Tafsir Surah al-Isra’ Ayat 71 – 73 (Cubaan memesongkan Rasulullah ﷺ)

KITAB REKOD AMALAN

Isra’ Ayat 71: Ayat tabshir (berita gembira). Bermula ayat ini sehingga ke ayat 77 adalah Perenggan Makro ke 6. Ia berkenaan kegagalan rancangan untuk mengusir Nabi Muhammad ﷺ. Ini adalah kerana surah ini adalah di penghujung waktu Nabi ﷺ di Mekah setelah lama berdakwah. Umat Islam semakin bertambah dan pemuka Quraish pun sudah kepanasan. Akhirnya pada mereka lebih baiklah Nabi Muhammad ﷺ itu dikeluarkan sahaja dari Mekah, selesailah isu mereka.

Allah ﷻ mulakan dengan menyebut kejadian di akhirat kelak apabila manusia dibangkitkan dan diadakan mahkamah pengadilan bagi mereka. Ini adalah ayat tabshir (berita gembira) kepada orang-orang yang beriman dan beramal.

Ayat-ayat yang lalu menghuraikan kuasa Allah ﷻ menganugerahkan keutamaan bagi seseorang atas yang lain, dan menegaskan pula bahawa semua manusia – dari segi kemanusiaannya – memiliki kehormatan yang sama, antara lain semua diberi hak memilih (antara kesesatan atau hidayah) serta diberi pula kemampuan melaksanakan pilihannya. Semua ada taklif (tanggungjawab) masing-masing. Kelebihan-kelebihan yang diperolehnya itu akan dipertanggungjawabkan pada hari Kiamat nanti. Walaupun manusia dimuliakan, tetapi mereka tidak terlepas daripada tanggungjawab agama.

يَومَ نَدعُواْ ڪُلَّ أُنَاسِۭ بِإِمَـٰمِهِم فَمَن أُوتِىَ ڪِتَـٰبَهُ ۥ بِيَمِينِهِۦ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ يَقرَءُونَ ڪِتَـٰبَهُم وَلَا يُظلَمُونَ فَتِيلاً

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Mention, O Muḥammad], the Day We will call forth every people with their record [of deeds].¹ Then whoever is given his record in his right hand – those will read their records, and injustice will not be done to them, [even] as much as a thread [inside the date seed].

  • Other meanings are “with their leader” or “with that which they had followed.”

(MELAYU)

(Ingatlah) suatu hari (yang di hari itu) Kami panggil tiap umat dengan pemimpinnya; dan barangsiapa yang diberikan kitab amalannya di tangan kanannya maka mereka ini akan membaca kitabnya itu, dan mereka tidak dianiaya sedikit pun.

 

يَومَ نَدعُواْ ڪُلَّ أُنَاسِۭ بِإِمَـٰمِهِم

(Ingatlah) suatu hari yang Kami panggil tiap umat dengan pemimpinnya;

Inilah hari manusia akan dipertanggungjawabkan dengan pilihan mereka semasa di dunia. Allah ﷻ memberi peringatan kepada kita kepada hari Dia akan memanggil setiap manusia dengan ‘ketua-ketua’ mereka. Yang dimaksudkan adalah para Rasul masing-masing. Maka kita akan dibangkitkan dengan Nabi Muhammad ﷺ nanti kerana kita adalah umat baginda. Oleh itu kalau mengikut pendapat ini, sama dengan yang disebutkan oleh Allah ﷻ dalam ayat lain melalui firman-Nya:

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ رَسُولٌ فَإِذَا جَاءَ رَسُولُهُمْ قُضِيَ بَيْنَهُمْ بِالْقِسْطِ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ
Tiap-tiap umat mempunyai rasul; maka apabila telah datang rasul mereka, diberikanlah keputusan antara mereka dengan adil dan mereka (sedikit pun) tidak dianiaya.
(Yunus: 47)

Juga firman Allah ﷻ:

فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَى هَؤُلاءِ شَهِيدًا
Maka bagaimanakah (halnya orang kafir nanti), apabila Kami mendatangkan seseorang saksi (rasul) daripada tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (sebagai umatmu).
(Nisa: 41)

Tafsir kedua, ‘imam’ yang dimaksudkan adalah Kitab Amalan kita. Kerana ia duduk di hadapan kita sebagaimana imam dalam solat juga di depan kita dalam jemaah solat. Hal yang sama telah dikatakan oleh Abul Aliyah, Al-Hasan, Ad-Dahhak; dan pendapat ini juga kuat, kerana dalam ayat yang lain disebutkan:

وَنَكتُبُ ما قَدَّموا وَءآثٰرَهُم ۚ وَكُلَّ شَيءٍ أَحصَينٰهُ في إِمامٍ مُّبينٍ
dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu Kami catitkan satu persatu dalam kitab yang jelas nyata.
(Yaasin: 12)

Lihat bagaimana penggunaan kalimah إِمَامٍ yang sama digunakan dalam ayat ini. Tambahan pula sambungan ayat ini tentang kitab amalan pun. Maka ini adalah pendapat yang kuat. Namun kenapa ia dipanggil ‘imam’? Imam ini adalah yang berada di hadapan kita yang kita ikut. Ia dipanggil imam kerana kita akan ikut ke mana dibawanya kita. Kalau rekod amalan kita baik, ia akan membawa kita ke syurga. Kalau buruk, ia akan membawa kita ke neraka!

Tafsir ketiga, Ibnu Zaid رَحِمَهُ اللَّهُ mengatakan yang dimaksudkan dengan pemimpin mereka ialah kitab mereka yang diturunkan kepada Nabi mereka yang mengandung hukum-hukum syariat, dan pendapat ini dipilih oleh Ibnu Jarir رَحِمَهُ اللَّهُ. Oleh itu untuk kita, tentulah kita dikumpulkan dengan Al-Qur’an.

Tafsir keempat, dapat juga ditafsirkan makna yang dimaksudkan dengan إِمَـٰمِهِم ialah setiap kaum berikut akan dibangkitkan dengan orang-orang yang menjadi panutan mereka. Iaitu orang-orang yang mereka ikut, jadikan idola, yang mereka taat, yang mereka sanjung. Maka ahli imam bermakmum kepada para nabi, dan orang-orang kafir bermakmum kepada pemimpin-pemimpin mereka. Pengertian¬nya sama dengan yang disebutkan firman-Nya:

وَجَعَلْناهُمْ أَئِمَّةً يَدْعُونَ إِلَى النَّارِ
Dan Kami jadikan mereka pemimpin-pemimpin yang menyeru (manusia) ke neraka.
(Qashash: 41)

Rasulullah ﷺ juga telah bersabda,

فَيَقُولُ مَنْ كَانَ يَعْبُدُ شَيْئًا فَلْيَتَّبِعْهُ فَيَتَّبِعُ مَنْ كَانَ يَعْبُدُ الشَّمْسَ الشَّمْسَ وَيَتَّبِعُ مَنْ كَانَ يَعْبُدُ الْقَمَرَ الْقَمَرَ وَيَتَّبِعُ مَنْ كَانَ يَعْبُدُ الطَّوَاغِيتَ الطَّوَاغِيتَ
“Allah akan mengumpulkan manusia pada hari kiamat seraya berkata; ‘Barangsiapa yang menyembah sesuatu, hendaklah dia mengikuti sesuatu tersebut, barangsiapa menyembah matahari, maka hendaklah dia mengikuti matahari, barangsiapa menyembah bulan, maka hendaklah dia mengikuti bulan dan barangsiapa menyembah thaghut, maka hendaklah dia mengikuti thaghut…”
(Sahih Muslim (5362))

Maka siapa yang kita jadikan ikutan? Jangan kita dibangkitkan dengan para artis, ahli politik, ahli sukan pula nanti. Kerana ada orang yang mereka sanjung-sanjung adalah golongan sebegitu.

Salah satu pendapat yang aneh lagi tidak ada dasar sandaran adalah yang memahami kata imam sebagai bentuk jamak daripada kata أم umm/ibu. Menurut mereka, ini untuk menghormati Nabi ‘Isa عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ yang tidak berbapa, dan untuk menutup malu anak-anak zina yang tidak dikenal bapanya di dunia ini, maka dipanggil supaya ikut ibu-ibu mereka. Pendapat ini tidak perlu ditoleh apalagi bahasa tidak menggunakan kata imam sebagai bentuk jamak daripada kata umm/ibu.

 

فَمَن أُوتِىَ ڪِتَـٰبَهُ ۥ بِيَمِينِهِۦ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ يَقرَءُونَ ڪِتَـٰبَهُم

dan barangsiapa yang diberikan kitab amalannya di tangan kanannya maka mereka ini akan membaca kitabnya itu, 

Mereka yang diberi dengan kitab amalan mereka di tangan kanan adalah mereka yang selamat. Mereka akan membaca amalan-amalan mereka sendiri dengan gembira – sebab semua yang mereka buat akan dapat balasan yang baik.

Mereka suka untuk membacanya dan berbangga malah mereka akan tunjuk kitab amalan mereka itu kepada orang lain kerana terlalu berpuas hati dengan amalan mereka semasa di dunia. Ini disebutkan oleh firman-Nya dalam ayat lain, iaitu:

فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَيَقُولُ هَاؤُمُ اقْرَءُوا كِتَابِيَهْ
Adapun orang-orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kanannya, maka dia berkata, “Ambillah, bacalah kitabku (ini).”
(Haqqah: 19)

Mereka suka bila nampak banyaknya pahala amalan-amalan mereka itu. Mereka sangkakan amalan mereka itu sedikit sahaja, tidak susah mana pun, tidak banyak mana pun mereka buat, tetapi apabila mereka dapat lihat yang Allah ﷻ beri pahala yang amat berlipat ganda. Alangkah gembiranya mereka nanti. Mereka terlalu suka sampai hendak tunjuk kepada orang lain. Kalau di akhirat nanti, ia tidak dikira riak lagi. Semoga kita tergolong ke dalam kumpulan ini nanti di akhirat.

Kenapa mereka dapat berita gembira ini? Kerana semasa di dunia lagi mereka sudah berjaga-jaga tentang amalan mereka seperti disebut seterusnya di dalam Surah Haqqah itu:

إِنّي ظَنَنتُ أَنّي مُلٰقٍ حِسابِيَه
Sesungguhnya aku yakin, bahawa sesungguhnya aku akan menemui hisab terhadap diriku.

Apakah balasan mereka? Allah ﷻ sambung,

فَهُوَ في عيشَةٍ رّاضِيَةٍ
Maka orang itu berada dalam kehidupan yang diredhai,

في جَنَّةٍ عالِيَةٍ
dalam syurga yang tinggi,

قُطوفُها دانِيَةٌ
buah-buahannya dekat,

كُلوا وَاشرَبوا هَنيئًا بِما أَسلَفتُم فِي الأَيّامِ الخالِيةِ
(kepada mereka dikatakan): “Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan amal yang telah kamu kerjakan pada hari-hari yang telah lalu”.

Sedangkan mereka yang mendapat kitab amalan mereka melalui tangan kiri, mereka tidak boleh baca kerana ia diberi dari belakang mereka dan kalau pun mereka boleh baca mereka tidak mahu membacanya. Kemudian dalam ayat lain disebut bagaimana mereka dipaksa untuk baca juga kitab amalan mereka itu. Di dalam sambungan Surah Haqqah itu disebut mereka tidak mahu pun terima kitab itu.

وَأَمّا مَن أوتِيَ كِتٰبَهُ بِشِمالِهِ فَيَقولُ يٰلَيتَني لَم أوتَ كِتٰبِيَه
Adapun orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kirinya, maka dia berkata: “Wahai alangkah baiknya kiranya tidak diberikan kepadaku kitabku (ini).

Ini kerana mereka sudah tahu apa yang terkandung di dalam kitab itu. Mereka tahu banyaknya amalan-amalan yang buruk-buruk sahaja. Mereka tidak mahu pun melihat kitab itu.

وَلَم أَدرِ ما حِسابِيَه
Dan aku tidak mengetahui apa hisab terhadap diriku.

 

وَلا يُظلَمونَ فَتيلًا

dan mereka tidak dianiaya sedikit pun.

Balasan kepada mereka tidak akan dirugikan langsung walaupun sedikit. Tidak ada amalan baik mereka yang tertinggal daripada dibalas oleh Allah ﷻ. Kalimah فَتيلًا itu bermaksud fiber/bulu/serat halus pada biji tamar – halus sangat tetapi Allah ﷻ akan balas juga perbuatan itu asalkan ia baik.

Ada juga yang mengertikannya sebagai kotoran yang terangkat daripada jari tangan ketika menggosok-gosoknya. Cuba gosok salah satu jari anda dengan ibu jari. Betapapun bersihnya jari itu, namun bila digosok, anda akan menemukan sesuatu yang sangat halus berupa kotoran/hitam seperti tanah daripada jari yang digosok itu. Kata ini biasa digunakan sebagai contoh sesuatu yang amat-amat sedikit, lagi tidak bererti dan bernilai.

Pengajarannya, jangan kita buang masa daripada membuat amal kebaikan. Jangan pandang rendah mana-mana kebaikan. Kerana sekecil-kecilnya akan dibalas. Sebagai contoh, untuk senyum sahaja, amatlah senang. Jangan abaikan kerana itu pun akan diberi pahala juga. Dalilnya adalah hadith,

Daripada Abu Dzar رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ, Nabi ﷺ bersabda,
لاَ تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ
“Janganlah meremehkan kebaikan sedikit pun juga walau engkau bertemu saudaramu dengan wajah berseri”
(Riwayat Muslim No. 2626)

Di dalam hadith yang lain,

عَنْ عَدِيِّ ابْنِ حَاتِمٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا سَيُكَلِّمُهُ رَبُّهُ لَيْسَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهُ تَرْجُمَانٌ فَيَنْظُرُ مِنْ عَنْ أَيْمَنَ مِنْهُ فَلَا يَرَى إِلَّا شَيْئًا قَدَّمَهُ ثُمَّ يَنْظُرُ مِنْ عَنْ أَيْسَرَ مِنْهُ فَلَا يَرَى إِلَّا شَيْئًا قَدَّمَهُ ثُمَّ يَنْظُرُ أَمَامَهُ فَتَسْتَقْبِلُهُ النَّارُ فَمَنْ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يَتَّقِيَ النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ فَلْيَفْعَلْ
Daripada Adi bin Hatim رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ dia berkata; Rasulullah ﷺ bersabda: “Tidak ada seorang pun di antara kalian kecuali akan diajak bicara oleh Rabbnya dan tidak ada penerjemah antara keduanya. Dia lalu menoleh ke samping kanannya, maka tidaklah dia melihat sesuatu di sana kecuali amalannya. Kemudian dia menoleh ke samping kirinya, maka tidaklah dia melihat sesuatu di sana kecuali amalannya. Kemudian dia melihat ke depannya, dan ternyata api neraka telah di hadapannya. Maka barangsiapa di antara kalian mampu menghindari api neraka meski dengan sebiji kurma, maka hendaklah dia lakukan.”
(Sahih Bukhari No. 181)


Di dalam hadith yang lain,

عَنْ عَدِيِّ بْنِ حَاتِمٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا فَبِكَلِمَةٍ طَيِّبَةٍ
Daripada Adi bin Hatim رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda: “Takutlah kepada Neraka walaupun hanya dengan sebelah kurma. Jika tidak kalian dapatkan, maka dengan perkataan yang baik.”
(Sahih Bukhari (1598))


 

Isra’ Ayat 72: Takhwif ukhrawi (berita buruk di akhirat) pula bagi mereka yang gagal dengan ujian di dunia.

وَمَن كَانَ فِى هَـٰذِهِۦۤ أَعمَىٰ فَهُوَ فِى ٱلأَخِرَةِ أَعمَىٰ وَأَضَلُّ سَبِيلاً

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And whoever is blind¹ in this [life] will be blind in the Hereafter and more astray in way.

  • i.e., refusing to see the truth.

(MELAYU)

Dan barangsiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, nescaya di akhirat (nanti) dia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar).

 

وَمَن كَانَ فِى هَـٰذِهِۦۤ أَعمَىٰ

Dan barangsiapa yang buta (hatinya) di dunia ini,

Kenapa Allah ﷻ sebut tentang ‘buta’ pula dalam ayat ini? Kerana dalam ayat-ayat sebelum ini Allah ﷻ telah menceritakan bagaimana betapa banyak jasa-Nya kepada kita, telah memperjalankan kita di atas bumi dan di atas lautan; dan bagaimana Allah ﷻ boleh memberi azab kepada kita semua dan kemudian Allah ﷻ tanya di dalam ayat ini sekarang: apakah kamu buta sampai tidak nampak perkara-perkara itu?

Buta yang dimaksudkan adalah buta hati, bukan buta mata fizikal. Kerana ada orang yang buta mata fizikalnya tetapi hatinya hidup, terang dan nampak kebenaran. Yang dimaksudkan dengan buta ialah buta terhadap hujah Allah ﷻ, tanda-tanda kebesaran-¬Nya, dan keterangan-keterangan daripada-Nya. Mereka itu juga yang buta tentang Al-Qur’an dan Sunnah. Nama sahaja Muslim, tetapi ilmu wahyu mereka tidak ada. Mereka buta hati daripada nampak amal kebaikan dapat membantu dan menyelamatkannya, maka tidak mereka lakukan amal kebaikan.

 

فَهُوَ فِي الآخِرَةِ أَعمىٰ

nescaya di akhirat (nanti) dia akan lebih buta

Allah ﷻ beritahu, kalau sesiapa buta mata hatinya sampai tidak nampak kebenaran itu semasa dia hidup di dunia, maka dia juga akan menjadi buta (secara hakikat) di akhirat kelak. Buta di akhirat kelak memang buta terus, buta sebenar-benar buta. Keluar sahaja dari kubur mereka di dalam buta. Malah ia lebih teruk lagi daripada buta semasa di akhirat. Kita pun tidak tahu bagaimana rupanya. Akan tetapi ada disebut mereka ini mempersoalkan Allah ﷻ pula seperti firman-Nya di dalam Taha: 125-126

قالَ رَبِّ لِمَ حَشَرتَني أَعمىٰ وَقَد كُنتُ بَصيرًا
Dia berkata: “Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?”

قالَ كَذٰلِكَ أَتَتكَ آياتُنا فَنَسيتَها ۖ وَكَذٰلِكَ اليَومَ تُنسىٰ
Allah berfirman: “Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan”.

Sudahlah buta, mulut mereka pula bisu dan mereka bukannya boleh berjalan dengan kaki, tetapi berjalan dengan muka mereka! Allahu Akbar! Semoga kita diselamatkan daripada keadaan ini.

 

وَأَضَلُّ سَبيلًا

dan lebih tersesat dari jalan

Mereka akan menjadi lebih sesat lagi – maksudnya walaupun mereka sudah sesat di dunia ini tetapi mereka akan menjadi lebih sesat di akhirat kelak. Maksudnya mereka sesat tidak ada harapan untuk sampai ke syurga. Oleh itu, kalau sesat di dunia ini, malah akan lebih sesat di akhirat kelak. Kalau sesat di dunia, masih ada harapan lagi untuk berpatah balik ke jalan yang benar. Akan tetapi tidak ada harapan lagi di akhirat nanti. Semoga kita terselamat daripada perkara itu.


 

PUJUKAN DARI MUSYRIKIN KEPADA RASULULLAH ﷺ

Isra’ Ayat 73: Syikayah (rungutan Allah ﷻ) terhadap perbuatan Musyrikin Mekah. Ayat yang lalu menjelaskan bahawa mereka yang derhaka adalah orang-orang buta (buta mata hati), sedangkan yang taat dan mengikuti tuntunan Allah ﷻ adalah orang-orang jernih pandangan hatinya. Ayat ini menghuraikan sebahagian daripada keburukan mereka yang buta itu dan bagaimana mereka berusaha menjerumuskan orang-orang yang taat, sekaligus mengingatkan kita agar berhati-hati menghadapi orang-orang buta itu.

وَإِن ڪَادُواْ لَيَفتِنُونَكَ عَنِ ٱلَّذِىٓ أَوحَينَآ إِلَيكَ لِتَفتَرِىَ عَلَينَا غَيرَهُ ۥ‌ۖ وَإِذًا لَّٱتَّخَذُوكَ خَلِيلاً

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, they were about to tempt you away from that which We revealed to you in order to [make] you invent about Us something else; and then they would have taken you as a friend.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya mereka hampir memalingkan kamu dari apa yang telah Kami wahyukan kepadamu, agar kamu membuat yang lain secara bohong terhadap Kami; dan kalau sudah begitu tentulah mereka mengambil kamu jadi sahabat yang setia.

 

وَإِن ڪَادُواْ لَيَفتِنُونَكَ عَنِ ٱلَّذِىٓ أَوحَينَآ إِلَيكَ

Dan sesungguhnya mereka hampir memalingkan kamu dari apa yang telah Kami wahyukan kepadamu,

Memang hebatlah perjuangan yang dihadapi oleh utusan Allah ﷻ itu. Siang dan malam kaum musyrikin yang memusuhinya itu mencari berbagai ikhtiar untuk menangkis segala ajaran Nabi ﷺ dan menggagalkannya.

Kalimah لَيَفتِنُونَكَ diambil daripada kata الفتن al-fatn dan الفتون al-futun. Berbeza-beza pendapat ulama tentang maksudnya di sini. Ibn ‘Asyur رَحِمَهُ اللَّهُ memahaminya dalam erti perlakuan yang mengakibatkan gangguan dan kecemasan hati akibat sesuatu yang sulit dibendung. Thabathaba’i رَحِمَهُ اللَّهُ memahaminya dalam erti menggelincirkan dan memalingkan. Di dalam tafsir al-Jalalain dijelaskan dalam erti menjadikan engkau menurun yakni mengalah daripada sikap seseorang. Begitulah yang telah dialami oleh Rasulullah ﷺ.

Salah satu usaha yang mereka rencanakan ialah dengan mendekati baginda, berlaku ramah kepada baginda dan memujuk-mujuk. Ini kerana cara keras tidak berjalan, maka mereka cuba cara lain pula. Allah ﷻ memberitahu bagaimana Musyrikin Mekah telah datang dan cuba melembutkan hati Nabi Muhammad ﷺ supaya ikut mereka. Mereka ajak baginda untuk kompromi dengan ayat Al-Qur’an.

Sehingga pernahlah terjadi, seketika baginda tawaf keliling Ka’bah, sesampai di Hajarul Aswad (batu hitam) baginda cium batu itu menurut kebiasaan, sebagai memberi hormat. Tiba-tiba datanglah seorang di antara pemuka musyrik itu mendekati baginda dan meminta agar berhala mereka yang tertegak di dekat batu itu baginda jamah juga agak sedikit. Namun baginda tidak mahu. Begitulah menurut satu riwayat daripada Ibnu Jarir, Ibnu Abi Hatim dan Sa’id bin Jubair رضي الله عنهم.

Kalimah لَيَفتِنونَكَ daripada katadasar ف ت ن yang selalu digunakan untuk bermaksud ‘ujian’. Salah satu daripada maksudnya adalah ‘memesongkan dengan apa cara sekali pun’. Musyrikin Mekah itu desak supaya baginda tidak sampaikan wahyu Al-Qur’an lagi kepada masyarakat. Mereka juga takut-takutkan Nabi ﷺ dengan berbagai ancaman supaya baginda tidak sampaikan wahyu.

Akhir sekali, mereka juga pernah minta baginda berkompromi – setahun buat amalan tauhid dan setahun buat amalan syirik. Setelah tidak dapat halang sepenuhnya, mereka rasa kalau boleh kompromi tukar-tukar agama selang seli pun tidak mengapalah.

Ada juga pendapat yang mengatakan, isu yang dimaksudkan oleh Allah ﷻ adalah desakan pemuka-pemuka Musyrikin Mekah yang meletakkan syarat: jikalau mahu mereka dengar apa yang baginda hendak sampaikan, maka baginda kena asingkan orang-orang yang lemah dan miskin dalam kalangan baginda kerana para pemuka itu tidak berselera duduk dengan golongan yang lemah itu.

Ada ulama’ mengemukakan riwayat bahawa ayat ini turun berkait dengan salah satu suku terkemuka masyarakat Mekah yakni Tsaqif. Mereka menyatakan kesediaan mereka memeluk Islam jika Nabi Muhammad ﷺ menjadikan daerah mereka sebagai tanah haram sebagaimana halnya Mekah, dan beberapa permintaan lain yang hendaknya Nabi ﷺ sampaikan bahawa itu adalah perintah Allah ﷻ.

Allah ﷻ beritahu yang baginda hampir-hampir berpaling ikut desakan mereka itu kerana kata-kata mereka, desakan mereka dan ugutan mereka. Baginda pun turut terkesan kerana baginda pun manusia. Baginda juga mahu para pemuka itu dengar apa yang baginda hendak sampaikan.

Akan tetapi kita kena ingat, perkara itu hampir-hampir sahaja berlaku dan tidak terjadi pun kerana Allah ﷻ pasti memelihara apa sahaja yang baginda lakukan terutama tentang perkara agama. Maka ini tidaklah ayat ini merendahkan kedudukan dan martabat Nabi Muhammad ﷺ kerana baginda tidak ikut pun.

Al-Baidawi رَحِمَهُ اللَّهُ dalam tafsimya, memahami ayat ini bahawa Nabi ﷺ sudah hampir memenuhi usul kaum musyrikin itu kerana kuatnya tipu daya mereka, tetapi Allah ﷻ melindungi dan memelihara baginda, sehingga baginda tidak terjerumus. Pendapat ini tidak sepenuhnya benar. Ayat ini sangat jelas menunjukkan bahawa pemenuhan usul kaum musyrikin itu belum sampai pada tingkat keinginan Nabi ﷺ.

 

لِتَفتَرِيَ عَلَينا غَيرَهُ

agar kamu reka yang lain terhadap Kami;

Yang mereka hendak adalah supaya Rasulullah ﷺ reka perkataan lain yang menyerupai wahyu. Jangan berikan wahyu yang asal, tetapi berilah cerita-cerita yang lain. Tidak kisah apapun, asalkan bagi boleh pula buat amalan syirik. Ringkasnya, mereka mahu baginda ubahsuai wahyu.

Musyrikin Mekah dan orang yang tidak faham Tauhid, memang tidak suka dengan ayat-ayat Al-Qur’an yang menegur kesalahan mereka. Macam Musyrikin Mekah, mereka minta Nabi ﷺ bawakan dan bacakan ayat-ayat yang lain (yang lunak dan mereka boleh terima). Ini seperti disebut di dalam Yunus: 15

وَإِذا تُتلىٰ عَلَيهِم ءآياتُنا بَيِّنٰتٍ ۙ قالَ الَّذينَ لا يَرجونَ لِقاءَنَا ائتِ بِقُرءآنٍ غَيرِ هٰذا أَو بَدِّلهُ ۚ قُل ما يَكونُ لي أَن أُبَدِّلَهُ مِن تِلقاءِ نَفسي ۖ إِن أَتَّبِعُ إِلّا ما يوحىٰ إِلَيَّ ۖ إِنّي أَخافُ إِن عَصَيتُ رَبّي عَذابَ يَومٍ عَظيمٍ
Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, berkatalah orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami (untuk menerima balasan): “Bawalah Qur’an yang lain daripada ini atau tukarkanlah ia”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berhak menukarkannya dengan kemahuanku sendiri, aku hanya tetap menurut apa yang diwahyukan kepadaku sahaja. Sesungguhnya aku takut, – jika aku menderhaka kepada Tuhanku, – akan azab hari yang besar (soal jawabnya)”.

Maka ini mengajar kita supaya jangan sembunyikan mana-mana ayat walaupun orang yang kita sampaikan itu tidak boleh terima. Mereka mungkin akan suruh kita senyapkan tentang ayat-ayat tentang larangan syirik sebab mereka boleh sahaja terima ayat-ayat tentang solat, puasa dan lain-lain. Namun bab syirik memang mereka berat untuk terima. Ketahuilah yang kita tidak boleh simpan mana-mana ayat. Kita tetap kena sampaikan semua sekali.

 

وَإِذًا لَاتَّخَذوكَ خَليلًا

dan kalau sudah begitu tentulah mereka mengambil kamu jadi sahabat yang setia.

Kalaulah baginda buat seperti apa yang mereka minta itu, mereka pasti akan jadikan baginda sebagai kawan yang rapat yang dicintai. Kerana mereka sudah tidak ada masalah dengan baginda lagi dan kerana baginda telah bersetuju dengan mereka. Malah mereka telah pernah tawarkan wanita, harta malah menjadi raja mereka pun kalau baginda berhenti berdakwah.

Akan tetapi bukan itu yang Nabi Muhammad ﷺ disuruh untuk kejar. Biarlah bermusuh dengan mereka asalkan kebenaran tidak dibuang. Macam kita juga, jangan kerana hendak menjaga persahabatan, silaturrahim, kita sanggup untuk abaikan kebenaran. Jangan kerana yang buat salah itu orang yang rapat dengan kita, kita kata ia benar. Jangan. Yang syirik tetap syirik, yang bid’ah tetap bid’ah, tidak kira siapa yang melakukannya.

Ibn ‘Asyur رَحِمَهُ اللَّهُ menyebut ada keinginan Nabi ﷺ untuk mendekatkan kaum musyrikin memeluk agama Islam itulah yang mendorong baginda berfikiran untuk ikut kehendak mereka, iaitu untuk memenuhi beberapa usul kaum musyrikin supaya dengannya dapat melemahkan sedikit kecaman mereka, atau baginda hendak meminta kerelaan sebahagian sahabatnya (yang miskin) untuk tidak hadir ketika kehadiran tokoh-tokoh itu. Ini semua dengan harapan agar tokoh-tokoh musyrik itu memeluk Islam, dan pada masa yang sama tidaklah merugikan umat Islam. Keinginan yang terdetik dalam benak itu tidak terlaksana kerana pemeliharaan Allah ﷻ kepada baginda.

.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 3 Mei 2024

Ringkasan Surah Isra’


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafsir Jalalain

Maariful Qur’an

Tafsir Al-Azhar Prof. HAMKA

Ustaz Solahudin

Ustaz Abdul Muien Ghulam Dakwah

Tafsir Al-Mishbah (Dr. M. Quraish Shihab)

Tafsir Surah al-Isra’ Ayat 68 – 70 (Allah ‎ﷻ muliakan manusia)

KESELAMATAN YANG PALSU

Isra’ Ayat 68: Ayat takhwif duniawi. Allah ﷻ takutkan mereka untuk menyedarkan mereka. Sebelum ini disebut pelayaran di lautan, sekarang di daratan pula. Ketika di lautan, kamu doa kepada Allah ﷻ, namun apabila kembali ke daratan kamu lupa pula kepada Allah ﷻ. Akan tetapi adakah di daratan kamu pasti selamat?

أَفَأَمِنتُم أَن يَخسِفَ بِكُم جَانِبَ ٱلبَرِّ أَو يُرسِلَ عَلَيڪُم حَاصِبًا ثُمَّ لَا تَجِدُواْ لَكُم وَڪِيلاً

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then do you feel secure that [instead] He will not cause a part of the land to swallow you or send against you a storm of stones? Then you would not find for yourselves an advocate.

(MELAYU)

Maka apakah kamu merasa aman (dari hukuman Tuhan) yang menjungkir balikkan sebahagian daratan bersama kamu atau Dia menghujani kamu dengan batu-batu? Dan kamu tidak akan mendapat seorang pelindung pun bagi kamu,

 

أَفَأَمِنتُم أَن يَخسِفَ بِكُم جانِبَ البَرِّ

Maka apakah kamu merasa aman dari yang menjungkir balikkan di pinggiran daratan bersama kamu

Dalam ayat sebelum ini disebut tentang mereka yang berada di laut dan kemudian apabila mereka diselamatkan, mereka telah buat syirik kepada Allah ﷻ dan sekarang adalah tentang keadaan mereka apabila berada di atas darat. Bila di daratan, selalunya manusia akan rasa selamat kalau dibandingkan dengan keadaan di lautan, bukan?

Maka Allah ﷻ tanya kepada mereka: adakah mereka rasa aman sekarang? Memang hari itu mereka takut kalau-kalau mereka ditenggelamkan dalam laut, tetapi tidakkah mereka tahu bahawa Allah ﷻ boleh tenggelamkan mereka di dalam tanah juga? Ingat dalam lautan sahaja kamu boleh tenggelamkah? Kamu tidak pernah dengar bagaimana ramai manusia tenggelam dalam tanah?

Ada banyak gempa bumi sampai bumi merekah, ada yang dihempap dalam tanah, ada yang masuk dalam pasir jerlus dan macam-macam lagi. Semua itu Allah ﷻ boleh buat. Mereka rasa amankah kalau begitu? Dalam ayat yang lain, Allah ﷻ berfirman:

أَأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يَخْسِفَ بِكُمُ الأرْضَ فَإِذَا هِيَ تَمُورُ * أَمْ أَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يُرْسِلَ عَلَيْكُمْ حَاصِبًا فَسَتَعْلَمُونَ كَيْفَ نَذِيرِ
Apakah kalian merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di langit bahawa Dia akan menjungkir balikkan bumi bersama kalian, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang? Atau apakah kalian merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di langit bahawa Dia akan mengirimkan badai yang berbatu? Maka kelak kalian akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan) peringatan-Ku.
(Mulk: 16-17)

Sebagai contoh, Allah ﷻ telah pernah tenggelamkan Qarun dalam tanah, bukan? Tidakkah mereka tahu?

Kalimah yang digunakan adalah جانِبَ البَرِّ (pinggiran daratan) amat mengesankan kerana ia menunjukkan mereka belum lagi terlalu jauh ke tengah kota bahkan baru sahaja sampai di pantai, baru keluar dari laut, di mana mereka baru menemukan daratan dan ketika mereka merasa yakin telah selamat daripada bencana laut. Saat itu, mereka segera lupa bersyukur dan melupakan janji-janji yang baru sahaja mereka panjatkan ketika angin ribut dan ombak gulung bergulung. Maknanya, cepat sangat mereka lupa.

 

أَو يُرسِلَ عَلَيكُم حاصِبًا

atau Dia menghujani kamu dengan batu-batu?

Atau Allah ﷻ beritahu yang Dia boleh sahaja menghujani mereka dengan meteor dari langit. Tidak payah tunggu masuk ke dalam tanah, dari atas pun Allah ﷻ boleh kenakan mereka dengan azab. Allah ﷻ boleh sahaja hujani mereka dengan batu dari langit seperti yang terjadi kepada Tentera Bergajah Abrahah dan Kaum Nabi Luth عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ.

وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِمْ حِجَارَةً مِنْ سِجِّيلٍ
dan Kami hujani mereka dengan batu daripada tanah yang keras.
(Hijr: 74)

Kamu rasa amankah wahai manusia? Apa jaminan yang kamu akan selamat? أَفَأَمِنتُم atau أَم أَمِنتُم atau di dalam bentuk-betuk yang lebih kurang sama. Maksudnya: adakah kamu rasa aman? Adakah kamu rasa aman walaupun kamu sedang melakukan dosa? Ini adalah soalan yang penting. Salah satu dosa (dalam bentuk hati) yang manusia lakukan adalah rasa aman, rasa tidak ada apa-apa, walaupun mereka sedang melakukan dosa, melakukan maksiat. Iaitu tidak rasa bersalah pun. Contohnya ramai orang kita tidak solat, tetapi macam tidak ada apa-apa. Sudahlah mereka berdosa meninggalkan solat, rasa tidak bersalah pula. Maka ada dosa yang bertimpa-timpa.

 

ثُمَّ لا تَجِدوا لَكُم وَكيلًا

dan kamu tidak akan mendapat seorang pelindung pun bagi kamu,

Apabila Allah ﷻ telah kenakan dengan azab sebegitu, tidak ada sesiapa yang dapat menyelamatkan mereka lagi. Mahu lari ke mana lagi kalau begitu? Rasa amankah kamu?


 

Isra’ Ayat 69: Atau adakah kamu akan terus duduk di daratan sahaja? Bagaimana kalau Allah ﷻ kenakan azab kerana kemungkaran yang kamu lakukan? Maka ini adalah ayat takhwif duniawi. Di dunia lagi Allah ﷻ boleh kenakan azab kepada manusia.

أَم أَمِنتُم أَن يُعِيدَكُم فِيهِ تَارَةً أُخرَىٰ فَيُرسِلَ عَلَيكُم قَاصِفًا مِّنَ ٱلرِّيحِ فَيُغرِقَكُم بِمَا كَفَرتُم ثُمَّ لَا تَجِدُواْ لَكُم عَلَينَا بِهِۦ تَبِيعًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Or do you feel secure that He will not send you back into it [i.e., the sea] another time and send upon you a hurricane of wind and drown you for what you denied?¹ Then you would not find for yourselves against Us an avenger.²

  • Or “for your disbelief.”
  • Or “someone to demand restitution.”

(MELAYU)

atau apakah kamu merasa aman dari dikembalikan-Nya kamu ke laut sekali lagi, lalu Dia meniupkan atas kamu angin tiupan dan ditenggelamkan-Nya kamu disebabkan kekafiranmu. Dan kamu tidak akan mendapat seorang penolong pun dalam hal ini terhadap (seksaan) Kami.

 

أَم أَمِنتُم أَن يُعيدَكُم فيهِ تارَةً أُخرىٰ

atau apakah kamu merasa aman dari dikembalikan-Nya kamu ke laut sekali lagi,

Baik, sekarang kamu berasa aman sebab kamu sedang duduk di atas darat yang teguh, bukan? Adakah kamu sangka kamu akan duduk terus di daratan sahaja? Bagaimana kalau kamu terpaksa pergi ke lautan semula? Bagaimana kalau ada masalah di daratan yang kamu rasa kamu hanya selamat di lautan?

Bagaimana kalau kamu hendak mendarat di daratan tetapi kamu nampak musuh sedang menunggu kamu di daratan itu, maka tentu kamu akan lari naik ke dalam kapal dan menuju ke laut semula. Ataupun di daratan itu ada gunung berapi atau apa-apa masalah lain yang menyebabkan kamu rasa lebih baik kamu berada di laut daripada di darat.

Maka sekarang kamu sudah di lautan yang kamu takut dahulu. Rasa selamatkan kamu?

 

فَيُرسِلَ عَلَيكُم قَاصِفًا مِّنَ ٱلرِّيحِ

lalu Dia meniupkan atas kamu angin taufan

Apabila mereka berada di lautan, Allah ﷻ boleh menghantar ribut taufan dalam bentuk angin pula kepada mereka dan memusnahkan mereka. Sebelum ini telah disebut jenis ombak daripada jenis air, sekarang disebut jenis angin pula. Sebelum ini telah disebut ditenggelamkan dalam tanah (azab dari bawah) dan sekarang disebut azab dari atas pula. Mana-mana Allah ﷻ boleh kenakan mereka. Mereka tidak ada tempat mereka boleh lari sebenarnya.

 

فَيُغرِقَكُم بِما كَفَرتُم

dan ditenggelamkan-Nya kamu disebabkan kekafiranmu. 

Allah ﷻ boleh sahaja tenggelamkan mereka di lautan itu, orang hendak cari pun tidak jumpa. Mereka boleh hilang ditelan lautan seperti entah berapa ribu orang sepanjang zaman.

Namun Allah ﷻ bukan zalim. Allah ﷻ matikan mereka di lautan itu kerana kekufuran mereka.

 

ثُمَّ لَا تَجِدُواْ لَكُم عَلَينَا بِهِۦ تَبِيعًا

Dan kamu tidak akan mendapat seorang pembalas dendam dalam hal ini terhadap (seksaan) Kami.

Maka kalau itu terjadi, tidak akan ada orang yang akan mengikut selepas itu untuk membalas dendam bagi pihak mereka. Kalau kapal kamu dimusnahkan oleh musuh dalam peperangan, atau ditangkap oleh lanun, mungkin ada yang akan hantar kapal lain untuk cari pembunuh itu dan balas dendam, bukan?

Kalimah تَبِيعًا bermaksud pengikut atau penuntut bela. Ia adalah di dalam bentuk mubalaghah/hiperbola/bersangatan daripada kata تابع yang pada mulanya bererti ‘yang mengikuti sesuatu’. Yang dimaksudkan di sini adalah tidak ada yang dapat menuntut Allah ﷻ atas perbuatan-Nya itu, tidak ada juga yang menuntut balas atau membela dan menolong siapa yang terseksa itu. Contohnya kalau kapal satu kerajaan diserang, tentu kerajaan yang berdaulat akan marah dan akan hantar serangan balas. Akan tetapi siapa yang akan mampu balas dendam kepada Allah ﷻ?

Masa yang berlalu pun sudah lama kerana kalimah ثُمَّ yang digunakan. Maknanya tidak ada orang kisah pun.


 

JASA ALLAH ﷻ KEPADA INSAN

Isra’ Ayat 70: Sebelum ini telah disebut bagaimana para malaikat telah disuruh sujud kepada Nabi Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ. Itu menunjukkan kelebihan keturunan Nabi Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ dibandingkan dengan ciptaan makhluk yang lain. Sekarang kita akan telusuri lagi tentang perkara itu.

Setelah menggambarkan anugerah-Nya ketika berada di laut dan di darat, baik terhadap yang taat mahu pun yang durhaka, ayat ini menjelaskan sebab anugerah itu yakni kerana manusia adalah makhluk unik yang memiliki kehormatan dalam kedudukannya sebagai manusia – baik dia taat beragama mahu pun tidak.

وَلَقَد كَرَّمنَا بَنِىٓ ءَادَمَ وَحَمَلنَـٰهُم فِى ٱلبَرِّ وَٱلبَحرِ وَرَزَقنَـٰهُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَـٰتِ وَفَضَّلنَـٰهُم عَلَىٰ ڪَثِيرٍ مِّمَّن خَلَقنَا تَفضِيلاً

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We have certainly honored the children of Adam and carried them on the land and sea and provided for them of the good things and preferred them over much of what We have created, with [definite] preference.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, dan Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.

 

وَلَقَد كَرَّمنَا بَنِىٓ ءَادَمَ

Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam,

Allah ﷻ sendiri sebut yang Dia telah muliakan keturunan Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ. Antara caranya adalah suruh malaikat sujud kepada Nabi Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ sebagai sujud penghormatan. Ada penekanan di sini kerana ada kalimah sumpah قد.

Allah ﷻ bersumpah bahawa sesungguhnya telah Dia muliakan anak cucu Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ, dengan bentuk tubuh yang bagus, kemampuan berbicara dan berfikir, serta berpengetahuan dan Allah ﷻ beri juga mereka kebebasan memilih. Kemudian apabila kita mati, kita dikebumikan dengan baik (mandi, kafan, disolatkan dan ditanam beberapa kaki dalam tanah supaya tidak diganggu oleh binatang buas). Itu semua adalah tanda yang keturunan Bani Adam ini adalah mulia. Dalam ayat yang lain disebutkan oleh firman-Nya:

لَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.
(Tin: 4)

Yakni manusia berjalan pada dua kakinya dengan tegak dan makan dengan tangannya, sedangkan makhluk lainnya ada yang berjalan dengan keempat kakinya dan makan dengan mulutnya. Penciptaan manusia amat hebat. Bayangkan kalaulah ikan di laut itu telah diberikan dengan otak seperti manusia, tetapi tidak ada tangan untuk membina apa-apa, tidak jadi apa-apa juga, bukan? Maka Allah ﷻ telah menjadikan bentuk fizikal pun cantik sangat.

Allah ﷻ menjadikan pendengaran, penglihatan, dan hati bagi manusia, yang dengan kesemua¬nya itu manusia dapat mengerti dan memperoleh banyak manfaat. Dengannya kita dapat belajar ilmu dan dapat menyampaikan ilmu kepada yang lain. Berkat hal itu manusia dapat membezakan di antara segala sesuatu dan dapat mengenal kegunaan, manfaat, serta bahayanya bagi urusan agama dan duniawinya. Dengan berkat pemberian ini juga kita dapat berdaya maju dan membina tamadun kemanusiaan yang amat tinggi.

Oleh itu, manusia sebagai makhluk terbaik dan dimuliakan, sepatutnya menduduki tempat terbaik dan mengamalkan ajaran tauhid. Kerana kita telah diberikan dengan pancaindera dan akal untuk menilai, sepatutnya kita mengenal Allah ﷻ, Tuhan yang mencipta kita. Bukan sahaja untuk kita kenal Dia, tetapi kita sepatutnya boleh faham apa yang Dia arahkan kepada kita, apa yang Dia suka dan Dia benci.

Ternyata kedudukan kita amat mulia kalau dibandingkan dengan binatang, contohnya. Lihatlah pakaian kita, makanan kita. Lihatlah seekor lembu, ia cuma tahu rumput itulah sahaja. Namun manusia diberikan makanan yang dimasak, dengan berbagai-bagai resipi. Tempat tinggal kita juga kemas dan selesa, bukannya di kandang-kandang.

Apakah beza kita dengan binatang dan malaikat?

Binatang ada nafsu dan tidak ada akal.
Malaikat ada akal tetapi tidak ada nafsu.
Sedangkan manusia Allah ﷻ telah kurniakan dua-dua nafsu dan akal.

Kerana itulah jikalau kita dapat mengawal nafsu kita yang dikawal oleh akal, kedudukan kita lebih tinggi lagi daripada malaikat. Para malaikat memang taat sungguh-sungguh kepada Allah ﷻ. Akan tetapi mudah bagi mereka kerana mereka tidak ada nafsu. Sedangkan kita diuji dengan nafsu yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan maksiat. Maka kalau kita berjaya mengekang nafsu kita, kita sebenarnya lebih hebat daripada para malaikat!

Bagaimana pula kita dengan golongan jin. Ya, kita lebih mulia dari golongan jin. Kerana itulah manusia dijadikan khalifah untuk bumi dan dilantik para Nabi dan Rasul dalam kalangan manusia, tidak ada dalam kalangan jin. Maka tidak sepatutnya kita takut dengan jin, sebaliknya jin yang kena takut dengan kita. Kalau kita lalu dalam hutan, sepatutnya bukan kita minta perlindungan daripada bangsa jin (seperti orang bodoh yang berkata: “Tumpang lalu tok nenek, anak cucu nak lalu”) tetapi sebaliknya kita kata: “Weh jin sekalian, tepi sikit, ni manusia nak lalu!”

 

وَحَمَلنَـٰهُم فِى ٱلبَرِّ وَٱلبَحرِ

dan Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, 

Sebenarnya Allah ﷻ mengangkut kita di lautan dan juga di daratan tetapi kita lebih rasa Allah ﷻ mengangkut kita apabila kita berada di lautan sahaja. Namun kalau kita naik kereta, keldai, kuda dan unta pun, kita dikira sebagai Allah ﷻ sedang mengangkut kita jugalah sebenarnya.

Kalimah حمل digunakan apabila seorang ibu mendukung anaknya dan tentu apabila ibu itu mendukung anak dia, dia akan memastikan anak itu dibawa dengan berhati-hati, bukan? Begitulah perumpamaan Allah ﷻ hendak memberitahu kepada kita bagaimana Dia ‘mendukung’ kita di daratan dan lautan.

Maka kita kena sentiasa ingat yang Allah ﷻ lah yang mendukung dan mengangkat kita sepanjang masa. Allah ﷻ lah yang menjaga kita waktu itu. Allah ﷻ lah yang memastikan keselamatan kita sepanjang perjalanan itu.

 

وَرَزَقنَـٰهُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَـٰتِ

Kami beri mereka rezeki daripada yang baik-baik

Allah ﷻ telah banyak memberi berbagai-bagai rezeki kepada kita. Ini termasuklah makanan, minuman, kesenangan, kemudahan dalam kehidupan dan sebagainya. Ini tidak terkira banyaknya. Rezeki itu termasuk segala kesenangan yang kita dapat. Semuanya baik-baik belaka.

Sebagai contoh, lihatlah makanan untuk kita, dan bandingkan dengan makanan lembu contohnya yang makan rumput sahaja. Dari kecil sampai besar, setiap hari lembu makan benda yang sama sahaja. Namun kita ada berjenis-jenis makanan yang tidak terkira banyaknya dan kalau sudah bosan, ada pilihan yang berbagai-bagai. Kalau makan pun kita makan dengan tangan, bukan macam lembu yang hanya makan dengan mulut.

Allah ﷻ telah sediakan segalanya bagi kita. Maka apa yang kita buat? Apa yang kita kena buat? Sepatutnya dengan segala kemudahan dan kedudukan yang Allah ﷻ berikan kepada kita, hendaklah kita bersyukur dan taat kepada Allah ﷻ. Allah ﷻ telah berfirman di dalam Baqarah: 172

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا كُلُوْا مِنْ طَيِّبٰتِ مَا رَزَقْنٰكُمْ وَاشْكُرُوْا لِلّٰهِ اِنْ كُنْتُمْ اِيَّاهُ تَعْبُدُوْنَ
Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah daripada benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.

Akan tetapi yang lebih penting kita kena tahu adalah bagaimana cara bersyukur? Adakah hanya dengan menyebut Alhamdulillah sahaja? Itu tidak cukup kerana perbuatan syukur yang sebenar adalah dengan mentaati perintah Allah ﷻ dan meninggalkan larangan-Nya. Barulah dikira benar-benar syukur. Kalau kita mendapat sesuatu daripada orang, adakah kita akan lawan cakap dia? Tentu tidak, bukan? Maka begitulah juga dengan Allah ﷻ. Dengan segala nikmat yang telah diberikan kepada kita, adakah layak kita melawan arahan-Nya?

Ternyata di dalam ayat ini Allah ﷻ memberitahu yang jikalau kita mendapat rezeki makanan, maka hendaklah bersyukur. Ayat ini kena dibaca dengan Mukminoon: 51 untuk mendapat pemahaman tentang apakah itu syukur.

يا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلوا مِنَ الطَّيِّبٰتِ وَاعمَلوا صٰلِحًا
Hai rasul-rasul, makanlah daripada makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal yang soleh.

Kalau dibaca kedua-dua ayat ini, kita boleh kaitkan bahawa syukur yang dimaksudkan di dalam Baqarah: 172 itu adalah dengan melakukan amal soleh seperti disebut pula di dalam Mukminoon: 51. Inilah kaitan antara syukur dan beramal soleh. Maka ia bukanlah dari segi iktikad dan melafazkan Alhamdulillah sahaja, tetapi hendaklah diikuti dengan melakukan amal soleh. Kerana itulah Rasulullah ﷺ banyak melakukan ibadat seperti yang disebut di dalam hadith yang masyhur,

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا صَلَّى قَامَ حَتَّى تَفَطَّرَ رِجْلَاهُ قَالَتْ عَائِشَةُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَتَصْنَعُ هَذَا وَقَدْ غُفِرَ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ فَقَالَ يَا عَائِشَةُ أَفَلَا أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا
Aisyah رضي الله عنها berkata, Rasulullah ﷺ ketika melaksanakan solat maka baginda berdiri hingga kedua kakinya bengkak. Aisyah رضي الله عنها bertanya, “Wahai Rasulullah, apa yang engkau perbuat, sedangkan dosamu yang telah lalu dan yang akan datang telah diampuni?” Lalu baginda menjawab, “Wahai Aisyah, bukankah seharusnya aku menjadi hamba yang banyak bersyukur?”.
(Sahih Muslim No. 5046)

Dari sini kita dapat belajar bahawa semakin banyak nikmat yang kita dapat, hendaklah kita menunjukkan syukur dengan lebih banyak melakukan ibadah.

Apakah lagi maksud syukur? Ia juga bermaksud taat kerana kalau tidak taat, itu adalah kufur. Ini seperti yang Allah ﷻ telah sebut dalam Baqarah: 152

وَاشكُروا لي وَلا تَكفُرونِ
dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan janganlah kamu kufur

Cuma kufur itu ada banyak jenis. Ada kufur yang mengeluarkan seseorang itu daripada Islam dan ada yang tidak. Contohnya seperti ayat Baqarah: 152 ini, ia bermaksud kufur nikmat. Iaitu tidak iktiraf yang Allah ﷻ telah beri nikmat kepada kita. Ada orang yang mendapat segala nikmat namun dia tidak kata itu daripada Allah ﷻ, tetapi daripada kepandaian dia bekerja atau berniaga katanya.

Satu lagi kufur nikmat adalah dengan tidak menggunakan pemberian Allah ﷻ itu untuk kebaikan seperti yang telah disebut di atas tadi.

Juga kena ingat yang kita sekarang menikmati segala pemberian daripada Allah ﷻ. Jika Allah ﷻ yang telah memberikan segalanya kepada kita, takkan kita hendak melawan Dia pula? Bayangkan ada orang yang beri hadiah dan kurnia kepada kita, tetapi kita lawan cakapnya, bagaimana?

 

وَفَضَّلنَـٰهُم عَلَىٰ ڪَثِيرٍ مِّمَّن خَلَقنَا تَفضِيلاً

dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.

Allah ﷻ telah melebihkan kita di atas makhluk-makhluk-Nya yang lain di atas bumi ini. Semua makhluk yang ada di bumi ini sebenarnya berkhidmat untuk kita. Kita boleh gunakan kerana kita sebagai khalifah di bumi ini. Allah ﷻ telah berfirman di dalam Jatsiyah: 13

وَسَخَّرَ لَكُم مّا فِي السَّمٰوٰتِ وَما فِي الأَرضِ جَميعًا مِّنهُ
Dan Dia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripada-Nya;

Di potongan ayat ini Allah ﷻ menggunakan kalimah فضّلنا sedangkan di potongan awal digunakan kalimah كرّمنا. Tidak sama dua kalimah ini. Kalau فضّل ia merujuk kepada “penambahan” daripada apa yang sebelumnya telah dimiliki secara sama oleh orang-orang lain. Rezeki misalnya dijamin dan dianugerahkan Allah ﷻ kepada semua makhluk. Kelebihan rezeki kepada seseorang menjadikan dia memiliki rezeki melebihi daripada rezeki yang diberikan-Nya kepada orang lain, dan ini mengakibatkan terjadinya perbezaan antara seseorang dengan yang lain dalam bidang rezeki.

Adapun yang kedua, yakni كرّم, ia adalah anugerah berupa keistimewaan yang sifatnya internal. Dalam konteks ayat ini manusia dianugerahi Allah ﷻ keistimewaan yang tidak dianugerahkan-Nya kepada selainnya dan itulah yang menjadikan manusia mulia serta harus dihormati dalam kedudukannya sebagai manusia. Anugerah-Nya itu untuk semua manusia dan lahir bersama kelahirannya sebagai manusia, tanpa membezakan seseorang dengan yang lain. Inilah yang menyebabkan Nabi Muhammad ﷺ berdiri menghormati jenazah seorang Yahudi, yang ketika itu sahabat-sahabat Rasul ﷺ menanyakan sikap baginda itu, Nabi ﷺ menjawab: “Bukankah yang mati itu juga manusia?”

Sekarang Allah ﷻ beritahu kelebihan umat manusia. Maka jangan kita rasa kita ini lemah, tidak berguna. Kita ini sebenarnya mulia, maka jagalah kemuliaan kita. Jangan kita rendahkan diri kita. Kita ini ada kemampuan. Mungkin kita tidak nampak kelebihan itu, maka sekarang Allah ﷻ beritahu kita. Para malaikat pun tidak nampak kelebihan kita, kerana itu mereka bertanya kenapa Allah ﷻ hendak jadikan manusia khalifah di bumi. Akan tetapi Allah ﷻ mempertahankan kita dengan kata Dia tahu kelebihan kita. Ini disebut di dalam Baqarah: 30

وَإِذ قالَ رَبُّكَ لِلمَلٰئِكَةِ إِنّي جاعِلٌ فِي الأَرضِ خَليفَةً ۖ قالوا أَتَجعَلُ فيها مَن يُفسِدُ فيها وَيَسفِكُ الدِّماءَ وَنَحنُ نُسَبِّحُ بِحَمدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قالَ إِنّي أَعلَمُ ما لا تَعلَمونَ
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.

Maksudnya Allah ﷻ tahu yang manusia ini Dia jadikan ada potensi untuk menjadi makhluk yang mulia, yang baik. Walaupun memang ada yang menumpahkan darah dan berbuat kerosakan di mukabumi, tetapi akan ada yang jadi Nabi, jadi Rasul, jadi hamba yang beriman. Potensi ini kalau dipergunakan memang amat baik, namun kalau disalahgunakan, maka kita akan jadi serendah-rendahnya. Ini seperti firman Allah ﷻ di dalam Tin: 5

ثُمَّ رَدَدنَـٰهُ أَسفَلَ سَـٰفِلِينَ
Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka),

Cuma kena perhatikan lagi ayat عَلَىٰ كَثِيْرٍٍ مِّمَّن خَلَقنَا. Allah ﷻ khusus sebut عَلَىٰ كَثِيْرٍ ‘atas kebanyakan’. Ada beberapa kesan daripada maklumat ini:

Pertama, potongan ayat ini tidak menyatakan bahawa Allah ﷻ melebihkan manusia atas semua ciptaan atau kebanyakan ciptaan-Nya, tetapi banyak di antara ciptaan-Nya. Atas dasar itu ayat ini tidak dapat dijadikan alasan untuk menyatakan bahawa manusia adalah makhluk Allah ﷻ yang paling mulia atau paling sempurna.

Kedua, ayat di atas mengisyaratkan bahawa kelebihan itu dibandingkan dengan makhluk ciptaan Allah ﷻ yang berakal. Yang tidak berakal tidak dikira sebab memang kita sudah lebih mulia. Ini kerana kalimah من biasa digunakan untuk merujuk makhluk berakal. Kalau Allah ﷻ melebihkan manusia atas banyak makhluk berakal, maka tentu saja lebih-lebih lagi daripada makhluk tidak berakal. Di sisi lain kita juga dapat berkata bahawa paling tidak, ada dua makhluk berakal yang diperkenalkan Al-Qur’an iaitu jin dan malaikat. Ini bererti manusia berpotensi untuk mempunyai kelebihan dibandingkan dengan banyak – bukan semua – jin dan malaikat.

Namun begitu bukanlah semua manusia, tentu saja yang mulia itu adalah manusia-manusia yang taat, kerana manusia derhaka dinyatakan lebih hina daripada binatang, seperti disebut di dalam Furqan: 44

أَم تَحسَبُ أَنَّ أَكثَرَهُم يَسمَعونَ أَو يَعقِلونَ ۚ إِن هُم إِلّا كَالأَنعٰمِ ۖ بَل هُم أَضَلُّ سَبيلًا
atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (daripada binatang ternak itu).

Ayat ini merupakan salah satu dasar menyangkut pandangan Islam tentang Hak-Hak Asasi Manusia. Manusia – siapa pun – harus dihormati hak-haknya tanpa perbezaan. Semua memiliki hak hidup, hak berbicara dan mengeluarkan pendapat, hak beragama, hak memperoleh pekerjaan dan bersyarikat, dan lain-lain yang dicakupi oleh Deklarasi Hak-Hak Asasi Manusia. Hanya saja perlu dicatat bahawa hak-hak yang dimaksudkan adalah anugerah Allah ﷻ sebagaimana difahami daripada kata كرّمنا (Kami muliakan), dan dengan demikian hak-hak tersebut tidak boleh bertentangan dengan hak-hak Allah ﷻ dan harus selalu berada dalam koridor tuntunan agama-Nya. Maka pihak LGBTQPRSTU itu janganlah berharap akan mendapat pengiktirafan daripada Islam kerana perbuatan mereka itu amat terkutuk. Ia bukan taraf binatang lagi kerana binatang pun tidak buat apa yang mereka buat.

Sekian Ruku’ 7 daripada 12 ruku’ surah ini

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 3 Mei 2024

Ringkasan Surah Isra’


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafsir Jalalain

Maariful Qur’an

Tafsir Al-Azhar Prof. HAMKA

Ustaz Solahudin

Ustaz Abdul Muien Ghulam Dakwah

Tafsir Al-Mishbah (Dr. M. Quraish Shihab)

Tafsir Surah al-Isra’ Ayat 65 – 67 (Siapa yang selamat daripada godaan syaitan?)

Isra’ Ayat 65: Telah disebut sebelum ini yang 1/1,000 manusia akan selamat dari neraka. Maknanya mereka itu amat sedikit. Sekarang Allah ﷻ memberitahu apakah sifat manusia yang 1/1,000 itu.

إِنَّ عِبَادِى لَيسَ لَكَ عَلَيهِم سُلطَـٰنٌ وَكَفَىٰ بِرَبِّكَ وَڪِيلاً

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, over My [believing] servants there is for you no authority. And sufficient is your Lord as Disposer of affairs.

(MELAYU)

Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, kamu tidak dapat berkuasa atas mereka. Dan cukuplah Tuhan-mu sebagai Penjaga”.

 

إِنَّ عِبَادِى لَيسَ لَكَ عَلَيهِم سُلطَـٰنٌ

Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, kamu tidak dapat berkuasa atas mereka.

Kalau dibaca ayat-ayat sebelum ini, kita nampak macam iblis ada banyak kuasa kerana macam-macam usaha dia boleh buat. Telah diberitahu yang memang ramai yang ikut bisikan iblis itu.

Maka dalam ayat ini, Allah ﷻ hendak memberitahu dia bukanlah kuat sangat kerana dia tidak ada kuasa atas manusia yang boleh ikut wahyu. Itulah mereka yang sebenar-benar menghambakan diri kepada Allah ﷻ. Dia tidak ada kuasa untuk mengawal manusia dan menyesatkan manusia, melainkan boleh ajak sahaja.

Di dalam ayat 62 sebelum ini iblis telah berkata لَٮِٕن أَخَّرتَنِ إِلَىٰ يَومِ ٱلقِيَـٰمَةِ لَأَحتَنِكَنَّ ذُرِّيَّتَهُ ۥۤ إِلَّا قَلِيلاً (nescaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil). Maknanya dia pun sudah tahu yang bukan semua umat bani Adam dia boleh sesatkan. Jawapannya di dalam ayat ini, iaitu yang benar-benar beriman tidak akan dapat disesatkan oleh syaitan.

Di dalam Hijr: 40 Allah ﷻ memberikan penjelasan lagi bahawa mereka itu adalah ‘ikhlas’.

إِلّا عِبادَكَ مِنهُمُ المُخلَصينَ
kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka”.

Ikhlas yang dimaksudkan adalah tidak campur antara Allah ﷻ dan selain Allah ﷻ. Maknanya dari segi akidah dan amal kerana Allah ﷻ sahaja. Tidak campur sembah Allah ﷻ dan sembah makhluk; juga tidak campur doa kepada makhluk dengan doa kepada Allah ﷻ; cuma bermaksud dalam amal ibadat kita, kita lakukan kerana Allah ﷻ sahaja. Lagi satu syarat, amalan itu mesti bertepatan dengan Sunnah (ada contoh dari perbuatan ibadat daripada Rasulullah ﷺ dan para sahabat).

Perkara ini telah dibincangkan dengan panjang lebar dalam ayat-ayat yang lain. Ringkasnya, mereka yang mentauhidkan Allah ﷻ sahaja yang akan terselamat daripada bisikan dan godaan syaitan. Selain mereka, itu semua iblis punya, dia kata.

Namun begitu godaan iblis syaitan itu lemah sahaja. Godaan syaitan bagaikan kuman penyakit. Seseorang yang menjalani imunisasi tidak akan diserang oleh kuman tersebut, sedang yang tidak diimunisasi, maka dengan mudah dia terserang. Imunisasi itu adalah ketaatan kepada Allah ﷻ dan Rasul-Nya, atau kesedaran akan dosa-dosa yang telah dilakukan, disertai dengan tekad tidak akan mengulanginya.

 

وَكَفىٰ بِرَبِّكَ وَكيلًا

Dan cukuplah Tuhan-mu sebagai Penjaga”.

Kalimah وَكيلًا diambil daripada kata وكل wakala yang pada dasarnya bermakna penyerahan pihak lain tentang urusan yang seharusnya ditangani oleh yang mewakilkan. Daripada kalimah yang sama itulah yang kita selalu dengar kalimah tawakkal. Ini kerana kita menyerahkan urusan kita kepada Allah ﷻ.

Allah ﷻ suruh kita bertawakal dengan-Nya kerana Allah ﷻ telah berjanji akan jaga hamba-Nya yang taat. Maknanya untuk selamat daripada godaan dan tipuan syaitan, bukanlah atas kekuatan kita. Jangan sesiapa yang sangka dia tidak akan ditipu syaitan sebab dia pandai atau dia hebat. Tidak mungkin kita dapat mengalahkan syaitan dengan diri kita sendiri. Pergilah gym mana pun, anda tidak akan dapat kuatkan diri anda melawan syaitan.

Yang kita dapat berharap adalah dengan Allah ﷻ supaya memberi kekuatan kepada kita untuk melawan bisikan syaitan. Hanya dengan cara itu sahaja kita dapat selamat. Harapan kita terdapat dalam satu hadith:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: “إِنَّ الْمُؤْمِنَ ليُنْضي شَيَاطِينَهُ كَمَا يُنْضِي أَحَدُكُمْ بَعيرَه فِي السَّفَرِ”
Daripada Abu Hurairah رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda: Sesungguhnya orang mukmin benar-benar dapat mengekang syaitan-syaitannya sebagaimana seseorang di antara kalian menge¬kang unta kenderaannya dalam perjalanan.
(Musnad Ahmad (8283))
Disahihkan oleh Albani رَحِمَهُ اللَّهُ

Namun bagaimanakah caranya? Iaitu dengan taat kepada Allah ﷻ seperti disebut oleh Allah ﷻ selepas Nabi Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ, Hawwa’ dan iblis diturunkan ke dunia. Apabila kita taat kepada wahyu Allah ﷻ, maka kita akan selamat seperti disebut dalam Baqarah: 38

قُلنَا اهبِطوا مِنها جَميعًا ۖ فَإِمّا يَأتِيَنَّكُم مِّنّي هُدًى فَمَن تَبِعَ هُدايَ فَلا خَوفٌ عَلَيهِم وَلا هُم يَحزَنونَ
Kami berfirman lagi: “Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk daripada-Ku (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjuk-Ku itu nescaya tidak ada kebimbangan (daripada sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita”.

Kalau kita wakilkan urusan kita kepada makhluk lain, entah selamat atau tidak; entah dia dapat laksanakan atau tidak. Ini kerana makhluk ada kelemahan. Kalau mereka hendak tolong pun, mungkin mereka tidak mampu. Akan tetapi Allah ﷻ tidak ada keterbatasan, maka Allah ﷻ lah tempat yang terbaik untuk kita serahkan urusan kita. Syaratnya kena yakin yang Allah ﷻ itu maha berkuasa dan kita redha dengan penyerahan kita itu.

Perbezaan yang kedua adalah dalam keterlibatan yang mewakilkan. Jika anda mewakilkan orang lain untuk melaksanakan sesuatu, maka anda telah menugaskannya untuk melaksanakan hal tersebut. Anda tidak perlu atau tidak harus lagi melibatkan diri. Akan tetapi dalam hal menjadikan Allah ﷻ sebagai “wakil”, maka manusia masih tetap dituntut untuk melakukan sesuatu yang berada dalam batas kemampuannya. Kata “tawakal”yang juga berakar kata sama dengan “wakil”, bukan bererti penyerahan secara mutlak kepada Allah ﷻ, tanpa usaha manusia, tetapi penyerahan tersebut harus didahului dengan usaha manusiawi.

Seorang sahabat Nabi ﷺ menemui baginda di masjid tanpa terlebih dahulu menambat untanya. Ketika Nabi ﷺ menanyakan tentang untanya, dia menjawab, “Aku telah bertawakal kepada Allah.” Nabi ﷺ meluruskan kekeliruannya tentang erti “tawakal” dengan bersabda:

اَعقِلْهَا وَتَوَكَّلْ
Ikatlah (untamu), baru kamu bertawakal.
(Riwayat Tirmidzi (2157) dan Ibn Hibban (708))

Maka ini mengajar kita untuk kita tetap kena berusaha juga. Hendaklah mendapatkan ilmu, menguatkan iman, menjaga tingkah laku kita dan segala perkara yang Allah ﷻ dan Rasul-Nya suruh kita buat.


 

INSAN TIDAK BERSYUKUR

Isra’ Ayat 66: Sekarang kita akan melihat ayat-ayat yang menekankan tentang Tauhid. Iaitu Allah ﷻ menceritakan tentang Diri-Nya. Sekarang Allah ﷻ menceritakan jasa-jasa-Nya kepada kita yang Dia sahaja yang boleh lakukan. Setelah kita diletakkan di dunia, ada perjuangan untuk kita hidup di dunia ini (tidak seperti sebelum itu Nabi Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ yang hidup di syurga). Walaupun hidup di dunia ini susah kalau dibandingkan dengan syurga, akan tetapi Allah ﷻ telah mudahkan.

Setelah menjelaskan bahawa Allah ﷻ adalah wakil yakni Penjaga dan Pemelihara, kini dijelaskan sekelumit dari penjagaan dan pemeliharaan-Nya sambil mengingatkan rahmat dan kasih sayang-Nya, sekaligus membuktikan keesaan-Nya dalam memelihara dan mengendalikan alam raya. Diberikan contoh perjalanan di dalam pelayaran di lautan.

رَّبُّكُمُ ٱلَّذِى يُزجِى لَڪُمُ ٱلفُلكَ فِى ٱلبَحرِ لِتَبتَغُواْ مِن فَضلِهِۦۤ‌ۚ إِنَّهُ ۥ كَانَ بِكُم رَحِيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

It is your Lord who drives the ship for you through the sea that you may seek of His bounty. Indeed, He is ever, to you, Merciful.

(MELAYU)

Tuhan-mu adalah yang melayarkan kapal-kapal di lautan untukmu, agar kamu mencari sebahagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyayang terhadapmu.

 

رَّبُّكُمُ ٱلَّذِى يُزجِى لَڪُمُ ٱلفُلكَ فِى ٱلبَحرِ

Tuhan-mu adalah yang melayarkan kapal-kapal di lautan untukmu,

Kalimah إزجي bermaksud ‘tolak untuk menggerakkan dan ia bergerak’. Allah ﷻ memberitahu kita, bahawa Dialah yang menolak kapal di laut untuk kita. Dengannya kapal dapat bergerak. Maka kalau kita di atas kapal yang sedang bergerak, kena ingat yang Allah ﷻ yang gerakkan, bukan enjin atau angin.

Allah ﷻ lah juga yang memberi idea bagaimana untuk buat kapal dan Allah ﷻ beri angin untuk gerakkan kapal itu. Kalau zaman sekarang, tentulah dengan penciptaan enjin memudahkan untuk kapal bergerak di lautan yang luas.

Hebat kapal laut itu. Benda yang berat tetapi boleh terapung. Lagi besar kapal itu, lagi teguh ia. Kapal-kapal yang terapung itu mengguna pakai konsep buoyancy force iaitu daya keapungan. Daya ini akan menolak kapal itu untuk kekal terapung di atas air. Konsep ini menggunakan prinsip fizik iaitu prinsip Archimedes yang ditemukan oleh Archimedes sendiri yang merupakan seorang ahli fizik yang terkenal. Apakah itu prinsip Archimedes? Prinsip ini menyatakan bahawa apabila sesuatu objek diletakkan ke dalam air atau bendalir, daya apungan yang menolak objek itu adalah sama dengan berat air atau bendalir yang disesarkan.

Akan tetapi itu adalah penjelasan sains fizik. Dari sudut hakikatnya, hukum alam (fizik) ini adalah kerana Allah ﷻ yang menentukannya dan begitulah Allah ﷻ tundukkan air laut buat kita. Manusia pandai buat kapal, berani mengembara di lautan, tahu menjadi arah di laut dan sebagainya itu pun daripada ilham yang Allah ﷻ berikan juga.

Mungkin kita sekarang tidak nampak sangat kepentingan kapal ini kerana kita bukannya naik kapal hari-hari. Akan tetapi jasa kapal itu amatlah besar bagi kita kerana banyak keperluan kita dipenuhi dengan adanya pengangkutan kapal di laut. Bayangkan segala barang yang kita perlukan adalah dibawa dari negara yang jauh melalui jalan laut, sama ada makanan, pakaian dan sebagainya. Walaupun ada lagi cara pengangkutan lain seperti kapalterbang, akan tetapi cara pengangkutan laut adalah cara yang paling ekonomik untuk penghantaran barangan berikut zaman berzaman.

Perjalanan laut agak mudah kalau dibandingkan dengan perjalanan di daratan. Ini kerana tidak perlu buat jalan tarah bukit dan gunung. Lautan itu mendatar sahaja dan boleh meluncur dengan laju padanya.

Nikmat kapal dan laut yang Allah mudahkan untuk manusia

Maka perhatikanlah nikmat kapal dan laut ini yang Allah ﷻ telah mudahkan untuk kita seperti firman-Nya di dalam Luqman: 31

أَلَم تَرَ أَنَّ الفُلكَ تَجري فِي البَحرِ بِنِعمَتِ اللهِ لِيُرِيَكُم مِّن آيٰتِهِ ۚ إِنَّ في ذٰلِكَ لَآٰيٰتٍ لِّكُلِّ صَبّارٍ شَكورٍ
Tidakkah kamu memperhatikan bahawa sesungguhnya kapal itu berlayar di laut dengan nikmat Allah, supaya diperlihatkan-Nya kepadamu sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan)-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi semua orang yang sangat sabar lagi banyak bersyukur.

 

لِتَبتَغوا مِن فَضلِهِ

agar kamu mencari sebahagian dari kurnia-Nya. 

Dengan memberi pergerakan pada kapal itu, manusia menggunakan kemudahan itu untuk cari rezeki Allah ﷻ. Dengannya dapat tangkap ikan di lautan yang luas, dapat cari hasil dari laut, dapat memperdagangkan barangan jualan dan keperluan dari satu tempat yang jauh ke satu tempat yang jauh.

Makanan kita pun bertambah juga dengan ikan, sotong dan lain-lain lagi hasil laut itu. Kalau tidak, maka daripada barangan darat sahaja, lama-lama bosan lah.

Hidup di dunia bukan goyang kaki dan redha dengan apa yang kita ada sahaja. Kerana daripada sebab perbezaan iklim dan tinggi-rendahnya muka bumi, maka tidaklah ada satu bahagian pun daripada dunia itu yang cukup keperluannya di tempatnya sendiri. Ada hasil bumi di bahagian sini berlebih tetapi ada pula yang kurang; dan yang lebih di sini itu tidak ada di bahagian lain. Maka kita mengembara ke tempat lain. Di sinilah asal timbulnya perniagaan, kerana yang satu memerlukan yang lain. Melalui pelayaran kepentingan diharapkannya keuntungan dan keuntungan itu adalah kurnia daripada Allah ﷻ. Manusia disuruh mencari laba kurnia itu. Manusia dilarang berdiam diri saja dengan tidak berusaha.

Dengan laluan laut itu, manusia boleh berniaga. Kita boleh mencari rezeki menggunakan lautan itu kerana ia boleh membawa muatan yang banyak melalui jarak yang jauh. Walaupun sudah ada kapal terbang yang lebih cepat, tetapi dari segi ekonomi, masih ramai lagi yang menggunakan laluan laut juga kerana kosnya yang lebih murah.

Ramai yang mencari rezeki dengan kapal; bekerja di atas kapal, atau berniaga yang menggunakan perjalanan laut untuk menyampaikan barangan dagangannya itu.

Dengan menggunakan perjalanan laut inilah berkembang biaknya penduduk bumi. Dari satu benua mereka pergi ke benua yang lain, bercampur dengan orang di sana dan menghasilkan bangsa yang lain pula. Ini pun adalah kurniaan Allah ﷻ juga.

Maka ini mengajar kita yang umat Islam dianjurkan untuk bekerja, mencari rezeki, berusaha dan mengembara. Kerana itulah umat Islam dahulu maju dan hebat-hebat kerana mereka digalakkan untuk melakukan semua perkara ini. Kita dahulunya orang yang hebat, menjadi rujukan penduduk dunia yang lain kerana kemajuan kita. Ini kerana dahulunya umat Islam rapat dengan Al-Qur’an, namun tidak lagi.

Bukanlah kita redha sahaja dengan apa yang ada. Allah ﷻ suruh kita berusaha mencari rezeki. Bukannya duduk goyang kaki. Ini perangai yang amat teruk, tidak maju. Maka amat malang kalau ada yang pemalas tidak bekerja. Malangnya ada lelaki yang malas bekerja, makan hasil usaha orang lain sahaja seperti keluarga, malah lebih teruk lagi kalau isterinya yang kena bekerja.

Maka perjalanan menggunakan kapal bahtera sebenarnya amat hebat. Siapalah agaknya yang mula-mula membuat kapal daripada besi? Bagaimana dia boleh fikir hendak jadikan kapal daripada besi setelah sekian lama kapal laut dijadikan daripada kayu? Bayangkan, kalau kita letak besi dalam air, tentu ia tenggelam bukan? Namun bagaimana pula kapal besi yang amat besar yang menanggung muatan bertan-tan tetapi boleh pula timbul?

 

إِنَّهُ ۥ كَانَ بِكُم رَحِيمًا

Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyayang terhadapmu.

Allah ﷻ beri segala kelebihan dan kemudahan itu kerana Dia kasih kepada kita iaitu makhluk-Nya. Susunan ayat-ayat Al-Qur’an tersusun indah dan mempunyai makna yang tersirat. Di dalam ayat ini Allah ﷻ dahulukan (taqdim) kalimah بِكُم sebelum رَحِيمًا sedangkan susunan biasanya adalah رَحِيمًا بِكُم. Ini menunjukkan penekanan yang rahmat itu Allah ﷻ khususkan untuk kita manusia.

Kerana itu Allah ﷻ sediakan kita dengan segala keperluan hidup. Allah ﷻ mudahkan perjalanan di lautan kerana 4/5 dari permukaan bumi ini adalah laut. Kalau Allah ﷻ tidak mudahkan, maka amatlah rugi bagi kita kerana tidak dapat memanfaatkan sebahagian besar dari bumi ini.

Rahmat ini sebenarnya khusus kepada orang mukmin. Bagaimana kita tahu? Kerana kalimah yang digunakan adalah رَحِيم bukan رحمان. Kerana kalau رحمان, ia boleh diberikan kepada orang beriman dan juga yang tidak beriman. Akan tetapi kalau رَحِيم ia adalah untuk orang mukmin sahaja. Bagaimana pula dengan orang kafir yang juga mendapat manfaat di dunia? Ia tidak percuma dan nanti mereka akan ditanya: segala rahmat Allah ﷻ kamu ambil ini, kenapa kamu tidak taat kepada-Nya?


 

Isra’ Ayat 67: Ayat Syikayah (rungutan daripada Allah ﷻ). Dalam ayat sebelum ini, Allah ﷻ memberitahu Dialah yang memperjalankan manusia di lautan dengan kapal. Sekarang Allah ﷻ menceritakan keadaan di tengah lautan yang mungkin boleh terjadi.

Dalam ayat ini, Allah ﷻ memberitahu yang Musyrikin Mekah juga menyeru Allah ﷻ – tetapi dalam perkara besar sahaja. Kalau ayat 66 tadi berkenaan orang Mukmin (kerana ada kalimah رَحِيم yang digunakan) maka ayat 67 ini mengarah pembicaraan kepada orang-orang kafir pula. Kerana di dalam ayat ini menyebut manusia yang menyeru selain Allah ﷻ.

وَإِذَا مَسَّكُمُ ٱلضُّرُّ فِى ٱلبَحرِ ضَلَّ مَن تَدعُونَ إِلَّآ إِيَّاهُ‌ۖ فَلَمَّا نَجَّٮٰكُم إِلَى ٱلبَرِّ أَعرَضتُم وَكَانَ ٱلإِنسَـٰنُ كَفُورًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when adversity touches you at sea, lost are [all] those you invoke except for Him. But when He delivers you to the land, you turn away [from Him]. And ever is man ungrateful.

(MELAYU)

Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, nescaya hilanglah siapa yang kamu seru kecuali Dia, Maka tatkala Dia menyelamatkan kamu ke daratan, kamu berpaling. Dan manusia itu adalah selalu tidak berterima kasih.

 

وَإِذا مَسَّكُمُ الضُّرُّ فِي البَحرِ

Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan,

Apabila berada di lautan, apa-apa sahaja boleh terjadi. Antaranya kesusahan yang datang di laut, lautan bergelora, angin meniup dengan kencang dan ombak memukul-mukul kapal. Keadaan itu tentu amat menakutkan.

Waktu itu tidak ada cara lagi untuk berbuat apa-apa kerana lautan itu terlalu besar untuk mana-mana kapal pun. Memang waktu itu tidak ada usaha lagi melainkan berharap cuaca jadi baik kembali.

Ayat ini menggunakan kalimah pasif مَسَّكُمُ الضُّرُّ (kamu ditimpa) dan tidak menyebut siapa yang menimpanya. Sedangkan di dalam ayat 66 sebelum ini, apabila menyebut tentang nikmat, ia di dalam bentuk aktif رَّبُّكُمُ ٱلَّذِى يُزجِى لَكُمُ Tuhan-mu adalah yang melayarkan kapal-kapal di lautan untukmu. Tentulah bala pun daripada Allah ﷻ juga, tetapi susunan ayat ini mengajar kita beradab dengan Allah ﷻ; apabila musibah, jangan nisbahkan kepada Allah ﷻ.

 

ضَلَّ مَن تَدعُونَ إِلَّآ إِيَّاهُ‌ۖ

nescaya hilanglah siapa yang kamu seru kecuali Dia, 

Waktu itu manusia yang berada di dalam kapal itu akan menjadi amat takut. Mereka tidak ada tempat bergantung lagi selain Allah ﷻ. Waktu itu mereka hanya dapat berharap kepada Tuhan sahaja. Waktu itu semua ilah-ilah mereka yang lain akan hilang, kerana mereka tahu yang ilah-ilah dan sembahan mereka itu tidak dapat tolong.

Musyrikin Mekah sendiri sedar yang tidak ada yang dapat tolong mereka dalam keadaan itu melainkan Allah ﷻ sahaja. Maka waktu itu, mereka akan merendahkan diri dan berdoa kepada Allah ﷻ untuk menyelamatkan mereka. Lihatlah apa kata Firaun ketika dia hampir mati lemas di dalam Yunus: 90

حَتّىٰ إِذا أَدرَكَهُ الغَرَقُ قالَ ءآمَنتُ أَنَّهُ لا إِلٰهَ إِلَّا الَّذي ءآمَنَت بِهِ بَنو إِسرٰءيلَ وَأَناْ مِنَ المُسلِمينَ
sehingga apabila Firaun hampir tenggelam, berkatalah dia (pada saat yang genting itu): “Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah daripada orang-orang yang berserah diri (Islam)”.

Kalau mereka kenal Allah ﷻ, mereka akan terus berdoa kepada Allah ﷻ tanpa tawasul lagi. Waktu itu kalau mereka Musyrikin Mekah, mereka sudah tidak panggil berhala-berhala mereka lain, mereka tidak panggil para malaikat yang mereka kata anak perempuan Allah ﷻ – mereka akan terus seru berdoa kepada Allah ﷻ.

Sekiranya mereka itu masyarakat Islam sekarang, mereka terus berdoa kepada Allah ﷻ, sudah lupa kepada wasilah mereka daripada Nabi, roh dan malaikat. Mereka sudah tidak seru Nabi Muhammad ﷺ, Syeikh Abdul Qadir Jalani, Habib itu dan ini sebaliknya mereka akan terus berdoa kepada Allah ﷻ. Mereka sudah tidak ingat lagi untuk panggil ilah-ilah rekaan mereka itu.

Ini seperti yang terjadi pada diri Ikrimah ibnu Abu Jahal رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ ketika dia melarikan diri daripada Rasulullah ﷺ pada hari kemenangan kaum Muslim atas kota Mekah. Ikrimah رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ melarikan diri dan menaiki perahu dengan tujuan ke negeri Habasyah. Di tengah laut tiba-tiba bertiuplah angin badai. Maka sebahagian kaum yang ada dalam perahu itu berkata kepada sebahagian yang lain, “Sesungguhnya tiada gunanya bagi kalian melainkan jika kalian berdoa kepada Allah semata.” Maka Ikrimah رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ berkata kepada dirinya sendiri, “Demi Allah, sesungguhnya jika tiada yang dapat memberikan manfaat (pertolongan) di lautan selain Allah, maka sesungguhnya tiada yang dapat memberikan manfaat di daratan selain Dia juga. Ya Allah, aku berjanji kepada Engkau, seandainya Engkau selamatkan aku daripada amukan badai laut ini, aku benar-benar akan pergi menemui Muhammad dan akan meletakkan kedua tanganku pada kedua tangannya (yakni menyerahkan diri), dan aku merasa yakin akan menjumpainya seorang yang belas kasihan lagi penyayang.”

Akhirnya selamatlah mereka dari laut itu. Lalu mereka kembali kepada Rasulullah ﷺ, dan Ikrimah رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ masuk Islam serta berbuat baik dalam masa Islamnya. Semoga Allah melimpahkan redha-Nya kepada Ikrimah رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ dan memuaskannya dengan pahala-Nya.

Maka ayat ini menjadi dalil bukti bahawa fitrah manusia itu mengenal Tuhan. Apabila keadaan mendesak sangat seperti di dalam kapal di lautan yang bergelora, waktu itu semuanya akan berharap dan berdoa terus kepada Tuhan yang satu. Tidak kira agama mereka apa, tidak kira mereka percaya dengan Tuhan atau tidak asalnya, bila keadaan sebegitu, mereka akan lupa akidah sesat mereka itu. Lihatlah apa firman Allah ﷻ di dalam An’am: 40-41

قُل أَرَءيتَكُم إِن أَتٰكُم عَذابُ اللهِ أَو أَتَتكُمُ السّاعَةُ أَغَيرَ اللهِ تَدعونَ إِن كُنتُم صٰدِقينَ
Katakanlah (wahai Muhammad): “Khabarkanlah kepadaku, jika datang kepada kamu azab Allah, atau datang kepada kamu hari kiamat, adakah kamu akan menyeru yang lain daripada Allah (untuk menolong kamu), jika betul kamu orang-orang yang benar?”

بَل إِيّاهُ تَدعونَ فَيَكشِفُ ما تَدعونَ إِلَيهِ إِن شاءَ وَتَنسَونَ ما تُشرِكونَ
Bahkan Dia lah (Allah) yang kamu seru lalu Dia hapuskan bahaya yang kamu pohonkan kepada-Nya jika Dia kehendaki; dan kamu lupakan apa yang kamu sekutukan (dengan Allah dalam masa kamu ditimpa bahaya itu).

 

فَلَمَّا نَجَّٮٰكُم إِلَى ٱلبَرِّ أَعرَضتُم

Maka tatkala Dia menyelamatkan kamu ke daratan, kamu berpaling.

Apabila manusia berdoa kepada Allah ﷻ, Allah ﷻ boleh terima dan makbulkan. Walaupun mereka itu orang kafir. Ini seperti firman Allah ﷻ di dalam Naml: 62

أَمَّن يُجيبُ المُضطَرَّ إِذا دَعاهُ وَيَكشِفُ السّوءَ وَيَجعَلُكُم خُلَفاءَ الأَرضِ ۗ أَءِلٰهٌ مَّعَ اللهِ ۚ قَليلًا مّا تَذَكَّرونَ
Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah disamping Allah ada ilah (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya).

Malangnya bagi kebanyakan orang, apabila Allah ﷻ selamatkan mereka daripada bahaya di lautan itu hingga bawa mereka selamat ke daratan, mereka akan Kembali lalai. Mereka sudah lupa yang dulu mereka telah berdoa kepada Allah ﷻuntuk selamatkan mereka; mereka sudah lupa yang Allah ﷻlah yang selamatkan mereka. Mereka berpaling daripada Tauhid menuju kepada syirik kembali. Begitulah Allah ﷻceritakan sifat manusia yang ingkar di dalam Zumar: 8

۞ وَإِذا مَسَّ الإِنسٰنَ ضُرٌّ دَعا رَبَّهُ مُنيبًا إِلَيهِ ثُمَّ إِذا خَوَّلَهُ نِعمَةً مِّنهُ نَسِيَ ما كانَ يَدعو إِلَيهِ مِن قَبلُ وَجَعَلَ ِللهِ أَندادًا لِّيُضِلَّ عَن سَبيلِهِ ۚ قُل تَمَتَّع بِكُفرِكَ قَليلًا ۖ إِنَّكَ مِن أَصحٰبِ النّارِ
Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu musibah, dia segera berdoa kepada Tuhannya dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepada-Nya; kemudian apabila Allah memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) daripada-Nya, lupalah dia akan segala musibah yang menyebabkannya merayu kepada Allah sebelum itu dan dia pula menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah, untuk menyesatkan dirinya (dan orang lain) dari jalan Allah. Katakanlah (kepadanya): “Bersenang-senanglah engkau dengan kekufuranmu itu bagi sementara, sesungguhnya engkau dari penduduk neraka.

 

وَكَانَ ٱلإِنسَـٰنُ كَفُورًا

Dan manusia itu adalah selalu tidak berterima kasih.

Memang manusia selalu kufur daripada nikmat, tidak bersyukur. Mereka terima segala nikmat dan perlindungan daripada Allah ﷻ, tetapi mereka tidak bersyukur kepada Allah ﷻ. Mereka sangka mereka selamat kerana nasib mereka, atau sembahan mereka selain Allah ﷻ.

Kecuali manusia yang diberi taufik hidayah oleh Allah ﷻsahaja yang ingat tentang perkara ini.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 2 May 2024

Ringkasan Surah Isra’


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafsir Jalalain

Maariful Qur’an

Tafsir Al-Azhar Prof. HAMKA

Ustaz Solahudin

Ustaz Abdul Muien Ghulam Dakwah

Tafsir Al-Mishbah (Dr. M. Quraish Shihab)

Tafsir Surah al-Isra’ Ayat 64 (Nyanyian dan Muzik adalah haram)

Isra’ Ayat 64: Sambungan firman Allah ‎ﷻ kepada iblis.

وَٱستَفزِز مَنِ ٱستَطَعتَ مِنہُم بِصَوتِكَ وَأَجلِب عَلَيہِم بِخَيلِكَ وَرَجِلِكَ وَشَارِكهُم فِى ٱلأَموَٰلِ وَٱلأَولَـٰدِ وَعِدهُم وَمَا يَعِدُهُمُ ٱلشَّيطَـٰنُ إِلَّا غُرُورًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And incite [to senselessness] whoever you can among them with your voice and assault them with your horses and foot soldiers and become a partner in their wealth and their children and promise them.” But Satan does not promise them except delusion.

(MELAYU)

Dan hasutlah sesiapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan suaramu, dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan berkongsilah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan beri janjilah kepada mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka.

 

وَاستَفزِز مَنِ استَطَعتَ مِنهُم بِصَوتِكَ

Dan hasutlah sesiapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan suaramu,

Sekarang Allah ﷻ sudah beritahu strategi iblis itu. Kalimah إستفزز istafziz – daripada katadasar ف ز ز – yang bermaksud mengganggu, melemahkan, menakutkan dengan cara menggunakan bahasa. Ianya adalah percubaan untuk menggerakkan seseorang, menggoyangnya, cuba buat seseorang goyang daripada pegangannya. Inilah yang bisikan was-was yang syaitan sentiasa bisikkan kepada manusia. Kita tidaklah dengar suaranya yang sebenar, tetapi bisikan itu tetap ada seperti firman Allah ﷻ di dalam Nas: 4

مِن شَرِّ الوَسواسِ الخَنّاسِ
Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam

Ia juga digunakan untuk kambing yang baru lahir yang tidak kukuh kakinya kerana lemah lagi (sila lihat video anak kambing baru lahir). Maka maksudnya: kamu gelincirkanlah mereka. Ini seperti menyepak kaki seseorang, atau menggelincirkan seseorang dari jalan.

Maknanya Allah ﷻ cabar iblis untuk menggelincirkan seberapa banyak manusia yang dia mampu. Lemahkan mereka yang kamu (iblis) boleh. Kerana itulah dalam doa kita, kita minta kaki kita ditetapkan. Ini disebut dalam Ali Imran: 147

رَبَّنَا اغفِر لَنا ذُنوبَنا وَإِسرافَنا في أَمرِنا وَثَبِّت أَقدامَنا وَانصُرنا عَلَى القَومِ الكافِرينَ
“Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah kaki-kaki kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”.

Allah ﷻ cabar Iblis untuk menyesatkan anak Adam dengan suaranya. Oleh kerana itu, semua perkara yang melalaikan manusia daripada Allah ﷻ, dipanggil ‘suara syaitan’. Mungkin kalimah ini merupakan tamsil bagaikan suara komandan pasukan yang memerintahkan pasukannya untuk maju tak gentar menghadapi musuh. Ini sejalan dengan potongan ayat berikutnya yang menggambarkan perintah mengarahkan pasukan berkuda dan pasukan pejalan kaki.

Menurut suatu pendapat, yang dimaksudkan dengan صَوتِ dalam ayat ini ialah nyanyian. Maka kerana itulah pendapat yang mengatakan nyanyian itu haram adalah kuat. Mujahid رَحِمَهُ اللَّهُ  mengatakan bahawa yang dimaksudkan ialah dengan hiburan dan nyanyian yang membuat mereka terbuai dan lupa diri. Malangnya ramai yang termakan dengan keindahan muzik dan nyanyian. Bila kita tegur bahawa itu adalah haram, banyak sekali alasan yang diberikan.

Ramai yang sangka mereka kena benarkan muzik dan nyanyian kerana itu adalah perkara yang biasa sangat zaman sekarang. Seolah-olah kalau halang, memang tidak boleh. Kita katakan: ia sudah biasa sangat kerana iblis dan syaitan telah berjaya. Mereka telah berjaya bagi umat manusia berasa biasa sahaja dengan muzik dan nyanyian itu.

Memang ada pendapat yang membenarkan muzik. Akan tetapi ia sebenarnya adalah pendapat yang asing, kerana imam mazhab yang empat semuanya mengharamkan muzik.

Pendapat yang membenarkan muzik dan nyanyian sebenarnya adalah pendapat Ibn Hazm رَحِمَهُ اللَّهُ, mazhab Zahiri. Pengharaman muzik dan nyanyian dikuatkan dengan dalil-dalil yang amat banyak.

Allah ﷻ telah berfirman di dalam Luqman: 6 tentang bahayanya muzik dan nyanyian,

وَمِنَ النّاسِ مَن يَشتَري لَهوَ الحَديثِ لِيُضِلَّ عَن سَبيلِ اللهِ بِغَيرِ عِلمٍ وَيَتَّخِذَها هُزُوًا ۚ أُولٰئِكَ لَهُم عَذابٌ مُّهينٌ
Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan.

Begitu juga pengharaman muzik dan nyanyian terdapat di dalam sabdaan Nabi ﷺ:

لا تَبِيعُوا الْقَيْنَاتِ وَلاَ تَشْتَرُوهُنَّ وَلاَ تُعَلِّمُوهُنَّ وَلاَ خَيْرَ فِي تِجَارَةٍ فِيهِنَّ وَثَمَنُهُنَّ حَرَامٌ ‏‏ فِي مِثْلِ ذَلِكَ أُنْزِلَتْ عَلَيْهِ هَذِهِ الآيَةُ ‏:‏ ‏(‏ومِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ‏)‏ إِلَى آخِرِ الآيَةِ ‏.‏
Janganlah kalian menjual penyanyi-penyanyi wanita, atau membeli mereka, atau mengajar mereka menyanyi. Tidak ada kebaikan pada urus niaga melibatkan mereka, dan nilaian harga mereka adalah haram. Dan kerana kes seumpama inilah diturunkan ayat Luqman: 6 (yang bermaksud): “Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah” hingga ke akhir ayat
(Sunan Tirmidzi (3195))
Didhaifkan oleh Baitussalam

Sementara di antara hadith-hadith yang sahih ialah:

1. Imran ibn Husain meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

“Akan berlaku tenggelam/gempa/kemusnahan, penukaran rupa (penjelmaan) dan lontaran batu dalam umat ini. Seorang lelaki daripada kaum muslimin berkata: Bilakah yang demikian itu akan berlaku wahai Rasulullah ﷺ? Baginda bersabda: “Apabila lahir biduanita-biduanita, alat-alat muzik dan diminum khamar (arak).”
(H/R Tirmizi dan Ibn Abid Dunya. Lafaz hadith ini menurut riwayat Tirmidzi. Lihat Sahih Sunan At-Tirmizi 180-2323, Sahih Al-Jaami’ As-Shaghir 4273 dan Silsilatul Ahadis As Sahihah – Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani)

2. Anas bin Malik رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

“Pasti akan berlaku kemusnahan, lontaran dan pengubahan rupa dalam umat ini, iaitu apabila mereka meminum khamar, mengambil biduanita-biduanita dan membunyikan alat-alat muzik.”
(H/R Ibn Abid Dunya dalam “Zam Al-Muhalli” Juz 1/1530. Hadith ini juga diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Ibn Abid Dunya daripada Imran ibn Husain. Imam Ahmad dan Ibn Abid Dunya meriwayatkan juga daripada Abi Umamah dan ia diriwayatkan juga daripada Abu Hurairah oleh Tirmidzi dan Ibn Abid Dunya. Sila lihat Sahih Al-Jaami’ As-Shaghir 5467 dan Silsilatul Ahadis As Sahihah 2023 As-Syeikh Al-Albani)

3. Imran ibn Husain dan Abu Saaid رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

“Akan berlaku kemusnahan, lontaran dan perubahan rupa di akhir zaman iaitu lahir alat-alat muzik, biduanita-biduanita dan apabila khamar dihalalkan.”
(H/R Tirmidzi dan Thabrani [riwayat Tirmidzi no: 2213 – edt])

4. Abu Malik Al-Al-Asyaari رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ. bersabda:

“Orang-orang daripada umatku pasti akan meminum khamar yang mereka namakannya dengan bukan nama khamar, di mainkan alat-alat muzik ke atas mereka dan biduanita-biduanita. Allah akan musnahkan bumi bersama-sama mereka dan menjadikan sebahagian mereka sebagai kera dan babi.”
(Hadith Sahih riwayat Ibn Majah, Al-Baihaqi dan Ibn Asaakir, Ibn Hibban dan Thabrani. Sila lihat Sahih Al-Jaami’ As Shaghir 5454, Silsilatul Ahadis As Sahihah 90, 91 dan Sahih Ibn Majah 3247-4020)

5. Abu Malik Al-Asyaari رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

لَيَكونَنَّ في أُمَّتي أقوامٌ يَستَحِلُّونَ الحِرَ والحريرَ والخمرَ والمعازِفَ، ولَيَنْزِلَنَّ أقوامٌ إلى جنبِ عَلَمٍ تَروحُ عليهِم بسارحةٍ لهم، يأتيهِمُ الفقيرُ لحاجةٍ فيقولونَ: ارجِعْ إلينا غدًا؛ فيُبَيِّتُهُمُ اللهُ، ويَضَعُ العَلَمَ، ويَمْسَخُ آخَرينَ قِرَدةً وخنازيرَ إلى يومِ القيامةِ
“Akan ada beberapa kaum daripada umatku yang menghalalkan zina, sutera (bagi lelaki), khamar dan alat muzik dan beberapa kamu akan turun/berhenti di sudut sebuah bukit yang tinggi. Para penternak datang kepada mereka di waktu petang dengan membawa haiwan-haiwan ternakan mereka kerana sesuatu keperluan, lalu mereka berkata: Datanglah semua menemui kami esok. Lantas Allah memusnahkan mereka pada waktu malam dan menjatuhkan bukit yang tinggi itu ke atas mereka dan sebahagian yang lain lagi Allah mengubah rupa mereka menjadi seperti kera dan babi sampailah ke hari kiamat.”
(H/R Bukhari dalam kitab Sahihnya (4/30). Sila lihat Silsilatul Ahadis As Sahihah 1/91/139-147 dan Sahih Al-Jaami’ As Shaghir 5466. Hadith ini diriwayatkan oleh Bukhari di dalam sahihnya secara taklik. [Ibn Hazm رَحِمَهُ اللَّهُ mendhaifkan hadis ini dengan anggapan sanadnya terputus antara Bukhari dengan Hisyam bin ‘Ammar. Perkara ini tidak benar, ini kerana Hisyam adalah guru Imam Bukhari رَحِمَهُ اللَّهُ di samping itu banyak perawi lain yang mendengar hadith ini dari Hisyam. Sila rujuk Tahrim Alat At-Tharb, ms. 38-51 oleh Syeikh Al-Albani رَحِمَهُ اللَّهُ])

Nota: Hadith muallaq adalah hadith tanpa sanad yang tergantung, disandarkan secara langsung sabda Nabi ﷺ daripada sahabat. Di sisi ulama hadith, secara asalnya hadith muallaq merupakan hadith yang lemah dan tidak boleh diguna pakai.

Semua hadith-hadith yang tersebut di atas dengan jelas dan tegas mengatakan keharaman zina, sutera (bagi lelaki), khamar dan alat muzik. Terhadap kaum yang menghalalkan akan ditimpakan Allah ﷻ dengan kemusnahan, perubahan rupa sampailah ke hari kiamat. Tidak ada hadith-hadith sahih yang mengecualikannya kecuali penggunaan rebana dalam majlis-majlis perkahwinan dan pada dua hari raya.

Sewaktu menjelaskan hadith di atas, Al-Allamah As Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani رَحِمَهُ اللَّهُ, seorang ulama hadith di abad ini telah berkata:

“Banyak hadith yang warid mengenai pengharaman muzik yang terkenal pada masa itu (masa Nabi ﷺ) seperti gendang (genderang), gambus dan lain-lain. Tidak ada hadith yang warid yang menyalahinya ataupun yang mengtakhsiskannya kecuali rebana/kompang dalam majlis-majlis perkahwinan dan dua hari raya kerana ia adalah mubah (harus) mengikut perincian yang disebutkan dalam kitab-kitab fiqh. Mengenai ini telah saya sebutkan dalam sanggahan saya terhadap Ibn Hazm رَحِمَهُ اللَّهُ. Maka oleh kerana itulah mazhab yang empat sepakat mengharamkan semua alat-alat muzik. Manakala sebahagian mereka mengecualikan gendang peperangan selain rebana dalam majlis-majlis perkahwinan dan dua hari raya itu. Sebahagian ulama sekarang memasukkan/ menghubungkan ke dalamnya muzik tentera. Pendapat ini tidak mempunyai dasar kerana beberapa sebab:
1. Mentakhsiskan hadith-hadith yang mengharamkan (secara umum) tanpa adanya makhsus (pentakhsis) semata-mata berdasarkan akal fikiran dan istihsan adalah batil.
2. Yang wajib bagi orang-orang Islam dalam masa peperangan ialah menghadapkan hati mereka semata-mata kepada Allah sambil memohon pertolongan untuk mengalahkan musuh. Yang demikian lebih kuat pengaruhnya bagi ketenteraman jiwa dan lebih menguatkan hubungan hati dengan Allah Ta’ala. Penggunaan muzik adalah di antara perkara yang merosakkan hati dan memalingkan mereka daripada menyayangi Tuhan mereka. Allah Taala berfirman mafhumnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu memerangi pasukan musuh, maka teguhkanlah hati kamu dan sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya supaya kamu beruntung.” (Anfaal: 45)
Penggunaan alat-alat muzik adalah sebahagian daripada adat dan tradisi orang-orang kafir yang tidak beriman dengan Allah ﷻ dan hari akhirat dan tidak pula mengharamkan apa-apa yang telah diharamkan Allah ﷻ dan Rasul-Nya dan tidak pula beragama dengan agama yang benar.
Justeru, kita tidak harus menyerupai mereka, terutamanya dalam perkara-perkara yang diharamkan Allah ﷻ secara umum seperti muzik ini.
Saudara sekalian, janganlah hendaknya terpedaya dengan apa yang didengar daripada sebahagian ulama fiqh yang masyhur sekarang ini yang berpendapat halalnya alat-alat muzik dan muzik itu, kerana mereka sebenarnya mengeluarkan fatwa secara taqlid dan mereka membantu kecenderungan dan keinginan manusia sekarang ini.
Kepada siapakah mereka bertaqlid? Tidak lain kecuali kepada Ibn Hazm رَحِمَهُ اللَّهُ (semoga Allah ﷻ mengampuni kesilapannya) apabila beliau membolehkan dan menghalalkan alat-alat muzik dan hiburan kerana menurutnya hadith Abu Malik Al-Asyaari رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ tidak sahih sedangkan anda telah mengetahui bahawa hadith tersebut adalah benar-benar sahih.
Pendapat Ibn Hazm رَحِمَهُ اللَّهُ ini lahir kerana kelemahannya dalam ilmu hadith seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. Apakah gerangan yang mendorong mereka mengikuti pendapat Ibn Hazm رَحِمَهُ اللَّهُ dengan meninggalkan pendapat imam-imam yang empat (Malik, Abu Hanifah, Syafie, dan Ahmad رَحِمَهُ اللَّهُ) padahal mereka lebih faqih daripada Ibn Hazm رَحِمَهُ اللَّهُ, lebih alim, lebih ramai bilangannya dan lebih kuat hujahnya? Jika yang mendorong mereka bertaqlid kepada Ibn Hazm رَحِمَهُ اللَّهُ kerana semata-mata pentahqiqan ilmi, maka tidak siapa yang akan mengkritik mereka. Pengertian pentahqiqan ilmi seperti yang diketahui ialah mereka hendaklah mengikuti semua hadith yang warid dalam bab ini, mempelajari jalan-jalan dan perawi-perawinya dan kemudian menghukum hadith-hadith itu mengikut yang patut, sama ada sahih, mereka hendaklah mempelajarinya dari sudut dilalahnya, fiqhnya, umumnya dan khususnya berdasarkan kaedah-kaedah ilmu usul hadith dan usul fiqh.
Jika mereka telah berbuat demikian, mereka mendapat pahala dan tidak ada sesiapa yang dapat mengkritik mereka. Akan tetapi, demi Allah ﷻ mereka tidak melakukan sesuatu apa pun! Apabila mereka dihapuskan kepada sesuatu masalah, mereka akan melihat mengambil mana yang lebih mudah atau yang lebih mendatangkan maslahat-maslahat menurut anggapan mereka tanpa melihat apakah pendapat itu selaras dengan dalil dari Al-Kitab dan As-Sunnah As-Sahihah. Tidak diketahui berapa banyak mereka telah mensyariatkan untuk orang ramai dengan cara ini – atas nama syariat Islam pada hal Islam bersih daripadanya.” (Silsilatul Ahadis As Sahihah ms 139-147, jilid 1/91 – Syeikh Al-Albani رَحِمَهُ اللَّهُ)

6. Maula Ibnu ‘Umar رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا, berkata,

أَنَّ ابْنَ عُمَرَ سَمِعَ صَوْتَ زَمَّارَةِ رَاعٍ فَوَضَعَ أُصْبُعَيْهِ فِى أُذُنَيْهِ وَعَدَلَ رَاحِلَتَهُ عَنِ الطَّرِيقِ وَهُوَ يَقُولُ يَا نَافِعُ أَتَسْمَعُ فَأَقُولُ نَعَمْ. فَيَمْضِى حَتَّى قُلْتُ لاَ فَوَضَعَ يَدَيْهِ وَأَعَادَ رَاحِلَتَهُ إِلَى الطَّرِيقِ وَقَالَ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَسَمِعَ صَوْتَ زَمَّارَةِ رَاعٍ فَصَنَعَ مِثْلَ هَذَا
Ibnu ‘Umar رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا pernah mendengar suara seruling daripada seorang pengembala, lalu beliau menyumbat kedua telinganya dengan kedua jarinya. Kemudian beliau berpindah ke jalan yang lain. Lalu Ibnu ‘Umar رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا berkata, “Wahai Nafi’, apakah kamu masih mendengar suara tadi?” Aku (Nafi’) berkata, “Ya, aku masih mendengarnya.” Kemudian, Ibnu ‘Umar رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا terus berjalan. Lalu, aku berkata, “Aku tidak mendengarnya lagi.” Barulah setelah itu Ibnu ‘Umar رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا melepaskan tangannya daripada telinganya dan kembali ke jalan itu lalu berkata, “Beginilah aku melihat Rasulullah ﷺ ketika mendengar suara seruling daripada seorang pengembala. Baginda melakukannya seperti tadi.”
(Musnad Ahmad No. 4397)

Bagaimana pula dengan pandangan para ulama’ yang lain?

o Al-Imam Abul Farrash Ibnul Jauzi رَحِمَهُ اللَّهُ menyebutkan berserta sanadnya daripada ‘Abdurrahman bin Abi Zinaad daripada ayahnya, beliau berkata:
“… bahawa Khalifah Sulaiman bin ‘Abdul Malik mengasingkan (atau memulaukan) orang yang menyebarkan nyanyi-nyanyian. Lalu beliau bertanya kepada orang ramai tentang nyanyian, dari mana asal datangnya dan di mana paling banyak ia dimainkan? Lalu mereka pun menjawab: “Di Madinah, dan mereka dalam kalangan pondan-pondan, dan merekalah yang mahir dalam nyanyian serta menjadi rujukan padanya.”

Maka Sulaiman bin ‘Abdul Malik pun menulis surat kepada gabenor di Madinah iaitu Abu Bakr bin Muhammad bin ‘Amru bin Hazm agar mengasingkan (atau memencilkan) pondan-pondan penyanyi itu dari wilayah pentadbirannya.” [Talbis Iblis, m/s. 210]

o Dalam kitabnya, “Al-Umm”, Imam asy-Syafie رَحِمَهُ اللَّهُ menegaskan lagi bahawa: “Seorang lelaki yang menyanyi dan menjadikannya sebagai pekerjaan, adakalanya dia diundang dan adakalanya dia didatangi sehingga dia dikenali dengan gelaran penyanyi, juga seseorang wanita (yang seperti itu), maka tidak diterima sumpah persaksiannya. Kerana menyanyi termasuk permainan yang dibenci. Tetapi, adalah yang lebih tepat, sesiapa sahaja yang melakukannya, maka dia disebut sebagai dungu (bodoh) dan mereka termasuk orang yang sudah tiada harga diri (jatuh maruahnya)…” [Asy-Syafei, al-Umm, 6/226].

o Imam At-Tartusyi رَحِمَهُ اللَّهُ (wafat 520H), tokoh ulama’ Maliki dari kota Qurtubah; telah ditanya tentang satu kelompok di suatu tempat yang membaca Al-Qur’an, lalu seseorang di antara mereka menyanyikan sya’ir, kemudian mereka menari dan bergoyang. Mereka juga memukul rebana dan memainkan seruling. Apakah menghadiri majlis mereka itu halal atau tidak? Beliau menjawab: “Jalan mereka itu adalah batil dan sesat. Islam itu hanyalah kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Adapun menari dan berpura-pura menampakkan cinta (kepada Allah), maka yang pertama kali mengada-adakannya adalah kawan-kawan Samiri (pada zaman Nabi Musa عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ). Iaitu ketika Samiri membuatkan patung anak lembu yang boleh bersuara untuk mereka, lalu mereka datang menari di sekitarnya dan berpura-pura menampakkan cinta (kepada Allah). Tarian itu adalah agama orang-orang kafir dan para penyembah anak lembu.”

o Asy Syaikh Soleh bin Fauzan Al Fauzan رَحِمَهُ اللَّهُ berkata: “Mengatakan: “Saya tidak mendengarkan muzik sebaliknya saya mendengarkan nasyid.” Ibarat mengatakan: “Saya membasuh air kencing dengan menggunakan air kencing.”” [Al Ighotsah, (1437-05-26)]

Isu muzik dan nyanyian ini memang sensitif dan susah untuk dibendung. Ini adalah kerana ia sudah melarat dan kita dilahirkan dalam suasana yang menganggap muzik dan nyanyian seperti biasa sahaja. Tambahan pula ia ada di mana-mana sekarang. Seolah-olah kalau kita hendak menolaknya, hampir mustahil. Kalau kita kata ia haram, nampak seperti pelik pula kerana ia ada di mana-mana; di rumah, kedai, mall, TV, filem, konsert, malah ceramah pun ada muzik juga sekarang. Malah yang bergelar ustaz juga menyanyi secara terbuka dengan penyanyi tersohor tanahair! Maka macam pelik pula, takkan hendak berjalan sambil tutup telinga, bukan?

Ya benar kita tidak dapat menghalang muzik sepenuhnya kerana kita tidak mampu. Akan tetapi sekurang-kurangnya kita jangan secara aktif mendengar lagu. Jangan pasang lagu di dalam kereta kita, di rumah kita dan di tempat yang kita ada kuasa untuk menentukan apa yang terjadi. Yang orang lain pasang, biarlah kerana itu pilihan mereka.

Yang penting, jangan ubah hukum! Yang haram tetap haram! Mungkin anda tidak mampu menghalang diri anda mendengar lagu. Kerana semenjak kecil sudah mendengar lagu dan ada lagu kegemaran anda. Anda memang tidak mampu. Namun kalau anda tidak mampu, jangan kerana itu anda mengubah hukum untuk menyedapkan hati anda.

Mungkin ada yang berhujah, boleh dengar dan menyanyi nasyid. Kalau kita mengatakan, “Kita telah menyampaikan mesej dakwah melalui lagu ini”, kalau lagu itu tidak sedap, siapa yang hendak mendengarnya? Siapa yang hendak mengambil manfaat daripadanya? Bahkan kalau sedap sekalipun, sejauh mana ia dipraktikkan?

Walaupun ramai yang telah hafal lagu Maher Zain “Barakallahu lakuma wabaraka alaikuma wa Jama’a bainakuma fi khair”, lafaz itu adalah daripada hadith Nabi ﷺ, diambil dan dijadikan lagu. Walaupun sedap dan ramai orang telah menghafalnya, tetapi berapa ramai yang mengucapkannya kepada pengantin?

Sebab itu, Nabi ﷺ tidak menjadikan muzik ini sebagai salah satu alternatif atau mekanisme untuk dakwah. Tidak ada satu pun contoh daripada Nabi ﷺ dan para sahabat, mereka tidak pernah berdakwah melalui muzik pun. Maka kita sebagai pendakwah yang hendak berdakwah, tidak perlulah hendak bermuzik.

Setidak-tidaknya ambillah langkah berhati-hati, supaya tindakan kita itu tidak menjerumuskan kita kepada kemungkaran yang lebih besar. Jangan jadikan muzik sebagai salah satu cara untuk kita berdakwah.

Yang menambah susahnya kita mempertahankan pendapat ini adalah kerana orang yang dihormati sebagai ustaz, malah ulama sekali pun, ada yang mengharuskannya. Itu kita biarkan sebagai pendapat mereka. Mereka akan dipertanggungjawabkan dengan pilihan mereka, dan kita akan dipertanggungjawabkan dengan pilihan kita.

Para ahli ilmu di dalam memahami isu muzik berselisih kepada tiga pendapat; 1) muzik itu haram secara mutlak, 2) muzik itu harus tetapi bersyarat, 3) muzik itu harus secara mutlak (pendapat Ibn Hazm رَحِمَهُ اللَّهُ).

Dalam kalangan ilmuwan kontemporari, ada yang mengatakan muzik itu harus tetapi bersyarat, contohnya tidak lagha (sia-sia), liriknya bagus, tidak melalaikan dan sebagainya.

Manakala sebahagian ilmuwan lagi memegang pendapat yang mengatakan muzik haram secara mutlak berdasarkan nas atau dalil yang tegas daripada Al-Quran dan Hadith, antaranya seperti hadith di atas serta banyak lagi perbuatan para sahabat yang membenci dan mengelak daripada mendengar muzik.

Maka pendapat mana yang benar dan hendak kita pilih?

Apabila kita berhadapan dengan isu seperti ini, pertama sekali hendaklah kita kembalikan perselisihan itu kepada nas Al-Quran dan Hadith. Hadith yang dikatakan mu’allaq oleh Ibn Hazm رَحِمَهُ اللَّهُ tadi telah dijawab oleh ulama hadith yang lain bahawa ia bukan hadith mu’allaq. Ini kerana di antara metodologi Imam Bukhari , kadang-kadang apabila hadith itu berulang, dia tidak menyatakan sanadnya. Akan tetapi sebenarnya hadith itu maushul (bersambung sanadnya).

Perkara ini telah dijawab oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani رَحِمَهُ اللَّهُ di dalam kitab beliau Ta’liqu Al-Ta’liq yang mempertahankan Sahih Al-Bukhari. Beliau telah membuktikan bahawasanya hadith-hadith yang Imam Bukhari رَحِمَهُ اللَّهُ nyatakan tanpa sanad sebenarnya semuanya bersanad. Antaranya adalah hadith muzik tadi. Maka hadith itu sahih dan wajib diterima.

Maka wujud pendapat yang mengatakan muzik itu haram. Muzik mesti dijauhi dan dielakkan. Dalilnya banyak lagi, antaranya bukti daripada perbuatan Abu Bakar As-Siddiq رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ apabila beliau masuk ke rumah Nabi ﷺ, beliau mendengar budak perempuan yang masih kecil menyanyi sambil memukul duf. Apabila beliau mendengarnya, beliau marah lantas mencelanya dengan mengatakan, “Seruling-seruling Syaitan!” Nabi ﷺ mengatakan kepada Abu Bakar رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ, biarlah, mereka sedang berhari raya. Hadith ini menjadi antara titik utama perselisihan.

Daripada ‘Aisyah رضي الله عنها, beliau meriwayatkan:

أَنَّ أَبَا بَكْرٍ، دَخَلَ عَلَيْهَا وَالنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم عِنْدَهَا يَوْمَ فِطْرٍ أَوْ أَضْحًى، وَعِنْدَهَا قَيْنَتَانِ ‏{‏تُغَنِّيَانِ‏}‏ بِمَا تَقَاذَفَتِ الأَنْصَارُ يَوْمَ بُعَاثَ‏.‏ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ مِزْمَارُ الشَّيْطَانِ مَرَّتَيْنِ‏.‏ فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم “‏ دَعْهُمَا يَا أَبَا بَكْرٍ، إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيدًا، وَإِنَّ عِيدَنَا هَذَا الْيَوْمُ ‏”‏‏
Suatu hari Abu Bakar رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ datang melawatnya pada hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha, dan Nabi Muhammad ﷺ ada bersamanya pada hari itu. Bersama Aisyah رضي الله عنها juga ada dua orang penyanyi wanita yang sedang menyanyikan lagu kaum Ansar tentang hari Bu’ath. Maka Abu Bakar رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ pun berkata “seruling syaitan” sebanyak dua kali. Maka Nabi ﷺ pun berkata “biarkan mereka berdua wahai Abu Bakar, sesungguhnya bagi setiap kaum ada hari perayaan, dan hari ini merupakan hari raya bagi kita.”
(Sahih al-Bukhari (3931) dan Sahih Muslim (892))

Satu kumpulan mengatakan Nabi ﷺ mengizinkan, menunjukkan ada pengecualian. Maka wujudlah pandangan yang mengatakan boleh dengan bersyarat.

Pendapat yang membolehkan ini telah dijawab oleh orang-orang yang mengatakan muzik ini haram, mereka mengatakan bahawa sesungguhnya muzik ini haram kepada semua orang kecuali kepada kanak-kanak perempuan, dan di sana ada pengecualian kepada peralatan-peralatan tertentu seperti duf. Namun Nabi ﷺ membenarkannya hanya untuk kanak-kanak perempuan. Nabi ﷺ tidak menyuruh Abu Bakar  menyanyi sebuah lagu, Nabi ﷺ tidak menyuruh sahabat menyanyi, dan Nabi ﷺ tidak ada pertubuhan Nasyid, kelab Nasyid dan sebagainya. Semua ini tidak ada dan tidak pernah dibuat pada zaman Nabi ﷺ dan para sahabat.

Maka mereka mengatakan muzik haram. Kenapa haram? Kerana apabila Abu Bakar رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ mencela, dan mengatakan bahawa muzik ini adalah seruling-seruling Syaitan, Nabi ﷺ sama sekali tidak mengkritik atau membantah perkataan Abu Bakar رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ yang mengatakan sedemikian. Ini bererti Nabi ﷺ mengakui bahawasanya benar nyanyian dan pukulan itu merupakan seruling-seruling Syaitan, cuma Baginda memberi pengecualian kepada kanak-kanak yang masih kecil untuk bergembira pada hari Raya mereka.

Para ulama yang mengharamkan ini berusaha untuk menyamakan pandangan mereka dengan teks-teks hadith.

Maka yang mana hendak kita ikut? Pandangan yang mengatakan muzik harus juga menggunakan hadith yang sama tetapi mereka memahaminya secara umum. Mereka melihat Nabi ﷺ membenarkan kepada semua orang. Bahkan mereka menggunakan dalil-dalil Syair untuk membenarkan nyanyian, di mana sahabat-sahabat Nabi ﷺ ada yang bersyair.

Syair Arab hakikatnya bukan seperti syair kita yang berlagu-lagu. Syair Arab hanyalah dibaca seperti sajak, disebut seperti bacaan biasa, tanpa lagu dan tanpa dinyanyikan.

Maka pendapat yang menggunakan dalil Syair untuk mengharuskan nyanyian ini juga tertolak.

Adapun kita apabila berhadapan dengan dua pandangan ini, kita jadi keliru. Mengapa kita keliru? Sebab kita minat muzik. Apabila kita minat muzik, kita merasakan pendapat yang mengharamkan itu terlalu berat dan keras, tidak sesuai dengan kita. Kita cenderung kepada pendapat yang mengharuskan kerana ia lebih longgar dan kena dengan minat kita.

Agama ini bukan soal keras sangat, tegas sangat, literal sangat atau mengikut apa yang kita suka. Literal kita dengan Al-Qur’an dan hadith Nabi ﷺ sebenarnya sangat baik selama mana sesuai dengan kaedah. Jangan literal tidak ketahuan.

Para ulama yang mengharamkan muzik berhujah dengan kaedah. Mereka bukan berhujah semberono, melihat satu hadith dan terus mengeluarkan hukum. Tidak. Mereka telah menghimpunkan kesemua dalil dan mereka mengikuti kaedahnya dan itulah hasil daripada kefahamannya.

Satu masalah yang sangat besar yang kita hadapi pada hari ini adalah apabila dalam kalangan ustaz-ustaz sendiri yang mempromosi muzik. Sepatutnya dia mempromosikan ilmu agama yang ada padanya, ilmu yang diwariskan oleh Nabi ﷺ, bukan mempromosikan muzik. Ada banyak perkara yang lebih penting untuk disampaikan kepada masyarakat, daripada menyibukkan diri dengan muzik dan lagu. Berpegang dengan hadith Nabi ﷺ di dalam isu ini adalah lebih baik dan selamat.

Sesungguhnya ketenangan bagi jiwa orang yang beriman itu adalah daripada alunan Al-Quran Al-Karim. Ketenangan itu bukan datang daripada muzik dan lagu, tetapi ia datang daripada mengingati Allah ﷻ.

Bercakap tentang Al-Qur’an, memang Al-Qur’an dan muzik tidak boleh bercampur. Kerana itu mereka yang hendak menghafal Al-Qur’an, digalakkan untuk jangan langsung dengar muzik. Sebab itu ada santri tahfiz tutup telinga mereka ketika muzik kedengaran.

Bagi yang pegang pendapat yang mengatakan muzik dan nyanyian itu boleh dengan bersyarat pun bahaya juga. Antaranya mereka kata asalkan tidak melalaikan, asalkan liriknya baik dan sebagainya. Akan ada timbul persoalan: Adakah syarat itu sah? Adakah orang pandang syarat itu? Selalunya orang tidak nampak syarat yang diletakkan, tetapi terus Sahaja berkata: ‘Eh ada pendapat yang kata bolehlah…..’

 

وَأَجلِب عَلَيهِم بِخَيلِكَ وَرَجِلِكَ

dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki

Bukan iblis buat kerja seorang sahaja. Dia ada tentera dia sendiri yang ramai. Ada yang berkuda dan ada juga tentera yang berjalan kaki. Allah ﷻ suruh dia وَأَجلِب iaitu daripada katadasar ج ل ب yang bermaksud menghimpunkan seperti menghimpun pasukan tentera; membawa (apa-apa) dari satu tempat ke tempat lain; melakukan serangan; penutup luar yang longgar; pakaian luar; baju kerja luar. Maknanya kerahlah tentera engkau wahai iblis. Dia juga diberikan dengan tentera yang berkuda (cavalry) dan juga pasukan jalan kaki (infantry).

Atau, bukanlah bermaksud ada tentera berkuda dan berjalan kaki pula, tetapi sebagai kiasan sahaja. Maknanya dia ada banyak pengikut dan petugas. Allah ﷻ cabar dia untuk ambillah kumpulannya itu dan buat serangan kepada anak cucu Nabi Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ. Begitu sekali Allah ﷻ beri izin.

Hal ini merupakan perintah yang berdasarkan takdir (Allah ﷻ membenarkan dia melakukan sebegitu), seperti yang disebutkan oleh Allah ﷻ dalam firman-Nya:

أَلَمْ تَرَ أَنَّا أَرْسَلْنَا الشَّيَاطِينَ عَلَى الْكَافِرِينَ تَؤُزُّهُمْ أَزًّا
Tidakkah kamu lihat, bahawasanya Kami telah mengirim setan-setan itu kepada orang-orang kafir untuk menggoda mereka berbuat maksiat dengan sungguh-sungguh?
(Maryam: 83)

 

وَشَارِكهُم فِى ٱلأَموَٰلِ وَٱلأَولَـٰدِ

dan berkongsilah dengan mereka pada harta dan anak-anak

Iblis dibenarkan untuk bercampur dengan mereka yang ikut dia dalam hal harta dan anak-anak mereka. Maksudnya, ajar mereka cara hendak buat duit dengan cara haram. Bagi mereka sesat supaya jangan ada pencarian harta dan pendapat manusia dengan cara halal.

Menurut Ibnu Abbas رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا dan Mujahid رَحِمَهُ اللَّهُ, makna yang dimaksudkan ialah perbuatan yang dianjurkan syaitan kepada mereka, misalnya membelanjakan harta untuk perbuatan maksiat terhadap Allah ﷻ.

Ata’ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ mengatakan bahawa makna yang dimaksudkan ialah melakukan riba. Al-Hasan رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ mengatakan, maknanya ialah menghimpun harta benda daripada hasil yang kotor dan membelanjakannya ke jalan yang haram.

Tentang anak-anak pula:

o Al-Aufi telah meriwayatkan daripada Ibnu Abbas. Mujahid, dan Ad-Dahhak, bahawa makna yang dimaksudkan ialah anak-anak yang lahir daripada hasil zina.

o Ali ibnu Abu Talhah telah meriwayatkan daripada Ibnu Abbas, bahawa makna yang dimaksudkan ialah anak-anak mereka yang mereka bunuh tanpa dosa, kerana pendek akal mereka dan kejahilan mereka.

o Qatadah telah meriwayatkan daripada Al-Hasan Al-Basri, bahawa demi Allah, sungguh syaitan telah bersekongkol dengan mereka dalam harta benda dan anak-anak mereka. Mereka menjadikan anak-anak mereka Majusi, Yahu¬di, dan Nasrani serta mewarnai mereka bukan dengan celupan Islam.

Atau maksud bersyarikat atau berkongsi dengan mereka itu, apabila mereka melakukan perkara dosa di atas, mereka sebenarnya melakukannya bersama dengan syaitan. Mereka sahaja tidak perasan kerana syaitan adalah makhluk ghaib yang tidak dapat dilihat. Kerana itu ada doa khusus yang diajar Nabi ﷺ apabila bersama yang diajar Nabi ﷺ:

لَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا أَتَى أَهْلَهُ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا فَقُضِيَ بَيْنَهُمَا وَلَدٌ، لَمْ يَضُرَّهُ
“Sekiranya salah seorang daripada kamu mendatangi isterinya lalu dia berkata: ‘’Bismillah, ya Allah jauhkanlah kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang telah kau rezekikan kepada kami’’. Maka apabila ditetapkan buat mereka berdua lahirnya seorang anak, maka syaitan tidak akan memberi kemudaratan kepadanya.”
(Riwayat Bukhari (141))

Atau, tidak diberi pendidikan agama kepada anak-anak itu sampai mereka keliru dalam hal agama, akhirnya sesat dan tidak buat persediaan untuk akhirat. Sekarang kita boleh lihat betapa jahilnya masyarakat tentang hal agama, tidak tahu menahu langsung tentang Islam walaupun mereka mengaku mereka Muslim.

Satu lagi, kalau digabungkan kesalahan dalam harta dan anak-anak: menggunakan harta yang didapati dengan cara haram untuk membesarkan anak-anak itu.

Memang harta dan anak pinak perlu kita berhati-hati dengannya. Kalau kita leka dan terlalu mementingkan harta dan anak pinak, ia akan menyebabkan kita lalai dengan akhirat dan buat persediaan kepada akhirat. Harta dan anak pinak sendiri tidaklah salah, akan tetapi jangan kita leka sampaikan menyebabkan kita lupa kepada Allah ﷻ. Allah ﷻ telah berfirman di dalam Munafiqoon: 9

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا لا تُلهِكُم أَموٰلُكُم وَلا أَولٰدُكُم عَن ذِكرِ اللَّهِ ۚ وَمَن يَفعَل ذٰلِكَ فَأُولٰئِكَ هُمُ الخٰسِرونَ
Hai orang-orang beriman, janganlah hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu daripada mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang merugi.

 

وَعِدهُم

dan beri janjilah kepada mereka.

Syaitan akan memberi memberi mereka bermacam-macam janji. Janjikan mereka dengan bermacam-macam khayalan-khayalan. Antaranya janjikan mereka dengan kelebihan rekaan dalam amalan. Kalau zikir ini, dapat pahala begini dan begitu; kalau buat amalan ini, akan selamat di dunia; kalau baca ayat ini, boleh menyembuhkan penyakit itu dan ini.

Itu semua adalah janji palsu syaitan. Jikalau sesuatu perkara itu tidak ada dalil, maka ia mungkin daripada syaitan. Kerana itu kalau ada orang tanya: “siapa yang reka amalan bid’ah itu dan ini”, kita boleh jawab: “syaitan”.

Kerana itulah kita mementingkan amalan sunnah dan kelebihan pahala yang ada dalil. Jangan percaya lagi kalau seseorang datang dan menceritakan kelebihan sesuatu amalan itu tanpa dibawakan dalil yang sahih. Disebutkan bahawa iblis berkata, sebagaimana yang dinaqalkan oleh firman-Nya:

إِنَّ اللَّهَ وَعَدَكُمْ وَعْدَ الْحَقِّ وَوَعَدْتُكُمْ فَأَخْلَفْتُكُمْ
Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepada kalian janji yang benar; dan aku pun telah menjanjikan kepada kalian, tetapi aku menyalahinya.
(Ibrahim: 22)

 

وَمَا يَعِدُهُمُ ٱلشَّيطَـٰنُ إِلَّا غُرُورًا

Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka.

Ketahuilah bahawa yang apa yang dijanjikan oleh syaitan adalah penipuan semata. Kelebihan pahala daripada amalan yang tidak ada dalil itu menipu sahaja. Malang sekali apabila ramai yang tertipu melakukan amalan bid’ah dengan mengharap pahala – amalan bukan sunnah selalunya dibuat untuk mendapatkan pahala lebih. Maka direkalah fadilat dan pahala yang berlebih-lebihan dan datang entah dari mana.

Ini kerana maksud kalimah غُرُورًا adalah menampakkan sesuatu yang buruk dalam bentuk indah, atau menjanjikan sesuatu yang tidak akan terjadi dan atau kalau terjadi akan mengecewakan yang dijanjikan.

Memang syaitan menjanjikan pahala yang melambung-lambung. Namun berhati-hatilah kerana kalau tidak ada dalil daripada wahyu, maka ia adalah bisikan daripada syaitan. Rugi sahaja buat kerana tidak dapat pahala pun. Akan tetapi dek kerana jahil dengan ajaran agama, maka ada yang sampai duduk bertapa, mengembara ke tempat wali dan sebagainya kerana mengejar pahala yang tiada. Sedangkan itu semua datang daripada bisikan syaitan sahaja.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 2 Mei 2024

Ringkasan Surah Isra’


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafsir Jalalain

Maariful Qur’an

Tafsir Al-Azhar Prof. HAMKA

Dr Fathul Bari

Ustaz Solahudin

Ustaz Abdul Muien Ghulam Dakwah

Tafsir Al-Mishbah (Dr. M. Quraish Shihab)

Tafsir Surah al-Isra’ Ayat 61 – 63 (Kisah iblis yang derhaka)

KEDEGILAN iblis

Isra’ Ayat 61: Secara tiba-tiba sekarang berubah kepada kisah Nabi Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ dan iblis pula. Ini adalah kerana Allah ﷻ hendak memberitahu yang bukan mereka yang pertama menolak kebenaran. Sekarang Allah ﷻ samakan penolakan mereka itu jenis derhaka macam iblis. Allah ﷻ menyebut tentang permusuhan iblis la’natullah terhadap Nabi Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ dan keturunannya, bahawa permusuhan itu merupakan permusuhan masa silam sejak Nabi Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ diciptakan.

Bermula ayat ini sehingga ke ayat 70 adalah Perenggan Makro ke 5. Ia berkenaan tipu daya iblis dan pengiktirafan kepada Bani Adam apabila Allah ﷻ telah memuliakan anak cucu Adam. Allah ﷻ hendak memberitahu penolakan manusia kepada kebenaran yang disampaikan adalah kerana bisikan iblis dan syaitan. Maka kerana itu kita kena kenal iblis dan sejarah kenapa dia benci sangat kepada anak cucu Nabi Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ.

وَإِذ قُلنَا لِلمَلَـٰٓٮِٕڪَةِ ٱسجُدُواْ لِأَدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبلِيسَ قَالَ ءَأَسجُدُ لِمَن خَلَقتَ طِينًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [mention] when We said to the angels, “Prostrate to Adam,” and they prostrated, except for Iblees.¹ He said, “Should I prostrate to one You created from clay?”

  • See footnote to 2:34.

(MELAYU)

Dan (ingatlah), tatkala Kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kamu semua kepada Adam”, lalu mereka sujud kecuali iblis. Dia berkata: “Apakah aku akan sujud kepada orang yang Engkau ciptakan dari tanah?”

 

وَإِذ قُلنَا لِلمَلَـٰٓٮِٕڪَةِ ٱسجُدُواْ لِأَدَمَ

Dan (ingatlah), tatkala Kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kamu semua kepada Adam”,

Kisah ini kita telah pernah baca dalam Surah Baqarah ayat 34 dahulu. Iaitu selepas Nabi Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ dijadikan, maka sebagai tanda hormat kepada baginda, maka para malaikat termasuk iblis, disuruh sujud kepada Nabi Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ.

وَإِذ قُلنا لِلمَلٰئِكَةِ اسجُدوا لِآدَمَ فَسَجَدوا إِلّا إِبليسَ أَبىٰ وَاستَكبَرَ وَكانَ مِنَ الكٰفِرينَ
Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia daripada golongan yang kafir.

Sebenarnya kisah iblis enggan sujud ini terdapat di dalam tujuh surah iaitu: (1) Baqarah, (2) A’raf, (3) Hijr, (4) Isra’ (ayat 61 sampai 65 ini), (5) Sad. Apabila kita gabungkan semua kisah itu, kita akan dapat gambaran yang lebih jelas.

 

فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبلِيسَ

lalu mereka sujud kecuali iblis.

Seperti yang kita telah tahu, malaikat taat kepada arahan Allah ﷻ, maka semua mereka sujud, kecuali iblis yang berada bersama mereka. Walaupun iblis bukanlah dalam kalangan malaikat, tetapi waktu itu iblis bersama dengan mereka dan arahan telah dikeluarkan kepada iblis sekali dan iblis tidak mahu taat.

Ada kekeliruan dalam sesetengah manusia yang menyangkakan yang iblis adalah sebahagian daripada malaikat. Mereka kata iblis asalnya dalam kalangan malaikat, namun kerana dia enggan sujud, maka dia telah diturunkan pangkat. Kerana itu ada yang kata iblis adalah ‘fallen angel’. Ini tidak benar kerana iblis tidak pernah menjadi malaikat. Ini pun mungkin kerana melihat terjemahan إِلَّآ إِبلِيسَ sebagai ‘kecuali iblis’. Sampaikan ia boleh menjadi hujah yang iblis pun malaikat juga kerana ada konotasi seolah-olah dia pun malaikat. Akan tetapi kalau kita terjemahkan إِلَّآ إِبلِيسَ kepada ‘tetapi iblis enggan’, maka di sini tidak ada konotasi yang iblis pernah menjadi malaikat langsung.

Dalam kaedah bahasa Arab, kata إِلَّآ dapat menjadi istitsna ’muttashil, dalam erti: yang dikecualikan adalah sebahagian daripada kelompok atau jenis yang sama dengan sebelumnya. Misalnya jika kita berkata, “Semua mahasiswa hadir kecuali Ahmad,” maka si Ahmad yang dikecualikan itu termasuk mahasiswa. Ini berbeza dengan إِلَّآ yang merupakan istitsna ’munqathi’. Dalam hal ini yang dikecualikan tidak termasuk sebahagian atau jenis/kelompok yang disebut sebelumnya. Dalam keadaan demikian, kata إِلَّآ tidak diterjemahkan ‘kecuali’, sebaliknya diterjemahkan “tetapi”. Misalnya jika kita berkata, “Semua mahasiswa hadir tetapi pensyarah,“ maka di sini pensyarah bukan termasuk kelompok mahasiswa. Pengecualian seperti ini biasanya difahami dalam fikiran pengucap atau pendengar dan pada akhir kalimatnya kata tidak, sehingga kalimat itu lengkapnya dalam fikiran berbunyi, “Semua mahasiswa hadir tetapi pensyarah tidak (hadir).” Demikian juga dengan ayat di atas. Jika anda menganut fahaman yang menyatakan bahawa iblis termasuk jenis malaikat, maka tidak keliru bila kata إِلَّآ pada ayat di atas diterjemahkan ‘kecuali’. Akan tetapi pendapat yang lebih kuat, iblis tidak termasuk jenis malaikat, kerana itu kata ‘tetapi’ lebih sesuai terjemahannya.

Iblis walaupun tahu yang arahan itu daripada Allah ﷻ, ia tetap ingkar. Begitulah juga dengan Musyrikin Mekah yang kenal Nabi Muhammad ﷺ, kenal Allah ﷻ dan tahu yang Nabi Muhammad ﷺ adalah seorang Rasul, namun tetap juga mereka berdegil.

Huruf ف di dalam فَسَجَدُوٓاْ bermaksud para malaikat itu terus sujud. Ini kerana mereka amat taat. Mereka terus ikut arahan tanpa soal. Maka begitulah kita sepatutnya dengan hukum yang Allah ﷻ telah tetapkan. Kalau kita sudah tahu (mungkin baru tahu kerana baru belajar), maka teruslah taat dan amalkan setelah mengetahuinya. Jangan hendak persoalkan pula.

 

قَالَ ءَأَسجُدُ لِمَن خَلَقتَ طِينًا

Dia berkata: “Apakah aku akan sujud kepada orang yang Engkau ciptakan dari tanah?”

Apakah alasan yang digunakan oleh iblis? Iblis kata dia takkan sujud kepada makhluk yang Allah ﷻ jadikan daripada tanah liat. Di dalam ayat lain disebutkan oleh firman-Nya:

أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ خَلَقْتَنِي مِنْ نَارٍ وَخَلَقْتَهُ مِنْ طِينٍ
Aku lebih baik daripadanya, Engkau ciptakan aku daripada api, sedangkan, dia Engkau ciptakan daripada tanah liat.
(A’raf: 12)

Disebut juga di dalam Sad: 76

قالَ أَنا خَيرٌ مِّنهُ ۖ خَلَقتَني مِن نّارٍ وَخَلَقتَهُ مِن طينٍ
Iblis berkata: “Aku lebih baik daripadanya, kerana Engkau ciptakan aku daripada api, sedangkan dia Engkau ciptakan daripada tanah”.

Iblis sombong kerana dia sangka yang dia itu lebih mulia daripada Nabi Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ. Dia dijadikan daripada api sementara Nabi Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ dijadikan daripada tanah. Pada fikirannya, api lebih mulia daripada tanah kerana api duduknya di atas dan tanah duduknya rendah. Itu ikut kepala dia sahaja. Anggapannya bahawa api lebih mulia daripada tanah adalah anggapan yang tidak benar, kerana api dan tanah sama-sama makhluk Allah ﷻ. Allah ﷻ yang menciptakannya daripada tiada, kemudian melebihkan kegunaannya daripada yang satu atas yang lain, sesuai dengan kebijaksanaan-Nya. Api boleh membakar, sementara tanah pula boleh menumbuhkan. Keduanya menjadi tunjang kehidupan manusia.

Malah kita boleh saja katakan yang tanah lebih baik daripada api pun. Antara yang kita boleh fikirkan dengan akal kita,

1. Api sifatnya membakar dan memusnahkan, berbeza dengan tanah yang sifatnya mengembangkan dan menjadi sumber rezeki.

2. Api sifatnya berkobar, tidak mantap, sangat mudah diombang-ambingkan oleh angin, berbeza dengan tanah yang sifatnya mantap, tidak berubah lagi tenang.

3. Tanah diperlukan oleh manusia dan binatang, sedangkan api tidak diperlukan sangat oleh binatang, bahkan manusia pun dapat hidup lama tanpa api.

4. Api walaupun ada manfaatnya, tetapi bahayanya pun tidak kecil. Bahayanya hanya dapat diatasi dengan mengurangi atau memadamkannya. Berbeza dengan tanah, kegunaannya terdapat pada dirinya dan tanpa bahaya, bahkan semakin digali semakin nampak manfaat dan gunanya.

5. Api boleh padam oleh tanah, sedang tanah tidak dapat dibinasakan oleh api (malah kalau api bakar tanah, tanah akan menjadi lebih keras dan kuat). Api berfungsi sebagai pembantu. Bila diperlukan, ia dinyalakan dan bila tidak, ia dipadamkan.

6. Di dalam dan pada tanah terdapat sekian banyak hal yang bermanfaat, seperti sungai, mata air, pemandangan indah dan sebagainya. Api tidak demikian.

7. Allah ﷻ banyak menyebut tanah dalam kitab suci-Nya dalam konteks positif, sedang api tidak banyak disebut, dan kalaupun disebut, umumnya dalam konteks negatif.

Seandainya pun unsur api lebih mulia daripada unsur tanah, keunggulan dan kemuliaan iblis tidak serta merta terbukti. Kerana keunggulan dan kemuliaan di sisi Allah ﷻ bukan ditentukan oleh unsur sesuatu, tetapi oleh kedekatan dan pengabdiannya kepada Allah ﷻ.

Allah ﷻ beri isyarat yang iblis itu sama sahaja seperti Quraish yang sombong. Oleh kerana Quraisy itu rasa mereka lebih mulia daripada Nabi Muhammad ﷺ, kerana itu mereka ejek dan tidak mahu dengar kata-kata dakwah baginda. Sama sahaja perangai mereka dengan iblis.

Begitulah kurang ajarnya iblis kepada Allah ﷻ. Sepatutnya dia tidak persoalkan arahan daripada Allah ﷻ. Dia tidak perlu tahu kenapa dia kena sujud kepada Nabi Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ kerana arahan sudah dikeluarkan. Ini sama juga seperti kita yang sudah diberi hukum halal dan haram oleh Allah ﷻ, tidak sepatutnya kita menangguh untuk taat kepada arahan itu konon untuk kita faham kenapa Allah ﷻ beri hukum sebegitu. Apabila Allah ﷻ telah beri hukum dan beri arahan, kita tidak ada ruang untuk mempersoalkan, untuk menangguh-nangguh lagi. Bayangkan kalau seorang tuan beri arahan kepada hamba sahayanya dan hamba sahayanya itu itu boleh pula tanya: “Bos, kenapa saya kena buat benda ini?” Apa agaknya nasib hamba itu?

Allah ﷻ tidak perlu menjelaskan kepada iblis kenapa iblis kena sujud kepada Nabi Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ. Sebab itu kita tidak jumpa jawapan daripada Allah ﷻ atas penolakan iblis itu. Siapa dia yang Allah ﷻ kena beri jawapan? Akan tetapi jawapannya telah banyak disebut sebenarnya; iaitu Allah ﷻ itu Tuhan dan kita ini hamba. Ditekankan berkali-kali di dalam banyak ayat yang memberitahu kepada kita yang kita kena taat kepada Allah ﷻ tanpa soal.


 

Isra’ Ayat 62: Allah ﷻ menyambung cerita tentang kisah iblis. Ini mengajar kita salah satu cara dakwah dan mengajar adalah dengan menggunakan kaedah penceritaan.

قَالَ أَرَءَيتَكَ هَـٰذَا ٱلَّذِى ڪَرَّمتَ عَلَىَّ لَٮِٕن أَخَّرتَنِ إِلَىٰ يَومِ ٱلقِيَـٰمَةِ لَأَحتَنِكَنَّ ذُرِّيَّتَهُ ۥۤ إِلَّا قَلِيلاً

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Iblees] said, “Do You see this one whom You have honored above me? If You delay me [i.e., my death] until the Day of Resurrection, I will surely destroy¹ his descendants, except for a few.”

  • By tempting them and leading them astray.

(MELAYU)

Dia (Iblis) berkata: “Adakah Engkau lihat orangnya yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, nescaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil”.

 

قَالَ أَرَءَيتَكَ هَـٰذَا ٱلَّذِى ڪَرَّمتَ عَلَىَّ

Dia (iblis) berkata: “Adakah Engkau lihat orangnya yang Engkau muliakan atas diriku?

Lihat bagaimana iblis kurang ajar dengan Allah ﷻ. Dia menghina ciptaan Allah ﷻ. Dia suruh Allah ﷻ tengok Nabi Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ itu. Dia hendak kata, “Tengoklah makhluk yang Kamu lebihkan atas aku ini.. adakah dia lebih layak dari aku?”

Padahal Allah ﷻ yang ciptakan Nabi Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ itu dan Allah ﷻ telah muliakan baginda. Namun lihatlah bagaimana iblis berani mengatakan yang ciptaan Allah ﷻ itu tidak layak untuk dimuliakan. Seolah-olah dia berkata: “Apa benarkah kelebihan insan itu daripadaku? Bahkan menurut pengetahuanku, orang ini, dan keturunan-keturunannya yang akan datang di belakang adalah makhluk yang lemah, mudah tergoda, sebab asalnya dari tanah. Bukan semacam ini orang yang patut dimuliakan. Bagaimana asal api akan disuruh merendah kepada asal tanah?”

 

لَٮِٕن أَخَّرتَنِ إِلَىٰ يَومِ ٱلقِيَـٰمَةِ

Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat,

Maka iblis meminta supaya dipanjangkan umurnya supaya dia boleh hidup sampai ke Hari Kiamat. Dia hendak buktikan yang memang benar anak-anak Nabi Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ itu lemah. Akan tetapi dia perlukan masa. Di dalam A’raf: 14, iblis minta ditangguhnya kematiannya sehingga ke hari kebangkitan.

قالَ أَنظِرني إِلىٰ يَومِ يُبعَثونَ
Iblis berkata: “Beri tangguhlah aku sampai waktu mereka dibangkitkan”.

Ini mengajar kita umur yang panjang, bukanlah ada kelebihan dari segi agama. Sebab itu Allah ‎ ﷻboleh sahaja beri kepada iblis umur yang panjang. Kalau umur kita panjang tetapi banyak dosa, lagi bahaya kerana mengumpul dosa menjadi semakin banyak dan menyebabkan kita diazab lebih teruk di dalam neraka. Maka jangan berdoa minta umur panjang, tetapi doalah supaya dimatikan dalam keadaan beriman.

Tahukah anda bahawa doa iblis ini banyak diulang-ulang oleh orang kita? Itulah doa minta panjang umur. Biasa bukan dengar doa minta dipanjangkan umur ini? Maka kalau kita berdoa begitu, maknanya kita ikut sunnah iblis sebenarnya. Oleh itu ini bukanlah doa yang baik. Sebaliknya kita sepatutnya minta dimatikan dalam keadaan baik iaitu di dalam iman. Antaranya doa sebegini:

اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا بِسُوءِ الخَاتِمَة
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan pengakhiran yang baik) dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan pengakhiran yang buruk.”

Atau, boleh amalkan doa Nabi Yusuf عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ seperti disebut dalam Yusuf: 101

تَوَفَّني مُسلِمًا وَأَلحِقني بِالصّالِحينَ
wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang soleh.

Buat apa umur yang panjang kalau umur yang panjang itu menambah dosa sahaja? Apa gunanya jikalau umur yang panjang tetapi tidak membantu kita? Begitulah juga kehendak orang Yahudi seperti disebut dalam Baqarah: 96

وَلَتَجِدَنَّهُم أَحرَصَ النّاسِ عَلىٰ حَيَوٰةٍ وَمِنَ الَّذينَ أَشرَكوا ۚ يَوَدُّ أَحَدُهُم لَو يُعَمَّرُ أَلفَ سَنَةٍ وَما هُوَ بِمُزَحزِحِهِ مِنَ العَذابِ أَن يُعَمَّرَ
Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang daripada mereka suka kiranya dia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya daripada azab (yang disediakan oleh Allah).

 

لَأَحتَنِكَنَّ ذُرِّيَّتَهُ ۥۤ إِلَّا قَلِيلاً

nescaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil”.

Dia minta dipanjangkan umurnya sampai ke Hari Kiamat supaya dia boleh usaha untuk sesatkan anak cucu Nabi Adam. Anak cucu Nabi Adam dan Hawwa sahaja, sedangkan keduanya selamat tidak dapat disesatkan. Dalam ayat ini diberitahu apakah modus operandi iblis itu:

Dia akan إحتنك ihtanaka (sesatkan). Kalimah لَأَحتَنِكَنَّ pula apabila ditambah dengan kalimah penekanan untuk menguatkannya (hyperbole). Ia daripada katadasar ح ن ك yang bermaksud lelangit dalam mulut (kerana itu tahnik adalah mengenakan manisan seperti kurma pada lelangit mulut bayi). Digunakan dalam ayat ini untuk bermaksud menghasut seperti menarik mulut atau hidung (seperti menarik tali yang diikat pada hidung lembu). Ia juga digunakan apabila diletakkan tali pada mulut kuda untuk mengawalnya. Maka tamsilnya adalah mengawal sepenuhnya. Maksudnya, dia mahu menghasut dan menguasai anak-anak Adam dan sesatkan mereka keseluruhannya seakan-akan penunggang kuda mengawal kuda dengan tali kekangan.

Kenapa sebut anak cucu Nabi Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ dan tidak disebut Nabi Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ sendiri? Agaknya boleh jadi Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ dengan sengaja tidak disebutnya kerana tentu saja Nabi Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ akan lebih digodanya (maka tidak perlu disebut lagi), apatah lagi anak cucunya. Ini kerana Nabi Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ lah yang merupakan sumber kedengkian dan iri hati iblis. Kalau anak cucunya saja akan digoda dan dijerumuskannya, maka tentu lebih-lebih lagi Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ.

Boleh jadi juga kerana ketika itu iblis telah puas dengan keberhasilannya menjadi “sebab” keluarnya Nabi Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ dari syurga. Demikian pendapat Ibn ‘Asyur رَحِمَهُ اللَّهُ.

Kemungkinan ketiga adalah kerana Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ yang telah mendapat pelajaran dan pengalaman pahit itu, telah membentengi diri, sehingga iblis merasa bahawa ia tidak akan berhasil lagi menjerumuskan Nabi Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ. Bukankah seorang mukmin tidak akan terjerumus dua kali di lubang yang sama?

Akan tetapi iblis tetap akan menggoda anak cucu Nabi Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ itu. Ini kerana tentu saja orang tua akan lebih sakit melihat anak cucunya terjerumus oleh godaan syaitan. Maka iblis hendak sakitkan hati Nabi Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ.

Kalimah إحتنك juga digunakan bila belalang makan semua tanaman pada ladang. Kerana apabila ia serang, ia akan makan habis terus. Maksudnya, iblis akan gunakan apa sahaja cara dan helah yang dia ada untuk menyesatkan Bani Adam sampai habis keseluruhan masuk neraka. Semua hendak disesatkannya kecuali sedikit sahaja kerana iblis sendiri tahu yang bukan semua dia boleh sesatkan. Oleh kerana itu ada hadith yang mengatakan daripada seribu orang manusia, seorang sahaja yang tidak masuk neraka.

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى : ” يَا آدَمُ ، فَيَقُولُ : لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ وَالْخَيْرُ فِي يَدَيْكَ ، فَيَقُولُ : أَخْرِجْ بَعْثَ النَّارِ ، قَالَ : وَمَا بَعْثُ النَّارِ ، قَالَ : مِنْ كُلِّ أَلْفٍ تِسْعَ مِائَةٍ وَتِسْعَةً وَتِسْعِينَ فَعِنْدَهُ يَشِيبُ الصَّغِيرُ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى النَّاسَ سُكَارَى وَمَا هُمْ بِسُكَارَى وَلَكِنَّ عَذَابَ اللَّهِ شَدِيدٌ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ وَأَيُّنَا ذَلِكَ الْوَاحِدُ ، قَالَ : ” أَبْشِرُوا فَإِنَّ مِنْكُمْ رَجُلًا وَمِنْ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ أَلْفًا
Abu Sa’id al-Khudri رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ meriwayatkan Nabi ﷺ bersabda: “Allah ﷻ berfirman: Wahai Adam!’ Adam عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ menjawab: Aku menjawab panggilan-Mu, segala kebaikan ada di kedua tangan-Mu. Lalu Allah berfirman: Keluarkanlah rombongan penghuni Neraka. Baginda bertanya: Berapakah jumlah rombongan penghuni Neraka? Allah menjawab: Untuk setiap seribu orang ada sembilan ratus sembilan puluh sembilan. Saat itu rambut anak kecil mendadak beruban, setiap orang yang hamil keguguran kandungannya, dan engkau lihat manusia mabuk padahal mereka tidak mabuk, melainkan azab Allah sangat pedih. Para Sahabat bertanya: Ya Allah, Siapakah di antara kami yang termasuk satu orang itu? Nabi ﷺ menjawab: Bergembiralah, sesungguhnya satu orang daripada kalian dan seribu orang itu daripada Ya’juj dan Ma’juj.
(Sahih Bukhari, Kitab Ahadith al-Anbiya’, Hadith No. 3121)

Di dalam A’raf: 16-17 iblis menceritakan apa yang dia akan lakukan untuk menyesatkan bani Adam:

قالَ فَبِما أَغوَيتَني لَأَقعُدَنَّ لَهُم صِرٰطَكَ المُستَقيمَ
Iblis menjawab: “Kerana Engkau telah sesatkan aku, aku benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus,

ثُمَّ لَآتِيَنَّهُم مِن بَينِ أَيديهِم وَمِن خَلفِهِم وَعَن أَيمٰنِهِم وَعَن شَمائِلِهِم ۖ وَلا تَجِدُ أَكثَرَهُم شٰكِرينَ
kemudian aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).


 

Isra’ Ayat 63: Jawapan daripada Allah ﷻ kepada permintaan iblis supaya nyawanya dipanjangkan.

قَالَ ٱذهَب فَمَن تَبِعَكَ مِنهُم فَإِنَّ جَهَنَّمَ جَزَآؤُكُم جَزَآءً مَّوفُورًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Allāh] said, “Go, for whoever of them follows you, indeed Hell will be the recompense of [all of] you – an ample recompense.

(MELAYU)

Tuhan berfirman: “Pergilah, barangsiapa di antara mereka yang mengikuti kamu, maka sesungguhnya neraka Jahannam adalah balasanmu semua, sebagai suatu pembalasan yang cukup.

 

قالَ اذهَب

Tuhan berfirman: “Pergilah,

Allah ﷻ suruh iblis pergi daripada hadapan-Nya. Walaupun iblis telah kurang ajar dengan Allah ﷻ tetapi Allah ﷻ tetap bersabar tidak terus hancurkan iblis. Juga ia bermaksud pergilah buat apa yang engkau hendak buat. Dalam ayat yang lain, kita dapat tahu yang permintaan iblis untuk dipanjangkan nyawa itu dimakbulkan oleh Allah ﷻ. Ini melalui firman-Nya:

قَالَ فَإِنَّكَ مِنَ الْمُنْظَرِينَ * إِلَى يَوْمِ الْوَقْتِ الْمَعْلُومِ
(Kalau begitu) maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, sampai hari (suatu) waktu yang telah ditentukan.
(Hijr: 37-38)

Iblis adalah makhluk yang paling jahat, paling teruk. Akan tetapi kenapa Allah ﷻ makbulkan pula doa dia? Tidak ada masalah, boleh sahaja Allah ﷻ hendak makbulkan doa sesiapa sahaja, sama beriman atau tidak, jahat atau tidak. Maka ini mengajar kita yang permakbulan doa tidaklah bermakna Allah ﷻ sayang kepada kita. Ia juga tidak bermakna apa yang Allah ﷻ makbulkan itu baik bagi kita. Lihat doa iblis yang dimakbulkan ini. Adakah ia baik baginya? Tentu tidak! Lagi lama dia hidup, lagi banyak dosa dia buat, bukan? Maka dia akan diazabkan dengan yang paling teruk sekali kerana dosanya yang paling banyak!

Selalu ditanya, syaitan pun panjang nyawakah macam iblis? Tidak. Yang panjang nyawa tidak mati-mati itu iblis seekor itu sahaja. Akan tetapi syaitan daripada jenis jin itu panjanglah nyawa mereka kalau dibandingkan dengan umat manusia yang rata-rata setakat 60 tahun sahaja. Mereka mungkin beratus tahun boleh hidup. Namun tetap akan mati juga, tidaklah ditangguhkan sampai ke hari Kiamat.

 

فَمَن تَبِعَكَ مِنهُم

barangsiapa di antara mereka yang mengikuti kamu,

Iblis dibenarkan oleh Allah ﷻ untuk menghasut umat manusia. Manusia diberikan dengan pilihan untuk memilih sama ada untuk menerima kebenaran atau kebathilan; sama ada menerima ajaran wahyu atau termakan dengan pujukan iblis dan tenteranya. Maka malang bagi mereka yang termakan dengan bisikan syaitan itu. Iaitu mereka yang ikut ajakan iblis dan tenteranya para syaitan. Allah ﷻ telah berfirman di dalam Hijr: 42

إِنَّ عِبادي لَيسَ لَكَ عَلَيهِم سُلطٰنٌ إِلّا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الغاوينَ
Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang-orang yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat.

 

فَإِنَّ جَهَنَّمَ جَزَآؤُكُم جَزَآءً مَّوفُورًا

maka sesungguhnya neraka Jahannam adalah balasanmu semua, sebagai suatu pembalasan yang cukup.

Kerana sesiapa sahaja ikut yang ikut iblis, maka balasannya mereka akan dimasukkan ke dalam neraka dan itulah balasan yang setimpal. Allah ﷻ beritahu perkara ini kepada iblis dan semua manusia yang ikut iblis.

Pasti mereka akan diberikan balasan dengan cukup, dengan penuh. Kalimah مَوفورًا daripada katadasar و ف ر yang bermaksud banyak, cukup, bertambah. Ia menekankan yang azab yang akan dikenakan kepada mereka itu bukan kecil-kecil anak. Maka bersedialah untuk menerimanya.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 2 Mei 2024

Ringkasan Surah Isra’


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafsir Jalalain

Maariful Qur’an

Tafsir Al-Azhar Prof. HAMKA

Dr Fathul Bari

Ustaz Solahudin

Ustaz Abdul Muien Ghulam Dakwah

Tafsir Al-Mishbah (Dr. M. Quraish Shihab)