Pengenalan Tafsir Balaghi (Ilmu Bayan dan Ilmu Badi’)

2. Ilmu Al-Bayan (علم البيان). Ilmu ini mengkaji kepelbagaian cara untuk menyampaikan satu makna yang sama melalui gaya bahasa yang berbeza. Istilah Ilmu Bayan berasal daripada perkataan Arab (بان) yang bermaksud jelas, nyata, atau terang. Dalam bidang sastera Arab (Balaghah), ia dinamakan sedemikian kerana beberapa sebab utama:

    • Menjelaskan Maksud dengan Pelbagai Cara: Ilmu ini membolehkan seseorang menyampaikan satu idea yang sama tetapi menggunakan gaya bahasa yang berbeza-beza tahap kejelasannya. Anda boleh memilih untuk bercakap secara terus terang atau menggunakan kiasan untuk kesan yang lebih mendalam.
    • Memberikan Kejelasan (Al-Ibanah): Fungsi utama ilmu ini adalah untuk menyingkap maksud yang tersirat dalam hati supaya ia dapat difahami oleh pendengar dengan nyata dan terang.
    • Keistimewaan Manusia: Merujuk kepada firman Allah dalam Surah Ar-Rahman (ayat 4): عَلَّمَهُ الْبَيَانَ (Dia mengajarnya (manusia) pandai berbicara). Ahli tafsir menyatakan Al-Bayan di sini merujuk kepada kemampuan manusia untuk menyatakan apa yang ada di fikiran mereka dengan jelas.

Fungsi: Menggunakan imaginasi dan perumpamaan supaya maksud lebih jelas atau lebih menyentuh perasaan. Ilmu Bayan ini kalau dalam bahasa kita adalah peribahasa, perumpamaan, tasybih. Jadi kita akan membincangkan apakah sesuatu ayat itu benar-benar hanya satu perumpamaan sahaja? Ataupun adakah ini majaz? Betulkah maksudnya? Mungkin bukan itu maksud sebenarnya, tapi ada kiasan. Maknanya ada kiasan di sebaliknya yang kita boleh katakan sebagai sindiran. Ini kita akan bincangkan apabila kita sampai pada ayatnya.

Ilmu Bayan terbahagi kepada 4 bahagian utama. Berikut adalah ringkasannya:

1. At-Tasybih (التشبيه) – Penyerupaan atau perbandingan. Menyamakan sesuatu perkara dengan perkara lain menggunakan alat penyerupaan (seperti: ك, كأنَّ, مثل). Mesti ada Musyabbah (perkara yang diserupakan) dan Musyabbah Bih (perkara yang menjadi rujukan).

Contoh: “Ilmu itu seperti cahaya.”

2. Al-Majaz (المجاز) – Penggunaan Kiasan. Menggunakan perkataan bukan pada makna asalnya kerana ada perkaitan tertentu. Ia terbahagi kepada dua cabang besar:

Majaz Mursal: Kiasan yang bukan penyerupaan (contoh: menyebut “tangan” tetapi maksudnya “nikmat/kuasa”).

Isti’arah: Kiasan yang bermaksud penyerupaan (inilah “pinjaman” yang kita akan bincangkan).

3. Al-Isti’arah (الاستعارة) – Pinjaman. Walaupun ia adalah sebahagian daripada Majaz, ulama’ selalunya meletakkannya sebagai bab khusus kerana kepentingannya. Ia adalah Tasybih yang dibuang salah satu rukun utamanya.

Contoh: “Aku melihat permata di dalam kelas” (Maksudnya pelajar yang bijak. Kita pinjam “permata”, buang “pelajar”).

4. Al-Kinayah (الكناية) – Sindiran Tersirat. Menyebutkan sesuatu lafaz tetapi yang dimaksudkan adalah kelaziman atau kesan daripada makna tersebut. Makna asalnya masih boleh diterima tetapi bukan itu tujuan utama.

Contoh: “Si fulan itu banyak abunya.” (Maksud tersirat: Dia seorang yang sangat pemurah kerana banyak memasak untuk tetamu).


 

3. Ilmu Al-Badi’ (علم البديع). Nama Ilmu Al-Badi’ (علم البديع) berasal daripada perkataan Arab (بدع) yang bermaksud mencipta sesuatu yang baharu, unik, atau indah tanpa mengikut contoh sedia ada. Ilmu ini mengkaji cara memperindahkan lagi kata-kata setelah maknanya sudah tepat. Ini adalah “hiasan” kepada ayat. Ini seperti kalau kita menghias makanan, susun atur pinggan itu, untuk mencantikkan dan menambah selera. Namanya plating, bukan? Rasa makanan kita tidak tahu lagi sedap atau tidak, tapi rupanya sudah menarik minat, bukan?

Fungsi: Memberikan keindahan bunyi, rima, atau keunikan makna. Jadi ia adalah tentang keindahan penggunaan bahasa. Apabila kita menggunakan bahasa yang berlawanan, ada tinggi rendah, hitam dan putih dalam ayat, kita menggunakan bandingan-bandingan sebegitu ataupun bunyi-bunyi di belakang yang seirama ataupun kita panggil ritma di belakang, itu dibahaskan dalam ilmu badi’. Perbuatan mencantikkan ayat Al-Qur’an dinamakan Muhassinat. Ia tidak mengandungi makna yang terlalu dalam.

Ilmu Badi’ secara umumnya terbahagi kepada dua bahagian besar. Fokus utama Ilmu Badi’ adalah untuk memperindahkan kalam (kata-kata) setelah aspek makna dan kejelasan penyampaiannya telah sempurna. Jadi ia adalah di dalam bentuk Muhassinat (المحسنات) yang bermaksud “memperelok” atau “memperindahkan”. Dalam ilmu Balaghah, Al-Muhassinat merujuk kepada unsur-unsur keindahan atau “hiasan” yang digunakan untuk mencantikkan sesuatu kalam (ucapan atau tulisan).

1. Al-Muhassinat al-Lafziyyah (المحسنات اللفظية)

Iaitu keindahan yang fokus pada lafaz atau bunyi kata-kata. Jika lafaznya diubah atau diganti dengan sinonim lain, keindahan sasteranya akan hilang walaupun maknanya tetap sama. Antara contoh yang masyhur:

1. Al-Jinas (الجناس): Ia dari kata جنس yang bermaksud ‘jenis’. Apabila disebut Jinas, ia membawa maksud “keserupaan” atau “dua perkara yang berasal daripada jenis yang sama. Maksud ‘sama jenis’ di sini merujuk kepada bunyi perkataan, bukannya makna. Di dalam Ilmu Balaghah, ia merujuk kepada penggunaan dua kata yang bunyinya sama (jinas tam) atau hampir sama (jinas naqis), tetapi maknanya berbeza. Contoh kita boleh lihat dalam Rum:55

وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ يُقْسِمُ الْمُجْرِمُونَ مَا لَبِثُوا غَيْرَ سَاعَةٍ
(Dan pada hari terjadinya kiamat, bersumpahlah orang-orang yang berdosa; “mereka tidak berdiam (dalam kubur) melainkan sesaat (saja)”)

Kata pertama: السَّاعَةُ (As-Sa’ah) bermaksud Hari Kiamat.

Kata kedua: سَاعَةٍ (Sa’ah) bermaksud saat/waktu yang sekejap (unit masa).

Keindahan: Walaupun sebutannya sama (jinas tam), ia menggambarkan betapa singkatnya dunia berbanding dahsyatnya kiamat.

Contoh kedua kita boleh lihat di dalam Naml:22

وَجِئْتُكَ مِن سَبَإٍ بِنَبَإٍ يَقِينٍ
(dan kubawa kepadamu dari negeri Saba’ suatu berita penting yang diyakini.)

Kata pertama: سَبَإٍ (Saba’) — Nama sebuah tempat/kerajaan.

Kata kedua: بِنَبَإٍ (Naba’) — Berita yang besar.

Perbezaan: Hanya pada huruf pertama (Sin vs Nun). Ini dipanggil Jinas Naqis.

Keindahan: Ia memberikan bunyi yang berima dan enak didengar, sekaligus menegaskan kaitan antara tempat tersebut dengan berita yang dibawa.

2. As-Saja’ (السجع): Persamaan rima atau bunyi huruf akhir pada hujung ayat (yang sering terdapat dalam ayat Al-Qur’an). Secara literal, As-Saja’ bermaksud “bunyi atau suara burung merpati” (Saja’at al-Hamamah). Mengapa burung merpati? Kerana burung merpati mengeluarkan suara yang berulang-ulang dengan rima dan nada yang sama secara konsisten. Bunyi tersebut kedengaran teratur dan merdu di telinga manusia. Istilah ini dipinjam ke dalam ilmu Balaghah kerana terdapat persamaan sifat:

  • Burung Merpati: Mengulang-ulang suara yang sama nadanya.
  • Prosa/Kalam: Mengulang-ulang huruf atau bunyi yang sama pada setiap penghujung ayat (rima akhir).

Contoh saja’ di dalam Al-Qur’an adalah seperti Surah al-Ikhlas yang setiap ayat dalam surah ini diakhiri dengan huruf Dal (د) yang mempunyai sifat Qalqalah, memberikan kesan bunyi yang tegas dan berulang.

قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١) ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢) لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ (٣) وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدٌ (٤)

Kenapa Al-Qur’an Menggunakan Teknik Ini?

  • Psikologi: Bunyi yang berima lebih mudah meresap ke dalam jiwa dan menggerakkan emosi.
  • Muzikal: Al-Qur’an mempunyai irama dalaman (Internal Rhythm) yang menjadikannya mukjizat yang boleh dirasai walaupun oleh mereka yang tidak faham bahasa Arab. Sebab itu selalu kita dengar Non-Muslim pun rasa tenang bila dengar bacaan Al-Qur’an.

3. Al-Iqtibas (الاقتباس): Al-Iqtibas secara bahasanya bermaksud “mengambil api” atau “menyuluh cahaya”. Ia berlaku apabila memasukkan unsur Al-Qur’an atau Hadis ke dalam prosa atau syair tanpa menyatakan ia adalah petikan secara langsung. Tujuannya adalah untuk menguatkan hujah, mengambil keberkatan, atau menambah keindahan sastera dalam ucapan tersebut.

Perlu ditegaskan bahawa Al-Iqtibas tidak berlaku “di dalam” Al-Qur’an. Ini kerana Al-Qur’an adalah sumber asal. Iqtibas hanya berlaku apabila manusia (penyair atau pemidato) yang mengambil ayat-ayat Al-Qur’an dan memasukkannya ke dalam kata-kata mereka sendiri.

2. Al-Muhassinat al-Ma’nawiyyah (المحسنات المعنوية)

Iaitu keindahan yang fokus pada makna. Keindahan ini tetap kekal walaupun lafaznya ditukar kepada perkataan lain yang mempunyai makna yang sama. Antara contoh yang masyhur:

1. At-Tibaqu (الطباق) atau juga disebut Al-Mutabaqah berasal daripada perkataan Arab (طَبَقَ) yang membawa maksud bertemu, berpadu, atau menutupi sesuatu dengan pasangannya. Dalam Ilmu Badi’ (sastera Arab), ia merujuk kepada seni pertentangan makna. Ia dinamakan At-Tibaqu kerana ia “mempertemukan” dua perkataan yang berlawanan dalam satu ayat atau ungkapan. Ia menghimpunkan dua kata yang berlawanan makna dalam satu ayat (Contoh: “Mati” dan “Hidup”).

2. Al-Muqabalah (المقابلة): Seperti Tibaqu, tetapi melibatkan dua kumpulan kata yang berlawanan (Contoh: “Menyuruh kepada kebaikan” dan “Melarang daripada kemungkaran”).

Nama Al-Muqabalah (المقابلة) berasal daripada perkataan Arab (قابل) yang bermaksud berhadapan atau bersemuka. Dalam ilmu Balaghah, ia dinamakan sedemikian kerana teknik ini membawakan dua makna atau lebih, kemudian membawakan pula lawannya secara tertib (berturutan). Ia seolah-olah barisan makna pertama sedang “berhadapan” dengan barisan makna lawannya.

Perbezaan Antara Tibaqu dan Muqabalah: Walaupun kedua-duanya berasaskan konsep pertentangan (lawan kata), perbezaan utamanya terletak pada jumlah perkataan yang dipertentangkan.

3. At-Tauriyah (التورية): Nama At-Tauriyah (التورية) berasal daripada perkataan Arab (ورّى – يوري) yang bermaksud menyembunyikan, menutup, atau merahsiakan. Dalam ilmu Balaghah, ia dinamakan sedemikian kerana penutur menyembunyikan maksud sebenar yang diingini di sebalik satu perkataan yang mempunyai dua makna. Teknik ini menggunakan satu kata yang mempunyai dua makna; satu makna yang dekat (tetapi bukan itu yang dimaksudkan) dan satu makna yang jauh (itulah yang dimaksudkan).

Salah satu contoh yang paling masyhur adalah An’am:60

وَهُوَ الَّذي يَتَوَفّٰكُم بِاللَّيلِ وَيَعلَمُ ما جَرَحتُم بِالنَّهارِ
Dan Dialah yang menidurkan kamu pada waktu malam dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari

Penggunaan Teknik Tauriyah adalah pada kalimah (جَرَحْتُمْ):

Makna Dekat yang pembaca terus fikirkan: “Melakukan luka” atau “mencederakan”. Pendengar mungkin terfikir tentang luka fizikal kerana asal perkataan جرح adalah luka.

Makna Jauh (Maksud Sebenar yang hendak disampaikan): “Melakukan dosa” atau “melakukan usaha/amalan”. Dalam konteks ayat ini, Allah ingin menyatakan bahawa Dia Maha Mengetahui segala perbuatan dosa atau usaha yang dilakukan manusia pada siang hari.

Mengapa Belajar Ilmu Balaghah?

  1. Memahami Mukjizat Al-Qur’an: Al-Qur’an mencabar sasterawan Arab bukan dari segi nahu sahaja, tetapi dari segi Balaghah-Nya yang mustahil ditiru oleh manusia.
  2. Kesan dalam Dakwah: Membantu penyampai memilih ayat yang paling menyentuh hati audiens berdasarkan latar belakang mereka.
  3. Keindahan Komunikasi: Menjadikan seseorang lebih berseni dalam bertutur dan menulis, tidak hanya mendatar dan kaku.

Mungkin ada ramai yang beranggapan ini adalah ilmu yang berat dan tidak mungkin kita dapat menggapainya kerana ia lain dari bahasa kita. Tapi sekarang kita tanya balik: Kenapa tidak kita jinakkan ia?

Bila belajar balaghah Bahasa Arab, ia mengupas tentang ketinggian, kedalaman, kehalusan seni itu melalui bahasa. Bayangkan kita kalau belajar dalam bahasa kita sendiri pun, kalau kita buka buku-buku sastera yang tinggi, kita sendiri pun kadang-kadang terasa sukar memahaminya, walaupun itu bahasa kita sendiri. Apalagi dalam bahasa Arab. Dan kalau kita lihat contoh-contoh syair klasik bahasa Arab yang sangat tinggi, kita pun tak pasti kalau orang awam Arab sendiri akan faham kalau tanpa kupasan. Jadi, logiknya balaghah dianggap susah.

Tapi, kenapa tidak kita permudahkan dengan maksud balaghah dalam bahasa kita. Dan sebenarnya balaghah bukan dalam bahasa kita sahaja. Balaghah ada dalam semua bahasa. Dan balaghah dalam bahasa kita pun tinggi juga. Dan boleh dikatakan apa sahaja bab balaghah dalam bahasa Arab, tajuknya ada dalam perbahasan bahasa kita dan ada dalam percakapan harian kita. Cuma ia tidak dibukukan, tidak dibuat secara disusun secara struktur, tidak disusun secara sistematik, sehingga kita tak tahu bahawa penggunaan bahasa harian kita itu adalah balaghah sebenarnya. Ia sama dengan tajuk bab kitab yang tinggi. Perbahasan dalam kitab-kitab yang tinggi yang menggunakan syair-syair klasik sebenarnya merujuk kepada apa yang telah kita guna pun dalam bahasa kita seharian. Cuma oleh kerana balaghah kita tidak disusun secara berkitab, maka kita menganggap bahawa balaghah ini rahsia dalam bahasa Arab sahaja dan hanya ada dalam kitab-kitab balaghah sahaja. Maka di sini kita hendak menyahut cabaran untuk mempermudahkan balaghah tersebut. Kita akan gunakan contoh-contoh di dalam bahasa kita sendiri.

Begitu juga dengan syair-syair Arab, kita tukarkan kepada pantun-pantun Melayu; cuma kena cari pantun-pantun lama, pantun-pantun klasik. Ini dalam bahagian Ma’ani bukan bahagian bayan. Kalau bayan, seni dalam bahasa kita sudah mencukupi, tidak perlu pada perbahasan yang menggunakan syair-syair klasik Arab. Maka dengan ini kita boleh memudahkan pemahaman ilmu Balaghah ini. Jangan kita biarkan ini terus di dalam persepsi ya ia sangat susah sampai orang Melayu tidak boleh memahaminya. Ada cara untuk kita permudahkan ke dalam bahasa kita. Kalau dalam syair bahasa Arab ada ma’ani, kita juga ada ma’ani. Kalau dalam Bahasa Arab ada bayan, kita juga ada bayan. Kalau bahagian badi’, bahasa kita pun tinggi dalam badi’. Cuma mungkin dalam pembahagian ketiga-tiga bahagian ini, bab ma’ani mungkin agak lebih halus. Ianya boleh dikatakan sebagai teras kepada ilmu balaghah.

Perbincangan kita ini bolehlah dikaitkan sebagai tafsir. Cuma bukan seperti tafsir-tafsir yang lain, kita hanya memfokuskan tafsiran kita kepada sudut balaghah sahaja dan pada rangka awal ini kita hanya banyak bincangkan dari sudut ilmu ma’ani sahaja. Ini bukan bermaksud ilmu bayan ataupun perbahasan tentang badi’ dan bayan kita tak sentuh, kita juga sentuh tapi kita akan lebih fokus kepada ilmu ma’ani dahulu. Dan kita bincangkan tafsiran pun secara ringkas kerana kalau kita bahaskan tafsiran penuh, maka tentu ia memakan memakan masa yang terlalu panjang.

Asasnya ilmu ma’ani, ilmu badi’ dan ilmu bayan ini adalah tiga bahagian dari ilmu balaghah akan tetapi tidak semua ulama’ bersetuju bahawa ilmu badi’ itu dimasukkan dalam ilmu balaghah. Ada yang mengatakan bahawa ilmu balaghah sebenarnya adalah ilmu ma’ani dan ilmu bayan. Dan ada yang mengatakan ilmu balaghah sebenarnya berada dalam ilmu bayan dan ilmu bayan ini ada tiga pembahagian. Memang terdapat banyak pendapat kerana ilmu ini masih lagi dalam proses untuk memasak, jadi kerana itu ia masih diperbincangkan. Dan kerana itu kita akan berhadapan dengan banyak pandangan, contohnya dalam sesetengah ayat, ada yang memandang daripada sudut tajuk, ada yang mengatakan ini berkenaan tajuk itu pula. Contohnya dalam bab iltifat nanti yang kita akan belajar, ada yang mengatakan iltifat itu dalam ma’ani, ada  yang kata ia di dalam bayan, ada yang kata ia di dalam badi’. Sebab itulah dalam sesetengah kitab, iltifat tidak dimasukkan dalam bab Ma’ani tapi dalam bayan.

Jadi, asasnya ilmu ma’ani ini adalah ilmu tentang makna-makna kalimah yang lebih halus. Kita akan fokus kepada perkataan, jumlah ataupun frasa.


 

Glosari Istilah Kunci

Al-Badi’: Ilmu yang mengkaji cara memperindahkan kata-kata (hiasan bahasa) setelah aspek makna dan kejelasan sempurna.

Al-Bayan: Ilmu untuk menyampaikan satu makna melalui pelbagai gaya bahasa (kiasan, perumpamaan) untuk kejelasan maksud.

Al-Ibanah: Fungsi menjelaskan atau menyingkap maksud tersirat dalam hati supaya dapat difahami dengan terang.

Al-Iqtibas: Teknik memasukkan petikan Al-Qur’an atau Hadis ke dalam prosa atau syair manusia untuk menguatkan hujah.

Al-Isti’arah: Teknik pinjaman di mana satu rukun penyerupaan dibuang untuk tujuan kiasan yang lebih mendalam.

Al-Jinas: Penggunaan dua kata yang bunyinya sama atau hampir sama tetapi membawa makna yang berbeza.

Al-Kinayah: Sindiran tersirat; menyebut sesuatu lafaz untuk menunjukkan kesan atau kelaziman daripada makna asal.

Al-Majaz: Penggunaan perkataan bukan pada makna asalnya kerana terdapat perkaitan atau kaitan tertentu.

Al-Muhassinat: Unsur-unsur keindahan atau hiasan yang digunakan untuk mencantikkan sesuatu ucapan atau tulisan.

Al-Muqabalah: Teknik mempertentangkan dua atau lebih kumpulan kata dengan lawan maknanya secara tertib.

As-Saja’: Persamaan rima atau bunyi huruf akhir pada hujung ayat, memberikan kesan muzikal dan teratur.

At-Tauriyah: Teknik menyembunyikan maksud sebenar di sebalik perkataan yang mempunyai dua makna (dekat dan jauh).

At-Tasybih: Penyerupaan atau perbandingan antara dua perkara menggunakan alat penyerupaan tertentu.

At-Tibaqu: Seni pertentangan makna yang menghimpunkan dua kata yang berlawanan dalam satu ayat.

Ilmu Ma’ani: Ilmu tentang makna-makna kalimah yang halus, memfokuskan kepada struktur perkataan, jumlah, atau frasa.

Musyabbah: Perkara yang diserupakan dalam teknik At-Tasybih.

Musyabbah Bih: Perkara yang menjadi rujukan atau bandingan dalam teknik At-Tasybih.

Sambung kepada perbincangan Surah Fatihah

Kemaskini: 12 Mei 2026

Pengenalan Tafsir Balaghi (Iltifat)

I. Iltifat (الإلتفات)

Ini adalah salah satu teknik yang paling mencabar namun paling indah dalam Ilmu Balaghah (khususnya di bawah Ilmu Ma’ani). Ia sering digelar sebagai “Seni Peralihan Gaya Bahasa”. Ia memang sudah ada di dalam ilmu bahasa Arab dari zaman dahulu lagi di mana para penyair amat berbangga jikalau mereka dapat berjaya menghasilkan pemalingan yang indah-indah. Akan tetapi apabila datang Al-Qur’an, pemalingan yang digunakan amat halus dan jauh lebih hebat dan mengalahkan terus mereka.

Secara istilah, Iltifat bermaksud: Peralihan gaya bahasa daripada satu sudut pandang (dhomir/kata ganti nama) kepada sudut pandang yang lain, sedangkan rujukan orangnya adalah sama.

Dalam Ilmu Balaghah, ia merujuk kepada pemalingan tuju kata daripada satu kata ganti nama diri kepada satu kata ganti nama diri yang lain berdasarkan sesuatu tujuan tetapi masih merujuk kepada topik yang sama. Iltifat (pemalingan) ini berlaku dalam banyak jenis akan tetapi kita tumpukan kepada Iltifat dari segi bahasa iaitu khusus tentang pemalingan kata ganti nama sahaja.

Kata ganti nama pertama: Aku & kami

Kata ganti kedua: Engkau, kalian, awak dan sebagainya

Kata ganti ketiga: Mereka, dia dan sebagainya.

Kadangkala ayat itu sedang bercakap tentang diri sendiri tapi tiba-tiba bertukar bercakap tentang pihak ketiga pula contohnya. Pertukaran dan pemalingan inilah yang dipanggil Iltifat. Tujuannya adalah untuk menghilangkan kebosanan pendengar dan menarik perhatian mereka secara mengejut terhadap perubahan nada ayat tersebut.

Pemalingan juga ada digunakan di dalam bahasa kita. Contoh penggunaan iltifat di dalam suasana biasa kita bayangkan kata-kata seorang guru. Lihat bagaimana kata ganti nama bertukar-tukar:

“Sebagai seorang guru saya merasa amat kecewa dengan sikap kamu. Engkorang patut fikir sebelum buat sesuatu perkara. Jaga nama baik sekolah kita. Ada di antara pelajar kelas ni, dia menipu dalam ujian. (Sambil memandang seorang pelajar) Aiman!.. apa kau dah buat tadi? Mana aku nak letak muka sebagai guru kelas ni? (diam sejenak) Awak akan dikenakan tindakan. Dan yang lain (kamu), Ustaz harap jangan ada yang nak tiru budak ni (dia)”

Keterangan: Terdapat pelbagai bentuk perpindahan kata ganti nama diri di dalam ucapan seorang guru di dalam ayat di atas yang berubah daripada satu mood kepada mood yang lain. Jadi ada elemen perubahan emosi berlaku apabila menggunakan teknik Iltifat ini. Seninya adalah ada unsur suspens di dalam kata-kata itu yang kita tidak akan rasa kalau ayat itu linear sahaja.

Contoh di dalam Al-Qur’an adalah Kauthar:1-2

إِنَّآ أَعۡطَيۡنَـٰكَ ٱلۡكَوۡثَرَ (١) فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ (٢)
Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). (1) Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). (2)

Penjelasan: Perhatikan peralihan dari kalimah ‘Kami’ (إِنَّآ) di mana Allah bercakap tentang DiriNya dan tiba-tiba di dalam ayat 2, berubah kepada pihak ketiga pula لِرَبِّكَ (Tuhanmu). Sepatutnya kalau terus ikut susunan kata ganti itu, sepatutnya disebut: فَصَلِّ لنا (Sembahlah kepada Kami).

Pakar Balaghah mengibaratkan Iltifat seperti:

    • Peralihan Warna: Mata akan lebih segar jika melihat pelbagai warna berbanding satu warna sahaja. Begitu juga telinga dan minda dengan perubahan gaya bahasa. Tidaklah bosan kerana percakapan atau pembacaan yang monotonous sahaja.
    • Menghidupkan Suasana: Ia menjadikan sesuatu penceritaan terasa lebih dinamik, seolah-olah kamera bertukar sudut (angle) untuk menunjukkan sisi emosi yang berbeza.

Perhatian. Apabila membincangkan dan cuba memahami Iltifat, mungkin ada yang terkeliru dengan i‘tiradh (sisipan)  yang selalu digunakan di dalam Jumlah Mu’taridah. Iltifat bukan menyisipkan ucapan tambahan di tengah-tengah kalam, tetapi menukar bentuk kata ganti nama kepada kata ganti nama yang lain.

Mu’taridah ini ada juga di dalam bahasa kita. Contoh ayat yang biasa adalah: “makanan sini sedap lah”. Tapi kalau kita kata: “makanan di sini walaupun mahal sikit, sedaplah”. Jadi kalimah ‘walaupun mahal sikit’, itu adalah sisipan yang dinamakan i‘tiradh. Selalunya kalau di dalam tulisan, kita adalah tambah tanda sebegini: makanan di sini – walaupun mahal sikit-, sedaplah. Contoh jumlah mu’taridah adalah ayat Yusuf:103

وَمَآ أَڪثَرُ ٱلنَّاسِ وَلَو حَرَصتَ بِمُؤمِنِينَ
Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman — walaupun kamu sangat menginginkannya.

Frasa وَلَو حَرَصتَ adalah i’tiradh.


 

Ada 5 gaya iltifat di dalam Al-Qur’an:

1. Daripada ganti nama diri pertama kepada ganti nama diri kedua. Contohnya ayat Yaasin:22

وَما لِىَ لا أَعبُدُ الَّذى فَطَرَنى وَإِلَيهِ تُرجَعونَ
Mengapa aku tidak menyembah (Tuhan) yang telah menciptakanku dan yang hanya kepada-Nyalah kamu (semua) akan dikembalikan?

Keterangan: Perhatikan iltifat dari ‘aku’ kepada ‘kamu’. Kalau tidak di’iltifat’kan, kalimah yang sepatutnya adalah وإليهِ أُرجَعُ.

2. Daripada kata ganti nama diri pertama kepada ganti nama ketiga. Contohnya kita boleh lihat di dalam Baqarah:23

وَإِن كُنتُم في رَيبٍ مِّمّا نَزَّلنا عَلىٰ عَبدِنا فَأتوا بِسورَةٍ مِّن مِّثلِهِ وَادعوا شُهَدآءَكُم مِّن دونِ اللهِ إِن كُنتُم صٰدِقينَ
Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Qur’an) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Qur’an itu, dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.

Keterangan: Kalau tidak ada iltifat, maka kalimah yang sepatutnya adalah مِن دوني.

3. Daripada ganti nama diri kedua kepada ganti nama diri ketiga. Contohnya kita boleh lihat pada Baqarah:187

تِلكَ حُدودُ اللَّهِ فَلا تَقرَبوها ۗ كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ ءَايَـٰتِهِۦ لِلنّاسِ لَعَلَّهُم يَتَّقونَ
Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukum-Nya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.

Keterangan: Kalau tidak ada iltifat, maka kalimah itu sepatutnya لَعَلَّكم تَتَّقونَ.

4. Daripada ganti nama diri ketiga kepada kata ganti nama diri pertama. Contohnya kita boleh lihat dalam Baqarah:252

تِلكَ ءَايَـٰتُ اللَّهِ نَتلوها عَلَيكَ بِالحَقِّ ۚ وَإِنَّكَ لَمِنَ المُرسَلينَ
Itulah ayat-ayat keterangan Allah yang Kami bacakan ia kepadamu (wahai Muhammad) dengan benar; dan sesungguhnya engkau adalah salah seorang daripada Rasul-rasul (yang diutuskan oleh) Allah.

Keterangan: Kalau tidak ada iltifat, maka kalimah itu sepatutnya يَتلوها.

5. Daripada kata ganti nama diri ketiga kepada kata ganti nama diri kedua. Contohnya kita boleh lihat dalam Fatihah:4-5

مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥)
Pemilik hari Pembalasan. (4) Hanya kepada Engkau sahaja kami sembah dan hanya kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (5)

Keterangan: Kalau tidak ada iltifat, maka kalimah itu sepatutnya إِيَّاهُ نَعۡبُدُ وَإِيَّاهُ نَسۡتَعِينُ.


 

Tujuan dan Faedah Iltifat

Mengelakkan kebosanan daripada penggunaan kata ganti nama yang sama secara berterusan. Namun dalam al-Qur’an, tujuan-tujuan iltifat lebih mendalam. Contoh Tujuan Iltifat (daripada ghaib kepada khitab) dalam al-Qur’an:

1. Ancaman dan menakut-nakutkan. Contoh kita boleh lihat dalam Tawbah:3

وَأَذٰنٌ مِّنَ اللَّهِ وَرَسولِهِ إِلَى النّاسِ يَومَ الحَجِّ الأَكبَرِ أَنَّ اللَّهَ بَريءٌ مِّنَ المُشرِكينَ ۙ وَرَسولُهُ ۚ فَإِن تُبتُم فَهُوَ خَيرٌ لَّكُم ۖ وَإِن تَوَلَّيتُم فَاعلَموا أَنَّكُم غَيرُ مُعجِزِي اللَّهِ ۗ وَبَشِّرِ الَّذينَ كَفَروا بِعَذابٍ أَليمٍ
Dan inilah perisytiharan dari Allah dan Rasul-Nya kepada umat manusia, pada Hari Raya Haji yang terbesar, bahawa sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya memutuskan tanggungjawab terhadap orang-orang musyrik oleh itu jika kamu (wahai kaum musyrik) bertaubat maka yang demikian adalah baik bagi kamu dan jika kamu berpaling, maka ketahuilah sesungguhnya kamu tidak akan dapat melepaskan diri dari (azab seksa) Allah. Dan khabarkanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir (bahawa mereka akan ditimpakan) dengan azab yang tidak terperi sakitnya.

Keterangan: Perhatikan iltifat dari pihak ketiga (النّاسِ) kepada pihak kedua (تُبتُم) dan (لَّكُم). Kalau kita teruskan gaya bahasa yang ikut kalimah النّاسِ di awal ayat, maka bukanlah فَإِن تُبتُم فَهُوَ خَيرٌ لَّكُم tapi فَإِن تابوا فَهُوَ خَيرٌ لَّهم.  Jadi digunakan iltifat ini kerana pada permulaan, digunakan kata ganti pihak ketiga, tapi apabila digunakan iltifat terus bercakap kepada pendengar (تُبتُم dan لَّكُم), ia menambah kesan ayat itu yang menjadi ancaman. Macam contoh kata-kata guru yang mulanya hanya menyebut kesalahan pihak ketiga, sebelum tiba-tiba menyebut nama pelaku (Aiman).

Namun ada juga yang memahami iltifat ini sebagai dorongan kepada taubat. Iaitu Allah terus bercakap direct kepada mereka berdua untuk mengajak mereka bertaubat. Biasalah akan ada perbezaan pendapat berkenaan balaghah kerana orang lain nampak cara lain.

Adapun iltifat kedua iaitu dari تَوَلَّيتُم dan أَنَّكُم kepada كَفَروا, ia lebih sesuai sebagai ancaman atau teguran. Dalam ilmu Balaghah, perpindahan daripada berbicara terus (تَوَلَّيتُم dan أَنَّكُم) kepada berbicara tentang mereka sebagai pihak ketiga (الَّذينَ كَفَروا) membawa implikasi ancaman yang sangat berat melalui beberapa sudut. Apabila Allah berbicara menggunakan perkataan “Kamu” di awal ayat, ia menunjukkan bahawa mereka masih “dilayan” untuk berbicara. Namun, sebaik sahaja Allah menukar gaya bahasa kepada “Khabarkan kepada orang-orang kafir itu”, Allah seolah-olah sedang berpaling daripada mereka kerana teramat murka.

Ibarat seorang raja yang sedang memarahi pembangkang di depannya: “Jika kamu berdegil, kamu tidak akan menang!” Lalu tiba-tiba raja itu memalingkan mukanya kepada pengawal dan berkata: “Humban orang-orang derhaka ini ke dalam penjara!” Tindakan “memalingkan muka” (Iltifat) ini adalah penghinaan dan ancaman bahawa peluang mereka untuk berdialog atau bertaubat telah ditutup sekiranya mereka berpaling.

Yang keduanya, di awal ayat, Allah menyebut “Jika kamu berpaling”. Allah tidak terus melabel mereka sebagai kafir. Tetapi di hujung ayat, Allah menggunakan Iltifat dengan menukar perkataan “kamu” kepada الَّذِينَ كَفَرُوا (orang-orang yang kafir). Ini adalah ancaman bahawa jika mereka berpaling daripada perjanjian, status mereka di sisi Allah secara rasmi dan kekal berubah menjadi “Kafir yang berhak menerima azab”.

 

2. Teguran dan kecaman. Contoh kita boleh lihat di dalam Nahl:56

وَيَجعَلونَ لِما لا يَعلَمونَ نَصيبًا مِّمّا رَزَقنٰهُم ۗ تَاللهِ لَتُسئَلُنَّ عَمّا كُنتُم تَفتَرونَ
Dan mereka menjadikan bagi sesuatu yang mereka tidak mengetahui, sebahagian daripada rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka. Demi Allah, kamu pasti akan ditanya tentang apa yang kamu ada-adakan.

Keterangan: menghadapkan secara langsung teguran dan kecaman. Mulanya bercakap tentang pihak ketiga dan tiba-tiba bertukar kepada bercakap terus.

Contoh lain kita boleh lihat dalam Yusuf:109

وَلَدَارُ ٱلأَخِرَةِ خَيرٌ لِّلَّذِينَ ٱتَّقَواْ‌ۗ أَفَلَا تَعقِلُونَ
“Dan negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka apakah kamu tidak berakal?”

Keterangan: teguran lebih kuat kesannya bila ditujukan secara langsung.

Contoh lain adalah di dalam Maryam:88-89

وَقَالُواْ ٱتَّخَذَ ٱلرَّحۡمَـٰنُ وَلَدًا (٨٨) لَّقَدۡ جِئۡتُمۡ شَيۡـًٔا إِدًّا (٨٩)
“Dan mereka berkata: Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil anak. ’Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu yang sangat mungkar. ”

Keterangan: Teguran secara khitab lebih keras. Maknanya Allah bukan bercakap tentang orang lain, tapi tentang mereka sendiri! Jadi jangan buat tidak tahu pula! Apa yang dilakukan pasti akan dibalas kerana Allah tahu apa yang mereka lakukan.

 

3. Menekankan permintaan. Contoh Ahzab:55

لّا جُناحَ عَلَيهِنَّ في ءآبائِهِنَّ وَلا أَبنائِهِنَّ وَلا إِخوٰنِهِنَّ وَلا أَبناءِ إِخوٰنِهِنَّ وَلا أَبناءِ أَخَوٰتِهِنَّ وَلا نِسائِهِنَّ وَلا ما مَلَكَت أَيمٰنُهُنَّ ۗ وَاتَّقينَ اللهَ ۚ إِنَّ اللهَ كانَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ شَهيدًا
“Tidak ada dosa atas mereka (wanita) berkenaan bapa-bapa mereka, anak-anak lelaki mereka, saudara-saudara lelaki mereka, anak-anak lelaki saudara mereka, anak-anak lelaki saudara perempuan mereka, wanita-wanita mereka, dan hamba-hamba yang dimiliki mereka. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu

Keterangan: Kalau sebelum ini Iltifat digunakan untuk mengancam, kali ini ia memberi penekanan yang lebih kuat dalam menuntut ketaqwaan. Mulanya Allah sedang berbicara tentang batasan mahram bagi kaum wanita secara objektif (gaya naratif/hukum). Peralihan drastik daripada gaya menceritakan hukum tentang “mereka” kepada memberikan arahan terus kepada “kamu” membawa implikasi balaghah yang sangat kuat untuk menekankan tuntutan (permintaan) Allah. Allah mengetuk hati para wanita secara langsung. Allah seolah-olah berkata: “Itu adalah hukumnya, sekarang Aku perintahkan kepada kamu yang sedang mendengar ayat ini: Jagalah hati dan bertakwalah!”

 

4. Meringankan beban perintah. Contoh Baqarah:184

أَيّامًا مَّعدودٰتٍ ۚ فَمَن كانَ مِنكُم مَّريضًا أَو عَلىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّن أَيّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى الَّذينَ يُطيقونَهُ فِديَةٌ طَعامُ مِسكينٍ ۖ فَمَن تَطَوَّعَ خَيرًا فَهُوَ خَيرٌ لَّهُ ۚ وَأَن تَصوموا خَيرٌ لَّكُم ۖ إِن كُنتُم تَعلَمونَ
“Beberapa hari yang tertentu. Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam perjalanan, maka (wajiblah menggantinya) dengan bilangan hari yang lain. Dan bagi orang- orang yang mampu berpuasa tetapi dengan kesukaran, wajiblah membayar fidyah memberi makan seorang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela melakukan kebajikan, itu adalah lebih baik baginya. Dan berpuasa itu lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

Keterangan: pengurangan beban puasa dengan gaya bahasa yang khitab/langsung. Bagaimana ia boleh jadi meringankan beban? Kita kena faham bahawa puasa ini sebenarnya agak berat, bukan? Kalau kita perhatikan ayat ini, ia seperti ayat yang memujuk. Ia tidak sama seperti ayat tentang hukum Zakat, contohnya, terus suruh sahaja. Tapi apabila menyebut tentang hukum puasa, disebut tentang kelebihan Bulan Ramadhan, tentang ia telah dikenakan kepada umat-umat terdahulu, yang ianya hanya sebulan sahaja, ada disebut kenapa ia difardhukan supaya menjadi taqwa. Ia adalah dalam bentuk memujuk. Dan kemudian diberikan terus rukhsah iaitu kalau sakit atau di dalam safar, boleh diganti pada hari yang lain. Dan di dalam ayat ini pada awalnya disebut tentang orang yang tidak mampu berpuasa (الَّذينَ يُطيقونَهُ) boleh membayar fidyah. Kemudian ada iltifat bercakap terus (khitab) dengan nada memujuk وَأَن تَصوموا خَيرٌ لَّكُم ۖ إِن كُنتُم تَعلَمونَ. Walaupun ia berat, tapi ia baik untuk kamu, hanya 30 hari sahaja paling lama pun. Puasalah dahulu dan kalau sakit atau mengembara, tidak mengapa boleh berbuka.

 

5. ‘Itab عتاب (teguran lembut kerana sayang). Contoh Tahreem:3-4

وَإِذۡ أَسَرَّ ٱلنَّبِىُّ إِلَىٰ بَعۡضِ أَزۡوٰجِهِۦ حَدِيثًا فَلَمَّا نَبَّأَتۡ بِهِۦ وَأَظۡهَرَهُ ٱللَّهُ عَلَيۡهِ عَرَّفَ بَعۡضَهُ ۥ وَأَعۡرَضَ عَنۢ بَعۡضٍ۬‌ۖ فَلَمَّا نَبَّأَهَا بِهِۦ قَالَتۡ مَنۡ أَنۢبَأَكَ هَـٰذَا‌ۖ قَالَ نَبَّأَنِىَ ٱلۡعَلِيمُ ٱلۡخَبِيرُ (٣) إِن تَتُوبَآ إِلَى ٱللَّهِ فَقَدۡ صَغَتۡ قُلُوبُكُمَا‌ۖ وَإِن تَظَـٰهَرَا عَلَيۡهِ فَإِنَّ ٱللَّهَ هُوَ مَوۡلَٮٰهُ وَجِبۡرِيلُ وَصَـٰلِحُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ‌ۖ وَٱلۡمَلَـٰٓٮِٕڪَةُ بَعۡدَ ذٰلِكَ ظَهِيرٌ (٤)
“Dan (ingatlah) ketika Nabi membisikkan suatu rahsia kepada sebahagian isterinya; maka tatkala dia (isteri itu) memberitahukannya dan Allah memperlihatkannya kepada Nabi, lalu Nabi memberitahu sebahagian daripadanya dan menyembunyikan sebahagian yang lain. Maka tatkala Nabi memberitahunya, dia berkata: Siapakah yang memberitahu engkau tentang ini? Nabi menjawab: Telah memberitahu aku Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengetahui segala rahsia.’ Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah, maka sesungguhnya hati kamu berdua telah cenderung (kepada kesalahan itu). Dan jika kamu berdua saling bantu-membantu menentangnya, maka sesungguhnya Allah adalah Pelindungnya, dan (demikian juga) Jibril, orang-orang mukmin yang soleh, serta malaikat selepas itu menjadi penolongnya.

Keterangan: maksud teguran (‘itab). Perhatikan iltifat pada permulaan disebut أَزۡوٰجِهِۦ sebagai pihak ketiga. Ia adalah teguran yang ditujukan kepada dua isteri Nabi SAW (Sayyidatina Aisyah dan Sayyidatina Hafsah radhiyallahu ‘anhuma) berikutan peristiwa rahsia rumah tangga yang telah dibocorkan. Apabila rahsia itu bocor, Nabi SAW tidak membongkar kesemuanya di depan isterinya untuk membuatkan isteri beliau berasa teramat malu atau tersudut. Baginda hanya menyebut sebahagian sahaja sebagai kiasan bahawa baginda sudah tahu.

Di awal ayat, Allah tidak menyebut nama Aisyah atau Hafsah secara langsung. Allah menggunakan ganti nama umum: إِلَىٰ بَعْضِ أَزْوَاجِهِ (kepada sebahagian isteri-isterinya). Teknik ini dalam balaghah berfungsi untuk menyembunyikan identiti pelaku kesalahan di hadapan khalayak umum (umat yang membaca Al-Qur’an). Allah menegur kesilapan mereka, tetapi pada masa yang sama tetap memelihara kehormatan mereka sebagai Umahatul Mukminin (Ibu orang-orang beriman).

Kemudian berlaku iltifat di dalam ayat إِن تَتُوبَآ إِلَى ٱللَّهِ فَقَدۡ صَغَتۡ قُلُوبُكُمَا‌ۖ. Allah bercakap terus kepada mereka berdua. Di sinilah berlakunya Iltifat yang sangat bertenaga, di mana gaya bahasa bertukar daripada menceritakan tentang mereka sebagai pihak ketiga (Ghaib) kepada menuding terus kepada mereka secara berhadapan (Khitab). Perubahan mengejut ini memberikan kesan psikologi yang kuat (targhib/motivasi). Ia seolah-olah Allah sedang memegang tangan mereka berdua secara peribadi, memandang tepat ke dalam mata mereka, dan memberikan bimbingan langsung agar mereka segera kembali ke jalan yang benar. Ini adalah kemuncak ‘itab. Allah menegur kesilapan hati mereka, tetapi pada masa yang sama, Allah meletakkan diri mereka berdua di kedudukan yang sangat dekat (melalui dialog terus) untuk menunjukkan bahawa peluang untuk memperbaiki diri sentiasa ada dan sangat dituntut.

Perkataan إِنْ (Jika) di awal ayat berfungsi sebagai syarat. Allah tidak berkata “Kamu telah berdosa, maka kamu dihukum”, tetapi Allah menggunakan Iltifat untuk menawarkan jalan keluar: “Jika kamu berdua bertaubat…” Ini adalah kemuncak ‘itab. Allah menegur kesilapan hati mereka, tetapi pada masa yang sama, Allah meletakkan diri mereka berdua di kedudukan yang sangat dekat (melalui dialog terus) untuk menunjukkan bahawa peluang untuk memperbaiki diri sentiasa ada dan sangat dituntut.

Contoh lain: Abasa:1-3

عَبَسَ وَتَوَلَّىٰٓ (١) أَن جَآءَهُ ٱلۡأَعۡمَىٰ (٢) وَمَا يُدۡرِيكَ لَعَلَّهُ ۥ يَزَّكَّىٰٓ (٣)
“Dia (Nabi) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang kepadanya seorang buta. Dan tahukah engkau, barangkali dia mahu membersihkan dirinya (dengan beriman dan beramal”

Keterangan: Ini adalah salah satu contoh ‘Itab (teguran lembut kerana sayang) yang paling agung dan halus dalam Al-Qur’an. Teguran ini ditujukan kepada Rasulullah SAW susulan peristiwa baginda berpaling daripada seorang sahabat yang buta, iaitu Abdullah bin Ummi Maktum, kerana baginda sedang sibuk berdakwah kepada pembesar-pembesar Quraisy. Keindahan sastera dan psikologi di sebalik kenapa ayat-ayat ini dikategorikan sebagai ‘itab (dan bukannya kemurkaan) terletak sepenuhnya pada penggunaan teknik Iltifat (إِلْتِفَات) yang sangat luar biasa.

Bagaimana Iltifat ini berlaku? Perhatikan ayat 1 dan 2: {عَبَسَ وَتَوَلَّىٰ * أَن جَاءَهُ الْأَعْمَىٰ} “Dia berwajah masam dan dia berpaling, kerana telah datang kepadanya seorang yang buta.” Allah tidak berfirman secara terus (Khithab) seperti: “Engkau berwajah masam dan engkau berpaling (wahai Muhammad)!” Sebaliknya, Allah menggunakan kata ganti nama orang ketiga (Dia). Dalam seni bahasa Arab, apabila kita menegur kesilapan orang yang kita teramat sayangi dan hormati, kita tidak akan menuding jari secara terus ke wajahnya di hadapan orang lain. Kita akan bercerita menggunakan pihak ketiga (kiasan) untuk menjaga air muka dan maruah orang tersebut. Allah seolah-olah menyembunyikan identiti Rasulullah SAW pada awal ayat agar baginda tidak berasa tersudut atau terhina dengan kesilapan manusiawi tersebut.

Sekarang perhatikan ayat 3: {وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّهُ يَزَّكَّىٰ} “Dan tahukah engkau (wahai Muhammad), barangkali dia mahu menyucikan dirinya (dengan pengajaran)?” Di sinilah berlakunya Iltifat. Selepas Allah melembutkan suasana dengan gaya “dia” di ayat 1–2, tiba-tiba di ayat 3, Allah menukar gaya bahasa secara lembut kepada Khithab / Dialog Terus (Engkau – ك). Perpindahan ini berfungsi untuk menarik semula perhatian Rasulullah SAW ke dalam ruang dialog peribadi bersama Allah. Selepas maruah baginda dipelihara di fasa pertama, Allah kini berbicara secara ’empat mata’ dengan baginda untuk memberikan bimbingan, seolah-olah menyatakan: “Wahai kekasih-Ku, tujuanmu berdakwah kepada pembesar itu baik, tetapi ketahuilah, orang buta yang datang kepadamu ini sebenarnya lebih memerlukan ilmu tersebut.”

 

6. Menguatkan hujah. Contoh: ِA’raf:190-193

فَلَمَّآ ءَاتَٮٰهُمَا صَـٰلِحًا جَعَلَا لَهُ ۥ شُرَكَآءَ فِيمَآ ءَاتَٮٰهُمَا‌ۚ فَتَعَـٰلَى ٱللَّهُ عَمَّا يُشۡرِكُونَ (١٩٠) أَيُشۡرِكُونَ مَا لَا يَخۡلُقُ شَيۡـًٔا وَهُمۡ يُخۡلَقُونَ (١٩١) وَلَا يَسۡتَطِيعُونَ لَهُمۡ نَصۡرًا وَلَآ أَنفُسَہُمۡ يَنصُرُونَ (١٩٢) وَإِن تَدۡعُوهُمۡ إِلَى ٱلۡهُدَىٰ لَا يَتَّبِعُوڪُمۡ‌ۚ سَوَآءٌ عَلَيۡكُمۡ أَدَعَوۡتُمُوهُمۡ أَمۡ أَنتُمۡ صَـٰمِتُونَ (١٩٣)
Maka tatkala Allah mengurniakan kepada keduanya seorang anak yang baik, mereka menjadikan bagi-Nya sekutu-sekutu terhadap apa yang telah dikurniakan kepada mereka. Maha Tinggi Allah daripada apa yang mereka sekutukan. Apakah mereka menyekutukan sesuatu yang tidak dapat mencipta apa-apa, sedangkan mereka sendiri diciptakan? Dan mereka tidak mampu menolong mereka, bahkan tidak mampu menolong diri mereka sendiri. Dan jika kamu menyeru mereka kepada petunjuk, mereka tidak akan mengikuti kamu; sama sahaja bagi kamu, sama ada kamu menyeru mereka atau kamu berdiam diri.

Keterangan: Di sini digunakan Iltifat untuk menguatkan dan menegakkan hujah. Di dalam Ayat 189–190, Allah menggunakan (Kata Ganti Dua Orang & Orang Ketiga). Di dalam dua ayat ini, menceritakan tentang penciptaan asal-usul manusia (pasangan Adam dan Hawa, atau metafora suami isteri secara umum). Allah menggunakan kata ganti dua orang (مَا): “Tatkala Allah memberi kepada keduanya anak yang soleh, keduanya menjadikan sekutu bagi Allah…” Kemudian, di akhir ayat 190, berlaku peralihan subjek ke bentuk jamak orang ketiga (يُشۡرِكُونَ).

Kemudian di dalam Ayat 191–193 berlaku Iltifat ke Kata Ganti Orang Kedua / Khitab). Tiba-tiba, rentak bahasa berubah dalam bentuk dialog atau tempelakan terus kepada orang kedua (أَيُشۡرِكُونَ): “Patutkah kamu sekutukan Allah…” (Ayat 191). Ini pun sudah memberi psikologi yang berbeza.

Kemudian di dalam Ayat 193, Allah berhujah: “Dan jika kamu menyeru mereka (berhala)… sama sahaja bagi kamu, sama ada kamu menyeru mereka atau kamu berdiam diri.” Di sini berlaku penegakan hujah. Seperti Allah bertanya, “Adakah kamu menyekutukan Aku dengan berhala yang tidak boleh mencipta apa-apa?”, hujah itu mengunci akal mereka. Mereka tidak boleh berdalih kerana soalan itu ditujukan terus ke muka mereka, memaksa mereka melihat kebodohan sembahan mereka yang kaku.

 

7. Peringatan dan untuk menakutkan. Contoh: Mu’minun:14-15

ثُمَّ أَنشَأۡنَـٰهُ خَلۡقًا ءَاخَرَ‌ۚ فَتَبَارَكَ ٱللَّهُ أَحۡسَنُ ٱلۡخَـٰلِقِينَ (١٤) ثُمَّ إِنَّكُم بَعۡدَ ذٰلِكَ لَمَيِّتُونَ (١٥)
“Kemudian Kami menjadikannya sebagai satu ciptaan yang lain, maka Maha Suci Allah, sebaik-baik Pencipta. Kemudian sesungguhnya kamu selepas itu pasti akan mati”.

Keterangan: ancaman dan peringatan lebih sesuai disampaikan dengan bentuk khitab. Iltifat yang berlaku di antara Ayat 14 dan permulaan Ayat 15 adalah peralihan daripada “Ghaibah” (Kata Ganti Nama Ketiga / Orang Ketiga) kepada “Khitab” (Kata Ganti Nama Kedua / Berbicara Terus).

Dalam Ayat 14 (Ghaibah – Orang Ketiga), semasa menceritakan tentang fasa penciptaan manusia (daripada pati tanah, air mani, segumpal darah, sehinggalah ditiupkan roh), Allah menyebut: “أَنشَأۡنَـٰهُ” (Kami menjadikannya). Di sini mereka disebut sebagai orang ketiga.

Dalam Ayat 15 (Khitab – Orang Kedua/Berbicara Terus), gaya bahasa bertukar secara drastik: “ثُمَّ إِنَّكُمْ” (Kemudian, sesungguhnya kamu (semua)…). Allah tidak lagi menggunakan kata ganti ketiga (seperti “Kemudian sesungguhnya manusia itu akan mati”), sebaliknya Allah terus menuding dan berbicara secara langsung kepada kita (manusia/pendengar) menggunakan ganti nama “كُمْ” (Kamu semua).

 

8. Penghormatan. Contoh: Nur:62

إِنَّمَا المُؤمِنونَ الَّذينَ ءآمَنوا بِاللهِ وَرَسولِهِ وَإِذا كانوا مَعَهُ عَلىٰ أَمرٍ جامِعٍ لَّم يَذهَبوا حَتّىٰ يَستَئذِنوهُ ۚ إِنَّ الَّذينَ يَستَأذِنونَكَ أُولٰئِكَ الَّذينَ يُؤمِنونَ بِاللهِ وَرَسولِهِ ۚ فَإِذَا استَأذَنوكَ لِبَعضِ شَأنِهِم فَأذَن لِّمَن شِئتَ مِنهُم وَاستَغفِر لَهُمُ اللهَ ۚ إِنَّ اللهَ غَفورٌ رَّحيمٌ
“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu hanyalah mereka yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan apabila mereka bersama Rasul pada suatu urusan yang penting, mereka tidak meninggalkannya sehingga meminta izin daripadanya. Sesungguhnya orang-orang yang meminta izin kepadamu, mereka itulah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul- Nya. Maka apabila mereka meminta izin kepadamu kerana suatu urusan mereka, berilah izin kepada sesiapa yang engkau kehendaki di antara mereka, dan mohonlah ampun untuk mereka kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.

Keterangan: Penggunaan gaya bahasa Iltifat dalam Surah An-Nur ayat 62 merupakan salah satu keindahan balaghah (sastera Arab) Al-Quran yang berfungsi sebagai penghormatan, pemuliaan, dan pengagungan (Tasyarif & Takrim) ke atas kedudukan Rasulullah ﷺ. Pada permulaan ayat, Allah menceritakan tentang sifat orang beriman dan menyebut tentang Rasulullah menggunakan kata ganti nama orang ketiga (Ghaib), iaitu perkataan مَعَهُ (bersamanya/bersama Baginda) dan يَسْتَأْذِنُوهُ (meminta izin kepadanya/kepada Baginda).

Kemudian berlaku berlaku Iltifat apabila Allah mengubah rentak bahasa secara mengejut daripada membicarakan Rasulullah sebagai pihak ketiga (Ghaib), kepada berbicara secara langsung (bersemuka/Khitab) kepada Rasulullah ﷺ melalui perkataan يَسْتَأْذِنُونَكَ (meminta izin kepadamu) dan اسْتَأْذَنُوكَ (mereka meminta izin kepadamu).

Para ulama tafsir dan ahli balaghah menjelaskan bahawa peralihan sudut pandangan bahasa ini mengandungi beberapa rahsia takrim (penghormatan) yang sangat tinggi. Apabila Allah beralih daripada gaya menceritakan perihal Rasulullah (orang ketiga) kepada menyapa Baginda secara langsung (orang kedua), ia memberikan gambaran seolah-olah Allah SWT “menoleh” dan mendekati Rasulullah ﷺ di hadapan para khalayak makhluk-Nya. Ini mengangkat kedudukan Baginda ﷺ ke maqam yang sangat dekat dan mulia di sisi Allah.

Pada bahagian awal ayat, Allah meletakkan satu undang-undang umum: Orang beriman tidak akan lari daripada majlis rasmi melainkan setelah meminta izin kepada Nabi (kepadanya). Apabila ayat itu bertukar kepada “Sesungguhnya mereka yang meminta izin kepadamu (wahai Muhammad)…”, Allah mengukuhkan lagi autoriti tersebut secara khusus dan peribadi. Ia adalah pengiktirafan langsung daripada Allah bahawa tindakan meminta izin kepada Muhammad ﷺ secara bersemuka itu adalah bukti kesempurnaan iman seseorang.

Selepas melakukan iltifat dengan berbicara terus kepada Nabi (“apabila mereka meminta izin kepadamu”), Allah menyambung dengan: فَأْذَنْ لِمَنْ شِئْتَ مِنْهُمْ (…maka berilah izin kepada sesiapa yang ENGKAU kehendaki di antara mereka). Sapaan secara langsung ini memberikan penghormatan berupa mandat dan kelonggaran penuh kepada Rasulullah ﷺ untuk menilai dan menentukan sendiri keputusan terbaik mengikut kebijaksanaan Baginda, sekali gus memuliakan kedudukan Baginda sebagai ketua negara dan pemimpin umat.

 

Contoh lain: Tawbah:111

۞ إِنَّ اللَّهَ اشتَرىٰ مِنَ المُؤمِنينَ أَنفُسَهُم وَأَموٰلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ ۚ يُقٰتِلونَ في سَبيلِ اللَّهِ فَيَقتُلونَ وَيُقتَلونَ ۖ وَعدًا عَلَيهِ حَقًّا فِي التَّورىٰةِ وَالإِنجيلِ وَالقُرءآنِ ۚ وَمَن أَوفىٰ بِعَهدِهِ مِنَ اللَّهِ ۚ فَاستَبشِروا بِبَيعِكُمُ الَّذي بايَعتُم بِهِ ۚ وَذٰلِكَ هُوَ الفَوزُ العَظيمُ
“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan balasan syurga. Mereka berperang di jalan Allah, lalu mereka membunuh dan terbunuh. (Itu)janji yang benar daripada-Nya dalam Taurat, Injil dan al-Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janji selain Allah? Maka bergembiralah kamu dengan jual beli yang kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar”.

Keterangan: Penggunaan gaya bahasa Iltifat dalam ayat ini merupakan antara contoh yang paling indah di dalam Al-Qur’an. Melalui ayat ini, Iltifat berfungsi sebagai bentuk penghormatan, ucapan tahniah, dan pemuliaan yang luar biasa tinggi daripada Allah kepada orang-orang mukmin yang sanggup mengorbankan jiwa dan harta mereka (para mujahid).

Fasa Pertama (Menggunakan Orang Ketiga): إِنَّ اللَّهَ اشتَرىٰ مِنَ المُؤمِنينَ أَنفُسَهُم وَأَموٰلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ (“Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin diri mereka dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka). Perhatikan pada permulaan ayat ini, Allah menggunakan kata ganti nama orang ketiga. Allah membicarakan tentang sebuah “transaksi perniagaan agung” antara-Nya dengan orang-orang mukmin (mereka/لهُمُ), seolah-olah sebuah pengumuman rasmi kepada seluruh makhluk.

Fasa Kedua (Beralih kepada Orang Kedua / Menyapa Terus): فَاسْتَبْشِرُوْا بِبَيْعِكُمُ الَّذِيْ بَايَعْتُمْ بِهٖۗ (Oleh itu, bergembiralah kamu dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu). Tiba-tiba di hujung ayat, gaya bahasa berubah secara drastik (Iltifat). Allah tidak lagi bercakap tentang mereka (orang ketiga), sebaliknya Allah memalingkan wajah sapaan-Nya dan berbicara terus kepada mereka menggunakan kata ganti nama orang kedua (فَاسْتَبْشِرُوْا / بَايَعْتُمْ).

Para ulama balaghah (seperti Imam Az-Zamakhsyari dan Ar-Razi) menjelaskan bahawa pertukaran gaya bahasa di hujung ayat ini membawa impak penghormatan yang sangat mendalam

Ia seperti Sapaan Istimewa dan Ucapan Tahniah Secara Langsung dari Allah. Apabila sebuah urusan jual beli yang besar selesai, adalah satu penghormatan apabila “Pembeli” berpaling terus kepada “Penjual” untuk bersalaman dan mengucapkan tahniah. Dalam ayat ini, Allah bertindak sebagai Pembeli dan orang mukmin sebagai Penjual. Setelah mengumumkan nilai transaksi itu (iaitu syurga), Allah melipatgandakan penghormatan dengan menyapa orang mukmin secara bersemuka: “Sebab itu, wahai orang-orang yang beriman, bergembiralah KAMU dengan transaksi yang telah KAMU lakukan ini!” Ini ialah ucapan tahniah (tahniah mubasharah) langsung daripada Pencipta yang menaikkan status kedudukan hamba-Nya.

Ia juga Menzahirkan “Keredaan” Allah yang Sempurna. Dalam budaya sastera Arab, apabila seseorang berbicara tentang orang lain (orang ketiga) lalu menukar bicaranya secara terus kepada orang tersebut (orang kedua), ia melambangkan rasa cinta, kedekatan, dan keredaan yang amat sangat. Seolah-olah Allah SWT mahu para hamba-Nya merasakan bahawa Dia sedang “melihat dan berbicara” terus kepada mereka dengan penuh kasih sayang atas pengorbanan yang mereka lakukan.

Ia juga berfungsi sebagai Menggandakan Emosi Kegembiraan (Al-Bisyarah). Perkataan فَاسْتَبْشِرُوْا (Maka bergembiralah kamu) yang disampaikan melalui kaedah khitab (sapaan terus) memberi kesan psikologi yang jauh lebih kuat berbanding jika Allah berfirman: “Maka hendaklah orang-orang mukmin itu bergembira”. Sapaan “Kamu” membuatkan setiap orang beriman yang membaca ayat ini merasa dirinya dipanggil dan diraikan secara peribadi oleh Allah SWT atas keimanan mereka.

 

Contoh lain: Sad:52-53

وَعِندَهُمۡ قَـٰصِرٰتُ ٱلطَّرۡفِ أَتۡرَابٌ (٥٢) هَـٰذَا مَا تُوعَدُونَ لِيَوۡمِ ٱلۡحِسَابِ (٥٣)
“Dan di sisi mereka ada bidadari yang menundukkan pandangan, sebaya umurnya. *Inilah yang dijanjikan kepada kamu untuk hari hisab”.

Keterangan: Penggunaan gaya bahasa Iltifat dalam Surah Sad ayat 52 dan 53 juga merupakan bentuk penghormatan, pemuliaan, dan pemberian ucapan tahniah (Takrim & Tahniah) yang sangat manis daripada Allah SWT kepada orang-orang yang bertakwa. Sama seperti dalam Surah At-Taubah:111, bentuk iltifat di sini ialah peralihan daripada gaya bahasa Ghaibah (Orang Ketiga) kepada Khitab (Orang Kedua/Menyapa Terus).

Dalam Ayat 52 (Ghaibah – Orang Ketiga): وَعِندَهُمۡ قَـٰصِرٰتُ ٱلطَّرۡفِ أَتۡرَابٌ (Dan pada sisi mereka (ada bidadari-bidadari) yang menundukkan pandangannya lagi sebaya umurnya). Di sini Allah sedang menceritakan tentang kenikmatan yang diperolehi oleh ahli syurga (orang bertakwa) menggunakan kata ganti nama orang ketiga, iaitu عِنْدَهُمْ (pada sisi mereka). Allah memposisikan mereka sebagai subjek yang sedang diceritakan kelebihannya kepada pendengar.

Dalam Ayat 53 (Khitab – Orang Kedua / Menyapa Terus): هَٰذَا مَا تُوعَدُونَ لِيَوْمِ الْحِسَابِ (Inilah apa yang dijanjikan kepada kamu pada hari perhitungan). Tiba-tiba, gaya bahasa beralih secara total (Iltifat) melalui perkataan تُوعَدُونَ (yang dijanjikan kepada kamu semua). Allah tidak lagi menyebut “Inilah yang dijanjikan kepada mereka”, tetapi Allah terus menoleh dan menyapa terus ahli syurga itu.

Bagaimana ini menjadi satu penghormatan? Bayangkan anda dijemput ke sebuah majlis anugerah yang mewah. Pada mulanya, pengacara majlis bercakap di atas pentas menceritakan tentang kejayaan dan hadiah-hadiah hebat yang bakal diterima oleh pemenang (orang ketiga). Tiba-tiba, pengacara itu menoleh terus memandang wajah anda dan berkata: “Nah, inilah hadiah yang dijanjikan khas untuk KAMU!”. Sapaan terus (khitab) ini memberikan rasa dihargai dan dihormati yang tiada galang gantinya.

Apabila Allah menukar bahasa kepada “Kamu”, ia memberikan gambaran seolah-olah hijab atau jarak antara Allah dan hamba-Nya yang bertakwa itu diangkat. Ahli syurga merasakan seolah-olah Allah SWT sedang berbicara secara intim dan langsung dengan mereka, menunjukkan betapa diredhainya kedudukan mereka di sisi-Nya.

 

9. Anugerah dan nikmat. Contoh: Sajdah:9

ثُمَّ سَوّٰهُ وَنَفَخَ فيهِ مِن رّوحِهِ ۖ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمعَ وَالأَبصٰرَ وَالأَفئِدَةَ ۚ قَليلًا مّا تَشكُرونَ
Kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan ke dalamnya daripada roh-Nya, serta Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; sedikit sekali kamu bersyukur.

Keterangan: Peralihan daripada gaya penceritaan objektif (orang ketiga) kepada seruan langsung (orang kedua) di dalam ayat ini membawa implikasi mendalam tentang bagaimana Allah memuliakan nikmat-Nya. Apabila Allah mengubah dhomir kepada “Kamu” وَجَعَلَ لَكُمُ (dan Dia menjadikan untuk kamu), ia memberikan kesan psikologi yang kuat. Allah seolah-olah sedang berbicara secara intim dengan setiap individu manusia. Ini menunjukkan bahawa pendengaran, penglihatan, dan hati bukan sekadar alat biologi yang dicipta secara pukal, tetapi merupakan hadiah eksklusif dan peribadi daripada Pencipta kepada hamba-Nya.

Proses pembentukan fizikal (tanah, air mani) diceritakan menggunakan dhomir ghaib (“-nya”). Namun, apabila tiba saat penyerahan “alat” utama untuk berfikir dan merasai (pendengaran, penglihatan, hati), Allah terus menukar dhomir kepada “kamu”. Ini menandakan bahawa pemberian nikmat-nikmat khusus ini mengangkat darjat manusia daripada sekadar seketul daging dan tulang, kepada makhluk yang mulia dan bertanggungjawab (mukallaf).

Iltifat di sini berfungsi sebagai “kejutan” retorik untuk mengejutkan jiwa manusia. Selepas menceritakan kehebatan penciptaan, Allah berpaling terus kepada kita untuk mengingatkan: “Semua anugerah hebat ini adalah untuk kamu, maka mengapa kamu tidak bersyukur?” Sebab itulah ayat ini ditutup dengan kalimat: قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ (Amat sedikitlah kamu bersyukur). Perubahan kepada dhomir “kamu” membuatkan teguran tentang kurangnya rasa syukur itu terasa lebih tajam, langsung, dan menusuk ke dalam kalbu.

Iltifat dalam Surah As-Sajdah ayat 9 bukan sekadar keindahan bahasa, tetapi sebuah jambatan emosi. Ia menukarkan naratif penciptaan yang umum kepada satu pengisytiharan kasih sayang dan anugerah yang khusus buat diri kita sebagai manusia, sekaligus menjadi peringatan tegas agar kita tidak mengabaikan nikmat pendengaran, penglihatan, dan hati tersebut.

 

Contoh lain: Nur:9-10

وَٱلۡخَـٰمِسَةَ أَنَّ غَضَبَ ٱللَّهِ عَلَيۡہَآ إِن كَانَ مِنَ ٱلصَّـٰدِقِينَ (٩) وَلَوۡلَا فَضۡلُ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ وَرَحۡمَتُهُ ۥ وَأَنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌ حَڪِيمٌ (١٠)
“Dan sumpah yang kelima bahawa kemurkaan Allah atasnya jika dia termasuk orang yang benar. Dan sekiranya bukan kerana kurnia Allah atas kamu dan rahmat-Nya, serta sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Bijaksana” .

Keterangan: Iltifat di sini menekankan nikmat dalam pensyariatan hukum-hukum. Dalam Surah An-Nur, ayat 9 – 10, kita sekali lagi melihat keindahan iltifat. Bezanya dengan As-Sajdah ayat 9, iltifat di sini bukan sekadar merujuk kepada nikmat fizikal atau penciptaan, tetapi merujuk kepada Anugerah Undang-undang (Syariat) dan Rahmat Pengampunan Allah dalam memelihara maruah institusi kekeluargaan.

Peralihan (iltifat) yang berlaku antara ayat 9 dan ayat 10 adalah daripada Gaya Penceritaan Hukum (Ghaib/Ketiga) kepada Khitab Langsung (Orang Kedua – “Kamu”), berserta satu ciri balaghah yang sangat unik iaitu Ijaz al-Hadzf (pembuangan hujung ayat yang sengaja dibiarkan tergantung).

Peralihan daripada Kes Tersendiri kepada Seruan Umum. Dalam Ayat 9: Allah menggunakan dhomir ghaibah (-nya untuk wanita/isteri) semasa menerangkan prosedur undang-undang Li’an (sumpah suami isteri apabila berlaku tuduhan zina tanpa saksi). Ayat ini bersifat objektif, membicarakan kes hukum. Masuk Ayat 10: Secara tiba-tiba, Allah mengubah dhomir-Nya kepada “Kamu” (عَلَيْكُمْ – atas kamu sekalian). Allah berpaling daripada membicarakan kes pasangan tersebut, lalu memandang terus kepada seluruh umat Islam (pembaca dan pendengar) yang sedang mendengar hukum ini.

Merujuk kepada “Anugerah dan Nikmat” Apakah Iltifat ini? Perkataan فَضْلُ اللَّهِ (Fadhlullah) bermaksud limpah kurnia/anugerah Allah. Melalui iltifat kepada kata “Kamu”, Allah mahu komuniti orang beriman sedar tentang beberapa nikmat besar ini:

a. Nikmat Syariat sebagai Jalan Keluar (Solusi): Bayangkan jika tiada undang-undang Li’an ini. Si suami akan menanggung dendam atau boleh sampai membunuh, si isteri pula mungkin dihukum rejam tanpa pembelaan, dan masyarakat akan hancur dengan tuduhan tanpa bukti. Iltifat ini mengejutkan manusia: “Wahai kamu (orang beriman), hukum ini adalah anugerah-Ku untuk menyelamatkan maruah dan keluarga kamu!”

b. Nikmat “Sattar” (Allah Menutup Aib): Pasangan yang berbalas sumpah ini, salah seorangnya pasti menipu. Namun, Allah tidak menurunkan petir secara langsung untuk mematikan si penipu. Allah memberikan ruang Li’an untuk menyelesaikan kes di mahkamah dunia dan menutup aib mereka daripada pengetahuan masyarakat awam. Ini adalah rahmat yang sangat besar buat “kamu”.

Kesan Sastera Ayat yang “Tergantung” (Anugerah di sebalik Kenyataan). Secara tata bahasa Arab, ayat 10 ialah ayat tergantung. Struktur “Kalaulah tidak kerana anugerah Allah dan rahmat-Nya kepada kamu…” sepatutnya ada jawapan (jawab al-syart) di hujungnya seperti: “…nescaya kamu semua sudah binasa/menerima azab.” Namun, Allah memotong dan membuang hujung ayat tersebut. Di dalam ilmu balaghah, ini dinamakan untuk memuliakan pendengar. Allah sengaja tidak menyebut perkataan “Azab/Kebinasaan” yang sepatutnya menjadi hujung ayat 10. Mengapa? Kerana Allah baru sahaja menukar dhomir-Nya kepada “Kamu” (kaum mukminin). Sebagai tanda kasih sayang dan kelembutan Allah kepada orang beriman, Dia tidak mahu menggabungkan perkataan “Kamu” dengan perkataan “Azab” dalam satu ayat yang sama.

 

10. Khusus dan layak. Contohnya kita boleh lihat dalam Fatihah:4-5

مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥)
Pemilik hari Pembalasan. (4) Hanya kepada Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (5)

Perubahan gaya bahasa atau iltifat dalam Surah Al-Fatihah (khususnya peralihan dari ayat 2-4 ke ayat 5) merupakan salah satu contoh iltifat yang paling masyhur dan paling indah dalam ilmu Balaghah. Iltifat di sini beralih daripada Ghaib (Orang Ketiga – menceritakan tentang Allah) kepada Khithab (Orang Kedua – berbicara terus kepada Allah). Peralihan inilah yang membawa maksud Kekhususan (Ikhtisas) dan Kelayakan (Istihaq) yang sangat mendalam.

Kelayakan: Mengapa Allah tidak terus menggunakan dhomir “Kepada-Mu” sejak awal ayat? Mengapa perlu dimulakan dengan gaya menceritakan (orang ketiga)? Jawapan: Susunan ini berfungsi untuk membuktikan kelayakan Allah sebelum hamba-Nya berikrar taat setia.Apabila manusia membaca ayat 2, 3, dan 4, mereka sedang menghitung kembali sifat-sifat Allah: Dia pencipta alam (رَبِّ الْعٰلَمِينَ), Dia melimpahkan rahmat (الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ), dan Dia yang memegang kuasa mutlak di akhirat (مٰلِكِ يَوْمِ الدِّينِ). Setelah akal dan jiwa sedar betapa agungnya sifat-sifat tersebut, barulah hamba itu merasa: “Tuhan yang memiliki segala sifat inilah yang paling layak disembah!”

Analogi Mudah: > Seolah-olah anda menyenaraikan segala jasa, kehebatan, dan kelayakan seorang guru di hadapan orang ramai (orang ketiga), kemudian selepas sedar akan kehebatannya, anda berpaling terus kepadanya dan berkata, “Sebab itulah, kepada gurulah tempat saya menadah ilmu.”

Iltifat di sini mengajar kita bahawa ibadah kita kepada Allah bukan secara membuta tuli, tetapi atas dasar kesedaran bahawa hanya Dia yang layak menerima pengabdian tersebut selepas melihat bukti-bukti keagungan-Nya.

Kekhususan: Apabila gaya bahasa bertukar kepada kata hadap langsung (Khitab), struktur ayatnya juga berubah secara luar biasa. Dalam tatabahasa Arab asas, ayat sepatutnya berbunyi: نَعْبُدُ إِيَّاكَ (Kami menyembah-Mu). Iaitu Kata Kerja (Fi’il) didahulukan, baru Kata Penyambut (Maful Bih). Namun, dalam ayat 5, Allah menterbalikkan struktur tersebut menjadi: إِيَّاكَ نَعْبُدُ (Hanya kepada-Mu kami menyembah). Dalam ilmu Balaghah, kaedah mendahulukan kata penyambut (Taqdim al-Ma’ful Bih) berfungsi untuk الْقَصْرُ وَالْإِخْتِصَاصُ (Membatasi dan Mengkhususkan).

