Tafsir Surah Ali Imran Ayat 64 – 72 (Persamaan akidah dengan Ahli Kitab)

Ayat 64:  Ajakan dakwah kepada Ahli Kitab.

Ayat ini menyuruh kita ajak Ahli Kitab kepada Kitab yang sebenarnya iaitu Al-Qur’an. Dan ajak mereka kepada perkara yang tidak ada perselisihan antara kita dan mereka. Oleh itu kena ajak kepada tauhid, kerana kalau lihat kepada syariat, Taurat lain, Injil lain dan Al-Qur’an pun lain. Tapi ketiga-tiga kitab ini mempunyai persamaan dari segi akidah.

Dan kena ajak mereka jangan pakai fatwa ulama’ mereka yang salah. Kerana salah mereka bukanlah pada kitab itu, kerana kitab itu benar. Tapi ulama’ mereka yang telah seleweng agama dengan beri syarah yang lain dari yang sepatutnya.

Oleh itu, jangan pakai fatwa yang lawan wahyu. Begitu juga dengan masyarakat kita, kena pakai fatwa yang selari dengan wahyu. Kena bandingkan kata-kata manusia dengan wahyu. Kalau selari dengan wahyu baru boleh boleh dipakai.

قُلْ يَـٰٓأَهلَ الْكِتٰبِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّهِ فَإِن تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ

SAHIH INTERNATIONAL

Say, “O People of the Scripture, come to a word that is equitable between us and you – that we will not worship except Allah and not associate anything with Him and not take one another as lords instead of Allah .” But if they turn away, then say, “Bear witness that we are Muslims [submitting to Him].”

MALAY

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”.

 

قُلْ يَـٰٓأَهلَ الْكِتٰبِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu,

Ajak mereka kepada kalimah akidah yang sama. Kerana sebenarnya akidah kita sepatutnya sama sahaja dengan mereka. Walaupun bangsa Arab dari keturunan Nabi Ismail dan mereka dari keturunan Nabi Ishak, tapi akidah Nabi-Nabi mereka dan Nabi Muhammad sama sahaja.

Kalau dilihat dalam ajaran Nabi mereka dan dalam kitab-kitab suci mereka, pun ada perkara yang sama dalam hal akidah. Nabi Muhammad tidaklah pernah tahu atau pernah baca apa yang ada dalam kitab-kitab mereka, tapi Allah telah beritahu baginda bahawa ada persamaan dalam hal akidah antara kita dan mereka. Dan alhamdulillah, ulama’-ulama’ kita yang mengkaji kitab-kitab suci mereka, walaupun yang ada sekarang, masih ada lagi lafaz-lafaz ajaran tauhid di dalamnya.

Kalaulah mereka boleh menerima ajakan ini, maka tidaklah ada permusuhan antara agama lagi.

Lafaz ‘Ahli Kitab’ juga boleh dikatakan mereka yang ada pengetahuan agama. Bukan sahaja Yahudi dan Kristian. Oleh itu, ia boleh merujuk kepada ustaz-ustaz dan ulama’ Islam di negara kita juga. Mereka pun kita kena ajak juga. Kadangkala kerana mereka sudah lama belajar ajaran pondok dan sudah jauh dari ajaran wahyu, mereka pun sudah lari dari akidah yang benar. Antaranya, ramai yang ajar bertawasul dengan para wali pula. Ini tidak boleh.

Apakah perkara-perkara yang sama dalam agama kita dan mereka?

 

أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ

iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, 

Apa yang sama? Iaitu kita semuanya sepatutnya hanya sembah Allah sahaja. Kalau kepada Yahudi dan Nasara, ingatkan mereka supaya jangan puja Nabi Uzair dan Nabi Isa. Jangan seru dan minta pertolongan dengan mereka.

Ia juga boleh didakwah kepada Musyrikin Mekah juga kerana nama Allah ini sudah lama digunakan oleh orang Arab dahulu. Sampai sekarang, orang Arab Kristian menggunakan nama Allah untuk Tuhan mereka juga (God the Father).

Kalau kepada ahli agama negara ini, kita ajak mereka berdoa terus seru kepada Allah sahaja. Jangan seru para Nabi, wali dan malaikat dalam doa.

 

وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا

dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; 

Jangan campur pujaan kepada Allah dengan pujaan kepada yang lain. Maknanya, jangan syirik kepada Allah. Oleh itu, kita sendiri kena faham apa tauhid dan syirik, baru boleh dakwah kepada mereka.

Ramai orang Islam sendiri yang tak faham tauhid dan apakah syirik itu. Kerana itulah ramai yang melakukan perbuatan dan mempunyai fahaman syirik kerana mereka tidak faham. Ini semua kerana jauh dari pengajaran wahyu. Manusia sudah tidak kaji wahyu Al-Qur’an dan apa yang dimaksudkan dengan tauhid yang sebenarnya.

 

وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّهِ

dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain sebagai rabb-rabb selain dari Allah”.

Jangan sembah dan puja makhluk-makhluk Allah sebagai rabb. Juga jangan jadikan mereka sebagai ‘wakil Tuhan’. Mereka pun manusia macam kita juga. Itulah maksud ‘sebahagian dari kita’ – merujuk kepada makhluk-makhluk Allah.

Tapi mereka ada juga berdalih. Mereka kata mereka tak jadikan selain Allah itu, tuhan yang lain. Maka kena belajar tafsir baru faham ayat ini. Ini kerana maksud أَرْبَابًا dalam ayat ini adalah ulama’ dan ahli ibadat. Kalau tidak, memang akan keliru.

Kerana itu mereka berhujah yang mereka kata mereka tak sujud pun kepada ulama-ulama mereka itu. Mereka sangka kalau ‘sembah’ itu hanya dengan sujud sahaja. Inilah hujah yang diberikan oleh Adi bin Hatim, seorang sahabat yang asalnya adalah Kristian. Beliau kata, dalam agama Nasara, mereka tidak menjadikan rahib dan pendeta mereka sebagai tuhan. Tapi Nabi kata mereka ikut fatwa yang dikeluarkan oleh mereka, dan fatwa itu tidak sama dengan kitab suci mereka. Barulah Adi bin Hatim faham dan bersetuju masuk agama Islam.

Begitulah penganut agama mereka susah nak dibaiki sebab mereka pegang kata-kata dari ulama’ mereka dan tidak belajar sendiri kitab suci mereka sendiri. Sama jugalah dengan orang kita yang tak belajar tafsir Al-Qur’an dan Sunnah. Apa-apa sahaja yang dikatakan oleh ulama’ dan ustaz, mereka terima bulat-bulat dan tidak periksa dengan apa yang disampaikan oleh Al-Qur’an kerana mereka sendiri tidak faham kerana tidak belajar tafsir Al-Qur’an.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman tentang kaum nasrani dan yahudi,

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ

“Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah” (At Taubah : 31)

Ayat ini ditafsirkan dengan hadits Adi bin Hatim Ath Thoo-i radhiyallahu ‘anhu dimana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membacakan ayat tersebut kepada beliau. Kemudian beliau berkata : “Wahai Rasulullah, kami tidaklah beribadah kepada mereka”. Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

أليس يحلون لكم ما حرم الله فتحلونه، ويحرمون ما أحل الله فتحرمونه؟

Bukankah mereka menghalalkan untuk kalian apa yang Allah haramkan sehingga kalian pun menghalalkannya, dan mereka mengharamkan apa yang Allah halalkan sehingga kalian mengharamkannya?”. Beliau (Adi bin Hatim) berkata : “Benar”. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

فتلك عبادتهم

Itulah (yang dimaksud) beribadah kepada mereka

Mereka sampai sekarang mengambil saints yang mereka kata boleh menyelamatkan mereka. Mereka ada saints untuk jaga keselamatan mereka, saints macam-macam. Mereka percaya yang saints-saints itu menjaga mereka kalau mereka puja kepada mereka.

Kalau dalam agama Islam pula, saints ini macam para wali. Ada golongan sesat kata ada wali jaga masa, jaga kutub utara, jaga kubut selatan, jaga Malaysia, jaga daerah ini dan sebagainya. Inilah ajaran karut yang telah masuk dalam kalangan umat Islam Malaysia kerana sudah lama jauh dari wahyu.

Kalau pada zaman dahulu, kekuatan institusi keagamaan puak Nasara amat kuat sampaikan Paus (Pope) boleh mengampunkan dosa orang lain. Dan mereka mempunyai tanah dan seperti ada kerajaan sendiri. Mereka sampai menindas orang-orang yang memberikan pandangan yang berbeza dengan pandangan gereja sampaikan menyebabkan terjadinya revolusi yang menyebabkan kuasa mereka telah dikurangkan.

Itu semua asalnya kerana mereka meletakkan kuasa ketua agama mereka terlalu tinggi sampaikan menyebabkan perubahan kepada agama. Kita juga kena berhati-hati dengan apa yang terjadi kepada mereka, supaya kita pun tidak terjadi seperti mereka. Kata-kata ulama’ tidak bernilai sama sekali kalau ianya bercanggah dengan nas dari Al-Qur’an dan Sunnah. Tapi entah berapa ramai yang bila berhujah, pakai nama manusia (Ulama’ dan ustaz itu dan ini).

 

فَإِن تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ

Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”.

Kalau mereka tolak juga, suruh mereka bersaksi yang kita adalah muslimin. Iaitu kita muwahhidun – yang jaga tauhid. Kita tidak sama dengan mereka. Maknanya, kita tetapkan pendirian kita, kalau mereka tidak mahu ikut, itu terpulang kepada mereka. Mereka nak buat apa, buatlah, tapi kita tetap berserah diri bulat-bulat kepada Allah.

Ini adalah peringatan kepada kita, jangan terima langsung agama mereka. Kalau mereka tidak terima, janganlah kita pula yang cuba nak bersama dengan mereka. Kerana sekarang sudah ada gerakan yang hendak menyatukan agama Islam, Kristian dan Yahudi. Antaranya golongan Liberal yang kata: sama sahaja semua agama.

Bukan begitu cara yang Allah mahu. Kita ajak mereka, tapi kalau mereka tidak mahu, tidaklah kita kena cari persamaan dengan agama mereka dan duduk bersama dengan mereka. Selama-lamanya agama mereka tidak akan dapat diterima oleh kita. Hanya ada satu agama yang diterima oleh Allah, iaitu Islam.


 

Ayat 65: Ayat-ayat seterusnya akan menyebut lima kedegilan Ahli Kitab yang menghalang mereka untuk menerima tauhid setelah diajak kepada tauhid. Selepas diberitahu dengan dalil-dalil yang sah, mereka masih berdegil juga. Antara sebab mereka susah nak ikut itu adalah kerana lima kemusykilan ini.

Pertama, mereka kata agama Islam ini adalah agama rekaan Nabi Muhammad. Mereka susah untuk menerima Nabi Muhammad dan memperkecilkan baginda kerana mereka melihat bangsa Arab Mekah sebagai bangsa yang buta huruf, tidak tahu membaca, tidak ada Kitab suci dan tidak ada agama sebelum itu. Mereka rasa mereka sudah pandai dan tak pandang apa-apa sahaja yang datang dari orang Arab.

Sekarang Allah hendak beritahu yang agama Nabi Muhammad bawa inilah yang sama dengan agama Nabi Ibrahim. Mereka pun terima Nabi Ibrahim juga sebagai salah seorang Rasul yang besar dan utama. Maka mereka kena terimalah yang Bangsa Arab itu tidaklah hina kerana orang Arab pun keturunan Nabi Ibrahim juga dari jaluran Nabi Ismail.

Sekarang kita dengar rungutan Allah tentang sifat degil mereka. Mereka itu memang degil dari dulu lagi.

يَـٰٓأَهلَ الْكِتٰبِ لِمَ تُحَاجُّونَ فِي إِبْرٰهِيمَ وَمَا أُنزِلَتِ ٱلتَّورَٮٰةُ وَالْإِنجِيلُ إِلَّا مِن بَعْدِهِ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

SAHIH INTERNATIONAL

O People of the Scripture, why do you argue about Abraham while the Torah and the Gospel were not revealed until after him? Then will you not reason?

MALAY

Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu berani memperdebatkan tentang (ugama) Nabi Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada (zaman) Ibrahim; patutkah (kamu berdegil sehingga) kamu tidak mahu menggunakan akal?

 

يَـٰٓأَهلَ الْكِتٰبِ لِمَ تُحَاجُّونَ فِي إِبْرٰهِيمَ

Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu berani berhujah tentang Nabi Ibrahim, 

Teguran pertama kepada mereka adalah: kenapa berdalil dengan menggunakan Nabi Ibrahim? Ini adalah kerana masing-masing Yahudi dan Nasara kata yang Nabi Ibrahim itu agama Yahudi atau Nasara. Mereka berbantah sesama mereka. Mereka nak claim Nabi Ibrahim untuk mereka sahaja. Mereka nak kata amalan mereka ikut ajaran Nabi Ibrahim (padahal tidak pun).

Dikatakan bahawa ayat ini diturunkan ketika terjadi pertemuan antara tiga pihak – Islam, Nasrani dan Yahudi ketika kedatangan puak Nasrani dari Najran itu. Puak Yahudi kata Nabi Ibrahim itu Yahudi dan puak Nasrani Najran pula kata yang Nabi Ibrahim itu Nasrani. Masing-masing nak mengaku pula bagi pihak Nabi Ibrahim.

 

وَمَا أُنزِلَتِ ٱلتَّورَٮٰةُ وَالْإِنجِيلُ إِلَّا مِن بَعْدِهِ

padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan selepasnya; 

Macam mana mereka nak berhujah yang Nabi Ibrahim itu Yahudi atau Nasara, sedangkan Taurat dan Injil turun selepas matinya Nabi Ibrahim. Macam mana nak kata baginda ikut Taurat atau Injil? Sedangkan Yahudi dan Nasara itu agama rekaan mereka dan Nabi Ibrahim tak tahu menahu pun. Baginda sudah lama mati sebelum itu. Jadi tidak ada kena mengena dengan baginda.

 

أَفَلَا تَعْقِلُونَ

kenapa kamu tidak mahu menggunakan akal?

Allah tegur mereka: Mereka itu tidak fikir dan menggunakan akalkah? Kenapa guna hujah yang amat bodoh? Maka dalam ayat ini, Allah minta mereka tolonglah guna akal. Cuba fikir balik hujah kamu itu.


 

Ayat 66:

هَـٰٓأَنتُم هَٰؤُلَاءِ حٰجَجْتُمْ فِيمَا لَكُم بِهِ عِلْمٌ فَلِمَ تُحَاجُّونَ فِيمَا لَيْسَ لَكُم بِهِ عِلْمٌ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

SAHIH INTERNATIONAL

Here you are – those who have argued about that of which you have [some] knowledge, but why do you argue about that of which you have no knowledge? And Allah knows, while you know not.

MALAY

Ingatlah! Kamu ini orang-orang (bodoh), kamu telah memajukan bantahan tentang perkara yang kamu ada pengetahuan mengenainya (yang diterangkan perihalnya dalam Kitab Taurat), maka mengapa kamu membuat bantahan tentang perkara yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan pun bersabit dengannya? Dan (ingatlah), Allah mengetahui (hakikat yang sebenarnya) sedang kamu tidak mengetahuinya.

 

هَـٰٓأَنتُم هَٰؤُلَاءِ حٰجَجْتُمْ فِيمَا لَكُم بِهِ عِلْمٌ

Kamu semua telah memajukan bantahan tentang perkara yang kamu ada pengetahuan mengenainya

Tolong dengar wahai Ahli Kitab semua. Sepatutnya kamu semua berhujah pada perkara yang kamu tahu. Itu pun kamu sudah berbantah-bantah sesama kamu. Benda yang patut kamu tahu pun (sebab sudah ada dalam kitab kamu) kamu berbantah.

 

فَلِمَ تُحَاجُّونَ فِيمَا لَيْسَ لَكُم بِهِ عِلْمٌ

maka mengapa kamu membuat bantahan tentang perkara yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan pun dengannya? 

Kenapa berhujah pada perkara yang kamu tidak ada ilmu? Antaranya mereka berbantah tentang Nabi Ibrahim seperti yang telah disebut dalam ayat sebelum ini.

Ini mengajar kita supaya apabila nak berhujah, kena ada dalil, kena pada perkara yang kita ada ilmu tentangnya. Tapi memang golongan Ahli Kitab itu suka berbantah. Yang mereka tahu pun mereka berbantah sesama sendiri, ditambah pula dengan perkara yang mereka tidak ada ilmu tentangnya.

Apakah hujah mereka? Mereka kata Nabi Isa boleh diseru dan ia adalah ajaran Nabi Ibrahim. Yahudi kata begitu juga tentang Nabi Uzair. Masing-masing pakai hujah Nabi Ibrahim untuk membolehkan amalan salah mereka. Mereka memandai sahaja reka dalil.

 

وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya.

Allah nak beritahu yang mereka itu sebenarnya tak tahu mazhab Nabi Ibrahim macam mana. Mereka hanya memandai sahaja memperkatakan sesuatu yang mereka tidak ada ilmu tentangnya. Mereka reka amalan dan kemudian kata itu ajaran Nabi Ibrahim.

Maknanya mereka fitnah Nabi Ibrahim dengan mengatakan yang Nabi Ibrahim buat sama macam apa yang mereka lakukan. Ini sama dengan golongan agama masyarakat kita yang reka amalan baru dan kata ia sebahagian dari agama. Bila diminta dalil, maka dalil yang mereka sendiri reka mereka gunakan.


 

Ayat 67:

مَا كَانَ إِبْرٰهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا وَلَٰكِن كَانَ حَنِيفًا مُّسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

SAHIH INTERNATIONAL

Abraham was neither a Jew nor a Christian, but he was one inclining toward truth, a Muslim [submitting to Allah ]. And he was not of the polytheists.

MALAY

Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk ugama Yahudi, dan bukanlah dia seorang pemeluk ugama Kristian, tetapi dia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah), dan dia pula bukanlah dari orang-orang musyrik.

 

مَا كَانَ إِبْرٰهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا

Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk ugama Yahudi, dan bukanlah dia seorang pemeluk ugama Kristian, 

Allah jawab salah faham mereka itu. Allah beritahu yang baginda bukan Yahudi (seperti dakwah Yahudi) dan bukan juga Nasara (seperti dakwaan Nasara). Takkanlah baginda itu Yahudi sedangkan nama Yahudi itu sendiri diambil dari keturunan Nabi Yaakob yang datang jauh selepas Nabi Ibrahim. Dan takkanlah Nabi Ibrahim itu Kristian sedangkan Nabi Isa datang lama selepas baginda.

 

وَلَٰكِن كَانَ حَنِيفًا مُّسْلِمًا

tetapi dia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim

Allah beritahu yang Dia lebih tahu tentang Nabi Ibrahim dan apakah pegangan baginda. Maka Allah beritahu dalam ayat ini. Allah beritahu yang Nabi Ibrahim itu mengamalkan tauhid.

Lafaz  حَنِيفًا maknanya lurus, meninggalkan syirik menuju kepada tauhid. Allah memberitahu bahawa Nabi Ibrahim itu fokus, tumpu kepada Allah. Walaupun masyarakat baginda waktu itu mengamalkan syirik, tapi baginda tetap dengan pendirian tauhid.

Lafaz مُّسْلِمًا pula diterjemah oleh ulama sebagai muwahhidan – yang mengamalkan tauhid. Baginda berserah diri sepenuhnya kepada Allah dan ikut apakah ajaran Allah iaitu bertauhid kepada Allah.

 

وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

dan dia pula bukanlah dari orang-orang musyrik.

Allah menambah dengan mengatakan yang Nabi Ibrahim itu tidaklah syirik. Ini semua kita tahu, tapi ianya ditekankan dalam banyak ayat Al-Qur’an supaya jangan orang Arab sangka mereka itu ikut Nabi Ibrahim. Ini kerana mereka juga ada gelar diri mereka ‘hanif’ kerana kononnya mereka ikut Nabi Ibrahim.

Tapi Allah tekankan bahawa baginda seorang yang hanif yang tidak mengamalkan syirik. Sedangkan orang Arab yang perasan ikut baginda itu, mereka mengamalkan syirik dalam amalan mereka.


 

Ayat 68:

إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِإِبْرٰهِيمَ لَلَّذِينَ اتَّبَعُوهُ وَهَٰذَا النَّبِيُّ وَالَّذِينَ ءآمَنُوا وَاللَّهُ وَلِيُّ الْمُؤْمِنِينَ

SAHIH INTERNATIONAL

Indeed, the most worthy of Abraham among the people are those who followed him [in submission to Allah ] and this prophet, and those who believe [in his message]. And Allah is the ally of the believers.

MALAY

Sesungguhnya orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim (dan berhak mewarisi ugamanya) ialah orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi (Muhammad) ini serta orang-orang yang beriman (umatnya – umat Islam). Dan (ingatlah), Allah ialah Pelindung dan Penolong sekalian orang-orang yang beriman.

 

إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِإِبْرٰهِيمَ لَلَّذِينَ اتَّبَعُوهُ

Sesungguhnya orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim ialah orang-orang yang mengikutinya

Allah kata yang paling dekat dari segi fahaman dan cara hidup Nabi Ibrahim adalah mereka yang ikut cara baginda dulu (pada zamannya). Zaman baginda, itu adalah anak-anak baginda dan pengikut-pengikut baginda. Kita dapat tahu dari hadis bahawa tidak ramai yang mengikut ajaran tauhid Nabi Ibrahim.

 

وَهَٰذَا النَّبِيُّ

dan juga Nabi (Muhammad) ini 

Dan Allah menekankan yang Nabi yang sama dengan amalan dan fahaman Ibrahim adalah Nabi Muhammad. Kerana Nabi Muhammad juga menegakkan fahaman tauhid.

 

وَالَّذِينَ ءآمَنُوا

serta orang-orang yang beriman

Dan selain Nabi Muhammad, tentulah kita sebagai umat Nabi Muhammad (yang ikut ajaran tauhid baginda). Kerana orang beriman akan mengamalkan amalan dan fahaman tauhid. Jadi, yang rapat dengan Nabi Ibrahim adalah Nabi Muhammad dan pengikut-pengikut Nabi Muhammad, orang yang beriman sempurna, bukannya Ahli Kitab itu, seperti dakwaan mereka.

 

وَاللَّهُ وَلِيُّ الْمُؤْمِنِينَ

Dan Allah ialah Pelindung sekalian orang-orang yang beriman.

Allah memberitahu yang Allah hanya memberi perlindungan kepada mereka yang beriman yang sebenar, bukannya seperti iman Ahli Kitab itu. Mereka sangka mereka yang beriman, tapi mereka salah sebenarnya.

Allah memberi jaminan kepada mereka, kalau mereka ikut mahu beriman kepada dakwah yang dibawa oleh Nabi Muhammad itu, maka Allah akan menjadi pelindung mereka. Maka, hendaklah mereka meninggalkan agama mereka yang salah itu dan masuk Islam kerana Islamlah agama yang benar.

Ajakan dan janji Allah ini masih tertegak sampai ke hari ini. Siapakah yang akan memberitahu janji Allah ini kalau bukan kita? Tapi bagaimana kita nak sampaikan kepada mereka kalau kita sendiri tidak belajar Al-Qur’an?


 

Ayat 69: Ini pula adalah sifat degil kedua golongan ahli kitab. Ini adalah Ayat Syikayah Allah (ayat rungutan) kepada mereka. Mereka berhujah dengan umat Islam bukannya nak mencari kebenaran tetapi nak menyesatkan dan merosakkan agama. Kalau nak cari kebenaran, itu bagus. Tapi mereka bukannya begitu.

وَدَّت طَّائِفَةٌ مِّنْ أَهْلِ الْكِتٰبِ لَوْ يُضِلُّونَكُمْ وَمَا يُضِلُّونَ إِلَّا أَنفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ

SAHIH INTERNATIONAL

A faction of the people of the Scripture wish they could mislead you. But they do not mislead except themselves, and they perceive [it] not.

MALAY

Segolongan dari Ahli Kitab suka dan berangan-angan kiranya mereka dapat menyesatkan kamu; padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka pula tidak menyedari (akibat yang buruk itu).

 

وَدَّت طَّائِفَةٌ مِّنْ أَهْلِ الْكِتٰبِ لَوْ يُضِلُّونَكُمْ

Segolongan dari Ahli Kitab suka dan berangan-angan kiranya mereka dapat menyesatkan kamu;

Allah memberitahu kita yang satu puak dari mereka memang berkeinginan menyesatkan kita. Sebab itu mereka soal macam-macam tentang agama Islam kepada orang Islam. Tujuannya hendak mengelirukan dan hendak menyesatkan umat Islam.

Mereka timbulkan persoalan-persoalan untuk menyebabkan umat Islam ragu dengan agama sendiri. Maka kalau kita pun tidak kenal agama sendiri, maka senanglah ditipu oleh puak musuh.

 

وَمَا يُضِلُّونَ إِلَّا أَنفُسَهُمْ

padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri,

Sebenarnya mereka tidak menyesatkan sesiapa melainkan mereka menyesatkan diri mereka sendiri. Mereka menjerumuskan diri mereka semakin dalam ke arah kesesatan.

 

وَمَا يَشْعُرُونَ

dan mereka pula tidak menyedari

Tetapi mereka sendiri tak sedar. Mereka sangka mereka benar tetapi mereka tidak tahu mereka yang sesat.


 

Ayat 70:

يَـٰٓأَهلَ الْكِتٰبِ لِمَ تَكْفُرُونَ بِـَٔايَـٰتِ اللَّهِ وَأَنتُمْ تَشْهَدُونَ

SAHIH INTERNATIONAL

O People of the Scripture, why do you disbelieve in the verses of Allah while you witness [to their truth]?

MALAY

Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu kufurkan (ingkarkan) ayat-ayat keterangan Allah padahal kamu menyaksikan kebenaranNya?

 

يَـٰٓأَهلَ الْكِتٰبِ لِمَ تَكْفُرُونَ بِـَٔايَـٰتِ اللَّهِ

Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu kufurkan (ingkarkan) ayat-ayat keterangan Allah

ِAllah tegur mereka kenapa mereka engkar semua kitab dari Allah? Bukan Al-Qur’an sahaja yang mereka tolak. Taurat dan Injil pun mereka tolak begitu sahaja. Setengah hukum Taurat dan setengah hukum Injil mereka tolak walaupun mereka kata itu kitab mereka.

 

وَأَنتُمْ تَشْهَدُونَ

padahal kamu menyaksikan kebenaranNya?

Teruk sekali perbuatan mereka itu sedangkan mereka telah berikrar yang itu semua adalah ayat yang benar.

Dan mereka telah bersaksi bahawa itu kitab mereka sendiri.

Seolah-olah Allah bercakap kepada mereka: “Kamu tak bacakah kitab kamu sendiri? Bukankah di dalam Kitab Suci kamu sendiri kamu boleh saksikan bagaimana ia membenarkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad itu?”

Perkara yang sama boleh dikatakan kepada umat Islam yang tidak belajar tafsir Al-Qur’an dan kerana tidak belajar, mereka langgar arahan Allah. Padahal semua Umat Islam kata Al-Qur’an adalah Kitab Suci dan pegangan mereka. Tapi mereka baca sahaja tanpa faham. Oleh kerana tidak faham, maka mereka tidak dapat mengambil manfaat dari ajaran-ajaran dalam Al-Qur’an.


 

Ayat 71: Allah beritahu lagi bahawa mereka itu nak menyesatkan orang lain dengan mencampuradukkan kebenaran dan kebathilan dan menyembunyikan kebenaran.

يَـٰٓأَهلَ الْكِتٰبِ لِمَ تَلْبِسُونَ الْحَقَّ بِالْبٰطِلِ وَتَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

SAHIH INTERNATIONAL

O People of the Scripture, why do you confuse the truth with falsehood and conceal the truth while you know [it]?

MALAY

Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu campur adukkan yang benar dengan yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya?

 

يَـٰٓأَهلَ الْكِتٰبِ لِمَ تَلْبِسُونَ الْحَقَّ بِالْبٰطِلِ

Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu campur adukkan yang benar dengan yang salah, 

Allah tegur mereka kerana mencampur adukkan yang haq (benar) dan batil (salah). Matan kitab suci itu tentunya haq tapi syarah mereka berkenaan ayat-ayat itu bathil. Sudah bercampur baur antara yang benar dan yang bathil, sampaikan sudah tidak tahu manakah yang benar dan manakah yang salah.

Macam juga ulama-ulama su’ (ulama-ulama jahat) di dunia sekarang – mereka tidak boleh nak ubah ayat-ayat Al-Qur’an, tapi mereka syarah sampai maksud lari dari maksud yang difahami oleh salafussoleh.

 

وَتَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya?

Allah tegur mereka kerana sengaja menyembunyikan kebenaran walaupun mereka tahu. Bila tafsir ayat-ayat dari Kitab suci, mereka tafsir dengan cara yang salah. Dan selalunya, mereka tak keluarkan pun matan kitab yang asal. Ini adalah kerana pemuka-pemuka agama Yahudi dan Kristian, merekalah yang memegang kitab Taurat dan Injil yang asli dan mereka tidak berikan kepada masyarakat umum. Ini telah menyebabkan orang lain sesat.

Maksudnya mereka tahu bahawa mereka telah menipu kerana mereka ada kitab di tangan mereka.

Sekian Ruku’ 7 dari 20 ruku’ surah ini


 

Ayat 72: Ini adalah Ayat Syikayah (rungutan) yang ketiga. Allah menceritakan ikhtiar mereka yang sentiasa hendak menyesatkan manusia. Ada sahaja idea-idea jahat mereka.

Macam mubaligh Kristian sekarang, macam-macam cara mereka lakukan untuk menyesatkan umat Islam. Mereka buat komiklah, keluarkan tohmahan-tohmahan, buat-buat sengaja nak belajar Islam dengan orang Islam lah dan macam-macam lagi.

وَقَالَت طَّائِفَةٌ مِّنْ أَهْلِ الْكِتٰبِ ءآمِنُوا بِالَّذِي أُنزِلَ عَلَى الَّذِينَ ءآمَنُوا وَجْهَ النَّهَارِ وَاكْفُرُوا ءآخِرَهُ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

SAHIH INTERNATIONAL

And a faction of the People of the Scripture say [to each other], “Believe in that which was revealed to the believers at the beginning of the day and reject it at its end that perhaps they will abandon their religion,

MALAY

Dan berkatalah segolongan dari Ahli Kitab (sesama sendiri): “Berimanlah kamu kepada Al-Qur’an yang diturunkan kepada orang-orang yang beriman itu: pada sebelah pagi, dan kufurlah (ingkarlah) pada petangnya, supaya mereka (merasa ragu-ragu, lalu) kembali menjadi kafir semula”.

 

وَقَالَت طَّائِفَةٌ مِّنْ أَهْلِ الْكِتٰبِ

Dan berkatalah segolongan dari Ahli Kitab

Dikatakan ini adalah perkataan pendita-pendita Yahudi kepada anak murid mereka. Mereka risau kerana semakin ramai dari orang Yahudi yang masuk Islam. Jadi mereka buat perancangan jahat untuk melemahkan agama Islam.

 

ءآمِنُوا بِالَّذِي أُنزِلَ عَلَى الَّذِينَ ءآمَنُوا وَجْهَ النَّهَارِ

“Berimanlah kamu kepada Al-Qur’an yang diturunkan kepada orang-orang yang beriman itu: pada sebelah pagi,

Ini adalah salah satu dari rancangan jahat mereka. Mereka ajak puak-puak mereka masuk Islam ramai-ramai, tapi sekejap sahaja. Digunakan lafaz وَجْهَ النَّهَارِ, maksudnya buat perkara itu secara terang-terangan di waktu siang supaya semua nampak wajah mereka. Semua manusia nampak yang mereka telah masuk Islam beramai-ramai.

 

وَاكْفُرُوا ءآخِرَهُ

dan kufurlah (ingkarlah) pada petangnya, 

Dan selepas itu mereka merancang untuk keluar dari Islam ramai-ramai dan supaya orangramai nampak apa yang mereka lakukan.

 

لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

supaya mereka kembali menjadi kafir semula”.

Tujuan mereka buat begitu adalah supaya orang Islam yang jahil pun akan keliru dan mereka pun keluar Islam juga. Mereka akan masuk sekejap dan selepas sehari dalam agama Islam, mereka akan kata mereka sudah rasa agama Islam, tapi mereka dapati ia tidak ada apa-apa.

Mereka mahu supaya yang jahil dari agama Islam akan kata, tengoklah puak yang tahu agama itu sudah masuk Islam pun, tapi sebab Islam tak benar, mereka pun keluar Islam.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 4 Oktober 2020

Ringkasan Surah Ali Imran


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir al-Azhar – Hamka

Tafsir Surah Ali Imran Ayat 55 – 63 (Nabi Isa diangkat)

Ali Imran Ayat 55:  Ini adalah Ayat Tasliah untuk memujuk hati Nabi Isa عليه السلام. Ini sebelum baginda diangkat ke langit.

إِذ قالَ اللَّهُ يٰعيسىٰ إِنّي مُتَوَفّيكَ وَرافِعُكَ إِلَيَّ وَمُطَهِّرُكَ مِنَ الَّذينَ كَفَروا وَجاعِلُ الَّذينَ اتَّبَعوكَ فَوقَ الَّذينَ كَفَروا إِلىٰ يَومِ القِيٰمَةِ ۖ ثُمَّ إِلَيَّ مَرجِعُكُم فَأَحكُمُ بَينَكُم فيما كُنتُم فيهِ تَختَلِفونَ

SAHIH INTERNATIONAL

[Mention] when Allah said, “O Jesus, indeed I will take you and raise you to Myself and purify you from those who disbelieve and make those who follow you [in submission to Allah alone] superior to those who disbelieve until the Day of Resurrection. Then to Me is your return, and I will judge between you concerning that in which you used to differ.

MALAY

(Ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutimu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan”.

 

إِذ قالَ اللَّهُ يٰعيسىٰ إِنّي مُتَوَفّيكَ

(Ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, 

Allah ‎ﷻ berfirman yang Dia akan ambil semua sekali roh dan jasad Nabi Isa عليه السلام. Itulah maksud lafaz مُتَوَفّيكَ dalam ayat ini. Ayat ini sebagai dalil yang Allah ‎ﷻ tidak mematikan Nabi Isa عليه السلام tetapi telah mengangkat baginda ke langit.

Malangnya ada pula yang menggunakan ayat ini sebagai dalil untuk hujah dangkal mereka untuk mengatakan Nabi Isa عليه السلام telah mati. Kalau yang kata itu orang kafir, tidaklah mengapa, kita tahu mereka bagaimana tetapi apabila orang Islam yang kata begitu, kita kena jelaskan.

Yang mereka salah faham adalah kerana penggunaan lafaz مُتَوَفِّيكَ yang datangnya dari katadasar وفي yang boleh membawa banyak maksud. Maksud yang selalu digunakan dalam Al-Qur’an adalah ‘beri dengan penuh’ atau ‘ambil dengan penuh’. Orang yang mengatakan Nabi Isa عليه السلام telah mati itu keliru kerana mereka kata perkataan وفي itu bermaksud ‘wafat’. Memang kalimah ‘wafat’ digunakan juga untuk mati, tapi ia adalah lafaz kiasan sahaja (untuk mati dan untuk tidur). Maknanya, tidur pun ada Allah ﷻ gunakan kalimah ‘wafat’ juga.

Ini tidak benar kerana kalau hendak memberikan makna mati, dalam Al-Qur’an digunakan perkataan mawt/maut. Apabila mawt, Allah ‎ﷻ tidak ambil semua sekali, kerana Allah ‎ﷻ akan tinggalkan jasad di bumi, bukan? Tapi dalam kes Nabi Isa عليه السلام, Allah ﷻ ambil roh dan jasad sekali.

 

وَرافِعُكَ إِلَيَّ

dan mengangkatmu ke sisi-Ku, 

Allah ‎ﷻ mengangkat Nabi Isa عليه السلام kepada-Nya. Ini juga dalil yang Allah ‎ﷻ mengangkat Nabi Isa عليه السلام ke langit (untuk satu tempoh). Yang kata Nabi Isa عليه السلام telah mati itu berhujah, ayat ini kononnya bermaksud ‘darjat’ Nabi Isa عليه السلام yang diangkat.

Ini tidak benar kerana kalau darjat yang dimaksudkan, perkataan ‘darjat’ akan diletakkan sekali seperti yang ada dalam banyak ayat-ayat tentang darjat. Namun begitu tidak ada kalimah ‘darjat’ digunakan dalam ayat ini, kerana Allah ‎ﷻ kata Dia angkat baginda ke Sisi-Nya sahaja.

Oleh itu, berhati-hatilah apabila membaca ajaran atau teori yang pelik-pelik walaupun datang daripada orang Islam sendiri kerana ada yang keliru kerana salah belajar. Tambahan pula sekarang banyak sangat maklumat yang dibaca di internet yang tidak dipantau oleh ilmuan yang layak.

Dalam akidah ahli sunnah, kita berakidah yang Nabi Isa عليه السلام telah diangkat ke langit dan akan diturunkan semula. Ini disokong oleh hadis-hadis yang amat banyak. Baginda bukan turun sahaja tapi diberitahu yang baginda akan membunuh Dajjal. Jadi walaupun ia adalah termasuk dalam furu’ aqidah (cabang akidah), tapi inilah akidah yang benar. Pandangan yang mengatakan Nabi Isa عليه السلام telah wafat adalah pandangan yang amat lemah.

 

وَمُطَهِّرُكَ مِنَ الَّذينَ كَفَروا

dan membersihkanmu daripada orang-orang kafir,

Allah ‎ﷻ mensucikan Nabi Isa عليه السلام daripada tohmahan orang kafir Yahudi yang kata baginda adalah anak zina. Golongan Yahudi kata baginda bukan Nabi, sebaliknya adalah anak zina kerana lahir tanpa bapa. Padahal itu adalah mukjizat Nabi. Maka, dalam Al-Qur’an, Allah ‎ﷻ telah membersihkan nama Nabi Isa عليه السلام.

Dan berbagai-bagai lagi tuduhan yang tidak benar tentang baginda yang dibersihkan oleh Allah ﷻ dalam Al-Qur’an. Antaranya, tuduhan Nasara yang mengatakan baginda itu tuhan atau anak tuhan. Itu pun disucikan oleh Allah ﷻ.

‘Sucikan’ juga bermaksud Allah ‎ﷻ menyucikan baginda dalam kalangan mereka yang menentang baginda. Allah ‎ﷻ mengangkat baginda dalam kalangan mereka yang jahat itu. Allah ﷻ selamatkan baginda dari golongan yang hendak membunuh baginda. Kemudian nanti baginda akan diberikan dengan kalangan yang lebih baik daripada mereka.

 

وَجاعِلُ الَّذينَ اتَّبَعوكَ فَوقَ الَّذينَ كَفَروا إِلىٰ يَومِ القِيٰمَةِ

dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir, hingga ke hari kiamat.

Allah ‎ﷻ akan meninggikan kedudukan mereka yang mengikuti baginda lebih daripada orang kafir. Mereka yang ikut Nabi Isa عليه السلام akan menjadi ahli syurga dan selamat di akhirat kelak. Apakah maksudnya? Ini penting ditafsirkan kerana kalau tidak, kalau dibaca literal sahaja, akan menyebabkan kekeliruan pula. Memang ayat ini disebut-sebut oleh golongan Kristian bila berhujah dengan umat Islam.

Kalau pada zamannya, mereka yang dimaksudkan adalah pengikut baginda seperti golongan Hawariyyun itu. Untuk zaman kita pula, yang dimaksudkan adalah pengikut syari’at Nabi Muhammad ﷺ kerana Nabi Isa عليه السلام pun akan mengikut syari’at Nabi Muhammad ﷺ juga nanti apabila baginda diturunkan kembali ke dunia.

Kalau Nabi Isa عليه السلام sendiri pun akan mengikut syari’at Nabi Muhammad ﷺ, maka mereka yang mengaku sebagai pengikut Nabi Isa عليه السلام pun kenalah begitu juga. Sedangkan dalam Kitab Injil sendiri pun ada tertulis, yang apabila Nabi Muhammad ﷺ diangkat sebagai Rasul, semua kena ikut Nabi Muhammad ﷺ. Kita dapat tahu tentang perkara ini sebab ada disebut di dalam Surah Saff. Kalau dalam Bible sekarang, mungkin tidak jelas kerana Bible sekarang bukanlah Kitab Injil yang sebenar.

Jadi jangan percaya dengan kaum Kristian yang mengatakan ini bukti merekalah yang benar. Mereka menggunakan ayat ini dan mereka kata mereka lebih tinggi daripada orang Yahudi kerana mereka pengikut Nabi Isa عليه السلام. Mereka juga berhujah, ‘Lihatlah dalam Qur’an pun kata kedudukan mereka tinggi sampai Hari Kiamat’.

Namun ini adalah sangkaan mengarut mereka sahaja kerana mereka langsung tidak mengikut ajaran Nabi Isa عليه السلام, malahan membuat syirik dengan memuja baginda pula. Lalu bagaimana pula boleh dikatakan mereka mengikut baginda? Memang mereka sayangkan baginda, tidak dinafikan, tetapi mereka tidak mengikut pun ajaran baginda. Ada beza antara ‘sayang’ dan ‘ikut’.

 

ثُمَّ إِلَيَّ مَرجِعُكُم

Kemudian kepada Aku-lah tempat kembalinya kamu,

Allah ‎ﷻ mengingatkan semua manusia dan jin bahawa akhirnya kita semua akan mati dan dikembalikan kepada Allah ‎ﷻ. Apa yang Allah ‎ﷻ akan lakukan terhadap kita waktu itu?

 

فَأَحكُمُ بَينَكُم فيما كُنتُم فيهِ تَختَلِفونَ

lalu Aku memberi keputusan tentang apa yang kamu perselisihkan”.

Allah ‎ﷻ akan membuat keputusan secara ‘amali’ (secara praktikal, bukan secara teori) dan memisahkan mana pihak yang benar dan mana yang salah. Jadi perselisihan ini adalah antara golongan engkar dan golongan yang di atas al-haq (kebenaran). Yang benar akan dimasukkan ke syurga dan yang salah akan dimasukkan ke neraka.

Itulah cara amali untuk tunjuk mana yang benar dan mana yang salah. Waktu itu, tidak boleh hendak berbuat apa-apa lagi, kerana kalau kita berada di pihak yang salah, kita tidak dapat kembali ke dunia untuk memperbetulkannya. Kerana itu sudah di akhirat dan tidak akan kembali lagi ke dunia.

Namun secara teori, Allah ‎ﷻ telah menunjukkan mana benar dan mana yang salah dalam Al-Qur’an. Ini penting, kerana takkan hendak kena tunggu di akhirat nanti baru tahu mana yang benar dan mana yang salah, bukan? Allah ‎ﷻ sudah beritahu di dunia lagi, dengan sejelas-jelasnya (kepada yang belajar) maka tidak perlu tunggu sampai akhirat untuk tahu mana yang benar.

Kalau ikut hujah yang disampaikan oleh Al-Qur’an semasa di dunia, maka akan masuk syurga. Maka hendaklah kita belajar tafsir Al-Qur’an dengan kemas, supaya ia menjadi hujah dan panduan bagi kita.


 

Ali Imran Ayat 56: Ini adalah ayat takhwif ukhrawi.

فَأَمَّا الَّذينَ كَفَروا فَأُعَذِّبُهُم عَذابًا شَديدًا فِي الدُّنيا وَالآخِرَةِ وَما لَهُم مِّن نّٰصِرينَ

SAHIH INTERNATIONAL

And as for those who disbelieved, I will punish them with a severe punishment in this world and the Hereafter, and they will have no helpers.”

MALAY

Adapun orang-orang kafir, maka Aku (Allah) akan menyeksa mereka dengan azab yang amat berat di dunia dan di akhirat, dan mereka pula tidak akan beroleh sesiapa pun yang dapat menolong.

 

فَأَمَّا الَّذينَ كَفَروا فَأُعَذِّبُهُم عَذابًا شَديدًا فِي الدُّنيا وَالآخِرَةِ

Adapun orang-orang kafir, maka Aku akan menyeksa mereka dengan azab yang amat berat di dunia dan di akhirat,

Ini pula adalah nasib mereka yang kafir kerana kedegilan mereka menolak kebenaran. Mereka juga tidak hiraukan ilmu wahyu maka mereka jadi sesat di dunia. Mereka akan diseksa di dunia dan di akhirat.

Di dunia lagi mereka akan mendapat seksaan jiwa secara individu dan secara kelompok, mereka akan dikalahkan dalam peperangan. Hati mereka juga tidak tenang kerana mereka menolak kebenaran yang sudah ada dalam diri mereka.

 

وَما لَهُم مِّن نّٰصِرينَ

dan mereka pula tidak akan beroleh sesiapa pun yang dapat menolong.

Tidak ada sesiapa pun yang akan membantu mereka apabila Allah ﷻ telah buat keputusan terhadap mereka. Ramai yang salah sangka termasuklah golongan Krisian/Nasara. Mereka sangka Nabi Isa عليه السلام tentu akan bantu mereka kerana mereka sentiasa memuja baginda, namun itu semua adalah sangkaan yang tersasar jauh.


 

Ali Imran Ayat 57: Ini pula adalah ayat tabshir.

وَأَمَّا الَّذينَ ءآمَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ فَيُوَفّيهِم أُجورَهُم ۗ وَاللَّهُ لا يُحِبُّ الظّٰلِمينَ

SAHIH INTERNATIONAL

But as for those who believed and did righteous deeds, He will give them in full their rewards, and Allah does not like the wrongdoers.

MALAY

Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka; dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

 

وَأَمَّا الَّذينَ ءآمَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ فَيُوَفّيهِم أُجورَهُم

Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka; 

Sekali lagi digunakan kalimah ‘wafat’ dalam ayat ini. Maksudnya adalah pemberian yang sempurna. Balasan kebaikan akan diberi dengan sempurna – malah akan diberi lebih daripada amalan hamba itu. Bayangkan, kita hidup 60 tahun sahaja di dunia dan beramal pun bukan sepanjang kita hidup pun, tetapi kita dapat tinggal di syurga selama-lamanya. Memang lebih sangatlah apa yang ahli syurga dapat.

 

وَاللَّهُ لا يُحِبُّ الظّٰلِمينَ

dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

Iaitu zalim yang tidak meletakkan perkara pada tempatnya. Zalim yang biasa kita faham adalah seperti menindas orang lain. Namun begitu, zalim yang paling besar adalah syirik kepada Allah ‎ﷻ. Mereka akan mendapat balasan yang buruk.


 

Ali Imran Ayat 58: Ayat ini adalah jenis yang dinamakan Jumlah Mu’taridah. Iaitu dimasukkan perkara yang seperti tidak ada kena mengena dengan rentetan ayat-ayat yang sebelumnya. Tiba-tiba sahaja semasa sebut kisah Nabi Isa, masuk kepada firman Allah ﷻ kepada Nabi Muhammad.

Allah hendak menegaskan bahawa Nabi Muhammad adalah benar seorang rasul kerana kalau baginda bukan Nabi, baginda tidak akan tahu kisah kisah ini semua. Orang biasa tidak akan dapat tahu kisah ini.

ذٰلِكَ نَتلوهُ عَلَيكَ مِنَ الآيٰتِ وَالذِّكرِ الحَكيمِ

SAHIH INTERNATIONAL

This is what We recite to you, [O Muhammad], of [Our] verses and the precise [and wise] message.

MALAY

Demikianlah (perihal Nabi Isa), yang Kami membacakannya kepadamu (wahai Muhammad, adalah ia) sebahagian dari hujah-hujah keterangan (yang membuktikan kebenarannya), dan dari Al-Quran yang penuh dengan hikmat-hikmat – (pengetahuan yang tepat, lagi sentiasa terpelihara).

 

ذٰلِكَ نَتلوهُ عَلَيكَ مِنَ الآيٰتِ

Demikianlah, Kami bacakan ke atas engkau dari ayat-ayat

Segala kisah yang telah disampaikan itu diberikan kepada Nabi Muhammad sebagai hujah baginda berhadapan dengan Kristian Najran. Allah telah beri hujah-hujah kepada baginda dari wahyuNya.

 

وَالذِّكرِ الحَكيمِ

dan dari Al-Qur’an yang penuh dengan hikmat-hikmat 

Ianya hujah yang datang dari Al-Qur’an yang mengandungi kebijaksanaan. Ianya mengandungi jawapan-jawapan yang bernas terhadap pertanyaan dan tohmahan dari Kristian Najran yang datang hendak berhujah dengan Nabi Muhammad.

Dengan mempelajari ayat-ayat itu, sepatutnya orang Kristian tahu bahawa apa yang mereka anuti itu adalah salah sama sekali. Maka kerana itu ramai orang Kristian yang masuk Islam setelah diberikan dengan hujah-hujah wahyu.

Ayat-ayat Al-Qur’an mengandungi nasihat-nasihat yang bijaksana tentang kebenaran dan bagaimana cara menjalani kehidupan di dunia ini dengan baik. Maka hendaklah kita mengambil pengajaran dari ayat-ayat Al-Qur’an ini.


 

Ali Imran Ayat 59: Ini sebagai jawapan bagi kemusykilan tentang kejadian Nabi Isa. Memanglah kejadian kelahiran Nabi Isa itu ajaib, dilahirkan tanpa bapa. Tapi tidaklah kerana kelahiran ajaib itu boleh dijadikan sebab untuk sembah dan seru kepada Nabi Isa pula.

Tambahan pula, bukanlah Nabi Isa sahaja yang pelik dan ajaib dari segi kelahiran. Kerana tidaklah kelahiran Nabi Isa itu lebih pelik dari kejadian Nabi Adam. Nabi Isa dilahirkan tanpa bapa, tapi Nabi Adam lahir tanpa ibu dan bapa sekali. Itu lebih pelik, bukan? Oleh itu, kenapa tak sembah Nabi Adam pula?

إِنَّ مَثَلَ عيسىٰ عِندَ اللَّهِ كَمَثَلِ ءآدَمَ ۖ خَلَقَهُ مِن تُرابٍ ثُمَّ قالَ لَهُ كُن فَيَكونُ

SAHIH INTERNATIONAL

Indeed, the example of Jesus to Allah is like that of Adam. He created Him from dust; then He said to him, “Be,” and he was.

MALAY

Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah dia.

 

إِنَّ مَثَلَ عيسىٰ عِندَ اللَّهِ كَمَثَلِ ءآدَمَ

Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam.

Pada Allah, sama sahaja kejadian Nabi Isa dan Nabi Adam. Kerana tidaklah lebih susah Allah buat Nabi Adam dari Nabi Isa dan dari kita. Kerana itu pada Allah, sama sahaja semua kejadian. Tapi dalam ayat ini, Allah bandingkan penciptaan Nabi Adam dengan Nabi Isa.

 

خَلَقَهُ مِن تُرابٍ

Allah telah menciptakan Adam dari tanah

Badan Nabi Adam itu yang dijadikan dari tanah. Kisahnya ada banyak disebut dalam ayat lain dan hadis-hadis. Memang diambil dari tanah di dunia ini. Di dalam hadis disebut baginda terus dijadikan dalam bentuk baginda setinggi 60 hasta (tidaklah dijadikan seperti bayi dahulu dan membesar kemudian).

 

ثُمَّ قالَ لَهُ كُن فَيَكونُ

lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah dia.

Dari tanah itu, Nabi Adam dijadikan manusia dengan lafaz kun fayakun dari Allah, terus baginda terjadi manusia. Nabi Isa pun terjadi dari lafaz kun fayakun juga, maka sama sahaja kejadian mereka berdua pada sisi Allah.


 

Ali Imran Ayat 60:

الحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلا تَكُن مِّنَ المُمتَرينَ

SAHIH INTERNATIONAL

The truth is from your Lord, so do not be among the doubters.

MALAY

Perkara yang benar ialah yang datang dari Tuhanmu. Maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari orang-orang yang ragu-ragu.

 

الحَقُّ مِن رَّبِّكَ

Kebenaran ialah yang datang dari Tuhanmu. 

Kejadian Nabi Isa yang luar biasa itu memang benar dari Allah. Kita tidak dapat menyaksikannya dengan mata kita, tapi sekarang Allah beritahu dalam Al-Qur’an, maka hendaklah kita terima kebenarannya.

Dan benarlah baginda itu adalah makhluk, bukannya tuhan.

 

فَلا تَكُن مِّنَ المُمتَرينَ

Maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari orang-orang yang ragu-ragu.

Kalau ianya benar dari Allah, maka jangan kamu ragu ragu. Kalau ragu, tidak selamat. Kalimah الْمُمْتَرِينَ adalah apabila sesuatu fakta yang jelas tapi apabila dengar kata-kata hujah yang panjang lebar untuk menolak sesuatu perkara, kita pula jadi ragu-ragu. Kadangkala kita pun kalau dengar hujah orang lain, mungkin boleh goyang, bukan?

Begitulah, kalau kita berhujah dengan orang Kristian, mereka akan menggunakan berbagai-bagai hujah yang mengarut sebenarnya. Tapi kalau iman tak kuat, ilmu pun ke laut, entah-entah boleh terkeliru pula. Allah sudah pesan siap-siap sekarang, jangan ragu-ragu dan terpedaya dengan dakyah mereka.


 

Ali Imran Ayat 61: Ini adalah ayat tentang Mubahalah. Nanti akan disebutkan konsepnya selepas ini. Mubahalah ini adalah doa yang disertai dengan sumpah laknat. Mubahalah ini dibenarkan kalau pihak kafir masih tak mahu dengar kata juga. Begitulah yang terjadi kepada Kristian Najran itu, masih lagi tidak mahu beriman dan tidak mahu mengaku kalah walaupun setelah dijelaskan dengan 60 ayat sebelum ini. Maka, Allah ajar Nabi untuk ajak mereka mubahalah.

فَمَن حاجَّكَ فيهِ مِن بَعدِ ما جاءَكَ مِنَ العِلمِ فَقُل تَعالَوا نَدعُ أَبناءَنا وَأَبناءَكُم وَنِساءَنا وَنِساءَكُم وَأَنفُسَنا وَأَنفُسَكُم ثُمَّ نَبتَهِل فَنَجعَل لَّعنَتَ اللَّهِ عَلَى الكٰذِبينَ

SAHIH INTERNATIONAL

Then whoever argues with you about it after [this] knowledge has come to you – say, “Come, let us call our sons and your sons, our women and your women, ourselves and yourselves, then supplicate earnestly [together] and invoke the curse of Allah upon the liars [among us].”

MALAY

Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: “Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta”.

 

فَمَن حاجَّكَ فيهِ مِن بَعدِ ما جاءَكَ مِنَ العِلمِ

Kemudian sesiapa yang membantahmu mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar,

Kalau mereka yang menentang masih bantah lagi tentang Nabi Isa setelah berhujah lama dan sesudah dibacakan ayat Al-Qur’an yang jelas kepada mereka. Maka sekarang Allah ajar macam mana nak buat dengan mereka. Sudah tidak perlu teruskan lagi hujah dan perdebatan dengan mereka.

Ayat ini diturunkan sempena dengan kedatangan wakil Nasara Najran ke Madinah yang berhujjah dengan Nabi S.A.W. tentang keyakinan batil mereka berkenaan Isa A.S. namun mereka tetap berkeras dengan keyakinan mereka yang batil itu setelah Nabi S.A.W. mendatangkan hujah yang jelas kepada mereka. Lalu Allah S.W.T. menurunkan ayat di atas supaya Nabi S.A.W. mencabar utusan Nasara itu untuk bermubahalah, namun cabaran itu telah ditolak oleh mereka disebabkan rasa takut atas perbuatan dusta mereka.

 

فَقُل تَعالَوا نَدعُ أَبناءَنا وَأَبناءَكُم

maka katakanlah kepada mereka: “Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu,

Ini kalimah terakhir bagi mereka. Ajak mereka berhimpun ramai-ramai di padang (tempat awam). Kerana Panggil anak-anak kamu dan kami akan panggil anak-anak kami.

 

وَنِساءَنا وَنِساءَكُم وَأَنفُسَنا وَأَنفُسَكُم

dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, 

Bukan anak-anak sahaja, panggil sekali dengan isteri-isteri kamu dan kamu sendiri pun kenalah datang juga. Kenapa panggil anak beranak? Kerana manusia itu selalunya gelap hati kerana cinta dunia, antaranya dengan anak isteri. Maka kena bawa anak isteri yang mereka kasih itu.

Cara pelaksanaan mubahalah ialah dengan kedua-dua orang yang berselisih itu hadir membawa bersama anak, isteri dan keluarga masing-masing kemudian mereka berdua berdoa secara bersungguh-sungguh meminta Allah ﷻ melaknat siapa yang berbohong. Sekalipun mubahalah hanya melibatkan antara dua orang yang berselisih itu tetapi anak, isteri dan keluarga masing-masing turut dibawa hadir bersama bagi menunjukkan kekuatan keyakinan dan kepercayaan akan kebenaran apa yang didakwakan oleh kedua-dua belah pihak serta menzahirkan penolakan terhadap lawan.

Dalam riwayat ada disebut, sekiranya jadi, Nabi akan panggil semua sahabat dan isteri masing-masing ke padang. Ini pasti terjadi kerana mereka sanggup meletakkan nyawa mereka untuk mempertahankan Islam. Mereka yakin dengan kebenaran sedangkan puak Najran itu tidak yakin.

Ayat ini menunjukkan kepentingan kaum wanita dimana mereka pun terlibat dalam kegiatan agama. Tidaklah mereka hanya duduk di belakang sahaja. Malah, kita tahu dari hadis, bagaimana kaum wanita juga terlibat dalam medan perang semasa zaman Nabi. Maka jangan rendahkan kedudukan wanita jadi kelas kedua pula. Mereka pun ada kepentingan dalam masyarakat dan dalam beragama.

 

ثُمَّ نَبتَهِل

kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh,

Ibtihal maksudnya merayu dengan menangis. Minta kepada Allah dengan bersungguh-sungguh. Biarkan Allah yang tentukan mana pihak yang benar. Dari kalimah ibtihal inilah menjadi mubahalah, iaitu sama-sama berdoa sumpah laknat.

Tiada lafaz khusus bagi mubahalah. Maka dibolehkan mengucapkannya dengan apa jua lafaz dengan kedua-dua belah pihak mendoakan laknat Allah ﷻ atas lawannya kerana berbohong. Ia merupakan sebahagian daripada al-Sunah bagi menolak mereka yang terus degil dan angkuh mempertahankan kebatilan sesudah ditegakkan hujah dan dalil atas mereka.

Kata Ibnu al-Qayyim “Termasuk dalam al-Sunah apabila berhujah dengan ahli kebatilan sekiranya hujah-hujah Allah sudah ditegakkan lalu mereka tetap berkeras tidak mahu kembali ke pangkal jalan maka diajak supaya mereka bermubahalah.” [Zad al-Ma’ad, hlm. 3/643]

Di dalam sejarah Nabi Muhammad ia dilakukan dengan Nasrani dari Najran. Jadi persoalannya adakah ia boleh dilakukan sesama Muslim?

Mubahalah disyariatkan bagi seluruh umat Islam. Ia bukan khas bagi Nabi ﷺ sebagaimana ia juga bukan khusus antara orang-orang Islam dengan orang-orang Yahudi dan Nasrani sahaja. Sebaliknya mubahalah disyariatkan dengan sesiapa sahaja yang berkeras mempertahankan kesesatan serta enggan kembali ke pangkal jalan sekalipun hujah dan dalil sudah ditegakkan.

Kata Siddiq Hasan Khan “Mubahalah diharuskan sesudah Nabi ﷺ dalam perkara-perkara penting dari sudut syarak yang menimbulkan kekeliruan dan kedegilan sehingga tidak dapat dihadapi kecuali dengannya.” [Husun al-Uswah]

Telah sabit bahawa ramai daripada kalangan ulama dahulu dan yang terkemudian mengajak lawan mereka bermubahalah seperti al-Auzaie, Ibnu Taimiah, Ibnu al-Qayyim, Ibnu Hajar, Siddiq Hasan Khan dan yang lain.

Tidak ada bukti yang menunjukkan mubahalah adalah khusus untuk Nabi S.A.W. sahaja. Bahkan mubahalah adalah suatu perkara yang dibenarkan kepada umat Baginda S.A.W. sehinggalah berlakunya kiamat. Ia juga tidak dikhususkan bersama Ahli Kitab sahaja, sebaliknya terhadap setiap golongan yang berselisih. Majlis Fatwa Tetap Arab Saudi di dalam salah satu fatwanya menyebut:

ليست المباهلة خاصة بالرسول صلى الله عليه وسلم مع النصارى ، بل حكمها عام له ولأمته مع النصارى وغيرهم ، لأن الأصل في التشريع العموم ، وإن كان الذي وقع منها في زمنه صلى الله عليه وسلم في طلبه المباهلة من نصارى، فهذه جزئية تطبيقية لمعنى الآية لا تدل على حصر الحكـم فيها

“Mubahalah bukanlah dikhususkan kepada Rasulullah S.A.W. bersama Nasara sahaja, akan tetapi ianya umum kepada Baginda dan kepada umat Baginda sama ada bersama Nasara atau lainnya. Ini kerana asal dalam pensyariatan hukum, hukum itu umum (untuk semua, bukan khusus untuk Nabi), sekalipun mubahalah yang berlaku di zaman Nabi S.A.W. antara baginda dan Nasara Najran. Ini hanyalah sebahagian perlaksanaannya terhadap makna ayat (al-Quran), bukan menunjukkan terhad kepada hukum dalam keadaan itu sahaja.” (Bil. Fatwa: 6238)

Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah menyebut antara pengajaran dari kisah cabaran Mubahalah antara Nabi S.A.W. dengan Nasara Najran ialah:

أن السُّنَّة في مجادلة أهل الباطل إذا قامت عليهم حجة الله، ولم يرجعوا بل أصروا على العناد أن يدعوهم إلى المباهلة، وقد أمر الله ـ سبحانه ـ بذلك رسوله، ولم يقل: إن ذلك ليس لأمتك من بعدك, ودعا إليه ابن عمه عبد الله بن عباس لمن أنكر عليه بعض مسائل الفروع، ولم ينكر عليه الصحابة، ودعا إليه الأوزاعي سفيان الثوري في مسألة رفع اليدين ولم ينكر ذلك عليه، وهذا من تمام الحجة

“Bahawa menjadi sunnah dalam berdebat dengan ahli kebatilan, apabila telah ditegakkan hujah namun mereka enggan kembali kepada kebenaran sebaliknya terus berdegil, maka diseru mereka agar bermubahalah. Allah telah memerintahkan rasul-Nya berbuat demikian. Tanpa Allah menyatakan ini bukan untuk umatmu selepas ini. Sepupu baginda Abd Allah bin ‘Abbas juga pernah mengajak mereka yang membantah dalam beberapa perkara furu’ bermubahalah dengannya. Tiada seorang sahabat Nabi SAW yang membantah tindakan itu. Juga al-Auza‘i pernah mengajak Sufyan al-Thauri bermubahalah dalam masalah ‘mengangkat tangan’ tanpa ada yang membantah tindakannya. Ini adalah hujah yang kuat”
(Ibn Qayyim, Zad al-Ma‘ad 3/562-563)

 

فَنَجعَل لَّعنَتَ اللَّهِ عَلَى الكٰذِبينَ

serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta”.

Akhir sekali, doa supaya Allah laknat siapa yang salah. Biar nampak mana pihak yang salah di hadapan mata kita terus. Biar Allah buat sesuatu supaya nampak manakah pihak yang benar. Antaranya, Allah akan matikan pihak yang salah itu.

Sila perhatikan doa ini, ia bukanlah melaknat pihak lawan, tapi doa laknat ke atas orang yang menipu (عَلَى الكٰذِبينَ). Jadi kalau tidak menipu, maka tidak perlu takut. Maka kalau tidak berani bermubahalah, ini bermakna orang itu memang ada niat menipu. Jadi ia boleh digunakan untuk menutup mulut orang yang berdebat dengan kita. Kalau teruk sangat penipuannya, maka kita boleh gunakan konsep mubahalah ini untuk mendiamkan mulutnya.

Mubahalah ini tidak terjadi pada zaman Nabi itu. Pihak Kristian dari Najran itu tidak berani kerana mereka pun takut juga. Ketua mereka kata, kalau Rasulullah itu benar Nabi, tentu apa sahaja doa baginda akan makbul. Ini disebut di dalam hadis,

عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ جَاءَ الْعَاقِبُ وَالسَّيِّدُ صَاحِبَا نَجْرَانَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُرِيدَانِ أَنْ يُلَاعِنَاهُ قَالَ فَقَالَ أَحَدُهُمَا لِصَاحِبِهِ لَا تَفْعَلْ فَوَاللَّهِ لَئِنْ كَانَ نَبِيًّا فَلَاعَنَّا لَا نُفْلِحُ نَحْنُ وَلَا عَقِبُنَا مِنْ بَعْدِنَا قَالَا إِنَّا نُعْطِيكَ مَا سَأَلْتَنَا وَابْعَثْ مَعَنَا رَجُلًا أَمِينًا وَلَا تَبْعَثْ مَعَنَا إِلَّا أَمِينًا فَقَالَ لَأَبْعَثَنَّ مَعَكُمْ رَجُلًا أَمِينًا حَقَّ أَمِينٍ فَاسْتَشْرَفَ لَهُ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ قُمْ يَا أَبَا عُبَيْدَةَ بْنَ الْجَرَّاحِ فَلَمَّا قَامَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَذَا أَمِينُ هَذِهِ الْأُمَّةِ
Dari [Hudzaifah] dia berkata; al-Aqib dan al-Sayid dari Najran mendatangi Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ untuk melaknat baginda, Hudzaifah berkata; salah satu dari mereka berkata kepada temannya; ‘Jangan kamu lakukan, Demi Allah, Seandainya dia benar seorang Nabi maka dia yang akan melaknat kita, hingga kita tidak akan pernah beruntung dan tidak punya keturunan lagi setelah kita. Kemudian keduanya berkata: wahai Rasulullah! Kami akan memberikan apa yang engkau minta kepada kami. Oleh kerana itu utuslah orang kepercayaan engkau kepada kami. Dan jangan sekali-kali engkau mengutus kecuali memang orang itu sangat terpercaya. Maka Nabi SAW bersabda: “Aku akan mengutus orang kepercayaan yang sebenar-benarnya.” Maka para sahabat merasa ingin tahu dan menunggu-nunggu orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu. Lalu Rasulullah SAW bersabda: ‘Berdirilah wahai Abu Ubaidah bin Jarrah! ‘ setelah Abu Ubaidah bin Jarrah berdiri, Rasulullah SAW bersabda: ‘Dialah orang kepercayaan umat ini.
Sahih Bukhari (4029)

Al-Hafidz Ibnu Katsir menyebutkan keterangan dari Ibnu Ishaq dalam sirahnya, bahawa suatu ketika kota Madinah kedatangan tamu orang-orang Nasrani dari daerah Najran. Di antara mereka ada 14 orang yang merupakan pemuka dan tokoh agama di Najran. Dari 14 orang itu, ada 3 orang yang menjadi tokoh utama mereka: Aqib, gelarannya Abdul Masih. Dia pemuka kaum, yang memutuskan hasil musyawarah masyarakat. As-Sayid, dia pemimpin rombongan. Nama aslinya al-Aiham. Dan yang ketiga Abul Haritsah bin Alqamah. Dulunya orang Arab, kemudian pindah ke Najran dan menjadi uskup di sana.

Ketika mereka sampai di Madinah, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam sedang melaksanakan salat asar. Mereka kemudian masuk masjid dan shalat dengan menghadap ke timur. As-Sayid dan Aqib menjadi jurucakap mereka di hadapan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

“Kalian mahu masuk islam?” tanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. “Kami telah masuk islam sebelum kamu.” Jawab mereka. “Dusta, kalian bukan orang islam disebabkan: kalian menganggap Allah punya anak, kalian menyembah salib, dan makan babi.” Jawab Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

“Jika Isa bukan anak Allah, lalu siapa ayahnya?” Serombongan orang-orang Nasrani itu pun serentak mendebat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan pertanyaan itu. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan tenang menjawab, “Bukankah kalian tahu yang namanya anak, pasti punya kemiripan dengan bapa?” “Ya, tentu.” Jawab mereka. “Bukankah kalian yakin, Allah yang mewujudkan segala sesuatu, menjaganya dan memberi rezeki mereka?” “Ya, kami yakin itu.” Jawab mereka.

“Apakah Isa punya salah satu dari kemampuan tuhan itu?” “Tidak.” Jawab mereka. Baginda melanjutkan sabdanya, “Allah menciptakan Isa di dalam rahim sesuai yang Dia kehendaki. Tuhan kita tidak memerlukan makan, minum, dan tidak berhadas.” “Ya, benar.” Jawab mereka. “Bukankah Isa tumbuh di rahim ibunya sebagaimana para wanita mengalami hamil, kemudian dia melahirkan sebagaimana para wanita melahirkan anaknya?” “Lalu bagaimana mungkin kalian menyakini dia anak tuhan?” Kemudian mereka terdiam dan Allah menurunkan ayat di atas. (Tafsir Ibnu Katsir, 2/50).

Sebahagian ulama menyebut bahawa kesan daripada mubahalah akan menimpa atas salah seorang daripada dua pihak yang bermubahalah itu dalam tempoh masa yang singkat, tidak sampai dua bulan. Ada yang mengatakan dalam tempoh setahun. Walau bagaimanapun, memandangkan tiada apa yang sabit daripada Nabi ﷺ dalam hal ini maka selayaknya tidak ditetapkan sebarang tempoh masa kerana kesannya barangkali akan tampak segera, selepas dua bulan, selepas setahun atau barangkali di akhirat, bukan di dunia.

Ibn Hajar al-‘Asqallani berkata: “Berdasarkan pengalaman, sesiapa yang bermubahalah sedangkan dia berbohong, dia tidak akan dibiarkan lebih dari satu tahun dari hari mubahalah. Telah berlaku mubahalah antara ku dengan seorang taasub kepada golongan Mulhid, dia tidak dibiarkan selepas mubahalah itu melainkan dua bulan.”

Seorang ulama India, al-Syeikh Abi al-Wafa’ Thana’ al-Amritsari (الشيخ أبوالوفا ثناء الأمرتسري) telah melakukan mubahalah dengan Mirza Ghulam Ahmad al-Qadyani yang mendakwa dirinya seorang Nabi. Lalu Allah S.W.T. membinasakan Mirza Ghulam Ahmad selepas setahun dari hari mubahalahnya. Manakala al-Syeikh Abi al-Wafa’ terus dipanjangkan umurnya hampir 40 tahun selepasnya. (Sila lihat al-Qadyaniyyah Dirasaat wa Tahlil oleh Ustaz Ihsan Ilahi Zahir)

Memandangkan kesan daripada mubahalah sangat serius maka selayaknya ia tidak dipandang ringan atau diambil mudah. Sebaiknya ia hanya digunakan sebagai jalan terakhir bagi merealisasikan maslahat atau menolak mudarat. Ini kerana tujuan utama mubahalah ialah untuk mengenal pasti antara pihak mana yang berkata benar dengan pihak yang berkata dusta di samping ditegakkan hujah atas lawan.

Jadi di dalam zaman sekarang adakah keperluan untuk bermubahalah? Ya tentu sekali. Di zaman manusia menggunakan segala media dan cara untuk menolak kebenaran, mereka boleh disenyapkan dengan cara mubahalah ini. Ia adalah sunnah, maka mana mungkin kita mengutuk orang yang mengajak kepada mubahalah? Cuma memanglah digunakan untuk perkara yang besar-besar sahaja. Akan tetapi kalau kita perhatikan sekarang, banyaknya penipuan yang dilakukan terhadap golongan Sunnah, maka mubahalah ini boleh digunakan.


 

Ali Imran Ayat 62:

إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ الْقَصَصُ الْحَقُّ وَمَا مِنْ إِلَٰهٍ إِلَّا اللَّهُ وَإِنَّ اللَّهَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

SAHIH INTERNATIONAL

Indeed, this is the true narration. And there is no deity except Allah . And indeed, Allah is the Exalted in Might, the Wise.

MALAY

Sesungguhnya ini ialah kisah-kisah yang benar; dan tiadalah Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah; dan (ingatlah), sesungguhnya Allah, Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

 

إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ الْقَصَصُ الْحَقُّ

Sesungguhnya ini ialah kisah-kisah yang benar;

Segala cerita yang telah disampaikan sebelum ini adalah kisah benar tentang Nabi Isa. Kesimpulan yang boleh diambil adalah: Mereka itu semua hamba Allah yang mulia. Tapi tidak layak untuk dipuja sebagai ilah.

 

وَمَا مِنْ إِلَٰهٍ إِلَّا اللَّهُ

dan tiadalah ilah melainkan Allah; 

Allah tekankan sekali lagi bahawa Ilah hanya Allah sahaja. Perbincangan tentang ilah boleh baca di sini. Kenalah faham tentang ilah dahulu barulah boleh kemas dalam beragama.

Maka Nabi Isa bukan ilah, ibunya bukan ilah, Nabi Uzair bukan ilah. Tidak ada selain Allah yang boleh menjadi ilah.

 

وَإِنَّ اللَّهَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

sesungguhnya Allah, Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Allah Maha Gagah. Allah boleh nak azab hambaNya pada bila-bila masa. Cuma Allah juga Maha Bijaksana, menangguhkan azab memberi peluang untuk hamba bertaubat. Kalau Allah tak tangguhkan azab, entah tidaklah ada manusia yang masih hidup di dunia ini kerana semuanya berdosa belaka.


 

Ali Imran Ayat 63:

فَإِن تَوَلَّوْا فَإِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِالْمُفْسِدِينَ

SAHIH INTERNATIONAL

But if they turn away, then indeed – Allah is Knowing of the corrupters.

MALAY

Maka kalau mereka berpaling (enggan menurut), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan orang-orang yang berbuat kerosakan.

 

فَإِن تَوَلَّوْا

Kemudian kalau mereka berpaling

Ini pula jikalau yang menolak kebenaran itu masih berpaling, masih tidak mahu menerima kebenaran walaupun telah diberikan dengan berbagai dalil. Kita telah lakukan usaha untuk menyampaikan kebenaran kepada mereka, tapi tentu akan ada sahaja yang tetap menentang. Lalu bagaimana kalau begitu?

 

فَإِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِالْمُفْسِدِينَ

maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan orang-orang yang berbuat kerosakan.

Kepada mereka yang berpaling, Allah akan bertindak kepada golongan yang buat kerosakan. Mereka sebabkan kerosakan kerana mereka yang sampaikan ajaran yang salah kepada manusia. Kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana ia bukan di dalam bidang kuasa kita. Hidayah milik Allah dan diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya.

Sekian Ruku’ 6 dari 20 ruku’ surah ini

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 5 Ogos 2024

Ringkasan Surah Ali Imran


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir al-Azhar – Hamka

Tafsir Surah Ali Imran Ayat 49 – 54 (Mukjizat Nabi Isa)

Ayat 49: Sifat ke tujuh dan seterusnya.

وَرَسولًا إِلىٰ بَني إِسرٰءِيلَ أَنّي قَد جِئتُكُم بِـَٔايَةٍ مِّن رَّبِّكُم ۖ أَنّي أَخلُقُ لَكُم مِّنَ الطّينِ كَهَيئَةِ الطَّيرِ فَأَنفُخُ فيهِ فَيَكونُ طَيرًا بِإِذنِ اللَّهِ ۖ وَأُبرِئُ الأَكمَهَ وَالأَبرَصَ وَأُحيِي المَوتىٰ بِإِذنِ اللَّهِ ۖ وَأُنَبِّئُكُم بِما تَأكُلونَ وَما تَدَّخِرونَ في بُيوتِكُم ۚ إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيَةً لَّكُم إِن كُنتُم مُّؤمِنينَ

SAHIH INTERNATIONAL

And [make him] a messenger to the Children of Israel, [who will say], ‘Indeed I have come to you with a sign from your Lord in that I design for you from clay [that which is] like the form of a bird, then I breathe into it and it becomes a bird by permission of Allah . And I cure the blind and the leper, and I give life to the dead – by permission of Allah . And I inform you of what you eat and what you store in your houses. Indeed in that is a sign for you, if you are believers.

MALAY

Dan (akan melantiknya) menjadi seorang Rasul kepada Bani Israil, (dengan menegaskan kepada mereka): “Sesungguhnya aku telah datang kepada kamu, dengan membawa satu tanda (mukjizat) dari Tuhan kamu, iaitu aku boleh membuat untuk kamu dari tanah liat seperti bentuk burung, kemudian aku tiup padanya lalu menjadilah ia seekor burung (yang hidup) dengan izin Allah; dan juga aku boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang sopak, dan aku boleh menghidupkan kembali orang-orang yang mati dengan izin Allah; dan juga aku boleh memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya perkara-perkara yang demikian itu, mengandungi satu tanda (mukjizat) bagi kamu (yang membuktikan kebenaran bahawa aku seorang Rasul yang diutus oleh Allah kepada kamu), jika kamu orang-orang yang (mahu) beriman.

 

وَرَسولًا إِلىٰ بَني إِسرٰءِيلَ

Dan (akan melantiknya) menjadi seorang Rasul kepada Bani Israel,

Nabi Isa عليه السلام adalah Rasul Bani Israel tetapi baginda akan menjadi Umat Nabi akhir zaman (Nabi Muhammad ﷺ).

Ayat ini dijadikan dalil bahawa Nabi Isa عليه السلام itu hanya Nabi untuk Bani Israel sahaja. Maka kalau sekarang selain daripada Bani Israel (seperti orang Cina dan India) menganut agama Kristian, maka memang tidak patut.

 

أَنّي قَد جِئتُكُم بِـَٔايَةٍ مِّن رَّبِّكُم

“Sesungguhnya aku telah datang kepada kamu, dengan membawa tanda dari Tuhan kamu,

Nabi Isa عليه السلام bukan datang dengan tangan kosong tetapi dengan tanda daripada Allah ‎ﷻ. Tanda baginda itu seorang Nabi, baginda datang dengan mukjizat. Baginda menegaskan yang tanda itu daripada Allah ‎ﷻ, bukan daripada baginda sendiri. Baginda tiada keupayaan untuk membuat mukjizat sendiri.

Inilah satu kekeliruan penganut Kristian. Mereka terkeliru dengan menyangkakan Nabi Isa عليه السلام mempunyai kuasa yang luar biasa melebihi manusia lain, sehinggakan mereka mengangkat baginda sebagai ‘Anak Tuhan’. Ini adalah kerana salah faham tentang mukjizat. Padahal mukjizat itu datang daripada kuasa Allah ‎ﷻ sahaja, bukan daripada baginda sendiri.

Masyarakat Islam yang jahil agama pun ada perasaan begitu terhadap Nabi Muhammad ﷺ. Mereka berkata Nabi Muhammad ﷺ bukan manusia biasa. Ini adalah kekeliruan kerana mereka jahil ilmu wahyu sahaja. Jadi, jangan sangka ayat ini tentang Nabi Isa عليه السلام dan penganut Kristian sahaja, tetapi ia boleh digunakan kepada masyarakat Islam kita yang jahil juga.

 

أَنّي أَخلُقُ لَكُم مِّنَ الطّينِ كَهَيئَةِ الطَّيرِ

iaitu aku boleh membuat untuk kamu daripada tanah liat seperti bentuk burung,

Sekarang disampaikan satu persatu mukjizat yang diberikan kepada Nabi Isa عليه السلام. Pertamanya tentang tanah liat yang dibentuk oleh baginda sehingga menyerupai seekor burung. Tentunya ia bukan burung asli. Baru lembaga burung sahaja. Buat bentuk macam ini biasa lagi.

 

فَأَنفُخُ فيهِ فَيَكونُ طَيرًا بِإِذنِ اللَّهِ

kemudian aku tiup padanya lalu menjadilah ia seekor burung (yang hidup) dengan izin Allah; 

Dengan izin Allah ‎ﷻ, apabila ditiup ukiran burung itu, maka ia hidup. Ini baru hebat dan mencabar akal mereka pada waktu itu.

Hendaklah ditekankan dengan kuat di sini bahawa ia terjadi ‘dengan izin Allah’. Kita kena sebut sebab kisah ini tidak sama kalau dalam Injil. Mereka buang lafaz ‘dengan izin Allah’ sampaikan penganut Kristian sangka yang Nabi Isa عليه السلام yang mempunyai kuasa itu.

 

وَأُبرِئُ الأَكمَهَ وَالأَبرَصَ وَأُحيِي المَوتىٰ بِإِذنِ اللَّهِ

dan juga aku boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang sopak, dan aku boleh menghidupkan kembali orang-orang yang mati dengan izin Allah; 

Mukjizat baginda yang seterusnya adalah menyembuhkan orang yang buta semenjak lahir (buta asli). Kalau buta semasa dewasa, itu belum hebat lagi.

Baginda juga boleh menyembuhkan orang yang berpenyakit sopak dan menghidupkan orang yang telah mati.

Mukjizat-mukjizat ini penting pada zaman itu kerana masyarakat waktu itu kuat dalam ilmu perubatan dan mereka memandang tinggi orang yang boleh mengubati. Kebiasaannya begitulah, mukjizat para Nabi berkaitan dengan masyarakat sezaman dengan mereka.

Kalau Nabi Musa عليه السلام, mukjizat utama baginda adalah untuk berlawan dengan sihir kerana masyarakat baginda kuat mengamalkan sihir. Kalau Nabi Muhammad ﷺ, mukjizat baginda yang terbesar adalah Al-Qur’an kerana baginda hidup di zaman manusia hebat dengan bahasa. Maka diberikan Al-Qur’an yang mengalahkan semua pemuka dalam bahasa pada zaman itu.

Sekali lagi, Allah ‎ﷻ menekankan dalam ayat ini yang kelebihan itu semuanya daripada Allah ‎ﷻ. Maka janganlah terkeliru yang kuasa itu datang daripada Nabi Isa عليه السلام pula.

 

وَأُنَبِّئُكُم بِما تَأكُلونَ

dan juga aku boleh memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu makan

Baginda boleh beritahu mereka apa yang mereka makan sebelum itu – makan rotikah dan sebagainya.

 

وَما تَدَّخِرونَ في بُيوتِكُم

dan apa yang kamu simpan di rumah kamu.

Baginda boleh beritahu apa yang mereka sorok di rumah mereka. Macam kita sorokkan barang berharga di rumah kita juga. Ada yang diletakkan di bawah katil, bawah bantal, atau kita tebuk lubang dalam dinding, bawah lantai, mungkin berbagai-bagai cara lagi.

Baginda boleh cakap apa yang mereka disimpan di rumah mereka. Tentunya mereka terkejut kerana mereka sudah sorok baik-baik, tetapi Nabi Isa عليه السلام boleh tahu juga. Apakah baginda ada memasang CCTV di rumah mereka? Tentu tidak kerana ini adalah mukjizat Nabi Isa عليه السلام.

 

إِنَّ في ذٰلِكَ لَآيَةً لَّكُم إِن كُنتُم مُّؤمِنينَ

Sesungguhnya perkara-perkara yang demikian itu, mengandungi satu tanda bagi kamu, jika kamu orang-orang yang (mahu) beriman.

Segala semua itu adalah tanda yang jelas yang baginda adalah rasul. Kalau bukan bantuan daripada Allah ‎ﷻ, baginda tidak boleh tahu. Mukjizat sebegitu hanya diberikan kepada para Rasul sahaja.

Dalam riwayat ada disebut yang semua mukjizat itu dibuat dengan syarat. Sebelum baginda melakukan mukjizat itu, mereka kena berjanji untuk beriman kalau baginda tunjukkan. Maka, bukanlah baginda sentiasa melakukan perkara-perkara itu. Hanya sesekali sahaja dan bila perlu sebagai bukti kenabian baginda dan sebagai methode dakwah baginda.


 

Ayat 50:

وَمُصَدِّقًا لِّما بَينَ يَدَيَّ مِنَ ٱلتَّورَٮٰةِ وَلِأُحِلَّ لَكُم بَعضَ الَّذي حُرِّمَ عَلَيكُم ۚ وَجِئتُكُم بِـَٔايَةٍ مِّن رَّبِّكُم فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطيعونِ

SAHIH INTERNATIONAL

And [I have come] confirming what was before me of the Torah and to make lawful for you some of what was forbidden to you. And I have come to you with a sign from your Lord, so fear Allah and obey me.

MALAY

“Dan juga (aku datang kepada kamu ialah untuk) mengesahkan kebenaran Kitab Taurat yang diturunkan dahulu daripadaku, dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian (dari perkara-perkara) yang telah diharamkan kepada kamu; dan juga aku datang kepada kamu dengan membawa satu mukjizat dari Tuhan kamu. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku.

 

وَمُصَدِّقًا لِّما بَينَ يَدَيَّ مِنَ ٱلتَّورَٮٰةِ

“Dan juga mengesahkan kebenaran Kitab Taurat yang ada di hadapanku

Nabi Isa ‎ﷻ akan membenarkan kitab wahyu yang sebelumnya. Iaitu kitab yang ada di hadapan mereka, iaitu Taurat. Nabi Isa ‎ﷻ bukan hendak mengubah kitab Taurat itu. Satu pendapat yang kuat mengatakan bahawa syari’at yang dipakai oleh Nabi Isa ‎ﷻ waktu itu adalah daripada Kitab Taurat.

 

وَلِأُحِلَّ لَكُم بَعضَ الَّذي حُرِّمَ عَلَيكُم

dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian yang telah diharamkan kepada kamu;

Baginda akan menghalalkan benda-benda yang sebelum ini diharamkan kepada Bani Israil. Sebab yang diharamkan itu adalah halal sebenarnya tetapi telah diharamkan oleh ulama’ mereka, bukannya Taurat.

Atau mungkin Allah ‎ﷻ yang mengharamkan, dan dihalalkan pula di dalam Kitab Injil. Maka ini termasuk dalam perkara nasikh mansukh. Ini membuktikan bahawa dalam Injil pun terdapat nasikh dan mansukh. Oleh itu, tidak patut kalau mereka pertikaikan hukum-hukum yang dimansukhkan di dalam Islam. Nasikh dan mansukh adalah perkara biasa sahaja di dalam agama.

Atau, seperti yang kita telah kata, mereka sendiri yang mengharamkan pada diri mereka. Maka Nabi Isa عليه السلام datang untuk menghalalkannya kembali. Sebagai contoh, Nabi Yaakub عليه السلام tidak boleh makan daging unta atas sebab-sebab kesihatan. Atau kerana baginda tidak suka rasa daging unta. Seperti kita juga, ada makanan yang kita tidak suka, maka itu merupakan perkara biasa sahaja. Yang pastinya, bukanlah Nabi Yaakub عليه السلام mengharamkan daging unta. Namun begitu kaum Yahudi mengharamkan daging unta ke atas diri mereka.

Sebahagian sahaja yang dihalalkan oleh Nabi Isa عليه السلام. Itulah penting kita lihat perkataan بَعْضَ itu yang bermaksud ‘sebahagian’. Ini penting kerana orang Kristian sudah salah faham terus. Mereka kata oleh kerana Nabi Isa عليه السلام sudah mati disalib, itu telah menyucikan segala dosa mereka, jadi mereka kata yang mereka sudah terselamat dan boleh berbuat apa-apa sahaja.

Inilah bala bagi mereka. Pada mereka, tujuan Nabi Isa عليه السلام itu disalib adalah untuk menyucikan dosa mereka, yang mereka panggil ‘Original Sins’ – Dosa Keturunan. Pada mereka, semua bayi yang dilahirkan, terus berdosa dan hanya akan hilang dosa itu jikalau menerima Jesus sebagai penyelamat. Ini amatlah bertentangan dengan fahaman agama Islam kerana semua bayi dilahirkan suci tanpa dosa sebenarnya.

 

وَجِئتُكُم بِـَٔايَةٍ مِّن رَّبِّكُم

dan juga aku datang kepada kamu dengan membawa tanda dari Tuhan kamu. 

Nabi Isa عليه السلام datang dengan ayat Tuhan, bukan cakap sendiri. Baginda telah tunjukkan bukti dan dalil.

 

فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطيعونِ

Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku.

Sepatutnya, dengan segala dalil dan bukti yang diberikan, mereka bertaqwa kepada Allah ‎ﷻ.

Manakala tanda taqwa adalah dengan mentaati baginda. Itulah sekurang-kurangnya yang perlu dilakukan oleh umat para Nabi kepada Nabi mereka.

Inilah yang selalu dikatakan oleh semua Nabi kepada umat mereka. Begitu juga dengan Nabi Muhammad ﷺ. Oleh kerana itu, selain daripada belajar tafsir Al-Qur’an, kenalah juga belajar hadith Nabi, supaya kita tahu apakah perkara yang sunnah dalam agama.


 

Ayat 51: Inilah kesimpulan agama yang dibawa oleh Nabi Isa عليه السلام.

إِنَّ اللَّهَ رَبّي وَرَبُّكُم فَاعبُدوهُ ۗ هٰذا صِرٰطٌ مُّستَقيمٌ

SAHIH INTERNATIONAL

Indeed, Allah is my Lord and your Lord, so worship Him. That is the straight path.”

MALAY

“Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu, beribadatlah kamu kepadaNya. Inilah jalan yang lurus”.

 

إِنَّ اللَّهَ رَبّي وَرَبُّكُم فَاعبُدوهُ

“Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu, beribadatlah kamu kepada-Nya sahaja

Nabi Isa عليه السلام pun berkata yang Allah ‎ﷻ adalah rabbnya, jadi kenapa sembah Nabi Isa ‎ﷻ? Nabi Isa عليه السلام mengingatkan umatnya untuk menghambakan diri kepada Allah ‎ﷻ sahaja, beribadat kepada Allah ‎ﷻ sahaja, jangan buat ibadat kepada selain Allah ‎ﷻ.

Ayat ini adalah ayat tauhid. Tauhid dalam ibadat dan seru. Kena cakap kepada Nasara sekarang tentang perkara ini kerana mereka telah keliru tentang agama mereka. Beritahu kepada mereka yang inilah yang Nabi Isa عليه السلام faham dan ajar, bukannya seperti yang diajar kepada mereka sekarang.

 

هٰذا صِرٰطٌ مُّستَقيمٌ

Inilah jalan yang lurus”.

Kitalah yang kena beritahu kepada mereka supaya jelas agama ini kepada mereka kerana inilah sahaja jalan yang lurus. Mereka keliru sebab tidak belajar sahaja sebab mereka telah diajar benda yang salah semenjak kecil lagi. Begitu juga orang-orang kita yang tidak belajar agama dengan betul, tidak dipandu oleh kefahaman wahyu.

Oleh itu, jalan yang lurus adalah menghambakan diri hanya kepada Allah ‎ﷻ sahaja, ibadat kepada Allah ‎ﷻ sahaja, seru kepada Allah ‎ﷻ sahaja. Inilah tafsir bagi maksud ‘Jalan yang Lurus’ yang kita minta dalam Surah Fatihah yang setiap hari kita baca. Kita minta dipandu kepada jalan yang lurus, maka ketahuilah yang jalan yang lurus adalah menghambakan, ibadat dan seru hanya kepada Allah ‎ﷻ sahaja. Selain dari itu, bukan jalan yang lurus.


 

Ayat 52: Ini adalah jenis Ayat Idmaj. Maksudnya ada kisah panjang lagi sebelum ayat ini (yang perlu ditambah untuk menjelaskan maksud ayat ini).

۞ فَلَمّا أَحَسَّ عيسىٰ مِنهُمُ الكُفرَ قالَ مَن أَنصاري إِلَى اللَّهِ ۖ قالَ الحَوارِيّونَ نَحنُ أَنصارُ اللَّهِ ءآمَنّا بِاللَّهِ وَاشهَد بِأَنّا مُسلِمونَ

SAHIH INTERNATIONAL

But when Jesus felt [persistence in] disbelief from them, he said, “Who are my supporters for [the cause of] Allah ?” The disciples said,” We are supporters for Allah . We have believed in Allah and testify that we are Muslims [submitting to Him].

MALAY

Maka ketika Nabi Isa merasa (serta mengetahui dengan yakin) akan kekufuran dari mereka (kaum Yahudi), berkatalah dia:” Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?”. Orang-orang “Hawariyyuun” (Penyokong-penyokong Nabi Isa) berkata: “Kamilah penolong-penolong (utusan) Allah. Kami telah beriman kepada Allah, dan saksikanlah (wahai Nabi Allah) sesungguhnya kami ialah orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah).

 

فَلَمّا أَحَسَّ عيسىٰ مِنهُمُ الكُفرَ

Maka ketika Nabi Isa merasa akan kekufuran daripada mereka

Apabila Nabi Isa عليه السلام membawakan dakwah tauhid, maka pemuka Yahudi telah menentang baginda kerana mereka telah rasa terancam sampai mereka membuat perancangan untuk membunuh baginda. Namun begitu, mereka tidak boleh menjalankan perancangan itu sendirian kerana puak Yahudi waktu itu berada di bawah takluk kerajaan Rom yang syirik. Maksudnya, bukanlah mereka yang memerintah.

Kerajaan Rom adalah kerajaan yang berfahaman syirik. Bukan kerajaan Rom sahaja yang musyrik kerana mereka waktu itu sendiri adalah Musyrikin kerana mereka memuja Nabi Uzair عليه السلام sebagai anak Allah ‎ﷻ. Mereka puja baginda hanya kerana Nabi Uzair عليه السلام boleh menghafal Kitab Taurat. Kiranya pada waktu itu hebat sangat kalau boleh menghafal Kitab Taurat sampai mereka memuja baginda sebagai anak tuhan. Padahal zaman sekarang orang Islam ramai sahaja yang boleh menghafal 30 juzuk Al-Qur’an.

Maka kerana bimbangkan pengaruh tauhid yang dibawa oleh Nabi Isa عليه السلام, mereka telah membuat cerita untuk mentohmah Nabi Isa عليه السلام kepada kerajaan Rom. Mereka menuduh Nabi Isa عليه السلام dan pengikut baginda telah merancang untuk menggulingkan kerajaan Rom dan Nabi Isa عليه السلام hendak menjadi raja. Waktu itu hukuman kepada cubaan mengguling kerajaan pada waktu itu adalah dipalang (salib).

 

قالَ مَن أَنصاري إِلَى اللَّهِ

berkatalah dia:” Siapakah penolong-penolongku kepada Allah?

Allah ‎ﷻ telah memberikan wahyu kepada baginda bahawa terdapat perancangan untuk membunuh baginda. Ataupun Nabi Isa عليه السلام sudah dapat merasa dan itulah maksud perkataan أَحَسَّ itu. Maka Nabi Isa عليه السلام telah bertanya kepada pengikutnya, siapakah yang akan menjadi pembantunya? Siapakah yang mahu menjadi pembela agama yang taat setia?

Dalam ayat ini, Nabi عليه السلام mengajak mereka menjadi pembantu baginda di dalam menegakkan agama Allah ﷻ, iaitu agama yang mentauhidkan Allah ﷻ.

 

قالَ الحَوارِيّونَ نَحنُ أَنصارُ اللَّهِ

Orang-orang “Hawariyyuun” (Penyokong-penyokong Nabi Isa) berkata: “Kamilah penolong-penolong (utusan) Allah. 

Ada 12 orang hawariyyun yang sedia membantu baginda. Perkataan hawari itu ada yang mengatakannya berasal daripada kata yang bermaksud ‘nelayan’ kerana waktu itu di Jerusalem ramai nelayan. Ada juga yang kata ia daripada perkataan ‘basuh’ yang bermaksud mereka itu adalah tukang cuci (tukang dobi) yang kerjanya mengambil upah membasuh pakaian.

Maknanya mereka itu daripada golongan bawahan. Tapi merekalah yang sanggup untuk menjadi pengikut kepada Nabi Isa عليه السلام dan sanggup membantu baginda menyebarkan agama dan mempertahankan baginda. Memang sudah kebiasaan sunnah, pengikut para Nabi selalunya adalah golongan bawahan.

Ada juga yang mengatakan bilangan hawariyyun itu tidak disebut dalam riwayat Islam. Yang dikatakan 12 orang itu adalah daripada kisah israeliyat sahaja. Allahu a’lam.

Daripada riwayat, ada disebut yang pemuka Yahudi yang jahatlah yang datang masuk mencari Nabi Isa عليه السلام untuk menangkap baginda. Kerana apabila orang Rom hendak menangkap Nabi Isa عليه السلام (selepas dikatakan baginda hendak menjatuhkan kerajaan Rom) mereka kata mereka tidak mengenali bagaimana rupa Nabi Isa عليه السلام kerana bagi mereka, sama sahaja rupa baginda dan pengikut-pengikutnya.

Oleh itu, ada seorang yang sanggup menjadi tukang pengecam siapa Nabi Isa عليه السلام. Dia kata dia yang akan masuk dahulu dan dia akan panggil Nabi Isa عليه السلام dan orang Rom waktu itu bolehlah menangkap baginda selepas itu iaitu selepas tahu mana satu baginda. Itu adalah rancangan mereka.

Tapi pada waktu itu Allah ‎ﷻ telah mengangkat Nabi Isa عليه السلام ke langit. Waktu itulah juga, Allah ‎ﷻ telah menukarkan wajah ketua Yahudi yang jahat itu (yang hendak mengecam baginda) jadi menyerupai wajah Nabi Isa عليه السلام. Pengikut yang lain nampak rupanya memang seperti Nabi Isa عليه السلام, maka mereka memanggil orang itu dengan panggilan Nabi Isa عليه السلام. Maka akhirnya dialah yang ditangkap oleh orang Rom dan kemudian dia pula yang dipalang.

Puak Yahudi yang jahat telah membuat propaganda yang mereka telah membunuh Nabi Isa عليه السلام. Namun terdapat satu kekeliruan, ke manakah hilangnya lelaki yang masuk mencari Nabi Isa عليه السلام itu? Tidak ada dikatakan yang dia dijumpai selepas itu (tidak disebut dalam sejarah). Tapi mereka sudah tidak kisah lagi sebab bagi mereka, yang paling penting adalah mereka sudah berjaya menangkap Nabi Isa عليه السلام. Itulah yang mereka canang-canangkan.

Penganut Kristian turut diperbodohkan sampai mereka terima cerita yang Nabi Isa عليه السلام mati disalib dan mereka pegang sehingga ke hari ini. Mereka tambah pula dalam akidah agama mereka, yang Nabi Isa عليه السلام disalib itu untuk menebus dosa keturunan daripada Nabi Adam عليه السلام (Original Sins kerana memakan pokok larangan).

Maknanya mereka itu ikut sahaja kata orang lain tanpa usul periksa. Mereka itu kalau dalam pepatah Arab, dikatakan ‘bodoh macam keldai’. Ini kerana keldai itu hanya ikut sahaja arahan manusia. Itulah bahayanya kalau tidak belajar agama, ikut sahaja tanpa usul periksa. Padahal sepatutnya kita kena ikut dalil. Itulah yang dipanggil ittiba‘ – ikut dengan mengetahui dan memahami dalil.

Kalau ikut tanpa tahu dalil, itu dinamakan taklid. Apabila bertaklid, ia boleh menjadi baik, namun boleh juga menjadi punah, macam-macam boleh jadi. Ini kerana kita tidak tahu sama ada orang yang kita ikut itu benar atau tidak. Jadi kenalah kita ittiba’ iaitu mengikut orang yang boleh memberikan dalil.

Dalil itu pula mestilah wahyu, bukannya hujah manusia dan bukan hujah akal. Dalam Al-Qur’an pun, kalau disuruh kita ikut, perkataan yang digunakan adalah ittiba‘. Nanti dalam ayat selepas ini akan disebut kalimah ittiba’ ini.

Maka kenalah belajar agama untuk mengetahui dalil itu. Bukan payah pun untuk belajar dan untuk faham. Agama ini mudah sahaja sebenarnya. Yang buat payah itu adalah kerana perkara-perkara bid’ah yang ditambah-tambah. Tidak ada alasan untuk tidak belajar Al-Qur’an dan hadith sedangkan benda-benda lain, kita boleh pula belajar sampai ke universiti, sampai ada ke tahap PHD atau sekurang-kurangnya sampai ke darjah enam.

12 hawariyyun itulah yang menegakkan agama Allah‎ ﷻ sepeninggalan Nabi Isa عليه السلام. Mereka menegakkan agama dan menyebarkan agama dengan cara senyap dan tersembunyi sebab takut mereka akan dibunuh. Oleh kerana dakwah dan ajaran agama pada waktu itu dengan cara sembunyi-sembunyi, maka maklumat agama terhalang kepada manusia yang kebanyakan, maka ramai yang tidak tahu.

Disebabkan itulah banyak salah faham terjadi dalam agama Kristian kerana mereka disuap dengan ajaran agama yang salah. Sedangkan, masih ada syari’at lagi pada waktu itu. Maknanya syari’at pada waktu itu sebelum dinaikkan Nabi Muhammad ﷺ sebagai Nabi, adalah kitab Injil. Maka sesiapa yang tidak beriman dengan kitab Injil pada waktu itu, maka dia adalah kufur.

Ketika Nabi Isa عليه السلام dapat tahu ada dalam kalangan halaqah baginda itu yang ingkar dengan ajaran tauhid dan akan membelot, maka baginda meminta tolong sesiapa yang boleh membantu baginda. Jadi kalau sampai perlu untuk meminta tolong, maka jelaslah itu adalah sifat manusia, bukannya sifat ‘anak tuhan’ atau tuhan sendiri. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa Nabi Isa عليه السلام hanya seorang Nabi dan Rasul sahaja.

 

ءآمَنّا بِاللَّهِ وَاشهَد بِأَنّا مُسلِمونَ

Kami telah beriman kepada Allah, dan saksikanlah (wahai Nabi Allah) sesungguhnya kami ialah orang-orang Islam

12 Hawariyyun itu telah bersedia untuk membantu baginda. Mereka mengaku beriman dan percaya kepada tauhid. Maknanya mereka sanggup menyerah diri membela agama.

Mereka meminta Nabi Isa عليه السلام menjadi saksi yang mereka menyerahkan diri mereka kepada Allah ‎ﷻ.


 

Ayat 53: Ayat ini adalah sambungan kepada kisah Hawariyyun yang sanggup membantu Nabi Isa عليه السلام dalam dakwah baginda. Setelah mereka menyatakan kesanggupan mereka, sekarang diberitahu yang mereka bermunajat pula kepada Allah ‎ﷻ.

Oleh itu ini mengajar kita, kita mula-mula kena sanggup dahulu, dan selepas itu apa yang terjadi, kita kena doa minta tolong kepada Allah ﷻ. Perjuangan memerlukan kesanggupan dan permohonan doa kepada Allah ‎ﷻ. Harapan mesti diletakkan 100% kepada Allah ‎ﷻ kerana tanpa pertolongan Allah ‎ﷻ, maka tidak ada harapan.

رَبَّنا ءآمَنّا بِما أَنزَلتَ وَاتَّبَعنَا الرَّسولَ فَاكتُبنا مَعَ الشّٰهِدينَ

SAHIH INTERNATIONAL

Our Lord, we have believed in what You revealed and have followed the messenger Jesus, so register us among the witnesses [to truth].”

MALAY

“Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu)”.

 

رَبَّنا ءآمَنّا بِما أَنزَلتَ

“Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan,

Sebelum ini mereka minta Nabi Isa عليه السلام menjadi saksi namun dalam ayat ini mereka terus mengaku dengan Allah ‎ﷻ yang mereka telah beriman dengan wahyu yang Allah ‎ﷻ turunkan. Memang kita kena terus sahaja cakap dengan Allah ‎ﷻ dan tidak perlu perantaraan.

 

وَاتَّبَعنَا الرَّسولَ

dan kami mengikut Rasul

Mereka kata mereka telah ikut Nabi Isa عليه السلام. Mereka kata mereka ittiba’ dengan baginda. Maknanya mereka ikut dengan rela, dengan cinta dan ikut dengan tepat. Dan itulah maksud ittiba’. Selain itu juga, tidak menambah-nambah ajaran yang diberikan oleh Nabi.

Inilah yang dikehendaki daripada kita – ikut sahaja dan jangan ditambah-tambah dalam agama. Jangan amalkan amalan bid’ah langsung. Jadi untuk tahu apakah yang bid’ah dan tidak, kena belajar untuk membezakan manakah yang bid’ah dan mana yang sunnah.

Maknanya mereka bersetuju untuk taat kepada arahan Rasul mereka.

 

فَاكتُبنا مَعَ الشّٰهِدينَ

oleh itu tuliskanlah kami berserta orang-orang yang menjadi saksi

Sebelum ini mereka meminta Nabi Isa عليه السلام menjadi saksi yang mereka adalah Muslim, sekarang mereka meminta Allah ‎ﷻ sendiri yang menjadi saksi. Mereka meminta Allah ‎ﷻ tuliskan mereka sebagai orang yang bersaksi sebagai Muslim.


 

Ayat 54: Sekarang kita lihat tentang pihak lawan pula.

وَمَكَروا وَمَكَرَ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيرُ المٰكِرينَ

SAHIH INTERNATIONAL

And the disbelievers planned, but Allah planned. And Allah is the best of planners.

MALAY

Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itu pun merancangkan tipu daya (hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.

 

وَمَكَروا وَمَكَرَ اللَّهُ

Dan mereka merancang tipu daya dan Allah pun merancang

Ini adalah tentang rancangan pemuka Yahudi yang jahat. Mereka telah membuat rancangan yang halus dan terperinci. Kalimah مَكَرَ tidak semestinya untuk rancangan yang jahat sahaja. Cuma dalam ayat ini mengenai rancangan jahat mereka untuk membunuh Nabi Isa عليه السلام.

Mereka menghasut Raja Rom dengan menuduh Nabi Isa عليه السلام dan kumpulan baginda membuat perancangan untuk mengguling kerajaan. Mereka hendak membunuh Nabi Isa عليه السلام tetapi tidak mampu untuk membunuhnya sendiri. Maka ‘orang dalam’ yang duduk bersama dengan halaqah Nabi Isa عليه السلام sendiri telah menjadi dalang semata-mata  untuk menjadi saksi (saksi palsu) yang kononnya Nabi Isa عليه السلام ada berkata sesuatu yang boleh dijadikan sebagai bukti baginda ingin menggulingkan kerajaan Rom.

Perkara sebegini biasa juga berlaku pada zaman sekarang. Ada yang sanggup menjadi tali barut, ‘api dalam sekam’ demi untuk mengalahkan pergerakan umat Islam.

Allah ‎ﷻ pula merancang dan tentunya Allah ‎ﷻ lebih licik lagi dalam merancang.

 

وَاللَّهُ خَيرُ المٰكِرينَ

dan Allah sebaik-baik yang merancang

Rancangan mereka belum tentu berjaya tetapi rancangan Allah ‎ﷻ sudah pasti akan berjaya. Akhirnya nanti Allah ‎ﷻ memberikan keselamatan kepada Nabi Isa عليه السلام.

Maka kerana itu kita hendaklah bergantung sahaja kepada Allah ‎ﷻ. Orang kafir yang menjadi musuh Islam mungkin banyak rancangan mereka hendak menjatuhkan Islam, yang kita pun tidak tahu. Apa lagi yang kita boleh buat selain daripada mengharap dan menyerahkan segala urusan kepada Allah ‎ﷻ?

Ingatlah bahawa rancangan mereka tidak akan berjaya kalau Allah ‎ﷻ tidak benarkan. Jadi tidak perlu sibukkan diri kita dengan teori konspirasi yang berbagai-bagai jenis itu. Kita serahkan sahaja urusan kita dan urusan mereka kepada Allah ﷻ. Bukankah ini lebih mudah?

Sekian Ruku’ 5 dari 20 ruku’ surah ini

 

Allahu a’lam. Sambung kepada ayat seterusnya

Kemaskini: 7 Mac 2021

Ringkasan Surah Ali Imran


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir al-Azhar – Hamka

Tafsir Surah Ali Imran Ayat 40 – 48 (Kisah kelahiran Nabi Yahya)

Ayat 40: Ini adalah tentang sifat manusia yang gopoh hendak mengetahui.

Setelah diberikan dengan berita yang baginda sendiri yang minta sebelumnya (anak), terus Nabi Zakaria عليه السلام hendak tahu maklumat lebih lagi. Sebagaimana seorang businessman yang masuk tender kerajaan… setelah diberitahu yang dia memenangi tender, tentulah soalan seterusnya yang dia akan tanya adalah: bila boleh dapat Surat Tawaran?

Ini adalah sifat normal manusia, begitu juga dengan para Nabi. Mereka pun hendak tahu juga dengan segera pemberian dari Allah ﷻ.

قالَ رَبِّ أَنّىٰ يَكونُ لي غُلٰمٌ وَقَد بَلَغَنِيَ الكِبَرُ وَامرَأَتي عاقِرٌ ۖ قالَ كَذٰلِكَ اللَّهُ يَفعَلُ ما يَشاءُ

SAHIH INTERNATIONAL

He said, “My Lord, how will I have a boy when I have reached old age and my wife is barren?” The angel said, “Such is Allah ; He does what He wills.”

MALAY

Nabi Zakaria berkata:” Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal sebenarnya aku telah tua dan isteriku pula mandul?”, Malaikat menjawab: “Demikianlah keadaannya, Allah melakukan apa yang dikehendakiNya”.

 

قالَ رَبِّ أَنّىٰ يَكونُ لي غُلٰمٌ

Nabi Zakaria berkata:” Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, 

Sekarang Nabi Zakaria عليه السلام hendak tahu alamat (tanda) yang isteri baginda sedang mengandung. Soalan daripada Nabi Zakaria عليه السلام ini bukanlah kerana baginda tidak percaya dengan janji Allah ﷻ. Jangan kita salah faham pula kerana seorang Nabi tentunya sudah yakin dengan Allah ‎ﷻ. Baginda sudah percaya kepada janji Allah ‎ﷻ tetapi yang baginda hendak tahu ‘cara bagaimana’ baginda akan mendapat anak.

Ini sama sahaja bagaimana Nabi Ibrahim عليه السلام minta supaya Allah ﷻ tunjukkan bagaimana Dia menghidupkan yang telah mati. Ini adalah kerana apabila ada ilmu, maka ia akan memberi ketenteraman kepada kita dan ini lebih molek.

Lihatlah juga dalam ayat ini, Nabi Zakaria tanya terus dengan Allah ‎ﷻ. Padahal berita gembira itu disampaikan oleh malaikat tetapi apabila hendak bertanya, baginda tanyakan terus pada Allah ‎ﷻ. Ini kerana baginda tahu, malaikat itu hanya penyampai sahaja, tidak boleh berbuat lebih daripada itu.

Maka begitulah, ini mengajar kita supaya tidak bertawasul dalam berkomunikasi dengan Allah ‎ﷻ. Kalau doa, doa terus sahaja kepada Allah ‎ﷻ. Tak perlu pakai broker (orang tengah) dalam berdoa kerana Allah ﷻ maha mendengar doa kita.

 

وَقَد بَلَغَنِيَ الكِبَرُ وَامرَأَتي عاقِرٌ

padahal sebenarnya aku telah tua dan isteriku pula mandul?”,

Baginda hendak tahu bagaimana cara baginda akan mendapat anak itu kerana baginda sedar yang baginda sudah tua (dalam riwayat dikatakan bahawa baginda sudah berumur 120 tahun). Maka memang baginda sangat tua dan kalau dalam keadaan normal seorang lelaki, tidak ada harapan untuk mendapat anak lagi.

Dan yang lebih pelik lagi, isterinya pula tidak pernah melahirkan anak (boleh dikatakan seorang yang mandul). Jadi, baginda tertanya-tanya, bagaimanakah caranya baginda akan mendapat anak? Adakah baginda kena berkahwin lain kerana isterinya mandul, atau Allah ‎ﷻ akan menjadikannya muda dan sihat semula? Atau baginda akan diberikan dengan isteri yang baru?

 

قالَ كَذٰلِكَ اللَّهُ يَفعَلُ ما يَشاءُ

Malaikat menjawab: “Dengan keadaan kamu sekarang, Allah melakukan apa yang dikehendaki-Nya”.

Allah ‎ﷻ jawab yang anak itu akan dikurniakan kepada baginda dengan keadaan baginda waktu itu. Allah ‎ﷻ tidak perlu menukar isteri baginda, Allah ‎ﷻ juga tidak perlu menjadikan baginda muda semula.

Ini kerana Allah ‎ﷻ tidak perlu mengikut peraturan sesuatu proses untuk menjadikan sesuatu. Kita sebagai manusia, memanglah kena mengikut proses adat kejadian. Nak buat sesuatu kena keadaan sempurna baru ia menjadi. Tapi Allah ‎ﷻ boleh melakukan semua perkara yang menyalahi adat. Malah adat kejadian itu pun Allah ‎ﷻ yang buat, maka Allah ﷻ boleh sahaja nak ganti.


 

Ayat 41: Ini adalah soalan seterusnya daripada Nabi Zakaria عليه السلام. Baginda terlalu gembira tidak terhingga. Maka baginda hendak tahu lebih lagi – sekarang hendak tahu ‘bila’ pula.

قالَ رَبِّ اجعَل لّي ءآيَةً ۖ قالَ ءآيَتُكَ أَلّا تُكَلِّمَ النّاسَ ثَلٰثَةَ أَيّامٍ إِلّا رَمزًا ۗ وَاذكُر رَبَّكَ كَثيرًا وَسَبِّح بِالعَشِيِّ وَالإِبكٰرِ

SAHIH INTERNATIONAL

He said, “My Lord, make for me a sign.” He Said, “Your sign is that you will not [be able to] speak to the people for three days except by gesture. And remember your Lord much and exalt [Him with praise] in the evening and the morning.”

MALAY

Nabi Zakaria berkata lagi: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah bagiku satu tanda (yang menunjukkan isteriku mengandung)”. Allah berfirman: “Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga hari (tiga malam) melainkan dengan isyarat sahaja; dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan pada waktu pagi”.

 

قالَ رَبِّ اجعَل لّي ءآيَةً

Nabi Zakaria berkata lagi: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah bagiku satu tanda

Nabi Zakaria عليه السلام hendak tahu pula tanda yang isterinya akan melahirkan anak, atau tanda bila isterinya akan mengandung.

Bukanlah baginda gopoh tetapi dikatakan yang baginda ingin tahu supaya selepas dapat tanda itu, baginda boleh bersyukur banyak-banyak kepada Allah ‎ﷻ di atas kurniaan yang besar itu.

Atau baginda minta tanda bilakah isterinya akan mengandung supaya baginda boleh membuat persiapan sambut anak.

 

قالَ ءآيَتُكَ أَلّا تُكَلِّمَ النّاسَ ثَلٰثَةَ أَيّامٍ إِلّا رَمزًا

Allah berfirman: “Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga hari melainkan dengan isyarat sahaja; 

Allah ﷻ beritahu bahawa tanda yang isterinya akan mengandung adalah lidah baginda akan menjadi kelu selama tiga hari. Baginda hanya boleh berkomunikasi dengan umat baginda menggunakan isyarat tangan sahaja. Iaitu macam orang bisu.

 

وَاذكُر رَبَّكَ كَثيرًا

dan ingatlah kepada Tuhanmu banyak-banyak, 

Allah ‎ﷻ menyuruh baginda mengingati Allah ‎ﷻ dalam hati (kerana lidah sudah kelu tidak boleh berkata). Zikir dalam hati pun dikira zikir juga.

 

وَسَبِّح بِالعَشِيِّ وَالإِبكٰرِ

dan bertasbihlah pada waktu malam dan pada waktu pagi”.

Baginda disuruh bertasbih juga membersihkan nama Allah ‎ﷻ daripada segala sifat syirik dan kekurangan.

Kalimah العَشِيِّ bermaksud waktu dari waktu Zuhur ke Maghrib.

Kalimah الإِبكارِ pula adalah waktu pagi dari waktu Fajar ke Dhuha. Waktu-waktu ini adalah waktu yang amat molek untuk berzikir dan beribadat kepada Allah ‎ﷻ.

Maksudnya: hendaklah kepada Allah ﷻ sepanjang hari.

Tafsir lain:

Zikir: ingat dengan hati

Tasbih: sebut dengan lidah

Sekian Ruku’ 4 dari 20 ruku’ surah ini


 

Ayat 42: Selepas menceritakan tentang kejadian ajaib yang berlaku kepada Nabi Zakariya, Allah beralih pula kepada kisah Maryam. Nabi Zakariya mendapat anak di usia yang lanjut, itu sudah pelik. Tapi lebih ajaib lagi adalah kisah Maryam dan kelahiran Nabi Isa a.s. tanpa ayah.

Maryam adalah seorang wanita yang mulia dan ditinggikan kedudukannya. Beliau adalah seorang wali Allah ﷻ. Tetapi salah faham tentang kedudukan Maryam telah menyebabkan separuh dari manusia di dunia ini (penganut Kristian) telah kufur dengan menyeru beliau.

Ini kerana kelahiran Maryam yang pelik. Dan memang kebanyakan manusia akan terkesan dengan perkara yang ajaib. Ini kerana mereka tidak biasa dengar. Maka manusia perlu dibiasakan dengan perkara yang di luar kebiasaan. Maka kena biasakan baca dan belajar tafsir Al-Qur’an supaya biasa sahaja dengan perkara-perkara pelik kerana dalam Al-Qur’an memang selalu disebut.

Allah berfirman dalam ayat ini untuk memberitahu kita bahawa beliau adalah manusia biasa sahaja. Memang beliau seorang yang mulia tapi masih lagi seorang manusia, jadi tidak boleh diseru dan dipuja. Ini kerana tidak ada sifat ilah pada beliau.

وَإِذ قالَتِ ٱلمَلَـٰٓٮِٕڪَةُ يٰمَريَمُ إِنَّ اللَّهَ اصطَفٰكِ وَطَهَّرَكِ وَاصطَفٰكِ عَلىٰ نِساءِ العٰلَمينَ

SAHIH INTERNATIONAL

And [mention] when the angels said, “O Mary, indeed Allah has chosen you and purified you and chosen you above the women of the worlds.

MALAY

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, dan mensucikanmu, dan telah memilihmu (beroleh kemuliaan) melebihi perempuan-perempuan seluruh alam (yang sezaman denganmu).

 

وَإِذ قالَتِ ٱلمَلَـٰٓٮِٕڪَةُ

Dan ingatlah ketika malaikat berkata:

Malaikat bercakap dengan Maryam dengan cara ilham kerana beliau bukan Nabi. Ulama’ hampir sepakat mengatakan tidak ada Nabi dan Rasul dari kalangan wanita. Jadi tidaklah malaikat bercakap terus dengan Maryam. Kita tidak tahu cara bagaimana komunikasi itu berlaku.

 

يٰمَريَمُ إِنَّ اللَّهَ اصطَفٰكِ وَطَهَّرَكِ

“Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu, dan mensucikanmu,

Allah sendiri telah memilih Maryam menjadi manusia yang beriman dan taat. Allah pilih beliau kerana kesucian yang ada pada Maryam. Allah pilih dia dari dia kecil lagi. Ada orang, apabila sudah dewasa baru dipilih, tapi Maryam dari kecil lagi. Ini adalah satu kedudukan yang tinggi sekali.

Allah menyucikan Maryam dari perkara-perkara yang tidak elok dalam hal agama. Beliau dari kecil lagi terpelihara dari melakukan dosa-dosa besar.

 

وَاصطَفٰكِ عَلىٰ نِساءِ العٰلَمينَ

dan telah memilihmu melebihi perempuan-perempuan seluruh alam

Allah pilih Maryam setelah beliau baligh, menjadi perempuan yang paling mulia pada zamannya. Itu adalah kedudukan yang tinggi. Jadi sebelum baligh beliau dijaga, dan selepas baligh beliau diberi kedudukan yang tinggi.

Ayat ini menunjukkan bahawa Allah yang pilih Maryam menjadi makhluk yang taat. Bukannya Maryam itu salah satu ilah yang boleh dipuja. Inilah kekeliruan yang hendak diperjelaskan oleh Allah.


 

Ayat 43:

يٰمَريَمُ اقنُتي لِرَبِّكِ وَاسجُدي وَاركَعي مَعَ الرّٰكِعينَ

SAHIH INTERNATIONAL

O Mary, be devoutly obedient to your Lord and prostrate and bow with those who bow [in prayer].”

MALAY

“Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu, dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan sembahyang) bersama-sama orang-orang yang rukuk “.

 

يٰمَريَمُ اقنُتي لِرَبِّكِ

“Wahai Maryam! Taatlah kepada Tuhanmu,

Allah yang pilih Maryam menjadi seorang yang taat kepada Allah. Allah perintah dia jadi taat, iaitu dengan jaga hukum.

 

وَاسجُدي وَاركَعي مَعَ الرّٰكِعينَ

dan sujudlah serta rukuklah (mengerjakan sembahyang) bersama-sama orang-orang yang rukuk “.

Maryam perlu melakukan solat berjemaah bersama dengan orang lain. Kenapa dia kena solat berjemaah? Sebab dia tinggal di masjid, maka kena solat bersama dengan orang lain.

Disebut rukuk dalam ayat ini sebagai isyarat kepada ‘solat’, kerana kalau sebut ‘sujud’, tidak dikira solat lagi kerana sujud itu boleh dilakukan luar solat. Sebagai contoh, sujud syukur dan sujud tilawah boleh dilakukan di luar solat.

Disebut sujud dahulu kerana ibadah Yahudi adalah sujud selepas qiyam. Mereka tidak ada rukuk. Qiyam, rukuk dan sujud itu ada di dalam ibadat solat umat Nabi Muhammad.

Tafsir lain: rukuk itu bermaksud pergaulan, taat setia dan rendah diri dengan orang-orang lain di dalam masyarakat.


 

Ayat 44:

ذٰلِكَ مِن أَنباءِ الغَيبِ نوحيهِ إِلَيكَ ۚ وَما كُنتَ لَدَيهِم إِذ يُلقونَ أَقلٰمَهُم أَيُّهُم يَكفُلُ مَريَمَ وَما كُنتَ لَدَيهِم إِذ يَختَصِمونَ

SAHIH INTERNATIONAL

That is from the news of the unseen which We reveal to you, [O Muhammad]. And you were not with them when they cast their pens as to which of them should be responsible for Mary. Nor were you with them when they disputed.

MALAY

Peristiwa yang demikian ialah sebahagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan qalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan engkau juga (wahai Muhammad) tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi (tentang perkara menjaga dan memelihara Maryam).

 

ذٰلِكَ مِن أَنباءِ الغَيبِ نوحيهِ إِلَيكَ

Peristiwa yang demikian ialah sebahagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad),

Yang telah disampaikan ini semua adalah cerita yang manusia tak boleh tahu melainkan kalau Allah yang beri wahyu. Ia tidak boleh dicari dengan akal. Ini adalah sebagai dalil tsabitnya Nabi Muhammad itu seorang Nabi.

Semua orang pada zaman itu tahu yang Nabi tidak belajar dengan sesiapa. Baginda dikenali tidak pergi ke mana-mana pun pada jangkamasa yang lama. Kalau baginda ada hilang setahun dua, barulah boleh kata baginda ada pergi berguru dengan orang lain. Tapi sepanjang hidup baginda, baginda ada di Mekah sahaja. Kalau pergi mengembara kerana berdagang pun, baginda pergi dengan orang lain yang tahu gerak-geri baginda dan apa yang baginda lakukan sepanjang perjalanan itu.

Jadi baginda tidak dapat kisah ini melainkan dari wahyu daripada Allah. Dan kisah ini tentunya menyebabkan wakil Nasara dari Najran terkejut kerana maklumat ini tidak ramai yang tahu. Kalau penganut Kristian yang biasa pun tidak tahu kisah-kisah yang telah dibacakan oleh Nabi Muhammad itu. Kerana kisah-kisah sebegini hanya ada pada mereka yang berkedudukan tinggi dalam agama mereka sahaja.

 

وَما كُنتَ لَدَيهِم إِذ يُلقونَ أَقلٰمَهُم أَيُّهُم يَكفُلُ مَريَمَ

sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan qalam masing-masing (untuk mengundi) siapakah di antara mereka yang akan memelihara Maryam.

Dari sini kita dapat tahu yang ramai yang berebut nak pelihara Maryam semasa beliau kecil. Punyalah ramai berebut sampai kena dibuat undian. Caranya adalah, masing-masing yang mahu memelihara Maryam perlu mencampak qalam (pen) mereka ke dalam air. Pada qalam itu ditulis nama mereka.

Dan telah ditakdirkan hanya qalam Nabi Zakariya sahaja yang timbul dan tidak hanyut. Ini adalah mukjizat yang diberikan kepada Nabi Zakariya. Kerana Allah sendiri yang hendak Nabi Zakariya menjaga Maryam.

 

وَما كُنتَ لَدَيهِم إِذ يَختَصِمونَ

Dan engkau juga (wahai Muhammad) tidak ada bersama-sama mereka ketika mereka berkelahi

Allah mengatakan yang Nabi Muhammad tidak ada ketika mereka berbantah-bantah tentang siapakah yang layak menjaga Maryam. Kerana masing-masing hendak menjaga beliau.

Memanglah Nabi Muhammad tidak ada waktu itu tapi baginda boleh beritahu kisah kejadian itu sekarang, sebab baginda dapat wahyu dari Allah. Ini hendak menegaskan kepada manusia terutama Kristian Najran itu bahawa memang tsabit baginda adalah seorang Nabi.


 

Ayat 45:

إِذ قالَتِ ٱلمَلَـٰٓٮِٕكَةُ يٰمَريَمُ إِنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكِ بِكَلِمَةٍ مِّنهُ اسمُهُ المَسيحُ عيسَى ابنُ مَريَمَ وَجيهًا فِي الدُّنيا وَالآخِرَةِ وَمِنَ المُقَرَّبينَ

SAHIH INTERNATIONAL

[And mention] when the angels said, “O Mary, indeed Allah gives you good tidings of a word from Him, whose name will be the Messiah, Jesus, the son of Mary – distinguished in this world and the Hereafter and among those brought near [to Allah ].

MALAY

(Ingatlah) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan dia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah).

 

إِذ قالَتِ ٱلمَلَـٰٓٮِٕكَةُ

ketika malaikat berkata:

Malaikat masih berkomunikasi dengan Maryam dengan cara ilham (bukan dengan cara wahyu).

 

يٰمَريَمُ إِنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكِ بِكَلِمَةٍ مِّنهُ اسمُهُ المَسيحُ عيسَى ابنُ مَريَمَ

“Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, 

Malaikat memberitahu kepada Maryam bahawa akan terjadi anak dalam perut Maryam, dengan lafaz kun fayakun (Jadi, maka jadilah). Itulah lafaz ‘Kalimah Allah’ yang dimaksudkan.

Maknanya bayi itu akan terjadi dengan lafaz titah dari Allah. Ianya adalah karamah Maryam dan Mukjizat Nabi Isa a.s. Maka telah jelas yang Nabi Isa dilahirkan tanpa bapa.

Nama baginda pun telah siap diberi oleh Allah. Nama ini adalah satu kelainan kerana tidak pernah nama seseorang dibinkan kepada nama emaknya. Kecuali Nabi Isa sahaja. Maka, kalau ada amalan yang menggunakan nama emak, seperti dalam perbomohan dan pembacaan talqin, kita tidak pasti dari manakah datangnya ajaran pelik itu.

Ayat ini adalah antara ayat yang digunakan oleh orang Kristian untuk mengelirukan umat Islam yang jahil. Kristian kata, lihatlah dalam Al-Qur’an sendiri mengaku yang Nabi Isa itu adalah ‘Kalam’, dan ‘Kalam’ itu adalah Allah.

Itu adalah pandangan yang sesat. Kalimah yang dimaksudkan adalah kalimah Kun Fayakun. Sebenarnya, semua makhluk Allah jadikan dengan Kun Fayakun, bukannya Nabi Isa sahaja. Cuma Allah sebut khusus kepada Nabi Isa kerana baginda dijadikan dengan cara lain sedikit, di mana baginda tidak ada bapa.

Maka Allah nak beritahu yang sama sahaja semua kejadian, Allah juga yang jadikan. Walaupun nampak manusia lain lahir hasil dari persenyawaan lelaki dan perempuan, tapi sebenarnya Allah juga yang menjadikannya dengan lafaz kun fayakun.

Perkataan al-Masih adalah gelaran khas bagi Nabi Isa. Asalnya dari bahasa Ibrani yang bermaksud ‘diperciki dengan minyak’ (The anointed one). Ianya dilakukan kepada raja-raja yang dinobatkan, di mana mereka akan dipalit dengan minyak.

Menurut kepercayaan Bani Israil, setelah mangkatnya raja mereka yang besar, iaitu Nabi Daud dan Nabi Sulaiman, akan datang lagi raja mereka yang besar, yang akan mendirikan kembali kerajaan Bani Israil. Raja yang dimaksudkan adalah Nabi Isa, iaitu raja yang memperbaiki jiwa yang rosak.

Tetapi pendita Yahudi tidak menerima kenabian baginda. Kerana Nabi Isa telah menegur kesalahan-kesalahan mereka yang telah mengubah kandungan Kitab Taurat. Mereka marah sangat kepada baginda sampaikan mereka buat tohmahan yang Nabi Isa hendak mengambil alih kerajaan Rom. Oleh kerana mereka tidak menerima Nabi Isa, maka sampai sekarang mereka masih menunggu kedatangan raja itu.

 

وَجيهًا فِي الدُّنيا وَالآخِرَةِ

seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat,

Terkenal lagi dimuliakan di dunia kerana baginda adalah seorang Nabi. Bagindalah Nabi terakhir sehinggalah Nabi Muhammad diangkat menjadi Rasul.

Dan baginda akan terkenal kembali nanti apabila baginda turun semula nanti.

Perkataan وَجيهًا datang dari perkataan ‘wajah’. Kalau seseorang itu anak haram, tentunya malu nak tunjuk wajah di khalayak ramai. Tapi Nabi Isa bukanlah anak haram, jadi tidak perlu baginda malu dengan kedudukan baginda. Kita sebut di sini kerana ada pihak yang mengatakan baginda anak haram.

Baginda juga akan terkenal di akhirat kerana baginda adalah salah seorang yang akan beri syafaat kepada orang beriman.

 

وَمِنَ المُقَرَّبينَ

dan dia juga dari orang-orang yang didampingkan

Maksudnya baginda dihampirkan dengan Allah. Ini adalah isyarat yang Allah rapatkan baginda secara fizikal iaitu diangkat ke langit. Ini adalah salah satu dalil yang menjadi sandaran yang Nabi Isa dinaikkan ke langit ke sisi Allah. Nanti kita akan berikan dalil-dalil yang lain.


 

Ayat 46:

وَيُكَلِّمُ النّاسَ فِي المَهدِ وَكَهلًا وَمِنَ الصّٰلِحينَ

SAHIH INTERNATIONAL

He will speak to the people in the cradle and in maturity and will be of the righteous.”

MALAY

“Dan dia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa dia masih kecil dalam buaian, dan semasa dia dewasa, dan dia adalah dari orang-orang yang soleh.”

 

وَيُكَلِّمُ النّاسَ فِي المَهدِ

“Dan dia akan berkata-kata kepada orang ramai semasa dalam buaian,

Dalam riwayat ada disebut, Maryam رضي الله عنها telah mengandung dan melahirkan pada hari yang sama. Apabila beliau membawa pulang anaknya (Nabi Isa عليه السلام) yang baru dilahirkan itu, dan terpaksa menghadapi kaumnya yang tidak mahu percaya serta menuduhnya melakukan perkara yang tidak elok, tentulah beliau tidak mampu menjawab tuduhan tersebut. Maka beliau diarahkan oleh Allah ‎ﷻ untuk tunjukkan sahaja kepada Nabi Isa عليه السلام yang berada dalam dukungannya.

Nabi Isa عليه السلام sendiri yang menjawab tuduhan kaumnya itu semasa dalam pelukan ibunya lagi walaupun baginda baru sahaja entah berapa jam lahir ke dunia. Ini adalah mukjizat Nabi Isa عليه السلام. Ini disebut dalam Surah Maryam dengan lebih panjang lagi.

 

وَكَهلًا

dan semasa dia dewasa, 

Kalimah كَهْلً bermaksud umur 40 ke atas. Maknanya Nabi Isa عليه السلام dikatakan bercakap-cakap pada usia selepas 40. Apakah yang peliknya bercakap di usia dewasa? Yang ajaibnya, baginda telah diangkat ke langit semasa baginda berumur 33 tahun.

Ini memberi isyarat bahawa baginda akan turun semula ke dunia dan akan bercakap-cakap dengan manusia sehingga ke usia كَهْلً. Mengikut riwayat, baginda akan turun dalam umur yang sama – 33 tahun. Kemudian baginda akan berkahwin dan beramal ibadat dengan syari’at Nabi Muhammad ﷺ.

Baginda juga dikatakan akan hidup selama 24 tahun lagi di dunia sebelum wafat. Oleh itu, tidak benar kalau ada yang kata baginda sudah mati. Akidah yang benar adalah Nabi Isa عليه السلام telah diangkat ke langit dan akan dikembalikan ke dunia nanti.

 

وَمِنَ الصّٰلِحينَ

dan dia adalah dari orang-orang yang soleh.”

Ini adalah sifat kelima baginda yang disebut dalam ayat-ayat ini. Baginda adalah orang soleh darjat Nabi, bukan darjat orang biasa.


 

Ayat 47: Sekarang adalah balasan kata-kata daripada Maryam رضي الله عنها.

قالَت رَبِّ أَنّىٰ يَكونُ لي وَلَدٌ وَلَم يَمسَسني بَشَرٌ ۖ قالَ كَذٰلِكِ اللَّهُ يَخلُقُ ما يَشاءُ ۚ إِذا قَضىٰ أَمرًا فَإِنَّما يَقولُ لَهُ كُن فَيَكونُ

SAHIH INTERNATIONAL

She said, “My Lord, how will I have a child when no man has touched me?” [The angel] said, “Such is Allah ; He creates what He wills. When He decrees a matter, He only says to it, ‘Be,’ and it is.

MALAY

Maryam berkata:” Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun?” Allah berfirman; “Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa yang dikehendakiNya; apabila Dia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Dia hanyalah berfirman kepadanya: ` Jadilah engkau ‘, lalu menjadilah ia.”

 

قالَت رَبِّ أَنّىٰ يَكونُ لي وَلَدٌ وَلَم يَمسَسني بَشَرٌ

Maryam berkata:” Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun?”

Ini adalah soalan yang keluar daripada Maryam رضي الله عنها. Bukanlah beliau tidak yakin dengan berita yang disampaikan oleh Allah ‎ﷻ melalui malaikat itu. Beliau yakin yang Allah ‎ﷻ boleh berbuat apa sahaja. Kita pun sudah belajar beliau biasa mendapat makanan dengan cara yang luar biasa. Jadi hal-hal yang lain daripada kebiasaan dan tidak dapat diterima oleh akal yang logik, adalah perkara biasa untuk beliau sebenarnya.

Oleh sebab itu, apabila diberitahu yang beliau akan mendapat anak, beliau boleh menerimanya. Cuma, beliau hendak tahu caranya sahaja. Begitulah juga soalan Nabi Zakariya  عليه السلام – ingin mengetahui caranya sahaja. Ini kerana kalau diikutkan dengan cara biasa, tidak mungkin akan terjadi kerana beliau tidak pernah disentuh oleh lelaki (baik dengan cara haram ataupun halal).

Daripada ayat ini juga, kita dapat tahu yang Maryam رضي الله عنها pun bercakap terus dengan Allah ‎ﷻ. Ini kerana beliau juga tahu yang malaikat hanyalah penyampai berita sahaja. Jadi Maryam رضي الله عنها tidak bertanya kepada malaikat yang menyampaikan maklumat itu. Maryam رضي الله عنها tanya terus kepada Allah ‎ﷻ.

 

قالَ كَذٰلِكِ

Allah berfirman; “Demikianlah keadaannya, 

Allah ‎ﷻ jawab, dengan keadaan beliau begitulah juga. Tidak perlu ada lelaki yang bersetubuh dengannya, Allah‎ ﷻ boleh sahaja menjadikan anak. Allah ‎ﷻ tidak perlu mengikut proses yang biasa.

 

اللَّهُ يَخلُقُ ما يَشاءُ

Allah menjadikan apa yang dikehendaki-Nya; 

Sebab Dia adalah Tuhan jadi Dia boleh berbuat apa sahaja yang dikehendaki-Nya.

Ayat ini menggunakan lafaz يَخْلُقُ. Ini berbeza dengan kelahiran Nabi Yahya  عليه السلام (digunakan lafaz جعل). Ini kerana dalam kes Maryam رضي الله عنها ini, memang digunakan lafaz يَخْلُقُ kerana dijadikan daripada tiada kepada ada dengan lafaz Kun fa Yakun. Sedangkan untuk kejadian anak-anak yang normal, mestilah melalui proses kejadian dan dalam keadaan itu digunakan lafaz جعل.

Namun begitu, dengan menggunakan lafaz يَخْلُقُ dalam ayat ini hendak menekankan yang Nabi Isa عليه السلام adalah ‘makhluk’: bukanlah kejadian luar biasa, bukanlah baginda ini merupakan ‘Anak Tuhan’, tetapi dijadikan oleh Allah ‎ﷻ, sama seperti makhluk-makhluk yang lain. Nabi Isa عليه السلام adalah ciptaan Allah ‎ﷻ, bukannya daripada juzuk (sebahagian daripada) Allah ‎ﷻ.

 

إِذا قَضىٰ أَمرًا فَإِنَّما يَقولُ لَهُ كُن فَيَكونُ

apabila Dia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka Dia hanyalah berfirman kepadanya: ` Jadilah ‘, lalu menjadilah ia.”

Apabila Allah ‎ﷻ hendakkan sesuatu, mudah sahaja bagi-Nya. Lafaz kun fayakun ini hanya sebagai isyarat kepada kita betapa mudahnya dan cepatnya Allah ‎ﷻ hendak menjadikan sesuatu. Allah ‎ﷻ tidak perlu lafaz pun, ia akan terjadi juga.


 

Ayat 48: Ini adalah sifat ke-enam.

وَيُعَلِّمُهُ الكِتٰبَ وَالحِكمَةَ وَٱلتَّورَٮٰةَ وَالإِنجيلَ

SAHIH INTERNATIONAL

And He will teach him writing and wisdom and the Torah and the Gospel

MALAY

Dan Allah akan mengajarnya ilmu menulis, dan hukum-hukum aturan ugama, dan juga kandungan kitab-kitab Taurat dan Injil.

 

وَيُعَلِّمُهُ الكِتٰبَ وَالحِكمَةَ

Dan Allah akan mengajarnya al-Kitab dan hikmah,

Lafaz الكِتابَ dalam ayat ini adalah Al-Qur’an. Apabila baginda dibangkitkan semula, baginda akan diajar Kitab Al-Qur’an dan baginda akan beramal dengan syariat dari Al-Qur’an.

Dan ‘hikmah’ adalah Sunnah. Iaitu baginda juga akan diajar dengan sunnah Nabi Muhammad. Kerana itu baginda kena belajar Al-Qur’an dan sunnah. Walaupun baginda adalah seorang Nabi, tapi baginda tidak boleh pakai syariat lain selain dari syariat Nabi Muhammad.

Begitulah, walaupun seorang Nabi yang mulia macam mana pun, kena juga pakai syariat Nabi Muhammad apabila Nabi Muhammad telah diangkat menjadi Rasul. Maka, tidak ada pilihan lain kepada manusia. Maka janganlah dilanggar syariat itu. Kenalah belajar syariat Nabi Muhammad. Kenalah belajar agama ini dengan seboleh mungkin. Kena ada usaha untuk belajar dan jangan berterusan duduk dalam kejahilan agama.

Jangan jadi sesat pun dengan menggunakan fahaman yang salah seperti yang diamalkan oleh puak tarekat sufi. Mereka amat bodoh ilmu agama sampaikan ada syariat yang dilanggar oleh mereka kerana hendak pakai pendapat guru mereka. Mereka kata ilmu dan darjat guru sudah terlalu tinggi sampai tidak perlu ikut syariat.

Semoga kita dan anak cucu kita terselamat dari ajaran sesat yang dibawa oleh golongan-golongan sebegitu. Satu lagi golongan yang kita kena hati-hati dan tolak terus adalah golongan Habib yang datang dari Yaman.

 

وَٱلتَّورَٮٰةَ وَالإِنجيلَ

dan juga kandungan kitab-kitab Taurat dan Injil.

Nabi Isa tahu dengan mendalam kitab Taurat (sebelum baginda diangkat ke langit). Kita telah tahu yang baginda telah diberikan dengan Kitab Injil. Tapi baginda juga mahir dan hafal kitab Taurat itu. Waktu itu pendita dan pemuka puak Yahudi telah menukar isi kandungan kitab Taurat. Mereka telah memesongkan ajaran agama yang berlainan dengan apa yang ditulis dalam Kitab Taurat.

Jadi apabila mereka memesongkan Kitab Taurat, Nabi Isa telah beritahu yang benar. Baginda beritahu, apa yang disampaikan oleh pendita Yahudi itu tidak seperti yang termaktub dalam Taurat. Maka tentunya marah pendita-pendita Yahudi itu kerana Nabi Isa a.s. telah bongkar perbuatan buruk mereka itu. Susahlah mereka cari makan kalau apa yang mereka bawa sekarang dipersoalkan.

Mereka nak lawan pun susah, kerana kalau mereka berkeras, Nabi Isa boleh suruh mereka keluarkan kitab Taurat yang asli dan boleh sama-sama periksa siapa yang benar. Maka kerana itu akhirnya mereka buat perancangan untuk bunuh Nabi Isa.

Dan kita pun tahu yang Kitab Injil itu diberikan kepada baginda. Ia memang dikaitkan dengan baginda sampai bila-bila.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 6 Mac 2021

Ringkasan Surah Ali Imran


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir al-Azhar – Hamka

Tafsir Surah Ali Imran Ayat 32 – 39 (Kisah kelahiran Maryam)

Ayat 32: 

قُل أَطيعُوا اللَّهَ وَالرَّسولَ ۖ فَإِن تَوَلَّوا فَإِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ الكٰفِرينَ

SAHIH INTERNATIONAL

Say, “Obey Allah and the Messenger.” But if they turn away – then indeed, Allah does not like the disbelievers.

MALAY

Katakanlah (wahai Muhammad): “Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.

 

قُل أَطيعُوا اللَّهَ وَالرَّسولَ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya.

Kali ini Allah ‎ﷻ menggunakan lafaz ‘taat’ pula. Ini adalah paling kurang yang kita kena lakukan.

Maksud literal ‘taat’ adalah ‘sukarela’. Macam perkataan tatawwu‘ dalam salat, bermaksud ‘Salat-salat Sunat’ sebagai salat-salat tambahan selain daripada salat-salat fardhu. Jadi taat dalam agama adalah taat jenis sukarela. Tidak ada paksaan dalam agama. Kita kena rela hendak lakukan. Sebagai contoh, kalau salat kita lakukan tetapi dipaksa, itu bukan ‘taat’ sebenarnya. Pahala pun tiada kerana tidak ada ikhlas.

Hendaklah taat kepada Allah ‎ﷻ dan taat kepada rasul yang mengajar cara taat kepada Allah ‎ﷻ. Allah ‎ﷻ telah pilih rasul itu untuk tunjuk cara bagaimana menjalani kehidupan kepada kita. Kalau kita cinta seseorang, tentulah kita ikut segala perkataan kekasih itu, bukan? Maka taat itu adalah alamat (tanda) adanya kasih.

Sebelum ini beberapa ayat yang sudah diberikan, Allah ‎ﷻ melarang kita berwalikan kepada selain orang Islam. Dalam ayat-ayat ini pula, Allah ‎ﷻ memberitahu kepada siapakah yang patutnya kita letakkan kasih kita itu.

Namun untuk taat, kenalah tahu apakah yang hendak ditaati. Maka, kenalah belajar tafsir Al-Qur’an dan hadith serta sunnah untuk tahu apakah yang perlu ditaati. Janganlah pandai sebut taat sahaja, tetapi tidak tahu apakah yang perlu ditaati.

 

فَإِن تَوَلَّوا فَإِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ الكٰفِرينَ

jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.

Sesiapa yang engkar untuk taat, mereka itu sudah kufur. Mereka dikira kufur kerana ada peluang untuk ikut taat tetapi mereka tidak ikut. Allah ‎ﷻ kata mereka kafir.

Perkara dalam hati orang lain, kita tidak tahu. Oleh itu susah untuk kita mengkafirkan seseorang. Namun begitu, kalau ada yang secara nyata mengatakan sesuatu yang wajib tetapi dia kata tidak wajib, itu adalah kufur dengan nyata dan kita sendiri boleh kata dia kafir kerana dia sudah nyatakan kekafiran dia.

Namun kalau perkara dalam hatinya, Allah ‎ﷻ sahaja yang tahu. Maka jangan kita ringan sahaja mulut untuk kata orang itu kafir, orang ini kafir. Kerja kita bukannya untuk mengkafirkan orang lain tetapi berjagalah dengan peringatan Allah ‎ﷻ ini. Mungkin kita katakan seseorang itu kafir, tetapi bagaimana kalau dia bukan kafir di mata Allah ‎ﷻ? Nauzubillahi min dzaalik.

Habis perenggan makro ajakan tauhid kepada golongan ahli kitab. Dalam ayat-ayat yang kita sudah belajar ini (Ayat 10 – 32), Allah mengajak mereka untuk beriman dengan Nabi Muhammad.

Peta Minda Ringkasan Makro


 

Ayat 33: Ini adalah Dalil Aqli yang keempat. Ayat ini hendak menjelaskan kesilapan dalam fahaman Nasara yang menjadikan golongan keluarga Imran sebagai pujaan. Mereka bukanlah pujaan selain Allah ‎ﷻ, walaupun mereka itu manusia yang taat kepada Allah ‎ﷻ. Jadi kalau mereka manusia biasa, kenapa seru mereka?

Sebelum ini telah disebut tentang cinta kepada Allah ‎ﷻ. Untuk mendapatkan cinta Allah ‎ﷻ, kena taat kepada Rasulullah ﷺ. Rasulullah ﷺ bukanlah rasul yang pertama, malah banyak lagi sebelum baginda. Rasul-rasul itulah yang menjadi penyambung kasih antara makhluk dan Allah ‎ﷻ. Maka kita akan belajar kisah-kisah mereka.

Kita masuk ke Perenggan Makro yang baru. Dari ayat 33 ini sehingga ke ayat 63, ia berkenaan Maryam. Kita akan belajar bagaimana kisah Maryam ini membatalkan dakyah triniti (tiga dalam satu) yang dianuti oleh puak Kristian. Allah ﷻ mula menyebut tentang keluarga yang besar-besar dan hebat.

۞ إِنَّ اللَّهَ اصطَفىٰ ءآدَمَ وَنوحًا وَءآلَ إِبرٰهيمَ وَءآلَ عِمرٰنَ عَلَى العٰلَمينَ

SAHIH INTERNATIONAL

Indeed, Allah chose Adam and Noah and the family of Abraham and the family of ‘Imran over the worlds –

MALAY

Sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam, dan Nabi Nuh, dan juga keluarga Nabi Ibrahim dan keluarga Imran, melebihi segala umat (yang ada pada zaman mereka masing-masing).

 

إِنَّ اللَّهَ اصطَفىٰ ءآدَمَ وَنوحًا

Sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam, dan Nabi Nuh,

Nabi Adam عليه السلام adalah bapa kita semua. Nabi Nuh عليه السلام pula adalah Rasul yang pertama. Semua makhluk adalah keturunan Nabi Adam عليه السلام dan Nabi Nuh عليه السلام kerana selepas Banjir Besar, semua keturunan adalah daripada keturunan Nabi Nuh عليه السلام, tidak ada zuriat yang lain lagi. Maka kerana itu Allah ﷻ mulakan perenggan ini dengan menyebut dua ‘bapa’ kita ini.

 

وَءآلَ إِبرٰهيمَ وَءآلَ عِمرٰنَ عَلَى العٰلَمينَ

dan juga keluarga Nabi Ibrahim dan keluarga Imran, melebihi segala umat

Sekarang Allah ﷻ tentang Nabi Ibrahim عليه السلام pun keluarga Imran pula. Disebut Nabi Ibrahim عليه السلام kerana Nabi Muhammad terbit dari Nabi Ibrahim عليه السلام. Dan disebut keluarga Imran kerana Maryam dan Nabi Isa عليه السلام terbit dari keluarga ini.

Daripada Nabi Ibrahim عليه السلام lahirlah Nabi Ismail عليه السلام dan Nabi Ishak عليه السلام. Kemudian, dari jaluran keturunan Nabi Ishak عليه السلامlah lahirnya keluarga Imran. Di dalam tafsir Al-Qur’an ada disebut dua Imran. Seorang adalah bapa kepada Nabi Musa عليه السلام dan seorang lagi adalah bapa kepada Maryam رضي الله عنها.

Mereka semua telah dipilih untuk jadi rapat dengan Allah ‎ﷻ. Semua yang disebut adalah keturunan Nabi-nabi dan Allah ‎ﷻ memasukkan sekali dengan Keluarga Imran juga. Mereka diberi kedudukan yang melebihi kedudukan manusia biasa yang lain.

Disebut banyak nama Nabi-nabi kerana Nabi Muhammad ﷺ diajar untuk beritahu yang baginda adalah salah seorang daripada rantaian Nabi yang ramai. Baginda bukannya membawa ajaran akidah yang baru melainkan sama sahaja dengan apa yang dibawa oleh para Nabi yang terdahulu. Mereka semuanya dipilih sendiri oleh Allah ‎ﷻ.


 

Ayat 34:

ذُرِّيَّةً بَعضُها مِن بَعضٍ ۗ وَاللَّهُ سَميعٌ عَليمٌ

SAHIH INTERNATIONAL

Descendants, some of them from others. And Allah is Hearing and Knowing.

MALAY

(Mereka kembang biak sebagai) satu keturunan (zuriat) yang setengahnya berasal dari setengahnya yang lain. Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.

 

ذُرِّيَّةً بَعضُها مِن بَعضٍ

satu keturunan yang setengahnya berasal daripada setengahnya yang lain. 

Allah ‎ﷻ mengingatkan bahawa mereka itu semua bukanlah tuhan, melainkan lahir sebagaimana manusia lain juga. Setengah lahir daripada setengah yang lain. Maknanya mereka itu semua adalah daripada keturunan manusia. Bukan lahir daripada Allah ‎ﷻ.

Oleh kerana mereka adalah manusia biasa, jadi kenapa ingin jadikan mereka sebagai pujaan? Kenapa puja berlebihan pula? Inilah bahaya apabila pujian dilakukan berlebihan. Kerana itu Rasulullah ﷺ larang baginda dipuji melambung tinggi. Kerana itu kita menegur golongan yang memuja Nabi sekarang seperti golongan Habib yang memuja Rasulullah ﷺ berlebihan.

 

وَاللَّهُ سَميعٌ عَليمٌ

Dan (ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui sahaja yang layak menjadi Tuhan. Hanyalah Allah ‎ﷻ sahaja yang mempunyai sifat itu. Tidak ada yang lain dan tidak akan ada selainNya yang ada sifat-sifat begitu.

Mereka para nabi dan Keluarga Imran seperti Maryam رضي الله عنها, Nabi Isa عليه السلام dan lain-lain tidak mempunyai kuasa maha mendengar dan maha mengetahui. Ini adalah kerana mereka itu manusia sahaja.


 

Ayat 35: Kita sudah mula masuk kepada kisah Keluarga Imran ini (yang digunakan sebagai nama surah ini) dan kisah mereka dimulakan tentang Maryam رضي الله عنها, ibu kepada Nabi Isa عليه السلام.

إِذ قالَتِ امرَأَتُ عِمرٰنَ رَبِّ إِنّي نَذَرتُ لَكَ ما في بَطني مُحَرَّرًا فَتَقَبَّل مِنّي ۖ إِنَّكَ أَنتَ السَّميعُ العَليمُ

SAHIH INTERNATIONAL

[Mention, O Muhammad], when the wife of ‘Imran said, “My Lord, indeed I have pledged to You what is in my womb, consecrated [for Your service], so accept this from me. Indeed, You are the Hearing, the Knowing.”

MALAY

(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:” Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

 

إِذ قالَتِ امرَأَتُ عِمرٰنَ

ketika isteri Imran berkata:

Isteri Imran bernama Hannah. Imran dikatakan bapa kepada Maryam رضي الله عنها. Ada juga khilaf tentang perkara ini kerana ada yang mengatakan bahawa Imran adalah nama keturunan dan bukannya nama bapa kepada Maryam رضي الله عنها. Allahu a’lam.

Sebelum ini Allah ‎ﷻ kata Dia Maha Mendengar. Sekarang Allah ‎ﷻ tunjuk contoh bagaimana Dia dengar doa ibu Maryam رضي الله عنها walaupun beliau berdoa dalam diam di rumah. Beliau pun bukanlah seorang nabi tetapi Allah ‎ﷻ tetap dengar dan makbulkan juga. Menunjukkan Allah ‎ﷻ dengar doa semua makhluk. Maka jangan kita lelah dalam berdoa. Teruskan berdoa dan yakinlah yang Allah ‎ ﷻ dengar doa kita.

 

رَبِّ إِنّي نَذَرتُ لَكَ ما في بَطني مُحَرَّرًا

“Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepada-Mu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas

Ibu Maryam menazarkan kandungan bayi di dalam perutnya itu untuk menjadikan anaknya itu khusus buat ibadat dan berkhidmat kepada Allah ‎ﷻ. Maksudnya beliau ingin menyerahkan anaknya itu menjadi khadam BaitulMaqdis sebagaimana tok siak kalau di negara kita.

Kalimah “Muharraran” membawa maksud ‘bebas daripada jagaanku’ – seratus peratus (100%) berkhidmat untuk agama. Bebas daripada kehidupan dunia, maknanya duduk berkhidmat di Masjidil Aqsa sahaja tanpa kerja yang lain. Ia dari kata dasar ح ر ر yang bermaksud ‘bukan hamba’.

Syari’at dahulu boleh nazar begitu. Tidak ada dalam syari’at kita sebegitu. Janganlah pula ada yang baca ayat ini tanpa belajar, terus hendak nazarkan anak dalam perut menjadi tok siak masjid pula. Tidak perlulah sampai begitu.

 

فَتَقَبَّل مِنّي

maka terimalah nazarku;

Maknanya kalau ibunya berdoa begitu, Maryam رضي الله عنها itu adalah anak biasa. Untuk mendapatkan Maryam رضي الله عنها pun setelah sekian lama beliau berdoa kepada Allah ‎ﷻ.

Maka, apabila beliau mengandung, beliau menjadi terlalu gembira sehinggakan beliau menazarkan anaknya itu. Beliau sangka anaknya itu adalah lelaki kerana syari’at agama ketika itu pun, hanya budak lelaki yang menjadi khadam di masjid. Maka beliau berharap sangat yang anaknya itu akan lahir sebagai lelaki.

Lihatlah bagaimana ibu Maryam berharap supaya Allah ‎ﷻ menerima nazarnya, bukanlah beliau berdoa supaya Allah ‎ﷻ menerima anaknya itu. Maknanya, pemberian anak itu adalah sebagai salah satu ibadat daripada dirinya sendiri dan beliau mengharapkan pahala daripada nazarnya itu.

 

إِنَّكَ أَنتَ السَّميعُ العَليمُ

sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

Sekali lagi diulang yang Allah ‎ﷻ sahaja Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Ibu Maryam pun tahu perkara ini kerana inilah aqidah dari dahulu lagi.

Ibu Maryam pun tidak mendengar sama ada Allah ‎ﷻ terima doanya ataupun tidak. Ibu Maryam juga tidak mengetahui apakah kandungan dalam perutnya itu adalah anak lelaki atau tidak. Jadi, kalau Allah ‎ﷻ sahaja yang ada sifat Maha Mendengar dan Mengetahui, kenapa hendak sembah selain Allah ‎ﷻ? Kenapa hendak puja dan seru selain Allah ‎ﷻ?


 

Ayat 36:

فَلَمّا وَضَعَتها قالَت رَبِّ إِنّي وَضَعتُها أُنثىٰ وَاللَّهُ أَعلَمُ بِما وَضَعَت وَلَيسَ الذَّكَرُ كَالأُنثىٰ ۖ وَإِنّي سَمَّيتُها مَريَمَ وَإِنّي أُعيذُها بِكَ وَذُرِّيَّتَها مِنَ الشَّيطٰنِ الرَّجيمِ

SAHIH INTERNATIONAL

But when she delivered her, she said, “My Lord, I have delivered a female.” And Allah was most knowing of what she delivered, “And the male is not like the female. And I have named her Mary, and I seek refuge for her in You and [for] her descendants from Satan, the expelled [from the mercy of Allah ].”

MALAY

Maka apabila dia melahirkannya, berkatalah dia: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), – dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu – dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)”.

 

فَلَمّا وَضَعَتها قالَت رَبِّ إِنّي وَضَعتُها أُنثىٰ

Maka apabila dia melahirkannya, berkatalah dia: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan

Ibu Maryam berharap supaya anak yang dilahirkannya itu anak lelaki tetapi rupanya yang keluar adalah anak perempuan. Daripada lafaz katanya ini, kita dapat rasa bahawa beliau sedih kerana anaknya itu perempuan. Kerana beliau berharap anak lelaki untuk dikhidmatkan kepada agama.

Memang beliau tidak sangka sama sekali. Maknanya ibu Maryam tidak tahu perkara ghaib.

 

وَاللَّهُ أَعلَمُ بِما وَضَعَت

dan Allah memang lebih mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu

Ibu Maryam beritahu yang anaknya itu perempuan sedangkan Allah ‎ﷻ lebih tahu apakah jantina anak yang akan dilahirkan. Semuanya dalam perancangan Allah ‎ﷻ. Memang Allah ‎ﷻ mahukan anak yang dilahirkan itu anak perempuan kerana Allah ‎ﷻ hendak anak itu menjadi ibu kepada seorang Nabi, maka kenalah yang dilahirkan oleh Hannah itu seorang perempuan.

 

وَلَيسَ الذَّكَرُ كَالأُنثىٰ

dan memanglah tidak sama lelaki dengan perempuan;

Tidak sama dari banyak segi antara lelaki dan perempuan. Ada persamaan dan ada juga perbezaan antara jantina. Kadang-kadang ada perkara yang perempuan lebih lagi daripada lelaki. Kadang-kadang lelaki yang lebih.

Dalam kes ini, untuk menjadi ibu kepada Nabi Isa عليه السلام, hanya orang perempuan sahaja yang boleh ambil tugas itu. Maka, Allah ‎ﷻ telah memilih Maryam رضي الله عنها untuk menjadi ibu kepada seorang Nabi. Walaupun beliau sendiri bukan Nabi (kerana Nabi mesti seorang lelaki) tetapi beliau adalah seorang ibu kepada Nabi. Tidak ada lelaki boleh mencapai kedudukan ini.

 

وَإِنّي سَمَّيتُها مَريَمَ

dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, 

Ini adalah nama yang dipilih oleh ibu Maryam. Maryam dalam bahasanya bermaksud hamba yang sering beribadah kepada Allah ‎ﷻ. Ia nama yang indah dan bolehlah digunakan sebagai nama anak perempuan kita juga.

 

وَإِنّي أُعيذُها بِكَ وَذُرِّيَّتَها مِنَ الشَّيطٰنِ الرَّجيمِ

dan aku melindungi dia dengan peliharaan-Mu, demikian juga zuriat keturunannya, daripada godaan syaitan yang kena rejam

Hannah mohon perlindungan untuk anaknya kepada Allah daripada syaitan. Bukan sahaja anaknya sahaja, tetapi keturunan anaknya itu juga. Maknanya, ibu Maryam ini sudah memandang ke hadapan. Doanya pun amat bagus sekali. Maknanya beliau adalah seorang yang bijak. Bila ibu bijak, maka anak pun akan membesar menjadi insan yang baik.


 

Ayat 37:

فَتَقَبَّلَها رَبُّها بِقَبولٍ حَسَنٍ وَأَنبَتَها نَباتًا حَسَنًا وَكَفَّلَها زَكَرِيّا ۖ كُلَّما دَخَلَ عَلَيها زَكَرِيَّا المِحرابَ وَجَدَ عِندَها رِزقًا ۖ قالَ يٰمَريَمُ أَنّىٰ لَكِ هٰذا ۖ قالَت هُوَ مِن عِندِ اللَّهِ ۖ إِنَّ اللَّهَ يَرزُقُ مَن يَشاءُ بِغَيرِ حِسابٍ

SAHIH INTERNATIONAL

So her Lord accepted her with good acceptance and caused her to grow in a good manner and put her in the care of Zechariah. Every time Zechariah entered upon her in the prayer chamber, he found with her provision. He said, “O Mary, from where is this [coming] to you?” She said, “It is from Allah . Indeed, Allah provides for whom He wills without account.”

MALAY

Maka dia (Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria. Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, dia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya:” Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?” Maryam menjawab; “Ia dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira”.

 

فَتَقَبَّلَها رَبُّها بِقَبولٍ حَسَنٍ

Maka dia diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik,

Allah ‎ﷻ menerima Maryam sebagai nazar ibunya; atau boleh bermaksud Allah ‎ﷻ menerima doa ibu‎ Maryam itu.

 

وَأَنبَتَها نَباتًا حَسَنًا

dan dibesarkannya dengan didikan yang baik,

Maryam telah dibesarkan dengan baik. Allah ‎ﷻ sendiri yang menjadikannya sebegitu. Ini kerana kalau anak kita, memang kita hendak dia jadi baik, kita beri didikan yang terbaik, tetapi tidak semestinya anak itu menjadi baik.

Lihatlah bagaimana anak-anak Nabi Yaakub, walaupun bapanya seorang Nabi, tetapi tidak semua anaknya menjadi. Namun Allah ‎ﷻ memastikan yang Maryam dibesarkan dengan didikan yang baik.

 

وَكَفَّلَها زَكَرِيّا

serta diserahkan-Nya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria.

Nabi Zakaria telah dilantik oleh Allah ‎ﷻ sebagai penjaga Maryam. Ramai yang berpakat hendak menjaga Maryam رضي الله عنها kerana bapa Maryam, Imran telah meninggal. Ramai sangat yang hendak menjaga Maryam sampaikan terpaksa dilakukan undian.

Cara undian dilakukan adalah bagi setiap mereka yang mahu menjaga Maryam رضي الله عنها, perlu mencampak qalam (pen) mereka ke dalam sungai. Qalam yang timbul sahaja akan dipilih sebagai penjaga Maryam رضي الله عنها. Dengan kuasa Allah ‎ﷻ, hanya qalam Nabi Zakaria عليه السلام sahaja yang timbul. Nabi Zakaria عليه السلام pula memang bapa saudara Maryam (suami kepada ibu saudaranya).

Maka Allah ‎ﷻ sendiri yang pilih penjaga Maryam, seorang Nabi dan Rasul. Ini juga mengajar kita bahawa adatnya, orang baik selalunya dijaga oleh orang yang baik juga.

Nabi Zakaria عليه السلام telah menjaga Maryam dengan baik. Siang baginda akan bawa Maryam رضي الله عنها ke masjid BaitulMaqdis dan malam dibawa Maryam رضي الله عنها pulang untuk tidur dengan keluarga baginda.

 

كُلَّما دَخَلَ عَلَيها زَكَرِيَّا المِحرابَ وَجَدَ عِندَها رِزقًا

Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, dia dapati rezeki di sisinya. 

Setiap kali Nabi Zakaria عليه السلام menemui Maryam رضي الله عنها di mihrab (tempat ibadat), baginda dapati yang Maryam رضي الله عنها sentiasa ada rezeki bersamanya. Dikatakan bahawa rezeki itu dalam bentuk buah-buahan yang luar musim. Ini amat menghairankan kerana bukannya ada peti ais pun zaman itu. Maka ini bukan rezeki biasa tapi rezeki luar biasa.

Kalimah المِحرابَ adalah tempat yang dijadikan sebagai tempat pertapaan untuk umat Islam zaman itu. Kita boleh katakan ia ‘tempat ibadat’. Ia berasal daripada perkataan حرب yang bermaksud ‘perang’. Ini adalah kerana tempat itu dijadikan sebagai tempat untuk bersendiri untuk berperang dengan nafsu dan syaitan yang mengganggu iman manusia. Kebiasaannya ini tidak berlaku pada wanita kecuali bagi Maryam sahaja (pengecualian).

Kalau zaman sekarang, ia adalah tempat yang ada lengkuk yang digunakan sebagai tempat imam salat berdiri semasa menjadi imam. Jadi penggunaan kalimah ini sudah berubah.

 

Mihrab pada zaman sekarang
Mihrab pada zaman sekarang

 

قالَ يٰمَريَمُ أَنّىٰ لَكِ هٰذا

Nabi Zakaria bertanya:” Wahai Maryam dari mana engkau dapati ini?”

Makanan yang ada di sisi Maryam itu amat menghairankan Nabi Zakaria عليه السلام kerana baginda yang menjaga Maryam رضي الله عنها dan makanan disediakan olehnya. Dari mana pula datangnya buah-buahan itu?

Seorang Nabi tentu sudah biasa dengan perkara luar biasa. Mereka sudah biasa dengan mukjizat yang berlaku pada mereka. Yang baginda hairan itu adalah kerana ia terjadi kepada Maryam. Kerana itu baginda tanya.

 

قالَت هُوَ مِن عِندِ اللَّهِ

Maryam menjawab; “Ianya dari Allah,

Maryam رضي الله عنها menjawab dengan yakin (lafaz yang digunakan dalam bentuk jazam), yang semua rezeki itu adalah daripada Allah ‎ﷻ yang didapati tanpa ikhtiar daripada dirinya. Ia didapati tanpa asbab. Maknanya ia adalah dari qudrat Allah ﷻ.

 

إِنَّ اللَّهَ يَرزُقُ مَن يَشاءُ بِغَيرِ حِسابٍ

sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak dikira”.

Allah ‎ﷻ boleh memberi apa-apa sahaja kepada hamba-Nya dengan cara tanpa boleh difikir dengan akal. Allah tak kira pun pemberian apa yang diberiNya kerana Dia boleh beri apa sahaja.

Apa yang diberi kepada Maryam رضي الله عنها itu adalah satu jenis ‘karamah’. Memang karamah boleh diberi untuk orang soleh. Ia diberikan kepada Maryam رضي الله عنها kerana taqwa yang ada pada dirinya. Beliau seorang yang takut sangat dengan Allah ‎ﷻ dan amat menjaga dirinya.


 

Ayat 38:  Kesan kejadian itu kepada Nabi Zakaria عليه السلام.

هُنالِكَ دَعا زَكَرِيّا رَبَّهُ ۖ قالَ رَبِّ هَب لي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَميعُ الدُّعاءِ

SAHIH INTERNATIONAL

At that, Zechariah called upon his Lord, saying, “My Lord, grant me from Yourself a good offspring. Indeed, You are the Hearer of supplication.”

MALAY

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.

 

هُنالِكَ دَعا زَكَرِيّا رَبَّهُ

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya,

Apabila melihat karamah yang diberikan kepada Maryam رضي الله عنها, memberi keazaman baru kepada Nabi Zakaria عليه السلام. Baginda berfikir, kalau Maryam رضي الله عنها boleh diberikan oleh Allah ‎ﷻ sebegitu rupa, tentu Allah ‎ﷻ boleh beri kepadanya seorang anak. Ini kerana baginda telah lama teringinkan anak untuk menyambung tugas baginda mengajar kepada umatnya.

Tentu Nabi Zakaria عليه السلام sudah biasa lama berdoa kerana baginda seorang Nabi. Baginda tidak pernah putus asa dalam berdoa. Tapi doa kali ini lain dari kebiasaan baginda. Baginda ambil kesempatan dengan kejadian itu.

Begitulah, apabila kita tengok kejadian Qudrat Allah ‎ﷻ kepada orang lain, ia lebih terkesan di hati kita dan menjadikan doa kita lebih mantap. Kerana pengharapan kita waktu itu paling tinggi. Seorang Nabi pun boleh dapat peringatan daripada orang lain. Bukannya Nabi Zakaria عليه السلام tidak percaya kepada Allah ‎ﷻ boleh memakbulkan doanya, tetapi kejadian yang terjadi kepada Maryam رضي الله عنها itu benar-benar memberi kesan mendalam kepada baginda.

Daripada bahasa yang digunakan, Nabi Zakaria عليه السلام terus berdoa di situ juga. Baginda tidak bertangguh dalam doa baginda. Begitulah, ini mengajar kita adab dan cara berdoa. Apabila kita nampak sesuatu yang memberi kesan kepada jiwa kita, teruslah berdoa. Dalam berdoa, kena pandai cari suasana yang kita rasa kita akan bersungguh-sungguh doa. Ini kerana kita memang selalu berdoa tetapi selalunya ia dalam keadaan sambil lewa.

 

قالَ رَبِّ هَب لي مِن لَدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً

katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; 

Baginda terus berdoa meminta Allah ‎ﷻ mengurniakan anak kepada baginda. Maksud ‘yang baik’ dalam ayat ini adalah ‘yang soleh’.

Dalam Surah Maryam, doa ini lebih panjang lagi. Baginda bukan sahaja meminta diberikan dengan seorang anak, tetapi baginda minta anak yang baik, yang soleh, yang boleh menyambung tugasnya mengajar umat dengan ilmu agama.

Sebenarnya baginda meminta supaya anak itu menjadi Nabi yang akan menggantikannya selepas baginda tiada nanti. Ini telah diceritakan dengan lebih panjang lagi dalam Surah Maryam.

 

إِنَّكَ سَميعُ الدُّعاءِ

sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar doa permohonan”.

Allah ‎ﷻ Maha Mendengar dan boleh memberikan apa sahaja yang diminta oleh makhluk. Tidak sama dengan kita. Kita dengar juga doa orang namun kita tidak boleh berbuat apa-apa.

Maka kalau kita sedar ayat ini, maka kita lebih berharap dalam doa kita. Kerana kita sedar yang apa sahaja yang kita minta kepadaNya, Dia sedang mendengar. Cuma terpulang kepadaNya sama ada hendak memberikan atau tidak.

Allah ﷻ bukan sahaja boleh dengar permintaan kita, tapi Allah ﷻ boleh tunaikan. Kadangkala kita minta kepada orang lain, dia pun boleh dengar permintaan kita, akan tetapi dia mungkin tidak boleh tunaikan. Tapi Allah ﷻ boleh tunaikan.


 

Ayat 39: Allah ﷻ makbulkan doa Nabi Zakaria عليه السلام.

فَنادَتهُ ٱلمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَهُوَ قائِمٌ يُصَلّي فِي المِحرابِ أَنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكَ بِيَحيىٰ مُصَدِّقًا بِكَلِمَةٍ مِّنَ اللَّهِ وَسَيِّدًا وَحَصورًا وَنَبِيًّا مِّنَ الصّٰلِحينَ

SAHIH INTERNATIONAL

So the angels called him while he was standing in prayer in the chamber, “Indeed, Allah gives you good tidings of John, confirming a word from Allah and [who will be] honorable, abstaining [from women], and a prophet from among the righteous.”

MALAY

Lalu dia diseru oleh malaikat sedang dia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya): “Bahawasanya Allah memberi khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak lelaki bernama) Yahya, yang akan beriman kepada Kalimah dari Allah, dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri dari berkahwin, dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh”.

 

فَنادَتهُ ٱلمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَهُوَ قائِمٌ يُصَلّي فِي المِحرابِ

Lalu dia diseru oleh malaikat sedang dia berdiri sembahyang di Mihrab, 

Malaikat terus sampaikan berita gembira kepada baginda (selepas menerima arahan dari Allah) bahawa doa baginda dimakbulkan, dan pemberitahuan itu semasa baginda sedang salat. Baginda sedang salat di mihrab, tempat ibadat. Kita sudah terangkan sebelum ini, ia tempat ‘perang’ seorang manusia dengan nafsunya, dengan syaitan.

Maka maklumat diberikan kepada Nabi Zakaria عليه السلام ketika baginda sedang beribadah. Oleh kerana ada huruf ف dalam perkataan فَنادَتهُ, menunjukkan bahawa jawapan itu terus diberi tanpa lengah. Seumpama, Nabi Zakaria عليه السلام minta, dan terus dijawab.

Nabi Zakaria عليه السلام mendapat jawapan itu semasa baginda sedang salat. Kenapa dimasukkan maklumat yang baginda sedang salat? Ini kerana Allah ‎ﷻ hendak beritahu bahawa doa dalam salat adalah yang paling baik. Kerana ia dilakukan semasa kita sedang dalam ibadah dan dalam ketaatan kepada Allah ﷻ.

Selalu orang kita hanya doa di luar salat, panjang-panjang doanya. Sedangkan Nabi banyak mengajar sahabat untuk berdoa semasa di dalam salat lagi. Doa itu boleh dilakukan sama ada semasa sujud ataupun di dalam tahiyyat akhir.

 

أَنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكَ بِيَحيىٰ

“Bahawasanya Allah memberi khabar yang mengembirakanmu, dengan (seorang anak lelaki bernama) Yahya,

Berita gembira itu adalah Nabi Zakaria عليه السلام akan diberikan dengan seorang anak lelaki yang bernama Yahya (bermaksud: yang hidup). Jadi namanya berkaitan dengan kehidupan.

Nama pun Allah ‎ﷻ telah siap-siap berikan. Nabi Yahya عليه السلام itu tua enam bulan daripada Nabi Isa عليه السلام. Baginda yang akan membantu Nabi Isa عليه السلام dalam dakwah baginda nanti.

 

مُصَدِّقًا بِكَلِمَةٍ مِّنَ اللَّهِ

yang akan membenarkan Kalimat daripada Allah,

Maksudnya baginda akan membenarkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa عليه السلام. Ini kerana ‘Kalimat daripada Allah’ yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah Nabi Isa عليه السلام. Kerana kejadian Nabi Isa عليه السلام luar biasa, Allah ﷻ sebut kalimat ‘kun fayakun’, dan Nabi Isa عليه السلام tercipta tanpa keperluan kepada seorang bapa.

Oleh itu Nabi Yahya عليه السلام juga akan beriman dengan Nabi Isa عليه السلام juga. Tugasnya adalah untuk membantu Nabi Isa عليه السلام dalam dakwah menegakkan Islam. Sampaikan akhirnya baginda dibunuh dalam dakwah baginda.

 

وَسَيِّدًا وَحَصورًا

dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri,

Maksudnya baginda akan menjadi pemimpin. Ketua dari segi agama. Maksudnya, orang akan mengenalinya kerana kehebatan  yang ada pada diri baginda.

Perkataan حَصورًا bermaksud ‘boleh jaga nafsu’. Maknanya baginda tidak berminat langsung kepada wanita. Kalau kita manusia biasa, alim dan warak macam mana pun, kalau ada perempuan yang lalu di hadapan kita, kita akan lihat juga, bukan? Kerana ini adalah naluri seorang lelaki.

Namun Nabi Yahya عليه السلام tidak pandang pun. Baginda dikatakan tidak berkahwin pun. Ini adalah kelebihan yang diberikan kepada Nabi Yahya عليه السلام. Tapi tidaklah kita perlu ikut sunnah ini pula. Kerana kita memang Allah ﷻ telah berikan nafsu yang sihat, jadi tidak perlu nak tahan-tahan pula.

 

وَنَبِيًّا مِّنَ الصّٰلِحينَ

dan akan menjadi seorang Nabi dari kalangan orang-orang yang soleh”.

Nabi Zakaria عليه السلام diberitahu yang anaknya itu akan menjadi Nabi dan baginda akan menjadi anak yang soleh (tapi soleh kategori dan darjat Nabi), bukan soleh manusia biasa. Memang Nabi Zakaria عليه السلام mahukan anak yang dapat meneruskan pengajaran agama di kalangan masyarakatnya.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 6 Mac 2021

Ringkasan Surah Ali Imran


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir al-Azhar, Hamka