Tafsir Surah Dhariyat Ayat 1 – 6 (Hari Kiamat pasti akan terjadi)

Pengenalan:

Surah ini ada menyentuh tentang rezeki. Kita akan lihat banyak isyarat tentang perkara itu di dalam ayat-ayatnya.

Maksud Surah ini adalah tentang kebangkitan semula manusia di akhirat nanti dan kebenaran tentang pembalasan kepada mereka. Apabila akhirat sudah bermula, ada yang akan dibalas baik dan ada yang akan dibalas dengan keburukan kerana kesalahan mereka semasa di dunia.


 

Ayat 1: Surah ini boleh dibahagikan kepada 8 perenggan makro. Ayat 1 – 6 adalah Perenggan Makro Pertama. Allah memberitahu yang angin, awan, kapal yang berlayar dan malaikat menjadi saksi hukum Allah.

وَالذّٰرِيٰتِ ذَروًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Adh-Dhāriyāt: The Scattering Winds.

By the [winds] scattering [dust], dispersing [it]

(MELAYU)

Demi (angin) yang menerbangkan debu dengan kuat.

 

Kalimah ذريت dan ذروا adalah dari katadasar ذ ر و  yang bermaksud yang menaburkan, mencabut, jatuh, meragut, menaikkan, menjadikan sesuatu terbang, meniup. Jadi yang dimaksudkan dengan ذريت dalam ayat ini adalah angin yang mempunyai sifat-sifat yang disebut ini.

Dalam ayat ini, Allah bersumpah dengan angin yang menerbangkan debu dan benda-benda lain. Dan dengan angin itu juga menerbangkan debunga yang menyebabkan tumbuh-tumbuhan boleh hidup melalui proses pendebungaan.

Jadi angin itu adalah angin yang menyebabkan kehidupan dan dalam masa yang sama ada juga angin kuat yang menyebabkan kematian; tetapi surat ini tentang angin yang menyebabkan kehidupan. Dengan itu Allah menyebarkan rezekiNya kepada makhluk.


 

Ayat 2: 

فَالحٰمِلٰتِ وِقرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And the [clouds] carrying a load [of water]

(MELAYU)

dan awan yang mengandung beban,

 

Sekarang Allah menyebut yang angin itu membawa beban seperti awan-awan yang berat. Antara beban yang dibawa adalah air hujan di dalam awan-awan itu. Memang awan yang ada hujan dan tidak ada hujan tidak sama. Dari segi berat, angin biasa sama berat dengan 20 ekor gajah; tapi bila ada air hujah di dalamnya, ia seberat 200,000 ekor gajah!

Awan yang mengandungi air itu menurunkan air ke tempat yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan air hujan itu, maka tanah jadi subur, tumbuhan dapat hidup, binatang boleh makan tumbuhan dan juga manusia dapat hidup dengan memakan tumbuhan dan binatang.

Air hujan selalu dijadikan sebagai isyarat kepada rezeki dari Allah dan air hujan itu memerlukan angin untuk membawanya ke kawasan yang telah ditetapkan oleh Allah. Seperti kita telah sebut, surah ini banyak menyentuh tentang rezeki.


 

Ayat 3:

فَالجٰرِيٰتِ يُسرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And the ships sailing with ease

(MELAYU)

dan kapal-kapal yang berlayar dengan mudah.

 

Allah bersumpah dengan kapal di lautan pula. Demi kapal-kapal yang bergerak di lautan dengan mudah kerana adanya bantuan angin. Sekali lagi sebut tentang angin lagi. Kalau kapal dahulu menggunakan layar dan ia bergerak dengan tiupan angin.

Zaman sekarang kapal-kapal pakai engin besar tetapi angin masih lagi memainkan peranan. Kerana pergerakan kapal itu dimudahkan dan disusahkan dengan tiupan angin. Kalau perjalanan kapal itu ikut arah angin, maka senang untuk ia bergerak laju; tapi kalau melawan arah angin, susah dan lambat kapal itu bergerak.


 

Ayat 4:

فَالمُقَسِّمٰتِ أَمرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And the [angels] apportioning [each] matter,

(MELAYU)

dan (malaikat-malaikat) yang membagi-bagi urusan,

 

Kalimah فَالمُقَسِّمٰتِ dari katadasar ق س م yang bermaksud ‘membahagikan’. Pendapat pertama ada yang mengatakan ianya adalah sambungan dari ayat-ayat sebelum ini yang menyebut tentang ‘angin’. Jadi yang dimaksudkan adalah angin yang membawa rezeki seperti debunga dan juga awan yang membawa hujan. Maka angin itu yang membahagikan rezeki kepada tempat-tempat yang ditakdirkan untuk menerima rezeki itu.

Tapi pendapat kedua yang mungkin lebih kuat, ia bermaksud ‘para malaikat’. Demi para malaikat yang menjalankan tugas mereka membahagikan rezeki dengan arahan Tuhan.

Allah yang menentukan pemberian rezeki itu di mana tempat yang mendapat air, banyak ini dan angin banyak itu. Angin-angin atau para malaikat itu membawa rezeki-rezeki yang telah ditentukan oleh Allah. Mereka menurut arahan Allah.


 

Ayat 5: Ini adalah ‘jawab’ kepada ayat-ayat qosam (sumpah) sebelum ini. Iaitu apakah yang Allah hendak tekankan. Kerana apabila Allah gunakan sumpah, ianya untuk menekankan sesuatu yang penting, maka apakah perkara penting yang Allah hendak sampaikan?

إِنَّما توعَدونَ لَصادِقٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, what you are promised is true.

(MELAYU)

sesungguhnya apa yang dijanjikan kepadamu pasti benar.

 

Yang dijanjikan adalah Kiamat dan kebangkitan semua. Kiamat yang dijanjikan kepada makhluk itu pasti akan berlaku. Dan manusia pasti akan dibangkitkan semula. Dan balasan selepas kiamat itu juga pasti akan berlaku. Inilah yang kita kena beri perhatian. Ada balasan baik dan ada balasan buruk.


 

Ayat 6: Ini adalah Dakwa Surah ini. Allah hendak memberitahu bahawa bukan sahaja manusia dan jin akan dibangkitkan di akhirat kelak tetapi pembalasan baik atau buruk juga adalah tsabit.

وَإِنَّ الدّينَ لَوٰقِعٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, the recompense is to occur.

(MELAYU)

dan sesungguhnya (hari) pembalasan pasti terjadi.

 

Keputusan yang telah ditetapkan akan berlaku tidak lama lagi. Kalimah الدّينَ dalam ayat ini bukan bermaksud agama tetapi pembalasan.

Apabila akhirat berlaku, mahkamah pengadilan akan ditegakkan dan amalan makhluk akan dibentangkan. Amalan baik akan dibalas baik dan amalan buruk akan dibalas juga. Maka apabila kita sudah terima perkara ini, maka kenalah kita bersedia untuk menghadapinya.

Janganlah kita hidup di dunia ini tanpa buat persediaan. Kita kena sentiasa ingat yang segala perbuatan kita akan dipertanggungjawabkan. Kalau kita dapat ingat perkara ini, maka kita akan berhati-hati dalam kehidupan kita.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 10 Ogos 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Published by

CelikTafsir

Blog mentafsir Quran berdasarkan fahaman Sunnah dan salafussoleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s