Ayat 45: Dalam ayat sebelum ini, Allah telah menyentuh tentang keburukan golongan Yahudi yang bukan sahaja mereka sesat, tapi mereka mahu orang lain pun jadi sesat juga.
وَاللهُ أَعلَمُ بِأَعدائِكُم ۚ وَكَفىٰ بِاللهِ وَلِيًّا وَكَفىٰ بِاللهِ نَصيرًا
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And Allāh is most knowing of your enemies; and sufficient is Allāh as an ally, and sufficient is Allāh as a helper.
MALAYSIA
Dan Allah lebih mengetahui berkenaan dengan musuh-musuh kamu, (oleh itu awasilah angkara musuh kamu itu). Dan cukuplah Allah sebagai Pengawal yang melindungi, dan cukuplah Allah sebagai Penolong (yang menyelamatkan kamu dari angkara mereka).
وَاللهُ أَعلَمُ بِأَعدائِكُم
Dan Allah lebih mengetahui berkenaan dengan musuh-musuh kamu,
Allah lebih tahu tentang musuh kita. Yang dimaksudkan adalah orang Yahudi atau sesiapa sahaja. Kerana musuh kita tentunya bukan Yahudi sahaja. Kita tahu sikit sahaja tentang musuh kita dan mungkin kita tidak tahu pun siapakah musuh kita. Allah beritahu, jangan risau, Dia lebih tahu.
Oleh kerana Allah tahu, maka kita tidak perlu bimbang. Tak perlu takut dengan rancangan mereka untuk menyesatkan kita. Kerana kalau kita nak fikir cara untuk menyelamatkan diri dari mereka pun kita tak tahu. Kita harap kepada Allah lah sahaja. Dia lebih mengetahui perihal mereka dan memperingatkan umat Islam agar bersikap waspada terhadap mereka.
وَكَفىٰ بِاللهِ وَلِيًّا وَكَفىٰ بِاللهِ نَصيرًا
Dan cukuplah Allah sebagai Pengawal yang melindungi, dan cukuplah Allah sebagai Penolong
Kita biar Allah sahaja yang lindungi kita. Kita kena rasa cukup dengan adanya Allah. Dan Allah telah beri isyarat dalam ayat ini yang Dia akan mengawal dan menolong kita. Adakah sesiapa lagi yang lebih baik dari Allah? Tentu tidak.
Ayat 46: Apakah yang Yahudi itu lakukan?
مِّنَ الَّذينَ هادوا يُحَرِّفونَ الكَلِمَ عَن مَّواضِعِهِ وَيَقولونَ سَمِعنا وَعَصَينا وَاسمَع غَيرَ مُسمَعٍ وَرٰعِنا لَيًّا بِأَلسِنَتِهِم وَطَعنًا فِي الدّينِ ۚ وَلَو أَنَّهُم قالوا سَمِعنا وَأَطَعنا وَاسمَع وَانظُرنا لَكانَ خَيرًا لَّهُم وَأَقوَمَ وَلٰكِن لَّعَنَهُمُ اللهُ بِكُفرِهِم فَلا يُؤمِنونَ إِلّا قَليلًا
(SAHEEH INTERNATIONAL)
Among the Jews are those who distort words from their [proper] places [i.e., usages] and say, “We hear and disobey” and “Hear but be not heard” and “Rā‘inā,”¹ twisting their tongues and defaming the religion. And if they had said [instead], “We hear and obey” and “Wait for us [to understand],” it would have been better for them and more suitable. But Allāh has cursed them for their disbelief, so they believe not, except for a few.²
- See footnote to 2:104.
- Or “except with little belief.”
MALAY
Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah (atau menukar ganti) Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad): “Kami dengar”, (sedang mereka berkata dalam hati): “Kami tidak akan menurut”. (Mereka juga berkata): “Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu yang buruk”, serta (mereka mengatakan): “Raaeina”; (Tujuan kata-kata mereka yang tersebut) hanya memutar belitkan perkataan mereka dan mencela ugama Islam. Dan kalaulah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami”, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul. Akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka. Oleh itu, mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antara mereka).
مِّنَ الَّذينَ هادوا يُحَرِّفونَ الكَلِمَ عَن مَواضِعِهِ
Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah Kalamullah, dari tempat dan maksudnya yang sebenar,
Sekarang dijelaskan lagi sifat golongan Yahudi. Asalnya ini adalah sifat-sifat Yahudi tapi boleh jangkit kepada orang lain. Mereka telah mengubah wahyu dan mereka lakukan dengan sekurang-kurangnya tiga cara:
1. Cara mereka tukar kesesatan dan ganti hidayat adalah dengan ubahsuai kitab Taurat dari yang sebenar. Orang awam yang biasa tidak ada kitab Taurat bersama mereka. Yang ada keseluruhan kitab Taurat adalah ulamak atau pendeta mereka sahaja. Orang awam hanya diberikan sebahagian sahaja. Maka senanglah Taurat itu diubah-ubah kerana kalau ubah pun, orang awam tak tahu.
2. Cara kedua mereka tukar wahyu Taurat itu sendiri dengan dengan mereka tukar huraian tafsir ayat-ayat Taurat. Mereka itu dipandang sebagai ahli ilmu, maka mereka kata apa sahaja, maka teruslah diterima oleh masyarakat awam.
Maksudnya, mereka tafsir dengan cara yang salah – mereka tafsir ikut apa yang mereka hendak dan ikut agenda mereka. Malangnya, ustaz-ustaz di negara kita pun ada yang buat perkara macam ini.
3. Cara ketiga yang dilakukan oleh Yahudi Madinah adalah dengan melakukan penipuan kepada Qur’an. Mereka datang ke majlis Nabi Muhammad yang memperdengarkan Qur’an. Kemudian mereka pergi jaja ke tempat lain dengan membacakan ayat yang lain. Mereka ubah supaya dapat menipu orang yang percaya kepada mereka.
وَيَقولونَ سَمِعنا وَعَصَينا
dan mereka berkata: “Kami dengar”, (sedang mereka berkata dalam hati): “Kami tidak akan menurut”.
Ini adalah huraian berkenaan cara mereka menyesatkan orang lain: mereka buat-buat seperti dengar hukum Islam tapi mereka sebenarnya tidak ikut. Mereka kata mereka nak ikut tapi kalau dilihat dari perbuatan mereka, mereka tak ikut.
Mereka kata ‘tidak ikut’ itu mereka kata dalam hati mereka sahaja. Oleh itu, orang luar yang melihat sangka mereka benar-benar nak ikut kerana mereka cakap begitu. Supaya tidak tertipu dengan orang yang jenis begini, Allah ajar kita untuk berhati-hati dengan mereka dan perangai yang sebegini.
وَاسمَع غَيرَ مُسمَعٍ
(Mereka juga berkata): “Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu yang buruk”,
Bila mereka jumpa Nabi atau orang tauhid, mereka minta supaya mereka didengari dan mereka janji tidak akan memperdengarkan kalimah yang menyesatkan. Kononnya mereka nak beritahu perkara yang baik-baik sahaja. Tapi itu tipu sahaja dari mereka. Kerana sebaliknya, mereka beri propaganda yang salah tentang agama.
Atau, lafaz ini juga bermaksud, “Dengarlah kepada kami, wahai yang tidak mendengar”. Ini adalah kata-kata mereka yang menghina. Mereka kata begitu kepada Nabi Muhammad kerana hendak menghina baginda. Tapi mereka cakap itu tidak kuat kerana tak mahu orang lain dengar.
Atau, lafaz ini bermaksud, “Dengarlah kepada kami, semoga kamu tidak dapat mendengar lagi (pekak)”. Begitulah teruknya mereka menghina Nabi Muhammad.
وَرٰعِنا
serta (mereka mengatakan): “Raaeina”;
Lafaz ‘raina’ adalah lafaz yang boleh merosakkan akidah. Kerana ia membawa maksud kamulah Nabi yang mengawasi kami. Itu adalah sifat ketuhanan yang hanya ada pada Allah sahaja. Kita telah bincangkan perkara ini dalam Baqarah:104.
لَيًّا بِأَلسِنَتِهِم
hanya memutar belitkan perkataan mereka
Mereka menggunakan kata-kata mereka untuk menyesatkan. Dan kita pun sudah tahu yang mereka pandai menggunakan kata-kata dan bahasa. Mereka pandai memutar belitkan bahasa untuk tujuan yang buruk.
وَطَعنًا فِي الدّينِ
dan mencela ugama Islam.
Mereka sebenarnya hendak menghina agama Islam dan meremehkan agama. Yang jadi mangsa adalah umat Islam yang jahil. Mereka memandang tinggi kepada golongan Yahudi dan mereka mungkin terikut dengan apa yang dilakukan oleh golongan Yahudi itu.
Tapi, kalau ada ilmu tidak akan jadi begitu. Kerana kita telah diajar dalam Surah Baqarah sebelum ini tentang perangai mereka dan cara-cara mereka, maka kita sepatutnya sudah berhati-hati.
وَلَو أَنَّهُم قالوا سَمِعنا وَأَطَعنا وَاسمَع وَانظُرنا
Dan kalaulah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami”,
Ada cara yang baik untuk mereka. Kalau mereka mahu beriman dan mahu taat.
لَكانَ خَيرًا لَّهُم وَأَقوَمَ
tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul.
Itulah cara yang paling tepat untuk dapat hidayah.
وَلٰكِن لَّعَنَهُمُ اللهُ بِكُفرِهِم
Akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka.
Tapi malangnya, mereka tidak begitu dan kerana itu Allah laknat mereka. Oleh itu mereka dijauhkan dari rahmat Allah untuk terima Islam kerana hati mereka masih kufur. Kerana hati mereka kufur, hidayah tidak masuk.
Maknanya, bukan Allah yang pilih mereka untuk disesatkan, tapi kerana mereka sendiri yang salah. Maka, jangan salahkan Allah pula. Allah sebut dalam ayat ini kenapa mereka dilaknat dan disesatkan – kerana mereka sendiri yang kufur.
فَلا يُؤمِنونَ إِلّا قَليلًا
mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja
Mereka tidak beriman melainkan pada zahir sahaja. Lafaz ‘sedikit’ dalam ayat ini maksudnya ‘zahir’. Maknanya, mereka hanya beriman pada zahir sahaja.
Atau sedikit sahaja dari kalangan mereka yang akan beriman.
Atau iman mereka sedikit sahaja.
Jadi, ada tiga kemungkinan dalam ayat ini.
Ayat 47: Ini adalah ayat targhib kepada tauhid. Umat Islam diingatkan untuk kena kuatkan iman. Juga ada takhwif ukhrawi dalam ayat ini.
يٰأَيُّهَا الَّذينَ أوتُوا الكِتٰبَ ءآمِنوا بِما نَزَّلنا مُصَدِّقًا لِّما مَعَكُم مِّن قَبلِ أَن نَّطمِسَ وُجوهًا فَنَرُدَّها عَلىٰ أَدبارِها أَو نَلعَنَهُم كَما لَعَنّا أَصحٰبَ السَّبتِ ۚ وَكانَ أَمرُ اللهِ مَفعولًا
(SAHEEH INTERNATIONAL)
O you who were given the Scripture, believe in what We have sent down [to Muḥammad (ṣ)], confirming that which is with you, before We obliterate faces and turn them toward their backs or curse them as We cursed the sabbath-breakers.¹ And ever is the matter [i.e., decree] of Allāh accomplished.
MALAY
Wahai orang-orang yang telah diberikan Kitab, berimanlah kamu dengan apa yang telah Kami turunkan (Al-Qur’an), yang mengesahkan Kitab-Kitab yang ada pada kamu, sebelum Kami menyeksa dengan menghapuskan bentuk muka kamu (sehingga berubah menjadi rata – tidak bermulut, berhidung dan bermata), lalu Kami menjadikannya sama seperti rupa sebelah belakangnya, atau Kami melaknatkan mereka sebagaimana Kami telah melaknatkan orang-orang (dari kaum mereka – Yahudi) yang melanggar larangan bekerja pada hari Sabtu. Dan (ingatlah) perintah Allah itu tetap berlaku.
يٰأَيُّهَا الَّذينَ أوتُوا الكِتٰبَ
Wahai orang-orang yang telah diberikan Kitab,
Apabila disebutkan ‘mereka yang diberi kitab’, ianya bermaksud ahli agama dari Yahudi dan Nasara. Jadi, ayat ini ditujukan kepada mereka. Sebelum Allah perkatakan ‘tentang’ mereka, sekarang Allah terus bercakap dengan mereka.
Mereka ini sepatutnya tahu tentang agama dan kebenaran kerana mereka telah belajar kitab suci mereka – Taurat dan Injil
ءآمِنوا بِما نَزَّلنا مُصَدِّقًا لِّما مَعَكُم
berimanlah kamu dengan apa yang telah Kami turunkan (Al-Qur’an), yang mengesahkan Kitab-Kitab yang ada pada kamu,
Wahai Ahli Kitab: “Tidak cukup kamu baca kitab yang ada pada dirimu, tapi kamu kena juga beriman dengan semua kitab yang diturunkan. Dan Kitab yang paling akhir sekali diturunkan adalah Qur’an”. Maka, ini adalah suruhan kepada mereka untuk beriman dengan Qur’an.
Kandungan dalam Qur’an itu membenarkan apa yang ada dalam Kitab mereka, bukannya membawa ajaran agama yang baru. Tapi bukanlah semua sama kerana syariat tidak sama kerana syariat nabi-nabi tidak sama antara satu sama lain.
Tapi yang dimaksud sama itu adalah dari segi tauhid. Kandungan ilmu tauhid yang ada dalam Qur’an membenarkan kandungan tauhid yang ada dalam Kitab Suci mereka. Asalkan mereka mahu melihat kembali apa yang ada dalam kitab mereka, dan apa yang ada dalam Qur’an.
مِّن قَبلِ أَن نَّطمِسَ وُجوهًا
sebelum Kami menyeksa dengan menghapuskan bentuk mukanya
Ini adalah amaran dan penegasan dari Allah. Allah beri ancaman untuk menakutkan mereka. Mereka kena beriman dengan Qur’an sebelum dihapuskan bentuk rupa mereka. Kerana kalau sudah ditukar rupa bentuk muka mereka, Allah boleh buat sampai sudah tiada tanda manusia pada mereka.
فَنَرُدَّها عَلىٰ أَدبارِها
lalu Kami menjadikannya sama seperti rupa sebelah belakangnya,
Allah boleh ubah rupa mereka dengan pusing muka yang di depan pergi ke belakang. Ini boleh berlaku kerana mereka sendiri sudah tukar ayat wahyu. Kerana mereka tukar ayat, Allah boleh tukar rupa mereka. Allah mampu lakukan dan Allah beri ancaman kepada mereka dalam ayat ini. Ini adalah ancaman dari Allah, maka jangan main-main.
Ada ulama berpendapat yang dimaksudkan adalah ‘tukar akal’ mereka sehingga mereka menjadi sudah tidak jadi waras.
أَو نَلعَنَهُم كَما لَعَنّا أَصحٰبَ السَّبتِ
atau Kami melaknat mereka sebagaimana Kami telah melaknatkan orang-orang yang melanggar larangan bekerja pada hari Sabtu.
Selain dari Allah boleh ubah rupa mereka, yang depan jadi ke belakang, Allah boleh laknat mereka jadi kera. Ini adalah ancaman dengan yang pernah terjadi kepada mereka yang tangkap ikan hari Sabtu.
Qur’an telah sentuh perkara ini dalam Baqarah:65. Mereka telah ditukar menjadi kera selama tiga hari dan kemudian mereka mati. Kejadian ini telah terjadi kepada Kaum Yahudi dan mereka tahu tentang perkara ini kerana mereka belajar apa yang terjadi kepada tok nenek mereka dahulu.
Ibnu Jarir mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abu Kuraib, telah menceritakan kepada kami Jabir ibnu Nuh, dari Isa ibnul Mugirah yang menceritakan, “Kami pernah membincangkan perihal Ka’b masuk Islam dekat Maqam Ibrahim.” Isa ibnul Mugirah mengatakan bahawa Ka’b masuk Islam pada masa pemerintahan Khalifah Umar. Pada mulanya dia berangkat menuju ke Baitul Maqdis, lalu dia lewat di Madinah, maka Khalifah Umar keluar menemuinya dan berkata kepadanya, “Hai Ka’b, masuk Islamlah kamu.” Maka Ka’b menjawab, “Bukankah kalian yang mengatakan dalam kitab kalian hal berikut (yakni firman-Nya): ‘Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal.’ (Al-Jumu’ah: 5) dan sekarang aku membawa kitab Taurat itu. Maka Umar membiarkannya.” Kemudian Ka’b meneruskan perjalanannya. Ketika sampai di Himsa, dia mendengar seorang lelaki dari kalangan ulamanya sedang dalam keadaan sedih seraya membacakan firman-Nya: Hai orang-orang yang telah diberi Al-Kitab, berimanlah kalian kepada apa yang telah Kami turunkan (Al-Qur’an) yang membenarkan Kitab yang ada pada kalian sebelum Kami mengubah muka (kalian), lalu Kami putarkan ke belakang. (An-Nisa: 47) hingga akhir ayat. Setelah itu Ka’b berkata, “Ya Tuhanku, sekarang aku masuk Islam.” Dia bersikap demikian kerana takut akan terancam oleh ayat ini, lalu dia kembali dan pulang ke rumah keluarganya di Yaman, kemudian dia datang membawa mereka semua dalam keadaan masuk Islam.
وَكانَ أَمرُ اللهِ مَفعولًا
Dan (ingatlah) perintah Allah itu tetap berlaku.
Pasti perkara yang Allah ancamkan itu akan berlaku kalau ada iradah (kehendak) dari Allah. Kalau tak jadi, itu adalah kerana Allah beri rahmat kepada mereka supaya mereka bertukar perangai mereka dan menerima Qur’an.
Ada yang kata ini akan dikenakan kepada mereka sebelum Kiamat. Tapi ada juga yang kata ini tidak dikenakan kepada mereka kerana ada sebahagian dari mereka yang masuk Islam. Maka mereka terselamat dari penghinaan ini.
Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.
Kemaskini: 18 Ogos 2018
Rujukan:
Maulana Hadi
Nouman Ali Khan
Mutiara al-Qur’an
Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi
Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani
Berkaitan tulisan kamu ” Macam juga orang kita sekarang ada yang kata Syiah lagi baik dari Wahabi.” — Bolehkah diperjelaskan siapa yang kamu maksudkan itu?
LikeLike
Boleh lihat blog Abu Syafiq.
LikeLike