Tafsir Surah an-Nisa Ayat 171 – 172 (Ghuluw dalam agama)

Ayat 171: Nasihat kepada Ahli Kitab, terutama sekali puak Nasara/Yahudi dan juga kepada kita juga. Kita kena ambil perhatian tentang ayat ini dan jangan sangka Allah ‎ﷻ hanya menegur mereka sahaja. Apa sahaja teguran kepada golongan sebelum kita adalah teguran kepada kita juga.

يٰأَهلَ الكِتٰبِ لا تَغلوا في دينِكُم وَلا تَقولوا عَلَى اللهِ إِلَّا الحَقَّ ۚ إِنَّمَا المَسيحُ عيسَى ابنُ مَريَمَ رَسولُ اللهِ وَكَلِمَتُهُ أَلقٰها إِلىٰ مَريَمَ وَروحٌ مِّنهُ ۖ فَئآمِنوا بِاللهِ وَرُسُلِهِ ۖ وَلا تَقولوا ثَلٰثَةٌ ۚ انتَهوا خَيرًا لَّكُم ۚ إِنَّمَا اللهُ إِلٰهٌ وٰحِدٌ ۖ سُبحٰنَهُ أَن يَكونَ لَهُ وَلَدٌ ۘ لَّهُ ما فِي السَّمٰوٰتِ وَما فِي الأَرضِ ۗ وَكَفىٰ بِاللهِ وَكيلًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O People of the Scripture, do not commit excess in your religion¹ or say about Allāh except the truth. The Messiah, Jesus, the son of Mary, was but a messenger of Allāh and His word which He directed to Mary and a soul [created at a command] from Him. So believe in Allāh and His messengers. And do not say, “Three”; desist – it is better for you. Indeed, Allāh is but one God. Exalted is He above having a son. To Him belongs whatever is in the heavens and whatever is on the earth. And sufficient is Allāh as Disposer of affairs.

  • Such as attributing divine qualities to certain creations of Allāh or revering them excessively.

MALAY

Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: “(Tuhan itu) tiga”. Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).

 

يٰأَهلَ الكِتٰبِ لا تَغلوا في دينِكُم

Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, 

Walaupun ayat ini khitab kepada Ahli Kitab, tetapi kita kenalah mengambil perhatian juga. Ini kerana kalau sesuatu ayat itu ditujukan kepada Ahlul Kitab, kita kenalah mendengarnya juga supaya kita jangan berbuat salah seperti mereka. Kesalahan-kesalahan mereka telah menyebabkan kehancuran dan kesesatan mereka sendiri. Dan kalau kita tidak mengambil perhatian, kemungkinan besar kita pun akan menjadi seperti mereka juga.

Puak Nasara telah mengangkat Nabi Isa عليه السلام melebihi dari kedudukan baginda sebagai seorang Rasul. Mereka telah mengatakan yang baginda adalah tuhan dan mereka memuja dan menyeru baginda seolah-olah baginda adalah tuhan.

Selain dari itu juga, mereka mengatakan terdapat di kalangan mereka yang tidak melakukan dosa langsung, sehingga boleh mengampunkan dosa pengikut-pengikut mereka. Inilah yang berlaku di gereja-gereja mereka sekarang. Perkara ini memang melampau dan berlebih-lebihan di dalam agama. Mereka bukan sahaja terlalu meninggikan kedudukan Nabi Isa عليه السلام, malah ulama-ulama mereka pun mereka tinggikan juga.

Allah ‎ﷻ sebut perangai mereka:

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللهِ

Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah. (At-Taubah: 31), hingga akhir ayat.

Ayat ini dengan jelas melarang ghuluw di dalam agama. Ghuluw maksudnya melampaui batas, berlebihan daripada yang sepatutnya. Sepatutnya di dalam hal agama, kita mesti mengikut wahyu, tidak boleh berlebih-lebihan.

Golongan Yahudi juga telah melampaui batas di dalam agama mereka. Berkenaan Nabi Isa عليه السلام, mereka sanggup mengatakan baginda adalah seorang penipu dan malah mengatakan baginda anak haram dan menuduh Sayyidah Maryam sebagai penzina!

Malangnya, kita juga boleh melihat bagaimana terdapat ramai dari kalangan masyarakat Islam kita yang berlebih-lebihan di dalam agama. Mereka turut mengangkat kedudukan Nabi Muhammad ﷺ terlalu tinggi sehingga kadang-kadang setaraf dengan Allah ‎ﷻ! Mereka berkata yang Nabi ﷺ boleh memberikan pelbagai kelebihan dan syafaat, maka ramai yang menyeru Nabi ﷺ.

Dan yang amat menyedihkan, perbuatan ini dibuat di tempat terbuka, sehinggakan seluruh stadium menyeru-nyeru nama baginda! Inilah yang diajar oleh golongan Habib yang entah datang dari mana. Tetapi oleh kerana mereka tampil penuh sopan dalam pakaian kearaban, pandai menyanyi, pandai menari, pandai berzikir, fasih berbahasa Arab, maka berbondong-bondong masyarakat kita yang jahil mengikuti mereka.

Nabi Muhammad ﷺ telah berpesan:

قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا هُشَيم قَالَ: زَعَمَ الزُّهْرِي، عَنْ عُبَيْدِ اللهِ بْنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُتْبة بْنِ مَسْعُودٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، عَنْ عُمَرَ: أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وسلم قال: “لَا تُطْرُوني كَمَا أَطْرَتِ النَّصَارَى عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ، فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُ اللهِ وَرَسُولُهُ”.

Imam Ahmad رحم الله mengatakan, telah menceritakan kepada kami Hasyim yang mengatakan bahwa Az-Zuhri menduga dari Ubaidillah ibnu Ab­dullah ibnu Atabah ibnu Mas’ud, dari Ibnu Abbas, dari Umar, bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda: Janganlah kalian menyanjung-nyanjung diriku sebagaimana orang-orang Nasrani menyanjung-nyanjung Isa عليه السلام putera Maryam. Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang hamba, maka katakan­lah, “Hamba dan utusan Allah ‎ﷻ.”

Golongan tarekat pun tidak kurang juga ramainya di Malaysia. Mereka diajar oleh guru-guru mereka yang sesat dengan fahaman-fahaman dan amalan-amalan yang berlebihan. Maka, ramailah yang telah jatuh sesat. Mereka membuat amalan yang bid’ah dan malah ada yang syirik. Semuanya hanyalah kerana tidak belajar agama, tidak belajar tafsir Qur’an dan Hadis Rasulullah ﷺ.

Ajaran sufi juga telah dicedok dari ajaran Kristian sebenarnya. Mereka meniru konsep kerahiban yang dilakukan oleh puak sesat Kristian dan memasukkan amalan itu ke dalam Islam. Ini kita ketahui dari Hadid:27

وَرَهبانِيَّةً ابتَدَعوها ما كَتَبنٰها عَلَيهِم إِلَّا ابتِغاءَ رِضوٰنِ اللهِ فَما رَعَوها حَقَّ رِعايَتِها ۖ فَئآتَينَا الَّذينَ ءآمَنوا مِنهُم أَجرَهُم ۖ وَكَثيرٌ مِّنهُم فٰسِقونَ

Dan mereka mengada-adakan rahbaniyyah padahal kami tidak mewajibkannya kepada mereka tetapi (mereka sendirilah yang mengada-adakannya) untuk mencari keredhaan Allah, lalu mereka tidak memeliharanya dengan pemeliharaan yang semestinya. Maka Kami berikan kepada orang-orang yang beriman di antara mereka pahalanya dan banyak di antara mereka orang-orang fasik.

Mereka itu adalah orang yang baik, mahukan agama dan mahu masuk syurga juga, tetapi malangnya mereka telah tertipu. Mereka disuruh untuk membuat amal ibadat yang bid’ah terlalu banyak, sampai tidak ada masa untuk belajar langsung. Bila tidak belajar langsung, maka mereka terus berada di dalam kejahilan. Ini kerana mereka tidak mempelajari bahawa amalan mereka itu salah. Mereka perasan sahaja yang amalan mereka itu baik, tetapi tidak sebenarnya.

Walau bagaimanapun, janganlah pula kita membuat  ibadah yang kurang dari sepatutnya. Sebagai contoh, ada yang memilih satu perkara dari ibadah dan dia tumpukan kepada itu sahaja. Contohnya, ada yang membuat ibadah solat sahaja dan tidak membuat ibadah yang lain. Ini pun salah juga. Maka kita kenalah berada di tengah-tengah: jangan ghuluw dan jangan pula membuat yang kurang dari sepatutnya.

Antara fahaman bahaya di dalam masyarakat Islam adalah sangkaan yang manusia tidak memerlukan hadis serta tidak memerlukan ulama’. Mereka berkata, sudah cukup dengan hanya membaca Qur’an sahaja. Mereka sangkakan Qur’an itu boleh difahami dengan hanya membacanya sahaja tanpa perlu berguru. Ini juga ghuluw di dalam fahaman dan amat berbahaya.

Mana mungkin manusia boleh memahami Qur’an tanpa melalui proses pembelajaran dari guru? Kalau Qur’an ini sahaja sudah cukup, tentu Allah ‎ﷻ memberikan wahyu sahaja dan tidak perlu kepada para Rasul untuk mengajar kita. Kita telah mengetahui yang Allah ‎ﷻ sentiasa sahaja menaikkan para Nabi dan Rasul dari zaman berzaman untuk menyampaikan ajaran kepada manusia.

Dalam masa yang sama, ada pula golongan lain yang ghuluw juga: mereka mengambil sahaja semua pendapat yang datangnya dari para ustaz dan ‘ulama’ tanpa mereka selidiki sama ada pendapat itu datang dari wahyu ataupun hanyalah dari nafsu mereka semata-mata.

 

وَلا تَقولوا عَلَى اللهِ إِلَّا الحَقَّ

dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; 

Kita kenalah bercakap dan membuat perkara agama yang tsabit dari wahyu sahaja, sama ada dari ayat Qur’an atau Hadis yang sahih. Dalil inilah juga yang digunakan oleh golongan salaf kepada khalaf dalam melarang mereka berbuat perkara bid’ah dalam agama. Maka amalkan amalan yang terdapat dari nas sahaja, janganlah ditambah pula.

Jangan berkata sesuatu amalan bid’ah itu baik, Allah ‎ﷻ suka, Nabi ﷺ pun suka, sedangkan tidak pernah ada dalil yang mengatakan sedemikian. Kalau berkata begitu, maknanya telah mengatakan tentang Allah ‎ﷻ di dalam perkara yang tidak haq. Ini adalah bertentangan terus dengan ayat ini.

Maka kenalah kita belajar apa yang terjadi kepada umat Islam terdahulu (Yahudi dan Nasrani). Ini kerana mereka membenarkan bid’ah, maka agama mereka telah ditukar sampaikan tidak nampak Islamnya lagi. Adakah kita ingin membenarkan agama kita pula menjadi seperti agama mereka? Maka, janganlah kita membuka pintu bida’h ini kerana ia amatlah berbahaya sekali.

 

إِنَّمَا المَسيحُ عيسَى ابنُ مَريَمَ رَسولُ اللهِ

sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah

Kedudukan Nabi Isa عليه السلام adalah punca kepada titik salah faham golongan Ahli Kitab. Puak Yahudi menuduh baginda adalah anak  haram manakal puak Nasara pula mengangkat baginda menjadi anak tuhan dan salah satu dari tuhan. Kedua-dua itu adalah fahaman yang salah. Kedua-dua itu adalah ghuluw  di dalam beragama.

Jadi, ayat ini dengan tegas dan jelas, mengatakan yang baginda adalah Rasulullah, seorang yang mulia dan bukanlah anak haram.

 

وَكَلِمَتُهُ

dan Kalimah Allah

Ulama berbeza pendapat tentang apakah maksud ‘kalimah’ Allah ‎ﷻ ini?

1. ‘Kalimat’ maksudnya baginda dijadikan dengan kalimat Kun Fayakun Allah ‎ﷻ. Allah ‎ﷻ tidak menjadikan baginda melalui proses normal kejadian manusia (dari percampuran air mani dan telur ibu kemudian membesar di dalam rahim selama 9 bulan).

Ia menjadi hujah bahawa Allah ‎ﷻ boleh berbuat apa sahaja yang Dia kehendaki. Allah ‎ﷻ tidak perlu mengikut proses alam kerana proses alam ini pun adalah dariNya juga. Ini seperti yang Allah ‎ﷻ telah sebutkan di dalam ayat yang lain:

{إِنَّ مَثَلَ عِيسَى عِنْدَ اللهِ كَمَثَلِ آدَمَ خَلَقَهُ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ قَالَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ}

Sesungguhnya misal penciptaan Isa di sisi Allah adalah seperti penciptaan Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudi­an Allah berfirman kepadanya, “Jadilah!” (seorang manusia). Maka jadilah dia. (Ali Imran: 59)

Ini juga adalah dalil yang Nabi Isa عليه السلام bukannya Tuhan (atau Anak Tuhan).  Baginda adalah makhluk ciptaan Allah ‎ﷻ jua, tidak lebih dari itu. Cuma kejadian baginda sahaja lain dari orang lain.

2. Pendapat kedua mengatakan kalimah yang dimaksudkan adalah berita gembira yang telah diberikan kepada Maryam tentang kelahiran Nabi Isa عليه السلام itu. Ini seperti yang telah disebut dalam Ali Imran:45.

إِذ قالَتِ المَلائِكَةُ يا مَريَمُ إِنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكِ بِكَلِمَةٍ مِنهُ اسمُهُ المَسيحُ عيسَى ابنُ مَريَمَ

(Ingatlah), ketika Malaikat berkata: “Hai Maryam, sesungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran seorang putera yang diciptakan) dengan kalimat (yang datang) daripada-Nya, namanya Al Masih Isa putera Maryam,

3. Satu lagi pendapat mengatakan ‘kalimah’ yang dimaksudkan adalah ‘ayah‘ (tanda, mufrad kepada ayat). Iaitu tanda kepada Allah ‎ﷻ. Dalil hujah ini terdapat di dalam ayat Tahreem:12

وَصَدَّقَت بِكَلِمٰتِ رَبِّها

dan dia (Maryam) membenarkan kalimat Rabbnya

 

أَلقٰها إِلىٰ مَريَمَ

yang telah disampaikanNya kepada Maryam,

Dari segi bahasa, roh itu dicampakkan ke dalam tubuh Maryam. Kejadian kelahiran Nabi Isa عليه السلام adalah berlainan dari kejadian makhluk yang biasa.

Atau, yang dicampakkan itu adalah kalimah Kun dari Allah ‎ﷻ kepada Maryam.

 

وَروحٌ مِّنهُ

dan roh daripadaNya. 

Roh Nabi Isa عليه السلام pun datangnya dari Allah ‎ﷻ. Maksudnya nyawa baginda pun dari Allah ‎ﷻ. Kalau nyawa baginda pun Tuhan yang beri, tidak mungkin baginda pula tuhan.

Jangan pula ada yang berkata: ini menunjukkan kelebihan Nabi Isa عليه السلام pula kerana ‘Roh Allah ‎ﷻ’. Kita kenalah ingat yang semua roh adalah dari Allah ‎ﷻ, termasuk roh kita juga. Allah ‎ﷻ tekankan di dalam ayat ini yang roh Nabi Isa عليه السلام pun dari Dia juga, bukannya dari yang lain.

Dan apabila ditambah ‘Roh Allah ‎ﷻ’ dalam menyebut tentang Nabi Isa عليه السلام, maka, ia memberi penghormatan kepada baginda. Ini sebagaimana Kaabah digelar Baitullah sebagai penghormatan kepada Kaabah.

Ini penting kerana orang Kristian mungkin menggunakan ayat ini untuk mengatakan yang Nabi Isa عليه السلام adalah sebahagian dari Allah ‎ﷻ pula dan mungkin mereka akan mengatakan yang ini adalah dalil bagi konsep Triniti mereka.

Ini boleh dijawab dengan ayat yang lain. Kalimah مِّنْهُ tidak membawa maksud ‘sebahagian dariNya’. Kalau kita lihat ayat Jathiya:13 pun digunakan kalimah ini.

وَمَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مِّنْهُ

dan apa yang ada di bumi, daripadaNya;

Maka, kalau kita mengatakan kalimah مِّنْهُ itu bermaksud ‘sebahagian dari Allah ‎ﷻ’, maka seluruh alam ini pun sebahagian dari Allah ‎ﷻ juga, dan ini tidak benar sama sekali.

 

فَئآمِنوا بِاللهِ وَرُسُلِهِ

Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, 

Berimanlah dengan apa yang disampaikan oleh Allah ‎ﷻ melalui RasulNya. Janganlah  ditokok tambah seperti yang telah banyak yang dilakukan oleh para agamawan.

Kita mestilah beriman dengan apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad ﷺ. Ini memerlukan pembelajaran, bukan hanya sekadar menerimanya sahaja. Kenalah masuk kelas dan belajar tafsir dan belajar hadis dahulu. Ini memerlukan saham masa yang banyak juga kerana ilmu mengambil masa untuk difahami.

 

وَلا تَقولوا ثَلٰثَةٌ

dan janganlah kamu mengatakan: “(Tuhan itu) tiga”.

Inilah konsep Triniti yang dipegang sekarang oleh penganut Kristian. Mereka mengatakan tuhan itu ‘tiga dalam satu’ – iaitu Tuhan Bapa, Nabi Isa عليه السلام dan Maryam. Mereka berkata yang gabungan ketiga-tiga entiti ini menjadi Tuhan.

 

انتَهوا خَيرًا لَّكُم

Berhentilah, itu lebih baik bagi kamu.

Janganlah pegang lagi fahaman yang sesat itu. Tiada dalil langsung pemahaman itu termasuklah di dalam Bible mereka. Sehingga sekarang, mereka masih tidak boleh menunjukkan bukti akidah Triniti mereka itu di dalam Qur’an. Ia hanyalah rekaan ulama-ulama mereka sahaja.

 

 إِنَّمَا اللهُ إِلٰهٌ وٰحِدٌ

Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, 

Inilah ajaran tauhid yang semua makhluk mesti pegang kemas sampai mati. Allah ‎ﷻ itu esa, tidak ada anak dan tidak diperanakkan. Tidak ada ilah selain Dia.

Mesti belajar konsep ilah dahulu baru boleh memahami apakah maksud ayat ini. Malangnya ramai orang Islam pun tidak faham tentang perkara ini. Ramai yang pandai menyebut sahaja Kalimah Tauhid tetapi tidak memahami apakah itu Tauhid.

 

سُبحٰنَهُ أَن يَكونَ لَهُ وَلَدٌ ۘ

Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. 

Allah ‎ﷻ suci dari sifat memerlukan anak. Hanya makhluk yang lemah sahaja yang memerlukan anak, tetapi Allah ‎ﷻ tidak lemah sama sekali. Allah ‎ﷻ tidak memerlukan pengganti, dan Allah ‎ﷻ tidak memerlukan pembantu atau peneman di kala sunyi.

Jadi, kalau ada yang berkata yang Nabi Isa عليه السلام itu adalah Anak Allah ‎ﷻ, maka itu adalah fahaman yang sesat.

 

لَّهُ ما فِي السَّمٰوٰتِ وَما فِي الأَرضِ

Kepunyaan Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.

Kenapa Allah ‎ﷻ memerlukan anak sedangkan semua alam ini adalah kepunyaanNya? Semua yang selain dariNya dan semua makhluk adalah milikNya belaka. Dia tidak memerlukan pertolongan dan tidak memerlukan bantuan sokongan dari sesiapa pun.

 

وَكَفىٰ بِاللهِ وَكيلًا

Dan cukuplah Allah menjadi pengurus

Cukuplah kita bergantung dengan Allah ‎ﷻ sahaja untuk menguruskan kehidupan, kehendak dan keperluan kita. Kita tidak memerlukan entiti yang lain.

Terdapat manusia yang menyembah dan melakukan ibadat kepada selain Allah ‎ﷻ kerana mereka merasakan yang mereka memerlukan bantuan dan pertolongan dari entiti-entiti itu, tetapi di sini Allah ‎ﷻ ingin memberitahu: tidak perlu. Kita hanya perlu terus berharap kepadaNya sahaja di dalam setiap perkara.

Habis Ruku’ ke 23 dari 24 ruku’ dalam surah ini.


 

Ayat 172: Semasa Nabi Muhammad ﷺ berada di Madinah, terdapat puak Nasara dari Najran yang datang untuk bertemu dengan Nabi ﷺ untuk berbincang tentang Tuhan. Mereka tidak dapat menerima apabila orang Islam berkata yang Nabi Isa عليه السلام itu hanyalah seorang hamba tuhan dan bukannya Anak Tuhan seperti mereka sangkakan sebelum ini.

Ini adalah kerana mereka memandang tinggi kedudukan Nabi Isa  عليه السلام sehinggakan terdapat orang Kristian yang menganggap baginda bukan Anak Tuhan, malah sebahagian dari Tuhan ataupun Tuhan sendiri. Mereka beriktikad yang baginda mempunyai martabat yang sangat tinggi dan bukan manusia.

لَّن يَستَنكِفَ المَسيحُ أَن يَكونَ عَبدًا لِّلهِ وَلَا المَلىٰئِكَةُ المُقَرَّبونَ ۚ وَمَن يَستَنكِف عَن عِبادَتِهِ وَيَستَكبِر فَسَيَحشُرُهُم إِلَيهِ جَميعًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Never would the Messiah disdain to be a servant of Allāh, nor would the angels near [to Him]. And whoever disdains His worship and is arrogant – He will gather them to Himself all together.

MALAY

(Nabi Isa) Al-Masih tidak sekali-kali enggan dan angkuh daripada menjadi hamba bagi Allah, demikian juga (sikap) malaikat yang sentiasa berdamping (dengan Allah). Dan sesiapa yang enggan dan angkuh daripada beribadat (menyembah dan memperhambakan diri) kepada Allah, serta ia berlaku sombong takbur, maka Allah akan menghimpunkan mereka semua kepadaNya.

 

لَّن يَستَنكِفَ المَسيحُ أَن يَكونَ عَبدًا لِّلهِ

(Nabi Isa) Al-Masih tidak sekali-kali enggan dan angkuh daripada menjadi hamba bagi Allah,

Mereka menganggap Nabi Isa عليه السلام itu bukanlah hamba biasa sahaja, tetapi Allah ‎ﷻ memberitahu yang Nabi Isa عليه السلام sendiri tidak bersalah. Baginda sendiri tidak malu atau sombong untuk mengaku dirinya sebagai hamba Allah ‎ﷻ. Malah baginda sendiri menyembah Allah ‎ﷻ.

Ayat ini menggunakan lafaz لَن menunjukkan yang Nabi Isa عليه السلام ‘tidak akan’ sombong daripada mengaku sebagai hamba Allah ‎ﷻ.

Lafaz يَستَنكِفَ dari kata dasar ن ك ف. Kata إستنكف bermaksud jenis malu untuk melakukan sesuatu perkara yang dirasakan tidak layak atau sesuai untuk dilakukan oleh seseorang. Contohnya, kalau seseorang berjawatan tinggi seperti presiden akan berasa malu untuk melakukan kerja bawahan seperti melakukan kerja-kerja mencuci.

Di dalam ayat ini ditunjukkan yang Nabi Isa عليه السلام tidak mempunyai perasaan tersebut kerana baginda memang mengaku yang baginda adalah hamba Allah ‎ﷻ. Tidak pernah terdapat di dalam mana-mana sumber sahih mengatakan yang baginda pernah mengaku sebagai tuhan atau anak tuhan. Dalam Bible mereka juga tidak ada lafaz yang mengatakan baginda adalah anak tuhan.

 

وَلَا المَلىٰئِكَةُ المُقَرَّبونَ

demikian juga (sikap) malaikat yang sentiasa berdamping (dengan Allah).

Malaikat yang rapat dengan Allah ‎ﷻ pun tidak malu untuk mengaku sebagai hamba Allah ‎ﷻ. Ini termasuklah Malaikat Jibrail عليه السلام yang memang mengaku sebagai hamba Allah ‎ﷻ; sedangan puak Nasara yang sesat mengatakan yang Jibrail (“Holy Ghost” — Roh Suci) adalah salah satu dari elemen triniti itu.

Begitu juga, Musyrikin Mekah telah menjadikan malaikat-malaikat sebagai anak perempuan Allah ‎ﷻ dan kerana itu mereka memuja dan bertawasul dengan para malaikat itu. Ini juga adalah satu perbuatan yang syirik. Sedangkan malaikat-malaikat itu semua adalah hamba Allah ‎ﷻ dan mereka tidak pernah mengaku selain darinya.

Memang tidak ada masalah untuk mengaku sebagai hamba, kerana ia adalah kedudukan yang mulia. Dan sememangnya kita semua adalah hamba Allah ‎ﷻ, tidak lebih dari itu. Selagi namanya makhluk, semuanya adalah hamba kepada Allah ‎ﷻ.

 

وَمَن يَستَنكِف عَن عِبادَتِهِ وَيَستَكبِر فَسَيَحشُرُهُم إِلَيهِ جَميعًا

Dan sesiapa yang enggan dan angkuh daripada memperhambakan diri kepada Allah, serta dia berlaku sombong takbur, maka Allah akan menghimpunkan mereka semua kepadaNya.

Sesiapa yang enggan mengaku sebagai hamba Allah ‎ﷻ dan masih ingin menyeru selain kepada Allah ‎ﷻ, maka Allah ‎ﷻ akan menghimpunkan semuanya sekali  dan mereka akan dipersoalkan nanti.

Dan kalau ada yang sombong daripada menerima ajaran dari Allah ‎ﷻ, mereka akan dikumpulkan sebagaimana binatang dikumpulkan. Tiada lagi peluang untuk mereka melepaskan diri. Sama ada mereka menerima Allah ‎ﷻ ataupun tidak ketika di dunia, Allah ‎ﷻ ingin memberitahu yang semuanya akan menghadapNya juga nanti.

Sombong juga adalah sifat yang amat buruk. Ingatlah, kerana sifat sombong yang ada di dalam diri Iblislah yang menyebabkan dia tidak mahu sujud kepada Nabi Adam  عليه السلام walaupun setelah diarahkan oleh Allah ‎ﷻ.

Siapalah kita yang hendak sombong? Kita tidak ada apa-apa pun. Semua yang kita ada adalah dari pemberian Allah ‎ﷻ. Tidak layak sedikit pun untuk kita sombong dengan manusia mahupun makhluk lain, apatah lagi dengan Allah ‎ﷻ. Maka janganlah malu untuk mengaku sebagai hamba Allah ﷻ.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 12 Oktober 2018

Ringkasan Surah Nisa’


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Surah Ghafir Ayat 37 – 40 (Firaun berhelah)

Ayat 37:

أَسبٰبَ السَّمٰوٰتِ فَأَطَّلِعَ إِلىٰ إِلٰهِ موسىٰ وَإِنّي لَأَظُنُّهُ كٰذِبًا ۚ وَكَذٰلِكَ زُيِّنَ لِفِرعَونَ سوءُ عَمَلِهِ وَصُدَّ عَنِ السَّبيلِ ۚ وَما كَيدُ فِرعَونَ إِلّا في تَبابٍ

Sahih International

The ways into the heavens – so that I may look at the deity of Moses; but indeed, I think he is a liar.” And thus was made attractive to Pharaoh the evil of his deed, and he was averted from the [right] way. And the plan of Pharaoh was not except in ruin.

Malay

“(Iaitu) ke pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa; dan sesungguhnya aku percaya Musa itu seorang pendusta!” Demikianlah diperhiaskan (oleh Syaitan) kepada Firaun akan perbuatannya yang buruk itu untuk dipandang baik, serta dia dihalangi dari jalan yang benar; dan tipu daya Firaun itu tidak membawanya melainkan ke dalam kerugian dan kebinasaan. 

 

أَسْبٰبَ السَّمٰوٰتِ

“Jalan naik ke langit”,

Untuk pergi dari satu langit ke langit yang lain.

 

فَأَطَّلِعَ إِلَىٰ إِلَٰهِ مُوسَى

“Supaya aku boleh tengok sendiri Tuhan Musa”.

Kenapa Firaun hendak ke langit untuk melihat Tuhan? Kerana Nabi Musa beritahu dia yang Allah berada di langit. Sebab itulah dia hendak dibinakan menara yang tinggi untuk dia mendaki ke langit yang tinggi.

Maknanya, Firaun pun tahu yang Allah di langit sepertimana yang disebut oleh Nabi Musa. Jadi, kalau orang kita kata ‘Allah ada di mana-mana’, ‘Allah wujud tanpa bertempat’, itu maknanya mereka itu lebih teruk lagi pemahaman mereka dari Firaun! Firaun pun boleh faham apabila Nabi Musa kata Allah di langit tapi ramai orang kita susah nak faham.

 

وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ كٰذِبًا

“Dan sesungguhnya aku yakin yang dia pendusta besar”.

Dia kata Nabi Musa itu pembohong besar kerana Nabi Musa kata ada Tuhan di langit yang bernama Allah. Dia nak kata yang dia sahaja tuhan, dan tidak ada tuhan yang lain. Dia kata Nabi Musa menipu sahaja.

 

وَكَذَٰلِكَ زُيِّنَ لِفِرْعَوْنَ سُوءُ عَمَلِهِ

Begitulah, dihiasi elok kepada Firaun segala keburukan yang diamalkannya

Dinampakkan cantik sahaja hujah-hujah Firaun itu kepada dirinya. Dia rasa dia pandai dan bijak kerana boleh memberikan hujah-hujah yang sebegitu. Padahal, mana boleh lihat Dzat Allah. Dia rasa bangga kerana dia telah memalukan Nabi Musa.

Begitu juga, ramai dari masyarakat kita yang menentang dakwah tauhid dan yang mengamalkan bidaah, rasa hujah mereka hebat. Mereka nampak hujah mereka kuat, hujah mereka mantap sahaja. Ini adalah kerana syaitan telah mengelabui mata mereka dan bagi mereka nampak cari hujah-hujah bathil mereka.

 

وَصُدَّ عَنِ السَّبِيلِ

Dan dia telah dihalang dari jalan benar

Firaun telah dijauhkan dari jalan yang benar kerana dia telah menolak kebenaran dari awal lagi. Kerana dia degil dari awal lagi dan terus terusan degil malah menentang Nabi Musa, maka Allah telah buat keputusan untuk menjauhkannya dari jalan yang benar.

 

وَمَا كَيْدُ فِرْعَوْنَ إِلَّا فِي تَبَابٍ

Dan tidaklah tipu daya Firaun melainkan dalam kebinasaan.

Ini adalah idkhal ilahi (pencelahan Tuhan). Mungkin timbul persoalan di fikiran pembaca Al-Qur’an, adakah berjaya apa yang hendak dilakukan oleh Firaun itu? Allah mencelah di hujung ayat ini untuk memberitahu yang tipu daya Firaun itu tidak berjaya.

Habis Ruku’ ke 4 dari 6 ruku’ dalam surah ini.


 

Ayat 38: Ini adalah hujah balas dari Lelaki Mukmin itu apabila Firaun kata nak dibinakan menara yang tinggi:

وَقالَ الَّذي ءآمَنَ يٰقَومِ اتَّبِعونِ أَهدِكُم سَبيلَ الرَّشادِ

Sahih International

And he who believed said, “O my people, follow me, I will guide you to the way of right conduct.

Malay

Dan berkatalah pula orang beriman itu: “Wahai kaumku! Turutlah (nasihatku), aku akan menunjukkan kepada kamu jalan yang benar. 

 

وَقَالَ الَّذِي ءآمَنَ

dan berkata orang yang beriman itu,

Lelaki Mukmin itu tak layan pun kata-kata Firaun yang hendak buat menara tinggi. Buat apa nak layan lawak dan kata-kata bodoh orang yang tidak beriman? Dia meneruskan kata-kata dakwahnya kepada kaumnya itu.

 

يٰقَوْمِ اتَّبِعُونِ

“Wahai kaumku, ikutilah sahaja aku”

Kenapa Lelaki Mukmin itu cakap ikut dirinya, sedangkan Nabi Musa masih ada lagi? Maksudnya, ikut beliau yang telah beriman dengan Allah dan Nabi Musa.

 

أَهْدِكُمْ سَبِيلَ الرَّشَادِ

“Aku akan pimpin kamu kepada jalan yang benar”.

Bila Firaun cakap sebelum ini yang dia membawa ke jalan yang benar, Lelaki Mukmin itu nampak orang macam nak percaya dengan Firaun dan semakin nak ikut jejak langkah Firaun. Maka dia kata cepat-cepat ajak mereka ikut dia. Macam kalau kita nampak anak kita sedang lepak dengan orang hisap dadah. Nak syarah di situ tak sempat dan tidak sesuai. Kita ajak dia balik terus supaya nanti kita nasihat dia di rumah.

Lelaki Mukmin itu mengajak kaumnya kepada jalan yang benar, bukannya jalan yang diajak oleh Firaun itu seperti yang disebut oleh Firaun dalam ayat 29. Lelaki Mukmin itu hendak memberitahu yang apa yang diajak oleh Firaun itu adalah jalan yang sesat dan jalan yang dia ajak itulah jalan yang benar. Jalan yang benar adalah dengan beriman kerana itulah jalan yang selamat untuk dunia dan akhirat.


 

Ayat 39: Ini adalah ayat tazhid dari dunia dan targhib kepada Akhirat. Sesungguhnya kesesatan manusia banyak disebabkan oleh cintakan dan tertarik dengan keindahan dunia sahaja. Allah mengingatkan kepada kita yang membaca Al-Qur’an ini supaya jangan tertipu dengan kehidupan dunia. Firaun tidak nampak jalan kebenaran kerana dia telah diberikan dengan kedudukan dunia yang hebat.

يٰقَومِ إِنَّما هٰذِهِ الحَيَوٰةُ الدُّنيا مَتٰعٌ وَإِنَّ الآخِرَةَ هِيَ دارُ القَرارِ

Sahih International

O my people, this worldly life is only [temporary] enjoyment, and indeed, the Hereafter – that is the home of [permanent] settlement.

Malay

“Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal. 

 

يٰقَوْمِ إِنَّمَا هَٰذِهِ الْحَيَوٰةُ الدُّنْيَا مَتٰعٌ

“Wahai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini adalah kesenangan sementara sahaja”.

Ianya sekejap sahaja dan tidak lama lagi ianya akan hilang – kita semua akan mati dalam masa yang singkat. Keindahan dunia yang kita bangga-banggakan dan kejar siang dan malam ini tidak kekal lama, tidak boleh dibawa mati pun. Jadi jangan tertumpu kepada dunia sahaja sampai lupakan tentang akhirat.

Allah mengingatkan kepada kita bahawa dunia itu hanya kesenangan yang sedikit. Ianya hina lagi sedikit. Bukannya tidak ada kesenangan langsung, tapi sedikit sangat dan hina sangat kalau dibandingkan dengan akhirat. Perkataan مَتَاعٌ dalam bahasa Arab adalah kain buruk yang digunakan oleh wanita untuk halang darah haidh keluar. Begitulah Allah gunakan perumpamaan مَتَاعٌ untuk nisbah kepada dunia.

Allah tahu sifat hambaNya, maka Dia beri peringatan dalam ayat ini. Allah ajar manusia untuk korbankan dunia untuk dapat akhirat.

Lelaki Mukmin itu berkata begitu kerana dia nampak rakyatnya mementingkan dunia. Mereka mendambakan pemberian keduniaan dari Firaun. Itu sebabnya mereka susah nak terima kebenaran. Lelaki Mukmin itu hendak memberitahu mereka bahawa yang mereka harapkan dari Firaun itu adalah angan-angan kosong sahaja. Kerana yang menjadi kaya-raya adalah Firaun sahaja dan kuncu-kuncunya sahaja. Rakyat yang lain hanya dapat saki baki sahaja. Maka, janganlah tertipu.

Lelaki Mukmin ini tinggal dalam istana Firaun. Tentulah kedudukan beliau amat tinggi dalam masyarakat. Tetapi, dengan berkata seperti apa yang telah dikatakannya itu, dia boleh kehilangan segala-galanya dalam dunia. Tapi dia tidak kisah. Kerana dia lebih mementingkan akhirat.

 

وَإِنَّ الْآخِرَةَ هِيَ دَارُ الْقَرَارِ

“Dan sesungguhnya akhirat itu adalah tempat kekal”.

Di akhiratlah yang kita semua akan kekal dan tidak akan ke mana-mana. Sama ada kekal dalam syurga atau kekal dalam neraka kalau mengamalkan syirik. Kalau dunia ini, tempat singgahan sahaja. Jadi kenapa nak pentingkan dunia sedangkan ianya sekejap sahaja.

Ingatlah yang semasa di akhirat kelak, tidak pakai harta dan duit dunia, tapi menggunakan amal kebaikan kita di dunia. Maka, kalau kita susah dan derita sedikit semasa di dunia ini, apalah salahnya…kerana kita akan mendapat balasan yang lebih banyak lagi kekal di akhirat kelak.


 

Ayat 40: Ayat ini adalah idkhal ilahi. Allah hendak memberitahu peraturan di akhirat.

مَن عَمِلَ سَيِّئَةً فَلا يُجزىٰ إِلّا مِثلَها ۖ وَمَن عَمِلَ صٰلِحًا مِّن ذَكَرٍ أَو أُنثىٰ وَهُوَ مُؤمِنٌ فَأُولٰئِكَ يَدخُلونَ الجَنَّةَ يُرزَقونَ فيها بِغَيرِ حِسابٍ

Sahih International

Whoever does an evil deed will not be recompensed except by the like thereof; but whoever does righteousness, whether male or female, while he is a believer – those will enter Paradise, being given provision therein without account.

Malay

“Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka dia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya; dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh – dari lelaki atau perempuan – sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung. 

 

مَنْ عَمِلَ سَيِّئَةً

Sesiapa yang berbuat dosa

Sebagai manusia biasa, tentulah ada melakukan dosa juga. Jangan perasan kita tidak akan buat dosa kerana kita ini manusia biasa sahaja. Banyak kekurangan pada diri kita sebenarnya.

 

فَلَا يُجْزَىٰ إِلَّا مِثْلَهَا

dia tidak akan dibalas melainkan seperti itu juga.

Buat satu dosa, dibalas satu. Sama sahaja dengan kesalahan yang telah dilakukan.  Tidak lebih dari itu. Lihatlah betapa pemurahnya Allah. Allah hanya balas dengan apa yang sepatutnya sahaja kalau hambaNya melakukan dosa.

Sekarang lihat pula kalau hambaNya melakukan ketaatan.

 

وَمَنْ عَمِلَ صٰلِحًا

Dan sesiapa yang beramal soleh,

Amal soleh bermaksud amal ibadat seperti yang Nabi Musa ajar, dan kalau zaman sekarang, macam Nabi Muhammad ajar. Bukannya amal ibadat bidaah yang tidak ada ambilan dari Al-Qur’an atau hadis.

 

مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ

Baik dia lelaki atau dia perempuan, dan dia itu beriman

Amalan yang soleh akan dibalas, dengan syarat, orang itu beriman penuh. Beriman penuh itu bermaksud, seseorang itu tidak melakukan syirik atau ada fahaman syirik. Kerana kalau dia ada amalan atau fahaman yang syirik, walau baik macam mana pun amalannya, amalan itu tidak akan diterima oleh Allah sedikit pun.

Dan untuk tahu apakah syirik itu, kena belajar tafsir Al-Qur’an. Kerana kadang-kadang, ada kalangan orang Islam sendiri yang tidak tahu makna syirik, sampaikan mereka melakukan amalan syirik tanpa mereka sedari.

Allah beritahu kalau lelaki, atau perempuan yang buat amal kebaikan, mereka akan mendapat balasan. Maksudnya, Allah tidak pilih bulu. Sesiapa sahaja yang melakukan kebaikan akan dibalas dengan kebaikan juga. Tidaklah kena jadi lelaki, jadi kaya, jadi pemimpin, baru dibalas. Semua hambaNya ada peluang untuk mendapat balasan yang baik.

Lafaz مُؤْمِنٌ membawa dua maksud: Pertama, yang melakukan amal soleh itu mestilah berakidah tauhid, dan kedua, amalan itu dilakukan ikhlas. Kerana kalau tidak ikhlas, ianya tidak diterima.

 

فَأُولَٰئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ

Mereka yang bersifat seperti itu akan dimasukkan ke dalam syurga.

Inilah balasan yang kita semua dambakan. Tidakkah kita mahu masuk ke dalam syurga?

 

يُرْزَقُونَ فِيهَا بِغَيْرِ حِسَابٍ

diberi rezeki kepadanya tanpa hisab.

Maksudnya mereka diberikan dengan berbagai-bagai nikmat sampaikan tidak terkira banyaknya, sampai tidak boleh dikira.

Atau mereka akan dimasukkan tanpa hisab – terus masuk syurga tanpa melalui perkiraan Hisab di Mahsyar.

Atau mereka akan diberi tanpa had – tidaklah dikatakan mereka sudah makan banyak sangat, sudah tidak dapat lagi.

Inilah kata-kata dari Lelaki Mukmin itu. Bagaimana dia tahu macam-macam? Kerana dia telah mendengar ceramah-ceramah dan dakwah dari Nabi Musa a.s. sampaikan dia sendiri boleh berdakwah kepada kaumnya.

Kita pun kenalah macam itu juga. Jangan senyap sahaja dengan masyarakat. Jangan kata ustaz dan ulama sahaja yang boleh berdakwah dan berceramah. Kita kena cakap apa yang kita tahu. Islam ini mudah sahaja. Boleh dipelajari dan boleh kita sampaikan kepada orang lain. Ianya bukan perkara yang mustahil.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 18 Julai 2019


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Taimiyyah Zubair

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah Ghafir Ayat 34 – 36 (Ancaman dari Lelaki Mukmin)

Ayat 34: Ini adalah sambungan dakwah dan hujah dari Lelaki Mukmin itu. Ini masih lagi dalam Bahagian Kedua dari syarah Lelaki Mukmin itu. Dalam bahagian ini terdapat sindiran kepada mereka yang tidak memikir panjang tentang agama dan akhirat.

وَلَقَد جاءَكُم يوسُفُ مِن قَبلُ بِالبَيِّنٰتِ فَما زِلتُم في شَكٍّ مِّمّا جاءَكُم بِهِ ۖ حَتّىٰ إِذا هَلَكَ قُلتُم لَن يَبعَثَ اللهُ مِن بَعدِهِ رَسولًا ۚ كَذٰلِكَ يُضِلُّ اللهُ مَن هُوَ مُسرِفٌ مُّرتابٌ

Sahih International

And Joseph had already come to you before with clear proofs, but you remained in doubt of that which he brought to you, until when he died, you said, ‘Never will Allah send a messenger after him.’ Thus does Allah leave astray he who is a transgressor and skeptic.”

Malay

“Dan demi sesungguhnya! Nabi Yusuf telah datang kepada kamu dahulu dengan membawa keterangan-keterangan (yang membuktikan kerasulannya), maka kamu tetap juga dalam keraguan mengenai apa yang disampaikannya kepada kamu sehingga apabila dia mati, kamu berkata: Allah tidak akan mengutuskan lagi Rasul sesudahnya; demikianlah Allah menyesatkan sesiapa yang melampau kederhakaannya, lagi yang ragu-ragu kepercayaannya (terhadap balasan Tuhannya), 

 

وَلَقَدْ جَاءَكُمْ يُوسُفُ مِن قَبْلُ

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu Nabi Yusuf sebelum ini”

Lelaki Mukmin itu mengingatkan kaumnya dengan kisah Nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf adalah seorang Rasul, tapi baginda juga seorang pemimpin yang besar. Walaupun dalam kedudukan yang tinggi, tapi beliau masih lagi beriman dan mengajak kepada tauhid kepada Allah.

Lelaki Mukmin itu hendak mengingatkan mereka bahawa mereka dahulu ada agama, kerana mereka ada Nabi di kalangan mereka, iaitu Nabi Yusuf a.s. Janganlah pula lupa. Apa yang dibawa oleh Nabi Musa ini bukanlah perkara baru.

Sebelum ini, Lelaki Mukmin itu telah mengingatkan mereka kepada kaum Nuh, Aad dan Tsamud. Tetapi itu adalah kaum-kaum yang sudah sangat lama dari zaman mereka. Sekarang beliau mengingatkan mereka kepada Nabi Yusuf yang tidak lama masanya dengan mereka. Nabi Yusuf berada di Mesir dalam lebih kurang 400 tahun sebelum datangnya Nabi Musa a.s., jadi tidak lama masa dengan mereka.

Masih segar lagi kisah Nabi Yusuf dalam ingatan mereka. Kisah Nabi Yusuf tentunya telah menjadi sejarah negara mereka dan tentunya mereka sebagai pemimpin negara tahu tentang kisah Nabi Yusuf itu.

Lelaki Mukmin itu hendak mengaitkan ajaran Nabi Musa dengan Nabi Yusuf. Dia hendak memberitahu bahawa sama sahaja ajaran Nabi Musa dan Nabi Yusuf itu.

 

بِالْبَيِّنٰتِ

“dengan bawa bukti dalil”.

Dulu Nabi Yusuf datang kepada penduduk Mesir dengan bawa dalil-dalil bukti yang jelas dari Allah juga. Maka, sekarang pun Nabi Musa pun bawa dalil juga yang mereka boleh lihat dengan mata mereka sendiri.

 

فَمَا زِلْتُمْ فِي شَكٍّ مِّمَّا جَاءَكُم بِهِ

“Tapi kamu sentiasa berada dalam keraguan terhadap apa yang dia bawa kepada kamu”

Walaupun Nabi Yusuf bawa dalil keterangan yang jelas, tapi mereka masih juga tidak terima dakwah baginda tentang Tauhid. Masih juga ragu-ragu dengan apa yang baginda bawa. Tapi, kisah baginda menaikkan ekonomi dan negara Mesir, mereka terima, tapi tentang ajaran agama yang dibawakan, mereka buat tak kisah sahaja.

Macam kita belajar tentang kehancuran tamadun-tamadun yang dahulu, seperti Aztech, Inca – kita belajar sejarah mereka, peninggalan mereka, kehidupan mereka. Memang kita belajar kisah sejarah mereka, tapi yang kita tidak ambil peduli adalah apakah agama mereka, kenapa mereka dihancurkan oleh Allah.

 

حَتَّىٰ إِذَا هَلَكَ قُلْتُمْ

“Sehingga dia sudah mati, kamu berkata”

Apabila Nabi Yusuf telah wafat, mereka ada pemahaman yang salah tentang baginda dan agama Islam.

 

لَن يَبْعَثَ اللهُ مِن بَعْدِهِ رَسُولًا

“Tidak mungkin sama sekali Allah akan bangkitkan selepas Nabi Yusuf ini, rasul lain”.

Selepas Nabi Yusuf wafat, mereka kata tidak ada Rasul lagi selepas itu, maka mereka telah mencipta agama mereka dan mencipta amalan-amalan baru. Mereka terus meninggalkan ajaran Nabi Yusuf. Mereka nak kata dengan matinya Nabi Yusuf itu, maka matilah agama.

Itu kata-kata mereka sahaja sedangkan Allah tidak pernah pun kata begitu. Walaupun seorang Nabi telah wafat, agama Islam tetap berjalan.

Atau, ayat ini juga menunjukkan kesesalan mereka kerana tidak berpeluang beriman semasa Nabi Yusuf hidup dan sekarang mereka telah kehilangan seorang Rasul. Macam anak yang tidak berkhidmat kepada ibubapa mereka semasa mereka hidup, tapi bila sudah mati, baru nak menyesal.

Maka, mereka menyesal kerana kehilangan Rasul. Tapi, sekarang mereka sedang ada seorang Rasul dari kalangan mereka. Kalau dulu mereka menyesal kerana kehilangan seorang Rasul yang mulia, sekarang di tengah-tengah mereka ada seorang lagi Rasul – maka hendaklah mereka ambil peluang keemasan itu. Janganlah ragu-ragu lagi dengan dia. Janganlah pisang berbuah dua kali.

“Ini adalah peluang untuk kamu semua. Tidakkah kamu mahu belajar dengan sejarah lampau?” Lelaki Mukmin itu berkata begitu untuk sindir mereka, betapa mereka lupa tentang kisah sejarah mereka sendiri.

 

كَذَٰلِكَ يُضِلُّ اللهُ مَنْ هُوَ مُسْرِفٌ

“Begitulah Allah telah menyesatkan sesiapa yang dulu melampaui batas”

Mereka melampau batas dalam kehidupan mereka disesatkan oleh Allah. Ini kerana mereka hidup dengan senang maka kerana itu mereka telah ambil peluang kehidupan dunia ini tanpa mengira apakah kesannya kepada akhirat mereka.

Yang lebih penting, mereka melampau batas dalam hal akidah. Itulah perkara paling penting yang manusia kena jaga, tapi mereka melampau dalam hal itu.

 

مُّرْتَابٌ

“yang ragu-ragu”.

Mereka ragu-ragu dengan sesuatu yang jelas. Mesej yang dibawa oleh Nabi Yusuf adalah jelas tapi mereka ragu-ragu tidak mahu percaya.

Ragu-ragu pada permulaan dakwah adalah perkara biasa. Kalau perkara yang kita tidak biasa dengar, kita mungkin ada rasa ragu-ragu. Tapi ragu-ragu itu kena dihilangkan dengan mencari bukti dan memikirkan. Jangan dibiarkan terus dalam ragu-ragu.


 

Ayat 35: Jumlah badaliah. Allah menerangkan siapakah mereka.

الَّذينَ يُجٰدِلونَ في ءآيٰتِ اللهِ بِغَيرِ سُلطٰنٍ أَتٰهُم ۖ كَبُرَ مَقتًا عِندَ اللهِ وَعِندَ الَّذينَ ءآمَنوا ۚ كَذٰلِكَ يَطبَعُ اللهُ عَلىٰ كُلِّ قَلبِ مُتَكَبِّرٍ جَبّارٍ

Sahih International

Those who dispute concerning the signs of Allah without an authority having come to them – great is hatred [of them] in the sight of Allah and in the sight of those who have believed. Thus does Allah seal over every heart [belonging to] an arrogant tyrant.

Malay

“(Iaitu) orang-orang yang membantah mengenai maksud ayat-ayat Allah dengan tidak ada sebarang bukti yang sampai kepada mereka (dari pihak yang diakui benarnya). (Bantahan yang demikian) besar kebenciannya dan kemurkaannya di sisi hukum Allah dan di sisi bawaan orang-orang yang beriman. Demikianlah Allah meterikan atas hati tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi bermaharajalela pencerobohannya!” 

 

الَّذِينَ يُجٰدِلُونَ فِي ءآيٰتِ اللهِ

“Orang-orang yang membantah tentang ayat-ayat Allah”

Itulah mereka yang menolak ayat-ayat Allah itu dengan mempersoalkannya, menolaknya. Firaun dan pengikutnya mengatakan yang mukjizat yang ditunjukkan oleh Nabi Musa itu adalah ‘sihir’.

Kalau zaman sekarang, ayat-ayat Allah adalah ayat Al-Qur’an. Ramai yang membantah ayat Al-Qur’an, antaranya dengan menunjukkan terdapat perbezaan antara ayat-ayat Al-Qur’an itu. Ataupun mereka mentafsir ayat-ayat Allah dengan cara yang salah.

Ataupun, apabila kita beritahu mereka tentang maksud sesuatu ayat itu, mereka akan tolak dan berhujah dengan kita menidakkan apa yang kita beritahu kepada mereka. Padahal mereka sendiri tidak belajar tafsir, tapi kata apa yang kita sampaikan dari tafsir itu pula yang salah. Ini amat pelik, orang yang tidak belajar, kata tafsiran kita pula yang salah.

Ini adalah peringkat ketiga kesesatan manusia. Peringkat Pertama: mereka ragu-ragu tentang agama; Peringkat Kedua: mereka akan berada dalam kesesatan kerana mereka telah ada ragu-ragu; Peringkat Ketiga: mereka membantah; Peringkat Keempat: apabila mereka terus membantah, Allah akan ‘kunci mati’ hati mereka dari beriman – Khatmul Qalbi.

4 peringkat hati rosak
Jangan ada sikap begini dalam diri kita.

بِغَيْرِ سُلْطٰنٍ أَتٰهُمْ

dengan tanpa bukti yang dibawa kepada mereka,

Mereka membantah atau memberi hujah-hujah mereka itu tanpa ada bukti. Ataupun mereka tafsir sendiri ayat-ayat Al-Qur’an tanpa belajar tafsir, tapi mereka buat macam mereka tahu. Kita meraikan perbezaan pendapat dan percambahan ilmu. Tapi kalau nak berhujah, kenalah bawa dalil, jangan pakai tolak sahaja tanpa beri dalil dan hujah yang nyata.

Ramai yang tidak belajar, tapi memandai nak tafsir sendiri ayat-ayat Al-Qur’an. Mereka merujuk kepada sumber-sumber yang tidak boleh dipercayai, maka mereka telah salah faham. Ini adalah amat bahaya. Kita kena belajar tafsir dengan guru yang tahu ilmu-ilmu tafsir. Kalau kita silap memilih guru dan sumber pembelajaran, kita akan terjatuh ke dalam lembah kesesatan.

 

كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللهِ وَعِندَ الَّذِينَ ءآمَنُوا

Amat besar kemurkaan di sisi Allah dan di sisi orang-orang yang beriman

Besar sekali salah mereka itu, sampaikan Allah murka kepada mereka yang membantah ayat-ayat Allah. Jangan main-main kalau Allah sudah marah.

Ada dua yang disebut telah marah dalam ayat ini: Allah dan orang-orang yang beriman. Bukan Allah sahaja yang marah, tapi orang-orang yang beriman juga akan marah. Orang-orang yang beriman, apabila mendengar orang menyalahgunakan ayat-ayat Allah, sepatutnya marah dengan perbuatan orang itu.

Dan orang yang beriman itu tidak tengok sahaja, tetapi dia akan mempertahankan ayat-ayat Allah. Lihatlah apa yang telah dilakukan oleh Lelaki Mukmin itu – dia telah bangun mempertahankan dakwah Nabi Musa a.s. walaupun ianya boleh membahayakan nyawanya sendiri.

 

كَذَٰلِكَ يَطْبَعُ اللهُ عَلَىٰ كُلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ

Demikiannya Allah kunci setiap hati yang sombong, ganas terhadap manusia.

Inilah Peringkat Keempat dan peringkat terakhir dari kesesatan manusia. Hati mereka akan dikunci mati dari terima kebenaran. Maksudnya, setiap hati yang ada sifat sombong dan ganas itu akan dikunci oleh Allah. Mereka sombong dengan Allah dan ganas dengan manusia. Kesannya: walaupun dia ditunjukkan dengan kebenaran, dia tidak boleh faham dan tidak akan terima – kerana Allah dah kunci mati hati dia.

Lihatlah apa yang terjadi kepada Firaun, apabila dia membantah ayat-ayat Allah, Allah telah kunci mati hatinya, sampaikan walaupun datang kepadanya berbagai-bagai dalil kebenaran, dia tidak juga boleh beriman.


 

Ayat 36: Lihatlah apa jawapan Firaun setelah mendengar syarah dari Lelaki Mukmin itu – bukannya dia nak beriman, tapi dia tetap nak lawan juga.

Ini adalah kata-katanya yang mencelah syarahan yang disampaikan oleh Lelaki Mukmin itu. Dia rasa kalau dia tidak mencelah, Lelaki Mukmin itu akan menyebabkan ramai orang akan beriman dengan Nabi Musa.

وَقالَ فِرعَونُ يٰهٰمٰنُ ابنِ لي صَرحًا لَّعَلّي أَبلُغُ الأَسبٰبَ

Sahih International

And Pharaoh said, “O Haman, construct for me a tower that I might reach the ways –

Malay

Dan Firaun pula berkata: “Hai Haman! Binalah untukku sebuah bangunan yang tinggi, supaya aku sampai ke jalan-jalan (yang aku hendak menujunya) 

 

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يٰهٰمٰنُ

Dan berkata Firaun, “Wahai Haman”,

Firaun nak lawan dakwah Nabi Musa dengan jenaka. Selepas mendengar kata-kata Lelaki Mukmin itu, beliau telah datang dengan satu lagi hujah dia untuk mempermain-mainkan agama. Dia tukar kepada topik yang lain.

Dia buat begitu kerana hendak mengalih pandangan rakyat yang juga sedang mendengar kata-kata Musa dan Lelaki Mukmin itu. Begitulah, apabila seseorang itu menentang ayat-ayat Allah, Allah akan menzahirkan kebodohannya.

Kadang-kadang kita memberitahu satu perkara yang serius, tapi orang yang tidak beriman akan tukar topik dan buat lawak untuk mempermain-mainkan kita. Sebagai contoh, kita sebut tentang bidaah, mereka akan buat lawak – “kalau macam tu, tak boleh pakai keretalah kita, kena pakai unta sahaja kalau nak ke mana-mana! Sebab Nabi tidak pakai kereta, Nabi pakai unta!”.

Itu adalah kata-kata sinis dari orang yang bodoh jahil. Tapi ini adalah hujah yang amat bodoh sekali, datang dari orang yang tidak tahu apakah bidaah itu. Bidaah adalah perkara baru dalam ‘perkara agama’, bukannya dalam semua perkara.

 

ابْنِ لِي صَرْحًا

“Bina untuk aku satu menara tinggi”

Perkataan صَرْحًا bermaksud menara yang cantik, yang dihias. Firaun suruh Haman binakan untuk dia satu menara yang tinggi dan hebat.

 

لَّعَلِّي أَبْلُغُ الْأَسْبٰبَ

“supaya aku sampai ke jalan-jalan”.

Kalimah الْأَسْبَابَ adalah dari kata ‘sabab’ yang bermaksud ‘cara’ – cara untuk sampai ke satu-satu tempat, kepada satu-satu maksud. Sebagai contoh, sebab apa kita memanjat pokok Tamar? Sebab nak kutip buat Tamar. Dia suruh Haman bina menara tinggi itu kononnya dia jumpa Tuhan Nabi Musa.

Dia telah mengalih pandangan rakyatnya kepada Dzat Allah. Padahal Allah hanya boleh dikenali dengan SifatNya, bukannya boleh berjumpa dengan Dia semasa di dunia. Begitulah juga golongan yang kurang belajar, mereka banyak membincangkan tentang keberadaan Allah di Arasy. Padahal kita tidak perlu pun berbincang tentang perkara itu.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 18 Julai 2019


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Taimiyyah Zubair

Tafsir Ibn Kathir

 

Tafsir Surah an-Nisa ayat 166 – 170 (Orang Islam masuk neraka)

Ayat 166: Seperti yang telah disebut sebelum ini, terdapat puak Yahudi yang berhujah tidak mahu menerima Qur’an kerana mereka berkata yang Qur’an itu turun secara beransur-ansur, tidak seperti Kitab Taurat mereka yang turun secara sekaligus.

لٰكِنِ اللهُ يَشهَدُ بِما أَنزَلَ إِلَيكَ ۖ أَنزَلَهُ بِعِلمِهِ ۖ وَالمَلائِكَةُ يَشهَدونَ ۚ وَكَفىٰ بِاللهِ شَهيدًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But Allāh bears witness to that which He has revealed to you. He has sent it down with His knowledge, and the angels bear witness [as well]. And sufficient is Allāh as Witness.

MALAY

(Orang-orang kafir itu tidak mahu mengakui apa yang telah diturunkan Allah kepadamu wahai Muhammad), tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran yang telah diturunkanNya kepadamu. Allah menurunkannya dengan ilmuNya, dan malaikat juga turut menjadi saksi. Dan cukuplah Allah menjadi saksi (akan kebenaran Al-Quran ini).

لٰكِنِ اللهُ يَشهَدُ بِما أَنزَلَ إِلَيكَ

Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran Al-Qur’an yang telah diturunkanNya kepadamu.

Allah ‎ﷻ tidak terkesan kalau ada yang tidak mahu menerima ajaran wahyu dari para RasulNya kerana ramai sahaja yang menerima KalamNya itu. Jadi kalau ada yang tidak mahu menerima dakwah tauhid, merekalah yang akan menerima akibatnya nanti.

Dan kita kenalah ingat yang bukannya semua puak Yahudi tidak menerima Qur’an, kerana ada juga dari kalangan Yahudi yang baik, dan mereka dapat sahaja menerima Qur’an yang diturunkan kepada Nabi Muhammad ﷺ  tanpa masalah. Cuma yang degil sahaja yang tidak mahu menerimanya.

Tetapi kalau ada yang tidak mahu menerima, mereka itu tidak memberi kesan apa-apa kepada kebenaran Qur’an itu kerana Allah ‎ﷻ sendiri yang menjadi saksi ke atas wahyu yang disampaikan kepada NabiNya. Ada lagikah saksi yang lebih kuat dari Allah ‎ﷻ? Maka, persaksian dari Yahudi itu sememangnya tidak diperlukan.

أَنزَلَهُ بِعِلمِهِ

Dia menurunkannya dengan ilmuNya, 

Allah ‎ﷻ menurunkan Qur’an dalam pengetahuanNya. Dia tahu apa yang Dia hantar. Ia adalah tepat dan relevan untuk manusia untuk setiap zaman. Dia tahu apakah yang patut makhluk tahu dan apa yang tidak perlu.

Maka, cukuplah sahaja dengan apa yang disampaikan oleh Allah‎ ﷻ, tidak perlu kita tanya berlebih-lebihan dari itu lagi. Terdapat juga ayat-ayat dalam Qur’an yang kita tidak tahu maksudnya, kerana tidak disampaikan oleh Nabi ﷺ. Maka, janganlah pula kita memandai-mandai untuk mentafsirkan ayat tersebut. Sebagai contoh ayat-ayat Muqatta’ah seperti alif, lam, mim.

وَالمَلائِكَةُ يَشهَدونَ

dan malaikat juga turut menjadi saksi.

Malaikat pun semua menjadi saksi di atas kebenaran Qur’an itu. Maka persaksian manusia sememangnya tidak diperlukan.

Disebut persaksian malaikat selepas disebut Allah ‎ﷻ sebagai saksi kerana mengikut turutan kemuliaan. Allah ‎ﷻ jauh lebih mulia dari malaikat dan kerana itu di dalam ayat ini, mereka diletakkan di bahagian bawah.

وَكَفىٰ بِاللهِ شَهيدًا

Dan cukuplah Allah menjadi saksi 

Walaupun malaikat atau mana-mana makhluk lain menjadi saksi di atas kebenaran Qur’an itu, sebenarnya Allah ‎ﷻ sudah cukup sebagai saksi. Dan kalau tidak ada yang mengakui kebenaran Qur’an itu, Allah ‎ﷻ sahaja pun sudah cukup sebagai saksi.


Ayat 167: Ini adalah takhwif ukhrawi.

إِنَّ الَّذينَ كَفَروا وَصَدّوا عَن سَبيلِ اللهِ قَد ضَلّوا ضَلٰلًا بَعيدًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, those who disbelieve and avert [people] from the way of Allāh have certainly gone far astray.

MALAY

Sesungguhnya orang-orang yang kafir serta menghalang orang-orang lain dari jalan Allah (ugama Islam), sebenarnya mereka telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.

إِنَّ الَّذينَ كَفَروا

Sesungguhnya orang-orang yang kafir

Iaitu mereka yang kafir jenis degil seperti puak Yahudi itu. Mereka sudah mengetahui perkara  yang benar, tetapi masih menolaknya lagi, masih mencari dalih dan alasan-alasan lagi untuk tidak menerimanya.

وَصَدّوا عَن سَبيلِ اللهِ

serta menghalang orang-orang lain dari jalan Allah

Sudahlah mereka tidak mahu menerimanya, malah mereka menghalang pula orang lain daripada menerima kebenaran agama. Kalau ada orang yang datang kepada mereka meminta nasihat tentang Islam, mereka akan berkata yang Islam itu tidak benar. Padahal mereka tahu yang ia adalah benar. Mereka berkata begitu kerana mereka dengki.

ضَلّوا ضَلٰلًا بَعيدًا

sebenarnya mereka telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.

Kalau sudah sesat jauh sangat, susah untuk kembali kepada kebenaran. Sebagaimana jika kita sudah mengembara jauh sangat, susah untuk pulang ke kampung halaman semula.

Kalau setakat mereka tidak terima sahaja, mungkin ada harapan lagi. Tetapi kalau mereka menentang, menipu dan menghalang orang lain dari beriman, maka itu adalah kesalahan yang amat besar dan Allah ‎ﷻ boleh menutup pintu hati mereka dari menerima hidayah sampai bila-bila.


Ayat 168: Apakah kesan kepada mereka?

إِنَّ الَّذينَ كَفَروا وَظَلَموا لَم يَكُنِ اللهُ لِيَغفِرَ لَهُم وَلا لِيَهدِيَهُم طَريقًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, those who disbelieve and commit wrong [or injustice] – never will Allāh forgive them, nor will He guide them to a path,

MALAY

Sesungguhnya orang-orang yang kafir serta berlaku zalim, Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka dan tidak akan menunjukkan jalan kepada mereka:

إِنَّ الَّذينَ كَفَروا

Sesungguhnya orang-orang yang kafir

Iaitu orang-orang yang kafir degil. Contoh kafir degil itu adalah orang Yahudi. Mereka itu tahu kebenaran, tapi tetap menolak kerana sifat dengki dalam hati mereka.

وَظَلَموا

serta berlaku zalim, 

Sudahlah tidak mahu beriman, mereka menyerang Islam pula.

لَم يَكُنِ اللهُ لِيَغفِرَ لَهُم

Allah tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka

Allah ‎ﷻ tidak akan mengampunkan dosa mereka. Maknanya mereka tidak akan diberikan peluang untuk masuk syurga sampai bila-bila. Ini adalah kerana pengampunan dari Allah ‎ﷻ boleh berlaku sebelum masuk neraka, atau setelah masuk neraka. Tetapi apabila Allah ‎ﷻ berkata tidak akan diampunkan, itu bermaksud walaupun telah masuk ke dalam neraka, mereka tetap tidak akan diampunkan dan tidak akan dimasukkan ke dalam syurga.

وَلا لِيَهدِيَهُم طَريقًا

 dan tidak akan menunjukkan jalan kepada mereka

Mereka tidak akan mendapat pimpinan hidayah lagi. Tidak ada jalan untuk mereka kembali ke pangkuan agama semula. Ini bermaksud pintu hati mereka telah ditutup dari menerima hidayah. Ini kerana Allah ‎ﷻ telah membuat keputusan untuk membiarkan mereka sesat  sampai bila-bila kerana Allah ‎ﷻ akan memasukkan mereka ke dalam neraka.


Ayat 169:

إِلّا طَريقَ جَهَنَّمَ خٰلِدينَ فيها أَبَدًا ۚ وَكانَ ذٰلِكَ عَلَى اللهِ يَسيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Except the path of Hell; they will abide therein forever. And that, for Allāh, is [always] easy.

MALAY

Selain daripada jalan neraka jahanam, yang mereka akan kekal di dalamnya selama-lamanya; dan balasan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

إِلّا طَريقَ جَهَنَّمَ

Selain daripada jalan neraka jahanam,

Mereka tidak akan terima jalan kebenaran dan hidayah, tetapi mereka akan diberikan dengan jalan ke neraka. Mereka akan dimudahkan untuk berbuat dosa.

خٰلِدينَ فيها أَبَدًا

mereka akan kekal di dalamnya selama-lamanya; 

Mereka akan kekal di dalam neraka tidak keluar sampai bila-bila.

Ini menolak iktikad golongan Yahudi yang mengatakan tidak mengapa kalau mereka masuk neraka pun, kerana ianya adalah untuk beberapa hari sahaja. Itu tidak benar dan perkara ini telah disentuh di dalam Surah Baqarah.

Kalau orang yang mengaku Muslim pun, tetapi ada membuat perkara syirik, maka mereka akan kekal di dalam neraka. Maka jangan sangka kalau Muslim sahaja sudah pasti memasuki syurga. Banyak yang mempunyai fahaman sebegini. Ramai yang berkata: “Tetapi orang Islam masuk syurga juga akhirnya, kan?” Ini adalah pemahaman yang salah.

وَكانَ ذٰلِكَ عَلَى اللهِ يَسيرًا

dan balasan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

Mudah sahaja pada Allah ‎ﷻ untuk melakukan apa yang dikehendakiNya.

Ada yang kata tidak mungkin Allah ‎ﷻ ingin memasukkan manusia ke dalam neraka. Ada yang berkata yang Allah ‎ﷻ sahaja ingin menakut-takutkan manusia dengan menyebut neraka kerana hendak menyuruh manusia berbuat baik. Kononnya bagaikan kita dengan anak-anak kita. Kita takutkan mereka dengan hantu sahaja, tetapi sebenarnya tidak ada hantu pun.

Itu tidak benar kerana Allah ‎ﷻ berkata senang sahaja bagi Allah ‎ﷻ untuk memasukkan mereka semua ke dalam neraka. Ini adalah hal sangat kecil dan mudah bagi Allah ‎ﷻ. Sememangnya Allah ‎ﷻ amat menyayangi makhlukNya, tetapi kalau berbuat syirik, mudah sahaja bagi Allah ‎ﷻ memasukkan mereka ke dalam neraka.


Ayat 170: Ayat targhib – galakan untuk beriman.

يٰأَيُّهَا النّاسُ قَد جاءَكُمُ الرَّسولُ بِالحَقِّ مِن رَّبِّكُم فَئآمِنوا خَيرًا لَّكُم ۚ وَإِن تَكفُروا فَإِنَّ ِللهِ ما فِي السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ ۚ وَكانَ اللهُ عَليمًا حَكيمًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O mankind, the Messenger has come to you with the truth from your Lord, so believe; it is better for you. But if you disbelieve – then indeed, to Allāh belongs whatever is in the heavens and earth. And ever is Allāh Knowing and Wise.

MALAY

Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Allah (Muhammad s.a.w) dengan membawa kebenaran dari Tuhan kamu, maka berimanlah kamu (kerana yang demikian itu) amatlah baiknya bagi kamu. Dan jika kamu kufur ingkar (maka kekufuran kamu itu tidak mendatangkan kerugian apa-apa kepada Allah), kerana sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan di bumi; dan Allah sentiasa Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

يٰأَيُّهَا النّاسُ قَد جاءَكُمُ الرَّسولُ بِالحَقِّ مِن رَّبِّكُم

Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Allah (Muhammad SAW) dengan membawa kebenaran dari Tuhan kamu, 

Sekarang ayat ini ditujukan kepada seluruh manusia. Ini mengingatkan kita bahawa Qur’an ini adalah untuk semua manusia. Maka kitalah sekarang yang mesti menyampaikan ayat Qur’an ini kepada mereka kerana kemungkinan besar kebanyakan dari mereka yang tidak membaca Qur’an.

Bukan sahaja Qur’an ini untuk semua manusia, malah Nabi Muhammad ﷺ juga adalah Nabi untuk seluruh alam. Semua makhluk mesti mengikut dan taat kepada ajaran Nabi. Maka kita haruslah memperkenalkan mereka kepada Nabi Muhammad ﷺ.

Allah ‎ﷻ mengingatkan kita di dalam ayat ini yang Qur’an itu dari Allah ‎ﷻ. Maka janganlah dibuat main-main, janganlah dibuat tidak tahu sahaja dengan Qur’an ini.

فَئآمِنوا خَيرًا لَّكُم

maka berimanlah, itu amatlah baiknya bagi kamu.

Apabila kita sudah tahu Qur’an adalah dari Allah ‎ﷻ, maka kenalah beriman. Kenalah belajar dan mendekati Qur’an.

Ada jumlah muqaddar dalam ayat ini: Iman itu lebih baik bagi kamu. Tidak disebut lafaz ‘iman’ dalam ayat ini.

Iman itu adalah untuk kebaikan kita semua. Allah ‎ﷻ tidak memerlukan iman kita, jadi apa sahaja iman yang kita lakukan adalah untuk kebaikan diri kita sebenarnya.

وَإِن تَكفُروا فَإِنَّ ِللهِ ما فِي السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ ۚ

Dan jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan di bumi;

Kalau kamu tidak beriman, Allah ‎ﷻ tidak kisah pun kerana Allah ‎ﷻ tidak memerlukan iman kita. Allah ‎ﷻ yang mempunyai seluruh langit dan bumi, maka Dia langsung tidak memerlukan kita sebenarnya.

وَكانَ اللهُ عَليمًا حَكيمًا

dan Allah sentiasa Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Allah ‎ﷻ sentiasa mengetahui apakah yang makhlukNya lakukan dan Dia boleh menghukum mereka terus disebabkan oleh perbuatan salah mereka.

Tetapi Allah ‎ﷻ Maha Bijaksana, kerana itu Dia tidak terus mengazab kita di atas kebijaksaanNya. Allah ‎ﷻ sentiasa memberikan kita peluang untuk bertaubat.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 26 September 2018

Ringkasan Surah Nisa’


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Mutiara al-Qur’an

Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi

Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani

Tafsir Surah Ghafir Ayat 29 – 33 (Hujah Lelaki Mukmin)

Ayat 29: Sambungan tentang lelaki beriman yang mempertahankan Nabi Musa a.s.

يٰقَومِ لَكُمُ المُلكُ اليَومَ ظٰهِرينَ فِي الأَرضِ فَمَن يَنصُرُنا مِن بَأسِ اللهِ إِن جاءَنا ۚ قالَ فِرعَونُ ما أُريكُم إِلّا ما أَرىٰ وَما أَهديكُم إِلّا سَبيلَ الرَّشادِ

Sahih International

O my people, sovereignty is yours today, [your being] dominant in the land. But who would protect us from the punishment of Allah if it came to us?” Pharaoh said, “I do not show you except what I see, and I do not guide you except to the way of right conduct.”

Malay

“Wahai kaumku! Pada hari ini kepunyaan kamulah kuasa memerintah dengan bermaharajalela di muka bumi (Mesir dan sekitarnya; tetapi kiranya keadaan bertukar) maka siapakah yang akan membela kita dari azab Allah kalau azab itu datang menimpa kita?” Firaun berkata: “Aku tidak mengesyorkan kepada kamu melainkan dengan apa yang aku pandang (elok dijalankan), dan aku tidak menunjukkan kepada kamu melainkan jalan yang benar”. 

 

يٰقَوْمِ لَكُمُ الْمُلْكُ الْيَوْمَ

Wahai kaumku, pada hari ini, milik kamu kerajaan ini”.

Memang kamu semua ada kekuasaan dalam dunia sekarang, banyak harta kamu sekarang di dunia ini. Beliau kata begitu kerana kerajaan Mesir memang besar waktu itu. Tidaklah sampai satu dunia dimiliki oleh Firaun. Tapi kalau dibandingkan dengan kerajaan lain waktu itu, memang Mesir jauh lebih besar.

 

ظٰهِرِينَ فِي الْأَرْضِ

“Jelas kamu berkuasa penuh atas bumi”

Mereka memang nyata amat berkuasa dan bertamadun di zaman mereka. Kita sekarang pun boleh lihat peninggalan mereka yang hebat-hebat. Antaranya, lihatlah piramid yang mereka bina itu – kita nak bina pun belum tentu kita mampu lagi. Lihatlah juga tinggalan bahasa mereka (bahasa hieroglif) yang manusia zaman sekarang nak terjemah pun susah.

 

فَمَن يَنصُرُنَا مِن بَأْسِ اللهِ

Maka siapa lagi yang boleh tolong kita daripada azab Allah”

“Tapi, yang kamu berkuasa dan hebat itu di dunia sahaja – bagaimana pula dengan keadaan kamu di akhirat nanti. Siapa yang boleh selamatkan kamu?

Bukan sahaja azab di akhirat, tapi azab di dunia juga kita takut. Kerana Allah boleh sahaja kenakan azab yang menghancurkan. Kalaulah Firaun ada segala bala tentera, tapi tentu mereka itu tidak dapat nak menyelamatkan Firaun.”

Sengaja Lelaki Mukmin itu gunakan kalimah ‘kita’ kerana mengingatkan yang kalau Allah turunkan azab ke negara mereka itu, dia pun kena sekali kerana azab itu akan kena kepada semua orang.

 

إِن جَاءَنَا

“jika azab itu datang

“Siapa yang akan menyelamatkan kita apabila kita diazab nanti kerana kita tak ikut Nabi Musa? Kalau azab sudah datang, sudah terlambat lagi untuk buat apa-apa. Tapi kalau sekarang, masih ada masa lagi untuk bertaubat. Maka, marilah bertaubat ramai-ramai dan terima ajaran Nabi Musa ini.”

Lihatlah bagaimana lelaki ini memberi ancaman dan peringatan kepada kaumnya. Inilah yang kita kena lakukan kepada masyarakat kita – ingatkan mereka tentang hari akhirat. Jangan nak ingat kehebatan dan kekayaan di dunia sahaja.

 

قَالَ فِرْعَوْنُ

Berkatalah Firaun:

Seperti ada pertukaran dialog antara Lelaki Beriman itu dan Firaun. Setelah lelaki itu memberikan hujahnya, Firaun membantah hujah lelaki itu. Dia mencelah macam peguam mencelah dalam perdebatan di mahkamah. Dia kena mencelah kerana bahaya apa yang dikatakan oleh Lelaki Mukmin ini, boleh menyebabkan ramai yang ikut cakap dia kerana kata-katanya itu masuk akal.

Kata-kata Firaun ini adalah seperti kata-kata pemimpin-pemimpin yang engkar. Namrud pun lawan Tuhan, tapi kita jarang dengar cerita Namrud, dan kata-katanya sikit sahaja. Tapi kata-kata Firaun hampir setiap juzuk dalam Al-Qur’an ada kita jumpa. Bila ada Nabi Musa, tentu ada cerita Firaun.

Ini kerana salah satu sifat Firaun, dia petah bercakap dan pandai berhujah. Kerana dia telah perintah Mesir selama 76 tahun. Maka memang dia seorang yang pandai dan berpengalaman. Maka Allah masukkan kata-katanya supaya kita dapat studi.

 

مَا أُرِيكُمْ إِلَّا مَا أَرَىٰ

“Aku tidak mengesyorkan kepada kamu melainkan apa yang aku nampak elok,

Firaun kata, dia cuma nasihat berdasarkan pendapatnya dan pandangannya yang dia nampak molek. Dalam ertikata lain, dia nak kata dia sebenarnya ikhlas dalam menasihati mereka. Dia kononnya hendakkan kebaikan untuk umatnya itu. Kerana pada pandangan dia, dakwah Nabi Musa itu tidak baik bagi neraka Mesir.

Dalam erti kata lain juga, dia tetap juga nak bunuh Nabi Musa, kerana dia tidak nampak cara lain lagi untuk menyelamatkan Mesir. Tidak ada pandangan lain dan dia tidak akan ubah pendirian dia.

وَمَا أَهْدِيكُمْ إِلَّا سَبِيلَ الرَّشَادِ

dan tidak aku menunjukkan kamu melainkan kepada jalan yang betul”.

Dan dia kata dia cuma hendak membawa mereka ke arah jalan yang betul sahaja. Niatnya baik, dia kata. Padahal, dia suruh mereka sembah dia sebab dia mengaku sebagai tuhan.

Bayangkan bagaimana teruk sekali pemikiran Firaun ini – adakah tindakannya memerintah dengan cara kuku besi, sampai sanggup membunuh bayi-bayi lelaki yang baru lahir itu boleh dikira sebagai jalan yang betul?

Dia kononnya hendakkan perpaduan rakyat negeri dia, tidak mahu pecah belah. Beginilah juga yang dilakukan oleh puak-puak agama yang menentang jalan Sunnah. Mereka kata puak-puak ‘Wahabi’ ini, memecah belahkan masyarakat. Amalan sudah lama diamalkan dikatakan salah pula, sampai sekarang masyarakat terpecah dua. Maka kata-kata mereka itu tidak jauh beza dengan kata-kata Firaun sahaja.

Sampaikan pernah satu negeri menghalang pengajian tafsir Al-Qur’an di masjid dan surau kerana takut rakyat akan pecah belah… ini adalah mengarut sekali. Mereka mahukan perpaduan, tidak kira sama ada dalam sesat atau tidak? Kenapa begitu dangkal fikiran mereka? Adakah mereka nak masyarakat bersatu masuk neraka? Biarlah masuk neraka pun, asalkan bersatu.

Walaupun Firaun itulah yang bersalah dan kejam, dalam ayat lain, ada disebut bagaimana kaum-kaumnya itu mengikut juga Firaun itu ke dalam lembah kesesatan. Seperti yang Allah firmankan dalam Taha:79

وَأَضَلَّ فِرعَونُ قَومَهُ وَما هَدىٰ

Dan dengan itu Firaun telah menjerumuskan kaumnya ke tempat kebinasaan, dan tidaklah dia membawa mereka ke jalan yang benar.

Begitulah umat yang jahil dan tidak memikirkan manakah yang benar. Mereka ikut sahaja kata pemimpin mereka. Mereka nampak macam baik sahaja kejahatan-kejahatan yang dilakukan oleh pemimpin mereka. Maka ramailah asatizah Sunnah dikutuk, dicela dan diwahabikan, tanpa dengar pun apa hujah-hujah para asatizah itu. Maka mereka itu sama macam rakyat Firaun sahaja sebenarnya.

Sesungguhnya cara Firaun membohongi rakyatnya dengan menghasut mereka untuk mendustai seorang Rasul, hendaknya menjadi pelajaran bagi para pemimpin. Pemimpin seperti ini selalu berusaha menjauhkan masyarakat dari ajaran agama.

Dengan kata lain mereka ingin menjadikan masyarakat yang mengetepikan nilai-nilai ajaran agama dalam kehidupan duniawi. Mereka pasti akan mengalami nasib seperti yang telah dialami Firaun sebagai pemimpin besar di zaman yang silam. Rasulullah saw memperingatkan setiap pemimpin dengan sabda baginda:

ما من إمام يموت وهو غاش لرعيته إلا لم يرح رائحة الجنة وإن ريحها ليوجد من مسيرة خمسمائة عام. 

Tiadalah mati imam (seorang pemimpin), di mana pada hari kematiannya itu dia telah menipu rakyatnya, melainkan dia tidak akan mencium bau syurga. Sebab keharuman syurga itu amat jauh dari dia (sejauh) lima ratus tahun perjalanan dari padanya).

Ini boleh terjadi kerana mereka sudah jauh dari ilmu yang benar. Mereka sudah lama duduk dalam perbuatan yang salah. Mereka takut perubahan yang baru. Mereka nak senang lenang dalam perkara yang mereka biasa buat, tidak kiralah benar atau tidak. Malas nak guna otak untuk menilai mana yang benar. Mereka tahu makan dan minum sahaja.


Ayat 30: Walaupun dibantah oleh Firaun, Lelaki Beriman itu meneruskan hujah dan dakwah beliau. Ini adalah syarahan Peringkat Kedua atau peringkat pertengahan. Ianya lebih kuat dari yang sebelumnya kerana kali ini ada ditambah dengan ugutan.

وَقالَ الَّذي ءآمَنَ يٰقَومِ إِنّي أَخافُ عَلَيكُم مِّثلَ يَومِ الأَحزابِ

Sahih International

And he who believed said, “O my people, indeed I fear for you [a fate] like the day of the companies –

Malay

Dan berkatalah pula orang yang beriman itu: “Wahai kaumku! Sesungguhnya aku bimbang kamu akan ditimpa (kebinasaan) sebagaimana yang telah menimpa kaum-kaum yang bergabung (menentang Rasul-rasulnya)! 

 

وَقَالَ الَّذِي ءآمَنَ يَا قَوْمِ

Berkata orang yang beriman itu: “wahai kaumku”.

Kita tidak tahu siapakah orang beriman ini, tidak disebut namanya. Makanya tak penting untuk tahu siapakah namanya. Al-Qur’an hanya menyebut beliau sebagai ‘Lelaki Beriman’ sahaja. Tapi dia amat terkenal sekarang kerana namanya ada dalam dalam Al-Qur’an. Isu yang dibangkitkan itulah yang penting, bukan namanya.

 

إِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُم مِّثْلَ يَوْمِ الْأَحْزَابِ

“Sesungguhnya aku takut akan berlaku ke atas kamu seperti peristiwa kehancuran golongan yang bersekutu”.

Lelaki Beriman itu merujuk kepada kaum-kaum terdahulu sebelum mereka yang telah dikenakan dengan azab. Golongan yang bersekutu itu adalah golongan yang bergabung menentang Rasul mereka dahulu.

Beliau takut mereka akan dikenakan dengan azab yang sama. Kalau mereka terus menentang Nabi Musa, mereka boleh dikenakan dengan azab dari Allah – lihatlah apa yang terjadi kepada kaum-kaum terdahulu. Sekarang lelaki ini menggunakan sejarah pula sebagai hujah beliau. Sebelum ini beliau telah menggunakan logik, dan sekarang apabila melihat kaumnya masih tidak mahu mengikut, beliau telah mengingatkan mereka kepada masa lampau.

Ini memberitahu kita bahawa penduduk Mesir itu tahu dengan apa yang terjadi kepada kaum-kaum dahulu. Begitu juga, Musyrikin Mekah juga tahu dengan azab-azab yang telah dikenakan kepada kaum terdahulu seperti Kaum Aad dan Tsamud. Maka Allah ingatkan sahaja perkara yang mereka memang tahu.


 

Ayat 31: Ini adalah penjelasan dari Lelaki Beriman itu tentang يَوْمِ الْأَحْزَابِ

مِثلَ دَأبِ قَومِ نوحٍ وَعادٍ وَثَمودَ وَالَّذينَ مِن بَعدِهِم ۚ وَمَا اللهُ يُريدُ ظُلمًا لِّلعِبادِ

Sahih International

Like the custom of the people of Noah and of ‘Aad and Thamud and those after them. And Allah wants no injustice for [His] servants.

Malay

“(Iaitu) seperti keadaan kaum Nabi Nuh, dan Aad (kaum Nabi Hud), dan Thamud (kaum Nabi Soleh), serta orang-orang yang datang kemudian daripada mereka (seperti kaum Nabi Lut). Dan (ingatlah) Allah tidak menghendaki berbuat kezaliman kepada hamba-hambaNya. 

 

مِثْلَ دَأْبِ قَوْمِ نُوحٍ وَعَادٍ وَثَمُودَ

“Seperti keadaan kaum Nabi Nuh dan Aad dan Kaum Tsamud”

Perkataan دَأْبِ bermaksud berterusan melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Ianya adalah perbuatan yang selalu dilakukan oleh seseorang. Dalam ayat ini, ianya tentang perbuatan salah yang selalu dilakukan oleh Kaum Nuh, Aad dan Tsamud.

Apakah yang biasa mereka lakukan? – Menidakkan kebenaran. Disebabkan perangai mereka itu, mereka telah dikenakan dengan azab dari Allah. Jadi, Lelaki Beriman ini takut perkara yang sama juga terjadi kepada kaumnya itu seperti yang terjadi kepada kaum Nuh, Aad dan Tsamud. Beliau menakutkan kaumnya itu dengan peristiwa yang telah lalu. Belajarlah dari sejarah.

Dalam ayat ini juga mengingatkan bahawa Nabi Nuh, Nabi Hud dan Nabi Saleh membawa perkara yang sama sahaja. Iaitu sama sahaja ajaran mereka – Ajaran Tauhid.

 

وَالَّذِينَ مِن بَعْدِهِمْ

dan orang-orang yang selepas mereka“.

Bukan sahaja kaum Nuh, Aad dan Tsamud tapi mereka yang datang selepas mereka seperti kaum Nabi Luth dan lain-lain lagi. Ada banyak lagi kaum yang menentang Rasul dan ajaran Tauhid. Maka mereka itu ada yang dimusnahkan.

 

وَمَا اللهُ يُرِيدُ ظُلْمًا لِّلْعِبَادِ

“Tidaklah Allah itu ingin memberi kezaliman kepada hamba-hambaNya”

Ini adalah Idkhal Ilahi (Pencelahan Tuhan). Apabila disebut bagaimana kaum Nabi Nuh, Aad dan Tsamud yang dimusnahkan, mungkin ada yang terfikir yang Allah itu zalim. Asyik nak musnahkan makhluk sahaja nampaknya.

Maka Allah mencelah dalam ayat ini dengan memberitahu yang Allah tidak zalim dan tidak akan azab hamba yang tidak bersalah. Semua yang telah diazab itu adalah kerana mereka sendiri yang zalim. Allah tidak ada keinginan untuk menzalimi pun.

Oleh itu, ingatlah yang orang-orang dahulu itu telah dikenakan dengan azab bukanlah kerana kezaliman Allah. Mereka itu memang layak dikenakan dengan azab itu kerana mereka yang telah melakukan kezaliman. Dan kezaliman yang paling besar adalah kezaliman akidah, iaitu melakukan syirik kepada Allah.

Jadi, ayat ini adalah tentang Takhwif Duniawi. Iaitu menakutkan mereka tentang bala yang Allah boleh kenakan kepada mereka semasa di dunia lagi.


 

Ayat 32: Kalau dalam ayat sebelum ini tentang azab dunia, sekarang adalah ayat Takhwif Ukhrawi. Sebelum ini Lelaki Mukmin itu memberikan tahdid (ugutan) duniawi. 

وَيٰقَومِ إِنّي أَخافُ عَلَيكُم يَومَ التَّنادِ

Sahih International

And O my people, indeed I fear for you the Day of Calling –

Malay

“Dan, wahai kaumku! Sesungguhnya aku bimbang kamu akan ditimpa azab seksa hari (kiamat) yang padanya masing-masing menjerit-jerit memanggil (memohon pertolongan), 

 

وَيٰقَوْمِ

“Wahai kaumku”,

Lihatlah bagaimana Lelaki Beriman ini ambil berat tentang kaumnya. Dia memberi nasihat kepada kaumnya. Kerana dia sayang kepada kaumnya. Seorang mukmin kena ada sikap begitu. Kita kena kesian kepada orang lain yang tidak mengamalkan agama Islam yang sebenar.

Sebab itu kita nasihatkan masyarakat kerana kita hendak mereka selamat, bukannya kita nak meninggikan diri kita. Dan jangan kita nak selamatkan diri kita sahaja. Apabila kita bersama-sama beriman dengan orang lain, maka kita akan semakin kuat dan banyak perkara kita boleh lakukan dalam bentuk ibadat dan dakwah. Jadi, kena ajak orang lain juga.

Lihatlah bagaimana Lelaki Mukmin ini berkata dengan lembut kepada kaumnya. Kadang-kadang kita rasa, kalau kita benar, kita boleh bercakap dengan kasar dengan orang yang kita dakwah. Janganlah begitu. Kerana kalau kita bercakap kasar dengan orang lain, walaupun apa yang kita dakwahkan itu adalah benar, orang pun tak mahu nak dengar.

Ada kemungkinan mereka akan terus tolak sebab tidak suka dengan cara kita. Berkata-katalah dengan lembut dan baik dengan orang yang kita dakwahkan itu. Tak rugi pun kalau berlembut dalam dakwah. Termasuk juga dalam berhujah dengan orang lain – bercakaplah dengan lemah dan lembut.

Selalu kita lihat bagaimana pendakwah agama itu sikap kasar dan gasar, rasa diri benar sahaja dan pandang hina kepada orang lain. Kadang-kadang yang berkata sebegitu adalah ustaz pula – ini sangat memalukan. Kalau ustaz pun cakap macam itu, bagaimana pula dengan anak murid?

Ingatlah yang bukan kita yang beri hidayah, tapi Allah. Alhamdulillah kita sudah dapat hidayah, orang lain belum lagi. Dulu kita pun macam mereka juga, buat syirik, buat bidaah, tapi Alhamdulillah, Allah buka hati kita kepada Jalan Sunnah ini. Maka berilah peluang kepada orang lain juga yang belum sampai hidayah kepada mereka. Kita sahaja yang dapat hidayah dahulu dari mereka, itu sahaja lebihnya kita dari mereka.

 

إِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ يَوْمَ التَّنَادِ

“Sesungguhnya aku takut kepada kamu kepada ‘hari panggil memanggil'”.

Lafaz يَوْمَ التَّنَادِ (Hari Panggil Memanggil) adalah salah satu nama dari Hari Kiamat. Ada banyak nama yang digunakan oleh Allah untuk menceritakan keadaan pada hari itu.

Kalau mereka tidak dikenakan dengan azab semasa di dunia, mereka boleh dikenakan dengan azab di Akhirat kelak yang disebut dalam ayat ini sebagai يَوْمَ التَّنَادِ (Hari Panggil Memanggil). Iaitu suami akan panggil isteri, isteri akan panggil suami; anak akan panggil ayah; saling panggil memanggil sesama sendiri.

Kenapa mereka memanggil-manggil itu? Mereka memanggil itu kerana minta tolong. Sebab sudah tak tahu nak buat apa, nak selamatkan diri sendiri sudah tidak boleh, maka menjerit minta tolong kepada orang lain lah, entah-entah orang lain boleh tolong…. tapi bolehkah?

Tetapi tidak ada sesiapa yang akan mampu menolong sesiapa. Mereka yang dipanggil akan lari jauh-jauh. Anak akan lari dari ibubapanya, suami akan lari dari isterinya, kawan baik akan lari dari kawannya yang paling rapat di dunia pun.

Apabila nampak sahaja orang yang mereka kenal, mereka akan lari. Maka yang mengejar itu akan memanggil-manggil dengan kuat. Inilah keadaan di Mahsyar sebelum mereka duduk berlutut menunggu keputusan Allah. Masa itu tak cakap apa lagi cuma berani berbisik-bisik.

Oleh itu, buatlah sesuatu di dunia ini supaya kita tidak susah semasa di Mahsyar kelak.


 

Ayat 33: Apakah akan terjadi pada hari itu? Ada dua pendapat ayat ini: sama ada dikatakan oleh Lelaki Mukmin itu ataupun pencelahan dari kata-kata Allah. 

يَومَ تُوَلّونَ مُدبِرينَ ما لَكُم مِّنَ اللهِ مِن عاصِمٍ ۗ وَمَن يُضلِلِ اللهُ فَما لَهُ مِن هادٍ

Sahih International

The Day you will turn your backs fleeing; there is not for you from Allah any protector. And whoever Allah leaves astray – there is not for him any guide.

Malay

“(Iaitu) hari kamu berpaling undur melarikan diri; padahal semasa itu tidak ada sesiapapun yang dapat menyelamatkan kamu dari azab Allah. Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tiada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya. 

 

يَوْمَ تُوَلُّونَ مُدْبِرِينَ

“Pada hari kamu berpaling lari ke belakang”.

Pada Hari Panggil Memanggil itu, setiap orang akan lari dari orang lain. Seperti yang Allah sebut dalam Mutaffifin:34 –

يَومَ يَفِرُّ المَرءُ مِن أَخيهِ
Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya,
وَأُمِّهِ وَأَبيهِ
Dan ibunya serta bapanya,
وَصاحِبَتِهِ وَبَنيهِ
Dan isterinya serta anak-anaknya; –
لِكُلِّ امرِئٍ مِنهُم يَومَئِذٍ شَأنٌ يُغنيهِ
Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja.

 

Mereka juga akan cuba lari dari Padang Hisab. Kerana mereka takut mereka akan dihisab. Tapi mereka tidak akan ada peluang untuk melarikan diri. Mereka akan diheret semula ke Mahsyar. Orang yang kafir tak masuk perbicaraan langsung. Mereka akan terus kena bakar. Mereka juga akan menjadi bahan bakar kerana neraka itu bahan bakarnya adalah manusia dan batu.

Atau, ia mungkin bermaksud, berpaling dari Mahsyar menuju ke Neraka selepas Pengadilan. Waktu inilah terjadinya panggil memanggil itu untuk minta tolong.

 

مَا لَكُم مِّنَ اللهِ مِنْ عَاصِمٍ

“Dan tidak ada untuk kamu dari (azab) Allah seorang penyelamat pun”.

Riuh rendah memanggil orang lain untuk memberi bantuan tapi semua boleh dengar sahaja kerana tidak ada sesiapa yang boleh tolong sesiapa lagi.

Ini menolak harapan sesetengah manusia yang sangka mereka akan dapat bantuan di akhirat nanti. Kerana mereka rasa, semasa di dunia, mereka puja wali, Nabi dan malaikat, takkan mereka tidak tolong pula nanti? Tapi Allah menolak sangkaan mereka itu. Tidak ada sesiapa yang dapat tolong.

 

وَمَن يُضْلِلِ اللهُ فَمَا لَهُ مِنْ هَادٍ

“Sesiapa yang disesatkan Allah, tidak ada sesiapa pun yang boleh memberi hidayah kepadanya”.

Ini adalah Idkhal Ilahi. Selepas ucapan panjang itu, masih tidak nampak mereka ingin menerima. Apabila mula kecewa dengan kedegilan mereka, Allah turunkan ayat, kalau Allah sudah sesatkan, tiada sesiapa yang boleh beri pimpinan hidayat.

Bila Allah buat keputusan bahawa seseorang itu sesat, tak boleh buat apa lagi untuk menyelamatkan orang itu. Tidak ada sesiapa pun yang dapat tolong lagi. Tidak ada guru, wali, kawan atau sesiapa sahaja yang boleh pandu dia kembali kepada agama”.

Ini adalah satu amaran: kalau kita tidak mengambil peluang menerima dakwah dan hidayah apabila datang kepada kita, ditakuti hati kita akan ditutup oleh Allah untuk menerima hidayah lagi. Allah akan tutup hati manusia untuk menerima hidayah lagi apabila sudah sampai kufur ‘Peringkat Keempat’. Ini adalah Khatmul Qalbi. Kalau Allah sudah tutup hati-hati manusia dari terima kebenaran, tidak ada sesiapa lagi yang boleh tolong beri hidayah.

Oleh itu, apabila datang satu-satu nasihat kepada kita, hendaklah kita dengar dahulu. Jangan terus bantah, tapi berilah telinga kita untuk dengar apakah yang hendak disampaikan.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 21 September 2020


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Taimiyyah Zubair