Tafsir Surah Saff Ayat 10 – 14 (Jadilah seperti hawariyyun)

Saff Ayat 10: Ayat 10 – 13 adalah Perenggan Makro Kelima. Ia mengajar kita empat syarat untuk mendapat kemenangan.

Dalam ayat sebelum ini Allah telah memberitahu yang Dia akan menegakkan agamaNya di bumi. Oleh itu, untuk menegakkan agama Islam di seluruh dunia untuk mengatasi agama agama yang lain, maka kerana itulah jihad perlu dijalankan. 

Sekarang ini memang tidak ada jihad qital (jihad perang) tapi bagi kita, masih ada lagi jihad iaitu jihad lisan iaitu dakwah. Iaitu jihad di dalam menyebarkan Al-Qur’an supaya Al-Qur’an ini menjadi resam di seluruh dunia. 

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا هَل أَدُلُّكُم عَلىٰ تِجٰرَةٍ تُنجيكُم مِن عَذابٍ أَليمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who have believed, shall I guide you to a transaction that will save you from a painful punishment?

(MELAYU)

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا

Hai orang-orang yang beriman,

Kalau kamu rasa kamu beriman, maka hendaklah kamu menjalankan jihad seperti yang disebut dalam ayat ini.

هَل أَدُلُّكُم عَلىٰ تِجٰرَةٍ

sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan 

Allah menarik perhatian manusia terutama pembaca Al-Qur’an dengan menceritakan tentang ‘perniagaan’ yang amat besar dan amat menguntungkan. Manusia memang suka perniagaan sama ada orang yang berniaga kerana mereka dapat hasil keuntungan dan juga orang yang membeli kerana mereka dapat barang yang mereka perlukan.

Allah sebut perniagaan dalam ayat ini kerana perniagaan adalah sumber rezeki paling banyak. Tambah-tambah lagi perniagaan yang Allah tawarkan ini adalah perniagaan yang hebat kerana ada untung sahaja dan tiada rugi.

تُنجيكُم مِن عَذابٍ أَليمٍ

yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?

Perniagaan yang Allah tawarkan ini adalah amat besar kerana ianya dapat menyelamatkan manusia itu. Dan selamat itu adalah selamat dari api neraka.  

Maka, mana lagi manfaat yang kita perlukan kalau dibandingkan dengan selamat dari azab neraka? Tentu tidak ada kerana itu adalah keselamatan dan kejayaan yang paling besar dan paling kita perlukan.


Saff Ayat 11: Sekarang Allah beri pula penjelasan bagi ‘perniagaan’ yang disebut di dalam ayat sebelum ini. 

تُؤمِنونَ بِاللَّهِ وَرَسولِهِ وَتُجٰهِدونَ في سَبيلِ اللَّهِ بِأَموٰلِكُم وَأَنفُسِكُم ۚ ذٰلِكُم خَيرٌ لَّكُم إِن كُنتُم تَعلَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[It is that] you believe in Allāh and His Messenger and strive in the cause of Allāh with your wealth and your lives. That is best for you, if you should know.

(MELAYU)

(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

تُؤمِنونَ بِاللَّهِ وَرَسولِهِ

(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya

Ini adalah ‘jumlah khabari’ di mana Allah memberitahu apakah yang dimaksudkan dengan ‘perniagaan’ itu. Tapi walaupun ia ayat memberitahu, tapi maknanya mengandungi arahan. Kena beriman kepada Allah dan Rasul dan ini kena sentiasa ada.

Kenapa tidak digunakan fi’il amar (kata arahan) sahaja? Hebatnya arahan dalam jumlah khabari ini adalah kerana kalau dalam fi’il amar, boleh jadi tidak sentiasa kena dilakukan. Sebagai contoh, kita suruh seseorang untuk duduk. Memang itu adalah arahan, tapi tidaklah arahan itu untuk terus duduk sahaja sepanjang masa. Padahal beriman kena sentiasa ada. Tidak boleh sekali pun tidak beriman dengan Allah dan Rasul. 

Jadi ini adalah dua syarat pertama untuk mendapat kemenangan: beriman kepada Allah dan beriman kepada Rasul.

وَتُجٰهِدونَ في سَبيلِ اللَّهِ

dan kamu berjihad di jalan Allah 

Bukan sahaja kena beriman dengan Allah dan Rasul, tapi kena juga berjihad. Dan kalau sedang tidak ada jihad, maka hendaklah ada niat untuk berjihad.

Inilah mentaliti yang kita kena ada iaitu apabila sampai masanya yang kita kena berjihad dan menyabung nyawa kita untuk menegakkan agama Islam, maka kita kena serahkan diri kita. Kena simpan niat ini dalam diri kita.

بِأَموٰلِكُم وَأَنفُسِكُم

dengan harta dan jiwamu.

Untuk berjihad itu memerlukan modal seperti juga perniagaan memerlukan modal, bukan? Maka modal jihad ini adalah dengan harta dan diri. 

Harta: kena jalankan infak untuk beli peralatan perang dan bekal perjalanan. Ini adalah kerana peperangan waktu itu bukanlah tentera kerajaan tapi semua mujahideen kena bawa peralatan dan bekalan perjalanan sendiri. Ianya tidak disediakan oleh kerajaan Islam.

Diri: kena sanggup menghadirkan diri untuk berjuang. Jangan bagi duit sahaja, tapi duduk menyorok di rumah.

Maka ini lagi dua syarat untuk mendapat kejayaan: korban harta dan akhir sekali, korban diri. Inilah ‘modal’ perniagaan untuk mendapat kebaikan dari Allah.

ذٰلِكُم خَيرٌ لَّكُم إِن كُنتُم تَعلَمونَ

Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

Peperangan adalah sesuatu yang dipandang sebagai buruk oleh kebanyakan dari kita. Tapi sebenarnya ia ada kebaikan di dalamnya, kita sahaja yang tidak tahu dan tidak perasan. Kalaulah kita tahu apakah kebaikan itu, maka tentu kita tidak akan teragak-agak untuk berjihad di jalan Allah. Antaranya disebut dalam Baqarah:216

كُتِبَ عَلَيكُمُ القِتالُ وَهُوَ كُرهٌ لَّكُم ۖ وَعَسىٰ أَن تَكرَهوا شَيئًا وَهُوَ خَيرٌ لَّكُم ۖ وَعَسىٰ أَن تُحِبّوا شَيئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُم ۗ وَاللَّهُ يَعلَمُ وَأَنتُم لا تَعلَمونَ

Kamu diwajibkan berperang sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Ingatlah yang arahan jihad perang ini tidak pernah dikeluarkan daripada kerangka agama Islam. Jangan ada fahaman yang mengatakan ianya telah dimansukhkan. Ini penting difahami kerana ada golongan Islam yang takut Islam dipandang serong, maka mereka kata Jihad sebenarnya sudah dimansukhkan.

Jihad tetap ada sampai bila-bila cuma perlu difahami dengan benar sahaja iaitu dengan mempelajari tafsir Al-Qur’an. Ini juga penting kerana kalau tidak, ada sahaja yang berfahaman ekstrem sampai berfahaman kena terus bunuh orang kafir tanpa dakwah kepada mereka dahulu. Inilah terjadi kepada orang bodoh seperti ISIS dan sebagainya.


Saff Ayat 12: Setelah disebut tentang kepentingan jihad dan sekarang Allah sebut natijah jikalau orang mukmin menjalankan kewajipan jihad. Ada kelebihan akhirat dan duniawi dan dalam ayat ini Allah sebut kelebihan akhirat dahulu kerana ia yang paling penting.

يَغفِر لَكُم ذُنوبَكُم وَيُدخِلكُم جَنّٰتٍ تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ وَمَسٰكِنَ طَيِّبَةً في جَنّٰتِ عَدنٍ ۚ ذٰلِكَ الفَوزُ العَظيمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He will forgive for you your sins and admit you to gardens beneath which rivers flow and pleasant dwellings in gardens of perpetual residence. That is the great attainment.

(MELAYU)

Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah ‘Adn. Itulah keberuntungan yang besar.

يَغفِر لَكُم ذُنوبَكُم

Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu

Kalau sanggup beriman dan kemudian menjalankan jihad, natijahnya akan diampunkan segala dosa. Ini adalah amat penting kerana perkara yang paling kita takuti ada dosa-dosa kita. Kerana apabila kita ada dosa, maka itulah yang menyebabkan kita masuk ke dalam neraka. 

Termasuk masuk neraka adalah mereka yang berfahaman tauhid dan tidak pernah buat syirik. Tapi kerana ada dosa-dosa yang dilakukan, maka ia menyebabkan orang itu masuk neraka dahulu untuk mencuci dosanya.

Maka kalau semua dosa telah dihapuskan, maka ini akan menyebabkan tidak perlu untuk masuk ke dalam neraka. Boleh terus masuk ke dalam syurga dan ini adalah nikmat yang amat besar kerana kita tidak mahu nak lihat, dengar dan cium pun bau neraka itu.

وَيُدخِلكُم جَنّٰتٍ تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ

dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; 

Apabila telah diampunkan segala dosa, maka para mujaheed itu tidak dimasukkan ke dalam neraka. Dan kalau tidak masuk neraka, maka tentulah mujaheed itu akan masuk syurga.

Dan Allah sebut kelebihan syurga itu untuk menarik minat manusia. Di syurga itu nanti akan ada sungai yang mengalir di bawahnya. Ini adalah tempat tinggal yang amat hebat sekali. Begitulah manusia memang suka kalau dapat tinggal di kawasan perumahan yang ada air seperti tasik, laut, sungai dan sebagainya. Kalau tidak dapat kawasan itu pun, ada yang pasang kolam di rumahnya kerana air kolam itu akan menambah kehebatan rumah itu.

وَمَسٰكِنَ طَيِّبَةً في جَنّٰتِ عَدنٍ

dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah ‘Adn. 

Dan Allah beri penerangan tambahan yang taman syurga yang disebut itu namanya adalah Syurga Adn. Ia bermaksud ‘kekal’. Kerana orang yang masuk ke dalam syurga akan kekal di dalamnya sampai bila-bila dan tidak akan dikeluarkan.

Inilah yang dinamakan ‘Eden’ oleh agama Kristian. Mereka ambil dari sumber Islam kerana mereka sendiri tidak ada maklumat ini kerana kitab wahyu mereka telah diubah-ubah dan tidak ada yang tepat. 

Apabila kalimah جَنّٰتِ digunakan dan ia dalam bentuk jamak (plural), ini memberi isyarat yang seorang ahli mujaheed itu bukan sahaja mendapat satu taman dan satu rumah tapi ada banyak taman dan rumah. Allah boleh bagi berapa banyak pun yang Dia mahu. 

ذٰلِكَ الفَوزُ العَظيمُ

Itulah keberuntungan yang besar.

Apabila dosa telah dihapuskan dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa masuk ke dalam neraka dahulu, maka ini adalah keberuntungan yang amat besar. Kalimah الفَوزُ dari katadasar ف و ز yang bermaksud selamat dari sesuatu yang buruk.

Ini adalah kejayaan yang amat bermakna sekali kerana semua manusia akan ditunjukkan dengan neraka dan ahli syurga sedar yang mereka telah selamat dari neraka. Jadi kejayaan selamat dari keburukan adalah lebih hebat lagi. Tidak sama kalau kita berjaya dapat no. 1 dalam peperiksaan, dibandingkan dengan selamat dari dilanggar bas. Kerana selamat dari dilanggar bas bermaksud selamat dari bahaya yang amat besar.


Saff Ayat 13: Selepas disebut tentang balasan baik di akhirat, sekarang disebut pula natijah di dunia kepada para pejuang jihad. 

وَأُخرىٰ تُحِبّونَها ۖ نَصرٌ مِّنَ اللَّهِ وَفَتحٌ قَريبٌ ۗ وَبَشِّرِ المُؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [you will obtain] another [favor] that you love – victory from Allāh and an imminent conquest; and give good tidings to the believers.

(MELAYU)

Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.

وَأُخرىٰ تُحِبّونَها

Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai

Nikmat yang kedua ini adalah sekunder sahaja kalau ianya dibandingkan dengan syurga yang paling baik yang disebut dalam ayat sebelum ini tadi. Itu pun sudah hebat tetapi Allah tahu yang kita juga suka dengan kejayaan di dunia ini maka Allah janjikan juga balasan di dunia. Ini kerana balasan di dunia ini boleh terus dilihat dan akan memberi semangat kepada umat Islam.

Allah kata umat Islam suka kepada kurniaan ini kerana mereka boleh nampak dengan mata kepala mereka dan dapat menikmatinya. Kalau dikatakan mereka dapat syurga, ia tidak nampak lagi. Sebelum dapat kemenangan yang lebih besar, tentu kita juga memerlukan kemenangan yang kecil-kecilan untuk beri semangat kepada kita, bukan?

نَصرٌ مِّنَ اللَّهِ

(iaitu) pertolongan dari Allah 

Allah akan berikan balasan berbentuk duniawiah. Iaitu bantuan terus dari Allah yang menyebabkan kemenangan. Pertolongan ini adalah daripada Allah untuk mengalahkan musuh.

Ayat ini boleh dibaca secara umum merujuk kepada mana-mana peperangan dengan musuh Islam dan Islam telah menang. Tapi kalau lebih spesifik, kemenangan yang telah diberikan kepada para sahabat dan golongan awal Islam adalah dapat mengatasi Kerajaan Parsi dan Rom. Kedua-duanya adalah kerajaan besar waktu itu (seperti Russia dan Amerika sekarang) tapi kerajaan Islam berjaya mengalahkan mereka.

Maka ayat ini adalah janji Allah dan Allah telah buktikan. Bayangkan Allah telah tundukkan dua empayar yang sangat besar waktu itu. Kejayaan ini tidak berapa lama sahaja dari permulaan Islam. Kita kena ingat yang Islam ini lahirnya di Mekah yang tidak dipandang pun asalnya oleh Parsi dan Rom. Tapi tidak berapa lama selepas Islam bergerak di Madinah, dua empayar besar waktu itu dapat dikalahkan. 

Kejayaan ini telah dijanjikan seperti yang disebut dalam satu hadis:

عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ زَوَى لِي الْأَرْضَ فَرَأَيْتُ مَشَارِقَهَا وَمَغَارِبَهَا وَإِنَّ أُمَّتِي سَيَبْلُغُ مُلْكُهَا مَا زُوِيَ لِي مِنْهَا وَأُعْطِيتُ الْكَنْزَيْنِ الْأَحْمَرَ وَالْأَبْيَضَ وَإِنِّي سَأَلْتُ رَبِّي لِأُمَّتِي أَنْ لَا يُهْلِكَهَا بِسَنَةٍ عَامَّةٍ وَأَنْ لَا يُسَلِّطَ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ سِوَى أَنْفُسِهِمْ فَيَسْتَبِيحَ بَيْضَتَهُمْ وَإِنَّ رَبِّي قَالَ يَا مُحَمَّدُ إِنِّي إِذَا قَضَيْتُ قَضَاءً فَإِنَّهُ لَا يُرَدُّ وَإِنِّي أَعْطَيْتُكَ لِأُمَّتِكَ أَنْ لَا أُهْلِكَهُمْ بِسَنَةٍ عَامَّةٍ وَأَنْ لَا أُسَلِّطَ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ سِوَى أَنْفُسِهِمْ يَسْتَبِيحُ بَيْضَتَهُمْ وَلَوْ اجْتَمَعَ عَلَيْهِمْ مَنْ بِأَقْطَارِهَا أَوْ قَالَ مَنْ بَيْنَ أَقْطَارِهَا حَتَّى يَكُونَ بَعْضُهُمْ يُهْلِكُ بَعْضًا وَيَسْبِي بَعْضُهُمْ بَعْضًا و حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ وَإِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ وَمُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى وَابْنُ بَشَّارٍ قَالَ إِسْحَقُ أَخْبَرَنَا و قَالَ الْآخَرُونَ حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ هِشَامٍ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَبِي قِلَابَةَ عَنْ أَبِي أَسْمَاءَ الرَّحَبِيِّ عَنْ ثَوْبَانَ أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى زَوَى لِي الْأَرْضَ حَتَّى رَأَيْتُ مَشَارِقَهَا وَمَغَارِبَهَا وَأَعْطَانِي الْكَنْزَيْنِ الْأَحْمَرَ وَالْأَبْيَضَ ثُمَّ ذَكَرَ نَحْوَ حَدِيثِ أَيُّوبَ عَنْ أَبِي قِلَابَةَ

Dari Tsauban berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah menghimpun bumi untukku lalu aku melihat timur dan baratnya dan sesungguhnya kekuasaan ummatku akan mencapai yang dihimpunkan untukku, aku diberi dua harta simpanan; merah dan putih, dan sesungguhnya aku meminta Rabbku untuk ummatku agar tidak dibinasakan oleh kekeringan menyeluruh, agar Dia tidak memberi kuasa musuh untuk menguasai mereka selain diri mereka sendiri lalu menyerang perkumpulan mereka, dan sesungguhnya Rabbku berfirman: ‘Hai Muhammad, sesungguhnya Aku bila menentukan takdir tidak bisa dirubah, sesungguhnya Aku memberikan untuk umatmu agar tidak dibinasakan oleh kekeringan menyeluruh, Aku tidak memberi kuasa musuh untuk menyerang mereka selain diri mereka sendiri lalu mereka menyerang perkumpulan mereka meski mereka dikepung dari segala penjurunya hingga sebagaian dari mereka membinasakan sebagaian lainnya dan saling menawan satu sama lain.” sahih Muslim No. 5144

Syarah:

1. maksudnya Islam yang Nabi asaskan di Madinah akan menjadi kerajaan besar, dari Morocco sampai ke Nusantara (timur dan barat).
2. ‘merah dan putih’ yang disebut dalam hadis ini, maksudnya dua empayar besar akan ditakluk oleh Islam Rome di Istanbul dan Farsi di Tehran, juga kerajaan India.

(Imam Nawawei, syarah sahih Muslim)

وَفَتحٌ قَريبٌ

dan kemenangan yang dekat

Seperti telah disebut, sebelum kejayaan besar-besaran, manusia memerlukan kejayaan yang kecil-kecil dahulu untuk memberi semangat kepada usaha yang sedang dijalankan. Maka ‘kemenangan yang dekat’ yang dimaksudkan adalah Pembukaan Mekah di mana ramai manusia masuk ke dalam Islam berbondong-bondong.

Ia adalah motivasi yang amat besar kerana ramai dari umat Islam waktu itu asalnya dari Mekah dan mereka terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka beberapa tahun dahulu kerana mereka telah ditindas dengan teruk sekali. Dan sepanjang masa itu mereka amat rindu untuk dapat pulang ke kampung halaman mereka. Dan sekarang ia telah dimasukkan ke dalam wilayah Islam.

Dan kepada penduduk yang tidak berasal dari Mekah pun, mereka tentu mendapat motivasi yang besar juga kerana Mekah ini adalah tempat yang terkenal dan dipandang tinggi kerana Kaabah ada di situ. Mereka semasa zaman jahiliyah pun biasa datang ke Mekah untuk tawaf Kaabah. Maka apabila mereka dapat menguasai Mekah, maka ini memberi semangat yang tidak dapat dibayangkan oleh kita yang tidak melaluinya. Kita cuma dapat bayangkan sahaja.

وَبَشِّرِ المُؤمِنينَ

Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.

Yang telah disebut di atas adalah berita gembira dari Allah sebagai motivasi untuk manusia. Tapi janji ini bukan untuk semua tapi kepada yang betul-betul beriman. Kerana apabila mereka beriman, mereka sanggup untuk melakukan sesuatu yang nampak macam menyusahkan diri sendiri, tapi mereka nampak kebaikan yang ada padanya. 

Maka asal untuk mendapat kejayaan yang telah disebut di atas adalah bermula dengan iman. Dan kita telah sentuh sebelum ini yang iman yang dimaksudkan adalah tauhid. Segala usaha jihad yang dilakukan adalah untuk menegakkan agama tauhid.

Maka kalau tauhid pun tidak faham lagi dan sudah mahu berjihad, maka amat malang sekali kerana ditakuti mati dalam syirik. Maka sekarang kita tidak ada jihad perang, maka teruskan menjalankan jihad lisan di mana kita sampaikan dakwah kepada manusia.


Saff Ayat 14: Ayat 14 ini adalah Perenggan Makro Keenam dan terakhir surah ini. Ia mengandungi seruan berjihad. Ini adalah ayat tawaran untuk berkhidmat menegakkan agama Allah. Kalau sudah bersedia, maka orang mukmin itu akan dapat jawatan. Mahu atau tidak mahu? 

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا كونوا أَنصارَ اللَّهِ كَما قالَ عيسَى ابنُ مَريَمَ لِلحَوارِيّينَ مَن أَنصاري إِلَى اللَّهِ ۖ قالَ الحَوارِيّونَ نَحنُ أَنصارُ اللَّهِ ۖ فَئآمَنَت طّائِفَةٌ مِّن بَني إِسرٰءيلَ وَكَفَرَت طّائِفَةٌ ۖ فَأَيَّدنَا الَّذينَ ءآمَنوا عَلىٰ عَدُوِّهِم فَأَصبَحوا ظٰهِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who have believed, be supporters of Allāh, as when Jesus, the son of Mary, said to the disciples, “Who are my supporters for Allāh?” The disciples said, “We are supporters of Allāh.” And a faction of the Children of Israel believed and a faction disbelieved. So We supported those who believed against their enemy, and they became dominant.

(MELAYU)

Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: “Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?” Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: “Kamilah penolong-penolong agama Allah”, lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang.

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا كونوا أَنصارَ اللَّهِ

Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah

Allah tidak memerlukan bantuan dan pertolongan kita jadi ayat ini bermaksud membantu ‘agama Allah’ dan menegakkan agama Allah dengan menjalankan dakwah.

كَما قالَ عيسَى ابنُ مَريَمَ لِلحَوارِيّينَ

sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia:

Disebut dalam ayat ini tentang para sahabat Nabi Isa a.s. Mereka itu dinamakan Hawariyyun dan mereka itu adalah sahabat setia Nabi Isa a.s. Merekalah yang membantu baginda dalam dakwahnya. Ini terjadi apabila Nabi Isa rasa baginda diancam oleh penentang baginda yang membuat rancangan jahat seperti disebut dalam Ali Imran:52

فَلَمّا أَحَسَّ عيسىٰ مِنهُمُ الكُفرَ قالَ مَن أَنصاري إِلَى اللَّهِ ۖ قالَ الحَوارِيّونَ نَحنُ أَنصارُ اللَّهِ

Maka ketika Nabi Isa merasa (serta mengetahui dengan yakin) akan kekufuran dari mereka (kaum Yahudi), berkatalah dia:” Siapakah penolong-penolongku kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?”. Orang-orang “Hawariyyuun” (Penyokong-penyokong Nabi Isa) berkata: “Kamilah penolong-penolong (utusan) Allah.

Ini mengingatkan kita kepada para sahabat Rasulullah. Kalau sahabat Nabi Isa tidak banyak, tapi sahabat Rasulullah sangat banyak. Di dalam Al-Qur’an disebut kumpulan Hawariyyun itu hanya ada 12 orang sahaja.

مَن أَنصاري إِلَى اللَّهِ

“Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?”

Kepada umat Nabi Isa, ditawarkan kedudukan ini kepada golongan yang rapat sahaja. Tetapi kepada kita umat Nabi Muhammad, tawaran ini ditawarkan kepada semua umat baginda. 

Sekarang sudah dua kali Nabi Isa disebut sedangkan selalunya dikatakan yang perjuangan Nabi Muhammad lebih rapat dengan perjuangan Nabi Musa kerana mereka juga diarahkan berperang. Tetapi ayat ini mengajar kita bahawa peperangan itu bukan sahaja di medan perang tetapi juga menentang ideologi yang salah seperti yang dilakukan oleh Nabi Isa. Oleh itu, walaupun baginda tidak ada perang pedang, baginda ada jihad lisan (dakwah).

Nabi Isa diarahkan oleh Allah untuk berdakwah dan sekarang baginda menawarkan siapakah yang mahu membantu baginda? Hal yang sama telah dikatakan oleh Rasulullah Saw. di musim-musim haji di Mekah:

“مَنْ رَجُلٌ يُؤويني حَتَّى أُبَلِّغَ رِسَالَةَ رَبِّي، فَإِنَّ قُرَيْشًا قَدْ مَنَعُونِي أَنْ أُبَلِّغَ رِسَالَةَ رَبِّي”

Siapakah orangnya yang mahu memberiku tempat hingga aku dapat menyampaikan risalah Tuhanku, kerana sesungguhnya orang-orang Quraisy telah mencegahku untuk dapat menyampaikan risalah Tuhanku.

Hingga pada akhirnya Allah Swt. menetapkan baginya orang-orang Aus dan orang-orang Khazraj dari kalangan penduduk Madinah (Yathrib pada waktu itu). Maka mereka membaiatnya, menolongnya, dan mengikat janji setia dengannya, bahawa mereka bersedia membelanya dari gangguan orang-orang berkulit hitam dan orang-orang berkulit merah jika baginda berhijrah kepada mereka.

Dan ketika baginda Saw. berhijrah kepada mereka dengan para sahabatnya, mereka memenuhi apa yang telah mereka janjikan kepada Allah Swt. melalui Rasul-Nya. Kerana itulah maka Allah dan Rasul-Nya menamai mereka dengan sebutan kaum Ansar, dan akhirnya nama tersebut menjadi gelaran bagi mereka, semoga Allah melimpahkan redha-Nya bagi mereka dan membuat mereka puas.

قالَ الحَوارِيّونَ نَحنُ أَنصارُ اللَّهِ

Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: “Kamilah penolong-penolong agama Allah”,

Pengikut setia Nabi Isa menerima ajakan itu. Nabi Isa dan umat baginda tidak ada dalam sejarah disebut mereka berperang, tetapi dalam ayat ini disebut yang mereka sudah bersedia untuk berperang jika mereka diarahkan. Selagi belum berperang, maka mereka menjalankan jihad lisan sahaja. 

Jadi disebut sahabat Nabi Isa menyahut seruan baginda. Maka ini memberi isyarat kepada kita: Takkan kita tak sahut? 

Jadi janganlah kita lihat jihad itu sebagai jihad perang dan bunuh orang kafir sahaja. Jihad itu dari segi bahasa adalah berusaha untuk menegakkan agama Islam, jadi ianya boleh dilakukan dengan berbagai-bagai cara. Kita kena pilih dan lakukan cara yang sesuai untuk kita.

فَئآمَنَت طّائِفَةٌ مِّن بَني إِسرٰءيلَ

lalu segolongan dari Bani Israil beriman 

Ada dari kalangan Bani Israil itu yang beriman. Bukanlah semua mereka itu teruk. Golongan ini kalau mereka beriman, memang mereka jadi orang yang hebat. Ini kerana Allah kurniakan akal yang hebat kepada mereka.

وَكَفَرَت طّائِفَةٌ

dan segolongan lain kafir; 

Tapi kita pun tahu yang sebahagian besar dari Bani Israil itu tidak beriman dan malah mereka menentang sendiri Nabi-nabi mereka. Yang tidak beriman dengan Nabi Isa adalah golongan Yahudi. Malah mereka telah menindas dan membunuh golongan Kristian.

Ada pula segolongan dari para umat baginda yang berpendapat ekstrem hingga mereka meninggikannya lebih dari apa yang diberikan oleh Allah kepadanya, iaitu kenabian; dan mereka menjadi berpecah belah terdiri dari berbagai macam aliran dan golongan.

Di antara mereka ada yang mengatakan bahawa Isa adalah ‘anak Allah’, ada yang mengatakan bahawa dia adalah ‘salah satu dari yang tiga’, iaitu tuhan ayah, tuhan anak, dan Ruhul Qudus. Ada pula yang mengatakan bahawa Isa itu sendiri adalah tuhan.

فَأَيَّدنَا الَّذينَ ءآمَنوا عَلىٰ عَدُوِّهِم

maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, 

Allah akan bantu golongan mukmin untuk mengalahkan musuh yang kufur. Asalkan syarat-syaratnya dipenuhi.

Ada dari kalangan Bani Israil itu yang beriman dan ada yang tidak. Maka Allah bantu beri kejayaan kepada Bani Israil (yang beriman) melawan mereka yang tidak beriman. Oleh kerana ada yang tidak beriman dari kalangan mereka, maka Allah sebut tentang peperangan di kalangan mereka sendiri.

Walaupun kita lihat dari segi sejarahnya Nabi Isa dan pengikutnya tidak berjaya, tetapi Allah hendak memberitahu bahawa di zaman hadapan mereka yang mengikut Nabi Isa juga berjaya seperti Pemuda Kahfi dan lain-lain lagi.

Jadi kejayaan itu bukan semestinya berlaku pada satu zaman itu sahaja tetapi ia mungkin berlaku di masa hadapan. Jadi kita kena ada kepercayaan yang kejayaan akan jadi milik kita akhirnya. Mungkin kita sendiri tidak dapat melihat kejayaan itu tetapi anak cucu kita nanti akan berjaya. Maka kita kena corakkan mereka dan beri ilmu dan semangat kepada mereka dari sekarang.

Jadi ayat ini dibacakan pertama kalinya kepada para sahabat Nabi Muhammad supaya mereka tahu bahawa bukan mereka yang mula-mula berusaha untuk menegakkan agama tetapi umat-umat yang terdahulu seperti pengikut Nabi Musa dan juga Nabi Isa juga telah melakukan jihad mereka. Dan dari kalangan umat mereka itu memang ada yang tidak beriman. Yang tidak beriman itu akan diperangi. Maka kita kena berhati-hati supaya kita menjadi orang yang beriman.

Satu lagi tafsir tentang ayat ini: setelah Nabi Isa diangkat ke langit, umatnya telah berpecah kepada dua kumpulan besar: satu kumpulan mengatakan yang Isa itu adalah Tuhan (atau anak Tuhan) dan satu lagi adalah golongan mukmin yang berpegang yang baginda hanyalah seorang Rasul. Dua kumpulan ini telah berperang dan kemenangan telah diberikan kepada golongan mukmin. Allahu a’lam.

فَأَصبَحوا ظٰهِرينَ

lalu mereka menjadi orang-orang yang menang.

Mereka akan menjadi golongan yang benar dan menang dalam peperangan. Dan jikalau jihad yang dimaksudkan adalah ‘jihad mulut’ maka kemenangan yang dimaksudkan adalah kemenangan dari segi hujah.

Maka ini adalah janji dari Allah – sebagaimana kemenangan diberikan kepada umat Nabi Isa, maka begitulah juga akan diberikan kepada umat Nabi Muhammad.

Surah ini memberitahu misi Nabi Muhammad dan umat Islam iaitu menegakkan agama Allah di atas muka bumi dan surah selepas ini iaitu Surah Jumaah akan mengajar kita bagaimanakah cara untuk kita dapat mencapainya.

 

Ringkasan Peta Minda surah

Allahu a’lam. Sekian tafsir Surah Saff. Sambung surah seterusnya, Surah Jumuah.

Tarikh: 25 November 2021


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Maariful Qur’an

Tafsir Surah Tawbah Ayat 35 – 38 (Malas berperang)

Ayat 35: Takhwif Ukhrawi

يَومَ يُحمىٰ عَلَيها في نارِ جَهَنَّمَ فَتُكوىٰ بِها جِباهُهُم وَجُنوبُهُم وَظُهورُهُم ۖ هٰذا ما كَنَزتُم لِأَنفُسِكُم فَذوقوا ما كُنتُم تَكنِزونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

The Day when it¹ will be heated in the fire of Hell and seared therewith will be their foreheads, their flanks, and their backs, [it will be said], “This is what you hoarded for yourselves, so taste what you used to hoard.”

  • The gold and silver which was hoarded, i.e., whose zakāh was not paid.

(MALAY)

pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka jahannam, lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: “Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan itu”.

يَومَ يُحمىٰ عَلَيها في نارِ جَهَنَّمَ

pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka jahannam,

Allah menceritakan apa yang akan terjadi pada harta yang mereka simpan itu pada hari kiamat. Emas dan perak itu akan dibakar di dalam neraka jahanam. Harta yang mereka sayang dan banggakan itu akan menjadi azab bagi mereka.

Ucapan ini dikatakan sebagai kecaman, penghinaan, dan ejekan buat mereka; sama halnya dengan apa yang disebutkan oleh firman-Nya dalam ayat berikut:

{ثُمَّ صُبُّوا فَوْقَ رَأْسِهِ مِنْ عَذَابِ الْحَمِيمِ ذُقْ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْكَرِيمُ}

Kemudian tuangkanlah di atas kepalanya siksaan (dari) air yang panas. Rasakanlah, sesungguhnya kamu orang yang perkasa lagi mulia. (Ad-Dukhan: 48-49)

Inilah pembalasan buat mereka kerana sikap mereka yang dahulu, dan inilah hasil dari apa yang mereka dulu simpan buat diri mereka. Kerana itulah dikatakan, “Barang siapa yang mencintai sesuatu hingga ia melebihkannya lebih dahulu atas taat kepada Allah, maka ia akan diazab dengannya.”

فَتُكوىٰ بِها جِباهُهُم وَجُنوبُهُم وَظُهورُهُم

lalu dibakar dengannya dahi mereka, lambung dan punggung mereka

Lafaz فَتُكوىٰ maksudnya emas dan perak itu dipanaskan sampai merah dan dilekapkan pada kulit manusia yang mengumpulkan dan menyimpan harta yang mereka dapat dari penganut agama mereka. Maknanya diselar emas perak itu di dahi mereka, rusuk mereka, belakang mereka. Ini adalah emas perak yang mereka tidak infak. Mereka dapatkan harta itu dengan cara salah kemudian mereka tidak infakkan pula.

Mengingat mereka telah menghimpun harta benda itu dan lebih mementingkannya daripada keredhaan Allah, maka mereka diseksa dengan harta benda itu. Seperti apa yang dialami oleh Abu Lahab laknatullah, dia berusaha dengan sekuat tenaga memusuhi Rasulullah Saw. Isterinya pun membantunya untuk melampiaskan permusuhannya itu. Maka kelak di hari kiamat si isteri akan membantu mengazabnya, iaitu di lehernya ada tali dari sabut untuk mengumpulkan kayu di neraka, lalu kayu itu dilemparkan kepada Abu Lahab, agar menambah pedih seksaan yang sedang dialaminya.

Sebagaimana harta benda tersebut sangat disayangi oleh pemiliknya, maka kelak di hari akhirat harta benda itu berubah bentuk menjadi sesuatu yang paling membahayakan pemiliknya. Harta benda itu dipanaskan di dalam neraka Jahanam yang panasnya tak terperikan, lalu diseterika ke wajah, lambung, dan punggung mereka.

Di dalam kitab Sahih Muslim disebutkan melalui hadis Suhail ibnu. Abu Saleh, dari ayahnya, dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah Saw. telah bersabda:

“مَا مِنْ رَجُلٍ لَا يُؤَدِّي زَكَاةَ مَالِهِ إِلَّا جُعِلَ  يَوْمَ الْقِيَامَةِ صَفَائِحُ مِنْ نَارٍ يُكْوَى بِهَا جَنْبُهُ وَجَبْهَتُهُ وَظَهْرُهُ، فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ خَمْسِينَ أَلْفَ سَنَةٍ، حَتَّى يُقْضَى بَيْنَ النَّاسِ، ثُمَّ يَرَى سَبِيلُهُ إِمَّا إِلَى الْجَنَّةِ وَإِمَّا إِلَى النَّارِ” وَذَكَرَ تَمَامَ الْحَدِيثِ

Tidak sekali-kali seseorang tidak menunaikan zakat harta bendanya melainkan akan dijadikan baginya kelak di hari kiamat lempengan-lempengan dari api, lalu diseterikakan ke lambung, dahi, dan punggungnya dalam suatu hari yang lamanya sama dengan lima puluh ribu tahun, hingga perkara hisab di antara sesama hamba diselesaikan. Kemudian diperlihatkan jalan yang akan ditempuhnya, adakalanya ke syurga, dan adakalanya ke neraka.

Sehubungan dengan tafsir ayat ini Imam Bukhari mengatakan bahawa,

telah menceritakan kepada kami Qutaibah ibnu Sa’id, telah menceritakan kepada kami Jarir, dari Husain, dari Zaid ibnu Wahb yang mengatakan bahawa dia bersua dengan Abu Zar di Rabzah, lalu dia bertanya, “Apakah yang mendorongmu sampai datang di daerah ini?” Abu Zar menjawab bahadwa pada asal mulanya ia tinggal di negeri Syam, lalu dia membacakan firman-Nya: Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menginfakkannya di jalan Allah, maka gembirakanlah mereka dengan seksaan yang pedih. (At-Taubah: 34) Maka Mu’awiyah berkata, “Ayat ini bukanlah ditujukan kepada kami, tiada lain apa yang dimaksudkan oleh ayat ini terjadi di kalangan kaum Ahli Kitab.” Abu Zar menjawab, “Sesungguhnya hal itu terjadi di kalangan kita dan kalangan mereka (Ahli Kitab).”

Ibnu Jarir meriwayatkannya melalui hadis Ubaid ibnul Qasim, dari Husain, dari Zaid ibnu Wahb, dari Abu Zar r.a. Hanya dalam riwayat ini ditambahkan ‘maka ketegangan pun terjadi antara Abu Zar dan Mu’awiyah mengenai masalah ini’. Lalu Muawiyah berkirim surat kepada Khalifah Usman, mengadukan perihalku (Abu Zar). Lalu Khalifah Usman berkirim surat kepadaku, isinya memerintahkan kepadaku untuk meng­hadap kepadanya. Abu Zar melanjutkan kisahnya, “Ketika aku tiba di Madinah, maka orang-orang selalu mengerumuniku seakan-akan mereka belum pernah melihatku sebelum hari itu. Lalu aku mengadu kepada Khalifah Usman tentang hal tersebut, maka Khalifah Usman berkata, ‘Menjauhlah kamu dari Madinah, tetapi jangan terlalu jauh.” Aku (Abu Zar) berkata, ‘Demi Allah, aku tidak akan beranjak dari pendapatku’.”

Mazhab Abu Zar r.a. mengatakan bahawa haram menyimpan harta lebih dari apa yang diperlukan untuk nafkah orang-orang yang berada di dalam tanggungannya. Dan dia selalu memberi fatwa dengan pendapat ini dan menganjurkan serta memerintahkan orang-orang untuk meng­amalkannya, bahkan dia bersikap keras terhadap orang yang melanggarnya. Maka sikapnya itu dicegah oleh Mu’awiyah, tetapi Abu Zar tidak menurut dan terus melanjutkan fatwanya itu.

Mu’awiyah merasa khawatir bila orang-orang tertimpa mudarat dalam masalah itu. Maka dia menulis surat kepada Amirul Mu’minin Usman ibnu Affan, mengadukan perkara Abu Zar dan meminta agar Abu Zar ditarik ke Madinah. Maka Usman ibnu Affan memanggilnya ke Madinah dan menempatkannya di Rabzah seorang diri. Di Rabzah itu pula Abu Zar r.a. meninggal dunia dalam masa pemerintahan Khalifah Usman.

هٰذا ما كَنَزتُم لِأَنفُسِكُم

“Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri,

Waktu emas dan perak itu ditekapkan pada mereka, dikatakan kepada mereka: “ini dia barang yang kamu simpan untuk diri kamu.” Kata-kata ini sebagai penambah azab mereka. Sudahlah mereka kena azab fizikal, azab emosi pun ditambah.

فَذوقوا ما كُنتُم تَكنِزونَ

maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan itu”.

Ini adalah penyeksaan batin, emosi. Sudahlah mereka dikenakan dengan azab itu, kemudian dikutuk, diperli dan diingatkan lagi kepada mereka, kenapa mereka dikenakan dengan azab itu.

Sila baca ayat ini dalam konteks keseluruhan surat. Ayat ini diturunkan bersamaan dengan Perang Tabuk dan waktu itu sedang dikumpulkan wang untuk menjalankan perang itu. Tapi waktu itu masih ada yang tidak mahu mengeluarkan wang untuk infak kepada peperangan itu. Maka ayat ini memberikan takhwif yang amat keras.


 

Ayat 36: Sekarang kita masuk ke Perenggan Makro ke 3. Akan dibentangkan galakan jihad dan juga arahan untuk memerangi Kaisar Rom. Perenggan ini sampai ayat ke 41.

Ayat adalah sebab keenam kenapa jihad qital kena diteruskan. Kerana ada manusia yang telah ubah agama Allah. Allah telah haramkan empat bulan untuk berperang, tapi kaum musyirkin telah langgar susunan bulan itu, sehingga bulan-bulan itu bertukar habis.

Orang Kafir Mekah tahu tentang Bulan Haram itu. Mereka tahu yang ada empat bulan yang tidak boleh berperang di dalamnya. Akan tetapi, kerana orang kafir dihasut oleh syaitan, mereka telah mengubah kedudukan Bulan Haram itu. Semasa berperang, kadang-kadang peperangan mereka itu terlanjut sampai termasuk dalam Bulan Haram.

Sepatutnya mereka kenalah berhenti dari berperang. Akan tetapi, mereka alih sedikit bulan itu supaya mereka boleh juga nak terus berperang. Mereka ubah sikit-sikit, tapi lama-lama sampai tidak tahu bulan mana yang sebenar kerana sudah jadi celaru habis. Kalender mereka telah jadi kucar habis. Padahal Allah telah jadikan Bulan Haram itu dari awal masa lagi, semasa penciptaan bumi lagi.

Akhirnya Nabi Muhammad telah memperbetulkan balik susunan bulan itu setelah Pembukaan Mekah supaya balik kepada bulan yang asal. Ini baginda lakukan semasa baginda datang mengerjakan Haji. Oleh itu, kerana mereka mempermudahkan kejadian Allah, menukar ikut suka mereka, maka mereka kena diperangi.

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهورِ عِندَ اللَّهِ اثنا عَشَرَ شَهرًا في كِتابِ اللَّهِ يَومَ خَلَقَ السَّماواتِ وَالأَرضَ مِنها أَربَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذٰلِكَ الدّينُ القَيِّمُ ۚ فَلا تَظلِموا فيهِنَّ أَنفُسَكُم ۚ وَقاتِلُوا المُشرِكينَ كافَّةً كَما يُقاتِلونَكُم كافَّةً ۚ وَاعلَموا أَنَّ اللَّهَ مَعَ المُتَّقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, the number of months with Allāh is twelve [lunar] months in the register of Allāh [from] the day He created the heavens and the earth; of these, four are sacred. That is the correct religion [i.e., way], so do not wrong yourselves during them.¹ And fight against the disbelievers collectively as they fight against you collectively. And know that Allāh is with the righteous [who fear Him].

  • i.e., do not violate the sacred months or commit aggression therein.

(MALAY)

Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهورِ عِندَ اللَّهِ اثنا عَشَرَ شَهرًا في كِتابِ اللَّهِ

Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah

Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah adalah 12 bulan. Oleh itu, kita tahu yang kalender kita yang pakai 12 bulan dari dulu sampai sekarang ini, bukanlah rekaan manusia, tapi Allah yang tentukan.

يَومَ خَلَقَ السَّماواتِ وَالأَرضَ

di waktu Dia menciptakan langit dan bumi,

Susunan bulan yang 12 itu disusun semasa Allah cipta bumi lagi, bukan selepasnya. Maka memang itu telah tetap dan tidak akan berubah sehingga kiamat.

Dan Allah adakan matahari dan bulan untuk mudah manusia mengira perubahan kalender itu. Kalau kita gantung kalender di dinding rumah, seolah-olah gantung ‘kalender’ untuk kita semua di langit. Oleh itu, amat kurang ajarlah Kufur Mekah apabila mereka senang sahaja ubah apa yang Allah telah adakan.

مِنها أَربَعَةٌ حُرُمٌ

di antaranya empat bulan haram. 

Dari 12 bulan itu, ada empat bulan yang telah ditetapkan tidak boleh berperang. Maksudnya, tidak boleh dimulakan perang. Jadi, kalau orang kafir serang kita, bolehlah kita balas, jangan duduk diam sahaja.

Dengan orang kafir ni bukan boleh kira, ada yang tidak kisah pun buat apa sahaja kerana mereka tidak ada adab dan tidak ada agama. Begitulah juga, sama macam kalau mereka serang kita di Tanah Haram, kita boleh balas pertahankan diri kita. Ini seperti yang ada dalam ayat yang lain:

{الشَّهْرُ الْحَرَامُ بِالشَّهْرِ الْحَرَامِ وَالْحُرُمَاتُ قِصَاصٌ فَمَنِ اعْتَدَى عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُوا عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَى عَلَيْكُمْ}

Bulan Haram dengan bulan Haram dan pada sesuatu yang patut dihormati berlaku hukum qisas. Oleh sebab itu, barang siapa yang menyerang kalian, maka seranglah dia yang seimbang dengan serangannya terhadap kalian. (Al-Baqarah: 194), hingga akhir ayat.

Juga dalam ayat lain:

{وَلا تُقَاتِلُوهُمْ عِنْدَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ حَتَّى يُقَاتِلُوكُمْ فِيهِ فَإِنْ قَاتَلُوكُمْ فَاقْتُلُوهُمْ}

dan janganlah kalian memerangi mereka di Masjidil Haram, kecuali jika mereka memerangi kalian di tempat itu. Jika mereka memerangi kalian (di tempat itu), maka bunuhlah mereka. (Al-Baqarah: 191), hingga akhir ayat.

Hadis Nabi juga ada berkenaan dengan bulan-bulan ini:

قَالَ ابْنُ جَرِيرٍ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مَعْمَر، حَدَّثَنَا رَوْحٌ، حَدَّثَنَا أَشْعَثُ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سِيرِينَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “إِنَّ الزَّمَانَ قَدِ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ، وَإِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شهرا في كتاب الله يوم خلق السموات وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلَاثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ، وَرَجَبُ مُضَرَ بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ”

Ibnu Jarir mengatakan bahawa telah menceritakan kepada kami Ma’mar, telah menceritakan kepada kami Rauh, telah menceritakan kepada kami Asy’as, dari Muhammad ibnu Sirin, dari Abu Hurairah yang mengatakan bahawa Rasulullah Saw. telah bersabda: Sesungguhnya zaman telah berputar seperti keadaannya semula sejak hari Allah menciptakan langit dan bumi. Dan sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan Langit dan bumi diantaranya empat bulan haram (suci); tiga di antaranya berturut-turut, iaitu Zul Qa’dah, Zul Hijjah, dan Muharram, sedangkan lainnya ialah Rajab Mudar yang terletak di antara bulan Jumada dan bulan Sya’ban.

ذٰلِكَ الدّينُ القَيِّمُ

Itulah (ketetapan) agama yang lurus,

Ketetapan bulan yang 12 dan empat bulan yang haram itu adalah sebahagian dari agama. Ianya tidak akan berubah sampai kiamat nanti. Jadi, kenalah hormati. Antara hikmah diadakan empat bulan itu adalah supaya ada rehat dari perang dan supaya umat boleh melakukan ibadah, antaranya ibadah Haji. Kalau sepanjang tahun berperang sahaja, bila masa nak buat benda-benda lain? Bagaimana nak cari rezeki kalau asyik berperang sahaja?

Oleh itu, bulan yang diharamkan ada empat: tiga bulan di antaranya berurutan letaknya, sedangkan yang satunya lagi terpisah; hal ini tiada lain demi menunaikan manasik Haji dan Umrah. Maka diharamkan (disucikan) satu bulan sebelum bulan Haji, iaitu bulan Zul Qa’dah, kerana mereka dalam bulan itu beristirehat tidak mahu berperang; dan diharamkan bulan Zul Hijjah kerana dalam bulan itu mereka menunaikan ibadah Haji dan sibuk dengan penunaian manasiknya.

Kemudian diharamkan pula satu bulan sesudahnya —iaitu bulan Muharram— agar orang-orang yang telah menunaikan Haji pulang ke negerinya yang jauh dalam keadaan aman. Kemudian diharamkan bulan Rejab di pertengahan tahun, untuk melakukan ziarah ke Baitullah dan melakukan ibadah Umrah padanya, bagi orang yang datang kepadanya dari daerah yang jauh dari Jazirah Arab. Maka mereka dapat menunaikan ibadah umrahnya, lalu kembali ke negeri masing-masing dalam keadaan aman.

فَلا تَظلِموا فيهِنَّ أَنفُسَكُم

maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan itu,

Allah tegaskan supaya janganlah menzalimi sesiapa pada bulan-bulan itu. Mungkin ada pendapat yang mengatakan ‘bulan-bulan’ yang dimaksudkan adalah empat bulan itu. Tapi sebenarnya lebih baik kalau kita katakan, seluruh bulan itu jangan zalimi orang lain. Kerana bukan empat bulan itu sahaja yang tak boleh zalimi orang lain, tapi dalam bulan lain, boleh pula. Adakah begitu? Tentu tidak.

Oleh itu maksudnya jaga semua bulan. Jangan ubah-ubah apa yang Allah telah tetapkan. Terutama kepada Musyrikin Mekah. Mereka kata mereka jaga Kaabah dan Tanah Haram, maka kenalah jaga sekali dengan bulan-bulan yang Allah telah tetapkan. Kerana apabila mereka ubah satu bulan, tentunya bulan-bulan yang lain akan berubah sekali, bukan?

Kalau kita mahu memegang pendapat yang dimaksudkan adalah bulan-bulan Haram yang empat itu, maka kita boleh terima bahawa kalau dalam bulan lain pun tidak boleh menzalimi, lebih-lebih lagi dalam empat bulan itu.

Lihatlah bagaimana dalam ayat ini, lafaz yang digunakan adalah ‘jangan menzalimi diri kamu’. Kerana apa sahaja kezaliman yang mereka lakukan terhadap bulan itu, mereka sebenarnya menzalimi diri mereka, kerana mereka akan menanggung akibatnya nanti.

وَقاتِلُوا المُشرِكينَ كافَّةً كَما يُقاتِلونَكُم كافَّةً

dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, 

Allah suruh puak Muslim hendaklah memerangi orang yang berakidah syirik semua sekali, sepertimana mereka juga ingin memerangi puak Islam semua sekali. Memang ada orang musyrikin yang kalau boleh memang hendak membunuh habis puak tauhid. Mereka itulah yang kena diperangi.

Cuma janganlah ayat ini digunakan sebagai dalil untuk memerangi orang kafir sekarang. Kerana zaman sekarang, kita ada perjanjian damai dengan negara-negara lain. Jadi, apa yang dilakukan oleh terroris-terroris, IS, ISIS dan Daesh itu, adalah jauh dari Islam.

Mereka sahaja yang mengaku mereka Muslim dan melakukan perkara itu atas nama Islam, tapi mereka itu bukanlah menegakkan Islam. Mereka itu membunuh tanpa haq dan mereka kena jawab nanti di akhirat kelak atas perbuatan mereka itu.

Ringkasnya, kena musnahkan semua sekali musuh (Kafir Harbi sahaja). Dan ada satu lagi maksud: umat Islam kena bersatu semua sekali untuk menentang kafir Harbi itu. Malangnya ayat ini tidak diamalkan sekarang.

Negara-negara Muslim sekarang tidak bersatu dalam mempertahankan negara Islam lain yang diserang. Sedangkan apabila musuh Islam menyerang negara Islam, mereka bersatu dan berjaya memusnahkan kita. Beginilah apabila ajaran wahyu jauh dari manusia.

Dan Muslim sekarang pun tidak ada Khalifah untuk menjalankan perintah perang itu. Maka kena sesuaikan dengan keadaan. Tapi tidaklah ayat-ayat perang ini sudah dimansukhkan. Ianya masih tetap ada, kerana tidak semestinya keadaan akan aman sepanjang masa. Ada masanya nanti yang ayat-ayat hukum peperangan ini akan digunakan kembali. Dan kita kena bersedia.

وَاعلَموا أَنَّ اللَّهَ مَعَ المُتَّقينَ

dan ketahuilah bahwasanya Allah berserta orang-orang yang bertakwa.

Jangan takut untuk berperang dengan mereka kerana Allah akan bantu mereka yang bertaqwa. Iaitu mereka yang takut Allah dan jaga hukum.


 

Ayat 37: Penerangan lanjut tentang perbuatan mengubah takwim bulan-bulan.

إِنَّمَا النَّسيءُ زِيادَةٌ فِي الكُفرِ ۖ يُضَلُّ بِهِ الَّذينَ كَفَروا يُحِلّونَهُ عامًا وَيُحَرِّمونَهُ عامًا لِيُواطِئوا عِدَّةَ ما حَرَّمَ اللَّهُ فَيُحِلّوا ما حَرَّمَ اللَّهُ ۚ زُيِّنَ لَهُم سوءُ أَعمالِهِم ۗ وَاللَّهُ لا يَهدِي القَومَ الكافِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, the postponing [of restriction within sacred months] is an increase in disbelief by which those who have disbelieved are led [further] astray. They make it¹ lawful one year and unlawful another year to correspond to the number made unlawful by Allāh² and [thus] make lawful what Allāh has made unlawful. Made pleasing to them is the evil of their deeds; and Allāh does not guide the disbelieving people.

  • Fighting during a sacred month.
  • If they found it advantageous to violate a sacred month, they would do so, designating another month in its place in which to observe the restrictions concerning fighting.

(MALAY)

Sesungguhnya mengundur-undurkan bulan haram itu adalah menambah kekafiran. Disesatkan orang-orang yang kafir dengan mengundur-undurkan itu, mereka menghalalkannya pada suatu tahun dan mengharamkannya pada tahun yang lain, agar mereka dapat mempersesuaikan dengan bilangan yang Allah mengharamkannya, maka mereka menghalalkan apa yang diharamkan Allah. (Syaitan) menjadikan mereka memandang perbuatan mereka yang buruk itu. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.

 

إِنَّمَا النَّسيءُ زِيادَةٌ فِي الكُفرِ

Sesungguhnya mengundur-undurkan bulan haram itu adalah menambah kekafiran. 

Ini merujuk kepada perbuatan mereka menangguh-nangguh Bulan Haram yang telah disebut dalam ayat sebelum ini. Ini sesungguhnya penambahan kepada kekufuran. Maknanya, mereka sudah kufur, tapi tambah lagi dengan perbuatan kufur ini.

Sudahlah mereka amalkan syirik, ini dengan bulan yang Allah telah susun pun mereka ubahsuai pula. Perbuatan mengubah-ubah kalender yang Allah telah tetapkan ini dipanggil النَّسيءُ. Akidah dah syirik, perbuatan mereka pun menambahkan lagi kekufuran itu. Maka bertambah-tambah kufur mereka dengan Allah.

 

يُضَلُّ بِهِ الَّذينَ كَفَروا

Disesatkan orang-orang yang kafir dengan mengundur-undurkan itu,

Dengan sebab perubahan takwim yang Allah telah tetapkan itu, makin disesatkan lagi orang kafir dengan ketua-ketua mereka yang hendak berperang. Sebenarnya, ketua masyarakat lah yang alih kedudukan bulan itu dan orang mereka ikut sahaja.

 

يُحِلّونَهُ عامًا وَيُحَرِّمونَهُ عامًا

mereka menghalalkannya pada suatu tahun dan mengharamkannya pada tahun yang lain,

Para pemimpin itu menghalalkan yang Allah telah haramkan. Mereka pandai-pandai kata tahun ini halal untuk berperang dalam Bulan Haram, tapi tahun depan jadi haram balik.

 

لِيُواطِئوا عِدَّةَ ما حَرَّمَ اللَّهُ

agar mereka dapat mempersesuaikan dengan bilangan yang Allah mengharamkannya,

Mereka kata kata tahun ini halal, tapi tahun depan haram, itu adalah cubaan mereka untuk perbetulkan balik takwim yang telah rosak. Tapi perbuatan mereka itu telah menyebabkan bilangan bulan dan susunan bulan tidak dapat ditentukan lagi.

Lafaz لِيُواطِئوا dari katadasar و ط أ yang bermaksud berjalan sambil menghancurkan apa yang ada di bawah kaki. Sebagai contoh jalan atas pokok bunga, tentu pokok bunga itu akan rosak, bukan? Begitulah yang mereka telah lakukan terhadap takwim bulan yang Allah telah tetapkan.

 

فَيُحِلّوا ما حَرَّمَ اللَّهُ ۚ

maka mereka menghalalkan apa yang diharamkan Allah.

Oleh kerana perbuatan pemimpin itu, maka yang sepatutnya haram telah menjadi halal. Apabila mereka buat sendiri keputusan melawan hukum Allah, lalu mereka telah melakukan peperangan dalam Bulan Haram. Haram berperang dalam Bulan Haram tapi jadi halal pula bila mereka sudah memandai ubah takwim itu.

 

زُيِّنَ لَهُم سوءُ أَعمالِهِم

dijadikan cantik kepada mereka memandang perbuatan mereka yang buruk itu.

Amalan mereka itu buruk tapi diperlihatkan kepada mereka yang amalan itu baik. Yang menghasut dan mengelabui mata mereka adalah syaitan. Syaitan bisikkan kepada mereka yang mereka itu ada kuasa untuk buat apa sahaja yang mereka hendak. Sedangkan yang ada kuasa itu adalah Allah.

Kita kena taat kepada Allah kerana Allah yang berhak menghalal dan haramkan. Jadi apabila mereka rasa yang mereka layak ubah apa yang Allah tetapkan, maka mereka telah mengambil alih kuasa Allah – dan ini adalah syirik kepada diri sendiri.

 

وَاللَّهُ لا يَهدِي القَومَ الكافِرينَ

Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.

Kalau manusia tidak mahu mendengar suara hati mereka, dan menutup apa yang Allah telah berikan sebagai fitrah kepada semua manusia, maka tidak ada petunjuk lagi untuk mereka. Allah tidak beri lagi petunjuk kepada mereka dan ini dinamakan Khatmul Qalbi (penutupan hati)

Habis bahagian pertama Surah Tawbah ini. Secara ringkasnya, bahagian pertama ini telah membincangkan tiga perkara penting:

  1. iklan pemutusan perjanjian dengan pihak musyrikin.
  2. dipatahkan satu persatu hujah yang dikatakan menghalang peperangan diadakan. Ada 4 perkara semua sekali.
  3. disebutkan 6 golongan kafir yang kena diperangi.

 

Ayat 38: Ini adalah Bahagian Kedua surah ini. Allah akan beritahu kelebihan perang dalam bahagian ini. Allah juga akan sebut tentang 7 golongan dalam bahagian ini; ada 3 golongan Mukmin dan 4 golongan Munafik.

Dalam ayat ini, ada targhib (ajakan) kepada qital (perang) dan teguran kepada munafikin.

يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا ما لَكُم إِذا قيلَ لَكُمُ انفِروا في سَبيلِ اللَّهِ اثّاقَلتُم إِلَى الأَرضِ ۚ أَرَضيتُم بِالحَياةِ الدُّنيا مِنَ الآخِرَةِ ۚ فَما مَتاعُ الحَياةِ الدُّنيا فِي الآخِرَةِ إِلّا قَليلٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who have believed, what is [the matter] with you that, when you are told to go forth in the cause of Allāh, you adhere heavily to the earth?¹ Are you satisfied with the life of this world rather than the Hereafter? But what is the enjoyment of worldly life compared to the Hereafter except a [very] little.

  • i.e., inclining toward the comforts of worldly life.

(MALAY)

Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: “Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah” kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.

 

يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا ما لَكُم

Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya dengan kamu ini?

Ini adalah teguran kepada orang Islam. Ada yang tidak suka kepada peperangan. Maka Allah tegur mereka dalam ayat ini.

 

إِذا قيلَ لَكُمُ انفِروا في سَبيلِ اللَّهِ اثّاقَلتُم إِلَى الأَرضِ

bila dikatakan kepadamu: “Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah” kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu?

Allah tegur puak Muslim, kenapa apabila mereka diajak keluar berjihad perang pada jalan Allah, mereka rasa berat? Kenapa? Apa yang tidak kena dengan kamu ini? Lafaz انفِروا dari katadasar ن ف ر yang bermaksud keluar berperang. Lafaz اثّاقَلتُم dari katadasar ثقل yang bermaksud ‘berat’. Mereka rasa kami mereka berat sahaja, nak melekat pada tanah (rumah) sahaja.

Ini adalah tentang Perang Tabuk. Semua umat Islam yang boleh berperang diwajibkan untuk menyertainya. Waktu diwajibkan umat Islam semuanya menyertai Perang Tabuk itu, ianya adalah musim menuai. Ramai dari kalangan umat Islam di Madinah ketika itu adalah petani. Dan sebagai  petani, hasil tuaian diambil setahun sekali sahaja.

Bayangkan, kerja menjaga tanaman selama  setahun, tapi hasil boleh dituai sekali sahaja. Maka peluang itu bukan boleh ditangguh-tangguh. Kalau tertinggal masanya, maka hilanglah peluang itu. Dan kalau orang lelaki pergi keluar jihad, yang perempuan dan kanak-kanak yang tinggal, tidak mampu nak ganti kerja menuai itu. Kalau ditangguhkan menuai, hasil tanaman itu akan rosak dan habislah punca pendapatan mereka tahun itu. Sedangkan Tabuk jauh dari Madinah. Memang kalau pergi dan balik, tanaman sudah rosak. Ini adalah dugaan dan ujian yang berat dari Allah kepada mereka.

Tabuk pula  jauh, susah nak pergi dan cuaca pula sedang panas. Tentunya perjalanan ke sana tidak selesa langsung. Maka memang dugaan besar untuk menyertainya. Kita sebut di sini supaya dapat faham dilema para sahabat waktu itu. Oleh kerana dugaan yang besar ini, maka ada yang berat hati nak pergi. Terutama sekali golongan Munafik.

 

أَرَضيتُم بِالحَياةِ الدُّنيا مِنَ الآخِرَةِ

Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia berbanding kehidupan di akhirat?

Berat sekali soalan Allah ini: adakah kamu berpuas hati dengan kehidupan dunia lebih lagi dari kehidupan di akhirat? Kamu lebihkan dunia dari akhirat? Memang kalau berjihad itu kena tinggal segala kesenangan yang biasa di dunia. Malah, boleh jadi mati. Akan tetapi, setelah apa yang kamu lalui, kamu masih lagi tidak faham dan melebihkan dunia dari akhirat?

Soalan ini diberikan secara umum, kepada orang-orang beriman, juga termasuk dalam seruan ini kepada orang munafik sekali. Walaupun mereka itu dalam hati mereka tidak beriman sebenarnya, tapi kekufuran mereka tersembunyi. Maka Allah masukkan sekali mereka dalam golongan ‘orang-orang beriman’

 

فَما مَتاعُ الحَياةِ الدُّنيا فِي الآخِرَةِ إِلّا قَليلٌ

Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.

Allah ingatkan kembali kepada mereka, kehidupan dunia itu sedikit sahaja kalau dibandingkan dengan kehidupan akhirat.  Tidak patut melebihkan dunia dari akhirat. Oleh kerana itu kenalah berjihad, kerana tidak ada apa yang boleh dibandingkan dengan akhirat.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 22 Februari 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah al-Maidah Ayat 34 – 38 (Salah faham tentang wasilah)

Maidah Ayat 34:

إِلَّا الَّذينَ تابوا مِن قَبلِ أَن تَقدِروا عَلَيهِم ۖ فَاعلَموا أَنَّ اللهَ غَفورٌ رَّحيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Except for those who return [repenting] before you overcome [i.e., apprehend] them. And know that Allāh is Forgiving and Merciful.

(MALAY)

kecuali orang-orang yang taubat (di antara mereka) sebelum kamu dapat menguasai (menangkap) mereka; maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

إِلَّا الَّذينَ تابوا مِن قَبلِ أَن تَقدِروا عَلَيهِم

kecuali orang-orang yang taubat (di antara mereka) sebelum kamu dapat menguasai (menangkap) mereka;

Hukuman kesalahan-kesalahan samun dan rompak itu akan dikenakan kepada mereka yang telah melakukannya, kecuali yang sempat bertaubat sebelum ditangkap. Kalau sudah ditangkap, tidak ada pengecualian kepada mereka, mereka tetap akan dikenakan dengan hukuman.

Dan bukan cukup dengan mereka bertaubat sahaja, mereka kena hantar balik barang yang mereka samun dan rompak itu. Kalau pernah bunuh orang, maka hukum hudud, qisas atau ta’zir (yang mana berkenaan) akan dikenakan kepada mereka.

Allah ‎ﷻ sedang memberi motivasi kepada golongan penyamun untuk bertaubat kerana mereka itu sedang melakukan kerosakan yang besar kepada masyakat, menakutkan masyarakat dan menyusahkan kerajaan. Maka kalau mereka berhenti daripada kerja-kerja mereka itu, banyak yang akan senang.

Dalam sejarah umat Islam, ada kisah golongan penyamun yang bertaubat kerana mendengar ayat ini. Ali Asadi yang menyamun di Madinah telah dimaafkan oleh Khalifah Marwan; manakala Haritha ibn Badr telah diampunkan oleh Saidina Ali رضي الله عنه .

 

فَاعلَموا أَنَّ اللهَ غَفورٌ رَّحيمٌ

maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ingatlah yang Allah ‎ﷻ Maha Pengampun dan Maha Pengasih. Kalau berkenaan kesalahan kepada Allah ‎ﷻ, maka boleh bertaubat sahaja, tetapi tidak lepas kalau kesalahan itu berkenaan dengan manusia. Itu sebab mereka yang bertaubat itu kena pulangkan barang yang mereka ambil dan kena minta maaf. Kena bezakan antara hak Allah ‎ﷻ dan hak manusia.

Sekian Ruku’ 5 dari 16 ruku’ dalam surah ini.


 

Maidah Ayat 35: Allah ‎ﷻ mengingatkan kita supaya jangan duduk sahaja kerana kalau duduk sahaja tanpa berusaha, iman kita akan dirosakkan oleh orang lain. Ini kerana tentu sekali ada usaha untuk menyesatkan manusia (sama ada dari luar atau dalaman kita), maka kita kena berusaha juga untuk  membawa manusia kepada tauhid, dan salah satunya dengan menjalankan jihad perang.

Sebelum ini telah disebut hukum rompak samun dan tidak lama lagi akan disebut tentang hukum mencuri pula. Di antara ayat-ayat hukum jenayah itu, sekarang Allah ‎ﷻ sebut tentang taqwa dan jihad. Allah ‎ﷻ bukan hendak sebut tentang hukuman sahaja, tetapi Allah ‎ﷻ hendak dakwah ajak kepada apa sebenarnya yang kita perlu buat sebagai manusia.

Dalam ayat ini juga, Allah ‎ﷻ mengingatkan kita kenapa kita berperang. Kita kena ingat bahawa semua yang kita lakukan adalah untuk Allah ‎ﷻ. Jihad itu dilakukan supaya manusia kenal dan sembah Allah ‎ﷻ sahaja.

Ayat ini juga adalah anjuran untuk mendekatkan diri dengan Allah ‎ﷻ. Kita kena cari jalan bagaimana untuk mendekatkan diri dengan Allah ‎ﷻ sepanjang masa.

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَابتَغوا إِلَيهِ الوَسيلَةَ وَجٰهِدوا في سَبيلِهِ لَعَلَّكُم تُفلِحونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who have believed, fear Allāh and seek the means [of nearness] to Him and strive in His cause that you may succeed.

(MALAY)

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah pada jalan-Nya, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan.

 

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنُوا اتَّقُوا اللهَ

Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah

Pertamanya, Allah ‎ﷻ mengingatkan kita untuk bertaqwa kepada-Nya. Ini memang selalu diulang-ulang di dalam Al-Qur’an. Oleh itu kena taqwa dan kena tinggalkan segala larangan. Kita kena ingat, kalau sudah beriman, kena taqwa pula.

Maksudnya, iman tidak sama dengan taqwa. Ada orang beriman, tetapi tidak bertaqwa. Taqwa maksudnya kena jaga hukum dan taat kepada Allah ‎ﷻ dalam setiap sudut dan masa, iaitu dengan membuat apa yang Allah ‎ﷻ suruh dan meninggalkan apa yang Allah ‎ﷻ telah larang.

Maka ajakan ini disebut di antara ayat-ayat tentang samun dan curi. Maka orang-orang yang sebenarnya takut dan taqwa kepada Allah ‎ﷻ sahaja yang boleh meninggalkan amalan salah itu. Bagi mereka, kalau tidak ada hukuman dunia pun, mereka tidak akan melakukan perbuatan yang teruk itu. Hukuman-hukuman keduniaan itu sebenarnya untuk mengawal manusia yang tidak ada taqwa sahaja.

 

وَابتَغوا إِلَيهِ الوَسيلَةَ

dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya, 

Dan kedua, carilah ‘wasilah’ untuk hampir kepada Allah ‎ﷻ iaitu, carilah jalan yang membolehkan kita menghampiri Allah ‎ﷻ. Ayat inilah yang menyebabkan ramai orang Islam keliru. Ketahuilah, semua kitab tafsir muktabar berkata maksud ayat ini: meninggalkan yang haram dan membuat yang makruf, iaitu jalan yang Allah ‎ﷻ telah tetapkan.

Janganlah ditafsir mengikut fahaman yang karut. Malangnya, ramai yang tafsir dengan cara karut kerana mereka tidak belajar tafsir. Mereka kata yang dimaksudkan dengan wasilah itu adalah ‘perantara’ seperti tok wali lah, Nabi lah dan sebagainya. Oleh kerana itu mereka mengatakan yang ini adalah dalil yang Allah ‎ﷻ menyuruh kita mengamalkan tawasul dalam ibadah dan doa.

Ini adalah tafsiran orang yang jahil tentang Al-Qur’an dan kita jangan mengikut orang jahil. Memang kalau kita baca sendiri ayat ini dan cuba faham sendiri tanpa belajar tafsir, nampak memang seperti ada suruhan supaya menggunakan Nabi, wali dan malaikat sebagai wasilah kita dalam ibadat dan doa dan memang ramai yang menggunakan ayat ini sebagai dalil mereka bagi mengamalkan tawasul. Namun itu hanyalah kepada mereka yang jahil sahaja.

Apakah maksud ‘wasilah’? Ia adalah cara untuk mendapatkan sesuatu iaitu membuat sesuatu untuk mendekatkan diri dengan seseorang. Dalam ayat ini, ia tentang mendekatkan diri kepada Allah ‎ﷻ. Namun kerana salah faham, ramai yang menggunakan orang alim sebagai wasilah mereka sampai ada yang menggunakan ‘berkat’ ahli kubur dan sebagainya.

Ini sedang banyak diperkenalkan oleh golongan yang menggelarkan diri mereka ‘Habib’ di Malaysia. Mereka memang mengamalkan melawat kubur di tempat asal mereka dan meminta tolong kepada orang dalam kubur (yang mereka dakwa sebagai ‘wali’) dan kerana orang kita ‘import’ mereka datang ke sini, sedikit demi sedikit mereka telah memperkenalkan amalan syirik itu. Ramai yang tertipu dengan perawakan golongan Habib ini.

Wasilah juga bermaksud kedudukan yang tinggi. Oleh itu, ayat ini menganjurkan kita berbuat sesuatu untuk mendapatkan kedudukan yang tinggi dan dekat dengan Allah ‎ﷻ. Di dalam kitab Sahih Bukhari telah disebutkan melalui jalur Muhammad ibnul Munkadir, daripada Jabir ibnu Abdullah, yang telah menceritakan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ: اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ، وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ، آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ، وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ، إلا حَلَّتْ له الشفاعة يوم القيامة”.

Barang siapa ketika mendengar suara azan (yakni sesudahnya) mengucapkan doa berikut: “Ya Allah, Tuhan pemilik seruan yang sempurna ini dan (Tuhan) salat yang didirikan, berikanlah (kedudukan) al-wasilah dan keutamaan, dan tempatkanlah dia pada kedudukan yang terpuji seperti apa yang telah Engkau janjikan kepadanya, “nescaya syafaat akan diperolehnya pada hari kiamat.

Kedudukan al-wasilah dalam hadith ini adalah khusus kepada Nabi Muhammad ﷺ. Di dalam kitab Sahih Muslim disebutkan melalui hadis Ka’b ibnu Alqamah, daripada Abdur Rahman ibnu Jubair, daripada Abdullah ibnu Amr ibnul As, bahawa dia pernah mendengar Nabi ﷺ bersabda:

إِذَا سَمِعْتُمُ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ، ثُمَّ صلُّوا عَليّ، فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَليّ صَلَاةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا، ثُمَّ سَلُوا اللَّهَ لِيَ الْوَسِيلَةَ، فَإِنَّهَا منزلة فِي الْجَنَّةِ، لَا تَنْبَغِي إِلَّا لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ، وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ، فَمَنْ سَأَلَ لِيَ الْوَسِيلَةَ حَلًّتْ عَلَيْهِ الشَّفَاعَةُ.”

Apabila kalian mendengar suara muazin, maka ucapkanlah seperti apa yang diucapkannya, kemudian bacalah selawat untukku, kerana sesungguhnya barang siapa yang membaca selawat sekali untukku, Allah‎ ﷻ membalas sepuluh kali selawat untuknya. Kemu­dian mohonkanlah al-wasilah untukku, kerana sesungguhnya al-wasilah adalah suatu kedudukan di dalam syurga yang tidak layak kecuali bagi seseorang hamba Allah ‎ﷻ saja, dan aku berha­rap semoga aku adalah hamba yang dimaksudkan itu. Dan barang siapa yang memohonkan al-wasilah buatku, nescaya akan mendapat syafaat (dariku).

Daripada hadith ini, kita dapat tahu bahawa inilah satu cara untuk mendapatkan syafaat daripada Nabi ﷺ, tidak ada lagi cara lain seperti yang banyak diajar oleh guru-guru yang salah. Tidak perlu dan tidak boleh meminta syafaat kepada Nabi ﷺ, kerana Nabiﷺ  tidak boleh beri syafaat itu kepada kita. Kena faham yang bagi hanya ‘menyampaikan’ sahaja syafaat itu, bukannya buat keputusan siapa boleh dapat syafaat itu.

Baginda telah ajar kita bagaimana cara untuk mendapatkan syafaat itu, antaranya hadith tentang doa selepas wudhu’ itu. Jadi, amalkanlah cara ini sahaja (dan cara-cara lain yang sahih). Kenapa perlu amalkan cara lain yang tidak diajar oleh Nabi ﷺ? Janganlah ikut puak Habib yang sesat itu yang meminta-minta syafaat daripada Nabi ﷺ dalam lagu Ya Hanana mereka, sampai penuh satu stadium dengan orang-orang yang jahil, melambai-lambai kepada Nabi ﷺ? Mereka memang golongan yang suka mereka amalan-amalan baru dalam agama (amalan bid’ah).

Oleh itu, secara ringkasnya, ayat ini suruh kita bertaqwa kepada Allah ‎ﷻ. Dan cara-cara itu telah banyak diajar oleh Nabi Muhammad ﷺ. Kita pun tahu bahawa banyak sekali amalan-amalan sunnah yang telah diajar oleh baginda. Maka, amalkanlah segala yang diajar itu. Tidak perlu menggunakan cara yang tidak pernah diajar dan diamalkan oleh Nabi ﷺ. Siapa kita untuk memperbaharui agama ini yang telah disampaikan oleh Nabi kita Muhammad ﷺ?

 

وَجٰهِدوا في سَبيلِهِ

dan berjihadlah pada jalan-Nya,

Dan antara wasilah yang paling hebat adalah jihad di jalan Allah ‎ﷻ. Selepas disebut tentang wasilah, Allah ‎ﷻ terus sebut tentang jihad menunjukkan keutamaan jihad. Ia adalah salah satu daripada wasilah. Inilah jalan wasilah yang paling hebat.

Sebenarnya kalau tidak disebut pun, jihad fi sabilillah sudah termasuk dalam salah satu wasilah, tetapi Allah ‎ﷻ takhsis (sebutkan secara khusus) lagi kerana hendak menunjukkan kelebihan jihad. Sekurang-kurangnya berjihad itu adalah menyampaikan wahyu kepada orang lain supaya mereka boleh menghampirkan diri kepada Allah ‎ﷻ. Inilah yang dinamakan ‘jihad lisan’.

Maka kita hendaklah memperkenalkan Allah‎ ﷻ kepada manusia dan ajak mereka mendekati Allah ‎ﷻ. Itulah pentingnya belajar, mengajar dan menyampaikan akidah tauhid dan ajar fahaman Al-Qur’an. Kita kena sampaikan kepada mereka dan ini adalah perkara besar dalam jihad. Inilah asal jihad, iaitu menggunakaan Al-Qur’an dalam dakwah dan menyampaikan Al-Qur’an kepada manusia.

Oleh itu susunan saranan dalam ayat ini: taqwa – wasilah – jihad.

 

لَعَلَّكُم تُفلِحونَ

mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan.

Mudah-mudahan, kalau kita melakukan semua itu, kita akan berjaya. Kalimah فلح adalah jenis kejayaan yang didapati setelah berusaha bersungguh-sungguh. Maknanya, bukannya dengan goyang kaki boleh dapat kejayaan itu, tetapi kena berusaha bersungguh-sungguh.

Usaha yang pertama adalah belajar wahyu Allah ‎ﷻ. Ini pun ramai yang sudah tidak sanggup kerana ia memerlukan masa, kekuatan minda dan kadang-kadang belanja. Ramai yang tidak sanggup mengharungi perkara ini kerana ramai lebih suka tengok cerekarama sahaja. Budaya melazimi ilmu masih lagi jauh daripada kebanyakan masyarakat kita. Yang rajin belajar itu masih tidak ramai lagi.


 

Maidah Ayat 36: Ayat takhwif ukhrawi. Sekarang disebut balasan bagi orang yang menentang hukum Allah ﷻ.

إِنَّ الَّذينَ كَفَروا لَو أَنَّ لَهُم مّا فِي الأَرضِ جَميعًا وَمِثلَهُ مَعَهُ لِيَفتَدوا بِهِ مِن عَذابِ يَومِ القِيٰمَةِ ما تُقُبِّلَ مِنهُم ۖ وَلَهُم عَذابٌ أَليمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, those who disbelieve – if they should have all that is in the earth and the like of it with it by which to ransom themselves from the punishment of the Day of Resurrection, it will not be accepted from them, and for them is a painful punishment.

(MALAY)

Sesungguhnya orang-orang yang kafir sekiranya mereka mempunyai apa yang di bumi ini seluruhnya dan mempunyai yang sebanyak itu (pula) untuk menebusi diri mereka dengan itu dari azab hari kiamat, nescaya (tebusan itu) tidak akan diterima dari mereka, dan mereka beroleh azab yang pedih.

 

إِنَّ الَّذينَ كَفَروا

Sesungguhnya orang-orang yang kafir

Iaitu mereka yang mati dalam kafir dan tidak sempat bertaubat. Tentunya mereka akan dimasukkan ke dalam neraka.

 

لَو أَنَّ لَهُم مّا فِي الأَرضِ جَميعًا

sekiranya mereka mempunyai apa yang di bumi ini seluruhnya

Kalaulah mereka ada segala harta yang ada dalam dunia ini seluruhnya. Tentulah tidak ada sesiapa pun yang mempunyai harta seluas bumi. Orang kafir sememangnya ramai di antara mereka yang mempunyai harta, tetapi tidaklah harta mereka memenuhi seluruh bumi ini. Jadi ini adalah bidalan sahaja.

 

وَمِثلَهُ مَعَهُ

dan mempunyai yang sebanyak itu

Atau mereka mempunyai sekali ganda daripada harta sebanyak seluas bumi. Memang lagi tidak masuk akal kalau ada manusia yang ada harta sekali ganda bumi. Allah ‎ﷻ menggunakan bahasa yang ekstrem di sini untuk menyampaikan maksud yang hendak diberitahu kepada kita.

 

لِيَفتَدوا بِهِ مِن عَذابِ يَومِ القِيٰمَةِ

untuk menebusi diri mereka dengan itu dari azab hari kiamat,

Kalaulah mereka ada harta sebanyak itu, mereka pasti akan menggunakan harta itu semuanya sekali untuk menebus diri mereka supaya mereka diselamatkan daripada azab neraka. Mereka itu memang sayang sangat kepada harta dan kerana itulah mereka terus kufur, tetapi mereka sanggup memberikan kesemuanya sekali, kerana mereka akan berusaha dengan segala cara untuk menyelamatkan diri kerana mereka sudah dapat lihat betapa dahsyat sangat azab yang menanti mereka.

 

ما تُقُبِّلَ مِنهُم

nescaya (tebusan itu) tidak akan diterima daripada mereka, 

Allah ‎ﷻ memberitahu jika mereka menebus diri mereka dengan harta dua kali ganda luas bumi, tebusan itu tidak akan diterima pun. Harta dunia pada waktu itu tidak bernilai lagi. Kalau mereka beriman dan menginfaqkan harta semasa di dunia, maka itu barulah ada nilainya.

Dan memang tidak ada sesiapa yang ada harta sebanyak itu, jadi maksudnya tidak usahlah bermimpi. Oleh itu, kita hendaklah beringat semasa di dunia ini kerana apa sahaja tebusan pada waktu itu tidak akan diterima. Hanya amal dan iman sahaja yang bermakna ketika itu. Allah ‎ﷻ tidak memerlukan harta kita langsung. Harta yang kita ada pun, datang daripada Dia juga, jadi apa perlunya Dia kepada harta itu?

 

وَلَهُم عَذابٌ أَليمٌ

dan mereka beroleh azab yang pedih.

Mereka yang mati dalam kufur itu tetap akan dikenakan azab akhirat yang amat pedih kerana perbuatan mereka semasa di dunia. Harta yang banyak tidak akan menyelamatkan mereka sedikit pun. Allah ‎ﷻ tidak memerlukan harta benda mereka.

Maka ini adalah berita yang penting untuk disampaikan. Allah ‎ﷻ hendak memberitahu yang harta yang banyak, tidak ada gunanya kalau akidah dan iman itu lemah. Manusia sahaja yang mementingkan harta dunia, sampaikan boleh menyebabkan mereka menjadi kufur kalau tidak berhati-hati dengannya. Ini kerana harta yang banyak itu tidak mampu untuk menyelamatkan mereka.


 

Maidah Ayat 37: Takhwif Ukhrawi lagi.

يُريدونَ أَن يَخرُجوا مِنَ النّارِ وَما هُم بِخٰرِجينَ مِنها ۖ وَلَهُم عَذابٌ مُّقيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They will wish to get out of the Fire, but never are they to emerge therefrom, and for them is an enduring punishment.

(MALAY)

Mereka ingin keluar dari neraka, padahal mereka sekali-kali tidak dapat keluar daripadanya, dan mereka beroleh azab yang kekal.

 

يُريدونَ أَن يَخرُجوا مِنَ النّارِ

Mereka ingin keluar dari neraka, 

Mereka tidak sanggup untuk menghadapi azab api neraka itu. Tentunya mereka hendak keluar. Mereka akan cuba segala upaya untuk keluar dari neraka. Mereka akan menipu, cuba memberi rasuah, menuduh orang lain menyesatkan mereka, dan pelbagai cara lagi. Tetapi adakah mereka akan berjaya?

 

وَما هُم بِخٰرِجينَ مِنها

padahal mereka sekali-kali tidak dapat keluar darinya, 

Tetapi tentunya mereka tidak dapat keluar dari neraka itu. Neraka itu bukanlah seperti penjara dunia yang kadang-kadang ada manusia yang dapat lari keluar.

Mereka akan cuba melakukan berbagai-bagai cara. Antaranya, mereka akan meminta supaya dikeluarkan sekejap sahaja walaupun seketika (sebab mereka hendak balik ke dunia dan hendak membuat kebaikan). Tetapi mereka akan kekal di dalam neraka itu dengan tidak ada harapan langsung untuk keluar.

Semasa hidup, mereka dilalaikan dengan dunia (sampai tidak bersedia untuk akhirat), mereka kumpul dan menimbunkan harta mereka dan tidak infaqkan. Akan tetapi mereka sanggup untuk memberikan segala harta dunia itu di akhirat nanti untuk menebus diri mereka. Namun begitu sudah diberitahu yang mereka tidak akan berjaya.

Begitulah malangnya nasib mereka. Mereka sibuk sangat dengan pencarian harta dunia, padahal mereka bukan dapat menggunakan pun harta dunia itu di akhirat.

قَالَ حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ، عَنْ ثَابِتٍ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “يُؤتَى بِالرَّجُلِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ، فَيَقُولُ: يَا ابْنَ آدَمَ، كَيْفَ وَجَدْتَ مَضْجَعك؟ فَيَقُولُ: شَرَّ مَضْجَعٍ، فَيَقُولُ: هَلْ تَفْتَدِي بقُراب الْأَرْضِ ذَهَبًا؟ ” قَالَ: “فَيَقُولُ: نَعَمْ، يَا رَبُّ! فَيَقُولُ: كَذَبْتَ! قَدْ سَأَلْتُكَ أَقَلَّ مِنْ ذَلِكَ فَلَمْ تَفْعَلْ: فَيُؤْمَرُ بِهِ إِلَى النَّارِ”.

Hammad ibnu Salamah telah meriwayatkan daripada Sabit, daripada Anas ibnu Malik yang mengatakan bahwa Rasulullah ﷺ telah bersabda: Seorang lelaki dalam kalangan ahli neraka dihadapkan, lalu dikatakan kepadanya, “Hai anak Adam, bagaimanakah rasanya tempat tinggalmu?” Dia menjawab, “Sangat buruk.” Dikatakan, “Apakah kamu mahu menebus dirimu dengan emas sepenuh bumi?” Dia menjawab, “Ya, wahai Tuhanku.” Maka Allah ‎ﷻ berfirman, “Kamu dusta, sesungguhnya Aku pernah meminta kepadamu yang lebih kecil daripada itu, lalu kamu tidak melakukannya” Maka dia diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Hal yang sama telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim melalui jalur Mu’az ibnu Hisyam Ad-Dustuwai, daripada ayahnya, daripada  Qatadah, daripada Anas dengan lafaz yang sama. 

 

وَلَهُم عَذابٌ مُّقيمٌ

dan mereka beroleh azab yang kekal.

Mereka akan kekal di dalam neraka itu kerana mereka telah mengamalkan amalan dan fahaman yang syirik. Allah‎ ﷻ tidak akan memaafkan mereka dan  tidak akan mengeluarkan mereka dari neraka. Maka kita kena kenangkan, apakah berbaloi senang di dunia tetapi rugi di akhirat?


 

Maidah Ayat 38: Ini adalah hukum melibatkan perbuatan mencuri tetapi ia rendah sedikit daripada hukum samun. Mungkin curi semasa orang itu tidak ada di rumah, contohnya. Jadi dalam ayat-ayat ini, Allah ‎ﷻ sedang mengajar kepada kita tentang hukum jenayah. Dalam masa yang sama, Allah ‎ﷻ memberi isyarat yang Dia sahaja yang layak memberi hukum, bukan makhluk seperti Nabi Isa عليه السلام atau ibunya.

وَالسّارِقُ وَالسّارِقَةُ فَاقطَعوا أَيدِيَهُما جَزاءً بِما كَسَبا نَكٰلًا مِّنَ اللهِ ۗ وَاللهُ عَزيزٌ حَكيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[As for] the thief, the male and the female, amputate their hands in recompense for what they earned [i.e., committed] as a deterrent [punishment] from Allāh. And Allāh is Exalted in Might and Wise.

(MALAY)

Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

 

وَالسّارِقُ وَالسّارِقَةُ فَاقطَعوا أَيدِيَهُما

Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya

Ini adalah salah satu daripada Hukum Hudud. Dalam ayat ini, disebut lelaki dahulu sebelum perempuan. Dalam bab balaghah (ketepatan dan keindahan bahasa), ada perbincangan tentang perkara ini. Ada ketikanya, disebut perempuan dahulu, seperti dalam bab zina Surah An-Nur. Dalam surah itu, disebut perempuan dahulu kerana kalau perempuan goda lelaki, zina akan menjadi  lebih mudah dan cepat. Lihat Nur:2

الزّانِيَةُ وَالزّاني فَاجلِدوا كُلَّ واحِدٍ مِنهُما مِائَةَ جَلدَةٍ

Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan,

Tetapi dalam bab mencuri, disebut lelaki dahulu sebab yang mahukan kepada harta selalunya adalah lelaki kerana mereka yang menanggung kehidupan keluarga mereka. Mereka yang paling berhajat kepada harta dan ada ketikanya, kalau tidak jumpa cara halal, mereka akan menggunakan cara haram. Oleh itu, lebih ramai lelaki yang mencuri kalau dibandingkan dengan wanita.

Satu lagi sebab, lelaki itu telah diberikan dengan kudrat untuk mencari rezeki dengan cara yang halal, maka apabila dia mencuri maka itu adalah suatu perkara yang berat. Sedangkan dalam bab zina, wanita itu telah diberikan dengan sifat malu yang tinggi kalau dibandingkan dengan lelaki. Maka kalau dia berzina juga, itu adalah perkara yang berat.

Selalunya dalam bab ibadah, selalunya Allah tidak sebut pun wanita kerana kalau sudah disebut lelaki, ia termasuk juga wanita. Akan tetapi dalam bab hukum hudud, Allah ‎ﷻ hendak menjelaskan supaya tidak ada kekeliruan: jika wanita  mencuri, mereka akan dikenakan hukuman potong tangan juga.

Jadi jelas dalam ayat ini, hukum mencuri adalah potong tangan. Dahulu di masa Jahiliyyah hukum potong tangan ini telah berlaku, kemudian disetujui oleh Islam dan ditambahkan kepadanya syarat-syaratnya.

Dalam Undang-undang Islam, bab jenayah curi ini dan lain-lain telah lengkap dibincangkan. Sebagai contoh, kalau curi barang yang bernilai lebih daripada 10 dirham sahaja sudah dikenakan hukuman potong tangan. Sedangkan kalau ada yang mematahkan jari seorang yang lain, dia dikenakan bayaran dengan 25 ekor unta sebagai diyat. Kenapa terus dipotong, tidakkah itu perkara yang berat sekali?

Ini adalah kerana, tangan yang tidak menghargai hukum, kelima-lima jari akan dikerat begitu sahaja. Dan kalau dia ditangkap mencuri lagi, potong lagi tangan yang sebelah. Islam menetapkan yang tangan itu perlu dikerat kerana ada orang yang mencuri kerana ketagihan.

Walaupun mereka ada duit, tetapi masih hendak mencuri juga. Jadi hendaklah ditunjukkan kepada orang lain bahawa tidak elok perbuatan itu dan mesti berhenti daripada membuat perkara itu. Selain daripada itu, ia juga sebagai tanda kepada orang-orang lain bahawa mereka ini adalah pencuri dan hendaklah berjaga-jaga dengan mereka.

Namun begitu, tidaklah semua pencuri dipotong tangan mereka. Ada syarat-syarat yang perlu dipenuhi. Antaranya, barang yang dicuri itu mestilah yang berharga 10 dirham ke atas. Dalam perkara ini terdapat khilaf antara ulama’ tentang nisabnya. Pada zaman Jahiliyyah, pencuri itu dipotong tangannya walaupun barang yang dicuri itu sedikit ataupun banyak.

Dan barang-barang itu mestilah barang yang dijaga atau dikunci. Contohnya, kalau basikal kita dibiarkan begitu sahaja, dan ada orang mencurinya, maka tidak boleh dipotong tangannya. Tetapi kalau kita sudah merantai basikal itu, dan dicuri juga, barulah boleh dipotong tangannya.

Barang yang dicuri juga mestilah ada pemilik. Kalau ia dimiliki oleh umum, maka tidak boleh dipotong tangan. Contohnya kalau mencuri dari dewan milik masyarakat maka tidak jelas siapa yang memilikinya. Dia tidak boleh dipotong tangan jika mencuri milik harta awam.

Akan tetapi hakim dalam kes pencurian yang tidak boleh dikenakan hukum hudud, hakim atau kerajaan boleh mengenakan hukum ta’zir (bukan potong tangan). Tidaklah kalau tidak boleh dipotong tangan, orang itu lepas begitu sahaja. Tetap ada hukum dikenakan kepada mereka, cuma bukanlah hukum hudud.

Jadi tidaklah bermudah-mudah sahaja untuk memotong tangan seseorang. Tidaklah benar apabila ada orang menganjing hukum hudud bila mereka kata: “Nanti Kelantan boleh buat buat sup tanganlah banyak-banyak sebab banyak kena potong tangan bila mereka amal hukum hudud nanti”.

 

جَزاءً بِما كَسَبا نَكٰلًا مِّنَ اللهِ

pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai peringatan dari Allah.

Hukuman itu sebagai seksaan di atas apa yang mereka telah lakukan dan نَكالًا (peringatan) daripada Allah ‎ﷻ. Maksudnya, lain kali jangan dibuat lagi supaya orang yang sudah mencuri tidak mencuri lagi dan orang yang teringat hendak mencuri pun tidak berani hendak mencuri.

Oleh sebab itu urusan potong tangan ini dilakukan di khalayak ramai supaya masyarakat boleh melihat sendiri dan menjadi pengajaran bagi mereka. Ini adalah untuk membuat mereka berfikir: berbaloikah hilang tangan? Lihatlah bagaimana dengan ada hukuman ini, Tanah Arab sudah tidak ada kecurian lagi. Atau kalau ada pun, tidak banyak sedangkan dahulu memang selalu terjadi.

Allah ‎ﷻ tahu perangai kita, psikologi kita, dan Allah ‎ﷻ Maha bijaksana. Percayalah, kalau kita amalkan hukum hudud ini, ada banyak kebaikan untuk kita, sama ada kita mahu percaya atau tidak. Ia pastinya akan menakutkan orang yang menyebabkan mereka berfikir dua, tiga, empat kali sebelum hendak mencuri. Negara tempat tinggal kita akan menjadi aman.

Sedangkan kalau hukuman rekaan manusia zaman sekarang, tidak ada susah sangat pun kalau ditangkap mencuri. Siap ada yang suka duduk dalam penjara pun ada kerana mereka dapat duduk percuma dan makan percuma lagi. Siapa yang tanggung mereka? Tentulah orang-orang yang mereka curi lagi bila keluar dari penjara.

Dalam ayat ini, Allah ‎ﷻ menekankan yang hukuman ini adalah من الله (daripada  Allah). Maknanya penetapan hukum ini daripada Allah ‎ﷻ, dan kalau langgar, ia telah melanggar hukum Allah ‎ﷻ. Walaupun mencuri itu mengambil harta orang, tetapi dalam masa yang sama, yang mencuri itu telah melanggar hukum Allah ‎ﷻ kerana Allah ‎ﷻ telah melarang perbuatan mencuri, bukan?

Jadi hukuman ini tetap dijalankan jika orang yang mencuri itu telah ditangkap. Walaupun orang yang dicuri itu ingin memaafkan orang yang mencuri hartanya, ia tidak diterima kerana orang yang mencuri itu telah langgar hukum Allah ‎ﷻ. Ini berlainan dengan hukum Qisas. Dalam qisas, yang dizalimi masih boleh memaafkan sebelum hukum dikenakan.

 

وَاللهُ عَزيزٌ حَكيمٌ

Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Allah ‎ﷻ itu Maha Gagah Perkasa dan Dia boleh berbuat apa sahaja yang Dia kehendaki. Allah ‎ﷻ boleh memberikan seksaan kepada sesiapa sahaja bila-bila masa sahaja. Kita tidak layak untuk mempersoalkan hukum dan ketetapan daripada Allah ‎ﷻ.

Namun begitu, Allah ‎ﷻ juga memberitahu yang Dia yang Maha Bijaksana. Maksudnya hukum ini bukanlah dibuat oleh Satu yang berkuasa, tetapi daripada yang bijaksana juga. Hukum yang Allah ‎ﷻ berikan ini akan memberi kebaikan kepada masyarakat kalau diamalkan. Dan ia boleh diamalkan zaman berzaman (bukan zaman Nabi sahaja). Jadi jangan pandang ringan hukum ini. Kalau tidak nampak kebaikannya, maknanya kita yang tidak bijaksana.

Dan Allah ‎ﷻ memberitahu juga yang sifat bijaksana ini bermakna Allah ‎ﷻ boleh menangguhkan hukuman untuk memberi peluang kepada manusia bertaubat. Allah ‎ﷻ tidak terus menghukum apabila manusia itu melakukan kesalahan. Ini kerana kalau terus diberi azab, tentulah teruk sekali manusia itu. Jadi kalau orang yang mencuri itu hendak bertaubat, dia masih boleh buat lagi sebelum dia ditangkap. Dia masih ada peluang.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 31 Oktober 2021


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Maariful Qur’an

Tafsir Surah an-Nisa Ayat 95 – 97 (Hukum Hijrah)

Ayat 95: Ada orang yang diberi uzur tidak wajib menyertai perang menentang orang kafir. Ada dua kemungkinan dimana seseorang itu dibenarkan untuk tidak berjihad – mungkin dia menjaga perbatasan negara Islam atau memang dia uzur macam buta, tempang dan sebagainya.

Ada juga jihad fardhu kifayah, iaitu sukarela. Sebab mungkin sudah ada tentera Islam yang cukup. Yang pergi juga walaupun tidak diwajibkan kepada mereka, tentu lebih dapat pahala dari yang tidak pergi. Jadi ayat ini memberitahu kelebihan mereka yang sanggup berjuang semasa jihad fardhu kifayah.

لا يَستَوِي القٰعِدونَ مِنَ المُؤمِنينَ غَيرُ أُولِي الضَّرَرِ وَالمُجٰهِدونَ في سَبيلِ اللهِ بِأَموٰلِهِم وَأَنفُسِهِم ۚ فَضَّلَ اللَهُ المُجٰهِدينَ بِأَموٰلِهِم وَأَنفُسِهِم عَلَى القٰعِدينَ دَرَجَةً ۚ وَكُلًّا وَعَدَ اللَهُ الحُسنىٰ ۚ وَفَضَّلَ اللَهُ المُجٰهِدينَ عَلَى القٰعِدينَ أَجرًا عَظيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Not equal are those believers remaining [at home] – other than the disabled – and the mujāhideen, [who strive and fight] in the cause of Allāh with their wealth and their lives. Allāh has preferred the mujāhideen through their wealth and their lives over those who remain [behind], by degrees. And to all [i.e., both] Allāh has promised the best [reward]. But Allāh has preferred the mujāhideen over those who remain [behind] with a great reward –

MALAY

Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman – selain daripada orang-orang yang ada keuzuran – dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk dengan pahala yang amat besar;

 

لا يَستَوِي القٰعِدونَ مِنَ المُؤمِنينَ

Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman

Ayat ini hendak memberitahu bahawa tidak sama orang yang pergi berjihad dengan mereka yang tidak pergi. Ini adalah apabila arahan perang itu arahan fardhu kifayah, bukan arahan wajib.

Kena bezakan kerana ada arahan dari Khalifah untuk pergi berperang, dan ini tidak boleh ditolak. Kalau tidak pergi juga, maknanya munafik. Ini bukan perbincangan ayat ini.

Perbincangan ayat ini adalah apabila ada ajakan sukarela untuk berperang. Jadi apabila apabila sukarela, ada yang pergi dan ada yang tidak.

Oleh itu, mereka yang tidak pergi berjihad itu, tidaklah mereka bersalah jikalau ianya jenis jihad yang tidak wajib. Mereka yang tidak pergi itu pun mukmin juga seperti yang disebut dalam ayat ini. Mereka tidak berdosa walaupun tidak ada uzur pun. Cuma mereka tak dapatlah darjat yang Allah janjikan kepada mujahideen.

 

غَيرُ أُولِي الضَّرَرِ

selain daripada orang-orang yang ada keuzuran

Melainkan jikalau mereka itu uzur, kerana uzur itu sudah ada sebab yang kukuh untuk tidak pergi berjihad. Jadi, ayat ini tentang mereka yang sihat, tapi tidak juga pergi berjihad.

Keuzuran itu boleh jadi macam-macam. Mungkin ada yang buta, tempang, lumpuh, sakit dan sebagainya yang tidak membenarkan dia pergi berjihad. Malah, kepada orang perempuan pun.

Mereka yang tidak dapat berjuang di jalan Allah itu pun akan mendapat pahala seperti mereka yang berjihad juga, asalkan yang menghalang mereka hanyalah kerana keuzuran mereka.

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang bersumber dari Al-Barra. diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan lainnya dari Zaid bin Tsabit dan At-Thabarani dari Zaid bin Arqam dan Ibnu Hibban dari Al-Falatan bin Ashim seperti riwayat berikut: bahawa ketika turun ayat “لا يَستَوِي القاعِدونَ مِنَ المُؤمِنينَ (An-Nisa ayat 95) bersabdalah Nabi Saw: “Panggillah si anu”. Maka datanglah ia membawa tinta dengan alat tulisnya. Bersabdalah Rasulullah SAW: “Tulislah “لا يَستَوِي القاعِدونَ مِنَ المُؤمِنينَ. Di belakang Rasulullah SAW ada Ibnu Ummi Maktum, dia berkata: “Ya Rasulallah, saya buta”, maka turunlah kelanjutannya “غَيرُ أُولِي الضَّرَرِ sampai akhir ayat (An-Nisa ayat 95) sebagai pengecualian bagi orang yang berhalangan (darurat).

Jadi ini memberi dalil kepada kita bahawa mereka juga mendapat pahala jihad kerana kalau mereka tidak sakit atau cacat, mereka pun akan turut berjihad.

Maka hal ini mengandung keringanan dan jalan keluar bagi orang-orang yang mempunyai uzur yang membolehkannya untuk tidak ikut berjihad, seperti tuna netra, pincang, dan sakit; hingga kedudukan mereka tetap sama dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwanya.

Memang demikianlah seharusnya, seperti yang dinyatakan di dalam kitab Sahih Bukhari melalui jalur Zuhair ibnu Mu’awiyah, dari Humaid ibnu Anas, bahwa Rasulullah Saw. telah bersabda:

” إِنَّ بِالْمَدِينَةِ أَقْوَامًا مَا سِرْتُم مِنْ مَسِير، وَلَا قَطَعْتُمْ مِنْ وَادٍ إِلَّا وَهُمْ مَعَكُمْ فِيهِ ” قَالُوا: وَهُمْ بِالْمَدِينَةِ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: ” نَعَمْ حَبَسَهُمُ الْعُذْرُ “

Sesungguhnya di Madinah terdapat orang-orang yang tidak sekali-kali kalian berjalan, dan tidak pula menempuh suatu lembah, melainkan mereka selalu bersama kalian padanya. Ketika mereka bertanya, “Apakah mereka tetap tinggal di Madinah, wahai Rasulullah?” Nabi Saw. menjawab: Ya, mereka terhalang oleh uzur (hingga tidak ikut bersama kamu).

 

وَالمُجٰهِدونَ في سَبيلِ اللهِ بِأَموٰلِهِم وَأَنفُسِهِم

dengan orang-orang yang berjihad pada jalan Allah dengan harta dan jiwanya.

Tidaklah sama mereka yang tidak pergi berjihad dengan mereka yang pergi berjihad. Tentulah ada kelebihan kepada mereka yang pergi berjihad itu.

Jihad memerlukan infak kerana tanpa kewangan, perang tidak dapat dijalankan kerana ianya memerlukan belanja yang besar.

Bukan sahaja mujahid itu mengeluarkan hartanya sahaja, tapi dia juga perlu pergi sendiri untuk menggadai nyawanya dalam menjalankan jihad itu.

 

فَضَّلَ اللَهُ المُجٰهِدينَ بِأَموٰلِهِم وَأَنفُسِهِم عَلَى القٰعِدينَ دَرَجَةً

Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk dengan kelebihan satu darjat.

Allah memberi motivasi kepada manusia untuk pergi berjihad. Iaitu mereka yang pergi berjihad fisabilillah itu mendapat derjat yang lebih tinggi dari mereka yang tidak pergi.

إِنَّ فِي الْجَنَّةِ مِائَةَ دَرَجَةٍ، أَعَدَّهَا اللهُ لِلْمُجَاهِدِينَ فِي سَبِيلِهِ، مَا بَيْنَ كُلِّ دَرَجَتَيْنِ كَمَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْض

“Ada seratus darjat di Syurga yang Allah telah sediakan kepada mereka yang berjuang di jalan Allah. jarak di antara dua darjat itu adalah seperti jarak antara langit dan bumi .” Sahih Bukhari.

 

وَكُلًّا وَعَدَ اللَهُ الحُسنىٰ

Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik

Golongan Mukmin yang pergi berjihad dan golongan mukmin yang tidak pergi berjihad, kedua-duanya mendapat balasan kebaikan dari Allah. Kerana yang tidak pergi berjihad pun mukmin juga.

 

وَفَضَّلَ اللَهُ المُجٰهِدينَ عَلَى القٰعِدينَ أَجرًا عَظيمًا

dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk dengan pahala yang amat besar;

Tetapi, Allah melebihkan balasan kepada mereka yang pergi berjihad. Lebih dari mereka yang duduk tidak berjihad.

Ayat ini mengajar kita untuk berbuat lebih untuk agama, dalam hal ibadat dan kebaikan, untuk mendapatkan derjat yang lebih tinggi lagi. Kerana kita kena berusaha sebanyak yang kita mampu. Jangan buat yang wajib-wajib sahaja, tapi hendaklah disusuli dengan perkara-perkara sunat.

Ayat ini memberi dalil kepada kita bahawa jihad fisabilillah itu adalah Fardhu Kifayah. Ianya bukanlah Farhdu Ain. Kalau tentera sudah cukup, maka kewajipan itu sudah dipenuhi. Tetapi kalau ada yang kena serang, maka ianya adalah kewajipan mereka yang mampu untuk mempertahankan diri. Ataupun, kalau negara Islam yang lain kena bantu. Kalau selagi tidak cukup, maka kewajipan itu belum dipenuhi lagi.


 

Ayat 96: Inilah kelebihan yang mereka akan dapat. Kelebihan yang amat besar.

دَرَجٰتٍ مِّنهُ وَمَغفِرَةً وَرَحمَةً ۚ وَكانَ اللَهُ غَفورًا رَّحيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Degrees [of high position] from Him and forgiveness and mercy. And Allāh is ever Forgiving and Merciful.

MALAY

Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya, dan keampunan serta rahmat belas kasihan. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

 

دَرَجٰتٍ مِّنهُ

Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya,

Derjat itu adalah pemberian dari Allah sendiri. Maknanya, ianya adalah kedudukan yang istimewa. Manusia ada juga beza-bezakan darjat antara manusia, tapi itu rekaan manusia sahaja – pangkat, kedudukan, kecantikan, bangsa dan sebagainya. Tapi derjat yang dimaksudkan ini adalah dari Allah sendiri.

 

وَمَغفِرَةً وَرَحمَةً

dan keampunan serta rahmat belas kasihan. 

Keampunan tambahan dan rahmat tambahan. Kita memang amat-amat mengharapkan dua-dua perkara ini – keampunan dan rahmat. Kalau Allah tidak ampunkan dosa kita, kita akan masuk ke dalam neraka.

Dan kalau Allah tidak beri rahmat kepada kita, kita tidak akan dapat masuk ke dalam syurga, kerana kita hanya dapat masuk ke dalam syurga dengan rahmatNya sahaja.

 

وَكانَ اللَهُ غَفورًا رَّحيمًا

Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Allah mengingatkan kita dengan dua SifatNya – Maha Pengampun dan Maha Mengasihani. Dalam kita mengharapkan pengampunan dan rahmat dari Allah, Allah terus memberitahu yang Dia memang sudah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani.

Habis Ruku’ ke 13 dari 24 ruku’ dalam surah ini.


 

Ayat 97: Ini adalah hukum ke-9 kepada pemerintah. Ini adalah tentang orang Islam yang tinggal di sekitar daerah Kafir Harbi.

Allah perintah Khalifah negara Islam dengan tanggungjawab untuk pastikan umat Islam tidak dizalimi walau mereka duduk di negara Kafir Harbi. Mungkin mereka tidak berhijrah kerana mereka tidak mampu berhijrah ke negara Islam. Kena bezakan dengan golongan munafik yang memang tidak mahu berhijrah kerana mereka nak duduk dekat dengan orang kafir.

Khalifah kena ambil tahu tentang hal mereka dan kena selalu bertanya. Kalau ada kezaliman ke atas orang Islam di negara Kafir Harbi, Khalifah kena arahkan tentera untuk menyelamatkan mereka. Kita telah belajar hal ini dalam ayat-ayat sebelum ini.

Tapi ayat ini tentang mereka yang mampu hijrah, tapi tetap tidak mahu hijrah. Hukumnya, kerana mereka mampu, mereka wajib hijrah. Mereka kena hijrah supaya boleh amalkan amalan Islam dengan sempurna.

Janganlah tidak mahu hijrah ke negara Islam kerana banyak rezeki tempat mereka duduk. Itu maknanya, mereka tidak mahu hijrah kerana tamak kepada dunia dan harta.

Masalahnya, bila duduk negara Kafir Harbi, banyak ibadat tidak boleh dilakukan kerana ada banyak sekatan dari pemerintah yang kafir. Apabila mereka tidak dapat menyempurnakan amal ibadat, mereka dikira berdosa kerana lalai kerana mereka mampu untuk berhijrah tapi tidak.

Kalau mereka ditanya di akhirat nanti kenapa tidak amalkan Islam dengan sempurna, alasan tidak mampu menjaga hukum Allah kerana ditindas oleh pemerintah, sudah tidak laku. Kerana bukannya mereka tidak boleh menyelamatkan diri mereka dari pemerintah zalim itu, tapi mereka yang tidak mahu.

Asbabun Nuzul ayat ini adalah tentang orang Mekah yang mampu untuk Hijrah ke Madinah tapi mereka tidak melakukannya kerana banyak rezeki dan harta mereka di Mekah jadi mereka tidak mahu kerugian kalau mereka berpindah ke Madinah.

إِنَّ الَّذينَ تَوَفّٰهُمُ المَلىٰئِكَةُ ظالِمي أَنفُسِهِم قالوا فيمَ كُنتُم ۖ قالوا كُنّا مُستَضعَفينَ فِي الأَرضِ ۚ قالوا أَلَم تَكُن أَرضُ اللَّهِ وٰسِعَةً فَتُهاجِروا فيها ۚ فَأُولٰئِكَ مَأوىٰهُم جَهَنَّمُ ۖ وَساءَت مَصيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, those whom the angels take [in death] while wronging themselves¹ – [the angels] will say, “In what [condition] were you?” They will say, “We were oppressed in the land.” They [the angels] will say, “Was not the earth of Allāh spacious [enough] for you to emigrate therein?” For those, their refuge is Hell – and evil it is as a destination.

  • By preferring to remain among the disbelievers, although they have the means to emigrate, in an environment where a Muslim is unable to practice his religion freely.

MALAY

Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: “Apakah yang kamu telah lakukan mengenai ugama kamu?” Mereka menjawab: “Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi”. Malaikat bertanya lagi: “Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?” Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.

 

إِنَّ الَّذينَ تَوَفّٰهُمُ المَلىٰئِكَةُ ظالِمي أَنفُسِهِم

Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri

Ini adalah tentang orang Islam yang mati dalam hal keadaan mereka yang ‘menzalimi diri mereka’ kerana tidak mengamalkan Islam dengan sepenuhnya. Apabila tidak mengamalkan ajaran Islam, itu telah menzalimi diri sendiri kerana mereka akan tanya nanti di akhirat dan mereka akan diazab.

Ini adalah kerana mereka tinggal di negara kafir yang menghalang mereka dari mengamalkan Islam dengan sempurna. Mereka jadi begitu kerana mereka tidak berhijrah ke negara Islam. Sedangkan mereka mampu untuk berhijrah. Dan mereka dicabut nyawa oleh malaikat maut dalam keadaan begitu.

Ad-Dahhak mengatakan, ayat ini diturunkan berkenaan dengan sejumlah orang dari kaum munafik yang tidak ikut berperang bersama Rasulullah Saw. di Mekah, tetapi mereka keluar bersama-sama pasukan kaum musyrik dan memihak kepada mereka dalam Perang Badar, lalu di antara mereka ada yang mati dalam peperangan tersebut. Maka turunlah ayat yang mulia ini, yang maknanya umum mencakup semua orang yang bermukim di tengah-tengah kaum musyrik, padahal mereka mampu melakukan hijrah, namun mereka tidak dapat menegakkan agamanya; maka dia adalah orang yang aniaya kepada dirinya sendiri dan dinilai sebagai orang yang berbuat dosa besar menurut kesepakatan umat dan menurut nas ayat ini, kerana Allah Swt. telah berfirman: Sesungguhnya orang-orang yang diwafatkan malaikat dalam keadaan menganiaya diri sendiri. (An-Nisa: 97) Yakni karena ia tidak mau berhijrah ke Madinah. (kepada mereka) malaikat berkata, “Dalam keadaan bagaimanakah kalian ini?” (An-Nisa: 97) Dengan kata lain, mengapa kalian tinggal di Mekah dan tidak mau hijrah ke Madinah? Mereka menjawab, “Adalah kami orang-orang yang tertindas di negeri (Mekah) ini.” (An-Nisa: 97) Maksudnya, kami tidak mampu keluar meninggalkan negeri ini, tidak mampu pula bepergian keluar meninggalkannya. Para malaikat berkata, “Bukankah bumi Allah itu luas?” (An-Nisa: 97), hingga akhir ayat.

 

قالوا فيمَ كُنتُم

mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: “Apakah keadaan kamu sebelum ini?”

Masa malaikat cabut nyawa mereka, malaikat tanya mereka: mereka dalam agama mana? Sebab banyak hukum Tuhan mereka tak buat sebab tak dapat buat. Dah tak nampak macam bukan orang Islam pula.

 

قالوا كُنّا مُستَضعَفينَ فِي الأَرضِ

Mereka menjawab: “Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi”. 

Mereka kata mereka golongan yang tertindas di bumi kafir. Sebab itu mereka tidak dapat mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna. Mereka terhalang dari mengamalkan agama Islam dengan benar.

 

قالوا أَلَم تَكُن أَرضُ اللهِ وٰسِعَةً

Malaikat bertanya lagi: “Tidakkah bumi Allah itu luas, 

Selepas mereka menjawap macam itu, para malaikat tanya balik: Kenapa buat alasan?  Bukankah bumi Allah ini luas? Kamu bukan kena tinggal di situ sahaja.

 

فَتُهاجِروا فيها

yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?”

Bila bumi ini luas, bukankah kamu boleh hijrah? Pergilah ke negara Islam, supaya senang nak amal agama.

Kalau pada zaman Nabi dulu, mereka sepatutnya hijrah ke Madinah, kerana Madinah dekat sahaja. Jangan beri alasan susah pula nak hijrah kerana semua yang hijrah itu susah belaka.

Kalau zaman sekarang, maksudnya kena duduk di negara yang mengamalkan Islam. Atau negara yang ramai orang Islam. Atau negara yang ada orang Islam dan mereka boleh mengamalkan Islam.

Kerana itulah apabila ada orang dari luar negara menelefon Syaikh Albani untuk bertanyakan hukum agama, beliau memulakan dengan mengajak orang itu pindak ke negara Islam.

 

فَأُولٰئِكَ مَأوىٰهُم جَهَنَّمُ

Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam,

Mereka tetap kena hukum dengan dimasukkan ke dalam neraka. Alasan mereka yang mereka ditindas di negara kafir itu sampai tidak boleh mengamalkan Islam dengan sempurna itu tidak laku dan tidak diterima. Kerana ianya adalah salah mereka sendiri. Mereka boleh pindah, tapi mereka yang tidak pindah.

Mereka tidak boleh guna alasan yang mereka kena buat perkara salah kerana ikut penduduk setempat. Sebagai contoh, dalam zaman kita sekarang, katakanlah kita solat jemaah di masjid dan jemaah buat ‘salam keliling’ atau ‘salam itik’ selepas solat jemaah itu. Jangan pula kita buat sekali dan kemudian beri alasan kena ikut sebab ramai yang buat.

Kenapa nak ikut perkara yang bidaah? Kerana kalau kita tak buat pun, tidaklah kena pukul atau kena bunuh, bukan? Habis kuat pun mereka yang jahil akan jeling kita dan itu tidaklah memberi bekas dan cedera kepada kita, bukan? Kita kenalah berani, jangan takut kepada orang yang jahil.

Oleh itu, ayat ini tentang mereka yang tidak boleh amalkan hukum kerana ada halangan dari orang di negara atau kawasan itu.

 

وَساءَت مَصيرًا

dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.

Mereka akhirnya akan dimasukkan ke dalam neraka dan ianya adalah tempat yang paling buruk. Azab dalam neraka itu amat teruk sampaikan tidak ada sesiapa yang akan tahan. Azab itu tidak berhenti selagi penghuninya duduk dalam neraka. Bukan ada masa rehat.

Balaghah: Hazfu wa zikru. Jenis الإختزال (al-ikhtizal)

Ini berlaku apabila ada hazaf huruf dalam lafaz ayat Qur’an. Ini seumpama penggunaan shorthand. Ada hazaf dari fi’il (katakerja). Dibuang huruf untuk menunjukkan peristiwa itu lebih kecil atau kurang dari segi kuantiti; atau masa kejadian itu lebih pendek.

Sebagai contoh, kalaulah penggunaan al-ikhtizal ini ada dalam bahasa Melayu, kalau digunakan kalimah ‘makan’, itu bermaksud makan yang biasa. Tetapi, kalau buang huruf n dan perkataan makan itu jadi ‘maka’, maksudnya makan yang sekejap sahaja tidak seperti biasa, atau makan sikit sangat tidak seperti biasa. Tapi tidaklah penggunaan ikhtizal ini ada dalam bahasa Melayu, jadi ini sebagai contoh sahaja.

Lihat kalimat تَوَفَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ dalam ayat ini. Dalam ayat ini, ada ikhtizal pada kalimah تَوَفَّاهُمُ. Asalnya adalah تَتَوَفَّاهُمُ. Kenapa ada hazaf pada huruf ta’ itu? Kalau tanya ulama nahu, mereka akan jawap memang boleh dihazafkan kerana sebab muwalah, iaitu apabila ada huruf berulang memang boleh dibuang salah satunya. Tapi, kalau begitu hujahnya, apa beza dengan ayat Nahl:28?

الَّذِينَ تَتَوَفَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ ظَالِمِي أَنفُسِهِمْ فَأَلْقَوُا السَّلَمَ مَا كُنَّا نَعْمَلُ مِن سُوءٍ بَلَىٰ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

(Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka menganiaya diri sendiri (dengan kekufurannya).” Lalu mereka tunduk menyerah (ketika melihat azab sambil berkata): “Kami tiada melakukan sesuatu kejahatan”. (Malaikat menjawab): “Bahkan (kamu ada melakukannya); sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu telah kerjakan”.

Lihatlah kalimat تَتَوَفَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ yang hampir sama dalam Nisa:97, tapi kenapa ianya dalam wazan yang penuh? Sedangkan kedua-dua ayat ini tentang mereka yang mengalami su’ul khotimah (akhir hidup yang buruk).

Jawapannya kerana walaupun kedua-dua ayat itu disebabkan keadaan yang hampir serupa, tapi tidaklah sama. Kalau kalimat تَوَفَّاهُمُ dalam Nisa:97 dihazafkan kerana jumlah kejadian yang termasuk dalam keadaan ini adalah terhad.

Mereka itu mati su’ul khotimah iaitu mati dalam kafir kerana enggan berhijrah; dari segi bilangan, ini adalah kurang kalau dibandingkan dengan mereka yang mati su’ul khotimah dalam keadaan umum. Hari-hari ada orang mati kerana tidak beriman, kerana berdosa dan sebagainya. Tapi yang mati kerana tidak berhijrah, itu adalah kurang.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 10 Jun 2018

Ringkasan Surah Nisa’


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Mutiara al-Qur’an

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Surah an-Nisa Ayat 75 – 76(Jihad)

Ayat 75: Kita masih lagi dalam bahagian ayat-ayat Sura an-Nisa ini kepada pemerintah. Ini adalah Hukum ke 3 kepada pemerintah.

Sebagai pemerintah, kena pastikan orang Islam, walau di mana sahaja mereka, kena bebas dari dizalimi. Walaupun mereka duduk di luar kawasan pemerintahan Islam, mereka tetap dipelihara.

Oleh kerana itu, pemerintah Islam kena tanya khabar mereka dan tahu keadaan mereka. Entah-entah ada orang Islam yang duduk dalam negara kafir yang tertindas. Kalau mereka tertindas atau dizalimi, kena lepaskan mereka.

Dalam ayat ini, Allah menjelaskan tentang perkara itu sebagai targhib untuk melakukan jihad.

وَما لَكُم لا تُقٰتِلونَ في سَبيلِ اللَّهِ وَالمُستَضعَفينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدٰنِ الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَٰذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِيًّا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And what is [the matter] with you that you fight not in the cause of Allāh and [for] the oppressed among men, women, and children who say, “Our Lord, take us out of this city of oppressive people and appoint for us from Yourself a protector and appoint for us from Yourself a helper”?

MALAY

Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan ugama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)”.

 

وَمَا لَكُمْ لَا تُقٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللهِ

Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah

Allah memberi soalan retorik kepada orang-orang yang beriman. Allah tanya mereka: kenapa mereka tidak mahu berperang? Apakah yang menghalang mereka berjihad atas jalan Allah?

Kemudian Allah sebut kenapa mereka perlu berjihad fisabilillah.

 

وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدٰنِ

orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak,

Apa alasan kamu untuk tidak berperang, sedangkan ada umat Islam yang tertindas yang duduk dalam negara kafir harbi atau di mana-mana sahaja. Samada mereka telah ditawan dan dibawa ke sana atau dia masuk Islam semasa tinggal dalam negara kafir itu dan tidak dapat berhijrah ke negara Islam.

Ini adalah kerana ada juga yang masuk Islam secara senyap-senyap. Mungkin keluarga dia sendiri yang tindas mereka.

Ada tiga golongan yang disebut dalam ayat ini: orang-orang lelaki yang lemah, perempuan dan kanak-kanak. Kerana mereka inilah yang selalu kena tindas.

 

الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَٰذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا

iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri ini, yang penduduknya yang zalim,

Dan mereka sentiasa berdoa kepada Allah. Allah menyebutkan apakah doa mereka. Mereka berdoa kepada Allah untuk mengeluarkan mereka dari negara yang zalim itu, yang penduduknya dan pemerintahnya mengamalkan syirik kepada Allah.

Dan mereka menindas orang-orang Islam, tidak membenarkan mereka menjalankan agama seperti yang sepatutnya. Jadi mereka bukan sahaja terganggu dalam kehidupan seharian mereka, tapi dalam amal ibadat juga. Dalam keadaan begini, Khalifah tidak boleh berdiam diri.

Asalnya ayat ini tentang orang Muslim yang tidak dapat keluar dari Mekah waktu hijrah. Mereka telah masuk Islam dan mereka tidak mampu untuk keluar dari Mekah. Ini berbeza dengan mereka yang telah masuk Islam tapi tidak mahu keluar dari Mekah.

Mereka itu tidak patut ditolong dan nanti akan disebut tentang mereka dalam ayat-ayat seterusnya. Tetapi, kepada mereka yang lemah, tujuan utama sekarang adalah untuk bawa mereka ke negara Islam waktu itu – Madinah.

Mereka tidak dapat berhijrah kerana mereka tidak ada kemampuan dari segi fizikal dan kewangan. Kemudian mereka pun dihalang oleh musyrikin Mekah dari berhijrah ke Madinah. Dan musyrikin Mekah telah melakukan berbagai-bagai kekejaman kepada mereka dengan tujuan hendak mengembalikan mereka kepada agama asal tok nenek mereka.

Walaupun asal ayat ini adalah tentang penduduk Islam yang tertindas di Mekah pada zaman Nabi, tapi ianya tidak terhad kepada zaman itu sahaja, tapi ianya terpakai untuk setiap zaman.

 

وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِيًّا

dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin

Mereka berdoa kepada Allah untuk memberikan pemimpin kepada mereka yang dapat memberi perlindungan kepada mereka. Begitulah maksud ‘wali’ dalam ayat ini.

 

وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيرًا

dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membantu kami 

Mereka juga memohon kepada Allah untuk menghantar golongan yang boleh membantu mereka membebaskan diri mereka. Itulah yang dimaksudkan adalah tentera dari negara Islam.

Oleh itu, negara Islam hendaklah mempunyai kekuatan tentera yang kuat supaya mereka boleh pergi ke negara yang zalim itu dan membebaskan penduduknya yang Islam. Kalau tidak ada semangat jihad, bagaimanakah ayat ini hendak diamalkan? Kalau tidak ada diajar tentang jihad kepada umat Islam sekarang, bagaimana ayat ini boleh dijalankan?

Dan, kalau tidak ada kekuatan ketenteraan, makanya negara Islam hanya dapat melihat sahaja. Lihatlah bagaimana ada negara yang penduduknya yang Islam telah dijajah dan mereka yang muslim dipenjarakan tanpa belas kasihan. Dan ada juga negara yang menghalang umat Islamnya dari menjalankan kehendak agama. Sebagai contoh, ada negara yang tidak membenarkan umat Islam memakai tudung tutup kepala sedangkan itu adalah kewajipan wanita muslim.

Lihatlah juga keadaan negara Palestin yang entah berapa lama telah ditindas rakyatnya terang-terangan, dan entah bilakah lagi mereka akan terus tertindas. Malangnya, kita hanya dapat tengok sahaja. Ini adalah kerana semangat jihad dalam diri umat Islam telah dimatikan.

Kepada umat Islam yang tertindas di Mekah pada zaman Nabi, doa mereka telah dijawap oleh Allah apabila mereka telah dibebaskan dengan kedatangan tentera Islam semasa Pembukaan Mekah.

Ayat ini juga mengajar mereka yang tertindas di mana-mana, untuk meletakkan pengharapan kepada Allah dan berdoa kepadaNya. Ikutlah sunnah para sahabat di Mekah itu. Kerana hanya Allah sahaja yang dapat menyelamatkan mereka.


 

Ayat 76: Orang mukmin akan menggunakan apa sahaja yang dia ada, untuk tujuan agama. Antaranya dia akan menggunakan nyawanya pada jalan Allah untuk berjihad perang.

Dan ini adalah tahap kemuncak keimanan seseorang. Kerana bukan senang untuk berjihad perang. Ianya memerlukan kekuatan iman yang tinggi dan kepercayaan kepada janji Allah kepada syuhada’. Maknanya, orang yang telah turun berjihad itu telah berjaya melawan hawa nafsu dia, kalau tidak dia tidak akan turun berperang, bukan?

الَّذِينَ ءآمَنُوا يُقٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطّٰغُوتِ فَقٰتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطٰنِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطٰنِ كَانَ ضَعِيفًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Those who believe fight in the cause of Allāh, and those who disbelieve fight in the cause of ṭāghūt.¹ So fight against the allies of Satan. Indeed, the plot of Satan has ever been weak.

  • See footnote to 4:60.

MALAY

Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.

 

الَّذِينَ ءآمَنُوا يُقٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللهِ

Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah;

Allah memberitahu sifat orang mukmin dalam ayat ini. Mereka sanggup berperang untuk agama. Mereka tidak takut mati kerana mereka tahu bahawa balasan berperang pada jalan Allah adalah terbesar sekali. Mereka mendambakan janji Allah itu.

Tujuan orang Islam berjihad adalah untuk menyebarkan dakwah Islamiah dan memperkenalkan Allah (Tauhid) kepada manusia dan supaya manusia hanya mentauhidkan Allah sahaja.

 

وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطّٰغُوتِ

dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). 

Dalam masa yang sama, golongan kafir degil pun akan berperang juga. Cuma bezanya mereka berperang untuk jalan taghut – iaitu jalan selain menuju kepada Allah.

Sebenarnya mereka pun sanggup mati. Ini kerana mereka dijanjikan dengan berbagai-bagai motivasi – perempuan, harta, nama dan sebagainya. Kerana mereka mahu apabila mati kelak, mereka diingat sebagai seorang pejuang.

Tujuan mereka adalah untuk menjalankan program dan propaganda syaitan. Mereka dipandu oleh syaitan dan syaitan mahu menyebarkan akidah syirik kepada manusia.

Kalau ada orang kafir yang sanggup mati untuk melawan Islam, takkan tidak ada orang Islam yang sanggup mati lawan orang kafir? Malulah kita kalau kita tidak buat apa-apa. Macam kita lebih lemah dari orang kafir pula. Sedangkan mereka dijanjikan dengan benda yang tidak benar, tapi kita dijanjikan dengan kelebihan dari Allah sendiri. Manakah janji yang lebih benar? Tentunya janji dari Allah, bukan?

 

فَقٰتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطٰنِ

Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, 

Maka jangan umat Islam berdiam diri, melihat sahaja tentera kafir menyerang kita atau umat Islam yang lain. Kita kena lawan mereka yang bertemankan syaitan itu. Kita bertemankan Allah, takkan nak kalah dengan mereka pula?

 

إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطٰنِ كَانَ ضَعِيفًا

sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.

Orang kafir juga merancang strategi mereka dan mereka dipandu oleh syaitan yang akan memberi idea-idea kepada mereka. Tapi rancangan syaitan itu akan jadi amat lemah kalau orang Islam lawan mereka. Syaitan itu bukannya kuat sangat. Dia hanya akan jadi kuat kalau orang Islam tidak berjuang.

Ini seumpama rumah yang tidak ada tuan, maka barulah labah-labah boleh buat sarang. Tapi kalau ada tuan, sarang labah-labah itu senang sahaja dihapuskan.

Mana mungkin kita akan kalah dengan tentera yang dipandu oleh syaitan, sedangkan kita orang Mukmin dipandu dan dibantu oleh Allah? Dan Allah telah berjanji untuk membantu tentera Islam. Begitulah yang terjadi semasa Perang Badr. Waktu itu syaitan telah menjanjikan berbagai-bagai motivasi dan berjanji untuk menolong puak kafir. Tapi apabila syaitan melihat tentera Islam dibantu oleh para malaikat, mereka telah melarikan diri bertempiaran.

Tentera Islam pasti akan ditolong oleh Allah asalkan tentera Islam itu memenuhi syarat-syaratnya. Syarat-syarat tentera Islam telah disebut dalam Surah Baqarah sebelum ini dan boleh rujuk di situ. Tapi, dalam ayat ini sendiri, sudah ada dua syarat yang diletakkan:

  1. الَّذِينَ ءَامَنُواْ orang-orang yang berperang itu mestilah orang-orang yang beriman
  2. يُقاتِلونَ في سَبيلِ اللهِ mereka itu berperang pada jalan Allah, bukan kerana hendak mendapatkan harta, meluaskan kawasan jajahan dan sebagainya, bukan.

Allahu a’lam. Habis Ruku’ ke 10 dari 24 ruku’ dalam surah ini. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 4 Mei 2018

Ringkasan Surah Nisa’


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi