وَما مَسَّنِيَ السّوءُ ۚ إِن أَناْ إِلّا نَذيرٌ وَبَشيرٌ لِّقَومٍ يُؤمِنونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Say, “I hold not for myself [the power of] benefit or harm, except what Allāh has willed. And if I knew the unseen, I could have acquired much wealth, and no harm would have touched me. I am not except a warner and a bringer of good tidings to a people who believe.”

MALAY

Katakanlah: “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalaulah aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”.

 

 

قُل لّا أَملِكُ لِنَفسي نَفعًا وَلا ضَرًّا إِلّا ما شاءَ اللَّهُ

Katakanlah: “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah.

Nabi Muhammad ﷺ diajar untuk memberitahu yang baginda sendiri sebagai Nabi pun tidak ada apa kuasa untuk diri baginda sendiri melainkan apa yang Allah ﷻ kehendaki. Baginda adalah manusia biasa, cuma bezanya baginda diberikan dengan wahyu. Namun begitu tidaklah baginda berkuasa seperti Allah ﷻ atau ada sebahagian daripada kuasa Allah ﷻ. Baginda serahkan hidup baginda ikut kehendak Allah (ما شاءَ اللَّهُ). Yang kita berkehendak itu pun ikut kehendak Allah ﷻ kerana kehendak (iradah) kita ini dikawal oleh Allah ﷻ kerana Allah ﷻ yang maha berkuasa.

Maka, janganlah kita memuja dan berdoa kepada baginda, kerana baginda tidak dapat memberikan apa yang kita minta kepada baginda. Kalau minta juga kepada baginda, itu adalah perbuatan syirik. Ia adalah perbuatan yang sia-sia sahaja, kerana baginda tidak ada kuasa untuk memberi manfaat atau mudharat. Kalau kepada diri baginda pun tidak boleh, apatah lagi kalau untuk kepentingan orang lain?

Malangnya ajaran sesat sudah semakin berkembang di negara kita sampaikan ada yang berakidah Nabi Muhammad ﷺ itu adalah Allah ﷻ! Ini amat teruk sekali. Lalu apa kata mereka tentang ayat-ayat sebegini yang menceritakan baginda adalah manusia sahaja? Mereka kata ini semua hanyalah lakonan sahaja! Nauzubillah min dzaalik!

Balaghah (Taqdim wa Ta’khir): Mari kita lihat susunan kalimah yang digunakan di sini. Sekiranya lafaz manfaat didahulukan berbanding mudharat, ini kerana konteks ayat mendahulukan apa yang mengandungi manfaat. Di dalam ayat ini disebut manfaat dahulu (نَفعًا) sebelum disebut mudharat (ضَرًّا).

Jika kita menarik benang merah lebih jauh ke belakang, iaitu pada A’raf:178, kita akan menemukan sebuah hubungan Sibaq (ayat sebelum) yang sangat sistematis dan berkesinambungan.

مَن يَهدِ اللَّهُ فَهُوَ المُهتَدي ۖ وَمَن يُضلِل فَأُولٰئِكَ هُمُ الخٰسِرونَ
Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah (dengan sebab persediaannya) maka dia lah yang beroleh petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi.

Kalau kita perhatikan susunan di dalam Ayat 178 telah disebut petunjuk dahulu sebelum kesesatan. Jadi disebut yang manfaat dahulu seperti juga yang kita dapat dalam Ayat 188. Bagaimana pula kalau kita perhatikan kepada siyaq (ayat selepas) pula? Perhatikan kembali sambungan ayat ini yang juga akan menyebut manfaat (الخَيرِ) sebelum mudharat (السّوءُ).

 

وَلَو كُنتُ أَعلَمُ الغَيبَ لَاستَكثَرتُ مِنَ الخَيرِ

Dan kalaulah aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah

Baginda disuruh beri hujah, kalau baginda tahu perkara ghaib, tentu baginda akan memperbanyakkan keperluan dunia baginda. Sebagai contoh, kalau kita tahu esok akan hujan, tentu kita sudah siap-sedia beli payung. Baginda pun tentu akan mengambil kesempatan kalau baginda tahu apa yang akan terjadi (salah satu perkara ghaib). Namun begitu banyak daripada kehidupan baginda, kita dapat tahu bahawa baginda tidak tahu langsung perkara ghaib melainkan apa yang Allah ﷻ beritahu baginda sahaja.

Ibnu Jarir رحمه الله mengatakan bahawa ulama’ lainnya mengatakan bahawa makna yang dimaksudkan ialah: ‘Seandainya aku mengetahui hal yang ghaib, nescaya aku akan membuat perbekalan di musim subur untuk menghadapi musim kemarau; dan di saat harga sedang murah untuk menghadapi masa mahal, iaitu dengan membuat persiapan untuk menghadapinya selagi harga sedang murah’.

Akan tetapi tidaklah semestinya tentang memperbanyakkan tentang kelebihan dunia sahaja, tetapi termasuk benda-benda lain lagi. Contohnya kalau baginda tahu siapa yang akan senang menerima dakwah, tentu baginda akan pergi kepada mereka dahulu. Akan tetapi baginda tidak tahu siapa yang akan menerima dakwah atau tidak.

 

 

وَما مَسَّنِيَ السّوءُ

dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan.

Kalaulah baginda tahu tentang perkara ghaib, contohnya tentang apa yang akan berlaku di masa hadapan, tentu tidaklah baginda ditimpa apa-apa kesusahan kerana baginda sudah tahu apa yang terjadi dan dapat mengelak daripadanya. Namun dalam sirah kita boleh lihat bagaimana Nabi Muhammad ﷺ juga selalu ditimpa musibah. Itu menunjukkan yang baginda tidak tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan.

Contohnya baginda tidak tahu yang penduduk Taif akan menolak baginda, kalau tahu baginda tidaklah pergi ke sana. Atau baginda tidak tahu sama ada A’isyah رضی اللہ عنھا isterinya berzina atau tidak seperti dituduh oleh golongan munafik. Sampaikan kecoh Madinah ketika itu dan baginda menghantar A’isyah رضی اللہ عنھا pulang ke rumah ibu bapanya. Atau, kalaulah baginda tahu kekalahan yang akan berlaku di Uhud tentu baginda akan mengelaknya. Begitu juga kisah Perjanjian Hudaybiyah. Baginda dan para sahabat telah bermusafir sangat jauh tetapi kemudiannya telah ditahan daripada mengerjakan Umrah di Mekah. Kalaulah baginda tahu, tentulah baginda tidak pergi, bukan?

Semua kejadian itu dan banyak lagi, menjadi dalil bagi kita bahawa Nabi Muhammad ﷺ, malah para Rasul yang lain tidak memiliki ilmu ghaib. Kalau salah faham tentang perkara ini, maka jatuh kafirlah kita sepertimana puak Nasrani yang mengagungkan kedudukan Nabi Isa عليه السلام sampai menuhankan baginda.

Namun bukankah Rasulullah ﷺ tahu ilmu ghaib? Banyak perkara ghaib baginda sampaikan maklumat kepada kita, baginda ada juga beritahu tentang kejadian masa depan dan sebagainya. Kena faham yang semua ilmu dan maklumat itu diberitahu kepada baginda melalui wahyu. Allah ﷻ sahaja. Allah ﷻ hanya memberitahu mana-mana maklumat yang diperlukan oleh baginda. Baginda tidak tahu semua, melainkan apa yang disampaikan kepada baginda sahaja. Bukanlah baginda tahu keseluruhan ilmu ghaib.

Sekiranya Rasulullah ﷺ sendiri pun tidak tahu ilmu ghaib, maka apatah lagi kalau manusia lain. Oleh itu, jikalau ada tok syeikh, guru mana-mana, ustaz atau sesiapa sahaja yang kata mereka tahu ilmu ghaib, maka mereka itu sesat bangat, level Ayah Pin. Jangan percaya kepada mereka dan tolong beritahu kepada orang ramai kesesatan mereka. Jangan hanya kerana mereka memakai jubah dan serban, takut untuk kita katakan yang dia itu sesat. Tidak ada apa-apa hujah yang membenarkan apa yang dia cakap itu. Golongan jahil masyarakat kita memang senang untuk terima kisah-kisah karut sebegini. Mereka mulalah kata orang itu wali dan sebagainya.

Kita kena terima yang Rasulullah ﷺ adalah manusia dan tidak lebih daripada itu. Beza baginda dengan kita adalah baginda jauh lebih baik daripada kita kerana baginda menerima wahyu daripada Allah ﷻ seperti disebut di dalam Kahf:110

 

قُل إِنَّما أَناْ بَشَرٌ مِّثلُكُم يوحىٰ إِلَيَّ أَنَّما إِلٰهُكُم إِلٰهٌ واحِدٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu;

Orang jahil wahyu memang senang ditipu. Sekiranya mereka sudah percaya kepada seseorang, susah kita hendak ubah pegangan sesatnya itu. Kerana itulah kita sepatutnya menjadikan pengajian ilmu wahyu ini sampai kepada semua orang. Di kelas pengajian kena disampaikan ilmu wahyu, ilmu tafsir Al-Qur’an ini. Kerajaan atau Pejabat Agama sepatutnya mengambil inisiatif ini. Malangnya yang mengajar tafsir pula dihalang. Maka kesannya masyarakat terus dalam kejahilan sampai susah untuk diubah. Ramai tanya kenapa banyak ajaran sesat sekarang? Sesat kerana jahil.

Oleh kerana pihak yang bertanggungjawab tidak menjalankan tugas mereka, maka anda sendirilah kena selamatkan diri anda keluarga anda. Kena belajar dan ajak kaum keluarga sama-sama belajar tafsir Al-Qur’an.

Jangan ada syirik dalam hal Ilmu Ghaib. Ilmu Ghaib ini hanya milik Allah ﷻ sahaja. Tidak ada makhluk yang ada ilmu ini. Mana-mana maklumat yang makhluk tahu daripada perkara ghaib, itu adalah pemberitahuan daripada Allah ﷻ. Para malaikat pun tidak ada ilmu ghaib sebagaimana disebut dalam Baqarah:33

قالوا سُبحٰنَكَ لا عِلمَ لَنا إِلّا ما عَلَّمتَنا ۖ إِنَّكَ أَنتَ العَليمُ الحَكيمُ

Malaikat itu menjawab: “Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain daripada apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.

 

Juga lihat apa firman Allah ﷻ dalam Luqman:34

إِنَّ اللهَ عِندَهُ عِلمُ السّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الغَيثَ وَيَعلَمُ ما فِي الأَرحامِ ۖ وَما تَدري نَفسٌ مّاذا تَكسِبُ غَدًا ۖ وَما تَدري نَفسٌ بِأَيِّ أَرضٍ تَموتُ ۚ إِنَّ اللهَ عَليمٌ خَبيرٌ
Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dialah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

Apa yang terjadi esok pun baginda tidak tahu seperti yang Allah ﷻ ingatkan Rasulullah ﷺ di dalam Kahf:23

وَلا تَقولَنَّ لِشَيءٍ إِنّي فاعِلٌ ذٰلِكَ غَدًا
Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, esok”.

Hikmat kita tidak tahu apa yang terjadi di masa hadapan adalah supaya kita terus berusaha dalam hidup ini dan sentiasa bergantung harap kepada Allah ﷻ. Pengharapan hanya kepada-Nya sentiasa sahaja. Di mana sahaja kita pergi dan berada, kita berharap semoga Allah ﷻ selamatkan kita kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi. Automatik kita berdoa kepada Allah ﷻ dan kerana itu kita sentiasa ada tali hubungan dengan Allah ﷻ.

Seandainya kita selamat, bukannya kerana kita tahu perkara ghaib dan tahu apa yang akan terjadi esok, tetapi kerana kita bergantung dan berserah kepada Allah ﷻ.

 

إِن أَناْ إِلّا نَذيرٌ وَبَشيرٌ لِّقَومٍ يُؤمِنونَ

Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”.

Baginda disuruh mengingatkan manusia bahawa baginda adalah manusia biasa tetapi diberikan wahyu untuk memberi peringatan kepada manusia seluruhnya. Itulah tugas baginda sebagai penerima wahyu pertama iaitu beri amaran dan mengkhabarkan berita gembira. Namun baginda tetaplah seorang manusia, bukannya Tuhan.

Diingatkan sekali lagi yang sekarang sudah ada golongan sesat yang mengatakan Nabi Muhammad ﷺ itu sebenarnya Allah ﷻ. Sebenarnya akidah sesat begini sudah lama ada tetapi sekarang  mereka sudah berani bercakap di khalayak ramai. Mereka kata ‘Allah’ itu adalah pangkat sahaja dan Nabi berpangkat Allah. Maka bagaimana dengan sifat baginda sebagai manusia? Puak sesat itu kata Nabi Muhammad ﷺ berlakon sahaja. Begitulah tahap sesat mereka. Kemudian bagaimana ayat-ayat seperti ayat ini yang kata baginda manusia? Mereka hendak kata ia adalah penipuankah? Begitulah anggapan mereka. Sesat bangat apabila manusia tidak belajar wahyu dari awal lagi. Kalau tidak tahu, maka ada kesempatan ilmu-ilmu sesat sempat sampai kepada manusia.

Tugas para Nabi adalah untuk memberikan peringatan dan beri berita gembira. Peringatan ‘amaran’ disebut dahulu di dalam ayat ini sebelum disebut ‘berita gembira’ kerana surah ini banyak mengandungi peringatan amaran dan ancaman kepada manusia. Kepada mereka yang ingkar, diberikan ancaman kepada mereka supaya mereka dapat ingat dan kembali kepada kebenaran. نَذيرٌ itu mesti ada ancaman, kalau tidak ia tidaklah menakutkan manusia untuk berlaku baik.

Manakala berita gembira diberikan kepada mereka yang mahu mempercayai wahyu dan sanggup beriman. Dan memang yang beriman itu perlu diingatkan dengan Al-Qur’an seperti disebut dalam Qaf:45

فَذَكِّر بِالقُرءآنِ مَن يَخافُ وَعيدِ
Maka beri peringatanlah dengan Al-Qur’an kepada orang yang takut dengan ancaman-Ku.

Selesai Ruku’ 23 daripada 24 ruku’ dalam surah ini.


 

KESESATAN

A’raf Ayat 189: Ayat ini ada hubungan dengan Dakwa Kedua – kena taat kepada syariat Allah ﷻ dan jangan lakukan syirik. Kisah ini adalah umum, bukannya berkenaan Adam dan Hawwa’. Memang bahagian awal sebut tentang mereka berdua, tetapi bukanlah keseluruhan ayat. Kalau tidak belajar tafsir, memang boleh dapat fahaman yang salah.

Di dalam ayat 188 sebelum disebut tentang Nabi tidak ada apa-apa kuasa. Sekarang Allah ﷻ beritahu yang sepatutnya kita sembah adalah Allah ﷻ yang telah menjadikan kita. Sembahlah Allah ﷻ, jangan sembah para Nabi.

۞ هُوَ الَّذي خَلَقَكُم مِّن نَّفسٍ وٰحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنها زَوجَها لِيَسكُنَ إِلَيها ۖ فَلَمّا تَغَشّٰها حَمَلَت حَملًا خَفيفًا فَمَرَّت بِهِ ۖ فَلَمّا أَثقَلَت دَّعَوَا اللَّهَ رَبَّهُما لَئِن ءآتَيتَنا صٰلِحًا لَّنَكونَنَّ مِنَ الشّٰكِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

It is He who created you from one soul and created from it its mate that he¹ might dwell in security with her. And when he [i.e., man] covers her,² she carries a light burden [i.e., a pregnancy] and continues therein. And when it becomes heavy, they both invoke Allāh, their Lord, “If You should give us a good³ [child], we will surely be among the grateful.”

  • i.e., man or every descendent of Adam.
  • An allusion to sexual intercourse.
  • Physically sound or righteous.

MALAY

Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari diri yang satu, dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat, berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):” Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur”.

 

 

هُوَ الَّذي خَلَقَكُم مِّن نَّفسٍ وٰحِدَةٍ

Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua daripada diri yang satu, 

Kita semua asalnya daripada seorang manusia, iaitu Nabi Adam عليه السلام. Ini mengingatkan kita yang kita ini semua berasal daripada keturunan yang sama, maka hendaklah kita berbaik-baik sesama kita. Allah ﷻ mengingatkan kita yang Dia lah yang menjadikan kita bermula dengan Tok Adam. Maka sepatutnya kita mentauhidkan Allah ﷻ sahaja. Kena bersyukurlah yang Allah ﷻ telah menjadikan kita dan jangan menyembah selain-Nya.

 

وَجَعَلَ مِنها زَوجَها لِيَسكُنَ إِلَيها

dan Dia mengadakan daripadanya pasangannya, untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain.

Kemudian Allah ﷻ jadikan pasangan hidup bagi manusia. Tujuan dijadikan pasangan hidup itu adalah supaya manusia boleh merasa tenang hidup bersama teman hidupnya. Begitulah Hawwa’, ibu kita diberikan kepada Nabi Adam عليه السلام sebagai sumber ketenangan kepada Nabi Adam عليه السلام.

Kalimah لِيَسكُنَ dari katadasar س ك ن yang bermaksud untuk diam; rehat; tinggal; pondok; mendiami; sebarang cara ketenangan; miskin; merendah diri; seseorang yang tidak boleh bergerak untuk mencari rezeki kerana kecacatan fizikal, mental atau kewangan; lemah; melarat; tidak mempunyai wang; aib; keadaan jahat; kemelaratan; pisau (kerana ia menjadi punca diam selepas disembelih). Jadi kalimah سكن bermaksud kerehatan fizikal dan mental.

Begitulah manusia zaman berzaman diberikan dengan pasangan hidup masing-masing. Kita sebagai manusia, memang mempunyai keinginan untuk berpasangan. Apabila cukup umur sahaja, maka mencarilah kita pasangan hidup masing-masing. Ini seperti pengertian yang terkandung di dalam firman-Nya di dalam Rum: 21:

{وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً}
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari jenis kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kalian rasa kasih dan sayang. 

Tiada kecenderungan di antara dua jiwa yang melebihi kecenderungan antara sepasang suami isteri. Merekalah orang yang paling rapat kerana semua perkara mereka akan berkongsi. Oleh kerana itulah Allah ﷻ menyebutkan bahawa seorang penyihir adakalanya menggunakan tipu muslihatnya untuk memisahkan antara seseorang dengan pasangannya. Ini kerana syaitan suka kalau hubungan paling rapat ini dimusnahkan sebagai musibah kepada manusia.

Kita manusia dapat tenang dengan pasangan hidup kita kerana daripada jenis yang sama. Kalaulah pasangan kita daripada jenis binatang, tentulah tidak tenang. Asyik takut kena terkam sahaja, bukan? Atau katakanlah menikah dengan jin, pun tidak tenang juga, bukan? Maka tidak betullah pendapat yang mengatakan boleh menikah dengan jin. Bagaimana hendak tenang kalau tidak boleh nampak pasangan?

Selesai mukaddimah ayat ini.

 

فَلَمّا تَغَشّٰها حَمَلَت حَملًا خَفيفًا فَمَرَّت بِهِ

Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu

Bermula daripada ayat فَلَمّا تَغَشّاها ini, sudah mula cerita lain, bukan lagi tentang Nabi Adam عليه السلام dan Hawaa’ lagi. Kita beritahu kerana ada hadith dhaif yang kaitkan ayat ini dengan Nabi Adam عليه السلام dan ia adalah tidak benar. Malangnya kisah itu ada dalam kitab tafsir, maka kita kena tekankan bahawa ayat ini adalah kisah umum, merujuk kepada mana-mana pasangan suami isteri.

Kalimah تَغَشّٰها berasal daripada katadasar غ ش ي yang bermaksud menutupi, datang kepada sesuatu, begitu banyak, tudung. Yang dimaksudkan adalah perlakuan ‘jimak’ sebenarnya tetapi Al-Qur’an adalah kitab yang sopan maka hanya diberi isyarat sahaja. Sebab itu Al-Qur’an tidak malu dibaca oleh sesiapa sahaja termasuk anak-anak kecil pun boleh membacanya.

Apabila pasangan suami isteri telah bersetubuh, si isteri ada kemungkinan akan mengandung. Maka tentunya dia terus menanggung kandungannya itu. Asalnya wanita itu mengandung sesuatu yang ringan – asalnya air mani sahaja di dalam rahimnya. Waktu itu, si ibu sendiri pun tidak tahu yang dia sedang mengandung. Kemudian air mani itu menjadi alaq dan kemudian menjadi segumpal daging. Maka, asalnya kandungan itu ringan sahaja.

 

 

فَلَمّا أَثقَلَت دَّعَوَا اللَّهَ رَبَّهُما

Kemudian ketika dia merasa berat, berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka

Setelah sekian lama, air mani itu telah melekat menjadi benih, lama kelamaan kandungan wanita itu telah menjadi janin dan anak itu menjadi semakin berat di dalam rahim ibunya. Sehinggalah sudah hampir tiba masa untuk melahirkan anak.

Apabila kandungan semakin membesar di dalam perut ibu, pasangan suami isteri itu takut kalau-kalau anak yang dilahirkan itu cacat. Macam sekarang jugalah, kadang-kadang bayi lahir tetapi ada macam-macam masalah seperti jantung berlubang, cacat, Down Syndrome dan sebagainya. Waktu itu kedua-duanya berdoa kepada Allah ﷻ:

 

 

لَئِن ءآتَيتَنا صٰلِحًا لَّنَكونَنَّ مِنَ الشّٰكِرينَ

“Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur”.

Waktu itu mereka berdoa kepada Allah ﷻ, jika Allah ﷻ berikan anak yang soleh kepada mereka, tentu mereka akan bersyukur kepada Allah ﷻ. Tentunya ibubapa mengharapkan anak yang soleh kerana itu adalah nikmat yang amat besar.

Akan tetapi maksud yang lebih kuat, ‘soleh’ dalam ayat ini membawa makna tidak ada cacat cela, sihat sejahtera, bukanlah soleh dalam erti keagamaan. Soleh dari segi afiat tubuh badan fizikal. Ini kerana semua ibubapa mengharapkan anak yang sihat.

Doa ini sebenarnya tidak bagus. Sebab mereka hendak menjadi orang bersyukur hanya apabila Allah ﷻ berikan anak yang baik kepada mereka. Apakah selama hari ini Allah ﷻ tidak pernah beri apa-apakah kepada mereka sampai mereka tidak perlu bersyukur sebelum ini?


 

A’raf Ayat 190: Namun begitu apa yang terjadi apabila mereka mendapat anak yang sihat?

فَلَمّا ءآتٰهُما صٰلِحًا جَعَلا لَهُ شُرَكاءَ فيما ءآتٰهُما ۚ فَتَعٰلَى اللَّهُ عَمّا يُشرِكونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But when He gives them a good [child], they¹ ascribe partners to Him concerning that which He has given them. Exalted is Allāh above what they associate with Him.

  • The ungrateful man and woman or the polytheistic man and woman.

MALAY

Kemudian ketika Allah mengurniakan kepada keduanya nikmat yang baik (sebagaimana yang mereka pohonkan), mereka berdua menjadikan sekutu bagi Allah dalam urusan wujudnya nikmat yang dikurniakan Allah kepada mereka. Maha Suci Allah daripada apa yang mereka sekutukan itu.

 

 

فَلَمّا ءآتٰهُما صٰلِحًا

Kemudian ketika Allah mengurniakan kepada keduanya nikmat yang baik

Kemudian, setelah itu Allah ﷻ berikan anak yang soleh (anak yang sihat) kepada mereka. Kebanyakan manusia memang akan mendapat anak yang sihat dalam kandungan. Dari segi statistik, hanya sedikit sahaja anak yang dilahirkan cacat.

Anak-anak, harta dan segala kesenangan adalah ujian daripada Allah ﷻ sebenarnya. Ya ia memang rahmat, tetapi jangan lupa yang ia juga adalah ujian daripada Allah ﷻ untuk melihat kita. Bagaimana kita terima nikmat rahmat itu dan adakah ia membawa kita kepada Allahﷻ  atau sebaliknya? Adakah kita bersyukur dengan nikmat itu? Sekiranya kita bersyukur, apakah tindakan orang bersyukur? Orang yang bersyukur akan taat kepada Allah ﷻ, maka adakah kita taat kepada Allah ﷻ? Kita akan memperbanyakkan amalan-amalan sebagai tanda syukur seperti Allah ﷻ firman di dalam Saba’: 13

اعْمَلُوا آلَ دَاوُودَ شُكْرًا

“Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!”

 

جَعَلا لَهُ شُرَكاءَ فيما ءآتٰهُما

mereka berdua menjadikan sekutu bagi Allah dalam urusan wujudnya nikmat yang dikurniakan Allah kepada mereka.

Setelah Allah ﷻ makbulkan doa mereka, kedua-duanya sanggup menjadikan syuraka’ (pujaan bathil) selain daripada Allah ﷻ, pada nikmat yang Allah ﷻ telah berikan itu. Iaitu, apabila Tuhan beri mereka anak yang sihat, mereka tidak ajar tauhid kepada anak itu, tetapi mereka ajar fahaman dan amalan yang syirik. Mereka bukan ajar amalan yang sunnah, tetapi amalan yang bid’ah.

Sebab itulah kita tidak boleh katakan yang ayat ini mengenai Nabi Adam عليه السلام dan Hawwa’ kerana tidak mungkin mereka akan melakukan syirik kepada Allah ﷻ.

Ibnu Jarir رحمه الله pun mengatakan, telah menceritakan kepada kami Bisyr, telah menceritakan kepada kami Yazid, telah menceritakan kepada kami Sa’id, daripada Qatadah yang mengatakan, “Dahulu Al-Hasan sering mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan mereka yang disebutkan dalam ayat ini adalah orang-orang Yahudi dan Nasrani. Allah memberi mereka anak-anak, lalu mereka menjadikannya sebagai orang Yahudi dan orang Nasrani.” [Rujuk Tafsir Ibn Kathir]. Ini disokong oleh satu hadith yang masyhur dan kita semua tahu:

عَنْ الزُّهْرِيِّ أَخْبَرَنِي سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيَّبِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ وَيُنَصِّرَانِهِ وَيُمَجِّسَانِهِ كَمَا تُنْتَجُ الْبَهِيمَةُ بَهِيمَةً جَمْعَاءَ هَلْ تُحِسُّونَ فِيهَا مِنْ جَدْعَاءَ ثُمَّ يَقُولُا أَبُو هُرَيْرَةَ وَاقْرَءُوا إِنْ شِئْتُمْ { فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ } الْآيَةَ

Daripada [Abu Hurairah], dia berkata; “Rasulullah ﷺ telah bersabda: ‘Seorang bayi tidak dilahirkan (ke dunia ini) melainkan dia berada dalam kesucian (fitrah). Kemudian kedua orang tuanyalah yang akan membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani, ataupun Majusi -sebagaimana haiwan yang dilahirkan dalam keadaan selamat tanpa cacat. Maka, apakah kalian merasakan adanya cacat? ‘ Lalu Abu Hurairah berkata; ‘Apabila kalian mahu, maka bacalah firman Allah yang berbunyi: ‘tetaplah atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrahnya itu. Tidak ada perubahan atas fitrah Allah.’ (Rum:30).

Sahih Muslim (4803)

Apakah kesalahan yang dilakukan oleh pasangan ibu bapa dalam ayat ini? Mungkin mereka mengatakan anak itu diberi oleh ilah selain Allah ﷻ. Ini pun boleh terjadi kepada masyarakat kita juga, bukan? Contohnya ada pasangan yang lama tidak mendapat anak maka mereka pergilah kepada bomoh, uskun (ustaz dukun), Telaga Mahsuri, Telaga Hang Tuah, Pulau Dayang Bunting dan sebagainya. Kemudian bila dapat anak, mereka tidak kata Allah ﷻ yang berikan anak tetapi benda-benda karut itu.

Atau mereka memberikan nama anak mereka dengan sembahan selain Allah ﷻ yang mereka puja. Kalau Musyrikin Mekah mereka namakan mereka Abdullaat (Hamba Laat), Abdul Uzza dan sebagainya. Seperti juga Syiah ada menamakan anak mereka Sajjad Ali (sujud kepada Saidina Ali).

Atau pun mereka melakukan upacara syirik untuk sambut anak mereka. Orang kita pun ada buat juga benda syirik ini. Di Pantai Timur dengarnya ada buat upacara ‘pijak tanah’. Tanah itu pula daripada tanah kubur wali mereka yang mereka lantik dan mereka puja. Semoga tidak adalah lagi perkara syirik sebegini.

Mungkin masih ada lagi buat upacara sambut anak dengan buat aqiqah tetapi buat keliling potong jambul anak. Sambil itu dilaungkan selawat beramai-ramai. Tujuannya adalah supaya Nabi ﷺ beri berkat kepada anak itu. Syiriknya di mana? Syiriknya adalah kerana sangka Nabi ﷺ boleh beri berkat sedangkan berkat itu milik Allah ﷻ. Masalahnya ini adalah amalan sebahagian Pondok pengajian di negara kita. Sampaikan bila mereka buat majlis ada selawat itu, mereka akan berdiri kononnya Nabi Muhammad ﷺ datang ke majlis itu. Lihatlah belajar di Pondok ajar agama pun masih jahil lagi. Masyarakat awam pula ikut sebab sangka yang belajar di Pondok itu faham agama. Masing-masing jahil belaka.

Selagi tidak belajar agama ikut Sunnah, maka berterusanlah berleluasa amalan pelik dan bid’ah ini. Ada kelahiran dan kematian sahaja dipanggil orang Pondok, orang surau, orang masjid. Tujuannya untuk berkati majlis itu dengan kedatangan mereka dan kononnya kedatangan Nabi Muhammad ﷺ.

 

 

فَتَعٰلَى اللَّهُ عَمّا يُشرِكونَ

Maha Suci Allah daripada apa yang mereka sekutukan itu.

Allah ﷻ Maha Suci daripada apa yang mereka lakukan dan ajarkan kepada anak mereka itu. Allah ﷻ tidak memerlukan sekutu dalam alam ini. Perbuatan mereka itu adalah perbuatan yang amat salah sekali.

Tentang ayat ini, ada tafsiran yang masuk ke dalam kitab-kitab tafsir yang dicedok daripada kisah-kisah Israiliyyat yang batil. Ini adalah contohnya:

لما حملت حواء طاف بها إبليس وكان لايعيش لها ولد فقال سميه عبد الحارث فسمته عبد الحارث فعاش وكان ذلك من وحي الشيطان

“Ketika Siti Hawa mengandung, iblis mengitarinya sedang ia tak mempunyai anak lelaki yang hidup. Maka berkatalah iblis kepadanya, ‘Namailah anakmu itu Abdul Harits. ‘Hawa pun menamainya dengan Abdul Harits dan hidup. Dan itu ilham serta perintah daripada syaitan.”

HR. Ahmad 5/11, at-Tirmidzi 3077, ar-Ruyani 816, Ibnu Abi Hatim dalam Tafsir 1462, 1466, Ibnu Jarir dalam Tarikh 1/148, ath-Thabarani dalam al-Kabir 8695, Ibnu Adi dalam al-Kamil 5/43, al-Hakim dalam al-Mustadrak 2/545, seluruhnya dari jalur Umar bin Ibrahim daripada Qatadah daripada Hasan dari Samurah daripada Nabi ﷺ.

Hadith dhaif menurut Ibnu Katsir dalam Tafsir al-Qur’anil Azhim 3/530. 

Hadith dhaif menurut Syeikh al-Albani dalam Silsilah Hadith Dhaif no. 342.

 

Kisah seperti ini tidak patut diterima kerana mengatakan yang Nabi Adam عليه السلام dan Hawwa’ telah taat kepada Iblis kerana menerima nama yang Iblis suruh mereka namakan anak itu (Abdul Harith). Ini kerana nama ini adalah syirik dan tidak patut dilakukan oleh seorang Nabi. Kerana kononnya nama-nama sebelum itu seperti Ubaidillah telah menyebabkan anak-anak Nabi Adam عليه السلام dan Hawwa’ mati.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 28 Mei 2026

Ringkasan Surah A’raf


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Ustaz Abdul Muien

Ustaz Solahuddin

Maariful Qur’an

Bab 9: Pembahagian Nama-nama Allah Menurut Makna-maknanya

Bab 9: Pembahagian Nama-nama Allah Menurut Makna-maknanya

Di antara yang bermanfaat dalam pembahasan fiqh al-asma’ al-husna adalah mengenal pembahagiannya sesuai dengan makna dan penunjukannya. Nama-nama tersebut pun terbahagi menjadi beberapa bahagian menurut makna-maknanya.

Kita kena faham dengan baik hal ini kerana kalau tidak kita akan keliru mana berkaitan sifat Allah ‎ﷻ dan mana nama Allah‎ ﷻ ( Asmaul Husna) kerana sifat Allah‎ ﷻ itu banyak tetapi, tidaklah semua menjadi namaNya. Sebagai contoh, Allah‎ ﷻ menyebut Dia جعل (menjadikan) tetapi‎ itu bukanlah namaNya الچاعل.

1⃣. Yang menunjukkan akan sifat dzatiyah.

Sifat dzatiyah adalah sifat yang senantiasa Allah ‎ﷻ tersifati dengannya. Sifat tersebut tidak akan terlepas dari Dzat-Nya dan tidak berkaitan dengan kehendak Allah‎ ﷻ. Di antara nama-nama Allah ‎ﷻ tersebut adalah:

➡️ Al-Hayyu menunjukkan akan sifat kehidupan.
➡️ Al-‘Alim menunjukkan akan sifat ilmu.
➡️ As-Sami menunjukkan akan sifat pendengaran.
➡️ Al-Bashir menunjukkan akan sifat penglihatan.
➡️ Al-Qawi menunjukkan akan sifat kekuatan.
➡️ Al-Ali menunjukkan akan sifat ketinggian.
➡️ Al-Aziz menunjukkan akan sifat kemuliaan.
➡️ Al-Qadir menunjukkan akan sifat kekuatan.

Sifat-sifat tersebut adalah sifat dzatiyah kerana sifat-sifat tersebut selalu melekat (bersama) pada diriNya dan tidak terlepas daripada dzat-Nya serta tidak terkait dengan kehendak-Nya.

Ini semua adalah sifat-sifat yang berterusan dan tidak akan terhenti. Sebagai contoh, hayah (hidup) tidak akan hilang tetapi sifat marah kekadang ada dan kekadang hilang. Sifat ilmu Allah‎ ﷻ juga tidak akan pernah hilang dan tidak pernah berhenti berilmu. Sedangkan kita ada masa tidak berilmu dan sampai satu masa akan nyanyuk juga.

2⃣. Yang menunjukkan akan sifat fi’liyah.

Sifat fi’liyah adalah sifat yang berkaitan dengan kehendak Allah‎ ﷻ. Jika Dia berkehendak , Dia akan melakukannya dan jika tidak, Dia tidak akan melakukannya. Di antara nama-nama tersebut adalah:

➡️ Al-Khaliq menunjukkan akan sifat penciptaan.
➡️ Ar-Razzaq menunjukkan akan sifat memberi rezeki.
➡️ At-Tawwab menunjukkan akan sifat memberi taubat.
➡️ Al-Ghafur menunjukkan akan sifat memaafkan.
➡️ Ar-Raheem menunjukkan akan sifat kasih sayang.
➡️ Al-Muhsin menunjukkan akan sifat memberi kebaikan.
➡️ Al-‘Afwu menunjukkan akan sifat memaafkan.

Ada masa Allah‎ ﷻ akan menghukum dan ada masa mengampunkan. Hal ini berkaitan dengan perbuatan Allah‎ ﷻ yang mengikut kehendak Allah‎ ﷻ sama ada hendak buat atau tidak. Allah‎ ﷻ akan beri kepada mereka yang layak dan bukan kepada semua.

Semua sifat-sifat ini adalah sifat fi’liyah kerana berkaitan dengan kehendak Allah‎ ﷻ. Allah ‎ﷻ berfirman:

يَخۡلُقُ ٱللَّهُ مَا يَشَآءُ‌ۚ

“Allah‎ ﷻ menciptakan apa yang Dia kehendaki.” [An-Nur: 45]

وَٱللَّهُ يَرۡزُقُ مَن يَشَآءُ بِغَيۡرِ حِسَابٍ۬

“Dan Allah ‎ﷻ memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas.” [Al-Baqarah: 212]

وَيَتُوبُ ٱللَّهُ عَلَىٰ مَن يَشَآءُ‌ۗ

“Dan Allah‎ ﷻ menerima taubat orang-orang yang dikehendaki-Nya. ” [At-Taubah: 15]

يَغۡفِرُ لِمَن يَشَآءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَآءُ‌ۚ وَڪَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا

“Dia memberi ampun kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan mengazab sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah ‎ﷻ Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(AI-Fath: 14)

يُعَذِّبُ مَن يَشَآءُ وَيَرۡحَمُ مَن يَشَآءُ‌ۖ وَإِلَيۡهِ تُقۡلَبُونَ

“Allah‎ ﷻ mengazab sesiapa yang dikehendaki-Nya dan memberi rahmat kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan hanya kepada-Nya-lah kamu akan dikembalikan.” [Al-Ankabut: 21]

وَأَحۡسِن ڪَمَآ أَحۡسَنَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَ‌ۖ

“Dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah ‎ﷻ telah berbuat baik
kepadamu,” [Al-Qashash: 77]

وَلَقَدۡ عَفَا ٱللَّهُ عَنۡہُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ۬

“Tetapi Allah ‎ﷻ benar-benar telah memaafkan mereka. Sungguh, Allah‎ ﷻ Maha Pengampun, Maha Penyantun.” [Ali Imran: 155]

3⃣. Yang menunjukkan akan penyucian diri-Nya daripada kekurangan, aib dan hal-hal yang tidak layak bagi kemuliaan, kesempurnaan dan keagungan-Nya, seperti Al-Quddus (Yang Maha suci), As-Salam (Yang Maha selamat), dan As-Subbuh (Yang Maha suci).

Semua nama-nama di atas menunjukkan akan penyucian, pembersihan, dan pembebasan Rabb daripada sifat kekurangan, kejelekan, hal-hal yang tidak layak bagi-Nya serta (penyucian) daripada tandingan, sekutu dan yang menyerupai-Nya.

Allah menyucikan diri-Nya daripada setiap hal yang menafikan sifat kesempurnaan, kemuliaan dan keagungan-Nya. Dia terlepas dari sekutu, tandingan, dan yang serupa dengan-Nya. Maha tinggi Allah ‎ﷻ dari hal-hal tersebut. Penyucian ini merupakan bahagian daripada kandungan makna-maknanya.

Al-Quddus menunjukkan akan kesucian. As-Salam menunjukkan akan keselamatan daripada sifat kekurangan dan aib. As-Subbuh menunjukkan akan kesucian. Allah Ta’ala berfirman,

سُبۡحَـٰنَ رَبِّكَ رَبِّ ٱلۡعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ (١٨٠) وَسَلَـٰمٌ عَلَى ٱلۡمُرۡسَلِينَ (١٨١) وَٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (١٨٢)

“Maha Suci Rabbmu yang mempunyai keperkasaan daripada apa yang mereka katakan. Dan kesejahteraan dilimpahkan ke atas para rasul. Segala puji bagi Allah ‎ﷻ Rabb seru sekalian alam.” [Ash-Shaafaat: 180-182].

Ini dinamakan ‘taqdis’. Membersihkan seseorang daripada sebarang kekurangan. Contohnya kalau ada yang berkata “guru saya takkan salah”. Ini pun peringkat taqdis. Ia tidak patut dilakukan bagi makhluk, tetapi ia layak bagi Allah‎ ﷻ sahaja. Maka jangan kita taqdis kepada sesiapa sahaja makhluk kerana amat bahaya dan sebab inilah ada banyak kultus di dalam dunia. Umat Islam pun tidak terlepas daripada perkara ini kerana ada yang berkata guru mereka macam maksum lah (takkan tok guru kami salah, tak tahu?).

Ia hampir sama dengan ‘tanzih’. Maka kita kena sedar yang Allah ‎ﷻ bersih daripada sifat-sifat kekurangan.

Tetapi hendaklah pembersihan itu ada nasnya. Bukannya kita reka sendiri. Ada yang reka sebagai contoh yang berkata ‘Allah ‎ﷻ tidak di mana-mana, wujud tanpa tempat’. Ini adalah kebodohan kerana hendak membersihkan Allah ‎ﷻ dari sifat ‘bertempat’. Tetapi mereka reka sendiri fahaman ini. Sedangkan Allah‎ ﷻ sebut Dia di langit.

Maka kita bersihkan Allah ‎ﷻ dari sifat zalim, tiada belas kasihan, lupa, tidur, nyanyuk, terlepas pandang, dan sebagainya. Kerana memang Allah‎ ﷻ sendiri bersihkan.

Allah ‎ﷻ tidak ada lawan bagi-Nya. Tidak ada yang setanding dengan-Nya. Sebagai contoh, tidaklah Allah ‎ﷻ berlawan dengan Iblis syaitan, kerana mereka itu bukan lawan bagi Allah‎ ﷻ. Senang sahaja jika Allah‎ ﷻ hendak memusnahkan Iblis dan syaitan dengan begitu sahaja. Jadi macam mana hendak melawan dengan Allah‎ ﷻ? Sebaliknya Iblis dan syaitan adalah lawan kepada kita, musuh kita, bukannya kepada Allah‎ ﷻ. Syaitan dapat sesatkan kita pun atas izin Allah‎ ﷻ, bukannya atas kekuatan mereka.

4️⃣ Yang menunjukkan akan sifat yang banyak bukan satu sifat saja. Jadi, nama tersebut mencakup sifat-sifat yang banyak.

[Nama itu satu, tetapi mengandungi banyak makna. Mungkin ia berkait dengan sifat, mungkin berkait dengan perbuatan Allah ﷻ. Namun yang pasti, ia membawa banyak makna. Ia menambah makna kepada nama-nama yang lain.]

Di antara nama-nama Allah tersebut adalah Al-Majid, Al-Hamid, Al-‘Adzim, Ash-Samad, As-Sayyid.

Al-Majid (tersanjung) merupakan nama yang mencakup sifat-sifat kesempurnaan. Lafaznya menunjukkan akan hal ini, dan menunjukkan erti keluasan, banyak, dan bertambah. Hal ini sebagaimana yang dikatakan dalam ungkapan, ‏في كلّ شجر نار واستمجد المرخ والعفار “Di setiap pohon terkandung api dan bertambah banyak.”

[Maksudnya setiap pokok ada potensi untuk mengeluarkan api. Namun ia menjadi melampau dan berlebihan lagi استمجد apabila menggunakan dua jenis pokok المرخ dan العفار. Memang ada dua jenis pokok yang kalau digosok bersama, boleh mengeluarkan api. Walaupun pokok itu masih basah lagi.]

Nama Allah “Al-Majid” menunjukkan kepada keagungan sifat-sifat-Nya, banyaknya dan keluasannya, dan menunjukkan kepada keagungan kekuasaan serta kerajaan-Nya, dan menunjukkan kepada keesaan-Nya dalam kesempurnaan, kemuliaan dan keindahan yang mutlak. Nama tersebut bukan menunjukkan akan satu sifat, akan tetapi menunjukkan akan beberapa sifat.

Al-Hamid yaitu nama yang mencakup semua bentuk pujian, iaitu semua sifat kesempurnaan. Semua sifat-Nya layak untuk dipuji.

[Tidak kira apa sahaja yang Allah ﷻ buat, Dia tetap terpuji. Kalau Dia beri nikmat, Dia terpuji; akan tetapi kalau Dia menyeksa pun, Dia tetap terpuji juga. Tiada waktu tertentu sahaja Dia terpuji. Bukan satu keadaan sahaja, tetapi dalam semua keadaan.

Segala puji pulang kepada Allah ﷻ. Katakanlah anak kita pandai, siapa yang menjadikan dia begitu? Tentulah Allah ﷻ. Memang budak itu layak dipuji, tetapi pujian lebih lagi kepada Allah ﷻ kerana Dia yang menjadikan budak itu pandai.

Oleh itu, sifat Al-Hamid ini terpakai kepada semua sifat-sifat yang lain. Semua sifat-sifat yang lain itu semua sifat yang terpuji. Ini kerana ada dalam banyak-banyak sifat itu sifat yang kita suka, tetapi ada juga yang kita takut, bukan? Maka itu pun sifat yang terpuji juga. ]

Al-‘Azhim adalah nama bagi dzat yang sempurna keagungan nama dan sifat serta perbuatan-Nya yang tersifati dengan sifat-sifat yang banyak dari sifat-sifat kesempurnaan, kemuliaan, dan keindahan.

[Manusia ada sedikit kelebihan pada satu bahagian, tetapi lemah di bahagian yang lain. Mungkin kaya, tetapi tidak ada anak pula. Namun Allah ﷻ tidak ada langsung kekurangan.]

As-Samad adalah nama yang mencakup keluasan sifat, yang sempurna ilmu, hikmah, kelembutan, kekuasaan, kemuliaan, keagungan, dan semua sifat-sifat-Nya.

[As-Samad bermaksud kesempurnaan bagi semua sifat Allah ﷻ. Ada banyak sifat, bukan? Semua sifat-sifat itu sempurna belaka. Bayangkan kalau kita hendak serah diri kita kepada doktor untuk bedah kita. Namun bayangkan sekiranya ilmu kedoktoran kita lebih hebat daripada dia, bagaimana? Contohnya kita berkelulusan dari UK berbanding dengan dia hanya berkelulusan dari India? Atau kita peringkat pakar, tetapi dia hanya peringkat biasa sahaja.

Atau contoh lain pula, kita naik kapal terbang tetapi baru dapat maklumat dia baru sebulan dapat lesen memandu kapal terbang. Tentu ada rasa takut bukan? Maknanya kita tidak mahu serahkan diri kita kepada sesuatu yang tidak sempurna. Namun begitu, apabila Allahﷻ bersifat As-Samad, kita sanggup menyerahkan segala diri kita kepada-Nya kerana kita tahu yang Dia sempurna.

Maka kita sanggup untuk bergantung kepada Allah ﷻ kerana Dia As-Samad.]

Inilah empat bahagian nama Allah yang penting untuk diketahui dan apa yang terkandung dalam nama-nama Allah tersebut. Hal ini memiliki banyak manfaat dan pelajaran yang berharga dalam memahami nama-nama Allah dan apa yang terkandung di dalamnya.

[Kita hanya sanggup untuk beriman dengan semua asma’ ini kalau kita memahaminya dan kenal Allah ﷻ.]

Dari apa yang disebutkan di atas juga terdapat penjelasan bahawa nama-nama Allah mengandung sifat, bukan hanya sekadar nama belaka untuk pengenalan. Bahkan itu adalah nama-nama yang menunjukkan akan sifat-sifat kesempurnaan yang melekat pada diri-Nya yang mengharuskan pujian dan sanjungan.

[Untuk nama kita, kadangkala tidak kena mengena dengan sifat kita pun. Contoh nama Badang, tetapi tidak ada kekuatan pun. Atau ada gelaran orang panggil ‘hensem’, namun tidak lah kacak pun.]

Di antara nama-nama Allah tersebut, ada yang menunjukkan akan sifat dzatiyah, ada pula yang menunjukkan akan sifat fi’liyah, dan ada pula yang menunjukkan akan sifat kesucian dan sejumlah sifat-sifat yang banyak. Selain itu, bukan hanya sekadar nama belaka yang tidak menunjukkan satu sifat pun. Allah memuji diri-Nya dengan nama-nama-Nya dan Dia terpuji dengannya. Allah Ta’ala berfirman,

ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۖ لَهُ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰ

“Dialah Allah, tidak ada Ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia. Dia mempunyai al-asmaaul husna (nama-nama yang baik).” (Thaha: 8)

وَلِلَّهِ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰ

“Hanya milik Allah asma-ul husna,” (Al-A’raaf: 180)

Oleh kerananya, jika ada nama yang tidak menunjukkan akan sifat terpuji, maka nama tersebut tidak termasuk nama Allah kerana semua nama Allah itu baik. Hal itu disebabkan kerana nama tersebut mengandung sifat kesempurnaan dan kemuliaan bagi-Nya.

[Bukan semua perbuatan Allah ﷻ boleh dijadikan sebagai nama Allah ﷻ pula. Mesti ada dalil yang ia digunakan sebagai nama Allah ﷻ. Jangan keluarkan sendiri asmaul Husna tanpa dalil kerana sekiranya kita reka sendiri, belum tentu nama itu adalah nama yang terpuji dan mungkin tidak sesuai bagi Allah ﷻ.

Contohnya Allah ﷻ ada melakukan مكر (rancangan) tetapi tidaklah Allah ﷻ digelar الماكر pula. ]

Oleh kerananya, jelas kesalahan ucapan orang yang menggolongkan “Ad-Dahru” sebagai salah satu nama Allah yang baik dengan berdalil kepada hadits qudsi,

يُؤْذِينِي ابْنُ آدَمَ يَسُبُّ الدَّهْرَ وَأَنَا الدَّهْرُ بِيَدِي الْأَمْرُ أُقَلِّبُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ

“Anak Adam menyakiti diri-Ku, dia mencela Ad-Dahru (zaman). Padahal Aku adalah Ad-Dahru, ditangan-Ku segala perkara, Akulah yang mempergantikan malam dan siang.” (Muttafaqun ‘Alaihi) HR. Bukhari nombor 4826 dan Muslim nomor 2246 dari hadits Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu.

[Ada orang yang marah kepada masa, contohnya dia berkata “Alaahhh, kenapa cepat sangat masa berjalan ni?” Dalam masa yang sama, ada pula yang sembah masa dengan berkata: “Masa adalah segala-galanya….” Ini pun salah juga.

Sebenarnya Allah ﷻ hendak memberitahu tentang masa, bukannya hendak beritahu yang Dia itu ‘Masa’. Masa itu dibuat oleh Allah ﷻ. Maka jika seseorang itu mencela masa, maknanya dia telah mencela Allah ﷻ yang membuat masa. Sama seperti jika kita marahkan cawan pecah maka bersepah kacanya, bukannya kita marahkan cawan tetapi orang yang pecahkannya, bukan? ]

Tidak ada dalam nama “Ad-Dahru”, hal yang menunjukkannya sebagai nama Allah kerana Ad-Dahru maknanya adalah waktu. Allah-lah yang mempergantikan malam dan siang. Barangsiapa yang mencela waktu yang diatur dan dipergantikan oleh Allah, maka dia berarti mencela yang mempergantikannya iaitu Allah Ta’ala. Allah telah menjelaskan hal tersebut dalam firman-Nya, “Di tangan-Ku segala perkara, Aku mempergantikan malam dan siang.” Ad-Dahru merupakan nama yang tidak mengandung makna yang dapat digolongkan sebagai nama Allah yang baik. Ad-Dahru merupakan nama yang menunjukkan waktu. Nama-nama Allah semuanya baik, bukan sekadar nama yang tidak bermakna.

Sambung ke bab yang seterusnya

Rujukan: Kuliah Ustaz Adli Saad syarahan kitab Fikih Asma’ul Husna