Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 36 – 40 (Manusia minta azab)

Ayat 36:

وَإِذا رَءآكَ الَّذينَ كَفَروا إِن يَتَّخِذونَكَ إِلّا هُزُوًا أَهٰذَا الَّذي يَذكُرُ آلِهَتَكُم وَهُم بِذِكرِ الرَّحمٰنِ هُم كٰفِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when those who disbelieve see you, [O Muḥammad], they take you not except in ridicule, [saying], “Is this the one who mentions [i.e., insults] your gods?” And they are, at the mention of the Most Merciful, disbelievers.

(MELAYU)

Dan apabila orang-orang kafir itu melihat kamu, mereka membuat kamu menjadi olok-olok. (Mereka mengatakan): “Apakah ini orang yang mencela tuhan-tuhan-mu?”, padahal mereka adalah orang-orang yang engkar mengingat Allah Yang Maha Pemurah.

 

وَإِذا رَءآكَ الَّذينَ كَفَروا إِن يَتَّخِذونَكَ إِلّا هُزُوًا

Dan apabila orang-orang kafir itu melihat kamu, mereka membuat kamu menjadi olok-olok.

Ini adalah perangai penentang Rasulullah. Mereka melihat Nabi Muhammad sebagai bahan jenaka sahaja. Mereka tidak nampak pun baginda itu sebagai seorang Nabi. Mereka rasa diri mereka lebih hebat dari baginda. Mereka tengok baginda sebagai seorang yang lekeh sahaja. Baginda miskin, anak yatim pula dan pengikut pun tak ramai. Maka mereka tidak pandang tinggi kepada baginda.

Ini adalah kerana bahagian dari keduniaan baginda kurang dan mereka pula hanya menilai kejayaan dan kehebatan seseorang berdasarkan keduniaan sahaja. Maka mereka melihat baginda sebagai bahan jenaka sahaja.

 

أَهٰذَا الَّذي يَذكُرُ آلِهَتَكُم

“Apakah ini orang yang mencela tuhan-tuhan-mu?”,

Mereka kutuk Rasulullah apabila mereka sesama sendiri. Mereka kata, “takkan orang ini yang berani mencela tuhan-tuhan kamu?” Mereka rasa baginda itu tidak ada apa dan tidak patut kalau Nabi Muhammad itu mengatakan ilah-ilah mereka itu tidak benar. Kalimah يَذكُرُ bermaksud ‘mengingati’ dan juga ‘menyebut’. Dalam ayat ini digunakan maksud ‘menyebut’. Mereka menuduh baginda menyebut nama ilah-ilah mereka dalam nada mengutuk.

Padahal Rasulullah tidak pernah pun mengutuk sembahan-sembahan mereka itu melainkan baginda hanya beritahu bahawa sembahan-sembahan mereka itu tidak ada kuasa untuk memberi manfaat ataupun mudharat kepada mereka. Akan tetapi mereka menganggap kata-kata Rasulullah itu sebagai celaan kepada ilah-ilah mereka.

 

وَهُم بِذِكرِ الرَّحمٰنِ هُم كٰفِرونَ

padahal mereka adalah orang-orang yang engkar mengingat Allah Yang Maha Pemurah.

Mereka itu adalah orang-orang yang engkar sungguh dengan Allah dan peringatan dari Allah iaitu wahyu Qur’an. Dalam ayat lain disebut, apabila disebut nama Allah ar-Rahman, mereka kata mereka tidak kenal.


 

Ayat 37:

خُلِقَ الإِنسٰنُ مِن عَجَلٍ ۚ سَأُوريكُم آيٰتي فَلا تَستَعجِلونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Man was created of haste [i.e., impatience]. I will show you My signs [i.e., vengeance], so do not impatiently urge Me.

(MELAYU)

Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa. Kelak akan Aku perlihatkan kepadamu tanda-tanda azab-Ku. Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkannya dengan segera.

 

خُلِقَ الإِنسٰنُ مِن عَجَلٍ

Manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa.

Allah hendak memberitahu yang dalam kejadian diri kita ini, salah satu dari bahan ramuan untuk menjadikan kita adalah sifat tergesa-gesa. Ini adalah salah satu daripada sifat manusia iaitu mahukan sesuatu itu dengan segera. Tak sabar nak tunggu.

Tergesa-gesa sama ada dalam mendapatkan kebaikan atau pun keburukan. Begitulah juga Nabi Muhammad mahu Qur’an diturunkan dengan segera dan Nabi Musa mahu berjumpa dan bercakap dengan Allah dengan segera (disebut dalam Surah Taha). Kedua perkara itu adalah perkara yang baik dalam agama tapi Allah tegur juga kepada Rasul berdua itu kerana mereka mereka tergesa-gesa dan itu tidak patut sebenarnya.

Jadi manusia mahukan apa-apa sahaja dengan segera, tidak kira sama ada ianya perkara dalam kebaikan atau keburukan.

Dan kerana itulah dunia ini lebih laku dan dipandang lebih penting kepada ramai manusia kalau dibandingkan dengan akhirat,  kerana ia adalah sesuatu yang segera yang boleh terus dapat kalau dibandingkan dengan akhirat. Kerana dunia sudah ada depan mata dan boleh dapat terus kalau mahu. Kalau akhirat nampak jauh sahaja.

Dari kecil sampai besar manusia memang tidak sanggup menunggu dan mahukan pemberian dengan segera. Kalau nak ke mana-mana, nak cepat sahaja. Kalau nak berjaya, nak berjaya dengan segera. Kalau nak makan, tak sanggup nak tunggu. Tengoklah anak-anak kita pun, memang tak  sabar. Kalau mereka minta sesuatu, mereka nak waktu itu juga dan kalau lambat beri, mereka akan mengamuk dan membentak.

Jadi walaupun Allah telah menjanjikan berbagai-bagai kehebatan dan nikmat di syurga, tetapi manusia tidak dapat menghargainya kerana perkara itu tidak ada di depan mata. Allah janjikan mahligai besar mana pun, tetap manusia nak rumah di dunia juga. Dan malangnya kadangkala mereka tidak kisah dengan cara apa mereka dapatkan rumah yang besar di dunia. Janji mereka nak dapat dahulu.

Allah menegur perbuatan manusia yang tergesa-gesa dalam menolak kebenaran. Mereka tak dengar dan fikirkan pun apakah yang telah disampaikan. Belum apa-apa lagi mereka terus tolak. Patutnya dengarlah dulu. Walaupun berlawanan dengan fahaman mereka sebelum ini, tapi dengarlah dahulu dan lihatlah apakah hujah yang digunakan.

Kalau ianya masuk akal dan ditambah pula dengan dalil yang sah dari wahyu, maka terimalah. Yang penting, dengar dahulu. Amat penting bagi manusia meminjamkan telinga mereka dahulu.

Lebih teruk lagi, mereka kata Qur’an  bermaksud begini dan begitu, padahal mereka tak belajar pun. Mereka cepat sahaja mencapai konklusi sendiri tanpa fikir panjang, tanpa belajar dengan benar.

Orang-orang yang engkar begitu kurang ajar sampai mereka meminta ditunjukkan ancaman-ancaman kepada mereka. Mereka kata kalau akhirat itu benar, maka tunjukkanlah segera.  Dan Allah berkata ia pasti akan ditunjukkan kepada mereka. Jangan risau, kamu akan dapat juga nanti.

 

سَأُوريكُم آيٰتي فَلا تَستَعجِلونِ

Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkannya dengan segera.

Allah takkan biarkan mereka begitu sahaja. Allah pasti akan tunjukkan azab kepada mereka. Jadi tak payah minta disegerakan azab itu kerana nanti bila sampai masa, ia akan sampai.

Azab pertama yang dikenakan kepada mereka adalah kekalahan dalam Perang Badr. Selepas itu bertimpa-timpa kekalahan yang mereka terima, akhir sekali adalah Penaklukan Mekah oleh umat Islam.


 

Ayat 38: Mereka tergesa-gesa meminta perkara yang mereka tidak patut minta. Ini adalah ayat syikayah.

وَيَقولونَ مَتىٰ هٰذَا الوَعدُ إِن كُنتُم صٰدِقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they say, “When is this promise, if you should be truthful?”

(MELAYU)

Mereka berkata: “Bilakah janji itu akan datang, jika kamu sekalian adalah orang-orang yang benar?”

 

Orang-orang yang engkar itu mengejek dengan mengatakan bilakah semua janji-janji itu akan dipenuhi? Mereka kononnya nak dipercepatkan azab kepada mereka. Mereka berani cakap begitu kerana mereka tak sangka yang ianya akan berlaku. Mereka tak percaya langsung Qur’an sampai mereka sanggup jadi degil dan tidak risau dengan ancaman.

Maka alangkah terkejutnya mereka nanti apabila mereka melihat dengan mata mereka sendiri bagaimana rupa azab yang mereka minta dipercepatkan itu. Waktu itu mereka akan menyesal dan waktu itu sudah terlambat.

Soalan ini ditujukan oleh mereka kepada orang-orang mukmin yang berdakwah kepada mereka.


 

Ayat 39: Ini adalah jawab kepada syikayah dalam ayat sebelum ini. Allah beritahu bagaimana keadaan mereka nanti.

لَو يَعلَمُ الَّذينَ كَفَروا حينَ لا يَكُفّونَ عَن وُجوهِهِمُ النّارَ وَلا عَن ظُهورِهِم وَلا هُم يُنصَرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

If those who disbelieved but knew the time when they will not avert the Fire from their faces or from their backs and they will not be aided…¹

•The completion of the sentence is understood to be “…they would not be asking in disbelief and ridicule to be shown the punishment.”

(MELAYU)

Andaikata orang-orang kafir itu mengetahui, waktu (di mana) mereka tidak mampu mengelakkan api neraka dari muka mereka dan (tidak pula) dari punggung mereka, sedang mereka (tidak pula) mendapat pertolongan, (tentulah mereka tiada meminta disegerakan).

 

لَو يَعلَمُ الَّذينَ كَفَروا

Andaikata orang-orang kafir itu mengetahui,

Kalaulah mereka tahu apa yang akan terjadi pada hari itu. Hari apabila azab akan dikenakan kepada mereka.

 

حينَ لا يَكُفّونَ عَن وُجوهِهِمُ النّارَ

waktu (di mana) mereka tidak mampu mengelakkan api neraka dari muka mereka

Pada hari itu, mereka tidak dapat nak angkat tangan mereka untuk menahan api dari muka mereka. Kalimah كَفَّ bermaksud ‘menahan dengan tangan’. Selalunya manusia akan tahan muka mereka dengan tangan kalau sesuatu hampir mengenai mukanya, bukan?

Tapi nanti di akhirat, tangan mereka akan terikat di belakang mereka. Maka mereka tak dapat nak mempertahankan muka mereka dengan tangan. Mereka kena tadah sahaja muka mereka. Allah kata, kalaulah mereka tahu keadaan itu. Kalaulah mereka dapat bayangkan.

Pertama sekali disebut muka kerana mukalah yang pertama sekali dipertahankan oleh manusia jikalau ada bahaya. Allah memberitahu bahawa tangan mereka akan ditahan dari dapat mempertahankan wajah mereka.

 

وَلا عَن ظُهورِهِم

dan (tidak pula) dari punggung mereka, 

Mereka juga tidak dapat menahan bahagian belakang mereka dari dibakar oleh api neraka. Kerana tangan mereka akan terikat. Kalau tangan tidak terikat pun, memang tidak boleh buat apa-apa pun.

 

وَلا هُم يُنصَرونَ

sedang mereka (tidak pula) mendapat pertolongan,

Dan tidak akan ada sesiapa pun yang akan dapat menyelamatkan mereka. Mereka akan berseorangan. Tidak ada yang mahu menolong mereka dan kalau ada yang mahu menolong pun, orang itu tidak dapat menolong. Kalau mereka di dunia ada sahaja yang akan menolong mereka, tapi keadaan itu tidak sama di akhirat kelak.

Muqaddar: kalaulah mereka tahu tentang ini, tentulah mereka tidak akan minta azab disegerakan.

Kalau mereka tahu, tentulah mereka akan beriman dan tidak berani nak buat dosa.


 

Ayat 40:

بَل تَأتيهِم بَغتَةً فَتَبهَتُهُم فَلا يَستَطيعونَ رَدَّها وَلا هُم يُنظَرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Rather, it will come to them unexpectedly and bewilder them, and they will not be able to repel it, nor will they be reprieved.

(MELAYU)

Sebenarnya (azab) itu akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba lalu membuat mereka menjadi panik, maka mereka tidak sanggup menolaknya dan tidak (pula) mereka diberi tangguh.

 

بَل تَأتيهِم بَغتَةً

Sebenarnya (azab) itu akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba

Azab itu akan datang secara tiba-tiba dan dalam keadaan mereka tidak sangka-sangka. Allah tidak bagi pengumuman sebelum nak bawa datang azab itu. Maka mereka tidak dapat nak bersedia untuk menghadapinya. Memang azab akan datang secara mengejut pun.

Kepada orang yang beriman pun ia akan datang dengan terkejut juga. Tapi orang mukmin sudah bersedia dengan banyak amalan dan akidah yang benar. Jadi mereka tidak menjadi malang kerana mereka sudah ada persediaan.

 

فَتَبهَتُهُم

lalu membuat mereka menjadi panik, 

Dari katadasar ب ه ت yang bermaksud terkejut, tidak tahu apa nak buat lagi, terkesan sangat dengan apa yang berlaku. Azab itu akan mengejutkan mereka sehingga mereka terdiam dalam kepanikan. Kerana mereka terperanjat sangat. Kadang-kadang kita terkejut sangat sampai mulut kita tidak dapat nak kata apa-apa. Sampai mulut jadi bungkam kerana terkejut sangat. Begitulah nanti yang akan terjadi kepada mereka.

 

فَلا يَستَطيعونَ رَدَّها

maka mereka tidak mampu menolaknya

Dari katadasar ر د د yang bermaksud memulangkan, tolak, enggan, elak. Mereka tidak akan dapat menghilangkannya. Tak dapat nak tepis dan nak halang apabila azab itu datang.

Sepatutnya mereka halang azab itu dengan berbuat baik semasa di dunia. Antaranya kenalah berderma dan bersedekah. Kerana itu dapat menyelamatkan manusia dari azab akhirat sebegitu. Tapi mereka tidak buat begitu dan mereka kena terima sahajalah apa yang dikenakan kepada mereka.

 

وَلا هُم يُنظَرونَ

dan tidak (pula) mereka diberi tangguh.

Tidak boleh nak minta tangguh dari azab. Tak boleh nak minta diberhentikan seketika azab itu kerana mereka hendak ambil nafas atau berehat dahulu, tidak.

Mereka juga diberi tangguh untuk beri peluang minta ampun, minta maaf atau perbaiki kesalahan mereka. Kerana sudah terlambat.

Lagi satu tafsir, kalau kita lihat asal kalimah نطر itu adalah ‘melihat’. Mereka tidak akan dipandang langsung. Allah tidak akan memandang mereka dengan pandangan Rahmah dan belas kasihan semasa mereka meminta tolong untuk diselamatkan dari azab itu. Maksudnya Allah tengok pun tidak.

Kalau dalam dunia sekarang, antara cara untuk meningkatkan prihatin manusia kepada masyarakat ataupun kaum yang ditindas, maka akan diambil gambar mereka sedang kelaparan atau mayat yang bergelimpangan dan ditunjukkan di khalayak ramai dalam media untuk menaikkan kasihan dan prihatin manusia kepada mereka.

Akan tetapi kepada ahli neraka itu tidak akan ada sesiapa pun yang akan melihat mereka dan berasa kasihan kepada mereka. Mereka akan dilupakan terus dari ingatan sesiapa pun. Tidak ada sesiapa pun yang akan hiraukan mereka.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 15 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Yaasin Ayat 67 – 68 (Kembali jadi budak-budak)

Yaasin Ayat 67:

وَلَو نَشآءُ لَمَسَخنٰهُم عَلىٰ مَكانَتِهِم فَمَا استَطٰعوا مُضِيًّا وَلا يَرجِعونَ

 Sahih International

And if We willed, We could have deformed them, [paralyzing them] in their places so they would not be able to proceed, nor could they return.

Malay

(Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau Kami kehendaki, Kami berkuasa mengubah keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya; maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang.

 

وَلَوْ نَشَآءُ لَمَسَخْنٰهُمْ عَلَىٰ مَكَانَتِهِمْ

Kalau Kami kehendaki, Kami boleh tukar rupa mereka di atas tempat mereka berada;

Kalimah لَمَسَخنٰهُم daripada katadasar م س خ yang bermaksud mengubah rupa jadi lain daripada asalnya, melumpuhkan, menghancurkan. Allah ‎ﷻ boleh mengubah keadaan mereka jadi kera atau babi, sebagai contoh, kerana kesalahan besar yang telah lakukan. Allah ‎ﷻ boleh lakukan, tetapi Allah ‎ﷻ tidak buat kerana masih lagi beri peluang kepada mereka. Allah ‎ﷻ boleh sahaja jadikan mereka kera, babi, batu atau apa sahaja kerana ia telah pernah berlaku. Ada dua kali Allah ‎ﷻ menceritakan bagaimana Allah ‎ﷻ merubah kejadian manusia dalam Al-Qur’an, satu pada zaman Nabi Daud عَلَيْهِ ٱلسَّلَامُ, kaumnya menjadi kera kerana disumpah, iaitu orang-orang yang memukat ikan pada hari Sabtu. Patutnya tidak boleh bekerja menangkap ikan pada hari tu. Kerana syariat orang Yahudi waktu itu mereka tidak boleh bekerja pada hari Sabtu. Namun mereka telah buat helah untuk bagi boleh juga. Mereka tidak tahan nafsu untuk menangkap ikan, sebab ikan-ikan banyak pada hari Sabtu pula. Mereka tahan pukat pada hari Jumaat dan mereka angkat pukat itu pada hari Ahad. Allah ‎ﷻ ubah kejadian mereka menjadi kera kerana mereka hendak menipu Tuhan. Kononnya, mereka mahu berhujah yang mereka tidak bekerja hari Sabtu itu. Mereka sangka mereka pandai, sampai mereka mahu tipu Tuhan. Lihatlah firman Allah ‎ﷻ di dalam Baqarah: 65

وَلَقَد عَلِمتُمُ الَّذينَ اعتَدَوا مِنكُم فِي السَّبتِ فَقُلنا لَهُم كونوا قِرَدَةً خٰسِئينَ
Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina”.

Memang perubahan wajah ini Allah ‎ﷻ telah ancam kepada manusia seperti yang diberikan kepada golongan Yahudi di dalam Nisa’: 47

يٰأَيُّهَا الَّذينَ أوتُوا الكِتٰبَ ءآمِنوا بِما نَزَّلنا مُصَدِّقًا لِّما مَعَكُم مِّن قَبلِ أَن نَّطمِسَ وُجوهًا فَنَرُدَّها عَلىٰ أَدبارِها أَو نَلعَنَهُم كَما لَعَنّا أَصحٰبَ السَّبتِ ۚ وَكانَ أَمرُ اللهِ مَفعولًا
Wahai orang-orang yang telah diberikan Kitab, berimanlah kamu dengan apa yang telah Kami turunkan (Al-Qur’an), yang mengesahkan Kitab-Kitab yang ada pada kamu, sebelum Kami menyeksa dengan menghapuskan bentuk muka kamu (sehingga berubah menjadi rata – tidak bermulut, berhidung dan bermata), lalu Kami menjadikannya sama seperti rupa sebelah belakangnya, atau Kami melaknatkan mereka sebagaimana Kami telah melaknatkan orang-orang (daripada kaum mereka – Yahudi) yang melanggar larangan bekerja pada hari Sabtu. Dan (ingatlah) perintah Allah itu tetap berlaku.

Kisah ini lebih panjang disebut di dalam A’raf: 163-166

وَسۡـَٔلۡهُمۡ عَنِ ٱلۡقَرۡيَةِ ٱلَّتِى ڪَانَتۡ حَاضِرَةَ ٱلۡبَحۡرِ إِذۡ يَعۡدُونَ فِى ٱلسَّبۡتِ إِذۡ تَأۡتِيهِمۡ حِيتَانُهُمۡ يَوۡمَ سَبۡتِهِمۡ شُرَّعً۬ا وَيَوۡمَ لَا يَسۡبِتُونَ‌ۙ لَا تَأۡتِيهِمۡ‌ۚ ڪَذَٲلِكَ نَبۡلُوهُم بِمَا كَانُواْ يَفۡسُقُونَ (١٦٣) وَإِذۡ قَالَتۡ أُمَّةٌ۬ مِّنۡہُمۡ لِمَ تَعِظُونَ قَوۡمًا‌ۙ ٱللَّهُ مُهۡلِكُهُمۡ أَوۡ مُعَذِّبُہُمۡ عَذَابً۬ا شَدِيدً۬ا‌ۖ قَالُواْ مَعۡذِرَةً إِلَىٰ رَبِّكُمۡ وَلَعَلَّهُمۡ يَتَّقُونَ (١٦٤) فَلَمَّا نَسُواْ مَا ذُڪِّرُواْ بِهِۦۤ أَنجَيۡنَا ٱلَّذِينَ يَنۡہَوۡنَ عَنِ ٱلسُّوٓءِ وَأَخَذۡنَا ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ بِعَذَابِۭ بَـِٔيسِۭ بِمَا كَانُواْ يَفۡسُقُونَ (١٦٥) فَلَمَّا عَتَوۡاْ عَن مَّا نُہُواْ عَنۡهُ قُلۡنَا لَهُمۡ كُونُواْ قِرَدَةً خَـٰسِـِٔينَ (١٦٦)
Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik. (163) Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat? Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: (Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri daripada bersalah kepada Tuhan kamu dan supaya mereka bertaqwa. (164) Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka). (165) Maka setelah mereka berlaku sombong takbur (tidak mengambil indah) kepada apa yang telah dilarang mereka melakukannya, Kami katakan kepada mereka: Jadilah kamu kera yang hina. (166)

Satu lagi pada zaman Yahudi, ada yang ditukar menjadi babi seperti firman Allah ‎ﷻ dalam Maidah: 60. Dalam dua-dua kejadian ini, mereka yang ditukar itu mati dalam masa tiga hari selepas ditukar. Sesiapa yang melawat mereka selepas ditukar akan melihat memang mereka menjadi babi dan menjadi kera.

قُلْ هَلْ أُنَبِّئُكُم بِشَرٍّ مِّن ذَٰلِكَ مَثُوبَةً عِندَ اللَّهِ ۚ مَن لَّعَنَهُ اللَّهُ وَغَضِبَ عَلَيْهِ وَجَعَلَ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ وَعَبَدَ الطَّاغُوتَ ۚ أُولَٰئِكَ شَرٌّ مَّكَانًا وَأَضَلُّ عَن سَوَاءِ السَّبِيلِ
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya daripada yang demikian itu di sisi Allah? Iaitu orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkai-Nya, dan dijadikan sebahagian daripada mereka kera dan babi, serta orang-orang yang menyembah Taghut. Mereka itulah seburuk-buruk tempat kedudukan dan sesat dari jalan yang lurus.”

Tuhan boleh buat begitu tetapi Allah ‎ﷻ cakap dalam ayat ini: “Kalau Kami mahu”. Bermakna, Allah ‎ﷻ tidak semestinya buat walaupun Allah ‎ﷻ boleh buat.

Satu lagi perbincangan tentang kalimah لَمَسَخنٰهُم adalah mengambil maksud melumpuhkan, menjadikan kaku. Ini kerana مَسَخ juga boleh bermaksud tukar menjadi batu. Ini seperti apa yang terjadi di Pompeii pada tahun 79 AD. Gunung berapi di sana telah meletup dengan tiba-tiba dan asap berdebu telah menyeliputi penduduk Pompeii dan  menjadikan mereka kaku keras tiba-tiba dan boleh dilihat sampai sekarang. Adakah di dalam ayat ini Allah ‎ﷻ menceritakan tentang kejadian seperti Pompeii itu? Allahu a’lam.

 

فَمَا اسْتَطٰعُوا مُضِيًّا وَلَا يَرْجِعُونَ

Maka tidak mampu mereka ke depan dan tidak mampu kembali ke belakang;

Apabila Allah ‎ﷻ sudah tukar fizikal mereka,

1. mereka tidak boleh menjadi manusia semula. Mereka akan mati sahaja selepas itu (selepas tiga hari). Kalimah مُضِيًّا daripada م ض ي yang bermaksud berlalu pergi (macam fi’il madhi). Tidak boleh kembali ke keadaan asal. Atau,

2. Maknanya tidak boleh bergerak ke hadapan dan ke belakang. Sudah tidak boleh bergerak secara normal kerana selepas ditukar menjadi makhluk lain, mereka pun kepala jadi bengong, bukan macam dahulu lagi.

Dalam ayat ini, Allah ‎ﷻ memberi ancaman kepada mereka untuk mengambil perhatian. Allah ‎ﷻ beritahu bahawa Dia boleh buat semua itu, kalau mereka masih lagi berdegil dan menentang Nabi. Namun Allah ‎ﷻ tidak terus buat kerana Allah ‎ﷻ masih lagi memberi peluang kepada mereka.

Maka lihatlah rahmat Allah ‎ﷻ memberitahu kita tentang perkara ini. Kalau kita pun menolak dakwah mereka yang membawa ajaran Islam yang benar, Allah ‎ﷻ pun boleh jadikan kita seperti itu juga.

Sekian Ruku’ 4 daripada 5 ruku’ surah ini


 

Yaasin Ayat 68: Dalam ayat sebelum ini Allah ‎ﷻ sebut Dia boleh ubah rupa manusia itu menjadi benda yang lain. Namun sebenarnya kalau Allah ‎ﷻ tidak ubah pun serta merta pun, memang manusia dari hari ke hari sudah berubah pun keadaan fizikal dia.

وَمَن نُّعَمِّرهُ نُنَكِّسهُ فِي الخَلقِ ۖ أَفَلا يَعقِلونَ

Sahih International

And he to whom We grant long life We reverse in creation; so will they not understand?

Malay

Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?

 

وَمَنْ نُّعَمِّرْهُ

Dan sekiranya Kami melanjutkan usia seseorang itu,

Ada orang yang Allah ‎ﷻ telah beri usia yang panjang. Ini adalah dalam takdir Allah ‎ﷻ kerana bukan semua manusia boleh jadi tua. Disebut di dalam Fatir: 11

وَمَا يُعَمَّرُ مِن مُّعَمَّرٍ وَلَا يُنقَصُ مِنْ عُمُرِهِ إِلَّا فِي كِتَابٍ ۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ
“Dan tidak dipanjangkan umur seseorang yang panjang umurnya, dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam Kitab (Lauh Mahfuz). Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah.”

Yang penting bukanlah umur panjang atau tidak sebenarnya. Ramai bukan yang doa minta panjang umur. Namun adakah panjang umur itu sendiri bagus? Belum tentu lagi. Kalau panjang umur tetapi banyak mengumpul dosa, buat apa? Kalau panjang umur tetapi menyusahkan orang, pun tidak bagus. Yang terlebih penting adalah mati dalam iman seperti doa Nabi Yusuf di dalam Yusuf: 101

 تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ
“Wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang soleh.”

Kerana kalau umur panjang tetapi tidak digunakan sebaiknya, guna untuk mendalami agama dan untuk banyakkan ibadah, tidak ada gunanya. Allah ‎ﷻ menegur tentang umur panjang yang tidak digunakan dengan baik di dalam Fatir: 37

أَوَلَم نُعَمِّركُم مّا يَتَذَكَّرُ فيهِ مَن تَذَكَّرَ
Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir

Namun sekiranya umur panjang itu diisi dengan amal ibadah yang sesuai dengan ajaran wahyu, maka ia baik bagi orang itu sebagaimana yang disebut di dalam hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Busr رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ, dia berkata: Rasulullah ﷺ bersabda:

“خَيْرُكُمْ مَنْ طَالَ عُمْرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ، وَشَرُّكُمْ مَنْ طَالَ عُمْرُهُ وَسَاءَ عَمَلُهُ.”
“Sebaik-baik kalian adalah orang yang panjang umurnya dan baik amal perbuatannya. Dan seburuk-buruk kalian adalah orang yang panjang umurnya dan buruk amal perbuatannya.”
(Hadith riwayat Imam At-Tirmidzi, dan beliau berkata: Hadith ini Hasan Sahih)

 

نُنَكِّسْهُ فِي الْخَلْقِ

nescaya Kami akan kembalikan dia kepada kejadian asal;

Perkataan نَكِّسْ bermaksud mengembalikan sesuatu kepada keadaan asal. Ia daripada kata dasar ن ك س yang bermaksud kecewa; terbalikkan; mengembalikan (reverse); songsang; membuat sesuatu dengan cara yang salah; menundukkan (kepala) dengan cuai atau malu; untuk menjadikan lemah.

Begitulah apabila usia sudah panjang sangat, seseorang itu boleh kembali menjadi seperti kanak-kanak. Mungkin kena pakai lampin, orang lain kena suap makan kepadanya, sudah tidak berapa ingat dan sebagainya. Mungkin juga sudah tidak boleh bercakap dan kena dimandikan seperti budak kecil, bukan? Kalau bayi kecil tentulah orang suka untuk jaga dan basuh berak dia, tetapi kalau sudah tua? Kalau budak kecil orang masih suka melayan soalan yang banyak kali daripada budak itu, tetapi kalau sudah tua dan nyanyuk, tidak ramai yang akan sanggup melayan. Kerana itu ada doa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad ﷺ untuk memohon perlindungan daripada nyanyuk dan beberapa kelemahan lain:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ، وَالْكَسَلِ، وَالْجُبْنِ، وَالْهَرَمِ، وَالْبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, umur yang sangat tua (nyanyuk), dan kebakhilan. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada azab kubur, serta daripada fitnah kehidupan dan kematian.”

(Sahih Bukhari No. 6367 dan Sahih Muslim No. 2706)

Namun begitulah perjalanan hidup manusia. Semua makhluk di dalam takluk Allah ‎ﷻ. Allah ‎ﷻ berikan kehidupan dan kesihatan, Allah ‎ﷻ boleh tarik balik dan tidak ada sesiapa yang boleh menghalang. Tidak ada sesiapa yang boleh menahan masa dan kekal muda sampai bila-bila walaupun manusia cuba sangat untuk kekal muda. Akan tetapi rahmah-Nya Allah ‎ﷻ, Dia tidak tarik usia itu dengan serta merta tetapi ditarik sedikit demi sedikit, supaya kita boleh buat persediaan. Allah ‎ﷻ telah ingatkan di dalam Rum: 54

اللهُ الَّذي خَلَقَكُم مِّن ضَعفٍ ثُمَّ جَعَلَ مِن بَعدِ ضَعفٍ قُوَّةً ثُمَّ جَعَلَ مِن بَعدِ قُوَّةٍ ضَعفًا وَشَيبَةً ۚ يَخلُقُ ما يَشاءُ ۖ وَهُوَ العَليمُ القَديرُ
Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.

Di sini Allah ‎ﷻ hendak mengingatkan manusia bahawa dunia ini bukanlah tempat tinggal yang kekal dan tubuh kita ini tidak kekal kuat dan sihat. Yang kekal adalah hanya alam akhirat. Dalam ayat 39 Allah ‎ﷻ sudah beri perumpamaan tentang perjalanan hidup manusia:

وَالقَمَرَ قَدَّرنٰهُ مَنازِلَ حَتّىٰ عادَ كَالعُرجونِ القَديمِ
Dan telah Kami tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah, sehingga (setelah dia sampai ke manzilah yang terakhir) kembalilah dia sebagai bentuk tandan yang tua.

Sepertimana bulan kembali menjadi bulan sabit di hujung bulan, maka begitulah manusia – dia akan kembali jadi seperti budak-budak kembali ke hujung usianya kalau dia sempat jadi tua. Juga disebut dalam Nahl: 70

وَمِنْكُمْ مَنْ يُرَدُّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمُرِ لِكَيْلا يَعْلَمَ مِنْ بَعْدِ عِلْمٍ شَيْئًا
dan di antara kamu ada yang dikembalikan kepada umur yang paling lemah (lanjut dan nyanyuk) supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatu pun yang pernah diketahuinya. 

Oleh kerana ayat selepas ini akan disebut tentang syair, kita berikan satu syair klasik tentang usia,

ومن سيب الدنيا طويلا تقلب….. على عينيه حتى يرى صدقها كذبا
dan bagi orang yang hidup lama di dunia, ia akan terbalik di hadapan matanya sehingga apa yang dilihatnya benar, semakin nampak sebagai bohong.

Ada yang membuat perbandingan kanak-kanak kecil dan orang tua. Kanak-kanak mereka selalunya memandang ke atas kerana mereka hendak lihat orang yang lebih tinggi daripada mereka dan mereka hendak didukung. Ia adalah isyarat yang mereka memandang ke masa hadapan mereka kerana mereka akan jadi tinggi nanti; tetapi orang tua selalunya memandang ke bawah sahaja, tubuh pun sudah membongkok. Mereka juga memandang ke masa hadapan mereka, iaitu ke arah tanah, tempat yang mereka sedang tuju.

Mereka yang menolak Islam, mereka buat begitu kerana mereka berbangga dengan apa yang mereka ada. Mereka ada kekayaan dan mereka ada kesihatan dan kekuatan tubuh badan mereka. Kadang-kadang apabila seseorang itu ada kelebihan, fikiran mereka telah dikelabui oleh syaitan. Mereka rasa mereka tidak memerlukan sesiapa. Namun Allah  ‎ﷻ mengingatkan mereka bahawa apa yang mereka ada itu tidak lama. Apabila mereka sudah semakin tua, mereka tidak dapat mengelak daripada menjadi lemah, dari segi jasad mereka dan juga fikiran mereka.

Kaitan dengan dua ayat sebelum ini: Allah ‎ﷻ kata Allah ‎ﷻ boleh ubah kejadian manusia terus pada waktu itu juga, tetapi Allah ‎ﷻ tidak buat. Apa yang Allah ‎ﷻ buat adalah mengubah keadaan manusia itu sedikit demi sedikit. Ini memang terjadi sekarang ini pun. Setiap hari kita akan lihat bagaimana seseorang yang dulunya gagah dan kuat, tetapi akhirnya apabila sudah tua, mereka menjadi lemah. Kalau dahulunya mereka boleh bercakap dengan kuat dan berbangga dengan apa yang mereka ada, apabila sudah tua, mereka akan menjadi lemah dan banyak senyap sahaja.

 

أَفَلَا يَعْقِلُونَ

Mengapa mereka tidak mahu memikirkan?

Iaitu memikirkan bahawa Allah ‎ﷻ berkuasa untuk melakukan apa sahaja, kepada sesiapa sahaja, bila-bila masa sahaja. Apabila sedar perkara ini maka hendaklah taat dan sembah Dia sahaja. Gunalah akal sedikit. Jangan sia-siakan kehidupan semasa muda dan masih sihat kerana kalau kita abaikan, maka di usia tua nanti akan menyesal. Ini kerana apabila badan sudah lemah, hendak beribadah pun susah, hendak baca Al-Qur’an pun mata sudah tidak nampak, hendak belajar pun otak sudah lemau. Semasa usia muda inilah kita kumpulkan pahala sebanyak-banyaknya, belajar seboleh-bolehnya. Allah ‎ﷻ berfirman di dalam Asr: 1-3

وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢)
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2)

Kita pun tentu sudah biasa dengar hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

“اغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ: شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ، وَصِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ، وَغِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ، وَفَرَاغَكَ قَبْلَ شُغْلِكَ، وَحَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ.”
“Manfaatkanlah lima perkara sebelum datang lima perkara: Masa mudamu sebelum masa tuamu, Kesihatanmu sebelum sakitmu, Kekayaanmu sebelum kemiskinanmu, Masa lapangmu sebelum sibukmu, Hidupmu sebelum matimu.”

(Diriwayatkan oleh Imam Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (No. 7846) dan Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman (No. 10255). Dinilai sahih oleh Syeikh Al-Albani)

Lagi satu hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

“نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ: الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ.”
“Dua nikmat yang ramai manusia rugi (iaitu tidak memanfaatkan) padanya: Kesihatan dan masa lapang.”
(Sahih Al-Bukhari No. 6412)

Amat ramai yang buang masa sahaja semasa hidupnya. Sibuk dengan kerjaya dan anak isteri sampai lupa segala persediaan untuk ke akhirat. Apabila sudah pencen baru hendak beribadah, baru hendak belajar tetapi sudah terlambat kerana banyak yang sudah tidak boleh dilakukan kerana kekangan kesihatan dan minda yang sudah lemah. Maka ayat ini amatlah penting untuk kita renung-renungkan.

Ayat ini juga sebagai dalil kehidupan selepas kematian. Seperti kita telah belajar sebelum ini, Musyrikin Mekah tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka akan dihidupkan kembali selepas mereka mati. Namun Allah ‎ﷻ mengingatkan mereka bahawa Allah ‎ﷻ boleh buat apa sahaja. Allah ‎ﷻ telah mengubah keadaan manusia pun. Kalau Allah ‎ﷻ boleh mengubah manusia daripada kuat kepada lemah, Allah ‎ﷻ juga boleh mengubah manusia daripada keadaan mati kepada keadaan hidup kembali.

Daripada sejarah Islam, kita dapat tahu bagaimana Allah ‎ﷻ telah lakukan kepada Abu Lahab. Dia seorang yang amat sombong. Dia mempunyai rupa paras yang molek. Sebab itulah namanya pun Abu Lahab (bermuka merah). Namun akhirnya dia telah dimalukan. Akhir hidupnya dia telah dikunci dalam bilik kerana badannya menjadi reput dan busuk sampaikan keluarganya tidak tahan. Apabila dia mati, keluarganya terpaksa mengupah orang lain untuk membuang jasadnya di padang pasir. Tidak ditanam pun – hanya dibiarkan untuk dimakan oleh binatang sahaja. Semua itu adalah peringatan kepada kita semua.

 

Mari kita lihat Struktur Cincin bagi ayat 48 – 68 ini. Ia bercakap tentang hidayah dari langit.

Kaitan antara bahagian:

[M]/[M’] – Bahagian ini [M] bermula dengan mengulang kata-kata ejekan daripada orang kafir: “bilakah janji ini?” Ini kerana mereka tidak percaya kepada hari Kiamat. Ejekan mereka itu dijawab di dalam [M’] di mana Allah suruh mereka tengok sendiri tubuh mereka. Bukankah semakin lanjut usia mereka, semakin mereka jadi budak-budak semula? Maknanya mereka sekarang menuju ke masa tua dan kubur mereka.

[N]/[N’] – Kedua-dua bahagian ini memang nampak berkait kerana mengandungi kalimah yang sama: وَلَا يَرۡجِعُونَ untuk menerangkan keadaan mereka yang tidak ada harapan lagi pada ketika itu kerana tidak boleh kembali lagi dan mereka tidak ada harapan lagi apabila Kiamat telah bermula. Satu lagi persamaan adalah penggunaan kalimah-kalimah yang merujuk kepada penglihatan terdapat di dalam kedua-dua bahagian ini iaitu: يَنظُرُونَ, أَعۡيُنِہِمۡ dan يُبۡصِرُونَ yang semuanya ada kaitan dengan penglihatan. 

[O]/[O’] – Kedua-dua [O] dan [O’] menyebut tentang keadaan di hari Kiamat. Bahagian [O] berakhir dengan ayat وَلَا تُجۡزَوۡنَ إِلَّا مَا ڪُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ dan [O’] berakhir dengan tangan dan kaki menjadi saksi بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ. Kedua-dua menyebut mereka hanya dibalas dengan perbuatan mereka dengan menggunakan kalimat yang hampir sama.

[P] – Di tengah-tengah antara berita menakutkan tentang Hari Akhirat diletakkan ayat-ayat tentang penerangan indah di Syurga.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 2 Julai 2025

Ringkasan Surah Yaasin


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Al-Azhar Prof. HAMKA

Maariful Qur’an

Tafsir Al-Mishbah (Dr. M. Quraish Shihab)

Ustaz Solah Pusat Pengajian Ahsanul Ulum Centre

Ustaz Abdul Muien Ghulam Dakwah

Tafsir Surah Anbiya Ayat 31 – 35 (Bintang ada orbit)

Anbiya Ayat 31: Apabila bumi sudah ada, Allah tambah aksesori pada bumi itu.

وَجَعَلنا فِي الأَرضِ رَوٰسِيَ أَن تَميدَ بِهِم وَجَعَلنا فيها فِجاجًا سُبُلًا لَّعَلَّهُم يَهتَدونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We placed within the earth firmly set mountains, lest it should shift with them, and We made therein [mountain] passes [as] roads that they might be guided.

(MELAYU)

Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka dan telah Kami jadikan (pula) di bumi itu jalan-jalan yang luas, agar mereka mendapat petunjuk.

 

وَجَعَلنا فِي الأَرضِ رَوٰسِيَ

Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh

Allah memberitahu bahawa gunung ganang dijadikan olehNya sebagai pasak. Kerana apabila ada gunung, maksudnya ada bahagian dalam tanah yang lebih kuat lagi sebagai pasak bumi.

Atau kalimah رَواسِيَ itu dari kalimah ر س و  yang bermaksud ‘sauh’ di mana apabila kapal hendak berlabuh ia akan menurunkan sauh supaya kapal itu tetap dan stabil pada satu tempat. Kerana jikalau kapal itu tiada sauh, ia akan bergerak.

Dan begitulah alam ini apabila Allah beritahu yang gunung ganang dihancurkan maka alam akan bergerak sana sini dan bercampur baur antara satu sama lain, yang bermaksud sauh yang memberi ketetapan kepada bumi telah diangkat.

 

أَن تَميدَ بِهِم

supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka

Gunung-ganang itu dipasang teguh atas bumi sebagai pasak dan kerana itu ia tidak bergerak. Ia memberi keteguhan kepada bumi. Kalau tidak, bumi akan sentiasa bergoncang.

 

وَجَعَلنا فيها فِجاجًا سُبُلًا

dan telah Kami jadikan (pula) di bumi itu jalan-jalan yang luas, 

Walaupun ada banyak gunung ganang di bumi ini, tetapi Allah jadikan kawasan yang luas diantara gunung ganang itu  ada lembah (Valley) untuk buat jalan. Kita boleh gunakan kawasan itu untuk buat jalan dan dengan jalan itu kita dapat bergerak ke sana sini.

 

لَّعَلَّهُم يَهتَدونَ

agar mereka mendapat petunjuk.

Dengan adanya jalan itu kita boleh bergerak menuju ke tempat-tempat yang jauh dan supaya kita boleh bina tamadun dan bina penempatan.

Petunjuk yang dimaksudkan dalam ayat ini bukan petunjuk dalam agama tapi adalah berkenaan dengan kehidupan. Allah bukan sahaja beri petunjuk agama tapi Allah juga beri petunjuk dalam kehidupan.


 

Anbiya Ayat 32:

وَجَعَلنَا السَّماءَ سَقفًا مَّحفوظًا ۖ وَهُم عَن ءآيٰتِها مُعرِضونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We made the sky a protected ceiling, but they, from its signs,¹ are turning away.

•The signs present in the heavens.

(MELAYU)

Dan Kami menjadikan langit itu sebagai atap yang terpelihara, sedang mereka berpaling dari segala tanda-tanda (kekuasaan Allah) yang terdapat padanya.

 

وَجَعَلنَا السَّماءَ سَقفًا مَّحفوظًا

Dan Kami menjadikan langit itu sebagai atap yang terpelihara,

Kalimah سقف adalah siling bahagian dalam yang dilihat daripada dalam rumah. Oleh itu apa sahaja yang kita lihat pada langit itu dengan menggunakan teleskop adalah bahagian dalam langit sahaja. Kita tidak dapat nak tengok dari bahagian luar.

Dan مَّحفوظًا bermaksud langit itu terpelihara.  Allah memang buat cara untuk memelihara langit dan dengan itu memelihara bumi sekali. Kerana itu kalau ada meteor yang besar menuju kepada bumi, maka langit akan menghancurkannya dahulu dan kerana itu apabila sampai ke bumi ianya sudah berbentuk batu-batu kecil sahaja dan tidak merbahaya kepada bumi lagi.

Juga dari segi ilmu ghaib, ia bermaksud langit itu terpelihara dari dijelajahi oleh jin untuk mencuri-curi maklumat dari langit. Ada malaikat yang menunggu di langit dengan bebola api yang akan menghalau mana-mana jin yang berani naik ke atas. Ini kerana Allah hendak memastikan yang berita dari langit itu hanya boleh diterima oleh Nabi Muhammad sahaja.

 

وَهُم عَن ءآيٰتِها مُعرِضونَ

sedang mereka berpaling dari segala tanda-tanda (kekuasaan Allah) yang terdapat padanya.

Allah telah beri segala bukti tentang kekuasaanNya dan juga Dia telah menceritakan segala jasaNya kepada kita. Tapi masih lagi ramai manusia yang degil yang tidak mahu mengakui keesaan Allah dan tidak mahu taat kepada segala arahanNya.


 

Anbiya Ayat 33: Allah beri lagi dalil.

وَهُوَ الَّذي خَلَقَ اللَّيلَ وَالنَّهارَ وَالشَّمسَ وَالقَمَرَ ۖ كُلٌّ في فَلَكٍ يَسبَحونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And it is He who created the night and the day and the sun and the moon; all [heavenly bodies] in an orbit are swimming.

(MELAYU)

Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.

 

وَهُوَ الَّذي خَلَقَ اللَّيلَ وَالنَّهارَ

Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang,

Allah jadikan malam dan siang. Malam dan siang tidak terjadi sendiri. Kalau kita belajar ilmu sains, mungkin kita belajar yang malam terjadi kerana pusing bumi yang tidak kena pancaran matahari. Tapi kita kena sedar yang pergerakan bumi itu Allah juga yang buat. Maka memang siang dan malam adalah dari perbuatan Allah.

Kerana itu kemudian Allah memberitahu yang Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan.

Balaghah: Allah menggunakan teknik Taqdim wa Ta’khir. Allah mendahulukan sebutan Malam {اللَّيْلَ} terlebih dahulu sebelum Siang {وَالنَّهَارَ} di dalam banyak ayat Al-Qur’an. Susunan taqdim (pendahuluan) ini bukan sahaja konsisten di dalam banyak ayat Al-Qur’an yang lain, malah ia mempunyai rahsia sains penciptaan, aspek psikologi manusia, dan sistem kalendar yang sangat penting.

Dari sudut sains astronomi dan kronologi penciptaan, malam (kegelapan) adalah keadaan asal alam semesta sebelum wujudnya bintang, matahari, dan cahaya. Ketika Allah mula menciptakan ruang angkasa, alam semesta ini berada dalam kegelapan yang pekat. Cahaya (siang) hanya wujud kemudian setelah Allah menciptakan sumber cahaya seperti bintang dan matahari. Allah berfirman di dalam An’am:1

وَجَعَلَ الظُّلُمٰتِ وَالنّورَ
dan menjadikan gelap dan terang

Lihatlah Allah sebut Dia mencipta kegelapan dahulu sebelum terang. Maka, mendahulukan malam di dalam bahasa Al-Qur’an adalah mengikut urutan kewujudan yang sebenar di mana gelap wujud lebih awal daripada terang.

Dalam sistem kosmologi Islam dan budaya masyarakat Arab, waktu bertukar dan hari baru bermula apabila masuknya waktu malam (waktu Maghrib), bukannya pada waktu pagi atau tengah malam (jam 12.00 malam seperti kalendar Masihi yang datang setelah diciptakan jam). Sebagai contoh, apabila anak bulan kelihatan pada petang hari terakhir bulan Syaaban, saat azan Maghrib berkumandang, umat Islam sudah dikira masuk ke tarikh 1 Ramadan. Kita mula menunaikan solat Tarawih pada malam tersebut sebelum kita berpuasa pada siang harinya. Oleh kerana malam adalah “pintu masuk” kepada hari yang baru, susunan taqdim ini sangat bertepatan dengan sistem praktikal ibadah umat Islam.

 

وَالشَّمسَ وَالقَمَرَ

dan matahari dan bulan.

Matahari dan bulan, siang dan malam adalah kejadian alam yang dapat dilihat sepanjang masa. Maka Allah gunakan makhluk-makhluk itu sebagai contoh kekuasaanNya.

Akan tetapi yang menghairankan sedikit, Allah sebut malam dahulu tetapi kemudian Allah sebut matahari dulu sedangkan sepatutnya dari segi susunan, bukankah patutnya disebutkan bulan dahulu (sebab malam berkait dengan bulan)? Kita sentuh perkara ini walaupun nampak kecil sahaja, kerana susunan dalam Qur’an memang ada maknanya dan bukanlah kosong sahaja. Begitu hebat sekali susunan kalimah dalam Qur’an yang memberi pengajaran juga kepada juga.

Ini adalah cubaan untuk menjelaskan perkara ini: Keadaan asal dunia adalah malam (siang hanya ada dengan adanya matahari). Jadi kegelapan itu diubah dengan adanya cahaya. Maka kerana itu Allah sebut malam dahulu sebelum disebut siang kerana Allah nak sebut yang utama dan yang ada dahulu (malam).

Dan antara matahari dan bulan, manakah cahaya yang utama? Bukankah matahari? Maka kerana itu Allah sebut matahari sebelum bulan kerana ianya adalah sumber cahaya yang utama dahulu.

Balaghah: Sekali lagi digunakan teknik Taqdim wa Ta’khir. Disebut juga penciptaan matahari dahulu sebelum matahari. Pendahuluan (taqdim) ini menyimpan rahsia sains astronomi yang sangat tepat, selain daripada menjaga keserasian struktur bahasa Al-Qur’an.

Rahsia pertama adalah disebabkan oleh seni penyusunan perkataan yang harmoni di dalam ilmu Balaghah, yang dipanggil sebagai Al-Laff wal-Nasyr (اللف والنشر) — iaitu menyusun sekelompok perkataan, kemudian mendatangkan kelompok pasangan seterusnya mengikut urutan yang sama. Mari kita perhatikan urutan di dalam ayat tersebut:

a. Malam disebut dahulu, pasangannya di hujung ialah Bulan
b. Siang disebut kemudian, pasangannya di tengah ialah Matahari.

Eh, sekejap! Kenapa susunannya bersilang? Di sinilah letaknya mukjizat sains yang sangat luar biasa:

Matahari ialah sebuah bintang yang menghasilkan cahayanya sendiri melalui tindak balas nuklear di dalamnya. Dalam istilah Al-Qur’an, matahari dipanggil sebagai Dhiya’ (cahaya yang membakar/sumber asal) atau Siraj (pelita).

Bulan pula adalah sebuah satelit semula jadi yang tidak mempunyai cahayanya sendiri. Bulan kelihatan terang pada waktu malam semata-mata kerana ia memantulkan kembali cahaya yang diterimanya daripada matahari. Di dalam Al-Qur’an, cahaya bulan dipanggil sebagai Nur (pantulan cahaya yang sejuk). Dari sudut sains fizikal dan urutan kepentingan:

  • Matahari adalah “pencetus asal” kepada kewujudan siang. Tanpa matahari, tiada siang di bumi.
  • Matahari juga adalah “pencetus asal” kepada terangnya bulan. Tanpa cahaya matahari, bulan akan kekal gelap gelita dan tidak akan kelihatan di langit malam.

Oleh itu, mendahulukan matahari sebelum bulan adalah satu kemutlakan sains: Sesuatu yang menjadi SUMBER ASAL (Matahari) wajib didahulukan daripada sesuatu yang hanya MENERIMA PANTULAN (Bulan).

Di dalam sistem suria kita, matahari adalah paksi utama. Jisim matahari merangkumi sekitar 99.8% daripada seluruh jisim sistem suria. Disebabkan saiz dan kuasa gravitinya yang tersangat besar itulah, bumi dan bulan terikat untuk berputar mengelilinginya. Mendahulukan matahari di dalam ayat ini adalah bentuk taqdim berdasarkan darjat, fungsi, dan skala kebesaran objek di ruang angkasa (Al-Asyraf wal-Akbar).

Dan ia juga mungkin kerana matahari dicipta dahulu sebelum bulan.


 

كُلٌّ في فَلَكٍ يَسبَحونَ

Masing-masing dalam orbitnya berenang.

Kalimah فَلَكٍ bermaksud berpusing dan bergerak di dalam bulatan dan kita terjemahkan sebagai ‘orbit’. Maknanya bumi, bulan dan juga matahari semuanya ada orbit masing-masing. Semuanya يَسبَحونَ (berenang) dalam orbit. Mereka kena bergerak dalam orbitnya dan jika tidak, maka akan bertebaranlah bintang-bintang itu. Sebagaimana benang tenunan kena bergerak dalam lubang penenun, begitulah juga bintang-bintang kena bergerak dalam orbitnya.

Maknanya langit dan bumi, bulan dan matahari itu semuanya mengikut arahan Tuhan. Maka kenapa kalau makhluk yang lebih besar dari kita boleh taat kepada Allah tetapi kita yang kerdil tidak mahu taat kepada Allah dan menyombongkan diri pula? Jadi Allah nak perli manusia dalam ayat ini.


 

Anbiya Ayat 34:

وَما جَعَلنا لِبَشَرٍ مِّن قَبلِكَ الخُلدَ ۖ أَفَإِين مِتَّ فَهُمُ الخٰلِدونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We did not grant to any man before you eternity [on earth]; so if you die – would they be eternal?

(MELAYU)

Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad); maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal?

 

وَما جَعَلنا لِبَشَرٍ مِّن قَبلِكَ الخُلدَ

Kami tidak menjadikan bagi seorang manusia pun sebelum kamu hidup abadi 

Pemuka Musyrikin Mekah itu kata sesama mereka, jangan risaukan tentang Nabi Muhammad kerana nanti baginda akan mati juga dan ajaran baginda itu akan mati bersamanya. Maka Allah memberitahu bahawa memang manusia pasti akan mati. Termasuk rasul-rasul yang dahulu pun mati juga dan Nabi Muhammad pun memang akan mati. Jadi tidak perlu nak diperdebatkan.

Maka ini memberi isyarat kepada kita yang Nabi Muhammad memang telah mati. Maka kalau ada fahaman yang kata baginda tidak mati, maka itu adalah ajaran sesat. Malangnya ramai juga yang berfahaman begini (fahaman hayati). Fahaman inilah yang kata kalau buat majlis tahlil, Nabi datang; kalau buat qasidah, Nabi jenguk; kalau marhaban pun mereka kata Nabi datang juga, siap ada tempat yang sediakan kerusi untuk baginda! Ini jahil sangat.

Dan ini juga menjadi dalil yang Nabi Khidr juga telah wafat. Malangnya ramai dari kalangan orang Islam yang berpegangan yang Nabi Khidr tidak mati-mati lagi. Ini adalah fahaman yang lemah dan tidak patut dilayan. Hujah yang diberikan adalah lemah dan boleh dibaca di sini.

 

أَفَإِين مِتَّ فَهُمُ الخٰلِدونَ

maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal?

Tapi kalau pun Nabi Muhammad itu mati, adakah mereka sangka yang mereka akan hidup selamanya? Mereka rasa mereka akan selamatkah apabila mereka mati nanti?

Adakah mereka juga sangka yang agama Allah ini akan mati sekali dengan wafatnya Nabi Muhammad? Lihatlah sekarang bagaimana Nabi Muhammad sudah lama wafat, tapi agama Islam ini tetap berkembang sahaja. Kerana Allah masih ada dan Allah akan jaga agamaNya ini. Maka hujah mereka ditolak dalam ayat ini.

Maka kita juga jangan rasa agama ini memerlukan kita sangat. Kalau Nabi Muhammad wafat pun agama masih berkembang, apatah lagi kalau kita tiada. Jangan rasa kitalah penyelamat agama ini pula. Kita ini tidak ada apa-apa. Kalau kita tidak ada, agama ini tetap berjalan. Jangan perasan diri itu hebat sangat.


 

Anbiya Ayat 35:

كُلُّ نَفسٍ ذائِقَةُ المَوتِ ۗ وَنَبلوكُم بِالشَّرِّ وَالخَيرِ فِتنَةً ۖ وَإِلَينا تُرجَعونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Every soul will taste death. And We test you with evil and with good as trial; and to Us you will be returned.

(MELAYU)

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.

 

كُلُّ نَفسٍ ذائِقَةُ المَوتِ

Tiap-tiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati.

Memang semua yang hidup pasti akan merasai mati. Tidak akan ada yang akan terkecuali. Maka tidak boleh kita katakan yang ada makhluk yang kekal abadi.

 

وَنَبلوكُم بِالشَّرِّ وَالخَيرِ فِتنَةً

Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan

Kalimah فتن dari segi bahasa asalnya adalah perbuatan membersihkan emas dimana emas itu akan dibakar dengan api untuk membuang bahan-bahan lain yang bukan emas. Ini memberi makna yang manusia akan diuji dengan kuat. Allah menguji manusia untuk melihat siapakah yang sabar dengan ujian dan siapakah yang berputus ada.

Dan ujian itu pula adalah dengan kesusahan dan kesenangan. Kalau ujian dalam bentuk kesusahan kita fahamlah, tapi bagaimana pula ujian dalam bentuk kesenangan? Bukankah kalau kesenangan itu adalah nikmat? Ini yang ramai salah faham. Kita kena faham yang susah adalah ujian dan kesenangan juga adalah ujian.

Kadang-kadang kerana kesenangan yang berlebihan akan menyebabkan manusia leka dengan kesenangan dan melupakan dirinya dan agama. Kerana mereka rasa senang dan cukup, sampaikan mereka tidak rasa memerlukan orang lain termasuk Allah pun.

Dan mungkin kesenangan adalah ujian yang lebih berat dari kesusahan. Kerana selalunya bila orang susah, dia akan ingat Tuhan selalu kerana dia banyak berdoa dan berharap kepada Allah. Tapi tengoklah bila dia tiba-tiba jadi senang…bagaimana perubahan mendadak pada dirinya akan terjadi. Selalu kita lihat, bukan?

Maka kenalah kita ingat bahawa kesusahan dan kesenangan yang diberikan kepada kita adalah ujian dan bukan balasan (dan bukan tanda Allah sayang kita). Maka jangan kita sangka orang yang kaya itu kerana mereka itu insan-insan yang terpilih melainkan kita kena sedar bahawa kesenangan yang mereka rasa itu adalah ujian bagi mereka. Kita kena ingat yang balasan sepenuhnya adalah di akhirat kelak. Itulah balasan yang sebenarnya.

 

وَإِلَينا تُرجَعونَ

Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.

Kita kena sentiasa ingat yang akhirnya kita akan kembali mengadap Allah sama ada kita mahu atau tidak, bersedia atau tidak. Dan balasan sempurna hanya akan didapati di akhirat apabila kita bertemu dengan Allah. Waktu itu pengadilan akan dilakukan dan Allah akan balas sesuai dengan amalan manusia.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 27 Mei 2026


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Jalalain

Bicara tentang ‘Ikhlas’.

Orang kita selalu menyebut asalkan ikhlas dalam melakukan ibadat, Allah akan terima ibadat itu. Apakah makna Ikhlas?: Iaitu yang dikatakan melakukan ibadah tulus ikhlas kepadaNya jua. Kalau nak faham, kita kena lihat amalan orang kafir macam mana. Kita ambil contoh orang yang iktikaf dalam masjid. Iaitu duduk dalam tempat ibadat. Orang Hindu pun ada juga iktikaf dalam kuil mereka. Buddha pun ada, Kristian pun ada. Ini semua adalah dipanggil ‘pengabdian’. Agama lain pun ada juga pengabdian dalam agama mereka. Agama lain lagi hebat sebenarnya, kerana ada antara mereka tak keluar-keluar dari rumah ibadat mereka. Dari muda sampai mati mereka tinggal di sana. Mereka pun ikhlas juga sebenarnya. Mungkin lagi ikhlas dari kita. Takkan tak ikhlas lagi kalau boleh buat sampai macam tu? Mereka sampaikan tidak kahwin kerana mengabdikan diri kepada tuhan mereka. Soalan sekarang adalah, samada ikhlas kita sama sahaja macam ikhlas mereka, atau ikhlas seperti mana yang Tuhan mahu? Walaupun mereka ikhlas dalam ibadat mereka, mereka akhirnya akan masuk neraka. Ini bermakna, ikhlas sahaja tidak cukup. Selain dari ikhlas, perbuatan kita kena bertepatan dengan apa yang Nabi dan Allah hendak. Kalau tak, tiada guna. Kena belajar hadith baru tahu mana yang boleh buat. Semuanya telah diceritakan di dalam Kitab Hadith.

Kita tak boleh nak tanggung dosa orang lain. Macam yang Kristian buat sekarang. Paderi mereka pula yang ampunkan dosa pengikut dia. Bukan sahaja kita tidak boleh menanggung dosa orang lain, kita juga tidak boleh buat ibadat bagi pihak orang lain. Ibadat kena buat sendiri. Jikalau kita melakukan ibadat, pahala dari ibadat itu akan diberikan kepada kita. Maka kita sebenarnya tidak boleh nak kirim pahala dari ibadat kita kepada orang lain. Maka, majlis tahlil itu adalah perbuatan yang sia-sia kerana tujuannya adalah untuk kirim pahala kepada simati tetapi sebenarnya pahala itu tak sampai pun. Dan perbuatan itu tidak pernah diajar oleh Nabi dan tidak pernah diamalkan oleh para sahabat Nabi.

Kalau tak belajar, agama kita akan jadi macam agama lain, iaitu hanya berdasarkan sangkaan-sangkaan sahaja. Agama ini bukan boleh buat ikut suka sahaja. Sekarang ni kita hairan, kenapa tok guru yang mengajar masyarakat masih tak mahu belajar tafsir Quran? Masih lagi tak mahu belajar hadis yang sahih? Apabila mereka tidak belajar dengan betul, maka mereka telah menyampaikan ajaran yang salah kepada anak murid mereka. Sampai banyak sekali hadis-hadis yang lemah atau palsu yang dijadikan sebagai dalil oleh mereka.

Satu lagi amalan bidaah yang dilakukan secara berleluasa oleh masyarat kita walaupun tiada dalil dari nas adalah Talqin. Ada masalah dengan amalan itu. Sebenarnya daripada hadis, kita tahu bahawa malaikat tanya hanya 3 soalan sahaja. Tapi kenapa kita dengar semasa talqin dibacakan di kubur ada sampai 6 soalan? Itu pun dah salah dah. Dari manakah datangnya dalil untuk tiga soalan lagi soalan itu?

Berdasarkan hadith Nabi, semasa salah seorang sahabat meninggal, ketika itu sahabat sedang bersama Nabi di tanah perkuburan untuk menunggu jenazah sampai. Nabi tak buat apa-apa semasa menunggu. Tiada baca apa-apa pun. Keadaan semasa itu senyap sahaja. Tiba-tiba Nabi angkat kepala dan berkata: Takutlah kamu tentang kematian. Akan datang malaikat yang berbadan hitam, matanya biru. Dan seterusnya hingga akhir hadis.

Roh orang mukmin akan berada di Illiyin, di langit ketujuh. Roh orang kafir pula, disimpan di Sijjin, iaitu di bumi lapis yang ke tujuh. Makanya soalan malaikat tu, bukan tanya kepada tubuh mayat yang dalam kubur, tapi kepada roh yang berada di alam kubur. Dan kalau semasa talqin dibacakan ke bawah, itu seperti kita mengatakan yang roh itu berada di Sijjin, tempat orang-orang yang jahat.

Soalan pertama yang ditanya: “man rabbuka?” Bukan ‘ma rabbuka’. Kerana perkataan ‘ma’ itu bermaksud: ‘apa’. Maka, soalan pertama adalah: “Siapakah Tuhan yang mencipta, memelihara, menjaga kamu?” Kena faham makna ‘rabb’ itu dengan kemas. Makna Rabb, bukan sahaja bermakna ‘Tuhan’. Dia cipta makhluk dan kemudian Dia akan jaga makhluk itu. Iaitu dengan beri makan, minum, udara dan sebagainya. Apabila Tuhan cipta kita, Dia mesti beri kita makan, kalau tak, kita akan mati kerana kita bergantung hidup dengan Dia. Jawap kepada soalan yang pertama: “robbunAllah”. Bukan Tuhanku adalah Allah. Sebab perkataan ‘tuhan’ itu tidak sama dengan perkataan ‘rabb’. Bahasa Arab sebenarnya lebih lengkap dari bahasa Melayu.
Soalan kedua: “ma diinika”: “apa agama dan cara hidup kamu?” Deen itu adalah cara hidup. Ugama kita memang Islam, tapi belum cara hidup kita pun cara hidup Islam. Adakah kita nak jawap: ugama kita Islam, tapi cara hidup kita ikut Yahudi atau Nasrani?

Soalan ketiga: “siapa orang ini?” Sambil tunjuk kepada Nabi. Dia tak tanya “siapa penghulu kamu?” macam yang dibacakan dalam talqin yang biasa kita dengar itu. Jadi soalan dah tak sama seperti yang disebut oleh Nabi. Tak tahu dari mana datangnya kata-kata dalam talqin itu sebab tidak ada macam itu dalam hadis yang sahih. Jadi nak kenal Nabi macam mana? Untuk kenal Nabi, kena ikut sunnah dia.

Soalan keempat dan seterusnya tu, dapat dari mana? Tidak pasti dari mana sumbernya. Yang pasti bukan dari hadis Nabi. Kita mesti mendapatkan sumber agama kita dari Quran dan sunnah; Malaikat tanya kerana mereka diarah untuk tanya sahaja. Mereka dah tahu dah simati itu macam mana cara hidupnya; Apabila kita melepasi soalan-soalan itu, dan kita termasuk orang yang akan masuk syurga, maka dibukakan satu pintu syurga kepda kita. Kita akan diberikan dengan pakaian syurga. Iaitu kita akan dipakaikan dengan tujuh puluh helai pakaian dari sutera. Lengkap dengan perhiasan dan sebagainya. Dimandikan pula oleh malaikat. Ketahuilah bahawa lubang kubur itu adalah tempat singgahan terakhir manusia sebelum memasuki syurga atau neraka. Ianya adalah ‘Syurga Sementara’. Kalau dalam dunia ini, boleh dianggap macam chalet. Atau kepada orang yang jahat, sebagai lokap sebelum dimasukkan ke dalam penjara yang sebenarnya.

Kalau akidah tak betul, mayat itu akan cakap “ah ah ah, la adri” (ah, ah, ah, aku tak tau). Maka malaikat akan pukul manusia itu, sambil berkata: “Kamu ni belajar agama tidak, berkawan dengan orang alim pun tidak. Shiapppp!!!! Semoga kita tergolong kedalam orang yang dapat menjawab soalan-soalan itu dengan baik. Sebenarnya yang menjawap soalan itu adalah amalan-amalan. Jawapan itu bukan boleh diajar oleh orang lain kalau kita dah mati nanti. Jadi orang yang membaca talqin itu adalah sia-sia sahaja kerana simati tidak dapat mendengar pun bacaan talqin itu.

Maka eloklah bila nak tidur malam, kita talqinkan diri kita sendiri. Baca sekali sekurang- kurangnya: “Rodiitu billahi rabba. Wabil Islaamadina, wabi Muhammadin Nabiiyyan warasullan” – “Aku redha Allah sebagai Rabbku, Islam sebagai cara hidupku dan Nabi Muhammad sebagai Nabi dan Rasul”

Peringatan! Nabi pernah bersabda: “Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur”. Iaitu kita disuruh membaca Quran di rumah. Makna disebaliknya adalah, kita tak boleh baca Quran dikubur. Kubur juga bukan tempat untuk sembahyang. Kecuali untuk kita melakukan solat jenazah jika kita tidak sempat untuk solat jenazah berjemaah.

Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 25 – 30 (Big Bang Theory)

Ayat 25: Ayat Dalil Naqli Ijmali kerana disebut sekelian Nabi secara umum sahaja.

وَما أَرسَلنا مِن قَبلِكَ مِن رَّسولٍ إِلّا نوحي إِلَيهِ أَنَّهُ لا إِلٰهَ إِلّا أَنا فَاعبُدونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We sent not before you any messenger except that We revealed to him that, “There is no deity except Me, so worship Me.”

(MELAYU)

Dan Kami tidak mengutus seorang rasul pun sebelum kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya: “Bahawasanya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku”.

 

وَما أَرسَلنا مِن قَبلِكَ مِن رَّسولٍ إِلّا نوحي إِلَيهِ

Dan Kami tidak mengutus seorang rasul pun sebelum kamu melainkan Kami wahyukan kepadanya:

Semua para Rasul dan Nabi yang telah diutus sebelum Nabi Muhammad menerima mesej yang sama iaitu mesej tauhid. Maknanya setiap Rasul mesti akan membawa ajaran tauhid. Apakah mesej itu?

 

لا إِلٰهَ إِلّا أَنا فَاعبُدونِ

“Bahawasanya tidak ada ilah (yang hak) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku”.

Kesimpulan daripada seluruh wahyu yang Allah sampaikan adalah: tidak ada ilah selain Allah dan kerana itu kita kena menghambakan diri dan melakukan ibadah hanya kepada Allah. Dan dalam berdoa, hanya boleh berdoa kepada Allah sahaja. Ini adalah kerana, ilah itu adalah tempat sandaran hati dan tempat pengharapan kita semua. Jangan berdoa kepada selain Allah dan jangan jadikan makhluk sebagai perantara dalam doa.


 

Ayat 26: Ayat syikayah kerana ramai manusia yang menolak mesej tauhid itu. Mereka tidak amalkan tauhid dan Allah ulang kata-kata mereka yang bathil itu.

وَقالُوا اتَّخَذَ الرَّحمٰنُ وَلَدًا ۗ سُبحٰنَهُ ۚ بَل عِبادٌ مُّكرَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they say, “The Most Merciful has taken a son.” Exalted is He! Rather, they¹ are [but] honored servants.

•Those they claim to be “children” of Allāh, such as the angels, Ezra, Jesus, etc.

(MELAYU)

Dan mereka berkata: “Tuhan Yang Maha Pemurah telah mengambil (mempunyai) anak”, Maha Suci Allah. Sebenarnya mereka itu adalah hamba-hamba yang dimuliakan,

 

وَقالُوا اتَّخَذَ الرَّحمٰنُ وَلَدًا

Dan mereka berkata: “Tuhan Yang Maha Pemurah telah mengambil (mempunyai) anak”, 

Setelah disampaikan ajaran tauhid dengan jelas kepada manusia, tetapi ada ramai di kalangan manusia yang melakukan syirik dengan mengatakan yang Allah mengambil anak.

Sebenarnya yang dimaksudkan bukanlah anak sebenar Allah, tetapi ‘wakil’ atau ‘naqib’. Mereka mengatakan Allah mempunyai wakil-wakil yang boleh menyampaikan doa mereka kepada Allah. Mereka jadikan wakil-wakil itu sebagai wasilah.

Ini adalah kerana mereka kata Allah tidak layan permintaan doa kita kerana kita hina dan banyak dosa, tapi kalau doa itu disampaikan oleh wakilNya, ia akan makbul. Ini adalah alasan yang tidak benar kerana Allah tidak pernah kata begitu. Dan bukankah Dakwa Surah ini Allah maha mendengar? Maka kerana Allah maha mendengar, maka terus sahaja berdoa kepadaNya.

 

سُبحٰنَهُ

Maha Suci Allah.

‘Subhanallah’ bermaksud tidak boleh merendahkan seseorang yang terlalu tinggi. Allah maha tinggi maka tidak boleh nak samakan Allah dengan makhluk yang hanya bersifat makhluk. Kalau makhluk, memanglah ada anak dan ada wakil dalam pemerintahan kerajaan.

Sebagai contoh, kalau kita nak jumpa menteri, mungkin payah kerana kita rakyat jelata sahaja. Maka kerana itu selalunya manusia akan berjumpa dengan wakil menteri untuk sampaikan permintaan, bukan?

Tapi itu adalah sifat makhluk! Itulah adalah kerajaan dunia sahaja. Kerajaan Allah tentu tidak sama dengan kerajaan makhluk. Allah tidak perlukan wakil untuk dengar permintaan doa kita kerana Allah Maha Mendengar, Maha Melihat. Dan Allah tahu apa yang kita perlukan. Allah rapat dengan kita, maka apa lagi perlunya wakil!? Salah faham inilah yang amat bahaya di kalangan manusia.

 

بَل عِبادٌ مُّكرَمونَ

Sebenarnya mereka itu adalah hamba-hamba yang dimuliakan,

Tapi kerana ada fahaman yang syirik, maka manusia melantik sendiri wakil-wakil Allah walaupun Allah tidak pernah ajar begitu. Manusia akan melantik ilah-ilah dari kalangan Nabi, wali dan malaikat. Sedangkan tidak pernah Allah melantik mereka itu sebagai wakil dalam doa kepadaNya.

Memang tidak patut orang musyrik mengatakan sedemikian kerana individu-individu yang mereka katakan sebagai ‘anak Allah’ itu adalah makhluk yang mulia. Ini adalah kerana mereka itu adalah Nabi, wali dan malaikat. Dan memang kerana salah faham manusia, mereka akan mengambil Nabi, wali dan malaikat ini sebagai perantara kepada Allah kerana mereka berfahaman bahawa mereka itu mulia, maka Allah memberi kelebihan menyampaikan doa kepadaNya.

Memang mereka mulia, dan kerana itu mereka takkan pernah kata yang mereka itu adalah anak Allah atau wakil Allah. Mereka tidak pernah mengaku yang mereka akan menjadi perantara antara makhluk dan Allah. Tidak pernah ada dalil sebegini, tapi syaitan telah berjaya menyusup fahaman bathil ini dalam fikiran manusia. Oleh kerana ramai yang tidak mengendahkan dalil, maka mereka terima sahaja fahaman ini berdasarkan akal mereka sahaja.


 

Ayat 27: Kenapa mereka itu mulia di sisi Allah?

لا يَسبِقونَهُ بِالقَولِ وَهُم بِأَمرِهِ يَعمَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They cannot precede Him in word, and they act by His command.

(MELAYU)

mereka itu tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya.

 

لا يَسبِقونَهُ بِالقَولِ

mereka itu tidak mendahului-Nya dengan perkataan

Dalam ayat sebelum ini Allah telah  menghormati mereka yang rapat denganNya dan di dalam ayat ini ditunjukkan bagaimana mereka pun amat menghormati Allah.

Mereka tidak bercakap sebelum Allah bercakap dan ini adalah tanda penghormatan. Macam kita sebagai pelajar pun, tentu tidak beradab jikalau kita cakap sebelum guru kita bercakap. Dan kalau guru bercakap kita kena biarkan guru itu bercakap sampai habis. Jangan potong kata kata guru.

Dan maksud yang kedua, mereka tidak mendahului Allah dengan mengatakan perkara yang Allah tidak pernah cakap. Maka adakah pernah Nabi, wali dan malaikat itu kata yang mereka itu adalah wakil Allah dalam menyampaikan doa? Tentu tidak pernah. Jadi kenapa kamu wahai manusia memandai-mandai mengatakan makhluk yang mulia itu sebagai wakil Allah?

 

وَهُم بِأَمرِهِ يَعمَلونَ

dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya.

Dan apa saja arahan yang diberikan oleh Allah, mereka pasti melakukannya. Mereka taat dan tidak akan melanggarnya. Apa sahaja yang Allah suruh mereka buat, mereka akan lakukan.

Bukannya macam musyrikin yang sentiasa melanggar arahan Allah. Allah larang jadikan ilah selain DiriNya tapi ramai manusia yang langgar perintah itu. Allah suruh amalkan tauhid, tapi mereka buat syirik pula.


 

Ayat 28:

يَعلَمُ ما بَينَ أَيديهِم وَما خَلفَهُم وَلا يَشفَعونَ إِلّا لِمَنِ ارتَضىٰ وَهُم مِن خَشيَتِهِ مُشفِقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He knows what is [presently] before them and what will be after them,¹ and they cannot intercede except on behalf of one whom He approves. And they, from fear of Him, are apprehensive.

•See footnote to 2:255.

(MELAYU)

Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tiada memberi syafa’at melainkan kepada orang yang diredhai Allah, dan mereka itu selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya.

 

يَعلَمُ ما بَينَ أَيديهِم وَما خَلفَهُم

Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, 

Allah mengetahui apa yang sedang berlaku dan apa yang telah berlaku. Maka tidak perlu nak ajar Allah. Segala maklumat dalam tangan Allah.

Syafaat sebenarnya adalah ‘rekomendasi’ sahaja. Orang-orang yang dibenarkan memberi syafaat itu memberi cadangan sahaja kepada Allah untuk menyelamatkan sesiapa. Tapi kalau di dunia, kita memberi rekomendasi kepada orang yang tidak tahu. Sebagai contoh, kita carikan kerja bagi kawan kita, maka kita beritahu kepada majikan yang kawan kita itu pandai buat kerja dan jujur. Ini adalah kerana majikan kita tidak kenal kawan kita.

Tapi, bagaimana kita nak rekomendasi kepada Allah tentang seseorang yang Allah lebih kenal dari kita? Tentu tidak perlu kerana Allah tahu segala-galanya, depan dan belakang tentang orang itu.

 

وَلا يَشفَعونَ إِلّا لِمَنِ ارتَضىٰ

dan mereka tiada memberi syafa’at melainkan kepada orang yang diredhai Allah,

Dan mereka tidak akan memberi syafaat kepada sesiapa pun melainkan hanya kepada mereka yang diredhai oleh Allah. Ini disebut dalam firman-Nya dalam ayat lain.

{وَلا تَنْفَعُ الشَّفَاعَةُ عِنْدَهُ إِلا لِمَنْ أَذِنَ لَهُ}

Dan tiadalah berguna syafaat di sisi Allah melainkan bagi orang yang telah diizinkan-Nya memperoleh syafaat itu. (Saba: 23)

Sebelum ini telah disebut yang Allah tahu segala apa yang terjadi – depan dan belakang – masa hadapan dan masa lampau.

Dalam memberi Syafaat, sebenarnya mereka yang memberi Syafaat itu, hanya memberikan rekomen sahaja. Maka Nabi, wali dan malaikat itu hanya boleh beri Syafaat kepada mereka yang Allah sendiri telah redha untuk menerima Syafaat. Maka mereka yang layak sahaja yang boleh dapat Syafaat.

Mereka yang boleh dapat syafaat itu memang Allah telah sedia redha kepada mereka. Kerana mereka beramal dengan amalan tauhid. Jadi kalau manusia ada buat syirik, memang tidak layak dapat Syafaat langsung. Maka kalau mereka berharap Nabi, wali dan malaikat yang mereka sembah itu akan bantu dengan beri Syafaat, mereka amat tersasar jauh.

 

وَهُم مِن خَشيَتِهِ مُشفِقونَ

dan mereka itu selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya.

Bagaimanakah para Nabi, wali dan malaikat itu boleh memberi syafaat kepada sesiapa sahaja sedangkan mereka sendiri takut dengan hal keadaan mereka sendiri? Kalau mereka sendiri sudah takut kepada Allah, adakah kamu rasa yang mereka berani nak rekomen kamu yang buat syirik?

Kerana itu di dalam satu hadis yang masyhur, kita telah belajar bagaimana di Mahsyar nanti apabila manusia pergi meminta syafaat daripada Rasul-rasul mereka, Rasul mereka menjawab: nafsi, nafsi (diriku, diriku). Mereka sendiri pun risaukan keadaan diri mereka. Maka jangan haraplah kamu ada peluang kalau kamu ada mengamalkan syirik semasa di dunia.

Mereka itu takut kepada Allah kerana mereka itu kenal Allah. Mereka tahu Allah boleh buat apa sahaja yang Dia mahu. Mereka takut jikalau mereka ada melakukan kesalahan atau kesilapan yang berlainan dengan kehendak Allah. Itulah sifat yang mulia – tidak terus yakin yang diri mereka selamat.  Mereka yang yakin mereka selamat, itulah yang tidak selamat.


 

Ayat 29:

۞ وَمَن يَقُل مِنهُم إِنّي إِلٰهٌ مِّن دونِهِ فَذٰلِكَ نَجزيهِ جَهَنَّمَ ۚ كَذٰلِكَ نَجزِي الظّٰلِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And whoever of them should say, “Indeed, I am a god besides Him” – that one We would recompense with Hell. Thus do We recompense the wrongdoers.

(MELAYU)

Dan barangsiapa di antara mereka, mengatakan: “Sesungguhnya aku adalah tuhan selain daripada Allah”, maka orang itu Kami beri balasan dengan Jahannam, demikian Kami memberikan pembalasan kepada orang-orang zalim.

 

وَمَن يَقُل مِنهُم إِنّي إِلٰهٌ مِّن دونِهِ فَذٰلِكَ نَجزيهِ جَهَنَّمَ

Dan barangsiapa di antara mereka, mengatakan: “Sesungguhnya aku adalah ilah selain daripada Allah”, maka orang itu Kami beri balasan dengan Jahannam, 

Kalimah itu dalam bentuk majzoom tetapi tidak ada penjelasannya maka ia bermaksud: ‘jika ada mereka berkata begitu’. Kerana Allah berkata tentang para rasul, wali dan malaikat yang dikatakan oleh orang syirik yang mereka telah mengaku sebagai ilah. Sekarang Allah berkata ‘jika’ ada sahaja, kerana pasti mereka tidak akan berkata begitu. Ini hanya hypothetical sahaja.

 

كَذٰلِكَ نَجزِي الظّٰلِمينَ

demikian Kami memberikan pembalasan kepada orang-orang zalim.

Kalaulah ada para Nabi, wali dan malaikat itu yang mengatakan mereka itu ilah selain Allah, maka pasti mereka akan dimasukkan ke dalam neraka sebagai balasan yang setimpal. Tapi seperti kita telah sebut, mereka tidak ada pun berkata begitu. Golongan manusia yang jahil sahaja yang mengatakan demikian. Yang dipuja itu sendiri tidak mengaku.

Begitu juga, kalau ada yang mengatakan ada ilah selain Allah, mereka juga kena azab juga nanti.


 

Ayat 30: Dari ayat ini sehingga ke ayat 41 adalah Perenggan Makro Ketiga. Ia menyebut Tauhid Kholiqiyah Rububiyyah. Allah lah yang mencipta alam semesta. Kemudian Dia mengatur perubahan waktu malam dan siang. Dia juga yang menghidupkan dan mematikan makhlukNya.

Allah menguji manusia dengan kebaikan dan kejahatan sebelum semuanya dikembalikan untuk diberi pembalasan. Maka ayat ini adalah Dalil Aqli.

أَوَلَم يَرَ الَّذينَ كَفَروا أَنَّ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضَ كانَتا رَتقًا فَفَتَقنٰهُما ۖ وَجَعَلنا مِنَ الماءِ كُلَّ شَيءٍ حَيٍّ ۖ أَفَلا يُؤمِنونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Have those who disbelieved not considered that the heavens and the earth were a joined entity, and We separated them and made from water every living thing? Then will they not believe?

(MELAYU)

Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?

 

أَوَلَم يَرَ الَّذينَ كَفَروا أَنَّ السَّمٰوٰتِ وَالأَرضَ كانَتا رَتقًا

Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu,

Tidakkah mereka yang kufur itu lihat dan memikirkan bahawa langit dan bumi itu asalnya bersatu? Iaitu tidak terpisah seperti sekarang.

Kalimah ‘tengok’ yang digunakan dalam ayat ini bermaksud ‘tahu’ – “tidakkah kamu tahu?”. Ini adalah kerana tidak ada sesiapa pun yang melihat awal kejadian alam ini.

Memanglah kita tidak tahu perkara ini kerana kita tak mampu nak capai maklumat itu kerana ianya berlaku lama sebelum kita sendiri lahir. Maka tujuan Allah tanya itu adalah caraNya untuk memberitahu maklumat ini kepada kita.

 

فَفَتَقنٰهُما

kemudian Kami pisahkan antara keduanya. 

Kemudian Allah pisahkan antara langit dan bumi itu. Ada yang mengatakan ayat ini menceritakan tentang Teori Big Bang. Dan memang ada persamaan teori itu dan apa yang disebut dalam ayat ini. Ini adalah salah satu mukjizat Qur’an yang mempunyai persamaan dengan pemahaman sains. Ini adalah kerana Qur’an tidak berlawanan dengan sains.

Mengikut Teori Big Bang, alam ini asalnya adalah satu gumpalan (Primary Nebula) dan kemudian ada letupan (Secondary Separation) yang menjadikan galaksi-galaksi. Dan dari galaksi-galaksi itu menjadi bintang, planet, matahari, bulan dan seterusnya. Semua ini adalah dalam takdir Allah.

Allah memang suruh kita buat kajian tentang alam. Ini menambahkan kefahaman dan iman kita kepada Allah. Semoga semakin ramai umat Islam menceburi bidang kajian ini supaya dapat menjelaskan tentang alam ini dari perspektif Islam. Kita memang memerlukan sains ditafsir dalam kaca mata Islam. Kerana Islam tidak berlawanan dengan sains dan apabila kita lihat sains dan Qur’an sama sahaja, ini akan menambahkan keimanan kita.

 

وَجَعَلنا مِنَ الماءِ كُلَّ شَيءٍ حَيٍّ

Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup.

Dan Allah menjadikan semua benda yang hidup dari air. Dan memang kajian Sains sekarang pun sudah menerima bahawa asal kejadian semua yang hidup adalah dari air. Kerana itu kalau kajian pada planet selain bumi, yang dicari adalah sumber air kerana jikalau ada sumber air di planet itu, ia menunjukkan bahawa ada kemungkinan ada kehidupan di situ, atau pernah ada kehidupan di situ.

Akan tetapi timbul persoalan kenapa orang-orang yang engkar itu disuruh melihat kejadian alam ini sedangkan mereka tidak boleh lihat pun. Mereka tidak ada kemungkinan untuk mengkajinya. Waktu itu mereka hanya disuruh untuk memikirkan sahaja dari pada mana asal mereka tetapi kita sekarang hidup pada zaman yang dapat lebih memahami ayat ini.

Allah hendak memberitahu bahawa Dia lah yang menjadikan alam ini maka dia sahaja yang boleh menceritakan satu persatu kejadian itu. Maka setelah tahu yang Allah yang menjadikan alam ini, maka pujuklah Allah sahaja dan berdoalah kepada Allah sahaja dan mengapa hendak memujuk dan berdoa kepada selain Allah?

 

أَفَلا يُؤمِنونَ

Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?

Maka elok kalau untuk lebih memahami ayat-ayat sebegini kita mencari maklumat maklumat sains yang dapat menguatkan lagi fahaman kita tentang alam ini. Dan memang banyak dokumentari yang menceritakan tentang kejadian alam ini dan kita boleh lihat bagaimana pemberita yang memberitahu dokumentari itu sangat takjub dengan alam ini tetapi kita hairan kenapa mereka tidak takjub dengan Allah, Tuhan yang menjadikan alam ini?

Allahu a’lam. Sambung ke ayat seterusnya.

Kemaskini: 15 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Dr. Zakir Naik

Tafsir Jalalain