Ayat 63: Mereka kata mereka mahukan kebaikan dan perdamaian dalam ayat sebelum ini. Tapi dalam ayat ini, Allah beritahu mereka sebenarnya tidak begitu.
أُولٰئِكَ الَّذينَ يَعلَمُ اللهُ ما في قُلوبِهِم فَأَعرِض عَنهُم وَعِظهُم وَقُل لَّهُم في أَنفُسِهِم قَولًا بَليغًا
(SAHEEH INTERNATIONAL)
Those are the ones of whom Allāh knows what is in their hearts, so turn away from them¹ but admonish them and speak to them a far-reaching [i.e., effective] word.
- i.e., use not violence against them.
MALAY
Mereka itulah orang-orang yang diketahui oleh Allah akan apa yang ada dalam hati mereka, oleh itu berpalinglah engkau daripada mereka, dan nasihatilah mereka, serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh memberi kesan pada hati mereka.
أُولٰئِكَ الَّذينَ يَعلَمُ اللهُ ما في قُلوبِهِم
Mereka itulah orang-orang yang diketahui oleh Allah akan apa yang ada dalam hati mereka,
Allah tahu apa yang dalam hati mereka. Mereka bukan muslim sejati, tapi mereka munafik sebenarnya. Mereka adalah orang-orang munafik, Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka, dan kelak Allah akan memberikan balasan terhadap mereka atas hal tersebut.
Kerana sesungguhnya tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi bagi Allah. Kerana itu, serahkanlah urusan mereka kepada Allah, hai Muhammad, sebab Dia Mengetahui lahiriah mereka dan apa yang mereka sembunyikan.
فَأَعرِض عَنهُم
oleh itu berpalinglah engkau daripada mereka,
Jangan peduli perbuatan mereka yang hendak membela perbuatan orang munafik yang dibunuh itu. Allah tahu apa yang dalam hati mereka.
‘Berpaling dari mereka’ itu maksudnya, jangan hukum Saidina Umar kerana membunuh lelaki munafik itu, jangan ikut cakap orang-orang munafik itu. Puak munafik itu datang kerana mereka mengadu yang Umar telah membunuh saudara mereka dan mereka kata mereka mahu pengadilan ke atas Umar.
Tapi ayat ini membebaskan Umar dari apa-apa kesalahan pun. Kisah ini terdapat dalam hadis ini:
قَالَ ابْنُ أَبِي حَاتِمٍ: حَدَّثَنَا يُونُسُ بْنُ عَبْدِ الْأَعْلَى قِرَاءَةً، أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ، أَخْبَرَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ لَهِيعة، عَنْ أَبِي الْأُسُودِ قَالَ: اخْتَصَمَ رَجُلَانِ إِلَى رَسُولِ الله صلى الله عليه وسلم فقضى بَيْنَهُمَا، فَقَالَ الَّذِي قُضِيَ عَلَيْهِ: رُدَّنَا إِلَى عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “انْطَلِقَا إِلَيْهِ” فَلَمَّا أَتَيَا إِلَيْهِ قَالَ الرَّجُلُ: يَا ابْنَ الْخَطَّابِ، قَضَى لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى هَذَا، فَقَالَ: رُدَّنَا إِلَى عُمَرَ. فَرَدَّنَا إِلَيْكَ. فَقَالَ: أَكَذَاكَ؟ فَقَالَ: نَعَمْ فَقَالَ عُمَرُ: مَكَانَكُمَا حَتَّى أَخْرُجَ إِلَيْكُمَا فَأَقْضِيَ بَيْنَكُمَا. فَخَرَجَ إِلَيْهِمَا مُشْتَمِلًا عَلَى سَيْفِهِ، فَضَرَبَ الَّذِي قَالَ رُدَّنا إِلَى عُمَرَ فَقَتَلَهُ، وَأَدْبَرَ الْآخَرُ فَارًّا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ قَتَلَ عُمَر وَاللَّهِ صَاحِبِي، وَلَوْلَا أَنِّي أعجزتُه لَقَتَلَنِي، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “مَا كُنْتُ أَظُنُّ أَنْ يَجْتَرِئَ عُمَر عَلَى قَتْلِ مُؤْمِنٍ” فَأَنْزَلَ اللَّهُ: {فَلا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ} الْآيَةَ، فَهَدَرَ دَمَ ذَلِكَ الرَّجُلِ، وَبَرِئَ عُمَرُ مِنْ قَتْلِهِ، فَكَرِهَ اللَّهُ أَنْ يُسَنَّ ذَلِكَ بَعْدُ، فَقَالَ: {وَلَوْ أَنَّا كَتَبْنَا عَلَيْهِمْ أَنِ اقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ أَوِ اخْرُجُوا مِنْ دِيَارِكُمْ مَا فَعَلُوهُ إِلا قَلِيلٌ مِنْهُمْ وَلَوْ أَنَّهُمْ فَعَلُوا مَا يُوعَظُونَ بِهِ لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ وَأَشَدَّ تَثْبِيتًا}Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami Yunus ibnu Abdul A’la secara qiraah, telah menceritakan kepada kami Wahb, telah menceritakan kepadaku Abdullah ibnu Luhai’ah, dari Al-Aswad yang menceritakan bahawa ada dua orang lelaki mengadukan persengketaan yang terjadi di antara keduanya kepada Rasulullah Saw. Maka Rasulullah Saw. memberikan keputusan peradilan yang seimbang di antara keduanya. Kemudian pihak yang dikalahkan mengatakan, “kembalikanlah perkara kami ini kepada Umar ibnul Khattab.” Maka Rasulullah Saw. bersabda, “Baiklah,” lalu keduanya berangkat menuju tempat Umar ibnu Khattab. Ketika keduanya sampai pada Umar, maka lelaki yang mempunyai usul tadi mengatakan, “Hai Ibnul Khattab, Rasulullah Saw. telah memutuskan perkara kami untuk kemenangan orang ini. Maka kukatakan, ‘Kembalikanlah kami kepada Umar ibnul Khattab.’ Maka beliau mengizinkan kami untuk meminta keputusan hukum darimu.” Umar bertanya, “Apakah memang demikian?” Si lelaki itu berkata, “Ya.” Umar berkata, “Kalau demikian, tetaplah kamu berdua di tempatmu, hingga aku keluar menemuimu untuk memutuskan perkara di antara kamu berdua.” Maka Umar keluar menemui keduanya seraya menyandang pedangnya, lalu dengan serta-merta dia memukul pihak yang mengatakan kepada Rasulullah Saw., “Kembalikanlah kami kepada Umar,” dengan pedang itu hingga mati seketika itu juga. Sedangkan lelaki yang lain pergi dan datang menghadap Rasulullah Saw., lalu berkata, “Wahai Rasulullah, demi Allah Umar telah membunuh temanku. Seandainya aku tidak mempunyai kemampuan menghadapinya, niscaya dia akan membunuhku pula.” Rasulullah Saw. bersabda, “Aku tidak menduga bahawa Umar berani membunuh seorang mukmin.” Maka Allah Swt. menurunkan firman-Nya: Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) belum beriman hingga menjadikan kamu hakim mereka. (An-Nisa: 65), hingga akhir ayat. Dengan demikian, tersia-sialah darah lelaki itu dan bebaslah Umar dari tuntutan membunuh lelaki itu. Akan tetapi, Allah tidak suka bila hal ini dijadikan sebagai teladan nanti. Maka diturunkan-Nyalah firman-Nya: Dan sesungguhnya kalau Kami perintahkan kepada mereka “Bunuhlah diri kalian.” (An-Nisa: 66), hingga akhir ayat.
Ataupun, ayat ini bermaksud: jangan hukum mereka lagi. Kerana mereka tidak buat salah apa-apa pun lagi. Yang salah itu hanyalah di dalam hati mereka dan Allah tahu apa yang di dalam hati mereka. Biarkan Allah sahaja yang menguruskan hal mereka.
وَعِظهُم
dan nasihatilah mereka,
Tapi jangan putus memberi nasihat kepada mereka. Sebab mereka tidak buat kesalahan. Mereka hanya mahu membela sahaja. Yang penting, kena terus nasihati mereka kerana iman mereka masih lemah lagi.
وَقُل لَّهُم في أَنفُسِهِم قَولًا بَليغًا
serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh memberi kesan pada hati mereka.
Beritahu mereka dalam suasana berseorangan. Itulah maksud في أَنفُسِهِم dalam ayat ini. Asingkan mereka dari orang lain semasa memberi nasihat itu. Kerana kalau nasihat dalam suasana yang ramai, mereka tak rasa nasihat itu untuk mereka.
Allah beritahu secara khusus kerana selalunya Nabi Muhammad beri nasihat kepada para sahabat dalam suasana yang ramai. Nabi akan beri nasihat secara umum sahaja kerana Nabi tidak mahu sesiapa rasa malu kalau Nabi sebut nama. Tapi, kalau Nabi nasihat macam itu, mungkin mereka tak rasa nasihat dan teguran itu dikenakan kepada mereka. Jadi bila jadi macam ni, kena nasihat secara khusus kepada mereka. Supaya mereka tahu yang nasihat itu memang khusus untuk mereka.
Kalimah بَليغًا bermaksud ‘sampai’. Maksudnya, beri nasihat biar sampai dalam hati mereka. Beri nasihat yang memberi bekas pada jiwa. Beritahu mereka yang sifat munafik yang ada pada mereka itu akan memakan diri mereka sendiri nanti. Mereka kena ubah perangai mereka.
Syaitan sentiasa sahaja menggalakkan permusuhan di kalangan manusia. Dan salah satu cara adalah dengan menghasut manusia untuk menggunakan kata-kata yang tidak baik, buruk dan menyakitkan hati.
Maka Qur’an banyak mengajar kita cara-cara berkomunikasi. Antaranya di dalam ayat ini:
a. Qawlan Ma’roofan: seperti yang disebut dalam Nisa:5. Ia bermaksud apabila bercakap, gunakan kata-kata yang senang difahami. Jangan cakap berbelit-belit sampai orang pun tidak faham.
b. Qawlan Sadeedan: seperti yang disebut dalam dalam ayat Nisa:9. bermaksud ucapan baik yang menepati syariat. Percakapan yang jelas, jangan samar-samar. Cakaplah dengan jelas dan tepat dan jangan sorok perkara yang kita tahu.
c. Qawlan Baleeghan: seperti yang disebut dalam ayat ini. Ia bermaksud kata-kata nasihat yang memberi kesan. Nasihatilah manusia biar sampai nasihat itu sampai ke dalam hati mereka. Bercakaplah dengan baik supaya nasihat itu memberi bekas pada jiwa.
d. Qawlan Kareeman: seperti yang disebut dalam Isra’:23. Menegur dengan menggunakan kalimah yang sesuai. Isra’:23 adalah tentang berkomunikasi kepada ibubapa. Kalau mereka salah, memang boleh tegur tapi kena pakai kalimah yang sesuai. Terutama apabila hendak menegur orang tua memang kena dengan caranya. Bercakaplah dengan mereka dan dengan orang lain pun dengan adab.
e. Qawlan Maisooran: seperti yang disebut dalam Isra’:28. Menggunakan ucapan yang lembut. Ayat Isra’:28 ini memberi contoh apabila tidak dapat memberi infak kepada orang yang meminta. Kita mahu membantu tapi waktu itu tak mampu nak membantu. Maka kita jelaskan kepada mereka kenapa kita tidak dapat membantu. Gunakan penjelasan yang mudah difahami dan jangan berbelit-belit. Waktu itu yang meminta itu memang sedang mengharap dan kalau kita berbelit kata, mereka akan tambah seksa.
f. Qawlan Layyinan: seperti yang disebut dalam Taha:44. Maksudnya bercakap dengan lemah lembut. Memang ini bukan mudah untuk dilakukan terutama kepada mereka yang telah melakukan kesalahan. Akan tetapi kita kena cuba kerana ayat Taha:44 ini arahan Allah kepada Nabi Musa untuk bercakap dengan lembut kepada Firaun dalam berdakwah. Kalau dengan Firaun pun kena bercakap lembut, apatah lagi dengan orang lain.
Ayat 64: Allah nak beritahu yang Dia hantar Nabi bukan main-main. Bukanlah Nabi itu digunakan pendapat baginda dan penghakiman dari baginda apabila rasa nak pakai sahaja, masa tak suka tidak dipakai. Nabi itu adalah seorang Rasul yang mulia dan perlu dirujuk kepada baginda dalam hal agama, dunia dan penghakiman.
Saidina Umar dah tahu tentang perkara itu. Itulah sebabnya dia telah membunuh lelaki yang tidak menghormati hukuman yang telah diberikan oleh baginda itu. Ini mengajar kita yang kita wajib untuk taat kepada Rasulullah.
وَما أَرسَلنا مِن رَّسولٍ إِلّا لِيُطاعَ بِإِذنِ اللهِ ۚ وَلَو أَنَّهُم إِذ ظَّلَموا أَنفُسَهُم جاءوكَ فَاستَغفَرُوا اللهَ وَاستَغفَرَ لَهُمُ الرَّسولُ لَوَجَدُوا اللهَ تَوّابًا رَّحيمًا
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And We did not send any messenger except to be obeyed by permission of Allāh. And if, when they wronged themselves, they had come to you, [O Muḥammad], and asked forgiveness of Allāh and the Messenger had asked forgiveness for them, they would have found Allāh Accepting of repentance and Merciful.
MALAY
Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
وَما أَرسَلنا مِن رَّسولٍ إِلّا لِيُطاعَ بِإِذنِ اللهِ
Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya dia ditaati dengan izin Allah.
Rasul mana pun yang diutuskan oleh Allah, mereka itu diutus supaya ditaati oleh umatnya. Oleh itu, kena ikut apa yang telah diberitahu oleh Nabi, apa yang telah dihukumkan oleh Nabi.
Ini juga menolak pendapat mereka yang kata kena pakai Qur’an sahaja. Ada golongan yang sesat yang mengatakan sedemikian dan ramai juga dari kalangan orang kita yang percaya. Mana boleh pakai Qur’an sahaja. Bukan satu sahaja sumber hukum dan wahyu kepada kita.
Kita kena juga ikut apa yang disampaikan oleh Nabi kerana Nabi yang ajar agama kepada kita. Dalam Qur’an kita disuruh solat, tapi kalau kita nak solat sendiri pun tak boleh tanpa Nabi ajar kepada kita cara-caranya. Kalau tidak kerana panduan dari Nabi, kita nak solat dua rakaat pun tidak boleh, percayalah.
Allah sebut para Rasul itu ditaati ‘dengan izin Allah’. Maknanya, Allah yang perintah kita ikut dan taat kepada Nabi. Kalau tidak taat kepada Nabi, maknanya kita tidak taat kepada Allah.
Menurut pendapat Mujahid pula, makna yang dimaksud ialah tiada seorang pun yang taat kepadanya kecuali dengan izin Allah. Dengan kata lain, tiada seorang pun yang taat kepada rasul kecuali orang yang telah Allah telah berikan kepadanya taufik untuk itu.
وَلَو أَنَّهُم إِذ ظَّلَموا أَنفُسَهُم
Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri
Tapi para munafik tidak taat kepada Nabi. Mereka sanggup mendapatkan penghakiman dari pihak lain selain daripada Nabi Muhammad. Mereka tidak pandang keputusan Nabi Muhammad itu sebagaimana yang sepatutnya. Mereka masih nak pakai hukum orang lain lagi. Itulah maksudnya mereka ‘menzalimi’ diri mereka sendiri.
جاءوكَ فَاستَغفَرُوا اللهَ
datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah,
Begitu pun, kalau mereka telah buat salah, tapi mereka datang berjumpa dengan Nabi dan memohon keampunan kepada Allah, itu adalah lebih baik.
وَاستَغفَرَ لَهُمُ الرَّسولُ
dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka,
Kalaulah mereka jumpa Nabi selepas mereka buat salah dengan minta kehakiman selain Nabi, dan minta ampun kepada Nabi, Nabi aminkan, tentu Allah akan ampunkan.
Atau mereka kena minta maaf kepada Nabi Muhammad kerana mereka tidak datang kepada baginda untuk mendapatkan kehakiman.
Atau dalam kes yang telah disebut, setelah Nabi memberi keputusan, ada yang tidak puas hati. Itu adalah kesalahan kepada Nabi Muhammad juga kerana telah menyakitkan hati Nabi Muhammad. Seumpama mengatakan yang penghakiman Nabi itu tidak adil.
لَوَجَدُوا اللهَ تَوّابًا رَّحيمًا
tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.
Tentulah mereka akan diampuni oleh Allah. Itu adalah langkah yang lebih baik untuk mereka. Apabila sudah buat salah, diberi nasihat, ikutlah nasihat itu, jangan degil.
Tidak taat kepada pemerintah adalah satu kesalahan. Mereka yang munafik itu ada masalah dengan pemerintah. Mereka susah hendak menerima autoriti yang di atas mereka. Mereka tetap mahu buat ikut kepala mereka sendiri.
Ayat 65: Kalau sesiapa yang ada masalah untuk berhukum dengan apa yang disampaikan oleh Nabi, mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka sahaja yang kata mereka beriman tetapi sebenarnya tidak.
فَلا وَرَبِّكَ لا يُؤمِنونَ حَتّىٰ يُحَكِّموكَ فيما شَجَرَ بَينَهُم ثُمَّ لا يَجِدوا في أَنفُسِهِم حَرَجًا مِّمّا قَضَيتَ وَيُسَلِّموا تَسليمًا
(SAHEEH INTERNATIONAL)
But no, by your Lord, they will not [truly] believe until they make you, [O Muḥammad], judge concerning that over which they dispute among themselves and then find within themselves no discomfort from what you have judged and submit in [full, willing] submission.
MALAY
Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.
فَلا وَرَبِّكَ
Maka demi Tuhanmu
Ini adalah Lafaz Tahkik dan Qosam (sumpah). Allah bersumpah dengan KedudukanNya. Kalau Allah sampai bersumpah begitu, tentu sesuatu yang besar yang hendak diberitahu. Kerana banyak juga ayat-ayat dimana Allah bersumpah tapi selalunya dengan makhlukNya. Tapi sekarang Allah bersumpah dengan DiriNya sendiri. Maka kena dengar betul-betul.
لا يُؤمِنونَ حَتّىٰ يُحَكِّموكَ فيما شَجَرَ بَينَهُم
Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka,
Allah beritahu yang muslim sebenarnya tidak beriman, sehinggalah mereka melantik Nabi Muhammad menjadi hakim untuk menyelesaikan sebarang perselisihan antara mereka.
Lafaz شَجَرَ yang dari sudut bahasa bermakna ‘pokok’ memberi isyarat kepada apa-apa perkara baru yang timbul. Kerana pokok akan bercambah dan mengeluarkan dahan baru, bukan? Kadangkala ada sahaja timbul permasalah baru yang kita tahu jalan penyelesaiannya, bukan? Maka kena rujuk kepada Rasulullah.
Jadi, ini adalah hukum yang universal: Tidak dikira beriman sehinggalah kita menjadikan Nabi sebagai penghukum dalam permasalahan kita.
Lihatlah bagaimana Allah tak kata Qur’an pun dalam ayat ini. Ini kerana kita kena ikut cara Nabi faham Qur’an. Kerana kalau kata ikut ‘Quran’ sahaja, ada yang pakai ayat Qur’an tapi mereka tafsir ikut faham mereka sahaja dan kata mereka kononnya ikut Qur’an.
Tidaklah boleh begitu.. kita kena faham Qur’an sebagaimana yang Nabi faham. Dan Nabi dah ajarkan kepada sahabat yang menyampaikan kepada kita pemahaman itu. Ini boleh dirujuk dalam banyak ayat-ayat Qur’an.
ثُمَّ لا يَجِدوا في أَنفُسِهِم حَرَجًا مِّمّا قَضَيتَ
kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan,
Bukan sahaja kena ambil Nabi sebagai penghakim, tapi setelah Nabi buat keputusan, kena terima tanpa sukar. Kadangkala ada yang pergi jumpa Nabi tapi berat nak terima. Sebagaimana kisah Bishr yang munafik itu. Dia telah pergi dah jumpa Nabi minta selesaikan perbalahan antara beliau dan lelaki Yahudi itu, tapi apabila sudah diberi keputusan oleh Nabi, dia tidak puas hati pula. Ini adalah salah.
Seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis yang mengatakan:
“وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يَكُونَ هَوَاهُ تَبَعًا لِمَا جِئْتُ بِهِ”Demi Tuhan yang jiwaku berada di dalam genggaman kekuasaan-Nya, tidak sekali-kali seseorang di antara kalian beriman sebelum keinginannya mengikuti keputusan yang telah ditetapkan olehku.
Ada orang yang tidak puas dengan keputusan dan Sunnah Nabi. Sebagai contoh, Nabi telah menyampaikan kelonggaran untuk menggunakan tayamum jikalau tiada air atau dalam kesakitan. Tapi kalau ada sesiapa yang rasa tak selesa dengan apa yang disampaikan Nabi itu, maknanya dia ada masalah dengan iman dia. Kena jaga-jaga kalau begitu.
Begitu juga, kita dalam beramal, kena cari amalan yang dilakukan oleh Nabi dan para sahabat. Kalau ada rasa macam amalan baginda tidak lengkap, tidak cukup, sampai nak kena pakai amalan yang tidak ada dalil dari perbuatan baginda, ini pun menunjukkan ada masalah dengan iman.
Itulah sebabnya, kalau sesiapa dari masyarakat yang melakukan amalan bidaah, mereka sebenarnya ada masalah iman. Mereka rasa tidak cukup dengan apa yang Nabi telah amalkan.
وَيُسَلِّموا تَسليمًا
dan mereka menyerah diri mereka dengan sepenuhnya.
Bukan sahaja kena jadikan Nabi sebagai penghukum dan terima dengan senang hati segala keputsan dari baginda, tapi kita kena terima keputusan Nabi sepenuhnya. Itulah maksud sallama. تَسليمًا adalah perkataan dalam bentuk maf’ul mutlak. Tidak boleh tinggal sedikit pun.
Sekarang Nabi memang sudah tiada di kalangan kita, tapi hadis dan sunnah baginda masih ada lagi. Maka apa-apa perselisihan sekarang pun kena rujuk kepada hadis. Kena cari apa yang Nabi telah putuskan sebelum ini.
Maka, kenalah rujuk kepada mereka yang tahu tentang hadis dan sunnah. Jangan tanya kepada ustaz yang tak berapa faham atau tidak belajar tafsir Qur’an dan hadis. Memang kita ada banyak ustaz dalam negara ini, tapi kebanyakan dari mereka tak belajar pun tafsir Qur’an dan hadis. Jadi macam mana mereka nak beri keputusan berdasarkan apa yang Nabi telah putuskan, sedangkan mereka sendiri tidak tahu?
Janganlah sebab mereka digelar ‘ustaz’ sahaja, terus mereka diterima pakai. Kena hati-hati. Kena cari ustaz yang amalkan Sunnah dan bila mereka bercakap, mereka berikan dalil dari Qur’an dan sunnah.
Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya
Kemaskini: 26 Oktober 2018
Rujukan:
Maulana Hadi
Nouman Ali Khan
Mutiara al-Qur’an
Saya selalu melihat web tafsir ini. Untuk surah AlQasas ayat 65 dl minta untuk admin semak kembali kerana tidak betul. Terima kasih
LikeLike
saya sudah tengok, tapi apa salahnya?
LikeLike