Tafsir Surah Fussilat Ayat 16 – 20 (Kulit menjadi saksi)

Ayat 16: Takhwif Duniawi. Mereka menentang pesanan dan dakwah yang disampaikan oleh Nabi mereka, Hud عليه السلام. Maka, mereka telah diberikan azab seksa semasa di dunia lagi.

فَأَرسَلنا عَلَيهِم ريحًا صَرصَرًا في أَيّامٍ نَّحِساتٍ لِّنُذيقَهُم عَذابَ الخِزيِ فِي الحَيَوٰةِ الدُّنيا ۖ وَلَعَذابُ الآخِرَةِ أَخزىٰ ۖ وَهُم لا يُنصَرونَ

Sahih International

So We sent upon them a screaming wind during days of misfortune to make them taste the punishment of disgrace in the worldly life; but the punishment of the Hereafter is more disgracing, and they will not be helped.

Malay

Lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang kencang dalam beberapa hari yang nahas malang, kerana Kami hendak merasakan mereka azab seksa yang menghina dalam kehidupan dunia; dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat lebih besar kehinaannya; sedang mereka tidak diberikan pertolongan (menghindarkan azab itu).

فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِيحًا صَرْصَرًا

Kami utuskan kepada mereka itu azab angin ribut yang kencang

Angin itu adalah jenis angin yang amat sejuk. Apabila mereka kena angin itu, mereka jadi beku kekerasan. Mereka mati dalam keadaan berdiri. Bila tubuh mereka jatuh, mereka pecah berkecai. Itulah sebabnya tiada kesan mereka untuk kita lihat.

فِي أَيَّامٍ نَّحِسَاتٍ

dalam beberapa hari yang penuh sial

Hari-hari itu adalah hari yang sial kerana mereka tidak berpeluang untuk bertaubat. Bilangan hari itu kurang dari sepuluh hari. Iaitu selama tujuh malam lapan hari seperti disebut dalam Haqqah:7.

Bayangkan kalau angin puting beliung yang selama 5 minit berpusing di sesuatu tempat pun akan menyebabkan hancur luluh satu-satu kawasan itu. Tapi kepada kaum Aad, angin itu sudahlah sejuk, tapi mengganas selama tujuh hari dan tujuh malam. Memang hancur terus semuanya.

Allah ﷻ kata hari itu adalah ‘hari yang sial’ kepada mereka. Tetapi, kepada kita, tidak ada hari yang sial sebenarnya. Macam kita sekarang, ada yang kata tidak boleh kahwin pada bulan Muharam kerana kalau kahwin dalam bulan Muharam, kononnya ianya sial. Maka ini adalah khurafat.

Dan ada juga kalangan masyarakat kita yang pilih hari-hari tertentu sebagai sial juga. Itu semua adalah fahaman yang karut lahir dari masyarakat yang jahil agama. Tapi apa yang Allah ﷻ maksudkan adalah hari yang spesifik dikenakan kepada Kaum Aad itu adalah hari yang sial untuk mereka.

لِّنُذِيقَهُمْ عَذَابَ الْخِزْيِ

supaya Kami rasakan kepada mereka itu azab yang menghinakan

Mereka dikenakan dengan azab itu kerana sebelum ini mereka berlagak kerana mereka kata mereka kuat. Sekarang, mereka dihadapkan dengan satu lagi kuasa yang lebih kuat dari mereka. Berapa kuat pun mereka, mereka tidak dapat menahan dari azab itu. Mereka jatuh bergelimpangan seorang demi seorang. Terus hancur apa yang mereka usahakan selama ini.

Azab itu dikatakan sebagai ‘menghinakan’ kerana mereka habis hayat di dunia ini kerana azab dari Allah ﷻ. Nanti semua orang akan tahu di akhirat kelak.

فِي الْحَيَوٰةِ الدُّنْيَا

dalam kehidupan dunia

Sebenarnya, jarang Allah ﷻ memberikan azab kepada manusia yang ingkar semasa mereka di dunia. Tapi kerana teruk sangat kaum Aad itu, Allah ﷻ telah beri azab kepada mereka semasa mereka di dunia lagi. Ianya menjadi peringatan kepada kita bahawa Allah ﷻ boleh sahaja menurunkan azab kepada kita semasa di dunia. Selalunya umat dikenakan dengan azab apabila mereka hendak mencederakan Nabi mereka.

وَلَعَذَابُ الْآخِرَةِ أَخْزَىٰ

dan azab di akhirat kelak lebih teruk lagi.

Walaupun mereka telah menerima azab teruk semasa di dunia, tapi azab itu walau bagaimana teruk pun, tidaklah sama dengan azab di akhirat kelak. Mereka ini sudahlah kena azab di dunia, azab di akhirat pun mereka akan kena lagi.

Azab di akhirat itu lebih menghinakan lagi, lebih teruk lagi. Kenapa? Kerana kalau azab di dunia, apabila mati, azab itu tidak kena kepada kita lagi. Macam mereka yang kena seksa di dunia ini dengan orang lain, mereka akan minta supaya mereka dimatikan sahaja, kerana mereka tahu, kalau sudah mati, mereka tidak akan rasa azab itu lagi.

Tapi di akhirat kelak tidak ada kematian. Macam nak mati, tapi tak mati-mati. Dekat-dekat nak mati, tapi dihidupkan balik. Ahli neraka akan dikenakan begitu berterusan sampai bila-bila. SubhanAllah. Adakah sanggup kita nak terima azab itu?

وَهُمْ لَا يُنْصَرُونَ

Dan mereka tidak akan diberi pertolongan

Tidak akan mendapat bantuan dari sesiapa pun dan dari arah mana pun. Tujuh malam lapan hari mereka dilanda dengan angin itu yang ada kesejukan di dalamnya. Kita selalunya takut dengan azab api. Tapi Allah ﷻ sebut tentang azab sejuk dalam ayat ini. Sejuk pun adalah sesuatu yang menyeksakan.

Di neraka nanti, kita selalu dengar tentang api yang panas yang membakar kita. Tapi mungkin kita tidak pernah dengar bahawa di neraka juga ada tempat yang sangat sejuk. Ya, memang ada.

Sudahlah mereka kena azab yang teruk di dunia, mereka juga akan kena azab di akhirat kelak dan mereka tidak akan dapat ditolong oleh sesiapa pun. Tidak akan ada sesiapa pun yang akan menolong mereka. Di dunia tiada yang menolong mereka dan di akhirat pun tidak akan ada.


Ayat 17. Sekarang tentang kaum Tsamud pula.

وَأَمّا ثَمودُ فَهَدَينٰهُم فَاستَحَبُّوا العَمىٰ عَلَى الهُدىٰ فَأَخَذَتهُم صٰعِقَةُ العَذابِ الهونِ بِما كانوا يَكسِبونَ

Sahih International

And as for Thamud, We guided them, but they preferred blindness over guidance, so the thunderbolt of humiliating punishment seized them for what they used to earn.

Malay

Adapun kaum Thamud, maka Kami beri petunjuk kepadanya, lalu mereka mengutamakan kesesatan dari hidayah petunjuk; mereka pun disambar oleh petir azab yang menghina dengan sebab apa yang mereka telah lakukan.

وَأَمَّا ثَمُودُ

Dan adapun kaum Tsamud,

Dari segi sejarah, Kaum Tsamud ini datangnya selepas Kaum Aad.

Peninggalan kaum Tsamud
Peninggalan kaum Tsamud

فَهَدَيْنٰهُمْ

Maka Kami tunjuk kepada mereka hidayah.

Mereka ditunjukkan dengan hidayah dengan dibawakan kepada mereka seorang Rasul (atau beberapa Nabi). Rasul yang diutuskan kepada mereka adalah Nabi Saleh عليه السلام. Mesej yang disampaikan kepada mereka sama sahaja seperti yang disampaikan oleh rasul-rasul yang dahulu dan kemudian darinya, iaitu sembah Allah ﷻ sahaja, tauhid kepada Allah ﷻ sahaja, doa kepada Dia sahaja.

Untuk orang kafir, apabila dikatakan diberikan ‘hidayah’ kepada mereka, ianya bermaksud sebagai tunjuk jalan sahaja. Penunjuk jalan sudah sampai kepada mereka, tapi mereka sahaja yang tidak mahu terima.

Kalau sudah peluk Islam, barulah boleh diterjemahkan sebagai ‘pimpin’. Iaitu mereka yang telah beriman, apabila hidayah diberikan kepada mereka, ianya memimpin mereka ke jalan yang lurus.

فَاسْتَحَبُّوا الْعَمَىٰ عَلَى الْهُدَىٰ

Mereka lebih suka/sayang kepada buta (kegelapan hati) dari memilih hidayat Allah. 

Mereka sudah tahu manakah kebenaran, tapi mereka masih juga masih nak pakai kesesatan. Maka, banyaklah bantahan mereka kepada seruan Nabi Saleh عليه السلام. Atas keengganan mereka, mereka telah mengemukakan satu syarat untuk mereka beriman. Kalau syarat itu dipenuhi, mereka kata mereka bersedia untuk beriman dan menuruti ajaran Nabi Saleh عليه السلام. Mereka telah minta kepada Nabi mereka, Nabi Saleh عليه السلام sebagai bukti kenabian untuk mengeluarkan unta dari batu.

Nabi Saleh عليه السلام telah memohon kepada Allah ﷻ supaya diperkenankan apa yang mereka minta itu. Allah y memperkenankan tapi dengan syarat juga. Iaitu air yang mereka minum perlu dibahagi hari. Satu hari untuk Kaum Tsamud dan satu hari lagi untuk unta itu. Pada hari yang diperuntukkan unta itu minum, penduduk kaum Tsamud tidak boleh mengambil air itu. Dan pada hari untuk kaum Tsamud mengambil air, unta itu akan pergi jauh ke padang pasir dan tidak bertemu manusia. Kaum Tsamud bersetuju dengan syarat itu.

Setelah syarat itu dipersetujui, unta itu pun dijadikan dengan izin Allah ﷻ dan berlakulah pembahagian air untuk beberapa waktu lamanya. Ada sebahagian dari kaum itu beriman dan sebahagian lagi memilih kebutaan dari petunjuk seperti yang disebut dalam ayat ini.

Maknanya, mereka memilih kegelapan daripada mendapat hidayat Allah ﷻ. Mulanya kehidupan mereka aman dengan bimbingan Nabi Saleh عليه السلام. Tetapi dari godaan iblis, terdapat golongan pemuda yang tidak senang dengan ketenteraman itu. Mereka itu adalah peminum tuak dan marah apabila air perlu dibahagi hari. Kerana air tuak mesti dicampur dengan air biasa untuk dibancuh.

Dan pada suatu hari, pekedai tidak ada air biasa dan hari itu pula adalah hari unta meminum. Pada malam itu, mereka melanggar janji dengan mengambil air dari telaga padahal hari itu adalah hari unta. Apabila ada yang marah mereka, timbul keinginan dalam hati mereka untuk membunuh terus unta itu. Oleh itu, pada hari Nabi Saleh عليه السلام berdakwah ke tempat lain, mereka telah pergi membunuh unta itu.

Bukan itu sahaja, mereka kemudiannya telah merancang hendak membunuh Nabi Saleh عليه السلام sendiri. Tapi perancangan Allah ﷻ melebihi segalanya. Sebelum sempat mereka hendak membunuh Nabi Saleh عليه السلام, mereka telah dikenakan dengan azab.

فَأَخَذَتْهُمْ صٰعِقَةُ

Maka Kami timpa ke atas mereka sambaran petir (dan tempikan yang kuat)

Dalam ayat ini, disebut mereka disambar petir. Dalam ayat yang lain ada disebut mereka mereka didengarkan dengan pekikan yang kuat. Dalam ayat lain, ada pula disebut mereka dikenakan dengan gempa.

Dari sini, kita boleh dapat tahu bahawa semuanya itu dikenakan kepada kaum Tsamud ini. Satu persatu mereka dikenakan dengan azab sampaikan mereka mati kesemuanya.

الْعَذَابِ الْهُونِ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

azab yang menghinakan kerana apa yang mereka lakukan.

Iaitu kerana akibat akidah syirik kepada Allah ﷻ. Dan kerana mereka telah ingkar dengan perjanjian mereka dengan Allah ﷻ berkenaan unta itu. Mereka tidak mahu terima hidayah yang Allah ﷻ telah tawarkan. Mereka telah memungkiri janji yang mereka buat sendiri dengan Allah ﷻ supaya tidak melanggar hari yang dibahagikan penggunaan air itu.

Mereka kemudiannya telah membunuh unta itu dan kemudian mereka telah merancang untuk membunuh Nabi Saleh عليه السلام sendiri. Jadi, apa yang dikenakan kepada mereka ini adalah atas apa yang mereka lakukan. Ianya adalah salah mereka sendiri.


Ayat 18: Setelah panjang beberapa ayat tentang takhwif, sekarang diberikan ayat tabshir. Ini pula balasan kepada mereka yang beriman, yang menerima akidah tauhid, yang menerima ajaran wahyu.

وَنَجَّينَا الَّذينَ ءآمَنوا وَكانوا يَتَّقونَ

Sahih International

And We saved those who believed and used to fear Allah .

Malay

Dan Kami selamatkan orang-orang yang beriman serta mereka tetap bertaqwa.

وَنَجَّيْنَا الَّذِينَ ءآمَنُوا

Dan Kami selamatkan orang beriman.

Kaum mereka yang beriman dalam kalangan bangsa-bangsa itu, Allah y selamatkan mereka dari dikenakan dengan azab itu. Sebelum azab itu diturunkan kepada kaum itu, mereka telah diarahkan untuk meninggalkan tempat itu.

Iman dalam ayat ini adalah beriman dengan akidah tauhid.

وَكَانُوا يَتَّقُونَ

kerana mereka dulu orang yang jaga hukum,

Dan ‘taqwa’ dalam ayat ini bermaksud mereka itu menjaga hukum. Kerana mereka orang yang taat kepada Allah Taala, mereka telah diselamatkan.

Ini bermakna, kalau kita beriman dan bertaqwa kepada Allah ﷻ, Allah ﷻ akan selamatkan kita. Allah ﷻ akan memberi jalan keluar kepada kita. Kita serahkan sahaja keperluan dan keselamatan kita kepada Allah ﷻ.

Habis Ruku’ ke 2 dari 6 ruku’ dalam surah ini.


Ayat 19: Ini adalah ayat Takhwif Ukhrawi. Ayat 19 – 29 adalah Perenggan Makro Keempat dan Allah memberitahu dalam perenggan ini yang azab neraka untuk musuh-musuh-Nya.

وَيَومَ يُحشَرُ أَعداءُ اللهِ إِلَى النّارِ فَهُم يوزَعونَ

Sahih International

And [mention, O Muhammad], the Day when the enemies of Allah will be gathered to the Fire while they are [driven] assembled in rows,

Malay

Dan (ingatlah) hari dihimpun musuh-musuh Allah untuk dibawa ke neraka, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanannya masing-masing.

وَيَوْمَ يُحْشَرُ

Dan pada hari dikumpulkan

Iaitu pada hari manusia dan makhluk semuanya akan dikumpulkan di Mahsyar dan akan diadili mereka atas apa yang mereka lakukan semasa di dunia. Ini belum lagi dimasukkan ke dalam neraka. Walaupun belum masuk lagi, tapi sudah mula kena azab sikit-sikit.

Kita kata ‘sikit’, kerana kalau dibandingkan dengan apabila dimasukkan ke dalam neraka, neraka lagi teruk. Tapi sebelum dimasukkan ke neraka itu pun, di Mahsyar lagi sudah tahu dah apakah nasib mereka nanti. Layanan yang Allah ﷻ berikan kepada orang yang beriman dan orang ingkar tidak sama.

Kita berharap semoga kita mendapat kemudahan semasa di Mahsyar nanti. Kerana tidak dapat dibayangkan betapa payahnya keadaan di sana nanti. Kerana akan dibangkitkan serentak semua sekali manusia, dari yang mula hidup sampailah kepada manusia yang terakhir sekali mati di Hari Kiamat nanti. Tentulah ramai sekali himpunan makhluk waktu itu.

أَعْدَاءُ اللهِ

musuh-musuh Allah.

Mereka itu yang hidup di dunia bercanggah dengan ajaran wahyu. Mereka adalah dikira sebagai ‘musuh Allah’ kerana mereka menentang tauhid. Mereka yang tidak mahu menerima ajaran tauhid dan hukum-hukum Allah ﷻ. Mereka yang ingkar kepada Allah ﷻ.

إِلَى النَّارِ

kepada neraka jahanam.

Mereka akan dibawa berkumpulan untuk dimasukkan ke neraka selepas dibacakan kesalahan-kesalahan mereka semasa di dunia.

فَهُمْ يُوزَعُونَ

lalu mereka dirantai dalam kumpulan; 

Mereka akan dipecahkan ikut kumpulan dan dirantai bersama mengikut kumpulan masing-masing. Mereka akan diheret oleh malaikat ke neraka. Banyak sekali ayat-ayat menceritakan tentang kejadian ini untuk menakutkan kita.

Satu lagi maksud kalimah و ز ع adalah untuk mereka dikekalkan dalam kumpulan. Maksudnya, kalau ada yang di hadapan terkedepan sangat, maka mereka akan diberhentikan supaya yang di belakang boleh kejar balik. Malaikat jaga disiplin mereka supaya jangan berpecah-pecah.


Ayat 20: Sebelum mereka dimasukkan ke dalam neraka, mereka diadili dahulu.

حَتّىٰ إِذا ما جاءوها شَهِدَ عَلَيهِم سَمعُهُم وَأَبصٰرُهُم وَجُلودُهُم بِما كانوا يَعمَلونَ

Sahih International

Until, when they reach it, their hearing and their eyes and their skins will testify against them of what they used to do.

Malay

Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, (maka) pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan.

حَتَّىٰ إِذَا مَا جَاءُوهَا

Maka apabila mereka sampai

Iaitu apabila mereka sampai di pintu neraka tapi belum dimasukkan lagi. Akan diceritakan keadaan mereka. Ini semua adalah sebagai azab rohani kepada mereka.

شَهِدَ عَلَيْهِمْ سَمْعُهُمْ وَأَبْصٰرُهُمْ وَجُلُودُهُمْ

maka bersaksi ke atas mereka pendengaran mereka, penglihatan mereka dan kulit mereka. 

Apabila mereka sampai di luar pintu neraka, sekali lagi mereka diperiksa tentang apakah yang mereka telah lakukan semasa mereka di dunia, sampai menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam neraka. Mereka akan diberikan dengan saksi-saksi yang akan menceritakan apakah yang mereka telah lakukan. Kalau saksi dari kalangan manusia, sudah biasa, kali ini disebut saksi dari anggota badan sendiri.

Bila sebut kulit, maksudnya seluruh anggota yang ada kulit. Kalau nak sebut semua anggota, panjang pula. Allah ﷻ jadikan segala anggota badan hidup dan boleh berkata.

Mana nak lari lagi waktu itu? Mulut mereka mungkin tidak mengaku tentang kesalahan yang mereka lakukan, tapi sekarang, anggota badan mereka sendiri yang akan menjadi saksi atas kesalahan yang telah dilakukan oleh tuan badan mereka.

Kalau di dunia, mungkin ada jenayah yang kita buat yang tidak ada orang lain nampak, maka kita boleh terselamat. Tapi, anggota badan kita sentiasa ada bersama kita dan menyaksikan apa yang kita buat semasa kita di dunia. Mereka memang terlibat dengan perbuatan itu. Mereka akan jadi saksi atas kita. Tubuh badan kita pun nanti tidak akan setia kepada kita. Mereka lebih takut dengan Allah ﷻ daripada takut kepada tuan badan.

Ada satu riwayat, bagaimana pada suatu hari, Nabi ﷺ tersenyum. Sahabat bertanya kenapa baginda tersenyum. Nabi ﷺ jawab, kerana baginda teringat hujah yang akan dikeluarkan oleh orang kufur di hadapan Allah ﷻ. Mereka akan kata mereka hendak diadakan saksi untuk mereka di akhirat seperti juga kalau di dunia, dalam mahkamah ada saksi. Allah ﷻ kata memang ada saksi, iaitu cukup dengan diri mereka sahaja. Iaitu pendengaran, penglihatan dan kulit mereka sendiri akan jadi saksi.

بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

terhadap apa yang mereka lakukan.

Semua anggota badan akan jadi saksi bagi mereka. Ayat yang sama ada dalam disebut Surah Yaasin. Bukankah tangan yang memegang, mata yang melihat, telinga mendengar dan kulit merasa segala apa yang kesalahan yang mereka lakukan semasa di dunia? Maka mereka akan tahu segala apa yang kita lakukan. Maka kalau kita teringat ayat ini, tentulah kita takut nak buat dosa kerana kita takut anggota tubuh kita yang akan jadi saksi pula nanti.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya

Kemaskini: 20 Julai 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Syeikh Nasir Jangda

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Al-Azhar

Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani

Tafsir Surah Fussilat Ayat 12 – 15 (Kaum Aad dan Tsamud)

Ayat 12: Dalil Aqli Afaqi.

فَقَضٰهُنَّ سَبعَ سَمٰوٰتٍ في يَومَينِ وَأَوحىٰ في كُلِّ سَماءٍ أَمرَها ۚ وَزَيَّنَّا السَّماءَ الدُّنيا بِمَصٰبيحَ وَحِفظًا ۚ ذٰلِكَ تَقديرُ العَزيزِ العَليمِ

Sahih International

And He completed them as seven heavens within two days and inspired in each heaven its command. And We adorned the nearest heaven with lamps and as protection. That is the determination of the Exalted in Might, the Knowing.

Malay

Lalu Dia menjadikannya tujuh langit, dalam dua masa; dan Dia memberitahu kepada tiap-tiap langit akan urusan dan keperluannya masing-masing. Dan Kami hiasi langit yang dekat (pada pandangan mata penduduk bumi) dengan bintang-bintang yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.

فَقَضٰهُنَّ سَبْعَ سَمٰوٰتٍ

Maka Dia telah menyempurnakan tujuh langit

Tidaklah kita dapat memahami dengan tepat bagaimanakah rupa dan hakikat tujuh langit itu. Kalau dalam dunia ini pun kita tidak habis kaji lagi, apatah lagi alam langit yang di luar jangkauan kita.

Berbagai pendapat diberikan oleh penafsir-penafsir dan pengkaji-pengkaji tentang apakah yang dimaksudkan dengan ‘tujuh langit’ ini. Tapi semua itu tidak lebih daripada tekaan-tekaan sahaja.

فِي يَوْمَيْنِ

dalam dua masa.

Allah ﷻ jadikan bumi dalam ’empat masa’ dan langit yang tujuh disempurnakan dalam masa dua hari pula. Jadi jumlah kesemuanya penciptaan langit dan bumi adalah dalam ‘enam masa’. Kita telah terangkan bahawa penciptaan bumi dulu kemudian barulah dijadikan langit.

وَأَوْحَىٰ فِي كُلِّ سَمَاءٍ أَمْرَهَا

Kemudian Dia wahyukan setiap lapisan langit dengan arahan-arahan.

Allah ﷻ tetapkan bagaimana perjalanan alam langit itu. Ada sekian banyak matahari, bulan sekian banyak, gerak begini dan begitu dan lain-lain lagi arahan telah diberikan. Matahari akan duduk di tempat yang tetap, akan keluar ikut masanya yang telah ditetapkan.

Begitu juga semua benda. Semuanya telah diberikan dengan arahan-arahan yang mereka kena ikut. Ianya akan berlaku sehingga ke Hari Kiamat. Semuanya telah diatur dengan begitu teliti dan tepat sekali, sampaikan kalau lari sikit sahaja, maka akan bertempiaranlah alam ini.

Setiap langit ada tugasnya masing-masing. Langit pertama buat ini, langit kedua buat itu dan sebagainya. Kita pun tidak tahu apakah tugas-tugas itu. Cuma Allah ﷻ beritahu ada tugasan diberikan kepada mereka.

وَزَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا

Dan Kami hiasi langit dunia

Yang dimaksudkan dengan ‘langit dunia’ adalah langit yang kita boleh nampak. Selagi ada bintang, selagi itu ianya masih langit dunia yang pertama lagi. Kerana di atas dari langit dunia tidak diceritakan ada bintang-bintang. Hanya diceritakan berkenaan langit dunia sahaja yang ada bintang.

Oleh itu, dari sini kita tahu bahawa Allah ﷻ telah meletakkan bintang-bintang itu untuk mencantikkan langit. Kita sahaja yang tidak perasan sebab kita jarang tengok langit.

Budaya kita bukan budaya yang tengok langit. Tambahan pula sekarang, dengan segala pencemaran alam, kita tak berapa nampak keindahan langit dan bintang-bintang yang hebat itu. Tapi bangsa Arab adalah satu bangsa yang suka tengok langit. Mereka kadang-kadang akan tidur di bumbung rumah mereka dan melihat langit untuk mengisi masa lapang mereka.

Bumbung rumah mereka bukan macam bumbung rumah kita. Bumbung rumah kita dalam bentuk sekarang kerana cuaca kita selalu hujan maka kena pakai bentuk tiga segi supaya air hujan senang turun. Tapi atap rumah bangsa Arab mendatar, sampaikan mereka boleh naik dan tidur di atasnya.

Begitu indahnya kerlipan bintang di malam hari. Dengan memerhatikannya, maka akan tertariklah perasaan kita untuk menghargai alam yang telah dijadikan Allah ﷻ ini. Dalam Surah Mulk, Allah ﷻ telah menganjurkan kita untuk melihat alam langit berkali-kali.

بِمَصٰبِيحَ

dengan lampu-lampu

Maksudnya, Allah ﷻ hiasi langit itu dengan bintang-bintang. Juga termasuk matahari dan juga bulan. Amat indah sekali pada malam yang cerah, kalau dapat melihat bintang-bintang di langit.

Manusia telah meniru perhiasan asal yang dijadikan Allah ﷻ ini dengan meletakkan lampu-lampu jalan dan lampu-lampu perhiasan di kota-kota dan bandar-bandar. Begitu juga lampu di rumah-rumah kita begitu cantik sekali. Kita gantung lampu di dinding, tapi Allah ﷻ gantung bintang di langit.

وَحِفْظًا

dan pemeliharaannya.

Allah-lah yang menjaga langit itu kerana kalau Allah ﷻ tak jaga, bintang-bintang itu akan runtuh. Kalau bergerak sedikit sahaja dari kedudukan yang telah ditetapkan, maka akan mengganggu segala ekosistem alam ini yang akan menyebabkan semuanya akan berjatuhan dari orbit masing-masing dan akan menyebabkan perlanggaran antara satu sama lain.

Dan ia juga bermaksud langit dunia itu ada penjaga-penjaga dari kalangan malaikat yang akan merejam syaitan-syaitan dari kalangan jin yang cuba untuk mendengar-dengar berita dari langit. Sebelum Nabi Muhammad ﷺ, jin-jin boleh naik ke langit untuk mencuri dengar berita dari langit.

Tapi apabila baginda sudah dinaikkan sebagai Nabi ﷺ, mereka sudah tidak boleh naik lagi ke langit, kerana mereka akan dilempar dengan bebola api oleh malaikat-malaikat penjaga di langit itu. Ini diterangkan dengan lebih lanjut di dalam Surah Jin.

Ataupun bintang-bintang itu adalah satu sistem yang menjaga alam kita ini dari bahaya yang kita pun masih tak tahu lagi. Boleh diibaratkan bintang-bintang itu sebagai pagar yang memagar supaya menjaga keselamatan kita. Ini dipanggil Van Allen radiation belts.

ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ

Demikianlah ketentuan Yang bersifat gagah perkasa

Semua yang kita lihat telah tersusun indah ini telah ditaqdirkan/ditentukan oleh Allah ﷻ.

Allah ﷻ maha berkuasa untuk buat segala itu. Kekuasaan Allah ﷻ itu tidak ada tandingan. Tidak ada yang boleh buat seperti yang Allah ﷻ telah buat itu. Jadi, mengapa tidak beribadat kepada Allah ﷻ, tapi nak ibadat kepada yang tidak boleh buat perkara-perkara itu semua?

الْعَلِيمِ

Yang Maha Mengetahui akan sesuatu.

Allah Maha Tahu segala-galanya. Hanya sedikit sahaja kita tahu. Yang kita tahu itu pun hanyalah setelah Allah ﷻ berikan pengetahuan kepada kita dan setelah Allah ﷻ berikan sedikit akal kepada kita.

Yang Maha Mengetahui hanyalah Allah sahaja. Tidak ada yang tahu tentang alam ini dengan sepenuhnya melainkan Allah ﷻ sahaja. Kita memang cuba hendak mengetahuinya, tapi kita tidak akan dapat segala maklumat tentang alam ini. Yang saintis dapat kaji hanyalah langit pertama atau langit dunia sahaja, tidak lebih dari itu.


Ayat 13: Ini adalah ayat zajrun dan takhwif duniawi. Ini adalah ayat ancaman kepada orang kafir yang masih tidak mahu menerima iman yang diajarkan kepada mereka. Setelah diberikan peringatan yang jelas, tapi mereka masih juga engkar, maka sekarang telah sampai ayat ancaman kepada mereka dan juga kita.

Ayat 13 – 18 adalah Perenggan Makro Ketiga dan ia mengandungi Dalil Tarikhi (sejarah).  Allah ﷻ mengkhabarkan kaum Aad dan Tsamud binasa kerana menentang seruan para rasul.

Kita telah sebutkan sebelum ini satu kisah bagaimana seorang Musyrikin Mekah yang bernama Utbah telah memarahi Nabi ﷺ kerana berdakwah. Baginda senyap sahaja dan kemudian membaca Surah Fussilat. Apabila sampai kepada ayat ini, Utbah telah menutup mulut Nabi ﷺ kerana takut dengan ancaman dalam ayat ini:

فَإِن أَعرَضوا فَقُل أَنذَرتُكُم صٰعِقَةً مِّثلَ صٰعِقَةِ عادٍ وَثَمودَ

Sahih International

But if they turn away, then say, “I have warned you of a thunderbolt like the thunderbolt [that struck] ‘Aad and Thamud.

Malay

Oleh itu, kalau mereka (yang musyrik) berpaling (daripada mengesakan Allah dan menurut jalan yang lurus), maka katakanlah (wahai Muhammad): “Aku memberi amaran kepada kamu dengan (azab yang dahsyat, iaitu) petir, seperti petir yang telah menyambar kaum Aad dan kaum Thamud!”

فَإِنْ أَعْرَضُوا

Dan sekiranya mereka berpaling 

Iaitu berpaling dari ajakan tauhid ini, masih juga buat syirik kepada Allah ﷻ. Masih juga mereka kata hati mereka tertutup dan telinga mereka tersumbat seperti yang telah disebut dalam ayat 5.

فَقُل أَنذَرتُكُم صٰعِقَةً

Maka katakanlah (kepada mereka): Aku memberi ancaman kepada kamu, akan ditimpa petir,

Kalimah صَاعِقَةً asalnya bermaksud orang yang ‘jatuh tidak sedar diri’. Seperti yang disebut dalam surah lain, bagaimana Nabi Musa عليه السلام jatuh tidak sedar diri apabila bukit Thur dihancurkan berdekatan dengannya, apabila baginda minta untuk melihat Allah ﷻ.

Jadi, صَاعِقَةً bermaksud bala yang amat mengejutkan sampai menyebabkan seseorang itu boleh jatuh pengsan kerana terkejut atau takut sangat. Selalunya ditafsirkan bala itu sebagai petir.

Atau, ia juga boleh bermaksud azab jenis tempikan. Jenis tempikan yang menyebabkan manusia jatuh mati. Apabila ia datang, ia akan bakar habis satu kampung. Jadi, kalau nak terjemah sebagai petir sahaja tidak tepat.

مِّثْلَ صٰعِقَةِ عَادٍ وَثَمُودَ

seperti petir yang telah menyambar kaum Aad dan Tsamud.

Apabila kedengaran petir atau tempikan itu, jantung manusia tercabut. Gunung akan runtuh. Datang dengan ribut dan gegaran yang amat kuat sekali. Ancaman itu kepada orang sekarang juga, jangan sangka hanya kepada mereka yang telah lalu sahaja. Sesiapa yang ingkar, boleh dikenakan dengan azab macam itu juga.

Ini bukan peringatan biasa. Bukan hanya cerita berkenaan orang dahulu sahaja. Kalau sekarang ingkar pun boleh jadi macam ini. Jangan kita sangka tak boleh jadi kepada kita.

Kaum Aad dan Tsamud adalah bangsa Arab tua yang telah punah. Jadi, orang-orang Quraish kenal mereka dan tahu apa yang terjadi kepada mereka. Maka, Allah ﷻ mengingatkan mereka tentang apakah yang terjadi kepada dua kaum itu. Semoga mereka sedar dan takut akan terjadinya perkara yang sama kepada mereka.

Nota: sampai ayat inilah Nabi ﷺ bacakan kepada Utbah. Apabila sampai ke ayat ini, Utbah menutup mulut Nabi ﷺ, kerana tak sanggup lagi dengar kata-kata dari ayat Al-Qur’an kerana dia sudah terkesan sangat. Selama beberapa hari, Utbah tak keluar rumah. Kerana dia terkesan sangat dengan ayat-ayat yang dibacakan. Kerana dia takut dengan apa yang akan terjadi. Kerana dia tahu apa yang Nabi Muhammad ﷺ cakap, ianya boleh terjadi.

Apabila orang-orang Quraish jumpa dia kembali selepas beberapa hari, mereka tanya dia kenapa dia hilang? Utbah jawab dia diam kerana dia takut akan jatuh bala ke atas mereka. Dia takut akan ditimpa bala yang dikenakan kepada Aad dan Tsamud.

Azab yang ditimpakan kepada Kaum Aad dan Tsamud digunakan dalam ayat ini, kerana ini adalah ayat-ayat Mekah. Dan ayat-ayat Al-Qur’an memang mula ditujukan kepada Bangsa Arab. Bangsa Arab memang kenal dengan dua kaum ini. Dan mereka tahu bahawa kaum itu kena bala kerana mereka tidak menerima Nabi-nabi mereka. Ini mengajar kita dalam dakwah – menggunakan contoh orang-orang terdahulu supaya memberi kesan kepada orang yang kita dakwah itu.

Seperti telah disebut sebelum ini, susunan dakwah adalah memberi motivasi kepada mereka dahulu sebelum mereka ditakutkan dengan azab. Lihatlah susunan ayat-ayat dalam surah ini. Allah ﷻ mulakan dengan menceritakan tentang Diri-Nya, siapakah Dia, apa yang Dia telah buat dan sebagainya.

Hanya selepas mereka masih tidak mahu terima barulah diberikan ancaman kepada mereka tentang azab yang mereka akan terima kalau mereka tidak mahu terima dakwah itu.


Ayat 14: Ayat sebelum ini, Allah ﷻ telah berfirman tentang bala yang menimpa Kaum Aad dan Tsamud. Dalam ayat ini, Allah ﷻ memberi penerangan tentang dua kaum itu.

إِذ جاءَتهُمُ الرُّسُلُ مِن بَينِ أَيديهِم وَمِن خَلفِهِم أَلّا تَعبُدوا إِلَّا اللهَ ۖ قالوا لَو شاءَ رَبُّنا لَأَنزَلَ مَلائِكَةً فَإِنّا بِما أُرسِلتُم بِهِ كٰفِرونَ

Sahih International

[That occurred] when the messengers had come to them before them and after them, [saying], “Worship not except Allah .” They said, “If our Lord had willed, He would have sent down the angels, so indeed we, in that with which you have been sent, are disbelievers.”

Malay

(Mereka ditimpa azab itu) kerana semasa mereka didatangi Rasul-rasul (memberikan berbagai penjelasan) mengenai keadaan hidup mereka di dunia dan di akhirat (sambil melarang mereka): “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah”, mereka menjawab: “Jika Tuhan kami hendak (mengutus Rasul-rasul) tentulah Dia akan menurunkan malaikat; oleh itu sesungguhnya kami kufur ingkar akan apa yang (kamu katakan): kamu diutus membawanya!”

إِذْ جَاءَتْهُمُ الرُّسُلُ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ

Ketika datang kepada mereka rasul-rasul dari depan dan dari belakang mereka,

Maknanya rasul-rasul itu datang zaman itu dan zaman sebelumnya. Dengan berbagai-bagai cara mereka berdakwah. Macam guru sekarang sebar agama dari setiap tempat mereka datang untuk sebar agama. Dari dulu sampai sekarang, akan ada sahaja penyebar Tauhid.

Dan berbagai-bagai cara digunakan oleh pendakwah itu untuk menyampaikan dakwah itu kepada manusia. Dan mereka akan datang tidak tentu masa, mereka akan terus mencari peluang untuk berdakwah kepada umat. Tidaklah malam sahaja, atau siang sahaja.

Semua guru-guru dan rasul-rasul dulu akan bawa satu kalimah:

أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا اللهَ

“jangan kamu puja melainkan kepada Allah sahaja”.

Itulah dakwah Nabi ﷺ, dakwah para pendakwah dari dulu sampai sekarang. Kalau dulu, ada para Rasul, para Nabi dan para pendakwah. Kalau sekarang, hanya ada pendakwah sahaja.

Oleh itu, seorang pendakwah, seorang ulama, hendaklah bawa dakwah ini, kata-kata ini. Mereka hendaklah mengajar tentang Allah ﷻ, tentang tauhid dan tentang melakukan ibadat kepada Allah ﷻ sahaja. Kalau mereka tidak bawa kalimah ini, mereka adalah ulama su’ – ulama yang jahat. Kalau kita berjumpa dengan mereka, janganlah belajar dengan mereka, hendaklah kita tinggalkan mereka.

قالوا لَو شاءَ رَبُّنا لَأَنزَلَ مَلائِكَةً

Orang-orang Musyrik itu berkata: Jika Tuhan kami kehendaki, tentulah Dia akan turunkan malaikat-malaikat.

1. Mereka kata, kalau betul Tuhan hendak beri dakwah kepada mereka, tentu Dia akan turunkan malaikat kepada mereka. Itu baru betul, kata mereka. Baru mereka nak ikut, kononnya.

2. Mereka juga kata: kalau Nabi Muhammad benar seorang Nabi, tentu ada malaikat yang akan menemani baginda. Mereka kata kepada Nabi: Takkan kamu jalan kaki seorang diri sahaja? Mereka ejek Nabi Muhammad ﷺ.

Tapi, kalaulah seorang Nabi itu seorang malaikat, tentu mereka tak akan ikut juga. Mereka akan kata: “Kami dan kamu lain. Kamu bolehlah buat semua yang Allah suruh itu sebab kamu malaikat. Kamu tak perlu makan, minum, kerja dan sebagainya. Tapi kami perlu buat semua itu.”

Dan kalau betullah Allah ﷻ turunkan malaikat, tidaklah dalam rupa malaikat sebab manusia tidak boleh nampak malaikat – maka tentu malaikat turun sebagai rupa manusia. Tentu mereka tolak juga dengan mengatakan mereka itu bukan malaikat, tapi manusia biasa sahaja. Sebab itulah Allah ﷻ turunkan manusia sebagai Nabi untuk dijadikan contoh bahawa seorang manusia pun boleh buat apa yang Allah ﷻ hendak.

Yang sebenarnya, mereka tolak Nabi dan tolak wahyu, jadi macam-macam alasan yang mereka berikan. Macam ahli bid’ah sekarang yang tolak para sahabat. Mereka tidaklah kata mereka tolak Nabi, tolak sahabat, tapi sebenarnya yang mereka tolak adalah Nabi ﷺ.

3. Atau, mereka mengejek Rasul dalam ayat ini. Kerana sebelum itu Rasul telah memberi peringatan kepada mereka bahawa kalau mereka tidak ikut beriman dan mengamalkan ajaran tauhid, Allah ﷻ boleh menurunkan azab kepada mereka dengan diturunkan malaikat. Malaikat itu akan menghancurkan mereka.

Maka, apabila mereka tidak mahu terima dakwah itu, mereka ejek dengan mengatakan kalau betul, Allah ﷻ boleh sahaja turunkan malaikat untuk mengazab mereka. Tapi sampai waktu itu tidak ada pun mereka kena azab dari malaikat? Mereka mengejek-ngejek penyampai dakwah itu. Begitu teruknya mereka.

Jadi, ada berbagai-bagai ‘wajah’ apabila puak musyrikin menyebut tentang malaikat itu.

فَإِنّا بِما أُرسِلتُم بِهِ كٰفِرونَ

Sesungguhnya kami, terhadap apa yang kamu diutuskan dengannya itu, kami engkar.

Yang mereka tolak adalah ajakan Nabi ﷺ supaya tidak mensyirikkan Allah ﷻ itu. Itulah yang mereka tidak dapat terima dan yang mereka tolak. Ajaran tauhid yang dibawa oleh Nabi ﷺ itu mereka tolak dengan sewenang-wenangnya.

Orang Islam ada yang degil untuk terima ajaran tauhid walaupun mereka sudah faham. Mereka akan kata guru-guru mereka ajar macam itu dan macam ini. Takkan guru-guru mereka itu salah, kata mereka. Guru mereka ilmu tinggi juga, kata mereka. Itu semua adalah alasan mereka yang bathil. Apabila mereka ingkar itu maknanya mereka telah kufur.

Tapi jangan kata kepada mereka bahawa mereka kafir. Kena ubah strategi dalam berdakwah kepada mereka. Kerana kita tidak tahu hujung mereka itu macam mana nanti. Mungkin mereka akan bertaubat dan menerima tauhid kemudian hari.

Jangan kita kutuk mereka sampai mereka terus tidak mahu menerima ajakan kita di lain kali. Kita hendaklah berlembut dengan mereka dalam dakwah. Kalau kita kata mereka kafir, tentulah mereka tidak akan mahu dengar apa-apa lagi dari kita.


Ayat 15:

فَأَمّا عادٌ فَاستَكبَروا فِي الأَرضِ بِغَيرِ الحَقِّ وَقالوا مَن أَشَدُّ مِنّا قُوَّةً ۖ أَوَلَم يَرَوا أَنَّ اللهَ الَّذي خَلَقَهُم هُوَ أَشَدُّ مِنهُم قُوَّةً ۖ وَكانوا بِئآيٰتِنا يَجحَدونَ

Sahih International

As for ‘Aad, they were arrogant upon the earth without right and said, “Who is greater than us in strength?” Did they not consider that Allah who created them was greater than them in strength? But they were rejecting Our signs.

Malay

Adapun kaum Aad, maka mereka berlaku sombong takbur di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar, serta berkata: “Siapakah yang lebih kuat dari kami?” Dan (mengapa mereka bersikap demikian?) Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang menciptakan mereka (dari tiada kepada ada) adalah lebih besar kekuatanNya dari mereka? Dan sememangnya mereka sengaja mengingkari tanda-tanda kekuatan Kami (sedang mereka sedia mengetahuinya).

فَأَمَّا عَادٌ فَاسْتَكْبَرُوا فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ

Maka adapun kaum Aad itu, mereka orang yang sombong di muka bumi tanpa haq

Kaum Aad telah diutus dengan Nabi mereka, Nabi Hud عليه السلام. Mereka jadi sombong kerana Allah ﷻ kurniakan mereka badan yang besar dan kuat, lebih dari manusia biasa. Oleh kerana itu, mereka sombong untuk terima kebenaran tentang tauhid. Mereka tolak ajakan tauhid itu mentah-mentah sahaja, tanpa bawa dalil pun. Sedangkan Nabi datang ajar tauhid dengan bawa dalil.

Manusia tidaklah layak untuk sombong di muka bumi. Apalah yang hendak disombongkan? Semua kelebihan yang mereka ada itu diberikan oleh Allah ﷻ pun. Padahal mereka tidak akan selamat kalau Allah ﷻ tidak memberikan mereka keselamatan. Tidakkah mereka ingat dari apa mereka dijadikan?

Mereka dijadikan dari tanah dan dari air mani yang hina asalnya. Berapa banyak lagi kejadian alam ini yang lebih hebat dari mereka. Tapi mereka masih lagi sombong? Itulah yang dimaksudkan mereka sombong tanpa hak. Mereka sebenarnya tidak layak sombong, tapi mereka sombong juga.

وَقَالُوا مَنْ أَشَدُّ مِنَّا قُوَّةً

dan mereka telah berkata: “siapakah yang lebih kuat dari kami?”

Kaum Aad adalah jenis manusia gergasi. Ada riwayat mengatakan mereka 20 kaki tinggi. Mereka memang kuat dan besar; jadi mereka telah sombong. Maknanya mereka tolak wahyu kerana mereka ada kelebihan dunia.

Rasul mereka adalah Nabi Hud عليه السلام. Mereka tinggal dalam bukit di Petra. Mereka pahat bukit-bukit itu dan dijadikan rumah mereka. Begitulah hebatnya mereka. Dikatakan mereka boleh cabut pokok tamar dengan sebelah tangan sahaja. Begitulah kuatnya tubuh badan mereka.

Mereka jadi sombong kerana mereka manusia yang paling besar sekali. Yang orang lain pada zaman itu kecil-kecil macam biasa. Bukan semua manusia besar macam mereka dan kerana itu mereka rasa mereka lebih hebat dari orang lain. Akhirnya mereka mati dengan tidak tinggal baka satu pun.

Begitulah bahayanya kalau Allah ﷻ telah beri kelebihan kepada manusia dalam kehidupan dunia ini. Ianya adalah ujian kepada manusia. Kalau mereka berada di kedudukan yang tinggi, amat susah untuk terima kebenaran. Selalunya ramai manusia akan kalah kalau dapat kelebihan sebegitu.

أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّ اللهَ الَّذِي خَلَقَهُمْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُمْ قُوَّةً

Tidakkah mereka lihat? Allah yang menciptakan mereka, Dia yang lebih kuat dari mereka.

Mereka tanya siapakah yang lagi kuat dari mereka. Allah ﷻ jawab balik: Tidakkah mereka memperhatikan? Tidakkah mereka memikirkan? Tidakkah mereka mahu menggunakan akal mereka?

Adakah mereka lupa siapa itu Allah ﷻ? Iaitu Tuhan yang telah menjadikan mereka. Tentulah yang menciptakan mereka lagi kuat. Cubalah bandingkan diri mereka dengan Allah ﷻ pula. Selama hari ini, mereka cuma bandingkan dengan manusia lain sahaja, memanglah mereka lebih kuat dari mereka. Tapi kalau dengan Allah ﷻ, bolehkah mereka lawan? Tentu tidak.

وَكَانُوا بِئآيٰتِنَا يَجْحَدُونَ

Dan mereka dulu terhadap ayat-ayat kami, membantah.

Mereka menolak wahyu dari Allah ﷻ kerana kesombongan dan kedegilan mereka. Begitulah kebanyakan dari manusia zaman sekarang yang ada kelebihan keduniaan. Cara nak tahu orang yang kufur senang sahaja. Iaitu apabila ayat Al-Qur’an dibaca kepada mereka, mereka akan bantah.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 20 Julai 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Syeikh Nasir Jangda

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Al-Azhar

Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani

Tafsir Surah Fussilat Ayat 6 – 11 (Nabi ﷺ bukan Nur Muhammad)

Ayat 6: Ini adalah Dalil Wahyi (Titah Perintah dari Allah ﷻ dalam bentuk wahyu). Dalam ayat ini, Allah ﷻ mengajar kita bagaimana cara berdakwah. Kita wajib berdakwah tapi biasalah kalau berdakwah, ada sahaja yang akan menentang dan menolak.

Maka Allah ﷻ mengajar dalam ayat ini, apabila dakwah kita tidak diterima, kita balas dengan baik dan rendah diri.

قُل إِنَّما أَناْ بَشَرٌ مِّثلُكُم يوحىٰ إِلَيَّ أَنَّما إِلٰهُكُم إِلٰهٌ واحِدٌ فَاستَقيموا إِلَيهِ وَاستَغفِروهُ ۗ وَوَيلٌ لِّلمُشرِكينَ

Sahih International

Say, O [Muhammad], “I am only a man like you to whom it has been revealed that your god is but one God; so take a straight course to Him and seek His forgiveness.” And woe to those who associate others with Allah –

Malay

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan yang Satu; maka hendaklah kamu tetap teguh di atas jalan yang betul lurus (yang membawa kepada mencapai keredaan-Nya), serta pohonlah kepada-Nya supaya mengampuni (dosa-dosa kamu yang telah lalu). Dan (ingatlah), kecelakaan besar bagi orang-orang yang mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu yang lain),

قُلْ

Kata (kepada mereka):

Syaitan bisikkan kepada Musyrikin Mekah yang mereka mahu ikut wahyu, dengan syarat Nabi ﷺ itu mesti bukan manusia biasa. Mereka kata mereka tidak dapat terima apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad ﷺ itu kerana Nabi nampak sama sahaja pada pandangan mata mereka. Maka Allah ﷻ ajar baginda cara jawab hujah dangkal mereka itu.

إِنَّمَا أَنَاْ بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ

sesungguhnya aku ini adalah manusia seperti kamu,

Nabi Muhammad ﷺ disuruh untuk beritahu yang baginda memang manusia pun, baginda juga berkahwin, ada anak, pergi ke pasar sama-sama dengan manusia lainnya dan ada hajat-hajat lain sebagai seorang manusia.

Ini adalah satu langkah merendahkan diri. Iaitu mengajar kita untuk mengatakan bahawa tidak ada kelebihan diri dari orang yang didakwah itu. Sama-sama manusia, sama-sama ada keperluan dalam hidup. Biasalah kadang-kadang bila kita dakwah dan sampaikan ajaran, ada sahaja yang akan kata: “eleh, macam bagus sangat…”.

Kena bersabar apabila dikatakan sebegitu. Jangan lawan sifat negatif mereka dengan negatif juga. Kalau mereka kasar dengan kita, jangan kita kasar balik kepada mereka. Mengaku sahajalah yang kita ini tidak ada lebih pun dari mereka yang didakwah itu.

Ini juga mengajar kita bahawa Nabi Muhammad ﷺ itu bukan ‘nur’ tapi manusia biasa sahaja. Ini penting untuk diberitahu kerana ramai sekali dalam masyarakat kita yang percaya Nabi Muhammad ﷺ bukan manusia biasa tapi ‘Nur Muhammad’. Dan ajaran ini dipelopori oleh golongan Sufi dan Tarekat. Ini adalah ajaran karut lagi syirik.

Kerana salah faham inilah, sampai ada fatwa yang kata: kalau ada yang kata Nabi itu nur, jatuh kufur murtad sebab tolak ayat Al-Qur’an. Sebab apabila digunakan perkataan بَشَرٌ, mesti ada kulit macam manusia biasa. Takkanlah pula kulit baginda dijadikan dari cahaya pula.

يُوحَىٰ إِلَيَّ

diberi wahyu kepadaku. 

Nabi Muhammad ﷺ memang manusia, cuma bezanya antara Nabi Muhammad ﷺ dan manusia lain, baginda diwahyukan dengan Al-Qur’an dan diberi pangkat kenabian. Nabi Muhammad ﷺ dapat Al-Qur’an langsung dari Jibrail sedangkan manusia lain dapat wahyu dari pengajian.

Oleh itu, kita ini pula adalah penerima wahyu dan perlu menyampaikan kepada umat yang lain. Dan kita pula yang sedang belajar tafsir ini, beza kita dengan orang lain adalah kita belajar wahyu, dan mereka tidak belajar lagi. Kita tidak ada kelebihan pun ke atas mereka, cuma kita dapat belajar dulu dari mereka.

Begitulah cara kita cakap kepada orang lain yang tidak belajar. Yang penting, kita berlembut dengan mereka dan jangan berlagak dengan mereka. Rendahkan diri kita di hadapan mereka. Kerana kita hendak mereka belajar.

أَنَّما إِلٰهُكُم إِلٰهٌ واحِدٌ

Sesungguhnya Tuhan kamu yang wajib disembah, adalah hanya Tuhan yang Maha Esa

Ini adalah kesimpulan dari 30 juzuk Al-Quran. Tidak ada ilah, tidak ada pujaan, nabi, rasul, malaikat, wali, orang, binatang, keris azimat, cincin, geliga dan sebagainya lagi yang ada sifat ilah, melainkan Allah ﷻ sahaja yang ada sifat ilah itu.

Pengharapan hati kita kepada Allah ﷻ sahaja. Maka, oleh kerana Dia sahaja yang ada sifat ilah, maka kita sembah hanya Dia sahaja dan doa kepada Dia sahaja. Ilah itu adalah tempat sandaran hati kita seperti yang telah disebut dalam Usul Tafsir. Ini perkara asas yang perlu diketahui oleh pelajar tafsir Al-Qur’an.

فَاسْتَقِيمُوا إِلَيْهِ

Hendaklah kamu berpegang teguh (dengan tauhid ini)

Hendaklah berpegang dengan tauhid ini dengan sedaya upaya. Agama ini amat luas, tapi yang paling penting adalah tentang tauhid. Maka, hendaklah berpegang dengan kuat. Jaga tauhid dalam ibadat dan dalam doa.

Belajar tauhid memang agak senang, tapi nak berterusan di atas tauhid itu yang susah. Dan memang kita kena teruskan berpegang sampailah ajal kita sampai. Kita kena tetap berpegang dengan akidah tauhid ini sampailah kita mati.

Satu lagi, ia menganjurkan kita untuk tawajuh (fokus) kepada Allah ﷻ dalam setiap perkara. Kena ingat yang Allah ﷻ ada melihat kita.

وَاسْتَغْفِرُوهُ

dan hendaklah kamu minta ampun kepadaNya

Istighfarlah dari dosa syirik kalau kita pernah lakukan dulu, kerana selagi tak minta ampun, selagi itu ibadat kita yang kita buat, tak diterima. Ini termasuklah sembahyang, Haji, baca Al-Qur’an; itu semua tidak diterima kalau kita kita ada mengamalkan syirik atau ada fahaman syirik dalam hati kita.

Tak diterima apa-apa pun amalan kerana tak keluar lagi dari kesyirikan. Kerana hendak dapat pahala kenalah menjadi orang Islam dahulu. Dan orang yang ada fahaman syirik belum dikira Islam sempurna lagi.

Maka amatlah rugi kalau ada fahaman syirik kerana dia tidak masuk Islam pun lagi. Ia seperti orang kafir yang puasa. Walaupun mereka lapar macam kita juga, tapi tidak diterima puasa mereka, kerana mereka bukan orang Islam. Kerana syarat diterima amal seseorang itu adalah dia itu seorang Islam yang tidak melakukan syirik.

Bayangkan kalau ada orang kita yang melakukan syirik tanpa mereka ketahui. Mereka tidak berniat nak buat syirik sebenarnya, tapi kerana mereka tak belajar tafsir Al-Qur’an, mereka buat perkara syirik. Sebagai contoh, mereka percaya dengan bomoh dan mereka menggunakan khidmat bomoh itu.

Ada bermacam-macam lagi perbuatan syirik yang masyarakat kita buat yang mereka tidak tahu bahawa itu adalah perkara syirik. Ini bermakna, segala amal ibadat mereka belum lagi diterima oleh Allah ﷻ. Kerana amal ibadat hanya diterima dari mereka yang tidak melakukan syirik. Alangkah kesiannya mereka.

Susah payah mereka solat, puasa dan sebagainya. Berapa banyak duit yang mereka habiskan untuk pergi umrah dan buat Haji, tapi masih lagi tidak diterima dan tidak diberi pahala atas perbuatan amal ibadat mereka itu. Alangkah ruginya!

Doa ampun dosa syirik tafsir sunnah
Doa mohon ampunan dosa syirik yang diketahui juga dosa syirik  yang tak disedari atau tak tahu. Tapi syaratnya mesti ada usaha belajar. Kalau dalam proses belajar jawab tak tahu masih ada harapan diampunkan. Kalau malas belajar, jawab tak tahu memang dicop sombong dengan Al-Qur’an.

Jadi kena minta ampun dosa syirik dulu, kemudian baru minta ampun dosa-dosa yang lain. Kita selalunya akan minta ampun dari dosa-dosa yang banyak kita lakukan, tapi dosa syirik kita tak minta ampun lagi. Ini adalah kerana kebanyakan manusia tak sangka pun mereka ada buat syirik!

Ramai yang tak minta ampun atas dosa syirik mereka kerana mereka sangka tentulah mereka tidak buat syirik kerana mereka orang Islam. Tapi betulkah begitu? Adakah kamu tahu apakah yang dimaksudkan dengan perbuatan dan fahaman syirik sampai kamu kata kamu tak pernah buat? Kalau selagi tak habis belajar tafsir 30 Juzuk, belum tentu lagi selamat.

Kita minta ampun kepada Allah ﷻ supaya mengampunkan mana-mana dosa syirik kita yang kita tahu kita sudah buat dulu, dan mana-mana dosa syirik yang kita tak tahu kita sudah buat. Iaitu dosa syirik yang kita buat tanpa sedar kerana kita tak belajar lagi.

Sambung lagi doa kita itu: “Walau bagaimana pun Ya Allah, aku tak mahu mengulang dosa syirik yang aku buat itu dulu, maka ajarkan kepada aku ya Allah, mana syirik yang aku buat.” Kena minta macam tu, kerana kadang-kadang kita tak tahu mana dosa syirik yang kita lakukan. Ingatkan sudah tak amal syirik, tapi takut-takut masih ada lagi.

Ayat ini juga menganjurkan kita untuk sentiasa minta ampun. Seseorang itu kena istighfar walaupun dalam melakukan taat. Kerana takut ada amalan tak cukup seperti yang Allah ﷻ kehendaki. Mungkin ada amalan yang kita buat dalam lalai. Maka jadikan istighfar sebagai salah satu amalan harian.

وَوَيْلٌ لِّلْمُشْرِكِينَ

Celaka besarlah bagi orang-orang yang mensyirikkan Allah

Celaka bagi mereka yang mengamalkan syirik dan tidak mahu bertaubat. Dalam dunia ini lagi mereka akan melalui kehidupan yang sempit, dan di akhirat kelak mereka akan dibalas dengan azab yang amat pedih sekali.

Dan mereka akan kekal dalam neraka, dengan tidak ada peluang untuk keluar kerana Allah ﷻ telah beritahu yang Dia tidak akan maafkan dosa mereka yang syirik.


Ayat 7: Apabila akidah sudah tidak betul, maka amalan pun sudah tentu tidak betul juga. Ayat di atas menyebut tentang celaka kepada orang yang musyrik. Sekarang Allah ﷻ jelaskan lagi siapakah orang-orang Musyrik itu. Apakah sifat-sifat mereka?

الَّذينَ لا يُؤتونَ الزَّكَوٰةَ وَهُم بِالآخِرَةِ هُم كٰفِرونَ

Sahih International

Those who do not give zakah, and in the Hereafter they are disbelievers.

Malay

“Iaitu orang-orang yang tidak memberi zakat (untuk membersihkan jiwa dan harta bendanya) dan mereka pula kufur ingkar akan adanya hari akhirat”.

الَّذِينَ لَا يُؤْتُونَ الزَّكَوٰةَ

Orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat.

Maka, orang yang imannya benar, mereka akan taat kepada arahan Allah ﷻ untuk keluarkan zakat. Walaupun ianya berat juga kerana nak kena keluarkan harta dari hasil usaha kita juga. Tapi kerana taat kepada Allah ﷻ, kita lakukan juga. Tapi kalau golongan musyrikin, mereka tidak akan keluarkan kerana mereka tidak taat kepada Allah ﷻ.

Apakah yang dimaksudkan zakat dalam ayat ini? Kenapa digunakan perkataan ‘zakat’ dalam ayat ini, padahal mereka adalah orang kafir, dan memang orang kafir tak bayar zakat pun. Maka kena dijelaskan dan ada beberapa pendapat untuk mentafsirkan maksud ‘zakat’ dalam ayat ini.

1. Makna ‘zakat’ dalam ayat ini adalah membersihkan hati dari syirik kepada Allah. Pendapat ini adalah kerana ayat ini diturunkan di Mekah, jadi tiada lagi arahan mengeluarkan zakat dalam bentuk wang dan harta benda. Oleh itu, ayat ini menceritakan tentang kriteria orang Musyrik yang tidak mahu keluar dari kesyirikan. Mereka tidak mahu terima lafaz la ilaha illa Allah.

2. Atau ada ulama yang kata, zakat di sini adalah ‘sedekah’, kerana rukun zakat hanya mula difardhukan di Madinah, maka kalau dikatakan zakat semasa di Mekah, ianya bermaksud ‘sedekah’.

3. Atau, ada juga yang mengatakan bahawa di Mekah lagi sudah ada arahan untuk mengeluarkan zakat. Cuma ada kelainan sedikit dari zakat yang ditetapkan di Madinah nanti. Semasa di Mekah, iaitu awal Islam, zakat yang dikeluarkan adalah apa sahaja lebihan dari keperluan harian. Kalau ada lebih sahaja, sudah kena keluarkan zakat dengan beri kepada orang yang memerlukan. Maknanya pakai yang perlu sahaja. Hanya apabila di Madinah sahaja dikeluarkan arahan baru berdasarkan kadar-kadar 2.5% dan sebagainya.

Kenapa disebut zakat dalam ayat ini dan bukan solat? Selalunya kalau amalan yang diberi sebagai contoh adalah amalan Solat, tapi kali ini disebut zakat pula. Ini adalah kerana sepatutnya mereka berlaku baik kepada orang lain. Orang yang baik tahu bahawa mereka tidak boleh hidup sendiri.

Dan dengan mengeluarkan zakat, itu dapat mengeratkan hubungan sesama manusia yang dalam masa yang sama, adalah satu ibadat yang mendapat pahala dari Allah ﷻ. Mereka yang beriman tahu bahawa segala harta yang Allah ﷻ berikan kepada mereka, sebahagiannya untuk orang lain. Harta itu untuk mereka salurkan dalam bentuk zakat atau sedekah.

Tapi kalau orang tak beriman, mereka tak nampak perkara itu. Mereka hanya tahu nak kumpul harta sebanyak mungkin. Mereka suka untuk kira-kira harta mereka yang semakin bertambah dan bertambah. Mereka lupa bahawa apabila mereka mati, mereka tidak boleh nak bawa harta itu bersama mereka. Tapi mereka memang tidak memikirkan perkara itu.

وَهُمْ بِالْآخِرَةِ هُمْ كٰفِرُونَ

Dan mereka tentang akhirat itu enggan percaya.

Mereka tak percaya yang mereka akan dibangkitkan selepas mereka mati kelak. Musyrikin Mekah tolak adanya akhirat kerana ianya tidak nampak dengan mata; dan mereka pun tidak ada kitab, maka maklumat ini tidak sampai kepada mereka.

Ataupun, ini tentang orang Muslim zaman sekarang. Mereka tahu bahawa mereka akan dibangkitkan kelak, kerana mereka orang Islam. Mereka juga telah belajar di sekolah agama dulu bahawa ada Hari Kiamat yang semuanya akan dibangkitkan kelak. Tapi, mereka hidup dalam dunia ini, seperti mereka tak percaya mereka akan dibangkitkan kelak. Kerana kita boleh lihat bagaimana bezanya orang yang percaya dengan orang yang tidak percaya.

Orang yang percaya benar dengan hari kebangkitan, mereka akan takut nak buat dosa kerana mereka tahu bahawa mereka akan disoal dan akan dibalas dengan perbuatan salah mereka kalau mereka buat. Tapi orang yang tidak percaya sungguh, mereka buat tak tahu sahaja. Macam mereka tak tahu perbuatan maksiat mereka itu adalah satu dosa. Kita pula bagaimana?


Ayat 8: Ini adalah Ayat Tabshir Duniawi – ayat gembira. Selepas disebut tentang sifat orang kafir dan orang yang tidak beriman, sekarang Allah ﷻ sebutkan pula sifat orang yang beriman dan berpegang dengan ajaran dari Al-Qur’an. Dan apakah balasan yang mereka akan terima?

إِنَّ الَّذينَ ءآمَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ لَهُم أَجرٌ غَيرُ مَمنونٍ

Sahih International

Indeed, those who believe and do righteous deeds – for them is a reward uninterrupted.

Malay

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, mereka beroleh balasan pahala yang tidak putus-putus.

إِنَّ الَّذِينَ ءآمَنُوا

Sesungguhnya orang-orang yang beriman sempurna,

Orang yang beriman sempurna adalah mereka yang tidak buat syirik. Mereka berpegang sungguh-sungguh dengan ajaran Tauhid.

Kita sebutkan ‘beriman sempurna’ dalam tafsir kita ini kerana ianya ada beza dengan orang yang ‘beriman’ sahaja. Ada ramai yang beriman, percaya kepada Allah, Nabi, malaikat dan sebagainya, tapi iman mereka tidak sempurna.

Contohnya, mereka memang percaya kewujudan Tuhan, tapi dalam masa yang sama mereka buat perkara-perkara syirik juga. Itulah maksudnya orang yang tidak ‘beriman sempurna’. Jadi kalau orang Muslim pun belum tentu selamat dari sifat musyrik kalau mereka tidak tinggalkan syirik.

وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ

dan berbuat amal soleh

Mereka sanggup beramal kerana itu adalah arahan dari Allah ﷻ. Iaitu beramal ibadat sebagaimana ibadat yang diajar oleh Nabi ﷺ, iaitu beramal dengan amal yang sunnah – yang ada contoh dari Nabi ﷺ.

Ibadat yang tidak diajar Nabi adalah bid’ah, tidak kira sama ada ibadat itu cantik pada mata kita atau tidak. Dalam bid:ah itu sebenarnya ada elemen syirik di dalamnya. Syirik dalam perkara bid’ah itu adalah, apabila kita kata Tuhan akan beri pahala di atas perbuatan bid’ah itu. Itu sudah ambil kerja Tuhan kerana hanya Allah ﷻ sahaja yang layak menentukan pahala atau dosa.

Itu sebenarnya kita berdusta atas nama Allah ﷻ. Iaitu apabila kita kata Tuhan akan bagi pahala kalau buat sesuatu ibadat itu padahal Allah ﷻ dan Nabi ﷺ tidak kata pun. Manusia yang reka amalan itu sahaja yang kata begitu – mereka pandai-pandai cakap. Kalau kita dusta sesama kita pun kita sudah marah, bukan? Tambahan pula kalau kita dusta atas nama Allah ﷻ. Tapi, di manakah syiriknya?

Syiriknya adalah kerana kita ambil tugas Allah ﷻ. Sepatutnya Allah ﷻ yang beritahu kita sama ada amalan itu baik atau tidak, dapat pahala atau tidak, tapi kita sendiri yang pandai-pandai kata ianya adalah amalan baik dan akan dapat pahala.

Mereka nanti akan dihadapkan di hadapan Allah Taala dan saksi-saksi akan berkata bahawa mereka telah berdusta atas nama Allah ﷻ. Laknat Allah ﷻ akan dikenakan ke atas mereka. Maksud ‘laknat’ itu adalah mereka tidak akan ada peluang untuk masuk syurga.

Oleh itu, kita hendaklah menjaga amalan kita. Kenalah kita buat amalan yang sunnah-sunnah sahaja. Kena belajar cari dalil tentang sesuatu amalan itu. Jangan pakai ikut sahaja orang lain buat. Jangan terus percaya dengan ustaz yang mengajar sesuatu amalan.

لَهُمْ أَجْرٌ غَيْرُ مَمْنُونٍ

Bagi mereka pahala tidak putus-putus.

Mereka yang beriman dan beramal soleh itu akan sentiasa dapat pahala dan pahala itu tidak terputus. Akhirnya mereka akan masuk syurga dan kekal di dalamnya. Itu adalah kerana mereka beramal dengan amalan yang soleh, bukan amalan bid’ah. Ingat, amalan bid’ah tidak ada pahala, malah mengundang dosa. Amat rugi sekali kalau buang masa buat amalan yang tidak ada sunnahnya.

Kalimah أَجْرٌ bermaksud upah yang diberikan kepada pelaku amal yang soleh.

Maksud pertama ayat ini, mereka yang beriman sempurna dan mengerjakan amal yang soleh, mereka akan dimasukkan ke dalam syurga dan kenikmatan dalam syurga itu tidak akan putus-putus – ia akan berkekalan sampai bila-bila. Mereka yang masuk syurga tidak akan keluar daripadanya. Mereka akan kekal abadi di dalamnya. Itulah maksud ‘tidak putus-putus’.

Maksud kedua, Allah ﷻ beri balasan itu percuma sahaja, tanpa diungkit apa yang Dia telah berikan kepada kita. Allah ﷻ tidak ungkit amalan kita yang sedikit. Dan Allah ﷻ tidak ungkit yang kita boleh buat amalan itu pun kerana Dia yang beri taufik juga.

Kalau seseorang itu sentiasa melakukan ibadah yang soleh, tapi tiba-tiba dia tidak boleh buat, kerana sesuatu perkara, mungkin dia sakit, Allah ﷻ akan tetap beri pahala yang sama. Itulah bermaksud pahala mereka itu tidak putus.

Satu lagi contoh, kalau semasa muda, dia selalu solat berjemaah di masjid. Tapi apabila tua, dia tidak mampu lagi untuk berjemaah ke masjid, dia solat di rumah sahaja. Walaupun dia solat di rumah, tapi kerana dulu semasa dia mampu, dia pergi ke masjid, Allah ﷻ akan tulis solatnya itu pun sebagai berjemaah juga. Ini juga maksud pahala itu tidak putus.

Atau mereka yang sedekah sesuatu yang terus digunakan oleh manusia. Sebagai contoh, dia ada derma untuk buat masjid. Selagi masjid itu digunakan, pahala akan diberikan kepadanya tidak putus-putus, walaupun dia sudah tiada lagi.

Ataupun dia ada ajar ilmu yang bermanfaat kepada manusia lain. Sebagai contoh, dia ajar seseorang untuk baca Al-Quran. Setiap kali orang itu baca Al-Quran, dia akan dapat pahala bacaan orang itu juga. Pahala itu tidak putus-putus walaupun dia sudah tiada lagi.

Habis Ruku’ 1 dari 6 ruku’ dalam surah ini.


Ayat 9: Ayat 9 – 12 adalah Perenggan Makro Kedua. Ia mengandungi dalil-dalil Tauhid. Allah ﷻ bertanya pembaca Al-Qur’an dengan dalil-dalil afaqi. Patutkah manusia ingkar kepada seruan Rabb sekalian alam?

۞ قُل أَئِنَّكُم لَتَكفُرونَ بِالَّذي خَلَقَ الأَرضَ في يَومَينِ وَتَجعَلونَ لَهُ أَندادًا ۚ ذٰلِكَ رَبُّ العٰلَمينَ

Sahih International

Say, “Do you indeed disbelieve in He who created the earth in two days and attribute to Him equals? That is the Lord of the worlds.”

Malay

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya tidak patut kamu kufur kepada Tuhan yang menciptakan bumi dalam dua masa, dan kamu adakan sekutu-sekutu bagi-Nya! Yang demikian (sifat-Nya dan kekuasaan-Nya) ialah Allah, Tuhan sekalian alam,

قُلْ

Tanya mereka

Setiap kali ada perkataan ini, ianya ditujukan asalnya kepada Nabi Muhammad ﷺ. Ini adalah perkataan penting. Kalau Allah ﷻ ada kata begini, kita kena berikan perhatian yang khas.

Ingatlah yang ayat ini bukan sahaja diberikan kepada Nabi ﷺ, tapi diteruskan kepada kita juga. Memang asalnya ianya kepada Nabi Muhammad ﷺ, tapi kita sebagai umat yang meneruskan perjuangan dakwah baginda, akan menerima ayat ini untuk diamalkan.

أَئِنَّكُم لَتَكفُرونَ بِالَّذي خَلَقَ الأَرضَ في يَومَينِ

adakah patut kamu kufur kepada Dzat yang mencipta bumi dalam dua masa.

Adakah patut kamu kufur dengan Allah ﷻ yang telah memberikan segalanya kepada kamu? Kufur yang dimaksudkan adalah tolak tauhid. Dan Allah ﷻ tarik perhatian kepada dunia ini supaya kita memikirkan dari mana asalnya dunia ini.

Allah ﷻ hendak memberitahu kita bahawa segala ciptaan, Dia sahaja yang buat. Tidak ada selain Allah ﷻ yang boleh buat. Kalau seruan dan sembahan yang kamu sembah itu ada buat sesuatu dari alam ini, bolehlah kalau nak sembah mereka. Tapi mereka buat lalat seekor pun tidak boleh, maka mereka tidak layak disembah.

Allah ﷻ beritahu yang dunia ini dijadikan dalam dua masa. Tentang ‘dua masa’ itu, ada yang kata: hari Ahad dan hari Isnin. Ada yang kata dalam dua hari, tapi lebih sesuai kalau kita kata dalam ‘dua masa’. Kerana semasa dijadikan dunia itu, matahari belum ada lagi, jadi tidak ada ‘hari’ lagi seperti yang kita faham sekarang.

Ada orang kafir yang percaya adanya Tuhan yang satu, tapi mereka rasa Tuhan itu perlukan pertolongan. Tapi Allah ﷻ berhujah dalam ayat ini, kenapa pula Allah ﷻ perlukan pertolongan sedangkan Dia buat tujuh lapis bumi itu dalam dua masa bersendirian sahaja?

Dia tidak memerlukan pertolongan sesiapa pun. Dialah yang Maha Berkuasa untuk melakukan apa sahaja, maka tentulah tidak patut kalau manusia kufur kepada-Nya.

وَتَجْعَلُونَ لَهُ أَنْدَادًا

Dan kamu jadikan bagi Allah, tandingan-tandingan

Adakah patut kamu jadikan tandingan bagi Allah? Allah ﷻ kamu sembah dan ada yang selain Allah ﷻ yang kamu sembah juga, seperti Allah kena ‘bertanding’ dengan mereka pula untuk mendapat penyembahan dari kamu. Tentulah tidak patut sama sekali.

Allah tanya: Adakah yang kamu jadikan sekutu Allah itu, boleh mencipta alam ini? Adakah semasa Allah cipta alam ini, Dia memerlukan pertolongan dari entiti-entiti lain? Tentulah tidak. Allah buat alam ini sendirian berhad sahaja. Tidak memerlukan gotong royong macam kita kalau nak buat masjid. Tidak.

Perkataan أَنْدَادًا bermaksud ‘tandingan-tandingan’, iaitu mereka yang kita jadikan setaraf dengan Allah ﷻ. Iaitu kita sembah Allah ﷻ, tapi dalam masa yang sama, sembah mereka juga. Orang kafir Mekah bukanlah mereka tidak sembah Allah ﷻ. Mereka juga kenal Allah ﷻ dan tahu Allah ﷻ itu Tuhan. Tapi dalam masa yang sama, mereka sembah juga sembahan-sembahan lain, yang mereka anggap sebagai ‘tuhan-tuhan kecil’.

Orang kita ada juga buat begini. Tidaklah mereka sembah dengan jelas أَنْدَادًا lain. Tapi, mereka ada faham bahawa ada makhluk yang ada kuasa macam Allah ﷻ (bukan semua kuasa Allah tapi sebahagian sahaja). Contohnya, ada antara kita yang jumpa tok guru dan dia bagi kita mandi air jampi, untuk sembuhkan penyakit kita. Ini adalah satu fahaman syirik. Kerana yang menyembuhkan adalah Allah ﷻ, bukan air jampi guru itu.

Begitulah keadaan kebanyakan manusia. Mereka percaya kepada selain Allah ﷻ yang tolong mereka. Seperti yang telah disebut di dalam Zumar:8. Bila mereka dapat bala, mereka condong kepada ketaatan. Mereka akan jadi orang yang baik, sudah mula pergi masjid, bila jumpa orang sahaja, mereka akan bagi salam. Doa pun panjang-panjang.

Kemudian apabila diberi nikmat baru yang ditukar daripada bala yang mereka alami itu, hilang segala masalah mereka, terus mereka lupa kepada Allah ﷻ yang mereka doa pada mulanya. Mereka buat macam bukan Allah ﷻ yang menyelamatkan mereka, tapi tok guru, azimat, dan sebagainya. Ini kerana mereka nampak masalah mereka selesai selepas mereka mandi air jampi guru, doa dari tok guru, azimat yang guru bagi dan sebagainya. Ini seperti tidak mengaku adanya Allah ﷻ.

Atau, jika ada orang yang berkata: “kalau tanpa dia ni tolong saya, dah lama saya mati.” Kufur terus kalau cakap macam tu. Yang betul adalah kata begini: “melalui awaklah Allah tolong saya”. Itu baru betul.

Orang yang sesat ini kita lihat mereka jadi bodoh yang pelik. Mereka percaya benda-benda mengarut macam agama Hindu pun ada. Sanggup buat benda-benda yang jijik. Sanggup makan benda kotor sebab ada guru yang kata kena makan begitu.

Macam-macam yang masyarakat kita buat dari amalan yang salah kerana ditipu oleh guru yang sesat. Tidak perlu kita perincikan di sini. Kita pun sudah tahu masyarakat kita macam mana.

ذٰلِكَ رَبُّ العٰلَمينَ

Yang ada sifat itu, adalah Tuhan yang mencipta dan memelihara sekian alam.

Allah Maha Berkuasa, Allah ﷻ tidak memerlukan penolong apa pun. Dialah Tuhan yang mencipta, dan sesudah dicipta oleh-Nya alam ini, Dia yang mentadbir dan memelihara alam ini dan menguruskannya dari sekecil-kecil perkara ke sebesar-besar perkara.

Tidak ada yang selain dari Allah ﷻ yang boleh buat perkara itu. Rabb kita hanya satu sahaja. Lalu kenapa nak sembah dan seru selain Allah ﷻ?


Ayat 10: Sekarang diberikan lagi dalil kenapa kita kena puja Allah ﷻ sahaja. Orang kafir Mekah menyembah berhala, malaikat dan jin, padahal Allahlah yang menjadikan alam ini, bukan berhala-berhala dan sembahan-sembahan lain.

Masyarakat kita juga ada yang menyembah selain dari Allah ﷻ, padahal bukan entiti-entiti selain Allah ﷻ itu yang menjadikan alam ini. Maka sekarang Allah ﷻ beritahu jasa Dia mencipta alam ini. Kena kenanglah siapa yang jadikan alam ini dulu.

وَجَعَلَ فيها رَوٰسِيَ مِن فَوقِها وَبٰرَكَ فيها وَقَدَّرَ فيها أَقوٰتَها في أَربَعَةِ أَيّامٍ سَواءً لِّلسّائِلينَ

Sahih International

And He placed on the earth firmly set mountains over its surface, and He blessed it and determined therein its [creatures’] sustenance in four days without distinction – for [the information] of those who ask.

Malay

Dan Dia menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya (tersergam tinggi) di atasnya, serta Ia melimpahkan berkat padanya, dan Dia menentukan ada padaNya bahan-bahan keperluan hidup penduduknya, sekadar yang menyamai hajat yang diminta dan dikehendaki oleh keadaan mereka; (semuanya itu berlaku) dalam empat masa.

وَجَعَلَ فِيهَا رَوٰسِيَ مِنْ فَوْقِهَا

Dan Allah menjadikan gunung-gunung  di atas bumi itu

Selepas Allah ﷻ jadikan bumi selama dua hari, maka Allah ﷻ isi keperluan dalam bumi ini. Allah ﷻ tarik perhatian kita kepada gunung untuk suruh kita memikirkan hebatnya kuasa Allah ﷻ. 

Allah ﷻ sahaja yang boleh buat gunung ganang itu. Gunanya gunung ganang itu adalah supaya bumi kukuh dan tidak bergegar. Allah ﷻ jadikan gunung-ganang sebagai pasak untuk menjadikan bumi ini stabil. Kerana bumi ini sentiasa berpusing.

Kalau tidak ada pasak, tentu bumi sudah bergegar dan sentiasa bergerak. Kalaulah bergegar, semua rumah akan runtuh, bumi akan jadi rata dan akhirnya akan masuk ke dalam laut. Semua tanah yang ada di bumi ini, kuantitinya muat kalau masuk dalam laut. Tak tinggal tanah langsung kalau jadi begitu. Kerana air laut lebih banyak dari tanah.

Allah jadikan pasak untuk bumi, supaya lapisan bumi ini tetap.
Allah jadikan pasak untuk bumi, supaya lapisan bumi ini tetap.

Gunung ganang itu juga dijadikan sebagai penghambat angin. Gunung menahan angin dari jadi kuat sangat. Kalau tidak ada penahan, tentunya angin itu jadi lebih kuat dan kita pun boleh diterbangkan olehnya. Tentulah rosak segala benda yang kita bina kerana asyik ditiup angin yang terlalu kuat.

gunung sebagai penghalang angin
gunung sebagai penghalang angin

Satu lagi sebab Allah ﷻ jadikan gunung-ganang adalah supaya kita boleh lihat gunung-ganang yang gagah dan indah itu dan memikirkan siapakah yang boleh mencipta sesuatu yang sebegitu hebat?

Ianya akan memberi kita satu perasaan yang merendahkan diri kita dan takjub dengan satu kuasa yang Maha Hebat. Itulah Allah yang Maha Berkuasa. Oleh itu, lihatlah alam semesta ini dan fikirkan di manakah kedudukan kita yang serba kerdil ini.

وَبٰرَكَ فِيهَا

dan Allah memberi berkat yang banyak kepada bumi itu.

Iaitu dengan Allah ﷻ buat gunung-gunung itu, maka akan mengalir anak-anak sungai yang kemudiannya akan jadi sungai yang besar. Kalau tiada gunung, maka tiadalah sungai. Jadi bumi akan jadi padang pasir sahaja.

Jadi dengan air mengalir itu, ditumbuhkan pokok-pokok. Di tempat lain pula, Allah ﷻ adakan salji, dan bila musim panas, salji akan jadi air yang mengalir. Nak hurai tentang berkat ini, ada dalam surah al-Mulk ayat pertama.

Allah ﷻ beri kelebihan dan guna pada bumi itu, bukan duduk diam sahaja. Allah ﷻ memberkati bumi ini supaya kita dapat tinggal di dalamnya dengan selesa. Segala keperluan telah diberikan kepada kita supaya dapat menakluk bumi ini untuk didiami.

وَقَدَّرَ فِيهَا أَقْوٰتَهَا

dan Dia menentukan berapa banyak keperluannya.

Allah ﷻ telah tentukan kadar keperluan yang diperlukan oleh makhluk-Nya. Berapa banyak air hujan diturunkan, berapa banyak pokok yang patut tumbuh, serangga apa dan binatang apa yang diperlukan di tempat itu.

Allah ﷻ juga menentukan di tempat ini ada tumbuhan begini dan di tempat lain, ada tumbuhan lain pula. Jadi tidak sama antara satu tempat dengan satu tempat. Ini juga adalah nikmat kerana apabila lain tempat ada lain barang, maka adalah perniagaan antara manusia. Nak kapas kena pergi ke negara ada kapas; nak lada kena pergi ke negara ada lada; dan sebagainya.

Kalau kita tengok rancangan kehidupan dalam media, seperti rancangan ‘National Geographic’, kita akan dapat tahu bagaimana telah ditentukan segala keperluan untuk tempat itu. Semuanya sesuai.

Kalau Allah ﷻ tak tentukan berapa banyak air yang sesuai untuk kehidupan, akan tumbuh terlalu banyak pokok, sampai nanti tak cukup baja untuk beri tumbuh-tumbuhan itu hidup. Pokok itu sendiri akan mati sebab tak cukup baja. 

Atau kalau pokok banyak sangat, kita tidak ada tempat nak tinggal buat rumah. Allah ﷻ sudah tentukan keperluan kehidupan sampaikan semua makhluk flora dan fauna akan dapat keperluan mereka.

Dia juga yang menentukan makanan-makanan sebagai rezeki. Semua kadar itu telah ditentukan oleh Allah yang Maha Bijaksana. Allah ﷻ berikan kadar itu ikut keperluan. Allah ﷻ sahaja yang tahu keperluan semua makhluk. Kita walaupun telah mengkaji bertahun-tahun, masih banyak lagi perkara yang kita tidak tahu.

فِي أَرْبَعَةِ أَيَّامٍ

dalam empat masa.

Bukan ’empat hari’, tapi ’empat masa’. Kerana semasa Allah cipta bumi, ‘hari’ tiada lagi. Kerana untuk ada ‘hari’, kena ada matahari, tapi matahari belum dicipta lagi. Maka, seeloknya kita gunakan dalam empat ‘masa’.

Allah ﷻ telah katakan bahawa Dia telah mencipta bumi selama 2 hari, kemudian ada ayat lain yang Allah ﷻ kata langit diciptakan dalam masa 2 hari. Sekarang dikatakan bahawa segala alam dan keperluan dalam dunia ini dijadikan dalam 4 hari.

Kalau kita campur semua, akan jadi 8 hari. Tapi, kita jangan kira begitu. Tidaklah Allah ﷻ perlu buat semua itu satu persatu. Ada yang Allah ﷻ buat pada masa yang sama. Contohnya, semasa Allah ﷻ menjadikan keperluan dalam alam ini, dalam masa yang sama juga, Allah ﷻ boleh ciptakan langit juga.

Ataupun, dalam ayat sebelum ini, disebut penciptaan bumi selama ‘dua hari’. Dan pengisian keperluan pula mengambil masa ‘dua hari’. Setelah dicampur, itulah sampai kepada maksud ’empat hari’. Allahu a’lam.

Kenapa alam ini dijadikan dalam ‘enam masa’? Sedangkan dalam ayat lain, Allah ﷻ kata kalau Dia hendak jadikan sesuatu, Dia hanya kata: Kun – jadilah, maka ianya fayakun – akan terjadi.

Allah ﷻ kata Dia gunakan ‘enam masa’ kerana kalau kita menjadikan sesuatu perkara yang penting, kita akan berikan masa tumpuan kepadanya. Kita luangkan masa untuknya, kita tidak kelam kabut untuk menyudahkannya. Walaupun Allah ﷻ boleh sahaja jadikan dengan cara kun fayakun juga. Ulama kata, Allah ﷻ hendak mengajar kita: kalau kita melakukan sesuatu yang penting, maka luangkan masa untuk melakukannya. Jangan tergesa-gesa.

Ada ulama yang mengatakan perkataan ‘enam hari’ yang digunakan dalam ayat ini merujuk kepada masa tertentu juga (dan bukan masa secara abstrak sahaja). Kerana dalam ayat lain, ada disebut bahawa satu hari bersamaan dengan seribu tahun. Jadi, kalau begitu, mungkin masa penciptaan langit dan bumi mengambil masa selama 6 ribu tahun. Allahu a’lam.

‘Masa’ adalah relatif. Kalau dalam dunia, kita faham apakah maksud ‘sehari’ itu. Tapi itu di bumi, kalau di planet lain, tidak sama. Satu hari di Planet Marikh mungkin selama setahun kita. Jadi, boleh jadi banyak pemahaman tentang masa penciptaan alam ini.

Tidaklah perlu kita memikirkan dengan lama sangat. Kerana akal kita yang lemah ini tidak dapat memahaminya dan tidak dapat menjangkau maksud sebenarnya. Ianya sesuatu yang tidak perlu difikirkan sangat. Allah ﷻ beritahu kita bukan sampai kita tahu hakikatnya. Tapi Allah ﷻ nak beritahu, kalau bukan Dia beritahu kita dengan cara wahyu, kita tidak akan capai maklumat ini. Maknanya, kita kena sedar yang maklumat sebegini kita memerlukan ilmu dari Allah ﷻ.

Satu lagi perkara yang menjadi perbincangan tentang kejadian langit dan bumi ini adalah manakah yang terjadi dahulu? Kalau kita lihat ayat dari Surah Fussilat ini dan ayat Baqarah:28-29, nampaknya bumi dijadikan dahulu.

Tapi kalau kita lihat pula Naaziat:27-32, ayat itu seolah mengatakan yang langit yang dijadikan dahulu. Maka adakah percanggahan antara ayat-ayat Al-Qur’an? Ini perlu dijelaskan kerana kalau tidak, ini menjadi hujah bagi orang kafir untuk menolak Al-Qur’an.

Maulana Ashraf Ali Thanawi mengatakan, setelah mengkaji ayat-ayat tentang kejadian langit dan bumi, dia berpendapat bumi dijadikan dahulu. Tapi asal kejadiannya dibentuk dahulu (tanpa gunung, pokok dan lain-lain) dan kemudian langit pula dijadikan dalam bentuk asap. Dan kemudian bumi dikemaskan dengan diletakkan gunung ganang dan segala perhiasan yang lain dan kemudian langit pula dikemaskan. Allahu a’alam.

سَوَاءً لِّلسَّائِلِينَ

Sama seperti bagi orang yang bertanya.

Yahudi dan Kristian sudah tahu cerita ini kerana ada dalam kitab mereka. Mereka tahu yang alam ini dijadikan dalam ‘enam hari’. Jadi mereka akan tanya Nabi ﷺ soalan ini sebagai ujian kepada baginda. Maka inilah jawapan bagi soalan mereka itu.

Jawapan yang diberikan itu sama macam yang telah ada dalam kitab suci mereka. Ianya sama sahaja kerana Tuhan yang sama, bukan Tuhan yang lain pun. Jadi jangan hairan kalau ada perkara yang sama antara Islam dan agama Yahudi (juga agama Kristian). 

Satu lagi maksud, kalimah سائل bukan sahaja bermaksud ‘yang bertanya’ tapi ia juga bermaksud ‘yang memerlukan’. Jadi Allah ﷻ meluangkan masa 4 hari itu untuk menyediakan segala keperluan makhluk-Nya yang memerlukan makanan, minuman, tanah, air, tempat tinggal dan macam-macam lagi keperluan hidup kita. Semuanya sama-sama dapat nikmat dari penciptaan Allah ﷻ ini.


Ayat 11:

ثُمَّ استَوىٰ إِلَى السَّماءِ وَهِيَ دُخانٌ فَقالَ لَها وَلِلأَرضِ ائتِيا طَوعًا أَو كَرهًا قالَتا أَتَينا طائِعينَ

Sahih International

Then He directed Himself to the heaven while it was smoke and said to it and to the earth, “Come [into being], willingly or by compulsion.” They said, “We have come willingly.”

Malay

Kemudian Dia menunjukkan kehendak-Nya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap; lalu Dia berfirman kepadanya dan kepada bumi: “Turutlah kamu berdua akan perintah-Ku, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa!” Keduanya menjawab: “Kami berdua sedia menurut – patuh dengan sukarela”

ثُمَّ اسْتَوَىٰ إِلَى السَّمَاءِ

Kemudian Allah beri tumpuan kepada langit.

Kalimah اسْتَوَىٰ ini dari kata dasar س و ي yang antara lain maksudnya menuju kepada sesuatu. Juga bermaksud memberi perhatian kepada sesuatu (beri fokus). Selepas Allah ﷻ selesai mencipta bumi, Allah ﷻ fokus untuk mencipta langit pula.

وَهِيَ دُخَانٌ

Langit masa itu masih dalam bentuk asap.

Langit tiada lagi dalam bentuk sekarang. Ianya dalam bentuk gas. Belum dalam bentuk berlapis tujuh lagi. Ini adalah kesinambungan dari penjelasan tentang penciptaan langit dan bumi dalam Anbiya:30. Dalam ayat itu disentuh Teori Big Bang. Dan memang saintis mengatakan selepas Big Bang itu, langit dalam bentuk gas dan boleh dibayangkan dalam bentuk asap yang tebal.

Dan hebat sekali Al-Qur’an menyebut perkara ini 1,400 tahun yang lepas lagi. Ini adalah satu mukjizat Al-Qur’an yang membuktikan kebenaran maklumat dalam Al-Qur’an ini. Takkan Nabi Muhammad ﷺ boleh tahu perkara ini melainkan ianya pasti dari Allah ﷻ.

فَقَالَ لَهَا وَلِلْأَرْضِ

Tuhan perintah kepada langit dan bumi

Ini adalah titah Allah ﷻ kepada bumi dan langit yang telah dicipta-Nya itu.

ائْتِيَا طَوْعًا أَوْ كَرْهًا

datanglah kamu kepadaKu, sama ada dengan taat atau terpaksa.

Maksudnya, Allah ﷻ menyuruh alam ini untuk bergerak. Semua dalam alam ini sentiasa bergerak. Saintis telah mendapati bahawa apa sahaja dalam alam ini sentiasa bergerak, termasuk atom, iaitu bahan yang paling kecil yang kita tahu, ia pun bergerak juga.

Tentunya kalau Allah ﷻ telah beri arahan kepada langit dan bumi, mereka terpaksa ikut. Mereka taat dalam bentuk takwini – mereka tidak ada pilihan untuk menolak seperti yang diberikan kepada manusia. Jadi kenapa Allah ﷻ cakap begini kepada mereka? Kerana hendak menunjukkan ketaatan yang ada pada langit dan bumi. Tak macam kita, apabila disuruh taat, macam-macam alasan yang kita buat. Lihatlah apa yang alam jawab kepada Allah ﷻ:

قَالَتَا أَتَيْنَا طَائِعِينَ

Maka kedua-dua berkata: “kami datang kepada Kamu dengan taat”.

Langit dan bumi datang kepada Allah ﷻ dengan taat dan dengan sukarela. Maksudnya, bumi dan langit bergerak seperti yang dikehendaki oleh Allah ﷻ. Begitulah Allah ﷻ menceritakan bagaimana makhluk Dia yang besar pun taat kepada-Nya.

Tapi, amat malang sekali, kebanyakan manusia tak buat macam tu. Mereka tidak taat kepada hukum Allah ﷻ. Mereka sebaliknya taat kepada nafsu mereka dan juga kepada syaitan yang membisikkan perkara yang tidak elok.

Bagaimana pula percakapan langit dan bumi itu? Ada ulama kata ini adalah isyarat sahaja, bukanlah langit dan bumi berkata-kata. Tapi ada ulama kata memang Allah ﷻ berikan intelek dan kebolehan berkata-kata kepada langit dan bumi. Tapi tentulah cara bercakap mereka tidak sama dengan cara kita.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 20 Julai 2019


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Abdul Nasir Jangda

Tafsir Ibnu Kathir

Tafsir Al-Azhar Dr. Hamka

Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani

Tafsir Surah Ghafir Ayat 82 – 85 (Iman yang tidak berguna)

Ayat 82: Ini adalah ayat Takhwif Duniawi.

أَفَلَم يَسيروا فِي الأَرضِ فَيَنظُروا كَيفَ كانَ عٰقِبَةُ الَّذينَ مِن قَبلِهِم ۚ كانوا أَكثَرَ مِنهُم وَأَشَدَّ قُوَّةً وَءآثارًا فِي الأَرضِ فَما أَغنىٰ عَنهُم مّا كانوا يَكسِبونَ

Sahih International

Have they not traveled through the land and observed how was the end of those before them? They were more numerous than themselves and greater in strength and in impression on the land, but they were not availed by what they used to earn.

Malay

Selain dari itu, tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka (yang telah dibinasakan dengan sebab dosa-dosanya)? Orang-orang itu lebih ramai dari mereka, dan lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Dalam pada itu, apa yang telah diusahakan oleh orang-orang itu, tidak dapat menolongnya sedikitpun.

 

أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ

Apakah tidak mereka boleh berjalan di muka bumi?

Allah sudah sebut tentang kenderaan yang digunakan dalam pengangkutan. Apa mereka tidak boleh gunakankah cara pengangkutan yang berbagai itu untuk melihat dunia?

Tentu boleh. Macam Musyrikin Mekah pun, mereka ada banyak mengembara dalam perjalanan perniagaan mereka ke Syam dan Yaman. Mereka sudah lihat tempat-tempat mastautin yang lain.

Ayat ini bukan suruh kita pergi berjalan ke tempat-tempat itu. Ini adalah untuk mereka yang degil sahaja. Bukanlah sunnah untuk melawati tempat-tempat yang telah dikenakan azab.

Nabi tidak benarkan dan kalau terpaksa lalu, kena lalu dengan cepat dan dengan rasa yang takut. Takut kalau azab yang sama dikenakan kepada kita pula.

فَيَنْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عٰقِبَةُ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ

dan memperhatikan bagaimanakah akibat kesudahan mereka yang derhaka dulu sebelum mereka

Tentu mereka dapat lalu di kawasan-kawasan yang Allah telah binasakan. Seperti kaum Aad, Tsamud dan kaum Luth di Laut Mati. Dulu Allah telah pernah beri azab kepada kaum yang sebelum mereka, sekarang pun Allah boleh buat lagi. Jangan kita sangka Allah tidak boleh buat. Akan berlaku bila sudah sampai peringkatnya.

Azab yang dikenakan kepada mereka itu adalah kerana mereka telah derhaka kepada Allah dan kepada Rasul mereka. Jadi, kalau kamu pun derhaka juga, apa kamu rasa kamu akan selamat?

كَانُوا أَكْثَرَ مِنْهُمْ

mereka itu lebih ramai dari mereka

Kamu ingat kamu hebat, kuat? Mereka yang kena azab itu lebih ramai dari kamu. Mereka lebih ramai dari Musyrikin Mekah.

وَأَشَدَّ قُوَّةً

dan lebih gagah

Mereka dulu lebih gagah dari Musyrikin Mekah. Kaum Aad itu boleh cabut pokok kurma dengan satu tangan sahaja. Kekuatan tentera mereka lebih hebat. Tapi mereka tetap dihancurkan juga.

وَءآثَارًا فِي الْأَرْضِ

dan banyak kesan-kesan peninggalan atas muka bumi

Tamadun mereka dulu lagi hebat dari kamu. Macam Piramid di Mesir itu, sampai sekarang kalau nak buat balik pun kita tidak mampu. Macam di negara kita telah dijumpai tamadun purba di Kedah lama yang telah lama ada teknologi buat bahan dari besi. Maknanya mereka pun hebat juga tamadun mereka. Jangan sangka orang dahulu tidak ada apa-apa.

فَمَا أَغْنَىٰ عَنْهُمْ

tidak ada lagi berguna yang boleh membantu mereka

Walaupun mereka ramai, kuat dan lebih bertamadun dari Musyrikin Mekah, mereka masih juga dikenakan azab oleh Allah dan mereka tidak ada lagi atas muka bumi.

Apa sahaja kelebihan yang mereka ada tidak dapat menyelamatkan mereka dan menepis azab Allah. Allah hilang lenyapkan keturunan mereka. Yang tinggal hanya kesan tempat tinggal sahaja. Keturunan mereka tidak ada yang tinggal pun.

مَّا كَانُوا يَكْسِبُونَ

terhadap apa yang mereka dulu usahakan

Kehebatan dan kekuatan mereka tidak dapat menyelamatkan mereka. Amalan-amalan syirik mereka tidak dapat membantu mereka. Sembahan-sembahan mereka tak bantu mereka pun masa mereka kena azab dulu. Kerana memang tidak ada pun yang boleh bantu.


 

Ayat 83: Kenapa mereka yang telah dimusnahkan itu kena azab dari Allah semasa di dunia lagi?

فَلَمّا جاءَتهُم رُسُلُهُم بِالبَيِّنٰتِ فَرِحوا بِما عِندَهُم مِّنَ العِلمِ وَحاقَ بِهِم مّا كانوا بِهِ يَستَهزِئونَ

Sahih International

And when their messengers came to them with clear proofs, they [merely] rejoiced in what they had of knowledge, but they were enveloped by what they used to ridicule.

Malay

Kerana pada masa mereka didatangi oleh Rasul-rasul yang diutus kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (untuk menyelamatkan mereka, mereka mengejek-ejeknya, dan) mereka bergembira dengan pengetahuan yang ada pada mereka (yang mengenai keduniaan semata-mata); dan dengan yang demikian mereka pun diliputi oleh azab yang mereka ejek-ejek dahulu.

 

فَلَمّا جاءَتهُم رُسُلُهُم بِالبَيِّنٰتِ

Maka tatkala datang kepada mereka rasul-rasul yang diutus kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan yang nyata

Mereka juga telah didatangi dengan Rasul-rasul mereka yang menyampaikan ajaran Tauhid kepada mereka. Rasul-rasul itu datang bukan dengan tangan kosong, tapi mereka datang dengan bawa berbagai hujah, dalil dan mukjizat untuk membenarkan apakah yang mereka bawa itu.

Zaman kita Rasul sudah tiada, yang tinggal adalah penyebar-penyebar tauhid, dan mereka juga bawa dalil bukti iaitu Al-Qur’an dan hadis.

 

فَرِحُوا بِمَا عِنْدَهُمْ مِّنَ الْعِلْمِ

mereka sombong/bangga diri dengan apa yang ada di sisi mereka dari ilmu.

Mereka rasa mereka sudah maju. Maka mereka bangga dengan apa yang mereka miliki. Maka mereka tolak kebenaran yang disampaikan oleh para Rasul dan penyebar tauhid itu.

Golongan yang dimusnahkan itu mungkin ada ilmu, tapi bukanlah ilmu tauhid. Tapi dengan ilmu yang mereka ada, mereka jadi sombong pula untuk terima peringatan. Ilmu yang mereka miliki hanya berkenaan dengan dunia sahaja. Kalau zaman sekarang mereka itu mungkin doktor, profesor, peguam, pensyarah, hakim atau apa-apa sahaja. Ini disebut dalam Rum:7

يَعْلَمُونَ ظَاهِرًا مِّنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ عَنِ الْآخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ

Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.

Mereka rasa mereka sudah berjaya dan hebat dalam kehidupan dan kerana itu mereka pandang rendah ilmu agama. Mereka hanya nampak ilmu dunia sahaja dan ini amat bahaya.

Mereka tidak ada ilmu terutama ilmu tauhid tetapi apabila rasul atau penyebar tauhid datang kepada mereka dengan ajaran benar, mereka tolak kerana mereka rasa ilmu mereka lebih hebat.

Ini termasuklah golongan sufi Tarekat yang yang banyak sekarang diamalkan. Apabila kita ajak mereka belajar ilmu wahyu mereka pandang rendah sahaja kerana mereka rasa ilmu mereka lebih hebat. Mereka sangka mereka sudah dapat ‘ilmu rahsia’ yang istimewa. Mereka kata ilmu syariat yang kita ajar ini ‘ilmu kulit’ sahaja. Malah mereka kasihan kepada orang lain yang tidak dapat ilmu yang mereka dapat itu.

Mereka inilah yang ulama kata jahil murakkab. Jahil yang bertimpa-timpa. Kerana mereka itu jahil tapi mereka tak tahu mereka jahil. Mereka sangka mereka ada ilmu. Sedangkan ilmu pada mereka itu hanyalah ilmu khayalan sahaja. Ilmu dapat dari mimpi, dari akal dan dari bisikan syaitan sahaja.

Inilah yang susah untuk sedarkan mereka. Kerana kalau mereka terima mereka jahil, senanglah kita hendak ajar dan nasihat mereka. Tapi kalau mereka rasa mereka pandai, bukankah susah untuk kita ajar mereka?

Ataupun, ayat ini bermaksud golongan terdahulu itu berbangga dengan ilmu syirik yang mereka ada. Macam zaman sekarang, pengamal syirik itu bangga dengan ilmu sesat mereka. Kerana dengan ilmu sesat mereka itu, mereka boleh jadi dan buat macam-macam.

Mereka boleh tundukkan orang, boleh mengubat orang, boleh melihat ke alam jin dan macam-macam lagi. Orang lain tidak ada ilmu itu, oleh itu memang mereka bangga dengan ilmu mereka. Mereka sangka itu ilmu yang baik tapi bukan ilmu sebenarnya tapi ilmu karut.

وَحاقَ بِهِم مّا كانوا بِهِ يَستَهزِئونَ

dan mereka ditimpa dengan azab yang mereka dulu ejek-ejek.

Bila diberitahu mereka dengan kemungkinan azab yang mereka boleh terima, mereka tidak mahu terima. Malah, mereka ejek-ejek pula. Mereka kata: “mana, mana dia azab yang kamu janjikan kepada kami dulu? Ni kami buat syirik ni, tak jadi apa-apa pun”?

Begitulah lebih kurang kata-kata ejekan mereka. Dan Allah kenakan azab kepada mereka semasa mereka di dunia lagi.


 

Ayat 84: Lalu, apakah kata-kata mereka apabila mereka lihat azab itu?

فَلَمّا رَأَوا بَأسَنا قالوا ءآمَنّا بِاللهِ وَحدَهُ وَكَفَرنا بِما كُنّا بِهِ مُشرِكينَ

Sahih International

And when they saw Our punishment, they said,” We believe in Allah alone and disbelieve in that which we used to associate with Him.”

Malay

Maka ketika mereka melihat azab Kami, mereka berkata: “Kami beriman kepada Allah semata-mata, dan kami kufur ingkar kepada benda-benda yang dengan sebabnya kami menjadi musyrik”.

 

فَلَمَّا رَأَوْا بَأْسَنَا

Maka tatkala mereka melihat azab Kami

Ini adalah kata-kata mereka apabila azab datang kepada mereka. Iaitu mereka sudah dapat melihat azab itu dengan sungguh-sungguh di depan mata mereka.

قَالُوا ءآمَنَّا بِاللهِ وَحْدَهُ

mereka berkata: Kami beriman dengan Allah sahaja.

Bila sudah nampak azab depan mata mereka yang akan kena kepada mereka, waktu itu kelam kabutlah mereka hendak beriman. Barulah mereka percaya dengan apa yang diberikan oleh penyeru Tauhid dulu. Memang sesiapa sahaja bila nampak azab, sudah pasti mereka akan percaya.

Macam juga mereka yang mengamalkan amalan yang salah tu, kalau mereka tengok ribut pun sudah cukup takut. Sudah tak ingat keris keramat lagi pada waktu itu. Waktu itu mereka akan sebut ‘Allah, Allah’ sahaja. Sudah tidak teringat wasilah-wasilah mereka dari kalangan Nabi, wali dan malaikat. Mereka akan terus doa kepada Allah tanpa perantaraan lagi.

وَكَفَرنا بِما كُنّا بِهِ مُشرِكينَ

Dan kami engkar dengan apa yang kami dulu syirikkan

Waktu itu, mereka akan tekad untuk meninggalkan amalan-amalan syirik mereka. Kerana waktu itu mereka sudah nampak kesalahan dan kebathilan perkara yang mereka telah lakukan dahulu. Mereka menyesal kerana telah mengamalkan amalan salah mereka maka mereka nak tinggalkan terus.

Kalau orang kita, mereka akan kata: Kami sudah tak nak buat benda-benda syirik dulu. – cincin, keris, dan sebagainya, semua kami akan tinggalkan.


 

Ayat 85: Dalam ayat sebelum ini telah disebut bagaimana apabila mereka melihat azab yang akan dikenakan kepada mereka, mereka beriman dan akan mengingkari perbuatan syirik yang mereka lakukan sebelum itu. Tapi adakah iman waktu itu bermanfaat kepada mereka?

فَلَم يَكُ يَنفَعُهُم إيمٰنُهُم لَمّا رَأَوا بَأسَنا ۖ سُنَّتَ اللهِ الَّتي قَد خَلَت في عِبادِهِ ۖ وَخَسِرَ هُنالِكَ الكٰفِرونَ

Sahih International

But never did their faith benefit them once they saw Our punishment. [It is] the established way of Allah which has preceded among His servants. And the disbelievers thereupon lost [all].

Malay

Maka iman yang mereka katakan semasa melihat azab Kami, tidak berguna lagi kepada mereka; yang demikian adalah menurut “Sunnatullah” (undang-undang peraturan Allah) yang telah berlaku kepada hamba-hambaNya. Dan pada saat itu rugilah orang-orang yang kufur ingkar.

 

فَلَم يَكُ يَنفَعُهُم إيمٰنُهُم لَمّا رَأَوا بَأسَنا

Maka tidaklah bermanfaat bagi mereka iman-iman mereka tatkala mereka sudah dapat lihat azab Kami

Iman yang hanya lahir apabila melihat azab yang akan menyebabkan mereka mati, tidak berguna, tidak laku lagi waktu itu. Waktu itu, memang semua akan beriman, walaupun mereka pengamal syirik yang paling tegar pun. Tapi tidak dikira lagi iman mereka waktu itu.

Kalau sesiapa yang terlibat dalam kemalangan atau azab yang akan menyebabkan dia mati, taubat dia ketika itu juga tidak diterima lagi. Contohnya, seseorang itu kena langgar kereta. Dalam dia tercungap-cungap nak mati tu, dia bertaubat. Taubat dia waktu itu tidak diterima.

Begitu juga dengan Firaun. Semasa dia nak mati lemas tu, dia kata dia beriman dengan Tuhan Nabi Musa. Tapi tidak diterima iman Firaun waktu itu kerana sudah terlambat. Maka dijawab oleh Allah Swt. melalui firman-Nya:

{آلآنَ وَقَدْ عَصَيْتَ قَبْلُ وَكُنْتَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ}

Apakah sekarang (baru kamu percaya), padahal sesungguhnya kamu telah durhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan. (Yunus: 91)

 

سُنَّتَ اللهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ فِي عِبَادِهِ

Itulah ketetapan Allah taala yang telah berlaku kepada hamba-hambaNya yang terdahulu

Begitulah ketetapan dari Allah dari dahulu lagi – kalau beriman waktu sudah nampak azab, tidak laku iman waktu itu. Ini bertepatan dengan Hadis dari Nabi:

“إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ تَوْبَةَ الْعَبْدِ مَا لَمْ يُغَرْغِرْ”

Sesungguhnya Allah Swt. senantiasa menerima taubat hamba-(Nya) selama dia belum sakarat.

Hanya kaum Nabi Yunus sahaja yang selamat semasa mereka telah diturunkan azab. Ini kerana Nabi Yunus telah meninggalkan mereka. Itu adalah kerana Nabi Yunus telah lari meninggalkan mereka sebelum diberi kebenaran oleh Allah.

Semasa Nabi Yunus tidak ada di sisi mereka itulah datang azab yang telah dijanjikan kepada mereka. Tapi kerana Nabi Yunus telah meninggalkan mereka, waktu itu mereka diselamatkan. Kita  belajar kisah mereka dalam Surah Yunus.

وَخَسِرَ هُنَالِكَ الْكٰفِرُونَ

maka di situlah zahirnya kerugian kepada orang-orang yang kafir.

Waktu itu barulah mereka akan sedar tentang kerugian mereka atas amalan syirik mereka sebelum itu. Tapi sesalan yang tidak berguna sama sekali. Mereka tetap akan dikenakan dengan azab itu.

Allahu a’lam. Sambung ke surah yang seterusnya, Surah Fussilat.

Kemaskini: 20 Julai 2019


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani

Tafsir Surah Fussilat Ayat 1 – 5 (Al-Qur’an yang jelas)

Pengenalan:

Tauhid dalam berdoa dijelaskan dalam tujuh surah dan kesemua tujuh surah itu dimulakan dengan ayat Muqatta’ah ‘haa mim‘. Surah-surah itu menunjukkan apakah kesalahan yang dilakukan oleh masyarakat Islam kita. Apa yang masyarakat kita buat sekarang sebenarnya dalam hal berdoa banyak yang bertentangan dengan Al-Qur’an.

Diharap anda yang membaca tafsir ini membuka hati, minda dan iman anda untuk menilai semula apakah yang dilakukan dalam masyarakat kita. Jangan kerana kita sudah biasa buat sesuatu perkara itu, kita rasa ianya adalah benar belaka. Kita kena nilai perbuatan amalan kita itu dengan Al-Qur’an dan juga hadis yang sahih.

Surah Hamim 7 tauhid dalam berdoa

Dalam surah Ghafir, kita telah belajar Dakwa dalam surah itu untuk seru hanya Allah ﷻ sahaja dalam berdoa. Terutama dalam perkara yang luar asbab. Perbuatan kufur dan syirik kalau kita minta dan seru kepada selain Allah ﷻ.

Contoh perkara luar asbab adalah seperti permintaan dijauhkan dari bala. Iaitu perkara-perkara yang tidak boleh diselesaikan oleh selain dari Allah ﷻ. Kerana hanya Allah ﷻ sahaja yang boleh menyelamatkan kita dari bala. Maka kena minta kepada Allah ﷻ sahaja.

Kalau kita minta tolong kepada makhluk dalam perkara dalam asbab, masih boleh lagi, tapi tidak boleh bergantung harap sangat. Contohnya, kita minta tolong seorang doktor berikan rawatan kepada kita. Tapi kita memang tidak boleh berharap sangat kepada doktor itu kerana dia boleh usaha sahaja, tapi yang menyembuhkan adalah Allah ﷻ. Kena ingat sungguh perkara ini. Kalau kita bergantung kepada doktor, itu akan melemahkan keimanan kita kepada Allah ﷻ. Begitu juga dalam perkara-perkara yang lain. Walaupun kita minta tolong kepada orang lain, kita masih kena letak pengharapan kepada Allah ﷻ.

Sebab itu dalam perbuatan kita, Nabi ﷺ ajar doa dan zikir kepada Allah ﷻ. Supaya kita sentiasa ingat untuk bergantung kepada Allah ﷻ. Sebab kita tidak tolak asbab adalah kerana kita hanyalah manusia. Maka memang kita ada memerlukan pertolongan manusia.

Tapi dalam melakukan perkara-perkara yang biasa pun dalam kehidupan, kita diajar doa dan zikir kepada Allah ﷻ. Sebagai contoh, masa nak makan kita diajar baca Basmalah. Sebab nak ingatkan bahawa Allah ﷻ yang beri rezeki itu kepada kita. Lepas makan pun Nabi ﷺ ajar doa makan supaya tidak rosak akidah kita.

Surah Fussilat ini juga dinamakan ‘Hamim Fussilat’ atau ‘Hamim Sajdah’. Kerana ada ayat sajdah di dalam surah ini. Nama-nama surah diberikan kerana terdapat perkara-perkara utama di dalamnya. Sebab itu kadang-kadang satu-satu surah itu ada lebih dari satu nama.

Fussilat diambil dari kata dasar ف ص ل yang bermaksud menjelaskan sesuatu perkara itu dengan detail dengan mengkategorikannya satu persatu. Apabila kita baca surah ini, kita akan lihat bagaimana Allah ﷻ akan ketegorikan mana yang iman dan mana yang kufur dan dijelaskan dengan sejelas-jelasnya.

Surah ini turun di Mekah dan memang semua Surah Hamim Tujuh ini turun di Mekah. Seperti yang kita tahu, surah-surah yang diturunkan di Mekah mengandungi kandungan dakwah tauhid yang banyak.

Dan turunnya surah ini berturut-turut sampai lengkap. Surah-surah yang lain kebanyakannya turun tidak berturutan. Kebanyakan surah turun sikit-sikit dan bercampur surah antara satu sama lain. Nabi ﷺ yang kemudian beritahu di mana ayat-ayat Al-Qur’an itu patut disusun.

Kesemua surah yang dimulakan dengan Ha-Mim ini menceritakan tentang kepentingan Al-Qur’an. Selepas sahaja disebut huruf Ha-Mim itu, terus disebut tentang Al-Qur’an. Ini adalah kerana Al-Qur’an menekankan bahawa dakwah perlu dilakukan dengan menggunakan Al-Qur’an.

Kesemua surah ha-mim ini juga menyebut tentang Nabi Musa عليه السلام dan usaha dakwahnya. Kalau kita ikut logik kita, sepatutnya kisah Nabi Musa عليه السلام sepatutnya diletakkan dalam surah-surah Madinah kerana di Madinahlah baru orang Islam banyak berjumpa dengan orang Yahudi. Tapi kenapa ada kisah Nabi Musa عليه السلام dalam surah-surah Makkiyah?

Ini adalah kerana surah-surah ini hendak memberikan kekuatan kepada Nabi ﷺ dan kepada sahabat yang waktu itu amat sikit. Mereka sedang ditindas orang kafir dan kehidupan mereka amat susah sekali. Mereka sudah mula rasa putus asa dan mereka rasa amat susah sangat memegang ajaran tauhid.

Oleh itu, Allah ﷻ hendak memberitahu mereka bahawa bukan mereka sahaja yang mengalami masalah itu. Umat Nabi Musa عليه السلام pun melalui perkara yang sama juga. Zaman dulu pun ada Nabi dan ada pengikut-pengikut mereka dan juga penentang-penentang mereka.

Semasa surah ini diturunkan, gangguan kepada orang Islam telah meninggi sekali. Musyrikin Mekah juga sampai sudah mula hendak beri rasuah kepada Nabi ﷺ. Yang dihantar kepada Nabi ﷺ untuk menyampaikannya adalah Utbah ibn Rabiah. Dia adalah seorang pemimpin yang dihormati di Mekah. Dia pun telah berjumpa dengan Nabi ﷺ dan mula marah-marah kepada Nabi ﷺ.

Dia tuduh Nabi ﷺ telah memecah-belahkan umat Arab. Antara suami isteri, ayah dan anak dan sebagainya. Dia kata, kalau Nabi ﷺ hendak perempuan, dia boleh berikan siapa sahaja Nabi ﷺ hendak; kalau Nabi ﷺ hendak harta, mereka boleh kumpul dan beri sampai tidak ada yang lebih kaya dari baginda; kalau Nabi ﷺ hendak kedudukan, mereka boleh angkat baginda jadi Raja Tanah Arab; apa sahaja yang Nabi ﷺ hendak, mereka boleh berikan. Asalkan baginda berhenti dari berdakwah agamanya.

Nabi Muhammad ﷺ biarkan sahaja Utbah mengomel. Kemudian, Nabi ﷺ terus membaca Surah Fussilat ini sampai ke ayat ke 26. Apabila sampai kepada ayat itu, Utbah tutup mulut Nabi ﷺ dengan tangannya kerana dia tidak sanggup lagi dengar ayat-ayat Al-Qur’an itu kerana dia sudah rasa takut.

Surah ini juga menekankan kepentingan para sahabat bersatu padu. Ini amat penting kerana mereka waktu itu amat sedikit. Ia mengajar kita yang dalam aliran Sunnah ini kenalah bersatu. Kerana kita sedikit sekarang. Maka amat memalukan kalau sesama sunnah pun tidak tahu hendak berbeza pendapat sampaikan berkelahi sesama sendiri.

Surah ini juga banyak menekankan tentang dakwah. Dan surah ini menekankan bahawa dakwah itu perlu dilakukan dengan menggunakan Al-Qur’an. Kita kena belajar tafsir Al-Qur’an dan selepas itu, hendaklah kita sampaikan tafsir Al-Qur’an kepada manusia yang lain.

Malangnya, dalam banyak usaha dakwah kepada masyarakat, penggunaan Al-Qur’an tidak ditekankan. Mereka ramai yang guna muzik, guna kisah-kisah, guna perkara-perkara lain, tapi Al-Qur’an tidak digunakan secara utama.

Itu adalah salah kerana kita kena ingat bahawa Nabi ﷺ berdakwah menggunakan Al-Qur’an. Kalau kita tidak mampu hendak menyampaikan tafsir itu, hendaklah kita mengajak mereka untuk belajar tafsir Al-Qur’an di kelas-kelas yang ada. Dengan itu, saya menjemput saudara-saudari sekalian yang membaca penulisan ini untuk datang ke kelas pengajian tafsir Al-Qur’an yang sudah banyak ada sekarang.

Kekeliruan yang hendak diceritakan dalam surah ini adalah tentang ‘seru selain daripada Allah‘, dan mereka yang melakukan perbuatan itu kata, mereka dapat amalan itu daripada tok nenek atau guru-guru mereka yang ajar. Mereka kata bukannya mereka reka sendiri tapi telah lama ada, maka apa salahnya?

Mereka juga akan kata bahawa dengan perbuatan seru itu, mereka dapat juga apa yang mereka minta, Allah ﷻ makbulkan juga. Walaupun mereka minta tolong kepada penunggu pun dapat juga. Maka Allah ﷻ hendak memberitahu dalam surah ini yang dapat atau ‘menjadi’nya sesuatu perkara itu bukan dalil kepada benarnya perbuatan itu.

Contohnya, kita biasa lihat perayaan Thaipusam. Mereka boleh jalan kaki 23 batu di tengah jalan tanpa pakai kasut. Sambil itu mereka menari-nari. walaupun tubuh mereka dicucuk-cucuk Macam-macam mereka buat di badan mereka. Sangkut limaulah, cucuk lidahlah dan sebagainya. Mereka tak rasa sakit pun.

Mereka telah berpuasa tiga bulan sebelum melakukan perkara-perkara karut itu. Mereka boleh buat perkara yang menakjubkan itu sebenarnya kerana mereka telah dimasuki jin. Mereka tikam tubuh mereka sana dan sini dengan bawa Kavadi sambil berkaki ayam. Bukan itu sahaja, mereka akan naik 260 tangga Batu Caves itu.

Sambil jalan tu mereka jamah kepala orang-orang yang berdekatan untuk beri berkat kepada mereka. Mereka kata mereka buat semua itu semoga tuhan ampun dosa mereka. Dan mereka buat semua itu supaya periuk makanan mereka sentiasa penuh dengan makanan pada tahun itu.

Maknanya, mereka memohon rezeki sepanjang tahun untuk mereka dan keluarga. Mereka juga hendakkan berkat dari tuhan. Mereka tak rasa sakit atas apa yang mereka buat. Tak luka dan tiada kesan langsung selepas tiga hari. Telah ‘menjadi’ apa yang mereka buat itu. Adakah ‘menjadi’ itu tanda betul perbuatan mereka itu?

Tentu tidak, kerana mereka agama Hindu dan kita pun tahu yang agama Hindu adalah agama yang syirik. Jadi, kalau hal berdoa dengan cara yang syirik dalam masyarakat kita, kenapa kita terima dan kata ianya benar kerana apa yang dilakukan oleh mereka itu ‘menjadi’? Ia bukan dalil dan bukti ia benar.

Allah ﷻ izinkan perbuatan mereka itu berjaya, walaupun ianya dari akidah yang salah. Kerana semua kejadian adalah atas keizinan Allah ﷻ juga. Allah ﷻ izinkan mereka kufur kalau mereka nak kufur. Tapi Allah ﷻ tidak redha dan Allah ﷻ akan hukum mereka nanti. Ini ada diceritakan dalam Ayat ke 25 surah ini nanti.

Allah ﷻ berikan syaitan sebagai teman rapat dan Allah ﷻ bagi mereka rasa ‘betul’ perbuatan mereka. Mereka nampak bahawa benarlah apa yang mereka buat itu kerana semuanya menjadi. Oleh kerana perbuatan mereka itu, telah ditetapkan atas mereka keputusan azab berserta umat-umat yang telah berlalu sebelum mereka.

Syaitan yang bersama mereka itu dinamakan Quranaa’. Quranaa’ itu adalah teman rapat yang terdiri dari jin dan guru-guru yang mengajar ajaran salah. Untuk faham ayat ini, kena rujuk juga dalam ayat Zukhruf:36: sesiapa yang tidak peduli peringatan tuhan ar-Rahman, iaitu sesiapa yang tak peduli nak belajar tafsir Al-Qur’an, Allah ﷻ akan ‘hadiahkan’ dia dengan seekor syaitan sebagai Personal Adviser- kawan rapat iaitu qarin mereka.

Mereka itu akan memesongkan orang itu dari jalan Allah ﷻ. Mula-mula seekor sahaja, tapi apabila mereka semakin bertambah melakukan kesalahan syirik, maka syaitan itu akan bertambah dan berlapis-lapis.

Tapi mereka menyangka mereka sekarang sedang terpimpin. Mereka rasa begitu kerana mereka sembahyang tak tinggal dan amalan agama yang lain mereka sudah buat seperti puasa dan berzikir dan sebagainya. Tapi mereka tak nak belajar maksud Al-Qur’an sebab tak rasa penting belajar tafsir. Mereka rasa mereka sudah betul dalam hal agama. Jadi, walaupun seseorang yang rajin baca Al-Qur’an, hafal Al-Qur’an, tapi jika dia tak belajar tafsir Al-Qur’an, belum tentu lagi dia benar.

Sebab dia tak tahu apakah perbuatan salah yang dia buat. Dia cuma membaca Al-Qur’an tanpa memahami apakah yang mahu disampaikan oleh Al-Qur’an itu.

Oleh itu dalam surah ini, selain dari menyentuh tentang tauhid dalam berdoa, ia juga mengandungi jawapan kepada kesamaran tentang tauhid dalam berdoa. Surah Ghafir sudah menekankan kepentingan seru hanya Allah ﷻ dalam berdoa. Tetapi, ada kesamaran manusia dalam berdoa.

Ada 6 keraguan penting yang dijawab dalam 6 surah Ha Mim. Kesamaran pertama dijawab dalam Surah Fussilat ini. Apakah kesamaran itu? Apabila ada yang seru selain Allah ﷻ, tapi ‘menjadi’ apa yang mereka minta walaupun mereka berdoa kepada selain dari Allah ﷻ.

Sebagai contoh, mereka dapat sembuhkan penyakit, dapat jalan atas air dan macam-macam lagi perkara ‘luar adat’ yang mereka boleh buat. Kenapa boleh ‘menjadi’ sedangkan agama kata tak boleh doa dan seru selain Allah ﷻ? Kalau tak boleh, takkan Allah ﷻ beri jadi, bukan?

Kemudian mereka kata, dengan mereka mengamalkan amalan dan doa-doa tertentu, ada wali datang malam-malam dalam mimpi mereka dan mengajar mereka tentang agama dan ilmu rahsia. Itulah antara kesamaran mereka yang mengamalkan syirik dalam doa. Dan kerana itu, mereka meneruskan amalan syirik mereka itu.

Dan mereka yang seru selain Allah ﷻ, dapat mimpi pula yang kononnya dikatakan ‘wali’ datang dan macam-macam lagi mimpi yang mereka tafsir sebagai berita gembira kepada mereka. Kononnya ada ‘wali’ yang ajar ilmu kepada mereka. Kita kena ingat bahawa yang datang dalam mimpi itu adalah jin dan jin hanya datang kepada mereka yang akidah bermasalah.

Mimpi itu karut dan tidak boleh untuk dijadikan sebagai hujah dan dalil. Mana mungkin boleh dijadikan sebagai dalil kerana Syaitan yang datang sebenarnya. Syaitan itu datang kerana memang mereka sudah ada hubungan dengan syaitan. Kerana mereka selalu menyeru selain dari Allah ﷻ, dan sebenarnya mereka tidak sedar mereka menyeru jin belaka.

Itu adalah jin syaitan jenis qurana’ atau qarin. Allah ﷻ memang beri kepada mereka kerana mereka sudah ada akidah yang salah. Jadi ingatlah yang mimpi bukan tanda syariat.

Syaitan pandai menipu manusia. Ini adalah salah satu cara yang mereka lakukan: jin akan menimpakan kesusahan kepada seseorang dan mereka juga yang menghilangkannya apabila orang itu melakukan amalan yang syirik.

Syaitan kemudian akan datang ke dalam mimpi orang itu dan mengajarkan bagaimana hendak menyelesaikan masalah itu. Dan apa yang perlu dilakukan itu adalah amalan syirik. Allah ﷻ boleh lakukan perkara ini sebagai ujian kepada manusia.

Tidaklah ‘menjadi’ amalan seruan mereka itu sebagai tanda yang amalan yang mereka buat itu benar. Bukanlah itu menjadi tanda yang Allah ﷻ suka dengan apa yang mereka telah lakukan. Ini adalah silap faham manusia yang amat besar. Mereka dapat apa yang mereka kehendaki tanpa ada masalah. Tapi tidaklah bermakna Allah ﷻ redha.

Macam duit rompak, elok sahaja pakai duit itu. Ada yang tolong orang susah dengan duit rompak itu pun. Tapi kena ingat, yang haram tetap haram. Segala yang nampak menjadi itu, adalah ujian dari Allah ﷻ sahaja, untuk melihat sama ada manusia nak pegang dengan sebab amalan mereka ‘menjadi’, atau mereka nak pakai wahyu yang jelas melarang perbuatan mereka itu.

Gula yang dibeli dengan duit haram tetap juga manis rasanya. Tidaklah pula gula yang dibeli dengan duit haram bertukar rasa jadi masam.

Fussilat ayat 25 tafsir sunnah
Tema atau Dakwa Surah Fussilat.

Ayat 25 adalah Maksud Surah ini dan ianya menjawab kesamaran ini. Dalam ayat itu, Allah ﷻ memberitahu yang Dia akan memberi qarin (syaitan yang berdamping) kepada mereka yang mengamalkan amalan syirik.

Qarin itu menjadi penguat kepada mereka untuk terus mengamalkan akidah syirik mereka. Qarin itu berkawan dengan mereka kerana mereka sendiri yang jauh dari Al-Qur’an dan anti kepada ajaran Al-Qur’an.  Sedangkan Al-Qur’anlah pegangan kita yang sebenar dan yang sepatutnya. Kerana kesalahan mereka itu, Allah ﷻ sengaja butakan mata hati mereka.

Qarin itu akan memperlihatkan amalan syirik mereka yang di depan dan di belakang nampak betul pada pandangan mereka. Dalam semua keadaan, mereka akan tipu kita. Sama ada dalam bermuamalat dalam masyarakat, dalam ibadat dan dalam kehidupan kita. Setiap ruang akan digunakan oleh Qurana’ itu.

Qarin itu menampakkan melalui cara mimpi atau secara yaqazah (muncul nyata dengan mata). Itu semua boleh sahaja, dalam qudrat Allah ﷻ, sebagai ujian buat manusia. Selalunya, dalam bentuk bisikan pada telinga. Kalau dah teruk sangat buat amalan syirik, seseorang itu boleh dengar seperti ada orang berbisik pada telinga mereka.

Itu terjadi kepada mereka yang memang sudah teruk sangat, sudah lama mereka beramal dengan amalan syirik dah. Mereka jenis begitu, amat susah nak terima tauhid. Mereka sangka mereka sudah sampai ‘maqam’ yang tinggi dalam ilmu mereka dan kerana itu mereka sukar untuk buang fahaman dan amalan salah mereka itu.

Qarin itu akan bagi orang yang mengamalkan syirik itu nampak syirik yang mereka amalkan itu adalah tauhid, dan bid’ah yang mereka amalkan itu mereka sangka sunnah. Oleh itu, qarin itu telah menutup racun dengan menampakkan ianya sebagai penawar. Kalau tidak belajar tafsir Al-Qur’an, maka akan senang tertipu. Kerana syaitan amat licik sekali dalam memperdayakan manusia.

Kerana itu, maka memang patutlah mereka masuk neraka selama-lamanya. Maka terjadilah janji Allah ﷻ untuk memenuhkan neraka dengan jin dan manusia. Nanti apabila sampai pada ayat itu, kita akan menafsirkan dengan lebih jelas lagi.


Ayat 1: Surah ini boleh dibahagikan 7 perenggan makro. Ayat 1 – 8 adalah Perenggan Makro Pertama dan Allah ﷻ menceritakan tentang Al-Qur’an. Ia membawa berita gembira dan yang membawa peringatan, tetapi kebanyakan mereka berpaling, tidak mahu mendengarkan.

حم

Hamim.

Ini adalah salah satu dari ayat-ayat Muqatta’ah. Kita tak tahu maknanya.

Oleh itu kita mulakan belajar tafsir surah ini dengan tidak tahu apakah maksudnya. Maknanya, kita tidak akan tahu selagi Tuhan tak bagi tahu maksud ayat ini. Kalau Tuhan tak ajar kepada kita, kita tak akan tahu apa-apa pun.

Kita telah sentuh tentang perkara ini dalam surah-surah lain yang ada juga huruf-huruf muqattaah ini.


Ayat 2: Allah ﷻ hendak menceritakan kedudukan dan kelebihan Al-Qur’an. Apabila kita tahu nilai tinggi sesuatu perkara itu, barulah kita nak cari. Kita sanggup bergadai untuk mendapatkan sesuatu kalau kita tahu sesuatu perkara itu tinggi nilainya. Oleh itu, Allah ﷻ hendak memberitahu bahawa Al-Qur’an itu bukan sebarangan.

تَنزيلٌ مِّنَ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

Sahih International

[This is] a revelation from the Entirely Merciful, the Especially Merciful –

Malay

Turunnya Kitab ini dari Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

تَنْزِيلٌ

Penurunan; 

Tidak disebut ‘apa’ yang diturunkan, tapi kita tahu bahawa ianya adalah kitab Al-Qur’an yang kita sedang baca ini. Penurunan Al-Qur’an itu selama 23 tahun secara beransur-ansur. Penurunan Al-Qur’an itu diturunkan sedikit demi sedikit supaya umat yang menerimanya dan dapat memahaminya dengan jelas. Kalau turun terus banyak, tentulah mereka akan rasa berat untuk memahaminya.

Begitu juga dengan kita. Walaupun pada kita telah ada Al-Qur’an yang lengkap, tapi untuk kita memahaminya, kita hendaklah belajar tafsir Al-Qur’an ini sedikit demi sedikit, ayat demi ayat. Bukan terus belajar terus dengan banyak, tapi pemahaman kurang. Biarlah ayat yang kita belajar itu sedikit, tapi pemahaman kita mendalam. Kita belajar mana yang boleh dahulu, amalkan mana yang kita dah faham, kemudian tambah lagi ayat yang baru.

Jangan kelam kabut nak habiskan sebanyak mungkin ayat Al-Qur’an, tapi pemahaman kita sedikit sahaja. Akhirnya, kita tidak mengamalkan mana yang kita sudah tahu, kerana kita sibuk nak habiskan belajar. Kerana kita nak berbangga dengan orang: ‘Aku dah habis belajar tafsir 30 juzuk, dah habis satu Al-Qur’an aku belajar” – tapi tak faham makna yang hendak Allah ﷻ sampaikan.

مِّنَ الرَّحْمَٰنِ

daripada (Tuhan yang bersifat) ar-Rahman.

Juga tidak disebut siapakah yang bersifat ar-Rahman dalam ayat ini. Tetapi kita tahu dan Arab Mekah pun tahu bahawa yang dimaksudkan adalah Allah Taala.

Sifat Penyayang Ar-Rahman adalah seperti sifat penyayang seorang bapa. Seorang bapa sanggup melihat anaknya menderita agar anak itu belajar erti hidup. Begitulah Allah ﷻ sanggup melihat hamba-Nya terseksa di dunia dalam nak buat ibadat. Seperti seorang bapa yang sanggup tengok anak dia susah sebab nak ajar dia sesuatu. Dan memang dunia ini adalah tempat ujian pun.

Oleh itu, Allah ﷻ sanggup lihat hamba-Nya yang beriman susah duduk dalam dunia kerana hendak tegakkan Al-Qur’an ini. Kerana bukan senang nak tegakkan semua yang tertulis dalam Al-Qur’an itu. Orang benci, orang lawan dan orang kata macam-macam.

Dan sifat Penyayang Allah boleh memberi apa sahaja kepada hamba-Nya tidak kira sama ada mereka itu seorang Muslim atau kafir. Kerana sifat penyayang ini menyeluruh kepada semua makhluk. Kita sudah bincangkan perkara ini dalam tafsir Surah Fatihah.

الرَّحِيمِ

ar-Rahim

Ini adalah sifat Allah ﷻ yang amat sayang kepada makhluk-Nya. Lagi sayang dari seorang emak yang sayangkan anak dia. Seorang emak itu terlalu sayang kepada anaknya, sampai tidak sanggup melihat anaknya menderita.

Oleh itu tidak sama sayang seorang emak dengan seorang bapa. Allah ﷻ pula berpuluh-puluh kali ganda lagi sayang-Nya dari sayang emak itu kepada anaknya.

Ar-Raheem ini pula sifat penyayang yang khusus kepada hamba-Nya yang mukmin. Mereka akan dimasukkan ke dalam syurga dan dosa mereka akan diampunkan. Apabila Dia telah mengampun dosa seseorang makhluk, Dia tidak akan ungkit lagi. Dan Dia akan memberikan segala macam nikmat kepada hamba-Nya itu dengan nikmat yang tidak terkira.

Sifat raheem Allah ini tidak sanggup lihat hamba-Nya menderita dalam neraka kalau semasa di dunia mereka telah menegakkan Al-Qur’an. Maka, Allah ﷻ akan masukkan ke dalam syurga.

Penerangan tentang ar-rahman dan ar-raheem ini dibincangkan dengan panjang lebar lagi dalam Surah Fatihah.

Allah ﷻ nak beritahu kepada kita, bahawa Allah ﷻ turunkan Al-Qur’an ini kepada kita atas sifat penyayang-Nya itu. Kerana Allah ﷻ sayang kepada kitalah, Allah ﷻ berikan petunjuk berupa Al-Qur’an ini kepada kita. Supaya kita jadikan sebagai pedoman. Supaya kita tidak buat salah selama hidup di dunia. Supaya kita hidup harmoni di dunia ini dengan panduan yang diberikan dalam Al-Qur’an. Dan supaya kita selamat di akhirat kelak.

Apabila kita faham begini, maka kita akan memandang Al-Qur’an ini sebagai satu pemberian yang tinggi dan hebat dari Allah ﷻ. Macam kalau kita terima hadiah dari ibubapa kita, tentulah kita sayang pemberian itu kerana kita tahu mereka beri hadiah itu kerana mereka sayang kepada kita. Kalau pemberian hadiah yang tidak seberapa itu pun kita dah hargai, apatah lagi Al-Qur’an yang amat hebat ini?


Ayat 3: Ini adalah targhib (ajakan) kepada mempelajari makna-makna dalam Al-Qur’an. Allah ﷻ ajak kita belajar tafsir Al-Qur’an.

كِتٰبٌ فُصِّلَت ءآيٰتُهُ قُرءآنًا عَرَبِيًّا لِّقَومٍ يَعلَمونَ

Sahih International

A Book whose verses have been detailed, an Arabic Qur’an for a people who know,

Malay

Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Qur’an yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya.

كِتٰبٌ فُصِّلَتْ ءآيٰتُهُ

Sebuah kitab yang dijelaskan ayatnya.

Kalimah فُصِّلَتْ bermaksud ayat-ayat Al-Qur’an itu dipecahkan dan diperjelaskan satu persatu. Ini dilakukan supaya Al-Qur’an dan agama ini mudah difahami. Itulah cara Al-Qur’an. Seperti juga kalau sesuatu perkara itu besar, maka untuk memudahkannya, kita pecahkan perkara itu satu persatu supaya kita mudah faham.

Contohnya, untuk kita faham biologi, kita akan pecahkan perbincangan tentang tubuh badan manusia itu ikut bahagian tubuh (kepala, kaki, tangan dan sebagainya), kemudian kita akan belajar satu persatu bahagian tubuh itu. Dan kemudian kita kaitkan kepada keseluruhan badan.

Allah ﷻ hendak menegaskan yang Al-Qur’an ini adalah kitab yang jelas. Semua yang disampaikan dalam Al-Qur’an ini sudah jelas nyata terutama sekali bab akidah. Sampaikan tidak perlu lagi nak rujuk kitab-kitab lain kerana Al-Qur’an telah menjelaskan tentang akidah dan tauhid dengan sejelas-jelasnya dan diulang berkali-kali dalam banyak surah.

Segala kekeliruan tentang Allah ﷻ yang dalam hati manusia itu telah ada dijelaskan dalam Al-Qur’an ini. Allah ﷻ menyebut perkara yang dulu, sekarang dan akan datang. Memang kita pasti akan tersentuh dengan ayat-ayat Al-Qur’an; kalau tidak kena pada ayat ini, tentu akan kena pada ayat lain. Kadang-kadang, apabila kita baca sesuatu ayat itu, rasa macam ianya memperkatakan tentang diri kita sahaja. Begitulah hebatnya Al-Qur’an menyentuh hati kita.

Maka hendaklah kita yakin yang ayat-ayat Al-Qur’an yang jelas nyata itu. Yang tak jelas adalah kerana tak belajar sahaja, bukan sebab ayat itu tidak jelas. Kalau tidak belajar, memang tidak akan tahu apa-apa pun. Jadi, untuk tahu apa yang hendak disampaikan oleh Allah ﷻ dalam Al-Qur’an, kenalah belajar tafsir Al-Qur’an ini.

Malangnya, masyarakat kita, ramai yang tak tahu pun tentang kepentingan belajar tafsir Al-Qur’an ini. Macam-macam ilmu mereka belajar, macam-macam kitab mereka baca, tapi Al-Qur’an itu mereka tak faham lagi pun. Pembelajaran Al-Qur’an masih terpencil tapi nampaknya sekarang orang semakin mempelajarinya, Alhamdulillah.

قُرْءآنًا عَرَبِيًّا

Al-Qur’an itu berbahasa Arab.

Allah ﷻ mengingatkan penerima pertama Al-Qur’an iaitu Arab Quraish yang Al-Qur’an itu dalam bahasa mereka sendiri, jadi tidak ada masalah untuk mereka faham. Bukannya dalam bahasa lain, maka mereka tidak ada alasan untuk kata mereka tidak faham.

Bahasa Arab adalah satu bahasa yang amat mantap. Tepat bahasanya dan memberi penjelasan yang hebat. Ianya bahasa yang amat kaya kalau dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain.

Ianya juga adalah bahasa Nabi kita, ﷺ. Cuma, kalau ada orang yang kata ianya ‘bahasa Syurga’, itu belum tentu lagi kerana tidak ada dalil yang sah mengatakan sedemikian. Jadi jangan sebut ianya ‘bahasa Syurga’ kalau tidak ada dalil.

Bahasa Arab juga adalah bahasa yang indah. Tambahan pula apabila digunakan dalam pembacaan Al-Qur’an. Sebab itu orang kafir pun boleh tersentuh kalau dengar Al-Qur’an dibacakan kepada mereka. Dan telah sampai kepada kita, bukan sahaja matan Al-Qur’an, tapi cara membacanya juga – itulah yang dinamakan tajwid.

Nak baca Al-Qur’an pun sudah diajar dengan cara yang indah, yang menyebabkan hati kita tersentuh apabila membacanya. Dan memang Al-Qur’an ini perlu dibaca setiap hari sebagai halwa telinga kita kerana ianya memang sedap. Berhentilah dari dengar lagu-lagu lain. Ini kerana kita sudah ada hiburan dalam bentuk Al-Qur’an, apa lagi yang diperlukan?

Allah ﷻ memberitahu kepada kita bahawa Al-Qur’an itu adalah satu ‘kitab’ dan ianya adalah satu kitab yang jelas. Salah satu sebab ianya jelas adalah kerana ianya diturunkan dalam bahasa Arab. Kalau Al-Qur’an itu dalam bahasa Melayu, nak kena pakai satu treller lori baru boleh sampai maksud yang hendak disampaikan. Tapi Al-Qur’an pakai 30 juzuk sahaja kerana bahasa Al-Qur’an itu cukup mantap untuk sampaikan ilmu kepada kita.

Oleh itu, ini memberi motivasi kepada kita untuk belajar bahasa Arab, terutama sekali bahasa Arab yang digunakan dalam Al-Qur’an.

Maksud perkataan ‘Qur’an’ itu adalah ‘kitab yang sentiasa dibaca’. Tidak ada kitab lain melebihi Al-Qur’an dari segi bacaannya. Tidak ada kitab lain yang dibaca macam kitab Al-Qur’an. Tidak ada mana-mana kitab dalam dunia ini yang dihafal seperti Al-Qur’an. Kitab lain pun memang manusia ada baca juga, tapi sekali sekala sahaja, dan lepas baca tu simpan tak tengok lagi selalunya.

Al-Qur’an itu untuk semua orang, tapi yang terima adalah:

لِّقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

bagi kaum yang (mahu) mengetahui.

Al-Qur’an ini ditujukan kepada semua manusia, tapi yang menerimanya adalah mereka yang mahu mengetahui kebenaran. Kita kena tambah perkataan ‘mahu’ dalam terjemahan ini supaya sampai maksud. Mereka akan mengetahuinya agama setelah mereka belajar makna-makna ayat-ayat Al-Qur’an itu. Iaitu setelah mereka belajar tafsir.

Tetapi mestilah dimulai dengan kehendak inginkan kepada kebenaran. Ingin tahu kebenaran adalah sifat ‘inabah’ yang akan membawa kepada kefahaman. Untuk faham pula, kena belajar tafsir. Bukan hanya membaca dan menghafal sahaja. Dan kena belajar tafsir itu dengan guru-guru yang tahu, iaitu guru yang sudah belajar tafsir.

Mereka yang hendak mengetahui itu adalah mereka yang hendak kenal Allah ﷻ dan hendak kembali kepada Allah ﷻ. Dalam hatinya ada perasaan: ihdinas siraat mustaqim. Iaitu mereka berdoa kepada Allah ﷻ: “Pimpinlah aku ke jalan yang lurus”.

Tapi malangnya, kebanyakan dalam masyarakat kita, sudah tidak mengetahui ayat-ayat Al-Qur’an itu, dan mereka pun tidak ingin hendak mengetahui. Sama ada mereka rasa mereka sudah pandai sampai tak payah belajar lagi, atau mereka rasa mereka tak perlu tahu.

Mereka tidak kisah sama ada apa yang mereka buat itu benar atau tidak. Salah atau betul mereka tak kisah. Macam mereka pun tak kisah sama ada mereka masuk syurga atau neraka. Adakah begitu?

Kita kata begini berdasarkan dari pengalaman kita yang mengajak ramai orang datang ikut belajar tafsir tapi mereka tak mahu datang. Mereka tidak nampak kepentingan belajar tafsir Al-Qur’an. Mereka lebih selesa belajar perkara-perkara lain. Sama ada perkara bukan agama ataupun tidak.

Ada yang memang mahu belajar agama, tapi mereka lebih selesa belajar kitab-kitab karangan manusia. Bukan kita kata salah, tapi kenapa mereka tidak belajar dahulu kitab yang paling agung, iaitu Kitab Qur’an ini? Ianya bukanlah karangan manusia tapi ianya adalah kalam Allah yang Maha Mulia. Kenapakah manusia masih lagi tidak ambil endah tentang ayat-ayat Allah ﷻ ini?

Secara ringkasnya, keseluruhan ayat ini memberitahu kepada kita bahawa salah satu sifat Al-Qur’an itu adalah ianya jelas. Dalam ayat seterusnya, akan disebutkan sifat-sifat lain Al-Qur’an itu. Yang mengetahui kejelasan ayat Al-Qur’an itu adalah mereka yang belajar. Lalu bagaimana mereka yang tidak belajar? Mereka itulah yang tidak faham Al-Qur’an.

Mereka rasa Al-Qur’an itu macam sesuatu yang amat asing bagi mereka. Sebelum mereka belajar lagi, mereka sudah cakap yang Al-Qur’an itu susah untuk dipelajari. Jadi, mereka hanya akan belajar kitab-kitab karangan manusia, sedangkan kitab-kitab itu tidak terselamat dari kesilapan. Apabila ada dalam kitab itu kesilapan, maka mereka pun akan tersilap juga. Padahal, apa yang ada dalam Al-Qur’an adalah amat jelas sekali dan selamat dari kesilapan.

Mereka yang tidak mahu kebenaran, akan melarang dan menghalang manusia dari belajar tafsir Al-Qur’an. Mereka kata nak belajar Al-Qur’an itu bukan senang – macam-macam kena belajar dulu. Kena belajar bahasa Arab, nahu dan sorof dan macam-macam lagi. Akhirnya, manusia rasa susah nak belajar tafsir Al-Qur’an. Mereka hanya suruh anak murid belajar baca sahaja Al-Qur’an, tapi nak faham Al-Qur’an itu tak perlu.

Mereka hanya belajar agama dengan guru-guru yang guru-guru itu sendiri pun tidak belajar tafsir Al-Qur’an. Jadi, dari dulu sampai sekarang, manusia duduk dalam kejahilan. Hasilnya, mereka akan buat perkara-perkara yang dilarang dalam Al-Qur’an. Dan antara perkara yang dilarang dalam Al-Qur’an adalah syirik. Oleh itu, apabila manusia tidak belajar tafsir Al-Qur’an, mereka akan buat perkara syirik kerana mereka sendiri tidak faham apakah syirik itu sebenarnya.

Maka, hendaklah kita menjadi orang yang ‘tahu’. Belajarlah tafsir Al-Qur’an itu supaya kita tahu apakah agama ini sebenarnya. Tidaklah susah untuk belajar tafsir Al-Qur’an. Ianya menggunakan bahasa yang mudah difahami. Tidak perlu belajar bahasa Arab sampai mahir pun, sudah boleh faham. Kalau tahu bahasa Arab, lagi bagus. Tapi, jangan jadikan bahasa Arab sebagai halangan untuk belajar tafsir Al-Qur’an.


Ayat 4: Ini adalah dua lagi sifat Al-Qur’an. Dan ayat ini juga mengandungi zajrun bagi mereka yang tidak mahu belajar tafsir.

بَشيرًا وَنَذيرًا فَأَعرَضَ أَكثَرُهُم فَهُم لا يَسمَعونَ

Sahih International

As a giver of good tidings and a warner; but most of them turn away, so they do not hear.

Malay

Ia membawa berita yang mengembirakan (bagi orang-orang yang beriman) dan membawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar); dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling ingkar (tidak mahu mengetahui dan memahaminya), maka dengan sebab itu mereka tidak menerima dan tidak mematuhinya.

بَشِيرًا

Membawa berita gembira.

Dalam Al-Qur’an itu ada berita gembira. Iaitu kisah-kisah yang menggembirakan, seperti berita bahawa orang yang soleh boleh masuk syurga, boleh jumpa Tuhan dan sebagainya lagi. Ini memberi motivasi kepada manusia untuk menjadi insan yang beriman.

Di dunia lagi kita sudah boleh periksa diri kita sama ada amalan dan tindak tanduk kita sama dengan Al-Qur’an atau tidak. Sebab itulah Nabi Muhammad ﷺ boleh kata Abu Bakr رضي الله عنه akan masuk syurga kerana perbuatan beliau itu sama sahaja seperti yang disuruh dalam Al-Qur’an.

وَنَذِيرًا

dan ada ancaman 

Ancaman itu bagi manusia yang ingkar pula. Iaitu kehinaan semasa hidup di muka bumi, dan akhirnya bila mati nanti akan diazab di akhirat dengan lebih teruk lagi.

Jadi, dalam Al-Qur’an itu ada berita baik dan ada ancaman. Banyak ayat-ayat dalam Al-Qur’an yang tergolong dalam dua kategori ini. Berulang-ulang kali diingatkan kepada manusia. Kerana manusia itu perlu selalu diberi ingat. Selalu kita terlupa dalam kesibukan kita dalam dunia ini. Sebab itulah kita disuruh selalu membaca Al-Qur’an – supaya kita mendapat peringatan dalam dua perkara ini.

Oleh itu, Al-Qur’an ini mempunyai dua sifat – memberi berita gembira dan juga memberi ancaman. Dua kualiti ini juga disebut tentang Nabi Muhammad ﷺ. Kerana Nabi ﷺ juga memberi berita gembira dan memberi ancaman kepada manusia.

Allah ﷻ sebut beri berita gembira dulu sebelum beri ancaman. Begitulah kita sepatutnya mulakan dakwah dengan menyebut berita baik dahulu, ajak dia beriman kerana kalau beriman boleh masuk syurga. Kalau yang didakwah itu degil, barulah berikan ancaman kepadanya.

فَأَعْرَضَ أَكْثَرُهُمْ

tapi, kebanyakan mereka masih juga berpaling.

Orang kafir Quraish tidak juga mahu menerima berita gembira dan ancaman yang diberikan dalam Al-Qur’an. Mereka tolak mentah-mentah walaupun sebenarnya mereka tahu itu adalah kebenaran. Mereka sendiri terpesona dengan kehebatan dan keindahan Al-Qur’an. Tapi, kerana sombong, mereka berpaling juga.

Ayat ini jangan kita sangka untuk orang-orang kafir Mekah sahaja. Dalam masyarakat kita sekarang pun amat ramai yang berpaling dari Al-Qur’an. Mereka tak nak belajar tafsir Al-Qur’an dan tak nak ikut Al-Qur’an. Yang tak nak belajar Al-Qur’an itu adalah orang yang sombong seperti yang dijelaskan dalam ayat Zumar:32. Ayat itu bermaksud: Tidakkah neraka jahanam itu tempat yang paling sesuai bagi orang yang sombong tidak mahu belajar Al-Qur’an?

Bayangkan kebodohan masyarakat kita yang tidak mahu belajar maksud ayat-ayat Al-Qur’an yang mulia ini. Jibrail sudah ajar ayat-ayat Al-Qur’an kepada Nabi ﷺ, dan Nabi pula ajar kepada sahabat dan dari sahabat sampai kepada kita. Tapi kita simpan sahaja Al-Qur’an itu. Kita cuai untuk belajar.

Tuhan panggil mereka yang seperti ini ‘sombong’. Sudah ada dengan kita, tapi kita simpan sahaja tak nak belajar. Amatlah rugi sekali mereka itu. Semoga kita tidaklah tergolong dalam kalangan mereka.

فَهُمْ لَا يَسْمَعُونَ

Maka mereka tidak mahu mendengar.

Mereka tidak suka mendengar ajaran dari Al-Qur’an. Oleh kerana itu, mereka jadi kufur. Asalnya kerana tidak mahu dengar sahaja dan nanti mereka akan menyesal di akhirat seperti yang disebut dalam ayat Mulk:10. Mereka menyesal kerana tidak mahu mendengar ajaran dalam wahyu.

Oleh itu, ini mengajar kita yang mendengar ajaran dari ayat-ayat Al-Qur’an adalah amat penting sekali. Kerana kalau tidak dengar, kita akan menyesal nanti. Kerana awal permulaan kepada mendapat kebenaran adalah kesanggupan untuk mendengar dulu tafsir Al-Qur’an. Tapi malangnya, ramai yang dengar pun tidak mahu.

Selepas mendengar, kenalah pula ikut. Kerana belum tentu lagi yang mendengar itu akan ikut, kerana ada juga yang setelah mendengar, mereka degil untuk ikut. Ini kena minta taufik dari Allah ﷻ supaya beri kekuatan kepada kita untuk menerapkan apa yang kita telah belajar dalam kehidupan seharian kita. Kerana kalau Allah ﷻ tidak beri taufik, kita memang tidak boleh nak amalkan. Atau, kita boleh amal, tapi tidak istiqamah.

Kisah berkenaan surah ini: 

Pernah seorang lelaki bernama Utbah bin Rabiah dihantar oleh orang Quraish untuk berjumpa dengan Nabi ﷺ dan berhujah dengan baginda. Maka, Utbah telah berjumpa dan macam-macam dia kata kepada Nabi. Nabi ﷺ hanya biarkan dia habis bercakap. Kemudian Nabi ﷺ mula membacakan sebahagian Surah Fussilat ini kepada dia.

Imam Muhammad bin Ishaq bin Yasar dalam kitab Siirah menyebutkan bahawa Muhammad bin Ka’ab al-Qurazhi berkata, telah diceritakan bahawa suatu hari, Utbah bin Rabi’ah yang merupakan seorang pembesar ketika duduk-duduk di tempat perkumpulan kaum Quraisy berkata, dan ketika itu Rasulullah ﷺ sedang duduk sendiri di dalam masjid:  “Hai kaum Quraisy, bolehkah aku menemui Muhammad untuk membicarakan dan memperbincangkan beberapa hal, mudah-mudahan dia dapat menerima sebahagiannya, lalu kita dapat memberikan apa sahaja yang dia inginkan dan dia pun menghentikan aksinya terhadap kita.”

Ketika itu Saidina Hamzah رضي الله عنه telah masuk Islam dan mereka pun melihat bahawa para Sahabat Rasulullah ﷺ semakin bertambah banyak. Saidina Umar رضي الله عنه waktu itu pun sudah masuk Islam. Jadi mereka lihat orang-orang hebat sudah masuk Islam, jadi mereka tak boleh nak berkeras sangat. Mereka rasa mereka kena ubah taktik mereka nak menghalang Islam dari terus tersebar.

Maka apabila ditawar oleh Utbah, mereka pun menjawab:  “Tentu, wahai Abul Walid. Temui dan berbicaralah kepadanya.” Lalu ‘Utbah pun berdiri menemui Rasulullah ﷺ, sampai duduk di hadapannya dan berkata: “Hai anak saudaraku, sesungguhnya engkau berasal dari golongan kami, di mana aku tahu keluarga dan kedudukan keturunanmu.

Sesungguhnya engkau telah membawa suatu perkara besar kepada kaummu, yang dengannya engkau memecah-belah kesatuan mereka, engkau bodohkan akal fikiran mereka, engkau cela sembahan dan agama mereka serta engkau kafirkan nenek moyang mereka yang telah pergi. Dengarkanlah aku, aku hendak mengajukan kepadamu beberapa hal yang perlu engkau tinjau kembali. Mudah-mudahan engkau menerima sebahagiannya.”

Lalu Rasulullah ﷺ menjawab: “Katakanlah hai Abul Walid, aku mendengarkan.” ‘Utbah melanjutkan perkataannya: “Hai anak saudaraku, jika dengan hal yang engkau bawa ini engkau menginginkan harta, kami akan menghimpun harta-harta kami hingga engkau menjadi orang yang paling banyak hartanya.

Jika engkau menghendaki kemuliaan, kami akan mengangkatmu sebagai pemimpin kami, hingga kami tidak memutuskan perkara tanpamu. Jika engkau menginginkan kekuasaan, maka kami akan mengangkatmu sebagai raja kami.

Jika yang engkau alami ini adalah kerana penyakit yang tidak mampu engkau tolak dari dirimu, maka kami akan carikan untukmu beberapa orang tabib dan kami sumbangkan harta-harta kami, hingga engkau sembuh darinya.”

Hingga ketika Utbah telah selesai dan didengarkan oleh Rasulullah ﷺ, baginda pun bertanya: “Apakah engkau telah selesai, hai Abul Walid?” Dia menjawab: “Ya.” Nabi berkata: “Dengarkanlah dariku.” Dia menjawab: “Lakukanlah.”

Baginda pun membaca ayat pertama dari Surah Fussilat. Ketika ‘Utbah mendengarnya, dia diam dan meletakkan kedua tangannya ke belakang punggungnya sambil bersandar mendengarkannya, dan baginda ﷺ meneruskan membaca Surah Fussilat hingga Rasulullah ﷺ sampai pada ayat Sajdah, maka baginda pun sujud. Kemudian baginda berkata: “Engkau telah mendengar apa yang telah engkau dengar tadi, hai Abul Walid.”

Utbah lalu berdiri menemui para sahabatnya, maka sebahagian mereka saling berkata dengan sebahagian yang lain: “Kami bersumpah demi Allah, Abul Walid datang dengan wajah yang berbeza dari (tadi) sewaktu dia pergi.” Ketika dia duduk, mereka berkata: “Apa yang terjadi padamu hai Abul Walid?”

Dia menjawab: “Aku telah mendengar suatu perkataan yang demi Allah belum pernah aku mendengar perkataan seperti itu sedikit pun. Demi Allah, itu bukanlah sihir, bukan pula sya’ir dan bukan pula ramalan.

Hai bangsa Quraish, taatlah kepadaku dan jadikan ketaatan kalian itu untukku. Biarkanlah laki-laki itu dengan apa yang disampaikannya. Jauhkanlah diri kalian darinya. Demi Allah, perkataannya yang baru sahaja aku dengar akan mempunyai berita besar. Jika bangsa Arab lain dapat mematahkannya, biarlah dia dipatahkan oleh orang lain.

Dan jika dia menguasai bangsa Arab, maka kerajaannya bererti kerajaan kalian, kehormatannya bererti kehormatan kalian dan kalian akan menjadi manusia yang paling berbahagia.”

Mereka berkata: “Demi Allah, hai Abul Walid, engkau telah disihir oleh lisannya.” Dia menjawab: “Ini pendapatku. Silalah kalian lakukan apa sahaja yang kalian pandang (ingin) untuk kalian.”


Ayat 5: Ini adalah Ayat Syikayah – rungutan Allah ﷻ. Allah ﷻ menceritakan apakah alasan orang yang tidak beriman apabila kita berdakwah kepada mereka.

وَقالوا قُلوبُنا في أَكِنَّةٍ مِّمّا تَدعونا إِلَيهِ وَفي ءآذانِنا وَقرٌ وَمِن بَينِنا وَبَينِكَ حِجابٌ فَاعمَل إِنَّنا عٰمِلونَ

Sahih International

And they say, “Our hearts are within coverings from that to which you invite us, and in our ears is deafness, and between us and you is a partition, so work; indeed, we are working.”

Malay

Dan mereka berkata: “Hati kami dalam tutupan yang berlapis-lapis (menghalang kami) daripada memahami apa yang engkau serukan kami kepadanya, dan pada telinga kami penyumbat (menjadikan kami tidak dapat mendengarnya), serta di antara kami denganmu ada sekatan (yang memisahkan fahaman kita); oleh itu, bekerjalah engkau (untuk ugamamu), sesungguhnya kami juga tetap bekerja (untuk mempertahankan kepercayaan kami)! “

وَقَالُوا

Mereka berkata,

Yang dimaksudkan adalah orang-orang Musyrikin Mekah masa itu dan orang-orang musyrik sekarang.

Ini adalah kalangan mereka yang sanggup menjawab, kurang ajar dengan Nabi ﷺ. Mereka tergamak berkata begini depan Nabi ﷺ. Sedangkan, ramai juga yang menolak tapi mereka tidak berkata apa-apa.

قُلُوبُنَا فِي أَكِنَّةٍ

Hati kami dalam tutupan

Setelah berkali-kali Nabi ﷺ mengajak mereka kepada Islam, hati mereka masih lagi tertutup. Oleh itu, mereka kata mereka tidak faham apa yang baginda sampaikan.

Begitu juga ramai dari kalangan kita macam itu juga. Ada yang tolak berdepan dengan kita, dan ada yang depan kita senyap, tapi belakang kita menolak apa yang kita beritahu kepada mereka tentang maksud-maksud Al-Qur’an. Begitulah sifat manusia.

Kenapa mereka kata begitu? Kerana mereka rasa diri mereka sudah cukup. Begitulah ramai dari kalangan masyarakat kita yang rasa sudah mengamalkan Islam, mereka solat, puasa dan infak. Oleh kerana itu, mereka tidak ada usaha nak periksa diri mereka dengan Al-Qur’an.

مِّمَّا تَدْعُونَا إِلَيْهِ

daripada apa yang kamu kami kepadanya; 

Ajakan Nabi ﷺ kepada mereka adalah ajakan tauhid. Maka mereka menolak ajakan kepada tauhid kepada mengesakan Allah ﷻ. Lafaz مِمَّا dalam ayat ini adalah ‘ajakan tauhid’. Mereka sendiri mengaku mereka tak mampu nak dengar. Mereka tak boleh nak terima apa yang baginda ﷺ sampaikan.

Mereka tidak mahu dengar itu adalah kerana mereka degil. Begitu jugalah masyarakat Muslim kita yang degil dan tertutup hati dari menerima ajaran wahyu.

وَفِي ءآذَانِنَا وَقْرٌ

Dan pada telinga kami ada sumbatan.

Ada dua makna dari ayat ini:

  1. Mereka pilih untuk tidak dengar apa yang disampaikan oleh pendakwah
  2. Hati mereka sudah penuh dengan ilmu lain, sampai tidak boleh nak masuk lagi ajaran baru ini. Mereka rasa diri mereka sudah cukup ilmu sampai tidak perlu dengar. Oleh itu, ayat ini bukan maksudnya mereka tidak mampu dengar, tapi mereka rasa mereka tidak perlu dengar. Ini ramai dari kalangan masyarakat kita yang rasa begitu. Kerana mereka telah banyak belajar dan mereka sangka ilmu mereka itu sudah hebat.

وَمِنْ بَيْنِنَا وَبَيْنِكَ حِجَابٌ

Dan diantara kami dan kamu ada hijab. 

Iaitu hijab maknawi (hijab dari segi makna sahaja). Memang tidak nampak hijab itu, tapi ada. Mereka telah dihijab terus, sampai tak boleh nampak kebenaran yang benar-benar ada di hadapan mereka.

Oleh kerana itu kita ada berjumpa orang yang sebegini yang tidak faham dengan apa yang kita sampaikan. Tidak kisahlah bagaimana kita cakap macam mana pun, mereka tidak dapat terima. Sudah berbuih mulut kita cerita kepada mereka, kita nampak mata mereka masih tidak faham.

فَاعْمَلْ

Maka kau buatlah amalan kamu,

Mereka yang tolak tauhid itu berkata: “kamu amallah ikut ajaran yang kamu kata Tuhan ajar itu. Iaitu amalan-amalan kamu yang kamu kata ikut sunnah itu.”

Mereka tidak ada hujah nak menolak amalan-amalan yang benar itu, tapi mereka tetap tidak mahu ikut. Maka akhirnya mereka cakap begini sahaja.

إِنَّنَا عٰمِلُونَ

Kami pula akan beramal

Iaitu mereka nak terus beramal dengan cara tok nenek mereka ajar. Iaitu ajaran turun temurun yang sudah ada dalam masyarakat tapi tidak ada dalil pun tentang amalan itu.

Musyrikin Mekah kata begitu kerana mereka sudah malas nak dengar hujah dari Nabi Muhammad ﷺ, maka mereka minta mereka dibiarkan sahaja. Macam orang kita jugalah yang kadang-kadang berkata begitu. Bila mereka sudah bosan dengar tentang tauhid, tauhid dan bid’ah, bid’ah tak habis-habis dari pendakwah, mereka kata biarkanlah mereka nak buat apa yang mereka nak buat.

Oleh itu, ayat ini adalah ayat ingkar. Apa yang diajar kepada mereka, mereka tidak mahu terima. Mereka kata: “Takkan tok nenek kami semua nak masuk neraka?” Ini adalah alasan ikut akal. Iaitu dalil mengikut hawa nafsu.

Sepatutnya kalau nak berhujah, kenalah bagi dalil dari Al-Qur’an dan Hadis kalau nak mengamalkan mana-mana amal ibadat. Tapi mereka yang mengamalkan amalan syirik dan bid’ah itu tidak ada dalil pun dalam amalan mereka. Tapi mereka nak juga amalkan.

Maka sesiapa yang cakap macam ini adalah sama macam percakapan kaum Musyrikin Mekah. Kerana kita telah baca bahawa jawapan itu adalah jawapan Musyrikin Mekah. Mereka pula tidak perasan hujah mereka sama dengan hujah Musyrikin Mekah kerana mereka tidak belajar.

Memang ramai yang tolak hujah Al-Qur’an dan Hadis yang kita bawa. Kalau tolak, bermakna mereka degil dan telah kufur. Mereka hanya mahu mengikut jejak langkah tok nenek mereka sahaja. Mereka ikut sahaja amalan yang telah diajar oleh orang dulu-dulu, ustaz-ustaz mereka, guru-guru mereka, tanpa usul periksa. Mereka tidak berani minta dalil dari guru mereka kerana mereka telah diajar, kalau minta dalil, itu tanda lemah iman.

Ini memang kata-kata yang mengarut dari guru yang mengarut! Dengan kata-kata itu sahaja, telah menutup mulut mereka dari bertanya. Maka, masyarakat kita terus jadi bodoh dan tidak berfikir. Hanya terima bulat-bulat cerita-cerita dan ajaran-ajaran salah dari guru dan ustaz mereka.

Selalu kita dengar hujah sebegini. Selepas diberikan hujah-hujah kita dari Al-Qur’an dan hadis yang sahih, mereka masih lagi tolak. Akhirnya mereka akan kata, “engkau beramallah cara engkau dan guru engkau, kami nak amal seperti cara guru kami ajar, sebab kami yakin dengan apa yang guru kami sampaikan”.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 20 Julai 2019


Rujukan:

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Abdul Nasir Jangda

Tafsir Ibnu Kathir

Tafsir Al-Azhar Dr. Hamka

Tafsir Maariful Qur’an, Mufti Shafi Usmani