Tafsir Surah Qasas Ayat 57 – 59 (Ada yang takut beriman)

Ayat 57: Ini adalah ayat jenis syikayah. Iaitu rungutan Allah ﷻ tentang manusia yang degil. Allah ﷻ ulang balik kata-kata dan hujah mereka semasa menolak kebenaran. Sekarang Allah ﷻ menceritakan alasan Arab Mekah yang tidak mahu beriman. Selalunya alasan yang sama juga digunakan oleh manusia ini.

وَقالوا إِن نَّتَّبِعِ الهُدىٰ مَعَكَ نُتَخَطَّف مِن أَرضِنا ۚ أَوَلَم نُمَكِّن لَّهُم حَرَمًا ءآمِنًا يُجبىٰ إِلَيهِ ثَمَرٰتُ كُلِّ شَيءٍ رِّزقًا مِّن لَّدُنّا وَلٰكِنَّ أَكثَرَهُم لا يَعلَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they [i.e., the Quraysh] say, “If we were to follow the guidance with you, we would be swept¹ from our land.” Have We not established for them a safe sanctuary to which are brought the fruits of all things as provision from Us? But most of them do not know.

  • By the other Arab tribes.

(MELAYU)

Dan mereka berkata: “Jika kami mengikuti petunjuk bersama kamu, nescaya kami akan diusir dari negeri kami”. Dan apakah Kami tidak meneguhkan kedudukan mereka dalam daerah haram (tanah suci) yang aman, yang didatangkan ke tempat itu buah-buahan dari segala macam (tumbuh-tumbuhan) untuk menjadi rezeki (bagimu) dari sisi Kami? Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.

 

وَقالوا إِن نَّتَّبِعِ الهُدىٰ مَعَكَ نُتَخَطَّف مِن أَرضِنا

Dan mereka berkata: “Jika kami mengikuti petunjuk bersama kamu, nescaya kami akan diusir dari negeri kami”. 

Ada penduduk Mekah yang datang kepada Nabi Muhammad ﷺ dan memberitahu yang jikalau mereka beriman dengan baginda, mereka akan dibuang daripada tanah Arab itu seperti burung yang mengambil makanan. Ini adalah perumpamaan: Burung akan patuk makanan itu dan mereka takut mereka kena ‘patuk’ (diambil mungkin di malam hari) dan dibuang ke luar dari Mekah.

Ini kerana mereka melihat kalangan para sahabat yang telah beriman dengan Rasulullah ﷺ  itu menjadi tumpuan tempat diganggu oleh orang-orang yang jahat. Mereka pun takut mereka kena macam itu. Mereka takut hidup mereka susah.

Jadi walaupun mereka terpesona dengan Al-Qur’an itu (dan rasa ia benar) tetapi mereka masih takut-takut untuk beriman. Mereka tidak mahu menjadi mangsa kutukan kaum dan puak mereka. Mereka takut nasib mereka susah semasa di dunia.

Macam orang kita yang sudah mula kenal dengan jalan sunnah. Mereka sudah nampak yang jalan sunnah ini adalah jalan yang benar. Manakah tidak, hujah semua menggunakan ayat Al-Qur’an dan hadis dari Nabi. Tapi masih ramai yang tidak masuk sepenuhnya kerana mereka takut kena pulau dengan kawan-kawan dan keluarga mereka. Ini kerana mereka nampak banyak sekali orang yang mengamalkan sunnah disisih oleh masyarakat.

Mereka takut dipandang pelik oleh masyarakat lain. Contohnya, mereka takut jadi kutukan kalau tidak pergi ke Majlis Tahlil atau Doa Selamat yang dianjurkan oleh masyarakat yang masih jauh dari Jalan Sunnah.

 

أَوَلَم نُمَكِّن لَّهُم حَرَمًا ءآمِنًا

Dan apakah Kami tidak meneguhkan kedudukan mereka dalam daerah haram (tanah suci) yang aman,

Allah ﷻ ingatkan Musyrikin Mekah itu dengan jasa yang telah diberikan kepada mereka. Mereka waktu itu tinggal di Mekah, Tanah Haram yang dihormati. Ianya aman dari gangguan puak-puak di luar Mekah.

Ini adalah kerana penduduk Mekah memang dihormati oleh masyarakat luar. Kalau penduduk tempat lain bermusafir di luar, ramai yang diganggu dan dirompak dan ada yang diserang dan dibunuh. Tapi penduduk Mekah selamat sahaja. Ini adalah kerana penduduk luar itu ada letak (parking) berhala mereka di Kaabah dan mereka takut kalau mereka ganggu orang Mekah, berhala mereka akan dipecahkan pula. (Apa? Bani Pak Taif itu kacau orang kita? Kita hancurkan berhala mereka sekarang!)

 

يُجبىٰ إِلَيهِ ثَمَرٰتُ كُلِّ شَيءٍ

yang didatangkan ke tempat itu buah-buahan dari segala macam

Walaupun tanah Mekah tidak subur tapi makanan ada sahaja. Buah-buahan yang terpilih dibawa ke Mekah dari merata tempat. Allah ﷻ kata bukan sahaja buah-buahan tetapi buah-buahan yang terpilih iaitu buah-buahan yang baik. Inilah kelebihan yang Allah ﷻ telah berikan kepada penduduk Mekah kerana mereka tinggal di Mekah.

 

رِّزقًا مِّن لَّدُنّا

untuk menjadi rezeki dari sisi Kami

Allah ﷻ ingatkan yang itu semua adalah nikmat daripada sisi Allah ﷻ dan pemakbulan doa Nabi Ibrahim yang meminta sebegitu. Maka kenanglah rezeki yang Allah ﷻ telah berikan itu. Mereka hendak takut apa, sedangkan Allah ﷻ lama selamatkan mereka.

Mereka takut mereka akan menjadi mangsa orang-orang di sekeliling mereka tetapi Allah ﷻ ingatkan yang selama ini Allah ﷻ telah beri nikmat keselamatan kepada mereka daripada puak-puak dan bangsa lain di sekeliling mereka.

Allah ﷻ hendak memberitahu mereka bahawa jangan takut kerana jikalau mereka beriman, Allah ﷻ akan beri perlindungan kepada mereka. Sebagaimana Allah ﷻ telah beri perlindungan kepada penduduk tanah Mekah. Siapa yang beri keamanan mereka di Mekah itu kalau bukan Allah ﷻ? Maka takkan Allah ﷻ tak boleh selamatkan mereka kalau mereka masuk Islam?

 

وَلٰكِنَّ أَكثَرَهُم لا يَعلَمونَ

Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.

Malangnya kebanyakan dari mereka tidak tahu tentang perkara itu dan kerana itu mereka tidak sanggup untuk beriman. Mereka tidak percaya dengan yakin kepada Allah ﷻ. Mereka takut sangat, sampaikan mereka sanggup tinggalkan kebenaran, asalkan mereka selamat di dunia.


 

Ayat 58: Ayat takhwif duniawi. Allah ﷻ suruh berjalan dan bermusafir lihat tempat lain. Allah ﷻ ingatkan kepada penduduk Mekah itu dan manusia di mana-mana sahaja.

وَكَم أَهلَكنا مِن قَريَةٍ بَطِرَت مَعيشَتَها ۖ فَتِلكَ مَسٰكِنُهُم لَم تُسكَن مِّن بَعدِهِم إِلّا قَليلًا ۖ وَكُنّا نَحنُ الوٰرِثينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And how many a city have We destroyed that was insolent in its [way of] living, and those are their dwellings which have not been inhabited after them except briefly.¹ And it is We who were the inheritors.

  • By travelers seeking temporary shelter. The reference is to the ruins which were visible to the Quraysh during their journeys.

(MELAYU)

Dan berapa banyaknya (penduduk) negeri yang telah Kami binasakan, yang sudah berbangga dalam kehidupannya; maka itulah tempat kediaman mereka yang tiada didiami (lagi) sesudah mereka, kecuali sebahagian kecil. Dan Kami adalah Pewaris(nya).

 

وَكَم أَهلَكنا مِن قَريَةٍ بَطِرَت مَعيشَتَها

Dan berapa banyaknya (penduduk) negeri yang telah Kami binasakan, yang berbangga dalam kehidupannya;

Dan Allah ﷻ ingatkan kepada mereka entah berapa banyak negeri dan kampung yang telah Allah ﷻ musnahkan. Berjenis-jenis negeri dan tempat duduk yang Allah ﷻ telah musnahkan.

Mereka itu berbagai-bagai jenis dan tempat tetapi mereka itu dimusnahkan kerana sebab yang sama: iaitu mereka tidak beriman sempurna (tanpa syirik) dan kerana mereka telah leka dengan kehidupan senang mereka. Mereka telah salahgunakan nikmat yang Allah ﷻ telah berikan kepada mereka.

Oleh kerana mereka berada dalam kehidupan yang senang (macam penduduk Mekah itu), maka mereka telah sombong untuk terima kebenaran. Ini masalahnya apabila  manusia hidup dalam kesenangan: mereka rasa mereka tidak memerlukan sesiapa dan mereka lupa yang mereka akan mati.

 

فَتِلكَ مَسٰكِنُهُم

maka itulah tempat kediaman mereka

Tempat tinggal mereka telah dimusnahkan langsung. Dan kamu wahai penduduk Mekah pun apabila bermusafir telah melihat peninggalan-peninggalan sebahagian daripada mereka. Antaranya mereka boleh lihat peninggalan Kaum Aad dan Tsamud.

 

لَم تُسكَن مِّن بَعدِهِم إِلّا قَليلًا

yang tiada di diami (lagi) sesudah mereka, kecuali sebahagian kecil. 

Tempat-tempat itu telah dimusnahkan oleh Allah ﷻ dengan teruk sampaikan tidak boleh didiami lagi melainkan sebahagian kecil sahaja. Nak dijadikan tempat tinggal memang tidak boleh, tetapi hanya boleh dijadikan sebagai tempat laluan sahaja.

Kalau Allah ﷻ hancurkan, memang tidak berguna lagi tempat itu. Takkan nak jadikan Mekah sampai begitu pula? Tidak sayangkah mereka kepada Mekah itu?

 

وَكُنّا نَحنُ الوٰرِثينَ

Dan Kami adalah Pewaris(nya).

Dan Allah-lah yang akan menjadi waris yang akhir sekali kerana nanti semua tempat peninggalan itu akan ditinggalkan oleh manusia dan hanya tinggal Allah ﷻ sahaja. Bukan sahaja tempat-tempat yang telah dimusnahkan itu tetapi Mekah pun akan musnah juga akhirnya nanti. Dan bukan Mekah sahaja, tapi keseluruhan bumi ini juga akhirnya akan diwarisi oleh Allah ﷻ.

Allah ﷻ hendak mengingatkan manusia bahawa yang kekal hanya Allah ﷻ sahaja. Memang semua tempat akan dimusnahkan seperti firman Allah ﷻ dalam ayat lain:

وَإِنْ مِنْ قَرْيَةٍ إِلا نَحْنُ مُهْلِكُوهَا قَبْلَ يَوْمِ الْقِيَامَةِ أَوْ مُعَذِّبُوهَا عَذَابًا شَدِيدًا}

Tak ada suatu negeri pun melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat, atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. (Al-Isra: 58), hingga akhir ayat.


 

Ayat 59:

وَما كانَ رَبُّكَ مُهلِكَ القُرىٰ حَتّىٰ يَبعَثَ في أُمِّها رَسولًا يَتلو عَلَيهِم ءآيٰتِنا ۚ وَما كُنّا مُهلِكِي القُرىٰ إِلّا وَأَهلُها ظٰلِمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And never would your Lord have destroyed the cities until He had sent to their mother [i.e., principal city] a messenger reciting to them Our verses. And We would not destroy the cities except while their people were wrongdoers.

(MELAYU)

Dan tidak adalah Tuhanmu membinasakan kota-kota, sebelum Dia mengutus di ibukota itu seorang rasul yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka; dan tidak pernah (pula) Kami membinasakan kota-kota; kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman.

 

وَما كانَ رَبُّكَ مُهلِكَ القُرىٰ حَتّىٰ يَبعَثَ في أُمِّها رَسولًا

Dan tidak adalah Tuhanmu membinasakan kota-kota, sebelum Dia mengutus di ibukota itu seorang rasul

Allah bukanlah hendak memusnahkan semua tempat itu melainkan setelah Allah ﷻ membangkitkan Rasul di ibu negaranya. Allah ﷻ beri peluang dengan berikan ilmu kepada mereka, dengan dibangkitkan para Rasul untuk mengajar mereka tentang tauhid dan tentang agama.

Allah ﷻ akan hantar Rasul di ibukota kerana dari ibukota itulah ajaran tauhid akan dibawa ke tempat lain. Seperti yang disebutkan di dalam firman-Nya:

{لِتُنْذِرَ أُمَّ الْقُرَى وَمَنْ حَوْلَهَا}

agar kamu memberi peringatan kepada (penduduk) Ummul Qura (Mekah) dan orang-orang yang di luar lingkungannya. (Al-An’am: 92)

 

يَتلو عَلَيهِم ءآيٰتِنا

yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka; 

Para Rasul itu membacakan wahyu Allah ﷻ kepada umat mereka. Begitulah cara Allah ﷻ menyebarkan wahyu itu dengan dibangkitkan Rasul di tengah-tengah ibu negara dan darinya akan disampaikan dakwah ke tempat yang lain. Yang penting kena sampaikan ajaran wahyu kepada manusia.

Kerana itulah kita apabila berdakwah, kena bacakan ayat-ayat Al-Qur’an kepada manusia. Kerana hati manusia akan terbuka dengan ayat-ayat wahyu. Wahyu itu ada mukjizat yang dapat membuka hati manusia.

 

وَما كُنّا مُهلِكِي القُرىٰ إِلّا وَأَهلُها ظٰلِمونَ

dan tidak pernah (pula) Kami membinasakan kota-kota; kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman.

Dan Allah ﷻ tidak akan menghancurkan sesuatu tempat itu melainkan setelah pasti bahawa penduduk itu telah zalim dan Allah  ﷻ tahu yang mereka tidak akan berubah. Kerana itu kalimah yang digunakan adalah ظالِمونَ ‏  dan bukan ‏يظلمون.

Kalau kalimah ظالِمونَ itu di dalam bentuk noun (isim/kata nama), maknanya mereka telah kekal sebagai seorang yang zalim. Kalau kalimah ‏يظلمون ia bermaksud mereka ‘sedang melakukan kezaliman’, mungkin mereka boleh berubah lagi. Kerana itu tidak sama ‘tukang masak’ dengan orang yang sedang memasak. Tukang masak memang sentiasa masak dan pakar dalam memasak. Kalau ‘sedang memasak’ sahaja, entah-entah dia sedang masak maggi sahaja.

Maksudnya ظالِمونَ itu adalah mereka yang memang sudah zalim teruk (dan sudah jadi sifat mereka yang kekal) dan Allah ﷻ tahu yang mereka itu tidak akan berubah lagi hati mereka. Kalau mereka itu masih ada harapan lagi untuk berubah maka Allah ﷻ tidak akan hancurkan mereka terus kerana Allah ﷻ akan beri peluang kepada mereka. Allah ﷻ tahu apa yang ada dalam hati manusia. Kerana itu Allah ﷻ layak untuk buat keputusan itu.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 29 September 2020


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah Qasas Ayat 51 – 56 (Kita tidak boleh beri hidayah kepada orang yang kita sayang)

Ayat 51:

۞ وَلَقَد وَصَّلنا لَهُمُ القَولَ لَعَلَّهُم يَتَذَكَّرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We have [repeatedly] conveyed to them the word [i.e., the Qur’ān] that they might be reminded.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya telah Kami turunkan berturut-turut perkataan ini (Al Qur’an) kepada mereka agar mereka mendapat pelajaran.

 

وَلَقَد وَصَّلنا لَهُمُ القَولَ

Dan sesungguhnya telah Kami turunkan berturut-turut perkataan ini (Al Qur’an) kepada mereka

‘Mereka’ yang dimaksudkan dalam ini, sama ada Quraish ataupun orang Yahudi. Kalimah وصّل bermaksud ‘mengalir dengan berterusan’ seperti aliran sungai berterusan masuk ke dalam laut. Maka Allah ﷻ nak beritahu yang ada kesinambungan dari Taurat ke dalam Al-Qur’an. Pengajaran dalam Taurat berterusan di dalam Al-Qur’an.

Allah ﷻ nak beritahu kepada manusia (terutama kepada Bani Israil): Kalau kamu sudah tahu tentang Taurat, maka kamu akan kenal apa yang disampaikan dalam Al-Qur’an ini mempunyai persamaan. Iaitu persamaan dalam perkara tauhid. Ia tidak akan ada perbezaan dari apa yang disampaikan kerana ia dari sumber yang sama iaitu Allah ﷻ. Ajaran tentang tauhid tidak berbeza dari dulu sampai bila-bila (kecuali bab syariat yang berubah mengikut zaman).

Ia juga bermaksud yang Allah ﷻ sentiasa sampaikan ajaran wahyu kepada manusia, melalui para Rasul yang menyampaikan wahyu itu kepada manusia. Allah ﷻ tidak biarkan manusia tanpa panduan. Selepas satu Rasul, dibangkitkan Rasul yang lain.

 

لَعَلَّهُم يَتَذَكَّرونَ

agar mereka mendapat pelajaran.

Kalau manusia itu memang mahu beriman, maka mereka akan dapat ambil pengajaran dari wahyu yang Allah ﷻ sampaikan. Tapi kalau tidak endahkan apa nasib yang akan diterima di akhirat, maka tidak dapat ditolong. Ini kerana memang mereka tidak mahu kepada kebenaran pun. Dan mereka juga orang yang degil hatinya dan keras kepalanya.

Orang yang mahukan kebenaran sahaja yang dapat mengambil pengajaran. Iaitu mereka yang sematkan di dalam hati mereka inginkan kebenaran. Mereka dahagakan ilmu yang benar. Maka mereka ada berdoa kepada Allah: “Ya Allah… tunjukkan aku mana yang benar…..” Mereka itu Allah akan tarik ke arah kebenaran.

Bagaimana caranya? Macam-macam cara Allah boleh buat. Mungkin diberikan guru, diberikan kelas yang mudah, diberikan kawan yang ingatkan dia, dibentangkan penulisan yang dia boleh faham dan lain-lain lagi. Yang penting, kena ada keinginan dulu.


 

Ayat 52:

الَّذينَ ءآتَينٰهُمُ الكِتٰبَ مِن قَبلِهِ هُم بِهِ يُؤمِنونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Those to whom We gave the Scripture before it – they¹ are believers in it.

  • i.e., the sincere believers among them.

(MELAYU)

Orang-orang yang telah Kami datangkan kepada mereka Al-Kitab sebelum Al-Qur’an, mereka beriman (pula) dengan Al-Qur’an itu.

 

الَّذينَ ءآتَينٰهُمُ الكِتٰبَ مِن قَبلِهِ

Orang-orang yang telah Kami datangkan kepada mereka Al-Kitab sebelum Al-Qur’an, 

Allah ﷻ menceritakan tentang golongan Ahli Kitab dalam ayat ini. Ingatlah yang bukan semua dari mereka itu teruk-teruk belaka. Kita selalu fikirkan yang buruk sahaja tentang mereka sedangkan ada sahaja dari kalangan mereka yang mahukan kebenaran.

Sekarang Allah beritahu yang ada di antara mereka yang benar-benar beriman dengan wahyu seperti yang ada dalam Taurat, dan apabila ditunjukkan dengan Al-Qur’an itu maka mereka pun beriman dengannya.

 

هُم بِهِ يُؤمِنونَ

mereka beriman (pula) dengan Al-Qur’an itu.

Mereka beriman dengan Al-Qur’an kerana mereka nampak ada persamaan dengan ajaran tauhid yang mereka sendiri sudah tahu dan sudah biasa. Mereka itu adalah daripada golongan yang betul-betul insaf dan mahukan kebenaran maka mereka itu beriman kepada wahyu yang disampaikan kepada mereka.

Hati mereka memang terbuka kepada kebenaran dan apabila datang Al-Qur’an, mereka sanggup terima. Ini sebagaimana yang disebutkan dalam ayat lain melalui firman-Nya:

{الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَتْلُونَهُ حَقَّ تِلاوَتِهِ أُولَئِكَ يُؤْمِنُونَ بِهِ}

Orang-orang yang telah Kami berikan Al-Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya. (Al-Baqarah: 121)


 

Ayat 53:

وَإِذا يُتلىٰ عَلَيهِم قالوا ءآمَنّا بِهِ إِنَّهُ الحَقُّ مِن رَّبِّنا إِنّا كُنّا مِن قَبلِهِ مُسلِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when it is recited to them, they say, “We have believed in it; indeed, it is the truth from our Lord. Indeed we were, [even] before it, Muslims [i.e., submitting to Allāh].”

(MELAYU)

Dan apabila dibacakan (Al-Qur’an itu) kepada mereka, mereka berkata: “Kami beriman kepadanya; sesungguhnya; Al-Qur’an itu adalah suatu kebenaran dari Tuhan kami, sesungguhnya kami sebelumnya adalah orang-orang yang membenarkan(nya).

 

وَإِذا يُتلىٰ عَلَيهِم قالوا ءآمَنّا بِهِ

Dan apabila dibacakan (Al-Qur’an itu) kepada mereka, mereka berkata: “Kami beriman dengannya;

Mereka yang benar-benar ikhlas dalam agama iaitu orang yang benar-benar beriman, dan apabila dibacakan Al-Qur’an kepada mereka, mereka terus beriman dengannya. Kerana hati mereka memang ada inabah (condong kepada kebenaran).

Begitulah yang terjadi kepada sekumpulan orang Kristian yang datang bertemu dengan Abu Bakr رضي الله عنه untuk mendengar bacaan Al-Qur’an dari beliau. Setelah mereka dengar bacaan Al-Qur’an itu, mereka menangis dan kemudian beriman dengan agama Islam.

Sa’id ibnu Jubair mengatakan bahawa ayat di atas diturunkan berkenaan dengan tujuh puluh orang pendeta yang diutus oleh Raja Najasy setelah mereka datang kepada Nabi ﷺ dan Nabi ﷺ membacakan kepada mereka Surah Yaasin, iaitu:

{يس. وَالْقُرْآنِ الْحَكِيمِ}

Ya Sin. Demi Al-Qur’an yang penuh hikmah. (Yaasin: 1-2), hingga akhir surah.

Lalu mereka menangis dan masuk Islam. Maka turunlah firman Allah ﷻ berkenaan dengan mereka,

Dan begitulah masih ada lagi sampai sekarang orang-orang Kristian dan Yahudi yang menangis apabila mendengar Al-Qur’an dan terjemahannya dibacakan kepada mereka. Ini kerana hati mereka telah lembut dengan agama dan ada keinginan kepada kebenaran di dalam hati mereka.

 

إِنَّهُ الحَقُّ مِن رَّبِّنا

sesungguhnya ia (Al-Qur’an itu) adalah suatu kebenaran dari Tuhan kami, 

Mereka kata tidak lain dan tidak bukan, Al-Qur’an ini pasti adalah kebenaran daripada Tuhan. Tidak syak lagi kerana mereka telah kenal bagaimanakah wahyu itu. Mereka orang yang ada pengalaman dengan agama. Kerana itu mereka kenal apakah kebenaran itu.

 

إِنّا كُنّا مِن قَبلِهِ مُسلِمينَ

sesungguhnya kami sebelumnya adalah orang-orang yang menyerah diri sepenuhnya.

Dan mereka kata sebelum itu lagi mereka telah beriman. Maksudnya, sebelum Al-Qur’an pun mereka itu sudah dikira sebagai orang-orang Muslim; yakni orang-orang yang mengesakan Allah ﷻ, ikhlas kepada-Nya, dan memenuhi seruan-Nya. Kerana iman mereka sama seperti iman yang disebut dalam Al-Qur’an.

Dan inilah juga kata-kata Ratu Balqis kepada Nabi Sulaiman عليه السلام (dalam Surah Naml sebelum surah ini) apabila dia berjumpa dengan Nabi Sulaiman عليه السلام. Apa yang ditunjukkan oleh Nabi Sulaiman عليه السلام itu hanya menguatkan apa yang sudah ada di dalam hatinya; begitu juga dengan Ahli Kitab apabila mereka mendengar Al-Qur’an dibacakan – mereka sudah ada fahaman tauhid itu dan Al-Qur’an menguatkan sahaja.

Begitulah orang-orang ahli kitab yang berpegang dengan kitab mereka dengan benar, mereka itu telah beriman sebenarnya dan mereka sahaja yang tidak tahu lagi. Hati mereka telah beriman sebelum itu lagi tetapi mereka belum berjumpa dengan Al-Qur’an sahaja. Maka apabila dibacakan Al-Qur’an kepada mereka, mereka terus beriman dengan agama Islam.


 

Ayat 54: Sekarang Allah ﷻ beri pujian kepada mereka dan Allah ﷻ beritahu apakah sifat-sifat mereka.

أُولٰئِكَ يُؤتَونَ أَجرَهُم مَّرَّتَينِ بِما صَبَروا وَيَدرَءونَ بِالحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ وَمِمّا رَزَقنٰهُم يُنفِقونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Those will be given their reward twice for what they patiently endured and [because] they avert evil through good, and from what We have provided them they spend.

(MELAYU)

Mereka itu diberi pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka, dan mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan sebahagian dari apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka, mereka nafkahkan.

 

أُولٰئِكَ يُؤتَونَ أَجرَهُم مَّرَّتَينِ بِما صَبَروا

Mereka itu diberi pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka,

Mereka akan mendapat dua kali ganda pahala kerana mereka telah beriman dengan kitab mereka dan sekarang mereka beriman dengan Al-Qur’an pula. Maknanya mereka beriman dengan dua kitab wahyu terus. Dulu mereka beriman dengan ikhlas, dan sekarang mereka beriman dengan ikhlas dengan Al-Qur’an. Ini kelebihan yang ada pada mereka. Kalau kita lahir-lahir sahaja sudah ada dalam keluarga Islam, maka kita tidak dapat kelebihan ini.

Dan mereka diberikan dengan pahala berganda kerana mereka sabar dengan wahyu setakat mana yang mereka ada sebelum Al-Qur’an sampai kepada mereka. Atas kesabaran mereka itu pun mereka dapat pahala tambahan lagi. Mereka telah memilih agama akhir zaman. Begitulah dalam mengerjakan agama memang kena bersabar.

Ada juga yang mengatakan mereka ini adalah orang Habashah yang telah beriman dengan para sahabat yang berhijrah ke sana dan mereka telah datang ke Mekah untuk beriman dengan Nabi Muhammad ﷺ pula. Apabila mereka datang ke Mekah untuk berjumpa dengan Rasulullah ﷺ mereka telah digelakkan oleh Musyrikin Mekah dan mereka bersabar dengan apa yang dikenakan kepada mereka.

Atau ia boleh berbentuk umum di mana mereka ini adalah orang-orang yang apabila dikenakan dengan keburukan seperti tohmahan dan gangguan kepada mereka, mereka menolaknya dengan kebaikan (dan dengan kesabaran). Di dalam sebuah hadith sahih melalui riwayat Amir Asy-Sya’bi, dari Abu Burdah, dari Abu Musa Al-Asy’ari r.a. disebutkan bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda:

“ثَلَاثَةٌ يُؤتَونَ أجْرهم مَرّتَين: رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ آمَنَ بِنَبِيِّهِ ثُمَّ آمَنَ بِي، وَعَبْدٌ مَمْلُوكٌ أَدَّى حَقَّ اللَّهِ وَحَقَّ مَوَالِيهِ، ورَجُل كَانَتْ لَهُ أمَة فَأَدَّبَهَا فَأَحْسَنَ تَأْدِيبَهَا ثُمَّ أَعْتَقَهَا فتزوَّجها”

Ada tiga macam orang yang pahalanya diberi dua kali, iaitu seorang lelaki dari kalangan Ahli Kitab yang beriman kepada nabinya, kemudian beriman kepadaku; seorang hamba sahaya yang menunaikan hak Allah dan hak majikannya; dan seorang lelaki yang mempunyai seorang budak perempuan, lalu dia mendidiknya dengan baik, kemudian memerdekakannya dan mengahwininya.

 

وَيَدرَءونَ بِالحَسَنَةِ السَّيِّئَةَ

dan mereka menolak kejahatan dengan kebaikan,

Mereka tolak amalan keburukan yang diajak kepada mereka dengan melakukan amalan kebaikan. Mereka diajak melakukan amalan-amalan yang salah, tapi mereka tidak mahu. Sebaliknya mereka akan buat amalan yang benar dari agama.

Mereka ikut jalan Sunnah, iaitu cara Nabi. Mereka tidak ikut akal dan  nafsu mereka, tapi mereka ikut ajaran dari Kitab. Maka kena tolak ajaran yang tidak ikut sunnah, dengan bawa ajaran Sunnah kepada masyarakat.

Atau, kalau ada orang buat jahat dengan mereka, mereka balas dengan kebaikan. Mereka tidak membalas kejahatan dengan hal yang semisal, tetapi memaafkan dan melupakannya.

 

وَمِمّا رَزَقنٰهُم يُنفِقونَ

dan sebahagian dari apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka, mereka nafkahkan.

Dan satu lagi sifat mereka adalah mereka mengeluarkan harta mereka untuk kebaikan. Mereka infak harta mereka ke arah kebaikan. Mereka sedar yang harta benda yang Allah ﷻ berikan kepada mereka itu bukan untuk mereka sahaja, tapi mereka kena salurkan kepada orang lain yang memerlukan. Ia akan menjadi harta kekal mereka di akhirat.

Di sini memberitahu yang mereka menolak hubbud dunya (cinta dunia) dengan tidak cinta harta dan pangkat. Allah cabut cinta dunia ini setelah mereka tingkatkan cinta kepada Allah dan akhirat. Allah ganti dengan cinta pahala dan cinta akhirat.

Dan keduanya, percaya bahawa ada balasan bagi infak mereka di akhirat. Kerana infak itu kena ingat, bukannya buang harta itu, tapi kita simpan dengan cara yang baik di sisi Allah. Mereka melabur di sisi Allah.

Imam Qurtubi mengatakan, infak di sini juga bermaksud sebar dan ajar ilmu kerana ilmu juga harta. Ia adalah termasuk jenis harta rohani. Walaupun tubuh sudah hancur nanti, tapi pahala akan berterusan kerana ilmu terus digunakan oleh masyarakat. Mereka tidak sembunyikan ilmu kerana ayat Al-Qur’an yang lain menyatakan yang sorok ilmu adalah mudharat.


 

Ayat 55: Bukan sahaja mereka tidak buat benda lagha, tapi tinggalkan orang lain yang buat benda lagha. Mereka bukan leka dengan dunia, tapi gunakan dunia untuk kumpul pahala.

وَإِذا سَمِعُوا اللَّغوَ أَعرَضوا عَنهُ وَقالوا لَنا أَعمٰلُنا وَلَكُم أَعمٰلُكُم سَلٰمٌ عَلَيكُم لا نَبتَغِي الجٰهِلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And when they hear ill speech, they turn away from it and say, “For us are our deeds, and for you are your deeds. Peace will be upon you;¹ we seek not the ignorant.”

  • This is not the Islāmic greeting of “Peace be upon you.” Rather, it means “You are secure from being treated in a like manner by us.”

(MELAYU)

Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata: “Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil”.

 

وَإِذا سَمِعُوا اللَّغوَ أَعرَضوا عَنهُ

Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya

Apabila mereka mendengar kata-kata buruk yang ditujukan kepada mereka, mereka meninggalkan orang itu dan tidak menghiraukannya lagi. Tidak payah buang masa dengan mereka. Mereka sentiasa jaga diri dari dapat dosa dan dari buang masa dari buat pahala. Rugi masa kalau masa yang ada tidak digunakan untuk buat pahala. Jadi ini seperti apa yang telah disebut di dalam Surah Furqan:

{وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا}

dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerja­kan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya. (Al-Furqan: 72)

Lagha adalah perkara sia-sia yang tidak memberi keuntungan kepada akhirat. Orang yang beriman dan yang pandai juga berhati-hati, tidak melayan perkara sebegitu kerana buang masa sahaja. Kerana ia tidak menambah pahala dan rugi kerana mengambil masa yang boleh digunakan untuk buat pahala.

Atau lagha itu ia bukan sahaja tidak menguntungkan di akhirat, tetapi membahayakan kedudukan di akhirat seperti kata-kata yang berbentuk syirik. Ini lagha yang paling teruk. Bukan sahaja tidak untung, malah memang membahayakan. Cakap-cakap kosong sahaja, tapi ada kesan dari segi akidah atau dosa.

Kalau zaman sekarang, ada yang buat pantun, qasidah, kata-kata hikmat yang kadangkala mengandungi elemen syirik tanpa mereka sedari kerana mereka jahil. Maka kena hati-hati dengan kata-kata dan tulisan kita.

Oleh itu kita kena sedar yang orang yang baik, mereka tidak buang masa dengan perkara lagha dan kalau ada orang-orang yang melakukan lagha itu, mereka akan tinggalkan sahaja. Mereka tidaklah duduk dan bergebang sekali dengan mereka. Tapi tidaklah mereka meninggalkan orang yang melakukan perkara lagha itu dengan kurang ajar. Mereka cuma beri salam dan pergi ke arah lain. Janganlah kita kurang ajar dengan orang lain walaupun mereka jahil.

 

وَقالوا لَنا أَعمٰلُنا

dan mereka berkata: “Bagi kami amal-amal kami

Ini adalah sikap mereka yang tegas tapi lembut (tidaklah mereka kasar). Tapi tidaklah berlembut sangat sampai terima amalan orang lain yang tidak Sunnah. Mereka (yang beriman itu) berkata yang mereka ada amalan mereka. Iaitu amalan-amalan yang sunnah, amalan yang benar. Mereka nak amalkan amalan yang benar sahaja. Kalau amalan yang belum tentu puncanya, mereka tidak mahu.

Dan ia juga bermaksud, mereka akan dapat balasan dari amalan yang mereka lakukan itu (mereka akan dapat ‘balasan’ pahala bagi amalan mereka itu). Kerana setiap amalan ada balasan di akhirat.

Maka kerana mereka mengharapkan kebaikan akhirat, maka mereka hendak amalkan amalan yang baik. Kerana itu mereka tidak mahu mengamalkan amalan yang lagha kerana itu tidak menguntungkan. Mereka juga tidak mengamalkan amalan yang tidak sahih. Ada banyak lagi amalan yang sahih, kenapa dikejar amalan yang tidak sahih dan entah dapat pahala atau dosa kalau dilakukan?

 

وَلَكُم أَعمٰلُكُم

dan bagimu amal-amalmu, 

Dan orang yang lagha itu ada pula amalan mereka. Orang yang baik tidak campur urusan dengan mereka yang melakukan perkara lagha itu.

Ini juga bermaksud, mereka mengingatkan kepada orang yang lagha itu, nanti mereka juga akan dapat balasan buruk dari amalan lagha mereka itu. Maka ini bermakna mereka sedang melakukan amar makruf dan nahi mungkar. Kerana mereka menegur dan mengingatkan kepada orang lain atas kesalahan yang dilakukan.

Jadi ini bukanlah orang beriman itu hendak melepaskan diri sahaja. Jangan salah faham ayat ini. Ada yang sangka maksud ayat ini: “aku ada amal aku, engkau pun ada amal engkau. Masing-masing buat amalan sendiri. Jangan kutuklah apa yang aku nak amal”.

Ini fahaman yang tidak benar. Kerana seolah-olah kita beri pengiktirafan pula kepada amalan salah dan bid’ah orang lain. Tidak boleh begitu, kerana kita kena tegur amalan yang salah. Jadi maksud ayat ini lebih kurang begini: “jangan pakai buat sahaja amalan… kena tengok amalan itu. Kerana kalau kita buat amalan, kita akan dapat balasan dari amalan itu. Jangan kita menyesal nanti.”

 

سَلٰمٌ عَلَيكُم

kesejahteraan atas dirimu,

Dan mereka mengucapkan ‘salam’ kepada orang yang lagha itu kemudian meninggalkan mereka. Kerana memang kena tinggalkan mereka yang buat lagha tapi janganlah dengan cara yang kurang ajar.

Jadi ini bukan salam apabila berjumpa tetapi salam untuk meninggalkan iaitu dinamakan ‘salam tarakah‘ (meninggalkan). Kerana mereka tahu mereka tidak patut buang masa dengan orang-orang yang lagha. Tapi mereka meninggalkan dengan baik, siap beri salam lagi. Begitulah akhlak kena dijaga, jangan sakitkan hati orang.

 

لا نَبتَغِي الجٰهِلينَ

kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil”.

Mereka tidak akan berkawan dan bergaul dengan orang yang jahil. Sama ada mereka itu jahil ilmu atau jahil tindak tanduk. Mereka tidak mahu mencari kejahilan iaitu tidak mahu bersekongkol dan bercampur gaul dengan orang-orang yang jahil yang mengikut hawa nafsu mereka sahaja dalam berkata-kata dan beramal.

Kerana pergaulan boleh merosakkan jiwa seseorang. Maka kena putuskan hubungan dengan golongan maksiat. Jangan duduk-duduk dengan mereka. Takut Allah gabungkan hati kita dengan mereka. Ini termasuk kalau duduk dan makan bersama-sama dengan mereka.

Muhammad ibnu Ishaq telah mengatakan di dalam kitab As-Sirah, bahawa telah datang kepada Rasulullah ﷺ, ketika baginda berada di Mekah, ada kurang lebih dua puluh orang Nasrani. Mereka telah mendengar perihal Nabi ﷺ saat mereka di negeri Abesinia; mereka menjumpai Rasulullah ﷺ berada di masjid, lalu mereka duduk dengannya, berbicara dengannya, serta bertanya kepadanya.

Saat itu terdapat banyak kaum laki-laki dari kalangan Quraisy berada di tempat perkumpulan mereka di sekeliling Ka’bah. Setelah mereka selesai dari menanyai Rasulullah ﷺ tentang berbagai hal yang ingin mereka tanyakan kepadanya, maka Rasulullah ﷺ menyeru mereka untuk menyembah Allah ﷻ dan membacakan Al-Qur’an kepada mereka.

Setelah mereka mendengar bacaan Al-Qur’an itu, maka berlinanganlah air mata mereka. Lalu mereka memenuhi seruan Allah ﷻ, beriman kepada-­Nya, dan membenarkan Nabi-Nya serta mengetahui dari Nabi ﷺ segala apa yang telah disifatkan di dalam kitab mereka mengenai dirinya.

Ketika mereka bangkit meninggalkan Nabi ﷺ, maka Abu Jahal ibnu Hisyam bersama sejumlah orang Quraisy menyapa mereka seraya mengatakan, “Semoga Allah membuat kalian kecewa sebagai iringan kafilah; orang-orang di belakang kalian dari kalangan pemeluk agama kalian mengutus kalian untuk mendatangkan kepada mereka berita tentang lelaki ini. Tetapi setelah kalian duduk bersamanya, tiada lain kalian langsung meninggalkan agama kalian, lalu kalian membenarkan ucapannya. Kami tidak pernah mengetahui ada delegasi yang lebih dungu daripada kalian,” atau ucapan lainnya yang semisal.

Maka mereka menjawab, “Kesejahteraan atas kalian. Kami tidak mahu bersikap jahil seperti kalian, bagi kami amal-amal kami dan bagi kalian amal-amal kalian; kami tidak merasa puas dengan kebaikan.”

Menurut pendapat yang lain, rombongan tersebut adalah dari kalangan penduduk Nasrani Najran. Hanya Allah-lah Yang Maha Mengetahui siapakah mereka di antaranya yang sebenarnya. Ada kelebihan kepada puak Nasrani itu seperti firman-Nya:

{ذَلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا} إِلَى قَوْلِهِ: {فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ}

Yang demikian itu disebabkan di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib. (Al-Maidah: 82) sampai dengan firman-Nya: maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al-Qur’an dan kenabian Muhammad ﷺ. (Al-Maidah: 83)


 

Ayat 56: Ini adalah nasihat kepada Nabi Muhammad ﷺ. Allah menafikan qudrat beri hidayat ada pada manusia, termasuk pada diri Nabi sendiri. Kena usaha sendiri untuk dapatkan hidayah. Kalau keturunan tidak membantu walaupun bapa saudara Nabi sendiri pun.

Dan ayat ini juga adalah tasliah bagi Nabi. Nabi sedih apabila ramai tidak ikut terima hidayah, maka Allah beritahu yang memang baginda tidak ada kuasa.

إِنَّكَ لا تَهدي مَن أَحبَبتَ وَلٰكِنَّ اللهَ يَهدي مَن يَشاءُ ۚ وَهُوَ أَعلَمُ بِالمُهتَدينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, [O Muḥammad], you do not guide whom you like, but Allāh guides whom He wills. And He is most knowing of the [rightly] guided.

(MELAYU)

Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah ﷻ memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah ﷻ lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.

 

إِنَّكَ لا تَهدي مَن أَحبَبتَ

Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi,

Allah ﷻ memberitahu Nabi Muhammad ﷺ yang baginda tidak dapat memberi hidayah kepada manusia walaupun itu adalah orang-orang yang baginda sayang. Ini kerana yang boleh memberi hidayah adalah Allah ﷻ sahaja. Kuasa beri hidayah kepada manusia bukan pada Nabi atau pada sesiapa sahaja, hanya ada pada Allah ﷻ.

Maka kalau ada orang yang kita sayang dan kita nak selamatkan dia pun, kita tidak boleh masukkan terus hidayah kepada mereka. Kita hanya boleh sampaikan sahaja. Dalam dalam ayat lain ada disebut melalui firman-Nya:

{لَيْسَ عَلَيْكَ هُدَاهُمْ وَلَكِنَّ اللهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ}

Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya. (Al-Baqarah: 272)

Bapa saudara Nabi ﷺ, iaitu Abu Tholib telah banyak menolong baginda dan kerana pertolongannya itulah membolehkan baginda terus berdakwah di bumi Mekah. Tetapi akhirnya Abu Tholib sendiri tidak beriman. Maka Rasulullah ﷺ amat bersedih dengan kematian bapa saudaranya itu di dalam kufur dan Allah hendak memberitahu kepada Nabi ﷺ yang baginda tidak boleh memberi hidayah kepada manusia melainkan baginda hanya boleh menyampaikan sahaja.

Bapa saudara baginda sendiri pun baginda tidak boleh beri hidayah. Walaupun baginda sayang sangat dan terhutang budi kepada bapa saudaranya itu, tapi baginda tidak boleh buat apa. Kisah ini disebut dalam hadis:

قَالَ الزُّهْرِيُّ: حَدَّثَنِي سَعِيدُ بْنُ المسَيَّب، عَنْ أَبِيهِ -وَهُوَ الْمُسَيَّبُ بْنُ حَزْن الْمَخْزُومِيُّ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ -قَالَ: لَمَّا حَضَرَتْ أَبَا طَالِبٍ الْوَفَاةُ جَاءَهُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَوَجَدَ عِنْدَهُ أَبَا جَهْلِ بْنَ هِشَامٍ، وَعَبْدَ اللَّهِ بْنَ أَبِي أُمَيَّةَ بْنِ الْمُغِيرَةِ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “يَا عَمِّ، قُلْ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، كَلِمَةٌ أَشْهَدُ لَكَ بِهَا عِنْدَ اللَّهِ”. فَقَالَ أَبُو جَهْلٍ وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي أُمَيَّةَ: يَا أَبَا طَالِبٍ، أَتَرْغَبُ عَنْ مِلَّةِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ؟ فَلَمْ يَزَلْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْرِضُهَا عَلَيْهِ، وَيَعُودَانِ لَهُ بِتِلْكَ الْمَقَالَةِ، حَتَّى قَالَ آخَرَ مَا قَالَ: هُوَ عَلَى مِلَّةِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ. وَأَبَى أَنْ يَقُولَ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهِ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “أَمَا لَأَسْتَغْفِرَنَّ لَكَ مَا لَمْ أُنْهَ عَنْكَ”. فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: {مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى} [التوبة: 113] ، بوأنزل فِي أَبِي طَالِبٍ: {إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ}

Az-Zuhri mengatakan, telah menceritakan kepadaku Sa’id ibnul Musayyab, dari ayahnya Al-Musayyab ibnu Hazn Al-Makhzumi r.a. yang menceritakan bahawa ketika Abu Talib menjelang ajalnya, Rasulullah ﷺ datang. Baginda ﷺ menjumpai Abu Jahal ibnu Hisyam dan Abdullah ibnu Abu Umayyah ibnul Mugirah ada di sisi Abu Talib. Maka Rasulullah ﷺ bersabda: Wahai paman(ku), ucapkanlah, “Tidak ada Tuhan selain Allah, ” iaitu suatu kalimat yang dengannya kelak aku akan membelamu di hadapan Allah! Maka Abu Jahal dan Abdullah ibnu Abu Umayyah berkata, “Hai Abu Talib, apakah kamu tidak suka dengan agama Abdul Muttalib?” Rasulullah ﷺ terus-menerus menawarkan hal itu kepada Abu Talib, tetapi keduanya selalu menentangnya dengan kalimat itu terhadap Abu Talib. Sehingga di akhir kalimat yang diucapkan Abu Talib menyatakan bahawa dirinya tetap berada pada agama Abdul Muttalib, dan menolak untuk mengucapkan kalimat “Tidak ada Tuhan selain Allah.” Maka Rasulullah ﷺ bersabda: Demi Allah, sungguh aku akan memohonkan ampun buatmu (kepada Allah) selama aku tidak dilarang memohonkannya buatmu. Maka Allah menurunkan firman-Nya: Tiadalah sepatutnya bagi nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik, walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat(nya). (At-Taubah:113) Dan sehubungan dengan Abu Talib itu Allah Swt. menurunkan firman-Nya: Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya. (Al-Qasas: 56). Imam Bukhari dan Imam Muslim mengetengahkannya melalui hadis Az-Zuhri.

Nabi Musa diberi kelebihan di mana ahli keluarga baginda semuanya beriman tetapi perkara yang sama tidak diberikan kepada Rasulullah ﷺ kerana kebanyakan daripada ahli keluarga baginda tidak mahu beriman. Tetapi Nabi Muhammad ﷺ tidak dapat hendak memastikan mereka beriman kerana baginda tidak ada kuasa untuk memberi hidayah kepada sesiapa pun.

 

وَلٰكِنَّ اللهَ يَهدي مَن يَشاءُ

tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya,

Hanya Allah ﷻ sahaja tahu siapakah yang layak untuk mendapat hidayah kerana hati mereka sendiri yang mahukan kebenaran. Dan Hanya Allah  ﷻ sahaja yang tahu isi hati mereka dan kerana itu Allah ﷻ sahaja yang tahu siapa yang patut ditarik ke arah iman. Dan biasanya orang itu adalah orang yang ada sifat inabah (hendak jadi orang yang baik).

Oleh kerana itu kita kena minta hidayah kepada Allah ﷻ dan bukan kepada Rasulullah ﷺ kerana Rasulullah ﷺ sendiri tidak boleh memberi iman kepada kita. Macam Abu Tholib itu dia hanya baik dengan Nabi ﷺ sahaja tetapi tidak mahu berbaik dengan Allah ﷻ, maka kerana itu dia tidak mendapat hidayah.

Dikatakan lagi ini adalah kerana Abu Tholib itu hanya sayang dan membantu Rasulullah ﷺ kerana baginda adalah ‘anak saudaranya’ dan bukan kerana baginda itu seorang Nabi. Ulama’ mengatakan yang jikalau Abu Tholib itu membantu Rasulullah ﷺ kerana baginda itu seorang ‘Nabi’, maka Allah ﷻ akan bantu dengan beri hidayah kepadanya.

 

وَهُوَ أَعلَمُ بِالمُهتَدينَ

dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.

Dan Allah ﷻ akan memberi hidayah itu kepada mereka yang ada inabah iaitu keinginan kepada kebenaran di dalam hatinya. Allah pandai pilih siapa yang layak dapat.

Ayat ini mengajar kita yang kita wajib ikhtiar untuk dapat hidayah. Hari-hari kita kena minta kepada Allah supaya berikan hidayah kepada kita. Jangan minta hanya kerana rutin sahaja, tapi kena sematkan dalam hati yang memang mahu benar-benar kepada hidayah itu.

Maka kita kena sebarkan kitab hidayat (Al-Qur’an) kepada manusia supaya mereka sendiri mahu kepada hidayat itu dan mereka sendiri akan minta dan usaha untuk dapatkan.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 5 Februari 2021


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah Qasas Ayat 48 – 50 (Mukjizat bukan jawapannya)

Ayat 48: Sambungan ayat syikayah (rungutan Allah) tentang manusia yang tidak mahu beriman. Dalam ayat sebelum ini, telah diberikan sebab kenapa Allah turunkan wahyu kepada manusia:> Supaya mereka tidak ada hujah nanti (kami jadi sesat kerana kami tidak dapat wahyu).

Tapi apabila diberikan wahyu, macam-macam pula hujah mereka untuk menolaknya. Begitulah sifat kebanyakan  manusia dan semoga kita tidak jadi seperti mereka (menolak wahyu).

فَلَمّا جاءَهُمُ الحَقُّ مِن عِندِنا قالوا لَولا أوتِيَ مِثلَ ما أوتِيَ موسىٰ ۚ أَوَلَم يَكفُروا بِما أوتِيَ موسىٰ مِن قَبلُ ۖ قالوا سِحرانِ تَظٰهَرا وَقالوا إِنّا بِكُلٍّ كٰفِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But when the truth came to them from Us, they said, “Why was he not given like that which was given to Moses?” Did they not disbelieve in that which was given to Moses before? They said, “[They are but] two works of magic supporting each other,¹ and indeed we are, in both, disbelievers.”

  • The reference is by the disbelievers of Quraysh to the Qur’ān and the Torah.

(MELAYU)

Maka tatkala datang kepada mereka kebenaran dari sisi Kami, mereka berkata: “Mengapakah tidak diberikan kepadanya (Muhammad) seperti yang telah diberikan kepada Musa dahulu?”. Dan bukankah mereka itu telah ingkar (juga) kepada apa yang telah diberikan kepada Musa dahulu?; mereka dahulu telah berkata: “Musa dan Harun adalah dua ahli sihir yang bantu-membantu”. Dan mereka (juga) berkata: “Sesungguhnya kami tidak mempercayai masing-masing mereka itu”.

 

فَلَمّا جاءَهُمُ الحَقُّ مِن عِندِنا

Maka ketika datang kepada mereka kebenaran dari sisi Kami,

Ini adalah apabila telah dibawakan dalil bukti dari wahyu kepada Bani Israil. Atau boleh juga merujuk kepada sesiapa sahaja yang menentang. Ada sahaja alasan dari mereka untuk menolak kebenaran yang sampai kepada mereka.

 

قالوا لَولا أوتِيَ مِثلَ ما أوتِيَ موسىٰ

mereka berkata: “Mengapakah tidak diberikan kepadanya (Muhammad) seperti yang telah diberikan kepada Musa dahulu?”. 

Mereka tidak mahu percaya dan pandai pula mempersoalkan kenapa Nabi Muhammad ﷺ tidak diberi dengan mukjizat-mukjizat Nabi Musa seperti tongkatnya dan tangan bercahaya. Dan boleh jadi juga, mereka merujuk kepada banyak lagi mukjizat-mukjizat yang telah diberikan kepada Nabi Musa.

Atau tafsiran kedua:> mereka ada yang berhujah kenapa Nabi Muhammad ﷺ tidak mendapat kitab wahyu sekaligus seperti yang diberikan kepada Nabi-nabi sebelum baginda? Kerana Nabi Muhammad ﷺ dapat Al-Qur’an demi sedikit tapi Taurat dan Injil datang sekaligus. Jadi mereka nak kata, Nabi Muhammad ﷺ reka sahaja Al-Qur’an itu, sebab itu tidak dapat nak bagi terus (buat sedikit demi sedikit).

 

أَوَلَم يَكفُروا بِما أوتِيَ موسىٰ مِن قَبلُ

Dan bukankah mereka itu telah ingkar (juga) kepada apa yang telah diberikan kepada Musa dahulu?; 

Maka Allah terangkan kembali bahawa mereka dulu pun sudah tidak beriman kepada apa yang dibawa oleh Nabi Musa sendiri. Maka sekarang janganlah nak sibuk-sibuk kata itu dan ini. Itu semua alasan sahaja. Dapat tengok banyak mukjizat pun keturunan mereka dulu tolak kebenaran juga.

Atau, Allah memberitahu bahawa umat Nabi Musa pun kufur kepada kitab Taurat walaupun Taurat itu diturunkan sekaligus. Jadi bukan sebab turun sekaligus atau tidak yang menjadi masalah, tapi keinginan kepada kebenaran yang tidak ada dalam hati mereka. Kalau sudah degil, memang sampai ke sudah akan degil sahaja.

 

قالوا سِحرانِ تَظٰهَرا

mereka dahulu telah berkata: “Musa dan Harun adalah dua ahli sihir yang bantu-membantu”.

Allah ingatkan mereka tentang Fir’aun yang tetap juga tidak beriman walaupun telah ditunjukkan dengan mukjizat Nabi Musa. Maka kalau bagi mukjizat yang sama, apa mereka sangka manusia semua terus beriman?

Kalau setakat tunjuk mukjizat sahaja, belum tentu manusia akan beriman. Kerana Fir’aun dulu mengatakan apa yang dibawa dan ditunjukkan oleh Nabi Musa itu adalah sihir sahaja. Iaitu sihir yang dizahirkan hanya sebagai pertunjukan sahaja.

Kalimah تَظٰهَرا juga bermaksud ‘bantu-membantu’. Ini boleh bermaksud tuduhan Fir’aun yang mengatakan Nabi Musa dan Nabi Harun itu sama-sama bantu untuk mengeluarkan sihir.

Atau, ada juga pendapat yang mengatakan, ia merujuk kepada Al-Qur’an dan Taurat. Quraish Mekah kata Al-Qur’an dan Taurat itu lebih kurang sama sahaja, bantu-membantu sesama sendiri, dua-dua tidak boleh pakai. Kerana ianya membenarkan satu sama lain sahaja. Ini adalah kerana mereka hendak tolak Taurat dan juga Al-Qur’an.

 

وَقالوا إِنّا بِكُلٍّ كٰفِرونَ

Dan mereka (juga) berkata: “Sesungguhnya kami tidak mempercayai masing-masing mereka itu”.

Dan Fir’aun tidak mahu beriman pun walaupun Nabi Musa sudah tunjukkan mukjizat yang hebat. Jadi isunya bukanlah tak dapat tengok mukjizat. Isunya adalah iman dalam hati, iaitu mereka tidak ada inabah kepada kebenaran.

Atau, ia juga bermaksud ‘masing-masing’ itu adalah Taurat dan Al-Qur’an. mereka dengan Taurat tidak mahu beriman, dengan Al-Qur’an pun mereka tidak mahu beriman. Mereka kata itu semua sihir belaka.

Tuduhan sihir itu biasa sahaja dikeluarkan oleh manusia zaman berzaman. Seperti Musyrikin Mekah juga, ada juga yang mengatakan Al-Qur’an itu adalah sihir sahaja. Itu kerana hati mereka tidak mahu beriman. Mereka hendak melawan sahaja.


 

Ayat 49: Maka, kalau mereka tidak mahu percaya juga dengan Al-Qur’an, maka berilah hujah ini kepada mereka. Beri cabaran kepada mereka pula.

قُل فَأتوا بِكِتٰبٍ مِّن عِندِ اللهِ هُوَ أَهدىٰ مِنهُما أَتَّبِعهُ إِن كُنتُم صٰدِقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Say, “Then bring a scripture from Allāh which is more guiding than either of them that I may follow it, if you should be truthful.”

(MELAYU)

Katakanlah: “Datangkanlah olehmu sebuah kitab dari sisi Allah yang kitab itu lebih (dapat) memberi petunjuk daripada keduanya (Taurat dan Al Qur’an) nescaya aku mengikutinya, jika kamu sungguh orang-orang yang benar”.

 

قُل فَأتوا بِكِتٰبٍ مِّن عِندِ اللهِ

Katakanlah: “Datangkanlah olehmu sebuah kitab dari sisi Allah

Sekarang Rasulullah disuruh bercakap kepada penduduk Mekah pula, kerana golongan Yahudi itu tidak boleh diharap lagi. Sepatutnya merekalah yang mula-mula beriman dari awal-awal lagi, kerana mereka sudah biasa dengan ilmu wahyu, tapi malangnya mereka pula yang awal-awal menentang.

Jadi kalau rasa Al-Qur’an itu tidak hebat, ianya sihir sahaja, maka bawalah kitab yang mereka ada. Kalau ada lah.

 

هُوَ أَهدىٰ مِنهُما

yang kitab itu lebih (dapat) memberi petunjuk daripada keduanya

Kalau kamu ada lagi kitab yang lebih hebat dari Taurat dan juga Al-Qur’an ini, bawalah keluar. Kalau ada yang boleh memberi petunjuk yang lebih kuat, maka bawakanlah.

Digandingkan Al-Qur’an dan Taurat dalam ayat ini kerana memang banyak kali Al-Qur’an dan Taurat disebut bersama dalam ayat-ayat Al-Qur’an yang lain. Dan ini juga perkara biasa kerana Al-Qur’an dan Tauratlah kitab yang utama kerana keduanya mengandungi hukum hakam syariat.

Sedangkan kitab Injil diturunkan hanyalah untuk menyempurnakan kitab Taurat dan menghalalkan sebahagian dari apa yang diharamkan atas kaum Bani Israil. Tapi dari segi kedudukan pula, memang Al-Qur’an lebih tinggi lagi dari Taurat. Ini kerana Taurat itu digunakan syariatnya pada zamannya sahaja dan sekarang tidak lagi kerana telah dimansukhkan.

 

أَتَّبِعهُ

nescaya aku mengikutinya, 

Kerana kalau mereka dapat keluarkan kitab wahyu yang lain, baginda pun boleh ikut juga. Kerana tujuan kita adalah hendak mendapatkan petunjuk. Kalau ada yang lebih baik, maka yang lebih baiklah yang kita akan terima. Tapi ini adalah hujah sahaja kerana memang tidak akan ada.

 

إِن كُنتُم صٰدِقينَ

jika kamu sungguh orang-orang yang benar”.

Itupun kalau kamu boleh bawa keluar. Itupun kalau kamu itu orang yang benar, bukan cakap-cakap kosong sahaja.

Maka ini adalah cabaran terbuka yang diberikan kepada Quraish Mekah yang menentang Al-Qur’an yang disampaikan oleh Allah itu.


 

Ayat 50: Tentulah mereka tidak dapat bawa keluar, bukan?

فَإِن لَّم يَستَجيبوا لَكَ فَاعلَم أَنَّما يَتَّبِعونَ أَهواءَهُم ۚ وَمَن أَضَلُّ مِمَّنِ اتَّبَعَ هَوٰهُ بِغَيرِ هُدًى مِّنَ اللهِ ۚ إِنَّ اللهَ لا يَهدِي القَومَ الظّٰلِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But if they do not respond to you – then know that they only follow their [own] desires. And who is more astray than one who follows his desire without guidance from Allāh? Indeed, Allāh does not guide the wrongdoing people.

(MELAYU)

Maka jika mereka tidak menjawab cabaran itu, ketahuilah bahawa sesungguhnya mereka hanyalah mengikuti hawa nafsu mereka (belaka). Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikit pun. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

 

فَإِن لَّم يَستَجيبوا لَكَ

Maka jika mereka tidak menjawab cabaran itu,

Dan apabila mereka tidak dapat beri jawapan dan mereka tentu tidak akan dapat beri jawapan, sekarang apa lagi? Memang tentulah mereka tidak akan boleh bawa kitab lain walaupun ramai dalam kalangan mereka yang pandai bahasa, pandai berpuisi.

Dalam ayat ini, Allah beritahu dengan pasti bahawa mereka tentu tidak akan boleh nak jawab cabaran itu. Mereka nak tolak Taurat dan Al-Qur’an tapi mereka tidak dapat nak beri alternatif. Bukanlah mereka tidak cuba, tapi percubaan mereka semuanya gagal.

 

فَاعلَم أَنَّما يَتَّبِعونَ أَهواءَهُم

maka ketahuilah bahawa sesungguhnya mereka hanyalah mengikuti hawa nafsu mereka

Bila mereka tidak dapat jawab cabaran itu, maka ketahuilah yang mereka itu semua ikut hawa nafsu mereka sahaja. Nafsu mereka tidak boleh terima, maka mereka tolak dengan sewenang-wenangnya.

Dan kerana tidak ada hujah, maka mereka akan keluarkan hujah yang tidak bermakna pun. Begitulah kita selalu nampak hujah penentang kebenaran itu selalunya karut-karut belaka.

 

وَمَن أَضَلُّ مِمَّنِ اتَّبَعَ هَوٰهُ بِغَيرِ هُدًى مِّنَ اللهِ

Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah 

Tiada lagi yang lebih teruk dari mereka yang ikut hawa nafsu tanpa ikut petunjuk daripada Allah. Petunjuk dari wahyu sudah ada, tapi masih nak ikut hawa nafsu sahaja.

Mana mungkin hawa nafsu itu akan memberi kebaikan kepada mereka. Kerana hawa nafsu itu kena dikawal dengan kebenaran. Kalau dibiarkan sahaja ikut hawa nafsu, maka akan rosaklah dunia ini. Kerana nafsu itu tidak pernah puas.

 

إِنَّ اللهَ لا يَهدِي القَومَ الظّٰلِمينَ

Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

Setelah diberikan hujah sebegitu hebat, tapi masih ada lagi yang tidak akan beriman. Ini adalah kerana hati mereka telah tertutup dari kebenaran. Ini dinamakan qatmul qalbi (penutupan hati). Ini apabila Allah tutup hati-hati mereka kerana mereka telah zalim. Mereka telah menolak dan menentang kebenaran yang sampai kepada mereka.

Maka Allah tutup hati mereka dari menerima kebenaran. Tidak ada harapan bagi mereka untuk kembali kepada kebenaran kerana mereka telah menentang dengan keras.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 15 September 2020


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah Qasas Ayat 44 – 47 (Tiada alasan menjadi jahil)

Qasas Ayat 44: Ini adalah ayat jumlah mu’taridah (iaitu diselitkan ayat yang tidak ada kena mengena dengan rentetan kisah dalam ayat sebelumnya. Tiba-tiba Allah bercakap dengan Nabi Muhammad ﷺ. Ini adalah kerana Allah nak sampaikan sesuatu pengajaran yang penting).

Kisah-kisah yang telah disebutkan sebelum ini tidak ada di dalam sejarah bangsa Arab dan jika bukan kerana Allah yang sampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad ﷺ, maka baginda tidak akan tahu dan ini adalah dalil yang baginda adalah Rasul. Maka ini adalah dalil kerasulan Nabi Muhammad ﷺ.

وَما كُنتَ بِجانِبِ الغَربِيِّ إِذ قَضَينا إِلىٰ موسَى الأَمرَ وَما كُنتَ مِنَ الشّٰهِدينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And you, [O Muḥammad], were not on the western side [of the mount] when We revealed to Moses the command, and you were not among the witnesses [to that].

(MELAYU)

Dan tidaklah kamu (Muhammad) berada di sisi yang sebelah barat ketika Kami menyampaikan perintah kepada Musa, dan tiada pula kamu termasuk orang-orang yang menyaksikan.

 

وَما كُنتَ بِجانِبِ الغَربِيِّ

Dan tidaklah kamu (Muhammad) berada di sisi yang sebelah barat

Allah telah memberitahu kepada Nabi Muhammad ﷺ di dalam wahyu Al-Qur’an ini segala perkara penting tentang Nabi Musa. Antaranya kisah bagaimana Allah bercakap dengan Nabi Musa secara terus.

Dan kemudian Allah ingatkan kepada Nabi Muhammad ﷺ yang baginda tidak ada sewaktu kejadian itu menunjukkan yang apa yang baginda dapat ini adalah wahyu daripada Allah.

 

إِذ قَضَينا إِلىٰ موسَى الأَمرَ

ketika Kami menyampaikan perintah kepada Musa, 

Iaitu ketika Nabi Musa dilantik menjadi Nabi dan baginda telah dilatih dengan tongkat menjadi ular dan tangannya bercahaya itu. Dan kemudian baginda telah ditugaskan untuk sampaikan dakwah kepada Fir’aun dan lain-lain.

 

وَما كُنتَ مِنَ الشّٰهِدينَ

dan tiada pula kamu termasuk orang-orang yang menyaksikan.

Allah mengingatkan Nabi Muhammad ﷺ yang baginda tidak ada bersama dengan orang-orang yang hadir ketika itu tetapi baginda boleh ceritakan balik satu persatu. Ini kerana berita ini didapati dari wahyu. Maka memanglah baginda seorang nabi. Kerana kalau bukan nabi, tentu baginda tidak tahu tentang kisah ini.


 

Qasas Ayat 45:

وَلٰكِنّا أَنشَأنا قُرونًا فَتَطاوَلَ عَلَيهِمُ العُمُرُ ۚ وَما كُنتَ ثاوِيًا في أَهلِ مَديَنَ تَتلو عَلَيهِم آيٰتِنا وَلٰكِنّا كُنّا مُرسِلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But We produced [many] generations [after Moses], and prolonged was their duration.¹ And you were not a resident among the people of Madyan, reciting to them Our verses, but We were senders [of this message].²

  • So they forgot and neglected the ordinances of Allāh.
  • The Prophet (ṣ) had no way of obtaining this information except through Allāh’s revelation.

(MELAYU)

Tetapi Kami telah mengadakan beberapa generasi, dan berlalulah atas mereka masa yang panjang dan tiadalah kamu tinggal bersama-sama penduduk Madyan dengan membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka, tetapi Kami telah mengutus rasul-rasul.

 

وَلٰكِنّا أَنشَأنا قُرونًا

Tetapi Kami telah mengadakan beberapa generasi,

Allah memberitahu yang selepas Nabi Musa dan kaum yang sezaman dengan baginda itu, datang generasi demi generasi yang lain. Ia berterusan tanpa henti.

 

فَتَطاوَلَ عَلَيهِمُ العُمُرُ

dan berlalulah atas mereka masa yang panjang, 

Dan masa mereka hidup di dunia amatlah panjang dan apabila masa yang panjang, maka mereka telah tetap di dalam keadaan mereka tidak berubah. Mereka terus berada dalam sifat yang buruk.

Kita boleh bayangkan bagaimana kita ada permainan dan sudah lama kita main sampai kita tidak menghargainya lagi tetapi katakanlah ada orang datang ke rumah kita dan melihat permainan itu yang dia tidak ada, maka tentunya dia suka dan terpesona dengan permainan itu.

Maknanya lama-kelamaan mereka terbiasa dengan amalan-amalan mereka hingga ia menjadi sebagai adat sahaja. Begitulah yang terjadi kepada orang yang lahir-lahir sudah Muslim dan ini berbeza dengan orang yang baru menjumpai agama Islam di mana mereka akan melihat Islam ini sebagai sesuatu yang hebat. Macam orang yang nampak permainan baru di rumah seseorang. Orang yang ada permainan itu tidak kisah pun, bukan?

Atau ia bermaksud berlalu masa yang panjang tanpa diturunkan wahyu kepada manusia. Ini kerana selepas Nabi Isa, manusia lama tidak ada nabi dan mendapat wahyu disampaikan kepada mereka. Jarak antara Nabi Isa dan Nabi Muhammad adalah lebih 600 tahun. Maka mereka telah leka lalai kerana tidak mendapat peringatan dari wahyu.

Jadi untuk menghidupkan kembali perasaan kita terhadap agama, maka Allah akan melakukan sesuatu dan ini akan disebut dalam ayat yang lain dalam surah ini. Allah hendak mengembalikan perasaan beragama kepada kita. Jangan kita rasa agama ini sudah biasa, lali dengan agama Islam ini.

 

وَما كُنتَ ثاوِيًا في أَهلِ مَديَنَ تَتلو عَلَيهِم آيٰتِنا

dan tiadalah kamu tinggal bersama-sama penduduk Madyan dengan membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka, 

Kalimah ثاوِيًا bermaksud tinggal di satu tempat turun-temurun kerana ayah kita duduk di situ, datuk kita duduk di situ, dan keturunan mereka pun duduk di situ juga. Ia dari dari katadasar ث و ي yang bermaksud menetap di suatu tempat, berhenti, menetap di suatu tempat, menahan sesiapa sahaja (di suatu tempat), penginapan, tempat tinggal, resort, tempat berehat, penghuni. Kalimah مَثوَى bermaksud tempat tinggal generasi demi generasi. Ia adalah tempat tinggal yang diwarisi. Maknanya, tempat tinggal yang lama.

Allah mengingatkan yang Nabi Muhammad ﷺ bukanlah penduduk turun-temurun di negeri Madyan sambil membacakan ayat-ayat-Nya kepada penduduk itu; lalu bagaimana baginda tahu tentang kisah yang berlaku di situ? Semua maklumat yang baginda dapat ini adalah kerana wahyu yang Allah berikan kepada baginda. Kalau Allah tidak berikan wahyu ini maka baginda pun tentu tidak akan tahu tentang kisah yang berlaku berabad-abad lamanya dahulu kerana memang baginda tidak duduk di situ.

 

وَلٰكِنّا كُنّا مُرسِلينَ

tetapi Kami telah mengutus rasul-rasul.

Tetapi Allahlah yang telah mengutus para Rasul ke negeri itu untuk membacakan ayat-ayat-Nya kepada penduduk Madyan. Bukan Nabi Muhammad ﷺ yang membacakan kepada mereka, tapi Rasul lain.

Dan kerana rahmat-Nya itulah Nabi Muhammad ﷺ telah diangkat menjadi Rasul dan dapat membacakan kisah-kisah Madyan kepada umat baginda. Kerana ia sudah lama dalam lipatan sejarah dan kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.


 

Qasas Ayat 46:

وَما كُنتَ بِجانِبِ الطّورِ إِذ نادَينا وَلٰكِن رَّحمَةً مِّن رَّبِّكَ لِتُنذِرَ قَومًا مّا أَتٰهُم مِّن نَّذيرٍ مِّن قَبلِكَ لَعَلَّهُم يَتَذَكَّرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And you were not at the side of the mount when We called [Moses] but [were sent] as a mercy from your Lord to warn a people to whom no warner had come before you that they might be reminded.

(MELAYU)

Dan tiadalah kamu berada dekat gunung Thur ketika Kami menyeru (Musa), tetapi (Kami beritahukan itu kepadamu) sebagai rahmat dari Tuhanmu, supaya kamu memberi peringatan kepada kaum (Quraisy) yang sekali-kali belum datang kepada mereka pemberi peringatan sebelum kamu agar mereka ingat.

 

وَما كُنتَ بِجانِبِ الطّورِ إِذ نادَينا

Dan tiadalah kamu berada dekat gunung Thur ketika Kami menyeru

Tidaklah Nabi Muhammad berada di Bukit Thursina ketika Nabi Musa diseru oleh Allah Taala untuk menerima wahyu.

 

وَلٰكِن رَّحمَةً مِّن رَّبِّكَ

tetapi sebagai rahmat dari Tuhanmu, 

Nabi Muhammad ﷺ tidak ada semasa kejadian semua itu tetapi atas rahmat Allah, baginda mendapat maklumat itu semua berdasarkan wahyu.

Apakah maksud ‘rahmah’? Rahim ibu juga diambil daripada kata dasar (ر ح م) yang sama dan rahim ibu itu boleh kita gunakan sebagai analogi kepada Rahmah Allah untuk kita cuba memahaminya. Seperti kita tahu, rahim ibu itu memberi segala keperluan anak yang di dalam kandungannya dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Begitulah sayangnya Allah kepada kita malah lebih lagi. Segala keperluan kita diberikan-Nya.

Kalau dalam terjemahan selalunya Rahmah ini dikatakan sebagai ‘belas kasihan’ (mercy). Tetapi ini tidak berapa tepat kerana perkataan ‘belas kasihan’ ini digunakan apabila seseorang yang boleh menghukum atau merosakkan seseorang, tetapi dia tidak melakukannya kerana ‘belas kasihan’. Maknanya, dia beri peluang.

Tetapi di dalam bahasa Melayu apabila ia diterjemahkan sebagai ‘kasih’, ia lebih tepat lagi. Tapi kasih itu ada banyak jenis kasih dan yang lebih rapat kepada kebenaran adalah kalau kita bandingkan kasih Rahmah itu dengan kasih seorang ibu kepada anaknya. Kerana kasih ibu itu amat tinggi sampaikan dia sanggup untuk menyusahkan dirinya untuk kebaikan anaknya. Kerana kasihkan seseorang, kita sanggup melakukan apa sahaja untuk kebaikan anak itu malah sampai mengorbankan dirinya sendiri.

 

لِتُنذِرَ قَومًا مّا أَتٰهُم مِّن نَّذيرٍ مِّن قَبلِكَ

supaya kamu memberi peringatan kepada kaum (Quraisy) yang sekali-kali belum datang kepada mereka pemberi peringatan sebelum kamu

Jadi dengan kerana sifat rahmat Allah itulah Allah memberikan maklumat ini kepada penduduk Mekah supaya mereka dapat beriman. Supaya dengan maklumat itu Nabi Muhammad ﷺ boleh memberi peringatan kepada kaum yang sebelum itu tidak mendapat peringatan dari sesiapa pun kerana mereka tidak ada Nabi dan Rasul (dan juga tidak ada kitab).

Allah beritahu kepada mereka tentang kaum-kaum yang telah dihancurkan kerana mereka tidak beriman supaya dengan peringatan itu penduduk Mekah dapat tahu tentang tauhid dan agama dan dapat mengubah iman mereka.

 

لَعَلَّهُم يَتَذَكَّرونَ

agar mereka ingat.

Supaya mereka dapat ambil pengajaran. Dan supaya mereka ingat kembali perjanjian tauhid mereka dengan Allah semasa mereka di alam roh lagi.


 

Qasas Ayat 47: Kenapa Allah beri wahyu kepada Nabi Muhammad ﷺ untuk disampaikan kepada umat baginda?

وَلَولا أَن تُصيبَهُم مُّصيبَةٌ بِما قَدَّمَت أَيديهِم فَيَقولوا رَبَّنا لَولا أَرسَلتَ إِلَينا رَسولًا فَنَتَّبِعَ ءآيٰتِكَ وَنَكونَ مِنَ المُؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And if not that a disaster should strike them for what their hands put forth [of sins] and they would say, “Our Lord, why did You not send us a messenger so we could have followed Your verses and been among the believers?”…¹

  • The conclusion of the sentence is understood to be “…We would not have sent messengers,” meaning that Allāh (subḥānahu wa ta‘ālā) sent messengers and sent Muḥammad (ṣ) with the final scripture to mankind so that no one could claim that punishment was imposed unjustly without warning.

(MELAYU)

Dan agar mereka tidak mengatakan ketika azab menimpa mereka disebabkan apa yang mereka kerjakan: “Ya Tuhan kami, mengapa Engkau tidak mengutus seorang rasul kepada kami, lalu kami mengikuti ayat-ayat Engkau dan jadilah kami termasuk orang-orang mukmin”.

 

وَلَولا أَن تُصيبَهُم مُّصيبَةٌ بِما قَدَّمَت أَيديهِم

Dan agar mereka tidak mengatakan ketika azab menimpa mereka disebabkan apa yang mereka kerjakan:

Apabila manusia tidak beramal dan berakidah tauhid seperti yang dikehendaki oleh Allah, mereka akan menerima azab dari Allah. Dan mereka layak mendapat azab itu dek kerana perbuatan mereka sendiri. Tapi tentu mereka tidak berpuas hati nanti, bukan? Kalau ada alasan, mereka akan gunakan apa sahaja alasan. Dan ini adalah salah satu alasan yang mungkin mereka gunakan:

 

فَيَقولوا رَبَّنا لَولا أَرسَلتَ إِلَينا رَسولًا

“Ya Tuhan kami, mengapa Engkau tidak mengutus seorang rasul kepada kami, 

Mungkin ada manusia yang berhujah yang mereka tidak tahu bahawa apa yang mereka lakukan itu salah kerana mereka tidak mendapat maklumat. Maka Allah hendak memotong hujah mereka itu dengan memberikan wahyu siap-siap kepada mereka, supaya mereka tidak ada hujah itu lagi. Apa lagi alasan mereka kalau mereka telah mendapat wahyu? Takkan mereka nak kata mereka tidak tahu?

Ini macam orang luar masuk negara kita dan mengedar dadah. Kemudian mereka kena tangkap dan mereka dihukum gantung. Mereka tidak boleh kata mereka tidak tahu undang-undang mati itu kerana undang-undang sudah ada – mereka sahaja yang tidak mahu ambil tahu. Maka merekalah yang salah kerana tidak ambil tahu.

Maka tidak ada alasan lagi kepada manusia untuk kata mereka tidak tahu agama kerana Allah telah turunkan 30 juzuk Al-Qur’an. Oleh kerana itulah Al-Qur’an ini perlu diajar dan dipelajari di dalam kelas-kelas tafsir supaya kita boleh faham. Jangan kita jadi orang yang jahil kerana ‘jahil’ bukanlah alasan yang akan diterima.

Manusia tidak ada alasan lagi sebagaimana yang disebutkan oleh Allah sesudah menyebutkan bahawa Dia telah menurunkan Kitab-Nya yang diberkati, iaitu Al-Qur’an:

{أَنْ تَقُولُوا إِنَّمَا أُنزلَ الْكِتَابُ عَلَى طَائِفَتَيْنِ مِنْ قَبْلِنَا وَإِنْ كُنَّا عَنْ دِرَاسَتِهِمْ لَغَافِلِينَ أَوْ تَقُولُوا لَوْ أَنَّا أُنزلَ عَلَيْنَا الْكِتَابُ لَكُنَّا أَهْدَى مِنْهُمْ فَقَدْ جَاءَكُمْ بَيِّنَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ}

(Kami turunkan Al-Qur’an itu) agar kamu (tidak) mengatakan bahawa kitab itu hanya diturunkan kepada dua golongan saja sebelum kami, dan sesungguhnya kami tidak memperhatikan apa yang mereka baca. Atau agar kamu (tidak) mengatakan, “Sesungguhnya jikalau kitab itu diturunkan kepada kami, tentulah kami lebih mendapat petunjuk dari mereka.” Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan yang nyata dari Tuhanmu, petunjuk dan rahmat. (Al-An’am: 156-157)

Atau ia juga boleh dinisbahkan kepada Bani Israil. Mereka tidak boleh kata yang mereka tidak tahu. Mereka juga tidak ada alasan lagi. Seperti yang disebut dalam ayat lain:

{يَا أَهْلَ الْكِتَابِ قَدْ جَاءَكُمْ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمْ عَلَى فَتْرَةٍ مِنَ الرُّسُلِ أَنْ تَقُولُوا مَا جَاءَنَا مِنْ بَشِيرٍ وَلا نَذِيرٍ فَقَدْ جَاءَكُمْ بَشِيرٌ وَنَذِيرٌ}

Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami, menjelaskan (syariat Kami) kepadamu ketika terputus (pengiriman) rasul-rasul, agar kamu tidak mengatakan, “Tidak datang kepada kami, baik seorang pembawa berita gembira mahupun seorang pemberi peringatan.” Sesungguhnya telah datang kepadamu pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. (Al-Maidah: 19), hingga akhir ayat.

 

فَنَتَّبِعَ ءآيٰتِكَ وَنَكونَ مِنَ المُؤمِنينَ

dan jadilah kami termasuk orang-orang mukmin”.

Kononnya mereka kata, kalau mereka dapat hidayah dari wahyu, tentu mereka jadi orang mukmin. Akan tetapi alasan ini tidak boleh dipakai.

Ini kerana Allah telah lantik Nabi Muhammad ﷺ menjadi Rasulullah supaya Musyrikin Mekah, atau golongan Ahli Kitab itu tidak ada hujah yang mengatakan mereka tidak ada rasul diturunkan kepada mereka dahulu.

Janganlah mereka kata: kalaulah kami ada pemberi peringatan dan wahyu, tentulah kami jadi orang mukmin. Nah, segala keperluan mereka telah ada: telah ada wahyu dari Allah dan Allah telah beri pengajar kepada wahyu itu juga, iaitu Rasulullah. Apa lagi alasan mereka untuk tidak jadi orang mukmin?

Maka bagi kita umat Islam di negara kita, apa alasan lagi? Agak-agak adakah laku kalau kita kata kita ‘tidak tahu’? Takkan nak pakai alasan sama dengan Ah Chong dan Muthu pula?

Allahu a’lam. Sambung dengan ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 1 September 2023

Ringkasan Surah Qasas


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah Qasas Ayat 39 – 43 (Fir’aun dimusnahkan)

Ayat 39:

وَاستَكبَرَ هُوَ وَجُنودُهُ فِي الأَرضِ بِغَيرِ الحَقِّ وَظَنّوا أَنَّهُم إِلَينا لا يُرجَعونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And he was arrogant, he and his soldiers, in the land, without right, and they thought that they would not be returned to Us.

(MELAYU)

dan berlaku angkuhlah Fir’aun dan bala tenteranya di bumi (Mesir) tanpa alasan yang benar dan mereka menyangka bahawa mereka tidak akan dikembalikan kepada Kami.

 

وَاستَكبَرَ هُوَ وَجُنودُهُ فِي الأَرضِ بِغَيرِ الحَقِّ

dan angkuhlah Fir’aun dan bala tenteranya di bumi (Mesir) tanpa alasan yang benar

Allah kata ‘Fir’aun dan juga tentera Fir’aun’ itu sombong tanpa haq. Mereka memang tidak ada punca atau layak untuk menjadi sombong. Tetapi Allah boleh saja sebut ‘mereka semua’ tetapi Allah sebut: ‘Fir’aun dan tenteranya’ kerana hendak menekankan kesombongan Fir’aun yang lebih besar.

Yang lain itu memang sombong juga tapi lebih kerana ikut Fir’aun sahaja. Ini seperti yang disebut dalam ayat yang lain:

{فَاسْتَخَفَّ قَوْمَهُ فَأَطَاعُوهُ}

Maka Fir’aun mempengaruhi kaumnya (dengan perkataan itu), lalu mereka patuh kepadanya. (Az-Zukhruf: 54), hingga akhir ayat.

Mereka sombong untuk terima akidah tauhid. Dan puncanya adalah kerana Fir’aun yang menyesatkan mereka. Mereka bersalah kerana ikut Fir’aun. Mereka tetap juga salah, tapi tidaklah sebesar kesalahan Fir’aun.

 

وَظَنّوا أَنَّهُم إِلَينا لا يُرجَعونَ

dan mereka menyangka bahawa mereka tidak akan dikembalikan kepada Kami.

Mereka tidak rasa yang mereka akan bertemu dengan Allah dan segala perbuatan mereka di dunia ini akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Maka mereka menolak tauhid dan juga mereka menolak tentang akhirat sebagaimana yang dilakukan juga oleh Musyrikin Mekah. Kerana kalau mereka terima yang mereka kena mengadap Allah dan ditanya tentang apa yang mereka lakukan, tentulah mereka tidak berani buat salah.

Begitulah dengan manusia. Apabila tidak yakin dengan akhirat, maka mereka tidak takut untuk buat dosa. Hanya dengan ada perasaan yakin dengan akhirat, barulah manusia boleh jadi baik.

Maka kerana itu kita kena yakin adanya akhirat. Kena yakin dan ingat yang kita kena jawab atas segala perbuatan kita. Dan ini susah (untuk sedar tentang akhirat) kerana kita tidak nampak brosur syurga dan neraka. Hanya dengar cerita sahaja. Maka kena selalu baca Al-Qur’an kerana berulang-ulang Allah ceritakan tentang syurga dan neraka. Apabila selalu baca, maka ia akan tersemat di dalam hati.


 

Ayat 40:

فَأَخَذنٰهُ وَجُنودَهُ فَنَبَذنٰهُم فِي اليَمِّ ۖ فَانظُر كَيفَ كانَ عٰقِبَةُ الظّٰلِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So We took him and his soldiers and threw them into the sea.¹ So see how was the end of the wrongdoers.

  • Allāh (subḥānahu wa ta‘ālā) caused them to leave all their worldly wealth behind and enter the sea in pursuit of the Children of Israel. See 26:5266.

(MELAYU)

Maka Kami hukum Fir’aun dan bala tenteranya, lalu Kami lemparkan mereka ke dalam laut. Maka lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang zalim.

 

فَأَخَذنٰهُ وَجُنودَهُ فَنَبَذنٰهُم فِي اليَمِّ

Maka Kami hukum Fir’aun dan bala tenteranya, lalu Kami lemparkan mereka ke dalam laut.

Sekali lagi Allah mengkhususkan nama Fir’aun dahulu sebelum menyebut tenteranya, kerana kesombongannya dan kekufurannyalah yang menyebabkan tentera dan rakyatnya menjadi kufur.

Kenapa selalu disebut ‘tentera’ Fir’aun? Ini adalah kerana kerajaan Fir’aun itu adalah kerajaan ketenteraan. Maknanya kedudukan tinggi dalam kerajaan Fir’aun adalah panglima, jeneral dan pangkat ketenteraan. Tenteranya hebat dan ia menjadi kebanggaannya.

Kekuatan mereka tidak ada gunanya kerana akhirnya mereka dilemparkan ke dalam laut atau sungai yang besar. Kalimah ن ب ذ bermaksud mengambil sesuatu yang tidak bernilai dan dilemparkan begitu sahaja seperti budak-budak yang bermain dengan botol atau batu dan mereka lempar begitu sahaja. Begitulah perumpamaan Allah jadikan untuk mereka kerana mereka itu tidak bernilai pun pada mata Allah.

Sekali lagi kalimah اليَمِّ digunakan di mana kali yang pertama ibu Nabi Musa melemparkan Nabi Musa ke dalam اليَمِّ dan itu sudah ada tanda kehancuran Fir’aun sebenarnya. Sebagaimana kisah ini bermula dengan اليَمِّ dan sebagai itu juga kisah Fir’aun akan berakhir dengan اليَمِّ. Dulu semasa mereka membunuh bayi-bayi lelaki mereka melemparkan bayi-bayi itu ke dalam اليَمِّ juga dan memang patut jikalau mereka dimatikan di dalam اليَمِّ juga.

 

فَانظُر كَيفَ كانَ عٰقِبَةُ الظّٰلِمينَ

Maka lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang zalim.

Maka lihatlah bagaimana akibat kepada mereka yang zalim. Ada yang Allah seksa mereka semasa di dunia lagi. Dan pasti di akhirat nanti mereka akan dikenakan azab yang teruk. Ada yang terselamat dari azab dunia, tapi mereka takkan selamat dari azab neraka.


 

Ayat 41:

وَجَعَلنٰهُم أَئِمَّةً يَدعونَ إِلَى النّارِ ۖ وَيَومَ القِيٰمَةِ لا يُنصَرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We made them leaders¹ inviting to the Fire, and on the Day of Resurrection they will not be helped.

  • i.e., examples or precedents, followed by subsequent tyrants.

(MELAYU)

Dan Kami jadikan mereka pemimpin-pemimpin yang menyeru (manusia) ke neraka dan pada hari kiamat mereka tidak akan ditolong.

 

وَجَعَلنٰهُم أَئِمَّةً يَدعونَ إِلَى النّارِ

Dan Kami jadikan mereka pemimpin-pemimpin yang menyeru (manusia) ke neraka

Banyak yang menjadi pemimpin dan mengajak orang-orang bawahan mereka menuju ke neraka. Sebagai contoh macam Fir’aun ini. Dan zaman berzaman ia akan berlaku. Fir’aun mempengaruhi kerajaan tenteranya itu dan orang-orang dalam kerajaannya pula mempengaruhi orang bawahan.

Maka sebagai pemimpin menjadi tanggungjawab menjadi seperti ketua keluarga yang hendak memastikan ahli keluarga dia menuju ke syurga. Tidak kira pemimpin keluarga, masyarakat atau negara. Kerana kalau bawa orang bawahan kita ke neraka, lagi teruk seksaan yang akan dikenakan. Maka kena sedar yang jadi pemimpin bukanlah kerja mudah.

 

وَيَومَ القِيٰمَةِ لا يُنصَرونَ

dan pada hari kiamat mereka tidak akan ditolong.

Dan Fir’aun dan mereka yang sepertinya itu tidak akan selamat dan tidak akan diberi pertolongan di hari kiamat nanti. Kerana mereka telah melakukan kezaliman semasa di dunia dan mereka tidak layak mendapat pertolongan lagi. Mereka mungkin berkuasa di dunia tapi mereka tidak ada kuasa langsung di akhirat.


 

Ayat 42:

وَأَتبَعنٰهُم في هٰذِهِ الدُّنيا لَعنَةً ۖ وَيَومَ القِيٰمَةِ هُم مِّنَ المَقبوحينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We caused to overtake them in this world a curse, and on the Day of Resurrection they will be of the despised.¹

  • Literally, “those made hideous,” who will be far removed from all good and mercy.

(MELAYU)

Dan Kami ikutkanlah laknat kepada mereka di dunia ini; dan pada hari kiamat mereka termasuk orang-orang yang dijauhkan (dari rahmat Allah).

 

وَأَتبَعنٰهُم في هٰذِهِ الدُّنيا لَعنَةً

Dan Kami ikutkanlah laknat kepada mereka di dunia ini;

Mereka sentiasa diikuti dengan laknat daripada Allah. ‘Laknat’ maksudnya mereka tidak akan mendapat rahmat. Mereka akan dijauhkan dari rahmat dan bila jauh dari rahmat, mereka tidak akan ada peluang untuk masuk ke syurga.

Bukan sahaja mereka mendapat laknat dari Allah, tapi dari malaikat dan juga dari manusia. Sampai sekarang kita membaca kisah mereka dan melaknat mereka kerana kezaliman yang mereka lakukan.

 

وَيَومَ القِيٰمَةِ هُم مِّنَ المَقبوحينَ

dan pada hari kiamat mereka termasuk orang-orang yang dijauhkan

Dan pada hari akhirat nanti mereka daripada orang yang dijauhkan dari rahmat Allah dan mereka akan menerima azab yang amat teruk.

Kalimah ق ب ح juga bermaksud ‘dihodohkan’ di mana wajah mereka akan dihodohkan di akhirat kelak. Maksudnya mereka akan dihina sehina-hinanya.


 

Ayat 43: Dari ayat ini sehingga ke ayat 60 adalah Perenggan Makro Keenam. Ia mengandungi amaran kepada puak Quraisy yang sedang menentang Nabi Muhammad ﷺ.

Ia juga mengandungi rangsangan semangat untuk Rasulullah ﷺ meneruskan usaha menyebarkan dakwah.

وَلَقَد ءآتَينا موسَى الكِتٰبَ مِن بَعدِ ما أَهلَكنَا القُرونَ الأولىٰ بَصائِرَ لِلنّاسِ وَهُدًى وَرَحمَةً لَّعَلَّهُم يَتَذَكَّرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We gave Moses the Scripture, after We had destroyed the former generations, as enlightenment for the people and guidance and mercy that they might be reminded.

(MELAYU)

Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Musa Al-Kitab (Taurat) sesudah Kami binasakan generasi-generasi yang terdahulu, untuk menjadi pelita bagi manusia dan petunjuk dan rahmat, agar mereka ingat.

 

وَلَقَد ءآتَينا موسَى الكِتٰبَ

Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Musa Al-Kitab

Allah telah memberikan Kitab Taurat sebagai panduan hukum kepada Nabi Musa dan umat baginda. Kitab Taurat diberi kepada baginda selepas baginda membawa Bani Israil menyeberangi laut.

 

مِن بَعدِ ما أَهلَكنَا القُرونَ الأولىٰ

sesudah Kami binasakan generasi-generasi yang terdahulu, 

Allah menceritakan bagaimana selepas dihancurkan Fir’aun dan tentera-tenteranya maka Allah telah memberikan kitab Taurat kepada baginda. Juga bermaksud telah dihancurkan kaum-kaum yang lain seperti Aad, Tsamud dan Nuh. Atau mana-mana kaum yang telah dibinasakan kerana kedegilan mereka.

Ibnu Jarir mengatakan, telah menceritakan kepada kami Ibnu Basysyar, telah menceritakan kepada kami Muhammad dan Abdul Wahhab. Keduanya mengatakan, telah menceritakan kepada kami Auf ibnu Abu Nadrah, dari Abu Sa’id Al-Khudri yang mengatakan bahawa Allah tidak lagi mengazab suatu kaum pun dengan azab —baik dari langit mahupun dari bumi— sesudah kitab Taurat diturunkan ke muka bumi, selain penduduk kota yang diserapah semuanya menjadi kera pada masa sesudah Nabi Musa. Kemudian Abu Sa’id Al-Khudri r.a. membaca firman-Nya: Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Musa Al-Kitab (Taurat) sesudah Kami binasakan generasi-generasi yang terdahulu., (Al-Qasas: 43), hingga akhir ayat.

Maknanya tidak ada lagi umat yang dimusnahkan sehingga tidak tinggal baka mereka (seperti kaum Aad dan Tsamud). Kerana itu pada zaman Nabi Muhammad, walaupun Musyrikin Mekah itu menentang baginda sampai hendak membunuh baginda, tapi mereka tidak dihancurkan terus. Allah beri peluang kepada baginda dan para sahabat untuk membalas dengan tangan mereka sendiri. Ini disebut dalam surah yang lain.

Dan umat Nabi Muhammad tidak dimusnahkan sampai tidak tinggal baka. Ini kerana apabila Nabi Muhammad ﷺ diangkat menjadi nabi, maka semua manusia waktu itu dan selepasnya adalah umat baginda. Maka kalaulah Allah musnahkan semua umat Nabi Muhammad ﷺ, maka tidak ada umat lain lagi. Maka azab musibah yang dikenakan adalah kecil-kecilan sahaja.

 

بَصائِرَ لِلنّاسِ

untuk menjadi pelita bagi manusia

Tujuan Kitab Taurat itu diberikan adalah supaya umatnya boleh ‘melihat’ dengan jelas. Bani Israil yang bersama dengan Nabi Musa telah melihat berbagai-bagai mukjizat seperti tongkat dan tangan Nabi Musa bercahaya dan juga laut yang terbelah.

Tetapi apa yang mereka lihat itu walaupun hebat tetapi tidak sehebat apa yang akan disampaikan di dalam kitab Taurat. Kerana apa yang mereka dapat itu bukanlah penglihatan mata kasar mereka tetapi adalah pandangan mata hati. Ini dinamakan basirah.

 

وَهُدًى وَرَحمَةً

dan petunjuk dan rahmat, 

Dan Kitab Taurat itu akan menjadi pedoman untuk mereka menjalani kehidupan mereka. Dan kalau mereka mengikuti ajaran di dalamnya, maka mereka akan mendapat rahmat dari Allah.

Begitu jugalah Al-Qur’an ini diberikan kepada kita sebagai panduan hidup dan kalau kita mengamalkan dengan sebenarnya, ia akan memberi rahmah kepada kita juga. Tapi kalau kita jauh darinya, amatlah malang.

 

لَّعَلَّهُم يَتَذَكَّرونَ

agar mereka ingat.

Semoga dengan Taurat itu mereka akan mengambil pengajaran dan akan mengambil peringatan. ‘Peringatan’ bermaksud ingatkan sahaja kepada perkara yang ‘sudah tahu’ (cuma hendak diingatkan kembali sahaja).

Ini adalah kerana manusia dilahirkan dengan fitrah sudah kenal Allah dan kenal tauhid. Tapi manusia sudah lama lupa. Maka ajaran wahyu mengingatkan kembali manusia kepada perkara yang penting itu. Sebab itu kena selalu baca dan tadabbur Al-Qur’an kerana ia akan mengingatkan kita kepada kebenaran yang sudah ada di dalam hati kita.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 3 September 2020


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir