Tafsir Surah Ghafir Ayat 8 – 11 (Tauhid Dalam Doa)

Ayat 8: Sambungan doa para malaikat-malaikat itu dari ayat sebelum ini:

Ghafir ayat 8 dan 9 doa para malaikat
Doa para malaikat meliputi hingga kepada kaum kerabat, pasangan, datuk nenek, zuriat sekaliannya supaya dimasukkan ke dalam syurga Adnin…

رَبَّنا وَأَدخِلهُم جَنّٰتِ عَدنٍ الَّتي وَعَدتَّهُم وَمَن صَلَحَ مِن ءآبائِهِم وَأَزوٰجِهِم وَذُرِّيّٰتِهِم ۚ إِنَّكَ أَنتَ العَزيزُ الحَكيمُ

Sahih International

Our Lord, and admit them to gardens of perpetual residence which You have promised them and whoever was righteous among their fathers, their spouses and their offspring. Indeed, it is You who is the Exalted in Might, the Wise.

Malay

“Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga “Adn” yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan (masukkanlah bersama-sama mereka): orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

seterusnya

رَبَّنَا وَأَدْخِلْهُمْ جَنّٰتِ عَدْنٍ

Mereka berkata: “Wahai Tuhan kami masukkanlah mereka semua ke dalam syurga Adnin”

Mereka bukan sahaja mendoakan untuk kebaikan dunia sahaja kepada orang-orang yang beriman seperti dalam ayat sebelum ini; tapi dalam ayat ini, mereka juga mendoakan kebaikan akhirat untuk orang-orang yang beriman, bertaubat dan berada dalam jalan Allah.

Mereka berdoa kepada Allah untuk memasukkan orang-orang yang beriman yang berakidah tauhid itu ke dalam syurga. Dalam ayat sebelum ini, para malaikat itu berdoa supaya diselamatkan mereka itu dari neraka. Tapi takkan selamat dari neraka sahaja, tapi tak masuk syurga pula, bukan?

Maka, mereka tidak lupa untuk doa kepada Allah untuk memasukkan orang-orang yang telah disebut sebelum ini ke dalam syurga. Itulah tempat kembali yang paling baik.

Nota: potongan ayat ini dengan potongan seterusnya adalah termasuk dalam hukum tajwid ‘Iltiqa’ Sakinain’ dan jarang diketahui oleh kita. Boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut. Jadi kena dibaca jannaati adninillati.

seterusnya

الَّتِي وَعَدتَّهُمْ

“yang Kau telah janjikan kepada mereka”

Janji untuk memasukkan mereka yang beriman ke dalam syurga adalah janji dari Allah sendiri. Dan tentunya Allah tidak memungkiri janjiNya, seperti yang telah disebut dalam ayat-ayat yang lain.

seterusnya

وَمَن صَلَحَ

“Dan sesiapa yang soleh”

Dan bukan sahaja memasukkan mereka yang mengamalkan tauhid sahaja, tapi memasukkan juga ahli keluarga mereka. Tapi ahli keluarga itu kenalah mereka yang soleh sahaja.

seterusnya

مِنْ ءآبَائِهِمْ

“Daripada bapa-bapa mereka”

Dari bapa mereka ke atas. Iaitu termasuk datuk juga. Termasuk juga ibu.

seterusnya

وَأَزْوٰجِهِمْ

“Dan isteri-isteri mereka”.

Isteri yang solehah sahaja yang akan dimasukkan ke dalam syurga. Jadi kena cerita tentang tauhid dan agama yang benar kepada isteri kita. Jangan kita sahaja yang faham agama, tapi anak dan isteri tidak tahu. Kerana memang tanggungjawab seorang suami dan ayah untuk menyampaikan ajaran agama kepada anak dan isteri.

seterusnya

وَذُرِّيّٰتِهِمْ

“Dan zuriat-zuriat mereka.”

Anak-anak mereka yang mana beriman sahaja yang boleh masuk ke dalam syurga. Jadi kena jaga agama zuriat-zuriat kita. Daripada masa mengandung lagi, ibu kena sentiasa baca Al-Quran. Dan ikut semua sunnah yang benar. Jangan buat amalan-amalan mengarut yang bukan dari ajaran Islam.

Lihatlah bagaimana malaikat-malaikat itu bukan sahaja mendoakan kepada orang-orang yang beriman sahaja, tapi mendoakan juga kepada keluarga mereka. Kerana kita bukan hanya mahukan kebaikan untuk diri kita, tapi untuk ahli keluarga kita juga.

Kalau kita masuk syurga pun, kita hendak sangat supaya kita dimasukkan sekali dengan ahli keluarga kita. Kita rapat dengan mereka semasa di dunia, maka tentunya kita mahu bersama dengan mereka di syurga juga.

Keluarga boleh duduk bersama dalam syurga kalau mereka semuanya ahli syurga. Katakanlah seorang anak sudah dapat masuk syurga, tapi di kedudukan yang rendah dari ayahnya. Ayahnya itu boleh minta supaya dinaikkan kedudukan anaknya itu sama dengannya supaya mereka boleh duduk bersama.

Inilah rahmat Allah. Rahmat ini amat besar, kerana kalau di dunia, belum tentu ahli keluarga dapat duduk sekali kerana masing-masing ada keluarga masing-masing dan duduk pun jauh-jauh. Kadang-kadang hanya berjumpa masa hari raya sahaja.

Kalau orang kafir, kalau anak atau bapa mati, tidak ada kemungkinan langsung mereka akan berjumpa lagi. Tapi bagi orang Islam, masih ada kemungkinan lagi untuk berjumpa dengan keluarga kita di syurga nanti.

Jadi Allah boleh kumpulkan mereka itu duduk sekali dalam syurga dalam tempat yang sama. Tapi, kenalah masuk syurga dahulu. Kerana kalau keturunan mereka itu sudah masuk dalam neraka, tidaklah boleh nak keluarkan mereka dari neraka.

Oleh itu, apabila kita berdoa, jangan hanya mendoakan untuk diri kita sahaja, tapi doakan juga kepada ahli keluarga kita sekali. Belajarlah dari malaikat-malaikat ini, bagaimana cara doa mereka.

seterusnya

إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Sesungguhnya Engkau Maha Gagah dan Maha Bijaksana.

Allah maha berkuasa untuk menghukum sesiapa sahaja. Tapi Allah Maha Bijaksana untuk menangguh hukum dan tidak terus memberi azab kepada manusia, supaya mereka ada peluang untuk bertaubat.

seterusnya


Ayat 9:

وَقِهِمُ السَّيِّئَاتِ ۚ وَمَن تَقِ السَّيِّئَاتِ يَومَئِذٍ فَقَد رَحِمتَهُ ۚ وَذٰلِكَ هُوَ الفَوزُ العَظيمُ

Sahih International

And protect them from the evil consequences [of their deeds]. And he whom You protect from evil consequences that Day – You will have given him mercy. And that is the great attainment.”

Malay

“Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya); dan (sebenarnya) sesiapa yang Engkau pelihara pada hari itu dari terkena (balasan) kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya) maka sesungguhnya Engkau telah mengurniakan rahmat kepadanya; dan yang demikian itulah kemenangan yang besar (nilainya)”.

seterusnya

وَقِهِمُ السَّيِّئَاتِ

“Dan jauhilah/jagalah mereka daripada segala kejahatan dosa”.

Malaikat berdoa semoga orang beriman itu tidak buat dosa. Atau tidak cenderung berbuat dosa. Jenis bukan orang yang buat dosa.

Atau, mereka mendoakan supaya mereka yang berdoa itu tidak menerima kesan yang buruk dari dosa-dosa yang mereka lakukan. Setiap dosa ada kesannya yang buruk – di dunia dan juga di akhirat.

Atau, kalau mereka buat dosa pun, mereka tidak buat dosa itu berkekalan. Minta Allah ampunkan dosa mereka. Dan minta Allah beri taufik kepada mereka untuk meminta ampun. Kadang-kadang manusia pun sudah lupa apakah dosa-dosa yang mereka lakukan sampai mereka tidak minta ampun.

Tapi kalau Allah beri taufik kepada mereka, mereka akan teringat untuk minta ampun. Tengah bawa kereta, teringat dosa kita, maka waktu itu teruslah minta ampun. Allah sengaja ingatkan dosa kita supaya kita terus minta ampun dan kerana Dia yang ingatkan, maksudnya Dia nak ampunkan lah itu.

Kerana kalau sudah diberi taufik itu meminta ampun, itu tandanya Allah sudah hendak memberi ampun. Maka, semoga dosa-dosa itu diampunkan semua sekali supaya boleh terus masuk ke dalam syurga dan tidak perlu masuk neraka dahulu.

seterusnya

وَمَن تَقِ السَّيِّئَاتِ يَوْمَئِذٍ فَقَدْ رَحِمْتَهُ

Dan sesiapa yang dijaga dari dosa, pada hari ini mereka telah dapat banyak rahmat.

Mereka yang diselamatkan dari kesan buruk dosa itu adalah mereka yang mendapat rahmat yang amat besar. ‘Hari’ dalam ayat ini, boleh jadi semasa di dunia dan juga di akhirat kelak. Boleh merangkumi kedua-duanya.

seterusnya

وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Dan sesiapa yang dapat demikian itu, ialah mereka yang mendapat kejayaan agung.

Kejayaan yang agung sebenarnya adalah yang selamat di Mahsyar dan di akhirat. Bukanlah kejayaan yang di dunia. Yang penting sekali adalah kejayaan di akhirat kelak.

Begitu sekali panjang doa para malaikat itu. Maka beruntunglah mereka yang mengamalkan tauhid dalam ibadah dan tauhid dalam berdoa.

Habis Ruku’ 1 dari 9 ruku’ dalam surah ini.


Ayat 10: Ini pula adalah tentang mereka yang kufur. Selepas Allah menyentuh tentang mereka yang beriman, Allah menceritakan tentang mereka yang kufur pula. 

إِنَّ الَّذينَ كَفَروا يُنادَونَ لَمَقتُ اللهِ أَكبَرُ مِن مَّقتِكُم أَنفُسَكُم إِذ تُدعَونَ إِلَى الإيمٰنِ فَتَكفُرونَ

Sahih International

Indeed, those who disbelieve will be addressed, “The hatred of Allah for you was [even] greater than your hatred of yourselves [this Day in Hell] when you were invited to faith, but you refused.”

Malay

Sesungguhnya orang-orang yang kafir akan dipanggil dan dikatakan kepada mereka (pada hari kiamat): “Demi sesungguhnya! Kebencian Allah (kepada kamu) lebih besar daripada kebencian kamu kepada diri sendiri, (sebabnya kerana) semasa kamu diseru dan diajak (di dunia dahulu) supaya beriman, (kamu enggan dan menolak), lalu kamu terus berkeadaan kufur”.

seterusnya

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا يُنَادَوْنَ

Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir, akan dikatakan kepada mereka

Kata-kata ini akan disebut kepada mereka yang kufur semasa mereka sedang kena azab. Kafir yang dimaksudkan adalah ‘Kafir Degil’. Kata-kata ini adalah sebagai menambah kesesalan kepada mereka. Sudahlah tubuh mereka diseksa, sekarang diseksa lagi dengan azab emosi.

seterusnya

لَمَقْتُ اللهِ أَكْبَرُ مِن مَّقْتِكُمْ أَنفُسَكُمْ

“Kemurkaan Allah lebih besar daripada kemurkaan kamu kepada diri kamu sendiri”

Di Mahsyar nanti, mereka akan kata kepada diri mereka apabila mereka masuk neraka: “kenapalah kami tidak beriman dahulu?” Mereka akan marah dan benci kepada diri sendiri kerana tidak beriman semasa di dunia. Ayat ini mengatakan bahawa Allah lagi murka dan marah kepada mereka. Kemurkaan Allah itu semasa di dunia lagi. Cuma di akhirat, baru Dia balas.

Perkataan مَقْتُ bermaksud marah yang amat sangat apabila melihat orang lain melakukan perkara yang salah. Dan dosa itu adalah dosa yang amat besar. Kalau pada zaman jahiliah, ia digunakan untuk menceritakan perbuatan kahwin dengan balu arwah ayah. Allah amat marah perbuatan yang buruk itu sampaikan digunakan kalimah مَقْتُ.

Mereka amat marah kepada diri mereka sendiri sampaikan mereka akan menggigit dan memakan jari-jari mereka. Begitu teruk kemarahan mereka kepada diri mereka. Akan tetapi kemarahan Allah lebih teruk lagi.

seterusnya

إِذْ تُدْعَوْنَ إِلَى الْإِيمٰنِ فَتَكْفُرُونَ

ketika kamu diseru beriman kepada Allah, kemudian kamu ingkar

Dulu, kamu telah diajak kepada kebenaran tapi kamu tidak mahu menerimanya. Sekarang, kamu sudah menyesal bukan? Kamu marah diri kamu sendiri sekarang, bukan? Allah lagi marah daripada apa yang kamu marah diri kamu pada waktu kamu menolak kebenaran.

Sewaktu manusia menolak untuk beriman dan mengamalkan tauhid, waktu itu Allah amat marah kepada mereka. Bayangkanlah apa yang akan terjadi kepada mereka yang apabila kita ajak mereka kepada jalan sunnah,  mereka menolak? Mereka tidak sedar yang waktu dan saat itu Allah amat marah kepada mereka.

seterusnya


Ayat 11: Sekarang lihat apa kata ahli neraka itu.

قالوا رَبَّنا أَمَتَّنَا اثنَتَينِ وَأَحيَيتَنَا اثنَتَينِ فَاعتَرَفنا بِذُنوبِنا فَهَل إِلىٰ خُروجٍ مِّن سَبيلٍ

Sahih International

They will say, “Our Lord, You made us lifeless twice and gave us life twice, and we have confessed our sins. So is there to an exit any way?”

Malay

Mereka akan berkata: “Wahai Tuhan kami! Engkau telah menjadikan kami berkeadaan mati dua kali, dan telah menjadikan kami bersifat hidup dua kali, maka kami (sekarang) mengakui akan dosa-dosa kami. Oleh itu adakah sebarang jalan untuk (kami) keluar (dari neraka)?”

seterusnya

قَالُوا رَبَّنَا

Mereka berkata: “wahai Tuhan kami”

Sekarang baru mereka hendak mengaku yang Allah itu adalah Rabb mereka. Baru nak jadi hamba kepada Rabb. Baru nak jadi taat dan sekarang berharap kepada Allah.  Lihatlah apa rayuan ahli-ahli neraka itu:

seterusnya

أَمَتَّنَا اثْنَتَيْنِ

“Kamu sudah matikan kami dua kali”

Pertama, sebelum kita dilahirkan ke dunia, kita dalam keadaan mati – kerana mati adalah keadaan ‘tanpa nyawa’, dan bukankah sebelum kita diberikan dengan nyawa dan dilahirkan ke dunia, kita dalam keadaan ‘mati’?; kemudian menjalani kehidupan kita di dunia, kemudian kita dimatikan sekali lagi.

Itulah maksudnya, kita mati dua kali. Memang Allahlah yang mematikan kita. Tidak ada sesiapa lagi yang boleh buat begitu.

seterusnya

وَأَحْيَيْتَنَا اثْنَتَيْنِ

“dan Kamu sudah hidupkan kami dua kali”

Kita dihidupkan kali pertama apabila kita dilahirkan dan kemudian kita mati setelah menjalani kehidupan di dunia; hidup yang kedua adalah apabila kita dihidupkan kembali pada Hari Akhirat.

Jadi, kita dua kali hidup dan dua kali mati. Mereka sekarang sedang mengaku yang hidup dan mati mereka itu adalah dari Allah belaka. Mereka juga sedang merayu dengan Allah – Allah telah berikan mati dan hidup dua kali – apa salahnya bagi hidup sekali lagi?

seterusnya

فَاعْتَرَفْنَا بِذُنُوبِنَا

“kami mengaku semua dosa-dosa kami”

Setelah masuk neraka baru mereka mengaku dengan dosa-dosa mereka. Mereka mengaku itu kerana mereka nak bodek Allah. Mereka mengaku yang selama mereka di dunia, mereka telah melakukan banyak dosa, terutama sekali dosa dalam tauhid, dosa tidak berdoa hanya kepada Allah sahaja.

Mereka sedang mengaku yang mereka dahulu telah melakukan syirik dalam berdoa. Tapi itu semuanya tidak berguna lagi. Kerana, sepatutnya kita mengaku dosa kita semasa kita di dunia lagi. Sekarang bila di akhirat, tidak laku lagi segala penyesalan. Cakaplah apa sahaja, mengakulah apa sahaja, tapi ia tidak berguna lagi. Amatlah malang sekali kalau manusia hanya menyedari setelah mereka mati.

seterusnya

فَهَلْ إِلَىٰ خُرُوجٍ مِّن سَبِيلٍ

“Maka adakah jalan keluar dari neraka ini?”

Mereka mula dengan berkata bahawa Allah telah berikan kehidupan dan kematian dua kali tapi mereka telah mensia-siakannya. Itu sebenarnya hanyalah mukaddimah kata-kata mereka sahaja. Mereka sebenarnya ada hajat yang besar nak minta kepada Allah.

Sekarang, mereka meminta supaya Allah memberikan mereka kehidupan kembali ke dunia supaya mereka boleh beriman dan beramal soleh, tidak melakukan syirik dalam berdoa lagi. Banyak kali kita boleh baca dalam Al-Quran permintaan sebegini. Dalam Sajdah:12,

وَلَو تَرىٰ إِذِ المُجرِمونَ ناكِسو رُءوسِهِم عِندَ رَبِّهِم رَبَّنا أَبصَرنا وَسَمِعنا فَارجِعنا نَعمَل صالِحًا إِنّا موقِنونَ

Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.

Juga dalam An’am:27,

وَلَو تَرىٰ إِذ وُقِفوا عَلَى النّارِ فَقالوا يا لَيتَنا نُرَدُّ وَلا نُكَذِّبَ بِآياتِ رَبِّنا وَنَكونَ مِنَ المُؤمِنينَ

Dan sungguh ngeri jika engkau melihat ketika mereka didirikan di tepi neraka (untuk menyaksikan azabnya yang tidak terperi), lalu mereka berkata: “Wahai kiranya kami dikembalikan ke dunia, dan kami tidak akan mendustakan lagi ayat-ayat keterangan Tuhan kami, dan menjadilah kami dari golongan yang beriman”.

Tetapi, bagaimana cara mereka minta pun supaya dikembalikan ke dunia, permintaan mereka itu tidak akan dilayan. Sudah terlambat.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 17 Julai 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Taimiyyah Zubair

Tafsir Surah an-Nisa Ayat 148 – 152 (Jangan sebar kisah buruk orang)

Nisa’ Ayat 148: Ayat ini mempunyai hubungkait dengan ayat 136. Iman adalah perkara dalaman diri kita yang manusia lain tidak tahu. Kadangkala kalau kita berkawan dengan orang kafir, orang kafir mungkin mendesak kita untuk mengucapkan kalimah yang kufur.

Atau kadangkala seseorang muslim dipaksa untuk mengiyakan mana-mana pernyataan dan perbuatan kufur. Mungkin Muslim itu tidak menerimanya di dalam hati, tetapi kerana takut dengan orang kafir itu, dia mungkin terpaksa juga mengucapkan dengan lidahnya. Allah ‎ﷻ memaafkannya dalam keadaan begitu kerana Allah ‎ﷻ hanya mengira apa yang berada di dalam hatinya.

۞ لا يُحِبُّ اللَّهُ الجَهرَ بِالسّوءِ مِنَ القَولِ إِلّا مَن ظُلِمَ ۚ وَكانَ اللَّهُ سَميعًا عَليمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Allāh does not like the public mention of evil except by one who has been wronged. And ever is Allāh Hearing and Knowing.

MALAY

Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang; kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

 

لا يُحِبُّ اللَّهُ الجَهرَ بِالسّوءِ مِنَ القَولِ

Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan terang

Allah ‎ﷻ tidak suka orang yang lantang menyebut kalimah kufur. Ini adalah apabila kekufuran disebut secara lantang. Maknanya, tidak boleh dengan mudahnya mengatakan seseorang itu kufur.

Satu lagi tafsir bagi ayat ini adalah mendoakan keburukan untuk orang lain.

Imam Ibnu Katsir meriwayatkan penafsiran Ibnu Abbas terhadap ayat tersebut yang berkata:

لَا يُحِبُ اللهُ أَنْ يَدْعُوَ أَحَدٌ عَلىَ أَحَدٍ إِلاَ أَنْ يَكُوْنَ مَظْلُوْماً فَإْنَهُ قَدْ أَرْخَصَ لَهُ أَنْ يَدْعُوَ عَلىَ مَنْ ظَلَمَهُ وَذَلِكَ قُوْلُهُ: { إِلاَّ مَنْ ظُلِمَ } وَإِنْ صَبَرَ فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ

”Allah tidak menyukai seseorang yang mendoakan keburukan kepada orang lain, kecuali jika dia dizalimi. Kerana sesungguhnya Allah telah memberikan rukhshah (keringanan) kepadanya untuk mendoakan keburukan bagi orang yang telah menzaliminya. Yang demikian itu berdasarkan firman-Nya (إِلاَّ مَنْ ظُلِمَ) (kecuali oleh orang yang dizalimi). Tapi jika dia bersabar, itu lebih baik baginya.” (Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, 2/197).

Para fuqaha sepakat boleh (ja`iz) hukumnya seorang muslim mendoakan keburukan kepada orang kafir maupun kepada sesama muslim yang berbuat zalim kepadanya secara khusus, atau berbuat zalim kepada kaum muslimin secara umum. Misalnya merampas harta, memfitnah, memukul, menyeksa, membunuh, dan sebagainya. (Al Mausu’ah Al Fiqhiyyah, 20/267-268; Imam Nawawi, Al Adzkar An Nawawiyyah, hlm. 261-262; Imam Al Qarafi, Al Furuuq, 4/1428).

Imam Nawawi berkata :

وَقَدْ تَظَاهَرَ عَلىَ جَوَازِهِ نُصُوْصُ الْكِتَابِ وَالسُنَةِ وَأَفْعَالُ سَلَفِ الْأُمَةِ وَخَلَفِهَا

”Telah jelas kebolehan hal tersebut [mendoakan keburukan kepada orang yang berbuat zalim] berdasarkan nash-nash Al Qur`an dan As Sunnah. Juga berdasarkan perbuatan generasi umat Islam terdahulu (salaf) maupun generasi terkemudian (khalaf).” (Imam Nawawi, Al Adzkar An Nawawiyyah, hlm. 261).

Adapun dalil As Sunnah, di antaranya doa Nabi SAW terhadap orang-orang kafir, iaitu Ri’il, Dzakwan, dan ‘Ushaibah dalam peristiwa di Bi’ir Ma’unah, setelah mereka membunuh para sahabat yang diutus Nabi SAW kepada mereka:

اللَّهُمَّ الْعَنْ رِعْلاً وَ ذَكْوَانَ وَعُصَيْبَةَ

Ya Allah, laknatilah Ri’il, Dzakwan, dan ‘Ushaibah!
(HR Bukhari dan Muslim).

Dalam hadits lainnya, Nabi SAW telah mendoakan kaum kafir pada Perang Ahzab :

مَلَأَ اللهُ قُبُوْرَهُمْ وَبثيُوْتَهُمْ نَارًا

”Semoga Allah memenuhi kuburan dan rumah mereka dengan api…”
(HR Bukhari dan Muslim).

Mendoakan keburukan kepada sesama muslim yang berbuat zalim, juga boleh sesuai contoh doa Nabi SAW terhadap penguasa muslim yang mempersulit urusan umat Islam:

اللَّهُمَّ مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَتِيْ شَيْئًا فَشَقَ عَلَيْهِمْ فَاشْقُقْ عَلَيْهِ

“Ya Allah, siapa saja yang mengurus suatu urusan umatku lalu dia mempersulit mereka, maka persulitlah dia.”
(HR Bukhari dan Muslim)

 

Nota: Ada banyak kalimat berbeza-beza yang digunakan di dalam Al-Qur’an untuk menunjukkan makna ‘zahir’. Ini adalah kerana bahasa Arab ini amat kaya jadi semua kalimat itu walaupun diterjemahkan sebagai ‘menzahirkan’, akan tetapi ada perbezaan antara semuanya itu. Kita senaraikan di sini untuk perbandingan:

1. ظَهَرَ bermaksud luaran, yang senang nampak.; lawannya adalah بطن yang bermaksud ‘perut’, ‘dalaman’. Contohnya seperti Rum:41.

ظَهَرَ الفَسادُ فِي البَرِّ وَالبَحرِ

Telah nampak kerosakan di darat dan di laut

 

2. جَهْرً pula bermaksud terang jelas. Contohnya di dalam Baqarah:55.

وَإِذ قُلتُم يَـٰمُوسَىٰ لَن نُّؤمِنَ لَكَ حَتّىٰ نَرَى اللهَ جَهرَةً

Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)”

Ia juga digunakan untuk suara yang jelas seperti ‘Solat Jahr’ untuk Subuh, Maghrib dan Isya’.

Oleh itu lihat contoh yang kedua adalah dalam Nisa’:148 ini yang berkenaan dengan suara,

لا يُحِبُّ اللَّهُ الجَهرَ بِالسّوءِ مِنَ القَولِ إِلّا مَن ظُلِمَ

Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang;

 

3. بَدَا bermaksud jelas kelihatan tanpa kerelaaan orang itu. Ini seperti digunakan dalam An’am:28

بَل بَدا لَهُم مّا كانوا يُخفونَ مِن قَبلُ

bahkan setelah nyata kepada mereka apa yang mereka selalu sembunyikan dahulu;

Satu lagi contoh adalah di dalam A’raf:22

فَلَمّا ذاقَا الشَّجَرَةَ بَدَت لَهُما سَوءٰتُهُما

Tatkala keduanya telah merasai buah pokok itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya

Satu lagi contoh adalah Yusuf:35

ثُمَّ بَدا لَهُم مِن بَعدِ ما رَأَوُا الآياتِ لَيَسجُنُنَّهُ حَتّىٰ حينٍ

Kemudian jelas pada mereka setelah melihat tanda-tanda (kebenaran Yusuf) bahawa mereka harus memenjarakannya sampai sesuatu waktu.

 

4. عُثِرَ digunakan apabila seseorang menipu dan kemudian dia telah tersilap cakap sampaikan kebenaran itu terserlah. Ini seperti digunakan dalam Maidah:107

فَإِن عُثِرَ عَلىٰ أَنَّهُمَا استَحَقّا إِثمًا

Jika diketahui bahawa kedua (saksi itu) membuat dosa,

 

5. تَّبَيَّن apabila sesuatu itu jelas apabila dibandingkan dengan sesuatu yang lain. Contohnya di dalam Baqarah:256

قَد تَّبَيَّنَ الرُّشدُ مِنَ الغَيِّ

sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur).

Satu lagi contoh adalah di dalam An’am:55

وَلِتَسْتَبِينَ سَبِيلُ الْمُجْرِمِينَ

dan supaya jelas pula jalan orang-orang yang berdosa.

 

6. حَصْحَصَ digunakan apabila sudah jelas apabila kebenaran telah timbul. Contohnya digunakan dalam Yusuf:51

قالَتِ امرَأَتُ العَزيزِ الآنَ حَصحَصَ الحَقُّ أَنا راوَدتُهُ عَن نَفسِهِ

Berkata isteri Al Aziz: “Sekarang jelaslah kebenaran itu, akulah yang menggodanya untuk menundukkan dirinya (kepadaku),

 

7. تَجَلَّىٰ digunakan apabila sesuatu yang cantik dan terang benderang seperti digunakan dalam A’raf:143

فَلَمّا تَجَلّىٰ رَبُّهُ لِلجَبَلِ جَعَلَهُ دَكًّا

Setelah Tuhannya “Tajalla” (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) “TajalliNya” menjadikan gunung itu hancur lebur

 

8. شرع digunakan apabila sesuatu itu jelas kelihatan seperti digunakan di dalam A’raf:163

إِذ تَأتيهِم حيتانُهُم يَومَ سَبتِهِم شُرَّعًا

ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air;

 

إِلّا مَن ظُلِمَ

kecuali oleh orang yang dianiayakan. 

Melainkan kalau seorang itu dizalimi dan dia terpaksa bercakap begitu. Sebagai contoh, ada orang meletak pistol di kepalanya dan menyuruhnya mengaku yang dia seorang kafir. Kalau dia bercakap begitu, sedangkan hatinya tetap beriman, maka ini boleh dimaafkan.

Atau, satu lagi tafsir: ia bermaksud kata-kata buruk atau keji itu dimaksudkan sebagai perbuatan zalim atau dosa.

Allah ‎ﷻ tidak suka seseorang menzahirkan dosa orang lain melainkan kalau yang disebut itu adalah mereka yang telah dizalimi. Allah ‎ﷻ tidak suka kalau kita mendedahkan kesalahan orang lain di khalayak ramai. Oleh itu, janganlah kita membuka cerita tentang dosa-dosa yang telah dilakukan oleh orang lain, jangan mengumpat tentang mereka, jangan cari kesalahan mereka dan paparkan dalam Facebook atau sebagainya, jangan. Kecuali kalau dia telah dizalimi.

Contohnya kalau dia telah ditipu oleh suatu sindiket atau scam, maka bolehlah dia menceritakan kesalahan orang itu. Maksudnya, bolehlah dia mengadu, membawa kesnya itu kepada pihak polis, atau ke mahkamah. Tapi, kenalah dengan adab yang betul. Jangan berlebih-lebihan. Haruslah dibawa kepada pihak yang berwajib, jangan disebarkan dalam Facebook pula. Dan kalau orang itu menipu tentang kita, tidaklah boleh kita mengada-adakan cerita tidak benar tentangnya pula.

Kalau kita nampak seseorang melakukan dosa, jangan canangkan kesalahan orang itu. Jangan jadi macam munafik yang apabila dengar sahaja  berita, terus menyebarkannya. Ini adalah kerana mereka memang suka membawa cerita tentang orang lain.share-di-facebook-aib-picsay

Walaupun boleh menceritakan kezaliman orang kepada kita, tetapi kalau kita sembunyikan kezaliman yang dilakukan terhadap kita itu, itu adalah lebih bagus. Kerana mungkin orang itu telah membuat kesilapan dan kalau kita menceritakan kepada orang lain, orang itu akan terus hilang kredibilitinya sampai bila-bila.

Ada manusia yang jahat di masa mudanya, tetapi lama-kelamaan dia mungkin akan bertaubat. Tapi kalau kita sudah menghebohkan sekeliling kampung tentang kesilapannya di masa lalu, tentu orang sudah memandang serong terhadapnya, walaupun dia sudah berubah dan menjadi baik.

Tetapi, jikalau kita melihat seseorang itu telah melakukan kezaliman, dan merasakan kalau kita tidak menghalang nya dengan melaporkan kesalahan yang dilakukannya itu, dia mungkin akan berbuat zalim kepada orang lain pula. Dalam hal itu, seelok-eloknya kita laporkan kepada pihak yang berwajib. Biar dia berhenti daripada melakukan kesalahan itu lagi kepada orang lain.

Kadang-kadang kita perlu menceritakan kezaliman yang telah dilakukan kepada diri kita. Seperti satu hadis:

حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عَلِيٍّ، حَدَّثَنَا صَفْوَانُ بْنُ عِيسَى، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَجْلان، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ؛ أَنَّ رَجُلًا أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: إِنْ لِي جَارًا يُؤْذِينِي، فَقَالَ لَهُ: “أَخْرِجْ مَتَاعَكَ فَضَعْهُ عَلَى الطَّرِيقِ”. فَأَخَذَ الرَّجُلُ مَتَاعَهُ فَطَرَحَهُ عَلَى الطَّرِيقِ، فَجَعَلَ كُلُّ مَنْ مَرَّ بِهِ قَالَ: مَالَكَ؟ قَالَ: جَارِي يُؤْذِينِي. فَيَقُولُ: اللَّهُمَّ الْعَنْهُ، اللَّهُمَّ أَخْزِهِ! قَالَ: فَقَالَ الرَّجُلُ: ارْجِعْ إِلَى مَنْزِلِكَ، وَقَالَ لَا أُوذِيكَ أَبَدًا”.

Telah menceritakan kepada kami Amr ibnu Ali, telah menceritakan kepada kami Safwan ibnu Isa, telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu Ajlan, dari ayahnya, dari Abu Hurairah رضي الله عنهم, bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi ﷺ, lalu bertanya, “Sesungguhnya aku mempunyai seorang tetangga yang selalu menyakiti diriku.” Maka Nabi ﷺ bersabda kepadanya: Keluarkanlah semua barang milikmu dan letakkanlah di tengah jalan.Kemudian lelaki itu mengambil semua barang miliknya, lalu dia lemparkan ke jalan. Maka setiap orang yang lewat bertanya, “Mengapa kamu ini?” Dia menjawab, “Tetanggaku selalu menyakitiku.” Orang tersebut mengucapkan, “Ya Allah, laknatilah dia. Ya Allah, hinakanlah dia.” Akhirnya tetangganya itu berkata, “Kembalilah ke rumahmu. Demi Allah ‎ﷻ, aku tidak akan menyakitimu lagi untuk selamanya.”

Imam Abu Daud meriwayatkannya di dalam Kitabul Adab.

 

وَكانَ اللَّهُ سَميعًا عَليمًا

Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Allah ‎ﷻ Maha Mendengar apa yang disebut oleh sesiapa sahaja. Maka, kenalah jaga mulut kita, jangan asyik ingin bercerita tentang orang sahaja.

Allah ‎ﷻ Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati hambaNya. Kalau hamba itu terpaksa mengatakan tentang perkara-perkara yang boleh menyebabkan kekufuran, Allah ‎ﷻ mengetahui apa yang ada di dalam isi hatinya. Mungkin dia tidak maksudkannya, tetapi dia terpaksa berkata begitu.


 

Nisa’ Ayat 149: Allah ‎ﷻ menyuruh makhlukNya beriman dan jangan main-main. Tapi kalau terpaksa sebut perkara kufur, itu dimaafkan.

إِن تُبدوا خَيرًا أَو تُخفوهُ أَو تَعفوا عَن سوءٍ فَإِنَّ اللَّهَ كانَ عَفُوًّا قَديرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

If [instead] you show [some] good or conceal it or pardon an offense – indeed, Allāh is ever Pardoning and Competent.¹

  • Allāh is always able to exact retribution, although He pardons out of His grace.

MALAY

Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.

 

إِن تُبدوا خَيرًا أَو تُخفوهُ

Jika kamu menzahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, 

Sama ada kita tunjuk atau kita rahsiakan amal kebaikan kita, Allah ‎ﷻ mengetahui kebaikan yang kita telah buat dan apabila Allah ‎ﷻ tahu, maknanya Allah ‎ﷻ akan membalasnya. Maka tidak perlulah untuk menceritakan kepada orang tentang kebaikan yang telah kita lakukan. Begitu juga, tidak perlu untuk menceritakan keburukan yang kita telah lakukan.

Antara dua perkara ini, tidak sebut kebaikan yang telah dilakukan itu lebih afdhal kerana dibimbangkan akan timbul perasaan riak pula. Kerana kalau kita tunjukkan kebaikan kita, mungkin ada sedikit rasa ingin menunjuk-nunjuk kepada manusia lain. Maka, seeloknya tidak ditunjukkan langsung.

Tentang dosa pula, jangan juga ceritakan kepada orang. Perbuatan ini disebut sebagai mujaharoh. Seperti yang disebut dalam hadis:

Dari Abu Hurairah رضي الله عنه, katanya: “Saya mendengar Rasulullah ﷺ telah bersabda: “Setiap umatku itu dimaafkan, kecuali orang-orang yang mujahir (suka menampak-nampakkan kejahatan/maksiatnya sendiri dengan rasa bangga, atau melakukan maksiat di depan umum, tahu jika salah tetapi dia terus melakukan maksiat tersebut). Sesungguhnya (termasuk) mujahir ialah jikalau seorang melakukan sesuatu perbuatan -dosa- di waktu malam, kemudian di pagi hari, sedangkan Allah ‎ﷻ telah menutupi keburukannya itu, tiba-tiba dia berkata -pada pagi harinya itu-: “Hai Fulan, saya tadi malam melakukan demikian, demikian.” Orang itu semalaman telah ditutupi oleh Allah ‎ﷻ akan celanya, tetapi pagi-pagi ia membuka tutup Allah  ‎ﷻ yang diberikan kepadanya itu.”

(Muttafaq ‘alaih)

 

أَو تَعفوا عَن سوءٍ

atau kamu memaafkan kesalahan

Perkara seterusnya, kalau seseorang itu tidak menyebut keburukan yang orang buat terhadap dirinya itu, lebih baik bagi dirinya. Memberi maaf sememangnya adalah lebih baik.

Ini bukanlah larangan untuk menyebut kezaliman yang telah dilakukan. Boleh sebut, tapi kalau tidak disebut, adalah lebih baik. Ini ada kaitan dengan ayat sebelum ini tentang mengatakan keburukan orang lain.

 

فَإِنَّ اللَّهَ كانَ عَفُوًّا قَديرًا

maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.

Allah ‎ﷻ mengingatkan kepada kita bahawa Dia sendiri bersifat Maha Pemaaf. Contohilah Allah ‎ﷻ — Dia mampu untuk menghukum hambaNya, tetapi Dia banyak memaafkan dan mengampunkan kesalahan hambaNya.

Allah ‎ﷻ juga memberi isyarat dalam ayat ini, kalau kita sanggup memaafkan kesalahan orang lain terhadap kita, Allah ‎ﷻ akan memaafkan kesalahan kita.

Allah ‎ﷻ Maha Kuasa, mempunyai segala Qudrat, tetapi Dia tidak terus memberi azab atau membalas kesalahan makhluk, dan Dia memberi peluang kepada makhluk. Kalau Allah ‎ﷻ boleh berbuat begitu, bukankah lebih elok kalau kita pun begitu juga?

Allah ‎ﷻ menyebut kebaikan kalau kita berbaik dengan orang lain dalam Fussilat:34

ادفَع بِالَّتي هِيَ أَحسَنُ فَإِذَا الَّذي بَينَكَ وَبَينَهُ عَداوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَميمٌ

Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia.

Memang kita boleh menegakkan keadilan ke atas diri kita dengan mengadu kesalahan orang kepada pihak berkuasa, sehingga boleh naik mahkamah dan sebagainya. Tetapi kalau kita memaafkan, maka ada kelebihan yang lebih hebat: kita berbaik dengan orang itu. Kalau kita terus melaporkan halnya kemungkinan nanti menjadikan hubungan pertalian kita dengannya akan rosak sampai bila-bila.


 

Nisa’ Ayat 150: Ini adalah ayat teguran kepada ahli kitab. Ayat-ayat sebelum ini banyak menyebut tentang ketaatan kepada Nabi. Sekarang disebut bagaimana golongan ahli kitab itu telah memisahkan antara Nabi dan Allah ‎ﷻ. Mereka mengambil sebahagian dari Kitab mereka dan meninggalkan sebahagian yang lain.

إِنَّ الَّذينَ يَكفُرونَ بِاللهِ وَرُسُلِهِ وَيُريدونَ أَن يُفَرِّقوا بَينَ اللهِ وَرُسُلِهِ وَيَقولونَ نُؤمِنُ بِبَعضٍ وَنَكفُرُ بِبَعضٍ وَيُريدونَ أَن يَتَّخِذوا بَينَ ذٰلِكَ سَبيلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, those who disbelieve in Allāh and His messengers and wish to discriminate between Allāh and His messengers and say, “We believe in some and disbelieve in others,” and wish to adopt a way in between –

MALAY

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan (orang-orang yang) hendak membeza-bezakan iman mereka di antara Allah dan Rasul-rasulNya, dan (orang-orang yang) berkata: “Kami beriman kepada setengah Rasul-rasul itu dan kufur ingkar kepada setengahnya yang lain”, serta bertujuan hendak mengambil jalan lain antara iman dan kufur itu:

 

إِنَّ الَّذينَ يَكفُرونَ بِاللهِ وَرُسُلِهِ

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada Allah dan Rasul-rasulNya, 

Ini adalah tentang mereka yang sememangnya tidak beriman dengan Allah ‎ﷻ dan RasulNya. Tapi mereka melakukan perancangan yang jahat. Seperti yang telah disebut dalam ayat-ayat sebelum ini, golongan ahli kitab itu hendak menyesatkan orang lain.

 

وَيُريدونَ أَن يُفَرِّقوا بَينَ اللهِ وَرُسُلِهِ

dan hendak membeza-bezakan iman mereka di antara Allah dan Rasul-rasulNya, 

Mereka ingin membezakan iman kepada Allah ‎ﷻ dan iman kepada Rasul. Mereka kononnya hendak menerima Allah ‎ﷻ tetapi tidak mahu menerima Nabi ﷺ. Itulah golongan ahli kitab yang tidak mahu menerima kerasulan Nabi Muhammad ﷺ kerana dengki kepada baginda dan orang Arab secara keseluruhan.

Bagaimana dengan dunia sekarang? Kita boleh lihat dalam dunia sekarang, ada gerakan yang ajak kepada konsep Interfaith. Kononnya hendak menyatukan agama di dunia sekarang yang berbeza-beza. Mereka berkata, manusia ini sebenarnya sama, kerana semua menyembah Tuhan yang satu, tapi Nabi-nabi sahaja yang berbeza. Dan mereka berkata, nabi-nabi itulah yang menyebabkan perbezaan antara manusia itu.

Oleh itu, gerakan ini berkata, kalau hendak menyamakan semua manusia sekali, maka semua hendaklah berpegang kepada Tuhan sahaja dan mesti menolak Nabi. Bagi mereka, nabi-nabi itulah yang menyebabkan perbezaaan kefahaman agama antara manusia. Inilah kefahaman buruk yang ada di dalam fikiran manusia yang jahil dan jahat.

Antara hujah yang digunakan oleh golongan sesat ini adalah ayat Baqarah:62. Mereka berkata dalam ayat ini, hanya diletakkan syarat beriman dengan Allah ‎ﷻ sahaja.

إِنَّ الَّذينَ آمَنوا وَالَّذينَ هادوا وَالنَّصارىٰ وَالصّابِئينَ مَن آمَنَ بِاللَّهِ وَاليَومِ الآخِرِ وَعَمِلَ صالِحًا فَلَهُم أَجرُهُم عِندَ رَبِّهِم وَلا خَوفٌ عَلَيهِم وَلا هُم يَحزَنونَ

Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin, siapa saja di antara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah ‎ﷻ, hari kemudian dan beramal soleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhuatiran kepada mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

Mereka yang jahil menggunakan ayat ini, tapi mereka tidak melihat ayat-ayat yang lain pula yang telah jelas memberi syarat beriman itu adalah dengan beriman dengan para Rasul. Maka kalau tidak belajar, memang akan sesat jadinya.

 

وَيَقولونَ نُؤمِنُ بِبَعضٍ وَنَكفُرُ بِبَعضٍ

Mereka berkata: “Kami beriman kepada setengah Rasul-rasul itu dan kufur ingkar kepada setengahnya yang lain”, 

Ini seperti yang dilakukan oleh Yahudi yang menerima Taurat, tapi menolak Injil. Nasara pula menerima Injil tetapi menolak Qur’an. Maknanya, mereka hanya menerima nabi mereka sahaja, tapi tidak terima Nabi yang lain.

Kemudian sekarang sudah ada manusia yang mengaku Islam tetapi dalam masa yang sama, mereka menolak hadis. Mereka melemparkan pelbagai kata yang buruk tentang hadis. Antaranya, mereka berkata hadis tidak boleh dipercayai kerana tidak boleh dipercayai benda yang disebut-sebut oleh manusia dan disampaikan dari seorang manusia kepada manusia yang lain dalam masa 1,400 tahun. Mereka berkata, di dalam keadaan normal, tentu ada yang tersalah cakap dan tersalah dengar. Oleh itu, mereka berkata jangan gunakan hadis, cuma gunakan Qur’an sahaja.

Dan ada yang lebih teruk lagi, sampai menjatuhkan kedudukan Nabi Muhammad ﷺ asalkan boleh menolak Nabi. Mereka berkata baginda ada berbuat salah dan sebagainya. Dan tidak kurang juga yang mempersoalkan kedudukan para sahabat dengan mengatakan ada sahabat yang menokok tambah dalam hadis yang disampaikan.

Ada yang berkata agama kenalah progresif dan mesti perbaharui agama dan menolak yang lama. Apabila ini diterima, maka senanglah mereka hendak mengubah agama supaya dapat mengikut fahaman mereka yang salah dan dangkal. Maka kita jangan terpengaruh dengan golongan sebegini. Kita mestilah melengkapkan diri kita dengan ilmu pengetahuan supaya kita dapat menolak fahaman yang sebegini.

Entah-entah ada dari kalangan keluarga kita yang terbaca artikel-artikel berkenaan mereka. Mungkin mereka bertanya soalan yang berkenaan perkara itu kepada kita. Maka kita hendaklah bersedia untuk menjawabnya. Jangan marah, sebaliknya haruslah menjawabnya dengan penuh hemah.

 

وَيُريدونَ أَن يَتَّخِذوا بَينَ ذٰلِكَ سَبيلًا

serta bertujuan hendak mengambil jalan lain antara iman dan kufur itu:

Mereka ingin mengambil jalan tengah di antara menerima agama dan menolak agama. Maknanya, mereka tidak menerima semua dan tidak menolak semua. Mereka pilih-pilih mana yang bersesuaian dengan nafsu mereka sahaja.

Kalau orang kita sekarang, ramai yang menerima Qur’an sebagai satu yang mulia dan dari Allah ‎ﷻ, tetapi mereka tidak menerima terjemahan Nabi ﷺ tentang Qur’an. Kalau sudah tolak, bolehlah mereka terjemahkan dan tafsir mengikut hawa nafsu mereka. Ini ramai yang dilakukan oleh golongan manusia sekarang.

Jadi, nampak  seperti mereka tidaklah menolak Qur’an secara menyeluruh, sebab mereka masih membacanya lagi. Akan tetapi kita kenalah faham, apabila umat tidak belajar tafsir, mereka hanya membacanya sahaja dan mereka faham Qur’an dengan cara mereka sendiri sahaja, ini amatlah bahaya dan boleh merosakkan agama dari dalam.


 

Nisa’ Ayat 151: Allah ‎ﷻ hendak memberitahu bahawa kita tidak boleh terkesan dengan pemahaman salah seperti yang disebut di atas.

أُولٰئِكَ هُمُ الكٰفِرونَ حَقًّا ۚ وَأَعتَدنا لِلكٰفِرينَ عَذابًا مُّهينًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Those are the disbelievers, truly. And We have prepared for the disbelievers a humiliating punishment.

MALAY

Mereka itulah orang-orang yang kafir dengan sebenar-benarnya. Dan Kami telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang menghina.

 

أُولٰئِكَ هُمُ الكٰفِرونَ حَقًّا

Mereka itulah orang-orang yang kafir dengan sebenar-benarnya. 

Mereka yang mempunyai fahaman seperti yang disebut dalam ayat sebelum ini, mereka itu adalah kafir sebenar. Lihat bagaimana Allah ‎ﷻ telah mengatakan mereka itu ‘kafir’. Dari sini kita boleh faham bahawa menjadi kafir bukanlah dengan menolak semua ayat Qur’an, atau menolak keseluruhan agama. Tetapi kalau menolak satu ayat Qur’an sahaja sudah jadi menjadi kafir.

Tambahan pula kalau menolak mana-mana Nabi. Kalau niat mereka memang untuk membezakan Nabi dari agama, maka sudah kafir. Maka ini amat bahaya apabila ada umat yang mengaku sebagai Islam pun ada begitu. Maka walaupun mereka itu masih mengatakan mereka muslim, tapi sebenarnya pada Allah ‎ﷻ, mereka sudah kafir.

Jadi kita sama sahaja kalau sudah kafir, tidak kira jenis yang mana:

      1. Langsung tidak percaya kepada Allah ‎ﷻ dan kepada mana-mana Nabi.
      2. Percaya kepada Allah ‎ﷻ tapi tidak percaya kepada Nabi.
      3. Percaya kepada beberapa Nabi tapi menolak Nabi yang lain.

Semua di atas dikira sebagai kafir.

 

وَأَعتَدنا لِلكٰفِرينَ عَذابًا مُّهينًا

Dan Kami telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang menghina.

Inilah nasib mereka nanti di akhirat, mereka akan kekal dalam neraka. Allah ‎ﷻ telah menyediakan tempat mereka dalam neraka, cuma tunggu mereka mati sahaja.


 

Nisa’ Ayat 152: Lawan kepada orang kafir adalah orang beriman. Maka sekarang Allah ‎ﷻ memberitahu siapakah yang selamat. Jadi ini adalah ayat Tabshir.

وَالَّذينَ ءآمَنوا بِاللهِ وَرُسُلِهِ وَلَم يُفَرِّقوا بَينَ أَحَدٍ مِّنهُم أُولٰئِكَ سَوفَ يُؤتيهِم أُجورَهُم ۗ وَكانَ اللَّهُ غَفورًا رَّحيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But they who believe in Allāh and His messengers and do not discriminate between any of them – to those He is going to give their rewards. And ever is Allāh Forgiving and Merciful.

MALAY

Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya dan mereka pula tidak membeza-bezakan (imannya terhadap) seseorang pun di antara Rasul-rasul itu, (maka) mereka yang demikian, Allah akan memberi mereka pahala mereka. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

 

وَالَّذينَ ءآمَنوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ

Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya

Yang sepatutnya, mesti beriman dengan Allah ‎ﷻ dan semua rasul-rasulNya, bukan satu sahaja. Bukan boleh pilih-pilih mana-mana rasul. Mesti beriman dengan semua Rasul. Jangan jadi seperti golongan ahli kitab itu yang memilih-milih Rasul yang mereka hendak beriman.

 

وَلَم يُفَرِّقوا بَينَ أَحَدٍ مِّنهُم

dan mereka pula tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara Rasul-rasul itu, 

Orang beriman dan selamat dari neraka tidak membezakan antara rasul-rasul itu. Kita terima semua sekali para Rasul itu dari segi akidah tapi tidak dari segi syariat, sebab zaman untuk mengamalkan syariat mereka sudah berlalu.

Maka tidak boleh menolak mana-mana kitab dan mana-mana Nabi.

 

أُولٰئِكَ سَوفَ يُؤتيهِم أُجورَهُم

mereka yang demikian, Allah akan memberi mereka pahala mereka.

Mereka yang tidak menolak mana-mana Nabi dan mana-mana kitablah yang akan mendapat balasan baik dari Allah ‎ﷻ.

 

وَكانَ اللَّهُ غَفورًا رَّحيمًا

Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Allah ‎ﷻ memberitahu sifatNya yang Maha Pengampun dan kasih kepada makhlukNya. Walaupun seseorang itu beriman, tetapi mereka masih akan melakukan kesilapan, kerana manusia memang tidak sunyi dari melakukan kesilapan dan dosa. Maka Allah ‎ﷻ memberitahu yang Dia boleh mengampunkan dosa-dosa mereka.

Dengan syarat orang itu menjaga akidahnya dan menerima semua Nabi. Kerana kalau mereka mempunyai masalah dengan akidah, mereka tidak akan dimaafkan lagi, kerana Allah ‎ﷻ telah memberitahu tentang ini di dalam ayat yang lain yang Dia tidak akan memaafkan kesalahan syirik.

Habis Ruku’ ke 21 dari 24 ruku’ dalam surah ini. Sambung ke ayat yang seterusnya.

 

Kemaskini: 30 Ogos 2023

Ringkasan Surah Nisa’


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani

Tafsir Surah an-Nisa’ Ayat 144 – 147 (Tidak boleh berkawan dengan orang kafir)

Ayat 144: Dalam rangka untuk selamat dari akidah rosak, kita diajar supaya jangan bergaul rapat dengan orang kafir melainkan untuk keperluan sahaja dan ini pun ada batasannya.

Ini adalah kerana sifat mereka boleh membahayakan kita dan bimbang kita akan terpikat dengan cara hidup dan fahaman mereka. Kita kena sedar yang kita pun lemah sebenarnya, mungkin senang terpengaruh, jadi haruslah berjaga-jaga. Bukanlah kita menghina mereka, dan langsung tidak berkawan dengan mereka. Cuma mereka bukanlah kawan rapat kita.

Memang kita kena bergaul dengan mereka, kerana dalam masa yang sama, kita kena fikirkan bagaimana untuk masukkan mereka ke dalam Islam. Jangan lupakan tanggungjawab dakwah kita. Kalau langsung tidak bergaul dengan mereka, bagaimana untuk berdakwah kepada mereka, bukan?

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا لا تَتَّخِذُوا الكٰفِرينَ أَولِياءَ مِن دونِ المُؤمِنينَ ۚ أَتُريدونَ أَن تَجعَلوا ِلِلَّهِ عَلَيكُم سُلطٰنًا مُّبينًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who have believed, do not take the disbelievers as allies instead of the believers. Do you wish to give Allāh against yourselves a clear case?

MALAY

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?

 

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا لا تَتَّخِذُوا الكٰفِرينَ أَولِياءَ مِن دونِ المُؤمِنينَ

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. 

Jangan jadikan orang-orang kafir sebagai teman rapat. Jangan tinggalkan orang mukmin dan menjadi rapat dengan orang kafir pula. Sebaliknya, kita harus menjadikan orang mukmin itu sebagai teman rapat. Perkataan ‘wali’ yang digunakan dalam ayat ini bermaksud ‘teman rapat’ yang sanggup memberi perlindungan. Jadi ini memang kawan yang sanggup berkorban untuk kita, orang yang kita beritahu rahsia kita kepadanya, dia tahu hampir segalanya pasal kita.

Mungkin ada yang kurang selesa dengan ayat ini. Maka kena baca ayat ini dalam konteks waktu ayat ini turun. Waktu itu umat Islam sedang berperang dengan orang kafir. Maka kerana itu tidak boleh rapat dengan mereka kerana mereka adalah musuh umat Islam waktu itu.

Maka kerana itu, jangan baca ayat ini sampai menyangka tidak boleh berkawan dengan orang kafir. Penting kita tetap berkawan dengan mereka kerana kita kena dakwah kepada mereka. Kalau kita tidak berkawan dengan mereka, bagaimana pula kita hendak berdakwah kepada mereka?

Dan kena lihat yang sekarang pun adalah zaman global dan sudah ada persefahaman antara agama. Ada di kalangan bukan Islam yang tidak memusuhi Islam pun. Mereka menerima Islam sebagai satu agama, cuma mereka belum masuk Islam sahaja lagi. Dan apabila sudah ada persefahaman aman damai antara kita dan mereka, persoalannya sekarang adalah: adakah kita sudah berdakwah kepada mereka?

Maka mengikut fahaman ini, ada yang mengatakan ayat ini adalah tentang orang kafir yang melawan Islam, bukannya semua orang kafir. Maka nampak seperti ada dua pendapat di sini:

  1. Tidak boleh berkawan langsung dengan orang kafir.
  2. Tidak boleh berkawan dengan orang kafir yang menentang Islam sahaja.

Untuk menggabungkan dua pendapat ini, maka boleh difahamkan begini: boleh berkawan dengan orang kafir, tetapi janganlah mereka itu yang dijadikan sebagai teman rapat kita. Teman rapat adalah mereka yang kita dapat berlindung dengan mereka, tempat kita meminta tolong, tempat kita mengadu dan tempat kita menceritakan segala rahsia kita.

Itu adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan kita dan persahabatan seperti itu hanya layak diberikan kepada orang mukmin sahaja, bukannya orang kafir. Kerana kita memang kena pandai memilih kawan. Kita hendak mencari kawan yang dapat membimbing kita, mendidik kita dan mengingatkan kita kalau kita buat salah dalam agama. Dan tentunya yang boleh buat begitu adalah kawan yang Muslim, bukan?

Maka kena rapat dengan orang mukmin. Akan tetapi, kalau kawan biasa dengan orang bukan Islam, boleh sahaja. Dalam ayat yang lain, Allah berfirman:

لَا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكافِرِينَ أَوْلِياءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ وَمَنْ يَفْعَلْ ذلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ إِلَّا أَنْ تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقاةً وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ

Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, nescaya lepaslah dia dari pertolongan Allah, kecuali kerana (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kalian akan diri-Nya. (Ali Imran: 28)

 

أَتُريدونَ أَن تَجعَلوا ِلِلَّهِ عَلَيكُم سُلطٰنًا مُّبينًا

Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?

Adakah kamu ingin memberikan alasan yang kukuh bagi Allah ‎ﷻ untuk menghukum kamu? Kalau berkawan rapat dengan orang kafir, Allah ‎ﷻ akan mempunyai alasan yang kukuh untuk mengazab kita. Kerana orang mukmin sebenar tidak akan bersikap begitu. Kerana orang yang mukmin yang sebenar akan bersikap anti kepada orang kafir dan kekufuran mereka.

Oleh kerana itu kita tidak patut terlalu rapat dengan orang kafir kerana takut bala yang akan dikenakan kepada orang kafir semasa di dunia akan kena kepada kita pula kalau kita rapat dengan mereka. Takut kita terkena serpihan dari azab itu pula.

Orang Mukmin sepatutnya kasih dan sayang kepada orang Mukmin yang lain; mereka tidak suka kepada orang yang mengamalkan syirik. Maka dalam segenap hal, kita cuba untuk menghapuskan kesyirikan dari kalangan kita. Maka kalau kita berkawan dengan orang bukan Islam, carilah peluang untuk berdakwah kepada mereka. Kadangkala, mereka itu boleh sahaja masuk Islam, tetapi tidak ada orang yang mengajak mereka sahaja.


 

Ayat 145: Ini adalah natijah kepada orang munafik. Mereka akan dimasukkan ke dalam neraka, tetapi di manakah mereka akan duduk? Allah ‎ﷻ menceritakan tentang perkara ini kerana hendak menakutkan manusia tentang bahayanya sifat munafik ini. Semoga dengan penakutan ini akan mengubah sikap mereka.

إِنَّ المُنٰفِقينَ فِي الدَّركِ الأَسفَلِ مِنَ النّارِ وَلَن تَجِدَ لَهُم نَصيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, the hypocrites will be in the lowest depths of the Fire – and never will you find for them a helper –

MALAY

Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.

 

إِنَّ المُنٰفِقينَ فِي الدَّركِ الأَسفَلِ مِنَ النّارِ

Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. 

Apabila dikatakan mereka duduk di tempat yang paling bawah dalam neraka, itu bermaksud mereka duduk di tempat yang paling dekat dengan bara api. Itu adalah tempat yang paling buruk sekali di dalam neraka. Sudahlah neraka itu di tempat yang buruk, ditempatkan pula di tempat terburuk dari tempat yang paling buruk.

Kenapa sampai begitu teruk sekali kedudukan golongan munafik? Ia adalah kerana mereka mempersendakan agama. Mereka sepatutnya sudah mengenali Islam kerana sudah lama duduk dan berkawan dengan orang Islam, tetapi mereka tetap tidak beriman. Mereka pun sudah tahu serba sedikit tentang Islam, tetapi mereka telah menolak untuk menerima Islam sepenuhnya. Maka mereka lebih teruk dari orang yang tidak tahu langsung tentang Islam.

 

وَلَن تَجِدَ لَهُم نَصيرًا

Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.

Kalau mereka sudah duduk di tempat paling rendah dalam neraka, tidak ada sesiapa yang boleh menolong mereka lagi waktu itu. Maka, hendaklah kita membantu mereka semasa hidup di dunia ini lagi. Iaitu dengan memperkenalkan mereka dengan agama Islam yang sebenar. Kadangkala mereka tidak menerima Islam dengan sepenuhnya kerana mereka mempunyai salah faham tentang agama.


 

Ayat 146: Ini adalah Ayat Tabshir. Ia adalah berita-berita gembira yang akan diberikan kepada mereka yang telah memenuhi syarat-syarat sebagai orang mukmin.

إِلَّا الَّذينَ تابوا وَأَصلَحوا وَاعتَصَموا بِاللهِ وَأَخلَصوا دينَهُم ِللهِ فَأُولٰئِكَ مَعَ المُؤمِنينَ ۖ وَسَوفَ يُؤتِ اللهُ المُؤمِنينَ أَجرًا عَظيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Except for those who repent, correct themselves, hold fast to Allāh, and are sincere in their religion for Allāh, for those will be with the believers. And Allāh is going to give the believers a great reward.

MALAY

Kecuali orang-orang yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan memperbaiki amalan mereka (yang salah), dan mereka pula berpegang teguh kepada (ugama) Allah, serta mengerjakan ugama mereka dengan ikhlas kerana Allah, maka mereka yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman (di dalam Syurga); dan Allah akan memberikan orang-orang yang beriman itu pahala yang amat besar.

 

إِلَّا الَّذينَ تابوا

Kecuali orang-orang yang bertaubat

Yang selamat adalah mereka yang bertaubat dari sifat-sifat munafik mereka. Mereka telah menyesal dengan apa yang mereka lakukan. Ayat sebelum ini amat menakutkan apabila Allah ‎ﷻ memberitahu yang orang munafik akan duduk di tempat yang paling rendah di dalam neraka. Maka semoga dengan pembacaan itu akan menyebabkan mereka bertaubat.

Perasaan taubat ini haruslah datang dari dalaman hati seseorang sebab kalau lafaz istighfar itu hanyalah luaran sahaja. Ada orang pandai menyebutnya sahaja, tetapi sebenarnya mereka bukannya bertaubat sangat pun. Orang yang ikhlas, selepas mereka menyesal, mereka akan tinggalkan segala kesalahan dahulu dan berazam untuk tidak membuatnya lagi. Inilah tiga syarat taubat.

Dan kalau kesalahan itu berkenaan dengan makhluk lain, haruslah meminta maaf dan melakukan pembaikan.

Dan kalau kesalahan itu berkenaan dengan hudud, hukum itu hendaklah dijalankan.

Jadi untuk menyesal, haruslah tahu yang dia sudah bersalah. Kalau tidak rasa bersalah, bagaimana hendak bertaubat? Inilah bahayanya orang yang membuat amalan bidaah, kerana mereka tidak merasa mereka ada berbuat salah. Mereka menyangka mereka sedang melakukan perkara yang baik. Maka kerana itulah mereka tidak akan bertaubat dari kesalahan melakukan amalan bidaah itu. Inilah perangkap yang paling teruk.

 

وَأَصلَحوا

dan memperbaiki amalan mereka

Dan selepas mereka bertaubat, mereka hendak menukar kehidupan mereka ke arah kebaikan. Kalau dahulu mereka jahil, mereka sudah mula mempelajari agama. Mereka akan memurnikan akidah dan amalan mereka. Mereka akan berusaha untuk membetulkan balik mana yang salah.

Mereka akan kembali kepada apa yang Allah ‎ﷻ kehendaki. Kalau dahulu mereka melakukan amalan bidaah, maka mereka hendaklah mula melakukan amalan yang mengikut sunnah. Kalau dahulu ada fahaman syirik, maka mereka akan meninggalkan fahaman tersebut.

 

وَاعتَصَموا بِاللهِ

dan mereka pula berpegang teguh dengan Allah, 

Dan mereka berpegang dengan Allah ‎ﷻ terus. Maksudnya mereka berpegang dengan ‘tali Allah ‎ﷻ’. Dan tali Allah ‎ﷻ itu adalah Qur’an. Maka kerana itu kita selalu berpesan di sini, kalau tidak belajar tafsir Qur’an, maka manusia akan jauh dari Qur’an dan jauh dari Allah ‎ﷻ . Sebab itulah kita amat menekankan agar masyarakat kita mempelajari tafsir Qur’an.

Apabila manusia telah berpegang teguh dengan Qur’an, mereka sudah tidak teragak-agak lagi dengan agama, tidak muzabzab lagi. Maknanya, iman mereka tidak tergugat lagi.

 

وَأَخلَصوا دينَهُم ِللهِ

serta mengerjakan agama mereka dengan ikhlas kerana Allah, 

Dan mereka akan membuat amalan yang ikhlas kerana Allah ‎ﷻ. Iaitu mereka membuat amalan ibadat hanya kerana Allah ‎ﷻ, bukan kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia, bukan kerana mengharapkan pujian atau sebagainya.

Ini tentu susah untuk dicapai, maka bagaimana cara yang kita boleh lakukan? Cara yang boleh kita lakukan adalah dengan membaca Qur’an dan fikirkan apa yang Allah ‎ﷻ ingin sampaikan kepada kita. Maknanya, kita harus menjadikan Qur’an sebagai cermin diri kita. Apabila kita membaca Qur’an, itu adalah masa perbualan antara kita dengan Allah ‎ﷻ.

Kerana itu waktu solat yang paling sesuai adalah waktu solat malam ketika orang lain tidur. In sha Allah, ia boleh menyebabkan hati kita semakin ikhlas dalam melakukan ibadat kita. Sambil kita membaca Qur’an dalam solat, kita bertadabbur makna ayat-ayat itu dan ia akan memberi kesan mendalam kepada diri kita.

 

فَأُولٰئِكَ مَعَ المُؤمِنينَ

maka mereka yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman

Selepas memenuhi empat syarat itu, barulah boleh dikira sebagai mukmin sebenar. Baru boleh duduk dengan orang mukmin lain di dalam syurga. Asalnya datang dari tahu mana yang salah dan ada keinginan untuk membetulkan kesalahan itu.

Masalahnya ramai yang tidak tahu yang mereka ada berbuat salah kerana itu, mereka terus melakukan kesalahan dalam kehidupan mereka. Inilah yang kita kena ubah dalam kehidupan kita: hendaklah kita sentiasa menilai segala perbuatan kita sama ada ia benar ataupun tidak.

 

وَسَوفَ يُؤتِ اللهُ المُؤمِنينَ أَجرًا عَظيمًا

dan Allah akan memberikan orang-orang yang beriman itu pahala yang amat besar.

Pahala yang besar itu akan membawa kepada syurga. Itulah tempat orang mukmin yang sebenarnya. Itulah tempat yang kita patut hajatkan dan kita kenalah berusaha ke arahnya.

Balaghah: ada hazf pada ya mahzoofah (ya asli) dalam ayat ini. Lihat pada kalimah يُؤتِ dalam ayat ini. Katadasarnya adalah أ ت ي yang ada ي padanya. Tetapi apabila Allah ‎ﷻ tulis dalam ayat ini, ia menjadi يُؤتِ iaitu يnya dihazafkan.

Dalam ilmu balaghah, apabila hazf ya, ia bermaksud dawam (berterusan). Ini adalah kerana ganjaran kepada mereka yang dimaksudkan dalam ayat ini berterusan, tidak berhenti-henti.

Ini tidak sama seperti yang digunakan dalam ayat al-Layl:18 dimana kalimah yang digunakan adalah يُؤتي dimana ya mahzoofahnya dikekalkan.

الَّذِي يُؤْتِي مَالَهُ يَتَزَكَّىٰ

Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan hartabendanya,

Ini adalah kerana dalam ayat dari Surah al-Layl itu, يُؤتي yang dimaksudkan adalah pemberian harta (sedekah). Tentulah orang yang memberi sedekah itu hanya boleh memberi apabila dia mempunyai harta sahaja, tidaklah berterusan.

Begitu juga, boleh bezakan dengan Ali Imran:26

قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ

Katakanlah: “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki,

Lihat kalimah yang digunakan dalam ayat Ali Imran ini adalah تُؤْتِي. Allah ‎ﷻ memberikan kekuasaan kepada manusia itu sementara sahaja. Maka janganlah berlagak kerana Allah ‎ﷻ boleh saja menarik balik kekuasaan itu pada bila-bila masa. Tidaklah kekuasaan itu berterusan, sekurang-kurangnya, apabila orang itu telah mati, dia pun sudah tidak ada kuasa lagi.

Contoh seterusnya boleh lihat ayat Baqarah:247

وَاللَّهُ يُؤْتِي مُلْكَهُ مَن يَشَاءُ وَاللهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.

Kalimah يُؤْتِي dalam ayat Baqarah ini juga ada ya di dalamnya kerana pemberian kuasa itu hanya semasa hidup di dunia. Mungkin orang yang ada kuasa itu mati atau ditarik balik semasa hidupnya.

Tapi, tidaklah semua kalimah yang dibuang ya mahzoofah itu bermaksud berkekalan kerana ada yang dibuang kerana nahu seperti di dalam Maidah:20

وَإِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِقَوْمِهِ يَا قَوْمِ اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللهِ عَلَيْكُمْ إِذْ جَعَلَ فِيكُمْ أَنبِيَاءَ وَجَعَلَكُم مُّلُوكًا وَآتَاكُم مَّا لَمْ يُؤْتِ أَحَدًا مِّنَ الْعَالَمِينَ

Dan (ingatkanlah mereka wahai Muhammad), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: “Wahai kaumku! Kenanglah nikmat Allah (Yang diberikan) kepada kamu ketika Dia menjadikan dalam kalangan kamu beberapa orang Nabi, dan Dia menjadikan kamu bebas merdeka (setelah kamu diperhambakan oleh Firaun dan orang-orangnya), dan Dia memberikan kepada kamu barang yang tidak pernah diberikan kepada seseorang pun dari umat-umat (yang ada pada masa itu)”.

Memang huruf ي telah dibuang pada kalimah يُؤْتِ tapi kerana ini adalah kerana ia dalam bentuk majzoom. Jadi kenalah bezakan di antara penggunaan kalimah-kalimah ini dan ini memerlukan pengetahuan tentang bahasa Arab.


 

Ayat 147: Ini adalah ayat takhwif duniawi dan zajrun bagi munafiqeen.

ما يَفعَلُ اللهُ بِعَذابِكُم إِن شَكَرتُم وَءآمَنتُم ۚ وَكانَ اللهُ شاكِرًا عَليمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

What would Allāh do with [i.e., gain from] your punishment if you are grateful and believe? And ever is Allāh Appreciative and Knowing.

MALAY

Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka).

 

ما يَفعَلُ اللهُ بِعَذابِكُم إِن شَكَرتُم وَءآمَنتُم

Apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur serta kamu beriman?

Allah ‎ﷻ tidak akan mengazab kita kalau kita sudah bersyukur dan beriman kepadaNya. Kenapa Allah ‎ﷻ hendak mengazab kita lagi, bukan? Allah ‎ﷻ tidak menganiaya kita kerana tidak ada keperluan bagi Allah  ‎ﷻ untuk menyeksa kita. Jadi jangan bimbang.

Bersyukur bukanlah bermakna hanya dengan mengucapkan alhamdulillah sahaja. Ia bermaksud menerima segala nikmat Allah ‎ﷻ dan membalasnya dengan menjalankan segala suruhanNya. Ringkasnya terdapat tiga perkara yang mesti ada:

1. Sedar siapakah yang telah memberikan kita segala nikmat itu (Allah ‎ﷻ).
2. Kerana pemberian Allah ‎ﷻ itu, maka kita sayang dan cinta kepadaNya. Kita akan taat kepadaNya.
3. Kita akan menggunakan segala nikmatNya itu untuk kebaikan dan bukan untuk keburukan.

 

وَكانَ اللهُ شاكِرًا عَليمًا

Dan Allah sangat menghargai, lagi Maha Mengetahui.

Allah ‎ﷻ sangat menghargai ketaatan hambaNya. Perkara baik yang kita buat itu sedikit sahaja, tetapi Allah ‎ﷻ membalas dengan berlipat kali ganda. Allah ‎ﷻ akan membalas segala amal baik hambaNya dengan berkali-kali ganda, padahal benda yang kita buat itu memang kita kena buat pun kerana kita adalah hambaNya.

Tapi ingatlah yang Allah ‎ﷻ Maha Mengetahui sama ada hamba itu ikhlas ataupun tidak di dalam melakukan amal ibadat. Maka kenalah belajar untuk mengikhlaskan hati kita supaya ibadat kita ikhlas hanya kerana Allah ‎ﷻ sahaja.

TAMAT JUZ 5.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 27 Ogos 2018

Ringkasan Surah Nisa’


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani

Tafsir Surah an-Nisa Ayat 141 – 143 (Solat dengan malas)

Nisa’ Ayat 141: Ini adalah sifat keempat golongan munafik. Mereka menunggu-nunggu untuk melihat apa yang akan berlaku kepada umat Islam. Pada waktu itu mereka tinggal bersama umat Islam yang lain jadi mereka kelihatan seperti orang Islam pada luarannya. Tetapi dalaman diri mereka adalah kufur. Sifat kekafiran mereka itu tidak jelas, sampaikan Nabi Muhammad ﷺ pun tidak mengetahui yang mereka itu munafik.

Umat Islam sekarang pun ada yang seperti ini. Kita haruslah memahami bahawa ayat-ayat tentang munafik adalah untuk mereka. Mereka mestilah belajar Qur’an dan kalau mereka perasan ada alamat munafik dalam diri mereka, maka mereka mestilah terus menukar sifat mereka itu.

Oleh itu, mereka mesti mempelajari Qur’an kerana kalau tidak, mereka tidak akan tahu apakah kesilapan mereka. Hanya dengan mempelajari Qur’anlah yang akan membuka minda mereka dan menjelaskan apakah kesalahan mereka.

Lebih-lebih lagi, perkara pertama yang mereka lakukan adalah memisahkan diri mereka daripada berkawan rapat dengan orang kafir. Berkawan biasa sahaja boleh, tetapi janganlah berkawan rapat.

الَّذينَ يَتَرَبَّصونَ بِكُم فَإِن كانَ لَكُم فَتحٌ مِّنَ اللهِ قالوا أَلَم نَكُن مَّعَكُم وَإِن كانَ لِلكٰفِرينَ نَصيبٌ قالوا أَلَم نَستَحوِذ عَلَيكُم وَنَمنَعكُم مِّنَ المُؤمِنينَ ۚ فَاللهُ يَحكُمُ بَينَكُم يَومَ القِيٰمَةِ ۗ وَلَن يَجعَلَ اللهُ لِلكٰفِرينَ عَلَى المُؤمِنينَ سَبيلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Those who wait [and watch] you. Then if you gain a victory from Allāh, they say, “Were we not with you?” But if the disbelievers have a success, they say [to them], “Did we not gain the advantage over you, but we protected you from the believers?” Allāh will judge between [all of] you on the Day of Resurrection, and never will Allāh give the disbelievers over the believers a way [to overcome them].¹

  • In the Hereafter, but possibly in this world as well.

MALAY

(Mereka yang munafik itu ialah) orang-orang yang sentiasa menunggu-nunggu (berlakunya sesuatu) kepada kamu; maka kalau kamu mendapat kemenangan dari Allah (dalam sesuatu peperangan), berkatalah mereka (kepada kamu): “Bukankah kami turut berjuang bersama-sama kamu? (Oleh itu kami juga berhak menerima bahagian dari harta rampasan perang)”. Dan jika orang-orang kafir pula mendapat bahagian (yang menguntungkan dalam peperangan), berkatalah mereka (kepada orang-orang kafir itu): “Bukankah kami turut membantu kamu dan mempertahankan kamu dari (serang balas) orang-orang yang beriman (dengan mendedahkan rahsia perpaduannya)?” Maka Allah akan menghakimi di antara kamu semua pada hari kiamat; dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman.

 

الَّذينَ يَتَرَبَّصونَ بِكُم

Mereka orang-orang yang sentiasa menunggu-nunggu (berlakunya sesuatu) kepada kamu;

1. Mereka sebenarnya menunggu-nunggu musibah yang akan menimpa umat Islam.

2. Atau mereka menunggu apa yang akan terjadi kerana mereka hendak mengambil peluang, berdasarkan apa yang terjadi kepada umat Islam. Kalau ada kebaikan pada mereka, mereka akan mengaku mereka orang Islam. Kalau orang Islam kalah, mereka akan menarik diri dan bergabung dengan orang kafir pula.

3. Juga bermaksud mereka menunggu di belakang kerana mereka jenis yang tidak mahu pergi berjihad dan kerana itu mereka tinggal di belakang sahaja. Kalau umat Islam menang, mereka mengakulah yang mereka pun umat Islam juga.

 

فَإِن كانَ لَكُم فَتحٌ مِّنَ اللهِ قالوا أَلَم نَكُن مَّعَكُم

maka kalau kamu mendapat kemenangan dari Allah, berkatalah mereka: “Bukankah kami bersama-sama kamu?

Kalau umat Islam mendapat kemenangan dalam peperangan, waktu itu mereka pun mengaku sebagai Muslim dan mereka akan meminta bahagian dari harta ghanimah.

Ini amatlah memalukan sekali kerana mereka tidak berbuat apa-apa pun, tetapi ingin meminta bahagian pula. Jadi, kalau kita tidak menyumbang apa-apa dalam sesuatu perkara, dan terdapat keuntungan dalam perkara itu, janganlah pula membuat muka tidak malu untuk meminta bahagian kita. Jangan berperangai seperti orang munafik.

 

وَإِن كانَ لِلكٰفِرينَ نَصيبٌ قالوا أَلَم نَستَحوِذ عَلَيكُم

Dan jika orang-orang kafir pula mendapat bahagian, berkatalah mereka: “Bukankah kami turut membantu kamu,

Dan kalau puak kafir pula yang menang, mereka akan pergi kepada orang kafir itu. Mereka mengingatkan orang kafir tersebut yang mereka telah membantu dengan melakukan helah untuk mencapai kemenangan bagi puak kafir itu.

Kalimah نَستَحوِذ dari katadasar ح و ذ yang bermaksud ‘ada kelebihan ke atas seseorang’. Jadi نَستَحوِذ bermaksud puak munafik itu telah melakukan sesuatu supaya puak kafir menang ke atas puak Muslim.

Ini seperti yang terjadi semasa kekalahan pada Perang Uhud. Selepas puak kufar menang, mereka telah pergi kepada puak kufar itu.

Lihatlah penggunaan lafaz dalam ayat ini. Apabila disebut tentang kemenangan puak Islam, digunakan lafaz فَتحٌ dan apabila disebut kemenangan puak kafir, digunakan lafaz نَصيبٌ yang bermaksud ‘sebahagian’. Ini adalah kerana lafaz فَتحٌ adalah kemenangan yang penuh dan apabila orang kafir menang, mereka tidak menang dengan sepenuhnya. Mereka mungkin nampak seperti memperolehi kemenangan di dunia, tetapi mereka tidak akan menang di akhirat kelak.

 

وَنَمنَعكُم مِّنَ المُؤمِنينَ

dan mempertahankan kamu dari orang-orang mukmin?

Orang munafik berkata mereka telah mempertahankan orang kafir dari serangan orang mukmin. Oleh kerana itu, mereka menginginkan bahagian dari orang kafir itu juga. Kerana itulah kita katakan yang mereka menunggu sahaja untuk melihat manakah puak yang menang. Mereka akan tuntut dari pihak yang menang kerana mereka mahukan habuan dunia sahaja.

Inilah sifat munafik. Mereka tengok siapa yang menang dan pergi kepada mereka yang menang. Mereka tidak tetap pendirian dalam dunia ini.

Malangnya ada juga dari kalangan orang kita yang sebegini. Kalau satu pihak menang, mereka sokong tetapi kalau satu pihak lagi yang menang, mereka pergi kepada pihak yang lagi satu itu pula. Mereka tidak mempunyai prinsip, hanya keuntungan sahaja yang mereka pentingkan. Ini selalu kita lihat di dalam percaturan politik.

 

فَاللهُ يَحكُمُ بَينَكُم يَومَ القِيٰمَةِ

Maka Allah akan menghakimi di antara kamu semua pada hari kiamat; 

Allah ‎ﷻ akan buat keputusan yang manakah pihak yang benar di akhirat kelak. Keputusan yang akan dibuat itu adalah keputusan secara ‘amali’ (praktikal). Maksudnya, di akhirat nanti akan nampak jelas bahawa mereka sudah salah dan tidak dapat mengelak lagi.

Ini tidaklah bermaksud yang di sana nanti baru mereka dibuktikan salah. Di dunia ini lagi mereka sudah salah, tetapi di akhirat nanti keputusan itu dibuat secara amali. Sekarang di dunia, mereka nampak seolah-olah masih selamat lagi, tetapi tidak di akhirat nanti. Di dunia ini lagi mereka telah salah dari segi teori, tetapi mungkin belum nampak dengan jelas lagi.

Maka, biarkanlah Allah ‎ﷻ sahaja yang menghukum mereka kerana Allah ‎ﷻ sahaja yang mengetahui siapakah mereka. Nabi Muhammad ﷺ dan umat Islam yang lain tidak mengetahui siapakah mereka kerana mereka menyembunyikan sifat mereka yang sebenar. Oleh kerana sifat mereka tersembunyi, maka mereka selamat dari ancaman umat Islam semasa di dunia. Tetapi mereka tidak akan selamat di akhirat kelak.

 

وَلَن يَجعَلَ اللهُ لِلكٰفِرينَ عَلَى المُؤمِنينَ سَبيلًا

dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman.

Allah ‎ﷻ tidak akan memenangkan orang kafir ke atas orang mukmin walaupun satu detik. Cuma jika terjadi kekalahan, itu adalah kerana terdapat kesilapan dalam perbuatan orang mukmin itu sendiri yang akan menyebabkan Allah ‎ﷻ menahan pertolonganNya kepada orang mukmin. Sebagai contoh, kalau tidak mentaati  panglima perang, maka Allah ‎ﷻ akan menarik diri daripada memberikan bantuanNya.

Oleh itu, kalau orang Mukmin menjaga syarat-syarat yang telah ditetapkan, mereka akan pasti menang. Syarat-syarat itu telah dibincangkan dalam Surah Ali Imran.

Maka, jika orang Islam mengalami kekalahan sekali sekala, orang Islam itu tidaklah akan kalah secara keseluruhannya. Orang kafir tidak akan dapat mengalahkan umat Islam secara keseluruhannya. Allah  ‎ﷻ pasti akan menolong orang Mukmin seperti firmanNya dalam ayat yang lain:

إِنَّا لَنَنْصُرُ رُسُلَنا وَالَّذِينَ آمَنُوا فِي الْحَياةِ الدُّنْيا

Sesungguhnya Kami menolong rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia. (Al-Mumin: 51)

Habis Ruku’ ke 20 dari 24 ruku’ dalam surah ini.


 

Nisa’ Ayat 142: Ini adalah sifat kelima dan keenam golongan munafik. Mereka hendak menipu Rasulullah ﷺ atau pemimpin Islam. Dan mereka kalau berdiri dalam solat mereka lakukan tanpa semangat.

إِنَّ المُنٰفِقينَ يُخٰدِعونَ اللهَ وَهُوَ خٰدِعُهُم وَإِذا قاموا إِلَى الصَّلوٰةِ قاموا كُسالىٰ يُراءونَ النّاسَ وَلا يَذكُرونَ اللهَ إِلّا قَليلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, the hypocrites [think to] deceive Allāh, but He is deceiving them. And when they stand for prayer, they stand lazily, showing [themselves to] the people and not remembering Allāh except a little,

MALAY

Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).

 

إِنَّ المُنٰفِقينَ يُخٰدِعونَ اللهَ

Sesungguhnya orang-orang munafik itu memperdaya Allah

Ini seperti yang Allah ‎ﷻ telah berfirman dalam ayat yang lain:

{يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا}

Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman. (Al-Baqarah: 9)

Mereka kononnya hendak memperdayakan Allah ‎ﷻ kerana mereka tidak mempercayai Allah ‎ﷻ. Mereka ‘cuba’ untuk menipu, tetapi sudah tentu mereka tidak sesekali boleh menipu Allah ‎ﷻ. Kalau mereka mempercayai Allah ‎ﷻ dengan sebenar-benar percaya, tentu mereka sedar yang Allah ‎ﷻ tidak boleh ditipu kerana Allah ‎ﷻ mengetahui apa yang ada di dalam hati manusia. Tetapi, kerana mereka ini jenis ‘Kafir Jahil’, mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang perkara ini.

Nanti di akhirat mereka akan cuba berdalih dengan Allah ‎ﷻ dengan mengatakan mereka berada di atas jalan yang lurus. Sebagaimana yang disebutkan oleh firmanNya:

يَوْمَ يَبْعَثُهُمُ اللَّهُ جَمِيعاً فَيَحْلِفُونَ لَهُ كَما يَحْلِفُونَ لَكُمْ

(Ingatlah) hari (ketika) mereka dibangkitkan Allah semuanya, lalu mereka bersumpah kepada-Nya (bahawa mereka bukan orang musyrik) sebagaimana mereka bersumpah kepada kalian. (Al-Mujadilah: 18),

 

وَهُوَ خٰدِعُهُم

dan Allah pula yang membalas tipu daya mereka

Allah ‎ﷻ yang akan memperdayakan mereka. Mereka tertipu kerana mereka tidak belajar bersungguh-sungguh tentang agama kerana itu mereka jahil terutama tentang akidah.

Allah ‎ﷻ membiarkan mereka berbuat apa yang mereka inginkan, sehinggakan mereka menyangka yang mereka telah berjaya menipu semua orang, dan menipu Allah ‎ﷻ tetapi sebenarnya mereka yang tertipu. Itulah maknanya, Allah ‎ﷻ memperdayakan mereka.

 

وَإِذا قاموا إِلَى الصَّلوٰةِ قاموا كُسالىٰ

Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas.

Ini adalah sifat keenam mereka. Amalan agama pun tidak dibuat dengan cara tawajuh (fokus) oleh mereka. Allah ‎ﷻ menceritakan bagaimana mereka berdiri untuk solat dengan cara yang sangat malas. Bukannya mereka tidak solat, tapi dalam keadaan malas sahaja.

Habis, kenapa orang munafik itu solat juga, kalau mereka bukannya hendak solat? Mereka terpaksa solat kerana zaman Nabi Muhammad ﷺ dan para sahabat, semua orang Islam solat di masjid. Jadi kalau mereka tidak solat, memang nampaklah kemunafikan mereka itu.

Maka, kalau kita pun solat dengan malas, kita pun mempunyai sifat mereka juga. Maka kenalah periksa perasaan kita semasa kita hendak memulakan solat itu: adakah kita rasa berat sahaja atau kita gembira untuk solat? Kalau ada perasaan malas, maka ada sifat munafik dalam diri kita.

Lainlah kalau malas dan lemah itu kerana penat atau kerana sakit, maka kita fahamlah kalau solat itu lemah sahaja. Tetapi kalau tiada alasan, maka kita mungkin mempunyai masalah dengan hati dan ini amatlah bahaya.

Maka kita kenalah mempelajari cara untuk menjadikan solat itu sesuatu yang nikmat bagi diri kita. Kita haruslah sedar yang kita sedang mengadap Allah ‎ﷻ dan dapat bercakap-cakap dengan Allah ‎ﷻ dan itu adalah satu nikmat yang amat besar. Perasaan ini hanya dapat diterapkan ke dalam hati kita hanya jika kita mempunyai ilmu.

Kalau setakat kita mempelajari perbuatan fizikal dalam solat, itu tidak belum dapat mencapai tahap kemanisan solat. Untuk mendapat kemanisan solat, kita kenalah mempelajari dan mendalami falsafah di dalam solat. Harus belajar kepentingan solat.

 

يُراءونَ النّاسَ

Mereka hanya memperlihatkan kepada manusia

Memang mereka solat tetapi hanya kerana ingin menunjuk-nunjuk kepada orang lain sahaja. Mereka ingin menunjukkan yang mereka pun solat juga. Mereka melakukannya supaya orang tidak menuduh mereka kafir.

Termasuk dalam perkara ini adalah orang yang solat bagaikan melepaskan batuk di tangga sahaja. Mereka cepat-cepat menghabiskan solat mereka, tanpa cuba untuk khusyuk. Mereka buat yang wajib sahaja, tidak baca pun surah-surah sama ada panjang ataupun pendek.

Oleh kerana itu, mereka tidak dapat mengambil manfaat dari solat itu. Mereka cuma melakukan perbuatan solat yang fizikal sahaja, dilakukan dengan cepat-cepat supaya mereka boleh meneruskan kehidupan mereka yang lain. Seolah-olah solat itu adalah ‘beban’ yang perlu dilepaskan dengan segera. Sampai mereka rasa ‘gembira’ dan ‘lega’ apabila sudah habis solat. Cuba fikir balik: Adakah anda mempunyai perasaan sebegini?

Ketahuilah yang itu bukanlah cara orang mukmin solat. Orang Mukmin faham akan kepentingan solat. Mereka menunggu-nunggu waktu solat yang seterusnya supaya mereka boleh bertemu dengan Allah ‎ﷻ lagi dan mengadu kepadaNya. Mereka akan menuju solat dengan segera tanpa melengah-lengahkan solat itu kerana mereka mementingkan Allah ‎ﷻ dari perkara-perkara yang lain.

Riak adalah masalah hati yang bahaya. Bukan dalam solat sahaja kita dilarang dari menunjuk-nunjuk, tapi dalam segala amal ibadat. ‘Riak’ itu maksudnya menunjuk-nunjuk kepada orang lain, supaya mereka mendapat pujian dari mereka. Sedangkan sepatutnya kita mengharapkan pujian dari Allah ‎ﷻ, bukannya dari manusia.

Kalau orang yang solat kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia, mungkin mereka akan mendapat apa yang mereka inginkan itu. Mungkin mereka solat dengan lama dan kerana itu mereka akan mendapat pujian dari orang. Tetapi mereka tidak akan mendapat bahagian dari akhirat. Di dalam sebuah hadis disebutkan:

“مَنْ سَمَّع سَمَّع اللَّهُ بِهِ، وَمَنْ رَاءَى رَاءَى اللَّهُ بِهِ”

Barang siapa yang ingin terkenal, maka Allah membuatnya terkenal dengan apa yang diharapkannya. Dan barang siapa yang riya’, maka Allah ﷻ menjadikannya terkenal dengan apa yang dipamerkannya.

Sahih Bukhari (6499)

Dalam hadis ada disebut bagaimana sikap orang munafik terhadap solat berjemaah. Mereka selalu meninggalkan solat yang tidak kelihatan di mata umum, seperti solat Isya’ di hari yang gelap, dan solat Subuh di saat pagi masih gelap. Di dalam kitab Sahihain disebutkan bahawa Rasulullah ﷺ telah bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ صَلَاةٌ أَثْقَلَ عَلَى الْمُنَافِقِينَ مِنْ الْفَجْرِ وَالْعِشَاءِ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ الْمُؤَذِّنَ فَيُقِيمَ ثُمَّ آمُرَ رَجُلًا يَؤُمُّ النَّاسَ ثُمَّ آخُذَ شُعَلًا مِنْ نَارٍ فَأُحَرِّقَ عَلَى مَنْ لَا يَخْرُجُ إِلَى الصَّلَاةِ بَعْدُ

Dari [Abu Hurairah] dia berkata, “Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda: “Tidak ada solat yang lebih berat bagi orang-orang Munafik kecuali solat Subuh dan ‘Isya. Seandainya mereka mengetahui (kebaikan) yang ada pada keduanya tentulah mereka akan mendatanginya walau harus dengan merangkak. Sungguh, aku berkeinginan untuk memerintahkan seorang mu’adzin sehingga solat ditegakkan dan aku perintahkan seseorang untuk memimpin orang-orang solat, lalu aku menyalakan api dan membakar (rumah-rumah) orang yang tidak keluar untuk solat berjama’ah (tanpa alasan yang benar).”

Sahih Bukhari (617)

 

وَلا يَذكُرونَ اللهَ إِلّا قَليلًا

dan mereka pula tidak mengingati Allah melainkan sedikit sekali 

Mereka tidak mengingati Allah ‎ﷻ pun dalam solat mereka melainkan sedikit sahaja. Ini adalah kerana mereka solat itu tidak lain melainkan hanya ingin menunjuk sahaja.

Bagaimana kita hendak tahu yang kita ikhlas atau tidak ketika dalam solat kita? Bandingkan solat kita kalau sendirian dan kalau di hadapan orang lain. Kalau di hadapan orang lain lagi bagus kita solat, maka kita ada masalah. Rasulullah ﷺ telah bersabda:

“مَنْ أحْسَنَ الصَّلَاةَ حَيْثُ يَرَاهُ النَّاسُ، وَأَسَاءَهَا حَيْثُ يَخْلُو، فَتِلْكَ اسْتِهَانَةٌ، اسْتَهَانَ بِهَا رَبَّهُ عز وجل” 

Barang siapa yang melakukan solatnya dengan baik kerana dilihat oleh manusia dan melakukannya dengan jelek bila sendirian, maka hal itu merupakan penghinaan yang dia tujukan kepada Tuhannya Yang Maha Perkasa lagi Maha Agung.

Selepas ini cuba tengok solat kita. Katakanlah kita sedang solat sendirian. Tiba-tiba ada orang masuk ke bilik kita yang kita sedang solat. Adakah kita tiba-tiba memperbaiki solat kita? Mungkin kita solat lama sedikit dari yang kita biasa buat; atau kita mula baca surah-surah yang panjang-panjang; atau kita baca surah itu dengan bacaan yang merdu padahal selalunya kita baca biasa-biasa sahaja.

Kalau ada sikap seperti di atas, maka ketahuilah yang kita ada sifat munafik dalam diri kita kerana kita sudah riya’ di dalam solat kita.


 

Nisa’ Ayat 143: Ini adalah sifat ketujuh golongan Munafik. Akidah mereka di dalam keraguan. Mereka tidak yakin dengan Allah ﷺ.

مُذَبذَبينَ بَينَ ذٰلِكَ لا إِلىٰ هٰؤُلاءِ وَلا إِلىٰ هٰؤُلاءِ ۚ وَمَن يُضلِلِ اللهُ فَلَن تَجِدَ لَهُ سَبيلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Wavering between them, [belonging] neither to these [i.e., the believers] nor to those [i.e., the disbelievers]. And whoever Allāh leaves astray – never will you find for him a way.

MALAY

Mereka berkeadaan “muzabzab” (tidak mempunyai pendirian yang tetap) antara (iman dan kufur) itu; mereka tidak berpihak terus kepada golongan (kafir) dan tidak pula berpihak kepada golongan (yang beriman). Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka engkau (wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.

 

مُذَبذَبينَ بَينَ ذٰلِكَ

Mereka berkeadaan “muzabzab” antara (iman dan kufur) itu;

Mereka duduk di antara mukmin dan separuh terima dan tidak terima sepenuhnya. Ini dinamakan ‘muzabzab’ – sekejap ke sana dan sekejap ke sini pula. Mereka tidaklah menjadi kafir terus. Kalau dilihatkan dari luaran, mereka memang nampak seperti Muslim, tetapi dalaman mereka, Allah ‎ﷻ sahaja yang tahu.

Mereka menjadi begitu adalah kerana ada perkara tentang Islam yang mereka terima dan ada yang mereka tidak dapat terima. Kerana ada yang mereka dapat terimalah yang menyebabkan mereka masih boleh duduk di kalangan masyarakat Islam. Kalau mereka langsung tidak dapat menerima keseluruhan Islam itu, tentunya mereka tidak duduk dengan orang Islam.

Tetapi, hati mereka seolah-olah ‘tergantung-gantung’ – muzabzab. Tidak mengambil semua dan tidak menolak kesemuanya sekali pula. Banyak orang di kalangan masyarakat kita yang seperti ini, bukan? Mereka menggunakan sebahagian agama yang mereka inginkan sahaja, dan ada bahagian yang mereka tidak suka atau berasakan tidak suka untuk buat, maka mereka akan buat tidak tahu sahaja.

Ini terjadi kerana mereka tidak mempelajari agama dengan benar. Maka ada perkara yang mereka was-was kerana mereka menggunakan akal mereka sahaja. Sedangkan kalau mereka belajar dengan guru yang benar, maka mereka akan nampak kebenaran agama itu dengan jelas. Tidaklah mereka menjadi keliru dan boleh menerima dengan senang hati.

 

لا إِلىٰ هٰؤُلاءِ وَلا إِلىٰ هٰؤُلاءِ

mereka tidak berpihak terus kepada golongan (kafir) dan tidak pula berpihak kepada golongan (yang beriman).

Mereka tidak terus mengikuti kumpulan ini dan tidak kepada kumpulan itu. Mereka tidak tetap antara keduanya. Ini kerana mereka hendakkan keuntungan dan mereka hendak melihat manakah pihak yang memberi keuntungan kepada mereka.

Kalau pihak Islam yang menang, mereka pergi kepada Islam; kalau orang kafir yang menang, mereka pergi kepada orang kafir pula. Seperti yang disebutkan oleh Allah ‎ﷻ melalui firman-Nya:

كُلَّما أَضاءَ لَهُمْ مَشَوْا فِيهِ وَإِذا أَظْلَمَ عَلَيْهِمْ قامُوا

Setiap kali kilat itu menyinari mereka, mereka berjalan di bawah sinarnya; dan bila gelap menimpa mereka, mereka berhenti. (Al-Baqarah: 20)

Maknanya, apabila ada kepentingan dalam Islam, mereka akan pergi kepada Islam.

Ini adalah salah, kerana orang Islam sepatutnya tetap duduk dalam Islam dan duduk di bahagian orang Islam.

 

وَمَن يُضلِلِ اللهُ فَلَن تَجِدَ لَهُ سَبيلًا

Dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka engkau (wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.

Kalau Allah ‎ﷻ sudah mentakdirkan mereka memasuki neraka, tidak ada sesiapa yang boleh berbuat apa-apa lagi untuk menolong mereka. Maka, kita kenalah hanya berharap dan berdoa kepada Allah ‎ﷻ supaya menetapkan kita di atas jalan keimanan kerana kalau Allah ‎ﷻ telah membuat keputusan untuk kita tidak menjadi orang beriman, tidak ada sesiapa yang dapat menolong kita lagi. Nauzubillahi min dzaalik!

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat seterusnya.

Kemaskini: 7 Ogos 2023

Ringkasan Surah Nisa’


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani

Tafsir Surah an-Nisa Ayat 137 – 140 (Golongan Murtad)

Ayat 137: Ini pula tentang kafir murtad. Selalunya yang menjadi murtad itu adalah kerana mereka bergaul rapat dengan orang kafir. Orang kafir memang kita boleh berurusan muamalah dengan mereka, tetapi tidaklah sampai berkawan rapat.

Maka jangan sampai kita berkawan rapat dengan mereka sampai berminat dengan cara hidup mereka. Kita kenalah berpada-pada apabila berkawan dengan mereka.

إِنَّ الَّذينَ ءآمَنوا ثُمَّ كَفَروا ثُمَّ ءآمَنوا ثُمَّ كَفَروا ثُمَّ ازدادوا كُفرًا لَّم يَكُنِ اللَهُ لِيَغفِرَ لَهُم وَلا لِيَهدِيَهُم سَبيلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, those who have believed then disbelieved, then believed then disbelieved, and then increased in disbelief – never will Allāh forgive them, nor will He guide them to a way.

 

MALAY

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian mereka kafir, kemudian mereka beriman semula, kemudian mereka kafir sekali lagi, kemudian mereka bertambah-tambah lagi dengan kekufuran, Allah tidak sekali-kali akan memberi ampun kepada mereka, dan tidak akan memberi petunjuk hidayah kepada mereka ke jalan yang benar.

 

إِنَّ الَّذينَ ءآمَنوا ثُمَّ كَفَروا ثُمَّ ءآمَنوا ثُمَّ كَفَروا

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian mereka kufur, kemudian mereka beriman semula, kemudian mereka kafir sekali lagi,

Berkali-kali dikatakan orang itu kufur. Sekejap kufur dan sekejap beriman kembali. Mereka itu sebenarnya menjadi kufur sebab bergaul dengan orang kafir dan tertarik dengan cara hidup orang kafir dan fahaman mereka. Apabila duduk bergaul lama sangat dengan mereka, akan timbul minat di dalam hati terhadap cara hidup mereka.

Kalau tidak bergaul sangat dengan orang kafir, tidak akan jadi begitu. Orang yang yang berkawan rapat sangat dengan orang kafir akan merasakan baik sahaja cara dan perbuatan orang kafir itu. Dan ini adalah amat bahaya, kerana apabila redha sahaja dengan cara kufur, itu sudah kufur sebenarnya. Ketahuilah bahawa dengan mengiyakan kekufuran adalah perbuatan kufur.

Apabila dia mulai belajar agama sedikit, dia kembali mengetahui bahawa salah cara-cara dan amalan orang kufur itu, maka dia kembali memeluk Islam.

Kemudian dia kembali berminat dengan cara kufur apabila bergaul kembali dengan orang kafir. Itulah disebut berkali-kali Islam dan kufur dalam ayat ini, kerana ada perubahan di dalam diri manusia yang Allah  ‎ﷻ sedang sebut ini.

Tetapi yang bahayanya, kekufuran kali kedua ini lebih kuat lagi dari kekufuran kali pertama itu kerana kekufurannya akan melebihi dari kekufuran yang asal.

 

ثُمَّ ازدادوا كُفرًا

kemudian mereka bertambah-tambah lagi dengan kekufuran, 

Sampai pada satu tahap, dia lebih berminat cara kufur dibandingkan dengan cara Islam. Apabila sudah sampai ke tahap begitu, dia tidak akan kembali lagi kepada Islam. Dia ini adalah jenis yang sekejap hendak rapat kepada agama dan kemudian tidak pula. Dia membuat pilihan mengikut musim.

Ayat ini boleh juga dikatakan tentang ‘golongan munafik‘. Memang mereka banyak disebutkan dalam Surah an-Nisa’ ini. Golongan munafik itu hanya melihat kepada keuntungan sahaja. Kalau mereka nampak untung memasuki Islam, maka mereka akan masuk.

Sebagai contoh selepas Perang Badr, mereka nampak Islam kuat dan mereka pun masuk Islam. Tetapi apabila Muslim kalah dalam Perang Uhud, mereka kembali kufur semula. Jadi, mereka itu sekejap beriman, sekejap kufur. Itu maknanya mereka bermain-main dengan agama. Mereka hanya melihat keuntungan dalam dunia sahaja.

Ada juga pendapat yang mengatakan mereka itu adalah golongan Yahudi. Ini adalah kerana mereka dahulu beriman dengan Nabi Musa عليه السلام, kemudian menjadi kufur kerana menyembah patung anak sapi. Kemudian mereka telah bertaubat dan kembali beriman. Kemudian golongan itu tidak mahu mempercayai dengan kenabian Nabi Isa عليه السلام dan akhir sekali apabila mereka tidak mahu beriman dengan Nabi Muhammad ﷺ, mereka telah menambah kekufuran mereka.

 

لَّم يَكُنِ اللهُ لِيَغفِرَ لَهُم

Allah tidak sekali-kali akan memberi ampun kepada mereka,

Orang yang sebegini, Allah ‎ﷻ tidak akan mengampunkan lagi mereka. Ini adalah kerana mereka main-main dengan agama. Tidak ada pengampunan kepada mereka selepas mereka mati kerana mereka berterusan di dalam kekufuran sampai mereka mati. Bukanlah Allah ‎ﷻ tidak mahu menerima pengampunan mereka, tetapi kalau mereka sendiri yang tidak meminta keampunan di hujung hayat mereka, maka Allah ‎ﷻ tidak akan mengampuni mereka.

Ingatlah yang Allah ‎ﷻ hanya mengambil kira apakah iman kita semasa kita mati. Kalau sepanjang hidup kita mengamalkan Islam, tetapi di penghujung hayat kita pergi kepada kekufuran, maka itu bermakna kita mati kufur.

Ini adalah amat menakutkan sekali, kerana kita tidak tahu hujung hayat kita bagaimana nanti. Sekarang memang kita rasa kita beriman, tetapi bagaimana di hujung hayat kita nanti? Adakah kita tahu? Tentulah tidak.

Maka, moleknya kita sentiasa berdoa kepada Allah ‎ﷻ supaya menetapkan iman kita supaya kita mati dalam iman. Hendaklah juga kita menjaga iman kita supaya ia tetap teguh dan kuat. Dan caranya adalah dengan meningkatkan pengetahuan agama kita.

 

وَلا لِيَهدِيَهُم سَبيلًا

dan Dia tidak akan memberi petunjuk hidayah kepada mereka ke jalan yang benar.

Tiada jalan dibuka lagi kepada mereka yang telah murtad itu untuk ke syurga. Ini adalah kerana mereka tidak layak untuk memasuki syurga. Maka sekarang lihatlah bahayanya bercampur gaul rapat dengan orang kafir.


 

Ayat 138: Seperti yang telah kita ketahui, perangai yang disebut dalam ayat sebelum ini adalah tentang golongan munafik. Ini dikuatkan lagi di dalam ayat ini. Maknanya, pada luaran mereka kelihatan seperti orang Islam, bercakap tentang Islam, mengaku seorang Muslim dan nama pun nama Muslim, tetapi hakikatnya mereka adalah kafir.

Sekarang Allah menyebut apakah natijah (kesan) kepada orang munafik kalau mereka terus kekal di dalam munafik.

بَشِّرِ المُنٰفِقينَ بِأَنَّ لَهُم عَذابًا أَليمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Give tidings to the hypocrites that there is for them a painful punishment –

 

MALAY

Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

 

بَشِّرِ المُنٰفِقينَ

Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik:

Allah ‎ﷻ mengejek mereka dengan berkata berikan ‘berita gembira’ kepada mereka, tetapi ia bukanlah ‘berita gembira’, tetapi berita yang amat buruk sekali. Semua manusia akan tertunggu-tunggu berita baik diberikan kepada mereka. Tapi apakah berita yang akan diterima oleh orang munafik?

 

بِأَنَّ لَهُم عَذابًا أَليمًا

bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;

Mereka hanya akan menerima berita yang mereka akan dimasukkan ke dalam neraka akhirnya. Itulah ‘berita gembira’ yang dimaksudkan. Tentulah ia bukan berita gembira, bukan? Itulah pengakhiran kepada golongan munafik itu. Semoga kita diselamatkan dari sifat ini dan pengakhiran ini. Aameen.

Tanda sifat munafik munafiqin
Di Madinah, ramai mengikuti agama Islam dalam masyarakat majmuk sehinggakan secara tidak sedar sifat-sifat munafik ada di kalangan mereka. Allah ‎ﷻ telah menyatakan sifat-sifat tersebut.

 

Ayat 139: Kenapa mereka sekejap kufur, sekejap beriman? Seperti yang telah disebutkan sebelum ini,  kerana mereka mengambil orang kafir sebagai teman rapat mereka. Jadi Allah ‎ﷻ menerangkan sifat-sifat munafik di dalam ayat ini.

Pertamanya, mereka menjadikan orang-orang kafir sebagai teman rapat atau pemimpin.

الَّذينَ يَتَّخِذونَ الكٰفِرينَ أَولِياءَ مِن دونِ المُؤمِنينَ ۚ أَيَبتَغونَ عِندَهُمُ العِزَّةَ فَإِنَّ العِزَّةَ ِللهِ جَميعًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Those who take disbelievers as allies instead of the believers. Do they seek with them honor [through power]? But indeed, honor belongs to Allāh entirely.¹

  • Being the source of all power and honor, Allāh grants them to whom He wills.

 

MALAY

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).

 

الَّذينَ يَتَّخِذونَ الكٰفِرينَ أَولِياءَ مِن دونِ المُؤمِنينَ

(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman.

Mereka berminat untuk berkawan dengan orang kafir. Hati mereka telah cenderung kepada orang kafir itu dan lama kelamaan dengan cara kehidupan orang kafir. Mereka duduk pula dalam kawasan penempatan orang kafir sampai tidak mahu berhijrah ke kawasan orang Islam. Ini kerana mereka selesa di situ dan cara kehidupan di situ.

 

 أَيَبتَغونَ عِندَهُمُ العِزَّةَ

Adakah mereka (orang-orang munafik) mencari kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu,

Kenapa jadi begitu? Mereka jadi begitu kerana mereka mencari kemuliaan dan kekuatan dengan berkawan dengan orang kafir kerana mungkin banyak perkara yang mereka boleh dapat dari orang kafir itu.

Seperti kita telah belajar dalam ayat-ayat yang lain, orang-orang kafir itu selalunya kaya raya dan berkuasa kerana mereka memang melebihkan kehidupan dunia sahaja, tanpa melihat kepada akhirat. Jadi kerana usaha mereka untuk dunia sahaja, maka tentulah mereka  mendapat banyak habuan keduniaan.

Oleh kerana mereka kaya, maka orang-orang munafik itu pun sangat rapat dan bertempeklah dengan orang-orang kafir itu kerana ada kebaikan yang boleh didapati daripada mereka. Ini kerana orang munafik pun memang mementingkan habuan keduniaan sahaja.

 

فَإِنَّ العِزَّةَ ِللهِ جَميعًا

sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah. 

Allah ‎ﷻ menempelak mereka yang mencari kemulian dan kekuatan dari orang kafir itu. Adakah patut mereka hendak mendapatkan kemulian dari orang kafir yang sememangnya tidak mempunyai kemuliaan langsung? Sedangkan kemuliaan dan kehebatan itu milik Allah ‎ﷻ semuanya sekali. Orang munafik telah tersalah tempat untuk mencari kemuliaan.

Allah ‎ﷻ boleh sahaja memberikan kemuliaan dan kekuatan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan menarik dari sesiapa yang dikehendakiNya. Jadi kalau ingin mendapatkan kemuliaan, kenalah hanya meminta dari Allah ‎ﷻ sahaja, mengharap dari Allah ‎ﷻ sahaja. Kemuliaan dari Allah ‎ﷻlah yang lebih baik dari apa yang kita dapat dari orang-orang kafir itu. Allah berfirman dalam Fathir:10

مَن كانَ يُريدُ العِزَّةَ فَلِلَّهِ العِزَّةُ جَميعًا ۚ
 
Sesiapa yang mahukan kemuliaan, bagi Allah jualah segala kemuliaan. 
 

Dan Allah ‎ﷻjuga berfirman dalam Munafiqun:8

وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلكِنَّ الْمُنافِقِينَ لَا يَعْلَمُونَ

Padahal kekuatan itu hanyalah bagi Allah, bagi Rasul-Nya dan bagi orang-orang mukmin, tetapi orang-orang munafik itu tidak mengetahui.


 

Ayat 140: Allah ‎ﷻ telah melarang kita bergaul rapat dengan orang kafir. Terutama kalau mereka berkata tidak baik tentang agama Islam.

وَقَد نَزَّلَ عَلَيكُم فِي الكِتٰبِ أَن إِذا سَمِعتُم ءآيٰتِ اللهِ يُكفَرُ بِها وَيُستَهزَأُ بِها فَلا تَقعُدوا مَعَهُم حَتّىٰ يَخوضوا في حَديثٍ غَيرِهِ ۚ إِنَّكُم إِذًا مِّثلُهُم ۗ إِنَّ اللَّهَ جامِعُ المُنٰفِقينَ وَالكٰفِرينَ في جَهَنَّمَ جَميعًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And it has already come down to you in the Book [i.e., the Qur’ān] that when you hear the verses of Allāh [recited], they are denied [by them] and ridiculed; so do not sit with them until they enter into another conversation. Indeed, you would then be like them.¹ Indeed, Allāh will gather the hypocrites and disbelievers in Hell all together –

  • In this world, by participation in their blasphemy, and in the next, where you will share their punishment.

 

MALAY

Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam neraka jahannam.

 

وَقَد نَزَّلَ عَلَيكُم فِي الكِتٰبِ أَن إِذا سَمِعتُم ءآيٰتِ اللَّهِ يُكفَرُ بِها وَيُستَهزَأُ بِها

Dan sesungguhnya telah diturunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diejek-ejek

Yang dimaksudkan telah diturunkan dalam kitab adalah dalam surah An’am ayat 68. Surah An’am telah diturunkan di Mekah. Oleh itu, dalam ayat ini, Allah ‎ﷻ berkata yang perkara ini telah diberitahu sebelum ini.

Termasuk dalam perkara ini adalah mendengar seseorang yang menafsir ayat Qur’an dengan akalnya sendiri. Ramai yang membaca ayat Qur’an tetapi memandai-mandai sahaja menafsir mengikut akal logiknya dan tidak melihat penilaian dan tafsiran dari ulama terdahulu. Maknanya mereka tidak mengikuti disiplin tafsir.

 

فَلا تَقعُدوا مَعَهُم

maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka

Maka jangan duduk bersama mereka ketika mereka bercakap sambil mengutuk Qur’an atau agama Islam. Contohnya, mereka mungkin berkata Hukum Hudud tidak betul. Mereka berkata begitu kerana mereka tidak belajar dan mereka hanya menggunakan akal sahaja. Malangnya, kalau kita pun duduk bersama mereka dan berkata ‘ya’ juga. Ini kerana ada yang jahil dan tidak belajar, dan apabila orang kafir berkata begitu, mereka pun termakan juga dengan hujah orang kafir itu.

Bagaimana pula kalau kita bersama dalam majlis bidaah? Katakanlah ada majlis bersanding, majlis Mawlid Nabi, majlis kenduri Doa Selamat, dan sebagainya? Hukum yang sama juga terpakai dalam hal ini.

Ini adalah kerana semasa mereka melakukan amal-amal bidaah mereka itu, mereka sedang mengingkari dan memperlekehkan ayat-ayat Allah ‎ﷻ yang melarang melakukan perkara syirik dan bidaah. Kita pun tidak boleh duduk bersama mereka di dalam majlis tersebut.

Ini memang susah untuk dilakukan kerana kita  mementingkan pandangan masyarakat kepada kita. Kita akan berasa segan kalau kita dikatakan anti-sosial, tidak menghormati keluarga, ataupun dituduh memecah belahkan masyarakat dan sebagainya. Maka terdapat juga golongan Sunnah yang pergi ke majlis-majlis bidaah. Tapi kalau kita yang sudah mengetahui yang majlis itu salah, maka kenapa kita masih ingin duduk di dalamnya lagi?

Inilah masalahnya kalau takutkan orang yang jahil. Kenapa mesti takutkan mereka? Amat bahaya kalau ada perasaan takut ini. Ayat ini memberitahu kita bahawa kalau kita duduk dalam majlis yang sama, ia bermaksud kita pun sama seperti mereka juga.

Suruhan meninggalkan mereka juga termasuk menonton atau membaca sumber dari media massa. Pada zaman sekarang, banyak rancangan dan penulisan di buku dan Internet yang menghina Islam. Kita kenalah mempunyai sikap yang sama. Kalau terdapat rancangan atau penulisan yang menghina Islam, kita haruslah terus meninggalkannya.

Amatlah bahaya apa yang dilihat dan dibaca itu. Apa yang kita lihat dan baca sebenarnya akan berada lama di dalam otak kita. Kita sahaja menyangkakan ia tidak memberi kesan tetapi sebenarnya kesannya akan keluar lama-kelamaan nanti. Nanti ia akan mempengaruhi pemikiran kita kalau kita sudah melihat atau membaca pandangan-pandangan yang sebegitu.

 

حَتّىٰ يَخوضوا في حَديثٍ غَيرِهِ ۚ

sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain;

Maka, jangan lagi duduk dengan mereka kecuali mereka mengubah topik kepada perkara yang lain. Mungkin mereka menukar topik kepada pekerjaan, kehidupan keluarga mereka dan benda-benda yang lain. Tidak patut kalau kita terus duduk bersama mereka semasa mereka mengutuk Allah ‎ﷻ dan agama kita. Bayangkan kalau ramai-ramai bersembang tentang ibu kita dan mengutuk ibu kita, tidak mungkin kita akan terus duduk situ lagi. Apatah lagi  kalau mereka mengutuk agama kita, bukan?

Maka begitu juga dengan ahli bidaah di negara kita. Bila mereka tidak membuat amalan bidaah lagi, boleh sahaja duduk-duduk dengan mereka, berbincang minum kopi dan sebagainya kerana mereka masih lagi kawan, kenalan dan keluarga kita. Cuma kita tidak mahu bersekongkol dengan mereka semasa mereka melakukan perkara yang salah.

Kita kenalah menunjukkan kita tidak suka dengan apa yang mereka lakukan itu dengan tidak menyertainya. Tapi tidaklah kita terus memboikot mereka sampai bila-bila. Mana boleh kita memboikot mereka, sedangkan kita masih lagi bertanggungjawab untuk berdakwah kepada mereka?

Ada satu lagi pendapat yang mengatakan, tidak boleh langsung duduk dengan mereka walaupun mereka itu telah berhenti dari menghina Qur’an. Ini adalah kerana mereka itu akan memberi teladan yang buruk untuk kita. Hanya kalau ada keperluan barulah boleh duduk bersama mereka. Kalau tidak ada keperluan, maka jauhkan diri dari mereka. Selamatkan diri kita dari mereka kerana bimbang kita terikut-ikut dengan mereka pula nanti kalau duduk bersama mereka.

Contoh keperluan itu adalah seperti apabila kita datang ke masjid kerana hendak menunaikan solat berjemaah. Mungkin pada waktu itu mereka sedang melakukan perkara bidaah. Kita boleh duduk di situ kerana ada keperluan kerana ingin solat berjemaah. Tidaklah boleh meninggalkan mereka kerana ada kewajipan solat berjemaah untuk lelaki.

 

إِنَّكُم إِذًا مِّثلُهُم

kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. 

Ini yang bahaya kalau kita terus duduk bersama mereka pada waktu mereka menghina agama. Kalau masih duduk juga, kita dikira sama sahaja dengan mereka.

Kalau sudah biasa mendengar mereka mengutuk tentang Islam, kemungkinan kita sudah berasa biasa dan kita pun menjadi lali dan tidak menghormati agama sendiri pula. Begitulah manusia, kalau benda yang pelik pun lama-lama kalau sudah biasa dilihat dan mendengarnya, akan menjadi kebiasaan pula. Kerana itulah kita lihat ramai yang sampai sudah mula berani untuk mempersoalkan agama.

Akhirnya kita mungkin akan menjadi seperti mereka juga. Bahayanya, kita mungkin akan dikenakan azab sekali dengan mereka nanti. Ini kerana Allah ‎ﷻ telah berkata kita ‘sama’ seperti mereka. Apabila mereka dikenakan azab, maka kita pun terpalit sekali dengan azab tersebut.

Ayat ini juga mengajar kita dalam mencari kawan sebenarnya. Sepatutnya kita mencari kawan yang boleh memberi perangsang untuk mengerjakan amalan yang soleh, bukannya yang boleh menjerumuskan kita ke lembah kehinaan. Sedikit sebanyak, kita terkesan juga dengan kawan-kawan kita. Mula-mula mungkin kita tidak mengikuti apa yang mereka lakukan, tetapi lama kelamaan kita akan terikut-ikut juga. Maka, dari awal lagi kenalah berhati-hati dalam memilih kawan.

 

إِنَّ اللَّهَ جامِعُ المُنٰفِقينَ وَالكٰفِرينَ في جَهَنَّمَ جَميعًا

Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam neraka jahannam.

Allah ‎ﷻ akan menggabungkan sekali orang munafik dan kafir di neraka. Kalau kita pun duduk-duduk bersama mereka, maka kita pun akan masuk dengan mereka sekali.

Ayat ini mengajar kita, kalau ketika mereka sedang mengutuk agama Islam, itu bukanlah masa yang sesuai untuk berdakwah  atau memperbetulkan mereka. Sudah pasti mereka akan menolaknya kalau kita berdakwah kepada mereka pada ketika itu. Oleh sebab itu kenalah tinggalkan mereka dan cari masa yang sesuai untuk berdakwah kepada mereka kemudian nanti.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 20 Ogos 2018

Ringkasan Surah Nisa’


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani