Tafsir Surah Mutaffifin Ayat 18 – 36 (keindahan syurga)

Mutaffifin Ayat 18: Ayat 18 – 28 adalah Perenggan Makro Ketiga. Allah ﷻ memberitahu tentang Illiyin. Ia adalah Kitab Catatan bagi Golongan Abrar.

Jadi ayat 18 ini adalah ayat tabsyir. Sekarang kita berubah kepada kisah orang yang baik-baik pula. Ini adalah sambungan dari berita-berita yang telah disebut dalam surah-surah sebelum ini. Sekarang dimulakan dengan kisah kitab amalan mereka. Sebelum ini telah disebut yang kitab orang kafir dan engkar, rekod mereka di Sijjin. Di manakah pula rekod amalan mereka yang baik?

كَلّا إِنَّ كِتابَ الأَبرارِ لَفي عِلِّيّينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

No! Indeed, the record of the righteous is in ‘illiyyūn.

(MALAY)

Sekali-kali tidak, sesungguhnya kitab orang-orang yang berbakti itu (tersimpan) dalam ‘Illiyyin.

 

Kalimah كَلّا dalam ayat ini bermaksud: Tidak sama sekali; orang kafir kata orang mukmin itu duduk dalam kerugian, tetapi Allah ﷻ kata tidak sama sekali.

Sebaliknya, kitab amal orang-orang yang berbakti itu berada di Illiyyin, satu tempat yang mulia. Illiyyin dari katadasar ع ل و yang bermaksud ‘tinggi’, jadi ia memberi isyarat yang kitab itu di tempat yang tinggi dan mulia. Semakin tinggi, semakin baik. Kitab amalan orang baik itu akan dijaga oleh malaikat yang tinggi. Dan roh orang yang berbakti berada di tempat yang tinggi. Roh mereka akan dinaikkan ke kedudukan yang tinggi.

Beberapa pendapat tentang maksud Illiyin:

Al-A’masy telah meriwayatkan dari Syamir ibnu Atiyyah, dari Hilal ibnu Yusaf yang mengatakan, bahawa Ibnu Abbas رضي الله عنها pernah bertanya kepada Ka’b رضي الله عنه yang saat itu aku (Hilal ibnu Yusaf) hadir, tentang makna Sijjin. Maka Ka’b رضي الله عنه menjawab bahawa Sijjin terletak di bumi lapis yang ketujuh, di dalamnya tersimpan arwah orang-orang kafir. Ibnu Abbas رضي الله عنها pun bertanya lagi kepada Ka’b رضي الله عنه tentang ‘Illiyyin, maka Ka’b رضي الله عنه pun menjawab bahawa ‘Illiyyin terletak di langit yang ketujuh, di dalamnya tersimpan arwah orang-orang mukmin. Hal yang sama dikatakan pula bukan hanya oleh seorang ulama, bahawa sesungguhnya ‘Illiyyin itu terletak di langit yang ketujuh.

Ali ibnu Abu Talhah telah meriwayatkan dari Ibnu Abbas رضي الله عنها sehubungan dengan makna firman-Nya: Sekali-kali tidak, sesungguhnya kitab orang-orang berbakti itu (tersimpan) dalam ‘Illiyyin. (Al-Muthaffifin: 18) Yakni di dalam syurga.

Menurut riwayat lain dari Ibnu Abbas رضي الله عنها yang dikemukakan oleh Al-Aufi, catatan amal perbuatan mereka berada di langit di sisi Allah ﷻ. Hal yang sama dikatakan oleh Ad-Dahhak رحمه الله.

Qatadah رضي الله عنه mengatakan bahwa ‘Illiyyun adalah kaki’ Arasy yang sebelah kanan.

Selain Qatadah رضي الله عنه mengatakan bahwa ‘Illiyyin berada di dekat Sidratul Muntaha.

Allahu a’lam. Itu adalah beberapa pendapat yang ada. Oleh kerana ianya adalah perkara ghaib, maka kita tidak dapat kepastian melainkan kalau ada dalil yang sahih. Maka ia menjadi satu rahsia lagi bagi kita.


 

Mutaffifin Ayat 19:

وَما أَدراكَ ما عِلِّيّونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And what can make you know what is ‘illiyyūn?

(MALAY)

Tahukah kamu apakah ‘Illiyyin itu?

 

Dan apakah yang membolehkan kamu mengetahui berkenaan dengan Illiyyin itu? Memang kalau tidak ada dalil yang sahih,  maka kita tidak dapat tahu dengan pasti. Kita tidak dapat bayangkan apakah illiyyin itu, dan kita tidak akan dapat maklumat tentangnya, melainkan dengan wahyu dari Allah ﷻ.

Kerana itu kita kenalah belajar wahyu yang memberitahu tentang perkara ghaib. Kita memang memerlukan maklumat yang Allah ﷻ sampaikan kepada kita. Apa pun kita tidak tahu kalau tidak diberikan ilmu kepada kita oleh Allah ﷻ. Ini mengajar kita untuk berharap kepada Allah ﷻ untuk mendapatkan ilmu.


 

Mutaffifin Ayat 20: Allah ﷻ memberitahu sifat Kitab di Illiyyin itu. Inilah sahaja ilmu yang pasti dan setakat ini sahaja.

كِتابٌ مَرقومٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

It is [their destination1 recorded in] a register inscribed

  • The highest elevations of Paradise.

(MALAY)

(Iaitu) kitab yang bertulis,

 

Ianya adalah kitab yang sudah siap tertulis. Kitab ini mengandungi nama ahli-ahli syurga dan amalan mereka semasa di dunia. Semoga kita termasuk antara mereka yang termasuk dalam kitab di Illiyyin ini. Aameen.


 

Mutaffifin Ayat 21: Allah ﷻ kemudian memberitahu betapa hebatnya kitab itu.

يَشهَدُهُ المُقَرَّبونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Which is witnessed by those brought near [to Allāh].

(MALAY)

yang disaksikan oleh malaikat-malaikat yang didekatkan (kepada Allah).

 

Kitab itu disaksikan oleh malaikat yang hampir dengan Allah ﷻ. Oleh itu, ini bermakna kitab itu berada di tempat yang tinggi, kerana itulah tempat malaikat yang rapat dengan Allah ﷻ boleh melihat dan menjaganya.

Para malaikat itu akan lihat keadaan kitab itu, kerana hebatnya kitab itu. Mereka juga menjaganya kerana di dalamnya mengandungi tanda yang mereka yang di dalamnya itu tidak dimasukkan ke dalam neraka. Jadi, ianya umpama seperti ‘surat gerenti’, dan surat sebegini amat penting. Tidak boleh orang yang tidak tentu pasal dimasukkan di dalamnya. Kerana itu ia perlu dijaga rapi.

Ada perbincangan menarik tentang kitab ini. Ia disebut sebagai مَرقومٌ yang di dalam bahasa Arab sesuatu yang telah didigitalkan. Dan kalimah yang digunakan di dalam ayat ini pula adalah يَشهَدُهُ yang bermaksud disaksikan, dan Al-Qur’an tidak menggunakan kalimah يقرئه (membacanya) yang selalunya digunakan untuk membaca kitab. Jadi ada indikasi di sini yang Kitab Illiyin ini nanti adalah dalam bentuk digital, yang tentunya menarik kerana kalau ia kitab bertulis, entah berapa besar pula kitab itu, bukan? Jadi Al-Qur’an sudah menyebut tentang buku digital sudah lama.


 

Mutaffifin Ayat 22:

إِنَّ الأَبرارَ لَفي نَعيمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, the righteous will be in pleasure

(MALAY)

Sesungguhnya orang yang berbakti itu benar-benar berada dalam kenikmatan yang besar (syurga),

 

Ayat yang sama ada dalam Surah Infithar ayat 13. Sesungguhnya orang-orang berbakti tetap berada di dalam tempat yang penuh nikmat. Allah ﷻ mula hendak menceritakan hal orang-orang yang baik pula. Yang nama dan amalan mereka ada dalam Kitab di Illiyyin itu.


 

Mutaffifin Ayat 23: Allah ﷻ sebut beberapa perkara nikmat yang diterima oleh ahli syurga.

عَلَى الأَرائِكِ يَنظُرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

On adorned couches, observing.

(MALAY)

mereka (duduk) di atas dipan-dipan sambil memandang.

 

Mereka berehat di atas pelamin-pelamin sambil melihat keindahan syurga. Mereka berbaring dengan berehat atau selalu dikatakan sebagai ‘bersenggeng’. Duduk di atas الأَرائِكِ yang bukannya kerusi dan bukan juga katil.

Walaupun mereka duduk baring berehat (bersenggeng), tetapi mereka boleh melihat semua keindahan syurga darinya. Ini boleh terjadi semasa di syurga. Kalau di dunia, kalau baring tidak dapat lihat semuanya tetapi kena bangun. Akan tetapi, Allah ﷻ buat kerusi itu entah macam mana, boleh nampak semua tempat.

Mereka duduk berehat di atas tempat yang amat sedap untuk diduduki dan berehat. Mereka melihat kerajaan mereka yang amat luas itu dengan senang hati. Mereka duduk-duduk sahaja sebab kerja sudah tidak ada, amal ibadat pun sudah tidak perlu buat, memang duduk bergembira dan menikmati segala nikmat yang ada di syurga sahaja. Syurga adalah tempat untuk memuaskan hawa nafsu, bukan untuk kerja lagi. Kerja dan amal semua sudah dilakukan di dunia.

Menurut pendapat yang lain, makna yang dimaksudkan dari firman-Nya: mereka (duduk) di atas dipan-dipan sambil memandang. (Al-Muthaffifin: 23) Yakni memandang kepada Allah ﷻ. Dan hal ini bertentangan dengan apa yang digambarkan oleh Allah ﷻ tentang keadaan orang-orang yang durhaka melalui firman-Nya: Sekali-kali tidak, sesungguhnya mereka pada hari itu benar-benar terhalang dari (melihat) Tuhan mereka. (Al-Muthaffifin: 15). Nikmat melihat Allah ﷻ memang satu nikmat yang amat besar.


 

Mutaffifin Ayat 24:

تَعرِفُ في وُجوهِهِم نَضرَةَ النَّعيمِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

You will recognize in their faces the radiance of pleasure.

(MALAY)

Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan yang penuh kenikmatan.

 

Engkau dapat melihat di wajah mereka نَضرَةَ yang bermaksud bercahaya dengan kegembiraan. Wajah mereka akan berseri-seri, sebab mereka mendapat nikmat yang banyak sekali.

Kalau dalam dunia, kita boleh lihat bagaimana orang yang sampai tempat baru yang menarik, wajah mereka akan berseri-seri sebab gembira tengok tempat baru. Dengan tengok wajah sahaja kita tahu yang mereka ada kepuasan dan ketenangan. Wajah adalah anggota badan yang pertama sekali menunjukkan perasaan bagi seseorang manusia. Kalau sedih pun, pada wajahnya yang akan kelihatan dahulu, bukan?


 

Mutaffifin Ayat 25: Sekarang tentang minuman mereka pula. Memang banyak ayat-ayat Al-Qur’an menceritakan jenis-jenis minuman dalam syurga (dan neraka juga) untuk memberi motivasi kepada kita. Kerana Allah ﷻ yang manusia memang suka minum-minum sambil melepak.

يُسقَونَ مِن رَحيقٍ مَختومٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They will be given to drink [pure] wine¹ [which was] sealed.

  • Which is delicious and does not intoxicate.

(MALAY)

Mereka diberi minum dari khamar murni yang dimeterai (tempatnya),

 

Mereka akan diberi minum wain yang asli yang termeteri bekasnya. يُسقَونَ maksudnya mereka ‘diberi’ minum. Maknanya tidak payah bangun pun dari tempat mereka bersenggeng itu untuk mendapatkan air wain itu. Teringat sahaja hendak minum, air itu akan diberikan kepada mereka.

Begitulah hebatnya nikmat di sana nanti. Tidak payah susah-susah di sana, hendak makan minum pun tak perlu jalan ke meja makan! Minum sambil duduk-duduk bersenggeng itu. Allah ﷻ ceritakan supaya kita terpanggil untuk mendapatkan kesenangan dan segala nikmat ini.

Kalimah رَحيقٍ adalah wain yang diberi yang tulen sekali, maksudnya amat bersih dan jangan dibandingkan dengan wain di dunia ini. Bila minum, tidak akan mabuk kerana tidak sama wain di sana dan di dunia. Memang kita boleh minum arak di syurga nanti. Cuma di dunia sahaja kita diharamkan. Kalau kita dapat tahan diri kita dari minum arak di dunia, kita boleh meminumnya di akhirat kelak.

Kalimah مَختومٍ pula bermaksud air wain itu tertutup (sealed) menanti penghuni syurga yang akan meminumnya. Kalau zaman sekarang, kalau hendak air bersih, kena pastikan yang penutup botol itu tidak pecah. Di syurga nanti, air wain itu juga ada penutup, menandakan tidak ada sesiapa pun lagi yang membukanya dan ianya khas untuk tuannya sahaja. Khas untuk orang itu sahaja kerana ada nama dia sahaja. Ini menunjukkan kehebatan minuman itu.


 

Mutaffifin Ayat 26: Ini tentang penutup (seal) itu pula. Allah ﷻ beri penerangan tambahan ini sebagai pujukan kepada para sahabat yang awal dalam Islam. Mereka telah beriman tetapi ramai lagi yang tidak beriman dari kalangan Arab Mekah waktu itu.

Mereka juga telah berdakwah kepada puak kafir itu tetapi mereka kena marah, disisih dan dipandang jijik oleh mereka yang kufur. Namun begitu, lihatlah apa yang Allah ﷻ sediakan untuk mereka. Jadi Allah ﷻ hendak pujuk para sahabat yang sedang kesedihan.

Begitu juga, semua adalah sebagai berita gembira untuk kita yang sanggup beriman walaupun orang-orang di keliling kita tidak mahu beriman dan menyusahkan kita. Allah ﷻ hendak beritahu, kalau kita susah sedikit di dunia, lihatlah nanti apakah balasannya di akhirat kelak.

خِتامُهُ مِسكٌ ۚ وَفي ذٰلِكَ فَليَتَنافَسِ المُتَنافِسونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

The last of it¹ is musk. So for this let the competitors compete.

  • i.e., its lingering odor.

(MALAY)

penutupnya adalah kesturi; dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlumba-lumba.

 

Meterinya adalah dari Kasturi yang wangi. Ini juga sebagai satu motivasi kerana orang Arab tidak biasa minum benda-benda macam ini. Mereka minum air biasa sahaja, dari telaga, dari kolam, dari wadi. Tetapi Allah ﷻ tawarkan kepada mereka minuman yang lebih lagi dari yang diberikan kepada raja. Lihatlah, penutup bekas air pun ada bau yang sedap. Ini belum buka air pun lagi. Bekas air, penutup, pun sudah hebat, apatah lagi airnya!

Dan dalam perkara ini hendaklah berlumba-lumba mereka yang mahu berlumba. Manusia memang suka bertanding, bukan? Maka inilah pertandingan yang menguntungkan. Mereka hendaklah berusaha untuk mendapatkan nikmat dari Allah ﷻ di syurga nanti. Inilah perkara yang layak untuk berlumba-lumba kalau dibandingkan dengan benda lain.

‘Tanafus’ bermaksud berlumba kepada sesuatu yang hebat, yang semua hendak kepadanya. Dari sibuk berlumba untuk mendapatkan kedudukan di dunia, kesenangan di dunia, lebih layak lagi untuk berlumba untuk mendapatkan nikmat di syurga.

Waktu surah ini diturunkan, para sahabat memang kena kutuk, kena keji, malah kena seksa dan sebagainya, tetapi mereka tidak kisah kerana Allah ﷻ telah janjikan sesuatu yang hebat kepada mereka. Mereka berlumba-lumba itu kerana hendak lihat siapa antara mereka yang akan dapat dahulu. Jadi walaupun mereka kena cemuh dengan puak kafir, hidup mereka susah kerana iman mereka, mereka tidak kisah. Kerana mereka percaya dengan janji Allah ﷻ dan kerana mereka ada perkara yang lebih penting lagi untuk mereka kejar.

Semoga kita pun berlumba-lumba untuk mendapatkan perkara yang besar ini. Janganlah berlumba untuk tengok siapa rumah lebih besar, siapa pengikut lebih ramai, pangkat siapa lagi tinggi, anak siapa lagi mahal dan lain-lain perkara keduniaan yang enteng-enteng sahaja. Berlumbalah untuk melihat siapakah yang lebih banyak lagi buat amal kebaikan supaya mendapat balasan yang lebih tinggi di akhirat kelak.


 

Mutaffifin Ayat 27: Allah ﷻ berikan lagi penerangan untuk menambah selera para sahabat. Supaya mereka lebih berlumba-lumba untuk mendapatkannya.

وَمِزاجُهُ مِن تَسنيمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And its mixture is of Tasneem,¹

  • The highest spring in Paradise and the most favored drink of its inhabitants.

(MALAY)

Dan campuran khamar murni itu adalah dari tasnim,

 

Kalimah مِزاجُ digunakan apabila kita buat campuran air. Macam sekarang pun apabila kita buat air, akan campur macam-macam dalam air itu untuk bagi rasa lagi sedap.

Allah ﷻ beritahu campuran minuman yang diberikan kepada ahli syurga itu adalah tasneem. Tasneem asalnya dari katadasar س ن م yang bermaksud ‘tinggi’. Jadi tasneem bermaksud meninggikan sesuatu. Allah ﷻ beritahu yang campuran air itu dari tempat yang tinggi yang dipanggil tasneem.

Air itu sangat sedap sampaikan sesiapa yang meminumnya akan tertanya-tanya – dari mana rasa tambahan itu? Kerana tasneem itu hanya dicampur sahaja. Jadi ada yang akan jawap: dari tasneem. Tetapi tasneem itu diambil dari mana? Kerana air itu sendiri bukan tasneem, tetapi dicampur dengan tasneem.


 

Mutaffifin Ayat 28: Allah ﷻ beritahu pula tentang tasneem.

عَينًا يَشرَبُ بِهَا المُقَرَّبونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

A spring from which those near [to Allāh] drink.

(MALAY)

(iaitu) mata air yang minum daripadanya orang-orang yang didekatkan kepada Allah.

 

Tasneem adalah matair yang diminum oleh mereka yang hampir dengan Allah ﷻ. Orang abraar dapat minum air yang dicampur dengan tasneem sahaja. Tetapi orang المُقَرَّبونَ (yang rapat dengan Allah ﷻ) dapat minum dari mata air tasneem itu sendiri. Ini kerana mereka memang duduk dekat matair itu dan kerana itu digunakan kalimah بِهَا dalam ayat ini. Kerana kalau mereka dapat minum sahaja, tetapi tidak duduk dekat, kalimah منه boleh digunakan sahaja.

Ayat ini menunjukkan ada tingkatan antara ahli syurga dan betapa tingginya golongan المُقَرَّبونَ itu. Inilah golongan yang rapat dan ada disebut dalam Waqiah:11.

Jadi dalam surah ini Allah ﷻ ada sebut tentang orang yang paling jahat sekali (fujjar) dan ada disebut tentang mereka yang paling baik dan paling dekat sekali dengan Allah ﷻ iaitu المُقَرَّبونَ.


 

Mutaffifin Ayat 29: Siapakah المُقَرَّبونَ itu? Allah ﷻ sebut kisah mereka pula. Dahulu mereka ditertawakan semasa di dunia. Tetapi di akhirat mereka mendapat kedudukan yang rapat dengan Allah ﷻ.

Ayat 29 – 36 adalah Perenggan Makro Keempat dan terakhir surah ini. Allah ﷻ memberitahu sebab-sebab adanya balasan azab di akhirat.

إِنَّ الَّذينَ أَجرَموا كانوا مِنَ الَّذينَ آمَنوا يَضحَكونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, those who committed crimes used to laugh at those who believed.

(MALAY)

Sesungguhnya orang-orang yang berdosa, adalah mereka yang menertawakan orang-orang yang beriman.

 

Siapakah mereka yang المُقَرَّبونَ itu? Untuk memahaminya, kita kena kenangkan dan bayangkan keadaan para sahabat semasa mula-mula Islam dulu. Sesungguhnya orang-orang yang derhaka kepada agama, selalu mengetawakan orang mukmin yang mula-mula masuk Islam.

Mereka ditertawakan sebab mereka menyebut tentang benda-benda ghaib yang manusia tidak nampak. Jadi mereka nampak pelik sangat kepada orang kafir. Dan kerana itu orang kafir mentertawakan mereka yang hendak beriman itu.

Jadi, المُقَرَّبونَ adalah mereka yang mula-mula mahu beriman, mula-mula mahu percaya. mereka tidak kisah walau apa pun yang dikata orang. Kalau zaman sekarang, sudah senang masuk Islam sebab sudah ramai yang beriman. Tetapi bayangkan mereka yang mula-mula beriman itu dahulu, tentu amat susah bagi mereka. Kerana mereka nampak berlainan sangat dengan orang lain. Namun mereka tetap beriman waktu orang lain tidak percaya.

Oleh kerana keadaan mereka waktu itu susah, maka mereka mendapat kedudukan yang tinggi – المُقَرَّبونَ. Semoga kita pun boleh mendapat kedudukan yang tinggi ini, kerana mungkin kita termasuk dalam golongan yang mula-mula mahu kepada ajaran Sunnah. Keadaan kita yang mahu ikut ajaran Sunnah ini juga agak susah kalau difikirkan, kerana ramai yang tidak suka kepada jalan Sunnah.

Orang yang mahu kepada Sunnah juga banyak diketepikan, dikutuk dan ditertawakan. Kerana kita beramal lain dari amalan puak syirik dan puak bidaah. Dan mereka pula adalah golongan yang ramai dan majoriti sekarang, jadi mereka ada suara dan kuasa di belakang mereka.

Kalimah أَجرَم adalah mereka yang telah buat dosa dan kemudian akan dapat lihat kesan dosa yang mereka lakukan itu. Merekalah yang mentertawakan orang-orang beriman itu. Mereka buat jenaka, buat lawak, kalau zaman sekarang, buat kartun dan sebagainya untuk menyindir dan mentertawakan golongan beriman. Tetapi kita tidak boleh terkesan dengan tindakan mereka itu. Biarlah mereka mahu merendahkan iman kita, tetapi kita kena tetap yakin dengan akidah dan manhaj kita.

Kalau perasan, ada iltifad (perubahan) dalam ayat ini. Ayat-ayat sebelum ini tentang perkara yang akan berlaku di masa hadapan (di syurga) tetapi sekarang Allah ﷻ cerita dalam bentuk past tense sebab itu digunakan kalimah كانوا dalam ayat ini. Seperti Allah ﷻ hendak menunjukkan bagaimana orang derhaka itu akan mengenang kembali apa yang mereka telah lakukan dahulu semasa di dunia.

Allah  ﷻ ingatkan mereka yang mereka ‘dulu’ selalu mentertawakan mereka yang beriman. Jadi, ayat ini adalah ingatan ahli syurga yang telah duduk dan sedang menikmati nikmat-nikmat syurga dan mereka teringat tentang apa yang terjadi kepada mereka dahulu. Bayangkan mereka berkata sesama mereka: “ingat tak apa yang orang kafir mengetawakan kita dulu masa kita di dunia?”

Dahulu mereka ditertawakan, tetapi sekarang mereka sedang menikmati keindahan syurga.


 

Mutaffifin Ayat 30: Apa lagi yang dilakukan oleh mereka yang engkar itu?

وَإِذا مَرّوا بِهِم يَتَغامَزونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when they passed by them, they would exchange derisive glances.

(MALAY)

Dan apabila orang-orang yang beriman lalu di hadapan mereka, mereka saling mengedip-ngedipkan matanya.

 

Dan apabila orang mukmin lalu berdekatan mereka, mereka akan mengerling mata sesama sendiri. Mereka buat isyarat sesama mereka. Mereka tunjuk dengan mata atau dengan mulut memuncungkan terhadap orang-orang beriman. Banyak cara isyarat yang boleh digunakan.

Sekarang bayangkan kita orang yang amalkan Sunnah, tetapi ada golongan ‘aswaja’ atau ahli bidaah tengok kita. Mereka akan buat isyarat kepada kawan-kawan mereka dan dalam hati mereka kata: “ha itulah geng wahabi yang aku cakap tu….”


 

Mutaffifin Ayat 31:

وَإِذَا انقَلَبوا إِلىٰ أَهلِهِمُ انقَلَبوا فَكِهينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when they returned to their people, they would return jesting.

(MALAY)

Dan apabila orang-orang yang berdosa itu kembali kepada kaumnya, mereka kembali dengan gembira.

 

Dan apabila mereka kembali kepada keluarga mereka, mereka pulang dengan gembira. Mereka memang suka mempersendakan orang mukmin. Sukanya hati mereka sampai mereka balik dalam keadaan gembira menceritakan apa yang mereka perbuat kepada orang mukmin.

Sebagai contoh, mereka kata: “tahu tak apa aku buat kepada muslim itu? tahu tak apa yang aku buat kepada puak wahabi itu?” Mereka rasa suka sangat dan bangga dengan apa yang mereka telah lakukan.

Dalam ayat ini disebut yang mereka suka dengan keluarga mereka, tetapi nanti mereka akan lari dari ahli keluarga mereka nanti seperti yang disebut dalam Surah Abasa (ayat 34-37).


 

Mutaffifin Ayat 32:

وَإِذا رَأَوهُم قالوا إِنَّ هٰؤُلاءِ لَضالّونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when they saw them, they would say, “Indeed, those are truly lost.”

(MALAY)

Dan apabila mereka melihat orang-orang mukmin, mereka mengatakan: “Sesungguhnya mereka itu benar-benar orang-orang yang sesat”,

 

Dan apabila mereka melihat orang beriman, mereka berkata, sesungguhnya mereka itu orang yang sesat. Mereka yang sesat, mereka pula yang kata orang Islam sesat.

Begitu juga dengan puak bidaah, mereka yang amalkan amalan bidaah, tetapi kata ahli sunnah yang sesat. Macam-macam tuduhan yang mereka kenakan kepada ulama-ulama sunnah. Sampai ada yang mengatakan Ibn Taimiyyah bahaya sebab membawa fahaman terroris.

Mereka buat sewenang-wenangnya kepada ustaz-ustaz Sunnah. Ada ustaz Sunnah yang kena tahan dalam penjara hanya kerana mengajar tanpa tauliah. Apa nanti mereka hendak jawab di hadapan Allah ﷻ nanti? Kalau ustaz-ustaz Sunnah dihalang dari mengajar di masjid dan surau, memang lagi banyak. Itu sampai tidak dapat dikira. Kita hendak berikan ilmu kepada masyarakat pun susah kerana disekat-sekat.


 

Mutaffifin Ayat 33:

وَما أُرسِلوا عَلَيهِم حافِظينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But they had not been sent as guardians over them.

(MALAY)

padahal orang-orang yang berdosa itu tidak dikirim untuk penjaga bagi orang-orang mukmin.

 

Ada dua tafsir yang boleh diambil dari ayat ini:

    1. Golongan kafir itu tidak dihantar untuk menjaga orang-orang mukmin itu. Kenapa mereka hendak sibuk sangat tentang orang mukmin itu? Ini seperti golongan Hindu yang hendak membongkar kesesatan Dr. Zakir Naik (kononnya hendak menyelamatkan akidah umat Islam). Ini memang mengarut sekali. Maka ini tafsiran yang pertama.
    2. Tafsiran yang kedua: ini adalah kata-kata orang berdosa tentang orang-orang mukmin. Mereka kata: “Kenapalah puak Muslim itu sibuk sangat nak tegur mereka yang menipu dalam pernigaan? Kenapa mereka nak tegur amalan-amalan yang sudah lama dilakukan oleh orang lain? Sendiri punya amal la… siapa yang lantik mereka jaga amal kita?”

Memang benar, kita tidak payah jaga pun amalan mereka itu. Tetapi kita ingatkan sahaja kerana sudah diwajibkan atas kita untuk melakukan amar makruf nahi mungkar. Maka kita ingatkan mereka sahaja untuk jaga amalan, jaga akidah, kembali kepada Al-Qur’an dan sunnah. Apa salahkah kita? Takkan hendak beri nasihat pun salah?

Dan kita tidak perlu jaga amalan mereka kerana yang jaga dan catit amalan mereka adalah para malaikat pencatit amal. Kita hanya sampaikan sahaja dan selepas itu terpulang kepada mereka.


 

Mutaffifin Ayat 34: Sekarang kembali kepada keadaan di syurga nanti. Keadaan sudah terbalik. Dahulu orang berdosa mentertawakan orang beriman.

فَاليَومَ الَّذينَ آمَنوا مِنَ الكُفّارِ يَضحَكونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So today¹ those who believed are laughing at the disbelievers,

  • On the Day of Judgement.

(MALAY)

Maka pada hari ini, orang-orang yang beriman menertawakan orang-orang kafir,

 

Di akhirat kelak, orang mukmin akan mengetawakan orang kafir itu pula. “Dulu kamu tidak percaya dengan neraka jahannam kan? Sekarang lihat apa sudah jadi? Kamu tak percaya lagi?”

Allah ﷻ beri peluang kepada mereka pula untuk membalas kehinaan yang telah dikenakan kepada mereka semasa mereka di dunia dahulu. Allah ﷻ bagi kepuasan sepenuhnya kepada ahli syurga.


 

Mutaffifin Ayat 35:

عَلَى الأَرائِكِ يَنظُرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

On adorned couches, observing.

(MALAY)

mereka (duduk) di atas dipan-dipan sambil memandang.

 

Mereka duduk-duduk di tempat tinggi sambil melihat-lihat. Sebelum ini disebut mereka lihat segala nikmat dan kerajaan mereka. Sekarang maksudnya mereka duduk bersenggeng sambil melihat orang-orang yang menyebabkan mereka tertawa pula.

Mereka tidak perlu susah pun hendak tengok. Macam sebelum ini juga mereka boleh nampak segalanya dari tempat duduk mereka. Sekarang, mereka boleh nampak ahli-ahli neraka dari tempat senggeng mereka itu. Tidak payah susah-susah hendak bangun pun. Kalau zaman sekarang ada teknologi CCTV, kalau di syurga nanti tentu lebih hebat.


 

Mutaffifin Ayat 36:

هَل ثُوِّبَ الكُفّارُ ما كانوا يَفعَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Have the disbelievers [not] been rewarded [this Day] for what they used to do?

(MALAY)

Adakah orang-orang kafir telah diberi ganjaran terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan?

 

Kalimah ثُوِّبَ bermaksud ‘upah yang bagus’. Bukankah orang-orang kafir itu telah dibalas dengan sebab perbuatan mereka dahulu? Ini adalah kata-kata perli kepada orang kafir yang menghuni neraka. Sama ada ianya datang dari Allah ﷻ atau dari penghuni syurga.

Dalam Surah al-A’raf, memang ada kisah bagaimana ahli neraka bercakap-cakap meminta bantuan dari ahli syurga. Mereka dulu kurangkan timbangan kerana mereka hendak lebih dapat untung, sekarang disebut tentang ثُوِّبَ ’pulangan’. Adakah mereka dapat apa yang mereka patut dapat? Jawapannya, sudah tentu ya. Dahulu mereka hendak sangat pulangan keuntungan dunia, tetapi di akhirat nanti pulangan lain pula yang mereka dapat.

Kalimah يَفعَلونَ lain dari يَفعَلونَ .يعملون adalah perbuatan yang dilakukan tanpa berfikir sedangkan يعملون adalah perbuatan yang dilakukan dengan fikiran, ada perancangan, tahu apa yang sedang dilakukan. Apabila digunakan kalimah يَفعَلونَ dalam ayat ini, Allah ﷻ hendak memberi isyarat yang mereka yang berdosa itu sudah tidak fikirkan lagi kesan dari perbuatan mereka itu. Mereka sudah biasa sangat buat sampaikan mereka selamba sahaja buat (tidak fikir panjang).

 

Allahu a’lam. Sambung ke Surah yang seterusnya, Surah Insyiqaq.

Kemaskini: 7 Jun 2023


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah Mutaffifin Ayat 1 – 17 (Peniaga yang zalim)

Pengenalan:

Dalam surah ini, Allah ﷻ hendak memberitahu: mana-mana manusia atau jin yang telah disenaraikan sebagai ahli neraka, tidak boleh dikeluarkan lagi dari senarai itu. Begitu juga, yang mana Allah ﷻ telah senaraikan sebagai ahli syurga, juga tidak boleh dibuang dari senarai itu.

Surah ini diturunkan di Mekah, pada tahun 4 – 5 Kenabian. Maknanya, ini setelah Nabi ﷺ diarahkan untuk berdakwah secara terbuka. Surah ini berkemungkinan besar adalah ayat Makkiah sebab perniagaan adalah kehidupan orang Mekah padahal Madinah adalah kawasan pertanian.


 

Ayat 1: Surah ini boleh dibahagikan kepada 4 perenggan makro. Ayat 1 – 6 adalah Perenggan Makro Pertama. Allah ﷻ memberitahu kita yang mereka yang berani berbuat curang itu adalah kerana tidak percaya Hari Pembalasan.

Ayat 1 ini adalah ayat zajrun. Allah ﷻ menegur sikap hamba yang semasa di dunia tidak nampak balasan di akhirat. Mereka jadi begitu kerana mereka tidak yakin dengan balasan di akhirat. Dan ayat ini juga sebagai teguran kepada mereka yang engkar dengan hari kiamat. Oleh kerana mereka tidak percaya kepada hari kiamat, maka amalan dan perbuatan mereka di dunia juga salah.

وَيلٌ لِلمُطَفِّفينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Al-Muṭaffifeen: Those Who Give Less.

Woe to those who give less [than due],¹

  • i.e., those who cheat people by giving them less than what they paid for when weighing or measuring – an amount so little as to hardly be noticed.

(MALAY)

Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang

 

Celakalah kepada para mutaffif. Perbuatan mereka dinamakan tatfif. Ini adalah salah satu dari satu jenis dosa yang dilakukan manusia. Iaitu mereka yang bila bagi kepada orang lain dalam perniagaan, mereka beri kurang dari yang sepatutnya.

Ini adalah teguran khusus kepada golongan peniaga atau businessman. Mereka tidak jujur dalam perniagaan mereka. Mereka beri kurang dari yang sepatutnya kepada pelanggan mereka. Mereka telah ambil hak dari pelanggan mereka, tetapi mereka tidak ambil banyak setiap masa. Sebagai contoh, kalau beras yang dijual, mungkin beberapa gram sahaja yang kurang.

Mereka ambil sedikit-sedikit sahaja, supaya orang tidak perasan. Tetapi apabila dicampur dengan semua orang,  sedikit sana dan sedikit sini, jadi apa yang mereka dapat itu banyak sebenarnya. Ianya boleh jadi dalam bentuk timbangan atau dalam bentuk servis yang dia beri tetapi tidak cukup.

Sebagai contoh, kalau dia kata dia bagi servis lima jam, dia bagi 4 jam setengah sahaja, dan kerana sedikit sahaja bezanya, mungkin orang tidak perasan pun, kan?

Kalimah وَيلٌ bermaksud kecelakaan yang besar. Ianya digunakan apabila menyumpah seseorang. Tetapi sekarang Allah ﷻ yang sedang menyumpah mereka, alangkah beratnya! Kalau Allah ﷻ yang sumpah, tentu mereka akan mendapat kemusnahan yang besar.

Dalam riwayat ada menyebut bagaimana mereka yang melakukan perkara terkutuk ini akan menyebabkan bala datang dari Allah ﷻ – tanaman tidak menjadi, hujan tidak turun dan sebagainya. Itu semua adalah balasan dari Allah ﷻ kerana kesalahan manusia semasa di dunia lagi. Allah ﷻ menakutkan manusia supaya mereka takut hendak buat perkara ini. Kerana perkara ini adalah perkara yang amat berat.

Allah ﷻ telah memasukkan perasaan inginkan keadilan dalam timbangan kepada setiap manusia. Semua manusia dapat rasa bahawa itu adalah perkara yang penting untuk dijaga walaupun mereka itu orang kafir. Dalam Infithar:7 Allah ﷻ telah berfirman:

الَّذي خَلَقَكَ فَسَوّاكَ فَعَدَلَكَ
 Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikanmu seimbang,

Sebab itu kadang-kadang kita juga perasan, kalau orang kafir pun mereka amat jaga perkara ini kerana mereka itu jujur. Dan kerana perasaan ini ada dalam diri setiap insan, kalau mutaffifin ini kena tipu dengan orang lain pun mereka marah juga kerana mereka pun tidak suka.

Dan kalau ahli keluarga mereka kena tipu pun mereka akan marah juga, kerana memang mereka sudah ada rasa yang menipu dalam timbangan ini adalah salah. Tetapi mereka tolak jauh-jauh perasaan itu sampai mereka sanggup buat pada orang lain. Kalau kena kepada mereka, mereka akan marah; tetapi mereka selamba sahaja kenakan kepada orang lain. Begitulah teruk sekali otak, akal dan perasaan mereka.


 

Ayat 2: Sekarang diberikan huraian kecurangan mereka:

الَّذينَ إِذَا اكتالوا عَلَى النّاسِ يَستَوفونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Who, when they take a measure from people, take in full.

(MALAY)

(iaitu) orang-orang yang apabila menerima timbangan dari orang lain, mereka minta dipenuhi,

 

Apabila mereka mengambil sukatan dari orang lain, mereka hendak ambil dengan cukup, tidak mahu kurang langsung, malah mereka hendak lebih lagi. اكتال ialah apabila menerima timbangan dari orang lain. Ia dari katadasar ك ي ل yang bermaksud sukat, timbang, bandingkan.

Kalimah ‘عَلَى’ (atas) yang digunakan dalam ayat ini menunjukkan mereka membuli orang lain untuk beri cukup-cukup kepada mereka. Ini adalah kerana, kalau keadaan timbangan biasa, digunakan kalimah من (dari). Apabila guna ‘عَلَى’, maknanya menunjukkan ada elemen tekanan yang digunakan, iaitu mereka sibuk minta lebih lagi dari orang lain.

Kalimah يَستَوفونَ dari katadasar و ف ي yang bermaksud sampai ke hujung, memenuhi janji, memenuhi tanggungjawab, bayar hutang, juga digunakan untuk mati (wafat). Ia digunakan dalam ayat ini untuk membawa penuh, sempurna. Mereka hendak dapat hak mereka yang sempurna dari orang lain.

Mereka menekan-nekan orang yang memberi timbangan kepada mereka. Ini amat berlainan sekali dengan apa yang dia berikan kepada orang lain – kalau dengan orang lain, mereka hendak beri kurang sahaja. Oleh itu, kita boleh katakan, mereka ini tidak normal sebenarnya. Mereka berat sebelah.

Sebagai contoh, kalau beli barang, sentiasa hendak minta benda-benda tambahan, sampai mereka memaksa penjual itu beri benda-benda extra kepada mereka, sampai mereka rasa kena buli pula dengan pelanggan mereka. Yang rajin menawar itu sangka mereka pandai menawar, pandai dapatkan benda lebih dari penjual, tetapi lihatlah Allah ﷻ tidak suka dengan cara mereka.


 

Ayat 3: Tetapi apabila mereka sukat untuk orang lain pula:

وَإِذا كالوهُم أَو وَزَنوهُم يُخسِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But if they give by measure or by weight to them, they cause loss.

(MALAY)

dan apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi.

 

Sekarang, apabila mereka beri timbangan kepada pelanggan mereka pula – mereka kurangkan, tetapi sedikit-sedikit sahaja. Mereka memang tidak akan kurangkan banyak, macam 1% pun boleh juga pada mereka. Kerana mereka tidak mahu pelanggan mereka perasan; dan walaupun sedikit, tetapi apabila dicampur dengan ramai orang, akhirnya jadi banyak juga.

Mutaffif ini sanggup buat perkara sebegini kerana mereka tidak ada perasaan malu; dan kerana mereka tidak takut dengan balasan di akhirat. Dan Allah ﷻ telah membinasakan kaum Syu’aib dan menghancurkan mereka disebabkan mereka curang terhadap orang lain dalam melakukan takaran dan timbangan. Allah ﷻ telah memerintahkan kepada manusia untuk memenuhi takaran dan timbangan dengan jujur. Untuk itu Allah ﷻ  berfirman:

وَأَوْفُوا الْكَيْلَ إِذا كِلْتُمْ وَزِنُوا بِالْقِسْطاسِ الْمُسْتَقِيمِ ذلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Dan sempurnakanlah takaran apabila kalian menakar, dan timbanglah dengan neraca yang benar. Itulah yang lebih utama (bagi kalian) dan lebih baik akibatnya. (Al-Isra: 35)

 


Ayat 4: Allah ﷻ beritahu kita kenapa mereka berani buat begitu. Orang jenis apa yang boleh sampai hati hendak buat begini? Allah ﷻ jelaskan mereka jadi begitu kerana mereka tidak percaya kepada akhirat.

أَلا يَظُنُّ أُولٰئِكَ أَنَّهُم مَبعوثونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Do they not think that they will be resurrected

(MALAY)

Tidaklah orang-orang itu menyangka, bahawa sesungguhnya mereka akan dibangkitkan,

 

Allah ﷻ beritahu soalan retorik: Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan? Mereka tidak fikirkah? Mereka lupakah yang mereka akan mati juga akhirnya. Dan mereka tidak sedarkah yang mereka nanti akan kena mengadap Allah ﷻ dan menjawab di atas segala perbuatan mereka?

Allah ﷻ tidak bercakap terus dengan mereka pun dalam ayat ini. Ini adalah kerana Allah ﷻ menjauhkan diri dari mereka. Allah ﷻ murka dengan mereka maka Allah ﷻ sebut tentang mereka dalam bentuk pihak ketiga sahaja.

Mereka mula-mula mungkin buat sedikit-sedikit sahaja. Lepas itu mereka berani untuk buat yang lebih lagi, kerana mereka tidak teringat pun bahawa mereka akan bertemu dengan Tuhan mereka. Lama-lama mereka jadi lebih pandai dalam menipu. Mereka tidak yakin bahawa mereka kena jawab tentang perkara itu di hari akhirat nanti.

Mereka sangka, kerana terlepas di dunia, orang tidak perasan apa yang mereka lakukan dan orang tidak marah dengan mereka, mereka rasa mereka boleh lepas di akhirat juga nanti. Mereka tutup rasa yakin mereka kepada hari akhirat. Mereka tutup sebelah mata.


 

Ayat 5:

لِيَومٍ عَظيمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

For a tremendous Day –

(MALAY)

pada suatu hari yang besar,

 

Yakni hari yang manusia akan berdiri dalam keadaan tidak beralas kaki, telanjang, lagi tidak berkhitan di tempat pemberhentian yang amat sulit, sesak, lagi menyengsarakan bagi orang yang durhaka, kerana mereka diselimuti oleh murka Allah ﷻ yang tiada suatu kekuatan pun yang mampu bertahan terhadapnya.

قَالَ الْإِمَامُ مَالِكٌ: عَنْ نَافِعٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ” {يَوْمَ يَقُومُ النَّاسُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ} حَتَّى يَغِيبَ أَحَدُهُمْ فِي رَشْحِهِ إِلَى أَنْصَافِ أُذُنَيْهِ”.

Imam Malik telah meriwayatkan dari Nafi’, dari Ibnu Umar, bahawa Nabi ﷺ pernah bersabda: di hari (ketika) manusia berdiri di hadapan Tuhan semesta alam, sehingga seseorang dari mereka tenggelam ke dalam keringatnya sampai sebatas pertengahan hidungnya. 

Imam Bukhari رحمه الله meriwayatkan hadis ini melalui Malik dan Abdullah ibnu Aun, keduanya dari Nafi’ dengan sanad yang sama. Imam Muslim رحمه الله telah meriwayatkannya melalui dua jalur pula.

Mereka akan dibangkitkan pada hari yang besar. Kalimah عَظيمٍ itu datang dari katadasar عَظمٍ, iaitu ‘tulang’. Tulang adalah benda yang keras, susah untuk dipatahkan. Allah ﷻ hendak memberitahu yang hari kiamat bukan besar sahaja, tetapi keras dan susah. Jangan mereka sangka yang mereka boleh lepas dengan mudah. Mereka akan ditanya tentang apa yang mereka lakukan dan mereka tidak boleh hendak lari.

Di dalam surah-surah sebelum ini telah disebutkan apa yang akan terjadi pada hari yang besar itu. Kalau tadabbur ayat-ayat dari surah-surah itu, maka akan tahulah betapa susahnya keadaan pada hari itu. Kalau mereka sudah dengar tentangnya, mereka tidak percayakah lagi? Mereka tidak takutkah lagi?

Orang yang yakin kepada adanya hari akhirat tidak akan buat begini. Tidak berbaloi, untung sedikit tetapi akan kena susah yang berat di akhirat kelak. Maka peniaga yang sebegini akan menjadi jujur dalam perniagaan mereka.


 

Ayat 6: Apakah hari itu? Allah ﷻ terangkan lagi. Allah ﷻ hendak suruh kita bayangkan keadaan di hari akhirat itu.

يَومَ يَقومُ النّاسُ لِرَبِّ العالَمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

The Day when mankind will stand before the Lord of the worlds?

(MALAY)

(iaitu) hari (ketika) manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam?

 

Hari itu semua manusia akan berdiri untuk mengadap Tuhan sekalian alam. Allah ﷻ itu adalah Tuhan kepada penjual, pembeli, semuanya sekali. Allah ﷻ beri peringatan kepada mereka: mereka tidak takutkah nanti hendak kena mengadap Allah ﷻ?

Allah ﷻ tahu segala apa yang kita lakukan, kecil atau besar. Apa mereka hendak jawab nanti kalau ditanya tentang segala perbuatan salah mereka itu? Maka para peniaga kena fikirkan: berbaloikah keuntungan yang sedikit itu tetapi merana di akhirat kelak?


 

Ayat 7: Ayat 7 – 17 adalah Perenggan Makro Kedua. Allah memberitahu tentang Sijjin. Ia adalah Kitab Catatan Amalan Golongan Keji.

كَلّا إِنَّ كِتابَ الفُجّارِ لَفي سِجّينٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

No! Indeed, the record of the wicked is in Sijjeen.

(MALAY)

Sekali-kali jangan curang, kerana sesungguhnya kitab orang yang durhaka tersimpan dalam Sijjin.

 

Dalam surah sebelum ini telah disebut tentang kitab amalan dan ada malaikat yang menulis kitab amalan itu. Sekarang ditambah maklumat tentang kitab amalan itu.

Ini tentang penyimpanan kitab amalan itu pula, untuk memastikan kitab itu selamat. Kalau zaman sekarang, data amat penting, sampaikan data-data dalam server ada backup, ada cara penyimpanan yang terkawal. Kitab amalan itu juga tersimpan rapi dan sekarang Allah ﷻ beritahu kita tentang di manakah kitab itu disimpan.

Seperti dalam surah-surah sebelum ini, kalimah كَلّا itu ada banyak kegunaannya:

Kalimah كَلّا boleh bermaksud – Tidak sepatutnya mereka melakukan sedemikian. Maka berhentilah dari meneruskankan amalan salah mengurangkan timbangan dalam takaran.

Kalimah كَلّا juga boleh bermaksud – Sikap mereka dan perbuatan mereka itu tidak akan menyelamatkan mereka langsung. Jangan mereka sangka yang mereka akan terselamat. Mereka mungkin sangka ianya kecil sahaja dan tidak direkodkan pun. Tetapi apabila Allah ﷻ sebut tentang kitab amalan dalam ayat ini, ini hendak menekankan yang semuanya akan direkodkan.

Kalimah الفُجّارِ itu diambil dari katadasar ف ج ر yang bermaksud ‘koyak’, ‘pecah’ yang juga digunakan oleh fajar (fajar subuh). Fajar itu adalah satu waktu di mana matahari ‘mengoyak’ kegelapan malam. Oleh itu, الفُجّارِ adalah mereka yang ‘mengoyak’ ketaatan kepada Tuhan tanpa takutkan kesan dari Allah ﷻ.

Ini memang jenis orang yang kurang ajar betul. Mereka jenis yang tidak takut pun buat dosa. Sampaikan ada antara mereka yang berlagak dengan dosa mereka, tidak takut buat kesalahan, tidak takut pun kalau orang lain tahu. Jadi, ini adalah jenis yang paling teruk sekali. Kerana ramai juga yang buat dosa, tetapi mereka malu, tidak tunjukkan kepada orang lain.

Sesungguhnya kitab suratan amal orang-orang jahat (faajir) berada dalam ‘سِجّينٍ’. سِجّينٍ dari perkataan سجن iaitu ‘penjara’. Kitab-kitab mereka diletakkan di dalam tempat yang seperti penjara tetapi penjara yang Allah ﷻ jadikan. Di dalam kitab itu tertulis senarai nama mereka yang ahli neraka, apakah yang telah dilakukan oleh penjahat-penjahat itu dan apakah hukuman yang mereka akan terima. Ada yang kata سِجّينٍ itu terletak jauh di dalam perut bumi.

Jadi, senarai nama mereka telah ada dalam senarai yang tersimpan. Dan kalau Allah ﷻ sudah masukkan sebagai ahli neraka, tidak akan dikeluarkan lagi. Inilah perkara paling penting yang Allah ﷻ hendak sampaikan. Maka kita kena ingat dan kena jaga amalan dan perbuatan kita semasa di dunia. Kerana kalau sudah masuk dalam senarai, memang tidak ada harapan lagi. Keluar air mata darah pun tidak akan dikeluarkan.


 

Ayat 8:

وَما أَدراكَ ما سِجّينٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And what can make you know what is sijjeen?

(MALAY)

Tahukah kamu apakah sijjin itu?

 

Dan apakah jalan yang membolehkan kamu mengetahui apakah سِجّينٍ itu? Allah ﷻ sedang bercakap dengan orang yang berdosa itu. Mereka ditakutkan dengan penjara yang akan menempatkan mereka.

Seolah-olah Allah ﷻ berkata: “Kamu jangan main-main dengan سِجّينٍ itu, jangan kamu sangka macam penjara dunia sahaja, buku biasa sahaja. Kamu tidak dapat hendak bayangkan kerana ianya adalah perkara ghaib. Yang penting, kamu kena takut dengan سِجّينٍ itu.”


 

Ayat 9: Oleh kerana kita takkan tahu bagaimana dan apakah سِجّينٍ itu, maka Allah ﷻ terangkan.

كِتابٌ مَرقومٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

It is [their destination¹ recorded in] a register inscribed.

  • The lowest depths of Hell.

(MALAY)

(Ialah) kitab yang bertulis.

 

Ianya adalah buku yang ditulis. مَرقومٌ bermaksud tulisan yang kuat yang tidak boleh dipadam lagi. Kalau dalam bahasa kita, kita gunakan kalimah ‘rakam’. Ia juga macam disulam atau dipahat pada batu. Kalau sudah tulis, bukan boleh dipadam lagi macam kita padam dengan getah pemadam, dengan air dan sebagainya.

Ianya adalah sesuatu yang sudah tetap dan sudah dirakam dan tersimpan kemas. Ianya tidak akan dilupakan dan tidak akan dipadam lagi sampai bila-bila – mereka yang nama sudah tertulis di situ sebenarnya tunggu mati untuk dimasukkan ke dalam neraka sahaja. Di dalamnya tertulis segala perbuatan manusia, kecil atau besar. Memang manusia senang lupa apa yang mereka telah lakukan, tetapi ianya tetap tertulis dalam kitab itu, ia tidak pergi ke mana-mana.

Oleh itu, سِجّينٍ ini mengandungi nama ahli neraka itu dan kedua, mengandungi amalan ahli neraka itu.


 

Ayat 10:

وَيلٌ يَومَئِذٍ لِلمُكَذِّبينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Woe, that Day, to the deniers,

 

(MALAY)

Kecelakaan yang besarlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan,

 

Kecelakaan besar pada hari itu kepada orang-orang yang mendustakan. Mereka telah mendustakan agama dan hari pembalasan. Maksud ‘mendustakan’ itu secara ringkasnya, mereka tidak percaya – mereka kata orang yang sampaikan tentang agama itu berdusta.

Ini telah banyak disebut dalam Al-Qur’an tentang mereka yang mendustakan. Boleh rujuk Infithar:9 dalam surah sebelum ini.


 

Ayat 11: Apakah yang mereka dustakan?

الَّذينَ يُكَذِّبونَ بِيَومِ الدّينِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Who deny the Day of Recompense.

(MALAY)

(yaitu) orang-orang yang mendustakan hari pembalasan.

 

Ini ayat yang lebih kurang sama dengan Infithar:9. Iaitu mereka yang mendustakan hari pembalasan. Maksudnya, mereka tidak percaya yang mereka akan dibangkitkan. Inilah yang menyebabkan mereka tidak takut langsung untuk menipu orang lain.

Sebab mereka tidak percaya bahawa akan ada hari kebangkitan semula dan segala perbuatan mereka akan dinilai. Mereka hanya nampak kehidupan di dunia sahaja dan mereka mahu dunia mereka untung sahaja. Dan kerana pemahaman beginilah yang menyebabkan kehidupan mereka macam itu.

Ayat ini lebih kurang sama dengan Infithar:9 sebelum ini, tetapi tidak ada lafaz بِيَومِ di dalamnya. Jadi ada kelainan sedikit iaitu penekanan kepada Hari Kiamat itu sendiri dalam surah ini. Dalam Surah Infithar itu, tentang manusia yang mendustakan agama terus – ini secara umum. Tetapi dalam surah ini, Allah ﷻ hendak menekankan tentang hari kebangkitan semula itu. Inilah yang menyebabkan manusia buat dosa, kerana mereka tidak percaya ada hari kiamat.

Dan kerana itulah ayat-ayat Al-Qur’an berkali-kali mengingatkan tentang hari kiamat itu. Allah ﷻ ingatkan berkali-kali kerana manusia selalu lupa. Apabila mereka baca Al-Qur’an, mereka teringat, tetapi apabila sibuk dengan dunia, mereka lupa balik sebab dunia yang mereka nampak jelas depan mata mereka. Oleh itu, benda yang manusia selalu lupalah yang Allah ﷻ ulang dan ulangi lagi.


 

Ayat 12: Siapa yang menolaknya?

وَما يُكَذِّبُ بِهِ إِلّا كُلُّ مُعتَدٍ أَثيمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And none deny it except every sinful transgressor.

(MALAY)

Dan tidak ada yang mendustakan hari pembalasan itu melainkan setiap orang yang melampaui batas lagi berdosa,

 

Dan tiada yang mendustakannya kecuali tiap-tiap orang yang melampaui batas dan amat derhaka.

Jadi ada dua sifat orang itu yang disebut dalam ayat ini. Pertamanya: مُعتَدٍ, yang bermaksud ‘melampau’. Iaitu boleh bermaksud mereka melampaui hak-hak orang lain. Mungkin pada pertama kali mereka buat, mereka rasa bersalah kerana berlawanan dengan fitrah manusia, tetapi kalau sudah lama buat berkali-kali, sudah tidak rasa apa lagi, sudah lali.

Beginilah yang dilakukan oleh para penzalim – tidak kira sama ada mereka itu ketua syarikat, ketua negara atau ketua keluarga. Mereka akan bertindak zalim kepada orang bawahan mereka, tidak penuhi hak-hak mereka.

Ia juga boleh bermaksud melampau dari segi akidah. Iaitu tidak menjaga tentang tauhid, ada buat perkara syirik. Ini memang masalah besar kerana kalau akidah ada masalah, dalam kehidupan mereka pun ada masalah juga. Mereka akan jadi orang yang melanggar hukum Allah ﷻ dan hukum kemanusian. Jadi, kebaikan di dunia, bermula dengan menjaga akidah.

Kalimah أَثيمٍ selalunya diterjemahkan sebagai ‘orang yang buat dosa’. Tetapi apakah maksud yang lebih tepat lagi? Ianya adalah mereka yang tidak boleh hendak buat benda baik. Dia tidak rasa selesa hendak buat perkara-perkara baik. Ini berbeza dengan orang normal, kerana ada orang yang buat salah, tetapi ada juga buat baik.

Hati orang yang أَثيمٍ itu rasa berat untuk buat benda baik. Orang yang jenis أَثيمٍ ini amat teruk, sampai tidak mahu buat benda yang baik. Mereka ini tolak Al-Qur’an langsung. Dan kalau sudah jadi أَثيمٍ, maknanya dia sudah pekat, dan tetap sebagai seorang yang buat jahat. Jadi, Allah ﷻ sedang sebut jenis orang yang paling teruk.


 

Ayat 13: Oleh kerana mereka itu teruk sangat, lihat apa yang mereka sanggup kata.

إِذا تُتلىٰ عَلَيهِ آياتُنا قالَ أَساطيرُ الأَوَّلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

When Our verses are recited to him, he says, “Legends of the former peoples.”

(MALAY)

yang apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, dia berkata: “Itu adalah dongengan orang-orang yang dahulu”

 

Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Allah ﷻ yang dari wahyu kitab, mereka akan berkata: “ini adalah dongeng orang-orang dahulu kala sahaja!”. Mereka kata ayat-ayat itu adalah cerita-cerita dongeng sahaja dan orang tidak percaya cerita dongeng. Mereka kata orang bodoh sahaja yang percaya kisah dongeng sebegini. Jadi mereka juga mempermain-mainkan ayat-ayat Allah ﷻ. Mereka hina ayat-ayat Allah ﷻ!

Kalimah تُتلىٰ maksudnya apabila ‘dibacakan’ kepadanya berkali-kali. Allah ﷻ uji mereka dengan ada orang yang bacakan ayat-ayat Al-Qur’an kepada mereka, kerana hendak tengok mereka terima atau tidak. Maksud ‘dibacakan’ itu adalah: mereka kena dibacakan ayat Al-Qur’an kerana mereka takkan hendak baca sendiri, jadi kena ada orang yang bacakan kepada mereka.

Kalimah أَساطيرُ dari katadasar س ط ر yang bermaksud mitos, lagenda, perkara yang tidak boleh dipercayai. Orang barat mengambil kalimah ini dan dijadikan ‘story’. Dan kepada mereka, begitulah Al-Qur’an. Pada mereka, kisah-kisah dan berita yang disampaikan dalam Al-Qur’an itu hanya menipu sahaja.

Mereka sanggup pula ejek orang-orang yang bacakan Al-Qur’an kepada mereka sebagai orang bodoh kerana boleh percaya benda macam itu. Lihatlah bagaimana mereka telah teruk sangat. Jarang kita jumpa orang yang macam ini.


 

Ayat 14: Allah ﷻ jelaskan kenapa mereka jadi begitu.

كَلّا ۖ بَل ۜ رانَ عَلىٰ قُلوبِهِم ما كانوا يَكسِبونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

No! Rather, the stain has covered their hearts of that which they were earning.¹

  • i.e., their sins.

(MALAY)

Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka.

 

Kalimah كَلّا dalam ayat ini Allah ﷻ menidakkan perbuatan mereka itu. Apa yang mereka lakukan itu bukanlah kebaikan. Maka berhentilah dari melakukannya lagi.

Kerana perbuatan buruk mereka itu, akan diletakkan رانَ (karat) pada hati mereka. Dan kekotoran karat itu akan tutup hati mereka apabila sudah banyak. Akhirnya sampai hati mereka jadi gelap terus dan tidak boleh terima hidayah. Setiap kali buat dosa, akan ada satu titik hitam.

Apabila manusia bertaubat, titik itu akan dihilangkan dan hati kembali bersih. Tetapi kalau terus buat lagi, terus jadi hitam, hingga semakin bertambah banyak, sampai mereka sudah tidak nampak kebenaran Al-Qur’an lagi.

Ibnu Jarir, Imam Turmuzi, Imam Nasai, dan Ibnu Majah رحمهم الله telah meriwayatkan melalui berbagai jalur dari Muhammad ibnu Ajlan, dari Al-Qa’qa’ ibnu Hakim, dari Abu Saleh, dari Abu Hurairah, dari Nabi ﷺ yang telah bersabda:

إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا أَذْنَبَ ذَنْبًا كَانَتْ نُكْتَةٌ سَوْدَاءُ فِي قَلْبِهِ، فَإِنْ تَابَ مِنْهَا صُقِلَ قَلْبُهُ، وَإِنْ زَادَ زَادَتْ، فَذَلِكَ قَوْلُ اللَّهِ: {كَلا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ}

Sesungguhnya seorang hamba itu apabila melakukan suatu dosa, maka terjadilah noktah hitam di hatinya; dan apabila dia bertaubat darinya, maka noktah itu lenyap dari hatinya dan menjadi cemerlang; dan apabila dia menambah dosanya lagi, maka bertambah pulalah noktahnya. Yang demikian itu disebutkan oleh firman-Nya; “Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka.” (Al-Muthaffifin: 14)

Imam Turmuzi mengatakan bahawa hadis ini kalau tidak hasan, sahih.

Tidaklah ayat-ayat Allah ﷻ itu mempunyai cacatnya. Bahkan hati mereka telah diselaputi karat dengan sebab perbuatan mereka sampai mereka tidak dapat menerima kebenaran dari Al-Qur’an.

Ini menunjukkan bahawa apabila manusia melakukan dosa, hati mereka akan mempunyai titik hitam. Dan akan bertambah setiap kali membuat dosa. Kalau seorang hamba Allah ﷻ itu meminta ampun, hatinya akan dicuci bersih, tetapi kalau tidak, akan bertambah-tambah lagi titik hitam pada hati itu. Akhirnya apabila hati manusia itu telah menjadi hitam, dia akan melawan arahan Tuhannya.

Tidak berbaloi mereka dikenakan dengan azab ini kalau dibandingkan dengan apa yang mereka dapat. Memang bukan banyak pun mereka dapat kalau mereka tipu orang lain dalam perniagaan. Maka, mereka kena fikirkanlah, apa yang lebih penting – jaga agama atau untuk dapat untung yang sedikit?


 

Ayat 15:

كَلّا إِنَّهُم عَن رَبِّهِم يَومَئِذٍ لَمَحجوبونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

No! Indeed, from their Lord, that Day, they will be partitioned.¹

  • i.e., they will not be able to see Him.

(MALAY)

Sekali-kali tidak, sesungguhnya mereka pada hari itu benar-benar tertutup dari Tuhan mereka.

 

Maksud كَلّا dalam ayat ini: Jangan lagi mereka berbuat demikian! Jangan kamu sampai jadi begitu, ubahlah sikap kamu.

Mereka pada hari itu akan ditutup dari melihat Tuhan mereka. Kalimah لَمَحجوبونَ dari katadasar ح ج ب yang bermaksud sesuatu yang menghalang, menahan, menutup, melindungi, menyorok, menjadi dinding. Kita biasa gunakan kalimah ‘hijab’ juga dalam kamus bahasa kita.

Maknanya ada hijab di antara mereka dan Allah ﷻ. Kalimah ‘hijab’ adalah penghadang. Ia adalah kesan dari kesalahan dan dosa yang mereka lakukan, mereka tidak akan dapat melihat Allah ﷻ di akhirat nanti dan ini adalah azab rohani. Ini adalah kerana mereka tidak layak tengok Allah ﷻ.

Sebagai manusia, tentu kita hendak melihat Allah ﷻ, melihat Tuhan yang menjadikan kita dan telah menjaga kita selama hari ini. Kalau kita tidak pernah tengok emak ayah kita kerana kita dari lahir telah diberikan kepada orang lain, tentu teringin hendak tengok macam mana rupa emak dan ayah kita, bukan? Apatah lagi kalau Allah ﷻ yang menjadikan kita?

Jadi amat pelik kalau ada manusia tidak teringin hendak tengok Allah ﷻ. Tetapi Allah ﷻ tidak mahu beri orang yang berdosa melihatNya kerana Allah ﷻ murka kepada mereka. Mereka tidak akan diberikan dengan satu nikmat yang amat besar, iaitu nikmat melihat Allah ﷻ, Tuhan kita. Jadi, kita kena simpan niat dalam hati kita untuk lihat Allah ﷻ, dan Allah ﷻ hanya melihat hambaNya yang di dalam syurga sahaja – maka kena masuk syurga dahulu.

Tetapi mereka akan tetap dapat melihat neraka dan segala azab yang akan dikenakan kepada mereka. Sebelum dimasukkan ke dalam neraka, mereka akan ditunjukkan neraka itu kepada mereka – neraka ditarik keluar dan ditunjukkan kepada ahli neraka. Dan apabila neraka itu ditunjukkan kepada mereka, mereka akan terus melihat neraka, mata mereka akan terpaku. Ini adalah sebagai azab rohani.

Ayat ini juga adalah sebagai isyarat dan dalil bahawa orang mukmin akan dapat melihat Allah ﷻ di hari akhirat nanti. Kalau orang berdosa tidak dapat melihat Allah ﷻ, maknanya orang mukmin akan dapat lihat Allah ﷻ. Ini adalah berita gembira kepada orang mukmin. Jadi ayat ini adalah ancaman kepada orang kafir dan berita gembira kepada orang mukmin. Ini dikuatkan lagi dengan ayat lain:

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ ناضِرَةٌ إِلى رَبِّها ناظِرَةٌ

Wajah-wajah (orang-orang mukmim) pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat. (Al-Qiyamah: 22-23)


 

Ayat 16: Azab mereka akan diteruskan. Ini adalah azab jasmani pula. Tadi, tidak dapat melihat Allah ﷻ adalah azab rohani. Kemudian ditunjukkan neraka itu sendiri sebagai azab rohani juga. Sekarang, disebut yang mereka akan dimasukkan ke dalam neraka itu.

ثُمَّ إِنَّهُم لَصالُو الجَحيمِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then indeed, they will [enter and] burn in Hellfire.

(MALAY)

Kemudian, sesungguhnya mereka benar-benar masuk neraka.

 

Kemudian mereka akan masuk ke dalam Neraka Jahannam. Kita pun sudah lama tahu yang mereka akan masuk neraka. Akan tetapi, dari segi bahasa yang digunakan dalam ayat ini ada sedikit penerangan tambahan.

Kalimah yang digunakan adalah صالُو dan ia adalah dalam bentuk isim fa’il. Ia memberi isyarat yang mereka sendiri akan memasukkan diri mereka ke dalam neraka. Mereka tentunya tidak mahu, tetapi mereka tidak dapat menahan diri mereka dari masuk ke dalam neraka. Allah ﷻ akan buat supaya mereka sendiri akan terjun ke dalam neraka.


 

Ayat 17:

ثُمَّ يُقالُ هٰذَا الَّذي كُنتُم بِهِ تُكَذِّبونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then it will be said [to them], “This is what you used to deny.”

(MALAY)

Kemudian, dikatakan (kepada mereka): “Inilah azab yang dahulu selalu kamu dustakan”.

 

Kemudian akan dikatakan kepada mereka: “Inilah dia azab yang kamu dustakan dahulu semasa kamu di dunia.” Dikatakan hal tersebut kepada mereka dengan nada mengecam, mencemuh, menghina dan merendahkan mereka. Lebih kurang begini: “Dahulu semasa di dunia, kamu tidak percaya, sekarang sudah masuk ke dalam, kamu tidak percaya lagikah?”

Kata-kata ini adalah sebagai azab rohani. Sudahlah mereka kena seksa dengan azab jasmani, dikatakan lagi kata-kata yang menyakitkan hati. Macam budak nakal kena rotan dengan guru – sambil rotan, sambil kena marah dengan kata-kata menyakitkan hati. Ini memang pedih, kerana sakit punggung kerana dipukul beberapa hari hilanglah, tetapi kadang-kadang, sakit hati kena marah dan kejian dari guru itu boleh dibawa sampai ke pencen.

Kalimah yang digunakan adalah يُقالُ (dikatakan) iaitu dalam bentuk pasif. Dan digunakan dalam bentuk pasif, kerana Allah ﷻ telah kata yang ada hijab antara mereka dan Allah ﷻ. Maknanya, hijab suara sekali. Allah ﷻ tidak cakap terus kepada mereka.

Oleh itu, lafaz-lafaz ini dan banyak lagi akan dikatakan semasa mereka masuk ke dalam neraka. Mereka diingatkan yang dahulu mereka kata kisah tentang neraka itu adalah kisah dongeng sahaja, tipuan sahaja, nah sekarang, rasalah.

Penerangan tentang Hari Akhirat dalam surah ini memang keras lebih lagi dari surah-surah sebelum ini. Ini adalah kerana mereka yang sedang disebutkan ini adalah jenis orang yang tidak boleh diharap lagi untuk berubah. Maka diberikan ancaman yang cukup-cukup kepada mereka.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 28 September 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah Tawbah Ayat 120 – 121 (Kelebihan keluar berjihad)

BALASAN TERBAIK

Tawbah Ayat 120: Ayat ini adalah sebagai targhib (ajakan) kepada jihad. Melalui ayat ini, Allah ﷻ beritahu orang mukmin yang mereka tidak sepatutnya tinggalkan jihad kerana banyak sekali kelebihan di dalamnya.

ما كانَ لِأَهلِ المَدينَةِ وَمَن حَولَهُم مِّنَ الأَعرابِ أَن يَتَخَلَّفوا عَن رَّسولِ اللَّهِ وَلا يَرغَبوا بِأَنفُسِهِم عَن نَّفسِهِ ۚ ذٰلِكَ بِأَنَّهُم لا يُصيبُهُم ظَمَأٌ وَلا نَصَبٌ وَلا مَخمَصَةٌ في سَبيلِ اللَّهِ وَلا يَطَئونَ مَوطِئًا يَغيظُ الكُفّارَ وَلا يَنالونَ مِن عَدُوٍّ نَّيلًا إِلّا كُتِبَ لَهُم بِهِ عَمَلٌ صٰلِحٌ ۚ إِنَّ اللَّهَ لا يُضيعُ أَجرَ المُحسِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

It was not [proper] for the people of Madīnah and those surrounding them of the bedouins that they remain behind after [the departure of] the Messenger of Allāh or that they prefer themselves over his self.¹ That is because they are not afflicted by thirst or fatigue or hunger in the cause of Allāh, nor do they tread on any ground that enrages the disbelievers, nor do they inflict upon an enemy any infliction but that it is registered for them as a righteous deed. Indeed, Allāh does not allow to be lost the reward of the doers of good.

  • In times of hardship. Rather, they should have been willing to endure with the Prophet () whatever was necessary for Islām.

(MALAY)

Tidaklah sepatutnya bagi penduduk Madinah dan orang-orang Arab Badwi yang tinggal di sekitar mereka, tidak turut menyertai Rasulullah (berperang) dan tidak patut (pula) bagi mereka lebih mencintai diri mereka daripada mencintai diri Rasul. Yang demikian itu ialah kerana mereka tidak ditimpa kehausan, kepayahan dan kelaparan pada jalan Allah, dan tidak (pula) menginjak suatu tempat yang membangkitkan amarah orang-orang kafir, dan tidak menimpakan sesuatu bencana kepada musuh, melainkan dituliskanlah bagi mereka dengan yang demikian itu suatu amal soleh. Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik,

 

ما كانَ لِأَهلِ المَدينَةِ وَمَن حَولَهُم مِّنَ الأَعرابِ

Tidaklah sepatutnya bagi penduduk Madinah dan orang-orang Arab Badwi yang tinggal di sekitar mereka,

Maksudnya, tidak patut bagi sesiapa pun dalam kalangan orang Muslim di mana-mana sahaja untuk tinggal di belakang Rasulullah ﷺ setelah baginda arahkan untuk pergi jihad. Dalam ayat ini dikatakan tidak patut bagi orang yang duduk di Madinah, dan orang yang sekitar Madinah dari golongan Arab Badwi. Kalau sekarang, bukanlah untuk mereka sahaja kerana sekarang Islam sudah merebak ke seluruh dunia. Cuma ayat ini pertama kalinya dikhitab (disampaikan) kepada mereka adalah kerana merekalah yang tinggal bersama dengan Rasulullah ﷺ.

 

أَن يَتَخَلَّفوا عَن رَّسولِ اللَّهِ

tidak turut menyertai Rasulullah

Iaitu tertinggal daripada menyertai jihad dengan Rasulullah ﷺ. Tidak patut mereka tidak menyertai Nabi Muhammad ﷺ dalam peperangan. Amat rugi sekali kerana mereka berpeluang berjuang bersama dengan baginda. Ini adalah peluang yang mereka sahaja ada kerana mereka hidup sezaman dengan baginda. Kita yang hidup pada zaman sekarang tidak ada langsung peluang ini. Tambahan pula arahan yang diberikan adalah arahan jihad yang wajib iaitu sesiapa sahaja yang mampu mesti menghadirkan diri.

 

وَلا يَرغَبوا بِأَنفُسِهِم عَن نَّفسِهِ

dan tidak patut (pula) bagi mereka lebih mencintai diri mereka daripada mencintai diri Rasul.

Tidak patut mereka lebih mengutamakan diri mereka daripada diri Rasulullah ﷺ. Kalimah يَرغَبوا daripada katadasar ر غ ب yang bermaksud mendambakan, mengharap, menjadikan banyak, tunjuk keengganan, tidak suka, tidak bernafsu, melebihkan orang lain daripada diri kita, meminta, cinta, rindu. Maksud ayat ini menegur mereka kerana tidak patut mereka melebihkan urusan peribadi diri mereka daripada urusan dengan Nabi ﷺ. Tidak patut mereka lebih sayangkan diri mereka daripada sayang Rasulullah ﷺ. Sebagai seorang Muslim, hendaklah mencintai dan melebihkan Nabi ﷺ daripada diri kita sendiri.

قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا ابْنُ لَهِيعَةَ، عَنْ زُهْرَةَ بْنِ مَعْبَدٍ، عَنْ جَدِّهِ قَالَ: كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَهُوَ آخِذٌ بِيَدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ، فَقَالَ: وَاللَّهِ لَأَنْتَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ إِلَّا مِنْ نَفْسِي فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ نَفْسِهِ”. فَقَالَ عُمَرُ: فَأَنْتَ الْآنَ وَاللَّهِ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ نَفْسِي. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ: “الْآنَ يَا عُمَرُ”
Imam Ahmad رحمه الله mengatakan, telah menceritakan kepada kami Qutaibah ibnu Sa’id, telah menceritakan kepada kami Ibnu Luhai’ah, daripada Zahrah ibnu Ma bad, daripada datuknya yang mengatakan bahawa kami bersama Rasulullah ﷺ, pada saat itu baginda ﷺ sedang memegang tangan Umar ibnul Khattab رضي الله عنه. Umar ibnul Khattab رضي الله عنه berkata, “Demi Allah, wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau lebih aku sukai daripada segala sesuatu kecuali diriku sendiri.” Maka Rasulullah ﷺ bersabda: Tidaklah beriman (dengan iman yang sempurna) seseorang di antara kalian sebelum aku lebih dicintai olehnya daripada dirinya sendiri. Lalu Umar ibnul Khattab رضي الله عنه berkata, “Sekarang engkau lebih aku cintai daripada diriku sendiri.” Dan Rasulullah ﷺ bersabda, “Memang begitulah seharusnya, hai Umar.”
(Riwayat Ahmad (18193))
Sahih menurut Syu’aib al-Arnauth

Kenanglah kisah seorang sahabat bernama Khubaib رضي الله عنه. Khubaib رضي الله عنه sempat dipenjarakan oleh puak Quraisy, kemudian mereka bersepakat untuk membunuhnya. Mereka membawanya keluar dari Tanah Haram menuju ke Tan‘im (untuk dibunuh di tanah halal kerana merekat hormati Tanah Haram). Ketika mereka mahu menyalibnya, beliau berkata, “Tolong biarkan aku sebentar, agar aku dapat solat dua rakaat.” Mereka pun membiarkannya untuk solat dua rakaat. Setelah dia memberi salam, dia berkata, “Demi Allah, kalau kamu tidak menuduh aku takut, pasti akan kutambah solatku.” Selepas itu Abu Sufyan bertanya, “Adakah engkau gembira jika Muhammad ﷺ ada bersama kami untuk dipenggal lehernya, manakala engkau kami lepaskan pulang untuk hidup tenang bersama keluargamu?”

Beliau menjawab, “Tidak! Demi Allah, aku tidak pernah berasa gembira untuk tinggal bersama keluargaku, jika Muhammad berada di tempatnya sekarang ini dalam keadaan tertusuk duri.”

Lihatlah bagaimana kasihnya Khubaib رضي الله عنه kepada Rasulullah ﷺ. Jangan kata gantikan tempatnya (untuk dibunuh), kalau baginda terkena duri pun beliau tidak sanggup.

Maka apakah tanda yang kita cinta kepada Rasulullah ﷺ? Tentulah dengan mentaatinya, bukan? Kerana itulah ada penyair yang mengatakan:

إن المحب لمن يحب مطيع
Sesungguhnya seorang yang mencintai, kepada yang dicintainya dia taat.

Oleh itu kita mestilah ikuti Sunnah Rasulullah ﷺ dan cara hidup baginda. Bukannya tunjuk cinta dengan mengadakan majlis Mawlid Nabi pula. Itu adalah amalan bid’ah dan tidak pernah diamalkan oleh para sahabat. Lihatlah para sahabat yang paling sayang kepada Rasulullah ﷺ pun tidak pernah menyambut harijadi Nabi ﷺ. Jelas sekali perbuatan manusia yang menyambut Mawlid ini adalah karut semata-mata. Mereka hanya mendakwa mereka cintakan Rasulullah ﷺ tetapi tidak mengamalkan apa yang baginda ajar.

 

ذٰلِكَ بِأَنَّهُم لا يُصيبُهُم ظَمَأٌ وَلا نَصَبٌ

Yang demikian itu ialah kerana mereka tidaklah ditimpa kehausan, dan tidaklah keletihan

Sekarang masuk kepada ayat targhib (motivasi) kepada jihad. Mereka akan mendapat pahala yang banyak apabila pergi berjihad. Memanglah sesiapa yang terlibat dalam jihad akan mengalami kepayahan yang banyak. Kalau kita ambil contoh Perang Tabuk itu, mereka tentulah kehausan yang amat sangat kerana waktu itu musim panas dan perjalanan amat jauh. Sudahlah panas, perjalanan jauh, kenderaan pun tidak ada sampaikan kebanyakan daripada mereka berjalan kaki sejauh lebih 600 KM. Maka tentulah mereka amat-amat letih. Namun semua itu tidaklah percuma. Ia dibalas dengan ganjaran pahala.

Maka begitu jugalah bagi kita yang menjalankan kerja dakwah yang kadangkala mengalami kepayahan juga. Antaranya dalam menjalankan kerja dakwah itu, dalam perjalanan tentu akan bertemu dengan kehausan dan kepenatan. Cuma tidaklah seteruk mujahideen zaman Nabi itu kerana zaman sekarang banyak sahaja kemudahan seperti kedai menjual makanan dan minuman. Selalunya kalau kita bermusafir, lebih banyak makan berbanding semasa duduk di rumah, bukan?

Ini mengubah paradigma kita tentang pahala yang Allah ‎ﷻ berikan. Pahala bukan sahaja didapati daripada amalan yang kita buat seperti solat, zikir dan lain-lain. Pahala juga didapati jikalau kita menanggung kesusahan dan kepayahan dalam menjalankan ibadah. Ini seperti firman Allah ﷻ di dalam Yaasin: 12

إِنّا نَحنُ نُحى المَوتىٰ وَنَكتُبُ ما قَدَّموا وَءآثٰرَهُم ۚ وَكُلَّ شَيءٍ أَحصَينٰهُ في إِمامٍ مُّبينٍ
Sesungguhnya Kami menghidupkan yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu Kami catitkan satu persatu dalam kitab yang jelas nyata.

Ulama’ membahaskan apakah yang dimaksudkan dengan وَءآثٰرَهُم iaitu kesan-kesan yang mereka alami. Sekiranya ada kesusahan, belanja yang dikeluarkan dan perkara-perkara yang berkaitan di dalam melakukan ibadat, ia pasti dibalas dengan pahala juga.

Maka sekarang Allah ﷻ sebut satu persatu kesusahan yang dihadapi oleh mereka yang berjihad terutama sekali di Perang Tabuk. Pertama disebut kehausan yang amat sangat dan kedua disebut keletihan yang amat sangat.

 

وَلا مَخمَصَةٌ في سَبيلِ اللَّهِ

dan kelaparan pada jalan Allah, 

Selain daripada mengalami dahaga dan penat semasa menjalankan jihad pada jalan Allah ﷻ, mereka juga akan mengalami kelaparan, kerana kadang-kadang dalam perjalanan itu tidak ada makanan. Begitulah yang dialami oleh mereka yang telah pergi ke Medan Tabuk. Sampaikan ada yang hampir mati kerana kehausan dan ada juga kisah dua orang sahabat yang berkongsi sebiji kurma sahaja.

 

وَلا يَطَئونَ مَوطِئًا يَغيظُ الكُفّارَ

dan tidak (pula) menginjak suatu tempat yang dipijak yang membangkitkan amarah orang-orang kafir, 

Ada masanya pula mereka terpaksa memijak mana-mana tempat orang kafir yang tidak disukai oleh orang kafir itu kerana mereka tidak suka kita mengajak mereka masuk Islam, masuk kawasan mereka.

Atau, boleh juga bermaksud, yang menyebabkan orang kafir gentar dengan kedatangan umat Islam dalam dakwah dan perang.

Itulah yang dialami oleh para mujahideen di jalan Allah ﷻ. Begitu juga orang yang berdakwah. Kadangkala kalau kita pergi ke tempat yang orang tidak suka, hati kita pun tidak sedap, bukan? Akan tetapi usaha dakwah memang kena masuk kawasan mereka. Kadangkala ada juga orang tidak suka pendakwah Tauhid datang kerana kita menegur kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan. Ini semua bukanlah sesuatu yang senang namun tetap kita lakukan.

 

وَلا يَنالونَ مِن عَدُوٍّ نَّيلًا

dan tidak menimpakan sesuatu bencana kepada musuh,

Ada masanya, umat Islam mesti berperang dengan orang kafir kerana mereka menentang kita menyampaikan dakwah Islam. Mereka tidak benarkan kita masuk ke negara mereka untuk berdakwah. Kalau mereka benarkan, tidak ada masalah. Apabila kita perangi mereka, mereka akan disakiti.

Tentunya semua perkara yang disebut di atas adalah perkara yang berat dan payah bagi mereka yang menjalankan kerja dakwah, terutama kalau terpaksa berperang dengan orang kafir. Namun kepayahan itu bukan percuma sahaja, kerana Allah ﷻ balas dengan kebaikan.

إِلّا كُتِبَ لَهُم بِهِ عَمَلٌ صٰلِحٌ

melainkan dituliskanlah bagi mereka dengan yang demikian itu suatu amal soleh. 

Semua perbuatan mereka itu, dan segala kesusahan yang mereka alami itu dikira sebagai amalan soleh. Setiap pergerakan mereka semua dikira amal soleh. Setiap langkah mereka akan diberikan dengan pahala. Dalam ayat ini, Allah ﷻ memberitahu yang Dia menghargai segala perbuatan baik hamba-Nya.

Malah, semakin susah tugas mereka dan dugaan yang mereka hadapi, semakin banyak tingkatan pahala. Maksudnya, pahala orang yang berdakwah dengan cara mudah dengan orang yang berdakwah dengan cara susah, tidak sama. Kalau kita yang berdakwah melalui FB sahaja tentulah tidak sama pahalanya dengan mereka yang terpaksa berdebat dengan orang lain di dunia luar. Tentunya tidak sama dengan pahala orang yang pergi ke kawasan pedalaman untuk berdakwah kepada orang di sana. Mereka lebih tinggi pahalanya kerana kepayahan yang mereka harus hadapi. Allah ﷻ balas segala kepayahan itu dengan pahala yang berlipat ganda.

 

إِنَّ اللَّهَ لا يُضيعُ أَجرَ المُحسِنينَ

Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik,

Allah ﷻ tidak akan menghampakan segala perbuatan baik hamba-Nya, dengan Dia akan memberi balasan kepada mereka yang mempunyai hati yang baik dan melakukan perbuatan yang baik. Allah ﷻ juga mahu berbuat baik kepada orang yang sanggup berjihad dan bersusah payah untuk kebaikan orang lain.

Bayangkan, kalaulah tiada orang-orang terdahulu berjuang untuk menyebarkan agama Islam ini, entah apa yang akan berlaku kepada kebanyakan negara yang sekarang ini sudah Islam seperti Iran, Iraq, Pakistan dan merata-rata tempat. Negara-negara itu dan negara-negara lain yang sudah Islam sekarang, bukanlah asalnya terus negara Islam, tetapi dibuka oleh para sahabat dan para pengikut mereka dalam kalangan tabien dan tabi’ tabein.

Hasilnya juga didapati oleh negara kita juga dan dengan itu adanya pendakwah yang datang ke negara ini dengan susah dan payah untuk menyampaikan agama Islam kepada penduduk asal negara ini. Maka, kita sekarang senang sahaja masuk Islam. Lahir-lahir sahaja sudah dalam keluarga Muslim dan negara yang mudah mengamalkan Islam. Memang mudah sangat untuk kita amalkan Islam di negara ini dan tidak ada alasan lagi bagi kita untuk tidak mengamalkannya.


 

Tawbah Ayat 121:

وَلا يُنفِقونَ نَفَقَةً صَغيرَةً وَلا كَبيرَةً وَلا يَقطَعونَ وادِيًا إِلّا كُتِبَ لَهُم لِيَجزِيَهُمُ اللَّهُ أَحسَنَ ما كانوا يَعمَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Nor do they spend an expenditure, small or large, or cross a valley but that it is registered for them that Allāh may reward them for the best of what they were doing.

(MALAY)

dan mereka tiada menafkahkan suatu nafkah yang kecil dan tidak (pula) yang besar dan tidak melintasi suatu lembah, melainkan dituliskan bagi mereka (amal saleh pula) kerana Allah akan memberi balasan kepada mereka yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.

 

وَلا يُنفِقونَ نَفَقَةً صَغيرَةً وَلا كَبيرَةً

dan mereka tiadalah menafkahkan suatu nafkah yang kecil dan tidak (pula) yang besar

Segala infak mereka akan dinilai dan diterima oleh Allah ﷻ, tidak kira sedikit atau banyak. Kadang-kadang kita segan hendak beri kerana sedikit sangat, namun Allah ﷻ beritahu yang Allah ﷻ hargai juga walaupun sebanyak mana sedekah yang kita keluarkan.

Saidina Uthman ibn Affan رضي الله عنه telah membelanjakan banyak sekali dalam Perang Tabuk itu seperti disebutkan oleh Abdullah ibnu Imam Ahmad رحمه الله:

Ada hadith yang masyhur tentang Saidina Uthman رضي الله عنه yang menginfakkan 300 ekor unta untuk Perang Tabuk ini. Kita lihat hadithnya dahulu,

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ خَبَّابٍ قَالَ شَهِدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَحُثُّ عَلَى جَيْشِ الْعُسْرَةِ فَقَامَ عُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ عَلَيَّ مِائَةُ بَعِيرٍ بِأَحْلَاسِهَا وَأَقْتَابِهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ ثُمَّ حَضَّ عَلَى الْجَيْشِ فَقَامَ عُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ عَلَيَّ مِائَتَا بَعِيرٍ بِأَحْلَاسِهَا وَأَقْتَابِهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ ثُمَّ حَضَّ عَلَى الْجَيْشِ فَقَامَ عُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ عَلَيَّ ثَلَاثُ مِائَةِ بَعِيرٍ بِأَحْلَاسِهَا وَأَقْتَابِهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَأَنَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْزِلُ عَنْ الْمِنْبَرِ وَهُوَ يَقُولُ مَا عَلَى عُثْمَانَ مَا عَمِلَ بَعْدَ هَذِهِ مَا عَلَى عُثْمَانَ مَا عَمِلَ بَعْدَ هَذِهِ
Daripada [Abdurrahman bin Khabbab رضي الله عنه] dia berkata; Aku melihat Nabi ﷺ ketika baginda memberi cadangan terhadap pasukan ‘Usrah (pasukan Tabuk). Lalu ‘Utsman bin ‘Affan رضي الله عنه berdiri sambil berkata; “Wahai Rasulullah, aku akan memberikan seratus unta lengkap dengan muatan dan pelananya untuk (berjuang) di jalan Allah.” Kemudian baginda memberi cadangan terhadap pasukan tersebut, maka Utsman bin ‘Affan رضي الله عنه berdiri sambil berkata; “Wahai Rasulullah, saya tambah dua ratus lagi lengkap dengan muatan dan pelananya untuk (berjuang) di jalan Allah.” Kemudian baginda memberi cadangan terhadap tentera, maka Utsman bin ‘Affan رضي الله عنه berdiri sambil berkata; “Wahai Rasulullah, aku akan menambah tiga ratus unta lagi lengkap dengan muatan dan pelananya untuk (berjuang) di.jalan Allah.” Maka aku melihat Rasulullah ﷺ turun dari mimbar sambil bersabda: “Maka tidak ada lagi yang dapat membahayakan Utsman رضي الله عنه setelah kebaikannya ini, tidak ada lagi yang dapat membahayakan Utsman رضي الله عنه setelah kebaikannya ini (dosa dan kesalahannya terampuni baik yang lalu dan akan datang -pent).”
(Sunan Tirmizi (3633))
Status: dhaif

Kita selalu dengar kisah Saidina Abu Bakar رضي الله عنه yang menginfakkan seluruh hartanya dan Saidina Umar رضي الله عنه yang hendak mengalahkan Abu Bakar رضي الله عنه tetapi hanya mampu memberi separuh hartanya. Malah banyak lagi kisah para sahabat lain yang miskin tetapi mereka memberi apa yang mereka mampu. Ada dalam kalangan mereka yang kaya yang boleh beri banyak dan ada yang miskin maka hanya mampu beri sedikit. Sedikit atau banyak itu semuanya diambil kira oleh Allah ﷻ dan akan diberi balasan kepada mereka yang memberi.

 

وَلا يَقطَعونَ وادِيًا

dan tidak melintasi suatu lembah, 

Setiap kali mereka melintasi mana-mana lembah dalam perjalanan mereka di dalam jihad mereka, mana-mana kawasan, malah setiap langkah mereka akan dinilai dan direkodkan untuk dibalas. Setiap langkah mereka akan dibalas dengan pahala.

 

إِلّا كُتِبَ لَهُم لِيَجزِيَهُمُ اللَّهُ أَحسَنَ ما كانوا يَعمَلونَ

melainkan dituliskan bagi mereka (amal saleh pula) kerana Allah akan memberi balasan kepada mereka yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.

Segala infak dan segala usaha mereka dalam dakwah dan jihad itu akan ditulis sebagai amalan soleh. Tidak kisah sama ada kecil ataupun besar.

Termasuk dalam perkara ini adalah dalam usaha kita menuntut ilmu kerana dalam menuntut ilmu, kita kena keluarkan belanja dan kena bergerak mengembara untuk mencari ilmu itu. Kena pergi ke kelas pengajian yang tentunya selalu bukan di rumah kita. Segala usaha itu akan ditulis oleh malaikat.

Tujuan direkodkan itu adalah kerana Allah ﷻ akan balas dengan sebaik-baik balasan lebih daripada apa yang mereka amalkan. Kita akan mendapat balasan berlipat kali ganda daripada usaha dan infak kita itu.

Satu lagi maksud ayat ini, Allah ﷻ akan balas berdasarkan kepada amalan kita yang paling baik. Kita tentu ada banyak amalan kebaikan. Ada yang kecil dan ada yang besar. Namun Allah ﷻ balas nanti mengikut markah amalan yang terbesar itu. Kalau amalan yang kecil pun Allah ﷻ balas mengikut markah amalan yang terbesar itu.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 25 Julai 2023

Ringkasan Surah Tawbah


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Ustaz Solahuddin

Maariful Qur’an

Ustaz Abdul Muien

Tafsir Surah Tawbah. Kisah Ka’ab bin Malik رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ

Ada banyak pengajaran yang kita boleh ambil daripada kisah Ka’ab bin Malik رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ. Mari kita perhatikan hadith yang panjang ini dan pengajaran yang kita boleh ambil darinya. Hadith ini adalah riwayat Muslim:

عَنْ ابْنِ شِهَابٍ قَالَ ثُمَّ غَزَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَزْوَةَ تَبُوكَ وَهُوَ يُرِيدُ الرُّومَ وَنَصَارَى الْعَرَبِ بِالشَّامِ قَالَ ابْنُ شِهَابٍ فَأَخْبَرَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ كَعْبٍ كَانَ قَائِدَ كَعْبٍ مِنْ بَنِيهِ حِينَ عَمِيَ قَالَ سَمِعْتُ كَعْبَ بْنَ مَالِكٍ يُحَدِّثُ حَدِيثَهُ حِينَ تَخَلَّفَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي غَزْوَةِ تَبُوكَ

قَالَ كَعْبُ بْنُ مَالِكٍ لَمْ أَتَخَلَّفْ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي غَزْوَةٍ غَزَاهَا قَطُّ إِلَّا فِي غَزْوَةِ تَبُوكَ غَيْرَ أَنِّي قَدْ تَخَلَّفْتُ فِي غَزْوَةِ بَدْرٍ وَلَمْ يُعَاتِبْ أَحَدًا تَخَلَّفَ عَنْهُ إِنَّمَا خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْمُسْلِمُونَ يُرِيدُونَ عِيرَ قُرَيْشٍ حَتَّى جَمَعَ اللَّهُ بَيْنَهُمْ وَبَيْنَ عَدُوِّهِمْ عَلَى غَيْرِ مِيعَادٍ

وَلَقَدْ شَهِدْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةَ الْعَقَبَةِ حِينَ تَوَاثَقْنَا عَلَى الْإِسْلَامِ وَمَا أُحِبُّ أَنَّ لِي بِهَا مَشْهَدَ بَدْرٍ وَإِنْ كَانَتْ بَدْرٌ أَذْكَرَ فِي النَّاسِ مِنْهَا

وَكَانَ مِنْ خَبَرِي حِينَ تَخَلَّفْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي غَزْوَةِ تَبُوكَ أَنِّي لَمْ أَكُنْ قَطُّ أَقْوَى وَلَا أَيْسَرَ مِنِّي حِينَ تَخَلَّفْتُ عَنْهُ فِي تِلْكَ الْغَزْوَةِ وَاللَّهِ مَا جَمَعْتُ قَبْلَهَا رَاحِلَتَيْنِ قَطُّ حَتَّى جَمَعْتُهُمَا فِي تِلْكَ الْغَزْوَةِ

فَغَزَاهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي حَرٍّ شَدِيدٍ وَاسْتَقْبَلَ سَفَرًا بَعِيدًا وَمَفَازًا وَاسْتَقْبَلَ عَدُوًّا كَثِيرًا فَجَلَا لِلْمُسْلِمِينَ أَمْرَهُمْ لِيَتَأَهَّبُوا أُهْبَةَ غَزْوِهِمْ فَأَخْبَرَهُمْ بِوَجْهِهِمْ الَّذِي يُرِيدُ

وَالْمُسْلِمُونَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَثِيرٌ وَلَا يَجْمَعُهُمْ كِتَابُ حَافِظٍ يُرِيدُ بِذَلِكَ الدِّيوَانَ قَالَ كَعْبٌ فَقَلَّ رَجُلٌ يُرِيدُ أَنْ يَتَغَيَّبَ يَظُنُّ أَنَّ ذَلِكَ سَيَخْفَى لَهُ مَا لَمْ يَنْزِلْ فِيهِ وَحْيٌ مِنْ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ

وَغَزَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تِلْكَ الْغَزْوَةَ حِينَ طَابَتْ الثِّمَارُ وَالظِّلَالُ فَأَنَا إِلَيْهَا أَصْعَرُ فَتَجَهَّزَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْمُسْلِمُونَ مَعَهُ وَطَفِقْتُ أَغْدُو لِكَيْ أَتَجَهَّزَ مَعَهُمْ فَأَرْجِعُ وَلَمْ أَقْضِ شَيْئًا وَأَقُولُ فِي نَفْسِي أَنَا قَادِرٌ عَلَى ذَلِكَ إِذَا أَرَدْتُ فَلَمْ يَزَلْ ذَلِكَ يَتَمَادَى بِي حَتَّى اسْتَمَرَّ بِالنَّاسِ الْجِدُّ

فَأَصْبَحَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَادِيًا وَالْمُسْلِمُونَ مَعَهُ وَلَمْ أَقْضِ مِنْ جَهَازِي شَيْئًا ثُمَّ غَدَوْتُ فَرَجَعْتُ وَلَمْ أَقْضِ شَيْئًا فَلَمْ يَزَلْ ذَلِكَ يَتَمَادَى بِي حَتَّى أَسْرَعُوا وَتَفَارَطَ الْغَزْوُ فَهَمَمْتُ أَنْ أَرْتَحِلَ فَأُدْرِكَهُمْ فَيَا لَيْتَنِي فَعَلْتُ ثُمَّ لَمْ يُقَدَّرْ ذَلِكَ لِي فَطَفِقْتُ إِذَا خَرَجْتُ فِي النَّاسِ

بَعْدَ خُرُوجِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَحْزُنُنِي أَنِّي لَا أَرَى لِي أُسْوَةً إِلَّا رَجُلًا مَغْمُوصًا عَلَيْهِ فِي النِّفَاقِ أَوْ رَجُلًا مِمَّنْ عَذَرَ اللَّهُ مِنْ الضُّعَفَاءِ وَلَمْ يَذْكُرْنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى بَلَغَ تَبُوكَ فَقَالَ وَهُوَ جَالِسٌ فِي الْقَوْمِ بِتَبُوكَ مَا فَعَلَ كَعْبُ بْنُ مَالِكٍ قَالَ رَجُلٌ مِنْ بَنِي سَلِمَةَ يَا رَسُولَ اللَّهِ حَبَسَهُ بُرْدَاهُ وَالنَّظَرُ فِي عِطْفَيْهِ فَقَالَ لَهُ مُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ بِئْسَ مَا قُلْتَ وَاللَّهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا عَلِمْنَا عَلَيْهِ إِلَّا خَيْرًا فَسَكَتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

فَبَيْنَمَا هُوَ عَلَى ذَلِكَ رَأَى رَجُلًا مُبَيِّضًا يَزُولُ بِهِ السَّرَابُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُنْ أَبَا خَيْثَمَةَ فَإِذَا هُوَ أَبُو خَيْثَمَةَ الْأَنْصَارِيُّ وَهُوَ الَّذِي تَصَدَّقَ بِصَاعِ التَّمْرِ حِينَ لَمَزَهُ الْمُنَافِقُونَ

فَقَالَ كَعْبُ بْنُ مَالِكٍ فَلَمَّا بَلَغَنِي أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ تَوَجَّهَ قَافِلًا مِنْ تَبُوكَ حَضَرَنِي بَثِّي فَطَفِقْتُ أَتَذَكَّرُ الْكَذِبَ وَأَقُولُ بِمَ أَخْرُجُ مِنْ سَخَطِهِ غَدًا وَأَسْتَعِينُ عَلَى ذَلِكَ كُلَّ ذِي رَأْيٍ مِنْ أَهْلِي فَلَمَّا قِيلَ لِي إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ أَظَلَّ قَادِمًا زَاحَ عَنِّي الْبَاطِلُ حَتَّى عَرَفْتُ أَنِّي لَنْ أَنْجُوَ مِنْهُ بِشَيْءٍ أَبَدًا فَأَجْمَعْتُ صِدْقَهُ

وَصَبَّحَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَادِمًا وَكَانَ إِذَا قَدِمَ مِنْ سَفَرٍ بَدَأَ بِالْمَسْجِدِ فَرَكَعَ فِيهِ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ جَلَسَ لِلنَّاسِ

فَلَمَّا فَعَلَ ذَلِكَ جَاءَهُ الْمُخَلَّفُونَ فَطَفِقُوا يَعْتَذِرُونَ إِلَيْهِ وَيَحْلِفُونَ لَهُ وَكَانُوا بِضْعَةً وَثَمَانِينَ رَجُلًا فَقَبِلَ مِنْهُمْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَانِيَتَهُمْ وَبَايَعَهُمْ وَاسْتَغْفَرَ لَهُمْ وَوَكَلَ سَرَائِرَهُمْ إِلَى اللَّهِ

حَتَّى جِئْتُ فَلَمَّا سَلَّمْتُ تَبَسَّمَ تَبَسُّمَ الْمُغْضَبِ ثُمَّ قَالَ تَعَالَ فَجِئْتُ أَمْشِي حَتَّى جَلَسْتُ بَيْنَ يَدَيْهِ فَقَالَ لِي مَا خَلَّفَكَ أَلَمْ تَكُنْ قَدْ ابْتَعْتَ ظَهْرَكَ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي وَاللَّهِ لَوْ جَلَسْتُ عِنْدَ غَيْرِكَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا لَرَأَيْتُ أَنِّي سَأَخْرُجُ مِنْ سَخَطِهِ بِعُذْرٍ وَلَقَدْ أُعْطِيتُ جَدَلًا وَلَكِنِّي وَاللَّهِ لَقَدْ عَلِمْتُ لَئِنْ حَدَّثْتُكَ الْيَوْمَ حَدِيثَ كَذِبٍ تَرْضَى بِهِ عَنِّي لَيُوشِكَنَّ اللَّهُ أَنْ يُسْخِطَكَ عَلَيَّ وَلَئِنْ حَدَّثْتُكَ حَدِيثَ صِدْقٍ تَجِدُ عَلَيَّ فِيهِ إِنِّي لَأَرْجُو فِيهِ عُقْبَى اللَّهِ وَاللَّهِ مَا كَانَ لِي عُذْرٌ وَاللَّهِ مَا كُنْتُ قَطُّ أَقْوَى وَلَا أَيْسَرَ مِنِّي حِينَ تَخَلَّفْتُ عَنْكَ

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَّا هَذَا فَقَدْ صَدَقَ فَقُمْ حَتَّى يَقْضِيَ اللَّهُ فِيكَ فَقُمْتُ

وَثَارَ رِجَالٌ مِنْ بَنِي سَلِمَةَ فَاتَّبَعُونِي فَقَالُوا لِي وَاللَّهِ مَا عَلِمْنَاكَ أَذْنَبْتَ ذَنْبًا قَبْلَ هَذَا لَقَدْ عَجَزْتَ فِي أَنْ لَا تَكُونَ اعْتَذَرْتَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَا اعْتَذَرَ بِهِ إِلَيْهِ الْمُخَلَّفُونَ فَقَدْ كَانَ كَافِيَكَ ذَنْبَكَ اسْتِغْفَارُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَكَ قَالَ فَوَاللَّهِ مَا زَالُوا يُؤَنِّبُونَنِي حَتَّى أَرَدْتُ أَنْ أَرْجِعَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأُكَذِّبَ نَفْسِي

قَالَ ثُمَّ قُلْتُ لَهُمْ هَلْ لَقِيَ هَذَا مَعِي مِنْ أَحَدٍ قَالُوا نَعَمْ لَقِيَهُ مَعَكَ رَجُلَانِ قَالَا مِثْلَ مَا قُلْتَ فَقِيلَ لَهُمَا مِثْلَ مَا قِيلَ لَكَ قَالَ قُلْتُ مَنْ هُمَا قَالُوا مُرَارَةُ بْنُ الرَّبِيعَةَ الْعَامِرِيُّ وَهِلَالُ بْنُ أُمَيَّةَ الْوَاقِفِيُّ قَالَ فَذَكَرُوا لِي رَجُلَيْنِ صَالِحَيْنِ قَدْ شَهِدَا بَدْرًا فِيهِمَا أُسْوَةٌ قَالَ فَمَضَيْتُ حِينَ ذَكَرُوهُمَا لِي

قَالَ وَنَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُسْلِمِينَ عَنْ كَلَامِنَا أَيُّهَا الثَّلَاثَةُ مِنْ بَيْنِ مَنْ تَخَلَّفَ عَنْهُ قَالَ فَاجْتَنَبَنَا النَّاسُ وَقَالَ تَغَيَّرُوا لَنَا حَتَّى تَنَكَّرَتْ لِي فِي نَفْسِيَ الْأَرْضُ فَمَا هِيَ بِالْأَرْضِ الَّتِي أَعْرِفُ فَلَبِثْنَا عَلَى ذَلِكَ خَمْسِينَ لَيْلَةً

فَأَمَّا صَاحِبَايَ فَاسْتَكَانَا وَقَعَدَا فِي بُيُوتِهِمَا يَبْكِيَانِ وَأَمَّا أَنَا فَكُنْتُ أَشَبَّ الْقَوْمِ وَأَجْلَدَهُمْ فَكُنْتُ أَخْرُجُ فَأَشْهَدُ الصَّلَاةَ وَأَطُوفُ فِي الْأَسْوَاقِ وَلَا يُكَلِّمُنِي أَحَدٌ وَآتِي رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأُسَلِّمُ عَلَيْهِ وَهُوَ فِي مَجْلِسِهِ بَعْدَ الصَّلَاةِ فَأَقُولُ فِي نَفْسِي هَلْ حَرَّكَ شَفَتَيْهِ بِرَدِّ السَّلَامِ أَمْ لَا ثُمَّ أُصَلِّي قَرِيبًا مِنْهُ وَأُسَارِقُهُ النَّظَرَ فَإِذَا أَقْبَلْتُ عَلَى صَلَاتِي نَظَرَ إِلَيَّ وَإِذَا الْتَفَتُّ نَحْوَهُ أَعْرَضَ عَنِّي

حَتَّى إِذَا طَالَ ذَلِكَ عَلَيَّ مِنْ جَفْوَةِ الْمُسْلِمِينَ مَشَيْتُ حَتَّى تَسَوَّرْتُ جِدَارَ حَائِطِ أَبِي قَتَادَةَ وَهُوَ ابْنُ عَمِّي وَأَحَبُّ النَّاسِ إِلَيَّ فَسَلَّمْتُ عَلَيْهِ فَوَاللَّهِ مَا رَدَّ عَلَيَّ السَّلَامَ فَقُلْتُ لَهُ يَا أَبَا قَتَادَةَ أَنْشُدُكَ بِاللَّهِ هَلْ تَعْلَمَنَّ أَنِّي أُحِبُّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ قَالَ فَسَكَتَ فَعُدْتُ فَنَاشَدْتُهُ فَسَكَتَ فَعُدْتُ فَنَاشَدْتُهُ فَقَالَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ فَفَاضَتْ عَيْنَايَ وَتَوَلَّيْتُ حَتَّى تَسَوَّرْتُ الْجِدَارَ

فَبَيْنَا أَنَا أَمْشِي فِي سُوقِ الْمَدِينَةِ إِذَا نَبَطِيٌّ مِنْ نَبَطِ أَهْلِ الشَّامِ مِمَّنْ قَدِمَ بِالطَّعَامِ يَبِيعُهُ بِالْمَدِينَةِ يَقُولُ مَنْ يَدُلُّ عَلَى كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ – قَالَ – فَطَفِقَ النَّاسُ يُشِيرُونَ لَهُ إِلَىَّ حَتَّى جَاءَنِي فَدَفَعَ إِلَىَّ كِتَابًا مِنْ مَلِكِ غَسَّانَ وَكُنْتُ كَاتِبًا فَقَرَأْتُهُ فَإِذَا فِيهِ أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّهُ قَدْ بَلَغَنَا أَنَّ صَاحِبَكَ قَدْ جَفَاكَ وَلَمْ يَجْعَلْكَ اللَّهُ بِدَارِ هَوَانٍ وَلاَ مَضْيَعَةٍ فَالْحَقْ بِنَا نُوَاسِكَ ‏.‏ قَالَ فَقُلْتُ حِينَ قَرَأْتُهَا وَهَذِهِ أَيْضًا مِنَ الْبَلاَءِ ‏.‏ فَتَيَامَمْتُ بِهَا التَّنُّورَ فَسَجَرْتُهَا بِهَا

حَتَّى إِذَا مَضَتْ أَرْبَعُونَ مِنَ الْخَمْسِينَ وَاسْتَلْبَثَ الْوَحْىُ إِذَا رَسُولُ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَأْتِينِي فَقَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَأْمُرُكَ أَنْ تَعْتَزِلَ امْرَأَتَكَ ‏.‏ قَالَ فَقُلْتُ أُطَلِّقُهَا أَمْ مَاذَا أَفْعَلُ قَالَ لاَ بَلِ اعْتَزِلْهَا فَلاَ تَقْرَبَنَّهَا – قَالَ – فَأَرْسَلَ إِلَى صَاحِبَىَّ بِمِثْلِ ذَلِكَ – قَالَ – فَقُلْتُ لاِمْرَأَتِي الْحَقِي بِأَهْلِكِ فَكُونِي عِنْدَهُمْ حَتَّى يَقْضِيَ اللَّهُ فِي هَذَا الأَمْرِ – قَالَ – فَجَاءَتِ امْرَأَةُ هِلاَلِ بْنِ أُمَيَّةَ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَقَالَتْ لَهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ هِلاَلَ بْنَ أُمَيَّةَ شَيْخٌ ضَائِعٌ لَيْسَ لَهُ خَادِمٌ فَهَلْ تَكْرَهُ أَنْ أَخْدُمَهُ قَالَ ‏”‏ لاَ وَلَكِنْ لاَ يَقْرَبَنَّكِ ‏”‏ ‏.‏ فَقَالَتْ إِنَّهُ وَاللَّهِ مَا بِهِ حَرَكَةٌ إِلَى شَىْءٍ وَوَاللَّهِ مَا زَالَ يَبْكِي مُنْذُ كَانَ مِنْ أَمْرِهِ مَا كَانَ إِلَى يَوْمِهِ هَذَا ‏.‏ قَالَ فَقَالَ لِي بَعْضُ أَهْلِي لَوِ اسْتَأْذَنْتَ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي امْرَأَتِكَ فَقَدْ أَذِنَ لاِمْرَأَةِ هِلاَلِ بْنِ أُمَيَّةَ أَنْ تَخْدُمَهُ – قَالَ – فَقُلْتُ لاَ أَسْتَأْذِنُ فِيهَا رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَمَا يُدْرِينِي مَاذَا يَقُولُ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا اسْتَأْذَنْتُهُ فِيهَا وَأَنَا رَجُلٌ شَابٌّ –

قَالَ – فَلَبِثْتُ بِذَلِكَ عَشْرَ لَيَالٍ فَكَمُلَ لَنَا خَمْسُونَ لَيْلَةً مِنْ حِينَ نُهِيَ عَنْ كَلاَمِنَا – قَالَ – ثُمَّ صَلَّيْتُ صَلاَةَ الْفَجْرِ صَبَاحَ خَمْسِينَ لَيْلَةً عَلَى ظَهْرِ بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِنَا فَبَيْنَا أَنَا جَالِسٌ عَلَى الْحَالِ الَّتِي ذَكَرَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ مِنَّا قَدْ ضَاقَتْ عَلَىَّ نَفْسِي وَضَاقَتْ عَلَىَّ الأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ سَمِعْتُ صَوْتَ صَارِخٍ أَوْفَى عَلَى سَلْعٍ يَقُولُ بِأَعْلَى صَوْتِهِ يَا كَعْبَ بْنَ مَالِكٍ أَبْشِرْ – قَالَ – فَخَرَرْتُ سَاجِدًا وَعَرَفْتُ أَنْ قَدْ جَاءَ فَرَجٌ ‏.‏ – قَالَ – فَآذَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم النَّاسَ بِتَوْبَةِ اللَّهِ عَلَيْنَا حِينَ صَلَّى صَلاَةَ الْفَجْرِ

فَذَهَبَ النَّاسُ يُبَشِّرُونَنَا فَذَهَبَ قِبَلَ صَاحِبَىَّ مُبَشِّرُونَ وَرَكَضَ رَجُلٌ إِلَىَّ فَرَسًا وَسَعَى سَاعٍ مِنْ أَسْلَمَ قِبَلِي وَأَوْفَى الْجَبَلَ فَكَانَ الصَّوْتُ أَسْرَعَ مِنَ الْفَرَسِ فَلَمَّا جَاءَنِي الَّذِي سَمِعْتُ صَوْتَهُ يُبَشِّرُنِي فَنَزَعْتُ لَهُ ثَوْبَىَّ فَكَسَوْتُهُمَا إِيَّاهُ بِبِشَارَتِهِ وَاللَّهِ مَا أَمْلِكُ غَيْرَهُمَا يَوْمَئِذٍ وَاسْتَعَرْتُ ثَوْبَيْنِ ‏.‏ فَلَبِسْتُهُمَا فَانْطَلَقْتُ

أَتَأَمَّمُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَتَلَقَّانِي النَّاسُ فَوْجًا فَوْجًا يُهَنِّئُونِي بِالتَّوْبَةِ وَيَقُولُونَ لِتَهْنِئْكَ تَوْبَةُ اللَّهِ عَلَيْكَ ‏.‏ حَتَّى دَخَلْتُ الْمَسْجِدَ فَإِذَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم جَالِسٌ فِي الْمَسْجِدِ وَحَوْلَهُ النَّاسُ فَقَامَ طَلْحَةُ بْنُ عُبَيْدِ اللَّهِ يُهَرْوِلُ حَتَّى صَافَحَنِي وَهَنَّأَنِي وَاللَّهِ مَا قَامَ رَجُلٌ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ غَيْرُهُ ‏.‏ قَالَ فَكَانَ كَعْبٌ لاَ يَنْسَاهَا لِطَلْحَةَ ‏.‏

قَالَ كَعْبٌ فَلَمَّا سَلَّمْتُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ وَهُوَ يَبْرُقُ وَجْهُهُ مِنَ السُّرُورِ وَيَقُولُ ‏”‏ أَبْشِرْ بِخَيْرِ يَوْمٍ مَرَّ عَلَيْكَ مُنْذُ وَلَدَتْكَ أُمُّكَ ‏”‏ ‏.‏ قَالَ فَقُلْتُ أَمِنْ عِنْدِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَمْ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ فَقَالَ ‏”‏ لاَ بَلْ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ ‏”‏ ‏.‏ وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِذَا سُرَّ اسْتَنَارَ وَجْهُهُ كَأَنَّ وَجْهَهُ قِطْعَةُ قَمَرٍ – قَالَ – وَكُنَّا نَعْرِفُ ذَلِكَ –

قَالَ – فَلَمَّا جَلَسْتُ بَيْنَ يَدَيْهِ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ مِنْ تَوْبَتِي أَنْ أَنْخَلِعَ مِنْ مَالِي صَدَقَةً إِلَى اللَّهِ وَإِلَى رَسُولِهِ صلى الله عليه وسلم ‏.‏ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ أَمْسِكْ بَعْضَ مَالِكَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ ‏”‏ ‏.‏ قَالَ فَقُلْتُ فَإِنِّي أُمْسِكُ سَهْمِيَ الَّذِي بِخَيْبَرَ –

قَالَ – وَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ إِنَّمَا أَنْجَانِي بِالصِّدْقِ وَإِنَّ مِنْ تَوْبَتِي أَنْ لاَ أُحَدِّثَ إِلاَّ صِدْقًا مَا بَقِيتُ – قَالَ – فَوَاللَّهِ مَا عَلِمْتُ أَنَّ أَحَدًا مِنَ الْمُسْلِمِينَ أَبْلاَهُ اللَّهُ فِي صِدْقِ الْحَدِيثِ مُنْذُ ذَكَرْتُ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِلَى يَوْمِي هَذَا أَحْسَنَ مِمَّا أَبْلاَنِي اللَّهُ بِهِ وَاللَّهِ مَا تَعَمَّدْتُ كَذْبَةً مُنْذُ قُلْتُ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم إِلَى يَوْمِي هَذَا وَإِنِّي لأَرْجُو أَنْ يَحْفَظَنِيَ اللَّهُ فِيمَا بَقِيَ ‏.‏ قَالَ فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ{‏ لَقَدْ تَابَ اللَّهُ عَلَى النَّبِيِّ وَالْمُهَاجِرِينَ وَالأَنْصَارِ الَّذِينَ اتَّبَعُوهُ فِي سَاعَةِ الْعُسْرَةِ مِنْ بَعْدِ مَا كَادَ يَزِيغُ قُلُوبُ فَرِيقٍ مِنْهُمْ ثُمَّ تَابَ عَلَيْهِمْ إِنَّهُ بِهِمْ رَءُوفٌ رَحِيمٌ * وَعَلَى الثَّلاَثَةِ الَّذِينَ خُلِّفُوا حَتَّى إِذَا ضَاقَتْ عَلَيْهِمُ الأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ وَضَاقَتْ عَلَيْهِمْ أَنْفُسُهُمْ‏}‏ حَتَّى بَلَغَ{‏ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ‏}‏

قَالَ كَعْبٌ وَاللَّهِ مَا أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَىَّ مِنْ نِعْمَةٍ قَطُّ بَعْدَ إِذْ هَدَانِي اللَّهُ لِلإِسْلاَمِ أَعْظَمَ فِي نَفْسِي مِنْ صِدْقِي رَسُولَ اللَّهُ صلى الله عليه وسلم أَنْ لاَ أَكُونَ كَذَبْتُهُ فَأَهْلِكَ كَمَا هَلَكَ الَّذِينَ كَذَبُوا إِنَّ اللَّهَ قَالَ لِلَّذِينَ كَذَبُوا حِينَ أَنْزَلَ الْوَحْىَ شَرَّ مَا قَالَ لأَحَدٍ وَقَالَ اللَّهُ {سَيَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَكُمْ إِذَا انْقَلَبْتُمْ إِلَيْهِمْ لِتُعْرِضُوا عَنْهُمْ فَأَعْرِضُوا عَنْهُمْ إِنَّهُمْ رِجْسٌ وَمَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ * يَحْلِفُونَ لَكُمْ لِتَرْضَوْا عَنْهُمْ فَإِنْ تَرْضَوْا عَنْهُمْ فَإِنَّ اللَّهَ لاَ يَرْضَى عَنِ الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ‏}‏ قَالَ كَعْبٌ كُنَّا خُلِّفْنَا أَيُّهَا الثَّلاَثَةُ عَنْ أَمْرِ أُولَئِكَ الَّذِينَ قَبِلَ مِنْهُمْ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم حِينَ حَلَفُوا لَهُ فَبَايَعَهُمْ وَاسْتَغْفَرَ لَهُمْ وَأَرْجَأَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَمْرَنَا حَتَّى قَضَى اللَّهُ فِيهِ فَبِذَلِكَ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ{ وَعَلَى الثَّلاَثَةِ الَّذِينَ خُلِّفُوا‏}‏ وَلَيْسَ الَّذِي ذَكَرَ اللَّهُ مِمَّا خُلِّفْنَا تَخَلُّفَنَا عَنِ الْغَزْوِ وَإِنَّمَا هُوَ تَخْلِيفُهُ إِيَّانَا وَإِرْجَاؤُهُ أَمْرَنَا عَمَّنْ حَلَفَ لَهُ وَاعْتَذَرَ إِلَيْهِ فَقَبِلَ مِنْهُ ‏.‏

[Terjemahan berserta komentar]

Daripada [Ibnu Syihab] dia berkata; “Rasulullah ﷺ pernah berangkat ke perang Tabuk untuk menghadapi orang-orang Rom dan orang-orang Arab yang beragama Nasrani di Syam.” Ibnu Syihab berkata; ‘Saya telah diceritakan oleh [Abdul Rahman bin Abdullah bin Ka’ab bin Malik], bahawa Abdullah bin Ka’ab bin Malik -Abdullah bin Ka’ab adalah salah seorang putera Ka’ab yang mendampingi Ka’ab رضي الله عنه ketika dia buta- dia berkata; ‘Saya pernah mendengar [Ka’ab bin Malik رضي الله عنه] menceritakan peristiwa tentang dirinya ketika dia turut bersama Rasulullah ﷺ dalam perang Tabuk.’

[Ramai juga dalam kalangan para sahabat yang buta matanya di usia tua mereka. Ini tidak menjadi masalah. Biar buta mata, jangan buta hati.]

Ka’ab bin Malik رضي الله عنه berkata; ‘Saya tidak pernah tertinggal menyertai Rasulullah ﷺ dalam peperangan yang baginda ikuti kecuali perang Tabuk, akan tetapi saya juga pernah tertinggal dalam perang Badar. Rasulullah ﷺ tidak pernah mencela seorang muslim yang tidak turut dalam perang Badar, yang demikian kerana Rasulullah ﷺ kaum muslimin (dalam perang Badar ini) tujuan awal hanya ingin menyerang kaum kafir Quraisy yang sedang berada dalam perjalanan dengan mengendarai unta hingga Allah mempertemukan kaum muslimin dengan musuh mereka tanpa waktu yang disepakati sebelumnya.

[Ka’ab bin Malik رضي الله عنه bukan orang yang biasa-biasa dan bukanlah orang Munafik yang mengelat daripada menyertai perang jihad. Beliau juga tidak menyertai Perang Badr tetapi ini tidak menjadi masalah sangat kepada beliau kerana perang itu bukanlah dirancang dari awal. Kalau belajar sejarah perang Badr, anda akan dapati yang rancangan asalnya adalah untuk menangkap kafilah Abu Sufyan sahaja. Peperangan terjadi secara tiba-tiba tanpa dirancang. ]

Saat itu saya ikut serta bersama Rasulullah ﷺ pada malam ‘Aqabah ketika kami berjanji untuk membela Islam. Menurut saya, turut serta dalam perang Badar tidak sebanding dengan turut serta dalam malam Aqabah, meskipun perang Badar lebih popular pada kebanyakan orang.

[Satu lagi kelebihan Ka’ab bin Malik رضي الله عنه adalah beliau terlibat di dalam Bai’atul Aqabah. Ia adalah sumpah setia penduduk Madinah kepada Nabi ﷺ yang dilakukan pada tahun 621 M dan 622 M di Mekah. Ini ketika baginda ditekan oleh Musyrikin Mekah dan beberapa orang dari Yathrib (nama Madinah ketika itu) telah bersumpah untuk mempertahankan baginda.]

Di antara cerita ketika saya tidak turut serta bersama Rasulullah ﷺ dalam perang Tabuk adalah sebagai berikut; ‘Saya benar-benar tidak berdaya dan tidak ada orang yang lebih banyak mempunyai keluasan daripada saya ketika saya tidak ikut serta dalam perang Tabuk tersebut. Demi Allah, sebelumnya saya tidak menyiapkan dua ekor haiwan tunggangan sama sekali dalam pelbagai peperangan. Tetapi dalam perang Tabuk ini, saya menyiapkan dua ekor haiwan tunggangan.

[Bukanlah Ka’ab رضي الله عنه tidak membuat persediaan langsung. Beliau buat persediaan akan tetapi selepas itu beliau leka. Pengajaran kepada kita adalah jangan melengah-lengah dalam perkara baik. Jangan tangguh kerana syaitan akan ambil peluang. Ini dinamakan ‘taswif’ iaitu menangguh-nangguh sampaikan terlambat. Contohnya kalau hendak belajar agama, belajarlah terus jangan tangguh-tangguh kononnya hendak tunggu waktu lapang kerana tidak akan adanya waktu lapang. ]

Akhirnya Rasulullah ﷺ pergi berangkat ke perang Tabuk pada saat cuaca sangat panas. Dapat dikatakan bahwasanya baginda menempuh perjalanan yang amat jauh dan penuh risiko serta menghadapi musuh yang berjumlah besar. Lalu Rasulullah ﷺ menjelaskan kepada kaum muslimin apa yang akan mereka hadapi bersamanya. Oleh kerana itu, baginda memerintahkan kaum muslimin untuk mempersiapkan bekalan perang yang cukup.

[Selalunya di dalam perang-perang yang lain, Rasulullah ﷺ tidak memberitahu perancangan awal, siapa yang mereka akan perangi, ke mana mereka akan pergi. Kadangkala esok hendak pergi baru diberitahu. Ini adalah supaya rahsia tidak bocor. Akan tetapi bagi Perang Tabuk ini, Rasulullah ﷺ telah memberitahu perancangan awal-awal lagi kerana persiapan banyak yang perlu disediakan bagi sesiapa yang akan pergi.]

Pada saat itu, kaum muslimin yang menyertai Rasulullah ﷺ ramai sekali tanpa ditunjuk melalui surat tugas untuk berperang. Ka’ab رضي الله عنه berkata; ‘Ada seorang laki-laki yang tidak muncul kerana dia ingin tidak turut serta berperang. Dia menduga bahawa ketidakturutannya itu tidak akan diketahui oleh Rasulullah ﷺ -selama tidak ada wahyu yang turun mengenai dirinya daripada Allah Azza Wa Jalla -.

[Perang Tabuk bukanlah ada surah arahan yang diberikan, juga tidak ada buku daftar untuk tulis siapa yang pergi dan siapa yang tidak. Maka ini memberi peluang kepada sesiapa yang tidak pergi untuk mengelat. Lagi pun bila terlalu ramai orang, ada kemungkinan Rasulullah ﷺ tidak perasan. Kecualilah jika ada wahyu yang turun tentang mereka. ]

Rasulullah ﷺ pergi berperang ke perang tabuk ketika hasil tuaian buah sangat memuaskan, hingga saya harus memalingkan perhatian daripada hasil tuaian tersebut. Rasulullah ﷺ dan kaum muslimin yang ikut serta sudah bersiap-siap dan saya pun segera pergi untuk mencari bekalan bersama mereka. Lalu saya pulang tanpa memperoleh bekalan sama sekali. Saya berkata dalam hati; ‘Saya dapat mempersiapkan perbekalan sewaktu-waktu. Saya selalu dalam teka-teki antara ya dan tidak hingga orang-orang semakin siap.’

[Inilah kesilapan besar yang telah dilakukan oleh Ka’ab رضي الله عنه. Beliau tidak serius buat persiapan perang. Beliau sibuk dengan kebunnya. Beliau asyik berkata kepada dirinya yang beliau sempat untuk buat persiapan bila sampai waktunya. Inilah taswif (berlengah-lengah). Sepatutnya beliau buat persiapan dengan tekan, tetapi tidak. Kita kalau tidak ambil pengajaran dengan hal ini pun akan terjerumus ke dalam kesilapan ini. ]

Rasulullah ﷺ berangkat bersama kaum muslimin, sedangkan saya belum mempersiapkan perbekalan sama sekali. Akhirnya saya pergi, lalu saya pulang tanpa mempersiapkan sesuatu. Saya senantiasa berada dalam kebimbangan seperti itu antara turut serta berperang ataupun tidak, hingga pasukan kaum muslimin telah bergegas berangkat dan perang pun berkecamuk sudah. Kemudian saya ingin menyusul ke medan pertempuran -tetapi hal itu hanyalah angan-angan- dan akhirnya saya ditakdirkan untuk tidak ikut serta ke medan perang.

[Inilah apa yang terjadi kepada Ka’ab رضي الله عنه. Tangguh punya tangguh sampaikan rombongan perang sudah pergi tanpanya. Inilah senjata Iblis sebenarnya yang dinamakan taswif (menanguh-nangguh)]

Setelah Rasulullah ﷺ pergi ke medan perang tabuk, maka mulailah rasa sedih menyelimuti diri saya. Ketika keluar ke tengah-tengah masyarakat sekitar, saya menyedari bahwasanya tidak ada yang dapat saya temui kecuali orang-orang yang dalam kemunafikan atau orang-orang yang lemah yang diberikan uzur oleh Allah Azza Wa Jalla. Sementara itu, Rasulullah ﷺ tidak mengingati diri saya hingga baginda sampai di Tabuk. Kemudian, ketika baginda sedang duduk-duduk di tengah para sahabat, tiba-tiba baginda bertanya; ‘Mengapa Ka’ab bin Malik tidak ikut serta bersama kita? ‘ Seorang sahabat daripada Bani Salimah menjawab; ‘Ya Rasulullah, dia tertahan oleh baju indahnya dan keadaan sekelilingnya yang permai pandangannya.’ Mendengar ucapan sahabat tersebut, Muadz bin Jabal رضي الله عنه berkata; ‘Hai sahabat, buruk sekali ucapanmu itu! Demi Allah ya Rasulullah, saya tahu bahwasanya Ka’ab bin Malik itu adalah orang yang baik.’ Kemudian Rasulullah ﷺ diam.

[Apabila berada di Tabuk, barulah Rasulullah ﷺ teringat tentang Ka’ab رضي الله عنه tetapi apabila baginda bertanya tentang beliau, Bani Salamah menjawab dengan jawapan yang tidak bagus, sampaikan mereka dimarahi oleh Muadz. Ini memang tidak patutlah. Katakanlah ada orang yang tidak datang kelas pengajian, janganlah laju sahaja mulut mengutuk kawan kita yang tidak datang kelas (‘Oh dia tu memang malas datang kelas, Ustaz!). Huznul dzعn lah sikit dengan kawan kita.]

Ketika baginda terdiam seperti itu, tiba-tiba baginda melihat seorang laki-laki yang memakai helmet besi yang sulit dikenali. Lalu Rasulullah ﷺ berkata: ‘Kamu pasti Abu Khaitsamah? ‘ Ternyata orang tersebut adalah memang benar-benar Abu Khaitsamah Al Anshari رضي الله عنه, sahabat yang pernah menyedekahkan satu sha’ kurma ketika beliau dicaci maki oleh orang-orang munafik.

[Rasulullah ﷺ memang berharap semua sahabat datang menyertai jihad sampaikan bertanya-tanya di mana sahabat itu dan ini. Lihatlah bagaimana seronoknya baginda apabila melihat Abu Khaitsamah رضي الله عنه telah datang. Kisah dikutuk sebab bagi kurma satu sha’ itu telah disebut di dalam ayat 58 surah ini dahulu. ]

Ka’ab bin Malik رضي الله عنه berkata; ‘Ketika saya mendengar bahwasanya Rasulullah ﷺ telah bersiap-siap kembali dari perang Tabuk, maka saya pun diliputi kesedihan. Lalu saya mulai merancang alasan untuk berdusta. Saya berkata dalam hati; ‘Alasan apa yang dapat menyelamatkan diri saya daripada amarah Rasulullah? ‘ Untuk menghadapi hal tersebut, saya meminta pertolongan kepada keluarga yang dapat memberikan cadangan. Ketika itu ada seseorang yang berkata kepada saya bahawasanya Rasulullah ﷺ hampir tiba di kota Madinah, hilanglah alasan untuk berdusta daripada benak saya. Akhirnya saya menyedari bahwasanya saya tidak dapat berbohong sedikit pun kepada Rasulullah ﷺ. Oleh kerana itu, saya pun harus berkata jujur kepada baginda.

[Pada mulanya Ka’ab رضي الله عنه merancang hendak menipu Rasulullah ﷺ. Kalau berjaya, tidaklah beliau dimarahi atau dipandang serong. Akan tetapi beliau telah tersedar yang itu adalah satu kesalahan. Maknanya hati Ka’ab رضي الله عنه ini suci. Biasalah kadang-kadang syaitan pujuk untuk selamatkan diri dengan menipu. Sebab itulah kita senang sahaja tipu polis, tipu kawan, tipu bos dan sebagainya. Kerana memang menipu itu senang sebab sekejap sahaja sudah selesai tetapi kesannya nanti di Akhirat. ]

Tidak lama kemudian Rasulullah ﷺ tiba di kota Madinah. Seperti biasa, baginda langsung menuju Masjid – sebagaimana tradisi baginda setiap kali tiba daripada berpergian ke suatu daerah – untuk melakukan solat. Setelah melakukan solat sunnah, Rasulullah ﷺ langsung duduk-duduk bersama para sahabat.

[Ini adalah sunnah yang ramai mungkin tidak tahu. Sunnah dalam musafir adalah apabila tiba dari permusafiran, tidak terus balik ke rumah tetapi singgah solat sunat dua rakaat dahulu. Bukannya ‘sebelum’ pergi seperti dilakukan oleh ramai orang, tetapi selepas pulang.]

Setelah itu, datanglah beberapa orang sahabat yang tidak sempat ikut serta bertempur bersama kaum muslimin seraya menyampaikan berbagai alasan kepada baginda dengan bersumpah. Diperkirakan mereka yang tidak turut serta bertempur itu sekitar lapan puluh orang lebih. Ternyata Rasulullah ﷺ menerima keterus terangan mereka yang tidak ikut serta berperang, membai’at mereka, memohon ampun untuk mereka, dan menyerahkan apa yang mereka sembunyikan dalam hati mereka kepada Allah ﷻ.

[Begitulah Rasulullah ﷺ hanya boleh menilai dari segi zahir sahaja. Baginda menerima alasan mereka kerana baginda tidak tahu isi hati mereka. Walaupun mungkin ada sangsi di hati baginda namun baginda mengharapkan mereka memang benar tidak mampu pergi dan kerana itu baginda mendoakan mereka. Begitulah kita dengan manusia lain, kita nilai mereka dari segi zahir sahaja. Tidak perlu kita sibuk hendak baca isihati mereka. Selebihnya serah sahaja kepada Allah ‎ﷻ seperti yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ. ]

Selang beberapa saat kemudian, saya datang menemui Rasulullah ﷺ. Setelah saya memberi salam, baginda tersenyum seperti senyuman orang yang marah. Kemudian baginda pun berkata; ‘Kemarilah! ‘ Lalu saya berjalan mendekati baginda hingga saya duduk tepat di hadapan baginda. Setelah itu Rasulullah ﷺ bertanya: ‘Mengapa kamu tidak ikut serta bertempur bersama kami hai Ka’ab? Bukankah kamu telah berjanji untuk menyerahkan jiwa ragamu untuk Islam? ‘ Saya menjawab; ‘Ya Rasulullah, demi Allah seandainya saya duduk di dekat orang selain diri engkau, nescaya saya yakin bahawasanya saya akan terbebaskan daripada kemurkaannya kerana alasan dan hujah yang saya sampaikan. Tetapi, demi Allah, saya tahu jika sekarang saya menyampaikan kepada engkau alasan yang penuh dusta hingga membuat engkau tidak marah, tentunya Allahlah yang membuat engkau marah kepada saya. Apabila saya mengemukakan kepada engkau ya Rasulullah alasan saya yang benar dan jujur, lalu engkau akan memarahi saya dengan alasan tersebut, maka saya pun akan menerimanya dengan senang hati. Biarkanlah Allah memberi hukuman kepada saya dengan ucapan saya yang jujur tersebut. Demi Allah, sesungguhnya tidak ada uzur yang membuat saya tidak ikut serta berperang. Demi Allah, saya tidak berdaya sama sekali kala itu meskipun saya mempunyai peluang yang sangat longgar sekali untuk ikut berjuang bersama kaum muslimin.’

[Ka’ab رضي الله عنه berterus terang di sini. beliau beritahu yang jika beliau memberi alasan tentu beliau boleh terlepas seperti orang lain kerana beliau pandai bercakap. Akan tetapi beliau tahu yang Allah ﷻ tahu isi hatinya. Maka walaupun pahit untuk berkata benar, beliau mengaku sahaja kesalahannya itu. Begitulah kita dalam berkata, walaupun pahit tetapi berkata benarlah. Lebih baik susah di dunia daripada susah di Akhirat. ]

Mendengar pengakuan yang tulus itu, Rasulullah ﷺ pun berkata: ‘Orang ini telah berkata jujur dan benar. Oleh kerana itu, berdirilah hingga Allah memberimu keputusan.” Akhirnya saya pun berdiri dan beranjak dari sisi baginda.

[Lihat Rasulullah ﷺ menyatakan yang Ka’ab رضي الله عنه berkata benar. Sama ada baginda boleh agak sendiri atau Allah ﷻ beri wahyu kepada baginda menyatakan kebenaran Ka’ab رضي الله عنه itu. Sekiranya Nabi ﷺ tahu sendiri, maknanya bukanlah Nabi ﷺ tidak boleh agak siapa bercakap benar dan siapa yang menipu. Akan tetapi tetap baginda memberi keputusan mengikut zahir kata-kata manusia. Akan hal Ka’ab رضي الله عنه itu, baginda suruh tunggu sehinggalah turun wahyu berkenaan urusannya itu. Memang selalunya baginda akan tunggu wahyu untuk membuat keputusan. ]

Tidak lama kemudian, ada beberapa orang daripada Bani Salimah beramai-ramai mengikuti saya seraya berkata; ‘Hai Ka’ab, demi Allah, sebelumnya kami tidak mengetahui bahawasanya kamu telah berbuat suatu kesalahan/dosa. Kamu benar-benar tidak mengemukakan alasan kepada Rasulullah ﷺ sebagaimana alasan yang dikemukakan para sahabat lain yang tidak turut berperang. Sesungguhnya, hanya istighfar Rasulullah ﷺ untukmulah yang menghapus dosamu.’ Ka’ab bin Malik رضي الله عنه berkata setelah itu; ‘Demi Allah, mereka selalu mencerca saya hingga saya ingin kembali lagi kepada Rasulullah ﷺ lalu saya dustakan diri saya.’

[Begitulah akan ada sahaja golongan manusia yang akan beri nasihat-nasihat yang tidak baik. Bukannya nasihat membina, tetapi nasihat yang akan menjatuhkan. Maka kita kena berhati-hati dengan nasihat daripada manusia. Bukan semua kita kena ambil. ]

Ka’ab bin Malik رضي الله عنه berkata; ‘Apakah ada orang lain yang telah menghadap Rasulullah ﷺ seperti diri saya ini? ‘ Orang-orang Bani Salimah menjawab; ‘Ya. Ada dua orang lagi seperti dirimu. Kedua orang tersebut mengatakan kepada Rasulullah ﷺ seperti apa yang telah kamu utarakan dan Rasulullah ﷺ pun menjawabnya seperti jawapan kepadamu.’ Ka’ab bin Malik رضي الله عنه berkata; ‘Lalu saya pun bertanya; ‘Siapakah kedua orang tersebut hai para sahabat? ‘ Mereka, kaum Bani Salimah, menjawab; ‘Kedua orang tersebut adalah Murarah bin Rabi’ah Al Amin dan Hilal bin Ummayah Al Waqifi.’ Ka’ab bin Malik رضي الله عنه berkata; ‘Kemudian mereka menyebutkan dua orang sahabat yang soleh yang ikut serta dalam perang Badar dan keduanya layak dijadikan suri tauladan yang baik. Setelah itu, saya pun berlalu ketika mereka menyebutkan dua orang tersebut kepada saya.’

[Inilah 3 orang yang dimaksudkan di dalam Al-Qur’an. Nama mereka dikenal sampai bila-bila. Mereka diberi kelebihan menjadi contoh orang-orang yang jujur dalam berkata. Kalau salah, mengaku sahajalah. ]

Ka’ab bin Malik رضي الله عنه berkata; ‘Beberapa hari kemudian, Rasulullah ﷺ melarang kaum muslimin untuk berbicara dengan kami bertiga yang tidak ikut serta dalam perang Tabuk. Sejak saat itu, kaum muslimin mulai menjauhi dan berubah sikap terhadap kami bertiga hingga bumi ini terasa asing bagi kami. Sepertinya, bumi ini bukanlah bumi yang pernah saya huni sebelumnya dan hal itu berlangsung lima puluh malam lamanya.’

[Arahan telah dikeluarkan kepada umat Islam untuk memboikot mereka bertiga. Tidak boleh bercakap malah kalau diberi salam pun tidak boleh dijawab. Sebab itulah Ka’ab رضي الله عنه dan dua orang lagi itu terasa sangat dengan hukuman ini. Bukan sahaja manusia lain memulau mereka akan tetapi Rasulullah ﷺ juga begitu! ]

Dua orang teman saya yang tidak ikut serta dalam perang Tabuk itu kini bersimpuh sedih di rumahnya sambil menangis, sedangkan saya adalah seorang anak muda yang lasak dan tegar. Saya tetap bersikap wajar dan menjalankan aktiviti sehari-hari seperti biasanya. Saya tetap keluar dari rumah, pergi ke masjid untuk menghadiri solat jama’ah bersama kaum muslimin lainnya, dan berjalan-jalan di pasar meskipun tidak ada seorang pun yang sudi berbicara dengan saya. Hingga pada suatu ketika saya menghampiri Rasulullah ﷺ sambil memberikan salam kepadanya ketika baginda berada di tempat duduknya usai solat. Saya bertanya dalam hati; ‘Apakah Rasulullah ﷺ akan menggerakkan bibirnya untuk menjawab salam ataukah tidak? Kemudian saya melaksanakan solat di dekat Rasulullah ﷺ sambil mencuri pandangan kepada baginda. Ketika saya telah bersiap untuk melaksanakan solat, baginda memandang kepada saya. Dan ketika saya menoleh kepadanya, baginda pun mengalihkan pandangannya daripada saya.’

[Lihatlah kuatnya Ka’ab رضي الله عنه. Walaupun dipulau oleh umat Islam, beliau tetap solat berjemaah juga. Kita yang tidak kena pulau ini pula jarang pula pergi solat berjemaah. ]

Setelah lama terasing daripada pergaulan kaum muslimin, saya pun pergi berjalan-jalan hingga sampai di pagar kebun Abu Qatadah رضي الله عنه. Abu Qatadah رضي الله عنه adalah anak pakcik saya (sepupu saya) dan dia adalah orang yang saya sukai. Sesampainya di sana, saya pun mengucapkan salam kepadanya. Tetapi, demi Allah, sama sekali dia tidak menjawab salam saya. Akhirnya saya memberanikan diri untuk bertanya kepadanya; ‘Hai Abu Qatadah, saya bersumpah kepadamu dengan nama Allah, apakah kamu tidak mengetahui bahawasanya saya sangat mencintai Allah dan Rasul-Nya? ‘ Ternyata Abu Qatadah رضي الله عنه hanya terdiam saja. Lalu saya ulangi lagi ucapan saya dengan bersumpah seperti yang pertama kali. Namun dia tetap saja terdiam. Kemudian saya ulangi ucapan saya dan dia pun menjawab; ‘Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui tentang hal ini.’ Mendengar ucapannya itu, berlinanglah air mata saya dan saya pun kembali ke rumah sambil menyusuri kebun tersebut.

[Kesedihan Ka’ab رضي الله عنه bertambah apabila sepupunya sendiri pun tidak layan soalan daripadanya. Kalau diperhatikan, Abu Qatadah رضي الله عنه tidak menjawab pun soalan Ka’ab رضي الله عنه itu tapi berkata secara umum sahaja. ]

Ketika saya sedang berjalan-jalan di pasar Madinah, ada seorang laki-laki dari negeri Syam yang berjualan makanan di kota Madinah bertanya; ‘Siapakah yang dapat menunjukkan kepada saya di mana Ka’ab bin Malik? ‘ Lalu orang-orang pun menunjukkan kepada saya hingga orang tersebut datang kepada saya sambil menyerahkan sepucuk surat kepada saya daripada raja Ghassan. Kerana saya dapat membaca dan menulis, maka saya pun memahami isi surat tersebut. Ternyata isi surat tersebut sebagai berikut; ‘Kami mendengar bahawasanya temanmu (maksudnya adalah Rasulullah ﷺ) telah mengasingmu daripada pergaulan umum, sementara Tuhanmu sendiri tidaklah menyia-nyiakanmu seperti itu. Oleh kerana itu, bergabunglah dengan kami, nescaya kami akan menolongmu.’ Selesai membaca surat itu, saya pun berkata; ‘Sebenarnya surat ini juga merupakan sebuah bencana juga bagi saya.’ Lalu saya memasukkannya ke dalam pembakaran dan membakarnya hingga musnah.

[Lihatlah bagaimana orang kafir mengambil peluang untuk memecah belahkan umat Islam. Kerana kedudukan Ka’ab رضي الله عنه maka raja Ghassan mengajak beliau untuk menyertai mereka. Kononnya mereka kasihan kepada Ka’ab رضي الله عنه dan tentunya dijanjikan kedudukan jika menyertai mereka. Ka’ab رضي الله عنه terus membakar surat itu setelah dibaca. Tidak mungkin beliau akan serahkan imannya. Namun kenapa terus dibakar dan tidak disimpan? Supaya buang terus kemungkinan itu. Kalau dibakar, nanti esok baca balik, lain pula perasaan yang timbul. ]

Setelah empat puluh hari lamanya daripada pengecualian umum, ternyata wahyu Tuhan pun tidak juga turun. Hingga pada suatu ketika, seorang utusan Rasulullah ﷺ mendatangi saya sambil menyampaikan sebuah pesan; ‘Hai Ka’ab, sesungguhnya Rasulullah ﷺ memerintahkanmu untuk menghindari isterimu.’ Saya bertanya; ‘Apakah saya harus menceraikan atau bagaimana? ‘ Utusan tersebut menjawab; ‘Tidak usah kamu ceraikan. Tetapi, cukuplah kamu menghindarinya dan janganlah kamu mendekatinya.’ Lalu saya katakan kepada isteri saya; ‘Wahai dinda, sebaiknya dinda pulang terlebih dahulu ke rumah orang tua dinda dan tinggallah bersama dengan mereka hingga Allah memberikan keputusan yang jelas dalam permasalahan ini.’

[Ujian ditingkatkan. Sudahlah umat Islam lain diasingkan daripada mereka bertiga, ini isteri pun disuruh meninggalkan mereka. Walau bagaimanapun Ka’ab رضي الله عنه taat kepada arahan Allah ‎ﷻ dan Rasul-Nya tanpa soal.

Jadi perhatikan di sini yang Ka’ab tidaklah menceraikan isterinya walaupun dia menyuruhnya pulang ke keluarganya. Di dalam Islam, lafaz sebegini boleh dikira sebagai lafaz kinayah untuk menceraikan jikalau ada niat. Jika tidak ada niat, maka ia bukanlah menyebabkan talaq]

Ka’ab bin Malik رضي الله عنه berkata; ‘Tidak lama kemudian isteri Hilal bin Umayyah رضي الله عنه pergi mendatangi Rasulullah ﷺ sambil bertanya; ‘Ya Rasulullah, Hilal bin Umayyah itu sudah lanjut usia dan lemah serta tidak mempunyai pembantu. Oleh kerana itu, izinkanlah saya merawatnya.’ Rasulullah ﷺ pun menjawab: ‘Jangan. Sebaiknya kamu tidak usah menemaninya terlebih dahulu dan ia tidak boleh dekat denganmu untuk beberapa saat.’ Isteri Hilal tetap berkeras dan berkata; ‘Demi Allah ya Rasulullah, sekarang dia itu tidak mempunyai semangat hidup lagi. Dia senantiasa menangis, sejak mendapatkan permasalahan ini sampai sekarang.’ Ka’ab bin Malik رضي الله عنه berkata; ‘Beberapa orang daripada keluarga saya berkata; ‘Sebaiknya kamu meminta izin terlebih dahulu kepada Rasulullah ﷺ dalam masalah isterimu ini. Kerana Rasulullah ﷺ sendiri telah memberikan izin kepada Hilal bin Umayyah رضي الله عنه untuk merawat suaminya.’ Ka’ab bin Malik رضي الله عنه berkata; ‘Saya tidak akan meminta izin kepada Rasulullah ﷺ dalam persoalan isteri saya ini. Kerana, bagaimanapun, saya tidak akan tahu bagaimana jawapan Rasulullah ﷺ nanti jika saya meminta izin kepada baginda sedangkan saya masih muda belia.’

[Ka’ab رضي الله عنه sudah segan dan tidak mahu memalukan diri beliau lagi. Kalau beliau minta dan ditolak, tentu lagi malu, bukan? ]

Ka’ab bin Malik رضي الله عنه berkata; ‘Ternyata hal itu berlangsung selama sepuluh malam hingga dengan demikian lengkaplah sudah lima puluh malam bagi kami terhitung sejak kaum muslimin dilarang untuk berbicara kepada kami. Ka’ab bin Malik رضي الله عنه berkata; ‘Lalu saya melakukan solat fajar pada malam yang ke lima puluh di bahagian belakang rumah. Ketika saya sedang duduk dalam solat tersebut, diri saya diliputi penyesalan dan kesedihan. Sepertinya bumi yang luas ini terasa sempit bagi diri saya. Tiba-tiba saya mendengar seseorang berteriak dengan lantangnya menembus cakerawala; ‘Hai Ka’ab bin Malik, bergembiralah! ‘ Maka saya pun tersungkur sujud dan mengetahui bahawasanya saya telah terbebas daripada persoalan saya. Ka’ab bin Malik رضي الله عنه berkata; ‘Kemudian Rasulullah ﷺ mengumumkan kepada kaum muslimin selepas Solat Subuh.

[Setelah 50 hari barulah berita baik tentang pembebasan Ka’ab رضي الله عنه disampaikan. ]

Maka umat Islam terus memberi khabar gembira kepada kami dan sebahagian daripada mereka pergi kepada kawan-kawanku untuk menyampaikan berita gembira kepada mereka dan seseorang memacu kudanya dan datang daripada suku Aslam dan kudanya sampai kepadaku lebih cepat daripada suaranya. Dan apabila dia datang kepadaku yang suaranya aku dengar, dia memberi khabar gembira kepadaku. Aku menanggalkan pakaianku dan memberinya pakaianku kerana dia membawa berita gembira kepadaku dan, demi Allah, aku tidak memiliki apa-apa yang lain (dalam bentuk pakaian) daripada kedua-duanya pada waktu itu, dan aku meminta seorang meminjamkan kepadaku dua pakaian dan memakaikan diriku dengannya.

[Ini adalah sunnah memberi hadiah kepada orang yang membawakan berita baik kepada kita. ]

Aku datang kepada Rasulullah ﷺ dan dalam perjalananku aku bertemu dengan sekumpulan manusia yang memberi salam kepadaku kerana (penerimaan) taubat dan mereka berkata: Ini adalah salam untukmu kerana taubatmu diterima oleh Allah ‎ﷻ. (Saya terus berjalan) sehingga saya datang ke masjid dan Rasulullah ﷺ telah duduk di sana di antara orang-orang. Talha b. ‘Ubaidullah رضي الله عنه bangun dan bergegas ke arah saya dan dia berjabat tangan dengan saya dan memberi salam kepada saya dan demi Allah, tidak ada seorang pun yang berdiri (untuk memberi salam) daripada orang yang muhajireen kecuali dia. Ka’ab رضي الله عنه berkata bahawa dia tidak pernah lupa (sikap baik) Thalhah رضي الله عنه.

[Kalau telah diberi dengan pengampunan atau seseorang itu telah dikenakan hukuman dan telah berubah, sepatutnya kita meraikan mereka. ]

Ka’ab رضي الله عنه berkata lagi: Aku mengucapkan salam kepada Rasulullah ‎ﷺ dengan Assalamu-‘Alaikum dan wajahnya bersinar-sinar kerana kegembiraan, dan baginda bersabda: Semoga ada khabar gembira dan keberkatan untukmu, yang seperti itu (yang kamu tidak dapati dan tidak akan kamu temui, seperti yang kamu dapati hari ini) sejak ibumu melahirkanmu. Aku berkata: Wahai Rasulullah, adakah ini penerimaan taubat daripada engkau atau daripada Allah? Baginda berkata: Tidak, (bukan daripadaku), ia daripada Allah, dan adalah biasa bagi Rasulullah ‎ ﷺ bahawa ketika baginda bergembira, wajahnya berseri-seri dan kelihatan seperti sebahagian daripada bulan dan dari sinilah kami mengenalinya (kegembiraannya).

[Begitulah sayangnya Rasulullah ﷺ kepada para sahabat baginda. Baginda mahu mereka selamat dunia dan akhirat dan kerana itulah baginda senang hati apabila Ka’ab رضي الله عنه dan dua orang lain sahabat dibebaskan daripada hukuman dan diterima taubat mereka oleh Allah. ]

Ketika saya duduk di hadapannya, saya berkata: Wahai Rasulullah, bolehkah saya bersedekah harta saya kerana Allah dan untuk Rasul-Nya ? Kemudian Rasulullah ﷺ bersabda: Simpanlah sedikit harta bersama kamu kerana ia lebih baik bagi kamu. Saya berkata: Saya akan menyimpan bersama saya bahagian (harta saya) yang jatuh kepada bahagian saya (pada peristiwa ekspedisi) Khaibar.

[Ini adalah satu lagi cara Ka’ab رضي الله عنه menyatakan kegembiraan kerana terlepas bala yang besar sampaikan keseluruhan hartanya hendak disedekahkan. Akan tetapi ia tidak dibenarkan oleh Rasulullah ﷺ kerana kalau diberikan kesemuanya, maka apa lagi yang tinggal padanya? ]

Saya berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah telah menganugerahkan keselamatan kepada saya kerana kebenaran dan oleh itu, (saya fikir) bahawa taubat bermaksud bahawa saya tidak boleh bercakap kecuali kebenaran selagi saya hidup. Baginda berkata: Demi Allah, aku tidak tahu sama ada seseorang di antara kaum Muslimin dijatuhkan hukuman yang lebih berat daripada aku oleh Allah kerana berkata benar. Dan sejak saya menyebut hal ini kepada Rasulullah ﷺ sehingga hari ini saya tidak berdusta dan, demi Allah, saya telah memutuskan untuk tidak berdusta dan saya berharap bahawa Allah akan menyelamatkan saya (daripada ujian) sepanjang hidup saya dan Allah Taala menurunkan ayat-ayat ini: “Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi, orang-orang muhajirin dan orang-orang Ansar yang mengikuti Nabi dalam masa kesulitan, setelah hati segolongan daripada mereka hampir berpaling, kemudian Allah menerima taubat mereka itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada mereka, dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, dan wahyu ini sampai kepada (kata-kata): “Hai orang-orang yang beriman bertaqwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar.” (Surah Tawbah: 117-118).

[Menjadi pengajaran kepada kita untuk bercakap benar walaupun pahit. Panjang kisah Ka’ab bin Malik رضي الله عنه ini. Semoga ia mengingatkan kita di saat kita hendak menipu di masa hadapan (kalau Ka’ab رضي الله عنه, apa yang dia akan buat? ]

Ka’ab رضي الله عنه berkata: Demi Allah, semenjak Allah ‎ﷻ mengarahkan saya kepada Islam, tidak ada nikmat yang lebih besar bagi saya daripada kebenaran saya ini yang saya katakan kepada Rasulullah ﷺ dan sekiranya saya berdusta, nescaya saya akan binasa seperti orang yang berdusta, kerana bagi mereka yang berdusta, Allah ﷻ telah menggunakan perkataan yang paling keras yang digunakan untuk sesiapa sahaja sebagaimana firman Allah ﷻ yang diturunkan “Kelak mereka akan bersumpah kepadamu dengan nama Allah, apabila kamu kembali kepada mereka, supaya kamu berpaling daripada mereka. Maka berpalinglah daripada mereka; kerana sesungguhnya mereka itu adalah najis dan tempat mereka jahannam; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan. Mereka akan bersumpah kepadamu, agar kamu redha kepada mereka. Tetapi jika sekiranya kamu redha kepada mereka, sesungguhnya Allah tidak redha kepada orang-orang yang fasik itu.” (Surah Tawbah: 95-96).

[Sungguh terselamat daripada termasuk golongan Munafik adalah satu nikmat yang amat besar. Ka’ab dan dua sahabatnya رضي الله عنهم lagi telah terselamat. Bagaimana dengan kita? Belum selamat lagi tuan-tuan. ]

Ka’ab رضي الله عنه berkata bahawa urusan kami tiga orang itu ditangguhkan berbanding mereka yang bersumpah di hadapan Rasulullah ﷺ dan baginda menerima bai’ah mereka dan memohon keampunan untuk mereka dan Allah ‎ﷻ tidak memberi sebarang keputusan mengenai kami. Allah ﷻ yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia, yang memberikan keputusan dalam hal kami tiga orang yang tinggal di belakang. (Kata-kata Al-Qur’an) “Tiga yang ditinggalkan” tidak bermakna kami meninggalkan Jihad tetapi ini memberi maksud bahawa Dia menyimpan perkara kita di belakang mereka yang bersumpah dan mengemukakan alasan di hadapan-Nya.

[Maksudnya mereka tertahan itu adalah keputusan hukum ke atas mereka ditahan oleh Allah ﷻ. Untuk golongan Munafik yang memberikan alasan palsu itu, mereka terus mendapat keputusan daripada Nabi ﷺ. Mereka selesai kes mereka di dunia tetapi di Akhirat nanti mereka kena jawab. Sedangkan kes Ka’ab رضي الله عنه tidak terus diberi keputusan kerana Allah ﷻ tahan dulu. Ini kerana Allah ﷻ hendak beri pengajaran kepada kita daripada kisah mereka bertiga. ]

(Sahih Muslim (4973))

Tunggu, ada lagi pengajaran yang kita boleh ambil daripada hadith ini seperti yang disampaikan oleh Imam Nawawi رحمه الله:

1. Kelebihan Ahli Badr dan Bai’atul Aqabah. Ini adalah kedua-duanya adalah peristiwa penting dalam Islam di dalam proses menegakkannya. Mereka yang menyertainya ada kelebihan tertentu berbanding dengan orang lain.

2. Harus bagi seorang ketua perang untuk menyembunyikan perancangan perang atau memberitahu sejak awal lagi mengikut keperluan. Ini tidak dikira menipu tetapi dikira sebagai helah perang.

3. Wajib menolak celaan orang Islam yang lain. Ini seperti kisah Bani Salamah di atas.

4. Kelebihan bercakap benar dan bercakap benar sepanjang masa akan mendapat syurga Allah ‎ﷻ.

5. Disunatkan solat apabila pulang daripada musafir; iaitu solat di masjid berdekatan rumah.

6. Disunatkan bagi orang yang ada kedudukan untuk duduk di masjid setelah pulang daripada musafir dan meraikan tetamu yang datang.

7. Hukum adalah mengikut zahir. Ada pun yang di dalam hati, serahkan sahaja kepada Allah ‎ﷻ.

8. Disunatkan memulau ahli-ahli bid’ah yang melakukan maksiat secara terbuka malah dilarang memberi salam kepada mereka sebagai pengajaran kepada mereka.

9. Disunatkan menangis apabila melakukan dosa, apatah lagi dosa besar.

10. Wajib mengutamakan ketaatan kepada Allah ﷻ dan Rasul daripada meraikan kawan atau saudara yang boleh menyebabkan kita melanggar perintah Allah ﷻ. Lihat apa yang dilakukan Abu Qatadah رضي الله عنه.

11. Harus membakar kertas yang ada perkataan Allah ﷻ atau ayat Al-Qur’an seperti yang dilakukan oleh Ka’ab رضي الله عنه kerana di dalam surat dari raja Ghassan itu ada nama Allah ﷻ.

12. Disunatkan menyembunyikan atau menghilangkan apa yang boleh merosakkan kita apabila dizahirkan. Seperti yang dilakukan oleh Ka’ab رضي الله عنه. Sebagai contoh jangan simpan gambar awek lama.

13. Disunatkan sujud syukur apabila mendapat berita tentang nikmat yang besar. Nikmat kecil tidak perlulah.

14. Disunatkan kita memberi khabar gembira kepada orang yang mendapat berita gembira.

15. Disunatkan memuliakan orang yang memberi berita gembira itu seperti memberi hadiah kepada mereka.

16. Mengucapkan tahniah kepada orang yang mendapat kebaikan agama atau duniawi seperti yang dilakukan oleh Talhah رضي الله عنه.

17. Menunaikan solat dua rakaat ketika bertaubat daripada dosa besar.

18. Bersedekah ketika bertaubat

19. Rasulullah ﷺ suka mengembara pada hari Khamis, sama ada untuk berperang atau atas sebab-sebab lain.

20. Ketua perang atau ketua kerajaan boleh mengarahkan rakyat untuk memulau orang yang melakukan kesalahan.

21. Para sahabat sangat sayang kepada Rasulullah ﷺ dan prihatin dengan sikap baginda terhadap mereka. Saidina Ka’ab رضي الله عنه memerhati dengan teliti setiap apa yang dilakukan oleh baginda.

22. Para sahabat taat dengan arahan Rasulullah ﷺ dan mereka sanggup menolak kehendak peribadi mereka. Lihatlah bagaimana Abu Qatadah رضي الله عنه menahan dirinya daripada menjawab soalan sahabat dan sepupunya sendiri kerana taat arahan Rasulullah ﷺ.

23. Tidak digalakkan untuk sedekah keseluruhan harta kepada Islam. Paling tinggi pun satu pertiga sahaja sudah memadai kerana kita sebagai manusia memerlukan juga harta untuk kelangsungan hidup.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 23 Oktober 2024

Ringkasan Surah Tawbah


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Ustaz Solahuddin

Ustaz Abdul Muien

Maariful Qur’an

Tafsir Surah Tawbah Ayat 118 – 119 (3 sahabat yang ditangguhkan pengampunan mereka)

KISAH TIGA ORANG SAHABAT

Tawbah Ayat 118: Ayat 117 telah menyebut dua golongan Mukmin dan sikap mereka terhadap Perang Tabuk (satu terus pergi dan satu lagi goyang pada mulanya). Sekarang disebut golongan ketiga pula. Asalnya mereka itu ada 10 orang tetapi 7 daripada mereka telah disebut di dalam ayat 102 di mana mereka cepat menyesal dan terus mengikat diri mereka di tiang dan tidak akan melepaskan diri mereka sendiri melainkan Rasulullah ﷺ sendiri lepaskan.

Ayat ini menyebut 3 orang daripada 10 orang itu. Kisah mereka agak panjang.

وَعَلَى الثَّلٰثَةِ الَّذينَ خُلِّفوا حَتّىٰ إِذا ضاقَت عَلَيهِمُ الأَرضُ بِما رَحُبَت وَضاقَت عَلَيهِم أَنفُسُهُم وَظَنّوا أَن لّا مَلجَأَ مِنَ اللَّهِ إِلّا إِلَيهِ ثُمَّ تابَ عَلَيهِم لِيَتوبوا ۚ إِنَّ اللَّهَ هُوَ التَّوّابُ الرَّحيمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [He also forgave] the three who were left alone [i.e., boycotted, and then regretted their error] to the point that the earth closed in on them in spite of its vastness¹ and their souls confined [i.e., anguished] them and they were certain that there is no refuge from Allāh except in Him. Then He turned to them so they could repent. Indeed, Allāh is the Accepting of repentance, the Merciful.

  • Thus it seemed to them in their extreme distress.

(MALAY)

dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta mereka telah mengetahui bahawa tidak ada tempat lari dari (seksa) Allah, melainkan kepada-Nya saja. Kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

 

وَعَلَى الثَّلٰثَةِ الَّذينَ خُلِّفوا

dan terhadap tiga orang yang ditinggalkan/ditangguhkan

Ini adalah berkenaan tiga orang yang tertinggal; iaitu mereka tertinggal daripada berjihad. Mereka adalah Ka’b ibnu Malik, Hilal ibnu Umayyah, dan Mararah ibnu Rabi’ رضي الله عنهم, semuanya dalam kalangan Ansar. Hilal dan Mararah رضي الله عنهما sudah tua, kecuali Ka’ab رضي الله عنه masih muda. Mereka memang orang Mukmin, tetapi tertinggal kerana mereka leka dan sibuk sampai tidak buat persiapan untuk berjihad ke Tabuk. Mereka tidak sama seperti puak munafiqin yang memang tidak mahu pergi pun. Mereka ini ada banyak jasa kepada agama Islam kerana mereka telah terlibat di dalam Bai’atul Aqabah bersama Rasulullah ﷺ semasa baginda di Mekah lagi. Mereka bersumpah untuk mempertahankan baginda.

Atau ia boleh juga bermaksud: ke atas tiga orang yang dilewatkan penerimaan taubat mereka. Mereka mengaku mereka salah dan Nabi ﷺ suruh tunggu keputusan daripada Allah ﷻ. Allah ﷻ telah membuat keputusan supaya mereka itu dipulaukan – tidak boleh ditegur, beri salam pun tidak boleh dijawab, isteri mereka pun tidak boleh tidur sekali dengan mereka. Kejadian ini berlangsung selama 50 hari.

Mereka boleh sahaja pergi berjumpa Nabi Muhammad ﷺ dan beri alasan seperti alasan yang diberikan oleh golongan Munafik. Akan tetapi mereka ikhlas memberitahu bahawa mereka memang salah. Disebabkan kejujuran itulah mereka telah diuji dan kerana mereka jujur jugalah Allah ﷻ menerima taubat mereka.

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ وَكَانَ قَائِدَ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ سَمِعْتُ كَعْبَ بْنَ مَالِكٍ يُحَدِّثُ حِينَ تَخَلَّفَ عَنْ قِصَّةِ تَبُوكَ فَوَاللَّهِ مَا أَعْلَمُ أَحَدًا أَبْلَاهُ اللَّهُ فِي صِدْقِ الْحَدِيثِ أَحْسَنَ مِمَّا أَبْلَانِي مَا تَعَمَّدْتُ مُنْذُ ذَكَرْتُ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى يَوْمِي هَذَا كَذِبًا وَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَى رَسُولِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ { لَقَدْ تَابَ اللَّهُ عَلَى النَّبِيِّ وَالْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ إِلَى قَوْلِهِ وَكُونُوا مَعَ الصَّادِقِينَ }
Daripada [‘Abdullah bin Ka’ab bin Malik] – dia adalah pembantu Ka’ab bin Malik- dia berkata; Aku mendengar [Ka’ab bin Malik رضي الله عنه] bercerita mengenai ketertinggalannya daripada perang Tabuk. Demi Allah, setahu saya tidak ada seorang muslim yang telah diuji Allah dalam kejujuran ucapannya, yang ia lebih baik daripada apa yang telah diujikan Allah kepada saya sejak saya ceritakan hal ini kepada Rasulullah ﷺ, saya tidak pernah bermaksud untuk berdusta kepada Rasulullah ﷺ hingga sekarang ini. Allah ﷻ berfirman kepada Rasulullah-Nya: “Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi, orang-orang Muhajirin, dan orang-orang Ansar hingga ayat: ‘dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang jujur.’ (At-Tawbah (9): 117-119).
(Sahih Bukhari (3710))

 

حَتّىٰ إِذا ضاقَت عَلَيهِمُ الأَرضُ بِما رَحُبَت

hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas

Mereka dipulau dan mereka amat tertekan dengan kaedah itu, sehinggakan bumi Madinah yang luas itu terasa sempit. Bayangkan, tidak ada sesiapa pun yang boleh layan mereka, sampai kalau mereka beri salam pun orang Islam yang lain tidak dibenarkan untuk balas. Mereka rasa mereka bersendirian sahaja dalam dunia. Ini adalah kerana mereka sedar yang mereka telah melakukan kesalahan. Kesannya dada mereka rasa ketat sangat. Begitulah orang Mukmin kalau melakukan kesalahan, akan rasa begitu. Kalau tidak bersalah, duduk dalam penjara pun rasa aman sebagaimana yang disebut oleh Nabi Yusuf عليه السلام di dalam Yusuf: 33

قالَ رَبِّ السِّجنُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِمّا يَدعونَني إِلَيهِ
Yusuf berkata: “Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku.

Begitulah yang kita harapkan berlaku kepada kita iaitu ketenangan walau di mana pun kita berada dan betapa sulitnya situasi kita. Kita juga patut mengambil iktibar daripada kisah Ibnu Taimiyyah رحمه الله yang berkali-kali dipenjarakan dalam tempoh yang lama:

Ibnul Qayyim رحمه الله mengatakan, “Allah Taala pasti tahu bahawa aku tidak pernah melihat seorang pun yang lebih bahagia hidupnya daripada beliau, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah. Padahal kondisi kehidupan beliau sangat susah, jauh daripada kemewahan dan kesenangan duniawi, bahkan sangat prihatin. Ditambah lagi dengan seksaan dan penderitaan yang beliau alami di jalan Allah Taala, iaitu berupa seksaan dalam penjara, ancaman dan penindasan daripada musuh-musuh beliau. Namun bersamaan dengan itu semua, aku dapati bahawa beliau adalah termasuk orang yang paling bahagia hidupnya, paling lapang dadanya, paling tegar hatinya dan paling tenang jiwanya. Terpancar pada wajah beliau sinar kenikmatan hidup yang beliau rasakan. Kami (murid-murid Ibnu Taimiyyah), jika kami ditimpa perasaan gundah gulana atau muncul dalam diri kami prasangka-prasangka buruk atau ketika kami merasakan kesempitan hidup, kami segera mendatangi beliau untuk meminta nasihat, maka dengan hanya memandang wajah beliau dan mendengarkan nasihat beliau, serta merta hilang semua kegundahan yang kami rasakan dan berganti dengan perasaan lapang, tegar, yakin dan tenang”.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah رحمه الله pun sering mengatakan berulang kali pada Ibnul Qoyyim رحمه الله, “Apa yang dilakukan oleh musuh-musuhku terhadapku? Sesungguhnya keindahan syurga dan tamannya ada di hatiku.”

Begitu pula Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah رحمه الله pernah mengatakan tatkala beliau berada di dalam penjara, padahal di dalamnya penuh dengan kesulitan, namun beliau masih mengatakan, “Seandainya benteng ini dipenuhi dengan emas, tidak ada yang bisa menandingi kenikmatanku berada di sini.”

Namun begitu itu tidak dirasai oleh Ka’ab dan dua orang lagi sahabat رضي الله عنهم. Ini kerana mereka tahu yang mereka berdosa. Mereka amat menyesal dan amat takut. Inilah bezanya antara orang Mukmin dan ahli maksiat. Lain cara mereka memandang dosa mereka. Ini seperti disebut di dalam hadith,

عَنْ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْمُؤْمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ قَاعِدٌ تَحْتَ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهِ وَإِنَّ الْفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ مَرَّ عَلَى أَنْفِهِ فَقَالَ بِهِ هَكَذَا
Daripada Abdullah bin Mas’ud رضي الله عنه berkata, bahawa Nabi ﷺ bersabda, “Sesungguhnya seorang mukmin (ketika) dia melihat dosa-dosanya, adalah seperti (ketika) dia duduk di lereng sebuah gunung, dan dia sangat khuatir gunung itu akan menimpanya. Sedangkan seorang fajir (orang yang selalu berbuat dosa), ketika dia melihat dosa-dosanya adalah seperti dia melihat seekor lalat yang hinggap di batang hidungnya, kemudian dia mengusirnya seperti ini lalu terbang (dia menganggap remeh dosa).”
(Sahih Bukhari No. 6309)

وَضاقَت عَلَيهِم أَنفُسُهُم

dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, 

Mereka dipulaukan hingga jiwa mereka terasa sempit. Mereka berasa amat takut sekali, kerana kalaulah mereka mati masa itu, mereka tahu mereka akan nahas di akhirat. Kalau di dunia, mereka tidak ditegur oleh puak mukmin yang lain, mereka amat takut kalau Allah ‎ﷻ pun tidak tegur mereka di akhirat kelak. Jiwa mereka terasa sempit dan tertekan sekali dek kerana terlalu takut.

 

وَظَنّوا أَن لّا مَلجَأَ مِنَ اللَّهِ إِلّا إِلَيهِ

serta mereka telah mengetahui bahawa tidak ada tempat lari dari (seksa) Allah, melainkan kepada-Nya saja. 

Kalimah ظَنّوا di sini bermaksud ‘mereka yakin’. Mereka amat tahu yang tidak ada keselamatan daripada Allah ‎ﷻ, melainkan kena mengadap Allah ‎ﷻ juga. Oleh itu, ke mana lagi mereka mahu pergi? Tidak ada tempat lain lagi, kecuali kepada Allah ‎ﷻ jua! Misalnya anak-anak kecil kita yang berbuat salah dan kita marahi mereka, tentu mereka menangis, tetapi dia tidak dapat hendak pergi ke manapun kerana walaupun kita yang marah mereka, mereka tahu mereka tidak ada tempat lain lagi untuk pergi, kecuali kepada kita juga! Oleh itu, kalau kita marah mereka, mereka akan menangis dan nama Abba dan Ibbu juga yang mereka akan sebut.

Maka hikmah kepada tiga orang sahabat ini adalah mereka lebih yakin dengan penjagaan Allah ‎ﷻ. Bagi mereka lagi mereka dipulau, lagi mereka sedar yang mereka tidak ada tempat lain untuk berlindung. Pengharapan mereka kepada Allah‎ ﷻ semakin bertambah. Walaupun kita tidak melalui ujian kepada mereka itu tetapi kita sekarang sedang belajar mengenainya.

 

ثُمَّ تابَ عَلَيهِم لِيَتوبوا

Kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya.

Hanya selepas 50 hari, baru Allah ‎ﷻ menerima juga taubat mereka. Allah ‎ ﷻ telah menerima taubat mereka supaya mereka tetap berada di dalam taubat mereka. Alhamdulillah, Allah ‎ ﷻ terima juga taubat mereka dan alangkah gembiranya hati mereka itu. Allah ‎ﷻ buat begitu supaya lain kali, kalau buat silap, manusia tahu yang mereka mesti bertaubat juga. Allah ‎ ﷻ mengajar kita yang kita kena sentiasa taubat dan kena terus mengharapkan penerimaan taubat daripada Allah ‎ﷻ.

Ini adalah kelebihan yang diberikan kepada tiga orang sahabat ini. Iaitu mereka diberitahu yang taubat mereka diterima Allah ‎ﷻ! Kita yang selalu bertaubat ini bukannya boleh tahu Allah ‎ﷻ terima taubat kita ataupun tidak. Kerana itulah kita sentiasa takut entah-entah Allah ‎ ﷻ tidak terima taubat kita (maka hendaklah terus menerus kita bertaubat dan istighfar). Akan tetapi mereka bertiga ini disebut di dalam Al-Qur’an yang taubat mereka diterima! Alangkah hebatnya! Inilah kelebihan yang Allah ‎ﷻ berikan kerana mereka jujur dan sanggup melalui kesusahan demi mendapatkan keampunan daripada Allah ‎ﷻ.

Bacalah sendiri kisah ayat ini daripada mulut Ka’ab bin Malik رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ sendiri:

أَبِي كَعْبَ بْنَ مَالِكٍ وَهُوَ أَحَدُ الثَّلَاثَةِ الَّذِينَ تِيبَ عَلَيْهِمْ أَنَّهُ لَمْ يَتَخَلَّفْ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي غَزْوَةٍ غَزَاهَا قَطُّ غَيْرَ غَزْوَتَيْنِ غَزْوَةِ الْعُسْرَةِ وَغَزْوَةِ بَدْرٍ قَالَ فَأَجْمَعْتُ صِدْقِي رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ضُحًى وَكَانَ قَلَّمَا يَقْدَمُ مِنْ سَفَرٍ سَافَرَهُ إِلَّا ضُحًى وَكَانَ يَبْدَأُ بِالْمَسْجِدِ فَيَرْكَعُ رَكْعَتَيْنِ وَنَهَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ كَلَامِي وَكَلَامِ صَاحِبَيَّ وَلَمْ يَنْهَ عَنْ كَلَامِ أَحَدٍ مِنْ الْمُتَخَلِّفِينَ غَيْرِنَا فَاجْتَنَبَ النَّاسُ كَلَامَنَا فَلَبِثْتُ كَذَلِكَ حَتَّى طَالَ عَلَيَّ الْأَمْرُ وَمَا مِنْ شَيْءٍ أَهَمُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ أَمُوتَ فَلَا يُصَلِّي عَلَيَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْ يَمُوتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَكُونَ مِنْ النَّاسِ بِتِلْكَ الْمَنْزِلَةِ فَلَا يُكَلِّمُنِي أَحَدٌ مِنْهُمْ وَلَا يُصَلِّي وَلَا يُسَلِّمُ عَلَيَّ فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَوْبَتَنَا عَلَى نَبِيِّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ بَقِيَ الثُّلُثُ الْآخِرُ مِنْ اللَّيْلِ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ أُمِّ سَلَمَةَ وَكَانَتْ أُمُّ سَلَمَةَ مُحْسِنَةً فِي شَأْنِي مَعْنِيَّةً فِي أَمْرِي فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا أُمَّ سَلَمَةَ تِيبَ عَلَى كَعْبٍ قَالَتْ أَفَلَا أُرْسِلُ إِلَيْهِ فَأُبَشِّرَهُ قَالَ إِذًا يَحْطِمَكُمْ النَّاسُ فَيَمْنَعُونَكُمْ النَّوْمَ سَائِرَ اللَّيْلَةِ حَتَّى إِذَا صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةَ الْفَجْرِ آذَنَ بِتَوْبَةِ اللَّهِ عَلَيْنَا وَكَانَ إِذَا اسْتَبْشَرَ اسْتَنَارَ وَجْهُهُ حَتَّى كَأَنَّهُ قِطْعَةٌ مِنْ الْقَمَرِ وَكُنَّا أَيُّهَا الثَّلَاثَةُ الَّذِينَ خُلِّفُوا عَنْ الْأَمْرِ الَّذِي قُبِلَ مِنْ هَؤُلَاءِ الَّذِينَ اعْتَذَرُوا حِينَ أَنْزَلَ اللَّهُ لَنَا التَّوْبَةَ فَلَمَّا ذُكِرَ الَّذِينَ كَذَبُوا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ الْمُتَخَلِّفِينَ وَاعْتَذَرُوا بِالْبَاطِلِ ذُكِرُوا بِشَرِّ مَا ذُكِرَ بِهِ أَحَدٌ قَالَ اللَّهُ سُبْحَانَهُ { يَعْتَذِرُونَ إِلَيْكُمْ إِذَا رَجَعْتُمْ إِلَيْهِمْ قُلْ لَا تَعْتَذِرُوا لَنْ نُؤْمِنَ لَكُمْ قَدْ نَبَّأَنَا اللَّهُ مِنْ أَخْبَارِكُمْ وَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ } الْآيَةَ
[Telah mengabarkan Ka’ab bin Malik رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ] – dia adalah salah satu daripada tiga orang yang diterima taubatnya- bahawa dia tidak pernah tertinggal daripada Rasulullah ﷺ dalam peperangan yang baginda ikuti selain dua peperangan iaitu perang ‘Usrah dan perang Badar. Dia berkata; Maka aku pun berusaha untuk mengungkapkan kejujuranku kepada Rasulullah ﷺ di waktu dhuha. Kerana sudah menjadi tradisi baginda apabila datang dari suatu perjalanan baginda selalu Solat Dhuha. Baginda selalu ke masjid terlebih dahulu kemudian solat dua raka’at. Baginda melarangku dan kedua sahabatku untuk berbicara. Padahal baginda tidak melarang orang yang tertinggal selainku. Hingga orang-orang pun menjauhi untuk berbicara kepada kami. Hal itu terjadi begitu lama. Dan tidaklah yang membuatku cemas kecuali rasa takutku apabila aku mati sedangkan Nabi ﷺ tidak mahu mensolatiku. Atau Nabi ﷺ yang wafat, hingga aku termasuk orang yang buruk keadaannya, tidak seorang pun yang mahu berbicara denganku, dan tidak mahu mensolati serta mengucapkan salam kepadaku. Kemudian Allah ﷻ menurunkan ayat kepada Nabi ﷺ pada sepertiga malam terakhir yang memberitakan taubat kami. Pada waktu itu Rasulullah ﷺ berada di sisi Ummu Salamah رضي الله عنها. Ummu Salamah رضي الله عنها adalah orang yang senantiasa menyebut kebaikan-kebaikan urusanku dan membelaku. Lalu Rasulullah ﷺ bersabda: ‘Ya Ummu Salamah, Ka’ab telah diterima taubatnya.’ Ummu Salamah رضي الله عنها berkata; Apakah aku harus mengutus seseorang kepadanya untuk memberikan khabar gembira? Baginda bersabda: Jangan, nanti orang-orang akan memukuli kamu dan menahan kamu daripada tidur di malam hari. Hingga tatkala Rasulullah ﷺ solat Subuh baginda mengumumkan bahawa Allah ﷻ telah menerima taubat kami. Dan baginda apabila sedang memberi khabar gembira, wajah baginda kelihatan bersinar seperti bersinarnya sebahagian bulan. Dan kamilah yang dimaksudkan ayat, tiga orang yang menyelisihi perintah, yang kemudian diterima alasannya daripada orang-orang yang meminta izin untuk tidak berperang. Iaitu ketika Allah ﷻ menurunkan penerimaan taubat kami. Padahal dulu tatkala disebutkan orang-orang yang mendustakan Rasulullah ﷺ, iaitu orang-orang yang tidak ikut berperang dan beralasan dengan alasan yang batil. Mereka dikatakan sebagai sejelek-jelek manusia. Allah ‎ﷻ berfirman: Mereka (orang-orang munafik) mengemukakan ‘uzurnya kepadamu, apabila kamu telah kembali kepada mereka (dari medan perang). Katakanlah: “Janganlah kamu mengemukakan ‘uzur; kami tidak percaya lagi kepadamu, (kerana) sesungguhnya Allah telah memberitahukan kepada kami beritamu yang sebenarnya. Dan Allah serta Rasul-Nya akan melihat pekerjaanmu…. (At Tawbah: 94).
(Sahih Bukhari (4309))

 

إِنَّ اللَّهَ هُوَ التَّوّابُ الرَّحيمُ

Sesungguhnya Allah-lah Yang maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

Kita kena sedar yang sesungguhnya Allah ﷻ sangat suka menerima taubat orang yang mahu bertaubat. Allah ﷻ sanggup terima taubat manusia yang berkali-kali, tidak kira berapa kali mereka telah buat salah, berapa banyak pun kesalahan mereka. Inilah sebahagian daripada maksud التَّوّابُ itu kerana ia di dalam bentuk mubalaghah (ekstrem) iaitu Allah ﷻ sangat-sangat penerima taubat.

Allah ﷻ lebih suka kepada taubat kita, lebih lagi daripada seorang lelaki yang kehilangan untanya semasa dalam musafir, dan kemudian menjumpainya. Allah ﷻ beri perumpamaan ini di dalam sebuah hadith;

الَلَّهُ أَشَدُّ فَرَحًا بِتَوْبَةِ عَبْدِهِ حِينَ يَتُوبُ إِلَيْهِ مِنْ أَحَدِكُمْ كَانَ عَلَى رَاحِلَتِهِ بِأَرْضِ فَلاَةٍ فَانْفَلَتَتْ مِنْهُ وَعَلَيْهَا طَعَامُهُ وَشَرَابُهُ فَأَيِسَ مِنْهَا فَأَتَى شَجَرَةً فَاضْطَجَعَ فِى ظِلِّهَا قَدْ أَيِسَ مِنْ رَاحِلَتِهِ فَبَيْنَا هُوَ كَذَلِكَ إِذَا هُوَ بِهَا قَائِمَةً عِنْدَهُ فَأَخَذَ بِخِطَامِهَا ثُمَّ قَالَ مِنْ شِدَّةِ الْفَرَحِ اللَّهُمَّ أَنْتَ عَبْدِى وَأَنَا رَبُّكَ.أَخْطَأَ مِنْ شِدَّةِ الْفَرَحِ
“Sesungguhnya Allah sangat gembira dengan taubat hamba-Nya ketika dia bertaubat pada-Nya melebihi kegembiraan seseorang di antara kalian yang berada di atas kenderaannya dan berada di suatu tanah yang luas (padang pasir), kemudian haiwan yang ditungganginya lari meninggalkannya. Padahal di haiwan tunggangannya itu ada bekalan makan dan minumnya. Sehingga dia pun menjadi putus asa. Kemudian dia mendatangi sebuah pohon dan tidur berbaring di bawah naungannya dalam keadaan hati yang telah berputus asa. Tiba-tiba ketika dia dalam keadaan seperti itu, kenderaannya tampak berdiri di sisinya, lalu dia mengambil ikatnya. Kerana sangat gembiranya, maka dia berkata, ‘Ya Allah, Engkau adalah hambaku dan aku adalah Rabb-Mu.’ Dia telah salah mengucapkan kerana sangat gembiranya.”
(Sahih Muslim No. 2747)

Ini adalah kerana Allah ﷻ amat sayang dan kasih kepada hamba-Nya dan Dia akan memberi peluang kepada hamba-Nya berkali-kali. Asalkan mereka tetap mencari keampunan daripada-Nya. Malah Allah ﷻ tidak terus mengazab kita setiap kali kita melakukan dosa. Kalaulah Allah ﷻ buat begitu, tentu tidak ada manusia yang masih hidup lagi di atas muka bumi seperti firman-Nya dalam Fatir: 45

وَلَو يُؤاخِذُ اللهُ النّاسَ بِما كَسَبوا ما تَرَكَ عَلىٰ ظَهرِها مِن دابَّةٍ وَلٰكِن يُؤَخِّرُهُم إِلىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى
Dan kalau sekiranya Allah menyeksa manusia disebabkan usahanya, nescaya Dia tidak akan meninggalkan di atas permukaan bumi suatu makhluk yang melata pun akan tetapi Allah menangguhkan (penyeksaan) mereka, sampai waktu yang tertentu;

Sekian Ruku’ 14 daripada 16 ruku’ dalam surah ini.


 

Tawbah Ayat 119:

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَكونوا مَعَ الصّٰدِقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who have believed, fear Allāh and be with those who are true.

(MALAY)

Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar.

 

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ

Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah,

Sekarang ada pengajaran penting diberikan kepada orang-orang yang beriman (atau yang mengaku beriman). Hendaklah mereka bertaqwa. Namun bukankah taqwa itu sama seperti iman? Itulah apabila Allah ﷻ meletakkan iman dan taqwa di dalam satu ayat sebegini, ia menjelaskan kepada kita yang taqwa dan iman itu tidak sama. Taqwa itu lebih tinggi lagi tingkatannya daripada iman. Sebab itu kita tidak pernah dengar suruhan kepada orang bertaqwa untuk beriman kerana sudah pasti orang yang bertaqwa itu telah beriman. Akan tetapi orang yang beriman, belum tentu lagi bertaqwa.

Perkataan Taqwa (تَقْوَى) bermaksud ‘Takut kepada Allah ﷻ’. Akan tetapi ‘takut’ adalah sebahagian sahaja daripada maksud taqwa. Ia berasal daripada perkataan wiqaya (وقى) yang membawa erti ‘perlindungan, mempertahankan diri’. Orang yang bertaqwa digelar MUTTAQI. Taqwa dari segi syara’ membawa erti: orang yang benar-benar tunduk kepada perintah Allah ﷻ dan syariatnya, dan akan melahirkan rasa benar-benar takut akan Allah ﷻ. Syarat menjadi orang yang bertaqwa ialah seseorang mesti beriman dahulu.

Kerana itulah orang beriman disuruh berpuasa sebagai peningkatan kepada tahap taqwa. Ini disebut di dalam Baqarah: 183

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيكُمُ الصِّيامُ كَما كُتِبَ عَلَى الَّذينَ مِن قَبلِكُم لَعَلَّكُم تَتَّقونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Tingkatan taqwa adalah tingkatan yang tertinggi di sisi Allah ﷻ seperti firman-Nya di dalam Hujurat: 13

إِنَّ أَكرَمَكُم عِندَ اللهِ أَتقٰكُم
Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu

Allah ﷻ berfirman di dalam Baqarah: 197

وَتَزَوَّدوا فَإِنَّ خَيرَ الزّادِ التَّقوىٰ
dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah taqwa;

Kerana itu adalah ulama’ yang membahagikan kedudukan Muslim kepada 5 tingkatan:

    1. Muslim – Orang Islam
    2. Mukmin – Orang Yang Beriman
    3. Muhsin – Orang yang memperbaiki amalan-amalannya agar berkualiti
    4. Mukhlis – Orang Yang Ikhlas di dalam amalan-amalannya
    5. Muttaqi – Orang yang mencapai maqam Taqwa.

Pendek kata, orang Islam yang beriman dan berusaha memperbaiki amalan (Ihsan) dan Ikhlas kepada Allah ﷻ, dengan izinnya akan mencapai maqam Taqwa. Begitulah serba ringkas hubung kait dan ciri-ciri Islam, Iman dan Taqwa.

 

وَكونوا مَعَ الصّٰدِقينَ

dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar.

Kemudian Allah ﷻ mengingatkan kita semua hendaklah jadi orang yang benar sebagaimana tiga orang sahabat itu. Salah seorang daripada mereka adalah Ka’ab bin Malik رضي الله عنه. Beliau telah berkata walaupun asalnya beliau amat sedih, namun akhirnya beliau gembira kerana kisahnya ada dalam Al-Qur’an. Beliau amat berbangga kerana dijadikan contoh sebagai orang yang benar. Walaupun ia pahit pada mulanya sehingga beliau dipulaukan selama 50 hari, namun ia adalah perkara terbaik yang pernah beliau lakukan.

Memang berkata benar itu adalah sesuatu yang kita mesti lakukan walaupun ia payah. Rasulullah ﷺ selalu mengingatkan perkara ini antaranya seperti disebut di dalam hadith;

عَنْ أَبِي بَكْرٍ أَنَّهُ سَمِعَهُ حِينَ تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ قَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ الْأَوَّلِ مَقَامِي هَذَا ثُمَّ بَكَى ثُمَّ قَالَ عَلَيْكُمْ بِالصِّدْقِ فَإِنَّهُ مَعَ الْبِرِّ وَهُمَا فِي الْجَنَّةِ وَإِيَّاكُمْ وَالْكَذِبَ فَإِنَّهُ مَعَ الْفُجُورِ وَهُمَا فِي النَّارِ وَسَلُوا اللَّهَ الْمُعَافَاةَ فَإِنَّهُ لَمْ يُؤْتَ رَجُلٌ بَعْدَ الْيَقِينِ شَيْئًا خَيْرًا مِنْ الْمُعَافَاةِ ثُمَّ قَالَ لَا تَقَاطَعُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا
Daripada [Abu Bakar رضي الله عنه], bahawasanya beliau mendengarnya ketika Rasulullah ﷺ wafat, beliau berkata; Rasulullah ﷺ berdiri di tahun pertama pada tempatku ini kemudian menangis lalu bersabda: “Berlaku jujurlah, kerana kejujuran bersama kebaikan dan keduanya berada di syurga, dan jauhilah dusta, kerana ia bersama dosa dan keduanya berada di neraka, dan mohonlah keselamatan kepada Allah, kerana sesungguhnya tidaklah seseorang diberi sesuatu setelah dia beriman yang lebih baik daripada keselamatan.” Kemudian baginda melanjutkan “Janganlah kalian saling memutus tali silaturahim, saling menghindar, saling membenci, dan jangan pula saling dengki, akan tetapi jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara.”
(Sahih Imam Bukhari (17))

Maka apakah yang dimaksudkan dengan الصّٰدِقينَ? Itulah apabila kita bercakap sama dengan apa yang di dalam hati kita. Percakapan kita juga sama dengan perbuatan kita. Adakah kita الصّٰدِقينَ? Kadangkala apa kita cakap tidak sama dengan apa yang kita buat. Sebagai contoh kita kata kita akan mati dan akan menghadapi Akhirat, tetapi perbuatan kita di dunia tidak menunjukkan pun yang kita buat persediaan kepada Akhirat. Seolah-olah kita hidup takkan mati-mati pula nampaknya. Perbuatan kita mengikut nafsu sahaja, bukan?

Ayat ini berbunyi وَكونوا مَعَ الصّٰدِقينَ (dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar) dan bukannya وَكونو الصّٰدِقينَ (dan jadilah kamu orang yang benar). Ini mengajar kita untuk memilih orang yang baik-baik untuk dijadikan sebagai kawan. Kalau salah memilih kawan maka kita akan terkesan dan ikut cara hidup mereka.

Terdapat banyak pengajaran daripada kisah Ka’ab bin Malik رضي الله عنه ini. Terasa rugi kalau tidak diberikan hadith yang penuh walaupun panjang. Mari kita perhatikan hadithnya dan pengajaran yang kita boleh ambil daripadanya. Mari kita lihat hadithnya.

 

Kemaskini: 23 Julai 2023

Ringkasan Surah Tawbah


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Ustaz Solahuddin

Ustaz Abdul Muien

Maariful Qur’an