Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 19 – 24 (Kalau ada banyak ilah)

Ayat 19: Ini adalah dalil aqli kedua. Sebelum ini telah disebut tentang fahaman syirik manusia yang mengatakan para malaikat itu adalah anak-anak Allah, maka sekarang Allah jelaskan siapakah malaikat itu.

وَلَهُ مَن فِي السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ ۚ وَمَن عِندَهُ لا يَستَكبِرونَ عَن عِبادَتِهِ وَلا يَستَحسِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

To Him belongs whoever is in the heavens and the earth. And those near Him [i.e., the angels] are not prevented by arrogance from His worship, nor do they tire.

(MELAYU)

Dan kepunyaan-Nya-lah segala yang di langit dan di bumi. Dan malaikat-malaikat yang di sisi-Nya, mereka tiada mempunyai rasa angkuh untuk menyembah-Nya dan tiada (pula) merasa letih.

 

وَلَهُ مَن فِي السَّمٰوٰتِ وَالأَرضِ

Dan kepunyaan-Nya-lah segala yang di langit dan di bumi.

Hanya Allah sahaja yang memiliki alam ini. Allah tidak perlukan anak-anak seperti kita yang memerlukan anak untuk melangsungkan kehidupan kita di dunia ini. Kita mahu kepada anak kerana kita mahu ada sesuatu yang kita tinggalkan di dunia ini setelah kita tiada nanti. Tapi Allah memiliki alam ini, tidak memerlukan anak seperti itu.

Oleh kerana Allah yang memiliki alam ini, maka kepada Allah sahajalah tempat kita menghambakan diri, melakukan ibadah dan seruan dalam doa. Janganlah sembah kepada selain Allah dan bertawasul kepada Nabi, wali atau malaikat.

 

وَمَن عِندَهُ لا يَستَكبِرونَ عَن عِبادَتِهِ

Dan mereka yang di sisi-Nya, mereka tiada mempunyai rasa angkuh untuk menyembah-Nya

Yang ‘rapat dengan Allah’ adalah malaikat-malaikat dan juga manusia-manusia yang bertakwa kepada Allah. Mereka mempunyai darjat yang tinggi kerana iman mereka dan amalan mereka. Mereka itu tidak merasa sombong untuk beribadah dan juga menghambakan diri hanya kepada Allah.

Kita tekankan perkataan ‘menghambakan’ kerana kalimah عبد bukan sahaja bermaksud ‘ibadat’ tetapi ia juga asalnya bermaksud ‘hamba’. Ada orang yang ‘beribadat’ kepada Allah, tapi tidak ‘menghambakan’ diri kepada Allah. Kerana itu mereka solat dan puasa, tapi mereka tidak taat kepada hukum-hukum Allah yang lain.

Allah beritahu yang malaikat dan manusia yang rapat dengan Allah ini tidak rasa rendah diri pun untuk menghambakan diri mereka kepada Allah. Mereka merendahkan diri di hadapan Allah dan juga mengagungkan Allah seagung-agungnya. Mereka tidak rasa sombong pun untuk menjadi hamba kepada Allah. Malangnya ada manusia yang sombong diri padahal mereka itu kerdil sahaja.

 

وَلا يَستَحسِرونَ

dan tiada merasa letih.

Kalimat يَستَحسِرونَ ini bermaksud penat seperti digunakan di dalam surah al-Mulk yang menceritakan kepenatan orang yang mencari keretakan pada langit. Memang takkan jumpa, dan kalau benda yang dicari-cari tidak jumpa, akhirnya kita akan penat sendiri, bukan?

Mereka yang rapat dengan Allah itu tidak rasa lelah dan penat ataupun bosan di dalam melakukan ibadah kepada Allah dan tidaklah mereka seperti kita yang apabila melakukan solat kepada Allah, sentiasa rasa penat sahaja. Kadang-kadang kita bosan sahaja semasa solat dan nak habiskan dengan cepat sahaja, bukan?


 

Ayat 20: Apakah contoh ibadah yang mereka lakukan?

يُسَبِّحونَ اللَّيلَ وَالنَّهارَ لا يَفتُرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They exalt [Him] night and day [and] do not slacken.

(MELAYU)

Mereka selalu bertasbih malam dan siang tiada henti-hentinya.

 

يُسَبِّحونَ اللَّيلَ وَالنَّهارَ

Mereka selalu bertasbih malam dan siang

Mereka bertasbih memuji Allah siang dan malam. Apabila digunakan kalimah ‘siang dan malam’, maksudnya ‘sentiasa’. Mereka sentiasa melakukan ibadah kepada Allah dan sentiasa ingat kepada Allah.

 

لا يَفتُرونَ

tiada henti-hentinya.

Kalimah يَفتُرونَ dari katadasar ف ت ر yang bermaksud bermula dengan laju dan hebat pada awalnya tetapi lama kelamaan menjadi lemah.

Sekarang bayangkan orang-orang yang melakukan solat tarawih yang mulanya laju dan bersemangat tetapi setelah di tengah-tengah Ramadhan sudah jadi lemah. Masa awal Ramadhan ramai berjemaah di masjid tapi bila sudah hujung Ramadhan ramai yang mula sibuk buat kuih dan bikin baju raya. Itulah ف ت ر.

Allah beritahu yang mereka yang rapat dengan Allah ini tidak begitu. Mereka sentiasa bersemangat untuk beribadat kepada Allah. Semoga kita juga mendapat semangat ini.


 

Ayat 21: Zajrun. Sekarang Allah menegur golongan yang berbeza dari golongan sebelum ini.

أَمِ اتَّخَذوا ءآلِهَةً مِّنَ الأَرضِ هُم يُنشِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Or have they [i.e., men] taken for themselves gods from the earth who resurrect [the dead]?

(MELAYU)

Apakah mereka mengambil tuhan-tuhan dari bumi, yang dapat menghidupkan (orang-orang mati)?

 

أَمِ اتَّخَذوا ءآلِهَةً مِّنَ الأَرضِ

Apakah mereka mengambil ilah-ilah dari bumi,

Adakah mereka, iaitu orang-orang musyrik itu menjadikan ilah-ilah selain Allah? Dan ilah-ilah itu ada di bumi (sedangkan Allah ada di langit).

 

هُم يُنشِرونَ

yang dapat menghidupkan?

Allah tanya mereka: adakah ilah-ilah yang mereka ambil itu boleh menghidupkan dan mengumpulkan manusia selepas makhluk mati? Adakah ilah-ilah itu ada kuasa untuk menghidupkan makhluk yang telah mati dan mengumpulkan mereka seperti Allah yang akan mengumpulkan semua makhluk di Mahsyar nanti?

Tentu tidak boleh. Maka Allah ejek penyembah ilah selain Allah itu. Kenapakah mereka boleh jadi bodoh sangat sampai sembah makhluk yang tidak ada kuasa?


 

Ayat 22: Allah berikan logik untuk menunjukkan kesalahan mereka itu. Allah suruh mereka fikirkan hujah ini.

لَو كانَ فيهِما ءآلِهَةٌ إِلَّا اللهُ لَفَسَدَتا ۚ فَسُبحٰنَ اللهِ رَبِّ العَرشِ عَمّا يَصِفونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Had there been within them [i.e., the heavens and earth] gods besides Allāh, they both would have been ruined. So exalted is Allāh, Lord of the Throne, above what they describe.

(MELAYU)

Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu telah binasa. Maka Maha Suci Allah yang mempunyai ‘Arsy daripada apa yang mereka sifatkan.

 

لَو كانَ فيهِما ءآلِهَةٌ إِلَّا اللهُ لَفَسَدَتا

Sekiranya ada di langit dan di bumi ilah-ilah selain Allah, tentulah keduanya itu telah binasa.

Allah suruh manusia berfikir: yang kalaulah di langit dan di bumi itu ada ilah selain Allah, tentunya langit dan bumi itu akan hancur lama dari dulu lagi kerana tentu akan ada pergaduhan antara ilah-ilah itu. Ayat ini semakna dengan firman-Nya:

{مَا اتَّخَذَ اللَّهُ مِنْ وَلَدٍ وَمَا كَانَ مَعَهُ مِنْ إِلَهٍ إِذًا لَذَهَبَ كُلُّ إِلَهٍ بِمَا خَلَقَ وَلَعَلا بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يَصِفُونَ}

Allah sekali-kali tidak mempunyai anak dan sekali-kali tidak ada tuhan (yang lain) berserta-Nya. Kalau ada tuhan berserta-Nya, masing-masing tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakannya, dan sebahagian dari tuhan-tuhan itu akan mengalahkan sebahagian yang lain. Maha suci Allah dari apa yang mereka sifatkan itu. (Al-Mu’minun: 91)

Kerana itu kalau kita lihat agama-agama yang kata ada banyak tuhan, kita boleh lihat bagaimana tuhan-tuhan itu berkelahi dan berperang dan berbunuhan sesama mereka. Kerana kalau mereka itu memang benar ilah, tentu mereka ada kuasa dan tentu tidak boleh ada yang lebih kuasa dari mereka.

Kerana kalau nak jadi ilah, mesti ada kuasa penuh dan mengalahkan semua yang lain. Kerana kalau tidak ada kuasa yang penuh, maka ia bukanlah ilah.

 

فَسُبحٰنَ اللهِ رَبِّ العَرشِ عَمّا يَصِفونَ

Maka Maha Suci Allah yang mempunyai ‘Arsy daripada apa yang mereka sifatkan.

Maha suci Allah dari ada ilah selainNya. Itu semua adalah rekaan manusia sahaja. Allah lebih tinggi daripada sifat-sifat yang disebut tentangNya. Hanya Allah sahaja ilah dan tidak ada ilah lain melainkan itu semua adalah rekaan manusia sahaja.

Hanya ada satu Arasy dan hanya ada satu Tuhan sahaja. Hanya Allah sahaja yang ada Arasy itu. Dan Arasy itu adalah makhluk Allah yang paling besar sekali. Ia adalah makhluk yang paling tinggi sekali dan Allah di atas lagi dari Arasy itu. Maknanya kedudukan Allah itu tertinggi – lalu bagaimana Allah boleh direndahkan dan disamakan dengan makhluk? Ini adalah syirik!

Manusia musyrik dan kafir, apabila mereka menceritakan tuhan-tuhan mereka, mereka akan berikan maklumat yang terperinci tentang tuhan-tuhan itu: siapa namanya, siapa bapanya, siapa isterinya, siapa anaknya, apa kuasa yang dia ada dan sebagainya.

Dan sekarang kita lihat bagaimana kisah-kisah itu dijadikan sebagai filem. Dan kerana itu amat bahaya kalau ditonton kerana apabila manusia melihatnya, sedikit sebanyak ada perasaan yang lain macam di dalam hati mereka.

Tambah bahaya lagi kalau anak-anak kita yang tengok. Maka kita kena jaga apakah yang ditonton oleh anak-anak kita. Takut mereka terpesona dan terkesan pula dengan apa yang mereka lihat.


 

Ayat 23: Allah menceritakan tentang DiriNya.

لا يُسأَلُ عَمّا يَفعَلُ وَهُم يُسئَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He is not questioned about what He does, but they will be questioned.

(MELAYU)

Dia tidak ditanya tentang apa yang diperbuat-Nya dan merekalah yang akan ditanyai.

 

لا يُسأَلُ عَمّا يَفعَلُ

Dia tidak ditanya tentang apa yang diperbuat-Nya

Allah tidak akan ditanya dan Allah tidak boleh dipersoalkan tentang apa sahaja yang dilakukan olehnya kerana Dia adalah Tuhan. Mana boleh kita nak persoalkan tentang apa sahaja yang Allah lakukan.

Malangnya kadangkala kita dengar kata-kata manusia yang kena musibah kata begini: “ya Allah, kenapa kau matikan suami aku….? Kenapa kau matikan emak aku…..?” Ini adalah kata-kata yang amat bahaya kerana seperti mempersoalkan tindakan Allah pula.

 

وَهُم يُسئَلونَ

dan merekalah yang akan ditanyai.

Akan tetapi makhluk lah yang akan ditanya tentang segala perbuatan mereka semasa di dunia. Semua perbuatan kita ditulis oleh malaikat dan akan dipersoal oleh Allah nanti.

Lalu bagaimana kita nak jawab kalau apa yang kita lakukan itu bertentangan dengan apa yang Allah suruh? Maka kena fikirkan apakah amalan kita semasa di dunia ini. Jangan kita menyesal nanti di akhirat.


 

Ayat 24:

أَمِ اتَّخَذوا مِن دونِهِ ءآلِهَةً ۖ قُل هاتوا بُرهٰنَكُم ۖ هٰذا ذِكرُ مَن مَّعِيَ وَذِكرُ مَن قَبلي ۗ بَل أَكثَرُهُم لا يَعلَمونَ الحَقَّ ۖ فَهُم مُّعرِضونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Or have they taken gods besides Him? Say, [O Muḥammad], “Produce your proof. This [Qur’ān] is the message for those with me and the message of those before me.”1 But most of them do not know the truth, so they are turning away.

•All previous prophets called for the worship of Allāh alone.

(MELAYU)

Apakah mereka mengambil tuhan-tuhan selain-Nya? Katakanlah: “Tunjukkanlah hujjahmu! (Al Quran) ini adalah peringatan bagi orang-orang yang bersamaku, dan peringatan bagi orang-orang yang sebelumku”. Sebenarnya kebanyakan mereka tiada mengetahui yang hak, kerana itu mereka berpaling.

 

أَمِ اتَّخَذوا مِن دونِهِ ءآلِهَةً

Apakah mereka mengambil ilah-ilah selain-Nya?

Allah menunjukkan kehairananNya tentang manusia yang mengambil ilah-ilah selain DiriNya. Kenapakah mereka tidak memikirkan tindakan mereka itu? Kenapa mereka buat perkara yang tidak ada dalil dan jauh dari logik akal?

 

قُل هاتوا بُرهٰنَكُم

Katakanlah: “Unjukkanlah hujjahmu! 

Kalimah هاتوا bermaksud suruh bawa/datang dengan segera. Macam kisah Zulaikha panggil Nabi Yusuf dalam Surah Yusuf.

Kalimah برهان bermaksud bukti yang tidak dapat disangkal.

Ini adalah cabaran yang Allah berikan kepada manusia yang engkar dengan tauhid. Kalau ada dalil dan hujah yang tidak dapat disangkal, bawa keluarlah dan beritahu. Jangan simpan pula. Tapi sudah pasti tidak ada dalil dan tidak ada hujah.

 

هٰذا ذِكرُ مَن مَّعِيَ

ini adalah peringatan bagi orang-orang yang bersamaku, 

Nabi Muhammad disuruh untuk memberitahu bahawa wahyu yang ada pada Baginda iaitu Qur’an adalah untuk mereka yang beriman dengan baginda.

Sebelum ini mereka disuruh bawa dalil tentang fahaman syirik mereka itu. Tapi tentulah tidak ada. Sedangkan wahyu dalam Qur’an ini berlainan sekali dengan apa yang mereka katakan itu. Memang tidak ada dalil lain melainkan Qur’an ini sahaja. Ia menjadi sumber peringatan kepada mereka yang mahu beriman dengan baginda.

 

وَذِكرُ مَن قَبلي

dan peringatan bagi orang-orang yang sebelumku”.

Wahyu yang ada bersama Nabi adalah Qur’an dan wahyu yang sebelum Nabi Muhammad adalah kitab-kitab yang dahulu. Bukan sahaja tidak ada dalil tentang ilah selain Allah dalam Qur’an, dalam wahyu langit sebelum Qur’an juga tidak ada seperti dalam Taurat, Injil dan Zabur.

Allah hendak memberitahu bahawa cerita tentang tauhid ini bukan hanya berada di dalam Qur’an sahaja tetapi berada di dalam kitab kitab wahyu sebelum Qur’an. Sama sahaja maklumat tentang Tauhid, Risalah dan Akhirat.

 

بَل أَكثَرُهُم لا يَعلَمونَ الحَقَّ

Sebenarnya kebanyakan mereka tiada mengetahui yang haq,

Kebanyakan manusia tidak tahu tentang kebenaran dan mereka melakukan kesilapan dengan menyangka perkara yang mereka tidak tahu itu tidak penting. Mereka rasa mereka hidup senang sahaja dan selamat sahaja tanpa mengetahui tentang wahyu dan tentang agama.

 

فَهُم مُّعرِضونَ

kerana itu mereka berpaling.

Jadi kerana rasa wahyu tidak penting, maka mereka rasa tak perlu nak ambil tahu. Kerana itu ramai yang tidak kisah pun untuk belajar agama, belajar tafsir Qur’an dan sebagainya. Mereka rasa sudah selamat, mereka rasa sudah cukup dengan ilmu yang mereka ada. Alangkah malangnya mereka kerana berfikiran begitu.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 14 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 11 – 18 (Lawan haq dan bathil)

Ayat 11: Ayat takhwif duniawi.

وَكَم قَصَمنا مِن قَريَةٍ كانَت ظالِمَةً وَأَنشَأنا بَعدَها قَومًا ءآخَرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And how many a city which was unjust¹ have We shattered and produced after it another people.

    •    i.e., its inhabitants persisting in wrongdoing.

(MELAYU)

Dan berapa banyaknya (penduduk) negeri yang zalim yang telah Kami binasakan, dan Kami adakan sesudah mereka itu kaum yang lain (sebagai penggantinya).

 

وَكَم قَصَمنا مِن قَريَةٍ كانَت ظالِمَةً

Dan berapa banyaknya (penduduk) negeri yang zalim yang telah Kami binasakan, 

Kalimah قصم bermaksud ‘pecah’, ‘hancurkan’. Allah mengingatkan kepada kita bawa telah banyak sekali kaum-kaum yang telah dimusnahkan kerana mereka itu telah berlaku zalim. Tidak ada masalah bagi Allah untuk menghancurkan mana-mana kaum pun kerana mereka degil.

 

وَأَنشَأنا بَعدَها قَومًا ءآخَرينَ

dan Kami adakan sesudah mereka itu kaum yang lain

Dan kemudian setelah Allah hancurkan mereka, Allah boleh bangkitkan kaum yang lain pula di tempat itu. Ini menunjukkan bahawa tidak susah pun bagi Allah untuk menghancurkan mana-mana kaum dan kemudian gantikan dengan kaum yang lain. Ini sudah banyak terjadi. Sebagai contoh, kaum Aad dihancurkan dan digantikan dengan kaum Tsamud.

Maka janganlah Musyrikin Mekah itu ataupun kita sendiri rasa kita ini hebat sampaikan Allah takkan hancurkan. Musyrikin Mekah mungkin sangka yang mereka itu kaum terpilih kerana mereka penjaga Kaabah. Allah beritahu, Allah tak kira. Kalau Allah nak ganti, Allah boleh sahaja gantikan.


 

Ayat 12:

فَلَمّا أَحَسّوا بَأسَنا إِذا هُم مِنها يَركُضونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when they [i.e., its inhabitants] perceived Our punishment, at once they fled from it.

(MELAYU)

Maka tatkala mereka merasakan azab Kami, tiba-tiba mereka melarikan diri dari negerinya.

 

فَلَمّا أَحَسّوا بَأسَنا

Maka tatkala mereka merasakan azab Kami,

Kalimah أَحَسّوا dari katadasar ح س س yang bermaksud ‘bagi seseorang merasa’. Allah merasakan azab kepada mereka yang degil. Azab yang disebut dalam ayat sebelum ini adalah daripada Allah. Mereka sangka mereka melawan siapa? Mereka sangka mereka lawan Nabi Muhammad sahaja kah?

 

إِذا هُم مِنها يَركُضونَ

tiba-tiba mereka melarikan diri dari negerinya.

Apabila mereka nampak azab yang telah datang itu barulah mereka hendak melarikan diri. Waktu itu mereka akan kelam kabut dan menceceh-ceceh hendak melarikan diri.

Kalimah يَركُضونَ dari katadasar ر ك ض yang bermaksud menggerakkan kaki, lari, terbang.


 

Ayat 13:

لا تَركُضوا وَارجِعوا إِلىٰ ما أُترِفتُم فيهِ وَمَسٰكِنِكُم لَعَلَّكُم تُسئَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Some angels said], “Do not flee but return to where you were given luxury and to your homes – perhaps you will be questioned.”¹

    •    About what happened to you. This is said to them in sarcasm and ridicule.

(MELAYU)

Janganlah kamu lari tergesa-gesa; kembalilah kamu kepada nikmat yang telah kamu rasakan dan kepada tempat-tempat kediamanmu (yang baik), supaya kamu ditanya.

 

لا تَركُضوا

Janganlah kamu lari tergesa-gesa;

Akan tetapi mereka tidak dapat melarikan diri. Maka akan diejek kepada mereka: “tak payahlah kamu nak lari ke mana-mana”. Yang berkata itu adalah para malaikat.

 

وَارجِعوا إِلىٰ ما أُترِفتُم فيهِ

kembalilah kamu kepada nikmat yang dulu kamu rasakan

Mereka akan cuba nak lari tapi mereka akan dipulangkan ke tempat tinggal mereka yang dulunya mereka hidup dengan mewah.

 

وَمَسٰكِنِكُم

dan kepada tempat-tempat kediamanmu

Ini adalah perli daripada Allah. Baliklah ke tempat tinggal kamu yang kamu hidup senang lenang dahulu. Kalau bolehlah.

 

لَعَلَّكُم تُسأَلونَ

supaya kamu ditanya.

Maksudnya dulu kamu ada ramai pembantu yang tanya apa yang kamu hendak? Macam orang gaji kamu yang tanya apakah yang kamu hendak minum dan sebagainya. Kerana dahulu biasanya mereka yang engkar itu adalah orang orang yang kaya dan tentu ada banyak pembantu.

Ditanya oleh pembantu atau hamba itu memang menyenangkan. Tapi ingat yang kamu juga akan ditanya juga nanti. Kamu akan ditanya tentang apa yang telah kamu lakukan semasa kamu hidup dan persoalan itu akan diadakan di akhirat kelak. Yang ini memang susah nak jawab.

Waktu itu mereka akan diminta bertanggungjawab tentang perbuatan mereka, apakah mereka telah mensyukuri nikmat-nikmat yang mereka peroleh? Rezeki Allah semua mereka pakai, tapi kenapa kepada Allah mereka tidak taat? Ingat percuma sahaja kah semua nikmat yang kamu pakai itu? Bayarannya adalah ketaatan kepada Allah. Kalau tak boleh bayar, maka tunggulah nanti azab di neraka kelak.


 

Ayat 14:

قالوا يا وَيلَنا إِنّا كُنّا ظٰلِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “O woe to us! Indeed, we were wrongdoers.”

(MELAYU)

Mereka berkata: “Aduhai, celaka kami, sesungguhnya kami adalah orang-orang yang zalim”.

 

Waktu kena tanya tentang amalan semasa di dunia, waktu itu baru mereka akan menyesali kesalahan dan kesyirikan yang mereka telah lakukan semasa mereka hidup dulu. Waktu itu mereka akan mengaku segala kesalahan mereka dahulu.

Mereka akan menangis dan melaung. Tangisan mereka ini akan berterusan sampai bila-bila. Kerana peluang sudah tidak ada untuk memperbaiki kesalahan dulu.


 

Ayat 15:

فَما زالَت تِلكَ دَعوٰهُم حَتّىٰ جَعَلنٰهُم حَصيدًا خٰمِدينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And that declaration of theirs did not cease until We made them [as] a harvest [mowed down], extinguished [like a fire].

(MELAYU)

Maka tidak berhenti keluhan mereka, sehingga Kami jadikan mereka sebagai tanaman yang telah dituai, yang tidak dapat hidup lagi.

 

فَما زالَت تِلكَ دَعواهُم

Maka tidak berhenti keluhan mereka,

Mereka akan terus mengeluh dan menjerit-jerit menangisi kesilapan mereka. Sampai bila?

 

حَتّىٰ جَعَلناهُم حَصيدًا خامِدينَ

sehingga Kami jadikan mereka sebagai tanaman yang telah dituai, yang tidak dapat hidup lagi.

Sehinggalah mereka dimusnahkan.

Kalimah حَصيدًا adalah ladang yang telah dilenyek-lenyek oleh traktor. Bayangkan ladang yang telah dituai. Atau ladang yang sudah kena bakar. Biasanya ladang selepas dituai akan dibakar. Hanya tinggal kesan-kesan hancur sahaja. Maka apabila ladang itu telah dihancurkan dan kalau ada orang yang datang ke tempat itu semula, mereka akan lihat bagaimana hanya ada kesan-kesan yang manusia pernah hidup di situ tetapi tidak ada lagi orang yang  tinggal di situ.

Begitulah perumpamaan yang Allah berikan kepada azab yang akan dikenakan kepada mereka. Mereka akan dilenyek-lenyek, dibakar sampai rupa mereka pun tiada lagi.

Kalimah خامِدينَ pula adalah perkataan yang amat menakutkan. Dari segi bahasa ia digunakan apabila telah kebah dari demam. Ataupun digunakan untuk benda panas seperti arang yang setelah dihilangkan api yang membakarnya. Sekarang akan menjadi semakin sejuk. Maknanya kepanasan semakin menghilang memberi isyarat kepada hampir mati. Jadi ianya digunakan untuk kematian yang perlahan-lahan dan amat menyakitkan. Begitulah mereka nanti apabila dibakar dalam neraka. Amat menakutkan!


 

Ayat 16: Dari ayat ini sehingga ke ayat 29 adalah Perenggan Makro Kedua. Ia mengandungi peringatan bahawa para Rasul iaitu semuanya menyeru kepada tauhid.

Ayat 16 ini mengandungi Dalil Aqli. Allah suruh tengok alam ini kerana Dia jadikan langit dan bumi ini supaya kita memikirkan dan kita kenal Dia.

وَما خَلَقنَا السَّماءَ وَالأَرضَ وَما بَينَهُما لٰعِبينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We did not create the heaven and earth and that between them in play.

(MELAYU)

Dan tidaklah Kami ciptakan Iangit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya dengan bermain-main.

 

Tidaklah Allah menjadikan alam ini sebagai main-main saja tanpa ada tujuan. Ingatlah yang alam ini dijadikan untuk kita kenal Allah. Kalau alam yang begitu punya hebat, tentu ada yang menjadikannya, bukan? Tentu yang menjadikannya itu lebih hebat? Maka takkan kita tidak mahu kenal kepada Yang menjadikan alam ini?

Di awal surah ini Allah telah memberitahu bagaimana orang yang engkar itu menjadikan agama ini sebagai main-main sahaja dan sekarang Allah memberitahu bahawa alam ini bukan permainan. Bukan Allah main-main buat alam ini (tidak ada kerja nak buat alam pula).

Ini penting kerana memang ada orang yang kononnya pandai berfikir dan mereka kata entah-entah Allah menjadikan alam ini kerana nak lihat apa yang kita buat sahaja. Maka Allah jawab yang ianya bukanlah permainan dan tidak layak untuk Allah buat sebegitu. Allah tak buat benda yang sia-sia.

Ayat ini semakna dengan apa yang disebutkan dalam firman-Nya:

{وَمَا خَلَقْنَا السَّمَاءَ وَالأرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا بَاطِلا ذَلِكَ ظَنُّ الَّذِينَ كَفَرُوا فَوَيْلٌ لِلَّذِينَ كَفَرُوا مِنَ النَّارِ}

Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya tanpa hikmah. Yang demikian itu adalah anggapan orang-orang kafir, maka celakalah orang-orang kafir itu kerana mereka akan masuk neraka. (Shad: 27)


 

Ayat 17: Zajrun.

لَو أَرَدنا أَن نَّتَّخِذَ لَهوًا لَاّتَّخَذنٰهُ مِن لَّدُنّا إِن كُنّا فٰعِلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Had We intended to take a diversion,¹ We could have taken it from [what is] with Us – if [indeed] We were to do so.

    •    Such as a wife or a child.

(MELAYU)

Sekiranya Kami hendak membuat sesuatu permainan, (isteri dan anak), tentulah Kami membuatnya dari sisi Kami. Jika Kami menghendaki berbuat demikian, (tentulah Kami telah melakukannya).

 

لَو أَرَدنا أَن نَّتَّخِذَ لَهوًا لَاّتَّخَذنٰهُ مِن لَّدُنّا

Sekiranya Kami hendak membuat sesuatu permainan, (isteri dan anak), tentulah Kami membuatnya dari sisi Kami.

Allah beritahu yang kalau Allah hendak jadikan alam ini sebagai permainan, seperti isteri dan anak-anak, tentulah Allah akan buat sendiri. Dan kemudian tentulah  Allah akan beritahu kepada kita, siapakah isteriNya dan siapakah anak-anakNya. Allah akan beritahu, supaya kita tak payah nak reka sendiri siapa pasangan Allah dan siapa anak-anak Allah.

Kerana begitulah yang dilakukan oleh agama yang sesat. Mereka sendiri yang reka-reka siapakah anak-anak Allah. Ada yang kata Nabi Isa, ada yang kata Nabi Uzair dan ada yang kata para malaikat itu anak-anak Allah.

Ayat ini semakna dengan apa yang disebutkan oleh firman-Nya:

{لَوْ أَرَادَ اللهُ أَنْ يَتَّخِذَ وَلَدًا لاصْطَفَى مِمَّا يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ سُبْحَانَهُ}

Kalau sekiranya Allah hendak mengambil anak, tentu Dia akan memilih apa yang dikehendaki-Nya di antara ciptaan-ciptaan yang telah diciptakan-Nya, Mahasuci Allah. Dialah Allah Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan. (Az-Zumar: 4)

Maka Allah bukanlah jadikan alam ini sebagai suka-suka sahaja, sebagai alat permainan. Tapi alam ini dijadikan dengan tujuan. Kerana itulah kejadian dalam alam ini amat hebat sekali. Kalau nak buat main-main sahaja, tak payahlah nak jadikan alam ini begini punya hebat, bukan?

 

إِن كُنّا فٰعِلينَ

Jika Kami menghendaki berbuat demikian, 

Kalau Allah nak buat permainan, Allah Allah boleh buat. Tapi memang Allah tak buat pun begitu kerana Allah tak beritahu pun kepada kita. Kerana Allah tidak memerlukan anak isteri untuk menghibur hatiNya. Tak macam kita yang memerlukan keluarga untuk menghibur hati kita, tempat kita bermain-main dengan mereka, tempat kita melepaskan penat dan sebagainya. Ini semua adalah keperluan makhluk dan Allah tidak perlukan.

Qatadah, As-Saddi, Ibrahim An-Nakha’i, dan Mugirah ibnu Miqsam mengatakan bahawa makna ayat ini ialah ‘Kami tidak akan melakukan hal itu’. Mujahid mengatakan bahawa semua lafaz إِن yang ada di dalam ayat ini mengandung makna ingkar atau bantahan. Maknanya, memang Allah tidak buat pun.

Allah bebas dari melakukan sesuatu tanpa keperluan dan tanpa haq. Kalau Allah jadikan sesuatu, mesti ia ada sebab.


 

Ayat 18: Allah hendak memberitahu yang fahaman bathil itu duduk dalam kepala manusia. Tubuh itu sebagai askar sahaja.

بَل نَقذِفُ بِالحَقِّ عَلَى البٰطِلِ فَيَدمَغُهُ فَإِذا هُوَ زاهِقٌ ۚ وَلَكُمُ الوَيلُ مِمّا تَصِفونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Rather, We dash the truth upon falsehood, and it destroys it,¹ and thereupon it departs. And for you is destruction from that which you describe.²

    •    Literally, “strikes its brain,” disabling or killing it.

    •    Of untruth concerning Allāh, particularly here, the claim that He has a son or other “partner” in divinity.

(MELAYU)

Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya, maka dengan serta merta yang batil itu lenyap. Dan kecelakaanlah bagimu disebabkan kamu mensifati (Allah dengan sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya).

 

بَل نَقذِفُ بِالحَقِّ عَلَى البٰطِلِ فَيَدمَغُهُ

Sebenarnya Kami melontarkan yang hak kepada yang batil lalu yang hak itu menghancurkannya,

Allah menggunakan imageri dalam ayat ini.  Ini kerana kalimah نَقذِفُ dari katadasar ق ذ ف  yang bermaksud ‘membaling’. Selalu digunakan untuk baling batu kepada seseorang sampai memecahkan kepalanya. Kalimah فَيَدمَغُهُ dari katadasar د م غ yang bermaksud merosakkan, memecahkan otak.

Bayangkan seorang lelaki hendak menangkap seseorang yang sedang melarikan diri. Sebab orang itu lari laju, maka dia cuma boleh ambil batu dan baling kepada lelaki yang lari itu untuk memberhentikannya. Tapi kerana kuat balingannya, sampai memecahkan kepala orang itu. Maka pecahlah otak orang yang lari itu.

Ini merujuk kepada peperangan antara kebenaran dan kebathilan. Kebenaran tidak suka kepada kebathilan. Tetapi cara Allah menunjukkan kebencian kebenaran kepada kebathilan itu sangat kuat, sampai gunakan ibarat baling sampai pecah kepala. Untuk memahaminya bayangkan kebathilan dan kebenaran ini adalah dua orang lelaki yang berkelahi.

Kadang-kadang apabila manusia berkelahi dan marah sangat, ada yang memaki lawannya. Ada pula yang lebih marah, sampai dia menumbuk lawannya itu kerana marah sangat. Ada yang marah sangat sampai pukul lagi teruk. Ada yang lagi marah maka dia memecahkan kepala lawannya itu. Maknanya, kalau sampai pecahkan kepala, itu tahap marah yang amat tinggi.

Apabila kalimah نَقذِفُ digunakan, ia menunjukkan yang mereka berdua duduk berjauhan. Maksudnya tidaklah dua lelaki ini boleh duduk di dalam satu bilik yang sama kerana marah sangat. Begitulah Allah gambarkan kebencian kebenaran kepada kebathilan. Dan kebenaran akan memusnahkan kebathilan apabila ada peluang. Dan kebenaran selalunya berada di atas dan kebathilan selalu akan lari apabila datangnya kebenaran.

Ia juga memberi isyarat yang kebenaran itu untuk dimasukkan dalam otak. Wahyu itu macam peluru untuk masuk dalam kepala. Apabila wahyu masuk otak, ia akan menghancurkan fahaman salah. Kerana fahaman salah dan benar tidak boleh duduk sekali.

Itulah yang sepatutnya terjadi, tetapi lihatlah dunia sekarang: siapakah yang lebih kuat? Malangnya orang bathil yang lebih kuat daripada orang-orang kebenaran. Jadi dunia ini sudah terbalik sebenarnya. Sepatutnya yang benar yang duduk di atas dan tinggi, tapi kita yang kena duduk di bawah pula dikalahkan oleh puak yang mengamalkan kebathilan itu.

 

فَإِذا هُوَ زاهِقٌ

maka dengan serta merta yang bathil itu lenyap.

Kalimah زاهِقٌ dari katadasar ز ه ق yang bermaksud pergi meninggalkan, rosak, mati, tiada hasil. Ia bermaksud seseorang yang lari kerana kalah dalam peperangan. Ia juga digunakan untuk binatang yang terlalu gemuk atau terlalu kurus. Digunakan untuk binatang jenis itu kerana apabila binatang dikejar, yang terlalu gemuk tidak dapat dari jauh kerana gemuk dan berat; dan binatang yang kurus tidak dapat dari jauh kerana lemah.

Allah gunakan kalimah ini hendak memberi isyarat yang lemahnya kebathilan itu sampai akan lari dan akan kalah.

 

وَلَكُمُ الوَيلُ مِمّا تَصِفونَ

Dan kecelakaanlah bagimu disebabkan kamu mensifatkan

Ini adalah tentang rekaan sifat Tuhan yang dijadikan oleh manusia. Mereka reka sifat-sifat Allah yang tidak ada dalam wahyu. Antaranya mereka kata Allah memerlukan wakil dalam doa. Mereka kata Allah ada anak dan sebagainya.

Dan mereka jadikan ‘wakil-wakil’ itu ada sifat-sifat tertentu. Kalau agama lain, mereka jadikan dewa-dewa itu dengan sifat begitu dan begini, ada ayah dan emak, jaga kawasan itu dan ini, malah macam-macam lagi cerita rekaan.

Dan begitu juga orang Islam yang jahil wahyu pun ada reka sifat-sifat Nabi, wali dan malaikat. Sebagai contoh, yang puja Syeikh Abdul Qadir Jilani itu, mereka kata beliau jaga masa lah, jaga itu dan inilah. Nabi Khidr pula mereka kata jaga hutan lah. Dan macam-macam lagi perkara karut yang manusia reka, tidak kira sama ada orang bukan Islam atau orang Islam sendiri (yang jauh dari wahyu).

Maka Allah kutuk mereka dengan mengatakan mereka akan mendapat kehinaan nanti. Kerana mereka memandai reka benda-benda itu. Benda tidak ada dalil dari wahyu, tapi sedap sahaja mereka buat cerita.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 15 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 5 – 10 (Para Rasul itu golongan manusia)

Ayat 5: Dalam ayat sebelum ini telah disebut bagaimana Musyrikin Mekah menolak Nabi Muhammad dengan menuduh sesiapa yang mengikut baginda itu telah terkena sihir. Tapi mereka bukan  kata sihir sahaja. Ada lagi tuduhan mereka.

بَل قالوا أَضغٰثُ أَحلٰمٍ بَلِ افتَرٰهُ بَل هُوَ شاعِرٌ فَليَأتِنا بِئٰيَةٍ كَما أُرسِلَ الأَوَّلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But they say, “[The revelation is but] a mixture of false dreams; rather, he has invented it; rather, he is a poet. So let him bring us a sign just as the previous [messengers] were sent [with miracles].”

(MELAYU)

Bahkan mereka berkata (pula): “(Al Qur’an itu adalah) mimpi-mimpi yang kalut, malah diada-adakannya, bahkan dia sendiri seorang penyair, maka hendaknya dia mendatangkan kepada kita suatu mukjizat, sebagaimana rasul-rasul yang telah lalu diutus”.

 

بَل قالوا أَضغٰثُ أَحلٰمٍ

Bahkan mereka berkata (pula): “(Al Qur’an itu adalah) mimpi-mimpi yang kalut,

Mereka nak kata yang apa yang dialami oleh Nabi Muhammad itu adalah mimpi buruk sahaja dan cerita di dalamnya kelam kabut, sampaikan apa yang diberitahu itu tidak masuk akal. Mereka kata apa yang diterima oleh baginda adalah mimpi karut sahaja.

Tuduhan ini lagi teruk dari tuduhan sihir kerana kalau sihir, ia tetap kena belajar. Tapi apabila dikatakan mimpi buruk, itu bermaksud mereka tuduh Nabi Muhammad terima sahaja dan entah dari mana datangnya.

 

بَلِ افتَرٰهُ

malah diada-adakannya,

Lagi teruk lagi, mereka kata yang Nabi Muhammad menipu dengan reka sahaja apa yang disampaikan itu. Ini tuduhan ketiga pula (selepas kata ia sihir, kemudian kata ia mimpi).

 

بَل هُوَ شاعِرٌ

bahkan dia sendiri seorang penyair,

Kemudian ada pula yang kata Nabi Muhammad itu seorang penyair pula.

Jadi kita boleh lihat bagaimana mereka menggunakan berbagai-bagai hujah dan tohmahan yang diberikan kepada khalayak ramai. Mereka bagi banyak pilihan, supaya adalah salah satu yang dipercayai oleh orang ramai.

Sebenarnya ini menunjukkan kecelaruan mereka. Mereka pun sudah tidak tahu nak label Qur’an itu apa. Sepatutnya nak kata sihir, pilihlah satu tuduhan sahaja. Tapi kejap mereka kata sihir, kejap kata mimpi, kejap kata rekaan, kejap kata ia adalah syair pula.

Macam juga penentang sunnah sekarang. Macam-macam tuduhan yang dikenakan kepada mereka yang hendak mengamalkan sunnah. Tidak dapat dilawan dengan hujah, dikoreknya segala hal peribadi para pendakwah dan diserang menggunakan isu peribadi. Bila kita dengar tuduhan dan tohmahan mereka, tahulah kita yang mereka sudah ketandusan hujah, macam juga Musyrikin Mekah sudah ketandusan hujah.

 

فَليَأتِنا بِئٰيَةٍ كَما أُرسِلَ الأَوَّلونَ

maka hendaknya dia mendatangkan kepada kita suatu mukjizat, sebagaimana rasul-rasul yang telah lalu diutus”.

Dan ada juga yang beri cadangan untuk Nabi Muhammad mengeluarkan mukjizat untuk membuktikan kenabian baginda. Mereka maksudkan mukjizat-mukjizat seperti unta Nabi Saleh, mukjizatnya tongkat Musa dan mukjizat Nabi Isa.

Musyrikin Mekah memang banyak meminta-minta mukjizat ditunjukkan kepada mereka. Memang berat-berat sekali perkara yang mereka mintakan itu. Dan walaupun Allah boleh melakukannya tetapi Allah tidak mahu melakukannya. Allah telah jawab di dalam surah Al Isra bahawa Allah tidak memberikannya kepada mereka kerana Allah tahu yang jikalau diberikan juga, mereka tidak akan beriman seperti yang telah berlaku kepada kaum-kaum yang terdahulu.

Ada yang telah meminta mukjizat ditunjukkan kepada mereka dan Allah beri mukjizat itu. Tapi kemudiannya mereka tolak juga Rasul mereka walaupun mukjizat telah diberikan. Perkara ini banyak diberitakan dalam ayat-ayat yang lain. Allah sebut tentang ini dalam ayat yang lain:

وَمَا مَنَعَنَا أَنْ نُرْسِلَ بِالآيَاتِ إِلا أَنْ كَذَّبَ بِهَا الأوَّلُونَ وَآتَيْنَا ثَمُودَ النَّاقَةَ مُبْصِرَةً فَظَلَمُوا بِهَا}

Dan sekali-kali tidak ada yang menghalangi Kami mengirimkan (kepadamu) tanda-tanda (kekuasaan Kami), melainkan kerana tanda-tanda itu telah didustakan oleh orang-orang dahulu. (Al-Isra: 59), hingga akhir ayat.

Dan kerana mereka telah menolak mukjizat yang mereka minta sendiri maka mereka telah dihancurkan. Maka Allah tidak mahu itu terjadi kepada umat Nabi Muhammad kerana umat Nabi Muhammad adalah umat yang terakhir. Kerana jikalau mereka dihancurkan semua sekali, maka tidaklah ada lagi umat manusia. Jadi kita kena sedar bahawa penolakan Allah ini adalah di atas sifat rahmatNya.


 

Ayat 6: Jawab kepada syikayah dan takhwif duniawi.

ما ءآمَنَت قَبلَهُم مِّن قَريَةٍ أَهلَكنٰها ۖ أَفَهُم يُؤمِنونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Not a [single] city which We destroyed believed before them,¹ so will they believe?

•    Even though they had witnessed signs and miracles.

(MELAYU)

Tidak ada (penduduk) suatu negeri pun yang beriman yang Kami telah membinasakannya sebelum mereka; maka apakah mereka akan beriman?

 

ما ءآمَنَت قَبلَهُم مِن قَريَةٍ أَهلَكنٰها

Tidak ada (penduduk) suatu negeri pun yang beriman yang Kami telah membinasakannya sebelum mereka;

Allah beritahu di dalam ayat ini bahawa tidak ada satu kaum pun sebelum mereka yang beriman setelah ditunjukkan mukjizat yang mereka minta. Sudah diberikan mukjizat pun mereka tidak terima.

Maka kerana itu kalau diberikan juga mukjizat yang diminta oleh mereka itu, Allah sudah tahu yang mereka memang tidak akan beriman juga.

{إِنَّ الَّذِينَ حَقَّتْ عَلَيْهِمْ كَلِمَةُ رَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ وَلَوْ جَاءَتْهُمْ كُلُّ آيَةٍ حَتَّى يَرَوُا الْعَذَابَ الألِيمَ}

Sesungguhnya orang-orang yang telah pasti terhadap mereka kalimat Tuhanmu, tidaklah akan beriman, meskipun datang kepada mereka segala macam keterangan, hingga mereka menyaksikan azab yang pedih. (Yunus: 96-97)

Kerana mereka menolak untuk beriman setelah diberikan dengan mukjizat yang diminta, Allah musnahkan mereka. Maka memang lebih baik apabila Allah tidak berikan mukjizat kepada mereka.

 

أَفَهُم يُؤمِنونَ

maka apakah mereka akan beriman?

Banyak daerah yang kufur dan mereka dimusnahkan. Mereka nak jadi macam itukah? Mana-mana yang minta mukjizat dan dizahirkan, kaum itu derhaka juga. Maka tak payahlah minta-minta mukjizat lagi. Sebaliknya hendaklah mereka segera beriman.

Atau, ayat ini bermaksud: adakah mereka akan beriman setelah diberikan dengan mukjizat yang mereka minta itu? Tentu tidak. Kerana Allah sudah tahu degilnya hati mereka.


 

Ayat 7: Jawapan lagi kepada kesamaran mereka.

وَما أَرسَلنا قَبلَكَ إِلّا رِجالًا نّوحي إِلَيهِم ۖ فَاسئلوا أَهلَ الذِّكرِ إِن كُنتُم لا تَعلَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We sent not before you, [O Muḥammad], except men to whom We revealed [the message], so ask the people of the message [i.e., former scriptures] if you do not know.

(MELAYU)

Kami tiada mengutus rasul rasul sebelum kamu (Muhammad), melainkan beberapa orang laki-laki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui.

 

وَما أَرسَلنا قَبلَكَ إِلّا رِجالًا

Kami tiada mengutus rasul-rasul sebelum kamu (Muhammad), melainkan beberapa orang-laki-laki

Dan Allah berhujah kepada mereka yang menolak Nabi itu: kalau kamu rasa Rasulullah itu hanya seorang manusia (sampai tidak boleh dipercayai dan diikuti), maka ketahuilah bahawa sebelum baginda pun, yang dinaikkan menjadi Rasul adalah dari kalangan manusia juga, bukan golongan malaikat pun.

Maka jangan pelik lah apabila Rasul yang menyampaikan ajaran agama ini dari kalangan manusia bukannya dari kalangan jin. Memang Nabi Muhammad bukanlah Rasul yang pertama seperti firman Allah:

{قُلْ مَا كُنْتُ بِدْعًا مِنَ الرُّسُلِ}

Katakanlah “Aku bukanlah rasul yang pertama di antara rasul-rasul.” (Al-Ahqaf: 9)

Apabila dikatakan yang Rasul-Rasul dahulu dari kalangan manusia, maknanya tidak ada Nabi dari kalangan perempuan dan jin. Kerana kalimah ‘rijal’ bermaksud lelaki dewasa. Maknanya: mesti lelaki dan dan mesti dari kalangan manusia.

 

نّوحي إِلَيهِم

yang Kami beri wahyu kepada mereka,

Mereka itu semuanya manusia, tapi bezanya mereka itu dapat wahyu.

Kita pun sama sahaja dengan orang yang kita dakwahkan, cuma bezanya kita telah belajar wahyu sebelum orang lain.

 

فَاسئلوا أَهلَ الذِّكرِ إِن كُنتُم لا تَعلَمونَ

maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui.

Dan kalau kamu tidak tahu perkara itu kerana kamu tidak pernah ada kitab wahyu, maka tanyalah kepada ahli-ahli kitab yang ada pengetahuan tentang perkara itu. Yang dimaksudkan adalah golongan Ahli Kitab (Yahudi dan Nasara).

Kalimah الذِّكرِ dalam Qur’an  bermaksud ‘wahyu’. Mereka itu golongan yang ada kitab pada mereka (Taurat dan Injil). Mereka orang yang telah sampai ajaran agama kepada mereka. Maka boleh dikatakan mereka itu orang yang berilmu dan kerana itu mereka digelar ‘Ahli Kitab’.

Tentu kalau ditanya kepada ahli-ahli kitab itu, mereka akan memberitahu bahawa dari mula kejadian lagi, para rasul dan nabi adalah dari kalangan manusia dan mereka juga makan dan beristeri, pergi ke pasar dan ada ahli keluarga, jatuh sakit dan sebagainya. Sama macam manusia biasa juga.

Jadi ini bukanlah perkara baru. Jadi kenapa mereka nak berhujah yang tidak patut seorang Rasul itu manusia? Kenapa nak tolak dakwah Nabi Muhammad semata-mata baginda seorang manusia seperti mereka? Melainkan itu adalah alasan untuk menolak sahaja.


 

Ayat 8: Ini adalah jawapan kepada hujah mereka yang kata kalau benar Nabi Muhammad itu seorang Rasul, mestilah ada sifat luar biasa.

وَما جَعَلنٰهُم جَسَدًا لّا يَأكُلونَ الطَّعامَ وَما كانوا خٰلِدينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We did not make them [i.e., the prophets] forms not eating food,{{Like the angels. Rather, they were human beings with human attributes. nor were they immortal [on earth].

(MELAYU)

Dan tidaklah Kami jadikan mereka tubuh-tubuh yang tiada memakan makanan, dan tidak (pula) mereka itu orang-orang yang kekal.

 

وَما جَعَلنٰهُم جَسَدًا لّا يَأكُلونَ الطَّعامَ

Dan tidaklah Kami jadikan mereka tubuh-tubuh yang tiada memakan makanan,

Dan memang Allah angkat Rasul itu dari kalangan manusia dan tidaklah tubuh mereka tidak memerlukan makanan. Jasad mereka macam jasad manusia lain juga. Tidaklah jasad Nabi Muhammad itu dijadikan dari cahaya sampaikan tidak ada bayang pula. Dalam ayat lain Allah berfirman:

{وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ مِنَ الْمُرْسَلِينَ إِلا إِنَّهُمْ لَيَأْكُلُونَ الطَّعَامَ وَيَمْشُونَ فِي الأسْوَاقِ}

Dan Kami tidak mengutus rasul-rasul sebelummu, melainkan mereka sungguh memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar. (Al-Furqan: 20)

Sifat kemanusiaan yang dimiliki oleh para Rasul ini tidak sedikit pun merendahkan martabat mereka sebagai utusan Allah.

 

وَما كانوا خالِدينَ

dan tidak (pula) mereka itu orang-orang yang kekal.

Dan tidaklah para rasul sebelum Nabi Muhammad itu kekal abadi. Sampai habis ajal mereka, maka mereka akan mati juga.

Ini juga menolak fahaman akidah mereka yang ghuluw yang mengatakan Nabi Muhammad tidak mati. Apabila mereka kata baginda tidak wafat itulah yang menyebabkan ada yang berdoa kepada baginda, sangka baginda datang ke majlis-majlis selawat dan sebagainya. Itu adalah fahaman yang salah.


 

Ayat 9: Ayat tasliah kepada Nabi.

ثُمَّ صَدَقنٰهُمُ الوَعدَ فَأَنجَينٰهُم وَمَن نَّشاءُ وَأَهلَكنَا المُسرِفينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then¹ We fulfilled for them the promise, and We saved them and whom We willed and destroyed the transgressors.

    •    Once they had conveyed the message.

(MELAYU)

Kemudian Kami tepati janji kepada mereka. Maka Kami selamatkan mereka dan orang-orang yang Kami kehendaki dan Kami binasakan orang-orang yang melampaui batas.

 

ثُمَّ صَدَقنٰهُمُ الوَعدَ

Kemudian Kami tepati janji kepada mereka.

Dan Allah telah menepati janji yang diberikanNya kepada para Nabi. Apakah janji yang dimaksudkan? Jikalau mereka tidak menerima wahyu dan melakukan kezaliman, maka mereka akan dihancurkan. Dan kalau mereka menyampaikan wahyu, mereka akan diselamatkan.

 

فَأَنجَينٰهُم وَمَن نَشاءُ

Maka Kami selamatkan mereka dan orang-orang yang Kami kehendaki

Dan apabila Allah telah mengenakan azab yang menghancurkan kepada sesuatu kaum itu, Allah akan menyelamatkan para rasul itu dan sesiapa yang Allah mahu selamatkan dari pengikut mereka. Mereka akan disuruh untuk keluar menyelamatkan diri mereka sebelum azab dikenakan kepada satu-satu kampung itu.

 

وَأَهلَكنَا المُسرِفينَ

dan Kami binasakan orang-orang yang melampaui batas.

Allah pasti akan menghancurkan kaum yang melampau batas. Iaitu bukan sahaja mereka melampau dalam perkara akidah, tapi mereka melampau dengan penyebar tauhid. Mereka menolak dakwah yang disampaikan oleh penyeru tauhid.

Iaitu mereka hendak menyakiti para Rasul dan para pendakwah. Apabila Rasul dan pendakwah itu berdoa kepada Allah, maka Allah akan kabulkan doa itu dengan menghancurkan mereka yang melampau itu.


 

Ayat 10: Targhib kepada mempelajari Qur’an. Maka Allah menceritakan kelebihan Qur’an itu.

لَقَد أَنزَلنا إِلَيكُم كِتٰبًا فيهِ ذِكرُكُم ۖ أَفَلا تَعقِلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

We have certainly sent down to you a Book [i.e., the Qur’ān] in which is your mention.¹ Then will you not reason?

    •    This implies the honor of having been mentioned or addressed. Another meaning is “your reminder.”

(MELAYU)

Sesungguhnya telah Kami turunkan kepada kamu sebuah kitab yang di dalamnya terdapat penyebutan tentangmu. Maka apakah kamu tidak menggunakan akal?

 

لَقَد أَنزَلنا إِلَيكُم كِتٰبًا

Sesungguhnya telah Kami turunkan kepada kamu sebuah kitab

Allah memberitahu yang Dia telah menurunkan kitab untuk manusia. Ianya untuk seluruh manusia, bukan panduan kepada orang Islam sahaja. Kandungan di dalam Qur’an itu pula memang berkenaan mereka.

Oleh kerana ayat ini tidak dimulai dengan siapakah yang dimaksudkan, maka ianya bermaksud seluruh manusia. Allah memberitahu bahawa kandungan di dalam kitab-kitab itu adalah berkenaan manusia itu sendiri.

 

فيهِ ذِكرُكُم

yang di dalamnya terdapat penyebutan tentangmu.

Ada beberapa tafsir berkenaan ayat ini.

Kisah-kisah di dalam kitab itu relevan dengan apa yang dialami oleh kita. Sebagai contoh, apabila kita membaca kisah Nabi Ibrahim dengan ayahnya di dalam Qur’an, maka kita akan terkenang bagaimana perhubungan kita dengan ayah kita juga. Kadangkala kita pun kena dakwah kepada ayah kita juga dan ayah kita pula menentang  Apabila kita membaca kisah Nabi Yusuf dan bagaimana dugaan dengan nafsu yang dialaminya, maka kita teringat kepada cubaan kepada kita yang berkenaan dengan nafsu juga.

Maksud kedua ayat ini, Qur’an ini sepatutnya digunakan sebagai zikr harian kita. Dalam banyak-banyak lafaz zikr, kalimah Qur’an adalah yang terbaik sekali.

Ketiganya, di dalam Qur’an itu mengandungi peringatan kepada hukum-hukum Allah yang kita kena taati. Dan hukum yang Allah kenakan kepada kita itu adalah amat bersesuaian dengan zaman kita. Maka janganlah ada yang kata hukum-hukum itu tidak sesuai untuk di amalkan.

Yang keempat, Ibnu Abbas mengatakan, makna ذِكرُكُم ialah ‘sebab-sebab kemuliaan bagi kalian’. Maknanya Arab Quraish itu menjadi terkenal sampai bila-bila kerana merekalah orang pertama yang menerima wahyu Qur’an ini. Ianya memperkatakan tentang diri mereka yang dijadikan contoh sepanjang zaman. Sama ada baik atau buruk, ianya tentang mereka dan sikap mereka.

 

أَفَلا تَعقِلونَ

Maka apakah kamu tidak menggunakan akal?

Maka lihatlah ayat-ayat Qur’an itu dan pelajarilah. Tadabburlah ayat-ayat Qur’an itu supaya kita dapat ambil pengajaran darinya. Ia ada banyak hikmah di dalamnya. Semakin dibaca semakin menarik dan memberi manfaat. Tidakkah kamu mahu menggunakan akal kamu dan mengenali Qur’an ini?

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 14 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Anbiya’ Ayat 1 – 4 (Allah Maha Mendengar)

Pengenalan:

Dalam Surah Taha ada disebut kisah Nabi Musa dan Nabi Adam. Kali ini disebut kisah para Nabi yang lain. Mereka ini telah bersusah payah menyampaikan risalah Allah kepada umat mereka. Tujuannya supaya manusia taat kepada Allah sebelum mereka mati.

Dan supaya manusia itu dimasukkan ke dalam syurga. Kerana tujuan yang mulia inilah yang menyebabkan mereka bertungkus lumus menyampaikan mesej dakwah kepada manusia.

Dakwa Surah ini ada dalam ayat ketiga. Iaitu hendak memberitahu sifat Allah yang Maha Mengetahui. Kerana itu kena seru Dia sahaja dalam ibadat dan doa kerana Dia sahaja yang tahu semua perkara. Kalau kita berdoa kepada selain Allah, mereka tidak dapat nak memberikan apa-apa kerana mereka tidak mengetahui segala-galanya. Kerana kalau kita minta sesuatu, tentulah kita nak berharap kepada Tuhan yang tahu apa yang kita hendak dan perlukan.

Kita juga berharap kepada Tuhan yang tahu bagaimana hendak memberikan apa yang kita hendak.

Dan surah ini juga hendak memberitahu yang Allah tiada wakil atau perantara dalam doa. Dan Allah murka kepada hamba yang kata Allah memerlukan wakil dalam doa. Kita kena doa terus kepada Allah dan jangan menggunakan wasilah.


Ayat 1: Dari ayat ini sehingga ke ayat 15 adalah Perenggan Makro Pertama. Surah ini mempunyai 8 Perenggan kesemuanya. Perenggan pertama ini memberitahu akan binasanya kaum yang mempersenda Rasul dan Kitab.

Mereka itu binasa disebabkan terpedaya dengan kesenangan dunia. Kerana dunia, manusia menolak dan mengolok-olok peringatan tentang tauhid dan hari pembalasan. Kaum yang engkar akan dibinasakan dan diganti dengan kaum yang lain. Maka ayat ini adalah Ayat Zajrun.

اقتَرَبَ لِلنّاسِ حِسابُهُم وَهُم في غَفلَةٍ مُعرِضونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Al-Anbiyā’: The Prophets.

[The time of] their account has approached for the people, while they are in heedlessness turning away.

(MELAYU)

Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya).

 

اقتَرَبَ لِلنّاسِ حِسابُهُم

Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka,

Ingatlah yang Hari Kiamat itu sudah dekat – kita sahaja sangka ia lama, tapi ia akan datang tidak lama lagi. Apabila Allah menceritakan tentang hari hisab yang sudah hampir, ini bermakna yang surah ini banyak mengandungi ancaman-ancaman di dalamnya.

Ini memberi isyarat kepada apa yang kita akan hadapi selepas ini, kerana kadang-kadang Allah memulakan surah dengan berita Rahmah dan kadang-kadang dengan ancaman.

Apabila sudah mati, tidak ada peluang nak bertaubat lagi. Maka kenalah kita ambil peluang semasa masih hidup ini untuk bertaubat dan ubah cara hidup kita.

 

وَهُم في غَفلَةٍ مُعرِضونَ

sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling

Akan tetapi kebanyakan manusia tidak beri perhatian kepada akhirat kerana lalai dengan dunia. Kerana itu mereka menolak kebenaran kerana mereka lebih sayangkan dunia. Oleh kerana itu, mereka tidak buat persiapan untuk menghadapi akhirat. Mereka lalai dari belajar wahyu dan memahami arahan dari Allah. Mereka hidup mengikut cara yang mereka suka sahaja.


 

Ayat 2: Ini adalah huraian kepada maksud hati yang lalai.

ما يَأتيهِم مِّن ذِكرٍ مِّن رَّبِّهِم مُّحدَثٍ إِلَّا استَمَعوهُ وَهُم يَلعَبونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

No mention [i.e., revelation] comes to them anew from their Lord except that they listen to it while they are at play

(MELAYU)

Tidak datang kepada mereka suatu ayat Al Qur’an pun yang baru (di-turunkan) dari Tuhan mereka, melainkan mereka mendengarnya, sedang mereka bermain-main,

 

ما يَأتيهِم مِن ذِكرٍ مِن رَبِّهِم مُحدَثٍ

Tidak datang kepada mereka suatu ayat Al Qur’an pun yang baru (di-turunkan) dari Tuhan mereka,

Kalimah ذِكرٍ bermaksud apa yang disampaikan dalam Qur’an ini bukanlah perkara yang baru (cuma nak ingatkan sahaja). Kerana kalau kita ‘ingatkan’ seseorang, ia bermaksud mengingatkan dia kepada perkara yang dia sudah tahu pun. Ini adalah kerana apa yang disampaikan dalam Qur’an ini adalah perkara yang sudah ada fitrah manusia.

Jadi apa yang disampaikan dalam Qur’an ini adalah perkara yang manusia sudah tahu pun, tetapi apabila dibacakan kepada mereka, seolah-olah mereka mendengarnya buat pertama kali dan kerana itu digunakan kalimah مُحدَثٍ (perkara baru). Kerana mereka lupa apa yang telah ada dalam fitrah mereka.

Atau ia bermaksud sesuatu yang memang baru kalau dibandingkan dengan wahyu yang sebelumnya. Memang apa yang disampaikan dalam Qur’an ini sudah ada dalam kitab-kitab samawi yang dahulu, tapi ia disampaikan dengan cara baru. Tambahan pula kitab-kitab yang awal itu telah diubah oleh mereka, maka inilah kitab baru (Qur’an) untuk menggantikan kitab-kitab itu.

 

إِلَّا استَمَعوهُ وَهُم يَلعَبونَ

melainkan mereka mendengarnya, sedang mereka bermain-main,

Mereka memang dengar, tapi dengar dalam keadaan bermain-main tidak bersungguh nak tahu apakah yang hendak disampaikan dalam wahyu. Kerana mereka tidak kisah pun dengan kepentingannya. Mereka rasa ia tidak penting.

Mereka dengar akan tetapi mereka tidak beri perhatian kepada apa yang disampaikan. Mereka bukannya tidak dengar, tetapi semasa mereka mendengar itu mereka tidak beri perhatian dan buat perkara lain, iaitu bermain-main.

Ini seperti juga kalau di dalam kelas pengajian, tetapi main handphone. Ini pun salah juga. Maka adab dalam belajar, tidak boleh nak buat benda lain.

Sama juga kalau baca Qur’an tapi tidak faham apa yang dibaca. Kerana itu mereka main-main sahaja. Ini terjadi apabila tidak belajar tafsir Qur’an. Mereka sangka mereka sudah baik kerana banyak baca Qur’an, tapi sebenarnya kalau mereka langgar apa yang mereka baca, itu lebih teruk lagi dari tidak baca.


 

Ayat 3:

لاهِيَةً قُلوبُهُم ۗ وَأَسَرُّوا النَّجوَى الَّذينَ ظَلَموا هَل هٰذا إِلّا بَشَرٌ مِّثلُكُم ۖ أَفَتَأتونَ السِّحرَ وَأَنتُم تُبصِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

With their hearts distracted. And those who do wrong conceal their private conversation, [saying], “Is this [Prophet] except a human being like you? So would you approach magic while you are aware [of it]?”

(MELAYU)

(lagi) hati mereka dalam keadaan lalai. Dan mereka yang zalim itu merahsiakan pembicaraan mereka: “Orang ini tidak lain hanyalah seorang manusia (jua) seperti kamu, maka apakah kamu menerima sihir itu, padahal kamu menyaksikannya?”

 

لاهِيَةً قُلوبُهُم

hati mereka dalam keadaan lalai.

Hati mereka di dalam keadaan lalai. Iaitu lalai dari peringatan wahyu. Mereka dengar ayat Qur’an dibacakan tapi mereka lalai dari memikirkan maknanya.

Begitulah juga kalau kita tidak belajar tafsir Qur’an ini. Kita akan lalai dan terpesona dengan dunia sahaja. Selalu buang masa dengan buat benda-benda yang tidak perlu. Begitulah kebanyakan manusia. Mereka hidup untuk menunggu mati sahaja. Lalai dengan perkara keduniaan.

 

وَأَسَرُّوا النَّجوَى الَّذينَ ظَلَموا

Dan mereka yang zalim itu merahsiakan pembicaraan mereka:

Ini adalah Syikayah. Selepas apa yang disampaikan oleh Rasulullah, Musyrikin Mekah yang zalim itu pun selalu berbincang-bincang sesama mereka tentang apakah yang disampaikan oleh Rasulullah. Kerana ada juga yang rasa macam apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad itu benar. Jadi mereka pun ada sedikit rasa takut dalam hati mereka.

Mereka rahsiakan perbincangan mereka itu kerana tak mahu Nabi dengar, tapi Allah sekarang beritahu apa yang mereka katakan sesama mereka itu – ini tentunya mengejutkan mereka (macam mana Muhammad tahu apa yang kita cakap ini?). Apakah yang mereka katakan sesama mereka?

 

هَل هٰذا إِلّا بَشَرٌ مِّثلُكُم

“Orang ini tidak lain hanyalah seorang manusia (jua) seperti kamu,

Akhirnya setelah berbincangan sesama sendiri, mereka buat keputusan bahawa apa yang disampaikan oleh Rasulullah itu tidak penting kerana baginda juga adalah manusia seperti mereka sahaja. Baginda pun nampaknya tidak ada yang luar biasa.

Jadi mungkin ada di kalangan mereka yang rasa Rasulullah mengatakan benda yang benar dan baginda benar-benar seorang Rasul, tetapi akan ada yang berhujah yang mereka tidak perlu beri perhatian kerana Muhammad itu adalah manusia sahaja. Mereka kata: “Kenapa kamu nak percaya kepada Muhammad itu, dia kan manusia macam kita juga?”.

 

أَفَتَأتونَ السِّحرَ وَأَنتُم تُبصِرونَ

maka apakah kamu menerima sihir itu, padahal kamu menyaksikannya?”

Mereka berhujah begini kepada mereka yang macam mahu nak terima apa yang disampaikan oleh Rasulullah: “Kenapa kamu nak pergi dengar dia lagi, adakah kamu telah kena sihir? Memang nampak dia cakap hebat tetapi kau kena tahu yang itu adalah sihir sahaja.” Beginilah lebih kurang kata-kata mereka untuk menghalang orang lain dari beriman.

Begitulah zaman sekarang, kadang-kadang apabila ada kawan yang mahu buat kebaikan dan menerima kebenaran, akan ada kawan-kawannya yang tidak bersedia lagi yang akan menariknya kembali ke dalam kancah kegelapan. Mereka kata: “marilah kita puaskan hidup kita, tak payahlah nak belajar agama, tak payahlah nak tutup aurat” dan macam-macam lagi.


 

Ayat 4: Allah jawab kata-kata mereka. Dan ini adalah Dakwa Surah ini. Allah menekankan yang Dia Maha Mendengar.

قالَ رَبّي يَعلَمُ القَولَ فِي السَّماءِ وَالأَرضِ ۖ وَهُوَ السَّميعُ العَليمُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

He [the Prophet (ṣ)] said, “My Lord knows whatever is said throughout the heaven and earth, and He is the Hearing, the Knowing.”

(MELAYU)

Berkatalah (Muhammad kepada mereka): “Tuhanku mengetahui semua perkataan di langit dan di bumi dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

 

قالَ رَبّي يَعلَمُ القَولَ فِي السَّماءِ وَالأَرضِ

Berkata (Muhammad kepada mereka): “Tuhanku mengetahui semua perkataan di langit dan di bumi

Allah suruh Nabi Muhammad beritahu yang percakapan-percakapan rahsia yang mereka sangka hanya antara mereka itu sebenarnya didengari oleh Allah. Bukan sahaja Allah boleh dengar perbuatan mereka, tapi Allah boleh dengar apa-apa sahaja di langit dan bumi.

 

وَهُوَ السَّميعُ العَليمُ

dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

Inilah Dakwa surah ini. Kerana Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui, maka kenalah sembah dan seru kepada Allah sahaja. Allah sahaja yang dengar seruan doa kita dan Allah sahaja yang tahu apa yang kita perlukan. Tidak ada ilah lain yang boleh lakukan apa yang Allah boleh buat dan boleh beri apa yang Allah sahaja boleh beri. Maka tinggalkanlah doa dan seruan kepada selain Allah itu.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 14 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Qaf Ayat 36 – 45 (Agama bukan paksaan)

Ayat 36: Ayat 36 – 38 adalah Perenggan Makro Ketujuh. Ia memberi pengajaran daripada kaum yang dibinasakan. Jadi ini adalah ayat takhwif duniawi. Allah ﷻ takutkan kita dengan kisah-kisah dari azab dunia.

Sebelum ini telah disebut tentang nikmat yang akan diperolehi oleh penghuni syurga. Sekarang ini adalah peringatan kepada manusia yang ingkar. Kena kenang balik dan belajar apakah yang terjadi kepada mereka yang mengingkari Rasul mereka dalam sejarah dunia.

وَكَم أَهلَكنا قَبلَهُم مِّن قَرنٍ هُم أَشَدُّ مِنهُم بَطشًا فَنَقَّبوا فِي البِلٰدِ هَل مِن مَّحيصٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And how many a generation before them did We destroy who were greater than them in [striking] power and had explored throughout the lands. Is there any place of escape?

(MELAYU)

Dan berapa banyaknya umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka yang mereka itu lebih besar kekuatannya daripada mereka ini, maka mereka (yang telah dibinasakan itu) telah pernah menjelajah di beberapa negeri. Adakah (mereka) mendapat tempat lari (dari kebinasaan)?

 

وَكَم أَهلَكنا قَبلَهُم مِّن قَرنٍ

Dan berapa banyaknya umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka dari kurun-kurun

Allah ﷻ ingatkan kepada manusia yang Allah ﷻ boleh kenakan azab semasa di dunia lagi, tak payah tunggu akhirat. Dan memang banyak sekali umat-umat penentang tauhid yang telah dibinasakan. Dan ada yang disebut dalam Al-Qur’an.

Maknanya bukan yang disebut dalam Al-Qur’an itu sahaja yang dimusnahkan, akan tetapi ada banyak lagi.

 

هُم أَشَدُّ مِنهُم بَطشًا

yang mereka itu lebih besar kekuatannya daripada mereka ini,

Kaum-kaum yang dimusnahkan itu hebat-hebat belaka. Lebih hebat dari golongan Musyrikin Mekah itu tetapi mereka dihancurkan juga. Allah ﷻ hendak ingatkan kepada Musyrikin Mekah itu yang ada lagi yang lebih kuat dari mereka yang telah dimusnahkan.

Maka janganlah rasa yang mereka selamat. Golongan Mekah itu jangan perasan mereka hebat sangat. Tidak ada apa-apapun kalau dibandingkan dengan umat terdahulu sebelum mereka. Kalau Allah ﷻ sudah buat keputusan hendak hancurkan, Allah ﷻ akan buat dan tidak hiraukan siapakah mereka.

Begitu jugalah dengan kita. Kena takut dengan azab Allah ﷻ. Kerana Allah ﷻ boleh sahaja hendak kenakan azab kepada kita semasa kita di dunia ini lagi. Jangan rasa selamat sangat. Jangan rasa diri itu ‘insan terpilih’.

 

فَنَقَّبوا فِي البِلٰدِ

mereka (yang telah dibinasakan itu) telah pernah menjelajah di beberapa negeri.

Kalimah نقب bermaksud menembusi, menjelajah. Allah ﷻ memberitahu yang kaum yang dimusnahkan itu amat kuat sampaikan mereka telah pergi ke negara-negara lain dan telah menakluk negara-negara itu.

Maknanya mereka itu hebat dan tidak layak kalau hendak dibandingkan dengan orang Mekah itu kerana memang amat jauh sekali kerana orang Mekah itu tidak ada apa-apa. Orang-orang sebelum mereka boleh cari rezeki dengan pergi ke merata tempat. Orang Mekah pula hanya boleh pergi dua tempat sahaja (Yaman dan Syam sahaja).

Jadi negeri Mekah itu miskin sangat sebenarnya. Jangan kata hendak takluk negara lain, negara lain pun tak teringin nak takluk Mekah kerana tidak ada apa-apa di situ. Kerajaan besar waktu itu adalah Rom dan Parsi akan tetapi satu pun tidak buat usaha hendak takluk Mekah. Buat malu sahaja kalau takluk Mekah yang tidak ada apa-apa. Contohnya, kalau Rom takluk Mekah, Parsi akan gelakkan sahaja.

Mereka yang telah dimusnahkan itu mahir sampai boleh menjelajah ke tempat-tempat lain dan bawa balik pengalaman dan pengetahuan ke tempat asal mereka. Dengan itu mereka dapat memajukan daerah masing-masing. Maka ini hendak menceritakan kemajuan yang didapati oleh mereka. Musyrikin Mekah itu memang bermusafir juga untuk berdagang, tetapi tidaklah sebanyak kaum-kaum terdahulu itu.

Begitu hebat pun mereka, Allah ﷻ boleh sahaja musnahkan. Maka jangan ada sesiapa yang sangka boleh selamat dengan kemajuan teknologi yang ada.

 

هَل مِن مَّحيصٍ

Adakah (mereka) mendapat tempat lari?

Ada tempat larikah kalau Allah ﷻ hendak musnahkan? Adakah mereka dapat tempat perlindungan apabila Allah ﷻ telah buat keputusan untuk menghancurkan mereka? Tentu tidak ada. Tidak ada peluang langsung walau betapa hebat pun mereka semasa di dunia.

Walaupun mereka banyak mengembara ke merata dunia, tetapi tidak ada tempat yang mereka boleh lari dari azab Allah ﷻ. Kalau mereka pun tak boleh lari, maka kamu orang Mekah lagilah tidak boleh nak larikan diri kamu.


 

Ayat 37:

إِنَّ في ذٰلِكَ لَذِكرىٰ لِمَن كانَ لَهُ قَلبٌ أَو أَلقَى السَّمعَ وَهُوَ شَهيدٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed in that is a reminder for whoever has a heart or who listens while he is present [in mind].

(MELAYU)

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai hati atau yang menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya.

 

إِنَّ في ذٰلِكَ لَذِكرىٰ لِمَن كانَ لَهُ قَلبٌ

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai hati

Semua yang telah disebut sebelum ini adalah sebagai peringatan kepada mereka yang ada hati. Iaitu yang ada hati yang baik, yang apabila dia membaca ayat-ayat Al-Qur’an ini akan menyentuh hati mereka.

Memang semua orang ada hati tetapi tidak sama hati masing-masing. Ayat ini adalah tentang orang yang hatinya lembut dan senang untuk menerima kebenaran kerana hati mereka memang telah condong ke arah kerohanian.

Imam Mujahid رحمه الله mengatakan bahawa makna yang dimaksudkan ialah akal, bukan hati. Tetapi ini biasa sahaja kerana kadangkala kita maksudkan hati, kadangkala kita maksudkan akal, tetapi sama sahaja.

Itulah hati yang boleh faham dan kerana itu apabila mereka dengar wahyu, mereka boleh terus terima. Hati yang ada faheem (kefahaman). Begitulah kita boleh lihat ada orang yang apabila dengar sahaja tafsir beberapa ayat Al-Qur’an, mereka terus berkeinginan untuk mempelajari tafsir keseluruhan Al-Quran. Tetapi ada yang telah berkali-kali dengar pengajian tafsir, tetapi hati mereka masih tertutup.

 

أَو أَلقَى السَّمعَ

atau yang menggunakan pendengarannya,

Yang paling baik adalah hati yang lembut dan boleh terus terima ilmu wahyu. Tetapi ada juga tidak terus terima namun sanggup mendengar dahulu apa yang disampaikan.  Ini juga ada manfaat kepada orang yang bersifat intelektual yang mahu mendengar dulu dan mahu luangkan masa untuk memikirkan.

Kesanggupan untuk mendengar amat penting untuk mendapat hidayah. Janganlah terus tolak, dengarlah dulu. Tetapi malangnya ramai yang dengar dulu pun tidak mahu. Mereka terus tolak sahaja tanpa beri ruang untuk melihat dahulu apakah yang disampaikan.

 

وَهُوَ شَهيدٌ

sedang dia menyaksikannya.

Dan kemudian setelah mendengar penjelasan dan dalil-dalil yang telah diberikan, mereka itu menjadi orang yang bersaksi dengan kebenaran. Iaitu mereka yang mendengar dengan hatinya hadhir. Bukan dengar sahaja. Kerana ada orang yang dengar, tetapi mereka tidak berikan tumpuan, bukan?

Atau mereka yang mendengar dengan mata sekali. Kerana itu kita digalakkan untuk belajar dengan cara talaqqi kerana tak sama dengan dengar sahaja dari audio mana-mana ustaz (ataupun dengan hanya membaca sahaja). Kerana kalau duduk di dalam kelas pengajian, pelajar boleh nampak penekanan dan memek muka dari ustaz yang mengajar dan ini lebih baik dari membaca dan mendengar sahaja. Dan kalau ada soalan boleh terus tanya di situ juga.

Jadi orang yang sanggup berikan telinga mereka mendengar hujah dari ilmu tauhid dan sunnah akan berpegang dengan ajaran ini. Ini adalah kerana hujah yang diberikan adalah kuat dan memang boleh diterima akal. Iaitu dalam dia mendengar itu, hatinya pun juga hadhir bersama dan kerana itu dia dapat memahami. Dan mudah untuk dia fahami kerana ajaran Sunnah memang mudah dan masuk ke akal.

Maka selepas dengar, kena fikirkan. Ini penting kerana kalau setakat dengar sahaja tetapi hati tidak fokus, tidak dibuka, tentulah tidak dapat menerima dan faham.


 

Ayat 38: Ayat dalil aqli tentang tsabitnya akhirat.

وَلَقَد خَلَقنَا السَّمٰوٰتِ وَالأَرضَ وَما بَينَهُما في سِتَّةِ أَيّامٍ وَما مَسَّنا مِن لُّغوبٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We did certainly create the heavens and earth and what is between them in six days, and there touched Us no weariness.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya telah Kami ciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam masa, dan Kami sedikit pun tidak ditimpa keletihan.

 

وَلَقَد خَلَقنَا السَّمٰوٰتِ وَالأَرضَ وَما بَينَهُما في سِتَّةِ أَيّامٍ

Dan sesungguhnya telah Kami ciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam masa,

Allah ﷻ telah menjadikan langit dan bumi ini dalam enam masa. Berkali-kali keluar ayat sebegini dalam Al-Qur’an. Kita sebenarnya tidak dapat tahu apakah maksud ‘enam masa’ itu. Ini adalah rahsia Allah ﷻ. Akan tetapi Allah ﷻ hendak beritahu yang alam ini Dialah yang menciptakan dari tidak ada kepada ada.

Dan masa penciptaan itu selama ‘enam hari’ atau ‘enam masa’. Allah ﷻ beritahu maklumat ini kerana Dia sahaja yang tahu dan kerana itu Dia beritahu maklumat berita ghaib ini. Maka kalau Allah ﷻ mampu menjadikan alam ini, tentulah Allah ﷻ mampu untuk menghidupkan mereka kembali pada Hari Kiamat nanti.

{لَخَلْقُ السَّمَوَاتِ وَالأرْضِ أَكْبَرُ مِنْ خَلْقِ النَّاسِ}

Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia. (Al-Mu’min: 57)

 

وَما مَسَّنا مِن لُّغوبٍ

dan Kami sedikit pun tidak ditimpa keletihan.

Dan Allah ﷻ mengatakan yang Dia tidak rasa letih pun dalam menjadikan alam ini. Walaupun yang dicipta bukannya kek tetapi alam yang amat besar dan amat hebat ini. Ini adalah kerana Qudrat Allah ﷻ amat kuat.

Allah ﷻ sebut tentang perkara ini kerana menolak pemahaman Yahudi yang mengatakan setelah Allah ﷻ mengambil masa enam hari untuk menjadikan alam ini, maka Allah ﷻ penat dan kerana itu Allah ﷻ berehat pada hari yang ketujuh iaitu hari Sabtu (hari kemuliaan mereka) dan ini adalah fahaman yang salah.

Maka kalau hendak menjadikan alam ini pun sudah mudah untuk Allah ﷻ, maka adakah susah untuk Allah ﷻ membangkitkan semua makhluk yang telah mati? Tentu tidak. Nak jadikan dari tiada kepada ada tidak ada masalah, maka nak menghidupkan balik pun tiada masalah bagi Allah ﷻ. Jadi jangan sangsilah kepada kebangkitan semula.


 

Ayat 39: Ayat 39 – 45 adalah Perenggan Makro Kelapan dan terakhir. Ia mengandungi panduan untuk Rasulullah ﷺ. Ia adalah juga ayat tasliah (pujukan) kepada Nabi ﷺ.

فَاصبِر عَلىٰ ما يَقولونَ وَسَبِّح بِحَمدِ رَبِّكَ قَبلَ طُلوعِ الشَّمسِ وَقَبلَ الغُروبِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So be patient, [O Muḥammad], over what they say and exalt [Allāh] with praise of your Lord before the rising of the sun and before its setting,

(MELAYU)

Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam(nya).

 

فَاصبِر عَلىٰ ما يَقولونَ

Maka bersabarlah kamu terhadap apa yang mereka katakan

Allah ﷻ beri pujukan kepada Nabi ﷺ dalam ayat ini. Kerana apabila baginda berdakwah tentang tauhid, ada sahaja yang menentang baginda. Mereka menggunakan berbagai-bagai cara dan kata-kata nista terhadap baginda. Maka tentulah baginda kesedihan. Tambahan pula yang menentang itu adalah kaum baginda, malah ada kerabat baginda yang paling dekat sekali menentang, iaitu bapa saudara baginda, Abu Lahab.

Allah ﷻ pujuk baginda – Sabar sajalah dengan kata-kata penolakan mereka terhadap dakwah tauhid itu. Bukan semua kecaman mereka kena dijawab. Kadangkala kena sabar sahaja lagi bagus. Begitu jugalah dengan kita – kadang-kadang kena senyap sahaja apabila ditentang. Kita kena buat penilaian sendiri mana yang patut jawab dan mana yang patut dibiarkan sahaja. Kalau kita rasa kalau kita jawab pun tidak memberi kesan, maka tidak perlu hendak jawab.

Begitu juga ayat ini ditujukan kepada para pendakwah tauhid dan sunnah sekarang pun. Kalau anda mula berdakwah dan mengajar, memang akan hadapi berbagai dugaan dari penentang. Mereka akan gunakan kata-kata yang tidak baik terhadap kita. Kerana mereka nak halang dakwah. Mereka hendak lawan dengan hujah memang tidak boleh kerana mereka tidak ada hujah, maka mereka akan gunakan kata-kata kesat. Paling kurang mereka akan panggil kita ‘wahabi’.

Panggilan ‘wahabi’ itu adalah kata kutukan sahaja. Ianya seolah sudah sinonim dengan mereka yang hendak kepada sunnah. Tetapi mereka yang menggunakan tuduhan ini pun selalunya tidak faham apakah wahabi itu sendiri. Mereka ikut sebut sahaja kerana ramai yang sebut begitu. Mereka itu memang jenis ikut sahaja kata orang sebelum periksa dan kerana itu mereka tidak ada ilmu.

Memang menyakitkan hati kalau kita yang hendak buat baik ini, hendak menyelamatkan umat dari kesalahan syirik dan bidaah, tetapi kemudian dituduh macam-macam. Kadang-kadang ahli keluarga kita pun diganggu. Kalau ada salah sikit pun mereka akan kutuk. Mereka akan korek sana dan sini untuk tutup mulut pendakwah. Maka Allah ﷻ nasihat dalam ayat ini – sabar sahajalah. Memang akan ada orang yang jahil dan busuk hati sebegitu.

 

وَسَبِّح بِحَمدِ رَبِّكَ قَبلَ طُلوعِ الشَّمسِ

dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari

Ayat ini diturunkan kepada Rasulullah ﷺ sebelum diwajibkan solat tetapi Nabi Muhammad ﷺ telah diberitahu ada waktu-waktu tertentu yang elok dilakukan Tasbih. Dan ada juga ulama’ tafsir yang kata, memang ‘tasbih’ dalam ayat ini bermaksud ‘solat’.

Sebelum ini Allah ﷻ suruh bersabar. Dan untuk tenangkan diri, jangan fikirkan apa yang dikatakan oleh para penentang itu, tetapi ubahlah fokus kepada melakukan perkara yang lebih penting – ibadah. Antaranya dengan memperbanyakkan solat.

Kerana kalau tidak diubah fokus kita, maka akan asyik teringat sahaja sampai tidak boleh hendak buat kerja lain. Maka lupakan tentang kata-kata mereka itu dan buat amal kebaikan.

 

وَقَبلَ الغُروبِ

dan sebelum terbenam

Allah ﷻ ajar waktu-waktu penting untuk berzikir. Iaitu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam matahari.

Seperti yang kita telah sebut, ada juga pendapat yang mengatakan ‘tasbih’ yang dimaksudkan adalah Waktu Solat. Tersebutlah bahawa dahulu sebelum perjalanan Isra Mi’raj, solat yang difardukan hanya dua waktu, iaitu sebelum matahari terbit yang tepatnya jatuh pada waktu subuh sekarang, dan sebelum terbenamnya yang tepatnya jatuh pada waktu Solat Asar sekarang.

Dan qiyamul lail atau solat malam pernah diwajibkan atas Nabi ﷺ dan umatnya selama satu tahun, kemudian di-mansukh hukum wajibnya bagi umatnya (masih wajib bagi Nabi ﷺ) Setelah itu semuanya di-mansukh oleh Allah ﷻ di malam Isra Mi’raj dan diganti dengan solat lima waktu, yang di antaranya terdapat Solat Subuh dan Solat Asar, keduanya dilakukan sebelum matahari terbit dan sebelum tenggelamnya.

Pandangan yang mengatakan ‘tasbih’ yang dimaksudkan itu adalah Solat, dikuatkan dengan hadis Nabi ﷺ:

قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا وَكِيعٌ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ أَبِي خَالِدٍ عَنْ قَيْسِ بْنِ أَبِي حَازِمٍ عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ كُنَّا جُلُوسًا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَنَظَرَ إِلَى الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ فَقَالَ : أَمَا إِنَّكُمْ سَتُعْرَضُونَ عَلَى رَبِّكُمْ عَزَّ وَجَلَّ فَتَرَوْنَهُ كَمَا تَرَوْنَ هَذَا الْقَمَرَ لَا تُضَامُونَ فَإِنْ اسْتَطَعْتُمْ أَنْ لَا تُغْلَبُوا عَلَى صَلَاةٍ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا فَافْعَلُوا ثُمَّ قَرَأَ : فَ { سَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ الْغُرُوبِ }

Imam Ahmad mengatakan: Telah menceritakan kepada kami Waki’, telah menceritakan kepada kami Ismail ibnu Abu Khalid, dari Qais ibnu Hazim, dari Jarir ibnu Abdullah, dia berkata: Kami pernah duduk di sisi Nabi ﷺ, lalu baginda memandang ke arah bulan yang saat itu sedang purnama, kemudian baginda bersabda: Ingatlah, sesungguhnya kalian kelak akan dihadapkan kepada Tuhan kalian عَزَّ وَجَلَّ, maka kalian dapat melihat-Nya sebagaimana kalian melihat bulan ini, kalian tidak berdesak-desakan melihatNya. Maka jika kalian mampu untuk tidak meninggalkan solat sebelum matahari terbit dan sebelum tenggelamnya, hendaklah kalian mengerjakan(nya). Kemudian baginda membaca firman Allah: “dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya.” (Qaf: 39)

[Musnad Ahmad no. 18454; Sanadnya dinilai sahih sesuai syarat Syaikhain oleh Syaikh Syuaib al-Arnauth. Imam Bukhari dalam Sahihnya no. 521 dan Imam Muslim dalam Sahihnya no. 1002 serta jamaah lainnya (at-Tirmizi no. 2474) telah meriwayatkan hadis ini dengan sanad yang bertemu pada Ismail bin Abi Khalid].


 

Ayat 40: Sambungan ayat sebelum ini.

وَمِنَ اللَّيلِ فَسَبِّحهُ وَأَدبٰرَ السُّجودِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [in part] of the night exalt Him and after prostration [i.e., prayer].

(MELAYU)

Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya di malam hari dan setiap selesai sembahyang.

 

وَمِنَ اللَّيلِ فَسَبِّحهُ

Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya di malam hari

Dan di waktu malam juga elok dilakukan tasbih.

Atau, kalau ia bermaksud solat, ia membawa maksud solat Isyak.

 

وَأَدبٰرَ السُّجودِ

dan di belakang sujud.

Dan Allah ﷻ mengajar doa di dalam solat. Kerana kalimat أَدبارَ السُّجودِ bermaksud di hujung sujud. Waktu itu hendaklah membanyakkan tasbih dan kerana itu Nabi Muhammad ﷺ mengajar tasbih kepada umatnya di dalam sujud. Waktu ini juga adalah waktu yang baik untuk berdoa kerana doa elok dilakukan di dalam solat sebelum salam. Kerana waktu itulah doa makbul. Bukannya di luar solat.

Ibnu Abu Nujaih telah meriwayatkan dari Mujahid رحمهم الله, dari ibnu Abbas رضي الله عنهما, bahawa yang dimaksudkan adalah membaca tasbih sesudah solat. Hal ini diperkuat oleh hadis yang diriwayatkan di dalam kitab Sahihain,

Dari Abu Hurairah – dan ini adalah hadis Qutaibah- bahawa orang-orang fakir Muhajirin datang kepada Rasulullah ﷺ sambil berkata; “orang-orang yang berharta telah memborong derajat-derajat yang tinggi dan kenikmatan yang abadi.” Maka Nabi ﷺ balik bertanya, “Apa yang kalian maksudkan?” Mereka menjawab, “Orang-orang yang hartawan itu solat seperti kami solat, mereka puasa seperti kami puasa; tetapi mereka dapat bersedekah, sedangkan kami tidak dapat bersedekah; dan mereka dapat memerdekakan budak, sedangkan kami tidak dapat memerdekakan budak.” Maka Rasulullah ﷺ bersabda:

أَفَلَا أُعَلِّمُكُمْ شَيْئًا تُدْرِكُونَ بِهِ مَنْ سَبَقَكُمْ وَتَسْبِقُونَ بِهِ مَنْ بَعْدَكُمْ وَلَا يَكُونُ أَحَدٌ أَفْضَلَ مِنْكُمْ إِلَّا مَنْ صَنَعَ مِثْلَ مَا صَنَعْتُمْ قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ;  تُسَبِّحُونَ وَتُكَبِّرُونَ وَتَحْمَدُونَ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ مَرَّةً
قَالَ أَبُو صَالِحٍ فَرَجَعَ فُقَرَاءُ الْمُهَاجِرِينَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا سَمِعَ إِخْوَانُنَا أَهْلُ الْأَمْوَالِ بِمَا فَعَلْنَا فَفَعَلُوا مِثْلَهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ;  ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِهِ مَنْ يَشَاء

“Mahukah aku ajarkan kepada kalian sesuatu yang kerananya kalian boleh menyusul orang-orang yang mendahului kebaikan kalian, dan kalian boleh mendahului kebaikan orang-orang sesudah kalian, dan tak seorang pun lebih utama daripada kalian selain yang berbuat seperti yang kalian lakukan?” Mereka menjawab; “Baiklah wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Kalian bertasbih, bertakbir, dan bertahmid setiap habis solat sebanyak tiga puluh tiga kali.” Abu Shalih berkata; “Tidak lama kemudian para fuqara’ Muhajirin kembali ke Rasulullah ﷺ  dan berkata; “Ternyata teman-teman kami yang banyak harta telah mendengar yang kami kerjakan, lalu mereka mengerjakan seperti itu!” Rasulullah ﷺ  bersabda: “Itu adalah keutamaan Allah yang diberikan kepada siapa saja yang dikehendaki-Nya!”

[Sahih Muslim no. 936 dengan lafaz ini; Sahih Bukhari no. 798; Musnad Ahmad no. 6945 – sanadnya dinilai sahih sesuai syarat Muslim oleh Syaikh Syuaib al-Arnaut]


 

Ayat 41: Ini adalah keadaan apabila dibangkitkan dari kubur.

وَاستَمِع يَومَ يُنادِ المُنادِ مِن مَّكانٍ قَريبٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And listen on the Day when the Caller¹ will call out from a place that is near –

  • An angel who will call out Allāh’s command for the Resurrection.

(MELAYU)

Dan dengarkanlah (seruan) pada hari penyeru (malaikat) menyeru dari tempat yang dekat.

 

Apabila Sangkakala itu dibunyikan, malaikat akan memanggil makhluk ke arah Mahsyar. Waktu itu kita akan terasa seolah-olah dekat sangat pemanggil itu dengan kita. Malaikat yang memanggil itu akan rasa dekat kepada setiap orang. Jadi semua orang boleh dengar dengan jelas. Panggilan itu akan menyebabkan seluruh makhluk yang telah mati bangkit semula.


 

Ayat 42:

يَومَ يَسمَعونَ الصَّيحَةَ بِالحَقِّ ۚ ذٰلِكَ يَومُ الخُروجِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

The Day they will hear the blast [of the Horn] in truth. That is the Day of Emergence [from the graves].

(MELAYU)

(Iaitu) pada hari mereka mendengar teriakan dengan sebenar-benarnya itulah hari keluar (dari kubur).

 

يَومَ يَسمَعونَ الصَّيحَةَ بِالحَقِّ

pada hari mereka mendengar teriakan dengan sebenar-benarnya

Manusia pasti akan mendengar petikan yang akan berlaku. Tempikan yang betul-betul berlaku. Ia adalah sesuatu yang amat menakutkan.

 

ذٰلِكَ يَومُ الخُروجِ

itulah hari keluar

Ini adalah sewaktu manusia dikeluarkan dari kubur masing-masing. Ianya adalah isyarat kepada hidup semula. Roh akan dimasukkan ke dalam tubuh makhluk yang telah mati dan kerana itu ia akan hidup kembali dan keluar dari kubur masing-masing.

Bukanlah semua akan keluar dari kubur kerana ada orang yang mati tidak ada kubur seperti dimakan buaya dan sebagainya.


 

Ayat 43:

إِنّا نَحنُ نُحيي وَنُميتُ وَإِلَينَا المَصيرُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, it is We who give life and cause death, and to Us is the destination

(MELAYU)

Sesungguhnya Kami lah yang menghidupkan dan mematikan dan hanya kepada Kami-lah tempat kembali (semua makhluk).

 

إِنّا نَحنُ نُحيي وَنُميتُ

Sesungguhnya Kami lah yang menghidupkan dan mematikan

Allah ﷻ mengingatkan manusia yang Dia lah sahaja yang menghidupkan manusia. Manusia itu dahulu tidak ada tetapi Allah ﷻ yang menjadikannya.

Dan kemudian Allah ﷻ akan mematikan makhluk. Semua makhluk yang pernah hidup akan dimatikan. Dan semua ini ditentukan dan dikawal oleh Allah ﷻ sahaja. Tidak ada yang lain yang dapat melakukannya.

 

وَإِلَينَا المَصيرُ

dan hanya kepada Kami-lah tempat kembali

Kemudian kerana Allah ﷻ sahaja yang menjadikan, maka Allah ﷻ sahaja yang mampu untuk menghidupkan. Dan Allah ﷻ pasti akan menghidupkan makhluk dan semua akan datang mengadapNya.

Kita semua akan hanya mengadap kepada Allah ﷻ dan tidak kepada tuhan atau ilah yang lain. Maka kalau ada golongan yang sangka mereka akan bertemu dengan ilah mereka seperti Jesus, Buddha, malaikat yang mereka sembah, wali yang mereka puja dan sebagainya, itu adalah harapan palsu sahaja. Kerana mereka akan terus dihadapkan kepada Allah ﷻ dan mereka kena jawab dengan Allah ﷻ.

Ini menolak fahaman musyrikin yang rasa bahawa mereka akan dibawa kepada ilah-ilah sembahan mereka dan ilah-ilah mereka itu yang akan menjadi ‘peguam’ untuk mereka di hadapan Allah ﷻ. Ini tidak akan berlaku.


 

Ayat 44:

يَومَ تَشَقَّقُ الأَرضُ عَنهُم سِراعًا ۚ ذٰلِكَ حَشرٌ عَلَينا يَسيرٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

On the Day the earth breaks away from them [and they emerge] rapidly; that is a gathering easy for Us.

(MELAYU)

(Iaitu) pada hari bumi terbelah-belah menampakkan mereka (lalu mereka ke luar) dengan cepat. Yang demikian itu adalah pengumpulan yang mudah bagi Kami.

 

يَومَ تَشَقَّقُ الأَرضُ عَنهُم سِراعًا

pada hari bumi terbelah-belah menampakkan mereka (lalu mereka ke luar) dengan cepat.

Apabila kiamat berlaku, bumi akan terpecah dan manusia akan keluar dari kubur masing-masing dalam keadaan kelam kabut. Ini bukan macam keluar dari perut ibu yang perlahan-lahan. Kerana sudah diseru oleh malaikat yang melaung dengan kuat.

 

ذٰلِكَ حَشرٌ عَلَينا يَسيرٌ

Yang demikian itu adalah pengumpulan yang mudah bagi Kami.

Kemudian manusia akan dikumpulkan di Mahsyar untuk dibicarakan. Senang sahaja bagi Allah ﷻ untuk menjadikan hari itu: iaitu mengeluarkan seluruh manusia dari yang mula sekali hidup sampai yang akhir sekali mati sebelum kiamat. Senang sahaja Allah ﷻ hendak kumpulkan.

Musyrikin Mekah dan mereka yang tidak percaya kepada kebangkitan semula dan Hari Kiamat gunakan logik akal mereka sahaja: macam manalah hendak dikumpulkan semua makhluk itu? Mereka hendak memikirkan sesuatu yang di luar jangkauan akal mereka, memanglah tidak boleh. Kalau mereka yang kena kumpulkan makhluk, memanglah tidak boleh, nak kumpul anak-anak mereka pun susah.

Akan tetapi ianya mudah sahaja bagi Allah ﷻ kerana Qudrat Allah ﷻ itu amat luas. Ini seperti yang disebutkan di dalam firman-Nya:

{وَمَا أَمْرُنَا إِلا وَاحِدَةٌ كَلَمْحٍ بِالْبَصَرِ}

Dan perintah Kami hanyalah satu perkataan seperti kejapan mata. (Al-Qamar: 50)


 

Ayat 45: Ayat tasliah (pujukan).

نَّحنُ أَعلَمُ بِما يَقولونَ ۖ وَما أَنتَ عَلَيهِم بِجَبّارٍ ۖ فَذَكِّر بِالقُرءآنِ مَن يَخافُ وَعيدِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

We are most knowing of what they say, and you are not over them a tyrant.¹ But remind by the Qur’ān whoever fears My threat.

  • Forcing people to belief or submission.

(MELAYU)

Kami lebih mengetahui tentang apa yang mereka katakan, dan kamu sekali-kali bukanlah seorang pemaksa terhadap mereka. Maka beri peringatanlah dengan Al-Qur’an kepada orang yang takut dengan ancaman-Ku.

 

نَّحنُ أَعلَمُ بِما يَقولونَ

Kami lebih mengetahui tentang apa yang mereka katakan,

Memang Nabi Muhammad ﷺ dan para pendakwah semuanya menerima kutukan dan ejekan dari para penentang tauhid. Memang ianya amat menyakitkan hati. Bila difikir-fikirkan, sesak dada ini. Tambahan pula kalau yang mengutuk itu adalah saudara sendiri.

Maka Allah ﷻ hendak beritahu dalam ayat ini yang Allah ﷻ tahu apa yang mereka katakan itu. Inilah pujukan dari Allah ﷻ. Bila kita tahu yang Allah ﷻ sendiri tahu apa yang mereka katakan, apa yang kita alami dalam usaha dakwah ini, maka kuranglah sedikit perasaan sedih itu. Memang masih ada lagi, tetapi Allah ﷻ sendiri kata Dia tahu apa yang terjadi.

Ayat ini semakna dengan apa yang disebutkan dalam firman-Nya:

{وَلَقَدْ نَعْلَمُ أَنَّكَ يَضِيقُ صَدْرُكَ بِمَا يَقُولُونَ فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَكُنْ مِنَ السَّاجِدِينَ. وَاعْبُدْ رَبَّكَ حَتَّى يَأْتِيَكَ الْيَقِينُ}

Dan Kami sungguh-sungguh mengetahui bahawa dadamu menjadi sempit disebabkan apa yang mereka ucapkan, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah kamu di antara orang-orang yang bersujud (solat) dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal). (Al-Hijr: 97-99)

Macam kita mengadu dengan orang tentang masalah kita. Bila kita sudah adu itu, bukankah ada rasa lega sikit? Sebab orang yang kita hormati tahu tentang masalah kita, kita rasa lega, bukan?

 

وَما أَنتَ عَلَيهِم بِجَبّارٍ

dan kamu sekali-kali bukanlah seorang pemaksa terhadap mereka.

Nabi Muhammad ﷺ juga rasa bersalah kerana setelah baginda dakwah sekian lama dengan berbagai cara, masih ramai lagi yang tidak menerima malah menentang baginda. Jadi baginda risau, adakah salah cara dakwah baginda? Kenapa ramai yang menentang?

Maka Allah ﷻ pujuk hati baginda dengan ayat ini. Bukan salah baginda dalam berdakwah. Memang baginda tidak dapat nak ubah hati manusia yang engkar. Allah ﷻ memberi peringatan yang kita tidak ada kuasa untuk mengubah fikiran manusia. Kita memang tidak boleh memaksa orang untuk mengamalkan agama. Kerana kalau kita paksa dan mereka kena ikut, adakah mereka ikhlas dengan apa yang mereka lakukan itu?

Maka ayat ini memberitahu apa yang kita boleh lakukan adalah sampaikan sahaja. Tugas kita adalah menyampaikan dakwah tauhid sebaik dan sejelas mungkin. Namun tidaklah kita dapat memaksa mereka beriman.

 

فَذَكِّر بِالقُرءآنِ مَن يَخافُ وَعيدِ

Maka beri peringatanlah dengan Al-Qur’an kepada orang yang takut dengan ancaman-Ku.

Maka kita sampaikan sahaja, dengan membacakan ayat-ayat Al-Qur’an dan tafsir ayat-ayat itu kepada manusia. Jangan bacakan sahaja kerana mereka tidak faham juga kalau kita tidak menjelaskan maknanya.

Allah ﷻ ulang tugas kenabian dalam ayat ini. Allah ﷻ mengingatkan yang tazkirah (beri peringatan) kena guna Al-Qur’an. Kalau bukan guna Al-Qur’an, itu peringatan sampingan sahaja, bukan peringatan yang asas. Kerana itu Nabi ﷺ bila beri tazkirah, baginda selalunya akan baca beberapa ayat Al-Qur’an.

Ini mengajar kita yang dakwah kena dijalankan dengan menggunakan Al-Qur’an. Allah ﷻ tidak suruh pakai hadis, pakai syair, pakai lagu dan sebagainya, tetapi Allah ﷻ suruh ‘bacakan Al-Qur’an’ kepada mereka. Malangnya dakwah menggunakan Al-Qur’an ini jarang dilakukan. Manusia menggunakan berbagai-bagai cara untuk dakwah kepada manusia, tetapi tidak gunakan pendekatan Al-Qur’an.

Ini amat malang. Sedangkan Allah ﷻ suruh begitu dan Nabi Muhammad ﷺ pun gunakan cara Al-Qur’an ini. Dan kita pun tahu betapa hebatnya Al-Qur’an ini yang dapat membuka hati manusia kalau mereka faham.

Kita sampaikan sahaja kepada manusia kerana mungkin ada di antara mereka yang akan rasa takut setelah mendengar ayat-ayat Al-Qur’an itu. Kerana Al-Qur’an ini adalah mukjizat. Ia boleh membuka hati manusia kepada iman – kerana ia adalah Kalam Allah ﷻ. Apabila kita bacakan kepada mereka ayat-ayat Al-Qur’an dan kita jelaskan maknanya, besar kemungkinan hati mereka akan tersentuh.

Dan kita tidak tahu mana satukah ayat yang akan menyentuh hati mereka. Maka kita sampaikan semua sekali ayat-ayat Al-Qur’an itu kepada mereka. Kita beri sebanyak mungkin.

Kerana ayat yang menyentuh hati kita mungkin lain dan kepada orang lain pun lain pula. Maka kita bacakan sebanyak mungkin ayat Al-Qur’an kepada mereka. Mana tahu ada ayat yang menyentap hatinya dan menyebabkan dia mahu dengar lagi dan lagi.

Yakinlah dengan mukjizat Al-Qur’an ini. Bacakan sahaja (dan tafsir) kepada manusia dan terpulang kepada Allah ﷻ hendak bukakan hati mereka atau tidak. Kalau dalam hati mereka ada inabah kepada kebenaran, maka tentu mereka akan dapat kebenaran itu.

Ayat ini bukan suruh kita pilih siapa yang takut sahaja untuk disampaikan ayat Al-Qur’an. Jangan salah faham pula. Kita kena sampaikan kepada semua orang tetapi tidak semua orang akan terima. Yang terima Al-Qur’an ini adalah mereka yang ada perasaan takut kepada Allah ﷻ sahaja.

 

Allahu a’lam. Sekian tafsir Surah Qaf ini. Sambung ke surah yang seterusnya, iaitu Surah az-Dzaariyaat.

Kemaskini: 1 Julai 2020


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir