Tafsir Surah Baqarah Ayat 145 – 146 (Ahli Kitab menyembunyikan kebenaran)

Baqarah Ayat 145: Ini adalah ayat Zajrun (teguran). Allah ‎ﷻ memberi ancaman kepada orang Islam.

وَلَئِن أَتَيتَ الَّذينَ أوتُوا ٱلكِتَـٰبَ بِكُلِّ ءآيَةٍ مّا تَبِعوا قِبلَتَكَ ۚ وَما أَنتَ بِتابِعٍ قِبلَتَهُم ۚ وَما بَعضُهُم بِتابِعٍ قِبلَةَ بَعضٍ ۚ وَلَئِنِ اتَّبَعتَ أَهواءَهُم مِّن بَعدِ ما جاءَكَ مِنَ العِلمِ ۙ إِنَّكَ إِذًا لَّمِنَ ٱلظَّـٰلِمِينَ

Sahih International

And if you brought to those who were given the Scripture every sign, they would not follow your qiblah. Nor will you be a follower of their qiblah. Nor would they be followers of one another’s qiblah. So if you were to follow their desires after what has come to you of knowledge, indeed, you would then be among the wrongdoers.

Malay

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bawakan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, akan segala keterangan (yang menunjukkan kebenaran perintah berkiblat ke Kaabah itu), mereka tidak akan menurut kiblatmu, dan engkau pula tidak sekali-kali akan menurut kiblat mereka; dan sebahagian dari mereka juga tidak akan menurut kiblat sebahagian yang lain. Demi sesungguhnya! Kalau engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu pengetahuan (yang telah diwahyukan kepadamu), sesungguhnya engkau, jika demikian, adalah dari golongan orang-orang yang zalim.

 

وَلَئِن أَتَيتَ الَّذينَ أوتُوا ٱلكِتَـٰبَ بِكُلِّ ءآيَةٍ

Sekiranya kamu mendatangkan kepada orang yang telah diberi Kitab (Taurat dan Injil) itu dengan semua dalil-dalil bukti

Allah ‎ﷻ beritahu kedegilan Ahli Kitab itu. Walaupun kita berikan dalil, mereka tidak akan terima kebenaran tentang kiblat itu. Kalau bagi macam-macam bukti pun mereka tidak akan mengikut kiblat orang Islam. Walaupun kita bagi mereka bermacam-macam hujjah. Mereka hanya hendak berdebat sahaja sebenarnya. Mereka ini bukan makan dengan hujah, tapi keras kepala sahaja. Mereka bukannya mempertahankan kebenaran tapi mempertahankan golongan mereka sahaja. Allah kata mereka itu أوتُوا ٱلكِتَـٰبَ telah diberikan dengan kitab, tapi masih lagi berdegil. Maka ini adalah cemuhan kepada mereka, iaitu orang yang sepatutnya ada ilmu, tapi degil keras kepala.

Jangan kita sangka hujjah kita tidak kuat dan sebab itulah mereka tidak ikut. Sebenarnya, mereka tidak akan ikut walaupun apa kita kata. Ini kerana niat hati mereka bukan hendakkan kebenaran, tetapi hendak berhujah dan berdebat sahaja. Begitu jugalah kalau kita berdebat dengan orang-orang Islam yang tidak mahu mengikut jalan sunnah. Walau bagaimana hebat pun hujah yang kita berikan, hati mereka tidak mahu terima. Kalau kesalahan yang dilakukan oleh puak mereka, mereka akan pertahankan walaupun kesalahan yang dilakukan itu nyata-nyata sangat salah!

Apabila Allah sebut بِكُلِّ ءآيَةٍ, ia mengajar kita yang apabila Nabi Muhammad berdakwah, baginda akan bawa segala macam hujah dan dalil kerana baginda sangat mahukan umat beriman. Maka kerana itulah kita pun kena ikut juga cara Nabi ini. Kena kerja keras sikit untuk bawa segala hujah. Jangan kita beri satu dalil dan ditolak, kita terus patah semangat.

 

مَّا تَبِعُوا قِبْلَتَكَ

mereka sekali-kali tidak akan mengikuti kiblat kamu;

Mereka tidak mahu ikut kiblat itu hanya kerana kedegilan sahaja. Apabila mereka mereka tidak mahu ikut kiblat Nabi Muhammad, ini bermakna mereka tidak mahu menerima Islam kerana kiblat adalah sebahagian dari Islam, bukan? Bukannya boleh terima agama Islam dengan menolak salah satu dari tonggaknya. Kalau mereka tidak mahu ikut itu sebab mereka jahil, kita masih boleh jelaskan lagi. Tetapi kalau degil, tidak ada ubat. Maka Allah ‎ﷻ menegur mereka kerana kedegilan mereka itu dan Allah ‎ﷻ beritahu yang mereka tidak akan berubah kerana degil. Dalam Taurat telah disebutkan bahawa apabila datang mana-mana Nabi, mereka kena taat. Namun mereka tidak taat kepada Nabi Isa عليه السلام. Dan mereka tidak mahu taat kepada Nabi Muhammad ﷺ.

Kalau manusia sudah biasa mengamalkan sesuatu amalan dalam agama, mereka susah hendak ubah walaupun mereka diberikan dengan berbagai-bagai dalil. Ini jikalau mereka tidak ada pemikiran terbuka. Tambahan pula kalau mereka itu kononnya orang yang tahu tentang agama. Atau jikalau mereka itu pemimpin dalam masyarakat jadi mereka besar kepala. Mereka yang ada kedudukan memang lagi degil hendak berubah ke arah kebenaran. Mereka masih lagi hendak pegang amalan-amalan mereka yang mereka sudah biasa buat itu. Ini kerana mereka takut status mereka akan jatuh. Mereka takut mereka akan dikatakan mengamalkan amalan yang salah sebelum itu.

 

وَمَا أَنْتَ بِتَابِعٍ قِبْلَتَهُمْ

Dan tidaklah engkau (Muhammad) akan mengikuti kiblat mereka;

Ayat ini memberitahu umat Islam ketika itu yang kiblat tidak akan bertukar ke arah lain, terutama sekali ke arah BaitulMaqdis. Ini menolak kata-kata manusia pada ketika itu yang nanti Muhammad akan tukar kiblat. Ia tidak akan terjadi. Terlebih lagi sekarang kerana tidak akan ada wahyu lagi yang akan mengubah kiblat kita.

Kiblat Yahudi adalah BaitulMaqdis. Kiblat Kristian juga sepatutnya berada di situ tetapi mereka telah mengubah kiblat mereka ke tempat lahirnya Nabi Isa عليه السلام, Bettlehem. Sepatutnya, sekarang apabila diarahkan oleh Allah ‎ﷻ untuk berpindah kiblat ke Mekah, mereka kena ikut.

Kita dulu memang pernah menghadap ke BaitulMaqdis. Tetapi sekarang mereka mengatakan yang kita hendakkan kepada Kubah tempat batu terapung tu. Padahal, bukan itu kiblat kita. Dan batu itu tidak terapung pun melainkan kata-kata dongeng manusia sahaja. Ramailah pula yang membuat syirik di situ. Dengan melawat tempat itu dan minta macam-macam. Itu bukan tempat salat, tetapi mereka ramai yang salat di situ kerana kononnya hendak ambil berkat. Begitulah kalau manusia yang jahil.

rock_quds
Batu yang dikatakan batu terapung di Palestin di Dome of the Rock. Tidak ada apa-apa dengan batu ini.

Kita sampai bila-bila pun tidak akan menghadap kepada kiblat mereka. Allah ‎ﷻ beri larangan kepada Nabi ﷺ tidak boleh mengikut kiblat mereka untuk mengambil hati mereka. Ini kerana agama bukan untuk mengambil hati orang tetapi mesti mengikut perintah Tuhan. Macam sekaranglah juga, tidaklah boleh pergi juga ke Majlis Tahlil bidaah itu kerana hendak mengambil hati orang ramai atau kerana ahli keluarga kita yang buat. Bukan kerja kita untuk mengambil hati orang dan dalam masa yang sama menolak kehendak Allah ﷻ.

 

وَمَا بَعْضُهُمْ بِتَابِعٍ قِبْلَةَ بَعْضٍ

Dan sebahagian mereka tidak akan mengikuti kiblat sebahagian yang lain

Yahudi dan Nasara kiblat berlainan dan mereka tidak akan mengikut yang lain daripada kiblat mereka. Yahudi tidak akan mengikut kiblat Nasara dan Nasara pun tidak akan mengikut kiblat Yahudi.

Terdapat empat kumpulan yang disentuh dalam ayat ini: Yahudi, Kristian, Islam dan Musyrikin Mekah. Semuanya tidak akan mengikuti kiblat sebahagian yang lain. Musyrikin Mekah sebelum itu pun menghadap ke Kaabah juga. Tetapi daripada ayat ini, kita dapat tahu bahawa mereka tidak akan lama menghadap ke Kaabah. Mereka pun tidak akan ikut kiblat orang Islam. Tidak akan dapat persetujuan oleh empat kumpulan ini dalam hal kiblat dan hal agama.

 

وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ

Dan jika engkau ikuti hawa nafsu mereka itu

Ini adalah larangan dari Allah ‎ﷻ. Yang dimaksudkan di sini adalah mengikut mereka yang menggunakan dalil hawa nafsu mereka sahaja. Bukan menggunakan dalil yang sah dari Al-Qur’an dan hadith Nabi ﷺ. Ini mengajar kita bahawa pendapat yang tanpa dalil adalah pendapat ikut hawa nafsu semata-mata.

Di sini kita kena perhatikan dengan saksama. Yang dilarang ikut adalah hawa nafsu mereka. Kalau ada ilmu dari mereka yang bagus, dari sumber yang sahih, dari kajian sains dan baik untuk manusia, maka tidak salah untuk kita ikut. Cuma jangan ikut benda-benda yang buruk dari mereka, yang ikut kehendak nafsu serakah sahaja.

Inilah kelemahan manusia yang kalah dengan kehendak hawa nafsu. Ini kerana ia adalah perkara dalaman kita, jadi kita tidak dapat membezakan antara nafsu dan minda kita. Kita sangka ia dari minda, tapi sebenarnya ia dari nafsu sahaja. Kerana itu kita kena berhati-hati sangat di dalam perkara ini. Memang kebanyakan manusia menjadikan nafsunya sebagai penentu di dalam membuat keputusan. Oleh kerana itu, maka Allah mengatakan manusia menjadikan nafsunya sebagai ilah sebagai disebut di dalam Jatsiyah:23. Semoga kita tidak termasuk di dalam golongan yang Allah kutuk ini.

أَفَرَءيتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلٰهَهُ هَوىٰهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلىٰ عِلمٍ وَخَتَمَ عَلىٰ سَمعِهِ وَقَلبِهِ وَجَعَلَ عَلىٰ بَصَرِهِ غِشٰوَةً فَمَن يَهديهِ مِن بَعدِ اللهِ ۚ أَفَلا تَذَكَّرونَ
Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar), dan dimeterikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?

 

مِّنْ بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ

sesudah datang kepada kamu dalil bukti dari Allah,

Kalau sudah dapat ilmu, maka tidak boleh ikut golongan yang sesat. Kerana itu adalah amat salah.

Maka begitulah kita setelah belajar, tidak mungkin kita hendak takutkan lagi dengan orang yang jahil? Kenapa kita pula kena ikut mereka buat perkara bidaah kerana takut mereka kutuk kita, pandang sinis kepada kita? Amat menghairankan apabila orang yang sudah belajar pula yang takut kepada orang yang tidak belajar?

 

إِنَّكَ إِذًا لَّمِنَ ٱلظَّـٰلِمِينَ

jika buat begitu, maka kamu termasuk dari golongan yang syirik kepada Allah.

Allah memberi peringatan kepada Nabi ﷺ dalam ayat ini. Kalau baginda ikut mereka, baginda juga termasuk dalam golongan mereka juga. Walaupun Allah sayang kepada Nabi Muhammad ﷺ, tetapi kalau Nabi ﷺ melakukan kesalahan, baginda juga akan dihukum. Dan memang Nabi tidak akan ikut hawanafsu dan kiblat mereka, maka ayat ini sebenarnya ditujukan kepada umat baginda.

Ayat ini juga sebagai dalil bahawa bukan Nabi Muhammad ﷺ yang menulis Al-Qur’an. Memang ayat Al-Qur’an ini dari Allah ‎ﷻ. Bayangkan: Ayat ini adalah satu peringatan kepada baginda. Kalau baginda yang menulis Al-Qur’an sendiri, tidak mungkin baginda akan menulis ayat-ayat teguran kepada baginda seperti ayat ini? Banyak lagi ayat-ayat lain yang menegur perbuatan Nabi ﷺ. Kalau Nabi ﷺ yang tulis Al-Qur’an, tidak akan ada ayat-ayat sebegitu.

Ayat ini juga mengingatkan kepada kita bahawa Nabi Muhammad ﷺ itu adalah hamba Allah ‎ﷻ juga. Kalau baginda buat salah, baginda juga akan dihukum. Supaya kita jangan jadi macam penganut Kristian yang terlalu menyanjung tinggi Nabi Isa عليه السلام sampaikan menaikkan taraf baginda sebagai tuhan.

Ayat ini juga mengingatkan kita supaya jangan mengikut hawa nafsu orang-orang yang bukan Islam. Kalau kita ikut mereka, kita pun akan termasuk dalam golongan mereka. Mereka tolak Al-Qur’an itu kerana ikut hawa nafsu mereka maka jangan kita ikut mereka. Kalau kita ikut juga mereka setelah sampai ilmu wahyu yang jelas, maka kita akan termasuk golongan yang betul-betul zalim. Sebab kita sudah tidak pakai wahyu dan ikut wahyu mereka.


 

KEBENARAN TENTANG KERASULAN NABI MUHAMMAD

Baqarah Ayat 146:

الَّذينَ ءَاتَينَـٰهُمُ ٱلكِتَـٰبَ يَعرِفونَهُ كَما يَعرِفونَ أَبناءَهُم ۖ وَإِنَّ فَريقًا مِّنهُم لَيَكتُمونَ الحَقَّ وَهُم يَعلَمونَ

Sahih International

Those to whom We gave the Scripture know him as they know their own sons. But indeed, a party of them conceal the truth while they know [it].

Malay

Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian).

 

الَّذِينَ ءَاتَينَـٰهُمُ ٱلكِتَـٰبَ

Orang-orang yang telah Kami berikan kepada mereka Kitab,

Iaitu golongan Ahli Kitab yang telah diberikan dengan Kitab Taurat dan Injil. Mereka itu sepatutnya orang yang sudah berilmu. Dan memang mereka tahu banyak perkara agama. Tetapi mereka sengaja sembunyikan perkara sebenar itu. Maka ini memang bersangkutan dengan kita kerana kita pun orang yang telah diberikan dengan kitab Al-Qur’an. Maka apabila Allah tegur mereka, sebenarnya Allah sedang memberi peringatan kepada kita supaya jangan seperti mereka. Dan apabila sudah ada dalam kalangan Bani Israil itu, sememangnya ia sudah ada dalam kalangan kita pun. Kerana itu kalau kita perhatikan, sifat-sifat Bani Israil ini ada sahaja di kalangan umat Islam.

Maka kita kena ambil perhatian sangat apabila Allah menyebut kisah-kisah Bani Israil dan bandingkan dengan diri kita. Ada juga yang kata ayat-ayat ini tentang Ahli Kitab Bani Israil sahaja dan tidak kena mengena dengan mereka. Kalaulah begitu, jadi buat apa kita baca ayat-ayat tentang mereka? Baik skip sahaja ayat-ayat tentang mereka apabila sedang membaca Al-Qur’an kalau begitu.

 

يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ

mereka mengenalinya (Nabi Muhammad dan sifatnya) sepertimana mereka kenal anak-anak mereka sendiri;

Mereka boleh kenal Nabi Muhammad ﷺ kerana telah ada tertera penerangan tentang Nabi Muhammad ﷺ di dalam kitab-kitab agama mereka. Malah sifat-sifat Nabi ﷺ sama seperti yang ada dalam kitab mereka. Mereka tahu yang Nabi akhir zaman itu akan datang ke Yathrib. Maksudnya akan berpindah ke Yathrib, bukannya telah berada di situ. Dan sifat-sifat baginda mereka boleh lihat sendiri dengan mata mereka. Kerana itu digunakan kalimah عرف di sini dan bukan علم. Ini adalah kerana عرف adalah mengetahui sesuatu yang boleh dilihat dengan pancaindera. Sedangkan علم kita boleh boleh gunakan untuk mengetahui sesuatu yang kita tidak pernah lihat pun tapi boleh tahu secara ilmu.

Salah seorang sahabat dari Yahudi yang kenal baginda adalah Ibnu Salam. Beliau ialah Abdullah bin Salam bin al-Harith, Abu Yusuf, daripada keturunan Nabi Yusuf A.S. Beliau mendapat jaminan perlindungan kafilah Khazraj, al-Isra’ili, kemudian al-Ansari. Beliau daripada Bani Qainuqa‘. Dikatakan bahawa nama asalnya ialah al-Husain (الحصين), kemudian Baginda SAW menukarnya. Beliau merupakan seorang al-Imam dan termasuk dalam kalangan sahabat Nabi SAW serta salah seorang yang dijamin syurga. Beliau juga merupakan salah seorang pendeta Yahudi. Kita tahu yang beliau kenal sifat-sifat Rasulullah berdasarkan hadith daripada beliau, yang berkata:

لَمَّا قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ انْجَفَلَ النَّاسُ إِلَيْهِ وَقِيلَ قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجِئْتُ فِي النَّاسِ لِأَنْظُرَ إِلَيْهِ فَلَمَّا اسْتَثْبَتُّ وَجْهَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَرَفْتُ أَنَّ وَجْهَهُ لَيْسَ بِوَجْهِ كَذَّابٍ وَكَانَ أَوَّلُ شَيْءٍ تَكَلَّمَ بِهِ أَنْ قَالَ أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلَامَ وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ وَصَلُّوا وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ
“Ketika Rasulullah SAW tiba di Madinah, orang ramai bergegas menyambut Baginda sambil mengucapkan: Rasulullah SAW telah datang, Rasulullah SAW telah datang, Rasulullah SAW telah datang.” Aku datang kepada orang ramai untuk melihat kepada Baginda, dan ketika aku telah memastikan wajah Rasulullah SAW, aku mengetahui bahawa wajah Baginda bukanlah wajah pendusta. Dan yang pertama kali Baginda ucapkan adalah: ‘أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلَامَ وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ وَصَلُّوا وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ’ (“Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, jamulah makan, dan lakukanlah solat ketika manusia sedang tidur, nescaya kamu semua akan masuk syurga dengan sejahtera.”)
Riwayat al-Tirmizi (2485), Ibn Majah (1334) dan Ahmad (23784). Kata Imam al-Tirmizi, ini hadith sahih.

Dan beliau juga telah memberitahu hal itu kepada Saidina Umar,

[ قال القرطبي : ويروى أن عمر قال لعبد الله بن سلام : أتعرف محمدا صلى الله عليه وسلم كما تعرف ولدك ابنك ، قال : نعم وأكثر ، نزل الأمين من السماء على الأمين ، في الأرض بنعته فعرفته ، وإني لا أدري ما كان من أمره . قلت : وقد يكون المراد ( يعرفونه كما يعرفون أبناءهم )من بين أبناء الناس لا يشك أحد ولا يتمارى في معرفة ابنه إذا رآه من بين أبناء الناس كلهم ]
Al-Qurtubi mengatakan, telah diriwayatkan dari Umar r.a. bahwa ia pernah bertanya kepada Abdullah ibnu Salam, “Apakah engkau dahulu mengenal Muhammad sebagaimana engkau mengenal anakmu sendiri?” Abdullah ibnu Salam menjawab, “Ya, dan bahkan lebih dari itu; malaikat yang dipercayai turun dari langit kepada orang yang dipercaya di bumi seraya membawa keterangan mengenai sifat-sifatnya. Kerana itu, aku dapat mengenalnya, tetapi aku tidak mengetahui seperti apa yang diketahui oleh ibunya.”

Begitulah yang Allah telah beritahu kita di dalam A’raf:157

الَّذينَ يَتَّبِعونَ الرَّسولَ النَّبِيَّ الأُمِّيَّ الَّذي يَجِدونَهُ مَكتوبًا عِندَهُم فِي التَّورىٰةِ وَالإِنجيلِ
“Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka.

Cuma apabila kebanyakan daripada mereka tolak baginda, ia adalah atas sebab-sebab lain, bukanlah kerana mereka tidak kenal Nabi ﷺ. Mereka dengki kerana bangsa Arab yang menjadi Nabi Akhir Zaman dan bukannya dalam kalangan mereka. Sedangkan sifat-sifat baginda memang ada dalam kitab mereka seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad رَحِمَهُ ٱللَّٰهُ:

عَنْ أَبِي صَخْرٍ الْعُقَيْلِيِّ، حَدَّثَنِي رَجُلٌ مِنَ الْأَعْرَابِ، قَالَ: جَلَبْتُ جَلُوبَةً إِلَى الْمَدِينَةِ فِي حَيَاةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَلَمَّا فَرَغْتُ مِنْ بَيْعَتِي قُلْتُ: لَأَلْقِيَنَّ هَذَا الرَّجُلَ فَلْأَسْمَعَنَّ مِنْهُ، قَالَ: فَتَلَقَّانِي بَيْنَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ يَمْشُونَ، فَتَبِعْتُهُمْ فِي أَقْفَائِهِمْ حَتَّى أَتَوْا عَلَى رَجُلٍ مِنَ الْيَهُودِ نَاشِرًا التَّوْرَاةَ يَقْرَؤُهَا، يُعَزِّي بِهَا نَفْسَهُ عَنِ ابْنٍ لَهُ فِي الْمَوْتِ كَأَحْسَنِ الْفِتْيَانِ وَأَجْمَلِهِ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “أَنْشُدُكَ بِالَّذِي أَنْزَلَ التَّوْرَاةَ، هَلْ تَجِدُ فِي كِتَابِكَ هَذَا صِفَتِي وَمَخْرَجِي؟ ” فَقَالَ بِرَأْسِهِ هَكَذَا، أَيْ: لَا. فَقَالَ ابْنُهُ، إِي: وَالَّذِي أَنْزَلَ التَّوْرَاةَ إِنَّا لِنَجِدُ فِي كِتَابِنَا صِفَتَكَ ومَخرجك، وَإِنِّي أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَأَنَّكَ رَسُولُ اللَّهِ فَقَالَ: “أَقِيمُوا الْيَهُودِيَّ عَنْ أَخِيكُمْ”. ثُمَّ وَلِيَ كَفَنَهُ وَالصَّلَاةَ عَلَيْهِ
Daripada Abu Sakhr Al-Uqaili, telah menceritakan kepadaku seorang lelaki Badwi yang menceritakan bahawa di masa Rasulullah ﷺ. dia pernah datang ke Madinah membawa sapi perahan. Setelah selesai jual belinya, lelaki Badwi itu berkata, “Aku sungguh akan menemui lelaki ini (maksudnya Nabi ﷺ), dan sungguh aku akan mendengar daripadanya.” Lelaki Badwi itu melanjutkan kisahnya; lalu aku menjumpainya sedang berjalan di antara Abu Bakar dan Umar, maka aku mengikuti mereka berjalan hingga sampailah mereka kepada seorang lelaki Yahudi. Lelaki Yahudi itu sedang membuka kitab Taurat seraya membacanya, sebagai ungkapan rasa duka dan belasungkawanya atas anak lelakinya yang sedang menghadapi kematian; anak laki-lakinya itu adalah seorang pemuda yang paling tampan dan paling gagah. Maka Rasulullah ﷺ bertanya: Aku memohon kepadamu dengan nama Tuhan yang telah menurun­kan kitab Taurat, apakah engkau menjumpai dalam kitabmu ini sifat dan tempat hijrahku? Lelaki Yahudi itu menjawab pertanyaan Nabi ﷺ hanya dengan isyarat gelengan kepala yang bererti ‘tidak’. Tetapi anak lelakinya yang sedang menghadapi kematian itu berkata, “Ya, demi Tuhan yang telah menurun­kan kitab Taurat, sesungguhnya kami menjumpai di dalam kitab kami sifatmu dan tempat hijrahmu. Dan sesungguhnya aku sekarang bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi (pula) bahawa engkau adalah utusan Allah.” (Kemudian anak orang Yahudi itu meninggal dunia). Maka Rasulullah ﷺ bersabda: Singkirkanlah orang Yahudi ini daripada saudara kalian! Kemudian Nabi ﷺ menguruskan pengkafanan dan menyalati mayat anak lelaki Yahudi itu.
Hadith ini baik lagi kuat dan mempunyai syahid (bukti) yang menguatkannya di dalam kitab Sahih melalui hadith Anas.

Kenapa diberikan perumpamaan ‘anak’ dalam ayat ini? Kerana tentulah kita kenal anak kita sendiri kerana kita sudah biasa sangat dengan anak kita. Tengok kelibat mereka dari jauh pun kita sudah kenal kerana itu anak kita sendiri. Macam juga kita kenal sifat-sifat Imam Mahdi dan Dajjal dari kitab-kitab kita. Sebab kita selalu dengar kisah mereka disebut-sebut. Dan kenapa disebut ‘anak lelaki’? Kerana kebiasaan manusia lebih sayang kepada anak lelaki lebih lagi dari anak perempuan.

Allah ‎ﷻ hendak beritahu yang memang ulama’-ulama’ Ahli Kitab itu kenal sungguh dengan Nabi Muhammad ﷺ sepertimana mereka mengenali anak-anak mereka. Seorang ayah tentunya kenal anak dia lebih lagi daripada seorang anak kenal ayah dia. Kerana ayah tengok anak semenjak dari kecil lagi, tetapi seorang anak cuma kenal ayah dia bila ayah itu sudah dewasa. Oleh kerana dia kenal anak dia dari kecil lagi, seorang ayah itu akan tahu segala tanda pada anak itu. Begitulah ulama’ Yahudi mengenali Nabi Muhammad ﷺ.

Ada juga yang mengatakan bahawa dhomir هُ yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah merujuk kepada kiblat. Iaitu Ahli Kitab itu kenal kiblat ke Kaabah itu seperti mereka kenal anak mereka sendiri. Ini adalah kerana ayat-ayat sebelum ini adalah tentang kiblat.

Ada juga yang mengatakan bahawa هُ yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah merujuk kepada Al-Qur’an. Iaitu Ahli Kitab itu kenal Al-Qur’an itu seperti mereka kenal anak mereka sendiri kerana kebenaran yang ada di dalamnya juga sama seperti apa yang telah ada dalam kitab mereka.

Manakah yang benar? Ketiga-tiganya boleh dipakai. Akan tetapi yang paling kuat adalah ayat ini menceritakan tentang kerasulan Nabi Muhammad dan memang Ahli Kitab kenal sifat-sifat baginda.

 

وَإِنَّ فَرِيقًا مِّنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ

Dan sesungguhnya ada segolongan di antara mereka menyembunyikan kebenaran;

Golongan ulama’ mereka menyembunyikan kebenaran kepada golongan awam mereka. Mereka sudah tahu apakah yang benar tetapi mereka sembunyikan untuk menjaga kedudukan mereka. Iaitu kebenaran bahawa Nabi Muhammad ﷺ itu adalah Rasul akhir zaman. Cuma Allah adil dengan menyebut sebahagian dari mereka sahaja, bukannya semua. Kerana itu kita apabila bercakap jangan kita pukul rata.

Kalimah yang digunakan di sini adalah لَيَكْتُمُونَ yang mengandungi penekanan. Ini adalah kerana benda yang mereka sembunyikan itu adalah sesuatu yang jelas, akan tetapi mereka melakukan usaha kuat untuk menyembunyikannya. Walaupun mereka telah cuba sembunyikan, ia tetap akan muncul. Mereka sembunyikan dari kitab mereka, akan tetapi masih ada tempat yang mereka tidak sempat tukar, atau terlupa untuk tukar. Sebagai contoh di dalam Perjanjian Lama Kitab Ulangan 33:2 ada disebut tentang Gunung Paran. Gunung ini disebut sendiri di dalam kitab mereka bahawa ia adalah tempat anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail bersama emaknya Hajar mendapat air zam-zam. Jadi ia bermaksud di Mekah. Di dalam Kitab Ulangan 33:2 itu disebut yang akan datang Nabi yang akan membawa ajaran Allah. Siapakah yang datang dari Mekah kalau bukan Nabi Muhammad?

Atau mereka menyembunyikan yang kiblat ke Mekah itu adalah kiblat yang benar.

Atau mereka menyembunyikan yang Al-Qur’an itu adalah Kitab dari Allah ‎ﷻ juga.

 

وَهُمْ يَعْلَمُونَ

sedangkan mereka tahu;

Mereka tahu kebenaran, tapi mereka kata kepada anak murid mereka bahawa Nabi akhir zaman itu mesti daripada kalangan Yahudi. Ada yang kata, memang Nabi Muhammad ﷺ itu Rasul, tetapi Rasul untuk orang Arab sahaja. Maknanya, mereka telah pusing kebenaran.

Macam sekarang, guru-guru selalu kata kena ikut Al-Qur’an dan Sunnah. Tetapi apabila datang golongan yang membawa Sunnah dan ajaran dari Al-Qur’an, mereka kata tidak boleh pula ikut golongan yang hendak ikut Sunnah itu. Mereka tahu bahawa apa yang diajar oleh mereka yang mengajar berdasarkan sunnah itu adalah benar, tetapi mereka masih lagi tidak mahu nak ikut.

Dari ayat ini, kita dapat simpulkan golongan Ahli Kitab itu terbahagi kepada 3:

1. Yang tahu kebenaran dan ikut Nabi Muhammad
2. Yang tahu kebenaran tapi menyembunyikannya
3. Yang tahu kebenaran akan tetapi mengingkari dan mengubah kitab mereka

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

 

Kemaskini: 27 November 2024

Ringkasan Surah Baqarah


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Jalalain

Tafsir Al-Mishbah (Dr. M. Quraish Shihab)

Tafsir Al-Azhar Prof. HAMKA

Maariful Qur’an

Ustaz Solah

Ustaz Abdul Muien Ghulam Dakwah

Tafsir Surah Baqarah Ayat 144 (Kisah pertukaran kiblat)

ARAHAN MENGADAP MEKAH DALAM SOLAT

Baqarah Ayat 144: Ini adalah Ayat Tasliah, ayat untuk memujuk Nabi ﷺ. Nabi ﷺ telah menghadap ke Ka’bah apabila mula kena salat semasa di Mekah (ada pendapat lain yang mengatakan Nabi semasa di Mekah pun terus kena menghadap ke BaitulMaqdis). Tetapi apabila baginda dan para sahabat sudah berhijrah ke Madinah, mereka kena terus menghadap ke BaitulMaqdis. Semasa di Mekah, baginda boleh mengadap BaitulMaqdis dan Ka’bah di dalam masa yang sama. Akan tetapi baginda tidak boleh melakukannya lagi di Madinah kerana kedudukan sudah berlawanan.

Maka baginda taat, akan tetapi dalam hatinya baginda hendak sangat kembali menghadap ke Ka’bah kerana itulah kiblat Nabi Ibrahim عليه السلام. Oleh itu baginda selalu menunggu-nunggu turunnya wahyu memberi arahan untuk menghadap ke Ka’bah.

قَد نَرىٰ تَقَلُّبَ وَجهِكَ فِي السَّماءِ ۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبلَةً تَرضَٮٰهَا‌ ۚ فَوَلِّ وَجهَكَ شَطرَ المَسجِدِ الحَرامِ ۚ وَحَيثُ ما كُنتُم فَوَلّوا وُجوهَكُم شَطرَهُ ۗ وَإِنَّ الَّذينَ أوتُوا ٱلكِتَـٰبَ لَيَعلَمونَ أَنَّهُ الحَقُّ مِن رَّبِّهِم ۗ وَمَا اللَّهُ بِغَـٰفِلٍ عَمّا يَعمَلونَ

Sahih International

We have certainly seen the turning of your face, [O Muhammad], toward the heaven, and We will surely turn you to a qiblah with which you will be pleased. So turn your face toward al-Masjid al-Haram. And wherever you [believers] are, turn your faces toward it [in prayer]. Indeed, those who have been given the Scripture well know that it is the truth from their Lord. And Allah is not unaware of what they do.

Malay

Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Ka’bah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Ka’bah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.

 

قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ

Sesungguhnya Kami selalu melihat muka kamu mendongak ke langit;

Dalam masa 16 atau 17 bulan yang orang Islam disuruh untuk menghadap BaitulMaqdis di dalam salat semasa di Madinah, Nabi ﷺ selalu mengangkat muka baginda menghadap ke langit. Tetapi baginda tidak bercakap apa-apa pun. Baginda mendongak ke langit itu sebenarnya dalam keadaan mengharap supaya Allah ‎ﷻ mengubah kiblat ke Baitullah. Baginda menunggu-nunggu keputusan dari Allah. Sebelum ini pun kita telah belajar tentang kelebihan Ka’bah, kisah Nabi Ibrahim membina Ka’bah dan sebagainya. Maka sudah ada indikasi untuk mengubah kiblat itu ke Ka’bah semula. Maka kerana itu Nabi berharap sangat supaya disegerakan. Dan mengapa baginda memandang ke langit? Kerana Allah di langit. Inilah akidah kita yang sebenarnya iaitu Allah di langit dan banyak sangat dalil terhadap perkara ini.

Kalimah قد adalah kalimah penekanan bagi perkara yang telah berlaku. Ada yang mentafsir قد di sini sebagai ‘sering’. Jadi قد نرى boleh bermaksud ‘Kami sering melihat’. Tapi ada juga yang menafsirkan قد sebagai ‘sesekali’. Maknanya Allah memberitahu sesekali Dia melihat Nabi Muhammad melihat-lihat ke langit. Apa pun antara dua maksud itu, yang jelasnya Allah memberitahu kita yang Dia tahu keinginan hati Nabi Muhammad tentang hal itu.

Kemudian ada kalimah نَرَىٰ (Kami melihat) iaitu di dalam bentuk fi’il mudhari’. Sedangkan kejadian ini berlaku di zaman dahulu. Allah gunakan kalimah ini di dalam bentuk present continuous tense kerana hendak memberi isyarat yang Allah selalu melihat Nabi Muhammad melihat-lihat ke langit mengharap ada keputusan dari Allah untuk mengubah kiblat ke Ka’bah. Namun baginda tidak berani meminta kepada Allah ‎ﷻ. Baginda tidak tergamak kerana kiblat waktu itu telah disyariatkan oleh Allah ‎ﷻ. Jadi baginda tidak mahu mendesak Allah ﷻ untuk mengubahnya. Tetapi baginda sangat sayangkan Baitullah kerana ia adalah kiblat dari zaman Nabi Ibrahim عليه السلام lagi. Maka baginda hanya memandang ke langit sahaja dengan penuh pengharapan.

Kenapa disebut Allah melihat wajah Nabi, sedangkan kalau melihat tentulah dengan mata, bukan? Ini adalah isyarat kepada keseluruhan diri Nabi Muhammad berharap Allah mengubah kiblat itu termasuk hati baginda sekali. Ini adalah kebiasaan bahasa yang digunakan oleh Al-Qur’an di mana wajah menggambarkan keseluruhan diri seseorang.

Mengikut salah satu pendapat, semasa baginda di Mekah, memang sudah kena menghadap ke BaitulMaqdis dalam salat. Tetapi semasa di sana, boleh lagi baginda menghadap ke arah Ka’bah dan BaitulMaqdis dalam masa yang sama kerana baginda boleh duduk dalam posisi mengadap kedua-duanya. Tetapi apabila berada di Madinah tidak boleh lagi berbuat begitu, maka baginda amat terasa perbezaan itu. Di Madinah, baginda terpaksa membelakangkan Ka’bah dalam salat baginda.

Maka ayat ini menunjukkan hubungan yang rapat antara Allah ‎ﷻ dan Nabi Muhammad ﷺ. Macam emak kita, tengok muka kita pun sudah tahu kita ada masalah. Tentu Allah ﷻ lebih kenal baginda lagi. Nabi ﷺ tidak perlu bercakap apa-apa pun tetapi Allah ‎ﷻ sudah memberikan apa yang baginda hendak. Kalau dibandingkan dengan apa yang diberikan kepada Nabi Musa عليه السلام, ia diberikan selepas Nabi Musa عليه السلام memohon kepada Allah ‎ﷻ. Tetapi dalam kes Nabi Muhammad ﷺ tentang kiblat ini, Nabi ﷺ tidak memohon dengan lafaz pun, tetapi Allah ‎ﷻ sudah beri.

 

فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرضَٮٰهَا‌ۚ

Maka Kami pindahkan kamu arah kiblat ke arah yang engkau redhai;

Allah ‎ﷻ sempurnakan hajat Nabi Muhammad ﷺ. Dan selepas Allah ‎ﷻ sempurnakan hajat baginda, maka turunlah ayat perlaksanaan pula, iaitu ayat ini. Ulama’ tafsir khilaf bilakah ayat ini diturunkan. Salah satu pendapat adalah ianya turun semasa salat Asar di Masjid Qiblatain (Masjid dengan dua kiblat iaitu Masjid Quba’). Memang masjid itu adalah antara tempat elok untuk diziarahi. Dipanggil Qiblatain kerana ada dua qiblat pada masjid itu. Ada hadith berkenaan penukaran kiblat ini yang kita syarahkan di bawah ini nanti. Malah ada kelebihan solat di Masjid Quba’ itu dan kerana itu kalau ke Madinah, kena cari peluang untuk selalu solat di sana kerana ada kelebihan tertentu.

Sahl ibn Hunaif RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ ثُمَّ أَتَى مَسْجِدَ قُبَاءٍ فَصَلَّى فِيهِ صَلاَةً كَانَ لَهُ كَأَجْرِ عُمْرَةٍ
Sesiapa yang bersuci di rumahnya, dan datang ke masjid Quba’ kemudian solat, maka pahalanya seumpama pahala mengerjakan umrah.
Riwayat Ibn Majah (1412)

Semasa diberikan arahan tukar kiblat itu, sahabat telah berpusing dalam salat untuk mengubah arah kiblat. Kerana penukaran kiblat itu terjadi semasa mereka sedang salat. Bila turun sahaja ayat mengarahkan untuk menukar kiblat, Nabi ﷺ terus berpusing dan sahabat terus ikut. Nabi ﷺ yang ada di hadapan sebagai imam terus jadi berdiri di belakang setelah terjadi pemusingan itu. Manakala sahabat yang sudah salat itu, pergi ke masjid lain dan laungkan kepada orang lain yang sedang salat bahawa qiblat telah berpindah. Maka, yang dalam masjid dan sedang salat itu pun berpusing juga. Selepas berpusing itu, mereka kena bergerak dalam kadar yang jauh untuk memperbetulkan kembali saf. Ini menjadi dalil bahawa tidak salah kalau bergerak banyak dalam solat jikalau ada keperluan. Tidak terhad kepada tiga pergerakan seperti yang difahami oleh orang kita.

Dalam perkataan فَلَنُوَلِّيَنَّكَ itu, menunjukkan bahawa Allah ‎ﷻ mengubah kiblat itu kerana Nabi ﷺ. Ini kerana amat kasihnya Allah ‎ﷻ kepada baginda. Kerana itu ayat ini Allah berfirman mengadap قِبْلَةً تَرضَٮٰهَا‌ dan bukannya disebut Ka’bah. Kerana kalau sebut Ka’bah sahaja, itu biasa sahaja. Tapi apabila Allah menyebut قِبْلَةً تَرضَٮٰهَا‌, ia menekankan yang Allah memuaskan hati Nabi  yang memang mahukan kiblat ke Ka’bah. Begitulah kalau kita buat apa yang isteri kita suka, itu tanda kita sayang kepada isteri kita itu, bukan? Maka begitulah Allah dengan Nabi Muhammad. Maka kalau kita hendak Allah sayang kita, maka hendaklah kita ikut amalan Nabi Muhammad. Begitulah firman Allah di dalam Ali Imran:31

قُل إِن كُنتُم تُحِبّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعوني يُحبِبكُمُ اللَّهُ وَيَغفِر لَكُم ذُنوبَكُم ۗ وَاللَّهُ غَفورٌ رَّحيمٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

 

فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ

Maka hadapkanlah wajah kamu (dalam solat) ke arah Masjidilharam;

Ini adalah ayat perintah yang diberikan kepada Nabi Muhammad untuk menukar kiblat. Maka jadilah baginda Nabi yang mempunyai dua kiblat dan tidak akan ada lagi yang sebegitu. Baginda telah bersabda,

عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ لَمْ يَبْقَ مِمَّنْ صَلَّى الْقِبْلَتَيْنِ غَيْرِي
Dari Anas radiallahuanhu dia berkata; ‘semua orang yang pernah salat menghadap dua kiblat sudah tiada kecuali aku.’
Sahih Bukhari (4129)

Agama lain kata kita menyembah batu. Jangan kita mengiyakan kata-kata mereka kerana kerana kalau kita buat begitu, kita jadi kufur sebab kita iktikad sembah batu. Padahal kita menghadap ke arah Masjidil Haram itu adalah kerana kita diperintah oleh Allah ‎ﷻ untuk menghadap ke arah itu.

Perhatikan Allah suruh kita mengadap ke arah الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ sedangkan kiblat sebenarnya adalah Ka’bah. Kalau kita berada di hadapan Ka’bah senanglah kita menghadapnya, akan tetapi bagaimana kalau jauh? Kerana itu Allah memudahkan kita dengan tidak menyatakan Ka’bah akan tetapi ke arah الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ. Dan perhatikan juga kalimah شَطْرَ yang digunakan. Ini juga untuk memudahkan umat Islam dalam solat. Kalimah شَطرُ adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘ke arah‘. Katadasar: ش ط ر yang bermaksud bahagi dua, arah. Jadi kita tidaklah perlu kena tepat betul-betul ke arah Ka’bah atau الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ itu asalkan ke arahnya sahaja.

Kalimah الْحَرَامِ di dalam الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ini pun perlu dijelaskan, takut ada sangka ia sama dengan istilah haram yang tidak boleh dilakukan. Kalimah الحَرَام adalah dalam bentuk isim dan ia bermaksud ‘suci‘. Ia dari katadasar ح ر م yang bermaksud melarang, menahan, menegah, mengisytiharkan sesuatu sebagai suci (seperti Tanah Haram).

Dalam hukum Feqah, menghadap kiblat adalah syarat sah salat sahaja, bukan rukun salat. Sebab itu ada waktu salat tidak hadap ke kiblat pun, macam salat waktu perang (Solat Khauf). Atau dalam musafir – kita duduk atas sampan, dan mungkin sampan itu berpusing dan kita tidak mengadap kiblat lagi – ini dibenarkan. Tetapi dalam Al-Qur’an banyak disebut tentang kiblat. Kenapa?

Kerana hal kiblat ini perlu diperjelaskan kerana kalau ada yang salah faham, sudah nampak macam sembah selain Allah ‎ﷻ – sembah batu, sembah dinding, sembang tongkat, sembah tiang dan sebagainya. Dan memang ada orang kafir kata kita sembah dinding dan sembah batu Ka’bah. Lalu apa beza kita dengan mereka? Mereka kata mereka hanya sembah patung kecil sahaja, sedangkan kita sembah bangunan yang lebih besar – 30 kaki tingginya Ka’bah itu. Ini adalah hujah dari mereka dan kalau tidak belajar, tidak boleh hendak jawab tuduhan mereka.

Jadi kena beri dua jawapan kepada isu ini. Pertama, kita menghadap kiblat ini adalah kerana arahan dari Allah ‎ﷻ Tuhan kita. Ia ada dalam Al-Qur’an sepertimana ayat yang kita sedang baca ini dan ayat-ayat lain. Kalau Allah ‎ﷻ suruh kita menghadap ke arah yang lain pun kita akan ikut juga kerana kita taat kepada Allah ‎ﷻ.

Dan kita bukannya pernah menyembah Hajarul Aswad itu. Pernah Hajarul Aswad dicuri selama 22 tahun tidak ada di Ka’bah. Ia diambil oleh Puak Qaramitah (salah satu dari mazhab Syiah Ismailiah) pada tahun 317H. Walaupun Hajarul Aswad tidak ada di situ, umat Islam tetap salat mengadap ke arah Ka’bah juga.

Dan tidaklah kita juga menyembah Ka’bah. Kalaulah Ka’bah itu tidak ada (mungkin kena runtuh, kena bom), kita tetap menghadap ke arah itu juga. Kerana kita kena ada arah yang satu. Kalau tidak, dalam salat jemaah kita hendak menghadap ke mana?

Salah satu hikmah Allah ‎ﷻ suruh kita menghadap Mekah kerana ia adalah pusat dunia. Memang kalau buka peta dunia sekarang pun dan tunjuk kedudukan Mekah, ia berada di tengah-tengah peta. Allah ‎ﷻ yang menjadikan bumi dan Dia telah jadikan Mekah sebagai pusat dan Dia telah menentukannya sebagai kiblat kita.

Kedua, kita tidak ada rasa apa-apa dengan Ka’bah itu sepertimana penyembah berhala rasa terhadap berhala dan patung mereka. Mereka semasa seru roh, wali dan dewa mereka, mereka jadikan roh itu dalam bentuk patung sebagai kiblat tawajjuh (tempat menghadap), tetapi kita orang Islam tidak buat begitu. Semasa mereka menghadap kepada patung itu, mereka sembah roh yang mereka iktikad ada dalam patung itu. Mereka pun hanya memandai sahaja, padahal sebenarnya dalam kitab asal mereka pun tidak suruh mereka berbuat begitu. Sedangkan kita menghadap ke arah Ka’bah kerana memang Allah ‎ﷻ yang suruh. Kalau kita rasa yang Ka’bah itu boleh selesaikan masalah, boleh buat itu dan ini, maka itu pun Syirik juga. Tetapi iktikad kita, Ka’bah dan Hajarul Aswad itu tidak mempunyai kuasa apa-apa. Seperti kata Umar رضي الله عنه kepada Hajarul Aswad semasa beliau menciumnya.

عَنْ عَابِسِ بْنِ رَبِيعَةَ قَالَ رَأَيْتُ عُمَرَ يُقَبِّلُ الْحَجَرَ وَيَقُولُ إِنِّى لأُقَبِّلُكَ وَأَعْلَمُ أَنَّكَ حَجَرٌ وَلَوْلاَ أَنِّى رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يُقَبِّلُكَ لَمْ أُقَبِّلْكَ
“Dari ‘Abis bin Robi’ah, dia berkata, “Aku pernah melihat ‘Umar (bin Al Khottob) mencium Hajar Aswad. Lantas ‘Umar berkata, sesungguhnya aku menciummu dan aku tahu bahawa engkau hanyalah batu. Seandainya aku tidak melihat Rasulullah ﷺ menciummu, maka tentu aku tidak akan menciummu
(Sahih Bukhari no. 1597, 1605 dan Muslim no. 1270)

Alhamdulillah, dengan kata-kata Umar رضي الله عنه ini, kita dapat faham kedudukan Ka’bah itu.

Ayat ini ditujukan kepada Nabi Muhammad ﷺ. Ia adalah dalam bentuk kebenaran yang diberikan kepada Nabi ﷺ untuk menghadap ke MasjidilHaram sebab Nabi ﷺ hendak begitu. Walaupun Nabi ﷺ tidak berdoa kepada Allah ‎ﷻ, tetapi Allah ‎ﷻ tahu isi hati baginda.

Bagaimanakah kejadian peristiwa itu? Alhamdulillah ada disebut di dalam satu hadis,

عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى نَحْوَ بَيْتِ الْمَقْدِسِ سِتَّةَ عَشَرَ أَوْ سَبْعَةَ عَشَرَ شَهْرًا وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحِبُّ أَنْ يُوَجَّهَ إِلَى الْكَعْبَةِ فَأَنْزَلَ اللَّهُ
{ قَدْ نَرَى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ }
فَتَوَجَّهَ نَحْوَ الْكَعْبَةِ وَقَالَ السُّفَهَاءُ مِنْ النَّاسِ وَهُمْ الْيَهُودُ
{ مَا وَلَّاهُمْ عَنْ قِبْلَتِهِمْ الَّتِي كَانُوا عَلَيْهَا قُلْ لِلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ }
فَصَلَّى مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ ثُمَّ خَرَجَ بَعْدَ مَا صَلَّى فَمَرَّ عَلَى قَوْمٍ مِنْ الْأَنْصَارِ فِي صَلَاةِ الْعَصْرِ نَحْوَ بَيْتِ الْمَقْدِسِ فَقَالَ هُوَ يَشْهَدُ أَنَّهُ صَلَّى مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَّهُ تَوَجَّهَ نَحْوَ الْكَعْبَةِ فَتَحَرَّفَ الْقَوْمُ حَتَّى تَوَجَّهُوا نَحْوَ الْكَعْبَةِ
Dari Al Bara’ bin ‘Azib radliallahu ‘anhuma berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam shalat mengadap Baitul Maqdis selama enam belas atau tujuh belas bulan, dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sebenarnya suka kalau diperintahkan mengadap ke arah Ka’bah. Selepas itu Allah menurunkan ayat: (“Sungguh Kami melihat mukamu berkali-kali menengadah ke langit) ‘ (Baqarah: 144). Maka kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menghadap ke Ka’bah. Lalu berkatalah orang-orang yang bodoh dari masyarakat, iaitu orang-orang Yahudi: ‘(Apakah yang menyebabkan mereka (umat Islam) berpaling dari kiblat (Baitul Maqdis) yang dahulu mereka telah berkiblat kepadanya?” Katakanlah: “Wahai Muhammad, Kepunyaan Allah-lah jua timur dan barat. Dia memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang betul) ‘ (Baqarah: 144). Kemudian ada seseorang yang ikut salat bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, orang itu kemudian keluar setelah menyelesaikan salatnya. Kemudian orang itu melewati Kaum Ansar yang sedang melaksanakan salat ‘Asar dengan menghadap Baitul Maqdis (di Masjid Bani Haritsah). Lalu orang itu bersaksi bahawa dia telah salat bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dengan menghadap ke arah Ka’bah. Maka orang-orang itu pun berputar sehingga benar-benar menghadap Ka’bah.“
Sahih Bukhari (384)

Syarah: Kiblat semasa mengadap BaitulMaqdis itu adalah batu yang Nabi pijak semasa Isra’ Mi’raj itu. Itulah pusat tumpuan dan itulah batu yang dianggap suci oleh Kaum Yahudi. Ada orang mendakwa batu itu tergantung tapi tidak sebenarnya. Nabi sebenarnya ingin supaya kiblat ditukar kepada Ka’bah. Nabi tidak berapa suka kiblat ke BaitulMaqdis itu. Kalau kita cari, arahan untuk mengadap Kiblat BaitulMaqdis itu tidak ada dalam Al-Qur’an. Hanya isyarat sahaja yang ada dalam 2:144 itu: “…. yang dahulu mereka telah berkiblat kepadanya…”. Makna ayat itu adalah, sebelum mengadap Ka’bah, ada kiblat lain yang mereka hadapkan. Tapi tidak dinyatakan dengan jelas arahnya. Tapi kita tahu bahawa Kiblat waktu itu adalah BaitulMaqdis dari pembacaan hadis. Maknanya ia adalah ketentuan Allah juga. Para sahabat kena ikut juga kiblat ke BaitulMaqdis itu walaupun tidak ada arahan jelas di dalam Al-Qur’an, ia hanya ada dalam arahan Nabi. Ini menunjukkan hadis itu wahyu dari Allah juga cuba Nabi telah menyampaikannya menggunakan bahasa baginda. Ini seperti orang cerita kepada kita dalam bahasa Inggeris dan kita cerita kepada orang lain dalam bahasa Melayu. Jadi salah kalau ada orang kata hanya kena ikut Al-Qur’an sahaja. Ini adalah ajaran yang sesat kerana kalau tak pakai hadis, bermakna tak ikut Al-Qur’an juga sebenarnya. Kerana dalam Al-Qur’an telah ada arahan kepada umat Islam untuk ikut arahan Nabi.

Selama berada di Madinah, umat Islam mengadap ke arah BaitulMaqdis selama 16 atau 17 bulan. Kenapa tidak pasti adakah 16 bulan atau 17 bulan? Ini adalah kerana Nabi Muhammad sampai ke Madinah dalam bulan Rabiul Awal dan penukaran kiblat itu terjadi dalam pertengahan bulan Rejab. Beza bulan itu adalah kalau hendak diambilkira masa perjalanan baginda ke Madinah atau tidak. Kalau dikira sekali dengan perjalanan baginda, maka 17 bulan, kalau tidak dikira, maka 16 bulan sahaja. Tidak ada masalah di situ sebenarnya. Orang-orang yang tidak faham hadis sahaja yang terkeliru sampai mereka kata sebab hadis tidak tetaplah yang menyebabkan mereka tidak percaya kepada hadis. Kalau mereka belajar dengan cara yang betul, semua kekeliruan itu boleh dileraikan dengan ilmu.

Kalimah السُّفَهاءُ yang digunakan di dalam ayat 142 dan di dalam hadis ini merujuk kepada orang-orang bodoh dari kalangan golongan Yahudi. Dalam riwayat lain dikatakan orang-orang munafik. Jadi kedua-dua mereka boleh dimasukkan sekali kerana dua-dua itu memang bodoh.

Kenapa para sahabat dengan mudah boleh sahaja mengubah kiblat mereka. Ini kerana para sahabat memang sudah tahu kiblat akan bertukar. Sebab itulah apabila ada yang memberitahu kepada mereka, mereka terus terima walaupun seorang sahaja yang beritahu (ini dinamakan khabar ahad). Walaupun ketika itu mereka dalam solat dan kejadian itu terjadi semasa solat Asar. Ini menunjukkan boleh pusing dalam solat. Tidak ada masalah untuk membetulkan kiblat dalam solat kalau sedang solat kita perasan rupanya kiblat kita salah. Dan kalau ada orang yang tahu kiblat kita sedang salah, boleh sahaja dia gerakkan badan kita ke arah kiblat yang betul (janganlah keraskan badan pula). Orang Melayu kita sahaja yang takut sangat bergerak dalam solat kerana jahil. Dan hadis ini juga menunjukkan kena mengadap kiblat yang betul sepanjang solat. Bukan hanya mengadap kiblat ketika takbiratulihram sahaja tapi sepanjang solat kena mengadap ke arah kiblat. Kerana kalau tidak perlu, tidaklah para sahabat membetulkan kedudukan mereka sedangkan semasa mereka angkat takbir di awal solat, mereka telah mengadap ke arah kiblat yang mereka yakin benar. Kalau tidak perlu, tentulah mereka teruskan sahaja solat mereka.

Soalan: Kenapa Nabi tak berapa suka dengan kiblat BaitulMaqdis itu dan berharap supaya ianya bertukar ke Ka’bah?

    1. Kerana Ka’bah adalah kiblat Nabi Ibrahim. Dan Allah pun selalu suruh Nabi ikut ajaran Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim pun bapa kepada Yahudi juga. Jadi sepatutnya golongan Ahli Kitab tidak ada alasan untuk menolak Ka’bah sebagai kiblat. Sampaikan ada bekas tapak kaki Nabi Ibrahim di Ka’bah sebagai isyarat bahawa kita kena ikut jejak baginda. Bukankah kalau kita ikut orang lain, kita kata: ‘ikut jejak langkah’ seseorang?
    2. Ka’bah lebih menarik hati orang Arab. Sampaikan mereka pernah kata kepada Nabi kenapa kena ikut kiblat orang lain? Padahal mereka ada Ka’bah. Sebenarnya mengadap BaitulMaqdis itu adalah untuk menjinakkan hati orang Yahudi. Tapi orang Yahudi pula adalah jenis yang keras hati dan bangga diri sebab mereka sudah lama beragama dan ada kitab. Jadi mereka susah nak mengikut Nabi Muhammad kerana baginda dari bangsa Arab. Jadi Nabi rasa lebih senang dibentuk orang Arab dari orang Yahudi yang memang telah jelas keras kepala. Sedangkan bangsa Arab itu boleh diibaratkan seperti air kosong yang boleh dijadikan air apa sahaja. Kalau kiblat memang ke arah Ka’bah, lagi senang kerja baginda mengajak mereka masuk agama Islam nanti.
    3. Kiblat Ka’bah akan menyalahi agama Yahudi. Memang baginda selalu suruh umat Islam untuk menyalahi perbuatan dan amalan orang Yahudi. Sebagai contoh, pernah Nabi suruh sahabat pakai kasut dalam solat supaya tak serupa dengan orang Yahudi yang melarang pakai kasut dalam sembahyang mereka. Kalau kiblat terus ke BaitulMaqdis maka itu sudah ikut mereka pula. Itulah sebabnya Nabi suka sangat kalau mengadap ke Ka’bah.
    4. Nabi sudah tahu kiblat akan berpindah (maklumat dari wahyu) akan tetapi baginda tidak pasti ke mana. Maka baginda berharap supaya ianya akan jadi Ka’bah.
    5. Yahudi tahu Nabi akhir zaman akan berpindah kiblat dari BaitulMaqdis. Maka Nabi mahu ditukar kiblat dari BaitulMaqdis itu supaya dibuktikan kesahihan kedudukan kenabian akhir zamannya. Supaya ianya menjadi satu tanda lagi untuk mengatakan memang Nabi Muhammad adalah Nabi akhir zaman.
    6. Perubahan kiblat akan menamatkan peranan penting bani Israil dalam agama. Mereka sudah lama dan sudah banyak buat salah. Antaranya mereka sampai sanggup mengubah kitab suci mereka sendiri. Itu adalah salah satu dosa yang maha besar. Penukaran kiblat dari BaitulMaqdis akan menjadi tanda bahawa kepimpinan mereka dalam agama sudah berubah. Kerana lama sangat mereka ada agama, mereka sudah sampai rasa mereka itu ‘anak tuhan’. Dan semua bangsa bagi mereka selain bangsa mereka adalah bangsa yang hina. Itu juga satu kesalahan besar. Dan mereka telah bunuh para Nabi mereka. Padahal nabi-nabi itu datang dari bangsa mereka juga. Sudah tentunya mereka sudah tidak layak memimpin agama. Maka elok sangatlah kalau kiblat ditukar dari kiblat mereka.
    7. Peralihan itu adalah penapis untuk menilai siapakah yang beriman dan tidak. Apabila ada penukaran kiblat ini, Nabi boleh lihat siapakah yang benar-benar beriman atau hanya munafik sahaja.

Ulama’ tidak sepakat tentang kisah penukaran kiblat ini. Antara persoalan yang ditimbulkan adalah: Di mana terjadinya? Waktu itu solat apa? Ulama terbahagi kepada tiga berkenaan dengan fakta penukaran kiblat ini:

1. Kejadian itu terjadi waktu Zuhur di Masjid Nabi. Lepas itu baru sahabat pergi ke Masjid Bani Haritsah (juga dikenali sebagai Masjid Quba’). Kebanyakan ulama mengatakan arahan itu turun dalam solat Zuhur itu. Ini adalah kerana selalunya Nabi akan berada di masjidnya. Tapi kenapa tidak dipanggil Masjid Nabi sebagai Masjid Qiblatain tapi masjid lain yang diberikan gelaran itu? Ini juga menjadi persoalan.

2. Kejadian itu berlaku pada waktu Zuhur tapi di Masjid Bani Salimah. Masjid inilah yang terkenal sebagai Masjid Qiblatain. Dikatakan Nabi telah pergi ke kawasan Bani Salimah kerana baginda telah dijemput untuk melawat jenazah salah seorang sahabat. Sebab itu dikatakan Nabi telah solat di Masjid itu. Dikatakan kejadian turun ayat berkenaan dengan penukaran qiblat itu dalam solat baginda di sana. Iaitu dikatakan terjadi pada rukuk rakaat ketiga. Dan selepas itu solat penuh dengan mengadap Kiblat Ka’bah terjadi pada waktu Asar hari itu di Masjid Nabi. Riwayat ini lemah sebenarnya, tapi inilah riwayat yang masyhur.

3. Kejadian terjadi semasa solat Asar dan ia berlaku di Masjid Nabi. Perintah menukar kiblat telah terjadi sebelum waktu Asar lagi. Selepas itu baru diberitahu kepada makmum di Masjid Bani Haritsah kerana ianya berdekatan. Terdapat tujuh masjid di Madinah masa itu sehinggakan kalau waktu solat, akan kedengaran azan dari tujuh tempat itu. Ini juga pendapat Imam Bukhari kerana beliau tidak sebut pun kisah di masjid lain terutama sekali Masjid Qiblatain. Kisah itu pun tidak terdapat di dalam kitab-kitab yang utama yang dijadikan rujukan umat Islam. Oleh itu ini adalah pendapat yang kita katakan paling kuat.

Yang sebenarnya, Nabi Muhammad tidak terlibat pun menjadi imam dalam solat yang memerlukan berpusing dari arah MasjidilHaram ke Ka’bah itu. Kisah yang masyhur yang selalu kita dengar itu tidak ada di dalam sumber yang kuat. Yang sebenarnya jelas adalah Masjid Bani Haritsah itulah sahaja yang ada kisah pemusingan kiblat dalam solat kerana mereka diberitahu tentangnya ketika mereka dalam solat berjemaah. Oleh kerana Nabi telah terima arahan untuk menukar kiblat itu di luar solat, jadi tidak ada pemusingan dalam solat yang melibatkan Nabi.

Jadi kisah Masjid Qiblatain itu tidaklah kuat. Oleh itu, tidaklah salah Kerajaan Saudi yang menghilangkan tanda kiblat lama pada masjid Qiblatain itu. Ramai yang marah apabila kerajaan Arab Saudi buat begitu. Sebab ada yang bodoh sampai pergi masjid itu dan solat mengadap ke arah BaitulMaqdis kerana mereka kata itu juga adalah kiblat dulu (dan sah). Sebenarnya tidak boleh buat begitu kerana kiblat itu telah dimansukhkan lama. Padahal kisah tentang masjid Qiblatain itu hanya ada dalam Kitab Tabaqat Ibnu Sa’ad sahaja dan riwayat itu masih boleh dipertikaikan. Yang paling sahih pada pendapat kita adalah pendapat ketiga di atas. Iaitu solat pertama mengadap kiblat Ka’bah terjadi di Masjid Nabi dan penukaran itu tidak terjadi dalam solat berjemaah.

Kebarangkalian para sahabat di masjid Bani Qiblatain itu telah berpusing dalam solat kerana mereka perlu memperbetulkan kedudukan mereka supaya mengadap kiblat. Perempuan kena bergerak ke belakang balik dan lelaki kena bergerak ke hadapan. Bermakna mereka bergerak dengan banyak. Ini dijadikan dalil kepada mereka yang mengatakan boleh bergerak banyak dalam solat jikalau ada keperluan.

Pengajaran yang kita boleh ambil dari semua kisah ini:

    1. Hukum agama boleh dimansukhkan dan ditukar dengan hukum yang lain. Kita tak boleh persoalkan kenapa Allah buat macam itu. Orang jahat seperti Syiah pakai hadis inilah untuk mengatakan bahawa Allah tidak tahu mana yang molek pada asalnya, jadi ada perubahan kemudiannya. Seolah-olah Allah tidak tahu dari mula bahawa kiblat BaitulMaqdis yang sesuai atau Ka’bah yang sesuai. Maknanya mereka kata Allah akan lihat dulu sama ada menjadi atau tidak sesuatu hukum yang baru diperkenalkan. Kalau tak menjadi, Allah akan beri hukum yang baru.
      Dan ada pula yang mengatakan hukum mansukh sebenarnya tidak ada langsung. Ini memerlukan penjelasan kenapa boleh ada hukum yang dimansukhkan kerana kalau tidak, hujah orang yang menolak pemansukhan hukum itu jadi kuat pula. Kalau kita lihat zaman sekarang, Doktor akan bagi ubat lain mula-mulanya. Lepas itu tukar kepada ubat lain. Bukan dia tidak tahu ubat apa yang sesuai. Tapi perlu lihat kepada keperluan pada masa tertentu. Mula-mula kena makan ubat lain dulu. Oleh itu, jangan kita kata Tuhan tidak tahu dari awal. Itu sudah menidakkan ilmu Allah.
    2. Hadis ini juga sebagai dalil bahawa pemansuhan hadis boleh dilakukan dengan Al-Qur’an. Padahal hadis itu adalah wahyu juga cuma ianya jenis wahyu yang disampaikan kepada umat dengan bahasa Nabi sendiri. Kalau Al-Qur’an itu, Allah sampaikan kepada Jibril dan Jibril sampaikan dalam bahasa yang ada dalam Al-Qur’an yang kita baca sekarang. Sebab itu kita boleh baca ayat Al-Qur’an dalam solat dan tidak hadis kerana ayat Al-Qur’an adalah kalam Allah.
    3. Kebolehan berpegang dengan hadis Ahad. Sebab sahabat yang sedang solat berjemaah yang menerima berita dari hanya seorang sahaja yang memberitahu berita itu. Dengan syarat hadis Ahad itu disokong dengan sekian banyak bukti sokongan yang lain. Macam dalam kes ini, sahabat-sahabat sudah tahu kiblat itu tunggu masa sahaja untuk ditukar. Jadi, walaupun seorang sahaja sahabat yang datang beritahu bahawa kiblat sudah tukar, mereka terus tukar tanpa solat. Memang banyak hadis Ahad yang kita pakai kerana hadis-hadis itu mempunyai sokongan yang banyak. Macam hadis khatan/sunat. Walaupun hadis Ahad tapi para sahabat semuanya bersunat. Jadi kita pakai.
    4. Sesuatu hukum itu dipakai bila sudah tahu sahaja. Kalau kita tidak tahu, maka kita kita tidak bersalah jikalau kita tidak mengikutinya. Kalau masjid-masjid lain tidak tahu tentang penukaran Kiblat itu pada waktu itu, solat mereka masih sah dan diterima. Macam masjid Quba’, dikatakan mereka hanya tahu tentang penukaran kiblat itu waktu subuh sahaja. Sudah ada beberapa waktu mereka tertinggal mengadap ke Ka’bah walaupun kiblat telah bertukar. Mereka dapat tahu maklumat itu lambat kerana Nabi tidak pun suruh beritahu semua orang ramai-ramai. Maknanya baginda tidak hantar utusan atau sebagainya. Kalau mereka bersalah kerana tidak mengadap kiblat apabila telah ditukar, tentulah mereka kerugian kerana mereka tidak tahu. Allah Maha Pemaaf, Dia tidak menghukum seseorang kerana mereka tidak tahu. Tapi, jangan jadikan ini sebagai dalil untuk jadi orang jahil pula. Jangan ingat selagi kita tidak tahu, kita tak kena hukum. Situasi itu tidak sama dengan situasi penukaran kiblat ini. Ramai orang kita tidak tahu itu adalah kerana mereka tidak belajar dan mereka tetap akan dipersalahkan. Ini kerana mereka sahaja yang culas untuk belajar, bukanlah syariat itu tidak ada lagi.
    5. Bergerak banyak dibolehkan dalam solat. Para sahabat telah bergerak untuk membetulkan kedudukan mereka. Pada waktu itu, perempuan kena pergi ke belakang balik dan lelaki kena ke hadapan. Pergerakan banyak diperbolehkan apabila ada keperluan. Tidaklah perlu bergerak tiga langkah, berhenti, tiga langkah, berhenti.

 

وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ

Dan di mana sahaja kamu berada, hadapkanlah wajahmu ke arahnya;

Potongan ayat ini pula ditujukan kepada semua umat Islam. Ia adalah dalam bentuk arahan kepada seluruh umat Islam. Kalau sebelum ini kalimat فَوَلِّ وَجْهَكَ ditujukan kepada Rasulullah sahaja. Akan tetapi kalimat فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ ditujukan kepada keseluruhan umat Islam pula. Maknanya, bukan Nabi Muhammad ﷺ sahaja yang kena menghadap ke MasjidilHaram. Sama ada kita dalam dalam musafir, atau kita berada di mana-mana, kena menghadap ke arah Masjidil Haram.

“Di mana sahaja kamu berada” bermakna, bukan di Masjid Nabi sahaja kena mengadap ke MasjidilHaram. Kalau di mana-mana tempat di dunia ini pun, kena menghadap ke MasjidilHaram.

 

وَإِنَّ الَّذينَ أوتُوا ٱلكِتَـٰبَ لَيَعلَمونَ أَنَّهُ الحَقُّ مِن رَّبِّهِم

Dan sesungguhnya orang-orang yang telah diberi Kitab mereka sesungguhnya sudah tahu bahawasanya kiblat itu adalah benar dari Tuhan mereka;

Iaitu golongan ulama’ dari Bani Israil. Mereka ini ada maklumat wahyu dari kitab wahyu dan dari para Nabi mereka yang ramai. Mereka telah ada banyak maklumat agama. Mereka amat tahu tentang Ka’bah kerana dalam kitab-kitab mereka telah tertulis bahawa Nabi akhir zaman itu akan menghadap ke arah BaitulMaqdis seketika dan kemudian akan menghadap ke Masjidilharam. Jadi mereka telah tahu kejadian ini akan berlaku dan mereka tidak sepatutnya terkejut.

Kalau mereka kembali kepada pokok asal iaitu sejarah perkahwinan Nabi Ibrahim dengan Hajar, dan baginda membawa Hajar ke tempat suci itu, yang dengan beberapa kerat roti dan satu qirbat air sampai Hajar tersesat di Bersyeba, sampai Malaikat Jibril datang memujuk Hajar dan mencegahnya dari rasa takut, sebab budak yang dalam kandungannya itu akan dijadikan Allah suatu bangsa yang besar; kalau semuanya itu mereka ingat kembali, dan itu tertulis di dalam Kitab mereka sendiri (Kitab Kejadian, Pasal2l dari ayat 13 sampai ayat 27), nescaya mereka tidaklah akan hairan jika Nabi Muhammad s.a.w. diperintahkan mengembalikan kiblat kepada asalnya, kerana mereka memang sudah mengetahui bahawa di sanalah tempatnya. Di ayat 21 Kejadian, Pasal 21 disebutkan nama tempat itu adalah Paran. Dan pembaca kitab Taurat tahu bahawa Paran itu adalah Makkah al-Mukarramah.

 

وَمَا اللَّهُ بِغَـٰفِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ

Dan Allah tidak lalai terhadap apa yang mereka lakukan;

Iaitu Allah ‎ﷻ tidak lalai tentang keengkaran mereka berkenaan arah kiblat ini. Juga Allah tahu yang mereka telah menyembunyikan kebenaran yang di sisi mereka. Mereka telah menutup kisah tentang kiblat ini yang ada dalam kitab mereka. Mereka menyorok ilmu sampaikan umat mereka tidak tahu dan menyalahkan apa yang Nabi ﷺ lakukan. Ini Allah tidak akan biarkan. Nanti mereka akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Jadi makna Allah ‎ﷻ ‘tidak lalai’ itu bermaksud Allah ‎ﷻ akan balas kesalahan mereka itu di akhirat kelak. Allah ‎ﷻ bukan buat tidak tahu sahaja. Allah ‎ﷻ tulis dan rekod apa yang mereka lakukan.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat-ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 27 Oktober 2024

Ringkasan Surah Baqarah


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Jalalain

Tafsir Al-Mishbah (Dr. M. Quraish Shihab)

Tafsir Al-Azhar Prof. HAMKA

Maariful Qur’an

Ustaz Solah

Ustaz Abdul Muien Ghulam Dakwah

Tafsir Surah Baqarah Ayat 143 (Umat Pertengahan)

Baqarah Ayat 143: Sekarang disebut kenapa kiblat ditukar ke arah Ka’bah. Juga mentafsirkan apakah الصِّرٰطَ المُستَقيمَ seperti yang disebut di hujung ayat sebelum ini.

وَكَذٰلِكَ جَعَلنٰكُم اُمَّةً وَّسَطًا لِّتَکُونُوا شُهَدَآءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيكُم شَهِيدًا ؕوَما جَعَلنَا القِبلَةَ الَّتي كُنتَ عَلَيها إِلّا لِنَعلَمَ مَن يَتَّبِعُ الرَّسولَ مِمَّن يَنقَلِبُ عَلىٰ عَقِبَيهِ ۚ وَإِن كانَت لَكَبيرَةً إِلّا عَلَى الَّذينَ هَدَى اللَّهُ ۗ وَما كانَ اللَّهُ لِيُضيعَ إيمانَكُم ۚ إِنَّ اللَّهَ بِالنّاسِ لَرَءوفٌ رَحيمٌ

Sahih International

And thus we have made you a just community that you will be witnesses over the people and the Messenger will be a witness over you. And We did not make the qiblah which you used to face except that We might make evident who would follow the Messenger from who would turn back on his heels. And indeed, it is difficult except for those whom Allah has guided. And never would Allah have caused you to lose your faith. Indeed Allah is, to the people, Kind and Merciful.

Malay

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Ka’bah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).

 

وَكَذَٰلِكَ

Dengan kesempurnaan inilah,

Ini adalah jawapan ‘penuh kesempurnaan’. Lafaz كَذَٰلِكَ asalnya bermaksud perbandingan antara satu perkara dengan perkara yang lain, tetapi dalam ayat ini, ia bukan bandingan sebab tidak ada bandingan untuk dibandingkan. Kalau kita hendak pakai juga maksud ‘perbandingan’, akan susah untuk tafsir. Maka kita kena ambil ia bermaksud ‘kesempurnaan’. Iaitu apa sahaja arahan dan hukum Allah untuk kita adalah dengan rangka untuk menyempurnakan kita sebagai manusia.

Atau kita boleh juga mentafsirkan maksud كَذَٰلِكَ seperti yang biasa digunakan. Ia akan jadi begini: sebagaimana Allah telah memberikan kiblat yang terbaik bagi umat Islam, maka begitulah juga Allah menjadikan umat Islam sebagai umat yang terbaik (umat pertengahan).

 

جَعَلنَـٰكُم أُمَّةً وَسَطًا

Kami jadikan kamu sebagai ‘umat pertengahan’;

Dan untuk kesempurnaanlah, Kami jadikan kamu umat yang terbaik. Kalimah وَسَطًا dari kata dasar: و س ط yang bermaksud tengah, di pertengahan, di antara, terbaik, bahagian terbaik dari sesuatu, menjadi orang tengah, adil, yang terbaik dari kalangan sesuatu. Oleh itu walaupun asalnya ia bermaksud pertengahan, akan tetapi lafaz وَسَطًا boleh diterjemahkan sebagai ‘yang terbaik’. Umat Islam adalah umat terbaik dari dahulu sampai sekarang; Mereka terpilih kerana mereka mengikut arahan Allah ‎ﷻ untuk mengadap BaitulMaqdis. Walaupun sebenarnya hati mereka mungkin tidak suka kerana mereka hendak menghadap ke Ka’bah.

Istilah وَسَطًا selalu ditafsirkan sebagai معتدل mu’tadil (keadilan). Dan inilah yang tugas yang para Rasul diutus kepada kita seperti disebut di dalam Hadid:25

لَقَد أَرسَلنا رُسُلَنا بِالبَيِّنٰتِ وَأَنزَلنا مَعَهُمُ الكِتٰبَ وَالميزانَ لِيَقومَ النّاسُ بِالقِسطِ
Sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka Al-Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan.

Dan kita telah dipertanggungjawabkan dengan urusan menegakkan keadilan seperti disebut di dalam A’raf:181

وَمِمَّن خَلَقنا أُمَّةٌ يَهدونَ بِالحَقِّ وَبِهِ يَعدِلونَ
Dan di antara orang-orang yang Kami ciptakan itu, ada satu umat yang memberi petunjuk dengan kebenaran, dan dengannya mereka menjalankan keadilan.

Dan jikalau kita menjalankan tanggungjawab itu, maka layaklah kita menjadi ummah yang terbaik seperti yang disebut di dalam Ali Imran:110

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ
Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).

Untuk menjadi umat terbaik itu, maka kita telah dibekalkan dengan mukjizat terbaik zaman berzaman iaitu Al-Qur’an. Dengan Al-Qur’an ini sepatutnya kita menjalankan tugas khalifah di muka bumi supaya menjadi ummah yang terbaik. Kadang kita kena menjalankan tugas berat ini dengan lidah dan lisan, tapi kadangkala kita kena menggunakan tangan (kuasa dan kekerasan), kadang dengan penulisan dan malah kadang-kadang sampai kita kena menggunakan pedang (jihad). Akan tetapi sedihnya kita sekarang tidak melakukan perkara itu. Kita tidak dapat menjadi ‘duta’ kepada Al-Qur’an ini. Ia telah ‘hilang’ dari kita. Kita sekarang hanya berbangga kosong sahaja ada Al-Qur’an tapi kita tidak guna dan tidak sampaikan kepada umat manusia. Lalu bagaimana kita hendak mengaku yang kita ini أُمَّةً وَسَطًا atau أُمَّةٌ يَهدونَ بِالحَقِّ atau خَيْرَ أُمَّةٍ? Memang jauh api dari panggang!

Selain dari itu, memang banyak pentafsiran tentang makna perkataan أُمَّةً وَسَطًا (umat pertengahan) ini. ‘Pertengahan’ apakah yang dimaksudkan? Umat Islam duduk di tengah-tengah antara perkara yang terlampau – “between two extremes”. Iaitu antara kepentingan peribadi dan masyarakat. Kita tidak terlalu melebihkan diri sendiri sehingga melupakan masyarakat dan tidak juga melebihkan masyarakat sampai melupakan kepentingan individu. Kerana itulah ada ibadat dalam Islam yang melibatkan peribadi (seperti salat sunat bersendirian) dan dalam masyarakat (seperti salat berjemaah). Dan ada ibadat yang menggabungkan kedua-duanya seperti ibadat Haji – ia adalah ibadat persendirian (buat sendiri-sendiri) tetapi dilakukan beramai-ramai. Kita hidup bermasyarakat, jadi tidak boleh kepentingan peribadi kita sampai menyakiti orang lain.

Ada dua umat yang datang sebelum umat Muhammad, iaitu umat Yahudi dan umat Nasrani. Terkenallah di dalam riwayat perjalanan umat-umat itu bahawasanya umat Yahudi terlalu condong kepada dunia, kepada benda dan harta. Sehingga di dalam catatan Kitab Suci mereka sendiri, kurang sekali diceritakan darihal soal akhirat. Lantaran itulah maka sampai ada di antara mereka yang berkata bahawa kalau mereka masuk neraka kelak, hanyalah beberapa hari saja, tidak akan lama. Sebaliknya dari itu adalah ajaran Nasrani yang lebih mementingkan akhirat saja, meninggalkan segala macam kemegahan dunia, sampai mendirikan biara-biara tempat bertapa, dan menganjurkan pendeta-pendeta supaya tidak berkahwin (tersangatlah ruginya). Tetapi kehidupan rohani yang sangat mendalam ini akhirnya hanya dapat dituruti oleh golongan yang terbatas, ataupun dilanggar oleh yang telah menempuhnya, sebab berlawanan dengan tabiat kejadian manusia. Terutama setelah agama ini dipeluk oleh bangsa Rom dan diakui menjadi agama kerajaan.

Sampai kepada zaman kita ini pun dapatlah kita rasakan betapa sikap hidup orang Yahudi. Apabila disebut Yahudi, teringatlah kita kepada kekayaan benda yang berlimpah-limpah, menternakkan harta dan memakan riba. Dan bila kita baca pelajaran asli Kristian (bukan neo evangelist), sebelum dia berkecimpung ke dalam politik kekuasaan, akan kita dapatilah ajaran Al-Masih yang mengatakan bahawasanya orang kaya tidak akan masuk ke dalam syurga, sebagaimana tidak akan masuk seekor unta ke dalam liang jarum. Maka sekarang datanglah ayat ini memperingatkan kembali umat Muhammad bahawa mereka adalah suatu umat yang di tengah, menempuh jalan lurus; bukan terpaku kepada dunia sehingga diperhamba oleh benda dan materi, walaupun dengan demikian akan menghisap darah sesama manusia. Dan bukan pula hanya semata-mata mementingkan rohani, sebab tubuh kita masih hidup. Islam datang mempertemukan kembali di antara kedua jalan hidup itu. Di dalam ibadat salat mulai jelas pertemuan di antara keduanya itu; salat dikerjakan dengan badan, ada berdiri, ruku’ dan sujud, tetapi semuanya itu hendaklah dengan hati yang khusyu’. Contoh lain menggabungkan antara dunia dan akhirat: Solat solat juga, tapi usaha kerja tetap dilakukan seperti Allah ajar dalam Jumuah:11

فَإِذا قُضِيَتِ الصَّلوٰةُ فَانتَشِروا فِي الأَرضِ وَابتَغوا مِن فَضلِ اللَّهِ وَاذكُرُوا اللَّهَ كَثيرًا لَّعَلَّكُم تُفلِحونَ
Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.

Oleh itu dalam ertikata lain, kita umat Islam adalah umat pertengahan antara intelektual dan spiritual. Kita tidak berlebihan antara keduanya. Kita tidaklah terlalu mementingkan intelektual dan tidak terlalu mementingkan spiritual – kita seimbang antara keduanya. Ini adalah kesilapan Ahli Kitab terdahulu. Bangsa Yahudi terlalu mementingkan intelektual. Mereka adalah umat yang berilmu – tetapi mereka pandai sangat (terlebih pandai) sampaikan mereka hendak mengubah kitab mereka sendiri dengan sangkaan ia lebih relevan dengan keperluan semasa. Akan tetapi puak Kristian pula terlalu melebihkan elemen spiritual sampaikan mereka meninggalkan ilmu – mereka buat ibadat tanpa ilmu. Mereka tidak menerima elemen sains contohnya. Mereka terima bulat-bulat penipuan-penipuan yang dilakukan oleh ahli-ahli agama mereka.

Di sebalik dua agama yang telah sesat itu, adanya Al-Qur’an yang mengandungi kedua-dua elemen ini – intelektual dan spiritual. Bangkitnya Nabi Muhammad s.a.w. di padang pasir Arabia itu, adalah membawa ajaran bagi membangunkan ummatan wasathan, suatu umat yang menempuh jalan tengah, menerima hidup di dalam kenyataannya (bukan angan-angan khayalan). Percaya kepada akhirat, lalu beramal di dalam dunia ini. Mencari kekayaan untuk membela keadilan, mementingkan kesihatan rohani dan jasmani, kerana kesihatan yang satu bertalian dengan yang lain. Mementingkan kecerdasan fikiran, tetapi dengan menguatkan ibadat untuk menghaluskan perasaan. Mencari kekayaan sebanyak-banyaknya, kerana kekayaan adalah alat untuk berbuat baik. Menjadi Khalifah Allah di atas bumi, untuk bekal menuju akhirat. Kerana kelak akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah. Oleh itu, jikalau kita hendak menjadi umat pertengahan seperti yang disebut dalam ayat ini, maka kita hendaklah belajar tafsir Al-Qur’an supaya kita dapat memahami apakah yang hendak disampaikan oleh Al-Qur’an iaitu dari Allah ‎ﷻ sendiri. Kita akan faham bagaimana untuk hidup di atas dunia ini dengan molek, kemas, comel.

‘Pertengahan’ juga bermaksud antara pengetahuan dan perbuatan. Jangan kita tahu ilmu sahaja, tetapi kita tidak buat. Begitu juga, jangan kita buat amalan tanpa mengetahui apakah ilmu di sebaliknya dan hukumnya. Begitulah indahnya Islam ini.

Memang duduk di tengah-tengah adalah yang terbaik. Kerana yang di tengah senang dilihat maka ia senang menjadi contoh. Duduk di tengah itu tidak di kiri dan tidak di kanan, maka senang dilihat, bukan? Kedudukan di tengah juga dikaitkan dengan adil kerana kalau timbangan pun, kedudukan yang tepat adalah di tengah. Kalau di tengah pun senang melihat ke kiri dan ke kanan, maka ia adalah tempat yang paling sesuai untuk menjadi saksi. Maka kerana itulah kita menjadi saksi kepada perbuatan manusia.

Ada yang mengaitkan pertengahan ini dengan Ka’bah. Sebagaimana Ka’bah itu duduknya di tengah-tengah peta dunia, maka umat Islam pun begitu juga, duduk di tengah-tengah.

Dari segi pengambilan hukum, ulama’ menggunakan ayat ini sebagai dalil bagi,

1. Persaksian di dalam  mahkamah mestilah hanya diterima dari orang yang adil dan dipercayai.

2. Ayat ini adalah dalil bagi ijma’ iaitu kesepakatan ummah terhadap hukum agama.

 

لِّتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ

Supaya kamu akan menjadi saksi (di akhirat nanti), ke atas manusia;

Allah jadikan kita sebagai umat pertengahan supaya umat Islam semua menjadi saksi kepada seluruh manusia di akhirat nanti bahawa para Nabi sepanjang zaman telah menyampaikan ajaran agama kepada umat mereka. Di akhirat nanti, apabila ditanya kepada umat terdahulu adakah Nabi-nabi mereka telah menyampaikan dakwah kepada mereka, puak yang derhaka dari kalangan mereka masih juga mahu berbohong. Mereka akan kata tidak ada Nabi yang sampaikan ajaran kepada mereka (kerana itu mereka sesat). Maka, Nabi-nabi mereka akan ditanya sama ada mereka telah menyampaikan. Para Nabi itu akan jawab yang mereka memang telah sampaikan, cuma umat mereka itu sahaja yang degil tidak mahu menerima. Kemudian akan ditanya kembali kepada umat mereka. Umat yang degil akan jawab balik yang Nabi itu telah bohong. Nabi-Nabi itu akan jawab yang dalil mereka adalah umat Nabi Muhammad ﷺ, iaitu umat akhir zaman. Bagaimana pula kita umat Nabi Muhammad boleh jadi saksi pula? Ini disebut dalam satu hadis,

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُجَاءُ بِنُوحٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيُقَالُ لَهُ هَلْ بَلَّغْتَ فَيَقُولُ نَعَمْ يَا رَبِّ فَتُسْأَلُ أُمَّتُهُ هَلْ بَلَّغَكُمْ فَيَقُولُونَ مَا جَاءَنَا مِنْ نَذِيرٍ فَيَقُولُ مَنْ شُهُودُكَ فَيَقُولُ مُحَمَّدٌ وَأُمَّتُهُ فَيُجَاءُ بِكُمْ فَتَشْهَدُونَ ثُمَّ قَرَأَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ { وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا }
Dari [Abu Sa’id alkhudzri] berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Nabi Nuh didatangkan pada hari kiamat lantas ditanya, ‘Sudahkah kamu menyampaikan? ‘ Dia menjawab, ‘Benar ya Rabbi’. Ummatnya kemudian ditanya, ‘Apakah dia memang benar telah menyampaikan kepada kalian? ‘ Mereka menjawab, ‘Belum ada seorang pemberi peringatan kepada kita.’ Lantas Allah bertanya lagi: ‘Siapa yang menjadi saksimu? ‘ Nuh menjawab, ‘Muhammad dan umatnya.’ Lantas kalian didatangkan dan kalian bersaksi.” Kemudian Rasulullah Shallallahu’alaihiwasallam membaca ayat: ‘(Dan demikianlah Kami jadikan kalian umat yang wasath) ‘ (Al-baqarah 143).
Sahih Bukhari (6803)

Kaum mereka akan kata, bagaimana umat Nabi Muhammad ﷺ boleh menjadi saksi kerana umat Nabi Muhammad ﷺ tidak ada masa itu? Maka umat Islam akan jawab yang mereka boleh jadi saksi kerana mereka telah diberitahu dalam Al-Qur’an dan mereka telah belajar isi kandung Al-Qur’an itu. Dan mereka akan kata, dalam Al-Qur’an telah disebut bagaimana semua Nabi sudah sampaikan ajaran agama kepada umat mereka. Kemudian Nabi Muhammad ﷺ kata benarlah saksi itu.

Orang Islam juga akan menjadi saksi kepada Nabi Muhammad ﷺ bahawa baginda telah menyampaikan segala ajaran baginda kerana baginda juga termasuk dalam lingkungan para Nabi. Kita boleh berkata begitu dengan yakin kerana ajaran baginda telah sampai kepada kita. Apabila ditanya adakah telah disampaikan ajaran Nabi Muhammad ﷺ, kita akan jawab “Ya, sudah sampai”. Kerana ada manusia yang akan kata tidak sampai kepada mereka. Tapi kita akan jawab, bagaimana tidak sampai, sedangkan kita telah dapat ajaran itu.

Oleh itu, apakah jawapan pengikut-pengikut Tarekat dan Sufi yang memegang pendapat bahawa ada ajaran-ajaran tertentu dan kononnya yang khas yang mereka kata Nabi ﷺ hanya sampaikan kepada sahabat-sahabat tertentu sahaja? Apabila mereka berkata begitu, mereka sebenarnya menuduh Nabi Muhammad ﷺ tidak sampaikan semua ajaran kepada semua manusia (ada yang baginda sorok dan bagi kepada orang tertentu sahaja). Itu adalah satu dakwaan yang teramat jahat kepada Nabi ﷺ.

Kita juga akan menjadi saksi kepada orang-orang yang di sekeliling kita. Ini kerana kita kenal belaka siapa yang tidak ikut setelah kita beri dakwah kepada mereka. Kita akan jadi saksi di hadapan Allah ‎ﷻ nanti. Bahawa kita sudah sampaikan kepada mereka tetapi mereka yang tidak mahu juga ikut.

Namun kita kenalah jadi orang yang mengikut sunnah terlebih dahulu dan dakwah kepada mereka. Kalau kita pun tidak dakwah kepada mereka, bagaimana pula kita hendak menjadi saksi?

Begitu juga, kita sepatutnya menjadi ikutan kepada semua manusia. Semua manusia sepatutnya menjadikan kita sebagai contoh ikutan mereka. Namun malangnya, umat Islam kebanyakannya teruk sangat akhlaknya sampaikan tidak berselera orang-orang bukan Islam untuk mengikuti kita. Mereka akan kata: “Kalau Islam itu baik, tentulah penganutnya pun orang yang baik-baik juga”. Jadi, kita sebenarnya telah memburukkan nama agama Islam dengan akhlak kita yang buruk. Ini amat memalukan sekali.

Cara pengamalan agama kita pun tidak betul. Bayangkan ada yang mengaku sebagai Muslim tetapi mencederakan diri mereka sampai berdarah kononnya untuk memohon pengampunan seperti yang dilakukan oleh Syiah; bayangkan ada orang yang berzikir terlompat-lompat, terkinja-kinja seperti kera? Apa agaknya pandangan orang bukan Islam melihat perbuatan mengarut itu?

Bayangkan juga ada orang Islam yang mengambil rasuah terang-terangan, ada yang kerjanya menipu setiap hari, ada yang selamba sahaja menyakitkan orang lain dan sebagainya lagi. Bayangkan seorang yang nampak alim tetapi berlaku zalim terhadap ahli keluarganya sendiri? Orang Islam yang mengutuk sana dan sini, mengadu domba? Semua ini memalukan nama Islam.

Masalahnya, jikalau kita tidak boleh menjadi ikutan kepada orang lain, maka orang-orang bukan Islam itu boleh menjadikan kita sebagai alasan kenapa mereka tidak mahu memasuki Islam. Mereka boleh berhujah di hadapan Allah ‎ﷻ nanti bahawa mereka tidak nampak keindahan Islam disebabkan oleh akhlak buruk penganut Islam.

Namun  begitu, alhamdulillah masih ramai lagi yang masuk Islam walaupun mereka telah lihat perangai buruk penganut Islam. Itu adalah kerana mereka telah mengkaji Islam yang sebenarnya dan hasilnya mereka dapat memahami bahawa yang teruk bukannya Islam, tetapi ‘orang Muslim’. Mereka yang tetap juga masuk Islam itu adalah orang-orang yang Allah ‎ﷻ telah berikan hidayah kepada mereka. Ada yang berkata: “Nasib baik saya kenal Islam sebelum saya kenal orang Muslim.”

Dan dalam masa yang sama, memang ada orang-orang mukmin yang telah menjadi sebab kepada orang bukan Islam untuk melihat keindahan Islam. Dari orang-orang mukmin yang berperangai mulia itulah orang bukan Islam dapat melihat keindahan Islam. Bukanlah semua orang-orang Islam itu teruk. Soalannya, adakah kita hendak menjadi antara mereka yang teruk atau antara mereka yang mukmin?

 

وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا

Dan Rasul (Nabi Muhammad) itu menjadi saksi ke atas kamu;

Nabi Muhammad ﷺ sendiri akan menjadi saksi ke atas umat Islam betapa benarnya penyaksian mereka. Sebelum ini telah disebut bagaimana umat Islam akan menjadi saksi bahawa para Nabi telah menyampaikan ajaran dakwah kepada umat mereka. Kemudian Nabi Muhammad ﷺ pula akan menjadi saksi bahawa benarlah penyaksian kita itu.

Nabi Muhammad ﷺ juga akan menjadi saksi ke atas orang yang beriman. Iaitu mereka yang mengamalkan sunnah dan menyebar ugama. Tentulah kita suka kalau Nabi Muhammad ﷺ sendiri menjadi saksi ke atas kita di Mahsyar nanti. Baginda akan menjadi saksi mengatakan yang kita telah mengikut sunnah. Bayangkan besarnya nikmat kalau begitu. Bayangkan yang Nabi Muhammad ﷺ yang menjadi saksi ke atas kita.

Guru kita pula akan menjadi saksi ke atas kita, gurunya menjadi saksi ke atasnya pula, sampailah kepada sahabat dan kepada Nabi Muhammad ﷺ. Itulah yang dipanggil sanad. Maka, kenalah kita sebar ugama supaya ada orang yang menjadi saksi kepada kita nanti.

Ia bukan satu kerja yang senang. Hendak suruh manusia jangan bersanding pun sudah susah. Jangan kata hendak larang, tidak pergi pun sudah susah – takut macam-macam orang kata kalau kita tidak pergi. Padahal bersanding itu adalah amalan agama Hindu. Kita tahu bahawa Hindu itu satu agama yang mengamalkan syirik. Kerusi bersanding itulah yang menjadi simbolik kepada pemujaan yang dilakukan oleh penganut Hindu. Iaitu perlambangan perkahwinan Sri Rama dan Sita Devi.

Ditambah pula lagi dengan ‘suap semangat’ dan renjis merenjis – itu adalah cara pemujaan agama mereka dan itu adalah perbuatan kufur kepada Allah ‎ﷻ. Kita lihat sendiri pun sudah tahu ia sama sahaja dengan perbuatan agama Hindu, bukan? Amalan itu semua adalah tinggalan daripada agama Hindu nenek moyang kita dahulu. Sebab mereka dahulu sebelum masuk Islam, beragama Hindu.

Sebenarnya banyak yang mengamalkan lagi amalan-amalan peninggalan agama Hindu kerana sayang kepada perbuatan itu (dikatakan kononnya adat). Jaga sangat adat resam sampai mereka rasa tidak boleh hendak tinggal. Kalau ada yang larang, yang menegur itu pula yang kena marah. Selalunya ia dari orang-orang yang jahil agama sahaja.

Maka kita yang hendak mengamalkan sunnah ini pula yang susah hati bila menegur. Kalau kita tegur, ramai yang akan marah. Alasan yang diberi adalah “tidak sayangkan adat”. Padahal adat itu bercanggah dengan agama Islam. Kalau adat itu tidak bercanggah, kita pun tidak tegur. Tapi janganlah kita takut untuk tegur. Jangan hiraukan penolakan orang yang jahil agama. Mereka yang kena dengar kata kita, bukannya kita yang kena dengar kata mereka.

Satu lagi, Nabi ﷺ akan menjadi saksi ke ‘atas’ kita, bukan ‘untuk’ kita. Ini kalau kita buat amalan yang salah – amalan bid’ah dan amalan syirik. Nabi ﷺ akan dipanggil nanti dan Nabi ﷺ akan ditanya sama ada baginda telah mengajar manusia untuk berbuat amalan yang salah itu. Waktu itu, Nabi ﷺ akan berkata itu tidak benar, baginda tidak pernah ajar amalan itu dan baginda tidak dapat menolong kita untuk mempertahankan kita.

Ada dalam satu riwayat, pernah Nabi ﷺ suruh sahabat membacakan Al-Qur’an kepada baginda (kerana baginda suka kalau dibacakan Al-Qur’an kepada baginda – mengajar kita yang mendengar Al-Qur’an juga adalah satu ibadah sunnah). Apabila sampai kepada ayat di mana baginda akan menjadi saksi ke atas umatnya, baginda suruh sahabat itu berhenti membaca dan baginda tidak tahan dan terus menangis. Kerana baginda tahu bahawa baginda akan dipanggil menjadi saksi ke atas umatnya (mengatakan kita tidak mengikut ajarannya). Kita sangka Nabi ﷺ akan menolong kita, namun sebaliknya. Jadi ini amat menakutkan. Ini menimbulkan satu persoalan kepada kita: Adakah kita benar-benar telah mengamalkan sunnahnya? Ayat yang dimaksudkan adalah Nisa’:41 dan akan diberikan kisahnya sekali nanti.

فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِن كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَىٰ هَٰؤُلَاءِ شَهِيدًا
Maka bagaimanakah (keadaan orang-orang kafir pada hari akhirat kelak), apabila Kami datangkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri menjadi saksi terhadap perbuatan mereka), dan Kami juga datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini?

Dari Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,

قَالَ لِى النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – « اقْرَأْ عَلَىَّ » .قُلْتُ آقْرَأُ عَلَيْكَ وَعَلَيْكَ أُنْزِلَ قَالَ « فَإِنِّى أُحِبُّ أَنْ أَسْمَعَهُ مِنْ غَيْرِى » . فَقَرَأْتُ عَلَيْهِ سُورَةَ النِّسَاءِ حَتَّى بَلَغْتُ

( فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ وَجِئْنَا بِكَ عَلَى هَؤُلاَءِ شَهِيدًا )

قَالَ « أَمْسِكْ » . فَإِذَا عَيْنَاهُ تَذْرِفَانِ

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepadaku,

“Bacalah Al-Qur’an untukku.”

Maka aku menjawab, “Wahai Rasulullah, bagaimana aku membacakan Al-Qur’an untukmu, bukankah Al-Qur’an diturunkan kepadamu?”

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Aku suka mendengarnya dari selainku.”

Lalu aku membacakan untuknya surat An-Nisaa’ hingga sampai pada ayat (yang ertinya), “Maka bagaimanakah (halnya orang kafir nanti), apabila Kami mendatangkan seseorang saksi (rasul) dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (sebagai umatmu)” (Nisa’: 41).

Baginda berkata, “Cukup.”

Maka aku menoleh kepada baginda, ternyata kedua mata baginda dalam keadaan bercucuran air mata.”

(Sahih Bukhari Bukhari no. 4582 dan Muslim no. 800).

Oleh itu, jangan kita tersilap sangka seperti puak-puak ahli Kitab. Mereka sangka Nabi-nabi mereka akan menolong mereka, tetapi tidak. Kalau apa yang mereka amalkan itu salah, Nabi-nabi itu tidak akan dapat menolong pengikut-pengikut mereka. Kerana sebenarnya, mereka tidak mengikut pun ajaran Nabi-nabi mereka itu tetapi mereka reka amalan yang baru. Maka kita kena menyaksikan juga amalan Nabi kita. Maka bukan sahaja Nabi menyaksikan perbuatan kita, kita pun kena menyaksikan perbuatan baginda dan ikut apa yang baginda lakukan di dalam agama.

Jangan memandai reka fahaman dan amalan baru dalam agama ini. Tapi begitulah dengan masyarakat kita dengan bermacam-macam amalan bid’ah yang mereka amalkan. Bagaimana mereka boleh sangka yang Nabi Muhammad ﷺ akan menolong mereka, bagi syafaat kepada mereka padahal amalan yang mereka lakukan itu tidak pernah Nabi ﷺ ajar? Jangan kita sangka yang kalau kita beragama Islam sahaja, kita akan selamat, Nabi ﷺ akan bantu kita. Itu tidak akan berlaku sama sekali. Bayangkan, Nabi Muhammad ﷺ pernah berkata kepada anaknya, Fatimah رضي الله عنها – kalau Fatimah رضي الله عنها melakukan kesalahan, baginda pun tidak dapat menolong. Kalau anaknya sendiri baginda tidak dapat tolong, bagaimana baginda boleh hendak menolong kita?

 

وَمَا جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ الَّتِي كُنْتَ عَلَيْهَا

Dan tidaklah Kami jadikan kiblat yang kamu dulu menghadap kepadanya itu

Ini adalah jawapan kedua tentang kenapa kiblat mengalami pertukaran. Iaitu dari BaitulMaqdis ke Mekah (Ka’bah). Dahulu umat Islam telah mengadap Kiblat ke arah BaitulMaqdis semasa di Mekah. Kiblat itu diteruskan selama 16 bulan atau 17 bulan semasa di Madinah. Kemudian telah ditukar ke arah Ka’bah. Sekarang Allah ﷻ jelaskan kenapa Allah ﷻ buat penukaran itu.

Tapi bila pula umat Islam pernah berqiblatkan BaitulMaqdis dan di mana pula ayat suruhan itu? Ini adalah dari suruhan dan hadis dari Rasulullah. Maknanya arahan Nabi sahaja sudah cukup, tidak perlu sampai mesti kena ayat Al-Qur’an. Ini menolak hujah dan pegangan golongan Anti-Hadis yang kata kita hanya perlu pakai ayat Al-Qur’an sahaja. Sedangkan banyak arahan datang dari sabdaan Rasulullah.

 

إِلَّا لِنَعْلَمَ مَنْ يَتَّبِعُ الرَّسُولَ

melainkan supaya Kami dapat tahu siapa yang ikut Rasul;

Allah ‎ﷻ membuat penukaran arah kiblat itu kerana hendak membezakan antara hamba-Nya: Mana yang ikut Nabi ﷺ semata-mata atau hanya mengikut baginda kerana Nabi ﷺ salat sama dengan kiblat mereka. Kalau mereka sudah tidak lagi ikut kiblat baru itu, bermaksud dahulu dia ikut Nabi ﷺ kerana Nabi ﷺ mengikut dia sahaja. Dan apabila Nabi ﷺ sudah tidak sama dengan kiblat mereka, mereka sudah tidak ikut. Maknanya, hidayat mereka dulu tidak sempurna.

Kena dijelaskan apakah maksud لِنَعْلَمَ (supaya Kami tahu) di dalam ayat ini. Kalau diterjemahkan secara literal tanpa tafsir, boleh menyebabkan salah faham tentang Allah pula. Bukanlah ayat ini bermaksud Allah ‎ﷻ jahil tidak tahu siapa yang sebenarnya beriman. Sebenarnya Allah ‎ﷻ cuma hendak bezakan kepada umat Islam sahaja. Bukanlah Allah ‎ﷻ tidak tahu iman hamba-Nya sampaikan Dia kena buat sesuatu untuk memastikannya pula – kalau ada yang kata begini, itu adalah salah sama sekali. Allah ‎ﷻ Maha Tahu hati hamba-hamba-Nya. Cuma Allah ‎ﷻ hendak menzahirkan iman mereka yang sebenarnya kepada orang Mukmin kerana kita sebagai manusia tidak tahu iman orang lain. Perumpamaan begini: seorang pensyarah tahu siapa pelajarnya yang akan lulus dan siapa yang akan gagal melihat dari sikap mereka di dalam belajar. Akan tetapi kalau tidak diberikan ujian, hal ini tidak akan diketahui melainkan hanya pensyarah itu sahaja. Maka kerana itu diadakan ujian untuk menzahirkan hal itu.

Ia juga adalah ujian Allah ‎ﷻ kepada sahabat untuk memperlihatkan siapakah yang taat dan siapa yang tidak. Mereka yang taat itu adalah mereka yang sanggup mengikut arahan Nabi ﷺ tanpa banyak soal. Memang segala apa yang terjadi di dunia ini adalah ujian dari Allah. Ada yang berjaya dan ada yang gagal. Waktu penukaran itu, banyak umat Islam yang telah goyah agama mereka. Ada yang kata adakah Allah ‎ﷻ telah salah beri alamat semasa suruh pakai kiblat yang dahulu? Dan berbagai-bagai lagi isu-isu yang timbul.

Ada yang waktu itu mereka baru masuk Islam dari agama lain. Dan penukaran kiblat itu menyebabkan mereka sangsi kepada Islam kerana nampak Islam macam tidak tetap pendirian – ini adalah kerana mereka masih jahil lagi dan tidak faham agama Islam lagi. Allah ‎ﷻ hendak melihat siapakah yang mahu ikut arahan tanpa soal.

 

مِمَّنْ يَنْقَلِبُ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ

dan siapa yang berpaling atas dua tumitnya;

Iaitu mereka yang tidak ikut Nabi ﷺ, iaitu golongan munafik dan juga golongan Yahudi. Ada dari kalangan mereka yang kembali kepada agama asal, iaitu kufur. Mereka meninggalkan agama Islam kerana mereka salah faham dan mereka sendiri yang tidak tetap pendirian untuk ikut apa yang Allah ‎ﷻ dan Nabi Muhammad ﷺ sampaikan. Kenapa Allah gunakan perumpamaan berpusing atas dua tumitnya? Kerana apabila berpusing atas dua tumit, tidak stabil dan orang itu akan jatuh. Ini mengajar kita yang kalau menolak arahan Allah dan Rasul, pasti akan jatuh ke jurang kufur dan masuk neraka.

Allah ‎ﷻ hendak menguji manusia tentang arahan kiblat ini. Sama ada mereka tetap patuh arahan Allah ‎ﷻ atau tidak. Jadi ada dua golongan yang diuji waktu itu:

1. Muhajirin yang meninggalkan Mekah ke Madinah waktu itu diuji kerana membelakangi Ka’bah dan Mekah. Apabila mereka di Madinah mereka kena salat mengadap ke Jurusalem dan membelakangi Mekah. Tentu berat bagi mereka.

2. Golongan Ansar diuji apabila arahan mengadap ke Ka’bah. Mereka lebih rapat dengan Jurusalem kerana mereka sudah lama duduk dengan Yahudi dan kiblat Yahudi adalah ke Jurusalem.

Allah ‎ﷻ hendak lihat siapakah yang taat kepada kepada arahan-Nya. Tempat menghadap itu tidak lebih penting daripada arahan Allah ‎ﷻ. Kita kena tetap taat kepada apa sahaja arahan dari Allah ‎ﷻ. Kalaulah ditakdirkan dalam salat kita disuruh menghadap ke banyak arah pun kita kena buat. Katakanlah waktu berdiri Allah ‎ﷻ suruh menghadap satu arah dan bila rukuk kena menghadap lain arah, sujud arah lain pula. Kalau itu yang Allah ‎ﷻ suruh kita buat, kita tetap juga kena ikut. Begitulah yang Allah ajar di dalam Ahzab:36

وَما كانَ لِمُؤمِنٍ وَلا مُؤمِنَةٍ إِذا قَضَى اللهُ وَرَسولُهُ أَمرًا أَن يَكونَ لَهُمُ الخِيَرَةُ مِن أَمرِهِم ۗ وَمَن يَعصِ اللهَ وَرَسولَهُ فَقَد ضَلَّ ضَلٰلًا مُّبينًا
Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.

Juga Allah sebut di dalam Nur:51

إِنَّما كانَ قَولَ المُؤمِنينَ إِذا دُعوا إِلَى اللهِ وَرَسولِهِ لِيَحكُمَ بَينَهُم أَن يَقولوا سَمِعنا وَأَطَعنا ۚ وَأُولٰئِكَ هُمُ المُفلِحونَ
Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan. “Kami mendengar, dan kami patuh”. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.

Apakah pula ujian bagi kita yang tidak hidup pada zaman itu? Kita pun diuji untuk terima arah kiblat ini. Janganlah hendak pening kepala fikir kenapa ke Ka’bah? Adakah kita sujud kepada Hajarul Aswad pula? Ini antara soalan-soalan ujian yang bermain di kepala masyarakat kita sampai sekarang.

Memang ia ada ditimbulkan oleh agama lain seperti Hindu dan ramai Muslim yang pening juga. Jawapan kenapa menghadap ke Ka’bah adalah kerana ia adalah arahan daripada Allah ‎ﷻ. Senang sahaja jawapannya. Kenapa hendak pening menjawab soalan daripada penganut agama yang mereka itu sendiri tidak tentu arah?

Dalam konteks yang lebih luas, ini adalah ujian untuk taat kepada arahan Allah ‎ﷻ dalam segala hal. Apabila kita tahu sesuatu hukum yang ada dalam nas agama, adakah kita akan ikut? Kita pun tahu, kalau ada dalil, kenalah ikut. Jangan lagi hendak berhujah: “Amalan ini dah lama buat, ustaz itu ajar, tok nenek kita dah amalkan dan takkan mereka salah, adakah mereka masuk neraka….” dan macam-macam lagi hujah-hujah bathil dari manusia yang jahil.

Jangan semakkan fikiran kita. Arahan Allah ‎ﷻ lebih penting daripada terus memikirkan kata-kata orang lain. Kita mesti pentingkan arahan Allah ‎ﷻ, bukannya kata-kata manusia yang pelbagai. Kita sendiri tahu, yang selalu buat bising itu tidak belajar agama pun, jadi kenapa kita hendak hiraukan pendapat mereka? Mereka yang kena ikut kita yang belajar ini, bukan sebaliknya.

 

وَإِنْ كَانَتْ لَكَبِيرَةً

Dan sesungguhnya yang demikian itu adalah satu perkara yang amat berat untuk dipikul;

Memang menukar arah kiblat bagi para sahabat itu adalah perbuatan yang amat berat bagi mereka. Kerana itulah ayat tentang penukaran kiblat ini Allah berikan banyak ayat (dari 142 hingga 150). Ini kerana ada yang mengutuk Islam kerana berubah-ubah kejap ke sana dan kejap ke sini. Begitulah manusia tidak suka kepada perubahan. Apabila kerajaan Madani buat keputusan dan kemudian tukar, ramai orang kutuk kata kerajaan flip-flop, bukan? Maka untuk menekankan perkara ini dan kerana ia berat, maka banyak ayat Allah berikan dan hujah yang jitu dan padu.

Memang begitulah, untuk mengikut Allah ‎ﷻ dan Rasul semata-mata adalah susah kerana ramai yang tidak mengikutnya. Contohnya, seperti hendak meninggalkan amalan bersanding semasa majlis kahwin. Atau tidak hadir ke majlis tahlil, atau Maulid Nabi. Ini kerana amalan sesat itu dibuat oleh ramai manusia dalam masyarakat. Jadi kita takut masyarakat tidak dapat menerima kita. Kita takut kepada mereka yang jahil. Ini adalah salah dan mereka yang sebegini adalah lemah iman mereka. Jadi, pengajarannya, kita kena ada semangat yang kuat untuk mengikut ajaran Nabi ﷺ kita. Jangan hiraukan apa orang kata. Kalau hendak ikut semua kata-kata manusia, tidak lalu kita hendak makan nasi, bukan?

Sedikit perbincangan tentang kalimah إِنْ yang digunakan di dalam ayat ini. Selalunya kalimah إِنْ bermaksud ‘jika’ dan sesekali juga ia bermaksud ‘tidak’. Tapi kalau guna maksud ‘jika’ tidak sesuai di sini. Jadi ada ulama’ yang menggunakan maksud ‘tidak’ bagi إِنْ di sini. Tapi kalau digunakan sebegitu, kalimah seterusnya iaitu إِلَّا tidak diterjemahkan. Oleh kerana itu, ada juga pendapat lain yang mengatakan إِنْ di sini bermaksud إنَّ yang bermaksud sesungguhnya. Jadi ada dua pendapat tentang penggunaan kalimah إِنْ akan tetapi mafhum (maksud) bagi kedua-duanya sama sahaja. Iaitu ia susah dan berat kecuali bagi orang yang mendapat hidayah.

 

إِلَّا عَلَى الَّذِينَ هَدَى اللَّهُ

melainkan ke atas orang-orang yang mendapat hidayat Allah sahaja;

Kalau Allah ‎ﷻ beri hidayah kepada mereka, mereka akan berasa ringan sedikit untuk mengikut sunnah. Walaupun memang berat (tidak dinafikan) tetapi dimudahkan sedikit. Ini kerana mereka hanya takut kepada Allah ‎ﷻ dan bukan kepada masyarakat sekeliling yang jahil. Semakin tinggi iman dan ilmu kita, semakin mudah untuk kita tidak menghiraukan kata-kata masyarakat sekeliling.

Apabila para sahabat yang benar-benar beriman diberitahu bahawa kiblat telah ditukar, mereka terus menukarnya. Mereka tidak membantah kerana mereka taat. Tambahan pula mereka sudah tahu yang memang Rasulullah berharap supaya kiblat ditukar. Kerana itu mereka mengikutnya walaupun ketika mereka sedang solat.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا بَيْنَا النَّاسُ يُصَلُّونَ الصُّبْحَ فِي مَسْجِدِ قُبَاءٍ إِذْ جَاءَ جَاءٍ فَقَالَ أَنْزَلَ اللَّهُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قُرْآنًا أَنْ يَسْتَقْبِلَ الْكَعْبَةَ فَاسْتَقْبِلُوهَا فَتَوَجَّهُوا إِلَى الْكَعْبَةِ
Dari Abdullah bin Dinar dari Ibnu Umar radliallahu ‘anhuma; “Tatkala orang-orang melaksanakan salat subuh di Quba`, tiba-tiba ada orang yang datang dan berkata; Allah telah menurunkan wahyu kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam agar menghadap kiblat, maka menghadaplah ke sana! lalu mereka berbalik menghadap Ka’bah.
Sahih Bukhari (4128)

 

وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُضِيعَ إِيمَـٰنَكُم‌

Dan tidaklah Allah akan menyia-yiakan ‘iman’ kamu;

Allah ‎ﷻ tidak akan menyia-nyiakan ibadat-ibadat soleh yang sahabat-sahabat Nabi ﷺ lakukan semasa mereka menghadap ke Baitul Maqdis. Tidaklah sia-sia amalan mereka dahulu – mereka masih dapat pahala juga daripada amalan mereka dahulu.

‘Iman’ yang dimaksudkan dalam ayat itu adalah ‘salat’ mereka. Ini menunjukkan kebesaran ibadat Salat sampaikan digunakan kalimah ‘iman’ untuk merujuk kepadanya. Ia hampir setaraf dengan iman sampaikan Allah ‎ﷻ menggunakan perkataan ‘iman’ untuk ‘salat’ dalam ayat ini. Begitu pentingnya salat, sehinggakan ia boleh dijadikan kayu ukur untuk menilai kekuatan iman seseorang. Ini boleh dilihat sama ada dia akan terus salat ataupun tidak apabila timbul kesusahan. Ada orang yang tidak ada masalah untuk salat kalau dia dalam suasana senang dan tenang; tetapi kalau sibuk dengan hal lain, mereka sanggup tinggalkan Salat. Oleh itu, ketahuilah yang salat itu amat penting sekali kerana ia adalah tali hubungan kita dengan Allah ‎ﷻ. Ini adalah alamat zahir tentang iman seseorang. Kita memang tidak tahu iman dalam hati manusia, tetapi kita boleh kenali dengan zahir mereka.

Satu lagi apabila iman dikaitkan dengan salat, maka ia memberi isyarat bahawa iman itu kena ada amalannya, bukan setakat di dalam hati sahaja. Ini menolak fahaman Murjiah (dan neo-Murjiah) yang berfahaman iman itu di hati sahaja, tidak buat ibadat pun tidak mengapa. Ini salah kerana iman itu bukan di hati sahaja, tapi hendaklah ditunjukkan dengan amal perbuatan. Kerana itulah Imam Bukhari menyusun Kitab Iman di dalam kitab sahihnya dan di situ beliau menekankan amal-amal perbuatan yang kena dilakukan untuk mendapat kesempurnaan iman.

Asbabun Nuzul petikan ayat ini: Ada sahabat-sahabat yang risau salat mereka semasa menghadap ke BaitulMaqdis dulu tidak sah. Ada orang Yahudi yang mengacau umat Islam dengan mengatakan kalau kiblat sudah ditukar, bermakna ibadat salat mereka semasa menghadap ke BaitulMaqdis itu tidak dikira. Maka kelam kabutlah para sahabat sekalian kerana entah berapa lama mereka salat menghadap BaitulMaqdis. Allah ‎ﷻ hendak memberitahu bahawa ia diterima kerana semasa mereka menghadap ke BaitulMaqdis itu, mereka lakukan kerana iman mereka. Waktu itu mereka mengikut arahan Allah ‎ﷻ dan Nabi mereka. Mereka taat kepada Allah ‎ﷻ dan tidak mungkin Allah ‎ﷻ akan mensia-siakan ketaatan mereka itu? Seperti kita telah sebutkan, arah itu tidak penting, yang lebih penting adalah taat kepada arahan daripada Allah ‎ﷻ. Dahulu Allah ‎ﷻ suruh menghadap ke BaitulMaqdis, sekarang ke Ka’bah pula. Kalau Allah ‎ﷻ suruh tukar pula, kita tetap akan ikut (tidaklah ada penukaran lagi kerana tiada lagi Nabi yang menerima wahyu).

 

إِنَّ اللَّهَ بِالنَّاسِ لَرَءُوفٌ 

Sesungguhnya Allah terhadap manusia sangat Penyantun

Salah satu sifat Allah adalah الرءوف. الرءوف ertinya Maha Penyantun, Dialah Dzat yang mengasihi seluruh hamba-hambanya. Akar kata Ar Rauf adalah ر أ ف yang dalam bahasa Arab Klasik diertikan sebagai:

    • bersikap baik hati,
    • lembut,
    • sabar berbelas kasih,
    • berbelas kasih untuk menunjukkan belas kasihan untuk menunjukkan kelembutan

Secara istilah, الرءوف ertinya bersikap baik hati, lembut, sabar, dan belas kasih untuk menunjukkan kasih sayang. Sehingga, الرءوف juga mempunyai erti Yang Maha Baik, Penyayang yang Lembut, Yang Membuat Nyaman dan Penuh Belas Kasih. Makna sifat Allah الرءوف adalah Tuhan kita senantiasa menganugerahkan rahmat-Nya yang melimpah kepada orang-orang yang menghubungkan diri kepada-Nya dengan berbuat amal saleh serta bertakwa. Allah SWT melimpahkan berbagai kenikmatan kepada hamba-Nya di langit dan bumi. Dia-lah satu-satunya Dzat tertinggi di jagad raya yang memberikan kemudahan hidup hamba-hamba-Nya.

Walaupun Allah sangat sayang kepada hambaNya, tapi tidaklah Allah tidak beri ujian kepada makhlukNya. Bukannya Allah ‎ﷻ tidak sedar tentang kepayahan yang diterima oleh umat-Nya yang terpaksa mengharung segala rintangan dan tohmahan. Allah ‎ﷻ sedar, namun itu semua adalah sebagai ujian untuk kita. Kalau ia adalah senang, bukanlah ujian namanya.

Yang diuji adalah orang yang beriman. Memang yang diuji adalah barang yang berharga. Contohnya, kalau orang beri kita emas atau berlian, tentu kita ingin mengujinya sama ada ia adalah tulen ataupun tidak. Tetapi kalau orang beri kita besi biasa sahaja, adakah kita hendak uji sama ada ia adalah besi ataupun tidak? Tentu tidak, kerana besi tidak berharga mana. Bermakna, yang diuji adalah benda yang bernilai. Maka ingatlah, yang Allah ‎ﷻ uji adalah orang yang beriman. Kalau kita diuji, bermakna Allah ‎ﷻ hendak uji iman kita sebenarnya. Maka jangan takut dan lelah dengan ujian.

 

رَّحِيمٌ

Maha Belas kasihan.

Amat tinggi sifat رَحِيمٌ Allah ‎ﷻ ke atas kita. Kerana itulah orang Mukmin akan mendapat رَحِيمٌ Allah ‎ﷻ di akhirat kelak. رَحِيمٌ ini hanya diberikan kepada orang Mukmin sahaja di akhirat (Kalau Rahman dan Rauf, semua makhluk boleh dapat semasa di dunia). Di dunia Allah boleh beri ujian kepada hamba yang disayangiNya, akan tetapi Allah tidak akan kenalah apa-apa musibah kepada hambaNya yang mendapat rahmat. Maka semoga kita mendapat رَحِيمٌ Allah ‎ﷻ kelak, aameen.

Kesimpulan ayat ini: ada kelebihan yang diberikan kepada umat Islam dan dengan kelebihan itu, ada tanggungjawab. Dengan kelebihan yang diberikan ada tanggungjawab yang kita kena tunaikan. Maka kita kena belajar apakah tanggungjawab itu.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 26 November 2024

Ringkasan Surah Baqarah


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Jalalain

Tafsir Al-Mishbah (Dr. M. Quraish Shihab)

Tafsir Al-Azhar Prof. HAMKA

Maariful Qur’an

Ustaz Solah

Ustaz Abdul Muien Ghulam Dakwah

Tafsir Surah Baqarah Ayat 142 (Penukaran Kiblat)

ARAH KIBLAT YANG BARU

Baqarah Ayat 142: Alhamdulillah, kita sudah mula masuk dalam Juzuk Kedua. Di dalam juzuk kedua ini terus dilanjutkan pembetukan masyarakat Muslim yang menjadi khalifah di muka bumi ini. Dan untuk memenuhi tugas yang berat itu dimatangkanlah terlebih dahulu akidah, atau kepercayaan yang akan menjadi pegangan hidup. Di dalam juzuk 1 kita telah banyak membaca tempelak Tuhan terhadap Bani Israil dan kesimpulan bagi kita adalah: janganlah jadi seperti mereka. Di hujung Juzuk 1 kita telah berkenalan dengan Nabi Ibrahim dan permulaan Juzuk ke 2 ini disambung perkara yang ada kaitan dengan baginda iaitu tentang kiblat. Kerana Ka’bah itu telah dibina oleh baginda dan sekarang akan disebut yang Ka’bah itu akan menjadi kiblat.

Dari ayat ini sehingga ke ayat 283 adalah Perenggan Makro Ketiga surah ini. Tetapi boleh dipecahkan lagi: Ayat 142 – 152 adalah Perenggan Makro tentang Perlantikan Umat Wasato (Umat Pertengahan). Ia akan menceritakan tentang penukaran Kiblat. Dan kita akan belajar bagaimana Kiblat akan dibebaskan daripada berhala dan amalan syirik.

Manusia hendaklah menerima Islam keseluruhannya. Kita kena mengambil syariat Rasul terakhir untuk menjadi umat terpilih dan menjadi contoh kepada manusia seluruh dunia. Ini termasuk cara berekonomi, politik dan bernegara. Oleh itu bahagian ini banyak mengandungi hukum-hakam syariat terakhir yang diturunkan kepada umat baru yang terpilih. Bukan lagi kepada Bani Israil tetapi kepada sekarang kepada Bani Ismail. Kaum Arab akan menjadi khalifah kepimpinan umat manusia menggantikan kaum Yahudi. Dan di dalam Juzuk 2 ini adalah keadaan umat Islam sudah ada negara dan dapatlah menegakkan dan mengamalkan agama Islam dengan sepenuhnya yang mereka tidak dapat lakukan ketika di Mekah dahulu. Sudah tidak perlu mengamalkan agama dengan sembunyi-sembunyi lagi.

Antara mesej penting juga ialah kepentingan infaq dan jihad. Untuk menyebarkan tauhid, menegakkan hukum-hakam dan syariat Islam hanya boleh dilaksanakan dengan adanya kekuasaan Islam. Itulah kena ada Negara Islam. Maka ada banyak seruan yang menyatakan umat Islam kena infaq, korban masa, tenaga, jihad perang untuk menegakkan Negara Islam. Malah kita akan bertemu perintah mengerjakan Haji, bahaya minuman keras dan perjudian dan peraturan berkenaan dengan membentuk rumahtangga, tentang kahwin, talak, rujuk, iddah, sampai kepada meminang, sampai kepada cara bergaul suami-isteri; semuanya itu peraturan yang selalu berpokok dan berpangkal daripada akidah dan hubungan takwa kepada Allah.

Allah mulakan dengan berbincang berkenaan dengan kiblat. Ini adalah perkara yang penting, kerana ada yang jatuh syirik berkenaan kiblat. Ini kerana ada yang kata kita sembah hajarul aswad. Kalau kita tidak faham tentang perkara ini, ada kemungkinan kita pun boleh terkeliru dan tertipu dengan dakyah daripada agama-agama lain. Sebenarnya tidak ada apa dengan batu itu. Kalau kita sangka kita mengadap kiblat sama seperti mengadap berhala, maka kita boleh kufur. Sebab itu ada orang kafir ada yang berkata kita sembah batu dan kalau kita mengiyakan kata mereka itu, maka kita akan jatuh kafir. Ada enam ayat Al-Qur’an tentang kiblat yang diturunkan kepada kita. Allah ‎ﷻ menurunkan banyak ayat berkenaan dengannya kerana ini adalah perkara besar dan sangat penting, maka ia perlu dijelaskan dengan betul. Sebab kalau tidak dijelaskan, manusia akan nampak seolah-olah kita semua sembahyang mengadap Hajarul Aswad pula.

Agama lain tidak ada wahyu turun atau arahan dari Tuhan untuk mereka mengadap mana-mana arah dalam ibadat mereka kecuali apa yang dikatakan oleh guru-guru mereka. Tetapi lain dengan kita kerana kita menghadap kiblat Ka’bah kerana ia adalah arahan daripada Allah ‎ﷻ. Kita menghadap Kiblat di Ka’bah itu kerana itu adalah arahan Allah ‎ﷻ. Kita menghadap ‘arah’, bukannya kita menghadap batu itu. Kalaulah Allah suruh kita mengadap pelbagai arah pun kita kena buat. Contohnya untuk qiyam mengadapap Ka’bah, kemudian rukuk kena mengadap BaitulMaqdis pula, maka kita tetap kena lakukan kerana ia adalah arahan Allah. Kita dengar dan kita taat.

Ayat ini juga adalah sebagai isyarat bahawa Nabi Muhammad ﷺ sudah kena memisahkan diri  baginda daripada Bani Israil. Mereka telah diberi peluang untuk mengikut baginda dan masuk Islam serta berjuang bersama-sama baginda dalam menegakkan agama Allah ‎ﷻ. Tetapi mereka tidak mengambil peluang itu. Sebelum ini ada persamaan antara Bani Israil dan orang Islam kerana mereka menghadap kiblat yang sama (BaitulMaqdis). Tetapi apabila ditukar nanti, bermakna telah ada pemisahan antara mereka dan kita.

Allah ‎ﷻ suruh ubah kiblat ke Mekah kerana ia adalah kiblat asal Nabi Ibrahim عليه السلام. Dan puak Ahli Kitab pun mengagungkan juga baginda, jadi sepatutnya tidak ada masalah dengan arah ini. Akan tetapi kita akan lihat mereka mengutuk pula Nabi Muhammad kerana mereka tuduh baginda memandai-mandai ubah arah kiblat yang Allah telah tetapkan. Dan Mekah pula memang pusat dunia. Oleh itu, ia amat sesuai menjadi kiblat sepanjang zaman.

سَيَقولُ السُّفَهاءُ مِنَ النّاسِ ما وَلَّٮٰهُم عَن قِبلَتِهِمُ الَّتي كانوا عَلَيها ۚ قُل لِّلَّهِ المَشرِقُ وَالمَغرِبُ ۚ يَهدي مَن يَشاءُ إِلىٰ صِرٰطٍ مُّستَقيمٍ

Sahih International

The foolish among the people will say, “What has turned them away from their qiblah, which they used to face?” Say, “To Allah belongs the east and the west. He guides whom He wills to a straight path.”

Malay

Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: “Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini?” Katakanlah (wahai Muhammad): “Timur dan barat adalah kepunyaan Allah – (maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus”.

 

سَيَقُولُ السُّفَهَاءُ مِنَ النَّاسِ

Akan berkata orang-orang yang bodoh daripada kalangan manusia;

Ayat ini turun sebelum ditukarkan lagi kiblat itu. Sebab itu dikatakan ‘akan berkata’ orang-orang yang bodoh. Sebelum mereka cakap lagi Allah ‎ﷻ sudah beritahu apa yang mereka akan kata. Ini adalah sebagai persiapan mental kepada Nabi Muhammad dan para sahabat. Orang-orang bodoh yang berkata begitu adalah orang Yahudi dan orang Munafik yang berada di Madinah semasa itu. Juga boleh dimasukkan golongan Musyrikin Mekah kerana mereka pun sibuk juga dalam hal ini. Mereka kata ini Muhammad hendak balik ke agama nenek moyanglah sebab itu tukar kiblat ke Ka’bah.

Ini kerana ayat ini adalah sambungan dari ayat-ayat sebelum ini tentang puak Yahudi itu. Kerana itulah permulaan ayat ini tidak dimulai dengan harf و yang menjadi tanda masuk kepada topik yang baru. Oleh kerana itu السُّفَهَاءُ di dalam ayat ini antara lain merujuk kepada golongan Yahudi. Tapi Allah tidak sebut nama mereka, hanya disebut السُّفَهَاءُ kerana hendak menekankan yang itulah sifat mereka. Tapi kita tahu kerana kesinambungan ayat ini dari ayat-ayat tentang mereka sebelum ini.

Akan berkata golongan bodoh itu daripada golongan Yahudi, Munafik dan Musyrikin. Allah ‎ﷻ panggil mereka golongan ‘yang bodoh’. Maksud السُّفَهَاءُ adalah orang-orang yang lemah akalnya, atau yang melakukan sesuatu tanpa dasar, sama ada kerana memang tidak tahu atau tahu, tapi sengaja tidak ikut. Ini kerana mereka berkata itu dalam nada mengejek: “Kenapa tukar-tukar?” Mereka kata Islam adalah agama yang tidak tetap. “Agama apa ini, boleh tukar-tukar pula?” Begitulah lebih kurang kata-kata mereka. Memang orang bodoh akan berkata tak fikir dahulu sebelum bercakap, pakai cakap apa sahaja yang lalu di kepala mereka yang dangkal. Begitulah yang kita lihat di dalam media sosial apabila ada perbincangan agama. Ramai yang tidak ada ilmu, tapi nak komen ikut otak mereka sahaja.

Ini adalah pujukan (tasliah) kepada Nabi Muhammad. Allah hendak pujuk supaya jangan kisahlah kata-kata orang bodoh itu. Ini macam kita kena kritik dalam dakwah Sunnah kita. Akan banyak yang akan kritik kita, sudah tentu punya. Tapi kalau yang kritik itu keyboard warrior di FB yang hingusan dan kita pun tahu mereka itu tidak ada ilmu, tak payahlah kita nak pening kepala. Memang itu sudah kerja mereka. Seperti banyak sahaja yang kritik tulisan saya di blog ini tapi apabila saya minta hujah, mereka krik krik sahaja kerana memang tidak ada hujah. Lainlah kalau yang kritik itu kita dengar seorang ustaz dan dia dihormati kerana ilmunya, maka kita kena periksa baliklah apa yang kita tulis. Tapi kalau budak-budak dan ustaz kampung yang kritik, tak payah kisahlah.

Apakah kata-kata orang bodoh itu? Ada yang berkata bahwa peralihan kiblat ini ialah kerana Muhammad itu berfikir kurang matang, sebentar menghadap ke sana sebentar menghadap ke mari. Dan ada pula yang berkata bahawa Muhammad hendak mengajak manusia kembali kepada agama nenek-moyangnya. Sebab di waktu itu di Ka’bah masih didapati berhala-berhala. Semuanya ini adalah lidah yang tidak bertulang. Maka di dalam ayat ini Nabi diberi peringatan, bahawa sebagaimana sudah terbiasa, apabila seorang Rasul atau pemimpin membuat suatu perubahan baru, sudah pasti akan ada ribut-ribut. Tetapi ribut-ribut hanya akan datang dari orang’ orang bodoh, orang yang tidak bertanggungjawab. Samalah kalau kita lihat perbahasan agama di media sosial. Kita perhatikan ramai sahaja orang jahil akan sibuk komen padahal mereka tidak ada asas di dalam agama. Tidak berilmu, tapi masih tetap hendak beri komen.

Allah beritahu kepada Nabi Muhammad yang baginda akan berhadapan dengan kata-kata orang bodoh. Jadi tidak perlu acuhlah kepada kata-kata mereka. Letih kalau hendak melayan kata-kata orang bodoh. Imam Syafi’i berkata :

ﺍﺫَﺍ ﻧﻄَﻖَ ﺍﻟﺴَّﻔِﻴْﻪُ ﻭَﺗُﺠِﻴْﺒُﻬُﻔَﺦٌﺮْﻳَ ﻣِﻦْ ﺍِﺟَﺎﺑَﺘِﻪِ ﺍﻟﺴُّﻜُﻮْﺕُ
Apabila orang bodoh mengajak berdebat denganmu, maka sikap yang terbaik adalah diam, tidak melayan

ﻓﺎِﻥْ ﻛَﻠِﻤَﺘَﻪُ ﻓَﺮَّﺟْﺖَ ﻋَﻨْﻬُﻮَﺍِﻥْ ﺧَﻠَّﻴْﺘُﻪُ ﻛَﻤَﺪًﺍ ﻳﻤُﻮْﺕُ
Apabila kamu melayani, maka kamu akan susah sendiri. Dan bila kamu berteman dengannya, maka dia akan selalu menyakiti hati

ﻗﺎﻟُﻮْﺍ ﺳﻜَﺖَّ ﻭَﻗَﺪْ ﺧُﻮْﺻِﻤَﺖْ ﻗُﻠْﺖُ ﻟَﻬُﻤْﺎِﻥَّ ﺍﻟْﺠَﻮَﺍﺏَ ﻟِﺒَﺎﺏِ ﺍﻟﺸَّﺮِ ﻣِﻔْﺘَﺎﺡُ
Apabila ada orang bertanya kepadaku, jika ditentang oleh musuh, apakah engkau diam?? Jawabku kepadanya : Sesungguhnya untuk menangkal pintu-pintu kejahatan itu ada kuncinya

ﻭﺍﻟﺼﻤْﺖُ ﻋَﻦْ ﺟَﺎﻫِﻞٍ ﺃَﻭْ ﺃَﺣْﻤَﻖٍ ﺷَﺮَﻓٌﻮَﻓِﻴْﻪِ ﺃَﻳْﻀًﺎ ﻟﺼﻮْﻥِ ﺍﻟْﻌِﺮْﺽِ ﺍِﺻْﻠَﺎﺡُ
Sikap diam terhadap orang bodoh adalah suatu kemuliaan. Begitu pula diam untuk menjaga kehormatan adalah suatu kebaikan.

 

مَا وَلَّٮٰهُم عَنْ قِبْلَتِهِمُ الَّتِي كَانُوا عَلَيْهَا

“Apakah yang menyebabkan mereka berpaling dari kiblat mereka yang dulu hadap?”

Kalimah قِبلَةَ dari kata dasar ق ب ل yang bermaksud menerima, jumpa seseorang, mengadap seseorang atau sesuatu, tunjuk persetujuan, dan banyak lagi. Kita pun sudah tahu maksud kiblat ini. Dulu Nabi ﷺ mengadap kiblat di Baitulmaqdis dalam salat, tetapi selepas itu Nabi ﷺ diperintahkan Allah ‎ﷻ untuk menghadap ke Mekah. Jadi, orang-orang yang bodoh mengatakan kenapakah Nabi ﷺ dan sahabat-sahabat berpindah kiblat?

Kiblat BaitulMaqdis juga adalah kiblat Yahudi. Di awal hijrah umat Islam di Madinah, kiblat masih lagi mengadap ke arahnya seperti disebut di dalam hadith yang direkodkan daripada al-Bara bin ‘Azib RA:

عَنْ الْبَرَاءِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى إِلَى بَيْتِ الْمَقْدِسِ سِتَّةَ عَشَرَ شَهْرًا أَوْ سَبْعَةَ عَشَرَ شَهْرًا وَكَانَ يُعْجِبُهُ أَنْ تَكُونَ قِبْلَتُهُ قِبَلَ الْبَيْتِ وَأَنَّهُ صَلَّى أَوْ صَلَّاهَا صَلَاةَ الْعَصْرِ وَصَلَّى مَعَهُ قَوْمٌ فَخَرَجَ رَجُلٌ مِمَّنْ كَانَ صَلَّى مَعَهُ فَمَرَّ عَلَى أَهْلِ الْمَسْجِدِ وَهُمْ رَاكِعُونَ قَالَ أَشْهَدُ بِاللَّهِ لَقَدْ صَلَّيْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قِبَلَ مَكَّةَ فَدَارُوا كَمَا هُمْ قِبَلَ الْبَيْتِ وَكَانَ الَّذِي مَاتَ عَلَى الْقِبْلَةِ قَبْلَ أَنْ تُحَوَّلَ قِبَلَ الْبَيْتِ رِجَالٌ قُتِلُوا لَمْ نَدْرِ مَا نَقُولُ فِيهِمْ فَأَنْزَلَ اللَّهُ { وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْ إِنَّ اللَّهَ بِالنَّاسِ لَرَءُوفٌ رَحِيمٌ }
Dari Al Bara’ radliallahu ‘anhu bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam salat dengan menghadap ke Baitul Maqdis selama enam belas atau tujuh belas bulan. Dan baginda menyukai jika kiblatnya menghadap ke arah Ka’bah. Kemudian baginda pun salat Asar bersama sekelompok para sahabat dengan menghadap ke arah kiblat. Setelah itu salah seorang dari sahabat tersebut keluar dan melalui kaum muslimin di sebuah masjid yang pada waktu itu mereka sedang ruku. Sahabat tadi berkata; Aku bersaksi kepada Allah, sungguh aku telah salat bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dengan menghadap kiblat. Mereka pun segera berputar dalam keadaan salat menghadap ke arah kiblat. Ada beberapa orang yang telah meninggal dengan menghadap ke arah kiblat pertama yang kami tidak tahu apa yang harus kami katakan mengenai hukumnya bagi mereka tersebut. Maka Allah pun menurunkan ayat; “Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan keimanan kalian, sesungguhnya Allah maha pengasih lagi maha penyayang kepada manusia.” (Al Baqarah: 143).
Sahih Bukhari (4126)

Golongan Yahudi mencemburui Kiblat Ka’bah kerana ia adalah satu kelebihan yang Allah berikan kepada umat Islam. Ini kita dapat tahu dari hadith yang diriwayatkan dari Ummum Mukminin Aisyah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :

إنَّهم لا يَحسُدونا على شيءٍ كما يَحسُدونا على يومِ الجمُعةِ التي هَدانا اللهُ لها، وضَلُّوا عنها، وعلى القِبلةِ التي هَدانا اللهُ لها، وضَلُّوا عنها، وعلى قولِنا خلفَ الإمامِ: آمينَ
“Sesungguhnya kaum Yahudi itu tidak hasad kepada kita atas suatu yang lebih mereka hasad yakni:
– Hasad mereka akan hari Jumaat yang Allah anugerahkan. kepada kita dan mereka telah mengkufuri pemberian Allah.
– Hasad mereka akan kiblat yang Allah anugerahkan kepada kita dan mereka telah sesat padanya.
– Hasad pada ucapan amin kita ketika solat di belakang imam.”
1. Imam Bukhari (6395)
2. Imam Muslim (2165)
3. Imam Tirmizi (2701)
4. Imam Nasaie (10213)
5. Imam Ibnu Majah (856)
6. Imam Ahmad (25029)

Telah jelas kepada kita bahawa semasa di Madinah, Nabi dan para sahabat mengadap ke BaitulMaqdis. Tapi kita tahu bahawa perintah solat telah diberi semasa Isra’ Mi’raj iaitu semasa Nabi berada di Mekah. Kiblat apakah yang dihadap mereka semasa di Mekah? Ada Tiga pendapat:

    1. Mengadap Ka’bah juga waktu itu. Sebab tiada riwayat yang mengatakan masyarakat Arab kritik Nabi berkenaan hal kiblat. Kalau mengikut pendapat ini, hanya apabila di Madinah sahaja mereka berkiblatkan BaitulMaqdis.
    2. Sudah mengadap BaitulMaqdis tapi Nabi mengadap Ka’bah juga di dalam masa yang sama. Maknanya, Nabi dan para sahabat buat allignment supaya mengadap dua-dua kiblat di dalam satu masa ketika solat. Tapi pendapat ini tidak kuat. Kerana kedudukan rumah sahabat tidak begitu. Rumah mereka berselerak, jadi susah kalau kita kata mereka mengadap dua-dua kiblat. Banyak kemusykilan boleh ditimbulkan dalam pendapat ini.
    3. Mereka hanya mengadap BaitulMaqdis sahaja. Ini adalah kerana waktu itu Ka’bah ada banyak berhala jadi untuk membezakan antara Muslim dan kafir. Dan apabila hijrah ke Madinah, mereka terus sambung mengadap BaitulMaqdis selama 16/17 bulan.

Oleh kerana perbezaan pendapat ini, maka kalimat كَانُوا عَلَيْهَا boleh ditafsirkan dengan dua cara. Sama ada ia merujuk kepada BaitulMaqdis atau ia boleh merujuk kepada Ka’bah.

Apa-apa pun, kita boleh lihat bahawa arahan mengadap BaitulMaqdis itu hanya ada dalam wahy khafi – hadis sahaja. Ini adalah kerana ia tidak ada di dalam Al-Qur’an. Itu pun sudah menunjukkan ianya bersifat sementara sahaja. Ada juga pendapat yang mengatakan arah kiblat BaitulMaqdis itu pun sebenarnya bukan arahan Allah akan tetapi ijtihad Nabi Muhammad sahaja. Allahu a’lam.

Selepas Nabi ﷺ dan para sahabat berpindah ke Madinah, kiblat dalam salat waktu itu adalah ke BaitulMaqdis selama 16 atau 17 bulan sebelum ditukar ke Mekah. Sepanjang waktu itu, Nabi ﷺ sentiasa berharap supaya kiblat ditukar ke Mekah. Dan ia telah ditukar dan ia adalah hukum pertama yang dinasikhkan oleh Allah.

Apabila kiblat diubah dari kiblat yang digunakan juga oleh puak Yahudi, itu menunjukkan status mereka akan dijatuhkan daripada menjadi umat pilihan. Sebelum ini, mereka adalah umat pilihan, namun tidak lagi. Ini kerana mereka tidak mengambil peluang yang ada untuk menerima Nabi Muhammad ﷺ. Kita boleh katakan yang BaitulMaqdis adalah ibu negara kepada Bani Israil. Ibu negara adalah sesuatu yang amat penting kepada sesuatu tamadun. Mereka bangga apabila orang Islam juga menghadap kepada kiblat mereka. Tetapi apabila kiblat itu diubah nanti, mereka akan marah. Sepatutnya, kalau difikirkan, mereka tidak patut rasa apa-apa, sebab kepada mereka, kita adalah agama yang sesat pun. Tetapi yang jelas, mereka akan marah. Ini adalah kerana mereka sebenarnya tahu bahawa Nabi Muhammad ﷺ itu adalah Rasul yang benar, cuma mereka tidak mahu terima sahaja kerana degil. Mereka jadi marah kerana apabila Nabi ﷺ berpindah kepada menghadap Ka’bah, yang juga bermakna umat Islam waktu itu membelakangi Masjidil Aqsa kerana perubahan kiblat itu adalah 180%.

Nabi-Nabi daripada kalangan Bani Israil memang menghadap ke BaitulMaqdis dalam ibadat mereka, ini tidak dinafikan. Maka oleh itu, mereka kata, kalau Islam ini agama yang benar, mestinya umat Islam menghadap ke BaitulMaqdis jugalah sepertimana Nabi-nabi terdahulu. Namun tidak begitu kehendak Allah ‎ﷻ.

Ayat ini masih lagi terpakai kerana memang sampai sekarang ada lagi yang mempersoalkan kenapa kiblat ditukar. Sebelum ini telah disebut tafsiran bagi السُّفَهَاءُ adalah Yahudi. Akan tetapi ia juga boleh merujuk kepada sesiapa sahaja yang bodoh dari kalangan manusia dan tidak terhad kepada golongan Yahudi sahaja. Sebab itulah Allah tidak mengkhususkan sebut golongan Yahudi di dalam ayat ini melainkan hanya menyebut السُّفَهَاءُ sahaja. Memang akan sentiasa sahaja ada orang bodoh dalam dunia ini yang mempersoalkan hal ini. Contohnya di universiti-universiti ada lagi Professor-professor yang kata patutnya Islam tidak menukar kiblat. Patutnya pakai sahaja kiblat ke Jurusalem. Apa mereka sangka ia adalah pilihan Nabi? Atas pertanyaan dan ejekan mereka ini, Allah ‎ﷻ jawab dengan dua cara. Satu tegas dan satu dengan penuh kesempurnaan.

 

قُلْ لِّلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ

Katakanlah: milik Allahlah timur dan barat;

Sekarang Allah ajar apa yang hendak dijawab kepada orang-orang bodoh itu. Nabi Muhammad tak perlu fikir skrip, sekarang Allah berikan sendiri. Beritahulah yang Allah ‎ﷻ memiliki segala-galanya. Barat Dia punya, timur pun Dia punya, mana-mana arah Dia juga yang punya. Maka terpulang kepada Allah ‎ﷻlah hendak suruh kita menghadap ke mana-mana pun. Semua arah adalah kepunyaan-Nya. Yang penting adalah arahan itu dan arah ke mana tidak penting. Ini kerana jalan yang lurus adalah dengan mengikut arahan Allah ‎ﷻ bukan arah yang mana. Mereka tidak faham atau buat-buat lupa tentang perkara ini. Perkara ini telah disebut di dalam ayat 115 surah ini sebelum ini:

وَلِلَّهِ المَشرِقُ وَالمَغرِبُ ۚ فَأَينَما تُوَلّوا فَثَمَّ وَجهُ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ واسِعٌ عَليمٌ
Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.

Arah mana kiblat itu tidak penting sangat kerana disebut di dalam ayat 115 yang kita hadapkan di dalam solat, فَثَمَّ وَجهُ اللَّهِ di situlah wajah Allah. Tambahan pula disebut di dalam Baqarah:177 yang kebaikan itu bukanlah pada arah,

لَّيسَ ٱلبِرَّ أَن تُوَلُّواْ وُجُوهَكُم قِبَلَ ٱلمَشرِقِ وَٱلمَغرِبِ
Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat

Maknanya Allah tidak perlukan arah. Kebaikan juga boleh dicapai walaupun tanpa mengadap ke arah yang spesifik. Akan tetapi penyatuan arah adalah penting kerana kalau semua arah berlainan, maka tentulah tidak molek, bukan? Agama Islam mementingkan penyatuan, maka mestilah kena ada satu arah yang sama-sama umat Islam menghadap kepadanya. Ada berbagai cara untuk menyatukan masyarakat, sebagai contoh tempat, bahasa, bangsa dan lain-lain lagi. Bagi umat Islam seluruh dunia, kebijaksanaan Allah adalah menyatukan satu arah di dalam ibadah yang dilakukan setiap hari iaitu solat. Kerana kalau bahasa yang dijadikan alat penyatuan, bukan semua umat Islam boleh berbahasa Arab. Jadi kalau cara lain yang dijadikan sebagai punca penyatuan, ia tidak akan berjaya. Sebab itu Islam tidak ada uniform dan tidak perlu pun hendak pakai jubah, riddah di bahu kanan atau serban yang sama. Pakai baju apa-apa pun boleh asalkan menutup aurat dan tidak menjolok mata.

Pentingnya kiblat ini sampaikan kita tidak boleh mengkafirkan ahlul qiblah. Tapi Allah tidak berikan manusia memilih kerana kalau manusia pilih sendiri tentulah takkan selesai perbincangan mana satu arah yang dipersetujui. Jadi Allah sendiri yang pilih supaya manusia terus boleh ikut sahaja. Dan Allah telah lama pilih Ka’bah kerana itulah rumah ibadat yang pertama dibina di dunia seperti disebut di dalam Ali Imran:96

إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكًا وَهُدًى لِّلْعٰلَمِينَ
Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.

Jadi kiblat ke Ka’bah itu bukanlah baru, jadi apabila umat Islam menghadap ke Ka’bah sebenarnya kita kembali ke kiblat yang asal. Cuma semasa Nabi ﷺ di Mekah, baginda menghadap BaitulMaqdis dalam salat baginda (mengikut satu pendapat yang kita akan bincangkan nanti). Ini kerana semasa di Mekah, Nabi ﷺ boleh lagi berada dalam posisi di mana baginda menghadap Ka’bah dan BaitulMaqdis dalam waktu yang sama. Nabi ﷺ menjadikan kedudukan Ka’bah dan BaitulMaqdis sejajar supaya baginda boleh hadap kedua-duanya sekali. Tetapi apabila telah berhijrah ke Madinah, Nabi ﷺ dan umat Islam lain tidak boleh lagi buat begitu. Nabi ﷺ telah sedih disebabkan perkara itu kerana Nabi ﷺ amat sayangkan Ka’bah kerana ia ada kaitan dengan Nabi Ibrahim عليه السلام.

Waktu ayat ini diturunkan, Mekah dan Ka’bah masih lagi dalam jajahan takluk Musyrikin Mekah. Di situ masih banyak lagi berhala sembahan mereka. Apabila Allah ‎ﷻ berkata bahawa kiblat akan dipindahkan ke situ, itu sebenarnya telah memberi isyarat bahawa orang Islam akan menakluki Mekah. Ini kerana tidak mungkin Allah ‎ﷻ hendak membiarkan umat Islam terus salat menghadap ke arah Ka’bah yang banyak berhala padanya? Para sahabat dari Mekah memang tidak pernah melupakan Mekah dan Ka’bah walaupun mereka telah berada di Madinah dan telah membina negara Islam di situ. Dari mula lagi mereka sudah tahu bahawa mereka akan kembali juga ke Mekah.

 

يَهدي مَن يَشاءُ إِلىٰ صِرٰطٍ مُّستَقيمٍ

Allah pimpin kepada sesiapa yang Dia kehendaki kepada jalan menuju kepada jalan yang lurus;

Di dalam Surah Fatihah Ayat 6 telah disebut الصِّرٰطَ المُستَقيمَ yang kita dambakan itu. Dari segi syarak, ada lima kriteria untuk sesuatu jalan atau laluan itu boleh dipanggil ‘الصِّراطَ ‘. الصِّراطَ adalah jalan yang spesifik kerana ada perkataan lain lagi yang boleh digunakan untuk jalan, seperti طريق dan سبيل. Tetapi, perkataan-perkataan itu tidak digunakan, sebaliknya, digunakan perkataan yang khusus – الصِّراطَ. Kriteria-kriteria yang perlu ada untuk sesuatu jalan itu dipanggil الصِّراطَ adalah:

1. Ia mestilah jalan yang lurus. Ada jalan yang bengkang bengkok yang masih lagi boleh digunakan oleh manusia, tetapi ia bukanlah الصِّراطَ kalau ia tidak lurus.

2. Jalan itu membawa mereka yang sampai kepada tujuan yang dikehendaki.

3. Jalan itu adalah jalan yang paling dekat. Dan memang kalau jalan yang lurus, ia adalah jalan yang paling dekat kerana tidak membelok ke mana-mana.

4. Jalan yang luas sampai boleh dilalui oleh mereka yang hendak melaluinya. Jalan yang selesa untuk dilalui.

5. Jalan itu khusus untuk destinasi yang dimaksudkan. Kalau bukan spesifik jalan yang membawa kepada jalan yang lurus, Allah ﷻ menggunakan طريق atau سبيل sahaja. Dan memang perkataan سبيل ada digunakan dalam Al-Qur’an seperti yang dalam An’am: 153

وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ
Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain daripada Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah,

Allah ‎ﷻ boleh pilih dan bawa sesiapa sahaja ke arah kebenaran. Kerana itu kita katakan hidayah itu milik Allah ‎ﷻ. Dan Allah ‎ﷻ akan beri hidayah kepada mereka yang mahukan kebenaran. Iaitu mereka yang ada sifat inabah dalam hatinya. Mereka sendiri mahu kepada kebenaran dan sanggup mengikutnya. Iaitu jalan menuju kepada Allah ‎ﷻ. Iaitu jalan Al-Qur’an dan Sunnah. Jalan untuk mentauhidkan Allah ‎ﷻ. Iaitu jalan yang ikut kepada perintah Allah ‎ﷻ. Maka kenalah kita minta jalan yang lurus ini daripada Allah ‎ﷻ.

Allah sahaja yang tahu mengapa Dia arahkan manusia untuk mengadap Ka’bah di dalam ibadah. Kita mungkin boleh agak-agak sahaja dan tidak tahu dengan pasti. Akan tetapi bagi mereka yang Allah hendak beri hidayah, senang sahaja ikut apa sahaja arahan dari Allah. Kita tidak perlu tahu apakah hikmat sesuatu amalan itu untuk kita mengamalkannya. Asalkan kita taat sahaja kepada perintahNya. Yang pasti, tentu ada hikmah sama ada kita tahu atau tidak.

Tapi tidak salah untuk kita buat andaian apakah hikmat Allah suruh umat Islam bertukar arah kiblat. Ia boleh jadi benar tapi boleh juga jadi salah. Ulama’ berusaha memikirkan kenapa dan mengapa dari sesuatu arahan Allah kerana ia tugas akal yang memang ingin mengetahui, bukan? Boleh jadi pengalihan kiblat pertama dari Mekah ke BaitulMaqdis kerana pada waktu itu, Mekah dan Ka’bah dipenuhi dengan berhala yang banyak. Dan sekarang sudah sampai masa untuk membersihkan Ka’bah dari berhala-berhala itu maka sekarang diarahkan manusia untuk mengarah kepadanya.

Allah akan membawa orang yang mahukan kebenaran ke arah kebenaran. Kerana dia sendiri yang hendak. Kerana itu ada kaedah penting di dalam ayat ini, iaitu نظرة الأمر وليس إلى الأمر ‏  (lihatlah kepada yang memberi arahan, bukannya kepada arahan itu). Jadi arahan untuk mengadap ke Ka’bah sebagai kiblat adalah arahan Allah. Tak perlulah untuk kaji kenapa dan mengapa pula.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 24 November 2024

Ringkasan Surah Baqarah


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Jalalain

Tafsir Al-Mishbah (Dr. M. Quraish Shihab)

Tafsir Al-Azhar Prof. HAMKA

Maariful Qur’an

Ustaz Solah

Ustaz Abdul Muien Ghulam Dakwah