Ayat 33: Kita masih lagi dalam ayat-ayat yang berkenaan dengan Amalan Tiga Serangkai (Jangan berlaku zalim). Dalam ayat ini tentang larangan membunuh. Jangan membunuh jiwa yang diharamkan. Pembunuhan yang boleh dilakukan adalah melalui arahan pemerintah dan itu pun kena mengikut syarat-syaratnya.
وَلا تَقتُلُوا النَّفسَ الَّتي حَرَّمَ اللهُ إِلّا بِالحَقِّ ۗ وَمَن قُتِلَ مَظلومًا فَقَد جَعَلنا لِوَلِيِّهِ سُلطانًا فَلا يُسرِف فِي القَتلِ ۖ إِنَّهُ كانَ مَنصورًا
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And do not kill the soul [i.e., person] which Allāh has forbidden, except by right.¹ And whoever is killed unjustly – We have given his heir authority,² but let him not exceed limits in [the matter of] taking life. Indeed, he has been supported [by the law].
- i.e., through legal justice or during jihād.
- Grounds for legal action.
(MELAYU)
Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya), melainkan dengan suatu (alasan) yang benar. Dan barangsiapa dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh. Sesungguhnya dia adalah orang yang mendapat pertolongan.
وَلا تَقتُلُوا النَّفسَ الَّتي حَرَّمَ اللهُ إِلّا بِالحَقِّ
Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya), melainkan dengan suatu (alasan) yang benar.
Sekarang baru disebut bunuh fizikal pula. Allah beritahu jangan bunuh orang lain kerana Dia yang telah haramkan. Maka kena ambil perhatian, kalau bunuh juga, maka itu sudah melawan Allah.
Ayat sebelum ini tentang zina. Apakah kaitan antara zina dan bunuh? Nampak macam tidak ada kaitan, tapi ada sebenarnya. Kalau perbuatan zina tidak dijaga dan dibiarkan berleluasa, wanita dilihat sebagai tempat untuk melepaskan hawa nafsu sahaja, maka hormat kita kepada manusia lain tidak ada lagi. Dan bila tidak ada hormat lagi, menyebabkan kita tidak hargai orang lain dan kalau begitu jadi senang sahaja untuk bunuh. Kerana mereka sudah tidak menghargai nyawa orang lain.
Memang Allah mengharamkan pembunuhan, tapi dibolehkan kalau pembunuhan itu dengan jalan yang haq. Sebagai contoh, kalau pembunuhan itu mengikut lunas undang-undang, dan ikut proses. Begitu juga, dibenarkan membunuh dalam perang, juga kena ikut syarat-syaratnya. Seperti yang disebutkan di dalam kitab Sahihain melalui salah satu hadisnya yang mengatakan bahawa Rasulullah Saw. telah bersabda:
“لَا يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ يَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ إِلَّا بِإِحْدَى ثَلَاثٍ: النَّفْسُ بِالنَّفْسِ، وَالزَّانِي الْمُحْصَنِ، وَالتَّارِكِ لِدِينِهِ الْمُفَارِقِ لِلْجَمَاعَةِ”
Tidak halal darah seorang Muslim yang telah bersaksi bahawa tiada ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, terkecuali kerana tiga perkara, iaitu membunuh jiwa dibalas dengan jiwa, penzina muhsan, dan orang yang murtad dari agamanya lagi memisahkan diri dari jamaah.
وَمَن قُتِلَ مَظلومًا فَقَد جَعَلنا لِوَلِيِّهِ سُلطانًا
Dan barangsiapa dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya,
Ini adalah hukum yang berkenaan kalau ada yang dibunuh. Kalau seseorang dibunuh secara zalim (tanpa haq), maka keluarganya ada kuasa untuk memilih hukuman untuk dikenakan kepada pembunuh. Mereka ada kuasa untuk menuntut qisas dari kerajaan. Kerajaan kena jalankan keadilan supaya keluarga waris yang dibunuh buat pilihan samada:
- Balas bunuh
- Diyat
- Beri maaf tanpa balasan atau bayar diyat.
فَلا يُسرِف فِي القَتلِ
tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh.
Walaupun keluarga si mati ada hak, tapi apabila nak balas, jangan berlebih pula. Ini kerana kalau sudah mula balas berlebihan dari yang sepatutnya, akan menyebabkan kelam kabut dalam masyarakat.
Sebagai contoh, ada yang ganas sampai balas dendam dengan bunuh semua ahli keluarga pembunuh itu. Atau, setelah dibunuh pembunuh itu, dicincang-cincang tubuhnya. Maka ini adalah kesalahan yang amat besar. Oleh itu, jangan bunuh yang bukan pembunuh. Yang boleh dibunuh adalah pembunuh sahaja.
إِنَّهُ كانَ مَنصورًا
Sesungguhnya dia adalah orang yang mendapat pertolongan.
Keluarga waris yang dibunuh akan dibantu oleh kerajaan. Kerajaan dan mahkamah akan beri hak dan pilihan kepada mereka. Setelah kes itu dikenalpasti telah berlaku, maka ahli keluarga akan diberi pilihan untuk buat keputusan apa hukuman yang patut dikenakan kepada pembunuh. Mereka yang buat pilihan dan ini akan memuaskan hati mereka. Supaya kes itu selesai di situ sahaja.
Kerana kalau hukuman yang diberikan bukan pilihan mereka, entah mereka akan rasa tidak puas hati dan takut mereka akan ambil tindakan yang lain pula. Sebagai contoh, kalau bukan undang-undang Islam, mahkamah yang buat keputusan. Ada yang dikenakan dengan hukuman mati, ada yang dikenakan dengan penjara seumur hidup.
Tapi apa yang waris itu dapat? Mereka mungkin tidak puas hati kalau mereka tidak dapat bunuh sendiri pembunuh waris mereka. Atau mereka disara oleh simati dan kerana itu mereka kesusahan dari segi ekonomi. Maka kalau mereka diberi pilihan untuk ambil diyat, maka mereka dapatlah sumber kewangan dari situ. Kalau pembunuh itu masuk penjara sahaja, apa yang mereka akan dapat?
Ayat 34: Larangan berlaku zalim yang seterusnya adalah jangan memakan harta anak yatim.
وَلا تَقرَبوا مالَ اليَتيمِ إِلّا بِالَّتي هِيَ أَحسَنُ حَتّىٰ يَبلُغَ أَشُدَّهُ ۚ وَأَوفوا بِالعَهدِ ۖ إِنَّ العَهدَ كانَ مَسئولًا
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And do not approach the property of an orphan, except in the way that is best,¹ until he reaches maturity. And fulfill [every] commitment. Indeed, the commitment is ever [that about which one will be] questioned.
- i.e., to improve or increase it.
(MELAYU)
Dan janganlah kamu mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih baik (bermanfaat) sampai ia dewasa dan penuhilah janji; sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggungan jawabnya.
وَلا تَقرَبوا مالَ اليَتيمِ
Dan janganlah kamu mendekati harta anak yatim,
Sebelum ini telah disebut jangan dekati zina, sekarang diajar kepada kita supaya jangan dekati harta anak yatim pula. Jangan cuba-cuba campur harta anak yatim dengan harta kita. Mungkin kita telah diberi amanah untuk menjaga harta anak yatim yang mungkin banyak.
Maka kena asingkan harta itu betul-betul. Kena bezakan mana satu harta kita dan mana satu harta mereka. Kerana takut termakan harta anak-anak yatim itu. Jangan kita cuba pakai dulu harta itu untuk kegunaan kita dan kata nak ganti kemudian. Ini pun bahaya juga.
إِلّا بِالَّتي هِيَ أَحسَنُ
kecuali dengan cara yang lebih baik
Tapi bukanlah tidak boleh hampiri langsung. Larangan yang keras ini perlu diikuti, kecuali kalau dengan cara baik. Iaitu kena ikut cara yang telah diajar oleh syariat. Kerana dalam ayat-ayat yang lain, boleh untuk penjaga harta yang miskin untuk mengambil upah untuk menjaga harta itu.
Dan satu lagi, boleh untuk menggunakan harta itu untuk mendapatkan keuntungan supaya harta itu bertambah. Jangan biarkan harta anak yatim itu dibayar zakat sahaja tanpa diusahakan. Kerana kalau tidak diusahakan, lama kelamaan harta itu akan berkurang kerana harta itu kena bayar zakat juga, bukan? Maka suburkannya, sebagai contoh dijadikan kebun atau dilaburkan dalam perniagaan yang selamat. Jangan melabur dalam MLM pula.
Ini pun kena ikut syariat juga. Kena lihat perbincangan ulama yang panjang tentang perkara ini. Ini penting kerana kita tidak mahu ada penyalahgunaan dalam perkara ini. Lihat firman Allah:
{لَا تَأْكُلُوهَا إِسْرَافًا وَبِدَارًا أَنْ يَكْبَرُوا وَمَنْ كَانَ غَنِيًّا فَلْيَسْتَعْفِفْ وَمَنْ كَانَ فَقِيرًا فَلْيَأْكُلْ بِالْمَعْرُوفِ}
Dan janganlah kalian makan harta anak yatim lebih dari yang patut dan (janganlah kalian) tergesa-gesa (membelanjakan) sebelum mereka dewasa. Barang siapa (di antara pemeliharaan itu) mampu, maka hendaklah dia menahan diri (dari memakan harta anak yatim itu) dan barang siapa miskin, maka bolehlah ddia makan harta itu menurut yang patut. (An-Nisa: 6)
حَتّىٰ يَبلُغَ أَشُدَّهُ
sampai dia dewasa
Mereka yang telah diamanahkan untuk menjaga harta anak yatim itu kenalah jujur dan menjaga harta itu dengan baik, sampailah anak-anak yatim itu matang. Apabila mereka telah dewasa, maka kenalah pulangkan harta itu kepada anak yatim itu kerana itu adalah hak dia.
Dalam ayat dalam Surah Nisa’ adalah disebut yang kena buat ujian dahulu untuk melihat sama ada dia sudah sedia untuk menjaga harta itu. Kerana kalau mereka dewasa sahaja tapi tak tahu nak jaga harta lagi, maka tentu mereka akan habiskan sahaja harta itu nanti.
وَأَوفوا بِالعَهدِ
dan penuhilah janji;
Dan kemudian Allah ingatkan untuk penuhi janji. Dan yang penting di sini adalah tentang janji untuk memulangkan harta kepada anak yatim itu kerana telah disebut tentang harta itu.
Ini penting kerana semua janji akan ditanya. Dan peringatan ini diletakkan dalam ayat tentang anak yatim kerana anak yatim itu secara umumnya lemah. Mereka tidak kuat untuk menegakkan hak mereka. Ini macam kita buat janji kepada anak kita dan kita tidak penuhi. Tentulah anak itu tidak boleh buat apa-apa pun kalau kita tidak penuhi. Maka Allah ingatkan yang anak-anak yatim itu ada Allah yang mewajibkan kita memenuhi janji kita kepada mereka. Kalau tidak penuhi janji itu, maka kena jawab dengan Allah.
إِنَّ العَهدَ كانَ مَسئولًا
sesungguhnya janji itu pasti akan ditanya.
Dan kalau kita tidak jalankan tanggungjawab kita, mungkin ada yang rasa tidak ada siapa yang akan tanya mereka. Mungkin mereka rahsiakan pengambilan harta anak yatim itu. Tiada siapa pun yang tahu kerana harta itu atas nama penjaga amanah.
Tapi Allah ingatkan yang Dia sendiri akan tanya mereka. Sanggupkah nak hadapi pertanyaan Allah ini?
Ayat 35: Hendaklah disempurnakan sukatan dan timbangan. Kalau kita tidak menyempurnakannya, itu adalah satu kezaliman.
وَأَوفُوا الكَيلَ إِذا كِلتُم وَزِنوا بِالقِسطاسِ المُستَقيمِ ۚ ذٰلِكَ خَيرٌ وَأَحسَنُ تَأويلًا
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And give full measure when you measure, and weigh with an even [i.e., honest] balance. That is the best [way] and best in result.
(MELAYU)
Dan sempurnakanlah takaran apabila kamu menakar, dan timbanglah dengan neraca yang benar. Itulah yang lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.
وَأَوفُوا الكَيلَ إِذا كِلتُم
Dan sempurnakanlah ukuran apabila kamu mengukur,
Dan penuhilah ukuran. Kalimah الكَيلَ merujuk kepada semua jenis ukuran – tinggi, luas dan kadang termasuk dengan masa. Kerana ia bukan terhad kepada benda fizikal sahaja. Jadi ini termasuk janji nak bagi servis ikut masa dan sebagainya.
Ayat ini juga bermaksud jangan campur barang dagangan kita dengan air untuk bagi ia jadi banyak dan macam-macam cara lagi yang direka oleh penipu untuk mendapatkan untung lebih yang tidak halal.
Dan bila bagi servis, kena bagi betul-betul. Kerana servis tidak boleh dikuantitikan, tapi servis lebih kepada kualiti kerja. Ini pun kena beri seperti yang dikehendaki dan diperjanjikan. Maksudnya kena penuhi janji kita yang kita sudah berikan masa mula-mula mengadakan perjanjian itu.
وَزِنوا بِالقِسطاسِ المُستَقيمِ
dan timbanglah dengan neraca yang benar.
Dan apabila menimbang, kena timbang dengan tepat. Kena beri cukup seperti yang dijanjikan. Jangan cari jalan untuk menipu dalam timbangan.
ذٰلِكَ خَيرٌ وَأَحسَنُ تَأويلًا
Itulah yang lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.
Itulah yang lebih baik walaupun nampak tidak dapat untung lebih. Ini adalah kerana, dalam jangka panjang, berlaku jujur itu yang lebih baik. Maksudnya, penghujungnya akan jadi baik. Itulah maksud ‘takwil’ iaitu ‘di hujungnya’.
Kerana apabila kita jujur dalam timbangan, ia akan memberi kebaikan untuk semua. Pelanggan kita pun akan percaya kepada kita dan mereka akan datang lagi dan lagi ke kedai kita kerana mereka nampak kejujuran kita. Dan mereka akan sebut tentang kejujuran kita dan bisnes akan semakin maju.
Kalau kita menipu, mungkin kita akan dapat keuntungan yang segera, tapi perniagaan itu tidak akan berkembang kerana lama kelamaan penipuan itu akan diketahui orang juga dan orang akan beritahu perkara itu kepada orang lain dan akhirnya tidak dapat bisnes lagi.
Ayat 36: Ini adalah ayat yang amat penting sekali dan diharap semua akan dapat beri perhatian kepada perkara ini. Jangan beramal dengan amalan yang salah dan bidaah.
وَلا تَقفُ ما لَيسَ لَكَ بِهِ عِلمٌ ۚ إِنَّ السَّمعَ وَالبَصَرَ وَالفُؤادَ كُلُّ أُولٰئِكَ كانَ عَنهُ مَسئولًا
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And do not pursue¹ that of which you have no knowledge. Indeed, the hearing, the sight and the heart – about all those [one] will be questioned.
- i.e., do not assume and do not say.
(MELAYU)
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.
وَلا تَقفُ ما لَيسَ لَكَ بِهِ عِلمٌ
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.
Kalimah تَقفُ dari katadasar ق ف و yang bermaksud ‘ikut dari belakang’. Kerana kalau kita ikut seseorang, kita akan duduk belakang dia, bukan? Oleh itu ayat ini bermaksud jangan duduk belakang seseorang, jangan ikut seseorang, jangan buat sesuatu tanpa pengetahuan. Sama ada dari segi perkataan atau perbuatan.
Kita kena buat amalan agama dan fahaman berdasarkan ilmu. Ada ilmu yang diturunkan dan ada ilmu yang kita dapat sendiri dari hasil usaha kita mempelajarinya. Tapi yang lebih penting adalah ilmu wahyu. Kerana ilmu wahyu itu dari Allah dan kita kena taat kepada ajaran Allah.
Dan Allah sampaikan ajaran melalui Nabi Muhammad kepada kita. Oleh itu, kita sebagai seorang Muslim, dalam hal agama kena ikut yang ada ilmu. Dan ilmu yang dimaksudkan adalah ilmu wahyu, ilmu yang ada sandaran nas dari wahyu.
Malangnya, ramai orang kita yang jahil wahyu dan agama. Bila kita tegur amalan mereka tidak ada dalil yang sahih, mereka jawab balik: “Nabi tidak pernah larang pun”. Itu adalah jawapan yang tidak benar dan tidak cerdik. Begitulah, kalau jahil tapi senyap dan terima apa yang disampaikan, maka senang juga nak ajar mereka. Tapi kalau sudah jahil tapi mulut tak pandai nak tutup, memang payah untuk mengajar mereka.
Maka ayat ini adalah jawapan kepada hujah jahil mereka itu. Memang Nabi tidak melarang banyak perkara yang diamalkan oleh masyarakat Islam sekarang. Tapi itu tidak bermakna amalan mereka itu benar. Kerana memang Allah sudah larang kita buat sesuatu tanpa dalil.
Walaupun tidak ada larangan, tapi kalau buat sesuatu tanpa dalil, itu sudah salah sebenarnya. Jadi kalau nak buat amalan dalam bentuk agama, kena ada dalil. Jangan ikut ajaran dari guru atau ustaz yang suruh buat, tapi tidak beri sandaran dalil. Jadi kena berani sikit tanya ustaz: “boleh saya tahu dalil amalan ini, ustaz?”
إِنَّ السَّمعَ وَالبَصَرَ وَالفُؤادَ كُلُّ أُولٰئِكَ كانَ عَنهُ مَسئولًا
Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.
Kenapa kena ikut ilmu wahyu dan kena ada dalil dalam amalan? Kerana semua amalan yang kita lakukan akan ditanya. Maksudnya, nanti kita akan diberitahu yang kita sudah ada mata, telinga dan hati, kenapa tak buka kitab dan belajar? Apa lagi alasan waktu itu? Lainlah kalau pancaindera tidak ada, bolehlah nak kata maklumat tidak sampai kepada kita.
Kita pasti akan ditanya tentang gerak geri semua organ tubuh, sama ada digunakan secara bermanfaat untuk kita gunakan untuk mendekatkan diri dengan Allah, atau menimbulkan mudharat dengan maksiat terhadap Allah.
Disebut ‘pendengaran’ dan ‘penglihatan’ – ini adalah tentang ilmu yang boleh didapati dengan akal kita. Kita boleh bandingkan mana benar dan mana yang tidak benar dengan menggunakan kedua-dua pancaindera itu, maka jangan ikut perkara yang tidak ada sandaran dari nas.
Oleh itu, jangan percaya kepada perkara khurafat dan tahyul. Malangnya ramai ikut tanpa soal lagi. Contohnya ada yang kata tidak boleh kahwin bulan-bulan tertentu dan hari-hari tertentu. Itu semua adalah kepercayaan khurafat. Begitu juga ada yang kata amalan sekian-sekian akan menyelamatkan mereka dari mara bahaya. Ini adalah bahaya kerana senang sangat percaya kepada kata-kata orang. Maka jangan ikut amalan yang tidak ada dalil.
Oleh itu, semua pancaindera kita akan ditanya. Termasuk hati kita pun akan ditanya. Yang dimaksudkan adalah, intelek kita yang akan ditanya. Maka kita jangan ikut nafsu kita dalam melakukan sesuatu perkara terutama dalam hal agama. Kalau tidak dikawal, nafsu memang kuat membuat keputusan untuk pihak kita.
Sebagai contoh, kalau keadaan ekonomi sudah teruk, ramailah yang mula risau. Dan ramai yang terus jadi kelam kabut – kerana itu kadang-kadang tengok keadaan pasasan yang jatuh sahaja, sudah teruk ekonomi negara. Kerana orang kita mudah terkesan dengan perasaan yang tidak ada sandaran dari fakta.
Kadang-kadang hati kita akan terangsang dan menyusahkan kita untuk buat keputusan. Maka kita kena kawal apa yang dirasa oleh perasaan kita supaya kita tidak terikut-ikut dengan hati kita yang ke sana dan ke sini.
Hati yang sudah terangsang dan terkesan dengan sesuatu perkara luaran, memang bahaya. Kerana itu jangan jadi seperti orang yang kata dia buat sesuatu kerana dia sedang dalam keadaan marah. Kita selalu dengar alasan seseorang yang telah melakukan perkara yang bodoh dan kalau ditanya balik, mereka beri alasan yang mereka tidak dapat kawal diri mereka kerana mereka sedang marah sangat waktu itu. Adakah alasan itu boleh diterima?
Itu bukanlah alasan yang boleh diterima kerana kalau kita dalam keadaan begitu pun, kita tetap kena akan dipersoalkan juga. Kerana yang marah dan yang buat keputusan untuk melakukan sesuatu itu, ia tetap diri kita juga, bukan? Tidaklah kita apabila marah sudah jadi seorang individu yang berlainan pula. Maka cuba jaga perasaan kita supaya jangan terkesan sangat.
Ayat 37: Ayat sebelum ini tentang ilmu, iaitu kita kena buat amalan ikut ilmu. Kerana itu kenalah belajar dan belajar lagi. Tapi ada satu masalah, kerana dengan ada banyak ilmu, boleh menyebabkan seseorang itu berlagak. Maka Allah ingatkan kita supaya jangan berlagak kalau ada ilmu yang banyak.
Telah banyak disebut tentang larangan berlaku zalim. Sekarang ini adalah zalim kepada diri sendiri kalau sombong. Maka kena beringat supaya jangan sombong di atas muka bumi ini.
وَلا تَمشِ فِي الأَرضِ مَرَحًا ۖ إِنَّكَ لَن تَخرِقَ الأَرضَ وَلَن تَبلُغَ الجِبالَ طولًا
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And do not walk upon the earth exultantly. Indeed, you will never tear the earth [apart], and you will never reach the mountains in height.¹
- Man, for all his arrogance, is yet a weak and small creature.
(MELAYU)
Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.
وَلا تَمشِ فِي الأَرضِ مَرَحًا
Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong,
Allah larang perbuatan menunjuk-nunjuk yang diri itu hebat. Kalimah مَرَحًا dari katadasar م ر ح yang bermaksud gembira yang berlebihan kerana rasa diri hebat. Mungkin seseorang itu sudah belajar di merata tempat, sudah lama belajar, mungkin juga sudah mengajar pun dan anak murid ramai pula yang ikut sahaja apa yang dia sampaikan.
Selalunya dalam keadaan begini, orang itu sudah lain macam dia pandang diri dia sendiri. Tapi Allah tetap larang dari berangan diri itu hebat dan bersifat angkuh.
إِنَّكَ لَن تَخرِقَ الأَرضَ
kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi
Allah beritahu kenapa tidak patut untuk manusia jadi angkuh: kerana hebat macam mana kamu hentak kaki dalam sombong itu, tidak boleh nak koyak bumi pun. Tak boleh nak tembus bumi pun kalau hentak kaki. Iaitu tidak ke mana pun.
وَلَن تَبلُغَ الجِبالَ طولًا
dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.
Dan setinggi mana pun kamu, kamu tidak boleh nak capai ketinggian gunung pun. Kerana kamu rendah sahaja.
Ayat 38: Khulasah.
كُلُّ ذٰلِكَ كانَ سَيِّئُهُ عِندَ رَبِّكَ مَكروهًا
(SAHEEH INTERNATIONAL)
All that [i.e., the aforementioned] – its evil is ever, in the sight of your Lord, detested.
(MELAYU)
Semua itu kejahatannya amat dibenci di sisi Tuhanmu.
Semua yang disebut di atas tadi adalah kesalahan yang Allah tidak suka. Dan dari dulu lagi Allah tidak suka. Apabila digunakan kalimah مَكروهًا (makruh – tidak disukai) dalam Qur’an, ia bermaksud dosa besar.
Jadi jangan samakan ‘makruh’ dalam Qur’an dan ‘makruh’ dalam hukum feqah. Ini kerana Allah kata bunuh itu juga ‘makruh’. Jadi takkan setakat Allah ‘tidak suka’ sahaja, bukan?
Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.
Kemaskini: 20 April 2019
Rujukan:
Maulana Hadi
Nouman Ali Khan
Mutiara al-Qur’an
Tafsir Jalalain
One thought on “Tafsir Surah al-Isra’ Ayat 33 – 38 (Jangan beramal tanpa dalil)”