Tafsir Surah Insan Ayat 16 – 25 (Bersihkan jiwa dengan mata air)

Ayat 16: Sambungan penceritaan nikmat minuman dalam syurga.

قَواريرَ مِن فِضَّةٍ قَدَّروها تَقديرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Clear glasses [made] from silver of which they have determined the measure.

(MELAYU)

(iaitu) kaca-kaca (yang terbuat) dari perak yang telah diukur mereka dengan sebaik-baiknya.

قَواريرَ مِن فِضَّةٍ

(iaitu) kaca-kaca (yang terbuat) dari perak

Jag yang digunakan untuk menuang air minuman ahli syurga itu dijadikan dari perak yang lut cahaya. Maknanya hebat sangatlah sebab kalau zaman sekarang nak cipta perak sebegini tidak mampu lagi nak cipta. Ini kerana ia nipis sangat sampai cahaya pun boleh masuk.

قَدَّروها تَقديرًا

yang telah diukur mereka dengan sebaik-baiknya.

Yakni sesuai dengan ukuran pemiliknya, tidak lebih dan tidak kurang, bahkan memang disediakan untuknya dan diukur sesuai dengan selera pemiliknya.

Demikianlah pendapat Ibnu Abbas, Mujahid, Sa’id ibnu Jubair, Abu Saleh, Qatadah, Ibnu Abza, Abdullah ibnu Ubaid ibnu Umair, Qatadah, Asy-Sya’bi, dan Ibnu Zaid, juga dikatakan oleh Ibnu Jarir dan selainnya yang bukan hanya seorang. Hal ini menunjukkan perhatian yang sangat dan penghormatan yang tiada taranya bagi pemiliknya.

Atau, ia bermaksud pelayan-pelayan dalam syurga itu akan beri air minuman sebanyak mana yang dikehendaki oleh tuan mereka. Mereka tahu banyak mana yang tuan mereka suka. Tak lebih dan tak kurang. Begitu terperinci sekali sukatan air minuman itu. 


Ayat 17:

وَيُسقَونَ فيها كَأسًا كانَ مِزاجُها زَنجَبيلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they will be given to drink a cup [of wine] whose mixture is of ginger

(MELAYU)

Di dalam syurga itu mereka diberi minum segelas (minuman) yang campurannya adalah halia.

وَيُسقَونَ فيها كَأسًا

Di dalam syurga itu mereka diberi minum segelas (minuman)

Ini adalah layanan yang telah dinaiktaraf. Sebelum ini mereka kena ambil sendiri air dan sekarang air itu ‘diberikan’ kepada mereka. 

Kalimah كَأسًا bermaksud bekas minuman, tapi bukanlah minuman biasa. Ianya selalu digunakan untuk minum arak. Orang Arab kalau dengar kalimah كَأسًا memang terus teringat ini bekas untuk minum arak sahaja. Maka di syurga nanti memang ahli syurga akan diberi minum arak tapi bukanlah arak di dunia ini. Arak di syurga jauh lebih hebat dari arak dunia. Dan tidak berdosa minum arak di syurga. Dan arak itu tidak memabukkan dan memeningkan.

كانَ مِزاجُها زَنجَبيلًا

yang campurannya adalah halia.

Air minuman yang diberikan kepada mereka itu ada campuran halia. Terkadang minuman mereka diberi campuran kafur yang rasanya sejuk, dan terkadang diberi campuran dengan halia yang rasanya hangat, sehingga rasanya beragam.

Atau bukanlah air itu dicampur halia, tapi sumber air itu sendiri ada rasa halia. Ini adalah kerana tekak orang Arab suka minuman yang ada rasa halia. Macam orang kita pun suka minum Teh Tarik Halia. Tidaklah semestinya air begini sahaja yang ada, kerana pasti ada air jenis lain yang akan disukai oleh tekak kita. Tapi Allah memberikan contoh yang boleh dibayangkan oleh orang Arab waktu itu.


Ayat 18:

عَينًا فيها تُسَمّىٰ سَلسَبيلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[From] a fountain within it [i.e., Paradise] named Salsabeel.

(MELAYU)

(Yang didatangkan dari) sebuah mata air syurga yang dinamakan salsabil.

Dari segi bahasa, Salsabil bermaksud ‘turun dengan senang’ iaitu turun melalui tekak. Menunjukkan air itu sedap dan sangat senang turun di dalam tekak. Sedap apabila diminum. Rasa lega semasa minum.

Ini adalah penjelasan ayat sebelum ini di mana disebut ada rasa halia. Disebut campuran halia tadi tapi tidaklah macam halia dunia. Halia syurga tentulah hebat sangat. Kalau halia dunia ada sedikit rasa pahit, tapi rasa air Salsabil ini sangat hebat. 

Ada juga penafsir yang mengatakan ‘salsabil’ itu bukanlah nama mata air itu, tapi ianya adalah sifat air itu yang sedap dan senang diminum. Allahu a’lam.


Ayat 19:

۞ وَيَطوفُ عَلَيهِم وِلدٰنٌ مُّخَلَّدونَ إِذا رَأَيتَهُم حَسِبتَهُم لُؤلُؤًا مَّنثورًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

There will circulate among them young boys made eternal. When you see them, you would think them [as beautiful as] scattered pearls.

(MELAYU)

Dan mereka dikelilingi oleh pelayan-pelayan muda yang tetap muda. Apabila kamu melihat mereka, kamu akan mengira mereka mutiara yang bertaburan.

وَيَطوفُ عَلَيهِم وِلدٰنٌ مُّخَلَّدونَ

Dan mereka dikelilingi oleh pelayan-pelayan muda yang tetap muda.

Pelayan-pelayan dalam syurga digambarkan sebagai budak yang muda kerana mereka itu tidak ada kerja lain dan akan kekal sebagai pelayan. Umur mereka tidak bertambah dan akan kekal muda. Ini kerana kalau jadi tua tidak sesuai pula jadi pelayan.

Begitulah kalau di dunia ini pun selalunya pelayan di kedai makan selalunya budak muda. Mereka yang baru habis belajar dan sementara tunggu nak masuk universiti atau cari kerja yang lain yang lebih tetap. Memang molek kalau pelayan sebegitu budak yang muda kerana senang hendak diarah-arah. Takkan mereka tua dan masih jadi kuli kita. 

Mereka itu ramai dan sentiasa ke sana sini menjalankan tugas mereka melayan ahli syurga dan memastikan keselesaan ahli syurga. Mereka akan sentiasa bertanya apa ahli syurga itu nak. Mereka sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada tuan mereka. Mereka pun tidak ada kerja lain lagi.

إِذا رَأَيتَهُم حَسِبتَهُم لُؤلُؤًا مَّنثورًا

Apabila kamu melihat mereka, kamu akan mengira mereka sebagai mutiara yang bertaburan.

Mereka itu sudahlah ramai dan sekali tengok macam mutiara. Maksudnya mereka itu sepesen sahaja. Pakai pakaian yang sama sahaja. Macam pelayan di kedai makan eksklusif ada uniform mereka, bukan?

Ertinya, jika engkau lihat mereka menyebar dalam menunaikan tugasnya melayani majikan-majikan mereka penghuni syurga, jumlah mereka yang banyak serta penampilan mereka yang cerah ceria, warna mereka dan juga pakaian dan perhiasan mereka yang indah-indah, tentulah kamu mengira mereka adalah ‘mutiara yang bertaburan’.

Untuk menggambarkan keadaan mereka, tiada perumpamaan yang lebih indah selain dari mutiara yang bertaburan di tempat yang indah. Allah hendak menggambarkan suasana yang hebat di syurga nanti.


Ayat 20:

وَإِذا رَأَيتَ ثَمَّ رَأَيتَ نَعيمًا وَمُلكًا كَبيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when you look there [in Paradise], you will see pleasure and great dominion.

(MELAYU)

Dan apabila kamu melihat di sana (syurga), nescaya kamu akan melihat berbagai macam kenikmatan dan kerajaan yang besar.

وَإِذا رَأَيتَ ثَمَّ رَأَيتَ نَعيمًا

Dan apabila kamu melihat di sana (syurga), nescaya kamu akan melihat berbagai macam kenikmatan

Macam-macam kenikmatan akan nampak dalam syurga itu. Ini adalah kerana nikmat yang amat banyak sekali. Tengok sana, nikmat; tengok sini pun nikmat juga.

Apabila disebut melihat dua kali, ia memberi isyarat yang ahli syurga ada tempat lain yang jadi milik mereka juga. Istana dan kerajaan ahli syurga bukan satu sahaja. Macam orang kaya pun ada rumah yang banyak merata-rata bukan? Kalau ahli syurga, bukan rumah sahaja banyak, syurga pun mereka ada banyak.

وَمُلكًا كَبيرًا

dan kerajaan yang besar.

Mereka akan nampak kerajaan mereka yang amat besar. Allah boleh jadikan mereka ada kerajaan di mana mereka akan dilayan sebagai raja. Dulu semasa di dunia mereka mungkin hidup sebagai orang yang paling miskin, tapi dia akan dapat hidup sebagai seorang raja di akhirat kelak. 

Di dalam hadis sahih telah disebutkan bahawa Allah berfirman kepada orang yang paling akhir dikeluarkan dari neraka (dan dimasukkan ke syurga), yang bererti dia adalah orang yang paling akhir masuk syurga, “Sesungguhnya bagimu di dalam syurga semisal dengan dunia dan sepuluh kali gandanya.”

Bayangkan, kalau yang paling teruk pun (sebab dia paling akhir keluar neraka) dapat sepuluh kerajaan (ada juga pendapat yang kata 5 kerajaan), apatah lagi kalau yang awal-awal sudah masuk syurga?


Ayat 21: Sekarang disebut tentang pakaian pula.

عٰلِيَهُم ثِيابُ سُندُسٍ خُضرٌ وَإِستَبرَقٌ ۖ وَحُلّوا أَساوِرَ مِن فِضَّةٍ وَسَقٰهُم رَبُّهُم شَرابًا طَهورًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Upon them [i.e., the inhabitants] will be green garments of fine silk and brocade. And they will be adorned with bracelets of silver, and their Lord will give them a purifying drink.

(MELAYU)

Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal dan dipakaikan kepada mereka gelang terbuat dari perak, dan Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih.

عٰلِيَهُم ثِيابُ سُندُسٍ خُضرٌ وَإِستَبرَقٌ

Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal

Apabila pakai sutera ia adalah isyarat yang mereka tidak buat kerja kerana orang pakai sutera hanya untuk rehat atau hadiri majlis sahaja. Ia pakaian kebesaran kerana orang miskin selalunya tidak pakai sutera. Orang yang buat kerja pun tak pakai sutera.

Jadi ia adalah isyarat kepada pakaian yang hebat.  Di dunia ini juga ada pakaian sutera tapi sutera dunia adalah tiruan sutera syurga sahaja. Tentu tidak sama antara keduanya. Orang lelaki haram pakai sutera semasa di dunia. Kalau kita tahan diri kita dari pakai sutera dunia, maka kita ada kemungkinan boleh pakai sutera di syurga yang jauh lebih hebat.

Allah sebut sutera lembut dan sutera tebal. Kain lembut selalunya dibuat baju dan yang tebal untuk seluar. Begitulah juga di syurga nanti.

وَحُلّوا أَساوِرَ مِن فِضَّةٍ

dan dipakaikan kepada mereka gelang terbuat dari perak, 

Ini pula perhiasan yang dipakaikan kepada mereka. Ia lambang keagungan dan kedudukan yang tinggi. Mungkin kita di dunia tidak pakai perhiasan dan tak teringin pun nak pakai gelang. Tapi nanti di syurga ia jadi sesuatu yang memang suka dipakai. Ini adalah kerana tanda kebesaran zaman dulu-dulu memang begitu di mana raja-raja akan pakai perhiasan seperti gelang.

Mungkin ada kata lelaki tak pakai perhiasan. Tapi cuba fikirkan, lelaki pun ada perhiasannya juga. Antaranya jam tangan mahal, cermin-mata hitam dan lain-lain lagi. Maknanya manusia pakai perhiasan yang sesuai dengan kesukaan dirinya. Maka nanti di syurga pun perhiasan itu akan jadi sesuai. Tak malu untuk dipakai.

Dalam ayat surah lain disebut gelang emas pula dan ayat ini sebut gelang perak. Ini memberi isyarat bahawa ahli syurga ada pilihan nak pakai gelang emas atau perak, atau nak pakai kedua-duanya sekali pada satu masa.

Atau, ayat ini merupakan gambaran ‘orang-orang Abrar’, sedangkan yang dialami oleh orang-orang Muqarrabun adalah seperti yang disebutkan di dalam firman-Nya:

يُحَلَّوْنَ فِيها مِنْ أَساوِرَ مِنْ ذَهَبٍ وَلُؤْلُؤاً وَلِباسُهُمْ فِيها حَرِيرٌ

Di syurga itu mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas dan mutiara, dan pakaian mereka adalah sutera. (Al-Hajj: 23)

Maknanya, Allah hendak bezakan tingkatan antara golongan ‘Abrar’ dan juga ‘Muqarraboon’. Tidaklah sama kedudukan di dalam syurga itu. Dari hadis telah diberitahu yang ada 100 tingkatan dalam syurga. Semoga kita mendapat kedudukan di tempat yang tertinggi. Aameen.

وَسَقٰهُم رَبُّهُم شَرابًا طَهورًا

dan Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih.

Sekali lagi disebut tentang minuman. Kenapa banyak kali bab minuman? Kenapa ulang perkara yang sama? Sebenarnya tidak sama semua minuman-minuman itu kerana minuman ini minuman jenis lain. Ianya lebih lebih hebat dari yang telah disebut sebelum ini.

Kalau kita cuba ringkaskan:

Level 1: ambil minuman sendiri. 

Level 2: akan diberi oleh pelayan.

Level 3: Allah sendiri bagi minuman itu. 

Nikmat pemberian air dan jenis air semakin hebat. Jadi Allah bagi motivasi dengan pakai perumpamaan air minuman sahaja. Semua ini untuk menarik minat manusia untuk berusaha mendapatkannya. 

Dan manusia memang suka dengan minuman. Dari pagi sampai malam ada masa melepak untuk duduk-duduk minum. Minum pagi, minum petang, mengeteh dan sebagainya. Dan dalam semua masyarakat. Kalau masyarakat Barat yang non-Muslim, mereka memang suka duduk di bar dan minum arak. Maka mereka kena tahu yang di syurga nanti ada akan duduk minum arak sahaja. Tapi kenalah tinggalkan arak di dunia.

Air minuman ini bukan sahaja untuk beri sedap kepada ahli syurga, tapi ia juga untuk membersihkan mereka. Maksudnya, Allah membersihkan batin mereka dari hasad, dengki, iri hati, penyakit, dan semua akhlak yang hina, seperti yang telah diriwayatkan kepada kita dari Amirul Mu’minin Ali ibnu Abu Talib r.a.

Dia pernah mengatakan, “Apabila ahli syurga sampai di depan pintu syurga, maka di sana mereka menjumpai dua buah mata air, lalu seakan-akan mereka diberi ilham untuk pergi kepada kedua mata air itu. Lalu mereka minum dari salah satu mata air itu, maka Allah melenyapkan semua penyakit yang ada di dalam perut (rongga tubuh) mereka, kemudian mereka mandi dari mata air yang satunya lagi, maka sesudahnya terpancarlah dari tubuh mereka pandangan kehidupan yang penuh dengan kenikmatan.”

Habis Ruku’ 1 dari 2 ruku’ dalam surah ini.


Ayat 22:

إِنَّ هٰذا كانَ لَكُم جَزاءً وَكانَ سَعيُكُم مَّشكورًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[And it will be said], “Indeed, this is for you a reward, and your effort has been appreciated.”

(MELAYU)

Sesungguhnya ini adalah balasan untukmu, dan usahamu adalah disyukuri (diberi balasan).

إِنَّ هٰذا كانَ لَكُم جَزاءً

Sesungguhnya ini adalah balasan untukmu,

Allah sebut semua nikmat itu kerana hendak memberi motivasi kepada manusia. Yang mereka akan dibalas kerana susah payah mereka semasa di dunia. Maka tidak sia-sia amal ibadah kita di dunia. Tidak sia-sia kita berbuat baik dengan manusia dan alam. Semua itu dibalas oleh Allah.

وَكانَ سَعيُكُم مَّشكورًا

dan usahamu adalah disyukuri 

Segala usaha kita melakukan amal kebaikan bukan sia-sia sahaja tapi akan dibalas oleh Allah.

Kalimah sa’i bermaksud usaha yang kuat. Seperti para hujjaj bersai’e berlari-lari di antara Safa dan Marwah. Maka ini memberi isyarat yang usaha mereka itu bukannya mudah tapi ada usaha yang perlu dilakukan. Maka memang kena ada usaha. Bukannya duduk goyang kaki sahaja di dunia. Nak buat ibadah pun ada halangan dan cabaran; nak buat baik pun begitu juga. Maka kena sabar dalam taat. Nak taat pun memang kena sabar. Dunia memang tempat ujian.


Ayat 23: Untuk menjadi orang yang baik dan beramal soleh, kuncinya adalah Al-Qur’an. Kena belajar tafsir Al-Qur’an dan rapat dengan Al-Qur’an. Ayat 23 – 26 adalah Perenggan Makro Ketiga. Ia memberitahu kita yang orang yang bersyukur tidak patuh kepada pemimpin yang tidak bersyukur.

إِنّا نَحنُ نَزَّلنا عَلَيكَ القُرآنَ تَنزيلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, it is We who have sent down to you, [O Muḥammad], the Qur’ān progressively.

(MELAYU)

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al Qur’an kepadamu (hai Muhammad) dengan beransur-ansur.

Allah menegaskan yang Dialah yang menurunkan Al-Qur’an itu. Ianya bukan dari Nabi Muhammad atau dari mana-mana entiti lain. Musyrikin Mekah tidak mahu menerima kebenaran dari Al-Qur’an dan kerana itu mereka tuduh Al-Qur’an itu bukan dari Nabi Muhammad. Begitu jugalah alasan yang diberikan oleh penentang-penentang Al-Qur’an. Mereka kata Al-Qur’an itu tulisan Nabi Muhammad.

Maka Allah menegaskan yang Al-Qur’an itu dari Dia. Maka kalau ianya dari Allah, maka tentulah kita mesti ikut apa yang disampaikan dalam Al-Qur’an ini. Jangan buat tidak tahu sahaja, jangan degil untuk taat kepada Al-Qur’an.

Dan mesti belajar tafsir Al-Qur’an. Kerana kalau tak belajar, maka tentu tidak akan tahu kehendak Allah dan bagaimana nak jalankan apa yang Allah kehendaki dari kita. Masalahnya ramai yang belajar baca Al-Qur’an sahaja tapi tidak mahu pun nak belajar tafsir Al-Qur’an dan memahami Al-Qur’an. Mereka rasa mereka cukup dengan pandai baca sahaja. Kerana itu kalau ditanya tentang agama Islam, ramai yang tidak tahu walaupun mereka pandai baca Al-Qur’an.

Maka pandai baca bukanlah penentu kebenaran. Bukan sahaja baca, kalau hafal Al-Qur’an pun belum tentu tahu agama lagi. Kerana ramai yang hafal sahaja tanpa faham apa yang mereka baca. Mereka dapat hafal kerana Al-Qur’an itu indah dan dapat dibaca berkali-kali sampai senang dihafal.

Allah beritahu dalam ayat ini yang cara penurunan Al-Qur’an itu beransur-ansur dan tidaklah sekaligus seperti penurunan Taurat dan Injil. Al-Qur’an mengambil masa lebih kurang 23 tahun untuk lengkap diturunkan. Ada banyak perbincangan tentang kenapa ianya diturunkan sedikit demi sedikit.

Antaranya kerana memberi ketetapan hati kepada umat pada waktu itu. Mereka dapat baca sedikit demi sedikit dan dapat amalkan agama dengan sempurna. Kerana kalau diberikan sekaligus, tentu susah mereka nak amalkan kerana tentu ia banyak sekali. 

Allah tegaskan dalam ayat ini yang Dialah yang menentukan Al-Qur’an itu diturunkan sedikit demi sedikit. Ini menjawab tohmahan penentang Al-Qur’an yang mengatakan Al-Qur’an itu mereka dapat sedikit demi sedikit kerana direka sebegitu oleh Nabi Muhammad. Mereka kata Muhammad tak mampu nak buat satu kitab sekaligus dan kerana itu dia mampu buat sikit-sikit sahaja. Maka Allah jawab dalam ayat ini: keputusan nak turunkan sedikit demi sedikit itu adalah keputusan dari Allah dan ada hikmahnya kenapa begitu.


Ayat 24: Maka kena terima dan amalkan Al-Qur’an kalau nak selamat. Maka kita kena sampaikan Al-Qur’an ini kepada manusia. Kena ajar tafsir Al-Qur’an dan kena ajak mereka belajar tafsir.

Tapi bagaimana pula kalau tak terima? Ramai yang tidak mahu menerima ajaran Al-Qur’an, maka ini adalah tasliah (pujukan) kepada para pendakwah. 

فَاصبِر لِحُكمِ رَبِّكَ وَلا تُطِع مِنهُم آثِمًا أَو كَفورًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So be patient for the decision of your Lord and do not obey from among them a sinner or ungrateful [disbeliever].

(MELAYU)

Maka bersabarlah kamu untuk (melaksanakan) ketetapan Tuhanmu, dan janganlah kamu ikuti orang yang berdosa dan orang yang kafir di antar mereka.

فَاصبِر لِحُكمِ رَبِّكَ

Maka bersabarlah kamu untuk (melaksanakan) ketetapan Tuhanmu,

Hendaklah bersabar dalam menjalankan dakwah. Ia memang kerja yang berat dan amat memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang amat tinggi. Tapi kita kenalah ingat yang kita ditugaskan untuk sampaikan sahaja. Kalau orang yang kita sampaikan Al-Qur’an itu tidak terima, ia bukan sesuatu yang kita boleh ubah. 

Lagi satu, kita kena sabar dalam menjadi hamba Allah. Ada banyak dugaan dalam dunia ini, kerana dunia ini adalah tempat ujian. Maka janganlah terkesan sangat dengan dunia. Kena terima apa ketentuan takdir yang Allah telah tetapkan kepada kita.

Dan nak mengamalkan agama pun kena sabar juga. Kerana bukan senang nak istiqamah dalam ibadat. Ada masa kita senang nak solat dan ada masa kita susah juga kerana penat dan sebagainya; ada masa senang nak sedekah kerana duit banyak tapi ada masa kita pun sempit jadi susah nak sedekah; ada masa senang nak puasa tapi ada masa kelaparan sangat kerana lupa sahur; dan macam-macam lagi.

Begitu juga, hendak dakwah pun bukan senang. Akan menerima banyak tentangan dari manusia. Hendak mengajar pun susah juga. Kena tahan telinga kena perli, kena kutuk, kena tohmah. Ada yang mempertikaikan kelayakan kita (belajar di mana, tauliah ada atau tidak) dan macam-macam lagi.

وَلا تُطِع مِنهُم آثِمًا أَو كَفورًا

dan janganlah kamu ikuti orang yang berdosa dan orang yang kafir di antara mereka.

Asim ertinya orang yang durhaka dalam perbuatannya, yakni pendosa; dan al-kafur artinya orang yang kafir (engkar kepada kebenaran).

Hendaklah terus mengamalkan agama Islam dan jangan ikut orang yang engkar dengan hukum Allah. Mereka mungkin nampak berjaya dalam hidup atau mereka nampak senang sahaja hidup mereka, tapi jangan jadikan mereka sebagai contoh kita.

Jangan ikut orang yang menentang kebenaran. Jangan takut dengan mereka. Jangan ikut golongan yang menolak ajaran Al-Qur’an sebaliknya mereka perlu ditentang.

Jangan kerana ditentang dalam dakwah, sampai menyebabkan berhenti berdakwah. Macam kita juga, jangan kerana kita dikutuk oleh orang dan dihalang usaha kita, janganlah menyebabkan kita putus asa. Kalau begitu, kita sudah ‘ikut’ kehendak penentang kerana mereka memang hendak kita berhenti pun. Janganlah beri mereka menang.

Jangan ikut kehendak manusia yang mahu kita ubah pendirian kita. Jangan terikut-ikut dengan mereka. Jangan kerana nak puaskan hati manusia, kita ubah wahyu Allah ini. Ada pengajar agama yang takut nak ceritakan hal sebenar tentang agama kerana takut anak murid tidak dapat terima. Jadi mereka kata tidak apa kalau nak buat sesuatu amalan bidaah. Ini adalah salah sama sekali.


Ayat 25: Dalam ayat tasliah, Allah suruh kita tumpukan perhatian kepada perkara ibadat, jangan hiraukan penolakan orang terhadap dakwah kita. Kerana kalau kita asyik teringat, kita yang akan susah hati dan tidak dapat jalankan tugas kita. Oleh itu tetaplah terus ikut wahyu. 

وَاذكُرِ اسمَ رَبِّكَ بُكرَةً وَأَصيلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And mention the name of your Lord [in prayer] morning and evening

(MELAYU)

Dan sebutlah nama Tuhanmu pada (waktu) pagi dan petang.

Tumpukan perhatian dan hati kita kepada Allah. Teruskan buat ibadat terutama sekali solat pada setiap waktu. Apabila disebut ‘pagi dan petang’, maka ia bermaksud setiap waktu.

Bayangkan berzikir kepada Allah. Kerana kalau kita sibukkan diri dengan zikir, tidaklah teringat penentang orang terhadap kita. Juga ia memberi kekuatan kepada kita. Dan kalau kita ingat kepada Allah, hati kita akan menjadi tenang.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Tarikh: 19 September 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Surah Insan Ayat 6 – 15 (Nikmat dalam syurga)

Ayat 6:

عَينًا يَشرَبُ بِها عِبادُ اللَّهِ يُفَجِّرونَها تَفجيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

A spring of which the [righteous] servants of Allāh will drink; they will make it gush forth in force [and abundance].

(MELAYU)

(iaitu) mata air (dalam syurga) yang daripadanya hamba-hamba Allah minum, yang mereka dapat mengalirkannya dengan sebaik-baiknya.

عَينًا يَشرَبُ بِها عِبادُ اللَّهِ

(iaitu) mata air (dalam syurga) yang daripadanya hamba-hamba Allah minum, 

Air yang diberi minum kepada ahli syurga itu diambil dari mata air dalam syurga. Kalau air dari mata air, tentunya ia adalah air yang amat segar dan sedap. Kalau dalam dunia pun air mata air sudah sedap, apatah lagi kalau mata air itu dari syurga pula.

Hebatnya di syurga nanti ahli syurga boleh mengawal mata air ataupun sungai supaya ianya keluar dalam rumah pada bila-bila masa sahaja yang mereka perlukan sampai mereka tidak perlu ke luar untuk mencari air. Ini tentu berita yang amat menggembirakan orang Arab waktu itu yang susah untuk mendapat air. Maka ini adalah motivasi kepada mereka. 

Yang dapat minum air-air ini adalah kalangan hamba istimewa yang taat kepada Allah semasa mereka hidup di dunia. 

Apabila digunakan kalimah ibaadullah atau ibaadurrahman dalam Al-Qur’an, ia merujuk kepada hamba yang taat. Walaupun semua makhluk dari segi teknikal adalah hamba Allah juga, tapi bukanlah semuanya taat, bukan?

Balaghah: Kenapa dalam ayat ini disebut يشرب بها (minum akannya), dan bukan يشرب منها (minum daripadanya)?

Sedangkan ayat sebelumnya menyebut يشرب من

(إِنَّ ٱلۡأَبۡرَارَ یَشۡرَبُونَ مِن كَأۡسࣲ كَانَ مِزَاجُهَا كَافُورًا)
[Surat Al-Insan 5]

Ini adalah kerana perkataan yang menggunakan huruf ب adalah lebih tinggi nilainya daripada jika hanya menggunakan من. Jika kita perhatikan ada 2 golongan yang berbeza di ayat 5 dan 6.

Ayat 5: dalam ayat ini, kalimah الأبرار menggunakan huruf من. Mereka itu adalah orang yang baik dan mereka akan minum daripada cawan di mana campurannya adalah dari kafura.

Ayat 6: ayat ini pula untuk عباد الله yang menggunakan kalimah بها. Mata air yang diminum akannya oleh ‘hamba-hamba Allah’.

Golongan Hamba Allah (ibaadullah) maqam mereka lebih tinggi dari golongan Abrar. Ini kerana dengan penggunaan huruf ب ia menunjukkan golongan hamba Allah berada berdekatan dengan mata air tersebut. Sedangkan Abrar minum dari cawan dan boleh tidak berada berdekatan mata air itu.

Sebagai analogi:
Si A minum air zam-zam dalam cawan di Malaysia. Minum air zam-zam memang sudah bagus dan ada berkat tetapi tidak boleh dibandingkan dengan si B yang berada di telaga zam-zam di Mekah. Kerana si B berada di Tanah Haram, di kawasan masjid, berkat baginya lebih tinggi.

Maka, apabila huruf ب diguna untuk merujuk kepada minum شرب ia selalunya untuk golongan yang maqam sangat dekat dengan Allah. Contoh ayat lain:

(عَیۡنࣰا یَشۡرَبُ بِهَا ٱلۡمُقَرَّبُونَ)
[Surat Al-Mutaffifin 28]

Di sini golongan yang taqarrub pula.
اللهم اجعلنا منهم، آمين

Sekian perbezaan antara penggunaan huruf ب dan من.

يُفَجِّرونَها تَفجيرًا

yang mereka dapat mengalirkannya dengan sebaik-baiknya.

Ahli syurga dapat mengawal mata air ini. Air itu amat banyak sangat dan kita boleh bayangkan tempat keluar air seperti air terjun. Sumber air itu amat banyak sekali dan tidak pernah berkurangan. 

Ayat ini bukanlah bermaksud mereka kena gali sendiri mata air dalam syurga itu. Seperti yang kita tahu, tidak ada kerja dalam syurga. Maka yang dimaksudkan adalah, mereka boleh beri arahan sahaja untuk keluar mata air itu dari mana-mana kawasan dalam syurga.

Dan kemudian mereka boleh mengarahkan ke mana air itu pergi. Mereka boleh lalukan di bawah rumah mereka, lalu atas rumah, dalam rumah atau bagaimana sahaja kehendak mereka.


Ayat 7: Sekarang Allah beritahu kenapa mereka boleh dapat nikmat yang hebat itu. 

يوفونَ بِالنَّذرِ وَيَخافونَ يَومًا كانَ شَرُّهُ مُستَطيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They [are those who] fulfill [their] vows and fear a Day whose evil will be widespread.

(MELAYU)

Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana.

يوفونَ بِالنَّذرِ

Mereka menunaikan nazar

Mereka ini adalah orang-orang yang telah memenuhi segala janji-janji mereka terhadap Allah yang mereka berjanji untuk melakukannya. Iaitu janji untuk taat kepada Allah. Maksudnya mereka telah sempurnakan segala hukum wajib. 

Nazar adalah janji untuk melakukan sesuatu. Secara umumnya, nazar itu wajib dipenuhi apabila cukup syaratnya. Untuk menjadikan nazar itu wajib dilaksanakan perlu cukup rukun-rukun nazar:

      • Sighah; Hendaklah disebut dengan perkataan
      • Orang yang bernazar
      • Perkara yang dinazarkan.

Ada beberapa jenis nazar yang dibincangkan dalam pembelajaran agama Islam:

1. Janji untuk melakukan sesuatu ibadah untuk mendapat redha Allah.
2. Janji untuk melakukan ibadah jikalau Allah memberikan sesuatu yang mereka pinta.
3. Nazar untuk melakukan perkara yang tidak elok.
4. Nazar untuk melakukan perkara yang harus.

Nazar 1 itu adalah bagus.

Nazar 2 itu tidak disukai kerana janji nak buat ibadah hanya apabila Allah beri sesuatu. Ini adalah ‘kedekut’ dengan Allah. Tapi bila sudah sebut, kenalah buat. Ramai masyarakat kita buat perkara ini kerana mereka tidak sedar keburukannya. Mereka sangka, kerana ada hukum Nazar, maka ianya baik.

Sepatutnya mereka terus buat ibadah itu dan kemudian berdoa kepada Allah atas apa-apa kehendak mereka. Maknanya, buat dulu ibadah, kemudian baru minta. Bukannya main tarik tali dengan Allah: “Ya Allah, kalau kau beri ini, baru aku nak buat ibadah ini…” Ini memang tidak patut.

Nabi pernah bersabda tentang perkara ini: Dari Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, baginda berkata,

نَهَى النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – عَنِ النَّذْرِ قَالَ « إِنَّهُ لاَ يَرُدُّ شَيْئًا ، وَإِنَّمَا يُسْتَخْرَجُ بِهِ مِنَ الْبَخِيلِ »

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang untuk bernazar, baginda bersabda: ‘Nazar sama sekali tidak boleh menolak sesuatu. Nazar hanyalah dikeluarkan dari orang yang bakhil’.” (HR. Bukhari no. 6693 dan Muslim no. 1639)

Maksudnya, nazar itu tidaklah boleh mengubah takdir. Apa yang kita hendak tidak bertukar sama ada kita bernazar atau tidak. Tapi kalau ia terjadi kerana ia memang bertepatan dengan kehendak Allah dari dulu lagi, maka orang itu kena buat ibadah yang telah dijanjinya kepada Allah. Sedangkan dia kedekut, kalau tak dapat apa yang dia minta itu, dia tak buat pun ibadah itu.

Nazar 3 itu memang tidak boleh disempurnakan.

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, baginda bersabda,

مَنْ نَذَرَ أَنْ يُطِيعَ اللَّهَ فَلْيُطِعْهُ ، وَمَنْ نَذَرَ أَنْ يَعْصِيَهُ فَلاَ يَعْصِهِ

Barangsiapa yang bernazar untuk taat pada Allah, maka penuhilah nazar tersebut. Barangsiapa yang bernazar untuk bermaksiat pada Allah, maka janganlah memaksiati-Nya. ” (HR. Bukhari no. 6696)

Maka tidak boleh bernazar nak pukul orang, contohnya.

Nazar 4 itu pula khilaf di kalangan ulama. Kerana ia bukan nazar nak buat ibadah, tapi buat perkara harus. Sebagai contoh, nazar nak botakkan kepala kalau pasukan bolanya menang. Ini adalah nazar yang amat bodoh (pasal bola pun nak nazar?). Dan ia tidak tepat pun kerana nazar ini sepatutnya berkenaan ibadah dan botak kepala bukanlah ibadah. Ada juga berlari balik kampung dari KL ke Kedah (ada peminat bola karut tiada kerja yang buat nazar begini juga).

Ulama khilaf sama ada nazar jenis ke 4 ini perlu disempurnakan atau tidak. Ada yang kata ia tidak perlu dilakukan dan ada yang kata kena bayar kafarah. Ini berdasarkan hadis dari Nabi:

النذر نذران : فما كان لله ؛ فكفارته الوفاء وما كان للشيطان ؛ فلا وفاء فيه وعليه كفارة يمين

Nazar itu ada dua macam. Jika nazarnya adalah nazar taat, maka wajib ditunaikan. Jika nazarnya adalah nazar maksiat – kerana syaitan -, maka tidak boleh ditunaikan dan sebagai gantinya adalah menunaikan kafarah sumpah.” (HR. Ibnu Jarud, Al Baihaqi. Dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam As Silsilah Ash Shohihah no. 479)

Kafarah sumpah adalah:

    1. Memberi makan kepada sepuluh orang miskin, atau
    2. Memberi pakaian kepada sepuluh orang miskin, atau
    3. Memerdekakan satu orang budak

Jika tidak mampu ketiga hal di atas, barulah menunaikan pilihan berpuasa selama tiga hari. (Lihat Surat Al Maidah ayat 89).  Maka janganlah bernazar perkara yang bodoh-bodoh. Ini pernah terjadi pada zaman Nabi Muhammad. Ini terdapat dalam hadis riwayat imam Bukhari daripada Ibnu Abbas telah memberitahu:

Adalah nabi S.A.W ketika berkhutbah, tiba-tiba ada seorang lelaki yang bangkit dan bertanya tentang dirinya. Maka mereka (para sahabat) bertanya: Abu Israil telah bernazar untuk sentiasa bangun, tidak duduk, tidak berteduh, tidak bercakap dan berpuasa. Maka jawab baginda S.A.W yang bermaksud: Biarkan maka bercakaplah, berteduhlah, duduklah dan tunaikan puasanya.

Hadis ini menunjukkan kepada kita bagaimana Rasulullah S.A.W menyuruh orang yang bernazar tadi untuk hanya berpuasa kerana puasa merupakan perkara ibadat dan taat. Maka menunaikan nazar berpuasa itu adalah wajib.

Lagi satu, jangan bernazar untuk menyusahkan diri, kerana kita tak perlu nak seksa diri. Islam tidak mengajar sebegitu:

حَدَّثَنَا هُشَيْمٌ أَخْبَرَنِي يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ زَحْرٍ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ أُخْتَ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ نَذَرَتْ أَنْ تَحُجَّ مَاشِيَةً فَسَأَلَ عُقْبَةُ عَنْ ذَلِكَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مُرْهَا فَلْتَرْكَبْ فَظَنَّ أَنَّهُ لَمْ يَفْهَمْ عَنْهُ فَلَمَّا خَلَا مَنْ كَانَ عِنْدَهُ عَادَ فَسَأَلَهُ فَقَالَ مُرْهَا فَلْتَرْكَبْ فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ عَنْ تَعْذِيبِ أُخْتِكَ نَفْسَهَا لَغَنِيٌّ

[[[Telah menceritakan kepada kami [Husyaim] telah mengabarkan kepadaku [Yahya bin Sa’id] dari [Ubaidullah bin Zahr] dari [Abu Sa’id] dari [Abdullah bin Malik] bahawa saudara perempuan [Uqbah bin Amir] bernazar untuk menunaikan Haji dengan berjalan kaki. Uqbah lalu menanyakan hal itu kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, bersabda: “Perintahkanlah kepadanya agar dia menaiki kenderaan.” Kemudian Uqbah menyangka bahawa baginda belum memahami ungkapannya, maka ketika orang yang berada di sisi baginda beranjak pergi, dia pun mengulangi pertanyaannya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam lantas bersabda: “Perintahkanlah kepadanya agar dia menaiki kenderaan. Kerana Allah ‘azza wajalla tidak perlu atas penyeksaan saudarimu atas dirinya sendirinya.”]]]

Maknanya, Islam tidak mengajar seksa diri dalam agama. Ini tidak perlu dan kerja yang bodoh. Islam adalah agama yang hebat dan praktikal. Jangan jadi macam agama Syiah yang mencederakan dirinya pada Hari Asyura. Itu sudah macam agama Hindu yang buat benda yang pelik-pelik. Allah tidak berharap kepada perkara sebegitu dan Allah tidak suka seperti yang disebut oleh Rasulullah dalam hadis di atas.

وَيَخافونَ يَومًا كانَ شَرُّهُ مُستَطيرًا

dan mereka takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana.

Dan mereka ini jenis orang yang takut kepada azab yang merata-rata nanti di akhirat. Dan kerana itu mereka memperbaiki perbuatan mereka. Mereka berhati-hati dengan segala perbuatan mereka. Mereka takut mereka dimasukkan ke dalam neraka. 

Jadi kalau tidak ada rasa takut kepada neraka, manusia tidak akan jaga amal perbuatan mereka. Jadi rasa takut kenalah ada dalam hati kita. Dan nak dapat takut itu kenalah selalu baca Al-Qur’an kerana Al-Qur’an selalu menyebut tentang azab-azab akhirat. Itu sahaja cara untuk menimbulkan rasa takut kerana kita tidak dapat nampak azab itu sekarang.


Ayat 8: Kalau dalam ayat sebelum ini telah disebut menjaga hubungan dengan Allah, sekarang disebut penjagaan hubungan dengan sesama hamba. 

وَيُطعِمونَ الطَّعامَ عَلىٰ حُبِّهِ مِسكينًا وَيَتيمًا وَأَسيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they give food in spite of love for it¹ to the needy, the orphan, and the captive,

  • The meaning here may also be “out of love for Him,” i.e., Allāh (subḥānahu wa ta‘ālā).

(MELAYU)

Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan.

وَيُطعِمونَ الطَّعامَ عَلىٰ حُبِّهِ

Dan mereka memberikan makanan yang disukainya

Mereka juga semasa di dunia selalu memberi makan kepada orang yang memerlukan. Mereka tidak kedekut untuk memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan. 

Makanan yang mereka beri bukanlah makanan yang mereka buang (sudah basi), tapi mereka juga sayang kepada makanan itu. Mereka juga memerlukan makanan itu tapi mereka kongsi dengan orang lain. Ini semakna dengan apa yang disebutkan oleh firman Allah Swt. dalam ayat lain:

لَنْ تَنالُوا الْبِرَّ حَتَّى تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ

Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. (Ali Imran: 92)

Inilah sedekah yang terbaik, iaitu waktu kita masih menginginkan harta itu. Di dalam hadis sahih disebutkan:

«أَفْضَلُ الصَّدَقَةِ أَنْ تَصَدَّقَ وَأَنْتَ صَحِيحٌ شَحِيحٌ تَأْمَلُ الْغِنَى وَتَخْشَى الْفَقْرَ»

Sedekah yang paling utama ialah yang engkau keluarkan, sedangkan engkau dalam keadaan sihat lagi kikir, mengharapkan kaya dan takut jatuh miskin.

Atau, ia bermaksud mereka berkongsi makanan itu kerana mereka kasih kepada Allah. Atau kerana mereka kasih kepada sesama makhluk. Dan pendapat ini dikuatkan dengan ayat selepas ayat ini nanti. 

Kepada siapa mereka beri makan?

مِسكينًا وَيَتيمًا وَأَسيرًا

kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan.

Disebut tiga golongan ini kerana mereka yang selalu diabaikan oleh masyarakat. Mereka tidak ada peluang dan ruang yang banyak untuk mendapatkan makanan dan kerana itu mereka memerlukan bantuan dari orang yang ada.

Selalu kita dengar bantu dan beri makan kepada orang miskin dan anak yatim. Tapi ayat ini menambah ‘orang yang ditawan’. Ini lain dari kebiasaan dan ia menjadi perbincangan di kalangan ulama’ juga.

Adat sebelum Islam, tawanan perang dipenjarakan dan dirantai. Untuk sumber makanan, mereka dibebaskan sementara waktu untuk meminta sedekah di jalanan untuk mendapatkan makanan. Tapi setelah Islam terbentuk, adat ini dimansuhkan. Tawanan perang ada hukumnya sendiri. Sama ada diberikan sebagai hamba kepada umat Islam atau kalau mereka dipenjarakan, di mana kerajaan Islam bertanggungjawab untuk beri makanan kepada mereka.

Oleh itu, tawanan yang dimaksudkan bukanlah tawanan jenis itu. Maka ia adalah dalam bentuk umum. Iaitu merangkumi mereka yang pergerakan mereka disekat sama ada Muslim atau tidak, tawanan perang atau penjenayah yang dipenjarakan dan kena meminta untuk mendapatkan makanan. Kerana mungkin setelah mereka ditangkap, kerajaan tidak memberikan makanan kepada mereka.

Secara umum, membantu beri makanan kepada sesiapa yang memerlukan adalah perbuatan yang mulia dan dianjurkan dalam Islam. Tidak kira sama ada mereka itu miskin, anak yatim, tawanan atau apa-apa sahaja keadaan. Kalau nak disenaraikan mungkin terlalu banyak maka Allah beri beberapa contoh sahaja dalam ayat ini.

Juga tawanan yang dimaksudkan itu mungkin sahaja hamba-hamba mereka. Kerana hamba-hamba selalunya diambil dari tawanan perang. Apabila ada hamba, maka kena beri mereka makanan dari apa yang kita makan dan pakaian dari apa yang kita pakai. Inilah konsep kehambaan dalam Islam. Tidaklah mereka itu seperti filem ‘kunta kinte’ yang dihina dan direndahkan martabat mereka dan dibentak-bentak. Mereka dijaga dengan baik dan mereka juga ada hak mereka. Begitulah hebatnya agama Islam ini kepada manusia.


Ayat 9: Kenapa mereka melakukan semua itu?

إِنَّما نُطعِمُكُم لِوَجهِ اللَّهِ لا نُريدُ مِنكُم جَزاءً وَلا شُكورًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Saying], “We feed you only for the countenance [i.e., approval] of Allāh. We wish not from you reward or gratitude.

(MELAYU)

Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.

إِنَّما نُطعِمُكُم لِوَجهِ اللَّهِ

Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah,

Mereka memberi makanan kepada orang yang memerlukan itu kerana mereka ikhlas dan bukan kerana hendak menunjuk-nunjuk. Mereka hendak melihat wajah Allah di syurga nanti dan kerana itu mereka sanggup berkongsi makanan yang mereka juga perlukan sendiri.

Walaupun ayat ini menyebut ‘memberi makan’, tapi bukanlah itu sahaja yang kita boleh lakukan untuk membantu orang lain. Ada banyak cara lain seperti bantu beri wang, bantu beri pelajaran, bantu angkat barang, bantu beri kerja, bantu macam-macam lagi. Allah cuma beri contoh beri makanan sahaja, tapi tidaklah terhad kepada beri makan sahaja. Yang penting kita beri bantuan kepada yang memerlukan.

لا نُريدُ مِنكُم جَزاءً

kami tidak menghendaki balasan dari kamu 

Ini adalah tanda mereka ikhlas. Semasa mereka memberi makan itu, mereka berkata yang mereka tidak mengharapkan balasan dari orang yang mereka makan itu. 

وَلا شُكورًا

dan tidak pula (ucapan) terima kasih.

Bukan sahaja mereka tidak mengharapkan balasan, ucapan terima kasih pun mereka tidak perlukan daripada orang-orang yang dalam kesusahan itu. Ini tanda ikhlas kerana kadangkala orang yang memberi itu marah kalau tidak diucapkan terima kasih kepada mereka (eh, sombong betul.. aku bagi makan ucap terima kasih pun tidak!?). Kalau benar-benar ikhlas, mereka tidak berharap apa-apa pun dari orang lain. Yang mereka harapkan hanyalah balasan dari Allah semata-mata.

Nota: tidaklah kalimah-kalimah ini kena disebut pula semasa beri makan atau beri pertolongan pula. Cukuplah sebut di dalam hati atau kalau perlu sebut kerana disebut oleh penerima dulu, bolehlah. Contohnya penerima kata: “terima kasih, saya tidak dapat nak balas pertolongan awak ini….” maka bolehlah kata: “saya tidak mengharapkan balasan…”.


Ayat 10:

إِنّا نَخافُ مِن رَّبِّنا يَومًا عَبوسًا قَمطَريرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, We fear from our Lord a Day austere and distressful.”

(MELAYU)

Sesungguhnya kami takut akan (azab) Tuhan kami pada suatu hari yang (di hari itu) orang-orang bermuka masam penuh kesulitan.

إِنّا نَخافُ مِن رَّبِّنا يَومًا

Sesungguhnya kami takut akan (azab) Tuhan kami pada suatu hari

Mereka lakukan segala amal kebaikan kepada manusia itu kerana mereka takut dengan akhirat. Mereka nak selamat di akhirat dan mereka tahu yang bantuan yang mereka berikan itu boleh menyelamatkan mereka.

عَبوسًا قَمطَريرًا

yang (di hari itu) orang-orang bermuka masam penuh kesulitan.

Sekarang disebut bayangan keadaan di akhirat kelak. Mereka takut kepada hari di mana muka-muka pada hari itu ramai yang dalam masam kesedihan dan mereka tidak mahu jadi begitu. Hari itu adalah hari yang amat dahsyat dan sukar. Jadi kalau mereka mendapat rahmat Allah kerana kemurahan mereka di dunia, mereka amat berharap. 


Ayat 11: Apakah janji Allah kepada orang-orang yang pemurah itu?

فَوَقٰهُمُ اللَّهُ شَرَّ ذٰلِكَ اليَومِ وَلَقّٰهُم نَضرَةً وَسُرورًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So Allāh will protect them from the evil of that Day and give them radiance and happiness

(MELAYU)

Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati.

فَوَقٰهُمُ اللَّهُ شَرَّ ذٰلِكَ اليَومِ

Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu,

Kerana mereka bermurah hati, maka Allah selamatkan dari keburukan di akhirat. Dalam banyak orang akan mengalami kesusahan, mereka yang baik hati itu akan diselamatkan. Ini adalah rahmat yang amat besar. Sebagai contoh, mereka berada juga di Mahsyar, tapi mereka duduk di tempat yang khas, yang tidak susah seperti orang lain. Kena ingat yang Mahsyar itu ramai sangat orang, maka keadaan bersesak-sesak. Kalau dapat tempat yang khas dari Allah, tidaklah sesak.

وَلَقّٰهُم نَضرَةً وَسُرورًا

dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati.

Pada hari itu wajah mereka akan segar dan nampak seri pada wajah mereka. Kalau kita mahu selamat, maka hendaklah kita bermurah hati memberi makan kepada manusia. Ayat ini semakna dengan apa yang disebutkan dalam ayat lain melalui Firman-Nya:

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ مُسْفِرَةٌ ضاحِكَةٌ مُسْتَبْشِرَةٌ

Banyak muka pada hari itu berseri-seri, tertawa, dan gembira ria. (Abasa: 38-39)

Disebut ‘seri wajah’ kerana orang yang tidak beriman akan susah dan muka mereka akan berkerut dan gelap sahaja pada hari itu. Tapi wajah mereka akan tenang dan segar sahaja. Ini disebut dalam Anbiya:103

لا يَحزُنُهُمُ الفَزَعُ الأَكبَرُ وَتَتَلَقّٰهُمُ المَلائِكَةُ هٰذا يَومُكُمُ الَّذي كُنتُم توعَدونَ

Mereka tidak disusahkan oleh kedahsyatan yang besar (pada hari kiamat), dan mereka disambut oleh para malaikat. (Malaikat berkata): “Inilah harimu yang telah dijanjikan kepadamu”.


Ayat 12:

وَجَزىٰهُم بِما صَبَروا جَنَّةً وَحَريرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And will reward them for what they patiently endured [with] a garden [in Paradise] and silk [garments].

(MELAYU)

Dan Dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka (dengan) syurga dan (pakaian) sutera,

وَجَزىٰهُم بِما صَبَروا

Dan Dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka

Mereka juga mendapat balasan sempurna dari Allah kerana mereka telah sabar semasa di dunia. 

Dalam ayat ini, ‘sabar’ yang dimaksudkan adalah dalam bentuk umum. Kerana sepanjang hidup seorang mukmin memerlukan dia bersabar dalam segenap hal. Dari mula dia kenal hidup sampailah mati. Ini termasuk menahan nafsu, taat kepada arahan Allah walaupun dalam kepayahan, mengorbankan masanya, hartanya, menjalankan usaha dan keupayaan untuk menegakkan agama, kadangkala sampai mengorbankan diri sendiri.

Mereka juga bersabar dalam menolak segala godaan nafsu dan syaitan, menerima dengan redha segala kehilangan dalam bentuk harta atau keluarga, kesakitan dan kekurangan yang dialami dan macam-macam lagi. Semua ini memerlukan kesabaran yang bukan sedikit. Kerana sabar ini bukan seketika sahaja, tapi banyak keadaan memerlukan sabar.

Natijah dari kesabaran mereka ini, mereka dibalas dengan kebaikan yang berganda-ganda. Kena ingat, bukan lama pun hidup di dunia ini. Maksudnya, bukan lama pun nak kena bersabar.

جَنَّةً وَحَريرًا

syurga dan (pakaian) sutera,

Sabar di dunia tidak lama, beberapa tahun sahaja. Tapi balasan di syurga selama-lamanya. Mereka akan dimasukkan ke dalam syurga yang penuh dengan segala kenikmatan yang tidak dapat digambarkan. Mustahil untuk membayangkan keadaan dalam syurga itu.

Oleh itu, Al-Qur’an hanya dapat memberi beberapa isyarat sahaja keadaan dalam syurga itu. Allah beri isyarat apakah pakaian yang dipakai dalam syurga itu. Kalimah حرير bermaksud sutera. Maksudnya mereka tinggal dalam syurga itu dalam nikmat dan tidak ada kerja lagi kerana orang pakai sutera bukannya bekerja.


Ayat 13:

مُّتَّكِئينَ فيها عَلَى الأَرائِكِ ۖ لا يَرَونَ فيها شَمسًا وَلا زَمهَريرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[They will be] reclining therein on adorned couches. They will not see therein any [burning] sun or [freezing] cold.

(MELAYU)

di dalamnya mereka duduk bertelekan di atas dipan, mereka tidak merasakan di dalamnya (teriknya) matahari dan tidak pula dingin yang bersangatan.

مُّتَّكِئينَ فيها عَلَى الأَرائِكِ

di dalamnya mereka duduk bertelekan di atas dipan,

Mereka akan berehat sahaja di atas pelamin. Mereka duduk-duduk sahaja berehat dan menikmati segala keindahan dan kenikmatan dalam syurga itu. Mereka akan duduk atas pelamin sambil melihat istana dan tempat tinggal mereka yang amat hebat itu. Mereka akan melihat kerajaan mereka yang luas.

لا يَرَونَ فيها شَمسًا وَلا زَمهَريرًا

mereka tidak merasakan di dalamnya (teriknya) matahari dan tidak pula dingin yang bersangatan.

Ini tentang cuaca dalam syurga pula. Cuacanya amat nyaman, tidak panas dan tidak sejuk. Tentu orang-orang Arab amat suka mendengar apabila disebut tiada matahari kerana mereka hidup di dalam negara yang banyak kepanasan matahari. Sudahlah awan tidak ada di negara mereka, panas terik pula. 

Dan satu lagi masalah mereka adalah kesejukan pada malam hari yang sangat sangat sejuk sampai ke tulang. Maka kalau cuaca nyaman-nyaman sahaja, tentu ini amat menarik kepada mereka. 

Bukan sahaja mereka, kita pun tidak suka kalau panas terik dan sejuk, bukan? Maka bayangkan keadaan yang amat nyaman itu.


Ayat 14:

وَدانِيَةً عَلَيهِم ظِلٰلُها وَذُلِّلَت قُطوفُها تَذليلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And near above them are its shades, and its [fruit] to be picked will be lowered in compliance.

(MELAYU)

Dan naungan (pohon-pohon syurga itu) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya.

وَدانِيَةً عَلَيهِم ظِلٰلُها

Dan naungan (pohon-pohon syurga itu) dekat di atas mereka

Ahli syurga akan duduk di bawah naungan pokok yang besar. Ini menambahkan kenyamanan keadaan di syurga itu. 

وَذُلِّلَت قُطوفُها تَذليلًا

dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya.

Dan makanan yang tidak berkurangan akan diberikan kepada mereka. Allah sebut tentang buah-buahan banyak kali dalam Al-Qur’an kerana manusia memang suka buah-buahan. Kalimat وَذُلِّلَت dan تَذليلًا dari katadasar ذ ل ل yang bermaksud rendah, tergantung rendah, mudah, taat, melayan dengan kasih sayang.

Maknanya, buah-buahan akan merendahkan diri untuk senang diambil. Ia akan datang kepada mereka, jadi tidak susah nak petik dan makan. Apabila teringat sahaja nak makan buah, ranting-ranting pokok itu akan mendekatkan diri.


Ayat 15: Kembali menyebut tentang minuman dalam syurga.

وَيُطافُ عَلَيهِم بِئآنِيَةٍ مِّن فِضَّةٍ وَأَكوابٍ كانَت قَواريرا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And there will be circulated among them vessels of silver and cups having been [created] clear [as glass],

(MELAYU)

Dan diedarkan kepada mereka bejana-bejana dari perak dan piala-piala yang bening laksana kaca,

وَيُطافُ عَلَيهِم بِئآنِيَةٍ مِّن فِضَّةٍ

Dan diedarkan kepada mereka bejana-bejana dari perak

Mereka akan diberikan minuman oleh pelayan-pelayan dalam syurga. Bekas minuman itu pun hebat sebagai isyarat kemewahan dalam syurga itu. Bekas minuman itu dari perak tapi jenis perak yang boleh tembus cahaya.

وَأَكوابٍ كانَت قَواريرا

dan piala-piala yang bening laksana kaca,

Bekas piala itu walaupun dijadikan dari perak tapi ia lut sinar seperti kaca. Kenapa tidak guna bekas kaca sahaja? Kerana kalau kaca ia senang jatuh dan pecah berderai. Begitu hebat sekali Allah layan penghuni syurga dengan terperinci sekali.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Tarikh: 19 September 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Surah Insan Ayat 1 – 5 (Asal manusia tiada apa)

Pengenalan:

Surah ini adalah Surah Makkiyyah dan dikenali dengan nama Surah Insan atau ad-Dahr kerana kedua-duanya ada dalam ayat pertama surah ini. Ianya diturunkan di awal dakwah Nabi Muhammad di Mekah (selepas dakwah secara terbuka) dan mungkin diturunkan selepas Surah Al-Muddaththir.

Ulama’ tafsir mengatakan surah ini Makkiyyah, yakni turun di Mekah sebelum hijrahnya Rasulullah s.a.w ke Madinah. Tetapi ada juga khilaf yang kata surah ini Madaniyyah, yakni diturunkan di Madinah. Mengikut kajian yang dibuat oleh ulama’ tafsir seperti Ibnu Asyur rhm.: Lebih tepatnya Surah ini Makkiyyah kerana berdasarkan gaya bahasa dan isi kandungannya yang sama dengan tertib mengikut surah-surah lain yang turun di Mekah. Ia banyak menceritakan tentang Kiamat dan Akhirat dan ini adalah ciri-ciri Surah Makkiyyah.

Surah ini memberitahu kepada manusia hakikat diri mereka. Dan kemudian Allah beritahu yang jikalau mereka taat mereka akan diberi balasan baik dan jika mereka kufur engkar, mereka akan mendapat nasib buruk. Allah ingatkan manusia yang asal kejadian mereka dari air mani lelaki yang bercampur air mani wanita sahaja, tidak lebih dari itu.

Dan di bahagian kedua surah ini Allah menekankan kerasulan Nabi Muhammad, sebagai jawapan kepada penentangan terhadap baginda.


 

Ayat 1: Surah ini boleh dibahagikan kepada 5 perenggan makro. Ayat 1 – 4 adalah Perenggan Makro Pertama. Ia memberitahu kita yang manusia (dan jin) diberi kebebasan memilih.

هَل أَتىٰ عَلَى الإِنسٰنِ حينٌ مِّنَ الدَّهرِ لَم يَكُن شَيئًا مَّذكورًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Al-Insān: Man. Also entitled Sūrah ad-Dahr (Time).

Has there [not] come upon man a period of time when he was not a thing [even] mentioned?

(MELAYU)

Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa, sedang dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut?

هَل أَتىٰ عَلَى الإِنسٰنِ حينٌ مِّنَ الدَّهرِ

Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa,

Allah suruh kita bayangkan ketika sebelum kita dilahirkan. Allah memulakan surah ini dengan pertanyaan, tapi bukanlah Allah hendak bertanya, tapi Allah hendak menekankan apa yang Dia hendak sampaikan nanti.

Di sini digunakan kalimah الإِنسٰنِ dan kadangkala digunakan kalimah الناس pula. Sebenarnya dua-dua dari kata dasar yang sama iaitu ء ن س . cuma ada juga yang mengatakan إنسان dari kata dasar ن س ي untuk menunjukkan manusia itu pelupa.

Tapi kalau ambil pendapat yang lebih kuat, ia dari kata dasar yang sama. kalau الناس ia merujuk kepada kesemua manusia sedangkan إنسان merujuk kepada umum kerana merujuk kepada sebahagian atau sekelompok manusia.

Di dalam al-Quran, ada tiga istilah kunci yang mengarah kepada makna asas manusia, iaitu basyar, insan, dan al-nas. Ada konsep-konsep lain yang jarang digunakan di dalam al-Quran, anasiy, insiy dan ins. أناس (unas) disebut sebanyak lima kali dalam al-Quran (al-Baqarah:60; al-A‘raaf:82; al:A’raaf:160; al-Israa‘:71; an-Naml:56) dan menunjukkan kelompok atau golongan manusia. Di dalam al-Quran, ayat 60 surah al-Baqarah, misalnya, أناس digunakan untuk menunjukkan 12 golongan dalam Bani Israil.

أَناسِيَّ (Anasiy) hanya disebut sebanyak satu kali (al-Furqan:49). Anasiy dalam bentuk jamak daripada insan, dengan mengganti nun atau ya atau boleh juga bentuk jamak daripada insiy, seperti kursiy, menjadi karasiy, yang merupakan bentuk lain daripada insan. ٱلإِنسِ (ins) disebut sebanyak 18 kali di dalam al-Quran, dan sering dihubungkan dengan jinn sebagai pasangan makhluk manusia yang mukallaf (al-An‘aam:112, 128, 130; al-A‘raaf: 38, 179; al-Israa‘: 88; al-Naml: 17; al-Fussilat: 25, 29; al-Ahqaaf: 18; az-Dzaariyaat: 56; ar-Rahmaan: 33, 39, 56, 74; al-Jinn: 5, 6).

Insan disebut sebanyak 65 kali dalam al-Quran. Kita boleh mengelompokkan konteks insan dalam tiga kategori, iaitu:

Pertama, insan dihubungkan dengan keistimewaannya sebagai khalifah atau pemikul amanah.

Kedua, insan dihubungkan dengan ciri-ciri negatif diri manusia.

Ketiga, insan dihubungkan dengan proses penciptaan manusia.

Kecuali kategori ketiga yang akan dijelaskan kemudian, semua konteks insan menunjukkan pada sifat-sifat psikologi atau spiritual.

Pada kategori pertama, kita melihat keistimewaan manusia sebagai wujud yang berbeza dengan haiwani. Menurut al-Qur’an, manusia adalah makhluk yang diberi ilmu: “Yang mengajar dengan pena, mengajar insan apa yang tidak diketahuinya.” (al-’Alaq: 4, 5). “Dia mengajarkan (insan) al-bayan.“ (ar-Rahmaan: 3). Manusia diberi kemampuan mengembangkan ilmu dan daya akalnya. Kerana itu juga, kata insan berkali-kali dihubungkan dengan kata nazhar (melihat, memikirkan). Insan disuruh menazhar (merenungkan, memikirkan, menganalisis, meneliti) perbuatannya: “Iaitu hari manusia akan menigingati apa yang telah diusahakannya.” (al-Naba‘: 35)

Kedua, manusia adalah makhluk yang memikul amanah (al-Ahzab: 72). Maksud amanah adalah menemukan hukum alam, menguasainya atau dalam istilah al-Qur’an ‘mengetahui nama-nama semuanya’ dan kemudian menggunakannya, dengan inisiatif moral insani, untuk menciptakan situasi dunia yang baik. Al-Thabathabai mengutip berbagai pendapat para mufassir tentang makna amanah dan memilih makna amanah sebagai ciri-ciri untuk beriman dan mentaati Allah. Di dalamnya terkandung makna khilafah, manusia sebagai pemikul al-wilayah al-ilahiyyah. Amanah inilah yang dalam ayat-ayat lain disebutkan sebagai perjanjian (ahd, mitsaq, ‘isr). Ciri-ciri untuk beriman inilah yang digambarkan secara metafora dalam surah al-A‘raaf, ayat 172.

Ketiga, kerana manusia memikul amanah, maka insan di dalam al-Qur’an juga dihubungkan dengan konsep tanggungjawab (a-Qiyamah:36; al-Qiyamah:3; al-Qaaf:16). Manusia diperintah untuk berbuat baik (Luqman:14; al-Ahkaf:15); amalnya dicatat dengan teliti untuk diberi balasan, sesuai dengan apa yang dikerjakannya (al-Najm:39). Oleh hal yang demikian itu, insanlah yang dimusuhi syaitan (al-Israa‘:53; al-Hasyr:16) dan ditentukan nasibnya di hari kiamat (al-Qiyamah: 10, 13, 14; al-Naazi‘aat:35; ‘Abasa:17; al-Fajr:23).

Keempat, dalam menyembah Allah s.w.t, insan sangat dipengaruhi oleh lingkungannya. Apabila dia ditimpa musibah, dia cenderung menyembah Allah s.w.t dengan ikhlas; apabila dia memperoleh keuntungan, dia cenderung sombong, takbur, bahkan musyrik (Yunus:12; Hud:9; al-Israa‘:67, 83; az-Zumar:8; al-Fussilat:49, 51; asy-Syuraa:48; al-Fajr:15).

Dalam kategori kedua, kata insan dihubungkan dengan ciri negatif pada diri manusia. Menurut al-Qur’an, manusia itu cenderung zalim dan kafir (Ibrahim:34; al-Hajj:66; az-Zukhruf:15), tergesa-gesa, terburu-buru (al-Israa‘:11; al-Anbiyaa:37), bakhil (al-Israa‘:100), bodoh (al-Ahzab:72), banyak menafikan atau membantah (al-Kahfi:54; al-Nahl:4; Yaasiin:77), resah, gelisah, dan enggan membantu (al-Ma‘aarij:19), ditakdirkan untuk bersusah payah dan menderita (al-Insyiqaaq:6; al-Balad:4), tidak berterima kasih (al-’Aadiyaat:6), berbuat dosa (al-’Alaq:6; al-Qiyamah:5), meragukan hari akhirat (Maryam:66).

Apabila dihubungkan dengan sifat-sifat manusia pada kategori pertama, insan menjadi makhluk paradoks, yang berjuang mengatasi konflik dua kekuatan yang saling bertentangan: kekuatan mengikuti fitrah (memikul amanah Allah s.w.t) dan kekuatan mengikut ciri negatif. Kedua-dua kekuatan ini digambarkan dengan kategori ayat-ayat ketiga.

Sebagai insan, manusia diciptakan daripada tanah liat, intipati tanah, tanah (al-Hijr:26; ar-Rahmaan:14; al-Mukminun:12; as-Sajdah:7). Demikian juga basyar berasal daripada tanah liat, tanah (al-Hijr: 28; Saad: 71; ar-Rum: 20) dan air (al-Furqan: 54). Ini dapat disimpulkan bahawa proses penciptaan manusia menggambarkan secara simbolik perwatakan basyari dan perwatakan insani. Menurut Qardhawi, manusia adalah gabungan kekuatan tanah dan hembusan Ilahi (bain qabdhat al-thin wa nafkhat al-roh).

Yang pertama, unsur material dan yang kedua unsur rohani. Yang pertama, unsur basyari, yang kedua unsur insani. Kedua-duanya harus bergabung dalam keseimbangan. “Tidak boleh (seorang mukmin) mengurangi hak-hak tubuh untuk memenuhi hak roh, dan tidak boleh dia mengurangi hak-hak roh untuk memenuhi hak tubuh,” kata Abbas Mahmud al-’Aqqad (1974, 7:381).

Kalimah الدَّهرِ merujuk kepada ruang masa yang amat lama, kita tidak tahu mana awalnya dan mana akhirnya. Dalam waktu yang lama itu, pernah kita manusia ini tidak ada apa-apa dan tidak dikenali dan ada pada waktu itu juga kita dilahirkan ke alam ini.

لَم يَكُن شَيئًا مَّذكورًا

sedang dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut?

Allah ingatkan kepada kita bahawa pernah pada satu masa yang kita ini belum jadi apa-apa dan tidak disebut-sebut orang pun. Memang tidak ada apa-apa waktu itu. 

Kalau Allah boleh jadikan manusia dari tidak ada kepada ada, maka tentu Allah boleh lagi hendak menjadikan manusia semula. Itulah yang Allah hendak tegaskan. Jangan sangka yang kebangkitan semula itu tidak akan terjadi, tidak mungkin terjadi. Kerana dulu kamu dijadikan dari tidak ada kepada ada, maka takkan Allah tak boleh jadikan kamu semula?


Ayat 2:

إِنّا خَلَقنَا الإِنسٰنَ مِن نُّطفَةٍ أَمشاجٍ نَّبتَليهِ فَجَعَلنٰهُ سَميعًا بَصيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, We created man from a sperm-drop mixture¹ that We may try him; and We made him hearing and seeing.

  • i.e., a combination of the male and female substance, within the womb.

(MELAYU)

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.

إِنّا خَلَقنَا الإِنسٰنَ مِن نُّطفَةٍ أَمشاجٍ

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur

Air mani ataupun sperma bapa kita itu mengandungi berbagai-bagai sifat dan kita boleh katakan yang ia mengandungi berbagai-bagai DNA yang akan menjadikan kita ini hidup. Itulah maksud ia ‘bercampur’. Dalam DNA itu akan menentukan bentuk rupa kita, macam mana rambut warna apa dan kulit warna apa. Maksudnya sifat-sifat itu bercampur-campur.

Atau ia bermaksud akan bercampur mani lelaki dan mani wanita yang menjadikan seorang insan di dalam perut wanita itu. 

نَّبتَليهِ

yang Kami hendak mengujinya

Selepas manusia dilahirkan maka Allah memberikan berbagai-bagai cubaan kepadanya sepanjang kehidupan dia. Ini semakna dengan apa yang disebutkan dalam ayat lain melalui firman-Nya:

لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. (Al-Mulk: 2)

Inilah ujian kita semasa hidup di dunia. Memang kita akan kena uji dan ujian itu berbagai-bagai bentuk. Tidak sunyi kita dari ujian. Sebagai insan beriman, kita kena terima ujian itu. Teruskan hidup dan teruskan taat kepada Allah. Janganlah berharap kehidupan dunia ini mudah-mudah sahaja; jangan keluh kesah sangat kalau dugaan melanda, kerana memang itulah tujuan kita dijadikan di dunia ini.

Jadi kita kena sedar hakikat dunia ini. Ia bukanlah tempat azab seperti yang difahami oleh sesetengah golongan seperti penganut Buddha; ia bukan tempat pembalasan nikmat; ia bukan tempat bersukaria seperti yang difahami oleh golongan materialistik; atau apa-apa fahaman sahaja yang salah. Dunia ini adalah tempat ujian.

Sepanjang kehidupan manusia di dunia ini, sepanjang itulah juga masa ujian untuknya. Apa-apa sahaja yang terjadi kepadanya, itu semua adalah ujian. Dan selalunya selepas ujian akan diberi dengan kertas pencapaian, bukan? Tapi kertas pencapaian tidak diberi di dunia ini, ia diberi di akhirat kelak.

فَجَعَلنٰهُ سَميعًا بَصيرًا

dan Kami jadikan dia mendengar dan melihat.

Allah beri kemampuan mendengar, melihat dan alat berfikir kepada kita. Semasa kita menjalani kehidupan ini, kenalah kita gunakan alat yang Allah berikan ini untuk kebaikan. 

Kerana kalau kita lihat ianya sebagai pendengaran dan penglihatan sahaja, binatang pun dapat juga pendengaran dan penglihatan. Tapi apabila manusia dapat dua pancaindera ini, ianya kena digunakan untuk mendapatkan ilmu dan hidayah.

Dan dari ilmu yang kita dapat dari dunia ini, kita kena fikirkan dan cernakan dalam akal dan kena buat keputusan dari maklumat yang kita dapat. Kerana manusia bukan sahaja diberikan dengan pendengaran dan penglihatan seperti binatang, manusia juga diberi dengan akal, yang tidak diberikan kepada binatang.

Maka jangan jadi seperti binatang, jadilah manusia. Jadilah manusia yang ada akal. Gunakan akal yang Allah berikan itu untuk berfikir. Gunakan pendengaran dan penglihatan untuk kebaikan.


Ayat 3:

إِنّا هَدَينٰهُ السَّبيلَ إِمّا شاكِرًا وَإِمّا كَفورًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, We guided him to the way, be he grateful or be he ungrateful.

(MELAYU)

Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir.

إِنّا هَدَينٰهُ السَّبيلَ

Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus;

Semasa manusia itu di dalam bentuk sperma lagi Allah telah memberikan arah tujuan kepadanya untuk dia pilih. Dalam Surah Ar-Rum telah disebutkan pada firman-Nya:

{فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا}

(tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. (Ar-Rum: 30)

Allah telah jadikan fitrah dalam diri kita untuk mengenali jalan yang baik dan jalan yang buruk. Ini seperti disebut dalam Balad:10

وَهَدَيناهُ النَّجدَينِ

Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?

Kita sebenarnya sudah tahu mana kebaikan dan mana keburukan dalam diri kita. Tak belajar lagi pun kita sudah tahu, kerana ia sudah ada dalam diri kita sejak dari kita lahir lagi. Inilah yang dinamakan fitrah dan juga naluri dalaman diri kita.

Apabila manusia itu ingat kepada Allah maka Allah berikan wahyu hidayat kepadanya untuk dia memikirkan. Kerana manusia itu sudah tahu mana baik dan mana buruk. Yang jadi jahat itu adalah kerana mereka membenamkan fitrah mereka dan tidak mengakuinya. Tapi ia tetap ada dalam sanubari mereka. Seperti disebut dalam Qiyamah:14-15

بَلِ الإِنسانُ عَلىٰ نَفسِهِ بَصيرَةٌ

Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,

وَلَو أَلقىٰ مَعاذيرَهُ

Walaupun dia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).

Jadi, manusia sudah tahu sebenarnya mana yang benar dan mana yang tidak. Manusia sudah kenal Tuhan, tapi yang menolak itu hanyalah kerana mereka menutup kehendak hati mereka sendiri.

Bukan sahaja Allah telah berikan fitrah yang baik dalam dirinya, Allah juga telah banyak memberikan tanda-tanda dalam alam ini sebagai peringatan kepadanya. Yang jahat sahaja yang menutup mata hatinya dari memahami segala tanda-tanda itu.

إِمّا شاكِرًا وَإِمّا كَفورًا

ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir.

Akan tetapi apabila hidayah itu sampai kepada manusia, tidak ada paksaan untuk mereka menerimanya. Maka insan boleh memilih sama ada untuk menerima hidayah itu dan bersyukur dengan hidayah itu ataupun mereka boleh menjadi orang yang engkar. 

Kerana itu kita boleh lihat berbagai jenis manusia. Ada yang beriman dan ada yang tidak. Ini biasa sahaja kerana Allah telah beri pilihan kepada manusia untuk memilih jalannya sendiri. Allah tidak paksa semua manusia dan jin beriman. Allah mahu manusia dan jin beriman atas kehendak sendiri. Ini berlainan dengan malaikat yang tidak ada pilihan untuk tidak beriman. Kerana itu semua malaikat beriman.

Yang menolak untuk menerima kebenaran itu hanyalah kerana mereka degil sahaja dan menutup fitrah kejadian mereka. Sedangkan mereka telah nampak tanda-tanda itu dengan mata dengan telinga mereka, tapi mereka sengaja tidak mahu menerimanya.


Ayat 4: Apakah kesan kalau menolak?

إِنّا أَعتَدنا لِلكٰفِرينَ سَلٰسِلَ وَأَغلٰلًا وَسَعيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, We have prepared for the disbelievers chains and shackles and a blaze.

(MELAYU)

Sesungguhnya Kami menyediakan bagi orang-orang kafir rantai, belenggu dan neraka yang menyala-nyala.

إِنّا أَعتَدنا لِلكٰفِرينَ سَلٰسِلَ وَأَغلٰلًا

Sesungguhnya Kami telah sediakan bagi orang-orang kafir rantai, belenggu

Manusia memang boleh buat pilihan sama ada mahu ikut wahyu ataupun tidak. Akan tetapi Allah beri peringatan yang jikalau mereka tidak mahu ikut wahyu, maka mereka akan diikat dengan rantai. Mereka akan dikenakan dengan azab dan mereka akan dihina di akhirat kelak. 

Mereka akan dirantai di kaki dan akan dibelenggu di leher. Seperti yang disebutkan dalam ayat lain melalui firman-Nya:

إِذِ الْأَغْلالُ فِي أَعْناقِهِمْ وَالسَّلاسِلُ يُسْحَبُونَ فِي الْحَمِيمِ ثُمَّ فِي النَّارِ يُسْجَرُونَ
ketika belenggu dan rantai dipasang di leher mereka, seraya mereka diseret, ke dalam air yang sangat panas, kemudian mereka dibakar dalam api. (Al-Mu’min: 71-72)

وَسَعيرًا

dan neraka yang menyala-nyala.

Dari ayat ini kita boleh cuba untuk bayangkan kesakitan yang dialami oleh ahli neraka di mana sudahlah ada api membakar mereka, kemudian mereka diikat dengan rantai-rantai besi. Dan kita pun tahu yang rantai-rantai besi itu akan jadi lebih panas dan akan melekat pada tubuh. Jadi panas bukan sahaja di luar tapi pada tubuh sendiri.


Ayat 5: Sekarang disebut balasan kepada orang-orang yang beriman pula. Ayat 5 – 22 adalah Perenggan Makro Kedua. Ia menyenaraikan 15 kurniaan kepada orang yang bersyukur.

إِنَّ الأَبرارَ يَشرَبونَ مِن كَأسٍ كانَ مِزاجُها كافورًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, the righteous will drink from a cup [of wine] whose mixture is of Kāfūr,¹

  • A sweet-smelling spring in Paradise.

(MELAYU)

Sesungguhnya orang-orang yang berbuat kebajikan minum dari gelas (berisi minuman) yang campurannya adalah air kafur,

إِنَّ الأَبرارَ يَشرَبونَ مِن كَأسٍ

Sesungguhnya orang-orang yang berbuat kebajikan minum dari gelas

Sekarang Allah bandingkan pula dengan orang yang baik di mana mereka itu akan dimasukkan ke dalam syurga dan mereka akan menikmati segala nikmat di dalam syurga itu. الأَبرارَ adalah mereka yang melakukan banyak kebaikan. 

Ada banyak nikmat dalam syurga dan semuanya tidak dapat nak dijelaskan. Ini adalah kerana akal kita tidak mampu untuk memahaminya. Maka dalam ayat ini Allah berikan contoh minuman dalam syurga. Ini kerana manusia memang suka minum-minum sambil melepak dengan keluarga dan teman. Maka Allah suruh bayangkan mereka akan diberikan dengan air dalam gelas yang hebat.

كانَ مِزاجُها كافورًا

yang campurannya adalah air kafur,

Memang susah nak jelaskan kehebatan air minuman dalam syurga itu. Maka Allah beri contoh yang air itu bukanlah air biasa. Ia air bercampur kafur. Arab Mekah dapat bayangkan kafur itu. Kafur itu datang ke Tanah Arab daripada India. Orang Arab menggunakan kafur itu untuk dicampur ke dalam air mereka. Kepada orang Arab ini adalah air yang sedap dan air yang istimewa. 

Tapi tentulah kafur di syurga tidak sama dengan kafur di dunia. Ia sebagai bayangan sahaja. Allah suruh bayangkan sebagai motivasi kepada mereka untuk beriman dan beramal soleh.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 27 Jun 2024


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Surah Haqqah Ayat 36 – 52 (Nabi tidak reka agama)

Ayat 36: Apakah makanan yang diberikan kepada ahli neraka?

وَلا طَعامٌ إِلّا مِن غِسلينٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Nor any food except from the discharge of wounds;

(MELAYU)

Dan tiada (pula) makanan sedikitpun (baginya) kecuali dari darah dan nanah.

Ahli neraka juga akan diberikan makanan, tapi bukanlah makanan biasa. Mereka akan diberikan dengan makanan yang buruk, menghinakan dan menggelikan. Memang bukan makanan pun sebenarnya kerana tidak layak disebut ‘makanan’.

Kalimah غِسلينٍ berasal dari katadasar غ س ل yang bermaksud ‘basuh’. Maknanya ia adalah sisa-sisa selepas basuh pakaian contohnya. Ianya adalah benda kotor yang kita pun geli nak pegang apatah lagi nak makan. Tapi itulah yang mereka kena makan kerana tidak ada makanan lain yang akan diberikan kepada mereka.

Satu lagi, kalimah غِسلينٍ juga bermaksud cairan yang keluar dari tubuh ahli neraka. Iaitu darah campur nanah dan selepas keluar dari tubuh mereka, mereka kena makan pula apa yang keluar itu. Bercampur dengan nanah dari orang lain juga.

Syabib ibnu Bisyr telah meriwayatkan dari Ikrimah, dari Ibnu Abbas yang telah mengatakan bahawa ghislin adalah darah dan nanah yang mengalir dari tubuh mereka sendiri. Ali ibnu Abu Talhah telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawa ghislin adalah keringat atau nanah ahli neraka.

Ayat 37:

لّا يَأكُلُهُ إِلَّا الخٰطِئونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

None will eat it except the sinners.

(MELAYU)

Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang berdosa.

Ia bukanlah makanan tapi itulah makanan yang diberikan kepada mereka. Maksudnya mereka dipaksa makan, tidak ada pilihan lain. Ini adalah kerana dosa yang mereka telah lakukan semasa di dunia dulu. Dan kesalahan dosa yang paling besar adalah syirik kepada Allah. 

Habis Ruku’ 1 dari 2 ruku’ dalam surah ini.


Ayat 38: Sekarang kita masuk ke dalam bahagian yang baru dalam surah ini. Ayat 38 – 51 adalah Perenggan Makro Keenam dan ia mengandungi penegasan Allah tentang Al-Qur’an.

فَلا أُقسِمُ بِما تُبصِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So I swear by what you see

(MELAYU)

Maka Aku bersumpah dengan apa yang kamu lihat.

Allah bersumpah dalam ayat ini. Tapi Allah mulakan dengan menggunakan kalimah فَلا (maka tidak). Ini hendak menolak dulu kesalahan fahaman mereka. 

Allah jadikan qasam dengan apa yang mereka boleh lihat. Iaitu tempat yang telah dimusnahkan seperti bekas tempat tinggal Kaum Aad dan Tsamud. Ini ditujukan terus kepada Musyrikin Mekah kerana mereka tahu tentang dua kaum itu dan mereka memang telah melihat bekas peninggalan mereka kerana mereka lalu di kawasan mereka dalam musafir mereka. Maka kenalah mereka mengambil pengajaran dari apa yang telah berlaku kepada mereka itu; jangan ikut kesalahan mereka. 

Satu lagi pendapat: yang dimaksudkan yang mereka lihat itu adalah Nabi Muhammad kerana mereka memang nampak baginda. Mereka sudah lihat sifat baginda dan kebaikan yang ada pada baginda. 


Ayat 39: Ini adalah sumpah yang kedua.

وَما لا تُبصِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And what you do not see

(MELAYU)

Dan dengan apa yang tidak kamu lihat.

Dan yang mereka tak lihat adalah azab akhirat. Mereka tak nampak lagi azab akhirat yang akan dikenakan kepada mereka. 

Satu lagi, mereka tak dapat lihat Malaikat yang sampaikan Al-Qur’an kepada Nabi. Kerana mereka tak nampak penurunan wahyu itu, maka mereka tidak dapat menerima kerasulan Nabi Muhammad. 

Satu lagi yang mereka tak nampak adalah ajaran wahyu yang kita dengar. Ini adalah kerana Al-Qur’an itu asalnya didengari dan memang ajaran Nabi juga disampaikan dengan suara. Maka selepas ini Allah akan menegaskan tentang Al-Qur’an kepada para pembaca.


Ayat 40: Dalam dua ayat tadi, telah ada qasam (sumpah) dan sekarang ini adalah jawab kepada qasam. Maksudnya, apabila Allah bersumpah, ada perkara penting yang hendak disampaikan dan inilah perkara penting yang hendak ditekankan. Maknanya ia adalah sesuatu yang amat penting sampaikan Allah bersumpah dahulu sebelum memberitahunya. 

إِنَّهُ لَقَولُ رَسولٍ كَريمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[That] indeed, it [i.e., the Qur’ān] is the word of a noble Messenger.

(MELAYU)

Sesungguhnya Al Qur’an itu adalah benar-benar wahyu (Allah yang diturunkan kepada) Rasul yang mulia,

Rasul yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah Rasulullah SAW (kerana ada dalam ayat lain, ia merujuk kepada Jibrail – seperti dalam Takwir:19). Ini adalah kerana yang Musyrikin Mekah tuduh sebagai penyair adalah baginda, bukannya Jibrail. Jadi kena tengok konteks ayat untuk memahami siapakah yang dimaksudkan.

Dalam ayat ini, kalau kita terjemah biasa sahaja, ia boleh jadi: ianya adalah kata-kata Rasulullah. Tapi kalimah yang digunakan adalah ‘qaul’ dan bukan ‘kalam’. Kalau kalimah ‘kalam’ yang digunakan, ia adalah kata seseorang itu sendiri. Tapi apabila kalimah ‘qaul’ yang digunakan, ia mungkin kata-kata orang lain.

Ia adalah penggunaan yang tepat kerana memang Nabi yang bercakap dan sampaikan, tapi ianya bukan kalam asal baginda kerana ianya adalah kalam Allah. 


Ayat 41: Ia adalah kalam Allah dan disampaikan oleh Rasulullah, jadi apa yang ianya tidak?

وَما هُوَ بِقَولِ شاعِرٍ ۚ قَليلًا مّا تُؤمِنونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And it is not the word of a poet; little do you believe.

(MELAYU)

dan Al Qur’an itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya.

وَما هُوَ بِقَولِ شاعِرٍ

dan Al Qur’an itu bukanlah perkataan seorang penyair. 

Allah sebut tentang syair kerana memang Al-Qur’an ini bunyinya sedap bila dibaca. Maka mungkin ada orang yang sangka ianya adalah syair kerana bunyinya yang memang memukau pendengarnya.

Maka memang Al-Qur’an itu kena dibaca. Al-Qur’anlah sepatutnya yang menjadi halwa telinga kita, yang selalu dibaca-baca sepanjang masa untuk menghiburkan hati kita. Bukannya dengan dengar musik.

Oleh kerana Al-Qur’an itu indah bunyinya, maka semasa baginda baca Al-Qur’an, penduduk Mekah dapat dengar yang ianya ada macam syair. Tapi sebenarnya Al-Qur’an itu bukanlah syair dan Nabi Muhammad pun bukanlah penyair. 

قَليلًا مّا تُؤمِنونَ

Sedikit sekali kamu beriman kepadanya.

Al-Qur’an bukan syair tapi ia mengandungi peringatan dan ajaran untuk manusia yang dapat membimbing manusia untuk selamat di dunia dan di akhirat. Tapi ramai manusia yang tidak beriman dengan Al-Qur’an. Begitulah majoriti dari manusia ini tidak kisah pun apa yang ada dalam Al-Qur’an itu.

Oleh itu, ‘sedikit’ boleh bermaksud mereka langsung tidak mahu beriman; atau ia boleh bermaksud mereka beriman ‘sedikit’ sahaja – maksudnya mereka sudah dapat rasa kehebatan ayat-ayat Al-Qur’an itu dari segi bacaan dan ajaran di dalamnya, tapi mereka tidak terus beriman sempurna. Mereka sudah tahu yang ianya tidak mungkin kata-kata seorang manusia, tapi tetap juga nak kufur. Sepatutnya bila sidah rasa ia hebat, teruslah beriman, tapi tidak mereka lakukan.

Dan ini tidak mengejutkan pun kerana memang Allah sudah beritahu pun dalam banyak ayat-ayat Al-Qur’an yang kebanyakan manusia tidak mahu menerima Al-Qur’an. Termasuklah juga orang kita: sudah tahu yang Al-Qur’an ini dari Allah, tapi masih tetap juga tidak mahu belajar untuk memahaminya.

Ada satu kisah menarik tentang ayat ini. Satu hari, Saidina Umar (sebelum dia masuk Islam) telah buat keputusan untuk bunuh Nabi Muhammad semasa baginda berada di Kaabah. Baginda waktu itu sedang diturunkan dengan surah ini dan baginda sedang membacanya dengan indah sekali.

Waktu itu, Umar berkata dalam hatinya yang ini syair yang hebat. Dan terus sahaja (secara live) Allah jawab dengan ayat ini. Iaitu Allah beritahu yang ini bukan syair! Maka tentulah Umar amat terkejut waktu itu. Kerana kata-kata dalam hatinya terus dijawab. 

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abul Mughirah, telah menceritakan kepada kami Safwan, telah menceritakan kepada kami Syuraih ibnu Ubaid yang mengatakan bahawa Umar ibnul Khattab pernah mengatakan bahawa sebelum masuk Islam, dia pernah keluar untuk menghadang Rasulullah Saw. Ternyata dia menjumpai baginda telah mendahuluinya berada di masjid. Lalu dia berdiri di belakang baginda, maka baginda membaca Surah Al-Haqqah, dan dia merasa kagum dengan susunan kata-kata Al-Qur’an. Dia berkata dalam hatinya, “Dia, demi Allah, adalah seorang penyair seperti yang dikatakan oleh orang-orang Quraisy.” Maka baginda membaca firman-Nya: Sesungguhnya Al-Qur’an itu adalah benar-benar wahyu (Allah yang diturunkan kepada) Rasul yang mulia, dan Al-Qur’an itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya. (Al-Haqqah: 40-41); Kemudian aku (Umar) berkata, “Dia adalah seorang tukang tenung.” Maka Nabi Saw. membaca firman selanjutnya: Dan bukan pula perkataan tukang tenung. Sedikit sekali kamu mengambil pelajaran darinya. Ia adalah wahyu yang diturunkan dari Tuhan semesta alam. Seandainya dia (Muhammad) mengada-adakan sebahagian perkataan atas (nama) Kami, nescaya benar-benar Kami pegang dia pada tangan kanannya. Kemudian benar-benar Kami potong urat tali jantungnya. Maka sekali-kali tidak ada seorang pun dari kamu yang dapat menghalangi (Kami) dari pemotongan urat nadi itu. (Al-Haqqah: 42-47), hingga akhir surat.
Selanjutnya Umar mengatakan bahawa lalu sejak saat itu Islam mulai meresap dan menimbulkan kesan yang mendalam di dalam hatinya. Ini merupakan salah satu dari penyebab yang dijadikan oleh Allah untuk memberikan hidayah kepada Umar ibnul Khattab. Tidaklah dia terus menyatakan imannya di situ, tapi sudah ada meresap perasaan lain macam dalam diri beliau.

Ayat 42:

وَلا بِقَولِ كاهِنٍ ۚ قَليلًا مّا تَذَكَّرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Nor the word of a soothsayer; little do you remember.

(MELAYU)

Dan bukan pula perkataan tukang tenung. Sedikit sekali kamu mengambil pelajaran daripadanya.

وَلا بِقَولِ كاهِنٍ

Dan bukan pula perkataan tukang tenung.

Selepas Nabi Muhammad menjawab terus detik kata dalam hati Umar, maka sekarang Umar sudah mula sangka yang Nabi Muhammad boleh baca fikiran dia. Dia mula sangka yang Nabi Muhammad itu adalah seorang ahli tenung pula.

Maka sebaik sahaja dia berkata begitu dalam hatinya, Allah turunkan ayat ini.

Pada zaman itu, golongan tukang tenung yang disebut sebagai Kaahin inilah yang dijadikan sebagai tempat rujukan penduduk Arab. Kalau ada apa-apa keperluan seperti nak beranak, nak kahwin, nak cari tempat tinggal dan sebagainya, mereka akan rujuk kaahin-kaahin ini. Tapi mereka itu bukannya boleh baca fikiran pun. 

قَليلًا مّا تَذَكَّرونَ

Sedikit sekali kamu mengambil pelajaran daripadanya.

Kehebatan Al-Qur’an ini tiada bandingan tapi ramai manusia yang tidak ambil peringatan darinya. Ramai yang tidak endahkan Al-Qur’an ini. Termasuklah orang kita pun yang selalu baca Al-Qur’an tapi tidak ambil pengajaran darinya kerana mereka tidak faham pun apa yang mereka baca.

Bukankah Al-Qur’an ini baru diturunkan oleh Allah kepada manusia? Oleh itu kenapa Allah gunakan kalimah ‘ingat’ dalam ayat ini? Peringatan diberikan kepada orang yang tahu sahaja, bukan?

Allah guna kalimah ‘ingat’ kerana roh kita memang sudah kenal Allah dari asal lagi. Maka Allah cuma nak beri peringatan sahaja. Ingat adalah kepada sesuatu perkara yang sudah diketahui, tapi hanya diberi ingat sahaja. 


Ayat 43: Oleh itu, apakah Al-Qur’an itu? Dari mana ia datang?

تَنزيلٌ مِّن رَّبِّ العٰلَمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[It is] a revelation from the Lord of the worlds.

(MELAYU)

Ia adalah wahyu yang diturunkan dari Tuhan semesta alam.

Selepas Umar diberikan jawapan dari Allah secara terus dari Al-Qur’an, maka terdetik dalam hati Umar, apakah Al-Qur’an itu? Allah jawab bahawa ianya dari Allah, Tuhan sekalian alam.

Umar amat terkejut dengan apa yang telah disampaikan dan selepas ayat ini, dia terus lari dari tempat itu. 


Ayat 44:

وَلَو تَقَوَّلَ عَلَينا بَعضَ الأَقاويلِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And if he [i.e., Muḥammad] had made up about Us some [false] sayings,

(MELAYU)

Seandainya dia (Muhammad) mengadakan sebahagian perkataan atas (nama) Kami,

Kalimah تَقَوَّلَ bermaksud berusaha untuk bercakap. Atau seseorang yang berlatih untuk berkata sesuatu yang dapat menarik perhatian orang lain. Maksudnya, seseorang yang cuba untuk reka kata-kata untuk disampaikan kepada orang lain. 

Oleh itu, ayat ini bermaksud, apa yang akan terjadi kalau Nabi Muhammad sengaja mengada-adakan sesuatu yang bukan dari Allah. Maksudnya kalau baginda reka perkara baru – ia bukan dari Allah tapi baginda kata ianya dari Allah. Bukan banyak pun, cukuplah sikit sahaja. Apa yang akan terjadi? 

Atau, kalaulah baginda memasukkan kata-katanya sendiri dan mengatakan ianya dari Allah, apa akan jadi kepada baginda?


Ayat 45:

لَأَخَذنا مِنهُ بِاليَمينِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

We would have seized him by the right hand;¹

  • Another interpretation is “by [Our] right hand,” i.e., Allāh would have exacted revenge with might and power.

(MELAYU)

nescaya benar-benar Kami pegang dia pada tangan kanannya.

Kalau Rasulullah reka kata-kata dan mendakwa ia dari Allah, Allah akan tangkap baginda kalau baginda mereka-reka hal agama begitu. 

‘Tangan kanan’ disebut dalam ayat ini kerana tangan kanan yang pegang binatang nak sembelih. Tangan kanan juga selalu dikaitkan dengan kekuatan.


Ayat 46:

ثُمَّ لَقَطَعنا مِنهُ الوَتينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then We would have cut from him the aorta.¹

  • Causing immediate death.

(MELAYU)

Kemudian benar-benar Kami potong urat tali jantungnya.

Kalau Nabi Muhammad reka hal agama dan ayat Al-Qur’an, Allah akan tangkap dan sembelih halqum baginda. Sebab kalam keluar dari halqum maka Allah akan sembelih halqum baginda. 

Ibnu Abbas mengatakan bahawa al-wafin ertinya urat tali jantungnya. Hal yang semisal dikatakan oleh Ikrimah, Sa’id ibnu Jubair, Al-Hakam, Qatadah, Ad-Dahhak, Muslim Al-Batin, dan Abu Sakhr alias Humaid ibnu Ziad. Menurut Muhammad ibnu Ka’b, makna yang dimaksudkan ialah jantung dan semua uratnya serta semua bahagian yang berada di dekatnya.

Reka hal agama maksudnya buat bidaah. Ini termasuk kalau manusia reka fahaman dan juga amalan baru. Begitu ramai sekali yang buat perkara ini, bukan? Maka ini adalah dalil ancaman dari Allah kepada mereka yang buat bidaah.  Dan ini adalah ancaman yang amat keras. Kalau Nabi buat bidaah pun baginda akan terus dimatikan, lalu bagaimana pula kalau manusia biasa yang buat?

Tapi kita pun tengok banyak manusia buat bidaah elok sahaja? Kadangkala mereka pula yang disanjung tinggi. Ini adalah kerana tidak sama Nabi dan manusia biasa.

Kalau manusia yang reka agama, dia tidak dimatikan terus. Kerana dia tidak dijadikan sebagai panduan hukum. Sedangkan Nabi Muhammad menjadi panduan maka baginda akan dimatikan terus. Segala yang baginda lakukan adalah agama maka baginda tidak boleh dibenarkan untuk melakukan bidaah. 

Tapi ahli bidaah tidak akan selamat apabila mereka buat bidaah. Mungkin mereka selamat di dunia tapi mereka takkan selamat di akhirat. Maka kenalah berhati-hati dengan amalan kita. Pastikan ianya adalah amalan sunnah.


Ayat 47:

فَما مِنكُم مِّن أَحَدٍ عَنهُ حٰجِزينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And there is no one of you who could prevent [Us] from him.

(MELAYU)

Maka sekali-kali tidak ada seorang pun dari kamu yang dapat menghalangi (Kami), dari pemotongan urat nadi itu.

Kalau Nabi Muhammad dimatikan oleh Allah, maka tidak akan ada sesiapa yang dapat menyelamatkan baginda.

Maka kerana baginda tidak dimatikan dengan cara sembelihan, maka ia bermakna yang apa sahaja yang baginda sampaikan adalah agama sunnah dan bukan bidaah. Maka kita kenalah ikut amalan dan ajaran baginda tanpa was-was. Amalan selain amalan bagindalah yang kena diperhatikan dan dinilai. Jangan nak terus ikut sahaja.


Ayat 48: Allah kembali menyebut tentang Al-Qur’an.

وَإِنَّهُ لَتَذكِرَةٌ لِّلمُتَّقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, it [i.e., the Qur’ān] is a reminder for the righteous.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Al Qur’an itu benar-benar suatu pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa.

Allah menegaskan sekali lagi bahawa Al-Qur’an itu menjadi peringatan kepada manusia. Ia diberikan kepada semua manusia tapi yang boleh mengambil pengajaran darinya adalah orang-orang bertaqwa sahaja. Kerana mereka yang ada keinginan kepada kebenaran.

Oleh kerana itu, kita kena sedar yang walaupun Al-Qur’an ini hebat dan mempunyai segala kelebihan, tapi kalau ianya tidak dilihat sebab sesuatu yang hebat, manusia tidak ambil perhatian pun. Kerana itu ramai dari masyarakat kita tidak teringin pun nak belajar tafsir Al-Qur’an dan belajar memahaminya kerana mereka tidak nampak ianya penting.


Ayat 49:

وَإِنّا لَنَعلَمُ أَنَّ مِنكُم مُّكَذِّبينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, We know that among you are deniers.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Kami benar-benar mengetahui bahawa di antara kamu ada orang yang mendustakan(nya).

Allah sudah tahu akan ada yang kata Al-Qur’an ini tipu. Ramai yang berhujah dengan mengatakan Al-Qur’an ini adalah tulisan manusia sahaja: sama ada Nabi Muhammad yang tulis atau baginda cedok dari kitab-kitab lain. Dan entah berapa hujah lagi yang dikatakan oleh manusia untuk mereka mengatakan Al-Qur’an ini dusta. Mereka mencari-cari kesalahan dalam Al-Qur’an kerana hendak menegaskan hujah mereka.

Tapi adakah penentang Al-Qur’an sahaja yang mendustakan Al-Qur’an? Jangan kita sangka begitu sahaja. Kalau tidak mengendahkan Al-Qur’an pun dikira sebagai pendusta Al-Qur’an juga. Iaitu mereka yang buat tak kisah tentang ajaran dalam Al-Qur’an. 

Mereka mungkin baca Al-Qur’an hari-hati. Mereka juga amat sayang kepada Al-Qur’an dan sanjung Al-Qur’an. Sampaikan mereka akan letak di tempat tinggi dan marah kalau ada orang hina Al-Qur’an. Mereka pun selalu juga kata: kembali kepada ajaran Al-Qur’an. 

Tapi kalau tidak belajar tafsir, itu pun sudah termasuk mendustakan Al-Qur’an. Memang mereka tidak pernah cakap begitu, tapi kalau mereka tidak ambil pengajaran dari Al-Qur’an, maka mereka seolah-olah mengatakan ajaran dalam Al-Qur’an ini ‘dusta’ sahaja, kerana itu mereka tidak perlu mempelajarinya, bukan? Kerana kalau mereka percaya sungguh ajaran dalam Al-Qur’an ini benar, tentulah mereka akan berusaha sedaya upaya untuk memahaminya, bukan? 

Tapi bila mereka buat acuh tak acuh, bila diajar belajar tidak belajar, bila ada peluang belajar tidak diambil peluang itu, tidak ada usaha pun nak cari guru, tidak ada usaha nak cari kelas, pergi ke kelas, itu semua tanda orang yang mendustakan Al-Qur’an. Mereka tidak cakap dengan mulut, tapi mereka ‘kata’ dengan perbuatan mereka. 

Mereka boleh dakwa mereka berpegang dengan Al-Qur’an tapi Allah beritahu dalam ayat ini yang sebenarnya mereka tidak begitu pun. Allah tahu hati manusia dan apa yang tersembunyi di dalam hati itu. 


Ayat 50:

وَإِنَّهُ لَحَسرَةٌ عَلَى الكٰفِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, it will be [a cause of] regret upon the disbelievers.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Al Qur’an itu benar-benar menjadi penyesalan bagi orang-orang kafir (di akhirat).

Mereka yang tidak membenarkan wahyu Al-Qur’an akan menyesal bersungguh-sungguh di akhirat kelak. Tidak ada penyesalan yang lebih besar lagi. Kerana ia bukan susah pun untuk belajar tafsir Al-Qur’an ini. Tidak ada alasan untuk tidak mempelajarinya. 

Oleh kerana itu belajarlah tafsir Al-Qur’an. Allah kata yang kafir itu yang akan menyesal nanti. Tapi janganlah sangka ia orang yang lahir kafir sahaja. Kerana kalau seseorang itu lahirnya dalam keluarga Muslim, tapi dia sendiri tidak membenarkan Al-Qur’an, ditakuti dia pun telah lama jatuh kafir.

Kerana tidak faham Al-Qur’an maka ada larangan dalam Al-Qur’an yang dilanggarnya. Begitu ramai kesalahan manusia yang kita tengok kerana mereka tidak faham apa yang ada dalam Al-Qur’an. Ramai yang tidak tahu pun apa yang disebut dalam Al-Qur’an itu.

Amat menyedihkan sekali kalau kita lihat tahap pengetahuan masyarakat kita tentang Al-Qur’an. Mereka seolah-olah tak pernah baca Al-Qur’an, atau tidak pernah lihat terjemahan Al-Qur’an. Kerana itu, kita kenalah meningkatkan usaha untuk menyebarluaskan pemahaman Al-Qur’an ini di kalangan manusia. Kita tidak dapat nak bagi semua orang tahu, tapi kita cubalah dapatkan sebanyak mungkin pengikut tafsir Al-Qur’an di kalangan keluarga dan kenalan kita.


Ayat 51:

وَإِنَّهُ لَحَقُّ اليَقينِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, it is the truth of certainty.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya Al Quran itu benar-benar kebenaran yang diyakini.

Allah menegaskan yang Al-Qur’an itu benar-benar membawa al-haq (kebenaran). Kemudian Allah tambah kalimah اليَقينِ dalam ayat ini selepas kalimah haq. Ini menguatkan kebenaran yang dibawa oleh Al-Qur’an.

Kalimah اليَقينِ bermaksud percaya kepada sesuatu berdasarkan dari pengalaman. Kadang-kadang kita percaya seseorang dari segi agakan kita sahaja, tapi ada yang kita yakin dan percaya kepada dia kerana kita telah ada pengalaman dengan dia. Ia lebih tinggi lagi dari kepercayaan biasa sahaja, bukan? Maka bagaimana pula Al-Qur’an boleh dikatakan bawa kebenaran jenis اليَقينِ? 

Ini adalah kerana apa-apa yang disampaikan dalam Al-Qur’an ini kita boleh lihat di dunia yang nyata. Kita boleh lihat kebenaran sains yang Al-Qur’an bentangkan dalam Al-Qur’an dan kemudian disepakati oleh kajian sains semasa. Begitu hebat sekali kerana apa yang disebut 1,400 tahun dahulu bertepatan dengan kajian sains moden.

Dan apa sahaja yang disebut dalam Al-Qur’an kita juga boleh lihat dengan mata kita sendiri, seperti awan, gunung dan sebagainya. Dan kita juga boleh lihat sifat-sifat manusia yang disebut dalam Al-Qur’an juga benar. Jadi ini semua menambah keimanan kita kepada Al-Qur’an dan sampaikan tahap kepercayaan kita kepada Al-Qur’an adalah tahap اليَقينِ.


Ayat 52: Akhir sekali apakah yang perlu dilakukan? Ayat 52 ini adalah Perenggan Makro Ketujuh dan terakhir. Ia mengandungi anjuran untuk mengakui sifat Maha Suci Allah.

فَسَبِّح بِاسمِ رَبِّكَ العَظيمِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So exalt the name of your Lord, the Most Great.

(MELAYU)

Maka bertasbihlah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Maha Besar.

Allah menyuruh kita bertasbih dengan menggunakan namaNya. Sebelum ini telah disebut manusia yang tidak terima keagungan Allah. Maka sekarang agungkanlah Nama Allah. Ini adalah kerana Allah itu Maha Agung, Maha Besar. 

Maka kita sebagai makhluk Allah hendaklah membesarkan Allah dalam kehidupan kita. Apabila kita besarkan Allah dalam kehidupan kita, maka segala arahan dan laranganNya kita akan perhatikan.

Allahu a’lam. Tamat tafsir Surah Haqqah ini. Sambung ke surah seterusnya, Surah Ma’aarij.

Kemaskini: 8 September 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Surah Haqqah Ayat 19 – 35 (Beza kitab kanan dan kiri)

Haqqah Ayat 19: Ayat 19 – 24 adalah Perenggan Makro Keempat. Ia memberitahu suratan amal bagi orang yang beramal soleh dan mereka itu akan mendapat kesudahan yang penuh beruntung. Jadi ini adalah ayat-ayat Tabshir Ukhrawi. Ia memberi semangat kepada kita untuk beriman dan beramal dengan amalan soleh. 

فَأَمّا مَن أوتِيَ كِتٰبَهُ بِيَمينِهِ فَيَقولُ هاؤُمُ اقرَءوا كِتٰبِيَه

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So as for he who is given his record in his right hand, he will say, “Here, read my record!

(MELAYU)

Adapun orang-orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kanannya, maka dia berkata: “Ambillah, bacalah kitabku (ini)”.

فَأَمّا مَن أوتِيَ كِتٰبَهُ بِيَمينِهِ

Adapun orang-orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kanannya,

Kitab yang dimaksudkan adalah kitab amalan mereka. Ia menulis segala amalan-amalan mereka semasa mereka di dunia. Tidak ada satu pun yang akan tertinggal.

Apabila mereka menerima kitab amalan dari tangan kanan, ia bermaksud mereka itu adalah orang-orang yang selamat. Kerana kanan ini selalu dikaitkan dengan kebaikan. Dan banyak ayat Al-Qur’an yang menyebut kelebihan golongan kanan ini.

Mereka dulu tidak dikenali semasa di dunia dan kerana itu Allah guna kalimah من (siapa) dalam ayat ini. Ia merujuk kepada orang yang tidak dikenali. Tapi sekarang mereka mendapat nasib yang baik kerana mereka telah buat keputusan yang baik semasa di dunia. Mereka sekarang dikenali dan akan mendapat balasan yang amat hebat. 

هاؤُمُ اقرَءوا كِتٰبِيَه

maka dia berkata: “Ambillah ini, bacalah kitabku (ini)”.

Mereka amat bangga dengan kitab mereka. Ini kerana banyak amalan baik yang disebut di dalamnya. Tidak sia-sia mereka meluangkan masa melakukan segala amal kebaikan itu dulu.

Mereka amat gembira sampai mereka menunjuk-nunjuk kitab mereka kepada orang lain. Mereka nak orang lain tengok amalan-amalan baik mereka dahulu. Macam kalau kita sekarang ada sesuatu hasil yang kita banggakan maka kita nak tunjuk kepada orang lain, bukan?

Ini juga disebut dalam Al-lnshiqaq: 9:

وَيَنقَلِبُ إِلىٰ أَهلِهِ مَسرورًا

dan dia akan kembali kepada kaumnya (yang sama-sama beriman) dengan gembira.

Mereka tidak takut beri orang lain baca kitab amalan mereka kerana mereka tahu yang di dalamnya hanya ada perkara baik-baik sahaja. Tapi takkan tidak ada langsung keburukan di dalamnya? Tidakkah kita manusia ada sahaja kesalahan dan kesilapan dosa yang kita lakukan?

Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami Bisyr ibnu Matar Al-Wasiti, telah menceritakan kepada kami Yazid ibnu Harun, telah menceritakan kepada kami Asim Al-Ahwal, dari Abu Usman yang telah mengatakan bahawa orang mukmin diberikan kitab catatan amalnya dari sebelah kanannya dengan ditutupi oleh Allah. Lalu dia membaca keburukan-keburukannya; dan manakala dia lewati suatu amal keburukan, berubahlah roman wajahnya. Hingga manakala sampai pada amal-amal kebaikannya dan dia membacanya, maka roman wajahnya kembali berseri. Lalu dia mengulangi bacaan kitab catatan amalnya, tiba-tiba dia melihat catatan keburukannya telah diganti dengan kebaikan. Maka saat itulah dia mengatakan, “Ambillah, bacalah kitabku ini.”

Maknanya, segala amal keburukannya pun telah ditukar menjadi amal kebaikan! Kerana itu dia tidak segan bagi orang lain baca.

Kalau kita lihat, ada tambahan huruf ه dihujung kalimah كِتٰبِيَه sebagai gambaran bahawa dia suka sangat. Kerana segala usaha dia sudah membuahkan hasil. Kalau di dunia kita tak boleh sangat nak berbangga dengan hasil usaha kita. Tapi nanti ia boleh dilakukan di akhirat kelak. 

Telah disebutkan dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan melalui Ibnu Umar ketika ditanya tentang pembicaraan rahsia dengan Allah. Lalu dia menjawab bahawa dirinya pernah mendengar Rasulullah Saw. bersabda:

“يُدْنِي اللهُ العبدَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، فيُقَرِّره بِذُنُوبِهِ كُلِّهَا، حَتَّى إِذَا رَأَى أَنَّهُ قَدْ هَلَكَ قَالَ اللَّهُ: إِنِّي سَتَرْتُهَا عَلَيْكَ فِي الدُّنْيَا، وَأَنَا أَغْفِرُهَا لَكَ الْيَوْمَ. ثُمَّ يُعطَى كتابَ حَسَنَاتِهِ بِيَمِينِهِ، وَأَمَّا الْكَافِرُ وَالْمُنَافِقُ فَيَقُولُ الْأَشْهَادِ: {هَؤُلاءِ الَّذِينَ كَذَبُوا عَلَى رَبِّهِمْ أَلا لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الظَّالِمِينَ}

Allah Swt. mendekatkan hamba-Nya di hari kiamat, lalu membuatnya mengakui semua dosanya, hingga manakala hamba yang bersangkutan merasa bahawa dirinya akan binasa. Allah Swt. berfirman, “Sesungguhnya Aku telah menutupinya terhadapmu ketika di dunia, dan pada hari ini Aku memaafkannya bagimu.” Kemudian diberikan buku catatan amal kebaikannya dari sebelah kanannya. Adapun orang kafir dan orang munafik, maka para saksi mengatakan, “Mereka adalah orang-orang yang berdusta terhadap Tuhannya. Ingatlah, laknat Allah menimpa orang-orang yang zalim.”


Haqqah Ayat 20:

إِنّي ظَنَنتُ أَنّي مُلٰقٍ حِسابِيَه

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, I was certain that I would be meeting my account.”

(MELAYU)

Sesungguhnya aku yakin, bahawa sesungguhnya aku akan menemui hisab terhadap diriku.

Ini adalah kata-kata golongan kanan kerana mereka suka sangat. Dia kata dia sudah agak yang dia akan dapat lihat amalannya di akhirat kelak. Dia tahu dari pembelajaran dia yang segala perbuatan di dunia sedang ditulis. Kerana itu dia semasa di dunia dia jaga sungguh amalan dia. Dia tak buat amalan syirik dan bidaah. Dia tidak buat perkara yang salah dan zalim. Kalau dia ada buat pun, dia akan terus minta maaf dan minta ampun.

Mereka ini semakna dengan apa yang disebutkan oleh firman-Nya:

الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُمْ مُلاقُوا رَبِّهِمْ

(iaitu) orang-orang yang menyakini bahawa mereka akan menemui Tuhannya. (Al-Baqarah: 46)

Maka kerana mereka yakin mereka akan bertemu Allah, maka mereka jaga amalan mereka.

Semasa di dunia dulu mereka memang takut sambil minta ampun. Walaupun mereka banyak buat amal baik, tapi mereka juga banyak minta ampun. Dan sekarang mereka suka sangat kerana semua itu membuahkan hasil. 

Apabila membaca situasi ini, maka kenalah kita pun berharap agar kita pun akan dapat pengalaman ini. Alangkah senangnya hati mereka! Semoga kita termasuk dalam kalangan mereka. Aameen.


Haqqah Ayat 21:

فَهُوَ في عيشَةٍ رّاضِيَةٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So he will be in a pleasant life –

(MELAYU)

Maka orang itu berada dalam kehidupan yang diredhai,

Kalimah عيشَةٍ merujuk kepada hidup yang hebat. Kalau digunakan kalimah hayya (kehidupan) sahaja, ia hanya bermaksud hidup secara umum sahaja. Maknanya kehidupan di akhirat itu lain dari kehidupan di dunia. Balasan dari Allah amat hebat sekali. 

Kehidupan mereka diredhai oleh Allah SWT. Ini kerana mereka taat kepada Allah dan melakukan apa yang Allah suruh lakukan dan meninggalkan apa yang Allah larang. 


Haqqah Ayat 22:

في جَنَّةٍ عالِيَةٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

In an elevated garden,

(MELAYU)

dalam syurga yang tinggi,

Mereka akan dimasukkan ke dalam syurga yang tinggi. Tinggi kerana memang manusia yang baik akan naik tinggi. Tinggi juga merujuk kepada kemuliaan mereka.

Manusia memang suka tempat yang tinggi. Kerana itu ada sahaja manusia akan panjat naik gunung dan suka terbang di udara. Ada yang belajar bawa kapalterbang atau helikopter kerana hendak terbang di udara. Ini kerana manusia suka tengok bawah dan lihat semuanya kecil dan halus sahaja. Ia adalah pengalaman yang amat menarik pada manusia.

Maka Allah balas mereka yang baik itu dengan tempat tinggal yang tinggi. Sudahlah tinggi, nikmat di dalamnya amat banyak.

Ada kelebihan kalau dapat duduk di syurga peringkat tinggi:

قَالَ ابْنُ أَبِي حَاتِمٍ: حَدَّثَنَا أَبِي، حَدَّثَنَا أَبُو عُتْبَةَ الْحَسَنُ بْنُ عَلِيِّ بْنِ مُسْلِمٍ السَّكُوني، حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ عَيَّاشٍ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ يُوسُفَ، عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ، عَنْ أَبِي سَلَّامٍ الْأَسْوَدِ قَالَ: سمعتُ أَبَا أُمَامَةَ قَالَ: سَأَلَ رجلٌ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: هَلْ يَتَزَاوَرُ أَهْلُ الْجَنَّةِ؟ قَالَ: “نَعَمْ، إِنَّهُ لَيَهْبِطُ أَهْلُ الدَّرَجَةِ الْعُلْيَا إِلَى أَهْلِ الدَّرَجَةِ السُّفْلَى، فَيُحَيُّونَهُمْ وَيُسَلِّمُونَ عَلَيْهِمْ، وَلَا يَسْتَطِيعُ أَهْلُ الدَّرَجَةِ السُّفْلَى يَصْعَدُونَ إِلَى الْأَعْلَيْنَ، تَقْصُرُ بِهِمْ أَعْمَالُهُمْ”

Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami ayahku, telah menceritakan kepada kami Abu Atabah alias AL-Hasan ibnu Ali ibnu Muslim As-Sukuni, telah menceritakan kepada kami Ismail ibnu Ayyasy, dari Sa’id ibnu Yusuf. dari Yahya ibnu Abu Kasir, dari Abu Salam Al-Aswad yang mengatakan bahawa dia pernah mendengar Abu Umamah menceritakan hadis berikut, bahawa pernah ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah Saw. tentang keadaan ahli syurga, apakah mereka saling berkunjung di antara sesamanya? Maka Rasulullah Saw. menjawab: Benar, Sesungguhnya para penghuni derajat yang tertinggi benar-benar turun ke tempat para penghuni derajat yang di bawahnya, lalu mengucapkan salam penghormatan kepada mereka dan mereka menjawab salam penghormatannya. Para penghuni derajat yang di bawah tidak mampu naik ke tempat para penghuni derajat yang tertinggi disebabkan kurangnya amal perbuatan mereka.

Di dalam kitab sahih telah disebutkan sebuah hadis yang mengatakan:

“إِنَّ الْجَنَّةَ مِائَةُ دَرَجَةٍ، مَا بَيْنَ كُلِّ دَرَجَتَيْنِ كَمَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ”

Sesungguhnya syurga itu terdiri dari seratus tingkatan, dan jarak di antara satu tingkatan ke tingkatan yang lainnya sama dengan jarak antara langit dan bumi.


Haqqah Ayat 23:

قُطوفُها دانِيَةٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Its [fruit] to be picked hanging near.

(MELAYU)

buah-buahannya dekat,

Allah beri perumpamaan nikmat dalam syurga itu dengan menggunakan perumpamaan buah. Bukanlah buah sahaja ada di sana. Tapi manusia memang suka buah maka kerana itulah Allah gunakan perumpamaan ini. Bangsa Arab memang suka buah dan kerana itu perumpamaan buah ini memberi semangat kepada mereka.

Kalimah قطوف bermaksud buah yang masak ranum. Buah-buahan di syurga memang sentiasa masak sahaja. Tak payah nak peram lagi dan tunggu masak. Cuma tinggal nak petik dan makan sahaja. 

Dan yang lebih hebat lagi, tak payah susah-susah nak petik buah itu. Ia memang sudah rendah. Kalau buah di dunia selalunya susah nak petik kerana ia tinggi dan kena pakai galah atau kena panjat. Macam buah durian, kena tunggu ia jatuh baru boleh makan, bukan? Di syurga senang sahaja nak makan. 

Malah dalam ayat dalam surah lain memberitahu yang bila nak mana-mana buah, ranting buah itu akan datang kepada ahli syurga yang sedang duduk berehat. Maknanya tak payah nak bangun ambil pun, buah itu yang datang sendiri!


Haqqah Ayat 24:

كُلوا وَاشرَبوا هَنيئًا بِما أَسلَفتُم فِي الأَيّامِ الخالِيةِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[They will be told], “Eat and drink in satisfaction for what you put forth¹ in the days past.”

  • Literally, “advanced” in anticipation of reward in the Hereafter.

(MELAYU)

(kepada mereka dikatakan): “Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan amal yang telah kamu kerjakan pada hari-hari yang telah lalu”.

كُلوا وَاشرَبوا هَنيئًا

(kepada mereka dikatakan): “Makan dan minumlah dengan sedap

Maksudnya boleh makan buah dan apa sahaja yang ada dalam syurga itu dengan sedap, selamat dan puas. Tidak ada kerisauan semasa makan dan minum. Boleh makan sepuas-puasnya. Tidak akan berkurang dan tidak perlu nak berjimat kerana makanan amat banyak sekali, tidak akan habis-habis. Tidak takut nak makan kerana segala makanan itu tidak ada kesan buruk kepada mereka.

Ini pun nikmat besar juga kerana semasa di dunia ini, kadangkala kita risau juga nak makan buah atau makanan lain. Kerana kadangkala buah-buahan atau makanan itu beri kesan kepada kesihatan kita. Macam orang tak sihat tak boleh makan durian sebarangan. Silap makan terlebih, boleh jatuh sakit.

Tapi di syurga nanti, semua itu tidak ada masalah. Boleh makan dengan lahap pun tidak kisah. Memang selera makan ahli syurga adalah selera makan seribu orang. Memang kerja makan sahaja di sana. 

Dan tidak ada larangan langsung. Kalau kita ingat kisah Nabi Adam, ada juga pokok larangan yang baginda tidak boleh makan. Ini adalah kerana itu adalah ujian bagi baginda. Tapi sudah tidak ada lagi larangan sebegitu. Semua sudah boleh dimakan.

بِما أَسلَفتُم فِي الأَيّامِ الخالِيَةِ

disebabkan amal yang telah kamu kerjakan pada hari-hari yang telah lalu”.

Mereka dijemput untuk makan segala yang ada di syurga itu kerana amalan mereka dulu. Segala yang mereka dapat itu adalah sebagai balasan dan upah bagi kesusahan mereka mengamalkan amalan kebaikan semasa di dunia. 

Kalimah أَسلَفتُم dari katadasar س ل ف yang bermaksud sesuatu yang dihantar dahulu. Maksudnya mereka telah ‘hantar’ amalan mereka untuk menunggu mereka di akhirat. Nanti mereka akan bertemu amalan-amalan mereka itu yang sudah bertukar jadi pahala dan jadi kebaikan untuk mereka. Semasa di dunia tidaklah amalan baik kita jadi seketul-seketul benda fizikal, tapi ia akan jadi sesuatu di akhirat kelak.

Kalimah الخالِيَةِ dari katadasar خ ل و yang bermaksud ‘kosong’, yang ‘telah lepas’. Maksudnya mereka dulu telah melakukan kebaikan itu di masa yang telah berlalu. Ia memang telah berlalu tapi ada rekod segala perbuatan mereka. Maka segala amalan kebaikan kita tidaklah sia-sia. 

Mereka tidak nampak rekod amalan mereka itu semasa di dunia tapi mereka percaya kepada janji Allah dan Rasulullah. Maka mereka amalkan amalan yang soleh itu.


Haqqah Ayat 25: Ayat 25 – 37 adalah Perenggan Makro Kelima. Ia memberitahu suratan amal bagi orang yang beramal buruk dan memberitahu pembalasan buruk bagi mereka. Jadi ini adalah ayat-ayat Takhwif Ukhrawi tentang orang-orang yang malang pula.

وَأَمّا مَن أوتِيَ كِتٰبَهُ بِشِمالِهِ فَيَقولُ يٰلَيتَني لَم أوتَ كِتٰبِيَه

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But as for he who is given his record in his left hand, he will say, “Oh, I wish I had not been given my record

(MELAYU)

Adapun orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kirinya, maka dia berkata: “Wahai alangkah baiknya kiranya tidak diberikan kepadaku kitabku (ini).

وَأَمّا مَن أوتِيَ كِتٰبَهُ بِشِمالِهِ

Adapun orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kirinya,

Ini adalah orang-orang yang malang kerana telah tersalah buat keputusan dan salah buat amalan semasa di dunia dulu. ‘Kiri’ memang selalu diberi isyarat sebagai sesuatu yang tidak baik. Sebagai contoh, kita gunakan tangan kiri untuk mencuci najis. Dan kalau di sesuatu negara itu ada golongan penentang, maka mereka itu digelar ‘puak kiri’.

Mereka yang jahat semasa di dunia itu telah diberikan kitab amalan mereka di tangan kiri mereka. Ia memberi isyarat yang kandungan kitab itu tidak bagus. Mereka tidak akan suka dengan apa yang mereka akan baca dalam kitab itu.

فَيَقولُ يٰلَيتَني لَم أوتَ كِتٰبِيَه

maka dia berkata: “Wahai alangkah baiknya kiranya tidak diberikan kepadaku kitabku (ini).

Mereka sendiri tak suka nak terima kitab mereka di tangan kiri. Mereka sudah tahu bahawa apa yang ada dalam kitab itu tidak menarik. Mereka tahu apa yang ada di dalamnya dan mereka berharap kalaulah mereka tak perlu nak baca. Mereka harap tidak adalah kitab itu selama-lamanya.


Haqqah Ayat 26:

وَلَم أَدرِ ما حِسابِيَه

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And had not known what is my account.

(MELAYU)

Dan aku tidak mengetahui apa hisab terhadap diriku.

Mereka tidak mahu tahu hisab yang akan dikenakan kepada mereka. Mereka sudah tahu yang mereka akan ada masalah dengan apa yang ada di dalam kitab itu. Mereka sudah tahu apa yang mereka akan jumpa, maka mereka tidak suka langsung. Dan tentu mereka amat takut sangat.

Satu lagi maksud ayat ini: mereka tidak tahu yang mereka akan diberikan dengan kitab amalan mereka. Mereka tidak sangka pun yang segala perbuatan mereka ditulis dan akan dibentangkan kepada mereka. Kerana itu mereka tidak jaga amalan mereka semasa di dunia, mereka buat apa sahaja yang mereka hendak. Mereka hanya ikut nafsu mereka sahaja.


Haqqah Ayat 27:

يٰلَيتَها كانَتِ القاضِيَةَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

I wish it [i.e., my death] had been the decisive one.¹

  • i.e., ending life rather than being the gateway to eternal life.

(MELAYU)

Wahai kiranya kematian itulah yang menyelesaikan segala sesuatu.

Mereka takut dengan hisab yang mereka akan hadapi. Mereka berharap semoga mereka mati dan terus habis kisah mereka. Biar mati sahaja tanpa bangkit semula. Biarlah semasa mati di dunia itu, mati terus dan tidak dibangkitkan di akhirat itu. 


Haqqah Ayat 28: Bagaimana keadaan mereka di dunia dulu?

ما أَغنىٰ عَنّي مالِيَه ۜ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

My wealth has not availed me.

(MELAYU)

Hartaku sekali-kali tidak memberi manfaat kepadaku.

Mereka dulu kaya raya semasa hidup di dunia. Tapi sekarang mereka sedar yang harta mereka yang banyak itu tak berguna langsung di akhirat. Kalau di dunia dulu mereka banyak gunakan harta mereka untuk mendapatkan apa-apa sahaja. Mereka boleh upah orang dan boleh bagi rasuah kepada orang supaya mereka dapat apa yang mereka nak. Tapi kalau nak pakai harta sebagai rasuah di akhirat pun tak berguna kerana tidak laku langsung. 

Atau, mereka nak kata yang dulu mereka ada harta banyak pun tak berguna kepada mereka. Mereka tidak gunakan harta mereka untuk kebaikan. Harta bukanlah buruk kerana kalau diinfakkan, ia akan membantu manusia. Yang jadi masalah adalah apabila tidak diinfakkan. Jadi masalah apabila ianya digunakan pada perkara yang salah. 


Haqqah Ayat 29:

هَلَكَ عَنّي سُلطٰنِيَه

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Gone from me is my authority.”

(MELAYU)

Telah hilang kekuasaanku daripadaku”.

Dulu mereka orang yang hebat semasa di dunia. Mereka disanjung dan dihormati. Mereka ada kuasa dalam masyarakat seperti ‘sultan’ sahaja. Mereka juga ditakuti dan kerana itu apa sahaja yang mereka mahu akan dicari dan dijadikan realiti. Orang kelam kabut nak memenuhi kehendak mereka.

Tapi itu kisah dahulu sahaja. Kerana sekarang semua dunia sudah hancur dan tidak tinggal apa. Tidak ada sesiapa yang akan mengiktiraf kuasa mereka lagi. Mereka tidak ada kuasa langsung. 

Kedudukan mereka yang mulia di dunia sudah tidak ada. Kerana keadaan di dunia dan di akhirat menggunakan kriteria yang berlainan dalam menilai makhluk. Dunia menilai mereka yang kaya dan kuat sebagai berkuasa; tapi di akhirat, yang lebih beriman yang mendapat kedudukan yang tinggi.

Maka begitulah kata-kata sesalan dari mereka. Semoga kita menjaga amalan dan akidah kita semasa di dunia ini. Jangan menyesal seperti mereka di akhirat.

Kalimah سُلطٰنِ juga boleh diterjemahkan sebagai ‘hujah’. Kalau dulu mereka di dunia pandai berhujah dan mereka boleh menang dengan hujah mereka kerana mereka mungkin pandai berhujah. Tapi di akhirat nanti hujah mereka tidak laku lagi. Maka mereka tidak akan dapat hendak menyelamatkan diri mereka.


Haqqah Ayat 30: Apakah azab kepada mereka?

خُذوهُ فَغُلّوهُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Allāh will say], “Seize him and shackle him.

(MELAYU)

(Allah berfirman): “Peganglah dia lalu belenggulah tangannya ke lehernya.

Bayangkan situasi pendatang-pendatang tanpa izin yang ditangkap apabila ada serbuan dari imigresen dan polis. Ketua akan kata kepada polis yang lain: “tangkap merekaaaaaa!!!!!” Begitu hina sekali mereka melarikan diri sampai terjun tingkap.

Sekarang lagi hina keadaan mereka yang menerima kitab pada tangan kiri. Allah beri arahan untuk mereka ditangkap. Siapa yang akan tangkap? Tentulah para malaikat dan tentu mereka tidak akan ada harapan nak larikan diri.

Selepas ditangkap, tengkuk mereka akan dibelenggu. Kalau penjenayah di dunia, selepas ditangkap tangan mereka akan digari. Tapi ahli neraka lagi teruk kerana mereka kena kena belenggu di leher mereka. Dan mereka akan diikat bersama-sama supaya tidak boleh lari ke mana-mana.


Haqqah Ayat 31:

ثُمَّ الجَحيمَ صَلّوهُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then into Hellfire drive him.

(MELAYU)

Kemudian masukkanlah dia ke dalam api neraka yang menyala-nyala.

Dan akhirnya mereka akan dimasukkan ke dalam neraka dan mereka akan dikenakan dengan azab api yang hebat yang menyakitkan mereka. Banyak sekali ayat-ayat Al-Qur’an dan hadis tentang keburukan dalam neraka dan tidak perlu kita panjangkan di sini. Boleh rujuk semua sumber itu.


Haqqah Ayat 32:

ثُمَّ في سِلسِلَةٍ ذَرعُها سَبعونَ ذِراعًا فَاسلُكوهُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then into a chain whose length is seventy cubits insert him.”

(MELAYU)

Kemudian belitlah dia dengan rantai yang panjangnya tujuh puluh hasta.

Dan mereka dibelit lagi dengan rantai yang panjang. Teruk sekali mereka dikenakan dengan azab. Tidak boleh lari ke mana-mana lagi kerana mereka terbelenggu dengan rantai yang amat panjang. Sekarang Allah memberitahu kita yang rantai itu sepanjang 70 hasta.

Apabila rantai besi diikat kepada mereka, dalam keadaan panas pula, maka tentulah besi yang melekat pada tubuh mereka akan menyeksa mereka lagi. Maka seksa mereka bertambah-tambah.


Haqqah Ayat 33: Kenapa mereka dikenakan dengan azab yang teruk sebegitu?

إِنَّهُ كانَ لا يُؤمِنُ بِاللَّهِ العَظيمِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, he did not used to believe in Allāh, the Most Great,

(MELAYU)

Sesungguhnya dia dahulu tidak beriman kepada Allah Yang Maha Besar.

Allah tidaklah zalim kepada mereka. Mereka itu layak untuk mendapat azab yang dikenakan kepada mereka. Ahli neraka itu dulu rasa mereka hebat dan membesarkan diri mereka. Mereka tidak besarkan Allah sebaliknya mereka membesarkan diri mereka. Mereka rasa mereka besar dan tidak layak terima dan ikut kebenaran yang disampaikan kepada mereka. 


Haqqah Ayat 34: Apa lagi salah mereka?

وَلا يَحُضُّ عَلىٰ طَعامِ المِسكينِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Nor did he encourage the feeding of the poor.

(MELAYU)

Dan juga dia tidak mendorong (orang lain) untuk memberi makan orang miskin.

Kalimah يَحُضُّ dari katadasar ح ض ض yang bermaksud ‘menggalakkan’. Macam kalau kita naik kuda, kita kata “hiyah!, hiyah!”, itu adalah يَحُضُّ. Kalau dengan manusia, bermaksud kita menggalakkan mereka untuk melakukan sesuatu. Kalimah حَضَّ digunakan untuk bawa maksud memecut tunggangan untuk menggalakkan kepada kebaikan. Allah beri gambaran dalam bentuk menunggang kuda dengan laju.

Mereka bukan sahaja tidak beri orang lain makan, mereka sampai tidak ajak orang pun untuk beri orang susah makan. Sebelum ini telah disebut yang ahli neraka itu kaya dan ada kuasa. Tapi walaupun begitu mereka tak tolong pun orang lain yang susah. 

Mereka tak galakkan orang lain beri pertolongan kepada orang susah kerana kalau ada yang bagi, maka mereka pun kena bagi juga. Bila orang lain sama-sama tak bagi, maka tak nampaklah yang mereka tidak beri, sebab semua sama sahaja (tidak tolong orang miskin). 


Haqqah Ayat 35:

فَلَيسَ لَهُ اليَومَ هٰهُنا حَميمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So there is not for him here this Day any devoted friend

(MELAYU)

Maka tiada seorang teman pun baginya pada hari ini di sini.

Tidak ada sesiapa pun yang akan menolong mereka kerana tidak ada sesiapa yang boleh bantu mereka. Mereka dulu semasa di dunia ada sahaja yang bantu mereka, tapi tidak lagi di akhirat. Mereka keseorangan dan tidak ada teman dan pembantu.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Tarikh: 1 September 2023

Ringkasan Surah Haqqah


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi