Tafsir Surah Hajj Ayat 47 – 51 (Ada yang minta azab)

Ayat 47: Ayat Zajrun dan Takhwif Duniawi. Allah tidak terus beri azab kepada mereka yang kufur walaupun mereka minta azab. Bukanlah kerana azab itu tidak ada, tetapi ada hikmah kenapa Allah tangguhkan azab itu untuk mereka.

وَيَستَعجِلونَكَ بِالعَذابِ وَلَن يُخلِفَ اللهُ وَعدَهُ ۚ وَإِنَّ يَومًا عِندَ رَبِّكَ كَأَلفِ سَنَةٍ مِّمّا تَعُدّونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they urge you to hasten the punishment. But Allāh will never fail in His promise. And indeed, a day with your Lord is like a thousand years of those which you count.

(MELAYU)

Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan, padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janji-Nya. Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu.

 

وَيَستَعجِلونَكَ بِالعَذابِ

Dan mereka meminta kepadamu agar azab itu disegerakan,

Allah menceritakan bagaimana ada orang kafir yang meminta supaya dipercepatkan azab kepada mereka. Mereka kata kalau benar mereka akan kena azab, maka cepatkan lah! Memang permintaan yang kurang ajar dan bodoh sekali. Sepatutnya minta ditangguhkan azab, tapi mereka minta dipercepatkan pula.

Mereka berani berkata begitu kerana mereka sangka azab itu beberapa hari sahaja padahal Allah hendak memberitahu bahawa masa pada sisi Allah adalah lama, bukan sehari dua tetapi beribu ribu tahun pada perhitungan manusia. Kerana sehari pada Allah adalah seribu tahun dalam kiraan kita.

Pengertian ayat ini sama dengan apa yang disebutkan dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{وَإِذْ قَالُوا اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ هَذَا هُوَ الْحَقَّ مِنْ عِنْدِكَ فَأَمْطِرْ عَلَيْنَا حِجَارَةً مِنَ السَّمَاءِ أَوِ ائْتِنَا بِعَذَابٍ أَلِيمٍ}

Dan (ingatlah) ketika mereka (orang-orang musyrik) berkata “Ya Allah, jika betul (Al-Qur’an) ini, dialah yang benar dari sisi Engkau, maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih” (Al-Anfal:32)

 

وَلَن يُخلِفَ اللهُ وَعدَهُ

padahal Allah sekali-kali tidak akan menyalahi janji-Nya. 

Allah tidak pernah memungkiri janjiNya dan kerana itu apabila Allah berjanji untuk memberi azab maka mereka tetap akan dikenakan dengan azab. Cuma belum sampai masanya sahaja.

Maka jangan sangka Allah main-main dalam memberi ancaman. Kalau manusia beri ancaman, ada kemungkinan mereka gertak sahaja dan tak buat pun. Tapi kalau Allah yang berjanji maka memang Allah akan lakukan.

 

وَإِنَّ يَومًا عِندَ رَبِّكَ كَأَلفِ سَنَةٍ مِّمّا تَعُدّونَ

Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu.

Janganlah pandang ringan azab yang diancam oleh Allah itu. Ianya bukan sekejap-sekejap sahaja tapi amat-amat lama. Dan amat-amat teruk sekali. Memang tak sanggup nak tahan. Jangan bila sudah masuk neraka baru menyesal.

Mujahid mengatakan bahawa makna ayat ini sama dengan apa yang disebutkan dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{يُدَبِّرُ الأمْرَ مِنَ السَّمَاءِ إِلَى الأرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ كَانَ مِقْدَارُهُ أَلْفَ سَنَةٍ مِمَّا تَعُدُّونَ}

Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepada-Nya dalam satu hari yang kadarnya (lamanya) adalah seribu tahun menurut perhitunganmu. (As-Sajdah: 5)


 

Ayat 48:

وَكَأَيِّن مِّن قَريَةٍ أَملَيتُ لَها وَهِيَ ظالِمَةٌ ثُمَّ أَخَذتُها وَإِلَيَّ المَصيرُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And for how many a city did I prolong enjoyment while it was committing wrong. Then I seized it, and to Me is the [final] destination.

(MELAYU)

Dan berapa banyaknya kota yang Aku tangguhkan (azab-Ku) kepadanya, yang penduduknya berbuat zalim, kemudian Aku azab mereka, dan hanya kepada-Kulah kembalinya (segala sesuatu).

 

وَكَأَيِّن مِّن قَريَةٍ أَملَيتُ لَها وَهِيَ ظالِمَةٌ

Dan berapa banyaknya kota yang Aku tangguhkan (azab-Ku) kepadanya, yang penduduknya berbuat zalim, 

Allah tangguhkan azab kepada mereka walaupun mereka itu telah zalim pada Allah, iaitu dengan melakukan syirik dalam hati dan amalan mereka. Tidaklah Allah terus azab mereka kalau buat syirik dan kalau mereka menentang. Allah beri tangguh kerana beri peluang untuk bertaubat.

 

ثُمَّ أَخَذتُها وَإِلَيَّ المَصيرُ

kemudian Aku azab mereka, dan hanya kepada-Kulah kembalinya (segala sesuatu).

Apabila telah sampai keputusan Allah untuk azab mereka barulah azab itu akan dikenakan. Maka tunggu sahaja kalau kamu berani. Jangan kamu sangka kamu terlepas kerana sekarang kamu tidak kena lagi. Kamu tak kena azab kerana Allah tangguhkan sahaja. Kena tetap kena juga nanti.


 

Ayat 49: Ayat targhib kepada beriman dan beramal soleh.

قُل يا أَيُّهَا النّاسُ إِنَّما أَناْ لَكُم نَذيرٌ مُّبينٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Say, “O people, I am only to you a clear warner.”

(MELAYU)

Katakanlah: “Hai manusia, sesungguhnya aku adalah seorang pemberi peringatan yang nyata kepada kamu”.

 

قُل يا أَيُّهَا النّاسُ

Katakanlah: “Hai manusia,

Mesej Qur’an adalah mesej global. Maka kerana itu kadang-kadang Allah akan khitab kepada seluruh manusia.

Tapi orang bukan Islam tidak baca Qur’an, bukan? Bagaimana mereka nak tahu ayat ini? Maka kenalah kita sebagai umat Islam yang belajar Qur’an sampaikan kepada mereka. Kerana itulah memang penting dakwah kepada non-Muslim dijalankan berterusan.

 

إِنَّما أَناْ لَكُم نَذيرٌ مُّبينٌ

sesungguhnya aku adalah seorang pemberi peringatan yang nyata kepada kamu”.

Allah suruh Nabi Muhammad beritahu yang baginda hanyalah sebagai penyampai berita sahaja dan tidak ada penentuan azab pada baginda kerana azab itu ada pada Allah. Allah yang buat keputusan azab, bukannya Nabi Muhammad. Jadi kalau minta azab kepada baginda pun baginda tidak boleh berikan.

Ayat ini memberi isyarat kepada kita bahawa surah ini banyak berkenaan ancaman dan bukan berita gembira.


 

Ayat 50: Ayat tabshir.

فَالَّذينَ آمَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحاتِ لَهُم مَّغفِرَةٌ وَرِزقٌ كَريمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And those who have believed and done righteous deeds – for them is forgiveness and noble provision.

(MELAYU)

Maka orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia.

 

فَالَّذينَ آمَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحاتِ

Maka orang-orang yang beriman dan beramal saleh,

Iaitu yang beriman sempurna – tanpa ada fahaman syirik.

Dan mereka buktikan iman mereka itu dengan mengerjakan amal yang soleh – amal yang ada contoh daripada Rasulullah. Iaitu bukan amal bidaah.

 

لَهُم مَّغفِرَةٌ

bagi mereka ampunan

Mereka yang sebegitu akan dapat pengampunan yang besar dari Allah. Kita semua banyak dosa dan mengharapkan sangat ampunan dari Allah. Jadi cara untuk dapat ampunan adalah dengan iman dan amal soleh.

Cara untuk Allah beri pengampunan adalah sama ada Allah campakkan keinginan dalam hati mereka untuk bertaubat dan Allah terima taubat itu; atau Allah terus ampunkan begitu sahaja tanpa mereka minta ampun pun. Ini pun boleh juga.

 

وَرِزقٌ كَريمٌ

dan rezeki yang mulia.

Rezeki yang mulia itu bermaksud cara pemberian rezeki yang baik kerana diberikan kepada mereka dalam keadaan yang mulia. Dan untuk memahaminya, bandingkan jikalau kita memberi makanan kepada haiwan di mana kita akan baling saja makanan itu; atau bayangkan seorang bos yang membayar gaji pekerjanya tetapi dengan cara yang kurang ajar. Dia letak sahaja cek itu dengan muka yang masam. Allah tidak begitu dalam beri rezeki kepada manusia. Dia beri dengan kasih sayang.

Muhammad ibnu Ka’b Al-Qurazi mengatakan, “Bilamana anda mendengar Allah Swt. berfiman: ‘dan rezeki yang mulia. ‘ (Al-Hajj: 50) Maka ertinya itu adalah syurga.”


 

Ayat 51:

وَالَّذينَ سَعَوا في ءآيٰتِنا مُعٰجِزينَ أُولٰئِكَ أَصحٰبُ الجَحيمِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But the ones who strove against Our verses, [seeking] to cause failure¹ – those are the companions of Hellfire.

  • i.e., trying to undermine their credibility and thereby defeat the Prophet ().

(MELAYU)

Dan orang-orang yang berusaha dengan maksud menentang ayat-ayat Kami dengan melemahkan (kemahuan untuk beriman); mereka itu adalah penghuni-penghuni neraka.

 

وَالَّذينَ سَعَوا في ءآيٰتِنا مُعٰجِزينَ

Dan orang-orang yang berusaha dengan maksud menentang ayat-ayat Kami dengan melemahkan

Ini adalah tentang mereka yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan Qur’an. Ada antara manusia yang baca dan kaji Qur’an untuk mencari kesalahan dan kesilapan, dan mereka kononnya telah jumpa kesalahan-kesalahan yang ada di dalam Qur’an itu dan mereka memberitahu kepada orang orang lain.

Mereka cuba melemahkan para nabi yang menyampaikan ayat-ayat Allah atau mereka hendak melemahkan pendakwah-pendakwah yang menyampaikan wahyu kepada manusia.

Mujahid mengatakan, makna yang dimaksudkan ialah menghalang-halangi manusia dari mengikuti Nabi Saw. Hal yang sama telah dikatakan oleh Abdullah ibnuz Zubair, yakni menghalang-halangi. Mereka kaji ayat Qur’an bukannya untuk cari kebenaran tapi nak cari keburukan. Kemudian mereka cerita kepada orang lain.

Kalau zaman sekarang lagi senang nak buat dengan adanya medan internet dan sebagainya. Malangnya mereka tidak ada ilmu dan fahaman mereka cetek. Benda yang mereka sangka salah itu sebenarnya boleh dijawab oleh mereka yang ada ilmu.

Tapi kerana kesalahan mereka itu, mereka telah menyebabkan ramai yang ragu-ragu dengan Qur’an dan agama Islam. Kerana ramai sahaja yang baca dan terus terima. Mereka itu jenis senang sahaja percaya dengan berita-berita bohong. Maka ini satu lagi tugas kita: menjelaskan salah faham di kalangan manusia dan menolak pembohongan orang jahat.

 

أُولٰئِكَ أَصحٰبُ الجَحيمِ

mereka itu adalah penghuni-penghuni neraka.

Kerana jahatnya hati dan usaha mereka itu, tempat mereka adalah di neraka dan mereka akan kekal di dalamnya. Bukan sahaja mereka yang masuk neraka, tapi ada orang lain yang masuk neraka juga kerana salah mereka. Kerana ada yang termakan dengan apa yang mereka sampaikan.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 21 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Hajj Ayat 43 – 46 (Allah beri tangguh)

Ayat 43: Ayat sebelum ini telah disebut contoh golongan yang menentang Rasul mereka dan mereka telah dikenakan dengan azab yang menghancurkan mereka. Disambung Takhwif Dunia dalam ayat ini.

وَقَومُ إِبرٰهيمَ وَقَومُ لوطٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And the people of Abraham and the people of Lot

(MELAYU)

dan kaum Ibrahim dan kaum Luth,

 

Diingatkan kembali kisah Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim tidak asing lagi bagi Arab Mekah kerana mereka pun mengaku ikut syariat Nabi Ibrahim. Tapi agaknya mereka lupa bagaimana kaum baginda telah tolak ajakan tauhid baginda. Maka Allah ingatkan mereka dalam Qur’an siapakah sebenarnya Nabi Ibrahim dan apakah pegangan akidah baginda.

Belajarlah apa yang telah dilakukan oleh kaum baginda. Sepatutnya kalau mereka kata mereka ikut Nabi Ibrahim, kenalah ikut fahaman tauhid baginda juga.

Nabi Luth a.s. adalah anak saudara Nabi Ibrahim. Jadi Arab Mekah pun kenal juga baginda. Kaum baginda juga dikenakan dengan azab yang menghancurkan mereka kerana tolak ajaran dan suruhan baginda.

Maka Arab Mekah kenalah ambil pengajaran dari kisah-kisah itu. Janganlah mereka pun nak tolak Rasul mereka juga (Nabi Muhammad). Mereka tak takutkah dikenakan dengan azab seperti umat-umat terdahulu?


 

Ayat 44: Allah sambung dengan kisah umat-umat terdahulu.

وَأَصحٰبُ مَديَنَ ۖ وَكُذِّبَ موسىٰ فَأَملَيتُ لِلكٰفِرينَ ثُمَّ أَخَذتُهُم ۖ فَكَيفَ كانَ نَكيرِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And the inhabitants of Madyan. And Moses was denied, so I prolonged enjoyment for the disbelievers; then I seized them, and how [terrible] was My reproach.

(MELAYU)

dan penduduk Madyan, dan telah didustakan Musa, lalu Aku tangguhkan (azab-Ku) untuk orang-orang kafir, kemudian Aku azab mereka, maka (lihatlah) bagaimana besarnya kebencian-Ku (kepada mereka itu).

 

وَأَصحٰبُ مَديَنَ

dan penduduk Madyan,

Kaum Madyan juga telah menolak Rasul mereka, Nabi Syuaib a.s.

 

وَكُذِّبَ موسىٰ

dan telah didustakan Musa,

Nabi Musa pun telah ditolak oleh umat baginda. Nabi Musa adalah Nabi yang utama dalam Bani Israil tapi baginda pun ada masalah dengan umat sezaman dengan baginda.

Atau, ia mungkin bermaksud yang Nabi Musa didustakan boleh bangsa Koptic (kaum Firaun) yang tidak menerima baginda sebagai Nabi. Sedangkan Bani Israil terima baginda sebagai Nabi (cuma degil untuk ikut arahan).

Dan waktu ini Nabi Muhammad sudah berinteraksi dengan Bani Israil di Madinah, maka kerana itu sudah disebut nabi-nabi mereka. Antara tujuannya adalah untuk menunjukkan persamaan antara para Nabi itu dengan Nabi Muhammad.

 

فَأَملَيتُ لِلكٰفِرينَ ثُمَّ أَخَذتُهُم

lalu Aku tangguhkan (azab-Ku) untuk orang-orang kafir, kemudian Aku azab mereka,

Ini adalah sesuatu yang menakutkan dimana Allah memberitahu yang Dia membenarkan orang-orang kafir itu untuk berbuat apa sahaja kesalahan yang mereka lakukan dan kemudian semuanya itu akan direkod dan dikenakan azab kepada mereka. Allah tidak terus azab mereka tapi beri tangguh kepada mereka.

Kalimah فَأَملَيتُ bermaksud Allah ‘memanjangkan tali’  seperti tuan anjing yang memanjangkan tali anjingnya sampaikan anjing itu tidak perasan yang dia ada tali kerana ia boleh bergerak agak jauh. Dia sudah rasa bebas tanpa kekangan. Maka kerana itu dia akan berlari jauh kerana dia sangka dia bebas dan akhirnya apabila sudah tegang tali itu, ia akan menjerut lehernya sendiri. Maka tentu kesakitan itu lebih tinggi lagi kerana dia tidak sangka ada tali dan kerana dia telah berlari jauh dan laju. Jerutan tali itu tentu amat kuat sekali.

Maka begitu juga dengan pelaku dosa yang dibiarkan sahaja oleh Allah untuk buat apa yang dia hendak, dan tiba-tiba mereka akan dikenakan dengan azab dan waktu itu mereka amat terkejut sekali. Kerana mereka tak sangka mereka boleh kena begitu. Mereka sangka mereka bebas tapi sebenarnya tidak kerana manusia tertakluk dengan syariat.

Ia juga bermaksud Allah tidak terus azab golongan musyrik itu selepas mereka mendustakan rasul-rasul mereka tetapi Allah beri tangguh kepada mereka. Kerana Allah beri kesempatan kepada mereka. Setelah sekian lama barulah Allah beri azab kepada mereka setelah mereka tetap juga dengan pendustaan mereka itu.

Allah amat penyabar. Bayangkan, ulama mengatakan dari saat Firaun mengatakan dia itu tuhan, Allah hanya matikan dia selepas 40 tahun. Ianya adalah masa yang amat lama.

Maka janganlah Musyrikin Mekah sangka yang mereka selamat kerana selama ini walaupun mereka buat syirik, tapi tidak kena apa-apa pun. Allah melihat sahaja buat masa itu. Jangan mereka salah sangka dengan mengatakan yang apa yang mereka lakukan itu tidak ada masalah. Kerana ada yang hujah begini: “aku buat benda-benda yang dikatakan salah dan syirik itu tapi tidak kena apa-apa pun… kalau ia salah tentu Allah tak benarkan, tentu Allah beri tanda… tapi tidak ada pun.”

 

فَكَيفَ كانَ نَكيرِ

maka (lihatlah) bagaimana besarnya kebencian-Ku

Kalimah نَكيرِ dari ن ك ر yang bermaksud benci, tidak disukai. Kalimah ini digunakan dalam ayat ini merujuk kepada balasan azab yang Allah akan kenakan kepada mereka.

Digunakan kalimah نَكيرِ untuk memberitahu kepada kita bahawa azab itu memang tidak disukai dan tidak dapat diterima dan ditahan oleh orang-orang yang dikenakan dengannya iaitu mereka tidak ikut ajaran Rasul mereka. Maknanya azab itu bukan azab kecil-kecilan.


 

Ayat 45:

فَكَأَيِّن مِّن قَريَةٍ أَهلَكنٰها وَهِيَ ظالِمَةٌ فَهِيَ خاوِيَةٌ عَلىٰ عُروشِها وَبِئرٍ مُّعَطَّلَةٍ وَقَصرٍ مَّشيدٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And how many a city did We destroy while it was committing wrong – so it is [now] fallen into ruin¹ – and [how many] an abandoned well and [how many] a lofty palace.²

  • Literally, “fallen in upon its roofs,” i.e., after the roofs of its buildings had caved in, the walls collapsed over them.
  • i.e., How many wells have been left inoperative, and how many palaces have been emptied of their occupants in the past.

(MELAYU)

Berapa banyaknya kota yang Kami telah membinasakannya, yang penduduknya dalam keadaan zalim, maka (tembok-tembok) kota itu roboh menutupi atap-atapnya dan (berapa banyak pula) sumur yang telah ditinggalkan dan istana yang tinggi,

 

فَكَأَيِّن مِّن قَريَةٍ أَهلَكنٰها وَهِيَ ظالِمَةٌ

Berapa banyaknya kota yang Kami telah membinasakannya, yang penduduknya dalam keadaan zalim,

Bukan ‘kota’ yang dimaksudkan tapi penduduk kota itu. Banyak telah disebut kaum yang dimusnahkan kerana kedegilan dan kurang ajar mereka. Dan tentunya lagi banyak kaum-kaum yang tidak disebut dalam Qur’an. Itulah balasan yang Allah boleh kenakan kepada Musyrikin Mekah.

 

فَهِيَ خاوِيَةٌ عَلىٰ عُروشِها

maka (tembok-tembok) kota itu roboh menutupi atap-atapnya

Maksud literal ayat ini adalah: dinding jatuh ke atas bumbung. Ini kerana apabila sesuatu kaum itu telah dimatikan lama sangat sampaikan tidak ada orang yang menjaga rumah-rumah lagi. Sampaikan yang mula jatuh adalah bumbung (kerana bumbung tidak kuat) dan lama kelamaan dinding pun jatuh juga di atas bumbung itu.

Arab Mekah membanggakan Mekah tapi Allah nak ingatkan yang tempat tinggal macam mana kuat dan hebat pun Allah boleh musnahkan.

 

وَبِئرٍ مُّعَطَّلَةٍ

dan telaga yang telah ditinggalkan

Dan berapa banyak telaga yang telah dibiarkan yang dulunya semasa ada penduduk, ia digunakan sebagai sumber air tetapi setelah dihancurkan umat itu maka telaga itu terbiar sahaja.

Allah suruh bayangkan kerana pada zaman itu, kalau ada telaga mereka memang akan jaga sungguh sebab ada kepentingan air. Tapi kalau Allah sudah musnahkan penduduknya maka telaga pun sudah tidak ada orang yang kisah lagi. Mereka nak jadi macam itukah? Mereka nak hilang begitu sahaja kah?

 

وَقَصرٍ مَّشيدٍ

dan istana yang tinggi,

Rumah, mahligai atau istana kaum dahulu yang hebat pun telah ditinggalkan atau hancur kerana  sudah tidak ada lagi yang tinggal dan menjaganya. Yang tinggal hanyalah bangunan sahaja.

Kalau ada istana maknanya itu kaum yang hebat. Malah lebih hebat dari Arab Mekah itu kerana rumah mereka tanah liat sahaja. Allah nak beritahu, kaum yang lebih hebat dari mereka pun Allah boleh hancurkan begitu sahaja. Kerana kalau mereka duduk dalam benteng dan istana atau kubu yang kukuh pun, azab Allah tetap tidak dapat dihalang. Ini disebut dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكُكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ}

Di mana saja kalian berada, kematian akan mendapatkan kalian, walaupun kalian di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh. (An-Nisa: 78)


 

Ayat 46:

أَفَلَم يَسيروا فِي الأَرضِ فَتَكونَ لَهُم قُلوبٌ يَعقِلونَ بِها أَو آذانٌ يَسمَعونَ بِها ۖ فَإِنَّها لا تَعمَى الأَبصٰرُ وَلٰكِن تَعمَى القُلوبُ الَّتي فِي الصُّدورِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So have they not traveled through the earth and have hearts by which to reason and ears by which to hear? For indeed, it is not eyes that are blinded, but blinded are the hearts which are within the breasts.

(MELAYU)

maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.

 

أَفَلَم يَسيروا فِي الأَرضِ

maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi,

Tidakkah mereka berjalan di muka bumi ini dan melihat alam ini dengan mata hati? Lihatlah kepada peninggalan kaum-kaum yang telah dihancurkan itu. Ada yang dekat sahaja dengan mereka dan mereka boleh tengok sendiri dengan mata mereka sendiri.

 

فَتَكونَ لَهُم قُلوبٌ يَعقِلونَ بِها

lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami 

Berjalanlah dan lihatlah peninggalan itu dan cubalah guna akal yang Allah telah berikan untuk ambil pengajaran. Gunakan mata hati untuk menyelami maksud yang tersirat. Jangan tengok dengan mata kepala sahaja.

 

أَو آذانٌ يَسمَعونَ بِها

atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? 

Gunalah telinga dan pendengaran mereka untuk ambil pengajaran. Dengar dulu apa yang hendak disampaikan oleh Rasul dan pendakwah tauhid kepada mereka. Dengarlah dulu, jangan terus tolak.

 

فَإِنَّها لا تَعمَى الأَبصٰرُ

Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta,

Mata manusia yang celik memang boleh melihat. Tapi yang penting itu bukan penglihatan mata fizikal tapi mata hati. Kalau mata fizikal buta tapi mata hati hidup, itu lebih baik.

 

وَلٰكِن تَعمَى القُلوبُ الَّتي فِي الصُّدورِ

tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.

Tapi kalau mata hati yang buta, memang malang. Mereka mungkin berjalan dan melihat kawasan-kawasan yang telah dihancurkan itu tetapi mereka tidak mengambil pengajaran dari penduduk penduduk itu. Ini adalah kerana mata hati mereka telah tertutup.

Maka kenalah ambil pengajaran dari apa yang Allah telah lakukan.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 20 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Hajj Ayat 39 -42 (Kebenaran untuk berperang)

Ayat 39: Dari ayat ini hingga ke ayat 41 adalah Perenggan Makro Ketiga. Ia memberitahu tujuan jihad dan penubuhan Negara Islam.

Inilah ayat yang penting dalam surah ini – ia mengandungi kebenaran untuk berperang dengan Musyrikin Mekah. Ini isyarat kepada umat Islam untuk membuat persiapan membina kekuatan. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.

أُذِنَ لِلَّذينَ يُقٰتَلونَ بِأَنَّهُم ظُلِموا ۚ وَإِنَّ اللهَ عَلىٰ نَصرِهِم لَقَديرٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Permission [to fight] has been given to those who are being fought,¹ because they were wronged. And indeed, Allāh is competent to give them victory.

  • Referring here to the Prophet’s companions.

(MELAYU)

Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu,

 

أُذِنَ لِلَّذينَ يُقٰتَلونَ بِأَنَّهُم ظُلِموا

Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya.

Inilah ayat yang memberi kebenaran kepada Muhajirin Mekah untuk berperang dengan Musyrikin Mekah yang telah menghalau mereka keluar dari Mekah dan telah menindas orang-orang Muslim sewaktu mereka di Mekah dulu. Ayat ini diturunkan semasa umat Islam meninggalkan Mekah yang dicintai.

Ibnu Jarir mengatakan, telah menceritakan kepadaku Yahya ibnu Daud Al-Wasiti, telah menceritakan kepada kami Ishaq ibnu Yusuf, dari Sufyan, dari Al-A’masy, dari Muslim Al-Batin, dari Sa’id ibnu Jubair, dari Ibnu Abbas yang mengatakan bahawa ketika Nabi Saw. keluar dari Mekah.

Kalimat izin yang digunakan di dalam ayat ini amat penting kerana sebelum itu, walaupun para sahabat telah meminta-minta untuk berperang dengan Musyrikin Mekah, tetapi tidak dibenarkan oleh Allah sehingga apabila diturunkan ayat ini di mana Allah memberi keizinan kepada mereka. Jadi ini adalah ayat penting sebagai titik tolak peperangan dalam Islam.

Salah satu penyebab kejayaan di Mekah dalam berdakwah adalah kerana para sahabat tidak menggunakan kekerasan dalam berdakwah. Waktu itu walaupun para sahabat telah dikasari dan dikenakan dengan berbagai seksaan dan penindasan. tetapi mereka tidak dibenarkan untuk membalas langsung.

Sedangkan apabila di Madinah nanti akan ada ayat yang memberitahu bahawa boleh mempertahankan diri. Ini kerana keadaan di Mekah dan Madinah tidak sama. Semasa di Mekah, umat Islam lemah dan kalau mereka bertindak dengan membalas kekasaran dengan kekasaran, boleh menyebabkan keadaan lebih buruk lagi.

Kerana itulah setelah penduduk Yasrib (Madinah) berbaiat kepada Rasulullah Saw. di malam ‘Aqabah, yang ketika itu jumlah mereka ada lapan puluh orang lebih, mereka berkata, “Wahai Rasulullah, bolehkah kami menyerang penduduk lembah ini?” Mereka bermaksud orang-orang yang ada di Mina di malam-malam Mina. Maka Rasulullah Saw. bersabda, “Sesungguhnya aku belum diperintahkan untuk melakukannya.”

Ini adalah kerana dalam berdakwah, kesabaran mesti tinggi. Kerana kalau mereka balas serang, maka akan ada hujah di kalangan penentang Islam yang mengatakan: “Lihatlah pengikut-pengikut Muhammad ini, memang melakukan kekecohan dan porak peranda. Mari kita serang dan musnahkan mereka semuanya!”.

Dan memang puak penentang menunggu sahaja peluang itu terjadi supaya mereka boleh musnahkan semua sekali orang mukmin waktu itu. Maka kalau itu terjadi, maka tentulah buruk.

Dalam ayat ini, Allah Taala memberi keizinan kepada orang mukmin untuk berperang dengan orang kafir kerana orang mukmin yang mula-mula sekali dizalimi. Kerana itulah kalau kita kaji apa yang terjadi dalam sejarah dan dalam mana-mana zaman, kita akan melihat bagaimana peperangan yang terjadi dari dulu sampai sekarang adalah kerana dimulai oleh orang-orang kafir. Mereka yang menindas orang lain dan berlaku zalim dan mereka lah yang menyebabkan kekecohan dalam dunia ini.

Begitu juga sekarang ini apabila ada orang Islam yang buat benda bodoh seperti bom orang awam, serang sana sini, tangkap pelancong dan sebagainya, sampai menjadikan orang bukan Islam salah sangka yang agama Islam adalah agama yang keras dan teroris. Memang pelik sungguh akal mereka – mereka nak orang lain masuk agama Islam tapi mereka tunjukkan perangai yang buruk. Macam mana kepala otak mereka boleh sangka yang perbuatan mereka itu akan menyebabkan orang masuk Islam?

Jadi semasa di Mekah, umat Islam tidak dibenarkan untuk serang balas keganasan ke atas mereka. Dan apabila Nabi Muhammad dan para sahabat tidak membalas keganasan yang telah dikenakan kepada mereka, maka ianya telah memberi satu pandangan yang baik dari orang luar yang melihat bagaimana umat Islam itu sebenarnya tidak bersalah tetapi mereka telah ditindas dan kerana itu hati-hati mereka yang belum beragama Islam telah terbuka kepada Islam.

Mereka terpanggil untuk melihat apakah benda penting sangat yang dipertahankan oleh orang-orang Islam itu sampai mereka sanggup diseksa? Mereka dizalimi tetapi mereka sanggup mempertahankannya? Maka mereka yang duduk di atas pagar akan cari apakah maksud islam itu dan apabila mereka melihat mesej Islam itu, ramai dari mereka yang masuk Islam. Inilah cara nak ajak orang luar kepada agama Islam, bukannya dengan bom orang!

 

وَإِنَّ اللهَ عَلىٰ نَصرِهِم لَقَديرٌ

Dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu,

Dan Allah berjanji untuk memberi pertolongan kepada umat Islam dan Allah memberitahu yang Dia mampu untuk memberi pertolongan dan kemenangan walaupun orang-orang Mekah itu lebih kuat daripada golongan Muhajirin dan Ansar yang berada di Madinah.

Maka jangan kamu rasa lelah dan lemah untuk berperang dengan Musyrikin Mekah itu. Bergantung kepada Allah sahaja sudah cukup untuk memberi kemenangan kepada mereka.

Pasti umat Islam akan menang kalau ikut syarat-syarat yang telah digariskan dalam agama. Kerana kalau tak ikut syarat pun Allah takkan tolong. Maka kena belajarlah syarat-syarat itu sebagaimana yang telah diajar dalam Surah Tawbah dan Surah Baqarah.

Allah boleh sahaja beri kemenangan kepada umat Islam tanpa melalui peperangan. Tapi Allah hendak menguji mereka dan memberi kematian syahid kepada mereka. Ini seperti yang disebut dalam ayat yang lain:

{فَإِذا لَقِيتُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا فَضَرْبَ الرِّقَابِ حَتَّى إِذَا أَثْخَنْتُمُوهُمْ فَشُدُّوا الْوَثَاقَ فَإِمَّا مَنًّا بَعْدُ وَإِمَّا فِدَاءً حَتَّى تَضَعَ الْحَرْبُ أَوْزَارَهَا ذَلِكَ وَلَوْ يَشَاءُ اللَّهُ لانْتَصَرَ مِنْهُمْ وَلَكِنْ لِيَبْلُوَ بَعْضَكُمْ بِبَعْضٍ وَالَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَلَنْ يُضِلَّ أَعْمَالَهُمْ. سَيَهْدِيهِمْ وَيُصْلِحُ بَالَهُمْ وَيُدْخِلُهُمُ الْجَنَّةَ عَرَّفَهَا لَهُمْ}

Apabila kalian bertemu dengan orang-orang kafir (di medan perang), Maka pancunglah batang leher mereka. Sehingga apabila kalian telah mengalahkan mereka, maka tawanlah mereka dan sesudah itu kalian boleh membebaskan mereka atau menerima tebusan sampai perang berhenti. Demikianlah, apabila Allah menghendaki nescaya Allah akan membinasakan mereka, tetapi Allah hendak menguji sebahagian kalian dengan sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang gugur pada jalan Allah, Allah tidak akan menyia-nyiakan amal mereka. Allah akan memberi pimpinan kepada mereka dan memperbaiki keadaan mereka, dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah diperkenal-kan-Nya kepada mereka. (Muhammad: 4-6)

Dan Allah hendak beri kelebihan kepada umat Islam yang mereka sendiri akan balas kezaliman yang telah dikenakan kepada mereka. Kerana kaum sebelum itu, musuh mereka dihancurkan dengan azab, tanpa melibatkan campur tangan umat Islam. Bila dapat balas dengan tangan sendiri, itu lebih memuaskan. Ini disebut dalam ayat yang lain:

{قَاتِلُوهُمْ يُعَذِّبْهُمُ اللَّهُ بِأَيْدِيكُمْ وَيُخْزِهِمْ وَيَنْصُرْكُمْ عَلَيْهِمْ وَيَشْفِ صُدُورَ قَوْمٍ مُؤْمِنِينَ. وَيُذْهِبْ غَيْظَ قُلُوبِهِمْ وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ}

Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan-tangan kalian dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kalian terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman, dan meng­hilangkan panas hati orang-orang mukmin. Dan Allah menerima taubat orang yang dikehendaki-Nya. Allah Maha Mengetahui lagi Maha bijaksana. (At-Taubah: 14-15)

Dan seperti yang diberitahu, ini juga adalah ujian kepada umat Islam untuk membuktikan keimanan mereka.

{أَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تُتْرَكُوا وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّهُ الَّذِينَ جَاهَدُوا مِنْكُمْ وَلَمْ يَتَّخِذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلا رَسُولِهِ وَلا الْمُؤْمِنِينَ وَلِيجَةً وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ}

Apakah kalian mengira bahawa kalian akan dibiarkan (begitu saja), sedangkan Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara kalian dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kalian kerjakan. (At-Taubah: 16)


 

Ayat 40: Allah memberitahu bentuk kezaliman yang telah dikenakan kepada umat Islam semasa di Mekah.

الَّذينَ أُخرِجوا مِن دِيٰرِهِم بِغَيرِ حَقٍّ إِلّا أَن يَقولوا رَبُّنَا اللهُ ۗ وَلَولا دَفعُ اللهِ النّاسَ بَعضَهُم بِبَعضٍ لَّهُدِّمَت صَوٰمِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوٰتٌ وَمَسٰجِدُ يُذكَرُ فيهَا اسمُ اللهِ كَثيرًا ۗ وَلَيَنصُرَنَّ اللهُ مَن يَنصُرُهُ ۗ إِنَّ اللهَ لَقَوِيٌّ عَزيزٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[They are] those who have been evicted from their homes without right – only because they say, “Our Lord is Allāh.” And were it not that Allāh checks the people, some by means of others, there would have been demolished monasteries, churches, synagogues, and mosques in which the name of Allāh is much mentioned [i.e., praised]. And Allāh will surely support those who support Him [i.e., His cause]. Indeed, Allāh is Powerful and Exalted in Might.

(MELAYU)

(iaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: “Tuhan kami hanyalah Allah”. Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa,

 

الَّذينَ أُخرِجوا مِن دِيٰرِهِم بِغَيرِ حَقٍّ

(iaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar,

Salah satu kezaliman yang dikenakan kepada orang-orang Islam di Mekah adalah mereka dihalau dari kampung halaman mereka. Dan dihalau itu pula tanpa alasan yang benar – kalau sebab mereka buat salah, memang patutlah, tapi ini tidak berlaku.

Ini bukan sahaja terjadi kepada Muslim Mekah tapi zaman berzaman. Yang jelas sekarang kita boleh lihat bagaimana umat Islam Palestin telah dihalau oleh puak Israel. Dan kalau dulu, memang sudah ada yang diganggu kerana iman mereka kepada Allah – kerana ada manusia zalim yang tidak akan puas hati dengan manusia yang mengamalkan islam dengan benar.

 

إِلّا أَن يَقولوا رَبُّنَا اللهُ

kecuali kerana mereka berkata: “Tuhan kami hanyalah Allah”.

Apakah kesalahan umat Islam yang dihalau itu? Ianya hanya kerana mereka mengatakan yang Tuhan mereka adalah Allah. Ini disebut dalam firman Allah Swt. dalam kisah ashabul ukhdud, yaitu:

{وَمَا نَقَمُوا مِنْهُمْ إِلا أَنْ يُؤْمِنُوا بِاللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ}

Dan mereka tidak menyeksa orang-orang mukmin itu melainkan kerana orang-orang mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. (Al-Buruj: 8)

Oleh kerana itu, sebenarnya orang Islam dihalau kerana mereka menegakkan tauhid kerana mereka kata Hanya Allah sahaja yang boleh disembah dan diseru dalam doa. Marah dan benci orang kafir apabila umat Islam beraqidah begitu. Kerana mereka ada fahaman yang kalau nak doa, kena ada wasilah (perantara). Maka kalau umat Islam pun nak amal tawasul, maka mereka ada fahaman orang kafir sebenarnya.

 

وَلَولا دَفعُ اللهِ النّاسَ بَعضَهُم بِبَعضٍ

Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain,

Akan ada sahaja manusia yang zalim dan kepala otak tidak betul macam golongan ISIS, IS dan yang sewaktu dengannya. Orang kafir pun lagi teruk. Kalau mereka dapat kuasa di dunia, berkemungkinan besar mereka akan melakukan keganasan di muka bumi kerana itulah sifat manusia.

Jangan kata orang kafir, kalau orang Islam yang jauh dari wahyu pun begitu juga. Kerana dalam sejarah Islam pun ada kisah bagaimana kerajaan Islam pun ada tindas manusia juga. Kebodohan tidak kenal sesiapa. Kalau umat islam pun tidak terlepas dari sifat bodoh.

Tapi kalau mereka salah guna kuasa, tidaklah mereka berkekalan. Kerana Allah jatuhkan mereka menggunakan golongan yang lain. Kerana kalau mereka terus dibiarkan maka akan rosaklah dunia. Jadi dalam mereka sangka mereka kuat, akan ada golongan lain yang akan lebih kuat dari mereka yang akan menjatuhkan mereka.

 

لَّهُدِّمَت صَوٰمِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوٰتٌ وَمَسٰجِدُ يُذكَرُ فيهَا اسمُ اللهِ كَثيرًا

tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah.

Allah menggunakan sebahagian daripada orang Islam untuk menghalang orang-orang kafir dan jikalau Allah tidak buat begitu maka akan hancurlah semua rumah ibadat dan tempat belajar agama. Kerana Allah nak mempertahankan agamaNya. Maka puak yang zalim akan dihancurkan. Keharmonian akan distabilkan semula.

Kalaimah صَوٰمِعُ adalah tempat-tempat ibadat yang kecil yang dipakai oleh para rahib. Demikianlah menurut Ibnu Abbas, Mujahid, Abul Aliyah, Ikrimah Ad-Dahhak, dan lain-lainnya.

Kalimah بِيَعٌ pula adalah tempat peribadatan yang jauh lebih besar daripada yang pertama dan memuat lebih banyak orang di dalamnya; milik orang-orang Nasrani juga, sama dengan yang pertama. Demikianlah menurut pendapat Abul Aliyah, Qatadah, Ad-Dahhak, Ibnu Sakhr, Muqatil ibnu Hayyan, dan Khasif serta lain-lainnya.

Kalimah صَلَوٰتٌ dalam ayat ini adalah synagoue iaitu rumah ibadat Yahudi. Dalam Islam kemudiannya digunakan kalimah صَلَوٰتٌ juga kerana ia menunjukkan tempat di mana solat dijalankan.

Itu semua adalah tempat melakukan ibadat kepada Allah dan dulunya, memang disebut nama Allah sebelum nama Allah diselewengkan oleh mereka. Dari segi susunan, dimulai dengan tempat ibadat yang paling kecil sampailah kepada masjid, iaitu yang paling banyak disebut nama Allah.

 

وَلَيَنصُرَنَّ اللهُ مَن يَنصُرُهُ

Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.

Allah beritahu dalam ayat ini yang Allah pasti dan pasti (ada penekanan kerana kalimah لَيَنصُرَنَّ adalah dalam bentuk mubalaghah) akan membantu sesiapa sahaja yang membantunya.

Tetapi Allah tidak memerlukan pertolongan sesiapa pun maka ayat ini bermaksud Allah akan membantu sesiapa sahaja yang membantu  Nabi Muhammad dan agama Allah. Maknanya, sesiapa yang membantu rasul mereka di dalam menegakkan agama Allah, maka mereka itu dikira sebagai membantu Allah.

Jadi kalau sekarang ini kita melihat Allah tidak membantu kita di dalam menentang musuh-musuh kita, maka kita perlu bertanya kepada diri kita: adakah kita sebenarnya membantu agama Allah? Kerana jikalau kita benar-benar membantu agama Allah, Allah telah berjanji yang Dia pasti akan memberi bantuanNya. Takut kita sahaja perasan kita bantu agama Islam tapi entah-entah tidak.

 

إِنَّ اللهَ لَقَوِيٌّ عَزيزٌ

Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa,

Allah boleh bantu dan memenangkan sesiapa sahaja kerana Allah Maha Gagah dan boleh mengalahkan sesiapa sahaja. Maka kalau Allah nak bantu, adakah sesiapa yang boleh halang Allah? Tentu tidak. Maka kenalah berharap kepada Allah.

Berdoalah kepada Allah supaya bantu kita. Dan mintalah Allah perbetulkan diri kita. Kerana mungkin kita ada buat salah dan kita tidak tahu. Maka minta Allah tunjukkan apakah kesalahan kita supaya kita boleh baiki keadaan diri kita. Jangan perasan yang diri itu benar sahaja.

Kadang-kadang di dalam Qur’an apabila Allah memberitahu yang Dia menguji ataupun Allah beritahu Dia marah kepada sesuatu pihak, Allah tidak menggunakan ayat yang penuh tetapi Allah menggunakan ayat yang tergantung untuk kita isikan sendiri.

Ini sebagaimana kalau guru-guru di sekolah yang marah kepada anak muridnya dia akan berkata: “tahu tak apa akan jadi kepada mereka yang tidak buat kerja rumah?” Dan kemudian guru itu senyap sahaja. Tentu anak murid akan takut kerana mereka akan bayangkan macam-macam hukuman. Sengaja sahaja guru itu tak cakap apakah hukuman yang akan dikenakan supaya pelajar fikir sendiri.

Begitu juga kita sebagai pendengar dan juga pembaca Qur’an ini sepatutnya ada sedikit intelek untuk mengisi tempat kosong itu seperti mana kita faham yang guru itu memberi ancaman dan amaran kepada sesiapa yang tidak buat kerja rumah.

Maka Allah tidak beritahu apakah balasan kepada mereka yang zalim. Yang pasti ianya tentu amat teruk sekali.


 

Ayat 41: Allah Taala hanya memberi bantuan kepada orang yang ada sifat-sifat keimanan dan bukanlah hanya kerana nama mereka Muslim. Ini adalah Ayat Tabshir.

الَّذينَ إِن مَّكَّنّٰهُم فِي الأَرضِ أَقامُوا الصَّلوٰةَ وَآتَوُا الزَّكوٰةَ وَأَمَروا بِالمَعروفِ وَنَهَوا عَنِ المُنكَرِ ۗ وَِلِلهِ عٰقِبَةُ الأُمورِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[And they are] those who, if We give them authority in the land, establish prayer and give zakāh and enjoin what is right and forbid what is wrong. And to Allāh belongs the outcome of [all] matters.

(MELAYU)

(iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.

 

الَّذينَ إِن مَّكَّنّٰهُم فِي الأَرضِ

(Iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi

Dalam ayat sebelum ini, Allah kata Dia akan bantu umat Islam. Tapi siapakah yang akan dibantu itu? Allah beritahu sifat-sifat mereka.

Mereka itu apabila diberikan kemenangan akan menegakkan agama.

 

أَقامُوا الصَّلوٰةَ وَآتَوُا الزَّكوٰةَ

nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, 

Allah memberitahu dalam ayat ini bahawa golongan yang baik itu jikalau mereka diberi kekuasaan di dalam dunia mereka akan mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. Maknanya mereka itu melakukan ibadat kepada Allah. Disebut dua ibadah itu kerana mewakili ibadah-ibadah lain.

Kemudian Allah senyap dan tidak memberitahu apakah balasan untuk mereka. Maka ini menunjukkan yang balasan yang akan diberikan kepada mereka dalam bentuk nikmat amat hebat sekali sampaikan tidak dapat dibayangkan, tak dapat nak diceritakan kerana akal kita tidak akan faham.

Yang pertama sekali Allah sebut adalah mendirikan solat. Maka ini mengajar kita bahawa masjid-masjid perlu menjalankan solat berjemaah. Maka kita kena budayakan solat berjemaah di masjid iaitu kepada orang-orang lelaki. Jangan asyik solat di rumah dan pejabat sahaja. Orang sunnah kena solat di masjid. Walaupun mungkin imam itu bukan sunnah, tapi kita tetap kena pergi juga solat berjemaah.

Dan kemudian disebut tentang zakat iaitu mengajar kita yang institusi zakat perlu dikemaskan supaya dapat memudahkan orang membayar dan memudahkan pemberian zakat kepada orang yang memerlukan. Alhamdulillah negara kita sudah ada institusi ini.

Cuma pembaikan perlu dilakukan. Kita pasti yang pihak yang berkenaan telah dan sedang melakukan yang terbaik dari pihak mereka. Memang ada suara yang menegur, tapi dalam masa yang sama, kenalah kita sokong. Maka kenalah kita bayar zakat kita kepada Pusat Pungutan Zakat.

Kita juga kena ada sistem untuk memberitahu kepada umat Islam bagaimana cara mengira zakat dengan mudah dan bagaimana cara untuk mengeluarkan zakat. Kerana ramai yang tidak tahu tentang kewajipan zakat. Mereka yang berniaga dan ada harta pun tidak mengeluarkan zakat harta kerana mereka sangka yang bila mereka sudah bayar zakat fitrah (lebih kurang RM 7 seorang, mereka sudah dikira bayar zakat). Ini adalah kejahilan tahap tinggi!

Maka kena sampaikan maklumat kepada umat dan kena mudahkan mereka untuk menyumbang. Boleh gunakan kemajuan teknologi yang ada untuk tujuan ini. Alhamdulillah sekarang ada usaha ke arah itu kerana alat telekomunikasi amat mudah sekarang. Ramai yang boleh buat app yang hebat-hebat.

 

وَأَمَروا بِالمَعروفِ وَنَهَوا عَنِ المُنكَرِ

menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar;

Satu lagi sifat mereka adalah mengajak kepada kebaikan dan menghalang keburukan. Mereka menjalankan tugas dakwah. Mereka prihatin kepada apa yang dilakukan oleh masyarakat. Mereka akan menyampaikan ajaran agama kepada manusia. Pembelajaran agama dipentingkan.

Dan mereka akan menegur kesalahan yang dilakukan oleh manusia. Maknanya tidaklah mereka lihat sahaja. Macam zaman sekarang, banyak kesalahan yang dilakukan manusia dan ramai yang lihat sahaja. Ini kerana kita takut kalau kita tegur, kita pula yang kena marah. Seolah-olah kena biarkan sahaja apa manusia nak buat, tak boleh tegur.

Tak bolehlah begitu. Kalau kesalahan yang berlaku, kenalah tegur. Manusia kalau tidak ditegur, memang akan semakin jauh dengan agama. Kerana syaitan buat kerja mereka untuk menyesatkan manusia, takkan kita tak buat kerja kita menegur manusia? Kita tegur sahaja, janganlah marah.

Dan itulah yang telah dilakukan oleh para sahabat yang kita perlu contohi mereka.

Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami ayahku, telah menceritakan kepada kami Abur Rabi’ Az-Zahrani, telah menceritakan kepada kami Hammad ibnu Zaid, dari Ayyub dan Hisyam, dari Muhammad yang mengatakan bahawa Usman ibnu Affan pernah mengatakan, “Ayat ini diturunkan berkenaan dengan kami (para sahabat), iaitu firman-Nya: ‘(yaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan salat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf, dan mencegah dari perbuatan yang mungkar’ (Al-Hajj: 41) Kami telah diusir dari rumah kami tanpa alasan yang benar, melainkan hanya kerana kami beriman bahawa Allah adalah Tuhan kami. Kemudian Dia meneguhkan kedudukan kami di suatu negeri, maka kami mendirikan salat, menunaikan zakat, dan memerintahkan berbuat kebajikan serta mencegah dari perbuatan mungkar, dan kepada Allah-lah dikembalikan semua urusan. Ayat ini diturunkan berkenaan dengan aku dan sahabat-sahabatku.

 

وَِلِلهِ عٰقِبَةُ الأُمورِ

dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.

Segala kebaikan adalah milik Allah. Allah akan balas kebaikan kepada mereka yang layak mendapatnya.


 

Ayat 42: Dari ayat ini sehingga ayat 62 adalah Perenggan Makro Keempat. Ia mengandungi ancaman kebinasaan. Allah menyebut lagi kaum dan kota-kota yang telah binasa zaman sebelumnya. Kaum yang menentang Nabi akan diazab dan menjadi penghuni neraka.

Allah juga menjamin orang Islam yang beriman yang berhijrah atau yang telah terkorban akan diberi balasan syurga.

Ayat ini adalah takhwif duniawi dan tasliah.

وَإِن يُكَذِّبوكَ فَقَد كَذَّبَت قَبلَهُم قَومُ نوحٍ وَعادٌ وَثَمودُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And if they deny you, [O Muḥammad] – so, before them, did the people of Noah and ‘Aad and Thamūd deny [their prophets],

(MELAYU)

Dan jika mereka (orang-orang musyrik) mendustakan kamu, maka sesungguhnya telah mendustakan juga sebelum mereka kaum Nuh, ‘Aad dan Tsamud,

 

وَإِن يُكَذِّبوكَ

Dan jika mereka (orang-orang musyrik) mendustakan kamu,

Kalau Musyrikin Mekah itu mendustakan Nabi Muhammad, Allah nak beritahu yang  itu adalah perkara biasa sahaja

 

فَقَد كَذَّبَت قَبلَهُم قَومُ نوحٍ وَعادٌ وَثَمودُ

maka sesungguhnya telah mendustakan juga sebelum mereka kaum Nuh, ‘Aad dan Tsamud,

Ianya perkara biasa kerana sebelum Nabi Muhammad itu ditolak, nabi-nabi yang lain pun juga telah didustakan. Memang begitulah manusia zaman berzaman. Ada yang akan beriman tapi yang lebih ramai akan menolak.

Allah beri contoh kaum Nabi Nuh, Aad dan Tsamud. Kaum Nabi Nuh semua sudah tahu kisah mereka termasuklah Musyrikin Mekah itu. Dan Kaum Aad dan Tsamud disebut kerana Arab Mekah itu dekat sahaja dengan mereka dan selalu melalui kawasan peninggalan mereka semasa dalam musafir mereka. Mereka tahu itu adalah tempat orang yang kena azab dunia kerana menentang Rasul mereka.

Maka janganlah bersedih sangat kalau dakwah kita pun kena tolak juga. Kalau para Nabi pun ditolak juga, apatah lagi kalau dakwah dari kita? Para Nabi yang hebat dan pandai berdakwah itu pun kena tolak, apakah pula yang baru berjinak nak berdakwah?

Manusia yang degil, tetap akan menolak. Tapi ingatlah yang bukanlah salah kita dalam berdakwah sahaja, tapi kerana memang mereka degil akan menolak. Maka janganlah salahkan diri kita kalau itu berlaku.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 20 Mei 2019


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Hajj Ayat 35 – 38 (Cara sembelih unta)

Ayat 35: Ayat tabshir. Dalam ayat sebelum ini telah disebut tentang mereka yang baik – yang lembut hatinya dan merendahkan diri mereka. Allah sambung lagi dengan sifat mereka.

الَّذينَ إِذا ذُكِرَ اللهُ وَجِلَت قُلوبُهُم وَالصّٰبِرينَ عَلىٰ ما أَصابَهُم وَالمُقيمِي الصَّلَوٰةِ وَمِمّا رَزَقنٰهُم يُنفِقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Who, when Allāh is mentioned, their hearts are fearful, and [to] the patient over what has afflicted them, and the establishers of prayer and those who spend from what We have provided them.

(MELAYU)

(iaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka, orang-orang yang mendirikan sembahyang dan orang-orang yang menafkahkan sebahagian dari apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka.

 

الَّذينَ إِذا ذُكِرَ اللهُ وَجِلَت قُلوبُهُم

(iaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka,

Hati mereka gentar kerana mereka terkesan dengan lafaz Allah. Ia bukanlah nama biasa bagi mereka tetapi mempunyai maksud yang tinggi. Ini adalah kerana mereka takut kepada Allah. Mereka takut kepada Allah kerana mereka kenal Allah dari pembelajaran ilmu wahyu.

Mereka sentiasa melakukan zikir dan mereka sedar (faham) apa yang mereka lafazkan itu. Tidaklah mereka sebut sahaja tanpa memberi kesan kepada diri mereka.

Mereka yang boleh dapat kesan ini adalah mereka yang kenal Allah melalui Qur’an. Allah kenalkan DiriNya dalam Qur’an mereka telah belajar tafsir Qur’an dan kerana itu mereka kenal Allah. Maksudnya hendak kenal Allah, kena kenal dari Qur’an.

 

وَالصّٰبِرينَ عَلىٰ ما أَصابَهُم

dan orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka,

Setiap manusia akan dikenakan dengan musibah sebagai dugaan untuk manusia. Manusia yang beriman sedar bahawa mereka tidak dapat halang dari dikenakan dengan musibah itu. Maka mereka sabar dengan musibah yang dikenakan kepada mereka. Mereka redha dengan musibah itu.

Mereka sedar yang sebagai hamba Allah, Allah boleh berikan apa sahaja kepada mereka. Dan mereka tidak marah kepada Allah kerana dikenakan dengan musibah itu kerana mereka tahu yang itu semua adalah ujian. Mereka redha dengan musibah itu.

 

وَالمُقيمِي الصَّلَوٰةِ

dan orang-orang yang mendirikan sembahyang 

Mereka taat kepada arahan Allah untuk mendirikan solat. Disebut solat sebagai mewakili amal ibadah yang berhubung antara manusia dan Allah (hablu minallah). Ianya adalah ibadat yang terpenting dan kerana itu ia disebut dahulu. Tapi bukanlah dia hanya mendirikan solat sahaja kerana ibadat-ibadat lain pun dia jaga juga.

 

وَمِمّا رَزَقنٰهُم يُنفِقونَ

dan orang-orang yang menafkahkan sebahagian dari apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka.

Ini pula adalah tentang hubungan baik sesama makhluk (hablu minannas). Ini dipanggil ‘adat’. Hubungan yang baik dengan makhluk pun dijaga juga dan diwakili dengan ibadah zakat kerana ianya adalah yang terbaik. Yang wajib adalah zakat dan yang sunat adalah derma dan sedekah.


 

Ayat 36:

وَالبُدنَ جَعَلنٰها لَكُم مِّن شَعائِرِ اللهِ لَكُم فيها خَيرٌ ۖ فَاذكُرُوا اسمَ اللهِ عَلَيها صَوافَّ ۖ فَإِذا وَجَبَت جُنوبُها فَكُلوا مِنها وَأَطعِمُوا القانِعَ وَالمُعتَرَّ ۚ كَذٰلِكَ سَخَّرنٰها لَكُم لَعَلَّكُم تَشكُرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And the camels and cattle We have appointed for you as among the symbols [i.e., rites] of Allāh; for you therein is good. So mention the name of Allāh upon them when lined up [for sacrifice]; and when they are [lifeless] on their sides, then eat from them and feed the needy [who does not seek aid] and the beggar. Thus have We subjected them to you that you may be grateful.

(MELAYU)

Dan telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebahagian dari syi’ar Allah, kamu memperoleh kebaikan yang banyak padanya, maka sebutlah olehmu nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah terikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.

 

وَالبُدنَ جَعَلنٰها لَكُم مِّن شَعائِرِ اللهِ

Dan telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebahagian dari syi’ar Allah,

Unta yang telah diniatkan sebagai binatang sembelihan semasa Haji dinamakan البُدنَ. Orang-orang Arab memang suka kepada unta dan mereka hidup dengan unta, maka mereka ada banyak nama-nama untuk unta. Ia dari katadasar ب د ن yang bermaksud sesuatu yang besar.

Macam kita sekarang ada berbagai-bagai jenis kereta untuk membezakan antara satu jenis kereta dengan kereta yang lain maka begitu jugalah orang Arab dengan unta mereka. Kalimah البُدنَ diambil dari kalimah yang bermaksud ‘badan’ kerana unta yang dibawa untuk disembelih di Mekah adalah unta-unta yang besar tubuh badannya.

Korban unta itu juga dikira sebagai syiar Allah juga kerana ianya mengingatkan kita kepada Allah. Kita korbankan unta itu bukan suka-suka tapi kerana taat kepada suruhan Allah.

 

لَكُم فيها خَيرٌ

kamu memperoleh kebaikan yang banyak padanya, 

Allah memberitahu yang pada unta itu ada kebaikan untuk manusia dunia dan akhirat. Kebaikan dunia itu adalah kerana mereka boleh dimakan dan digunakan sebagai tunggangan dan untuk akhirat pula kerana boleh disembelih sebagai tanda taat dan kerana untuk mendekatkan diri dengan Allah.

Diriwayatkan dari Sulaiman ibnu Yazid Al-Ka’bi,dari Hisyam ibnu Urwah, dari ayahnya, dari Aisyah, bahawa Rasulullah Saw. pernah bersabda:

“مَا عَمِل ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلًا أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هِرَاقه دَمٍ، وَإِنَّهُ لَتَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلَافِهَا وَأَشْعَارِهَا، وَإِنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الْأَرْضِ، فطِيبُوا بِهَا نَفْسًا”

Tidaklah seorang anak Adam melakukan suatu amal yang lebih disukai oleh Allah di Hari Raya Kurban selain dari mengalirkan darah (haiwan) kurban. Sesungguhnya kelak di hari kiamat haiwan kurbanku benar-benar datang dengan tanduk, kuku, dan bulunya; dan sesungguhnya darahnya itu benar-benar diterima di sisi Allah, sebelum terjatuh ke tanah. Maka berbahagialah kalian dengan kurban itu.

Allah yang telah menjadikan unta itu untuk kita dan ia dijadikan sebagai salah satu daripada Syiar Allah.

 

فَاذكُرُوا اسمَ اللهِ عَلَيها صَوافَّ

maka sebutlah olehmu nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri

Allah menyuruh kita untuk mengingat kepadaNya ketika menyembelih unta-unta itu iaitu ketika dibariskan untuk disembelih satu persatu. Kalimah صَوافَّ dari katadasar ص ف ف yang bermaksud ‘barisan’ seperti barisan saf dalam solat.

Diriwayatkan dari Al-Muttalib ibnu Abdullah ibnu Hantab, dari Jabir ibnu Abdullah yang mengatakan bahawa dia pernah salat bersama Rasulullah Saw. di Hari Raya Kurban. Setelah bersalam dari salatnya, didatangkan kepada baginda seekor domba, lalu baginda menyembelihnya seraya mengucapkan:

“بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهِ أَكْبَرُ، اللَّهُمَّ هَذَا عَنِّي وَعَمَّنْ لَمَّ يُضَحِّ مِنْ أُمَّتِي”.

Dengan menyebut nama Allah, Allah Mahabesar. Ya Allah, domba ini adalah kurbanku dan kurban orang-orang dari kalangan umatku yang tidak berkurban. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Abu Daud, dan Imam Turmuzi.

Dan unta itu bukan seperti binatang-binatang sembelihan yang lain kerana ianya tinggi maka mereka disembelih ketika berdiri dengan ditusuk tengkuknya. Kalau dibaringkan seperti sembelih kambing, memang tak mampu nak buat, memang akan kena tendang. Kerana itu unta-unta itu kena berdiri seperti berdiri di dalam saf.

 

فَإِذا وَجَبَت جُنوبُها فَكُلوا مِنها

Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya

Dan ingatlah nama Allah ketika unta-unta itu telah jatuh di atas sisi mereka kerana mereka. Kalimah وجب bermaksud telah jatuh setelah disembelih. Kena pastikan yang unta itu telah benar-benar mati baru boleh dilapah. Kerana takut nanti kena tendang pula. Di dalam sebuah hadis berpredikat marfu’ telah disebutkan:

“وَلَا تُعجِلُوا النفوسَ أَنْ تَزْهَق”

Janganlah kalian tergesa-gesa mendahului nyawa sebelum (nyata-nyata) rohnya telah dicabut.

Hendaklah kita berlaku baik terhadap binatang yang disembelih itu. Hal ini dikuatkan oleh hadis Syaddad ibnu Aus yang ada di dalam kitab Sahih Muslim, iaitu:

“إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا القِتْلة، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ ولْيُحدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَته، ولْيُرِحْ ذَبِيحته”

Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat baik terhadap segala sesuatu. Maka apabila kalian membunuh, lakukanlah dengan cara yang baik. Dan apabila kalian menyembelih lakukanlah dengan cara yang baik dan hendaklah seseorang di antara kalian menajamkan mata pisaunya serta letakkanlah haiwan sembelihannya pada posisi yang enak.

Malangnya kalau kita lihat cara sembelih binatang korban di negara ini, kita boleh lihat bagaimana binatang itu terseksa. Kerana diikat dengan teruk sekali sampaikan kita pasti yang binatang itu dalam keadaan sakit. Ada yang diikat kaki mereka dengan tali dan kayu, tentu sakit, bukan?

Cara untuk menyembelih unta itu adalah dengan mengikat salah satu daripada kaki unta itu dan ditusuk kepada tengkuk unta itu dan unta itu akan jatuh pada sisinya. Mengikut riwayat, yang diikat adalah kaki kiri depan.

Cara ikat kaki unta

 

وَأَطعِمُوا القانِعَ وَالمُعتَرَّ

dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta.

Dan berilah makan dari daging sembelihan itu kepada mereka yang memerlukan tetapi mereka tidak meminta-minta. Kalimah القانِعَ dari katadasar ق ن ع yang bermaksud rasa cukup, tidak meminta-minta dengan teruk. Selalu disebut sifat ‘qana’ah’ adalah orang yang rasa cukup dengan apa yang mereka ada.

Kerana mereka tidak meminta, maka kena cari mereka dan berikan kepada mereka kerana mereka sendiri tidak akan mencari-cari   Kita boleh kenal mereka dari keadaan mereka yang nampak dalam kepayahan.

Dan bolehlah juga beri kepada mereka yang meminta. Kalimah وَالمُعتَرَّ dari katadasar ع ر ر yang bermaksud yang terhina, malu, yang memerlukan sampai mereka terpaksa meminta kepada orang lain.

 

كَذٰلِكَ سَخَّرنٰها لَكُم لَعَلَّكُم تَشكُرونَ

Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.

Begitulah Allah telah menundukkan binatang-binatang yang besar seperti unta itu untuk memudahkan manusia yang mengerjakan Haji untuk menyembelih mereka.

Bayangkan bagaimana unta itu nampak kawan-kawan yang di hadapan mereka disembelih tetapi mereka tidak lari dan mereka tetap memberikan tengkok mereka untuk disembelih. Pernah Nabi sendiri bariskan 100 unta untuk disembelih dan baginda sendiri sembelih 60 ekor sebelum diberikan kepada Saidina Ali untuk menghabiskannya.

Kalau bukan Allah yang tundukkan mereka untuk kita, tentu kita tak dapat nak sembelih mereka kerana unta itu lebih kuat dari kita.


 

Ayat 37:

لَن يَنالَ اللهَ لُحومُها وَلا دِماؤُها وَلٰكِن يَنالُهُ التَّقوىٰ مِنكُم ۚ كَذٰلِكَ سَخَّرَها لَكُم لِتُكَبِّرُوا اللهَ عَلىٰ ما هَدٰكُم ۗ وَبَشِّرِ المُحسِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Their meat will not reach Allāh, nor will their blood, but what reaches Him is piety from you. Thus have We subjected them to you that you may glorify Allāh for that [to] which He has guided you; and give good tidings to the doers of good.

(MELAYU)

Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapaiNya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.

 

لَن يَنالَ اللهَ لُحومُها وَلا دِماؤُها

Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai Allah, 

Segala penyembelihan itu bukanlah diperlukan oleh Allah kerana daging binatang yang disembelih itu dan darahnya tidak sampai pun kepada Allah. Musyrikin Mekah melakukan perkara yang karut iaitu mereka akan memercikkan darah binatang sembelihan kepada berhala mereka.

 

وَلٰكِن يَنالُهُ التَّقوىٰ مِنكُم

tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapaiNya.

Tetapi Allah memberitahu yang sampai kepadaNya adalah sifat takwa orang-orang yang mengerjakan Haji dan korban itu. Seperti yang telah disebutkan di dalam kitab sahih, melalui sabda Rasulullah Saw.:

“إِنَّ اللَّهَ لَا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَلَا إِلَى أَمْوَالِكُمْ، وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ”

Sesungguhnya Allah Swt. tidak melihat kepada bentuk (rupa) dan harta kalian, tetapi melihat kepada hati dan amal perbuatan kalian.

Dan sebuah hadis yang menyatakan:

“إِنَّ الصَّدَقَةَ تَقَعُ فِي يَدِ الرَّحْمَنِ قَبْلَ أَنْ تَقَعَ فِي يَدِ السَّائِلِ، وَإِنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الْأَرْضِ”

Sesungguhnya sedekah itu benar-benar diterima di sisi Tuhan Yang Maha Pemurah sebelum sedekah itu diterima oleh tangan pemintanya. Dan sesungguhnya darah (haiwan kurban) itu benar-benar diterima di sisi Allah sebelum darah itu menyentuh tanah.

Maka ini mengajar kita bahawa bukanlah perbuatan itu yang menyebabkan diterima segala amalan itu melainkan Allah akan melihat apa yang di dalam hati kita.

Maka kalau ada orang yang zalim ataupun menggunakan wang yang haram untuk pergi mengerjakan Haji dan dia telah menyembelih 100 unta pun maka janganlah mereka sangka yang binatang-binatang itu akan sampai kepada Allah. Kalau tidak ada taqwa dalam hati, tidak bernilai apa yang mereka lakukan itu. Kerana yang penting adalah keikhlasan hati.

 

كَذٰلِكَ سَخَّرَها لَكُم لِتُكَبِّرُوا اللهَ عَلىٰ ما هَدٰكُم

Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. 

Begitulah Allah telah menundukkan binatang-binatang korban itu kepada kita semua. Perihalnya sama dengan apa yang disebutkan oleh Allah Swt. dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّا خَلَقْنَا لَهُمْ مِمَّا عَمِلَتْ أَيْدِينَا أَنْعَامًا فَهُمْ لَهَا مَالِكُونَ}

Dan apakah mereka tidak melihat bahawa sesungguhnya Kami telah menciptakan binatang ternak untuk mereka, iaitu sebahagian dari apa yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami sendiri, lalu mereka menguasainya? (Yasin: 71)

Hendaklah kita membesarkan Allah semasa kita melakukan ibadah korban itu kerana Allah yang suruh kita lakukan. Dalam Qur’an disebut dua kali tentang membesarkan Allah selepas ibadat. Iaitu membesarkan Allah  selepas Ramadhan dan selepas Haji. Kerana itu di dalam Aidilfitri dan Aidiladha kita akan banyak melakukan takbir.

Kita besarkan Allah kerana kita bersyukur di atas pemberian hidayah dariNya. Kerana hidayah Allah lah kita berpuasa dan mengerjakan Haji.

 

وَبَشِّرِ المُحسِنينَ

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.

Dan lihat bagaimana Allah suruh berikan berita gembira kepada mereka yang muhsin (dan bukan Muslim sahaja) kerana mereka yang telah mengerjakan Haji itu telah dibersihkan dari dosa-dosanya dan orang yang bersih dari dosa adalah muhsin.

Mereka juga ada tauhid dan orang yang mentauhidkan Allah adalah orang yang memiliki hati yang baik.

Ibadat korban ini amatlah dianjurkan, sampaikan ada ulama yang mengatakan ianya wajib (tapi ada yang mengatakan ianya sunat sahaja). Abu Hanifah mengatakan ianya wajib menggunakan alasan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Ibnu Majah yang semua perawinya berpredikat tsiqah, melalui Abu Hurairah secara marfu‘, iaitu:

“مَنْ وَجَدَ سَعَة فَلَمْ يُضَحِّ، فَلَا يَقْرَبَنَّ مُصَلانا”

Barang siapa yang mempunyai kemampuan (berkurban), lalu dia tidak berkurban, maka jangan sekali-kali dia mendekati tempat salat kami.


 

Ayat 38:

۞ إِنَّ اللهَ يُدٰفِعُ عَنِ الَّذينَ آمَنوا ۗ إِنَّ اللهَ لا يُحِبُّ كُلَّ خَوّانٍ كَفورٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, Allāh defends those who have believed. Indeed, Allāh does not like everyone treacherous and ungrateful.

(MELAYU)

Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang telah beriman. Sesungguhnya Allah tidak menyukai tiap-tiap orang yang berkhianat lagi mengingkari nikmat.

 

إِنَّ اللهَ يُدٰفِعُ عَنِ الَّذينَ آمَنوا

Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang telah beriman.

Waktu ayat ini diturunkan Mekah masih di dalam penguasaan Musyrikin dan para sahabat berada di Madinah tetapi Allah memberitahu yang Allah akan membela (melindungi) mereka. Kalimah يُدٰفِعُ dari katadasar د ف ع yang bermaksud menghalang, melencongkan, mempertahan.

Tetapi kenapa Allah nak lindung mereka kerana mereka selamat di Madinah? ini adalah kerana tidak lama selepas itu akan ada pertelingkahan dan peperangan di antara Muslim dan Musyrikin Mekah iaitu di dalam Perang Badar, dan juga perang-perang lain. Allah hendak beri kata semangat kepada mereka supaya mereka jangan takut. Mereka akan tetap selamat.

 

إِنَّ اللهَ لا يُحِبُّ كُلَّ خَوّانٍ كَفورٍ

Sesungguhnya Allah tidak menyukai tiap-tiap orang yang berkhianat lagi mengingkari nikmat.

Allah tidak suka kepada orang orang yang sentiasa melakukan khianat seperti Musyrikin Mekah itu. Ini adalah kerana kalimah خَوّانٍ itu di dalam bentuk mubalaghah (ekstrem). Kerana setiap tahun (dalam ibadah Haji) mereka melakukan fitnah kepada ajaran agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim walaupun mereka itu tidak malu mengaku yang mereka itu mengikut Nabi Ibrahim.

Mereka dikatakan sebagai kufur kerana mereka tidak menghargai nikmat keberadaan mereka di Mekah itu yang kerananya menyebabkan seluruh penduduk Arab menghormati mereka kerana mereka adalah penjaga Kaabah.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 20 Mei 2010


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Jalalain

Tafsir Surah Hajj Ayat 31 – 34 (Ibadat korban berbeza-beza)

Hajj Ayat 31: Ayat Tauhid dan penjelasan tentang Syirik.

حُنَفاءَ ِللهِ غَيرَ مُشرِكينَ بِهِ ۚ وَمَن يُشرِك بِاللهِ فَكَأَنَّما خَرَّ مِنَ السَّماءِ فَتَخطَفُهُ الطَّيرُ أَو تَهوي بِهِ الرّيحُ في مَكانٍ سَحيقٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Inclining [only] to Allāh, not associating [anything] with Him. And he who associates with Allāh – it is as though he had fallen from the sky and was snatched by the birds or the wind carried him down into a remote place.

(MELAYU)

dengan ikhlas kepada Allah, tidak mempersekutukan sesuatu dengan Dia. Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah dia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.

 

حُنَفاءَ ِللهِ غَيرَ مُشرِكينَ بِهِ

dengan ikhlas kepada Allah, tidak mempersekutukan sesuatu dengan Dia.

Sewaktu mengerjakan Haji itu fikiran manusia hendaklah fokus kepada Allah. Jangan memikirkan perkara lain dan sibuk tentang perkara-perkara lain tetapi hendaklah fikiran mereka tertumpu kepada Allah sahaja. Jangan sibuk nak tengok orang, jangan sibuk nak ambil gambar selfie dan sebagainya.

Jangan sibuk nak sembang benda yang lagha. Sudah susah nak sampai ke Mekah untuk mengerjakan Haji itu, maka ambillah peluang itu untuk beribadat dan fokus kepada Allah.

Kita kena tahu apakah falsafah Haji itu iaitu perkumpulan manusia untuk mengingatkan mereka semua kepada perhimpunan di Mahsyar nanti. Sama juga nanti di Mahsyar iaitu ramai orang pada satu tempat dan ada persamaan dalam keadaan mereka.

Semasa mengerjakan Haji itu, kita pakai pakaian ihram yang sama dan di Mahsyar nanti semua akan sama-sama bertelanjang. Maka kerana itu hendaklah kita membayangkan keadaan itu semasa mengerjakan Haji. Ianya akan menyentuh jiwa kita dan mengubah dalaman kita. Dan kalau kita dapat menumpukan perhatian kita, maka tidaklah kita sibuk lagi untuk melakukan atau memikirkan perkara-perkara yang lain.

Dan satu lagi maksud ‘hanif’ adalah tauhid. Fokus iman kita kepada Allah sahaja. Ibadat dan doa hanya kepada Allah sahaja. Oleh itu jangan melakukan syirik kepada Allah. Ini kerana syirik itu adalah perkara yang amat buruk dan akan menyebabkan masuk neraka.

Ramai yang beriman dengan Allah tapi tidak tauhid. Mereka percaya Allah itu Tuhan, tapi mereka dalam masa yang sama, beriman juga dengan perkara yang syirik. Mereka ada yang buat ibadat kepada selain Allah. Maka itu bukan hanif.

 

وَمَن يُشرِك بِاللهِ فَكَأَنَّما خَرَّ مِنَ السَّماءِ

Barangsiapa mempersekutukan sesuatu dengan Allah, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit

Tetapi bagaimana kalau seseorang itu melakukan syirik kepada Allah? Sekarang Allah beri perumpamaan apakah syirik itu supaya manusia boleh faham. Ini kerana manusia senang faham dengan perumpamaan.

Mereka itu Allah umpamakan seperti seseorang yang jatuh dari langit. Kalau kita ingat sebelum ini ada ayat tentang bagaimana seseorang yang putus harap dengan Allah seolah-olah mereka memotong tali dan mereka akan jatuh ke bawah. Jadi orang-orang yang melakukan syirik adalah mereka yang putus harap dengan Allah sebenarnya.

Mereka tak berharap dengan Allah dan kerana itu mereka rasa mereka kena sembah dan minta pertolongan kepada selain Allah. Kalau mereka benar yakin dengan Allah, maka tentunya mereka patut serahkan segala harapan mereka kepada Allah. Tidaklah mereka berdoa kepada Nabi, wali dan malaikat. Maka oleh itu, putus harapan dengan Allah adalah salah satu daripada kesyirikan manusia.

Yang menarik tentang ayat ini adalah kalimah خَرَّ مِنَ السَّماءِ (jatuh dari langit). Pengkritik Al-Qur’an dahulu mengatakan karut ayat ini kerana mana ada manusia jatuh dari langit? Akan tetapi bermula dari awal abad ke 20 sudah ada payung terjun direka dan manusia mula terjun dari ketinggian yang tinggi seperti dari kapalterbang. Dan kadangkala ada yang putus talinya dan mereka waktu itu jatuh tanpa boleh buat apa-apa. 1,400 tahun dahulu Al-Qur’an sudah menyebut perkara yang akan terjadi pada abad ke 20 dan ini adalah salah satu dari mukjizat sejarah Al-Qur’an.

 

فَتَخطَفُهُ الطَّيرُ

lalu disambar oleh burung, 

Allah beri perumpamaan untuk jelaskan betapa teruknya syirik itu. Mereka itu seolah-olah jatuh daripada langit dan sebelum sampai ke tanah, mereka telah dirobek-robek oleh burung.

Tapi bagaimanakah nak dapat bayangkan ayat ini kerana ia adalah sesuatu yang tidak mungkin terjadi, bukan? Dan kerana itu ada golongan orientalis yang kritik ayat ini kerana ia memberi perumpamaan kepada benda yang tidak mungkin terjadi. Kerana kalau seseorang itu ‘jatuh dari langit’ itu pun sudah satu perkara yang mustahil dan bagaimana pula boleh ada burung-burung yang boleh merobek-robek orang itu dalam masa yang sama? Sedangkan kalau memberi contoh kepada manusia sepatutnya hendaklah diberikan contoh yang senang difahami, bukan?

Mereka yang kata begitu kerana tidak faham lenggok bahasa yang digunakan di dalam bahasa Arab. Ini kerana ‘jatuh dari langit’ itu adalah pepatah yang bermaksud jatuh daripada tempat yang tinggi seperti gunung. Kerana apabila seseorang itu jatuh dari gunung, orang Arab kata mereka itu ‘jatuh dari langit’. Jadi kena faham lenggok bahasa yang digunakan. Kalau baca sendiri sahaja memang takkan nak faham.

Pepatah ini selalu digunakan dalam bahasa Arab Klasik untuk merujuk kepada askar yang berlawan dengan musuh yang berada di bawah. Sepatutnya pasukan yang berada di atas ada kelebihan kerana mereka sudah ada di tempat yang tinggi. Musuh yang di bawah yang susah nak naik ke atas dari segi strategi peperangan. Kerana senang sahaja kalau pasukan yang di atas mempertahankan kedudukan mereka.

Tapi bagaimana kalau pasukan musuh dari bawah boleh sampai naik ke atas dan mengalahkan pasukan yang di atas kawasan tinggi, bunuh mereka  dan membuang mayat mereka ke bawah (jatuh dari gunung)? Ini adalah sesuatu yang teruk sekali, amat memalukan, bukan? Kalau Arab Mekah teringat dan terbayang keadaan ini, mereka akan rasa teruk sangat. Mereka kata kalau ini terjadi, pasukan yang di atas itu telah ‘jatuh dari langit’.

Jadi Allah gunakan perumpamaan ini kerana hendak memberikan fahaman kepada Musyrikin Mekah yang tidak tahu betapa teruknya perbuatan syirik mereka itu. Mereka tidak faham konsep syirik itu maka mereka kena diberikan dengan perumpamaan yang mereka boleh faham. Supaya mereka faham, teruk sangat syirik ini.

Musyrikin Mekah itu tahu yang akhirnya mereka akan mati juga dan mereka amat mementingkan kenangan yang mereka akan tinggalkan kepada orang selepas mereka. Kerana itu mereka amat mementingkan kematian dalam keadaan yang terhormat. Kerana mereka tidak percaya yang mereka akan dihidupkan kembali jadi perkara paling penting kepada mereka selepas mati adalah dikenang kehebatan mereka.

Mereka mahu orang buat puisi dan syair tentang kehebatan mereka dan keberanian mereka semasa perang. Kalau mereka dikenang sebagai kalah perang walaupun mereka berada di atas, itu adalah sesuatu yang amat memalukan sampai mereka tak sanggup dikenang begitu.

Kerana itulah juga ramai orang-orang kafir yang tidak percaya kepada hari akhirat, sebelum mereka mati mereka akan menderma wang yang banyak kepada mana-mana institusi dengan harapan yang institusi itu akan menamakan bangunan dengan nama mereka, jalan dengan nama mereka, atau apa-apa sahaja, kerana mereka ingin dikenang sampai bila-bila. Mereka rasa seolah-olah mereka hidup kekal kalau begitu.

Jadi Musyrikin Mekah itu akan berperang dengan berani dan mereka mahu keturunan selepas mereka mengenang bagaimana mereka telah bunuh ramai musuh atau telah berjaya mengalahkan serangan musuh seorang diri dan sebagainya. Tetapi kalau mereka itu kalah dengan pasukan musuh yang asalnya duduk di bawah dan kemudian mereka dibunuh dan tubuh mereka dibuang ke bawah bukankah itu sesuatu yang amat-amat memalukan bagi mereka?

Ini adalah sesuatu yang amat buruk bagi mereka maka Allah memberi perumpamaan bagaimana buruknya syirik. Allah menerangkan dengan menggunakan situasi yang mereka boleh faham.

Dan bagaimana pula keadaan badan mereka setelah mereka kalah? Selalunya walaupun kalah, tetapi masih ada lagi saki baki pasukan mereka yang masih hidup yang dapat mencari jenazah mereka dan menanam mayat mereka dengan baik. Akan tetapi satu penghinaan yang lebih teruk lagi adalah apabila tidak ada sesiapa pun yang mencari mayat mereka dan menanam mayat mereka dengan baik, sebaliknya mayat mereka itu dimakan oleh burung-burung yang memakan bangkai.

Jadi sudahlah mereka itu kalah dan dibuang ke kawasan rendah tetapi yang lebih teruk lagi adalah mayat mereka itu tidak ada dicari orang dan terbiar begitu sahaja sampai dimakan oleh burung yang memakan bangkai. Pada mereka ini memang hina sungguh.

Jadi begitulah perumpamaan penghinaan yang digunakan. Sudah jatuh dari tempat tinggi, dimakan oleh burung bangkai. Jadi digunakan perumpamaan seorang yang jatuh dari langit dan sambil itu dimakan oleh burung. Harapnya sekarang ayat ini dapat difahami.

Tapi burung apakah yang dimaksudkan di dalam ayat ini? Ini ada satu mukjizat yang ada di dalam Al-Qur’an berkenaan Zoologi. Burung biasanya memakan dengan paruh mereka. Tapi ada jenis burung pemangsa (raptors) yang menangkap mangsa dengan kaki mereka. Dan di dalam ayat ini disebut mereka ‘tangkap’ dan bukan ‘makan’, jadi ini adalah jenis yang tangkap dengan kaki yang ada cakarnya. Ia adalah maklumat kajian moden tapi Al-Qur’an sudah menyebutnya 1,400 tahun dahulu kerana ia adalah Kalamullah.

 

أَو تَهوي بِهِ الرّيحُ في مَكانٍ سَحيقٍ

atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.

Dan satu lagi perumpamaan yang digunakan bagi syirik adalah seolah-olah orang itu ditiup oleh angin yang kuat dan pergi ke dalam tanah yang jauh atau ditinggalkan.

Mungkin ada orang yang tidak nampak kepentingan ayat ini. Kerana dia kira, di mana orang itu akan jatuh tidak penting lagi, kerana kalau dia jatuh dari langit tentulah dia akan mati dan tempat jatuh itu tidak beri kesan apa-apa pun.

Ini juga satu penghinaan tambahan bagi orang Arab. Bayangkan keadaan ini: Sudahlah mereka kalah dan mayat mereka dibiarkan dimakan oleh burung tetapi ada lagi saki baki tubuh mereka yang burung pun tidak makan. Hina sangat sampai burung bangkai pun tak mahu nak makan tubuh mereka.

Maka ke manakah perginya saki baki tubuh mereka itu? Ianya akan hancur dan hanya ditiup oleh angin masuk ke dalam hutan dan ke tempat-tempat yang tidak dilalui oleh orang.

Ini adalah satu penghinaan tambahan untuk mereka. Allah nak jelaskan hinanya syirik itu kerana mereka tidak faham apakah syirik itu. Mereka rasa, apa salahnya kalau mereka sembah selain Allah, doa kepada selain Allah, terima ada ilah selain Allah? Maka Allah terangkan dalam analogi yang mereka boleh faham. Maka barulah mereka nampak maka hina sangat dan bahaya sangat kalau amalkan syirik itu.


 

Hajj Ayat 32:

ذٰلِكَ وَمَن يُعَظِّم شَعٰئِرَ اللهِ فَإِنَّها مِن تَقوَى القُلوبِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

That [is so]. And whoever honors the symbols [i.e., rites] of Allāh – indeed, it is from the piety of hearts.

(MELAYU)

Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syi’ar-syi’ar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati.

 

ذٰلِكَ

Demikianlah

Kalimah ذٰلِكَ ini boleh bermaksud: Jadi kamu sudah faham sekarang tentang keburukan syirik itu?

 

وَمَن يُعَظِّم شَعٰئِرَ اللهِ فَإِنَّها مِن تَقوَى القُلوبِ

Dan barangsiapa mengagungkan syi’ar-syi’ar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati.

Syiar dalam agama adalah perkara-perkara yang apabila kita lihat kepadanya, ianya akan mengingatkan kita kepada Allah dan dapat meningkatkan iman kita. Sebagai contoh apabila kita minum air Zam-Zam, kita akan teringat kepada pengorbanan Hajar yang mengikut arahan Allah untuk ditinggalkan di Mekah.

Begitu juga, apabila kita solat di dalam Masjid Nabi, maka kita akan terkenang bagaimana Rasulullah juga pernah solat di tempat itu. Jadi air Zam-Zam dan Masjid Nabawi itu adalah sebahagian dari syiar Allah.

Mereka yang membesarkan syiar-syiar Allah itu dengan pergi melawat kepadanya menunjukkan yang mereka ada takwa di dalam hati mereka. Antara syiar yang besar adalah Kaabah dan Tanah Haram.

Ada yang mengatakan bahawa maksudnya adalah memperelokkan haiwan yang akan dijadikan binatang korban itu. Haiwan-haiwan korban itu dinamakan Sya’aair disebabkan kesyiarannya yakni kesemarakannya, disebabkan haiwan-haiwan tersebut telah diberi tanda yang menunjukkan, bahawa mereka untuk dikurbankan, iaitu seperti dicap dengan besi panas pada punggungnya, sehingga menambah semaraknya suasana hari raya.

Kerana itulah binatang kurban kena dipilih dari binatang yang baik-baik kualitinya. Diriwayatkan dari Al-Barra, bahawa Rasulullah Saw. telah bersabda:

“أَرْبَعٌ لَا تَجُوزُ فِي الْأَضَاحِي: الْعَوْرَاءُ الْبَيِّنُ عَوَرها، وَالْمَرِيضَةُ الْبَيِّنُ مَرَضها، وَالْعَرْجَاءُ الْبَيِّنُ ظَلَعها، وَالْكَسِيرَةُ الَّتِي لَا تُنقِي”

Ada empat macam haiwan yang tidak boleh dipakai untuk kurban, iaitu: Haiwan yang buta, yang jelas butanya; haiwan yang sakit, yang jelas parah sakitnya; haiwan yang pincang, yang jelas pincangnya; dan haiwan yang patah tulang kakinya, tak dapat disembuhkan.

Hadis riwayat Imam Ahmad dan ahlus sunan, dinilai sahih oleh Imam Turmuzi.

Aib-aib yang disebut di atas mengurangi daging haiwan yang bersangkutan, kerana binatang itu tentunya lemah dan tidak mampu mencukupi keperluan makannya, kerana kambing-kambing yang sihat telah mendahuluinya merebut makanan.

Oleh sebab itu, haiwan-haiwan tersebut tidak boleh dijadikan kurban kerana kurang mencukupi, menurut pendapat Imam Syafii dan imam-imam lainnya, sesuai dengan makna lahiriah hadis.


 

Hajj Ayat 33:

لَكُم فيها مَنٰفِعُ إِلىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى ثُمَّ مَحِلُّها إِلَى البَيتِ العَتيقِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

For you therein [i.e., the animals marked for sacrifice] are benefits for a specified term;¹ then their place of sacrifice is at the ancient House.²

  • i.e., they may be milked or ridden (in the case of camels) before the time of slaughter.
  • i.e., within the boundaries of the Ḥaram, which includes Minā.

(MELAYU)

Bagi kamu pada binatang-binatang hadyu itu ada beberapa manfaat, sampai kepada waktu yang ditentukan, kemudian tempat wajib (serta akhir masa) menyembelihnya ialah setelah sampai ke Baitul Atiq (Baitullah).

 

لَكُم فيها مَنٰفِعُ إِلىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى

Bagi kamu pada binatang-binatang hadyu itu ada beberapa manfaat, sampai kepada waktu yang ditentukan,

Binatang-binatang sembelihan itu boleh diambil manfaat daripadanya seperti boleh ditunggangi untuk ke Mekah, juga ada yang diambil susunya sepanjang perjalanan itu, selagi belum disembelih lagi. Selagi hal itu tidak membuatnya bahaya atau cacat.

Ini menjadi dalil bahawa kita masih boleh menggunakan haiwan itu selagi belum sampai masa untuk menyembelihnya. Seperti apa yang telah ditetapkan di dalam kitab Sahihain melalui sahabat Anas r.a. yang mengatakan bahawa Rasulullah Saw. melihat seorang lelaki sedang menggiring haiwan budnah-nya. Maka beliau Saw. bersabda:

ارْكَبْهَا”. قَالَ: إِنَّهَا بَدنَة. قَالَ: “ارْكَبْهَا، وَيْحَكَ”، فِي الثَّانيَةِ أَوِ الثَّالِثَةِ

“Naikilah!” Lelaki itu menjawab, “Sesungguhnya ternak ini adalah untuk kurban.” Nabi Saw. bersabda, “Celakalah kamu, naikilah, ” untuk kedua atau ketiga kalinya.

 

ثُمَّ مَحِلُّها إِلَى البَيتِ العَتيقِ

kemudian tempat wajib (serta akhir masa) menyembelihnya ialah setelah sampai ke Baitul Atiq (Baitullah).

Apabila telah selesai mengerjakan Haji, maka bintang itu disembelih. Tempat sembelih binatang-binatang itu adalah berdekatan dengan Baitullah iaitu di dalam Tanah Haram.

Selepas disembelih, daging binatang itu boleh dimakan dan diagih-agihkan kepada mereka yang susah dan memerlukan.


 

Hajj Ayat 34: Sambung perbincangan tentang ibadat penyembelihan.

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلنا مَنسَكًا لِّيَذكُرُوا اسمَ اللهِ عَلىٰ ما رَزَقَهُم مِّن بَهيمَةِ الأَنعٰمِ ۗ فَإِلٰهُكُم إِلٰهٌ واحِدٌ فَلَهُ أَسلِموا ۗ وَبَشِّرِ المُخبِتينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And for all religion We have appointed a rite [of sacrifice]¹ that they may mention the name of Allāh over what He has provided for them of [sacrificial] animals. For your god is one God, so to Him submit. And, [O Muḥammad], give good tidings to the humble [before their Lord]

  • i.e., the right of sacrifice has always been a part of Allāh’s revealed religion.

(MELAYU)

Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (korban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah),

 

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلنا مَنسَكًا

Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan ibadat penyembelihan

Setiap umat Nabi-nabi  terdahulu telah diberikan dengan cara ibadat (manasik) penyembelihan. Bukan umat Nabi Muhammad sahaja yang ada ibadat korban. Tapi cara ibadat mereka itu  berlainan dengan kita. Ini kerana mereka ada syariat dan cara mereka sendiri.

Yang sama adalah: setiap kali korbankan dan sembelih, kena sebut nama Allah sahaja. Ini biasa sahaja kerana syariat setiap Nabi tidak semestinya sama. Tapi akan ada sahaja yang jadikan ini sebagai isu. Kerana mereka ada perasaan untuk membanggakan apa yang ada pada mereka.

Kerana itu apabila diberitahu kepada Yahudi tentang cara-cara korban syariat Nabi Muhammad, maka mereka mengatakan itu berlainan dengan cara mereka dan memang benar pun, kerana cara mereka dan cara kita tidak sama. Mereka mengatakan cara penyembelihan umat Islam adalah seperti cara penyembelihan Musyrikin Mekah, iaitu golongan musyrik.

Memang benar pun sama dan ini tidak menjadi masalah kerana ia adalah tradisi Nabi Ibrahim yang menyembelih Nabi Ismail dan kejadian itu memang berlaku di Mekah dan hanya setelah sekian lama barulah ia menjadi sesuatu yang dimasukkan elemen syirik di dalamnya.

Kita umat Islam memang ikut sebahagian dari syariat Nabi Ibrahim pun. Maka memang tidak ada masalah kerana memang baginda pun Nabi kita. Dan ini bukan perkara yang perlu diperpanjangkan dan menjadi hujah untuk menolak Islam dan ibadat korban. Jadi kalau ahli kitab nak kutuk amalan ibadat korban umat Islam memang tidak patut.

 

لِّيَذكُرُوا اسمَ اللهِ عَلىٰ ما رَزَقَهُم مِّن بَهيمَةِ الأَنعٰمِ

supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, 

Tujuan ibadah korban itu adalah supaya manusia bersyukur dengan segala nikmat dan rezeki yang Allah telah berikan. Bukan kaifiat itu yang lebih penting. Jangan bandingkan mana kaifiat yang lebih bagus. Asalkan kita ikut dan taat dengan cara yang Allah telah berikan.

 

فَإِلٰهُكُم إِلٰهٌ واحِدٌ

maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa,

Hukum dan cara melakukan ibadat ditetapkan oleh Allah yang Maha Esa. Kepada Allah sahaja kita taat. Kerana Allah adalah Tuhan kita. Kalau Allah suruh buat begitu, kita buat; kalau Allah suruh buat begini, kita buat juga.

 

فَلَهُ أَسلِموا

kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. 

Kita hendaklah taat sepenuhnya kepada Allah. Tidak ada keinginan dalam diri kita nak bantah apa yang Allah suruh kita lakukan. Itulah maksud ‘Islam’ iaitu menyerahkan sepenuhnya diri kepada Allah. Apa sahaja yang Allah suruh, kita akan lakukan; mana yang Allah larang, kita tinggalkan.

Maka cara mengerjakan ibadat korban itu adalah arahan dari Allah dan diajar oleh Nabi Muhammad melalui wahyu yang Allah berikan kepada Nabi Muhammad SAW. Maka kita ikut sahaja. Bukan hak kita persoal kenapa Allah suruh begini untuk kita dan begitu untuk Nabi lain.

 

وَبَشِّرِ المُخبِتينَ

Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh

Asal kalimah المُخبِتينَ dari خ ب ت yang  bermaksud tanah yang lembut. Allah memberi isyarat bahawa mereka yang mengerjakan Haji itu hati mereka telah menjadi lembut hatinya.

Ia juga bermaksud rendah kerana tanah itu rendah. Mereka yang sanggup mengerjakan ibadat Haji itu kerana mereka sanggup merendahkan diri mereka untuk taat kepada arahan Allah.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 17 Jun 2023


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Jalalain