Tafsir Surah Baqarah Ayat 202 – 204 (Sifat golongan Munafik)

Baqarah Ayat 202:

أُولٰئِكَ لَهُم نَصيبٌ مِّمّا كَسَبوا ۚ وَاللَّهُ سَريعُ الحِسابِ

Sahih International

Those will have a share of what they have earned, and Allah is swift in account.

Malay
Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik daripada apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitungan-Nya.

 

أُولَٰئِكَ

Mereka-mereka yang bersifat seperti ini;

Iaitu mereka yang meminta kebaikan dunia dan akhirat. Iaitu mereka yang minta kefahaman isi kandung Al-Qur’an dan hadith. Sebab ada juga yang belajar, tetapi tidak faham-faham. Kadang-kadang ada yang belajar dalam kelas yang sama, tetapi mendapat kefahaman yang berlainan. Ini kerana kefahaman itu Allah ‎ﷻ yang beri, bukan daripada guru atau daripada kepandaian kita sendiri.

Maka hendaklah kita selalu berdoa: Rabbi zidni ilma, supaya Allah ‎ﷻ memberikan kefahaman agama kepada kita. Ada yang memang sudah hendakkan kebaikan dalam agama, tetapi sesat juga. Macam kumpulan Arqam dulu, perempuan mereka sudah elok memakai purdah, mereka juga selalu berdakwah, sistem ekonomi mereka sudah hebat, namun ibadat mereka tidak diterima kerana syirik kepada Allah ‎ﷻ. Abuya sudah mati pun, mereka berbuat syirik lagi kerana mereka kata Abuya boleh datang menolong mereka lagi dan sebagainya.

Syarat diterima ibadat dan amalan adalah, ibadat itu mesti daripada ajaran Nabi ﷺ. Mesti mendapatkan amalan itu daripada hadith yang sahih. Hadith yang dhaif pun sudah tidak boleh diterima. Apatah lagi kalau amalan itu diambil daripada pendapat guru sahaja? Lagilah tidak boleh diterima. Itu adalah usul feqah. Oleh kerana tidak faham perkara inilah yang menyebabkan banyak amalan bid’ah dibuat. Antaranya, mereka raup muka selepas solat, amalan bacaan talqin dan tahlil dan sebagainya. Semuanya kerana mengikut kata tok guru-tok guru mereka. Padahal Nabi ﷺ tidak ajar umat Islam buat sebegitu. Padahal dalam dua kalimah syahadah kita, kita kata kita hendak ikut Nabi Muhammad ﷺ. Namun, malang sekali ada yang mereka-reka agama.

Ini semua kerana tidak mahu belajar. Dalam Al-Qur’an dikatakan bahawa neraka Jahannam itu adalah untuk orang-orang yang sombong. Sombong yang bagaimana? Sombong tidak mahu belajar agama. Apabila tidak belajar, maka mereka tidak tahu tentang agama. Apabila tidak tahu, maka mereka akan membuat kesalahan dan kesilapan yang banyak.

 

لَهُمْ نَصِيبٌ مِّمَّا كَسَبُوا

bagi mereka ada bahagian besar daripada apa yang mereka usahakan;

Kalimah نَصِيبٌ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘bahagian’. Ia daripada kata dasar: ن ص ب yang bermaksud menetapkan, menaikkan, berhati-hati, usaha, segera. Dalam bahasa Melayu pun sudah dimasukkan kalimah ini.

Mereka yang minta dunia dan akhirat sekali, Allah ‎ﷻ boleh beri kepada mereka. Inilah pengharapan yang boleh kita hendak harapkan. Jika ada mengamalkan perkara bid’ah, jangan berangan-angan atau berharap boleh dapat pahala. Namun terlalu ramai masyarakat kita yang berangan-angan yang amalan yang mereka buat itu tentulah Allah ‎ﷻ akan beri ganjaran kerana kononnya mereka buat dengan ikhlas. Mereka tidak faham tentang maksud ‘ikhlas’ itu. Tidak semestinya cukup dengan kita ikhlas sahaja. Amalan yang ikhlas itu mestilah amalan yang Nabi ﷺ pernah buat juga.

Ada juga pendapat yang mengatakan, orang yang minta dunia sahaja pun dapat. Ini kerana mereka hendakkan sangat dunia dan mereka telah berusaha keras untuknya, maka Allah ‎ﷻ beri. Akan tetapi ia sebagai istidraj sahaja iaitu ia akan menjauhkan mereka lagi daripada agama, bukannya mendekatkan. Ini kerana semakin mereka dapat keduniaan, semakin mereka akan lalai.

Bukan sahaja untuk dapat keduniaan kita kena usaha, tetapi untuk dapat akhirat pun begitu juga. Jangan kita minta tetapi tidak ada usaha langsung. Jadi kenalah belajar, tadabbur Al-Qur’an, berdakwah dan teruskan belajar. Untuk dapat kebaikan di dunia pun begitu juga. Sebagai contoh antara kebaikan dunia adalah isteri yang soleh. Maka ini pun kena usaha untuk cari dan memilih di antara ramai-ramai para wanita di luar sana. Kena cari yang boleh dibimbing dan dididik.

 

وَاللَّهُ سَرِيعُ الْحِسَابِ

Dan Allah amat cepat hisab-Nya;

Apabila Allah ‎ﷻ sebut hisab-Nya amat cepat, ia mempunyai sekurang-kurangnya tiga makna,

1. Hisab Allah ‎ﷻ sudah dekat, boleh datang bila-bila masa sahaja. Maka jangan berlengah dengan kehidupan dunia yang sementara ini. Dalilnya adalah Anbiya’: 1

اقتَرَبَ لِلنّاسِ حِسابُهُم وَهُم في غَفلَةٍ مُعرِضونَ
Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya).

2. Hisab sebelum mati. Allah ‎ﷻ boleh beri terus balasan semasa di dunia lagi dan kadangkala ia sangat cepat. Contohnya selepas kita baca Al-Qur’an dan selepas solat, kita terus rasa tenang. Akan tetapi jikalau kita membuat dosa, selepas buat dosa sahaja kita rasa bersalah, bukan? Kadang selepas kita buat dosa, Allah ‎ﷻ terus berikan balasan-Nya secara tunai. Sebagai contoh, apabila kita melihat aurat orang lain, kemudian Allah ‎ﷻ beri kepala kita terlanggar dinding.

3. Apabila Allah ‎ﷻ buat pengiraan hisab di akhirat, ia cepat sahaja. Menunggu di Mahsyar yang lama, sampai keresahan yang amat besar sampaikan makhluk akan pergi daripada satu Rasul ke Rasul yang lain untuk memohon agar Allah ‎ﷻ mempercepatkan hisab. Apabila Mahkamah Pengadilan dimulakan, ia akan selesai dalam masa setengah hari sahaja. Ada yang kata satu hari dan ada yang kata selama memerah susu sahaja. Bagaimana mungkin Allah ‎ﷻ lakukan audit yang sebegini? Kerana Allah ‎ﷻ tidak perlu buat siasatan dan tanya apa yang hamba-Nya buat kerana segalanya di dalam pengetahuan Allah ‎ﷻ. Berbeza dengan mahkamah dunia sekarang sangatlah lama sebab macam-macam perlu dibuat. Pernah Saidina Ali رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ ditanya tentang hal ini. Beliau jawab sebagaimana Allah ﷻ mampu untuk memberikan rezeki kepada semua makhluk-Nya tanpa tertinggal, maka begitu jugalah Allah ‎ﷻ mampu untuk membuat pengiraan hisab itu serentak. Kita sahaja yang tidak dapat bayangkan kerana ia adalah perkara ghaib dan akal kita tidak mampu mencapai pemahaman itu.

Kita akan bergerak dari tempat yang gelap ke tempat yang ada cahaya. Yang beriman akan mendapat kenderaan yang istimewa. Kemudian ada juga yang dapat kenderaan, tetapi bergantung kepada tahapnya. Akhir sekali ada yang jalan dengan muka. Bagaimana hendak bayangkan berjalan dengan muka? Tidak menjadi masalah, kerana sekarang di dunia pun kita boleh lihat ular pun Allah ‎ﷻ beri jalan dengan badan dia. Apabila sampai, semua makhluk duduk bersaf-saf dalam keadaan bertelanjang bulat. Tidak berani bertegur sapa antara satu sama lain. Semua duduk dalam keadaan senyap, hanya dengar bunyi tapak kaki para malaikat sahaja. Semua senyap menanti perbicaraan. Oleh itu, kita hendaklah berlindung diri daripada azab menunggu yang lama. Ini kerana ada yang mendapat tempat perlindungan yang istimewa.

Semua makhluk bicara berseorangan dengan Tuhan. Hanya kita dan Allah ‎ﷻ. Setiap makhluk akan baca amalan mereka sendiri. Malaikat Raqib Atid akan duduk di kiri kanan kita. Ada yang Allah ‎ﷻ akan suruh malaikat campak buku amalan orang itu. Raqib akan kata dia sebagai saksi mengatakan orang itu buat amalan itu. Akan tetapi Allah ‎ﷻ kata Raqib tidak tahu apakah isi hati orang itu semasa melakukan amalan ibadat itu.

Malaikat tidak tahu bahawa semasa melakukan ibadat itu, orang itu tidak ikhlas. Sedangkan malaikat pun tidak tahu isi hati kita, bagaimana pula kita boleh kata ada guru yang tahu isi hati manusia? Itu adalah faham yang sesat. Mereka kata guru itu boleh dapat ‘ilham’. Itu adalah syirik kerana yang tahu isihati manusia, hanyalah Allah ‎ﷻ. Kalau kita sudah syirik kepada Allah ‎ﷻ, ingatlah bahawa amal ibadat kita tidak diterima.

Waktu itu mulut tidak dapat berkata-kata, tetapi tubuh badan kita pula berkata-kata sebagai saksi ke atas kita. Kaki, tangan, mata dan sebagainya. Kemudian kita disuruh baca sendiri amalan kita. Kalau Tuhan tanya sahaja, ‘Kenapa?’, itu sudah menjadi petanda kena masuk neraka! Maka, janganlah kita buat amal ibadah yang bukan daripada sumber yang sah kerana kita tidak akan dapat hendak jawab kepada Allah ‎ﷻ kalau kita melakukan bid’ah.

Yang kita mahukan adalah hisab yang mudah seperti disebut di dalam hadith,

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ نُوقِشَ الْحِسَابَ هَلَكَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَقُولُ { فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ إِلَى قَوْلِهِ يَسِيرًا } قَالَ ذَلِكِ الْعَرْضُ
Daripada Aisyah رضي الله عنها, dia berkata; saya mendengar Nabi ﷺ bersabda: “Barang siapa yang diperdebatkan hisabnya, dia binasa.” Maka saya katakan; wahai Rasulullah, bukankah Allah berfirman: “Adapun orang-orang yang diberikan kepadanya kitabnya daripada sebelah kanannya, –hingga ayat-maka akan dihisab dengan hisab yang mudah?.” (Al-Insyiqaq ayat 7-8), Baginda bersabda: Yang dimaksudkan ayat itu hanyalah saat catatan amal diperlihatkan.
(Jami’ Tirmidzi No. 3260) Status: Sahih (Darussalam)

Syarah: maknanya kitab amalan mereka disebut sahaja, tidak ditanya dan dipersoalkan. Ini seperti kita berada di imigresen luar negara. Dia lihat pasport dan muka kita, dicopnya sahaja. Akan tetapi kalau dia mula tanya kita, disuruh pula masuk ke bilik lain, maka itu sudah ada masalah besar.


 

SAMBUNGAN TENTANG MANASIK HAJI

Baqarah Ayat 203: Ini adalah kisah di Mina semasa buat Haji.

۞ وَاذكُرُوا اللَّهَ في أَيّامٍ مَّعدُودٰتٍ ۚ فَمَن تَعَجَّلَ في يَومَينِ فَلا إِثمَ عَلَيهِ وَمَن تَأَخَّرَ فَلا إِثمَ عَلَيهِ ۚ لِمَنِ اتَّقىٰ ۗ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعلَموا أَنَّكُم إِلَيهِ تُحشَرونَ

Sahih International

And remember Allah during [specific] numbered days. Then whoever hastens [his departure] in two days – there is no sin upon him; and whoever delays [until the third] – there is no sin upon him – for him who fears Allah. And fear Allah and know that unto Him you will be gathered.

 

Malay

Dan sebutlah kamu akan Allah (dengan takbir semasa mengerjakan Haji) dalam beberapa hari yang tertentu bilangannya. Kemudian sesiapa yang segera (meninggalkan Mina) pada hari yang kedua, maka dia tidaklah berdosa dan sesiapa yang melambatkan (meninggalkan Mina) maka dia juga tidaklah berdosa; (ketiadaan dosa itu ialah) bagi orang yang bertaqwa dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan dihimpunkan kepadanya.

 

وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِي أَيَّامٍ مَّعدُودٰتٍ‌

Dan ingatlah kepada Allah pada hari-hari yang telah ditentukan bilangannya;

Sekali lagi Allah ‎ﷻ sebut tentang zikir kepada Allah ‎ﷻ. Kalimat أَيَّامٍ مَّعدُودٰتٍ adalah hari-hari tertentu iaitu pada 11, 12 & 13 Dzulhijjah – dinamakan juga Hari-hari Tasyrik. Pada waktu ini, para hujjaj sedang berada di Mina. Aktiviti utama ibadah Haji di sini adalah berqurban dan melontar di Jamrah.

Kenapa Allah‎ ﷻ suruh ingat kepada Dia pada waktu itu? Kerana waktu itu masing-masing sedang sibuk melihat orang lain. Bermacam-macam jenis manusia ada di situ. Orang-orang yang tidak biasa kita lihat dan tentunya akan  menarik perhatian kita dan boleh mengganggu fokus kita di dalam ibadah Haji. Sebab itu Allah ‎ﷻ suruh ingat kepada-Nya. Dekatkan diri dengan Allah ‎ﷻ pada waktu itu. Kenalah buat perkara-perkara yang mengingatkan kepada Allah ‎ﷻ – baca Al-Qur’an, zikir dan sebagainya.

Hari-hari Tasyrik dinamakan demikian kerana berasal daripada kata “tasyrik” (تَشْرِيق), yang memiliki beberapa makna dalam bahasa Arab, seperti:

    1. Mengeringkan daging di bawah sinar matahari: Pada zaman dahulu, masyarakat Arab menyembelih haiwan qurban di dalam hari-hari tasyrik (11, 12, dan 13 Dzulhijjah) dan mengeringkan dagingnya di bawah sinar matahari untuk diawetkan. Tentunya mereka tidak ada peti ais dan ini adalah cara yang dilakukan supaya daging tahan lama. Proses ini disebut tasyrik al-lahm (تَشْرِيقُ اللَّحْمِ). Oleh kerana itu, hari-hari tersebut dikaitkan dengan kegiatan ini.
    2. Cahaya matahari atau waktu pagi: Kata tasyrik juga bererti “menjemur” atau “menyebarkan sesuatu di bawah cahaya matahari”. Kerana kegiatan ibadah qurban berlangsung di pagi hari hingga siang, nama ini menjadi relevan.
    3. Istilah syar’i: Dalam konteks agama Islam, hari tasyrik adalah tiga hari setelah Idul Adha, iaitu 11, 12, dan 13 Dzulhijjah. Hari-hari ini dikhususkan untuk berzikir kepada Allah ‎ﷻ, memperbanyak takbir, dan dilarang berpuasa, sebagaimana disabdakan oleh Nabi Muhammad ﷺ:

أيام التشريق أيام أكل وشرب وذكر لله
Hari-hari tasyriq ialah hari makan dan juga minum serta berzikir kepada Allah
(Sahih Muslim No. 1141)

Jadi, nama hari tasyrik merujuk pada kombinasi antara tradisi masyarakat Arab pra-Islam, kondisi budaya ketika itu, dan maknanya dalam ibadah qurban yang dikaitkan dengan syariat Islam. Bagi umat Islam ia termasuk sebagai Hari Raya juga dan kerana itu tidak boleh berpuasa pada hari-hari ini. Sabda Baginda ﷺ:

لا تَصُومُوا هَذِهِ الأَيَّامَ فَإِنَّهَا أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ
Jangan kalian melaksanakan ibadah puasa pada hari-hari ini (iaitu hari-hari Tasyriq) kerana ia hari makan dan minum
(Musnad Ahmad No. 821)

 

فَمَن تَعَجَّلَ في يَومَينِ فَلا إِثمَ عَلَيهِ

Maka sesiapa yang hendak balik segera dalam dua hari itu dia tidak berdosa;

Iaitu bergerak awal dari Mina. Selepas melontar Jamrah Aqabah, dia hendak balik awal. Ia dibenarkan untuk dilakukan oleh Allah ‎ﷻ, dan tidak berdosa, maka jangan marah kepada mereka yang hendak balik awal. Ia disebut di sini kerana golongan Jahiliyah zaman dahulu ada kata kena duduk di Mina sehingga 13 DzulHijjah dan siapa yang pulang awal itu berdosa. Maka Allah ‎ﷻ perbetulkan fahaman mereka itu.

Bergerak awal dari Mina disebut dengan istilah “Nafar Awal” (نَفَر أَوَّل). Ini adalah salah satu pilihan bagi jemaah haji dalam menyelesaikan rangkaian mabit (bermalam) di Mina pada hari-hari tasyrik (11, 12, dan 13 Dzulhijjah). Syaratnya jemaah haji yang memilih Nafar Awal meninggalkan Mina pada tarikh 12 Dzulhijjah setelah melempar jumrah di siang hari dan dia mesti keluar sebelum maghrib. Kena pastikan seluruh lemparan jumrah (Ula, Wusta, dan Aqabah) telah selesai dilakukan pada hari ke-11 dan ke-12 Dzulhijjah.

 

وَمَنْ تَأَخَّرَ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ

Dan sesiapa yang hendak melewatkan, juga tidak berdosa.

Kalau hendak tinggal lama juga, tidak ada masalah juga. Ini pun golongan jahiliyah berbeza pendapat. Ada yang kata kena balik awal dan kalau duduk lama sampai 13 DzulHijjah pula yang berdosa. Maka Allah ‎ﷻ perbetulkan fahaman salah itu.

Dalam istilahnya tinggal tiga hari di Mina itu dinamakan Nafar Thani. Ia bagi jemaah haji yang memilih untuk tetap tinggal di Mina hingga tanggal 13 Dzulhijjah. Mereka menyelesaikan lemparan jumrah pada hari itu sebelum meninggalkan Mina.

 

لِمَنِ اتَّقَىٰ

bagi orang yang bertaqwa kepada Allah;

Takut kepada Allah ‎ﷻ itu adalah dengan menjaga hukum yang telah disampaikan oleh-Nya. Maknanya, sesiapa yang hendak keluar awal, hendaklah menjaga taqwa mereka. Ibadah bukan dikira lama atau pendek, tetapi tingkatan taqwa di dalamnya. Jangan mereka keluar awal kerana mereka bosan, kerana hendak buat pula perkara-perkara yang lagha, kerana berkelahi dengan para jemaah yang lain atau apa-apa sebab yang tidak elok. Tidak salah kalau hendak pulang awal kerana mungkin ada urusan. Ia tidak salah kerana rukun-rukun yang penting telah diselesaikan. Bagi yang melewatkan, jangan pula tinggal lama kerana riya’ hendak tunjuk hebat.

 

وَاتَّقُوا اللَّهَ

hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah

Taqwalah kepada Allah ‎ﷻ dengan menjaga hukum-hukum yang Allah ‎ﷻ telah sampaikan. Ayat ini disampaikan di hujung-hujung pengajaran tentang Haji dalam surah Baqarah ini. Ini mengingatkan kita bahawa kita kena terus menjaga taqwa kita kepada Allah ‎ﷻ, walaupun telah selesai menunaikan ibadah Haji. Janganlah masa buat ibadat sahaja kita sedar dan taqwa, tetapi di luar ibadat, tinggalkan taqwa pula.

 

وَاعْلَمُوا أَنَّكُمْ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ

Dan yakinlah bahawasanya kamu akan dihimpunkan untuk bertemu dengan-Nya;

Ingatlah bahawa, dalam kita meninggalkan Arafah itu, kita semua akan dikembalikan juga kepada perkumpulan sebegitu juga nanti di Mahsyar. Kita semua akan dihimpunkan untuk ditanya, adakah kita gunakan harta yang telah Allah ‎ﷻ beri kepada kita untuk pergi Haji? Ini kerana ada sahaja yang memiliki harta dan kemampuan, tetapi tidak pergi Haji lagi. Sibuk pergi ke tempat-tempat lain dahulu. Ada pula yang kata tiada wang, tetapi mereka sebenarnya memiliki tanah, tetapi tidak mahu hendak jual tanah untuk buat belanja pergi menunaikan Haji. Ada yang harta banyak, tetapi dibahagikan awal-awal lagi kepada anak-anak kerana takut anak tidak ada harta apabila mereka sudah mati nanti. Selalunya, apabila sudah diberi tanah kepada anak-anak, mereka sudah tiada duit untuk pergi Haji. Sedangkan anak-anak nanti bukannya hendak derma untuk ibu bapanya nanti. Janganlah begitu, biarlah anak-anak cari harta mereka sendiri. Kerana nanti di hadapan Allah ‎ﷻ, kita tidak boleh jawab kenapa kita tidak tunaikan Haji nanti.

Perkataan حَشَرُ tidak sama dengan perkataan جمع yang juga digunakan untuk bermaksud dikumpulkan. Kalimah حَشَرُ digunakan dalam bahasa Arab untuk mengumpulkan binatang, seperti penggembala lembu mengumpulkan lembu belaannya. Ini memberi isyarat kepada kita yang kita nanti akan dikumpulkan oleh Allah ‎ﷻ sebagaimana seorang penggembala mengumpulkan binatang ternakannya.

Allah ‎ﷻ sentiasa mengingatkan tentang Hari Akhirat disebabkan manusia tidak bertaqwa kerana tidak yakin adanya Hari Pembalasan. Kalaulah manusia yakin, manusia tidak berani membuat dosa. Percaya kepada hari kiamat memotivasi seseorang untuk memperbanyak amal soleh kerana menyedari bahawa segala perbuatan akan diperhitungkan di akhirat.


 

ORANG YANG MENYEBARKAN KEMUNGKARAN

Baqarah Ayat 204: Ada empat golongan yang Allah ‎ﷻ hendak sebut yang dimulai dengan ayat ke-200. Ayat 200 itu adalah tentang golongan manusia yang celaka kerana hanya nampak kepentingan dunia sahaja dan tidak hiraukan pun tentang akhirat.

Golongan yang kedua telah disebut dalam ayat yang seterusnya iaitu ayat ke 201 di mana mereka yang beruntung akan berdoa supaya mereka diberikan kebaikan dunia dan juga akhirat sekali dan supaya diselamatkan dari neraka. Lihatlah bagaimana mereka bukan hanya minta ‘dunia’ sahaja tetapi ‘kebaikan dunia’. Malah mereka tidak lupa meminta kebaikan di akhirat. Begitulah orang yang beriman, cara meminta doa kepada Allah ‎ﷻ pun mereka pandai.

Golongan yang ketiga adalah mereka yang bukan sahaja tidak mahu kepada agama untuk diri mereka tetapi mereka usahakan supaya orang lain pun cintakan dunia. Bukan dunia itu untuk mereka pun tetapi untuk orang lain. Inilah orang yang paling celaka sekali kerana bukan sahaja mereka rugi tetapi merugikan orang lain sekali.

Sepatutnya kita kena menjadi golongan yang ke-empat iaitu jenis manusia yang sanggup mengorbankan dunia untuk agama Islam.

Atau, mungkin kita boleh terima hanya ada dua golongan sahaja sebenarnya. Yang berdoa minta dunia itu ditambah lagi sifat mereka di dalam ayat 204 – 206. Manakala orang yang mahukan akhirat ditambah lagi sifat mereka di dalam ayat seterusnya.

وَمِنَ النّاسِ مَن يُعجِبُكَ قَولُهُ فِي ٱلحَيَوٰةِ الدُّنيا وَيُشهِدُ اللَّهَ عَلىٰ ما في قَلبِهِ وَهُوَ أَلَدُّ الخِصامِ

Sahih International

And of the people is he whose speech pleases you in worldly life, and he calls Allah to witness as to what is in his heart, yet he is the fiercest of opponents.

 

Malay

Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan dia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal dia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu).

 

وَمِنَ النّاسِ مَن يُعجِبُكَ قَولُهُ فِي ٱلحَيَوٰةِ الدُّنيا

Dan ada di antara manusia itu yang mempersonakan engkau kerana percakapannya dalam kehidupan di dunia;

Ini adalah golongan ketiga. Sekarang kita akan belajar sifat orang-orang munafik. Asbanun Nuzul ayat ini adalah tentang Akhnas ibn Shurayq. Namun begitu bukanlah dia sahaja kerana ayat ini bersifat umum. Lihatlah apa yang mereka lakukan. Perkataan mereka tentang dunia sampai boleh memikat manusia kepada sukakan dunia hingga boleh lupa kepada akhirat. Begitu hebatnya kata-kata mereka sampaikan Nabi Muhammad ﷺ pun boleh terkesan dengan kata-kata mereka itu.

Kenapa sebut tentang dunia di sini? Kerana orang munafik ini hanya mementingkan dunia sahaja. Juga bermaksud kata-kata tentang dunia punyalah hebat, akan tetapi kalau tentang akhirat, tidak laku. Cakap mereka manis belaka tetapi hatinya busuk. Allah ‎ﷻ berfirman di dalam Munafiqoon: 4 tentang hal ini,

وَإِذا رَأَيتَهُم تُعجِبُكَ أَجسامُهُم ۖ وَإِن يَقولوا تَسمَع لِقَولِهِم
Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata, kamu mendengarkan perkataan mereka.

Oleh itu kita kenalah berhati-hati dengan sesetengah kata-kata manusia. Jangan kita terpesona dengan kata-kata mereka. Mereka bercerita tentang dunia macam dunia itu ada di depan dan mudah sahaja hendak dapat. Mereka memang pandai berkata-kata dan pandai berhujah. Begitulah juga sifat orang munafik kerana orang munafik zaman Nabi ﷺ dahulu yang pandai memuji-muji Nabi Muhammad ﷺ ‎dan begitulah juga mereka yang sifat-sifat munafik zaman sekarang. Rasulullah ‎ﷺ pernah bersabda:

عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما
أنه قدم رجلان من المشرق فخطبا فعجب الناس لبيانهما فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم إن من البيان لسحرا أو إن بعض البيان لسحر
Daripada Abdullah bin Umar رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا bahawa dua orang daripada penduduk Masyriq datang kepadanya, lalu keduanya berkhutbah hingga orang-orang takjub dengan penjelasannya, lantas Rasulullah ﷺ bersabda, “Sesungguhnya dalam penjelasan (bayan) itu mengandungi sihir, atau sesungguhnya sebahagian bayan (penjelasan) itu mengandungi sihir.”
(Sahih Bukhari No. 5325)

 

وَيُشْهِدُ اللَّهَ عَلَىٰ مَا فِي قَلْبِهِ

dan dia bersaksi kepada Allah atas apa yang ada dalam hatinya;

Dia akan kata bahawa apa yang dia cakapkan itu adalah benar belaka. Malah sanggup bersumpah dengan menggunakan nama Allah ‎ﷻ. Dia menggunakan nama Allah ‎ﷻ sebagai saksi yang dia ikhlas dalam apa dikatakannya. Dia buat begitu supaya orang yang mendengar di depannya itu tidak syak kepadanya. Dia mahukan orang percaya dengan kata-katanya tentang dunia sampai dia sanggup menggunakan nama Allah ‎ﷻ. Allah menyebut tentang hal ini di dalam Munafiqoon: 2

اتَّخَذوا أَيمٰنَهُم جُنَّةً فَصَدّوا عَن سَبيلِ اللَّهِ ۚ إِنَّهُم ساءَ ما كانوا يَعمَلونَ
Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan.

Ayat ini mengajar kita yang sedang belajar tafsir Al-Qur’an ini untuk menjaga hati dan perbuatan kita. Jangan kita cakap perkara kebaikan di mulut kita, tetapi perbuatan kita lain pula. Jangan kita jadi macam orang dalam ayat ini.

Ia juga mengajar kita supaya berhati-hati dengan kata-kata manusia. Ada manusia yang pandai berkata-kata sampai kita boleh jadi terpesona. Boleh dengar tetapi jangan terus percaya. Kita kena perhatikan apakah tindak tanduknya kerana hanya sekadar bercakap sahaja, semua orang boleh; tetapi kena lihat apakah amalan dan perbuatannya dalam kehidupan juga. Kalau berlainan daripada apa yang dia kata, tahulah kita yang dia hanya pandai bercakap sahaja.

 

وَهُوَ أَلَدُّ الْخِصَامِ

padahal dia sebenarnya adalah paling kuat sekali menentang;

Iaitu paling kuat melawan Nabi ﷺ. Kalau bercakap hal dunia dan agama dia memang hebat tetapi sebenarnya dia adalah orang yang paling kuat menentang kehidupan di akhirat dan paling kuat menentang agama. Orang munafik seperti yang telah disebut amat pandai dalam bercakap, dan mereka sampai menggunakan nama Allah ‎ﷻ dalam sumpah mereka. Atau mereka itu bawa perawakan ahli agama dan pandai beri ceramah, akan tetapi ia membawa kepada keduniaan sahaja. Mereka menggunakan agama dan kepandaian cakap mereka untuk memenuhkan kantung harta mereka. Mereka berkata-kata seolah-olah mereka itu sokong agama dan beriman, namun sebenarnya tidak. Mereka sebenarnya menentang dan merosakkan agama.

Akan tetapi kita manusia tidak dapat tahu apa isi hati mereka kerana kita tidak boleh baca hati manusia. Kerana itu di sini Allah ‎ﷻ beritahu apa yang di dalam hati mereka. Ini sebagaimana Allah ‎ﷻ bongkar isi hati orang munafik di dalam Munafiqoon: 1

إِذا جاءَكَ المُنٰفِقونَ قالوا نَشهَدُ إِنَّكَ لَرَسولُ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ يَعلَمُ إِنَّكَ لَرَسولُهُ وَاللَّهُ يَشهَدُ إِنَّ المُنٰفِقينَ لَكٰذِبونَ
Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: “Kami mengakui, bahawa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Allah”. Dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya; dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar orang pendusta.

Perkataan أَلَدُّ itu lebih berat lagi daripada perkataan عَدُوٌّ yang selalu digunakan kepada Syaitan. Mereka yang berperangai begini, akan mereka-reka perkataan mereka tidak berdasarkan dalil, asalkan mereka boleh menang dan orang lain percaya kepada kata-kata mereka. Mereka tidak kisah apakah yang benar.

Lafaz الْخَصِمُ bermaksud ‘berdebat’ dan ini dibenci oleh Allah‎ ﷻ seperti sabda Nabi ﷺ dalam Sahih Bukhari, riwayat Aisyah رضي الله عنها:

 عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبْغَضُ الرِّجَالِ إِلَى اللَّهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ

Dari Aisyah رضي الله عنها, beliau mengatakan; Rasulullah  ﷺ bersabda: “Manusia yang paling dibenci Allah ‎adalah yang keras kepala dan suka membantah.”
(Hadith Sahih Bukhari No. 6651)

Bukan itu sahaja, mereka ini apabila berkelahi, berdebat, berbeza pendapat, akan menggunakan kekerasan, perangai yang buruk kerana mereka hendak menjatuhkan musuh lawan debat mereka. Mereka sampaikan sanggup menipu dan berbagai-bagai lagi perkara buruk yang mereka lakukan kalau berlainan pegangan dengan mereka. Ini seperti disebut di dalam hadith,

أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا ، وَمَنْ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنْهُنَّ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنَ النِّفَاقِ حَتَّى يَدَعَهَا إِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ وَإِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ ، وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ
“Ada empat tanda, jika seseorang memiliki empat tanda ini, maka dia disebut munafik tulen. Jika dia memiliki salah satu tandanya, maka dalam dirinya ada tanda kemunafikan sampai dia meninggalkan perilaku tersebut, iaitu: jika diberi amanat, khianat; jika berbicara, dusta; jika membuat perjanjian, tidak dipenuhi; jika berselisih, dia akan berbuat zalim.”
(Sahih Muslim)

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 17 Januari 2025

Ringkasan Surah Baqarah


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Al-Azhar Prof. HAMKA

Maariful Qur’an

Tafsir Al-Mishbah (Dr. M. Quraish Shihab)

Ustaz Solah

Ustaz Abdul Muien Ghulam Dakwah

Tafsir Surah Baqarah Ayat 200 – 201 (Minta kebaikan dunia dan akhirat)

MINTALAH KEBAIKAN DUNIA DAN AKHIRAT SEKALI

Baqarah Ayat 200: Masih lagi tentang hukum Haji. Ini adalah teguran Allah ‎ﷻ tentang cara berdoa.

فَإِذا قَضَيتُم مَّنَـٰسِكَڪُم فَاذكُرُوا اللَّهَ كَذِكرِكُم ءَابَآءَڪُم أَو أَشَدَّ ذِكرًا ۗ فَمِنَ النّاسِ مَن يَقولُ رَبَّنا ءَاتِنَا فِي الدُّنيا وَما لَهُ فِي الآخِرَةِ مِن خَلَـٰقٍ

Sahih International

And when you have completed your rites, remember Allah like your [previous] remembrance of your fathers or with [much] greater remembrance. And among the people is he who says, “Our Lord, give us in this world,” and he will have in the Hereafter no share.

 

Malay

Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkan-Nya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia”. (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.

 

فَإِذَا قَضَيْتُمْ مَّنَـٰسِكَڪُم

Maka apabila kalian telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kalian;

Apabila sudah melontar, sudah cukur dan sudah tawaf. Iaitu selesai sudah segala ibadat Haji dan segala rukun-rukun Haji. Sekarang para hujjaj berhari raya di Mina tiga hari tiga malam.

 

فَاذْكُرُوا اللَّهَ

maka sentiasalah ingat akan Allah;

Sepatutnya selepas sudah selesai kerja Haji, maka kita sangka sepatutnya yang disuruh adalah bersyukurlah, kerana sudah selesai segala kewajipan dan boleh balik ke kampung halaman semula. Namun sebaliknya yang disuruh adalah berzikir. Ini kerana zikir ini amat penting, maka selalu Allah ‎ﷻ ingatkan di dalam Al-Qur’an. Di sini pun Allah ‎ﷻ sudah tiga kali sebut tentang zikir di dalam kumpulan ayat-ayat ini. Ini kerana ibadah tidak berakhir dengan zikir sahaja. Selepas ibadah, tetap kena zikir lagi seperti Allah ‎ﷻ sebut tentang solat di dalam Nisa’: 103

فَإِذا قَضَيتُمُ الصَّلوٰةَ فَاذكُرُوا اللَهَ قِيٰمًا وَقُعودًا وَعَلىٰ جُنوبِكُم
Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring.

Perhatikan selepas solat pun kena zikir lagi kepada Allah ‎ﷻ. Ini kerana ibadah zikir itu bukan sahaja bermaksud lafaz dengan mulut sahaja, namun ia lebih lagi daripada itu. Ada empat jenis zikir, iaitu dengan lidah melalui ucapan, dengan anggota tubuh melalui perbuatan, dengan fikiran melalui perenungan yang menghantar kepada pengetahuan, serta dengan hati melalui kesedaran akan kebesaran-Nya yang menghasilkan emosi keagamaan dan keyakinan yang benar. Jadi kalau kita faham zikir itu sebagai meratib sahaja, maka amatlah malang kerana pemahaman tentang zikir yang cetek sangat.

Dalam ibadah kena zikir, luar ibadah pun kena zikir juga. Antaranya dengan perbuatan tubuh kita iaitu dengan melakukan ketaatan kepada Allah ‎ﷻ. Walaupun kita buat kerja-kerja dunia, namun jangan lupa kepada Allah ‎ﷻ. Kerana itu Allah ‎ﷻ berfirman قِيٰمًا وَقُعودًا وَعَلىٰ جُنوبِكُم iaitu bermaksud di dalam segala keadaan. Kekurangan kita adalah sangka zikir ini pada masa tertentu dan pada tempat tertentu sahaja. Ini adalah pemahaman yang cetek. Perhatikan setelah habis Solat Jumaat pun Allah ‎ﷻ suruh kita banyak ingat kepada Allah ‎ﷻ seperti disebut di dalam Jumuah: 10

فَإِذا قُضِيَتِ الصَّلوٰةُ فَانتَشِروا فِي الأَرضِ وَابتَغوا مِن فَضلِ اللَّهِ وَاذكُرُوا اللَّهَ كَثيرًا لَّعَلَّكُم تُفلِحونَ
Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.

Maknanya, Allah ‎ﷻ benarkan kita bekerja mencari rezeki, akan tetapi di dalam kerja seharian kita pun tetap kena ingat Allah ‎ﷻ dan bukan sedikit tetapi banyak-banyak.

 

كَذِكْرِكُمْ ءَابَآءَڪُم

sepertimana kalian dahulu menyebut-nyebut tok nenek kalian;

Musyrikin Mekah apabila Haji sudah hendak habis, mereka memuji keturunan mereka. Mereka siap buat majlis besar-besaran di mana mereka akan membacakan puisi. Mereka memperingati tentang keturunan mereka yang pahlawan yang berani, gagah, dermawan dan sebagainya. Ini kerana kesukaan mengisi masa lapang mereka pada waktu itu adalah bercerita tentang orang-orang yang sudah berlalu.

Ini tidak elok dilakukan kerana akan menyebabkan ada yang berasa hati sampaikan selepas mengerjakan ibadah Haji, terjadi perpecahan umat, sedangkan sepatutnya ibadah Haji itu untuk mengeratkan umat Islam sedunia. Tambahan pula ia adalah perbuatan yang membuang masa di tempat yang mulia.

Kita orang Melayu ada juga buat perangai membanggakan puak-puak kita. Selalunya berkenaan politik dan keturunan dulu-dulu. Sudah bercerita tentang politik pula di sana. Kita pun suka juga bersembang. Tentang bermacam-macam hal kehidupan, tentang filem, tentang kerja, tentang anak-anak, tentang orang itu dan ini. Kalau kita pun buat begitu juga, kita tidak mengikuti ayat ini. Maka Allah ‎ﷻ suruh kita ingat tentang Allah ‎ﷻ bukannya ingat tentang benda-benda itu. Kena tinggalkan tentang dunia dan ingat kepada Allah ‎ﷻ.

 

أَوْ أَشَدَّ ذِكْرًا

bahkan lebih lagi ingat (kepada Allah);

Kenalah kita ingat kepada Allah ‎ﷻ lebih lagi daripada yang lain. Kalimah  أَشَدَّ bermaksud lebih teguh, lebih mantap, lebih banyak. Kenapa hendak disebut-sebut sangat tentang kehebatan dan jasa tok nenek itu? Sedangkan Allah ‎ﷻ lebih banyak jasa-Nya. Kalimah أَوْ di sini bukannya bermaksud ‘atau’ kerana kalau begitu, seolah-olah ia pilihan sahaja. Kalimah أَوْ di sini bermaksud ‘dan’ dan ‘bahkan’. Iaitu kena ingat Allah ‎ﷻ lebih lagi daripada ingat kepada tok nenek. Jangan sibukkan diri dengan pencapaian tok nenek tetapi sibuklah diri dengan Allah ‎ﷻ.

 

فَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ

Maka ada di antara manusia (semasa buat haji) yang berdoa:

Peluang apabila berada di Tanah Haram adalah untuk berdoa kerana ia merupakan salah satu tempat yang makbul doa. Apatah lagi waktu itu kita sedang melakukan ibadah yang besar. Seperti yang kita selalu diingatkan, doa amat molek dilakukan selepas melakukan ibadah. Akan tetapi ada orang yang hanya mementingkan dunia sahaja maka mereka tidak mengambil manfaat untuk berdoa dengan doa yang baik. Perhatikan cara doa mereka:

 

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا

Wahai Tuhan kami, berilah kepada kami di dalam dunia ini;

Allah ‎ﷻ memberitahu bahawa ada manusia yang pergi mengerjakan Haji adalah untuk keduniaan sahaja. Mereka hanya mahukan kesenangan dunia sahaja. Mereka hanya minta ‘dunia’, bukan ‘kebaikan’ di dunia pun. Mereka tidak kisah pun apa yang mereka dapat itu baik untuk agama atau pun tidak, asalkan dapat sahaja. Zaman Jahiliyyah dahulu, antaranya mereka minta tahun itu kesuburan tanah, hujan, anak dan sebagainya. Zaman sekarang pun ramai yang seperti itu juga. Mereka minta projek kerajaan, rezeki yang banyak, kejayaan dalam perniagaan, anak, pasangan dan bermacam-macam hal keduniaan lagi.

Allah ‎ﷻ menegur ramai yang berdoa begini. Sampai mereka buat sembahyang hajat di Mekah semata-mata hendakkan hal dunia. Ada yang pergi Umrah, sebab hendak kahwin, siap pergi dengan pasangannya yang mereka belum kahwin lagi. Atau ramai yang berdoa di sana kerana hendakkan projek kerajaan. Tidaklah salah kita minta hal dunia, tetapi kita kena banyakkan lagi minta hal akhirat. Dalam ayat ini, mereka minta hal dunia sahaja. Nanti kita akan bandingkan dengan doa orang yang pandai.

Memang Allah ‎ﷻ suruh kita berdoa dalam semua perkara. Sampaikan kalau tali kasut terputus pun, ada hadith Nabi ﷺ kata hendaklah berdoa kepada Allah ‎ﷻ. Namun begitu kita berdoa kenalah ada kepentingan akhirat melebihi dunia. Kena lebihkan tentang akhirat. Jangan lebihkan tentang dunia sahaja. Kepentingan kita sepatutnya tentang akhirat.

wp-1579436196434.jpg

وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ خَلَـٰقٍ

maka tidak ada bagi orang itu, bahagian di akhirat, apa-apa balasan baik pun;

Mereka tidak diberikan dengan kelebihan di akhirat kerana mereka hanya mahukan hal dunia sahaja. Maknanya mereka tidak mendapat syurga. Jadi jangan sangka orang yang pergi Haji itu pasti dapat masuk syurga kerana belum tentu lagi. Kena tengok apa niatnya semasa pergi Haji itu. Jangan katakan orang pergi buat Haji, yang syahid, yang mengajar agama dan dermawan pun dimasukkan ke dalam neraka (malah mereka yang paling awal masuk) seperti disebut di dalam hadith yang amat menakutkan yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ:

ويقول عليه الصلاة والسلام: (إِنَّ أَوَّلَ النَّاسِ يُقْضَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَيْهِ، رَجُلٌ اسْتُشْهِدَ، فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا، قَالَ: فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا؟ قَالَ: قَاتَلْتُ فِيكَ حَتَّى اسْتُشْهِدْتُ. قَالَ: كَذَبْتَ. وَلَكِنَّكَ قَاتَلْتَ لِأَنْ يُقَالَ: جَرِيءٌ، فَقَدْ قِيلَ، ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ. وَرَجُلٌ تَعَلَّمَ الْعِلْمَ، وَعَلَّمَهُ وَقَرَأَ الْقُرْآنَ، فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا، قَالَ: فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا؟ قَالَ: تَعَلَّمْتُ الْعِلْمَ، وَعَلَّمْتُهُ وَقَرَأْتُ فِيكَ الْقُرْآنَ. قَالَ: كَذَبْتَ، وَلَكِنَّكَ تَعَلَّمْتَ الْعِلْمَ لِيُقَالَ: عَالِمٌ، وَقَرَأْتَ الْقُرْآنَ لِيُقَالَ: هُوَ قَارِئٌ، فَقَدْ قِيلَ، ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ. وَرَجُلٌ وَسَّعَ اللهُ عَلَيْهِ، وَأَعْطَاهُ مِنْ أَصْنَافِ الْمَالِ كُلِّهِ، فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا، قَالَ: فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا؟ قَالَ: مَا تَرَكْتُ مِنْ سَبِيلٍ تُحِبُّ أَنْ يُنْفَقَ فِيهَا إِلَّا أَنْفَقْتُ فِيهَا لَكَ. قَالَ: كَذَبْتَ، وَلَكِنَّكَ فَعَلْتَ لِيُقَالَ: هُوَ جَوَادٌ، فَقَدْ قِيلَ، ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ، ثُمَّ أُلْقِيَ فِي النَّار)ِ. رواه مسلم (1905) .
Rasulullah ﷺ bersabda, “Orang yang pertama kali diputuskan pada hari kiamat adalah seorang laki-laki yang mati syahid di jalan Allah. Lalu dia didatangkan, kemudian Allah memperlihatkan kepadanya nikmat-Nya, maka dia pun mengenalinya. Allah berkata, ‘Apa yang telah engkau lakukan dengan nikmat itu?’ Orang tersebut berkata, ‘Aku telah berperang di jalan-Mu sampai aku mati syahid.’ Lalu Allah berkata, ‘Engkau dusta! Sebaliknya engkau melakukan itu supaya disebut sebagai seorang pemberani dan ucapan itu telah dilontarkan.’ Kemudian diperintahkan agar orang tersebut dibawa, maka dia diseret dengan wajahnya (terjerembab di tanah), sampai dia pun dilemparkan di neraka.
Kemudian ada orang yang belajar agama dan mengajarkannya, serta membaca Al-Qur’an. Lalu orang itu didatangkan, lalu Allah memperlihatkan nikmat-Nya dan orang itu pun mengenalinya. Allah berkata, ‘Apa yang telah engkau lakukan dengan nikmat itu?’ Orang itu menjawab, ‘Aku telah belajar agama, mengajarkannya dan aku telah membaca Al-Qur’an.’ Allah berkata, ‘Engkau dusta! Sebaliknya engkau belajar agama supaya disebut orang alim dan engkau membaca Al-Qur’an supaya disebut sebagai qari’ dan ucapan itu telah dilontarkan.’ Kemudian diperintahkan agar orang tersebut dibawa, maka dia pun diseret dengan wajahnya (terjerembab di tanah) sampai dia pun dilemparkan di neraka.’
Kemudian ada seorang laki-laki yang diberikan kelapangan oleh Allah (kaya) dan menganugerahinya segala macam harta. Lalu dia pun didatangkan, lalu Allah memperlihatkan nikmat-Nya itu dan orang itu pun mengenalinya. Allah berkata, ‘Apa yang telah engkau lakukan dengan nikmat itu?’ Orang itu mengatakan, ‘Aku tidak meninggalkan satu jalan pun sebagai peluang untuk berinfak melainkan aku berinfak di situ semata-mata kerana-Mu.’ Allah berkata, ‘Kau bohong! Sebaliknya kau melakukan seperti itu supaya disebut dermawan dan ucapan itu telah dilontarkan.’ Maka orang itu diperintahkan untuk dibawa, lalu dia pun diseret dengan wajahnya (terjerembab di tanah), kemudian dia dilemparkan di neraka.”

(Sahih Muslim No. 1905)

Kenapa Allah ‎ﷻ mengutuk mereka yang hanya minta dunia sahaja? Kalimah الدُّنيا daripada katadasar د ن و yang bermaksud dekat; lebih rendah; kurang; lebih berkemungkinan; dalam jangkauan; dunia ini. Maka dunia ini sebenarnya rendah jika hendak dibandingkan dengan akhirat. Akan tetapi ia adalah dalam jangkauan, senang didapati kerana di depan mata kita sahaja.

Ramai manusia salah faham dengan dunia. Orang kafir, orang munafik dan orang yang ingkar itu amat suka dan bergembira dengan nikmat yang mereka dapat di dunia. Mereka sangka mereka itu orang terpilih, sedangkan sebenarnya pemberian yang mereka dapat itu adalah istidraj daripada Allah ﷻ – bukan mendekatkan mereka kepada Allah ﷻ, malah menjauhkan lagi daripada Allah ﷻ. Ini kita dapat faham melalui firman-Nya:

أَيَحْسَبُونَ أَنَّمَا نُمِدُّهُمْ بِهِ مِنْ مَالٍ وَبَنِينَ نُسَارِعُ لَهُمْ فِي الْخَيْرَاتِ بَل لَا يَشْعُرُونَ
Apakah mereka mengira bahawa harta dan anak-anak yang Kami berikan kepada mereka itu (bererti bahawa) Kami bersegera memberikan kebaikan kepada mereka? Tidak, sebenarnya mereka tidak sedar.
(Al-Mu’minun: 55-56)

Ramai yang kalah dengan keindahan dunia. Mereka hanya nampak semuanya dunia, dunia, dunia. Mereka tidak nampak akhirat kerana jauh sangat daripada pandangan mata (malah tidak nampak pun kecuali melalui berita wahyu sahaja). Maka kerana itu Allah ﷻ berulang-ulang menerangkan hakikat dunia ini seperti disebut dalam Hadid: 20

اعلَموا أَنَّمَا الحَيَوٰةُ الدُّنيا لَعِبٌ وَلَهوٌ وَزينَةٌ وَتَفاخُرٌ بَينَكُم وَتَكاثُرٌ فِي الأَموٰلِ وَالأَولٰدِ ۖ كَمَثَلِ غَيثٍ أَعجَبَ الكُفّارَ نَباتُهُ ثُمَّ يَهيجُ فَتَرٰهُ مُصفَرًّا ثُمَّ يَكونُ حُطٰمًا
Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur.

Allah ﷻ hendak memastikan kita tahu bahawa dunia ini hanyalah ‘permainan’ sahaja. ‘Permainan’ ini selalunya dikaitkan dengan kanak-kanak kerana itulah sahaja yang mereka ingat dalam kehidupan mereka. Mereka tidak fikirkan tentang makan, tentang kerja, tentang tugas, kerana mereka hanya hendak bermain saja. Kanak-kanak itu beriya-iya sangat bermain permainannya, sampai masanya dia tinggalkan sahaja. Maknanya ia tidak penting dan tidak bernilai, bukan?


 

Baqarah Ayat 201: Allah ‎ﷻ tegur cara berdoa yang salah dalam ayat sebelum ini dan mengajar cara doa yang betul di dalam ayat ini:

وَمِنهُم مَّن يَقولُ رَبَّنا ءَاتِنَا فِي الدُّنيا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنا عَذابَ النّارِ

Sahih International

But among them is he who says, “Our Lord, give us in this world [that which is] good and in the Hereafter [that which is] good and protect us from the punishment of the Fire.”

 

Malay

Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka”.

 

وَمِنْهُمْ مَّنْ يَقُولُ

Dan ada di antara mereka yang berdoa:

Ini adalah cara berdoa yang betul. Doa ini pun kita selalu sangat baca. Sekarang kita kena faham apakah maksud doa ini supaya kita lebih khusyuk semasa menyebutnya.

 

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً

Wahai Tuhan kami, berilah kepada kami di dunia ini, kebaikan;

Orang yang beriman dan mukmin, cara berdoa pun mereka pandai. Lihatlah apakah perkataan yang digunakan: dia tidak minta ‘dunia’, tetapi ‘kebaikan di dunia’. Sebelum ini telah disebut orang yang bodoh itu hanya sebut رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا. Ada beza antara keduanya kerana orang yang pandai dalam berdoa sebut حَسَنَةً di dalam dunia.

Kebaikan apakah yang paling baik sekali? Ada berbagai pendapat tentang apakah maksud حَسَنَةً itu. Hasanah di sini yang paling utama adalah: Al-Qur’an dan Hadith. Iaitu ilmu kefahaman Al-Qur’an dan Hadith. Kerana dengan ilmu yang dua itu, akan selesai segala perkara agama kepada kita. Itulah hasanah yang terbaik. Ia bermula dari situ. Dengan memahami Al-Qur’an dan Hadith, kita akan faham agama keseluruhannya. Akan tetapi ramai yang apabila mereka doa begini, mereka sangka mereka meminta harta dan kesenangan dunia. Jadi kena betulkan semula niat dalam hati kita semasa berdoa, supaya kita niatkan bahawa apa yang kita hendak minta itu adalah ilmu Al-Qur’an dan Hadith. Kerana ramai yang berdoa menggunakan ayat ini, tetapi mereka salah faham tentang makna doa ini.

Ada lagi tafsir lain bagi maksud حَسَنَةً ini: Ia adalah perkara yang kita boleh buat dan boleh mendapat pahala yang berpanjangan walaupun kita sudah mati. Ini seperti hadith riwayat Abu Hurairah رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ, bahawa Nabi ﷺ bersabda:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
“Apabila matinya seseorang insan maka akan terputuslah amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan juga anak soleh (atau solehah) yang mendoakan kepada untuk ibubapanya.”
(Riwayat Muslim No. 1631)

Ia bermaksud sedekah jariah dan ilmu yang diajarkan kepada orang lain. Lebih-lebih lagi ilmu tafsir Al-Qur’an yang sepatutnya diajar kepada orang lain untuk dimanfaatkan. Kemudian ilmu diajar pula kepada orang lain dan yang mula mengajar itu pun akan mendapat pahala itu juga. Oleh itu, walaupun dia sudah mati tetapi ilmu itu boleh disambungkan kepada orang lain dan dia akan mendapat pahala yang berpanjangan. Sedekah jariah pula adalah sedekah yang berpanjangan. Sebagai contoh, kita infak duit untuk dibuat masjid. Setiap kali masjid itu digunakan, kita akan mendapat pahala.

Ada yang mengatakan yang ia bermaksud isteri yang solehah kerana isteri yang solehah boleh mengasuh anak mereka sampai menjadi anak yang soleh yang akan mendoakan untuk mereka dan beramal dengan apa yang diajar sehingga si ayah dan si ibu akan mendapat pahala yang berpanjangan walaupun mereka sudah tiada. Isteri yang solehah pula mudah untuk diajar kefahaman agama kepada mereka sampaikan boleh memberi kebaikan yang banyak. Kerana ilmu agama yang awal hendaklah diberikan kepada anak-anak semasa di rumah lagi dan untuk itu memerlukan ibu yang solehah yang boleh membimbing anaknya itu. Sebelum mereka mendapat yang ajaran yang tidak benar di luar, ibu mereka telah menanamkan ilmu agama yang benar ke dalam jiwa mereka. Namun kenalah ingat bahawa ibu yang solehah itu mendapat ajaran agama daripada bapa yang soleh juga, maka hendaklah kita sebagai orang lelaki memberi pengajaran agama kepada keluarga kita.

Ada sahabat yang kata kebaikan dunia yang dimaksudkan adalah anak yang soleh yang dapat menyambung kerja dan perjuangan ayahnya dalam agama.

Ada yang memberi maksud yang luas lagi seperti kesihatan dan lain-lain. Asalkan ia membawa kepada kebaikan akhirat. Contohnya kesihatan kerana dengan kesihatan, dapat melakukan ibadah dengan banyak. Atau kenderaan kerana dengan kenderaan ia boleh membawa untuk belajar ilmu dan mengajar. Jadi kita boleh panjangkan kepada segala perkara yang walaupun ia tentang keduniaan, tetapi sebenarnya ia membawa kepada akhirat. Jadi kalau kita pandai, kita akan dapatkan hal dunia yang ada kebaikan untuk akhirat juga.

Ada orang yang salah faham dengan doa ini dengan mengatakan Allah ‎ﷻ suruh cari dunia dahulu. Ini adalah tersilap kerana Allah ‎ﷻ bukan suruh minta dunia, tetapi ‘kebaikan’ di dunia. Kita juga telah sebutkan yang kebaikan itu yang membawa kepada kebaikan di akhirat. Jadi kesimpulannya, ia ke arah akhirat juga.

 

وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً

dan kebaikan di akhirat;

Kita minta kebaikan yang paling baik, iaitu Syurga. Kena minta dimasukkan ke dalam syurga. Bukan setakat itu sahaja tetapi segala perkara yang berkenaan akhirat yang bermula dengan kematian. Dalam kubur lagi kita minta dipermudahkan.

عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي جَنَازَةِ رَجُلٍ مِنْ الْأَنْصَارِ فَانْتَهَيْنَا إِلَى الْقَبْرِ وَلَمَّا يُلْحَدْ فَجَلَسَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَجَلَسْنَا حَوْلَهُ كَأَنَّمَا عَلَى رُءُوسِنَا الطَّيْرُ وَفِي يَدِهِ عُودٌ يَنْكُتُ بِهِ فِي الْأَرْضِ فَرَفَعَ رَأْسَهُ فَقَالَ اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا زَادَ فِي حَدِيثِ جَرِيرٍ هَاهُنَا وَقَالَ وَإِنَّهُ لَيَسْمَعُ خَفْقَ نِعَالِهِمْ إِذَا وَلَّوْا مُدْبِرِينَ حِينَ يُقَالُ لَهُ يَا هَذَا مَنْ رَبُّكَ وَمَا دِينُكَ وَمَنْ نَبِيُّكَ قَالَ هَنَّادٌ قَالَ وَيَأْتِيهِ مَلَكَانِ فَيُجْلِسَانِهِ فَيَقُولَانِ لَهُ مَنْ رَبُّكَ فَيَقُولُ رَبِّيَ اللَّهُ فَيَقُولَانِ لَهُ مَا دِينُكَ فَيَقُولُ دِينِيَ الْإِسْلَامُ فَيَقُولَانِ لَهُ مَا هَذَا الرَّجُلُ الَّذِي بُعِثَ فِيكُمْ قَالَ فَيَقُولُ هُوَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَقُولَانِ وَمَا يُدْرِيكَ فَيَقُولُ قَرَأْتُ كِتَابَ اللَّهِ فَآمَنْتُ بِهِ وَصَدَّقْتُ زَادَ فِي حَدِيثِ جَرِيرٍ فَذَلِكَ قَوْلُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ { يُثَبِّتُ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا } الْآيَةُ ثُمَّ اتَّفَقَا قَالَ فَيُنَادِي مُنَادٍ مِنْ السَّمَاءِ أَنْ قَدْ صَدَقَ عَبْدِي فَأَفْرِشُوهُ مِنْ الْجَنَّةِ وَافْتَحُوا لَهُ بَابًا إِلَى الْجَنَّةِ وَأَلْبِسُوهُ مِنْ الْجَنَّةِ قَالَ فَيَأْتِيهِ مِنْ رَوْحِهَا وَطِيبِهَا قَالَ وَيُفْتَحُ لَهُ فِيهَا مَدَّ بَصَرِهِ قَالَ وَإِنَّ الْكَافِرَ فَذَكَرَ مَوْتَهُ قَالَ وَتُعَادُ رُوحُهُ فِي جَسَدِهِ وَيَأْتِيهِ مَلَكَانِ فَيُجْلِسَانِهِ فَيَقُولَانِ لَهُ مَنْ رَبُّكَ فَيَقُولُ هَاهْ هَاهْ هَاهْ لَا أَدْرِي فَيَقُولَانِ لَهُ مَا دِينُكَ فَيَقُولُ هَاهْ هَاهْ لَا أَدْرِي فَيَقُولَانِ مَا هَذَا الرَّجُلُ الَّذِي بُعِثَ فِيكُمْ فَيَقُولُ هَاهْ هَاهْ لَا أَدْرِي فَيُنَادِي مُنَادٍ مِنْ السَّمَاءِ أَنْ كَذَبَ فَأَفْرِشُوهُ مِنْ النَّارِ وَأَلْبِسُوهُ مِنْ النَّارِ وَافْتَحُوا لَهُ بَابًا إِلَى النَّارِ قَالَ فَيَأْتِيهِ مِنْ حَرِّهَا وَسَمُومِهَا قَالَ وَيُضَيَّقُ عَلَيْهِ قَبْرُهُ حَتَّى تَخْتَلِفَ فِيهِ أَضْلَاعُهُ زَادَ فِي حَدِيثِ جَرِيرٍ قَالَ ثُمَّ يُقَيَّضُ لَهُ أَعْمَى أَبْكَمُ مَعَهُ مِرْزَبَّةٌ مِنْ حَدِيدٍ لَوْ ضُرِبَ بِهَا جَبَلٌ لَصَارَ تُرَابًا قَالَ فَيَضْرِبُهُ بِهَا ضَرْبَةً يَسْمَعُهَا مَا بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ إِلَّا الثَّقَلَيْنِ فَيَصِيرُ تُرَابًا قَالَ ثُمَّ تُعَادُ فِيهِ
Daripada Al Bara bin Azib رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ dia berkata, “Kami bersama Rasulullah ﷺ keluar untuk melihat jenazah seorang lelaki Ansar, kami pun tiba di perkuburan. Ketika lubang lahad telah dibuat, Rasulullah ﷺ duduk, lalu kami ikut duduk di sisinya. Kami diam, seakan-akan di atas kepala kami ada burung. Saat itu baginda memegang sebatang kayu yang ditancapkan ke dalam tanah, baginda lalu mengangkat kepalanya dan bersabda:
“Mintalah perlindungan kepada Allah daripada seksa kubur.” Baginda ucapkan kalimat itu hingga dua atau tiga kali. Demikianlah tambahan dalam hadith Jarir.
Baginda menyambung: “Sungguh, mayat itu akan dapat mendengar bunyi tapak selipar mereka ketika berpaling pulang; iaitu ketika ditanyakan kepadanya, ‘Wahai orang yang ditanya ini,
Siapa Rabbmu?
 Apa agamamu?
 Dan siapa Nabimu?’
-Hannad menyebutkan; Baginda bersabda: – “lalu ada dua malaikat mendatanginya kemudian mendudukkannya. Malaikat itu bertanya,
“Siapa Rabbmu?” dia menjawab, “Rabbku adalah Allah.” Malaikat itu bertanya lagi,
“Apa agamamu?” dia menjawab, “Agamaku adalah Islam.” Malaikat itu bertanya lagi,
“Siapa lelaki ini yang diutus kepada kamu semua?” Dia menjawab, “Dia adalah Rasulullah ﷺ.” Malaikat itu bertanya lagi,
“Apa (cara yang kamu lakukan sehingga) kamu ketahui (cara untuk menjawab soalan tadi)?” Dia menjawab,
“Aku membaca Kitabullah, aku beriman (mempelajari) dengannya dan membenarkannya (menyebarkannya).”
Dalam hadith Jarir menambahkan, “Maka inilah makna firman Allah:
“Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman…” hingga akhir ayat Ibrahim: 27
Kemudian kedua perawi sepakat pada lafaz, “Baginda bersabda: “Kemudian ada suara dari langit yang menyeru, “Benarlah apa yang dikatakan oleh hamba-Ku, hamparkanlah permaidani untuknya di syurga, bukakan untuknya pintu-pintu syurga dan berikan kepadanya pakaian syurga.” Baginda melanjutkan: “Kemudian didatangkan kepadanya wewangian syurga, lalu kuburnya diluaskan sejauh mata memandang.” Baginda melanjutkan:
“Jika yang meninggal adalah orang kafir, maka rohnya akan dikembalikan kepada jasadnya. Saat itu datanglah dua malaikat seraya mendudukkannya. Kedua malaikat itu bertanya,
“Siapa Rabbmu?” Dia menjawab, “Hah, hah, hah. Aku tidak tahu.” Malaikat itu bertanya,
“Apa agamamu?” Dia menjawab, “Hah, hah. Aku tidak tahu.” Malaikat itu bertanya lagi,
“Siapa lelaki yang diutus kepada kalian ini? ‘ Dia menjawab, “Hah, hah. Aku tidak tahu.”
Setelah itu terdengar suara dari langit: “Dia telah berdusta. Berilahd ia hamparan permaidani dari neraka, berikan pakaian dari neraka, dan bukakanlah pintu-pintu neraka untuknya.” Baginda melanjutkan: “Kemudian didatangkan kepadanya panas dan baunya neraka. Lalu kuburnya disempitkan hingga tulangnya saling berhimpitan.” Dalam hadith Jarir ditambahkan,
“Baginda bersabda: “Lalu dia dibelenggu dalam keadaan buta dan bisu. Dan baginya disediakan sebuah pemukul daripada besi, sekiranya pemukul itu dipukulkan pada sebuah gunung nescaya akan menjadi debu.” Baginda melanjutkan:
“Lelaki kafir itu kemudian dipukul dengan pemukul tersebut hingga suaranya dapat didengar oleh semua makhluk; dari hujung timur hingga hujung barat -kecuali jin dan manusia- hingga menjadi debu.” Baginda meneruskan ceritanya: “Setelah itu, rohnya dikembalikan lagi.”
(HR Abu Daud Kitab as Sunnah fil Mas-alati fil Qabri wa ‘Azabil Qabri)

Semoga kita diberikan nikmat melihat syurga tempat kita walaupun di dalam kubur.

Daripada Abdullah bin Umar رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا, Rasulullah ﷺ bersabda:
إِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا مَاتَ عُرِضَ عَلَيْهِ مَقْعَدُهُ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ إِنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَمِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَإِنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ فَيُقَالُ هَذَا مَقْعَدُكَ حَتَّى يَبْعَثَكَ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
Setiap seorang daripada kamu, manakala telah mati akan diperlihatkan kepadanya kedudukan tempatnya setiap pagi dan petang. Jika dia daripada ahli syurga maka (akan diperlihatkan seperti) ahli syurga dan jika dia ahli neraka maka daripada ahli neraka. Dikatakan kepadanya, “Inilah tempatmu sehingga dibangkitkan semula pada hari kiamat.”
(Riwayat al-Bukhari No. 1379 dan Muslim No. 2866)

Juga supaya dimasukkan ke dalam golongan yang masuk ke syurga tanpa hisab seperti disebut dalam hadith yang diriwayatkan daripada Imran bin al-Husain رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ, Nabi ﷺ bersabda:

يَدْخُلُ الجَنَّةَ مِن أُمَّتي سَبْعُونَ ألْفًا بغيرِ حِسابٍ، قالوا: مَن هُمْ يا رَسولَ اللهِ؟ قالَ: هُمُ الَّذِينَ لا يَسْتَرْقُونَ، ولا يَتَطَيَّرُونَ، ولا يَكْتَوُونَ، وعلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
“Tujuh puluh ribu daripada umatku akan masuk syurga tanpa hisab.” Para sahabat bertanya: “Siapakah mereka wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Mereka adalah orang-orang yang tidak minta diruqyah, tidak mengamalkan tatayyur, tidak menggunakan pengubatan dengan besi (yang dilarang) dan mereka selalu bertawakal pada Rabbnya.”
(Riwayat al-Bukhari No. 5752 dan Muslim No. 220)

Alam akhirat itu lebih penting daripada dunia. Sebenarnya kita kena lebihkan minta tentang akhirat melebihi tentang dunia. Perhatikan doa ini, bukannya kita minta ‘dunia’ tetapi ‘kebaikan di dunia’. Sebenarnya hal dunia ini Allah ‎ﷻ telah sediakan untuk kita, jadi tidak perlu teruk-teruk sangatlah mencarinya. Yang kita kena cari dan lebih banyak usaha adalah tentang akhirat. Perhatikan Qasas: 77

وَابتَغِ فيما ءآتٰكَ اللهُ الدّارَ الآخِرَةَ ۖ وَلا تَنسَ نَصيبَكَ مِنَ الدُّنيا
Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu untuk negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada (kenikmatan) duniawi

Ayat ini sebenarnya Allah ‎ﷻ suruh kejar akhirat, bukannya kejar dunia. Jadi secara ringkasnya, ia jadi begini وَابتَغِ الدّارَ الآخِرَةَ (Carilah negeri akhirat itu). Akan tetapi gunakanlah dunia فيما ءآتٰكَ اللهُ (dengan apa yang Allah telah berikan). Maknanya dunia ini Allah ‎ﷻ telah siap berikan kepada kita, rezeki semua sudah ditentukan. Namun kenapa Allah ‎ﷻ kata وَلا تَنسَ نَصيبَكَ مِنَ الدُّنيا (dan janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada (kenikmatan) duniawi)? Seolah-olah tekankan dunia pula. Allah ‎ﷻ sebut begini kerana ada orang yang terlalu lebihkan akhirat, sampai mereka terlupa langsung tentang dunia, makan pakai mereka, anak isteri mereka. Jadi Allah ‎ﷻ kena ingatkan kepada mereka: dalam kamu mencari akhirat itu, sesekali tengoklah dunia juga. Maknanya akhirat lebih penting lagi. Yang kita pula terbalik. Sebagai contoh ada emak nasihat kepada anak dia, “kau ni kerja-kerja juga, tapi janganlah lupa solat!”. Nasihat ini nampak bagus, bukan? Namun perhatikan ayatnya – dia sebenarnya suruh jadikan akhirat itu sebagai sampingan sahaja, bukannya yang utama.

Ada juga yang salah dengan berkata: dunia dan akhirat kena seimbang. Mana boleh seimbang kerana Allah ‎ﷻ sendiri kata yang akhirat itu lebih baik dan lebih kekal. Takkan sama duit 10 ringgit dan sejuta! Allah ‎ﷻ berfirman di dalam A’la: 17

وَالآخِرَةُ خَيرٌ وَأَبقىٰ
Sedangkan kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.

 

وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

dan selamatkanlah kami daripada azab api Neraka;

Kenapa kita minta diselamatkan daripada api neraka sedangkan kita sudah minta dimasukkan ke dalam syurga? Kerana tidak sama kalau minta masuk syurga sahaja. Ada orang yang masuk syurga, tetapi mereka kena masuk neraka terlebih dahulu untuk membersihkan dosa-dosa mereka. Jadi, doa ini dilengkapkan dengan permintaan ketiga – diselamatkan daripada api neraka. Kita berharap semoga kita tidak langsung dimasukkan ke dalam neraka walau sesaat pun. Tidaklah kita mahu lihat, dengar dan hidu bau neraka itu langsung.

Nabi ﷺ tidak pernah lupa untuk membaca doa ini, maka kita pun kenalah selalu amalkan doa ini. Namun begitu janganlah kita sangka hendakkan kemewahan kesenangan di dunia sahaja. Bukan tidak boleh minta, tetapi doalah selepas itu. Jangan sentiasa doa berkenaan dunia sahaja kerana itu adalah doa orang kafir. Mereka hanya minta berkenaan dunia sahaja. Janganlah doa kita hanya berindukkan dunia sahaja. Dalil inilah doa yang selalu dibaca oleh Rasulullah ﷺ,

حَدَّثَنَا أَبُو مَعْمَرٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ عَنْ أَنَسٍ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ اللَّهُمَّ { رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ }
Daripada Anas رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ dia berkata; Nabi ﷺ selalu berdoa; “RABBANAA AATINA FID DUNYA HASANATAN WA FIL AKHIRATI HASANAH WAQIAN ADZABAN NAAR (Ya Allah berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan lindungilah kami dari azab neraka).”
(Sahih Bukhari No. 4160)

Kita kena ingat bahawa doa itu hanya diterima jikalau kita tidak melakukan syirik kepada Allah ‎ﷻ.

Inilah sahaja doa yang tsabit daripada Nabi ﷺ yang dibaca oleh baginda semasa melakukan tawaf. Tidak ada doa yang lain. Semasa kita tawaf di Kaabah, kita boleh senyap sahaja, atau kita boleh membaca doa-doa yang lain. Walau bagaimanapun kalau kita mahu doa yang tsabit daripada Nabi ﷺ, inilah doa yang baginda baca. Jadi, disunatkan untuk membaca doa ini semasa kita tawaf antara Rukun Yamani dan Hajarul Aswad. Atau boleh juga baca doa ini sepanjang kita tawaf. Tidak perlu buka buka-buku zikir yang agensi bagi sampai berjenis-jenis doa yang hendak dibaca.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 16 Januari 2025

Ringkasan Surah Baqarah


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Al-Azhar Prof. HAMKA

Maariful Qur’an

Tafsir Al-Mishbah (Dr. M. Quraish Shihab)

Ustaz Solah

Ustaz Abdul Muien Ghulam Dakwah

Tafsir Surah Baqarah Ayat 198 – 199 (Hilangkan sifat ujub)

Baqarah Ayat 198:

لَيسَ عَلَيكُم جُناحٌ أَن تَبتَغوا فَضلًا مِّن رَّبِّكُم ۚ فَإِذا أَفَضتُم مِّن عَرَفَـٰتٍ فَاذكُرُوا اللَّهَ عِندَ المَشعَرِ الحَرامِ ۖ وَاذكُروهُ كَما هَدَٮٰڪُم وَإِن كُنتُم مِّن قَبلِهِ لَمِنَ الضّالّينَ

Sahih International

There is no blame upon you for seeking bounty from your Lord [during Hajj]. But when you depart from ‘Arafat, remember Allah at al- Mash’ar al-Haram. And remember Him, as He has guided you, for indeed, you were before that among those astray.

 

Malay

Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa,”talbiah” dan tasbih) di tempat Masy’ar Al-Haraam (di Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya sebagaimana Dia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya.

 

لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَبْتَغُوا فَضْلًا مِّنْ رَّبِّكُمْ

Dan tidak menjadi dosa atas kamu untuk kamu mencari kurnia daripada Tuhan kamu;

Iaitu mencari kurnia rezeki dengan berniaga semasa mengerjakan Haji. Allah ‎ﷻ mengizinkan orang yang sedang mengerjakan Haji untuk berniaga semasa di sana. Ibadah Haji bukannya seperti solat yang tidak boleh membuat apa-apa selain perbuatan solat sahaja. Maka sekiranya mahu berniaga, bolehlah. Jangan rasa bersalah kalau berniaga dan orang lain yang melihat pun, jangan memandang mereka yang berniaga itu bersalah. Maklumlah peluang setahun sekali berkumpul Muslim dari seluruh dunia. Kita hendak juga beli barang barang dari negara lain. Maka dibenarkan berjual beli untuk kebaikan. Boleh bawa barang-barang jualan untuk diniagakan di sana. Dahulu pun Mekah adalah tempat perniagaan. Ia boleh juga menjadi bekal perbelanjaan bagi orang yang mengerjakan Haji itu. Imam Ahmad bin Hanbal رَحِمَهُ اللَّهُ ketika mengerjakan Haji dan di Tanah Haram mengambil upah memikul beban orang di sana.

Kenapa Allah ‎ﷻ kata ‘tidak berdosa’? Ini adalah kerana pada Zaman Jahiliah dahulu, mereka mengambil peluang musim Haji untuk membuka bazar besar-besaran, membuat pertunjukan dan berniaga besar-besaran sampai jadi seperti pesta. Jadi, apabila mereka sudah masuk Islam, mereka takut dan sangka bahawa perbuatan menjalankan perniagaan waktu itu adalah berdosa dan Haji tidak sah kerana waktu itu sepatutnya digunakan untuk bermunajat kepada Allah ‎ﷻ sahaja. Sebab itu Allah ‎ﷻ kena beritahu bahawa ia tidak berdosa.

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كَانَتْ عُكَاظُ وَمَجَنَّةُ وَذُو الْمَجَازِ أَسْوَاقًا فِي الْجَاهِلِيَّةِ فَتَأَثَّمُوا أَنْ يَتَّجِرُوا فِي الْمَوَاسِمِ فَنَزَلَتْ { لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَبْتَغُوا فَضْلًا مِنْ رَبِّكُمْ } فِي مَوَاسِمِ الْحَجِّ
Daripada Ibnu Abbas رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا dia berkata; Ukazh, Majanah, Dzul Majaz adalah pasar-pasar yang ada pada masa jahiliyah. Mereka merasa takut berdosa bila berjualan pada musim haji. Maka turunlah ayat; Bukanlah suatu dosa bagimu sekalian mencari kurnia daripada Rabb kalian. (Al-Baqarah 198). Iaitu pada musim haji.
(Sahih Bukhari No. 4157)

Namun begitu, walaupun dibenarkan, perlulah berjaga-jaga. Janganlah pula jadikan tujuan utama pergi Haji itu sebagai peluang untuk berniaga. Kalimah yang digunakan pun adalah لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ dan ia bermaksud ‘kalau’ buat, ia tidak bersalah. Akan tetapi jikalau tidak perlu, tidak payahlah buat kerana ia sedikit sebanyak akan mengganggu ibadah. Jadi ia bukan ayat suruhan berniaga pula semasa di dalam Ihram. Ia berbalik kepada tujuan asal dan niat kita. Kalau niat kita adalah kerana hendak menunaikan ibadat Haji, ikhlas kerana Allah ‎ﷻ, maka bolehlah menjalankan perniagaan untuk mendapatkan sumber pendapatan untuk menjalankan ibadah Haji itu. Kena lihat apakah niat yang paling kuat. Maka kalau berniaga itu niat kedua sahaja, maka ia dibolehkan. Lebih-lebih lagi kalau mereka yang ada kekurangan dalam perbelanjaan. Namun jangan berlebih-lebih. Kena ingat tujuan asal ke situ.

 

فَإِذَا أَفَضْتُمْ مِّنْ عَرَفَـٰتٍ

Maka apabila kamu berduyun-duyun bergerak dari Arafah

Perkataan أَفَضْ dari segi bahasa bermaksud ‘melimpah’. Seperti kalau kita menuang air ke dalam cawan dan cawan itu penuh, maka air yang kita tuang itu akan melimpah keluar. Ini kerana orang ramai sangat di Padang Arafah pada waktu itu, nampak seolah-olah manusia-manusia itu melimpah turun dari Arafah.

Ia juga memberi isyarat mereka bergerak dengan cepat kerana air pun bergerak dengan cepat apabila melimpah. Mereka yang mengerjakan Haji akan pergi ke Arafah pada hari ke 8 dan akan tinggal selama sehari di situ. Maka sekarang disebut tentang kewajipan pergi dan mabit (bermalam) di Muzdalifah.

Arafah daripada lafaz عرف yang bermaksud ‘tahu’ – arif. Ia adalah tempat untuk manusia mengenal Allah ‎ﷻ dan mendekatkan diri dengan Allah ‎ﷻ. Di sinilah mereka akan terbangkit perasaan dan kesedaran betapa kerdilnya mereka kalau dibandingkan dengan Allah ‎ﷻ. Mereka dapat tahu dengan mendalam betapa mereka memerlukan Allah ‎ﷻ. Di sinilah juga mereka dapat rasa bagaimana keadaannya nanti apabila seluruh makhluk akan dihadapkan di hadapan Allah ‎ﷻ dalam keadaan berbondong-bondong dan bersesak-sesak. Pendapat lain mengatakan ia digelar Arafah kerana di sinilah Jibril عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ mengajar manasik Haji kepada Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ dan setiap kali satu pelajaran diterima, baginda sebut عَرَفْتُ (aku tahu). Ada beberapa lagi pendapat akan tetapi tidak ada kepastian di dalam setiap pendapat itu.

Jemaah Haji sedang wukuf di Arafah
Jama’ah Haji sedang wukuf di Arafah

Salah satu daripada Rukun Haji adalah Wukuf di Arafah pada 9 DzulHijjah. Dalam satu hadith Nabi ﷺ pernah bersabda:

عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ يَعْمَرَ الدِّيلِيَّ قَالَ شَهِدْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ وَاقِفٌ بِعَرَفَةَ وَأَتَاهُ نَاسٌ مِنْ أَهْلِ نَجْدٍ فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ الْحَجُّ قَالَ الْحَجُّ عَرَفَةُ فَمَنْ جَاءَ قَبْلَ صَلَاةِ الْفَجْرِ لَيْلَةَ جَمْعٍ فَقَدْ تَمَّ حَجُّهُ أَيَّامُ مِنًى ثَلَاثَةٌ فَمَنْ تَعَجَّلَ فِي يَوْمَيْنِ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ وَمَنْ تَأَخَّرَ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ ثُمَّ أَرْدَفَ رَجُلًا خَلْفَهُ فَجَعَلَ يُنَادِي بِهِنَّ
Abdurahman bin Ya’mar Ad-Dili, beliau berkata; “Aku menyaksikan Rasulullah  ﷺ ketika sedang wukuf di Arafah, dan sekelompok orang daripada kalangan penduduk Najd mendatangi baginda, mereka bertanya; ‘Wahai Rasulullah, bagaimana (cara melaksanakan) haji? ‘ Baginda menjawab: ‘ Haji itu adalah Arafah. Maka barang siapa datang ke Arafah sebelum fajar malam berkumpulnya manusia, maka telah sempurnalah ibadah haji. Hari-hari Mina itu tiga hari, barangsiapa ingin cepat berangkat (dari Mina) sesudah dua hari, maka tidak ada dosa baginya, dan barang siapa ingin menangguhkan (keberangkatannya dari dua hari), maka tidak ada dosa pula baginya.’ Kemudian seorang lelaki di belakang baginda mengiringi ucapannya dan turut menyerukan ucapan tersebut.’
(Sunan Ibnu Majah Hadith No. 3006)

Hari Arafah juga adalah satu hari utama dalam sejarah Islam. Hari Arafah adalah hari disempurnakannya Islam dan dicukupkan nikmat.

عَنْ طَارِقِ بْنِ شِهَابٍ قَالَقَالَ رَجُلٌ مِنْ الْيَهُودِ لِعُمَرَ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ لَوْ أَنَّ عَلَيْنَا نَزَلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ { الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمْ الْإِسْلَامَ دِينًا } لَاتَّخَذْنَا ذَلِكَ الْيَوْمَ عِيدًا فَقَالَ عُمَرُ إِنِّي لَأَعْلَمُ أَيَّ يَوْمٍ نَزَلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ نَزَلَتْ يَوْمَ عَرَفَةَ فِي يَوْمِ جُمُعَةٍ سَمِعَ سُفْيَانُ مِنْ مِسْعَرٍ وَمِسْعَرٌ قَيْسًا وَقَيْسٌ طَارِقًا
Daripada Thariq bin Syihab beliau berkata, “Seorang lelaki Yahudi berkata kepada Umar رضي الله عنه, “Wahai Amirul Mukminin, ada satu ayat dalam kitab kalian yang kalian baca, kalau ayat itu diturunkan kepada kami, orang-orang Yahudi, pasti kami menjadikan hari diturunkannya itu sebagai hari raya.“ Umar رضي الله عنه berkata, “Ayat yang mana itu?“ Dia menjawab, “Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu menjadi agama bagimu.“ (al-Maidah: 3). Umar رضي الله عنه menjawab, “Kami mengetahui hari dan tempat diturunkannya ayat kepada Nabi ﷺ pada saat itu baginda berada di Arafah pada hari Jumaat.“
(Sahih Bukhari Hadith No. 6726)

Kalimah عَرَفَـٰتٍ dalam bahasa Arab memang berbentuk jamak, namun maknanya tetap merujuk pada satu tempat tertentu, iaitu padang Arafah (atau عرفات). Hal ini terjadi kerana beberapa sebab linguistik dan tradisional dalam bahasa Arab:

    1. Bentuk Jamak Sebagai Tanda Penghormatan: Dalam bahasa Arab, terkadang bentuk jamak digunakan untuk menunjukkan penghormatan atau kemuliaan terhadap sesuatu. Arafat adalah tempat yang sangat penting dalam ibadah Haji, sehingga bentuk jamak ini menambah kesan keagungan.
    2. Meliputi Kawasan yang Luas: Padang Arafat adalah sebuah wilayah yang cukup luas. Bentuk jamak dapat digunakan untuk mencerminkan bahawa wilayah itu terdiri dari banyak bahagian yang mencakup banyak tempat.
    3. Penggunaan dalam Tradisi Bahasa Arab: Dalam tradisi bahasa Arab, ada beberapa nama tempat yang secara tata bahasa berbentuk jamak tetapi merujuk pada satu lokasi, seperti Mina” dan “Muzdalifah. Hal ini adalah sebahagian daripada kekayaan bahasa Arab.

Justeru itu, meskipun secara nahu kalimah “Arafat” berbentuk jamak, akan tetapi dalam konteks Haji, ia merujuk pada satu tempat khusus yang menjadi lokasi penting untuk ibadah Wukuf.

 

فَاذْكُرُوا اللَّهَ

hendaklah kamu ingat kepada Allah

Hendaklah ingat kepada Allah ‎ﷻ banyak-banyak ketika di Arafah itu. Memang semasa melakukan ibadah, kita kena ingat untuk Siapa kita lakukan ibadah itu. Penekanan diberikan ketika berada di Arafah. Dalam Al-Qur’an dan melalui rasul-Nya Allah mengajarkan empat jenis zikir, iaitu dengan lidah melalui ucapan, dengan anggota tubuh melalui perbuatan, dengan fikiran melalui perenungan yang menghantar kepada pengetahuan, serta dengan hati melalui kesedaran akan kebesaran-Nya yang menghasilkan emosi keagamaan dan keyakinan yang benar. Zikir-zikir tersebut pada akhirnya harus membuahkan amal kebajikan. Semua ini perlu dilakukan kerana rata-rata kita mungkin hanya zikir di mulut sahaja, bukan?

 

عِنْدَ الْمَشْعَرِ الْحَرَامِ

ketika kamu di Masy’ar Al-Haraam; 

Masa itu keadaan sudah menjadi payah kerana orang yang amat ramai. Maka semua kena ingat kepada Allah ‎ﷻ lebih-lebih lagi ketika di satu bukit dekat Muzdalifah. Sebab itulah diwajibkan untuk bermalam di Muzdalifah. Istilah bagi perbuatan ini adalah ‘mabit’. Di sini banyakkan zikir dan ketika inilah para hujjaj akan mencari batu kerikil yang akan digunakan untuk melontar di Jamrah di Mina nanti.

Masy’ar Al-Haraam merujuk kepada bukit Quzah yang berada di Muzdalifah. Kalimah مَشْعَرِ adalah satu tempat yang membangkitkan perasaan dalam hati kita (syiar). Jadi ayat ini menyebut dua tempat iaitu pertamanya adalah Arafah yang menjadi persinggahan pertama (dari siang sampai Maghrib); tempat kedua adalah di Muzdalifah yang menjadi persinggahan kedua dari malam sampai siang. Persinggahan di Arafah adalah rukun Haji dan ini bermakna kalau tidak dilakukan, maka Haji tidak sah; sedangkan mabit di Muzdalifah ada wajib (bukan rukun) dan kalau ditinggalkan, mengharuskan pembayaran dam.

Kenapa di sini Allah ‎ﷻ suruh mengingati Dirinya banyak-banyak? Kerana semasa di Arafah itu, manusia ramai sangat, takut kita sibuk melihat orang lain. Waktu itu bercampur lelaki dan perempuan. Ada bangsa yang kita tidak biasa tengok. Ada yang datang dari luar negara. Jadi ada kemungkinan ramai sudah tidak ingat Allah ‎ﷻ, tetapi sibuk tengok orang di sekeliling. Bermacam-macam perangai boleh dilihat di situ yang boleh mengasyikkan kita. Sebab ramai datang dari segala pelusuk dunia dengan berbagai ragam masing-masing. Itulah dugaan semasa berada di situ. Maka kena kuatkan diri untuk ingat Allah ‎ﷻ di situ.

 

وَاذْكُرُوهُ كَمَا هَدَٮٰڪُم

Dan ingatlah Dia sepertimana Dia telah beri hidayat kepada kalian;

Kita pergi Haji kerana Allah ‎ﷻ telah beri hidayah kepada kita masuk Islam. Inilah masanya untuk mengingati Allah ‎ﷻ sebanyak-banyaknya, mensyukuri-Nya dan bermunajat kepada-Nya. Waktu itu walaupun kita dalam limpahan manusia yang ramai, tetapi cubalah duduk berseorangan dengan Allah ‎ﷻ. Waktu itu bukanlah kita sepatutnya bercakap-cakap dengan orang lain tetapi bercakaplah dengan Allah ‎ﷻ dalam bahasa yang kita faham. Bagi orang yang tidak mengerjakan Haji, disyariatkan untuk takbir raya pada waktu ini.

Perhatikan ulangan untuk mengingati Allah ﷻ sekali lagi. Ada yang mengatakan ini adalah sebagai ulangan penekanan kerana betapa pentingnya ia. Ingatlah kepada Allah ﷻ sebagaimana Allah ‎ﷻ telah beri hidayah kepada kamu sampai kamu boleh datang ke Mekah. Hendak sampai pun sudah doa sakan – berdoa supaya Allah ‎ﷻ memudahkan kumpul duit, selamat sampai ke sana dan bermacam-macam lagi. Masa kamu hendak ke Mekah kamu sudah banyak berdoa kepada Allah ‎ﷻ, maka semasa di Mekah kamu kena doa lebih banyak lagi.

Pendapat kedua ulangan ini adalah supaya zikir mengikut cara Sunnah. Lafaz ‘Ingatlah Dia seperti yang Dia telah beri hidayah kepada kamu’ juga bermaksud: dalam segala ibadat kita, zikir kita, hendaklah mengikut cara yang Allah ‎ﷻ telah ajar. Amalan agama mestilah merujuk kepada hidayah petunjuk daripada Allah ﷻ. Janganlah reka cara-cara yang baru seperti yang telah banyak dilakukan oleh umat kita dan banyak diamalkan oleh masyarakat Islam di Malaysia ini. Ini menekankan kepentingan kita belajar sunnah dan jangan buat amalan bid’ah dalam agama. Termasuk dalam perkara ini, ibadah Haji itu mestilah dijalankan sebagaimana yang diajar oleh Nabi ﷺ.

Ada yang mengatakan ‘zikir’ di dalam ayat ini adalah di dalam bentuk umum dan ada yang mengatakan ia khusus tentang solat Maghrib dan Isyak. Dalam ibadat Haji, di sini perlu dilakukan solat Maghrib dan Isyak secara jamak dalam waktu Isyak kerana Nabi ﷺ telah melakukannya begitu. Inilah yang Sunnah dan sepatutnya tidak diubah-ubah. Ini kerana ada yang kata solat Maghrib dalam waktu Maghrib dan solat Isyak dalam waktu Isyak. Ramai orang Malaysia buat sebegini sedangkan ini bukan cara yang benar kerana telah menyalahi Sunnah Nabi. Mungkin mereka tidak puas hati dengan cara amalan Rasulullah ﷺ agaknya. Entahlah. Kalau kita tegur, nanti dituduh Wahabi pula.

 

وَإِنْ كُنْتُمْ مِّنْ قَبْلِهِ لَمِنَ الضَّالِّينَ

Dan kamu sebelum ini adalah daripada golongan yang sesat.

Sebab turun ayat ini adalah tentang para sahabat Muhajirin dan Ansar yang dahulunya di dalam jahiliyyah. Akan tetapi kita pun boleh termasuk juga kerana sebelum ini kita tidak tahu bagaimana hendak buat ibadah. Kita dahulu, mungkin tidak tahu agama. Kepada para sahabat, mereka dahulu syirik dan jahil agama dan sunnah tetapi pun sekarang, ada dahulu yang buat amal syirik, buat amal bid’ah, buat banyak salah. Namun Allah ‎ﷻ masih beri hidayah sampai boleh buat Haji, sampai boleh kenal agama. Maka bersyukurlah kerana mendapat hidayah daripada Allah ﷻ. Kena bersyukur banyak-banyak.


 

Baqarah Ayat 199: Ayat tentang pembaikan akidah dan cara bagaimana untuk melakukannya. Orang Quraisy waktu itu berlagak sombong. Mereka kata mereka adalah penjaga Mekah yang mulia, maka mereka tidak perlu berkumpul di Padang Arafah dengan orang luar lain yang ramai-ramai itu. Mereka kata mereka layak berkumpul di Muzdalifah yang berada di dalam Tanah Haram kerana kononnya kedudukan mereka yang mulia .

ثُمَّ أَفيضوا مِن حَيثُ أَفاضَ النّاسُ وَاستَغفِرُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفورٌ رَّحيمٌ

Sahih International

Then depart from the place from where [all] the people depart and ask forgiveness of Allah. Indeed, Allah is Forgiving and Merciful.

 

Malay

Kemudian itu hendaklah kamu bertolak turun dari (Arafah) tempat bertolaknya orang ramai, dan beristighfarlah kamu kepada Allah (dengan memohon ampun), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

 

ثُمَّ أَفِيضُوا مِنْ حَيْثُ أَفَاضَ النَّاسُ

Dan bergeraklah dari tempat mana bergeraknya manusia;

Iaitu, bergerak turunlah dari Arafah. Kalimah ثُمَّ di sini agak mengelirukan jadi kena dijelaskan. Ia bukan bermaksud ‘selepas itu’ seperti biasa. Ini kerana kalau benar begitu, maka ia bagaikan wuquf di Arafah jadi selepas mabit di Muzdalifah pula kerana ayat sebelum ini tentang Muzdalifah, bukan? Jadi kalimah ثُمَّ di sini bermaksud tingkat dan kedudukan, bukannya bermaksud selepas. Ayat ini bermaksud kepentingan dan kemuliaan berada di Arafah. Kita telah kongsikan hadith Rasulullah ﷺ yang mengatakan ‘Haji itu Arafah’.

Kenapa Allah ‎ﷻ cakap begini? Sekarang kita tidak berasa apa sangat, sebab kita tidak tahu kisah yang terjadi dahulu. Kenapa Allah‎ ﷻ suruh buat begini? Pada zaman dahulu, kaum Quraisy yang menjaga Ka’bah, mereka wukuf di Muzdalifah, bukan di Arafah. Ini kerana mereka kata wukuf di Arafah itu adalah bagi orang awam suku-suku Arab lain, bukan untuk orang Quraisy. Mereka terus tinggal di Muzdalifah sahaja. Mereka rasa mereka lain sedikit daripada orang lain. Mereka kata, kerana mereka penjaga Tanah Haram, orang istimewalah kononnya jadi mereka tidak patut keluar dari Tanah Haram. Ini adalah kerana Muzdalifah masih lagi dalam Tanah Haram tetapi Arafah sudah keluar dari Tanah Haram. Mereka buat bid’ah sendiri. Mereka telah membuat amalan dan syarat sendiri, padahal mereka yang menjaga Ka’bah pada masa itu. Begitulah buruk mereka yang menambah-nambah perkara dalam agama. Perkara ini disebut di dalam hadith,

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا كَانَتْ قُرَيْشٌ وَمَنْ دَانَ دِينَهَا يَقِفُونَ بِالْمُزْدَلِفَةِ وَكَانُوا يُسَمَّوْنَ الْحُمْسَ وَكَانَ سَائِرُ الْعَرَبِ يَقِفُونَ بِعَرَفَاتٍ فَلَمَّا جَاءَ الْإِسْلَامُ أَمَرَ اللَّهُ نَبِيَّهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَأْتِيَ عَرَفَاتٍ ثُمَّ يَقِفَ بِهَا ثُمَّ يُفِيضَ مِنْهَا فَذَلِكَ قَوْلُهُ تَعَالَى { ثُمَّ أَفِيضُوا مِنْ حَيْثُ أَفَاضَ النَّاسُ }
Daripada Aisyah رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا, Suku Quraisy dan orang-orang yang memeluk agama mereka, biasa tinggal di Muzdalifah dan memanggil diri mereka sendiri dengan Al-Hums, sementara orang-orang Arab lainnya biasa tinggal di Arafah. Ketika Islam datang, Allah memerintahkan Nabi ﷺ untuk tinggal di sana (dengan waktu yang telah ditentukan) dan kemudian berangkat dari sana. Itulah yang dimaksudkan firman Allah; “Kemudian berangkatlah beramai-ramai dari tempat bertolaknya orang banyak“. (Al-Baqarah 199).
(Sahih Bukhari No. 4158)

Maka ayat ini menegur sikap bangga diri, rasa diri bangsa itu lebih mulia daripada bangsa lain. Kerana itu Allah ﷻ gunakan kalimah أَفيضوا yang bermaksud ‘mengalir’ seperti air mengalir yang bercampur baur semuanya. Quraisy tidak suka bergaul berlaga bahu dengan suku lain kerana rasa mereka itu mulia sangat, maka Allah ﷻ menegur mereka di dalam ayat ini. Ini penting kerana kesatuan Islam perlu dijaga, jangan sangka bangsa kita ini lebih hebat daripada bangsa lain. Kita ini semua sahaja sahaja kedudukannya di sisi Allah ﷻ, tidak ada lebih melainkan atas dasar taqwa sahaja. Sebab itu kita gelak sakan apabila ada kisah-kisah yang mengatakan Bani Tamim itu Tanah Melayu, kononnya Nabi Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ pernah datang ke Gunung Jerai, kita keturunan Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ melalui Keturah, dan lain-lain lagi cerita karut dari mulut penceramah yang hendak menaikkan nama Melayu.

Allah ‎ﷻ sebut di dalam ayat-ayat berkenaan ibadah Haji kerana waktu itu adalah perkumpulan umat Islam dari serata dunia. Jadi jangan ada rasa lebih hebat daripada bangsa lain pula. Islam telah jadikan ibadah itu sama rata bagi semua, pakaian ihram pun sama, ibadah pun sama sahaja bagi semua orang. Ia mengajar kita yang kita ini sama sahaja kedudukannya. Jangan hendak perasan lebih lagi daripada orang lain. Hendak perasan apanya? Lahir dalam bangsa mana-mana pun bukan usaha kamu pun, Allah ‎ﷻ yang letakkan kamu dalam bangsa itu. Kerana itu khutbah terakhir Rasulullah ﷺ adalah pada Hujjatul Wada’ (Haji Perpisahan) dan di sini baginda menekan tentang kesamarataan dalam semua bangsa,

وعن أبي نضرة قال: «حدثني من سمع خطبة النبي صلى الله عليه وسلم في وسط أيام التشريق فقال: ” يا أيها الناس، إن ربكم واحد وأباكم واحد، ألا لا فضل لعربي على عجمي، ولا لعجمي على عربي، ولا أسود على أحمر، ولا أحمر على أسود إلا بالتقوى، أبلغت؟ “. قالوا: بلغ رسول الله صلى الله عليه وسلم.
“Daripada Abu Nadhrah رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ telah menceritakan kepadaku orang yang pernah mendengar khutbah Rasulullah ﷺ di tengah-tengah hari tasyriq, baginda bersabda: “Wahai sekalian manusia! Rabb kalian satu, dan ayah kalian satu (maksudnya Nabi Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ). Ingatlah. Tidak ada kelebihan bagi orang Arab atas orang Ajam (non-Arab) dan bagi orang Ajam atas orang Arab, tidak ada kelebihan bagi orang berkulit merah atas orang berkulit hitam, bagi orang berkulit hitam atas orang berkulit merah kecuali dengan ketakwaan. Apa aku sudah menyampaikan?” mereka menjawab: Ya, benar Rasulullah ﷺ telah menyampaikan.”
(Musnad Ahmad No. 22391)

 

وَاسْتَغْفِرُوا اللَّهَ

dan hendaklah kamu beristighfar banyak-banyak kepada Allah;

Minta ampunlah atas dosa-dosa lama yang telah diperbuat. Ini adalah masa yang amat sesuai untuk meminta ampun kepada Allah ‎ﷻ. Antaranya kerana sangka dan perasan kamu lebih mulia daripada bangsa dan suku lain. Kamu (Quraisy) dahulu sangka kamu itu mulia dan kamu telah reka cara ibadah yang lain daripada yang diajar oleh Nabi Ibrahim عليه السلام. Maka bertaubatlah di atas dosa kamu itu. Bagi kita sekarang ini Arafah adalah tempat yang terbaik untuk berdoa meminta ampun. Ini telah disampaikan di dalam satu hadith,

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ يَطَّوَّفُ الرَّجُلُ بِالْبَيْتِ مَا كَانَ حَلَالًا حَتَّى يُهِلَّ بِالْحَجِّ فَإِذَا رَكِبَ إِلَى عَرَفَةَ فَمَنْ تَيَسَّرَ لَهُ هَدِيَّةٌ مِنْ الْإِبِلِ أَوْ الْبَقَرِ أَوْ الْغَنَمِ مَا تَيَسَّرَ لَهُ مِنْ ذَلِكَ أَيَّ ذَلِكَ شَاءَ غَيْرَ أَنَّهُ إِنْ لَمْ يَتَيَسَّرْ لَهُ فَعَلَيْهِ ثَلَاثَةُ أَيَّامٍ فِي الْحَجِّ وَذَلِكَ قَبْلَ يَوْمِ عَرَفَةَ فَإِنْ كَانَ آخِرُ يَوْمٍ مِنْ الْأَيَّامِ الثَّلَاثَةِ يَوْمَ عَرَفَةَ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِ ثُمَّ لِيَنْطَلِقْ حَتَّى يَقِفَ بِعَرَفَاتٍ مِنْ صَلَاةِ الْعَصْرِ إِلَى أَنْ يَكُونَ الظَّلَامُ ثُمَّ لِيَدْفَعُوا مِنْ عَرَفَاتٍ إِذَا أَفَاضُوا مِنْهَا حَتَّى يَبْلُغُوا جَمْعًا الَّذِي يَبِيتُونَ بِهِ ثُمَّ لِيَذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا وَأَكْثِرُوا التَّكْبِيرَ وَالتَّهْلِيلَ قَبْلَ أَنْ تُصْبِحُوا ثُمَّ أَفِيضُوا فَإِنَّ النَّاسَ كَانُوا يُفِيضُونَ وَقَالَ اللَّهُ تَعَالَى { ثُمَّ أَفِيضُوا مِنْ حَيْثُ أَفَاضَ النَّاسُ وَاسْتَغْفِرُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ } حَتَّى تَرْمُوا الْجَمْرَةَ
Daripada Ibnu ‘Abbas رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا dia berkata; seseorang bertawaf di Ka’bah setelah bertahallul hingga dia bertalbiyah untuk haji. Apabila dia hendak pergi ke Arafah, maka hendaklah dia menyembelih unta, atau sapi, atau kambing bila sahaja dia kehendaki jika hal itu mudah baginya. Jika hal itu terasa sulit, maka hendaklah dia berpuasa selama tiga hari pada waktu haji, iaitu sebelum hari Arafah. Jika ternyata hari terakhirnya dari tiga hari tersebut adalah hari Arafah, maka hal itu tidak mengapa baginya. Kemudian hendaklah dia berangkat untuk wukuf di Arafah dari waktu Asar hingga menjelang malam. Lalu berangkat dari Arafah ketika orang-orang keluar darinya hingga sampai di Muzdalifah tempat mereka bermalam. Setelah itu hendaklah mereka berzikir kepada Allah dengan memperbanyak takbir, dan tahlil sebelum subuh tiba. Kemudian bertolaklah kalian dari Arafah kerana orang-orang telah bertolak. Allah Ta’ala berfirman: “Kemudian bertolaklah dari tempat bertolaknya orang-orang banyak (‘Arafah) dan mohonlah ampun kepada Allah sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Baqarah 199). Hingga kalian melempar Jumrah.
(Sahih Bukhari No. 4159)

Secara umum pula, walaupun kita telah melakukan sesuatu ibadah, kita masih lagi disuruh untuk meminta ampun. Kenapa pula begitu, sedangkan kita baru sahaja melakukan ibadah? Kalau di dalam ayat ini, yang disuruh istighfar adalah mereka yang melakukan ibadah Haji yang amat besar itu. Takkan kena istighfar lagi? Akan tetapi begitulah Allah ‎ﷻ mengajar kita jangan ujub dan takabbur. Kalau kita lihat sunnah Nabi ﷺ juga, selepas setiap kali solat, baginda akan istighfar tiga kali. Maka tidaklah pelik. Ia mengajar kita, walaupun kita sudah buat ibadah, namun ibadah itu masih tidak cukup lagi. Apa yang kita lakukan tidak mungkin dapat membalas segala nikmat yang Allah ‎ﷻ telah berikan kepada kita.

Ia juga mengingatkan kita yang walaupun kita telah melakukan ibadah, tetapi ada kemungkinan ada kesalahan dan kekurangan dalam ibadah kita itu sampaikan ibadah itu tidak sempurna. Entah ikhlas atau tidaknya ibadah kita itu. Jadi jangan perasan sangat ibadah kita bagus dan pasti Allah ‎ﷻ terima kerana belum tentu lagi. Maka, kita istighfar atas kekurangan yang kita lakukan itu. Ini mendidik hati kita supaya tidak ada perasan ujub dalam diri kita.

Ujub ertinya kagum terhadap diri sendiri, angkuh, bongkak, dan ego. Ujub adalah ketika seseorang terlalu membanggakan diri sendiri dan merasa lebih baik daripada orang lain. Mereka rasa ajaib dengan diri sendiri (contoh: wah hebatnya aku, boleh solat malam lama-lama). Ciri-ciri orang yang memiliki sifat ujub:

* Terlalu fokus pada kelebihan diri sendiri: Mereka sering membicarakan pencapaiannya, bakatnya, atau harta bendanya.
* Meremehkan orang lain: Mereka cenderung memandang rendah orang lain dan merasa dirinya lebih unggul.
* Sulit menerima kritik: Mereka merasa bahawa kritik terhadap dirinya adalah sebuah penghinaan.
* Tidak mahu mengakui kesalahan: Mereka selalu mencari alasan untuk membenarkan tindakannya.

Mengapa sifat ujub berbahaya?
* Mencegah seseorang untuk terus belajar dan berkembang: Orang yang ujub cenderung merasa sudah cukup pintar dan tidak perlu lagi belajar.
* Merosak hubungan dengan orang lain: Sifat ujub membuat seseorang sulit bergaul dan berteman.
* Menjauhkan seseorang daripada Allah ‎ﷻ: Orang yang ujub lupa bahawa segala nikmat dan keberhasilan yang dia miliki berasal daripada Allah ‎ﷻ.

Bagaimana cara mengatasi sifat ujub?
* Selalu ingat bahawa segala sesuatu berasal daripada Allah ‎ﷻ: Dengan mengingati hal ini, kita akan lebih rendah hati dan tidak merasa sombong.
* Banyak berinteraksi dengan orang lain: Berinteraksi dengan orang lain dapat membantu kita melihat bahawa masih banyak orang yang lebih baik dari kita.
* Terbuka terhadap kritik: Jangan takut untuk menerima kritik, kerana kritikan dapat membantu kita memperbaiki diri.
* Selalu berusaha untuk menjadi lebih baik: Jangan pernah puas dengan pencapaian yang sudah kita raih.

Dalam Islam, sifat ujub merupakan sifat tercela yang harus dihindari. Ada beberapa ayat Al-Qur’an yang membahas tentang sifat ujub:
* Isra’: 37

وَلَا تَمشِ فِى ٱلأَرضِ مَرَحًا‌ۖ إِنَّكَ لَن تَخرِقَ ٱلأَرضَ وَلَن تَبلُغَ ٱلجِبَالَ طُولاً
Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.

* Luqman: 18

وَلا تُصَعِّر خَدَّكَ لِلنّاسِ وَلا تَمشِ فِي الأَرضِ مَرَحًا ۖ إِنَّ اللهَ لا يُحِبُّ كُلَّ مُختالٍ فَخورٍ
Dan janganlah kamu memalingkan mukamu daripada manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.

Maka di dalam Baqarah: 199 ini Allah ‎ﷻ mengajar kaedah untuk mendidik diri jangan ujub dengan membanyakkan istighfar walaupun selepas melakukan ibadah. Kerana ini mendidik diri supaya rasa ada banyak kekurangan dan dosa dalam diri kita. Ada banyak lagi contoh-contoh lain seperti di dalam Dzariyat: 17-18 setelah melakukan solat Tahajjud di malam hari dengan banyak,

كانوا قَليلًا مِّنَ اللَّيلِ ما يَهجَعونَ
Dulu mereka sedikit sekali tidur di waktu malam.

وَبِالأَسحارِ هُم يَستَغفِرونَ
Dan selalu memohonkan ampunan di waktu pagi sebelum fajar.

Kalau orang yang buat amal ibadah pun diajar untuk istighfar, bayangkan pula kepada mereka yang tidak melakukan ibadah langsung?

 

إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Belas Kasihan.

Allah ‎ﷻ sanggup untuk menerima taubat hamba-Nya. Apabila Allah ‎ﷻ sudah terima taubat, Allah ‎ﷻ tidak akan mengazab lagi mereka yang telah diampunkan.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 16 Januari 2025

Ringkasan Surah Baqarah


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Al-Azhar Prof. HAMKA

Maariful Qur’an

Tafsir Al-Mishbah (Dr. M. Quraish Shihab)

Ustaz Solah

Ustaz Abdul Muien Ghulam Dakwah

Tafsir Surah Baqarah Ayat 197 (Larangan dan suruhan di dalam Haji)

Baqarah Ayat 197: Sekarang Allah ‎ﷻ menyebut tentang larangan-larangan dalam mengerjakan Haji.

الحَجُّ أَشهُرٌ مَّعلُومَـٰتٌ ۚ فَمَن فَرَضَ فيهِنَّ الحَجَّ فَلا رَفَثَ وَلا فُسوقَ وَلا جِدالَ فِي الحَجِّ ۗ وَما تَفعَلوا مِن خَيرٍ يَعلَمهُ اللَّهُ ۗ وَتَزَوَّدوا فَإِنَّ خَيرَ الزّادِ التَّقوىٰ ۚ وَاتَّقونِ يا أُولِي الأَلبابِ

Sahih International

Hajj is [during] well-known months, so whoever has made Hajj obligatory upon himself therein [by entering the state of ihram], there is [to be for him] no sexual relations and no disobedience and no disputing during Hajj. And whatever good you do – Allah knows it. And take provisions, but indeed, the best provision is fear of Allah. And fear Me, O you of understanding.

Malay

(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).

 

الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَّعلُومَـٰتٌ‌

Haji itu adalah beberapa bulan yang sudah ditentukan;

Bulan-bulan Haji adalah Syawal, DzulQaedah dan sepuluh hari pertama Bulan Dzulhijjah (atau ada pendapat yang mengatakan keseluruhan bulan DzulHijjah). Ini bermakna, bermula 1 Syawal lagi, orang sudah boleh niat Ihram (elok kalau dia berniat Haji Tamattu’ kalau begitu). Sepertimana solat mempunyai waktu-waktunya, begitu juga Haji. Tidak boleh dilakukan di luar waktunya. Sekarang ini, ada pula ajaran sesat yang beri cadangan supaya bulan-bulan Haji itu dibuat pada bulan lain kononnya supaya tidak tertumpu pada satu waktu sahaja dan tidaklah sibuk sangat sampai menyebabkan kemalangan. Itu adalah cadangan yang mengarut. Kalau Haji dibuat di luar dari waktu yang telah ditetapkan, ia tidak akan diterima.

Apabila dikatakan ada tiga bulan Haji itu, maksudnya, ihram Haji hanya boleh dimulakan dalam tiga bulan ini sahaja.

Bulan-bulan Haji itu telah ditentukan sudah lama, sebelum Nabi Muhammad ﷺ dilahirkan lagi. Ini membenarkan bulan-bulan Haji yang telah diterima selama turun-temurun kerana ia adalah dari agama Nabi Ibrahim عليه السلام. Kedatangan Nabi Muhammad ﷺ tidak mengubah bulan-bulan Haji itu.

Kalimah مّعلُومَـٰتٌ‌ bermaksud yang telah maklum, telah diketahui. Ini kerana orang Arab sudah biasa dengan ibadah Haji. Kerana itu Allah ‎ﷻ tidak perlu sebut seperti disebut bulan puasa adalah Ramadhan dan waktu-waktu solat juga disebut dengan terperinci di dalam hadis. Ini mengajar kita, kalau orang sudah tahu, tidak perlu sebut lagi.

Sebenarnya ibadah Haji itu paling lama pun 6 hari sahaja (itu pun kalau bermula dari 8 DzulHijjah) jadi kenapa sampai 3 bulan terus jadi bulan-bulan Haji? Ini kerana ibadah Haji ini adalah ibadah yang besar dan memerlukan persiapan seperti perjalanan ke sana.

 

فَمَنْ فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ

Maka sesiapa yang memfardhukan dirinya untuk menunaikan haji,

Ini adalah apabila seseorang sudah berniat dan masuk ke dalam Ihram dengan melakukan syarat-syaratnya seperti niat dan memakai pakaian Ihram di miqat. Dia sudah menjadikan dirinya di dalam ibadah Haji. Maka sesiapa yang sudah buat begitu maka mereka hendaklah menjaga tiga perkara yang akan disebut selepas ini.

 

فَلَا رَفَثَ

maka janganlah dia mencampuri isterinya;

Tidak boleh bersama dengan isteri untuk mengadakan hubungan kelamin. Malah tidak boleh bercakap perkara yang boleh menaikkan nafsu pun. Tidak juga boleh buat perkara yang boleh membawa kepada hubungan kelamin seperti bercumbu, berpelukan atau bercakap-cakap tentangnya. Perkara ini mesti dijaga kerana pada musim Haji ramai perempuan yang datang dengan tidak menutup muka, datang pula dari pelbagai negara yang kita tidak biasa lihat dan semua datang dengan niat untuk buat ibadat jadi tidak sesuai buat atau cakap perkara yang berkenaan jimak.

Ini adalah perkara pertama yang mesti dijaga. Kena jaga pandangan dan hati kita. Jangan hendak tengok-tengok orang lebih sangat. Nanti tengok lama sangat perempuan bangsa lain, sudah terkesan pula nanti. Jangan begitu kerana di dalam ibadah Haji persetubuhan suami isteri tidak dibenarkan semenjak bermula berihram itu.

 

وَلَا فُسُوقَ

dan jangan buat perbuatan-perbuatan yang berdosa

Jangan langgar hukum atau menzalimi sesiapa; jangan buat perkara yang fasiq. Antaranya, jangan caci maki orang lain. Kamu datang untuk buat ibadat, maka kena jaga akhlak, tingkahlaku dan tatatertib. Datang dari jauh dan sudah habis banyak belanja, maka jangan merugikan diri sendiri dengan berbuat dosa.

Ibn Umar رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا menghadkan fasiq di dalam ayat ini bukan di dalam bentuk umum, akan tetapi hanya berkenaan larangan-larangan di dalam Ihram sahaja. Iaitu ada perkara-perkara yang tidaklah berdosa kalau dilakukan, cuma ia dilarang ketika di dalam Ihram iaitu,

    1. Hubungan badan suami isteri termasuk perkara-perkara yang membawa kepadanya.
    2. Berburu sama ada buru sendiri atau mengarahkan orang lain
    3. Memotong rambut dan kuku
    4. Menggunakan wangi-wangian
    5. Bagi lelaki, memakai pakaian berjahit
    6. Bagi lelaki juga, memakai penutup kepala dan muka. Imam Abu Hanifah dan Imam Malik رحمهما الله juga berpendapat wanita juga dilarang daripada menutup muka di dalam Ihram.

Kalau diperhatikan diulang sekali lagi tentang perhubungan badan suami isteri walaupun telah disebut sebelum ini. Ini adalah penekanan kerana kalau dilakukan, ia menyebabkan Ihram itu terbatal. Sedangkan perbuatan-perbuatan yang lain boleh lagi dibayar dam dan Ihram tidak batal.

 

وَلَا جِدَالَ

dan jangan berbantah-bantah

Allah ‎ﷻ mengingatkan kerana semasa buat Haji, orang ramai sangat dan ada kemungkinan ada perkara yang boleh menaikkan kemarahan kita. Jangan buat perkara yang boleh memecah belahkan umat sedangkan ibadah Haji adalah untuk menyatukan umat. Kena tenang-tenangkan diri dan bersabar.

Sebenarnya perbuatan فُسُوقَ dan جِدَالَ memang tidak bagus pun walaupun di luar ibadah Haji. Jadi kenapa Allah ﷻ sebut lagi di sini? Ia memberitahu kita walaupun perbuatan dosa itu tidak baik dilakukan bila-bila masa pun, ia menjadi lebih buruk kalau dilakukan di dalam melakukan ibadah Haji. Ini sebagaimana berzina itu memang dosa besar, tetapi kalau berzina di dalam masjid, bagaimana? Tentu lebih teruk, bukan?

Sebenarnya perbuatan جِدَالَ bukanlah haram dan berdosa secara mutlak kerana ada ketikanya ia dibolehkan seperti disebut di dalam Nahl: 125 وَجٰدِلهُم بِالَّتي هِيَ أَحسَنُ (dan bantahlah mereka dengan cara yang baik) di dalam dakwah. Akan tetapi جِدَالَ yang buruk adalah apabila berdebat dan berbantah-bantah apabila hendak menegakkan kesalahan, berkelahi di dalam perkara yang kecil. Allah ﷻ ingatkan kerana ibadah Haji memerlukan kesabaran yang tinggi kerana waktu itu sangatlah ramai orang dan bertemu dengan orang-orang dari negara-negara lain (yang adab kebiasaan  mereka lain dengan kita) jadi suasana sangatlah tidak selesa dengan bersesak-sesak. Kes terambil selipar pun boleh berkelahi kalau dalam keadaan biasa. Maka Allah ﷻ ingatkan yang sekarang adalah masa yang amat memerlukan kesabaran dan tahan diri daripada membuat dosa dan daripada bertelagah sesama Muslim yang sedang menunaikan ibadah. Amatlah tidak patut di waktu mengagungkan Allah ﷻ, terjadi perkelahian pula, bawa perangai koboi di sana.

Kalau diperhatikan nahu tiga larangan ini, ia sebenarnya bukan di dalam bentuk larangan, tetapi di dalam bentuk nafi. Sebagai contoh, sepatutnya kalimah yang digunakan adalah فَلَا رَفَثْ (jangan berhubungan badan) dan bukannya فَلَا رَفَثَ (tiada perhubungan badan). Ini adalah di dalam perkhabaran dan memberitahu kita perkara-perkara ini sepatutnya tidak layak dilakukan ketika di dalam Ihram, maka ia secara tidak langsung bermaksud larangan.

 

فِي الْحَجِّ

dalam musim haji;

Memang tidak boleh membuat semua perkara itu. Kalau di luar Haji pun, ia dilarang dan tidak elok. Lalu ia menjadi lebih tidak elok kalau dilakukan pada waktu mengerjakan Haji kerana waktu itu adalah waktu untuk beribadat dan bermunajat kepada Allah ‎ﷻ. Apa-apa sahaja yang boleh menghalang daripada khusyu’ kepada Allah ﷻ sudah sepatutnya dieelakkan. Kalau dilakukan juga, dosanya berkali-kali ganda. Oleh itu, kena jaga tiga perkara itu. Haji Mabrur yang selalu disebut-sebut orang adalah untuk mereka yang boleh jaga semua perkara yang telah disebut di atas. Apakah tanda seseorang itu mendapat Haji yang mabrur? Haji Mabrur adalah haji yang diterima oleh Allah ﷻ. Tanda orang yang telah mendapatnya adalah selepas dia menunaikan Haji itu terdapat perubahan yang ketara pada dirinya ke arah kebaikan. Tanda Haji yang tidak mabrur adalah tidak berubah kehidupan dia ke arah kebaikan selepas dia balik dari Haji.

Untuk mendapat Haji yang mabrur kena jaga hubungan baik dengan Allah ‎ﷻ dan manusia lain. Bukan senang hendak jaga sebab bila sudah berkumpul ramai pada satu tempat dan bertemu orang dari negara lain yang perangai tidak sama dengan kita, maka memang susah hendak menjaga mulut dan perasaan kita. Kita sudah biasa dengan orang Malaysia, orang Melayu, tetapi kita tidak biasa dengan bangsa lain. Tentunya perangai mereka tidak sama. Namun begitu memang mesti dijaga sebab rugi bila berhabis duit berpuluh ribu namun tidak mendapat Haji Mabrur.

Perhatikan bagaimana dalam menyebut tentang Haji, Allah ﷻ tidak sebut lagi tentang cara mengerjakan Haji itu tetapi ditekankan tentang akhlak. Kerana inilah yang penting. Perbuatan fizikal tawaf, saie dan sebagainya itu adalah tidak berharga sangat jikalau akhlak kita buruk dan memalukan. Sabda Nabi ﷺ,

أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ إِيْمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang terbaik akhlaknya”
(HR At-Tirmidzi No.1162)

Ibadah adalah latihan untuk dalam kita, untuk menjadi orang yang bersyukur, penyabar dan prihatin. Maka Allah ‎ﷻ sebut objektifnya dahulu kerana kalau tidak, manusia tidak faham perkara ini sebagaimana orang yang pergi kursus berbulan-bulan, tetapi tidak belajar bab akhlak dalam mengerjakan Haji. Ini kerana bab akhlak disebut di dalam Al-Qur’an sedangkan kursus mungkin hanya tentang perlakuan mengerjakan manasik Haji sahaja.

 

وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ

Dan apa sahaja yang kamu buat daripada perkara yang baik

Justeru untuk memudahkan kita berurusan di sana, maka dianjurkan buat kebaikan. Bukan sahaja jangan lakukan larangan-larangan itu sahaja, tetapi tukarlah kepada kebaikan. Menahan diri daripada kesalahan sahaja tidak cukup, tetapi buatlah kebaikan. Jadi Allah ‎ﷻ mengajar kita untuk menghilangkan keburukan dengan memfokuskan kita untuk melakukan kebaikan, maka dengan automatik, tidak jadi hendak buat benda yang buruk-buruk itu.

Kalimah خَيْرٍ di dalam bentuk nakirah (umum) maka ia boleh merujuk kepada apa-apa sahaja kebaikan, bukan kebaikan tertentu sahaja. Apa sahaja yang membawa ke arah kebaikan, maka lakukanlah di sana nanti. Sebagai contoh, elok kita tolong orang lain daripada kita marah kepada orang lain. Sebab keadaan orang ramai dan keadaan tentunya tidak selesa. Maka kita tolong menolong untuk memudahkan orang lain. Sebagai contoh, kalau giliran kita untuk masuk tandas tetapi kita nampak ada orang lain yang lebih memerlukan, maka kita beri peluang kepada orang lain dahulu. Apabila kita sudah set minda kita untuk menolong orang, kita akan mendapat satu perasaan yang lain macam. Kita sentiasa mencari peluang untuk menolong orang lain dan bukan lagi mencari kesalahan orang lain.

Ini kerana kebaikan dan keburukan ada di mana-mana, tetapi persoalannya, di manakah fokus kita? Kalau kita fokus kepada kebaikan, kita akan mendapat kebaikan dan kalau kita fokus pada keburukan, kita akan nampak keburukan. Jadi ayat ini juga mengajar kita bahawa kita kena mengambil peluang keemasan semasa mengerjakan Haji itu untuk melakukan sebanyak-banyak mungkin ibadah yang lain seperti solat, zikir, baca Al-Qur’an dan kebaikan-kebaikan yang lain. Antaranya tolong menolong orang lain yang ramai ada di sana kerana bukan selalu dapat peluang untuk mengerjakan Haji itu. Mungkin kita hanya dapat melakukannya sekali seumur hidup sahaja. Namun begitu jangan dilupakan perbuatan خَيْرٍ yang kecil-kecil juga. Sebagai contoh kita pun tahu yang senyum itu sedekah. Maka di musim Haji itu, paling banyak pahala kita boleh dapat dengan senyum sahaja kerana di sana ramai orang, bukan? Anda tidak akan ada peluang lagi seperti itu di tempat kita kerana ada hari yang kita tidak jumpa pun orang dan boleh senyum kepada kucing sahaja.

Senyum itu sedekah

 

يَعْلَمْهُ اللَّهُ

nescaya Allah mengetahui

Yang penting kena ingat yang Allah ‎ﷻ mengetahui segala kebaikan yang kita lakukan dan Allah ‎ﷻ akan balas. Semoga dengan kebaikan yang kita lakukan itu, Allah ‎ﷻ akan memudahkan urusan kita mengerjakan Haji itu. Allah ‎ﷻ juga mengetahui kalau ada perkara yang boleh menaikkan kemarahan kita tetapi kita tidak jadi marah. Itu pun Allah ‎ﷻ tahu juga. Tidak perlu untuk diberitahu apa-apa kebaikan yang kita lakukan kerana Allah‎ ﷻ tahu. Tidak payah kita hendak beritahu orang lain. Jadi kalau kita tahu yang Allah ‎ﷻ tahu, maka kita tentulah akan lebih bersemangat untuk buat ibadah dan kebaikan kerana kita mengharap pahala daripada Allah ‎ﷻ, bukan?

 

وَتَزَوَّدُوا

Dan berbekallah;

Apabila kita hendak pergi mengerjakan Haji, maka kita kena siapkan bekal untuk buat Haji sebab kita akan bermusafir jauh maka kena siap sedia segala kelengkapan semasa dalam perjalanan dan semasa di sana. Kenapa ada suruhan ini? Kita kena bersiap dengan bekalan supaya jangan kita susahkan orang lain. Tidak boleh tumpang makan makanan orang, tumpang tempat tinggal orang dan sebagainya. زَوَّدُ bermaksud bawa bekalan yang lebih. Bukan cukup-cukup sahaja.

Janganlah zuhud sangat sampai kata: “Allah ‎akan cukupkan kelengkapan”, konon-konon tawakal sangat dan ada sahaja makanan untuk kita. Jangan begitu, itu adalah fahaman yang salah. Kita kena berusaha untuk melengkapkan kelengkapan kita, kemudian baru kita bertawakal kepada Allah ‎ﷻ. Itulah konsep tawakal yang sebenarnya – bersedia sedaya mungkin, kemudian baru serahkan kepada Allah ‎ﷻ.

 

فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَىٰ

sesungguhnya sebaik-baik bekal itu adalah taqwa.

Taqwa dalam ayat ini adalah menjaga diri daripada meminta-minta kepada orang lain. Bukannya orang miskin tidak boleh pergi Haji cuma kena jaga jangan sampai menyusahkan orang lain. Kena fikirkan persediaan untuk mengerjakan Haji itu. Taqwa di sini diibaratkan sebagai bekal dan di dalam A’raf: 26 ia diibaratkan sebagai pakaian pula.

يٰبَني ءآدَمَ قَد أَنزَلنا عَلَيكُم لِباسًا يُوٰري سَوءٰتِكُم وَريشًا ۖ وَلِباسُ التَّقوىٰ ذٰلِكَ خَيرٌ
Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik.

Menarik sekali apabila Allah ‎ﷻ buat perbandingan taqwa dengan pakaian kerana kita sentiasa memakai pakaian kita. Maknanya ia dekat dengan kita dan berada bersama kita. Akan tetapi Allah ‎ﷻ sambung mengatakan yang pakaian taqwa itu lebih baik. Ini kerana pakaian kita mesti kita akan tanggalkan kerana hendak mandi dan sebagainya. Sedangkan pakaian taqwa kena sentiasa bersama dengan kita. Sementara pakaian harian kita itu apabila sudah lusuh kita tidak pakai dan buang sahaja. Akan tetapi pakaian taqwa tidak boleh dibuang-buang. Maka taqwa kena sentiasa bersama kita, di mana sahaja kita berada. Lihatlah pesanan Nabi ﷺ,

اتَّقِ اللَّهَ حَيْثُمَا كُنْتَ وأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحسنةَ تَمْحُهَا، وخَالقِ النَّاسَ بخُلُقٍ حَسَنٍ
“Taqwalah kepada Allah di mana kamu berada dan ikutilah kejahatan dengan kebaikan nescaya dia menghapuskannya dan berakhlaklah dengan manusia dengan akhlak yang mulia.”
(Riwayat al-Tirmizi No. 1987 dan katanya hadith hasan)

 

وَاتَّقونِ يا أُولِي الأَلبابِ

Dan bertaqwalah kamu kepada Aku wahai orang-orang yang berakal waras.

Taqwa itu bermaksud melakukan amal dengan menjaga hukum seperti yang diajar oleh Allah ‎ﷻ. Diingatkan sekali lagi di dalam Maidah: 27 yang Allah ﷻ beritahu kita yang Dia hanya terima amalan daripada orang bertaqwa sahaja.

إِنَّما يَتَقَبَّلُ اللهُ مِنَ المُتَّقينَ
Sesungguhnya Allah hanya menerima daripada orang-orang yang bertaqwa

Bermakna mereka yang berfikiran yang suci kerana sekarang sedang mengerjakan haji. Sepatutnya tidak boleh fikir tentang dunia sangat.

Perhatikan Allah ﷻ suruh Ulul-Albab yang bertaqwa, bukanlah kepada semua manusia. Padahal semua manusia kena bertaqwa tetapi Allah ﷻ tujukan kepada Ulul-Albab sahaja. Ini kerana  mereka sahaja yang boleh bertaqwa. Ulul-Albab adalah mereka yang berfikiran waras dan mempunyai ilmu pengetahuan. Orang-orang yang tidak bertaqwa dan banyak melakukan dosa itu adalah orang-orang yang bodoh, tidak kira berapa ijazah universiti mereka. Oleh itu, kita sebagai orang yang waras hendaklah sentiasa menambah ilmu pengetahuan kita di dalam hal agama (dan hendaklah diamalkan). Janganlah berterusan duduk dalam kejahilan.

Ibadat Haji adalah latihan kepada Hari Kebangkitan. Ia mengingatkan kita bahawa kita semua akan dibangkitkan beramai-ramai satu hari nanti. Kerana itu kita memakai ihram yang sudah seperti kain kafan. Kita semua akan dibangkitkan dan dikumpulkan di Arafah. Maka, kita kena sucikan fikiran kita. Ingatkan kepada peristiwa yang akan berlaku itu. Tidak sama kalau kita memikirkan sahaja dan berada dalam suasana yang boleh mengingatkan kita. Semasa buat Haji, kita akan berada bersama dengan lautan manusia. Itu baru sekumpulan manusia sahaja. Bayangkan di Mahsyar nanti, semua makhluk akan berkumpul satu tempat, daripada makhluk yang mula-mula dicipta sampailah kepada makhluk yang akhir sekali mati. Memang tidak dapat dibayangkan pun, namun cubalah.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 15 Januari 2025

Ringkasan Surah Baqarah


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Al-Azhar Prof. HAMKA

Maariful Qur’an

Tafsir Al-Mishbah (Dr. M. Quraish Shihab)

Ustaz Solah

Ustaz Abdul Muien Ghulam Dakwah

Tafsir Surah Baqarah Ayat 196 (Bab Haji dan Umrah)

BEBERAPA MANASIK HAJI

Baqarah Ayat 196: Sekarang kita masuk pada ayat-ayat berkenaan Haji. Sebelum ini kita telah belajar tentang jihad iaitu menyampaikan dakwah kepada orang luar Islam. Sekarang tentang Haji yang berkenaan jihad ke dalam diri dan jiwa kita. Ia juga adalah tempat perjumpaan umat Islam seluruh dunia dan mengukuhkan kesatuan dalaman di antara sesama Muslim. Kerana kita bukan hendak meluaskan dakwah Islam keluar sahaja, tetapi hendaklah kita memperkukuhkan barisan kita yang sedia ada juga.

Jihad juga diperlukan supaya orang kafir tidak memandang lemah umat Islam dan jangan sampai mereka menghalang umat Islam daripada mengerjakan ibadah Haji pula. Jadi begitulah antara kaitan antara jihad dan Haji.

Ayat yang kita sedang bincangkan ini disepakati ulama’ diturunkan pada tahun 6 Hijrah ketika terjadi Perjanjian Hudaibiyah. Akan tetapi tidaklah ia memberitahu tentang kewajipan Haji kerana ia hanya menekankan tentang kesempurnaan dalam mengerjakannya dan beberapa hukum yang berkaitan. Ada pun tentang pengwajibannya ada ulama’ berpendapat bahawa hukum Haji ini mula diwajibkan pada tahun ke 3 Hijrah, iaitu tahun Perang Uhud. Ada juga yang berpendapat ia diwajibkan dalam tahun 9 Hijrah mengikut ayat dalam Surah Ali `Imran.

وَأَتِمُّوا الحَجَّ وَالعُمرَةَ لِلَّهِ ۚ فَإِن أُحصِرتُم فَمَا استَيسَرَ مِنَ الهَديِ ۖ وَلا تَحلِقوا رُءوسَكُم حَتّىٰ يَبلُغَ الهَديُ مَحِلَّهُ ۚ فَمَن كانَ مِنكُم مَّريضًا أَو بِهِ أَذًى مِّن رَّأسِهِ فَفِديَةٌ مِّن صِيامٍ أَو صَدَقَةٍ أَو نُسُكٍ ۚ فَإِذا أَمِنتُم فَمَن تَمَتَّعَ بِالعُمرَةِ إِلَى الحَجِّ فَمَا استَيسَرَ مِنَ الهَديِ ۚ فَمَن لَم يَجِد فَصِيامُ ثَلَـٰثَةِ أَيّامٍ فِي الحَجِّ وَسَبعَةٍ إِذا رَجَعتُم ۗ تِلكَ عَشَرَةٌ كامِلَةٌ ۗ ذٰلِكَ لِمَن لَّم يَكُن أَهلُهُ حاضِرِي المَسجِدِ الحَرامِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعلَموا أَنَّ اللَّهَ شَديدُ العِقابِ

Sahih International

And complete the Hajj and ‘umrah for Allah . But if you are prevented, then [offer] what can be obtained with ease of sacrificial animals. And do not shave your heads until the sacrificial animal has reached its place of slaughter. And whoever among you is ill or has an ailment of the head [making shaving necessary must offer] a ransom of fasting [three days] or charity or sacrifice. And when you are secure, then whoever performs ‘umrah [during the Hajj months] followed by Hajj [offers] what can be obtained with ease of sacrificial animals. And whoever cannot find [or afford such an animal] – then a fast of three days during Hajj and of seven when you have returned [home]. Those are ten complete [days]. This is for those whose family is not in the area of al-Masjid al-Haram. And fear Allah and know that Allah is severe in penalty.

 

Malay

Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati; dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu dia mencukur rambutnya), hendaklah dia membayar fidyah. Iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah dia melakukannya kemudian wajiblah dia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau dia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) masjid Al-Haraam (Makkah). Dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya).

 

وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ

Dan hendaklah kamu sempurnakan haji dan umrah kerana Allah;

Apabila kita sudah keluar untuk mengerjakan Haji atau Umrah, kita mesti menyempurnakannya. Di sini bukanlah hendak mengatakan Umrah itu wajib pula kerana Umrah itu memang sepakat para ulama’ mengatakan ia adalah sunat, bukan wajib atau fardhu atau rukun seperti Haji. Ulama’ memberikan berbagai tafsiran bagi maksud ‘sempurnakan’ itu.

1. Iaitu kena bersihkan hati dalam melakukannya mestilah kerana Tauhid. Musyrikin Mekah sudah kenal dengan ibadah Haji akan tetapi kalau dahulu mereka sudah mencampur adukkan dengan amalan-amalan dan fahaman yang salah. Maka sekarang kena belajar syariat yang baru, yang suci dan tulen.

2. Mestilah dipenuhi segala tuntutan sampai habis di dalam manasik Haji itu. Macam kalau kita sudah solat yang empat rakaat, tidaklah boleh kita buat dua rakaat dan rasa malas hendak sambung, terus kita tinggalkan – ini adalah salah. Namun begitu, untuk solat sunat atau puasa sunat, pendapat jumhur adalah tidak perlu untuk disempurnakan. Sebaliknya berbeza bagi ibadah Haji dan Umrah; sekiranya sudah memulakannya dan sudah berihram, mak wajib disempurnakan. Kalau ada sebab tidak dapat disempurnakan, ada denda yang perlu dibayar/dilakukan. Jangan ‘buat derk’ sahaja balik ke Malaysia tanpa buat apa yang sepatutnya sedangkan dia di dalam Ihram lagi.

Begitulah juga dalam kita menuntut ilmu, kita kena habiskan. Jangan kita biasakan buat perkara separuh jalan – dalam hal ibadat dan dalam hal kehidupan kita, lebih-lebih lagi yang berkenaan dengan agama.

3. Sufyan as-Tsauri رَحِمَهُ اللَّهُ berpendapat bahawa menyempurnakan haji dan umrah ialah sempurnakan tujuan ke sana, jangan dicampurkan dengan tujuan lain. Jadi kalau menurut beliau janganlah naik haji atau umrah itu tersambil. Misalnya sedang bercuti pergi ke Eropah, lalu singgah ke Mekah, kerana kebetulan bertepatan dengan musim haji, sedangkan niat pertama bukan ke sana.

Ada pula yang tidak mengambil peluang untuk melakukan ibadat, walaupun ketika mengerjakan Haji mungkin kerana malas, kerana rasa susah, sampai ada yang tidak solat berjemaah di Masjidil Haram, tetapi solat di bilik sahaja. Ini amat rugi sekali. Sudah dapat peluang pergi ke sana, tetapi tidak diambil peluang sepenuhnya untuk beribadat dan mengaut pahala sebanyak mungkin. Mungkin mereka ada sebab lain agaknya. Kerana itu agaknya ramai dalam kalangan kita yang pergi Haji dan Umrah, mereka akan kemaskini status dalam Facebook mereka dan ambil gambar di hadapan Ka’bah dan masukkan dalam post mereka. Apa kena dengan mereka ini? Adakah mereka mahu memberitahu dan dipertontonkan ke seluruh alam bahawa mereka sedang buat ibadat? Ditakuti kalau-kalau timbul rasa hendak menunjuk-nunjuk pula dan akan menyebabkan pahala buat Haji dan Umrah itu akan hilang pula kerana riak. Seeloknya kita jangan lakukan. Memang bermasalah umat kita sekarang, semua hendak di post dan kemaskini dalam media sosial. Kenapa susah sangatkah hendak jadi orang yang simpan sahaja apa-apa yang kita buat? Adakah perlu diberitahu kepada semua orang?

4. Menurut Muqatil رَحِمَهُ اللَّهُ menyempurnakan haji dan umrah ialah bersihkan, jangan campurkan yang tidak patut bagi keduanya. Kena rujuk apakah sunnah dalam mengerjakan Haji dan Umrah. Tidak perlu terus amalkan apa yang diajar oleh para ustaz dan mutawwif. Kena pastikan yang ia ada sunnah di dalam ajaran Nabi ﷺ.

5. Kata setengah ulama lagi menyempurnakan haji dan umrah ialah supaya nafkah perbelanjaan untuknya daripada harta yang halal dan baik. Maka jangan gunakan harta yang haram atau daripada pendapatan yang haram untuk mengerjakan Haji.

6. Ayat ini juga mengingatkan kita bahawa Haji dan Umrah itu dijalankan ‘kerana Allah ‎ﷻ’. Dalam banyak-banyak ibadah yang disebut di dalam Al-Qur’an, ibadah Haji sahaja yang ditekankan kerana Allah ﷻ. Sedangkan semua ibadah memang kena dilakukan kerana Allah ﷻ, akan tetapi tidak ditekankan di dalam ayat lain. Ini kerana pada zaman Jahiliyah kaum musyrikin melaksanakannya untuk berbagai tujuan yang lain dan bukan kerana Allah ﷻ. Mungkin kerana hendak berdagang dan mungkin kerana hendak berkumpul. Justeru Allah ﷻ tekankan di sini. Bagi kita sekarang ini juga ada pengajarannya kerana janganlah pergi mengerjakannya kerana hendak mendapat status ‘Haji’ dan bukan kerana sebab-sebab yang lain. Ada yang pergi ke sana macam pergi bercuti sahaja. Amat rugi sekali kalau kita menghabiskan wang beribu ringgit untuk pergi mengerjakan Umrah dan Haji, tetapi sia-sia amalan itu kerana kita buat bukan kerana Allah ‎ﷻ. Maka perlu disempurnakan zahir dan batin. Dari segi zahir adalah segala manasiknya dan dari segi batin adalah keikhlasan hati di dalam mengerjakannya.

Ayat ini juga memberitahu kita bahawa mengerjakan Haji adalah salah satu daripada Rukun Islam. Ia wajib dilakukan kepada mereka yang berkemampuan untuk sampai ke sana dari segi kewangan atau fizikal. Ada pun tentang Umrah, ia bukan rukun. Akan tetapi ayat Baqarah: 196 ini bukanlah mewajibkan Haji lagi pada masa itu. Ayat yang pertama sekali mewajibkan Haji adalah di dalam Ali Imran: 97 dan ia diturunkan pada tahun 9 Hijrah. Pada tahun itulah kaum Muslimin di Madinah dan di seluruh tanah Arab naik Haji ke Makkah yang telah bersih daripada berhala, dan diangkatlah oleh Rasul ﷺ sahabatnya Saidina Abu Bakar رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ mengepalai rombongan (Amirul-Haj) tahun itu. Tahun kesepuluh barulah Rasulullah ﷺ sendiri mengerjakan Haji, yang terkenal dengan gelaran Haji Wada’ (haji perpisahan). Sebab 82 hari sesudah itu, baginda pun wafat. Akan tetapi ada juga pendapat yang mengatakan ayat ini diturunkan pada tahun 4 Hijrah.

وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعٰلَمِينَ
Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk.

Perhatikan tidak disebut bulan apa Haji dikerjakan seperti bulan puasa disebut secara jelas bulan Ramadhan. Ini kerana bangsa Arab memang sudah biasa mengerjakan Haji semenjak dari zaman Nabi Ibrahim عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ lagi.

Ayat ini adalah tentang Ibadah Haji dan ia adalah ayat jenis Umur Muslihah. Ia adalah satu ibadah yang boleh mengeratkan hubungan dengan hamba-hamba sesama Islam yang lain. Ini kerana Haji itu dilakukan setahun sekali dan ia boleh mengeratkan hubungan sesama umat Islam yang berada di bawah satu khalifah seluruh dunia. Umat Islam seluruh dunia sepatutnya di bawah seorang Khalifah sahaja, bukannya macam zaman sekarang, setiap negara ada ketua negaranya sendiri. Maka kerana itu manasik Haji adalah penting kerana ia adalah perkumpulan umat Islam sedunia. Supaya semua umat Islam dari segenap ceruk dunia akan datang ke satu tempat dan dapat duduk bersama. Dapat duduk bersama dengan Khalifah, dapat solat dengan beliau dan dapat mendengar apakah pesanan beliau kepada umat sedunia. Jadi haji ini bukan sahaja satu ibadat yang boleh memberikan pahala kepada kita tetapi ia juga boleh mengeratkan hubungan sesama Muslim seluruh dunia. Jadi ada hubungan hamba dengan Allah ‎ﷻ dan hubungan hamba dengan hamba yang lain.

 

فَإِنْ أُحْصِرْتُمْ

Dan sekiranya kamu ditahan;

Ini adalah sekiranya orang yang hendak menunaikan Haji itu tidak boleh masuk ke Mekah. Pada waktu dahulu, pernah umat Islam dihalang oleh puak Quraisy. Kalau zaman sekarang, boleh jadi timbul pelbagai masalah – mungkin ada gangguan ketika dalam perjalanan, atau kita ditahan oleh puak musuh dan sebagainya. Jadi, apabila ada gangguan atau halangan untuk sampai ke Mekah, hendaklah berpatah balik walaupun sudah berniat Ihram. Allah ‎ﷻ memberikan jalan keluar dalam hal-hal sebegini kerana asalnya, apabila sudah berniat Haji dan ihram, mesti selesaikan.

Ibn Kathir رَحِمَهُ اللَّهُ mengatakan ayat ini diturunkan pada tahun ke 6 Hijrah, pada tahun Perjanjian Hudaibiyyah, iaitu sewaktu Musyrikin Mekah menghalang Nabi ﷺ dan para sahabat رضي الله عنهم daripada menunaikan Umrah. Jadi ia adalah asbabun nuzul bagi ayat ini namun tidaklah terhad kepada waktu itu sahaja. Ayat ini terpakai juga untuk situasi-situasi lain pada bila-bila zaman.

 

فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ

maka wajiblah kamu sembelih korban yang mudah didapati;

Walaupun sudah kena berpatah balik ke kampung asal, tidak boleh tinggalkan begitu sahaja. Untuk bebas daripada pantang larang ihram, kena tahallul (cukur rambut) dan sembelih binatang korban apa yang mampu bagi kamu. Sembelih binatang korban itu adalah sebagai dam (denda). Itu kena dilakukan kalau sudah berniat Haji dan sudah memakai Ihram.

Ketika para sahabat ditahan daripada mengerjakan Umrah sehingga terjadinya Perjanjian Hudaibiyah, sesiapa yang di antara mereka yang ada membawa binatang ternak hendaklah menyembelihnya. Bukan semua dalam kalangan mereka bawa binatang ternak. Bagi yang tidak bawa, maka tidak wajib bagi mereka mencarinya.

Dalam ayat ini, tidak disebut dengan jelas apakah binatang yang boleh disembelih. Allah ‎ﷻ hanya kata ‘yang mudah didapati’ sahaja. Iaitu daripada binatang ternak yang digunakan di dalam Qurban – unta, lembu, kambing atau biri-biri.

 

وَلَا تَحْلِقُوا رُءُوسَكُمْ حَتَّىٰ يَبْلُغَ الْهَدْيُ مَحِلَّهُ

Dan janganlah kamu cukur kepala-kepala kamu sehinggalah sampai binatang sembelihan itu ke tempat sembelih;

Ini adalah bagi mereka yang terpaksa cukur kepala mereka awal daripada yang sepatutnya. Cukur kepala atau Tahallul itu menandakan kita sudah selesai daripada pantang larang ihram. Tidak boleh cukur atau gunting rambut kalau dalam ihram. Namun oleh kerana tidak boleh meneruskan kerja Haji atau Umrah kerana terhalang, maka dibolehkan. Namun begitu cukur kepala itu hanya boleh dilakukan apabila binatang sudah sampai ke tempat sembelih.

Hingga binatang sembelihan itu sampai ke mana? Pendapat yang asal adalah hendaklah sampai ke Makkah dan pendapat dipegang teguh oleh mazhab Hanafi. Akan tetapi kalau tidak boleh, boleh sahaja sembelih di mana-mana sahaja kerana ketika umat Islam dihalang di Hudaibiyah, Rasulullah ﷺ dan para sahabat sembelih sahaja di Hudaibiyah. Inilah pendapat mazahib yang lain.

 

فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَّرِيضًا

Maka sesiapa di antara kamu sakit

Tahallul dengan mencukur rambut atau mengunting sebahagian rambut tidak boleh dilakukan selagi di dalam Ihram. Akan tetapi bagaimana kalau terpaksa kerana sebab-sebab yang terdesak? Mungkin ada yang terpaksa mencukur rambutnya awal kerana uzur.

 

أَوْ بِهِ أَذًى مِّنْ رَّأْسِهِ

atau terdapat sakit di kepalanya

Contohnya, kepalanya ada kutu atau apa-apa sahaja yang menyebabkan dia kena cukur rambut (tahallul) lebih awal daripada yang sepatutnya. Sebagaimana terdapat dalam hadith berikut:

عَنْ كَعْبِ بْنِ عُجْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَآهُ وَقَمْلُهُ يَسْقُطُ عَلَى وَجْهِهِ فَقَالَ أَيُؤْذِيكَ هَوَامُّكَ قَالَ نَعَمْ فَأَمَرَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَحْلِقَ وَهُوَ بِالْحُدَيْبِيَةِ لَمْ يُبَيِّنْ لَهُمْ أَنَّهُمْ يَحِلُّونَ بِهَا وَهُمْ عَلَى طَمَعٍ أَنْ يَدْخُلُوا مَكَّةَ فَأَنْزَلَ اللَّهُ الْفِدْيَةَ فَأَمَرَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُطْعِمَ فَرَقًا بَيْنَ سِتَّةِ مَسَاكِينَ أَوْ يُهْدِيَ شَاةً أَوْ يَصُومَ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ
Daripada Ka’ab bin ‘Ujrah رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ bahawa Rasulullah ﷺ melihat kutu berjatuhan di wajahnya. Baginda bertanya: “Barangkali kutu di kepala sangat mengganggumu?” Beliau menjawab: “Benar”. Baginda lalu memerintahkan Ka’ab رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ agar mencukur rambutnya. Saat itu baginda berada di Hudaibiyyah dan belum menjelaskan kepada mereka bahawa mereka harus bertahallul di sana, padahal mereka berhasrat dapat memasuki Makkah. Akhirnya Allah ‎ﷻ menurunkan ayat tentang fidyah. Selanjutnya Rasulullah ﷺ memerintahkan agar Ka’ab رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ memberi makan sebanyak satu *faraq (tiga sa’) untuk enam orang miskin atau berkorban dengan seekor kambing atau puasa tiga hari.”
(Sahih Bukhari Hadith No. 3842)

*faraq = 10 kg

Jadi, ada dua sebab yang dibenarkan cukur rambut awal daripada yang sepatutnya – sakit atau gangguan pada kepala.

 

فَفِدْيَةٌ مِّنْ صِيَامٍ

hendaklah dia membayar fidyah dengan berpuasa,

Maka boleh cukur rambut terus dan ganti dengan bayar fidyah iaitu sama ada puasa tiga hari,

 

أَوْ صَدَقَةٍ

atau bersedekah;

Iaitu memberi makan enam orang fakir miskin. Ini diketahui daripada hadith di atas.

 

أَوْ نُسُكٍ

atau menyembelih binatang

Ataupun sembelih binatang korban – sekurang-kurangnya seekor biri-biri yang sudah cukup umur.

حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ حَدَّثَنَا سَيْفٌ قَالَ حَدَّثَنِي مُجَاهِدٌ قَالَ سَمِعْتُ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ أَبِي لَيْلَى أَنَّ كَعْبَ بْنَ عُجْرَةَ حَدَّثَهُ قَالَ وَقَفَ عَلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْحُدَيْبِيَةِ وَرَأْسِي يَتَهَافَتُ قَمْلًا فَقَالَ يُؤْذِيكَ هَوَامُّكَ قُلْتُ نَعَمْ قَالَ فَاحْلِقْ رَأْسَكَ أَوْ قَالَ احْلِقْ قَالَ فِيَّ نَزَلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ { فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ بِهِ أَذًى مِنْ رَأْسِهِ } إِلَى آخِرِهَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صُمْ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ أَوْ تَصَدَّقْ بِفَرَقٍ بَيْنَ سِتَّةٍ أَوْ انْسُكْ بِمَا تَيَسَّرَ
Telah menceritakan kepada kami Abu Nu’aim telah menceritakan kepada kami Sayf berkata, telah menceritakan kepada saya Mujahid berkata, aku mendengar ‘Abdurrahman bin Abu Laila bahawa Ka’ab bin ‘Ujrah رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ berkata: “Rasulullah ﷺ menghampiriku di Hudaibiyah ketika kepalaku dipenuhi kutu, baginda berkata: “Barangkali kamu terkena serangga (kutu di kepala)?” Aku jawab: “Benar, wahai Rasulullah”. Maka baginda berkata: “Cukurlah rambutmu”. Atau baginda berkata: “Ayat ini turun untukku” (QS Al Baqarah ayat 196 yang ertinya): (“….Maka barangsiapa daripada kalian yang sakit atau tertimpa sesuatu pada kepalanya…) hingga akhir ayat. Maka Nabi ﷺ berkata: “Laksanakanlah puasa tiga hari atau bersedekah sebanyak satu faraq (tiga sa’) terhadap enam orang atau berkorban dengan yang mudah buatmu”.
(Sahih Bukhari Hadith No. 1687)

Kalimah نُسُكٍ‌ ini boleh juga digunakan untuk mana-mana ibadah seperti yang disebut di dalam ayat An’am: 162

قُل إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلعَـٰلَمِينَ
Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam

Akan tetapi نُسُكٍ‌ di dalam ayat Baqarah: 196 ini khusus merujuk kepada ibadah sembelihan.

Ada tiga pilihan diberikan di dalam ayat ini, sama ada hendak berpuasa, beri makan atau sembelih binatang korban. Ia adalah pilihan, bukan susunan kena pilih yang pertama dalam senarai dahulu.

Dari sini kita dapat tahu yang ada kesalahan-kesalahan di dalam ibadah Haji yang boleh dibayar dengan denda dan ini berlainan dengan ibadah-ibadah yang lain. Cuma kalau ia adalah rukun, tetaplah tidak boleh dibayar.

 

فَإِذَا أَمِنْتُمْ

Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman;

Iaitu sudah boleh meneruskan buat Haji atau apabila kita pergi mengerjakan Haji itu, tidak ada masalah apa-apa yang menghalang kita daripada mengerjakannya. Mungkin halangan sudah hilang atau sakit telah sembuh. Kalau tidak ada halangan, maka teruskanlah mengerjakan Haji itu. Atau pergi pada waktu lain setelah halangan dan sakit tidak ada. Perbuatan Rasulullah ﷺ dan para sahabat yang ditahan daripada mengerjakan Umrah pada tahun 6 Hijrah telah mengqada’ Umrah mereka pada tahun selepasnya.

 

فَمَنْ تَمَتَّعَ بِالْعُمْرَةِ إِلَى الْحَجِّ

maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan hingga masa Haji,

Makna تَمَتَّعَ adalah ‘menikmati sesuatu’. Sebelum Islam, orang Arab tidak melakukan Umrah dalam bulan Haji. Bulan Haji adalah Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah. Manakala bulan Rejab adalah bulan untuk buat Umrah. Orang Arab pada waktu itu tidak membenarkan buat Umrah dalam bulan-bulan Haji. Sebab pada mereka, sudah ada waktu untuk buat Umrah iaitu bulan Rejab. Namun Islam datang dengan membenarkan kemudahan untuk melakukan Umrah dalam bulan Haji juga. Maknanya, ia adalah kemudahan yang Allah ‎ﷻ berikan.

Ayat ini menyebut tentang Haji Tamattu’ iaitu haji bersenang-senang. Ada tiga jenis Haji:

1. Tamattu‘ – buat umrah dahulu, tahallul dan tinggal di Makkah dan kemudian buat Haji. Sementara tunggu waktu Haji, boleh pakai baju biasa dan ini adalah kemudahan yang diberikan kepada mereka yang hendak mengerjakan haji. Tidaklah mereka lama di dalam Ihram.

2. Qiran – buat Umrah bersama dengan Haji iaitu satu perbuatan tetapi niatnya dua.

3. Ifrad – buat Haji dulu, kemudian buat Umrah.

Untuk Haji Ifrad tidak perlu dibayar dam tetapi untuk mengerjakan Haji Tamattu’ dan Haji Qiran perlu dibayar dam. Perbincangan tentang perbezaan dan cara-cara mengerjakan Haji ini dibincangkan dengan panjang lebar di dalam bidang fiqh.

Haji Tamattu’ bermaksud bersenang lenang ataupun berseronok semasa mengerjakan Haji iaitu dimulai dengan mengerjakan umrah dahulu dan kemudian Tahallul supaya boleh keluar daripada pantang larang Ihram dan menunggu masa Haji masuk. Bolehlah dia memakai baju biasa dan sebagainya. Itulah yang mudahnya. Bila sampai waktu Haji maka niat Haji dan kembali pakai Ihram untuk mengerjakan Haji pula. Jadi waktu antara Umrah dan Haji itu, seseorang itu boleh berseronok bersenang-senang sahaja. Maksud ‘berseronok’ itu adalah bebas daripada pantang larang Ihram. Haji Tamattu’ ini sahih dan sunnah seperti disebut di dalam sebuah hadith,

عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ أُنْزِلَتْ آيَةُ الْمُتْعَةِ فِي كِتَابِ اللَّهِ فَفَعَلْنَاهَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَمْ يُنْزَلْ قُرْآنٌ يُحَرِّمُهُ وَلَمْ يَنْهَ عَنْهَا حَتَّى مَاتَ قَالَ رَجُلٌ بِرَأْيِهِ مَا شَاءَ
Daripada Imran bin Hushain رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا dia berkata; Ayat mut’ah (menggabungkan haji dan umrah) telah diturunkan di dalam kitabullah, maka kami pun melaksanakannya bersama Rasulullah ﷺ, dan Al-Qur’an tidak menurunkan ayat yang mengharamkannya, baginda pun tidak melarangnya hingga baginda wafat. Orang (yang menganggapnya haram) hanya berbicara apa yang dia kehendaki.
(Sahih Bukhari No. 4156)

 

فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِ

hendaklah menyembelih dam yang mudah didapati.

Kena bayar dam kerana kebenaran melakukan Haji Tamattu’ ini sudah memudahkan orang yang mahu melakukan ibadat umrah. Ini kerana mereka tidak perlu pergi dua kali – sekali pergi umrah dan sekali pergi haji – boleh buat kedua-dua sekali untuk sekali pergi ke Makkah. Oleh kerana kemudahan yang Allah ‎ﷻ telah berikan itu, Allah ‎ﷻ mensyaratkan untuk sembelih binatang ternak. Ia adalah sebagai tanda syukur kepada Allah ‎ﷻ. Ia bukanlah denda dan kerana itu tidak ada kalimah فِدْيَةٌ di sini seperti tentang cukur rambut di atas.

Sembelihan itu bolehlah mengikut kadar kemampuan seseorang dan bergantung jika barang yang hendak disembelih itu ada. Iaitu kena ada kemudahan duit dan kemudian binatang. Ini kerana kadangkala ada manusia yang mempunyai duit tetapi binatang tidak ada atau binatang ada tetapi duit pula yang tiada.

 

فَمَنْ لَّمْ يَجِدْ

Maka jika kamu tidak dapati binatang ternak;

Jikalau tiada duit untuk membeli sembelihan atau jikalau sembelihan pun tiada. Sudah dicari tetapi tidak berjumpa.

 

فَصِيَامُ ثَلَـٰثَةِ أَيَّامٍ فِي الْحَجِّ

hendaklah berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan haji;

Iaitu berpuasa tiga hari itu di Mekah. Kalau kita fikir logik, mungkin kita rasa patutnya puasa di Makkah yang lagi lama. Akan tetapi Allah ‎ﷻ tidak menyusahkan hamba-Nya. Ini kerana kalau kena puasa di Makkah lama, sudah kena lama pula duduk di situ.

 

وَسَبْعَةٍ إِذَا رَجَعْتُمْ

dan tujuh hari lagi apabila balik;

Iaitu apabila pulang ke Malaysia. Iaitu balik ke rumah. Ini hanya kepada yang tidak tinggal di Makkah. Tidak ditetapkan bila kena buat. Ikut keselesaan kepada individu itu bila dia boleh buat puasa itu.

 

تِلْكَ عَشَرَةٌ كَامِلَةٌ

Itulah dia sepuluh hari yang lengkap;

Kena lengkapkan puasa sebanyak sepuluh hari ini. Jangan kurang daripada sepuluh hari itu.

Kenapa perlu disebut potongan ayat ini? Kalau 3 campur 7 bukankah sudah 10? Takkan Allah ‎ﷻ melakukan perkara yang sia-sia mengajar manusia mengira pula? Bukanlah begitu. Allah ‎ﷻ sebut untuk pastikan bahawa perlu puasa jumlah keseluruhan 10 hari. Bukanlah ada pilihan 3 hari atau 7 hari. Mungkin ada yang sangka ia adalah pilihan (kalau puasa di Mekah 3 hari sahaja dan kalau puasa di tanahair sendiri [atau dalam perjalanan pulang] ia adalah 7 hari) kerana harf و boleh juga diertikan sebagai ‘atau’.

Lagi satu, kalimah ‘tujuh’ di dalam bahasa Arab boleh membawa maksud ‘banyak’. Maka di sini Allah ‎ﷻ hadkan yang bukanlah ia bermaksud banyak tetapi memang betul-betul 7 hari sahaja.

 

ذَٰلِكَ لِمَنْ لَّمْ يَكُنْ أَهْلُهُ حَاضِرِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ

Yang demikian itu bagi mereka yang bukan ahli penduduk Mekah;

Kemudahan untuk melakukan Haji Tamattu’ itu hanya diberikan kepada orang luar dari Tanah Haram sahaja. Penghuni Tanah Haram tidak ada pilihan untuk buat Haji Tamattu’ atau Qiran, mereka kena buat Haji Ifrad. Mereka tidak perlu ambil peluang mengerjakan Umrah ketika kerja Haji kerana mereka tinggal dekat dengan Ka’bah dan boleh buat Umrah bila-bila masa. Malah mereka tidak perlu pergi ke miqat dan boleh memulakan Ihram di rumah sahaja. Tujuannya supaya mereka tidak menyesakkan Tanah Haram masa bulan Haji.

 

وَاتَّقُوا اللَّهَ

dan bertaqwalah kalian kepada Allah;

Takut kepada Allah ‎ﷻ itu adalah dengan menjaga hukum yang Allah ‎ﷻ telah berikan kepada kita. Allah ‎ﷻ sudah ajar segala serbi manasik Haji, maka kenalah kita ikut. Kenalah belajar falsafah dan cara-cara mengerjakan Haji. Benda lain boleh belajar sampai masuk Universiti, takkan benda tentang agama tidak boleh hendak belajar dan dalami? Dan yang mampu ikut hanyalah mereka yang bertaqwa sahaja. Kerana ada yang sudah tahu, tetapi kerana tidak bertaqwa, mereka tidak ikut. Maka ini mengajar kita maksud utama dalam ibadah Haji itu adalah untuk mendapatkan taqwa. Malah, sembelihan yang disebut-sebut sebelum ini bukanlah sampai kepada Allah ‎ﷻ melainkan isi hati taqwa itu yang sampai kepada Allah ‎ﷻ seperti disebut di dalam Hajj: 37

لَن يَنالَ اللهَ لُحومُها وَلا دِماؤُها وَلٰكِن يَنالُهُ التَّقوىٰ مِنكُم
Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketaqwaan daripada kamulah yang dapat mencapai-Nya.

Di dalam Maidah: 27 Allah ‎ﷻ beritahu kita yang Dia hanya terima amalan daripada orang bertaqwa sahaja.

إِنَّما يَتَقَبَّلُ اللهُ مِنَ المُتَّقينَ
Sesungguhnya Allah hanya menerima daripada orang-orang yang bertaqwa

Taqwa amat penting di dalam ibadah terutama sekali ibadah Haji kerana ia adalah satu ibadah yang mencabar. Hendak pergi ke sana pun satu hal, apabila di sana pula hal yang lain kerana ada banyak dugaan. Kita di tempat asing, cuaca lain dari cuaca tempat kita, orang pula ramai bersesak-sesak, maka akan menimbulkan kecamuk dalam diri kita sama ada fizikal dan mental. Maka yang dapat menanganinya dengan baik adalah orang yang ada taqwa. Mereka ini relaks sahaja dan tidak kecoh-kecoh.

 

وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

dan ketahuilah sesungguhnya azab Allah itu sangat keras;

Perintah untuk mengetahui di sini setelah sebelumnya disebut tentang taqwa memberitahu kita yang taqwa dapat diperolehi dengan ilmu. Maka ini mengajar kita supaya memantapkan ilmu pengetahuan. Jangan malas belajar dan bertanya dengan orang yang tahu hal-hal agama. Belajarlah dan tanya sampai faham. Memang pada mulanya tidak faham namun lama kelamaan ilmu akan bertambah dan pemahaman akan semakin mantap.

Ingatlah yang azab Allah ‎ﷻ sangat keras kepada mereka yang melanggar hukum-Nya. Jadi, kena jaga hukum Haji yang Allah ‎ﷻ telah berikan kepada kita kerana Allah ‎ﷻ telah tetapkan hukumnya bagaimana. Tidak perlu hendak persoalkan kenapa kena melempar sampai 7 butir batu, kenapa kena pakaian pakaian ihram yang sebegitu rupanya, kena wuquf dan sebagainya. Semua itu telah ditetapkan oleh Allah ‎ﷻ dan kalau ada kesalahan yang dilakukan, kena dibayar dendanya sama ada dengan wang atau dengan perbuatan. Kalau buat salah dalam Haji pun Allah ‎ﷻ sudah marah, bayangkan kalau orang meletakkan berhala di Ka’bah. Tentu Allah‎ ﷻ lagi murka.

Habis Ruku’ 24 daripada 40 surah ini

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 14 Januari 2025

Ringkasan Surah Baqarah


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Al-Azhar Prof. HAMKA

Maariful Qur’an

Tafsir Al-Mishbah (Dr. M. Quraish Shihab)

Ustaz Solah

Ustaz Abdul Muien Ghulam Dakwah