Tafsir Surah Zumar Ayat 25 – 31 (Allah banyak beri perumpamaan)

Ayat 25: Takhwif Ukhrawi

كَذَّبَ الَّذينَ مِن قَبلِهِم فَأَتٰهُمُ العَذابُ مِن حَيثُ لا يَشعُرونَ

Sahih International

Those before them denied, and punishment came upon them from where they did not perceive.

(Ingatlah! Bahawa) orang-orang yang terdahulu dari mereka telah mendustakan (Rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka), lalu orang-orang itu didatangi azab dari arah yang mereka tidak menyedarinya.

 

كَذَّبَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ

Telah mendustakan (kebenaran) oleh orang-orang sebelum mereka.

Ada muqaddar dalam ayat ini: apakah yang mereka dustakan? Itulah kebenaran yang ada dalam wahyu. Seperti kaum Aad, Tsamud dan banyak lagi.

Allah nak beritahu kepada Nabi, sahabat dan pendakwah-pendakwah bahawa bukan sekarang sahaja orang kafir menentang ajakan tauhid yang hendak disampaikan.

Dari dulu lagi dah zaman berzaman manusia mendustakan tauhid dan Rasul-rasul mereka. Jadi jangan hairan kalau ada yang menentang dan tak mahu terima. Itu adalah sunnah alam, akan ada sahaja yang akan menentang.

 

فَأَتٰهُمُ الْعَذَابُ مِنْ حَيْثُ لَا يَشْعُرُونَ

Maka didatangkan azab itu dari arah yang mereka tak sedar.

Kerana mereka telah menentang tauhid, maka mereka telah dibalas dengan azab semasa mereka di dunia lagi. Bila azab itu datang, mereka tak sedar. Tahu-tahu dah mati dan sedang menerima azab.

Macam kalau kita kemalangan sampai tak sedar diri, celik-celik mata, tengok kipas berpusing di hospital dah. Padahal dah tiga bulan koma macam tu.

Datang azab kepada mereka tanpa persiapan dari mereka. Bila kita dalam kubur, tahu-tahu malaikat Munkar Nakir dah sampai dah nak tanya soalan kepada kita. Waktu itu, sudah terlambat untuk kita buat apa-apa. Tidak ada pengampunan lagi apabila kita sudah mati.

Hendaklah kita sentiasa ingat kepada mati kerana samada kita mahu ataupun tidak, kita akan menemui mati. Dan orang-orang yang tidak mengamalkan tauhid, mereka akan didatangi oleh kematian yang mengejut. Kerana Allah telah buat keputusan yang mereka akan masuk neraka, maka mereka tidak ada peluang untuk bertaubat.

Orang yang amalkan tauhid, tidak begitu, mereka akan diberi peluang untuk bertaubat dan untuk bersedia kepada kematian.


 

Ayat 26: Ayat Takhwif

فَأَذاقَهُمُ اللَهُ الخِزيَ فِي الحَيَوٰةِ الدُّنيا ۖ وَلَعَذابُ الآخِرَةِ أَكبَرُ ۚ لَو كانوا يَعلَمونَ

Sahih International

So Allah made them taste disgrace in worldly life. But the punishment of the Hereafter is greater, if they only knew.

Maka Allah merasakan mereka kehinaan dalam kehidupan dunia (dengan berbagai bala bencana), dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat (yang disediakan untuk mereka) lebih besar lagi. Kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini, tentulah mereka tidak mendustakan Rasul).

 

فَأَذَاقَهُمُ اللهُ الْخِزْيَ فِي الْحَيَوٰةِ الدُّنْيَا

Dan diazab mereka oleh Allah dengan azab yang menghinakan dalam kehidupan di dunia.

Dalam dunia lagi mereka telah hidup dalam kehinaan. Mereka hidup dalam kesusahan, walau kaya macam mana pun. Iaitu mereka ditimpa pelbagai jenis kesusahan. Mereka kaya, tapi diazab dalam diri mereka.

Kadang-kadang kita hairan lihat orang yang kaya, kita sangkakan kalau mereka dah kaya, tentulah tidak ada masalah. Tapi rupanya mereka ada masalah yang kadangkala lagi besar dari kita.

Orang-orang mukmin akan diberikan juga azab oleh Allah untuk membersihkan mereka dari dosa-dosa mereka. Oleh itu, jangan kita kata orang-orang yang kena azab itu jadi begitu kerana mereka menentang agama.

Ayat yang di atas bukan berkenaan orang mukmin tapi orang-orang yang melakukan syirik kepada Allah.

 

وَلَعَذَابُ الْآخِرَةِ أَكْبَرُ ۚ

akan tetapi azab di akhirat lebih besar lagi,

Tidak sama azab yang Allah kenakan di dunia ini kalau dibandingkan dengan azab yang akan diterima di akhirat kelak. Azab di akhirat akan berganda-ganda lagi teruk.

Dan tidak akan ada penghujungnya. Teruknya azab itu sampaikan kita tidak membayangkannya.

 

لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

kalaulah dulu mereka nak ambil tahu;

Kalaulah manusia tahu apakah azab yang mereka akan dapat di akhirat kelak, mereka tentunya akan jadi orang baik, akan belajar agama, akan beriman dengan setulus-tulus iman.

Tapi malangnya, kita tidak tahu melainkan apabila kita sudah berada di sana.

Kalau mereka itu hendak ambil tahu, mereka akan belajar tentang agama dan belajar tafsir Qur’an. Kerana tidak akan dapat mengetahui makna ayat-ayat Qur’an ini melainkan kepada mereka yang belajar sahaja.

Orang-orang yang beriman pun tidak dapat tengok balasan neraka lagi, tapi mereka telah belajar ayat-ayat Qur’an dan mereka mempercayainya kerana mereka telah membuka hati mereka kepada kebenaran.


 

Ayat 27: Ayat targhib (galakan) kepada belajar Qur’an.

وَلَقَد ضَرَبنا لِلنّاسِ في هٰذَا القُرءآنِ مِن كُلِّ مَثَلٍ لَّعَلَّهُم يَتَذَكَّرونَ

Sahih International

And We have certainly presented for the people in this Qur’an from every [kind of] example – that they might remember.

Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan daripada Qur’an ini kepada manusia semua sekali, dari berbagai contoh bandingan mudah-mudahan mereka mengambil peringatan.

Allah telah menghuraikan perkara agama terutama sekali perkara tauhid berulang-ulang kali supaya manusia dapat faham. Allah akan ulang dengan berbagai-bagai cara supaya manusia semuanya dapat faham – kerana pemahaman manusia tidak sama.

Jadi ada yang dijelaskan dengan cara begini dan dalam ayat lain dijelaskan dengan cara lain pula.

 

وَلَقَدْ ضَرَبْنَا لِلنَّاسِ فِي هَٰذَا الْقُرْءآنِ

Sesungguhnya telah Kami huraikan kepada kepada semua manusia dalam Qur’an ini

Penjelasan agama telah dijelaskan dengan sepenuhnya dalam Qur’an ini. Iaitu tentang tauhid. Tentang feqah, disebut dengan umum dan dijelaskan lagi dalam sunnah dari Nabi.

Tapi kalau tentang tauhid, memang telah lengkap penjelasannya dalam Qur’an, sampaikan tidak perlu baca kitab lain pun sudah boleh faham tauhid ini.

Tapi, kenalah belajar tafsir kerana kalau baca sendiri, berkemungkinan besar, tidak akan nampak penjelasan itu.

 

مِنْ كُلِّ مَثَلٍ

dengan berbagai-bagai jenis contoh bandingan

Dan Allah tidak menjelaskan dengan satu cara sahaja, tapi dengan berbagai-bagai cara supaya manusia dapat faham. Kerana kefahaman manusia berlainan. Ada yang faham dengan cara begini, dan ada yang faham dengan cara lain pula.

Dan Allah telah banyak memberikan contoh bandingan kerana pembelajaran berasaskan bandingan memang akan mudah memahamkan manusia.

 

لَّعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ

mudah-mudahan mereka itu akan dapat peringatan;

Tujuan Allah buat begitu adalah supaya manusia dapat faham agama tauhid ini. Allah hendak kita faham dengan sebenarnya. Allah tidak jadikan ilmu tauhid ini sebagai ilmu rahsia yang hanya boleh difahami oleh mereka yang tertentu sahaja.

Tidaklah macam ilmu mengarut dan khayalan yang diajar dalam pergerakan Tarekat itu.

Mereka kata ilmu mereka adalah ilmu rahsia, sampaikan orang tertentu sahaja dapat faham – sampaikan tidak semua sahabat Nabi dapat ilmu itu. Ma sha Allah, adakah mereka sangka mereka lebih hebat dari sahabat Nabi?

Sesiapa yang belajar tafsir Qur’an, dan mereka berusaha untuk memahaminya, akan tahu manakah perbuatan yang betul dan manakah perbuatan yang salah. Dan seseorang itu tidak akan tahu tentang Qur’an itu melainkan orang-orang yang belajar.

Sesiapa yang tidak mahu belajar tafsir Qur’an, akan disediakan syaitan kepada mereka sebagai teman rapat berdasarkan mafhum dari ayat Zukhruf:36. 


 

Ayat 28:

قُرءآنًا عَرَبِيًّا غَيرَ ذي عِوَجٍ لَّعَلَّهُم يَتَّقونَ

Sahih International

[It is] an Arabic Qur’an, without any deviance that they might become righteous.

laitu Al-Qur’an yang berbahasa Arab, yang tidak mengandungi sebarang keterangan yang terpesong; supaya mereka bertaqwa.

 

قُرْءآنًا عَرَبِيًّا

Iaitu Qur’an yang berbahasa arab.

Maksud ‘Qur’an’ adalah sesuatu yang dibaca berkali-kali dengan banyak sekali. Inilah salah satu mukjizat Qur’an ini. Tidak ada kitab lain selain Qur’an yang dikaji dan dipelajari manusia seperti kitab Qur’an ini, termasuklah kitab-kitab wahyu dahulu.

Dan bukan sahaja dikaji, malah dihafal oleh banyak orang di seluruh dunia. Kerana itu banyak sekali Sekolah Tahfiz di merata dunia.

Dan sifat Qur’an ini adalah ianya dalam bahasa Arab. Bahasa Arab adalah bahasa yang tepat dan kaya. Dengan lafaz yang pendek, ianya boleh membawa dan menjelaskan banyak makna.

Sebab itulah, kalau Qur’an itu dalam bahasa Melayu, agaknya kena pakai lori nak bawa satu Qur’an, sebab banyak sangat nak kena hurai. Allah telah pilih bahasa Arab ini sebagai bahasa untuk kitabNya yang terakhir.

Ianya adalah satu bahasa yang indah yang dapat menghuraikan apakah yang dimaksudkan oleh Allah.

Apabila kita tahu bahawa bahasa Arab adalah bahasa Qur’an, maka ini sepatutnya memberi kita satu motivasi untuk belajar bahasa Arab supaya kita lebih memahami Qur’an. Kerana tidak sama kalau kita baca Qur’an dalam kita faham bahasa Arab dan kalau kita hanya baca terjemahan sahaja.

Maka, hendaklah kita cuba belajar setakat yang boleh sahaja. Jadi, ayat ini adalah targhib kepada belajar bahasa Arab juga.

Cuma, janganlah dijadikan alasan tidak tahu bahasa Arab untuk tidak belajar tafsir Qur’an. Belajar tafsir kita kena lakukan terus, jangan tunggu lagi. Kita masih lagi boleh faham tentang pengajaran dalam Qur’an kalau diterangkan oleh guru yang sudah tahu.

Banyak orang yang kononnya hendak belajar bahasa Arab dulu baru nak belajar tafsir Qur’an. Tapi sampai bila baru mereka boleh faham Qur’an?

Mungkin bertahun-tahun masa yang diambil untuk belajar bahasa Arab. Bagaimana pula kalau mereka tak pandai-pandai bahasa Arab? Jadi, mereka telah menunda mempelajari ajaran dalam Qur’an.

Dan kerana mereka tak belajar, dalam waktu itu, mereka akan melakukan kesalahan yang mereka tak tahu pun mereka dah buat salah.

 

غَيْرَ ذِي عِوَجٍ

yang tidak ada mengandungi kesilapan.

Tidak ada silap dalam mana-mana lafaz Qur’an. Tidak ada ayat yang bertentangan dengan ayat-ayat yang lain. Tidak ada juga pertentangan dengan sains dan sebagainya. Kalau ada yang jumpa pertentangan itu, ianya boleh dijelaskan.

Sebagai contoh, ada yang kata Qur’an mengandungi kesalahan nahu bahasa Arab, tapi apabila diperjelaskan, memang tidak ada kesalahan mana-mana pun.

Ianya adalah ayat-ayat yang mudah difahami. Tidak kompleks sebenarnya. Senang sahaja untuk kita faham kalau kita mahu belajar.

Bandingkan kalau kita baca buku-buku falsafah. Berpusing-pusing idea yang disampaikan dalam ilmu falsafah itu sampaikan kita pun selepas belajar tak tahu apa yang kita belajar.

Padahal, Qur’an itu adalah mudah difahami. Ianya adalah lurus, tidak pusing-pusing. Ianya tepat untuk sampai kepada maksud yang hendak disampaikan.

Oleh kerana Qur’an itu mudah, apabila para filosof Greek membaca Qur’an, mereka tidak suka. Kerana mereka kata ianya lurus sangat. Tidak macam ilmu falsafah mereka yang berbelit-belit. Mereka nak kata yang ilmu mereka yang tinggi.

Tapi yang lurus dan mudah difahami itulah yang bagus. Kalau bahasanya sudah pusing-pusing, sampai orang yang baca pun tidak tahu, apakah gunanya kalau begitu, bukan?

Kadang-kadang manusia pun kata berbelit-belit – macam ahli politik yang apabila bercakap putar belit sampai tak nampak apakah yang mereka maksudkan.

 

لَّعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ

Mudah-mudahan mereka mendapat taqwa; 

Dengan belajar dan memahami maksud Qur’an, ianya boleh menjadikan kita mendapat taqwa supaya kita jadi orang muttaqeen. Maksud ‘taqwa’ itu adalah jaga diri daripada menderhaka kepada Allah.

Taqwa itu adalah menjaga hukum yang Allah telah berikan. Hendaklah kita ikut suruhanNya dan meninggalkan laranganNya dalam segenap perkara.


 

Ayat 29: Sebelum ini Allah telah sebut bahawa Qur’an mengandungi banyak perbandingan supaya kita mudah faham apa yang hendak disampaikan. Sekarang dibawakan satu lagi contoh perbandingan – atau dipanggil analogi.

ضَرَبَ اللَهُ مَثَلًا رَّجُلًا فيهِ شُرَكاءُ مُتَشٰكِسونَ وَرَجُلًا سَلَمًا لِّرَجُلٍ هَل يَستَوِيانِ مَثَلًا ۚ الحَمدُ ِللهِ ۚ بَل أَكثَرُهُم لا يَعلَمونَ

Sahih International

Allah presents an example: a slave owned by quarreling partners and another belonging exclusively to one man – are they equal in comparison? Praise be to Allah! But most of them do not know.

Allah memberikan satu misal perbandingan: Seorang hamba lelaki yang dimiliki oleh beberapa orang yang berkongsi dirinya yang bertentangan tabiat dan kemahuannya; dan seorang hamba lelaki yang lain hanya dimilik oleh seorang tuan sahaja; adakah kedua-dua hamba itu sama keadaannya (Tentulah tidak sama). Ucaplah: “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur terhadap penjelasan soal tauhid itu) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik) tidak mengetahui (hakikat tauhid).

 

ضَرَبَ اللَهُ مَثَلًا

Allah membuat suatu bandingan,

Allah hendak membandingkan antara orang yang mengamalkan tauhid dan orang yang mengamalkan syirik.

Allah berikan bandingan yang boleh dilihat dan difahami. Orang biasa pun boleh faham analogi yang diberikan ini.

 

رَّجُلًا فِيهِ شُرَكَاءُ

satu orang lelaki yang dimiliki oleh banyak tuan.

Allah gunakan analogi yang semua manusia boleh faham. Bayangkan seorang kuli, tapi bos dia ada tiga orang atau lebih. Tapi bos-bos ini pula tidak sefahaman.

 

مُتَشٰكِسُونَ

yang bertentangan kemahuan mereka.

Sudahlah ada banyak bos, dan bos-bos itu pula tidak sama kepala mereka. Kalau boleh bertolak ansur sesama majikan itu, boleh kiralah juga.

Tapi bagaimana kalau majikan itu tidak sefahaman? Macam-macam arahan diberi kepada hamba itu, satu arahan berlawanan dengan arahan yang sebelumnya.

Maka orang itu akan celaru kerjanya, tak tahu yang mana satu yang dia nak ikut. Dia akan sentiasa ada masalah sahaja. Satu bos mahu pekerja buat A dan satu lagi bos mahu dia buat B pula. Tentulah tidak tenang sahaja perasaan pekerja itu.

Bandingkan keadaan ini dengan agama-agama lain yang ada banyak tuhan. Tuhan mana satu yang mereka kena ikut?

Sebagai contoh, lihatlah agama Hindu yang ada banyak tuhan/dewa mereka yang berjenis-jenis perangainya. Seorang Dewa Perang, seorang lagi Dewa Keamanan dan macam-macam lagi.

Kalau seorang anak ada ibu bapa yang memberi arahan berbeza pun dah susah dah. Dia tak tahu manakah yang dia patut ikut. Dia akan rasa dia dalam salah sahaja. Nak puaskan hati emak atau hati ayah? Itu tidak bagus.

Kita sendiri pun boleh faham perkara ini, bukan? Tapi kenapa ada juga yang buat syirik kepada Allah?

 

وَرَجُلًا سَلَمًا لِّرَجُلٍ

dan bandingkan dengan sorang lelaki yang bergantung kepada seorang tuan sahaja.

Oleh kerana dia ada satu tuan sahaja, senang dia nak buat kerja. Dia hanya perlu ikut satu arahan sahaja. Dia akan sentiasa rasa aman. Begitulah juga dengan Islam.

Hanya ada satu Tuhan sahaja. Hanya ada satu arahan sahaja. Kita hanya perlu ikut satu arahan sahaja. Hanya belajar satu arahan sahaja. Itulah ajaran sunnah. Inilah ajaran tauhid – hanya sembah dan seru kepada satu ilah sahaja – Allah.

 

هَلْ يَسْتَوِيَانِ مَثَلًا

Adakah sama dua contoh ini?

Satu lagi soalan ditanya kepada kita. Tentulah tidak sama antara dua orang hamba itu. Maknanya patutkah kita ambil ramai ilah-ilah berbanding dengan Allah yang satu?

Maka ambillah Allah sahaja sebagai ilah kita. Itulah maksudnya ayat ini.

 

الْحَمْدُ ِلِلهِ ۚ

Segala puji milik Allah,

Allah sahaja yang memiliki sifat terpuji yang layak diberikan kepada ilah. Orang Arab sudah lama menggunakan lafaz ‘hamd’ ini untuk ilah-ilah mereka, termasuk untuk Allah sekali.

Qur’an memperbetulkan mereka dengan memberitahu yang lafaz ‘alhamd’ ini hanya layak untuk Allah sahaja. Ini dijelaskan dalam tafsir Surah Fatihah.

Segala puji dan syukur kepada Allah kerana menjadikan kita hanya tunduk dan taat kepada Dia sahaja, tidak kepada yang lain. Tidak perlu untuk seru selain Dia. Maka inilah yang senang.

 

بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

tapi kebanyakan mereka itu tidak faham.

Contoh yang diberikan amat mudah sebenarnya untuk difahami, tapi ramai yang tidak mahu buka hati mereka untuk faham. Sepatutnya pujian yang khusus itu untuk Allah sahaja, tapi mereka nak beri juga sembahan dan seruan kepada selain Allah.

Itulah yang menyebabkan ramai yang kalau berdoa, mereka akan puji/puja Nabi, para sahabat, atau wali-wali Allah seperti Sheikh Abdul Qadir Jailani dan berbagai-bagai wali lagi. Kononnya mereka kata perbuatan itu sebagai tertib dalam berdoa.

Mereka menggunakan segala wali, Nabi dan malaikat itu sebagai ‘perantaraan’ dalam berdoa mereka. Istilah yang digunakan adalah tawasul. Dan tawasul yang sebegitu adalah haram dalam Islam.

Umat Islam kena faham manakah tawasul yang dibenarkan dan mana yang tidak. Malangnya ramai yang tidak faham kerana jauh dari ajaran wahyu.

Mereka tidak faham bahawa Allahlah yang mengatur semua sekali. Tapi kebanyakan manusia tidak faham. Mereka sangka perantara-perantara itu pun ada kuasa untuk menolong mereka.

Mereka jauh tersilap. Ini dijelaskan dalam surah-surah yang seterusnya nanti.


 

Ayat 30: Musyrikin Mekah kata, apabila mereka tidak boleh halang Nabi Muhammad ﷺ dari berdakwah, mereka sangka mereka cuma perlu tunggu Nabi Muhammad ﷺ mati sahaja, tentu ajaran baginda akan habis begitu sahaja.

Mereka nak kata apa yang Nabi bawa tu adalah ajaran manusia sahaja bukan Allah. Kerana kefahaman mereka sebegitulah yang menyebabkan mereka terus sesat. Orang musyrikin Mekah kata mengenai Nabi: biarlah Muhammad ﷺ hendak cakap apa pun, satu hari nanti dia akan mati. Nanti bila dia dah tiada, kita akan buat sesuatu kepada pengikut dia.

Maka ini adalah jawapan dari Allah:

إِنَّكَ مَيِّتٌ وَإِنَّهُم مَّيِّتونَ

Sahih International

Indeed, you are to die, and indeed, they are to die.

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan mati, dan sesungguhnya mereka juga akan mati.

 

إِنَّكَ مَيِّتٌ

Sesungguhnya kamu (Muhammad), pasti akan mati.

Bukan mereka sahaja kata Nabi akan mati, tapi Allah pun kata Nabi Muhammad ﷺ akan mati. Dalam kalimah مَيِّتٌ, apabila ada syaddah pada huruf ي itu, bermaksud kematian di masa hadapan.

Allah beritahu dengan jelas, yang Nabi Muhammad ﷺ pasti akan mati sebab baginda bukan tuhan, tapi manusia biasa yang tetap akan mati. Tidak kira betapa tingginya kedudukan seseorang itu dalam agama, pasti akan mati juga, termasuklah Nabi Muhammad ﷺ.

Ini adalah satu lagi dalil dari banyak dalil untuk mengatakan yang Nabi Muhammad ﷺ itu manusia, bukan makhluk jenis lain termasuk bukan ‘Nur’. Malangnya, ada ajaran sesat yang kata Nabi hidup lagi.

Memang pening dengan sesetengah manusia yang ada fahaman ‘hayati’ iaitu Nabi Muhammad ﷺ masih hidup lagi. Mereka memberi berbagai hujah dan dalil. Kita katakan: memang nanti baginda akan tetap hidup tapi hidup baginda nanti di alam barzakh. Macam hidupnya mereka yang mati syahid, yang telah mati tapi terus menikmati nikmat di alam Barzakh. Bukannya bermaksud baginda terus hidup di dunia.

Oleh itu, ayat ini tolak pegangan sesat mereka yang mengatakan baginda masih hidup lagi dan boleh dengar permintaan manusia kepada baginda. Mereka kata yang baginda itu hidup lagi dan dapat mendengar permintaan kerana mereka nak minta dengan baginda dan menjadikan baginda sebagai perantaraan dalam doa mereka.

Ini adalah fahaman sesat, malangnya dianuti oleh ramai umat Islam yang jahil.

Dan ini juga menjawap kekeliruan puak jahil di negara ini dan negara-negara lain yang kata Nabi Khidr masih hidup lagi. Banyaklah hujah-hujah bathil yang mereka berikan kerana mereka itu jahil agama. Semua hujah mereka adalah hujah-hujah khayalan sahaja.

Memang Nabi Muhammad ﷺ akan mati, tapi walaupun baginda telah tiada, agama Islam tetap akan berkembang. Allah nak beritahu yang walaupun Nabi Muhammad ﷺ mati, agama Islam tidak akan mati. Allah tetap akan sebar dengan Qudrat Dia. Kerana agama Islam bukannya bergantung kepada Nabi Muhammad ﷺ, tapi Allah yang menentukan.

Maka sahabat yang sedang baca ayat ini, kenalah ambil peluang untuk belajar dengan baginda sebanyak mungkin selagi ada peluang.

 

وَإِنَّهُمْ مَّيِّتُونَ

dan merekapun akan mati juga.

Allah juga hendak mengingatkan Musyrikin Mekah yang mereka pun akan mati juga, bukan Nabi Muhammad ﷺ sahaja yang mati. Dan apabila mati, tidaklah mati percuma dan habis begitu sahaja, tapi nanti ada kesudahan.

Allah nak isyarat satu soalan kepada mereka: bila kamu dah mati nanti, apa nasib kamu nanti? Nabi tentu selamat, tapi kamu nanti macam mana?

Maka ini mengingatkan kita yang kita pasti mati. Maka kenalah bersiap dengan persiapan untuk menghadapi akhirat itu.


 

Ayat 31: Kemudian Allah beritahu apakah keadaan mereka di akhirat nanti.

ثُمَّ إِنَّكُم يَومَ القِيٰمَةِ عِندَ رَبِّكُم تَختَصِمونَ

Sahih International

Then indeed you, on the Day of Resurrection, before your Lord, will dispute.

Dan sesungguhnya kamu pada hari kiamat esok di sisi Tuhan akan saling bertengkar.

 

ثُمَّ إِنَّكُمْ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ

Kemudian kamu pada hari Kiamat nanti

Allah nak beritahu nasib dan keadaan mereka di akhirat kelak. Nasib mereka tidaklah sama dengan nasib orang-orang yang beriman.

 

عِنْدَ رَبِّكُمْ تَخْتَصِمُونَ

akan berada di sisi Tuhan kamu berbalah bantah

Apakah perbantahan yang dimaksudkan itu? Pertengkaran yang akan terjadi itu adalah antara seorang tok guru yang memberi ajaran salah dengan anak murid dia.

Pengikutnya akan kata: “Kami anak murid kamu dulu. Tapi kita sama-sama masuk neraka, macam mana boleh jadi macam ni? Tak bolehkah kau cari jalan keluar untuk kita semua?”

Guru mereka akan berkata: ”Kita dua sama-sama sahaja, tak boleh nak buat apa dah”. Jadi dia akan cuba minta tolong kepada malaikat penjaga neraka. Guru itu akan berkata kepada malaikat penjaga neraka: “Tidak adakah jalan keluar bagi kami? Boleh tak kau ringankan satu hari sahaja azab ini? Kalau hari-hari lain nak azab pun tidak mengapalah, cuma hari ni sahaja kau kurangkan. Tolonglah kami”.

Kata malaikat: “Kami tidak disuruh untuk kurangkan azab. Kerja kami adalah untuk azab kamu sahaja”.

Bayangkan, nak jumpa / bercakap dengan malaikat itu saja mengambil masa selama seribu tahun lamanya meminta baru malaikat itu nak menoleh. Baru nak tanya apakah yang mereka hendak.

Tapi mereka sudah terlambat, tidak ada lagi apa yang dapat mereka lakukan. Jadi, mereka akan terus bertengkar sesama mereka. Barulah mereka menyesal kerana mengikut arahan guru-guru mereka yang mengajar bukan dari Qur’an dan sunnah.

Juga bermaksud perbantahan sesama manusia yang berterusan dari dunia sampai ke akhirat. Sehingga yang dizalimi akan mendapat haknya.

قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ أَيْضًا: حَدَّثَنَا ابْنُ نُمَيْرٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدٌ -يَعْنِي ابْنَ عَمْرٍو-عَنْ يَحْيَى بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ حَاطِبٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الزُّبَيْرِ، عَنِ الزُّبَيْرِ بْنِ الْعَوَّامِ قَالَ: لَمَّا نَزَلَتْ هَذِهِ السُّورَةُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: {إِنَّكَ مَيِّتٌ وَإِنَّهُمْ مَيِّتُونَ ثُمَّ إِنَّكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عِنْدَ رَبِّكُمْ تَخْتَصِمُونَ} قَالَ الزُّبَيْرُ: أَيْ رَسُولَ اللَّهِ، أَيُكَرَّرُ عَلَيْنَا مَا كَانَ بَيْنَنَا فِي الدُّنْيَا مَعَ خَوَاصِّ الذُّنُوبِ؟ قَالَ: “نَعَمْ لَيُكَرَّرَنَ عَلَيْكُمْ، حَتَّى يُؤدَّى إِلَى كُلِّ ذِي حَقِّ حَقُّهُ”. قَالَ الزُّبَيْرُ: وَاللَّهِ إِنَّ الْأَمْرَ لَشَدِيدٌ

Imam Ahmad mengatakan pula, telah menceritakan kepada kami Ibnu Namir, telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu Amr, dari Yahya ibnu Abdur Rahman ibnu Akhtab, dari Abdullah ibnuz Zubair, dari Az Zubair ibnul Awwam r.a. yang telah mengatakan bahawa ketika diturunkan kepada Rasulullah Saw. ayat berikut yaitu firman-Nya: Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula). Kemudian sesungguhnya kamu pada hari kiamat akan berbantah-bantahan di hadapan Tuhanmu. (Az-Zumar: 30-31) Az-Zubair r.a. bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah akan diulang terhadap kita apa yang terjadi di antara sesama kita ketika di dunia disertai dengan dosa-dosa yang khususnya?” Rasulullah Saw. menjawab: Benar, sungguh akan diulang terhadap kalian (persengketaan itu) hingga Allah menunaikan kepada orang yang berhak akan haknya. Az-Zubair r.a. berkata, “Demi Allah, sesungguhnya urusannya benar-benar sangat keras.”
Imam Turmuzi meriwayatkan hadis ini melalui hadis Muhammad ibnu Amr dengan sanad yang sama. Dan dia mengatakan bahwa hadis ini sahih.

Oleh kerana itu, janganlah kita berlaku zalim kepada manusia dengan memberikan hak mereka. Jangan kita buat salah kepada orang lain, jangan kita berhutang dan tidak bayar. Kerana manusia nanti boleh meminta hak mereka di hadapan Allah taala nanti dan akan diadili nanti dengan adil. Maka akan ada orang yang akan jadi ‘muflis’.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ  أتَدْرُونَ مِن الْمُفْلِسُ قَالُوا الْمُفْلِسُ فِينَا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ لَا لَهُ دِرْهَمَ وَلَا دِينَارَ وَلَا مَتَاعَ قَالَ الْمُفْلِسُ مِنْ أُمَّتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَنْ يَأْتِي بِصَلَاةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ عِرْضَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُقْعَدُ فَيَقْتَصُّ هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Tahukah kalian siapakah yang disebut dengan orang yang muflis?” Para sahabat menjawab; “Orang yang muflis menurut kami wahai Rasulullah, adalah orang yang tidak punya dirham dan dinar serta harta benda.” Baginda bersabda: “Seorang muflis daripada kalangan umatku ialah seorang yang datang pada hari Kiamat dengan pahala solat, puasa dan zakat, namun (pada masa yang sama) dia juga membawa dosa mencela orang ini, menuduh orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang itu dan memukul orang ini (dan seumpamanya), lalu diberikan kepada orang ini sebahagian daripada pahala-pahala kebaikannya dan diberikan kepada orang itu pula sebahagian pahalanya, hinggalah akhirnya habis pahalanya namun belum lagi terbayar dosa-dosa yang tertanggung atasnya, lalu diambil dosa-dosa mereka tadi dan ditompukkan ke atasnya hingga akhirnya dia dihumban ke dalam neraka (kerana banyak dosa)” (HR Ahmad No: 8062) Status: Hasan Sahih

TAMAT JUZ 23 dan Habis Ruku’ ke 3 dari 8 ruku’ dalam surah ini.

Allahu a’lam. Lompat ke ayat-ayat yang seterusnya

Kemaskini: 1 Julai 2018


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s