Tafsir Surah al-Maidah Ayat 34 – 36 (Salah faham tentang wasilah)

Ayat 34:

إِلَّا الَّذينَ تابوا مِن قَبلِ أَن تَقدِروا عَلَيهِم ۖ فَاعلَموا أَنَّ اللهَ غَفورٌ رَّحيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Except for those who return [repenting] before you overcome [i.e., apprehend] them. And know that Allāh is Forgiving and Merciful.

(MALAY)

kecuali orang-orang yang taubat (di antara mereka) sebelum kamu dapat menguasai (menangkap) mereka; maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

 

إِلَّا الَّذينَ تابوا مِن قَبلِ أَن تَقدِروا عَلَيهِم

kecuali orang-orang yang taubat (di antara mereka) sebelum kamu dapat menguasai (menangkap) mereka;

Hukuman kesalahan-kesalahan samun dan rompak itu akan dikenakan kepada mereka yang telah melakukannya, kecuali yang sempat bertaubat sebelum ditangkap. Kalau dah kena tangkap, tidak ada pengecualian kepada mereka, mereka tetap akan dikenakan dengan hukuman.

Dan bukan mereka bertaubat sahaja, mereka kena hantar balik barang yang mereka samun dan rompak itu. Kalau pernah bunuh orang, maka hukum hudud akan dikenakan kepada mereka.

 

فَاعلَموا أَنَّ اللهَ غَفورٌ رَّحيمٌ

maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ingatlah yang Allah Maha Pengampun dan Maha Pengasih. Kalau berkenaan kesalahan kepada Allah boleh bertaubat sahaja, tapi tidak lepas kalau kesalahan itu berkenaan dengan manusia. Itu sebab mereka yang bertaubat itu kena pulangkan barang yang mereka ambil dan kena minta maaf. Kena bezakan antara haq Allah dan haq manusia.

Sekian Ruku’ 5 dari 16 ruku’ dalam surah ini.


 

Ayat 35: Allah mengingatkan kita supaya jangan duduk sahaja kerana kalau duduk sahaja tanpa berusaha, iman kita akan dirosakkan oleh orang lain. Kerana tentu sekali ada usaha untuk menyesatkan manusia, maka kita kena berusaha juga untuk  membawa manusia kepada tauhid, dan salah satunya dengan menjalankan jihad perang.

Dalam ayat ini juga, Allah mengingatkan kita kenapa kita berperang. Kita kena ingat bahawa semua yang kita lakukan adalah untuk Allah. Jihad itu dilakukan supaya manusia kenal dan sembah Allah sahaja.

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَابتَغوا إِلَيهِ الوَسيلَةَ وَجٰهِدوا في سَبيلِهِ لَعَلَّكُم تُفلِحونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who have believed, fear Allāh and seek the means [of nearness] to Him and strive in His cause that you may succeed.

(MALAY)

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan.

 

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنُوا اتَّقُوا اللهَ

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah

Pertamanya, Allah mengingatkan kita untuk bertaqwa kepadaNya. Oleh itu kena taqwa dan kena tinggalkan segala larangan. Kita kena ingat, kalau sudah beriman, kena taqwa pula.

Maksudnya, iman tidak sama dengan taqwa. Ada orang beriman, tapi tidak bertaqwa. Taqwa maksudnya kena jaga hukum dan taat kepada Allah. Buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah telah larang.

 

وَابتَغوا إِلَيهِ الوَسيلَةَ

dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, 

Dan kedua, carilah wasilah untuk hampir kepada Allah. Iaitu, carilah jalan yang boleh kita menghampiri Allah. Ayat inilah yang menyebabkan ramai orang Islam keliru. Ketahuilah, semua kitab tafsir muktabar kata maksud ayat ini: meninggalkan yang haram dan buat yang makruf, iaitu jalan yang Allah telah tetapkan.

Dan janganlah tafsir ikut fahaman yang karut. Malangnya, ramai yang tafsir dengan cara karut kerana mereka tidak belajar tafsir. Mereka kata yang dimaksudkan dengan wasilah itu adalah seperti tok wali lah, Nabi lah dan sebagainya. Oleh kerana itu mereka mengatakan yang ini adalah dalil yang Allah suruh kita mengamalkan tawasul dalam ibadah dan doa.

Ini adalah tafsiran orang yang jahil tentang Qur’an dan kita jangan ikut orang jahil. Memang kalau kita baca sendiri ayat ini dan cuba faham sendiri tanpa belajar, nampak memang seperti ada suruhan supaya menggunakan Nabi, wali dan malaikat sebagai wasilah kita dalam ibadat dan doa. Tapi itu hanyalah kepada mereka yang jahil sahaja.

Apakah maksud wasilah: cara untuk mendapatkan sesuatu. buat sesuatu untuk mendekatkan dengan seseorang. Tetapi kerana salah faham, ramai yang gunakan orang alim sebagai wasilah mereka. Sampai ada yang menggunakan ahli kubur dan sebagainya.

Ini sedang banyak diperkenalkan oleh golongan yang menggelar diri mereka ‘Habib’ di Malaysia. Mereka memang mengamalkan melawat kubur di tempat asal mereka dan meminta tolong kepada orang dalam kubur dan kerana orang kita ‘import’ mereka datang ke sini, sedikit demi sedikit mereka telah memperkenalkan amalan syirik itu.

Wasilah juga bermaksud kedudukan yang tinggi. Oleh itu, ayat ini menganjurkan kita berbuat sesuatu untuk mendapatkan kedudukan yang tinggi dan dekat dengan Allah. Di dalam kitab Sahih Bukhari telah disebutkan melalui jalur Muhammad ibnul Munkadir, dari Jabir ibnu Abdullah, yang telah menceritakan bahawa Rasulullah Saw. bersabda:

“مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ: اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ، وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ، آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ، وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ، إلا حَلَّتْ له الشفاعة يوم القيامة”.

Barang siapa ketika mendengar suara azan (yakni sesudahnya) mengucapkan doa berikut: “Ya Allah, Tuhan pemilik seruan yang sempurna ini dan (Tuhan) solat yang didirikan, berikanlah (kedudukan) al-wasilah dan keutamaan, dan tempatkanlah dia pada kedudukan yang terpuji seperti apa yang telah Engkau janjikan kepadanya, ” niscaya syafaat akan diperolehnya pada hari kiamat.

Kedudukan al-wasilah dalam hadis ini adalah khusus kepada Nabi Muhammad. Di dalam kitab Sahih Muslim disebutkan melalui hadis Ka’b ibnu Alqamah, dari Abdur Rahman ibnu Jubair, dari Abdullah ibnu Amr ibnul As, bahawa dia pernah mendengar Nabi Saw. bersabda:

“إِذَا سَمِعْتُمُ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ، ثُمَّ صلُّوا عَليّ، فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَليّ صَلَاةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا، ثُمَّ سَلُوا اللَّهَ لِيَ الْوَسِيلَةَ، فَإِنَّهَا منزلة فِي الْجَنَّةِ، لَا تَنْبَغِي إِلَّا لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ، وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ، فَمَنْ سَأَلَ لِيَ الْوَسِيلَةَ حَلًّتْ عَلَيْهِ الشَّفَاعَةُ.”

Apabila kalian mendengar suara muazin, maka ucapkanlah seperti apa yang diucapkannya, kemudian bacalah salawat untukku, kerana sesungguhnya barang siapa yang membaca selawat sekali untukku, Allah membalas sepuluh kali selawat untuknya. Kemu­dian mohonkanlah al-wasilah untukku, kerana sesungguhnya al-wasilah adalah suatu kedudukan di dalam syurga yang tidak layak kecuali bagi seseorang hamba Allah saja, dan aku berha­rap semoga aku adalah hamba yang dimaksudkan itu. Dan barang siapa yang memohonkan al-wasilah buatku, niscaya akan mendapat syafaat (dariku).

Dari hadis ini, kita dapat tahu bahawa inilah satu cara untuk mendapatkan syafaat dari Nabi, tidak ada lagi cara lain seperti yang banyak diajar oleh guru-guru yang salah. Tidak perlu dan tidak boleh meminta syafaat kepada Nabi, kerana Nabi tidak boleh beri syafaat itu kepada kita.

Tapi lihatlah bagaimana baginda telah mengajar kita bagaimana cara untuk mendapatkan syafaat itu. Jadi, amalkanlah cara ini sahaja. Kenapa perlu amalkan cara lain yang tidak diajar oleh Nabi? Janganlah ikut puak Habib yang sesat itu yang meminta-minta syafaat dari Nabi dalam lagu Ya Hanana mereka, sampai penuh satu stadium dengan orang-orang yang jahil, melambai-lambai kepada Nabi?

Oleh itu, secara ringkasnya, ayat ini suruh kita bertaqwa kepada Allah. Dan cara-cara itu telah banyak diajar oleh Nabi Muhammad. Kita pun tahu bahawa banyak sekali amalan-amalan sunnah yang telah diajar oleh baginda. Maka, amalkanlah segala yang diajar itu. Tak perlulah pakai cara yang tidak pernah diajar dan diamalkan oleh Nabi. Siapa kita untuk memperbaharui agama ini yang telah disampaikan oleh Nabi kita Muhammad?

 

وَجٰهِدوا في سَبيلِهِ

dan berjihadlah pada jalan-Nya,

Dan antara wasilah yang paling hebat adalah jihad di jalan Allah. Inilah jalan wasilah yang paling hebat. Sebenarnya jihad fi sabilillah sudah termasuk dalam wasilah dah tapi Allah takhsis (khususkan) lagi kerana hendak menunjukkan kelebihan jihad. Sekurang-kurangnya berjihad itu adalah menyampaikan wahyu kepada orang lain supaya mereka boleh menghampirkan diri kepada Allah.

Maka kita hendaklah kenalkan Allah kepada mereka dan ajak mereka dekati Allah. Itulah pentingnya mengajar dan sampaikan akidah tauhid dan ajar fahaman Qur’an. Kita kena sampaikan kepada mereka dan ini adalah perkara besar dalam jihad. Inilah asal jihad, iaitu guna Qur’an dalam dakwah dan sampaikan Qur’an kepada manusia.

Oleh itu susunan saranan dalam ini: taqwa – wasilah – jihad.

 

لَعَلَّكُم تُفلِحونَ

mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan.

Mudah-mudahan, kalau kita melakukan semua itu, kita akan berjaya. فلح adalah jenis kejayaan yang didapati setelah berusaha bersungguh-sungguh. Maknanya, bukannya dengan goyang kaki boleh dapat kejayaan itu, tapi kena berusaha bersungguh-sungguh.


 

Ayat 36: Ayat takhwif ukhrawi.

إِنَّ الَّذينَ كَفَروا لَو أَنَّ لَهُم مّا فِي الأَرضِ جَميعًا وَمِثلَهُ مَعَهُ لِيَفتَدوا بِهِ مِن عَذابِ يَومِ القِيٰمَةِ ما تُقُبِّلَ مِنهُم ۖ وَلَهُم عَذابٌ أَليمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, those who disbelieve – if they should have all that is in the earth and the like of it with it by which to ransom themselves from the punishment of the Day of Resurrection, it will not be accepted from them, and for them is a painful punishment.

(MALAY)

Sesungguhnya orang-orang yang kafir sekiranya mereka mempunyai apa yang di bumi ini seluruhnya dan mempunyai yang sebanyak itu (pula) untuk menebusi diri mereka dengan itu dari azab hari kiamat, niscaya (tebusan itu) tidak akan diterima dari mereka, dan mereka beroleh azab yang pedih.

 

إِنَّ الَّذينَ كَفَروا

Sesungguhnya orang-orang yang kafir

Iaitu mereka yang mati dalam kafir. Tentunya mereka akan dimasukkan ke dalam neraka.

 

لَو أَنَّ لَهُم مّا فِي الأَرضِ جَميعًا

sekiranya mereka mempunyai apa yang di bumi ini seluruhnya

Kalaulah mereka ada segala harta yang ada dalam dunia ini seluruhnya. Tentulah tidak ada sesiapa pun yang mempunyai harta seluas bumi. Orang kafir memang banyak yang ada harta, tapi tidaklah harta mereka memenuhi bumi.

 

وَمِثلَهُ مَعَهُ

dan mempunyai yang sebanyak itu

Atau mereka mempunyai sekali ganda dari harta sebanyak seluas bumi.

 

لِيَفتَدوا بِهِ مِن عَذابِ يَومِ القِيٰمَةِ

untuk menebusi diri mereka dengan itu dari azab hari kiamat,

Kalaulah mereka ada harta sebanyak itu, mereka akan gunakan harta itu semuanya sekali untuk tebus diri mereka supaya mereka diselamatkan dari azab neraka. Mereka itu memang sayang sangat kepada harta dan kerana itulah mereka terus kufur, tapi mereka sanggup beri semuanya sekali, kerana mereka akan berusaha dengan segala cara untuk selamatkan diri kerana mereka sudah dapat lihat dahsyat sangat azab yang menanti mereka.

 

ما تُقُبِّلَ مِنهُم

niscaya (tebusan itu) tidak akan diterima dari mereka, 

Allah beritahu yang kalau mereka menebus diri mereka dengan harta dua ganda luas bumi, tebusan itu tidak akan diterima pun. Harta dunia waktu itu tidak bernilai lagi dah. Kalau mereka beriman dan infakkan harta semasa di dunia, maka itu barulah ada harga.

Dan memang tidak ada sesiapa yang ada harta sebanyak itu, jadi memang jangan mimpilah. Oleh itu, kita kena beringat lah semasa di dunia ini kerana apa sahaja tebusan waktu itu tidak akan diterima. Hanya amal dan iman sahaja yang bermakna waktu itu.

 

وَلَهُم عَذابٌ أَليمٌ

dan mereka beroleh azab yang pedih.

Mereka tetap akan kena azab akhirat yang amat pedih kerana perbuatan mereka semasa di dunia. Harta yang banyak tidak akan menyelamatkan mereka sedikit pun. Allah tidak memerlukan harta benda mereka. Harta yang mereka ada di dunia itu pun adalah kepunyaan Allah juga.

Allahu a’lam. Sambung ayat yang seterusnya

Kemaskini: 26 Disember 2017


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah Ghafir Ayat 59 – 62 (Sombong dalam doa)

berdoa_thumb[6]

Ayat 59: Sekarang kita masuk kepada ayat yang membincangkan tentang hari Akhirat, sambungan dari ayat-ayat tentang Akhirat sebelum ini. Allah mengingatkan kita kembali kepada Hari Kiamat dan Hari Akhirat.

إِنَّ السّاعَةَ لَّآتِيَةٌ لّا رَيبَ فيها وَلٰكِنَّ أَكثَرَ النّاسِ لا يُؤمِنونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, the Hour is coming – no doubt about it – but most of the people do not believe.

MALAY

Sesungguhnya hari kiamat tetap akan datang, tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya; akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman (akan hakikat itu).

إِنَّ السَّاعَةَ لَّآتِيَةٌ

Sesungguhnya kiamat itu pasti akan datang

Sama ada kamu percaya atau tidak percaya kepada Hari Kiamat, ia pasti akan datang. Mana kita tahu yang Kiamat itu pasti ada? Kerana Allah yang beritahu dan kita percaya sungguh kepada Allah.

 

لَّا رَيْبَ فِيهَا

Tidak ada keraguan padanya

Tidak syak lagi Kiamat dan Hari Akhirat itu akan berlaku. Kita orang Islam semua tahu dan terima tentang kedatangan Hari Kiamat itu. Tapi kenapa kebanyakan dari kita menjalani kehidupan kita macam ianya tidak akan berlaku? Kenapa ramai yang hidup macam tidak takut kepada Hari Kiamat?

 

وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يُؤْمِنُونَ

akan tetapi kebanyakan dari manusia itu tidak juga mahu beriman.

Ramai yang hidup di dunia ini seperti tidak ada Hari Kiamat kerana mereka tidak yakin. Kalau orang Islam pun, mereka setakat agak-agak sahaja Hari Kiamat itu akan berlaku, mereka tidak yakin penuh.

Kalau agama lain, lagilah tidak percaya. Atau mereka telah diselewengkan tentang Hari Kiamat itu. Mereka rasa ia tidak ada apa-apa, boleh bergembira lagi walaupun masuk dalam neraka. Kerana neraka pada mereka macam penjara di dunia sahaja.

Ini adalah kerana syaitan telah menipu mereka supaya tidak beriman dengan Hari Akhirat. Kerana beriman dengan Hari Akhirat ini amat penting. Kalau benar-benar percaya ke tahap yakin, kita tidak akan berani nak buat dosa.

Yang lebih malang kalau Muslim pun tidak yakin dengan Hari Akhirat. Ini kerana mereka jauh dari wahyu Al-Qur’an. Untuk percaya kepada Hari Akhirat, kena selalu baca Al-Qur’an dengan faham, kerana selalu diperingatkan tentang Hari Akhirat seperti ayat ini. Apabila selalu diingatkan, maka manusia akan terkesan dan percaya akhirnya. Walaupun asalnya tidak berapa yakin, tapi kerana selalu baca, jadi yakin akhirnya.


 

Ayat 60: I’adah iaitu diulangi semula Dakwa Surah. Sekarang Allah hendak ingatkan Maksud Surah iaitu doa hanya kepada Allah.

وَقالَ رَبُّكُمُ ادعوني أَستَجِب لَكُم ۚ إِنَّ الَّذينَ يَستَكبِرونَ عَن عِبادَتي سَيَدخُلونَ جَهَنَّمَ داخِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And your Lord says, “Call upon Me; I will respond to you.” Indeed, those who disdain My worship will enter Hell [rendered] contemptible.

MALAY

Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.

 

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي

Dan telah berkata Tuhan kamu: Doalah kepada Aku sahaja.

Tidak boleh doa kepada Allah bersama doa kepada makhluk. Tidak boleh minta kepada selain dari Allah. Jangan minta kepada Allah, tapi dalam masa yang sama, minta juga kepada Nabi, wali dan malaikat. Tidak boleh juga kita minta perantaraan sampaikan doa kita – tawasul.

Allah dengan sifat segala kemurahanNya, suruh kita berdoa kepada Dia. Dia buka pintu kepada kita, untuk minta apa sahaja yang kita hendak. Allah suka kalau kita minta kepadaNya. Kalau manusia, semurah mana pun hati dia, kalau selalu sangat minta, akhirnya dia akan menyampah juga, bukan? Hal yang semakna telah disebutkan di dalam syair yang mengatakan:

اللهُ يَغْضبُ إِنْ تركْتَ سُؤَالهُ … وَبُنيُّ آدمَ حِينَ يُسألُ يَغْضَبُ …

Allah murka bila engkau tidak meminta kepada-Nya, sedangkan Bani Adam marah manakala diminta.

Seperti yang kita selalu sebut, doa itu juga adalah ibadah. Jadi, apabila kita berdoa, kita sebenarnya sedang melakukan ibadah. Alangkah pemurahnya Allah, minta kepada Dia pun dikira sebagai ibadah. Diriwayatkan dari Abû Dâud dan Al-Turmudzî

الدّعاء هو العبادة
Artinya: “Doa itu adalah lbadah.

Jadi, ini adalah galakan untuk berdoa. Dan berdoa memang ada dalam setiap amal ibadah pun. Dari Anas bin Malik dari Nabi saw yang bersabda:

الدُّعَاءُ مُخُّ الْعِبَادَةِ
Doa adalah inti ibadah

Maksudnya, dalam setiap ibadah, doa adalah elemen penting dalam ibadah itu. Contohnya, dalam solat juga ada doa, dalam mengerjakan Haji juga ada doa. Kalau kita perhatikan, semua ibadah kita ada doa di dalamnya, bukan?

 

أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Aku akan makbulkan doa bagi kamu

Allah berjanji yang kalau kita berdoa kepadaNya, Dia akan jawab doa itu. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَا مِنْ أَحَدٍ يَدْعُو بِدُعَاءٍ إِلاَّ آتَاهُ اللهُ مَا سَأَلَ أَوْ كَفَّ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهُ، مَا لَمْ يَدْعُ بِإِثْمٍ أَوْ قَطِيعَةِ رَحِمٍ.“

Tidak ada seorang pun yang berdoa dengan sebuah doa kecuali Allah akan mengabulkan apa yang dimintanya atau memalingkannya dari keburukan yang semisalnya, selama dia tidak berdoa yang mengandung dosa atau pemutusan silaturahmi.” HR At-Tirmidzi no. 3381. Dihasankan oleh Syaikh Al-Albani.

Ada muqaddar dalam ayat ini – sekiranya Allah kehendaki. Sama ada doa itu dimakbulkan atau tidak, ianya mengikut iradah (kehendak) Allah. Jangan kita sangka semua doa kita akan dimakbulkan. Kerana ramai yang marah, mereka telah banyak berdoa, tapi Allah tak perkenankan lagi. Maka mereka rasa, buat apa nak doa kepada Allah?

Itu adalah fahaman yang salah. Siapa kita yang Allah kena ikut cakap dan kehendak kita? Ingatlah siapa kita ini. Kita ini hamba sahaja, janganlah rasa lebih lagi dari itu. Kena ingat satu perkara: Kita WAJIB doa kepada Allah; tapi Allah HARUS sahaja untuk memakbulkannya.

Ikut Allah sama ada nak beri apa kita hendak atau tidak. Allah boleh makbulkan, atau Allah boleh berikan benda lain dari apa yang kita minta. Mungkin kita minta satu perkara dan Allah berikan perkara lain yang kita lebih memerlukan.

Allah beri  yang lain kerana Allah lebih tahu apa yang kita perlukan; atau Allah boleh sahaja tidak berikan apa-apa kepada kita dalam dunia ini dan Allah akan ganti permintaan kita itu dengan balasan di akhirat kelak. Ini disebut dalam satu hadis yang menjelaskan perkara ini:

ما مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ وَلاَ قَطِيعَةُ رَحِمٍ إِلاَّ أَعْطَاهُ اللَّهُ بِهَا إِحْدَى ثَلاَثٍ إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِى الآخِرَةِ وَإِمَّا أَنُْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهَا. قَالُوا إِذاً نُكْثِرُ. قَالَ  اللَّهُ أَكْثَرُ

“Tidaklah seorang muslim memanjatkan do’a pada Allah selama tidak mengandung dosa dan memutuskan silaturahmi (antara kerabat, pen) melainkan Allah akan beri padanya tiga hal: [1] Allah akan segera mengabulkan do’anya, [2] Allah akan menyimpannya baginya di akhirat kelak, dan [3] Allah akan menghindarkan darinya kejelekan yang semisal.” Para sahabat lantas mengatakan, “Kalau begitu kami akan memperbanyak berdo’a.” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas berkata, “Allah nanti yang memperbanyak mengabulkan do’a-do’a kalian.” HR. Ahmad 3/18, dari Abu Sa’id. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahawa sanadnya jayyid

Dan balasan itu tentunya lebih baik berkali ganda kalau dibandingkan dengan apa yang kita minta di dunia dahulu. Sampaikan ahli syurga berkata alangkah baik kalau semua doa mereka tidak dimakbulkan di dunia dahulu, supaya mereka boleh dapat balasannya di akhirat sahaja.

Kenapa doa ditolak? Kita kena juga tahu apakah sebab-sebab doa ditolak.

Dari Abdurrahman bin Yazid bahawa dia berkata bahawasanya Ar-Rabii’ datang kepada ‘Alqamah pada hari Jum’at dan jika saya tidak ada dia memberikan khabar kepada saya, lalu ‘Alqamah bertemu dengan saya dan berkata : Bagaimana pendapatmu tentang apa yang dibawa oleh Rabii’.? Dia menjawab: “Berapa banyak orang yang berdoa tetapi tidak dikabulkan? Kerana Allah tidak menerima doa kecuali yang ikhlas”. Saya berkata : Bukankah itu telah dikatakannya? Dia berkata : Abdullah mengatakan bahawa Allah tidak mendengar doa seseorang yang berdoa kerana sum’ah, riya’ dan main-main tetapi Allah menerima orang yang berdoa dengan ikhlas dari lubuk hatinya”. [Imam Al-Bukhari dalam Adabul Mufrad 2/65 No. 606. Disahihkan sanadnya oleh Al-Albani dalam Shahih Adabul Mufrad No. 473. Nakhilah maksudnya adalah ikhlas, Masma’ adalah orang yang beramal untuk dipuji atau benar].

Termasuk syarat terkabulnya doa adalah tidak beribadah dan tidak berdoa kecuali kepada Allah. Jika seseorang menujukan sebahagian ibadah kepada selain Allah baik kepada para Nabi atau para wali seperti mengajukan permohonan kepada mereka, maka doanya tidak terkabulkan dan nanti di akhirat termasuk orang-orang yang merugi serta kekal di dalam Neraka Jahim bila dia meninggal sebelum bertaubat.

Supaya doa kita lebih makbul, hendaknya makanan dan pakaian dari yang halal dan bagus. Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menyebutkan :

“Ertinya: Seorang laki-laki yang lusuh lagi kumal kerana lama berpergian mengangkat kedua tangannya ke langit tinggi-tinggi dan berdoa: Ya Rabbi, ya Rabbi, sementara makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dagingnya tumbuh dari yang haram, maka bagaimana doanya bisa terkabulkan.?” [Shahih Muslim, kitab Zakat bab Qabulus Sadaqah 3/85-86].

Syarah: Imam An-Nawawi berkata bahawa yang dimaksudkan ‘lama berpergian’ dalam rangka beribadah kepada Allah seperti haji, ziarah, bersilaturrahmi dan yang lainnya.

Pada zaman sekarang ini berapa banyak orang yang memakan makanan, minuman dan pakaian yang haram baik dari harta riba, perjudian atau harta rasuah yang yang lainnya. [Syarh Shahih Muslim 7/100].

Ahli Syair berkata:

“Kita berdoa dan menyangka doa terangkat padahal dosa menghadangnya lalu doa tersebut kembali. Bagaimana doa kita bisa sampai sementara dosa kita menghadang di jalannya”. [Al-Azhiyah dalam Ahkamil Ad’iyah hal. 141].

Janganlah kita tergesa-gesa dalam menunggu terkabulnya doa. Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda.

“Artinya: Akan dikabulkan permintaan seseorang di antara kamu, selagi tidak tergesa-gesa, iaitu mengatakan: Saya telah berdoa tetapi belum dikabulkan”. [Shahih Al-Bukhari, kitab Da’awaat 7/153. Shahih Muslim, kitab Do’a wa Dzikir8/87]

Al-Hafizh Ibnu Hajar berkata : Yang dimaksudkan dengan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Saya berdoa tetapi tidak dikabulkan”, Ibnu Baththaal berkata bahawa seseorang bosan berdoa lalu meninggalkannya, seakan-akan mengungkit-ungkit dalam doanya atau mungkin dia berdoa dengan baik sesuai dengan syaratnya, tetapi bersikap bakhil dalam doanya dan menyangka Allah tidak mampu mengabulkan doanya, padahal Dia Dzat Yang Maha Mengabulkan doa dan tidak pernah habis pemberian-Nya. [Fathul Bari 11/145].

Berapa ramai yang kita selalu sebut kepadanya: “doalah kepada Allah…” secara automatik dia jawab: “dah doa dah… tapi tak dapat lagi….”. Ini adalah tanda orang yang tergesa-gesa dalam doanya. Dan doa yang sebegitu tidak makbul.

 

إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي

Sesungguhnya orang-orang yang sombong dalam beribadat kepadaKu 

Lafaz ‘ibadat’ dalam ayat ini adalah ‘doa’ kerana surah ini adalah tentang tauhid dalam berdoa.

Allah menyentuh tentang mereka yang sombong untuk berdoa kepada Allah sahaja. Mereka ada juga doa kepada Allah, tapi dalam masa yang sama, mereka doa juga kepada Nabi, wali, malaikat atau jin. Allah kata mereka ini ‘sombong’.

‘Sombong’ itu maksudnya dia nak pakai broker juga dalam berdoa. Kalau mereka doa sendiri, mereka akan gunakan Nabi, wali atau malaikat dalam doa mereka. Dan kalau mereka tidak doa sendiri, mereka akan minta orang lain yang doakan – sama ada ahli surau atau masjid, tok imam, tok guru dan sebagainya. Sedangkan, yang eloknya adalah doa sendiri sahaja.

Kenapa dikatakan orang itu ‘sombong’? Kenapa digunakan perkataan itu? Untuk memahaminya, mungkin boleh kita gunakan satu analogi. Katakanlah, kita nak derma duit kepada orang kampung. Kita pun beri makluman kepada orang kampung, datang sahaja ke rumah kita, kita akan beri duit. Syaratnya, kena datang sendiri. Semua orang datang, tapi ada seorang yang tidak datang, tapi dia hantar ‘wakil’ untuk ambilkan duit itu.

Apa kata kita kepada orang itu? [Wah, sombongnya, nak datang sendiri ambil duit pun tidak mahu!] Begitulah, Allah sudah beri ajakan untuk berdoa kepadaNya, tapi kita minta orang lain doakan. Harap analogi ini dapat memberi faham kepada pembaca. Begitulah perumpamaan mereka yang ‘sombong’ nak minta sendiri kepada Allah. Mereka meminta kepada Allah tapi melalui perantaraan, melalui broker.

Kenapa ramai yang tidak doa sendiri? Bila ditanya, mereka akan kata mereka bukannya tidak mahu doa sendiri, tapi orang-orang masjid itu lebih ‘hampir’ dengan Tuhan dan doa mereka lebih makbul kerana mereka selalu ke masjid. Sebab itulah ‘Orang Masjid’ dan ‘Orang Surau’ selalu dapat makan percuma kerana masyarakat kita selalu panggil orang masjid dan surau ini untuk berdoa. Ini adalah fahaman yang salah yang berlawanan dengan makna ayat ini. Ingatlah yang ayat ini adalah ayat umum kepada semua umat Islam.

Masalah sebenarnya adalah mereka takut mereka dulu-dulu sudah banyak buat salah. Mereka juga sedar yang mereka tidak berapa pandai agama dan tak pandai baca Al-Qur’an. [Pada mereka: Takkan orang macam kita ni Tuhan nak perkenankan doa kita?] Begitulah perasaan mereka. Perasaan itu berlawanan dengan ayat ini dan ayat-ayat lain. Allah tidak pernah kata Dia pilih kasih dalam menerima doa hambaNya.

Maka doalah sendiri terus kepada Allah. Jangan ikut cara berdoa agama lain. Lihatlah kepada agama lain macam agama Hindu. Penganut Hindu pun kalau mereka ada hajat, mereka akan minta sami mereka doakan untuk mereka. Kenapa orang Hindu tidak berdoa sendiri kepada tuhan dia? Kerana pada mereka, sami itu lebih hampir kepada tuhan, tidak berkahwin, tidak makan makanan daging dan sebagainya.

Jadi sama sahaja macam kebanyakan dari kita yang jahil agama kerana mereka pun kata orang-orang masjid itu lebih hampir dengan Allah. Dan semasa sami angkat doa, orang yang berhajat itu pun ada sekali – sama juga dengan orang kita. Dan selepas sami itu selesai membacakan doa, dia akan beri duit kepada sami tu.

Kita pula, selepas tok imam selesai doa Solat Hajat, yang ada hajat itu akan beri sampul duit berisi wang kepada tok imam itu dan orang yang tolong doakan dalam majlis itu, akan dijamu dengan makanan. Jadi, sama sahajalah kita dan mereka kalau kita pun buat macam itu. Maka kita berhentilah jadi sami mendoakan bagi pihak orang lain.

Orang Hindu, kalau kita dapat jumpa mereka, tanyalah kepada mereka sama ada patung yang mereka sembah itu, adakah tuhan mereka? Mereka akan jawap itu bukan tuhan mereka. Mereka sedar yang mereka sendiri yang buat berhala itu. Mereka tahu yang itu adalah hanya barang sahaja. Mereka kata, mereka pun tidak bodoh sampai menganggap itu tuhan mereka. Jadi apakah dia berhala itu? Apa yang patung itu lambangkan?

Apakah yang mereka sembah itu? Mereka akan kata itu adalah mewakili ‘dewa’ mereka. Tanyalah lagi kepada mereka: adakah dewa awak ini tuhan? Mereka akan kata, tidak. Mereka kata dewa itulah yang akan bawa doa mereka kepada ‘tuhan yang satu’. Nama tuhan itu? Mereka tak tahu nama tuhan itu. Jadi, dewa itu bukanlah tuhan pada pemahaman mereka.

Jadi, kepada mereka, tuhanlah yang menyempurnakan doa itu. Kenapa tidak doa sendiri kepada tuhan? Mereka akan kata mereka banyak dosa, dan doa mereka tidak akan dimakbulkan. Tapi tok sami itu orang yang baik, maka doa sami itu akan sampai. Mereka ada sekali semasa sami itu berdoa. Tok sami akan doa kepada dewa, dan dewa akan bawa doa itu kepada tuhan. Selepas itu mereka akan beri duit kepada tok sami itu.

Tanya pula kepada Tok Cha. Yang mereka sembah itu adalah ‘wali’ mereka. Tok cha akan doa kepada wali dan sampaikan kepada tuhan juga. Lepas itu mereka akan beri duit kepada tok cha itu.

Tanya kepada Kristian pula. Mereka akan kata yang Jesus bukan tuhan tapi ‘anak tuhan’. Tuhan bagi kuasa kepada dia untuk menyelesaikan masalah yang kecil-kecil. Kalau yang besar-besar, terus kena minta kepada ‘Tuhan Bapa’. Tapi kenapa tidak doa terus kepada Tuhan Bapa? Sebab mereka banyak dosa. Mereka sampaikan kepada paderi, paderi akan sampaikan kepada Jesus dan Jesus akan sampaikan kepada Tuhan Bapa. Lepas itu mereka pun akan beri duit juga kepada paderi itu.

Tanya kepada Cina pula. Tokkong itu bukan tuhan mereka. Tokkong itu adalah ‘tok nenek’ mereka yang baik-baik semasa hidup di dunia dulu. Mereka berdoa kepada tok nenek mereka yang alim, yang pada mereka sudah dapat duduk dalam syurga kerana mereka orang yang baik-baik.

Mereka anggap kerajaan tuhan macam kerajaan dunia. Mereka sangka tentulah tok nenek mereka dapat kerja di istana tuhan. Apabila minta tolong tok nenek, mereka anggap tok nenek itu boleh sampaikan permintaan mereka kepada tuhan. Umpamanya, tok nenek mereka itu boleh ketuk pintu tuhan dan sampaikan hajat manusia. Begitulah anggapan mereka.

Itu semua adalah dinamakan ‘perantaraan’. Apa sahaja perantaan yang digunakan adalah syirik kepada Allah. Ingatlah yang tidak ada makhluk yang ada sifat Tuhan. Jadi kenapa kita seru wali, malaikat dan Nabi? Itu adalah syirik. Mereka itu memang makhluk yang mulia di sisi Allah tapi kita telah salah dalam menggunakan mereka.

 

سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

mereka akan masuk ke dalam neraka jahanam hina dina.

Kerana kesalahan syirik yang manusia lakukan kerana melanggar arahan untuk bertauhid dalam doa itu, mereka akan dimasukkan ke dalam neraka. Dan cara mereka masuk itu adalah penuh kehinaan. Jadi, ini bukan perkara yang ringan, tapi ianya sesuatu yang amat berat sekali.

Mari kita lihat cara berdoa yang boleh kita amalkan. Ambillah doa seperti dalam bahagian awal Surah Ali Imran. Kemudian selawat kepada Nabi sekali. Cara ini adalah lafaz dari hadith. Nama-nama Allah eloklah digunakan untuk memudahkan dikabulkan doa kita. Kemudian, barulah kita kata: “ya Allah, Engkaulah yang menjadikan tujuh langit dah tujuh bumi, dan segala sesuatu, Kamulah yang mengurus mentadbir semua”. Iaitu kita mulakan doa kita dengan puji Allah.

Kemudian kita sambung, ”Ya Allah, aku ada satu masalah besar. Masalahnya ialah aku takut masuk nerakaMu, Tuhanku”. Kerana masalah yang besar untuk kita adalah takut masuk neraka. “Maka jauhlah aku dari nerakaMu dan masukkan aku ke dalam syurgaMu.”

“Tapi tidak dapat masuk syurga kalau ada dosa. Maka aku minta ampun segala dosaku, ya Allah. Dosa syirik dan dosa kecil dan besar. Walau macam mana pun aku ada masalah kecil di dunia. Makbulkanlah doaku”. Maka doalah apa yang hendak dipinta.

Sebelum kita doa eloklah kita buatlah amalan ibadat dahulu, seperti solat, kerana amal ibadat adalah muqaddimah kepada doa. Lepas itu kita berdoalah apa sahaja yang kita hendak. Tapi, janganlah pula buat ‘Solat Hajat’ berjemaah. Yang sebenarnya Solat Hajat itu tidak ada dalam syariat. Siapa ada hajat, solatlah dua rakaat dan kemudian doa. Itu sahaja, tapi apabila kita beri nama ‘hajat’ kepada solat itu. Jadi kenalah reka apa nak baca pada rakaat pertama dan kedua. Jadi, itu semua adalah rekaan semata.

Tidak ada hadis pun Nabi pernah buat Solat Hajat berjemaah dulu masa nak pergi berperang atau pada bila-bila masa pun. Tapi sekarang, kita sikit-sikit, Solat Hajat. Kebanyakan masjid yang diimami oleh imam yang jahil, akan meneruskan Solat Hajat berjemaah selepas Solat Jumaat.

Jangan anda pula terlibat solat sama dengan mereka. Cepat-cepatlah tinggalkan masjid itu kalau mereka hendak buat Solat Hajat. Ingatlah bahawa sahabat kena seksa pun mereka tidak buat Solat Hajat. Tidak pernah diceritakan dalam hadis yang mereka telah melakukan solat hajat beramai-ramai. Ingatlah bahawa Solat Hajat berjemaah itu adalah syirik kepada Allah kerana menggunakan perantaraan.

Dan ianya tentu amalan yang bidaah kerana reka amalan baru dalam agama Islam. Kita sudah kata dalam Fatihah, “kepada Kamu sahaja kami sembah dan kepada Kamu sahaja kami minta tolong.” Tapi, kita minta tolong pula kepada imam dan orang ramai untuk mendoakan untuk kita. Ini tidak kena.

Kemudian kita sambung lagi: “Sekiranya kamu makbulkan doaku, sesungguhnya Engkaulah Tuhanku. Sekiranya Engkau tidak makbulkan doaku, itu adalah hakMu ya Allah. Tetapi kalau Engkau tidak makbulkan doaku, kepada siapa lagi aku nak doa?” Takkan nak pakai perantaraan pula?

Pakai Bahasa Melayu sahaja pun boleh untuk kita berdoa. Tuhan kita tahu bahasa Melayu, bukan? Kadangkala ianya lebih molek lagi kerana apabila kita faham apa yang kita sebutkan, itu lebih memberi erti kerana kita lebih khusyuk dalam doa kalau kita tahu apakah yang kita sebut. Kerana kalau sebut dalam bahasa Arab, kita pun tidak faham apa yang kita bacakan.

Tapi malangnya, ramai yang menyampaikan doa mereka melalui perantaraan. Dan itulah yang syirik. Yang dibolehkan tawasul hanyalah kepada iman kita dan kepada ibadat kita, dan menggunakan nama-nama Allah sebagai wasilah kita. Itu lagi senang. Maka jangan tawasul dengan orang, samada Nabi, wali atau malaikat sekalipun.

Kalau kita nak orang lain doakan kepada kita, kita hanya kata begini: “ingatlah saya dalam doa anda”. Iaitu tanpa menceritakan apakah hajat kita.

Kalau hal dunia, kena kita doa sendiri, tanpa minta orang lain tolong doakan. Paling kuat pun, kita cerita sahaja masalah kita kepada orang lain. Tapi jangan suruh dia mendoakan untuk kita. Kalau orang itu hendak mendoakan untuk kita, dia akan doa sendiri tanpa perlu kita minta.

Ingatlah dalam ayat ini, Allah sudah berjanji akan memakbulkan doa kita seperti ayat di atas. Itu adalah janji Allah dan Allah pasti akan penuhi janjiNya. Maka doalah kepada Dia sahaja. Kalau anak minta mak doa, tidak mengapa kerana ia adalah antara doa yang dimakbulkan.

Habis Ruku’ ke 6 dari 9 ruku’ dalam surah ini.


 

Ayat 61: Kenapa kita kena minta kepada Dia sahaja? Allah beri dalil kenapa. Ini adalah jenis Dalil Aqli Afaqi.

اللهُ الَّذي جَعَلَ لَكُمُ اللَّيلَ لِتَسكُنوا فيهِ وَالنَّهارَ مُبصِرًا ۚ إِنَّ اللهَ لَذو فَضلٍ عَلَى النّاسِ وَلٰكِنَّ أَكثَرَ النّاسِ لا يَشكُرونَ

Sahih International

It is Allah who made for you the night that you may rest therein and the day giving sight. Indeed, Allah is full of bounty to the people, but most of the people are not grateful.

Malay

Allah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia seluruhnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.

اللهُ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ اللَّيْلَ لِتَسْكُنُوا فِيهِ

Allahlah menjadikan untuk kamu malam supaya kamu dapat berehat padanya.

Maknanya Allah yang cipta malam, bukanlah malam itu terjadi sendiri. Ianya adalah terjadi dengan Qudrat Allah. Mungkin kita lihat malam itu terjadi apabila matahari telah tenggelam. Tapi matahari tenggelam itu adalah atas arahan Allah juga, bukan?

Apabila kita lihat siang bertukar menjadi malam, ingatlah yang itu adalah kerja Allah. Bukannya ia terjadi sendiri. Fikirkan, di akhirat nanti tidak ada lagi pertukaran siang dan malam. Di syurga nanti, tidak ada malam, siang sahaja sentiasa. Di neraka, tidak ada siang, hanya malam sahaja.

Untuk mengingat perubahan siang kepada malam dan malam kepada siang ini, Nabi telah ajar kita doa pagi dan petang. Setiap kali kita baca doa itu, kita patut ingat bahawa Allah sedang menukar waktu siang menjadi malam dan waktu malam menjadi siang. Boleh rujuk di sini.

Jadi, Allah jadikan malam itu sebagai waktu untuk kita berehat setelah penat bekerja dan beribadah sepanjang hari. Maka kenalah kita ambil peluang itu. Jangan sibuk untuk buat kerja lagi dan terus buat ibadah sampai tidak tidur langsung. Islam tidak suruh buat begitu. Kena terima waktu rehat yang Allah telah berikan.

 

وَالنَّهَارَ مُبْصِرًا

dan siang terang benderang.

Tujuannya supaya kita dapat bekerja dan cari makan. Dan supaya malam kita boleh buat ibadat kepada Allah kerana rezeki kita sudah ada. Maknanya, cari rezeki adalah untuk beribadat kepada Allah. Jangan hanya kata siang untuk bekerja sahaja. Bekerja itu adalah untuk senang beribadat.

Kembalikan segala perbuatan kita kepada hendak ibadat kepada Allah. Kerana tujuan kita hidup di dunia adalah untuk beribadah kepada Allah, bukannya untuk bekerja sahaja.

 

إِنَّ اللهَ لَذُو فَضْلٍ عَلَى النَّاسِ

Sesungguhnya Allah mempunyai kurnian yang besar ke atas manusia

Banyak yang Allah telah beri kepada kita dan banyak lagi yang Allah simpan untuk beri kepada kita. Lafaz فَضْلٍ bermaksud pemberian berlebihan yang tidak setimpal dengan kelayakan kita. Walaupun kita tidak layak terima, tapi Allah beri juga berlebihan kepada kita kerana kemurahanNya. Allah balas berkali-kali ganda.

 

وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَشْكُرُونَ

Tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.

Kebanyakan manusia tidak tahu macam mana nak bersyukur. Allah beri kesenangan yang banyak dan peluang untuk kenal dan dekati Dia. Tapi ramai yang tak sedar tentang perkara itu kerana mereka tidak kisah. Semua nikmat Allah, mereka nak pakai tapi tidak pula mahu dekati Allah. Itulah dikatakan mereka tidak pandai berterima kasih kepada Allah.


 

Ayat 62: Selepas Allah memberitahu kuasa penuhNya untuk mencipta, inilah natijah atau kesannya kepada kita. Inilah yang kita kena rasa.

ذٰلِكُمُ اللهُ رَبُّكُم خٰلِقُ كُلِّ شَيءٍ لّا إِلٰهَ إِلّا هُوَ ۖ فَأَنّىٰ تُؤفَكونَ

Sahih International

That is Allah , your Lord, Creator of all things; there is no deity except Him, so how are you deluded?

Malay

Yang bersifat demikian ialah Allah, Tuhan kamu; yang menciptakan tiap-tiap sesuatu (dari tiada kepada ada); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan (daripada menyembahNya)?

ذَٰلِكُمُ اللهُ

Sifat-sifat yang demikian itulah Allah bagi kamu.

Hanya Allah sahaja yang mempunyai sifat-sifat yang telah disebut di atas. Maka sembah dan seru kepadaNya sahajalah dalam doa kita. Jangan lagi doa pakai tawasul yang dilarang.

 

رَبُّكُمْ

Pencipta Pemelihara kamu.

Allahlah yang telah menjadikan kamu, dan setelah dijadikan kamu, tidaklah kamu dibiarkan sahaja. Dialah juga yang memelihara, menjaga dan mengurus segala keperluan kamu. Kalau Allah sahaja yang mengurus kita, kenapa lagi kita nak minta tolong kepada entiti lain? Memang tidak patut kalau begitu. Orang lain buat kerja, tapi orang lain yang dapat nama pula.

 

خٰلِقُ كُلِّ شَيْءٍ

Dialah yang mencipta segala sesuatu.

Semua roh yang kamu puja itu tidak boleh buat apa-apa pun. Malaikat, Nabi atau wali-wali, tidak dapat mencipta apa pun. Hanya Allahlah sahaja yang mencipta segala sesuatu.

Kalimah خلق bermaksud menjadikan sesuatu dari tidak ada kepada ada. Tidak sama dengan جعل yang menjadikan sesuatu dari ada kepada bentuk lain (contoh: sudah ada besi, kemudian jadikan kereta dari besi itu).

Hanya Allah sahaja الخالق (Maha Pencipta), tidak ada yang lain. Maka kerana itu, sembahlah Allah dan berdoa kepadaNya sahaja.

 

لَّا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ

Tiada ilah melainkan Dia

Ilah adalah tempat pengharapan kita. Kepada Dialah sahaja tempat untuk kita meletakkan pengharapan kita dan tempat kita berdoa. Oleh kerana itulah kita hanya menyembahNya sahaja. Tidak patut kalau doa kepada yang lain, kerana mereka bukan ilah. Rujuk perbincangan ilah di sini.

 

فَأَنَّىٰ تُؤْفَكُونَ

Macam mana lagi boleh kamu terpesong? 

Macam mana lagi boleh kamu minta kepada makhluk lain lagi dalam hal berdoa? Allah sudah beritahu dalam Al-Qur’an, sudah beri segala bukti dan dalil, tapi masih lagi ramai yang terpesong.

Masalahnya, kita tak pandai nak berdoa, itu sahaja. Kerana itulah ramai yang outsource doa mereka kepada orang lain seperti imam dan dan tok siak. Kita sendiri yang tidak belajar dan kerana itu tidak pandai memilih waktu yang sesuai untuk berdoa. Yang kita sudah tahu, masa doa makbul adalah pada waktu sepertiga malam. Tapi kita tak pernah nak dapat bangun malam pun.

Kita pun sudah tahu yang tempat makbul doa adalah di Mekah. Di situ adalah tempat yang diberkati. Seperti di pintu Kaabah, Hijr Ismail, Maqam Ibrahim, Masjidil Haram, Raudhah dan sebagainya. Semua itu adalah tempat berkat dan makbul doa. Tapi kalau tak dapat pergi Mekah, adakah tidak berpeluang untuk berdoa? Kalau begitu, macam tak adil pula Tuhan kalau kita tak dapat peluang. Betulkah begitu? Tidak.

Nabi pernah bersabda, doa selepas azan sebelum iqamah adalah mustajab jika dilakukan di masjid. Tapi doa itu kena di masjid. Maknanya, lima kali ada tempat makbul doa. Maknanya, ada peluang juga. Selepas solat jemaah juga makbul doa. Tapi kita sahaja tak tahu sebab ustaz-ustaz yang biasa tak ajar. Masalahnya, apabila kita tak tahu tempat yang makbul itu, kita mulalah minta tolong perantaraan dalam doa.

Dalam Surah Qasas, ada kisah tentang Nabi Musa telah tolong dua anak Nabi Syuaib untuk ambil air untuk binatang-binatang peliharaan mereka. Orang lain angkat tudung perigi yang berat untuk tutup perigi untuk menghalang anak-anak Nabi Syuaib mengambil air di perigi itu. Kerana mereka itu anak Nabi Syuaib dan mereka tak suka Nabi Syuaib.

Nabi Musa tanya mereka kenapa mereka yang buat kerja mengembala pula? Mereka jawap ayah mereka tidak ada pekerja nak tolong. Sebab tidak ada orang nak bekerja dengan mereka. Maka merekalah yang kena buat. Maka Nabi Musa angkat tudung perigi dan tolong mereka. Mereka pun kemudian pergi. Nabi Musa kemudian angkat doa kepada Allah. Maknanya, selepas kita tolong orang, makbul doa.

Ada lagi masa yang makbul doa: Apabila kita ziarah ibu bapa kita, makbul doa. Buat baik kepada ibubapa, makbul doa. Tolong jiran; Ziarah orang sakit; Selepas menderma; selepas belajar ugama. Itu semua tempat makbul doa dan banyak lagi tempat-tempat lain.

Yang masalah dengan kita adalah kita nak macam-macam tapi dosa kita tak minta ampun pun lagi. Maka, adakah anda agak Tuhan akan makbulkan doa kita? Jadi apa sahaja masalah kita yang kita nak sampaikan hajat kita kepada Allah supaya menyelesaikan masalah itu, maka kenalah kita sebelum itu minta ampun atas dosa-dosa kita.

Kita ini banyak sangat dosa kepada Allah. Tapi banyak yang tak minta ampun, tapi masalah dia yang banyak itu, dia nak Allah selesaikan. Maka, sebelum kita menceritakan hajat kita kepada Allah, mintalah ampun dulu.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 19 Julai 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani

Tafsir Surah Zumar Ayat 53 – 56 (Syirik menghapuskan amalan kebaikan)

Ayat 53: Ayat 53 – 70 adalah Perenggan Makro Kelima. Ia mengandungi seruan Al-Qur’an kepada kita.  Orang yang berdosa jangan berputus asa, kembali kepada Allah ﷻ  yang Maha Pengampun dan Pengasihani. Jadikan Al-Qur’an sebagai panduan hidup.

Ayat 53 ini adalah ayat yang ditujukan bagi orang yang telah pernah berbuat amalan syirik. Atau orang yang pernah membuat dosa yang banyak sebelum ini. Ini adalah sebagai pengumuman dari Allah ‎ﷻ sebagai rahmat dan galakan kepada tauhid.

Ulama’ Tafsir menyebut yang ayat ini adalah ayat yang paling memberi harapan kepada manusia dalam Al-Qur’an. Kalau orang yang dalam kesedihan dan berputus asa dalam hidupnya, suruh dia baca ayat ini dan fahami maksud dia. (bukan buat zikir pula… orang Melayu bab reka zikir memang pandai).

Baca dengan faham dan selami maknanya. Kerana sekiranya baca berulang-ulang untuk dapatkan sesuatu, itu sudah termasuk sihir (sihir menggunakan ayat Al-Qur’an).

۞ قُل يٰعِبادِيَ الَّذينَ أَسرَفوا عَلىٰ أَنفُسِهِم لا تَقنَطوا مِن رَّحمَةِ اللهِ ۚ إِنَّ اللَهَ يَغفِرُ الذُّنوبَ جَميعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الغَفورُ الرَّحيمُ

Sahih International

Say, “O My servants who have transgressed against themselves [by sinning], do not despair of the mercy of Allah . Indeed, Allah forgives all sins. Indeed, it is He who is the Forgiving, the Merciful.”

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

 

قُلْ يٰعِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ

Katakanlah, wahai hambaKu sekalian yang telah melampaui batas kepada diri sendiri

‘Melampau batas’ dalam ayat ini adalah perbuatan syirik kepada Allah ‎ﷻ. Perbuatan itu akan menyebabkan mereka kekal dalam neraka. Kadang-kadang kita berbuat syirik kerana kita tidak tahu perbuatan itu adalah perbuatan yang syirik kerana kita tidak belajar ilmu wahyu.

Apabila jahil, ramai yang tidak tahu yang amalan mereka selama hari ini adalah amalan yang salah – sama ada bidaah atau syirik. Tetapi apabila mereka telah belajar, maka mereka takut dan rasa gelisah kerana perbuatan mereka dahulu, bukan?

Orang-orang yang buat syirik akan masuk neraka, dan kemudian akan kekal di dalamnya, kalau mereka tidak sempat bertaubat kepada Allah ‎ﷻ sebelum mereka mati. Salah faham dalam masyarakat Islam kita adalah, mereka sangka selama mereka Muslim, kalaupun mereka masuk neraka, mereka sangka mereka akan masuk syurga akhirnya.

Mereka tidak tahu bahawa kalau kesalahan yang mereka lakukan itu adalah dosa syirik, mereka akan kekal dalam neraka, tidak akan keluar sampai bila-bila, walaupun nama mereka Islam dan mereka telah mengucap syahadah. Orang Islam yang masuk neraka dan selepas sekian lama dalam neraka dan dipindahkan ke syurga adalah mereka yang ada dosa, tetapi bukan dosa syirik.

Perkataan أَسْرَف juga bermaksud ‘berlebihan’. Ini adalah maksud yang lebih umum. Iaitu berlebihan sampai melampau. Mereka berlebih dalam tidur, buat maksiat, main game, berpolitik dan sebagainya. Sampaikan memberi kesan buruk kepada mereka. Ramai dari kalangan kita yang macam itu.

Mereka sangka apa yang mereka lakukan adalah untuk kebaikan diri mereka tetapi sebenarnya ia tidak baik untuk mereka dan telah memberi kesan kepada mereka. Sebab itulah perkataan yang digunakan adalah عَلَىٰ. Itu bermaksud perbuatan melampau mereka itu telah memberi kesan buruk kepada mereka. Sebagai contoh, kalau berlebihan dalam berpolitik, akan menyebabkan kita berbuat dosa dengan menjatuhkan orang lain dan sebagainya.

Dalam ayat ini tidak dikhususkan apakah perkara yang mereka telah melampau. Ini adalah kerana terlalu banyak perkara yang manusia melampau. Jadi Allah ‎ﷻ biarkan dalam bentuk umum.

Juga bermaksud mereka yang telah ‘jatuh’. Mereka yang telah kena musibah dalam kehidupan mereka seperti hilang pekerjaan dan sebagainya. Mereka sampai ada yang telah berputus asa. Maka, kepada mereka ini juga, Allah ‎ﷻ hendak berikan harapan.

 

Balaghah: Hazfu wa zikru:

Bandingkan kalimah عِبَادِي yang digunakan dalam ayat ini dengan kalimah عِبَادِ yang digunakan dalam Zumar:10. Kedua-duanya membawa maksud ‘hambaKu’, tetapi ia dalam bentuk berlainan, bukan?

Dalam ayat ke 10, kalimat عِبَادِ itu sepatutnya ada ي menjadi عِبَادِي (hambaKu) kerana hamba yang dimaksudkan dalam ayat ke 10 itu adalah hamba yang imannya berkekalan dan dia berterusan meningkatkan ketaqwaannya.

Mereka itu jenis yang sudah istiqamah dalam iman dan ibadah mereka. Kemudian itu terus disebut ganjaran mereka. Sedangkan, kalimah yang digunakan dalam ayat 53 ini adalah عِبَادِي kerana hamba yang dimaksudkan dalam ayat ini hamba yang masih banyak melakukan maksiat.

Lihatlah dalam ayat ini, mereka memang sedang melakukan maksiat. Oleh itu, mereka tidak boleh berterusan dalam maksiat mereka itu, mereka kena ubah sikap mereka. Mereka disuruh jangan kekalkan apa yang sedang mereka lakukan. Mereka sekejap baik, sekejap tidak. Tidak boleh begitu, mereka haruslah baiki diri mereka supaya tetap istiqamah dalam iman dan dalam ibadah.

Dan ya mutakallim dizikrukan (disebut) digunakan kerana bilangan mereka lebih ramai kalau dibandingkan dengan orang yang istiqamah dalam iman dan ibadah. Inilah bahagian ilmu balaghah yang tidak akan dapat diketahui kalau tidak belajar ilmu balaghah.

 

لا تَقنَطوا مِن رَّحمَةِ اللهِ ۚ

jangan sekali-kali kamu putus asa dari rahmat Allah.

Ayat ini mengatakan bahawa kita masih lagi ada peluang untuk mendapat keampunan dari Allah ‎ﷻ. Maknanya, ada peluang untuk bertaubat lagi walaupun kita sudah berbuat dosa maksiat, walaupun kita sudah berbuat syirik. Walau bagaimana banyak pun dosa kita. Tuhan akan mengampunkan dosa kita walaupun kita telah berbuat syirik.

Syaratnya, kenalah memohon keampunan itu sendiri, tidak boleh orang lain mintakan kalau dosa itu adalah dosa syirik. Dan untuk meminta keampunan itu hendaklah dilakukan semasa hidup. Kalau sudah mati, tidak ada harapan lagi. Kalau anak-anak isteri kita meminta keampunan untuk kita yang sudah berbuat syirik, itu tidak akan diterima. Kita kenalah meminta ampun sendiri.

Namun begitu, kalau dosa selain dosa yang syirik, walaupun kita sudah mati, ahli keluarga dan orang lain masih boleh meminta keampunan bagi pihak kita. Ini adalah kerana memang ada larangan dari Allah ‎ﷻ untuk meminta ampun kepada orang yang mati dalam syirik.

Ayat ini memberi kita harapan bahawa tidaklah Allah ‎ﷻ terus melupakan kita. Allah ‎ﷻ masih lagi memberi peluang kepada kita, walau berapa banyak dosa yang kita lakukan. Ini adalah kerana Allah ‎ﷻ amat sayang kepada kita. Sifat rahmah Allah ‎ﷻ amatlah besar sekali. Ada orang sangka yang dosa mereka terlalu banyak sampai mereka kata Allah ‎ﷻ tidak akan ampunkan mereka.

Itu adalah sangkaan mereka sahaja, Allah ‎ﷻ tidak pernah berkata begitu, mereka sahaja yang memandai-mandai. Jangan kita ada sangkaan seperti itu langsung. Inilah juga bisikan dari syaitan untuk melemahkan harapan kita dan supaya kita tidak minta ampun kepada Allah ‎ﷻ. Syaitan bisikkan: “Dosa kamu dah banyak sangat, Allah takkan ampun dan pandang kamu dah…., baik kamu teruskan sahaja apa yang kamu telah lakukan itu”.

Oleh itu, sentiasalah kita meminta ampun kepada Allah ‎ﷻ. Sebelum kita tidur setiap malam, mintalah ampun kepada Allah ‎ﷻ di atas segala dosa kita, termasuklah dosa syirik yang mungkin kita telah lakukan tanpa kita sedar. Kerana kita tidak tahu, entah-entah kita akan dimatikan malam itu dan roh kita tidak dikembalikan kepada tubuh kita lagi.

Allah ‎ﷻ menceritakan tentang Rahmat-Nya dalam ayat ini. Oleh itu, para pemberi khutbah, penceramah pun, janganlah hanya menceritakan azab yang Allah ‎ﷻ akan berikan kepada kita kalau berbuat salah. Mereka kuat menceritakan tentang dosa manusia, sampai mereka lupa untuk cerita tentang rahmat Allah ‎ﷻ.

Sampaikan orang yang mendengar khutbah akan berasa yang mereka hanya layak untuk masuk neraka sahaja. Lama kelamaan manusia akan rasa mereka akan terus masuk neraka dan tidak ada harapan untuk masuk syurga. Jadi, mereka akan rasa tidak ada gunanya lagi untuk berbuat baik kerana mereka sudah tidak ada harapan lagi untuk masuk syurga. Jadi, mereka akan terus berbuat dosa.

Kepada mereka yang telah diberikan dengan ujian, jangan berputus asa dengan Allah ‎ﷻ. Mintalah kepada Allah ‎ﷻ supaya kita dikeluarkan dari masalah itu. Putus asa bukanlah satu sifat yang baik. Ia adalah satu sifat yang buruk. Jangan sekali-kali berputus asa. Selagi belum mati, apa-apa masalah pun ada harapan untuk diselesaikan.

 

إِنَّ اللَهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا

Sesungguhnya Allah sanggup mengampunkan dosa kamu semua sekali.

Sesungguhnya Allah ‎ﷻ itu sanggup mengampuni dosa kamu semua sekali kalau kamu meminta pengampunan dari-Nya. Tidak semestinya Allah ‎ﷻ wajib mengampuni dosa itu, tetapi Allah ‎ﷻ boleh mengampunkan, kalau Dia mahu.

Ada muqaddar di sini, iaitu tidak diletakkan dalam ayat ini tetapi kena dijelaskan supaya faham ayat ini. Iaitu dengan syarat, kita kena meminta ampun. Kalau tidak minta ampun, maka tidak dapat pengampunan itu. Dan kitalah yang kena meminta ampun kepada Allah ‎ﷻ sendiri. Kalau kita sudah mati, dan ahli keluarga memohon pengampunan kepada kita atas dosa syirik kita, tidak akan diterima.

Kalau dosa selain dosa syirik, Allah ‎ﷻ masih lagi boleh diterima, kalau Allah ‎ﷻ mahu. Kalau dosa selain dari dosa syirik, orang lain masih boleh mintakan ampun bagi pihak kita. Ini adalah kerana orang yang buat syirik itu kena sedar dan dia sudah buat syirik dan dia menyesal atas perbuatannya itu.

Allah ‎ﷻ sanggup untuk mengampunkan semua sekali dosa kita, bukan hanya sedikit. Bukan dosa yang kecil sahaja, tetapi dosa yang besar sekalipun. Maka kalau Allah ‎ﷻ sudah berkata yang Dia sanggup untuk menerima taubat itu, maka mintalah ampun semasa hidup di dunia ini. Janganlah tunggu di akhirat kelak yang mana taubat tidak diterima lagi.

 

إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Belas Kasihan.

Kenapa Allah ‎ﷻ sanggup untuk memberi keampunan kepada kita? Kerana sesungguhnya Dia itu adalah Dzat yang amat pemberi pengampunan. Sifat asal Allah ‎ﷻ adalah Maha Pengampun. Dia boleh mengampunkan dan Dia boleh melupakan dosa yang kita buat. Sampaikan tidak ada lagi yang akan tahu bahawa kita pernah melakukan dosa tersebut.

Kita sebagai manusia, tidak boleh melupakan kesalahan orang lain kepada kita, walaupun kita sudah memaafkannya. Hati kita masih ingat lagi walaupun kita sudah memaafkannya dengan mulut dan kita pun telah cuba untuk maafkan orang itu dalam hati kita.

Namun, bagi Allah ‎ﷻ, bila Dia ampunkan, Dia tutup dosa itu. Dan dia tidak akan azab hamba-Nya itu dalam neraka atas kesalahan itu. Asalkan jangan degil untuk meminta ampun. Dia sanggup mengampunkan kerana Dia amat belas kasihan kepada semua makhluk. Dia sayang sekali kepada hamba-Nya.

Kita kena faham apakah makna الْغَفُورُ ini. Ia bermaksud Allah ‎ﷻ boleh mengampunkan banyak mana pun dosa makhluk itu. Allah ﷻ boleh tutup dosa itu. Namun begitu, tidaklah bermaksud Dia sentiasa memaafkan.

Kerana kalau kita rasa Allah ‎ﷻ akan sentiasa sahaja memaafkan kesalahan kita, bahayanya adalah: kita tidak risau untuk berbuat dosa pula kerana kita sangka Allah ‎ﷻ sentiasa sahaja memaafkan. Bagaimana kalau Allah ‎ﷻ tidak mengampunkan dosa kita?

Jadi kita jangan senang hati sangat dan rasa boleh sahaja berbuat dosa, nanti minta ampun, dan Allah ‎ﷻ maafkanlah. Itu adalah salah faham seperti yang dihadapi oleh orang Kristian. Pada mereka, kalau mereka menerima Nabi Isa عليه السلام sebagai tuhan, mereka akan diampunkan segala dosa mereka. Dan kalau mereka ada berbuat dosa, mereka pergi berjumpa paderi dan mengaku kesalahan mereka, maka mereka sudah selamat.

Dalam Islam tidak begitu. Kita memang kena meminta ampun dan berharap Allah ‎ﷻ mengampunkan dosa kita, tetapi dalam masa yang sama, kita kenalah berhati-hati. Jangan kita salah gunakan ayat ini untuk beri tiket percuma untuk berbuat dosa pula. Kerana salah faham itulah ada kita dengar orang berkata: “takpelah… nanti dah tua nanti kita taubat lah…..”. Bagaimana kalau Allah ﷻ tidak terima taubat itu?


 

Ayat 54: Ini adalah syarat-syarat untuk mendapat pengampunan. Bukan hanya setakat minta ampun sahaja, tetapi kita kenalah perbaiki diri kita. Kembalilah melakukan amal kebaikan.

وَأَنيبوا إِلىٰ رَبِّكُم وَأَسلِموا لَهُ مِن قَبلِ أَن يَأتِيَكُمُ العَذابُ ثُمَّ لا تُنصَرونَ

Sahih International

And return [in repentance] to your Lord and submit to Him before the punishment comes upon you; then you will not be helped.

“Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.

وَأَنِيبُوا إِلَىٰ رَبِّكُمْ

Dan kembalilah kepada Tuhan kamu,

Apabila sudah bertaubat, hendaklah kita kembali kepada Allah ‎ﷻ iaitu dengan mentaati segala hukum-Nya. Solat jangan ditinggalkan lagi. Jangan berbuat jahat lagi. Itulah yang dipanggil ‘kembali kepada Allah ‎ﷻ’. Dosa yang telah dibuat, berhentilah dari membuatnya. Kalau dahulu berzina, berhenti dari berzina. Kalau dahulu minum arak, berhenti dari minum arak. Kalau dahulu tidak berpuasa, mula balik berpuasa.

Antara tanda kembali itu termasuklah belajar agama. Belajar untuk mengetahui manakah perbuatan kita yang salah. Jangan terus duduk dalam kejahilan dan terus melakukan kesalahan yang berulang-ulang.

Ayat ini juga bermaksud, apabila kita berbuat dosa, sebenarnya kita telah meninggalkan Allah ‎ﷻ. Kita tidak mengendahkan Allah ‎ﷻ dan segala peraturan yang telah ditetapkan. Maka, sebab itulah Allah ‎ﷻ suruh kita kembali kepada-Nya. Kalau kita tidak endahkan kawan kita, keluarga kita, ada kemungkinan mereka akan meninggalkan kita. Tetapi tidak begitu dengan Allah ‎ﷻ. Pintu rahmat Allah ‎ﷻ sentiasa terbuka untuk kita.

Dan yang paling penting, kena kembali kepada tauhid setelah mengetahui yang selama ini perbuatan kita adalah perbuatan syirik. Kena belajar apakah tauhid dan apakah syirik. Tinggalkan perbuatan syirik yang pernah dilakukan dahulu kerana mungkin dahulu kita buat disebabkan oleh kejahilan agama. Sekarang sudah tahu, kenalah tinggalkan.

 

وَأَسْلِمُوا لَهُ

dan serah diri kepadaNya

‘Islam’ bermaksud serah diri bulat-bulat kepada Allah ‎ﷻ. Serah diri dalam akidah dan dalam amal. Kita hendaklah menyerahkan diri bulat-bulat kepada Allah ‎ﷻ. Terima semua yang terkandung dalam Al-Qur’an dan hadis.

Terima bulat-bulat tanpa soal. Jangan kita gunakan akal lagi untuk menolak syariat, jangan gunakan hujah yang batil lagi untuk menolak suruhan-suruhan Allah ‎ﷻ. Apa yang Allah ‎ﷻ suruh kita buat, lakukan sahaja.

Malangnya, banyak ustaz-ustaz yang mengajar di merata-rata tempat, tidak belajar pun lagi tafsir Al-Qur’an dan hadis Nabi ﷺ. Mereka sendiri pun tidak tahu apakah yang Allah ‎ﷻ hendak manusia buat. Tetapi mereka sudah mengajar manusia. Maka, apa yang mereka ajar itu tidak benar atau tidak lengkap.

Oleh itu kita yang mahu belajar agama, hendaklah memastikan bahawa guru yang mengajar itu telah belajar dari dua sumber agama yang utama: Al-Qur’an dan Hadis.

Dan yang paling penting jangan menggunakan akal dalam menafsir hukum Allah ‎ﷻ: ada orang yang berkata kalau makan babi boleh menyebabkan penyakit. Semua agama lain makan babi, tidak ada yang jadi gila pun. Ada yang berkata kerana dalam tubuh babi itu ada ulat yang tidak boleh dibunuh, kerana babi makan tahinya sendiri, kerana babi itu suka sondol binatang lain dan sebagainya.

Itu bukanlah jawapan yang tepat. Kita kenalah jawab begini: kita tidak makan kerana perintah Allah ‎ﷻ. Sebab kalau kita kata kita tidak boleh makan babi kerana ada ulat itu, katakanlah kalau ada cara untuk membunuh ulat itu dengan cara moden, adakah kita boleh memakan babi pula? Tentu tidak, kerana hukum itu tidak akan dimansuhkan sampai bila-bila. Kita kena terima semua sekali perintah Allah ‎ﷻ, jangan takwil-takwil.

Kerana kalau kita menggunakan akal kita untuk mencari sebab pengharaman sesuatu perkara, itu maknanya kita mempersoalkan hukum Allah ‎ﷻ. Jadi ada orang yang kata arak tidak haram, kalau minum tidak memabukkan. Babi pun boleh dimakan kerana zaman sekarang babi itu sudah bersih dan sebagainya. Itulah bahayanya. Allah ‎ﷻ tidak perlu menjelaskan sebab apa sesuatu perkara itu diharamkan. Kita mesti taat bulat-bulat kepada Dia sahaja.

Namun dalam masa yang sama, kalau kita cuba mencari hikmah pengharaman itu, tidaklah salah. Kalau niat kita untuk memahami lagi hukum Allah ‎ﷻ, itu bolehlah. Ulama’ memang akan selalu mencari hikmah kenapa Allah ‎ﷻ letak hukum begitu dan begini. Tetapi itu sebagai usaha akal manusia sahaja, mungkin benar dan mungkin juga tidak.

Tetapi berhati-hati jangan sampai kita mengubah hukum Allah ‎ﷻ pula. Kerana segala hujah atau kajian yang kita lakukan itu, mungkin benar dan mungkin salah.

 

مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ

sebelum datang azab akhirat kepada kamu.

Kenalah mengubah diri kita sebelum terlambat. Sebab kalau sudah berada di alam akhirat, kita tidak dapat diselamatkan lagi. Waktu itu sudah terlambat untuk memohon keampunan. Oleh itu, kita kena taubat segera, jangan tunggu-tunggu lagi. Tidak perlu tunggu ‘Solat Taubat’ pun kerana taubat itu boleh dilakukan di mana-mana dan bila-bila masa pun.

 

ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ

kemudian kamu tidak diberi pertolongan

Apabila berada di Mahsyar, tidak ada peluang untuk mendapat pertolongan dari sesiapa pun, dari mana-mana arah pun. Pada waktu itu, tidak ada sesiapapun yang boleh menolong kita lagi.


 

Ayat 55: Dalil Wahyi. Ini ada syarat lagi yang perlu dipenuhi:

وَاتَّبِعوا أَحسَنَ ما أُنزِلَ إِلَيكُم مِّن رَّبِّكُم مِن قَبلِ أَن يَأتِيَكُمُ العَذابُ بَغتَةً وَأَنتُم لا تَشعُرونَ

Sahih International

And follow the best of what was revealed to you from your Lord before the punishment comes upon you suddenly while you do not perceive,

 

Malay

“Dan turutlah – Al-Qur’an – sebaik-baik. (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.

 

وَاتَّبِعُوا أَحْسَنَ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ

Dan kamu ikuti sahajalah yang terbaik dari apa yang diwahyukan kepada kamu

Yang dimaksudkan yang terbaik adalah: Al-Qur’an dan Sunnah. Iaitu mengikut wahyu. Sama ada wahyu itu dari Al-Qur’an atau dari hadis Nabi ﷺ yang sahih. Iaitu kita ikut yang wajib dan yang sunat. Kalau ada amalan yang tidak sahih, jangan pula kita buat. Kerana agama ini tidak boleh direka-reka dan ditambah-tambah.

Dan yang terbaik dari wahyu itu semua adalah tentang Tauhid. Tauhid itu yang perlu dikemasi dahulu. Kena faham apakah tauhid dan apakah syirik. Oleh itu, kena belajar tafsir 30 juzuk Al-Qur’an ini supaya faham apakah yang dimaksudkan dengan tauhid dan apakah syirik.

 

مِّنْ رَّبِّكُمْ

daripada Tuhan kamu

Dan kena pastikan bahawa dalil yang digunakan adalah dari Allah ‎ﷻ – sama ada dalam bentuk ayat Al-Qur’an atau dalam bentuk hadis Nabi ﷺ – wahyu yang disampaikan melalui lafaz Nabi Muhammad ﷺ.

Al-Qur’an dan hadis telah diberikan kepada kita untuk beramal. Yang terbaik dari Al-Qur’an dan hadis itu adalah dua perkara. Daripada lima hukum yang ada (iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram), dua sahaja yang kita buat akan dapat pahala. Iaitu yang wajib dan sunat.

Perkara yang hukumnya harus tidak perlu buat pun tidak mengapa. Sebab kalau buat pun, tidak dapat pahala. Kalau tidak buat pun, tidak berdosa. Jadi habis duit dan buang masa sahaja kalau buat. Kalau buat juga, itu untuk ihsan, iaitu kebaikan hidup di bumi. Apa yang dibuat, mestilah yang dihukumkan sunat. Yang wajib, memang kita tidak boleh tinggalkan. Tiga lagi hukum, kita tolak. Apa yang tidak sunat, tidak perlu buat.

Maka, janganlah kita mengikut pendapat guru-guru, ustaz-ustaz yang menggunakan akal sebagai hujjah untuk membenarkan amalan bidaah mereka. Contohnya, mereka yang mengatakan kebaikan dalam menyambut Majlis Maulid Nabi ﷺ, tetapi mereka tidak memberikan hujah dalil yang sahih, mereka menggunakan hujah akal sahaja.

Ambillah apa yang Allah ‎ﷻ telah berikan dan amalkannya dalam kehidupan kita.

 

مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ بَغْتَةً

sebelum datang kepada kamu azab yang datang tiba-tiba (iaitu mati)

Ingatlah bahawa kita boleh mati pada bila-bila masa sahaja. Kita tidak tahu bilakah kita akan mati. Waktu itu semuanya sudah terlambat. Maka jangan kita tangguh untuk berubah ke arah kebaikan. Entah sebentar lagi kita akan mati, kita pun tidak tahu. Maka kenalah kita bertaubat dan baiki diri kita dari sekarang.

 

وَأَنْتُمْ لَا تَشْعُرُونَ

yang masa itu kamu tidak sedar.

Kita takut kita tidak sempat bertaubat pula nanti kalau kita tangguhkan. Celik-celik mata tengok-tengok sudah berada di dalam kubur. Maknanya, dia pun tidak sedar dia sudah mati.

Seperti orang yang kemalangan yang menyebabkan dia pengsan atau koma. Celik-celik mata tengok kipas sedang berpusing dalam hospital. Dia pun tidak sedar bilakah masanya dia telah dibawa ke hospital.

Maknanya, hendak mengikut Al-Qur’an ini hendaklah dilakukan sebelum kita mati. Kalau sudah mati, maka tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Jadi, kenalah belajar dari sekarang. Jangan ditangguh-tangguh lagi.

Walaupun begitu, telah diberitahu kepada kita bahawa ada perkara-perkara yang walaupun kita sudah mati, masih boleh mendapat pahala. Iaitu tiga perkara: Sedekah, ilmu berguna yang diajar kepada orang lain dan doa anak yang soleh.

Apakah itu sedekah jariah? Ia adalah sedekah dan infak yang kita berikan pada jalan agama. Sedekah jariah itu adalah apabila kita memberikan harta kita kepada agama. Dan ia berterusan. Sebagai contoh, kita sedekahkan duit untuk membina masjid dan masjid itu berterusan digunakan oleh manusia. Setiap kali ada orang yang menggunakan masjid itu, kita akan mendapat pahala.

Oleh kerana kita boleh berwasiat kepada selain dari keluarga kita, maka wasiatlah untuk infak sebahagian dari harta kita kepada agama. Iaitu sebanyak-banyaknya satu pertiga dari harta kita. Bukanlah kena bagi keseluruhan satu pertiga. Setakat mana kita hendak beri sahaja. Supaya pahala kita berterusan memberi saham pahala kepada kita.

Itu sahajalah harta yang kita boleh bawa balik ke akhirat. Sanak saudara kita yang telah kita berikan harta pusaka itu, belum tentu dia akan menderma harta yang kita pusakakan kepada mereka.

Ketahuilah bahawa sedekah itu adalah pencegahan dari api neraka. Manusia yang tidak mahu infak kepada agama ini adalah kerana bersifat munafik. Seperti yang telah diberitahu dalam Al-Qur’an dan hadis.


 

Ayat 56: Takhwif Ukhrawi. Ini adalah kata-kata orang yang sudah mati. Ini adalah contoh orang yang menyesal dengan apa yang dia telah lakukan semasa dia di dunia. Allah ﷻ ceritakan kepada kita supaya kita boleh ambil pengajaran. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan orang sebegini.

أَن تَقولَ نَفسٌ يٰحَسرَتا عَلىٰ ما فَرَّطتُ في جَنبِ اللهِ وَإِن كُنتُ لَمِنَ السّٰخِرينَ

Sahih International

Lest a soul should say, “Oh [how great is] my regret over what I neglected in regard to Allah and that I was among the mockers.”

 

Malay

“(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: `sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (ugama Allah dan penganut-penganutnya)! –

أَنْ تَقُولَ نَفْسٌ

Supaya jangan seseorang berkata:

Ini adalah kata-kata penyesalan dari manusia yang cuai dalam amalan semasa di dunia. Ini orang yang mati mengejut dan tidak sempat untuk membuat persiapan.

Ada muqaddar dalam ayat ini: Allah ‎ﷻ memberikan banyak peringatan kepada kita, supaya kita tidak cakap begini nanti.

يٰحَسْرَتَا

Alangkah besarnya penyesalanku,

Sekarang dia sedang menyesal sangat. Dia tahu yang dia telah membuat kesalahan yang besar. Dia sedang meraung dalam kesesalan.

عَلَىٰ مَا فَرَّطْتُ فِي جَنْبِ اللهِ

atas kecuaian aku tentang Allah.

Iaitu dia telah cuai dalam perkara ibadah. Iaitu cuai dalam belajar, cuai melakukan ibadat solat, puasa, haji, sedekah, walaupun dia memang ada niat untuk taat kepada Allah ‎ﷻ. Cuai itu antaranya tidak belajar cara sembahyang yang betul dan cara-cara melakukan ibadah-ibadah yang lain.

Dalam perkara lain, dalam perkara dunia, dia tidak cuai – dia belajar dari sekolah rendah, masuk sekolah menengah, masuk kolej dan universiti sampai ada yang ambil master dan Ph.D.

Namun semua itu adalah untuk perkara dunia, untuk hidup sementara sahaja di dunia. Sanggup dia mengeluarkan duit entah berapa banyak untuk mendapatkan ilmu dunia. Tetapi tentang hal akhirat, dia cuai untuk belajar. Padahal, bukan susah pun untuk belajar tafsir Al-Qur’an ini.

Malangnya, ada guru-guru yang telah belajar agama di universiti sama ada di Malaysia ataupun di luar negara, sama ada di madrasah ataupun di pondok, lama mereka belajar, tetapi mereka tidak belajar lagi tafsir Al-Qur’an. Mereka sangka mereka telah tahu tentang agama, tetapi sebenarnya mereka tidak terpimpin lagi.

Tanyalah kepada ustaz-ustaz yang mengajar mereka agama, adakah mereka telah belajar tafsir Al-Qur’an dengan lengkap 30 juzuk? Ada kemungkinan besar mereka belum belajar lagi. Kita sahaja sangka mereka telah tahu tentang Al-Qur’an, tetapi mungkin tidak.

Maksud فِي جَنْبِ اللَّهِ (di sisi Allah) seolah-olah Allah ‎ﷻ ada di sebelahnya, tetapi dia buat tidak endah sahaja. Dia tidak belajar agama sampai dia kenal Allah ‎ﷻ dengan sepatutnya. Dan untuk mengenali Allah ‎ﷻ, hendaklah belajar tafsir Al-Qur’an kerana dalam Al-Qur’anlah Allah ‎ﷻ memperkenalkan Diri-Nya. Kemudian ditambah dengan belajar khusus fiqh Asma’ul Husna supaya kita lebih kenal Allah ﷻ.

وَإِنْ كُنْتُ لَمِنَ السّٰخِرِينَ

dan sesungguhnya aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh mempersenda-sendakan

Dia teringat kembali yang dia telah mempersendakan perkara agama dan ayat-ayat Al-Qur’an dan kerana itu dia telah masuk neraka dan menjadi seorang yang sangat rugi. السَّاخِرِ adalah orang yang tidak mengambil berat tentang tuntutan agama. Dia rugi kerana dia dahulu cuai semasa di dunia. Dia mengambil hal agama itu sebagai bahan jenaka sahaja.

Kita pun selalu lihat manusia seperti itu. Semua perkara adalah perkara lawak sahaja padanya. Dia tidak ambil peduli semua perkara. Sebagai contoh, apabila kita kata jangan buat perkara bidaah kerana Nabi ﷺ tidak pernah buat, mereka buat lawak: “Kalau macam itu, jangan pakai keretalah sebab Nabi tak pernah pakai kereta!”. Dan kata-kata lain yang mengejek-ngejek amalan sunnah.

Jangan kita menjadi manusia-manusia yang akan melahirkan penyesalan seperti itu di akhirat kelak. Hendaklah kita belajar tentang hal agama ini supaya kita tidak menyesal nanti. Dan hendaklah kita memastikan bahawa apa yang kita belajar itu adalah Al-Qur’an dan juga dari Hadis Nabi ﷺ yang sahih.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 15 Julai 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani

Tafsir Surah Zumar Ayat 22 – 24 (Kulit bergetar)

Ayat 22: Kita masuk ke Ruku’ ke 3 dalam surah ini. Ini adalah perbandingan yang ketiga.

Ini pula adalah tentang orang yang mudah faham agama. Kemudian ada pula yang tidak boleh menerima langsung dakwah tauhid walaupun telah diberikan pelbagai dakwah dan dalil kepada mereka. Sememangnya manusia tidak sama.

Allah ‎ﷻ hendak memberitahu dalam ayat ini yang ahli syurga senang untuk menerima wahyu yang disampaikan kepada mereka. Namun ada yang telah dengar pun, tetapi masih tidak faham-faham atau berpura-pura tidak faham. Mereka tidak ada minat untuk mendekati dan memahami wahyu ilahi dan kerana itu mereka tidak dapat hendak faham. Ini kerana mereka menutup hati mereka dari mencari kebenaran.

أَفَمَن شَرَحَ اللَهُ صَدرَهُ لِلإِسلٰمِ فَهُوَ عَلىٰ نورٍ مِّن رَّبِّهِ ۚ فَوَيلٌ لِّلقٰسِيَةِ قُلوبُهُم مِّن ذِكرِ اللهِ ۚ أُولٰئِكَ في ضَلٰلٍ مُّبينٍ

Sahih International

So is one whose breast Allah has expanded to [accept] Islam and he is upon a light from his Lord [like one whose heart rejects it]? Then woe to those whose hearts are hardened against the remembrance of Allah . Those are in manifest error.

Adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu dia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.

 

أَفَمَنْ شَرَحَ اللَّهُ صَدْرَهُ لِلْإِسْلٰمِ

Apakah sama satu orang yang dilapangkan dadanya oleh Allah untuk memahami Islam?

Ada muqaddar dalam ayat ini: Apakah sama orang itu berbanding dengan orang yang tidak dilapangkan dadanya? Tentulah tidak sama.

Orang yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah orang yang apabila diajar tentang agama, dia boleh faham. Dan bukan sahaja dia boleh faham, tetapi dia boleh ‘terima’ apakah yang disampaikan. Allah ‎ﷻ telah melapangkan dadanya untuk ‘selesa’ dengan apa yang disampaikan.

Apa-apa sahaja suruhan Allah ‎ﷻ dalam wahyu itu, dia boleh amalkan dan tidak ada masalah untuk dirinya. Kerana ada orang yang apabila telah disampaikan ajaran dari Al-Qur’an, tetapi mereka berasa tidak selesa. Mereka tidak dapat untuk menerima arahan yang Allah ‎ﷻ berikan. Mereka ingin menggunakan akal juga sampai mereka mempersoalkan wahyu pula, sedangkan wahyu itu dari Allah ‎ﷻ.

Apakah maksud إِسْلَامِ? Islam adalah penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah ‎ﷻ. Ia bukannya pada nama sahaja, tetapi lebih kepada sifat. Kalau nama sahaja orang Islam, tetapi tidak serah diri, bukanlah dia Muslim sejati. Maknanya terima bulat-bulat apa yang disampaikan tanpa meninggalkan satu pun.

Adakah kita serahkan hati kita kepada Allah ‎ﷻ segala-galanya? Ada yang tidak terima semua. Sebagai contoh, Allah ‎ﷻ telah berikan pembahagian harta pusaka dalam Al-Qur’an. Tetapi ada yang tidak terima, mereka kata lebih molek kalau dibahagikan sama rata antara lelaki dan perempuan. Ini jenis mereka yang Allah ‎ﷻ tidak lapangkan dada mereka. Ada sahaja alasan untuk menolak ayat-ayat Allah ‎ﷻ.

Memang ada tempat yang menyebabkan kita tidak selesa. Dan ada tempat yang menyebabkan kita rasa selesa sangat, seperti rumah kita. Apabila kita berada di rumah kita, kita rasa lega dan kita rasa aman, bukan? Kalau duduk dalam rumah orang lain, walaupun tuanrumah itu kata: “Buatlah macam rumah sendiri”, tetapi kita tidak dapat rasa ia seperti rumah kita. Inilah perbandingan yang boleh kita gunakan.

Orang-orang yang rasa selesa dengan Islam akan mudah untuk beramal seperti yang Allah ‎ﷻ suruh, seperti solat. Mereka suka untuk solat, dan ringan badan untuk solat, tidak solat dengan malas atau dengan perasaan terpaksa. Dan kalau mereka tertinggal solat, mereka akan gelabah. Itu adalah penilaian yang kita boleh lihat dan bandingkan dengan diri kita, kita jenis yang mana? Begitu juga dalam ibadat-ibadat lain.

Ayat ini memberi penjelasan kepada kita, kenapa apabila belajar tafsir Al-Qur’an, ada orang yang boleh faham dan terima, tetapi ada orang yang tidak faham dan tidak selesa untuk terima. Yang tidak dapat terima itu adalah kerana hati mereka tidak terbuka. Cara untuk faham dan terima Al-Qur’an adalah kena ada niat hendak mencari kebenaran, baru boleh senang untuk faham.

Kalau hanya masuk ke kelas pengajian hanya untuk dengar-dengar sahaja, ingin tengok-tengok sahaja, seseorang itu tidak akan faham. Oleh itu, kenalah datang belajar dengan niat untuk tahu wahyu Allah ‎ﷻ dan hendak tahu kebenaran.

Kalimah شَرَحَ bermaksud ‘buka’, ‘kembangkan’, ‘besarkan’. Ini bermaksud Allah ‎ﷻ boleh besarkan hati manusia untuk menerima ajaran dari wahyu. Bukannya susah untuk terima dan faham. Dengan melihat tanda-tanda pada alam dan pada ayat-ayat Al-Qur’an dan kemudian memikirkan tentang tanda-tanda itu, manusia mampu untuk memahaminya.

فَهُوَ عَلَىٰ نُورٍ مِّنْ رَّبِّهِ

maka dia berada di atas cahaya iman daripada Tuhannya.

Orang yang dibukakan hatinya akan mendapat ‘nur’ dari Allah ‎ﷻ. ‘Nur’ di dalam ayat ini bermaksud: Al-Qur’an. Iaitu dia berada di atas landasan Al-Qur’an yang datangnya daripada Allah ‎ﷻ. Iaitu dia belajar dan mendapat hidayah daripada Al-Qur’an.

Perumpamaan ayat ini adalah: cahaya Islam masuk ke dalam dada seseorang itu. Sudahlah dadanya dikembangkan, dimasukkan cahaya pula. Cahaya itu adalah cahaya hidayah.

Sepertimana kita memerlukan cahaya dalam alam ini untuk melihat, kita juga memerlukan cahaya hidayah untuk melihat kebenaran. Tetapi kalau hati telah keras, cahaya itu tidak dapat masuk. Ini disebut selepas ini jenis orang yang keras hatinya.

فَوَيْلٌ لِّلْقٰسِيَةِ قُلُوبُهُمْ مِّنْ ذِكْرِ اللهِ

Maka celakalah barangsiapa yang keras hati dia dari memahami peringatan Allah.

Ada dua terjemahan kepada kalimat ذِكْرِ اللهِ. Terjemah biasa: zikir kepada Allah ‎ﷻ. Namun sebenarnya, apabila ingat kepada Allah ‎ﷻ adalah ingat kepada pengajaran dalam Al-Qur’an. Iaitu zikir dalam tauhid. Kalau zikir biasa sahaja, tetapi dalam masa yang sama dia masih buat perkara syirik, itu adalah zikir yang sia-sia.

Dan terjemahan kedua bagi ذِكْرِ اللهِ atau ‘Kitab Allah’ iaitu Al-Qur’an. Celakalah orang yang tidak memahami Al-Qur’an. Iaitu celaka di akhirat kelak. Iaitu orang yang apabila diajak belajar tafsir Al-Qur’an, dia tidak mahu.

Atau, bila dia belajar isi kandung Al-Qur’an, dia tidak faham. Dia tidak faham itu kerana hatinya keras untuk memahami Al-Qur’an. Itu terjadi kerana hati dia tidak mahu mendengar isi kandung Al-Qur’an.

Ataupun dia malas untuk berzikir kepada Allah ‎ﷻ. Dan ingatlah, zikir yang paling bagus adalah dengan baca Al-Qur’an. Memang ada zikir yang diajar oleh Nabi ﷺ, tetapi baginda sendiri paling banyak berzikir dengan membaca ayat Al-Qur’an. Mungkin ramai yang tidak tahu perkara ini. Baca Al-Qur’an itu lebih banyak pahala dari berzikir menggunakan lafaz-lafaz lain.

Maka, membaca ayat Al-Qur’an itu jauhlah lebih baik dari mengamalkan zikir-zikir yang diajar oleh guru-guru tarekat dan para Habib. Sudahlah amalan zikir mereka itu direka, ditambah pula dengan khaifiat dan khasiat yang entah datang dari mana. Itu bukannya akan dapat pahala, malah mendapat dosa pula.

Kita kena faham bahawa Al-Qur’an itu adalah mukjizat. Ia boleh membuka hati manusia yang gelap kepada cahaya terang. Ia bukan seperti kitab yang lain. Kalau kitab sehebat Al-Qur’an pun tidak boleh diterima, maka itu menunjukkan yang hatinya telah keras dan tidak ada harapan lagi. Kerana mukjizat yang ada dalam dunia sekarang hanya Al-Qur’an sahaja. Hendak cari mukjizat mana lagi?

Maka celakalah dia yang tidak dapat menerima wahyu Al-Qur’an. Sedangkan Sayidina Umar رضي الله عنه yang keras kepala pun boleh terima Al-Qur’an apabila dibacakan kepadanya. Bayangkan betapa kerasnya dia, dia seorang sahaja yang berani untuk bunuh Nabi Muhammad ﷺ secara terus. Musyrikin Mekah yang lain bising-bising tidak suka kepada baginda, Umar رضي الله عنه sahaja yang berkata: “Elok bunuh sahaja Muhammad itu, selesai masalah.” Dan beliau telah pergi pun untuk membunuh baginda! Kisah ini terdapat dalam sirah.

أُولَٰئِكَ فِي ضَلٰلٍ مُّبِينٍ

Orang-orang itu duduk dalam sesat yang nyata.

Kerana bila dia tidak mahu belajar, dia tidak akan tahu yang mana yang dituntut untuk diikuti dan yang mana yang dilarang, maka dia jadi sesat. Lebih-lebih lagi yang dilarang itu adalah tentang perkara syirik kepada Allah ‎ﷻ. Contohnya, kerana tidak tahu, maka dia mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah ‎ﷻ dan menghalalkan mana yang diharamkan.

Contohnya, dalam perkara pantang memantang. Selalunya, dalam masyarakat Melayu, apabila seseorang ibu sudah bersalin, mereka akan diberikan pantang larang dalam makanan. Makanan itu ini tidak boleh dimakan. Itu sebenarnya adalah ‘mengharamkan yang telah dihalalkan oleh Allah ‎ﷻ’.

Dia tidak tahu yang perbuatan itu adalah kufur kepada Allah ‎ﷻ. Dan ada banyak lagi perkara tentang tauhid yang mereka tidak tahu. Mereka merasakan mereka dalam keadaan beriman, tetapi sebenarnya mereka di dalam kesesatan. Mereka sangka apabila mereka telah mengucap, mereka solat, puasa, tidak berzina dan lain-lain ibadat yang mereka lakukan, mereka telah selamat. Belum tentu lagi.

Kita hendaklah belajar tafsir Al-Qur’an ini supaya kita boleh faham apakah kehendak Allah ‎ﷻ kepada kita dan kita boleh menurut kehendak Allah ‎ﷻ itu.


 

Ayat 23: Ini adalah i’adah (pengulangan) kepada dalil wahyu. Allah ‎ﷻ mengingatkan kita yang Dialah yang turunkan Al-Qur’an.

اللَهُ نَزَّلَ أَحسَنَ الحَديثِ كِتٰبًا مُّتَشٰبِهًا مَّثانِيَ تَقشَعِرُّ مِنهُ جُلودُ الَّذينَ يَخشَونَ رَبَّهُم ثُمَّ تَلينُ جُلودُهُم وَقُلوبُهُم إِلىٰ ذِكرِ اللهِ ۚ ذٰلِكَ هُدَى اللهِ يَهدي بِهِ مَن يَشاءُ ۚ وَمَن يُضلِلِ اللَهُ فَما لَهُ مِن هادٍ

Sahih International

Allah has sent down the best statement: a consistent Book wherein is reiteration. The skins shiver therefrom of those who fear their Lord; then their skins and their hearts relax at the remembrance of Allah . That is the guidance of Allah by which He guides whom He wills. And one whom Allah leaves astray – for him there is no guide.

Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Qur’an yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Qur’an itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.

 

اللَهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ الْحَدِيثِ

Allahlah Dzat yang menurunkan kepada kita sebaik-baik perkataan;

Lafaz ‘sebaik-baik perkataan’ itu adalah Al-Qur’an. Iaitu firman Allah ‎ﷻ. Ini dibandingkan dengan hadis, lebih-lebih lagi kalau dibandingkan dengan kata-kata makhluk yang lain.

Sebelum ini dalam ayat 18 telah diberitahu bahawa berita gembira diberikan kepada mereka mendengar kata-kata dan memilih yang terbaik darinya. Maka dalam ayat ini Allah ‎ﷻ memberitahu bahawa kata-kata terbaik itu adalah Al-Qur’an.

Kalimah حديث bermaksud kata-kata atau kejadian yang disebut. Allah ‎ﷻ hendak memberitahu dalam banyak-banyak perkataan dan kejadian yang disebut-sebut, Al-Qur’anlah yang terbaik sekali. Selepas ini Allah ‎ﷻ sambung dengan menyebut beberapa sifat Al-Qur’an.

كِتٰبًا مُّتَشٰبِهًا

Sebuah kitab yang serupa kalimah-kalimatNya;

Iaitu perkataan jenis ‘kitab’ – Al-Qur’an. Jadi yang dimaksudkan ‘kitab’ dalam ayat ini adalah Al-Qur’an.

Kalimah متشبه bermaksud sama satu sama lain. Maksudnya: sama sahaja risalah yang disampaikan di dalam Al-Qur’an ini. Sama sahaja perkara yang dibawa oleh Al-Qur’an itu.

Perkara utama yang disentuh adalah tentang tauhid, risalah kenabian dan akhirat selain dari perkara-perkara lain-lain. Sentiasa sahaja ada tiga perkara ini dari awal sampai akhir. Kerana inilah tiga perkara utama dalam Al-Qur’an. Jadi ada persamaan antara topik-topik yang disentuh dalam Al-Qur’an dan saling menguatkan di antara satu sama lain.

Dan maklumat yang disampaikan dalam Al-Qur’an sama sahaja dari mula sampai akhir. Tidaklah satu bahagian kata kena amalkan tauhid, tetapi di tengah atau di hujungnya kata boleh berbuat syirik pula. Itulah maksud ‘serupa’. Tidak berlawanan antara ayat-ayat itu.

Sama sahaja perkara yang dibincangkan tetapi dengan cara-cara yang berbeza. Ada dalam bentuk soalan, ada dalam bentuk pemberitahuan dan ada dalam bentuk cerita dan lain-lain lagi. Allah ‎ﷻ berikan berbagai-bagai cara supaya tiada alasan manusia tidak faham lagi kerana sudah bermacam cara telah Allah ‎ﷻ sampaikan.

Begitulah banyak surah yang ada ayat yang hampir serupa dalam surah-surah lain. Satu ayat memperkuatkan ayat yang lain. Ada ayat Al-Qur’an yang memperjelaskan maksud ayat-ayat yang lain.

مَّثَانِيَ

yang berulang-ulang;

Sudahlah perkara yang sama ada di tempat lain, dan ia berulang-ulang pula. Juga berulang-ulang pengajaran yang dibawa. Diulang-ulang pengajaran yang sama kerana ia penting.

Perkara yang sama tetapi disebutkan dalam cara yang berbeza-beza. Supaya meneguhkan hati-hati manusia. Supaya kemas pemahaman kita dan tidak ada alasan lagi untuk kata kita tidak faham. Dan supaya lekat di hati. Bila selalu dibaca maka akan terpahat di minda.

تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ

Akan gementar kulit-kulit orang-orang yang takut dengan Tuhan mereka.

Ini adalah kesan kepada pembaca Al-Qur’an. Mereka merasa gementar apabila ayat-ayat itu dibacakan kepada mereka atau apabila mereka membacanya sendiri. Mereka jadi gementar kerana mereka takut kepada Allah ‎ﷻ kerana mereka sudah kenal Allah ‎ﷻ. Mereka sudah faham siapakah Allah ‎ﷻ.

Mereka dapat merasai bahawa bacaan Al-Qur’an itu adalah Allah ‎ﷻ berkata-kata terus dengan mereka. Kalau hendak bayangkan, ingatkah kalau kita berjumpa orang yang kita takut? Kita akan berasa lain macam apabila berhadapan dengan orang itu. Kadang-kadang muka kita sampai pucat. Itu baru dengan manusia, bagaimana pula dengan Allah ‎ﷻ?

Apabila mereka takut, maka mereka tentulah akan baiki amalan dan perbuatan mereka. Inilah yang kita hendak. Bukan kita hendak takut gementar sahaja, tetapi kita mahu ada perubahan dalam diri.

Namun, perasaan itu hanya akan dapat apabila kita faham apa yang kita baca selepas kita belajar tafsir. Kalau tidak belajar tafsir, maka akan baca ‘kosong’ sahaja.

Orang yang tidak faham apa yang mereka baca, mereka akan sibuk dengan menjaga tajwid dan lagu sahaja, tetapi pengajaran yang disampaikan dalam Al-Qur’an itu tidak diambil peduli.

Oleh sebab itulah, sama sahaja intonasi mereka yang sebegitu semasa mereka membaca Al-Qur’an. Ada orang yang mungkin tidak pandai tajwid, tidak pandai lagu bacaan Al-Qur’an, tetapi kerana mereka faham apa yang mereka baca, maka kita yang mendengar bacaannya pun, akan terkesan.

Kita sepatutnya sedar yang apabila kita baca Al-Qur’an, sebenarnya Allah ‎ﷻ sedang mendengar apa yang kita baca itu. Jadi, kalau kita dapat sematkan dalam hati kita yang kita sedang membaca *kepada* Allah ‎ﷻ, pembacaan itu akan jadi lebih mengesankan.

Untuk kenal Allah ‎ﷻ adalah dengan belajar kitab Allah ‎ﷻ iaitu Al-Qur’an. 80% daripada ayat-ayat dalam Al-Qur’an adalah untuk mengenali / mentauhidkan Allah ‎ﷻ dan 20% lagi adalah untuk kenal hukum-hakam.

Untuk kenal Tuhan, kitab Allah ‎ﷻlah yang paling mudah sekali untuk kita mengenali-Nya. Akal kita tidak akan dapat sampai ke tahap mengenali Allah ‎ﷻ tanpa bantuan dari Allah ‎ﷻ. Kalau Allah ‎ﷻ tidak beritahu dalam Al-Qur’an, kita tidak akan tahu.

ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَىٰ ذِكْرِ اللهِ

Kemudian akan jadi tenang kulit-kulit mereka dan hati mereka kepada mengingati Allah.

Apabila dibacakan ayat-ayat Al-Qur’an yang berbentuk nikmat dan rahmah Allah ‎ﷻ kepada mereka, mereka akan menjadi tenang pula. Masa ayat-ayat takhwif mereka jadi takut, dan semasa baca ayat-ayat tabshir, mereka jadi tenang pula.

Orang yang belajar tafsir sahaja yang boleh dapat menghayati ayat-ayat Allah ‎ﷻ. Mereka itulah orang-orang yang mendapat hidayah Allah ‎ﷻ.

Ayat-ayat ‘tabshir’ (berita gembira) adalah ayat-ayat tentang syurga, ayat-ayat yang memberi harapan kepada kita, tentang sifat Allah ‎ﷻ yang pemurah, pemaaf dan sebagainya. Iaitu ayat-ayat yang menggembirakan kita dan memberi ketenangan kepada kita.

ذَٰلِكَ هُدَى اللهِ

itulah hidayah dari Allah.

Kalau ada perasaan mahu taat kepada Allah ‎ﷻ, itulah hidayah dari Allah ‎ﷻ. Dan untuk tahu apakah yang perlu ditaati, kenalah belajar wahyu terutama sekali Al-Qur’an itu.

Al-Qur’an itulah hidayah dari Allah ‎ﷻ untuk memandu kita. Kita setiap hari akan meminta hidayah dari Allah ‎ﷻ dalam bacaan Fatihah dalam solat. Dan Allah ‎ﷻ telah beritahu yang hidayah yang kamu minta itu ada dalam Al-Qur’an, maka kenalah belajar tafsir Al-Qur’an.

Kita selalu ingatkan belajar tafsir Al-Qur’an dalam penulisan ini kerana belajar tafsir tidak sama dengan belajar baca Al-Qur’an. Baca Al-Qur’an semua orang boleh buat dari kanak-kanak lagi. Tetapi itu belum bermaksud kita telah melakukan kewajipan untuk belajar Al-Qur’an. Kita kena belajar sampai kita faham apakah yang disampaikan dalam Al-Qur’an itu.

 

يَهْدِي بِهِ مَنْ يَشَاءُ

Allah akan memimpin dengan Al-Qur’an itu sesiapa yang Dia kehendaki.

Allah ‎ﷻ akan memimpin manusia kepada kebenaran dan kepada syurga dengan Al-Qur’an itu. Dengan belajar tafsir Qur’an 30 juzuk ini akan mendorong mereka untuk belajar 6 kitab besar hadis (kutubus sittah).

Dengan belajar Al-Qur’an dan kitab-kitab hadis ini, mereka sudah belajar kebanyakan daripada agama Islam. Mereka akan faham 99% daripada agama Islam.

Adapun orang-orang yang tidak belajar tafsir Al-Qur’an dan hanya belajar hadis sikit-sikit, maka mereka ini apabila menjadi ustaz, hanyalah tazkirah dan motivasi sahaja yang mereka boleh beri. Dan akan banyak pula buat silap dalam memberi tazkirah dan penyampaian ilmu.

Dan kesilapan yang dilakukan oleh anak murid mereka, mereka sendiri pun tidak tahu. Sepatutnya, merekalah yang memberitahu kesilapan yang telah dilakukan oleh anak-anak murid, tetapi kerana mereka tidak tahu, maka mereka tidak dapat memberitahu kepada jemaahnya.

Jadi bagaimana seorang ustaz itu hendak mengajar kalau dia sendiri pun tidak habis belajar tafsir Al-Qur’an? Tidak belajar tafsir 30 juzuk dan Sunnah? Kebanyakan mereka hanya belajar Al-Qur’an sikit-sikit dari pembacaan sahaja dan sikit-sikit hadis Nabi ﷺ yang kebanyakannya mereka tafsir sendiri sahaja.

Mereka tidak bersungguh dalam belajar agama, iaitu belajar yang mana yang mereka berkenan sahaja. Jadi mereka hanya boleh memberi tazkirah ataupun motivasi sahaja.

 

وَمَنْ يُضْلِلِ اللَهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ

Dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada lagi kuasa lain lagi yang boleh beri hidayah kepada orang itu.

Ini adalah peringkat ‘Khatmul Qalbi’ – penutupan hati. Iaitu apabila sudah sampai kepada peringkat Allah ‎ﷻ mengunci mati hati mereka dari menerima hidayah.

Apabila sudah sampai ke peringkat keempat ini, maka tidak ada sesiapa pun yang boleh mengembalikannya kepada kebenaran. Tidak kira sama ada orang itu adalah tok guru atau tok wali atau sesiapa pun mahupun apa-apa kuasa lain yang boleh memberi hidayah kepada mereka, melainkan Allah ‎ﷻ sahaja.


 

Ayat 24: Ini adalah bandingan ketiga yang Allah ‎ﷻ sampaikan dalam surah ini. Ia juga adalah ayat Takhwif Ukhrawi.

أَفَمَن يَتَّقي بِوَجهِهِ سوءَ العَذابِ يَومَ القِيٰمَةِ ۚ وَقيلَ لِلظّٰلِمينَ ذوقوا ما كُنتُم تَكسِبونَ

Sahih International

Then is he who will shield with his face the worst of the punishment on the Day of Resurrection [like one secure from it]? And it will be said to the wrongdoers, “Taste what you used to earn.”

Maka adakah orang yang menahan dengan mukanya akan (selaran) azab yang buruk pada hari kiamat (sama seperti orang yang terselamat)? Dan (pada saat itu) dikatakan kepada orang-orang yang zalim itu: “Rasalah (balasan) apa yang kamu usahakan dahulu”.

أَفَمَنْ يَتَّقِي بِوَجْهِهِ سُوءَ الْعَذَابِ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ

Apakah sama, satu orang yang menyanggah azab yang amat buruk dengan mukanya sendiri pada Hari Kiamat?

Ada muqaddar dalam ayat ini: ‘Adakah orang itu sama dengan orang yang terselamat dan masuk syurga?’ Tentulah tidak. Orang mukmin akan diselamatkan dari neraka dan dari azab. Tentulah tidak sama, dari segi fahaman dan dari segi amalan.

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘menyanggah azab dengan mukanya sendiri?’ Kita kena faham keadaan mereka yang diazab. Bila mereka dimasukkan ke neraka, rantai sepanjang 40 hasta akan diikat di tangan dan leher mereka. Kemudian ditarik kepala dan kaki mereka ke belakang.

Dan mereka akan dipanggang dengan api neraka. Selalunya, kalau ada orang hendak pukul kita, kita akan tahan dengan tangan, bukan? Tetapi ahli neraka telah diikat tangan mereka. Jadi pada masa itu, bagaimana untuk sanggah kepanasan itu? Dengan muka sahaja yang mampu mereka lakukan. Padahal, muka itulah yang selalunya kita akan pelihara dengan tangan kita.

Tetapi kali ini mereka hanya tahan dengan muka sahaja kepanasan api neraka itu kerana tangan mereka telah diikat. Alangkah menakutkan sekali bayangan neraka ini. Nauzubillah, selamatkanlah kami darinya! Ameen.

وَقِيلَ لِلظّٰلِمِينَ

Dan dikatakan kepada orang yang zalim itu,

Ini adalah dalam bentuk azab emosi, iaitu mereka diberi dengan penghinaan. Orang-orang yang zalim itu adalah orang-orang berbuat syirik ketika di bumi. Dan yang berkata kepada mereka adalah berkemungkinan adalah malaikat penjaga neraka.

Mereka waktu itu sedang diazab tubuh mereka, tetapi diazab lagi perasaan mereka dengan kata-kata yang menyakitkan jiwa. Ini dinamakan ‘takzib rohani’ – azab jiwa. Kadang-kadang azab jiwa itu lebih menyakitkan dari azab fizikal. Allah ‎ﷻ sengaja menambah azab kepada mereka. Neraka bukanlah tempat untuk belas kasihan, tapi tempat azab. Maka Allah ‎ﷻ akan azab dengan berbagai-bagai cara.

ذُوقُوا مَا كُنْتُمْ تَكْسِبُونَ

“rasalah balasan dari apa yang kamu lakukan”.

Rasailah balasan kesyirikan yang kamu lakukan di dunia dahulu. Dulu semasa di dunia, kamu degil untuk terima dakwah tauhid, kamu enggan untuk pergi belajar – ada orang ajak pergi kelas tafsir, kamu tidak mahu ikut.

Ada orang yang nasihat kamu tentang amalan kamu yang salah, kamu tidak mahu dengar. Dan kerana itu, kamu terus melakukan amalan yang salah, amalan yang syirik, amalan yang bidaah. Maka, sekarang rasakanlah.

Kalau cikgu sekolah merotan anak muridnya, anak murid itu akan berasa sakit. Namun kesakitan itu akan hilang selepas sehari dua. Tetapi kalau semasa merotan itu, guru itu menghina budak itu, mengatakan dia ‘bodoh’, ‘anak tak guna’ dan sebagainya, tentulah ia memberi kesan yang mendalam dan kekal kepada anak murid itu. Sampai pencen budak itu akan ingat kata-kata guru disiplin itu.

Memang kata-kata akan menyebabkan sakit yang berpanjangan. Begitulah kesan kepada orang yang diazab di neraka nanti.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 14 Julai 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Noumana Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani

Tafsir Surah Zumar Ayat 8 – 10 (Buat syirik selepas doa)

Ayat 8: Ayat Zajrun. Sekarang Allah memberikan ayat ancaman pula sebagai peringatan kepada kita.

Ingatlah bahawa apabila manusia buat syirik, maka bala akan menyusul. Oleh itu, bala yang kita terima adalah kerana disebabkan dosa yang kita lakukan atau sebagai ujian dari Allah untuk orang yang beriman.

Malangnya sekarang manusia banyak cuba menolak bala dengan doa sambil telungkup tangan seperti yang kadang-kadang dibuat oleh imam-imam di masjid-masjid. Mereka itu doa ‘tolak bala’.

Itu tidak pernah diajar oleh Nabi dan tidak dibuat oleh sahabat. Bala yang Allah beri itu adalah kerana dosa yang dibuat oleh manusia. Maka sepatutnya manusia kena minta ampun dari dosa dia. Bukannya tambah dosa lagi dengan buat amal bidaah.

Telah disebut dalam Al-Qur’an bahawa sahaja musibah yang kena pada kita, yang berbagai-bagai macam musibah, seperti perniagaan jatuh dan sebagainya, adalah kerana hasil kerja tangan manusia. Akan tetapi dosa-dosa kita banyak yang telah diampunkan apabila Allah SWT turunkan musibah kepada kita – apabila kita sabar dengan musibah itu, dosa-dosa kecil yang kita telah lakukan akan diampunkan.

Hanya dosa besar sahaja yang tidak diampunkan lagi. Untuk mendapatkan keampunan dari Allah atas dosa besar itu, kita kena mohon doa kepada Allah supaya mengampunkan dosa-dosa itu secara khusus. Tak cukup dengan kata: ‘Ya Allah, ampunkanlah dosa aku.’

Antara dosa yang perlu kita minta ampun adalah dosa syirik kepada Allah. Dosa syirik adalah amat berat sekali tapi masih lagi boleh diampunkan, tapi kita kena mohon doa supaya diampunkan dengan ikhlas hati kepada Allah.

۞ وَإِذا مَسَّ الإِنسٰنَ ضُرٌّ دَعا رَبَّهُ مُنيبًا إِلَيهِ ثُمَّ إِذا خَوَّلَهُ نِعمَةً مِّنهُ نَسِيَ ما كانَ يَدعو إِلَيهِ مِن قَبلُ وَجَعَلَ ِللهِ أَندادًا لِّيُضِلَّ عَن سَبيلِهِ ۚ قُل تَمَتَّع بِكُفرِكَ قَليلًا ۖ إِنَّكَ مِن أَصحٰبِ النّارِ

Sahih International

And when adversity touches man, he calls upon his Lord, turning to Him [alone]; then when He bestows on him a favor from Himself, he forgets Him whom he called upon before, and he attributes to Allah equals to mislead [people] from His way. Say, “Enjoy your disbelief for a little; indeed, you are of the companions of the Fire.”

Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu musibah, dia segera berdoa kepada Tuhannya dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) daripadaNya, lupalah dia akan segala musibah yang menyebabkannya merayu kepada Allah sebelum itu dan dia pula menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah, untuk menyesatkan dirinya (dan orang lain) dari jalan Allah. Katakanlah (kepadanya): “Bersenang-senanglah engkau dengan kekufuranmu itu bagi sementara, sesungguhnya engkau dari penduduk neraka.

 

 وَإِذَا مَسَّ الْإِنْسٰنَ ضُرٌّ دَعَا رَبَّهُ مُنِيبًا إِلَيْهِ

Apabila dikenakan kepada insan kufur itu bala musibah, dia berdoa kepada Allah, sifatnya condong menghampiri kepada Allah.

Orang yang dimaksudkan dalam ayat ini asalnya merujuk kepada orang Mekah jahiliah. Mereka pun ada juga berdoa kepada Allah. Ini adalah kerana memang mereka kenal Allah pun, bukannya tidak kenal. Kalau mereka ada musibah, mereka akan berdoa hanya kepada Allah sahaja. Mereka akan meninggalkan sembahan dan doa kepada selain Allah.

Begitu jugalah orang kita pun ada juga berdoa kepada Allah. Apabila seseorang itu telah ditimpa musibah kesusahan, mulalah dia jadi baik sekejap, berkopiah atau berserban. Dulu masa dia senang, sihat, dia tidak ingat Allah. Dia hanya menghabiskan masa dengan bersuka-sukaan sahaja. Tak ingat nak belajar agama, tak ingat nak solat, tak ingat nak pergi masjid.

Tapi bila sudah kena musibah, baru dia tahu langit tinggi rendah. Mulalah dia nak kenal solat. Mulalah dia hendak mendekatkan diri dengan surau dan masjid. Kalau bercakap dengan orang pun, baik-baik sahaja, lembut sahaja.

Selalu juga kita jumpa orang yang macam ini, bukan? Tiba-tiba dia jadi baik apabila ada masalah, jadi warak tiba-tiba. Solat pun khusyuk. Kalau berdoa pun lama. Iaitu berlainan dari dirinya yang dulu.

 

ثُمَّ إِذَا خَوَّلَهُ نِعْمَةً مِّنْهُ نَسِيَ مَا كَانَ يَدْعُو إِلَيْهِ مِنْ قَبْلُ

Kemudian apabila (Allah) berikan kepadanya nikmat yang baru, dia lupa terus apa yang dia pernah doa  kepadaNya sebelum ini,

Allah beri kesusahan sekejap sahaja. Selepas beberapa lama, masalah dia akan selesai. Allah yang selesaikan masalah dia. Apabila keadaannya sudah berubah kepada baik, dia sudah lupa kepada Allah, lupa kepada musibah yang dia kena dulu.

Maksud ‘dia lupa’ itu adalah dia buat syirik kembali. Dia lupa yang dia dulu telah berdoa kepada Allah dan masalah yang dia hadapi itu diselesaikan oleh Allah. Patutnya dia teruslah ibadat dan doa kepada Allah sahaja, bukan? Tapi tidak begitu. Ini kerana dia lupa dia dulu telah doa terus kepada Allah.

Begitulah juga dengan orang kita. Apabila sudah jadi baik balik, dia sudah buang kopiah dan serban yang dipakainya sebelum itu. Sudah balik kepada keadaannya yang asal sebelum kena musibah itu.

Padahal, sebelum itu kepada Allahlah dia berdoa dengan bersungguh-sungguh. Menitik-nitik air mata dia semasa berdoa waktu itu. Tapi bila masalah dia sudah selesai, dia terus lupa yang dulu dia telah berdoa kepada Allah meminta dan merayu supaya masalah yang sedang dihadapinya itu diselesaikan oleh Allah. Dia lupa yang dari doanya itu, masalahnya telah diselesaikan oleh Allah.

Perkataan خَوَّلَ bermaksud ‘diselimuti’. Ada banyak selimut yang meliputi kita. Roh kita diselimuti oleh tubuh kita. Tubuh kita diselimuti dengan baju. Kita diselimuti oleh rumah. Rumah kita dengan kawasan perumahan kita. Kemudian diselimuti oleh negara kita. Negara kita diselimuti oleh planet bumi. Planet diselimuti oleh langit pertama, langit kedua dan seterusnya. Berapa banyak nikmat telah Allah selimutkan diri kita.

Kadang-kadang apabila kita dalam selimut, kita tidak perasan selimut itu. Pada hari Akhirat nanti, semua yang menyeliputi itu akan dicabut satu persatu dan roh kita akan berdiri di hadapan Allah untuk menemuinya.

Begitulah, kita tidak perasan nikmat yang Allah telah berikan kepada kita selama hari ini, kerana kita dari kecil dapat nikmat. Apabila ditarik sekejap nikmat itu, barulah perasan nikmat sudah tiada.

 

وَجَعَلَ ِللهِ أَنْدَادًا لِّيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِهِ

Kemudian dia jadikan sekutu-sekutu bagi Allah yang memesongkannya  daripada jalan Allah.

Apabila musibah sudah diangkat, dia buat syirik pula kepada Allah. Bagaimanakah ini boleh terjadi?

Contoh: Ketika perniagaannya jatuh dahulu, dia telah jumpa seseorang dan orang itu beritahu dia, kalau nak pulihkan semula perniagaan, kena jumpa tok guru ini, tok guru itu. Dia pun pergilah bertemu tok-tok guru tersebut dan mungkin tok guru itu telah mandikan dia dengan ‘mandi tolak bala’, ‘mandi bunga’ dan sebagainya.

Kebetulan, semenjak dimandikan oleh tok guru tersebut, perniagaan dia kembali pulih, semangat dia pun kembali naik. Kalau dulu dia tak sihat, sudah lega sekarang. Apabila terjadi begitu, dia tak kata Allah yang memulihkan dia, tapi dia kata ‘tok guru’ itu yang pulihkan dia. Iaitu tempat yang dia mandi bunga, mandi tolak bala dulu. Inilah syirik kerana menduakan Allah. Allah yang selesaikan musibah dia tapi dia kata orang lain pula seolah-olah orang itu adalah Allah.

Ramai orang buat begini pada zaman dahulu. Zaman sekarang, mungkin tidak mandi tolak bala lagi, tapi kesyirikan dilakukan dengan cara-cara lain pula. Mereka jumpa tok guru untuk ‘tolak bala’ dengan minta ustaz atau mana-mana orang untuk doakan untuk mereka diangkat bala musibah.

Yang mereka tak cakap adalah berapa banyak upah yang mereka telah beri kepada guru itu. Kerana guru atau ‘ustaz’ yang sebegitu, mereka memang buat duit dengan cara mendoakan orang lain.

Dalam masyarakat kita, sampai ada yang beri kereta mereka yang baru dibeli untuk dimandikan oleh tok guru dan melakukan berbagai-bagai perkara yang mengarut-ngarut. Pada mereka, dengan dimandikan kereta itu dengan air jampi guru itu, atau guru itu memakai dahulu kereta itu, maka kereta itu akan terselamat dari musibah.

Inilah yang dinamakan ‘andada,’ iaitu sekutu-sekutu kepada Tuhan. Kerana Allahlah yang mengangkat musibah itu dari mereka, tapi mereka kata guru/ustaz/bomoh yang telah menyelamatkan mereka. Allah terpaksa ‘bertanding’ pula dengan makhluk untuk mendapat pujian dari manusia. Ini tidak patut sama sekali. Ini adalah fahaman syirik.

Malangnya banyak perkara sebegini diajar oleh tok guru dan ustaz. Tok guru itu sendiri pun sebenarnya tak tahu dia telah buat syirik kepada Tuhan. Dia pula yang jadi penganjur kepada perbuatan itu, padahal sepatutnya dialah yang  sepatutnya mengajar perkara-perkara yang benar.

Sepatutnya dialah yang cakap yang perbuatan itu adalah salah. Sepatutnya dialah yang ajar kepada mereka yang datang minta doa itu supaya doa sendiri sahaja kepada Allah, tak payah minta orang lain doakan. Kerana kalau buat juga, samalah seperti apa yang dibuat oleh agama-agama lain yang melakukan sesuatu amalan untuk tolak bala, tolak sial dan sebagainya.

Sebagai contoh, penganut Hindu akan pergi jumpa sami mereka untuk minta sami itu doakan untuk mereka. Malangnya, kita pun begitu juga. Akhirnya, sama sahaja akidah kita dengan agama kufur yang lain. Mereka ada tolak bala, kita pun nak ada tolak bala juga. Tok guru dan ustaz pula yang ganti jadi tok sami.

Atau ada yang kata cincin atau tangkal yang dia pakailah yang telah menghilangkan musibah yang jatuh kepada mereka. Kalaulah kebetulan nasibnya berubah selepas dia pakai cincin atau tangkal itu, tidaklah ia membuktikan kebenaran atas apa yang telah dilakukannya itu. Macam mereka yang pakai Kavadi masa Thaipusam, cucuk sana sini, tapi selamat, tidak luka sedikitpun. Atau penyembah berhala pada zaman jahiliah dulu yang tidak dikenakan bala kepada mereka.

Maka, jika perbuatan salah yang dilakukan oleh seseorang tidak dijatuhkan bala oleh Allah sebaik sahaja mereka lakukan, malah ‘menjadi’ pula apa yang mereka kehendaki, tidaklah itu memberi tanda bahawa tidak salah perbuatan itu.

Allah hanya membiarkan sahaja mereka di dalam kesesatan tanpa menurunkan bala terus. Allah benarkan ia terjadi tetapi Allah tidak redha. Allah sanggup tunggu mereka mati dan kemudian baru mereka akan diazab di akhirat kelak.

Banyak lagi amalan syirik dan khurafat diamalkan oleh masyarakat Islam kita. Antaranya mereka ada barang-barang hikmat. Seperti cincin atau alat-alat keramat yang mereka simpan dalam kain kuning. Bukan dalam simpanan yang biasa. Kerana pada mereka, benda-benda keramat itu kena simpan dalam kain kuning.

Kadang-kadang mereka akan perasap pada malam-malam tertentu. Bermakna, mereka ada memuja benda-benda itu. Itu adalah amalan khurafat dan amalan syirik. Tapi kenapakah guru-guru agama di negara kita tidak berani nak tegur perkara ini secara berdepan? Ke mana perginya mufti-mufti di negara ini? Susah hendak tegur kerana kalau ditegur, masyarakat akan melenting kerana lebih ramai yang jahil dari yang pandai.

Dan kenapa ayat ini mengatakan mereka juga memesongkan orang lain? Kerana orang-orang sebegini bukan sahaja telah terpesong, tapi mereka juga memesongkan orang lain yang melihat mereka. Kerana kalau mereka nampak berjaya, orang lain pun nak jadi macam dia juga.

Orang lain akan bertanya, siapa yang kau jumpa sampai kau boleh dapat begini, begitu? Mereka pun cakaplah mereka berjaya pulih kerana orang ini, orang itu. Yang bertanya itu pun akan pergi kepada ustaz yang sama, bomoh yang sama dan sebagainya. Akhirnya, semakin ramai yang akan sesat.

Manusia memang suka nak ikut orang lain tanpa usul periksa. Ini adalah kerana kejahilan yang berleluasa dalam masyarakat kita. Ramai yang pakai ikut sahaja amalan orang lain.

 

قُلْ تَمَتَّعْ بِكُفْرِكَ قَلِيلًا ۖ إِنَّكَ مِنْ أَصْحٰبِ النَّارِ

Kata kepada mereka: bersenang-senanglah dengan kekafiran kamu untuk sementara. Sesungguhnya kamu adalah penghuni tetap neraka.

Ini adalah ayat takhwif ukhrawi. Allah beritahu dalam ayat ini bahawa perbuatan mereka itu adalah perbuatan kufur. Dan Allah suruh Nabi Muhammad sampaikan kepada mereka untuk bersenang-senang buat sementara waktu sementara masih hidup. Berseronoklah dalam kehidupan dunia ini selagi mereka boleh.

Sebab itu kalau kita tengok orang yang mengamalkan syirik, selalunya hidup mereka akan senang sahaja. Hidup mereka nampak macam senang lenang sahaja. Ini kerana memang Allah beri kesenangan kepada mereka selama mereka di dunia.

Tapi di akhirat nanti, mereka akan mendapat azab yang kekal. Maka jangan kita tertipu melihat kesenangan mereka. Jangan kita ikut mereka pula. Jangan pula sangka yang Allah beri rahmat kepada mereka.

Biarlah dia seronok kerana dia tetap akan masuk neraka, maka dia dibiarkan Allah dalam kesesatan. Biar dia terus mengumpul dosa selama dia hidup. Supaya apabila mereka masuk ke alam akhirat nanti, mereka tidak ada hujah lagi hendak menyatakan mereka tidak bersalah.

Allah kata apa sahaja yang mereka lakukan dan dapat, itu hanya ‘sedikit’ sahaja. Mereka sahaja sangka mereka dapat banyak kelebihan, tapi Allah beritahu itu sedikit sahaja. Tidak berbaloi kalau dibandingkan dengan azab yang mereka akan terima. Kesenangan yang sedikit, tapi azab yang berterusan selama-lamanya.

Mereka akan dimasukkan ke dalam neraka dan mereka akan kekal dalam neraka selama-lamanya. Adakah berbaloi? Tentu tidak, bukan?


 

Ayat 9: Ayat Tabshir. Allah nak bandingkan dua jenis kumpulan manusia. Orang syirik ada cara hidup dia dan orang tauhid ada cara hidup dia pula. Tidak sama antara kehidupan mereka.

Allah beri berita baik kepada mereka yang berbuat baik. Allah beri semangat itu kepada kita supaya kita amalkan cara hidup tauhid itu.

أَمَّن هُوَ قٰنِتٌ ءآناءَ اللَّيلِ ساجِدًا وَقائِمًا يَحذَرُ الآخِرَةَ وَيَرجو رَحمَةَ رَبِّهِ ۗ قُل هَل يَستَوِي الَّذينَ يَعلَمونَ وَالَّذينَ لا يَعلَمونَ ۗ إِنَّما يَتَذَكَّرُ أُولُو الأَلبٰبِ

Sahih International

Is one who is devoutly obedient during periods of the night, prostrating and standing [in prayer], fearing the Hereafter and hoping for the mercy of his Lord, [like one who does not]? Say, “Are those who know equal to those who do not know?” Only they will remember [who are] people of understanding.

“(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? “Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.

Soalan Tuhan kepada kita semua:

 

أَمَّنْ هُوَ قٰنِتٌ ءآنَاءَ اللَّيْلِ سَاجِدًا وَقَائِمًا يَحْذَرُ الْآخِرَةَ

Apakah satu orang yang bangun berdiri teguh waktu malam, kadang-kadang sujud, kadang-kadang berdiri, kerana takut dia akan akhirat

Stail surah ini adalah Allah akan bertanya kepada kita, tapi Allah tidak memberikan jawapannya kepada kita supaya kita boleh mencari jawapan itu sendiri. Kita kena fikirkan dalam-dalam.

Dalam ayat ini, Allah membandingkan seorang yang beribadat pada malam hari dengan orang yang sifatnya telah diterangkan sebelum ini – tidak ingat Allah apabila dalam keadaan senang, tapi apabila susah, barulah kelam kabut nak buat ibadat.

Kalimah قانت dalam ayat ini kalau dibandingkan dengan ayat Baqarah:238 bermaksud seorang yang khusyuk di dalam solatnya. Dia pandang satu tempat sahaja dan melihat ke kiri kanan. Fikirannya tertumpu kepada Allah dan solatnya.

Kalimat ءاناء اليل bermaksud sebahagian dari malam sama ada awal, pertengahan atau hujungnya.

Allah bandingkan dengan sifat seorang mukmin yang sentiasa ingat dan beribadat kepada Allah, sama ada dalam keadaan senang atau susah. Dia bermunajat kepada Allah.

Dalam ayat sebelum ini telah ejek golongan kuffar untuk bergembiralah selagi mereka boleh. Maka sekarang Allah nak tanya kepada mereka, kamu baikkah atau orang-orang yang akan disebut nanti?

Kenapa Allah sebut ‘sujud’ dahulu sebelum qiyamullail dalam ayat ini? Kerana hamba paling hampir dengan Allah dalam solat adalah semasa sujud. Maka didahulukan yang utama dahulu.

Allah juga tidak sebut apakah kesan dari amalan orang itu. Ini kena diisikan oleh pembaca Al-Qur’an. Ulama tafsir mengatakan maksud Allah adalah: mereka yang berdiri mendirikan solat pada malam hari itu akan masuk syurga.

Cuma tidak disebutkan dalam ayat ini. Kita kena faham sendiri berdasarkan pemahaman dari ayat-ayat yang lain.

Dia beribadat itu kerana dia takut. Kenapakah orang yang mendirikan solat pada malam hari itu takut? Apakah yang dia takut?

Dia takut azab dari Allah sekiranya dosa dia tidak diampunkan. Kerana kita sendiri tidak pasti sama ada dosa yang kita lakukan itu Allah akan ampunkan atau tidak. Memang kita sudah minta ampun, tapi adakah Allah akan terima taubat kita itu?

Kita tidak pasti kerana itu adalah perkara ghaib dan kita tidak tahu perkara ghaib. Kerana kalau Allah tidak terima, alangkah malangnya kita nanti kerana akan dimasukkan ke dalam neraka dahulu  – tidak tahu berapa lama.

Perumpamaannya kalau kita bawa kereta di kawasan yang kita tahu ada kamera yang akan ambil gambar kereta yang laju. Maka dalam keadaan begitu, tentulah kita akan memandu dengan berhati-hati dan tidak bawa dengan laju, bukan? Maka begitulah kalau kita sedar yang Allah sedang memerhatikan kita – kita tentu tidak berani nak buat dosa dan buat salah.

Oleh itu, ayat ini mengajar kita bahawa dalam kehidupan kita, hendaklah kita ada rasa takut kepada akhirat. Sentiasa kita ingat bahawa kita akan mati dan akan dibangkitkan kelak. Kalau kita rasa senang hati sahaja, tentu kita tidak bersungguh dalam beramal ibadat dan menjaga agama kita.

 

وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ

dan dia mengharap rahmat Tuhan

Dalam masa yang sama, dia berharap semoga dia dapat masuk syurga. Kerana kita tidak dapat masuk syurga dengan amalan ibadat kita tapi dengan rahmat Allah sahaja. Alamat orang yang hampir dengan Allah adalah dia akan berharap kepada Allah.

Jadi ada dua sifat yang telah disebut: takut dan harap (khauf dan raja’). Dua sifat ini selalu disebut berulang-ulang dalam Al-Qur’an kerana ianya amat penting. Dua-dua perkara ini kena ada dalam jiwa kita. Jangan salah satu terlebih dan terkurang. Kena seimbang.

Dalam ayat ini ada soalan yang dihazafkan: adakah sama orang yang buat begitu dengan orang yang tidak buat begitu? Tentulah tidak sama.

 

قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ

Katakanlah: adakah sama seorang yang mengetahui dengan seorang yang tak tahu?

Ini adalah satu lagi soalan yang Allah tanya tapi Allah tak jawab, maka kita kena jawab sendiri. Adakah sama orang yang tahu dengan orang yang tidak tahu? Tahu apa?

Dalam tafsir, disebut ‘tahu’ yang dimaksudkan adalah ‘tahu tentang Allah’. Kerana tahu tentang Allahlah yang menyebabkan manusia boleh buat amal dan dalam hati dia ada takut dan harap.

Dan tahu tentang wahyu. Mereka tahu kerana mereka belajar, bukannya buat-buat tidak tahu sahaja. Tentulah tidak sama orang yang belajar Al-Qur’an dan hadis dan orang yang tidak belajar.

Kerana orang yang tahu wahyu akan tahu tentang Hari Akhirat. Dan orang yang tahu tentang Hari Akhirat tidak sama dengan orang yang tidak tahu. Kerana apabila kita tahu sesuatu perkara itu benar dan besar, tentulah kita akan mengambil tindakan. Tentulah orang yang tahu dan yakin tentang akhirat akan buat persediaan kepada akhirat itu.

Sebagai contoh, kalau kita dapat tahu dari media bahawa kawasan tempat kita akan banjir, tentulah kita akan ambil tindakan – mungkin kita akan pindah. Begitu juga dengan mereka yang tahu tentang Hari Akhirat. Mereka akan mengambil tindakan untuk menjalani kehidupan di dunia ini mengikut lunas-lunas Islam.

Kepada mereka yang tidak tahu, atau hanya tahu sedikit sahaja, mereka tidak buat apa-apa, macam Hari Kiamat itu tidak akan terjadi sahaja. Atau mereka rasa mereka akan selamat sahaja, padahal belum tentu lagi.

Jadi, secara lebih khususnya, ayat ini adalah berkenaan mereka yang tahu tentang Hari Akhirat dan mengambil tindakan untuk menyelamatkan diri mereka. Tidak sama antara mereka yang tahu dan mereka yang tidak tahu.

 

إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ

Yang hanya akan menerima peringatan ini hanyalah orang yang otak waras sahaja.

Orang yang mempunyai akal yang waras dan cerdik sahaja yang boleh terima peringatan dari Allah.

Ayat ini menunjukkan bahawa orang yang tak pakai Al-Qur’an dan hadis dalam menjalani kehidupan mereka adalah orang yang tidak berakal waras. Kerana mereka tidak menggunakan akal mereka untuk mencapai satu keputusan yang benar dan akan menyelamatkan diri mereka.

Habis Ruku’ 1 dari 8 ruku’ dalam surah ini.


 

Ayat 10: Ayat Tabshir. Setelah tahu kelebihan beramal ibadat, maka buatlah sesuatu. Kena ikhtiar kerana kejayaan tidak datang dengan mudah, dengan begitu sahaja.

قُل يٰعِبادِ الَّذينَ ءآمَنُوا اتَّقوا رَبَّكُم ۚ لِلَّذينَ أَحسَنوا في هٰذِهِ الدُّنيا حَسَنَةٌ ۗ وَأَرضُ اللهِ وٰسِعَةٌ ۗ إِنَّما يُوَفَّى الصّٰبِرونَ أَجرَهُم بِغَيرِ حِسابٍ

Sahih International

Say, “O My servants who have believed, fear your Lord. For those who do good in this world is good, and the earth of Allah is spacious. Indeed, the patient will be given their reward without account.”

Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): “Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). Dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”.

 

 

قُلْ يٰعِبَادِ الَّذِينَ ءآمَنُوا

Katakanlah wahai hamba-hambaKu yang beriman,

Ini adalah perintah Allah kepada Nabi Muhammad untuk disampaikan kepada orang-orang yang beriman. Dan kepada mereka yang telah beriman atas akidah tauhid.

Balaghah: Hazfu wa zikru. Kalau hazf, ia membawa maksud ‘berterusan’:

Dalam kalimat عِبَادِ itu sepatutnya ada ي menjadi عِبَادِي (hambaKu) tapi ي itu dihazafkan (dihilangkan). ي jenis ini dinamakan ya’ mutakallim (ya orang bercakap).

Dalam ilmu balaghah, ي ini dihazafkan adalah kerana hamba yang dimaksudkan adalah hamba yang imannya berkekalan dan dia teruskan meningkatkan ketaqwaannya. Mereka ini jenis hamba yang sudah istiqamah dalam iman dan ibadah mereka. Kemudian ini akan terus disebut ganjaran mereka.

Syaratnya kena istiqamah dalam jaga iman. Bukan sekejap-sekejap sahaja, sekejap beriman dan sekejap tidak. Sampaikan mereka disuruh berhijrah kalau mereka tidak dapat menjaga iman mereka di tempat mereka tinggal.

Lagi satu, dihazafkan ya mutakallim  kerana jumlah mereka lebih kurang. Tak ramai yang beriman kalau dibandingkan dengan mereka yang tidak beriman. Boleh bandingkan dengan ayat 53 surah ini juga. Dalam ayat ke 53, kalimah yang digunakan adalah عِبَادِي dan bukan عِبَادِ seperti dalam ayat ini.

Ada empat tempat dalam Al-Qur’an dimana ada hazaf pada kalimah عِبَادِ:

  1. Zumar:10 ini
  2. Zumar:16
  3. Zumar:17
  4. Zukhruf:68

Lebih banyak kalimah yang digunakan adalah عِبَادِي, sebagai contoh, boleh lihat ayat ke 53, surah Zumar ini.

 

اتَّقُوا رَبَّكُمْ

bertaqwalah kamu semua kepada Tuhan kamu semua,

Orang-orang yang telah beriman disuruh pula untuk bertaqwa. Ini menunjukkan bahawa iman dan taqwa itu tidak sama. Kalau seseorang itu beriman, belum tentu dia juga seorang yang bertaqwa. Tapi gunakanlah asas iman yang dia telah ada itu untuk naik lagi ke tahap taqwa.

Maksud bertaqwa itu adalah ‘jaga hukum Tuhan’. Ikut apakah suruhanNya dan meninggalkan laranganNya dalam setiap masa. Termasuk dalam taqwa ini adalah takut kepada Allah. Tapi bukanlah bertaqwa itu hanya ‘takut’ sahaja. Malah lebih lagi kerana kalau ‘takut’ sahaja, perkataan ‘khauf’ lebih tepat.

Oleh itu, bertaqwa itu adalah sedar bahawa Allah sentiasa melihat kita. Maka kerana kita yakin Allah sedang melihat kita, maka kita akan berhati-hati dalam tindakan kita setiap hari. Kita akan jaga hukum dengan baik kalau tahu yang Allah sentiasa memerhatikan kita.

Nak buat apa-apa pun, kita akan tanya kepada diri kita: apa hukum perbuatan ini? Maknanya, dia jaga sungguh syariat yang Allah telah sampaikan. Sama ada berkenaan hubungan dengan Allah dan juga hubungan dengan manusia lain.

 

لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا

bagi orang-orang yang berbuat baik,

Tanda seseorang itu bertaqwa adalah mereka juga akan menjalankan amal kebaikan yang disuruh dilakukan oleh Allah. Mereka akan mengisi hidup mereka dengan amal ibadat.

Mereka mengelokkan amal mereka supaya jadi betul balik. Mana-mana kesilapan yang mereka telah lakukan dahulu, mereka buang dan mereka mengaku bahawa apa yang mereka lakukan dulu adalah salah berdasarkan Al-Qur’an dan hadis. Dan apa yang kebaikan yang mereka buat, mereka akan tambahbaik lagi ke arah kesempurnaan.

Jangan kita degil dengan Tuhan. Kalau sudah tahu bahawa sesuatu amalan dan fahaman itu salah, maka tinggalkan sahaja. Malangnya, ada yang masih berdegil walaupun mereka sudah tahu kesilapan mereka akan mengundang malapetaka di akhirat.

Perkataan ‘ihsan’ juga ditafsirkan sebagai maksud ‘ikhlas’ dalam ertikata, kita melakukan sesuatu amal ibadat itu kerana Allah sahaja – kerana mengharapkan balasan dan kerana suruhan dari Allah sahaja, dan bukan sebab lain.

 

فِي هَٰذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةٌ

dalam kehidupan dunia ini, dia akan dapat kebaikan

Apabila seseorang Muslim itu berbuat kebaikan di dunia ini, dia akan mendapat kebaikan di akhirat nanti. Dan akan ada juga kebaikan untuknya di dunia juga. Di dunia lagi sudah mendapat kebaikan.

Allah akan melapangkan dadanya dan memberikan ketenangan dalam dirinya. Dia akan tenang sahaja menjalani kehidupan dunia ini. Kebaikan di dunia ini bukanlah bermaksud kekayaan sahaja. Kerana kalau kaya harta tapi tak beriman, itu tidak baik sama sekali.

 

 

وَأَرْضُ اللهِ وٰسِعَةٌ

Dan bumi Allah itu luas,

Ayat ini merujuk kepada sahabat Nabi yang tak mahu berhijrah walaupun mereka telah ditindas di Mekah. Dan juga merujuk kepada Muslimin yang duduk dalam kawasan orang kafir, tapi tak mahu nak pindah.

Kenapa Allah sebut bumiNya luas? Kalau kita rasa sudah tak boleh nak buat amal ibadat, maka eloklah kita pindah ke tempat lain yang lebih sesuai. Janganlah kita terpedaya dan terikat hati kita dengan harta sampai menyebabkan tidak mahu pindah.

Janganlah kita terkenang sangat kepada kampung halaman sampai tak mahu tinggalkannya untuk mencari kebaikan. Kadangkala tempat tinggal kita tak kondusif untuk mengamalkan Islam dengan sempurna. Maka kenalah berpindah.

Ini penting kerana ada orang yang kalah dengan suasana sekeliling sampai tidak boleh beramal ibadat. Jangan jadikan suasana sebagai alasan tidak dapat beramal. Kalau guna alasan itu, tidak akan diterima.

Ayat ini sudah memberi isyarat kepada para sahabaat di Mekah bahawa mereka akan berhijrah ke tempat lain. Ayat ini adalah isyarat kepada kebenaran untuk hijrah ke Habashah. Kerana kalau duduk di Mekah, tidak dapat mengamalkan agama dengan bebas.

Memang tidak ada ayat jelas suruhan dari Allah untuk berhijrah, tapi diberikan dengan isyarat sahaja. Oleh itu, beberapa sahabat telah berhijrah ke Habashah diketuai oleh Saidina Uthman.

Jadi, kalau kita duduk dalam kawasan yang tidak mengizinkan kita mengamalkan Islam dengan sempurna, maka kita kena tinggalkan tempat itu dan cari tempat lain.

Dan kalau sudah duduk dalam kawasan orang Islam, kena hidupkan suasana Islam. Kena mulakan pengajian tafsir Al-Qur’an di tempat itu kerana umat Islam kena faham apakah yang disampaikan dalam Al-Qur’an.

Dalam ayat lain, ada disebut bagaimana kalau kita tidak dapat mengamalkan agama kerana tempat kita tinggal itu tidak membenarkan, kita akan dipersalahkan dan tidak boleh menggunakan alasan itu untuk melepaskan diri. Begitulah firman-Nya:

Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah di bumi itu. (An-Nisa: 97)

Bagaimana pula dengan kita sekarang yang tinggal di Malaysia ini – nak hijrah ke mana pula? Hijrah ke masjid. Kerana keburukan yang banyak terjadi itu adalah di luar rumah dan luar masjid. Maknanya, tempat yang terkawal adalah di rumah kita dan di masjid. Kalau di luar ada banyak sangat masalah, maka duduk di rumah sahaja, jangan duduk lepak di luar sangat.

Kalau di rumah pun tidak selamat dan di masjid juga tidak selamat, maka kenalah cari tempat lain pula – sepertimana juga orang Mekah kena hijrah ke Habashah dan juga ke Madinah kerana hendak menjaga agama mereka. Carilah kawasan banyak orang-orang baik yang dapat beri semangat kepada kita untuk beramal dengan sempurna.

 

إِنَّمَا يُوَفَّى الصّٰبِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

Sesungguhnya akan dibalas orang-orang yang sabar dalam amal ibadat mereka tanpa hisab.

Kalau kita sabar, susah letih dalam amalkan agama itu, terutama dalam hijrah itu, akan dibalas dengan kebaikan oleh Allah.

Dan memang kalau kita hendak mengamalkan Islam dengan sebenarnya, memang akan terima tentangan dari mereka yang tidak sedia menerimanya. Allah memberitahu kita dalam ayat ini bahawa perjuangan dalam Islam adalah berat – memerlukan kesabaran yang tinggi dan ketabahan yang tidak kurang. Tapi kesabaran mereka itu amat berbaloi.

Apakah maksud ‘tanpa hisab’? Dibalas banyak sangat, sampai tak boleh nak kira. Hisab itu bermaksud ‘kira’. Balasan yang Allah beri itu terlalu banyak sampai tidak terkira.

Tafsir kedua: ada juga hadis yang menunjukkan bahawa orang-orang yang sabar dengan dugaan berat yang mereka terima, tidak akan dihisab. Mereka terus sahaja masuk syurga. Padahal orang lain akan ditimbang-timbang dan dikira-kira amal ibadat mereka. Kerana menunggu untuk dihisab di Mahsyar itu pun sudah satu kesengsaraan juga kerana kena tunggu dalam masa yang amat lama. Jadi kalau dapat masuk terus ke syurga tanpa hisab, itu adalah nikmat yang amat besar.

Kalau kita sabar dengan dugaan yang diberikan kepada kita, kita akan mendapat balasan dari Allah yang amat banyak. Ini kerana amalan ibadat seperti solat dan puasa akan dibalas dengan kadar amal kebaikan itu.

Tapi balasan kesabaran tidak ada kadar dan kerana itu dibalas dengan mengalir terus balasannya tanpa kiraan. Riwayat itu dari Anas bin Malik:

“Sehingga berkeinginanlah orang-orang yang sihat-sihat sahaja di dunia kalau kiranya dulu badannya digergaji dipotong-potong, setelah mereka lihat bagaimana kelebihan dan keistimewaan yang akan diterima oleh orang-orang yang sabar menderita itu.”

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 13 Julai 2019


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Al-Azhar

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani