Tafsir Surah Saff Ayat 10 – 14 (Jadilah seperti hawariyyun)

Ayat 10: Dalam ayat sebelum ini Allah telah memberitahu yang Dia akan menegakkan agamaNya di bumi. Oleh itu, untuk menegakkan agama Islam di seluruh dunia untuk mengatasi agama agama yang lain, maka kerana itulah jihad perlu dijalankan dan Allah sekarang Allah menceritakan kelebihan jihad. 

Ayat 10 – 13 adalah Perenggan Makro Kelima. Ia mengajar kita empat syarat untuk mendapat kemenangan.

Sekarang ini memang tidak ada jihad qital (jihad perang) tapi bagi kita, masih ada lagi jihad iaitu jihad lisan iaitu dakwah. Iaitu jihad di dalam menyebarkan Al-Qur’an supaya Al-Qur’an ini menjadi resam di seluruh dunia. 

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا هَل أَدُلُّكُم عَلىٰ تِجٰرَةٍ تُنجيكُم مِن عَذابٍ أَليمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who have believed, shall I guide you to a transaction that will save you from a painful punishment?

(MELAYU)

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا

Hai orang-orang yang beriman,

Kalau kamu rasa kamu beriman, maka hendaklah kamu menjalankan jihad seperti yang disebut dalam ayat ini.

هَل أَدُلُّكُم عَلىٰ تِجٰرَةٍ

sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan 

Allah menarik perhatian manusia terutama pembaca Al-Qur’an dengan menceritakan tentang ‘perniagaan’ yang amat besar dan amat menguntungkan. Manusia memang suka perniagaan sama ada orang yang berniaga kerana mereka dapat hasil keuntungan dan juga orang yang membeli kerana mereka dapat barang yang mereka perlukan.

Allah sebut perniagaan dalam ayat ini kerana perniagaan adalah sumber rezeki paling banyak. Tambah-tambah lagi perniagaan yang Allah tawarkan ini adalah perniagaan yang hebat kerana ada untung sahaja dan tiada rugi.

تُنجيكُم مِن عَذابٍ أَليمٍ

yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?

Perniagaan yang Allah tawarkan ini adalah amat besar kerana ianya dapat menyelamatkan manusia itu. Dan selamat itu adalah selamat dari api neraka.  

Maka, mana lagi manfaat yang kita perlukan kalau dibandingkan dengan selamat dari azab neraka? Tentu tidak ada kerana itu adalah keselamatan dan kejayaan yang paling besar dan paling kita perlukan.


Ayat 11: Sekarang Allah beri pula penjelasan bagi ‘perniagaan’ yang disebut di dalam ayat sebelum ini. 

تُؤمِنونَ بِاللَّهِ وَرَسولِهِ وَتُجٰهِدونَ في سَبيلِ اللَّهِ بِأَموٰلِكُم وَأَنفُسِكُم ۚ ذٰلِكُم خَيرٌ لَّكُم إِن كُنتُم تَعلَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[It is that] you believe in Allāh and His Messenger and strive in the cause of Allāh with your wealth and your lives. That is best for you, if you should know.

(MELAYU)

(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

تُؤمِنونَ بِاللَّهِ وَرَسولِهِ

(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya

Ini adalah ‘jumlah khabari’ di mana Allah memberitahu apakah yang dimaksudkan dengan ‘perniagaan’ itu. Tapi walaupun ia ayat memberitahu, tapi maknanya adalah arahan. Kena beriman kepada Allah dan Rasul dan ini kena sentiasa ada.

Kenapa tidak digunakan fi’il amar (kata arahan) sahaja? Hebatnya arahan dalam jumlah khabari ini adalah kerana kalau dalam fiil amar, boleh jadi tidak sentiasa kena dilakukan. Sebagai contoh, kita suruh seseorang untuk duduk. Memang itu adalah arahan, tapi tidaklah arahan itu untuk terus duduk sahaja sepanjang masa. Padahal beriman kena sentiasa ada. Tidak boleh sekali pun tidak beriman dengan Allah dan Rasul. 

Jadi ini adalah dua syarat pertama untuk mendapat kemenangan: beriman kepada Allah dan beriman kepada Rasul.

وَتُجٰهِدونَ في سَبيلِ اللَّهِ

dan berjihad di jalan Allah 

Bukan sahaja kena beriman dengan Allah dan Rasul, tapi kena juga berjihad. Dan kalau sedang tidak ada jihad, maka hendaklah ada niat untuk berjihad.

Inilah mentaliti yang kita kena ada iaitu apabila sampai masanya yang kita kena berjihad dan menyabung nyawa kita untuk menegakkan agama Islam, maka kita kena serahkan diri kita. Kena simpan niat ini dalam diri kita.

بِأَموٰلِكُم وَأَنفُسِكُم

dengan harta dan jiwamu.

Untuk berjihad itu memerlukan modal seperti juga perniagaan memerlukan modal, bukan? Maka modal jihad ini adalah dengan harta dan diri. 

Harta: kena jalankan infak untuk beli peralatan perang dan bekal perjalanan. Ini adalah kerana peperangan waktu itu bukanlah tentera kerajaan tapi semua mujahideen kepada bawa peralatan dan bekalan perjalanan sendiri. Ianya tidak disediakan oleh kerajaan Islam.

Diri: kena sanggup menghadirkan diri untuk berjuang. Jangan bagi duit sahaja, tapi duduk menyorok di rumah.

Maka ini lagi dua syarat untuk mendapat kejayaan: korban harta dan akhir sekali, korban dia.

ذٰلِكُم خَيرٌ لَّكُم إِن كُنتُم تَعلَمونَ

Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

Peperangan adalah sesuatu yang dipandang sebagai buruk oleh kebanyakan dari kita. Tapi sebenarnya ia ada kebaikan di dalamnya, kita sahaja yang tidak tahu dan tidak perasan. Kalaulah kita tahu apakah kebaikan itu, maka tentu kita tidak akan teragak-agak untuk berjihad di jalan Allah. Ini telah banyak disebut dalam ayat-ayat yang lain maka tidaklah perlu diulangi lagi di sini.

Maka jihad perang ini tidak pernah dikeluarkan daripada kerangka agama Islam. Jangan ada fahaman yang mengatakan ianya telah dimansukhkan. Ini penting difahami kerana ada golongan Islam yang takut Islam dipandang serong, maka mereka kata Jihad sebenarnya sudah dimansukhkan.

Jihad tetap ada sampai bila-bila cuma perlu difahami dengan benar sahaja iaitu dengan mempelajari tafsir Al-Qur’an. Ini juga penting kerana kalau tidak, ada sahaja yang berfahaman ekstrem sampai berfahaman kena terus bunuh orang kafir tanpa dakwah kepada mereka dahulu. Inilah terjadi kepada orang bodoh seperti ISIS dan sebagainya.


Ayat 12: Setelah disebut tentang kepentingan jihad dan sekarang Allah sebut natijah jikalau orang mukmin menjalankan kewajipan jihad. Ada kelebihan akhirat dan duniawi dan dalam ayat ini Allah sebut kelebihan akhirat dahulu kerana ia yang paling penting.

يَغفِر لَكُم ذُنوبَكُم وَيُدخِلكُم جَنّٰتٍ تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ وَمَسٰكِنَ طَيِّبَةً في جَنّٰتِ عَدنٍ ۚ ذٰلِكَ الفَوزُ العَظيمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He will forgive for you your sins and admit you to gardens beneath which rivers flow and pleasant dwellings in gardens of perpetual residence. That is the great attainment.

(MELAYU)

Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah ‘Adn. Itulah keberuntungan yang besar.

يَغفِر لَكُم ذُنوبَكُم

Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu

Kalau sanggup beriman dan kemudian menjalankan jihad, natijahnya akan diampunkan segala dosa. Ini adalah amat penting kerana perkara yang paling kita takuti ada dosa-dosa kita. Kerana apabila kita ada dosa, maka itulah yang menyebabkan kita masuk ke dalam neraka. 

Termasuk masuk neraka adalah mereka yang berfahaman tauhid dan tidak pernah buat syirik. Tapi kerana ada dosa-dosa yang dilakukan, maka ia menyebabkan orang itu masuk neraka dahulu untuk mencuci dosanya.

Maka kalau semua dosa telah dihapuskan, maka ini akan menyebabkan tidak perlu untuk masuk ke dalam neraka. Boleh terus masuk ke dalam syurga dan ini adalah nikmat yang amat besar kerana kita tidak mahu nak lihat, dengar dan cium pun bau neraka itu.

وَيُدخِلكُم جَنّٰتٍ تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ

dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; 

Apabila telah diampunkan segala dosa, maka para mujaheed itu tidak dimasukkan ke dalam neraka. Dan kalau tidak masuk neraka, maka tentulah mujaheed itu akan masuk syurga.

Dan Allah sebut kelebihan syurga itu untuk menarik minat manusia. Di syurga itu nanti akan ada sungai yang mengalir di bawahnya. Ini adalah tempat tinggal yang amat hebat sekali. Begitulah manusia memang suka kalau dapat tinggal di kawasan perumahan yang ada air seperti tasik, laut, sungai dan sebagainya. Kalau tidak dapat kawasan itu pun, ada yang pasang kolam di rumahnya kerana air kolam itu akan menambah kehebatan rumah itu.

وَمَسٰكِنَ طَيِّبَةً في جَنّٰتِ عَدنٍ

dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah ‘Adn. 

Dan Allah beri penerangan tambahan yang taman syurga yang disebut itu namanya adalah Syurga Adn. Inilah yang dinamakan ‘Eden’ oleh agama Kristian. Mereka ambil dari sumber Islam kerana mereka sendiri tidak ada maklumat ini kerana kitab wahyu mereka telah diubah-ubah dan tidak ada yang tepat. 

Apabila kalimah جَنّٰتِ digunakan dan ia dalam bentuk jamak (plural), ini memberi isyarat yang seorang ahli mujaheed itu bukan sahaja mendapat satu taman dan satu rumah tapi ada banyak taman dan rumah. Allah boleh bagi berapa banyak pun yang Dia mahu. 

ذٰلِكَ الفَوزُ العَظيمُ

Itulah keberuntungan yang besar.

Apabila dosa telah dihapuskan dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa masuk ke dalam neraka dahulu, maka ini adalah keberuntungan yang amat besar. Kalimah الفَوزُ dari katadasar ف و ز yang bermaksud selamat dari sesuatu yang buruk.

Ini adalah kejayaan yang amat bermakna sekali kerana semua manusia akan ditunjukkan dengan neraka dan ahli syurga sedar yang mereka telah selamat dari neraka. Jadi kejayaan selamat dari keburukan adalah lebih hebat lagi. Tidak sama kalau kita berjaya dapat no. 1 dalam peperiksaan, dibandingkan dengan selamat dari dilanggar bas. Kerana selamat dari dilanggar bas bermaksud selamat dari bahaya yang amat besar.


Ayat 13: Selepas disebut tentang balasan baik di akhirat, sekarang disebut pula natijah di dunia kepada para pejuang jihad. 

وَأُخرىٰ تُحِبّونَها ۖ نَصرٌ مِّنَ اللَّهِ وَفَتحٌ قَريبٌ ۗ وَبَشِّرِ المُؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [you will obtain] another [favor] that you love – victory from Allāh and an imminent conquest; and give good tidings to the believers.

(MELAYU)

Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.

وَأُخرىٰ تُحِبّونَها

Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai

Nikmat yang kedua ini adalah sekunder sahaja kalau ianya dibandingkan dengan syurga yang paling baik yang disebut dalam ayat sebelum ini tadi. Itu pun sudah hebat tetapi Allah tahu yang kita juga suka dengan kejayaan di dunia ini maka Allah janjikan juga balasan di dunia. Ini kerana balasan di dunia ini boleh terus dilihat dan akan memberi semangat kepada umat Islam.

Allah kata umat Islam suka kepada kurniaan ini kerana mereka boleh nampak dengan mata kepala mereka dan dapat menikmatinya. Kalau dikatakan mereka dapat syurga, ia tidak nampak lagi. Sebelum dapat kemenangan yang lebih besar, tentu kita juga memerlukan kemenangan yang kecil-kecilan untuk beri semangat kepada kita, bukan?

نَصرٌ مِّنَ اللَّهِ

(iaitu) pertolongan dari Allah 

Allah akan berikan balasan berbentuk duniawiah. Iaitu bantuan terus dari Allah yang menyebabkan kemenangan. Pertolongan ini adalah daripada Allah untuk mengalahkan musuh.

Ayat ini boleh dibaca secara umum merujuk kepada mana-mana peperangan dengan musuh Islam. Tapi kalau lebih spesifik, kemenangan yang telah diberikan kepada para sahabat dan golongan awal Islam adalah dapat mengatasi Kerajaan Parsi dan Rom. Kedua-duanya adalah kerajaan besar waktu itu (seperti Russia dan Amerika sekarang) tapi kerajaan Islam berjaya mengalahkan mereka.

Maka ayat ini adalah janji Allah dan Allah telah buktikan. Bayangkan Allah telah tundukkan dua empayar yang sangat besar waktu itu. Kejayaan ini tidak berapa lama sahaja dari permulaan Islam. Kita kena ingat yang Islam ini lahirnya di Mekah yang tidak dipandang pun asalnya oleh Parsi dan Rom. Tapi tidak berapa lama selepas Islam bergerak di Madinah, dua empayar besar waktu itu dapat dikalahkan. 

وَفَتحٌ قَريبٌ

dan kemenangan yang dekat

Seperti telah disebut, sebelum kejayaan besar-besaran, manusia memerlukan kejayaan yang kecil-kecil dahulu untuk memberi semangat kepada usaha yang sedang dijalankan. Maka ‘kemenangan yang dekat’ yang dimaksudkan adalah Pembukaan Mekah di mana ramai manusia masuk ke dalam Islam berbondong-bondong.

Ia adalah motivasi yang amat besar kerana ramai dari umat Islam waktu itu asalnya dari Mekah dan mereka terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka beberapa tahun dahulu kerana mereka telah ditindas dengan teruk sekali. Dan sepanjang masa itu mereka amat rindu untuk dapat pulang ke kampung halaman mereka. Dan sekarang ia telah dimasukkan ke dalam wilayah Islam.

Dan kepada penduduk yang tidak berasal dari Mekah pun, mereka tentu mendapat motivasi yang besar juga kerana Mekah ini adalah tempat yang terkenal dan dipandang tinggi kerana Kaabah ada di situ. Mereka semasa zaman jahiliyah pun biasa datang ke Mekah untuk tawaf Kaabah. Maka apabila mereka dapat menguasai Mekah, maka ini memberi semangat yang tidak dapat dibayangkan oleh kita yang tidak melaluinya. Kita cuma dapat bayangkan sahaja.

وَبَشِّرِ المُؤمِنينَ

Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.

Yang telah disebut di atas adalah berita gembira dari Allah sebagai motivasi untuk manusia. Tapi janji ini bukan untuk semua tapi kepada yang betul-betul beriman. Kerana apabila mereka beriman, mereka sanggup untuk melakukan sesuatu yang nampak macam menyusahkan diri sendiri, tapi mereka nampak kebaikan yang ada padanya. 

Maka asal untuk mendapat kejayaan yang telah disebut di atas adalah bermula dengan iman. Dan kita telah sentuh sebelum ini yang iman yang dimaksudkan adalah tauhid. Segala usaha jihad yang dilakukan adalah untuk menegakkan agama tauhid.

Maka kalau tauhid pun tidak faham lagi dan sudah mahu berjihad, maka amat malang sekali kerana ditakuti mati dalam syirik. Maka sekarang kita tidak ada jihad perang, maka teruskan jalan jihad lisan dimana kita sampaikan dakwah kepada manusia.


Ayat 14: Ayat 14 ini adalah Perenggan Makro Keenam dan terakhir surah ini. Ia mengandungi seruan berjihad. Ini adalah ayat tawaran untuk berkhidmat menegakkan agama Allah. Kalau sudah bersedia, maka orang mukmin itu akan dapat jawatan. Mahu atau tidak mahu? 

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا كونوا أَنصارَ اللَّهِ كَما قالَ عيسَى ابنُ مَريَمَ لِلحَوارِيّينَ مَن أَنصاري إِلَى اللَّهِ ۖ قالَ الحَوارِيّونَ نَحنُ أَنصارُ اللَّهِ ۖ فَئآمَنَت طّائِفَةٌ مِّن بَني إِسرٰءيلَ وَكَفَرَت طّائِفَةٌ ۖ فَأَيَّدنَا الَّذينَ ءآمَنوا عَلىٰ عَدُوِّهِم فَأَصبَحوا ظٰهِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who have believed, be supporters of Allāh, as when Jesus, the son of Mary, said to the disciples, “Who are my supporters for Allāh?” The disciples said, “We are supporters of Allāh.” And a faction of the Children of Israel believed and a faction disbelieved. So We supported those who believed against their enemy, and they became dominant.

(MELAYU)

Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: “Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?” Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: “Kamilah penolong-penolong agama Allah”, lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang.

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا كونوا أَنصارَ اللَّهِ

Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah

Allah tidak memerlukan bantuan dan pertolongan kita jadi ayat ini bermaksud membantu ‘agama Allah’ dan menegakkan agama Allah dengan menjalankan dakwah.

كَما قالَ عيسَى ابنُ مَريَمَ لِلحَوارِيّينَ

sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia:

Disebut dalam ayat ini tentang para sahabat Nabi Isa a.s. Mereka itu dinamakan Hawariyyun dan mereka itu adalah sahabat setia Nabi Isa a.s. Merekalah yang membantu baginda dalam dakwahnya.

Ini mengingatkan kepada para sahabat Rasulullah. Kalau sahabat Nabi Isa tidak banyak, tapi sahabat Rasulullah sangat banyak. 

مَن أَنصاري إِلَى اللَّهِ

“Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?”

Kepada umat Nabi Isa, ditawarkan kedudukan ini kepada golongan yang rapat sahaja. Tetapi kepada kita umat Nabi Muhammad, tawaran ini ditawarkan kepada semua umat baginda. 

Sekarang sudah dua kali Nabi Isa disebut sedangkan selalunya dikatakan yang perjuangan Nabi Muhammad lebih rapat dengan perjuangan Nabi Musa kerana mereka juga diarahkan berperang. Tetapi ayat ini mengajar kita bahawa peperangan itu bukan sahaja di medan perang tetapi juga menentang ideologi yang salah seperti yang dilakukan oleh Nabi Isa. Oleh itu, walaupun baginda tidak ada perang pedang, baginda ada jihad lisan (dakwah).

Nabi Isa diarahkan oleh Allah untuk berdakwah dan sekarang baginda menawarkan siapakah yang mahu membantu baginda? Hal yang sama telah dikatakan oleh Rasulullah Saw. di musim-musim haji di Mekah:

“مَنْ رَجُلٌ يُؤويني حَتَّى أُبَلِّغَ رِسَالَةَ رَبِّي، فَإِنَّ قُرَيْشًا قَدْ مَنَعُونِي أَنْ أُبَلِّغَ رِسَالَةَ رَبِّي”

Siapakah orangnya yang mahu memberiku tempat hingga aku dapat menyampaikan risalah Tuhanku, kerana sesungguhnya orang-orang Quraisy telah mencegahku untuk dapat menyampaikan risalah Tuhanku.

Hingga pada akhirnya Allah Swt. menetapkan baginya orang-orang Aus dan orang-orang Khazraj dari kalangan penduduk Madinah. Maka mereka membaiatnya, menolongnya, dan mengikat janji setia dengannya, bahawa mereka bersedia membelanya dari gangguan orang-orang berkulit hitam dan orang-orang berkulit merah jika dia berhijrah kepada mereka.

Dan ketika baginda Saw. berhijrah kepada mereka dengan para sahabatnya, mereka memenuhi apa yang telah mereka janjikan kepada Allah Swt. melalui Rasul-Nya. Kerana itulah maka Allah dan Rasul-Nya menamai mereka dengan sebutan kaum Ansar, dan akhirnya nama tersebut menjadi gelar bagi mereka, semoga Allah melimpahkan redha-Nya bagi mereka dan membuat mereka puas.

قالَ الحَوارِيّونَ نَحنُ أَنصارُ اللَّهِ

Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: “Kamilah penolong-penolong agama Allah”,

Pengikut setia Nabi Isa menerima ajakan itu. Nabi Isa dan umat baginda tidak ada dalam sejarah disebut mereka berperang, tetapi dalam ayat ini disebut yang mereka sudah bersedia untuk berperang jika mereka diarahkan. Selagi belum berperang, maka mereka menjalankan jihad lisan sahaja. 

Jadi disebut sahabat Nabi Isa menyahut seruan baginda. Maka ini memberi isyarat kepada kita: Takkan kita tak sahut? 

Jadi janganlah kita lihat jihad itu sebagai jihad perang dan bunuh orang kafir sahaja. Jihad itu dari segi bahasa adalah berusaha untuk menegakkan agama Islam, jadi ianya boleh dilakukan dengan berbagai-bagai cara. Kita kena pilih dan lakukan cara yang sesuai untuk kita.

فَئآمَنَت طّائِفَةٌ مِّن بَني إِسرٰءيلَ

lalu segolongan dari Bani Israil beriman 

Ada dari kalangan Bani Israil itu yang beriman. Bukanlah semua mereka itu teruk. Golongan ini kalau mereka beriman, memang mereka jadi orang yang hebat. Kerana Allah kurniakan akal yang hebat kepada mereka.

وَكَفَرَت طّائِفَةٌ

dan segolongan lain kafir; 

Tapi kita pun tahu yang sebahagian besar dari Bani Israil itu tidak beriman dan malah mereka menentang sendiri Nabi-nabi mereka. Yang tidak beriman dengan Nabi Isa adalah golongan Yahudi. Malah mereka telah menindas dan membunuh golongan Kristian.

Ada pula segolongan dari para umat baginda yang berpendapat ekstrem hingga mereka meninggikannya lebih dari apa yang diberikan oleh Allah kepadanya, iaitu kenabian; dan mereka menjadi berpecah belah terdiri dari berbagai macam aliran dan golongan.

Di antara mereka ada yang mengatakan bahawa Isa adalah ‘anak Allah’, ada yang mengatakan bahawa dia adalah ‘salah satu dari yang tiga’, iaitu tuhan ayah, tuhan anak, dan Ruhul Qudus. Ada pula yang mengatakan bahawa Isa itu sendiri adalah tuhan.

فَأَيَّدنَا الَّذينَ ءآمَنوا عَلىٰ عَدُوِّهِم

maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, 

Allah akan bantu untuk mengalahkan musuh yang kufur. 

Ada dari kalangan Bani Israil itu yang beriman dan ada yang tidak. Maka Allah bantu beri kejayaan kepada Bani Israil yang beriman melawan mereka yang tidak beriman. Oleh kerana ada yang tidak beriman dari kalangan mereka, maka Allah sebut tentang peperangan di kalangan mereka sendiri.

Walaupun kita lihat dari segi sejarahnya Nabi Isa dan pengikutnya tidak berjaya, tetapi Allah hendak memberitahu bahawa di zaman hadapan mereka yang mengikut Nabi Isa juga berjaya seperti Pemuda Kahfi dan lain-lain lagi.

Jadi kejayaan itu bukan semestinya berlaku pada satu zaman itu sahaja tetapi ia mungkin berlaku di masa hadapan. Jadi kita kena ada kepercayaan yang kejayaan akan jadi milik kita akhirnya. Mungkin kita sendiri tidak dapat melihat kejayaan itu tetapi anak cucu kita nanti akan berjaya. Maka kita kena corakkan mereka dan beri ilmu dan semangat kepada mereka dari sekarang.

Jadi ayat ini dibacakan pertama kalinya kepada para sahabat Nabi Muhammad supaya mereka tahu bahawa bukan mereka yang mula-mula berusaha untuk menegakkan agama tetapi umat-umat yang terdahulu seperti pengikut Nabi Musa dan juga Nabi Isa juga telah melakukan jihad mereka. Dan dari kalangan umat mereka itu memang ada yang tidak beriman. Yang tidak beriman itu akan diperangi. Maka kita kena berhati-hati supaya kita menjadi orang yang beriman.

فَأَصبَحوا ظٰهِرينَ

lalu mereka menjadi orang-orang yang menang.

Mereka akan menjadi golongan yang benar dan menang dalam peperangan. Dan jikalau jihad yang dimaksudkan adalah ‘jihad mulut’ maka kemenangan yang dimaksudkan adalah kemenangan dari segi hujah.

Maka ini adalah janji dari Allah – sebagaimana kemenangan diberikan kepada umat Nabi Isa, maka begitulah juga akan diberikan kepada umat Nabi Muhammad.

Surah ini memberitahu misi Nabi Muhammad dan umat Islam iaitu menegakkan agama Allah di atas muka bumi dan surah selepas ini iaitu Surah Jumaah akan mengajar kita bagaimanakah cara untuk kita dapat mencapainya.

Allahu a’lam. Sekian tafsir Surah Saff. Sambung surah seterusnya, Surah Jumuah.

Tarikh: 30 Ogos 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Surah Saff Ayat 6 – 9 (Nabi Isa memberitahu kedatangan Nabi Muhammad)

Ayat 6: Dalam ayat ini, Allah hendak memberitahu yang Nabi Isa juga ajak umat baginda untuk berjihad. Jadi ayat ini adalah targhib kepada jihad. Seperti yang telah disebut di pengenalan surah ini, Surah Saff ini adalah tentang jihad.

وَإِذ قالَ عيسَى ابنُ مَريَمَ يٰبَني إِسرٰءيلَ إِنّي رَسولُ اللَّهِ إِلَيكُم مُّصَدِّقًا لِّما بَينَ يَدَيَّ مِنَ التَّورىٰةِ وَمُبَشِّرًا بِرَسولٍ يَأتي مِن بَعدِي اسمُهُ أَحمَدُ ۖ فَلَمّا جاءَهُم بِالبَيِّنٰتِ قالوا هٰذا سِحرٌ مُّبينٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [mention] when Jesus, the son of Mary, said, “O Children of Israel, indeed I am the messenger of Allāh to you confirming what came before me of the Torah and bringing good tidings of a messenger to come after me, whose name is Aḥmad.”¹ But when he came to them with clear evidences, they said, “This is obvious magic.”²

  • Another name of Prophet Muḥammad (ṣ).
  • i.e., fraud or deception.

(MELAYU)

Dan (ingatlah) ketika Isa ibnu Maryam berkata: “Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, yaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)”. Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: “Ini adalah sihir yang nyata”.

وَإِذ قالَ عيسَى ابنُ مَريَمَ

Dan (ingatlah) ketika Isa ibnu Maryam berkata: 

Sebelum ini disebut Rasul yang utama Bani Israil itu iaitu Nabi Musa dan sekarang disebut Rasul terakhir bagi mereka iaitu Nabi Isa a.s. Dan sekarang akan disebut apakah syarah baginda kepada kaum baginda.

Allah menceritakan pula sekarang kesalahan besar yang Bani Israil lakukan terhadap Rasul mereka sendiri. Sebelum ini telah disebut sikap mereka terhadap Nabi Musa. Nabi Musa adalah Nabi mereka yang utama dan sekarang disebut Nabi mereka yang terakhir pula, iaitu Nabi Isa a.s. Kerana kesalahan besar mereka yang menolak Rasul dan Nabi mereka inilah yang menyebabkan mereka menjadi bangsa yang dimurkai sampai ke hari Kiamat.

Selalunya apabila Allah sebut nama Nabi Isa, Allah akan sebut nama emaknya sekali. Tidak disebut sebegini bagi nama Nabi-nabi yang lain. Jadi ini adalah penghormatan kepada Maryam sebenarnya.

Dan Allah hendak menekankan yang Nabi Isa itu adalah anak kepada Siti Maryam dan bukannya anak Allah. Maka ini adalah penekanan yang penting.

يٰبَني إِسرٰءيلَ

“Hai Bani Israil,

Kalau Nabi-nabi yang lain, mereka akan sebut “wahai kaumku”, tapi apabila dinaqalkan kata-kata Nabi Isa kepada kaum baginda, yang digunakan adalah “wahai Bani Israil”. Ini adalah kerana kalau nak masuk ke dalam sesuatu kaum itu, kenalah ayah seseorang itu adalah dari kaum itu.

Tetapi memandangkan Nabi Isa tidak mempunyai ayah, maka baginda tidak dikira sebagai ahli kaum itu secara rasmi. Tapi baginda tetap datang dari kaum itu dan baginda memang diutus kepada kaum itu.

Dan mungkin ada golongan Bani Israil yang berhujah: di dalam Bani Israil yang menjadi pegangan mereka adalah ibu mereka. Maksudnya hendak menjadi golongan Bani Israil, kenalah emak dari Bani Israil. Akan tetapi ini tidak masuk akal kerana keseluruhan kaum itu pun dipanggil ‘Bani Israil’ (anak-anak Israil) iaitu merujuk kepada Nabi Yaakob. ‘Israil’ adalah nama lain bagi Nabi Yaakob.

إِنّي رَسولُ اللَّهِ إِلَيكُم

sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, 

Nabi Isa menekankan yang baginda adalah Rasul kepada mereka. Mereka kena iktiraf baginda sebagai seorang Rasul. Dan baginda adalah Rasul hanya kepada Bani Israil sahaja. Malangnya golongan Yahudi menolak baginda dan tidak mengiktiraf baginda sebagai Nabi mereka.

مُّصَدِّقًا لِّما بَينَ يَدَيَّ مِنَ التَّورىٰةِ

membenarkan kitab sebelumku, iaitu Taurat,

Sebenarnya apabila digunakan kalimat بَينَ يَدَيَّ ia bermaksud ‘di antara dua tanganku’. Dan yang diantara dua tangan kita adalah di hadapan kita, bukan? Maknanya Nabi Isa memberitahu yang Kitab Taurat itu ada di depan baginda. Iaitu ianya telah ada dan digunakan sebagai rujukan bagi Bani Israil pada zaman itu.

Walaupun Kitab Taurat itu dipegang oleh rabbi Yahudi, tapi Allah telah ajar baginda terus dan bukannya baginda dapat maklumat itu dari rabbi Yahudi. Dan memang tidak patut baginda ambil dari mereka pun Kitab Taurat itu kerana mereka sudah ubah kandungan kitab itu sampaikan ianya tidak tulen lagi.

Dan Nabi Isa pula telah mendapat Kitab Injil. Jadi dari sini kita tahu bahawa Injil itu membenarkan ajaran yang ada di dalam Kitab Taurat. Maknanya Kitab Injil itu adalah penyempurna kepada Taurat.

Maka, kita dapat tahu yang Nabi Isa membenarkan apa yang ada di dalam Taurat. Maknanya, baginda hendak memberitahu yang baginda bukannya bawa ajaran agama yang baru, tapi menegakkan ajaran Nabi Musa juga. Beginilah juga hujah yang dibawa oleh Nabi Muhammad.

Satu lagi perkara yang Nabi Isa benarkan adalah kandungan Taurat yang mengatakan kedatangannya (Nabi Isa) sendiri. Jadi kedatangan baginda itu membenarkan apa yang telah disebut dalam Taurat.

Dan perkara penting lain yang Nabi Isa benarkan dalam Taurat itu adalah tentang kedatangan Nabi Akhir Zaman iaitu Nabi Muhammad. Kedatangan baginda telah disebut dalam Taurat, dan sekarang Nabi Isa pun membenarkannya. Kedatangan Nabi Akhir Zaman memang ada dalam Bible pun antaranya seperti:

“And this is the record of John (the Prophet John: Yahya) when the Jews sent priests and Levites from Jerusalem to ask him, Who art thou? And ho confessed, and denied not; but confessed, I am not the Christ. And they asked him What then? Art thou Elias? And be saith, I am not. Art thou that prophet? And he answered, No. Then said they unto him, Who art thou? that we may give an answer to them that sent us. What sayest thou of thyself? He said, I am the voice of one crying in the wilderness! Make straight the way of the Lord as said the prophet Esaias. And they which were sent were of the Pharisees. And they asked him, and said unto him, Why baptizest thou then, if thou be not that Christ, nor Elias, neither that prophet?” (John, 1: 19-25)

وَمُبَشِّرًا بِرَسولٍ يَأتي مِن بَعدِي اسمُهُ أَحمَدُ

dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)”.

Nabi Isa sendiri beritahu yang Nabi Muhammad akan datang selepas baginda.

Tapi kita boleh lihat yang Al-Qur’an menyebut nama baginda sebagai ‘Ahmad’ dalam ayat ini. Kenapa bukan ‘Muhammad’? Kerana digunakan nama inilah yang menyebabkan perbincangan yang panjang lebar tentang perkara ini. Ada yang mempersoalkan kenapa nama Ahmad yang digunakan dan tidak Muhammad?

Ini sebenarnya tidak ada masalah kerana kalimah ‘Ahmad’ adalah dalam bentuk sighah tafdhil (isyarat kepada keutamaan). Maksudnya ‘yang paling banyak memuji Allah’, ‘yang paling terpuji di kalangan manusia’. Dan inilah sifat Nabi Muhammad.

Ini memberi isyarat yang Nabi Muhammad lebih baik dari Nabi Isa. Memang Nabi Muhammad itu terpuji tapi baginda terbaik dari segi dipuji. Allah puji Nabi Muhammad lebih dari orang lain.

Ia juga bermaksud yang Nabi Isa tahu yang Nabi Muhammad itu lebih mulia dari baginda. Kerana itu baginda mengatakan nama Nabi selepas baginda itu adalah Ahmad.

Nama ‘Ahmad’ juga tidaklah sepatutnya menjadi isu kerana ia juga adalah salah satu dari nama Nabi Muhammad pun. Ini kita dapat tahu dari hadis yang ada yang diketengahkan oleh Imam Bukhari, iaitu:

حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ، حَدَّثَنَا شُعَيْبٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ قَالَ: أَخْبَرَنِي مُحَمَّدِ بْنِ جُبَير بْنِ مُطعم، عَنْ أَبِيهِ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: “إِنَّ لِي أَسْمَاءٌ: أَنَا مُحَمَّدٌ، وَأَنَا أَحْمَدُ، وَأَنَا الْمَاحِي الَّذِي يَمحُو اللَّهُ بِهِ الْكُفْرَ، وَأَنَا الْحَاشِرُ الَّذِي يُحْشَرُ النَّاسُ عَلَى قَدَمِي، وَأَنَا الْعَاقِبُ”.
telah menceritakan kepada kami Abul Yaman, telah menceritakan kepada kami Syu’aib, dari Az-Zuhri yang mengatakan bahawa telah menceritakan kepadaku Muhammad ibnu Jubair ibnu Mut’im, dari ayahnya yang mengatakan bahawa dia pernah mendengar Rasulullah Saw. bersabda: Sesungguhnya aku mempunyai banyak nama, akulah Muhammad, akulah Ahmad, akulah Penghapus yang melaluiku Allah menghapus kekufuran, dan akulah Penggiring yang semua umat manusia digiring di atas kakiku, dan akulah Penggiring.

Malah, apabila rombongan Hijrah yang pertama berjumpa dengan Najasyi yang bertanya tentang agama Islam dan mereka menceritakan tentang agama Islam dan tentang Nabi Muhammad, Najasyi mengiyakan kerasulan baginda. Potongan hadis yang panjang itu adalah seperti ini:

Maka Raja Najasyi memungut sebuah kayu dari tanah, kemudian berkata, “Hai orang-orang Habsyah dan para pendeta serta para rahib, demi Allah, apa yang dikatakan oleh mereka tidaklah melampaui apa yang dikatakan oleh kita mengenainya. Selamat datang untukmu dan orang-orang yang datang bersamamu dari sisinya. Aku bersaksi bahawa dia (Nabi Saw.) adalah utusan Allah, dan bahawa dialah orang yang kami jumpai beritanya dalam kitab Injil, dan dialah orangnya yang diberitakan oleh Isa putra Maryam. Sekarang tinggallah kalian di mana pun kalian sukai di negeri ini. Demi Allah, seandainya aku bukan dalam keadaan seperti sekarang sebagai raja, nescaya aku akan datang kepadanya dan aku rela menjadi pelayannya yang membawa terompahnya dan mengambilkan air wudu’nya.”

فَلَمّا جاءَهُم بِالبَيِّنٰتِ قالوا هٰذا سِحرٌ مُّبينٌ

Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: “Ini adalah sihir yang nyata”.

Dan Nabi Isa memberitahu apakah penolakan yang akan dilakukan oleh kaum Nabi Muhammad. Baginda menceritakan tuduhan yang akan dikenakan kepada Nabi Muhammad.

Kaum Nabi Muhammad yang tidak mahu menerima dakwah tauhid dari baginda menggunakan berbagai cara dan tuduhan yang dikenakan kepada baginda. Antaranya mereka kata baginda adalah seorang ahli sihir dan apa yang baginda bawa itu adalah sihir semata-mata.

Sekarang, apabila manusia yang sudah degil macam itu, maka mereka memang layak diperangi. Mereka memang kena diperangi.


Ayat 7: Ayat 7 – 9 adalah Perenggan Makro Keempat dan ia memberitahu berita kemenangan Islam.

وَمَن أَظلَمُ مِمَّنِ افتَرىٰ عَلَى اللَّهِ الكَذِبَ وَهُوَ يُدعىٰ إِلَى الإِسلٰمِ ۚ وَاللَّهُ لا يَهدِي القَومَ الظّٰلِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And who is more unjust than one who invents about Allāh untruth while he is being invited to Islām. And Allāh does not guide the wrongdoing people.

(MELAYU)

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah sedang dia diajak kepada Islam? Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim.

وَمَن أَظلَمُ مِمَّنِ افتَرىٰ عَلَى اللَّهِ الكَذِبَ

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah

Bohongan atas nama Allah adalah dengan mereka-reka perkara baru di dalam agama. Sebagai contoh, mengatakan Nabi Isa Anak Allah dan lain-lain lagi fahaman dan amalan syirik dan bidaah yang direka dalam agama.

Bukan golongan Kristian yang mengubah agama mereka sahaja yang termasuk dalam ayat ini. Kalau orang Islam pun reka dan tambah amalan dalam agama Islam pun, termasuk dalam ayat ini juga. Berapa ramai yang selamba sahaja tambah amalan dalam agama, tambah fahaman baru dalam agama tanpa dalil? Begitu ramai sekali dan mereka tidak segan silu melakukannya.

Mereka itulah yang paling zalim kerana tidak ada  yang lebih zalim dari mereka. Zalim memang banyak jenis, tapi tidak ada zalim yang lebih teruk dari mereka ini. Mereka kata Allah ada anak, ada wakil untuk menyampaikan doa kepadaNya (tawasul). Maka itu adalah zalim yang amat teruk.

Kalau menipu sesama manusia pun sudah teruk. Kalau menipu atas nama orang pun, orang itu akan marah. Kalau kita kata si A cakap begini dan begitu, tapi si A tidak cakap pun, tentu A marah kalau dia dapat tahu, bukan?

Lalu bagaimana kalau menipu atas nama Allah? Tentu lagi teruk, bukan? Inilah yang terjadi apabila Allah tidak pernah ajar satu fahaman dan amalan agama, Nabi Muhammad tidak pernah sampaikan pun, tapi ada orang yang kata: “Allah suka dengan amalan ini; Allah terima amalan ini; amalan ini baik di mata Allah…” dan berbagai lagi hujah-hujah bathil yang dibawakan oleh golongan bidaah. Apakah ini tidak termasuk ‘menipu atas nama Allah”?

وَهُوَ يُدعىٰ إِلَى الإِسلٰمِ

sedang dia diajak kepada Islam? 

Mereka amat teruk reka fahaman dan amalan baru dalam agama sedangkan mereka waktu itu sedang diajak kepada agama Islam yang berteraskan Tauhid. Mereka amat teruk kerana bukanlah mereka diabaikan begitu sahaja. Tidaklah mereka dibiarkan tanpa dakwah. Ada sahaja yang telah dakwah kepada mereka.

Tapi mereka tetap juga berdegil. Kalau mereka diabaikan tidak diajak kepada Islam yang sebenar dan tidak didakwah, maka lainlah cerita. Walaupun mereka telah diajar kepada ajaran Tauhid tetapi mereka masih tetap juga mahu melakukan syirik. Mereka tetap juga mahu melakukan amalan-amalan bidaah.

وَاللَّهُ لا يَهدِي القَومَ الظّٰلِمينَ

Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim.

Mereka tidak akan diberi petunjuk lagi kerana mereka degil sangat. Apabila mereka degil, maka Allah buat keputusan untuk tidak beri hidayah lagi kepada mereka. Kerana mereka telah diberi bukti dan dalil tapi mereka tetap menentang juga. Mereka telah diberi peluang dan sekarang peluang mereka telah ditarik.


Ayat 8: Sekarang Allah memberitahu yang pernyataan dusta mereka itu adalah kerana hendak mematikan agama. Ini adalah rancangan yang amat teruk. Maka kerana mereka ada niat begitulah yang mereka kena diperangi.

يُريدونَ لِيُطفِئوا نورَ اللَّهِ بِأَفوٰهِهِم وَاللَّهُ مُتِمُّ نورِهِ وَلَو كَرِهَ الكٰفِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They want to extinguish the light of Allāh with their mouths, but Allāh will perfect His light, although the disbelievers dislike it.

(MELAYU)

Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah akan menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya”.

يُريدونَ لِيُطفِئوا نورَ اللَّهِ بِأَفوٰهِهِم

Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka, 

Mereka itu hendak menjatuhkan agama Islam dengan kata-kata mereka dan propaganda yang mereka ada-adakan. Macam-macam yang mereka kata untuk memburukkan Islam. Mereka menggunakan media massa yang mereka kuasai untuk memburukkan Islam.

Bukan itu sahaja, kerana ada yang menipu dalam hal agama. Iaitu mereka menipu dalam agama dengan mengatakan ajaran mereka itu adalah dari Tuhan tapi tidak sebenarnya. Ini seperti golongan Kristian yang sebenarnya tidak pun pakai Kitab Injil yang sebenar lagi. Akan tetapi mereka telah buat kitab yang baru dan mereka kata itulah Kitab Injil/Bible/Gospel. Ini adalah perbuatan yang amat buruk sekali dan begitu juga jika dilakukan kepada kitab Taurat dan juga Al-Qur’an.

Itulah perbuatan yang amat buruk. Iaitu dengan reka sendiri agama tetapi kata ianya dari Allah, dari rasul. Mereka reka dan ajar dari mulut mereka tetapi mereka kata Allah suka sedangkan mereka pakai sumber bukan dari wahyu.

Kenapa digunakan kalimat ‘cahaya Allah’ pula dalam ayat ini? Ini adalah kerana apa-apa sahaja ibadat yang dilakukan oleh umat Islam itu adalah seumpama cahaya. Sebagai contoh apabila seorang Mukmin sedang solat, sedang baca Al-Qur’an dan sebagainya. Begitu juga wanita yang sedang berjalan dan menutup auratnya adalah cahaya.

Dan orang-orang kafir tidak suka melihat cahaya-cahaya ini berada di mana-mana. Mereka rasa tidak suka dan gelisah jikalau ada orang Islam di sekeliling mereka dan tambahan pula jikalau orang-orang lslam itu melakukan amalan-amalan agama. Padahal tak kacau pun mereka, tapi mereka yang rasa tak selesa. Ini adalah kerana ada masalah dengan hati mereka.

وَاللَّهُ مُتِمُّ نورِهِ وَلَو كَرِهَ الكٰفِرونَ

tetapi Allah akan menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya”.

Allah beritahu di dalam ayat ini yang Dia tetap akan menyempurnakan cahayaNya itu walaupun orang kafir tidak suka. Maknanya usaha jahat orang-orang kafir itu untuk memadam cahaya itu tidak akan berhasil. Agama takkan padam. Dan ikhtiar mereka akan dihancurkan. Mereka yang akhirnya akan rugi.

Ayat ini diturunkan dalam tahun 3 Hijrah di mana umat Islam waktu itu lemah dan tidak ramai pengikutnya. Dan waktu itu mereka baru sahaja menerima kekalahan di Perang Uhud. Jadi tidak nampak sangat yang Islam akan berkembang waktu itu tapi Allah telah memberi janjiNya kepada umat Islam yang agama Islam akan berkembang pesat.

Dan dari ayat ini kita boleh bayangkan yang cahaya Allah itu berkembang sedikit demi sedikit pada setiap orang. Oleh itu di mana sahaja usaha kita walau sedikit pun akan memberi bekas sebenarnya. Kita sahaja yang tidak nampak kesannya. Maka kita cuma perlu lakukan apa yang kita mampu walaupun sedikit dan Allah akan sempurnakan cahaya itu nanti.


Ayat 9: Ini pula adalah cara Allah hidupkan wahyu. Allah akan pilih Rasul untuk menyampaikannya.

Ayat ini selalu sahaja ditulis di dalam penulisan tentang perkembangan dakwah dari dulu lagi. Ianya mengajar kita bahawa Islam ini perlu dikembangkan dan dipraktikkan di dalam segenap kehidupan kita.

Shah waliyullah kata jikalau kita faham ayat ini maka kita akan faham Al-Qur’an. Begitu pentingnya ayat ini untuk kita sematkan dan cuba amalkan.

هُوَ الَّذي أَرسَلَ رَسولَهُ بِالهُدىٰ وَدينِ الحَقِّ لِيُظهِرَهُ عَلَى الدّينِ كُلِّهِ وَلَو كَرِهَ المُشرِكونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

It is He who sent His Messenger with guidance and the religion of truth to manifest it over all religion, although those who associate others with Allāh dislike it.

(MELAYU)

Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang musyrik membenci.

هُوَ الَّذي أَرسَلَ رَسولَهُ بِالهُدىٰ وَدينِ الحَقِّ

Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar 

Allah akan bangkitkan Rasul dan diberikan wahyu kepada Rasul itu untuk disampaikan. Rasul itu akan diberi cara penghayatan wahyu. Jadi, kita dapat tahu yang tujuan Rasul adalah untuk menyampaikan wahyu dan cara mengamalkannya.

Deenul Haq pula adalah cara hidup berasaskan Al-Qur’an setelah Al-Qur’an itu dihayati. Maka kita kena faham ‘cara hidup’ bukan setakat ibadah sahaja. Ianya meliputi segenap kehidupan kita.

Dan begitulah ajaran Islam ini tidak terhad kepada ibadah sahaja. Ianya adalah agama yang ‘syumul’ (lengkap) dan memang praktikal untuk diamalkan. Ini tidak ada dalam agama-agama lain yang terhad sahaja. Agama mereka memang tidak dapat diamalkan dalam kehidupan bila-bila masa pun (sama ada zaman dulu atau zaman sekarang).

لِيُظهِرَهُ عَلَى الدّينِ كُلِّهِ

agar Dia memenangkannya di atas segala agama-agama seluruhnya

Allah telah menurunkan agama ini untuk menutup agama-agama yang lain. Maknanya agama Islam ini adalah agama yang utama dan sepatutnya menjadi pegangan kesemua umat manusia.

Agama lain tidak halal, tidak boleh diamalkan. Maka kita tidak boleh kata agama lain pun sama sahaja. Ini penting kerana ada orang yang jahil berkata: agama dalam dunia ini sama sahaja, semuanya mengajak ke arah kebaikan.

Maka agama Islam akan menang kerana Allah akan memenangkannya. Tapi kalau salah faham dengan ayat ini, maka ada Muslim yang jadi ganas. Mereka marah dengan apa yang terjadi dalam dunia Islam dan mereka ambil pendekatan yang keras kononnya untuk memenangkan agama ini. Tapi itu adalah cara yang salah. Kita kena guna cara dakwah yang berhemah.

Jadi pergerakan untuk mengembangkan agama Islam ini boleh jadi dalam beberapa wajah, beberapa cara. Dan ini sedang dilakukan oleh banyak kumpulan seperti memberi ilmu pengetahuan pengenalan kepada Islam, menjalankan kerja-kerja keamanan yang dilakukan di seluruh dunia, dan macam-macam lagi.

Tapi kita kena ingat perkara yang penting. Salah satu perkara penting yang perlu kita lakukan adalah dengan belajar faham Al-Qur’an dan menyebarkan ilmu Al-Qur’an ini kepada manusia seluruhnya. Kerana itu memang kita kena kembangkan pengetahuan tafsir Al-Qur’an ini kepada manusia kerana sebelum manusia terbuka kepada perbincangan-perbincangan lain seperti falsafah, sejarah dan juga hadis dan juga ilmu fekah dan sebagainya, manusia kena tahu tafsir Al-Qur’an.

Ia adalah ilmu yang paling utama kerana Al-Qur’an ini akan mengajar kita cara berfikir dan ia akan menjadi kayu pengukur untuk menilai manakah pemahaman yang benar ataupun tidak.

وَلَو كَرِهَ المُشرِكونَ

meskipun orang musyrik membenci.

Agama ini tetap akan menang walaupun orang kaifr tak suka. Allah tak kira kehendak mereka kerana Allah tetap akan hidupkan agama tauhid ini. Maka jangan kita risau tentang penerimaan masyarakat sekarang. Lama kelamaan ia akan berlaku di mana lebih ramai manusia akan menerima ajaran tauhid.

Sekian Ruku’ 1 dari 2 ruku yang ada dalam surah ini.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Tarikh: 30 Ogos 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Surah Saff Ayat 1 – 5 (Cakap tak serupa bikin)

Pengenalan:

Surah ini menceritakan tentang hubungan dengan orang-orang Munafik. Kebanyakan dari surah-surah Musabbihaat ini adalah tentang golongan munafik. Maka kita kena peka tentang perkara ini kerana ditakuti di kalangan kita ada orang munafik. Dan lebih menakutkan lagi, kalau-kalau kita sendiri ada sifat-sifat munafik!

Di dalam surah ini kita belajar bahawa di dalam Al-Qur’an Allah tidak panggil orang-orang munafik: “Wahai orang-orang Munafik” tetapi Allah masih panggil mereka dengan gelaran “wahai orang-orang yang beriman”. Bukanlah bermaksud mereka itu orang beriman, tapi kerana mereka itu mengaku mereka beriman.

Surah Saff ini juga ditujukan kepada golongan Mujahidin (para pejuang dalam perang) kerana dengan mereka inilah, agama dapat disebarkan ke serata dunia.

Selepas surah ini adalah Surah Jumuah di mana ia ditujukan kepada para ulama dan juga pelajar kerana dengan adanya mereka maka ilmu agama ini dapat diberi kepada masyarakat awam. Maka semua orang Islam ada tugasnya masing-masing. Yang penting kena ingat, tujuan hidup kita adalah untuk mengembangkan agama Allah kepada manusia. Kita lakukan apa yang kita mampu dalam menegakkan agama Allah ini.

Selepas Surah Jumuah pula adalah Surah Munafiqun di mana ianya ditujukan kepada para penderma atau orang yang beri sedekah. Iaitu golongan hartawan yang tidak sombong. Dengan mereka juga jihad dapat tertegak dan orang yang memerlukan bantuan akan mendapat bantuan.

Gabungan tiga golongan ini akan memastikan agama Islam ini sampai bila-bila akan terjaga. Maka semoga kita termasuk dalam salah satu dari tiga golongan itu.

Surah ini seperti juga  Surah  Mumtahanah sebelum ini adalah berkenaan perang. Akan disambung perbincangan tentang jihad di dalam surah ini. Dan surah ini adalah surah kelima dari rentetan sepuluh surah yang membincangkan dua perkara penting iaitu infak dan jihad. Ringkasannya:

1. Hadid – Infak & Jihad
2. Mujadilah – Jihad
3. Hashr – Jihad
4. Mumtahanah – Jihad
5. Saff – Jihad
6. Jumuah – Infak
7. Munafiqun – Infak
8. Taghabun – Infak
9. Talaq – Infak
10. Tahreem – Jihad & Infak


Ayat 1: Surah ini boleh dibahagikan kepada 6 perenggan makro. Ayat 1 ini adalah Perenggan Makro Pertama. Ia memberitahu kita yang Allah itu adalah Azizul Hakim.

سَبَّحَ لِلَّهِ ما فِي السَّمٰوٰتِ وَما فِي الأَرضِ ۖ وَهُوَ العَزيزُ الحَكيمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Aṣ-Ṣaff: The Row.

Whatever is in the heavens and whatever is on the earth exalts Allāh, and He is the Exalted in Might, the Wise.

(MELAYU)

Telah bertasbih kepada Allah apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada di bumi; dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

سَبَّحَ لِلَّهِ ما فِي السَّمٰوٰتِ وَما فِي الأَرضِ

Telah bertasbih kepada Allah apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada di bumi;

Surah ini bermula sekali lagi dengan tasbih di mana Allah memberitahu bahawa segala makhluk di alam ini telah bertasbih kepada Allah.

Kalimah sabaha dari segi bahasa bermaksud menimbulkan sesuatu, seperti seseorang yang berenang yang menimbulkan kepalanya di atas air. Maka perbuatan tasbih adalah menyebabkan sesuatu perkara itu timbul dan tidak tenggelam. Itu dari segi bahasa.

Maksud tasbih pada kita adalah apabila kita meninggikan Allah dan tidak merendahkan kedudukan Allah dari yang tidak sepatutnya. Apabila ada orang yang melakukan dosa, kita bertasbih; apabila orang melakukan syirik, kita bertasbih; apabila kita nampak benda yang buruk dan kita tidak suka, maka kita juga bertasbih.

Dan tasbih digunakan di dalam Al-Qur’an apabila ada manusia yang mengatakan sesuatu yang tidak patut bagi Allah. Maka apabila ada orang yang mengatakan sesuatu yang tidak patut tentang Allah maka kita menolak kata-kata mereka itu dengan melakukan tasbih. Apabila mereka merendahkan Allah maka kita meninggikan Allah dengan mengatakan Allah itu sempurna dengan bertasbih.

Maka kalau kita juga merendahkan kedudukan Allah dan dalam masa yang sama kita bertasbih, ini adalah tidak patut sama sekali. Maksudnya kita tidak faham apa yang kita lafaz dengan mulut kita. Mulut kita bertasbih tapi perbuatan kita berlawanan dengan apa yang kita sebutkan.

Surah ini dimulakan dengan kalimat pembesaran kepada Allah. Allah hendak mengingatkan kita yang seluruh alam ini bertasbih kepadaNya. Allah tidak memerlukan ketaatan dari manusia pun kerana Allah telah ada makhluk-makhluk lain yang taat kepadaNya. Maka segala arahan yang diberikan kepada kita ada untuk kebaikan kita sahaja sebenarnya. Allah tidak memerlukan pun amalan kita itu.

Maka kena sedar perkara ini. Kena sedar yang arahan Allah adalah untuk kebaikan kita. Maka kenalah taat. Jangan degil sangat.

وَهُوَ العَزيزُ الحَكيمُ

dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Kenapa kita bertasbih kepada Allah? Allah beritahu dalam ayat ini: Kita bertasbih kerana Allah itu bersifat Maha Gagah Perkasa dan juga Maha Bijaksana.

PerkasaNya Allah itu, Dia boleh nak azab sesiapa sahaja yang berdosa dan melakukan syirik. Kalau Allah nak beri azab itu, tidak ada sesiapa yang boleh halang sama sekali.

Tapi dalam masa yang sama, Allah bersifat bijaksana di mana Allah menangguhkan azab, tidak terus diberikan kepada manusia. Maka ada harapan bagi kita untuk bertaubat dan membetulkan amalan kita. Kalau tidak, tentulah kita telah lama mati kerana telah banyak kesalahan yang kita telah lakukan.


Ayat 2: Ini adalah teguran Allah kepada orang mukmin yang minta berjihad tetapi apabila syariat jihad diberikan mereka tidak mahu berjihad. Diingatkan kembali  yang tema surah ini adalah berkenaan jihad. Maka ayat ini menyentuh tentang jihad sebenarnya.

Ayat 2 – 4 ini adalah Perenggan Makro Kedua. Ia mengajar kita yang kesanggupan berjihad itu adalah bukti cinta kepada Allah.

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا لِمَ تَقولونَ ما لا تَفعَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who have believed, why do you say what you do not do?

(MELAYU)

Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا

Wahai orang-orang yang beriman,

Sekarang Allah menegur manusia yang mulut mereka mengaku Muslim dan beriman, tetapi perbuatan mereka tidak ikut apa yang mereka katakan sebagaimana makhluk Allah yang lain.

Makhluk Allah lain bertasbih dan dalam masa yang sama mereka taat kepada Allah, tidak seperti kebanyakan manusia. Ada manusia ucap tasbih tapi dalam masa yang sama mereka buat syirik. Ini adalah kerana mereka tak faham apa yang sebutkan.

لِمَ تَقولونَ ما لا تَفعَلونَ

kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?

Maksud ayat ini secara umum adalah teguran Allah kepada manusia yang tidak sama perbuatan dengan percakapannya. Selalu kita kata: cakap tak serupa bikin.

Ini adalah sifat yang buruk. Kalau kita tidak mahu melakukan sesuatu atau tidak mampu, janganlah kita cakap. Janganlah jadi seperti orang munafik kerana ini adalah sifat mereka seperti yang disebut dalam hadis:

“آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ: إِذَا حَدَّث كَذَبَ، إِذَا وَعَد أَخْلَفَ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ”

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jadi, orang mukmin dipegang pada kata-kata dan janjinya. Kalau dia berjanji kenalah dia tepati. Sampaikan dengan kanak-kanak pun kita kena tepati janji.

Imam Ahmad dan Imam Abu Daud telah meriwayatkan melalui Abdullah ibnu Amir ibnu Rabi’ah, yang telah menceritakan bahawa Rasulullah Saw. datang kepada keluarganya yang saat itu dia masih anak-anak. Lalu dia pergi untuk bermain-main, tetapi ibunya memanggilnya, “Hai Abdullah, kemarilah, aku akan memberimu sesuatu.” Rasulullah Saw. bertanya kepada ibunya, “Apakah yang hendak engkau berikan kepadanya?” Ibunya menjawab, “Kurma,” Rasulullah Saw. bersabda:

“أَمَا إِنَّكِ لَوْ لَمْ تَفْعَلِي كُتِبت عَلَيْكِ كِذْبة”

Ketahuilah, sesungguhnya andaikata engkau tidak memberinya, tentulah akan dicatat atas dirimu sebagai suatu kedustaan.

Selain dari makna umum seperti yang disebut di atas, dalam ayat ini Allah menegur lagi orang-orang beriman berkenaan jihad. Ini dapat difahami kalau kita melihat konteks surah ini nanti. Allah tanya kepada mereka kenapa dulu mereka minta untuk berjihad dan sekarang apabila syariat jihad telah diberikan, mereka masih tidak melakukannya lagi. Maka sekarang hendaklah mereka berjihad.

Ayat ini ada kaitan dengan ayat yang lain dalam Nisa:77 di mana para sahabat semasa duduk di Mekah dahulu mereka minta untuk balas dendam kepada Musyrikin Mekah. Akan tetapi waktu itu mereka ditahan dari membalas kekejaman itu. Akan tetapi apabila di Madinah dan mereka disuruh berjihad, hati mereka tidak mahu pula.

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ قِيلَ لَهُمْ كُفُّوا أَيْدِيَكُمْ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقِتَالُ إِذَا فَرِيقٌ مِّنْهُمْ يَخْشَوْنَ النَّاسَ كَخَشْيَةِ اللهِِِ أَوْ أَشَدَّ خَشْيَةً وَقَالُوا رَبَّنَا لِمَ كَتَبْتَ عَلَيْنَا الْقِتَالَ لَوْلَا أَخَّرْتَنَا إِلَىٰ أَجَلٍ قَرِيبٍ قُلْ مَتَاعُ الدُّنْيَا قَلِيلٌ وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ لِّمَنِ اتَّقَىٰ وَلَا تُظْلَمُونَ فَتِيلًا

Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: “Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat”. (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)?” Katakanlah (wahai Muhammad): “Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya), dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun”.

Mereka kata: “Kenapalah Syariat jihad dipercepatkan?” Sedangkan dulu mereka juga yang minta jihad dibenarkan. Maka mereka itu sebenarnya adalah golongan munafik. Iaitu iman mereka lemah. Mereka cakap sahaja nak berperang dan berjihad, tapi bila disuruh berjihad mereka tak mahu pula. Mereka cakap tak serupa bikin.

Dan ada lagi teguran kepada umat Islam yang meminta-minta nak jihad, tapi bila jihad di depan mata, mereka takut pula. Ini disebut dalam Muhammad:20

وَيَقولُ الَّذينَ آمَنوا لَولا نُزِّلَت سورَةٌ ۖ فَإِذا أُنزِلَت سورَةٌ مُحكَمَةٌ وَذُكِرَ فيهَا القِتالُ ۙ رَأَيتَ الَّذينَ في قُلوبِهِم مَرَضٌ يَنظُرونَ إِلَيكَ نَظَرَ المَغشِيِّ عَلَيهِ مِنَ المَوتِ ۖ فَأَولىٰ لَهُم

Dan orang-orang yang beriman berkata: “Mengapa tiada diturunkan suatu surat?” Maka apabila diturunkan suatu surat yang jelas maksudnya dan disebutkan di dalamnya (perintah) perang, kamu lihat orang-orang yang ada penyakit di dalam hatinya memandang kepadamu seperti pandangan orang yang pengsan karena takut mati, dan kecelakaanlah bagi mereka.


Ayat 3:

كَبُرَ مَقتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقولوا ما لا تَفعَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Great is hatred in the sight of Allāh that you say what you do not do.

(MELAYU)

Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

Maksud مقت adalah sesuatu yang sangat buruk yang dilakukan oleh manusia dan sebelum ini telah pernah disebut bahawa perbuatan zihar itu adalah مقت. Jadi perbuatan meminta jihad tapi tidak mahu berjihad apabila diarahkan, maka itu adalah perbuatan yang amat buruk sekali. Allah amat murka kepada mereka yang ada sifat begitu. Mereka cakap dengan mulut, tapi tidak diikuti dengan perbuatan.

Secara umumnya pula, manusia memang selalu tidak melakukan apa yang dikatakan oleh mulutnya. Yang ini banyak dilakukan oleh manusia di mana kita selalu solat dan minta hidayah daripada Allah, tetapi apabila Allah beri hidayah dalam bentuk Al-Qur’an dan Sunnah kepada kita, maka kenapa tinggalkan?

Maka kita kena lakukan apa yang kita katakan. Kalau kita nasihat orang, maka hendaklah kita pun buat juga apa yang kita cakap. Jangan kita pandai nasihat orang tapi diri sendiri tidak lakukan apa yang kita sendiri cakap.

Tapi ada juga yang salah faham tentang ayat ini. Kerana ada orang yang salah tafsir ayat ini dengan mengatakan: Jangan kita beri dakwah ataupun ajar orang perkara yang kita sendiri tidak buat; seperti kita belum pergi Haji lagi tapi ajak orang untuk pergi Haji. Maka mereka kata tidak boleh berdakwah pula. Maka ini adalah tafsiran yang salah.

Sepatutnya apabila kita sudah cakap kepada orang, maka kita kenalah lakukan juga. Kita dakwah kepada orang tapi sebenarnya kita dakwah kepada diri kita sendiri. Apabila kita sudah cakap kepada orang lain, tentu kita malu kalau tidak buat, bukan? Maka bila kita dakwah, itu adalah anjakan untuk kita juga berbuat seperti yang kita sebut. Jadi ayat ini adalah ayat targhib (mengajak) bukan ayat tarhib (menghalang). Jadi jangan salah faham dengan ayat ini.


Ayat 4: Ini adalah tentang perbarisan dalam jihad. Dari ayat ini jelas bahawa perkara yang dibincangkan adalah tentang jihad.

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذينَ يُقٰتِلونَ في سَبيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُم بُنيٰنٌ مَّرصوصٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, Allāh loves those who fight in His cause in a row as though they are a [single] structure joined firmly.

(MELAYU)

Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذينَ يُقٰتِلونَ في سَبيلِهِ صَفًّا

Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur

Sekarang Allah sebut tentang jihad perang pula kerana peperangan ini melibatkan kesanggupan untuk tinggalkan nyawa kita. Kerana apabila berjihad, ada kemungkinan besar yang nyawa kita akan melayang.

Ini mengajar kita yang untuk taat kepada Allah, kita kena sanggup untuk berkorban. Dan Allah sebut pengorbanan yang terbesar sekali iaitu pengorbanan nyawa. Kerana inilah kemuncak pengorbanan dari manusia.

Dan Allah beritahu dengan jelas yang Dia suka mereka yang sebegini. Kita kalau manusia suka pun kita sudah gembira, apatah lagi kalau Allah yang suka. Tentulah berlebih-lebih lagi kita kena kejar.

قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ، حَدَّثَنَا هُشَيْم، قَالَ مُجالد أَخْبَرَنَا عَنْ أَبِي الودَّاك، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “ثَلَاثٌ يَضْحَكُ اللَّهُ إِلَيْهِمُ: الرَّجُلُ يَقُومُ مِنَ اللَّيْلِ، وَالْقَوْمُ إِذَا صَفُّوا لِلصَّلَاةِ، وَالْقَوْمُ إِذَا صَفُّوا لِلْقِتَالِ”.

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ali ibnu Abdullah, telah menceritakan kepada kami Hasyim, telah menceritakan kepada kami Mujalid, dari Abul Waddak, dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a. yang menceritakan bahawa Rasulullah Saw. pernah bersabda: Ada tiga macam orang yang Allah redha kepada mereka, iaitu seorang yang mengerjakan solat malam hari, dan kaum yang apabila solat mereka membentuk barisan dengan teratur, serta kaum yang apabila dalam medan perang mereka membentuk barisan dengan teratur.

Allah suka kepada mereka yang berjihad kerana bukan senang nak keluar perang. Ramai yang takut dan akan mencari alasan tidak ikut serta atau melarikan diri. Jadi orang yang keluar jihad perang itu sudah melepasi ujian nafsu dia untuk tidak berperang. Nafsu dia akan halang dia untuk keluar tapi bila dia sudah keluar, maka dia sudah melepasi ujian itu.

Dan kemudian Allah menyebut tentang ‘saf’ ataupun barisan kerana Allah suka tentera yang bersusun di dalam barisan.

Sa’id ibnu Jubair mengatakan sehubungan dengan makna firman-Nya: Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur. (Ash-Shaff: 4) Bahawa Rasulullah Saw. tidak sekali-kali berperang melawan musuh melainkan terlebih dahulu mengatur barisan pasukannya membentuk saf, dan ini merupakan strategi yang diajarkan oleh Allah Swt. kepada orang-orang mukmin. Dan firman Allah Swt.: seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh. (Ash-Shaff: 4) Iaitu sebahagian darinya menempel dengan sebahagian lainnya dalam saf peperangan.

Dan ‘barisan’ ini kita selalu dapat bayangkan saf di dalam solat. Dan ini mengajar kita bahawa saf di dalam solat itu adalah ‘latihan’ kepada kita untuk barisan dalam perang. Kerana dalam solat ada imam di hadapan dan para makmum taat dan ikut apa yang dilakukan oleh imam. Imam rukuk dan makmum rukuk, imam sujud maka baru makmum sujud.

Dan begitu juga dalam barisan perang. Para tentera mempunyai panglima (jeneral) di depan dan barisan tentera bawahan kena taat kepada apa yang dilakukan oleh jeneral dan beginilah yang sepatutnya berlaku di dalam pasukan tentera.

Tidak boleh buat keputusan sendiri dan tidak boleh bergerak ke hadapan sebelum diarahkan oleh panglima. Tidak boleh nak lemparkan panah atau peluru sebelum diarahkan oleh panglima.

Maka Allah jadikan ibadat solat itu sebagai latihan kepada kita untuk menjadi umat yang tersusun dalam barisan perang. Maka ini amat penting kerana apabila orang-orang Islam hidup tidak teratur, maka barisan kita dan kekuatan kita pun akan lemah.

Kerana itu kita dilatih disiplin dalam solat di mana tidak boleh mendahului imam dalam solat; kita diajar supaya meluruskan barisan dan merapatkan barisan; kita tidak boleh menegur imam begitu sahaja tapi ada syarat-syarat yang perlu diikuti; kita senyap dan taat sahaja dalam solat.

Ini semua adalah latihan disiplin sebenarnya. Dan ini memberi kesan kepada diri kita sendiri dan membawa kepada kehidupan seharian kita.

Kadangkala ia boleh dilihat pada benda yang kecil-kecil seperti parkir kereta sahaja. Di mana kita tidak parkir kereta kita dengan baik dan tidak beratur di tempat yang sepatutnya kita parkir. Selalunya terjadi semasa Solat Jumaat sampai menyebabkan orang marah dengan kita kerana menghalang jalan.

Kalau dalam perkara kecil seperti parkir kereta, beratur di kedai dan luruskan barisan dalam solat pun tidak boleh jaga, bagaimana nak berjihad perang?

Allah menyebut tentang barisan di dalam ketenteraan kerana jikalau barisan itu pecah maka ia akan menyebabkan bahaya kepada seluruh tentera itu. Dan ini amat penting kerana pasukan tentera adalah pasukan yang paling berdisiplin di dalam dunia. Kerana itu ada ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah tentera (Military College) supaya anak itu dapat belajar disiplin.

Dan disiplin amat penting dalam tentera kerana kalau tidak ada, ia boleh menyebabkan kekalahan seperti mana yang telah berlaku semasa Perang Uhud. Nabi telah arahkan pasukan pemanah supaya tetap di tempat memanah tetap mereka tidak disiplin dan tinggalkan tempat itu. Ini telah disebut dengan panjang lebar dalam Surah Ali Imran dari ayat 121 hingga 171.

Tetapi di dalam ayat ini Allah bukan bercakap kepada pasukan tentera sahaja tetapi kepada keseluruhan umat Islam. Allah mengajar orang Islam yang seorang Muslim kena ada disiplin seperti tentera. Bagaimana kita hendak menegakkan agama Allah ini di atas muka bumi jikalau kita tidak ada disiplin.

Maka walaupun perang tidak ada, kita tetap kena jaga disiplin dalam kehidupan kita. Semoga ayat ini memberi semangat kepada kita untuk taat kepada pemerintah dan jaga disiplin dalam kehidupan kita.

Sebagai contoh, jaga disiplin di tempat kerja kita. Di tempat kerja kita, kita diajar untuk menghormati masa. Ada masa masuk dan ada masa yang boleh keluar. Begitulah juga dalam ibadat kita kerana di dalam ibadat Islam itu ada yang terikat dengan masa seperti waktu solat dan juga puasa; itu semua sebenarnya mengajar kita untuk menghormati masa. Maka menjaga masa ini boleh diikuti oleh mereka yang mempunyai disiplin ini adalah sebahagian daripada iman.

Kita umat Islam kenalah jaga disiplin kita dan menjadi contoh kepada umat yang lain. Jangan kita pula yang jadi orang yang tiada disiplin sampaikan kita dipandang rendah oleh orang lain. Amat memalukan kalau orang dari Barat atau dari Jepun yang terkenal dengan penjagaan waktu itu lebih hebat dari kita. Sedangkan kita kata Islam ini agama yang hebat; maka takkan kita tidak menjadi hebat kalau kita mengaku sebagai seorang Muslim?

كَأَنَّهُم بُنيٰنٌ مَّرصوصٌ

seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.

Kalimah مَّرصوصٌ dari katadasr ر ص ص yang bermaksud ‘simen’ atau tersusun bersama. Jadi kita dapat bayangkan dinding simen yang kukuh seperti gigi yang tersusun cantik. Kalau kita lihat kepada dinding simen itu kita boleh lihat semua batu-bata pada simen itu ada tempatnya dan tidak boleh dipindah-pindah atau letak semberono sahaja. Kalau tidak disusun dengan kemas, maka dinding itu akan jadi lemah.

Tapi kalau batu-batu itu disusun sahaja tetapi tidak ada simen sebagai pelekat batu bata itu di antaranya maka adakah dinding itu kuat? Tentu tidak sama sekali. Angin tiup pun boleh jatuh.

Kita pun tahu yang susunan bata tanpa simen, tidak kuat. Maka simen yang dimaksudkan di dalam ayat ini adalah ‘wahyu Allah’ atau dalam ayat lain ditafsirkan sebagai ‘tali Allah’. Kita semua kena berpegang dengan tali Allah, barulah penyatuan kita ini adalah penyatuan yang benar. Kerana kalau kita bersatu pun, tapi tidak dipandu oleh wahyu, maka penyatuan itu akan menuju ke arah kehancuran.

Dan sepertimana batu-bata bangunan itu ada tempatnya masing-masing, maka setiap orang Islam ada tugas yang perlu dilakukan dalam menegakkan agama Islam dan menjalankan dakwah. Tujuan kita adalah untuk menegakkan agama Allah dan kerana itu kena ada persatuan atau pergerakan. Bukanlah dalam persatuan itu kerana teringin untuk naik pangkat.

Jadi ini mengajar kita yang pergerakan dakwah juga tidak boleh bersendirian. Kita memang tidak akan mampu kalau nak buat kerja agama ini berseorangan. Kita memerlukan pertolongan, nasihat dan suntikan semangat dari orang lain juga.

Dan usaha yang dilakukan bersama-sama dengan orang lain itu dapat mendekatkan diri kita kepada sesama Muslim. Ini sebagaimana jika ada orang yang dapat musibah seperti tenggelam dalam kapal dan mereka berjaya untuk lepas musibah itu, maka mereka akan menjadi kawan selama-lamanya. Kerana mereka telah melalui perkara yang besar bersama.

Begitu jugalah kita dapat lihat bagaimana ahli di dalam satu-satu pasukan tentera itu memang begitu rapat di antara satu sama lain kerana mereka telah susah dan payah bersama di medan latihan dan medan peperangan. Mereka akan sanggup berkorban apa sahaja untuk rakannya itu.

Jadi ringkasnya, Allah suka mujahid yang mempunyai sifat-sifat berikut:

1. Mereka berperang kerana Allah dan bukan kerana sebab-sebab yang lain.

2. Tentera itu berdisiplin. Tidak kelam kabut dan berpecah belah.

3. Kuat dan teguh seperti simen. Barulah tidak dapat ditembusi oleh musuh.

 


Ayat 5: Ini adalah ayat zajrun supaya umat akhir zaman jangan terpengaruh seperti umat-umat dahulu. Iaitu hati mereka tidak lagi berminat untuk sebar agama. Maka Allah sambung surah ini dengan bawa kisah yang paling popular dalam Al-Qur’an ini iaitu kisah Nabi Musa as.

Ayat 5 – 6 adalah Perenggan Makro Ketiga. Ia mengajar supaya jangan khianati Rasul seperti kaum Yahudi dengan Nabi-nabi mereka.

وَإِذ قالَ موسىٰ لِقَومِهِ يٰقَومِ لِمَ تُؤذونَني وَقَد تَّعلَمونَ أَنّي رَسولُ اللَّهِ إِلَيكُم ۖ فَلَمّا زاغوا أَزاغَ اللَّهُ قُلوبَهُم ۚ وَاللَّهُ لا يَهدِي القَومَ الفٰسِقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [mention, O Muḥammad], when Moses said to his people, “O my people, why do you harm me while you certainly know that I am the messenger of Allāh to you?” And when they deviated, Allāh caused their hearts to deviate. And Allāh does not guide the defiantly disobedient people.

(MELAYU)

Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaumnya: “Hai kaumku, mengapa kamu menyakitiku, sedangkan kamu mengetahui bahawa sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu?” Maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik.

وَإِذ قالَ موسىٰ لِقَومِهِ

Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaumnya:

Nabi Musa as telah diuji dengan dapat kaum yang amat degil. Mungkin tidak salah kalau dikatakan Bani Israil itu adalah umat yang paling degil dalam dunia ini. Apabila mereka telah melakukan banyak sekali masalah kepada baginda, maka baginda menegur mereka.

يٰقَومِ لِمَ تُؤذونَني

“Hai kaumku, mengapa kamu menyakitiku,

Menyakiti baginda itu boleh jadi macam-macam seperti kata-kata huduh kepada baginda, tidak taat kepada baginda, tidak berusaha untuk menegakkan agama Allah bersama baginda, dan lain-lain lagi.

Seperti yang telah disebut, mereka ini amat degil maka banyaklah kedegilan yang mereka tunjukkan. Banyak sekali disebut dalam Al-Qur’an dan entah berapa banyak lagi yang tidak disebut dalam Al-Qur’an.

Ada pendapat yang mengatakan, yang dimaksudkan ‘menyakiti’ hati Nabi Musa adalah tidak ikut arahan baginda untuk berjihad seperti yang disebut di dalam Al-Qur’an. Apabila Nabi Musa arahkan mereka untuk masuk ke dalam Kota Jurusalem dan mengambil kota itu dari Puak Amaliqah, mereka siap kata kepada Nabi Musa untuk pergi masuk berperang bersama dengan Tuhan sedangkan mereka akan duduk menunggu. Itu adalah perkataan yang menyakitkan hati baginda.

 

وَقَد تَّعلَمونَ أَنّي رَسولُ اللَّهِ إِلَيكُم

sedangkan kamu mengetahui bahawa sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu?” 

Nabi Musa menegur mereka kerana masih lagi nak menyakiti hati baginda walaupun mereka tahu bahawa baginda itu adalah Rasul kepada mereka. Mereka tidaklah menolak baginda sebagai Rasul, tapi dalam terima baginda sebagai Rasul itu, masih juga tidak taat.

Begitulah degilnya Bani Israil itu sampaikan kepada Rasul mereka pun mereka sanggup melayan sampai begitu sekali. Ada banyak sekali ayat-ayat di dalam Al-Qur’an berkenaan kedegilan mereka itu. Seperti kita tahu, Al-Qur’an banyak mengandungi kisah Nabi Musa dan Bani Israil.

Ayat ini juga adalah sebagai tasliah (pujukan) kepada Rasulullah yang ditolak oleh umat baginda. Baginda pernah bersabda tentang Nabi Musa:

“رَحْمَةُ اللَّهِ عَلَى مُوسَى: لَقَدْ أُوذِيَ بِأَكْثَرَ مِنْ هَذَا فَصَبَرَ”

Semoga Allah merahmati Musa, sesungguhnya dia telah disakiti lebih dari ini dan dia tetap bersabar.

Ini adalah adalah peringatan dari Allah kepada umat Islam. Jangan mereka ikut perangai Bani Israil kepada Nabi Musa itu. Allah beri peringatan dalam ayat lain:

{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ آذَوْا مُوسَى فَبَرَّأَهُ اللَّهُ مِمَّا قَالُوا وَكَانَ عِنْدَ اللَّهِ وَجِيهًا}

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang menyakiti Musa; maka Allah membersihkannya dari tuduhan-tuduhan yang mereka katakan. Dan adalah dia seorang yang mempunyai kedudukan terhormat di sisi Allah. (Al-Ahzab: 69)

Jangan umat Islam lakukan perkara yang sama kepada Nabi Muhammad SAW. Kerana kalau mereka buat begitu juga, maka mereka pun akan mengalami nasib yang sama seperti Bani Israil itu. Apakah nasib mereka?

 

فَلَمّا زاغوا أَزاغَ اللَّهُ قُلوبَهُم

Maka tatkala mereka berpaling (dari kebenaran), Allah memalingkan hati mereka;

Ini adalah balasan kepada mereka. Jadi ini mengajar kita yang jikalau kita tidak ikut arahan Rasulullah, tidak ikut arahan agama, maka Allah akan pesongkan hati kita.

Yakni ketika mereka menyimpang dari jalan kebenaran, padahal mereka mengetahuinya, maka Allah memalingkan hati mereka dari hidayah dan menempatkan di hati mereka keraguan, kebimbangan, dan kehinaan. Sebagaimana yang disebutkan dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{وَنُقَلِّبُ أَفْئِدَتَهُمْ وَأَبْصَارَهُمْ كَمَا لَمْ يُؤْمِنُوا بِهِ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَنَذَرُهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ}

Dan (begitu pula) Kami memalingkan hati dan penglihatan mereka seperti mereka belum pernah beriman kepadanya (Al-Qur’an) pada permulaannya, dan Kami biarkan mereka bergelimang dalam kesesatannya yang sangat. (Al-An’am: 110)

Seperti telah disebut, satu pendapat mengatakan yang mereka tolak itu adalah untuk berjihad. Dan apabila mereka berpaling dari ikut arahan Nabi Musa untuk berjihad, maka Allah palingkan hati mereka dari menerima hidayah. Ini ada disebut dalam Surah Maidah.

 

وَاللَّهُ لا يَهدِي القَومَ الفٰسِقينَ

dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik.

Kepada mereka yang tidak ikut arahan dan berterusan berbuat dosa, maka Allah tidak akan beri hidayah kepada mereka.

Dari ayat ini dan banyak lagi ayat lain, kita dapat tahu yang bukanlah Allah yang menyesatkan manusia yang engkar itu. Allah tidak memaksa manusia jadi engkar. Allah telah beri segala peluang kepada manusia, tapi mereka yang engkar dahulu dan selepas itu barulah Allah tidak beri hidayah kepada mereka dan menjadikan mereka sesat.

Allah telah beri pilihan kepada manusia untuk memilih jalan yang mereka hendak lalui. Allah tidak paksa manusia beriman; manusia kena pilih jalan itu sendiri. Kepada mereka yang pilih jalan kebenaran, maka Allah akan beri kebenaran itu kepada mereka; tapi kepada mereka yang pilih jalan kesesatan, maka mereka pun boleh pilih jalan itu. Terpulang kepada manusia.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Tarikh: 29 Ogos 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi