Tafsir Surah Thur Ayat 15 – 21 (Diri kita sebagai pajakan)

Ayat 15: Ini adalah tempelak kepada ahli neraka itu. Mereka disakitkan hati mereka dengan kata-kata begini.

أَفَسِحرٌ هٰذا أَم أَنتُم لا تُبصِرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then is this magic, or do you not see?

(MELAYU)

Maka apakah ini sihir? Ataukah kamu tidak melihat?

أَفَسِحرٌ هٰذا

Maka apakah ini sihir?

Dalam surah sebelum ini disebut bagaimana tuduhan kepada para rasul sebagai ahli sihir dan sekarang Allah ﷻ ejek mereka dengan tanya: “adakah azab yang mereka hadapi itu sihir?”

أَم أَنتُم لا تُبصِرونَ

Ataukah kamu tidak melihat?

Mereka juga ada tuduh yang Al-Qur’an itu sihir. Mereka tidak terima yang azab akan ada. Nah sekarang Allah ﷻ tanya balik. Betulkah sihir? Azab itu sudah ada depan mereka sekarang, bukan? Atau mereka tidak nampak azab itu?


Ayat 16:

اصلَوها فَاصبِروا أَو لا تَصبِروا سَواءٌ عَلَيكُم ۖ إِنَّما تُجزَونَ ما كُنتُم تَعمَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Enter to] burn therein; then be patient or impatient – it is all the same for you. You are only being recompensed [for] what you used to do.”

(MELAYU)

Masuklah kamu ke dalamnya (rasakanlah panas apinya); maka baik kamu bersabar atau tidak, sama saja bagimu; kamu diberi balasan terhadap apa yang telah kamu kerjakan.

اصلَوها

Masuklah kamu ke dalamnya

Mereka dipersilakan untuk masuk ke dalam neraka yang berada di depan mata mereka. Ini kerana kesalahan mereka di dunia dahulu. Mereka memang layak dimasukkan ke dalamnya.

فَاصبِروا أَو لا تَصبِروا سَواءٌ عَلَيكُم

maka jika kamu bersabar atau tidak, sama saja bagimu;

Dan dikatakan yang jika mereka sabar ataupun mereka tidak sabar (di dalam neraka), sama sahaja untuk mereka kerana mereka tidak akan dapat keluar darinya.

Maknanya kesabaran mereka tidak akan dapat beri kebaikan untuk mereka. Kalau di dunia, kesabaran itu bernilai kerana apa-apa musibah di dunia adalah sementara sahaja. Kalau masuk penjara, ada kemungkinan akan keluar, bukan?

Dan kalau sabar menerima musibah, maka Allah ﷻ akan beri pahala atas kesabaran mereka itu. Tetapi sabar di akhirat sudah tidak ada nilai lagi. Ikutlah hendak sabar atau tidak, tidak ada bezanya lagi. Kerana sabar ada nilai di dunia, tetapi tidak lagi di akhirat.

إِنَّما تُجزَونَ ما كُنتُم تَعمَلونَ

kamu diberi balasan terhadap apa yang telah kamu kerjakan.

Apa yang dikenakan kepada mereka ini adalah kerana perbuatan yang mereka lakukan sendiri. Mereka yang bersalah kerana mereka beramal dengan amalan yang berlawanan dengan kehendak wahyu.

Maka jangan salahkan sesiapa lagi kerana merekalah yang bersalah. Mereka yang memasukkan diri mereka ke lembah kehinaan ini. Allah ﷻ tidak zalim. Tidaklah Allah ﷻ salah atau tersilap memasukkan mereka ke dalam neraka. Memang mereka layak dan patut masuk ke dalam neraka.


Ayat 17: Ayat tabshir ukhrawi. Ayat 17 – 28 memberitahu balasan baik bagi mereka yang takut akan Azab Allah ﷻ

إِنَّ المُتَّقينَ في جَنّٰتٍ وَنَعيمٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, the righteous will be in gardens and pleasure,

(MELAYU)

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada dalam syurga dan kenikmatan,

Selepas sebut tentang nasib malang penghuni neraka, Allah ﷻ sebut nasib mereka yang bertaqwa pula. Taqwa maksudnya jaga hukum. Mereka belajar apakah hukum dalam agama dan mereka amal ikut hukum itu.

Taqwa juga bermaksud ‘takut’. Iaitu takut kepada Allah ﷻ dan takut kepada azab. Maka kerana takut itu menyebabkan mereka jaga hukum dan amalan mereka maka kerana itu mereka akan diselamatkan.

Mereka akan dibalas dengan banyak kebun-kebun syurga; maksudnya bukan satu kebun sahaja. Ianya adalah taman-taman syurga. Mereka akan duduk di dalamnya dengan penuh kenikmatan. Syurga adalah tempat untuk menerima nikmat dan untuk memuaskan nafsu sahaja. Sudah tidak perlu nak kena kerja dan beramal lagi. Kerana kerja dan amal adalah semasa di dunia sahaja.


Ayat 18:

فاكِهينَ بِما ءآتاهُم رَبُّهُم وَوَقٰهُم رَبُّهُم عَذابَ الجَحيمِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Enjoying what their Lord has given them, and their Lord protected them from the punishment of Hellfire.

(MELAYU)

mereka bersuka ria dengan apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka; dan Tuhan mereka memelihara mereka dari azab neraka.

فاكِهينَ بِما ءآتاهُم رَبُّهُم

mereka bersuka ria dengan apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka;

Mereka akan bergembira dengan nikmat yang diberikan oleh Allah ﷻ kepada mereka. Tidak ada langsung kekurangan di dalam syurga itu. Kenikmatan yang mereka terima akan bertambah baik dari masa ke semasa. Maka mereka tidak bosan langsung dengan nikmat kerana esoknya mereka akan dapat yang lebih baik lagi. Mereka memang akan puas hati dengan segala nikmat dalam syurga itu. Ini adalah kerana amal dan iman mereka semasa di dunia dahulu.

وَوَقٰهُم رَبُّهُم عَذابَ الجَحيمِ

dan Tuhan mereka memelihara mereka dari azab neraka.

Dan yang lebih penting lagi, mereka akan diselamatkan daripada azab neraka. Ini adalah nikmat yang amat besar sekali. Kenapa nak kena sebut diselamatkan dari neraka pula sedangkan sudah disebut mereka masuk syurga? Tidak samakah?

Ini kerana semua kita akan melalui neraka (semasa melalui Titian Sirat). Dan terselamat dari neraka adalah satu dari nikmat yang amat besar. Ia adalah satu nikmat tersendiri. Ahli syurga akan bersyukur sangat kerana lepas dari masuk neraka. Kerana mereka sudah nampak neraka itu dan mereka tahu, kalau mereka tidak selamat, ke mana mereka akan pergi (iaitu ke dalam neraka). Maka nikmat syurga itu lebih bermakna sebenarnya.

Dan kita kena sedar yang terselamat dari neraka itu adalah satu rahmat dari Allah ﷻ. Kerana kalau Allah ﷻ periksa betul-betul segala perbuatan kita, sepatutnya tidak ada yang terselamat dari neraka itu. Kerana Allah ﷻ kira lebih kuranglah yang boleh kita terselamat. Allah ﷻ tidak kira sangat dosa-dosa ahli syurga yang banyak.


Ayat 19:

كُلوا وَاشرَبوا هَنيئًا بِما كُنتُم تَعمَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[They will be told], “Eat and drink in satisfaction for what you used to do.”

(MELAYU)

(Dikatakan kepada mereka): “Makan dan minumlah dengan enak sebagai balasan dari apa yang telah kamu kerjakan”,

كُلوا وَاشرَبوا هَنيئًا

“Makan dan minumlah dengan puas

Sebelum ini ayat di dalam bentuk pihak yang ketiga tetapi sekarang Allah ﷻ bercakap terus kepada penghuni syurga. Ini memberi perasaan yang rapat dengan ayat ini dan memberitahu kepada kita yang kita sendiri pun layak dan boleh masuk ke dalam syurga jikalau kita berusaha.

Dan dapat bercakap terus dengan Allah ﷻ adalah satu kenikmatan yang amat-amat besar. Kerana kalau bercakap tentang orang lain, kita rasa macam jauh sahaja dari kita, bukan? Tetapi sekarang Allah ﷻ sendiri beritahu dan bercakap sendiri dengan ahli syurga. Allah ﷻ hendak beri isyarat, kamu yang sedang baca ayat ini pun ada peluang.

Allah ﷻ suruh kita bayangkan Dia sendiri bercakap jemput makan dengan kita setelah kita masuk ke dalam syurga dan ini tentunya menaikkan semangat kita lagi. Kerana ahli syurga akan dapat peluang untuk melihat dan bercakap dengan Allah ﷻ. Telah disebut banyak lagi kenikmatan di dalam syurga tetapi nikmat yang paling besar adalah Allah ﷻ sendiri bercakap dengan ahli syurga di dalam syurga.

Allah ﷻ suruh makan dan minum dengan enak dan puas; tidak perlu takut dengan apa yang mereka makan dan minum itu. Boleh makan semuanya dengan enak dan selera. Makanan dalam syurga tidak akan habis dan tidak akan memudaratkan. Tidak perlu hendak usaha untuk dapatkan makanan-makanan itu.

Ia pasti sedap dan tidak akan ada makanan yang kita tidak suka. Bila hendak makan sahaja, akan ada. Hendak makan banyak mana pun boleh. Kadangkala kalau kita pergi ke rumah orang, kita hendak makan banyak pun segan, bukan? Tetapi bukan begitu di syurga. Memang syurga itu adalah tempat ahli syurga itu, dan dia boleh gunakan sebanyak mana kemudahan dan nikmat di dalam syurga itu.

Makanan itu tidak akan mendatangkan mudharat. Ini kerana kalau dalam dunia, ada makanan tidak sesuai dimakan – kalau ada darah tinggi sudah tidak boleh makan daging lagi. Atau ada makanan yang kita alergi dan sebagainya. Tetapi tidak akan ada perkara itu di syurga nanti.

Makan banyak pun tidak akan memudaratkan kesihatan seperti di dunia. Apa yang kita makan pun tidak akan jadi najis kerana tiada najis di syurga nanti. Ahli syurga tidak ada kencing dan berak.

Semua yang di atas itu termasuk dalam ayat Allah كُلوا وَاشرَبوا هَنيئًا.

بِما كُنتُم تَعمَلونَ

sebagai balasan dari apa yang telah kamu kerjakan”,

Kita dimasukkan ke dalam syurga kerana rahmat Allah ﷻ tetapi hanya Allah ﷻ saja yang boleh memberitahu yang kita dimasukkan ke dalam syurga itu kerana apa yang kita lakukan.

Kita tidak boleh kata yang kita akan dapat masuk syurga dengan amalan kita. Ini kerana walau banyak mana pun amalan yang kita lakukan ia ‘tidak cukup tambang’ untuk memasukkan kita ke dalam syurga.

Hanya Allah ﷻ sahaja yang boleh kata begitu.  Kerana Allah ﷻ telah bermurah hati untuk memasukkan kita ke dalam syurga hanya dengan amalan kita yang sedikit. Kerana kalau hendak dikirakan amalan kita itu tidak cukup ‘tambang’. Sudahlah pahala tidak cukup, dosa pun banyak.

Kenapa pula Allah ﷻ hendak sebut yang kita telah melakukan amalan yang baik? Kalau Allah ﷻ suruh kita makan dan minum pun sudah cukup sebenarnya tetapi Allah ﷻ puji pula lagi.

Ini adalah sebagai nikmat rohani. Tentu kita bergembira jikalau ayah kita ataupun bos kita beritahu yang kita telah melakukan kerja yang baik; dan sekarang bayangkan pula jikalau Allah ﷻ yang memberitahu kepada kita bahawa perbuatan kita semasa di dunia itu adalah baik. Tentu kita lebih gembira lagi, bukan?


Ayat 20:

مُتَّكِئينَ عَلىٰ سُرُرٍ مَّصفوفَةٍ ۖ وَزَوَّجنٰهُم بِحورٍ عينٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They will be reclining on thrones lined up, and We will marry them to fair women with large, [beautiful] eyes.

(MELAYU)

mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan Kami kahwinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli.

مُتَّكِئينَ عَلىٰ سُرُرٍ مَّصفوفَةٍ

mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan

Maksudnya duduk berehat di kerusi dan bantal yang bersusun-susun berderet-deret kerana ramai yang datang bertemu dengan kita. Kalau rumah yang ada kerusi empuk berderet pun sudah hebat, apatah lagi kalau di syurga nanti. Jadi ini adalah isyarat kepada suasana rumah yang amat selesa.

Dipan itu adalah tempat bersenggeng, duduk berehat sungguh, duduk tidak ada kerja hendak buat. Ada riwayat yang kata sampai duduk berpuluh tahun di situ sahaja tanpa rasa bosan.

قَالَ ابْنُ أَبِي حَاتِمٍ: حَدَّثَنَا أَبِي، حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ، حَدَّثَنَا صَفْوَانُ بْنُ عَمْرٍو؛ أنه سمع الهيثم بن مَالِكٍ الطَّائِيَّ يَقُولُ: إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: “إِنَّ الرَّجُلَ لَيَتَّكِئُ الْمُتَّكَأَ مِقْدَارَ أَرْبَعِينَ سَنَةً مَا يَتَحَوَّلُ عَنْهُ وَلَا يَمَلُّهُ، يَأْتِيهِ مَا اشْتَهَتْ نَفْسُهُ وَلَذَّتْ عَيْنُهُ”.

Ibnu Abu Hatim mengatakan, telah menceritakan kepada kami ayahku, telah menceritakan kepada kami Abul Yaman, telah menceritakan kepada kami Safwan ibnu Amr; dia pernah mendengar Al-Haisam ibnu Malik At-Ta-i yang mengatakan bahawa Rasulullah Saw. pernah bersabda: Sesungguhnya seorang (ahli syurga) benar-benar bersandar pada dipan sandarannya selama empat puluh tahun tanpa beranjak darinya dan tanpa merasa bosan, sedangkan dia menerima apa yang diingini oleh dirinya dan yang dipandang sedap oleh matanya.

catatan: mursal- dhaif

وَزَوَّجنٰهُم بِحورٍ عينٍ

dan Kami kahwinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli.

Dan ahli syurga itu tidak akan menikmati segala nikmat itu berseorang kerana dia akan dikahwinkan dengan bidadari. Allah ﷻ akan beri pasangan hidup untuk memuaskan nafsunya.

Kalimah حور merujuk kepada warna kulit bidadari itu yang cantik.

Kalimah عينٍ pula merujuk kepada matanya. Mata menarik, menggoda dan malu-malu. Macam pengantin baru. Mata yang malu-malu yang selalunya menggoda lelaki.

Bukanlah nikmat dalam syurga itu untuk lelaki sahaja. Ramai wanita seolah-olah seperti tidak puas hati bila Allah ﷻ asyik sebut balasan untuk lelaki sahaja. Seolah-olah syurga itu untuk para lelaki sahaja. Ini kerana mereka tidak faham psikologi berbeza antara lelaki dan wanita.

Ahli syurga wanita pun ada bahagian mereka juga. Tetapi kehendak wanita tidak sama dengan kehendak lelaki. Lebih mudah untuk sebut perkara yang lelaki suka. Oleh kerana kehendak wanita itu berubah-ubah dan tidak sama seorang wanita dengan wanita yang lain, maka tidak dapat hendak disebut dalam Al-Qur’an kerana banyak sangat. Sekejap mereka hendak ini dan esok suka benda lain pula. Tetapi lelaki kehendak dia sama sahaja sepanjang hidup dia: wanita, harta dan makanan.

Maka janganlah wanita tanya: “habis, untuk kami, apa pula?” Percayalah yang semua akan dapat bahagian masing-masing. Kalau tidak disebut, bukannya bermaksud tidak dapat. Allah ﷻ pasti akan beri kepada mereka dan mereka akan puas.


Ayat 21:

وَالَّذينَ ءآمَنوا وَاتَّبَعَتهُم ذُرِّيَّتُهُم بِإيمٰنٍ أَلحَقنا بِهِم ذُرِّيَّتَهُم وَما أَلَتنٰهُم مِّن عَمَلِهِم مِن شَيءٍ ۚ كُلُّ امرِئٍ بِما كَسَبَ رَهينٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And those who believed and whose descendants followed them in faith – We will join with them their descendants, and We will not deprive them of anything of their deeds.¹ Every person, for what he earned, is retained.²

  • i.e., the reward thereof.
  • i.e., subject or held responsible. Literally, “a hostage.”

(MELAYU)

Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikit pun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.

وَالَّذينَ ءآمَنوا وَاتَّبَعَتهُم ذُرِّيَّتُهُم بِإيمٰنٍ

Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan,

Sekarang Allah ﷻ sebut tentang nikmat kekeluargaan pula. Kita amat sayang kepada keluarga kita dan selalu hendak berjumpa dengan mereka, bukan? Maka ada manusia yang diberkati dengan anak-anak yang beriman juga. Ini adalah kerana usaha mereka menyampaikan ajaran agama Islam yang benar kepada anak cucu mereka.

Mereka tidak biarkan anak-anak  mereka tanpa didikan agama. Maka kerana itu anak-anak mereka pun beriman juga. Dan anak cucu mereka pun dapat masuk ke dalam syurga. Maka ini adalah nikmat tambahan yang Allah ﷻ hendak sebut.

Maka ini mengajar kita untuk menyampaikan ajaran agama kepada anak cucu kita. Jangan biarkan mereka tanpa pengetahuan agama. Dari kecil lagi kena didik mereka. Kena beri didikan agama yang benar. Dan untuk beri didikan agama yang benar, kita sendiri kenalah belajar juga. Jangan hantar anak ke sekolah agama, tapi tunggu di luar sahaja.

أَلحَقنا بِهِم ذُرِّيَّتَهُم

Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, 

Ini adalah satu kelebihan yang amat besar kepada orang beriman dan ada anak cucu yang juga beriman dan menjadi ahli syurga. Kalimah ألحق dari katadasar ل ح ق yang bermaksud mengejar, sampai, mencapai, menyertai, menjadi sama taraf, bersama.

Allah ﷻ hendak memberitahu yang ahli syurga dan keturunan mereka akan duduk bersama dalam syurga. Ini amat bermakna sangat. Kalau di dunia mungkin dapat duduk sekali dengan anak cucu setahun sekali semasa Hari Raya sahaja. Tetapi bila duduk di syurga, ahli keluarga dapat duduk selama-lamanya bersama. Maka sejuklah pandangan mata seorang ayah melihat anak cucunya tinggal bersama dengannya. Ini adalah nikmat tambahan dan ianya amat bernilai sekali.

Keturunan mereka mungkin tidak sama tingkatan iman kerana ada yang tinggi dan ada yang rendah dan kerana itu asalnya kedudukan mereka di dalam syurga tidak sama. Tetapi Allah ﷻ hendak memberitahu yang walaupun asalnya kedudukan di syurga itu tidak sama, tetapi mereka dan keturunan mereka boleh dinaikkan ke kedudukan yang lebih tinggi supaya sama-sama duduk di tingkatan syurga yang sama.

Dan ini bukanlah bermaksud datang melawat sekejap sahaja, tetapi memang boleh duduk sekali di tingkatan yang sama. Kerana itu kalimah لحق digunakan. Mereka memang akan tinggal bersama dan akan berhubung secara berterusan. Terus kekal duduk di dalam syurga sampai bila-bila.

Tetapi jangan salah sangka pula kerana kenaikan ini adalah kenaikan darjat yang diberikan kepada ahli syurga sahaja yang bermakna kenalah masuk syurga dahulu kerana tidak boleh dikeluarkan ahli neraka daripada neraka. Ada yang salah faham, mereka sangka boleh keluarkan ahli keluarga mereka yang di dalam neraka. Ini tidak benar. Syarat hendak naik tingkatan syurga itu, kenalah masuk dalam syurga dulu.

وَما أَلَتنٰهُم مِّن عَمَلِهِم مِن شَيءٍ

dan Kami tiada mengurangi sedikit pun dari pahala amal mereka. 

Kalimah ألت bermaksud ‘beri kurang daripada yang sepatutnya penerima itu dapat’. Macam gaji pekerja di hujung bulan tidak diberi penuh. Allah ﷻ tidak akan lakukan begitu kerana Allah ﷻ bukan saja bayar penuh tetapi Allah ﷻ akan bayar berlebihan lagi.

Maksudnya apabila Allah ﷻ samakan kedudukan ahli keluarga itu supaya duduk dalam tingkatan yang sama, tidaklah Allah ﷻ ambil dari pahala ahli keluarga yang tinggi untuk ‘bayar’ tiket tambahan supaya naikkan ahli keluarga dari kedudukan rendah supaya dapat naik ke kedudukan tinggi.

Dan tidaklah Allah ﷻ turunkan kedudukan ahli yang tinggi supaya dapat duduk sama rendah dengan ahli keluarga mereka. Maknanya Allah ﷻ naik taraf kedudukan mereka yang rendah. Macam kadangkala ada tiket kapal terbang yang dinaiktaraf naik ke kelas pertama dengan percuma.

كُلُّ امرِئٍ بِما كَسَبَ رَهينٌ

Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.

Kalimah رَهينٌ bermaksud cagaran. Kalau di negara Malaysia, ada ar-Rahnu yang menjadi pusat pajak gadai Islam. Maksudnya, amalan-amalan dan pahala kita itu nanti yang akan menjadi cagaran dan akan digunakan untuk memasukkan kita ke dalam syurga.

Setiap manusia akan terikat dengan amalan masing-masing. Jika buat amalan baik akan dimasukkan ke dalam syurga dan jika buat amalan yang buruk akan dimasukkan ke dalam neraka. Jadi amalan ibadat kita amat penting. Maka kerana itu kita tekankan tentang amalan bidaah atau tidak. Allah ﷻ bukan sahaja hendak kita beramal, tapi hendaklah beramal dengan amalan yang soleh. Kerana itu dalam Al-Qur’an sentiasa disebut ‘amal soleh’. Jadi amal bidaah tidak termasuk amal soleh ya.

Menarik sekali apabila Allah ﷻ gunakan kalimah رَهينٌ ini. Ia berasal dari ر ه ن yang bermaksud pajak, cagar (kerana itu kedai pajak islamik dinamakan ar-Rahnu). Di kedai pajak, kita boleh pajakkan barang berharga kita dan diberi wang sebagai balasannya oleh pemajak.

Sebagai contoh, kita pajak barang kemas dan kedai pajak akan beri wang sebagai pinjaman. Ada ruang masa yang dijanjikan (mungkin setahun) dan jikalau wang yang dipinjam tidak dipulangkan, maka barang kemas itu akan menjadi milik kedai pajak. Jadi ada elemen:

Barang yang dipajak: barang kemas
Pinjaman: wang
Kadar masa: setahun (atau jangkamasa lain).

Jadi di dalam kehidupan kita, ada juga elemen pajak ini:

Barang yang dipajak: diri kita
Pinjaman: pemberian nikmat dari Allah ﷻ, kuasa dan kebolehan yang Allah ﷻ berikan.
Kadar masa: selama kita hidup di dunia ini.

Jikalau kita menggunakan nikmat, kuasa dan kebolehan yang Allah ﷻ berikan kepada kita dengan cara yang Allah ﷻ kehendaki, maka di akhirat kelak, kita boleh ambil diri kita dan kemudian Allah ﷻ akan masukkan ke dalam syurga. Tetapi jikalau kita tidak langsaikan ‘hutang’ kita itu (maksudnya tidak menjalankan kehidupan seperti yang Allah ﷻ kehendaki), maka Allah ﷻ akan ambil diri kita dan masukkan ke dalam neraka.

Maka manusia terikat dengan ‘amalnya’. Dia tidak terikat dengan amal orang lain. Maknanya, dia kena selamatkan dirinya dahulu dan tidak boleh berharap bantuan (syafa’at) dari orang lain. Oleh itu, kalau hendak naik ke tingkatan bersama dengan bapanya yang berada tinggi dalam syurga, dia kenalah masuk ke dalam syurga dahulu.

Ayahnya sendiri tidak dapat mengeluarkannya dari neraka kalau dia tidak beramal dengan amal yang soleh. Dia tidak boleh berharap dengan ayahnya, walaupun ayahnya itu wali, ustaz atau ulama’ sekali pun.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 25 Mac 2020


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah Thur Ayat 1 – 14 (Azab akhirat itu benar)

Pengenalan: 

Surah ini tentang azab yang akan berlaku di akhirat. Ini disebut di dalam ayat Dakwa Surah ini iaitu ayat ke tujuh:

إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ لَوَاقِعٌ !
sesungguhnya azab Tuhanmu pasti terjadi!

Maka kita hendaklah sentiasa beringat tentang akhir hidup kita. Jangan kita leka sangat dengan kehidupan di dunia ini. Kena sentiasa bersedia untuk akhirat. Dan ayat-ayat seperti ini akan mengingatkan kita tentang akhirat.


 

Ayat 1: Surah ini boleh dibahagikan kepada 3 perenggan makro. Ayat 1 – 28 adalah Perenggan Makro Pertama. Ia mengandungi dalil-dalil adanya pembalasan azab akhirat. Ini adalah sambungan dari tema Surah Dzariyat sebelum ini.

وَالطّورِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Aṭ-Ṭūr: The Mount, where Allāh spoke to Moses.

By the mount

(MELAYU)

Demi bukit,

 

Allah ﷻ bersumpah dengan Bukit Thur. Ia adalah gunung di mana Allah ﷻ bercakap terus dengan Nabi Musa عليه السلام. Dikatakan ia adalah Mount Sinai yang berada di Mesir sekarang.

Thur ertinya gunung yang mempunyai pohon-pohonan seperti bukit tempat Allah ﷻ berbicara langsung kepada Musa عليه السلام dan pengangkatan Nabi Isa عليه السلام menjadi RasuI-Nya. Bukit (atau gunung) yang tiada pepohonannya bukan dinamakan Thur, melainkan dinamakan Jabal.

Bila disebut tentang tempat ini di dalam Al-Qur’an, ia memberi isyarat kepada Kitab Taurat kerana di situlah Nabi Musa عليه السلام mendapat kitab Taurat.

Jadi Allah ﷻ berikan Dalil Naqli dalam ayat ini. Walaupun Allah ﷻ menyebut tempat (Bukit Thur), tetapi apa yang Allah ﷻ hendak ceritakan adalah tentang ‘peristiwa’ yang paling besar yang telah berlaku di situ pada satu waktu dulu. Iaitu pemberian Kitab Taurat kepada Nabi Musa عليه السلام.

Sekian sumpah pertama.


 

Ayat 2: Sumpah yang kedua.

وَكِتٰبٍ مَّسطورٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [by] a Book inscribed¹

  • Interpreted as the Preserved Slate or possibly the Qur’ān.

(MELAYU)

dan Kitab yang ditulis,

 

Ia mungkin bermaksud Al-Qur’an yang  diwahyukan kepada Nabi Muhammad ﷺ. Walaupun Al-Qur’an tidak diberikan secara bertulis kepada baginda tetapi di Lauh Mahfuz ianya telah siap tertulis. Jadi dalam ayat ini juga menjadi dalil bahawa memang Al-Qur’an itu nanti akan dijadikan dalam bentuk kitab.

Atau, jikalau kita sambung daripada sumpah di ayat pertama yang menceritakan tentang Nabi Musa عليه السلام, jadi ia mungkin bermaksud Kitab Taurat yang diberikan kepada Nabi Musa عليه السلام dengan siap tertulis. Selepas dari mendapat kitab Taurat itu maka kitab Taurat itu telah disalin oleh pendeta-pendeta dalam bentuk skrol.

Atau, jikalau di dalam ayat pertama tadi sudah memberi isyarat kepada kitab Taurat, maka ayat kedua ini memberi isyarat kepada kitab-kitab lain yang diturunkan sebelum Taurat. Kerana ada banyak lagi Kitab wahyu (dan juga suhuf-suhuf) yang diturunkan kepada manusia melalui para Rasul.


 

Ayat 3: Sambungan sumpah kedua.

في رَقٍّ مَّنشورٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

In parchment spread open

(MELAYU)

pada lembaran yang terbuka,

 

Kalimah ر ق ق bermaksud tempat tulis yang lembut seperti kertas atau kulit nipis dan ianya dibentangkan. Bayangkan skrol para pendeta Bani Israil.

Zaman itu mereka selalunya menggunakan kulit binatang kerana ia akan tahan lebih lama. Ianya dibuka iaitu dibentangkan untuk dibaca. Ia kerana ia panjang dan lebar, maka kena dibuka dan dibentangkan untuk membacanya. Tidaklah macam buku.

Sekian sumpah kedua.


 

Ayat 4: Sumpah ketiga.

وَالبَيتِ المَعمورِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [by] the frequented House¹

  • The house of worship for the angels in the seventh heaven, comparable to the Ka‘bah on earth.

(MELAYU)

dan demi Baitul Ma’mur,

 

Kalimah مَعمورِ bermaksud tempat yang ramai yang menghuninya. Begitu juga apabila kita kata ‘imarah’kan masjid, ia bermaksud meramaikan masjid dan melakukan aktiviti ibadah di dalamnya.

Tapi apabila ditambah ال di dalam kalimah مَعمورِ, maka ia membawa maksud kepada sesuatu yang khusus. Ada pendapat yang mengatakan ianya merujuk kepada Ka’bah yang sering dikunjungi oleh ramai orang. Ka’bah tidak pernah kosong dari dulu sampai sekarang.

Dan ada juga yang mengatakan ia merujuk kepada Ka’bah yang di langit kerana setiap langit itu ada Ka’bahnya yang tersendiri. Jadi ia merupakan tempat pusingan para malaikat. Nabi Muhammad ﷺ telah melihatnya pada mi’raj baginda di mana baginda nampak Nabi Ibrahim عليه السلام bersandar kepadanya.

Di dalam kitab Sahihain disebutkan bahawa Rasulullah ﷺ dalam hadis Israk-nya sesudah melampaui langit yang ketujuh menceritakan melalui sabdanya:

ثُمَّ رُفِعَ لِي الْبَيْتُ الْمَعْمُورُ فَقُلْتُ يَا جِبْرِيلُ مَا هَذَا قَالَ هَذَا الْبَيْتُ الْمَعْمُورُ يَدْخُلُهُ كُلَّ يَوْمٍ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ إِذَا خَرَجُوا مِنْهُ لَمْ يَعُودُوا فِيهِ آخِرُ مَا عَلَيْهِمْ

Lalu aku dibawa naik ke Baitul Makmur, lalu aku bertanya, ‘Wahai Jibril, apakah ini? ‘ Lalu Jibril menjawab, ‘Ini adalah Baitul Makmur yang mana dalam setiap hari, tujuh puluh ribu Malaikat akan memasukinya. Setelah mereka keluar, mereka tidak akan memasukinya lagi, karena itu merupakan terakhir kali mereka memasukinya’.

[Sahih Muslim no. 238]

Yakni para malaikat melakukan ibadah di dalamnya dan tawaf di sekelilingnya sebagaimana ahli bumi melakukan tawaf di Ka’bah dunia. Maka Baitul Ma’mur adalah Ka’bah penduduk langit yang ketujuh, kerana itulah Nabi ﷺ telah berjumpa dengan Nabi Ibrahim عليه السلام. Al-Khalil yang sedang bersandar di Baitul Ma’mur. Ini adalah kerana baginda adalah orang yang membangunkan Ka’bah di bumi, maka baginda telah didudukkan dekat dengan Ka’bah di langit iaitu Baitul Ma’mur.

Letaknya Baitul Ma’mur itu adalah tepat di atas Ka’bah; dan seperti yang telah disebut, pada tiap-tiap langit terdapat Ka’bahnya tersendiri sebagai tempat malaikat melakukan ibadah dan mereka solat dengan menghadap kepadanya.

Selain dari itu, ada juga Ka’bah yang ada di langit yang terdekat (Langit Dunia) yang dinamakan Baitul Izzah; Allahu a’lam.

Ada lagi pendapat lain yang mengatakan ia juga boleh merujuk kepada bumi ini kerana bumi ini dihuni oleh ramai orang.

Jadi ada tiga pendapat tentang ayat ini:

1. Ka’bah di Mekah
2. Ka’bah di langit ke tujuh
3. Bumi

Sekian sumpah ketiga.


 

Ayat 5: Sumpah ke-empat.

وَالسَّقفِ المَرفوعِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [by] the ceiling [i.e., heaven] raised high

(MELAYU)

dan atap yang ditinggikan (langit),

 

Dan sekarang Allah ﷻ bersumpah pula dengan langit yang menutupi seluruh makhluk. Langit ini bermaksud langit yang menutupi seluruh alam.

Allah ﷻ hendak mengingatkan kita semua dan Arab Mekah (kerana mereka yang mula menerima Al-Qur’an) bahawa mereka tidak lepas daripada ditutupi oleh langit yang Allah ﷻ jadikan. Sentiasa sahaja kita semua berada di bawah naungan alam yang Allah ﷻ cipta.

Maka, ini mengingatkan kita yang tidak ada tempat lain untuk lari kalau Allah ﷻ nak kenakan kita dengan azab dari langit. Memang kita semuanya duduk di bawah naungan langit Allah ﷻ. Maka janganlah kita sombong dan tidak hiraukan arahan dari Allah ﷻ.


 

Ayat 6:

وَالبَحرِ المَسجورِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [by] the sea filled [with fire],¹

  • On the Day of Resurrection. Or “the sea which has overflowed.”

(MELAYU)

dan laut yang di dalamnya ada api,

 

Dan sekarang Allah ﷻ bersumpah dengan air laut yang menggelegak dan muntah keluar. Kalimah مسجور dari katadasar س ج ر yang bermaksud dipenuhi minyak dalam ketuhar, kepanasan, bakar, penuh dengan air, yang dituang, melimpah, bengkak. Ini adalah apabila hari Kiamat nanti, air laut itu akan dipanaskan sampaikan ia menggelegak dan melimpah keluar.

Atau, ia bermaksud laut yang sekarang ini yang ada api di bawah laut itu. Kita mungkin nampak ianya sejuk tapi sebenarnya ada api di bawah keraknya.

Atau Allah ﷻ hendak mengingatkan yang bumi ini dikelilingi oleh air. Kalau kawasan itu rendah dan menjadi lembah, pasti air akan masuk kepadanya.

Allah ﷻ memberitahu tentang langit sebelum ini dan sekarang ayat ini tentang air pula, sebagai isyarat bahawa manusia tidak dapat lari daripada ketetapan Allah ﷻ jikalau Allah ﷻ telah tetapkan mereka akan kena azab. Manusia tidak akan dapat lari sebagaimana dia tidak dapat lari dari langit dan tidak dapat lari daripada air laut. Kerana air laut itu sentiasa mengelilingi kita.


 

Ayat 7: Ini adalah Dakwa Surah ini. Ini adalah jawab (jawaabul qosm) kepada sumpah-sumpah sebelum ini. Apabila Allah ﷻ gunakan sumpah (qosam), ia bermaksud ada perkara penting yang hendak disampaikan. Dan inilah perkara penting itu:

إِنَّ عَذابَ رَبِّكَ لَوٰقِعٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, the punishment of your Lord will occur.

(MELAYU)

sesungguhnya azab Tuhanmu pasti terjadi,

 

Apabila Allah ﷻ telah tetapkan azab ke atas manusia yang engkar, ia pasti akan terjadi. Dan apabila Allah ﷻ telah berikan azab itu, maka manusia yang engkar tidak akan dapat lari.

Tidak ada sesiapa yang dapat menolong dan menyelamatkan mereka nanti. Tidak ada sembahan mereka, atau pemberi-pemberi syafaat yang akan menyelamatkan mereka atau menjadi peguambela untuk menyelamatkan mereka. Kawan-kawan, ahli keluarga, pembantu-pembantu mereka, semuanya tidak akan dapat menyelamatkan mereka.


 

Ayat 8:

مّا لَهُ مِن دافِعٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Of it there is no preventer.

(MELAYU)

tidak seorang pun yang dapat menolaknya,

 

Apabila Allah ﷻ telah tetapkan azab mereka tidak ada sebarang kuasa pun yang dapat menyelamatkannya daripada azab. Tidak ada sesiapa yang boleh menahannya dari berlaku.

Maka ayat ini adalah ayat peringatan dan memberi takut kepada manusia yang engkar. Jangan kamu rasa senang, rasa selamat dari bala dan azab Allah ﷻ. Kamu tidak akan ada kuasa untuk menahannya dan lari daripadanya. Jangan kamu sangka ada kuasa lain (selain Allah ﷻ) yang dapat menyelamatkan kamu.

Memang manusia ada bergantung kepada ‘kuasa’ lain yang mereka sangka boleh menyelamatkan mereka. Tetapi itu adalah harapan sia-sia sahaja seperti yang Allah ﷻ sebut dalam ayat ini. Pergantungan kepada selain Allah ﷻ adalah sia-sia.


 

Ayat 9: Ayat Takhwif Ukhrawi. Ayat 9 – 16 ini memberitahu balasan buruk bagi mereka yang mendustakan Azab Akhirat.

يَومَ تَمورُ السَّماءُ مَورًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

On the Day the heaven will sway with circular motion

(MELAYU)

pada hari ketika langit benar-benar bergoncang,

 

Sekarang memang langit sedang teguh dan tetap, tetapi apabila kiamat sudah bermula maka ia akan bergoncang dengan kuat sekali.

Imam Mujahid mengatakan, makna مورا yang dimaksudkan ialah berputar-putar, Imam Ad-Dahhak mengatakan langit bergerak-gerak dan berputar kerana diperintahkan oleh Allah ﷻ dan sebahagian darinya menggoncang sebahagian yang lain. Inilah yang dipilih oleh Imam Ibnu Jarir, kerana yang dimaksudkan dengan مورا ialah gerakan yang berputar-putar.


 

Ayat 10:

وَتَسيرُ الجِبالُ سَيرًا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And the mountains will pass on, departing¹ –

  • Becoming dust and moving as clouds.

(MELAYU)

dan gunung benar-benar berjalan.

 

Surah ini bermula dengan menyebut tentang gunung Thur. Gunung-ganang yang sekarang ini menjadi pasak atau paku kepada bumi akan berlanggaran sesama sendiri dan akan hancur berterbangan. Maka kerana itu nampak ia seperti ‘berjalan’.

Ini memberi gambaran yang amat menakutkan sekali. Kalau gunung-ganang pun boleh hancur, maka keadaan waktu itu amatlah teruk sekali. Mata seolah-olah tidak akan percaya apabila melihat gunung-ganang  yang teguh itu bergerak dengan mudah sahaja.


 

Ayat 11: Siapa yang akan teruk?

فَوَيلٌ يَومَئِذٍ لِّلمُكَذِّبينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Then woe, that Day, to the deniers,

(MELAYU)

Maka kecelakaan yang besarlah di hari itu bagi orang-orang yang mendustakan,

 

Maka celakalah pada hari itu kepada mereka yang tidak percaya kepada wahyu, kepada Rasul, kepada kiamat dan kepada agama yang benar (agama Islam). Mereka mendustakan kebenaran yang telah sampai kepada mereka. Mereka tidak percaya dengan mengatakan yang semua itu dusta sahaja.

Apabila akidah tidak benar menepati wahyu, maka amalan pun salah. Jadi mereka akan banyak melakukan dosa yang berpanjangan. Semua itu akan dipertanggungjawabkan kepada mereka. Maka akan celakalah mereka nanti.


 

Ayat 12: Apakah yang mereka lakukan semasa di dunia?

الَّذينَ هُم في خَوضٍ يَلعَبونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Who are in [empty] discourse amusing themselves.

(MELAYU)

(yaitu) orang-orang yang bermain-main dalam kebathilan,

 

Kalimah خَوضٍ ini secara literalnya bermaksud ‘berjalan di dalam air’, di mana waktu itu kita tidak tahu apa yang berada di dalam laut ataupun tasik dan mereka waktu itu meraba-raba sahaja. Mereka sedang tenggelam di dalam air itu.

Jadi ia memberi maksud seseorang yang bermain dan tenggelam dalam sesuatu perkara yang boleh membahayakan dirinya. Mereka bermain-main di dalam perkara yang boleh membahayakan diri mereka.

Percakapan mereka batil dan tidak benar tapi mereka berani bermain-main. Mereka main-main dalam agama dan seolah tidak kisah pun kalau masuk neraka. Mereka tidak ada tujuan hidup melainkan bermain-main sahaja semasa hidup di dunia ini.


 

Ayat 13:

يَومَ يُدَعّونَ إِلىٰ نارِ جَهَنَّمَ دَعًّا

(SAHEEH INTERNATIONAL)

The Day they are thrust toward the fire of Hell with a [violent] thrust, [its angels will say],

(MELAYU)

pada hari mereka didorong ke neraka Jahannam dengan sekuat-kuatnya.

 

Mereka ditolak berkali-kali dengan kasar sekali. Siapa yang tolak? Para malaikat. Mereka akan ditolak oleh para malaikat menuju ke dalam neraka dengan kuat, dengan kasar.

Mereka kena ditolak kerana mereka takkan nak gerak sendiri. Dalam ditolak itu pun mereka cuba untuk bertahan. Tetapi mereka tidak dapat menghalang tolakan dari para malaikat itu kerana para malaikat itu amat kuat.


 

Ayat 14: Sekarang disebut azab rohani pula.

هٰذِهِ النّارُ الَّتي كُنتُم بِها تُكَذِّبونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

“This is the Fire which you used to deny.

(MELAYU)

(Dikatakan kepada mereka): “Inilah neraka yang dahulu kamu selalu mendustakannya”.

 

Sudahlah mereka kena azab fizikal dengan teruk, hati dan emosi mereka juga akan diseksa. Mereka diingatkan dengan perbuatan mereka dahulu di dunia. Tentulah mereka akan lebih terseksa kerana mereka diingat-ingatkan dengan kesalahan mereka dulu yang menyebabkan mereka bernasib malang sekarang. Tentulah ini menyebabkan sakit hati.

Dulu mereka tidak percaya kepada neraka. Atau mereka rasa mereka akan selamat dari neraka. Sekarang lihatlah apa yang terjadi nanti. Mereka sendiri akan nampak neraka itu di depan mata dan mereka di dalamnya! Nak kata apa waktu itu?

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 25 Mac 2020


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah Dzariyat Ayat 52 – 60 (Akidah yang sama dari dahulu hingga sekarang)

Dzariyat Ayat 52: Ini adalah ayat syikayah tentang kesalahan masyarakat yang dahulu; ia juga sebagai tasliah untuk Nabi ﷺ.

كَذٰلِكَ ما أَتَى الَّذينَ مِن قَبلِهِم مِّن رَّسولٍ إِلّا قالوا ساحِرٌ أَو مَجنونٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Similarly, there came not to those before them any messenger except that they said, “A magician or a madman.”

(MELAYU)

Demikianlah tidak seorang rasul pun yang datang kepada orang-orang yang sebelum mereka, melainkan mereka mengatakan: “Dia adalah seorang tukang sihir atau seorang gila”.

 

كَذٰلِكَ ما أَتَى الَّذينَ مِن قَبلِهِم مِّن رَّسولٍ

Demikianlah tidak seorang rasul pun yang datang kepada orang-orang yang sebelum mereka,

Allah ﷻ menyebut tentang kaum-kaum dahulu sebelum Nabi Muhammad ﷺ. Mereka juga telah didatangi oleh Rasul-rasul mereka. Kerana Allah ﷻ sentiasa beri panduan hidup kepada manusia. Allah ﷻ tidak biarkan sahaja.

Tetapi bagaimana balasan kaum-kaum itu terhadap Rasul mereka?

 

إِلّا قالوا ساحِرٌ أَو مَجنونٌ

melainkan mereka mengatakan: “Dia adalah seorang tukang sihir atau seorang gila”.

Setiap kali Rasul dihantar kepada kaum mereka, telah dikatakan kepada Rasul itu tuduhan-tuduhan yang tidak patut. Selalunya tuduhan itu sama sahaja, sama ada para Rasul itu dikatakan sebagai ‘ahli sihir’ ataupun ‘orang gila’.

Allah ﷻ menceritakan perkara ini sebagai tasliah (pujukan) kepada Nabi Muhammad ﷺ. Bukan zaman Nabi Muhammad ﷺ sahaja ianya berlaku tetapi ia berlaku zaman berzaman, berulang-ulang kali. Apabila baginda tahu yang benda ini sama sahaja, maka legalah sedikit hati baginda. Inilah tujuan tasliah.

Para Rasul عليهم السلام dikatakan sebagai ‘ahli sihir’ kerana mereka boleh kumpul orang untuk beriman dengan mereka tanpa disebabkan oleh duit. Kerana selalunya manusia boleh kumpul orang lain kerana pengaruh dan juga harta, tetapi para Rasul tidak ada kedua-dua perkara itu.

Dan mereka dikatakan ‘orang gila’ kerana sentiasa bercakap perkara yang sama sahaja berulang-ulang. Sama ada orang marah ataupun tolak mereka, malah kutuk dan lawan mereka, para Rasul itu tetap memberitahu perkara yang sama dan tidak berubah. Pada golongan penentang, mereka hairan dan melihat para Rasul itu sudah bagai orang gila kerana masih sanggup melakukan perkara itu.

Atau mereka kata para Rasul itu gila kerana mereka kata takkanlah orang yang sudah mati akan dihidupkan kembali. Ini kalau dinisbahkan kepada ketidakpercayaan orang Musyrikin Mekah kepada kehidupan semula setelah mati.


 

Dzariyat Ayat 53: Kalau kita lihat, sama sahaja tuduhan zaman berzaman itu. Ini agak menghairankan.

أَتَوَاصَوا بِهِ ۚ بَل هُم قَومٌ طاغونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Did they suggest it to them?¹ Rather, they [themselves] are a transgressing people.

  • i.e., Did the former disbelievers pass on these words to the Makkans so that they repeat the same expressions?

(MELAYU)

Apakah mereka saling berpesan tentang apa yang dikatakan itu. Sebenarnya mereka adalah kaum yang melampaui batas.

 

أَتَوَاصَوا بِهِ

Apakah mereka saling berpesan tentang apa yang dikatakan itu?

Amat menghairankan kerana perkara yang sama berlaku kepada setiap Rasul sampaikan kita boleh tertanya: adakah kaum-kaum itu memberikan wasiat untuk berkata perkara yang sama kepada kaum-kaum selepas mereka? Tapi mereka bukannya berjumpa pun. Maka ini amat menghairankan.

Kalau difikirkan lebih mendalam lagi, memang benar ada wasiat tapi bukan antara kaum lama kepada kaum baru. Tapi kerana syaitan yang menyampaikan cara untuk menyesatkan manusia dengan cara yang sama kerana kalau dulu ianya berjaya, maka ianya boleh digunakan lagi. Sama sahaja kerana apabila lahir kaum yang baru, maka syaitan akan menggunakan model dan propaganda yang sama sahaja kepada mereka.

 

بَل هُم قَومٌ طاغونَ

Sebenarnya mereka adalah kaum yang melampaui batas.

Kerana sifat degil yang ada pada mereka, maka syaitan akan datang dan memberi ajaran sesat yang sama kepada mereka. Syaitan tak perlu nak reka hujah baru sebab boleh pakai hujah yang lama sahaja. Selagi ia boleh dipakai, maka syaitan akan pakai hujah yang sama. Syaitan akan suruh mereka melampau batas dalam agama supaya mereka buat perkara ikut nafsu mereka.


 

Dzariyat Ayat 54: Arahan kepada Nabi ﷺ dan para pendakwah.

فَتَوَلَّ عَنهُم فَما أَنتَ بِمَلومٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So leave them, [O Muḥammad], for you are not to be blamed.

(MELAYU)

Maka berpalinglah kamu dari mereka dan kamu sekali-kali tidak tercela.

 

فَتَوَلَّ عَنهُم

Maka berpalinglah kamu dari mereka

Kepada mereka yang menentang dan menolak kebenaran itu, tidak perlu dihadap lagi dan boleh sahaja ditinggalkan mereka dan tidak dipersalahkan jikalau kita meninggalkan mereka. Jangan hirau kata-kata penentangan mereka. Teruskan berdakwah kepada orang lain dahulu. Pergi kepada orang yang hendak dengar.

 

فَما أَنتَ بِمَلومٍ

dan kamu sekali-kali tidak tercela.

Kadang-kadang apabila kita cuba berdakwah kepada manusia, ada antara mereka itu tidak mahu mendengar dan terus menggunakan kata-kata sesat dan memanggil kita dengan nama-nama yang tidak baik. Maka tidak salah jikalau kita meninggalkan mereka waktu itu kerana jelas yang mereka belum lagi bersedia untuk mendengar dakwah kita.

Dan ini penting untuk diberitahu kerana Rasulullah ﷺ rasa berat hati untuk meninggalkan mereka kerana baginda rasa bertanggungjawab dan baginda rasa ada kekurangan pada diri baginda dalam berdakwah. Baginda takut ada kekurangan dalam cara baginda berdakwah sampaikan manusia tidak ikut. Kerana itu Allah ﷻ menenangkan hati baginda dengan memberitahu bahawa baginda tidak dipersalahkan jikalau baginda meninggalkan mereka.

Kalau kita telah menyampaikan dakwah dan memberikan ajaran tauhid yang benar kepada manusia, maka kita tidak akan dipersalahkan lagi. Kita telah jalankan tugas kita. Memang tugas kita sampaikan sahaja dakwah tauhid dan kalau mereka menentang, itu bukan tanggungjawab kita.

Ini juga bermaksud, kalau kita ‘tidak sampaikan’… maka kita akan dipersalahkan! Inilah yang amat menakutkan kita. Adakah kita sudah jalankan kerja dakwah ini? Atau adalah kita rasa selesa sahaja tanpa melakukan apa-apa? Orang yang ada ilmu tentu rasa tidak senang duduk selagi tidak sampaikan kepada manusia ajaran tauhid ini.


 

Dzariyat Ayat 55:

وَذَكِّر فَإِنَّ الذِّكرىٰ تَنفَعُ المُؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And remind, for indeed, the reminder benefits the believers.

(MELAYU)

Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.

 

وَذَكِّر

Dan tetaplah memberi peringatan,

Jangan putus asa dan teruskan memberi peringatan kepada manusia. Kena faham yang ‘beri peringatan’ berbeza dengan ‘perbincangan’ kerana beri peringatan itu adalah satu hala sahaja.

Bandingkan pula dengan ayat sebelum ini. Dalam ayat sebelum ini baginda diberitahu yang baginda boleh meninggalkan mereka tetapi dalam ayat ini pula memberitahu bahawa baginda kena terus memberi peringatan kepada mereka. Lalu bagaimana kita nak faham perbezaan antara dua ayat ini? Kena nampak suruhan itu kepada dua perkataan yang berlainan pula. Kalau dengan orang yang degil, tak perlu nak berbincang lagi dengan mereka.

Maksudnya, kita kena terus bercakap beri ceramah kepada orang ramai kerana kita tidak tahu siapakah di antara mereka yang ada bibit-bibit keimanan di dalam diri mereka. Janganlah kita tinggalkan dakwah kerana kita selalu ditentang. Memang para pendakwah selalu ditentang dan dihalang dari menyampaikan agama.

Maka kita sebagai pendakwah kena sentiasa mencari peluang untuk memberi peringatan kepada manusia. Kadang-kadang kita mungkin mendapat peluang untuk bercakap di khalayak yang ramai. Mungkin waktu itu semasa kita melihat mereka, mungkin timbul dalam hati kita yang mereka itu bukannya hendak mendengar dakwah agama daripada kita.

Tidak kira sama ada mereka itu orang bukan Islam ataupun orang Islam sendiri. Kerana ada sahaja orang Islam, tetapi nampaknya mereka tidak mementingkan agama. Kepada mereka ini juga kita kena sampaikan dakwah.

Jangan biarkan perasaan itu menghalang kita dari memberi peringatan kepada mereka kerana kita tidak tahu siapakah di antara mereka itu yang sebenarnya mahukan kebenaran dan Allah ﷻ buka hati mereka untuk menerima kebenaran. Mungkin Allah ﷻ buka hati mereka waktu itu.

Kadang-kadang kita rasa seperti kita patut bercakap kepada orang-orang masjid dan surau sahaja. Kita rasa mereka sahaja yang mahu dengar ceramah dan dakwah agama. Tidak bolehlah begitu kerana kita kena juga beri peringatan kepada orang-orang yang lalai leka. Mereka itu lebih memerlukan peringatan dari orang lain. Sebab itu kalau ada yang sanggup pergi berdakwah kepada budak rempit, di kelab malam, itu amat bagus sekali.

Dan itulah sunnah para Nabi dan Rasul عليهم السلام yang berdakwah kepada orang-orang yang asalnya tidak tahu apa-apa tentang agama dan kebanyakan daripada mereka adalah golongan yang menentang; tetapi para Rasul itu tetap juga beri peringatan kepada manusia.

Maka jangan kita lupakan orang yang di jalanan. Kita bagi peringatan secara satu hala sahaja pun boleh. Kalau mereka tolak waktu itu, tinggalkan mereka dan cari lagi peluang untuk dakwah lain kali. Semoga dengan banyak kali mereka mendengar peringatan, sampai satu masa, mereka terbuka hati.

 

فَإِنَّ الذِّكرىٰ تَنفَعُ المُؤمِنينَ

kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.

Peringatan akan beri kebaikan kepada yang ‘hendak’ beriman. Kita tidak tahu peringatan yang mana yang akan memberi kesan kepada manusia. Kerana kita mungkin cakap banyak tetapi orang tidak dengar, tetapi ada orang lain yang cakap sikit saja dengan dia dan dia terus pegang dan percaya. Kerana kita tidak tahu di manakah antara kata-kata kita yang Allah ﷻ takdirkan untuk menjadi berkesan kepada manusia.

Jangan rasa rugi beri peringatan kepada orang. Kerana tidak ada rugi pada kita dalam berdakwah. Kalau pun orang yang didakwah itu tidak mahu terima, kita masih tetap dapat pahala. Jadi memang kita tidak akan rugi langsung.

Beri peringatan itu bermaksud beri peringatan dengan Al-Qur’an. Inilah dakwah yang utama. Ia akan menjadi kebaikan kepada orang yang mahu menjadi orang mukmin.

Memang manusia memerlukan peringatan dari orang. Kerana kalau manusia tidak diberi peringatan, maka mereka akan terus menuju ke arah kesesatan. Ini kerana syaitan tidak akan lepaskan peluang untuk menyesatkan manusia. Kalau tiada peringatan kepada mereka, maka tinggal syaitanlah sahaja yang memandu mereka. Kalau syaitan sahaja yang tinggal, maka ke arah mana agaknya mereka akan pergi?


 

Dzariyat Ayat 56: Ini adalah ayat yang penting kerana ia selalu dibaca dan disebut oleh manusia. Mari kita lihat maknanya.

وَما خَلَقتُ الجِنَّ وَالإِنسَ إِلّا لِيَعبُدونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And I did not create the jinn and mankind except to worship Me.

(MELAYU)

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

 

Tujuan hidup manusia dan jin adalah untuk menghambakan diri kepada Allah ﷻ. Selalu orang menterjemahkan ayat ini sebagai: “tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembahKu”. Ini agak kurang tepat kerana ‘sembah’ itu adalah satu bahagian sahaja dari menghambakan diri kepada Allah ﷻ.

Dalam ayat ini, ‘jin’ disebut dahulu kerana jin yang dicipta dahulu sebelum manusia. Dan jin juga disebut dahulu kerana kadangkala jin di dalam bentuk syaitan itu yang menjadi penghalang kepada manusia untuk menerima kebenaran. Maka mereka memang kena jaga diri mereka, jangan jadi syaitan.

Ada tujuan Allah ﷻ jadikan manusia iaitu untuk menghambakan diri kepadaNya. Dan apabila kita jadi ‘hamba’, maka kita kena taat kepada suruhanNya dan menjalankan apa sahaja tugas yang Allah ﷻ telah berikan kepada kita. Akan tetapi amat sedih apabila kita melihat bagaimana kebanyakan daripada manusia tidak memenuhi tugas mereka ini. Mungkin kerana ramai tidak tahu pun kenapa tujuan mereka dijadikan.

Kita telah sebut beza ‘sembah’ dan ‘hamba’ di atas tadi. Ini adalah penting untuk difahami kerana ada yang ‘sembah’ Allah ﷻ tapi mereka tidak ‘menghambakan’ diri kepada Allah ﷻ. Maksudnya mereka itu solat, puasa dan jaga zakat dan lain-lain lagi, tetapi dalam bab lain, mereka tidak jaga. Mereka jaga bab ibadat sahaja, tapi tidak dalam semua hal.

Oleh kerana itu, ada yang solat dan puasa, tetapi dalam masa yang sama mereka mengamalkan riba, rasuah, mereka berlaku zalim kepada orang lain dan banyaklah lagi kesalahan yang mereka lakukan.

Maka kita kena ingat yang kita ini adalah HAMBA Allah ﷻ. Inilah ringkasan 30 juzuk Al-Qur’an yang kita perlu tahu: Kita HAMBA dan Allah ﷻ TUHAN. Banyak-banyak ayat Al-Qur’an dan tafsir yang kita telah belajar, maka inilah ringkasan kepada keseluruhan ayat-ayat itu.

Kalimah الْإِنسِ merujuk kepada manusia secara keseluruhan. Akan tetapi kalau perasan, bukan الْإِنسِ sahaja yang digunakan untuk merujuk kepada manusia. Kalau kalimah الْإِنسِ yang digunakan, Al-Qur’an hendak merujuk kepada perbincangan aspek sosial manusia. Kalau kalimah بَني ءآدَمَ yang digunakan, seperti di dalam A’raf:172, perbincangan adalah berkenaan aspek sejarah.

وَإِذ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَني ءآدَمَ مِن ظُهورِهِم ذُرِّيَّتَهُم

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka,

Dan jikalau kalimah yang digunakan adalah بَشَرٌ seperti di dalam Ali Imran:47, kandungan perbincangan adalah mengenai aspek semulajadi dan fizikal manusia.

قالَت رَبِّ أَنّىٰ يَكونُ لي وَلَدٌ وَلَم يَمسَسني بَشَرٌ

Maryam berkata:” Wahai Tuhanku! Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun?”

Kalimah لِيَعبُدونِ diambil juga dari kalimah ‘al-ibaadah’ العبادة dan dari sudut bahasa ia merujuk kepada keadaan yang hina. Ini seperti kata-kata orang Arab, طَرِيقٌ مُعَبَّد (jalan yang dipijak dan dilenyek). Jadi makna العبادة adalah keadaan hina dan juga disebut الذَّل. Kemudian digunakan pada istilah syarak dengan makna ‘Tauhid’. Jadi makna ibadah di dalam Al-Qur’an adalah mengesakan Allah ﷻ dengan melaksanakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya secara merendah diri, mencintai, mengharap dan takut.

Kata Ibn Abbas, semua perkataan ibadah yang datang di dalam Al-Qur’an maknanya Tauhid. Juga disebut oleh al-Baghawi di dalam tafsirnya. Jadi ayat ini menjadi dalil bahawa Tauhid adalah wajib. Ia adalah tujuan kita diciptakan dan apa yang menjadi kehendak syar’i Allah adalah satu perintah dariNya. Dan asal setiap perintah Allah adalah wajib selagi tidak ada dalil lain yang mengatakan tidak (ini adakah kaedah hukum). Sesiapa yang tidak melakukan perkara yang wajib maka dia telah melakukan perkara yang haram dan dia telah berdosa.

Adapun maksud ibadah secara istilah syari’at, para ulama memberikan beberapa definisi yang beraneka ragam. Di antara definisi terbaik dan terlengkap adalah yang disampaikan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah.

Beliau mengatakan, “Ibadah adalah suatu istilah yang mencakup segala sesuatu yang dicintai Allah dan diredhai-Nya, baik berupa perkataan maupun perbuatan, yang tersembunyi (batin) maupun yang nampak (lahir). Maka salat, zakat, puasa, haji, berbicara jujur, menunaikan amanah, berbakti kepada kedua orang tua, menyambung tali kekerabatan, menepati janji, memerintahkan yang ma’ruf, melarang dari yang munkar, berjihad melawan orang-orang kafir dan munafiq, berbuat baik kepada tetangga, anak yatim, orang miskin, ibnu sabil (orang yang kehabisan bekal di perjalanan), berbuat baik kepada orang atau haiwan yang dijadikan sebagai pekerja, memanjatkan do’a, berzikir, membaca Al Qur’an dan lain sebagainya adalah termasuk bagian dari ibadah.

Begitu pula rasa cinta kepada Allah dan Rasul-Nya, takut kepada Allah, inabah (kembali taat) kepada-Nya, memurnikan agama (amal ketaatan) hanya untuk-Nya, bersabar terhadap keputusan (takdir)-Nya, bersyukur atas nikmat-nikmat-Nya, merasa redha terhadap qadha/takdir-Nya, tawakal kepada-Nya, mengharapkan rahmat (kasih sayang)-Nya, merasa takut dari seksa-Nya dan lain sebagainya itu semua juga termasuk bahagian dari ibadah kepada Allah.” (Al ‘Ubudiyah, cet. Maktabah Darul Balagh hal. 6).

Allah ﷻ jadikan alam ini keseluruhannya, tetapi kenapa Allah ﷻ sebut ‘jin’ dan ‘manusia’ sahaja? Ini adalah kerana walaupun semua makhluk Allah ﷻ jadikan, tetapi yang ada tanggungjawab syariat adalah jin dan manusia sahaja. Jin dan manusialah sahaja yang diberikan kebebasan untuk memilih jalan kebaikan atau keburukan. Sedangkan binatang dan juga malaikat dan makhluk lain, mereka tidak ada pilihan – mereka terus taat kepada Allah ﷻ tanpa pilihan.

Balaghah: Seperti yang telah disebut, disebut jin dahulu sebelum manusia kerana jin yang telah dicipta dahulu sebelum manusia. Allah menggunakan teknik Taqdim wa Ta’khir di dalam ayat ini. Fakta ini dikuatkan dengan ayat Hijr:27:

وَالجآنَّ خَلَقنٰهُ مِن قَبلُ
Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) 

Tujuan utama ayat ini diturunkan adalah untuk menegaskan matlamat asal penciptaan iaitu ibadah. Sifat asal bangsa jin (berdasarkan tabi’at penciptaan mereka daripada api) adalah lebih cenderung kepada sifat sombong, degil, membangkang, liar, dan sukar tunduk kepada aturan (seperti watak iblis). Manusia pula diciptakan daripada tanah yang sifat dasarnya lebih tenang, lembut, dan mudah dibentuk. Oleh itu, mendahulukan jin di sini bertindak sebagai teguran dan amaran yang lebih keras kepada makhluk yang paling liat untuk beribadah: “Wahai golongan jin yang bersikap liar dan sombong, sedarlah bahawa tujuan asal kamu dicampakkan ke dunia ini tidak lain dan tidak bukan adalah HANYA untuk tunduk beribadah kepada-Ku!”

Masyarakat Arab Jahiliyyah (dan sebahagian masyarakat moden hari ini) mempunyai tabiat syirik yang sangat parah, iaitu meminta perlindungan, mengagungkan, dan menyembah jin apabila mereka melalui tempat-tempat yang keras atau hutan belantara.Dengan mendahulukan lafaz الْجِنَّ dalam formula ibadah {إِلَّا لِيَعْبُدُونِ}, Allah mematahkan doktrin syirik tersebut: “Bagaimana kamu (manusia) boleh menyembah, takut, atau meminta pertolongan daripada jin, sedangkan bangsa jin itu sendiri diletakkan di barisan hadapan sebagai hamba yang DIWÀJIBKAN tunduk menyembah Aku?” Struktur ini merendahkan ego jin dan sekaligus menyedarkan manusia bahawa jin juga hanyalah makhluk kerdil yang memikul beban kewajipan yang sama di sisi Allah.


 

Dzariyat Ayat 57: Allah ﷻ tidak perlukan manusia. Sebaliknya kitalah yang memerlukan Allah ﷻ.

ما أُريدُ مِنهُم مِّن رِّزقٍ وَما أُريدُ أَن يُطعِمونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

I do not want from them any provision, nor do I want them to feed Me.

(MELAYU)

Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi-Ku makan.

 

ما أُريدُ مِنهُم مِّن رِّزقٍ

Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun dari mereka

Sekali lagi disebut tentang ‘rezeki’ kerana surah ini berkenaan rezeki. Allah ﷻ tidak meminta rezeki dari manusia dan jin.  Tidaklah Allah ﷻ memerlukan kita dan mengharap apa-apa dari kita, malah Allah ﷻlah yang memberikan rezeki kepada kita semua.

Allah ﷻ tidaklah suruh makhluk menyembahNya kerana Allah ﷻ memerlukan sembahan dari makhluk. Allah ﷻ tidak memerlukan apa-apa pun dari makhluk. Sama ada makhluk sembah atau pun tidak, tidaklah berkurang atau bertambah kemuliaan dan kehebatan Allah ﷻ.

 

وَما أُريدُ أَن يُطعِمونِ

dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi-Ku makan.

Dan Allah ﷻ tidak meminta makanan daripada manusia. Malah Allah ﷻ yang memberi makanan kepada kita.

Maksud ayat ini, agama yang Allah ﷻ berikan kepada kita ini adalah untuk kepentingan kita. Allah ﷻ jadikan hukum syariat yang kita kena amalkan ini adalah untuk kebaikan kita. Allah ﷻ tidak perlukan apa-apa pun dari kita.

Ini adalah tempelak yang amat besar kepada Musyrikin Mekah dan juga penyembah-penyembah berhala dari dulu sampai sekarang – mereka sembah berhala dan patung sembahan mereka, tetapi mereka jugalah yang beri berhala dan patung mereka makan. Ini memang karut sekali – kalau yang disembah itu tuhan atau ilah, maka merekalah yang cari makan sendiri, bukan?


 

Dzariyat Ayat 58: Ayat 58 adalah Perenggan Makro Ketujuh. Ia mengajar kita untuk tauhid pada sifat Allah ﷻ. Jangan beri satu pun sifat Allah ﷻ kepada makhluk.

إِنَّ اللهَ هُوَ الرَّزّاقُ ذُو القُوَّةِ المَتينُ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Indeed, it is Allāh who is the [continual] Provider, the firm possessor of strength.

(MELAYU)

Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki Yang mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kukuh.

 

إِنَّ اللهَ هُوَ الرَّزّاقُ

Sesungguhnya Allah, Dialah Maha Pemberi rezeki

Allah ﷻ tidak perlukan rezeki dari kita, sebaliknya Allah ﷻlah yang sentiasa memberi rezeki kepada manusia. Allah ﷻ beri rezeki itu kepada manusia tidak kira sama ada orang itu beriman ataupun tidak. Semua rezeki yang kita dapat ini adalah dari Allah ﷻ.

Maka jangan kita kata ada makhluk yang beri rezeki kepada kita. Jangan kita kata: “habislah kalau ayah aku mati, siapa nak beri aku makan?” atau kita kata: “kalau tokey itu tak beri kerja kat aku.. mana aku nak dapat rezeki?”. Ini adalah contoh kata-kata yang lari dari tauhid.

 

ذُو القُوَّةِ المَتينُ

Yang mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kukuh.

Allah ﷻ tidak perlukan pertolongan dari kita kerana Allah ﷻ mempunyai kekuatan. Allah ﷻ sangat kukuh, tidak ada yang dapat menggegarNya atau menggerakkanNya.

Nota tambahan: ayat 56-58 ini adalah Ghurur zaman moden. Ghurur adalah apabila manusia tertipu dengan dirinya sendiri. Dia sangka dia yang menentukan hala tuju dirinya. Dia sangka usahanya yang pasti membuahkan hasil. Dia terlupa yang semua itu diberi oleh Allah ﷻ. Oleh itu, apabila dia berjaya, dia sangka dia berjaya kerana kepandaian dan usaha dirinya. Dia lupa menisbahkan kejayaannya itu kepada Allah ﷻ.

Dalam surah 56 Allah ﷻ telah sebut yang tugas kita di dunia adalah menjadi hamba Allah ﷻ. Maka kita kena terus melakukan amal dan ibadat seperti yang Allah ﷻ kehendaki. Tetapi ada manusia yang tidak dapat nak taat. Mereka sangka mereka kena lebih banyak usaha dalam dunia untuk berjaya. Maka mereka sampai sanggup melencong dari ketaatan kepada Allah ﷻ semata-mata untuk berjaya.

Maka Allah ﷻ jawab dalam ayat 57-58 bahawa bukan manusia yang buat rezeki sendiri, tetapi Allah ﷻ yang berikan rezeki itu kepada manusia. Allah ﷻ sudah janjikan rezeki kepada kita, maka kita kena taat sahaja. Jangan sangka kita kena teruk-teruk cari rezeki.

Perumpamaan seperti seorang pelajar universiti yang dihantar oleh ayahnya untuk belajar. Ayahnya telah beritahu, dia tidak perlu risau tentang makan dan minumnya kerana ayahnya yang akan tanggung. Tugas anaknya hanya belajar sahaja.

Bagaimana kalau anak itu pergi bekerja kerana takut tidak makan? Tentu ayah dia marah bukan? Kenapa nak bekerja lagi sedangkan makan pakainya telah dijamin oleh ayahnya? Kenapa sampai melawan arahan ayahnya (iaitu belajar)?

Maka begitulah dengan manusia. Jangan bekerja dan mencari rezeki sampaikan meninggalkan taat kepada Allah ﷻ. Jangan takut dengan pemberian rezeki dari Allah ﷻ. Allah ﷻ telah janjikan rezeki kepada kita, asalkan kita taat kepadaNya sahaja. Pencarian rezeki memang kena ada usaha, tetapi janganlah kita lupa tanggungjawab kita kepada Allah ﷻ. Jangan kita lupa kepada akhirat kerana terlalu mengejar dunia. Kerja itu lebih kurang sahaja, kerana rezeki kita telah ditentukan oleh Allah ﷻ.

Kena bergantung kepada Allah ﷻ dalam pencarian rezeki. Ramai yang tidak bergantung dengan Allah ﷻ. Sampaikan kalau mereka bekerja di tempat yang haram rezekinya, mereka takut berhenti dari kerja itu. Kerana mereka takut mereka tidak dapat gaji dari tempat lain. Malang sekali kerana mereka tidak faham yang rezeki Allah ﷻ ini luas.


 

Dzariyat Ayat 59: Ayat 59 – 60 adalah Perenggan Makro Kelapan dan terakhir surah ini. Ia mengandungi kesaksian akal tentang hukum balasan baik dan buruk. Akal kita sendiri sebenarnya telah terima kebenaran ini.

Ia juga mengandungi Takhwif duniawi. Bagaimana kalau setelah diberi segala peringatan, tapi masih kufur juga?

فَإِنَّ لِلَّذينَ ظَلَموا ذَنوبًا مِّثلَ ذَنوبِ أَصحٰبِهِم فَلا يَستَعجِلونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And indeed, for those who have wronged is a portion [of punishment] like the portion of their companions [i.e., predecessors], so let them not impatiently urge Me.

(MELAYU)

Maka sesungguhnya untuk orang-orang zalim ada bahagian (seksa) seperti bahagian teman mereka (dahulu); maka janganlah mereka meminta kepada-Ku untuk menyegerakannya.

 

فَإِنَّ لِلَّذينَ ظَلَموا ذَنوبًا مِّثلَ ذَنوبِ أَصحٰبِهِم

Maka sesungguhnya untuk orang-orang zalim ada bahagian (seksa) seperti bahagian teman mereka (dahulu);

Mereka yang zalim akan mendapat bahagian azab. Iaitu mereka yang menolak akidah tauhid dan melakukan dosa di muka bumi. Mereka akan mendapat bahagian api neraka sama seperti ‘sahabat-sahabat’ mereka dahulu yang sama akidah. Maknanya, kalau kita pun ada akidah sama dengan Musyrikin Mekah itu, maka kita pun akan dapat bahagian sama dengan mereka juga.

Walaupun orang yang sama akidah ini tidak pernah kenal dan bertegur sapa, tapi mereka dikira sebagai ‘sahabat’ kerana fahaman dan amalan mereka sama sahaja. Yang degil macam mereka juga.

 

فَلا يَستَعجِلونِ

maka janganlah mereka meminta kepada-Ku untuk menyegerakannya.

Mereka pasti akan kena dengan azab itu. Tunggu sahajalah. Janganlah nak minta dipercepatkan kerana bila sudah kena nanti, memang menyesal tak sudah.

Ini adalah kerana ada yang mengejek-ngejek – “bila lagi azab itu? cepatlah turunkan…..”


 

Dzariyat Ayat 60:

فَوَيلٌ لِّلَّذينَ كَفَروا مِن يَومِهِمُ الَّذي يوعَدونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And woe to those who have disbelieved from their Day which they are promised.

(MELAYU)

Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang kafir pada hari yang diancamkan kepada mereka.

 

Celakalah orang-orang kafir itu (orang-orang yang engkar) pada hari mereka menerima azab mereka. Hari itu mereka memang celaka.

Dan hari itu memang telah pernah dijanjikan kepada mereka dahulu. Mereka sahaja yang tidak mahu percaya dan tidak mahu beri perhatian. Mereka tolak mentah-mentah.

 

Allahu a’lam. Alhamdulillah, sekian tafsir Surah Dzariyat ini. Sambung ke surah yang seterusnya, Surah Thur.

Kemaskini: 27 Mei 2026

Ringkasan Surah Dzariyat


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah Dzariyat Ayat 43 – 51 (Lari kepada Allah)

Ayat 43: Ini adalah satu lagi kisah sebagai contoh ke-empat.

وَفي ثَمودَ إِذ قيلَ لَهُم تَمَتَّعوا حَتّىٰ حينٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And in Thamūd, when it was said to them, “Enjoy yourselves for a time.”

(MELAYU)

Dan pada (kisah) kaum Tsamud ketika dikatakan kepada mereka: “Bersenang-senanglah kalian sampai suatu waktu”.

 

وَفي ثَمودَ

Dan pada (kisah) kaum Tsamud

Selepas kaum Aad dimusnahkan, kaum yang dibangkitkan selepas mereka adalah kaum Tsamud. Kaum ini juga dikenali oleh Penduduk Mekah kerana mereka lalu di kawasan peninggalan mereka juga. Nabi mereka adalah Nabi Saleh عليه السلام.

 

إِذ قيلَ لَهُم تَمَتَّعوا حَتّىٰ حينٍ

ketika dikatakan kepada mereka: “Bersenang-senanglah kalian sampai suatu waktu”.

Ayat ini ringkas sahaja, terus disebut kisah azab yang dikenakan kepada mereka. Kisah mereka disebut dalam banyak surah-surah yang lain dengan lebih panjang. Ringkasnya mereka telah diberikan dengan unta mukjizat kerana mereka sendiri yang minta. Tapi akhirnya mereka bunuh unta itu.

Selepas mereka bunuh unta mukjizat itu maka mereka diberi masa hanya tiga hari. Buatlah apa yang nak buat selama tiga hari itu; Nabi Saleh عليه السلام beritahu mereka: bersenang lenanglah kamu kerana ada masa tiga hari sahaja, tidak lebih dari itu.


 

Ayat 44:

فَعَتَوا عَن أَمرِ رَبِّهِم فَأَخَذَتهُمُ الصّٰعِقَةُ وَهُم يَنظُرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But they were insolent toward the command of their Lord, so the thunderbolt seized them while they were looking on.

(MELAYU)

Maka mereka berlaku angkuh terhadap perintah Tuhannya, lalu mereka disambar petir dan mereka melihatnya.

 

فَعَتَوا عَن أَمرِ رَبِّهِم

Maka mereka berlaku degil terhadap perintah Tuhannya,

Kalimah فَعَتَوا dari kata dasar ع ت و yang bermaksud kedegilan, melawan yang tinggi sekali. Mereka telah menolak kebenaran. Dan kemudian mereka minta mukjizat dari Nabi Saleh عليه السلام.

Dan selepas mukjizat diberikan, mereka tetap berdegil. Jadi memang mereka ini amat teruk sangat. Kerana minta mukjizat dan diberi mukjizat, tapi masih degil lagi. Maka azab untuk mereka amat terus sangat.

 

فَأَخَذَتهُمُ الصّٰعِقَةُ

lalu mereka disambar petir 

Kalimah صاعقة boleh bermaksud petir dan juga tempikan yang kuat. Tempikan yang kuat yang sampai menghancurkan mereka.

Dalam ayat ini digunakan kalimah صاعقة tapi dalam ayat-ayat yang lain, ada digunakan kalimah yang lain. Ini mungkin bermaksud mereka dikenakan dengan semua jenis azab yang disebut itu. Ini kerana mereka teruk sangat, maka balasan untuk mereka amat teruk.

 

وَهُم يَنظُرونَ

dan mereka melihatnya.

Mereka melihat sendiri azab itu tapi mereka hanya dapat melihat sahaja. Mereka boleh lihat sendiri bagaimana seorang demi seorang mati di hadapan mereka. Mereka tidak boleh buat apa untuk menghalangnya.


 

Ayat 45:

فَمَا استَطٰعوا مِن قِيامٍ وَما كانوا مُنتَصِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they were unable to arise, nor could they defend themselves.

(MELAYU)

Maka mereka sekali-kali tidak dapat bangun dan tidak pula mendapat pertolongan,

 

فَمَا استَطٰعوا مِن قِيامٍ

Maka mereka sekali-kali tidak dapat bangun

Mereka tidak dapat berdiri dengan betul kerana azab itu, kerana teruk sangat bila kena. Kalau berdiri pun tidak boleh, lalu bagaimana mereka hendak lari meminta tolong kepada orang lain?

 

وَما كانوا مُنتَصِرينَ

dan tidak pula mendapat pertolongan,

Maka tidak ada sesiapa pun yang boleh tolong mereka lagi. Tiada sesiapa yang boleh menghalang azab dari Allah ﷻ.


 

Ayat 46: Ini adalah kisah kelima iaitu kisah Nabi Nuh عليه السلام.

وَقَومَ نوحٍ مِّن قَبلُ ۖ إِنَّهُم كانوا قَومًا فٰسِقينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And [We destroyed] the people of Noah before; indeed, they were a people defiantly disobedient.

(MELAYU)

dan (Kami membinasakan) kaum Nuh sebelum itu. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik.

 

وَقَومَ نوحٍ مِّن قَبلُ

dan kaum Nuh sebelum itu.

Kaum Nabi Nuh عليه السلام juga telah dibinasakan. Dan mereka itu dari dulu lagi, kerana mereka adalah kaum yang awal. Sebelum kaum Tsamud, Aad dan juga Sodom dimusnahkan. Ramai yang sudah tahu kisah Banjir Besar yang dikenakan kepada seluruh dunia. Dalam banyak kisah-kisah lama, sudah ada kisah ini dalam keseluruhan tamadun.

 

إِنَّهُم كانوا قَومًا فٰسِقينَ

Sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik.

Mereka itu dengan terang sekali menolak kebenaran dan melakukan dosa dengan banyak. Mereka menolak untuk menerima akidah tauhid. Maka kerana itulah mereka dimusnahkan.

Ringkas sahaja disebut tentang kaum Nabi Nuh عليه السلام kerana sudah ada banyak disebut dalam surah-surah yang lain.


 

Ayat 47: Ayat 47 – 49 adalah Perenggan Makro Kelima. Ia mengandung Dalil Aqli tentang hukum balasan baik dan buruk. Sebelum ini telah disebut dengan dalil-dalil naqli iaitu kisah dari kaum yang terdahulu. Sekarang Allah ﷻ gunakan dalil aqli – suruh kita lihat alam ini pula.

وَالسَّماءَ بَنَينٰها بِأَيدٍ وَإِنّا لَموسِعونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And the heaven We constructed with strength, and indeed, We are [its] expander.

(MELAYU)

Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa

 

وَالسَّماءَ بَنَينٰها بِأَيدٍ

Dan langit itu Kami bangunkan dengan tangan (Kami)

Surah ini banyak memberi isyarat kepada rezeki dan langit adalah tempat turunnya rezeki dan kerana itu Allah ﷻ sebut langit yang dijadikan dengan tanganNya. Allah ﷻ banyak suruh lihat kepada langit kerana senang untuk kita lihat dan ambil pengajaran darinya.

 

وَإِنّا لَموسِعونَ

dan sesungguhnya Kami benar-benar mengembangkan

Kalimah لَموسِعونَ dari kata dasr و س ع yang bermaksud kembang. Allah ﷻ memberitahu bahawa langit ini semakin berkembang dan ini juga telah disahkan oleh saintis. Alam ini berterusan mengembang.

Ia menjadi bukti bagi teori Big Bang. Kerana apabila langit berkembang, maka ia tanda asalnya ia dari satu titik yang meletup. Saintis tahu yang langit ini semakin mengembang kerana jarak antara planet semakin menjauh dan menjauh. Bayangkan belon diletak titik padanya. Semasa ia membesar ditiup angin, semakin jauh titik-titik itu.

Allah ﷻ hendak memberitahu yang Dia sendiri yang mencipta alam ini dan Dialah juga yang mengembangkan alam ini tanpa bantuan sesiapa pun. Jadi ini adalah tauhid fi tasarruf. Allah ﷻ sahaja yang mengurus alam ini sendirian berhad dan kerana itu tidak patut kalau ada yang kata Allah ﷻ tidak mampu membangunkan semula makhluk selepas Kiamat.

Juga boleh bermaksud, Allah ﷻ telah menjadikan alam ini, dan tidaklah Allah ﷻ biarkan sahaja alam ini begitu sahaja. Allah ﷻ tetap memberikan keperluan kehidupan di dalam alam ini. Kerana itu ada sahaja perkara baru yang terjadi di dalam ini.

Maka ini menunjukkan kekuasaan Allah ﷻ yang amat luar dan kembang dan takkanlah Tuhan yang begini berkuasa tidak boleh nak mengulangi kejadian makhlukNya di akhirat kelak?


 

Ayat 48:

وَالأَرضَ فَرَشنٰها فَنِعمَ المٰهِدونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And the earth We have spread out, and excellent is the preparer.

(MELAYU)

Dan bumi itu Kami hamparkan, maka sebaik-baik yang menghamparkan (adalah Kami).

 

وَالأَرضَ فَرَشنٰها

Dan bumi itu Kami hamparkan,

Kalimah ف ر ش bermaksud lantai yang selesa. Dihamparkan bumi ini untuk mudah kita berjalan di atasnya dan tinggal di atasnya.

Tapi tidaklah ini bermaksud bumi ini ‘datar’ pula. Bumi ini tetap sfera. Tapi dengan keluasan bumi ini kita tidak terasa pun yang ianya sfera. Maka mudah sahaja untuk kita berjalan dan mengembara di atasnya.

 

فَنِعمَ المٰهِدونَ

maka sebaik-baik yang menghamparkan (adalah Kami).

Kalimah المٰهِدونَ dari kata dasar م ه د yang bermaksud menghamparkan, bagi sesuatu itu jadi rata, bagi tegang (macam kemaskan cadar yang ditegangkan pada katil). Allah ﷻ memberikan keselesaan di bumi ini selesa untuk didiami seperti pelukan seorang ibu kepada anaknya.

Dalam banyak-banyak yang bagi keselesaan kepada orang lain, Allah ﷻlah yang paling baik, tidak ada tandingan bagi Allah ﷻ. Allah ﷻ telah beri segalanya kepada kita, yang tidak ada yang boleh berikan selain dari Allah ﷻ. Kerana ada orang boleh sediakan rumah untuk orang lain, tapi lihatlah Allah ﷻ sediakan keseluruhan bumi untuk kita diami.


 

Ayat 49:

وَمِن كُلِّ شَيءٍ خَلَقنا زَوجَينِ لَعَلَّكُم تَذَكَّرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And of all things We created two mates [i.e., counterparts]; perhaps you will remember.

(MELAYU)

Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.

 

Semua ciptaan Allah ﷻ ini ada pasangannya seperti langit dan bumi yang telah disebut sebentar tadi. Berbagai-bagai jenis yang Allah ﷻ ciptakan. Semuanya ada pasangannya dan Allah ﷻ sahaja yang tidak ada pasangan.

Kenapa penting untuk kita melihat kejadian alam ini dalam bentuk pasangan? Kenapa konsep ‘pasangan’ ini penting? Kerana macam diri kita ada roh dan juga ada jasad kita, begitu juga dengan kehidupan kita di dunia ini ada pasangannya iaitu kehidupan di akhirat kelak.

Ya, pasangan dunia sekarang adalah alam akhirat. Dengan adanya alam dunia ini, tentu ia juga ada pasangannya. Dan apakah pasangannya? Itulah akhirat. Maka akhirat itu pasti dengan adanya dunia ini.


 

Ayat 50: Ayat 50 – 57 adalah Perenggan Makro Keenam. Ia mengandungi seruan kepada tauhid, risalah dan hari akhirat. Selepas tahu yang akhirat itu pasti, maka apakah yang kita kena buat?

فَفِرّوا إِلَى اللهِ ۖ إِنّي لَكُم مِّنهُ نَذيرٌ مُّبينٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So flee to Allāh.¹ Indeed, I am to you from Him a clear warner.

  • i.e., turn to Allāh and take refuge in Him from disbelief and sin, thereby escaping His punishment.

(MELAYU)

Maka segeralah kembali kepada (mentaati) Allah. Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata dari Allah untukmu.

 

فَفِرّوا إِلَى اللهِ

Maka segeralah kembali kepada (mentaati) Allah.

Allah ﷻ suruh kita ‘lari’ kepadaNya. Dalam ayat tadi, sudah ada isyarat kepada akhirat. Akhirat itu sudah pasti dari hujah-hujah yang diberikan. Di akhirat nanti makhluk akan berlari kepada Allah ﷻ, bukan? Semua kena tuju kepada Allah ﷻ, bukan? Maka jangan tunggu waktu itu baru hendak berlari kepada Allah ﷻ tetapi berlarilah kepada Allah ﷻ semasa di dunia ini lagi. Maka bersegeralah lari mencari Allah ﷻ.

Maksudnya taatlah kepada Allah ﷻ. Kenallah Dia semasa kita masih hidup di dunia ini. Kerana nanti kita sudah pasti akan mengadap Allah ﷻ. Bagaimana nak mengadap Allah ﷻ kalau tidak taat kepadaNya semasa di dunia? Bagaimana hendak taat kepadaNya kalau kita tidak kenal Dia?

 

إِنّي لَكُم مِّنهُ نَذيرٌ مُّبينٌ

Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata dari Allah untukmu.

Allah ﷻ suruh Nabi ﷺ beritahu yang baginda hanya menyampaikan maklumat sahaja. Ikutlah ajaran dari Rasulullah ﷺ ini kerana baginda telah ditugaskan untuk menyampaikan ajaran dari Allah ﷻ. Baginda telah sampaikan ajaran agama ini dengan nyata, tanpa belit-belit.

Baginda telah sampaikan ajaran tauhid, dengan percuma. Tidaklah baginda minta upah atau minta kekuasaan atau kerajaan dari manusia dalam menyampaikan ajaran itu.


 

Ayat 51: Allah ﷻ sambung ayat seterusnya tentang tauhid. Begitulah pentingnya ayat-ayat tauhid ini, sentiasa sahaja Allah ﷻ ulang-ulang di dalam Al-Qur’an. Sentiasa sahaja Allah ﷻ akan kembali menyebut tentang tauhid. Allah ﷻ ulang sabdaan Nabi Muhammad ﷺ di dalam ayat ini.

وَلا تَجعَلوا مَعَ اللهِ إِلٰهًا آخَرَ ۖ إِنّي لَكُم مِّنهُ نَذيرٌ مُّبينٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And do not make [as equal] with Allāh another deity. Indeed, I am to you from Him a clear warner.

(MELAYU)

Dan janganlah kamu mengadakan ilah yang lain disamping Allah. Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata dari Allah untukmu.

 

وَلا تَجعَلوا مَعَ اللهِ إِلٰهًا آخَرَ

Dan janganlah kamu mengadakan ilah yang lain disamping Allah.

Jangan jadikan ilah selain daripada Allah ﷻ. Iaitu menjadikan pengharapan kepada selain dari Allah ﷻ. Kita kena sembah, taat dan berharap kepada Allah ﷻ sahaja. Ini memerlukan pemahaman yang jelas. Kerana ramai yang tidak tahu apakah maksud ilah itu.

Musyrikin Mekah tahu apa maksud kalimah la ilaaha ilallah. Kerana itu Musyrikin Mekah tolak kalimah la ilaaha illallah kerana mereka faham apa yang dikatakan. Tapi orang kita, kerana tidak faham maksud ‘ilah‘, mereka selalu sebut (bertahlil) tapi dalam masa yang sama, mereka menjadikan ilah selain Allah ﷻ.

Ini adalah kerana amat jahilnya masyarakat kita dengan ilmu wahyu dan agama secara keseluruhan. Ini kerana pembelajaran agama amat kurang di negara ini. Ramai yang ikut-ikut sahaja apa yang orang lain buat.

Antara kesalahan utama yang dilakukan oleh masyarakat kita adalah menyeru ilah-ilah lain bersama dengan seruan kepada Allah ﷻ. Iaitu roh-roh para Nabi, wali dan malaikat. Ini adalah kerana masyarakat kita tidak jelas tentang tauhid sebagaimana yang diajar dalam Al-Qur’an. Maka ada yang bertawasul kepada Nabi, wali dan malaikat dalam doa mereka.

 

إِنّي لَكُم مِّنهُ نَذيرٌ مُّبينٌ

Sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata dari Allah untukmu.

Tugas Rasulullah ﷺ adalah untuk menyampaikan sahaja ajaran agama yang jelas kepada umat baginda. Dan baginda telah lakukan. Dan kita sebagai pengikut ajaran baginda, tentu juga kena sambung tugas baginda itu.

Maka kita kena sampaikan ajaran tauhid ini kepada manusia, sebagaimana yang Allah ﷻ sampaikan dalam Al-Qur’an. Tapi, untuk boleh sampaikan, kenalah kita faham dulu, bukan? Maka tidak dapat tidak, kena belajar tafsir Al-Qur’an sampai habis. Cuba faham dan kemudian amalkan.

Setelah amal, maka kena sebarkan pula. Inilah tugas kita semasa di dunia ini. Sekejap sahaja kita hidup di dunia, maka ambillah peluang untuk jalankan tugas kita sebagai hamba Allah ﷻ.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 16 Mei 2020


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir

Tafsir Surah Dzariyat Ayat 31 – 42 (Kisah Luth dan Hud)

Dzariyat Ayat 31: Sambungan kisah Nabi Ibrahim عليه السلام dan tetamu baginda dari kalangan para malaikat. Bila ketakutan Nabi Ibrahim عليه السلام telah hilang, maka baginda bertanya kepada mereka:

۞ قالَ فَما خَطبُكُم أَيُّهَا المُرسَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

[Abraham] said, “Then what is your business [here], O messengers?”

(MELAYU)

Ibrahim bertanya: “Apakah urusanmu hai para utusan?”

 

Nabi Ibrahim عليه السلام dapat agak yang para malaikat itu datang kepada baginda, bukan hanya untuk memberitahu berita kelahiran itu kepada baginda sahaja. Tentu mereka akan ada benda lain yang lebih penting. Takkan nak beritahu tentang baginda dapat anak itu sampai ramai para malaikat datang kerana kalau kalau nak beritahu, seorang sahaja sudah cukup.


 

Dzariyat Ayat 32: Malaikat memberitahu perkara lain.

قالوا إِنّا أُرسِلنا إِلىٰ قَومٍ مُّجرِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They said, “Indeed, we have been sent to a people of criminals¹

  • i.e., those who defied Lot (upon him be peace).

(MELAYU)

Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami diutus kepada kaum yang berdosa,

 

Para malaikat itu beritahu kepada baginda bahawa mereka dihantar oleh Allah ﷻ untuk memusnahkan kaum yang berdosa. Iaitu kaum Nabi Luth عليه السلام Bila disebut ‘kaum yang berdosa’ sahaja, Nabi Ibrahim عليه السلام sudah tahu siapakah yang dimaksudkan kerana baginda sudah tahu teruknya perbuatan mereka itu.


 

Dzariyat Ayat 33: Apakah yang akan dikenakan kepada mereka?

لِنُرسِلَ عَلَيهِم حِجارَةً مِّن طينٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

To send down upon them stones of clay,

(MELAYU)

agar kami timpakan kepada mereka batu-batu dari tanah,

 

Mereka diarahkan untuk menghujani ke atas kaum itu dengan batu dari tanah yang kering. Iaitu Sijjil. Batu yang Allah ﷻ jadikan khas untuk menghancurkan manusia. Ia juga batu yang sama yang dikenakan kepada tentera Abrahah yang hendak memusnahkan Ka’bah sebelum kelahiran Nabi Muhammad ﷺ.


 

Dzariyat Ayat 34:

مُسَوَّمَةً عِندَ رَبِّكَ لِلمُسرِفينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Marked in the presence of your Lord for the transgressors.”

(MELAYU)

yang ditandai di sisi Tuhanmu untuk membinasakan orang-orang yang melampaui batas”.

 

Batu-batu itu telah ditanda dengan nama siapakah yang akan dikenakan dengan batu itu. Maknanya batu itu khusus untuk orang itu. Maka tidak ada sesiapa yang dapat melarikan diri.

Itulah azab berat di dunia lagi bagi mereka yang telah berlebihan dan melampaui batas agama. Iaitu melampaui batas akidah tauhid kerana mereka melakukan syirik kepada Allah ﷻ. Dan mereka telah melampau dalam dosa mereka mengamalkan seks sumbang.

Mereka itu mengamalkan homoseksual. Dan kerana itu mereka telah dihunjam dengan batu. Kerana teruk sangat perbuatan itu. Melawan fitrah manusia dan binatang (binatang pun tak buat kerja itu).

Tapi sekarang ramai dari kalangan manusia yang buat, termasuklah bangsa kita pun. Ini adalah satu penyakit, tetapi ada juga yang menyokong dan hendak memberi kebebasan kepada golongan LGBT itu. Ini memang pelik.


 

Dzariyat Ayat 35:

فَأَخرَجنا مَن كانَ فيها مِنَ المُؤمِنينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So We brought out whoever was in them [i.e., the cities] of the believers.

(MELAYU)

Lalu Kami keluarkan orang-orang yang beriman yang berada di negeri kaum Luth itu.

 

Orang yang beriman akan dikeluarkan daripada tempat itu sebelum diturunkan azab. Mereka tidak akan dikenakan dengan azab itu. Mereka akan disuruh keluar dahulu. Selama Nabi Luth عليه السلام berdakwah, hanya ada dua orang saja pengikut baginda iaitu dua anak baginda. Isteri baginda sendiri tidak beriman dengan baginda.


 

Dzariyat Ayat 36:

فَما وَجَدنا فيها غَيرَ بَيتٍ مِّنَ المُسلِمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We found not within them other than a [single] house of Muslims.¹

  • i.e., Lot and his family, excepting his wife.

(MELAYU)

Dan Kami tidak mendapati negeri itu, kecuali sebuah rumah dari orang yang berserah diri.

 

Maka hanya ahli rumah Nabi Luth عليه السلام sahaja yang akan diselamatkan. Kerana tidak ada rumah lain yang ada orang beriman di dalamnya melainkan rumah Nabi Luth عليه السلام sahaja. Itu pun bukan semua penghuni rumah itu yang beriman kerana isteri baginda tidak beriman.

Kita lihat bagaimana nama ‘Muslim’ juga digunakan untuk mereka yang beriman pada zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Luth عليهما السلام. Ini menunjukkan yang ‘Muslim’ bukanlah eksklusif untuk umat Nabi Muhammad ﷺ sahaja. Agama yang dibawa oleh para Rasul itu adalah agama yang sama sahaja, tidak berbeza. Manusialah yang membezakan antara Nabi itu dan Nabi ini. Malangnya ramai yang pelik tentang hal ini. Ramai yang sangka Nabi Muhammad ﷺ sahaja bawa agama Islam.

Nota: dalam ayat ini digunakan kalimah ‘Muslim’ dan dalam ayat sebelumnya digunakan kalimah ‘mukmin’. Seolah-olah ada persamaan antara Muslim dan mukmin. Dan hujah ini juga digunakan oleh puak muktazilah untuk mengatakan keduanya sama sahaja. Tapi dalam pemahaman kita, yang Muslim tidak semestinya mukmin. Muslim digunakan untuk mereka yang baru sahaja masuk Islam tetapi iman mereka belum mantap lagi.

Akan tetapi, kenapa penggunaan ‘Muslim’ dan ‘mukmin’ yang berdekatan begini masih lagi tidak diketahui. Semoga Allah ﷻ  beri ilmu tambahan untuk kita memahaminya nanti. Yang pasti, semua yang mukmin mesti Muslim. Jadi tidak salah sangat kalau digunakan Muslim dan mukmin untuk keluarga itu.


 

Dzariyat Ayat 37:

وَتَرَكنا فيها ءآيَةً لِّلَّذينَ يَخافونَ العَذابَ الأَليمَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We left therein a sign for those who fear the painful punishment.

(MELAYU)

Dan Kami tinggalkan pada negeri itu suatu tanda bagi orang-orang yang takut kepada seksa yang pedih.

 

Negeri Sodom tempat kejadian kisah ini dan tempat Nabi Luth عليه السلام berdakwah itu telah dijumpai kemudian. Kedudukannya berdekatan dengan Laut Mati sekarang. Kajian saintis menunjukkan yang tempat itu telah tenggelam 2 ribu tahun SM dan bertepatan dengan masa Nabi Ibrahim dan Nabi Luth عليهما السلام.

Daerah itu akan kekal sebagai pengajaran kepada manusia sampai hari kiamat. Apabila manusia lalu atau dengar tentang kawasan itu, maka mereka sepatutnya ingat tentang kejadian itu dan menakutkan mereka untuk melakukan dosa. Elok dibenam sahaja mereka yang mengamalkan LGBT (dan yang hendak memberi sokongan kepada mereka) di situ.


 

Dzariyat Ayat 38: Contoh kedua adalah kisah Nabi Musa عليه السلام.

وَفي موسىٰ إِذ أَرسَلنٰهُ إِلىٰ فِرعَونَ بِسُلطٰنٍ مُّبينٍ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And in Moses [was a sign], when We sent him to Pharaoh with clear authority.

(MELAYU)

Dan juga pada Musa (terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah) ketika Kami mengutusnya kepada Fir’aun dengan membawa mukjizat yang nyata.

 

Nabi Musa عليه السلام telah dihantar untuk berdakwah kepada Firaun dan baginda telah diberikan dengan kekuasaan iaitu dengan mukjizat yang jelas nyata. Baginda telah pergi ke istana Firaun untuk berdakwah dan apabila Firaun minta bukti, baginda tunjukkan tongkat baginda yang menjadi ular dan tangan baginda yang bercahaya.

Mukjizat itu diberikan kepada baginda kerana baginda bawa berita yang besar dan berhadapan dengan pemimpin yang paling teruk dalam dunia. Kita tidak ada isu ini maka tidaklah kita perlu kepada mukjizat. Kita sudah ada mukjizat paling besar pun iaitu Al-Qur’an.


 

Dzariyat Ayat 39:

فَتَوَلّىٰ بِرُكنِهِ وَقالَ سٰحِرٌ أَو مَجنونٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But he turned away with his supporters and said, “A magician or a madman.”

(MELAYU)

Maka dia (Fir’aun) berpaling (dari iman) bersama tenteranya dan berkata: “Dia adalah seorang tukang sihir atau seorang gila”.

 

فَتَوَلّىٰ بِرُكنِهِ

Maka dia (Fir’aun) berpaling (dari iman) bersama tenteranya

Walaupun telah ditunjukkan dengan mukjizat yang hebat, tapi Firaun telah ‘berpusing ke sisi’ iaitu menolak apa yang disampaikan oleh Nabi Musa عليه السلام.

Atau kalimah rukn itu bermaksud sisi yang bermaksud bukan sahaja Firaun berpaling tapi dia memperkuatkan dirinya dengan penyokong-penyokongnya untuk menentang Nabi Musa عليه السلام. Ini adalah kerana kalimah ر ك ن bermaksud tempat bergantung, yang dipercayai, penyokong, tiang, batu asas, kebanggaan, kekuatan, puak.

 

وَقالَ سٰحِرٌ أَو مَجنونٌ

dan dia berkata: “Dia adalah seorang tukang sihir atau seorang gila”.

Firaun menuduh yang Nabi Musa عليه السلام itu ahli sihir ataupun orang yang gila iaitu salah satu daripada keduanya. Kadang-kadang dia kata Nabi Musa عليه السلام itu seorang ahli sihir dan kadang-kadang dia kata Nabi Musa عليه السلام itu orang gila.

Ini juga tuduhan yang dikenakan kepada Nabi-nabi yang lain, termasuk Nabi Muhammad ﷺ. Maka ini juga adalah tasliah (pujukan) kepada baginda. Allah ﷺ pujuk dengan beritahu, bukanlah baginda yang pertama kali dituduh gila atau ahli sihir, tapi Nabi Musa عليه السلام pun pernah kena dituduh sebegitu.


 

Dzariyat Ayat 40:

فَأَخَذنٰهُ وَجُنودَهُ فَنَبَذنٰهُم فِي اليَمِّ وَهُوَ مُليمٌ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So We took him and his soldiers and cast them into the sea, and he was blameworthy.

(MELAYU)

Maka Kami seksa dia dan tenteranya lalu Kami lemparkan mereka ke dalam laut, sedang dia patut dipersalahkan.

 

فَأَخَذنٰهُ وَجُنودَهُ

Maka Kami seksa dia dan tenteranya

Allah ﷻ selalu tekankan nama Firaun dahulu sebelum disebut tenteranya kerana hendak menekankan bahawa tenteranya itu mengikut kata dia sahaja. Walaupun hanya mengikut arahan, mereka pun kena azab juga kerana mereka tidak ada alasan.

 

فَنَبَذنٰهُم فِي اليَمِّ

lalu Kami lemparkan mereka ke dalam laut,

Seperti yang kita tahu Firaun dan tenteranya telah dimatikan di dalam Laut Khulzum. Iaitu semasa mereka mengejar Nabi Musa عليه السلام dan Bani Israil meninggalkan Mesir.

 

وَهُوَ مُليمٌ

sedang dia patut dipersalahkan.

Firaun itu memang bersalah dan patut dipersalahkan. Kalimah مليم dari kata dasar ل و م yang bermaksud menyalahkan seseorang atas sebab sesuatu, juga bermaksud menuduh.

Ini adalah kerana Firaun telah menguasai kaumnya dan telah memaksa mereka itu beriman dengan iman yang sesat. Dia telah mengatakan yang dia adalah ‘tuhan’ dan telah memaksa kaumnya itu menyembahnya (taat kepadanya).


 

Dzariyat Ayat 41: Ini adalah kisah contoh yang ketiga.

وَفي عادٍ إِذ أَرسَلنا عَلَيهِمُ الرّيحَ العَقيمَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And in ‘Aad [was a sign], when We sent against them the barren wind.¹

  • Barren of any benefit, i.e., evil.

(MELAYU)

Dan juga pada (kisah) Aad ketika Kami kirimkan kepada mereka angin yang kosong,

 

وَفي عادٍ

Dan juga pada (kisah) Aad

Sekarang dimasukkan kisah kaum Aad. Mereka telah diberikan dengan Nabi mereka itu Nabi Hud عليه السلام. Penduduk Mekah kenal mereka ini kerana selalu melalui kawasan tinggalan mereka dalam musafir mereka. Jadi Allah ﷻ ingatkan mereka dengan kaum yang mereka sendiri kenal.

 

إِذ أَرسَلنا عَلَيهِمُ الرّيحَ العَقيمَ

ketika Kami kirimkan kepada mereka angin yang kosong,

Mereka dihantar dengan angin yang tidak ada kebaikan di dalamnya. Kalimah العَقيمَ yang sama digunakan oleh isteri Nabi Ibrahim عليه السلام (iaitu Sarah) apabila dia mengatakan yang dia mandul. Maksudnya tiada rezeki/kebaikan di dalam perut isteri Nabi Ibrahim عليه السلام itu dan begitu juga dengan angin yang diberikan kepada kaum Aad ini, juga tidak ada rezeki ataupun kebaikan di dalamnya.

Ini kerana kalau angin yang baik ada rezeki di dalamnya seperti debunga pokok dan juga air hujan untuk manusia. Ini telah disebut di awal surah ini tentang dzariyaat. Angin yang diutus kepada mereka itu sebenarnya angin yang buruk untuk mereka, dihantar untuk memusnahkan mereka. Ianya terus menyeksa mereka selama lapan hari dan tujuh malam.

Satu lagi angin yang kuat seperti angin yang dikenakan kepada kaum Aad ini akan menyebabkan proses pendebungaan terganggu. Ini adalah baru dalam sains botani tapi telah disebut oleh Allah 1,400 tahun dahulu membuktikan Al-Qur’an adalah kalam Allah.


 

Dzariyat Ayat 42:

ما تَذَرُ مِن شَيءٍ أَتَت عَلَيهِ إِلّا جَعَلَتهُ كَالرَّميمِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

It left nothing of what it came upon but that it made it like disintegrated ruins.

(MELAYU)

angin itu tidak membiarkan satupun yang dilaluinya, melainkan dijadikannya seperti serbuk.

 

Angin itu tidak meninggalkan apa-apa pun. Maksudnya, semua tempat yang dilaluinya akan dimusnahkan sehingga hancur. Hancur seperti daun-daun yang hancur. Iaitu daun yang telah dimakan oleh kambing dan kemudian dipijak pula oleh kambing itu. Sedangkan kaum Aad itu tinggal di kawasan yang hebat tapi kerana angin yang kencang telah dikenakan kepada mereka, semua sekali hancur tidak ada kesan lagi.

 

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Kemaskini: 26 Julai 2023


Rujukan: 

Maulana Hadi

Nouman Ali Khan

Tafsir Ibn Kathir