Jika disebut نَعْبُدُ إِيَّاكَ, ia bermaksud: “Kami menyembah-Mu” (tetapi ada kemungkinan boleh menyembah yang lain juga).

Tetapi apabila disebut إِيَّاكَ نَعْبُدُ, maknanya dikunci menjadi: “Hanya kepada-Mu sahaja kami menyembah, dan langsung tidak kepada yang lain!”

Apa kaitan dengan Kekhususan? Tindakan iltifat (berpaling terus menghadap Allah) merentap fokus hamba daripada memikirkan hal-hal duniawi atau makhluk (yang disebut dalam ayat 2-4 seperti ‘الْعٰلَمِينَ’ dan ‘يَوْمِ الدِّينِ’) untuk mengkhususkan seluruh jiwa raganya menatap “kehadiran” Allah. Peralihan ini memberikan kesan psikologi seolah-olah tabir penghalang antara hamba dan Pencipta telah diangkat, dan kini si hamba sedang berdiri bertentang mata secara langsung di hadapan Allah, mengkhususkan ibadah dan permohonan sumpah setianya tanpa ada sekutu yang lain.

 

11. Dorongan kuat. Contoh: A’raf:145

وَكَتَبنا لَهُ فِي الأَلواحِ مِن كُلِّ شَيءٍ مَّوعِظَةً وَتَفصيلًا لِّكُلِّ شَيءٍ فَخُذها بِقُوَّةٍ وَأمُر قَومَكَ يَأخُذوا بِأَحسَنِها ۚ سَأُريكُم دارَ الفٰسِقينَ
“Dan Kami tuliskan untuknya di dalam alwah (papan) segala sesuatu sebagai nasihat dan penjelasan bagi tiap-tiap sesuatu. Maka ambillah ia dengan penuh kekuatan, dan perintahkanlah kaummu supaya mengambil yang terbaik daripadanya. Kelak Aku akan perlihatkan kepada kamu negeri orang-orang fasik” .

Keterangan: Peralihan (iltifat) daripada perkataan كَتَبْنَا (Kami telah menulis) di awal ayat kepada سَأُرِيكُمْ (Aku akan memperlihatkan kepada kamu) di akhir Surah Al-A’raf ayat 145 merupakan satu bentuk seni retorik (balaghah) yang sangat halus dan luar biasa. Kesan Iltifat di sini mengandungi dorongan kuat dari Allah.

Iltifat ini melibatkan Peralihan Sifat Allah: Daripada Keagungan (كَتَبْنَا) kepada Keakraban & Ketegasan (سَأُرِيكُمْ). Kalimah كَتَبْنَا (Kami telah menulis) menggunakan Kata ganti nama yang digunakan ialah Orang Pertama Jamak (Kami / Mutakallim Ma’al Ghair – Orang pertama yang berbicara bersama orang lain). Di dalam bahasa Arab, apabila Allah menggunakan kata “Kami” untuk merujuk kepada DiriNya, ia bukan bermaksud bilangan Allah itu banyak, melainkan untuk menunjukkan الْعَظَمَة (Keagungan, Kemuliaan, dan Kekuasaan). Penurunan wahyu dan penulisan syariat di Lauh-Taurat itu digambarkan dengan dhomir “Kami” kerana ia melibatkan urusan ketuhanan yang sangat agung dan sakral.

Kemudian di hujung ayat digunakan kalimah سَأُرِيكُمْ (Aku akan memperlihatkan). Di sini secara tiba-tiba, ditukarkan dhomir menjadi Orang Pertama Tunggal (Aku / Mutakallim Wahdah).

Kesan Iltifat: > Perubahan daripada “Kami” (Agung/Rasmi) kepada “Aku” (Satu/Khusus) memberikan kesan peralihan emosi. Selepas Allah menunjukkan keagungan-Nya dalam menurunkan undang-undang, Allah menggunakan dhomir “Aku” untuk memberikan jaminan peribadi dan janji mutlak daripada-Nya sendiri bahawa Dia sendiri yang akan menguruskan dan menghukum orang-orang yang fasik. Ini memberikan rasa gerun (haibah) yang lebih tinggi kepada sesiapa yang berniat untuk ingkar. Kesannya memberi dorongan yang kuat.

 

12. Penegasan. Contoh: Maryam:70-71

ثُمَّ لَنَحۡنُ أَعۡلَمُ بِٱلَّذِينَ هُمۡ أَوۡلَىٰ بِہَا صِلِيًّا (٧٠) وَإِن مِّنكُمۡ إِلَّا وَارِدُهَا‌ۚ كَانَ عَلَىٰ رَبِّكَ حَتۡمً۬ا مَّقۡضِيًّا (٧١)
“Kemudian sesungguhnya Kami lebih mengetahui orang-orang yang lebih layak untuk masuk ke dalamnya (neraka). Dan tidak ada seorang pun di antara kamu melainkan akan mendatanginya; hal itu adalah ketetapan yang pasti daripada Tuhanmu”.

Keterangan: Peralihan gaya bahasa (iltifat) daripada perkataan نَحْنُ (Kami) di dalam ayat 70 kepada رَبِّكَ (Tuhanmu) di dalam ayat 71 Surah Maryam membawa dimensi penegasan dan kesan sastera yang berbeza lagi.

Apabila Allah menggunakan نَحْنُ ia adalah bentuk penegasan yang menunjukkan Maha Luasnya Ilmu Allah dalam menentukan siapa yang paling layak dibakar dalam neraka. Allah menggunakan “Kami” untuk menonjolkan keagungan status-Nya sebagai Hakim Tertinggi.

Kemudian Allah menggunakan kalimah رَبِّكَ (Tuhanmu) secara tiba-tiba, pada akhir ayat 71. Allah tidak menggunakan dhomir “Kami” lagi (seperti: “ia adalah ketetapan Kami”). Sebaliknya, Allah menggunakan nama sifat-Nya iaitu رَبّ (Tuhan/Pemelihara) yang disandarkan kepada dhomir كَ (Mu – merujuk kepada Nabi Muhammad SAW atau pembaca).

Kesan Penegasan: Penggunaan perkataan رَبّ (Rububiyyah) membawa maksud Tuhan yang mencipta, memiliki, mengatur, dan melaksanakan segala urusan. Apabila Allah menyatakan كَانَ عَلَىٰ رَبِّكَ حَتْمًا مَّقْضِيًّا (…ia adalah atas Tuhanmu satu ketetapan yang pasti dilaksanakan), perkataan رَبِّكَ menegaskan bahawa keputusan mengheret manusia ke Mahsyar dan merentasi neraka itu adalah hak mutlak Allah sebagai Pemilik alam. Tiada sesiapa sama ada malaikat, manusia, atau berhala, yang boleh membantah atau mengubah ketetapan yang telah ditetapkan oleh Sang Pemilik Alam ini.

 

13. Kehairanan dan penolakan. Contoh: Qalam:34-36

إِنَّ لِلۡمُتَّقِينَ عِندَ رَبِّہِمۡ جَنَّـٰتِ ٱلنَّعِيمِ (٣٤) أَفَنَجۡعَلُ ٱلۡمُسۡلِمِينَ كَٱلۡمُجۡرِمِينَ (٣٥) مَا لَكُمۡ كَيۡفَ تَحۡكُمُونَ (٣٦)
“Sesungguhnya bagi orang-orang bertakwa di sisi Tuhan mereka ada syurga kenikmatan. Apakah patut Kami menjadikan orang-orang Islam seperti orang-orang yang berdosa? Mengapa dengan kamu? Bagaimana kamu membuat keputusan?”.

Keterangan: Dalam ayat ini kita disajikan dengan salah satu gaya iltifat yang paling tajam dalam Al-Qur’an. Iltifat di sini digunakan sebagai senjata retorik untuk melahirkan rasa kehairanan yang mendalam (Ta’ajjub) dan penolakan yang keras (Inkar/Tahqir) terhadap logik songsang kaum musyrikin.

Di dalam ayat 34, Allah menggunakan kata ganti diri kedua رَبِّہِمۡ dan di dalam ayat 35, Allah menggunakan kata ganti diri mutakallim ‘Kami’ pula.

Apabila masuk ayat 35, Allah tidak menggunakan gaya ghaib (seperti: “Maka tidaklah Tuhan menjadikan orang Islam sama seperti orang berdosa”). Sebaliknya, Allah menggunakan iltifat dhomir “Kami” (Mutakallim Ma’al Ghair) yang membawa maksud Keagungan dan Keadilan Mutlak. Pertanyaan أَفَنَجْعَلُ (Adakah Kami akan menjadikan…) dengan dhomir Keagungan-Nya berfungsi sebagai Penolakan Keras (Inkar). Seolah-olah Allah membentak: “Adakah kamu fikir Kami, dengan segala keagungan, kebijaksanaan, dan keadilan Kami, akan meletakkan orang yang sujud dan orang yang menderhaka di atas neraca yang sama? Itu mustahil dan menghina keadilan Kami!”

 


Sambung ke Bahagian seterusnya

Kemaskini: 22 Mei 2026

Pengenalan Tafsir Balaghi (Ilmu Ma’ani) Taqdim wa Ta’khir (Part 4)

Mendahulukan antara lafaz ‘Tiada Tuhan melainkan Dia’ dan ‘Pencipta Segala Sesuatu’

An’am:102

ذٰلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُم ۖ لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ ۖ خٰلِقُ كُلِّ شَيءٍ فَاعبُدوهُ ۚ وَهُوَ عَلىٰ كُلِّ شَيءٍ وَكيلٌ
Yang demikian (sifat-sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, maka beribadatlah kamu kepadaNya. Dan (ingatlah) Dia lah yang mentadbirkan segala-galanya.

Di dalam ayat ini, Allah mendahulukan kalimat لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ sebelum disebut خٰلِقُ كُلِّ شَيءٍ sedangkan di dalam Ghafir:62, susunan ini diterbalikkan,

ذٰلِكُمُ اللهُ رَبُّكُم خٰلِقُ كُلِّ شَيءٍ لّا إِلٰهَ إِلّا هُوَ ۖ فَأَنّىٰ تُؤفَكونَ
Yang bersifat demikian ialah Allah, Tuhan kamu; yang menciptakan tiap-tiap sesuatu (dari tiada kepada ada); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan (daripada menyembahNya)?

Kenapa ada perbezaan susunan itu? Dapat dilihat di dalam Surah An’am, konteksnya adalah penafian terhadap syirik, menyeru kepada Tauhid yang murni, serta penafian adanya pasangan atau anak bagi Allah. Allah berfirman di dalam An’am:100-102 tentang perkara ini,

وَجَعَلُواْ لِلَّهِ شُرَكَآءَ ٱلجِنَّ وَخَلَقَهُم ۖ وَخَرَقُواْ لَهُ ۥ بَنِينَ وَبَنَـٰتِۭ بِغَيرِ عِلْمٍ ۚ سُبحَـٰنَهُ ۥ وَتَعَـٰلَىٰ عَمَّا يَصِفُونَ (١٠٠) بَدِيعُ ٱلسَّمَـٰوٰتِ وَٱلأَرضِ‌ۖ أَنَّىٰ يَكُونُ لَهُ ۥ وَلَدٌ وَلَم تَكُن لَّهُ ۥ صَـٰحِبَةٌ ۖ وَخَلَقَ كُلَّ شَىءٍ ۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَىءٍ عَلِيمٌ (١٠١) ذٰلِڪُمُ ٱللَّهُ رَبُّكُم ۖ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۖ خَـٰلِقُ ڪُلِّ شَىءٍ فَٱعبُدُوهُ‌ۚ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَىءٍ وَڪِيلٌ (١٠٢)
Dan mereka menjadikan jin sekutu bagi Allah, padahal Allah jualah yang mencipta jin-jin itu dan mereka berdusta terhadap Allah dengan mengada-adakan bagiNya anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan, dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan. Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah Dia dari apa yang mereka sifatkan! (100) (Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Dia mempunyai anak sedang Dia tidak mempunyai isteri? Dia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya. (101) Yang demikian ialah Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, maka beribadatlah kamu kepadaNya dan (ingatlah) Dialah yang mentadbirkan segala-galanya. (102)

Di sini jelas bahawa perbincangan adalah tentang Tauhid dan penafian sekutu, pasangan, serta anak bagi Allah. Kerana itulah amat sesuai apabila Ayat An’am:102 ditaqdimkan kalimat لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ. Akan tetapi konteks bagi Ayat Ghafir:62 bukanlah tentang penafian syirik, tetapi tentang penciptaan dan menyebut nikmat-nikmat Allah. Allah berfirman sebelum itu di dalam Ghafir:57,

لَخَلقُ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ أَكبَرُ مِن خَلقِ النّاسِ وَلٰكِنَّ أَكثَرَ النّاسِ لا يَعلَمونَ
Demi sesungguhnya, menciptakan langit dan bumi (dari tiada kepada ada) lebih besar (dan lebih menakjubkan) daripada menciptakan manusia dan menghidupkannya semula (sesudah matinya); akan tetapi kebanyakan manusia (yang mengingkari hari kiamat) tidak mengetahui.

Kemudian disambung di dalam Ghafir:60-62

وَقَالَ رَبُّڪُمُ ٱدعُونِىٓ أَستَجِب لَكُمۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَستَكبِرُونَ عَن عِبَادَتِى سَيَدخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ (٦٠) ٱللَّهُ ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلَّيلَ لِتَسكُنُواْ فِيهِ وَٱلنَّهَارَ مُبصِرًاۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَذُو فَضلٍ عَلَى ٱلنَّاسِ وَلَـٰكِنَّ أَڪثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَشكُرُونَ (٦١) ذٰلِڪُمُ ٱللَّهُ رَبُّكُم خَـٰلِقُ ڪُلِّ شَىءٍ لَّآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَۖ فَأَنَّىٰ تُؤفَكُونَ (٦٢)
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina. (60) Allah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu berehat padanya dan menjadikan siang terang-benderang (supaya kamu berusaha). Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia seluruhnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur. (61) Yang bersifat demikian ialah Allah, Tuhan kamu; yang menciptakan tiap-tiap sesuatu (dari tiada kepada ada); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; maka bagaimana kamu dapat dipalingkan (daripada menyembahNya)? (62)

Maka jelas di sini bahawa perbincangan adalah tentang penciptaan dan nikmat Allah, bukan tentang penafian sekutu bagi Allah. Oleh itu sesuai didahulukan kalimat خَـٰلِقُ ڪُلِّ شَىءٍ.


 

Mendahulukan antara lafaz ‘Berjihad di Jalan Allah’ dan ‘Dengan Harta Benda dan Jiwa Mereka’

Anfal:72

إِنَّ الَّذينَ ءآمَنوا وَهاجَروا وَجٰهَدوا بِأَموٰلِهِم وَأَنفُسِهِم في سَبيلِ اللَّهِ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah

Di dalam ayat ini, Allah mendahulukan lafaz ‘harta dan jiwa’ sebelum disebut سَبيلِ اللَّهِ. Akan tetapi susunan ini diterbalikkan di dalam Tawbah:20,

الَّذينَ ءآمَنوا وَهاجَروا وَجٰهَدوا في سَبيلِ اللَّهِ بِأَموٰلِهِم وَأَنفُسِهِم
orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka

Ini kerana di dalam Surah Anfal, telah disebut tentang harta, tebusan dan ghanimah iaitu di dalam Anfal:67

تُريدونَ عَرَضَ الدُّنيا
Kamu menghendaki harta benda duniawi

Harta yang dimaksudkan adalah harta yang digunakan untuk menebus tawanan perang. Dan di dalam Anfal:68 disambung,

لَّولَا كِتَـٰبٌ مِّنَ ٱللَّهِ سَبَقَ لَمَسَّكُم فِيمَآ أَخَذتُم عَذَابٌ عَظِيمٌ
Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu daripada Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.

Ayat ini menyebut tentang ketetapan tebusan. Dan di dalam Anfal:69, Allah berfirman,

فَكُلوا مِمّا غَنِمتُم حَلٰلًا طَيِّبًا
Maka makanlah dari sebahagian rampasan perang yang telah kamu ambil itu, sebagai makanan yang halal lagi baik

Oleh yang demikian, kalimat harta dan jiwa telah didahulukan kerana harta itu menjadi sesuatu yang mereka inginkan, sehingga Allah menegur mereka atas hal tersebut dan menuntut agar mereka memulakan pengorbanan dengan harta.

Tetapi di dalam Surah Tawbah, telah didahulukan lafaz ‘jihad di jalan Allah’ seperti firmanNya di dalam Tawbah:14 sebelum itu,

قٰتِلوهُم يُعَذِّبهُمُ اللَّهُ بِأَيديكُم وَيُخزِهِم وَيَنصُركُم عَلَيهِم وَيَشفِ صُدورَ قَومٍ مُّؤمِنينَ
Perangilah mereka, nescaya Allah akan menghancurkan mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman.

Dan kemudian Allah telah berfirman di dalam Tawbah:16,

أَم حَسِبتُم أَن تُترَكوا وَلَمّا يَعلَمِ اللَّهُ الَّذينَ جٰهَدوا مِنكُم وَلَم يَتَّخِذوا مِن دونِ اللَّهِ وَلا رَسولِهِ وَلَا المُؤمِنينَ وَليجَةً ۚ وَاللَّهُ خَبيرٌ بِما تَعمَلونَ
Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan, sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Dan Allah juga telah berfirman di dalam Tawbah:`19,

أَجَعَلتُم سِقايَةَ الحاجِّ وَعِمارَةَ المَسجِدِ الحَرامِ كَمَن ءآمَنَ بِاللَّهِ وَاليَومِ الآخِرِ وَجٰهَدَ في سَبيلِ اللَّهِ ۚ لا يَستَوونَ عِندَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ لا يَهدِي القَومَ الظّٰلِمينَ
Apakah (orang-orang) yang memberi minuman orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidilharam kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

Oleh kerana itu telah didahulukan menyebut jihad di jalan Allah berbanding harta dan jiwa kerana kesesuaian dengan konteks jihad, sedangkan di dalam Surah Anfal, konteksnya adalah harta.


 

Mendahulukan antara lafaz ‘Membelah Air’ dan ‘Di Dalamnya’

Nahl:14

وَتَرَى الفُلكَ مَواخِرَ فيهِ
dan kamu melihat bahtera berlayar padanya

Di dalam ayat ini, didahulukan lafaz مَواخِرَ sebelum disebut فيهِ. Sedangkan di dalam Fatir:12, susunan ini diterbalikkan,

وَتَرَى الفُلكَ فيهِ مَواخِرَ
dan kamu lihat kapal-kapal berlayar membelah laut

Di dalam Surah Nahl, Allah mendahulukan sebut مَواخِرَ (membelah laut) kerana perbincangan sebelumnya adalah tentang alat-alat pengangkutan. Allah menyebut binatang ternak yang membawa beban, kemudian kuda, baghal dan keldai untuk ditunggang serta sebagai perhiasan; kemudian disebut kapal yang juga alat pengangkutan. Perhatikan keseluruhan ayat,

وَهُوَ الَّذي سَخَّرَ البَحرَ لِتَأكُلوا مِنهُ لَحمًا طَرِيًّا وَتَستَخرِجوا مِنهُ حِليَةً تَلبَسونَها وَتَرَى الفُلكَ مَواخِرَ فيهِ وَلِتَبتَغوا مِن فَضلِهِ وَلَعَلَّكُم تَشكُرونَ
Dan Dialah, Allah yang menundukkan lautan (untukmu), agar kamu dapat memakan daripadanya daging yang segar (ikan), dan kamu mengeluarkan dari lautan itu perhiasan yang kamu pakai; dan kamu melihat bahtera berlayar padanya, dan supaya kamu mencari (keuntungan) dari karunia-Nya, dan supaya kamu bersyukur.

Di dalam ayat ini, Allah mendahulukan kalimah مَواخِرَ yang menjadi sifat bagi kapal, subjek bagi ayat ini. Maka susunan ini sesuai bagi ayat ini. Akan tetapi di dalam Surah Fatir, konteksnya bukan tentang pengangkutan, tetapi tentang laut dan jenis-jenisnya serta nikmat yang Allah letakkan di dalamnya. Perhatikan keseluruhan Ayat 12,

وَما يَستَوِي البَحرانِ هٰذا عَذبٌ فُراتٌ سائِغٌ شَرابُهُ وَهٰذا مِلحٌ أُجاجٌ ۖ وَمِن كُلٍّ تَأكُلونَ لَحمًا طَرِيًّا وَتَستَخرِجونَ حِليَةً تَلبَسونَها ۖ وَتَرَى الفُلكَ فيهِ مَواخِرَ لِتَبتَغوا مِن فَضلِهِ وَلَعَلَّكُم تَشكُرونَ
Dan tiada sama (antara) dua laut; yang ini tawar, segar, sedap diminum dan yang lain masin lagi pahit. Dan dari masing-masing laut itu kamu dapat memakan daging yang segar dan kamu dapat mengeluarkan perhiasan yang dapat kamu memakainya, dan pada masing-masingnya kamu lihat kapal-kapal berlayar membelah laut supaya kamu dapat mencari kurnia-Nya dan supaya kamu bersyukur.

Maka kerana perbincangan adalah tentang laut dan nikmat yang terkandung di dalamnya, Allah mendahulukan kata ganti bagi laut (فيهِ) sebelum menyebut ia membelah laut itu. Apabila konteks ayat tentang alat pengangkutan dan kapal, Allah mendahulukan sifat kapal; tetapi apabila Allah sedang menyebut tentang laut, Allah mendahulukan apa yang berkaitan dengannya.


Mendahulukan antara lafaz ‘Bagi Manusia’ dan ‘Dalam Al-Qur’an Ini’

Isra’:89 

وَلَقَد صَرَّفنَا لِلنَّاسِ فِى هَـٰذَا ٱلقُرءَانِ مِن كُلِّ مَثَلٍ فَأَبَىٰٓ أَكثَرُ ٱلنَّاسِ إِلَّا ڪُفُورًا
Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulang kepada manusia dalam Al-Qur’an ini tiap-tiap macam perumpamaan, tapi kebanyakan manusia tidak menyukai kecuali mengingkari(nya).

Di dalam ayat ini, Allah mendahulukan lafaz لِلنَّاسِ sebelum فِى هَـٰذَا ٱلقُرءَانِ sedangkan di dalam Kahf:54, susunannya diterbalikkan,

وَلَقَد صَرَّفنا في هٰذَا القُرءآنِ لِلنّاسِ مِن كُلِّ مَثَلٍ ۚ وَكانَ الإِنسٰنُ أَكثَرَ شَيءٍ جَدَلًا
Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Qur’an ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan; dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya.

Dalam Surah Isra’, Allah mendahulukan kalimah لِلنّاسِ (bagi manusia) kerana di dalam Surah Isra’ sebelumnya disebut tentang manusia, nikmat Allah dan rahmatNya ke atas mereka, lihat Isra’:83

وَإِذَآ أَنعَمنَا عَلَى ٱلإِنسَـٰنِ أَعرَضَ وَنَـَٔا بِجَانِبِهِۦ‌ۖ وَإِذَا مَسَّهُ ٱلشَّرُّ كَانَ يَـُٔوسًا
Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia nescaya berpalinglah dia; dan membelakang dengan sikap yang sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan nescaya dia berputus asa.

Oleh kerana itu sesuailah disebut لِلنّاسِ kerana teguran ayat adalah tentang degilnya sifat manusia. Sedangkan di dalam Surah Kahf tidak ada pendahuluan seperti itu. Dan di dalam Surah Kahf telah didahulukan dengan perbincangan tentang Al-Qur’an, maka sesuailah ditaqdimkan kalimat في هٰذَا القُرءآنِ (di dalam Al-Qur’an ini) di dalam Surah Kahf. Lihat Kahf:1-2

ٱلحَمدُ لِلَّهِ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ عَلَىٰ عَبدِهِ ٱلكِتَـٰبَ وَلَم يَجعَل لَّهُ ۥ عِوَجَاۜ (١) قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأۡسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنهُ وَيُبَشِّرَ ٱلمُؤمِنِينَ ٱلَّذِينَ يَعمَلُونَ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أَنَّ لَهُم أَجرًا حَسَنًا (٢)
Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong): (1) (Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik. (2) 

Maka kita boleh perhatikan permulaan Surah Kahf tentang Al-Qur’an sedangkan Surah Isra’ tentang manusia. Perhatikan Isra’:1

سُبحٰنَ الَّذي أَسرىٰ بِعَبدِهِ لَيلًا مِّنَ المَسجِدِ الحَرامِ إِلَى المَسجِدِ الأَقصَى الَّذي بٰرَكنا حَولَهُ لِنُرِيَهُ مِن ءآيٰتِنا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّميعُ البَصيرُ
Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (Kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


Mendahulukan antara lafaz ‘Sesuatu’ dan ‘Usaha’

Baqarah:264

يَـٰٓأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا لا تُبطِلوا صَدَقٰتِكُم بِالمَنِّ وَالأَذىٰ كَالَّذي يُنفِقُ مالَهُ رِئَآءَ النّاسِ وَلا يُؤمِنُ بِاللَّهِ وَاليَومِ الآخِرِ ۖ فَمَثَلُهُ ۥ كَمَثَلِ صَفوانٍ عَلَيهِ تُرابٌ فَأَصَابَهُ ۥ وابِلٌ فَتَرَڪَهُ ۥ صَلدًا ۖ لّا يَقدِرونَ عَلىٰ شَيءٍ مِّمّا كَسَبوا ۗ وَاللَّهُ لا يَهدِي القَومَ الكٰفِرينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.

Di dalam ayat ini, ditaqdimkan kalimah شَيءٍ sebelum كَسَبوا, sedangkan di dalam Ibrahim:18, susunan itu diterbalikkan,

مَّثَلُ الَّذينَ كَفَروا بِرَبِّهِم ۖ أَعمٰلُهُم كَرَمادٍ اشتَدَّت بِهِ الرّيحُ في يَومٍ عاصِفٍ ۖ لّا يَقدِرونَ مِمّا كَسَبوا عَلىٰ شَيءٍ ۚ ذٰلِكَ هُوَ الضَّلٰلُ البَعيدُ
Orang-orang yang kafir kepada Tuhannya, amalan-amalan mereka adalah seperti abu yang ditiup angin dengan keras pada suatu hari yang berangin kencang. Mereka tidak dapat mengambil manfaat sedikit pun dari apa yang telah mereka usahakan (di dunia). Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh.

Ini adalah kerana konteks ayat Surah Baqarah itu adalah tentang infak dan pemberi. Orang yang memberi, bukanlah pencari kerja, pencari harta, maka kerana itu sesuai diakhirkan kalimah tentang ‘usaha’. Sedangkan di dalam Surah Ibrahim, konteks ayat adalah tentang amal perbuatan, orang yang melakukan usaha, maka kerana itulah sesuai didahulukan kalimah ‘usaha’.


Mendahulukan antara lafaz ‘Hati’ dan ‘Dengannya’

Ali Imran:126

وَما جَعَلَهُ اللَّهُ إِلّا بُشرىٰ لَكُم وَلِتَطمَئِنَّ قُلوبُكُم بِهِ ۗ وَمَا النَّصرُ إِلّا مِن عِندِ اللَّهِ العَزيزِ الحَكيمِ
Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Di dalam ayat ini, Allah mendahulukan kalimah قُلوبُ (hati-hati) sebelum disebut بِهِ (dengannya). Akan tetapi di dalam Anfal:10 susunan ini diterbalikkan,

وَما جَعَلَهُ اللَّهُ إِلّا بُشرىٰ وَلِتَطمَئِنَّ بِهِ قُلوبُكُم ۚ وَمَا النَّصرُ إِلّا مِن عِندِ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَزيزٌ حَكيمٌ
Dan Allah tidak menjadikannya (mengirim bala bantuan itu), melainkan sebagai khabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram kerananya. Dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Walaupun kedua-dua ayat ini berkenaan dengan Perang Badr, namun kedudukan dan susunannya berbeza. Di dalam Surah Ali Imran, disebut Perang Badr sebagai mukaddimah kepada Perang Uhud yang penuh luka dan kesedihan. Maka konteks surah ini adalah sebagai penghibur dan penenang hati.

Dalam Surah Anfal pula, konteksnya adalah kemenangan di Badr dan penjelasan tentang peranan bantuan para malaikat dalam kemenangan itu. Maka sesuai didahulukan kalimah بِهِ (iaitu bantuan itu) sebelum menyebut hati.


Mendahulukan antara lafaz ‘لِغَيرِ ٱللَّهِ‌’ dan ‘بِهِ’

Baqarah:173

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيڪُمُ ٱلمَيتَةَ وَٱلدَّمَ وَلَحمَ ٱلخِنزِيرِ وَمَآ أُهِلَّ بِهِ لِغَيرِ ٱللَّهِ‌ۖ فَمَنِ ٱضطُرَّ غَيرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَآ إِثمَ عَلَيهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah; maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Akan tetapi di dalam Maidah:3, susunan ini diterbalikkan,

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ
Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala.

Dan sekali lagi di dalam An’am:145

قُل لَّآ أَجِدُ فِى مَآ أُوحِىَ إِلَىَّ مُحَرَّمًا عَلَىٰ طَاعِمٍ يَطعَمُهُ ۥۤ إِلَّآ أَن يَكُونَ مَيتَةً أَو دَمًا مَّسفُوحًا أَو لَحمَ خِنزِيرٍ فَإِنَّهُ ۥ رِجسٌ أَو فِسقًا أُهِلَّ لِغَيرِ ٱللَّهِ بِهِۦ‌ۚ فَمَنِ ٱضطُرَّ غَيرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi – kerana sesungguhnya ia adalah kotor – atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah”. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana terpaksa) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Kenapa ada perbezaan? Di dalam Surah Baqarah maksud مَآ أُهِلَّ بِهِ ialah sesuatu yang disembelih dengan suara yang ditinggikan, iaitu binatang sembelihan. Kerana semasa sembelih kena disebut sembelih untuk siapa. Sedangkan di dalam Surah Maidah dan An’am didahulukan لِغَيرِ ٱللَّهِ (selain dari Allah) kerana konteks ayat-ayat itu adalah tentang orang-orang yang mereka-reka hukum atas nama Allah, menghalalkan dan  mengharamkan menurut hawa nafsu mereka, lalu mendakwa ia daripada Allah. Perhatikan An’am:136-137,

وَجَعَلُواْ لِلَّهِ مِمَّا ذَرَأَ مِنَ ٱلۡحَرثِ وَٱلۡأَنۡعَـٰمِ نَصِيبًا فَقَالُواْ هَـٰذَا لِلَّهِ بِزَعمِهِم وَهَـٰذَا لِشُرَكَآٮِٕنَا‌ۖ فَمَا ڪَانَ لِشُرَڪَآٮِٕهِم فَلَا يَصِلُ إِلَى ٱللَّهِ‌ۖ وَمَا ڪَانَ لِلَّهِ فَهُوَ يَصِلُ إِلَىٰ شُرَڪَآٮِٕهِمۡ‌ۗ سَآءَ مَا يَحڪُمُونَ (١٣٦) وَڪَذٰلِكَ زَيَّنَ لِڪَثِيرٍ مِّنَ ٱلۡمُشرِڪِينَ قَتلَ أَولَـٰدِهِم شُرَڪَآؤُهُم لِيُردُوهُم وَلِيَلبِسُواْ عَلَيهِم دِينَهُمۡ‌ۖ وَلَو شَآءَ ٱللَّهُ مَا فَعَلُوهُ‌ۖ فَذَرهُمۡ وَمَا يَفۡتَرُونَ (١٣٧)
Dan mereka (orang-orang musyrik) memperuntukkan dari hasil tanaman dan binatang-binatang ternak yang diciptakan oleh Allah itu, sebahagian bagi Allah (dan sebahagian lagi untuk berhala-berhala mereka), lalu mereka berkata: Ini untuk Allah (menurut anggapan mereka) dan ini untuk berhala-berhala kami. Kemudian apa yang telah ditentukan untuk berhala-berhala mereka, maka ia tidak sampai kepada Allah (kerana mereka tidak membelanjakannya pada jalan Allah) dan apa yang telah ditentukan untuk Allah, sampai pula kepada berhala-berhala mereka (kerana mereka membelanjakannya pada jalan itu). Amatlah jahatnya apa yang mereka hukumkan itu. (136) Dan demikianlah juga (jahatnya) ketua-ketua yang orang-orang musyrik itu jadikan sekutu bagi Allah, menghasut kebanyakan dari mereka dengan kata-kata indah yang memperlihatkan eloknya perbuatan membunuh anak-anak mereka, untuk membinasakan mereka dan untuk mengelirukan mereka mengenai agama mereka dan kalau Allah kehendaki, nescaya mereka tidak melakukannya. Oleh itu biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan itu. (137)

Ia menunjukkan adanya pihak selain Allah yang menghalalkan dan mengharamkan secara dusta atas namaNya, serta adanya sekutu-sekutu yang mereka sembah bersama Allah. Oleh itu, dalam Surah An’am didahulukan penafian terhadap selain dari Allah (لِغَيرِ ٱللَّهِ) kerana itulah inti perbincangan.

Begitu juga di dalam Surah Maidah, perbicaraan adalah tentang halal dan haram, dan penegasan bahawa hanya Allah yang berhak menentu hukum. Lihat Maidah:1-4

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَوفُواْ بِٱلعُقُودِ‌ۚ أُحِلَّت لَكُم بَہِيمَةُ ٱلأَنعَـٰمِ إِلَّا مَا يُتۡلَىٰ عَلَيۡكُم غَيرَ مُحِلِّى ٱلصَّيدِ وَأَنتُم حُرُمٌ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ يَحكُمُ مَا يُرِيدُ (١) يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تُحِلُّواْ شَعَـٰٓٮِٕرَ ٱللَّهِ وَلَا ٱلشَّہرَ ٱلحَرَامَ وَلَا ٱلۡهَدىَ وَلَا ٱلۡقَلَـٰٓٮِٕدَ وَلَآ ءَآمِّينَ ٱلۡبَيتَ ٱلحَرَامَ يَبتَغُونَ فَضلاً مِّن رَّبِّہِم وَرِضوٰنًا‌ۚ وَإِذَا حَلَلتُم فَٱصطَادُواْ‌ۚ وَلَا يَجرِمَنَّكُم شَنَـَٔانُ قَومٍ أَن صَدُّوڪُم عَنِ ٱلمَسجِدِ ٱلحَرَامِ أَن تَعتَدُواْ‌ۘ وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلبِرِّ وَٱلتَّقوَىٰ‌ۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلإِثمِ وَٱلعُدوٰنِ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلعِقَابِ (٢) حُرِّمَت عَلَيكُمُ ٱلمَيتَةُ وَٱلدَّمُ وَلَحمُ ٱلخِنزِيرِ وَمَآ أُهِلَّ لِغَيرِ ٱللَّهِ بِهِۦ وَٱلمُنخَنِقَةُ وَٱلمَوقُوذَةُ وَٱلمُتَرَدِّيَةُ وَٱلنَّطِيحَةُ وَمَآ أَكَلَ ٱلسَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيتُم وَمَا ذُبِحَ عَلَى ٱلنُّصُبِ وَأَن تَستَقسِمُواْ بِٱلۡأزۡلَـٰمِ‌ۚ ذٰلِكُمۡ فِسقٌ‌ۗ ٱلۡيَومَ يَٮِٕسَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِن دِينِكُم فَلَا تَخشَوهُمۡ وَٱخشَونِ‌ۚ ٱليوۡمَ أَكمَلتُ لَكُم دِينَكُم وَأَتمَمتُ عَلَيكُمۡ نِعمَتِى وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسلَـٰمَ دِينًا‌ۚ فَمَنِ ٱضطُرَّ فِى مَخمَصَةٍ غَيرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثمٍ۬‌ۙ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ (٣) يَسـَٔلُونَكَ مَاذَآ أُحِلَّ لَهُمۡ‌ۖ قُل أُحِلَّ لَكُمُ ٱلطَّيِّبَـٰتُ‌ۙ وَمَا عَلَّمتُم مِّنَ ٱلجَوَارِحِ مُكَلِّبِينَ تُعَلِّمُونَہُنَّ مِمَّا عَلَّمَكُمُ ٱللَّهُ‌ۖ فَكُلُواْ مِمَّآ أَمسَكنَ عَلَيكُمۡ وَٱذكُرُواْ ٱسمَ ٱللَّهِ عَلَيهِ‌ۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَرِيعُ ٱلحِسَابِ (٤)
Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian. Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan sebagainya), kecuali apa yang akan dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu. (Halalnya binatang-binatang ternak dan sebagainya itu) tidak pula bererti kamu boleh menghalalkan perburuan ketika kamu dalam keadaan berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa yang Dia kehendaki. (1) Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar agama Allah dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Mekah untuk korban) dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haram, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci) dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari Masjidilharam itu, mendorong kamu menceroboh dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). / (2) Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang dia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. / (3) Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka? Bagi menjawabnya katakanlah: Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu) dan bertakwalah kepada Allah (dengan memelihara diri dari memakan yang diharamkan Allah); Sesungguhnya Allah Maha Cepat hitungan hisabNya. (4) 

Di sini jelas bahawa Allah menolak sebarang pihak selainNya yang cuba menetapkan halal dan haram, kerana itu adalah syirik. Maka, sesuai didahulukan لِغَيرِ ٱللَّهِ. Tambahan pula, di dalam ayat dari An’am dan Maidah itu disebut tentang menyebut nama Allah pada sembelihan, sedangkan orang musyrik tidak menyebut nama Allah. Ada pun di dalam Surah Baqarah, konteksnya bukan tentang pihak lain yang menetapkan hukum, tetapi tentang rezeki dan makanan yang Allah kurniakan. Allah berfirman di dalam Baqarah:168,

يَـٰٓأَيُّهَا النّاسُ كُلوا مِمّا فِي الأَرضِ حَلٰلًا طَيِّبًا
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, 

Dan selepas itu Allah berfirman di dalam Baqarah:172-173,

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ڪُلُواْ مِن طَيِّبَـٰتِ مَا رَزَقنَـٰكُم وَٱشكُرُواْ لِلَّهِ إِن ڪُنتُم إِيَّاهُ تَعبُدُونَ (١٧٢) إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيڪُمُ ٱلۡميۡتَةَ وَٱلدَّمَ وَلَحمَ ٱلخِنزِيرِ وَمَآ أُهِلَّ بِهِۦ لِغَيۡرِ ٱللَّهِ‌ۖ فَمَنِ ٱضطُرَّ غَيرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَآ إِثمَ عَلَيهِ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ (١٧٣)
Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya. (172) Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (173) 

Maka kerana konteksnya adalah tentang makanan dan rezeki, Allah mendahulukan sebut بِهِ kerana ia kembali kepada sembelihan makanan.


 

Mendahulukan antara lafaz ‘Ancaman Membenamkan Bumi’ dan ‘Ancaman Menghantar Angin’

Mulk:16-17

ءَأَمِنتُم مَّن فِى ٱلسَّمَآءِ أَن يَخسِفَ بِكُمُ ٱلأَرضَ فَإِذَا هِىَ تَمُور (١٦) أَم أَمِنتُم مَّن فِى ٱلسَّمَآءِ أَن يُرسِلَ عَلَيۡكُم حَاصِبً۬ا‌ۖ فَسَتَعلَمُونَ كَيۡفَ نَذِيرِ (١٧)
Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)? (16) Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu? (17)

Di dalam ayat ini, Allah mendahulukan menyebut ancaman membenamkan bumi daripada ancaman menghantar angin yang membawa batu. Maknanya Allah sebut azab dari bawah (bumi) sebelum disebut azab dari atas (langit). Sedangkan di dalam An’am:65, susunan itu diterbalikkan.

قُل هُوَ القادِرُ عَلىٰ أَن يَبعَثَ عَلَيكُم عَذابًا مِّن فَوقِكُم أَو مِن تَحتِ أَرجُلِكُم
Katakanlah: “Dia lah yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu, atau dari bawah kaki kamu,

Allah sebut azab dari bawah dahulu di dalam Surah Mulk kerana sebelum itu Allah telah berfirman di dalam Mulk:15,

هُوَ الَّذي جَعَلَ لَكُمُ الأَرضَ ذَلولًا فَامشوا في مَناكِبِها وَكُلوا مِن رِّزقِه
Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah daripada rezeki-Nya; 

Oleh kerana Allah sebelum itu sebut tentang bumi, maka yang paling sesuai sebagai peringatan adalah mengingatkan mereka tentang kemungkinan bumi itu dibenamkan dari bawah mereka.

Sedangkan di dalam Surah An’am, sebelum itu Allah telah berfirman di dalam An’am:61,

وَهُوَ القاهِرُ فَوقَ عِبادِهِ ۖ وَيُرسِلُ عَلَيكُم حَفَظَةً حَتّىٰ إِذا جاءَ أَحَدَكُمُ المَوتُ تَوَفَّتهُ رُسُلُنا وَهُم لا يُفَرِّطونَ
Dan Dia lah yang berkuasa atas sekalian hamba-Nya; dan Dia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya).

Maka ayat ini mengarahkan fikiran manusia kepada arah atas, tempat malaikat diturunkan, dan sesuai sekali ancaman azab dari atas disebut dahulu.


Ada satu lagi balaghah iaitu Iltifat akan tetapi ada juga yang mengatakan ia bukan termasuk dalam Ma’ani. Oleh itu kita letakkan ia di dalam satu tajuk yang khusus, Iltifat.


Kemaskini: 3 Jun 2026

Pengenalan Tafsir Balaghi (Ilmu Ma’ani) Taqdim wa Ta’khir (Part 3)

Mendahulukan Lafaz Manfaat Berbanding Mudharat

Sekiranya lafaz manfaat didahulukan berbanding mudharat, ini kerana konteks ayat mendahulukan apa yang mengandungi manfaat. Contohnya,

A’raf:188

قُل لّا أَملِكُ لِنَفسي نَفعًا وَلا ضَرًّا إِلّا ما شاءَ اللَّهُ
Katakanlah: “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah.

Dalam memahami struktur redaksi Al-Qur’an, para ulama tafsir sering kali menggunakan perangkat ilmu Siyaq (konteks kalimat/setelahnya) dan Sibaq (konteks sebelum/dahulunya) untuk mengungkap rahasia di balik pemilihan kata, termasuk mengapa suatu hal didahulukan (taqdim) atas hal lain (ta’khir).

Nota: Secara ringkasnya, Siyaq dan Sibaq adalah dua komponen utama dalam ilmu Siyaqul Kalam (Konteks Ayat/Teks) dalam kaedah penafsiran Al-Qur’an dan pemahaman bahasa Arab. Para ulama tafsir menggariskan bahawa sesuatu ayat Al-Qur’an tidak boleh dipotong dan ditafsirkan secara literal (harfiah) tanpa melihat “jiran-jiran” ayat tersebut. Di sinilah peranan Sibaq, Siyaq, dan satu lagi istilah pasangannya, Lihaq.

Sibaq (السِّبَاق) berasal daripada perkataan سَبَقَ yang bermaksud “mendahului” atau “sebelum”. Ia merujuk kepada konteks, untaian kalimat, atau ayat-ayat yang terletak sebelum ayat yang sedang dikaji. Ia membantu kita memahami latar belakang idea, suasana, atau sebab-sebab awal mengapa topik tersebut dibangkitkan.

Siyaq (السِّيَاق) berasal daripada perkataan saqa سَاقَ yang bermaksud “menggiring” atau “membawa aliran”. Ia merujuk kepada aliran keseluruhan teks, arah tuju perbincangan (mood/atmosfera kalimat), dan kaitan erat antara perkataan dalam satu struktur ayat. Dengan melihat perkara ini, ia dapat menentukan makna yang paling tepat bagi satu-satu perkataan yang mempunyai banyak maksud, berdasarkan ke mana arah perbincangan itu digiring.

Lihaq (اللِّحَاق) – Pelengkap Siyaq adalah ayat-ayat atau perkataan yang terletak selepas ayat yang sedang dikaji.

Oleh itu, jika kita menarik benang merah lebih jauh ke belakang, iaitu pada A’raf:178, kita akan menemukan sebuah hubungan Sibaq yang sangat sistematis dan berkesinambungan.

مَن يَهدِ اللَّهُ فَهُوَ المُهتَدي ۖ وَمَن يُضلِل فَأُولٰئِكَ هُمُ الخٰسِرونَ
Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang beroleh petunjuk; dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan sebab keingkarannya) maka merekalah orang-orang yang rugi.

Kalau kita perhatikan susunan di dalam Ayat 178 telah disebut petunjuk dahulu sebelum kesesatan. Jadi disebut yang manfaat dahulu seperti juga yang kita dapat dalam Ayat 188. Bagaimana pula kalau kita perhatikan kepada siyaq pula? Perhatikan kembali sambungan pada Ayat 188,

وَلَو كُنتُ أَعلَمُ الغَيبَ لَاستَكثَرتُ مِنَ الخَيرِ وَما مَسَّنِيَ السّوءُ
Dan kalaulah aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan.

Di sini kebaikan didahulukan berbanding keburukan, maka sesuai dengan konteks siyaq dan sibaq di dalam surah ini. Begitulah hebatnya susunan di dalam Al-Qur’an yang tepat. Sekarang kita perhatikan dalam surah yang lain pula. Lihat Ra’d:16

قُل أَفَاتَّخَذتُم مِّن دونِهِ أَولِياءَ لا يَملِكونَ لِأَنفُسِهِم نَفعًا وَلا ضَرًّا
Katakanlah: “Maka patutkah kamu mengambil pelindung-pelindungmu dari selain Allah, padahal mereka tidak menguasai kemanfaatan dan tidak (pula) kemudharatan bagi diri mereka sendiri?”

Di dalam ayat ini disebut tentang manfaat dahulu sebelum mudharat kerana sebelum itu di dalam Ra’d:15 disebut ketaatan sukarela berbanding keterpaksaan,

وَلِلهِ يَسجُدُ مَن فِي السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ طَوعًا وَكَرهًا
Hanya kepada Allah-lah sujud (patuh) segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan kemahuan sendiri ataupun terpaksa

Kalau taat kerana kemahuan sendiri, maka akan mendapat manfaat; tapi kalau taat hanya kerana terpaksa, maka mudharatlah jawabnya. Sekarang perhatikan satu lagi contoh di dalam Saba’:42

فَاليَومَ لا يَملِكُ بَعضُكُم لِبَعضٍ نَّفعًا وَلا ضَرًّا
Maka pada hari ini sebahagian kamu tidak berkuasa (untuk memberikan) kemanfaatan dan tidak pula kemudharatan kepada sebahagian yang lain

Di dalam ayat ini disebut tentang manfaat dahulu sebelum mudharat kerana sebelum itu di dalam Saba’:39

قُل إِنَّ رَبّي يَبسُطُ الرِّزقَ لِمَن يَشاءُ مِن عِبادِهِ وَيَقدِرُ لَهُ
Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan baginya


 

Mendahulukan Lafaz Mudharat Berbanding Manfaat

Ini adalah keterbalikan dari tajuk sebelum ini. Ada ketika Allah mendahulukan sebut mudharat pula berbanding manfaat. Contohnya,

Yunus:49

قُل لّا أَملِكُ لِنَفسي ضَرًّا وَلا نَفعًا إِلّا ما شاءَ اللَّهُ
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berkuasa menolak mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki Allah.

Menggunakan analisis Sibaq (konteks sebelum) dan Siyaq, berikut adalah sebab mengapa mudarat didahulukan dalam Surah Yunus. Ia adalah kesinambungan dari ayat sebelumnya iaitu Yunus:11

وَلَو يُعَجِّلُ اللَّهُ لِلنّاسِ الشَّرَّ استِعجالَهُم بِالخَيرِ لَقُضِيَ إِلَيهِم أَجَلُهُم
Dan kalau Allah menyegerakan bagi manusia azab sengsara yang mereka minta disegerakan, sebagaimana mereka minta disegerakan nikmat kesenangan, nescaya binasalah mereka dan selesailah ajal mereka.

Perhatikan juga Yunus:12,

وَإِذا مَسَّ الإِنسٰنَ الضُّرُّ دَعانا لِجَنبِهِ أَو قاعِدًا أَو قائِمًا فَلَمّا كَشَفنا عَنهُ ضُرَّهُ مَرَّ كَأَن لَّم يَدعُنا إِلىٰ ضُرٍّ مَّسَّهُ
Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah dia kepada Kami (dalam segala keadaan), sama ada dia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, dia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya

Jadi oleh kerana sudah dipakai susunan itu, maka Al-Qur’an meneruskan ikut susunan tersebut dengan mentaqdimkan tentang mudharat dahulu. Sekarang kita lihat siyaqnya pula di dalam Yunus:50

قُل أَرَءيتُم إِن أَتىٰكُم عَذابُهُ بَيٰتًا أَو نَهارًا مّاذا يَستَعجِلُ مِنهُ المُجرِمونَ
Katakanlah: “Sudahkah kamu nampak jalan keluar jika datang kepada kamu azab Tuhan itu, pada waktu malam atau pada waktu siang? “Azab manakah yang orang-orang berdosa itu minta disegerakan?

Oleh itu, sesuai dengan susunan mendahulukan mudharat sebelum manfaat, ayat ini juga menggunakan susunan yang sama.


 

Mendahulukan lafaz Rahmat sebelum Azab

Dalam ilmu Balaghah dan Tafsir Al-Qur’an, pendahuluan lafaz Rahmat sebelum Azab dalam satu-satu ayat mempunyai rahsia dan hikmah yang sangat mendalam. Apabila Allah mendahulukan sebutan Rahmat, ia berkait rapat dengan Sifat Asal Allah, Psikologi Manusia, serta konteks Sibaq & Siyaq ayat tersebut.

Sebab yang paling utama adalah kerana hakikat ketuhanan Allah. Dalam sebuah Hadis Qudsi yang sangat masyhur, Nabi bersabda bahawa Allah telah menetapkan:

لَمَّا قَضَى اللَّهُ الْخَلْقَ كَتَبَ فِي كِتَابِهِ، فَهُوَ عِنْدَهُ فَوْقَ الْعَرْشِ : إِنَّ رَحْمَتِي سَبَقَتْ غَضَبِي
“Tatkala Allah selesai menciptakan makhluk, Dia menulis di dalam kitab-Nya yang berada di sisi-Nya di atas ‘Arasy—: ‘Sesungguhnya rahmat-Ku mendahului kemurkaan-Ku.’”

Sahih al-Bukhari: No. Hadis: 3194; Sahih Muslim: No. Hadis: 2751.

Oleh kerana rahmat adalah sifat dasar Allah yang merangkumi segala-galanya, manakala azab hanyalah pilihan-Nya untuk menegakkan keadilan, maka secara alami lafaz rahmat diletakkan di hadapan dalam banyak ayat sebagai bentuk pengenalan jati diri Allah yang Maha Pengasih.

Dan apabila kita mengkaji ayat-ayat yang mendahulukan rahmat, kita akan mendapati Sibaq-nya (ayat-ayat sebelumnya) biasanya sedang membicarakan tentang:

    • Kisah taubat para Nabi atau hamba-Nya.
    • Galakan untuk berbuat kebaikan dan ketaatan.
    • Sifat-sifat orang beriman yang mengharapkan syurga.

Secara Siyaq (aliran hujah), Allah mendahulukan rahmat apabila sasaran ayat tersebut adalah untuk membuka pintu harapan (Targheeb) kepada pendosa agar mereka tidak berputus asa.

Contohnya perhatikan Maidah:18

يَغْفِرُ لِمَن يَشَاءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَاءُ
Dia mengampuni bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan menyeksa sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Penjelasan: Pada awal ayat, kaum Yahudi dan Nasrani membuat dakwaan yang sangat angkuh: “Kami adalah kekasih-kekasih Allah (أَحِبَّؤُهُ )”. Mereka merasa sangat selamat dan yakin bahawa mereka pasti mendapat rahmat dan kasih sayang mutlak, manakala azab tidak akan menyentuh mereka melainkan hanya beberapa hari sahaja. Allah mematahkan ilusi tersebut. Jika benar mereka kekasih Allah, kenapa di dunia lagi mereka sudah diazab atas dosa-dosa mereka?

Kenapa Rahmat Didahulukan di dalam ayat ini? Pada frasa يَغْفِرُ لِمَن يَشَاءُ, Allah mendahulukan kata keampunan untuk menegaskan hakikat bahawa rahmat dan ampunan itu adalah hak prerogatif (pilihan) Allah semata-mata, bukannya “hak milik automatik” kaum Yahudi atau Nasrani disebabkan garis keturunan atau dakwaan kosong mereka. Seterusnya disusuli dengan وَيُعَذِّبُ مَن يَشَاءُ (dan menyeksa siapa yang Dia kehendaki). Ini adalah amaran bahawa kedegilan mereka boleh menyebabkan mereka diazab, sekaligus merobohkan keyakinan palsu mereka bahawa mereka terselamat daripada neraka.

 

Fussilat:43

إِنَّ رَبَّكَ لَذو مَغفِرَةٍ وَذو عِقابٍ أَليمٍ
Sesungguhnya Tuhanmu berkuasa penuh melimpahkan keampunanNya dan berkuasa penuh menimpakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Penjelasan: Jika kita melihat ayat-ayat sebelum ini, terutamanya ayat 40 hingga 42, Allah sedang menceritakan tentang kedegilan orang kafir yang cuba memalingkan manusia daripada ayat-ayat Al-Qur’an, malah mereka menuduh Al-Qur’an itu sebagai sihir atau rekaan. Kesan daripada penentangan ini, Nabi Muhammad SAW merasa sangat sedih dan terkilan kerana dakwah baginda ditolak mentah-mentah.

Ayat 43 ini diturunkan sebagai tasliyah (pujukan dan hiburan) khusus daripada Allah untuk hati Nabi. Allah menyatakan: “Wahai Muhammad, usah berdukacita. Cacian yang kamu terima ini sebenarnya sama sahaja dengan apa yang dihadapi oleh para rasul terdahulu.” Dalam suasana memujuk Nabi yang sedang terluka, Allah mendahulukan sifat Maghfirah (Keampunan) untuk memberi keutamaan kepada orang-orang yang beriman yang mengikut Nabi. Seolah-olah Allah ingin membisikkan: “Biarkan penentangan mereka. Fokus utama-Ku adalah memberikan keampunan dan rahmat yang luas kepada kamu dan pengikutmu yang sabar.”

Jadi rahmat pengampunan didahulukan untuk menghiburkan Nabi dan para sahabat. Ia memberi isyarat bahawa walaupun dugaan dakwah itu pahit, pengakhiran yang menanti orang beriman adalah keampunan Allah yang sangat luas. Ia juga membuka pintu taubat kepada mana-mana penentang Nabi yang mahu berubah (seperti mana akhirnya ramai orang Quraisy memeluk Islam).

Sifat azab yang pedih diletakkan di hujung sebagai ancaman terakhir kepada kaum kafir yang tetap berdegil. Ayat ini memberi amaran: “Jika kamu tetap menolak hujah yang dibawa oleh Muhammad setelah diberi peluang (maghfirah), maka ketahuilah Allah juga memiliki azab yang sangat ngeri.”

 

Ghafir:3

غافِرِ الذَّنبِ وَقابِلِ التَّوبِ شَديدِ العِقابِ ذِي الطَّولِ
Yang Mengampunkan dosa, dan Yang Menerima taubat; Yang Berat azabNya; Yang Melimpah-limpah kurniaNya

Dalam ayat ini, susunannya lebih terperinci. Allah mendahulukan dua sifat rahmat-Nya (Mengampuni dosa & Menerima taubat), barulah diikuti dengan satu sifat azab-Nya (Sangat keras seksaan-Nya). Setelah Allah menawarkan dua fasa kebaikan yang begitu luas (ampunan dosa kecil/besar dan penerimaan taubat nasuha), barulah Allah menutupnya dengan amaran: شَدِيدِ الْعِقَابِ (Yang Sangat keras seksaan-Nya). Ini membawa maksud: Azab Allah hanya akan jatuh kepada orang yang sengaja memilih untuk menolak tawaran ampunan dan taubat tadi. Sesiapa yang sudah dibentangkan dengan pintu ampunan yang begitu luas tetapi masih mahu berjalan menuju maksiat, maka dia selayaknya menerima azab yang keras.

Jikalau kita melihat Ayat 2 sebelumnya, Allah menyebut tentang Al-Qur’an yang diturunkan kepada umat manusia sebagai hidayah, ubat, dan rahmat yang terbesar. Ia bukan diturunkan untuk membinasakan manusia, tetapi untuk menyelamatkan mereka. Oleh itu, sebaik sahaja Allah menyebut tentang penurunan Al-Qur’an di ayat 2, Siyaq ayat seterusnya (ayat 3) mestilah mempamerkan sifat Allah yang paling dominan dalam penurunan kitab tersebut, iaitu sifat Kasih Sayang dan Pengampunan. Allah mahu manusia mendekati Al-Qur’an dengan perasaan penuh harapan (Raja’).

Yang menariknya, selepas Allah menyebut tentang azab (شَديدِ العِقابِ), Allah tidak membiarkan ayat ini tergantung dalam suasana yang menakutkan. Allah menutupnya semula dengan sifat rahmat, iaitu ذِي الطَّوْلِ (Yang Mempunyai kurniaan / limpahan nikmat yang tidak putus-putus).


 

Mendahulukan lafaz Azab sebelum Rahmat

Ini pula adalah keterbalikan dari tajuk sebelum ini. Kerana ada ketikanya Allah sebut Azab dahulu sebelum Rahmat. Ini pun ada sebabnya. Kita lihat contoh-contohnya di bawah.

Maidah:40

أَلَم تَعلَم أَنَّ اللهَ لَهُ مُلكُ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ يُعَذِّبُ مَن يَشاءُ وَيَغفِرُ لِمَن يَشاءُ
Tidakkah kamu tahu, sesungguhnya Allah-lah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi, diseksa-Nya siapa yang dikehendaki-Nya dan diampuni-Nya bagi siapa yang dikehendaki-Nya. 

Di dalam ayat ini disebut azab dahulu kerana telah datang ayat-ayat sebelum ini tentang perompak, penyamun, pemberontak dan pencuri. Maka kerana itu Allah sebut tentang azab dahulu.

Ayat ini datang setelah Maidah:32

مِن أَجلِ ذٰلِكَ كَتَبنا عَلىٰ بَني إِسرٰءيلَ أَنَّهُ مَن قَتَلَ نَفسًا بِغَيرِ نَفسٍ أَو فَسادٍ فِي الأَرضِ فَكَأَنَّما قَتَلَ النّاسَ جَميعًا وَمَن أَحياها فَكَأَنَّما أَحيَا النّاسَ جَميعًا
Oleh kerana itu Kami tetapkan (suatu hukum) bagi Bani Israil, bahawa: barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan kerana membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya. Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.

Dan di dalam Maidah:33

إِنَّما جَزٰؤا الَّذينَ يُحارِبونَ اللهَ وَرَسولَهُ وَيَسعَونَ فِي الأَرضِ فَسادًا أَن يُقَتَّلوا أَو يُصَلَّبوا أَو تُقَطَّعَ أَيديهِم وَأَرجُلُهُم مِّن خِلٰفٍ أَو يُنفَوا مِنَ الأَرضِ ۚ ذٰلِكَ لَهُم خِزيٌ فِي الدُّنيا ۖ وَلَهُم فِي الآخِرَةِ عَذابٌ عَظيمٌ
Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerosakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka di dunia, dan di akhirat mereka beroleh seksaan yang besar,

Selepas itu Allah berfirman di dalam Maidah:38

وَالسّارِقُ وَالسّارِقَةُ فَاقطَعوا أَيدِيَهُما جَزاءً بِما كَسَبا نَكٰلًا مِّنَ اللهِ
Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan dari Allah. 

Oleh kerana itu kita boleh nampak bagaimana kesesuaian kenapa didahulukan disebut tentang azab kerana surah ini berkenaan kesalahan-kesalahan yang dilakukan manusia, maka kerana itulah disebut azab dahulu.

Contoh lain kita boleh lihat di dalam Surah Ankabut. Lihat Ankabut:21

يُعَذِّبُ مَن يَشاءُ وَيَرحَمُ مَن يَشاءُ ۖ وَإِلَيهِ تُقلَبونَ
Allah mengazab siapa yang dikehendaki-Nya, dan memberi rahmat kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan hanya kepada-Nya-lah kamu akan dikembalikan.

Ini kerana ia datang dalam konteks peringatan Nabi Ibrahim kepada kaumnya dan perdebatan dengan Namrud serta pengikutnya, di mana azab telah menimpa mereka di dunia. Baginda telah memperingatkan dan menegur mereka seperti di dalam Ankabut:17-18

إِنَّمَا تَعبُدُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ أَوثَـٰنًا وَتَخۡلُقُونَ إِفكًا‌ۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ تَعبُدُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ لَا يَملِكُونَ لَكُم رِزقًا فَٱبتَغُواْ عِندَ ٱللَّهِ ٱلرِّزقَ وَٱعبُدُوهُ وَٱشكُرُواْ لَهُ ۥۤ‌ۖ إِلَيهِ تُرجَعُونَ (١٧)
Kamu hanyalah menyembah berhala-berhala yang diperbuat oleh orang, tidak menyembah Allah Yang Mencipta segala-galanya dan kamu hanya mengadakan penyembahan yang dusta. Sesungguhnya mereka yang kamu sembah yang lain dari Allah itu, tidak berkuasa memberi rezeki kepada kamu; oleh itu carilah rezeki dari sisi Allah, dan sembahlah akan Dia, serta bersyukurlah kepadaNya; (ingatlah), kepada Allah jualah kamu akan dikembalikan. (17) Dan jika kamu terus-menerus mendustakan (ajaran agama Allah yang aku sampaikan kepada kamu), maka sesungguhnya umat-umat yang sebelum kamu telah juga mendustakan (Rasul-rasulnya) dan (ingatlah) tugas Rasul hanya menyampaikan dengan penjelasan yang terang nyata. (18)

Dan baginda terus mengancam mereka di dalam Ankabut:23

وَمَآ أَنتُم بِمُعجِزِينَ فِى ٱلۡأَرضِ وَلَا فِى ٱلسَّمَآءِ‌ۖ وَمَا لَڪُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ وَلَا نَصِيرٍ (٢٢) وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِ وَلِقَآٮِٕهِۦۤ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ يَٮِٕسُواْ مِن رَّحمَتِى وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ لَهُم عَذَابٌ أَلِيمٌ (٢٣)
Dan kamu tidak akan dapat melepaskan diri (dari kekuasaan Allah) di bumi dan tidak juga di langit (sekalipun) dan kamu tidak akan mendapat sebarang pelindung dan penolong yang lain dari Allah. (22) Dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah dan pertemuan denganNya, mereka tetaplah akan menjadi orang-orang yang putus asa dari rahmatKu; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (23) 

Maka jelaslah bahawa konteks di sini menuntut didahulukan menyebut akan azab.


 

Selain itu, terdapat lagi banyak lagi contoh sesuatu lafaz didahulukan berbanding yang lain.

Jalan yang Luas

Anbiya’:31

وَجَعَلنا فِي الأَرضِ رَوٰسِيَ أَن تَميدَ بِهِم وَجَعَلنا فيها فِجاجًا سُبُلًا لَّعَلَّهُم يَهتَدونَ
Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka dan telah Kami jadikan (pula) di bumi itu jalan-jalan yang luas, agar mereka mendapat petunjuk.

Sedangkan di dalam Nuh:19-20,

وَٱللَّهُ جَعَلَ لَكُمُ ٱلۡأَرۡضَ بِسَاطًا (١٩) لِّتَسلُكُواْ مِنہَا سُبُلاً فِجَاجًا (٢٠)
Dan Allah telah menjadikan bumi bagi kamu sebagai hamparan. (19) Supaya kamu melalui jalan-jalan yang luas padanya. (20)

Perhatikan di dalam Anbiya’:31 disebut فِجاجًا dahulu sebelum سُبُلًا akan tetapi susunan itu diterbalikkan di dalam Nuh:20. Ini kerana kalimah فِجاجًا asalnya bermaksud jalan di gunung atau di antara dua gunung. Maka apabila disebut رَوٰسِيَ (gunung) di dalam Surah Anbiya’, maka sesuailah didahulukan kalimah فِجاجًا. Sedangkan di dalam Surah Nuh tidak ada disebut gunung, maka kalimah فِجَاجًا diakhirkan.

 

Mendahulukan Terbunuh berbanding Mati

Ali Imran:157-158

وَلَٮِٕن قُتِلتُم فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أَو مُتُّم لَمَغفِرَةٌ مِّنَ ٱللَّهِ وَرَحمَةٌ خَيرٌ مِّمَّا يَجمَعُونَ (١٥٧) وَلَٮِٕن مُّتُّم أَو قُتِلتُم لَإِلَى ٱللَّهِ تُحشَرُونَ (١٥٨)
Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah (dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa semasa mengerjakan kebajikan umum), sesungguhnya keampunan dari Allah dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis kesenangan hidup). (157) Demi sesungguhnya! Jika kamu mati atau terbunuh, sudah tentu kepada Allah jualah kamu akan dihimpunkan (untuk menerima balasan). (158) 

Perhatikan di dalam ayat pertama (157), Allah mendahulukan menyebut terbunuh, kemudian baru disebut mati. Sedangkan di dalam ayat seterusnya (158), Allah mula sebut mati dahulu sebelum terbunuh.

Mungkin di dalam ayat 157, ia berkenaan jihad fi sabilillah dan kebiasaannya, orang yang berjihad berkemungkinan akan terbunuh di medan jihad. Kerana itulah Allah mendahulukan (taqdim) terbunuh. Dan kerana itulah di hujung ayat itu Allah menyebut tentang keampunan dan rahmat kerana ia adalah ayat tentang jihad.

Sedangkan di dalam ayat 158, ia bukan tentang jihad kerana tidak disebut, jadi ia adalah tentang kematian biasa dan kerana itulah didahulukan sebut mati. Dan Allah hanya sebut tentang semua makhluk akan dihimpunkan. Begitulah setiap kalimah diletakkan tepat pada tempatnya.

 

Mendahulukan Ternakan berbanding Manusia

Sajdah:27

أَوَلَم يَرَوا أَنّا نَسوقُ الماءَ إِلَى الأَرضِ الجُرُزِ فَنُخرِجُ بِهِ زَرعًا تَأكُلُ مِنهُ أَنعٰمُهُم وَأَنفُسُهُم ۖ أَفَلا يُبصِرونَ
Dan tidakkah mereka melihat bahawasanya Kami mengarahkan turunnya hujan ke bumi yang kering kontang, lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman-tanaman, yang daripadanya dimakan oleh binatang-binatang ternak mereka dan mereka sendiri? Maka mengapa mereka tidak mahu memerhati?

Di dalam ayat ini, Allah sebut binatang ternak dahulu sebelum manusia. Akan tetapi di dalam Abasa:31-32, susunannya ditukar pula.

وَفَـٰكِهَةً وَأَبًّا (٣١) مَّتَـٰعًا لَّكُم وَلِأَنعَـٰمِكُم (٣٢)
Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput; (31) Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu. (32)

Di dalam Surah Sajdah itu, disebut tentang tanaman yang menjadi makanan binatang, maka kerana itulah didahulukan disebut binatang dahulu. Sedangkan di dalam Surah Abasa, ia berkenaan yang konteksnya tentang makanan manusia. Kalau kita perhatikan Abasa:24 sebelum itu pun, manusia disuruh melihat makanannya,

فَليَنظُرِ الإِنسانُ إِلىٰ طَعامِهِ
maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya.

Kemudian Allah terus berfirman di dalam Abasa:27-30

فَأَنۢبَتنَا فِيہَا حَبًّا (٢٧) وَعِنَبًا وَقَضبًا (٢٨) وَزَيتُونًا وَنَخلاً (٢٩) وَحَدَآٮِٕقَ غُلبًا (٣٠)
Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian, (27) Dan buah anggur serta sayur-sayuran, (28) Dan zaitun serta pohon-pohon kurma, (29) Dan taman-taman yang menghijau subur, (30)

Maka kalau kita perhatikan, makanan untuk manusia yang disebut dahulu, sebelum disebut rumput-rumput sebagai makanan untuk binatang, maka kerana itulah sesuai sangat apabila disebut manusia لَّكُم (untuk kalian) sebelum disebut untuk binatang (وَلِأَنعَـٰمِكُم). Jadi kita boleh lihat bagaimana susunan ayat-ayat di dalam Al-Qur’an adalah sangat tepat.


 

Pemberian Rezeki

An’am:151

وَلَا تَقتُلُوٓاْ أَولَـٰدَڪُم مِّن إِملَـٰقٍ نَّحنُ نَرزُقُڪُم وَإِيَّاهُم
dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka (anak-anak)

Di dalam ayat ini, disebut pemberian rezeki kepada ibubapa dahulu sebelum pemberian rezeki kepada anak. Akan tetapi susunan ini diterbalikkan di dalam Isra’:31 walaupun ayatnya lebih kurang sama sahaja bunyinya.

وَلَا تَقتُلُوٓاْ أَولَـٰدَكُم خَشيَةَ إِملَـٰقٍ نَّحنُ نَرزُقُهُم وَإِيَّاكُم
Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka (anak-anak) dan juga kepadamu

Ini kerana di dalam Surah An’am, ayat itu ditujukan kepada golongan fakir miskin yang membunuh anak-anak mereka kerana kemiskinan yang sedang mereka alami. Maka sesuailah janji rezeki kepada mereka didahulukan, kemudian janji rezeki kepada anak-anak mereka sebagai pelengkap.

Manakan ayat di dalam Surah Isra’ ditujukan kepada golongan yang bukan fakir, tetapi membunuh anak-anak mereka kerana takut kepada kemiskinan, bukan kerana mereka miskin ketika itu. Mereka khuatir beban tanggungan menyara anak-anak mereka akan mengikis kekayaan yang mereka sedang miliki. Maka sesuailah janji rezeki kepada anak-anak didahulukan agar mereka merasa aman daripada ketakutan itu. Maksudnya Allah telah menetapkan rezeki bersama anak-anak itu, maka ibubapa itu tidak perlu takut anak-anak itu akan mengambil rezeki mereka. Anak-anak itu datang dengan rezeki, maka janganlah takut tak makan.


 

Hati didahulukan berbanding Pendengaran

Baqarah:7

خَتَمَ اللهُ عَلىٰ قُلوبِهِم وَعَلىٰ سَمعِهِم ۖ وَعَلىٰٓ أَبصٰرِهِم غِشٰوَةٌ
Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; 

Di dalam ayat ini Allah mendahulukan sebut hati sebelum disebut pendengaran, akan tetapi di dalam Jathiya:23 pendengaran pula yang disebut dahulu sebelum hati.

وَخَتَمَ عَلىٰ سَمعِهِ وَقَلبِهِ وَجَعَلَ عَلىٰ بَصَرِهِ غِشٰوَةً
dan dimeterikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya

Kenapa ada perbezaan susunan ini? Kerana di dalam Surah Baqarah itu yang ditekankan adalah hati manusia yang ada penyakit seperti yang disebut di dalam Baqarah:10

فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ ٱللَّهُ مَرَضً۬ا‌
Dalam hati mereka terdapat penyakit, maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka

Maka kerana itulah sesuai hati yang disebut dahulu sedangkan di dalam Surah Jathiya itu disebut akan pendengaran yang tidak berfungsi, lihat Jathiya:7-8

وَيلٌ لِّكُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٍ (٧) يَسمَعُ ءَايَـٰتِ ٱللَّهِ تُتلَىٰ عَلَيهِ ثُمَّ يُصِرُّ مُستَكبِرًا كَأَن لَّم يَسمَعهَا‌ۖ فَبَشِّرهُ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ (٨)
Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa; (7) Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah dia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (8)

Maka kerana itulah pendengaran yang disebut dahulu di dalam Surah Jathiya. Setiap lafaz disusun mengikut konteks yang tepat di dalam Al-Qur’an.

Selain dari itu, Surah Baqarah menyebut tentang kekafiran orang kafir yang lebih sesat dan lebih keras berbanding yang disebut di dalam Surah Jathiya. Lihat Baqarah:6-7

إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ سَوَآءٌ عَلَيهِم ءَأَنذَرتَهُم أَم لَم تُنذِرهُم لَا يُؤمِنُونَ (٦) خَتَمَ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِم وَعَلَىٰ سَمعِهِم ۖ وَعَلَىٰٓ أَبصَـٰرِهِم غِشَـٰوَةٌ ۖ وَلَهُم عَذَابٌ عَظِيمٌ (٧)
Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: Sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. (6) (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar. (7)

Jadi kita boleh lihat kerasnya kekafiran mereka sampaikan tidak boleh diubah lagi. Sedangkan di dalam Jathiya:23

أَفَرَءيتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلٰهَهُ هَوىٰهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلىٰ عِلمٍ وَخَتَمَ عَلىٰ سَمعِهِ وَقَلبِهِ وَجَعَلَ عَلىٰ بَصَرِهِ غِشٰوَةً فَمَن يَهديهِ مِن بَعدِ اللهِ ۚ أَفَلا تَذَكَّرونَ
Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar), dan dimeterikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?

Perhatikan di dalam Jathiya:23 ini tidak ada ayat: ءَأَنذَرتَهُم أَم لَم تُنذِرهُم لَا يُؤمِنُونَ. Jadi mereka itu masih ada harapan lagi.

Selain dari itu, tanda kerasnya hati mereka kita boleh perhatikan di dalam Baqarah ada pengulangan huruf jar عَلَىٰ iaitu: خَتَمَ ٱللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِم وَعَلَىٰ سَمعِهِم. Sedangkan di dalam Jathiya hanya digabungkan sekali sahaja وَخَتَمَ عَلىٰ سَمعِهِ وَقَلبِهِ dan ini menunjukkan ada perbezaan dari segi kekuatan.

Selain dari itu, ada lagi tanda perbezaan kekuatan di dalam dua ayat ini. Perhatikan kalimat di dalam Surah Baqarah: وَعَلَىٰٓ أَبصَـٰرِهِم غِشَـٰوَةٌ. Ini adalah di dalam jumlah ismiyyah dan apabila digunakan jumlah ismiyyah, ia lebih kuat dari jumlah fi’liyyah. Apabila digunakan jumlah ismiyyah, ia membawa isyarat ketetapan dan kekekalan. Ia bermakna penutup mata mereka itu telah ada sejak dari awal lagi dan ia tidak boleh diangkat lagi. Perhatikan penggunaan jumlah fi’liyyah di Surah Jathiya: وَجَعَلَ عَلىٰ بَصَرِهِ غِشٰوَةً (kalimah جَعَلَ itu menjadikan ayat ini jumlah fi’liyyah). Dan apabila digunakan جَعَلَ ia bermaksud penutup itu bukan ada sejak dari awal. Dan kerana itu ada kalimah وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلىٰ عِلمٍ yang bermaksud mereka itu jadi sesat kemudiannya.

Akhir sekali, penutup ayat di dalam Baqarah:7 adalah وَلَهُم عَذابٌ عَظيمٌ (dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar) dan ini tidak ada di dalam Surah Jathiya. Jadi kesesatan manusia yang disebut di dalam Surah Baqarah adalah lebih teruk, maka amat sesuai apabila didahulukan dengan disebut hati kerana hati adalah tempat iman seperti disebut di dalam Hajj:46

فَإِنَّها لا تَعمَى الأَبصٰرُ وَلٰكِن تَعمَى القُلوبُ الَّتي فِي الصُّدورِ
Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.

Dan kita pun sudah biasa dengar hadis ini, bukan?

أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً، إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ
“Ketahuilah bahawa di dalam setiap tubuh manusia itu ada seketul daging. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh tubuhnya. Dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah, itulah yang dinamakan hati.”

Sahih al-Bukhari: No. Hadis 52; Sahih Muslim: No. Hadis 1599


 

Mendahulukan lafaz ‘hal ini’ dan ‘nenek moyang kami’

Naml:68

لَقَد وُعِدنا هٰذا نَحنُ وَءآباؤُنا مِن قَبلُ إِن هٰذا إِلّا أَسٰطيرُ الأَوَّلينَ
Sesungguhnya kami telah diberi ancaman dengan ini dan (juga) bapa-bapa kami dahulu; ini tidak lain hanyalah dongengan-dongengan orang dahulu kala”.

Perhatikan di dalam ayat ini, didahulukan sebut kalimah هٰذا sedangkan di dalam Mukminoon:83, susunannya diterbalikkan, kalimah هٰذا dikemudiankan.

لَقَد وُعِدنا نَحنُ وَءآباؤُنا هٰذا مِن قَبلُ إِن هٰذا إِلّا أَسٰطيرُ الأَوَّلينَ
Sesungguhnya kami dan bapak-bapak kami telah diberi ancaman (dengan) ini dahulu, ini tidak lain hanyalah dongengan orang-orang dahulu kala!”.

Kenapa begitu? Kita kena perhatikan ayat sebelumnya untuk melihat konteks ayat. Di dalam Naml:67, Allah berfirman,

وَقالَ الَّذينَ كَفَروا أَءِذا كُنّا تُرٰبًا وَءآباؤُنا أَئِنّا لَمُخرَجونَ
Berkatalah orang-orang yang kafir: “Apakah setelah kita menjadi tanah dan (begitu pula) bapa-bapa kita; apakah sesungguhnya kita akan dikeluarkan (dari kubur)?

Di dalam Surah Naml, disebut keadaan mereka dan bapa-bapa mereka yang telah menjadi tanah. Sedangkan di dalam Mukminoon:82,

قالوا أَإِذا مِتنا وَكُنّا تُرابًا وَعِظٰمًا أَءِنّا لَمَبعوثونَ
Mereka berkata: “Apakah betul, apabila kami telah mati dan kami telah menjadi tanah dan tulang belulang, apakah sesungguhnya kami benar-benar akan dibangkitkan?

Beza di dalam Surah Mukminoon ini ada tambahan kalimah عِظٰمًا (tulang belulang) yang bermaksud baru lagi mati, masih ada lagi tulang-belulang yang belum hancur. Sedangkan di dalam Surah Naml, hanya disebut ‘tanah’ yang bermaksud tulang belulang pun sudah hancur habis, bermakna sudah sangat lama mereka telah mati. Jadi keadaan di dalam Surah Naml lebih teruk. Maka didahulukan disebut kalimah هٰذا yang merujuk kepada berita kebangkitan semula kerana maklumat itu lebih pelik kerana telah lama mereka mati. Kalau baru mati lagi, agak kurang sedikit kepelikannya.

 

Allahu a’lam. Sambung ke bahagian yang seterusnya

Kemaskini: 3 Jun 2026

Pengenalan Tafsir Balaghi (Ilmu Ma’ani) Taqdim wa Ta’khir (Part 2)

B. Taqdim dan Ta’khir lafaz bukan pada Amil

Ada berbagai sebab kenapa Allah mendahulukan sesetengah kalimah di depan kalimah yang lain. Maksudnya tersirat dan tidak kelihatan dengan jelas tapi dibahaskan di dalam Ilmu Balaghah.

1. Dzariyat:56

وَما خَلَقتُ الجِنَّ وَالإِنسَ إِلّا لِيَعبُدونِ
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Dalam ayat ini, berlakunya struktur taqdim wa ta’khir yang sangat halus dari sudut penyusunan subjek makhluk, di mana Allah SWT mendahulukan sebutan golongan “Jin” kemudian baru diikuti dengan golongan “Manusia”. Mengapa Jin Didahulukan? Secara logiknya, manusia sering menganggap diri mereka sebagai makhluk paling utama di bumi, maka sepatutnya manusialah yang disebut dahulu. Namun, ulama tafsir dan pakar balaghah Al-Qur’an menggariskan beberapa kepentingan kritikal mengapa lafaz الْجِنَّ didahulukan:

Kepentingan pertama adalah untuk menggambarkan realiti sejarah penciptaan makhluk. Jin adalah makhluk mukalaf (yang diberi tanggungjawab syariat) yang diciptakan jauh lebih awal sebelum Nabi Adam A.S (manusia pertama) dijadikan. Hakikat ini disahkan oleh Allah dalam Surah Al-Hijr, ayat 27:

وَالجآنَّ خَلَقنٰهُ مِن قَبلُ
Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam)

Tujuan utama ayat ini diturunkan adalah untuk menegaskan matlamat asal penciptaan iaitu ibadah. Sifat asal bangsa jin (berdasarkan tabi’at penciptaan mereka daripada api) adalah lebih cenderung kepada sifat sombong, degil, membangkang, liar, dan sukar tunduk kepada aturan (seperti watak iblis). Manusia pula diciptakan daripada tanah yang sifat dasarnya lebih tenang, lembut, dan mudah dibentuk. Oleh itu, mendahulukan jin di sini bertindak sebagai teguran dan amaran yang lebih keras kepada makhluk yang paling liat untuk beribadah: “Wahai golongan jin yang bersikap liar dan sombong, sedarlah bahawa tujuan asal kamu dicampakkan ke dunia ini tidak lain dan tidak bukan adalah HANYA untuk tunduk beribadah kepada-Ku!”

Masyarakat Arab Jahiliyyah (dan sebahagian masyarakat moden hari ini) mempunyai tabiat syirik yang sangat parah, iaitu meminta perlindungan, mengagungkan, dan menyembah jin apabila mereka melalui tempat-tempat yang keras atau hutan belantara.Dengan mendahulukan lafaz الْجِنَّ dalam formula ibadah {إِلَّا لِيَعْبُدُونِ}, Allah mematahkan doktrin syirik tersebut: “Bagaimana kamu (manusia) boleh menyembah, takut, atau meminta pertolongan daripada jin, sedangkan bangsa jin itu sendiri diletakkan di barisan hadapan sebagai hamba yang DIWÀJIBKAN tunduk menyembah Aku?” Struktur ini merendahkan ego jin dan sekaligus menyedarkan manusia bahawa jin juga hanyalah makhluk kerdil yang memikul beban kewajipan yang sama di sisi Allah.

 

2. Baqarah:255

لا تَأخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَومٌ
Dia tidak ditimpa oleh mengantuk dan tidak pula tidur

Di sini, Allah SWT mendahulukan perkataan {سِنَةٌ} (mengantuk) terlebih dahulu sebelum perkataan {نَوْمٌ} (tidur). Dari sudut ilmu Balaghah dan susunan bahasa Al-Qur’an, pendahuluan (taqdim) ini mempunyai rahsia logik, fasa biologi, dan penegasan akidah yang tersangat agung.

Mengikut Urutan Realiti Fizikal (Al-Tartib al-Wujudi), secara semula jadi atau biologi, tidur tidak akan berlaku secara tiba-tiba melainkan ia bermula dengan fasa mengantuk terlebih dahulu. {سِنَةٌ} ialah rasa mengantuk, layu mata, atau pening kepala di peringkat awal yang belum menghilangkan kesedaran akal sepenuhnya. Sedangkan {نَوْمٌ} pula ialah fasa tidur yang lena, di mana pancaindera dan kesedaran akal manusia terputus sepenuhnya daripada alam nyata. Al-Quran mendahulukan mengantuk mengikut kronologi fasa yang dilalui oleh makhluk. Struktur ini membina logik berfikir yang sangat tersusun dalam minda pembaca.

Mengikut Kaedah Penafian yang Lebih Kuat (Nafi al-Adna wal-A’la). Dalam retorik sastera Arab, apabila kita mahu menafikan sesuatu sifat kelemahan daripada entiti yang Maha Agung, kita mesti menafikan kelemahan yang paling kecil dahulu, barulah diikuti dengan kelemahan yang besar. Rasa mengantuk (سِنَةٌ) adalah tanda kepenatan yang sangat kecil, manakala tidur (نَوْمٌ) adalah fasa kelemahan yang besar di mana makhluk hilang kawalan diri. Jika Allah sekadar berfirman: “Dia tidak ditimpa tidur,” maka dari segi logik bahasa, orang akan mula membuat spekulasi: “Kalau Allah tidak tidur, adakah Allah mengalami rasa mengantuk atau letih yang sikit?” Oleh itu, Allah memotong terus keraguan itu di peringkat akar umbi: “Mengantuk yang sekecil-kecil rasa mengantuk pun tidak mampu menguasai Allah, apatah lagi tidur yang sifatnya lebih berat!”

Ia Mengandungi Jaminan Keamanan Alam Semesta yang Berterusan. Ayat Kursi bercerita tentang Allah yang memegang, mengawal, dan mentadbir langit dan bumi (وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ). Bayangkan jika seorang pengawal keselamatan atau pemandu bas tersengguk mengantuk selama 2 saat sahaja, kemalangan yang dahsyat boleh berlaku walaupun dia belum betul-betul lena di atas katil. Dengan mendahulukan penafian kata ‘Mengantuk’, Allah memberikan jaminan keamanan mutlak kepada makhluk-Nya: “Tuhan yang menjaga kamu semua ini tidak pernah tersengguk walau satu milisaat pun. Sistem alam semesta ini tidak akan pernah terlepas daripada radar kawalan-Nya, kerana rasa mengantuk yang paling nipis pun tidak wujud pada sifat-Nya.”

 

3. Ankabut:38 

وَعادًا وَثَمودَ وَقَد تَّبَيَّنَ لَكُم مِّن مَّسٰكِنِهِم
Dan (juga) kaum ‘Aad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari tempat tinggal mereka

Dalam ayat ini, Allah mendahulukan sebutan Kaum Aad terlebih dahulu sebelum Kaum Tsamud. Pendahuluan (taqdim) ini mempunyai kepentingan yang sangat besar dari sudut sejarah, geografi masyarakat Arab, dan juga keadilan hukum alam.

Sebab yang paling utama dan paling jelas adalah mengikut urutan masa (kronologi) kewujudan dan kemusnahan kedua-dua kaum ini di atas muka bumi.

Kaum Aad: Adalah umat Nabi Hud A.S. Mereka hidup dalam fasa sejarah yang lebih awal, iaitu generasi pengganti beberapa abad selepas peristiwa Banjir Besar Nabi Nuh A.S.

Kaum Tsamud: Adalah umat Nabi Saleh A.S. Mereka adalah generasi terkemudian yang muncul setelah kaum Aad musnah ditimpa azab angin taufan.

Mendahulukan Aad sebelum Tsamud adalah susunan sastera Al-Qur’an yang patuh kepada garis masa sejarah manusia (tartib sejarah) supaya pembaca dapat menelusuri kisah ini secara tersusun.

Dari sudut sejarah bangsa Arab purba (Arab Ba’idah), kaum Tsamud sebenarnya adalah pecahan atau keturunan terkemudian daripada sisa-sisa kaum Aad yang terselamat daripada azab. Tsamud sendiri belajar teknologi membina bangunan dan memahat gunung-ganang daripada kegagalan dan kehebatan seni bina kaum Aad terdahulu. Malah, Nabi Saleh A.S pernah mengingatkan kaum Tsamud tentang status mereka sebagai “generasi pengganti” kaum Aad dalam A’raf:74

وَاذكُروا إِذ جَعَلَكُم خُلَفاءَ مِن بَعدِ عادٍ وَبَوَّأَكُم فِي الأَرضِ تَتَّخِذونَ مِن سُهولِها قُصورًا وَتَنحِتونَ الجِبالَ بُيوتًا ۖ فَاذكُروا ءآلاءَ اللَّهِ وَلا تَعثَوا فِي الأَرضِ مُفسِدينَ
“Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu pengganti sesudah kaum Aad, dan di tempatkannya kamu di bumi, (dengan diberi kemudahan) untuk kamu mendirikan istana-istana di tanahnya yang rata, dan kamu memahat gunung-ganangnya untuk dijadikan rumah. Maka kenangkanlah nikmat-nikmat Allah itu dan janganlah kamu melampau melakukan kerosakan di muka bumi”.

Oleh kerana Aad bertindak sebagai “ibu” atau “senior” kepada tamadun Tsamud, adalah sangat tepat dari sudut balaghah untuk menyebut kaum Aad terlebih dahulu.

Dalam timbangan balaghah, apabila Al-Qur’an mahu memberikan amaran kepada kaum musyrikin Makkah (atau manusia amnya), Al-Qur’an akan menyusun contoh daripada yang paling besar/dahsyat kepada yang seterusnya. Kaum Aad dikenali sebagai kaum yang memiliki susuk tubuh paling besar, paling sasa, dan tamadun struktur tiang tinggi (Iram) yang tidak pernah dicipta tandingannya di mana-mana negara pada waktu itu. Kezaliman dan kesombongan mereka juga sangat ekstrem sehingga mereka mencabar: “Siapakah yang lebih kuat daripada kami?”

Kaum Tsamud juga hebat, tetapi kehebatan mereka lebih khusus kepada seni memahat istana di gunung-ganang batu (tempat tinggal mereka adalah Madain Saleh). Dengan mendahulukan Aad, Allah memberikan impak amaran yang sangat berat: “Kaum Aad yang tersangat gergasi dan kuat itu pun dengan mudah Kami musnahkan, apatah lagi kaum Tsamud, dan apatah lagi kamu wahai kaum Quraisy yang jauh lebih kerdil!”

Nota: Arab Ba’idah (العرب البائدة) secara harfiahnya bermaksud “Kaum Arab yang telah lenyap”, “punah”, atau “binasa”. Dalam ilmu sejarah dan genealogi (salasilah) bangsa Arab, mereka diletakkan sebagai kelompok Arab paling purba yang pernah mendiami Semenanjung Tanah Arab, namun seluruh keturunan, tamadun, dan bahasa asal mereka telah lenyap sepenuhnya daripada muka bumi sebelum kedatangan Islam.

 

4. Nur:44 dan Anbiya’:33 

يُقَلِّبُ اللهُ اللَّيلَ وَالنَّهارَ
Allah mempergantikan malam dan siang

وَهُوَ الَّذي خَلَقَ اللَّيلَ وَالنَّهارَ وَالشَّمسَ وَالقَمَرَ
Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan

Allah mendahulukan sebutan Malam {اللَّيْلَ} terlebih dahulu sebelum Siang {وَالنَّهَارَ} di dalam banyak ayat Al-Qur’an. Susunan taqdim (pendahuluan) ini bukan sahaja konsisten di dalam banyak ayat Al-Qur’an yang lain, malah ia mempunyai rahsia sains penciptaan, aspek psikologi manusia, dan sistem kalendar yang sangat penting.

Dari sudut sains astronomi dan kronologi penciptaan, malam (kegelapan) adalah keadaan asal alam semesta sebelum wujudnya bintang, matahari, dan cahaya. Ketika Allah mula menciptakan ruang angkasa, alam semesta ini berada dalam kegelapan yang pekat. Cahaya (siang) hanya wujud kemudian setelah Allah menciptakan sumber cahaya seperti bintang dan matahari. Allah berfirman di dalam An’am:1

وَجَعَلَ الظُّلُمٰتِ وَالنّورَ
dan menjadikan gelap dan terang

Lihatlah Allah sebut Dia mencipta kegelapan dahulu sebelum terang. Maka, mendahulukan malam di dalam bahasa Al-Qur’an adalah mengikut urutan kewujudan yang sebenar di mana gelap wujud lebih awal daripada terang.

Dalam sistem kosmologi Islam dan budaya masyarakat Arab, waktu bertukar dan hari baru bermula apabila masuknya waktu malam (waktu Maghrib), bukannya pada waktu pagi atau tengah malam (jam 12.00 malam seperti kalendar Masihi yang datang setelah diciptakan jam). Sebagai contoh, apabila anak bulan kelihatan pada petang hari terakhir bulan Syaaban, saat azan Maghrib berkumandang, umat Islam sudah dikira masuk ke tarikh 1 Ramadan. Kita mula menunaikan solat Tarawih pada malam tersebut sebelum kita berpuasa pada siang harinya. Oleh kerana malam adalah “pintu masuk” kepada hari yang baru, susunan taqdim ini sangat bertepatan dengan sistem praktikal ibadah umat Islam.

Di dalam Anbiya’:33 disebut juga penciptaan matahari dahulu sebelum matahari. Pendahuluan (taqdim) ini menyimpan rahsia sains astronomi yang sangat tepat, selain daripada menjaga keserasian struktur bahasa Al-Qur’an.

Rahsia pertama adalah disebabkan oleh seni penyusunan perkataan yang harmoni di dalam ilmu Balaghah, yang dipanggil sebagai Al-Laff wal-Nasyr (اللف والنشر) — iaitu menyusun sekelompok perkataan, kemudian mendatangkan kelompok pasangan seterusnya mengikut urutan yang sama. Mari kita perhatikan urutan di dalam ayat tersebut:

a. Malam disebut dahulu, pasangannya di hujung ialah Bulan
b. Siang disebut kemudian, pasangannya di tengah ialah Matahari.

Eh, sekejap! Kenapa susunannya bersilang? Di sinilah letaknya mukjizat sains yang sangat luar biasa:

Matahari ialah sebuah bintang yang menghasilkan cahayanya sendiri melalui tindak balas nuklear di dalamnya. Dalam istilah Al-Qur’an, matahari dipanggil sebagai Dhiya’ (cahaya yang membakar/sumber asal) atau Siraj (pelita).

Bulan pula adalah sebuah satelit semula jadi yang tidak mempunyai cahayanya sendiri. Bulan kelihatan terang pada waktu malam semata-mata kerana ia memantulkan kembali cahaya yang diterimanya daripada matahari. Di dalam Al-Qur’an, cahaya bulan dipanggil sebagai Nur (pantulan cahaya yang sejuk). Dari sudut sains fizikal dan urutan kepentingan:

  • Matahari adalah “pencetus asal” kepada kewujudan siang. Tanpa matahari, tiada siang di bumi.
  • Matahari juga adalah “pencetus asal” kepada terangnya bulan. Tanpa cahaya matahari, bulan akan kekal gelap gelita dan tidak akan kelihatan di langit malam.

Oleh itu, mendahulukan matahari sebelum bulan adalah satu kemutlakan sains: Sesuatu yang menjadi SUMBER ASAL (Matahari) wajib didahulukan daripada sesuatu yang hanya MENERIMA PANTULAN (Bulan).

Di dalam sistem suria kita, matahari adalah paksi utama. Jisim matahari merangkumi sekitar 99.8% daripada seluruh jisim sistem suria. Disebabkan saiz dan kuasa gravitinya yang tersangat besar itulah, bumi dan bulan terikat untuk berputar mengelilinginya. Mendahulukan matahari di dalam ayat ini adalah bentuk taqdim berdasarkan darjat, fungsi, dan skala kebesaran objek di ruang angkasa (Al-Asyraf wal-Akbar).

Dan ia juga mungkin kerana matahari dicipta dahulu sebelum bulan.

 

5. Hashr:1

وَهُوَ العَزيزُ الحَكيمُ
dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana

Di dalam banyak ayat-ayat Al-Qur’an, Allah menyebut sifatNya العَزيزُ sebelum disebut الحَكيمُ. Lebih banyak disebut susunan sebegini. Di dalam ayat ini (dan banyak ayat lain), Allah mendahulukan Al-‘Aziz sebelum Al-Hakim atas beberapa rahsia sastera (balaghah), teologi, dan konteks surah yang sangat mendalam:

Di dunia ini, apabila seorang manusia (seperti raja, presiden, atau tentera) memiliki kuasa yang tersangat besar dan perkasa (‘Aziz), mereka cenderung untuk menjadi zalim, melampaui batas, dan bertindak mengikut hawa nafsu. Kuasa sering kali merosakkan manusia.

Sebaliknya, ada orang yang sangat bijaksana (Hakim), mempunyai idea yang hebat dan adil, tetapi dia lemah dan tidak mempunyai kuasa atau pengaruh untuk melaksanakan kebijaksanaannya itu.

Allah mendahulukan Al-‘Aziz kemudian diiringi dengan Al-Hakim untuk membina satu konsep ketuhanan yang sempurna: Allah Maha Perkasa {العَزِيزُ}, memiliki kuasa mutlak untuk menghancurkan sesiapa sahaja atau melakukan apa sahaja yang Dikehendaki-Nya. Namun, keperkasaan Allah itu tidak pernah diiringi dengan kezaliman. Mengapa? Kerana Dia juga Maha Bijaksana {الحَكِيمُ}. Setiap tindakan, hukuman, dan ketetapan-Nya sentiasa diletakkan pada tempat yang betul dan penuh dengan hikmah. Mendahulukan Al-‘Aziz adalah untuk menunjukkan kekuasaan-Nya yang mendominasi, manakala meletakkan Al-Hakim di belakangnya adalah sebagai “pengawal” yang menunjukkan bahawa kuasa tersebut digunapakai dengan penuh keadilan.

 

6. Hajj:40

إِنَّ اللهَ لَقَوِيٌّ عَزيزٌ
Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa,

Dari segi hakikat bahasa dan makna, kedua-dua perkataan ini mempunyai perbezaan fungsi yang sangat halus:

{القُوَّةُ} (Kuasa/Kekuatan): Merujuk kepada kemampuan dalaman (internal power) yang ada pada zat. Ia adalah sifat asas. Seseorang mesti mempunyai kekuatan fizikal atau keupayaan terlebih dahulu dalam dirinya.

{العِزَّةُ} (Keperkasaan/Kemenangan): Merujuk kepada status mengatasi dan menundukkan musuh (external dominance) hasil daripada kekuatan tersebut. Orang yang ‘Aziz ialah orang yang kebal, tidak boleh dikalahkan, dan sentiasa menang di medan luar.

Dalam kaedah sastera yang logik, punca/sumber kekuatan (Qawiy) wajib disebut terlebih dahulu sebelum kita menceritakan kesan kemenangan atau keperkasaannya (Aziz) di luar. Tanpa kekuatan {قَوِيٌّ}, tidak akan wujud keperkasaan yang boleh mengalahkan musuh {عَزِيزٌ}.

 

7. Nisa’:69

وَمَن يُطِعِ اللَهَ وَالرَّسولَ فَأُولٰئِكَ مَعَ الَّذينَ أَنعَمَ اللَهُ عَلَيهِم مِّنَ النَّبِيّينَ وَالصِّدّيقينَ وَالشُّهَداءِ وَالصّٰلِحينَ
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh.

Di dalam ayat ini, Allah menyusun empat golongan tersebut mengikut urutan hierarki darjat, kesempurnaan iman, dan peranan mereka di sisi agama (Al-Tartib Al-A’la fal-A’la). Disebut kedudukan para Nabi dahulu dan kemudian semakin menurun martabatnya.

Para Nabi disebut pertama sekali kerana para Nabi dan Rasul adalah kemuncak tertinggi dalam carta kemuliaan manusia. Mereka adalah manusia pilihan yang menerima wahyu secara langsung daripada Allah untuk memimpin alam semesta. Mereka adalah sumber asal petunjuk, maksum (terpelihara daripada dosa), dan menjadi paksi kepada tiga golongan yang seterusnya.

As-Siddiqin ialah mereka yang mencapai darjat Siddiq (seperti Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A) iaitu orang yang memiliki tahap pembenaran, kejujuran, dan keimanan yang tersangat teguh dan mutlak kepada para Nabi tanpa ada sebarang keraguan sedikit pun. Mereka disebut selepas Nabi kerana dari sudut kedudukan spiritual, tiada lagi darjat manusia biasa yang lebih tinggi melainkan darjat orang yang paling setia membenarkan kata-kata Nabi. Apabila Nabi membawa wahyu, golongan Siddiqin inilah yang berada di barisan paling hadapan untuk menyerap, mengamalkan, dan mempertahankan ajaran tersebut dengan seluruh jiwa dan raga mereka.

Asy-Syuhada’ ialah golongan yang mengorbankan nyawa mereka demi mempertahankan kalimah Allah (mati syahid), atau mereka yang menjadi saksi kebenaran agama ini dengan darah mereka. Mereka disebut selepas Siddiqin kerana hubungan antara kedua-duanya amat rapat: Golongan Siddiqin berjuang menggunakan kekukuhan ilmu, keyakinan, dan hujah akidah (jihad lisan/minda), manakala golongan Syuhada’ menterjemahkan keyakinan tersebut ke fasa praktikal yang paling ekstrem, iaitu mengorbankan nyawa dan jasad mereka di medan perang fizikal. Sifat Siddiq (iman yang jujur) mesti wujud terlebih dahulu di dalam hati seseorang sebelum dia mampu melangkah berani untuk menjemput syahid.

As-Salihin ialah orang-orang saleh, iaitu orang awam yang beriman secara konsisten, menjaga hak-hak Allah (ibadah), dan menjaga hak sesama manusia dengan melakukan kebaikan serta menjauhi maksiat. Mereka diletakkan di tempat terakhir kerana sifat saleh adalah tapak asas bagi semua golongan di atas. Seorang Nabi pasti saleh, seorang siddiq pasti saleh, dan seorang syahid juga pasti saleh. Darjat Salihin diletakkan di penghujung susunan sebagai payung besar yang paling luas, yang memberikan peluang dan ruang kepada manusia biasa seperti kita untuk turut serta menyelitkan diri masuk ke dalam kumpulan elit ahli syurga ini melalui amalan soleh seharian.

 

8. Ahzab:7 

وَإِذ أَخَذنا مِنَ النَّبِيّينَ ميثٰقَهُم وَمِنكَ وَمِن نّوحٍ وَإِبرٰهيمَ وَموسىٰ وَعيسَى ابنِ مَريَمَ ۖ وَأَخَذنا مِنهُم مّيثٰقًا غَليظًا
Dan (ingatlah) ketika Kami mengambil perjanjian dari nabi-nabi dan dari engkau (sendiri) dan dari Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa putera Maryam, dan Kami telah mengambil dari mereka perjanjian yang teguh.

Di dalam susunan ayat ini, Allah menyebut Nabi Muhammad SAW terlebih dahulu (melalui kata ganti nama {وَمِنْكَ}).

Allah meletakkan Nabi Muhammad di barisan paling hadapan adalah berdasarkan darjat kemuliaan, keutamaan, dan kepemimpinan baginda (Taqdim al-Syarf) mengatasi seluruh Nabi dan Rasul yang lain. Walaupun dari sudut garis masa duniawi, Nabi Muhammad adalah Nabi yang paling terakhir diutus (Khatamun Nabiyyin), namun dari sudut kedudukan di sisi Allah, baginda adalah ketua dan penghulu bagi sekalian utusan (Sayyidul Anbiya’ wal-Mursalin). Mendahulukan yang paling mulia sebelum yang lain adalah kaedah sastera untuk menarik perhatian utama pembaca kepada figura yang paling agung dalam perjanjian tersebut.

Dalam ilmu balaghah, apabila seseorang itu sedang diajak berbual secara berhadapan (Mukhathab), adalah menjadi satu adab dan kelaziman bahasa untuk menyebut namanya atau merujuk kepadanya terlebih dahulu sebagai bentuk memuliakan tetamu / teman berdialog, sebelum beralih menceritakan tentang orang ketiga yang tiada di situ (Ghaib seperti Nabi Nuh, Ibrahim, dan seterusnya).

Dan perhatikan pula susunan para Nabi yang datang selepas itu. Susunan para Nabi itu mengikut kepada garis masa kronologi sejarah (Al-Tartib Al-Zamani).

 

9. Shura:11; Ghafir:20; Insan:2; Taha:46

وَهُوَ السَّميعُ البَصيرُ
dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat

إِنّا خَلَقنَا الإِنسٰنَ مِن نُّطفَةٍ أَمشاجٍ نَّبتَليهِ فَجَعَلنٰهُ سَميعًا بَصيرًا
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.

قالَ لا تَخافا ۖ إِنَّني مَعَكُما أَسمَعُ وَأَرىٰ
Allah berfirman: “Janganlah kamu takut, sesungguhnya Aku ada bersama-sama kamu; Aku mendengar dan melihat segala-galanya.

Di dalam semua ayat ini, Allah mendahulukan menyebut pendengaran sebelum menyebut penglihatan. (Penglihatan) diulang di dalam Al-Qur’an sebanyak puluhan kali. Menariknya, hampir dalam kesemua ayat tersebut (sekitar 99% daripadanya), Allah secara konsisten mendahulukan pendengaran sebelum penglihatan. Para ulama tafsir, pakar bahasa (Balaghah), dan juga para saintis moden telah menemui rahsia yang tersangat agung di sebalik susunan taqdim yang konsisten ini. Ia merangkumi aspek biologi, fungsi spiritual, dan kelebihan fizikal:

A. Rahsia Sains Embriologi (Fasa Bayi di Dalam Rahim). Sebab pertama yang paling menakjubkan adalah dari sudut kronologi perkembangan janin. Sains moden hari ini mengesahkan bahawa deria pendengaran adalah deria terawal yang berfungsi dengan sempurna pada tubuh seorang bayi, jauh sebelum deria penglihatan.

Di dalam rahim: Telinga bayi sudah mula terbentuk dan boleh meresap bunyi-bunyi dari luar (seperti degupan jantung ibu atau bacaan Al-Qur’an) seawal usia kandungan 20 hingga 24 minggu. Mata bayi pula ketika itu masih tertutup rapat dan belum berfungsi.

Selepas dilahirkan: Sebaik sahaja bayi keluar ke dunia, dia sudah boleh mendengar dengan jelas (sebab itu ada yang azan pada telinganya). Manakala deria penglihatannya pula masih sangat kabur, otot matanya belum matang, dan dia hanya mula boleh melihat objek dengan jelas dan fokus selepas beberapa minggu atau bulan.

Oleh itu mendahulukan pendengaran adalah ketepatan sains embriologi yang dipahat oleh Al-Qur’an 1400 tahun sebelum teknologi perubatan menemuinya.

B. Kelebihan Fizikal dan Fungsi Alat (Sains Fizik). Deria pendengaran mempunyai keupayaan fizikal yang jauh lebih luas dan fleksibel berbanding deria penglihatan di alam nyata:

Sifat 360 Darjah: Anda boleh mendengar bunyi dari mana-mana arah (depan, belakang, atas, bawah, kiri, kanan) tanpa perlu memalingkan kepala. Manakala mata pula hanya boleh melihat objek yang berada di hadapan sudut pandangan sahaja.

Fungsi Waktu Malam / Gelap: Apabila lampu dipadamkan atau malam menjadi gelap gelita, deria penglihatan manusia automatik menjadi “lumpuh” dan tidak berfungsi. Namun, deria pendengaran tetap berfungsi 100% dalam kegelapan.

Ketika Tidur: Apabila manusia tidur, matanya akan tertutup rapat dan terputus daripada dunia luar. Tetapi telinganya tetap berjaga! Telinga adalah satu-satunya deria yang menjadi “pintu gerbang” untuk mengejutkan manusia daripada tidur (seperti bunyi penggera/alarm atau jeritan).

C. Kepentingan Utama dalam Penerimaan Iman dan Wahyu. Dari sudut spiritual dan pembinaan tamadun manusia, pendengaran adalah alat komunikasi paling kritikal untuk menerima hidayah.

Cara Wahyu Diturunkan: Para Nabi menerima wahyu daripada malaikat Jibril A.S melalui kaedah suara (pendengaran), bukannya dengan melihat teks bertulis. Umat Nabi pula beriman apabila mereka mendengar ayat-ayat Allah dibacakan.

Asas Ilmu Pengetahuan: Seorang kanak-kanak belajar bercakap, memahami bahasa, dan menyerap nilai moral bermula dengan apa yang dia dengar di sekelilingnya. Jika seorang manusia dilahirkan pekak, dia secara automatik akan menjadi bisu (kerana tiada bank data suara yang didengar untuk ditiru), walaupun matanya celik.

Oleh sebab itu, dalam neraca Al-Qur’an, orang yang paling rugi bukanlah orang yang buta matanya, tetapi orang yang “pekak” telinga hatinya daripada mendengar kebenaran, sehinggakan ahli neraka menyesal dalam Mulk:10 dengan mendahulukan kata dengar:

لَو كُنّا نَسمَعُ أَو نَعقِلُ ما كُنّا في أَصحٰبِ السَّعيرِ
Kalaulah kami dahulu MENDENGAR atau memahami (nasihat), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka.”

 

10. Furqan:73

وَالَّذينَ إِذا ذُكِّروا بِئآيٰتِ رَبِّهِم لَم يَخِرّوا عَلَيها صُمًّا وَعُميانًا
Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, mereka tidaklah menghadapinya sebagai orang-orang yang pekak dan buta.

Perhatikan pekak disebut dahulu sebelum buta. Di dalam ayat ini Allah sedang memuji sifat-sifat hamba-Nya yang bertakwa iaitu golongan Ibadurrahman. Di dalam tradisi Al-Qur’an dan budaya manusia, perbuatan “memberi peringatan” atau dakwah selalunya dilakukan melalui lisan (suara dan bacaan). Apabila ayat-ayat Allah dibacakan, ia melibatkan gelombang bunyi yang perlu disambut oleh telinga. Oleh itu, apabila subjek utamanya adalah bacaan peringatan (suara), maka deria yang paling awal dan paling utama bertindak balas adalah pendengaran. Adalah sangat tepat dari sudut logik bahasa untuk menafikan sifat pekak {صُمًّا} terlebih dahulu sebelum menafikan sifat buta {عُمْيَانًا}.

Sama seperti yang kita bincangkan sebelum ini, telinga adalah organ paling kritikal untuk membina iman dan mendapat ilmu pengetahuan. Seseorang boleh mendapat hidayah Islam hanya dengan semata-mata mendengar orang membaca Al-Qur’an (seperti kisah masuk Islamnya Saidina Umar Al-Khattab R.A). Jika telinga seseorang sudah “pekak” dan dikunci rapat daripada mahu mendengar nasihat, maka hidayah tidak akan dapat masuk ke dalam hatinya, dan secara automatik matanya juga akan menjadi “buta” daripada melihat kebaikan. Pintu pertama (pendengaran) mesti diselamatkan dahulu.

Oleh itu pendengaran lebih mulia dari penglihatan kerana tiada Nabi yang diutus dalam keadaan pekak, namun ada Nabi yang mengalami buta seperti Nabi Ya’qub.

 

11. Baqarah:173; Nisa’:100

إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

وَكانَ اللَهُ غَفورًا رَّحيمًا
Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Gandingan غَفُورٌ رَّحِيمٌ paling banyak digunakan di dalam Al-Qur’an. Hampir di dalam semua tempat, Allah secara konsisten mendahulukan Al-Ghafur sebelum Ar-Rahim. Dari sudut sains bahasa (Balaghah), psikologi hamba, dan usul akidah, susunan taqdim ini mempunyai rahsia didikan jiwa yang tersangat agung:

Dalam kaedah penyucian jiwa (Tazkiyatun Nafs) dan logik akal, sebelum kita mahu meletakkan sesuatu yang indah ke dalam satu bekas, kita mestilah membersihkan bekas tersebut daripada segala kotoran terlebih dahulu. Al-Ghafur (Keampunan) berfungsi sebagai proses pembersihan (Takhliyah). Ia memadamkan dosa, mencuci noda, dan menghilangkan kotoran maksiat daripada diri seorang hamba. Ar-Rahim (Kasih Sayang/Rahmat) pula berfungsi sebagai proses penghiasan atau pemberian nikmat (Tahliyah). Selepas dosa diampunkan, barulah Allah mencurahkan rahmat, pahala, dan kasih sayang-Nya yang melimpah-limpah ke dalam hati hamba tersebut. Jika seorang hamba belum diampunkan dosanya (belum bersih), dia belum layak untuk menerima limpahan kasih sayang mutlak (rahmat) daripada Allah. Oleh itu, pintu keampunan {الْغَفُورُ} wajib dibuka dan dilalui terlebih dahulu sebelum hamba itu mengecap kemanisan rahmat {الرَّحِيمُ}.

Apabila seorang hamba melakukan kesilapan atau dosa, emosi utama yang sedang mencengkam jiwanya adalah rasa takut, bersalah, dan bimbang akan azab Allah. Dalam keadaan cemas itu, perkara pertama yang paling didambakan oleh hamba tersebut adalah: “Adakah dosaku ini dimaafkan?” Dia mahu dilepaskan daripada hukuman terlebih dahulu. Dia belum terfikir tentang hadiah atau ganjaran; cukuplah sekadar dirinya tidak diseksa. Mendahulukan Al-Ghafur bertindak sebagai ubat penenang segera bagi psikologi hamba: “Tenanglah, Aku Maha Pengampun {الْغَفُورُ} untuk memadamkan ketakutanmu, malah lebih daripada itu, Aku juga Maha Penyayang {الرَّحِيمُ} untuk merawat dan memuliakanmu semula.”

Di dalam kaedah usul fiqh dan balaghah, terdapat satu prinsip yang berbunyi: “دَرْءُ الْمَفَاسِدِ مُقَدَّمٌ عَلَى جَلْبِ الْمَصَالِحِ” (Menolak kemudaratan adalah didahulukan daripada mengambil kemaslahatan (kebaikan)).” Mendapatkan keampunan Allah (Al-Ghafur) adalah proses menolak kemudaratan (iaitu terselamat daripada api neraka). Mendapatkan kasih sayang Allah (Ar-Rahim) adalah proses mengambil kemaslahatan (iaitu dimasukkan ke dalam syurga). Maka, menyelamatkan manusia daripada azab neraka adalah satu keutamaan yang lebih mendesak untuk disebut dahulu, berbanding menceritakan tentang nikmat-nikmat yang bakal diterima kemudian.

Akan tetapi ada ketika Al-Qur’an mengubah susunan ini seperti di dalam Saba’:2

يَعلَمُ ما يَلِجُ فِي الأَرضِ وَما يَخرُجُ مِنها وَما يَنزِلُ مِنَ السَّماءِ وَما يَعرُجُ فيها ۚ وَهُوَ الرَّحيمُ الغَفورُ
Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi, apa yang keluar daripadanya, apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan Dialah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengampun.

Kenapa dalam ayat ini Ar-Rahim disebut dahulu? Kerana konteks ayat tersebut sedang menceritakan tentang nikmat hujan yang turun dari langit dan tumbuh-tumbuhan yang keluar dari bumi. Kesemua itu adalah simbol rahmat duniawi yang sedang dinikmati oleh manusia pada waktu itu juga, maka Ar-Rahim didahulukan mengikut kesesuaian topik suasana. Allah menyebut yang umum dahulu iaitu rahmat itu diberikan kepada seluruh makhlukNya akan tetapi keampunan diberikan kepada yang terpilih sahaja.

 

12. Baqarah:125

أَن طَهِّرا بَيتِيَ لِلطّائِفينَ وَٱلعَـٰكِفِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجودِ
“Bersihkanlah Rumahku (Ka’bah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud”

Ini adalah susunan ‘daripada sedikit kepada banyak’ dalam susunan ibadah-ibadah itu:

Tawaf: ibadat yang paling kurang di antara semua ibadah yang disebut. Kerana hanya boleh dilakukan di Ka’bah sahaja.

I’tikaf: lagi banyak dilakukan oleh manusia. Kerana boleh dilakukan di mana-mana masjid jami’ (masjid yang diadakan solat Jumaat padanya) sedangkan tawaf hanya boleh dilakukan di Ka’bah sahaja. Tetapi lagi kurang daripada rukuk.

Rukuk: lagi banyak dilakukan daripada i’tikaf. Tetapi lagi kurang daripada sujud. Ia adalah sebahagian dari solat yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja, tidak perlu di masjid atau surau.

Sujud: paling banyak dilakukan. Kita rukuk sekali sahaja dalam satu rakaat, tetapi sujud dua kali. Dan manusia juga boleh melakukan sujud sunat (tidak ada rukuk sunat) jadi bilangan sujud itu lebih banyak lagi.

Lihat juga ada perubahan susunan daripada ibadat yang khas kepada ibadat yang umum. Tawaf adalah khusus bagi orang yang berada di MasjidilHaram, kemudian i’tikaf yang boleh dilakukan di masjid dan kemudian solat yang boleh dilakukan oleh semua orang.

 

13. Ali Imran:43

يٰمَريَمُ اقنُتي لِرَبِّكِ وَاسجُدي وَاركَعي مَعَ الرّٰكِعينَ
“Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan sembahyang) bersama-sama orang-orang yang rukuk “.

Ini adalah keterbalikan dari Baqarah:125. Sekarang susunan ibadah adalah dari umum kepada khusus atau dari banyak kepada lebih sedikit. Susunan itu adalah Qunut, Sujud dan Rukuk.

Dari sudut susunan balaghah, Allah mendahulukan Qunut di tempat pertama sebelum ibadah fizikal (sujud dan ruku’) atas faktor Urutan Fasa Ibadah Solat (Al-Tartib Al-Af’ali). Sebelum seseorang itu boleh ruku’ atau sujud, dia mestilah berada dalam posisi berdiri (Qiyam) terlebih dahulu. Fasa berdiri inilah tempat berlakunya qunut (ketaatan, bacaan yang lama, dan kekhusyukan hati). Al-Quran menyusun perkataan ini mengikut pergerakan tubuh badan manusia yang bermula dari atas (berdiri) sebelum turun ke bawah. Qunut juga melambangkan kesediaan jiwa, niat, dan ketundukan hati. Sujud dan ruku’ pula adalah terjemahan fizikal bagi ketundukan hati tersebut. Jadi Qunut adalah ibadah yang umum.

Kemudian disebut Sujud pula kerana ia lebih banyak di dalam Solat kerana setiap rakaat ada dua kali sujud. Kalau ikut turutan solat, memanglah kita akan rukuk dahulu, akan tetapi ini bukanlah susunan tertib solat. Sujud juga diletakkan di tempat pertama selepas perintah taat (Qunut) kerana sujud adalah kemuncak tertinggi kedekatan seorang hamba dengan Penciptanya. Nabi Muhammad bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ، فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ
Daripada Abu Hurairah R.A, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Paling dekat seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika dia sedang sujud, maka perbanyakkanlah doa (di dalam sujud tersebut).

Sahih Muslim (No. Hadis: 482)

Kemudian barulah disebut Rukuk kerana setiap rakaat hanya ada satu rukuk sahaja. Rukuk juga sebuah ibadah yang agung, namun darjat ketundukan fizikal dan spiritualnya berada satu takat di bawah sujud. Oleh itu, Allah mendahulukan sujud kerana ia adalah bentuk pengabdian yang paling dicintai-Nya, paling mulia, dan paling tinggi fadilatnya.

 

14. Taghabun:2

فَمِنكُم كافِرٌ وَمِنكُم مُّؤمِنٌ
maka di antara kamu ada yang kafir dan di antaramu ada yang mukmin.

Kenapa Allah sebut dahulu kafir sebelum beriman? Bagi kita, mungkin timbul persoalan: Bukankah iman itu perkara yang mulia? Kenapa orang kafir pula yang disebut dahulu? Para ulama tafsir dan pakar Balaghah (retorik bahasa al-Quran) telah menggariskan beberapa rahsia yang sangat hebat di sebalik susunan ini:

Dari sudut realiti sejarah manusia dari zaman Nabi Adam A.S sehinggalah ke hari kiamat, jumlah manusia yang memilih untuk ingkar, kufur, atau lalai (kafir) adalah jauh lebih ramai (majoriti) berbanding jumlah orang yang benar-benar beriman dan bersyukur (minoriti). Al-Quran banyak merakamkan hakikat ini, antaranya dalam Yusuf:103

وَمَآ أَڪثَرُ ٱلنَّاسِ وَلَو حَرَصتَ بِمُؤمِنِينَ
Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman walaupun kamu sangat menginginkannya.”

Dalam kaedah penyusunan bahasa (Balaghah), didahulukan kelompok yang paling ramai dan dominan secara kuantiti di alam nyata (iaitu kufur) sebelum menyebut kelompok yang sedikit (iaitu iman).

Dari sudut perkembangan tauhid dan ujian hidup, setiap manusia lahir ke dunia ini dalam keadaan suci bersih atas paksi fitrah tauhid. Namun, sebaik sahaja manusia itu baligh dan diberikan akal untuk berfikir, fasa pertama yang dihadapi oleh jiwanya adalah “kegelapan” kebebasan nafsu dan godaan syaitan (simbolik kepada kekufuran/kelalaian). Proses beriman pula memerlukan usaha, mujahadah, hujah, dan kesedaran untuk menyerap cahaya petunjuk ke dalam diri. Dalam konteks ayat ini, kafir disebut dahulu kerana ia mewakili “keadaan awal” keduniaan manusia yang sering kali tewas dengan tuntutan material, sebelum sebahagian daripada mereka berjaya mendaki ke fasa iman yang memerlukan usaha penyucian jiwa.

Akhir sekali, ini adalah rahsia sastera Al-Qur’an yang sangat indah. Sesuatu yang mulia adakalanya sengaja diletakkan di bahagian akhir sebagai penutup (kemuncak) untuk memberikan kesan penghormatan yang tinggi (Makam at-Tasyriq). Bayangkan sebuah majlis anugerah: pemenang tempat pertama atau tetamu kehormat yang paling utama selalunya akan dipanggil dan diumumkan di bahagian paling akhir majlis sebagai kemuncak acara. Oleh itu, Allah menyebut kata Kafir dahulu, lalu menutup gandingan tersebut dengan kata Mu’min (Beriman). Peletakan kalimah beriman di hujung struktur ayat bertindak sebagai “pencuci mulut” atau penutup yang manis, sekali gus menyambungkan sifat iman itu terus dengan nama Allah di hujung ayat: “…dan di antara kamu ada yang beriman, dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” Orang beriman mendapat keistimewaan diletakkan bersebelahan dengan perhatian khusus daripada Allah.

 

15. Fatir:32

ثُمَّ أَورَثنَا الكِتٰبَ الَّذينَ اصطَفَينا مِن عِبادِنا ۖ فَمِنهُم ظالِمٌ لِّنَفسِهِ وَمِنهُم مُّقتَصِدٌ وَمِنهُم سابِقٌ بِالخَيرٰتِ بِإِذنِ اللهِ
Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan diantara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah.

Susunan tiga golongan ini sangat unik. Allah mendahulukan golongan yang paling lemah imannya, diikuti golongan pertengahan, dan diakhiri dengan golongan yang paling cemerlang.

1. Mereka yang berpegang kepada fahaman Tauhid tapi mereka ada juga buat dosa dan kerana itu dimasukkan ke dalam neraka dahulu. Hanya selepas dosa mereka dicuci barulah mereka dimasukkan ke dalam syurga. Mereka ini orang Islam yang beriman dengan al-Quran, tetapi amalan perbuatannya masih compang-camping. Mereka melakukan ibadah wajib, namun pada masa yang sama masih kerap tewas dengan dosa-dosa kecil atau besar serta mengabaikan perkara sunat. (Kebaikan < Kejahatan).

2. Yang kedua adalah Golongan Pertengahan iaitu mereka hanya buat amal wajib sahaja. Mereka ini orang Islam yang berada di zon selamat. Mereka menjaga semua perkara wajib dan meninggalkan perkara haram, tetapi mereka jarang melakukan perkara-perkara sunat dan adakalanya masih melakukan perkara yang makruh. (Kebaikan = Kejahatan).

3. Ini adalah Golongan  yang terbaik kerana mereka beramal dengan buat lebih lagi dari yang wajib. Mereka juga banyak melakukan amal yang sunat untuk menambah pahala mereka. Mereka ini golongan elit iman. Mereka bukan sahaja melunaskan yang wajib, malah berebut-rebut mengejar amalan sunat, menjauhi perkara makruh, dan sentiasa menggunakan baki usia mereka untuk memberi manfaat kepada agama dan manusia. (Kebaikan >> Kejahatan).

 

16: Maidah:38

وَالسّارِقُ وَالسّارِقَةُ فَاقطَعوا أَيدِيَهُما
Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya

Di dalam bab mencuri, disebut lelaki dahulu sebab yang mahukan kepada harta selalunya adalah lelaki kerana mereka yang menanggung kehidupan keluarga mereka. Mereka yang paling berhajat kepada harta dan ada ketikanya, kalau tidak jumpa cara halal, mereka akan menggunakan cara haram. Oleh itu, lebih ramai lelaki yang mencuri kalau dibandingkan dengan wanita.

Satu lagi sebab, lelaki itu telah diberikan dengan kudrat untuk mencari rezeki dengan cara yang halal, maka apabila dia mencuri maka itu adalah suatu perkara yang berat.

 

17. Nur:2

الزّانِيَةُ وَالزّاني فَاجلِدوا كُلَّ وٰحِدٍ مِّنهُما مِائَةَ جَلدَةٍ
Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka rotanlah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali rotan

Kalau dalam bab mencuri, didahulukan kaum lelaki tapi di dalam bab zina, didahulukan menyebut penzina dari kalangan perempuan kerana angkara merekalah yang lebih banyak menyebabkan penzinaan. Kalau lelaki hendak berzina dan mencari perempuan itu agak payah sedikit jika dibandingkan dengan perempuan yang hendak berzina. Ini kerana mudah sahaja baginya untuk mencari lelaki. Maka, merekalah yang lebih banyak menyebabkan zina terjadi.

Sebab kedua adalah penekanan terhadap perempuan dalam hal ini. Selalunya Al-Qur’an hanya khitab kepada lelaki sahaja dan wanita termasuk di dalam khitab tersebut. Tetapi apabila disebut wanita sekali, ini memberikan penekanan. Maknanya, tanggungjawab wanita juga besar di dalam hal ini dan tidak boleh mereka lepas tangan dalam hal zina ini. Kalau zina terjadi, mereka pun layak dipersalahkan.

Allahu a’lam. Sambung ke bahagian seterusnya


 

Kemaskini: 27 Mei 2026