Ayat 85: Ini adalah jenis Ayat Tasliah (ayat pujukan). Kita telah membaca kisah bagaimana Nabi Musa dikeluarkan dari kampung halamannya tetapi Allah ﷻ telah mengembalikan baginda semula ke sana. Maka Allah ﷻ pujuk baginda: yakinlah wahai Muhammad, yang walaupun engkau kena keluar dari Mekah tetapi engkau akan kembali semula.
إِنَّ الَّذي فَرَضَ عَلَيكَ القُرءآنَ لَرادُّكَ إِلىٰ مَعادٍ ۚ قُل رَّبّي أَعلَمُ مَن جاءَ بِالهُدىٰ وَمَن هُوَ في ضَلٰلٍ مُّبينٍ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
Indeed, [O Muḥammad], He who imposed upon you the Qur’ān will take you back to a place of return.¹ Say, “My Lord is most knowing of who brings guidance and who is in clear error.”
- Meaning to Makkah (in this life) or to Paradise (in the Hereafter).
(MELAYU)
Sesungguhnya yang mewajibkan atasmu (melaksanakan hukum-hukum) Al Qur’an, benar-benar akan mengembalikan kamu ke tempat kembali. Katakanlah: “Tuhanku mengetahui orang yang membawa petunjuk dan orang yang dalam kesesatan yang nyata”.
إِنَّ الَّذي فَرَضَ عَلَيكَ القُرءآنَ
Sesungguhnya yang mewajibkan atasmu (melaksanakan hukum-hukum) Al Qur’an,
Iaitu Allah ﷻ kerana Dia yang telah mewajibkan ke atas Rasulullah ﷺ untuk menyampaikan ajaran Al-Qur’an kepada manusia.
Allah ﷻ juga telah mewajibkan kita mempelajari dan mengamalkan ajaran Al-Qur’an ini dalam kehidupan kita. Memang ia wajib dipelajari dan diamalkan. Maka ini adalah satu lagi dalil yang mengatakan tafsir Al-Qur’an wajib dipelajari. Jangan kita tahu sahaja baca Al-Qur’an tapi tidak tahu apa yang disampaikan.
Jangan berharap sahaja dengan apa kata-kata para ustaz. Jangan terus sangka ajaran mereka itu dari Al-Qur’an kerana kadangkala para ustaz pun tak belajar tafsir Al-Qur’an dan apa yang mereka sampaikan itu bukan dari Al-Qur’an pun. Maka mahu tidak mahu, kita memang kena belajar tafsir Al-Qur’an.
لَرادُّكَ إِلىٰ مَعادٍ
benar-benar akan mengembalikan kamu ke tempat kembali.
Allah ﷻ yang memfardhukan Al-Qur’an ke atas Rasulullah dan akan mengembalikan baginda ke tempat asalnya. Ayat ini diturunkan ketika baginda sedang meninggalkan Mekah. Waktu itu baginda sedang melihat dengan matanya dalam kesedihan ke arah Mekah kerana terpaksa meninggalkannya. Akan tetapi Allah ﷻ berjanji akan mengembalikannya semula ke Mekah.
Ini seperti janji Allah ﷻ kepada ibu Nabi Musa عليه السلام yang akan mengembalikan anaknya itu kepada ibunya. Dan Mekah itu adalah ‘ibu’ kepada semua bandar. Maka baginda dan para sahabat nanti akan dapat pulang juga ke Mekah akhirnya. Ini terjadi semasa Pembukaan Mekah.
قُل رَّبّي أَعلَمُ مَن جاءَ بِالهُدىٰ
Katakanlah: “Tuhanku mengetahui orang yang membawa petunjuk
Musyrikin Mekah telah melakukan gangguan kepada baginda sehingga baginda terpaksa keluar dari Mekah. Ini adalah kerana mereka menuduh baginda mengajar ajaran salah dan sesat dan sekarang Allah ﷻ suruh beritahu siapakah yang lebih tahu siapakah yang membawa ajaran yang benar. Iaitu hendak memberitahu bahawa Nabi Muhammad ﷺ lah yang membawa ajaran yang benar.
وَمَن هُوَ في ضَلٰلٍ مُّبينٍ
dan orang yang dalam kesesatan yang nyata”.
Dan Allah ﷻ tahu siapakah yang mengamalkan ajaran yang salah. Musyrikin Mekah itu sudah lama mengamalkan amalan syirik. Walaupun mereka mengaku yang mereka itu pengikut ajaran Nabi Ibrahim عليه السلام, tapi mereka sudah lama jauh daripada ajaran baginda.
Begitu jugalah dengan kebanyakan orang Islam di negara ini. Mereka mengaku mereka mengamalkan ajaran Islam, tapi benarkah begitu? Kalau benar, mengapa ia amat berlainan daripada ajaran Rasulullahﷺ? Kenapa ajaran Nabi ﷺ melarang amalkan bida’ah tapi ustaz-ustaz kita ramai yang menganjurkan bida’ah?
Kenapa ajaran Nabi ﷺ melarang tawasul kepada perantara-perantara tapi ramai dari kalangan ahli agama kita mengajar amalan salah ini kepada anak murid mereka?
Ayat 86: Allah ﷻ mengingatkan jasaNya kepada baginda ﷺ.
وَما كُنتَ تَرجو أَن يُلقىٰ إِلَيكَ الكِتٰبُ إِلّا رَحمَةً مِّن رَّبِّكَ ۖ فَلا تَكونَنَّ ظَهيرًا لِّلكٰفِرينَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And you were not expecting that the Book would be conveyed to you, but [it is] a mercy from your Lord. So do not be an assistant to the disbelievers.¹
- In their religion by making any concessions to their beliefs.
(MELAYU)
Dan kamu tidak pernah sangka yang Al Qur’an diturunkan kepadamu, tetapi ia (diturunkan) kerana suatu rahmat yang besar dari Tuhanmu, sebab itu janganlah sekali-kali kamu menjadi penolong bagi orang-orang kafir.
وَما كُنتَ تَرجو أَن يُلقىٰ إِلَيكَ الكِتٰبُ
Dan kamu tidak pernah sangka yang Al Qur’an diturunkan kepadamu,
Baginda ﷺ tidak pernah menyangka yang baginda akan mendapat Al-Qur’an itu sebagaimana Nabi Musa عليه السلام juga tidak sangka yang Allah ﷻ akan berkata-kata terus dengan baginda. Akan tetapi itu semua diberikan kepada mereka berdua adalah sebagai rahmat daripada Allah ﷻ.
Begitu juga kita ini tidak tahu siapakah yang akan dapat rahmat untuk kenal Al-Qur’an dan dapat pula belajar tafsir Al-Qur’an dan dapat mengamalkannya di dalam kehidupan kita. Ini juga adalah rahmat besar dari Allah ﷻ. Ramai antara kita yang tidak terfikir pun yang kita akan dapat ilmu yang begitu hebat ini dan kita amat bersyukur kerana kita tahu dan dapat menerimanya.
إِلّا رَحمَةً مِّن رَّبِّكَ
tetapi ia (diturunkan) kerana suatu rahmat yang besar dari Tuhanmu,
Nabi Muhammad ﷺ telah mendapat rahmat besar ini dan baginda telah menjalankan tugas baginda untuk menyampaikannya kepada umat. Tapi malangnya ramai lagi tidak mendapat rahmat dari Allah ﷻ ini. Ramai yang masih lagi jahil dengan ajaran tafsir Al-Qur’an ini. Mereka sangka mereka benar-benar mengamalkan agama Islam tapi amalan mereka sebenarnya jauh dari ajaran wahyu yang sebenar.
Maka kita amat kasihan kepada mereka dan kita berharap dapat mengajak mereka untuk sama-sama dengan kita mengamalkan ajaran wahyu ini.
فَلا تَكونَنَّ ظَهيرًا لِّلكٰفِرينَ
sebab itu janganlah sekali-kali kamu menjadi penolong bagi orang-orang kafir.
Allah ﷻ mengingatkan baginda ﷺ supaya jangan menjadi pembantu kepada orang-orang kafir. Kenapa pula Alla hﷻ berpesan begini kepada baginda? Ini kerana mungkin baginda rasa yang Quraish itu adalah kaumnya juga, maka mungkin baginda masih hendak membantu mereka tetapi Allah ﷻ tidak benarkan.
Allah ﷻ beritahu selepas baginda berhijrah meninggalkan mereka maka baginda tidak sepatutnya ada belas kasihan kepada mereka lagi. Baginda tidak boleh membantu mereka lagi.
Malah tidak lama lagi akan ada peperangan antara Muslim dan Musyrikin Mekah itu. Maka baginda ﷺ hendaklah terus menentang mereka sehinggalah agama tauhid dapat ditegakkan di atas muka bumi ini.
Ayat 87:
وَلا يَصُدُّنَّكَ عَن ءآيٰتِ اللهِ بَعدَ إِذ أُنزِلَت إِلَيكَ ۖ وَادعُ إِلىٰ رَبِّكَ ۖ وَلا تَكونَنَّ مِنَ المُشرِكينَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And never let them avert you from the verses of Allāh after they have been revealed to you. And invite [people] to your Lord. And never be of those who associate others with Allāh.
(MELAYU)
Dan janganlah sekali-kali benarkan mereka dapat menghalangimu dari (menyampaikan) ayat-ayat Allah, sesudah ayat-ayat itu diturunkan kepadamu, dan serulah mereka kepada (jalan) Tuhanmu, dan janganlah sekali-sekali kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan.
وَلا يَصُدُّنَّكَ عَن ءآيٰتِ اللهِ بَعدَ إِذ أُنزِلَت إِلَيكَ
Dan janganlah sekali-kali benarkan mereka dapat menghalangimu daripada (menyampaikan) ayat-ayat Allah,
Apabila Allah ﷻ telah beri arahan untuk meninggalkan Mekah, maka baginda ﷺ kena ikut dan tidak membiarkan orang-orang kafir itu menjadi penghalang kepada baginda untuk menyebarkan wahyu Al-Qur’an ini dan juga mengamalkannya. Baginda kena cari jalan dan terus menyampaikan wahyu Allah ﷻ.
وَادعُ إِلىٰ رَبِّكَ
dan serulah mereka kepada (jalan) Tuhanmu,
Dan baginda ﷺ disuruh untuk terus mengajak manusia kepada Allah ﷻ. Iaitu mengajak manusia untuk menyembah Allah ﷻ dalam tauhid. Maka kena sampaikan ajaran Al-Qur’an kepada manusia dengan berterusan. Inilah juga arahan kepada kita dan jangan kita lalaikan. Sampaikan walaupun sedikit.
Maka ini juga mengajar kita yang ajaran pertama yang kita kena sampaikan adalah mengajak kepada Allah ﷻ iaitu ajar ajaran tauhid kepada manusia. Inilah yang paling penting sekali. Sebelum diberikan dengan ajaran-ajaran lain, maka perlu disampaikan ajaran Al-Qur’an terlebih dulu kerana Al-Qur’an mengandungi ajaran mengenal Allah ﷻ .
وَلا تَكونَنَّ مِنَ المُشرِكينَ
dan janganlah sekali-sekali kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan.
Maksudnya jangan jadi musyrik dan dalam ayat ini ia bermaksud jangan lagi duduk bersama-sama dengan orang-orang Mekah yang mengamalkan syirik itu. Kena tinggalkan mereka kerana bahaya kalau terus bergaul dengan mereka.
Kepada kita, hendaklah kita menjauhkan diri dari fahaman dan ajaran syirik. Maka kenalah belajar apakah syirik itu. Ramai dari kalangan masyarakat kita tidak tahu pun apakah maksud tauhid dan apakah maksud syirik kerana tidak belajar tafsir Al-Qur’an.
Maka kita berharap semoga pembelajaran tafsir Al-Qur’an ini akan berterusan diajar kepada masyarakat kita supaya lebih ramai yang faham tentangnya. Kerana kalau kita sahaja mengamalkan tauhid dan orang lain tidak, tentu susah kita hendak mengamalkannya. Kita hendaklah cuba menjadikan suasana masyarakat kita sebagai masyarakat tauhid dan tidak sebaliknya.
Ayat 88:
وَلا تَدعُ مَعَ اللهِ إِلٰهًا ءآخَرَ ۘ لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ ۚ كُلُّ شَيءٍ هالِكٌ إِلّا وَجهَهُ ۚ لَهُ الحُكمُ وَإِلَيهِ تُرجَعونَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And do not invoke with Allāh another deity. There is no deity except Him. Everything will be destroyed except His Face.¹ His is the judgement, and to Him you will be returned.
- i.e., except Himself.
(MELAYU)
Janganlah kamu seru ilah lain di samping Allah. Tidak ada ilah melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali Allah. Bagi-Nya-lah segala penentuan, dan hanya kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.
وَلا تَدعُ مَعَ اللهِ إِلٰهًا ءآخَرَ
Janganlah kamu seru ilah lain di samping Allah.
Jangan menyeru ilah yang lain bersama dengan nama Allah ﷻ. Ini adalah perkara yang penting, kerana ada yang seru juga Allah ﷻ, tapi dalam masa yang sama, seru juga selain Allah ﷻ. Iaitu mereka meminta pertolongan kepada Allah ﷻ, tapi ada yang meminta tolong kepada roh-roh Nabi, wali dan malaikat dalam masa yang sama.
Inilah syirik dan sebenarnya banyak diamalkan oleh masyarakat kita yang jauh dari ilmu wahyu. Macam-macam yang diseru oleh mereka, antaranya ada yang seru Nabi dan banyak juga yang seru jin.
لا إِلٰهَ إِلّا هُوَ
Tidak ada ilah melainkan Dia.
Janganlah ada fahaman kepercayaan adanya ilah lain selain daripada Allah ﷻ. Inilah pegangan penting tauhid kita. Ilah itu hanya Allah ﷻ sahaja. Tapi ramai yang tidak faham bab ilah ini, maka walaupun mereka mengucap Dua Kalimah Syahadah, tetapi mereka mengamalkan syirik juga kerana mereka sembah dan seru selain Allahﷻ sebagai ilah.
Maka kena faham maksud ilah itu. Ringkasnya ilah adalah tempat sandaran hati kita, tempat pengharapan kita. Oleh kerana itulah ilah menjadi tempat kita berdoa dan tempat kita berseru kerana kita berharap kepada ilah itu. Dan ilah itu hanya Allah ﷻ sahaja dan tidak ada yang selainNya.
كُلُّ شَيءٍ هالِكٌ إِلّا وَجهَهُ
Tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali WajahNya.
Kalimah wajah dalam ayat ini yang dimaksudkan adalah Dzat Allah. Bergantunglah sahaja kepada Allah ﷻ, berharap hanya kepada Allah ﷻ sahaja, doa kepada Allah ﷻ sahaja kerana hanya Allah ﷻ sahaja yang kekal, hidup tidak akan mati-mati.
Selain daripada Allah ﷻ tentunya tidak kekal. Jadi kenapa mahu berharap kepada yang tidak kekal sedangkan ada yang kekal abadi, iaitu Allah ﷻ? Kalau kita berdoa kepada yang mati, adakah mereka boleh membantu kita? Maka doalah kepada yang Maha Hidup sahaja.
لَهُ الحُكمُ وَإِلَيهِ تُرجَعونَ
Bagi-Nya-lah segala penentuan, dan hanya kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.
Segala keputusan dan hukum adalah milik Allah ﷻ. Allah ﷻ yang menentukan perjalanan hidup kita.
Dan akhir sekali kita akan balik bertemu denganNya. Maka hendaklah kita menjaga kehendakNya kerana kalau kita tidak jaga, bagaimana nanti kita mahu mengadapNya? Bagaimana nak jawab kepada Allah ﷻ nanti kalau ada yang kita seru selain Dia?
Allahu a’lam. Sekian tamatlah tafsir Surah Qasas ini. Sambung ke surah yang seterusnya, Surah al-Ankabut.
Kemaskini: 3 November 2020
Rujukan:
Maulana Hadi
Nouman Ali Khan