Usul 11: Menentukan Mesej Utama Setiap Surah

(11) Keperluan Menentukan Mesej Utama Setiap Surah.

Usul kesebelas untuk memahami al-Qur’an dengan baik ialah mencari, memilih dan kemudian menentukan tema atau judul yang menggambarkan mesej utama bagi setiap surah. Dalam istilah Maulana Hameeduddin Faraahi, tema atau judul itu dipanggil عمود atau مركز مضموم. Cara mendapatkannya ialah dengan:

(i) Membahagikan sesuatu surah kepada beberapa perenggan.
(ii) Kemudian menarik kesimpulan daripada ayat-ayat yang terdapat di dalam setiap perenggan. Dan akhir sekali,
(iii) Membuat kesimpulan daripada keseluruhan ayat-ayat yang tersebut di dalam setiap perenggan sebagai mesej utama surah. Mesej utama surah itulah juga yang dikira scbagai tema atau judul sesuatu surah.

Itulah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengetahui mesej utama sesuatu surah.

Beberapa Contoh Mesej Utama Surah

Di bawah ini dikemukakan beberapa contoh mesej utama surah atau tema dan judul yang terhasil daripada mengikuti langkah-langkah yang dikemukakan tadi:

(a) Mesej utama surah al-Baqarah – Penukaran kepimpinan.

(b) Mesej utama surah al-A’raaf – Punca kebinasaan dan kebangkitan sesuatu umat (kaum).

(c) Mesej utama surah Huud – Tauhid dan istighfar penyelamat umat manusia.

(d) Mesej utama surah al-Qashash – Kesombongan dan dan sifat suka melakukan kerosakan di muka bumi membawa padah kepada manusia baik di dunia mahupun di akhirat.

(e) Mesej utama surah at-Tin – Adanya dalil-dalil naqli dan ‘aqli tentang kewujudan hari kiamat.

Peringatan:

(1) Kerangka kasar (struktur makro) yang tepat bagi sesuatu surah akan menghasilkan mesej utamanya yang tepat.

(2) Ayat-ayat yang menyentuh pelbagai topik di dalam setiap surah perlu direnungi apabila hendak mengeluarkan mesej utamanya. Kerana ia sendiri akan menunjukkan apa tema dan judul atau mesej utama sesuatu surah.

Allahu a’lam. Sambung ke Usul yang seterusnya.


Rujukan:

Maulana Asri

Usul 10: Mengetahui Kerangka Kasar Setiap Surah

(10) Kerangka Kasar (Struktur Makro atau النظم الجلى) Setiap Surah.

Usul kesepuluh untuk memahami al-Qur’an ialah menerima adanya kerangka kasar النظم الجلى bagi setiap surah. Oleh kerana setiap surah merupakan satu unit, maka para pelajar mestilah mencari bahagian-bahagiannya yang terbesar terlebih dahulu sebelum mencari kandungan-kandungan kecil di bawahnya. Dengan kata lain para pelajar hendaklah terlebih dahulu membahagikan sesuatu surah kepada beberapa perenggan (paragraf). Itulah yang dimaksudkan dengan kerangka kasar atau النظم الجلى setiap surah.

Beberapa Contoh Kerangka Kasar Surah-Surah Tertentu

(a) Surah al-Baqarah mempunyaj empat bahagim (perenggan) besar.
(i) Pendahuluan
(ii) Tentang Bani Israil
(iii) Tentang umat Islam
(iv) Penutup.

(b) Surah Aali ‘ Imraan mempunyai dua bahagian (perenggan) besar.
(i) Secara umumnya tentang Ahli al-Kitab dan orang-orang Kristian
(ii) Tentang orang-orang Islam.

(c) Surah al-A’raaf dapat dibahagikan kepada lapan bahagian besar. Di antara pendahuluan dan penutupnya ada peristiwa enam kaum.

(d) Surah Huud juga dapat dibahagikan kepada lapan bahagian besar. Di antara pendahuluan dan penutupnya juga ada peristiwa enam kaum.

(e) Surah al-Kahfi mengandungi empat bahagian (perenggan) besar. Di antara pendahuluan dan penutupnya ada dikemukakan empat kisah.

(f) Surah al-Jumu’ah secara kasar dapat dibahagikan kepada dua bahagian (perenggan) besar sahaja. Pertama tentang sikap orang-orang Yahudi terhadap Kitab Taurat dan ajaran-ajarannya. Kedua tentang apa yang diperintahkan oleh Allah kepada orang-orang yang beriman pada hari Juma’at.

(g) Surah al-Munafiqun juga secara kasar dapat dibahagikan kepada dua bahagim besar sahaja. la berbicara tentang adanya kaitan yang rapat di antara nifaq dan infaq.

(h) Surah an-Naba’ mempunyai tiga bahagian besar atau tiga perenggan utama. Selain memberi gambaran tentng hari kiamat yang sentiasa dipertikaikan, ia juga mengemukakan sifat-sifat orang-orang yang durjana dan sifat-sifat orang-orang yang bertaqwa.

Allahu a’lam. Sambung ke usul yang seterusnya.


Rujukan:

Maulana Asri

Usul 9: Memahami Al-Qur’an Berdasarkan Tertib Al-Qur’an

(9) Memahami Al-Qur’an Berdasarkan Tertib Al-Qur’an Yang Ada (فهم القرآن على ضوء الترتب الكتاب)

Usul kesembilan ialah memahami al-Qur’an berdasarkan tertib al-Qur’an yang ada di dalam Mushaf atau dalam bentuk sebuah buku di tangan umat Islam hari ini. Di bawah usul kelapan telah pun dipaparkan bahawa mula-mula sekali lima ayat di permulaan Surah al-‘Alaq diturunkan. Kemudian beberapa ayat di permulaan Surah al-Muddattsir, kemudim beberapa ayat di permulaan Surah al-Muzzammil dan seterusnya. Pendek kata, tertib turun al-Qur’an tidak sama dengan tertib al-Qur’an yang ada di dalam Mushaf hari ini. Kenapa berlaku begitu? Kenapa tidak dipakai saja susunan al-Qur’an menurut tertib turunnya? Apakah rahsia di sebalik ketidaksamaan dua tertib tersebut??

Anda akan mendapat jawapannya setelah memahami dengan baik beberapa perkara di bawah ini:

(a) Tertib Tauqifi (الترتيب التيقيفي). 

Tertib al-Qur’an seperti yang ada pada hari ini adalah tertib yang diterima para sahabat dan Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w. pula menerimanya dari Jibril dan Jibril pula menerimanya dari AIIah s.w.t. Tertib sebegini dinamakan Tertib Tauqifi kerana pada hakikatnya ia bukan hasil ijtihad manusia. Justeni ia adalah suatu yang dikehendaki Allah dan direstuiNya. Menurut tertib inilah al-Qur’an itu dihafal oleh para huffaz dan qurra’ semenjak zaman Sahabat, Tabi in, Tab’i at-Tabi’in dan generasi-generasi yang datang kemudian hingga ke hari ini. Di sebalik tertib tauqifi ini juga tersimpan banyak sekali hikmat al-Qur’an sebagai kalam Allah s.w.t. Oleh itu ia perlu diteliti dan dikaji.

(b) Jalinan dan paduan yang cukup indah di antara surah-surah Makkiyyah dan Madaniyyah. 

Surah al-Faatihah adalah Makkiyyah. Ia disusuli empat surah Madaniyyah, iaitu al-Baqarah, Aali ‘Imraan, an-Nisaa’ dan al-Maa’idah. Empat surah Madaniyyah ini diikuti pula oleh dua surah Makkiyyah, iaitu al-An’am dan al-A’raaf. Selepas itu berturutan pula dua surah Madaniyyah, iaitu al-Anfaal dan at-Taubah. Demikianlah berterusan jalinan dan paduan yang penuh mukna di antara surah-surah Makkiyyah dan Madaniyyah.

(c) Nama-nama Surah. 

Tiga perkara penting perlu diingat berkenaan dengan nama-nama Surah.

(i) Sebahagian besar nama-nama Surah adalah tauqifi. Bagaimanapun tidak semuaya betul-betul tsabit (terbukti) diterima daripada Rasulullah s.a.w.

(ii) Banyak daripada nama-nama Surah tidak tauqifi. la diletakkan oleh para ulama berdasarkan ijtihad mereka.

(iii) Sesetengah Surah mempunyai beberapa nama. Seperti Surah ad-Dahr. Nama keduanya ialah al-Insaan. Surah Muhammad pula nama keduanya ialah al-Qitaal.

(d) Surah-surah, Juzu’-juzu’ dan Ruku’-ruku’. 

(i) Di dalam al-Qur’an ada 114 Surah semuanya. Pembahagian Surah-surah kepada 114 adalah berdasarkm wahyu dan ia adalah suatu yang tauqifi. Ia bukan hasil ijtihad sesiapa. Berdasarkan pembahagian inilah al-Qur’an itu seharusnya difahami. Pemahaman al-Qur’an berdasarkan pembahagiannya kepada juzu’-juzu’ merupakan usaha sia-sia.

(ii) Pembahagian al-Qur’an kepada 30 juzu’ bukan tauqifi. la adalah hasil ijtihad para ulama yang datang kemudian. Sesetengah ulama berpendapat, ia bermula semenjak zaman Saiyyidina Utsman lagi. Ia tidak sedikil pun membantu anda memahami al-Qur’an. Pembahagian al-Qur’an kepada 30 juzu’ itu hanyalah pembahagian kuantitatif semata-mata.

(iii) Pembahagian al-Quran kcpada ruku’-ruku juga bukan tauqifi. Ia seperti pembahagian kepada juzu’-juzu’, merupakan hasil ijtihad para ulama. Tujuannya lebih tertumpu kepada penentuan kuantiti. Walau bagaimanapun, pada banyak tempat, kesesuaian topik juga ada diambil kira.

Di bawah ini dikemukakan carta pembahagian al-Qur’an kepada Surah-surah menurut tertib Mushaf yang ada di kalangan umat manusia hari ini di samping pembahagiannya kepada juzu’-juzu’. ruku’-ruku’ dan lain-lain.

 

No 

Surah

Nama Surah Juzu’ Makkiyah atau 

Madaniyyah

Bilangan Ayat Bilangan Ruku’ Nama lain
1 al-Faatihah 1 Makkiyah /

Madaniyyah

7 1 فاتحة الكتاب 2
فاتحة القرآن 3
أم الكتاب 4
أم القرآن 5
القرآن العظيم 6
السبع المثاني 7
الرقيه 8
الواقية 9
الكنز 10
سورة الشفاء 11
الصلوة 12
سورة الصلوة 13
الشافية 14
الأساس 15
الأساس 16
سورة الحمد 17
سورة الشكر 18
سورة السوال 19
سورة الحمد الألى 20
سورة الحمد الثانية 21
الدعاء 22
تعليم المسئلة 23
سورة المناجة 24
سورة التفويض 25
سورة الكافية 26
باب القرآن 27
2 al-Baqarah 1-2-3 Madaniyyah 286 40 سورة فسطاط القرآن 2
سنام القرآن 3
سورة الزهراء 4
3 Aali Imran 3-4 Madaniyyah 200 30 سورة الطيبة 2
الزهجين 3
4 An-Nisa 4-5-6 Madaniyyah 176 24 سورة النساء الكبرى 2
5 Al-Maidah 6-7 Madaniyyahh 120 16 سورة المنقذة 2
6 Al-An’am 7-8 Makkiyah 165 20 سورة الحُجّة 2
7 Al-A’raaf 8-9 Makkiyah 206 24
8 Al-Anfaal 9-10 Madaniyyah 75 10 سورة البدر 2
9 At-Taubah 10-11 Madaniyyah 129 16 سورة البراءة 2
سورة الفاضحة 3
سورة العذاب 4
سورة المخزأة 5
10 Yunus 11 Makkiyah 109 11
11 Huud 11-12 Makkiyah 123 10
12 Yusuf 12-13 Makkiyah 111 12
13 Ar-Ra’d 13 Makkiyah /

Madaniyyah

43 6 سورة المر
14 Ibrahim 13 Makkiyah 52 7
15 Al-Hijr 13-14 Makkiyah 99 6
16 An-Nahl 14 Makkiyah 128 16 سورة النعم
17 Al-Isra’ 15 Makkiyah 111 12 سورة بنى إسرائيل 2
سورة سبحان 3
18 Al-Kahf 15-16 Makkiyah 110 12
19 Maryam 16 Makkiyah 98 6
20 Thaha 16 Makkiyah 135 8 سورة كليم
21 Al-Anbiyaa’ 17 Makkiyah 112 7
22 Al-Hajj 17 Madaniyyah 78 10
23 Al-Mu’minoon 18 Makkiyah 118 6
24 An-Nuur 18 Madaniyyah 64 9
25 Al-Furqaan 18-19 Makkiyah 77 6
26 Asy-Syu’araa’ 19 Makkiyah 227 11 سورة طسم
27 An-Naml 19-20 Makkiyah 93 7 سورة سليمن 2
سورة طس 3
28 Al-Qashash 20 Makkiyah 88 9 سورة موسى
29 Al-Ankabut 20-21 Makkiyah 69 7 سورة الم أحسب الناس
30 Ar-Ruum 21 Makkiyah 60 6 سورة الم غلبت
31 Luqmaan 21 Makkiyah 34 4
32 Sajdaah 21 Makkiyah 30 3 سورة مضاجع
33 Al-Ahzaab 21-22 Madaniyyah 73 9
34 Saba’ 22 Makkiyah 54 6
35 Faathir 22 Makkiyah 45 5 سورة الملانكة
36 Yaasin 22-23 Makkiyah 83 5 قلب القرآن 2
سورة الدايعة 3
المعمة 4
القاضية 5
37 Ash-Shaffaat 23 Makkiyah 182 5
38 Shaad 23 Makkiyah 88 5 سورة داود
39 Az-Zumar 23-24 Makkiyah 75 8 سورة الغرفة
40 Ghaafir 24 Makkiyah 85 9 سورة المؤمن 2
سورة الطول 3
41 Fushshilat 24-25 Makkiyah 54 6 حم السجدة 2
سورة المصابيح 3
42 Asy-Syura 25 Makkiyah 53 5 سورة حم عسق
43 Az-Zukhruf 25 Makkiyah 89 7
44 Ad-Dukhan 25 Makkiyah 59 3
45 Al-Jaatsiyah 25 Makkiyah 37 4 سورة الشريعة
46 Al-Ahqaaf 25 Makkiyah 35 4
47 Muhammad 26 Madaniyyah 38 4 سورة القتال 2
سورة الذين كفروا 3
48 Al-Fath 26 Madaniyyah 29 4
49 Al-Hujuraat 26 Madaniyyah 18 2
50 Qaaf 26 Makkiyah 45 3 سورة البسقت
51 Adz-Dzaariyat 26-27 Makkiyah 3
52 At-Tur 27 Makkiyah 49 2
53 An-Najm 27 Makkiyah 62 3
54 Al-Qamar 27 Makkiyah 55 3 سورة افتربت الساعة
55 Ar-Rahman 27 Makkiyah / Madaniyyah 78 3 سورة عروس زينة 2
القرآن القرآن 3
56 Al-Waaqi’ah 27 Makkiyah 96 3 سورة الغنى
57 Al-Hadid 27 Madaniyyah 29 4
58 Al-Mujaadilah 28 Madaniyyah 22 3 سورة الظهار 2
سورة قد سمع 3
59 Al-Hasyr 28 Madaniyyah 24 3 سورة بنى النضير
60 Al-Mumtahanah 28 Madaniyyah 13 2 سورة الإمتحان 2
سورة المرأة 3
سورة المهاجرة المودة 4
61 Ash-Shaff 28 Makkiyyah / Madaniyyah 14 2 سورة الحواريين 2
سورة عيسى 3
62 Al-Jumu’ah 28 Madaniyyah 11 2
63 Al-Munafiqun 28 Madaniyyah 11 2
64 At-Taghabun 28 Makkiyyah / Madaniyyah 18 2
65 At-Thalaaq 28 Madaniyyah 12 2 سورة النساء الصغرى
66 At-Tahrim 28 Madaniyyah 12 2 سورة المحترمة 2
3 سورة النبى صلى عليه وسلم
67 Al-Mulk 29 Makkiyyah 30 2 سورة تبارك 2
سورة المانعة 3
سورة المنازعة 4
سورة المنحية 5
سورة الواقية 6
68 Al-Qalam 29 Makkiyyah 52 2 سورة ن
69 Al-Haqqah 29 Makkiyyah 52 2
70 Al-Ma’arij 29 Makkiyyah 44 2 سورة سال سائل 2
سورة الواقع 3
71 Nuh 29 Makkiyyah 28 2
72 Al-Jinn 29 Makkiyyah 28 2 سورة قل أوحي 2
سورة الوحى 3
73 Al-Muzzammil 29 Makkiyyah 20 2
74 Al-Muddatstsir 29 Makkiyyah 56 2
75 Al-Qiyamah 29 Makkiyyah 40 2 سورة لا أقسم
76 Al-Insaan 29 Madaniyyah 31 2 سورة الدهر 2
سورة هل أتى 3
77 Al-Mursalaat 29 Makkiyyah 50 2
78 An-Naba’ 30 Makkiyyah 40 2 سورة عم يتساءلون 2
سورة التتساؤل 3
79 An-Naazi’at 30 Makkiyyah 46 2 سورة الساهرة 2
سورة الطامة 3
80 Abasa 30 Makkiyyah 42 1 سورة السفرة 2
سورة الصاخّة 3
81 At-Takwir 30 Makkiyyah 29 1 سورة كوّرت 2
3 سورة إذا الشمس كوّرت
82 Al-Infithaar 30 Makkiyyah 19 1 سورة إذا السماء انفطرت
83 Al-Mutaffifin 30 Makkiyyah 36 1 سورة التطفيق
84 Al-Insyiqaaq 30 Makkiyyah 25 1 سورة إذا السماء ينشقت
85 Al-Buruj 30 Makkiyyah 22 1
86 At-Thaariq 30 Makkiyyah 17 1
87 Al-A’la 30 Makkiyyah 19 1
88 Al-Ghasyiyah 30 Makkiyyah 26 1
89 Al-Fajr 30 Makkiyyah 30 1
90 Al-Balad 30 Makkiyyah 20 1
91 Asy-Syams 30 Makkiyyah 15 1
92 Al-Lail 30 Makkiyyah 21 1
93 Adh-Dhuha 30 Makkiyyah 11 1
94 Asy-Syarh 30 Makkiyyah 8 1 سورة الم نشرة 2
الانشرة 3
95 At-Tin 30 Makkiyyah 8 1
96 Al-Alaq 30 Makkiyyah 19 1 سورة اقرأ 2
سورة القلم 3
97 Al-Qadr 30 Makkiyyah 5 1
98 Al-Bayyinah 30 Makkiyyah / Madaniyyah 8 1 سورة لم يكن 2
سورة البرية 3
سورة القيامة 4
سورة الانفكاك 5
99 Az-Zalzalah 30 Makkiyyah / Madaniyyah 8 1 سورة الزللزال 2
سورة إذا زلزلت 3
100 Al-Aadiyaat 30 Makkiyyah 11 1
101 Al-Qaari’ah 30 Makkiyyah 11 1
102 At-Takaatsur 30 Makkiyyah 8 1 سورة الهاكم
103 Al-Asr 30 Makkiyyah 3 1
104 Al-Humazah 30 Makkiyyah 9 1
105 Al-Fiil 30 Makkiyyah 5 1
106 Quraisy 30 Makkiyyah 4 1 سورة الشتاء
107 Al-Maa’un 30 Makkiyyah 7 1 سورة أرأيت 2
سورة الدين 3
108 Al-Kautsar 30 Makkiyyah 3 1
109 Al-Kaafirun 30 Makkiyyah 6 1 سورة قل يأيها الكافرون 2
سورة العبادة 3
سورة الإخلاص 4
5 سورة المقشقشة أي المبرئة من الشرك والنفاق
110 An-Nashr 30 Makkiyyah 3 1 سورة التوديع 2
سورة إذا جاء 3
111 Al-Masad 30 Makkiyyah 5 1 سورة اللهب 2
سورة تبت 3
112 Al-Ikhlas 30 Makkiyyah / Madaniyyah 4 1 سورة قل هو الله احد 2
سورة الأساس 3
سورةالتوحيد 4
سورة الإمان 5
113 Al-Falaq 30 Makkiyyah / Madaniyyah 5 1 سورة المعوذة
114 An-Naas 31 Makkiyyah / Madaniyyah 6 1 سورة المعوذة

 

Peringatan (1):

Surah-surah yang disepakati ahli tafsir sebagai surah-surah Madaniyyah ada 20  kesemuanya. Di bawah ini dikemukakan senarainya:

  1. al-Baqarah
  2. Ali Imran
  3. an-Nisa
  4. al-Maidah
  5. al-Anfaal
  6. at-Taubah
  7. an-Nuur
  8. al-Ahzab
  9. Muhammad
  10. al-Fath
  11. al-Hujurat
  12. al-Hadid
  13. al-Mujadalah
  14. al-Hashr
  15. al-Mumtahanah
  16. al-Jumuah
  17. al-Munaafiquun
  18. at-Talaq
  19. at-Tahrim
  20. an-Nashr

Surah-surah yang khilaf para ahli tafsir tentang Makkiyyah atau Madaniyyahnya pula ada 13. Senarainya adalah seperti berikut:

  1. al-Faatihah
  2. ar-Ra’d
  3. al-Hajj
  4. ar-Rahman
  5. as-Saff
  6. at-Taghabun
  7. al-Mutaffifin
  8. al-Qadr
  9. al-Bayyinah
  10. al-Zalzalah
  11. al-Ikhlas
  12. al-Falaq
  13. an-Naas

Selebihnya adalah surah-surah yang disepakati mereka sebagai surah-surah Makkiyyah.

Kesimpulannya: 

Jumlah kesemua sekali surah di dalam al-Qur’an ada 114. 20 daripadanya adalah surah-surah Madaniyyah. 81 daripadanya adalah surah-surah Makkiyyah dan 13 daripadanya  pula adalah yang diperselisihkan, sama ada ia Makkiyyah atau Madaniyyah.

Peringatan (2):

Sesuatu surah dikatakan Makkiyyah atau Madaniyyah berdasarkan kebanyakan isi kandungannya. la tidak bererti setiap ayat di dalam surah Makkiyyah diturunkan sebelum Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah. Kerana mungkin juga ada di dalamnya satu atau dua ayat yang diturunkan setelah Baginda s.a.w. berhijrah ke Madinah. Demikian juga sebaliknya, mungkin ada di dalam surah yang dikatakan Madaniyyah satu atau dua ayat yang diturunkan sebelum Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah.

Bagaimanapun para ulama Tafsir ada menyebutkan beberapa qaedah umum dan ciri-ciri bagi masing-masing daripada surah Makkiyyah dan Madaniyyah.

Antara qaedah umum dan ciri-ciri surah Makkiyyah adalah sebagai berikut: 

(i) Setiap surah yang di dalamnya ada ayat Sajdah adalah Surah Makkiyyah, kecuali Surah al-Hajj. Kerana para ahli Tafsir masih khilaf tentangnya. Sama ada ia Makkiyyah atau Madaniyyah, mesktpun di dalamnya terdapat dua ayat Sajdah.

(ii) Semua surah yang di dalamnya digunakan perkataan كلّا adalah Makkiyyah. Perkataan ini berulang sebanyak 33 kali di bahagian separuh akhir al-Qur’an. la bertaburan di dalam 15 Surah.

(iii) Surah yang di dalamnya terdapat ayat yang dimulakan dengan يأيها الناس adalah Makkiyyah, kecuali Surah al-Baqarah dan Surah aI-Hajj.

(iv) Semua surah yang dimulakan dengan Huruf Muqattha’at adalah Makkiyyah, kecuali Surah al-Baqarah dan Aali Imraan.

(v) Semua surah yang tersebut di dalamnya kisah para nabi dan umat-umat di zaman silam adalah Makkiyyah, kecuali Surah al-Baqarah.

(vi) Setiap surah yang tersebut di dalamnya kisah Adam dan Iblis adalah Makkiyyah, kecuali Surah al-Baqarah.

(vii) Surah-surah yang mengandungi pembuktian tentang ‘aqidah tauhid, risalah (kerasulan), hari kebangkitan. hari kiamat, syurga dan neraka pada umumnya adalah surah-surah Makkiyyah.

(viii) Surah-surah yang memaparkan akhlaq-akhlaq yang mulia di samping membantah jenayah dan perlakuan buruk golongan musyrikin, seperti membunuh orang-orang yang tidak bersaiah, memakan harta anak yatim, menanam hidup-hidup anak-anak perempuan dan lain-lain adalah Makkiyyah.

(ix) Surah-surah Makkiyyah pada umumnya mengandungi ayat-ayat yang pendek, penuh erti dan banyak menggunakon seni bahasa ‘Arab yang tinggi. Penggunaan seni bahasa seperti tasybih, tamtsil, kinayah, majaaz dan isti’aarah adalah suatu yang lumrah di dalamnya. Perbendaharaan katanya juga sangat luas.

Qaedah umum dan ciri-ciri surah Madaniyyah pula adalah sebagai berikut: 

(i) Surah-surah yang mengandungi kewajipan-kewajipan agama (seperti puasa, zakat, haji dan sebagainya) dan hukum-hukum hudud adalah Madaniyyah.

(ii) Surah-surah yang menyebutkan tentang golongan munafiqin dan gelagat-gelagat mereka adalah Madaniyyah, kecuali Surah al-‘Ankabut.

(iii) Surah-surah yang mengandungi ayat-ayat yang ditujukan kepada Ahli al-Kitab dan dialog serta kritikan terhadap mereka adalah Madaniyyah.

(iv) Surah-surah yang di dalamnya terdapat ayat yang dimulakan dengan يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا umumnya Madaniyyah.

(v) Surah-surah yang mengandungi hukum-hakam ibadat, muamalat, hudud, pusaka, perang, damai, kekeluargaan, kenegaraan dan kemasyarakatan serta hubungan antara bangsa adalah surah Madaniyyah kesemuanya.

(vi) Banyak daripada surah Madaniyyah panjang. Demikian juga dengan ayat-ayatnya. Di dalamnya terdapat panduan yang agak terperinci tentang sesuatu peraturan atau tatacara melaksanakan sesuatu perintah dan larangan Allah.

(vii) Kalau surah-surah Makkiyyah lebih banyak menyatakan pertentangan antara orang-orang Islam dan penyembah berhala secara khususnya, maka surah-surah Madaniyyah pula lebih banyak menyatakan pertentangan antara orang-orang Islam dan Ahli al-Kitab atau golongan munafiqin.

(viii) Gaya bahasa surah-surah Madaniyyah pada umumnya bersahaja dan terang. Penggunaan bahasa-bahasa berbunga dan penuh dengan pelbagai seni bahasa Arab kurang terdapat di dalamnya. Ini kerana realiti masyarakat Madinah adalah daripada latar bclakang yang berbeza-beza. Keadaan mereka sememangnya menghendaki bahasa yang terang dan sederhana digunakan.

(ix) Kalau surah-surah Makkiyyah lebih banyak menekankan fasal tauhid, kenabian, kehidupan di alam akhirat, pemandangan hari kiamat, menghiburkan Rasulullah s.a.w.dan kisah-kisah zaman lampau, maka surah-surah Madaniyyah pula lebih banyak menekankan soal-soal kekeluargaan, kemasyarakatan dan ketamadunan.

(x) Surah-surah yang mengandungi keizinan berjihad dan hukum-hakam semasa berperang, di samping apa-apa yang ada kaitan dengannya adalah Madaniyyah.

Peringatan (3):

Berhubung dengan bilangan ayat-ayat di dalam al-Qur’an, sememangnya terdapat khilaf di kalangan para ulama. Perinciannya adalah seperti berikut:

(i) Menurut sebilangan besar ulama, jumlah kesemua sekali ayat-ayat al-Qur’an ialah enam ribu enam ratus enam puluh enam ayat (6,666).

(ii) Ada yang berpendapat enam ribu enam ratus enam belas (6616) sahaja.

(iii) Ada yang berpendapat hanya enam ribu dua ratus enam belas (6216) sahaja.

(iv) Ada juga yang berpendapat enam ribu dua ratus tiga puluh tujuh (6237) sahaja.

(v) Yang paling tepat berhubung dengan jumlah kesemua sekali (total) ayat-ayat al Qur’an ialah enam ribu dua ratus dua belas (6212) sahaja. Inilah jumlah yang akan anda perolehi apabila anda mencampurkan semua sekali ayat-ayat yang jelas di dalam 114 surah yang ada di dalam al-Qur’an.

Berhubung dengan bilangan perkataan di dalam al Qur’an pula terdapat beberapa pendapat seperti berikut:

(i) Tujuh puluh tujuh ribu sembilan ratus tiga puluh tiga (77,933).

(ii) Tujuh puluh tujuh ribu empat ratus tiga puluh tujuh (77,437).

(iii) Tujuh puluh tujuh ribu dua ratus tujuh puluh tujuh (77,277).

(iv) Menurut Mujahid, tujuh puluh enam ribu enipat ratus tiga puluh (76,430).

(v) Menurut ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillali, tujuh puluh lujuh ribu empat ratus tiga puluh (77,430).

(vi) Menurut Fadhal bln Syazaan, tujuh puluh tujuh ribu empat ratus tiga puluh sembilan (77,439).

(vii) Menurut Dr. Zul Fiqaar Kaazim di dalam Quran e Hakeem Ensiklopedia, jumlahnya ialah lapan ratus enam puluh empat ribu tiga puluh perkataan (86,430).

Di sana ada dua pendapat yang masyhur berkenaan dengan jumlah semua sekali huruf di dalam al-Quran, iaitu:

(i) Tiga ratus dua puluh tiga ribu enam ratus tujuh puluh satu huruf (323,671).

(ii) Tiga ratus dua puluh tiga dbu tujuh ratus enam puluh hunif (323,760).

(e) Setiap Surah seharusnya diterima sebagai satu unit tersendiri. 

Para pelajar hendaklah mengkaji dan memahami al-Qur’an berpandukan surah-surahnya, setelah menerima setiap surah sebagai satu unit tersendiri.

Keadaan Surah-Surah AI-Qur*an Yang Saling Berkaitan. 

Surah-surah al-Qur’an itu saling berkait rapat di antara satu dengan yang lain. Al-Qur’an laksana sebuah bangunan agam dengan ruang-ruang atau bilik-biliknya bersambungan di antara satu sama lain. 114 surah yang terkandung di dalamnya bagaikan ruang-ruang atau bilik-bilik yang saling bersambungan dan berkaitan. Sebagai contohnya:

(i) Surah al-Baqarah terletak berdempet dengan Surah Aali ‘Imraan. Kedua-duanya saling berkait rapat. Kerana itulah Rasulullah s.a.w. memanggil kedua-duanya dcngan الزهراوان (dua surah yang cerah dan bersinar-sinar) dan غمامتان (dua surah yang berkilauan dan bersinar-sinar). Surah al-Baqarah banyak mcngandungi tafsiran ‘golongan yang dimurkai’ Allah, yang tersebut di akhir Surah al-Faatihah. Surah Aali ‘Imraan pula banyak mengandungi tafsiran tentang ‘golongan sesat’ yang juga tersebut di akhir Surah al-Faatihah.

(ii) Surah at-Thalaaq terletak berdampingan dengan Surah at-Tahrim. Topik kedua-duanya sama. Berkenaan dengan kehidupan kekeluargaan.

(iii) Surah al-Anfaal terletak berdempet dengan Surah at-Taubah. Kedua-duanya membicarakan tentang jihad.

(iv) Surah ad-Dhuha dan al-Insyiraah terletak berdampingan. Kedua-duanya sama-sama menghiburkan hati Nabi s.a.w. dan membimbing Baginda melakukan sesuatu.

(v) Surah al-Falaq dan an-Naas juga terletak berdampingan. Kedua-duanya adalah sarana perlindungan. Kerana itulah Nabi SAW menamakan kedua-duanya dengan معوّذتان (dua surah pelindung).

Allahu a’lam. Sambung ke usul yang seterusnya.


Rujukan: 

Maulana Asri

Sessi 2

Sessi 3

Tafsir Surah at-Teen Ayat 1 – 4 (Manusia asalnya dijadikan mulia)

Pengenalan:

Seperti selalu, kita menyebut tentang hubungan antara surah ini dengan surah yang sebelumnya. Kerana tentu ada kaitan yang amat rapat sampaikan Allah menyusun susunan surah-surah sebegitu rupa dalam Al-Qur’an.

1 – Dalam Surah Al-Inshirah, Allah menjanjikan kemudahan kepada Nabi Muhammad. Tetapi janji itu bukan hanya untuk Nabi Muhammad sahaja tapi untuk Nabi-nabi yang lain.

Dalam Surah at-Teen ini akan diberitahu bahawa semua Nabi sebelum Nabi Muhammad mengalami cabaran yang sama juga. Kerana memang menyampaikan dakwah tauhid adalah sesuatu yang amat berat kerana perlu mengubah akal dan hati manusia yang sudah tegar atas fahaman dan amalan syirik. Ini sama juga dengan masyarakat kita sekarang pun.

Tapi Allah menjanjikan kepada pembawa ajaran tauhid itu bahawa kerja itu akan menjadi semakin mudah. Akan ada manusia yang akan menerima ajakan tauhid itu kerana Allah sudah jadikan manusia dalam keadaan terbaik, dan ini disebut dalam surah ini.

2 – Memang manusia telah dicipta dalam keadaan yang terbaik. Kita boleh lihat peringkat-peringkat yang telah disebut dalam surah-surah sebelum ini. Dalam Surah asy-Syams, telah disebut bagaimana manusia itu dijadikan dalam dua bahagian – fizikal dan spiritual. Kemudian dalam Surah al-Layl, diberikan contoh mereka yang baik, iaitu mereka yang memberi infak dan bertaqwa.

Dan kemudian dalam Surah Ad-Dhuha disebut tentang kedudukan Nabi Muhammad, sebagai contoh seorang manusia yang mempunyai kedudukan dan sifat yang tinggi. Dan disambung kisah itu dalam Surah Al-Insyirah.

Jadi ada peningkatan sifat manusia yang telah disebut dalam surah-surah itu dari Surah Ash-Syams sampai ke Surah Al-Insyirah. Dalam Surah at-Teen ini, disebut yang manusia boleh mencapai kedudukan yang tinggi kerana memang manusia telah dijadikan dalam keadaan yang terbaik. Ini dapat dicapai dengan mengikut contoh Nabi Muhammad.

3 – Akan tetapi, kalau manusia tidak menghiraukan diri mereka dari segi spiritual, mereka akan dijatuhkan ke tempat yang rendah.

Surah ini dimulai dengan tiga sumpah. Ini adalah satu kebiasaan dalam surah-surah Juzuk 30 ini. Dan sumpah-sumpah ini adalah perkara yang penting yang perlu diambil perhatian. Kalau kita tidak melihat sumpah-sumpah ini dengan saksama, kita tidak boleh memahami surah ini.

Mungkin ramai yang sangka Al-Qur’an ini memperkatakan tentang perkara yang rendah-rendah dan mudah sahaja kerana ianya diberikan kepada orang Mekah yang hidup pada zaman dahulukala sahaja yang kurang ilmunya. Tetapi tidak begitu kerana Al-Qur’an ini memperkatakan perkara yang tinggi-tinggi. Nanti kita akan lihat bagaimana Al-Qur’an sebenarnya memperkatakan tentang perkara-perkara yang tinggi-tinggi dan kompleks.

Allah hendak memberitahu bahawa Allah telah beri akal kepada manusia dan kalau manusia menggunakan akal itu, manusia akan menjadi makhluk yang baik; tapi kalau mereka tidak menggunakan akal mereka, maka mereka itu lebih teruk dari binatang.


 

Teen Ayat 1: Surah ini boleh dibahagikan kepada 2 perenggan makro. Ayat 1 – 6 adalah Perenggan Makro Pertama. Allah memberitahu yang manusia akan terbahagi kepada dua darjat.

Allah memulakan surah ini dengan sumpah pertama.

وَالتّينِ وَالزَّيتونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

At-Teen: The Fig.

By the fig and the olive¹

  • Referring to the places known for their production, i.e., Damascus and Jerusalem, respectively. It could also refer to the fig and olive trees or to the fruits themselves.

(MALAY)

Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun,

 

Buah Tin adalah buah yang diberkati. Memang ada kelebihan kepada buah Tin sepertimana yang telah pernah disebut oleh Nabi:

Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin. Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda: ”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya ia  menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”

Dari itu kita boleh faham bahawa memang buah Tin ini memang ada khasiat dan Allah memberi isyarat tentangnya dalam Al-Qur’an.

Tetapi dalam ayat ini, adakah Allah hendak bercakap tentang buah atau tempat? Dalam bahasa Arab klasik, masyarakat Arab menggelar sesuatu tempat dengan isyarat kepada apa yang terkenal di tempat itu. Oleh itu, ulama’ berpendapat bahawa kalimat وَالتّينِ وَالزَّيتونِ mungkin bermaksud tempat atau kawasan tertentu. Iaitu tempat di mana buah tin dan buah zaitun banyak.

Ada beberapa tempat yang disenaraikan dalam kitab tafsir:

    1. Mungkin merujuk kepada Palestin, tempat yang banyak buah Tin dan Zaitun.
    2. Syria,Damascus
    3. Selatan Iraq
    4. Bukit Judi di mana bahtera Nabi Nuh telah mendarat.

Sedangkan buah Zaitun pula ada disebut dalam ayat Nur:35

الزُّجاجَةُ كَأَنَّها كَوكَبٌ دُرِّيٌّ يوقَدُ مِن شَجَرَةٍ مُبارَكَةٍ زَيتونَةٍ لا شَرقِيَّةٍ وَلا غَربِيَّةٍ يَكادُ زَيتُها يُضيءُ وَلَو لَم تَمسَسهُ نارٌ

Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkah, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api.

Kalimat yang digunakan dalam ayat ini adalah شَجَرَةٍ مُبارَكَةٍ زَيتونَةٍ: yang memberi isyarat bahawa pokok zaitun itu ada berkat. Dan ia juga sebagai simbol kesucian. Seperti juga dengan buah Tin tadi, ada yang mengatakan ayat dalam Surah an-Nur ini bukan hendak menceritakan tentang buah Zaitun tapi hendak menceritakan tempat. Oleh itu ada yang mengatakan:

    1. Ia merujuk kepada Bukit Zaitun yang berada di Jurusalem.
    2. Ibn Abbas mengatakan ia merujuk kepada Masjid al Aqsa di Palestin.

Oleh itu, ia bukan sahaja merujuk kepada buah itu sendiri, tapi merujuk kepada tempat. Dan ada juga yang memanjangkan lagi dengan mengatakan, bukanlah yang hendak disebut tentang tempat itu tapi merujuk kepada Nabi-nabi yang datang dari situ, iaitu:

    1. At-teen merujuk kepada Nabi Ibrahim.
    2. Mungkin juga Nabi Nuh kerana tempat bahteranya mendarat
    3. Az-zaitoon pula mungkin merujuk kepada Nabi Isa yang lahir di Palestin yang ada banyak buah zaitun.

Buah Teen ini ada sejarahnya. Nama buah Tin adalah diambil dari bahasa arab ‘Tin’ dan boleh juga dikenali sebagai ‘Figs’ dalam bahasa Inggeris. Pokok Tin telah tumbuh secara meliar di Afrika, Asia Barat dan sekitar Laut Mediterranean semenjak seratus juta tahun dahulu iaitu semenjak era dinasor lagi. Buah Tin adalah merupakan salah satu tumbuhan yang pertama sekali ditanam oleh manusia sebagai aktiviti pertanian.

Ada terdapat sembilan subfosil buah Tin yang terdiri daripada jenis partenocarpic bertarikh kira-kira 9400-9200 BC yang ditemui di perkampungan Neolithic awal Gigal I yang berada di Lembah Jordan, 13 KM di utara Jericho. Penemuan fosil ini membuktikan bahawa penanaman buah Tin telah mendahului penanaman gandum, barli dan kekacang.

Para pengkaji barat percaya bahawa manusia berkemungkinan telah memakan buah Tin semenjak zaman nabi Adam dan Hawa lagi. Buah Tin adalah buah-buahan yang enak serta berkhasiat yang mengandungi kalsium, potassium dan fiber. Selain daripada khasiat buahnya, daun pokok zaitun juga boleh diambil sebagai pemakanan untuk tujuan penjagaan kesihatan.

Buah Tin juga telah dijadikan sebagai sumber pemakanan utaman oleh bangsa Rom. Pada abad yang pertama selepas Masihi, orang-orang Rom telah membawa buah Tin ke serata tanah jajahan Empayar Roman – sekitar Mediterranean dan Utara Eropah serta England. Buah Tin berkemungkinan merupakan yang pertama dibawa ke timur sehingga ke Cina di sepanjang Laluan Sutera semasa zaman perluasan Empayar Islam.

Selepas itu, buah Tin ada banyak ditanam di kawasan yang merangkumi Afganistan sehingga Portugal, juga ditanam di Pithoragarh iaitu di pergunungan Kumaon di India. Bermula daripada abad ke 15 dan seterusnya, buah tin telah mula dibawa dan ditanam di kawasan sekitar kawasan utara Eropah dan Benua Amerika. Pada abad ke 16, Cardinal Reginald Pole telah memperkenalkan pokok Tin kepada Istana Lambeth di London.

Kali pertama diketahui berkenaan buah Tin di Cina ialah kira-kira tahun 700 selepas Masihi iaitu ketika pemerintahan Dinsati Tang. Apabila penakluk Sepanyol datang ke Mexico dan California daripada Sepanyol sekitar tahun 1500, mereka membawa bersama mereka buah Tin dan menanamnya di kawasan Amerika  Utara.

Kini, penanaman pokok Tin telah mula diusahakan di kawasan yang beriklim tropika termasuk kawasan Asia Tenggara iaitu Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Ini adalah salah satu dari mukjizat Al-Qur’an di dalam bidang penanaman. Dahulu manusia menyangka bahawa kurma lah tanaman yang pertama sekali ditanam oleh manusia. Maksudnya tanaman yang mula-mula diambil dari hidupan liar dan ditanam dengan sengaja oleh manusia. Sekarang dari kajian kita dapat tahu yang buah Teen lah yang mula-mula ditanam (proses domestication) oleh manusia. Allah memberitahu kita di dalam Al-Qur’an tentang fakta ini dengan menyebut buah Teen dahulu di dalam ayat وَالتّينِ وَالزَّيتونِ.


 

Teen Ayat 2: Sumpah kedua.

وَطورِ سينينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [by] Mount Sinai

(MALAY)

dan demi bukit Sinai,

 

Ini adalah nama tempat Nabi Musa telah bercakap-cakap dengan Allah. Bukit ini terletak di Mesir.

Sekali lagi Allah hendak memperkarakan tentang tempat. Cuma kali ini lebih jelas yang dimaksudkan adalah tempat kalau dibandingkan dengan ayat pertama tadi. Dan bukan sahaja tempat, tapi merujuk kepada Nabi yang terkait dengannya, iaitu Nabi Musa a.s.

Perkataan طورِ dan سينينَ adalah asing bagi bangsa Arab. Jadi ini menunjukkan memang Nabi Muhammad dapat maklumat tidak lain dan tidak bukan adalah dari Allah. Ada yang mengatakan kalimah طورِ ini bukanlah dari bahasa Arab tapi dimasukkan ke dalam bahasa Arab. Ianya adalah gunung/bukit yang subur, dipenuhi dengan tanaman hijau. Dan kalimah ini juga ada disebut dalam Mu’minun:20:

وَشَجَرَةً تَخرُجُ مِن طورِ سَيناءَ تَنبُتُ بِالدُّهنِ وَصِبغٍ لِلآكِلينَ

dan pohon kayu keluar dari Thursina, yang menghasilkan minyak, dan pemakan makanan bagi orang-orang yang makan.

Gunung ini tidak dikenali oleh masyarakat Arab tapi amat dikenali oleh Bani Israil. Dan Allah menggunakan nama yang mereka memang kenali. Ini menjadi satu hujah bahawa tidak mungkin Nabi Muhammad tahu sendiri tentang perkara ini, melainkan mendapat dari wahyu Allah.

Tambahan pula semasa ayat ini diturunkan, belum ada lagi pertalian rapat dengan Bani Israil. Hanya di Madinah baru ada perhubungan rapat dengan mereka. Memang Allah memberikan maklumat-maklumat yang tidak mungkin Nabi mendapatkannya sendiri. Seperti yang disebut dalam Nisa:113

وَأَنزَلَ اللَّهُ عَلَيكَ الكِتابَ وَالحِكمَةَ وَعَلَّمَكَ ما لَم تَكُن تَعلَمُ

Dan Allah telah menurunkan Kitab dan hikmah kepadamu, dan telah mengajarkan kepadamu apa yang belum kamu ketahui.

Mereka yang menentang Nabi Muhammad tentunya menuduh baginda dapat maklumat ini dari Ahli Kitab. Tapi, mereka sentiasa memerhatikan segala pergerakan Nabi, lalu bagaimana mereka nak kata yang Nabi ada mengadakan perjumpaan rahsia dengan Ahli Kitab sedangkan memang tidak ada perjumpaan sebegitu?

Oleh itu, kalau mereka mahu membuka hati mereka, tidak lain dan tidak bukan, maklumat yang Nabi sebutkan ini datangnya dari Allah SWT.


 

Teen Ayat 3: Sumpah ketiga.

وَهٰذَا البَلَدِ الأَمينِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [by] this secure city [i.e., Makkah],

(MALAY)

dan demi kota (Mekah) ini yang aman,

 

Dan ini pula adalah negeri dari mana datangnya Nabi Muhammad SAW, iaitu Kota Mekah. Walaupun tidak disebut dalam lafaz ayat ini, tapi ulama sepakat yang ianya merujuk kepada Kota Mekah. Ini sama seperti yang disebut dalam Surah Balad.

Kalimah البَلَدِ merujuk kepada kota yang ada sempadan yang tetap. Oleh itu, Mekah adalah satu kota yang tetap. Allah menjadikan Kota Mekah sebagai البَلَدِ kerana menghormati doa Nabi Ibrahim yang berdoa supaya Mekah itu dijadikan sebagai البَلَدِ seperti yang disebut dalam Ibraheem:35

وَإِذ قالَ إِبراهيمُ رَبِّ اجعَل هٰذَا البَلَدَ آمِنًا

Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berkata: “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman

Kemudian Allah menyebut sifat Mekah itu sebagai الأَمينِ (yang aman) kerana sesiapa yang pergi ke Mekah akan rasa aman. Sesiapa yang tinggal di situ tidak sanggup membunuh dan perompak pun tak berani nak kacau Makkah. Tapi dalam Surah al-Balad, perkataan الأَمينِ tidak digunakan kerana keamanan Makkah waktu itu telah hilang sekejap kerana mereka nak membunuh Nabi.

Kalimah الأَمينِ dikaitkan dengan Mekah kerana ia juga boleh bermaksud ‘amanah’. Allah mengamanahkan Mekah itu sebagai tempat untuk dikerjakan Umrah/Haji. Juga, Allah telah mengamanahkan Mekah itu menjadi tempat lahir RasulNya yang terakhir. Ia juga boleh bermaksud penduduk di Mekah itu diamanahkan untuk menjaga keamanan tempat itu. Kerana itulah dari turun temurun, Mekah tidak menjadi tempat pertumpahan darah.

Jadi, tiga tempat telah disebut atau diisyaratkan:

    1. Palestin
    2. Bukit Sinai
    3. Makkah

Kenapa agaknya susunan ayat dan tempat itu sebegitu? Ulama ada memberi pendapat:

    1. Kelebihan buah Tin seperti yang telah disebut dalam hadis.
    2. Kelebihan buah Zaitun juga ada disebut di mana ianya mempunyai keberkatan seperti yang telah disebut dalam Surah an-Nur.
    3. Bukit Thursina juga ada keberkatan kerana itulah tempat Nabi Musa bercakap dengan Allah.
    4. Akhir sekali adalah Mekah yang Aman. Di sinilah terletaknya Ka’bah yang dibina oleh Nabi Ibrahim, juga tempat kelahiran Rasul yang paling mulia iaitu Nabi Muhammad. Di sinilah juga diturunkan wahyu terakhir dari Allah.

Kalau kita lihat susunan itu ianya menaik dari berkat kepada paling berkat. Allahu a’lam.

Jadi, Allah mengisyaratkan kepada tempat dan datangnya Nabi-nabi yang mulia. Dan Nabi-nabi yang diisyaratkan itu adalah Rasul-rasul Ulul Azmi (Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Nabi Muhammad). Allah hendak mengatakan bahawa kelima-lima Rasul itu dari susur galur yang sama sahaja.

Mereka semuanya membawa mesej yang sama (mesej tauhid). Maka, tidak ada alasan kepada penganut-penganut agama sebelum Islam hendak membezakan Nabi-nabi itu.


 

Teen Ayat 4: Ini adalah ayat terpenting surah ini kerana ianya adalah jawabul qasm kepada sumpah-sumpah sebelum ini.

لَقَد خَلَقنَا ٱلإِنسَـٰنَ فِىٓ أَحسَنِ تَقوِيمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

We have certainly created man in the best of stature;¹

  • i.e., upright, symmetrical, and balanced in form and nature.

(MALAY)

sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.

 

Allah menggunakan perkataan ‘Kami yang mencipta’ untuk menunjukkan rapatnya Allah dengan manusia. Dan hendak menunjukkan kehebatanNya dan mengingatkan kita siapa yang menjadikan kita. Oleh kerana Dialah yang menjadikan kita, maka kenalah sembah dan doa kepada Allah sahaja.

Kalimah تَقويمٍ bermaksud ‘berdiri tegak’. Maknanya Allah telah menjadikan manusia dengan lengkap. Ini adalah kerana manusia sahaja yang berdiri tegak. Tidak macam binatang yang kebanyakannya melata atau berjalan atas empat kaki. Ini hendak memberitahu kita bahawa kejadian manusia amat molek sekali. Malah kita lebih mulia dari golongan jin.

Kita kena yakin yang dengan Al-Qur’an ini dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh manusia. Oleh itu kita kena kenali apa masalah yang dihadapi oleh manusia sekarang ini. Selepas kita tahu apakah penyakit (diagnosis), baru boleh nak gunakan penyelesaian yang sesuai. Jadi apakah masalah manusia?

Kalau kita kaji masalah manusia, ada masalah yang berbentuk dalaman dan ada masalah yang berbentuk luaran. Tidak dinafikan ada sahaja manusia yang teruk perangainya, mereka ada sahaja masalah: berlaku kejam, berperangai keji, mengikut nafsu dan sebagainya. Kadang-kadang ada manusia yang macam binatang pun ada.

Dan kerana itulah kena ada undang-undang untuk mengurus manusia yang sebegitu kerana kalau tanpa undang-undang mereka akan jadi lagi teruk (kalau ada undang-undang pun mereka akan cuba langgar atau lari, apatah lagi kalau tidak ada). Sampaikan kadang-kadang susah kita nak percaya kepada manusia.

Ini adalah kerana manusia yang tidak beriman melakukan perkara kerana beberapa sebab sahaja:

1 – Untuk mengisi perut mereka. Hidup mereka untuk makan sahaja.

2 – Untuk menjaga diri mereka sahaja. Mereka mementingkan keselamatan dan keselesaan diri mereka sahaja. Kerana itu rumah mereka mahal, baju dan pakaian mereka dan mahal dan sebagainya lagi.

3 – Sebab seksual. Ini seperti yang dikatakan oleh Freud (bapa psikologi moden). Kalau mengikut Freud, apa-apa sahaja yang dilakukan oleh manusia adalah dari keinginan memuaskan keinginan seksual sahaja. Dan kalau tidak dihalang oleh undang-undang dan juga oleh takut apa yang dikatakan oleh masyarakat, mereka akan memuaskan segala keinginan nafsu seksual itu.

Jadi, itulah satu pandangan tentang manusia yang bertitik tolak dari kajian dan pemikiran psikologi. Kalau kita lihat, pandangan ini begitu memandang rendah manusia itu. Macam manusia ini tidak boleh diharap langsung kalau begitu.

Tapi itu adalah pandangan yang difikirkan oleh manusia sahaja. Walaupun mereka itu dipandang tinggi, tapi tidaklah semestinya apa yang mereka katakan itu benar belaka. Mereka tidak dapat mengkaji apa yang ada di dalam diri manusia itu sendiri – roh, qalb, nafs.

Mereka juga tidak mengkaji bagaimana pemikiran manusia yang beriman kepada Allah. Kerana kalau mereka kaji, tentu mereka akan mendapat satu lagi sifat manusia – hendak taat dan mencari redha Allah sahaja.

Dan manusia tidaklah hanya mementingkan perut, keselamatan dan nafsu seksual mereka sahaja. Kalau dikaji apa yang berlaku sebelum zaman moden, manusia zaman dahulu pun ada memikirkan tentang:

    • Tuhan dan konsep ketuhanan.
    • Kehidupan selepas kematian
    • Roh manusia dan apakah yang dimaksudkan tentangnya.

Kalau dilihat penulisan-penulisan kuno tamadun-tamadun di sekeliling dunia, tidak kira sama ada di Jepun, China, Eropah dan India atau di mana-mana sahaja, perkara-perkara ini dbincangkan dengan panjang lebar oleh mereka. Cuma di dalam zaman moden, terdapat gerakan untuk memisahkan diri dari agama dan spiritual. Manusia masih lagi percaya kepada konsep ketuhanan, tapi agama sudah menjadi perkara kedua sahaja.

Sekarang kebanyakan manusia lebih mementingkan sains dan keperluan fizikal sahaja dan tidak memikirkan tentang keperluan roh lagi. Manusia sudah tidak kisah dengan apa yang akan terjadi selepas mati nanti, mereka hanya nak fikirkan bagaimana nak menambahbaik kehidupan yang mereka nikmati sekarang.

Jadi, manusia asalnya bukanlah teruk sangat dan dalam ayat ini, Allah menarik perhatian manusia kepada kepada rohnya. Allah mengingatkan kita bahawa manusia itu bukan ada jasad sahaja, tapi ada roh juga. Dalam ayat lain, Allah sebut di dalam Hijr:29:

فَإِذا سَوَّيتُهُ وَنَفَختُ فيهِ مِن روحي فَقَعوا لَهُ ساجِدينَ

Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya ruh (ciptaan)-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud.

Kehebatan manusia itu adalah pada roh dan pada akal yang Allah telah berikan. Tapi manusia semakin tidak memikirkan tentang perkara ini. Kita banyak kaji tentang fizikal sahaja sekarang, sampaikan kita banyak tahu tentang perkara di luar kita, tapi kita tidak faham lagi diri kita sendiri.

Oleh kerana itu manusia sudah tidak memikirkan kepentingan menjaga moral. Kita memang sudah tak kenal diri kita lagi. Dan Allah mengingatkan tentang bahaya ini seperti yang disebut oleh Allah dalam Hashr:19

وَلا تَكونوا كَالَّذينَ نَسُوا اللَّهَ فَأَنساهُم أَنفُسَهُم ۚ أُولٰئِكَ هُمُ الفاسِقونَ

Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.

Maknanya, manusia lupa kepada diri mereka kerana asalnya mereka lupa kepada Allah. Mereka tidak hiraukan apa yang akan terjadi selepas kematian mereka, mereka hanya memikirkan tentang kehidupan semasa sahaja. Mereka sudah tidak tahu tujuan hidup mereka, iaitu menghambakan diri kepada Allah.

Mereka sudah tidak tahu tentang roh mereka sendiri, sampaikan ramai yang berpegang dengan teori Darwin yang mengatakan kita ini tidak lebih dari binatang yang telah maju. Kalau pegangan itu yang dipegang, maka tidak hairanlah kalau ramai yang mahu memuaskan nafsu mereka sahaja; dan ada yang kata, manusia tertakluk kepada binaan DNA yang ada dalam diri sahaja.

Oleh itu, mereka kata, kalau seseorang itu menjadi penjenayah, itu tidak menghairankan kerana memang otak mereka memang akan menyebabkan mereka jadi penjenayah pun. Tapi adakah manusia begitu punya teruk?

Allah jawab persoalan itu dalam ayat ini: لَقَد خَلَقنَا الإِنسانَ في أَحسَنِ تَقويمٍ

Mari kita tadabbur ayat ini:

Huruf ل adalah sebagai penekanan. Diletakkan di sini supaya manusia beri perhatian kepada apa yang hendak disampaikan.

Kalimah قَد dari segi bahasa, ia bermaksud sesuatu yang sudah berlalu, sudah terjadi. Maknanya, memang Allah sudah memuliakan keturunan Adam semasa mereka dalam rahim lagi. Allah sebut perkara ini dalam ayat Isra’:70 وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ (Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam).

Kalimah خَلَقنَا – Kami ciptakan. Allah yang tentukan manusia itu bagaimana, bukannya DNA. Bukan alam yang jadikan manusia, tapi Allah. Dan tidaklah Allah menjadikan sesuatu yang rosak.

Allah menggunakan kalimah ‘Kami menjadikan’ kerana hendak mendekatkan DiriNya. Kerana kalimah ‘Kami menjadikan’ adalah lebih rapat lagi dari ‘Dia menjadikan’. Apa yang dilakukan ini dinamakan ‘taqreeb’ – mendekatkan.

Allah juga gunakan kalimah ‘Kami’ sebagai isyarat kepada kebesaran dan kekuasaanNya. Ini dinamakan ‘Royal We’.

Allah letakkan DiriNya dalam ayat yang menunjukkan kekuatan. Oleh itu, apabila ayat yang menceritakan bagaimana manusia itu dijadikan lemah: وَخُلِقَ الإِنسَانُ ضَعِيفاً (“Kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah. (An-Nisa’:28), Allah tidak mengatakan Dia yang menjadikan manusia yang lemah itu. Padahal, pada hakikatnya, Dia juga yang menjadikan manusia dalam keadaan lemah.

Kalimah الإِنسانَ digunakan dalam ayat ini untuk mengingatkan sifat manusia yang نسي (pelupa). Manusia memang mudah lupa.

Kalimah أَحسَنِ bermaksud sesuatu yang cantik di luar dan di dalam.

Kalimah تَقويمٍ dari katadasar ق و م yang bermaksud berdiri tegak. Oleh itu, تَقويمٍ bermaksud membuat sesuatu yang tegak. Mengambil beberapa bahagian dan menjadikan satu bentuk yang tegak dan lurus. Ia juga bermaksud menjadikan sesuatu yang sempurna seperti yang dikehendaki.

Oleh itu, Allah telah menjadikan kita dalam bentuk yang sempurna, seimbang antara fizikal dan spiritual. Kita pun sudah dimasukkan dengan fitrah dari Allah yang kenal baik dan buruk. Ini disebut dalam ayat 7-8 Surah Syams:

وَنَفسٍ وَما سَوّاها

dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya),

فَأَلهَمَها فُجورَها وَتَقواها

serta Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.

Oleh itu, diri kita perlukan keseimbangan antara keperluan keduniaan dan spiritual. Kita telah diberikan dengan sesuatu yang tidak diberikan kepada makhluk-makhluk yang lain. Maka kerana itu kita adalah makhluk yang dijadikan bersifat mulia asalnya. Ini menolak pendapat yang mengatakan manusia ini fitrahnya teruk, tidak ada moral, tertakluk dengan DNA kejadian mereka dan sebagainya.

Tapi manusia sendiri yang menjatuhkan kedudukan mereka itu apabila mereka lupa kepada Allah. Melupakan Allah akan menjatuhkan manusia dan ingat kepada Allah akan meninggikan kedudukan manusia dan kemuliaannya. Ramai yang lupa kepada Allah, mereka hanya menggunakan akal fikiran mereka dan tidak tunduk kepada wahyu.

Mereka sangka mereka menggunakan intelek mereka tapi sebenarnya mereka hanya menjadi hamba kepada nafsu mereka sahaja. Mereka terpaksa mengikut apa sahaja yang digerakkan oleh nafsu mereka sampaikan mereka tidak dapat menghalangnya lagi. Kerana itulah, kita boleh lihat bagaimana kadar bunuh diri semakin meninggi dalam dunia sekarang.

Kadar jenayah juga semakin meninggi. Dan kadar itu semakin meningkat dari masa ke semasa. Memang jenayah dari dulu juga sudah ada, tapi tidaklah seteruk sekarang ini. Ini semua kerana manusia sudah lupa kepada Allah.

Lalu bagaimana kita kaitkan ayat ini dengan tiga ayat sumpah di permulaan surah? Tentu ada kaitannya, bukan? Seperti yang kita telah bincangkan, sumpah-sumpah itu berkenaan dengan para Nabi yang tinggal di kawasan yang disebutkan itu. Allah hendak memberitahu kita yang Rasul-rasul Ulul Azmi itu (Nabi Nuh, Ibrahim, Isa, Musa dan Nabi Muhammad) adalah contoh-contoh ikutan. Mereka itu adalah في أَحسَنِ تَقويمٍ. Mereka juga makhluk Allah tapi sifat mereka amat mulia sekali. Maka kita kena pelajari apakah personaliti mereka untuk menjadi ikutan kita.

Bagaimana kita boleh harmonikan ayat ini dengan ayat-ayat lain dalam Al-Qur’an yang mengatakan manusia itu dijadikan lemah (وَخُلِقَ الإِنسَانُ ضَعِيفاً), cepat melatah (وَكَانَ الإِنسَانُ عَجُولاً) dan sebagainya? Ayat-ayat itu semua menceritakan tentang kelemahan manusia. Tapi ayat Surah at-Tin ini menceritakan bagaimana manusia dijadikan dalam keadaan terbaik pula?

Jawapannya, Allah telah menjadikan manusia dalam keadaan yang seimbang antara fizikal dan spiritual. Itulah manusia yang sempurna dan hebat. Tapi apabila ada ketidakseimbangan: terlalu ikut kehendak fizikal dan tidak menghiraukan keperluan roh, dan menjauhkan diri dari Allah, maka manusia akan jadi lemah/cepat melatah/tidak bersyukur dan lain-lain sifat kelemahan lagi seperti yang disebut.

Tapi apabila ada keseimbangan antara keperluan roh dan memenuhi kehendak fizikal (yang sah), maka manusia menjadi seimbang dan sempurna dan ikut kehendak Allah. Maka kena jaga keperluan luaran dan dalaman diri kita. Seperti juga kita kena menjaga keperluan luaran dan dalam kereta kita untuk memastikan ia berfungsi dengan baik. Kalau tidak, kereta itu jadi kotor dan tidak tidak dapat berkhidmat dengan baik.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat seterusnya.

Kemaskini: 5 Oktober 2019

Ringkasan Surah Teen


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir


 

Tafsir Surah al-Layl Ayat 15 – 21 (Sifat orang yang baik)

Layl Ayat 15: Siapa yang akan masuk neraka itu?

لَا يَصلَٮٰهَآ إِلَّا ٱلأَشقَى

(SAHEEH INTERNATIONAL)

None will [enter to] burn therein except the most wretched one

(MALAY)

Tidak ada yang masuk ke dalamnya kecuali orang yang paling celaka,

 

Tidaklah yang memasukkan dirinya sendiri ke dalam neraka melainkan orang yang paling celaka. Ini macam orang yang membunuh unta Nabi Salih عليه السلام dalam surah sebelum ini.

Kalimah يَصلا ini bermaksud orang itu akan masuk sendiri. Ini adalah kerana tubuhnya akan ikut arahan Allah ﷻ untuk masuk. Tuannya mungkin tidak mahu masuk tetapi dia sudah tidak ada kuasa atas tubuhnya.

Kalimah الأَشقَى bermaksud orang yang paling celaka. Kalimah ini telah digunakan dalam surah sebelum ini tentang lelaki yang bangun untuk bunuh unta mukjizat dalam Surah Asy-Shams. Dalam surah itu, Allah ﷻ beritahu yang lelaki itu menentang arahan Rasul untuk meninggalkan unta mukjizat itu.

Dalam surah ini pula, arahannya berkenaan mukjizat juga, tetapi mukjizatnya adalah Al-Qur’an. Dan arahan bukan suruh tinggalkan, tapi dekatkan diri dengannya. Maka kalau kita menjauhkan diri dari Al-Qur’an, tidak belajar tafsir Al-Qur’an, maka itu pun dikira menentang arahan Rasul juga.

Samalah macam orang sekarang yang apabila diajak untuk mengenali Al-Qur’an dengan belajar tafsir, mereka tidak mahu. Kalau ada orang beritahu maklumat dari tafsir Al-Qur’an, mereka keji dan kata itu adalah Wahabi. Maknanya, mereka sendiri tidak belajar, tetapi bila orang beritahu ajaran dari Al-Qur’an, mereka keji dan kutuk.


 

Layl Ayat 16: Siapakah orang yang paling malang itu?

الَّذي كَذَّبَ وَتَوَلّىٰ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Who had denied and turned away.

(MALAY)

yang mendustakan (kebenaran) dan berpaling (dari iman).

 

Yang telah mendustakan kebenaran dan berpaling ingkar dari menerimanya. Oleh kerana itu, akidah mereka jadi rosak. Bila akidah rosak, amalan pun akan rosak juga. Sebab itu mereka amat suka buat amalan bidaah.

Apabila ditegur, mereka akan beri bermacam-macam hujah untuk membenarkan amalan bidaah mereka itu. Sampai letih kita hendak menjawab hujah mereka. Padahal, hujah yang paling kuat adalah: “ini Nabi ﷺ tidak buat, maka tinggalkanlah”. Akan tetapi hujah begitu tidak cukup kuat pada mereka, maka kita pula yang kena beri berbagai-bagai hujah.

Mereka tidak membenarkan kebenaran dari wahyu. Apabila kita beritahu perkara benar, mereka tidak terima. Memang dalam ayat ini tidak disebut berpaling dari apa, tetapi kita telah faham, mereka berpaling dari wahyu. Dan Allah ﷻ amat murka kerana peringatan wahyu itu dari Dia sendiri.

Mereka tidak mahu dengar tentang kebaikan walaupun mereka sendiri tahu itu adalah benar. Dan juga mereka berpaling dari memberi kepada orang yang meminta kepada mereka.

   قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ : حَدَّثَنَا يُونُسُ وَسُرَيْجٌ قَالَا حَدَّثَنَا فُلَيْحٌ عَنْ هِلَالِ بْنِ عَلِيٍّ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ  : كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُ الْجَنَّةَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِلَّا مَنْ أَبَى . قَالُوا : وَمَنْ يَأْبَى يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى

Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Yunus dan Suraij mereka berkata: telah menceritakan kepada kami Fulaih dari Hilal bin ‘Ali dari ‘Atho` bin Yasar dari Abu Hurairah berkata: Bahwsanya Nabi ﷺ  bersabda: “Pada hari kiamat setiap umatku akan masuk surga kecuali yang enggan, ” para sahabat berkata: “Siapa yang enggan wahai Rasulullah?” beliau bersabda: “Barangsiapa taat kepadaku maka akan masuk surga, dan barangsiapa durhaka maka ia telah enggan.”

[Musnad Ahmad no. 8373 dengan lafaz ini. Dinilai Sahih lighairihi dan sanad ini Hasan oleh Syaikh Syuaib al-Arnauth. Juga diriwayatkan dalam Sahih Bukhari no. 6737 dari Muhammad bin Sunan]


 

Layl Ayat 17: Siapa pula yang akan selamat?

وَسَيُجَنَّبُهَا الأَتقَى

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But the righteous one will avoid it –

(MALAY)

Dan kelak akan dijauhkan orang yang paling takwa dari neraka itu,

 

Akan dijauhkan azab neraka itu dari orang yang bertaqwa. Kalimah الأَتقَى adalah peringkat taqwa yang lagi tinggi dari muttaquun (kita dapat tahu dari format yang digunakan). Ada pendapat yang mengatakan ayat ini ditujukan kepada Abu Bakar  رضي الله عنه apabila dia memerdekakan hamba yang diseksa. Waktu itulah ayat ini diturunkan, tapi tidaklah untuk beliau sahaja.

Orang yang الأَتقَى akan dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. Tapi tidaklah hanya kepada الأَتقَى sahaja syurga itu. Ini adalah salah satu dari belas kasihan Allah ﷻ. Kalau Allah ﷻ hanya memberikan syurga itu kepada الأَتقَى sahaja, maka tentulah ramai yang tidak berpeluang untuk masuk syurga langsung. Kerana kedudukan الأَتقَى ini amat tinggi dan susah untuk dicapai.

Kalimah وَسَيُجَنَّبُهَا dari kalimah جنب yang bermaksud ‘berada di tepi’. Kalau kalimah تجنب bermaksud membawa seseorang ke tepian. Dan apabila digunakan kalimah تجنيب seperti digunakan dalam ayat ini, ianya bermaksud membawa seseorang amat jauh dari sesuatu. Oleh itu, ayat ini bermaksud mereka akan dibawa amat jauh dari neraka. Mereka akan diselamatkan terus dari neraka itu.


 

Layl Ayat 18: Siapakah mereka yang diselamatkan dari neraka itu? Allah ﷻ beritahu sifat mereka.

الَّذي يُؤتي مالَهُ يَتَزَكّىٰ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[He] who gives [from] his wealth to purify himself

(MALAY)

yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah) untuk membersihkannya,

 

Bagaimana kita boleh mencapai tahap الأَتقَى? Mari belajar sifat mereka. Mereka memberi infak dan mereka menyucikan diri mereka. Tujuan mereka memberi infak itu adalah untuk menyucikan diri mereka. Tapi dalam ayat ini, kalimah ل tidak digunakan. Cuba lihat – kalimah yang digunakan adalah يَتَزَكّىٰ (menyucikan), bukan ليَتَزَكّىٰ (*untuk* membersihkan). Kenapa begitu pula?

Ini adalah kerana Allah ﷻ hendak memberitahu kita, mengeluarkan harta untuk infak, tidaklah memberi ketetapan yang kita akan jadi suci. Perbuatan itu sendiri tidak menyucikan kita, tapi Allah ﷻ lah yang menyucikan kita. Dan Allah ﷻ hanya menyucikan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.

Tetapi proses kita untuk berharap Allah ﷻ menyucikan kita, hendaklah kita mulai dengan mengeluarkan infak ke jalan Allah ﷻ. Ayat ini memberitahu kita, bolehlah kalau kita keluarkan infak itu dengan harapan supaya Allah ﷻ menyucikan kita, tapi keputusan masih tetap di tangan Allah ﷻ.

Pemberian boleh jadi macam-macam seperti masa, ilmu dan tenaga. Akan tetapi Allah ﷻ khususkan harta dalam ayat ini. Namun bagaimana dengan mereka yang miskin? Seperti yang kita tahu, tidak semua boleh beri banyak. Masih tetap kena keluarkan juga, tapi kalau tidak boleh beri banyak, berilah sedikit pun.

Kerana orang yang miskin pun ada benda yang boleh diberikan. Kalau ada dua kurma, bagi satu kurma kepada orang lain. Ini mafhum dari hadis Nabi ﷺ.

((  اِتَّقُوْا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ، فَإِنْ لَمْ يَجِدْ فَبِكَلِمَةٍ طَيِّبَةٍ ))  

“Takutlah kalian terhadap api neraka meskipun hanya dengan (bersedekah) setengah biji kurma. Dan jika ia tidak mendapatkan, maka hendaklah dengan kalimat yang baik.”

[HR. al-Bukhari no. 5564, Muslim no. 1689, Nasa’i no. 2506 dan lain-lain]

Lihatlah bagaimana agama tidak menetapkan pun berapa banyak yang hendak kena beri. Kalau boleh beri sikit sahaja, maka berilah sedikit sahaja. Tapi mungkin ini adalah perkara yang agak susah kerana kita tidak biasa. Oleh itu, kita nak kena ajar masyarakat kita dan anak-anak kita untuk membiasakan diri untuk bersedekah dari kecil lagi.

Mulakan dengan bagi sedikit-sedikit supaya jadi biasa dengan perangai baik itu. Kenalah ajar anak-anak untuk belajar bagi sedikit-sedikit dahulu. Ajar mereka untuk ingat kepada orang lain, bagi ringan sikit tangan tu. Beri mereka rasa bagaimana sedapnya rasa untuk memberi kepada orang lain.

Ini kena diajar dari kecil lagi, kerana kalau sudah besar, susah untuk mulakan. Kerana kalau sudah besar, sudah rasa harta itu mereka punya, mereka layak dapat, mereka kena simpan, sudah pandai pakai duit untuk kepentingan sendiri. Maka waktu itu sudah susah untuk mengajar mereka infak.

Dalam sejarah Islam, kita telah belajar tentang individu Islam yang infak harta mereka dengan banyak sekali. Kita selalu baca kisah Khadijah, Abu Bakr, Umar, Uthman رضي الله عنهم dan lain-lain lagi. Mereka buat begitu kerana mereka yakin kelebihan infak harta.

Tapi orang sekarang takut jatuh miskin. Mereka tidak yakin yang Allah ﷻ akan ganti segala apa yang kita berikan itu. Saya terkenang kisah pengasas al-Rajhi. Berapa banyak dia infakkan harta kepada Islam. Bila dia sudah bersara, dia duduk di kampung dan hidup sebagai orang miskin. Dia juga telah membina Yayasan al-Rajhi untuk membantu orang lain. Dia tak kisah hidup dalam kesederhanaan kerana dia pernah hidup sebagai orang miskin dahulu. Dia adalah orang yang memahami kelebihan infak kepada jalan Allah ﷻ.


 

Layl Ayat 19: Dan orang itu memang memberi dengan ikhlas.

وَمَا لِأَحَدٍ عِندَهُ ۥ مِن نِّعمَةٍ تُجزَىٰٓ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And not [giving] for anyone who has [done him] a favor to be rewarded¹

  • i.e., without intending reciprocation for some benefit to himself.

(MALAY)

padahal tidak ada seseorang pun memberikan suatu nikmat kepadanya yang harus dibalasnya,

 

Sedang dia tidak menanggung budi sesiapa pun, yang patut dibalas. Bukan dia memberi itu kerana hendak balas budi orang, tapi dia beri dengan ikhlas. Kerana kalau dia memberi kerana balas budi, mungkin tidak ikhlas lagi. Kerana mungkin dia balas kerana takut orang kata dia kedekut.

Kadang-kadang orang bagi hadiah kepada kita, kita rasa kita kena balas balik, walaupun sebenarnya kita tidak mahu pun nak beri. Ini terjadi kerana kita tak mahu orang kata kita tak tahu membalas budi.

Memang membalas jasa orang lain yang telah berbudi dengan kita itu bagus juga, tapi tidaklah yang dimaksudkan dalam ayat ini. Ayat ini bermaksud, orang yang memberi itu bukan kerana nak balas perbuatan orang lain.

Dan ayat ini juga bermaksud, tidak ada orang yang akan balas pemberiannya itu. Dia tidak mengharap ada orang membalas apa yang telah diberikannya itu. Semua yang dia buat adalah kerana Allah ﷻ, bukan kerana nak balas kepada orang lain dan bukan nak dapatkan pembalasan dari orang lain.


 

Layl Ayat 20: Jadi, kenapa dia memberi?

إِلَّا ابتِغاءَ وَجهِ رَبِّهِ الأَعلىٰ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But only seeking the countenance of his Lord, Most High.

(MALAY)

tetapi (dia memberikan itu semata-mata) karena mencari keredhaan Tuhannya yang Maha Tinggi.

 

Dia memberi hanya kerana mengharapkan keredhaan Allah ﷻ sahaja. Bukan sebab mengharapkan redha manusia, tapi mengharapkan redha Allah ﷻ.

Allah ﷻ juga memberitahu dan menekankan dalam ayat ini yang Dia yang Maha Tinggi. Ini merendahkan diri kita, supaya kita kena ingat: walaupun kita ada banyak harta, kaya tetapi Allah ﷻ jua yang Maha Tinggi.

Kalimah ابتِغاءَ bermaksud mencari dengan bersungguh; juga dalam masa yang masa ia bermaksud melampau (baghyan). Oleh itu, kalau kita gabungkan dua makna ini, menunjukkan bagaimana seseorang yang mahukan sangat sesuatu perkara itu, sampaikan dia akan buat apa sahaja, lebih dari usaha yang biasa untuk mendapatkan apa yang dikehendakinya itu.

Dari segi balaghah, kalimah ابتِغاءَ ini dalam bentuk mansoob, memberi erti yang kerana inilah sahaja dia melakukannya. Kerana mencari keredhaan Allah ﷻ lah sahaja dia mengeluarkan infak itu. Bukan kerana sebab-sebab lain.

Kalimah وَجهِ dari segi literal bermaksud wajah, muka. Dalam ayat ini bermaksud mencari redha Allah ﷻ.


 

Layl Ayat 21: Apakah janji Allah ﷻ kepada mereka?

وَلَسَوفَ يَرضىٰ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And he is going to be satisfied.

(MALAY)

Dan kelak dia benar-benar mendapat kepuasan.

 

Allah ﷻ akan membalas usaha mereka itu. Dan mereka akan berpuas hati apabila mereka dimasukkan ke dalam syurga nanti. Iaitu mereka yang mempunyai sifat-sifat yang telah disebut sebelum ini. Oleh kerana mereka mencari redha Allah ﷻ, maka Allah ﷻ akan beri balasan di akhirat kelak yang mereka pasti akan redha. Mereka akan diberi dan diberi sampai mereka puas hati.

Bandingkan dengan mereka yang mencari duit dan harta kerana hendak memuaskan hati mereka, tapi bila sudah dapat mereka tidak puas pun, bukan? Kerana apabila manusia dapat sejuta ringgit, mereka nak dapat lagi sejuta atau nak dapat satu billion pula. Memang manusia tidak akan puas selagi mereka hidup di dunia. Oleh itulah Allah ﷻ beritahu yang puasnya adalah dalam syurga nanti. Itulah sahaja tempat yang seseorang akan rasa puas sepuas-puasnya.

Huruf ل dalam لَسَوفَ bermaksud Allah ﷻ bersumpah – PASTI mereka akan dapat kepuasan nanti apabila mereka dimasukkan ke dalam syurga. Mereka akan mendapat ketenangan dan kesenangan hati yang mereka tidak akan dapat rasa selagi di dunia.

Ramai ulama mufassir mengatakan ayat ini merujuk kepada Saidina Abu Bakar رضي الله عنه kerana sifat beliau. Oleh itu, kita kena cuba untuk ikut cara yang dilakukan oleh beliau. Ini adalah sebagai pendapat sahaja dan kita kena ingat yang bukanlah ayat Al-Qur’an untuk seorang sahaja. Ayat Al-Qur’an selalunya berbentuk umum. Kalau pun ia berkenaan Abu Bakr رضي الله عنه, maka ia sebagai contoh untuk kita ikuti.

 

Allahu a’lam. Sambung ke surah seterusnya, Surah ad-Dhuha.

Kemaskini: 24 September 2023

Ringkasan Surah Layl


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir