Ayat 84: Ini adalah ayat targhib kepada jihad. Ayat ini ditujukan kepada pemerintah sebab ayat ini asalnya ditujukan kepada Nabi dan Nabi adalah pemerintah umat Islam semasa hayat baginda.
Maka sekarang tidak ada Nabi, maka ianya jatuh kepada pemerintah. Jadi ini adalah seruan supaya buang perasaan takut mati dalam perjuangan sabilillah.
فَقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِِِ لَا تُكَلَّفُ إِلَّا نَفْسَكَ وَحَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ عَسَى اللَهُ أَن يَكُفَّ بَأْسَ الَّذِينَ كَفَرُوا وَاللَهُ أَشَدُّ بَأْسًا وَأَشَدُّ تَنكِيلًا
(SAHEEH INTERNATIONAL)
So fight, [O Muḥammad], in the cause of Allāh; you are not held responsible except for yourself. And encourage the believers [to join you] that perhaps Allāh will restrain the [military] might of those who disbelieve. And Allāh is greater in might and stronger in [exemplary] punishment.¹
Allāh is able to defeat them in such a way as to deter others from attempting anything similar.
MALAY
Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah (untuk membela Islam dari pencerobohan musuh); engkau tidak diberati selain daripada kewajipanmu sendiri. Dan berilah peransang kepada orang-orang yang beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani). Mudah-mudahan Allah menahan bahaya serangan orang-orang yang kafir itu. Dan (ingatlah) Allah Amatlah besar kekuatanNya dan Amatlah berat azab seksaNya.
فَقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ
Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah
Ayat ini adalah targhib kepada kita. Pemerintah Islam kena bersiap sedia untuk menjalankan jihad qital. Seorang pemimpin kena ada jiwa untuk memerangi orang kafir.
Asal suruhan jihad ini asalnya ditujukan kepada Nabi. Ini adalah kerana Nabi Muhammad yang diwajibkan untuk berperang dan tidak diwajibkan lagi kepada umat Islam yang lain pada masa ayat ini diturunkan.
لَا تُكَلَّفُ إِلَّا نَفْسَكَ
engkau tidak diberati selain daripada kewajipanmu sendiri.
Apa-apa sahaja suruhan dari Allah kepada manusia adalah tanggungjawab yang mampu ditanggung oleh mereka yang disuruh. Allah tidak memberati hambaNya melebihi dari kemampuan hambaNya.
Allah wajibkan Nabi untuk berjihad. Jangan hirau mereka yang tidak mahu berjihad. Kalau baginda kena pergi sendiri, maka tetap kena pergi sendiri.
وَحَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ
Dan berilah peransang kepada orang-orang yang beriman
Kena beri semangat kepada orang mukmin lain untuk berperang di jalan Allah. Seorang pemimpin kena bagi dorongan kepada rakyatnya untuk turut sama berjihad. Ini adalah kerana jihad qital tidak wajib atas mereka pada waktu ayat ini diturunkan.
Banyaklah hadis-hadis dari Nabi tentang kelebihan jihad ini. Antaranya:
Dari Qatadah yang berkata: Saya mendengar Anas bin Malik menyampaikan dari Nabi SAW yang bersabda: “Tiada seorangpun yang dapat memasuki syurga melainkan dia suka dikembalikan ke dunia. Baginya tiada satupun yang bermakna di muka bumi selain dari mati syahid. Oleh kerana itu dia mengharapkan dapat kembali ke dunia supaya dia dibunuh sepuluh kali setelah mengetahui kemuliaan (mati syahid)”. (Sahih Muslim No. 4976)
عَسَى اللَهُ أَن يَكُفَّ بَأْسَ الَّذِينَ كَفَرُوا
Mudah-mudahan Allah menahan bahaya serangan orang-orang yang kafir itu.
Allah memberi isyarat bahawa Allah boleh bantu untuk mematahkan serangan orang kafir. Dan memang dalam ayat-ayat yang lain, Allah telah berjanji akan membantu tentera Islam asalkan mereka mematuhi syarat-syarat ketenteraan.
Kita boleh belajar syarat-syarat itu di dalam Surah Baqarah dan lain-lain. Ringkasnya kena amalkan agama dan kena taat kepada pemimpin.
وَاللَهُ أَشَدُّ بَأْسًا وَأَشَدُّ تَنكِيلًا
Dan (ingatlah) Allah amatlah besar kekuatanNya dan amatlah berat azab seksaNya.
Allah nak ingatkan yang Dia lebih kuat dan hebat dari sesiapa pun termasuklah dari tentera orang kafir. Dan Allah akan duduk di sebelah pihak tentera mukmin. Jadi, apa lagi yang hendak ditakutkan?
Kalimah تَنكِيلًا maksudnya menjadikan seseorang sebagai peringatan kepada orang lain. Macam undang-undang Hudud dijalankan dengan keras, supaya orang lain lihat sendiri dn takut nak buat dosa itu kerana hukumnya amat keras. Sebab orang lain tengok apakah hukuman yang dikenakan kepada orang yang telah sabit kesalahan mereka, ada yang kena potong tangan dan ada yang kena pancung, mereka pun sudah takut untuk melakukan kesalahan-kesalahan itu.
Begitu juga dengan tentera kafir. Allah boleh jadikan mereka kalah teruk sampaikan mereka itu menjadi peringatan kepada musuh orang Islam yang lain, sampai mereka tidak berani nak melawan tentera Islam lagi. Supaya mereka tidak berani mempermain-mainkan Islam. Macam zaman sekarang, senang sahaja Islam dipermainkan dan tidak ada apa yang kita boleh buat terhadap mereka.
Ayat 85: Khalifah kena menggalakkan rakyatnya untuk berperang menentang orang kafir. Tapi orang-orang lain selain dari Khalifah juga digalakkan untuk beri dorongan kepada orang lain untuk berjihad. Perbuatan itu adalah perbuatan yang amat mulia dan akan diberi pahala yang besar.
مَّن يَشْفَعْ شَفَاعَةً حَسَنَةً يَكُن لَّهُ نَصِيبٌ مِّنْهَا وَمَن يَشْفَعْ شَفَاعَةً سَيِّئَةً يَكُن لَّهُ كِفْلٌ مِّنْهَا وَكَانَ اللَهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ مُّقِيتًا
(SAHEEH INTERNATIONAL)
Whoever intercedes for a good cause will have a share [i.e., reward] therefrom; and whoever intercedes for an evil cause will have a portion [i.e., burden] therefrom. And ever is Allāh, over all things, a Keeper.¹
Providing, protecting, witnessing, keeping precise records and capable of recompense.
MALAY
Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik nescaya dia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya dia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
مَّن يَشْفَعْ شَفَاعَةً حَسَنَةً يَكُن لَّهُ نَصِيبٌ مِّنْهَا
Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik nescaya dia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya;
Maksud ‘syafaat’ dalam ayat ini adalah memberi pertolongan atau sumbangan. Iaitu memberi dorongan kepada orang lain untuk pergi berjihad.
Orang yang memberi galakan itu akan dapat pahala orang yang berjihad juga nanti kerana dia yang telah mengajak dan menggalakkan orang itu berperang. Ini adalah kerana mungkin dia sendiri tidak dapat berjihad, tapi dia tetap menggalakkan orang lain berjihad, jadi dia akan dapat ‘saham’ juga.
Dan dia juga hendaklah membantu dengan memberi infak untuk kemudahan jihad itu, kalau boleh. Maknanya jangan tinggalkan infak dan berilah galakan kepada orang lain untuk berjihad juga.
Allah gunakan lafaz نَصِيبٌ (bahagian) dalam potongan ayat ini kerana lafaz نَصِيبٌ digunakan untuk bahagian yang bagus, yang boleh diambil manfaat.
Syafaat juga adalah dalam bentuk rekomendasi. Sebagai contoh, kita beri sokongan kepada orang lain untuk dia dapat kerja, kahwin, diselamatkan dari hukuman dan sebagainya. Kerana kita kita mungkin kenal orang itu dan kita mahukan kebaikan untuknya, maka kita beri surat sokongan kepadanya, atau kata-kata baik untuk dapat kerja; atau kita berikan namanya sebagai orang yang layak dijadikan isteri atau suami; atau kita beri pertolongan dalam bentuk hujah untuk melepaskan seseorang dari sesuatu hukuman.
Mungkin kita kenal dia sebagai seorang yang baik, tidak pernah setahu kita dia melakukan kesalahan yang besar, maka kita berhujah di depan hakim untuk mengurangkan hukuman yang telah ditetapkan untuknya. Ini juga bagus dan akan mendapat pahala juga kalau kita lakukan dengan niat yang ikhlas dan bercakap dengan benar. Dan berbagai-bagai jenis syafaat lagi.
وَمَن يَشْفَعْ شَفَاعَةً سَيِّئَةً يَكُن لَّهُ كِفْلٌ مِّنْهَا
dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya dia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya.
Sebaliknya kalau orang itu beri ajakan negatif, halang orang lain dari pergi jihad, atau goda orang lain jangan pergi jihad, maka dia akan pikul dosa orang itu. Ini adalah ancaman kerana mungkin ada orang yang menakut-nakutkan orang lain dari berjihad.
Maka Allah ingatkan yang ini adalah perbuatan yang buruk sekali. Sepatutnya beri galakan ke arah kebaikan, tapi ada orang yang takutkan pula orang lain dari berjihad.
Allah gunakan lafaz كِفْلٌ (bahagian) dalam ayat ini sedangkan dalam bahagian pertama, digunakan lafaz نَصِيبٌ (juga bermaksud bahagian juga). Ini adalah kerana lafaz كِفْلٌ digunakan untuk bahagian yang umum, baik atau buruk, sedangkan lafaz نَصِيبٌ digunakan hanya untuk bahagian yang baik sahaja. Bagaimanapun, lafaz كِفْلٌ selalu digunakan untuk merujuk kepada bahagian yang buruk.
Ayat ini bukan berkejaan galakan dan memesong orang dari jihad sahaja. Ini kerana bunyi ayat ini adalah umum juga. Maka, ia juga boleh termasuk perbuatan memberi rekomendasi yang baik. Berdasarkan sebab yang benar dan niat yang baik.
Sebagai contoh, ada yang nak dapatkan kerja, nak kahwin dan sebagainya, dan dia hendak mendapatkan pendapat dari kita. Dalam hal sebegini, kita kena beri rekomendasi yang baik. Memang maksud ‘syafaat’ adalah rekomendasi. Orang tanya pendapat kita, kita kata orang itu baik, boleh dipercayai dan sebagainya.
Tapi jangan kita kata seseorang tidak baik hanya kerana kita tak suka orang itu. Contoh ada orang yang nak kahwin dengan satu-satu calon, kita cakap jangan kahwin dengan orang itu kerana kita tidak suka dia. Itu adalah syafaat yang salah. Begitu juga, kalau orang itu tidak baik, kena beritahu orang itu tidak sesuai – janji kita bercakap yang benar.
Ini tidak termasuk ghibah (mengata orang lain). Dalam hal ini, kita kena cakap perkara yang benar walaupun ia boleh menjatuhkan kedudukan seseorang. Ini apabila ditanya. Dalilnya adalah Rasulullah juga berbuat begitu apa seorang wanita (Fatimah binti Qais) bertanya tentang pinangan dari dua orang terhadap dirinya.
Hadits Ahmad 26057
حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ أَبِي بَكْرِ بْنِ أَبِي الْجَهْمِ قَالَ سَمِعْتُ فَاطِمَةَ بِنْتَ قَيْسٍ تَقُولُ أَرْسَلَ إِلَيَّ زَوْجِي أَبُو عَمْرِو بْنُ حَفْصِ بْنِ الْمُغِيرَةِ عَيَّاشَ بْنَ أَبِي رَبِيعَةَ بِطَلَاقِي وَأَرْسَلَ إِلَيَّ خَمْسَةَ آصُعِ شَعِيرٍ فَقُلْتُ مَا لِي نَفَقَةٌ إِلَّا هَذَا وَلَا أَعْتَدُّ إِلَّا فِي بَيْتِكُمْ قَالَ لَا فَشَدَدْتُ عَلَيَّ ثِيَابِي ثُمَّ أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لَهُ فَقَالَ كَمْ طَلَّقَكِ قُلْتُ ثَلَاثًا قَالَ صَدَقَ لَيْسَ لَكِ نَفَقَةٌ وَاعْتَدِّي فِي بَيْتِ ابْنِ عَمِّكِ ابْنِ أُمِّ مَكْتُومٍ فَإِنَّهُ ضَرِيرُ الْبَصَرِ تُلْقِينَ ثِيَابَكِ عَنْكِ فَإِذَا انْقَضَتْ عِدَّتُكِ فَآذِنِينِي قَالَتْ فَخَطَبَنِي خُطَّابٌ فِيهِمْ مُعَاوِيَةُ وَأَبُو جَهْمٍ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مُعَاوِيَةَ تَرِبٌ خَفِيفُ الْحَالِ وَأَبُو جَهْمٍ يَضْرِبُ النِّسَاءَ وَلَكِنْ أَيْ فِيهِ شِدَّةٌ عَلَى النِّسَاءِ عَلَيْكِ بِأُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ أَوْ قَالَ انْكِحِي أُسَامَةَ بْنَ زَيْدٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ مُجَاهِدٍ عَنْ تَمِيمٍ مَوْلَى فَاطِمَةَ عَنْ فَاطِمَةَ بِنْتِ قَيْسٍ بِنَحْوِهِ
Berapa kali dia menceraikanmu? Aku menjawab, Tiga kali, baginda bersabda:
Dia benar, kamu tak lagi mendapatkan nafkah, dan tinggallah di rumah anak pamanmu, Ibnu Ummi Maktum, sesungguhnya dia adalah laki-laki yang buta, tak mengapa kamu menanggalkan pakaianmu, jika iddahmu telah berakhir maka beritahukanlah kepadaku. Fatimah berkata, Maka datanglah beberapa orang untuk meminangku, di antaranya adalah Mu’awiyah & Abu Jahm, Rasulullah lalu bersabda:
Sesungguhnya Mu’awiyah adalah orang yang miskin & juga ringan dalam setiap keadaan, sedangkan Abu Jahm suka memukul wanita. Akan tetapi manakah ada yang keras terhadap wanita pada diri Usamah bin Zaid, atau baginda bersabda:
menikahlah dengan Usamah bin Zaid. Telah menceritakan kepada kami Abdurrahman berkata, telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Manshur dari Mujahid dari Tamim bekas budak Fatimah binti Qais, seperti hadits tersebut. [HR. Ahmad No.26057].
Lihat bagaimana Nabi menyebut kekurangan Muawiyah dan Abu Jahm.
Syafaat begini penting kerana orang memerlukan maklumat tentang orang lain sebab mereka tidak kenal dan tidak tahu berkenaan orang itu. Mereka tidak dapat membuat keputusan kalau mereka tidak mendapat maklumat yang benar. Sebagai contoh, seorang bapa hendak mengahwinkan anaknya dengan seorang lelaki, maka kenalah dia periksa siapakah orang itu.
Maka tolonglah beri rekomendasi yang benar, kerana kita sendiri pun kadang-kadang akan memerlukan maklumat sebegini, maka kita hendaklah juga memberi maklumat yang betul kepada orang lain. Sama-sama tolong menolong.
وَكَانَ اللَهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ مُّقِيتًا
Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Allah kata Dia yang jaga semua kerana Dia Maha Berkuasa. Walau kita beri maklumat palsu, Allah boleh selamatkan orang itu dari maklumat palsu kita itu. Cuma orang itu selamat dari syafaat kita yang salah, tapi kita tidak akan selamat kerana memberi maklumat yang salah. Kita akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.
Lafaz مُّقِيتًا juga bermaksud Allah melihat. Allah tahu apa isi hati kita semasa kita buat recommendation itu. Samada kita buat ikhlas atau tidak, untuk kebaikan atau tidak, semuanya Allah tahu.
Ayat 86: Ayat sebelum ini tentang jihad dimana Khalifah kena ajak rakyat berjihad. Dia mungkin ada buat perkiraan berapa bilangan tentera yang perlu, dan dia akan hantar wakil ke kawasan-kawasan orang Islam untuk buat penjelasan kepada kawasan-kawasan itu.
Ayat ini memberitahu kita, bila kedatangan wakil Khalifah ajak berjihad, sambutlah dengan baik dan hantarlah tentera seperti yang diminta. (Ayat ini pada zahirnya nampak tentang salam, tapi apabila melihat siyaq dan sibaq ayat ini, ia tentu ada berkenaan dengan peperangan).
وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا إِنَّ اللَهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا
(SAHEEH INTERNATIONAL)
And when you are greeted with a greeting, greet [in return] with one better than it or [at least] return it [in a like manner]. Indeed Allāh is ever, over all things, an Accountant.
MALAY
Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.
وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا
Dan apabila kamu diberikan ucapan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya,
Apabila kamu diberi ucapan yang baik itu ditafsirkan sebagai: ajakan dan nasihat yang baik untuk berjihad. Iaitu apabila khalifah hantar wakil ke sesuatu kawasan dan minta dikumpulkan orang untuk berjihad. Kalau dah dapat ajakan itu, maka balaslah dengan hantar orang yang lebih ramai dari yang dipinta oleh khalifah. Ini adalah kalau kita kaitkan ayat ini dengan ayat-ayat sebelumnya iaitu berkenaan jihad.
Lafaz تَحِيَّةٍ dari ayat ini diambil dari lafaz حيي yang bermaksud ‘hidup’ – hayat. Ianya digunakan sebelum ucapan assalamualaikum diperkenalkan. Sebelum Islam, masyarakat Arab memberi ucapan hayyakAllah sesama mereka. Ianya bermaksud ‘semoga Allah memberi hayat kepada kamu’.
Maknanya, kita mendoakan orang itu semoga hidupnya panjang. Ianya adalah kata-kata aluan. Tidak digunakan lafaz salam dalam ayat ini kerana mungkin kita dapat ucapan dari orang kafir. Kalau mereka ucapkan kata-kata aluan yang baik kepada kita, kita pun kena balas juga dengan baik. Islam bukanlah agama yang mengajar kurang ajar kepada orang lain, walaupun kepada orang bukan Islam. Islam mengajar kita berbaik-baik dengan semua orang.
Tambahan lagi, tidak ada kurangnya kalau kita berbaik dengan orang kafir pun. Kerana kita nanti pun kena berdakwah kepadanya juga. Kalau dalam hal berbalas ucapan selamat pun kita tidak dapat berbaik-baik, bagaimana orang itu mahu mendengar dakwah kita, bukan?
Oleh itu, ayat ini mempunyai dua maksud. Satu, ia bermaksud panggilan perang dan satu lagi adalah ucapan selamat kepada kita. Kalau berkenaan panggilan perang, maka kita disuruh untuk sambutlah panggilan itu dengan baik. Kalau Khalifah mahu 100 orang dari kawasan kita, berilah lebih lagi dari yang diminta.
Ayat ini juga menjadi dalil anjuran untuk jawab salam dengan yang lebih baik dari yang kita dapat: Kalau dapat ucapan salam, maka ucaplah dengan yang lebih baik dari itu. Kalau orang yang beri salam kepada kita itu ucap: assalamualaikum, maka balaslah dengan lebih lagi – waalaikum salam warah matullahi dan seterusnya.
أَوْ رُدُّوهَا
atau balaslah dia
Atas balaslah dengan ucapan yang sama baik. Iaitu kalau diberi salam assalamualaikum, sekurang-kurangnya jawaplah waalaikum salam. Ini adalah kewajipan. Kalau kita balas dengan lebih baik, itu adalah lebih baik, tapi wajib kita balas dengan ucapan yang sama sekurang-kurangnya.
Dan kalau tentang panggilan perang, maka berilah seperti yang diminta oleh pemerintah. Kalau pemerintah minta 100 orang, maka berilah 100 orang.
إِنَّ اللَهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا
Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.
Allah memberitahu kita dalam ayat ini, yang Dia menghitung semua sekali. Benda kecil macam salam pun Allah kira juga. Dan kalau kita balas permintaan pemerintah apabila beliau minta bantuan perang, itu pun Allah kira juga.
قَالَ الْإِمَامُ أَحْمَدُ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ -أَخُو سُلَيْمَانَ بْنِ كَثِيرٍ -حَدَّثَنَا جَعْفَرُ بْنُ سُلَيْمَانَ، عَنْ عَوْفٍ، عَنْ أَبِي رَجَاءٍ العُطَاردي، عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَين؛ أَنَّ رَجُلًا جَاءَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: السَّلَامُ عَلَيْكُمْ فَرَدَّ عَلَيْهِ ثُمَّ جَلَسَ، فَقَالَ: “عَشْرٌ”. ثُمَّ جَاءَ آخَرُ فَقَالَ: “السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ. فَرَدَّ عَلَيْهِ، ثُمَّ جَلَسَ، فَقَالَ: “عِشْرُونَ”. ثُمَّ جَاءَ آخَرُ فَقَالَ: السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ. فَرَدَّ عَلَيْهِ، ثُمَّ جَلَسَ، فَقَالَ: “ثَلَاثُونَ”.
Imam Ahmad mengatakan, telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu Kasir (saudara lelaki Sulaiman ibnu Kasir), telah menceritakan kepada kami Ja’far ibnu Sulaiman, dari Auf, dari Abu Raja Al-Utaridi, dari Imran ibnul Husain yang menceritakan bahawa ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah Saw., lalu mengucapkan, “Assalamu ‘al’aikum, ya Rasulullah,” lalu Rasulullah Saw. menjawabnya dengan jawaban yang sama, kemudian beliau duduk dan bersabda, “Sepuluh.” Kemudian datang lelaki lainnya dan mengucapkan, “Assalamu ‘alaikum warahmatullahi, ya Rasulullah,” lalu Rasulullah Saw. menjawabnya dengan jawaban yang sama, kemudian duduk dan bersabda, “Dua puluh.” Lalu datang lelaki lainnya dan bersalam, “Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,” maka Nabi Saw. membalasnya dengan salam yang serupa, kemudian duduk dan bersabda, “Tiga puluh.”
Beri salam ini penting kerana kita sewaktu kita beri salam itu, kita sebenarnya mendoakan orang lain. Oleh itu, kena cakap salam itu dengan ikhlas.
Dan kena faham apa yang kita cakap. Janganlah pula kita beri salam, tapi cakap dengan nada marah. Itu adalah salah sama sekali. Itu dilakukan oleh mereka yang tidak faham konsep salam itu. Ini banyak terjadi sebab kebanyakan manusia melihat perkara itu sebagai adat sahaja dah. Ada yang marah orang, berkelahi dengan orang, memaki orang lain, tapi dalam masa yang sama, bagi salam juga. Ini tidak kena sama sekali.
Kalau kita sudah beri salam kepada orang, maknanya orang itu selamat dari tangan kita dan mulut kita. Mereka selamat dari disakiti oleh kita. Jadi, kalau kita beri salam, tapi kemudian kita sakiti tubuh badan atau perasaanya, itu tidak molek sama sekali.
Daripada Abdillah bin Amr bin al-‘As RA, sesungguhnya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, “Manakah amalan yang paling baik di dalam Islam?” lalu Baginda menjawab, “Hendaklah engkau memberi makan dan memberi salam kepada orang yang engkau sudah kenal dan juga kepada orang yang belum engkau kenal.” (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.
Kemaskini: 15 Mei 2018
Rujukan:
Maulana Hadi
Nouman Ali Khan
Mutiara al-Qur’an
Ayat 84, paragraf akhir, ayat ‘Supaya mereka berani mempermain-mainkan Islam.
Saya rasa Tuan bermaksud ‘ Supaya mereka tidak berani mempermain-mainkan Islam.
Allahu a’lam
LikeLike
ya benar. saya sudah betulkan. terima kasih ya.
LikeLike