Tafsir Surah Tawbah Ayat 30 – 31 (Menjadikan ulama’ sebagai tuhan)

TAKLID BUTA

Tawbah Ayat 30: Di dalam ayat sebelum ini telah disebut yang golongan Ahli Kitab itu tidak beriman dengan Allah ﷻ dengan sebenar-benarnya. Sekarang disebut apakah antara masalah mereka, iaitu mereka melakukan syirik.

Mungkin ada orang Islam yang beranggapan, Ahli Kitab itu lebih kurang sama sahaja dengan Islam dan kerana itu mereka tidak patut diserang. Akan tetapi Allah ﷻ membetulkan fahaman mereka itu dengan menyatakan yang akidah Ahli Kitab itu amat jauh berbeza dengan Islam. Akidah mereka adalah akidah syirik.

Oleh itu, ayat ini adalah huraian kenapa mereka dikatakan ‘tidak beriman’. Allah ﷻ hendak memberitahu kita, apakah yang dimaksudkan mereka ‘tidak beriman’ itu. Di manakah kesalahan mereka?

وَقالَتِ اليَهودُ عُزَيرٌ ابنُ اللَّهِ وَقالَتِ النَّصٰرَى المَسيحُ ابنُ اللَّهِ ۖ ذٰلِكَ قَولُهُم بِأَفوٰهِهِم ۖ يُضٰهِئونَ قَولَ الَّذينَ كَفَروا مِن قَبلُ ۚ قٰتَلَهُمُ اللَّهُ ۚ أَنّىٰ يُؤفَكونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

The Jews say, “Ezra is the son of Allāh”; and the Christians say, “The Messiah is the son of Allāh.” That is their statement from their mouths; they imitate the saying of those who disbelieved before [them]. May Allāh destroy them; how are they deluded?

(MALAY)

Orang-orang Yahudi berkata: “Uzair itu Anak Allah” dan orang-orang Nasrani berkata: “Al Masih itu Anak Allah”. Demikianlah itu ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Dilaknati Allah mereka, bagaimana mereka sampai berpaling?

 

وَقالَتِ اليَهودُ عُزَيرٌ ابنُ اللَّهِ

Dan orang-orang Yahudi itu berkata: “Uzair itu Anak Allah”

Allah ﷻ menegaskan kepada golongan muslimin, yang mereka mesti perangi golongan yang kata para Nabi itu Anak Allah. Kalimah ‘anak’ di sini maksudnya ‘wakil’ kerana kalau sekadar anak itu tidaklah hebat sangat, tetapi sebenarnya mereka beri pangkat ‘anak’ itu kerana mereka untuk menjadikan Nabi-nabi itu sebagai wakil mereka kepada Allah ﷻ.

Inilah pertalian tawasul mereka dengan Allah ﷻ. Mereka hendak seru dan berdoa kepada para Nabi itu. Tujuan diseru mereka itu adalah untuk menyempurnakan hajat mereka. Inilah tawasul sesat yang selalu kita tekankan dalam penulisan tafsir ini dari mula lagi.

Di sini disebut Uzair yang di dalam Bible dikenali sebagai Ezra. Terdapat Kitab The Book of Ezra dalam Bible sekarang. Nama beliau disebut di sini sahaja dalam Al-Qur’an akan tetapi kisah beliau juga ada disebut dalam Baqarah:259

أَو كَالَّذي مَرَّ عَلىٰ قَريَةٍ وَهِيَ خاوِيَةٌ عَلىٰ عُروشِها قالَ أَنّىٰ يُحيي هٰذِهِ اللَهُ بَعدَ مَوتِها ۖ فَأَماتَهُ اللَهُ مِائَةَ عامٍ ثُمَّ بَعَثَهُ

Atau (tidakkah engkau pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: “Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)? ” Lalu dia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula.

Panjang kisah itu sebenarnya, boleh rujuk pada tafsiran ayat itu. Cuma kedudukan beliau khilaf dalam kalangan ulama’ sama ada seorang Nabi atau hanya seorang lelaki soleh. Oleh kerana itu kita hanya sebut nama beliau sebagai Uzair sahaja di sini.

Dalam akidah penganut Yahudi, Uzair itu adalah ‘Anak Allah’. Ini adalah sebagai kaedah pengagungan sahaja kerana mereka pun tahu yang beliau bukanlah anak kandung Allah ﷻ. Ini kerana Uzair itu pada mereka amat hebat kerana mampu menghafal keseluruhan Kitab Taurat. Di atas telah disebut bagaimana beliau dimatikan selama seratus tahun. Ketika itu, Kitab Taurat telah dibakar oleh seorang raja yang zalim iaitu Bukhtunassar atau lebih dikenali sebagai Nebuchadnezzar II. Maka apabila Uzair dihidupkan semula dan mendakwa yang beliaulah Uzair, mereka minta beliau buktikan dengan menulis kembali Kitab Taurat yang telah dibakar itu.

Oleh kerana beliau dapat melakukannya, maka mereka telah menyanjung beliau sehingga ke tahap mengangkat kedudukannya sebagai Anak Tuhan. Ini adalah salah satu perkara di mana mereka telah berbuat syirik. Ini adalah kerana mereka hendak menjadikan beliau sebagai ‘wakil’ mereka kepada Allah ﷻ. Ini adalah akidah syirik yang kufur. Namun begitu bukanlah ini sahaja kesalahan mereka. Malah bukanlah semua sekte Yahudi menuhankan Uzair atau mengatakan beliau anak Tuhan. Ia sebagai contoh antara kesalahan yang dilakukan sebahagian daripada mereka.

Perkara ini telah dilakukan semenjak zaman berzaman oleh manusia di mana mereka telah mengangkat orang soleh untuk menjadi ‘broker’ (orang tengah) dalam doa. Masalahnya kemudian lama kelamaan kedudukan mereka diangkat terlalu tinggi, mulanya anak Tuhan sahaja tetapi akhirnya menjadi Tuhan terus. Lihatlah apa yang terjadi dengan Nabi Isa عليه السلام.

Maka Allah ﷻ menutup pintu syirik dengan mengarahkan kita untuk terus berdoa kepada-Nya sahaja tanpa perlu melalui perantaraan (broker) tanpa gaji itu. Kita kena faham bahawa ‘syirik’ adalah salah satu jenis ‘kekufuran’. Bukanlah syirik sahaja sebagai syarat untuk menjadi kufur. Syirik itu pun banyak jenis dan salah satunya menjadikan seseorang sebagai ‘wakil Allah’. Walaupun bukanlah semua penganut Yahudi memperkatakan yang Uzair itu Anak Allah, namun mereka tetap juga kufur.

Nota: potongan ayat ini adalah termasuk dalam hukum tajwid ‘Iltiqa’ Sakinain’.

 

وَقالَتِ النَّصٰرَى المَسيحُ ابنُ اللَّهِ

dan orang-orang Nasrani berkata: “Al Masih itu Anak Allah”.

Sementara itu, puak Nasara pula mengatakan Nabi Isa عليه السلام itu adalah Anak Allah juga. Ini merupakan salah satu daripada fahaman konsep Triniti Kristian. Fahaman mereka sesat sekali sehingga ada sekte lain yang mengatakan Jesus itu sendiri adalah Tuhan. Ini pun adalah salah satu daripada akidah kufur mereka.

Kenapakah mereka mengatakan baginda anak Tuhan? Kerana baginda dilahirkan tanpa bapa. Mereka melihat itu adalah perkara yang hebat sangat sampaikan meletakkan kedudukan baginda sebagai anak Tuhan pula. Sedangkan jika mahu dikira hebat, hebat lagilah Nabi Adam عليه السلام kerana bukan sahaja baginda tidak ada bapa, emak pun tidak ada! Allah ﷻ sudah sebut perkara ini dalam Ali Imran:59

إِنَّ مَثَلَ عيسىٰ عِندَ اللَّهِ كَمَثَلِ ءآدَمَ ۖ خَلَقَهُ مِن تُرابٍ ثُمَّ قالَ لَهُ كُن فَيَكونُ

Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah dia.

Di sini juga kita dapat lihat gelaran bagi Nabi Isa عليه السلام adalah Al-Masih. Ia daripada katadasar م س ح yang bermaksud sapu, gosok, melalukan tangan kepada sesuatu, memilih, mengurap (dengan minyak). Ini adalah kerana Nabi Isa عليه السلام mempunyai mukjizat menyembuhkan manusia dan baginda melakukannya dengan menyapu bahagian tubuh orang yang sakit itu.

Selain daripada baginda, Dajjal juga digelari Al-Masih juga. Akan tetapi ia kerana mata kanannya ‘disapu’ sehingga tidak ada. Ada juga pendapat yang mengatakan kerana dia berjalan seluruh dunia dan menyapu menghapuskan iman-iman manusia sehingga menjadi kafir untuk mengikutinya.

Oleh itu, Nasara juga ditempelak di sini kerana ada akidah mengagungkan Nabi mereka dan kata-kata mereka yang menjadikan makhluk sebagai anak Allah adalah perkara yang amat berat dosanya. Allah ﷻ sebut di dalam Kahf:4-5

وَيُنذِرَ الَّذينَ قالُوا اتَّخَذَ اللهُ وَلَدًا

Dan juga Al-Qur’an itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:” Allah mempunyai anak”.

مّا لَهُم بِهِ مِن عِلمٍ وَلا لِآبائِهِم ۚ كَبُرَت كَلِمَةً تَخرُجُ مِن أَفوٰهِهِم ۚ إِن يَقولونَ إِلّا كَذِبًا

(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.

Oleh kerana itu Allah ﷻ menganjurkan kepada kaum mukmin untuk memerangi orang-orang kafir dalam kalangan Ahli Kitab iaitu orang-orang Yahudi dan Nasrani kerana mereka telah mengucapkan perkataan yang sangat keji itu dan membuat kedustaan terhadap Allah ﷻ. Takkan mereka dibiarkan sahaja melakukan syirik kepada Allah ﷻ dan mengelirukan manusia yang banyak?

Bagaimana pula dengan kita? Kita belum sampai kepada tahap mendakwa Nabi Muhammad ﷺ itu sebagai Anak Allah lagi setakat yang kita tahu. Namun begitu kita tahu ada juga terdapat puak tarekat yang mengatakan Nabi Muhammad ﷺ itu sendiri adalah Allah ﷻ dalam bentuk manusia. Ini adalah kerana golongan tarekat memang selalunya jahil dan senang ditipu oleh syaitan. Ini seperti yang telah tular baru-baru ini di mana terdapat individu yang bernama Suhaini bin Mohamed ataupun digelar sebagai SiHulk yang telah membawa fahaman sesat yang mendakwa Nabi Muhammad ﷺ itu adalah Tuhan, serta dakwaan lain mengenai baginda ﷺ yang jelas sekali telah menyimpang jauh daripada ayat Al-Quran dan hadith.

Walaupun tidak ada yang mengatakan Nabi Muhammad ﷺ itu anak Allah ﷻ, akan tetapi ramai dalam kalangan masyarakat kita yang jahil, menggunakan Nabi Muhammad ﷺ sebagai wakil mereka kepada Allah ﷻ. Itu pun salah satu daripada konsep ‘anak Tuhan’ juga kerana salah faham inilah ada dalam kalangan orang Islam yang berdoa kepada Nabi Muhammad ﷺ untuk sampaikan doa mereka kepada Allah ﷻ; ada yang menggunakan keberkatan Nabi ﷺ sebagai wasilah untuk memakbulkan doa mereka; ini juga adalah amalan kufur dan syirik. Tidak kira sama ada yang melakukan perkara itu Ahli Kitab atau orang Islam, ia tetap kufur dan syirik.

 

ذٰلِكَ قَولُهُم بِأَفوٰهِهِم

Demikianlah itu ucapan mereka dengan mulut mereka, 

Itu semua adalah perkataan daripada mulut dan lidah mereka sahaja, dan bukannya datang daripada agama mereka yang asal. Ini kerana Nabi mereka tidaklah memperkatakan sedemikian. Oleh itu, apa yang mereka lafazkan dan iktikadkan itu bukan wahyu tetapi hasil daripada nafsu mereka. Maka ia tidak boleh dibuat hujah daripada dalil sama sekali.

Begitu juga, ajaran yang mengatakan Nabi Muhammad ﷺ itu sebagai wakil Allah ﷻ, boleh bertawasul dengan baginda, boleh menggunakan keberkatan baginda dalam berdoa, itu pun tidak ada dalam agama Islam tetapi hanyalah ajaran yang datang kemudian. Sama sahaja modal yang syaitan gunakan untuk menyesatkan orang terdahulu dan modal yang sama diulang kepada umat Islam yang jahil. Mereka pun tidak dapat membawa dalil yang kuat melainkan hujah pusing sana dan pusing sini sahaja. Kita boleh lihat bagaimana teruknya mereka terpaksa ‘bersilat’ untuk menegakkan hujah batil mereka.

Oleh hal yang demikian kita mestilah menyampaikan pengetahuan ini kepada umat Islam kerana ramai yang tidak tahu perkara ini. Mereka sangka apa yang mereka lakukan itu benar. Mereka tidak perasan yang akidah mereka sama sahaja dengan akidah Yahudi dan Nasrani (Kristian). Memang begitulah orang jahil, mereka sangka apa yang mereka lakukan itu benar sehinggalah ada orang yang dapat menegakkan hujah ke atas mereka.

 

يُضٰهِئونَ قَولَ الَّذينَ كَفَروا مِن قَبلُ

mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. 

Sebenarnya, mereka cuma meniru perkataan orang kafir sebelum mereka itu yang tidak ada ilmu daripada kitab wahyu. Semua itu adalah fahaman datuk nenek mereka yang telah kufur daripada akidah yang benar. Mereka kitar semula fahaman yang sama dan ulang-ulang sahaja. Ini kerana agama Yahudi dan agama Nasrani yang asal tidak begitu.

Sebagai contoh, fahaman Kristian sekarang ini diambil daripada seorang lelaki yahudi yang bernama St Paul atau Paulus atau Saulus. Dialah yang bertanggungjawab di atas semua perubahan dan penyelewengan terhadap ajaran agama yang dibawa oleh Nabi Isa عليه السلام. Dialah orang yang pertama mendakwa Nabi Isa عليه السلام itu adalah anak Tuhan. Seterusnya fahaman sesatnya itu telah diterimapakai oleh penganut Kristian ketika itu, sampailah sekarang. Oleh kerana mereka mengikut ajaran sesat golongan sebelum mereka itu, maka mereka pun menjadi sesatlah juga.

Kita pun tahu yang Musyrikin Mekah juga mencipta fahaman sesat tentang para malaikat. Mereka turut mendakwa yang para malaikat itu adalah anak Allah. Namun bezanya mereka bukan sahaja menjadikan anak yang seorang dua, malah keseluruhan para malaikat. Lebih dahsyat lagi mereka menuduh para malaikat itu adalah anak perempuan. Sementara kaum Yahudi dan Nasara mendakwa Allah ﷻ mempunyai anak lelaki, Musyrikin Mekah lebih teruk lagi sebab mendakwa Allah ﷻ mempunyai anak-anak perempuan pula iaitu para malaikat itu. Ini seperti disebut di dalam Saffat:149

فَاستَفتِهِم أَلِرَبِّكَ البَناتُ وَلَهُمُ البَنونَ

Tanyakanlah (ya Muhammad) kepada mereka (orang-orang kafir Mekah): “Apakah untuk Tuhanmu anak-anak perempuan dan untuk mereka anak laki-laki,

Semua dakwaan ini bertujuan semata-mata untuk mencari broker bagi menolong mereka menyampaikan doa kepada Allah ﷻ. Begitu jugalah dengan fahaman sesat masyarakat kita tentang tawasul ini. Ia datang daripada ajaran tok nenek kita juga yang tersilap tentang agama. Masyarakat kita yang tidak teliti dalam mengambil ilmu, maka mereka terimapakai sahaja apa yang disampaikan oleh mereka. Apabila kita tegur, mereka akan jawab: “Takkan tok nenek kita salah dan masuk neraka pula?”.

قٰتَلَهُمُ اللَّهُ

Dilaknati Allah mereka,

Menurut Ibnu Abbas رضي الله عنهما, makna ayat ini ialah ‘semoga Allah melaknat mereka’. Semoga Allah ﷻ melaknat mereka kerana akidah mereka punah. Janganlah kita pun ada akidah sesat yang sama kerana Allah ﷻ pun boleh melaknat kita juga. Kalau dilaknat oleh Allah ﷻ, maknanya tidak ada harapan untuk mendapat rahmat daripada Allah ﷻ lagi. Malang sekali, terdapat ramai lagi yang ada akidah seumpama mereka itu.

أَنّىٰ يُؤفَكونَ

bagaimana mereka sampai berpaling?

Ini adalah pernyataan takjub: segala wahyu dan hujah telah diberikan kepada mereka, bagaimana lagi mereka boleh terpesong? Memang teruk sangat mereka ini! Inilah yang akan terjadi jika wahyu ditinggalkan tetapi mengambil pendapat manusia yang tidak disandarkan kepada wahyu Allah ﷻ yang jelas. Oleh itu sekiranya masyarakat kita juga jahil wahyu seperti yang kita lihat sekarang, begitulah yang akan terjadi.


 

Tawbah Ayat 31: Ayat sebelum ini adalah mengenai kufur dari segi iktikad. Sekarang ayat ini adalah tentang kufur dari segi perbuatan pula. Ayat ini juga menjelaskan kenapa teruk sangat mereka itu sampaikan sanggup berkata-kata seperti di dalam ayat sebelum ini. Maka ini adalah puncanya.

‎اتَّخَذوا أَحبارَهُم وَرُهبٰنَهُم أَربابًا مِّن دونِ اللَّهِ وَالمَسيحَ ابنَ مَريَمَ وَما أُمِروا إِلّا لِيَعبُدوا إِلٰهًا وٰحِدًا ۖ لّا إِلٰهَ إِلّا هُوَ ۚ سُبحٰنَهُ عَمّا يُشرِكونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They have taken their scholars and monks as lords besides Allāh,¹ and [also] the Messiah, the son of Mary.¹ And they were not commanded except to worship one God; there is no deity except Him. Exalted is He above whatever they associate with Him.

* By their obedience to them rather than to what Allāh ordained.

* By their worship of him in conjunction with Allāh.

(MALAY)

Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

 

اتَّخَذوا أَحبارَهُم وَرُهبٰنَهُم أَربابًا مِّن دونِ اللَّهِ

Mereka menjadikan pendeta-pendeta mereka dan rahib-rahib mereka sebagai rabb selain Allah

Lafaz أَحبارَهُم itu berasal daripada katadasar ح ب ر yang bermaksud ‘dakwat’. Ia merujuk kepada golongan ulama’ dalam kalangan Yahudi dan Nasara. Ulama’ mereka itu banyak membaca dan menulis sampaikan mereka dikaitkan dengan dakwat. Mereka banyak membaca dan menulis sampaikan jari-jari mereka ada kesan dakwat. Kerana itulah mereka digelar ‘ahbar’.

Lafaz وَرُهبٰنَهُم pula daripada katadasar ر ه ب yang bermaksud ‘takut’. Ini adalah biarawan mereka yang banyak menyendiri dan bermeditasi. Mereka adalah ahli ibadah dalam kalangan mereka. Sepertimana dalam agama kita iaitu jenis orang sufi itu (pun golongan yang pelik juga). Mereka itu adalah penganut Nasara yang jenis ekstrim. Sebab itulah ada pendapat yang mengatakan ajaran sufi itu diambil daripada puak Nasara. Ini adalah kerana apa yang mereka lakukan itu tidak ada dalam Islam pun. Setelah dikaji, rupanya amalan ini telah diceduk daripada Kristian.

Kenapa para rahib itu dikaitkan dengan ‘takut’? Kerana mereka takut dengan keduniaan. Mereka hanya mahu bermunajat kepada Tuhan sahaja. Mereka tidak mahu ada kena mengena dengan dunia. Kita seharusnya kena ingat yang amalan ini tidak ada dalam ajaran Islam. Islam tidak menyuruh kita menolak dunia terus. Itulah sebabnya pelik jadinya golongan sufi dan tarekat ini – kerana mereka banyak mengambil ajaran yang tidak ada kena mengena dengan Islam. Entah ambil dari mana pun kita tidak pasti sebenarnya.

Allah ﷻ mengutuk Yahudi dan Nasara kerana menjadikan ulama’ dan ahli ibadat mereka sebagai Tuhan. Begitulah juga yang terjadi kepada golongan Muslim yang sesat. Dari segi amalan dan perbuatan mereka, mereka telah menjadikan ulama’ dan ahli ibadat mereka sebagai tuhan, selain daripada Allah ﷻ. Kalau kita kata begini, mereka akan marah kerana mereka kata mereka tidak sembah pun ulama’ dan rahib-rahib itu seperti mereka sembah Allah ﷻ. Kita pun lihat tidaklah mereka buat seperti itu, maka bagaimana pula?

Terdapat sebuah hadith yang menjelaskan perkara ini, iaitu kisah seorang lelaki yang hampir memeluk Islam, namanya Addi bin Hatim, tetapi beliau belum jelas tentang agama Islam. Apabila beliau mendengar ayat ini, beliau berkata ketika beliau beragama Nasrani, mereka tidak menyeru dan memuja ulama’ dan rahib mereka.

Nabi ﷺ beritahu, tidakkah dia mengikut hukum yang difatwa oleh ahbar dan rahib itu? Addi mengaku kata memang ada. Maknanya, penganut itu ikut sahaja fatwa yang ahli agama mereka beri sebagaimana mereka mengikut arahan Tuhan. Maka ulama’ mereka itu seolah-olah sudah sama kedudukan dengan Tuhan sehingga boleh menetapkan hukum pula. Golongan awam hanya mengikut sahaja walaupun ajaran mereka itu dan hukum yang mereka keluarkan tidak mengikut kehendak Allah ﷻ.

Oleh itu, apabila pemuka agama mereka menghalalkan yang haram dan menghalalkan yang haram, pengikut itu hanya mengikut sahaja. Tidakkah itu menjadikan pemuka agama mereka itu sebagai tuhan/rabb? Kerana sepatutnya mengharamkan dan menghalalkan adalah haq Tuhan. Oleh kerana mereka mengiyakan apa yang dikatakan oleh ulama’ dan rahib mereka itu, maka mereka juga telah kufur.

Hadith penuh mengenai kisah ini adalah seperti berikut:

أَنَّهُ لَمَّا بَلَغَتْهُ دَعْوَةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فرَّ إِلَى الشَّامِ، وَكَانَ قَدْ تَنَصَّرَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ، فَأُسِرَتْ أُخْتُهُ وَجَمَاعَةٌ مِنْ قَوْمِهِ، ثمَّ منَّ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى أُخْتِهِ وَأَعْطَاهَا، فَرَجَعَتْ إِلَى أَخِيهَا، ورَغَّبته فِي الْإِسْلَامِ وَفِي الْقُدُومِ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَدِمَ عَدِيّ الْمَدِينَةَ، وَكَانَ رَئِيسًا فِي قَوْمِهِ طَيِّئٍ، وَأَبُوهُ حَاتِمٌ الطَّائِيُّ الْمَشْهُورُ بِالْكَرَمِ، فتحدَّث النَّاسُ بِقُدُومِهِ، فَدَخَلَ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَفِي عُنُقِ عَدِيّ صَلِيبٌ مِنْ فِضَّةٍ، فَقَرَأَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَذِهِ الْآيَةَ: {اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ} قَالَ: فَقُلْتُ: إِنَّهُمْ لَمْ يَعْبُدُوهُمْ. فَقَالَ: “بَلَى، إِنَّهُمْ حَرَّمُوا عَلَيْهِمُ الْحَلَالَ، وَأَحَلُّوا لَهُمُ الْحَرَامَ، فَاتَّبَعُوهُمْ، فَذَلِكَ عِبَادَتُهُمْ إِيَّاهُمْ”. وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “يَا عَدِيُّ، مَا تَقُولُ؟ أيُفرّك أَنْ يُقَالَ: اللَّهُ أَكْبَرُ؟ فَهَلْ تَعْلَمُ شَيْئًا أَكْبَرَ مِنَ اللَّهِ؟ مَا يُفرك؟ أَيُفِرُّكَ أَنْ يُقَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ؟ فَهَلْ تَعْلَمُ مِنْ إِلَهٍ إِلَّا اللَّهُ”؟ ثُمَّ دَعَاهُ إِلَى الْإِسْلَامِ فَأَسْلَمَ، وَشَهِدَ شَهَادَةَ الْحَقِّ، قَالَ: فَلَقَدْ رأيتُ وَجْهَهُ اسْتَبْشَرَ ثُمَّ قَالَ: “إِنَّ الْيَهُودَ مَغْضُوبٌ عَلَيْهِمْ، وَالنَّصَارَى ضَالُّونَ”

Bahawa ketika sampai kepadanya dakwah daripada Rasulullah ﷺ, beliau lari ke negeri Syam. Sejak zaman Jahiliah beliau telah masuk agama Nasrani, kemudian saudara perempuannya ditahan bersama sejumlah orang daripada kaumnya. Lalu Rasulullah ﷺ menganugerahkan kebebasan kepada saudara perempuan Addi ibnu Hatim رضي الله عنه dan memberinya hadiah. Saudara perempuan Addi ibnu Hatim رضي الله عنه kembali kepada saudara lelakinya dan menganjurkannya untuk masuk Islam dan menghadap kepada Rasulullah ﷺ. Akhirnya Addi رضي الله عنه datang ke Madinah. Beliau adalah pemimpin kaumnya, iaitu kabilah Tayyi’; dan ayahnya (iaitu Hatim At-Tai’) terkenal dengan kedermawanannya. Maka orang-orang Madinah ramai membicarakan kedatangan Addi ibnu Hatim رضي الله عنه. Addi رضي الله عنه masuk menemui Rasulullah ﷺ, sedangkan pada leher Addi رضي الله عنه tergantung salib yang terbuat daripada perak. Saat itu Rasulullah ﷺ sedang membacakan firman-Nya: Mereka menjadikan orang-orang alim dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain Allah. (At-Tawbah: 31) Addi رضي الله عنه melanjutkan kisahnya, bahawa beliau menjawab, “Sesungguhnya mereka tidak menyembahnya.” Rasulullah ﷺ bersabda: Tidak, sesungguhnya mereka mengharamkan hal yang halal bagi para pengikutnya dan menghalalkan hal yang haram bagi mereka, lalu mereka mengikutinya; yang demikian itulah ibadah mereka kepada orang-orang alim dan rahib-rahib mereka. Kemudian Rasulullah ﷺ bersabda, “Hai Addi, bagaimanakah pendapatmu? Apakah membahayakan bila dikatakan Allah Maha besar? Apakah kamu mengetahui sesuatu yang lebih besar daripada Allah bila Allah menimpakan bahaya kepadamu? Apakah membahayakanmu bila dikatakan bahawa tidak ada Tuhan selain Allah? Apakah kamu mengetahui ada Tuhan selain Allah?” Rasulullah ﷺ mengajaknya masuk Islam. Akhirnya Addi رضي الله عنه masuk Islam dan mengucapkan syahadat yang benar. Addi رضي الله عنه melanjutkan kisahnya, bahawa setelah itu beliau melihat wajah Rasulullah ﷺ bersinar ceria, lalu bersabda: Sesungguhnya orang-orang Yahudi itu dimurkai dan orang-orang Nasrani itu orang-orang yang sesat.

(HR. Tirmidzi No. 3095, Ibnu Sa’ad dalam Thabaqat al-Kubra No. 289, al-Baihaqi dalam Sunan Kubra No. 20847, daripada Addi bin Hatim At-Tai’ رضي الله عنه)
Hadith hasan menurut Syeikh al-Albani dalam Ghiyatul Maram No. 6

Masyarakat kita pun melakukan kesalahan yang sama juga sebenarnya. Kita banyak hanya berpegang sahaja kepada pendapat yang dikeluarkan oleh ulama’ atau ustaz. Kita tidak tanya pun dari mana dalil yang mereka bawa itu – adakah daripada wahyu atau hanya pendapat mereka. Ramai dalam kalangan kita tidak teliti tentang perkara ini.

Selalunya ada pendapat yang dikeluarkan itu daripada manusia sahaja, atau yang didapati dalam kitab. Kita tidaklah menolak pendapat ulama’ atau kitab. Akan tetapi ulama’ atau kitab itu kenalah naqalkan/bawakan dalil daripada wahyu – sama ada daripada Al-Qur’an atau hadith sahih. Malangnya, budaya masyarakat kita pula kebanyakannya malas berfikir dan kurang minat untuk membaca apatah lagi mengkaji ilmu lebih-lebih lagi bab agama, maka apa yang keluar dari mulut manusia yang dipandang sebagai ada faham agama, mereka terima bulat-bulat sahaja.

Segelintir ulama’ dan ustaz pula bersikap garang tidak tentu fasal – apabila ditanya dan diminta dibawakan dalil, ramai yang marah. Sedangkan mereka sendiri sepatutnya bawakan dalil awal-awal lagi kerana agama ini tertegak atas nas. Bukannya daripada kitab itu dan ini. Bukan semua ilmu dalam kitab yang ditulis oleh manusia itu benar. Dek kerana terlalu percaya apa yang ada dalam kitablah yang menyebabkan agama kita ini sedang bercelaru akibat daripada banyak sangat pendapat yang tidak diambil daripada nas yang sahih.

Di sini kita dapat belajar bahayanya kalau kita terus sahaja terima apa-apa yang disampaikan oleh mereka yang dipanggil sebagai ulama’. Begitulah keadaan di dunia sekarang: yang membetulkan agama itu adalah ulama’ namun ulama’ lah juga yang merosakkan agama. Kebanyakan mereka mengambil peluang daripada sikap masyarakat kita sendiri yang malas membaca dan mengkaji ilmu terutama ilmu agama. Kebanyakan daripada mereka masing-masing mahukan jalan pintas untuk mendapatkan ilmu di mana semua maklumat berada di hujung jari sahaja. Terlalu banyak info sesat yang bercampur aduk dalam media sosial seperti TikTok, Facebook, Youtube dan sebagainya. Akibatnya, makin ramai yang keliru dan celaru. Ini kerana orang awam tidak akan rosak dengan kata-kata orang biasa tetapi mereka akan percaya dan yakin sungguh dengan kata-kata orang-orang yang dianggap sebagai alim ulama’. Tidak ramai yang ingin benar-benar memahami bab hukum hakam dalam agama sehinggalah terjadinya kes viral artis tersohor yang melafazkan ijab kabul ringkas dikecam hebat di media sosial. (https://www.astroawani.com/berita-hiburan/ijab-kabul-ringkas-sabri-angeline-sah-mufti-perlis-442112) Hanya apabila terdapat artis yang terkenal melakukan sesuatu yang terkait bab hukum hakam agama barulah masyarakat ambil peduli dan minat untuk belajar mengenainya. Apabila timbul isu sebegini barulah juga terbongkar yang manakah di antara agamawan kita yang benar-benar berilmu dan yang tidak. Sehingga ada ‘ulama’ yang berani dengan sewenang-wenangnya memberi hukuman zina terhadap perkara yang mereka tidak fahami!.

Walau bagaimanapun, dalam waktu yang sama, kita hendaklah seimbangkan dengan arahan Allah ﷻ untuk bertanya kepada ulama’ tentang perkara agama seperti disebut di dalam Nahl:43

فَاسأَلوا أَهلَ الذِّكرِ إِن كُنتُم لا تَعلَمونَ

maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui

Kita memang disuruh untuk bertanya kepada orang yang berilmu, akan tetapi jawapan itu mestilah yang ada sandaran dengan wahyu. Jangan kita lari daripada bergantung kepada wahyu yang Allah ﷻ sampaikan, sama ada daripada Al-Qur’an ataupun daripada hadith Nabi. Maka ulama’ itu hendaklah memberitahu kita jawapan yang diambil daripada wahyu.

Semuanya berpunca daripada kesilapan yang dilakukan oleh agama sebelum kita di mana mereka meninggalkan wahyu dan bergantung kepada pendapat dan kehendak agamawan mereka dalam kalangan ahbar dan rahib-rahib mereka. Hasilnya kita dapat lihat bagaimana mereka telah tersesat jauh daripada kebenaran.

.

وَالمَسيحَ ابنَ مَريَمَ

dan Al Masih putera Maryam,

Ada antara mereka juga menjadikan Nabi Isa عليه السلام sebagai tuhan. Kalau anda perasan, kebanyakan tempat apabila Allah ﷻ sebut nama Nabi Isa عليه السلام, akan disebut yang baginda adalah putera Maryam. Ini adalah kerana baginda tidak ada ayah maka baginda dinasabkan kepada ibunya. Juga kerana Allah ﷻ hendak menekankan yang baginda adalah anak Maryam, anak ibunya, bukan anak Tuhan.

Akan tetapi kedudukan baginda telah disalah anggap oleh golongan Nasara (Kristian). Mereka telah mengangkat kedudukan baginda melebihi daripada yang sepatutnya. Inilah juga yang kita takut terjadi dalam masyarakat kita. Ada yang mengangkat kedudukan Nabi Muhammad ﷺ melebihi daripada yang sepatutnya. Sedangkan Nabi ﷺ sendiri sudah berpesan jangan buat begitu.

Daripada Ibn ‘Abbas yang berkata beliau pernah mendengar ‘Umar رضي الله عنه berkata di atas mimbar: Saya pernah mendengar Nabi ﷺ bersabda:
لَا تُطْرُونِي كَمَا أَطْرَتْ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ فَقُولُوا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ
“Jangan kamu semua berlebih-lebihan memujiku, seperti yang dilakukan oleh orang-orang Nasara (Kristian) terhadap Ibn Maryam (Nabi ‘Isa AS), sebaliknya saya hanyalah hamba-Nya. Maka kamu sebutlah (kepada Saya) Hamba Allah dan Rasul-Nya.”
(HR Bukhari No. 3445, 6830)

Sebagai contoh, ada yang minta berkat terus dengan Nabi ﷺ, minta syafaat terus dengan Nabi ﷺ; dan macam-macam lagi perkara salah yang dilakukan; termasuk ada yang kata Nabi Muhammad ﷺ itu bukan ‘manusia biasa’ sedangkan Nabi Muhammad ﷺ sendiri disuruh beritahu bahawa baginda adalah manusia – ini terdapat dalam banyak ayat Al-Qur’an.

Semenjak kebelakangan ini pula sudah keluar golongan sesat yang mengatakan Allah ﷻ itu adalah ‘pangkat’ dan sebenarnya Nabi Muhammad ﷺ itu memegang pangkat Allah ﷻ. Mereka dakwa baginda berlakon sahaja sebagai manusia biasa sedangkan baginda itulah Allah ﷻ! Sebenarnya pendapat ini sudah lama ada kerana ia sama sahaja dengan kesesatan agama-agama yang terdahulu yang terlalu menyanjung Nabi mereka. Cumanya yang amat membimbangkan adalah kerana mereka telah berani menonjolkan diri mereka. Mereka sudah tidak segan silu lagi menampakkan kebodohan dan kejahilan mereka yang amat pekat. Boleh rujuk fahaman SiHulk yang telah tular baru-baru ini: Ajaran SiHulk difatwakan sesat

Begitulah yang terjadi apabila masyarakat kita yang tidak faham Al-Qur’an kerana tidak ada rasa keperluan untuk mempelajari tafsir Al-Qur’an. Banyak ilmu keduniaan lain didalami dan dipelajari sehingga ke peringkat tertinggi, malangnya pengajian Al-Qur’an masih lagi di tangkuk lama. Kebanyakannya hanya menekankan pembetulan tilawah, tajwid, tarannum dan lain-lain. Khatam Al-Qur’an berkali-kali dan seronok sangat dapat khatam namun apalah erti khatam tanpa memahami sedikitpun apa yang telah dikhatam berkali-kali itu? Segala suruhan dan larangan Allah ﷻ di dalam kitab wahyu ini tidak diambil peduli. Dek kerana itulah banyak fahaman dan amalan yang pelik dalam masyarakat kita semenjak dahulu sehinggalah sekarang. Hafal ayat-ayat Al-Qur’an namun masih mengamalkan fahaman yang tidak berlandaskan Al-Qur’an. Kalau kita yang sedang berusaha memahami Al-Qur’an ini tidak perbetulkan mereka dengan menyampaikan ajaran wahyu ini, entah apalah yang akan terjadi kepada masyarakat kita kelak.

 

وَما أُمِروا إِلّا لِيَعبُدوا إِلٰهًا وٰحِدًا

padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, 

Puak-puak ahli kitab itu telah melakukan kesalahan mengangkat selain Allah ﷻ sebagai tuhan, sebagai ilah sembahan dan seruan mereka. Sedangkan mereka tidak diarahkan dalam kitab mereka sendiri melainkan untuk sembah Allah ﷻ yang esa sahaja.

Suruhan untuk menaikkan kedudukan makhluk lebih daripada sepatutnya tidak ada dalam kitab mereka pun. Sebagai contoh, tidak ada dalam Injil itu yang mengatakan yang Nabi Isa عليه السلام itu adalah tuhan, malah sebagai anak Tuhan pun. Ia hanyalah disebut dalam kitab-kitab tulisan tangan manusia.

Mereka lebih gemar mempelajari serta mempercayai apa yang ditulis dalam kitab yang ditulis oleh ahli agama mereka. Begitulah yang terjadi dalam masyarakat Islam kita pun – pegang sangat ajaran dalam kitab seolah-olah itulah wahyu. Mereka tidak periksa pun sama ada yang tertulis dalam kitab itu selari dengan nas agama ataupun tidak.

Ramai yang marah kalau kita sebut begini – mereka kata mana ada mereka menjadikan para Nabi sebagai ilah. Mereka yang kata begitu adalah kerana mereka tidak faham konsep ilah. Ketahuilah, mereka yang seru Nabi itu telah menjadikan Nabi itu sebagai ilah. Padahal ilah itu hanya Allah ﷻ sahaja. Mereka menduakan ilah, bukan menduakan Allah ﷻ. Oleh itu kena faham di manakah salahnya.

Termasuk kesalahan yang disebut dalam ayat ini adalah menerima hukum yang disyariatkan oleh manusia dan ternyata perbuatan itu juga menduakan ilah. Kalau dalam Kristian, mereka menjadikan Pope mereka sebagai pembuat hukum. Bagaimana pula dengan kita? Tidakkah kita juga menjadikan mereka yang dipanggil sebagai ‘ulama’ sebagai pembuat hukum?

Sebaliknya kita sepatutnya menghambakan diri kepada Allah ﷻ sahaja, menyembah Allah ﷻ sahaja dan melakukan ibadah kepada Allah ﷻ sahaja. Namun apakah maksud ibadah? Di antara definisi terbaik dan terlengkap adalah yang disampaikan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah رحمه الله.

Beliau رحمه الله mengatakan, “Ibadah adalah suatu istilah yang mencakupi segala sesuatu yang dicintai Allah ﷻ dan diredhai-Nya, baik berupa perkataan mahupun perbuatan, yang tersembunyi (batin) mahupun yang nampak (zahir). Maka solat, zakat, puasa, haji, berbicara jujur, menunaikan amanah, berbakti kepada kedua orang tua, menyambung tali kekerabatan, menepati janji, memerintahkan yang ma’ruf, melarang daripada yang munkar, berjihad melawan orang-orang kafir dan munafiq, berbuat baik kepada tetangga, anak yatim, orang miskin, ibnu sabil (orang yang kehabisan bekal di perjalanan), berbuat baik kepada orang atau haiwan yang dijadikan sebagai pekerja, memanjatkan do’a, berzikir, membaca Al-Qur’an dan lain sebagainya adalah termasuk bahagian daripada ibadah.

Begitu pula rasa cinta kepada Allah ﷻ dan Rasul-Nya, takut kepada Allah ﷻ, inabah (kembali taat) kepada-Nya, memurnikan agama (amal ketaatan) hanya untuk-Nya, bersabar terhadap keputusan (takdir)-Nya, bersyukur atas nikmat-nikmat-Nya, merasa redha terhadap qadha/takdir-Nya, tawakal kepada-Nya, mengharapkan rahmat (kasih sayang)-Nya, merasa takut akan seksaan-Nya dan lain sebagainya itu semua juga termasuk bahagian daripada ibadah kepada Allah ﷻ.” (Al ‘Ubudiyah, cet. Maktabah Darul Balagh hal. 6).

 

لّا إِلٰهَ إِلّا هُوَ

tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. 

Allah ﷻ tekankan tentang kalimah Tauhid di sini. Hanya Allah ﷻ sahaja tempat pengharapan kita dan tempat kita meminta doa. Hanya Allah ﷻ sahaja yang layak disembah dan ditaati. Jangan letakkan kedudukan makhluk sama dengan kedudukan Allah ﷻ.

Apabila Yahudi dan Nasara mengambil hukum selain daripada Allah ﷻ, maka mereka telah menjadikan ahbar dan rahib mereka sebagai ilah dan ini adalah satu kesyirikan. Maka begitu juga dengan kita, jangan kita lakukan perkara yang sama.

 

سُبحٰنَهُ عَمّا يُشرِكونَ

Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

Apa-apa sahaja rekaan mereka tentang Allah ﷻ yang tidak sesuai dengan Allah ﷻ itu ditolak oleh Allah ﷻ di sini. Semua itu tidak layak bagi-Nya. Allah ﷻ suci daripada apa-apa penafsiran yang salah yang mereka berikan itu.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 4 April 2023

Ringkasan Surah Tawbah


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Ustaz Solahuddin

Maariful Qur’an

Ustaz Abdul Muien

Baca Qur’an di kuburan 

Hukum Baca Al-Qur’an di Kubur

Copy dr http://www.solusiislam.
Banyak diantara kaum muslimin yang belum mengetahui tentang Hukum membaca Al Quran di kuburan.Apakah membaca al Quran di kuburan itu dibolehkan, ataukah malah dilarang dalam agama kita.
Meskipun telah kita ketahui bahwa membaca al Quran adalah suatu ibadah yang mulia,tetapi dalam hal ini terdapat perbedaan pendapat ulama tentang hukum membaca Al Quran di kuburan, ada ulama yang membolehkannya, namun tak sedikit dari para ulama yang tidak membolehkan membacanya di kuburan.
Bagi kita selaku orang awam, yang terpenting adalah melihat dalil-dalil dari kedua pendapat tersebut, karenadalam masalah khilafiyah, kita tidak boleh berhujjah dengan pendapat ulama saja, atau bahkan pendapat ‘kyai dan mbahku’. tapi hujah kita yang paling utama adalah Alquran dan sunnah.
Dalil-dalil pendapat yang membolehkan adalah sebagai berikut:
Pertama: Hadits Ibnu Abbas yang dikeluarkan oleh Al-Bukhari dan Muslim, bahwa Nabishallallahu ‘alaihi wasallam melewati dua buah kuburan, lalu Nabi mengabarkan bahwa penghuni kuburan tersebut sedang di ‘adzab, kemudian beliau mengambil pelepah kurma dan menyobeknya menjadi dua, lalu menanamkannya pada dua kuburan tadi, beliau bersabda: “Semoga diringankan adzabnya selama kedua pelepah itu belum kering”
Imam An-Nawawi mengatakan bahwa hadits ini adalah dalil yang menunjukkan bolehnya membaca Alquran di sisi kuburan, karena menurut beliau apabila diharapkan adzabnya diringankan karena tasbihnya pelepah, maka membaca Alquran lebih utama lagi. (Syarah Shahih Muslim, 3/202).
Kedua: Hadits yang artinya, “Barang siapa yang melewati perkuburan lalu membaca qul huwallahu ahad sebelas kali, kemudian memberikan pahalanya kepada para mayat, maka akan diberikan pahala sesuai dengan jumlah mayat”. (HR. Al-Khallaal).
Ketiga: Hadits yang artinya, “Apabila seseorang dari kamu meninggal, maka janganlah ditahan, dan bersegeralah untuk dikuburkan, dan bacakan di sisi kepalanya Al-Fatihah dan di sisi kakinya akhir surat Al-Baqarah dikuburnya”. (HR. Ath Thabrani 12/445 no 13613) dan Al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman no 9294. Dari jalan Yahya bin Abdullah Al-Babalti dari Ayyub bin Nahik Al-Halabi dari ‘Atha bin Abi Rabah dari Ibnu Umar dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam.
Keempat: Perbuatan Ibnu Umar, dari jalan Mubasyir mengabarkan dari Abdurrahman bin Al-’Alaa bin Al-Lajlaaj dari ayahnya bahwa ia mewasiatkan apabila telah dikubur, agar dibacakan di kepalanya permulaan surat Al-Baqarah dan akhirnya, dan berkata, “Aku mendengar Ibnu Umar berwasiat demikian”. Sebagaimana telah berlalu.
Kelima: Asy-Sya’bi berkata, “Adalah kaum Anshar apabila seseorang meninggal, mereka pergi bergantian ke kuburannya untuk membacakan Alquran”. Dikeluarkan oleh Al-Khallaal dalam kitab Al Qira’ah ‘Indal Qubuur (1/8 no 7) dari jalan Mujalid bin Sa’id dari Asy-Sya’bi.
Keenam: Alquran adalah berkah, maka bila dibacakan di kuburan, diharapkan dengan keberkahan Alquran dapat memberikan manfaat kepada penghuni kubur.
Jawaban dan Bantahan terhadap dalil-dalil yang membolehkan:
Bila kita perhatikan, dalil-dalil yang telah disebutkan diatas sebenarnya tidak dapat dijadikan hujjah,
Penjelasannya sebagai berikut:
Dalil pertama, tentang kisah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menanam pelepah kurma yang telah disobek menjadi dua, alasan dijadikan hujjah untuk membolehkan adalah karena pelepah itu bertasbih sebagaimana Allah menyebutkan di dalam Alquran bahwa segala sesuatu di bumi dan di langit bertasbih memuji-Nya, sehingga bisa dijadikan dalil bolehnya membaca Alquran di kuburan.
Namun alasan ini amat lemah dari beberapa sisi:
Bila alasannya karena tasbih pelepah, tentu nabi tidak akan menyobeknya agar menjadi cepat kering, karena semakin lama kering berarti semakin lama diringankan adzabnya.Bila alasannya demikian, tentu nabi tidak akan menanam pelepah,akan tetapi beliau menanam pohon agar lebih lama lagi diringankan adzabnya.Bila demikian, maka mayat yang paling bahagia adalah mayat yang paling banyak, karena dedaunannya lebih banyak bertasbih, dan ini aneh dan batil.
Yang shahih, alasan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menanam pelepah tersebut adalah dalam rangka memberikan syafaat kepadanya, dan ini kekhususan beliau shallallahu ‘alaihi wasallam. Oleh karena itu para ulama shahabat tidak ada yang memahami seperti apa yang dipahami oleh Imam An-Nawawi rahimahullah. Dan tidak ada satupun shahabat yang memahami dari hadits tersebut bolehnya membacakan Alquran di sisi kubur, kalaulah itu baik, tentu mereka yang pertama kali melakukannya.
Adapun dalil yang kedua, adalah hadits yang palsu, berasal dari naskah Abdullah bin Ahmad bin ‘Amir dari ayahnya dari Ali Ar Ridla dari ayah-ayahnya, dipalsukan oleh Abdullah atau ayahnya sebagaimana dikatakan oleh Adz-Dzahabi dalam Mizanul I’tidal, dan diikuti oleh Al-Hafidz Ibnu Hajar dalam Lisanul Mizan (3/252), juga As-Suyuthi dalam Dzail Al Ahadits Al Maudlu’ah dan beliau menyebutkan hadits ini, dan diikuti juga oleh Ibnu ‘Arraaq dalamTanzih Asy Syari’atil Marfu’ah. (Lihat Ahkaam Janaiz, hal 245).
Adapun dalil yang ketiga adalah hadits yang sangat lemah, karena di dalamnya terdapat dua perawi yang lemah, yang pertama adalah Yahya bin Abdullah Al-Babalti, ia perawi yang lemah. Al Azdi berkata, “Kelemahan padanya sangat jelas”. Dan Abu Hatim berkata, “Tidak dianggap”. (Al-Mughni fi Dlu’afa, 2/739). Dan yang kedua adalah Ayyub bin Nahiik Al Halabi ia dianggap lemah oleh Abu Hatim, dan Al Azdi berkata, “Matruk”. Dan Ibnu Hibban menyebutkannya dalam Ats-Tsiqat dan berkata: “Yukhti (suka salah)”. (Lisanul Mizan,1/490).
Adapun dalil yang keempat, yaitu atsar Ibnu Umar adalah lemah juga. Karena ia berasal dari periwayatan Abdurrahman bin Al ‘Alaa bin Al Lajlaaj, ia perawi yang majhul karena tidak ada yang meriwayatkan darinya selain Mubasyir. Dan Al Hafidz berkata dalam taqrib-nya: “Maqbul”. Artinya diterima apabila di-mutaba’ah, dan jika tidak maka haditsnya lemah. Dan di sini ia tidak di-mutaba’ah.
Adapun dalil yang kelima, yaitu atsar Asy Sya’bi adalah lemah juga, karena ia dari periwayatan Mujalid bin Sa’id, Al Hafidz berkata dalam taqrib-nya: “Laisa bil qawiyy (tidak kuat), berubah hafalannya di akhir umurnya”. Imam Ahmad berkata: “Laisa bisyai (tidak ada apa-apanya)”. Ibnu Ma’in berkata: “Tidak bisa dijadikan Hujah”. Dan Ad Daraquthni berkata: “Dla’if”. (Al Mughni fi Dlu’afa, 2/542).
Adapun dalil yang keenam adalah dalil yang membutuhkan dalil, artinya memang benar bahwa Alquran itu berkah, namun untuk dibacakan kepada mayat di kuburan membutuhkan kepada contoh dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan para shahabatnya. Dan ternyata tidak ada. Terlebih telah kita rajihkan bahwa bacaan Alquran tidak akan sampai kepada mayat.
Dalil-dalil Pendapat yang Melarang
Pertama: Hadits Abu Hurairah, nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنْ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ
“Janganlah kamu menjadikan rumah-rumahmu seperti kuburan, karena setan akan lari dari rumah yang dibanyakan padanya surat Al-Baqarah“. (HR Muslim).
Hadits ini menunjukkan bahwa kuburan bukan tempat untuk membaca Alquran, oleh karena itu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melarang menjadikan rumah seperti kuburan yang tidak dibacakan padanya Alquran.
Kedua: Hadits-hadits yang menunjukkan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berziarah ke perkuburan Baqi’, namun tidak disebutkan disana bahwa beliau membaca Alquran di kubur, di antaranya hadits Aisyah ia berkata,
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَخْرُجُ إِلَى الْبَقِيعِ فَيَدْعُو لَهُمْ فَسَأَلَتْهُ عَائِشَةُ عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَدْعُوَ لَهُمْ
“Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah keluar menuju Baqi’ untuk mendoakan mereka, lalu Aisyah menanyakannya, beliau bersabda: “Aku diperintahkan untuk mendoakan mereka”.
Tidak disebutkan dalam hadits-hadits itu bahwa beliau membaca Alquran di kuburan. Kalau itu baik, tentu beliau melakukannya dan diperintahkan kepadanya.
Ketiga: Hadits-hadits yang mengajarkan apa yang harus dibaca di perkuburan, di antaranya adalah hadits Aisyah yang diriwayatkan oleh Muslim, Aisyah bertanya kepada beliau apa yang harus dibaca di kuburan, maka beliau mengajarkan salam dan doa, dan tidak mengajarkan untuk membaca Al-Fatihah atau surat lain dari Alquran, dan kaidah ushul fiqihberkata, “Meninggalkan penjelasan dari waktu yang dibutuhkan adalah tidak boleh”. Kalaulah itu baik, tentu Nabi shallallahu ‘alaihi waallam mengajarkannya kepada ‘Aisyah dan shahabat-shahabat lainnya.
Keempat: Hadits-hadits yang menyebutkan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam ikut menguburkan sebagian shahabat, seperti penguburan anaknya dan juga hadits Al-Bara’ bin Malik yang panjang yang menceritakan tentang bagaimana kematian orang beriman dan orang kafir, tidak disebutkan dalam hadits-hadits tersebut bahwa beliau mengajarkan untuk membaca surat A-Fatihah atau surat lainnya, kalau itu dilakukan oleh beliau, pastilah banyak shahabat yang menceritakannya.
Kelima: Tidak adanya praktik dari seorangpun shahabat Nabi, oleh karena itu Imam Malik berkata, “Aku tidak mengetahui seorangpun yang melakukannya”. Ketika para shahabat tidak ada yang melakukannya, padahal pendorong untuk itu amat kuat, dan tidak ada perkara yang menghalangi mereka, itu menunjukkan bahwa itu tidak disyariatkan.
Dan inilah pendapat yang rajih, dan ini adalah pendapat jumhur ulama. Dan yang dilakukan di zaman ini, dimana kaum muslimin membacakan Alquran di perkuburan, dengan jumlah hari tertentu, dan tarip tertentu, bahkan dinyalakan lampu-lampu di sana, tidak diragukan lagi akan kebid’ahannya. Karena perbuatan tersebut tidak ada seorangpun dari para ulama madzhab yang membolehkannya. Allahul musta’an.
Penulis: Ustadz Abu Yahya Badrusalam, Lc.

Solat Hadiah

BENARKAH WUJUD SOLAT SUNAT HADIAH KEPADA SI MATI?

Tersebut dalam Hasyah atas Syarah Sittin Masalah Arrimli, bagi Ahmad Almihi Annu’mani, pada m/s 67:
عن كتاب المختاَرِ ومطالع الاَنوار عنِ النَّبِي صَلى اللهُ عليه وسلم
لا يأتى على الميِت اشد من الَيلَة الاولى فَارحموا موتاكم بالصدقةِ
فَمَن لم يجد فليصل ركعتينِ . يقرأ فى كل ركعة منهمَا فاتحة الكتاب
واية الكرسي والهكم التكاثر وقل هُو اللهُ احدُ احْدى عشرة مرة ويقول :
اللهُم انىْ صليتُ هَذه الصلاةَ وتعلمُ مَا ارِيدُ .
اللهُم ابعثْ ثوابها الى قَبر فلاَنِ بنِ فُلاَنَة
فيَبعث اللهُ مِن سَاعته الى قبره الف ملك نور وهَديةٌ
يؤْنِسُوْنهُ فى قبرهِ الى ان ينفخ فى الصور ويعْطِى اللهُ المصليَ بعدد
مَا طلعَتْ عليه الَشمس حسَنَات ويرفعُ اللهُ له اربعين الف درجة
واربعين الف حجة وعمرَة ويبنى اللهُ له الف مدينة
فى الجنة وَيُعْطى ثواب الف شهيد ويكسى الف حلةٍ .

Ertinya: Sabda Nabi s.a.w: Tidaklah datang (cubaan) atas diri mayat yang lebih hebat dari malam pertama. Maka kasihanilah mayat-mayatmu itu dengan sedekah. Maka barangsiapa yang tidak mendapatkannya, hendaklah dilakukannya sembahyang 2 rakaat yang dibacakan pada tiap-tiap rakaat surah Al-Fatihah, Ayatul Kursi, Alhakumuttakasur, Qulhuallahuahad 11 kali, lalu diucapkannya:
Ya Allah! Sesungguhnya aku telah lakukan sembahyang ini, sedang Engkau Maha Mengetahui apa yang aku maksudkan. Ya Allah! Kirimkanlah pahalanya kekubur si Fulan bin Fulanah, nescaya mengirimkanlah Allah Taala pada saat itu juga seribu malaikat, bersama tiap-tiap malaikat itu nur dan hadiah. Berjinak-jinak mereka itu bersamanya di dalam kubur sampai ditiup sangkakala. Dan dikurnia Allah Taala kepada yang melakukan sembahyang ini sebanyak barang yang terkena sinar matahari akan kebajikan dan Allah Taala angkatkan baginya 40 ribu darjat, 40 ribu haji dan umrah dan dibina baginya seribu kota di dalam syurga dan diberi pahala seribu syahid dan dipakaikan seribu persalinan.


Jawapan:
Assalamualaikum.
Hadis berkaitan solat sunat hadiah adalah palsu. Tiada asalnya. Ia tidak wujud dalam kitab-kitab hadis.

Majlis Fatwa Arab Saudi menyatakan:
ج: لا شك أن الحديث المذكور في السؤال من الأحاديث الموضوعة المكذوبة على رسول الله صلى الله عليه وسلم، ولا شك أن الصدقة والصلاة بالكيفية المذكورة في هذا الحديث الموضوع لا أصل لهما، ولا يشرع للمسلم أن يصلي عن أحد لا في أول ليلة يدفن فيها الميت ولا في غيرها،

Tidak syak lagi bahawa hadis yang disebutkan dalam soalan adalah daripada hadis palsu ke atas Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. Tidak syak lagi bahawa sedekah dan solat dalam bentuk yang disebutkan dalam hadis di atas adalah palsu dan tiada asalnya. Tidak disyariatkan bagi seorang Muslim untuk mensolatkan seseorang yang meninggal dunia pada malam pertama selepas dia dikebumikan, dan tidak juga pada malam-malam yang lain.
أما الصدقة فمشروعة عن الميت المسلم متى شاء أقاربه أو غيرهم الصدقة عنه؛ لما ثبت من الحديث الصحيح، أن رجلاً سأل النبي صلى الله عليه وسلم قال: إن أمي افتلتت نفسها ولم توص، وأظنها لو تكلمت تصدقت، أفلها أجر إن تصدقت عنها؟ فقال النبي صلى الله عليه وسلم: نعم ، ولم يخص ليلة الدفن ولا غيرها،

Adapun sedekah disyariatkan untuk dilakukan bagi pihak si mati pada bila-bila masa yang dikehendaki samaada ada oleh kaum kerabatnya atau selain mereka. Ini berdasarkan hadis sahih bahawa seorang lelaki bertanya kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam: Sesungguhnya ibu ku meninggal dunia secara mengejut tanpa membuat sebarang wasiat. Aku merasakan jika dia sempat berkata-kata dia akan bersedekah. Adakah dia akan mendapat pahala jika aku bersedekah bagi pihaknya? Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: Ya. [Sahih al-Bukhari dan Muslim]. Tidaklah ia dikhususkan untuk malam pertama selepas pengebumian atau malam-malam yang lain.
وقد أجمع العلماء من أهل السنة والجماعة على أن الميت المسلم ينتفع بالصدقة عنه والدعاء له، أما المؤلف لكتاب (المختار ومطالع الأنوار) فلا نعرفه، ولم نقف على كتابه المذكور، ولكن ما نقلتم عنه يدل على أنه ليس من أهل العلم المعتبرين، فنسأل الله لنا ولك ولجميع المسلمين المزيد من العلم النافع والعمل الصالح.

Ulama Ahlussunnah telah bersepakat bahawa mayat seorang Muslim akan mendapat manfaat daripada sedekah yang dilakukan bagi pihaknya dan doa kepadanya.. Adapun pengarang kitab Al-Mukhtar Wa Matholi’ Al-Anwar, tidaklah kami mengenalinya. Kami tidak menemui kitab yang disebutkan. Akan tetapi berdasarkan apa yang kalian nukilkan, ia menunjukkan bahawa dia bukanlah seorang ulama’ yang muktabar. Kami memohon kepada Allah untuk menambahkan ilmu yang bermanfaat dan amal yang soleh kepada kami, kalian dan semua kaum Muslimin.
[Sumber: http://www.alifta.net/fatawa/fatawaDetails.aspx?View=Page&PageID=3057&PageNo=1&BookID=3 ]

Yang menariknya lagi, riwayat palsu di atas sangat popular dalam laman-laman web Syiah seperti link berikut:
http://www.sistani.org/arabic/book/23/1923/

http://www.alseraj.net/3/index2.shtml?81&90&81&1&7

http://www.alsafwh.net/vb/showthread.php?p=2280


Kesimpulan:
1- Hadis ini palsu.

2- Solat hadiah buat si mati adalah ibadah rekaan.

3- Boleh bersedekah bagi pihak si mati kerana wujud dalam dalil yang sahih, dan ia tidak khusus pada malam tertentu.

Wallahua’lam.
-ADMIN-
Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle – Hadith

Tafsir Surah Naaziat Ayat 1 – 13 (Keadaan Hari Kiamat)

Pengenalan:

Surah ini bersambung ceritanya dengan sebelumnya iaitu surah an-Naba’. Surah itu diakhiri dengan cerita tentang Hari Kiamat dan Surah an-Naziat ini terus bermula dengan penceritaan Hari Kiamat.


 

Ayat 1: Surah ini ada 7 Perenggan Makro. Perenggan Pertama dari ayat ini sehingga ke ayat 10, iaitu mengajar kita Adab Berdakwah.

وَٱلنَّـٰزِعَـٰتِ غَرقًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

An-Nāzi‘āt: The Extractors.

By those [angels] who extract with violence¹

  • i.e., those who tear out the souls of those destined for Hell.

(MALAY)

Demi (malaikat-malaikat) yang mencabut (nyawa) dengan keras,

 

Ayat ini dimulai dengan Sumpah Allah ﷻ. Allah ﷻ bersumpah dengan an-Naaziat yang bermaksud ‘malaikat yang mencabut‘. Allah ﷻ tidak sebutkan secara tepat apakah yang malaikat itu cabut. Jadi perlukan pentafsiran tentang perkara ini. Allah ﷻ juga tidak menyebut dengan terang bahawa yang dimaksudkan adalah malaikat. Jadi, apa yang mencabut dan apa yang dicabut tidak disebut dengan jelas.

 

Maksud Naaziat

Pendapat majoriti mengatakan yang mencabut/menarik dengan keras itu adalah malaikat. Ini adalah pendapat majoriti mufassirin. Dan yang ditarik itu adalah roh manusia yang telah sampai ajalnya. Dan roh yang dimaksudkan adalah roh manusia yang engkar semasa hidupnya.

Oleh itu, jikalau pentafsiran ini diterima, ayat ini bermaksud Allah ﷻ bersumpah dengan malaikat yang menarik roh manusia yang jahat dengan kuat. Cara menarik roh itu keluar adalah malaikat itu masuk ke dalam tubuh manusia itu dan tarik roh itu keluar. Ini adalah kerana kalimah غَرقًا dari katadasar غ ر ق yang bermaksud ‘tenggelam’. Kita baca pun sudah terasa sakitnya.

Selain dari itu, kita sampaikan juga pendapat lain yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan ‘Naaziat‘ ini adalah ‘bintang‘. Maksudnya, bintang yang dicabut jatuh dari langit. Iaitu komet yang dilihat oleh Arab Mekah pada zaman mereka.

Dan ada juga pendapat yang mengatakan yang menarik itu adalah angin kuat yang mencabut pokok-pokok dan juga binaan seperti bangunan. Angin kuat itu bolehlah kita bayangkan macam tornedo. Ini kerana dalam ayat yang lain, disebut mursalaat sebagai angin. Sama-sama ada huruf ا dan ت di hujung. Kerana tanda ات itu adalah feminin dan kalau begitu, ia seolah-olah merujuk para malaikat sebagai berjantina perempuan pula dan ini dilarang (Arab Mekah kata malaikat itu anak perempuan Allah).

Tambahan pula, dalam hadis ada disebut yang roh ditarik dari kaki dan tidak disebut yang malaikat maut masuk ke dalam tubuh manusia untuk mematikannya. Jadi ada beberapa pendapat. Allahu a’lam. Begitulah keindahan bahasa yang digunakan oleh Al-Qur’an yang boleh memberi beberapa maksud.

Kita pun tidak pasti mana satu yang paling tepat. Kena redha yang kita tidak semestinya boleh tahu dengan pasti maksud ayat-ayat Allah. Kerana akal kita lemah dan tidak dapat mencapai maksud semua perkara.

 

Sumpah (Qosam)

Terdapat beberapa subjek sumpah dalam surah ini. Dan dalam surah-surah lain pun ada sumpah-sumpah yang digunakan oleh Allah ﷻ sebagai contoh, Allah ﷻ ada bersumpah dengan masa, dengan buah Tin dan sebagainya. Apakah gunanya sumpah dalam Al-Qur’an?

Ulama’ tafsir mengatakan Allah ﷻ menggunakan sumpah dalam Al-Qur’an kerana hendak memberi isyarat bahawa ada benda penting yang Allah ﷻ hendak sampaikan. Kerana kalau kita ada benda penting yang kita hendak tekankan, bukankah kita juga akan bersumpah? (Demi Allah, aku tak curi lah barang itu!)

Dan perkara yang Allah gunakan sebagai sumpah itu juga adalah penting. Allah ﷻ hendak menekankan kepentingan perkara itu yang ada kena mengena dengan apa yang akan disebut dalam surah itu. Dalam ayat ini objek yang digunakan sebagai sumpah adalah malaikat yang mencabut nyawa.

Selain dari itu, sumpah digunakan apabila orang yang kita bercakap itu tidak mahu percaya dengan apa yang kita sampaikan. Oleh itu, kalau kita hendak tekankan apa yang kita hendak cakap, kita akan gunakan sumpah. Ini perkara biasa dari dulu lagi. Sebagai contoh, kadangkala kita juga apabila ada bersumpah dahulu sebelum bercakap. Ini apabila kita hendak mengatakan bahawa apa yang dia hendak sampaikan adalah benar kepada orang yang kita rasa tidak akan senang percaya perkara itu. Jadi kita akan beri penekanan dengan sumpah.

Maknanya, apabila digunakan sumpah, ia juga memberi isyarat bahawa orang yang menyampaikan perkara itu ada rasa marah. Dia marah sebab dia tahu apa yang hendak disampaikan itu tidaklah didengar oleh orang yang mendengar. Oleh itu, yang bercakap akan gunakan sumpah untuk tekankan.

Begitu jugalah dalam Al-Qur’an, ada masa Allah ﷻ gunakan sumpah kerana Dia ﷻ marah dan di waktu lain, Allah ﷻ gunakan sumpah kerana orang tidak mahu percaya apa yang diberitahu. Jadi ada dua sebab kenapa sumpah digunakan dalam Al-Qur’an.

Kembali kepada objek sumpah yang digunakan (malaikat), Allah ﷻ memberitahu kita yang Dia ﷻ gunakan malaikat untuk seksa manusia yang derhaka. Dari mula dicabut nyawa lagi manusia derhaka itu sudah diseksa. Allah ﷻ marah sampaikan Allah ﷻ arahkan malaikat yang mencabut nyawa itu, mencabut nyawa mereka dengan keras. Jangan kasi dia peluang langsung.

Aduh, bayangkan, nak mati pun sudah kena azab! Itu belum kira azab dalam kubur, azab di Mahsyar, azab di neraka lagi!


 

Ayat 2: Sumpah yang kedua.

وَٱلنَّـٰشِطَـٰتِ نَشطًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [by] those who remove with ease¹

  • i.e., those angels who ease out the souls of those destined for Paradise.

(MALAY)

dan (malaikat-malaikat) yang mencabut (nyawa) dengan lemah-lembut,

 

Ini pula digunakan sumpah tentang malaikat yang ditugaskan untuk mencabut nyawa dengan lembut. Kalau sebelum ini ada malaikat yang mencabut nyawa dengan keras dan sekarang Allah ﷻ beritahu ada malaikat yang mencabut nyawa dengan cara lembut.

Kalimah نَشطًا bermaksud ‘merungkai tali dengan senang’. Maknanya tali itu tidak terbelit kuat dan kerana itu senang sahaja hendak dirungkaikan. Maknanya orang yang merungkaikan itu akan berhati-hati dalam meleraikan simpulan tali itu. Sampaikan akhirnya dia goyang-goyang sahaja tali itu sudah boleh terungkai.

Oleh kerana itu, tidak digunakan kekerasan dalam keadaan ini. Maknanya malaikat itu senang sahaja hendak mencabut nyawa. Ini adalah untuk orang yang baik-baik. Bandingkan dengan ayat yang pertama itu untuk orang kafir dan yang kedua ini untuk mukmin.

Begitulah layanan Allah ﷻ untuk orang mukmin. Dari mula mati pun sudah dilayani dengan baik. Oleh itu, kalau mereka susah dalam dunia, mereka akan senang di akhirat dan dimulai dengan cara mati. Semoga kita tergolong dalam golongan ini. Kerana kita pun tahu yang kematian itu sendiri sudah menyakitkan.

Kalau ٱلنَّـٰزِعَـٰتِ itu merujuk kepada angin pula, ia bermaksud angin yang bertiup lembut. Ayat 1 tentang angin keras dan ayat 2 ini tentang angin lembut pula. Memang angin di dunia ini berubah-ubah.


 

Ayat 3: Sumpah yang ketiga.

وَٱلسَّـٰبِحَـٰتِ سَبحًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [by] those who glide [as if] swimming¹

  • Speeding to execute Allāh’s commands.

(MALAY)

dan (malaikat-malaikat) yang bergerak dengan cepat,

 

Ini berkaitan dengan cara malaikat yang memasuki tubuh manusia untuk mencabut nyawa. Seperti yang telah disebut, malaikat mencabut nyawa dengan memasuki tubuh manusia. Malaikat itu memasuki tubuh manusia seperti berenang. Lafaz سَبحًا bermaksud berenang dengan tenang dan senang. Para malaikat yang mencabut nyawa itu diberikan kelebihan ini.

Malaikat maut memang ada satu sahaja. Tapi bukanlah setiap nyawa dia yang cabut. Dia hanya ketua sahaja dan dia ada para malaikat di bawahnya.

Kalau kita ambil pendapat kalimah ٱلنَّـٰزِعَـٰتِ itu merujuk kepada angin, maka sekarang ia merujuk kepada awan yang berenang di langit kerana ditiup angin.


 

Ayat 4: Sambungan sumpah ketiga.

فَٱلسَّـٰبِقَـٰتِ سَبقًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And those who race each other in a race¹

  • Racing to deliver the souls of the believers to Paradise.

(MALAY)

dan (malaikat-malaikat) yang berlumba dengan kencang,

 

Ini adalah sambungan ayat ke 3. Ia bukan sumpah yang baru kerana kita boleh lihat yang huruf ف digunakan dan bukannya huruf و dalam tiga ayat pertama. Setelah malaikat itu mencabut nyawa manusia, mereka bersegera menemui Allah ﷻ dengan membawa roh manusia yang telah diambil.

Mereka berlumba sesama sendiri untuk menempatkan roh di tempatnya masing-masing. Roh orang beriman di tempatkan di Illiyin dekat dengan Arash. Dan roh orang kafir dibawa ke Sijjin iaitu di bawah bumi ke tujuh.

Kalau merujuk kepada angin, maka ia menyebut tentang awan yang ditiup angin dan hasilnya, awan itu seperti berlumba sesama sendiri. Ada kumpulan awan yang bergerak laju dan ada yang seperti tidak bergerak pun.


 

Ayat 5: Sambungan sumpah lagi.

فَٱلمُدَبِّرَٲتِ أَمرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And those who arrange [each] matter,¹

  • According to Allāh’s decree.

(MALAY)

dan (malaikat-malaikat) yang mengatur urusan.

 

Ini pula tentang tugas para malaikat yang ditugaskan untuk mentadbirkan urusan Allah ﷻ. Ia dari katadasar د ب ر yang bermaksud belakang. Ini kerana orang yang mentadbir dengan baik, akan tarik dirinya ke belakang dahulu untuk buat perancangan sebelum menjalankannya.

Para malaikat itu mereka mengatur urusan di dunia ini atas arahan Allah ﷻ. Seperti yang kita tahu, para malaikat diberikan berbagai tugasan yang khusus dan mereka menjalankan tugas mereka dengan tepat.

Para malaikat itu hanya mengikut arahan Tuhan ﷻ sahaja. Mereka tidak boleh hendak buat perkara yang tidak disuruh oleh Allah ﷻ. Oleh itu, kalau ada masyarakat kita yang minta tolong kepada malaikat, itu adalah kerja bodoh sekali dan dapat ajaran dan amalan itu dari syaitan. Sebagai contoh, ada pesilat yang mengamalkan zikir untuk malaikat besar yang empat untuk menjaga mereka kiri, kanan, depan dan belakang.

Kalau ٱلنَّـٰزِعَـٰتِ merujuk kepada angin, maka cara Allah mengarahkan angin adalah dengan menggerakkan awan yang membawa hujan. Dan air hujan itu menumbuhkan tanam-tanaman. Dan angin juga meniup debunga yang diperlukan oleh tumbuhan sebagai benih.

 

Sumpah

Setiap sumpah dalam Al-Qur’an ada jawabnya. Seperti yang kita sebut, ada benda penting yang hendak disampaikan dengan memulakan dengan sumpah-sumpah itu. Jawab sumpah bagi ayat ini dihazafkan (disembunyikan) dalam surah ini, jadi ia tidak jelas. Tidak disebut dengan jelas supaya pembaca Al-Qur’an tertanya-tanya apakah yang Allah hendak tekankan.

Kerana tidak jelas, maka ulama’ tafsir memberikan pendapat mereka. Ini adalah beberapa pendapat yang ada:

1. Jawab sumpah itu adalah: sebagaimana Allah ﷻ gunakan malaikat untuk urusan dunia, untuk urusan akhirat pun mereka akan digunakan. Maksudnya, mereka itu akan digunakan di akhirat kelak untuk menjalankan arahan Allah ﷻ. Ini hendak memberi penekanan, hari kiamat itu pasti akan terjadi dan akhirat akan berlaku dan makhluk akan diberikan dengan apa yang telah dijanjikan.

2. Allah bersumpah bahawa apa sahaja yang dijanjikanNya akan ditepati. Ia pasti akan berlaku.

3. Hari Kiamat pasti akan berlaku.


 

Ayat 6: Sekarang kita masuk ke dalam bahagian (perenggan) yang baharu. Kerana kita boleh baca bagaimana ritma ayat ini sudah bertukar. Itu sebagai tanda bahawa sudah masuk perenggan baharu. Dalam Al-Qur’an tidak digunakan kaedah perenggan dalam susunan, maka digunakan perbezaan ritma untuk membezakannya.

Sekarang akan dibicarakan tentang pihak Musyrikin Mekah yang tidak percaya adanya akhirat. Kalau kita baca dalam Surah an-Naba’, telah disebut ketidakpercayaan mereka dahulu, kemudian baru disebut tentang kiamat. Dan dalam surah an-Naaziat ini, disebut tentang kiamat dahulu kemudian ketidakpercayaan mereka.

Maka kita boleh nampak ada penukaran di situ. Menunjukkan keindahan bahasa Al-Qur’an yang mengubah-ubah susunan untuk menarik perhatian pembaca. Kalau kita dapat perhatikan, maka ini lebih menarik minat kita kepada Al-Qur’an. Tidaklah baca kosong sahaja.

Ayat ini adalah jenis Takhwif Duniawi.

يَومَ تَرجُفُ الرّاجِفَةُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

On the Day the blast [of the Horn] will convulse [creation],

(MALAY)

(Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan) pada hari ketika tiupan pertama menggoncang alam,

 

Pada hari kiamat akan digoncangkan apa yang akan digoncang; Allah ﷻ menceritakan keadaan yang mengharu birukan manusia apabila bumi akan digoncangkan dengan amat kuat sekali. Iaitu apabila tiupan Sangkakala Pertama dibunyikan.

Allah ﷻ gunakan lafaz الرّاجِفَةُ merujuk kepada gegaran pada permulaan gempa bumi. Tetapi sebenarnya, lihatlah Allah ﷻ tidak sebut tentang bumi dalam ayat ini. Jadi bagaimana kita tahu yang Allah ﷻ sedang memperkatakan tentang ‘bumi’? Ini kita dapat tahu apabila kita baca ayat-ayat lain, kita tahu yang dimaksudkan adalah bumi ini.

Allah ﷻ cuma kata yang ‘akan digoncang’, akan digoncang. Ini memberitahu yang memang dunia ini akan digoncangkan dan kemudiannya akan dihancurkan. Dan itu memang tujuan akhir bumi ini dijadikan. Bukanlah bumi ini akan kekal sampai bila-bila. Ianya adalah medan untuk menguji manusia dengan ujian-ujian yang akan menentukan sama ada dia layak masuk syurga atau tempatnya di Neraka.

Apabila ujian telah selesai, maka bumi telah menjalankan tugasnya dan ia tidak diperlukan lagi, maka ia akan digoncang dan dihancurkan. Bumi ini tidak diperlukan lagi kerana manusia bukannya tinggal di bumi selepas dia mati dan dibangkitkan. Kerana selepas kebangkitan semula, akhirnya manusia akan ditempatkan di Mahsyar dahulu dan kemudian akan dibahagikan sama ada di syurga atau di neraka, dua sahaja.


 

Ayat 7: 

تَتبَعُهَا الرّادِفَةُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

There will follow it the subsequent [one].

(MALAY)

tiupan pertama itu diiringi oleh tiupan kedua.

 

Secara literalnya: Diikuti dengan yang mengikutinya. Juga tidak disebutkan apakah yang ‘mengikuti’ itu. Lafaz الرّادِفَةُ bermaksud ‘yang ikut’, macam seorang yang duduk di belakang orang lain atas kuda.

Oleh itu, dalam ayat ke 6 tadi, itu adalah tentang tiupan Sangkakala yang pertama yang akan mematikan semua makhluk. Dan ayat ke 7 ini adalah tentang tiupan Sangkakala yang kedua yang akan menghidupkan makhluk semua sekali dan bersedia untuk alam akhirat.


 

Ayat 8: Apakah keadaan manusia waktu itu? Ayat 8 – 14 adalah Perenggan Makro Kedua. Ia mengandungi dalil adanya Akhirat daripada kekuasaan Tuhan dan kelemahan manusia.

قُلوبٌ يَومَئِذٍ واجِفَةٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Hearts,¹ that Day, will tremble,

  • Those of the disbelievers who denied the Resurrection.

(MALAY)

Hati manusia pada waktu itu sangat takut,

 

Jantung sesetengah manusia akan berdebar yang amat sangat pada hari itu. Kerana tidak ada ال dalam lafaz قُلوبٌ ini, maka ia bermaksud bukanlah semua jantung akan bergetar. Hanya mereka yang tidak mempercayai Hari Kebangkitan sahaja yang akan berdebar-debar, kerana apa yang mereka tidak percayai memang terjadi benar-benar dan sekarang berada di depan matanya dengan nyata.

Tentulah dia sangkat takut waktu itu kerana dia tidak bersedia. Lafaz واجِفَةٌ digunakan juga untuk menyebut tentang binatang yang ditampar, dipukul untuk bergerak dengan cepat. Jadi kita boleh bayangkan bagaimana keadaan manusia waktu itu dalam ketakutan seperti binatang yang ditampar.

Kalau kita sentuh sedikit tentang bahasa yang digunakan dalam Al-Qur’an, kita akan perasan bahawa terdapat banyak lafaz ‘takut’ yang digunakan dalam Al-Qur’an. Ianya digunakan untuk memberitahu kepada kita dengan lebih jelas, apakah jenis takut itu. Memang takut itu ada bermacam-macam. Kalau dalam bahasa Melayu, kalau takut itu boleh dikatakan satu takut sahaja. Tetapi Bahasa Arab adalah bahasa yang kaya dan mempunyai banyak kategori.

    • khauf – Ini adalah perasaan takut yang dirasai oleh manusia kalau dia rasa akan ada kesakitan pada tubuhnya. Mungkin takut kenal pukul, contohnya.
    • khash’yah – Ini adalah takut kepada sesuatu kerana kebesaran atau hebatnya sesuatu kejadian itu. Sebagai contoh, apabila kita sudah baca ayat-ayat Al-Qur’an tentang kehebatan dan kesusahan yang besar di akhirat kelak, maka inilah perasaan takut itu.
    • khusyuk – Lafaz ini kita selalu dengar – khusyuk dalam solat. Ini adalah jenis takut yang nampak pada muka dan tubuh manusia. Kerana takut sangat, sampai memberi kesan kepada tubuhnya sekali. Sebab itu, digunakan untuk menyebut sifat solat, kerana dalam solat itu, kita sedang mengadap Allah ﷻ dan kita sangat takut sampai tubuh kita pun menunjukkan ketakutan itu. Kita waktu itu tidak bergerak dan tunduk taat sahaja. Sebab itu pergerakan tubuh kita dalam solat terkawal. Jangan bergerak-gerak kibas sana sini pula di dalam solat.
    • taqwa’ – Ini juga kita selalu dengar. Salah satu dari maksud taqwa adalah takut. Tetapi ianya takut kepada ‘kesan’ dari perbuatan kita. Oleh itu, orang yang taqwa, mereka akan jaga perbuatan mereka kerana mereka takut segala perbuatan mereka itu akan dibalas di akhirat nanti. Mereka akan takut hendak buat amalan dan perbuatan yang salah dan berdosa. Oleh itu, mereka akan berjaga-jaga dan berhati-hati dalam perbuatan mereka.  Beginilah yang kita patut lakukan.
    • hazar – ini seperti yang disebut dalam Baqarah – Ini adalah perbuatan lari dari apa yang ditakuti – maksudnya, jenis takut sampai dia akan mengelak atau melarikan diri.
    • rauq – terkejut kerana takut. Ini seperti keadaan Nabi Ibrahim عليه السلام ketika baginda pertama kali berjumpa dengan malaikat yang datang ke rumahnya. Baginda takut apabila mereka tidak makan hidangan yang baginda sediakan kepada mereka. Kerana kebiasaan kaum mereka, kalau seseorang itu datang untuk membunuh tuan rumah, dia tidak akan makan makanan yang disediakan oleh tuan rumah (adab pembunuh). Oleh kerana mereka tidak makan hidangan, maka Nabi Ibrahim عليه السلام pun terkejut dan takut (takut mereka datang hendak bunuh baginda).
    • awjasa – Ini adalah jenis takut setelah mendengar sesuatu yang menakutkan; juga digunakan untuk rasa takut tetapi tidak ditunjukkan di luar, disimpan dalam hati sahaja. Orang yang rasa takut itu, akan simpan perasaan itu dalam hati dia, tidak tunjukkan pada mukanya. Ini ada disebut apabila Nabi Musa عليه السلام melihat sihir-sihir yang ditunjukkan oleh ahli sihir.
    • wajal – Ini adalah jenis takut yang masuk ke dalam hati seseorang. Sebagai contoh, apabila seseorang itu membaca ayat Al-Qur’an.
    • rahab – Perasaan takut untuk mengecewakan orang lain. Sebagai contoh, ada orang yang kita hormati, maka kita takut untuk buat sesuatu yang boleh mengecewakan orang itu kerana kita hormat dia.
    • ra’ab – Jenis takut yang amat sangat, sampai menyebabkan seseorang itu tidak boleh berfikir dengan betul, sampai membuatkan dia buat sesuatu yang bodoh. Dia buat silap itu kerana dia dalam keadaan takut sangat.
    • ashfaqa – Takut ke atas orang lain, bukan diri kita. Sebagai contoh, kita sedang jaga anak kita dan kita takut dia jatuh masuk longkang semasa sedang berjalan-jalan.
    • wajf (seperti yang digunakan dalam ayat ini) – Perasaan takut yang bercampur dengan rasa tidak selesa. Juga bermaksud takut yang amat sangat sampai hati berdegup kencang macam larian kuda, sampai boleh dengar degupan jantung itu. Inilah perasaan takut yang dialami oleh mereka yang disebut dalam ayat ini – takut yang amat sangat. Allah ﷻ jadikan hati mereka takut sangat kerana semasa di dunia dahulu mereka tidak takut langsung buat dosa dan kesalahan.

 

Ayat 9:

أَبصَـٰرُهَا خَـٰشِعَةٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Their eyes¹ humbled.

  • Those of the disbelievers.

(MALAY)

Pandangannya tunduk.

Pandangan matanya akan tunduk kerana ketakutan. Seperti yang kita telah sebut di atas, ‘khusyuk’ itu adalah takut yang membawa kepada perubahan fizikal seseorang – dalam ayat ini, mata mereka akan tunduk takut dan patuh. Pandangan mereka akan tunduk malu dan juga menyesal. Ini adalah khusus untuk orang kafir sahaja.

Ada juga yang berpendapat, mata hati mereka yang akan ketakutan. Ini adalah kerana, Allah ﷻ menggunakan lafaz أَبصارُها, bukan أَبصارُهم, iaitu dhomir ها itu merujuk kepada hati yang disebut dalam ayat 8 sebelum ini.

Ayat ini mengajar yang mata hati itu boleh melihat. Mata hati tidak sama dengan mata kita yang digunakan untuk melihat alam ini. Kalau ada iman dalam hati, segala yang kita lihat, akan mengingatkan kita kepada Allah ﷻ.

Sebagai contoh, kalau kita lihat keindahan alam, kita teringat Allah ﷻ kerana kita sedar dan yakin yang Allah ﷻlah yang menjadikan alam yang indah ini. Tetapi kalau semasa di dunia mata hati kita tidak mahu melihat kebesaran Allah ﷻ, maka di akhirat nanti mata hati kita akan melihat ketakutan yang amat sangat. Waktu itu baru mereka hendak khusyuk tetapi sudah terlambat.


 

Ayat 10: Ini adalah ayat jenis Syikayah. Kenapakah mereka jadi begitu di akhirat nanti? Apakah kesalahan mereka dan sikap mereka semasa di dunia dahulu? Allah ﷻ hendak jelaskan kepada kita.

Seperti yang kita telah sebutkan, ada perbezaan antara Surah an-Naba’ dan Surah an-Naaziat ini. Dalam an-Naba’, disebut tentang puak kafir yang tidak percaya kepada Hari Kiamat, kemudian baru disebut tentang hari kiamat; dalam Surah an-Naaziat ini, dimulakan dengan disebut tentang hari kiamat dan akhirat dulu.

يَقولونَ أَإِنّا لَمَردودونَ فِي الحافِرَةِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They are [presently] saying, “Will we indeed be returned to [our] former state [of life]?

(MELAYU)

(Orang-orang kafir) berkata: “Apakah sesungguhnya kami benar-benar dikembalikan kepada kehidupan semula?

 

Mereka mengejek semasa mereka di dunia dulu. Mereka tidak percaya langsung yang mereka akan dikembalikan kepada keadaan asal. Mereka kata, takkan sudah mati hendak kena balik lagi? Ini adalah kerana mereka gunakan akal mereka yang cetek.

Ada penerangan tentang bahasa sedikit dalam ayat ini. Kerana agak tinggi juga bahasanya. Kalimah لَمَرۡدُودُونَ bermaksud dipulangkan kerana tidak diterima masuk. Contohnya seperti kita hendak masuk ke negara Amerika, tapi di imigresen mereka, kita tidak boleh masuk kerana visa kita tidak sah.

Kalimah ٱلۡحَافِرَةِ pula dari katadasar ح رف yang bermaksud mengorek, mengeluarkan dari tanah. Kalimah ٱلۡحَافِرَةِ bermaksud lubang di tanah yang sudah digali.

Ayat ini adalah ulangan kepada ejekan Musyrikin Mekah kepada Nabi Muhammad menolak kebangkitan semula. Mereka ejek lebih kurang begini: “eh, kematian kami tidak diterima, sampai kami dipulangkan ke lubang kubur kami kah?”


 

Ayat 11: Dari ayat ini sehingga ke ayat 16 adalah Perenggan Makro Kedua. Ia mengajar kita untuk buang kesombongan hati dan hendaklah beriman dengan Al-Qur’an.

Sekarang disambung hujah Musyrikin Mekah yang menolak Kebangkitan Semula. Mereka guna hujah akal mereka.

أَءِذَا كُنَّا عِظَـٰمًا نَّخِرَةً

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Even if we should be decayed bones?”¹

  • The disbelievers say this in ridicule of the warning.

(MALAY)

Apakah (akan dibangkitkan juga) apabila kami telah menjadi tulang belulang yang hancur lumat?”

 

Mereka kata bolehkah mereka dikembalikan apabila tulang temulang mereka telah reput dan hancur? Kalimah نَخِرَةً۬ dari katadasar ن خ ر yang bermaksud rosak kerana sudah lama, bahagian dalam yang kosong, hancur. Oleh itu kalimah نَخِرَةً۬ adalah tulang yang sudah kosong di dalamnya kerana lama sangat.

Pada Musyrikin Mekah: Kalau dikatakan dihidupkan balik selepas baru mati beberapa hari, bolehlah kalau hendak terima pun. Tetapi mereka berhujah, kalau tulang pun sudah lama sangat, sudah kosong dan mungkin sudah hancur jadi debu, takkan boleh kembali lagi? Mereka kata itu adalah perkara yang mustahil.


 

Ayat 12:

قالوا تِلكَ إِذًا كَرَّةٌ خاسِرَةٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They say, “That, then, would be a losing return.”¹

  • i.e., “If that were so, we would not be able to escape punishment.”

(MALAY)

Mereka berkata: “Kalau demikian, itu adalah suatu pengembalian yang merugikan”.

 

Penggunaan lafaz قالوا itu adalah dalam past tense. Apakah maksudnya? Apabila digunakan lafaz yang berbentuk past tense, itu memberi isyarat bahawa mereka jarang berkata begitu. Mungkin sekali dua sahaja. Ini kerana selalunya mereka tidak terfikirkan pun perkara yang menakutkan kerana mereka tidak percaya pun Hari Akhirat itu.

Ini adalah salah satu balaghah dalam Al-Qur’an. Lihatlah bagaimana dalam ayat sebelum ini, digunakan lafaz يَقولونَ yang dalam bentuk present tense. Kalau past tense yang digunakan, untuk menunjukkan sekali sekala sahaja perkara itu dilakukan.

Sebagai contoh, dalam Surah al-Anfal, ada disebut tentang membunuh dengan sengaja dan membunuh tanpa sengaja. Lihatlah bagaimana kalau bunuh dengan sengaja, Allah ﷻ gunakan present tense kerana ini selalu terjadi. Akan tetapi kalau bunuh tidak sengaja, digunakan lafaz past tense. Ini adalah kerana orang yang membunuh dengan sengaja, dia mungkin membunuh lagi kerana itu mungkin perangai dia, tetapi orang yang membunuh secara tidak sengaja, dia takkan buat lagi. Tentulah dia akan lebih berhati-hati selepas itu supaya dia tidak tersilap bunuh orang lagi.

Oleh itu, ini adalah jenis orang yang adalah juga berfikir tentang perkara ini – mereka dapat berfikir yang kalau benarlah mereka akan dihidupkan, tentulah ini adalah perkara yang menakutkan kerana tentu mereka tidak selamat.

Akan tetapi mungkin mereka masih berkata begitu dalam bentuk sarkastik juga sebab mereka tetap tidak percaya.


 

Ayat 13: Sekarang Allah ﷻ jawab kata-kata mereka itu.

فَإِنَّمَا هِىَ زَجرَةٌ وَٲحِدَةٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, it will be but one shout,

(MALAY)

Sesungguhnya pengembalian itu hanyalah satu kali tiupan saja,

 

Allah ﷻ menutup isu yang mereka timbulkan itu dengan mengatakan bahawa sekali tempik sahaja mereka akan dikembalikan. Tidak payah hendak sibuk-sibuk atau bersusah-susah, kerana senang sahaja bagi Allah ﷻ hendak matikan dan hendak hidupkan semula semua makhluk.

Mereka penat memikirkan bagaimana Allah ﷻ hendak hidupkan balik mereka yang telah lama mati dan sudah jadi hancur dengan tulang-tulang sekali, Allah ﷻ kata senang sahaja Dia ﷻ nak hidupkan balik. Sekali tempik sahaja semua akan hidup semula.

Kalimah زَجرَةٌ dari katadasar ز ج ر yang bermaksud melarang, menghalau, marah, menegur, menahan, marah guna suara (kerana itu kita gunakan istilah ‘Ayat Zajrun’ bagi ayat-ayat yang menegur manusia). Jadi kalimah زَجرَةٌ boleh bermaksud jenis tempikan yang kuat. Yang dimaksudkan adalah tiupan Sangkakala yang kedua. Allah tempik sekali sahaja, atau tiupan Sangkakala itu sekali sahaja akan menghidupkan semula manusia.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 20 Oktober 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah Tawbah Ayat 28 – 29 (Menjadikan ulama’ sebagai tuhan)

TIADA LAGI AMALAN SYIRIK DI KA’BAH

Tawbah Ayat 28: Ini dikatakan sebagai halangan yang keempat. Ada yang berhujah bahawa tidak patut memutuskan perhubungan dengan orang kafir. Mereka kata, bila memutuskan hubungan dengan orang kafir, mungkin perkara kehidupan kita terganggu, contohnya dari segi perniagaan. Ini kerana mungkin kita bergantung dengan mereka dari segi ekonomi. Allah ﷻ jawab hujah itu dalam ayat ini.

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا إِنَّمَا المُشرِكونَ نَجَسٌ فَلا يَقرَبُوا المَسجِدَ الحَرامَ بَعدَ عامِهِم هٰذا ۚ وَإِن خِفتُم عَيلَةً فَسَوفَ يُغنيكُمُ اللَّهُ مِن فَضلِهِ إِن شاءَ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَليمٌ حَكيمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O you who have believed, indeed the polytheists are unclean, so let them not approach al-Masjid al-Haram after this, their [final] year. And if you fear privation, Allah will enrich you from His bounty if He wills. Indeed, Allah is Knowing and Wise.

(MALAY)

Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin, maka Allah nanti akan memberimu kekayaan dari kurnia-Nya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

 

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا إِنَّمَا المُشرِكونَ نَجَسٌ

Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis,

Pertamanya, Allah ﷻ beritahu yang orang musyrik itu najis. Ini adalah kerana akidah mereka rosak. Kalimah yang digunakan adalah نَجَسٌ dan bukan نَجِس. Kalau نَجِس ia adalah najis kecil tetapi apabila ia adalah نَجَسٌ, bermakna ia najis yang berat.

Terdapat tiga jenis najis dalam Islam:

1. Najis kekotoran seperti tahi yang semua orang tahu ia adalah kotor. Ia boleh diketahui dengan pancaindera. Ini adalah najis aini yang boleh dilihat dengan dan dirasa dengan deria.
2. Ada najis yang diketahui melalui ilmu syariat. Ini adalah seperti keluarnya air mani, haid dan nifas.
3. Najis dari segi maknawi (makna) iaitu kekotoran fahaman dan akidah.

Oleh itu kena faham yang ‘najis’ yang disebut di dalam ayat ini adalah lebih kepada najis dalaman atau najis maknawi. Bukan tubuh fizikal mereka yang najis, sebab itu mereka boleh memasuki masjid. Ia adalah jenis najis maknawi (dari segi makna sahaja), bukannya najis hissi (fizikal). Untuk najis hissi atau ain, kita basuh dengan air untuk menghapuskannya, manakala untuk najis maknawi, ia dibasuh dengan kalimah la ilaaha illallah, iaitu kena memeluk Islam barulah najis itu dihapuskan.

Walaupun begitu, orang kafir juga telah melanggar syariat terhadap ketiga-tiga jenis najis yang telah disebut. Mereka tidak menjaga kebersihan tubuh badan dan kerana itu zaman dahulu orang kafir tidak basuh pun najis mereka. Mereka juga tidak mengambil wudhu’ dan mandi janabah selepas keluar air mani dan juga haid. Seperti yang telah disebut, akidah mereka adalah akidah sesat dan kufur.

Namun begitu yang ditekankan di dalam ayat ini adalah najis akidah. Kerana itulah pada zaman Nabi Muhammad ﷺ, selalu baginda menerima wakil orang kafir yang bertemu baginda di dalam masjid dan tidak ada masalah. Orang Melayu kita sahaja yang jahil akan perkara ini dan mereka itulah golongan pak lebai yang faham agama agak-agak sahaja.

Maka bukanlah tubuh orang kafir itu yang najis tetapi akidah mereka yang najis. Disebabkan keliru, ada juga yang bertanya: “kalau bersalam dengan orang kafir, wudhu’ batalkah?” Ini adalah soalan daripada mereka yang jahil dengan ayat ini. Tidak, wudhu’ tidak batal dan kita boleh sahaja sentuh mereka. Soalan itu pun tidak patut, kerana kalau kita sentuh najis pun, tidaklah membatalkan wudhu’. Cuma basuh sahaja.

Allah ﷻ memulakan ayat ini dengan memberitahu hakikat para Musyrikin Mekah itu supaya puak muslimin meninggalkan rasa perhubungan dengan mereka. Kenapa lagi hendak berurusan baik dengan mereka kalau mereka itu najis? Kenapa hendak memuliakan najis pula?

 

فَلا يَقرَبُوا المَسجِدَ الحَرامَ بَعدَ عامِهِم هٰذا

maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun ini. 

Dalam ayat ini Allah ﷻ kata jangan dekati, dan ia bermaksud jangan masuk pun. Dekati pun jangan, apatah lagi memasukinya. Puak Musyrikin dilarang untuk memasuki Tanah Haram selepas pengumuman daripada Surah Tawbah ini, iaitu selepas 4 bulan.

Apakah yang dimaksudkan dengan بَعدَ عامِهِم هٰذا (selepas tahun ini)? Tahun yang mana? Tahun 9 Hijrah atau 10 Hijrah? Pendapat yang kuat adalah orang musyrik tidak boleh memasukinya selepas habis tahun 9 Hijrah. Akan tetapi penangguhan diberikan selama setahun dan kerana itu hanya selepas habis tahun 10 Hijrah barulah undang-undang ini diketatkan.

Manakala yang tidak boleh masuk adalah MasjidilHaram, termasuk semua Tanah Haram, bukannya masjid-masjid lain. Inilah polisi yang telah ditetapkan oleh Islam. Sebab itulah orang kafir sampai sekarang pun tidak dibenarkan untuk memasuki ke Tanah Haram terlebih lagi di Ka’bah. Memang ada tanda sempadan kawasan Tanah Haram itu.

Ayat ini diturunkan pada tahun sembilan Hijriah. Kerana itulah maka Rasulullah ﷺ mengutus Ali رضي الله عنه untuk menemani Abu Bakar رضي الله عنه pada tahun itu. Nabi ﷺ memerintahkan kepadanya untuk menyerukan pengumuman dalam kalangan orang-orang musyrik, bahawa sesudah tahun ini tidak boleh lagi ada orang musyrik berhaji dan tidak boleh lagi ada orang tawaf di Baitullah dengan telanjang. Dengan demikian, maka Allah ﷻ telah menyempurnakan agama-Nya dan menetapkan hal ini sebagai syariat dan keputusan-Nya.

Ayat ini menjadi polemik yang agak panjang lebar juga. Ada tiga persoalan yang timbul dalam kalangan ulama’:

1. Adakah larangan itu hanya untuk MasjidilHaram sahaja atau semua masjid di dunia ini?
2. Jikalau mereka dihalang daripada memasuki MasjidilHaram, adakah secara keseluruhan (tidak boleh masuk langsung) atau mereka hanya dilarang mengerjakan Haji dan Umrah sahaja?
3. Adakah Ahli Kitab juga termasuk di dalam larangan ini? Ini kerana mereka itu mempunyai kedudukan istimewa juga di dalam syariat Islam (sebagai contoh wanita mereka boleh dikahwini dan sembelihan mereka boleh dimakan).

Oleh kerana ayat ini ringkas sahaja, maka ada khilaf pendapat dalam kalangan ulama’. Antara soalan yang timbul adalah: najis apakah yang dimaksudkan? Imam Malik رحمه الله mengatakan orang Musyrik ini bernajis dalam semua hal (fizikal dan akidah) dan kerana itulah mereka tidak boleh memasuki mana-mana masjid pun. Khalifah Umar Abdul Aziz pernah mengeluarkan arahan kepada penguasa setiap kota untuk tidak membenarkan orang kafir masuk ke dalam masjid. Beliau menaqalkan ayat ini sebagai dalil bagi arahan itu.

Imam Syafi’iy رحمه الله pula mengatakan larangan ini kepada semua orang kafir (termasuk Ahli Kitab) tetapi hanya di MasjidilHaram sahaja. Beliau berdalilkan kisah Thumamah ibn Athal yang ditangkap dan Rasulullah ﷺ mengarahkannya diikat di tiang Masjid Nabawi sebelum beliau masuk Islam.

Imam Abu Hanifah رحمه الله pula mengatakan yang dilarang adalah untuk melakukan Haji dan Umrah dengan cara sesat mereka. Kalau untuk masuk MasjidilHaram sahaja untuk tujuan lain, ini boleh dibenarkan oleh pemerintah. Beliau berdalil dengan kisah wakil daripada Bani Tsaqif yang datang selepas penaklukan Mekah dan Rasulullah ﷺ membenarkannya masuk masjid. Para sahabat ketika itu mengatakan yang orang itu kotor tetapi Rasulullah ﷺ mengatakan lantai masjid tidak terkesan dengan najis orang itu.

Oleh kerana itu Imam Abu Hanifah رحمه الله berpendapat yang konteks ayat ini bukanlah tentang kebersihan masjid, (walaupun ia penting) akan tetapi tentang kebersihan dari segi akidah. Tujuan ayat ini adalah untuk membersihkan Tanah Haram daripada golongan Musyrik. Akan tetapi ia tidaklah dilakukan serta merta. Malahan mereka itu diberi masa setahun untuk melakukannya.

Rasulullah ﷺ kemudian meneruskan usaha untuk membersihkan keseluruhan Tanah Arab daripada golongan musyrikin. Namun baginda tidak sempat melakukannya kerana tidak lama selepas itu baginda pun wafat. Malah Sayyidina Abu Bakr رضي الله عنه pun tidak sempat kerana jangkamasa pemerintahan beliau amat singkat dan perlu selesaikan perkara dalaman terlebih dahulu. Ia cuma mampu dilakukan pada zaman pemerintahan Sayyidina Umar رضي الله عنه.

 

وَإِن خِفتُم عَيلَةً فَسَوفَ يُغنيكُمُ اللَّهُ مِن فَضلِهِ إِن شاءَ

Dan jika kamu khawatir menjadi miskin, maka Allah nanti akan memberimu kekayaan dari kurnia-Nya, jika Dia menghendaki. 

Sebelum ini dikatakan ada yang bimbang mereka putus bekalan dunia, bukan? Allah ﷻ beritahu sekiranya mereka bimbang kemiskinan, Allah ﷻ janji akan beri kecukupan daripada kurniaan-Nya jika Dia kehendaki. Maka jangan takut yang rezeki mereka akan hilang.

Allah ﷻ juga hendak menasihati Musyrikin Mekah. Mereka mungkin takut selepas mereka masuk Islam, mereka akan susah. Ini kerana sebelum itu, sumber pendapatan mereka adalah daripada mereka yang datang ke Kaabah dari merata tempat kerana puak Arab ada meletakkan berhala mereka di Kaabah itu.

Allah ﷻ beritahu, jangan risaulah. Sejak dahulu Allah ﷻ juga yang memberi rezeki kepada mereka dan sekarang Allah ﷻ yang sama juga. Allah ﷻ akan memberi kesenangan kepada mereka. Allah ﷻ akan menjadikan mereka kaya raya selepas itu. Ini kerana mereka akan mendapat harta daripada Kerajaan Parsi dan Rom. Mereka akan menakluk jajahan-jajahan lain dan akan mendapat bayaran jizyah dan daerah-daerah itu.

Allah ﷻ akan beri sumber rezeki yang banyak sekali daripada sumber lain yang tidak disangka-sangka. Lihatlah sekarang mereka dikurniakan dengan kekayaan minyak. Memang kaya sungguh negara-negara Arab sekarang ini. Sampai mereka tidak tahu hendak buat apa dengan kekayaan itu.

Ayat ini mengajar akidah kita tentang rezeki di mana Allah ﷻ yang memberi rezeki kepada kita. Bukannya usaha kita. Berapa ramai manusia yang berusaha keras tetapi tidak mendapat rezeki? Usaha kita tidak memberi bekas sebenarnya. Cuma Allah ﷻ hendak melihat usaha kita, itu sahaja. Maka kena tetap berusaha. Akan tetapi jangan sangka yang usaha itu akan berjaya tanpa Allah ﷻ beri izin.

 

إِنَّ اللَّهَ عَليمٌ حَكيمٌ

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Allah ﷻ tahu memang akan ada putus hubungan dan boleh jadi berlaku putus keperluan. Namun Allah ﷻ maha bijaksana, Dia akan beri perkara yang lebih baik. Segala yang Allah ﷻ tentukan ada untuk kebaikan. Maka kita kena redha dan percaya dengan keputusan yang Allah ﷻ telah lakukan. Allah ﷻ tahu keperluan hidup kita dan Allah ﷻ akan beri kecukupan kepada kita.


 

ARAHAN JIHAD

Tawbah Ayat 29: Ayat ini adalah DAKWA Surah Tawbah. Inilah polisi untuk memerangi puak Musyrikin dan Ahli Kitab.

Kita sekarang sudah masuk ke perenggan Makro ke 2 surah ini. Ia bermula daripada ayat ini sehingga ke ayat 35. Dalam perenggan pertama telah disebut tentang perang dengan Bani Ismail (golongan Arab), sekarang disebut arahan perang kepada Bani Israil (golongan Ahli Kitab) pula. Yang dimaksudkan adalah Yahudi dan Nasrani.

Walaupun tidak disebut secara tekstual tentang mereka, malah boleh dikatakan arahan ini adalah arahan berperang dengan semua golongan kafir, tetapi mereka adalah golongan yang dikenali oleh bangsa Arab pada waktu itu. Ia penting kerana mungkin ada dalam kalangan umat Islam ketika itu berasa berat untuk berperang dengan mereka memandangkan mereka itu ada juga beriman kepada agama samawi dan agak rapat dengan umat Islam. Ini kerana mereka juga mempunyai kitab, mereka juga beriman dengan para Nabi yang juga para Nabi umat Islam juga. Maka Allah ﷻ berikan penegasan yang mereka itu tetap mesti diperangi kerana mereka telah terpesong jauh daripada agama yang asli.

Malah mereka amat patut diperangi lebih awal kerana mereka itu sepatutnya kenal Allah ﷻ, kenal Nabi mereka dan malah kenal Nabi Muhammad ﷺ. Akan tetapi mereka tetap juga kufur dengan kebenaran. Ini jenis orang yang degil (tahu kebenaran tetapi tetap menolaknya). Maka mereka ini lebih teruk lagi daripada golongan musyrik yang tidak ada ilmu.

Mujahid mengatakan ayat-ayat ini adalah tentang Perang Tabuk pada tahun 9 Hijrah. Ia adalah perang terakhir yang disertai oleh Rasulullah ﷺ.

قٰتِلُوا الَّذينَ لا يُؤمِنونَ بِاللَّهِ وَلا بِاليَومِ الآخِرِ وَلا يُحَرِّمونَ ما حَرَّمَ اللَّهُ وَرَسولُهُ وَلا يَدينونَ دينَ الحَقِّ مِنَ الَّذينَ أوتُوا الكِتٰبَ حَتّىٰ يُعطُوا الجِزيَةَ عَن يَدٍ وَهُم صٰغِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Fight those who do not believe in Allah or in the Last Day and who do not consider unlawful what Allah and His Messenger have made unlawful and who do not adopt the religion of truth [i.e., Islam] from those who were given the Scripture – [fight] until they give the jizyah1 willingly while they are humbled.

  • A tax required of non-Muslims exempting them from military service and entitling them to the protection of the Islamic state. Concurrently, zakah is not taken from them, being an obligation only upon Muslims.

(MALAY)

Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari kemudian, dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan tidak beragama dengan agama yang benar (agama Allah), (iaitu orang-orang) yang diberikan Al-Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk.

 

قٰتِلُوا الَّذينَ لا يُؤمِنونَ بِاللَّهِ وَلا بِاليَومِ الآخِرِ

Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada hari kemudian

Hendaklah puak Muslimin memerangi golongan yang tidak beriman. Allah ﷻ beritahu kenapa mesti diperangi mereka itu. Sebab pertama dinyatakan di dalam ayat ini; mereka tidak mengamalkan tauhid. Mereka tidak beriman sebenarnya dengan Allah ﷻ. Mereka tidak mengamalkan fahaman tauhid.

Sebab kedua, mereka tidak beriman dengan akhirat. Mereka tidak percaya yang mereka akan dibangkitkan kembali dan dikenakan balasan di atas apa yang mereka telah lakukan. Oleh kerana tidak percaya akhirat, maka mereka tidak takut untuk berbuat dosa di atas dunia.

 

وَلا يُحَرِّمونَ ما حَرَّمَ اللَّهُ وَرَسولُهُ

dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya

Dan yang ketiga, mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan Nabi. Mereka tidak kisah halal dan haram. Mereka sanggup ubah hukum asalkan mereka dapat habuan dari fatwa mereka itu.

 

وَلا يَدينونَ دينَ الحَقِّ

dan tidak beragama dengan agama yang benar 

Sebab keempat, mereka tidak menerima agama Islam. Setelah disampaikan dakwah kepada mereka, mereka masih juga menolaknya. Malah, mereka menentang ajaran Islam yang disampaikan kepada manusia. Mereka sanggup mengatakan Nabi Muhammad ﷺ bukan Rasul, atau mereka kata baginda hanya Rasul untuk bangsa Arab sahaja.

Oleh kerana mereka itu Ahli Kitab dan dipandang tinggi oleh manusia, maka keputusan mereka tidak menerima Nabi Muhammad ﷺ itu telah menyebabkan manusia lain sangsi untuk menerima baginda. Ini adalah kerana mereka melihat kepada yang kenal agama pun tidak menerima baginda (iaitu Ahli Kitab), maka tentulah baginda tidak benar (pada pandangan mereka).

 

مِنَ الَّذينَ أوتُوا الكِتٰبَ

dari kalangan orang-orang yang diberikan Al-Kitab kepada mereka,

Siapakah yang perlu diperangi? Mereka adalah golongan Ahli Kitab yang disebut dalam ayat ini. Sifat-sifat mereka telah disebut dan terdapat 4 perkara yang mereka telah langgar:

1. Mereka tidak percaya kepada Allah ﷻ
2. Mereka tidak percaya kepada Hari Akhirat
3. Mereka tidak mengharamkan apa yang Allah ﷻ telah haramkan
4. Mereka tidak beragama dengan sebenarnya

Cuma, bukankah mereka sepatutnya beriman dengan Allah ﷻ dan beriman dengan Hari Akhirat? Bukankah mereka itu telah diutuskan dengan banyak Nabi dan juga kitab wahyu? Maka, kenapa Allah ﷻ kata mereka tidak beriman pula?

Ini adalah kerana mereka itu cakap beriman dengan mulut sahaja. Walhal dari segi praktikalnya mereka tidak beriman. Nanti ayat selepas ini disebut bagaimana mereka telah mengambil Nabi Uzair dan Nabi Isa عليهماالسلام sebagai anak tuhan. Maka itu menunjukkan yang mereka ini musyrik sebenarnya. Kata-kata beriman yang tidak diikuti dengan amalan tidak akan dikira langsung.

Walaupun dikatakan mereka beriman adanya Hari Akhirat, tetapi fahaman mereka tentangnya sudah lari daripada kebenaran kerana telah diubah-ubah daripada apa yang telah disampaikan oleh Nabi mereka dan wahyu. Contohnya mereka kata yang ada akhirat nanti adalah roh sahaja, tanpa fizikal.

Dari segi hukum, mereka buat tidak tahu sahaja pengharaman Allah ﷻ. Sebagai contoh, riba yang Allah ﷻ haramkan, mereka benarkan pula. Mereka ini dalam bab beragama, amat culas. Ikut sedap tekak mereka sahaja. Semoga kita tidak menjadi seperti mereka itu.

Di sini Allah ﷻ sedang membezakan antara puak Musyrikin dan Ahli Kitab. Allah ﷻ sebut Ahli Kitab secara khusus. Kenapa pula? Kerana mungkin ada para sahabat yang berasa mereka tidak perlu menyerang puak Ahli Kitab. Allah ﷻ kata tidak, mesti juga melawan mereka, kerana mereka itu pun ada masalah juga.

Ayat ini merupakan ayat pertama yang memerintahkan untuk memerangi kaum Ahli Kitab, sesudah menyelesaikan perkara yang melibatkan kaum musyrik dan sesudah manusia masuk ke dalam agama Allah ﷻ (agama Islam) secara bergelombang, serta seluruh Jazirah Arabia telah tegak di dalam kekuasaan agama Islam. Setelah itu berlaku, maka sekarang Allah ﷻ memerintahkan kepada Rasul-Nya agar memerangi kaum Ahli Kitab, iaitu orang-orang Yahudi dan Nasrani. Hal ini terjadi pada tahun sembilan Hijriah.

 

حَتّىٰ يُعطُوا الجِزيَةَ عَن يَدٍ

sampai mereka membayar jizyah dengan patuh

Ahli Kitab itu mesti diperangi (kerana kekafiran mereka) namun ada hadnya di mana mereka diwajibkan untuk membayar jizyah. Ini mereka perlu lakukan kalau mereka tidak mahu memeluk Islam. Ini kerana sekiranya mereka sudah membayar jizyah, maka tidak boleh lagi diperangi mereka itu.

Perkataan jizyah diambil daripada perkataan jaza’ (pemulangan atau balasan), dan jizyah bermaksud sebagai ganti mereka tidak dibunuh. Jizyah itu dikenakan kepada mereka kerana kekufuran mereka.

Allah ﷻ beritahu yang umat Islam mesti memerangi orang kafir itu sehingga mereka membayar jizyah dengan tangan mereka mereka ini. Mereka mesti memberi dengan tangan mereka sendiri sebagai isyarat yang mereka kena tunduk dengan kerajaan Islam. Jizyah ini hendaklah diberi sendiri, tidak boleh melalui perantaraan kerana itu Allah ﷻ sebut عَن يَدٍ (daripada tangan).

Jizyah ketika itu menyerupai cukai yang dikenakan kepada rakyat sesebuah negara sekarang. Mereka menjadi jajahan takluk negara Islam. Mereka tidaklah menjadi rakyat negara Islam kerana untuk menjadi rakyat negara Islam, mesti melafazkan syahadah. Maka dengan membayar jizya mereka mendapat penjagaan di dalam negara Islam dan mereka boleh mengamalkan agama mereka dengan bebas.

Oleh sebab itu, mereka tidaklah mendapat kelebihan penuh sebagai rakyat negara Islam. Sebagaimana di negara kita sekarang, untuk bukan warganegara Malaysia pergi ke hospital, bayaran yang dikenakan kepada mereka tidak sama seperti yang dikenakan kepada rakyat Malaysia sendiri.

Puak Muslimin dibenarkan untuk mengenakan undang-undang sebegini kepada orang kafir kerana mereka telah diberikan peluang untuk berfikir. Mereka telah diajak dan diberi pilihan sebelum ini. Kalau masih tidak mahu ambil peluang itu, maka mereka boleh melakukan seperti yang Allah ﷻ perintahkan dalam ayat ini. Amat jelas pilihan yang Allah ﷻ berikan kepada mereka ini merupakan rahmat daripada-Nya.

Jizyah ini bukanlah perkara yang baru kerana jika mereka tidak membayarnya kepada negara Islam, mereka akan diwajibkan untuk membayar kepada negara lain. Bayaran yang dikenakan tidak banyak iaitu ditetapkan sebanyak 1 Dinar setiap orang. Atau apa sahaja amaun yang boleh ditetapkan oleh khalifah.

Kelebihan yang mereka akan dapat adalah keselamatan mereka akan dijamin oleh negara Islam. Mereka hanya menjadi warganegara sahaja dan tidak perlu mempertahankan negara mereka kerana negara Islam yang akan menjamin keselesaan dan keselamatan mereka.

Oleh kerana itu jizyah tersebut tidak akan gugur sehingga mereka memeluk agama Islam. Barulah mereka menjadi rakyat negara Islam yang sebenar dan mendapat kelayakan penuh. Jizyah juga tidak akan gugur walaupun mereka ikut berperang.

Jizyah juga tidak akan diambil melainkan daripada orang yang mampu sahaja. Allah ﷻ berfirman: “عَن يَدٍ.” Maksudnya kerana kemampuan mereka. Oleh kerana itu jizyah tidak diambil daripada orang yang tidak mampu. Ia juga bermaksud mereka bayar jizrah itu kerana mereka menerima hakikat yang mereka itu di bawah penguasaan kerajaan Islam.

Di samping itu jizyah diambil daripada kaum lelaki sahaja dan tidak wajib bagi kaum wanita, anak-anak dan juga orang gila. Walaupun wanita tersebut datang ke negara Islam dan sanggup membayar jizyah sebagai bayaran kerana ingin menetap di sana, namun jizyahnya tidak wajib diambil, dia akan diterima tinggal di negara Islam dan dia bebas untuk tinggal di mana sahaja di negara Islam.

Jumlah jizyah ditetapkan mengikut kebijaksanaan dan ijtihad Khalifah. Harus diingatkan bahawa jizyah itu hendaklah tidak melebihi kemampuan orang yang berhak membayar jizyah.

Imam Bukhari berkata, Ibn `Uyainah telah berkata daripada Ibn Abi Najih, aku bertanya kepada Mujahid:

ما شأن أھل الشام عليھم أربعة دنانير وأھل اليمن عليھم دينار ؟ قال : جعل ذلك من أجل اليسار…وألنھا عوض فلم تتقدر كاألجرة

Kenapa penduduk Sham dikenakan jizyah empat dinar, manakala penduduk Yaman pula dikenakan satu dinar? Beliau menjawab : dijadikan begitu bagi tujuan kemudahan (kepada mereka)…dan ia adalah cukai maka ia tidak ditetapkan sepertimana bayaran sewa
(HR. Bukhari 6/296)

Ketika zaman pemerintahan Sayyidina Umar رضي الله عنه pula beliau mengenakan zakat kepada Kristian Bani Taghlib, cuma zakat yang dikenakan kepada mereka adalah dua kali ganda. Sedangkan pada zaman Rasulullah ﷺ telah ada perjanjian dengan Kristian Najran untuk membayar dua ribu hullah setahun. Hullah adalah sejenis pakaian.

Apabila Jizyah dikenakan terhadap orang yang mampu, manakala dia keberatan untuk membayarnya, maka dia dianggap mempunyai hutang jizyah. Dia akan diperlakukan sebagaimana orang yang berhutang dalam keadaan yang dia keberatan. Kemudian akan dilihat bagaimana mudahnya.

 

وَهُم صٰغِرونَ

sedang mereka dalam keadaan tunduk.

Maknanya mereka membayar jizyah itu bukan secara sukarela akan tetapi kerana mengiktiraf kuasa kerajaan Islam ke atas mereka. Ia juga bermaksud mereka kena tunduk patuh kepada syariat Islam. Walaupun mereka orang kafir, tetapi mereka mesti mengikut hukum Islam. Sebagaimana orang luar yang datang ke negara kita sekarang, kenalah ikut undang-undang negara kita. Sebagai contoh, jika mereka melakukan perbuatan salah seperti mengedar dadah, mereka tetap dikenakan hukuman gantung walaupun di negara mereka tidak ada undang-undang sebegitu.

Selain itu, hendaklah jadikan mereka itu dalam keadaan hina, rendah, dan kalah. Tidak boleh membanggakan mereka, tidak boleh pula meninggikan mereka atas kaum Muslim; bahkan mereka harus dipandang terhina, kecil lagi celaka, seperti yang disebutkan di dalam berikut:

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ – رَضِيَ اللهُ عَنْهُ – : أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – ، قَالَ : (( لاَ تَبْدَأُوا اليَهُودَ وَلاَ النَّصَارَى بِالسَّلامِ ، فَإِذَا لَقِيتُمْ أَحَدَهُمْ فِي طَرِيْقِ فَاضْطَرُّوهُ إِلَى أَضْيَقِهِ )) رَوَاهُ مُسْلِمٌ.

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, Rasulullah ﷺ bersabda, “Janganlah kalian memulai salam kepada Yahudi dan Nasrani. Apabila kalian bertemu dengan salah satu daripada mereka di jalan maka desaklah ia ke jalan yang sempit.”
(HR. Muslim No. 2167)

Mereka ini adalah orang-orang kafir jenis Kafir Dzimmah. Kafir Dzimmi atau kafir zimi atau dzimmah ialah orang kafir yang diizinkan untuk tinggal di negeri kaum muslimin, dan sebagai gantinya mereka mengeluarkan jizyah yakni semacam ufti.

Ayat ini menyebut Ahli Kitab yang dimestikan untuk membayar jizyah. Kerana itulah ada yang berpendapat jizyah ini hanya diberikan pilihan itu kepada Ahli Kitab sahaja. Akan tetapi pendapat majoriti mengatakan ia boleh dikenakan juga kepada orang kafir yang lain. Cuma ia tidaklah diberikan sebagai pilihan kepada Musyrikin Mekah.

Habis Ruku’ 4 dari 16 ruku’ dalam surah ini.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 18 Oktober 2023

Ringkasan Surah Tawbah


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Ustaz Solahuddin

Ustaz Abdul Muien

Maariful Qur’an