Ayat 42: Apabila hari itu terjadi, apakah perasaan mereka yang tidak beriman?
يَوْمَئِذٍ يَوَدُّ الَّذِينَ كَفَرُوا وَعَصَوُا الرَّسُولَ لَوْ تُسَوَّىٰ بِهِمُ الْأَرْضُ وَلَا يَكْتُمُونَ اللهَ حَدِيثًا
(SAHEEH INTERNATIONAL)
That Day, those who disbelieved and disobeyed the Messenger will wish they could be covered by the earth. And they will not conceal from Allāh a [single] statement.
MALAY
Pada hari itu orang-orang yang kafir dan menderhaka kepada Rasulullah, suka jika mereka disama ratakan dengan tanah (ditelan bumi), dan (ketika itu) mereka tidak dapat menyembunyikan sepatah kata pun dari pengetahuan Allah.
يَوْمَئِذٍ يَوَدُّ الَّذِينَ كَفَرُوا وَعَصَوُا الرَّسُولَ
Pada hari itu orang-orang yang kafir dan menderhaka kepada Rasulullah, suka
Ini tentang mereka yang kafir dan derhaka kepada Nabi. Nanti mereka sendiri akan lihat apakah kesan dari penolakan mereka kepada ajaran agama. Mereka akan nampak segala kesalahan yang mereka telah lakukan. Maka pada waktu itu, apakah kehendak mereka? Apakah yang mereka akan harapkan?
لَوْ تُسَوَّىٰ بِهِمُ الْأَرْضُ
jika mereka disama ratakan dengan tanah
Mereka harap waktu itu mereka jadi sama rata dengan tanah – maksudnya biarlah mereka ditelan oleh bumi waktu itu. Mereka rasa alangkah baiknya kalau mereka tidak dibangkitkan jadi manusia, tapi jadi pasir sahaja. Atau supaya mereka tidak dihakimi lagi, tapi terus dijadikan seperti tanah sahaja.
Mereka kata begitu kerana mereka akan lihat bagaimana binatang pun akan melalui pengadilan juga. Tapi selepas itu, binatang-binatang akan dijadikan tanah debu sahaja – tidak ada hukuman buat binatang – habis begitu sahaja kisah mereka. Mereka pun mahu supaya mereka pun jadi macam itu juga. Kerana mereka tidak sanggup untuk menghadapi apa yang akan terjadi seterusnya – pembalasan di neraka.
وَلَا يَكْتُمُونَ اللهَ حَدِيثًا
mereka tidak dapat menyembunyikan sepatah kata pun dari pengetahuan Allah.
Mereka tidak dapat nak sorokkan apa-apa pun dari Allah. Waktu itu semuanya akan terbuka di khalayak ramai. Perkara yang mereka sorokkan semasa di dunia akan terbuka seluruhnya. Pada hari itu, tubuh badan mereka sendiri akan berkata-kata, Nabi mereka sendiri akan menjadi saksi ke atas mereka, dan segala perbuatan mereka akan dibentang di hadapan mereka dalam Kitab Amalan mereka.
Lalu, bagaimana lagi mereka hendak menipu? Mereka memang kalau boleh hendak menipu Allah. Seperti firman Allah dalam al-An’am:23
قالوا وَاللهِ رَبِّنا ما كُنّا مُشرِكينَ
“Demi Allah Tuhan kami, kami tidak pernah menjadi orang-orang yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)”
Tapi segala penipuan mereka tidak akan berhasil kerana mereka tidak dapat nak sorok lagi.
Ibnu Jarir mengatakan, telah menceritakan kepada kami Hakim, telah menceritakan kepada kami Amr, dari Mutarrif, dari Al-Minhal ibnu Amr, dari Sa’id ibnu Jubair yang menceritakan bahawa seorang lelaki datang kepada Ibnu Abbas, lalu lelaki itu menanyakan kepadanya tentang firman Allah Swt. yang menceritakan keadaan orang-orang musyrik di hari kiamat, bahawa mereka mengatakan: Demi Allah, Tuhan kami, tiadalah kami mempersekutukan Allah. (Al-An’am: 23) Dalam ayat yang lain Allah Swt. telah berfirman: dan mereka tidak dapat menyembunyikan (dari Allah) sesuatu kejadian pun. (An-Nisa: 42); Maka Ibnu Abbas mengatakan, “Adapun mengenai firmanNya: ‘Demi Allah, Tuhan kami, tiadalah kami mempersekutukan Allah’ (Al-An’am: 23). Sesungguhnya mereka (orang-orang musyrik) ketika melihat dengan mata kepala mereka sendiri bahawa tidak dapat masuk syurga kecuali hanya orang-orang Islam, maka mereka berkata (kepada sesamanya), ‘Marilah kita mengingkari perbuatan kita!’ Lalu mereka mengatakan seperti yang disebut oleh firman-Nya: ‘Demi Allah, Tuhan kami, tiadalah kami mempersekutukan Allah‘ (Al-An’am: 23). Maka Allah mengunci mati mulut mereka dan berbicaralah kedua kaki dan tangan mereka. Seperti yang disebutkan oleh firman-Nya: ‘dan mereka tidak dapat menyembunyikan (dari Allah) sesuatu kejadian pun’ (An-Nisa: 42).”
Habis Ruku’ ke 6 dari 24 ruku’ dalam surah ini.
Ayat 43: Kembali kepada ayat Umur Muslihah. Hukum dari Allah hanya akan diikuti oleh mereka yang ada hubungan yang baik dengan Allah dan ada taqwa. Maka oleh itu, apabila ada ayat-ayat umur munazimah, akan ada ayat umur muslihah. Oleh itu, sekarang diletakkan ayat tentang solat pula.
Allah telah suruh kita solat, tapi nak solat pun kena ikut cara yang Allah hendak kita lakukan sebagaimana yang telah diajar oleh Nabi Muhammad.
يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا لا تَقرَبُوا الصَّلَوٰةَ وَأَنتُم سُكٰرىٰ حَتّىٰ تَعلَموا ما تَقولونَ وَلا جُنُبًا إِلّا عابِري سَبيلٍ حَتّىٰ تَغتَسِلوا ۚ وَإِن كُنتُم مَّرضىٰ أَو عَلىٰ سَفَرٍ أَو جاءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِنَ الغائِطِ أَو لٰمَستُمُ النِّساءَ فَلَم تَجِدوا ماءً فَتَيَمَّموا صَعيدًا طَيِّبًا فَامسَحوا بِوُجوهِكُم وَأَيديكُم ۗ إِنَّ اللهَ كانَ عَفُوًّا غَفورًا
(SAHEEH INTERNATIONAL)
O you who have believed, do not approach prayer while you are intoxicated until you know what you are saying¹ or in a state of janābah,² except those passing through [a place of prayer], until you have washed [your whole body]. And if you are ill or on a journey or one of you comes from the place of relieving himself or you have contacted women [i.e., had sexual intercourse] and find no water, then seek clean earth and wipe over your faces and your hands [with it]. Indeed, Allāh is ever Pardoning and Forgiving.
- The use of intoxicants was later prohibited completely. See 5:90–91.
- Literally, “distance.” The state of one under obligation to perform ghusl (a complete bath) due to having had sexual intercourse or ejaculation.
MALAY
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula, sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) – kecuali kamu hendak melintas sahaja – hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah – debu, yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءآمَنوا لا تَقرَبُوا الصَّلَوٰةَ وَأَنتُم سُكٰرىٰ
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk,
Ayat ini tentang asas kepada solat. Dalam solat kita kena sedar apa yang kita lafazkan. Oleh kerana itu, larangan dalam ayat ini amat penting: Jangan mabuk semasa dalam solat solat. Jangan solat dalam keadaan mabuk.
Dalam hadis, ada disebut kisah bagaimana seorang sahabat telah tersilap membaca Surah Kafirun dalam solat kerana beliau dalam keadaan mabuk. Dan ayat ini diturunkan berkenaan perkara itu.
Disebutkan bahawa telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu Ammar, telah menceritakan kepada kami Abdur Rahman ibnu Abdullah Ad-Dusytuki, telah menceritakan kepada kami Abu Ja’far, dari Ata ibnus Saib, dari Abu Abdur Rahman As-Sulami, dari Ali ibnu Abu Talib yang menceritakan, “Abdur Rahman ibnu Auf membuat suatu jamuan makanan buat kami, lalu dia mengundang kami dan memberi kami minuman khamr. Lalu khamr mulai memberi kesan di kalangan sebagian dari kami, dan waktu salat pun tiba.” Kemudian mereka mengajukan si Fulan sebagai imam. Maka si Fulan membaca surat Al-Kafirun dengan bacaan seperti berikut, “Katakanlah, hai orang-orang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kalian sembah, dan kami menyembah apa yang kalian sembah” (dengan bacaan yang keliru sehingga mengubah artinya secara salah). Maka Allah menurunkan firman-Nya: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kalian salat sedang kalian dalam keadaan mabuk, sehingga kalian mengerti apa yang kalian ucapkan. (An-Nisa: 43)
Ayat ini diturunkan sebelum ayat arak diharamkan sepenuhnya dalam Maidah:90. Tapi ayat larangan dalam Surah Nisa’ ini diturunkan selepas Allah memberitahu yang arak itu tidak bagus dalam Baqarah:219. Oleh itu, kita tahu yang Allah tidak haramkan arak sekaligus. Allah haramkan berperingkat kerana arak telah sebati dengan masyarakat Arab dan kalau diharamkan sekaligus, ia akan memberi kesan yang buruk kepada mereka dan mereka mungkin akan protes.
Ringkasnya, cara pengharaman adalah begini:
1. Beritahu yang arak itu tidak bagus. (waktu ini ada sahabat sudah terus tinggalkan arak)
2. Jangan solat semasa mabuk (semakin ramai meninggalkan arak, tapi masih ada lagi yang minum, tapi mereka minum di waktu yang jauh dari waktu solat).
3. Haramkan terus (waktu ini semua sahabat terus tinggalkan arak)
Ini adalah salah satu hikmah dari Allah. Oleh kerana belum diharamkan lagi, maka ada riwayat yang mengatakan ada sahabat yang solat tapi waktu itu mabuk. Jadi apabila sudah mabuk, maka bacaan dalam solat sudah merapu. Maka turunlah ayat ini mengharamkan solat dalam keadaan mabuk.
Walaupun arak belum diharamkan sepenuhnya, tapi ini sudah menjadi masalah untuk minum arak sebab sahabat selalu solat, dan kalau mereka selalu solat, mereka sudah tidak senang untuk minum arak lagi kerana ada kemungkinan mereka akan mabuk dan masuk waktu solat pula. Maka, mereka sudah kurang untuk minum arak lagi. Kerana susah untuk mereka susun waktu mereka untuk minum arak dan tidak mengganggu solat mereka. Mungkin nak kena minum tengah malam pula.
Jadi walaupun belum diharamkan sepenuhnya, mereka sudah mula kurangkan minum arak. Mereka sudah tidak minum apabila dekat dengan waktu solat. Sehinggalah arak diharamkan dengan sepenuhnya dalam ayat Maidah:90.
Sebenarnya tidak terhad kena sedar dalam solat sahaja. Kerana lafaz yang digunakan adalah dalam bentuk umum sahaja. Maknanya, waktu bersembang tentang Qur’an pun kena sedar. Macam mana kalau mabuk waktu itu? Sedangkan sahabat memang selalu membaca Qur’an dan mereka berdakwah pun dengan membacakan ayat Qur’an kepada mereka yang didakwah.
Ini termasuk tak boleh berada dalam pengaruh dadah semasa bercakap tentang Qur’an. Kerana orang yang bercakap tentang ayat-ayat Qur’an tapi otak mereka dalam pengaruh dadah, itu boleh menyebabkan mereka berkata sesuatu yang tidak patut tentang Qur’an. Ini kerana kalimah yang digunakan dalam ayat ini adalah سُكٰرىٰ dan ia tidak terhad kepada minum arak sahaja. Mereka yang hilang pengaruh akal kerana dadah juga boleh salah tafsir ayat Qur’an dan ini amat bahaya sekali. Jadi, jangan kita sangka ini adalah larangan mabuk dengan arak sahaja; kalau mabuk dengan dadah pun tidak boleh.
Jadi waktu itu memang susah kalau nak mabuk kerana sahabat selalu melakukan solat dan berbincang tentang Qur’an. Maka sudah ada isyarat untuk sahabat berhenti dari minum arak.
حَتّىٰ تَعلَموا ما تَقولونَ
hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan.
Kita tidak dibenarkan solat dalam keadaan mabuk supaya kita tahu apa yang dibaca dalam solat. Kena sedar apa yang kita sedang baca. Ini adalah kerana solat itu adalah amalan munajat kepada Allah. Munajat berasal dari bahasa Arab yang maknanya ‘merahsiakan’. Jadi maksud Munajat atau Bermunajat ialah mendekati Allah dengan cara solat, berdoa atau berzikir dan lain-lain.
Ini adalah kerana kita hendak mengadu dalam keadaan rahsia kepada Allah. Antara kita dan Allah sahaja. Oleh kerana kita sedang bermunajat kepada Allah, maka kita kena tawajjuh – hadap betul-betul – beri perhatian, fokus. Takkan kita tidak tahu apa yang kita katakan kalau begitu?
Oleh itu, ayat ini memberitahu kepada kita, kita kena faham apa yang disebut dalam solat. Solat adalah waktu yang dituntut kita kena sedar dan ingat kepada Allah. Kita kena menjaga hubungan dengan Allah dan solat adalah hubungan yang paling rapat sekali antara kita dan Allah. Dalam hadis disebut yang kita sedang mengadap Allah taala dalam solat kita.
Jadi orang yang tidak memahami apa yang dibaca dalam solat adalah seperti mereka yang mabuk dan solat itu tidak akan memberi kesan kepada diri mereka. Sebab itu kena faham apa yang kita baca. Untuk faham, kena belajar tafsir supaya kita faham surah-surah dan ayat-ayat yang kita baca dalam solat. Dan kena belajar apakah kalimah-kalimah yang disebut dalam solat itu supaya kalimat itu semua memberi makna kepada kita.
Ini yang dipanggil tafhim (faham apa yang disebut). Oleh itu, mungkin pada peringkat permulaan, bacalah surah-surah yang kita faham. Surah pendek pun tidak mengapa, asalkan kita faham dan dapat memberi perhatian kepada ayat-ayat yang kita baca itu.
Nabi juga melarang untuk solat dalam keadaan mengantuk. Ini menunjukkan kepentingan sedar semasa dalam solat supaya kita tahu apa yang kita lafazkan.
Dari Anas r.a dari Nabi s.a.w, sabda baginda: “Apabila seseorang kamu mengantuk ketika mahu solat, hendaklah dia tidur dahulu sehingga ia tahu apa yang dibacanya.” Riwayat Bukhari.
Selepas disebut larangan untuk mengerjakan solat dalam keadaan mabuk, Allah menyambung ayat ini dengan menyebut larangan lain yang terlibat dengan solat.
Nota: ada juga pendapat yang mengatakan ayat ini memberitahu yang solat orang yang tidak faham apa yang dia sebut dalam solat, tidak sah. Tapi ini pandangan yang ekstrem. Walaupun kita menganjurkan faham apakah yang disebut dalam solat, tidaklah kita kata kalau tak faham apa yang disebut, solat tidak sah.
Solat itu sah walaupun tak faham apa yang disebut dalam solat itu. Solat jadi tidak sah kalau tidak tahu apa yang disebut kerana mabuk (aku baca apa tadi?). Macam orang yang tidak tahu dia sudah baca Fatihah atau tidak kerana mabuk. Ini yang tidak boleh.
وَلا جُنُبًا
dan dalam janabah
Bukan sahaja orang yang mabuk tidak boleh solat, tapi orang yang berjunub juga tidak boleh solat.
Junub ini terjadi selepas melakukan hubungan seksual atau keluar air mani (mungkin dengan mimpi basah atau onani). Orang berjunub tidak boleh solat sehinggalah dia mengangkat junubnya itu. Dan junub diangkat dengan ‘mandi junub’.
إِلّا عابِري سَبيلٍ
Kecuali semasa dalam musafir
Pengecualian untuk mengangkat junub dengan mandi junub adalah semasa dalam musafir. Kerana dalam musafir boleh tayammum kerana mungkin tidak ada air untuk mandi junub.
Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa ayat ini tentang larangan duduk dalam masjid jikalau dalam junub kecuali kalau hanya lalu sahaja. Kerana itu dalam Mazhab Syafie, tidak boleh wanita dalam haidh duduk dalam masjid. Ini adalah kerana mengikut pendapat Imam Syafie, ‘mendekati solat’ maksudnya ‘memasuki masjid’ dan tidak boleh masuk masjid dalam keadaan janabah. Keluar kalau hendak ke tempat lain, tapi lalu sahaja dalam masjid dan tidak singgah.
Ibnu Jarir mengatakan, telah menceritakan kepada kami Al-Musanna, telah menceritakan kepada kami Abu Saleh, telah menceritakan kepadaku Al-Lais, telah menceritakan kepada kami Yazid ibnu Abu Habib mengenai firman Allah Swt.: dan (jangan pula hampiri masjid) sedang kalian dalam keadaan junub kecuali sekadar berlalu saja. (An-Nisa: 43); Sesungguhnya banyak kaum laki-laki dari kalangan Ansar pintu rumah-rumah mereka menghadap ke masjid. Apabila mereka mengalami jinabah, sedangkan mereka tidak mempunyai air, maka terpaksalah mereka harus mencari air, dan jalan yang paling dekat menuju tempat air tiada lain harus melalui masjid. Maka Allah Swt. menurunkan firman-Nya: dan (jangan pula hampiri masjid) sedang kalian dalam keadaan junub kecuali sekadar berlalu saja. (An-Nisa: 43)
Kesahihan riwayat Yazid ibnu Abu Habib rahimahullah ini terbukti melalui sebuah hadis di dalam Sahih Bukhari yang menyebutkan bahawa Rasulullah Saw. pernah bersabda:«سُدُّوا كُلَّ خَوْخَةٍ فِي الْمَسْجِدِ إِلَّا خَوْخَةَ أَبِي بَكْرٍ»Tutuplah semua celah (pintu) yang menuju ke masjid, kecuali celah milik Abu Bakar.
Akan tetapi pendapat Imam Syafie ini dikritik kerana ada hadis yang dibawa oleh Imam Bukhari yang menceritakan bagaimana Nabi suruh seorang wanita tinggal dalam Masjid Nabawi. Kalau wanita itu masih sihat lagi, tentu dia ada haidh dan kalau berada dalam masjid itu salah dalam haidh, tentu Nabi tidak benarkan.
Pendapat ini dikuatkan lagi dengan perbuatan Aisyah. Di dalam kitab Sahih Muslim disebutkan sebuah hadis dari Siti Aisyah r.a. yang menceritakan:
قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «نَاوِلِينِي الْخُمْرَةَ مِنَ الْمَسْجِدِ» فَقُلْتُ: إِنِّي حَائِضٌ، فَقَالَ «إِنَّ حَيْضَتَكِ لَيْسَتْ فِي يَدِكِ»Rasulullah Saw. pernah bersabda kepadaku, “Ambilkanlah kain penulup kepala dari dalam masjid.” Maka aku menjawab, “Sesungguhnya aku sedang berhaid.” Nabi Saw. bersabda, “Sesungguhnya haidmu bukan pada tanganmu.”
Maknanya, tidaklah Aisyah akan mengotorkan masjid kerana haidh beliau bukannya di tangan. Jadi tidak salah kalau masuk ke dalam masjid asalkan tidak menyebabkan masjid kotor. Maka pendapat yang rajih adalah wanita haidh boleh masuk dalam masjid.
حَتّىٰ تَغتَسِلوا
hingga kamu mandi bersuci
Kena mandi janabah (ghusl) untuk mengangkat hadas itu. Kecuali kalau dalam perjalanan dan tidak ada air, maka boleh tayammum.
وَإِن كُنتُم مَرضىٰ أَو عَلىٰ سَفَرٍ
Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir,
Apabila berjunub, mesti mandi junub. Tapi ada pengecualian kalau ini tidak dapat dilakukan.
Pertama, kalau sakit yang menyebabkan tidak boleh menggunakan air. Mungkin kepala luka yang kalau kena air akan menyebabkan bahaya kepada kesihatan pula. Adapun mengenai sakit yang membolehkan seseorang bertayamum adalah sakit yang khuatir akan matinya salah satu anggota tubuh, atau sakit bertambah parah, atau sembuhnya bertambah lama jika menggunakan air. Tetapi ada ulama yang membolehkan bertayamum hanya kerana alasan sakit saja, berdasarkan keumuman makna ayat.
Atau satu keadaan lagi, ketika dalam musafir yang tidak ada air. Atau, air ada tapi cukup untuk minum sahaja. Kalau digunakan untuk wuduk, akan merugikan air. Maka air boleh disimpan untuk minum.
أَو جاءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ الغائِطِ
atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air,
Yang dimaksud dengan al-gait ialah tempat yang tenang, kemudian dipinjam untuk menunjukkan pengertian tempat buang air.
Maksudnya, ketika berhadas kecil. Allah sebut ‘datang dari tempat buang air’ sebagai bahasa kiasan sahaja. Jadi ini bermaksud kalau buang air, maka wudhuk batal.
أَو لٰمَستُمُ النِّساءَ
atau kamu bersentuh dengan perempuan
Terdapat khilaf di kalangan ulamak tentang maksud kalimah لمس dalam ayat ini. Kalau لمس, ia bermaksud ‘sentuh’. Jadi ada ulama yang mengatakan kalau sentuh sahaja lelaki dan perempuan, maka wudu’ batal. Ini adalah pendapat Abdullah b. Mas’ud and ‘Abdullah b. ‘Umar dan dipegang oleh Imam Syafie. Oleh kerana itulah di negara ini, kalau suami isteri bersentuhan, maka mereka kena ambil wudu’ balik.
Tapi ada satu lagi pendapat yang saya kira lebih kuat. Iaitu kalimah لامس dalam ayat ini bukan bermaksud ‘sentuh’, tapi ‘bersentuh-sentuhan’. Kerana kalimah yang digunakan adalah لامس dan bukan لمس. Apabila ditambah dengan huruf ا, maka ia menunjukkan sesuatu yang lebih, dan bukan sentuh biasa sahaja. Jadi ada pendapat yang mengatakan ia bukan ‘sentuh’ tapi ‘bersentuh-sentuhan’ antara lelaki dan wanita maknanya ‘bersetubuh’, bukan setakat sentuh sahaja.
Pendapat ini dikuatkan dengan firman Allah Swt. yang lainnya, yaitu:
وَإِنْ طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِنْ قَبْلِ أَنْ تَمَسُّوهُنَّ وَقَدْ فَرَضْتُمْ لَهُنَّ فَرِيضَةً فَنِصْفُ مَا فَرَضْتُمْJika kalian menceraikan isteri-isteri kalian sebelum kalian bercampur dengan mereka, padahal sesungguhnya kalian sudah menentukan maharnya, maka bayarlah separuh dari mahar yang telah kalian tentukan itu. (Al-Baqarah: 237)
Ayat Qur’an amat beradab dengan menggunakan bahasa kiasan sahaja. Jadi tidaklah malu kalau nak baca ayat Qur’an di mana-mana dan kanak-kanak belum baligh pun boleh baca Qur’an. Jadi pendapat ini adalah pendapat Saidina Ali, Ibn ‘Abbas, Abu Musa al-Ash’ari, Ubayy b. Ka’b, Sa’id b. Jubayr, Hasan al-Basri dan ramai lagi. Jadi ini adalah pendapat yang kuat.
Ibnu Jarir mengatakan, telah menceritakan kepadaku Humaid ibnu Mas’adah, telah menceritakan kepada kami Yazid ibnu Zurai”, telah menceritakan kepada kami Syu’bah, dari Abu Bisyr, dari Sa’id ibnu Jubair yang menceritakan bahawa mereka membicarakan masalah al-lams, maka sebagian orang dari kalangan bekas-bekas budak mengatakan bahawa yang dimaksud adalah bukan persetubuhan (tetapi persentuhan). Sejumlah orang dari kalangan orang-orang Arab mengatakan bahawa makna yang dimaksud adalah persetubuhan.
Sa’id ibnu Jubair melanjutkan kisahnya, “Setelah itu aku menjumpai Ibnu Abbas, dan kukatakan kepadanya bahawa orang-orang dari kalangan Mawali dan orang-orang Arab berselisih pendapat mengenai makna al-lams. Para Mawali mengatakan bahawa hal itu bukan persetubuhan, sedangkan orang-orang Arab mengatakannya persetubuhan.”
Ibnu Abbas bertanya, “Kalau kamu berasal dari golongan yang mana di antara kedua golongan itu?” Aku menjawab, “Aku berasal dari Mawali.” Ibnu Abbas berkata, “Kelompok Mawali kalah, sesungguhnya lams dan mass serta muhasyarah artinya persetubuhan. Allah sengaja mengungkapkannya dengan kata-kata sindiran menurut apa yang dikehendaki-Nya.”
Pendapat ini dikuatkan lagi dengan hadis riwayat Aisyah:
Ibnu Jarir mengatakan.”Hal tersebut diceritakan kepadaku oleh Ismail ibnu Musa As-Saddi yang mengatakan bahawa telah menceritakan kepada kami Abu Bakar ibnu Ayyasy, dari Al-A’masy, dari Habib ibnu Abu Sabit, dari Urwah, dari Siti Aisyah yang menceritakan:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ ثُمَّ يُقَبِّلُ، ثُمَّ يُصَلِّي وَلَا يَتَوَضَّأُ‘Rasulullah Saw. pernah melakukan wudu, kemudian mencium (salah seorang isterinya), lalu langsung salat tanpa wudu lagi’.”
Ibnu Jarir mengatakan pula, telah menceritakan kepada kami Abu Kuraib, telah menceritakan kepada kami Waki’, dari Al-A’masy, dari Habib, dari Urwah, dari Siti Aisyah: Bahawa Rasulullah Saw. mencium salah seorang isterinya, kemudian keluar rumah untuk menunaikan salat tanpa wudu lagi. Aku (Urwah) berkata, “Dia tiada lain kecuali engkau sendiri.” Maka Siti Aisyah tertawa.
Imam Malik mengambil pendekatan yang lain. Beliau berpendapat kalau sentuhan itu ada elemen seksual atau ‘bersedap-sedapan’, maka ia akan membatalkan wudu’. Tapi kalau sentuh biasa sahaja, maka tidaklah membatalkan wudu’.
فَلَم تَجِدوا ماءً
kemudian kamu tidak mendapat air
Tidak boleh solat kalau dalam junub atau dalam hadas. Maka kalau dalam junub, atau kalau wuduk terbatal, kenalah mandi atau ambil wuduk balik. Tapi kalau waktu itu tidak ada air, maka pengecualian diberikan.
Kebanyakan ulama fiqih menyimpulkan hukum ayat ini, bahawa seseorang yang tidak menemukan air tidak boleh bertayamum kecuali setelah berupaya terlebih dahulu mencari air. Bilamana dia telah berusaha mencari air dan tidak menemukannya juga, barulah dia boleh melakukan tayamum. Mereka menyebutkan cara-cara mencari air di dalam kitab-kitab fiqih dalam Bab “Tayamum”.
فَتَيَمَّموا صَعيدًا طَيِّبًا
maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah – debu, yang suci,
Sepatutnya kena ambil wudhuk dan mandi junub dengan air. Tapi kalau tiada air waktu itu, maka boleh tayammum. Iaitu menggunakan tanah yang bersih. Jadi, ayat ini adalah tentang hukum bertayamum.
Istilah ‘tayamum’ menurut bahasa artinya ‘bertujuan’. Orang-orang Arab mengatakan, “Tayammamakallahu bihifzihi” ertinya semoga Allah berkenan memelihara dirimu, yakni bertujuan untuk melindungimu.
Tayammum adalah kelebihan yang diberikan kepada Nabi Muhammad dan umat baginda.
Dari Jabir bin Abdullah RA, Nabi SAW bersabda, “Aku diberi lima (keistimewaan) yang tidak diberikan kepada seorang nabi pun sebelumku:
1. Aku ditolong dengan rasa takut (yang ditanam Allah di hati para musuh) sejauh perjalanan sebulan,
2. Bumi dijadikan masjid dan suci untukku, maka dimana pun seseorang di antara umatku yang menjumpai (waktu) solat, maka solatlah,
3. Harta rampasan perang dihalalkan untukku dan tidak dihalalkan untuk seorang pun sebelumnya,
4. Setiap nabi diutus khusus kepada kaumnya, sedangkan aku diutus untuk seluruh manusia,
5. Dan aku diberi syafaat,” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).
فَامسَحوا بِوُجوهِكُم وَأَيديكُم
sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu.
Disebutkan cara tayammum dengan ringkas dalam ayat ini. Sapulah muka dan tangan dengan tanah yang bersih itu. Maklumat lebih lanjut boleh belajar dari hadis tentang tayammum.
إِنَّ اللهَ كانَ عَفُوًّا غَفورًا
Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
Allah maafkan maksudnya Allah tidak beratkan untuk kena mencari air juga, boleh menggunakan tanah yang senang didapati. Sepatutnya menggunakan air tapi Allah maafkan kalau menggunakan air. Ini adalah kerana Allah hendak senangkan kita.
Allah maafkan kita kalau kita tidak menggunakan air. Allah ampun kita kerana sepatutnya kena bersih nak mengadap Allah.
Ini adalah satu rahmat yang amat besar yang Allah telah berikan kepada umat Nabi Muhammad. Ini memudahkan kita kerana kadangkala air susah dicari, tapi tanah ada dimana-mana sahaja.
Ayat 44: Sekarang kita masuk dalam bahagian ayat tentang Ahli Kitab pula. Ayat ini adalah Zajrun kepada mereka.
Ini tentang ahli kitab yang tidak datang ke majlis ilmu Nabi Muhammad di Madinah, mereka tetap tinggal di tempat mereka. Kerana ada juga golongan Yahudi yang mahu masuk bergaul dengan Arab di Madinah. Tapi ayat ini adalah tentang jenis yang tidak mahu bergaul dengan masyarakat Arab. Mereka rasa mereka lebih mulia dari orang Arab.
Allah menceritakan perihal orang-orang Yahudi bahawa mereka membeli kesesatan dengan petunjuk, yakni menukar petunjuk dengan kesesatan; dan berpaling dari wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Rasul-Nya, serta menyembunyikan pengetahuan yang ada di tangan mereka dari para nabi terdahulu mengenai sifat-sifat Nabi Muhammad Saw. dengan tujuan memperoleh imbalan harga yang sedikit berupa harta duniawi yang fana.
أَلَم تَرَ إِلَى الَّذينَ أوتوا نَصيبًا مِّنَ الكِتٰبِ يَشتَرونَ الضَّلٰلَةَ وَيُريدونَ أَن تَضِلُّوا السَّبيلَ
(SAHEEH INTERNATIONAL)
Have you not seen those who were given a portion of the Scripture, purchasing error [in exchange for it] and wishing you would lose the way?
MALAY
Tidakkah engkau memerhatikan (wahai Muhammad) orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab, mereka memilih kesesatan (dengan meninggalkan pertunjuk Tuhan), dan mereka pula berkehendak supaya kamu juga sesat jalan.
أَلَم تَرَ إِلَى الَّذينَ أوتوا نَصيبًا مِّنَ الكِتٰبِ
Tidakkah engkau memerhatikan (wahai Muhammad) orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab,
Yang dimaksudkan adalah ulama dari kalangan Yahudi. Ini bukan berkenaan orang biasa dari kalangan Yahudi, tapi ulama mereka. Kerana mereka mendapat ilmu dari kitab Taurat. Mereka boleh baca Kitab Taurat dan mereka mempelajarinya. Jadi sepatutnya mereka ini orang yang berilmu agama.
Mereka ini tidak bergaul dengan masyarakat Arab kerana mereka ini adalah golongan pendeta Yahudi. Yang bergaul dengan masyarakat Arab adalah mereka yang banyak berurusan dengan masyarakat Arab, seperti para peniaga. Iaitu penganut biasa dari kalangan Yahudi.
Dan Allah gunakan kalimah ‘sebahagian’ dari kitab kerana mereka itu telah meninggalkan sebahagian dari kitab dan cuma pakai sebahagian sahaja. Ini juga sebagai teguran kepada orang Islam juga yang buat perangai sebegitu. Jangan jadi macam ahli kitab yang tidak pakai keseluruhan dari wahyu yang mereka dapat.
يَشتَرونَ الضَّلٰلَةَ
mereka membeli kesesatan
Mereka tahu kebenaran tapi mereka tukar kesesatan ganti hidayat. Itulah maksud ‘membeli’ itu. Walaupun mereka ada kitab, tapi mereka tidak pakai sepenuhnya.
Sepatutnya mereka yang ada kitab tak sesat kerana di dalamnya telah disebutkan ilmu yang benar. Tapi mereka memilih kesesatan kerana mereka mahu dunia, mereka mahu kedudukan yang tinggi. Maka ada antara mereka buat fatwa berdasarkan kehendak masyarakat mereka dan mereka diberi upah.
وَيُريدونَ أَن تَضِلُّوا السَّبيلَ
dan mereka pula berkehendak supaya kamu juga sesat jalan.
Sudahlah mereka sesat, mereka mahu menyesatkan orang lain pula. Bukan dia sahaja sesat, tapi dia mahu masyarakat Arab pun sesat juga. Mereka mahu supaya yang sudah masuk Islam jadi murtad, dan yang belum masuk Islam, mereka burukkan Islam supaya mereka tidak kepada mahu Islam. Oleh itu, mereka sekat kebenaran dari sampai kepada orang lain.
Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.
Kemaskini: 17 Ogos 2018
Rujukan:
Maulana Hadi
Nouman Ali Khan
Mutiara al-Qur’an
Tafhim-ul-Qur’an, Abul A’la Maududi
Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani